Baituljannah http://baituljannah.id/feed Wed, 10 Feb 2021 23:21:28 +0800 en hourly 1 https://baituljannah.id/back/img/logo-300.png Baituljannah http://baituljannah.id/feed 32 32 Lipas terbang masa buat 'live' sekumpulan lelaki gelabah selamatkan diri https://redaksi.com/9697-lipas-terbang-masa-buat-live-sekumpulan-lelaki-gelabah-selamatkan-diri Wed, 10 Feb 2021 23:21:28 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9697 Percaya atau tidak dalam kalangan kita ini sebenarnya majoritinya takut dengan spesis serangga yang boleh terbang. Secara automatiknya bulu roma akan tegak dan tanpa berfikir panjang apa yang kita boleh lakukan selalunya adalah lari sejauh yang mungkin daripada serangga tersebut.

Antara serangga yang kebiasaanya sangat gemar terbang secara tiba-tiba adalah lipas. Tidak kiralah lelaki atau perempuan kedua-duanya ada perasaan auto geli terhadap serangga tersebut.

Berikut adalah video yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang bernama Syahir Azizi memaparkan video kekecohan yang berlaku di dalam bilik sewaktu seekor serangga tiba-tiba terbang masuk ke dalam bilik mereka.

]]>
9 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Sesi 'Pertemuan Pertama' Dengan Si Dia. https://redaksi.com/358-9-kesalahan-yang-sering-dilakukan-ketika-sesi-pertemuan-pertama-dengan-si-dia Wed, 05 Jul 2017 14:59:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=358 Apakah sembilan kesalahan yang perlu anda berikan perhatian saat pertama kali bertemu dengan si dia? Hati-hati dengan pertemuan pertama anda dengan si dia. Kemungkinan kesilapan pertama yang anda lakukan itu sedikit sebanyak mendatangkan impak kepada diri sendiri. Misalnya, anda mungkin salah memilih pakaian. Pastikan penampilan anda sesuai dengan situasi dan perjumpaan itu. Elakkan menyarung sepatu tumit tinggi dengan baju yang seksi, apabila si dia mengajak anda ke taman bunga. Jadikan pertemuan pertama anda itu sebagai sejarah awal percintaan anda berdua. Sekiranya si dia tidak menepati apa yang anda inginkan, jangan sesekali memberi harapan untuk pertemuan kali kedua. Namun, jika si dia yang selama ini yang anda carikan, pastikan anda ingin segalanya berjalan lancar. Bagi memastikan anda masih berpeluang berjumpa dengannya buat kali kedua dan seterusnya, hindarilah beberapa kesalahan yang sering berlaku pada pertemuan kali pertama ini. Antaranya ialah:



1. Datang lewat.

Lewat lima minit tidak bererti si dia dapat menerima alasan yang diberikan. Kelewatan anda itu akan mempengaruhi imej dan kepercayaannya terhadap anda walaupun pada pertemuan pertama. Bayangkan, untuk berjumpa dengan anda, pelbagai perkara bermain di fikirannya, inikan pula kelewatan yang anda sendiri lakukan. Si dia mungkin merasakan kemungkinan anda akan mengulangi kelewatan itu pada pertemuan-pertemuan akan datang.

2. Buat keputusan sebelum keluar bersama.

Pastikan anda dan si dia merancang destinasi yang dituju. Ini untuk mengelakkan anda berdua saling bertanya destinasi tersebut pada hari pertemuan itu nanti. Ingat, perbincangan pada saat akhir akan membuatkan anda berdua terpaksa pergi ke tempat yang membosankan. Mengetahui lokasi pertemuan juga membolehkan anda merancang pakaian yang sesuai.



3. Jauhi perbicaraan berunsur keyakinan.

Elakkan perbincangan yang melibatkan hal-hal keagamaan politik, muzik mahupun industri filem Mengapa? Sewaktu anda dan si dia mengetahui bahawa masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza, pertemuan pertama itu akan berakhir dengan debat yang serius. Ada baiknya jika pertemuan itu dihabiskan dengan bertukar-tukar pendapat. Namun, bukankah lebih baik jika anda dan si dia mencapai tahap kesederhanaan sebelum berdebat.

4. Mata keranjang.

Hari ini, bukan lelaki saja yang yang bersikap mata keranjang, segelintir wanita juga begitu. Begitu juga dengan anda, ketika bersama si dia elakkan mencuri pandang ke arah lelaki lain. Ini seolah-olah memberi isyarat kepadanya agar mencari wanita lain.

5. Mengajak teman.

Mungkin anda baru mengenali si dia dan menyimpan perasaan takut dan berhati-hati sebelum ditipu atau dianiaya si dia. Tetapi ini tidak bermakna anda perlu mengajak rakan menemani anda bertemu si dia. Membawa teman sewaktu kali pertama bertemu dengan si dia memperlihatkan anda seorang yang tidak matang. Jadi, pada saat anda membuat temu janji untuk berjumpa dengannya, anda harus bertanyakan kepada si dia adakah pertemuan yang akan berlangsung itu hanya anda berdua sahaja atau melibatkan kehadiran orang ketiga. Cara sebegini adalah untuk memastikan bahawa si dia tidak akan membawa teman-temannya yang lain.



6. Terlalu agresif.

Kawal emosi anda walaupun ia adalah pertemuan yang pertama dan anda begitu teruja. Elakkandaripada terlalu menunjuk-nunjuk. Misalnya, dengan menyentuh si dia pada bahagian-bahagian tertentu di khalayak. Cara ini menunjukkan anda seolah-olah seorang wanita yang mudah menyerah.

7. Kurang agresif.

Jangan hanya berdiam diri dan mengharap si dia yang akan memulakan bicara. Sekiranya anda terus berdiam dan tidak banyak memberi tindak balas, si dia pula akan memikirkan bahawa anda tidak dapat menerima dirinya.



8. Batal pada saat-saat terakhir.

Elakkan membatalkan pertemuan pada saat-saat terakhir kecuali anda berdepan dengan situasi genting seperti kematian, keluarga sakit dan sebagainya. Ini kerana, mungkin si dia sudah bersiap sedia untuk ke destinasi tersebut.

9. Menguasai perbicaraan.

Ucapkan kata-kata anda dengan tenang. Berikan si dia peluang untuk berbicara dan mengutarakan pendapatnya. Elak memesan makanan atau minuman untuknya, melainkan si dia menyuruhnya.

]]>
10 Tip Untuk Para Isteri Agar Disayangi Suami. https://redaksi.com/1174-10-tip-untuk-para-isteri-agar-disayangi-suami Sun, 10 Sep 2017 14:45:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1174 Setiap isteri sudah pasti mendambakan kasih sayang dan perhatian daripada seorang suami. Namun tahukah anda wahai para isteri, untuk mendapat kasih sayang dan perhatian daripada seorang suami bukanlah sesuatu yang automatik berlaku sebaik sahaja anda berkahwin dan berstatus suami isteri.



Malah usaha ke arah yang diinginkan itu perlu dilaku oleh para isteri agar ianya mendapat perhatian sang suami yang mungkin sibuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Berikut adalah tip-tip yang sebaiknya diamalkan oleh si isteri untuk memastikan kasih dan perhatian suami tidak berkurangan sepanjang kehidupan berumahtangga:

1.Berhias, namun tidak perlu bersolek hebat. Cukup sekadar senang dan manis dipandang

2.Menyenangkan, jangan tidak tahu bergurau. Kebanyakan suami suka mengusik isteri, jangan cepat merajuk, sambut jenakanya dengan tawa.

3. Pandai mendahulukan suami, menghormati pandangannya. Minta izin jika ingin ke mana-mana dan minta keputusannya dalam urusan rumahtangga. Yakini suami sebagai pemimpin.



4. Bersikap sederhana dan jangan meminta suami di luar kemampuannya.

5. Memanjakan suami seperti memotong kukunya, menyediakan air minuman atau mengurut badan jika ia kepenatan.

6. Bijak dan berpengetahuan kerana bertukar-tukar fikiran dan komunikasi berkesan penting untuk kebahagiaan rumahtangga.

7. Hormati hak peribadinya, jangan terlalu ‘busybody’ seperti sering memeriksa telefon suami, facebook, e-mel dsb. Yakini kesetiaan suami.

8. Jangan membanding-bandingkan suami dengan suami orang lain yang lebih kaya atau berkedudukan.

9. Pandai menjaga diri apabila ke luar rumah, menjaga maruah suami.

10. Ada di sisi suami sewaktu jatuh dan bangunnya, meniup semangat sewaktu suaminya gundah, menemani suami mengharungi kehidupan dan mencintai suaminya sepenuh hati.

Semoga tip-tip ini mampu membantu anda menyemai kasih sayang suami isteri. InsyaAllah.

]]>
Lelaki Lebih Cerewet Mengalahkan Wanita Dalam Mencari Pasangan, Punca Sukar Dapat Jodoh. https://redaksi.com/6813-lelaki-lebih-cerewet-mengalahkan-wanita-dalam-mencari-pasangan-punca-sukar-dapat-jodoh Tue, 13 Aug 2019 14:52:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6813 Pernah jumpa lelaki cerewet? Banyak perkara yang tak kena depan mata dia. Kalau jumpa dari pemakian hingga ke makeup akan dikiritik. Aih, dah nama pun cerewet sudah tentulah semua perkara kena dengan selera dia.

Tapi apa-apa pun, jodoh itu ditangan tuhan. Tiada siapa yang akan tahu dengan siapa pun akan kita berjodoh. Buatnya elak punya elak lelaki cerewet, tapi diri sendiri pula yang dapat.



Namun begitu, ramai yang berpendapat bahawa lelaki-lelaki cerewet ini sukar untuk mendapat jodoh, tapi berdasarkan pendapat peribadi kemungkinan lelaki-lelaki lebih tenang dalam mencari pasangan berbading wanita.

Kenapa lelaki lebih cerewet dalam mencari jodoh? Sudah tentu masing-masing mempunyai keinginan tersendiri malah sebab tersendiri mengapa mereka ini memilih.



1. Suka yang cantik-cantik.

Menjadi perkara yang paling utama dalam mencari calon pasangan sudah tentulah melihat dari fizikal dan rupanya. Jika seseorang itu cantik dan sesuai berdasarkan apa yang dirinya mahukan, sudah tentu ia akan menjadi pilihan si jejaka tetapi jika sebaliknya, sudah tentu si jejaka akan teruskan pencarian lagi.

2. Kena dengan jiwa.

Apa yang orang lelaki sekarang pentingkan adalah pasangan yang kena dengan jiwanya. Bukan sahaja memahami apa yang dirinya suka tetapi menyayangi dirinya seadanya. Haa, bukan calang-calang dia punya ciri ni.



3. Kena dengan taste diri.

Orang kata kalau lelakinya ada rupa, perempuannya pun kenalah ada rupa barulah sesuai duduk atas pelamin malah sesuai dengan dirinya. Tapi itu yang ada rupa kalau yang taka da rupa pun sama aje okay. Tak ada beza pun, yang membezakan perempuan bagaimana yang menerima mereka ini.

4. Dia perasan.

Ada sesetengah orang bukan sebab dia terlalu memilih sangat, tapi sebab dia rasa ramai yang nakkan dia sebab itulah dia tak kahwin-kahwin lagi. Bukan itu je, dia rasa dia ada handsome sebab itulah tak nak kahwin lagi.



5. Saja cabar diri.

Biasanya lelaki suka akan perempuan yang sukar diperolehi, jadi dia gunakan alasan ini untuk memikat wanita-wanita yang berkerjaya malah mempunyai intelek yang tinggi, sebab itulah dia lambat kahwin.

Apa-apa pun semuanya bergantung pada jodoh juga. Kalau dah nama belum berjumpa jodoh lagi, maka belum berkahwin lah mereka ini. Tapi kalau dah jumpa jodoh macam yang ditetapkan, sudah tentu akan berkahwin.

]]>
Tanda-Tanda Si Dia Adalah Soulmate Anda. https://redaksi.com/3145-tanda-tanda-si-dia-adalah-soulmate-anda Tue, 07 Aug 2018 16:18:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3145 Soulmate adalah pasangan yang memahami ataupun melengkapi jiwa anda. Mereka ini biasanya seorang yang memahami serta menerima siapa diri anda sebenarnya. Ia mungkin boleh menjadi jodoh atau sahabat yang baik kepada anda. Tetapi kehadiran mereka ini akan membuat anda rasa bahagia dan gembira. Kehadiran mereka ini kadang kala tidak akan disedari sehingga anda kehilangan dirinya. Jadi dengan itu, anda boleh lihat beberapa ciri yang mungkin ada pada orang pasangan anda. Mari ketahuinya.


1. Anda mempunyai pasangan yang boleh membuat anda ketawa walaupun dengan sedikit usaha. Anda boleh berada dalam suasana yang paling teruk tetapi anda mempunyai pasangan yang sentiasa boleh membuat jenaka yang sederhana untuk memperbaiki mood anda dengan serta-merta. Mempunyai rasa bersama dengan seseorang boleh pergi jauh dalam menentukan kekuatan hubungan.

2. Dirinya melakukan apa sahaja untuk menjadikan hidup anda sebagai satu perkara yang mudah dan tidak rumit. Dia juga tahu bahawa anda mengalami banyak tekanan dan masalah sepanjang hari anda, tetapi dia sentiasa berusaha sedar untuk membuat beban kerja harian anda lebih ringan. Mereka ini sentiasa berada di belakang anda dan bertindak seperti rakan sejati anda.

3. Pasangan anda adalah seseorang yang sentiasa akan jujur dengan anda. Anda tidak pernah berasa seperti anda perlu meragui apa yang dia katakan. Anda sentiasa boleh percaya apa yang dirinya katakan kepada anda terutama apabila ia sesuatu tentang diri anda.


4. Anda selalu merasa terburu-buru apabila anda ingin menghabiskan masa bersamanya. Ia seperti anda mendapat tenaga positif apabila anda bersama-samanya. Anda mempunyai semangat yang kuat apabila anda bersamanya, hal ini kerana anda akan mudah merasa bahagia apabila bersamanya.

5. Anda juga yakin bahawa anda dengan seseorang yang sentiasa menghormati peribadi dan keinginan anda. Anda mempunyai seseorang yang menghormati hakikat bahawa anda masih memerlukan ruang untuk sendiri dan bahawa anda berhak kepada keperibadian dan privasi anda. Anda mempunyai seseorang yang tidak merasa berhak untuk menjadi bos anda atau mengarahkan hidup anda.

Jika anda mempunyai orang yang seperti ini, ia akan memberi satu keceriaan baru dalam hidup anda. Ia akan memberi anda satu kebahagiaan lain yang tidak akan anda rasai. Baik dirinya seorang rakan mahupun kekasih anda, anda sangat beruntung memiliki mereka ini.


]]>
"Yang penting niat tu adalah nak sihat." -Datuk Seri Rina Harun kongsi tips badan ideal https://redaksi.com/9681-yang-penting-niat-tu-adalah-nak-sihat-datuk-seri-rina-harun-kongsi-tips-badan-ideal Wed, 10 Feb 2021 00:25:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9681 Ramai orang di luar sana yang bersaing untuk memiliki tubuh badan yang ideal, barangkali risau dengan penyakit yang bakal menyerang pada bila-bila masa tanpa mengira umur.

Perubahan jadi inspirasi

Bercerita tentang badan yang ideal, hari ini di media sosial telah tular mengenai Datuk Seri Rina Harun yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila penampilannya mengalami perubahan yang drastik.

Kebanyakan para wanita di luar sana jadi tidak senang duduk kerana terinspirasi dengan perubahan beliau makanya mula timbul persoalan bagaimana Datuk Seri Rina dapat memiliki tubuh yang sekarang ini.

Tak kekok berkongsi rahsia

Bagi menjawab segala persoalan para wanita di luar sana, seorang wartawan telah menemu bual Datuk Seri Rina Harun sendiri dalam satu temu bual khas dan sempat dia membongkarkan rahsia yang dilakukan oleh Datuk Seri Rina siang tadi.

" Saya mengamalkan aktiviti berbasikal dan diet, apa yang paling penting adalah niat untuk jadi sihat."

-Datuk Seri Rina Harun-

]]>
“Jangan Ingat Hidup Suami Isteri Sentiasa Sweet..” Kongsi Lelaki Ini Tentang Susah Senang Dalam Rumah Tangga. https://redaksi.com/4630-jangan-ingat-hidup-suami-isteri-sentiasa-sweet-kongsi-lelaki-ini-tentang-susah-senang-dalam-rumah-tangga Thu, 20 Dec 2018 15:00:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4630 Melayari alam rumah tangga memang bukan mudah, kerana banyak cabaran yang harus ditempuhi bersama pasangan. Mereka yang kuat fizikal dan mental sahaja, akan mampu hadapi dengan tenang walaupun terkandas sementara.

Saudara Mohd Yazid Ismail telah berkongsi tentang bagaimana sukarnya hidup berumah tangga ketika fasa “miskin dan susah” 3 tahun lalu di laman facebooknya, jom ikuti kisah yang selanjutnya…

********

Kami kawin pada tahun 2007, dua-dua masih belajar UIA. Kami di tahun 2 pengajian. Nampak macam gatal nak kawin sangat kan.. hehe.

Tapi sebenarnya saya dah plan lama tau, bukan saje2 gatal terus nak kawin. Saya plan sejak 2003, masa tu saya tengah buat tahfiz di Darul Quran JAKIM. Walaupun calon isteri belum ada lagi tapi dah plan awal nak kawin masa belajar.

Oleh sebab dah ada plan, saya mula kumpul duit dengan buat bisnes jual topup hp di DQ dan matrik uia PJ. Bila masuk uia Gombak tahun 2005 saya buat home tuition dan boleh dapat lebih kurang 2k sebulan, dah macam gaji fresh grad ni. Untuk mencari duit saku melalui home tuition ketika itu amat digalakkan, kerana demand yang tinggi sekitar lembah klang.

Bila income dah stabil dan duit simpanan dah banyak baru lah saya cari calon. Alhamdulillah melalui orang tengah, @safira, saya berjaya propose Widyana Ali untuk dijadikan isteri dan dia setuju berkahwin dalam masa terdekat. Saya terus hubungi mak dia dan lepas beberapa kali berbincang maknya pun setuju.

Alhamdulillah, nilai hantaran yg diminta hanya rm6000 tanpa barang2 hantaran lain, tapi saya terpaksa hutang dengan kawan2 yang baik hati, sampai sekarang saya masih hargai keikhlasan mereka.

Mana pergi duit yang saya kumpul sejak sekian lama? Duit simpanan habis lebur sebab terpedaya dengan “investment” yang kononnya akan bagi return tinggi. Kerana masih mentah dan naïve campur tamak,maka inilah harga kebodohan yang saya perlu bayar, duit untuk kawin habis sekelip mata. Rasanya tinggal baki rm2000 je, sedih.

Ingat ye, janganlah percaya dengan bisnes atau pelaburan yg menjanjikan return bulanan yang “too good to be true”. Saya dah insaf.

Tahun pertama perkahwinan, kami terpaksa pindah randah banyak kali sebab masalah bajet dan masalah silap faham dengan owner rumah. Mula-mula menumpang di rumah orang, pastu sewa bilik di atas kedai restoran, kemudian pindah ke flat Fiona di Batu Caves.

Pindah lagi ke flat di Taman Melati dan terakhir sewa sebahagian rumah Makcik Rokiah di tepi MRR2. Banyak habis duit sebab bayar deposit dan kos perpindahan.

Masalah kewangan makin meruncing bila kereta Proton Savvy 2nd hand yang saya beli selalu rosak, banyak kos habis untuk baiki. Dulu kononnya beli savvy sebab nak jimat minyak, tapi bila google di internet baru tahu savvy ni memang ada banyak masalah, menyesal beli.

Kalau nak kira duit yang masuk agak banyak, home tuition 2000+ ptptn 600 + JPA isteri 1200, boleh dapat rm3800 sebulan tapi tu lah masalah pun banyak tambah pula nak bayar hutang orang.

Kadang-kadang sampai korek celah2 almari cari duit syiling untuk beli makanan. Nak beli mesin basuh kena menabung berbulan2 dulu, beli peti ais kena tunggu berbulan2 lagi.

Tinggal di rumah kecil hanya dua bilik, Dyana nak masak agak susah sebab ruang dapur macam bukan dapur, sekadar ada buat cukup syarat je. Kalau family nak datang ziarah kat rumah,kami hanya dapat sediakan sedikit makanan yg termampu sebab duit tak cukup.

Masuk tahun kedua pun masih sama, sampai tahap saya tak beli baju baru untuk diri sendiri dan isteri, kami utamakan dulu barang2 rumah dan keperluan anak yang baru lahir.

Mak saya tegur beberapa kali sebab saya tak beli baju untuk Dyana, saya rasa malu dan rasa bersalah. Tapi Alhamdulillah Dyana sangat2 memahami keadaan kami dan dia bersabar, tetap tenang ceria. Dia cakap tak kesah pasal appearance ke, pasal tak ada barang kemas ke tak ada masalah yang penting tak susahkan orang lain. Selesaikan hutang orang dulu.

Pakaian untuk anak kami selalu belikan yang size besar supaya dia boleh pakai lama. Ikutlah orang nak kata apa pun kami tak kesah.

Walaupun hidup susah, kami dua2 makin cemerlang pelajaran lepas kawin. Dua semester sebelum kawin Dyana tak pernah dapat Anugerah Dekan tapi lepas kawin sentiasa dapat Anugerah Dekan setiap semester sampai grad. Padahal mengandung, pastu jaga baby, tambah plak masalah kewangan dan masalah kesihatan anak. Saya pun sama, CGPA makin naik dan rezeki makin bertambah.

Pada tahun ketiga alam rumahtangga, keadaan ekonomi keluarga makin stabil. Masa ni saya dah di tahun akhir pengajian. Home tuition masih berjalan dan saya tambah kerja dengan jadi unit trust consultant Public Mutual secara part time.

Sambil2 tu saya intai peluang pekerjaan samada swasta atau kerajaan, tapi kecewa sebab masa tu krisis ekonomi tahun 2008-2009 maka peluang pekerjaan sangat2 terhad. Lepas grad saya tak dapat kerja makan gaji. Teruskan kerja mengajar home tuition sambil jadi consultant. Tak pernah hadiri interview kerja.

Sekarang dah 9 tahun malayari bahtera rumahtangga, banyak dugaan dan ujian yang telah diharungi, susah senang bersama dengan penuh harmoni dan tolak ansur. Makin lama makin bertambah rezeki, anak2 pun makin ramai alhamdulillah. Dah lama berhenti buat home tuition. Sekarang full time consultant unit trust, kerja yang guna sijil SPM je.

Walaupun income bulanan saya sekarang dah lebih 10 kali ganda dari income masa baru kawin dulu, tapi kami tetap cermat uruskan perbelanjaan. Kalau ikut kiraan, saya dah mampu beli 2 biji bmw 5 series tapi saya masih pakai Myvi sampai sekarang. Ada orang bila dah ada duit lebih mula lah rasa tak selesa naik kereta local, rasa bergetar dan sakit belakang katanya.

Kepada adik2 yang nak kawin, rancanglah betul2 perkawinan, kewangan kena urus secara teliti. Banyak kes perceraian berlaku disebabkan masalah duit. Jangan ingat hidup suami isteri ni sweet2 sahaja.

Adalah normal kalau ada masalah kewangan masa awal-awal kawin, hampir semua pasangan lalui benda yang sama. Hanya dalam drama tv 3 je bila kawin terus kaya, rumah fully furnished, kereta bmw.

Jangan ingat saya hadapi masalah kewangan sebab kawin masa belajar, kawan2 yang kawin lepas grad pun sama.. semua mula dari zero balik. Apa yang penting suami isteri kena bertolak ansur dan dua2 kena berusaha dan sentiasa BERDOA DAN TAWAKKAL.

********

Semoga Dijadikan Iktibar!

]]>
10 Sisi Wanita Yang Boleh Buat Lelaki Tergoda (No. 8 Ramai Yang Tak Tahu). https://redaksi.com/1157-10-sisi-wanita-yang-boleh-buat-lelaki-tergoda-no-8-ramai-yang-tak-tahu Fri, 08 Sep 2017 15:22:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1157 Pemikiran lelaki sukar untuk diramalkan ketika memilih pasangan kerana mereka punya cita rasa yang tersendiri. Mereka pastinya ada kriteria-kriteria tertentu dalam memilih teman wanita termasuklah sisi wanita yang boleh membuatkannya tergoda. Bagi wanita pula memiliki tubuh badan yang ideal penting sebagai menepati ciri-ciri idaman lelaki. Namun ketahuilah bahawa ada 10 sisi lain pada wanita yang boleh membuatkan lelaki tertarik.



1. Senyuman manis.

Cukup dengan senyuman manis seorang wanita pastinya mampu membuatkan jantung lelaki berdegup kencang. Ditambah lagi dengan sifat semula jadi wanita yang ayu, lemah lembut dan manis akan membuatkan orang yang melihatnya tertarik dan terpesona. Hati lelaki bagaikan dipanah apabila melihat wanita melemparkan senyuman manis. Malah dengan senyuman juga boleh menceriakan seseorang yang sedang berduka. Jadi hati-hati lelaki dengan senyuman manis wanita kerana ia berupaya untuk membuahkan perasaan cinta.

2. Mata yang menawan.

Bak kata orang, dari mata turun ke hati. Untuk melihat sepasang mata wanita yang cantik secara natural sememangnya sukar kerana zaman kini wanita mencantikkan mata mereka dengan pelbagai alat solekan. Ini secara tidak langsung telah mengaburi kecantikan asli seorang wanita. Namun jika lelaki berjumpa dengan wanita dengan sepasang mata yang cantik pastinya membuatkan lelaki jadi tidak keruan.



3. Rambut hitam yang sihat.

Sebenarnya anda tidak perlu menghilangkan keaslian warna rambut kerana rambut yang hitam, sihat, ikal mayang dan lembut boleh menarik perhatian lelaki. Jadi untunglah kita sebagai orang Asia kerana miliki rambut berwarna hitam. Malah rambut hitam yang sihat juga menunjukkan yang anda pandai menjaga aset wanita. Jadi para wanita, jagalah mahkota anda ini dengan sebaiknya agar ia kekal sihat dan cantik kerana ia mampu menyerlahkan diri bentuk wajah seorang wanita.

4. Badan yang berisi.

Sebahagian besar wanita menganggap lelaki hanya menyukai wanita bertubuh kurus kerana wanita fikir tubuh kurus itu tampak seksi. Namun hakikat yang sebenarnya orang lelaki lebih tergoda pada wanita yang sedikit berisi dan miliki pinggul serta ukuran pinggang yang lebar. Pada pandangan lelaki, kalau wanita terlalu kurus melidi mereka akan tampak seperti tidak sihat dan tidak sedap untuk dipeluk.

5. Berwajah natural dan tidak bersolek tebal.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Quarterly Journal of Experimental Psychology mendapati bahawa apabila lelaki ditunjukkan dengan gambar wanita bersolek dan tidak bersolek, keputusannya jelas menunjukkan lelaki lebih memilih gambar wanita yang tidak bersolek.Ini kerana mereka lebih tertarik melihat wajah sebenar wanita berbanding wanita dengan wajah yang sudah disolekkan. Seeloknya pilihlah rona natural agar wajah anda tampak berseri.



6. Memakai pakaian atau gincu berona merah.

Rona merah sering dikaitkan dengan hubungan intim kerana ia terbukti boleh menaikkan nafsu. Malah kajian yang dijalankan oleh Journal of Personality and Social Psychology mendapati bahawa lelaki akan mudah tertarik dengan wanita sekali gus membuatkan emosinya terangsang dengan rona merah yang digayakan wanita tidak kira sama ada menerusi pakaian ataupun solekan. Mana-mana yang dah berkahwin tu boleh la goda dan pikat suami anda dengan memakai pakaian dalam rona merah ketika berhubungan intim.

7. Memakai kaca mata.

Wanita yang memakai kaca mata juga boleh membuatkan lelaki mudah tergoda. Ia secara tidak langsung menjadikan penampilan wanita berkaca mata lebih seksi kerana menampakkan anda seorang wanita bijak dan hot.

8. Suara ketika waktu subur.

Berdasarkan kajian, perubahan hormon ketika aliran menstruasi akan mengubah suara wanita. Inilah yang membuatkan lelaki mampu tergoda apabila mendengar suara wanita. Menurut kajian pada waktu subur, suara wanita akan mengirimkan aliran listrik melalui kulit seorang lelaki. Dengan kata lain, pada waktu puncak kesuburannya, suara wanita boleh membuat kulit lelaki (wanita juga) tertarik ketika berbicara. Suara wanita dikatakan lebih menggoda daripada yang pernah anda fikirkan khususnya ketika wanita berada pada masa paling subur daripada aliran menstruasinya. Suara wanita juga disebut-sebut mampu memberi “aliran listrik” ke kulit seorang lelaki.



9. Kaki yang panjang.

Di mata lelaki, kaki wanita yang panjang ditambah lagi dengan memakai kasut tumit tinggi akan menonjolkan keseksian. Dengan memakai kasut tumit tinggi, kaki, punggung dan bahagian belakang wanita akan tampak menarik.

10. Gigi yang putih dan bersih.

Senyuman dengan gigi yang putih dan bersih mampu membuatkan sesiapa pun cair apabila melihatnya. Malah menurut pakar, kebanyakan lelaki kurang menyenangi gigi pasangan yang kekuningan dan tidak tersusun. Disebabkan itulah setiap orang disarankan untuk membuat pemeriksaan gigi secara berkala enam bulan sekali agar gigi anda sihat, bersih dan putih.




]]>
Terus Istiqomah Baca Ayat 36 Surah Yasin, Buat Yang Single Terus Amalkan Tanpa Putus Asa. https://redaksi.com/8404-terus-istiqomah-baca-ayat-36-surah-yasin-buat-yang-single-terus-amalkan-tanpa-putus-asa Wed, 29 Jul 2020 22:43:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8404 Sabda Rasulullag SAW:

“Setiap sesuatu ada jantungnya dan jantung Al-Quran ialah Yasin. Barangsiapa membaca Yasin, Allah tuliskan untuknya pahala membaca Al-Quran sepuluh kali ganda” (Riwayat Al-Tirmizi)

Menjadi satu kebiasaan kita bila membaca Surah Yasin pada malam jumaat. Tapi sebenarnya, ia tidak hanya terhad pada malam itu saja, tetapi boleh dibaca bila-bila masa.


Ibni Abbas r.a berkata:

“Sesiapa membaca Yasin di waktu pagi diberikan untuknya kemudahan hari itu sampai ke petang dan sesiapa membacannya di awal malam, diberikan untuknya kemudahan malam itu sampai ke pagi”(Riwayar Al-Darimi)



Memang banyak kebaikan Surah Yasin ini. Di dalamnya tersimpan seribu rahsia, bahkan ada penawar untuk penyakit serta pelindung.

Buat mereka yang mencari jodoh, amalkan Surah Yasin, ayat 36. Ayat ini juga dikenali sebagai dia pengasih.
Amalkan secara konsisten, Insya-Allah akan dikurniakan jodoh yang baik dan mampu membimbing kita ke jalan soleh.






]]>
Mula-mula ajak pergi kenduri kahwin, tak sangka dapat lamaran kahwin https://redaksi.com/8736-mula-mula-ajak-pergi-kenduri-kahwin-tak-sangka-dapat-lamaran-kahwin Mon, 19 Oct 2020 16:45:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8736 Jodoh itu datang dalam pelbagai cara. Boleh jadi hari ini hanya anggap kawan esok lusa boleh berkasih sayang, sama juga macam hari ini reject dirinya tapi esok lusa dia pula yang duduk bersama atas pelamin. Jodoh ni datang pelbagai cara.



Tiba-tiba jadi lamaran

Macam kisah yang dikongsikan wanita yang lebih mesra dipanggil Aten ini, dia memuat naik perbualan dengan suaminya sebelum mendirikan rumah tangga. Pada mulanya mereka ini hanya sekadar kawan saja, malah dia juga sempat berseloroh dengan suaminya untuk mengundang ke majlisnya kelak.

Jual mahal

Tanpa disangka jemputan kahwin yang hanya main-main itu telah menjadi lamaran dari suaminya namun, wanita ini jual mahal pada mulanya. Mula-mula jual mahal tapi lama-lama jatuh sayang. Tapi itulah dinamakan jodoh, dari tak suka boleh jadi suka.



Tapi jual mahal sekali pun, kini pasangan ini telah selamat menjadi suami isteri malah sekarang ini mereka juga memiliki seorang bayi yang sangat comel.



Perkara ini mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata masih menunggu lamaran dari seseorang, malah ada juga yang mendoakan pasangan ini agar kekal bahagia hingga ke jannah.


]]>
6 Alasan Anda Tidak Perlu Segan Mengaku Masih Single. https://redaksi.com/410-6-alasan-anda-tidak-perlu-segan-mengaku-masih-single Mon, 10 Jul 2017 10:09:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=410 Anda masih tidak mempunyai kekasih hati? Anda malu mengakui kepada kenalan rapat yang anda masih solo? Anda frust dikecam ‘tidak laku’, ‘jua mahal’ dan sebagainya? Jangan risau! Buang segala perspektif mahupun tohmahan cliché itu jauh-jauh kerana ada sebab tersendiri untuk anda kekalkan status ‘single and available’. ‘Bro, bila nak kahwin?’, ‘Bro, bila kau nak ada buah hati ni’? Soalan itu sering kali diajukan kepada sesiapa sahaja yang masih tidak berteman. Kadang-kala naik muak mengulangi jawapan yang sama. Namun, jika anda masih bersendirian anda tidak perlu risau kerana menjadi solo bukan perkara yang buruk. Apabila tiba masanya pasti ada jodoh dan anda akan memiliki teman hidup.



6 ALASAN ‘COOL’ KEKAL SOLO.

1) Bebas dan Berdikari.

Sekiranya masih solo, hargai masa terluang yang ada kerana anda bebas!. Dengan kebebasan yang anda miliki, buat sahaja apa yang anda suka tanpa perlu memikirkan kerelaan mahupun perasaan buah hati anda. Anda juga tidak perlu meminta kebenaran sekiranya ingin kemana-mana. Shopping, tengok wayang bersama kawan-kawan dan pelbagai aktiviti lain boleh anda nikmati dengan hati yang tenang.



2) Jadi seorang kawan yang baik.

Tanpa kekasih hati, anda boleh luangkan lebih masa bersama kawan-kawan ‘sekepala’. Anda tidak perlu membahagikan waktu antara teman sejiwa (kekasih) dengan kenalan rapat.
Semestinya anda punya masa berkualiti untuk dihabiskan bersama-sama. Bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan, malah memberi peluang mengenali diri dan rakan-rakan yang lain. Anda haruslah jadi seorang kawan yang baik.

3) Masa berkualiti di rumah.

Pastinya timbul dilema, bila anak sudah berpasangan pastinya ibu dan bapa rasa kesunyian. Namun bagi anda yang masih tidak berpunya, inilah masanya untuk anda meluangkan lebih banyak masa bersama ibu dan bapa anda. Ambil peluang ini walaupun untuk sementara. Banyak aktiviti boleh dilakukan bersama seperti makan malam, berkelah, melancong dan sebagainya.



4) Cari duit lebih.

Peluang ini tidak selalu datang bergolek. Apabila berpacaran, banyak masa anda akan dibahagikan untuk kekasih hati. Jika tidak, ambil kesempatan yang ada untuk mencari duit lebih. Contohnya lakukan pekerjaan sambilan. Bukan sahaja memberi keuntungan malah anda juga berpeluang berjumpa ramai kenalan baru dan mungkin juga bakal jodoh anda. Siapa tahu bukan?

5) Jimat kos perbelanjaan.

Tidak dapat dinafikan, jika sudah berpasangan pastinya banyak duit yang haris dilabur, terutama sekali bagi lelaki. Ingin nampak bergaya di hadapan kekasih, poket kena tebal. Namun jika anda masih solo, pastinya anda dapat menjimatkan kos hiudp. Duit anda itu boleh digunakan untuk diri sendiri mahupun untuk keluarga tersayang. Contohnya membeli kereta, pakaian, melancong dan sebagainya. Jimat kos perbelanjaan anda bulan-bulan.

6) Kurang tanggungjawab.

Biasalah, bila sudah ada kekasih pastinya beban di bahu akan bertambah dari segi masa, wang, ruang, kasih sayang dan sebagainya. Dengan menjadi single, anda hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Yang pasti, segala keputusan terletak dalam tangan anda dan tiada apa yang akan mempengaruhi keputusan anda itu. Walaubagaimana pun, anda juga harus bersedia untuk menerima tanggungjawab lain atau yang bakal tiba.

]]>
5 Soalan Yang Si Gadis Moden Perlu Tanya Dekat Calon Suami. https://redaksi.com/216-5-soalan-yang-si-gadis-moden-perlu-tanya-dekat-calon-suami Tue, 20 Jun 2017 10:41:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=216 'Awak, awak serius ke nak kahwin dengan saya?'

Setiap pasangan pasti ingin mengakhiri percintaan mereka dengan ikatan perkahwinan. Jangan risau. Jika dia jodoh yang Allah tetapkan untuk kita, pasti Allah akan mempermudahkan segalanya. Yakin dengan redha Allah, yakin dengan rezeki Allah. Pasangan perlu bersedia bukan sahaja dari segi ilmu fardu ain dan fardu kifayah, malah perlu bersedia dari fizikal, mental dan juga ekonomi. Sebelum masuk ke fasa yang lebih serius, tanya soalan-soalan yang lebih ke arah masa depan. Tanya soalan-soalan berkaitan kewangan dan ekonomi. Kenali bakal pasangan hidup anda dengan mengetahui apakah visi, misi dan objektif si dia di dalam kehidupan untuk 5 tahun, 10 tahun akan datang. Tahu tak statistik menunjukkan ramai pasangan muda yang bercerai awal atas sebab masalah kewangan?



Percayalah, soalan-soalan ini akhirnya akan membantu anda menentukan sama ada anda perlu terus serius dengan pasangan anda itu atau sebaliknya. Sebaik-baiknya anda bertanya soalan-soalan ini di masa yang sesuai.

Soalan Kewangan 1 - KERJAYA?

'Berapa gaji awak sekarang?'

Jika pasangan kita berkerja makan gaji, cuba tanya soalan mudah seperti ini. Kalau tak berani sebab sensitif nak tanya direct macam tu, cuba twist sikit soalan tu.

'Apa prospek masa depan kerjaya awak tu ya? Ada peluang naik pangkat tak?'

Dari satu sudut lain nampak macam kita berminat dalam kerjaya dia, tetapi sebenarnya kita sedang menilai perancangan jangka panjang demi masa depan bersama. Takkan kita nak pasangan kita lompat-lompat kerja? Mestilah kita nak bakal suami kita ada kerjaya yang boleh menjamin kestabilan.



Soalan Kewangan 2 - SIMPANAN?

'Apa rancangan awak untuk memantapkan ekonomi keluarga kita lepas kahwin nanti?'

'Berapa awak target dapat simpan setiap bulan?'

'Berapa banyak duit simpanan dah ada untuk bayar deposit rumah?'

Bunyi macam poyo je kan? Tapi kalau pasangan anda tak boleh jawab soalan-soalan ini, rasa-rasanya nampak masa depan tu cerah ke gelap? Bakal suami kita perlulah menjadi lelaki yang boleh mengetuai ekonomi rumahtangga, nama pun imam kepada kita.

Soalan Kewangan 3 - PERLINDUNGAN?

'Awak dah ambil takaful?'

Kepada si gadis, sebelum berkahwin tanya dulu soalan wajib ini kepada si lelaki. Adakah dia sudah mencarum atau belum personal takaful? Kalau nak tahu orang yang ada takaful ni sudah semestinya bijak menguruskan wang. Sebab awal-awal lagi dah punya perancangan di masa hadapan. Jangan lupa suruh dia masukkan nama anda sebagai pewaris bila dah sah nanti. Zaman sekarang ni takaful sudah menjadi satu keperluan. Berapa puluh ribu pun hantaran kahwin nanti, tak ada maknanya kalau lepas kahwin keluarga kita tiada perlindungan pendapatan yang lebih penting untuk meneruskan kehidupan yang masih panjang. Orang yang bijak tak semestinya diukur dari ijazah, master mahupun Ph.D semata-mata tetapi boleh dilihat dari segi dia menguruskan kewangan.



Soalan Kewangan 4 - HUTANG?

'Awak ada hutang kredit kad tak?'

'Awak pernah buat personal loan tak?'

'Awak dah start bayar hutang PTPTN? Berapa balance yang tinggal?'

Hutang adalah mimpi ngeri kepada kewangan sesiapa pun. Silap haribulan ia boleh menjadi salah satu punca rombongan meminang ditolak. Adalah penting untuk kita bertanya tentang hutang-hutang yang ditanggung oleh bakal pasangan kita tu. Ini bukanlah berniat untuk membuat dia berasa bersalah atau bimbang, tetapi jika dah tahu lebih awal, boleh berbincang bagaimana cara terbaik untuk menguruskan hutang-hutang itu bersama-sama. Bila dah berkahwin, sepatutnya 'Ini hutang kita, macam mana kita nak jelaskan?' Bukannya, 'Itu hutang awak, fikirlah sendiri'.

Soalan Kewangan 5 - INCOME?

'Awak nak saya kerja ke lepas kahwin?'

'Awak rasa berapa banyak yang kita perlukan untuk survive?'

Ini boleh menjadi satu soalan yang penting terutamanya kepada wanita yang menghargai kerjaya mereka. Dengan bertanyakan soalan ini, anda akan mendapatkan jawapan sama ada pasangan hidup anda mahu anda untuk meneruskan kerjaya atau menjadi suri rumah sepenuh masa.



Kesimpulan.

Jangan salah faham, kita bukan mencari bakal pasangan yang sempurna, tetapi jadikan ini sebagai panduan supaya kita lebih bersedia dari segi kewangan. Sebagai mukmin sejati, pedoman yang semestinya perlu kita rujuk adalah menerusi kitab Al-Quran yang sudah pastinya sebagai kitab rujukan yang lengkap. Allah SWT apabila menceritakan sesuatu kisah menerusi Al-Quran, sudah pasti ia bukan semata-mata releven untuk zaman tersebut sahaja, bahkan ia sesuai untuk menjadi pengajaran sampai bila-bila.

Dalam surah Yusuf, ayat 47 ada menyebut tentang kepentingan menanam selama 7 tahun dengan bersungguh-sungguh.

قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَباً فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِي سُنبُلِهِ إِلاَّ قَلِيلاً مِّمَّا تَأْكُلُونَ
Yusuf menjawab: 'Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. (47)

Betul, bukan sekadar menanam, tetapi menanam dengan bersungguh-sungguh. Dalam erti kata lain, sama ada kita makan gaji atau bekerja sendiri kita perlu benar-benar berjaya dalam bidang yang diceburi. Dalam zaman yang serba mencabar ini, kalau nak berjaya dalam hidup, sentiasa 'laparkan diri' dan terus-menerus memburu ilmu yang bermanfaat. Kalau ada seminar, pergi sama-sama lebih sweet. Sebab tak semua rajin nak baca buku-buku tentang pengurusan kewangan. Benda yang dtulis ni pun merungut kata panjang. Jadi lebih baik belajar terus dari kepakaran orang lain. Mesti seronok kalau kita dapat sediakan rumah, kereta, perubatan yang sempurna buat keluarga kita hasil dari perancangan kewangan dari awal. Mintalah petunjuk dariNya supaya kelak kalau berlaku apa-apa, kita dapat terima dengan redha.


]]>
Pelamin Anganku Musnah... https://redaksi.com/7202-pelamin-anganku-musnah Sat, 14 Sep 2019 23:20:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7202 Setiap orang ada cita-cita untuk berkahwin dan memiliki keluarga sendiri. Siapa saja yang ingin hidup bersendirian dikemudian hari? Namun jika perkahwinan yang sepatutnya menjadi milik kita itu musnah di tengah jalan, bagaimana hendak teruskan kehidupan seperti sedia kala? Pasti perit dan pedih setiap kali teringatkan apa yang pernah diangankan satu ketika dulu.


Tidak semua hubungan akan berakhir dengan perkahwinan. Adakala Allah hadirkan seseorang untuk menguji kita sahaja. Bercinta sekian lama tetapi akhirnya si dia berkahwin dengan orang lain. Bagaimana pula dengan kita yang masih tak dapat melupakan kenangan dan belum ada pengganti? Allah hadirkan pelangi selepas hujan. Begitu juga kepada kita, setiap kesedihan yang kita alami, pasti ada kemanisan dan kebahagiaan tersembunyi di akhir cerita.



Berdoalah selalu, semoga dipertemukan dengan jodoh yang betul dan tepat. Rezeki dan jodoh tidak pernah salah alamat. Jika dia milik kita, lambat atau cepat pasti akan datang kepada kita juga. Tidak bermakna apabila selepas putus cinta yang sudah hampir ke pelaminan itu buatkan kita terus putus asa sehingga serik untuk mengenali orang lain. Ingat, tidak semua orang seperti itu dan jangan sesekali samakan orang lain dengan seseorang.



Buanglah segala kisah lama yang pernah merobek hati, lupakan pelamin angan yang sudah diduduki orang lain, dan bersedialah untuk menerima orang lain untuk membahagiakan diri anda. Mungkin dia akan betul-betul membahagiakan anda. Tetapi jangan terlalu cepat menduga si dia, kenali hati budinya dahulu untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali.



Sebenarnya tiada ungkapan pelamin anganku musnah kerana itu ternyata bukan pelamin kita. Jika ia benar pelamin kita, pasti kita yang akan dudukinya. Pelamin kita belum ada dan masih mencari-cari kita. Jika tiba masanya, pasti aka nada pelamin nyata yang akan kita dudukl bersama si dia yang tepat untuk melayari bahtera rumahtangga.

]]>
“Sebagai Suami Bayar Apa Yang Wajib Dan Tunaikan Hak Isteri Terdahulu, Kemudian Bayar Yang Lain Pula” https://redaksi.com/5170-sebagai-suami-bayar-apa-yang-wajib-dan-tunaikan-hak-isteri-terdahulu-kemudian-bayar-yang-lain-pula Tue, 12 Feb 2019 14:17:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5170 Tidak ramai dikalangan kita, di awal perkahwinan sahaja memiliki kewangan yang stabil dan harta yang banyak untuk menampung hidup berdua. Apatah lagi apabila sudah memiliki cahaya mata. Bertungkus-lumus untuk mengendalikan kewangan keluarga, memang semua pasangan sudah merasai fasa tersebut. Sama ada berjaya atau terkandas, ianya terpulang pada usaha masing-masing.

Saudara Firdaus Shakirin telah berkongsi di laman facebooknya, bagaimana dirinya bersama isteri berdikari dalam menguruskan kewangan sejak dari awal perkahwinan lagi…

********

No photo description available.

Dulu mula-mula kawin, gaji RM1800 ja…

Cukup ke tidak ni nak bela anak org...perbelanjaan dan komitmen berumahtangga tak sama macam hidup bujang…

Ketika bujang, tengah-tengah bulan atau masa sengkek, balun megi dgn roti je. Takkan nak bagi anak orang pun makan megi, makan roti je? Hmmm…

Banyak yang difikirkan sebelum nak berkahwin dulu. Mental dan fizikal dah bersedia, cuma takut poket ja tak mampu nak tanggung isteri.

Akhirnya kahwin jugak, then dalam 2,3 bulan pertama tu, masih ada duit baki kenduri dan ada sedikit duit saving, so bleh survive macam biasa. Masuk bulan keempat pula, kelima, rasa mcm ngam-ngam ja ni.

Tengok dompet, boleh tahan smpai gaji ke tidak ni? Yela, gaji banyak tu je, plus OT dalam 2, 3 hari, tolak pulak duit sewa umah, ansuran kereta, minyak kereta, beli barang dapur, bayar bil, bakinya berapa je yang tinggal. Kemudian kena bagi duit belanja kat isteri lagi…isteri bekerja jugak time ni…

“Ayg, duit abang tinggal RM100 je lagi”

Saya berterus terang dengan wife, baki duit tinggal banyak tu ja…2 minggu lagi gaji…

Wife kata, tak apa, duit dia ada lagi, guna duit dia…terus dia hulur 300…

”Kalau tak cukup, bagitau la ayang”…

Malu nak ambik, sebab itu duit bini, tapi dah nak kena guna, ambik jugak la…

”Nanti abang bayar balik”

Saya cakap kat wife…dia tak kata apa pun…guna la duit yang dia bg tu smpai gaji…

Dapat ja gaji, saya nak bagi balik duit dia, dia kata tak apa, tak payah bagi…dia bagi kad bank dia, dia cakap

“Abang manage kewangan keluarga kita, guna apa yang ada dalam kad tu”…

Gaji dia masa tu dalam RM2k lebih, tinggi dari saya…dah dia bagi kebenaran macam tu, dan saya fikir-fikir kalau guna gaji seorang sahaja memang tak lepas nak bayar komitmen/hutang, so saya combine gaji kami berdua, setel bayar hutang-hutang semua…

Contoh total = 3.5k, tolak sewa umah, duit kereta, duit minyak, duit bil utility, belanja barang dapur, topup semua, tinggal la baki dlm 1.2k…saya bagi dia 1k, saya ambik 200…

“Kenapa saya 1k, abang 200…?”

“Abang guna 200 ni dulu, klu tak cukup, abang mintak lagi...”

Awal-awal kahwin, agak struggle jugak bab kewangan ni. Mana-mana pasangan pun mungkin akan hadapi perkara yang sama sementara nak terbiasa.

Nasihat saya, sebagai suami, usahakan dulu bayar apa yang menjadi kewajipan kita, tunaikan dulu hak-hak isteri…hak yang sepatutnya dia dapat…cukup, tak cukup duit kita tu, belakang kira dulu janji kewajipan kita dah tunaikan…

Kini, setelah melalui semua kesusahan dan kepayahan tu, boleh saya katakan, saya dah mampu bagi balik apa yang isteri bagi pada saya dahulu…dengan anak 3, dengan dirinya yang dah tak perlu bekerja, surirumah sepenuh masa, hidup pun dah berubah, ekonomi dan kewangan keluarga pun dah makin stabil, saya rasa, saya dah berjaya dalam menjadi seorang suami…saya dah mampu untuk tanggung dan menyara keluarga kecil kami dengan apa yang ada…

Kepada suami diluar sana, laksanakan dulu kewajipan kita seboleh-bolehnya dan semampunya, kemudian Insya Allah kita akan memperoleh ganjaran daripada setiap apa yg kita dah lakukan…

********

Semoga Bermanfaat Dan Dijadikan Sebagai Iktibar Bagi Mereka Yang Mahu Ke Jinjang Pelamin!

]]>
Ustaz, Saya Ingin Jadi Isteri Yang Baik, Bagaimana Caranya? https://redaksi.com/935-ustaz-saya-ingin-jadi-isteri-yang-baik-bagaimana-caranya Sat, 19 Aug 2017 11:27:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=935 “Ustaz, saya ingin menjadi seorang isteri yang dapat membahagiakan suami dan hidup diredhai Allah. Saya ingin meminta pendapat, bagaimanakah cara terbaik bagi menambat hati suami dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia dan diberkati?”



Maka Ustaz Azhar Idrus ( Original ) memberikan perincian berikut sebagai jawapan kepada soalan di atas:

1. Sentiasa mencintai & menghormati keluarga suaminya seperti mana dia menghormati & menyayangi keluarganya sendiri.

2. Sentiasa menjaga aurat daripada pandangan yang bukan muhrimnya & pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

3. Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumahtangga mereka.

4. Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan & kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan dengan perintah agama.



5. Isteri sedia memberikan layanan & kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan & kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

6. Isteri yang sentiasa menjaga rahsia & maruah suaminya. Begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami.

7. Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana & tidak membazir.

8. Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan & kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suaminya tidak mampu menunaikan.

9. Isteri yang sentiasa bersyukur & tenang, samaada menerima nikmat atau pun dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas & tanggungjawab sebagai isteri & ibu serta perintah Allah dengan tabah & sabar.

10. Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.

11. Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.



12. Sentiasa menghias diri apabila di hadapan suami dan sebaliknya pula apabila ketiadaan suami.

13. Sentiasa mendahulukan keperluan suami daripada keperluannya sendiri.

14. Sentiasa bersikap malu kepada suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

15. Menemani suaminya ke muka pintu sewaktu hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman sewaktu suaminya pulang.

(Petikan dari buku “Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa”).

]]>
Bakal Pengantin Yang Takut Nak Tinggalkan Solat Selepas Selesai Make Up, Ini Tips Untuk Anda. https://redaksi.com/7057-bakal-pengantin-yang-takut-nak-tinggalkan-solat-selepas-selesai-make-up-ini-tips-untuk-anda Tue, 03 Sep 2019 10:33:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7057 Sering kali dingatkan agar tidak meninggalkan solat ketika berlangsungnya majlis perkahwinan. Ini kerana, solat itu menambahkan lagi keberkatan dalam majlis yang berlangsung itu. Jika pengantin lelaki, mungkin dirinya tidak akan ada masalah untuk solat tetapi macam mana dengan pengantin wanita?

Ini kerana, biasanya pengantin wanita akan mula makeup seawal pagi lagi kerana bimbang jika dilewatkan mungkin akan menyebabkan majlis akan tertunda. Namun bagaimana pengantin wanita nak solat Zuhur kalau dirinya telah dimakeupkan?



Dalam Islam, adakah rukhsah yang diberikan untuk pasangan pengantin ini supaya tetap menjaga solat mereka?

Sebelum menjawab soalan ini, perlu difahami bahawa solat merupakan satu ibadah yang menghubungkan hamba dengan Tuhan-Nya yang mengandungi beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.

Solat merupakan tiang agama dan ALLAH SWT mencela orang-orang yang melalaikan dan bermalas-malasan dalam menunaikan solat.



Ia merupakan rukun Islam yang paling utama setelah dua kalimah syahadah.

Firman ALLAH SWT: “Sesungguhnya solat itu adalah fardu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”. (Surah An-Nisa:103)

Dalam urusan walimatul urus khususnya kepada pengantin perempuan atau ahli keluarga yang terlibat, hendaklah memahami bahawa segala aktiviti dalam perkara ini tidaklah termasuk dalam sesuatu urusan yang bersifat darurah (kesukaran yang mendesak) sehingga wujudnya hukum rukhsah sebagai maslahah (jalan keluar).

Ini kerana tidak terdapat masyaqah (kepayahan) yang terlalu mendesak sehingga boleh menyebabkan kematian atau sebagainya.



Walimatul urus tujuannya untuk ‘mengiklankan’ perkahwinan pasangan pengantin kepada jiran tetangga dan sanak saudara, di samping mengharapkan doa restu daripada mereka yang hadir sebagai tetamu.

Tidak sepatutnya majlis yang penuh kebaikan ini dicemari dengan perkara mungkar dan maksiat yang akan mengundang pula kemurkaan ALLAH SWT.

Bagi memudahkan urusan dan mengharapkan keberkatan dalam majlis yang diadakan, antara tip bagaimana memudahkan solat ketika majlis perkahwinan yang boleh dilaksanakan:

Pertama: Berwuduk sebelum mekap. Jagalah wuduk sebaik mungkin dan titipkan pesanan kepada suami supaya aktiviti menyentuh dan disentuh tidak berlaku sehinggalah anda menunaikan tanggungjawab anda kepada ALLAH SWT terlebih dahulu.

Kedua: Mulakan majlis pengantin bertemu dengan tetamu (makan beradab) selepas masuknya waktu Zuhur.

Ketiga: Pesan kepada individu yang mengendalikan ‘PA system’ dan supaya menghormati azan yang berkumandang, jika menggunakan khidmat ini.

Keempat: Sediakan ruang solat untuk tetamu yang jauh.

Kelima: Cari lokasi majlis yang berdekatan dengan surau/masjid.

Keenam: Tulislah pada kad jemputan dengan pesanan: ‘Jemputan beragama Islam digalakkan bersolat sebelum menghadiri majlis’.

Jangan tinggalkan solat hanya kerana ingin mengutamakan majlis perkahwinan anda. Dengan solat ini juga membantu hubungan anda suami isteri mendapat keredhaan Allah.

]]>
Friend Zone Itu Menyakitkan? Tips Elak Diri Daripada Terkena Friend Zone. https://redaksi.com/1617-friend-zone-itu-menyakitkan-tips-elak-diri-daripada-terkena-friend-zone Wed, 14 Mar 2018 15:10:58 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1617 Dalam pencarian sebuah cinta, pasti ada yang pernah kecewa kerana ditolak mentah-mentah oleh orang yang kita sukai. Penolakan atau direject ini lebih dikenali sebagai ‘friend zone’ pada masa ini. Apa maksud sebenar ‘friend zone’ ini? Friend zone adalah seseorang yang mengehadkan perasaan dirinya terhadap seseorang individu. Senang cerita, tak suka dan tidak ada hati pun dekat orang itu.



Walaupun anda telah berusaha untuk lebih menyerlah daripada rakan-rakannya yang lain, anda tetap kena friendzone dengannya. Tapi kenapa ye? Betul ke lelaki lebih mudah terkena tolakan wanita, berbanding wanita. Di sini terdapat beberapa punca, mengapa orang yang anda minati itu menolak anda.

Antara puncanya ialah, anda terlalu fokus terhadap dirinya. Anda telah menyasarkan dirinya bakal anda miliki, maka anda akan melayaninya dengan baik mungkin. Setiap tutur kata anda bagaikan menunjukkan dirinya adalah milik anda. Si dia juga dilayan bagaikan kekasih anda. Jadi si dia pasti akan mula angkat kaki dahulu.

Selain itu, ada sentiasa anda untuk dirinya. Jika ada perkara yang berlaku, anda tiba pada waktunya untuk memberikan pertolongan. Si dia juga tahu apabila dia timpa kesusahan, anda adalah orang yang akan dicarinya tanpa perlu dibimbang lagi. Ia hanya satu perbuatan yang membuatkan anda berhak dilayan sebagai kawan. Hal ini kerana, seorang kawan yang baik akan sentiasa berada di sisi sahabatnya ketika dalam kesusahan.



Di samping itu, dia juga tahu bahawa anda tidak mempunyai rakan wanita ataupun rakan lelaki yang lain selain darinya. Jadi ini telah menunjukkan anda menyimpan hati terhadapnya. Maka, sebelum memberitahu isi hati anda kepadanya, baik anda sediakan ruang untuk berkawan dengan wanita atau lelaki lain. Baru lah si dia rasa tercabar sedikit. Jika si dia tidak ada mempunyai saingan, dia merasakan anda tidak diminati oleh wanita atau lelaki lain.

Bertindak terlalu terburu-buru. Anda masih tidak kenal lagi hatinya terhadap anda bagaimana. Tapi anda telah luahkan isi hati anda terhadapnya. Ini menunjukkan anda mudah sahaja untuk didapati. Orang seperti ini sukakan sesuatu yang mencabar. Jika anda menunjukkan tanda-tanda jual mahal, pasti si dia akan jatuh hati pada anda.

Tapi itu semua mungkin tidak terjadi jika anda adalah orang yang memenuhi cita rasanya. Jadi sebelum anda meluahkan rasa hati anda, anda perlu ketahui cita rasa bagaimana yang anda ada untuk si dia agat tidak kena friend zone nanti.

]]>
Tersasul sebut nama sendiri ketika akad, pengantin terpaksa ulang 4 kali masa nikah 'online' https://redaksi.com/9704-tersasul-sebut-nama-sendiri-ketika-akad-pengantin-terpaksa-ulang-4-kali-masa-nikah-online Fri, 12 Feb 2021 10:09:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9704 Ramai yang mengambil peluang untuk mendirikan rumah tangga pada ketika ini kerana dikatakan lebih menjimatkan. Meskipun majlis kahwin tidak dibenarkan, namun akad nikah boleh dilakukan namun perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Bakal pengantin juga boleh bernikah di perjabat agama ataupun melakukan proses secara 'online' di rumah bergantung kepada sesetengah negeri.



Sama seperti lelaki ini yang turut berpengalaman menjalani akad nikah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana memilih untuk menjawab lafaz akad nikah di hadapan bapa kepada pengantin perempuan.

Sebut nama sendiri

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, pengantin lelaki berkenaan terlihat tidak senang duduk apabila percubaan pertama melafaz akad nikah gagal malah terpaksa dihentikan kerana sedikit lambat.

Bagaimanapun, percubaan kali kedua bertukar menjadi momen yang kelakar apabila jejaka tersebut menyebut nama diri sendiri bukan nama bakal isterinya.

4 kali lafaz akad

Terpaksa melakukan lafaz akad nikah untuk kali ketiga, pengantin lelaki terlihat lebih lancar namun terpaksa diulang semula kerana saksi tidak yakin dan lafaz yang keempat barulah pasangan ini sah bergelar suami isteri.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur akan gelagat pengantin lelaki malah memahami bahawa dirinya terlalu gugup selepas melihat gerak gerinya.




]]>
Perbezaan Lelaki Soleh dan Alim. Yang Mana Satu Pilihan Anda? https://redaksi.com/1432-perbezaan-lelaki-soleh-dan-alim-yang-mana-satu-pilihan-anda Mon, 02 Oct 2017 12:04:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1432 Whoever knows me well will know what is my perception towards alim men. It's different between lelaki alim and lelaki soleh. Sangat berbeza. Before I start my entry, I would like to apologize if my words will hurt all of you. Pengalaman saya selama 25 tahun, pernah bersekolah agama selama 9 tahun, 2 tahun di sekolah sains dan 6 tahun di UiTM. Pengalaman yang sangat sikit tapi rasanya cukup untuk menjelaskan apa perbezaan lelaki Soleh dan Alim, because I pernah date with those alim men.



Perbezaan.

1. Lelaki Alim suka menegur apa yang tidak disukaai oleh Allah, which is really good BUT dia pon sama kadang2 melanggar hukum Islam, for example: dating dengan girlfriend berduaan tanpa diteman pihak ketiga, padahal dia dah marah kawan2 dia dating. However, lelaki soleh menegur dengan cara perbuatan, menunjukkan what is do's and don'ts.

2. Lelaki Alim suka marah bertindak mengikut perasaan dengan menghentam orang sebab benda itu harammmm. (Pernah tengok cerita Aqashah berlakon yang semua haraammmm. Haraaammm) meanwhile, lelaki soleh akan menegur secara lembut sampai kita tak perasan pon yang dia menegur kita.



3. Lelaki Alim sangat mudah untuk dikenali iaitu dia ni Ustaz cyber. Always preach at social media or blogs etc, tapi bila suruh menyelesaikan masalah keruntuhan akhlak remaja terus menghentam, menjatuhkan hukuman kepada pesalah. Meanwhile lelaki soleh, dia tak akan menunjukkan kepandaian dia melainkan orang bertanya. Jika diminta masalah keruntuhan akhlak remaja dia akan menolong. Contoh dalam latest video Mat Lutfi "sebelah sayap" nice video to watch.

4. Lelaki Alim suka mengorat perempuan dengan memberikan tazkirah nak tunjuk dia pakar dalam agama. Perempuan pon cair. "Owh inilah lelaki yang aku boleh jadikan suami, imamku". I pernah kena macam ni, my ex dulu mengorat beri tazkirah berjela- jela sebab dia budak KiSAS, bila jalan2 pegang tangan kalau kita tak sambut tangan dia nanti merajuk. But i become curious why kat Shah Alam tak pegang tangan. So I ask him. Why tak pegang tangan kan. Dia kata nanti ustazah KiSAS dia nampak. I said to him, "Tuhan you Ustazah you lah". Somehow I don't like dating with guys like this tunjuk tahu agama tapi tak laksanakan. I ada berkawan dengan some bad boys, bukan yang jenis jahat mencuri or melanggar undang2. Dia ni macam nakal lah, but he never ambil kesempatan with me. Never hold my hand, his really good and respect woman even dia ada sikit nakal la. So you can see. Please woman, jangan ditipu dengan rupa paras kealiman.



5. Lelaki Alim senang dapat. lelaki soleh susah nak dapat or jumpa. Kita sebagai perempuan hanya berdoa dan yakin dengan Allah siapa jodoh kita. Again, Jangan ditipu paras rupa alim mereka yang penting perbuatan dan hati.

6. Sampai sekarang saya tak faham apa yang lelaki alim nak tunjukkan. Kahwin poligami dan sebagainya, memanglah jodoh tapi saya still tak faham. Nak bagi payung emas untuk isteri, tapi bagi saya dari awak bagi saya payung emas, baiklah saya cari suami mualaf yang memang nak masuk Islam dan Allah menjanjikan mahliga di syurga nanti Insya Allah.

7. Lelaki Alim suka menjatuhkan hukuman terhadap seseorang. Contoh sila tengok gambar2 public figure. Ada yang comment dah ada jatuhkan hukuman neraka. Kita siapa nak jatuhkan hukum?? Kalau awak dah jatukan hukuman maksudnya awak dah mendahulukan Tuhan. Awak Tuhan ker nak jatuhkan hukuman??

Kepada wanita di sana yang mendambakan lelaki alim sebagai suami, sila tukar doa anda. Doakan untuk mendapat lelaki soleh yang dapat guide kita dunia dan akhirat. Setiasa yakin dengan Allah itu yang penting. Again, jangan sesekali terpedaya dengan apa yang awak lihat dan dengar. Sila lihat dengan perbuatan mereka seiring atau tidak. Pernah dengar pepatah alim alim kucing.



 

]]>
Makin Lambat Nak Dapat Pasangan Hidup Kalau 'Demand' 5 Perkara Ini. https://redaksi.com/8440-makin-lambat-nak-dapat-pasangan-hidup-kalau-demand-5-perkara-ini Tue, 11 Aug 2020 10:24:52 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8440 Setiap orang tentunya mempunyai cita rasa yang tersendiri dalam mencari pasangan hidup ini. Ada sukakan yang pandai buat lawak, berkerjaya, pandai ambil hati orang tua dan ada juga yang sukakan yang mahir memasak. Semuanya bergantung pada cita rasa individu itu.


Namun begitu, dalam mencari jodoh ini tak semua cita rasa anda boleh dipenuhi dalam diri seseorang. Boleh jadi, dia seorang yang pandai membuat lawak tapi dia juga mempunyai kekurangan yang mana tidak tahu menjaga hati anda. Tiada seseorang yang betul-betul macam anda inginkan.

Buat anda yang masih mencari jodoh, jangan terlalu demand dalam mencari pasangan ini. Tak ada seseorang yang begitu sempurna. Makin sukar nak dekati seseorang kalau anda fikirkan 5 perkara ini.



Ingin pasangan yang sempurna

Mungkin terpengaruh dengan drama atau novel, yang membuatkan anda menginginkan pasangan yang begitu sempurna. Pasangan yang sempurna dari rupa paras, kewangan dan juga tahu menjaga hati anda. Perkara sebegini tidak akan ada dalam realiti, kalau ada sekali pun sudah tentu dia mempunyai pasangan.

Dah memiliki rumah dan juga kereta

Jika anda sukar untuk memiliki dua perkara ini, begitu juga dengan orang lain. Sudah tentu mereka juga sedang berusaha ke arah ini. Jadi, pasangan anda sudah tentu juga sedang ke arah itu. Maka dengan itu, jangan memandang rendah pada mereka yang tiada dua perkara ini, boleh jadi dia sedang berusaha sama seperti anda. Kalau pasangan tak ada dua perkara ini, boleh lah anda sama-sama berusaha untuk memiliki bersamanya kelak.

Inginkan kedudukan yang sama atau lebih

Sudah tentu ramai yang menginginkan perkara ini, bahkan ada yang menginginkan lebih tinggi dari kedudukan mereka. Orang kata, enggang sama enggang, pipit sama pipit. Cari pasangan yang sama dengan diri kita, jangan berlebihan takut nanti terbeban sendiri.



Inginkan pasangan yang romantik

Terlalu banyak tonton drama ini kalau inginkan pasangan yang romantik berlebihan. Setiap orang ada cara romantik mereka, dan romantik itu adalah secara semulajadi. Kalau hubungan anda bahagia bersama seseorang, boleh jadi itu membantu dirinya menjadi yang romantik.

Nak hubungan yang sempurna

Tiada pertengkaran, tiada masam muka, atau tiada perselisihan faham, itu bukan satu hubungan yang menyeronokkan. Kalau nak hubungan yang sempurna tanpa gaduh atau tanpa ujian, itu tidak akan berlaku. Sebelum nak dapatkan kebahagiaan kena lalui ujian terlebih dahulu.

Jadi, jangan terlalu demand dalam mencari pasangan. Cari seseorang yang terima baik buruk dan kurang lebihnya anda. Tentu itu lebih mudah.



]]>
Ciri-Ciri Lelaki Bijak Uruskan Kewangan, Calon Suami Yang Terbaik Ini. https://redaksi.com/8354-ciri-ciri-lelaki-bijak-uruskan-kewangan-calon-suami-yang-terbaik-ini Tue, 14 Jul 2020 21:25:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8354 Bukan nak lelaki yang kaya raya dan mampu sediakan semua perkara, tapi lebih kepada lelaki yang bijak mengatur kewangannya lebih diutamakan sebenarnya. Susah senang itu boleh sama-sama, tapi bila mana si lelaki lebih bijak atur wang tentu kita sebagai pasangan tidak terlalu bimbang.

Sangat membimbangkan sebenarnya kalau si lelaki ini seorang yang suka berhutang dan sejenis hutang keliling pinggang. Mana tidaknya, sebagai ketua keluarga, dia sepatutnya lebih bijak dalam menguruskan kewangan keluarga kelak, kalau tidak macam mana masa depan anak-anak dan isteri.


Lebih membimbangkan jika dia sejenis suka berhutang demi meneruskan hidupnya. Tentunya kalau anda sebagai pasangannya akan terpalit sama dalam membayar hutangnya ataupun anda yang terpaksa berkerja keras. Sebab itu pentingnya lelaki yang bijak menguruskan kewangan.

Tak berhutang untuk menunjuk

Ya, kadang kala ada satu tabiat yang mana sanggup berhutang demi memakai pakaian mewah dan memiliki barang yang mewah. Kalau si dia sudah matang, tentunya tahu membezakan mana keperluan dan mana kehendak. Bukan itu saja, dia tidak akan berhutang untuk perkara yang sia-sia.



Tak mudah terpengaruh

Bila orang lain pakai baju berjenama, dia lebih senang pakai apa saja asalkan nampak cantik dan kemas di matanya. Ya! Lelaki seperti ini yang kita mahukan. Lelaki ini tidak akan mudah terperngaruh dengan gaya hidup orang lain serta tetap dengan pendiriannya.

Sejenis tak menunjuk

Kalau semua perkara dia muat naik dalam media sosial, tentunya dia nak menunjuk apa yang dia miliki. Tapi kalau dia jenis tak menunjuk dan anda tahu dia memiliknya tentu saja dia ini seorang yang lebih low profile dan bersederhana. Haa... ini lagi untung.



Tahu bezakan keperluan dan kehendak

Setiap orang tentunya mempunyai keperluan yang diperlukan setiap hari tetapi pada masa yang sama, kehendak juga perlu dituruti. Tapi jika pasangan anda seorang yang mampu kawal kehendaknya dengan baik, tentu saja dia seorang yang bijak kawal kewangannya. Tidak hanya itu, dia tahu kehendak itu boleh dapat bila ia betul-betul memerlukannya.

Tahu hidup mewah ini akan menyusahkan

Walaupun luarannya orang nampak macam hidup mewah ini sangat seronok, tetapi lelaki yang matang tahu bahawa hidup mewah ini akan menyusahkan dirinya jika dia berbelanja mengikut apa yang dia sukai dan abaikan keperluan dia. Awal bulan seronok belanja itu ini, tapi bila sudah sampai tengah bulan dia yang makan biskut kering cecah air siang malam.

Nak cari suami ini bukan kena lihat rupa paras, sikap dan poket tebal saja. Tapi kena lihat juga cara dia menguruskan kewangan dia. Kalau hutang sana sini, tentu hidup tidak akan tenang bersamanya.



]]>
Pemandu lupa diri dapat bawa kereta mahal, akibatnya terbabas langgar paip air https://redaksi.com/9719-pemandu-lupa-diri-dapat-bawa-kereta-mahal-akibatnya-terbabas-langgar-paip-air Sat, 13 Feb 2021 19:50:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9719 Gara-gara terlalu seronok diberi kesempatan untuk memandu kereta berjenama yang mahal, seorang pemuda terbabas ketika membawa kereta tersebut seterusnya melanggar paip besar air di kawasan perumahan.

Video pemanduan pemuda tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna akaun Facebook yang menggunakan nama Yazeed Hair Johari.

"Ye sedap memang sedap, harap penumpang selamat,

apapun nyawa no 1"

Begitulah antara kenyataan yang ditulis oleh pemilik akaun Facebook berkenaan.

Komen warganet bikin 'suspen'

Walau bagaimanapun, meninjau pula di ruangan komen pelbagai komen yang ditinggalkan oleh warga netizen susulan kejadian tersebut. Rata-ratanya seperti memerli tindakan tak masuk akal pemandu berkenaan.

Dalam pada itu, sebilangan besar dari kelangan mereka turut terkilan dengan apa yang terjadi kerana memikirkan harga yang perlu diganti untuk bayar kerosakan yang dialami oleh kereta yang dipandu.

]]>
Tahniah! Zahirah & Aiman selamat timang bayi lelaki 5 Januari lalu https://redaksi.com/9340-tahniah-zahirah-aiman-selamat-timang-bayi-lelaki-5-januari-lalu Fri, 08 Jan 2021 16:59:28 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9340 Berita yang ditunggu-tunggu buat peminat pasangan selebiriti Zahirah MacWilson dan juga suaminya Aiman Hakim Ridza telah memaklumkan bahawa mereka telah selamat menimang cahaya mata lelaki 5 Januari 2021.



Selamat timang anak lelaki


Khabar gembira tersebut dikongsikan melalui Instagram Aiman dengan memaklumkan Zahirah telah selamat melahirkan anak sulung mereka pada jam 2.26pm waktu Australia.


Menerusi akaun Instagram, Aiman juga menyatakan bahawa dia begitu teruja kerana memperoleh pengalaman berharga ketika menemani isteri tercinta di bilik bersalin ketika melahirkan anak mereka.

Dalam perkongsian itu juga, Aiman meluahkan rasa syukur kepada Allah S.W.T kerana diberi anugerah yang tidak terhingga.



Bersyukur tak terhingga


Menjengah ke Instagram Zahirah, pelakon tersebut juga turut memuat naik gambar anak lelaki mereka.

Malah pelakon drama Curi-Curi Cinta juga menzahirkan rasa bersyukur yang tidak terhingga diatas kehadiran ahli baru dalam kehidupan mereka sekeluarga.



Terdahulu, pasangan ini telah terbang ke Australia untuk bersama keluarga Zahirah sepanjang proses bersalin dan berpantang nanti.

Pasangan ini juga telah melangsungkan perkahwinan pada Feruari 2020 di Kuala Lumpur.

Kedua-dua perkongsian tersebut telah dibanjiri dengan ucapan tahniah dari peminat dan juga rakan-rakan artis, malah turut memuji kecomelan bayi pasangan ini.


]]>
15 Ciri Lelaki Gentleman Dambaan Wanita. https://redaksi.com/1373-15-ciri-lelaki-gentleman-dambaan-wanita Wed, 27 Sep 2017 12:37:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1373 Untuk menjadikan anda seorang yang gentleman, tidak perlu tampil seksi atau berpakaian kemas siap berkot dan bertali leher. Menjadi seorang yang gentleman bukanlah suatu isu yang besar. Apa yang penting adalah sikap, perlakuan dan bagaimana pembawakan diri anda dalam kelompok masyarakat atau dihadapan cinta hati anda. Adakah anda menepati citarasanya dan mempunyai ciri-ciri sebagai seorang gentleman sejati?



Kami senaraikan 15 ciri-ciri atau personaliti dan bagaimana tampil sebagai seorang lelaki yang gentleman dan didambakan oleh kaum wanita. Cuba semak sama ada anda memenuhi kriteria-kriteria ‘idaman‘ tersebut atau tidak.

15 Ciri Anda Seorang Lelaki Gentleman.

1. Saat si dia kesunyian atau sedang dalam kesedihan dan inginkan kehadiran anda menemaninya, anda dengan rela hati akan tetap berada menemani di sisinya.

2. Si dia juga menyukai anda kerana dia juga tahu bahawa anda benar-benar menyukainya kerana perasaan cinta dan sayang. Anda mencintainya setulus hati dan bukan menjadikan si dia sekadar mengisi kesunyian hati, mengambil kesempatan atau mempergunakannya untuk mendapatkan sesuatu.

3. Anda sentiasa menyokong dan berusaha menjadikan kehidupannya lebih teratur dan sempurna seperti seorang wanita yang bahagia.



4. Si dia jarang berleter atau mengungkit sesuatu sekiranya berasa tidak puas hati terhadap perlakuan anda. Anda mampu bersabar atas beberapa perkara dan memujukknya kerana anda tahu apa yang menjadi keperluan dan perhatian yang dia inginkan.

5. Anda tidak sewenang-wenangnya bercerita mengenai kisah lampau anda bersama bekas kekasih, melainkan jika ditanya. Jika diminta untuk berterus-terang, sudah tentu anda menggunakan perkataan yang berlapik demi menjaga hati si dia daripada terguris.

6. Si dia sentiasa merasa selamat dan selesa apabila anda berada di sisinya kerana anda berperanan sebagai ‘bodyguard’ dan mengambil berat tentang banyak perkara.

7. Si dia jarang tertunggu-tunggu terlalu lama semata-mata anda membalas mesejnya. Walau sesibuk mana atau anda bukanlah seorang yang gemar ‘texting’, anda pasti akan membalasnya walaupun sekadar ayat pendek kerana tidak akan membuatkan si dia menunggu balasan dari anda selama berjam-jam.

8. Anda menjadikan hari-hari si dia lebih bahagia bersama. Dia tak pernah bosan dengan anda walaupun menjalani kehidupan biasa setiap hari, kerana anda menghargai dan meluangkan masa yang ada sepenuhnya bersama-sama.

9. Si dia bangga tidak kekok atau segan untuk membawa anda berjumpa dan mendekati ahli keluarga mahupun teman-temannya. Ini kerana anda seorang yang matang, pandai bergaul dan membawa diri ketika berhadapan dengan orang tua atau rakan sebaya.



10. Anda mampu menjadi seorang pendengar yang baik dan tahu menyimpan rahsia anda berdua daripada pengetahuan sesiapa, walaupun rakan baiknya sendiri.

11. Anda tidak takut pada komitmen. Jika ada sebarang masalah yang timbul dalam hubungan, anda bukanlah seorang yang cepat melatah malah sentiasa bersikap rasional, tenang dan steady. Setiap masalah anda dan si dia dapat hadapi dan tanganinya bersama.

12. Apabila kawan baik si dia putus cinta, si dia mampu meyakinkannya rakannya bahawa dia akan mendapat seseorang yang lebih baik, seperti apa yang dia miliki hari ini. Beruntungnya anda.

13. Anda sentiasa bersikap toleransi dan memberikan layanan yang terbaik buat si dia walaupun pada perkara-perkara kecil seperti tolong bukakan pintu, menunggu dan memerhatikan si dia melintas jalan atau menghantarnya pulang agar si dia berada dalam keadaan selamat.

14. Anda mudah rasa tersinggung dan cemburu jika dapat tahu ada lelaki lain yang cuba untuk memikat buah hati anda apatah lagi jika ada seseorang yang cuba melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Raut wajah anda pasti bertukar dan akan berhadapan dengan orang tersebut.

15. Si dia tahu anda boleh menerima kelemahan dan kesilapan anda. Begitu juga anda yang dapat menerima segala kelemahan dan kekurangan si dia. Anda berdua sentiasa bersama saling menyokong dan bertolak ansur di kala waktu susah dan senang. Anda dan si dia saling melengkapi antara satu sama lain.

]]>
10 Isi Hati Lelaki Yang Perlu Setiap Perempuan Tahu. https://redaksi.com/141-10-isi-hati-lelaki-yang-perlu-setiap-perempuan-tahu Tue, 13 Jun 2017 12:46:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=141 Ramai perempuan ingat yang dia sudah benar-benar kenal dengan lelaki di sisi mereka. Sebenarnya, ada lagi di sebalik sifat lelaki yang tidak diketahui. Jom kita bongkar dan baca tentang rahsia lelaki.



1. Mahu 'awek' cantik, tapi mahu isteri yang bersifat keibuan.

Selalu kita dengar lelaki suka perempuan cantik. Pantang nampak perempuan dahi licin, mata tidak berkelip. Namun sebaliknya, perempuan cantik dan seksi itu bukan pilihan utama lelaki itu untuk dijadikan suri rumah. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik. Namun, mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan keterampilan seseorang perempuan itu. Kadang-kadang, cantik dalaman itu lebih penting bagi mereka.

2. Tidak 'call' bukan bermakna tidak sayang.

Lelaki tidak suka kalau 'awek' atau isteri asyik SMS atau 'call' dia. Kadang-kadang, bukannya lelaki tidak baca SMS atau tidak perasan 'miss call', mereka sengaja biarkan sahaja. Itu bukan bermakna mereka tidak peduli. Lelaki hanya mahukan ruang peribadi untuk diri sendiri. Lelaki akan cepat rasa rimas bila perempuan mahukan perhatian sepanjang masa.



3. Tanya soalan yang sama.

'Tengah buat apa tu?', 'Dah makan ke?'. Nampak pelik kan? Tapi itu ialah merupakan soalan paling kerap ditanya lelaki ketika mereka menelefon seorang wanita. Masa bercinta boleh cakap lama-lama. Lepas beristeri, 30 saat pun sudah di kira lama.

4. Walau fokus tentang kerja, lelaki masih ingat kekasih atau isteri.

Lelaki akan sentiasa sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari. Namun percayalah, sebelum tidur pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang. Jika telah beristeri sekalipun, walaupun baring di sebelah berkongsi bantal, lelaki akan memikirkan tentang insan tersayang.

5. Utamakan kekasih, isteri, anak-anak, lebih dari diri sendiri.

Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua perbuatan dan sifat negatif yang ada pada wanita tersebut. Orang kata, bila hati sudah buta, semuanya dia percaya. Apabila berkeluarga, bapa atau suami akan mengutamakan yang lain. Diri sendiri tidak penting. Asalkan 'family happy', mereka pun 'happy'.



6. 'Cair' atau 'Malu' dengan senyuman wanita.

Tidak kira bila-bila wanita memberikan senyuman manis pada seorang lelaki, terutama sekali orang yang tidak dikenali, hati mereka akan menjadi tidak keruan. Ia mungkin adalah signal yang lain. Ia boleh jadi dua perkara, 'Hensem sangat ke aku hari ni?' atau 'Eh, aku tak zip seluar lagi ke hari ni?'.

7. Nombor telefon perempuan, 'save' nama lelaki.

Bagi lelaki curang, mereka cuba mengaburi mata dengan menipu pasangan dengan teknik ini. Sudah tentu pasangan tidak akan syak apa-apa bila ada nama lelaki. Namun, banyak kes yang sudah 'kantoi'. Bak kata pepatah, 'Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua'.

8. Jangan ingatkan kisah lampau.

Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka. Ini akan membuatkan mereka rasa tercabar.



9. Mempermainkan cinta.

Seorang lelaki mampu mencintai wanita untuk jangka masa yang sekejap, kemudian terus melupakan perempuan yang dicintainya itu tanpa merasa apa-apa. Sebaliknya, perempuan sukar untuk jatuh hati. Jika sudah terbit rasa sayang, perempuan akan sayang lelaki itu sampai bila-bila. Pelik kan?

10. Kalau berani, masuk meminang!

Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius. Lelaki yang hanya main-main tidak akan pergi sejauh ini. Mereka cuma ingin ambil kesempatan. Apabila lelaki telah menyuarakan niat murni ini, jangan tangguh-tangguh. Ini bermakna beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab.

Kesimpulan.

Banyak lagi sifat lelaki yang sukar bagi kaum wanita memahaminya. Walau apa pun yang berlaku, terima pasangan anda seadanya. Kalau anda sudah berkahwin, jangan lupa ketahui tanda-tanda suami curang.

]]>
Adakah Suami Yang Akan Menanggung Dosa Isterinya? https://redaksi.com/3750-adakah-suami-yang-akan-menanggung-dosa-isterinya Fri, 05 Oct 2018 14:31:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3750 Ketika ijab qabul dilafazkan, maka tanggungjawab seorang suami adalah terhadap isterinya. Suami wajib ambil tahu segala yang dilakukan isterinya. Bahkan ketika isteri tidak melaksanakan solat, suami turut bertanggungjawab. Berbeza pulak ketika suami tak solat, isteri tak perlu bertanggungjawab kelak di hadapan Sang Pencipta.

Hal ini bukanlah kerana dosa isteri ditanggung oleh suami namun suami bertanggungjawab terhadap akhlak isterinya. Suami wajib mendidik isteri menjadi wanita yang taat pada perintah Allah SWT. Suami wajib mengingatkan isteri ketika isteri melakukan kesalahan dalam syariat atau kesalahan yang merugikan orang lain.

Jadi sebenarnya, dosa suami adalah bila dia lalai mengingatkan isteri supaya menjalankan perintah Allah, tidak mengingatkan isteri supaya menjauhi larangan Allah atau tidak mendidik isteri dengan kebenaran dalam hal agama.

Oleh kerana itu, penting untuk si suami mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam dan mengajak isterinya untuk lebih mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.

Wajib bagi suami untuk memahami tugasnya sebagai pemimpin rumahtangga yang harus mendidik isterinya seperti Rasulullah SAW mendidik isteri-isterinya dengan penuh kasih, kesabaran, dan pengertian. Wajib pula baginya untuk mendidik anak-anaknya agar kelak berakhlak mula, menjadi pejuang agama Allah yang tak kenal lelah dalam membela agamaNya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud;

“Katakanlah: '(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya”' (Al-An'aam:164)

Dosa suami hanyalah ketika dia tidak mendidik dan mengingatkan isterinya. Bila hal itu sudah dilakukan, maka dosa itu ditanggung oleh isteri itu sendiri. Bagaimanapun buat si isteri, perintah yang wajib dipatuhinya hanyalah perintah yang berlandaskan syariat. Perintah yang syubahat tidak wajib dilaksanakan. Isteri juga harus bijak membezakan mana perintah suami yang berlandaskan syariat, mana yang syubahat, dan mana yang melanggar syariat.

Sebaiknya, suami mahupun isteri hendaklah saling mengingatkan dalam hal agama, saling berkongsi ilmu. Bertambah baik lagi jika ada waktu yang dikhususkan untuk belajar agama bersama-sama dalam sebuah keluarga.

Mengadakan majlis ilmu dalam keluarga merupakan suasana idaman yang Insha Allah akan membawa lebih banyak keberkatan di samping menguatkan sakinah, mawaddah dan rahmah bukan saja bagi suami isteri tapi juga bagi anak-anak yang akan menjadi penyejuk mata.

Lafaz ijab qabul bermaksud aku bersedia menerima segala tanggungjawab untuk mendidik, mengingatkan dan menegur dalam menuju syurga Allah. Jika itu tak dilakukan, maka suami bertanggungjawab ke atas dosanya di hadapan Allah dan begitu juga dengan dosa bakal anak-anak yang berada di bawah tanggungjawab seorang lelaki yang bergelar suami.

Para isteri, jangan lupa belajar agama walaupun tak diajar oleh suami. Pada masa kini, ada banyak cara untuk menuntut ilmu agama seperti menghadiri majlis ilmu, membawa buku, atau hanya menonton program-program ilmiah di television.

]]>
"Jangan Biar Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk, Hati Wanita Sangat Halus..." Ini Pesan Imam Muda Hassan. https://redaksi.com/8503-jangan-biar-isteri-merajuk-tanpa-dipujuk-hati-wanita-sangat-halus-ini-pesan-imam-muda-hassan Thu, 03 Sep 2020 08:47:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8503 Sikap orang perempuan suka merajuk dan juga suka dipujuk. Dalam kata tak suka itu, biasanya sikap seperti inilah yang membuatkan suami rindu isteri bila berjauhan.

Gaduh-gaduh manja ini memang selalu sangat dimulakan dengan isteri. Kadang tak ada angin ribut, tiba-tiba muka masam mencuka. Memang ada yang tak kenalah tu.


Tapi jadi suami, jangan biarkan isteri merajuk lama-lama. Barulah tak tambah merajuk isteri tu. Merajuk lama-lama boleh keruhkan hubungan, nanti isteri jadi dingin dengan suami.



Walaupun dah selalu mengalah dan memujuk isteri, tak salah kalau lakukan perkara ini sebagai kebiasaan. Barulah isteri rasa disayangi.

Macam perkongsian dari Imam Muda Hassan berkenaan perkara ini.

Suami Jangan Biarkan Isteri Merajuk Tanpa Dipujuk. Hati Wanita Sangat Halus. Kesian Isteri.

Wanita dari tulang rusuk lelaki. Sifat tulang rusuk ni mudah patah. Begitulah hati wanita ni sangat halus, mudah sangat nak terguris.

Jangan samakan hati suami dengan isteri. Hati lelaki tak sama sama dengan perempuan. Orang laki lebih cepat memaafkan berbanding wanita sebab lelaki lebih banyak rasional berbanding emosi.

Isteri lebih banyak melayani emosi, jangan marah pada isteri, sebab Allah sudah jadikan fitrah wanita begitu.



Cuba kita tengok orang perempuan bila bersembang suka laga pipi, berpelukan sesama mereka, dan perkara ni kalau jadi kat kaum lelaki orang akan pandang jelek.

Jadi bila isteri tu merajuk, jangan kita biarkan dia tersadai dengan emosinya sendirian, dia perlu dibelai, perlu dipujuk, say sorry to her, peluklah dia. Orang perempuan kebanyakannya suka dipeluk.

Tak rugi peluk isteri, hormon Oxytocin isteri akan bertambah, dia akan jadi orang yang sangat happy bersuamikan kita. Bukan itu sahaja, bila isteri happy, ia mengundang rahmat Allah. Bila rahmat Allah datang, bertambah lagi keberkatan dalam kehidupan suami in shaa Allah

Hassan Adli
Sayangi isteri kerana Allah

Isteri minta peluk saja, tak minta banyak pun kalau merajuk ni.



]]>
'The power of bapak!' - Anak jatuh titi, aksi bapa buat netizen berdekah ketawa https://redaksi.com/9703-the-power-of-bapak-anak-jatuh-titi-aksi-bapa-buat-netizen-berdekah-ketawa Thu, 11 Feb 2021 17:08:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9703 Benarlah malang itu tidak berbau kerana macam-macam perkara boleh menimpa ke atas diri kita pada bila-bila masa walaupun segala persediaan awal telah kita buat. Contohnya seperti tayar kereta pancit sedangkan baru tambah angin semalam ataupun terjatuh dalam longkang sewaktu ingin lari dari guru disiplin.

Orang dulu-dulu kata itu namanya 'sumpahan' kerana Tuhan tahu apa yang kita nak buat tu disusuli dengan niat yang tak baik. Justeru itu, kecelakaan seperti itu terjadi ke atas diri kita. Namun itu hanyalah mitos semata dan semakin tidak diguna pakai di zaman moden ini.

Di bawah adalah antara contoh yang boleh kita lihat bahawa 'malang itu tidak berbau' yang mana videonya memaparkan seorang kanak-kanak perempuan jatuh dari titi sewaktu ingin membantu ayahnya memasang paip bersama dengan dua orang kakak dan juga abangnya.

 

"Bila anak-anak nak tolong abi dia siapkan kolam lain pula yang jadi"

Begitulah ayat yang ditulis oleh pemilik akaun Tiktok berkenaan yang menggunakan nama botakmelaka.

The Power Of Bapak

Selain terhibur dengan kejadian yang menimpa kanak-kanak tersebut, orang ramai turut terkejut dengan tindakan pantas lelaki di dalam video tersebut yang dipercayai merupakan ayah kepada budak itu.

Dia pantas menarik tangan anaknya naik semula ke titi dan mujur saja pada ketika itu air parit sedang cetek.

 

Tak fikir apa dah, yang penting anak selamat

The Real Of Papazola

]]>
Seandainya Tiada Jodoh. https://redaksi.com/889-seandainya-tiada-jodoh Mon, 14 Aug 2017 11:25:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=889 Rezeki dan jodoh adalah ketentuan ALLAH. Sebagai manusia, kita digalakkan berusaha untuk mendapatkannya. Namun ada insan yang masih belum mendapat rezeki atau jodoh walau sudah berusaha. Rezeki dan jodoh adalah ketentuan ALLAH. Sebagai manusia, kita digalakkan berusaha untuk mendapatkannya. Namun ada insan yang masih belum mendapat rezeki atau jodoh walau sudah berusaha. Justeru jika kita sudah berusaha namun masih belum bertemu jodoh, usahlah menyalahkan takdir. ALLAH tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA.



1) Jangan serik untuk berusaha mencari jodoh. Bukanlah bermaksud perlu asyik memikat. Sebaliknya cuba mendekatkan diri dengan ciri-ciri individu yang sedang berusaha untuk berkahwin. Misalnya menjaga penampilan, berfikiran positif dan bijak bergaul.

2) Jangan cemburu melihat orang sekeliling berkahwin. Sebaliknya anda perlu meraikan mereka yang sedang bergembira kerana bakal berkahwin. Ucapkan tahniah dan minta mereka juga mendoakan anda supaya cepat bertemu jodoh.



3) Rajin-rajinkan diri membaca doa setiap masa. Lebih-lebih lagi selepas solat fardu dan solat sunat. Itulah senjata terbaik seorang hamba ALLAH.

4) Boleh juga berusaha berubat dengan pengamal perubatan tradisional berasaskan Al-Quran. Adakala gangguan daripada alam ghaib tidak kita sangkakan. Namun jangan sampai menjejaskan akidah anda.

5) Minta keluarga membantu anda mencari jodoh. Ada kala jodoh kita memang memerlukan bantuan daripada orang sekeliling. Usah rendah diri sebaliknya berfikiran positif

]]>
Jangan Tak Percaya, Ubi Keledek Mampu Turunkan Berat Badan. Bakal Pengantin Bolehlah Cuba Tips Ini. https://redaksi.com/7467-jangan-tak-percaya-ubi-keledek-mampu-turunkan-berat-badan-bakal-pengantin-bolehlah-cuba-tips-ini Fri, 11 Oct 2019 12:41:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7467 Bila nak naik pelamin ini, ramai orang akan cuba untuk dapatkan bentuk badan yang idel. Mana tidaknya, dihari persandingan nanti mereka ini akan menjadi tumpuan orang ramai. Sebab itu, kalau boleh nak nampak kurus sikit pun dah okay dah.

Akan tetapi, semuanya ini bukan satu perkara yang mudah. Nak-nak lagi kena jaga makan, bersenam malah yang paling sedih bila diet itu tak kena dengan badan anda. Itu yang membuatkan badan sukar nak kurus malah maintain sama je.

Kalau dulu rasanya ada tips mengenai diet buah tembaikai, namun begitu ramai yang tak berjaya lakukan sebab tak kenyang. Ada juga diet suku-suku separuh, diet IF dan macam-macam lagi lah. Tapi kali ini kita cuba diet guna ubi keledek pula.

Ada apa dengan ubi keledek?

Sejak berkurun lama, ubi keledek telah menjadi antara pilihan makanan utama untuk segelintir individu. Ia merupakan tumbuhan daripada kategori sayuran. Ia yang kaya dengan pelbagai vitamin, khususnya vitamin A berperanan untuk menyokong kesihatan organ; mineral dan sebatian tumbuhan yang dipanggil fitonutrien.

Ubi ini merupakan salah satu jenis pilihan makanan yang berkhasiat dan lazat. Ia merupakan pilihan alternatif untuk kentang, ubi ini telah dibuktikan secara saintifik dapat membantu individu yang mempunyai keinginan untuk mengurangkan berat badan. Tetapi betul ke ia adalah salah satu jenis diet pemakanan yang baik?



Diet ubi keledek

Seperti namanya, diet ini memerlukan anda untuk menggunakan ubi sebagai salah satu bahan dalam diet anda, selain makanan pembakar lemak lain seperti yogurt, sayuran, dan makanan berserat tinggi.

Dikatakan dengan mengikuti diet ubi ini selama tiga hari, anda akan dapat melihat perbezaan dalam aspek penampilan dengan pengurangan berat badan sehingga 2 kilogram (kg). 3 hari hilang 2 kilogram, kira okaylah ‘kan’?

Tetapi bagaimana pengurangan berat badan ini boleh berlaku? Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Turun berat badan

Rendah kalori

Salah satu faktor yang mempengaruhi penurunan berat badan adalah mengekalkan keseimbangan tenaga. Ubi keledek merupakan satu sumber makanan yang rendah kandungan kalori.

Ubi yang seberat 130 gram mengandungi 112 kalori, bersamaan 477 kJ. Ini bermakna anda perlu mengambil lebih kalori untuk membantu membakar tenaga dengan lebih baik. Sebanyak 250 kandungan kalori yang anda perlukan bagi membantu proses pembakaran tenaga dan penurunan berat badan.

Ubi ini juga dikatakan sebagai satu makanan yang dapat mengurangkan rasa lapar. Jadi, sudah tentu ia dapat mengurangkan keinginan anda untuk makan apabila perut masih terasa kenyang, bukan?

Serat tinggi

Ubi keledek merupakan sejenis makanan yang tinggi kandungan serat dan semestinya kandungan serat yang tinggi dapat membantu mengurangkan berat badan. Ia akan menyebabkan anda berasa kenyang dan menghindari keinginan anda untuk makan secara berlebihan.

Ia juga merangkumi molekul-molekul lemak dan menghalang penyerapan lemak, menggalakkan pengerakan najis di dalam kolon, dan membantu pengeluaran bakteria usus yang baik. Oleh itu, ubi yang kaya dengan serat ini dapat membantu meningkatkan metabolisma, pencernaan dan perkumuhan. Ini sekali gus membantu proses penurunan berat badan.

Tinggi karbohidrat

Kandungan karbohidrat tidak boleh diabaikan sepenuhnya. Ia membekalkan anda dengan tenaga yang boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Untuk membakar kalori yang anda ambil, anda perlu mempunyai tenaga yang mencukupi yang membolehkan anda berjalan-jalan, menggunakan tangga dan bukannya lif serta melakukan senaman fizikal.

Kekurangan karbohidrat akan menyebabkan badan anda kurang tenaga bagi mengekalkan diri anda aktif dan sihat. Ubi seberat 328 gram mengandungi lebih kurang 58 karbohidrat dengan 8.2 gram adalah serat makanan karbohidrat kompleks.

Rendah GI

Indeks glisemik (GI) adalah nombor yang diberikan kepada makanan bergantung kepada tahap peningkatan glukosa dalam badan selepas pengambilan makanan. Jika makanan yang dimakan menyebabkan kenaikan gula dalam darah menjadi tinggi, ini bermakna ia mempunyai kandungan GI tinggi. Dalam erti kata lain, makanan itu jika diambil dalam kuantiti yang tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti kencing manis dan rintangan insulin.

Walaupun ubi keledek adalah sejenis makanan yang secara semula jadi manis, namun ia mempunyai kandungan indeks glisemik yang rendah. Dikatakan GI bagi ubi yang direbus adalah antara 44-61, untuk ubi dibakar adalah 94 dan bagi ubi dipanggang adalah sebanyak 82. Jadi anda boleh mengambil dan memakan ubi tanpa bimbang kenaikan paras gula dalam darah.

Walau bagaimanapun, cara penyediaan ubi ini turut memainkan peranan dalam peningkat paras GI. Bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan diabetes jenis 2, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pakar pemakanan terlebih dahulu sebelum sebarang pengambilan ubi dalam diet pemakanan anda.

Antioksidan

Ubi yang berwarna oren atau ungu menunjukkan kehadiran karotenoid – sebatian berasaskan tumbuhan yang ditukar kepada vitamin A dalam badan atau anthocyanin. Kedua-dua bahan fitokimia ini adalah bersifat antioksidan. Selain itu, ubi ini juga mengandungi sumber antioksidan lain seperti tembaga atau zink superoxide dismutase, catalase dan sporamins.

Kandungan antioksidan akan membantu melindungi badan anda dengan mencegah mutasi DNA yang berpunca daripada radikal berbahaya. Secara mudahnya, semakin kurang radikal berbahaya di dalam badan, semakin rendah tahap tekanan atau keradangan anda. Ini sekali gus dapat membantu mengurangkan berat badan anda.

Jadi, atas faktor-faktor yang dinyatakan di atas, semestinya ubi keledek adalah antara sumber diet baik jika anda mahu tampil lebih langsing. No more diet pills!

Pelan diet

Seperti yang diberitahu pada awal artikel ini, anda hanya perlu untuk mengamalkan diet ubi ini berterusan selama 3 hari untuk melihat berat badan anda berkurangan lebih kurang 2 kilogram. Jadi berikut adalah pelan diet ubi yang harus anda ikuti selama 3 hari yang akan membantu anda detoks, menghilangkan berat dan segalanya yang hebat dan baik untuk kesihatan.

Hari pertama

SarapanSebiji telur rebus, sebiji ubi yang direbus dan 1 cawan teh hijau

Makan tengah hariSebiji ubi yang direbus, 85 gram ikan atau ayam panggang dan 1 cawan yogurt

Makan malamSemangkuk sup ubi

Hari kedua

SarapanSebiji ubi yang direbus, 2 biji putih telur omelet dan secawan black coffee

Makan tengah hariSalad campuran cendawan, bayam dan ubi yang direbus dengan sos dan secawan buttermilk

Makan malamSebiji ubi yang direbus dicampur dengan brokoli bersama 85 gram ikan, ayam atau tauhu panggang

Hari ketiga

SarapanSebiji ubi yang direbus dicampur dengan 4 biji almond, secawan teh hijau dan sebiji pisang

Makan tengah hari – Sup ubi yang dimakan bersama sepotong roti gandum dan secawan yogurt

Makan malamUbi yang dilenyek bersama campuran kacang pea dan bunga kubis serta cendawan panggang

Ikuti pelan diet ubi keledek di atas selama 3 hari dan anda akan melihat perbezaan dalam sistem metabolisma serta pengurangan berat badan anda. Amat penting untuk mengambil makanan yang dimasak sendiri bagi mengelakkan sebarang kalori yang tersembunyi. Selamat mencuba!

Namun penting untuk diingatkan keperluan kalori harian adalah berbeza bagi setiap individu. Keadaan ini bergantung kepada beberapa faktor seperti aktiviti harian yang dilakukan, berat badan, keadaan kesihatan dan pelbagai faktor lain. Jadi pelan diet ini mungkin tidak sesuai untuk diamalkan oleh setiap individu. Sebaiknya dapatkan pandangan dan nasihat daripada pakar pemakanan dan doktor terlebih dahulu.

]]>
Baik dan Buruk Bernikah Dengan Sepupu. https://redaksi.com/2983-baik-dan-buruk-bernikah-dengan-sepupu Wed, 25 Jul 2018 15:25:11 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2983 Seperti Allah SWT telah berfirman:

“…dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu…”(Al-Ahzaab: 50)

Saranan Rasulullah SAW juga membenarkan tetapi tidak menggalakkan perkahwinan ini.  Ini kerana ia untuk mewujudkan kelonggaran bagi mereka yang tiada pilihan lain namun tetap memupuk agar kita sebagai umat Islam merantau untuk mencari pasangan hidup luar daripada keluarga kita.

DARI SUDUT POSITIF

1. Memperkukuhkan ikatan kekeluargaan.

Bagi keluarga yang masih ingin memperkuatkan tali silaturrahim dalam warisan dan keturunan keluarga, pasti ia menjadi satu keutamaan untuk bernikah sesama sepupu. Ini kerana mereka ingin keluarganya menjadi keluarga besar dan kuat garis keturunannya kepada generasi-generasi di bawah.


2. Sudah mengenali mereka daripada kecil.

Seperti yang kita tahu Ta’aruf yang berlandaskan Islam tidak elok jika terlalu lama bagi mereka yang ingin bernikah. Jadi situasi begini sudah tentu menjadi kebaikan jika ingin bernikah dengan sepupu kerana telah mengetahui kehidupan mereka sejak keicl.

3. Tidak sukar untuk mengikuti gaya hidup keluarga.

Keluarga yang ingin mewarisi keturunan nenek moyang dan sudah terbiasa dengan adat mereka, pasti inginkan adat ini berterusan hingga generasi akan datang. Jadi mereka khuatir jika adanya daripada keluarga lain pasti ia akan bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Jadi, jika bernikah dengan sepupu sudah tentu ia tidak akan menimbulkan konflik dalam budaya mereka.


DARI SUDUT NEGATIF.

1. Tidak terbentuk ukhwah baru.

Secara amnya jika bernikah dengan keluarga yang baru atau berlainan keturunan akan mendekatkan keluarga yang besar dan jauh. Jadi, jika kita bernikah dengan sepupu terdekat, sudah pasti tidak dapat membentuk ukhwah yang baru, kerana hanya tergolong di dalam keturunan itu juga.

2. Takut jika ada masalah genetik.

Secara saintifik, terdapat kajian yang menunjukkan sekiranya berkahwin dengan sepupu terdekat akan melahirkan anak yang cacat.

“Menurut satu kajian yang dijalankan di daerah Bradford melibatkan populasi Pakistan di situ, memang wujud satu hubungan jelas antara faktor perkahwinan dan statistik kecacatan pada anak yang dilahirkan…


Secara purata, perkahwinan sepupu di antara masyarakat Pakistan di Bradford adalah sebanyak 31% daripada semua perkahwinan yang didaftarkan. Daripada jumlah itu, peratusan kecacatan pada bayi yang lahir adalah 6% pada perkahwinan antara sepupu jika dibandingkan dengan 3% bagi perkahwinan luar keluarga….”(Genetic, The Tech)

Namun sedemikian, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya dan ia adalah aturan daripada Allah SWT. Perkara yang menjadi haram apabila perkahwinan sedarah iaitu seperti nenek dengan cucu atau ayah dengan anak kandung dan seumpama dengannya.

Jadi, sebagai manusia yang diberi akal dan pilihan, buatlah pertimbangan yang sewajarnya.


 

 

]]>
Antara Pekerjaan Yang Boleh Bekerja Sambil Melancong. https://redaksi.com/5629-antara-pekerjaan-yang-boleh-bekerja-sambil-melancong Fri, 29 Mar 2019 15:11:39 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5629 Tidak semua individu yang gemar bekerja duduk di dalam pejabat sahaja kerana lebih suka bersosial dan explore perkara yang menarik. Bagi individu yang mempunyai personality sebegini, anda boleh mengambil peluang dengan bekerja sambil melancong seperti…

1. Flight Attendant.

Walaupun waktu kerja tidak menentu dan selalu berjauhan dengan keluarga, namun anda boleh bekerja sambil travel ke mana sahaja. Pekerjaan ini agak senang juga untuk dimohon dan kebiasaanya syarikat penerbangan hanya memerlukan kelulusan sekurang-kurangnya SPM. Namun, tidak bermaksud kerja ini mudah kerana perlu melayan kerenah pelanggan yang sangat ramai dalam satu hari.

Jangan cakap dengan jet lagged nya lagi.

2. Photographer.

Jadi, photographer pun boleh travel?

Jika anda bekerja keras untuk menempah nama di hati masyarakat, mudah sahaja untuk anda travel ke mana sahaja. Sebagai contoh ketika majlis perkahwinan anda perlu merantau ke tempat percutian yang cantik. Disana anda perlu mendapatkan gambar yang gempak supaya pelanggan lain akan recommend anda pada orang lain pula.

Trend terkini pula, jadi photographer untuk MUA (Make Up Artist) kerana mereka memerlukan pakar photographer untuk memasarkan barang solek mereka pada seluruh tempat. Bukan semata-mata untuk gambar model sahaja tau.

3. Travel Writer.

Kerja ini flexible dan boleh juga dilakukan sebagai kerja part-time sekiranya anda amat gemar menulis. Ikut bidang yang anda mahir untuk menulis, sekiranya anda dapat kepercayaan daripada mana-mana syarikat untuk menulis tentang fashion, sudah tentu anda akan dipanggil untuk menulis tentang mereka.

Dan juga anda boleh menulis tentang makanan di serata dunia, ia seolah-olah anda membuat review tentang makanan tersebut. Sambil travel, sambil makan, siapa sahaja yang tidak suka? Tapi kandungan dalam tulisan kena gempak supaya dapat menarik perhatian orang untuk travel.

4. Arkeologi.

Pekerjaan ini pula anda perlu merantau keseluruh pelusuk dunia dan selalunya ke tempat yang tak pernah diterokai lagi untuk mencari artifak zaman purba kala dulu dan memulihkan. Kerja sebagai arkeologi ni bagi anda peluang untuk merantau dalam tempoh yang lama sampai bertahun kerana bukan mudah nak mengkaji sejarah ni. Ia juga agak lasak tapi menjanjikan pengalaman yang menarik bila anda sampai dulu tempat yang tak ada orang tahu wujud.

5. Travel Agensi.

Dalam era teknologi sekarang ni senang je nak cari maklumat dalam Google, dan mungkin ada sesetengah berfikiran yang ejen perlancongan ni dah makin tidak popular. Ternyata anda salah sama sekali sebab masih ramai yang memerlukan perkhidmatan pakar dalam memberi nasihat sebelum melancong ke sesuatu tempat.

Mereka akan memberi tips dalam tempat penginapan yang murah, tempat makan best, pengangkutan awam di tempat tu dan macam-macam lagi. Ramai orang Malaysia yang tinggal di luar negara menawarkan perkhidmatan untuk orang Malaysia yang ingin melancong ke tempat mereka kerana sudah mahir dengan selok-belok semua ini.

Selamat Mencuba!

]]>
Kenapa Kebanyakkan Lelaki Suka Wanita Memakai Baju Kurung? https://redaksi.com/2276-kenapa-kebanyakkan-lelaki-suka-wanita-memakai-baju-kurung Tue, 15 May 2018 12:38:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2276 Baju kurung adalah pakaian tradisi masyarakat melayu. Baju ini juga turut tersebar dibeberapa tempat di Indonesia kerana kebersamaan adat dan budaya yang diamalkan. Jika sekarang, baju melayu hanya dipakai sewaktu menhadiri majlis-majlis formal sahaja. Sedangkan baju melayu ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri di mata seorang lelaki. Kenapa?


1. Tampak sopan.

Dengan memakai baju kurung yang sedikit longgar, menjadikan si pemakai kelihatan sangat sopan dan anggun. Ditambah pula dikenakan dengan tudung yang bersesuaian, menaikkan seri wajah wanita tersebut.

2. Tampak seorang yang menjaga adab.

Manusia selalunya menggunakan first impression dalam menilai seseorang. Apabila wanita mengenakan baju kurung, dia sering dikatakan seorang yang menjaga adab. Walaupun indah kabar dari rupa, itu tidak menjadi masalah. Sebab, kadang kala pakaian juga menyebabkan seseorang malu untuk melakukan hal-hal yang tidak sopan.

3. Tampak sederhana.

Sebenarnya baju kurung sesuai dikenakan dimana sahaja asalkan bukan memerlukan aktiviti lasak. Baju kurung menjadikan seseorang itu tidak terlalu mewah dan tidak terlalu kolot. Cumanya perlulah disesuaikan dengan corak semasa. Ketika ini, motif yang sesuai untuk digayakan adalah corak bunga kecil dan penggunaan kain jenis cotton.

4. Mengekalkan identiti melayu.

Baju melayu sudah terkenal dari zaman dahulu kala. Jika dipakai di luar negara, sudah tentunya menarik perhatian umum kerana si pemakai kelihatan cantik dan ayu. Jadi, tidak hairanlah orang putih, orang cina pun tertarik untuk memakai pakaian tradisi ini. Orang luar negara pun pakai, kenapa kita nak segan pakai. Kan?


So, lepas ni boleh tanyakan kepada pasangan anda. Betul ke baju kurung dapat menarik perhatian mereka? Nampak sopan dan cantik? Kalau ya, bolehlah banyakkan stok dan pakai apabila bertemu nanti. Hehehe


]]>
Jangan Takut Untuk Menangis, Air Mata Anda Itu Terapi Mudah Untuk Cuci Mata Malah Lapangkan Dada. https://redaksi.com/7666-jangan-takut-untuk-menangis-air-mata-anda-itu-terapi-mudah-untuk-cuci-mata-malah-lapangkan-dada Mon, 02 Dec 2019 15:47:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7666 Waktu gembira, akan ada air mata gembira yang mengalir, bila sedih, air mata tagisan akan mengalir begitu juga dengan kecewa ataupun terlalu suka. Air mata ini boleh mengalir dengan pelbagai cara. Kadang kala bukan hanya melibatkan perasaan sahaja tetapi ia juga boleh melibatkan perasaan juga.

Sebagai contoh, apabila anda tonton drama sedih. Tak mustahil kalau anda juga akan turut menangis kerana kesedihan drama yang anda tonton itu. Selalunya wanita akan dikaitkan dengan suka menangis ini, lelaki susah benar nak jatuhkan air mata mereka itu bukan?

Tahukah anda, menangis juga dikatakan sangat bagus untuk kesihatan. Bahkan menangis ini ibarat terapi mudah untuk meredakan diri sendiri.

Sebenarnya, menangis juga boleh membuat kita menjadi lebih tenang bila mengeluarkan semua masalah yang terpendam lama di hati dengan menangis jika tiada sesiapa tempat untuk berkongsi. Pada masa yang sama menangis juga boleh dijadikan sebagai cara mudah untuk mencuci mata kita.

Ingin tahu apa juga kebaikan disebalik menangis? Jom baca ini.



1. Mampu mengurangkan tekanan

Mungkin ada diantara individu di luar sana yang terlalu fokus dengan pelajaran sehingga menyebabkan mereka sedikit rasa tertekan dan terganggu untuk mendapatkan skor yang lebih cemerlang dan sanggup mengabaikan tentang kesihatan diri mereka. Bila anda rasakan benda itu terlalu berat untuk ditanggung sehingga membuat anda rasa tidak kuar=t untuk menahannya, sudah pasti airmata akan keluar tanpa anda sedar dan kesusahan itu seakan hilang untuk seketika.

2. Merawat masalah mata kering

Dalam tubuh badan manusia telah mengandungi sebanyak 70% Air and Course pada setiap bahagian badan dengan peratusan air tersendiri. Bahagian mata kita juga turut mengandungi air. Airmata juga berfungsi sebagai pembersih mata dengan berkesandan selamat.

3. Membunuh bakteria di mata

Tahukah nada, airmata juga mengandungi Lysozyme yang berkesan untuk emmbunuh segala bakteria sebanyak 59%. Cara pembunuhannya pula dengan menghancurkan segala sel bakteria. Bakteria juga boleh dikeluarkan dengan airmata semasa anda menangis.



4. Merawat mata dengan percuma

Melakukan rawatan mata yang percuma dengan menangis. Airmata boleh memberikan kelembapan pada mata serta mampu mencegah mata kering dan selaput mata. Pada masa yang sama, ia mampu mengeluarkan segala kekotoran yang terperangkap yang berada di celahan bola mata.

Sudah jelas dengan segala penjelasan yang baik disebalik menangis. Tapi janganlah anda terus menangis tanpa henti, nanti lain pula yang jadi sehingga memudaratkan kesihatan. Sekali-sekala boleh lah jangan pula hari-hari ye?

]]>
Tak henti merengek bila sedar ibu keluar, ayah kongsi detik 'struggle' jaga 'baby' sendirian https://redaksi.com/9684-tak-henti-merengek-bila-sedar-ibu-keluar-ayah-kongsi-detik-struggle-jaga-baby-sendirian Wed, 10 Feb 2021 10:56:55 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9684 Biasanya anak-anak yang masih kecil ini memang akan lebih rapat dengan ibu mereka berbanding bapanya. Nak-nak lagi dalam memberi perhatian dan kasih sayang, ramai yang lebih selesa memilih ibu berbanding bapa.

Namun, apabila ada urusan penting yang tak dapat dielakkan, maka ketika itulah ayah pula akan ambil tanggung jawab ibu dalam mengasuh dan menjaga anak-anak.


Seperti lelaki ini, apabila perlu menjaga sebentar anaknya yang masih bayi sementara isteri pergi menghantar barang.



Video tersebut dikongsikan oleh Arasyi Zubaidillah yang menyatakan mengambil alih tugas mengasuh anak mereka untuk sementara di dalam kereta.


Awalnya, si comel itu kelihatan baik dan tenang, namun menyedari ibunya tiada di sisi barulah dia meragam beberapa kali sehingga bapanya terpaksa lakukan pelbagai cara untuk menenangkan.



Bagaimanapun, setelah ibunya kembali ke dalam kereta tersebut, si comel tersebut terus senyap dan duduk dengan baik bersama bapanya.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet malah mengakui bahawa bayi sememangnya akan meragam apabila tidak melihat kelibat ibu mereka.

]]>
Tak percaya kahwin dengan kekasih hati, lelaki cuak lihat perempuan di dalam bilik https://redaksi.com/9707-tak-percaya-kahwin-dengan-kekasih-hati-lelaki-cuak-lihat-perempuan-di-dalam-bilik Fri, 12 Feb 2021 14:24:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9707 Awal perkahwinan ini semuanya memang indah-indah, kalau boleh tak nak berjauhan dengan pasangan dan nak sentiasa berkepit sahaja.


Lebih indah perkahwinan itu apabila berkahwin dengan kekasih hati yang selama ini ditunggunya malah kini menjadi teman tidur selamanya. Tapi lain pula dengan pemuda ini yang berdepan dengan detik lucu selepas bergelar suami orang.

Menerusi video yang dikongsi di aplikasi TikTok, memaparkan seorang lelaki yang seakan terkejut melihat kelibat wanita berbaju coklat di dalam biliknya.




Bagaikan tak percaya bahawa dirinya sudah berkahwin, dia pura-pura bertanya kepada wanita berkenaan yang telah sah menjadi isteri tentang keberadaannya di bilik lelaki tersebut. Namun mendapat jelingan tajam dari wanita tersebut dan meneruskan menyapu bedak mukanya.



Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet yang rata-rata terhibur akan gelagat lelaki berkenaan, malah turut mengakui bahawa diawal perkahwinan mereka juga kekok dengan pasangan walaupun sudah bergelar suami isteri.

]]>
Bila Bergaduh Isteri Yang Selalu Mengalah, Suami Itu Sempurna Sangat Ke? https://redaksi.com/5306-bila-bergaduh-isteri-yang-selalu-mengalah-suami-itu-sempurna-sangat-ke Sat, 23 Feb 2019 23:48:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5306 Dalam setiap pergaduhan di antara suami isteri, siapa yang akan merendahkan egonya terlebih dahulu? Adakah si suami atau si isteri? Setiap orang mempunyai egonya yang tersendiri, tetapi yang siapa yang berani untuk merendahkan ego demi hubungan yang telah terbina.

Cuba lihat dalam hubungan anda, setiap pergaduhan yang kecil siapa yang mahu mengalah? Mahu minta maaf?

Tidak semua silap dan salah itu berpunca dari suami dan tidak semua datang dari isteri. Tetapi sebagai suami isteri, kita perlu bijak untuk mengawal ego kita agar ia tidak memakan diri sendiri malah merosakkan hubungan yang terbina.



Walaupun kelihatan remeh perkara ini, tetapi akan menjadi masalah apabila anda berdepan dengannya. Sedikit perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ini untuk suami-suami yang mementingkan ego mereka.

"Salah isteri, walau sekecil-kecil salah, kita perbesarkan...salah diri sendiri, walau sebesar-besar salah pun, kita buat tak nampak, buat tak tahu..."

Dalam rumahtangga, kenapa setiap kali bergaduh, setiap kali berbalah, isteri selalu yang kena mengalah...?

Nak kata ego, dua-dua ada ego, tapi kenapa isteri yang selalu turunakan egonya dulu lalu memilih untuk mengalah?

Kadang-kadang bagi seorang isteri, lebih baik dia mengalah, walaupun dia tak salah, sebab dengan mengalahlah dia tak kehilangan orang yang dia cinta, orang yang dia sayang....

Kita yang dah jadi suami ni ja yang tak sedar...

Yang kita tahu, kita selalu betul...teguran isteri tak nak dengar, nasihat isteri tak nak terima...

Isteri tu sapa nak tegur kita? Isteri tu sapa nak nasihat kita?

Kita ni suami, S.U.A.M.I...ketua keluarga, cukup-cukup sempurna dah, tak de cacat cela, langsung tak buat salah, langsung tak buat dosa...

Perfect!

Semua salah isteri... semua dia berdosa...

Hebat sangat ke kita ni tuan-tuan? Kita ni, kuman seberang laut kita nampak, gajah depan mata kita tak nampak tuan-tuan...Isteri cakap sikit, kita balas,

"Ah, kau tahu apa... aku tahu la apa aku buat"

Sombongnya kita, takabburnya kita...sampai isteri tak boleh nak kata apa langsung, tak boleh nak bersuara...itu tanda kita suami yang baik ke tuan-tuan?

Nanti kita sakit, siapa yang akan jaga kita? Jadi apa-apa dekat kita, siapa yang akan membesarkan anak-anak kita? Kita hilang upaya, cacat, tak bleh kerja, lumpuh, tak boleh bangun, siapa nak cuci kencing berak kita? Siapa nak suap kita makan? Siapa nak keluar bekerja sara kita? Cari duit untuk keluarga?

Tu perempuan yang selalu kita sakiti tu, yang selalu kita buat bagi menangis tu...isteri kita tu la...siapa lagi...

Time tu baru nak nangis? Nak bersyukur? Nak berterima kasih? Nak rasa menyesal? Itu pun kalau isteri masih ada lagi di sisi...kalau dia dah pergi, jaga la diri sendiri...

]]>
Sedang Meninjau Cincin Untuk Melamar Si Dara, Mari Kenali Jenis-Jenis Cincin Yang Sesuai Untuk Merisik, Bertunang Dan Menikah. https://redaksi.com/1638-sedang-meninjau-cincin-untuk-melamar-si-dara-mari-kenali-jenis-jenis-cincin-yang-sesuai-untuk-merisik-bertunang-dan-menikah Fri, 16 Mar 2018 11:23:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1638 Dalam adat Melayu, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dilakukan sebelum diijabkabulkan. Merisik, bertunang dan bernikah ini adalah satu adat orang Melayu yang tidak akan pernah ditinggalkan. Bermula dengan merisik atau lebih dikenali dengan meninjau, ia sebenarnya langkah untuk mengetahui jika si dara itu sudah mempunyai pasangan atau belum. Proses ini dilakukan oleh wakil si teruna untuk pergi melihat idaman hatinya.



Langkah seterusnya adalah, bertunang. Jika hati sudah menerima maka eloklah ke langkah seterusnya. Langkah ini dilakukan untuk mengikat hati si dara atau booking si dara agar tidak disambar oleh orang lain. Dan langkah terakhir ialah akad nikah, di mana mereka ini akan menjadi pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum syarak.

Dalam tiga proses tersebut terdapat satu perkara penting yang perlu dititik beratkan selain dari segi bajet anda. Apa yang penting itu ialah jenis-jenis cincin dalam tiga proses ini. Tiga proses ini tidak menggunakan cincin yang sama jika anda betul-betul mengikut adat Melayu. Mari kenali tiga jenis cincin itu.



Cincin Merisik.

Ini adalah cincin yang paling simple dan kadang tanpa anda corak pun lebih dikenali sebagai cincin belah rotan. Tapi ia bukan cincin yang diperbuat daripada rotan ye. Kalau anda nak bagi cincin silver pun boleh aje. Ia dipakai di jari tengah ataupun di jari kelinking di tangan sebelah kanan. Cincin ini adalah untuk mengikat si dara ke satu hubungan yang lebih serius.

Cincin bertunang.

Biasanya, cincin bertunang ini biasanya lebih mahal sedikit berbanding cincin merisik. Biasanya cincin ini dihiasi batu permata yang lebih dikenali dengan ‘Eternity ring’. Anda boleh memilih sama anda untuk membeli emas putih mahupun emas kuning. Itu terpulang kepada anda, tapi yang penting ia perlu mempunyai batu permata atau diamond.

Cincin nikah.

Cincin ini biasanya lebih menarik dari cincin bertunang dan merisik. Kebiasaannya orang akan membeli cincin emas putih atau emas kuning yang memiliki batu yang besar. Ia dipanggil Solitaire ring. Rekaannya simple sahaja sebab perkara utamanya adalah batu permatanya sahaja.

Jadi jika anda ingin berkahwin dengan gadis Melayu atau ingat mengikuti adat Melayu sebenarnya, ini adalah perkara yang anda perlu tahu. Tapi sebenarnya ia tidak penting pun dalam Islam serta bergantung kepada individu tersebut. Ia cuma sebahagian daripada adat yang tidak akan mati ditelan zaman sahaja.

]]>
Antara Doa-Doa Untuk Ibu Bapa Dalam Al-Qur’an Yang Boleh Diamalkan. https://redaksi.com/4574-antara-doa-doa-untuk-ibu-bapa-dalam-al-quran-yang-boleh-diamalkan Mon, 17 Dec 2018 16:10:38 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4574 Mendoakan kebaikan buat ibu bapa sangat penting untuk anak-anak kerana kedudukan ibu bapa sangat tinggi dalam Islam. Berdosa besar sekiranya anak-anak tidak taat kepada kedua ibu bapa, yakni menjadi anak yang derhaka. Anak-anak perlu mentaati dan mengikut perintah kedua ibu bapa selagi ia berlandaskan syariat.

Begitu pentingnya ibu bapa seperti hadith;

رِضَا الرَّبِّ فِى رِضَا الْوَالِدَيْنِ وَسُخْطُهُ فِى سُخْطِهِمَا

Maksudnya, “Redha Allah terletak pada redha kedua orang tua dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tua.” (HR Tabrani dari Ibnu Umar)

 

Dan juga firman Allah SWT;

قُلْ مَا كُنْتُ بِدْعًا مِنَ الرُّسُلِ وَمَا أَدْرِي مَا يُفْعَلُ بِي وَلا بِكُمْ إِنْ أَتَّبِعُ إِلا مَا وَوَصَّيْنَا الإنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلاثُونَ شَهْرًا

Maksudnya, “Kami perintahkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu dan bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya juga dengan susah payah. Kemudian, ibu menyusuinya hingga dia berusia 30 bulan…” (Surah al-Ahqaf, Ayat 15)

Daripada Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya, “Apabila matinya seseorang insan maka akan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan juga anak soleh (atau solehah) yang mendoakan kepada kedua ibubapanya.” (HR Muslim)

Jadi pentingnya kepada anak-anak untuk mendoakan kepada kedua ibu bapa. Berdoalah untuk memohon keampunan mereka, dan juga untuk diri sendiri. Berdoalah tanpa jemu, kerana ketaatan kita terhadap mereka dan Allah SWT kelak akan dilimpahi pelbagai rezeki, dan salah satu daripadanya adalah didekatkan dengan jodoh.

Jadi, antara doa-doa yang anda boleh amalkan adalah;

1. Ayat 24, Surah al-Isra’

رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Maksudnya, “…Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.’” (Surah al-Isra’, Ayat 24)

2. Ayat 41, Surah Ibrahim.

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Maksudnya, “Tuhan kami, berilah ampun aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim, Ayat 41)

3. Ayat 28, Surah Nuh.

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا

Maksudnya, “Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan.” (Surah Nuh, Ayat 28)

4. Ayat 19, Surah an-Naml.

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya, “…Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (Surah an-Naml, Ayat 19)

Semoga Bermanfaat Dan Jadikan Ia Sebagai Amalan!

]]>
5 Bentuk Pengorbanan Dalam Percintaan. https://redaksi.com/2176-5-bentuk-pengorbanan-dalam-percintaan Thu, 03 May 2018 09:45:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2176 Samaada masih saling kenal mengenali atau sudah berumah tangga, kedua-dua situasi ini kadang kala memerlukan pengorbanan untuk mengembalikan rasa cinta atau membahagiakan jiwa. Memberilah sebanyak-banyakkanya, bukan menerima sebanyak-banyakknya. Apabila kita memberi tanpa mengharapkan balasan meskipun ucapan terima kasih, kita akan menjadi seorang yang positif dan kuat. Kerana semua itu dilakukan dengan ikhlas. Antara bentuk pengorbanan tersebut adalah:


1. Memaafkan.

Semua orang pernah melakukan kesilapan. Bahkan kita sendiri pernah melakukan kesilapan. Oleh itu, memaafkan kesilapan terhadap pasangan adalah jalan terbaik untuk mengembalikan keceriaan dalam perhubungan. Jiwa pun tak serabut kalau dah memaafkan. Kan?

2. Memberi.

Semestinya dalam perhubungan perlu saling memberi dan mencukupkan keperluan masing-masing. Tapi, berpada-padalah. Ikut kemampuan. Jika mampu, beri. Jika tidak, katakan secara baik kepada pasangan.

3. Mengalah.

Mengalah bukan bererti kita kalah. Kadang kala mengalah akan memulihkan keadaan. Tidak kira samaada lelaki mahupun wanita. Kita perlu mengambil inisiatif tersebut.

4. Membuat kompromi.

Tolak ansur perlu dalam perhubungan. Sesekali, luangkan masa bersama pasangan. Lebih-lebih lagi dalam urusan penting. Misalnya berkaitan dengan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung. Cari masa yang sesuai, berbincang dan uruskan sebaik mungkin.

5. Melepaskan.

Jika sudah tidak ada persefahaman antara kedua-dua pihak, melepaskan adalah jalan terbaik. Sukar, tetapi apabila sudah tekad untuk berpisah setelah melakukan istikarah, berbincang dan membuat keputusan, pastinya ada hikmah yang terkandung disebalik ujian itu.


Lakukan yang terbaik dalam perhubungan. Sekiranya kita melakukan dengan ikhlas, pastinya kita tidak akan kecewa apabila dikhianati. Apapun, tahu batas pergaulan. Usah berlebihan sehingga maruah tergadai. Itu bukan caranya.


]]>
Matahari Pun Keseorangan, Namun Masih Tetap Bercahaya. Jangan Bimbang Kalau Masih Lagi Sendiri. https://redaksi.com/7221-matahari-pun-keseorangan-namun-masih-tetap-bercahaya-jangan-bimbang-kalau-masih-lagi-sendiri Wed, 18 Sep 2019 16:49:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7221 Tidak disangka-sangka, ada juga segelintir daripada kita amat takut akan kehidupan ‘single’. Menurut mereka, setiap daripada kita perlu mempunyai pasangan kekasih, jika tidak, akan dipandang rendah dan dikatakan tidak laku. Persoalannya, pentingkah semua itu dan perlukah kita terdesak untuk mengejar apa yang dikatakan itu?



Tidak salah sama sekali jika hidup single tanpa adanya kekasih. Mengapa perlu ada kekasih jika tiada niat untuk mengahwini? Mengapa perlu ada kekasih jika setiap hari ada saja pertelingkahan dan makan hati? Mengapa perlu ada kekasih jika kehidupan single lebih bahagia dan bebas? Pastinya setiap orang punyai alasan sendiri mengapa dia memilih untuk tidak bercinta atau tidak mempunyai pasangan kekasih.



Tidak dapat dinafikan memiliki pasangan kekasih ada baiknya juga. Antaranya ada teman untuk meluahkan masalah dan ada seseorang yang sentiasa ada untuk kita ketika susah senang. Namun, menjadi single juga tidaklah menjurus kepada keburukan, banyak juga kelebihan dengan menjadi single. Usah jadikan hidup single itu satu perkara yang aneh dan dipandamg buruk. Sedangkan matahari juga keseorangan tetapi masih mampu memberi cahaya kepada orang lain.



Untuk bahagia, bukan hanya dengan memiliki pasangan kekasih, tanpa kekasih juga kita boleh bahagia. Mungkin orang lain bahagia dengan cara itu, mungkin tidak pada kita. Carilah kebahagiaan dengan cara sendiri. Ingatlah, munkin ada juga orang yang berada dalam perhubungan tetapi tidak bahagia dan mengimpikan kehidupan single seperti kita.



Semuanya bergantung kepada kita sendiri, jika kita sendiri yang merasakan perkara itu sebegitu, baik atau buruk, maka begitulah ianya kelihatan. Maka pentingnya kita menghargai apa yang kita ada saat ini. Usahlah dibandingkan dengan orang lain yang sememangnya kita tahu bahawa perjalanan hidup kita semua adalah berbeza.

]]>
Lelaki Yang Nampak Garang Ini Biasanya Dia Yang Paling Sayang Isterinya Nanti. Tak Percaya, Cubalah Dulu Kenal Dengan Mereka Ini. https://redaksi.com/7447-lelaki-yang-nampak-garang-ini-biasanya-dia-yang-paling-sayang-isterinya-nanti-tak-percaya-cubalah-dulu-kenal-dengan-mereka-ini Wed, 09 Oct 2019 09:44:28 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7447 Lelaki garang, ada yang suka lelaki seperti ini, ada juga yang tak suak akan lelaki. Itu semua bergantung kepada pilihan masing-masing. Namun begitu, lelaki garang ini ada kelebihan yang tersendiri yang ramai orang tak sedar dan tak tahu akan perkara ini.

Selalunya, bila cakap lelaki garang sahaja, tentu akan kaitkan bahawa lelaki ini tentu boring, tak romantik, tak gentlemen malah ada juga yang menganggap bahawa mereka ini juga seorang yang ego tinggi. Cepat betul beri tanggapan kepada lelaki garang ye.

Mungkin dari luaran anda kelihatan dia seperti itu. Ala macam tak seronoklah, tak itu inilah. Namun begitu, mereka ini ada satu sikap yang sangat disukai oleh mana-mana wanita, iaitu sikap setia.

Luar nampak garang akan tetapi dia adalah seorang yang setia. Sebab itulah romantik, sikap gentlemennya dan sikap sweetnya hanya untuk yang istimewa sahaja. Sebab itu jugalah dia ini suka tunjukkan sikap begis dan garangnya pada orang lain. Supaya wanita-wanita lain tak mendekati mereka. Haa... menarik bukan lelaki seperti ini.



Apa yang paling menarik lagi, lelaki garang ini akan orang yang paling takut isterinya selepas kahwin. Bukan takut tetapi hormat akan isteri. Orang lain tak akan nampak akan perkara ini tetapi sesiapa yang menjadi pasangan dan isterinya tentu sahaja akan dapat merasai perkara ini. Dari luar nampak macam garang juga dengan isterinya tetapi sebenarnya dialah yang akan tolong isteri kemas rumah dan didik anak. Siapa tahu bukan?

Bukan itu sahaja, depan orang lain lelaki yang garang ini seakan-akan berani. Alah kalau cakap pasal nak kahwin lagi satu mereka tak takut pun, akan tetapi nak buat itu memang dia tak akan lakukannya, cuma sekadar berani cakap je. Ini kerana, bagi dirinya pasangan yang ada sekarang ini sudah terbaik dan dia bersyukur dengan apa yang ada sekarang ini. Dia bukan takut nak buat perkara itu, akan tetapi dia memilih untuk tak buat sebab sayangkan isterinya.



Lebih menariknya, lelaki yang garang ini akan lebih cepat mengalah dengan isteri mereka. Bila ada salah faham dan pertengkaran, tentu sahaja dia akan cepat untuk mengalah dan jernihkan semual hubungan dengan isterinya. Sebabnya, dia tak mahu lama-lama bermasam muka dengan pasangannya.

Banyak orang hanya memandang lelaki garang ini dari luaran sahaja. Mungkin luaran nampak begitu, akan tetapi sebenarnya dalamannya penuh dengan kasih sayang. Selagi anda tak bersama dengan orang seperti ini, anda tak tahu betapa istimewanya mereka ini berbanding mereka yang bermulut manis dan tahu memujuk serta merayu.

]]>
Kahwin Terus...Kan Senang. https://redaksi.com/47-kahwin-teruskan-senang Fri, 19 May 2017 17:03:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=47 SOALAN 1: Apakah hukum ber'couple'? Haram atau halal. Sekiranya halal apa dalilnya dan sekiranya haram apa dalilnya juga.



PADA asasnya, hukum bercinta, berkasih, berpasangan (couple) atau seumpamanya adalah harus. Ini kerana Islam adalah agama berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan sesama insan. Malah Islam juga menggalakkan perkahwinan dan tidak mengabaikan kehidupan berkeluarga sebagaimana tuntutan fitrah manusia. Namun ia perlu dilihat bahawa jalinan ukhuwah tadi boleh menjadikannya haram jika diabaikan beberapa perkara berikut seperti:



a) Niat yang tidak baik seperti ber couple untuk berhibur, bersuka-suka, mencari keseronokan, melepaskan keinginan hawa nafsu, membalas dendam, memainkan perasaan orang lain dan sebagainya.

b) Tidak mengikut lunas syarak seperti berdua-duaan tanpa mahram sama ada secara nyata atau di alam cyber (internet).

c) Tidak menjaga maruah diri dengan melakukan perkara yang meruntuhkan akhlak seperti pergaulan bebas dan yang boleh menimbulkan tanggapan negatif terhadap pasangan tersebut.

d) Tidaklah hubungan couple ini membawa kepada perkara yang tidak bermanfaat seperti membazirkan wang dan waktu yang sepatutnya digunakan dengan sebaiknya terutama pelajar.

Mereka tidak seharusnya menggunakan wang pinjaman pelajaran untuk dihabiskan berbelanja teman wanita dan dihabiskan wang untuk membeli top-up dan sebagainya. Maka semua
perkara di atas mempunyai dalil yang tegas dalam anjuran dan larangannya. Wallahu a'lam.

]]>
“Jangan Mencari Yang Sempurna Kalau Bersederhana Itu Lebih Membahagiakan.” https://redaksi.com/3962-jangan-mencari-yang-sempurna-kalau-bersederhana-itu-lebih-membahagiakan Tue, 23 Oct 2018 12:03:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3962 Untuk apa terlalu memilih hanya kerana mahukan seseorang yang sempurna sebagai peneman hidup. Mereka ini belum tentu mampu menjaga serta memberi kebahagiaan seperti apa yang anda mahukan. Satu kesempurnaan itu belum tentu dapat menjamin sebuah kebahagiaan.

Tidak perlu mencari yang sempurna untuk pasangan hidup jika pasangan yang lebih bersederhana itu lebih membahagiakan. Sentiasa bersyukur dengan kehadiran dirinya kerana dirinya telah membahagiakan anda.



Teruskan bersyukur dengan apa yang ada, bahkan menjaganya dan menghargainya. Jangan terlalu mengejar terhadap sesuatu perkara yang tidak pasti, kerana pelbagai kemungkinan yang tidak terduga mungkin akan berlaku di depan hari.

Jangan cari yang sempurna karena kesempurnaan mutlak hanya milik Allah jazza wa jalla…

Jangan mencari mereka yang sempurna untuk dijadikan sebagai pasangan hidup. Hal ini kerana, tiada manusia yang sempurna melainkan Sang Pencipta. Jika terus menerus bersikap memilih mahukan yang sempurna, besar kemungkinan anda akan membujang seumur hidup anda.



Cuba ubah kemahuan diri anda. Cari seseorang yang anda perlukan bukan seseorang yang anda mahukan, pasti anda akan menemuinya. Yang paling utama anda selesa dan bahagia disisinya, itulah yang paling utama dalam membina rumahtangga bahagia.

Dari luaran mungkin si dia itu kelihatan biasa sahaja, namun dalamannya siapa tahu dia mempunyai satu perkara yang tidak anda jangkakan.

Jangan melihatnya dari luaran, tapi pandanglah dalamannya, iaitu hatinya. Carilah kebaikan serta pegangan agamanya di dalam dirinya. Siapa tahu, anda melihat kelebihannya yang mampu membuat anda rasa disayangi dan dicintai.

Apabila anda terlalu sibuk inginkan yang sempurna, tanpa anda sedar anda akan kehilangan yang terbaik. Biasanya yang terbaik ini begitu biasa dan bersederhana. Tidak terlalu berlebihan serta tidak begitu menonjol. Itu lah yang membuat anda tidak memandang dirinya.

Kejar yang biasa, jangan yang sempurna. Kesempurnaan itu tidak menjanjikan satu kebahagiaan.



]]>
Kalau Dah Rasa 6 Perkara Ini, Jangan Nak Lewatkan Lagi Niat Nak Cari Pasangan Hidup. https://redaksi.com/8489-kalau-dah-rasa-6-perkara-ini-jangan-nak-lewatkan-lagi-niat-nak-cari-pasangan-hidup Wed, 26 Aug 2020 09:54:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8489 Siapa yang wajib kahwin? Orang yang bertahun-tahun bercinta? Orang yang memang sedang angau bercinta? Atau yang terlalu lama membujang?

Siapa yang patut kahwin?


Tentunya ramai diantara kita yang tertanya-tanya, “dah bersedia ke aku nak kahwin?”, “aku ni dah masuk golongan yang wajib kahwin ke?”.

Nak tahu siapa yang wajib kahwin? Adakah anda salah seorang darinya ataupun tidak, jom baca ini.

Orang yang wajib kahwin adalah...



1. Orang yang rasa sunyi walaupun dikeliling orang ramai

Lawak rakan-rakan dan ahli keluarga semuanya sudah tidak kelakar lagi. Rasa seperti sesuatu yang anda hilang atau tidak temui. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan.

Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua.” – Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa’i, at-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.

Jika anda berdepan dengan situasi ini, itu tandanya anda perlukan seseorang di sisi anda. Seseorang yang memberi anda sinar dan sentiasa menjaga anda.

“Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur : 32)

2. Rasa sayang terhadap kanak-kanak

Ini juga merupakan petanda bahawa anda perlu berkahwin. Sifat keibuan dan kebapaan telah mula lahir dalam diri anda. . Ini menunjukkan bahawa seseorang yang sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri. Inilah fitrah yang sudah ditetapkan oleh ALLAH.

ALLAH berfirman:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang baik (syurga).” – Surah ali-Imran : 14



3. Jatuh cinta pada seseorang

Mungkin bagi anda jatuh cinta itu perkara biasa, tapi itulah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian. Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. Maka,tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.

ALLAH berfirman:

“DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya, DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya…” – Surah al-A’raf: 189

4. Desakan nafsu

Perkara ini boleh jadi kepada sesiapa saja, walaupun mereka yang baru meningkat usia remaja. Golongan dewasa dan juga mereka yang pertengahan umur lebih terdedah akan perkara ini. Jalan paling selamat bagi menangani desakan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Melaluinya, desakan tersebut dapat dilangsaikan menurut tatacara Islam.

Hadith ini memiliki syahid yang diriwayatkan oleh Abu Zubair. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah S.A.W. melihat seorang wanita lalu wujud keinginan di dalam hati baginda. Lalu baginda mendatangi Zainab yang sedang membuat roti dan lantas melaksanakan hajatnya. Setelah selesai, baginda keluar dan bersabda:

“Sesungguhnya seorang wanita menghadap dengan bentuk syaitan dan mundur dengan bentuk syaitan juga. Jika ada di antara kalian melihat seorang wanita, lalu berasa ghairah, maka datangilah isterinya (salurkan kepadanya). Sebab hal itu dapat menolak penyakit yang ada dalam hatinya.” – Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Baihaqi dan Ahmad.

Matan ini milik Ahmad daripada beberapa jalur yang berasal dari Abu Zubair.

Maksud ‘wanita sebagai menghadap dengan bentuk syaitan’ bukan menunjukkan satu penghinaan atau penindasan. Makna paling tepat ialah wanita itu dipergunakan oleh syaitan dengan menghiasi mereka sehingga kelihatan cantik di mata lelaki yang memandang. Hakikatnya, wanita itu biasa sahaja. Hal itu berlaku kerana syaitan menghiasi mata dengan penipuan dan godaan.



5. Hilang fokus apabila wujud lawan jantina.

Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. Keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada banyak pihak. Akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun.

“Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya; mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ALLAH menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga ‘Adn serta keredhaan daripada ALLAH yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.” – Surah at-Taubah: 71-72

6. Dorongan untuk melakukan hubungan intim.

Seseorang itu wajib berkahwin jika telah wujud di dalam jiwanya desakan untuk melakukan hubungan intim. Lelaki yang memiliki desakan nafsu yang kuat dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri pada satu masa. Ketentuan ini diperkuat lagi dengan ayat al-Quran.

ALLAH berfirman:

“…Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja…” – Surah an-Nisa’ : 3.



]]>
Bukan Sebelum Kahwin Je Kena Jaga Penampilan, Lepas Kahwin Pun Kena Melawa. Lagi-Lagi Di Depan Suami. https://redaksi.com/6963-bukan-sebelum-kahwin-je-kena-jaga-penampilan-lepas-kahwin-pun-kena-melawa-lagi-lagi-di-depan-suami Sat, 24 Aug 2019 23:12:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6963 Sebelum berkahwin, ramai anak-anak dara ini sememangnya akan lawa dan menarik perhatian si jejaka. Mana tidaknya, ibu bapa mereka cukup menjaganya dengan baik, malah dirinya sendiri juga sanggup berhabis untuk menjaganya dengan baik.

Namun selepas kahwin semuanya berubah, isterinya yang dulu memakai selendang berlilit-lilit kini telah bertukar kepada tudung sarung yang hanya mengambil masa tak sampai seminit pun memakainya. Itu belum lagi, jika dahulu dirinya memakai makeup kini bedak pun jauh sekali.

Banyak isteri-isteri selepas kahwin sudah mula menjauhkan dirinya dengan perkara-perkara ini dengan harapan bahawa suaminya akan menerima segala kekurangan dan kelemahan dirinya, tapi suaminya pula memandang wanita lain kerana isterinya sudah tidak pandai berhias.



Isteri-isteri jangan selepas berkahwin lupakan segala makeup dan skincare yang membantu penampilan anda. Selepas kahwin lagi banyak usaha anda untuk kelihatan lebih cantik sebenarnya, bukan untuk orang lain tapi untuk suami anda juga. Rugilah kalau dah kahwin tak jaga penampilan dan kecantikan lagi.

Tahu, anda sedang sibuk menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak, tetapi pandangan suami anda juga perlu diurus jangan biarkan ia memandang lain, jangan biarkan dia menyuarakan sesuatu yang melukakan hati anda.



Tak susah pun untuk menjaga kecantikan selepas kahwin ini;

1. Kenakan secalit lipstick pada wajah anda itu, jangan membiarkannya ia kelihatan suram dan tidak bermaya, bila ada lipstick kan kelihatan lebih berseri.

2. Jangan lupa untuk sapu sedikit bedak atau bedak asas pada wajah anda, barulah muka yang penuh dengan parut itu kelihatan lebih menyenangkan apabila melihatnya, malah lebih bermaya.

3. Kenapa apabila keluar rumah sahaja baru sembur minyak wangi, sedangkan suami di dalam rumah itu perlu dipikat sehabisnya. Cuba sebelum suami pulang kerja atau sebelum tidur malam kenakan sedikit semburan, tentu buat suami makin sayang.

4. Bila bab pakaian pula, memang kadang kala kurang enak dipandang suami. Mana tidaknya, di luar rumah dia melihat wanita-wanita yang cantik mengenakan pakaian yang menyenangkan mata tetapi apabila di rumah, isterinya bersama kain batik dan baju lusuh. Apa kata berkain batik bersama baju yang sedikit baru. Rasanya suami pun mengerti.

5. Jika dulu anak dara rajin membelit selendang, kini selepas kahwin sekadar tudung sarung sahaja. Mana boleh macam ini, kalau ya pun anda sibuk menguruskan anak dan suami, selendang itu tukarlah ke tudung bawal, barulah sejuk sedikit pandangan suami.

Mungkin kita akan marah dan tidak terima akan teguran ini, tetapi inilah realiti dalam perkahwinan. Jika anda yang tidak cuba mempertahankan, macam mana hubungan itu nak seperti pasangan bahagia yang lain. Isteri, ambil langkah segera!

]]>
Apa Yang Lelaki Perlu Lakukan, Sekiranya Anda Telah Jatuh Cinta? https://redaksi.com/2490-apa-yang-lelaki-perlu-lakukan-sekiranya-anda-telah-jatuh-cinta Mon, 11 Jun 2018 14:02:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2490 Lelaki apabila telah dilamun cinta, pasti ada 2 buah fikiran yang berlegar-legar di minda. Sama ada mahu meneruskan hubungan menjadi lebih serius dan memikir tentang perkahwinan atau tidak bersedia menempuh hubungan tersebut, itu sahaja.

Tetapi jika anda telah meletakkan matlamat untuk menjadikan wanita itu sebagai teman hidup, jadi apa yang anda perlu lakukan? Jom baca…


1. Mula mencipta kenangan bersama si dia.

Sebagai lelaki sudah tentu anda mahukan proses perkenalan menjadi sebuah kenangan yang indah, supaya ia tidak nampak terburu-buru dan menakutkan wanita. Lelaki mula fokus mengorak langkah untuk mengorat, mengambil perhatian malah bijak mengambil hati pasangan.

Momen-momen ini untuk membuatkan wanita tahu, anda bersungguh-sungguh mahukan dirinya dan tiada yang lain.

2. Cuba meluahkan perasaan.

Ingat meluahkan perasaan bagaimana si dia mampu melengkapkan hari-hari anda, mengungkapkan kata cinta, tetapi jangan pula menabur janji-janji manis yang anda sendiri tidak pasti untuk lakukan. Renung mata si dia, yakinkan si dia bahawa anda benar-benar jatuh cinta padanya.


3. Keyakinan diri yang tinggi.

Apabila anda telah mencurahkan segala perasaan pada si dia, anda perlu ingat wanita ini perasaannya fragile setiap masa kerana kitaran hormon. Jika anda tiba-tiba menjadi ragu-ragu, dan secara tiba-tiba terfikir luahan perasaan hari sebelumnya …

“Eh, betul ke aku luahkan perasaan pada orang yang betul?”

Jangan! Kebiasaan di dalam perhubungan, perasaan ini akan terdetik kerana emosi wanita yang tidak stabil sahaja. Menjadi lelaki gentleman, anda perlu yakin dan mampu menjaga si dia walaupun mereka gagal mengawal emosi.


4. Bertenang.

Apabila wanita beremosi, mereka lebih cenderung banyak berkata-kata dan menceritakan tentang masalah hidup. Sebagai lelaki anda perlu bertenang, bersabar dan menarik nafas yang dalam, kerana wanita akan TERTINGGIKAN suara mereka untuk melepaskan amarah.

Mereka tidak sedar akan perilaku ini, kerana mereka gagal mengawal emosi. Jangan pula anda berfikir wanita ini sedang memarahi anda, bukan ya! Mereka kadang-kala jika meluahkan perasaan, agak drama sebenarnya.

Selamat menghadapi alam percintaan!


 

]]>
Jangan Putus Harapan Terhadap Jodoh Jika Dia Yang Kamu Harapkan Bukan Jodohmu. https://redaksi.com/23-jangan-putus-harapan-terhadap-jodoh-jika-dia-yang-kamu-harapkan-bukan-jodohmu Sun, 14 May 2017 02:11:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=23 Bukan senang untuk beriman dengan takdir. Kita mungkin berkata kita percaya, tetapi apabila datang dugaan-dugaan tertentu, ada yang akan cuba bertindak seolah-olah tidak dapat menerima ketentuan tuhan. Firman Allah s.w.t di dalam surah Hud ayat 9,

“Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.”



Orang yang berusaha dengan niat untuk beramal akan “berasa lain” sekiranya mereka gagal mencapai matlamat. Mereka akan sentiasa berasa tenang walaupun didatangi kesusahan atau kesenangan. Mereka terdiri daripada golongan yang bahagia di dunia dan sedang menanti kebahagiaan di akhirat. Tiada satu perkara yang berlaku pada diri mereka yang dapat menggugat ketenangan itu. Sebaliknya, mereka yang berusaha untuk kebahagiaan dunia mungkin akan merasa bahagia apabila matlamat tercapai. Namun sekiranya gagal, mereka akan berasa amat dukacita. Sekiranya mereka kehilangan sesuatu, mereka akan bermatian-matian untuk mempertahankan atau mendapatkannya semula. Sekiranya mereka gagal mendapatkannya semula, hati mereka akan berasa gelisah dan hidup mereka mula menderita. Lalu mereka menyalahkan orang lain dan akhirnya menyalahkan Tuhan. Jika seseorang itu jodoh kita, dia tetap jodoh kita. Jika seseorang itu bukan jodoh kita, dia tetap bukan jodoh kita, walaupun apa pun yang kita lakukan, tidak ada gunanya memaksa diri mempertahankan. Dengan menyerahkan kepada ketentuan, lazimnya Tuhan akan membuka jalan-jalan yang tidak pernah kita fikirkan.



Mempercayai takdir bukan bermaksud berputus asa. Frasa “putus asa” sepatutnya tidak wujud di dalam kamus hidup seorang mukmin. Kita tidak boleh berputus asa dalam mengharapkan rahmat Allah. Perbanyakkan doa untuk kebaikan. Sebarang usaha perlu dijalankan dengan kaedah yang betul. Ada sesetengah orang yang ditinggalkan kekasih atau suami lalu cuba mendapatkan semula dengan kaedah mengumpat, memfitnah dan memburukkan orang lain. Sebaliknya, sekiranya mereka berhenti seketika untuk berdoa dan bermuhasabah diri serta menerima ketentuannya, lebih banyak manfaat dapat diperolehi. Salah satu daripadanya adalah ketenangan, selanjutnya adalah iman. InsyaAllah.

]]>
“Hidup terlalu sukar” Ubah Gaya Hidup Anda Dengan Mengikuti Cara Rasulullah SAW. https://redaksi.com/4506-hidup-terlalu-sukar-ubah-gaya-hidup-anda-dengan-mengikuti-cara-rasulullah-saw Wed, 12 Dec 2018 11:28:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4506 Setiap manusia pasti ada dugaan hidupnya sendiri. Malah setiap manusia itu memiliki dugaan hidup yang berbeza. Semua manusia memiliki liku hidup yang tersendiri yang menunjukkan manusia itu sendiri mempunyai sikap yang unik dan berbeza dari orang lain, dimana menyelesaikan masalah dengan cara tersendiri.

Namun, pada setiap perbuatan dan tindakan itu dapat melambangkan anda orang yang bagaimana. Jika terlalu sukar untuk anda mengharungi cabaran hidup, sebagai muslim ikutlah cara Rasulullah SAW dimana Baginda lah idola sebenar kita. Jom ketahui cara Rasulullah SAW menghadapi dugaan hidup;

1. Bersangka Baik Dengan Allah SWT.

Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita sudah pasti ada hikmah di sebaliknya. Oleh itu, usahlah mengeluh dan menyalahkan takdir yang telah ditetapkan.

Berusahalah untuk mendidik hati kita agar bersangka baik dengan setiap aturan-Nya. Ini kerana, Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Bahawasanya Allah SWT berfirman, ‘Sesungguhnya Aku bersama sangkaan hamba-Ku’.” [Riwayat At-Tirmizi]

2. Meminta Pertolongan Dari Allah SWT.

Sehebat mana pun kedudukan kita di mata manusia, kita tetap memerlukan Tuhan dalam kehidupan seharian. Ini kerana Dia sajalah yang mengetahui perihal buruk baik, serta perihal dalaman luaran kita secara keseluruhannya.

Justeru itu, jika diri ditimpa kekecewaan, musibah mahupun dugaan dalam hidup, mintalah pertolongan dari-Nya, kerana Dia lebih mengetahui.

Sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud;

“Dan, mintalah pertolongan dari-Ku pasti Aku perkenankan.” [Surah al-Baqarah : 185]

Bahkan Baginda Nabi SAW yang juga insan paling agung di sisi Allah juga turut memohon pertolongan kepada Allah SWT bagi mententeramkan dirinya daripada pelbagai dugaan yang menimpa ke atasnya.

3. Mengkaji Al-Quran.

Bacalah Al-Quran walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Lebih-lebih lagi, apabila diri dilanda musibah.

Jika hati tidak tenang terhadap suatu perkara, maka ambillah Al-Quran, di tatap, di baca dan fahamilah maksudnya.

Dengan izin Allah, gundah di hati akan hilang secara beransur-ansur. Bahkan, ubat bagi segala penyakit yang ada di dalam hati juga dapat disembuhkan menerusi Al-Quran. Firman Allah SWT bermaksud;

“Kami berfirman, ‘Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati’.”[Surah al-Baqarah : 38]

4. Menjaga Wuduk.

Selain untuk solat, kita juga digalakkan untuk sentiasa berada dalam keadaan berwuduk. Ini kerana selain membersihkan diri secara luaran, wuduk juga terbukti memberi kesan terhadap pembersihan rohani seseorang.

Salah satu sunnah Rasulullah SAW adalah berwuduk sebelum tidur. Baginda bersabda;

“Barangsiapa yang tidur di malam hari dalam keadaan suci (berwuduk), maka Malaikat akan tetap mengikuti. Lalu, ketika ia bangun nescaya Malaikat akan mengucapkan, ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan sentiasa bersuci’.” [Riwayat Ibnu Hibban dari Ibnu Umar R.A.]

5. Membasahkan Lidah Dengan Zikrullah.

Lebih banyak dan besarnya dugaan yang menimpa diri, maka lebih banyaklah kita sepatutnya mengingati Allah. Ini kerana, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud;

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dan berzikir (mengingati Allah). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.” [Surah ar-Ra’d : 28]

Sungguhpun begitu, ini bukanlah bermaksud kita hanya perlu mengingati-Nya tatkala dalam kesusahan sahaja. Ini tidak benar sama sekali. Sebetulnya, sama ada kita dalam keadaan susah mahupun senang, sentiasalah ingat pada-Nya.

Yakinlah, bahawa setiap apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT itu sudah pasti ada maksudnya yang tersirat. Cuma saja kita tidak tahu bila akan dapat kita ketahui maksud tersebut. Ada yang cepat dan ada juga yang lambat diketahui.

Mungkin, ia akan memakan masa selama bertahun baru tersingkap rahsia qada’-Nya. Bersabarlah dan jalanilah hidup dengan penuh kesyukuran. Boleh jadi kita berasakan diri ini paling besar dugaannya tetapi, tahukah kita ada insan lain yang lebih hebat ujiannya berbanding diri kita? Moga bermanfaat.

Wallahua’lam.

]]>
Kenali 4 Jenis Lelaki Melalui Cara Dia Balas Mesej Korang…Mana Satu Buat Korang ‘Cair’? https://redaksi.com/846-kenali-4-jenis-lelaki-melalui-cara-dia-balas-mesej-korangmana-satu-buat-korang-cair Fri, 11 Aug 2017 11:09:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=846 Kaum wanita di luar sana! Pernah tak korang text boyfriend korang bila lapar dengan harapan dia akan faham dan akan bawa/belikan makanan untuk korang? Kalau dalam fiksyen, semuanya manis-manis belaka, asal cakap je nak apa mesti tak lama kemudian sudah tersedia di depan mata. Haa, hakikatnya realiti tak seindah fantasi. Dari cara dia taip mesej pun dah boleh agak dia jenis teman lelaki macam mana. Cuba korang tengok jenis-jenis boyfriend material melalui cara mesejnya dibawah ini. Ada yang sama macam boyfriend korang tak?



1.The caretaker.

Pasangan jenis ini rajin ambil tahu tentang keperluan korang. Mereka selalunya akan bagi korang buat pilihan dalam tentukan perkara-perkara dalam hubungan korang. Contohnya nak pilih tempat makan, nak hadiah apa untuk birthday, nak tengok movie apa dan sebagainya. Mereka sangat straightforward dan akan ambil apa korang cakap secara literalnya — kalau putih kata korang, putihlah jawabnya. Tetapi, lelaki jenis ini cenderung untuk di-‘friendzoned’kan atau diambil kesempatan atas kebaikannya.

2.The ignorant.

Lelaki jenis ini selalunya malas nak layan perangai perempuan yang clingy dan mengada-ngada, terutamanya kalau korang kacau dia waktu dia tengah sibuk. Mereka cenderung untuk lebih mementingkan kawan-kawan daripada kekasih, seperti konsep ‘bros before hoes’. Kalau merajuk, jangan harap dia akan faham kalau korang tak cakap apa-apa. Pandai-pandailah pujuk diri sendiri. LOL.



3. ‘The one'.

Lelaki jenis ini selalunya tak payah cakap pun dapat agak apa yang korang perlukan. Mereka lebih sensitif dan menghargai little things dalam perhubungan korang. Juga pandai membuat kejutan yang akan membuatkan hati korang berbunga gembira. Definitely a good boyfriend material!

4. The pick-up line expert.

Lelaki jenis ini sangat pandai bermain dengan kata-kata yang akan membuatkan korang cair. Kadang-kadang dalam hati tu meluap-luap nak marah sebab bengang sangat kat dia, tapi bila dia buka mulut dan keluarkan ayat-ayat power dia, terus sejuk hati korang dan tak jadi merajuk. Memang best dapat teman lelaki romantik macam ni but BEWARE. Jenis lelaki macam ni kalau player mesti tahap buaya tembaga!

]]>
5 Tanda Lelaki Berputus Asa Terhadap Hubungan Yang Dibina. https://redaksi.com/3417-5-tanda-lelaki-berputus-asa-terhadap-hubungan-yang-dibina Mon, 03 Sep 2018 15:56:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3417 Hubungan yang dibina perlukan kekuatan daripada kedua belah pihak, baik untuk lelaki mahupun wanita. Jika salah seorang berputus asa terhadap hubungan yang dibina, ia akan mengakibatkan hubungan tersebut terjejas. Wanita biasanya akan lebih gigih memperbaiki hubungan serta mengalah dalam setiap hal. Tetapi bagaimana pula dengan lelaki? Mari ketahui tanda-tanda seorang lelaki yang berputus asa terhadap hubungan dirinya yang jalinkan.


1. Menjadi emosi terhadap anda.

Perkara yang anda boleh lihat adalah dirinya lebih mudah beremosi ketika berhadapan dengan anda. Ia seolah-olah ada sahaja perkara yang tidak kena sepanjang pertemuan itu. Dirinya mudah marah atas perkara-perkara yang kecil. Dan anda boleh lihat perbezaan dirinya yang dahulu dan sekarang, itu jika anda terliti terhadap kelakuan dirinya. Dirinya pada ketika ini begitu sensitif terhadap perkara-perkara yang melibatkan anda.

2. Sengaja menyakiti hati anda.

Selain itu juga, dirinya berusaha untuk menyakiti anda. besar kemungkinan mereka akan melakukan seperti beberapa berikut, menyindir anda, memberi kata-kata kesat kepada anda, ataupun memperlekehkan diri anda. Dia melakukan semua ini dengan sengaja agar anda rasa sakit hati dan mula berjauh hati terhadap dirinya serta hubungan kalian.

3. Minta lebih banyak ruang untuk bersendiri.

Apabila dirinya mula berhenti meletakkan pengharapan kepada anda, dia juga lebih banyak meminta ruang untuk dirinya sendiri. Jika dahulu ruang untuk dirinya agak sedikit jika hendak dibandingkan ketika ini. Bahkan dia juga hanya meluangkan masa yang sedikit untuk anda. Pelbagai alasan yang dibina untuk menjauhkan diri daripada anda. Anda perlu sedar apa yang dirinya sedang lakukan ini, jika sayang lakukan sesuatu dengan segera.


4. Berhenti memberitahu yang dirinya menyukai anda.

Jika dahulu dirinya kerap mengucapakan selamat malam, selamat pagi, I love you, atau apa-apa sahaja yang menunjukkan bahawa dirinya mencintai anda, tetapi kini tidak lagi. Dia berhenti melakukan itu dan hanya melakukan perkara tersebut apabila anda memintanya tetapi nadanya cukup berlainan dengan dahulu. Anda seharusnya menyedari akan perubahan nada suara ini jika anda menyayangi dirinya.

5. Berhenti berusaha terhadap hubungan tersebut.

Mereka juga akan mula berhenti berusaha untuk memikat hati anda serta memperjuangkan hubungan anda. Dalam setiap pergaduhan anda boleh lihat dirinya hanya membiarkan sahaja tanpa mempertahankan perkara tersebut. Bahkan dirinya juga banyak mendiamkan diri serta mengabaikan anda.

Orang lelaki ini apabila sudah berusaha untuk menjaga satu perhubungan dan dia mendapati pasangannya tidak menghargai apa yang dia lakukan, mereka akan memilih untuk mengundurkan diri. Mereka juga akan membiarkan anda bahagia dengan seseorang yang anda sukai.


]]>
Sebelum Kahwin Orang Perempuan Kena Ada 5 Kemahiran Ini, Bukan Pikat Hati Suami Je Hati Mertua Pun Terpaut Juga. https://redaksi.com/7710-sebelum-kahwin-orang-perempuan-kena-ada-5-kemahiran-ini-bukan-pikat-hati-suami-je-hati-mertua-pun-terpaut-juga Mon, 16 Dec 2019 13:16:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7710 Bila bercakap mengenai perkahwinan ini bukan hanya bimbangkan akan majlis perkahwinan anda sahaja, tetapi banyak lagi perkara lain yang perlu anda bimbangkan. Mungkin ramai yang bimbang akan majlis perkahwinan impinan mereka tetapi selepas kahwin tentu ada impian juga bukan.

Sebagai seorang wanita, kadang kala kecantikan, sikap lemah lembut dan juga up to date ini bukan satu penanda bahawa anda adalah calon yang sesuai dijadikan isteri. Akan tetapi banyak lagi perkara lain yang perlu anda serlahkan pada bakal suami dan juga mertua anda.


Maka dengan itu, sebelum berkahwin adalah digalakkan kalau wanita mempunyai pengetahuan mengenai beberapa perkara ini, walaupun hanya mempunyai basic sahaja.



1. Berkomunikasi dengan orang lain.

Bukan perlu tahu berkomunikasi dengan mereka yang sebaya dengan anda ataupun rakan-rakan anda sahaja, tetapi anda juga perlu bijak berkomunikasi dengan orang tua. Ini kerana, selepas kahwin anda perlu bergaul dengan mereka yang lebih tua dari anda, sebab itulah pentingnya komunikasi yang baik. Kalau tak ada komunikasi yang baik, tentu anda akan diam seribu bahasa. Macam mana nak pikat hati mertua.

2. Berhati-hati dengan diri sendiri

Selepas berkahwin, anda bukan sahaja perlu menjaga nama baik suami anda sahaja tetapi juga nama keluarga mertua anda. Maka dengan itu, jangan begitu mudah membuat keputusan mengikut diri anda ataupun melakukan sesuatu yang mungkin tidak disukai oleh mereka. Sebagai contoh, dalam pemakaian, percakapan serta keputusan yang anda ambil.



3. Menjaga kanak-kanak

Walaupun selepas kahwin anda boleh belajar semua ini, tapi bila anda tidak ada basic dalam semua perkara ini boleh jadi anda tak tahu apa nak dilakukan bila anak anda menangis apabila tengah malam. Maka dengan itu sedikit sebanyak anda perlu tahu jaga kanak-kanak yang kecil.

4. Memasak

Ini adalah perkara yang sering kali dilihat oleh orang lelaki sebelum memilih anda sebagai isterinya. Walaupun tidak mahir nak memasak pelbagai jenis juadah, tetapi lauk yang simple dan basic tentu sahaja anda perlu tahu. Tak akan selepas kahwin nanti nak makan maggi sahaja. Ataupun, bagaimana kalau ibu mertua suruh anda ke dapur, tentu anda tak akan cakap “tak tahu memasak”.



5. Mengurus kewangan

Urus wang sebelum dan selepas kahwin ini tidak sama. Kalau sebelum kahwin anda hanya akan fokus pada diri anda sahaja. Akan tetapi, selepas kahwin anda perlu fokus akan masa depan anak-anak, anda sendiri, serta pelbagai lagi. Kalau tak berbelanja dengan bijak tentu anda juga yang perlu tanggung kemudian hari.

Nampak macam mudah sahaja semua ini, tapi bila anda tak ada basic atau kemahiran yang sepatutnya ia akan menjadi satu perkara yang sukar. Walaupun anda tidak mahir dalam melakukan semua perkara ini tetapi jika anda basic tentu anda tidak akan kekok.



]]>
4 Sebab Ego Yang Berlebihan Hanya Akan Membawa Keburukan Kepada Anda. https://redaksi.com/2817-4-sebab-ego-yang-berlebihan-hanya-akan-membawa-keburukan-kepada-anda Thu, 12 Jul 2018 15:21:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2817 Setiap orang mempunyai ego mereka yang tersendiri. Namun setiap ego itu perlu bergantung bagaimana seseorang itu mengawal perasaan ego mereka. Ada yang mampu mengawal ego mereka dengan baik, tetapi ada pula yang tidak mampu. Apabila seseorang itu tidak mampu mengawal ego mereka, ia akan memberikan kesan yang buruk pada diri sendiri mahupun pada hubungan mereka. Berikut adalah keburukan ego yang berlebihan pada seseorang itu.


1. Anda kehilangan orang yang menyayangi anda.

Apabila anda mula mementingkan ego anda, anda akan mula kehilangan orang disekeliling anda. Terutama mereka yang menyayangi anda. Hal ini kerana, mereka yang menyayangi anda mula menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mula melukakan hati mereka.

2. Anda Kehilangan orang yang anda cintai.

Anda lebih memilih ego anda dan hanya kerana ego juga anda lebih rela kehilangan mereka yang anda cintai. Bagi anda akan ada orang yang akan menerima dan sanggup tahan dengan ego anda. Namun tidak mustahil sebaliknya pula yang berlaku.

3. Membuat anda sukar melihat kebenaran.

Orang yang memiliki ego yang tinggi ini biasanya sukar untuk menerima kebenaran. Hal ini kerana, mereka sentiasa beranggapan bahawa diri mereka selalu betul. Dan mereka juga akan memaksa orang lain menerima pendapat mereka.


4. Menyakiti orang sekeliling.

Anda mudah untuk menyakiti orang lain secara sengaja dan tidak sengaja. Hal ini kerana, segala kata-kata dan tingkah laku anda yang ingin menunjukkan bahawa anda sebenarnya yang benar dalam satu-satu perkara itu yang menyebabkan mereka disekeliling anda terluka.

Jika anda mempunyai perasaan ego yang sukar dikawal, cuba untuk mengawalnya. Hal ini kerana ego yang berlebihan ini hanya mendatangkan lebih banyak keburukan kepada anda dari kebaikan.

]]>
7 tahun menanti rezeki anak, suami isteri pilih nama ‘Alhamdulillah Rejeki Hari Ini’ tanda rasa bersyukur https://redaksi.com/9675-7-tahun-menanti-rezeki-anak-suami-isteri-pilih-nama-alhamdulillah-rejeki-hari-ini-tanda-rasa-bersyukur Tue, 09 Feb 2021 17:11:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9675 Tujuh tahun menunggu cahaya mata, pasangan suami isteri meluahkan rasa syukur dengan memberi nama unik pada bayi mereka iaitu ‘Alhamdulillah Rejeki Hari Ini’.



Menurut laporan Detik News, DiDit Saputro, 39 serta isteri Meidiana, 25 dari Bantul, Indonesia menyatakan mereka berkahwin pada tahun 2012 namun baru diberi rezeki anak pada September 2019.

“Kami menunggu selama tujuh tahun sejak pernikahan pada tahun 2012, tetapi Alhamdulillah kami diberi rezeki bayi lelaki pada 7 September 2019,” luahnya.



Berkerja sebagai jurugambar profesional, dia memberitahu bahawa isterinya telah menjalani kaedah rawatan kesuburan di hospital termasuk rawatan alternatif seperti perubatan tradisional.

"Semasa dalam usaha mendapatkan anak, isteri ditimpa kemalangan motosikal pada 2018 hingga mengalami patah tulang kaki.

"Kerana isteri enggan menjalani pembedahan, kami memilih rawatan tradisional di Borobudur. Tukang urut memberitahu isteri mengalami masalah saraf dan sukar untuk hamil. Isteri perlu menjalani rawatan sehingga November 2018. Akhirnya pada Februari 2019, kami mendapat berita gembira apabila isteri disahkan hamil dua bulan.

"Ya, saya benar-benar tidak menjangkakannya, semua yang berlaku kerana izin dari Allah SWT," katanya.

Terdahulu, keunikan nama bayi itu menjadi bualan hangat masyarakat termasuk warga maya selepas kad pengenalan diri bayi tersebut tular.


]]>
Tips Beli Hadiah Untuk Si Dia (Perempuan). https://redaksi.com/357-tips-beli-hadiah-untuk-si-dia-perempuan Wed, 05 Jul 2017 14:51:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=357 Assalamualaikum..Baru-baru ni kawan lelaki ada yang bertanyakan apa hadiah yang sesuai nak bagi buah hati (perempuan) diorang? Ececeh.. so sweet siap tanya macam mana cara nak tambat hati girlfriend dan hadiah apa yang sesuai nak bagi kat awek dia. Hee.. Eda pun apa lagi siap buat survey dikalangan kawan-kawan perempuan eda apa hadiah yang diorang paling suka kalau dapat dari buah hati, suami, boyfriend, pakwe dan sebagainya.



Tips Hadiah Untuk Si Dia 1: Bunga.

Boleh dikatakan rata-rata perempuan pasti sukakan bunga.. kecuali kalau girlfriend atau wife korang tu alergik dengan bunga! Hehe.. biasanya lelaki akan bagi bunga ros merah ataupun bunga ros putih..tapi kalau korang tau bunga kesukaan si dia tu, lagi la bagus. Bagila bunga kesukaan si dia. Semua sedia maklum yang bunga fresh ni memang mahal harganya. So untuk menjimatkan kos, tak apa, korang bagi je 3 kuntum bunga yang kata orang membawa maksud I Love You..sweet kan??

Tips Hadiah Untuk Si Dia 2: Barang kemas (cincin, gelang tangan, rantai leher).

Untuk hadiah yang kedua ni mahal la sikit. Tapi bila sebut barang kemas ni, tak la semestinya korang kena bagi cincin emas, gelas tangan emas..huhu..mahal jugak tu..mungkin korang boleh bagi cincin silver ke..apa yang termampu, yang penting hati ikhlas nak bagi tanda korang sayang kat si dia dan cincin jugak sebagai tanda si dia milik kamu. Mungkin anda boleh dapatkan cincin couple untuk anda dan pasangan.



Tips Hadiah Untuk Si Dia 3: Coklat.

Ada yang kata perempuan sukakan coklat dan ada yang kata tak suka sebab takut gemuk. Tapi memang tradisi biasanya bila bercakap pasal hadiah untuk si dia, coklat akan jadi topik utama. Anda boleh dapatkan coklat yang menarik untuk dijadikan hadiah. Contohnya hadiahkan coklat cadbury. Mungkin nampak biasa, tapi kalau anda hias cantik-cantik dengan letak bunga or reben, pasti hadiah ni nampak lebih menarik dan buat si dia terpegun. Tak kisah hadiah simple, tapi kalau di hias dengan catik pasti akan nampak lebih menarik dan berharga.

Tips Hadiah Untuk Si Dia 4: Bantal pelbagai bentuk comel dan berwarna.

Ha..hadiah yang keempat ialah bantal..mungkin korang nampak biasa tapi sekarang zaman dah maju. Bantal bukan sebarang bantal dah. Sekarang ramai yang suka order bantal couple yang comel sangat. Satu untuk si jejaka and satu lagi untuk si dara. Jadi, bila peluk bantal tu, ingatla kat pasangan masing-masing. Sekarang macam-macam jenis bantal couple ada dan kita boleh request nak yang macam mana dan tulis apa. Biasanya bantal craft yang di buat dari kain felt. Memang comel sangat la kalau nak hadiahkan kat girlfriend.

Tips Hadiah Untuk Si Dia 5: Perfume a.k.a minyak wangi.

Dari dulu lagi perfume dengan perempuan memang tak boleh dipisahkan. Perempuan memang suka bau-bau yang wangi ni. Jadi, si jejaka boleh la nak hadiahkan perfume untuk si gadisnya. Kalau anda tahu apa jenis wangian atau jenama yang si gadis suka, elokla hadiahkan perfume ikut kesukaan mereka. Mereka pasti sukakannya dan akan memakai wangian itu selalu. Lebih-lebih lagi bila bertemu dengan anda. J

Tips Hadiah Untuk Si Dia 6: Jam tangan.

Bagi sesetengah orang ada yang mengatakan hadiah jam tangan ni mahal. Takkanlah diorang nak hadiahkan jam harga rm10. Tapi tak salah pun, keikhlasan itu penting. Tapi kalau nak hadiahkan jam tangan yang harga tak murah dan tak mahal sangat boleh je. Apa kata anda beli jam tangan couple. Anda dapat satu dan si gadis dapat satu. Harga jam couple jauh lebih murah berbanding beli satu je jam. Harganya lebih berpatutan. Jadi hadiah tu pun jadi lebih bermaknakan?



Tips Hadiah Untuk Si Dia 7: Buku.

Buku. Perempuan memang suka membaca. Tak kirala apa pun jenis buku yang di baca. Jadi, anda mungkin boleh hadiahkan buku buat si gadis kesayangan anda. Sekarang pun banyak jenis-jenis buku yang ada di kedai-kedai buku. Ada novel cinta, novel islamik, buku ilmiah dan sebagainya. Jadi tak salah untuk anda jadikan buku sebagai hadiah untuk si cinta hati. Jika anda tahu buku apa yang di minati, bolehla hadiahkannya.

Oh ye, menjadi tradisi jugak sekarang, seseorang itu akan hadiahkan buku yang tajuknya mempunyai makna atau sebagai luahan anda untuk si dia. Contohnya novel “setia hujung nyawa”, bermaksud anda akan setia dengan si dia sehingga hujung nyawa. Atau mungkin buku ilmiah seperti “aku terima nikahnya” yang bermaksud anda ingin memang serius dengan si dia dan ingin menjadikan dia suri hidup anda.

Tips Hadiah Untuk Si Dia 8: Kasut.

Hadiah keempat ialah kasut. Hadiah ni mungkin jarang di jadikan sebagai hadiah untuk si dia. Tapi hadiah ni mungkin sesuai untuk si dia yang area umur 25 tahun ke atas. Sebab mereka matang. Kalau nak beli kasut ni, anda kenala tahu size kaki si dia untuk memudahkan anda membeli hadiah ni. Tentunya si dia suka sebab si gadis memang sukakan kasut. Boleh dikatakan seorang perempuan akan ada banyak koleksi kasut.



Tips Hadiah Untuk Si Dia 9: Baju a.k.a pakaian.

Pakaian a.k.a baju. Anda bolehla hadiahkan untuk si dia baju. Contoh baju yang boleh di bagi mungkin dress atau blouse. Atau lebih elok lagi mungkin tudung bagi pasangan anda yang bertudung. Macam-macam jenis tudung ada sekarang dan ianya boleh di jadikan sebagai hadiah yang istimewa untuk si dia. Selain tu, anda boleh jugak hadiankan baju couple untuk si dia dan anda. Bila keluar nanti, bolehla pakai baju tu sama-sama. Nampak sweet sangat. Sekarang pun, banyak design baju-baju couple yang sangat menarik dan comel. Memang tak salah untuk di jadikan hadiah.

Tips Hadiah Untuk Si Dia 10: Teddy Bear Besar, Gebu dan Comel.

Wah..hadiah kesepuluh ni memang si girlfriend suka sangat la kalau dapat. Lebih-lebih lagi remaja. Perempuan sekarang memang suka kalau boyfriend dia bagi teddy bear. Bila dah dapat tu, memang tak lepas dan asyik bawa je bila travel ke mana-mana. Huhu..

]]>
Amalan Dan Doa-Doa Untuk Mendapatkan Jodoh. https://redaksi.com/2480-amalan-dan-doa-doa-untuk-mendapatkan-jodoh Sat, 09 Jun 2018 10:02:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2480 Jom amalkan doa-doa di bawah ini untuk mendapatkan jodoh yang terbaik dari Allah SWT, jangan jemu untuk berdoa, berusaha, dan bertawakal...

1. Baca Asmaul Husna.

Sebelum kita meminta sesuatu, hendaklah terlebih dahulu melakukan pujian kepada Allah SWT. Allah SWT mempunyai nama-nama yang indah atau Asmaul Husna dan hendaknya selalu disebutkan dalam setiap doa. Sebagaimana firman Allah SWT:

“Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam shalatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu”.(Al-Israa’: 110)


2. Berzikir.

Sebagaimana firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allâh, dengan mengingat (nama-Nya) sebanyak-banyaknya, dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.” ( Q. S: al-Ahzâb 41-42)

3. Membaca Al-Fatihah.

4. Membaca Surah Al-Ikhlas.


5. Membaca Surah Al Furqaan ayat 74.

“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa””.. (Al-Furqaan: 74)

6. Doa bagi wanita.

“Ya Allah berikanlah padaku suami terbaik dari sisi-Mu, suami dan menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia serta di akhirat nanti.”

Dan..

“Kemudian aku ingin berkahwin. Ya Allah tetapkan untukku jejaka tampan rupa akhlaknya, paling luas rezekinya, paling banyak barakahnya, kurniakan aku anak yang baik. Engkau jadikan ia sebagai kebanggaanku dimasa hidupku setelah kematianku.”


7. Doa bagi lelaki.

“Ya Allah berikanlah padaku isteri terbaik dari sisi-Mu, isteri aku lamar dan nikahi, dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia serta di akhirat nanti.”

Dan

“Kemudian aku ingin berkahwin, maka takdirkan lah untukku wanita yang hadir (untukku) yang sangat baik dari segi akhlak, paras rupa dan ketaatan, dia sesuai untukku dan aku sesuai untuknya, yang mengkayakan aku dalam urusan agama dan duniaku..”


8. Membaca Surah An Nuur ayat 26.

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”

9. Selawat Kamilah/Tafrijiyah.

"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".


]]>
Tersentuh dengan pengorbanan Awal, Scha Alyahya titipkan ucapan terima kasih buat suami tercinta https://redaksi.com/9714-tersentuh-dengan-pengorbanan-awal-scha-alyahya-titipkan-ucapan-terima-kasih-buat-suami-tercinta Sat, 13 Feb 2021 13:36:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9714 Berita kelahiran anak kedua Scha Alyahya dan Awal Ashaari ternyata menjadi penantian para peminat mereka berdua. Semalam pelakon drama Awan Dania itu telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan sekali lagi dan berita gembira itu telahpun dikongsi olehnya di ruangan Instagram.

Rasa penat melahirkan masih berbaki, Scha telah memuat naik video suaminya yang sedang berselubung di bawah selimut. Barangkali penat setelah seharian uruskan hal-hal hospital termasuk proses menyambut kelahiran anak kedua mereka.

 

 

"Real heroes dont wear capes, they wear blankets. Thank you Daddy we love you."

Itulah antara bait-bait kata yang ditulis oleh Scha bersama dengan video yang telah dimuat naik olehnya.

'Congratulation Scha  dan Awal'

Syukur melihat Scha dan bayinya selamat dan dalam keadaan sihat, para peminat dan rakan artis tidak melepaskan peluang untuk menitipkan ucapan tahiah di atas kelahiran puteri kedua mereka.

 

'Can't wait to find out the name'

Selain itu, mereka juga kelihatannya tidak sabar menunggu nama yang bakal diberi untuk bayi comel itu.

]]>
Antara Sebab Mengapa Lelaki Mudah Putus Asa Dengan Wanita Cantik. https://redaksi.com/2942-antara-sebab-mengapa-lelaki-mudah-putus-asa-dengan-wanita-cantik Mon, 23 Jul 2018 12:19:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2942 Majoriti lelaki pasti suka pada kecantikan yang dimiliki oleh wanita. Siapa sahaja yang tidak suka pada wanita cantik, malahan wanita cantik juga menjadi perhatian orang ramai termasuk kaumnya sendiri juga. Tetapi kadang-kala persepsi masyarakat melayu terhadap wanita cantik ini tidak semuanya positif.

“Alahhh…kau cantik, buat jela apa-apa pun, orang tak pandang pun kesalahan kau”


“Kalau perempuan buruk, semua yang dibuat mesti dipandang hodoh. Lagi hodoh kalau dah buat salah”

“Kalau cantik ni orang tak kisah buat salah banyak mana pun, mesti perempuan hodoh juga dipersalahkan”

Jadi, jom ketahui antara sikap wanita cantik yang membuatkan ramai lelaki mudah putus asa untuk membina hubungan cinta…

1. Tidak boleh dimarah, dikritik atau ditegur.

Persepsi orang ramai atau secara tidak sedar, wanita cantik ini sebenarnya memiliki sikap panas baran. Jika mereka dimarahi atau dikritik oleh majikan atau sesiapa sahaja, pasti mereka akan melawan.


Atau pun jika mereka dimarahi pasti mereka mencuba untuk membuat muka kesian sehinggakan orang sekeliling terlalu simpati untuk memarahi mereka. Kebarangkalian juga ia adalah dari didikan ibu bapa juga sejak kecil.

“Alahhh, budak comel/cantik macam ni, lama-lama berubah lah tu” (Budak-budak kan…)

Kebanyakan lelaki pun akan bosan jika sikap wanita sebegini.

2. Memakai mekap terlalu tebal.

Kebanyakan daripada wanita pada zaman sekarang hanya cantik pada luaran sahaja. Jadi tidak hairan lah jika terdapat ramai wanita takut tidak mengenakan sebarang mekap apabila keluar daripada rumah. Lelaki sebenarnya tidak suka pada wanita yang mekap terlalu tebal. Memadai tidak pucat sahaja.


3. Gemar bergossip dan memburukkan orang lain.

Seperti point nombor satu di atas, wanita sebegini seperti hanya dia sahaja yang betul kerana tidak boleh dikritik atau ditegur. Jadi, pasti ada sahaja keburukan atau kekurangan pada orang lain yang si dia mahu mengumpat atau kritik. Amboi, orang kritik dia tak boleh, tapi dia boleh sahaja mengkritik orang lain. Memang patut lelaki putus asa pada wanita sebegini.

4. Terlalu konfiden.

Anda terlalu konfiden bahawa dengan kecantikan yang dimiliki pasti semua orang akan suka dengan sikap anda juga. Lelaki tidak suka pada wanita sebegini, tidak kisah jika anda berkeyakinan tinggi tetapi jangan pula terlalu riak. Ia membuatkan anda kelihatan seperti narsistik.


5. Terlalu manja dan clingy.

Alasan cliché, memang sikap wanita yang gemar berkepit dengan teman lelaki 24 jam. Tetapi anda merasakan anda cantik dan pergi kemana sahaja pasti akan ada orang memandang dan mudah berkawan. Lalu anda menjadi mudah rapat pula dengan kawan-kawan teman lelaki juga, situasi begini pasti menimbulkan rasa cemburu pada teman lelaki dan menjadi kurang senang dengan tindakan anda.


]]>
Suami Bukan Takut Bini, Tapi Menghormati Kehendak Isteri. https://redaksi.com/2612-suami-bukan-takut-bini-tapi-menghormati-kehendak-isteri Tue, 26 Jun 2018 16:33:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2612 Sebagai seorang suami, tugas dan tanggung jawabnya bukan hanya membahagiakan si isteri, tidak juga hanya semata mata memperlakukannya dengan baik tanpa menyakitinya, atau melakukan kewajiban suami terhadap isteri , sebaliknya juga kewajiban isteri terhadap suami.


Lebih daripada semua perkara, seorang suami sentiasa diuji disaat si isteri melakukan kesalahan oleh kerana tidak dapat mengawal emosi.  Ataupun si isteri yang terlalu marah kepadanya kerana sesuatu hal, yang mungkin berpunca daripada kesalahan atau perasaan iri hati.

Tuduhan seperti ini pasti akan menyebabkan pertelingkahan antara suami dan isteri, lalu si isteri bakal derhaka kepada suaminya.

Para lelaki perlu tahu, wanita mempunyai peribadi yang lemah, dan terlalu melayan hati dan perasaan sehingga hal yang bersifat sensitif dan emosional akan terimbas kembali dalam memorinya. Seperti dalam hadith berikut :


“Wanita tidak akan mampu lurus selamanya. Jika kamu merelakannya meski ada kebengkokan itu, kamu akan bahagia bersamanya. Tetapi jika kamu memaksa meluruskan kebengkokannya, kamu akan membuatnya patah, iaitu perceraian.” (H.R. Muslim).

Dalam hadith tersebut menjelaskan bahawa, karakter wanita sememangnya keras seperti tulang rusuk yang bengkok. Jika sebagai suami, anda seperti memaksa untuk meluruskannya, maka hasilnya rusuk tersebut akan patah dan menyebabkan perpisahan dalam pernikahan.

Secara fakta, sudah terlalu banyak kes perceraian berlaku hanya kerana suami yang tidak dapat menghadapi kemarahan si isteri sehingga menimbulkan konflik. Jadi suami dan isteri itu saling memerlukan..


“Suami yang bergegas pulang tepat masa dikatakan 'takut bini', sedangkan dia bergegas pulang kerana hendak luangkan masa bersama isteri dan anak-anak…

Suami yang memasak di dapur dan jemur kain di ampaian dikatakan kena 'queen control', sedangkan dia dengan rela hati berkongsi tanggungjawab rumahtangga dengan isteri…

Suami yang mendengar cakap isteri dikatakan 'kena cucuk hidung' sedangkan kedua-dua suami isteri sering mendengar dan bertolak ansur demi keharmonian rumahtangga dan keluarga…

Zaman sudah berubah, mentaliti kita juga harus berubah. Cabaran keluarga dan anak-anak juga berbeza dari dulu. Suami dan isteri saling memerlukan dan mempunyai peranan masing-masing dalam keluarga dan rumahtangga. ..

Mereka yang berfikiran sebegitu sepatutnya lebih rasa malu dengan diri sendiri kerana masih terperangkap dalam gua.” - Noor Afidah Abu Bakar-


]]>
10 Jenis Perangai Lelaki Yang Layak Dijadikan Suami. https://redaksi.com/432-10-jenis-perangai-lelaki-yang-layak-dijadikan-suami Tue, 11 Jul 2017 11:15:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=432 Berwaspadalah wahai gadis, demi memastikan diri kamu tidak mudah terpedaya dengan cumbu rayu lelaki sehingga terkadang ada yang terpaksa menggadaikan maruah diri demi cinta. Untuk menggapai masa depan gemilang, pastikan buah hati kamu memiliki kualiti cemerlang. Cuba uji kualitinya dengan cara- cara mudah ini.



1. Pendengar yang baik.

Tidak ramai lelaki bersedia menjadi pendengar yang baik. Sifat egois lelaki membuat mereka cenderung mendengar kata-kata perempuan sambil lalu. Seandainya kamu menemukan seorang lelaki yang memfokuskan mata dan perhatiannya ketika kamu berbicara sehingga kamu tak perlu mengulangi kata-kata, ini petanda bagus! Segera ‘pancing’ mereka untuk dijadikan kekasih hati.

2. Bijak berbicara.

Pilih buah hati yang bijak berbicara, bukan sekadar banyak cakap sahaja. Lelaki pendiam pada awalnya agak misteri untuk kamu mengenalinya lebih jauh. Namun, jangan tertipu dengan kesan pertama, dengan mengatakan lelaki pendiam itu baik. Seringkali, lelaki pendiam berubah menjadi individu yang sukar dimengerti dan tidak bersahabat lalu menimbulkan banyak masalah dalam perhubungan. Maklumlah apabila susah membuka mulut dan seolah tidak berminat untuk berkongsi apa pun, adalah petunjuk bahawa keperibadiannya dingin dan kosong. Padahal, kunci kehidupan bersama yang utuh dan menyenangkan ada pada keinginan untuk berkongsi gagasan dan pemikiran. Alangkah senangnya jika dapat membicarakan soal apa saja dengan pasangan. Misalnya, membicarakan artikel majalah, ulasan filem, atau gosip tentang teman-teman. Rasanya kamu dan si dia seperti tak pernah kehabisan bahan bicara



3. 'Track record'.

Konon, sejarah komitmen seorang lelaki adalah cerminan emosionalnya. Lelaki yang setia dan terikat kepada seorang perempuan untuk jangka waku cukup lama, menandakan dia memiliki jiwa yang stabil. Sebaliknya, jika dia telah 10 kali berganti kekasih dan tidak ada satu pun yang tahan bersamanya lebih daripada tiga bulan, itu tandanya dia ada masalah dalam membina sebuah komitmen. Parahnya, saat kamu bertanya mengapa dia putus dengan kekasih-kekasihnya itu, dia menjawab dengan menyalahkan mereka.

“Saya putus dengan A kerana dia cerewet. Kalau dengan B, kerana dia terlalu sensitif. Sementara si C, sangat menuntut. Si D tidak mandiri. Ke mana-mana harus dihantar, letihlah!”

Wah, lelaki seperti ini jelas punya masalah dalam menghargai perempuan! Hati-hati, kamu bakal menjadi ‘mangsa’ yang seterusnya untuk dihina.

4. Sudi memohon maaf.

Suatu ketika nanti kamu dan si dia pasti akan bertengkar dan mendebatkan sesuatu. Daripada cara dia berdebat, kamu boleh melihat kualitinya. Jika kamu takut melihat kemarahannya atau dia ‘meledak’ tanpa mahu mendengar penjelasan kamu, atau si dia memilih meninggikan suara televisyen daripada mendengar suara kamu, tinggalkan saja!

Idealnya, lelaki berkualiti itu boleh mengungkapkan emosi tanpa harus bersikap kasar. Dia tidak hanya boleh memahami sudut pandangan kamu, tapi juga mampu memohon maaf atas kesalahannya atau memaafkan kesalahan kamu dengan mudah.



5. Menepati masa.

Saat berjanji menjemput, dia selalu bersedia datang lebih awal atau tepat waktu. Kalau terlambat pun, dia akan memberitahu. Nah, ini baru truly gentleman!

6. Kelakar.

Kamu pasti senang jika dia melontarkan lelucon yang boleh membuat kamu tertawa. Bahkan, jika tak mendengar ceritanya yang lucu sehari saja, kamu terasa rindu setengah mati. Memang, banyak kajian menunjukkan bahawa ketawa bersama dapat membantu pasangan bebas daripada ketegangan. Cuba bayangkan jika kamu memiliki pasangan yang bisa mentertawakan diri sendiri atau dengan cara paling manis menggoda kamu saat sedang gelisah. Wah, rasanya sangat menenteramkan.

7. Bersikap ingin tahu mengenai kamu.

Seringkali, kala janji temu kali pertama kita tidak ingin ditanya-tanya mengenai latar belakang atau apa persyaratan kita dalam mencari buah hati. Padahal, sebenarnya kamu perlu tahu serba sedikit mengenai latar belakang atau kriteria apa yang kamu cari daripada seorang lelaki. Dengan demikian, dia tahu fikiran dan gagasan kamu. Rasanya menyenangkan jika saat berbicara dia menunjukkan perhatiannya, dengan mendengarkan dan mengajukan pertanyaan. Lebih menyenangkan lagi, ternyata si dia ingat nama teman-teman dan bos kamu, serta hal-hal kecil yang kamu benci.



8. Tidak obses dengan teman.

Setiap kali ‘dating’, dia selalu mengajak kamu menonton atau makan malam beramai-ramai dengan teman-temannya. Sepertinya dia juga tidak ingin kehilangan waktu bersama gengnya. Yang lebih menyedihkan, dia sangat bergantung kepada keputusan teman-temannya dan rela membatalkan janji temu dengan kamu semata-mata mahu berkumpul dengan mereka. Itu bermakna dia belum bersedia untuk menjalin hubungan yang serius. Memang, dengan memiliki ramai teman, dia terlihat banyak bergaul. Namun, lelaki ‘berkualiti’ adalah mereka yang boleh berfikir dan bersikap mandiri.

9. Punya integriti.

Setelah bertemu beberapa kali, si dia mulai sering membatalkan janji di saat-saat terakhir. Dia juga jarang menelefon. Seolah dia punya kesibukan lain. Sebulan kemudian, dia mengaku belum bersedia untuk berhubungan serius. Tapi esoknya, kamu melihatnya sedang berjalan mesra dengan perempuan lain. Ternyata, selama ini kamu berdating dengan lelaki tak jujur. Nah, bagaimana mengetahui apakah dia lelaki jujur, bertanggungjawab, dan baik di awal hubungan? Kamu boleh mengamatinya bukan hanya daripada cara dia memperlakukan kamu. Misalannya, kamu juga boleh melihat daripada cara dia berinteraksi dengan teman-teman, keluarga, bahkan pelayan restoran. Jika sikapnya kepada orang-orang tersebut sama baiknya terhadap kamu, ini ertinya dia memang punya integriti.

10. Buat hati berdebar-debar.

Kamu tentu tidak akan memilih sebarang lelaki untuk dijadikan pasangan jika si dia tak bisa membuat jantung kamu berdebar-debar ketika bertemu. Entah caranya memandang, aroma tubuhnya, atau cara dia melindungi kamu, setidaknya ada perkara yang membuat kamu serasa mabuk kepayang. Banyak peneliti mengatakan, daya tarik seksual sangat penting dalam memantapkan sebuah hubungan asmara. Jadi, jika tidak ada chemistry, maka 10 ciri ini tidak akan ada ertinya.

]]>
Setelah Berkahwin Segalanya Berubah, Jadi Belajarlah Menyesuaikan Diri Dengan 8 Perkara Ini. https://redaksi.com/2683-setelah-berkahwin-segalanya-berubah-jadi-belajarlah-menyesuaikan-diri-dengan-8-perkara-ini Mon, 02 Jul 2018 16:24:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2683 Setelah berkahwin dengan pasangan dan melepasi fasa berbulan madu, anda akan bakal mengetahui sikapnya dan situasi yang sebenar. Jika anda seperti tidak kenal siapa si dia yang sebenar, mungkin anda…



1. Kurang informasi.

Anda dan pasangan tidak bincang dengan betul tentang..

- Sama ada isteri perlu bekerja di luar rumah atau tidak?

- Adakah mereka perlu merancang menangguhkan untuk menimang anak?

- Di mana mereka akan tinggl selepas berkahwin nanti?

- Adakah mereka akan tinggal bersama ibu bapa atau berasingan?

2. Tidak tahu tentang tugas.

Seorang suami perlu bijak menguruskan rumah tangga kerana dia adalah ketua keluarga dan juga boleh merendah diri dan sanggup mendengar pandangan isterinya. Sekiranya berlaku perbezaan dalam cara berfikir, suami hendaklah kembali kepada petunjuk Al-Quran dan sunnah, dan janganlah biarkan perkara tersebut menjadi sumber tekanan dan masalah dalam perhubungan suami isteri.

3. Tidak didedahkan tentang ahli keluarganya.

Jangan membezakan suami atau isteri dengan ahli keluarga, dan sentiasalah menziarahi sanak saudara untuk mengelakkan berlakunya perselisihan faham di masa hadapan.

4. Tidak realistik.

Ketika ini anda perlu belajar menyesuaikan diri dengan kelemahan si dia yang anda tidak pernah lihat. Jika anda boleh menerima kelebihannya, perbaikilah kelemahannya.

5. Tiada perancangan.

Anda perlu merancang dan menyusun program bersama jangan lakukan berasingan seperti Solat Berjemaah, menghadiri majlis ilmu, fikirkan menu untuk masak setiap hujung minggu, menetapkan masa untuk balik kampung dan pelbagai isu lagi.

6. Terlalu mementingkan sahabat.

Berada bersama rakan-rakan adalah perkara yang menyeronokkan. Tetapi rakan adakalanya menjadi sumber pertikaian dalam rumah tangga. Sekiranya terlalu banyak masa dihabiskan bersama rakan, bererti semakin kurang masa untuk bersama pasangan.

Kadangkala rakan sebaya juga memberi nasihat yang salah dalam hal perkahwinan, yang berdasarkan pengalaman mereka sendiri dalam perkara tersebut. Jadi jalan penyelesaian adalah, jangan kongsikan hal rumah tangga dengan rakan termasuk sahabat baik, khuatir nanti perkara buruk akan berlaku.

7. Tidak tahu merancang perbelanjaan.

Perkara ini boleh mencetuskan perang besar antara suami dan isteri. Bagi mengelakkan masalah, suami dan isteri hendaklah merancang baget bersama.

8. Tidak tahu memberi ruang pada pasangan.

Perkahwinan tidak bererti segala-galanya mesti dilakukan bersama. Yang penting masing-masing hendaklah saling mengambil berat, saling memberi dan menerima malah menghormati antara satu sama lain. Dengan cara ini akan wujud keseimbangan dalam perhubungan suami isteri.

]]>
Kenali Empat Tanda Gadis Itu Anak Manja Emak. https://redaksi.com/1979-kenali-empat-tanda-gadis-itu-anak-manja-emak Sat, 14 Apr 2018 14:24:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1979 Biasanya kita akan dengar anak lelaki sahaja yang jadi anak emak. Tapi bagaimana pula dengan anak perempuan? Tak akan tak ada yang anak emak. Mestilah ada kan, jadi bagaimana untuk kenali anak emak ini. Biasanya kelakuan mereka ini agak tersorok. Biasa lah anak perempuan kan, kalau anak lelaki mudah sikit untuk dikesannya.


Empat tanda wanita anda adalah anak emak:

1. Hari-hari mesti kena dengar suara mak.

Setiap orang pastinya sayang pada mak masing-masing, namun kebanyakannya biasa-biasa sahaja apabila berjauhan. Menelefon mak adalah wajib namun tidaklah sekerap setiap hari. Lain pula dengan perempuan anak mak ni, setiap hari pasti akan telefon dan nak bercakap dengan mak. Kadang-kadang tiada apa sangat yang nak dibualkan namun cukuplah sekadar mendengar suara maknya.

2. Manja.

Sifat manja adalah lumrah bagi seorang perempuan, tetapi anak mak ni manjanya agak berbeza. Contohnya kalau di rumah, dia selalu nak bertempek dengan maknya walaupun sudah meningkat remaja dan dewasa. Selagi dia masih belum berkahwin, selagi itulah dia akan bermanja dengan maknya seperti selalu, seperti sejak kecil. Mereka ini tidak peduli diperli adik-beradik lain kerana sifat manja yang melampau, malah berasa seronok apabila maknya juga memanjakannya lebih. Biasanya mereka ini anak bongsu.


3. Suka lelaki kasar.

Perempuan anak mak yang manja ini lebih memilih untuk mempunyai pasangan atau lelaki yang kasar. Kasar di sini bukan bermaksud dalam perlakuan dan tindakan, sebaliknya bermaksud keupayaan melindungi pasangannya. Oleh sebab si dia bersifat manja, maka sebab itulah dia memerlukan pasangan yang boleh melindungi dan kuat untuk berdamping dengannya.

4. Tidak pernah membantah.

Meskipun dia sangat manja, namun dia terlalu menghormati emaknya. Maka dia akan cuba menuruti apa sahaja permintaan ibunya sedaya mungkin, walau ada kala permintaan itu tidak disukainya, namun dia akan mencari jalan lain untuk mengelak tanpa berkata ‘tidak’ di hadapan emaknya. Sifat patuhnya itu yang menjadikan emaknya lebih suka memanjakan dia kerana sifat itu ternyata tidak sesekali memberi keburukan bagi emaknya.

Tetapi jangan risau, wanita yang manja dengan emaknya ini akan berubah bermanja dengan suaminya apabila sudah berkahwin nanti. Jadi kepada sesiapa yang suka wanita manja itu boleh dah mula mencari anak-anak emak ini. Mesti melekat sahaja dengan anda.

]]>
7 Sebab Mengapa Wanita Gemar Mencari Jodoh Melalui Internet. Wajib Tahu! https://redaksi.com/1501-7-sebab-mengapa-wanita-gemar-mencari-jodoh-melalui-internet-wajib-tahu Sat, 03 Feb 2018 12:30:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1501 Pada masa kini tak asing lagi ramai para wanita telah beralih untuk mencari pasangan hidup melalui atas talian (online). Ramai juga telah berjaya bertemu dengan pasangan sehingga menjejakan kaki ke alam perkahwinan. Dahulu mungkin mencari jodoh melalui online sesuatu yang janggal tetapi kini ianya sesuatu yang amat berkesan.

Di sini kita tertanya-tanya mengapa para wanita memilih untuk mencari jodoh melalui atas talian? Ikuti artikel ini untuk mengetahui factor dan penyebabnya:

1. Terlalu sibuk dengan urusan harian

Ramai wanita pada masa kini merupakan wanita yang berkejaya dan terlalu sibuk dengan hal-hal di pejabat sehingga terlupa akan urusan seperti jodoh. Wanita berkejaya seperti ini kebiasannya akan tersedar ketika pulang ke kampung dan apabila ditegur oleh orang tua mereka.

2. Pemalu

Wanita dengan sifat pemalu memang tidak dapat dipisahkan. Malu juga merupakan factor di mana ramai wanita yang lebih cenderung untuk mencari pasangan di internet kerana tak perlu bersemuka ketika ingin memilih calon idaman. 

3. Takut di“reject”

Ditolak atau diterima merupakan lumrah dalam kehidupan. Tetapi tidak semua orang boleh menerima apabila dirinya ditolak. Ada sesetengah wanita merasakan “being rejected” merupakan satu tamparan yang besar buat diri mereka.

4. Rendah keyakinan diri

Ada diantara kita yang pernah ditolak berkali-kali dalam pejalanan mencari pasangan hidup. Ini boleh menyebabkan seseorang itu rendah atau hilang keyakinan diri untuk memulakan langkah mencari pasangan.

5. Pilihan lebih terbuka

Di ruangan internet maklumat semuanya boleh didapati di hujung jari. Setiap wanita semestinya mempunyai senarai ciri-ciri lelaki idaman. Pilihan di internet sangan meluas, kita boleh semak profile seseorang itu tanpa berjumpa dengan individu tersebut malahan boleh memilih bakal pasangan yang wajahnya “sejuk mata memandang” untuk kita tatap seumur hidup andaikata dia menjadi pasangan kita.

6. Peluang lebih cerah

Dengan meletakkan profile kita di tempat yang strategik akan memberikan peluang yang lebih cerah untuk bertemu dengan bakal pasangan hidup kita.

7. Tapisan lebih baik

Kita perlu bijak memilih tempat untuk meletakkan profile kita supaya profile kita tidak dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Antara laman web yang patuh syariah dan menjaga privasi yang boleh diyakini adalah seperti Baituljannah.com

Laman web ini lebih terjamin berbanding Facebook kerana ianya dipantau ketat dan sukar untuk berlaku penipuan.

Jodoh sememangnya ketentuan dari Allah SWT tetapi kita perlulah berusaha kearahnya.

]]>
Demi pikat hati 'pasangan sejenis', pemuda sanggup pakai niqab & tinggal di rumah perempuan https://redaksi.com/9706-demi-pikat-hati-pasangan-sejenis-pemuda-sanggup-pakai-niqab-tinggal-di-rumah-perempuan Fri, 12 Feb 2021 12:05:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9706 Kantoi menyamar sebagai wanita berniqab dan duduk di sebuah rumah sewa khas perempuan, seorang lelaki ditangkap oleh pihak berkuasa di Kota Ternate, Indonesia.

Menerusi laporan Suara.Com, pemuda berusia 21 tahun itu menjelaskan bahawa dirinya berpakaian sedemikian demi memikat hati jejaka yang diminatinya.


Difahamkan, penyamaran lelaki berkenaan terbongkar pada 9 Februari lalu setelah penghuni lain perasan akan ada sesuatu yang tidak kena dengan ‘wanita berniqab’ tersebut.

Demi menghilangkan rasa curiga, mereka telah mengekori pemuda berkenaan sehingga ke tempat tinggalnya sebelum penyamaran tersebut terbongkar.



Menurut sumber, lelaki berkenaan dikatakan telah tinggal di rumah sewa perempuan selama dua bulan lamanya.

Hasil siasatan pihak polis, pemuda itu mengaku menyukai lelaki sehingga sanggup berniqab kerana ingin mencari ‘pasangan kekasih’ sesama jenis.

Berdasarkan video yang dikongsi di media sosial, pemuda berkenaan lengkap mengenakan jubah berwarna hitam sama seperti muslimah sejati.



Pemuda itu juga dikatakan tidak bergaul dengan perempuan-perempuan yang tinggal serumah dengannya malah turut membuang air kecil di dalam bilik.

"Jarang sekali, saya jarang keluar bilik, saya kencing di bilik,” jawab pemuda berkenaan.

Bagaimanapun, pemuda berkenaan tidak ditahan dan hanya diarahkan untuk menulis surat kenyataan sahaja.



Sebelum ini, pemuda tersebut juga telah melakukan perbuatan yang sama dengan berniqab serta menceroboh sebuah asrama lain pada tahun lalu.

]]>
9 Petua Mendapatkan Jodoh Yang Baik Untuk Mereka Yang Susah Dapat Jodoh. https://redaksi.com/14-9-petua-mendapatkan-jodoh-yang-baik-untuk-mereka-yang-susah-dapat-jodoh Sat, 13 May 2017 18:19:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=14 Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia. Di sanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya. Dengan perkahwinan, rezeki seseorang itu akan semakin luas. Melalui perkahwinan juga, seseorang itu akan semakin matang dan peluangnya semakin luas untuk membuat pahala. Jodoh yang tidak kunjung tiba disaat usia semakin meningkat. Bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan. Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah. Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup. Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil. Mari kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini. Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya?



Perkahwinan itu rezeki. Semua orang boleh mendapatnya. Ada pepatah arab yang berbunyi:

Man Yazro’ Yahsud”
Bermaksud: Siapa yang menanam, maka dialah yang akan menuai hasilnya.

Menurut adat kehidupan ni, seseorang yang menanam, maka dia jugalah yang akan menuainya. Dia yang berusaha, maka dia jugalah yang akan peroleh hasil tanamannya. Jadi pepatah ini juga satu simbol merujuk kepada sesiapa yang ada matlamat dan berusaha, maka dia akan peroleh apa yang dia hajat. Rezeki itu perlu dicari, ia tidak akan datang bergolek sendiri. Begitu jugalah dengan perkahwinan. Perkahwinan, ia bukanlah nasib semata-mata. Ia perlu dicari, dijemput dan diusahakan mendapatkannya. Kerana perkahwinan itu adalah rezeki. Oleh itu jangan kita berputus asa ditengah jalan walaupun sudah bertahun-tahun mencuba.



Petua dan Amalan Untuk Mempercepatkan Jodoh.

1. Memperbetulkan kembali niat kita.

Dalam apa-apa pun perkara, semuanya kembali kepada niat kita. Berbalik kepada konteks artikel ini, jika niat kita ikhlas, maka kita pun akan mendapatkan sesuai dengan apa yang kita niatkan. Jika kita berniat mendapatkan jodoh kerana lillahi ta’ala, semata hanya kerana Allah, maka InsyaAllah, Allah juga akan mentakdirkan kita untuk bertemu dengan seseorang yang juga memiliki niat yang sama.

2. Muhasabah diri dan reflek kembali untuk melihat sebarang kekurangan pada diri.

Jika anda ingin membeli sebuah beg, pasti anda akan memilih beg paling cantik, diantara semua beg yang terdapat di pasaraya bukan? Tidak mengapa, tiada salahnya. Kerana itu sudah lumrah manusia ingin mendapat sesuatu yang paling cantik semampu dirinya. Begitu jugalah berkenaan dengan soal jodoh. Kalau sampai sekarang anda belum bertemu calon pasangan, maka ada baiknya anda melihat kembali diri sendiri, mengesan apa yang kurang pada diri anda. Kekurangan luaran sebenarnya bukanlah masalah besar, asal kita berusaha untuk tampil kemas dan berpenampilan lebih menarik. Penampilan ini merupakan faktor yang agak penting dalam mencari jodoh. Mulailah untuk memperbaiki penampilan anda dengan berpakaian kemas, merapikan rambut, memakai wangian, deodorant, bersukan, diet, dan lain-lain perkara lagi. Tampilkan diri anda dalam keadaan sebaik yang mungkin.

3. Tingkatkan percaya diri dan buangkan rasa malu tidak bertempat.

Bagaimana anda ingin dipercaya orang lain kalau anda tidak percaya pada diri anda sendiri? Jangan pernah menyerah dalam mendapatkan jodoh, jika anda merasa putus asa atau menghadapi kegagalan, maka anda harus segera bangkit lagi. Selalu yakin bahawa anda akan bertemu jodoh idaman. Yakinkanlah dia bahawa anda adalah orang terbaik untuk mendampinginya. Yakin diri dengan jodoh. Buangkan rasa malu yang tidak bertempat. Malu itu perlu, tetapi jika malu tidak bertempat ia akan menyusahkan diri sendiri. Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu? Buatlah suatu komitmen yang harus anda penuhi. Kejayaan anda ditentukan oleh niat dan semangat anda sendiri. Allah maha pengatur, pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan. Be positive thinking. Tiada sebab untuk bersedih.

“…dan jangan kamu berputus asa dari dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” [Yusuf :87]



4. Memperluaskan jaringan pergaulan.

Antara sebab kita lambat bertemu jodoh adalah kerana kurangnya pergaulan dengan masyarakat. Luangkan masa untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan. Disamping itu jangan segan untuk bergaul dengan mereka yang sudah berusia, kerana mungkin ada pengalaman yang boleh mereka kongsikan, atau jodoh anda ada dikalangan sanak saudara mereka. Jangan malu-malu untuk meminta bantuan kepada mereka dan jangan malu-malu juga untuk mengulangi permintaan kita secara rutin agar orang tersebut ingat bahawa kita meminta bantuan kepadanya. Dunia hari ini menyaksikan perkembangan teknologi informasi sudah semakin maju, manfaatkanlah jejaring sosial untuk membantu anda mendapatkan jodoh. Carilah kenalan, teman dan sahabat sebanyak-banyaknya. Mungkin salah satu diantaranya insyaaAllah menjadi jodoh anda dikemudian hari. Seringkali jodoh itu datang bukan dari perkenalan langsung, tapi dari kenalan teman kita. Itulah gunanya networking yang luas. Ibarat seorang nelayan yang menebarkan jaringan yang luas untuk mendapatkan ikan yang lebih banyak.

5. Memperbaiki diri sendiri dahulu.

Ini adalah asas kepada langkah mendapatkan jodoh yang baik. Jika anda menginginkan jodoh yang soleh atau solehah, maka renungkan dulu adakah diri anda sendiri layak untuk mendapatkan jodoh yang soleh dan solehah?

Memperbaiki diri.

Jika anda menginginkan pasangan anda baik dalam agamanya, maka pastikan anda pun baik agamanya. Solat tepat pada waktu, setiap hari membaca ayat suci Al-Quran, solat dhuha dan solat tahajud tidak pernah ditinggalkan. Jadi, perbaikilah ibadah dan akhlak kita. Jangan berharap mendapatkan seorang Imam seperti Ali ibn Abi Thalib jika anda tidak berperilaku dan berakhlak seperti Fatimah RA.

6. Berkhidmat kepada ibu bapa dan keluarga.

Bagaimana tanggungjawab kita dengan ibu bapa kita sendiri? Sudah tertunaikah semuanya? Bersangka baiklah dengan Allah Yang Maha Alim. Dia inginkan kita yang masih ‘single’ ini untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa kita tanpa perlu memikirkan perihal yang lain. Bukankah apabila kita memudahkan urusan kedua ibu bapa kita, Allah juga akan mudahkan urusan kita? Sampai saatnya, Allah pasti akan gantikannya dengan rezeki perkahwinan kita.

7. Amalan bersedekah dan amalan sunat yang lain.

Agar jodoh kita semakin cepat datang, kita juga perlu mendekati Allah dengan ekstra dekat. Caranya tidak hanya mengandalkan ibadah wajib, tapi juga dengan menambah ibadah-ibadah sunnah seperti solat tahajjud, puasa, tilawah Al Quran, infaq, dan lain-lain. Lakukanlah sedekah dengan ikhlas. Ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar mahupun mengharapkan balasan yang setimpal. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu. Lakukan ibadah sunnah ini secara rutin setiap hari agar iman kita bertambah dan doa kita semakin dikabulkan Allah SWT. Antara amalan yang paling mujarab untuk menarik rezeki (termasuk jodoh yang baik) adalah dengan mengamalkan solat Dhuha. Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib. Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita. Semoga rezeki perkahwinan juga turut dikurniakan kepada kita.



8. Lapangkan hati dan fikiran seluas-luasnya.

"Bila lagi giliran awak?”

“Awak dah berpunya ke?”

“Bila lagi nak makan nasi minyak”.

Inilah persoalan tentang perkahwinan yang selalu dilontarkan. Pelbagai jenis bentuknya. Pasti, peluh besar!

Perasaan cemburu dengan melihat kebahagian orang lain dalam perkahwinan pastinya bukan sesuatu yang asing. Nak-nak lagi apabila suka untuk dihebahkan perihal indahnya bercinta selepas perkahwinan. Ini adalah point yang paling penting dan diperlukan. Lapangkan dada kita, dan buka minda kita seluas-luasnya. Mungkin sukar pada awalnya, sebab kita lebih cenderung untuk berfikiran negatif. Syaitan juga giat meniupkan ‘fikiran jahat’ semasa kita kita sedang kecewa kerana hati kita dalam keadaan yang tidak stabil. Namun, InsyaaAllah kita sebagai orang Islam yang beriman pasti dapat melakukannya. Sebab itulah kita digalakkan untuk bersangka baik dalam setiap perkara, termasuklah apabila kita diuji dengan soal jodoh yang belum kunjung tiba. Bisikkan kepada diri sendiri dengan kata-kata yang meyakini Allah. Contohnya:

  • “Mungkin Allah sedang melatih aku supaya benar-benar bersedia menhadapi cabaran apabila tiba hari bahagia itu. Allah tahu aku belum bersedia..”
  • “Belum tentu aku akan memperoleh kebahagiaan apabila berkahwin pada usia awal. Apa yang kita pandang baik pada mata kasar, belum tentu akan memberikan kebaikan pada kemudian hari.. Allah tahu apa yang kita tidak tahu.”
  • “Aku bersendirian dan masih belum berpunya, bukan bermakna Allah tak sayang aku. Sebab Allah sayang akulah, dia beri aku masa untuk bersendirian. Allah itu menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian. Mungkin aku diuji dengan bersendirian buat sementara waktu..”
  • Dan pelbagai lagi ayat yang menyakini Allah sedang merancang perkara yang baik.

Ini bukanlah ayat penyedap hati, tapi kita sedang mengingatkan diri kita agar tidak terpedaya dengan bisikan syaitan. Secara tidak sedar, kita akan mendidik hati untuk tidak bersedih dan menjadi lebih kuat lagi. Latih minda untuk lebih fokuskan kepada kepada kebaikan dan kelebihan diri kita. Pemikiran negatif hanya akan melemahkan kita dan memerangkap kita dalam kesedihan.

9. Mengamalkan Doa agar dipercepatkan Jodoh

Diantara kesemua petua diatas, inilah senjata yang paling ‘ampuh’ bagi seorang mukmin. Tiada yang dapat mengalahkan kuasa doa yang dipohon tanpa putus asa kepada Allah SWT. Doa yang baik untuk mendapatkan jodoh adalah doa yang terdapat dalam surat Al Furqan ayat 74 :

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.

Selain itu, doa tambahan yang boleh diamalkan:

  • Doa Mendapatkan Jodoh Khusus Untuk Lelaki
    Rabbi hablii milladunka zaujatan thoyyibah akhtubuha wa atazawwaj biha watakuna shoohibatan lii fiddiini waddunyaa wal aakhirah”
    (Ya Rabb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi yang menjadi sahabatku dalam urusan agama,urusan dunia dan akhirat ).
    * Dibaca setelah solat fardhu sebanyak 1x atau 3x dan secara istiqomah.

  • Doa Mendapatkan Jodoh Khusus Untuk Wanita
    Rabbi habli milladunka zaujan thayyiban wayakuuna shaahiban lii fiddiini waddunyaa wal aakhirah”
    (Ya Rabb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat ).
    * Dibaca setelah solat fardhu sebanyak 1x atau 3x dan secara istiqomah.

Bersabarlah. Ini adalah hadiah buat hati yang sedang menunggu. Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil dari ujian yang kita lalui. Dengan tertundanya kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai. Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa. Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita. Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga.

Ingatlah, Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive :)

]]>
Selamat lahirkan anak kedua, Scha & Awal timang bayi perempuan https://redaksi.com/9709-selamat-lahirkan-anak-kedua-scha-awal-timang-bayi-perempuan Fri, 12 Feb 2021 16:21:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9709 Sebentar tadi, selebriti cantik Scha Alyahya telah meluahkan rasa syukur setelah selamat melahirkan anak keduanya.


Hal tersebut dimaklumkan sendiri oleh Awal Ashaari dan Scha menerusi Instagram dengan memaklumkan bahawa keadaan bayi dan juga ibu dalam keadaan baik serta sedang berehat ketika ini.



Menurut Awal, bayi perempuan seberat 3.2kg selamat dilahirkan tepat jam 9.15 minit pagi di Prince Court Medical Center, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Awal dan Scha turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diterima mereka sekeluarga.



Di samping itu, pasangan ini juga memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan.


Untuk makluman, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan cahaya mata, lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.

]]>
“Kalau Suka, Bagitau Suka. Kalau Tak Suka, Jangan Pula Permainkan Perasaan”. Tanda-Tanda Si Dia Sentiasa Mengelirukan Anda. https://redaksi.com/3070-kalau-suka-bagitau-suka-kalau-tak-suka-jangan-pula-permainkan-perasaan-tanda-tanda-si-dia-sentiasa-mengelirukan-anda Wed, 01 Aug 2018 10:47:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3070 Pernah atau tidak anda bertemu dengan seseorang yang sentiasa mengelirukan perasaan anda. Perubahan ketara yang anda sentiasa lihat pada si dia dan dapat merasakan bahawa si dia tidak pernah serius untuk berkenalan dengan anda.


Jom ketahui tanda-tanda si dia yang membuatkan anda keliru…

1. Si dia tergila-gilakan anda, kemudian meninggalkan anda tanpa khabar berita.

Siapa sahaja yang tidak gila, apabila berkenalan dengan seseorang yang mampu membuat anda tersenyum, tergelak ketawa dengan bahagia, tetapi selepas seminggu, si dia pergi tanpa khabar berita. Si dia hilang seperti Alien pulang ke angkasa.


2. Si dia sentiasa merancang untuk bertemu, tetapi tidak pernah mengikuti rancangan tersebut.

Apabila anda dengan si dia terserempak di mana-mana, pasti si dia dengan teruja merancang “Hey, jom petang ni lepak minum” atau “Weekend ni free tak? Jom tengok wayang”. Tetapi ternyata, anda hanya seperti patung cendana. Menunggu si dia untuk menghubungi anda, tetapi tiada balasan. Hanya kata-kata sahaja.

3. Si dia sentiasa memberi ayat-ayat manis dan memberi janji palsu.

Hati-hati dengan seseorang yang sering memberi harapan atau janji palsu. Sering si dia mengatakan rindu, cinta, sayang, tetapi anda tidak pernah melihat perbuatan si dia ke arah mencintai anda. Anda tidak pernah tahu apakah hubungan sebenar antara anda dengan si dia.


4. Di sosial media, si dia bagaikan peminat setia, tetapi tidak pernah membalas whatsapp anda.

Facebook, instagram, mahupun twitter pasti ada sahaja si dia ‘like’ dan komen post anda. Malah komen-komennya juga sangat puitis dan romantik. Tetapi secara privasi tidak pernah pula menunjukkan sikap romantik si dia pada anda. Malah jika anda whatsapp si dia, hanya bluetick ditinggalkan.

5. Cara si dia mengorat anda, sama sahaja seperti dengan gadis lain.

Anda sering diberitahu oleh si dia, bahawa anda lah gadis yang telah membuka hati si dia, membuatkan dirinya terasa di awangan dan sentiasa tersenyum. Tetapi segala perilaku tersebut si dia lakukan juga pada gadis lain. Eh?


6. Si dia tertarik dengan anda, tetapi sentiasa aktif di laman cari jodoh.

Anda perlu tahu, jika benar seseorang sudah tertarik dan jatuh cinta pada anda, semua laman sosial cari jodoh malah aplikasi mencari jodoh tidak lagi menjadi perhatian si dia. Malah, si dia pasti meninggalkan atau ‘delete’ aplikasi tersebut, kerana sudah tertarik dengan anda. Jika si dia masih aktif di laman cari jodoh, bermakna si dia ada hati untuk mencari seseorang yang lebih baik daripada anda.

Jadi, jika terdapat tanda-tanda ini pada si dia, anda harus membuat pilihan. Adakah anda juga masih mahu berseronok dalam bercinta, atau pun serius. Jika serius, lupakan sahaja si dia yang sentiasa mengelirukan anda.


]]>
Perginya pendakwah terkenal Indonesia Syeikh Ali Jaber https://redaksi.com/9400-perginya-pendakwah-terkenal-indonesia-syeikh-ali-jaber Fri, 15 Jan 2021 10:29:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9400 Saat dunia masih bergelut dengan kes Covid-19 yang belum bertemu dengan penghujungnya, kita dikhabarkan pula dengan kematian seorang ulama' terkenal Indonesia yang bernama Syeikh Ali Jaber semalam iaitu pada 14 Januari 2021.

Almarhum merupakan seorang ulama' yang dikenali di seluruh Indonesia. Beliau yang mempunyai hak kerakyatan Indonesia ini telah mula menjalankan dakwah beliau sejak berusia 32 tahun lagi. 

Kesihatan merosot

Sebelum ini Syeikh Ali tidak menunjukkan apa-apa masalah kesihatan yang memudaratkan sehinggalah pada 29 Disember, Syeikh Ali Jaber telah disahkan positif Covid-19 dan kemudiannya telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada keesokan harinya di hospital yang sama. 

Kemudian, pada 4 Januari yang lalu, Syeikh Ali telah berkongsi di ruangan Instagram miliknya bahawa kesihatannya semakin baik daripada jangkitan tersebut namun dia masih perlu terus berada di hospital berikutan tempoh kuarantin belum selesai.

Namun begitu, kesihatan Syeikh Ali kembali merosot apabila tular di media sosial gambar menunjukkan keadaan beliau yang tidak sedarkan diri menggunakan alat bantuan pernafasan.

 

Syeikh Ali Jaber menghembuskan nafas terakhir.

Pada tanggal 14 Januari 2021, jam 8:30 pagi, Syeikh Ali telah menghembuskan nafas terakhir ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Cempaka Putih sewaktu menjalankan proses pemulihan jangkitan covid-19.

Penghormatan terakhir 

Jenazah selamat dimakamkan di Pondok Pesantren Darul Quran Tangerang pada petang 14 Januari dan penghormatan terakhir  itu dihadiri oleh orang ramai dengan dikawal ketat oleh pihak berkuasa memandangkan isu pandemik juga masih dalam keadaan membimbangkan di sana.

Kepergiannya pasti meninggalkan kesan kepada seantero umat Islam yang mengenali beliau sewaktu hayatnya dahulu terutamanya kepada ahli keluarga yang terdekat.

Semoga tabah menerima Qada' dan Qadar allah dan takziah diucapkan.

]]>
Jumpa jodoh di TikTok, kenal tiga bulan terus dirikan rumah tangga https://redaksi.com/9031-jumpa-jodoh-di-tiktok-kenal-tiga-bulan-terus-dirikan-rumah-tangga Mon, 30 Nov 2020 11:20:55 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9031 Jodoh ini ibarat perkara yang tak disangka-sangka. Tak sangka jumpa pasangan di sini malah tak sangka juga hubungan boleh putus di tengah jalan. Perkara ini juga dilalui oleh seorang gadis yang tidak sangka bertemu jodohnya di aplikasi TikTok.

Baru-baru ini, satu video di apliksai TikTok telah tular apabila seorang gadis berusia 22 tahun telah mendirikan rumah tangga dengan lelaki berusia 68 tahun.
Perkara tersebut mengudang pelabagi reaksi netizen yang rata-rata mempersoalkan jarak umur mereka yang dikatakan terlalu jauh.

Tak sangka tular 

Namun, menurut pemilik akaun itu sendiri, Nur Fatiha menyatakan bahawa video tersebut adalah hasil suntingan apliksai Face App yang kini menjadi trend di media sosial.

Jelasnya, aplikasi tersebut menyediakan fungsi tukar wajah seseorang menjadi lebih tua, muda, tukar jantina dan sebagainya.

Dia yang tidak sangka videonya akan tular malah menyatakan bahawa dirinya hanya menyunting secara suka-suka sahaja disebalik ingin menyampaikan satu mesej tersirat iaitu jodoh tak kenal usia atau status seseorang.

“Saya muat naik di TikTok untuk dijadikan sebagai content saja, tak sangka pula jadi viral,” ujarnya.

Katanya, apabila sudah tular biasalah akan ada komen negatif dan positif namun sebelum dimuat naik video tersebut dia teklah mendapatkan kebenaran suaminya, Mohamad Faizan Ali yang sebenarnya berusia 26 tahun.

“Ada yang tanpa usul periksa beri komen negatif kata saya pentingkan harta sebab kahwin dengan lelaki tua, malah ada juga yang menyatakan kenapa sanggup edit gambar suami nampak tua.”

“Ada juga yang kata, biar suami tua supaya tak ada yang kebas malah ada juga yang mendoakan rumah tangga kami,” katanya.


Berkenalan di TikTok

Telah mendirikan rumah tangga setahun yang lalu, fatiha juga berkongsi detik perkenalan dengan suaminya di aplikasi TikTok.

“Ada satu video duet lagu Bollywood dan dia duet dengan saya. Saya tak rasa apa-apa pun sebab orang boleh masuk ‘random’. Tapi rupa-rupanya dia beranikan diri menergur saya.

“Nampak dia berusaha nak berkawan dengan saya, sebab itu saya yakin yang dia benar-benar nak jadikan saya isteri. Sikapnya yang hormat orang tua dan keluarga saya menambat hati,” kongsinya.

Bagaimana pun, dia juga mendapat persetujuan dari ibu bapanya yang tidak bertangguh mengenai soal jodohnya yang datang pada usia yang muda. Selepas berkenalan tiga bulan mereka diijabkabulkan.

Dia yang merupakan suri rumah sepenuh masa menyatakan tak salah untuk berkahwin pada usia yang muda kerana perjalanan hidup seseorang ditentukan oleh yang Maha Esa.

“Mungkin itulah yang terbaik yang disusun oleh Allah. Tapi walu dengan siapa pun jodoh kita, orang lain tiada hak untuk judge berdasarkan apa yang dilihat sebaliknya lihat dalam kontekas yang luas,” katanya.


]]>
Tiada sahutan bila nama dipanggil, warga emas ditemui meninggal dunia di atas pokok https://redaksi.com/9717-tiada-sahutan-bila-nama-dipanggil-warga-emas-ditemui-meninggal-dunia-di-atas-pokok Sat, 13 Feb 2021 17:15:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9717 Benarlah bahawa tiada siapapun yang tahu bila ajal itu akan datang berkunjung dan bagaiman pula dengan pengkahiran hidup kita suatu masa nanti.

Hari ini, telah berlakunya satu kejadian yang melibatkan seorang warga emas berusia 62 tahun menemui ajalnya di atas pokok di Taman Sri Ayu, Tanjong Mas, Pengkalan Chepa.

Tiada tindak balas

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Rosli Muhammad, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.40 lagi.

"Ketika kejadian mangsa baru memanjat pokok sebelum memulakan kerja menebang pokok, namun dua rakannya yang berada di bawah melihat mangsa tidak sedarkan diri."

-Rosli Muhammad-

Panggilan tidak disahut

Melalui cerita dua orang lagi rakannya yang berada dia tempat kejadian mereka cuba memanggil mangsa beberapa kali namun tiada sahutan sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak bomba.

Menurut satu sumber, mereka bertiga telah diupah untuk menebang pokok di sebuah rumah. Namun, salah seorang rakannya yang sedang melakukan kerja-kerja penebangan dipercayai tidak sedarkan diri apabila tiada sebarang sahutan sewaktu namanya dipanggil.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan lanjut sebelum diserahkan kepada pihak polis pula untuk tindakan susulan.

]]>
Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dilanjutkan sehingga 18 Februari, rakyat diminta betul-betul patuh SOP https://redaksi.com/9589-perintah-kawalan-pergerakanpkp-dilanjutkan-sehingga-18-februari-rakyat-diminta-betul-betul-patuh-sop Tue, 02 Feb 2021 19:12:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9589 Melalui sidang media yang dibuat oleh Menteri Kanan(Kluster Keselamatan) hari ini adalah dimaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) di seluruh negara disambung bermula Jumaat ini sehingga 18 Februari depan.

Prosedur Operasi Standard(SOP) masih sama

Tambah beliau lagi, pelaksanaan PKP kali ini masih menggunakan pematuhan SOP yang sedia ada bagi memastikan penularan Covid-19 dapat dikekang.

"Semua SOP berkaitan akan dikeluarkan MKN dan mesyuarat juga mengambil maklum mengenai permohonan beberapa perniagaan untuk beroperasi seperti biasa."

-Datuk Seri Ismail Sabri-

Keputusan berpandu pada keadaan semasa

Namun begitu, keputusan tersebut dilakukan adalah dilihat bersesuaian dengan keadaan semasa yang mana jumlah kes baharu masih berada di tahap serius sejak kebelakangan ini.

Kenyataan itu juga dibuat setelah Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kes harian di semua negeri masih menunjukkan trend peningkatan dengan kadar positif dalam kluster adalah 20 peratus hingga 40 peratus.

"Selain itu kes peningkatan sporadik juga tinggi membabitkan warganegara dan bukan warganegara."
-Datuk Seri Ismail Sabri-

]]>
Suami bagi hadiah, surprise isteri emas dalam ketulan ais https://redaksi.com/9516-suami-bagi-hadiah-surprise-isteri-emas-dalam-ketulan-ais Tue, 26 Jan 2021 15:39:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9516 Rumah tangga akan lebih bahagia sekiranya isteri bahagia, itulah yang menjadi pegangan suami-suami romantis di luar sana.

Isteri pula akan lebih bahagia dan gembira sekiranya suami tercinta menghadiahkan sesuatu yang sememangnya menjadi idaman para isteri seperti barang kemas.

Mula-mula tanya je

Baru-baru ini, tular akan seorang suami yang memberi kejutan buat isteri tercinta selepas berpura-pura bertanya kepada isterinya.


Hal tersebut dikongsikan menerusi aplikasi TikTok, Aien Suraya menyatakan bahawa suaminya Ijat tiba-tiba bertanya akan barang kemas manakah yang menjadi pilihan dirinya.

Tidak menganggap bahawa perkara tersebut satu hal yang serius, dan menjawab pertanyaan itu seperti biasa.



Ada kejutan rupanya

Namun, suaminya meminta dirinya untuk ke dapur mengambil bekas plastik berwarna putih yang berisi ais di dalam peti sejuk.


Tidak sangka rupanya Ijat telah membuat kejutan buat isterinya dengan menghadiahkan barang kemas bari dalam ketulan air batu tersebut.



Teruja akan pemberian tersebut, tanpa tunggu air batu tersebut cair, Aien segera cairkan ketulan tersebut menggunakan air paip.

Perkongsian tersebut telah dibanjiri dengan pelbagai kata-kata positif selain mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Selain menyifatkan Aien sebagai wanita yang bertuah memiliki suami seperti itu.


]]>
Cari pasangan bukan yang cantik je tapi yang sanggup susah senang https://redaksi.com/8735-cari-pasangan-bukan-yang-cantik-je-tapi-yang-sanggup-susah-senang Mon, 19 Oct 2020 16:16:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8735 Berangan pasal nak kahwin ini memang seronok. Fikir pasal layanan suami ke atas isteri begitu juga sebaliknya. Biasanya perkara yang sweet dan romantik je terlintas, itu yang timbulkan rasa nak kahwin sangat. Tapi alam rumah tangga bukan sekadar itu sahaja. Dah bersedia ke nak kita nak tempuhi ujiannya?

Menurut satu perkongsian di Facebook milik Mohammad Azlan Mat Bunut, dia melihat pasangan suami isteri yang hanya nak motosikal tetapi kelihatan sangat bahagia. Walaupun pada wajah suami kelihatan penat, tapi isterinya pula tersenyum bahagia.

Dah sedia ke nak kahwin?

Melihat pasangan itu, Azlan teringat akan pesan ibu ayahnya sebelum mendirikan rumah tangga kesediaan diri itu adalah sangat penting kerana selepas kahwin banyak perkara perlu disediakan.

“Dah bersedia nak menyediakan keperluan anak bini, susu pampers, duit belanja, duit sakit, wang dapur, pakaian dan tempat tinggal. Kalau dah alhamdulillah, tapi bakal pasangan dah ready ke nak susah senang bersama,” katanya.

Pesan ibu ayah bila mencari jodoh

Malah, dia juga teringat akan pesan bapanya agar mencari teman hidup yang mampu bersusah senang bersama kerana tidak semua pasangan mampu susah senang bersama-sama. Ramai yang cantik tapi tak ramai yang sangguh susah bersama.

“Cari wanita yang mampu berpanas dan berhujan bersama, bila balik kerja tengok muka isteri dan anak mampu naikkan semangat dan keringat penat hilang serta mereta,” tambahnya.

Beliau juga mengingati pesan ibunya dalam menjadi suami yang baik kelak. Tentunya pesanan ibunya ini akan diingati supaya rumah tangga yang dibina akan lebih kukuh dan harmoni.

“Esok lusa ah nak jadi ketua keluarga, tiang amalan mesti kukuh. Kalau duit berlipat tapi akidah ke laut, amalan tak sempurna isteri sebaik-baik pasangan boleh jadi sejahat manusia.”

Dia yang teringat segala pesan ibu ayahnya saat melihat pasangan ini merasakan bahawa pentingnya mencari wanita yang mampu bersusah bersama-sama bukanya hanya inginkan kesenangan semata.



]]>
Orang Kita Suka Kahwin Dengan Pasangan Antarabangsa. Kisah Benar Ini Satu Teladan Buat Anda. https://redaksi.com/1419-orang-kita-suka-kahwin-dengan-pasangan-antarabangsa-kisah-benar-ini-satu-teladan-buat-anda Sun, 01 Oct 2017 15:09:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1419 Benarkah pengalaman menikah dengan pasangan antarabangsa sangat menakutkan? Ini sebuah kisah benar untuk anda dan kami fikir-fikirkan. Teman saya itu pernah mengahwini seorang lelaki dari Kenya. Akan tetapi, jodoh mereka tidak lama. Saya percaya, warna kulit bukanlah isunya. Bibir tebal dan rambut gulung kecil juga bukan sebabnya. Mereka berpisah kerana si suami ingin bekerja di Nairobi. Sang isteri, teman saya tidak sanggup berjauhan dengan ibu yang kian tua dan menagih perhatian.



Mereka bercerai secara baik. Malah sehingga kini masih berhubung. Kedua-duanya ada anak kecil pada waktu itu. Anak itu comel sekali. Kulitnya sawo matang. Rambutnya seperti ayah, dan matanya sedikit sepet seperti ibu, teman saya. Pendek kata, penampilannya kelihatan khas sekali.

Tidak berapa lama kemudian ibu teman saya itu meninggal dunia. Terdapat ura-ura mereka kembali bertaut, tetapi itu tidak mudah lagi. Sang suami telah bertemu dengan orang lain. Teman saya itu keseorangan dan secara tidak sengaja berkenalan pula dengan seorang lelaki dari Zaire. Selepas saling jatuh hati, dan berkenal selama setahun, mereka percaya berumahtangga adalah pilihan yang munasabah. Maka kedua-duanya pun bernikah dalam satu majlis tertutup.



“Afrika?” Tanya saya dengan jegil mata. “Lagi?” Ujar saya menutup rasa tidak percaya. Dia hanya memuncung bibir. Waktu saya bertanyakan, “Mengapa lelaki Afrika?” Teman saya berseloroh, “Sekali Afrika, kekal Afrika.” Memang lucu jenaka itu. Mungkin, untuk teman saya itu sekali Afrika selamanya Afrika bukanlah sesuatu yang lucah. Ia mungkin tidak bermaksud sama sekali ke arah itu.

Saya pernah bertanya, lama dahulu, keistimewaan lelaki Afrika. Katanya Afrika bukan benua hitam seperti disangkakan. Mereka adalah benua cekal. Itu yang benar. Cekal mendepani pelbagai cabaran. Jadi lelaki Afrika, dia memberitahu saya adalah jenis tahan uji. Mereka juga memahami, atau cuba memahami. Mereka menggalakkan. Mereka juga mengujakan. Selebihnya kurang saya tahu.



Mungkin teman saya itu juga tidak berhak membezakan kerana belum pula mencuba lelaki dari bangsa lain, termasuk Melayu. Kisah perkahwinan dengan pasangan Afrika bukanlah pertama kali saya kesani. Sebelum ini, seorang teman saya, kakaknya berkahwin dengan lelaki Namibia. Memang kawasan kejiranan menarik nafas semput apabila mendapat kad jemputan mereka. Mulut orang berbuih bercerita. Ramai yang mengutarakan apa yang terbenam dalam benak; berani!

Tetapi kedua-duanya bukan berkahwin kerana terpengaruh aspek sensual. Yang menjadi lebih rasi ialah, kedua-duanya belajar di Universiti Azhar dan jatuh cinta di sana. Mereka mendalami bidang agama dan suka sama suka. Malah proses perkenalan mereka juga tertib.

Salah satu yang jarang dicuba orang kita ialah mengahwini orang luar. Kita selalu memikirkan faktor sekuriti. Dalam hal ini seorang perempuan ada rasa tidak percaya yang sangat berlebih dalam diri. Mereka gentar jika perkahwinan gagal, dan ditinggalkan. Terdapat juga mitos menjadi mangsa dera oleh lelaki luar. Prasangka ini saya kesani kurang disambut oleh individu bangsa lain. Kegentaran untuk mencuba ‘sesuatu yang baru’, atau belajar dari peradaban dan budaya berlainan menjadi penghalang.



Pernah seorang kawan saya mengahwini wanita Parsi. Saya bertanya apa rumitnya. Banyak, jawabnya ringkas. Isterinya tidak gemarkan pasar malam. Tidak gemarkan kucing. Dan anti makanan pedas. Alahai, itu kan perbezaan yang ranting. Perlukah saya mengingatkannya kepada lagu Juliana Banos satu ketika dahulu?

Saya selalu memberitahu kawan perempuan saya yang belum berkahwin walaupun usia sudah lanjut. Sukar untuk mereka menunggu lelaki tempatan. Mungkin persen lelaki di Malaysia ini memang kurang dan tidak seimbang dengan perempuan. Persen itu jika ditolak lagi lelaki yang boleh dianggap berguna dan semenggah akan menjadi lebih rendah lagi. Kemudian perlu ditolak lagi dengan persen lelaki yang sudah menjadi suami orang. Tentulah tidak ada wanita yang suka berkongsi. Walau di mulut kata tidak apa, di hati Tuhan dan malaikat sahaja yang benar-benar tahu.

Maka mereka, wanita, kekurangan pilihan. Terdapat pula pesanan supaya tidak menjadi perigi. Biarlah timba yang datang menggali. Faktor-faktor ini menjurus kepada kaum perempuan kita menunggal dan membujang ke satu usia yang mereka sendiri sudah putus asa untuk berkasih. Hal ini sangat menyedihkan kerana sebagai wanita tunggal, mereka akan mengalami kejutan sosial daripada masyarakat.Malang sekali tanggapan terhadap perempuan tidak berkahwin adalah buruk berbanding lelaki yang tidak berkahwin. Padahal mungkin ada wanita yang memilih untuk bersendiri kerana rasa lebih mudah membawa diri.

Untuk mendapat zuriat yang pintar dan rupawan, perkahwinan kacuk memang menyediakan acuan yang sangat baik sekali bagi memenuhi keinginan tersebut. Anak kacuk selalunya anak yang perlu mengimbangi dua budaya. Untuk itu ia juga harus belajar menyikapi bahasa, adab dan cara berfikir. Hasil yang selalu tersedia untuk anak-anak ini adalah mereka akan menjadi seorang peribadi yang ke hadapan selangkah. Hal ini juga dituntut agama. Setiap orang mempunyai kekuatan latar yang datang dari bangsa, negara dan budayanya. Kekuatan ini antara lain ialah kekuatan cara berfikir. Anak yang mewarisi kekuatan cara berfikir daripada kedua-dua ibu bapanya akan tahu menyelesaikan masalah apabila dewasa. Mereka belajar menjadi pintar dan bukan pintar secara semula jadi sahaja. 

Kita juga mungkin ada tanggapan apabila pasangan itu adalah dariAfrika maka perkahwinan tersebut akan menempa kegagalan. Seolah-olah perkahwinan dengan lelaki dari Eropah akan berakhir dengan kejayaan. Mentang-mentanglah pasangan dari Barat kulitnya lebih cerah dan dikaitkan dengan kekacakan atau kejelitaan.

Seorang kawan ofis saya gagal bercinta berkali-kali. Muda tua, pelbagai latar sosial keluarga menjadi silih ganti. Saya menyarankan supaya dia bercinta dengan lelaki asing. ‘Choi’ katanya. Kemudian dia berbla-bla-bla, bagaimanakah ibunya akan menerima, nanti apa yang dapat dibualkan dengan ayahnya dan sebagainya. Padahal yang akan menempuh hidup kelak ialah dia, bukan ibu dan bapanya.



Kemudian dia bertunang dengan lelaki Melayu. Ternyata lelaki itu pelesit. Pertunangan berpenghujung begitu sahaja. Tanpa perkahwinan. Kemudian, dia datang menemui saya. ‘Bang, kiranya siapakah lelaki bangsa asing yang boleh saya buatkan kawan?’ Saya sahut dengan ketawa. Saranan saya itu memang ikhlas. Tetapi ia tidak akan menjadi apabila keterdesakan menjadi pencetus utama. Teman- teman saya yang menikahi lelaki asing membiar dan melakukannya dengan alami. Mereka tidak memaksa ke arah itu.

Apa yang saya ingin utarakan adalah supaya kita membuka fikiran dan benak. Supaya tidak terlalu menskop kepada satu pilihan yang ada. Allah mencipta manusia pelbagai warna, budaya dan bahasa dan selepas bah Nabi Nuh mereka bertaburan di pelusuk dunia. Kita tentu sahaja dituntut saling mengenal kerana kita sama-sama penumpang di dunia fana ini. Yang lain, menurut saya, tidak penting. Yang lain, asal baik, lebih penting.

Apa yang signifikan apabila memasuki perkahwinan antarabangsa ialah seseorang mesti yakin. Jangan memfokus kepada kegagalan. Jangan mencari salah dan segala yang remeh-temeh untuk dibesarkan. Kalau pun ada jangan mengomel dalam hati. Kalau pun ada, seeloknya berinteraksi. Ini kerana terdapat banyak contoh perkahwinan internasional yang berjaya. Di luar, masyarakat selain Melayu (atau Asia) sangat berani berkahwin campur kerana keterbukaan kepada cara berfikir dan budaya yang pesat. Depangkan tangan. Sambut dengan penuh ghairah perbezaan. Terlalu menumpukan kegagalan membuatkan perkahwinan antarabangsa menjadi sesuatu yang ditakuti.

]]>
Bila geng latah masuk 'highway' kecoh habis, abang polis sengih je dengar ayat "Selamat Tinggal Romeo" tu https://redaksi.com/9666-bila-geng-latah-masuk-highway-kecoh-habis-abang-polis-sengih-je-dengar-ayat-selamat-tinggal-romeo-tu Tue, 09 Feb 2021 00:16:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9666 Mengusik orang yang kuat melatah ini antara perkara yang paling suka dibuat orang dek kerana sikapnya yang spontan itu benar-benar mencuit hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Disebabkan melatah ini antara perkara yang sukar dikawal jadi ianya berlaku tak kira tempat, kadang-kadang situasi sedang tegang pun individu yang kuat melatah ini akan terus melatah.

Steady kak, walaupun depan polis

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita ini yang mana video dirinya sedang melatah telah dirakam oleh kawannya setibanya mereka berhenti untuk pemeriksaan polis di jalan.

"Selamat Jalan Romeo"

Video pendek itu mendapat pelbagai respon dari warganet dan apa yang lebih mencuri perhatian mereka apabila wanita berkenaan melatah dengan menyebut ayat, 'Selamat Tinggal Romeo' dan kelihatannya polis itu turut terhibur dengan sikap spontannya.

 

]]>
4 Perkara Yang Lelaki Fikirkan Ketika Jatuh Cinta. https://redaksi.com/450-4-perkara-yang-lelaki-fikirkan-ketika-jatuh-cinta Thu, 13 Jul 2017 11:30:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=450 Ketika wanita jatuh cinta, apa yang ada didalam fikiran mereka adalah melakukan perkara yang menyenangkan bersama pasangan dan merancang masa depan. Namun begitu, adakah lelaki juga berfikiran sedemikian? Berikut adalah perkara yang lelaki fikirkan ketika jatuh cinta.



1. Dari mata turun ke hati.

Pertama sekali apa yang lelaki fikirkan ketika jatuh cinta adalah cara mereka menandang wanita dan menilainya secara fizikal. Mereka akan lihat hidung, bibir, mata mahupun bahagian tubuh lain dan ini adalah perkara pertama bagi lelaki memilih pasangan.

2. Merasa tergila-gila.

Jika lelaki sudah menatap anda seseorang wanita yang dicintai, mereka akan mula merasa tergila-gila. Ketika ini mereka akan menetapkan komitmen untuk memiliki anda.



3. Berharap lebih intim.

Lelaki yang sudah tergila-gila pada wanita akan berharap melakukan perkara yang lebih intim ataupun peribadi. Bagi mereka yang mampu untuk mengawal diri dari melakukan sesuatu yang mencemarkan kesucian, mereka akan lelaki yang matang dan dewasa. Namun ada juga yang gagal untuk menghalang semua itu hingga berlakunya seks bebas. Lelaki seperti ini tidak seharusnya dijadikan kekasih mahupun pasangan hidup.

4. Menegaskan anda adalah miliknya.

Seorang lelaki yang jatuh cinta akan melakukan segala perkara untuk menegaskan anda adalah miliknya. Bila mereka sudah melakukan perkara ini, mereka tidak berasa segan untuk berbicara soal masa depan dan berfikir untuk menikahi anda.

]]>
"Dia Macam Abah..." Mira Filzah Kongsi Ciri Lelaki Idaman. https://redaksi.com/5243-dia-macam-abah-mira-filzah-kongsi-ciri-lelaki-idaman Tue, 19 Feb 2019 09:52:38 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5243 Apabila bercakap mengenai jodoh ini, pasti semua orang mahukan pasangan yang terbaik buat mereka. Bahkan setiap daripada kita mempunyai ciri-ciri jodoh yang dimahukan. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta malah sentiasa saling melengkapi antara satu sama lain.



Setiap orang tidak akan pernah lari mengimpikan seseorang yang tepat dan sesuai buat dirinya, begitu juga Nur Amirah Filzah Badieozaman, 25 atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah. Mempunyai ciri-ciri pasangan idaman bukan satu kayu ukur terhadap seseorang tetapi ia adalah target yang mahu dimiliki.



Menurut Mira Filzah, beliau memilih lelaki seperti abahnya sebagai idola peneman hidup.

“Dia macam abah. Good looking, educated, pendiam, dan juga tinggi.”

Bukan hanya diri sendiri sahaja yang mahukan jodoh yang baik, tetapi setiap ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik buat teman hidup anak mereka, sama seperti ibu kepada Mira Filzah ini.



Ibu Mira pula, Faizatul Akmar Hisan, menyatakan bahawa ciri-ciri menantu pilihannya adalah boleh menjadi imam kepada anaknya itu.

Dalam erti kata lain, ibu Mira Filzah menginginkan seorang menantu yang beragama sebagai pendamping dan ketua rumah tangga buat anaknya.

Jelas ibunya, anaknya yang lebih mesra dipanggil angah itu miliki karakter yang berbeza di rumah dan di tempat kerja.

“Angah kalau di rumah seorang yang garang manakala di tempat kerja sangat lembut dan lebih bertolak ansur.”



]]>
Ciri-Ciri Wanita Yang Tidak Digalakkan Dinikahi. https://redaksi.com/2210-ciri-ciri-wanita-yang-tidak-digalakkan-dinikahi Sat, 05 May 2018 12:45:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2210 Dalam mencari seorang wanita yang sesuai untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anak pada masa akan datang nanti, pelbagai ciri yang harus dititik beratkan. Ia demi kebahagiaan rumah tangga yang akan dibina dalam jangka masa yang panjang. kalau boleh berkahwinlah untuk sekali sahaja tetapi untuk selamanya. Jadi dalam pemilihan itu, amat penting jika kita mencari betul-betul yang terbaik untuk diri kita. Mungkin kurang bagi orang lain tapi pastikan sempurna untuk diri kita. Oleh itu, terdapat beberapa ciri yang perlu dilihat demi kebahagiaan yang bakal di bina.


Terdapat lima ciri wanita yang tidak digalakkan dinikahi demi kesejahteraan dan kebahagian rumah tangga yang akan dibina nanti.

1. Wanita yang fasik.

Wanita yang bersifat fasik ini adalah wanita yang sukar menerima nasihat daripada orang lain. Ia seolah-olah hanya dirinya sahaja yang betul. Apabila dinasihati, ia akan melenting dan akan melawan. Ia juga seorang yang keras kepala dan sukar untuk dibimbing. Jadi jika menikahi wanita ini, kesukaran membimbingnya ke jalan yang baik adalah sukar.

2. Wanita yang suka mengeluh.

Mengeluh dalam semua perkara adalah satu perbuatan yang tidak elok. Kita sebagai hamba perlu sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan oleh-Nya. Jika diri selalu rasa tidak cukup dengan apa yang ada akan membuatkan seseorang itu lupa pada sang pencipta. Oleh itu, menikahi wanita ini akan membuat hidup anda rasa kekurangan walhal ia telah dilimpahi rezeki yang meluas.


3. Wanita yang suka mengungkit.

Perkara yang lepas usah lagi dikenang walaupun sebagai satu perkara yang membimbing diri. Hal ini kerana kita tidak mampu mengulangi perbuatan yang sama pada masa lalu. Jadi mengungkit setiap perkara adalah perkara yang tidak elok. Dan ia mampu menimbulkan perbalahan dan pergaduhan. Di samping menimbulkan rasa tidak puas hati dalam perbandingan. Jadi, demi kebahagian, wanita yang suka mengungkit perlu dielakkan untuk dinikahi.

4. Wanita yang suka berbangga diri.

Berbangga diri dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t, seumpama tidak mensyukuri nikmat yang diberi. Dan wanita ini juga seolah-olah tidak mempunyai belas melihat kesusahan orang lain. Terutama jika si dia suka membangga akan dirinya akan menyebabkan lahir sifat sombong dan bongkak. Oleh itu, wanita ini juga tidak digalakkan untuk dinikahi.

5. Wanita yang suka memaksa.

Wanita yang mempunyai sifat memaksa suami atau pasangannya untuk memenuhi nafsunya adalah tidak sesuai untuk dijadikan isteri. Hal ini kerana, mereka ini akan memaksa suami-suami mereka mendengar kata mereka. Di samping memaksa memenuhi kesemua keinginan dirinya walaupun tahu suaminya itu tidak mampu. Jadi wanita seperti ini tidak digalakkan dinikahi kerana ditakuti akan memberi kesusahan pada suaminya nanti.

Kesimpulannya, sebelum memilih calon isteri, teliti dahulu akan sifatnya. Hal ini demi menggelakkan berlakunya perpecahan rumah tangga yang sehingga menyakiti anak-anak. Oleh itu, lakukan pilihan yang bijak.

]]>
4 Perkara Yang Mencegah Perceraian Rumah Tangga. https://redaksi.com/474-4-perkara-yang-mencegah-perceraian-rumah-tangga Mon, 17 Jul 2017 11:35:37 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=474 Salah seorang kawan bertanya kepada saya bagaimana agar pernikahan kita sakinah, mawadah, warahmah dan terhindar dari perceraian.

Saya jawab : “TERBUKA“. Kawan saya itupun blur dan tidak jelas lalu berkata “Apa maksudnya?”



“Ya terbuka dengan pasangan kita dalam pelbagai urusan, Insya Allah pernikahan kita semakin sakinah, mawadah, warahmah dan terhindar dari perceraian”. Masih belum puas dengan jawapanku kawan saya kemudian meminta saya untuk menguraikan lebih terperinci TERBUKA bagaimana yang dimaksudkan.

Ok, nanti saya tulis. Alhamdulillah dalam kesempatan ini saya cuba membahagikan makna TERBUKA yang saya maksudkan.

Ada 4 perkara yang menurut saya harus TERBUKA dalam sebuah rumah tangga:

Terbuka latar belakang keluarga kita.

Terbuka hal-hal yang kita sukai dan yang kita benci.

Terbuka tentang kewangan.

Terbuka semua masalah yang sedang dihadapi.

Mari saya bahas satu-satu:



1. Tebuka latar belakang keluarga kita.

Tidak rasa tenteram keluarga berpunca daripada pasangan kita merasa dibohongi tentang keadaan keluarga kita. Keluarga disini adalah keluarga besar yang merangkumi ayah,ibu, adik atau kakak kita. Ada banyak pertanyaan yang terkadang menjadi punca sebuah pertengkaran ketika pasangan kita merasa pelik mengetahui keadaan keluarga pasangannya setelah bernikah dan mereka itu berasal dari pertalian yang berbeza. Terbukalah jangan merahsiakan keadaan keluarga kita. Contohnya jika ayah dan ibu kita bercerai, ceritakan saja perkara sebenarnya, tanpa harus berbohong.

2. Terbuka perkara yang kita sukai dan yang kita benci.

Satu perkara yang sangat berpotensi menimbulkan keributan dalam sebuah rumah tangga adalah perkara yang disukai dan tidak disukai. Boleh jadi benda yang kita suka merupakan perkara yang dibenci oleh pasangan kita atau sebaliknya. Alangkah baiknya berterus terang sejak awal pernikahan. Setelah memberitahu pasangan masing-masing, barulah cari penyelesaiannya. Contohnya seorang suami kebiasaannya tidur dengan lampu terbuka, sedangkan isteri hanya boleh tidur dalam keadaan lampu ditutup. Hal yang sangat simple ini bila tidak dibincangkan penyelesaiannya akan berpotensi mewujudkan konflik dalam rumah tangga.



3. Terbuka tentang kewangan.

Untuk masalah kewangan, saya selalu menegaskan bahawa sejak akad nikah diucapkan maka sudah tidak ada lagi yang namanya rahsia tentang kewangan diantara pasangan. Pastikan kita mengetahui harta atau wang yang dimiliki pasangan kita dan mengetahui keluar masuk wang tersebut. Perkara yang saya amalkan sejak bernikah adalah saling mengetahui nombor PIN bank pasangan tidak kira samaada untuk ATM ataupun internet banking. Dari sini pasangan boleh memeriksa keadaan kewangan pasanganya dengan melihat transaksi yang berlaku dalam simpanan mereka. Bila ada transaksi yang pelik, bertanyalah dengan pasangan kita dan insyallah mereka tanpa ragu akan menjelaskannya. Salah satu sumber konflik rumah tangga biasanya si suami memberikan wang kepada orang tuanya tanpa pengetahuan si isteri atau sebaliknya.

4. Terbuka semua masalah yang sedang dihadapi.

Pernikahan itu indah dan itulah perasaan yang dirasakan oleh pasangan yang baru sahaja bernikah. Akan tetapi lambat laun pasti akan bertemu pelbagai permasalahan. Permasalahan dalam sebuah rumah tangga adalah sebuah proses. Permasalahan akan menjadi lebih besar apabila dirahsiakan, maka terbukalah dengan pasangan kita hatta sekecil apapun permasalahan yang dihadapi. Berbincang dan pastikan bahawa pasangan kita adalah orang pertama yang menjadi tempat curahan hati kita dan meminta penyelesaian. Jangan sehingga ada masalah pasangan yang kita tidak tahu dan dan kita pula tahu daripada orang lain.

Itulah 4 point yang menurut saya hal terpenting dalam membina rumah tangga agar semakin sakinah, mawadah, warahmah dan terhindar dari sebuah perceraian. Kebanyakan rumah tangga yang gagal atau penuh dengan pertengkaran bermula dari komunikasi antara pasangan yang saling merahsiakan apa yang dimiliki atau dialami.

]]>
“Isteri Yang Paling Dicintai Suami Ialah Isteri Yang Paling Memahami Suami” - Ustaz Ebit Lew https://redaksi.com/6409-isteri-yang-paling-dicintai-suami-ialah-isteri-yang-paling-memahami-suami-ustaz-ebit-lew Sat, 29 Jun 2019 10:40:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6409 Dalam menjalani tanggung jawab sebagai isteri, pasti mahu jalankan ia sebaik mungkin supaya suami selesa dan tenang. Malah, disayangi dan dicintai suami selalu. Jika itu yang dilakukan, tidak hairan sekiranya suami hari-hari akan memberi perhatian yang secukupnya.

Begitu mudah untuk menjadi isteri yang taat dan memahami suami, jika benar mengikuti landasan syarie’. Sudah pasti akan membuatkan si suami berasa gembira seperti apa yang telah dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew.

Berikut adalah nukilan yang telah dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew

********

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and hat

Terima kasih Allah atas kurniaanmu anakku Airis safiyyah lew ini dah 10 tahun. Sekejap jer masa berlalu..selamat hari lahir anak tercinta buah hati ayah 27/6. Dekat tarikh lahir bidadariku yang tercinta 17/6.

Masih teringat-ingat isteri sedang berjalan dan tiba-tiba rasa nak bersalin. Terus ke hospital. Malam tu tak berhenti.berzikir dan berdoa supaya Allah mudahkan..

Saat mula keluar senyap jer baby. Doktor risau dan kami pun risau...isteri mengalirkan air mata. Tak berhenti mengalir air mata. Ya Allah panjanglah usia dan jadikan ia asbab hidayah..

Syukur lahir dari perut isteri yang sanggup susah bersama suaminya. Yang tiada gaji besar. Tiada rumah dan tiada kereta. Duit hantaran dikumpulkan bersama walaupun belum benar-benar mengenali isi hati satu sama lain. Keperluan rumah berjimat cermat.

Image may contain: one or more people, people standing, sky, tree, cloud, outdoor and nature

Doa dan dan sokongan ibubapa dan ibubapa mertua. Isteri yang tidak pernah merungut walaupun sekali dalam hidupnya. Sedangkan selalu hidupku diuji dengan kesusahan dan kesibukan dalam kerja agama..pernah kadang-kadang tiba-tiba saya ada tugas agama yang perlu dilaksanakan. Bila pulang ke rumah, isteri telah menyiapkan semua barang untuk berada di jalan Allah.

Benarlah isteri yang paling dicintai suami ialah isteri yang paling memahami suami dan bersama-sama menyokong dalam kerja agama..

Saat kesibukan melanda. Saya berikan duit padanya. Sedar-sedar dia belikan hadiah buat mak ayah saya dengan duit yang diberikan...

Kadang-kadang benarlah hargailah wanita yang bersama ketika kita susah. Selamanya tiada sepertinya dengan kehendak Allah.

Kadang-kadang pulang lewat ke rumah. Gembiranya hati lihat isteri sedang hidupkan Ta'lim bersama anak-anak.

Wahai anakku contohi dan belajar dari umi yang berkorban untukmu dan ayahmu dan hanya kerana mencintai Allah. Jadilah seperti sahabiah. Ya Allah terima kasih memberiku ibubapa yang baik. Ya Allah terima kasih memberiku isteri yang baik. Ya Allah terima kasih atas kurniaanmu.

********

Semoga Dijadikan Sebagai Inspirasi!

]]>
Makin Dikejar Makin Jauh, Ini Antara Sikap Anda Yang Kurang Selesa Bagi Orang Lelaki. https://redaksi.com/7790-makin-dikejar-makin-jauh-ini-antara-sikap-anda-yang-kurang-selesa-bagi-orang-lelaki Mon, 13 Jan 2020 12:47:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7790 “Disangkakan panas rupanya hujan ditengah hari” itulah yang sering terjadi apabila anda sudah yakin bahawa dia itu seorang yang tepat buat dirinya rupanya, dia mengundurkan diri dari hubungan yang terbina itu. Macam tak sangka dan tak terduga, anda fikirkan hubungan yang dibina ini akan baik-baik sahaja.

Tak tahu mana silap dan salah anda, tiba-tiba si dia undur diri dari hubungan yang dibina. Tidak kiralah dengan alasan yang baik atau sebaliknya, tentu sahaja ia akan melukakan hati anda. Siapa yang sanggup berpisah dengan orang yang mereka sayangi.

Sedalam mana cinta anda kepadanya sekalipun, jika dirinya tidak selesa akan kelakuan dan kerenah anda, boleh jadi dia akan angkat kaki pergi meninggalkan anda. Orang lelaki ini, mereka tidak akan jelaskan mana silap anda, tahu-tahu beri kata putus sahaja.

Ada beberapa sikap orang perempuan bila ketika bercinta, dirinya buat pasangan tidak selesa. Sebab itulah bila makin lama anda kejar dirinya, dia semakin jauh dari anda. Aduh, pening kepala juga ini. Haaa... ini yang perlu anda tahu.

1. Terlalu bergantung pada dirinya.

Kadang kala orang lelaki ini akan mudah rimas dengan sikap seperti ini. Mungkin tidak semua, tetapi ada lelaki yang kurang suka pasangannya terlalu bergantung harap pada dirinya. Boleh jadi dia mahukan seorang wanita yang berdikari dan tahu jaga diri sendiri. Jadi disebabkan itu dia memilih untuk berpisah dengan anda.



2. Anda suka lebih-lebih.

Orang perempuan ini memang suka lebih-lebih kadang kala. Masalah yang kecil ada yang dibesarkan. Malah hal yang remah juga menjadi satu perkara yang penting. Orang lelaki bila anda tekan akan perkara-perkara seperti ini dia jadi tak seronok dan hilang minat. Sebab itu dia memilih untuk bebas dari perkara seperti ini.

3. Fokus pada dirinya

Terlalu banyak perhatian atau fokus kepada dirinya juga membuatkan dia rasa kurang selesa. Boleh jadi, dia merasa seperti dikawal dan dikongkong. Orang lelaki yang belum kahwin tak suka akan perkara ini. Dia rasa tak bebas dan cepat rimas dengan tindakan ini. Maka dengan itu, cubaan nak larikan diri adalah pilihan yang bijak bagi dirinya.



4. Suka paksa-paksa.

Ini satu lagi perkara yang merimaskan orang lelaki. Orang lelaki ini mempunyai ego mereka yang tersendiri, apabila dipaksa-paksa ia membuatkan mereka rasa tercabar dan ego mereka akan menguasai mereka. Bila mereka betul-betul sayang akan anda, mereka akan rela hati untuk lakukan itu. Jadi jangan paksa-paksa pasangan sampai rasa tak selesa.

Jangan salahkan orang lelaki sahaja, mengapa dia ingin berpisah dengan anda. Cuba cari silap diri sendiri dan perbaikinya. Mana tahu selepas ini anda akan dapat yang lebih baik dari dirinya.

]]>
Sentiasa sokong minat memancing suami, isteri hadiahkan Shimano Stella sempena 'anniversary' https://redaksi.com/8804-sentiasa-sokong-minat-memancing-suami-isteri-hadiahkan-shimano-stella-sempena-anniversary Thu, 29 Oct 2020 11:03:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8804 Setiap orang tentu mempunyai hobi mereka sendiri sebelum kahwin, tapi ada yang tak mampu meneruskan hobi mereka kerana pasangan kurang memahami.

Bertuah kalau dapat pasangan yang memahami minat kita ini. Bukan saja dapat kebenaran darinya tapi, pada masa yang sama dapat sokongan yang belum tentu dimiliki oleh orang lain.


Itulah yang dilakukan oleh isteri ini yang menyokong minat suaminya yang sememangnya seorang kaki pancing.

Hadiah idaman kaki pancing

Menerusi perkongsian Shakila Nizam di Facebook Geng Pancing Malaysia, dia telah menghadiahkan suaminya sebuah mesin pancing atau fishing reel yang agak mahal harganya.

Ramai yang cemburu

Bukan hadiah yang biasa-biasa, tetapi fishing reel jenama Shimano dan model Stella kepada suami tersayang sempena hadiah ulang tahun perkahwinan mereka. Tidak sekadar memahami tetapi wanita itu siap beri apa yang sememangnya kaki pancing idamkan.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian kaki pancing kerana cemburu akan hadiah yang diberikan oleh isterinya itu.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata menyifatkan lelaki tersebut beruntung mempunyai isteri yang memahami minatnya serta ada juga yang meminta tips agar isteri-isteri mereka juga seperti itu.


]]>
Jaga Ibu Bapa Bukan Tanggungjawab Anak Lelaki Sahaja, Suami Jangan Halang Isteri Jaga Ibu Bapanya, https://redaksi.com/7099-jaga-ibu-bapa-bukan-tanggungjawab-anak-lelaki-sahaja-suami-jangan-halang-isteri-jaga-ibu-bapanya Thu, 05 Sep 2019 16:17:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7099 Apabila anak-anak sudah berkahwin, tentu akan menjadi satu dilemma anak yang mana akan menjaga ibu bapanya. Ini kerana, ramai menganggap bahawa menjaga ibu bapa itu adalah tanggungjawab anak lelaki tetapi sebenarnya sama ada anak lelaki atau perempuan sama sahaja.

Tak akan terputus pertalian darah itu apabila anaknya sudah berkahwin, maka dengan itu ibu bapa tetap menjadi tanggungjawab anak-anak mereka. Jangan tolak sana sini dalam bab menjaga ibu bapa ini kerana banyak kebaikan yang akan anda perolehi.



Sebagai suami atau isteri kepada anak-anak yang perlu menjaga ibu bapa ini, jangan halang untuk pasangan anda menjaga ibu bapa mereka. Malah anda juga turut perlu membantu dan menjaga ibu bapa mertua anda.

Jangan takut sekiranya tanggungan akan bertambah serta kerja akan makin terbeban, ketahuilah dalam ehsan yang anda berikan itu akan ada mata-mata yang melihat dan memerhati perbuatan anda. Malah, siapa sangka anda akan dibalas perkara yang sama.

Jangan terlalu berkira dalam apa yang anda lakukan, tetapi bersyukurlah bahawa anda masih berpeluang menjaga ibu bapa anda jika hendak dibandingkan dengan mereka yang tiada kesempatan akan semua perkara itu. Setiap perkara yang anda lakukan itu tentu mendapat satu hikmah yang besar.



Banyak perkara tanpa sedar yang akan perolehi;

Siapa sangka bahawa sepanjang anda menjaga ibu bapa anda itu, doanya tanpa hijab khas buat anda setiap hari. Doa yang menjadi rebutan mana-mana anak, malah doa ini juga yang menjadi pendorong siapa anda pada hari ini. Nak-nak lagi doa ibu, jika terputusnya doa ibu ini, anda juga mungkin boleh hilang tujuan.

Jika anda memiliki anak-anak, dari sinilah anda memberi contoh yang baik serta bimbangan yang baik buat mereka. Jika hari ini anda menjaga ibu bapa mertua ataupun ibu bapa anda sendiri iaitu nenak dan datuk mereka, tak mustahil apabila anda tua nanti mereka juga akan menjaga anda dengan baik. Ingat mereka inilah mata-mata yang akan memerhatikan setiap gerak geri anda.

Apa yang paling akan anda rasai nanti adalah anda tak akan ada rasa kekesalan jika menghantarnya pergi berjumpa Pencipta. Mana tidaknya, anda puas berbakti sebagai seorang sehingga akhirnya. Anda dapat menatap wajahnya buat kali terakhir. Itulah yang tidak semua anak-anak mampu lakukan. Anda rasa puas mampu menjadi anak yang berbakti buat orang tua.

Perkara ini kadang kala nampak macam enteng dan mudah sahaja, tetapi sebenarnya banyak yang kita tak nampak dan bersembunyi disebalik perbuatan itu.

]]>
Antara Punca Pasangan Tawar Hati Dalam Hubungan. Jaga Hati Si Dia. https://redaksi.com/8115-antara-punca-pasangan-tawar-hati-dalam-hubungan-jaga-hati-si-dia Wed, 22 Apr 2020 19:54:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8115 Orang kata tawar hati ini tiada ubatnya. Bila seseorang dah tawar hati, pandang tak mahu dengar suara lagi lah tak nak. Tawar hati ini bukan rasa benci, tapi boleh dikatakan perasaan yang hilang terhadap pasangan dan juga hubungan.

Bila pasangan ada sudah merasakan ini dalam hubungan kalian, tiada peluang lagi buat diri anda. Nak cuba dapatkan hatinya sudah terlambat, nak berubah pun dia sudah tidak percaya lagi.

Tidak kiralah masa bercinta atau sudah berkahwin, tawar hati ini boleh berlaku hanya berpuncakan pasangan dan juga hubungan itu sendiri. Kalau sudah berkahwin, ramai yang bertahan kerana fikirkan anak-anak tapi kalau masa bercinta ramai yang pilih untuk tamatkan hubungan.


Tawar hati ini sangat teruk kesannya pada hubungan anda. Anda tidak akan tahu bila dirinya akan tawar hati dan apa yang membuatnya sebegitu. Tapi anda boleh kawal dan cuba elakkan perkara sebegini berlaku dalam hubungan.

Berikut adalah beberapa punca pasangan tawar hati dalam hubungan kalian.

Terlalu banyak mengalah

Dalam hubungan, dia lebih banyak mengalah dengan anda dan mengikut segala sikap pentingkan diri anda. Bagi anda, dia adalah pasangan yang memahami anda sebaik mungkin, tapi sebenarnya itu hanya memakan dirinya sendiri.

Bila anda terlalu pentingkan diri anda sehingga tiada runag untuk dirinya, maka lama kelamaan dia akan terluka dan mula mementingkan dirinya sendiri. Masa ini, dia akan memilih untuk bahagiakan dirinya sendiri.



Banyak pendam perasaan

Terlalu banyak pendam perasaan pun boleh buat seseorang tawar hati. Walaupun dia sendiri yang tidak meluahkan perkara tersebut, tapi kalau terlalu banyak perkara yang melakukannya itu yang membuatkan dia menjadi tawar hati.

Biasanya pasangan seperti ini hanya biarkan sahaja pasangan dia lakukan apa yang dia suka. Sebagai contoh, bergurau kasar, lebihkan orang lain ataupun keluarkan kata-kata yang menyakitkan dirinya. Lama-lama semua itu boleh buat dirinya tawar hati.



Hanya dia yang bersungguh

Bila hanya dia yang bersungguh-sungguh pertahankan hubungan, dia yang cuba sedaya upaya jernihkan yang keruh dan ambil hati anda, tapi anda tidak melakukan tindakan yang sama. Jangan terkejut kalau dia akan tawar hati dengan anda.

Seseorang yang hadir dalam hidup ini perlu dihargai, jangan sesekali anda abaikan. Perkara sebeginilah yang membuat dia rasa tidak dihargai lama kelamaan, dia mula tawar hati. Kalau rasa tidak mahukan dia, terus terang sahaja. Jangan bila anda mahukan dia, dia pula sudah tak sudi. Anda juga yang rugi nanti.

Hubungan sebelah pihak

Pernah ada seseorang yang begitu mahukan anda dan berusaha untuk dapatkan anda? Jika anda pernah laluinya, anda sangat beruntung. Akan tetapi, adakah anda hargai dirinya? Adakah dia masih bersama anda ketika ini? Jika tidak, itu tandanya dia sudah mengalah dan tawar hati dengan hubungan sebelah pihak sahaja.

Tawar hati ini ramai yang tidak nampak punca dan sebabnya, tahu-tahu sahaja dia mahu berpisah dan tamatkan hubungan. Tapi sebenarnya, anda sering kali melakukan beberapa punca seperti di atas.



]]>
"Tinggalkan aku sebab jijik dengan muka..." - Gadis terus kuat ditinggal kekasih kerana muka berjerawat https://redaksi.com/9705-tinggalkan-aku-sebab-jijik-dengan-muka-gadis-terus-kuat-ditinggal-kekasih-kerana-muka-berjerawat Fri, 12 Feb 2021 10:48:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9705 Paras rupa bukanlah satu ukuran yang penting dalam mencari pasangan hidup, apa yang lebih penting adalah hati dan keikhlasan buat kekasih hati.

Setiap orang sememangnya inginkan yang cantik namun tidak semua orang bernasib baik memiliki kecantikan tersebut, kemungkinan lebihnya pada yang lain.


Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi gadis ini apabila dikatakan ditinggal kekasih hati kerana rupa parasnya.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, memaparkan akan seorang gadis yang menunjukkan wajahnya dipenuhi jerawat.



Gadis bernama Elyanaaa ini berkongsi cerita bersama pengikutnya bahawa dia pernah ditinggalkan dipercayai kekasihnya hanya kerana wajahnya yang tidak ‘bersih’.


Difahamkan gadis berkenaan juga cuba menguatkan diri dan berterima kasih kepada ‘individu’ berkenaan yang memperlakukan dirinya sebegitu, malah turut menyatakan jika orang sudah tidak mahu padanya dia juga tidak ingin mendekati orang tersebut.

“Tinggal aku sebab jijik dengan muka aku. Orang tak nak, lagi aku tak ingin. Terima kasih kutuk dan buang aku,” luahnya.

Bersimpati akan nasib gadis tersebut, warganet memberi kata-kata semangat malah turut memuji gadis ini tetap cantik walaupun memiliki jerawat selain menyatakan bahawa ‘individu’ terbabit yang tidak layak bersama dirinya.

]]>
5 Langkah Kembalikan Rasa Percaya Pada Orang lain. https://redaksi.com/4066-5-langkah-kembalikan-rasa-percaya-pada-orang-lain Wed, 31 Oct 2018 15:20:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4066 Apabila telah hilang kepercayaan ini, sudah pastilah sukar untuk seseorang itu percaya semula kepada diri kita. Mana tidaknya, sikap seperti ini biasanya akan diingat oleh orang yang kita khianati itu. Walaupun bukan mudah untuk kembalikan rasa percaya tapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk membuatnya kembali percaya kepada kita.

Rasa saling percaya ini agak penting dalam hubungan. Mana tidaknya, ia mampu menjamin kebahagiaan dalam satu hubungan tersebut. Jika perhubungan tanpa kebahagiaan sudah pastilah ia penuh dengan syak wasangka serta pergaduhan kerana rasa cemburu.



Berikut adalah cara untuk kembalikan rasa percaya pada orang lain.

1. Semua orang penah ada masa lalainya.

Setiap orang tidak sempurna, maka dengan itu apabila seseorang itu melakukan kesilapan yang mungkin akan mengecewakan diri anda, cuba untuk berikannya peluang sekali lagi tapi tanpa meletakkan apa-apa pengharapan. Begitu juga dengan anda, jika anda hilang rasa percaya dari orang lain pasti anda inginkan satu peluang.

2. Lakukan perubahan.

Untuk kembalikan rasa percaya atau dapatkan kepercayaan semula ini pasti ia perlukan perubahan yang baik dari diri sendiri. Jadi mulakan semula dari diri anda sendiri. Sama ada anda mahukan berikan kepercayaan atau mahukan orang mempercayai anda, pastikan ia bermula dengan perubahan diri sendiri.

3. Lupakan perkara tersebut.

Mungkin akan anda rasa menyesal selepas melakukan perkara tersebut. Tapi jangan terlalu memikirkan perkara tersebut dan menyalahkan diri anda sendiri. Mula lupakan perkara tersebut dan menganggap bahawa ia bukanlah kesilapan yang tidak boleh diperbaiki. Masa inilah anda perlu perbaiki kesilapan tersebut.



4. Jangan mudah bersangka buruk.

Untuk mendapatkan kepercayaan atau memberikan kepercayaan ini, sudah tentulah anda perlu buang segala prasangka buruk yang anda. Mana tidaknya perkara tersebut hanya memburukkan keadaan bukannya membuat keadaan bertambah baik. Jadi jauhi perkara seperti berfikiran negatif ataupun overthinking ini.

5. Percaya diri sendiri.

Tidak apa jika anda tidak mampu dapatkan kepercayaan dari orang lain atau tidak mampu memberikan kepercayaan kepada orang lain. Apa yang lebih penting adalah anda percaya akan diri anda. Barulah semua perkara yang akan anda lakukan itu lebih yakin.

Memberikan dan menerima kepercayaan ini bukan mudah, apabila anda hilang perkara ini ia mungkin mengambil masa yang lama untuk mendapatkan semula. Tapi apa-apa pun, ia akan memberi pengajaran kepada dalam hidup anda.

]]>
9 Rahsia Tarikh Lahir Lelaki Yang Mesti Anda Tahu. Nombor 9 Tu Memang Idaman Wanita. https://redaksi.com/521-9-rahsia-tarikh-lahir-lelaki-yang-mesti-anda-tahu-nombor-9-tu-memang-idaman-wanita Thu, 20 Jul 2017 10:22:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=521 Rahsia Tarikh Lahir Lelaki. Sukar untuk mencari pasangan yang sesuai? Kali ini kami mahu berkongsi rahsia tarikh lahir lelaki yang bersesuaian dengan karakter diri anda.

Rahsia Tarikh Lahir Lelaki.



1. Jika pasangan anda lahir pada 1hb, 10hb, 19hb dan 28hb dalam mana-mana bulan dikenali sebagai No 1.

Lelaki daripada golongan ini sangat cerdik, jujur dan berterus-terang dalam perhubungan. Mereka seorang yang berdikari, berkeyakinan dan mempunyai sikap memimpin. Mereka juga boleh dibawa berbincang dan mudah menerima pendapat orang. Namun begitu, mereka sangat cemburu ketika dalam hubungan dan biasanya mereka akan menyimpan dendam yang agak lama.

2. Jika pasangan anda lahir pada 2hb, 11hb, 20hb dan 29hb dalam mana-mana bulan dikenali sebagai No 2.

Lelaki dalam kategori ini kurang berkeyakinan pada diri sendiri walaupun orang di sekeliling mempercayainya. Untungnya, mereka seorang yang cintakan keamanan dan sifat tanggungjawab terhadap keluarga. Namun, lelaki ini suka diramal soal hatinya kerana mereka lebih gemar berdiam diri.

3. Jika pasangan anda lahir pada 3hb, 12hb, 21hb dan 30hb dalam mana-mana bulan dikenali sebagai No 3.

Seorang yang gemarkan kebebasan, kuat agama dan akan berusaha keras untuk mendapatkan kejayaan. Lelaki ini sangat menghormati orang tua dan penuh dengan sikap budi pekerti. Namun, dalam lembutnya, si dia ini seorang yang pentingkan diri. Namun, jika anda jatuh hati padanya, usah bimbang! Si dia seorang yang mudah membina hubungan untuk jangka masa yang panjang.



4. Jika pasangan anda lahir pada 4hb, 13hb, 22hb dan 31hb dalam mana-mana bulan dikenali sebagai No 4.

Lelaki jenis ini seorang yang berbakat dalam bidang seni. Dia seorang yang sangat mementingkan orang lain dan suka membantu sehingga sering menjadi mangsa. Dia sering digunakan oleh orang lain yang hanya ingin mengambil kesempatan di atas kebaikan si dia. Namun ada ketika si dia akan bersifat sangat tegas!

5. Jika pasangan anda lahir pada 5hb, 14hb dan 23hb dalam mana-mana bulan dikenali sebagai No 5.

Si dia ini sangat popular dan paling diminati dalam kalangan teman wanitanya! Sikapnya yang kelakar dan baik hati sangat disenangi keluarga dan rakan-rakan. Untungnya siapa yang dapat si dia ini, bukan sahaja kerana mempunyai rupa paras yang kacak, tetapi juga seorang yang setia dan serius dalam percintaan!

6. Jika pasangan anda lahir pada 6hb, 15hb dan 24hb dalam mana-mana bulan dikenali sebagai No 6.

Disebalik sikapnya yang suka berseronok, si dia ini juga seorang yang mengambil berat tentang keluarganya. Lelaki golongan ini sangat pandai dalam pengurusan perniagaan. Biarpun gemar bersosial, si dia ini seorang yang setia!



7. Jika pasangan anda lahir pada 7hb, 16hb dan 25hb dalam mana-mana bulan dikenali sebagai No 7.

Lelaki ini seorang yang realistik dan sangat menggemari bidang muzik, nyanyian dan seni. Dalam hubungan cinta pula, pastinya dia seirang yang romantik! Si dia ini sering meletakkan keluarganya di tempat yang sangat tinggi, kadang-kadang sehingga mengabaikan kebahagiaan sendiri. Namun begitu, sikap panas barannya sering menyebabkan cinta si dia putus di tengah jalan.

8. Jika pasangan anda lahir pada 8hb, 17hb dan 26hb dalam mana-mana bulan dikenali sebagai No 8.

Seorang yang suka menghabiskan masanya bersama rakan-rakan. Seorang yang sangat berdisplin dalam hidupm tidak mudah berputus asa dan berani. Masalah yang hadapi menjadikan si dia seorang yang lebih kuat dan tabah. Si dia seorang yang sukar mengalah dan akan memperjuangkan cintanya untuk mendapat kebahagiaan.

9. Jika pasangan anda lahir pada 9hb, 18hb dan 27hb dalam mana-mana bulan dikenali sebagai No 9.

Si dia seorang yang sangat dihormati dalam masyarakat. Seorang anak yang taat dan patuh serta menghormati kedua ibu bapa. Sikap ramah dan ringan tulang menyebabkan ramai menyenangi kehadirannya. Dalam percintaan pula, pastinya si dia seorang yang sangat penyayang dan baik hati. Untungnya!

]]>
Anak kedua Ustazah Norhafizah Musa ikat pertunangan dengan gadis pilihan https://redaksi.com/8664-anak-kedua-ustazah-norhafizah-musa-ikat-pertunangan-dengan-gadis-pilihan Wed, 07 Oct 2020 12:15:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8664 Alhamdulillah bertemu jodoh disaat usia yang muda. Sebak melihat rakaman video yang dikongsikan oleh Ustazah Norhafizah setelah selesai anak perempuannya bernikah pada 5 September lalu.

 


Selepas anak sulungnya mendirikan rumah tangga, seminggu selepas itu, Ustazah Norhafizah menerima kehadiran orang baru lagi dengan giliran anak keduanya, Asyraf Murtadhaa pula mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan.



Tersentuh dengan ucapan yang diluahkan di ruangan caption, Ustazah Norhafizah berharap pertunangan yang terjalin dapat menguatkan semangat anak-anaknya untuk terus menuntut ilmu, membangunkan akhlak serta perbadi.


Malah, beliau juga berharap agar berlangsungnya majlis pernikahan pada waktu, tempat dan suasana yang terbaik buat anak-anaknya.


Tulisnya lagi, selagi dia dan suaminya masih hidup, mereka akan sentiasa beri sokongan kepada anak menantu serta bakal menantunya kerana sayangkan semua.

Semoga dipermudahkan urusan Ustazah dan keluarga kelak.


]]>
10 Jenis Perempuan Yang Lelaki Rasa Tak Sesuai Dijadikan Isteri. https://redaksi.com/92-10-jenis-perempuan-yang-lelaki-rasa-tak-sesuai-dijadikan-isteri Wed, 31 May 2017 03:51:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=92 Memang tak ada manusia yang sempurna, dan kita semua ada kisah silam yang tersendiri. Hubungan cinta dan rumahtangga pasti perlukan pengorbanan dan sikap tolak ansur. Terutama sekali bagi suami, bukankah tanggungjawab anda untuk bimbing isteri?

Tapi sebenarnya, suami pun manusia biasa. Ada hati dan perasaannnya jadi perempuan pun kena jaga diri juga. Jangan harap si dia buat semua benda untuk anda. Dan pastikan anda tak ada sifat-sifat ini sebelum si dia lari!



1. Kuat cemburu.

Pantang nampak suaminya bercakap dengan perempuan lain, pasti dia bising. Sebagai isteri, patutnya anda berikan sedikit kepercayaan kepada suami anda. Jangan terlalu cepat rasa tergugat. Mungkin anda patut risau kalau dia asyik bermesej dan ketawa dengan perempuan yang sama tapi kalau setakat dengan sepupunya, takkan itu pun nak cemburu juga?

2. High maintenance.

Beli baju atau tudung mesti nak yang ada jenama. Bukan itu saja, kadang-kadang sampai sabun pun kena yang orang kenal juga. Kadang-kadang bukan sebab dia pentingkan kualiti tapi cuma tak nak kalah dengan kawan-kawan sekeliling. Kalau kawannya nak jenama A, dia pasti nak lebih lagi!



3. 'Bimbo' / gedik.

Bimbo di sini bukan bermaksud tak pandai belajar sebaliknya merujuk kepada perangai sesetengah perempuan yang sengaja memperbodohkan diri. Bila ditanya, semua benda dijawab tak tahu. Cakap pun dengan nada yang mengada/ngada. Bila sakit sikit, terus diperbesarkan. Nak bermanja sekali-sekala tu boleh, tapi jangan sampai terlampau menyusahkan orang lain.

4. Terlalu garang.

Apa kata suami, semuanya tak kena. Sikit-sikit, bantah. Sikit-sikit, lawan. Padahal pasangan hidup kan sepatutnya beri ketenangan? Kalau anda tak setuju dengan sesuatu, suarakan pendapat anda dan beri idea lain, bukan hanya bantah dan lawan. Paling penting, jangan gunakan kata-kata yang menyakitkan hati suami.



5. Tak tetap pendirian.

Sekejap nak A, tapi bila dah dapat, dia nak B pula. Bila dikasi B, merajuk sebab nak yang lain pula dan dia harap suami akan faham saja. Lama-lama, suami pun pening sebab tak pernah dapat nak puaskan hati isterinya.

6. 'Queen control'.

Sebenarnya ramai perempuan yang berperangai begini sekarang. Bila dapat gaji, semua duit dibagi pada isterinya. Nak bagi pada ibu, minta pada isteri. Nak isi minyak, minta pada isteri. Nak makan pun kena minta pada isteri. Bukan itu saja, malah nak ke mana setiap masa pun kena minta izin isteri dulu. Heiiii.. rimas!

7. Suka mengungkit.

Sikap yang lama-lama pasti 'membunuh' hubungan suami isteri. Bila hubungan sedang jernih, semuanya OK. Tapi bila dia tak suka sikit, semuanya diungkit!

'Kalau bukan sebab saya kerja, kita tak dapat duduk kat rumah macam ni tau!', atau 'Kita ada kat sini sebab saya kesian kat awak je! Kalau nak harapkan awak...'. Macamlah suaminya tak pernah berjasa langsung!



8. Pisau cukur.

Perempuan sebegini memang berkahwin sebab nak hidup senang saja! Tak kisah pun suaminya bersusah payah cari duit. Yang penting, dia ada duit untuk dibelanjakan tanpa perlu usaha. Paling pun, buat muka kesian disertakan dengan suara manja, terus dapat. Mungkin dia tak sedar, duit suaminya itu walaupun mungkin banyak, tapi semuanya perlukan usaha. Bukannya terus jatuh dari langit!

9. Tak endahkan penampilan.

Jangan menilai manusia hanya dari luaran. Yang penting, hatinya baik. Betul, tapi janganlah sampai nampak terlalu selekeh. Islam pun menggalakan penampilan yang bersih dan kemas. Tak perlu terlalu bersungguh pun. Asalkan nampak manis, cukup!

10. Ramai bekas kekasih.

Setiap kali bercinta, semestinya kita akan harap hubungan itu berkekalan. Kadang-kadang jadi, tapi kadang-kadang putus. Bila seseorang perempuan itu dah terlalu banyak kali putus cinta, akan nampak salahnya pada dia juga. Mungkin tak setia sebab asyik tukar-tukar saja? Lepas kahwin pun, ego suami pun pasti tercabar bila asyik dihantui gambaran bekas teman-teman lelaki.

]]>
Tampil jelaskan keadaan, Aiman Tino akui ada tabiat lambat balas mesej https://redaksi.com/9670-tampil-jelaskan-keadaan-aiman-tino-akui-ada-tabiat-lambat-balas-mesej Tue, 09 Feb 2021 11:59:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9670 Kecoh sejak semalam akan nama penyanyi Aiman Tino apabila ibunya mendakwa anaknya sudah berubah dan mengabaikan keluarga sendiri.


Bagaimanapun, Aiman tampil menjelaskan apa yang berlaku yang dikatakan berpunca daripada salah faham.



Menerusi laporan Berita Harian, pelatun lagu Rela Dibenci itu menyatakan bahawa sudah menjadi kebiasaan dirinya membalas lambat setiap mesej atau panggilan.

“Semuanya salah faham dan khilaf atas diri sendiri. Tabiat saya sejak dahulu lambat membalas mesej diterima melalui Whatsapp dan menjawab panggilan lalu timbul andaian itu dan ini.

“Ini termasuk Mama yang meluahkan perasaan di Instagram. Saya ada kalanya terlupa hendak membalas panggilan orang lain dan mengabaikan mesej diterima,” jelasnya.

Dalam pada itu, Aiman juga berhasrat akan segera pulang ke rumah keluarganya untuk leraikan salah faham yang berlaku.


Aiman juga mengakui akan sikapnya itu telah menusyahkan ramai pihak termasuk ahli keluarganya dan akan mengubah tabiat tersebut.

“Saya mengaku sikap begini mendatangkan masalah kepada karier. Saya harap tabiat ini dapat diubah demi kebaikan. Saya tak boleh ambil ringan perkara yang penting,” ujarnya.

Penyanyi berusia 23 tahun itu juga turut menjelaskan dakwaan mengenai dikongkong oelh seseorang bernama ‘Farah’, dimana mengakui mereka berkenalan atas urusan kerja.

“Apa yang terjadi tidak perlu babitkan dia atau orang luar. Macam saya cakap, semua ini silap sendiri,” katanya.

]]>
Kenapa Isteri Perlu Berpenampilan Cantik Walaupun Hanya Di Dalam Rumah Sahaja? Jom Baca! https://redaksi.com/5727-kenapa-isteri-perlu-berpenampilan-cantik-walaupun-hanya-di-dalam-rumah-sahaja-jom-baca Mon, 08 Apr 2019 12:46:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5727 Ramai dikalangan suami mengeluh apabila melihat isteri sendiri sudah tidak berpakaian kemas dan cantik setelah kahwin. Penampilan diri isteri tidak lagi dijaga kerana terlalu banyak perkara untuk fokus seperti mengurus rumah tangga dan menjaga anak-anak.

Namun, alasan sebenarnya bukan malas, akan tetapi tiada masa untuk menjadi ‘cantik’ di dalam rumah. Dan hanya beranggapan, “Alaaa, dalam rumah je, buat apa nak pakai cantik-cantik…”

Buang tanggapan sebegini, sekiranya ia menjadi halangan untuk anda berpenampilan cantik kerana anda memiliki suami dan anak-anak yang sentiasa memerhati. Sebagai wanita, perlu sentiasa menjaga penampilan walaupun berada di rumah kerana…

1. Sejuk suami memandang.

Sudah menjadi lumrah, lelaki suka pada kecantikan.

Pandangan ‘cantik’ atau ‘kacak’ daripada wanita dan lelaki adalah berbeza. Di rumah, suami pakai seluar pendek dengan baju pagoda pun, isteri tidak kisah. Baginya penampilan suami sudah memadai asalkan rajin kemas rumah. Akan tetapi pandangan lelaki berbeza dimana mahukan isterinya berpenampilan kemas.

Sekurang-kurangnya tidaklah memakai baju atau seluar terkoyak, rambut perlu disikat, memakai wangi-wangian dan sebagainya. Namun, semuanya terpulang pada setiap suami. Semua lain citarasa mahukan isteri bagaimana apabila di dalam rumah.

2. Memberi kedamaian kepada rumah.

Apabila sejuk mata suami memandang isteri yang berpenampilan cantik dan kemas, secara tidak langsung keadaan rumah menjadi harmoni. Suami tak jadi nak marah-marah, kerana sekurang-kurangnya isteri tahu menjaga pandangan matanya. Ini juga adalah salah satu cara untuk menjadi Qurratu ‘Ain suami.

BACA: Mudah Sahaja Mahu Menjadi Isteri Yang Solehah, Yang Penting Jadi Qurratu ‘Ain Suami.

Rumah yang harmoni dan damai ini adalah idaman setiap pasangan suami isteri. Jadilah ketenangan hati antara satu sama lain.

3. Memberi ketenangan dan pengaruh pada anak-anak juga.

Di samping itu, dengan memakai baju yang kemas dan cantik ia akan memberi ketenangan pada anak-anak juga. Oleh sebab itu, dalam menjaga hubungan kekeluargaan ibu bapa sepatutnya menjadi contoh yang baik untuk anak-anak. Dan berpakaian cantik adalah salah satu cara untuk memberi pengaruh yang baik untuk anak-anak.

Anak-anak akan mudah terpengaruh dengan orang yang paling mereka rapat. Jadi, hati-hati dengan pemakaian anda di rumah ya wahai ibu, kerana anak-anak ini sangat jujur dalam perbualan. Khuatir nanti apa yang dilihat, akan dikongsi cerita pada orang lain.

4. Untuk membina keyakinan pada diri.

Berpakaian cantik ini bukan sahaja untuk suami, anak-anak dan kedamaian rumah, ia juga untuk keyakinan diri seorang wanita. Sekiranya anda adalah seorang yang bekerjaya, anda tidak berasa kekok untuk berpakaian kemas dan cantik sepanjang masa.

Tidaklah suami merungut nanti, pergi keluar rumah cantik je, tapi dalam rumah tak jaga. Begitulah.

Jika anda selalu merungut kenapa suami tidak lagi romantik, cek dulu penampilan anda. Sekiranya anda cantik dan kemas sentiasa, tidak mustahil lah setiap hari suami akan mengorat.

Semoga Bermanfaat!

]]>
Cara Lelaki Menguji Wanita. https://redaksi.com/439-cara-lelaki-menguji-wanita Wed, 12 Jul 2017 11:02:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=439 Lelaki… Walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka. Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina. Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya. Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.



1. Adakah si dia materialistik?

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:

Memberi hadiah murah.

Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.

Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus. Mengajak menikmati hidangan yang murah.

Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.

Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.



2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu.

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:

Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya.

Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.

Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.

Menelefon wanita lain di hadapan kamu

Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.



3. Hubungan bekas teman lelaki.

Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:

Bertanyakan khabar bekas teman lelaki.

Reaksi kamu: “Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas”. Anda gagal.

Reaksi kamu: “Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki”. Anda lulus.

Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?

Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.

Reaksi kamu: “Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu”. Anda lulus.

4. Mengukur tahap kesetiaan.

Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu dengan cara berikut:



Pergi melancong.

Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.

Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu

Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.

]]>
Ini Akan Terjadi Pada Anda Sekiranya Kurang Minum Air Putih. https://redaksi.com/5193-ini-akan-terjadi-pada-anda-sekiranya-kurang-minum-air-putih Wed, 13 Feb 2019 16:33:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5193 Setiap orang akan mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan dahaga yang mereka rasakan. Tidak kiralah dengan meminum air putih, tea ais, soda, jus dan lain-lain lagi, semua terpulang pada individu tersebut. Namun begitu, minuman yang marik minat ramai orang sudah tentulah yang manis dan juga sejuk, sesuai dengan cuaca Malaysia yang agak panas akhir-akhir ini.

Kadang kala kita lupa untuk mengambil air putih dalam rutian seharian kita, sedangkan air putih amat penting untuk tubuh badan kita. Jika kita jarang meminum air putih akan menyebabkan tubuh badan mengalami dehidrasi yang menyebabkan masalah kepada tubuh badan.





1. Mudah rasa penat dan juga pening.

Ini akan terjadi buat anda yang jarang minum air putih. Seseorang yang kurang minum air putih ini lebih mudah untuk berasa penat dan juga pening. Ini kerana, ketika tubuh dehidrasi, kadar oksigen dalam badan akan semakin berkurangan hingga menyebabkan badan mudah letih. Otak pula akan kekurangan oksigen yang cukup lalu membuatkan kepala terasa pening.



2. Kulit menjadi kusam dan kering.

Tubuh dalam keadaan dehidrasi akan memengaruhi keadaan kulit. Ini karena resistensi dan fungsi enzim tidak dapat bekerja dengan baik. Akibatnya, kulit jadi kering, terlihat kusam, dan struktur terlihat lapisan kulit pun ikut memburuk.



3. Terkena masalah pencernaan.

Dalam proses pencernaan, air diperlukan untuk mencerna serta menyerap nutrisi dari makanan. Saat tubuh kekurangan air, maka sembelit pun terjadi. Jika berlaku secara kerap ia akan menyebabkan anda terkena kanser usus. Takut bukan?


4. Rambut menjadi kusam, kasar, dan mudah gugur.

Keadaan kulit kepala yang terhidrasi dengan baik akan menghasilkan rambut yang sihat dan kuat. Ketika tubuh tidak mendapatkan air yang cukup, maka kulit kepala pun akan menjadi kering. Hal ini juga memengaruhi akar rambut yang menjadikannya kasar dan kusam.



5. Apabila sakit, mengambil masa untuk sembuh.

Fungsi organ anda akan berkurangan jika anda kurang mengambil air putih. Akibatnya, organ-organ badan tidak boleh berfungsi secara optimum dalam menghilangkan toksin dalam tubuh yang menyebabkan anda mendapat penyembuhan lebih lama.



6. Kulit berkedut.

Kurangnya penggunaan air boleh menyebabkan kulit kehilangan keanjalannya. Kerana aliran darah terhalang, kekurangan penggunaan air jangka panjang juga boleh merompak sel-sel kulit anda dari nutrien yang mereka perlukan untuk meregenerasi kulit. Akibatnya, kekurangan penggunaan air dapat mempercepat pembentukan kedutan, garis halus dan tanda-tanda penuaan.

Jadi masih ragu-ragu untuk meminum air dengan secukupnya? Masih belum terlambat sekiranya anda ingin mengamalkannya sekarang.


]]>
Tanda-Tanda Anda Sedang Berdepan Dengan Masalah Kewangan Tanpa Sedar. https://redaksi.com/5350-tanda-tanda-anda-sedang-berdepan-dengan-masalah-kewangan-tanpa-sedar Wed, 27 Feb 2019 14:38:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5350 Setiap orang tidak akan pernah lari dari masalah kewangan ini, cuma yang membezakannya adalah mereka mengambil pengajaran daripada perkara tersebut ataupun tidak. Masalah kewangan adalah perkara yang sangat merunsingkan sesiapa sahaja, hinggakan nak tidur malam juga tidak lena.

Dalam masalah kewangan anda perlu bijak untuk menguruskannya. Tidak salah jika anda berjimat cermat dan sedikit kedekut dalam setiap perbelanjaan, itu semua untuk kebaikan anda juga.



Bak kata orang sediakan payung sebelum hujan itu lebih baik dari membiarkan diri kebasahan. Jadi anda pilih yang mana? Aman tanpa masalah kewangan ataupun runsing memikirkan hutang yang menggunung?

Sesetengah daripada kita ini tidak sedar bahawa dirinya mempunyai masalah dalam pengurusan kewangan mereka. Sehinggalah mereka merasakan beberapa perkara seperti di bawah ini.



1. Tidak tahu wang pergi ke mana.

Setiap bulan gaji akan habis begitu sahaja tanpa tahu ke mana wang tersebut dibelanjakan. Apa yang boleh lihat tiada simpanan yang tetap, tiada bayaran untuk insuran ataupun tiada dana untuk kecemasan. Semuanya habis dibelanja dari awal hingga akhir bulan. Bahkan setiap hujung bulan hanya mengharapkan duit gaji segera masuk sahaja.

Jika anda berdepan masalah ini, anda perlu berhati-hati terhadap setiap perbelanjaan anda. Semuanya akan memberi kesan kepada anda sendiri kelak.

2. Bil mula tertungak.

Setiap bulan ada sahaja bil-bil yang tertunggak yang anda sendiri tidak mampu untuk selesaikan sekaligus. Ini kerana, wang yang ada itu perlu digunakan untuk kepentingan yang lain ataupun untuk membayar hutang yang lain. Jadinya bil-bil semakin bertunggak setiap bulan. Jangan dah kena potong baru nak sedar pula ya.

3. Hutang terlalu banyak.

Membeli barangan sememangnya seronok, tetapi yang tidak seronoknya adalah anda membelinya secara hutang. Jadi setiap bulan anda perlu membayar segala hutang yang telah anda buat malah, anda sentiasa menambah hutang anda dengan lambat membayar hutang-hutang tersebut. Bila nak selesai ini?



4. Kad kredit sebagai pendapatan tambahan.

Jika anda telah menggunakan kad kredit sebagai pendapatan tambahan anda, itu bermakna anda sudah berdepan dengan masalah kewangan yang serius. Anda seharusnya menggunakan kad kredit ini apabila perlu sahaja, bukanya untuk membayar segala keperluan anda.

5. Berbelanja dengan duit simpanan.

Buat mereka yang miliki simpanan, adalah lebih elok jika gunakan simpanan dahulu tetapi jika simpanan anda semakin sedikit itu bermakna anda berdepan dengan masalah kewangan. Menggunakan wang simpanan bukan jalan selamat jika anda tidak bijak meguruskan kewangan anda. Nanti lama-lama akan habis juga jika tidak berjimat.



6. Rasa tidak tenteram.

Apa yang boleh dirasakan apabila tidak memiliki wang ini adalah, anda akan merasa tidak tenang malah kerap memikirkan cara untuk menambah wang. Tetapi usaha tiada. Apa yang lebih menyedihkan lagi, anda akan sentiasa memikirkan hutang-hutang yang telah anda lakukan. Itu pun jika anda sudah sedar bahawa anda mempunyai masalah kewangan.

Banyak orang tidak sedar dirinya berdepan dengan masalah kewangan ini. hal ini kerana, selagi dirinya mempunyai duit setiap bulan, bermakna dia masih mampu teruskan hidup serta rutin hariannya. Sedangkan tanda-tanda seperti ini menunjukkan anda mempunyai masalah kewangan yang serius.


]]>
6 Tanda Cliche Pasangan Mula 'Tawar Hati' Dengan Anda. Yang Ada Tanda-Tanda Ini Kena Hati-Hati. https://redaksi.com/7656-6-tanda-cliche-pasangan-mula-tawar-hati-dengan-anda-yang-ada-tanda-tanda-ini-kena-hati-hati Wed, 27 Nov 2019 12:15:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7656 Tawar hati ini berlaku bukan kerana sudah tidak sayang, ataupun sudah berjumpa pasangan yang lebih elok dari yang ada, akan tetapi ia berlaku kerana sudah rasa kecewa dengan pasangan malah sentiasa disakiti dengan orang yang disayangi. Itulah yang menyebabkan seseorang menjadi tawar hati dengan pasangan mereka.

Sebagai pasangan, anda tak akan sedar akan perubahan diri mereka. Anda akan sentiasa merasakan bahawa mereka ini sentiasa baik-baik sahaja, malah hubungan dengannya hanyalah salah faham yang kecil. Akan tetapi, tawar hati ini berlaku dalam diam di dalam hati seseorang tanpa tahu bila ia bermula.

Bila sudah banyak perkara yang anda lakukan, malah tiba-tiba pasangan menyatakan dia tawar hati, mungkin ini yang perlu anda lihat semula beberapa tanda ini.



1. Perubahan rutin harian dia.

Jika sebelum ini selamat malam dan good morning itu adalah rutin kebiasaan yang dilakukan pada anda, mungkin dia akan mula tidak akan melakukannya. Malah dia juga hanya mengabaikan ucapan ini dari anda. Kadang kala bila anda desak baru ucapan ini keluar semula.

2. Mula jarakkan diri.

Paling ketara sebenarnya tapi ramai yang tak sedar. Dia mula katakan dirinya sibuk, malah sentiasa bersama rakan-rakannya ataupun senyapkan diri secara tiba-tiba. Itu semua menunjukkan dia sedang menjauhkan diri dari anda.

3. Mula tak balas call atau pesanan.

Dulu, setiap call atau pesanan anda segera akan dia balas atau call anda semula. Akan tetapi, bila dia mula abaikan anda sedikit demi sedikit, tentu sahaja dia mula rasa anda tak penting lagi. Cuba lihat kalau pasangan anda ada lakukan perkara ini.



4. Dingin dengan anda.

Jika anda mengenali dirinya penuh dengan mesra ataupun sangat manja dengan anda, mungkin ketika ini sudah tidak lagi. Dia lebih bersikap dingin dengan anda. Ada sahaja perkara yang tak kena dan kadang kala sengaja mencari silap anda.

5. Malas perbaiki hubungan.

Pasangan mana yang tidak bergaduh, tentu sahaja setiap pasangan akan lalui perkara ini. Akan tetapi, jika pertengkaran yang berlaku itu tentu sahaja akan berakhir dengan pendamaian, tetapi tidak bagi hubungan anda. Pasangan anda tiada usaha untuk perbaiki hubungan kalian berdua.



6. Luahkan rasa hati.

Kemuncaknya, dia akan menyatakan bahawa dia tawar hati dengan anda, kecewa malah tiada hati untuk bersama dengan anda lagi. Ketika ini bukannya satu perkara yang menguji anda, tetapi sememangnya lahir dari hati dirinya. Maka dengan itu, cuba untuk dengar luahan hatinya dan ambil tindakan, itu pun kalau anda bernasib baik memiliki peluang kedua. Tapi tak semua orang mempunyai kesempatan seperti itu.

Tawar hati ini anda tak tahu bila ia bermula dan berlaku. Apa yang anda tahu bila sudah sampai ke puncaknya dan anda tidak mampu selamatkannya. Sekali orang tersebut kata dirinya tawar hati dengan anda, tangisan air mata darah sekalipun dia tidak akan melayaninya.

]]>
Kalau Baru Kahwin, Nak raya Rumah Suami Dulu Atau Isteri? Ok, Ini Jawapan Yang Tepat! https://redaksi.com/295-kalau-baru-kahwin-nak-raya-rumah-suami-dulu-atau-isteri-ok-ini-jawapan-yang-tepat Fri, 23 Jun 2017 10:50:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=295 Ada yang masih belum buat keputusan nak balik raya mana dulu tak? Agak-agak sebelum kahwin dulu ada buat perjanjian? Kalau ya, sila tunaikan. Tetapi kalau masih keliru, anda boleh dapatkan jawapan menerusi perkongsian Pak Utih ini. Perkara ini biasanya menjadi pertelingkahan di antara pasangan yang baru berkahwin. Isteri akan menggunakan hujahnya tersendiri dan si suami pula menggukakan kuasanya sebagai ketua keluarga yang mesti dipatuhi.



Ada teknik dan tip untuk anda berdua membuat keputusan:

1. " Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): “Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya”. Al Qashash:27



Kalaulah ingin merujuk ayat di atas, pengantin lelaki kena berkorban tinggal bersama ayah mertua dan membantunya selama 8 tahun. Tetapi dengan keadaan sekarang perkara ini tidak mungkin boleh berlaku. Namun kita boleh ikuti konsepnya. Iaitu dalam tempuh 8 tahun sang suami utamakan rumah mertuanya dahulu. Dalam kes pulang beraya ke kampong, elok utamakan rumah isterinya.

2. Orang perempuan banyak menggunakan emosi dan perasaannya dalam setiap urusannya. Sedangkan lelaki hanya fokus mindanya kepada sesuatu tugasan. Dia boleh abaikan emosi dan perasaannya. Oleh itu, isterilah yang lebih terkesan menyambut hari raya pertama. Apa lagi dengan status dia sebagai seorang isteri. Jiwanya pasti menggelabah untuk pertama kalinya menyambut raya di rumah orang lain. 1001 macam dalam fikiran yang menghantuinya. Oleh itu raya pertama di rumah isteri.



3. Jika isteri ini telah ada bilik tidur khas di rumahnya dan suaminya pula tiada bilik khas untuk di rumahnya. Ini akan menyebabkan isteri tidak selesa jika terpaksa berkongsi bilik persalinan dengan ipar-iparnya. Oleh itu elok raya pertama di rumah isteri. Tetapi jika suaminya memang ada bilik khas, sila rujuk tip 1 dan 2 di atas.

4. Tetapi kalau sepanjang ramadhan, pasangan ini tinggal di rumah isterinya, maka eloklah susun strategi untuk berhari raya pertama di rumah kampong suaminya.

5. Jika suami adalah anak tunggal, dinasihatkan buat rancangan untuk berpuasa 2-3 hari awal di rumah kampong isteri. Kemudian berhari raya pertama di rumah suami. Sebab kehadiran anak tunggal dengan isterinya ini memberi kesan positif bertambah sayang ibu mertua kepada anak menantunya.

Selamat berbincang.

]]>
Bila Isteri Mengadu Pada Suami Walaupun Masalah Kecil, Kena Cepat-Cepat Beri Perhatian Kerana Ada Bisikan Pada Hati Isteri Yang Menakutkan. https://redaksi.com/7574-bila-isteri-mengadu-pada-suami-walaupun-masalah-kecil-kena-cepat-cepat-beri-perhatian-kerana-ada-bisikan-pada-hati-isteri-yang-menakutkan Mon, 04 Nov 2019 14:07:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7574 Bila isteri mula nak buka cerita nak kongsi apa yang berlaku pada dirinya, mula suami-suami angkat kaki malah ada sahaja yang buat-buat tak nak dengar apa yang isteri sedang katakan. Bukannya isteri minta bantuan untuk selesaikan apa yang di rasa tetapi dia mahukan orang mendengar segala luahan hatinya.

Orang perempuan ini kan mudah beremosi, jadi dalam rutian hariannya itu mungkin ada yang mengusik hatinya malah mungkin ada yang buat hatinya tak senang. Itu semua mahu dia kongsikan kepada pasangannya iaitu suaminya yang sudah dianggap rakan dan sahabat baiknya. Kalau suaminya tidak mahu mendengar, siapa yang akan mendengar segala curahan isteri ini.



Kalau suami mendengar segala isi hati isteri dengan baik dan tekun, tentu isteri akan rasa bahagia malah semakin sayang pada suaminya. Bukan itu sahaja, emosi isteri akan lebih baik malah masalah rumahtangga kalian pun akan lebih selamat tanpa pengetahuan orang lain. Itu pentingnya mendengar isi hati isteri.

Walaupun pasal jiran sebelah yang tak pulang bekas makanan ke, pasal baju yang dibasuh itu luntur warnanya sekali pun, dengar sahaja. Dari sini, kalian dapat wujudkan komunikasi yang baik sebenarnya.



Jangan diabaikan setiap isi hati dan curahannya. Ini kerana, sekali anda mengabaikan dan membuat tak endah dia akan mencari orang lain pula untuk mendengar segala isi hatinya. Malah, ia mungkin memberi kesan kepada rumah tangga anda. Seperti nukilan Muhammad Hassan ini, kalau suami tak dengar apa isteri luahkan, dia akan mengadu kepada orang lain pula.

"Dulu saya ni macam tak ambil peduli sangat jika isteri mengadu hal. Kadang-kadang isteri ni cicak dalam bilik air pun dia nak cerita.

"Sekarang baru saya faham. Dari sekecil masalah sehinggalah sebesar masalah jika isteri mengadu, suami ni kena cepat-cepat beri perhatian.



"Bukan apa. Nanti syaitan akan bisik hati isteri untuk mangadu kepada orang lain. Bila isteri kita mula mengadu kepada orang lain, maka segala keaiban rumahtangga akan tersebar. Dari orang tidak tahu, semua orang tahu.

"Sebab itulah. Suami perlu jadi pendengar dan penasihat yang setia buat isteri. Walaupun kadang-kadang kita penat baru balik dari kilang, balik dari kebun, dari pejabat. Tapi jangan hampakan keluhan dari seorang isteri."

“Dengar dan peluklah isteri, insyaallah dia akan jadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali”

]]>
Ayuh Amalkan Doa Dipermudahkan Urusan Ini, Semoga Segalanya Akan Berjalan Dengan Lancar. https://redaksi.com/5390-ayuh-amalkan-doa-dipermudahkan-urusan-ini-semoga-segalanya-akan-berjalan-dengan-lancar Mon, 04 Mar 2019 15:30:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5390 Setiap hari mengeluh, setiap hari merasakan semua urusan tidak begitu lancar dan sebaik yang diharapkan. Bukan itu sahaja, setiap hari pasti akan ada ujian dan dugaan yang akan menduga hati dan tahap kesabaran anda. Sehinggakan ada yang rasa ingin berputus asa dan malas untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

Setiap orang mempunyai dugaan dan ujian yang tersendiri dalam hidup mereka. Cuma yang membezakan mereka adalah bagaimana untuk mengharungi hari-hari tersebut. Nak segala urusan dipermudahkan maka, memohon lah pada Allah. Pasti Allah akan membantu hamba-hambanya.

Dunia hanyalah sementara untuk kita beramal dan menyemai benih-benih pahala. Akhirat jualah yang kekal abadi dan tempat untuk kita menuai hasil dan menerima balasan amal yang lakukan di dunia.



Dunia adalah tempat untuk manusia diuji sama ada kita beriman kepada Allah swt. Oleh sebab itu, sepanjang kehidupan kita, kita akan sentiasa berdepan dengan ujian, dugaan, tekanan serta masalah untuk Allah swt nilai tahap keimanan, ketaqwaan, kehambaan serta kebergantungan kita kepada Allah swt.

Seperti mana firman Allah swt,

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Maksudnya, “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” (Surah al-Ankabut, Ayat 2)

Bagi seorang Muslim, sudah pastinya segala urusan di dunia ini, akan kita sandarkan kepada Allah swt Yang Maha Kuasa. Ini kerana, hanya Allah swt sebaik-baik penolong.

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Maksudnya, “(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, keranna itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”. (Surah Ali Imran, Ayat 173)

10 Doa Dari Al-Quran & Hadis Agar Dipermudahkan Urusan

1. Surat Al-Kahfi, Ayat 10 (Doa Ashabul Khafi)


رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Maksudnya, “…Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.”


2. Surat Taha, Ayat 25-28 (Doa Nabi Musa AS)


رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya, “Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku. Dan mudahkanlah untuk urusanku. Dan lepaskan kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku.”


3. Surat Al-Baqarah, Ayat 286


لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maksudnya, “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”


4. Surat Al-Anbiya, Ayat 87 (Doa Nabi Yunus)


لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya, “…Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”


5. Surat Al-Baqarah, Ayat 255 (Ayat Kursi)


اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Maksudnya, “Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhlukNya); tidak mengantuk dan tidak tidur.

KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya.

Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”


6. Surat Al-A’raf, Ayat 89


رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ
Maksudnya, “…Ya Tuhan, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan haq (adil). Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya.”


7. Surat At-Tahrim, Ayat 8


رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya, “…Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah dosa-dosa kami. Sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”


8. Surat Al-Insyirah, Ayat 5-6


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Maksudnya, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”


9. Hadis Riwayat Ibnu Hibban.

Dari Anas bin Malik, beliau berkata bahawa Nabi saw bersabda,


اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً
Maksudnya, “Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah.”


10. Hadis Riwayat Muslim.


اَللَّـهُـَّم أَصْلِحْ لِي دِينِي الّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي، وَأَصْلِحْ لِي دُنْيَايَ الّتِي فِيهَا مَعَاشِي، وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الّتِي فِيهَا مَعَادِي، وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ
Maksudnya, “Ya Allah mohon kebaikan pada urusan agamaku kerana itu adalah penjaga semua urusanku. Aku mohon kebaikan pada urusan duniaku kerana itu tempat hidupku.
Aku mohon kebaikan pada urusan akhiratku kerana itu tempat kembaliku. Jadikanlah hidup ini tambahan kebaikan bagiku, dan jadikanlah kematianku waktu istirehat bagiku dari segala keburukan.”


Kesimpulan

Doa yang diajarkan Nabi saw melalui hadis serta doa-doa para Nabi yang terkandung dalam al-quran adalah sebaik-baik doa yang boleh kita amalkan. Namun begitu, sekiranya kita tidak dapat menghafal doa-doa ini, tidak menjadi masalah untuk kita berdoa mengikut ayat kita sendiri.

Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Doa yang apabila dibaca dan dapat difahami oleh diri kita sendiri adalah lebih terkesan di hati kita. Ini kerana, kita memohon pertolongan Allah swt dengan kata-kata yang lahir dari hati kita sendiri.

Namun yang paling penting, kita haruslah sentiasa berdoa kepada Allah swt. Bukan sekadar berdoa ketika berada dalam kesusahan agar Allah membantu dan mempermudahkan segala urusan kita.

Tetapi juga kita berdoa kepada Allah swt dalam waktu senang kita, agar kita setiasa bersyukur dan berserah diri kepada Allah swt.

]]>
Adakah Islam Membenarkan Hubungan Cinta Sebelum Nikah?? https://redaksi.com/542-adakah-islam-membenarkan-hubungan-cinta-sebelum-nikah Fri, 21 Jul 2017 12:12:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=542 Adakah Islam membenarkan hubungan cinta sebelum nikah??

Apabila menyebut saja perihal cinta. Hati berdegup kencang. Menyebut cinta membuatkan mulut mengalunkan syair syair cinta. Kerana apa cinta mampu mengubah manusia? Ini kerana cinta lahirnya dari hati.. bukan dari luaran tubuh, tetapi di sudut hati yang sangat penting bagi kita. Bagaimana kecintaan kita kepada ALLAH boleh berlaku. Bagaiman kerinduan kita kepada rasul boleh tersemai? Ini kerana kuasa cinta yang dimiliki. Apabila diberikan cinta, pasti dikembalikan juga cinta. Kembali kepada topik utama kita. Adakah cinta sebelum nikah dibenarkan dalam Islam? Jika dibenarkan , bagaimanakah pula cara bercinta menurut Islam?? Ya. Selepas merujuk dari 3 orang ustaz, dan selepas isu ini diperdebat di dalam 2 group usrah,ditambah lagi selepas saya menghadiri kursus pra perkahwinan. Saya mendapat suatu kepastian. Iaitu cinta sebelum nikah adalah dibenarkan tetapi dengan syarat dan kaedah kaedah tertentu. Ada beberapa step yang saya akan huraikan dibawah kaedah bercinta yang sebenar.



Step pertama.

Istisyarah.

Apakah makna istisyarah yang dimaksudkan dalam konteks ini? Istisyarah bermaksud bertanya tentang orang yang kita minati daripda orang lain. Persoalan yang cuba diketengahkan adalah siapakah yang patut kita Tanya? Ada beberapa golongan yang kita boleh bertanya antaranya kawan si dia yang bercakap benar, orang kampungnya dan mungkin gurunya atau orang yang amat mengenalinya. Kita perlu mengelakkan sebarang perhubungan dengan si dia ketika ini. adalah tidak wajar jika kita bertanya perihal tersebut kepada empunya badan. Seterusnya, apakah yang patut ditanya di dalam sesi ini?? Soalan-soalan yang ditanya haruslah releven dan tidak bertanya pekara yang mengaibkan jika boleh. Contohnya : dia tidur terkangkang ke??. Ni namanya soalan tak relevan dan mengaibkan. Antara pekara yang seharusnya ditanya ialah status perempuan atau lelaki tersebut. Ini bertujuan untuk kita mengenal pasti adakah dia telah menjalinkan pertunangan dengan sesiapa ataupun mungkin dia sudah menjadi isteri seseorang. Pekara ini perlu untuk kita memikirkan haruskah kita ke tahap seterusnya ataupun hentikan niat anda hanya disini. Selain dari itu, boleh juga kita bertanya perihal sikapnya, agamanya, dan boleh juga kita bertanyakan tentang ciri ciri yang kita minat, adakah terdapat pada perempuan tersebut. Selepas mengenal pasti semua ciri yang patut ditanya, haruslah kita memikirkan jalan yang selanjutnya. Jangan pula kita tinggalkan istikharah… lakukanlah solat istikharah setiap hari dan memohon adakah ini jodoh kita.



Step kedua.

Sesi taaruf.


Sesi taaruf ini merupakan salah satu sesi perkenalan antara pihak lelaki dan wanita. Pertemuan akan atau mungkin berlaku dalam sesi ini. kerana itu, kita haruslah sentiasa berzikir dan bermohon agar hati ini bersih dan dibukakan mata hati untuk melihat adakah dia calon yang kita nantikan untuk dijadikan isteri. Sesi ini secara jelasnya adalah untuk kita berkenalan dan mengikat tali pertunangan mengikut kaedah Islam. Bagaimana ia boleh berlaku adalah selepas mendapat persetujuan kedua dua pihak untuk terus membina sebuah keluarga, maka terjadilah ikatan pertunangan ini. Di dalam peringkat ini. kedua-dua pihak haruslah berjanji setia akan berkahwin dengan si dia, juga perlu berjanji mengawal tingkah laku, mengawal perhubungan, dan juga perlulah meningkatkan ilmu agama. Sesi pertunangan tidak perlulah diketahui oleh ramai pihak. Cukuplah hanya ahli keluarga dan kawan rapat kita. Ini tujuan untuk menjaga aib kedua dua pihak. Ini kerana jika perkahwinan yang dijanjikan tidak berlaku, pasti salah satu pihak akan dipandang serong oleh masyarakat. Oleh kerana itu, Islam menitikberatkan untuk menyimpan rahsia.

Di dalam sesi ini, mereka perlulah ditemani oleh seseorang. Apakah ciri ciri seseorang yang dibenarkan?? Disini terdapat beberapa fahaman berbeza, ada ustaz yang mengatakan teman itu adalah seorang wali kita (ayah,datuk) dan bukannya mahram kita. Ada juga yang berpendapat dia mestilah mahram kita dan boleh menyimpan rasia dan cukup syarat. Ada pula yang mengatakan jika tiada mahram, kita juga boleh ditemani oleh teman (2 orang wanita), dan teman itu haruslah dari pihak wanita dan baik akhlaknya.ada pula yang berpendapat, peneman atau saksi itu perlulah baik akhlaknya, alim, dan telah berkahwin. Jadi selepas saya bertanyakan daripada ustaz ustaz lain, dia memberi kata seperti ini “ kita ingin mengawini mereka adalah dengan cara termulia dan haruslah menggunakan cara yang paling mulia” dan semua yang diatas dibolehkan tetapi perlulah memilih yang paling baik dahulu. Ciri-cirinya pula, pertamanya, mereka yang menjadi teman atau saksi itu haruslah seorang yang menyimpan rahsia. Ini kerana dia akan mendengar seluruh perbualan kita dan dia perlulah menyimpan semua rahsia yang didengar. Selain itu, mereka yang menjadi saksi itu haruslah menyekat perbualan jika perbualan itu melebihi batas batas yang ditetapkan



Selepas sesi ini berlangsung dan kedua-dua pihak telah mengikat janji, maka pertunangan pun akan berlaku. Ia berbeza dengan tradisi melayu, tetapi inilah kaedah yang Islam amalkan.
Apakah pula pekara yang boleh dilakukan dalam tempoh bertunang?? Pekara ini perlu ditekankan kerana ramai yang menganggap selepas tempoh ini, mereka lebih bebas untuk berjumpa dan berhubungan kerana mereka sudah berjanji untuk berkahwin. Oleh kerana itu lah banyak kejadian anak luar nikah dan sebagainya berlaku dalam tempoh ini. Jumpa/dating adakah dibolehkan?? Bila sebut saja berdating, mereka mudah melatah dan terus mengeluarkan hukum haram. Maksud dating saya adalah berjumpa. Adakah berjumpa diharamkan? Jawapannya tidak tetapi dengan syarat-syarat tertentu. Syarat-syaratnya seperti yang saya telah maklumkan diatas iaitu seorang wali kita (ayah,datuk) dan bukannya mahram kita. Ada juga yang berpendapat dia mestilah mahram kita dan boleh menyimpan rahsia dan cukup syarat. Ada pula yang mengatakan jika tiada mahram, kita juga boleh ditemani oleh teman (2 orang wanita), dan teman itu haruslah dari pihak wanita dan baik akhlaknya. Ada pula yang berpendapat, peneman atau saksi itu pelulah baik akhlaknya, alim, dan telah berkahwin. Jadi selepas saya bertanyakan daripada ustaz ustaz lain, dia memberi kata seperti ini “ kita ingin mengahwini mereka adalah dengan cara termulia dan haruslah mengunakan cara yang paling mulia” dan semua yang diatas dibolehkan tetapi perlulah memilih yang paling baik dahulu. Pilihlah mengikut kemampuan anda. Dan perlu diingatkan, pertemuan ini bukan untuk kita melemparkan kasih sayang, tetapi untuk tujuan berkenalan dan lebih memahami.

Mesej, whatsapp, fb dan sebagainya adakah boleh menjadi jambatan perhubungan?? Jawapannya boleh asalkan jangan disalahgunakan. Kerana di dalam tempoh ini adalah tempoh untuk kita mengenalinya dengan lebih teliti, dan juga untuk mengenali keluarga di kedua-dua belah pihak. Jadi whatsapp untuk bertanya kan tentang kesihatan dan keluarga dibenarkan. Jadi disini adakah bermakna kita boleh berdua-duaan ketika di laman sosial?? Kerana zaman dahulu tiada elemen ini dan ketika berhubung perlu ditemani seseorang. Jawapannya boleh. Tetapi ada syaratnya. Syaratnya adalah kalau boleh, buatlah group antara anda dia dan ada ditemani mahram anda. Dengan ini, perbicaraan anda akan terbatas. Mungkin anda akan mengatakan MESTILAH X SELESA DAN X BEBAS!! Yes.. kerana itulah tujuannya.

Kalau nak call?? Kalau nak call pun boleh je. Tetapi cuba tukar pada mood loud speaker. Dengan itu perbualan anda akan didengari oleh sahabat atau keluarga yang berada di tepi anda. Jadi perbualan anda juga akan diawasi. Kalau boleh jauhi percakapan yang manja manja tuh. Kat kawan tak pula cakap manje. Kat mak ayah tak pula nak bercakap manja. Jangan dengan awek pula baru nak bermanja manja. Pekara yang tidak boleh ditanya?? Antara pekara yang tidak boleh ditanya adalah seperti pekara yang boleh menimbulkan nafsu, pekara aib, dan pekara yang boleh menggambarkan tentang aurat saya kita. Contohnya disini :

Kes 1.

Ali : Hye awak, tengah buat apa tuh?

Minah : Hye hye, saya tengah sikat rambut, rambut ni kusut pula harini. Mungkin sebab rambut ni dah panjang sangat. Sampai ke bahu. Kerinting pula tuh. Disini si aminah telah menjelaskan mengenai jenis rambut dan panjang rambutnya.

Kes 2.

Ahmad : Salam.. awak kat mana tuh. Lambat je balas text saya.
Diana : Wasalam, awak sori. Saya tengah pilih seluar. Size seluar saya dah makin ketat sekarang. Size 28 dah tak muat nak pakai dah size 29 pun sangat ketat di bahagian peha.

Disini juga mereka telah menjelaskan bentuk tubuh tanpa mereka sedari



Step ketiga

Kahwin.

Jalan terakhir adalah dengan satu ikatan yang sah, iaitu perkahwinan. Selepas sampai tempoh yang dijanjikan di dalam sesi taaruf, maka nikahilah dia.

Soalan soalan lazim

1. Apakah hukum mereka yang mengkhianati janji yang telah diikat dalam sesi taaruf dan berkahwin dengan orang lain??

Jawapan : Jawapannya haram dan berdosa. Tetapi perkahwinan mereka masih sah. Cuma fikir fikirkanlah kenapa ALLAH sangat menitik beratkan perjanjian .

2. Selepas sesi istisyarah jika kita mengetahui dia telah mempunyai tunang adakah kita masih boleh meneruskan sesi taaruf??

Jawapan : Jawapannya tidak boleh. Islam melarang kita mengganggu seseorang itu selepas sesi pertunangan. Jika kita masih melakukan?? Berbalik semua pada kaedah yang anda gunakan. Adakah anda mengunakan kaedah Islam? Jika ya, haruslah anda mengikuti cara-cara yang Islam benarkan juga.

3. Saya berwhatsapp atau berjumpa berdua dengan tunang saya adalah semata mata untuk berlajar dan mengajarnya, tetapi secara lansung adalah ia hanya alasan untuk saya berjumpa dan berhubung dengannya. Adakah boleh dilakukan pekara sedemikian??

Jawapan : Kita kembali kepada niat. Dan kita harus tahu ALLAH maha mengetahui apa yang anda fikirkan dan apa yang anda niatkan. Kita lihat pula status anda adalah sebagai seorang tunang dan bukannya seorang isteri dan suami. Jika anda menyembunyikan niat anda dengan mengunakan pekara baik seperti ingin berlajar bersama dan mengajarnya, tetapi ALLAH masih mengetahui niat asal anda. Disini sebenarnya adakah anda berpura pura beriman dan takutkan manusia dan bukan takutkan ALLAH???

Kesimpulan.

Saya mengeluarkan entry ini adalah bukan untuk menggalakkan anda bercinta sebelum bernikah atau mempunyai apa apa hubungan sebelum bernikah. Tetapi saya ingin memberi penyelesaian kepada mereka yang ingin berubah untuk menjadi baik tetapi terikat dengan kisah cinta mereka. Jadi saya memberi jalan kedua selain melangsungkan perkahwinan. Kerana saya faham kondisi sesetengah orang tidak mengizinkan mereka melangsungkan perkahwinan pada ketika itu. Dan dalam masa yang sama menginginkan dia sebagai isteri. Sama-samalah kita memperbetulkan diri dan menjauhi zina.

]]>
Manusia Cepat Mengadili Tanpa Meneliti, Itu Yang Mudah Jatuhkan Hukum. https://redaksi.com/6978-manusia-cepat-mengadili-tanpa-meneliti-itu-yang-mudah-jatuhkan-hukum Mon, 26 Aug 2019 16:14:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6978 Benarlah kita sebagai manusia tidak dapat lari daripada berharap kepada apapun yang kita mahukan. Adakala kita sedar di akhir pengharapan itu bakal hadir kekecewaan, namun tidak salah jika teruskan juga, mana tahu ada keajaiban berlaku dan pengharapan itu bakal menjadi kenyataan? Biar seperit mana masa lalu yang pernah kita korbankan suatu ketika dulu, tiada siapa yang tahu dan peduli tentang semua itu. Apa yang mereka tahu, hidup kita nampak indah sahaja, seakan tiada masalah walau seinci. Mungkin kerana senyuman yang tidak pernah berhenti menari di wajah kita.



Tak semua yang perlu kita ceritakan kepada orang lain meski orang terdekat, adakala kita perlukan ruang untuk diri sendiri selesaikan masalah yang terbuku di hati. Adakala kita mahukan keputusan dari kita sendiri terhadap sesuatu tanpa pendapat daripada orang lain. Adakala rahsia itu perlu. Tapi orang sekeliling lebih suka mendesak untuk kita luahkan apa yang terpendam, benar mereka mahu menolong namun mereka tak berada di situasi itu. Adakah mereka benar-benar faham? Atau hanya sekadar bersikap prihatin sahaja?



Sahabat baik adalah antara orang yang kita sering berkongsi apa-apa termasuklah masalah dalam perhubungan kita dengan kekasih. Namun sebagai sahabat baik, perlu juga faham jika terdapat waktu-waktu yang tidak ingin dikongsikan masalah bersama kita. Jangan terlalu memaksa untuk mengetahui kesulitan yang dialami, sikap ini juga dikira memahami. Dia akan selesa berkongsi apabila sudah bersedia dan dalam keadaan tenang.

Sebagai orang sekeliling yang peka, kita seharusnya meneliti, bertanya, bukannya mengadili sesiapa yang kelihatan seperti bermasalah. Selepas bertanya, jika jawapannya tiada masalah yang serius, maka berdiam sajalah. Tidak perlu menghukumnya atau membuat kesimpulan sendiri tentang dirinya. Kita semua manusia yang punyai rasa yang sama, adakala kita perlukan teman untuk bercerita, adakala tidak.

]]>
Kadang Bukan Sebab Duit Atau Rupa Orang Perempuan Nak Reject, Boleh Jadi Sebab Anda Ada 5 Perkara Ini. https://redaksi.com/6871-kadang-bukan-sebab-duit-atau-rupa-orang-perempuan-nak-reject-boleh-jadi-sebab-anda-ada-5-perkara-ini Sat, 17 Aug 2019 18:17:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6871 Kadang orang lelaki ingat perempuan reject mereka ini sebab muka tak handsome atau tak ada duit je, tapi sebenarnya banyak sebab mereka reject anda. Nak-nak lagi lelaki yang berlagak handsome, lagi lah perempuan cepat reject.

Yang tengah single tu, mesti tertanya-tanya bukan mengapa selalu je anda kena reject. Nak kata tak ada duit, ada duit siap naik kereta mewah lagi. Biarpun keinginan untuk memiliki pasangan itu ada, namun kerana ‘sikap’ anda sendiri yang membuatkan anda susah nak dapat pasangan hidup.



Bukan mudah untuk memikat hati perempuan dan juga memahami apa yang mereka inginkan. Sebagai lelaki, anda perlu guna ayat ‘power’ kalau nak tackle hati perempuan yang anda suka. Tapi, ada juga lelaki yang mempunyai perangai kurang menyenangkan yang buatkan anda di reject dan tiada perempuan inginkan anda.

Untuk lelaki, sebelum anda kecewa kerana cinta anda ditolak, kena tahu 5 perkara ini.

1. Suka buat lawak bodoh dan tak kelakar.

Perempuan memanglah suka akan lelaki yang kelakar dan pandai buat lawak, tapi kalau lawak anda bodoh dan hanya syok sendiri pun perempuan tak suka juga. Kena pandailah lawak apa yang perempuan suka dan apa yang tidak.

2. Suka mendesak.

Perempuan cukup tak suka kalau lelaki mendesak mereka. Kalau sukakan seseorang tak perlu la nak call dan mesej setiap masa. Sedangkan belum ada hubungan apa-apa lagi. Perempuan sukakan lelaki gentleman dan tidak tergopoh-gopoh. Nak-nak lagi yang mudah je panggil sayang ni, memang perempuan turn off.



3. Selekeh dan tak tahu bergaya.

Perempuan tertarik dengan lelaki yang kemas dan wangi. Perempuan anggap, lelaki yang tidak menjaga kebersihan diri, pasti rumah dan biliknya pun kotor. Dah tahu nak mengurat perempuan kenapa tak jaga penampilan dengan baik, lainlah kalau dah kahwin. Ini masih bujang lagi.

4. Terlebih confident.

Lelaki yang confident tinggi sangat ini sangat hambar bagi orang perempuan okay. Kalau semua anda je yang A memang cepatlah mereka ini menjauh. Perempuan bukan tak suka lelaki yang confident tapi kenalah bersesuaian.



5. Lelaki yang suka sentuh-sentuh.

Baru kali pertama jumpa dah suka main sentuh-sentuh, eh anda bukan suaminya lagi ye. Kalau macam ini sikap anda memang patut pun kena reject.

Kalau rasa nak jodoh cepat, nak kahwin cepat sikap-sikap macam ini memang kena buanglah. Kalau nak terus simpan memang sampai bila pun tak jumpa teman hidup.

]]>
3 Cara Berkesan Untuk Pujuk Lelaki Yang Sedang Merajuk. https://redaksi.com/267-3-cara-berkesan-untuk-pujuk-lelaki-yang-sedang-merajuk Thu, 22 Jun 2017 12:56:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=267 Di dalam perhubungan, tidak semestinya wanita yang sering merajuk. Lelaki zaman sekarang jauh lebih sensitif dan cepat terasa dengan tidak tanduk pasangannya. Oleh itu, sebagai teman wanita yang bijak, anda harus tahu cara memujuknya. Sekiranya anda melakukan satu kesalahan dan si dia mula merajuk, jangan terus mahu memberikan penjelasan kepadanya. Bak kata pepatah, api jika bermain dengan api makin marak jadinya. Jangan terus-terusan menelefonnya kerana usaha ini akan hanya membuang masa anda. Beri dia ruang untuk 'melayan perasaan' dahulu. Setelah rajuknya reda, barulah anda cuba mendapatkannya dan menjelaskan keadaan yang sebenar.



1. Buat sesuatu yang menyenangkan.

Kata orang, masakan wanita boleh melemahkan seseorang lelaki. Mungkin sebagai tanda maaf, anda boleh memasak sesuatu yang istimewa dan letakkan di atas meja pejabatnya untuk makan tengah hari bersama nota maaf. Cuba hubunginya semula pada waktu malam, dia pasti sudah melupakan apa yang telah terjadi.



2. Tuliskan penjelasan anda.

Sekiranya si dia langsung tidak mengendahkan anda setelah beberapa hari, mungkin anda boleh menulis penjelasan anda dan kata-kata maaf di dalam sebuah kad yang anda buat sendiri dan letakkan pada cermin keretanya. Ayat-ayat cinta dan usaha anda pasti membuatkan rajuknya reda.

3. Jangan terlalu terdesak.

Sekiranya sudah banyak usaha yang telah dilakukan tetapi si dia masih merajuk dengan anda, cuba mendiamkan diri. Sekiranya anda dilihat seperti terlalu terdesak, takut nanti pasangan anda akan lebih membuli anda dan mempermainkan perasaan anda. Setelah berusaha sedaya upaya untuk memujuknya, diamkan diri dan sekiranya si dia menyayangi anda, dia pasti rindu dan akan menghubungi anda.


]]>
“Pokai Lepas Raya?” Cuba 6 Langkah Ini. https://redaksi.com/6264-pokai-lepas-raya-cuba-6-langkah-ini Fri, 14 Jun 2019 09:27:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6264 “Bukan sahaja gaji tinggal sikit, bonus raya boss bagi pun dah habis semua dibelanjakan. Memang pokai habis!”

Memang majoriti dikalangan kita secara tidak sedar banyak wang akan dihabiskan pada bulan Ramadan dan juga Syawal. Pasa ketika ini, wang memang banyak dibelanjakan seperti berikut;

  • Beli baju baru.
  • Beli perabot baru.
  • Bagi duit raya pada ibu bapa.
  • Bagi duit raya pada anak-anak kecil.
  • Perbelanjaan untuk open house.

Macam mana tak pokai kan?

Jadi, untuk menjadi individu yang bijak supaya tidak meminjam pada sahabat handai, cuba beberapa langkah ini untuk mengatasi masalah anda…

Lagi 2 minggu nak gaji, nak buat kena buat apa?

1. Puasa.

Ini lah peluang anda untuk membuat puasa 6 dan ganti juga ganti puasa bagi kaum wanita yang uzur. Ia juga adalah peluang untuk kita menambahkan amal ibadah supaya kita tidak putus-putus mengejar pahala kepada-Nya. Bukan sekadar untuk berjimat-cermat sahaja, ini untuk mengingatkan diri anda bahawa rezeki itu semua dari-Nya.

Cuba kalau anda berpuasa, berapa banyak wang yang akan dibelanjakan? Sekurang-kurangnya bawah RM15 sehari, sekiranya belanja untuk berbuka puasa sahaja.

2. Masak.

Nak lebih jimat, beli barang dapur untuk seminggu atau 2 minggu berpuasa supaya anda boleh masak pelbagai masakan. Masak simple-simple pun memadai. Antara menu yang anda boleh dapat;

  • Ikan goreng dan sayur.
  • Telur masak sambal atau kicap.
  • Goreng sayur campur dengan daging/ayam.
  • Roti telur untuk sarapan.

Dan sebagainya. Selang sehari makan masakan yang sama pun tak apa. Nak jimat kan.

3. Stop window shopping!

Kalau dah tahu pokai tu, hentikan buat sementara waktu nak pergi shopping mall untuk window shopping semata. Bila dah jalan-jalan kat shopping mall tu biasa lah, bukan window shopping pun, balik rumah tiba-tiba banyak pula plastik bag.

Eh, terbeli, katanya…

4. Stop berhibur!

Berhibur seperti tengok wayang, karoke dan seumpama dengannya. Kalau kawan-kawan ajak pun, tolak lah sebaik mungkin. Jangan hanya disebabkan nak jaga hati kawan, duit anda pun melayang. Itu bukan kawan, tapi mungkin syaitan…eh!

5. Naik bas!

Kalau anda rasa dengan menggunakan kereta sendiri boleh mengakibatkan anda menjadi lebih pokai, disebabkan tol dan juga petrol, cuba untuk naik bas atau pengangkutan awam yang lain untuk pergi ke pejabat. Nak lebih jimat, carpool bersama rakan sepejabat anda. Tong tong la duit minyak dan tol…

6. Pergi open house atau kenduri kahwin.

Dan, ini lah peluang anda untuk pergi kenduri dan open house rakan-rakan pula. Bagi mereka yang masih bujang pasti liat nak pergi ke kenduri kerana nak mengelakkan diri dari di persoalkan “Bila nak kahwin?”, tapi disebabkan untuk berjimat apa salahnya bersosial dan berjumpa dengan sahabat handai.

Bukan selalu pun.

Selamat Mencuba dan Selamat Hari Raya! Raya kan sebulan.

]]>
Jangan Terlalu Tergesa-gesa Mengejar Jodoh. https://redaksi.com/4122-jangan-terlalu-tergesa-gesa-mengejar-jodoh Sun, 04 Nov 2018 00:10:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4122 "Ketakutan terasa bila pendamping tidak kunjung datang."


Kadangkala kita berasa tergesa-gesa seperti dikejar-kejar sesuatu.

Padahal tidak ada yang mengejar kita. Hidup kita menjadi serta tidak teratur, serba rumit seakan tidak dikelola dengan baik.

Gambaran-gambaran untuk mengisi waktu dan usia menjadi sangat tidak menentu.

Kiblat gaya hidup mengarah kepada Hollywood dan Bollywood. Hidup kita seakan diatur.

Cara makan, apa makanannya, cara berpakaian, apa pakaiannya, cara berfikir, apa fikirannya dan bahkan cara menikmati tidur sekalipun.



Perlahan tapi pasti, gaya kita sudah ditetapkan sedemikian rupa.

Tetapi kita tidak sedar. Bahkan kita sangat senang dan bahagia menikmati kebodohan ini.

Bandingkan diri kita ketika diminta menggunakan Al-Quran sebagai penunjuk jalan hidup. Kita mentah-mentah menolaknya.

Kita berasa bahawa dengan menggunakannya, kita seperti dipaksa.

Tidak seronok, tidak bebas, tidak sesuai dengan hak asasi manusia.

Padahal dalam Al-Quran itulah segala hal aturan tentang hidup dibicara dan dititahkan.

Itulah kalamullah dan bukan makhluk.

Mengapa Terlalu Tergesa-gesa Mengejar Jodoh?

Kebodohan ini juga berlangsung dalam kehidupan cinta kita.

Memiliki pendamping hidup adalah sebuah kenescayaan.



Kerana ada ruang dihati kita yang harus diisi.

Namun, gaya hidup yang berlaku di sekeliling, memaksa kita untuk berasa tergesa-gesa memilih pasangan.

Padahal, kita pada waktu ini sebenarnya masih tidak memerlukan.

Yang kita perlukan adalah relationship dalam konteks sahabat. Teman sekelas, teman sepengajian dan teman sepermainan.

Di usia kita yang sangat belia, kita tidak perlu bermesraan bak suami isteri.

Namun kerana filem yang kita tonton, bacaan yang kita baca, cerita-cerita yang kita dengar, telah mengelabui dan kita akhirnya telah masuk dalam perangkap.

Hidup berasa tergesa-gesa sewaktu memiliki pendamping.

Berasa ketakutan bila pendamping tidak kunjung datang.

Akhirnya boleh ditebak, otak kita hanya melulu berterus-terusan memikirkan pasangan.

Bagaimana mendapatkannya, bagaimana menjaga hubungan dengannya dan bagaimana mendapatkan keuntungan daripadanya.

“Tidak ada pengalaman?”

Yang kita perlukan adalah bukan pengalaman dalam menjalin hubungan, akan tetapi mempelajari ilmu rumahtangga untuk mengelola sebuah hubungan suami-isteri.

Justeru bila kita berpengalaman dalam berganti-ganti pasangan ini menunjukkan ketidaksiapan kita menjalin sebuah hubungan.

Bekal untuk menjalin hubungan tidak cukup kuat untuk menghadapi cubaan.

Berbeza jika kita sangat sedar bahawa menjalin sebuah hubungan cinta akan menghadapi konflik.

Kerana mengejar jodoh – semakin besar rasa harap dan keinginan kepada orang yang kita cinta, maka semakin besar pula risiko kita untuk berasa kecewa.

Jadi yang diperlukan ketika masih muda adalah memiliki ilmu hubungan cinta suami isteri.

Bukan mencintai dalam konteks yang mudah gagal dan mudah rapuh.

]]>
Antara Contoh Doorgift Murah, Jimat Dan Mampu Milik Yang Boleh Anda Tiru. https://redaksi.com/3880-antara-contoh-doorgift-murah-jimat-dan-mampu-milik-yang-boleh-anda-tiru Wed, 17 Oct 2018 10:19:20 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3880 Majlis perkahwinan sudah semestinya banyak menggunakan perbelanjaan yang banyak. Dimana, dari pengantin, tuan rumah serta tetamu yang hadir perlulah dipersiapkan pelbagai perkara. Biasanya kita hanya menitik beratkan pelamin serta busana perkahwinan sahaja, sedangkan banyak lagi perkara yang perlu dilihat dan dipertimbangkan.

Sebagai contoh, doorgift yang akan diberikan kepada tetamu yang hadir. Sudah semestilah ia bukan membebankan dari pihak anda dan secara tidak langsung ia bukan kelihatan pembaziran bagi anda mahupun tetamu. Jadi doorgift yang bagaimana yang sesuai untuk diberikan kepada tetamu?



Doorgift yang akan diberikan ini sudah tentu lah perlu bersesuaian dengan bajet anda seperti jimat dan murah bukan? Berikut adalah beberapa contoh doorgift yang sangat berbaloi untuk anda tiru.







1. kicap.



2. Gula.



3. Telur mentah.




4. Mee segera.



5. Susu pekat.



6. Telur rebus.





7. Ubat gigi.



8. Roti.


9. Kunyit serbuk.


10. Pisau cukur.

Selain daripada menjimatkan anda, doorgift ini juga turut boleh digunakan pakai oleh tetamu anda. Selamat mencuba.

]]>
Di saat Anda Mendoakan Dirinya, Itu Lah Tanda Bahawa Anda Benar-Benar Jatuh Cinta Dengannya. https://redaksi.com/3351-di-saat-anda-mendoakan-dirinya-itu-lah-tanda-bahawa-anda-benar-benar-jatuh-cinta-dengannya Mon, 27 Aug 2018 21:45:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3351 Ingatlah daku di dalam doa mu, sering kali pasangan kekasih akan ucapkan kepada pasangan mereka masing-masing. tetapi berapa ramai yang akan mendoakan pasangan mereka? Adakah ia sekadar satu ungkapan untuk menandakan bahawa anda benar-benar cinta atau hanya sekadar mainan perasaan sahaja? Tahukah anda di saat anda meminta Allah SWT menjaga si dia dengan baik, itu lah tanda bahawa anda benar-benar jatuh cinta dengannya.


Doa, adalah satu bentuk cinta ikhlas yang mungkin anda berikan kepada orang lain. Terlepas dari segala kesulitan dan kekesalan yang orang ini ciptakan, terus mendoakannya jadi bukti kalau anda berharap bahawa hanya kebaikan yang datang dalam kehidupannya. Apabila anda benar-benar mencintai seseorang, anda tidak akan terlalu berat untuk memasukkan namanya dalam doa anda.

Berkat ibu bapa adalah penting untuk menentukan sama ada hubungan itu berjaya atau tidak. Bagaimana pula dengan sang Pencipta? Bukankah Dia yang menentukan segala-galanya? Malangnya, ramai di antara kita sering lupa logik mudah ini. Berdoa untuk orang yang anda sayangi adalah bentuk usaha yang melibatkan Pencipta yang tidak ramai yang melakukannya.

Sesetengah orang akan melihat gambar pasangan berjam-jam lamanya kerana rindu dan ingin selalu difikiran. Sedangkan dengan hanya menyebut namanya di dalam doa anda itu sebenarnya telah membuktikan bahawa anda sentiasa mengingatinya sehinggakan inginkan yang terbaik untuknya.


Tidak kira betapa sempurna pasangan anda, dia masih mempunyai keupayaan untuk menyakiti hati anda. Akan ada masa ketika anda kecewa, merasakan kehadirannya tidak dihargai, dan dibuang oleh pasangan. Cinta yang tidak ikhlas akan membuat anda menyalahkan segala perkara, menyalahkan pasangan anda, bahkan menuduhnya. Hanya perasaan tulus yang mampu membuat anda melupakan segala kepahitan yang telah ia lakukan di hidup anda, sambil dengan ikhlas terus mendoakannya.

Di samping itu, pasangan yang berdoa antara satu sama lain akan menjadi lebih kuat berbanding yang lain. Di mana mereka ini memohon kepada Pencipta untuk sesuatu perkara yang kadang kala di luar batasnya, namun dengan berdoa mereka yakin mereka mampu untuk melakukan sesuatu perkara itu. Sebagai contoh menerima kekurangan pasangan kita.

Jadi jika anda benar-benar mencintai pasangan anda, pasti akan menyebut namanya di dalam setiap doa anda. Sentiasa meminta agar diberikan kebaikan kepadanya serta diperjodohkan kalian berdua.

]]>
10 Petanda Dia Bukanlah Jodoh Kita. https://redaksi.com/553-10-petanda-dia-bukanlah-jodoh-kita Fri, 21 Jul 2017 23:58:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=553 Ketahui pelbagai tanda si dia bukan jodoh kita yang bakal dihadapi oleh pasangan. Jodoh itu memang rahsia Allah dia telah tetapkan siapa untuk kita tetapi kita perlu berusaha untuk mencari siapakah dia. Walaupun serapat manapun kita dan apa jua cara untuk kita buat untuk menghalang jika dia bukan jodoh kita maka bukanlah, sejauh mana pun kita berlari jika kita di takdirkan bersatu maka akan bersatu. Hari ini kami ingin kongsikan 10 tanda bahawa dia bukan jodoh yang baik untuk kamu. Berikut merupakan 10 tanda-tanda yang dari pandangan kami berdasarkan pemerhatian orang sekeliling.



1. Senarai perkara yang tidak kamu setujui.

Kamu mempunyai senarai tentang apa yang kamu tak suka tentang pasangan kamu lumrah manusia tak sempurna dan banyak kelemahan, tetapi apa yang kamu tak suka tentangnya dia mampu di senaraikan berpuluh-puluh dan kamu simpan dengan rapi di hati kamu dan tak mahu menunjukkan kerana kamu sayang dia.

2. Selalu menjauhkan konflik antara kamu berdua.

Jika berlaku salah faham itu biasa, tetapi apabila setiap masalah itu selalu cuba di jauhi dan bukan mencari penyelesaian, di simpan terus di dalam hati. Jika lama-lama di simpan jika berlaku konflik nanti masalah kecil pun boleh jadi besar kerana rasa tak puas hati yang berlarutan.

3. Dia tak pernah menghiraukan tentang kesihatanmu.

Sebagai contoh, dia tahu kamu alahan tetapi bersama kamu dia tetapi hisap rokok dan tidak mempedulikan kamu.



4. Dia sentiasa mahu perubahan dari kamu tapi dia tak mahu berubah dirinya sendiri.

Dia mahu kamu berubah untuk jadi lebih baik, sebagai contoh dari memakai baju yang seksi kepada yang lebih sopan dan bertutup. Dari tak bertudung ke memakai tudung, dia mahukan perubahan kamu. Tapi bila tiba dia? dia tak mahu lakukan perubahan, katanya susah untuk lakukan berubahan.

5. Dia tidak mempercayai dengan kamu.

Kepercayaan ada teras dalam perhubungan, tetapi kalau tidak ada kepercayaan itu bagaimana perhubungan itu mahu di teruskan? Sebagai contoh kamu mahu pergi keluar tengok
wayang dengan kawan-kawan dia meminta kamu laporkan setiap 1 jam apa yang kamu buat? Sebagai pasangan perlu ada toleransi dan kepercayaan.

6. Dia tak pernah menyokong apa yang kamu suka (impian dan cita-cita ).

Sebagai contohnya impian kamu adalah teringin mahu jadi doktor, tetapi apa yang si dia katakan bahawa " tak payahlah jadi doktor, perempuan bila dah kawin tugaskan kat dapur juga ".



7. Dia selalu buat kamu bersedih, duka dan tiada mood.

Bila jumpanya tak sah kalau tak bergaduh, tak sah kalau kamu mesti tak menangis kerananya. Sehinggakan menjejaskan aktiviti harian kamu dan buatkan kamu tak ada mood. Buat itu tak boleh, buat ini tak berkenan di matanya.

8. Dia tak pernah hargai dan peduli apa yang kamu buat.

Dalam perhubungan saling menghargai satu sama lain itu satu pekara yang penting, tetapi bila kamu buat sesuatu untuk dia, tapi dia tak hargai? kamu cuba masak mee goreng dan minta dia rasa," awak saya tak makan mee goreng la, lain kali tanya dulu sebelum masak tu, sama ada saya suka atau tidak. "Si dia belikan tudung", "ishh awak nie belikan tudung nie tak cantiklah, tak pandai betul pilih warna".

9. Tiada chemistry atau keserasian.

Keserasian itu penting kerana kamu adakan hidupnya dengannya dalam jangka waktu mungkin lama. Jika setiap hari bergaduh, salah faham sikit bertumbuk, tak boleh buat salah sikit maka nak marah-marah? Bagaimana nanti bila dah berkahwin?

10. Dia tak pernah membicarakan tentang masa depan hubungan kamu berdua, hal perkahwinan dan membawa jumpa ibu bapanya.

Tujuan perhubungan cinta antara lelaki dan perempuan itu untuk apa? Bukankah untuk ke arah menjadi yang halal atau perkahwinan? Jika hanya untuk couple, rasanya itu bukan tujuan untuk kamu hidup. Dan tak pernah perkenalkan langsung pada ibu bapa kamu? Itu membukti dia tidak serius dengan kamu. Fikir-fikirlah.

Ini hanyalah pandangan kami sahaja, tiada kaitan dengan siapa-siapa. Hidup kita adalah mencari perhubungan yang halal dan di restui oleh ibu bapa dan ALLAH. Jika kearah pekara yang baik in sha ALLAH Dia aturkan yang baik-baik untuk kamu, bersangka baik dengan ALLAH. Jika ada kesepuluh ciri-ciri ini kepada pasangan kamu maka fikir-fikirkanlah. Tak semestinya ada 10 pekara di atas tak bahagia, boleh bahagia.. pucuk pangkalnya adalah diri kita sendiri. Jodoh itukan rahsia Allah siapalah kita untuk menidakkannya. Setiap manusia boleh berubah jika di berikan peluang. 10 tanda-tanda ini hanya sebarang rujukan sahaja, mari kita sama-sama muhasabah diri.

]]>
Selagi Belum Kahwin, Jangan Kongsi Perkara Yang Tak Sepatutnya. https://redaksi.com/7434-selagi-belum-kahwin-jangan-kongsi-perkara-yang-tak-sepatutnya Mon, 07 Oct 2019 14:27:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7434 Masa bercinta, ramai orang yang tidak berfikir panjang menganai apa yang mereka lakukan. Terutama berkaitan dengan berkongsi hal yang tidak perlu. Walaupun anda telah berjanji setia ataupun sememangnya mencintai antara satu sama lain, itu tidak bermakna anda boleh berkongsi apa sahaja.

Selagi kalian belum bergelar suami isteri yang sah, selagi itulah dia tidak berhak untuk mengetahui segala kisah berkaitan hidup anda. Ada benda yang boleh anda kongsi dan anda benda yang tidak boleh.

Nak-nak lagi kalau hal itu melibatkan hal peribadi anda, tentu sahaja tak seronok kalau dikongsi. Mana tidaknya, anda belum tahu lagi adakah dia itu akan menjadi pasangan anda yang sah atau tidak. Buatnya kalau hubungan sekerat jalan sahaja, habis segala cerita dan aib yang anda kongsi itu akan jadi bahan umpatan sahaja nanti.

Antara cerita yang tak perlu anda kongsi;

1. Hal peribadi keluarga.

Jangan kongsi apa-apa pun hal peribadi keluarga anda. Kalau yang elok-elok itu boleh kongsi tapi kalau yang tak elok itu tak payahlah kongsi. Bukan apa, kalau anda kongsi semua nanti pasangan anda itu macam tak berkenan pula pada anda, ataupun dia akan memandang buruk terhadap keluarga anda.



2. Kewangan anda.

Jangan nak jelaskan berapa banyak gaji anda setiap bulan, simpanan ada berapa dan berapa banyak anda belanja setiap bulan. Ini semua adalah rahsia. Kalau dia tahu anda banyak wang, tak ke dia akan pandang anda semata-mata hanya wang sahaja. Tentu tak akan ikhlas hubungan itu nanti.



3. Aib diri sendiri.

Mungkin bagi anda nak jujur dengan pasangan, tetapi kalau bab-bab kisah silam ini baik tak payah kongsi. Lagipun itukan aib anda, ia bukan satu yang patut dicerita. Kalau kalian tak jadi suami isteri, tentu ia akan menjadi satu topik perbualan.

Banyak lagi sebenarnya yang anda boleh kongsikan dengan pasangan. Tak semestinya nak kongsi hal peribadi, banyak lagi yang boleh anda kongsikan. Sebagai contoh tukar pendapat atau pandangan mengenai masalah sesuatu perkara. Ataupun anda boleh sahaja kongsi akan topik-topik isu terkini, sebenarnya itu lebih selamat berbanding berkongsi kisah yang tak sepatutnya.

]]>
Masih senyum bergambar depan mahkamah, perpisahan pasangan Instafamous ini beri banyak pengajaran https://redaksi.com/8824-masih-senyum-bergambar-depan-mahkamah-perpisahan-pasangan-instafamous-ini-beri-banyak-pengajaran Mon, 02 Nov 2020 11:38:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8824 Impian setiap pasangan untuk mendirikan rumah tangga tentunya ingin kekal berbahagia hingga ke akhir hayat. 

Itulah nama impian dan perancangan, tetapi Allah lebih mengetahui segalanya, mana yang terbaik buat hamba-Nya.

Perpisahan bukan perlu dendam

Boleh jadi perpisahan yang tidak diingini itulah jalan yang terbaik buat keduanya, seperti perkongsian Farah Fakhira ini, perpisahan itu bukan bermakna perlu berdendam tetapi boleh menjadi peluang memperbaiki diri masing-masing.

Kisah perpisahan pasangan Instafamous ini memberi pengajaran kepada ramai pasangan.

Beliau menjelaskan bahawa jodoh itu bukan semasa ingin berkahwin tetapi semasa berumah tangga juga perlukan jodoh. Malah akan sentiasa mendoakan yang baik-baik buat bekas suaminya. 

Saya sentiasa doakan yang terbaik buat awak! 

Ruang memperbaiki diri masing-masing

Beliau yang baru saja bercerai dengan suaminya, tidak menyimpan sebarang dendam tetapi lebih memandang dari sudut yang baik selepas berlakunya perpisahan ini.

Bukan itu saja dia juga masih mengingati setiap kebaikan ketika berkongsi hidup dengan bekas suaminya.

Sedikit pesanan

Dalam perkongsiannya itu, beliau turut berkongsi sedikit pesanan daripada hakim yang menghakimi perbicaraannya. Mana tahu pesanan itu sedikit sebanyak membantu mereka-mereka yang sedang berjuang di luar sana.

“Andai tiada lagi hati untuk bersama, ia tidak mampu untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik malah ketika hati sudah tiada lagi buat pasangan, itupun merupakan satu dosa. Sebab itu adanya penceraian, bukan menyalahkan mana-mana tapi membaiki diri kita sendiri.”

Mendapat kata-kata semangat dari orang sekeliling dan pengikutnya di Instagram, diharapkan Farah Fakhira terus kuat hadapi dugaan hidup dan dipermudakan segalanya.


]]>
Pernah kena marah dengan mak kerusi dapur asyik hilang, pemuda terharu tiba-tiba keluarga bagi kejutan https://redaksi.com/9718-pernah-kena-marah-dengan-mak-kerusi-dapur-asyik-hilang-pemuda-terharu-tiba-tiba-keluarga-bagi-kejutan Sat, 13 Feb 2021 19:09:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9718 Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah kekal selamanya. Begitulah frasa yang selalu kita dengar tentang kasih sayang ibu bapa yang tiada sempadan untuk anak-anak.

Tersentuh rasanya hati tatkala mengetahui betapa besarnya pengorbanan ibu bapa ini. Sanggup berhempas pulas tulang empat kerat mereka bagi memenuhi keperluan anak walaupun tidak diminta.

Berikut adalah video yang dikongsikan oleh seorang pemuda yang bernama Elham di akaun Tiktok miliknya yang memaparkan detik-detik saat ayahnya membuat kejutan untuknya yang pada ketika itu sedang asyik bermain permainan video PUBG.

Niat dah ada cuma belum kesampaian

Menurut pemuda yang berusia 24 tahun itu, dia mengakui bahawa dia memang seorang yang gilakan permainan video PUBG dan menurutnya lagi baru-baru ini dia sudahpun membeli beberapa kelengkapan seperti meja dan keyboard secara atas talian tetapi niat nak beli kerusi game itu masih dalam tinjauan.

Justeru itu, dia memilih untuk gunakan kerusi dari meja di dapur sahaja.

Mak bising kerusi asyik hilang

Menerusi tindakannya yang suka ambil kerusi dari dapur tiba-tiba membuatkan emaknya kerap bising kerana kerusi asyik hilang.

Walau bagaimanapun, Elham memungkinkan bahawa kerusi tersebut dibeli atas cadangan emak secara dalam talian (online) dengan dibantu oleh abangnya.

Terharu dapat kejutan

Siapa sahaja yang tak seronok bila dapat hadiah lebih-lebih lagi bila hadiah tersebut merupakan antara barang yang kita ingin miliki.

Begitulah perasaan yang tidak dapat digambarkan oleh Elham selepas menerima hadiah daripada ayahnya.

"Memang tak sangka ayah buat kejutan. Walaupun saya tahu ayah begitu sayangkan anak-anak dia, tapi saya terharu sangat. Dapat kerusi game memang teruja!"

-Elham-

Pesan ayah buat anak

Dalam kegembiraan anaknya, ayah Elham turut menitipkan pesan buat anak lelakinya itu supaya tidak terlalu leka dengan permainan video kesukaannya dan tidak meninggalkan solat.

"Ayah kata main game, main game juga tapi jangan tinggal solat. Ayah juga pastikan anak-anaknya selalu baca al-Quran."
-Elham-

 

]]>
Tak Nak Kahwin Sebab Takut Jadi Miskin. Mana Imanmu? https://redaksi.com/18-tak-nak-kahwin-sebab-takut-jadi-miskin-mana-imanmu Sat, 13 May 2017 20:48:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=18
“Dan kahwinkanlah orang orang yang sendirian di antara kamu, dan orang orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karuniaNya. Dan Allah Maha Luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui”

Begitulah janji Allah dalam Surah An Nuur :32, pada anda yang mahu berkahwin, Anda pasti kaya!



Imam Al Qurtubi, mengatakan, ayat tersebut mengandungi makna bahawa jangan biarkan kemiskinan seorang lelaki dan seorang wanita menjadi alasan untuk tidak berkahwin. Jika perkahwinan tersebut hanya mencari redha Allah dan menjauhi daripada kemurkaan Allah maka Allah akan memampukannya dan Allah akan mengkayakannya. Ayat itu merupakan bukti bahawa bernikah itu tidak pandang pada darjat. Anda dibolehkan menikahi orang miskin. Kerana itulah, tidak seharusnya anda berkata,

“Bagaimana aku akan berkahwin jika aku tidak punya duit?”

“Tentu aku akan susah jika berkahwin dengan orang miskin, jangan-jangan aku akan menjadi semakin miskin?”



Jangan pernah kita berkata dan berfikiran sebegitu. Mengapa? Sebab rezeki telah dijanjikan oleh Allah, dan makanan pun telah dijamin oleh Allah. Merujuk pada gambaran-gambaran tersebut, tidak sepatutnyalah kita takut berkahwin hanya kerana kita miskin, yang sebetulnya adalah saat miskin itulah kita harus berani berkahwin. Bismillah! Berkahwinlah karena Allah, nescaya Allah akan menjamin kehidupan kita. Lihatlah betapa Rasulullah menunjukan kepada kita bahawa kemiskinan bukanlah penghalang bagi sebuah perkahwinan. Buktinya? Beliau berani menikahkan seorang perempuan yang datang kepada beliau seorang lelaki miskin yang tidak mempunyai apa-apa selain pakaian yang ada di tubuhnya.



Hal ini penting untuk ditekankan, lantaran kebanyakan faktor orang takut berkahwin kerana mereka miskin. Sehingga dengan berkahwin mereka merasakan akan semakin miskin dan susah hidupnya. Padahal, Allah berkata lain, justeru dengan berkahwin Dia akan mengkayakan dan memampukan kita. Cuba untuk fahami dan renungi perkataan sahabat Nabi di bawah ini kalau anda semua masih takut bernikah kerana miskin, maka pertanyakanlah keimanan dalam dirimu!

“ Patuhilah Allah dalam apa-apa yang Dia telah perintahkan padamu untuk berkahwin. Dia akan memenuhi janjiNya untuk membuatmu kaya.” (Abu Bakar As-Siddiq)

“ Carilah kekayaan pada sebuah pernikahan! Aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih pelik daripada seorang lelaki yang tidak mencari kekayaan dengan sebuah pernikahan. Padahal Allah telah menjanjikan “…Jika mereka miskin, maka Allah akan mengumpulkan mereka dengan karuniaNya “(Umar bin Khattab)

“Temukanlah kekayaanmu dengan perkahwinan.” (Abdullah bin Mas’ud)

Jadi, wahai hamba Allah! Apakah sekarang masih ada lagi yang menghalangi anda untuk menikah? Bukankah janji Allah ini tidak cukup bagi anda?

 

]]>
Oh, Ada Beza Rupanya Hantaran Serba Satu Dengan Serba Berdiri Ni. Haa... Bakal Pengantin Kena Ambil Tahu Perkara Ini. https://redaksi.com/7800-oh-ada-beza-rupanya-hantaran-serba-satu-dengan-serba-berdiri-ni-haa-bakal-pengantin-kena-ambil-tahu-perkara-ini Wed, 15 Jan 2020 11:19:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7800 Kalau tengok dekat majlis-majlis perkahwinan tentu akan ada barang hantaran yang tersusun rapi, dari pihak perempuan mahupun pihak lelaki. Yang biasa kita lihat, pihak perempuan tentu akan memberikan lebih satu dulang kepada pihak lelaki.

Jika selalunya kita sibuk nak letak apa di dulang hantaran itu ataupun nak letak barang mahal atau sebaliknya, kali ini mari kita ambil tahu pula pasal hantaran serba satu dengan serba berdiri pula. Ada beza ye, bukan keduanya sama tetapi berlainan panggilan.

Disini, kami jelaskan maksud hantaran serba berdiri dan serba satu. Supaya nanti anda tidaklah konpius dengan terma-terma ni.

1. Hantaran serba berdiri

Bermaksud hantaran yang disertai dengan set barangan kemas (emas) dari hujung rambut sampai la hujung kaki. Antara barang kemas yang perlu ada ialah Anting-anting, rantai, gelang tangan, cincin dan juga gelang kaki.



Jika pihak perempuan meminta hantaran serba berdiri ni, memang semput juga pihak lelaki nak sediakan. Maklumlah, harga satu gram emas sekarang pun sudah mencecah RM198. Kalau serba berdiri, alamatnya perlu ada lebih kurang RM 30, 000 untuk memenuhi permintaan perempuan.

Tapi jika anda mampu, apa salahnya sebagai tanda penghargaan kepada isteri yang dinikahi.

2. Hantaran serba satu

Bermaksud hantaran yang ringkas bagi kelengkapan diri sahaja. Antaranya ialah telekung, wangian, pakaian, selendang dan sebagainya.



Namun, ramai pasangan yang memilih hantaran serba satu kerana ianya sesuai dengan kemampuan kedua belah pihak dan lengkap untuk kegunaan diri sendiri.

]]>
'Kecaman sudah sinonim dengan diri saya', Neelofa tetap tenang hadap kecaman dan tohmahan warganet https://redaksi.com/9593-kecaman-sudah-sinonim-dengan-diri-saya-neelofa-tetap-tenang-hadap-kecaman-dan-tohmahan-warganet Wed, 03 Feb 2021 00:05:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9593 Seorang pelakon dan pengacara ini bukan sahaja dikenali di Malaysia bahkan juga di luar negara dek kerana personaliti dan bakatnya yang memang tidak dapat disangkal lagi.

Namun, dia juga mengakui bahawa apabila berkecimpung di dalam industri seni memang dirinya tidak akan terlepas daripada kontroversi.

 

Kalis kecaman

Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali dengan nama Neelofa menganggap dirinya kalis kecaman termasuklah yang dilemparkan terhadap keluarganya.

"Kecaman sudah sinonim dengan diri saya. Selama 10 tahun saya berdepan dengan pelbagai tohmahan namun tidak memberikan kesan kepada saya."
-Neelofa-

Sebelum ini, dia pernah dilabel sebagai 'Kardashian Kelantan' kerana menggayakan niqab dengan menampakkan dahi namun perkara itu tidak sedikit pun menjejaskan keyakinannya untuk terus berpurdah sejak Oktober tahun lalu.

Keluarga pun dah terbiasa

Tambahnya lagi, kecaman dan tohmahan itu bukan sahaja melibatkan dirinya seorang malahan juga ahli keluarganya yang lain.

Perkara seperti itu tidak sewajarnya terjadi namun apakan daya, pelakon dan pengacara itu hanya mampu beri pendapat bagaimana ingin berdepan dengan sebarang tohmahan.

Keputusan berniqab dipersoalkan

Walaupun begitu, dia juga masih terpalit dengan ura-ura mengatakan perubahannya berniqab adalah kerana ada kaitan dengan tunangnya, PU Riz yang merupakan seorang pendakwah bebas.

Tidak cukup dengan itu dia juga menerima komen mengenai caranya memakai niqab apabila dikatakan semakin berani mendedahkan bahagian dahi dengan memakai tudung jenis bawal.

Siapa saja tidak mengenali Neelofa, walaupun menerima pelbagai kontroversi dalam hidupnya dia masih tenang menghadapinya. Tegasnya lagi dia akan mengenakan sebarang pakaian adalah mengikut kehendak dia bukan para netizen.

"Saya akan pakai apa yang saya rasa selesa. Jika hari ini saya rasa hendak berniqab saya akan pakai. Kalau esknya saya hendak berpurdah, itu hak saya. Saya tidak terkesan atau perlu mengikut kehendak netizen."
-Neelofa-

]]>
3 Cara Rawat Sakit Hati Kerana Cinta Bertepuk Sebelah Tangan. https://redaksi.com/1191-3-cara-rawat-sakit-hati-kerana-cinta-bertepuk-sebelah-tangan Mon, 11 Sep 2017 12:25:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1191 Adakah anda sedang mengalami cinta bertepuk sebelah tangan? Mungkin ini menyakitkan, tetapi haruslah berlapang dada dan tangani rasa sakit hati dengan cara berikut ini.



1. Nikmati tapi tak menuntut lebih.

Daripada sakit hati kerana tak boleh bersamanya kerana menerima kenyataan tak akan memilikinya, lebih baik jangan pernah menuntut apa-apa. Walaupun hanya sedikit perhatian untuk anda.



2. Jangan bertanya.

Jangan terlontar dari mulut anda untuk bertanya, “Apakah kamu pernah mencintaiku?”, “Adakah aku tak cukup baik untukmu?” dan lain sebagainya bila tak ingin sakit hati.

3. Alihkan perhatian dengan hobi.

Jangan terlalu lama menganalisa perasaan anda. Bila tidak inginkan terlalu banyak makan hati, kerjakanlah hobi yang anda minati. Memetik sumber LovePanky.

]]>
“Dalam Menutupi Aib Orang Lain, Jadilah Seperti Malam” Hayatilah 7 Nasihat Dari Maulana Jalaluddin Ar-Rumi Ini. https://redaksi.com/6050-dalam-menutupi-aib-orang-lain-jadilah-seperti-malam-hayatilah-7-nasihat-dari-maulana-jalaluddin-ar-rumi-ini Mon, 13 May 2019 11:43:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6050 Sebagai manusia biasa, kita sememangnya perlu sentiasa mendapatkan nasihat dan kata-kata sokongan. Kata-kata nasihat yang positif adalah makanan untuk jiwa supaya sentiasa berlapang dada dalam menghadapi segala urusan duniawi.

Daripada Ustaz Iqbal Zain, beliau telah berkongsikan 7 nasihat oleh Maulana Jalaluddin Ar-Rumi yang boleh dijadikan inspirasi kehidupan.

Siapa Jalaluddin Ar-Rumi?

  • Beliau merupakan anak kepada seorang cendekiawan agama yang terkenal iaitu Baha al-Din.
  • Beliau adalah Tokoh Ilmuan dan seorang penyair dimana karya penulisannya banyak memberi kesan pada budaya dunia Islam.
  • Karya beliau banyak menyedarkan manusia dan menggalakkan mereka mengalami sendiri hidup ini tanpa mengikuti seseorang dengan tidak berfikiran panjang.

********

Beliau adalah ulama besar sekaligus penyair pada zamannya.

1. Dalam hal kedermawanan dan menolong orang, jadilah seperti sungai.

Biarkan mengalir memberi manfaat tak henti-henti dan tanpa mengharap kembali.

2. Dalam kasih sayang dan berkah, jadilah seperti matahari.

Berilah kehangatan kepada siapa saja meski tidak diucapkan terima kasih.

3. Dalam menutupi aib orang lain, jadilah seperti malam.

Tutupi semua aib dan rahsia orang rapat-rapat, tanpa pernah membocorkannya.

4. Dalam keadaan marah dan murka, jadilah seperti orang mati.

Diamlah, jangan lakukan apapun agar tidak menimbulkan kesalahan dan menyesal kemudian. Marah-marah adalah permulaan gila yang berakhir penyesalan.

5. Dalam hal kesederhanaan dan kerendah hatian, jadilah seperti bumi.

Selalu merendahkan hati seperti bumi yang menempatkan diri di bawah dan meninggikan yang lain.

6. Dalam hal toleransi, jadilah seperti laut.

Berlapang dada seluas-luasnya dan siap menampung pandangan-pandangan yang berbeza dengan tetap berpegang teguh dengan keyakinan.

7. Tampillah seperti diri sejatimu, atau jadilah seperti tampilanmu.

Jangan pura-pura... berbuatlah setulus hati kerana kebaikan perlukan keikhlasan dari hati.

********

Oleh Yang Sedemikian, Hayatilah 7 Nasihat Ini Agar Dapat Memberi Manfaat Pada Diri Kita Ketika Berpuasa!

]]>
Ajar Anak Tidur Di katilnya Sendiri Dengan Melalui 4 Perkara Ini. https://redaksi.com/5248-ajar-anak-tidur-di-katilnya-sendiri-dengan-melalui-4-perkara-ini Tue, 19 Feb 2019 13:04:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5248 Setiap ibu bapa pasti akan berhadapan dengan masalah untuk memisahkan anak-anak yang tidur bersama anda ke katilnya sendiri. Tidak semua kanak-kanak akan suka tidur bersendirian jika selama ini anda sentiasa tidur bersebelahannya. Mungkin mereka tidak biasa keseorangan. Membuat anak-anak untuk tidur di katil mereka ini sememangnya mencabar. Di mana aka nada tangisan dan rengekkan apabila tiba waktu tidur.




Bila waktu yang sesuai anak-anak tidur di atas katil mereka sendiri?


Tiada jangka waktu yang sesuai untuk membiarkan anak tidur secara bersendirian. Ia bergantung kepada ibu bapa malah sikap anak itu sendiri.

Mungkin ada sesetengah memindahkan anak mereka apabila anak mereka sudah tahu bercakap, sudah mula ingin ruang yang luas ketika tidur ataupun sudah mula menghabiskan banyak waktu di tempat tidur, ia dalam anggaran 1 tahun hingga 3 tahun.


Bagaimana untuk mengajar anak agar lebih mudah untuk tidur secara bersendirian?


Sebelum mengajar seorang kanak-kanak untuk tidur bersendirian di atas katilnya, anda harus memberitahu anak anda kira-kira satu minggu terlebih dahulu supaya dia tidak terkejut. Berikan penjelasan kepadanya bahawa dia bukan lagi 'bayi' dan mula membesar.

Tanpa perlu memaksanya, anda boleh mengajar anak-anak untuk tidur bersendirian di atas katil mereka dengan cara berikut.



1. Pilih tilam yang selesa.

Sebelum mengajar kanak-kanak tidur di atas katil mereka sendiri, langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah menyediakan tempat tidur yang selesa untuk anak kecil anda. Di samping itu, pastikan tilam yang anda pilih tidak terlalu tinggi untuk memudahkan kanak-kanak bangun atau turun dari tempat tidur.



2. Biarkan anak itu meletakkan permainan kegemarannya.

Beri kebebasan untuk kanak-kanak meletakkan semua barangan kegemaran mereka di sekitar katil. Kerana, anak-anak biasanya akan lebih mudah tidur jika dikelilingi oleh barang-barang yang dia suka. Paling penting, pastikan anak anda berasa selesa dan suka suasana bilik atau katil baru. Sekiranya mood kanak-kanak bertambah baik, lebih mudah bagi anda untuk mengajar anak untuk tidur di katilnya.



3. Bersedialah dengan anak yang tidur di atas katil.

Sebelum anda melatih anak anda tidur di atas katilnya pada waktu malam, cuba melatih anak itu untuk tidur siang di atas katilnya sendiri. Sebagai langkah pertama, anda boleh cuba mengajak anak anda bermain bersama di atas katil sehingga dia selesa. Sama ada dengan membaca buku cerita, bermain kereta, dan sebagainya.

Apabila dia mula merasa selesa untuk tidur di atas katil pada siang hari, maka anda perlahan boleh meminta dia tidur di atas katil pada waktu malam. Ingatlah, tinggalkan dengan anak anda sehingga dia benar-benar tidur di atas katil. Sekiranya perlu, letakkan beberapa di seklilingnya agar menggelakkan dia jatuh.



4. Lihat tindak balas anak.

Selepas anak kecil itu tidur dengan tilam baru, beri perhatian kepada pergerakan anak semasa tidur. Adakah dia mula tidur dengan baik atau kelihatan tidak selesa dan mula merengek.

Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan semasa tidur, patahkan badannya perlahan-lahan untuk menenangkan anak. Ingat, jangan biarkan anak anda tidur bersendirian dalam keadaan tidak selesa. Jangan juga memaksa kanak-kanak tidur di atas katil baru jika dia tidak bersedia. Biarlah dia kembali tidur bersama anda pada malam tersebut. Jangan biarkan dirinya bersendirian.

Apabila anak anda berjaya melakukannya dengan baik, jangan lupa untuk memberinya sedikit ganjaran. Pasti mereka akan lebih mudah untuk menikmati katil barunya kelak.


]]>
1 Januari pemula kehidupan baru Ayda Jebat sebagai isteri https://redaksi.com/9280-1-januari-pemula-kehidupan-baru-ayda-jebat-sebagai-isteri Sat, 02 Jan 2021 11:26:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9280 Sama cantik sama padan, itulah sesuai dikatakan buat pasangan selebriti Nabil Mahir, 33, dan Ayda Jebat, 29, yang telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis sederhana di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail semalam.


Pasangan itu membuka tirai perkahwinan selebriti tanah air bagi kalendar 2021 dengan memilih 1 Januari sebagai tarikh perkahwinan mereka kerana mudah untuk mengingati tarikh bersejarah tersebut.

Sah dengan sekali lafaz

Nabil atau nama penuhnya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir menyempurnakan kabul dengan sekali lafaz yang disempurnakan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI), Rozimi Zamri sekitar pukul 3.30 petang semalam.


Pernikahan itu disaksikan bapa pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan abang ipar kepada Nabil, Wan Jean Basri Wan Othman.



Pada majlis yang mengikut norma baharu itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Bersyukur majlis berjalan lancar

Penyanyi dan pelakon dengan nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata kepada media, bersyukur majlis itu berjalan lancar dengan keutamaan untuk menyempurnakan perkara wajib dahulu.



Terdahulu, Nabil yang juga bekas hos program h Live! melamar Ayda selepas mereka menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan dan melangsungkan majlis pertunangan dan disiarkan secara dalam talian pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

]]>
11 'Hint' Lelaki Jatuh Cinta Pada Kamu. https://redaksi.com/398-11-hint-lelaki-jatuh-cinta-pada-kamu Sat, 08 Jul 2017 08:52:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=398 Siapa tahu apa makna cinta? Pasti ramai tahu dan pernah alami apa itu cinta. Jika ditanyakan kepada orang ramai apa itu cinta, akan terdapat pelbagai jawapan dan kesemuanya adalah benar. Cinta itu sangat unik dan aneh. Adakalanya kamu suka akan seseorang tetapi si dia tidak menyukai kamu, dan pabila si dia menyukai kamu ketika itu, kamu pula tidak menyukainya. Mungkin kamu berasa was-was untuk menerima si dia sebagai orang yang kamu sayang. Mungkin kamu takut untuk dikecewakan dan membuatkan kamu menjual mahal kepada si dia. Ingat wahai gadis sekalian! Jangan sesekali jual mahal kerana kamu akan rugi suatu hari nanti. Mungkin si dia adalah seseorang yang kamu idam dan nantikan. Jom kita tengok bagaimana nak tahu si dia telah jatuh cinta kepada kamu.



1. Mula menegur.

Si dia sering menegur kamu setiap kali terserempak di mana-mana sahaja. Itulah cubaan untuk si dia mengenali diri seseorang gadis yang diminatinya. Namun, janganlah sesekali berkasar atau jawab endah tak endah apabila si dia bertanya dengan lembut kerana itu adalah usahanya untuk mendekati kamu.

2. Mahu sentiasa dekat.

Bila hati sudah ada rasa sayang, si dia akan cuba mendekati kamu malah ada yang berani mengekori kamu kemana sahaja kamu pergi. Janganlah berasa pelik jika si dia mendekati kamu secara diam. Namun pada masa yang sama kamu juga harus berwaspada kerana kamu tidak tahu niat si dia lagi ketika itu.



3. Mengajak keluar.

Ini adalah langkah seterusnya apabila si dia meminati kamu. Si dia akan mula mengajak kamu keluar makan atau minum bersama untuk dikongsikan cerita. Untuk keselamatan dan elak daripada perkara tidak diingini, jika si dia mengajak kamu keluar, ambil la tempat yang mempunyai ramai orang dan jangan sesekali terima atau mengikutnya pulang ke rumah.

4. Berkongsi Perasaan.

Lelaki memilih tentang perkara yang mereka ingin dedahkan dan kepada siapa mahu dikongsi. Jika si dia memilih kamu menjadi tempat si dia meluahkan perasaan maknanya si dia mempercayai kamu dan mempunyai tempat yang istimewa di dalam hatinya.

5. Selalu menghubungi kamu.

Ini adalah taktik biasa untuk si dia menambat hati kamu atau wanita. Si dia akan berusaha untuk mendapatkan nombor telefon kamu dengan tujuan mahu berbual dengan kamu. Sebenarnya tiada perkara yang penting pun tetapi oleh disebabkan si dia sudah merasa rindu dan mahu mendengar suara kamu, si dia akan menelefonmu dengan kerap.



6. Panik.

Si dia akan menjadi seorang yang sangat 'care' dengan kamu. Jika kamu terluka secara fizikal atau mental, si dia akan menjadi orang yang pertama akan risau tentang keadaanmu. Si dia juga akan melakukan apa sahaja untuk mengubat dan menutupi luka kamu itu.

7. Kerap menghantar mesej.

Walaupun sesibuk mana si dia, jika kamu memerlukan seseorang atau kamu menghantar mesej kepada si dia untuk meminta bantuan, si dia akan mencari ruang untuk kamu. Baginya diri kamu adalah penting untuknya. Jika kamu terlupa sesuatu seperti sedang ber-WhatApps dan kamu tertidur, si dia akan mengucap mesej selamat malam untuk menunjukkan kamu itu sentiasa berada di fikirannya.

8. Faham isi hati kamu.

Jika si dia menyukai atau menyayangi kamu, si dia akan tahu apa yang kamu sedang fikirkan. Si dia juga tahu apabila kamu sedang marah, gembira atau apa sahaja perasaan kamu sedang lalui ketika itu. Jika kamu memerlukan seseorang untuk dikongsikan, si dia sentiasa ada untuk kamu dan menjadi pendengar yang terbaik ketika itu.



9. Protective.

Si dia akan mula risau dan bimbang tentang keselamatan kamu dan prihatin tentang siapa yang berada di sekililing kamu ketika itu. Ini merupakan tanda si dia mengambil berat kepada kamu lebih daripada kamu fikirkan.

10. Cemburu.

Ini adalah tanda-tanda yang normal apabila seseorang itu sudah menyayangi dan suka akan kamu. Si dia akan mudah cemburu apabila kamu banyak habiskan masa dengan orang lain dan mudah menjadi cemburu jika ada lelaki lain mendekati kamu.

11. Layanan istimewa.

Jika si dia memberi layanan istimewa seperti membelikan kamu hadiah, membawa kamu ke tempat mahal dan kerap memberi kamu sesuatu, itu tandanya si dia telah meletakkan kamu di dalam hatinya dan di situ kedudukan kamu terlalu istimewa buatnya. Ketika itu kamu akan rasa kamu di layan seperti puteri raja. Si dia akan cuba lakukan apa sahaja untuk kamu untuk melihat kamu gembira bersama dengan si dia.

]]>
Petua Orang Dulu-Dulu Dalam Cari Jodoh, Kenal Keserasian Pasangan Melalui 4 Usur Alam. Jom Ambil Tahu Pe'el Buah Hati Anda. https://redaksi.com/7926-petua-orang-dulu-dulu-dalam-cari-jodoh-kenal-keserasian-pasangan-melalui-4-usur-alam-jom-ambil-tahu-peel-buah-hati-anda Tue, 25 Feb 2020 17:39:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7926 Orang tua dulu-dulu banyak pantang larang dalam mencari jodoh. Ada yang beranggapan bahawa anak bongsu tidak sesuai jika bersama anak bongsu, ada juga yang menyatakan anak ketiga ini agak keras dan tidak sesuai dengan anak kelima. Aduh, macam-macam pantang larang mereka ini dalam bab jodoh ini.

Orang dulu-dulu jugak cakap, manusia itu sendiri dipengaruhi oleh unsur-unsur kejadian. Asal kejadian manusia itu dari tanah, tanah itu sendiri termasuk dalam sebahagian unsur kejadian selain air, api dan angin. 

Tujuan dia? Kenapa ada petua ni? Orang cakap supaya kita boleh carik keserasian pada pasangan kita serta mencari kebahagiaan. Tidak pasti dimana tahap keberkesanannya tapi anda boleh cuba kalau ingin tahu. 

Cuba tengok jadual kat bawah ni. Kita boleh tahu pe'el seseorang tu bila kita tahu kedudukan dia dalam family.



Ini pula pe'el manusia yang ada kaitan dengan unsur alam tadi based on kedudukan dia dalam family tadi.









"Wahai manusia! Sesungguhnya telah kami jadikan kamu sekalian daripada seorang lelaki dan seorang wanita, dan kami jadikan kamu bergolongan dan berbangsa-bangsa, supaya kamu saling kenal di antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang bertakwa paling mulia di sisi Allah"
[al-Hujurat : 13]

Ada yang berpendapat bahawa api tidak boleh bersama api nanti selalu bergaduh bahkan api juga tidak boleh bersama air dan macam-macam lagilah.

Ini adalah beberapa gabungan yang sesuai dengan tidak, tak tahu betul atau tidak tapi boleh diambil sebagai panduan dalam mencari jodoh.

Unsur api + unsur angin - Pasangan yang penuh dengan kasih sayang. 

Unsur air + unsur tanah - Tahap ekonomi meningkat. (disebabkan pasangan yang berunsur tanah nie kebanyakan nye yang banyak duit) -allah uji tahap kesyukuran terhadap nikmat yang allah berikan.

Unsur tanah + unsur api - Pasangan berunsur api selalunya pandai dengan pujuk rayu dan pandai bermain kata-kata. Apabila dua unsur ini bertemu jadinya panas. 

Unsur tanah + unsur angin - Apabila dua unsur ini bertemu jadinya kering aka dingin. Pasangan ini selalunya akan berendam air mata, rumah tangga pasangan ini banyak bergaduh.

Unsur air + unsur angin - Apabila dua unsur ini bertemu jadinya sejuk & nyaman. Kebanyakan apabila pasangan ini hanya berkawan.. Hubungan persahabatan ok saja. Andai pasangan ini berkahwin, rumah tangga tidak dapat dijamin kekal.

Unsur air + unsur api - Apabila dua unsur ini bertemu jadinya basah. Kebanyakan pasangan ini dapat dinilai apabila berada di pasar raya. Kebanyakan pasangan yang lelaki nya akan bawak troli. Yang perempuan akan memilih barang. 

Unsur angin unsur angin - Anak yang dilahirkan "down sindrom" 

Unsur api unsur api - Disebabkan terlalu mengikut perasaan (rujuk kembali sifat dominan). Anak yang dilahirkan mungkin akan tomboy atau lembut.

Unsur air unsur air - Anak yang dilahirkan adalah anak yang genius. Pasangan ini perlu menggunakan fakta untuk menerangkan sesuatu benda andai anak mereka menanyakan sesuatu.

Unsur tanah + unsur tanah - Anak yang dilahirkan anak yang bersikap hyperactive. Anak pasangan ini kurang mendengar cakap orang.

Tapi ini adalah petua orang dulu-dulu, terpulang pada anda semula nak percaya ataupun sebaliknya.

 

]]>
10 Ciri Lelaki Seksi di Mata Wanita. https://redaksi.com/455-10-ciri-lelaki-seksi-di-mata-wanita Thu, 13 Jul 2017 11:49:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=455 Bagi wanita, lelaki seksi ada ciri-cirinya yang tersendiri. Lelaki yang dikategorikan seksi tidak sama seperti apa yang lelaki tafsirkan seksi pada diri wanita. Seksi itu tidak tertakluk hanya pada segi pakaian semata-mata, malah seseorang individu lelaki itu boleh dikategorikan seksi jika si dia punyai segala jenis perkara ini. Jom ketahui 10 ciri lelaki seksi di mata wanita.



1. Si dia punya bakat.

Tidak kira jika si dia punya bakat dalam bermain gitar, punyai bakat dalam karya seni atau pun pada karya gambar yang diambilnya, wanita sukakan lelaki yang mempunyai semangat dan hobi tersendiri serta punya bakat pada hobi tersebut.

2. Pendengar yang baik.

Bagi wanita, lelaki yang mempunyai ciri-ciri sebagai pendengar yang baik dan setia adalah lelaki yang seksi. Mendengar segala luahan hatinya dan sentiasa ingat pada perkara yang wanita sukakan adalah satu ciri-ciri yang sangat menunjukkan lelaki tersebut seksi. Kebolehan dalam menjadi pendengar yang setia tanpa memberikan sebarang arahan atau perintah juga adalah bonus.



3. Punya akal yang bijak dan pandai.

Setelah semakin lanjut usia, ada satu sifat yang boleh membuatkan diri kita bersama selamanya. Ianya dipanggil kebijaksanaan. Seorang lelaki yang mempunyai kebijaksanaan itu mampu mendapatkan kehidupan dan cinta yang boleh bertahan sepanjang masa.

4. Senyuman yang menambat hati.

Secara fizikal, semua orang sukakan bentuk dan saiz badan lelaki yang berbeza. Tetapi, satu perkara yang paling wanita setuju dan secara drastik jatuh hati pada fizikal seorang lelaki adalah melalui senyumannya. Dengan susun atur gigi yang cantik dan rapi juga adalah bonus. Ini bermakna yang si jejaka menjaga kebersihan dirinya dengan teliti.

5. Baik hati.

Si dia baik kepada binatang. Si dia juga baik dalam melayani kanak-kanak. Si dia sentiasa mengingati serta menyayangi sahabat dan keluarganya. Ini sekali gus menjadi petunjuk yang si dia akan menjadi yang terbaik buat kita.



6. Pandai berjenaka.

Gelak ketawa adalah terapi paling terbaik dalam membendung segala momen duka dan perit dalam kehidupan seharian. Menjalani kehidupan bersama seorang lelaki yang mempunyai deria tawa dan boleh membuat anda tertawa ketika masa duka adalah calon lelaki yang terbaik sebagai peneman hidup. Ini juga boleh dikatakan sebagai lelaki seksi.

7. Berkeyakinan.

Cuba bertanya pada mana-mana wanita apa yang membuatkan lelaki tampak seksi dan kebanyakkannya menjawab ‘berkeyakinan’. Seorang lelaki yang percaya pada kemampuan diri dan tahu apa yang mereka inginkan serta membuatkan diri wanita rasa dalam keadaan selamat bersamanya adalah jenis lelaki yang seksi.

8. Hubungan mata.

Ramai wanita meletakkan jika si jejak boleh merenung dalam pada matanya adalah definisi kepada kejujuran dan seksi. Lelaki yang mempunyai mata yang cantik dan tidak takut untuk merenung terus ke mata wanita mampu membuatkan hati wanita cair dan tertambat dengannya. Ini kerana wanita sukakan perhubungan yang jelas dan romantik.



9. Tiada drama.

Jejaka yang mempunyai deria pemikiran yang bagus dalam menyelesaikan sebarang situasi masalah dan tidak membawa kepada sebarang drama, senarai bekas kekasih yang ramai atau isu putus cinta yang parah pada masa lampau adalah di kalangan lelaki yang mengagumkan dan menarik perhatian ramai wanita.

10. Nada suara.

David Beckham beruntung kerana punyai wajah yang kacak kerana dia tidak mempunyai suara yang seksi. Seorang lelaki yang sederhana macho dengan suara yang menambat hati wanita boleh meningkatkan level seksinya yang tersendiri. Cuba tambah sedikit loghat British ketika bertutur dalam bahasa Inggeris, sudah pastinya boleh membuatkan wanita jatuh hati padanya.

]]>
6 Ciri-Ciri Anda Seorang Wanita Yang Berdikari. https://redaksi.com/6300-6-ciri-ciri-anda-seorang-wanita-yang-berdikari Tue, 18 Jun 2019 13:05:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6300 Dengan perubahan zaman, semakin ramai wanita berdikari yang boleh kita lihat. Wanita berdikari tidak lagi dipandang jelek oleh masyarakat, namun dipandang tinggi kerana mampu menguruskan kehidupan berseorangan. Ini juga mengakibatkan kenapa ramai golongan wanita yang masih belum berkahwin lagi.

Dengan tanggapan mampu menguruskan semuanya tanpa lelaki atau suami, jadi tidak hairan lah sekiranya ramai golongan wanita berusia atas 30 masih single dan available.

Jom lihat sekiranya anda mempunyai 6 ciri-ciri ini…

1. Boleh memandu sendiri.

Zaman sekarang, kaum wanita tidak lagi takut untuk memandu berseorangan walaupun ia kelihatan sangat bahaya. Ibu bapa lah insan yang paling risau kalau anak perempuannya keluar berseorangan. Boleh memandu berseorangan ke mana sahaja, adalah impian para wanita masa kini kerana bebas untuk ke mana sahaja tanpa halangan.

2. Tidak takut ketika kereta rosak di jalan raya.

Boleh memandu sendirian memang boleh dilakukan oleh ramai wanita. Akan tetapi berapa ramai sahaja dikalangan mereka yang mampu bertenang ketika kereta tersadai atau rosak di jalan raya?

Pada saat inilah, baru nak terfikir kenapa la taka da teman lelaki yang boleh menolong, kan?

Wanita yang berdikari tahu apa yang mereka patut lakukan. Terus membawa kereta ke ‘Lane’ kecemasan dan menghubungi talian kecemasan lebuhraya.

3. Ada surviving skill.

Wanita yang berdikari ini tahu untuk kendalikan hidupnya sendirian. Ada perancangan supaya hidupnya stabil dan tidak terumbang-ambing. Sebagai contoh;

  • Kalau kereta rosak tahu nak buat apa.
  • Kalau tak tahu memasak, belajar.
  • Kalau duit tak ada, berjimat bukan memboros.
  • Kalau kereta tiada, naik grab.

Surviving skills atau dipanggil kemahiran hidup ini tidak semestinya bagi mereka yang bekerjaya sahaja. Ini kerana ada juga wanita bekerjaya tetapi masih tidak mampu membuat uruskan diri sendiri. Sebab mereka kerja mahukan gaji tetapi bukan untuk improve-kan diri.

4. Ada simpanan wang.

Berkemungkinan besar, wanita yang berdikari mampu untuk menyimpan wang, kerana itu sahaja wang kecemasan yang mereka ada dikala dilanda situasi yang tidak dijangka. Tidaklah nak mengharap pada ibu bapa sahaja, dan juga tidak meminjam daripada sahabat handai juga. Wanita ini tidak suka bergantung harap apabila berlaku kecemasan, mungkin takut maruah tercalar.

5. Kadang-kala mementingkan diri sendiri.

Kenapa lelaki bujang takut untuk mendekati wanita yang berdikari ni?

Ini kerana kadang-kala wanita yang berdikari sedikit sebanyak pentingkan diri sendiri sahaja. Namun sebenarnya mereka punya rasa pentingkan diri adalah kerana untuk melindungi diri sendiri. Melindungi diri daripada disakiti daripada insan yang tidak diingini.

6. Mampu membuat keputusan sendiri.

Selain daripada itu, apabila dilanda masalah wanita ini mempu menyelesaikan masalahnya dengan sendiri. Mereka mampu untuk fikirkan solusi walaupun mengambil sedikit masa yang lama. Tetapi pilihan atau keputusannya sendiri, tidak dipersetujui oleh orang sekeliling. Sebab itu mereka agak mementingkan diri sendiri.

Adakah Anda Tergolong Dalam Wanita Yang Berdikari?

]]>
Apabila Naik Gaji, Anda Boleh Lakukan 5 Perkara Ini. https://redaksi.com/5545-apabila-naik-gaji-anda-boleh-lakukan-5-perkara-ini Thu, 21 Mar 2019 14:24:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5545 Setiap tahun, pasti aka nada sahaja di antara kita yang menerima kenaikan gaji. Biasanya kenaikan gaji ini adalah sebagai tanda penghargaan serta sebagai pembakar semangat para pekerja untuk terus menerus berdedikasi dalam tugas yang telah di amanahkan.

Tidak kiralah berapa banyak pun yang diberikan, ia pasti akan membuat hati anda melonjak keriangan kerana penambahan pendapatan bulanan. Nmaun begitu, apabila gaji bertambah itu tidak bermakna anda boleh menggunakannya kea rah pembaziran, banyak perkara yang booleh anda lakukan dengan kenaikan gaji ini.



Berikut disenaraikan 5 tips yang boleh dibuat dengan kenaikan gaji bagi memastikan kita peroleh manfaat daripada kenaikan gaji tersebut:



1. Selesaikan hutang dengan lebih cepat.

Sudah penat dengan menanggung hutang, kini anda boleh gandakan bayaran bulanan hutang anda untuk memendekan tempoh pinjaman. Sebagai contoh, hutang kereta sebanyak RM400, kini anda boleh gandakannya kepada RM500. Jika mengambil langkah ini, anda akan segera selesaikan hutang anda, malah beban juga terasa berkurangan.

2. Tambah pelaburan.



Jika sebelum ini hanya melaburkan RM100 sebulan ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) anda, apa kata kini anda cuba untuk menambah RM150 pula ke dalam akuan tersebut. Mungkin kelihatan sedikit namun ia akan membantu anda di kemudian hari. Orang kata sikit-sikit lama menjadi bukit.

3. Tambah simpanan kecemasan.



Mengapa tidak tambah simpanan kecemasan? Dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi dan risiko kehilangan pekerjaan, simpanan kecemasan adalah aset yang sangat penting ketika diperlukan. Pastikan anda mempunyai simpanan sebanyak tiga ke enam bulan gaji dalam simpanan kecemasan untuk bersedia menghadapi sebarang musibah.

4. Simpana untuk hiburan.



Buat anda yang memiliki anak-anak, pasti setiap hujung tahun adalah waktu anda dan anak-anak pergi melancong bukan? Apa kata jika kita mula menyimpan wang yang sedikit lebih untuk membawa anak-anak pergi bercuti. Bukan itu sahaja, anda boleh sahaja gunakan wang ini untuk musim persekolahan serta musim perayaan nanti.

5. Naik taraf plan takaful pelindungan.



Apabila telah selesai perkara yang lain, kini anda boleh lihat pula untuk kepentingan yang tidak dijangka yang mungkin memerlukan kos yang banyak. Setiap tahun kos untuk perubatan ini meningkat, jadi sudah tentulah perbelanjaan perubatan ini akan lebih dari jangkaan takaful anda. Hubungi ejen anda untuk mendapatkan nasihat berkenaan kos perubatan terkini dan menyemak semula polisi anda bagi menyesuaikan perlindungan dengan kos terkini.

Duit gaji yang bertambah itu bukan untuk hiburan, tetapi lebih kepada kegunaan yang penting dan selesaikan apa yang perlu.


]]>
Sikap Isteri Seperti Ini Yang Membuat Suami Takut Kehilangan Dirinya. Bakal-Bakal Isteri Kena Ada Sikap Ini. https://redaksi.com/7789-sikap-isteri-seperti-ini-yang-membuat-suami-takut-kehilangan-dirinya-bakal-bakal-isteri-kena-ada-sikap-ini Mon, 13 Jan 2020 12:43:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7789 Perkahwinan adalah satu yang indah bagi setiap orang. Malah, bila bercakap atau membayangkannya sekalipun, tentu sahaja yang indah-indah. Akan tetapi, kita tidak boleh mengabaikan segala perkara yang membuatkan perkahwinan itu satu yang merumitkan dan membimbangkan. Ini kerana, setiap hari dalam perkahwinan adalah hari yang perlu anda dan pasangan untuk saling berjuang kekalkan hubungan yang terbina.

Kadang kala perbezaan pendapat serta fahaman akan menimbulkan perdebatan setiap hari yang mana akan membuatkan anda sedikit rasa lelah.

Selain dari keserasian antara pasangan, keperibadian yang terbentuk dalam diri seorang wanita atau isteri, mempunyai pengaruh yang besar dalam membantuk rumahtangga yang bahagia. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Research in Personality menunjukkan bahawa terdapat beberapa keperibadian dalam diri wanita yang boleh membuat hidup berkahwin hangat dan harmoni.

Kajian itu dilakukan pada 278 pasangan suami isteri oleh penyelidik Florida State University. Peserta diminta untuk menulis diary tentang kehidupan rumahtangga mereka selama dua minggu semasa menjalani ujian personaliti.



Hasil yang diperolehi, isteri-isteri yang bahagia dengan diri sendiri, rendah hati, sederhana, santai, tenang dan berfikiran terbuka ternayata lebih mudah membuat suaminya jatuh cinta padanya setiap hari.

Wanita seperti ini dapat memberikan satu aura yang positif dalam perkahwinan agar suaminya lebih selesa dengannya. Akan tetapi, itu bukan punca bahawa sikap suami tidak penting dalam hubungan suami isteri ini.



Sudah tentu keduanya memainkan peranan yang penting dalam rumahtangga. Jika ingin memiliki isteri yang baik dan sentiasa tenang suami juga perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang tenang dalam rumahtangga.

Kalau hanya isteri sahaja yang memainkan peranan tentu sahaja semua hubungan rummahtangga yang diharapkan tidak akan menjadi satu kenyataan. Maka dengan itu, antara suami isteri kena sama-sama berkerjasama untuk pastikan hubungan yang terbina itu mampu bertahan dan juga lebih membahagiakan antara satu sama lain.

 

]]>
Lelaki Jika Jumpa Wanita Dengan 8 Sifat Ini, Jadikan Dia Isteri. Kamu Akan Senang Hati. https://redaksi.com/903-lelaki-jika-jumpa-wanita-dengan-8-sifat-ini-jadikan-dia-isteri-kamu-akan-senang-hati Wed, 16 Aug 2017 10:56:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=903 Perempuan perlukan kasih sayang. Lelaki perlukan hormat. Nampak mudah, tapi sebenarnya agak rumit. Lelaki ada keperluan untuk dihormati yang sangat kuat hingga bila mereka dihormati, hati mereka akan jadi seakan-akan pokok yang sudah cukup disiram. Sebaliknya bila mereka rasa tak dihormati, mereka akan rasa sedih dan seperti dibenci. Ramai perempuan hari ini yang menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk memastikan rumah mereka bersih, anak-anak mereka sihat dan penuhi pelbagai lagi tugas lain. Tapi bila mereka lupa untuk menunjukkan rasa hormat pada suami, si suami akan nampak seperti tak menghargai segala pengorbanan si isteri. Pernah rasa? Walaupun lelaki selalu nampak tidak emosional atau ekspresif, tetapi sebagai pasangan hidup mereka, perempuan tetap perlu peka terhadap perasaan mereka. Hati mereka tetap boleh terluka dan lebih susah untuk dipujuk.



Beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk tunjukkan rasa hormat;

1. Sentiasa bercakap dengan lemah lembut, tak kira berapa lama anda berdua dah berkahwin. Kalau anda boleh bercakap lembut dengan kawan-kawan anda, anda mesti boleh lebih lembut lagi dengan suami sendiri.

2. Jangan sekali-kali menjerit, memanggilnya dengan kasar atau gunakan kata-kata kesat.

3. Jangan sindir dia tentang isu-isu sensitive. Kalau dia ada kekurangan atau kelemahan, jangan jadikan ia bahan ketawa. Walaupun dia tak marah, boleh jadi dia pendamkan rasa kecil hatinya.



4. Dengar pendapatnya dan hormati permintaanya. InshaAllah anda akan diberi ganjaran di dunia dalam bentuk rumahtangga yang bahagia dan pahala untuk di Akhirat kelak.

5. Jangan berlawan dengannya untuk tunjuk siapa yang lebih berkuasa. Bila perempuan terlalu banyak mengarah dan agresif, lelaki akan jadi lebih keras dan berkira. Bila anda tunjukkan yang anda hormati tugasnya sebagai ketua keluarga, dia akan lebih mudah untuk tunaikan permintaan anda.

6. Tunjukkan kasih sayang dan rasa hormat pada keluarganya. Sekali sekala ajak mereka datang ke rumah atau keluar bersama-sama.

7. Terima bahawa kadang-kadang dia juga perlukan masa untuk diri sendiri atau hilangkan stress dengan kawan-kawan. Jangan halang, cuma pastikan senyuman anda sentiasa menanti bila dia pulang.

8. Tanya pendapat dia bila membuat keputusan penting dan hargai apa saja yang dia katakan.

]]>
8 Tanda Lelaki Yang Anda Baru Berkenalan Memang Untuk Berkawan Sahaja Dan Bukan Untuk Bercinta. https://redaksi.com/2152-8-tanda-lelaki-yang-anda-baru-berkenalan-memang-untuk-berkawan-sahaja-dan-bukan-untuk-bercinta Mon, 30 Apr 2018 09:18:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2152 Apakah tanda-tanda lelaki yang anda baru sahaja berkenalan, mereka seperti mahu ambil kesempatan pada anda, tidak serius mahu pun hilangkan bosan? Jom baca!

1. Si dia sentiasa sibuk.

Anda seperti tidak kisah jika tidak dapat bertemu hanya kerana si dia sibuk menguruskan hal sendiri, tetapi kesibukan mereka tidak masuk akal. 7 pagi ada larian marathon, tengah hari agihkan makanan di rumah anak yatim piatu, petang berniaga di pasar hingga lewat malam kerana ada uptown. Musykil?


2. Si dia batalkan temu janji lebih daripada 2 kali.

Sekali atau 2 kali anda seperti tidak kisah, dan mahu memberi mereka peluang. Tetapi kerap pula batalkan temu janji, anda seolah-olah merasakan was-was pada mereka.

3. Si dia memberikan jawapan yang tidak berkeyakinan ketika anda serius mahu bertemu.

Jawapan si dia seperti “Hahahaha, oh yeke? Laaaa”

4. Si dia tidak tinggal berdekatan dengan anda.

Semua orang percaya pada pehubungan jarak jauh (PJJ) walaupun sebelum berkahwin. Tetapi di sebabkan si dia terlalu banyak alasan untuk tidak dapat bertemu, jadi anda percaya si dia tinggal berjauhan dengan anda.


5. Si dia tidak memberitahu perkara yang sebenar.

Si dia sebenarnya telah pun  berjauhan daripada tempat tinggal anda, tetapi si dia memberitahu bahawa dia masih lagi di area yang berdekatan dan mahu berjumpa. Tetapi secara tiba-tiba si dia membatalkan pertemuan tersebut.

6. Si dia seperti berusaha untuk merancang temu janji pada last minute.

Seperti point pada nombor 5, si dia tiba-tiba menghubungi anda bahawa dia mempunyai tiket extra untuk menonton wayang. Secara tiba-tiba si dia menyuruh anda bersiap untuk 10 minit sahaja, jika tidak si dia akan batalkan temu janji.


7. Si dia tidak memiliki kenderaan sendiri.

Mereka sentiasa dengan alasan tidak mempunyai kereta sendiri mahupun motor, public transport hanya menyusahkan untuk berjumpa atau pun memberitahu anda kereta mereka di bengkel. ???

8. Si dia tidak pernah bertanyakan pada anda untuk berjumpa.

Paling penting, jika anda sebagai wanita sahaja yang mahu merancang temu janji, dan si dia tidak pernah offer mahu berjumpa, maka lupakan sahaja lelaki begini. Jangan serius terhadap mereka, okay!

Jika 8 tanda ini ada pada lelaki yang anda baru berkenalan, maka berkawan sahaja dengan mereka. Jangan mengharap pada mereka, walaupun anda terlalu suka dan crush pada mereka.


]]>
Tips Untuk Ibu Bapa Sekiranya Anak-Anak Masuk Ke Asrama. https://redaksi.com/5334-tips-untuk-ibu-bapa-sekiranya-anak-anak-masuk-ke-asrama Tue, 26 Feb 2019 14:57:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5334 Para ibu bapa yang memiliki anak-anak masuk ke asrama, pasti risau akan keselamatan mereka. Apatah lagi perlu berdikari untuk berhari-hari tanpa kehadiran anak di depan mata. Situasi ini akan menyebabkan anak-anak menjadi home sick, bahkan si ibu juga akan sakit rindu ketika berjauhan dengan anak-anaknya.

Akan tetapi apabila memasuki asrama, ia adalah impian dikalangan ibu bapa juga kerana mengharapkan anak-anak mendapat didikan yang secukupnya disamping menjadi anak yang mampu berdikari.  Oleh itu, ikuti beberapa tips ini supaya dapat membendung sakit rindu tersebut….

1. Ibu bapa perlu ingat anak adalah amanah dari Allah SWT.

Amanah dari Allah SWT seperti memiliki cahaya mata, adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Amanah ini perlu dijaga, dan ibu bapa perlu lorongkan anak-anak dengan didikan yang Allah SWT suka. Berlandaskan syariat dan tidak memudaratkan diri anak-anak.

Jadi, ibu bapa perlu ingat anak-anak dihantar jauh untuk belajar bukannya tidak menjaga amanah Allah, akan tetapi ia adalah satu perjuangan dalam pendidikan.

2. Perlu bersangka baik dengan Allah SWT.

Apabila anak-anak telah memasuki asrama, ibu bapa perlu bersangka baik dengan Allah SWT dan anak-anak juga. Cuba jangan fikir yang buruk-buruk, membuat andaian negatif dan sebagainya kerana takdir Allah SWT kita tidak tahu. Sentiasa mengharap bahawa anak anda akan sentiasa berada di bawah perlindungan-Nya.

Kerana kita bukanlah sehebat Allah SWT.

3. Sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak.

Usai sahaja solat, bersungguh-sungguh dalam membaca doa untuk kesejahteraan anak-anak, di samping bersangka baik pada Allah SWT. Bacakan surah Al-Fatihah demi untuk kekuatan anak-anak berdikari, dan juga untuk diri ibu bapa juga supaya dipermudahkan segala urusan. Tidaklah asyik sakit rindu sahaja. Anak masuk asrama sahaja, demam.

Nanti anak-anak risau di sekolah, macam mana nak tumpu pada pelajaran.

4. Masak untuk anak-anak ketika hari minggu.

Apabila terdapat kelapangan dan berpeluang untuk melawat anak-anak, masaklah untuk mereka. Pasti mereka rindu untuk merasa masakan dari ibu tersayang. Masakan dari air tangan ibu sendiri juga mampu untuk melepaskan kerinduan anak-anak, malah mampu untuk mendengar kata juga.

5. Sentiasa memberi sokongan.

Apabila datang melawat atau menghubungi anak-anak, usah lah sentiasa merungut dan mengeluh kerana anak-anak belajar jauh dari rumah. Akan tetapi berilah sokongan padu pada mereka, supaya mereka dapat merasakan sokongan dari ahli keluarga. Sokongan dari kedua ibu bapa adalah penting untuk mereka ketika menghadapi ujian.

Sekiranya anak-anak tidak mencapai target dalam ujian, jangan salahkan mereka seratus peratus, akan tetapi berilah kata-kata semangat. Duduk jauh ni berkemungkinan emosi mereka menjadi tidak stabil.

6. Bertawakal.

Apabila membuat sesuatu kerana Allah SWT, selepas berusaha dan berdoa, yakinlah pada-Nya. Agar anak-anak di bawah perlindungan anak dan sentiasa selamat. Memberi didikan yang terbaik pada anak-anak juga adalah salah satu tanggung jawab ibu bapa yang perlu dilaksanakan. Selagi berlandaskan syariat, jangan terlalu risau.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

]]>
Ibu-Ibu Tidak Mampu Ganti Puasa, Sudah Bayar Fidyah Tetapi Puasa Tetap Perlu Ganti. https://redaksi.com/5996-ibu-ibu-tidak-mampu-ganti-puasa-sudah-bayar-fidyah-tetapi-puasa-tetap-perlu-ganti Tue, 07 May 2019 19:46:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5996 Buat ibu-ibu dan isteri-isteri yang masih tidak mempunyai kesempatan untuk menggantikan puasanya kerana bersalin ketika bulan puasa pasti akan terfikir-fikir bagaimana hendak menggantikan puasa mereka ini. Mana tidaknya, menggantikan puasa selama sebulan ini bukanlah satu hal yang mudah. 

Mana tidaknya, bersalin ketika bulan Ramadan biasanya menyebabkan ibu-ibu mengalami nifas dan seterusnya tidak dapat menunaikan solat serta ibadah puasa buat masa yang agak lama.

Malah, ibu-ibu yang melahirkan juga biasanya akan menyusukan bayi dalam tempoh 2 tahun pertama.

Dalam keletihan mengurus dan menyusukan bayi, dah tentu ada wanita yang rasa terbeban dan tak mampu menggantikan bilangan hari puasa yang hampir sebulan lamanya. Jadi, perlukah fidyah jika ia tak dapat diganti sehingga tiba bulan Ramadhan seterusnya?



Pertama sekali perlu jelas tentang maksud ‘pantang’ secara adat dan syariat.

Dalam adat Melayu pantang selepas bersalin memiliki beberapa tempoh yang masyhur antaranya 44 hari dan 100 hari.

Manakala menurut syariat, berpantang ini boleh dikaitkan dengan hukum keluarnya darah nifas.

Hukum nifas, adalah seperti hukum haid pada perkara-perkara yang haram dilakukan yakni solat, puasa, membaca mushab al-Quran, menyentuh dan membawanya, menetap di dalam masjid, bertawaf dan berjima’, bermesraan suami dan isteri di antara pusat dan lutut.

Tempoh kebiasaan nifas adalah 40 hari, manakala maksimumnya pula adalah 60 hari.

Menurut Imam al-Syarbini al-Khatib (w.977H) di dalam al-Iqna’ (ms.143-144), orang perempuan yang bernifas haram menunaikan ibadah puasa Ramadhan.

Jika dia berpuasa juga maka puasanya tidak sah dan wajib diqadha.

Pada asalnya hukum wanita yang menangguh qadha puasanya sehingga masuk ke Ramadhan tahun seterusnya adalah haram dan wajib ke atasnya untuk qadha puasa dan membayar satu cupak makanan ruji seperti beras dalam zakat fitrah bagi setiap puasa yang ditinggalkan dan tidak sempat diganti sebelum tiba Ramadhan bagi tahun yang baru.

Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya.



Pautan ini adalah kalkulator zakat Selangor berapa jumlah yang perlu dibayar berdasarkan berapa hari yang ditinggalkan.

Namun begitu pengecualian diberikan jika penangguhan itu bersebabkan uzur syarie. Rujuk al-Iqna` (ms. 352).
Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili di dalam al-Muʿtamad (2/200) :

“Jika seseorang wanita itu melewatkan qadha’ puasanya kerana uzur seperti berterusan sakit, menyusukan anak, hamil dan musafir, sehingga masuk ke Ramadhan yang baru, maka tidak wajib fidyah kerana kelewatan ini dan wajib qadha’ sahaja.”

]]>
Buat Keputusan Untuk Berkahwin Hanya Selepas Tanya 7 Soalan Ini Kepada Pasangan. https://redaksi.com/750-buat-keputusan-untuk-berkahwin-hanya-selepas-tanya-7-soalan-ini-kepada-pasangan Fri, 04 Aug 2017 19:26:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=750 Kahwin adalah satu keputusan yang bakal mempengaruhi seluruh hidup anda. Jadi sebelum anda buat keputusan untuk bernikah, pastikan pasangan anda boleh bagi jawapan yang baik dan sesuai dengan keperluan anda sebagai seorang individu dan bakal suami/isteri. Nah 7 soalan untuk anda tanya pada bakal pasangan hidup anda yang mungkin boleh tentukan sama anda dia sesuai atau tidak dengan anda. Jangan abaikan kepentingan soalan-soalan ini kalau anda tak nak menyesal di kemudian hari nanti.

1. Di mana kita akan tinggal selepas kahwin nanti?

Ramai orang anggap ini tak penting. Selagi belum mampu, apa salahnya tinggal dengan keluarga, kan? Tapi realitinya, banyak masalah lain pula yang akan datang bila anda tinggal serumah dengan keluarga - sama ada keluarga sendiri atau keluarga mertua. Kita semua kan individu yang berlainan jadi ada masanya anda akan rasa tak selesa, dan ada masanya keluarga anda yang rasa tak selesa. Lebih baik tinggal berjauhan tapi saling sayang dan rindu daripada tinggal serumah tapi asyik terasa hati saja!

2. Bila ada anak, siapa yang akan menjaga anak itu nanti?

Anak memang tanggungjawab bersama, jadi sama-sama kena jaga. Maksud sebenar soalan ini adalah adakah anda akan hantar anak kepada pengasuh atau ibu bapa? Kalau ibu bapa, ibu bapa anda atau ibu bapa pasangan anda? Sanggupkah mereka? Cukup sihatkah mereka? Kalau bukan, adakah si dia harap anda akan berhenti kerja satu hari nanti demi membesarkan keluarga? Sanggupkan anda lepaskan cita-cita, gaji dan karier anda? Semua ini kena fikirkan dan persetujui dari awal!

3. Bagaimana kita akan uruskan perbelanjaan keluarga?

Dalam keluarga Islam, tanggungjawab kewangan adalah tanggungjawab suami. Tapi di zaman ini, tak semua lelaki punyai pendapat yang sama. Ada yang mengharapkan isteri sama-sama bekerja untuk bantu tanggung belanja isi rumah selagi pendapatan suami belum cukup. Ada yang berpendapat, isteri memang patut tanggung belanja bersama sebab isteri pun bekerja macam suami jadi kena pandai berdikari. Dan ada pula isteri yang berlebihan dalam meletakkan tanggungjawab itu pada suami sampai membebankan suami dengan perabot mahal, baju raya 7 pasang, makan di restoran mewah dan sebagainya. Bincang sampai capai kata sepakat ya!

4. Apa tanggungjawab seorang suami, dan apa pula tanggungjawab seorang isteri?

Sama macam 2 soalan sebelum ini, yang ini pun boleh certuskan pergaduhan kalau tak dibincangkan di peringkat awal. Cuba bayangkan kalau anda berdua hanya asyik bercinta dan berangan saja. Selepas kahwin, baru anda tahu yang isteri anda sejenis pemalas nak masak dan sebenarnya dia harapkan anda yang akan selalu beli sebab pada dia, menyediakan makanan adalah tanggungjawab suami. Bila baru kahwin memang semuanya nampak indah dan semua masalah jadi kecil, tapi selepas kahwin 10 tahun dan anda sering bergaduh, perkara sekecil inilah yang akan selalu diungkitkan. Hati-hati ya!

5. Siapa yang akan buat keputusan dalam perkahwinan kita?

Ramai orang akan kata 'suami kan ketua keluarga...', tapi lama-lama bergaduh sebab suami selalu guna kuasa veto dan isteri rasa dirinya tak penting pun sebab pendapatnya tak pernah membawa apa-apa kesan pada suami. Dalam hidup berumah tangga, suami dan isteri perlu saling menghormati. Suami ketua keluarga sebab lelaki selalunya kurang emosi. Tapi suami yang bijak perlu tahu kawal emosi isteri dan buat isteri rasa dihargai.

6. Bagaimana cara terbaik untuk didik anak-anak kita nanti?

Jangan hanyut dengan angan-angan bila tanya soalan ini nanti. Hakikatnya, ramai pasangan yang bergaduh sebab tak setuju tentang apa yang terbaik untuk anak-anak mereka - sekolah kebangsaan atau sekolah swasta? Seolah antarabangsa atau sekolah agama? Ada orang yang rasa memang patut bekerja keras dan berhabis duit untuk hantar anak ke sekolah yang dirasakan terbaik tapi ada juga yang yang rasa sekolah biasa pun dah memadai. Selain itu, bincangkan juga bagaimana anda patut ajar anak-anak tentang agama nanti dan bagaimana nak capai matlamat sebuah keluarga.

7. Ada apa-apa isu kesihatan yang patut diketahui?

Kalau dah cinta, selalunya tak apa. Tapi sebelum anda berjanji setia, fikirkan dulu realitinya. Kalau si dia ada penyakit yang tak dapat disembuhkan, sanggupkah anda menjaganya sampai bila-bila? Kalau sakit kronik, sanggup bangun tengah malam untuk lap-kan muntahnya? Sanggup sentiasa berjaga untuk bawa dia ke hospital? Sanggup bekerja seorang diri demi tanggung kos perubatan si dia? Kalau anda dah fikirkan sedalam-dalamnya dan anda rasa sanggup, nah, silakan. Tapi perbincangan awal itu tetap perlu supaya anda tak menyesal dan tak timbul isu lain di kemudian hari.

]]>
4 Sebab Utama Kenapa Wanita Cantik Lebih Memilih Lelaki Yang Tidak Handsome. https://redaksi.com/2109-4-sebab-utama-kenapa-wanita-cantik-lebih-memilih-lelaki-yang-tidak-handsome Wed, 25 Apr 2018 14:26:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2109 “Ia bukan kerana duit, tetapi kerana dihormati dan lebih dicintai”


Realiti, kita sering dipertontonkan dengan wanita cantik dengan lelaki yang kurang kacak. Masyarakat sering mempersoalkan, “Kenapa lelaki tak handsome selalu dapat perempuan yang lebih cantik?”, “Dah macam beauty and the beast”.

Lantas, mulut kepochi masyarakat sering menganggap wanita cantik memilih lelaki yang tidak handsome hanya kerana duit semata-mata. Tetapi adakah majoriti lelaki yang tidak memiliki rupa paras yang handsome ini, memang benar mempunyai harta yang banyak? Kerjaya yang berkaliber?


Bagaimana pula dengan lelaki yang tidak handsome, harta pun kurang, tetapi masih menjadi pilihan wanita? Apa lagi, jom baca antara sebab-sebab nya!

1. Hubungan lebih berkekalan.

Menurut kajian daripada Daily News, perkahwinan antara wanita cantik dengan lelaki yang tidak handsome lebih bahagia dan gembira.

Secara normal, lelaki yang kurang handsome ini akan lebih bermotivasi untuk menjaga wanita cantik kesayangan mereka. Senang cerita, mereka memang betul-betul menghargai wanita cantik daripada lelaki yang handsome tetapi kasanova.

2. Wanita bukan memilih hanya kerana rupa, tetapi ingin dihormati dan dicintai.

Jika lelaki ingin dihargai, begitu juga wanita. Bukan setakat hanya mahukan perhatian dan dibelai, tetapi dihormati, dihargai, diterima kekurangan mereka dan dicintai.

Bagi wanita, memilih lelaki yang kurang handsome dan lebih berpengetahuan agama, membuatkan mereka rasa betul-betul inginkan apa yang mereka idamkan selama ini.


3. Wanita lebih bijak daripada lelaki.

“Guys see through their eyes, women see through their ears”

Kerana akhirnya, lelaki akan tetap memilih wanita yang cantik kerana untuk menjadi tatapan mereka. Wanita yang bijak, akan memilih lelaki yang kurang handsome kerana mereka merasakan, mereka boleh melaram seperti apa yang mereka idamkan.

Jika dengan lelaki handsome, wanita cantik merasakan, mereka seperti perlu bersaing dari segi paras rupa dan tidak mahu lelaki itu menjadi lebih handsome dan menjadi tatapan wanita yang lain.

Lelaki jika dah mula merasakan diri mereka sudah handsome, mereka mula mencari spare part. Itu yang wanita tidak mahu.


4. Lelaki ini lebih berkeyakinan tinggi.

Siapa sangka, lelaki yang kurang handsome pada mata masyarakat sebenarnya lebih bijak mengambil hati wanita dan berani mengorat mereka secara bersemuka. Malah, mereka tidak berputus asa untuk mendapat wanita cantik tersebut dengan apa jua kaedah.

Lelaki ini juga, berani pergi ke rumah ibu bapa wanita ye. Lelaki yang handsome pergi mana? Bawa anak dara orang kulu kilir tanpa keputusan mahu bernikah ke?


]]>
Nur Fatima Aisya nama pilihan puteri sulung Fattah Amin dan Fazura https://redaksi.com/8684-nur-fatima-aisya-nama-pilihan-puteri-sulung-fattah-amin-dan-fazura Fri, 09 Oct 2020 16:57:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8684 Antara bayi yang sangat ditunggu oleh semua warganet tentunya dari dua selebriti kesayangan ramai ini, Fattah Amin dan juga isterinya Fazura. Selepas seminggu melahirkan puteri sulung mereka, pasangan ini mendedahkan nama bayi mereka di Instagram Fattzuralovelife.



Dilahirkan pada Jumaat 2 Oktober lalu, pasangan suami isteri ini memilih nama Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah buat puteri sulung mereka.


Menerusi rakaman video yang dikongsi, Fatima kelihatan sedang lena dalam dakapan ibunya Fazura serta kelihatan begitu comel dan sihat. Malah, pasangan ini juga berkongsi bahawa anak mereka masih terlalu muda untuk didedahkan kepada media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Fatima menjadi anak yang solehah kelak dan membesar dengan sihat. Bahkan ada yang memuji pasangan suami isteri kerana memilih nama yang sangat cantik.


]]>
Tidak Mengapa Jadi Single Sehinggalah Anda Berjumpa Dengan Seseorang Seperti Ini. https://redaksi.com/24-tidak-mengapa-jadi-single-sehinggalah-anda-berjumpa-dengan-seseorang-seperti-ini Sun, 14 May 2017 02:20:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=24 Bila tengok orang lain berpasangan, pasti kita pernah berasa cemburu dengan mereka, bukan? Tetapi, kita tetap memilih untuk single kerana pengalaman lalu. Tidak mengapa. Anda tahu yang terbaik untuk diri anda, dan teruskan jadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang seperti di bawah ini:



1. Teruskan jadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang ingin memperkenalkan anda dengan ibu bapanya.

2. Teruskan jadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang sanggup mengetepikan segala-galanya untuk ada di sisi anda apabila anda memerlukannya.



3. Seseorang yang akan berkata, "mesej bila dah sampai rumah," dan tunggu sehingga anda benar-benar sudah tiba di rumah.

4. Teruskan jadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang dapat perkenalkan dengan bangga kepada ayah anda.



5. Seseorang yang tidak cuba untuk mengubah anda.

6. Teruskan jadi single sehingga anda bertemu dengan seseorang yang tidak menyentuh anda.

7. Teruskan jadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang berpegang pada janjinya.

8. Seseorang yang tahu untuk meminta maaf apabila telah melakukan kesilapan.

9. Seseorang yang menceriakan anda apabila anda berasa tertekan.

10. Teruskan jadi single sehingga anda bertemu dengan seseorang yang membuatkan anda berasa ingin menjadi orang yang lebih baik.



11. Seseorang yang memberikan anda motivasi untuk anda lebih mencapai sesuatu dan menjadi yang lebih baik.

12. Seseorang yang yakin dengan dirinya dan masa depannya bersama-sama dengan anda.

13. Teruskan menjadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang tidak pernah berhenti dalam mencuba memiliki anda.

14. Kerana dia tahu tidak sukar untuk memiliki anda tetapi sentiasa memberikan sebab untuk anda kekal bersama.

15. Sementara belum berjumpa si dia, teruskan menjadi single dan berasa gembira dengan apa yang anda sedang lakukan.



]]>
4 Tips Untuk Ubah Diri Jadi Lelaki Kacak Sehingga Menjadi Rebutan Wanita. https://redaksi.com/518-4-tips-untuk-ubah-diri-jadi-lelaki-kacak-sehingga-menjadi-rebutan-wanita Thu, 20 Jul 2017 10:10:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=518 Tips Lelaki Kacak. Adakah anda ingin tahu tips menjadi lelaki kacak di mata wanita? Sebenarnya ada banyak sekali cara untuk menjadi lelaki kacak yang boleh menarik perhatian wanita. Menjaga kecantikan selalunya sinomin dengan golongan wanita, namun golongan lelaki zaman kini juga tidak mahu ketinggalan dalam menjaga kulit wajah yang merupakan aset mereka. Penjagaan kulit wajah ini amat penting agar kelihatan segar sentiasa. Jadi, disini terdapat beberapa tip yang boleh membantu untuk mendapatkan wajah yang sempurna tanpa sebarang cela. 



Berikut beberapa tips menjadi lelaki kacak yang bakal digilai oleh ramai wanita.

1. Penjagaan wajah.

Ini merupakan asas dalam penjagaan wajah. Bukan sekadar membersihkan, tetapi sebagai lelaki anda juga harus mengenali kulit wajah anda. Kulit lelaki berbeza dari kulit wanita kerana lelaki mempunyai liang roma yang lebih besar dan kelenjar sebum yang sangat aktif. Jangan sesekali membersihkan wajah anda dengan menggunakan sabun buku badan kerana ini akan menyebabkan kulit wajah semakin kering. Minyak yang terdapat di muka amat bagus tetapi jika dibiarkan berlebihan akan menyebabkan liang roma tersumbat dan mendatangkan gejala jerawat. Sekurang-kurangnya basuhlah wajah anda menggunakan produk wajah yang sesuai walaupun hanya sekali dalam sehari.

2. Menggunakan scrub muka.

Rajin-rajinkan diri anda menggunakan scrub di muka untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Jika anda konsisten, anda pasti dapat melihat kesannya di wajah.



3. Pakai pelembab.

Amalan bercukur pada setiap hari bakal menyebabkan kulit wajah anda semakin kering kerana wajah kehilangan bahan semula jadi yang melembapkan kulit. Oleh itu, penggunaan pelembab di wajah amatlah digalakkan bagi mengembalikan semula kelembapan di wajah anda. Kesannya, tiada lagi kesan sel-sel kulit mati yang kelihatan di muka.

4. Tiada lingkaran bawah mata.

Tahukah anda golongan lelaki mudah mendapat lingkaran di bawah mata kerana tekanan harian? Kekurangan penjagaan di sekitar kawasan ini akan membuatkan kedut-kedut mula kelihatan lebih cepat dari tempoh sepatutnya. Penggunaan krim mata yang sesuai mampu mengurangkan lebam di bawah mata.

* Selain itu, anda juga boleh mengamalkan makanan tambahan untuk meningkatkan tenaga dan juga mengamalkan produk kecantikan yang terdapat di pasaran.

]]>
3 Rahsia Allah SWT Yang Ditutup Rapat, Dan Kalau Boleh Jangan Terlalu Cuba Persoalkan. https://redaksi.com/6228-3-rahsia-allah-swt-yang-ditutup-rapat-dan-kalau-boleh-jangan-terlalu-cuba-persoalkan Tue, 11 Jun 2019 09:46:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6228

Sebagai muslim, pasti kita sudah sedia maklum tentang rahsia Allah dalam kehidupan kita, iaitu Jodoh, Rezeki dan juga Ajal maut seseorang. Pada masa kini, 3 perkara ini seolah-olah menjadi isu yang sangat penting untuk dibincangkan dan dipersoalkan, padahal ia sudah ditentukan oleh Allah SWT.

1. Jodoh.

Isu ini sering menjadi topik hangat tidak kira usia tua atau muda, namun ia lebih tertumpu pada mereka yang masih lagi belum bertemu dengan jodoh. Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tidak tahu siapakah jodoh kita di atas dunia ini. Dan sebagai manusia biasa, kita terlalu memikirkan hal jodoh sehingga terlupa apakah misi kita hidup di atas muka bumi ini.

Kita terlalu mempersoalkan…

Bagaimana rupa bakal suamiku?

Bagaimana akhlak bakal isteriku?

Kenapa lambat sangat jodoh nak sampai?

Adakah aku akan mati dulu sebelum bertemu jodoh?

Jangan terlalu mempersoalkan hal jodoh. Jangan terlalu risau dengan siapa kita akan berjodoh kerana ia adalah rahsia Allah SWT.

Apa yang perlu kita buat adalah dengan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah, melakukan hal-hal yang baik dan tidak dicela oleh-Nya, memperbaiki diri dan yakin akan dipertemukan jodoh atas takdir-Nya.

2. Rezeki.

Hal rezeki pula, ramai yang hanya menganggap ia adalah dari segi wang ringgit sahaja. Malah, begitu yakin bahawa rezeki itu harta semata-mata.

Namun, jarang untuk kita lihat, dikalangan kita bersyukur atas nikmat dan pemberian oleh-Nya seperti…

“Aku bersyukur kerana diberikan badan yang sihat…”

“Aku bersyukur kerana dikurniakan anak yang ramai…”

“Aku bersyukur kerana dikurniakan umur yang masih panjang…”

Dimana ia juga adalah rezeki dari-Nya.

Rezeki itu datang bilamana kita bersyukur. Kita ada rasa syukur tersebut.

Akan tetapi, kita pula yang sering mempersoalkan tentang rezeki…

“Kenapa gaji sikit..”

“Bila la nak kaya…”

“Susahnya anak ramai…”

Apabila kita yang menentukan rezeki sendiri, secara tidak langsung hati menjadi tidak tenang dan sentiasa dalam kerisauan.

3. Ajal maut.

Ajal maut juga sudah ditentukan oleh Allah SWT. Namun ada juga dikalangan kita seolah-olah menentukan ajal maut sendiri kerana terlalu mementingkan diri sendiri.

Sebagai contoh:

Situasi 1: “Takpelah aku hisap rokok, ramai je orang hisap rokok masih panjang umurnya…”

Kenapa perlu persoalkan tentang kematian dengan membuat perbandingan hidup dengan orang lain. Takdir masing-masing Allah SWT sudah tentukan.

Situasi 2: “Selagi aku tengok phone di lane paling kiri, takde la aku menyusahkan pemandu lain…”

Jangan jadi pemandu yang mementingkan diri sendiri sehingga merasakan ia selamat untuk anda, padahal ia tidak selamat untuk orang lain.

Situasi 3: “Takpela gemuk, asalkan aku bahagia…”

Sudah sedia maklum, jasad yang diberi pinjam oleh-Nya, perlulah kita menjaga dengan sebaik mungkin. Hanya dengan gaya hidup dan diet pemakanan, ia juga menjadi punca tubuh badan tidak sihat pada hari tua kelak.

Oleh yang sedemikian, 3 rahsia ini haruslah kita yakin dengan takdir-Nya. Jangan terlalu mempersoalkan seolah-olah kita adalah Tuhan.

]]>
Selalu nak jadi yang terbaik buat pasangan, hati-hati tanpa sedar anda mungkin akan depresi https://redaksi.com/8558-selalu-nak-jadi-yang-terbaik-buat-pasangan-hati-hati-tanpa-sedar-anda-mungkin-akan-depresi Thu, 17 Sep 2020 12:08:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8558 Setiap orang paling takut kalau kehilangan orang yang dia cintai. Nak-nak lagi jika pasangan itu kekasih hati ataupun bakal teman hidup. Tentunya rasa ingin menjadi yang terbaik dan juga ingin menjaga hubungan sebaik mungkin akan sentiasa dirasai.


Adatlahkan kalau ada gaduh-gaduh dalam hubungan ni. Kalau serius dan bahagia memanjang pun tak seronok juga.

Tapi, tak elok juga kalau bergaduh sampai beri kesan kepada emosi dan juga kesihatan mental.



Satu kajian yang telah dilakukan oleh University of Missouri, Columbia yang melibatkan 500 orang yang memiliki kekasih. Berdasarkan jumlah tersebut, 60 daripada mereka kerap berdepan dengan pergaduhan on, off.

Tak sehaluan

Menurut Independent, hubungan seperti ini berlaku kerana beberapa faktor seperti kurang komitmen terhadap hubungan yang dibina serta memiliki komunikasi yang buruk antara mereka.



Perpisahan juga boleh berlaku akibat daripada perdebatan kerana perbezaan atau salah seorang berlaku curang. Tapi, menjadi lebih rumit apabila kedua-duanya masih menyimpan rasa cinta.

Selalu dalam hubungan yang membuatkan anda rasa cemburu bukanlah perkara yang baik. Sentiasa berasa bimbang dan memikirkan pelbagai perkara untuk tawan hati pasangan agar dia kekal setia tentunya sangat meletihkan. Jika berada dalam situasi ini secara berterusan, ia boleh menyebabkan depresi.



Memang tak boleh bersama

Kata pakar psikologi Madeleine Manson, hubungan putus dan sambung ini sebenarnya terjadi kerana pada asasnya pasangan ini tidak boleh bersama lagi.

Jadi, jika perkara serius berlaku anda digalakan untuk berbincang secara serius sehingga dapat penyelesaian yang baik, sama ada ingin kekal bersama ataupun membawa haluan masing-masing. Jangan korban kesihatan diri untuk perkara yang belum pasti.


]]>
5 Benda Pada Wanita Yang Lelaki Pandang. https://redaksi.com/57-5-benda-pada-wanita-yang-lelaki-pandang Sat, 27 May 2017 16:59:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=57 Hal memilih pasangan ataupun teman hidup ni bukan hal main-main, kadang-kadang hensem merecik kaya raya pun ada masalah nak cari calon betul ni. Apa yang lelaki selalu pandang pada wanita sebelum mereka pilih untuk dijadikan pasangan.



1. Rupa paras.

Ini ciri super utama untuk lelaki. Ini lah jendela tarikan pada hati lelaki. Sekali pandang terus tersangkut, takde lelaki nak awek yang comot, buruk dan nampak bushuk ashem Pakwe gothic & grunge pun nak awek lawa bro.


2. Susuk tubuh.

Mengikut kajian, lelaki memang visual orangnya bentuk badan yang sedap pada mata dia, yang itulah dia pilih ia bukan kurus atau gempal. Ia tentang citarasa individu. ini kriteria utama selepas rupa paras, kadang-kadang jadi kriteria No.1 kalau rupa paras biasa biasa tapi body cun pun lelaki pilih.




3. Cara bercakap.

Lelaki paling cair kalau wanita di depannya pandai berkata-kata dan melayan masa tu abang sado pun boleh meliuk lentok bro kalau gelak baca ni, terkena batang hidung la tu kepandaian wanita bersembang dan berkata-kata akan buat lelaki angau tidur pun senyum


4. Harta.

Walaupun ini ciri yang kurang penting, tapi ia antara ciri yang dipandang lelaki sekarang sebab ia penting, menentukan bergaya ke tidak seorang wanita tu kalau kurang berharta, mestilah kurang bergaya walaupun mungkin sebahagian anda tak setuju tapi menurut kajian, memang wanita berharta lebih menarik perhatian lelaki cuma wanita berharta selalunya diminati dari jauh, sebab sesetengah lelaki takut nak tegur biasa tengok kan?


5. Persefahaman.

Lelaki boleh abaikan semua senarai di atas jika dia sudah jumpa seorang wanita yang sangat-sangat memahami dia benda ni benda paling mahal pada diri wanita kalau cun tapi clingy pun susah hidup kalau kaya tapi hidup macam kena gari pun payah kalau tak lawa lepas tu control lagi la.


]]>
Enam Soalan Wanita Yang Membuat Lelaki Pening Kepala Nak Menjawab. https://redaksi.com/1902-enam-soalan-wanita-yang-membuat-lelaki-pening-kepala-nak-menjawab Sat, 07 Apr 2018 12:26:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1902 Bagi seorang perempuan bertanya mengenai hal remeh ini adalah perkara biasa. Ia hanya untuk memastikan pasangan kita itu berlaku jujur dan bercakap benar terhadapnya. Tapi bagi seorang lelaki pula, soalan yang remeh itu hanya menyakitkan hatinya kerana ia hanya menimbulkan rasa serba salah dan tidak tahu jawaban apa yang harus diberikan. Jika jawaban yang diberikan itu salah, pasti wanitanya itu akan terluka dan merajuk. Jadi jawaban bagaimana yang harus diberikan. Tapi ramai wanita tidak tahu enam soalan ini adalah soalan yang membuat lelaki serba salah.



1. Mengapa anda ‘like’ gambar wanita itu?

Apabila wanita melihat pasangannya ‘like’ gambar seseorang di media sosial terutama Facebook atau Instagram, pasti wanita itu akan bertanya mengapa ‘like’ gambar tersebut. Jadi si lelaki ini tidak tahu jawaban apa yang harus diberikan. Jika jawaban yang diberikan ia sekadar kawan atau terlike pasti wanita akan berfikir si lelaki itu curang. Jika tidak menjawab akan merajuk pula. Tapi jika jujur akan bergaduh pula.

2. Kenapa anda tidak mencuba jadi seperti Y?

Lelaki ini tidak suka dibandingkan, jadi jangan membandingkan dirinya untuk menjadi seseorang yang anda suka atau minat. Ataupun seseorang yang lebih baik darinya. Hal ini kerana, si dia rasa kurang senang akan soalan itu.

3. Siapa yang anda WhatsApp sepanjang masa?

Kebiasaannya orang lelaki ini mempunyai banyak group WhatsApp, jadi mereka ini akan sentiasa berhubung melalui medium itu. Tapi bagi wanita, jika seorang lelaki itu sentiasa dengan telefon bimbitnya bermakna lelaki itu curang. Pasti soalan ini kerap ditanya bukan? Bila si lelaki itu kata rakannya atau group pasti anda tidak percaya. Jadi bagi pasangan anda itu sedikit privacy okay?


4. Kenapa suka lepak dengannya?

Jika seseorang lelaki itu suka lepak dengan rakan-rakannya pasti akan menjadi persoalan bagi wanita. Itu belum lagi jika teman lelakinya itu lepak dengan wanita lain. Pasti lagi tidak keruan. Ketahuilah, pasangan anda itu hanya berkawan dengan mereka tidak lebih pun. Jika anda ragu, apa kata anda ikut mereka lepak sekali.

5. Adakah dia cantik?

Soalan ini adalah soalan yang membuat si lelaki tidak tahu hendak jawab apa. Biasanya mereka akan menjawab anda lebih cantik, ini kira jawapan selamat lah. Tapi anda masih tidak percaya. Lagi-lagi kalau kata wanita itu lebih cantik dari anda, mahu mengamuk pula nanti. Ketahuilah wanita, bahawa setiap kecantikan wanita ini berlainan, jadi jangan bagi pasangan kita ini pening kepala dengan soalan maut anda.

6. Gemuk atau tidak?

Soalan ini sangat-sangat sensitif bagi wanita, jika lelaki kata ya mahu menangis tapi bila lelaki kata tidak dikata menipunya. Jadi jawapan yang mana sebenarnya yang perlu dicari ini. Eh pening lah macam ini.

Apa yang dapat disimpulkan ialah, keenam-enam soalan ini adalah soalan yang sangat remeh tapi tidak bagi seorang perempuan. Biasalah wanita kan ‘complicated’. Jadi si lelaki kena lah faham akan pasangannya itu ye.


]]>
Apakah Tujuan Sebenar Membuat Majlis Kenduri Kahwin Menurut Islam? Jom Baca! https://redaksi.com/4319-apakah-tujuan-sebenar-membuat-majlis-kenduri-kahwin-menurut-islam-jom-baca Mon, 26 Nov 2018 10:31:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4319 Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:

Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin.

Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.

Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin.

Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud:

“Seburuk-buruk makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama."

Pada masa kini, majlis perkahwinan diserikan lagi dengan berbagai hiburan, hiburan di dalam Islam dibolehkan berdasarkan hadis riwayat Bukhari daripada Aisyah r.a bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda maksudnya :

"Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan."

Dalam hadis yang bertaraf 'hasan' yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda maksudnya:

"Perbezaan antara yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan."

Berdasarkan dalil-dalil ini, dapatlah diketahui bahawa Islam tidak melarang bentuk hiburan. Hiburan dalam Islam dilihat sebagai suatu keizinan untuk menenangkan diri dan menghiburkan hati yang gundah-gulana.

Hiburan yang tidak bertentangan dengan Islam adalah alunan nasyid yang memuji kebesaran Allah SWT dan berbentuk doa dan mempromosikan akhlak Islam.

Namun, hiburan yang berbentuk karaoke campuran lelaki dan perempuan adalah dilarang.

Tambahan lagi, Islam menyarankan majlis kenduri kahwin (walimah) hendaklah diadakan cara yang sederhana tetapi meriah. Tidak membebankan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Jika kurang berkemampuan adakan majlis yang sederhana sahaja dan perlu mengundang saudara mara yang terdekat , jiran tetangga dan sahabat-sahabat yang rapat sahaja.

Tidak perlulah berhutang dan bergolok bergadai semata-mata untuk mencari kemegahan dan riak sedangkan cara seperti ini dilarang dan ditegah oleh agama.

Kenapa perkahwinan umat Islam sekarang ini tidak kekal dan berlaku penceraian walaupun umur perkahwinan tidak sampai setahun? Sedangkan kos perbelanjaan perkahwinan telah dihabiskan puluhan ribu ringgit.

Puncanya adalah tidak terdapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT kerana terdapat banyak unsur maksiat dan dosa semasa dilangsungkan majlis perkahwinan tersebut.

Oleh itu perlulah kita buangkan adat-adat melayu lama yang bertentangan dengan syariat Islam seperti adat bersanding, hiburan yang mendatangkan dosa dan mengelakkan pembaziran dengan menyediakan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Majlis prkahwinan adalah ibadah, pastikan kita tidak melanggar batas-batas syarak yang di benarkan oleh Allah SWT.

]]>
Kenapa Restu Daripada Kedua Ibu Bapa Itu Penting Dalam Perkahwinan? Jom Baca! https://redaksi.com/4699-kenapa-restu-daripada-kedua-ibu-bapa-itu-penting-dalam-perkahwinan-jom-baca Thu, 27 Dec 2018 16:11:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4699 Kedua ibu bapa adalah insan yang paling penting dalam hidup setiap anak-anak. Dan setiap tindakan yang anak-anak lakukan perlulah mendapat keizinan daripada kedua ibu bapa untuk menandakan kita adalah seorang anak yang pandai menghargai dan menghormati mereka. Malah, dengan etika sebegini akan mendapat keredhaan Allah SWT kelak, sebagaimana dengan hadith ini…

“Redha Allah terletak pada redha kedua orang tua dan murka Allah terletak pada murka kedua orang tua.” (HR Tabrani dari Ibnu Umar)

Apatah lagi berkenaan dengan hal pernikahan dan perkahwinan. Tuntutan sunnah Rasulullah SAW ini juga memerlukan restu, berkat dan redha dari kedua ibu bapa kita.

MENGAPA PENTINGNYA RESTU IBU BAPA DALAM HAL PERKAHWINAN KITA?

Tanpa restu daripada mereka, maka tiada keyakinanlah kita untuk menempuh alam perkahwinan.

Raut wajah mempamerkan senyuman, walhal jiwa bergelodak tidak mengecapi ketenteraman.

Seperti hadith di atas, setiap tindak-tanduk kita sebagai anak adalah dilihat dari keredhaan kedua ibu bapa, tanpa keredhaan mereka, Allah SWT juga akan murka. Maka, bagaimana hati sendiri mahu tenteram sementara melayari alam perkahwinan?

Terutamanya pada kaum lelaki, yang masih syurganya di bawah telapak kaki ibu. Cuba tanya hati. Cuba tanya diri sendiri. Kenapa walau sudah lama berkahwin, cuba untuk bahagia, namun gagal mencari kebahagiaan tersebut?

Pasti ada sesuatu perkara yang tidak diredhai oleh kedua ibu bapa, yang menyebabkan Allah SWT murka pada kita.

Refleks kembali….

Muhasabah diri…

Restu dan redha itu penting.

Dengan restu dan redha daripada kedua ibu bapa, ia menjurus kedua ibu bapa kita untuk mendoakan kesejahteraan perkahwinan kita. Mendoakan kebahagiaan rumah tangga anaknya. Itulah yang sebenarnya pasangan suami isteri patut kejar. Doa daripada kedua ibu bapa.

Jika kedua ibu bapa tidak merestui perkahwinan anaknya, bermakna mereka sebenarnya berkecil hati dan mulai tidak redha. Perkahwinan merupakan satu proses untuk menyempurnakan agama. Jadi sekiranya kita tidak mendapat restu mereka, adakah sempurna agama kita jika sesuatu perkahwinan itu tidak mendapat redha ibu bapa?

Dan jika ibu bapa tidak redha, adakah Allah meredhai anak itu? Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta semata-mata umumnya tidak akan kekal lama.

Jika berkahwin semata-mata kerana cinta, cinta boleh luntur....

Jika berkahwin disebabkan dorongan seksual, ia juga boleh berkurang....

Jika berkahwin kerana duit, ini juga mungkin satu hari tidak stabil....

Jika berkahwin disebabkan kecantikan, ia pasti akan pudar akhirnya....

Oleh sebab itu Rasulullah SAW menekankan bahawa perkahwinan itu adalah untuk menyempurnakan agama, malah mengikuti sunnah Baginda. Kesimpulannya, sekiranya perkahwinan itu tidak direstui oleh kedua ibu bapa hubungan pasangan suami isteri itu gagal mendapatkan keberkatan. Hilangnya keberkatan menyebabkan timbul masalah silih berganti dan timbul rasa tidak yakin dalam menghadapi masalah akibat tidak mendapat doa dan redha ibu bapa.

Tambahan lagi, sekiranya perkahwinan berbekalkan dengan restu ibu bapa, Insya Allah, Dengan Izin Allah, apabila menghadapi sesuatu masalah atau pergaduhan, secara tidak langsung kita berasa yakin untuk menyelesaikan konflik tersebut.

Perkahwinan itu sesuatu yang membahagiakan tetapi tanpa redha ibu bapa, sukar mengecapi kebahagiaan.

]]>
Jangan Terburu-Buru Dalam Perkahwinan, Setiap Orang Ada Waktunya Masing-Masing. Berkahwin Ini Bukan Perlumbaan. https://redaksi.com/7818-jangan-terburu-buru-dalam-perkahwinan-setiap-orang-ada-waktunya-masing-masing-berkahwin-ini-bukan-perlumbaan Tue, 21 Jan 2020 11:18:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7818 Apabila melihat rakan-rakan seusia mula naik pelamin terus menerus, tentu sahaja anda akan mula bimbang dan takut jika anda bakal menjadi orang yang terakhir mendirikan rumahtangga. Bimbang masih tiada yang terima diri anda bahkan bimbang tiada siapa yang meminang anda.

Jangan nak terlalu bimbang okay. Setiap orang mempunyai masa masing-masing untuk bertemu jodoh dan berkahwin. Jangan terlalu tertekan dengan apa yang berlaku disekeliling anda tetapi nikmati sahaja hidup anda ketika ini.

Kadang kala, jodoh lambat itu kerana anda sedang berdepan dengan ujian yang diberikan Allah. Jadi, anda perlu sabar, kuat dan buat sahaja macam biasa walaupun dalam hati anda bimbang dan ketakutan.

Tak perlu berlumba-lumba, kerana yang baik itu selalu dipilih dalam keadaan berhati-hati.

Kadang kala tidak elok sebenarnya memilih pasangan dalam keadaan terburu-buru, cuba untuk tenang dan pilih yang sebaik mungkin mengikut masa. Ini kerana, yang baik itu tidak akan datang saat terburu-buru, tetapi ia akan hadir apabila anda berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.



Persiapkan diri sendiri dulu barulah jumpa yang terbaik.

Sebelum berjumpa dengan jodoh, adalah lebih baik anda persiapkan diri anda untuk menjadi yang lebih baik. Tidak kiralah sebagai muslim, hamba, anak, wanita atau rakan. Ini kerana, anda tidak tahu esok atau lusa anda akan bertemu dengan jodoh atau ia menjadi hari terakhir anda di dunia ini. Maka perbaiki diri untuk dibawa sebagai bekalan.

Apa yang Allah telah sediakan buat anda tidak akan terlepas ke tangan orang lain.

Ingatlah, apa yang Allah sediakan untuk anda tidak akan diberi kepada orang lain, Allah tidak akan bertukar dengan yang lain untuk anda, kerana Tuhan adil adil dalam memberi buat hambaNya. Walaupun sejauh mana anda lari dan bersembunyi, anda akan berjumpa juga dengan yang telah ditetapkan oleh Allah.



Percaya kepada allah, sekiranya ia berada pada masa yang tepat kemudian masa yang indah akan datang

Jadi percaya kepada Tuhan, jika tiba pada waktu yang tepat maka masa yang indah pasti akan datang. Masa yang anda tunggu-tunggu itu pasti akan tiba juga, cuma yang membezakannya cepat atau lambat sahaja.

Biar lambat asalkan selamat

Kadang kala bila terburu-buru dalam perkahwinan ini tapi sebenarnya belum bersedia dan belum matang lagi, ia mungkin akan berakhir dengan perpisahan. Maka dengan itu, walaupun jodoh datang lambat sedikit tapi ia hadir saat anda sudah matang dan juga bersedia.

]]>
Tips Untuk Isteri Bercakap Dengan Suami, Supaya Suami Tidak Sakit Hati. https://redaksi.com/4708-tips-untuk-isteri-bercakap-dengan-suami-supaya-suami-tidak-sakit-hati Fri, 28 Dec 2018 16:00:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4708 Bahaya jika suami sakit hati dalam diam, lebih-lebih lagi terlalu memendam perasaan sehingga meletup satu rumah.  Secara lumrahnya lelaki memang suka mendiamkan diri apabila dilanda masalah, dan perkara ini tidak disukai oleh kaum wanita. Kenapa perlu berdiam diri sekiranya boleh berkomunikasi?

Namun, sebagai wanita yang bergelar isteri haruslah mengekalkan gaya ketimuran iaitu bercakap dengan sopan dan tidak mudah melenting sekiranya diusik oleh suami. Untuk taat pada suami adalah mudah sekiranya seorang isteri tahu peranannya yang sebenar. Pandai menjadi isteri yang sebenar berlandaskan syariat.

Syurga isteri dibawah telapak kaki suami, oleh itu janganlah lakukan sesuatu yang boleh buat suami sakit hati terutamanya dari segi pertuturan.

Jadi seorang isteri haruslah;

1. Jaga nada suara.

Jika di awal perkenalan, masih lagi bukan mahram boleh cakap manja-manja tersimpul malu dengan kekasih. Jadi, kenapa setelah berkahwin tiba-tiba jadi harimau pula? Jagalah nada suara yang sedap didengari oleh suami. Janganlah menganggap hanya suami sahaja yang tidak romantik setelah berkahwin, dah jadi isteri juga reflex kembali diri anda.

Jika dulu boleh berbisik dan mengalunkan suara yang merdu, kenapa dah kahwin perlu tengking-tengking suami?

2. Tidak melemparkan kata-kata carutan.

Setelah berkahwin pasangan suami isteri perlu banyak bersabar antara satu sama lain, kerana telah mengetahui sikap sebenar pasangan. Jadi, jangan sesuka hati melemparkan kata cacian, malah kata-kata carutan pada suami semata-mata untuk memuaskan hati sendiri. Ingat! Nak taat pada suami bukan dengan hanya melakukan urusan rumah tangga dan melaksanakan keinginan suami sahaja. Tutur kata juga perlu dijaga.

3. Elakkan menyindir suami.

Apabila suami hilang pekerjaan, kena tipu dengan kawan atau kena buli dengan rakan sekerja di pejabat, elakkan menyindir atau memperkecilkan mereka. Hormatilah suami anda dengan memberi sokongan yang padu untuknya. Jika mereka cuba untuk meluahkan perasaan, dengar luahan mereka dengan teliti dan cuba untuk mencari solusi.

4. Tidak mengungkit keburukan dan kelemahan suami.

Perkara yang paling penting dalam rumah tangga adalah dengan tidak mengungkit kisah silam. Kebanyakan para isteri gagal dalam melakukan perkara ini. Secara tidak sedar bukan sahaja mengungkit kisah silam, namun keburukan dan kelemahan suami diungkit juga. Tidak tahu apa motif, dan apa yang cuba ingin disampaikan. Jangan buat suami anda berfikir bahawa anda sebenarnya tidak dapat menerima kekurangan mereka seadanya. Hargailah suami anda.

5. Jangan membelakangkan suami.

Dan apabila suami mahu memberi pendapat dan berkata-kata, elakkan membelakangkan suami. Bertentang matalah ketika bercakap dengan suami, kerana dengan cara ini sebenarnya dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Malah, dengan cara ini menunjukkan anda menghormati setiap pendapatnya, walaupun berbeza.

Jangan lupa untuk memberi reaksi seperti mengangguk dan senyuman.

Semoga Menjadi Isteri Yang Taat Pada Suami Kelak!

]]>
Ketahui 8 Jenis Lelaki Yang Wanita Tidak Suka. Anda Lelaki Bagaimana? https://redaksi.com/140-ketahui-8-jenis-lelaki-yang-wanita-tidak-suka-anda-lelaki-bagaimana Tue, 13 Jun 2017 12:37:11 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=140 Kaum Adam adalah pelengkap dan pelindung wanita. Kasih sayang antara dua insan ini sememangnya sudah ditakdirkan untuk bersatu menjadi cinta. Betapa besarnya peranan lelaki dalam hidup seorang wanita. Bila wanita jatuh cinta, seluruh jiwa raga diserahkan demi menghargai kekasihnya itu. Namun, ada beberapa jenis lelaki yang wanita jauhi, dek kerana personaliti mahupun tabiat menjengkelkan. Nah, lapan jenis lelaki yang punya sebab mengapa wanita menjauhkan diri.



1. Lelaki meminta-minta

Baru kenal sehari dua, langsung dia berkongsi curahan rasa dan masalah tanpa curiga. Kadangkala, rahsia peribadinya turut diceritakan termasuk masalah kewangan. Mereka ini mempunyai sifat terlalu rendah diri dan tidak percaya diri walhal keyakinan dan sifat berdikari dalam diri lelaki dianggap seksi bagi wanita. Semua perkara tidak mampu untuk dilakukan sendiri. Jika lelaki terlalu bergantung kepada wanita, terutamanya di awal perhubungan, tidak mustahil pasangan meragui kebolehannya sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab dalam kehidupan.



2. Lelaki mudah dijangka.

Segala tingkah-lakunya boleh dijangka kerana mereka membuat keputusan dalam hidup berdasarkan formula dan logik. Lelaki begini takut untuk membuat kejutan istimewa kepada pasangan kerana bimbang perancangan tidak menjadi. Hidup dengan lelaki begini semestinya membosankan! Ironinya, ini antara sebab mengapa kebanyakan wanita memilih ‘bad boy’ dalam mencurah rasa cinta. Bukan sifat nakal dan jahat mereka yang wanita idamkan, tetapi tindak tanduk yang sukar diteka menjadikan hati bagai dirasuk sayang tidak terhingga.

3. Lelaki rengus.

Ego dan mementingkan diri sendiri! Tiada guna jika dia hanya bersikap baik kepada anda namun sangat menjengkelkan terhadap orang lain. Cara kita melayan orang di sekeliling menggambarkan personaliti dan nilai murni dalam diri. Tidak mustahil satu hari nanti anda pula menjadi mangsa.

4. Lelaki mata keranjang.

Sesungguhnya, wanita tidak pernah senang apabila pasangannya sibuk menjeling wanita lain ketika keluar berdua. Terlalu ramah dan bergurau senda tanpa mempeduli perasaan anda menjadikan anda makan hati! Mereka juga gemar membangga diri kehebatan sendiri tatkala ada wanita yang menjeling nakal pada susuk tubuh perkasanya. Asyik si dia sahaja yang mengungguli bicara, entah bila tiba masa anda pula berkongsi rasa?



5. Lelaki kedekut

Bukan segunung permata mahupun berlian yang dipinta, tetapi apa salahnya sekali sekala bunga menjadi pengganti jiwa? Lelaki jenis ini lebih menyayangi wang simpanannya daripada diri anda. Jangan sehingga wanita rasa diri mereka menjadi beban kepada kehidupan lelaki itu. Tidak perlu untuk memberi hadiah mahal setiap hari, namun sekali-sekala lelaki perlu berbelanja lebih untuk memberi peluang wanita rasa dihargai.

6. Lelaki kaki gaduh.

Jejaka jenis ini sering membawa setiap topik dan perbincangan kepada pertengkaran mulut yang tiada penghujungnya. Pertemuan antara dua kekasih sepatutnya menjadi waktu indah bersama namun dek kerana sikapnya yang sering mempersoalkan setiap tindakan menjadikan anda tertekan dan terpaksa berusaha menjadi yang terbaik di matanya.



7. Lelaki perasan bagus.

Dia mungkin lelaki yang tidak merokok namun itu bukan alasan untuk dia memaksa orang lain menuruti tabiatnya. Mereka menganggap apa yang mereka lakukan adalah lebih baik daripada orang lain. Mulut tidak henti-henti mengata mengenai kelemahan orang lain. Mereka juga sering menentukan perkara untuk pasangan tanpa berbincang bersama.

8. Lelaki pembenci wanita.

Wanita mana yang mahu menjalin hubungan bersama lelaki begini? Jejaka dari golongan ini sentiasa memandang negatif terhadap wanita, contohnya mereka menganggap wanita tidak mampu untuk berdikari dan lemah. Lelaki begini sememangnya perlu dijauhi kerana jika dibiarkan, anda yang rajuk sendiri dek bisa pemikiran dan mulutnya mengutuk kaum wanita.

]]>
Ikuti 5 Cara Mudah Ini Untuk Bangun Awal Pagi. https://redaksi.com/6593-ikuti-5-cara-mudah-ini-untuk-bangun-awal-pagi Tue, 23 Jul 2019 09:40:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6593 Siapa sahaja dikalangan kita sukar untuk bangun pagi?

Atau seseorang yang memang bukan digelar ‘Morning Person’?

Situasi sebegini sudah tentu sedikit sebanyak menyebabkan seseorang menjadi lesu, tidak cukup tidur, mata sembap, malah kesihatan badan tidak terjaga.

Sebenarnya Ada Cara Yang Betul Untuk Mudah Bangun Pagi, Iaitu...

1. Elakkan tukar jadual tidur secara drastik.

Sudah menjadi kebiasaan, bari orang yang bekerjaya pasti akan bangun pagi untuk menunaikan solat Subuh. Sekiranya anda sudah biasa bangun jam 6 pagi, tetapi kemudian esok harinya mahu bertukar ke jam 4 pagi, takut sistem badan terkejut dan tidak bersedia menerima perubahan mengejut ini. Oleh sebab itu, majorit daripada kita akan berasa lesu dan penat pada siang hari di pejabat.

Jadi, amalkan untuk bangun awal secara berperingkat untuk ‘mendidik’ tubuh badan kita bersedia dengan jadual berperingkat ini.

Minggu ni jam 6 pagi, minggu depan 5.30 pagi pula, minggu depan 5 pagi pula. Dengan kaedah ini, sistem tubuh badan tidak mudah terkejut.

2. Perlu konsisten untuk tidur awal.

Apabila sudah merancang untuk bangun awal pagi, anda perlu konsisten untuk tidur seawal yang mungkin. Sekiranya anda tidur dalam jam 12 tengah malam, dan jangka boleh bangun 4 pagi, ia agak mustahil kerana tubuh badan bangun dalam keadaan yang tidak segar. Sekurang-kurangnya anda perlu target untuk tidur 6 jam untuk setiap malam. Tidur pada jam 10 atau 11 malam yang boleh.

Related image

3. Perlu dapatkan ‘Deep Sleep’.

Sebenarnya, untuk menghasilkan tidur yang berkualiti, anda perlu dapatkan ‘Deep Sleep’ supaya anda berasa segar setelah bangun dari tidur. Deep sleep ini adalah tidur yang lena sampai anda tidak sedar apa yang berlaku pada keadaan sekeliling.

Pernah atau tidak, anda tidur awal sekitar 9 malam, kemudian terjaga pada awal pagi dengan mata bulat dan badan yang segar?

Sekiranya ini yang sering berlaku, anda sebenarnya telah pun menghasilkan tidur yang berkualiti. Akan tetapi, kalau anda cuba tidur balik, ini yang menyebabkan badan anda lesu pada jam 6 pagi. Ini kerana tidur malam anda menjadi second cycle, bilamana kita bangkit badan tidak lagi menjadi segar. Jadi, elakkan tidur balik sekiranya terjaga pada waktu tersebut.

Namun, Deep Sleep ini bergantung pada setiap individu.

4. Cuba untuk bangun secara natural tanpa menggunakan jam loceng.

Ingat lagi point nombor satu di atas, apabila kita mempunyai jadual tidur berkala dan tidak bangun secara drastik dan mengejut, cuba pula untuk bangun tanpa menggunakan alarm telefon bimbit atau jam loceng. Kaedah ini sebenarnya mampu untuk kita banguh dalam keadaan yang segar.

Apabila sudah membiasakan tubuh badan dengan jadual tidur yang berkala, tidak hairan sekiranya anda mudah bangun sahaja tanpa alarm. Tapi kalau tidur balik lepastu, memang terjaga lewat nanti. Jangan biasakan.

5. Didik badan untuk tidur waktu betul-betul bersedia untuk tidur.

Ada juga segelintir daripada kita terpaksa kerja sampai lewat malam, sehinggakan tak sempat nak mandi atau buang solekan pada wajah, dan terus tidur. Jangan biasakan badan anda untuk tidur waktu badan belum bersedia untuk tidur sebenarnya, lebih-lebih lagi ketika badan masih lagi belum bersih. Keadaan sebegini sebenarnya membuatkan badan anda menjadi letih dan lesu esok hari.

Tidurlah selepas mandi, makan dan solat Isyak.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!



]]>
'Rezeki suami terletak pada redha isteri?' - Mufti Wilayah Perseketuan bidas kenyataan 'Instafamous' https://redaksi.com/9715-rezeki-suami-terletak-pada-redha-isteri-mufti-wilayah-perseketuan-bidas-kenyataan-instafamous Sat, 13 Feb 2021 15:10:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9715 Baru-baru ini telah tular satu video yang dimuat naik oleh seorang instafamous berkenaan dengan 'Rezeki suami terletak pada redha isteri'. Kenyataan itu mendapat pelbagai tanggapan dan tidak kurang juga yang menentang.

Bagi memulihkan semula keadaan yang semakin tegang, tampil seorang individu bertanya soalan berkaitan isu tersebut secara terus kepada pihak mufti Wilayah Persekutuan.

Perlu diperjelaskan dengan betul

Bagi mengelakkan isu tersebut berpanjangan dan berlakunya salah faham oleh banyak pihak, berikut adalah jawapan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

 

 

Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati apabila mengeluarkan sebarang kenyataan yang berkaitan dengan akidah. Hal ini adalah kerana akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat masa kini.

]]>
“Jadilah Ibu Bapa Yang Bijak, Jangan Habiskan Duit Hantaran Yang Diterima..” Pesan Lelaki Ini. https://redaksi.com/6340-jadilah-ibu-bapa-yang-bijak-jangan-habiskan-duit-hantaran-yang-diterima-pesan-lelaki-ini Fri, 21 Jun 2019 22:56:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6340 Diikutkan tipikal adat melayu berkenaan dengan perkahwinan adalah, hantaran wajib ada. Kemudian pihak lelaki juga perlu menyediakan wang kenduri untuk pihak perempuan dimana ia menyeksa jiwa raga bakal pengantin lelaki.

Sehingga ada yang menjadi anak derhaka dan sebagainya.

Pada masa kini, jangan jadi ibu bapa tipikal mengikut trend terkini…

Tetapi jadilah ibu bapa yang bijak dalam mengendalikan perkahwinan anak-anak, perlu ikut landasan islam & syariat. Malah, jangan mengikut keinginan dan kepuasan hawa nafsu sahaja.

Berikut adalah perkongsian dan nasihat daripada saudara Azizul Azli Ahmad berkenaan dengan isu ini…

********

Related image
Gambar Sekadar Hiasan. Kredit: Google.

#TabungKahwin.

1. Kita ada satu budaya kahwin, habiskan duit hantaran yang diterima.

Ia tiada dalam amalan agama sebenarnya.

2. Duit kenduri harusnya dari ibubapa pengantin sendiri, kenduri atas rasa syukur anak kita bakal dilamar dan jadi raja sehari.

"Ada sikit buat sikit, ada banyak buat banyak. Ikut kemampuan kita".

3. Selepas kahwin kehidupan lebih mencabar.

Jadilah ibu bijak seperti Puan ini. Ketika orang mintak duit dari kita, kita sediakan panduan atau syarat nak buat apa.

Kita juga ada hak kerana ia duit kita. Jangan nak habiskan begitu saja.

Image may contain: 1 person, text

4. Runding secara baik dan bijaksana, santuni rombongan meminang kita dan nyatakan apa yang kita akan buat dengan duit itu.

"Jika dapat duit itu, dijadikan deposit rumah pertama buat mereka. Mereka juga dapat rumah lepas kahwin nanti.".

"Hantaran ini kami beri dalam bentuk dinar emas, agar lebih terjaga nilainya".

"Anak saya dah beli rumah, cadangnya nak dijadikan hantaran nanti rumah ini.".

"Kenduri nie kita buat kecil sahaja, lebih duit nanti untuk mereka mula hidup nantinya".

"Barang hantaran kita beli mesin basuh, peti sejuk, periuk nasi sebab semua tu nak guna nanti".

5. Jadi ibubapa yang bijak urus perkahwinan anak kita.

Kahwin itu sekali, biarlah kekal abadi. Bukan meriah, tetapi merempat susah.

Pernikahan tidak saja berisi pelukan tapi juga perkelahian, jika tiada wang.

#MudahDanBijakUrusanKahwin

********

Semoga Bermanfaat Dan Semoga Permudahkan Perkahwinan Anak-Anak Generasi Sekarang!

]]>
5 Sebab Nak Pilih Pasangan Hidup, Bukan Perkara Main-Main. https://redaksi.com/134-5-sebab-nak-pilih-pasangan-hidup-bukan-perkara-main-main Sat, 10 Jun 2017 23:57:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=134 Siapa pasangan hidup anda akan memberi impak yang besar kepada hidup anda. Memang tak ada orang yang sempurna, tapi ada orang yang lebih baik dari yang lain. Dan lebih baik sendiri daripada kahwin dengan seseorang yang hanya akan menyusahkan hidup anda. Hidup sendiri pun satu rahmat kerana perkahwin dengan orang yang salah boleh jadi satu mimpi ngeri. Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu buat pilihan yang betul;



1. Ia akan memberi kesan kepada agama anda.

Kalau si dia seseorang yang tak pentingkan agama, hentikan hubungan anda sekarang. Mungkin dia kata dia boleh berubah tapi kalau dia tak pernah usaha untuk mencari Tuhan, jangan bazirkan masa anda. Hubungan ini hanya akan menggugat iman anda, mengganggu ibadah anda, dan buat anda lupa pada teman-teman yang baik.

2. Ia akan memberi kesan kepada emosi anda.

Adakah si dia akan memberi sokongan pada anda, sayangkan anda, layan anda dengan baik, cuba fahami anda, atau lebih nak melepak dengan kawan-kawan walaupun anda sedang susah? Adakah dia akan dengar luahan hati anda atau dia lebih minat dengan permainan video? Adakah dia akan rasa rimas atau pinjamkan bahunya bila anda menangis? Mungkin nampak tak penting sekarang, tapi bila anda sedang belajar menyusukan anak dan perlukan pertolongan, anda akan perlukan pasangan hidup yang sama-sama berada di sisi anda.



3. Ia akan memberi kesan kepada keadaan fizikal anda.

Isteri yang baik kena memahami kemampuan suaminya. Tapi suami pun perlu sediakan keperluan asas untuk seorang isteri. Selepas kahwin, mampukah si suami sediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan untuk isterinya? Tak perlu hidup yang mewah, tapi cukuplah suami yang tahu kepentingan tanggungjawabnya. Sebagai isteri, anda pun boleh bantu suami tapi anda tak patut tanggung beban ini seorang diri. Mungkin sekarang anda rasa cinta memang perlukan pengorbanan tapi macam mana bila usia perkahwinan dah menjejak 5, 10 tahun tapi si dia masih lagi di takuk yang sama?

4. Ia akan memberi kesan kepada fikiran anda.

Adakah si dia akan melegakan kerisauan anda atau menjadi sumber kerisauan anda? Adakah dia akan sokong anda untuk sentiasa majukan diri atau akan memperkecilkan kebolehan anda? Adakah dia akan hargai pendapat anda atau abaikan saja kata-kata anda? Suami isteri sepatutnya saling menyokong dan memberi semangat kepada satu sama lain, bukan letakkan anda di tepi supaya dia boleh rasa lebih besar dari anda.



5. Ia akan memberi kesan kepada hubungan sosial anda.

Walau macam mana pun hubungan anda dengan ibu bapa anda, ada mesti sayangkan mereka kan? Jadi akan perlukan pasangan yang sama-sama sayangkan ibu bapa anda. Kalau sebelum kahwin dia tak suka, perasaan itu takkan berubah selepas kahwin. Malah selalunya ia akan bertambah buruk kerana anda perlu bahagikan masa antara pasangan dan keluarga serta keluarga mertua anda. Memang suami patut jadi keutamaan seorang isteri, tapi ibu bapa tetap penting dalam hidup anda. Mereka yang besarkan anda dan selama ini dah bersusah payah untuk anda. Bila anda berkahwin, hubungan anda dengan ibu bapa mungkin jadi lebih baik atau lebih buruk, bergantung kepada penerimaan pasangan anda. Jangan korbankan hubungan anda dengan ibu bapa, saudara mara atau kawan-kawan untuk seseorang yang tak tahu nak hargai anda. Jadi pilih dengan sebaiknya!

Jadi pasangan anda jenis yang macam mana?

Jangan terlalu terdesak untuk kahwin sampai anda sanggup berkahwin dengan seseorang yang menjadikan anda murung. Jangan letakkan diri anda dalam situasi tersebut. Seorang suami sepatutnya boleh membimbing dan melindungi anda, bukan menyusahkan hidup anda dengan kemahuan dan tindakannya yang bukan-bukan. Jadi jangan kahwin dengan seseorang yang tak boleh pimpin anda dengan baik. Jangan kahwin dengan seseorang tak mencintai anda kerana Allah SWT.

 

]]>
Buat Ibu-Ibu, Mari Amalkan Doa Ini Buat Anak-Anak. https://redaksi.com/5563-buat-ibu-ibu-mari-amalkan-doa-ini-buat-anak-anak Sun, 24 Mar 2019 01:00:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5563 Dalam setiap doa ibu bapa pasti tidak akan penah tertinggal nama-nama anak mereka ini. Bahkan setiap doa itu pasti ke arah kebaikan untuk anak-anak. Tidak pernah ada ibu bapa yang mahu perkara tidak baik berlaku kepada anak-anak mereka. Malah ibu bapa juga sentiasa ingin memastikan doa buat anak-anaknya itu akan termakbul seperti yang diinginkan.

Maka dengan itu, cara dan doa yang betul sudah pasti amat perlu dilakukan dan diamalkan agar setiap yang dihajati itu menjadi kenyataan.



Perkongsian dari kuliah Ustazah Asma' Harun.

ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin.

ALLAH Yang Maha Menjaga, ALLAH Yang Maha Mengawasi.

Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin pelihara dan jagalah anakku. Ya ALLAH aku serahkan anakku dalam jagaan dan peliharaan-MU.

Kalau anak nak terpengaruh dengan benda tak elok di sekolah, di universiti atau tempat kerja dia, ALLAH akan jaga dia. ALLAH akan lindungi dia dari pengaruh yang tak elok.

Anak kita pergi sekolah, balik selamat.
Siapa yang jaga?

Anak kita di rumah kita tak mampu nak jaga. Daripada kecil sampai besar bukan kita yang jaga anak-anak kita. Wahai para ibu ayah tolong faham perkara ini.

Kadang kita sebut mak jaga engkau daripada kecik sampai besar.
Sebenarnya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin yang jaga anak kita.

Mak yang bagi makan, susah payah mak ayah bekerja bagi kau makan apa semua. Sebenarnya ALLAH Ya Razzaq yang bagi rezeki pada anak tu. Kita adalah perantaraan saja.

Mak yang bagi kau kasih sayang sampai tak tidur malam.
ALLAH Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud yang beri kasih sayang kepada anak tapi kita perantaraan ALLAH.

Mak yang besarkan kau.
ALLAH Ya Kabir Ya Mutakabbir ALLAH Yang Besar dan Maha Membesarkan, bukan kita.

Tolong jangan sandarkan kepada kita akhirnya kita bimbang kita buat semua kerana anak bukan kerana ALLAH.

Firman ALLAH dalam Quran ALLAH sebut gambaran penghuni di Padang Mahsyar ALLAH akan melemparkan amalan masing-masing ke muka masing-masing, lalu ALLAH berkata,

"Pergilah kamu kepada mereka yang kamu berbuat untuk mereka ketika di dunia dahulu adakah mereka boleh beri kamu pahala?"

Na'uzubillah kalau hidup kita rupanya kita buat untuk anak. Bila anak tak menghargai, kita kecewa. Bila anak esok tak jaga kita, kita kecewa kita akan ungkit. Bila anak tak bagi duit kita kecewa kita ungkit apa yang kita buat. Na'uzubillah. Susah payah kita mengandung, melahirkan anak sampai nak habis nyawa rupanya kita hanya mengharapkan penghargaan anak. Na'uzubillah. Esok susah payah kita itu akan dicampakkan semua. Masya-ALLAH.

Cuba hafal Surah Ar-Rahman ayat 1 hingga 4.

Sebelum pergi sekolah dan sebelum tidur,

Letak tangan atas kepala anak dan doa seperti berikut :

1. Ya ALLAH Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya ALLAH jagalah anakku ini Ya ALLAH. Aku serahkan anakku dalam jagaan dan pengawasan-MU.

Kemudian baca:

2. Ar-Rahman ayat 1-4.


اَلرَّحۡمٰنُۙ‏
- Ya ALLAH Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang.


عَلَّمَ الۡقُرۡاٰنَؕ‏
- Yang mengajarkan Al-Quran.


خَلَقَ الۡاِنۡسَانَۙ‏
- Yang menjadikan anakku ini insan, jadikan dia insan.


عَلَّمَهُ الۡبَيَانَ
- Ajarkanlah anakku ini ilmu Al-Bayan, ilmu yang jelas, kemahiran untuk bercakap, kemahiran untuk mendapatkan ilmu, beramal dengan ilmu.


Itu sebut bayan. Kalau anak kita dapat ilmu saja tak cukup, tapi kalau dapat Al-Bayan, bila dapat ilmu dia faham dan dia ada kekuatan untuk beramal.

Pagi-pagi dan sebelum tidur dapat baca yang tu pun Subhanallah. Kita serahkan jagaan kepada ALLAH.


سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ اِلا بِا للهِ الْعَلَيِ الْعَظَيْمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

]]>
Selain Kopi, Ini 8 Bahan Lain Yang Mengandungi Sumber Kafein. https://redaksi.com/5612-selain-kopi-ini-8-bahan-lain-yang-mengandungi-sumber-kafein Thu, 28 Mar 2019 01:28:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5612 Sesetengah orang mungkin mempunyai alahan terhadap kopi di mana apabila terhidu atau meminumnya akan berdepan dengan sakit kepala ataupun berasa pening. Bukan itu sahaja, mungkin juga kita penggemar kopi tetapi mahu mengurangkan pengambilan kafein dalam rutin harian ini.

Tahukah anda, variasi dalam genetik menyebabkan 70% daripada populasi dunia terkesan dengan rangsangan kafein manakala selebihnya tidak. Kajian mendapati ini adalah disebabkan perbezaan pada gen ADORA2A yang dikaitkan dengan gangguan tidur kesan peningkatan pengambilan sumber kafein. Jika anda berada dalam golongan 70% tersebut, anda pasti tahu bagaimana rasanya kafein membantu anda kekal segar untuk memulakan kerja di pagi hari.

Pengambilan kopi atau teh merupakan sumber kafein yang paling popular di dunia, namun kafein sebenarnya bukanlah terhad kepada sebatian semulajadi ini sahaja. Terdapat beberapa makanan, minuman, dan juga ubat-ubatan yang mengandungi sejumlah besar kafein. Jika anda mengambilnya sebelum waktu tidur, ini mungkin akan mengganggu tidur anda. Bahkan “kopi tanpa kafein” sendiri mengandungi sekurang-kurangnya dua hingga 12 miligram kafein, yang cukup untuk merangsang anda daripada melelapkan mata.



Oleh itu, kenali sumber kafein yang lain seperti makanan atau minuman berikut:

1. Coklat



Kafein secara semula jadi ditemui dalam biji koko, jadi kebanyakan coklat mempunyai kafein. Jumlah kafein dalam coklat berbeza-beza, bergantung kepada bahan-bahan bar coklat, tetapi secara amnya, lebih gelap coklat tersebut, lebih banyak kafeinnya. Satu bar coklat Hershey’s Special Dark, sebagai contoh, mempunyai kira-kira 31 miligram (jumlah yang hampir sama dengan satu tin minuman cola).

2. Aiskrim dan Yogurt beku



Jika anda menggemari aiskrim atau yogurt beku perisa coklat atau kopi, kandungan kafein dalam hidangan tersebut mungkin mencecah sehingga 30 ke 45 miligram.

3. Minuman Tenaga



Kebanyakan jenama minuman tenaga mengandungi 2 ramuan utama: gula dan kafein. Biasanya, satu tin minuman tenaga boleh mengandungi lebih daripada 80 miligram kafein

4. Bijirin Sarapan



Bijirin sarapan yang berperisa coklat mungkin mengandungi sehingga 11 miligram kafein. Semak label makanan anda untuk mengenal pasti kandungan kafein tersembunyi.

5. Puding

puding adalah makanan kegemaran, anda mungkin terkejut mengetahui bahawa ia juga mungkin mengandungi kafein sehingga 10 miligram kafein, terutama jenis rasa coklat. Oleh itu, mengambil puding sebelum tidur mungkin bukanlah hidangan yang paling sesuai.

6. Minuman Koko panas



Dalam renyai hujan di waktu malam, menikmati minuman koko panas mungkin sangat menenangkan tetapi ia juga boleh membuat anda tidak dapat melelapkan diri. Campuran koko panas mungkin mengandungi sehingga 9 miligram kafein. Daripada menikmatinya di waktu malam, anda boleh menggantikan rutin pagi anda dengan hidangan ini yang kurang kandungan kafein, iaitu 1/10 sahaja daripada secawan kopi.

7. Ubat-ubatan PMS

Walaupun ubat-ubatan ini membantu melegakan sakit senggugut dan masalah haid yang lain, banyak jenama ubat PMS popular menggabungkan kafein ke dalam produk mereka. Panadol Menstrual, contohnya mengandungi sehingga 65 miligram kafein. Ini kerana kafein adalah diuretik (membuatkan anda kencing), jadi ia mengurangkan masalah kembung. Tetapi jika anda mengalami kesakitan pada waktu malam, ubat-ubatan ini mungkin mengganggu tidur anda.



8. Ubat Tahan Sakit

Anda mungkin terkejut untuk mengetahui bahawa kafein adalah bahan tambahan yang biasa dalam kebanyakan ubat sakit kepala. Kajian mendapati bahawa kafein boleh meningkatkan kesan kelegaan daripada aspirin dan acetaminophen. Tetapi kerana kafein bersifat sebagai perangsang, anda mungkin mahu memikirkan semula sebelum mengambilnya pada waktu tidur.

]]>
17 Tanda Seseorang Lelaki Itu Sedang Jatuh Cinta Dengan Anda. https://redaksi.com/522-17-tanda-seseorang-lelaki-itu-sedang-jatuh-cinta-dengan-anda Thu, 20 Jul 2017 10:41:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=522 Tanda Lelaki Jatuh Cinta. Adakalanya, orang yang kita suka, tak suka kepada kita. Dan bila orang suka pada kita, kita pula tidak suka padanya! Namun saat paling indah adalah apabila anda saling menyukai antara satu sama lain. Terasa dunia ini milik anda berdua. Pastinya anda berminat untuk tahu tanda-tanda si dia jatuh cinta kepada anda bukan?



1. Mula menegur.

Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan apabila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali anda yang diminati. Anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja atau sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya.



2. Sentiasa ingin dekat.

Bila hati dah mula sayang, si dia akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja anda pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.



3. Mengajak keluar.

Ini adalah langkah seterusnya bila si dia meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, si dia juga tentu mahu mengenali anda dengan lebih rapat lagi. Tentu saja anda akan diajak keluar sambil bertukar-tukar cerita. Walaubagaimanapun anda haruslah berhati-hati kerana si dia baru dikenali. Maka sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.



4. Dia selalu menghubungi anda.

Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu si dia akan berusaha mendapatkan nombor telefon anda dan mahu berbual dengan anda. Kadang-kadang tak ada perkara yang ingin dibualkan pun tapi oleh sebab si dia rindu nak dengar suara anda,dia menelefon anda dengan kerap. Jika seorang lelaki memanggil anda dengan kerap dan anda berdua mempunyai rutin perbualan yang panjang hingga ke tengah malam, bermakna hatinya sedang berbunga-bunga! Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.



5. Dia akan panik jika anda terluka.

Jika anda terluka secara fizikal atau mental, dialah orang yang paling risau tentang anda. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mengubat luka anda.



6. Dia sentiasa mengutamakan anda.

Sebagai contoh, ketika anda ingin minta pertolongan dia untuk lakukan sesuatu, dia akan berhenti dari kerja yang dia lakukan dan tolong anda tanpa teragak – agak. Malah, dia juga akan tolong anda dengan bersungguh – sungguh dan dia juga akan pastikan perkara tersebut diselesaikan dengan segera.



7. Dia dapat tangkap isi hati anda.

Seorang lelaki suka akan anda jika dia tahu apa yang anda fikirkan. Dia tahu anda sedang marah, gembira atau apa sahaja mood yang sedang anda ada ketika itu. Bahkan dia juga sedia mendengar masalah anda dan kadangkala dia akan gembirakan anda dengan bermacam cara jika dia tahu anda sedang sedih.



8. Dia tahu banyak hal mengenai anda.

Anda merupakan wanita yang bertuah sekiranya si dia tahu perkara yang disukai dan perkara yang tidak di sukai oleh anda. Jika ada lelaki yang mahir mengenai kesukaan dan kebencian anda, dia sebenarnya suka pada anda. Maka anda perlulah menghargai si dia.



9. Dia merenung anda ketika anda tidak melihatnya.

Lelaki yang menyukai anda, akan merenung anda ketika anda tidak melihatnya. Dia sangat kagum akan diri anda dan ingin sentiasa melihat anda.

10. Dia melindungi anda.

Dia sering bimbang tentang keselamatan anda dan prihatin tentang sesiapa yang berada di sekeliling anda. Ini juga boleh menjadi tanda bahawa dia mengambil berat tentang anda lebih mendalam daripada apa yang anda fikirkan.



11. Dia cemburu.

Ini adalah tanda-tanda normal bila seseorang sukakan anda. Dia mudah cemburu apabila anda banyak menghabiskan masa dengan orang lain dan mudah menjadi cemburu bila ada lelaki mendekati anda. Jika dia menyoal anda tentang status anda bersama dirinya, jaga-jaga, mungkin dia mahu meneruskan hubungan ke tahap seterusnya.



12. Dia berkongsi perasaan dengan anda.

Lelaki memilih tentang perkara yang mereka dedahkan dan kepada siapa. Perasaan mereka, emosi dan kebimbangan diberitahu kepada yang mereka percaya sahaja. Jadi, kalau anda menjadi tempat dia meluah masalah dan perasaan, maknanya dia mempercayai anda dan anda mungkin mempunyai tempat yang sangat istimewa di dalam hatinya.



13. Dia selalu puji anda.

Dia selalu prihatin dengan apa yang ‘lain’ dengan diri anda dan tidak lokek untuk memberikan anda pujian. Dia juga tidak kisah dengan personaliti anda dan menerima anda seadanya.

14. Dia memberikan layanan “ kelas pertama”.

Lelaki selalunya hanya bersikap biasa atau natural apabila dia menganggap seseorang itu hanya kawan. Tapi apabila dia sudah mula meletakkan kamu di kedudukan yang istimewa,tentunya kamu akan dilayan dengan begitu baik ibarat puteri kayangan. Sanggup tunggu berjam-jam di luar rumah dan tidak kisah berhujan atau berhujan terik semata-mata ingin kamu melihat pengorbanannya.



15. Dia bersetuju dengan pendapat anda.

Jika seorang lelaki itu tegas menyokong dan bersetuju dengan pandangan anda,itu bermaknanya dia cuba untuk mendekati anda dengan lebih lagi. Bukan sekali dia bersetuju dengan anda,bahkan setiap keputusan yang anda lakukan, dia sentiasa menyokong anda.



16. Dia kerap menghantar mesej kepada anda.

Walaupun sesibuk mana, si dia masih sempat menghantar mesej ataupun meninggalkan tweet anda kepada anda walaupun dengan hanya berkata ‘Hai’. Ini menunjukkan anda berada di fikirannya setiap saat.



17. Dia memilih untuk berkahwin.

Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Sesetengah orang menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan saja tapi ada juga yang serius hingga ke jinjang pelamin. Pilihan itu ada di tangan anda sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia membuat keputusan paling bijak yang terbaik untuk semua pihak.



Info Extra

Bila Wanita Jatuh Cinta Pada Seorang Lelaki. Sikap wanita kadangkala sukar untuk dimengertikan serta difahami. Wanita lebih bersikap mendiamkan diri dalam perkara-perkara yang melibatkan cinta dan perasaan tetapi dalam hatinya memberontak mahukan sesuatu.Mereka kadangkala ego untuk memberitahu sesuatu kepada sang lelaki bahawa mereka menyukainya dan lebih suka menunggu lelaki yang memulakan dahulu. Jaga adab timur katanya. Mari kita lihat tanda-tanda wanita sudah jatuh cinta kepada seseorang lelaki tersebut:



“Anda diperkenalkan kepada rakannya”.

Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: ‘Ini aku punya’, dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.



Dia tidak pernah memburuk-burukkan anda.

Jika anda perhatikan, ada wanita yang tidak pernah burukkan-burukkan anda, sebenarnya dia ada hati pada anda. Contohnya ketika anda melakukan kesalahan, dia seorang sahaja yang tidak menyalahkan anda. Sebaliknya dia berusaha mempertahankan anda. Dia juga hanya berkata-kata baik mengenai hal peribadi anda. Dari matanya, dia ingin selalu memberi galakan pada diri anda.



Dia suka bersembang dengan anda.

Apabila wanita itu suka atau jatuh cinta pada anda, dia akan selesa apabila bersembang dengan anda. Dia akan cuba untuk ikut rentak hidup anda dan akan cuba untuk bersembang perkara yang betul dengan anda. Bagi dia, dia mahu menarik perhatian anda dengan kebijaksanaan yang dia ada.



Tampil lebih cantik apabila bertemu.

Apabila anda mengajaknya bertemu atau makan malam,dia akan tampil lebih cantik dari kebiasaan. Ini kerana dia ingin menarik perhatian anda dan membuatkan anda berasa bangga kerana memilikinya. Sebaliknya apabila dia tidak menyimpan perasaan cinta pada anda maka dia cenderung acuh akan penampilan dan dandan apa adanya. Tapi ini juga tak boleh dijadikan penanda aras utama kerana ada jenis-jenis wanita tertentu yang memang lebih suka tampil kasual atau mungkin memang tidak pandai berpakaian. Jika anda melihat wanita itu ada salah satu atau semua tanda di atas, ini bermakna sebenarnya wanita itu sudah jatuh hati pada anda. Jika benar wanita tersebut ada menunjukkan tanda tanda ini, anda boleh teruskan perhubungan anda ini ke tahap yang lebih serius.

]]>
Jodoh Itu Pun Rezeki, Ini Amalan Pembuka Rezeki Yang Patut Kita Sama-Sama Amalkan. https://redaksi.com/8299-jodoh-itu-pun-rezeki-ini-amalan-pembuka-rezeki-yang-patut-kita-sama-sama-amalkan Wed, 24 Jun 2020 23:56:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8299 Bila bercakap pasal rezeki, ramai yang akan kaitkan dengan wang ringgit dan makanan saja. Sedangkan rezeki itu meluas maksudnya. Dapat hidup selesa itu rezeki, dapat kesihatan yang baik itu juga rezeki.

Bukan itu saja, jodoh yang baik dan jodoh yang datang itu juga rezeki. Jangan tersilap kerana setiap perkara yang berada di sisi kita ialah pemberian daripada Allah.


Antara usaha ataupun amalan yang boleh kita lakukan untuk membuka pintu rezeki ialah:

1. Bersedekah / infak

Abu hurairah RA pernah menyebut bahawa Nabi SAW bersabda “ Tiada suatu hari pun yang dilalui oleh seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa Ya Allah, berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat yang satu lagi berdoa Ya Allah, berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut) kemusnahan’’ – Sahih Bukhari dan Muslim



2. Berdoa

Janji Allah kepada hambaNya ialah untuk memperkenankan doa setiap hambaNya. Jadi setiap doa yang dipanjatkan kepada Allah itu merupakan satu cara untuk mengadu kepada Allah perkara yang kita hajati. Menerusi kaedah berdoa yang betul, InsyaAllah apa yang diharapkan akan dimakbulkan.

3. Membaca Ayat Seribu Dinar

Ramai di antara kita yang menghafal ayat 2 dan 3 dari Surah At-Talaq, teruskan hafalan dan bacaan kerana dengan istiqamah membacanya kita akan memperoleh rezeki yang tidak disangka-sangka. Kita juga akan mendapat jalan keluar dari segala masalah dan mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana.



4. Solat Dhuha

Mari praktikkan solat dhuha dalam kehidupan kita. Solat dhuha ini mempunyai doa yang khusus yang di dalamnya kita memohon supaya pintu rezeki kita diluaskan. Semakin banyak kita berdoa dan beramal soleh maka permohonan kita lebih mudah dimakbulkan oleh Allah.

Jom sama-sama kita amalkan.



]]>
Buat Yang Belum Bertemu Jodoh, Jom Amalkan Doa Ini. https://redaksi.com/1568-buat-yang-belum-bertemu-jodoh-jom-amalkan-doa-ini Sat, 10 Mar 2018 09:34:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1568 Jangan khuatir jika jodoh orang lain datang dahulu sebelum anda. Masing-masing telah ditetapkan jodohnya. Cuma masanya belum tiba buat anda. Apa yang penting sentiasa yakin dan terus istiqamah bawah jodoh akan tiba apabila tepat waktunya. Namun sambil mencari dan menunggu itu, tidak salah sekiranya anda melakukan sedikit amalan-amalan agar urusan jodoh anda dipermudahkan. Terdapat beberapa potongan ayat al-Quran yang boleh dijadikan bacaan dalam doa harian anda.



Doa Untuk Lelaki

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجَةً طَيِّبَةً أَخْطُبُهَا وَأَتَزَوَّجُ بِهَا وَتَكُوْنُ صَاحِبَةً لِى فِى الدِّيْنِ وَالدُنْيَا وَالْأَخِرَةِ

Robbi Hablii Milladunka Zaujatan Thoyibbah Akhubuha Wa Atzawwaj Biha Watakuna Shoohibatan Lii Fiddiini Waddunyaa Wal Alkhiroh

Ertinya: Ya Allah berikanlah kepada ku isteri terbaik dari sisi-Mu, isteri aku lamar dan nikahi, dan isteri yang menjadi sahabatku, dalam urusan agama, urusan dunia serta akhirat nanti.


Doa Untuk Perempuan

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدِّيْنِ وَالدُنْيَا وَالْأَخِرَة

Robbi Hablii Milladunka Zaujan Thoyibban Wayakuna Shoohiban Lii Fiddiini Waddunyaa Wal Alkhiroh

Ertinya: Ya Allah, berikan ku suami terbaik dari sisi-Mu, suami dan sahabat ku dalam urusan agama, urusan dunia serta di akhirat nanti.



Selain itu, terdapat juga doa yang lebih mudah yang boleh anda amalkan sebagai rutin harian anda.

رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْوَٰرِثِينَ

Robbi Laa Tadzarni Fardan Wa Anta Khoirul Waaritsin

Ertinya: Ya Tuhan ku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling baik.


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Rabbana Hablana Min Azwaajina, Wa Dzurriyyatina Qurrata A’yuniw, Waj’alna Lil Muttaqiena Imaamaa.

Ertinya: Ya Tuhan kami, anugerahkan lah kami jodoh (isteri-isteri) kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), jadikan kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

 

Teruskan berdoa dan berharap agar anda dijodohkan dengan jodoh yang baik-baik dari-Nya.

]]>
Ingin Stalk Media Sosial Bekas Kekasih Anda? Itu Adalah Satu Rancangan Yang Buruk. https://redaksi.com/2618-ingin-stalk-media-sosial-bekas-kekasih-anda-itu-adalah-satu-rancangan-yang-buruk Wed, 27 Jun 2018 12:47:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2618 Perasaan ingin tahu tentang perkembangan bekas kekasih adalah satu perasaan yang biasa bagi mereka yang masih belum move on. Mengapa? Hal ini kerana, anda masih ingin tahu keadaan dan siapakah pasangan barunya. Jika anda sudah move on, siapa pasangan baru ataupun bagaimana kehidupan si dia itu sudah tidak penting bagi anda. Berikut adalah sebab mengapa melihat laman media sosial bekas kekasih anda adalah satu perkara yang buruk.


1. Kenangan lama kembali semula.

Mungkin bagi anda kenangan itu telah dilupakan. Tetapi ia boleh kembali semula apabila anda melihat wajah dan gambar si dia. Maka dengan itu, mula lah anda akan teringat kembali akan perkara lalu.

2. Rasa rindu akan kembali.

Dia seorang yang penting dalam hidup anda pada masa lalu. Agak mustahil apabila anda melihat kehidupannya yang sekarang ini tidak akan membuat anda rasa rindu dengan dirinya. Ia juga akan menyebabkan anda gagal mengawal perasaan anda.

3. Proses penyembuhan akan menjadi sukar.

Daripada anda sudah hampir berjaya untuk melupakan dirinya, dengan melihat gambarnya membuat anda rasa semakin terluka. Dan anda perlu memulakan semuanya dari awal untuk melupakannya kembali.


4. Pemikiran anda akan terganggu dengan bayangannya.

Kehidupan harian anda akan terganggu apabila anda mula mengingatinya. Mana tidaknya, banyak perkara boleh terhenti hanya kerana anda tidak mampu mengawal perasaan ada.

5. Akan menghalang anda mencari kekasih yang baru.

Rasa untuk mencari pasangan yang baru mungkin akan ditunda oleh anda. Hal ini kerana, anda masih tidak mampu untuk melupakan dirinya lagi.

Maka dengan itu, jangan pernah sesekali pun anda mencuba untuk melihat media sosial bekas kekasih anda. Melainkan anda sudah mempunyai pengganti dirinya. Tetapi itu juga masih tidak digalakkan.

]]>
Apa Maksud Di Sebalik Kata “Sayang”? https://redaksi.com/3298-apa-maksud-di-sebalik-kata-sayang Sun, 19 Aug 2018 18:59:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3298 Kata sayang adalah satu kata yang sangat popular digunakan untuk menunjukkan rasa cinta terhadap seseorang. Biasanya perkataan ini kerap digunakan ketika menjalinkan hubungan percintaan dengan seseorang. Dan kata-kata itu mampu membuat sesiapa sahaja tersenyum dan bahagia. Tapi apa maksud di sebalik sayang itu? Mari ketahuinya dengan lebih lanjut.


Sayang itu di mana anda berasa gembira dan bahagia di sisi seseorang. Ia menunjukkan bahawa anda ingin memiliki orang tersebut. Anda ingin dirinya sentiasa bersama anda dalam apa jua keadaan sama ada susah mahupun senang. Tapi dalam masa yang sama anda mahu dirinya bahagia di sisi anda tanpa rasa terluka.

Selain itu juga, sayang ini menunjukkan kepada melepaskan di dalam perhubungan. Sebagai contoh, jika sayang akan seseorang itu dan ingin melihat dirinya bahagia, maka lepaskan dirinya untuk menemui kebahagiaan mereka sendiri. Anda sayang akan dirinya tetapi anda rela melepaskannya demi kebahagiaan dirinya dan bukan kepentingan anda sahaja.


Sayang juga bermaksud melindungi. Anda sayang akan diri anda? Sudah pasti anda tidak mahu diri anda terluka. Begitu juga jika anda sayang akan seseorang, sudah pasti anda tidak mahu sesiapa melukakan dirinya termasuk diri anda sendiri. Anda akan berusaha untuk melindungi dirinya dari segala perkara yang akan menyakitinya.

Sayang ini boleh jadi membahagiakan mahupun melukakan diri atau orang di sekeliling anda. Ia kelihatan indah apabila seseorang itu membalas rasa sayang anda, tetapi ia akan menyakitkan apabila perasaan sayang anda diabaikan oleh seseorang.

]]>
Kekok Nak Buka Hati Selepas Terlalu Lama Single, Ramai Orang Bujang Lalui Perkara Ini. https://redaksi.com/8418-kekok-nak-buka-hati-selepas-terlalu-lama-single-ramai-orang-bujang-lalui-perkara-ini Tue, 04 Aug 2020 13:47:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8418 Memang aagak mendebarkan rasanya bila selama ini selesa membujang, tapi kini tiba-tiba kita ingin membuka hati dan ruang kepada orang yang belum dikenali dengan lebih mendalam. Hidup membujang memang selesa tanpa terbeban dengan tanggungjawab, tapi sampai bila harus membujang. Tentu perasaan ingin mendirikan rumahtangga dan hidup bahagia bersama pasangan yang dicintai akan terasa.

Ada orang mengambil masa yang agak lama untuk membuka ruang dan peluang kepada orang lain. boleh jadi masih trauma dengan hubungan lalu yang tidak menjadi.


Ada orang juga yang susah nak buka pintu hati mereka kepada orang lain. Semuanya serba tak kena pada orang itu. Boleh jadi dia mencari yang betul-betul sempurna.

Setiap orang tentu ada kisahnya yang tersendiri mengapa dia masih bujang sehingga ke hari ini. Tapi itu semua sudah tidak penting, yang lebih penting bagaimana nak membuka hati menerima dengan orang baru.



Mula-mula memang rasa takut dan bimbang. Mana tidaknya, nak berkenalan dengan seseorang yang memang anda tidak tahu apa-apa mengenainya dirinya. Bukan itu saja, pada masa yang sama juga tentunya anda bimbang kalau tiba-tiba anda ditolak olehnya.

Tak tahu apa yang membuatkan dirinya selesa dengan anda, bimbang kalau-kalau kelakuan anda tidak disenangi dan macam-macam lagi. Saat perkenalan ini sememangnya sangat mendebarkan. Tapi kalau anda tidak cuba, tentu anda akan membujang sampai ke tua.

Apa yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut.

Hadapi dengan tenang

Jangan terlalu terburu-buru atau pun terlalu takut nak memulakan langkah. Cuba untuk bertenang dan lakukan perkara yang sewajarnya. Mulakan dengan perkenalan, berkawan dan jika serasi barulah fikir ke arah seterusnya.

Bagi masa pada diri anda untuk menikmati semua itu. Tak perlu terburu-buru, kalau dia memang untuk anda pasti akan kekal bersama. Jadi, ambil langkah satu persatu pasti akan timbulkan rasa selesa.

Yakin pada diri sendiri

Kenapa susah sangat nak buka hati ini, tentunya bila anda tidak yakin dengan diri anda. Takut jika si dia menolak anda, takut kalau anda tidak cukup bagus buat dirinya. Perkara-perkara sebegini sebenarnya membuatkan anda tenggelam dengan rasa negatif. Jadi fikirkan yang baik-baik dan yakin pada diri sendiri. Orang yang yakin pada diri sendiri akan lebih menyerlah berbanding mereka yang sentiasa berfikiran negatif.



Buka hati anda

Paling penting, sebelum anda memulakan apa-apa langkah. Anda kena bersedia untuk membuka hati anda. Bersedia nak terima orang baru dalam hidup bahkan, anda juga kena bersedia dengan apa saja sikap dan juga kekurangan orang lain.

Jika anda tidak bersedia untuk berdepan dengan perkara ini, itu sebenarnya anda belum lagi membuka hati anda. Bukan mudah nak lakukan yang ini, nak-nak selama ini anda angankan yang sempurna dan juga menarik saja. Jika sebaliknya tentu hati anda akan tertutup semula.



Jadi diri sendiri

Tak perlu nak jadi orang lain atau cuba menjadi lebih baik. Jadi saja siapa diri anda dan apa lakukan apa yang membuat anda selesa. Anda tidak perlu berpura-pura untuk membuat orang lain menyukai dir anda, kerana diri anda itu sudah sememangnya menarik.

Percaya bahawa jika dia memang untuk anda, dia akan terima apa pun diri anda.

Jangan menyerah kalah

Nak cari pasangan hidup ini bukan mudah. Ada masa si dia menolak diri anda, ada masa juga hubungan dicurangi dan ada masa juga hati berubah arah. Tapi apa pun jua yang berlaku, jangan pernah menyerah kalah.



]]>
Pasangan Beri Cincin Sebagai Hadiah? Jom Lihat Maksud Tersirat Melalui Warna Batu Cincin. https://redaksi.com/5399-pasangan-beri-cincin-sebagai-hadiah-jom-lihat-maksud-tersirat-melalui-warna-batu-cincin Tue, 05 Mar 2019 11:42:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5399 Sebagai golongan wanita, pasti akan teruja apabila mendapat kejutan dari pasangan. Apatah lagi apabila menerima hadiah yang diidamkan. Terutamanya apabila mendapat cincin, sudah tentu ia menandakan anda sedang dirisik, bakal bertunang atau berkahwin. Jika sudah berkahwin pun apa salahnya masih mendapat hadiah cincin, kan?

Akan tetapi, jom lihat maksud tersirat daripada warna batu cincin tersebut…

1. Putih.

Putih sering dikaitkan dengan warna yang suci, murni bak salju. Jika anda masih belum berkahwin dan pasangan memberi cincin berbatu putih, ia menandakan si dia mahukan anda dengan setulus hati dan niat yang murni untuk jadikan anda sebagai bakal isteri.

Sekiranya telah berkahwin, sudah pasti si dia memang bersungguh-sungguh setia dengan anda.

Related image

2. Pink.

Cincin berbatu merah muda atau pink pula dianggap sebagai warna yang feminin. Jika anda mendapat cincin berwarna merah muda, si dia amat menghargai kecantikan anda, malah amat mencintai diri anda seadanya. Warna ini juga menandakan hubungan cinta kalian sentiasa disulami dengan bunga-bunga, dan ayat-ayat romantis. Atau dengan kata mudah, hubungan kalian sangat jiwang.

3. Merah.

Cincin berbatu merah pula adalah simbol pada cinta dan semua yang berkaitan dengan hal-hal romantik. Apabila anda mendapat cincin berwarna merah dari si dia, ini menandakan si dia memang sentiasa bahagia dengan hubungan kalian berdua. Malah, warna merah ini juga tandanya hubungan yang stabil dan saling mencintai antara satu sama lain.

4. Biru.

Cincin berbatu biru pula dianggap sebagai ketenangan. Jika anda mendapat cincin in daripada si dia ia menandakan hubungan kalian sangat harmoni kerana adanya komunikasi yang baik. Si dia merasakan nyaman dan damai ketika bersama dengan anda kerana mampu bertoleransi dalam segala hal, dan tiada rahsia.

5. Hitam.

Cincin berbatu hitam adalah sangat simbolik dengan gaya yang elegen dan mempunyai ciri-ciri misteri dalam setiap individu. Akan tetapi sekiranya anda menerima cincin berbatu hitam ini, ia menandakan hubungan kalian sangat kukuh dan si dia amat mempercayai anda mampu berdikari dalam apa jua situasi.

6. Kuning.

Cincin berbatu kuning ibarat cahaya matahari yang bersinar. Apabila mendapat cincin berbatu kuning dari si dia, ini menandakan si dia ibaratkan anda sebagai sinar bagi hidupnya. Malah, anda adalah satu kehangatan yang mampu membuat hubungan cinta semakin menyemarak. Jika si dia sedang bersedih juga, anda mampu menjadi sumber ceria baginya.

7. Ungu.

Cincin berbatu ungu atau purple ini adalah warna yang dianggap sebagai aura eksotik dan mempunyai keunikan tersendiri. Sekiranya anda dapat cincin berbatu ungu, ia menandakan si dia merasakan anda sangat istimewa dengan cara tersendiri, sehingga membuat dirinya bahagia. Walaupun, hubungan seringkali dilanda masalah, kalian berdua mampu mengatasinya dengan senyuman.

8. Hijau.

Cincin berbatu hijau pula sangat simbolik dengan alam dan tumbuh-tumbuhan. Jika anda dapat cincin tersebut, ia menandakan si dia menganggap anda sebagai alam untuk dirinya. Tanpa anda, si dia seolah-olah tiada oksigen untuk meneruskan kehidupan. Hubungan kalian berdua juga sentiasa makmur bahagia.

Namun, ini semua hanya hiburan semata-mata. Walau apa jua warna batu berlian tersebut, pasti cantik di jari manis si pemakainya, hatinya juga sentiasa bahagia.

Related image

]]>
8 Rahsia Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki. https://redaksi.com/689-8-rahsia-sikap-wanita-yang-disukai-lelaki Wed, 02 Aug 2017 10:59:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=689 Ramai lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.



1. Keanak-anakkan.

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh pengertian.

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.



3.Menghargai.

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga penampilan.

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara.

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.



6. Pandai bergaul dan menyesuaikan diri.

Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok sam ada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati diri sendiri.

Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin.

Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona.



]]>
Antara 5 Sebab Mengapa Anda Sukar Melupakan Cinta Pertama Anda? https://redaksi.com/2464-antara-5-sebab-mengapa-anda-sukar-melupakan-cinta-pertama-anda Thu, 07 Jun 2018 10:22:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2464 Siapa sahaja yang tak pernah alami cinta pertama? Ada sebahagian kita jatuh cinta pada zaman kanak-kanak ketika berada di tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, ketika waktu kerja, namun ada juga mengatakan cinta pertamanya adalah dengan ibu sejak dilahirkan kerana tidak pernah bercinta dengan lelaki.


Tetapi ada juga cinta pertamanya itu kekal hingga ke jinjang pelamin, ada juga hanya memendam perasaan dan sekadar menjadi teman rapat kerana khuatir ditinggalkan. Jadi, apakah sebab anda sukar melupakan cinta pertama ini, jom baca…

1. Kerana jatuh cinta pada usia muda.

Kebanyakan daripada kita akan mula timbul perasaan suka dan jatuh cinta pada usia yang agak muda sekitar umur 12 hingga 25 tahun, terpulang pada individu. Ketika timbulnya perasaan ini pada usia yang agak muda, otak bergerak dengan lebih aktif dan perasaan menjadi lebih dramatis.

Cinta kebudak-budakan atau tidak matang ini selalunya lebih thrill dan terlalu banyak kenangan, sehingga anda sukar untuk lupakan.


2. Kerana naluri hati.

Cinta pertama adalah apabila insan pertama yang mengerakkan hati dan naluri sebenar mengenai perasaan suka, sedih, kehilangan, kemahuan dan banyak kali. Jadi setiap kali wujudnya rasa cinta itu, setiap kali itulah si dia sentiasa berada dalam fikiran.

Fikiran ini yang membuatkan anda merasakan si dia lah insan pertama yang mengajar erti cinta.

3. Kerana cinta pertama itu suci.

Cinta pertama boleh dianggap sebagai cinta yang polos suci kerana perasaan yang ditunjukkan lebih jujur, ikhlas dan benar-benar terbuka terhdapa perasaan. Apabila sudah bertahun-tahun bercinta dan menjadi semakin dewasa tanpa menuju ke ikatan yang sah, sudah pasti ia akan tercemar. Kerana itu cinta pertama adalah cinta yang suci.


4. Kerana memori yang sentiasa indah.

Seperti point nombor satu, jika anda jatuh cinta pada usia yang sangat muda, anda lebih teruja dan banyak kenangan indah. Orang muda ini bertenaga dan mampu membina memori ceria dan indah bersama si dia. Sudah pasti memori ini sukar dilupakan.

5. Kerana ianya sentiasa yang pertama.

Bukan anda tidak mahu melupakannya tapi yang pertama telah menakluknya dahulu. Anda akan sentiasa ingat yang pertama sebelum seterusnya. Namun jaga-jaga tidak semua cinta pertama harus dimilikinya kerana ia hanya sebagai pengajaran dan pengalaman sebagai seorang insan mencari cinta. Jangan terjerat!


]]>
Jika Orang Yang Kita Sayang Tak Nak Kita, Lepaskan Je Dia Supaya Kita Rasa Bahagia Bila Tengok Dia Bahagia. https://redaksi.com/754-jika-orang-yang-kita-sayang-tak-nak-kita-lepaskan-je-dia-supaya-kita-rasa-bahagia-bila-tengok-dia-bahagia Fri, 04 Aug 2017 19:31:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=754 Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dia rasa berbanding kebahagiaan, tak salah kalau kita lepaskan dia pergi. Lepaskan dia terbang bebas mencari kehidupan dan kebahagiaan dia sendiri walaupun bukan bersama kita. Biarkan mereka pergi bukan bermakna tak ada lagi cinta ataupun sayang.

"Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”.

Ya, menyayangi tidak semestinya memiliki. 

Dulu, saat hati sedang berperang dengan perasaan, seringkali saya pertikaikan.

Kenapa nak lepaskan kalau memang kita dah sayang sepenuh hati. Sepenuh jiwa. Kenapa kita nak biarkan dia pergi?

Tapi hari-hari yang berlalu buat saya makin faham kenapa semuanya berlaku.

Andai dia tak rasa bahagia dengan kita, andai kita tak mampu nak bahagiakan dia, kenapa kita terus nak seksa perasaan dia? Kenapa nak terus biarkan kebahagiaan dia terkubur mati?

Tapi, tak semua orang kuat untuk terima semua itu.

Tak semua orang mampu ikhlaskan hati.



Kita cakap Bila dia bahagia, kita akan rasa bahagia juga. Sebab kebahagiaan dia salah satu kebahagiaan kita.”

Kalau ikhlas, kenapa masih menangis?

Kalau betul nak biarkan dia cari kebahagiaan dia sendiri, kenapa masih jejaki dia? Kenapa masih tak berhenti fikirkan dia? Hanya kerana satu sebab. Hanya kerana kita masih belum ikhlas, belum redha.

“Redha bukan bermakna tiada tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh Allah.”

“Apabila kita redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita,

maka percayalah Allah akan menggatikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka.”

Jadi, kenapa takut untuk lepaskan segalanya.

Kenapa takut untuk ikhlaskan perpisahan itu?

Kenapa takut untuk redha menerima segalanya yang berlaku. Ingat pada janji Allah. Janji Allah itu pasti :) Memang susah untuk lepaskan seseorang itu pergi. Apatah lagi sudah bersama untuk sekian lama. Bertahun-tahun. Seseorang yang pernah berjanji tak akan pergi walaupun apa sekalipun yang berlaku. Seseorang yang selalu jadi peneman untuk setiap perkara yang kita lakukan. Seseorang yang selalu dengar cerita bodoh kita saat semua orang tak pedulikan kita.



Memang susah. Susah untuk lupakan segalanya.

Lagi susah bila kita mula memikirkan kita akan bersendiri. Bersendiri dalam semua perkara yang selama ini kita lakukan bersama dia. Terluka. Mana mungkin untuk melupakan segalanya dalam satu hari. Tapi sampai bila? Sampai bila kita nak terus hidup bersama kenangan yang sudah berlalu. Sampai bila nak berharap dia akan kembali macam dulu. Sampai bila nak terus menoleh ke belakang? Mencari jejak yang telah hilang.

“Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Maka, ikhlaskan hati untuk menerima.

Allah tak izinkan, 
bermakna Allah tak redhakan.

Sesungguhnya Allah tahu 
apa 
yang terbaik untuk kita.”

Jika terus hidup bersama kenangan, memang mustahil untuk kita lupakan dia.

Move on. Ubah cara hidup kita. Kalau selama ni kita menjauh dari Allah, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk dekatkan diri dengan Allah. Luahkan segalanya sebab Allah mendengar. Menangislah di setiap sujud kita. Sampaikan segala isi hati kita yang tak mampu kita luahkan pada orang lain. Allah tak pernah tinggalkan kita. Hanya kita yang alpa dan terleka.

“Ketika Allah rindu pada hambanya, ia akan mengirimkan sebuah

hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian".

Dalam hadith kudsi Allah berfirman;

"Pergilah pada hambaKu lalu timpakanlah berbagai ujian padanya

kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”

(HR Thabrani dari Abu Umamah)

Manusia akan pergi tinggalkan kita juga walaupun sejuta janji manis yang dia berikan.



Walaupun segunung harapan yang dia berikan. Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.

“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu.

Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”

“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah

sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”

Ingatlah untuk setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersendiri.

Jangan risau, jangan takut untuk melepaskan kerana Allah janjikan yang terbaik untuk hambanya. Yakin dengan jodoh yang telah Allah tetapkan.

“Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri)

– Ustaz Azhar Idrus”

Sampai masa dan ketika kita akan bertemu dengan jodoh. Hanya perlu yakin. Perlu kuatkan hati untuk terima kehilangan kerana itu yang terbaik untuk kita dan juga dia. Demi kehidupan masing-masing. Perasaan tak boleh dipaksa.

Kita mungkin dipertemukan dengan orang yang salah pada awalnya. Itu untuk mengajar kita jadi lebih dewasa.

Belajar daripada segala kesilapan dan kekurangan. Perbaiki diri untuk jadi yang terbaik.

“Jodoh itu rahsia Allah. Itu yang saya pegang, Dia temukan kita dengan orang yang salah pada mulanya, dan menemukan jodoh yang sesuai di pengakhirannya.

Kenapa? Kerana Dia sayangkan kita. Janganlah sesekali kita menjauhi Dia.”

Jadi, macam mana? Dah boleh ikhlaskan hati untuk terima segalanya. Dah boleh redha? Atau masih terpaksa? Dekatkan diri dengan Allah dan kita akan dapat jawapan.

Penutup: 

Allah telah menetapkan kebahagiaan untuk setiap hambaNya

Jika sesuatu itu milik kita. Sesulit apapun jalannya. Apapun rintangannya. Pasti akan jadi milik kita kerana memang untuk kita.

Tapi, jika sesuatu itu bukan milik kita. Walaupun mudah jalannya.

Walaupun bersusah payah kita ingin mendapatkannya.

Tidak akan pernah jadi milik kita. Kerana memang bukan untuk kita.”

Serahkan hati ini pada Allah. InsyaAllah segalanya akan baik-baik sahaja. Hati kita milik Allah. Bila rasa sedih, berbaliklah pada Allah. Bila rasa keliru, berbaliklah pada Allah. Bila gembira, berbaliklah juga pada Allah.

]]>
Antara Aktiviti Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Pada Hujung Minggu Ini. https://redaksi.com/4270-antara-aktiviti-menarik-yang-boleh-anda-lakukan-pada-hujung-minggu-ini Wed, 21 Nov 2018 15:10:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4270 Apabila tiba hujung minggu pasti banyak perkara yang anda telah rancang bersama rakan-rakan anda ataupun pasangan anda, di mana kalian hendak habiskan masa bersama. Jika hendak pergi ke pusat membeli belah sudah pastilah akan lebih banyak wang yang akan dikeluarkan. Tak akan pada hujung minggu ini anda hanya duduk sahaja di rumah? Pasti anda ingin keluar untuk hilangkan rasa penat berkerja selama seminggu bukan?

Jadi aktiviti yang bagaimana sesuai untuk anda habiskan masa yang tersayang? Aktiviti tersebut mestilah aktiviti yang dapat mengeratkan lagi hubungan, dan pada masa yang sama kalian dapat berseronok. Berikut adalah aktiviti yang anda boleh cuba pada hujung minggu ini.





1. Memanah.

Anda penah memanah bersama rakan-rakan anda atau pasangan anda? Jika belum masa inilah anda hendak cuba aktiviti yang menarik ini. Cuba tunjukan kemahiran yang terpendam selama ini kepada rakan-rakan anda. Sudah pasti anda menikmati masa-masa yang menyeronokan jika lakukan aktiviti ini. Bahkan ia juga sunnah nabi ya.

Jika anda sekitar lembah klang, bolehlah anda mencubanya di Stars Archery yang terletak di Berjaya Times Square. Harganya RM16 setiap seorang.



2. Break the code.

Bagi anda yang suka menyelesaikan masalah ataupun misteri, apa kata anda cuba pergi ke Break the code pada hujung minggu ini. Hubungan anda bersama rakan-rakan atau pasangan akan lebih tererat apabila kalian cuba merungkai sebuah misteri bersama-sama. Dan sudah pastilah ia mampu membantu anda berfikir secara lebih kritis.

Anda boleh mencubanya di Break the code, di One Utama Shopping Mall. Harga untuk masuk adalah RM 34 seorang.



3. Bermain boling.

Jika anda inginkan perkara yang lebih santai dan sambil bersenam, mungkin anda vboleh cuba untuk bermain boling pada hujung minggu ini. Ini tidak akan menjadi masalah bagi anda yang tidak mahir bermain boling ini. Hal ini kerana, apabila bola masuk ke longkang, ia adalah perkara yang menjadi bahan gelak bagi anda dan rakan-rakan anda.





4. Karaoke.

Siapa minat bernyanyi? Sudah pasti menyanyi adalah salah satu cara untuk merehatkan minda serta mampu melepaskan apa yang tersimpan di dalam hati anda tanpa meluahkan kepada orang lain. Jangan risau jika suara anda tidak merdu, dan sedap. Sebab itulah anda perlu pergi ke karaoke bukan membuat persembahan dihadapan orang ramai.



5. Wall climbing.

Bagi mereka yang tidak takut akan ketinggian dan ingin menguji keberanian diri. Apa kata kalian mencuba wall climbing bersama rakan-rakan anda. Selain menguji keberanian diri anda, ia juga adalah satu aktiviti yang menyihatkan diri anda juga. Sudah pasti kalian akan saling bersorak antara satu sama lain untuk membuktikan keberanian masing-masing.



6. Berkelah.

Jika ingin berjimat dan pada masa yang sama ingin habiskan masa bersama rakan-rakan anda, apa kata anda cuba pergi berkelah bersama rakan-rakaan anda itu. Tidak lupa juga, lakukan sedikit pot luck agar anda dan rakan anda boleh saling bertukar makanan dan menikamati bersama-sama, kan dah jimat disitu.



7. Menjadi pelancong.

Ini adalah cara terbaik untuk anda meluangkan masa bersama-sama pasangan atau rakan anda. Anda boleh pergi ke satu tempat yang berhampiran anda dan menjelajah dikawasan tersebut. Di Malaysia ini banyak sahaja tempat yang menarik dan tempat yang anda belum penah lawati. Jadi masa inilah yang sesuai. Tapi kalau tempat itu mampu buat anda balik hari lagi menyeronokan. Bolehlah anda cuba pergi ke muzium berdekatan, pergi ke zoo, ataupun pergi ke taman burung serta taman buaya.

Jangan hanya duduk di rumah sahaja, apa kata anda cuba ambil udara yang segar dan lakukan pengembaran anda bersama orang yang tersayang pada hujung minggu ini. Pada masa yang sama, lupakan segala masalah di tempat kerja anda.



]]>
"Nak Kahwin Lambat Tapi Mak Dah Push Suruh Kahwin?" Ini 10 Alasan Bijak Buat Wanita Yang Mahu Kahwin Lambat. https://redaksi.com/7961-nak-kahwin-lambat-tapi-mak-dah-push-suruh-kahwin-ini-10-alasan-bijak-buat-wanita-yang-mahu-kahwin-lambat Fri, 06 Mar 2020 12:27:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7961 Runsing-runsing bila ditanya “bila nak kahwin?” ïni. Mana tidaknya bila ditekan sana sini, kiri dan kanan tentu sahaja membuatkan anda hilang jawapan nak diberikan. Malah anda merasakan bimbang pula. Ibu bapa mana yang mahu melihat anak mereka ini membujang terlalu lama, nak-nak lagi jika umur anda semakin meningkat dan sudah mencecah 30an, aduhh... memang setiap kali pulang ke kampung kena bising lah cerita dia.

Tapi bukan hanya ibu bapa sahaja yang bising, ada juga makcik dan pakcik ataupun adik beradik lain yang turut menambah perisa dalam setiap bebalan ibu bapa anda. Dah tak tahan telinga?

Sudah tentu anda ingin cari pelbagai alasan yang logik lagi munasabah untuk membuatkan ibu bapa anda diam sebentar dan memahami keadaan anda. Dah tentu juga segala alasan yang diberikan itu perlu lebih berhati-hati agar tidak terguris hati mereka.

Eh, bukan boleh guna pada ibu bapa sahaja, dengan mereka yang sibuk bertanya pun boleh juga. Nak tahu apa alasannya?



‘Saya sedang membina karier demi hidup berkeluarga nanti’, ‘saya sedang fokus untuk kenaikan pangkat..selepas itu baru bersedia’ atau ‘sebenarnya sedang mencari jodoh yang satu tempat kerja’. Gunakan alasan yang beri sudut yang positif, terapkan dalam minda anda apa-apa pun alasannya haruslah memberi kebaikan untuk berkahwin lewat.

PTPTN, bayaran bulanan kereta, pinjaman modal perniagaan dan banyak lagi lah yang kena anda bereskan. Beritahu sahaja kepada mereka yang anda tidak mahu membebankan suami anda dengan hutang dan yang paling penting anda inginkan kehidupan perkahwinan yang bebas dari tanggungan hutang. Wow! Pasti ibubapa anda bangga dengan kenyataan ini. Hehehe. Jangan lupa untuk beritahu anda juga sedang menyimpan untuk hari perkahwinan nanti.


Jangan anggap diri anda loser jika belum menemui pasangan. Hey! Good things always come late. Jadi jujur sahaja kepada ibubapa yang sememang anda belum ada teman lelaki untuk dinikahi. Diingatkan juga tekankan yang anda punya rakan lelaki tapi tiada yang serasi untuk hidup bersama. Iyalah, tak mahu ibubapa anda fikir anda sejenis yang tidak bersosial pula. Jelaskan pada mereka, anda masih mencari yang sesuai dan serasi untuk dijadikan suami. Alert! Jika tiba-tiba ibumu menyuarakan untuk carikan calon, cepat-cepat anda berikan senarai perangai lelaki yang patut anda jauhi, biar dia tahu anda betul betul menitikberat soal ini.

Tidak kisah lah anak sulung atau bongsu, kita masing-masing punya tanggungjawab kepada keluarga dan ibubapa. Beritahu mereka yang keluarga adalah fokus utama anda selepas perkahwinan. Pasti ada diantara pembaca kini sedang menyara belanja pembelajaran adik-adik yang sedang bersekolah atau melanjutkan pelajaran bukan? Iyalah, hidup di zaman ekonomi yang kurang bagus ini kadang-kadang perbelanjaan tidak cukup hanya dari satu pihak.



Bagi mereka yang sudah berumur 30tahun keatas, pasti ada diantara kamu sudah memiliki aset sendiri seperti rumah, kereta ataupun perniagaan sendiri. Jadi anda sudah terbiasa bahkan lebih selesa dengan kehidupan seorang diri a.k.a berdikari. Juga anda sebenarnya mencari calon suami yang punya sama standard seperti anda bukan?

Oh yeah, jiwaku masih muda! Ha’ah..muda lah sangat. Katakan yang anda belum puas untuk enjoy sebagai single person. Anda masih ingin berhibur bersama rakan-rakan serta ada banyak lagi negara yang belum anda travel. Cukup anda membahagiakan diri sendiri barulah sedia untuk membahagiakan orang lain pula.

Tak salah pun jika anda beri alasan untuk menambah ilmu agama dahulu sebelum sedia ke alam perkahwinan. Yang salah bila mulut sahaja yang berkata, tapi buatnya tidak. Betulkan niat dihati dan lakukan dengan ikhlas, dengan izin tuhan pasti bakal suami anda juga seorang yang lengkap dengan peribadi ilmu agama. Jika ada yang berkata ‘hanya perlu tunggu suami untuk mendidik isteri’ cantas sahaja dengan jawapan ‘lebih indah rumah tangga itu bila masing-masing sudah tahu hukum-hakam dan sedia untuk menerima nasihat, pendapat dari dua pihak‘. Bukankah itu satu bonus walaupun berkahwin lewat?

Komitmen perkahwinan sangat luas untuk dijaga. Dari aspek menjaga kebajikan suami, anak-anak sehinggalah kepada keluarga mertua dan banyak lagi. Perlu persediaan dari segi mental dan fizikal yang kuat. Terus-terang yang anda belum dapat menerima untuk menanggung komitmen yang besar dan banyak lagi perkara yang perlu anda belajar untuk membentuk sifat tanggungjawab. Senang kata, kahwin lambat ini khas untuk orang yang matang. Setuju tak?

Tapi kalau merasakan semua alasan itu telah digunakan dan malas untuk beri penerangan panjang lebar, boleh sahaja anda gunakan alasan belum ada jodoh. Bukan ke jodoh itu adalah aturan Allah, jadi kenalah percaya bila tiba waktunya kelak. Haaa... tentu mereka akan diam nanti.

Berkahwin lambat bukan pengakhiran untuk semua perkara bukan?



 

]]>
7 Sebab Anak Sulung Lelaki Menjadi Suami Idaman Setiap Wanita. https://redaksi.com/1499-7-sebab-anak-sulung-lelaki-menjadi-suami-idaman-setiap-wanita Thu, 01 Feb 2018 15:54:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1499 Biasanya, anak sulung lelaki adalah anak yang paling diharapkan keluarga. Tapi, bukannya dimanja, kebanyakkan anak sulung selalunya menanggung beban lebih berat dari anak bungsu. Ini kerana anak sulung harus menjadi contoh untuk adik-adiknya dan dari kecil dibiasakan untuk bertanggung jawab.



Kerana kehidupan anak sulung lelaki yang penuh tanggungjawab inilah, dia biasanya dijadikan suami idaman. Dibawah ini adalah 7 sebab kenapa anak sulung lelaki itu suami idaman. Anda yang punya kekasih anak sulung, sepatutnya berasa bangga ya!, tetapi bagi mereka yang belum mempunyai kekasih boleh mengambilkira perkara ini.

1. Anak sulung lelaki jelas lebih dapat diharapkan kerana dia sudah biasa menjaga adik-adiknya.

Kerana menjadi anak pertama dalam keluarga, anak sulung lelaki biasanya lebih diharapkan. Bukan hanya oleh adik-adiknya, tetapi juga dengan ibubapanya. Dia pasti juga merupakan anak harapan ibubapa dalam keluarga. Jelas anda boleh mengharapkannya juga dalam berbagai perkara.



2. Anak sulung lelaki biasanya lebih tegas dalam mengambil keputusan.

Kerana dia anak pertama, secara langsung dia sudah biasa mengambil keputusan dan tegas dalam mengatur segalanya di rumah. Walaupun kadang-kadang anak sulung biasanya pendiam dan blur , tapi sebenarnya anak sulung sangat mengambil berat dengan keadaan keluarganya.

3. Bersama dengan anak sulung, anda akan berasa selamat kerana dia biasa menjaga bukan dijaga.

Anak sulung terbiasa menjaga adik-adikya sejak kecil. Dia tahu siapa yang harus dia lindungi dan bagaimana cara melindunginya. Anda yang berpasangan dengan anak sulung lelaki, anda tidak perlu takut dengan apapun kerana dia sentiasa peka akan keselamatan anda.

4. Anak sulung biasanya mempunyai akal yang cerdik kerana wajib memberi contoh pada adiknya.

Sejak kecil anak sulung cenderung dituntut untuk memberi contoh yang baik untuk adiknya. Jadi, dia akan berusaha untuk menjadi orang yang cerdik dan memiliki prestasi yang cemerlang.



5. Kerana dilahirkan pertama, anak sulung jelas lebih berdikari.

Anak sulung memiliki kebiasaan berdikari sejak kecil. Bahkan, dia yang membantu ibubapa untuk menjaga adik-adiknya yang masih kecil. Anak sulung juga tidak manja. Dia boleh melakukan semuanya sendiri tanpa bantuan orang lain.

6. Anak sulung lelaki jelas suami idaman kerana dia adalah calon ayah yang baik.

Anak sulung sudah terbiasa menjaga ibubapa dan adik-adiknya. Kerana itulah dia memiliki sifat semulajadi yang penyayang dan sangat mengambil berat akan keluarganya. Sifat penyayang yang semulajadi akan membuatkan dia menjadi lelaki idaman untuk semua wanita.

7. Anak sulung lelaki itu pendengar yang baik.

Sejak kecil, anak sulung selalu bersedia untuk adik-adiknya untuk mendengarkan keluhan mereka. Dia tidak merasa bosan sekalipun harus mendengarkan cerita adiknya yang berulang-ulang. Watak pendengar yang baik jelas termasuk dalam kriteria suami idaman anda kan?

]]>
Ketahui 16 Pekerjaan Gaji Tinggi Di Malaysia Tanpa Perlukan Ijazah. https://redaksi.com/508-ketahui-16-pekerjaan-gaji-tinggi-di-malaysia-tanpa-perlukan-ijazah Thu, 20 Jul 2017 09:01:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=508 Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah. Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak berminat, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain. Berikut adalah 17 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.



1. Juruterbang.

Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.

2. Penasihat kewangan.

Juga dikenali sebagai wealth advisor merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.



3. Agen Insuran.

Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini.

4. Agen hartanah.

Menjadi ejen hartanah atau property agent juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. Baca di sini berkaitan pensijilan yang diperlukan untuk menjadi ejen hartanah profesional. Broker Rumah, Broker Tanah, ini adalah istilah lain yang biasa kita dengar. Mereka ini telah berjaya mengaut keuntungan yang amat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan. Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang oil and gas seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (SkillsMalaysia). Rig Operator / Operator pelantar minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi. Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;



5. Welding Inspector.

6. Welding QC Co-ordinator.

7. Plant Inspector.

8. Offshore Inspection.

9. Non-destructive Testing.

10. Plastics Welders.

11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)

Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).



12. Safety & Health Officer.

Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard DOSH. (Jangan lupa, gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar)

13. Rig Operator / Operator pelantar minyak.

Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas. Elaun harian yang diterima pastinya dapat menambahkan pendapatan. namun perlu ingat bahawa kerjaya sebegini‚ perlu berkorban untuk berjauhan dengan keluarga.

14. Wireman.

Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

15. Chargeman.

Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah (Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

16. RoHS officer.

RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS. Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS.

Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semangat yang tinggi untuk berjaya. Ramai orang sangka bahawa untuk memulakan sesuatu perniagaan online‚ memerlukan modal besar, namun anda silap kerana anda mampu berjaya dalam bidang ini tanpa menggunakan modal yang besar. Anda boleh bermula dengan konsep dropship, di mana anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk stok barang. Cukup dengan mengeluarkan kos iklan dan pemasaran. Anda hanya perlu mengambil order sahaja.‚ Pos barang dan produk semua diurus pemilik produk. Mudah bukan? Ramai yang sudah berjaya menambahkan pendapatan mereka dengan hanya berusaha keras sebagai ejen dropship.

Jadi, yang mana satu kerjaya pilihan anda?

]]>
Lelaki Lambat Kahwin, Ada Masalah? https://redaksi.com/1144-lelaki-lambat-kahwin-ada-masalah Fri, 08 Sep 2017 11:37:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1144 Selalu kalau perempuan lambat berkahwin, stigmanya tidak seberat lelaki yang lambat berkahwin. Mungkin kita sedar bahawa perempuan itu perigi, makanya tidak boleh bergerak terkinja-kinja mencari timba. Kita juga boleh memahami yang perempuan lebih ramai daripada kaum lelaki, maka persaingan sihat (dan tidak sihat) akan berlaku, maka akan ada yang tewas dan menarik diri dari medan tempur. Yang tumpas itu mungkin memilih jalan sederhana; kalau ada, adalah; kalau tiada, hendak diadakan bagaimana?



Akan tetapi kalau lelaki lambat berkahwin, selalunya stigma masyarakat akan merebak. Akan ada soalan, apa masalahnya? Tinggi benarkah harga hantaran? Atau adakah ia kasanova? Kalau-kalau lagi pasportnya penuh dengan cop keluar masuk ke Selatan Thailand atau Batam di Indonesia. Mungkin juga akan ada pertanyaan; mungkin ia sebenar-benarnya tidak menyukai perempuan; dan menggemari sesama sendiri. Pelbagai andaian. Sebetulnya lelaki lambat berkahwin ini ada bermacam-macam sebab yang ruwet untuk kita gambarkan. Ambil seorang teman sepejabat saya. Orangnya baik akhlak. Lulusan agama sebuah universiti tempatan. Hitam manis dan santun sopan yang membuatkan ramai yang terpikat. Al-kisahnya saya memperkenalkan dia dengan seorang guru tadika yang merupakan kawan kepada isteri.



Akan tetapi kawan sepejabat saya ini pemalu sungguh orangnya. Tidak berani bertemu mata. Hanya sekali dua SMS dikirimi. Hendak tapi macam tiada tindakan sama sekali. Jenuh juga menyuruhnya. Saya malah mengatakan, ‘Mu mari dari Machang, dia mari dari Kuala Krai; kalau balik beraya kan senang. Tidaklah seorang hujung di sana, seorang hujung di sini.’ Pun, hujah sedemikan tidak jalan juga! Saya kira, lelaki baik pun kena gatal juga sedikit-sedikit supaya terbuka pintu jodoh. Liat sungguh memadankannya. Gedebak-gedebuk tidak jadi. Ada pula seorang gadis di pejabat ini yang mengurat-ngurat manja teman sepejabat saya itu. Orangnya tidaklah terlalu cantik, malah tembun gebu sedikit. Kampung halaman jauh sekali dari Machang. Apa resipi kek dan apam yang tidak pernah dicubanya untuk memancang kawan saya yang budak masjid itu. Kadang, kalau kawan lelaki saya itu masuk ke kamar kerja gadis yang bekerja sementara itu; sengaja gadis pun memasang video di laman YouTube yang memapar ustaz-ustaz antara lain Azhar Idrus berceramah dengan harapan, ia akan terlihat menyukai agama dan satu akidah.

Dulu, tidak pernah ia mengenakan jubah; sekarang bermacam jenis jubbah sudah dipasang. Pun, teman sepejabat saya itu tidak tertarik! Al-kisah satu lagi seorang teman juga. Dia memang jauh lebih muda daripada saya. Dia selalu membahasakan saya ‘abang’. Hormatnya luar biasa. Kerana akrabnya dia dengan saya, maka saya pun diminta mencarikan jodoh untuknya. Gelidah punya gelidah, saya cuba memadankannya dengan seorang gadis dari Kota Bharu. Masih belajar di sebuah universiti tempatan. Kemudian selepas diperkenalkan, saya pun tidak mencampur urusan mereka. Selalu saya berjumpa dengan teman yang lelaki ini, tetapi tidak pernah terbangkit soal gadis KB itu. Bincang kami lain-lain, seringnya politik. Tidak berapa lama kemudian saya terserempak dengan sang gadis, maka entah kenapa saya pun bertanya; apakah prospek yang ada?



Si gadis KB memberitahu, teman lelaki yang muda belia itu memberitahunya begini; “Saya tidak mahu mengahwini awak kerana awak berasal dari KB, jauh untuk saya balik berhari raya. Juga, awak masih sangat muda, baru tahun kedua diploma di UiTM. Saya hanya akan berkahwin selepas usai PhD.”

Fuhh. Alasan, mendidih pula darah saya mendengarnya. Jika itu benar. Namun, apabila bertemu sang pemuda tidak timbul pun apa-apa daripada mulutnya. Tup tup sebelum Hari Raya, sekeping kad dilayang menjemput saya ke majlis perkahwinannya. Sang pemuda masih belum selesai PhD (malah masih belum selesai MAnya), bakal isterinya pula belum pun sudah matrikulasi dan kampung halamannya adalah di Machang. Memang sudah jodohnya; tetapi alangkah baik kalau ia berjujur sahaja dengan saya apabila meminta saya mencarikannya jodoh. Kerja jadi match-maker ini penuh kehormatan dan maruah. Bukan boleh main tidak jadi begitu-begitu sahaja.

Lebih meruap darah saya, ketika ia sedang bertunangan dengan bakal isterinya itu, dan ketika ia menghambur kata-kata yang kesat kepada si gadis KB, ia sedang bercinta-cintaan dengan seorang kekasih lama dari alam persekolahan. Memang ramai lelaki yang lambat berkahwin. Alasan mereka bermacammacam. Ketakutan mungkin. Tidak bertemu yang serasi mungkin. Atau sekian banyak lagi alasan. Ada juga satu lagi kes, teman yang amat baik dengan saya. Orangnya kacak. Kerjanya pun siap. Malah sudah membeli rumah berharga 400K ke atas di Lembah Klang. Dia mencari-cari juga bakal isteri. Untuk jadi suri hidup. Pun, dia takut juga kalau tersalah pilih. Bergaul demi bergaul, ada kawan lain memperkenalkan dia dengan seorang ‘sharifah’ yang sungguh juwita. Saya pun mengetahuinya pada status FB yang ditukar kepada ‘sedang berkasihan’ (atau in relationship). Malah khabar daripada mulutnya sendiri menanti masa sesuai untuk pergi merisik. Lama-kelamaan, tanpa saya sedar, status itu bertukar menjadi ‘bujang’ (atau single) kembali.

Di kesempatan lain saya pun bertanya; apakah masalahnya? Jawapannya, sang ‘sharifah’ yang jelita itu tidak sesuai. Apabila dilanjuti, ternyata sharifah itu sendiri menarik diri kerana katanya teman saya itu berbual-bual mengenai topik yang tidak ia kuasai. Bagaimana nak berlaki bini? Teman saya yang lelaki itu memang minatnya hak asasi manusia, wacananya tentang kebebasan beragama, isu politik, pandangan yang berat-berat belaka. Katanya, si sharifah itu tidak boleh bawa muatan seberat itu. Dan teman saya itu hampa kerana bekas kekasihnya itu memang cantik. Pengalaman saya menjadi sang perantara belum cukup Berjaya nampaknya. Seorang teman lain mencari-cari juga. Ia meminta saya untuk membantu. Saya lihat pergaulannya luas.



Apabila saya bertanya kenapa sekian ramai kawan perempuan yang saya lihat ia gauli itu tidak ia intimi untuk dibuat isteri? Teman saya itu menjawab ‘mereka tidak cukup tahap untuk berkomunikasi’. Permintaan teman saya itu senang sahaja, ‘carikan isteri dari kelas pertengahan yang tidak rimas menjadi Melayu’. Self loathing Malay memang merimaskannya. Makanya saya cuba memadankan dengan seorang kawan saya yang berijazah Sarjana dari Hamburg dan pernah praktis sebagai pengamal perubatan di Moscow, tetapi sekarang malas menjadi doktor. Kawan saya yang lelaki itu sudah seronok sekali. Tetapi apabila saya pujuk dan rujuk berkali-kali kawan perempuan yang kelas ini, ia hanya menjawab,

“Bagaimanalah nak berkawan dan berkahwin dengan kawan you tu Faisal? I masih kaki clubbing, dia malam-malam pun pergi dengar forum tentang isu TPPA dan berbual tentang kenaikan harga petrol.”

Semalam kawan saya itu bertanya di mesej menerusi FB. Soalannya berbunyi; “Bilakah seorang lelaki itu rasa bersedia untuk berkahwin?” Jawapan saya santai, untuk ia memang lucu; tetapi itulah hakikatnya; “Apabila lelaki itu rasa tergamak dan sanggup bangun pagi pada hari Ahad untuk menemani seorang perempuan ke pasar membeli ikan.” Lelaki memang cerewet. Mereka memilih dan takut kepada yang bukan-bukan. Saya fikir, bukan sangat lelaki memilih yang cantik-cantik. Tetapi mereka hanya takut, apakah betul perempuan ini yang akan ia hadap seumur hidup?

Jadi, dalam satu bual santai minumminum kopi dengan seorang kerani di pejabat saya; ia menceritakan betapa ia mentertawakan barang-barang pilihan isteri; tudung-hijab, sepatu-kasut, beg-tas yang menurutnya semua buruk belaka. Saya membalas selamba, “Jangan menggelakkan pilihan isteri hang; kerana hang adalah salah satu pilihan yang buruk itu.” Ramai lelaki yang lambat berkahwin. Bukan semua yang lambat dan menangguh perkahwinan itu kerana mereka gay. Tetapi kerana kerja memilih itu memang sesuatu yang payah dan susah!

]]>
Anak Kelima Ini Unik, Mereka Ini Nampak Matang Tapi Bila Bab Kelakuan Tak Matang. Kalau Pilih Mereka Ini Sebagai Pasangan Kena Bijak Handle & Ikut Rentak Si Dia. https://redaksi.com/7935-anak-kelima-ini-unik-mereka-ini-nampak-matang-tapi-bila-bab-kelakuan-tak-matang-kalau-pilih-mereka-ini-sebagai-pasangan-kena-bijak-handle-ikut-rentak-si-dia Fri, 28 Feb 2020 09:40:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7935 Setiap orang mempunyai keunikan mereka sendiri. Tidak kiralah mereka ini anak yang ke berapa sekalipun, tapi keunikan mereka bukan sekadar pada kedudukan diri mereka dalam adik beradik tetapi diri mereka adalah keunikan mereka sebenar.

Kalau anak sulung kita tahu mereka ini sangat berdikari, yang kedua pula lembut orangnya , malah yang ketiga penuh dengan sikap dingin dan penyayang, tak lupa juga anak keempat yang pandai beli jiwa seseorang, tapi anak kelima ini apa yang uniknya mereka ini?

Sangat beruntung jika pasangan anda dilahirkan sebagai anak ke lima ini sebenarnya. Apa yang untungnya pada mereka ini, tersangatlah unik sampaikan anda sendiri tidak faham apa yang mereka mahukan. Namun jangan bimbang, artikel ini sedia membantu anda untuk kenal lebih dekat lagi mengenai anak ke lima ini.

Selalunya mereka ini kelihatan begitu matang dalam gaya pemikirannya. Apa yang mereka lontarkan begitu matang sehingga anda merasakan begitu mudah nak berurusan dengan dirinya. Namun, jangan terkejut pula kalau sebenarnya mereka ini hanya berfikiran matang tetapi kalau bab perbuatan pula agak kurang matang. Mereka lebih mudah nak ikut hati mereka berbanding apa yang mereka fikirkan. Itu yang membuatkan mereka ini susah nak difahami dan perlukan kesabaran tinggi nak handle mereka.

Dari luarannya anda nampak dia seperti manja dan sentiasa mahu bergantung harap pada orang lain. Jangan mudah terpedaya, boleh jadi itu sekadar wayang sahaja di depan anda. Anak kelima ini sangat terkenal dengan sikap pandai berdikari. Kiranya kalau tak ada anda pun dia mampu nak uruskan dirinya sendiri. Namun begitu, dia sengaja tidak mahu tunjukkan sikapnya yang tahu berdikari itu pada orang lain.



Lebih uniknya lagi mengenai anak kelima ini adalah jiwa mereka ini penuh dengan rasa romantik, sweet-sweet, jiwang dan begitu mudah tersentuh. Mereka sangat berminat akan karya yang menyentuh hati. Sebab itu kalau nak pujuk mereka, pujuk dahulu hatinya. Bahkan, jangan terkejut kalau mereka ini mudah menangis walaupun menonton drama sahaja. Aduh... Sensitif betul mereka ini.

Bukan seorang yang mudah nak kata sayang pada seseorang kerana memiliki sikap keras kepala sedikit. Tapi, mudah sahaja nak tahu kalau dirinya sayang akan seseorang itu. Dia akan begitu mudah ambil berat, bimbang dan risau terhadap seseorang. Kalau dari awal dia mempunyai sikap itu pada anda, jangan bimbang lagi lah, anda sudah mendapat tempat di hatinya.

Tapi ada yang orang lain tak faham mengenai sikap mereka ini, dimana sikap pemarahnya. Mereka ini bukannya seorang yang mudah marah tapi apabila dia marah akan sesuatu perkara sukar nak dikawalnya. Lebih teruk lagi, habis semua orang kena marah dengan dirinya. Jadi, jangan sesekali nak buat mereka ini marah, habis nanti anda disemburnya.



Mereka ini juga sentiasa inginkan perhatian dari orang yang dia sayangi. Kalau dia tak dapat perhatian dari anda, maka dia akan mula mendapatkan perhatian dari orang lain. Bab ini kena hati-hati sikit, jangan cuai dalam memberi perhatian pada dirinya, jika tidak dia akan memintanya dari orang lain. Kalau sayang dia, beri lebih lagi perhatian pada dirinya. Tentu sahaja dia akan suka.

Walaupun begitu, mereka ini seorang pendengar dan penasihat yang setia. Tentu sahaja segala masalah akan mudah terasa lapang apabila bersama dengannya. Mana tidaknya, dia mampu berikan satu pandangan dan pendapat yang baik. Jadi, rugi kalau lepaskan mereka ini.

Nampak tak uniknya anak kelima ini, apabila anda berjaya mendapatkan hatinya, jangan sesekali lukakan hatinya. Susah nak jumpa pasangan seperti ini.

]]>
Apa Yang Lelaki Suka Dan Tidak Suka Pada Wanita. https://redaksi.com/859-apa-yang-lelaki-suka-dan-tidak-suka-pada-wanita Sun, 13 Aug 2017 12:08:52 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=859 Semasa membelek-belek sebuah majalah lama, aku tertarik dengan senarai mengenai apa yang lelaki suka dan tidak suka pada wanita. Hmm..cerewet juga lelaki ni ya! Kaum wanita kenalah pandai-pandai menjaga tingkah laku. Maklumlah, ciri-ciri wanita idaman lelaki mungkin tidak ada pada kita sekiranya terdapat salah satu sikap yang mereka tidak suka seperti senarai tersebut. Sejauh mana kebenarannya, hanya pembaca sahaja yang boleh menilai.



Lelaki suka:

1. Wanita yang bersikap kelakar.

2. Berbudi pekerti.

3. Murah hati.

4. Senyuman manja.

5. Tahu memasak.

6. Pandai dalam menggayakan pakaian.



7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya.

8. Tidak mudah naik angin.

9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak.

10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian.

11. Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.

12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya.

13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi.

14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri.



16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan.

17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang.

18. Yang tidak suka berleter.

19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki.

20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh.

21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki.

Lelaki tidak suka:

1. Wanita yang suka mengumpat.

2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal.

3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki.

4. Merokok.

5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki.

6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian.

7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul.

8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak.

9. Wanita yang bersikap hipokrit.

10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki.

11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki.

12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang.

13. Pakaian wanita berselerak di biliknya.

14. Tidak bertanggungjawab langsung.

15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya.



16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh.

17. Boros berbelanja.

18. Tidak tahu/malas memasak.

19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati.

20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.

]]>
"Gaya Urus Konflik Dalam Rumahtangga Lebih Penting Berbanding Masalah Yang Melanda Hubungan" Ini 3 Jenis Gaya Pengurusan Konflik. https://redaksi.com/5976-gaya-urus-konflik-dalam-rumahtangga-lebih-penting-berbanding-masalah-yang-melanda-hubungan-ini-3-jenis-gaya-pengurusan-konflik Mon, 06 May 2019 10:23:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5976 Penceraian ini bukanlah satu perkara yang mudah, mungkin ada yang memikirkan bahawa ia bagus kerana buat apa tinggal dengan orang yang sudah tidak mempunyai sefahaman lagi. Tetapi yang melaluinya pasti tahu bagaimana peritnya perkara sebegini.

Apa yang selalu kita cerita adalah mengenai apa punca konflik yang selalu berlaku dalam hubungan. Bukan hanya itu, kita juga kerap berkongsi bagaimana hendak menangani konflik tersebut bagi mengelakkan penceraian.

Tetapi berlainan dengan perkongsian dari Puan Siti Suryani Yaakop ini. Menurutnya, gaya pengurusan konflik perkahwinan adalah lebih penting berbanding berapa banyak konflik yang menlanda sebuah hubungan.

Ayuh baca perkongsiannya.



Masa pergi dengar talk tentang psikologi perkahwinan hari tu, penceramah bagitau yang kebanyakan masalah penceraian berlaku bukanlah kerana banyaknya konflik yang melanda sebuah hubungan.

Tetapi, masalah selalunya datang akibat dari gaya pengurusan konflik perkahwinan.

Ada 3 jenis Gaya Pengurusan mengikut Gottman.

1. Conflict Avoider

Berusaha elak konflik dari selesai masalah. Contohnya bila ada isu, isteri akan keluar dengan kawan-kawan manakala suami menyibukkan diri dengan buat kerja rumah.

Pasangan begini bagusnya adalah kerana mereka cuma fokus perkara positif yang berlaku. Mereka bertindak untuk mengalih dan melupakan isu yang negatif.

Yang tak bagusnya, ada ketika pasangan jadi kurang mesra terutama semasa berlakunya konflik sehinggalah konflik tadi hilang sendiri ditelan masa.

2. Volatile

Ini jenis pasangan yang melepaskan apa yang dirasa secara terus terang. Pasangan jenis ni sangat ekspresif dan main cakap je apa yang terbuku dan terjeruk dihati. Janji tak simpan dalam.

Yang bagusnya, pasangan jenis ini lebih terbuka dan seimbang. Boleh jadi partner in crime yang sangat baik sebab mereka sangat selesa meluahkan apa saja pada satu sama lain tanpa bimbang ada penolakan dan dendam.

Yang tak bagusnya, kalau dah dua-dua stail speaker parlimen, fahamlah. Boleh jadi gaduh.

3. Validating

Sama-sama berbincang dan mendengar. Walaupun ketika berselisih faham, suami isteri masih mementingkan pendapat masing-masing. Sikap saling hormat dan memahami perasaan masing-masing.

Memang baguslah kalau dah kaedah begini. Tapi, ni kalau rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi, kais petang makan esok pagi ni, biasanya susah la sikit. Perbincangan tu selalu bercampur emosi dan rasa penat.

Ini jenis yang ada 3-4 orang gaji kat rumah, duit berkepuk, tandas automatik flush taik, mungkin.

Tapi, masih. Stail mana pun boleh,asalkan kita dan pasangan punya gaya mengendalikan konflik yang sama.

Yang jadi masalah...

Kalau kita jenis suka bertomoi (volatile) , suami pula jenis lari kedai mamak (avoider) bila ada konflik. Ini yang menyebabkan ketidakpuasan hati itu berlarut-larutan dan merosakkan hubungan.

Jadi nak buat apa?

Untuk mengekalkan hubungan suami isteri yang baik, belajar cara pasangan mengendalikan konflik. Ikut cara dia.

Kenapa kita yang kena belajar?

Sebab kita yang baca post ni.

Kenapa pula kita yang nak kena mengalah? Kenapa asyik kita je?

Sebab mengelakkan perbalahan itu lebih Allah sukai dari menang pergaduhan yang sia-sia.

Kita buat, kita dapat!

Aha.....

]]>
Ini 5 Tanda Jika Si Dia Ingin Berpisah. Perhatikan Pasangan Anda! https://redaksi.com/305-ini-5-tanda-jika-si-dia-ingin-berpisah-perhatikan-pasangan-anda Thu, 29 Jun 2017 10:30:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=305 Bercinta sudah bertahun-tahun. Pelbagai kenangan manis dan pahit yang tersemat di memori. Namun, apabila masa sudah tiba, hubungan yang indah bakal retak seribu. Gara-gara hati sudah menjadi tawar ataupun hubungan diganggu orang ketiga! Pelbagai cara telah dilakukan bagi menyelamatkan hubungan yang sudah nazak itu. Namun, kesemuanya gagal. Masing-masing berpendapat bahawa BERPISAH merupakan salah satu cara yang terbaik. Tapi, bibir tak berani nak mengaku dan meminta pasangan supaya meninggalkannya. Mungkin khuatir, sekiranya berpisah kelak, pasangan kekasih yang dahulunya sungguh romantik bersama namun apabila berpisah, akan bertukar menjadi musuh, bagai ANJING DENGAN KUCING. Selalunya, perpisahan tak pernah berakhir secara damai. Kalau nak berdamai tu, mungkin agak sukar, bergantung kepada diri masing-masing, kalau nasib baik, mungkin dapat berdamai dan bersahabat seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku.



Lelaki sebenarnya tidak mempunyai keberanian untuk berdepan dengan situasi yang melibatkan perpisahan. Namun, ada sesetengah lelaki yang sememangnya berani mengucapkan SELAMAT TINGGAL kepada kekasihnya. Maklumlah, hati sudah tawar. Tapi, bagi lelaki yang tak berani untuk mengucapkan ungkapan tersebut, mereka akan mengambil pendekatan ini – MENDIAMKAN DIRI. Jadi, hubungan yang sudah keruh akan menjadi semakin keruh dan renggang. Sebenarnya lelaki yang tak berani berdepan dengan realiti dianggap sebagai LELAKI PENGECUT! Nampak saja hebat dan gagah perkasa namun mereka tidak mempunyai keberanian yang cukup untuk berdepan dengan situasi itu. Perempuan pun apa kurangnya, golongan ini akan cuba sedaya upaya untuk mengelak dari berhadapan dengan situasi seperti ini. Tapi, masyarakat sekeliling tak boleh salahkan kaum perempuan sekiranya mereka bertindak melarikan diri daripada masalah. Kerana kaum perempuan inikan lemah lembut, jiwa mereka mudah sensitif. Mudah saja sekiranya anda ingin mengetahui sama ada si dia ingin berpisah dengan anda ataupun tidak.



1. Dia akan membiarkan anda menunggunya sehingga berjam-jam lamanya. Sedangkan dia berjanji untuk berjumpa dengan anda tepat jam 3 petang namun dia dengan sengajanya akan membiarkan anda menunggunya sehingga jam 6 petang. Memang melampau! Dia mungkin beranggapan bahawa anda akan berubah hati dengan dia. Malah, tanpa rasa bersalah, dia hanya akan memberikan alasan yang tak munasabah seperti ADA KERJA TADI atau JALAN SIBUK. Kalau ya pun ada kerja yang perlu diselesaikan, apa salahnya sekiranya dia menghantar SMS dan memberitahu anda bahawa dia mungkin akan datang sedikit lewat. Nampak sangat dia sengaja, supaya anda berasa geram dan marah. Jadi mudahlah baginya untuk meninggalkan anda atau ditinggalkan anda. Atau mungkin dia akan melayan anda seperti kawan biasa sahaja. Malah, SMS yang dihantarnya dalam seminggu boleh dibilang dengan jari saja! ‘SIBUK’ betul dia kan. Hm…

2. Dia mungkin akan mula menunjukkan sikap dingin dengan anda. Apa jua aktiviti yang dilakukannya, dia hanya akan melakukan secara diam-diam. Berbeza dengan sewaktu awal perkenalan, ke mana saja dia pergi, bersama siapa, pasti anda akan mengetahui secara terperinci. Malah, dia sendiri yang akan mengajak anda ikut bersama. Tapi, sekarang, segalanya sudah berubah, segalanya hanya rahsia. Katanya, BIARLAH RAHSIA. Maksud yang ingin disampaikannya ialah SAYA NAK BERPISAH DENGAN AWAK.



3. Cuba anda bertanya kepada si dia, “Bila kita nak kahwin?” atau “You sudi tak nak kahwin dengan I?” Cuba anda lihat reaksi wajah yang diberikannya. Mesti selamba bukan? Atau mungkin dia akan mula menggelabah. Atau mungkin juga dia akan menukar topik perbualan. Sekiranya jawapan yang anda dapat ialah “I belum bersedia lagi”, mungkin anda perlu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. Namun, ada juga orang yang mungkin benar-benar belum bersedia untuk memulakan kehidupan baru bersama. Maklumlah, umur masih mentah, tiba-tiba saja, terus diajak berkahwin. Memang gelojoh!

4. Cuba anda lihat renungan matanya atau gerak-gerinya. Segalanya akan terserlah pada tindak-tanduk dan wajahnya. Sekiranya dia masih menyayangi diri anda, wajahnya akan sentiasa berseri-seri apabila bersama anda. Maklum sajalah, hati tengah berbunga-bunga. Tapi, awas sekiranya mukanya kelat dan pahit saja, mungkin hatinya tidak tenang dan tidak selesa bersama anda. Malah, sekiranya matanya hanya memandang anda dengan sekali imbas saja, mungkin anda perlu bersiap sedia juga. Tapi, anda juga perlulah bijak membezakan antara sikap dingin sewaktu marah atau bertengkar dengan sikap dingin apabila ingin berpisah. Takut anda fikir lain, padahal dia mungkin tengah bengang manja dengan anda.



5. Aku rasa tindakan ini paling mudah untuk dikesan sekiranya dia ingin berpisah. Dia sibuk melayan orang lain sedangkan anda hanya dibiarkan keseorangan melayan fikiran sendiri. Misalnya, dalam FACEBOOK, anda dan dia ‘online’ serentak namun apa yang dilakukannya ialah sibuk melayan komen-komen daripada gadis/lelaki lain tanpa mempedulikan anda. Mana mungkin dia tidak perasan bahawa anda juga sedang ‘online’. Hmm.. Mungkin itu satu petanda bahawa dia ingin cepat-cepat berpisah. Tapi, sekali DA ingin ingatkan kepada anda, anda perlu bijak membezakan antara sikap dingin apabila ingin berpisah dengan sikap dingin sewaktu merajuk manja. Atau mungkin dia akan mula berubah sikap. Dahulunya, si dia memang seorang yang pemaaf dan sentiasa sabar. Namun, sekarang, pantang silap sedikit, pasti dia akan mengamuk sakan! Pasti anda akan dicemuh, dimaki dan diherdik. Anda perlu menyiasat sama ada dia mungkin sedang mempunyai masalah yang besar jadi dia akan melepaskan marahnya terhadap anda atau sememangnya dia langsung tidak mempunyai sebarang masalah namun dengan sengaja ingin memarahi anda. Kami hanya boleh cakap – awas.

]]>
Tak Boleh Hidup Tanpa Kau! https://redaksi.com/1786-tak-boleh-hidup-tanpa-kau Thu, 29 Mar 2018 10:15:38 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1786 Bila dilamun cinta, semua puitis, ayat manis-manis yang keluar dari mulut seorang kekasih. Ketika diuji dengan datangnya teman baru dalam hidup, senangnya minta putus. Ayat famous, “saya tak layak untuk awak.” Tak mengapalah. Hidup ni kalau sedih memanjang, tak ada gunanya juga. Lebih baik lakukan perkara berfaedah daripada memikirkan hal sia-sia. Anda sepatutnya bersyukur kerana tidak meneruskan kehidupan bersama si dia kerana:



1. Dengan mengetahui bahawasanya dia telah mempunyai orang lain dalam hidup, ini bermaksud dia telah curang dengan anda tanpa anda sedari. Bersyukurlah, kerana peristiwa yang terjadi ini berlaku sebelum anda hidup bersama si dia. Jika peristiwa ini berlaku setelah anda bernikah, bukanlah ia sesuatu yang amat menyakitkan.

2. Melepaskannya adalah keputusan terbaik. Tiada guna pujuk rayu dengan orang sebegini. Keputusan ini dikatakan keputusan terbaik kerana anda boleh perbaiki diri dalam masa yang sama mencari calon yang lebih baik agamanya untuk kehidupan akan datang. Jika penceraian berlaku dalam perkahwinan, sebaiknya kita pertahankan. Kerana Islam juga mengajarkan kita agar menjaga hubungan dalam rumah tangga, lebih-lebih lagi jika mempunyai anak.

3. Orang kata, bukan jodoh. Jadi tidak perlu membuang masa, minta saja kepada Allah agar diberikan pasangan hidup yang lebih setia, lebih baik akhlak dan agamanya, lebih mencintai sesama pasangan. Bukankah itu perkara yang bagus untuk dilakukan?



Jadilah orang yang tidak mudah berputus asa. “Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.” Teruskan melangkah untuk meneruskan kehidupan. Buktikan tanpa dia di sisi anda masih boleh berdiri, mengejar mimpi-mimpi bersama orang yang selayaknya. Sebaiknya kata "tak boleh hidup tanpa kau" hanya diberikan kepada sang pencipta sahaja. Dia pencipta yang selayaknya dicintai.


]]>
Ini Dia 4 Tanda Si Dia Inginkan Masa Untuk Bersendirian Bukannya Inginkan Perpisahan. https://redaksi.com/3528-ini-dia-4-tanda-si-dia-inginkan-masa-untuk-bersendirian-bukannya-inginkan-perpisahan Fri, 14 Sep 2018 15:46:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3528 Ramai wanita yang kerap kali salah mentafsir kelakuan seorang lelaki. Apabila lelaki itu mula bersikap dingin serta mula menjarakkan diri mereka beranggapan bahawa lelaki terbabit mula tidak mencintai mereka. Mungkin ada betulnya dan ada tidak betulnya. Kadang kala sikap seperti itu hanya inginkan masa untuk dirinya bersendirian bukannya ingin berpisah dengan anda. Apa kata anda cuba berbincang terlebih dahulu sebelum berfikir yang bukan-bukan. Berikut adalah empat tanda si dia inginkan masa untuk dirinya.


1. Lebih banyak diam berbanding hari biasa.

Apabila seseorang memerlukan ruang sendiri, biasanya ia akan banyak mendiamkan diri serta kelihatan kurang emosional. Hal ini kerana, diirnya tidak mahu anda bermain dengan emosinya yang mingkin mendatangkan kesan yang buruk. Mungkin anda boleh membiarkan dirinya sebegitu untuk sementara waktu tetapi jika ia berkelakuan seperti itu dengan kerap maka anda perlu segera berbincang dengan dirinya.

2. Meminta anda untuk dirinya ruang berehat.

Sekiranya pasangan anda memerlukan ruang dan masa sahaja, mungkin dia akan terus meminta kepada anda sahaja. Ini biasanya dilakukan oleh orang yang selesa dalam hubungan mereka dan berasa selamat untuk meminta sesuatu seperti itu. Malah, hubungan anda dan pasangan anda boleh dikategorikan sebagai hubungan yang sihat kerana keterbukaan dan kejujuran di kalangan anda. Lebih-lebih lagi, apabila anda dan pasangan anda memberikan keperluan peribadi masing-masing, ini adalah tanda bahawa kisah cinta anda berjalan lancar.


3. Lambat membalas mesej dari anda.

Satu lagi tanda bahawa seseorang itu perlukan masa adalah bila dirinya itu lambat membalas mesej anda. Bukan kerana dirinya mempunyai perkara lain untuk dilakukan tetapi hanya tidak mempunyai mood yang baik untuk melayani karenah anda. Biasanya mereka ini cuba menjauhkan diri dari sebarang gangguan kerana ingin menenangkan dirinya.

4. Kerap bertengkar.

Jangan terkejut apabila ada sedikit pergaduhan. Ia bukan lah satu pergaduhan yang besar. Jika anda berdua mempunyai komunikasi yang baik dalam hubungan, pasangan anda kemungkinan besar akan mengatakan jujur memerlukan ruang untuk diri sendiri. Namun jika ia seseorang yang tidak dapat menyampaikan keinginannya dengan baik, dirinya akan memulakan perdebatan atau pertengakaran kecil untuk membuatmu menjaga jarak dengannya.

Kesimpulannya, jangan terlalu cepat untuk membuat satu tanggapan yang negatif terhadap pasangan anda. Apa kata anda cuba berbincang dan memberinya waktu jika anda lihat seperti tanda di atas. Jangan bersikap terlalu memaksa, tetapi bersikap lebih prihatin terhadap dirinya.


]]>
Tanda-Tanda Anda Telah “Merosakkan” Seorang Gadis Yang Baik. https://redaksi.com/631-tanda-tanda-anda-telah-merosakkan-seorang-gadis-yang-baik Mon, 31 Jul 2017 09:59:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=631 Anda merosakkan gadis-gadis yang baik dengan merendahkan rasa cinta mereka terhadapmu.

Anda merosakkan gadis-gadis cantik dengan berbohong.

Walaupun mereka jujur terhadapmu.

Anda merosakkan gadis-gadis yang baik apabila anda sentiasa mengharapkan mereka untuk membuat sesuatu untukmu dan berhenti mengucapkan terima kasih.

Anda merosakkan pemikiran wanita, anda memberitahu mereka yang kebaikan mereka adalah satu kelemahan.

Anda merosakkan gadis-gadis yang baik dengan mengatakan mereka perlu berubah.

Anda merosakkan gadis-gadis yang baik dengan memainkan perasaan mereka.

Selama ini mereka hanya inginkanmu.

Anda merosakkan gadis-gadis yang baik apabila mereka memberikan hati mereka kepadamu, tetapi kamu main-main buta.

Anda merosakkan gadis-gadis yang baik dengan hanya mahu menjadi kawan.

Tetapi apabila anda teringatnya di masa yang susah, anda menukar fikiran. Anda hanya inginkan dia untuk mengisi kekosongan hati anda yang sudah rosak.

Anda merosakkan gadis-gadis yang baik apabila anda berhenti mengenali mereka.

Apabila anda membuat mereka merasakan yang terbaik mereka boleh buat adalah tidak mencukupi. Apabila mereka menyayangi anda tetapi sedikit pun, anda tidak bagi mereka kasih sayang anda.

Anda merosakkan gadis-gadis yang baik apabila anda mematahkan hati mereka dan anda membuat mereka fikir ia disebabkan oleh kesalahan mereka.

Anda merosakkan gadis-gadis yang baik apabila anda meninggalkannya kerana anda menyedari bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa lagi untuk diberi kepada anda.

Anda merosakkan gadis-gadis baik apabila mereka akhirnya berputus asa.

Dan mereka tidak mempunyai kekuatan untuk terus ke hadapan.

Anda merosakkan gadis-gadis yang baik apabila mereka berjalan pergi dan anda pula tidak perasan.

Anda merosakkan gadis-gadis baik ketika mereka menyedari bahawa mereka harus melindungi hati mereka daripada diluka olehmu.

Dan mereka berubah kerana itu.

Mereka berubah kerana mereka perlu. Kerana jika mereka tidak berubah, mereka akan terus terluka.

Dan akhirnya, hati yang terbaik, paling baik, paling besar tidak dapat mengendalikan rasa sakit yang mereka tidak layak merasai.


Jadi hati mereka menjadi sejuk.

Semua tentang mereka menjadi keras.

Sentuhan mereka adalah dalam kegelapan yang tidak lagi lembut.

Secara fizikal mereka mungkin biasa sahaja tetapi secara emosi, tidak.

Mereka akan fikir yang tiada orang akan nampak yang terbaik dalam diri mereka. Mereka akan berasa yang mereka layak ditipu.

Mereka mendengar kata-kata yang yang baik tetapi mereka tidak akan percaya.

Suara mereka menjadi senyap kerana mereka tidak mahu membazir masa mereka.

Mereka membina dinding, supaya anda tidak akan mengenali mereka.

Mereka belajar untuk melindungi diri mereka kerana mereka telah diajar olehmu.

Beginilah cara-cara anda telah merosakkan seorang gadis yang baik.

]]>
Walaupun Surirumah Memenatkan, Tetapi Mampu Merebut Pahala Dengan 6 Perkara Ini. https://redaksi.com/3970-walaupun-surirumah-memenatkan-tetapi-mampu-merebut-pahala-dengan-6-perkara-ini Tue, 23 Oct 2018 16:01:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3970 "Bekerja Atau Tidak, Tugas Surirumah Adalah Sangat Memenatkan"

Kerja rumah yang tak pernah habis, ditambah pula dengan mengurus suami dan anak-anak. Cepat sungguh masa berlalu, bila pula masanya hendak dikhususkan pada ibadah?

Jadi, Bagaimana Caranya 'Mencuri Masa' Menggandakan Amal Ibadah Walaupun Sibuk Mengurus Rumah Tangga?

1. Buat Kerja Sambil Senyum!

Eh, tiba-tiba senyum nanti orang ingat 'buang tabiat' pula? Sebenarnya, ramai wanita yang cenderung 'bermasam muka' apabila rumah bersepah, baju dan pinggan mangkuk kotor bertimbun, tambahan pula melayan karenah anak-anak.

Yakinlah, walaupun kadangkala suami atau anak-anak 'kurang' menghargainya, ia tetap satu tugas yang mulia di sisi Allah. Malahan, bukan sedikit yang Allah janjikan ya!

2. Hiburkan Diri Dengan Zikir.

Sambil mendodoi anak, menyusu badan, memasak, menjemur baju, semuanya boleh dilakukan sambil berzikir. Bukan saja ia bermanfaat buat kita yang menyebutnya, anak-anak kecil turut tenang apabila dibiasakan mendengar kalimah zikrullah. Kalau tak hafal zikir-zikir panjang atau selawat, dengarkan saja pada 'handphone'.

3. Manfaatkan Teknologi.

Kalau kita boleh gunakan gajet ini untuk 'install' aplikasi media sosial supaya dekat dengan orang tersayang, sekali-sekala cuba intai FB page organisasi Islamik termasuklah ustaz dan ustazah yang banyak memberi informasi tentang Islam.

Selain itu, apa salahnya kita 'install' juga aplikasi Islamik seperti 'Hadis Harian' atau 'Quran Digital' untuk lebih mudah mendekatkan diri dengan Allah.

4. Anak Ganggu Tidur Malam? Bertuahnya!

Sejak kelahiran anak kecil, ramai ibu yang perlu bangun di waktu malam mengepam susu atau untuk menyusukan anak. Situasi ini biasanya akan berlanjutan hinggalah anak berhenti menyusu.

Waktu tengah malam begini adalah waktu terbaik untuk anda berdoa. Kalau penat, mengadulah pada Allah sepuas-puasnya hingga menitiskan air mata. Percaya tak, ia dapat memberi anda sebuah kekuatan dan kelegaan yang tidak mungkin mampu ditandingi oleh sebarang suplemen atau vitamin!

Kalau dapat melakukan Solat Sunat Tahajud, tentulah lebih baik. Sukar sedikit pada mulanya, tapi lama-kelamaan, anda akan terbiasa.

5. Ajarkan Kisah Nabi Dan Sunnah.

Malunya nak mengaku, sebenarnya banyak yang perlu diulangkaji apabila anak-anak cukup besar untuk diceritakan kisah Nabi. Walau apa pun, mungkin itulah hikmahnya - supaya kita dapat menambah ibadah dalam menuntut Ilmu.

Bagi anak-anak kecil, biasakan mereka dengan sunnah yang ringkas seperti memulakan perbuatan dengan Bismillah dan makan dengan tangan kanan.

6. Galakkan Suami Buat Perkara Baik.

Pernahkah anda berasa cemburu apabila tidak dapat mengikut suami ke masjid, atau menunaikan haji kerana terpaksa menguruskan rumah tangga? Jangan begitu! Sebenarnya, wanita amat beruntung kerana kita berpeluang diberi ganjaran setaraf dengan perbuatan baik yang dilakukan oleh suami.

Diceritakan bahawa Asma' binti Yazid pernah mewakili para wanita untuk bertanya kepada Rasulullah SAW:

'Kami kaum wanita rasa tersisih, tidak sama dengan kaum lelaki. Kami golongan yang serba terbatas dan terkurung. Kerja kami hanya menjaga rumah mereka, memelihara dan mengandung anak mereka serta tempat melepaskan nafsu kaum lelaki.

Kami tidak diberi peluang untuk mengerjakan sebagaimana yang diberikan kepada kaum lelaki. Kami tidak diberikan kesempatan untuk mendapatkan pahala seperti solat Jumaat, menziarahi orang sakit, menyaksikan pengkebumian, menunaikan haji dan amalan yang paling utama iaitu berjuang pada jalan Allah...'.

Maka Nabi SAW menjawab:

'Pulang dan beritahu kepada kaum wanita bahawa layanan yang mereka berikan kepada suami mereka, usaha mereka mendapat redhanya dan mengikutinya adalah menyamai semua yang dilakukan oleh suami mereka,'.

Tak Mustahil, Bukan?

Selepas ini, bolehlah wanita cuba memanfaatkan 'title' sebagai surirumah. Sesibuk mana pun, letakkanlah Allah yang paling dekat dalam hati kita dalam apa jua perbuatan.

Walaupun tak 'glamour' di sisi masyarakat, tetapi Allah paling berhak mengangkat darjat seseorang, lebih-lebih lagi wanita yang sanggup berkorban untuk suami dan anak-anak demi mencari keredhaan-Nya.

]]>
6 Rahsia Menawan Hati Lelaki Pemalu. https://redaksi.com/749-6-rahsia-menawan-hati-lelaki-pemalu Fri, 04 Aug 2017 15:43:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=749 Lelaki Pemalu. Lelaki jenis ini memang agak misteri. Ramai wanita yang binggung apabila berhadapan lelaki pemalu. Lelaki pemalu adalah lelaki yang kurang bercakap. Lelaki yang banyak bercakap biasanya dapat mengawal perasaan malu apabila berdepan dengan seorang gadis atau wanita buat pertama kali. Agak sukar untuk berjumpa dengan lelaki pemalu pada zaman sekarang. Namun, jika anda mempunyai rakan atau kekasih pilihan dan anda tidak tahu bagaimana caranya untuk berdepan dengan lelaki pemalu sepertinya, kami sedia membantu anda.

Jom, kenali ciri-ciri lelaki pemalu.



1. Sedaya upaya menghindari ‘eye contact’ ketika berbicara.

Melakukan ‘eye contact’ ketika berbicara merupakan satu trik untuk memikat hati pasangan anda. Tapi bagi lelaki pemalu, mereka akan sedaya upaya menghindari ‘eye contact’ ketika berbicara dengan anda. Lelaki pemalu memang suka untuk memandang wanita yang mereka suka tetapi dengan cepat akan mengalihkan kembali pandangannya ke tempat lain.

2. Sibuk dengan diri sendiri dan tidak dapat duduk diam.

Lelaki pemalu akan sering kali menyentuh rambutnya, menggaru-garu wajah, bermain dengan jari atau menjadi gugup ketika anda berada dekat dengannya, itu menandakan dia adalah lelaki pemalu dan ingin kelihatan sempurna di depan anda. Lelaki pemalu sering merasa gelisah dengan pergerakan mereka.

3. Gugup atau tergagap ketika berbicara. 

Anda perlu bersabar dengan lelaki pemalu kerana mereka biasanya akan berasa gugup apabila berdepan dengan anda. Kadang kala soalan yang ringkas pun akan membuatkan dia tergagap untuk membalasnya.



4. Lebih selesa berkomunikasi menggunakan media sosial.

Disebabkan lelaki pemalu sering merasa gelisah dengan pergerakan mereka dan gugup ketika berbicara, mereka lebih selesa untuk berkomunikasi menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter ataupun chat online. Jika anda mendapati lelaki pemalu ini sering menegur anda di media sosial, ada kemungkinan mereka menaruh hati terhadap anda.

5. Sangat sensitif dengan sentuhan.

Sentuhan biasa seperti memegang bahu atau tersentuh lengan dari seseorang yang mereka sukai akan menimbulkan kesan terkejut yang cukup besar seperti tubuhnya tersentak atau cepat-cepat mejauhkan diri dari anda. Ini adalah disebabkan oleh kesan elektrik yang mengalir dalam tubuh lelaki pemalu saat tangannya tersentuh dengan tangan anda. Jadi, bagaimana caranya untuk berdepan dengan lelaki pemalu?

6 Tips Pikat Lelaki Pemalu

1. Bersikap comel dan manis.

Apa kata, jika anda cuba latih diri anda untuk bersikap secomel mungkin. Anda juga perlulah bersikap pura-pura malu walaupun pada hakikatnya anda bukanlah seorang yang pemalu. Berikan hadiah comel seperti coklat atau buku kepada lelaki pemalu dan berikan senyuman manis kepadanya. Percayalah, taktik ini sangat berkesan untuk memikat si lelaki pemalu.



2. Jangan bersikap gelojoh.

Ingat bahawa lelaki pemalu tidak sukakan gadis yang terlalu mendesak dan agresif. Perlahan-lahan mengambil hati mereka. Jangan jadikan langkah pertama anda gagal di situ shaja. Bijaklah mengawal setiap butir bicara anda.

3. Berilah pujian kepada lelaki pemalu.

Semua lelaki sukakan pujian. Seperti mana wanita, begitu juga lelaki yang mengharapkan pujaan hati mereka sentiasa memberikan pujian. Mulakan dengan pujian yang lebih mudah seperti memuji bajunya atau rambutnya. Pujian adalah kunci kepada hati lelaki.

4. Bersikap kelakar.

Apabila anda cuba untuk memikat si lelaki pemalu, pastikan anda mempunyai personaliti yang dapat menarik hati si dia. Anda boleh menjadi seorang yang kelakar dan usiklah si dia asalkan tidak sampai memalukannya. Ini mungkin boleh melegakan ketegangan di dalam dirinya.



5. Gunakan cara non-verbal.

Anda boleh meluahkan perasaan anda menggunakan sms, video call, email, ataupun melalui Facebook serta video YouTube. Cara ni dipanggil non-verbal iaitu luahan hati yang dibuat tanpa berdepan. Apabila anda berjaya berbuat begitu, pasti si lelaki pemalu kagum dengan keberanian anda.

6.Memulakan perbicaraan mengenai topik umum.

Cari keserasian dengan mengajak lelaki pemalu berbicara mengenai topik umum. Topik umum biasanya tidak akan menjadikan anda berdua kekok untuk bebicara. Bertanya juga tentang hobi mereka, pasti mereka akan galak berbicara.

Kesimpulan.

Memikat lelaki pemalu bukanlah seperti memikat lelaki biasa. Anda memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan jangan cepat berputus asa. Perasaan malu hanyalah untuk sementara, apabila anda berdua sudah mengenali antara satu sama lain perkara akan menjadi jauh lebih mudah.

]]>
Cantiknya Wanita Ciptaan Allah. https://redaksi.com/1312-cantiknya-wanita-ciptaan-allah Sun, 24 Sep 2017 11:21:39 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1312 Allah berfirman:

'Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.'



'Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.'

'Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.'

'Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.'

'Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.'



'Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.'

'Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.'

'Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.'

Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yang anda kenali.

Setiap wanita itu cantik.

]]>
Ciri-Ciri Wanita Yang Sangat Istimewa Pada Mata Lelaki. Adakah Anda Tergolong Dalam Wanita Istimewa Ini? https://redaksi.com/2755-ciri-ciri-wanita-yang-sangat-istimewa-pada-mata-lelaki-adakah-anda-tergolong-dalam-wanita-istimewa-ini Mon, 09 Jul 2018 10:54:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2755 Bagi wanita, mempunyai wajah yang cantik, putih, gebu dan mulus adalah satu kemestian seorang lelaki akan lihat. Ya, memang benar lelaki amat sukakan pada kecantikan wajah seorang wanita, tetapi anda hanya memiliki wajah yang cantik tetapi tidak menepati ciri-ciri dalaman yang diidamkan, pasti si lelaki akan berfikir dua kali.

Dan bagi pendapat wanita juga, mempunyai tubuh badan yang langsing persis model juga akan menarik perhatian lelaki. Percaya lah ciri-ciri luaran yang dipandang oleh mata kasar lelaki ini kebiasaannya hanya sementara sahaja. Kadang-kala ia tidak menjamin akan kekal sehingga ke jinjang pelamin.


Jadi, apakah ciri-ciri dalaman dan luaran pada wanita yang dianggap istimewa pada lelaki…

1. Hati yang bersih.

Mempunyai hati yang bersih seperti tiada kata-kata carutan atau lucah dikeluarkan pada bibir munggilnya. Sentiasa berfikiran positif dan bersangka baik pada keadaan sekelilingnya, yang membuatkan orang tertanya-tanya, tiadakah sedikit perasaan sangka buruk pada orang lain? Atau tiada iri hati, dengki?

2. Sentiasa menjaga penampilan.

Orang sekeliling yang sudah mengenali lama tentang wanita ini, pasti mereka akan tahu, wanita jenis ini sentiasa menjaga penampilan, sentiasa kelihatan bersih dan kemas. Penjagaan diri juga dijaga dengan terapi, bukan tidak mahu kelihatan sedikit cacat cela. Cuma baginya diri mereka sendiri tidak selesa jika tidak menjaga penampilan.

Tetapi tidak pula sentiasa mengenakan mekap yang tebal, hanya menghiasi untuk bertambah seri sahaja.


3. Tahu menghargai diri sendiri.

Wanita ini menghargai setiap pemberian Allah SWT yang ada pada dirinya, tidak pernah merungut mahupun berfikiran negatif. Apabila mereka tahu menghargai sudah pasti mereka tahu menyayangi diri sendiri mereka dengan cara bersyukur walaupun sedikit. Ia pasti membuatkan hatinya berasa lapang.

4. Berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri.

Wanita yang positif dan berlapang dada, sudah tentu mereka dapat berfikiran dengan matang. Mereka tidak mudah untuk berperangai secara keanak-anakan kerana mahu berdikari dan mencari pendapatan sendiri. Lelaki amat tertarik pada wanita sebegini, kerana bagi mereka wanita ini nampak sofistikated.


5. Mempunyai semangat dalam mengejar impian.

Apabila seseorang wanita yang sering dianggap lemah tetapi kemudiannya menunjukkan yang diri mereka ada semangat yang kuat untuk kejar apa yang dicita-citakan, jenis wanita sebegini selalunya lelaki pilih untuk dijadikan pasangan sehidup semati.

Adakah anda mempunyai semua ciri-ciri di atas? Pasti beruntung lelaki yang memiliki anda. 

]]>
Lelaki Ini Kongsi 7 Pahala Mudah Yang Boleh Diamalkan Setiap Hari. https://redaksi.com/5942-lelaki-ini-kongsi-7-pahala-mudah-yang-boleh-diamalkan-setiap-hari Thu, 02 May 2019 08:53:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5942 Sebagai seorang hamba yang dahagakan syurga di akhirat, pasti ramai diantara kita yang sedang berlumba-lumba untuk mencari dan membuat pahala sebagai bekalan di akhirat kelak. Pelbagai yang dilakukan, seperti lakukan sunah-sunah Nabi saw, melakukan solat sunat dan macam-macam lagi.

Dalam mencari bekalan ini, kadang kala kita tidak sedar bahawa disekeliling kita ini begitu mudah untuk mendapatkan pahala sebenarnya. Walaupun ia kelihatan kecil tetapi tetap sahaja apabila dikumpulkan dan selalu diamalkan akan menjadi banyak kelak.

Menurut saudara Firdaus Mokhtar, terdapat 7 pahala mudah yang kita boleh lakukan dalam rutian harian kita ini. Jom amalkan.



Dalam kehidupan kita hari-hari, ada banyak ruang untuk kita mendapat pahala mudah. Pahala yang kita boleh dapat selalu dan banyak kali.

Namun sebab kita tak perasan itu sumber pahala, maka kita tak selalu amalkan. Ini antara pahala mudah yang kita boleh dapat;

1. Memberi salam.

Ucapan salam adalah kata-kata mendoakan orang lain. Maka kebaikan di sini tercipta kebaikan apabila kita mendoakan orang sekali pun kita tak kenal.

“Moga segala kebaikan dan kesejahteraan untuk kamu bersama kasih sayang dan keberkatan Allah.”

Haa. Begitu doanya untuk setiap kali salam yang kita ucap. Maka tercatatlah pahala untuk kita.

Bagi salam ini pada semua, kita kenal atau tidak.

2. Senyum kepada orang lain.

Iya, sekadar tersenyum. Pergerakan otot muka yang menggerakkan bibir menjadi luas. Menolak naik otot pipi sedikit ke atas. Haa begitu.

Akan lahir emosi positif dan gembira dalam diri kita. Dan kita transfer emosi yang sama kepada orang yang kita lemparkan senyuman tadi. Mereka juga akan rasa bahagia.

Ini juga memberikan pahala mudah buat kita. Pahala yang sama seperti orang bersedekah.

3. Memberi laluan kepada orang lain.

Sedang kita bawa kereta, sampai di simpang jalan. Sepatutnya kita boleh sahaja jalan dulu, tapi kita bagi laluan ke kereta lain untuk lalu dulu. Ini kebaikan.

Kita utamakan pejalan kaki, ini juga kebaikan. Kita dah lebihkan orang lain berbanding diri kita. Maka pahala buat kita.

4. Memaafkan kesalahan kawan.

Memberikan kemaafan sekali pun tidak diminta. Ini sangat besar. Kita menggembirakan orang lain.

Sungguh perbuatan ini sangat besar pahalanya.

5. Mengalihkan halangan di jalanan.

Jika ternampak ada batu besar atas jalan, tayar pecah atau apa sahaja atas jalan, kita alihkan. Jika keadaan yang bahayalah. Dekat lebuhraya bahaya sangat.

Ini contoh kalau di jalan dalam taman perumahan kita atau jalan yang kenderaannya tidak laju.

Kita memberi mudah orang ramai untuk lalu lalang tanpa bahaya. Jadi ini juga mendatangkan pahala.

6. Niat untuk bangun malam untuk beribadah.

Iya kawan-kawan, niat yang baik. Niat nak bangun sembahyang malam. Solat tahajud, solat taubat, solat hajat dan sebagainya.

Atas setiap niat itu Tuhan dah beri pahala. Pahala itu tetap diperolehi sekali pun tak sempat bangun kerana terlajak tidur.

Namun niat mesti niat yang bersungguhlah. Niat sahaja dah ada pahala.

7. Berpakaian dan niat bercantik kerana Allah

Ini sangat mudah sebab hari-hari kita buat. Bila pakai bersiap pakai baju, hadirkan niat dalam hati. Kita pakai yang cantik-cantik ini kerana Allah itu cantik dan suka kepada kecantikan.

Begitulah kawan-kawan sekalian. Yang sebenarnya untuk mendapat pahala atau keredhaan yang mudah terlalu banyak cara dan jalannya.

Tanpa perlu untuk kita korbankan harta. Kan?

Sekian.

Firdaus Mokhtar,
Selamat beramal.

]]>
Tunang Tanpa Sedar? https://redaksi.com/1166-tunang-tanpa-sedar Sun, 10 Sep 2017 14:09:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1166 “Lepas belajar nanti, awak kahwin dengan saya ya?

Okey, saya nak kahwin dengan awak."

Pernahkah kita dengar perbualan sebegini atau kita sendiri mengungkapkan kata-kata seperti di atas?



Situasi tersebut sering berlaku dalam kalangan penuntut universiti atau sesiapa sahaja yang sedang hangat bercinta. Percaya atau tidak, ikatan janji itu, sama ada secara serius atau sekadar ‘main-main’, tanpa sedar boleh meletakkan diri sebagai tunangan orang. Mungkin ramai beranggapan, keadaan itu hanya perkara biasa masa kini. Mengikut perspektif dan hukum fikah, pinang bermaksud apabila pihak lelaki menyatakan hasrat untuk berkahwin kepada pihak perempuan. Sekiranya pihak perempuan setuju kepada hasrat lelaki tersebut, maka jadilah perempuan itu tunang lelaki tersebut.



Peminangan boleh berlaku sama ada melalui panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) atau apa-apa rangkaian teknologi sedia ada dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini. Apabila seseorang wanita itu memberikan jawapan sebagai tanda dia suka dan bersetuju kepada hasrat tersebut, wanita itu telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut. Dalam hal itu, mana-mana lelaki lain yang tahu akan perkara tersebut dan masuk meminang selepas berlaku ‘perjanjian’ itu, hukumnya adalah haram. Ramai juga beranggapan dan mempertikaikan status tunang boleh berlaku dalam keadaan semudah itu kerana mereka berpendapat, selagi kedua-dua pasangan itu tidak dimaklumkan kepada kedua-dua ibu bapanya, maka pertunangan tidak boleh terjadi.

Pandangan sebegitu adalah tidak benar. Hal ini demikian kerana, walaupun tanpa pengetahuan kedua-dua ibu bapa wanita itu atau tidak ada sebarang ‘tanda ikatan’, seperti cincin dan sebagainya termasuk rombongan dan hantaran meminang, status pasangan tersebut sudah pun bertukar kepada tunangan orang. Persepsi orang Melayu juga berpandangan, bertunang hanya dikira sah sekiranya berlaku dalam sebuah majlis, membawa hantaran sirih junjung dan sebentuk cincin. Namun, Menurut Pensyarah Undang-Undang Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datin Noor Aziah Mohd. Awal, keadaan sebegitu hanyalah satu adat dan bukannya hukum wajib mengikut Islam.



“Jika wujud ungkapan sebegitu, daripada segi Islam sudah dianggap bertunang," katanya ketika berucap pada Program Bicara Sakinah yang dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), baru-baru ini. Menurut beliau, mana-mana perempuan yang sudah berjanji untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki, adalah perlu kepadanya untuk memaklumkan kepada ibu bapanya bahawa dia sudah ada pilihan hati dan sudah pun memeterai perjanjian ‘tidak rasmi’ kepada pasangannya.

Tindakan undang-undang.

Dalam pada itu, Prof. Noor Aziah menambah, sekiranya perkahwinan yang dirancang tidak berlaku, maka sebelah pihak lelaki atau perempuan boleh mengenakan tindakan undang-undang di mahkamah mengikut peruntukan Seksyen 15 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

“Jika sesiapa telah mengikat pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, atau sama ada dengan sendirinya atau melalui seorang perantaraan, namun kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah.

“Sedangkan pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungjawab untuk memulangkan pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau bagi pihak yang satu lagi sebagai persediaan bagi perkahwinan itu sekalipun boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah,’’ ujarnya.

Jelas Noor Aziah, Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah (tunang) sebagai salah satu daripada syariat yang memberi peluang kepada kita semua untuk berkenalan dengan pasangan daripada segi zahir dan batin sebelum bernikah.



Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM itu berkata, zaman sekarang agak sukar mencari pasangan yang berkahwin atas pilihan keluarga, sedangkan cara sedemikian lebih diberkati demi melahirkan sebuah keluarga sakinah.

Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:

Tujuan berumah tangga atau berkeluarga adalah untuk mencari ketenangan dan ketenteraman atas dasar mawaddah dan rahmah, saling mencintai, dan penuh rasa kasih sayang antara suami isteri. (Ar-Rum: 21)

Nabi SAW juga bersabda yang bermaksud:

“Apabila seseorang kamu meminang seseorang perempuan, maka dia dibolehkan untuk melihat perempuan tersebut sekiranya tujuannya adalah untuk meminangnya, sekalipun tanpa diketahui oleh perempuan itu.’’

 

]]>
“Pentingnya Cara Berdoa Dengan Betul Yang Perlu Kita Praktikkan Dalam Kehidupan Seharian…” https://redaksi.com/4124-pentingnya-cara-berdoa-dengan-betul-yang-perlu-kita-praktikkan-dalam-kehidupan-seharian Mon, 05 Nov 2018 09:54:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4124 Sering kali kita akan bertanya-tanya, mengapa doa kita tidak dimakbulkan lagi? Adakah doa kita ini tidak didengari Allah? Dan pelbagai-bagai lagi. Tapi tanpa kita sedar bahawa cara kita berdoa itu yang menyebabkan doa kita ini lambat tertunainya apa yan kita mahukan.

Mari belajar cara berdoa dengan betul agar ia mampu mengubah hidup serta memberi manfaat kepada diri kita. Jom ikuti perkongsian ini.



TUKAR CARA KITA BERDOA

Moga sahabat-sahabat yang membaca beroleh manfaat yang sebanyaknya..

INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. INSYA ALLAH..

1. Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Fahamkan?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah:

" Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)'.

2. Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berikanlah aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,

" Ya ALLAH kurniakanlah aku..."

Kerana apa? Jika kita sebut "beri" maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut "kurnia" maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.

3. Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini,

" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."

Nampakkan 2 perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.



4. Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.

Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, jom kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,

' Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..

"Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..

Kerana Engkau sahajalah sebaik-baik perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '

Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.

5. Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yang sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,

' Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..'

6. Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,

' Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah...



 

]]>
Gemuruh Untuk Bertemu Seseorang Buat Pertama Kali, Ikuti 9 Tip Pertemuan Yang Efektif (Boleh Digunapakai Untuk Apa Jua Pertemuan). https://redaksi.com/741-gemuruh-untuk-bertemu-seseorang-buat-pertama-kali-ikuti-9-tip-pertemuan-yang-efektif-boleh-digunapakai-untuk-apa-jua-pertemuan Fri, 04 Aug 2017 15:05:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=741 Perjumpaan pada pertama kali mungkin akan membuatkan anda berasa gemuruh atau gementar untuk bertemu dengan seseorang atau sekumpulan klien. Ianya akan memberi rasa kurang senang, kerana risau akan pandangan mereka terhadap anda. Bagi memastikan mereka yang anda temui pada kali pertama memberikan tanggapan yang baik buat anda, sudah pasti anda memerlukan kajian atau sedikit pencarian mengenai latar belakang orang yang anda perlu jumpa, supaya anda dapat mengurangkan rasa kekok apabila berhadapan dengan mereka. Dalam membantu anda menangani permasalahan ini, admin ingin kongsikan beberapa tip yang anda boleh ikuti, dalam menghadapi pertemuan pertama, tidak kira dalam alam pekerjaan atau peribadi. Jom  tengok apa yang kami kongsikan. Individu yang anda akan temui sepanjang hidup anda boleh menjadi seseorang yang akan membuka peluang baru dalam kehidupan anda, tidak kira dari segi persahabatan, perniagaan, cinta atau sebagainya. Anda tidak pernah tahu orang yang akan anda temui, memainkan peranan penting dalam kehidupan anda. Kami telah mengumpulkan beberapa langkah-langkah dan peraturan yang anda perlu tahu, untuk membuat kenalan baru dan rakan perniagaan.



1. Membuat sedikit carian sebelum pertemuan.

Kebanyakan perjumpaan pada kali pertama, sama ada formal atau tidak formal, bukanlah secara tidak sengaja. Anda seharusnya membuat usaha sebelum bertemu, supaya anda lebih mengetahui akan seseorang itu yang bakal anda berurusan. Ketahui terlebih dahulu akan pengalaman profesional, latar belakang atau, minat individu terbabit. Ini akan memberi kesan positif terhadap anda, dan pertemuan akan menjadi lebih produktif. Orang yang berjaya tidak pernah mengabaikan peraturan yang mudah ini.

2. Sediakan ilmu mengenai perjumpaan.

Sama ada ianya adalah temujanji yang pertama, perbincangan awal dengan pembekal, atau temuduga kerja, sentiasalah bersedia. Fikirkan soalan-soalan yang akan anda bertanya semasa temuduga, atau soalan yang berpotensi untuk ditanya, sediakanlah jawapan dengan sebaiknya. Dan jangan lupa, anda hanya mampu untuk melihat dari segi perbualan sahaja, dan mempunyai pandangan yang terhad terhadap niat dan matlamat orang lain. Jadi, pastikan anda mempertimbangkan dalam kepelbagaian corak pertemuan yang dihadiri, dan menjadi lebih fleksibel.



3. Tiada yang berasa selesa dengan pertemuan pertama.

Tidak kira ianya janji temu pertama, atau mesyuarat perniagaan, sangat sedikit orang yang berasa selesa untuk bercakap dengan orang tidak dikenali. Kita semua akan mempunyai kerisauan mengenai pandangan pertama, dan risau akan terlepas sesuatu yang penting. Cuma, ingatlah, hanya kerana orang lain berasa yakin, itu tidak membuktikan mereka rilek dan tidak risau. Anda hanya perlu sedar dan yakin, bahawa orang lain juga berasa gelisah seperti anda juga. Ini akan membantu anda lupakan masalah anda sendiri,

4. Senyuman merupakan 'senjata' terbaik.

Senyum apabila berjumpa dengan orang baharu, mungkin merupakan cara yang sudah lama, tetapi tidak semua senyuman membawa maksud yang sama. Senyuman yang lebar dan tidak ikhlas, akan memberikan kesan negatif terhadap interaksi anda dengan orang lain, dan ianya membuatkan orang lain berfikir anda ingin menjual sesuatu yang tidak berguna. Biarlah senyuman anda adalah yang asli, dihadiri melalui kejutan, dalam mempelajari sesuatu yang baru, atau permulaan hubungan pada masa hadapan.

5. Melihat ke dalam mata.

Memandang secara terus pada mata seseorang membuktikan anda adalah ikhlas, bersifat terbuka dan seorang yang berani. Seseorang yang selalu menundukkan pandangan akan menimbulkan rasa syak wasangka. Lihatlah ke dalam mata teman bicara anda. Namun, elakkan untuk ianya menjadi seperti pertandingan atau ujian penguasaan. Perlu ingat: Terdapat perbezaan penerimaan orang, mengikut budaya masing-masing. Pandangan mata yang dilihat biasa, mungkin sesuatu yang tidak sopan di sesetengah tempat. Jadi, buatlah sedikit kajian terlebih dahulu akan latar belakang budaya orang yang anda akan temui. Jika anda tidak punya banyak masa, anda boleh melihat sendiri teman bicara anda, seperti gerak isyarat, tubuh badan, dan intonasi, tiru cara tersebut, sepanjang perbualan. Ini akan membantu anda bertindak dengan lebih baik.



6. Salam perkenalan.

Norma dan adat istiadat dalam memberi salam perkenalan adalah berbeza mengikut negara masing-masing. Jika anda merancang untuk membuat pertemuan, etika memberi salam perkenalan adalah apa yang anda perlu pelajari. Sesuatu yang dilihat biasa dilakukan di rumah, tidak semestinya baik di tempat lain. Sudah pasti, orang asing sedar akan perbezaaan budaya ini, namun jika anda membuat dengan cara yang betul, kemungkinan untuk anda mendapat rundingan yang berjaya amat tinggi. Bersopan santun dan beri perhatian, ianya akan sentiasa diingati oleh orang lain.

7. Beri perhatian akan persekitaran orang lain.

Jika anda berjumpa orang lain di pejabat, rumah mereka, atau tempat yang biasa dilawat oleh mereka, perhatikan sekeliling anda. Anda akan menemui klu atau kata kunci mengenai identiti orang yang anda berinteraksi. Beri perhatian terhadap apa jua yang berada di sekeliling anda, buku, hasil seni, perabot, hiasan kecil, atau mungkin gambar. Ini akan membantu anda untuk membina hubungan yang baik dengan orang lain.

8. Ambil berat akan minat orang lain.

Beri tumpuan kepada, keperluan, minat dan keselesaan orang lain. Gunakan bahasa yang mudah difahami apabila berinteraksi dengan mereka, dan tawarkan kepada mereka, apa yang mereka inginkan. Terangkan apa yang baik jika bekerja dengan anda dengan cara yang tidak terlalu memaksa. Tetapi, ini tidak bermakna anda harus lupakan apa yang anda inginkan, cuma, perlu bertolak ansur, supaya kedua-dua pihak mendapat apa yang mereka perlukan. Cuba untuk memahami motivasi orang lain.



9. Jangan menganggap anda dialu-alukan.

Adalah penting untuk menamatkan mesyuarat tepat pada masanya. Walaupun masih terdapat isu-isu yang tidak dapat diselesaikan, tetapi ia perkara biasa buat pertama kali pertemuan. Ada kemungkinan besar, pertemuan kali kedua akan dilakukan, bagi membincangkan isu yang lebih penting secara mendalam. Pertemuan yang pertama, adalah lebih kepada sesi pengenalan buat kedua-dua belah pihak, dalam mengenali lebih baik. Cuba untuk membincangkan kesemua aspek semasa pertemuan pertama, bukanlah idea yang baik. Biarlah sesi tawar-menawar berlaku secara semula jadi, dan bertahan lama.

Dengan adanya perkongsian ini, admin yakin anda dapat mengurangkan kebimbangan dan kerisauan dalam memberi ucapan, atau pertemuan buat kali pertama dengan mana-mana pihak. Pastikan anda buat kajian dengan mendalam, dan yakin akan kebolehan diri anda. Jom kita bersua dengan lebih semula jadi, dan yakin.

]]>
Wanita Apabila Sudah Cinta, Dia Akan Setia. https://redaksi.com/2043-wanita-apabila-sudah-cinta-dia-akan-setia Thu, 19 Apr 2018 16:31:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2043 Kebanyakkan wanita akan setia pada yang satu. Jarang kita melihat seorang wanita sanggup kehilangan seorang lelaki dengan alasan yang remeh temeh. Melainkan wanita tersebut hanya menginginkan harta dan pangkat daripada seorang lelaki.

Kesetiaan mereka didorong atas faktor emosi. Mudah jatuh cinta dan mudah juga untuk memberikan cinta kepada seseorang. Tetapi, usahlah mengambil kesempatan atas faktor tersebut. Jika kau seorang lelaki sejati, kau akan menjaganya. Bukan merosakkannya.


Ketika dia mencintai seseorang, dia akan tetap bersama walau dalam keadaan susah mahupun senang. Sewaktu lelaki tersebut memerlukan pertolongan, dialah yang pertama akan menghulurkan bantuan dengan sesegera mungkin.

Wanita yang baik, dia akan menjaga dirinya sebelum menjadi hak lelaki tersebut. Maka, tidak usah diragukan cintanya. Jika sudah menjadi halal bagi seorang lelaki, percayalah, seorang lelaki itu akan menjadi cinta pertama dan terakhir buatnya.


Maka, setia jugalah seorang lelaki kepada wanita tersebut. Jangan pernah melukainya, jika ada kekurangan terhadapnya. Tegurlah dengan cara yang berhemah, tutuplah kelemahan tersebut dengan kelebihan yang kau ada.

Tetapi, jangan pernah lupa. Wanita juga mempunyai hati dan perasaan. Usahlah mempermainkan dirinya. Jika seorang lelaki mempunyai orang lain yang tidak diketahuinya, bersiaplah seorang lelaki,dia cepat akan terasa bahang tersebut. Lebih-lebih lagi apabila sudah menjadi isteri. Perasaan tersebut kemungkinan dirahsiakan, apabila tiba masanya, perang melanda. Oleh itu, usah membuat hal sedemikian.

Apabila dilukai, maaf wahai lelaki, kemungkinan dia akan lari dan ada juga yang tidak ingin bersama terus setelah itu. Kerana kekecewaan tersebut sangat mendalam baginya. Dia lebih rela hidup bersendirian daripada tetap bersama dengan orang yang pernah melukainya dahulu.


]]>
Bila Nak Dekat-Dekat Hari Nikah Itu, Orang Lelaki Makin Bimbang Akan 5 Perkara Ini. https://redaksi.com/7285-bila-nak-dekat-dekat-hari-nikah-itu-orang-lelaki-makin-bimbang-akan-5-perkara-ini Tue, 24 Sep 2019 10:58:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7285 Pernah dengar tak bahawa orang lelaki ini adalah orang yang lambat matang. Di mana diantara lelaki dan wanita, wanita akan lebih cepat matang berbanding lelaki. Walaupun usia lelaki itu lebih tua berbanding wanita, tetapi itu belum tentu menjeleskan tahap kematangan dirinya.

Jadi apabila mereka ambil keputusan untuk berkahwin, tentu satu perkara yang sangat mengejutkan bukan? Kalau mereka ini sudah melepasi umur 25 tahun mungkin mereka dah bersedia nak kahwin, tapi kalau mereka ini masih mudah tentu sahaja terasa ragu-ragu.

Eh, tapi tak kiralah lelaki matang ataupun tidak… tapi kalau bab-bab dah nak berkahwin ini banyak perkara yang bermain difikiran lelaki. Sampaikan dia punya overthinking lagi teruk dari orang perempuan. Haaa, nak tahu apa yang orang lelaki bimbangkan bila dah nak kahwin ini.



1. Rasa ragu-ragu, adakah dia mampu menjadi suami yang baik?

Setiap orang selagi belum menjalankan tanggungjawab sebagai suami, tentu sahaja akan bimbang kalau-kalau dirinya tak mampu lakukan tanggungjawab itu. Sebab itu, kena cuba dulu baru boleh tahu anda mampu lakukannya ataupun tidak.

2. Takut, kalau-kalau tak mampu penuhi keinginan isterinya.

Orang lelaki tahu bahawa wanita ini banyak keinginannya, itu yang membuat lelaki takut dan bimbang. Mana tahu bahawa dia tak mampu penuhi segala keinginan isterinya, nak-nak lagi bab keselesaan hidup kelak. Segala keinginan isteri itulah tanggungjawab suami.



3. Risau kalau hobi yang disukai tak boleh dilakukan lagi.

Orang lelaki ini banyak hobinya, malah kadang kala ada hobi yang selepas kahwin pun tak boleh nak tinggal. Akan tetapi kalau disuruh pilih hobi dengan isteri tentu sahaja membuat dirinya serba salah. Itu yang bimbang kalau lepas kahwin nanti boleh tak dia lakukan hobi yang sama.



4. Bimbang waktu bersama rakan-rakan akan terbatas.

Jika waktu bujang dia boleh lepak berjam-jam dengan rakannya, tapi selepas kahwin tentu masa lepak bersama rakan-rakannya akan terbatas. Malah ada juga isteri-isteri yang tak bagi suaminya pergi lepak, haaa… macam mana dia tak bimbang.

5. Tiba-tiba terfikir betul ke pilihannya itu.

Dah saat-saat akhir ini, mulalah dia fikirkan bahawa betul atau tidak pilihan dirinya itu. Ini kerana, isterinya akan menjadi peneman serta ibu kepada anak-anaknya. Bukan apa, takut-takut kalau dia salah buat pilihan.

Biasalah bila mula nak buat benda baik ini macam-macamlah akan terasa di hati. Mana tidaknya, syaitan tak suka kalau anda bina masjid yang menghalalkan hubungan.

]]>
Anak Tak Akan Belajar Sayangi Diri Mereka Sendiri Kalau Mereka Tidak Belajar Perasaan Disayangi Oleh Orang Lain. https://redaksi.com/5666-anak-tak-akan-belajar-sayangi-diri-mereka-sendiri-kalau-mereka-tidak-belajar-perasaan-disayangi-oleh-orang-lain Tue, 02 Apr 2019 10:42:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5666 Sebagai ibu bapa, kita sememangnya sayang akan anak kita ini. Mana tidakya, ada sesetengah orang menunggu bertahun-tahun untuk memiliki anak seorang, ada sesetengah orang menunggu beberapa bulan sahaja untuk memiliki anak. Semua hanya bergantung pada rezeki masing-masing tetapi ia tetap sesuatu yang ditunggu.

Jadi apabila sudah dapat seorang itu, pastilah akan sayang sangat-sangat sampai tidak tahu nak gambarkan macam mana. Ada yang sampai uncap sayang dekat anak itu siang dan malam tetapi, adakah anak kita itu merasai kasih sayang yang kita ucapakan itu.



Menurut Occupational Therapist, Puan Maryam Jamadi, kasih sayang itu subjektif. Anak-anak tidak memahami kata-kata sayang tetapi mereka ini mampu merasai kasih sayang. Jadi adalah lebih baik ibu bapa tunjukkan kasih sayang itu berbanding hanya meluahkan melalui kata-kata sahaja.



Kita kata pada anak yang kita sayang pada anak. Tapi anak yang masih kecil tak faham pun apa itu "Saya sayang awak" ataupun "I love you". Bila anak meragam, kita kata pada anak "tak sayang ibu ke?".

Anak yang masih kecil terpinga-pinga dan tertanya apa itu 'sayang".

Adakah sayang itu hanya apabila dia tak meragam?
Adakah sayang itu apabila dia makan habis semangkuk?
Adakah sayang itu hanya diucap sebelum tidur ataupun sebelum mak ayah keluar bekerja?
Adakah sayang itu hanya bila ber"video call"?

Cuba kita tanya diri sendiri, sayang itu apa? Saya sendiri tak boleh jelaskan apa itu sayang sebab perasaan sayang subjektif dan berbeza setiap orang.

Ada orang rasa sayang itu apabila kita sanggup berkorban nyawa.
Ada orang rasa sayang itu ditunjukkan dengan material.
Ada orang rasa sayang itu ditunjukkan dengan pengorbanan masa.

Kalau kita tak ajar anak apa itu sayang, macam mana anak nak faham apa itu sayang? Apatah lagi nak belajar sayang diri sendiri?

Sebab realitinya "sayang" itu mudah diucapkan tetapi susah untuk ditunjukkan.

Maka, marilah kita mak ayah tunjukkan anak kasih sayang kita dengan cara kita. Binalah memori manis semasa anak kecil sebab itu sahaja yang akan tinggal bila anak semakin membesar. ❤

Selamat menunjukkan kasih sayang kepada anak.

Semoga bermanfaat.


]]>
Mengapa Lelaki Berubah Selepas Bercinta? Mari Ketahuinya. https://redaksi.com/3811-mengapa-lelaki-berubah-selepas-bercinta-mari-ketahuinya Wed, 10 Oct 2018 15:25:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3811 Sebelum memiliki seorang wanita, lelaki akan berusaha dengan sehabis baik untuk menambat hati mereka. Dalam tempoh perkenalan itu, lelaki tersebut akan membuat seorang wanita tersenyum mahupun angau dilamun cinta. Namun begitu, selepas menjadi pasangan kekasih lelaki akan lebih mudah berubah dari segi sikap, kelakuan serta tingkah laku.

Rata-rata wanita banyak menyatakan lelaki lebih mudah berubah apabila satus perhubungannya dari seorang rakan betukar menjadi kekasihnya. Mengapa perkara seperti ini berlaku? Adakah kerana sikap pasangannya atau sikap lelaki itu sendiri? Mari kita ketahuinya.



1. Dikongkong.

Lelaki biasanya boleh berubah dengan status perhubungan ini bukan kerana apa, mereka ini dahulunya bebas melakukan apa sahaja ikut kemahuan mereka. Tetapi apabila bercinta ini, pasangannya mula cuba mengawal dan menyekat apa yang dirinya suka lakukan. Sebab itu lah timbul perubahan yang ketara dalam diri mereka. Ia adalah salah satu cara untuk dirinya membrontak terhadap pasangan mereka.

2. Bosan dengan anda.

Dahulu ketika berkawan dan berkenalan anda mungkin bukan seorang yang membosankan. Tapi setelah menjadi pasangannya, baru dia sedari bahawa anda mempunyai sikap yang cepat membuatnya terasa bosan. Hal ini kerana, sikap anda dahulu dan sekarang berlainan. Sebab itu dirinya berubah sikap dengan harapan anda berubah kelakuan anda kepada yang dahulu. Namun anda pula yang tidak memahami apa yang dirinya mahukan.



3. Ingin mempermainkan anda.

Boleh jadi juga, jika seseorang itu berubah sikap setelah menjalinkan perhubungan ini disebabkan niat mereka. Jika niatnya hanya untuk mempermainkan anda, jadi tidak mustahil jika sikap dan tingkahnya berubah setelah kalian menjalinkan hubungan cinta. Tapi biasanya jika ia hanya ingin permainkan anda, sudah pasti saat perkenalan anda dapat menangkapnya.

4. Anda juga turut berubah.

Jangan anda sangka bahawa dirinya sahaja yang berubah sedangkan anda masih sama. Selepas berubah status kepada percintaan, boleh jadi kedua-dua kalian mengalami perubahan sikap. Hal ini kerana, kalian ingin melindungi pasangan kalian dan takut akan kehilangan dirinya, sebab itu lah perubahan itu berlaku dalam perhubungan tersebut.

Jadi kesimpulannya, perubahan sikap seseorang itu adalah bergantung pada perhubungan tersebut serta tindakan pasangannya ketika perkenalan dan percintaan. Jadi jangan hanya salahkan pasangan sahaja tetapi lihat kembali kelakuan anda.



]]>
Ramai Jatuhkan Hukum Isteri Perlu Utamakan Mertua Berbanding Ibu Bapa Kandung. Benarkah hukum ini? https://redaksi.com/322-ramai-jatuhkan-hukum-isteri-perlu-utamakan-mertua-berbanding-ibu-bapa-kandung-benarkah-hukum-ini Thu, 29 Jun 2017 12:44:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=322 Penjelasan untuk isteri: siapa lebih utama mertua atau ibu bapa kandung? Ramai yang silap! Kalau isteri kewajiban terhadap suami nombor satu, ibu bapa mertua lebih utama dari ibu bapa sendiri kan? kalau suami pula ibu lebih utama dari isteri kan? tapi nafkah tu memang isteri la yang mesti diutamakan.. kan? tapi kebajikan ibu bapa tak boleh diabaikan.



Jawapan:

Tiada dalil menyatakan sedemikian rupa. Yang banyak ialah keutamaan ibu bapa kandung untuk ditaati si anak. Bayangkan jika sepasang ibu bapa hanya ada seorang anak perempuan atau semua anaknya perempuan dan mereka sudah berkahwin. Bayangkan jika semua anak perempuannya lebih utamakan mertua berbanding ibu bapa kandung sendiri. Usah kita mengajar ajaran-ajaran mengarut sebegini. Suami ada tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya. Isteri juga ada tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapanya sendiri. Ya, kita perlu berlaku ehsan kepada mertua kita. Akan tetapi menyatakan mertua isteri lebih utama daripada ibu bapa sendiri adalah sesuatu yang tiada asasnya. Wallahua’lam. Jazakumullahu khair. Di bawah saya kongsikan fatwa yang sama seperti yang ustaz jawab di atas.



Kewajipan seorang isteri: berkhidmat kepada mentua?

Assalamualaikum.

Tersebar dalam masyarakat bahawa apabila seorang Muslimah sudah berkahwin, maka secara automatik ibu bapa suami iaitu mentua kepada si Muslimah tadi menjadi lebih utama kepada Muslimah tersebut berbanding ibu bapa Muslimah itu sendiri. Benarkah hal ini?

Jawapan:

Di sini, diringkaskan fatwa daripada www.islamqa.com yang diketuai oleh Shaikh Salih al-Munajid:

1. Tiada sebarang dalil menunjukkan kewajipan seorang Muslimah untuk berkhidmat kepada mentuanya.



2. Seorang isteri hendaklah melayani mentuanya dengan baik atas dasar ihsan selagi mana ia di dalam batas kemampuannya.

3. Suami hendaklah sedar akan hal ini bahawa dia tidak berhak memaksa isterinya untuk berkhidmat kepada ibu bapanya, dan si isteri tidak wajib melakukannya walau disuruh oleh si suami. Ini kerana ia bukan kewajipan yang terhasil apabila akad nikah berlaku.

4. Dalam masa yang sama, Muslimah juga dinasihati untuk memberikan khidmat yang mampu kepada mentua kerana satu masa nanti mereka juga akan menjadi ibu, dan akan mempunyai menantu, dan akan tiba saatnya mereka pula memerlukan bantuan menantu mereka.

5. Seorang suami hendaklah sedar bahawa hubungan mereka adalah hubungan suami isteri, dan bukannya hubungan seorang tuan dengan hambanya.

Di atas merupakan kesimpulan daripada fatwa Shaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Shaikh ‘Abdul Aziz bin Baz, Shaikh Abdullah bin Qu’ud, dan Shaikh ‘Abdullah bin Ghudayan, Shaikh ‘Abdul Razzaq ‘Afifi.

]]>
Terkandas sebab banjir, lelaki ini sempat bakar ikan jamu mangsa terkandas sama-sama https://redaksi.com/9314-terkandas-sebab-banjir-lelaki-ini-sempat-bakar-ikan-jamu-mangsa-terkandas-sama-sama Wed, 06 Jan 2021 15:16:55 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9314 Banjir besar telah melanda beberapa kawasan di negara ini dan mengakibatkan laluan utama beberapa kawasan terpaksa ditutup malah ada juga yang terputus berikutan air banjir naik di kawasan tersebut.

Rata-rata pengguna lebuh raya tentunya tidak mempunyai persediaan awal untuk berdepan dengan bencana seperti miliki simpanan makanan atau minuman.


Namun begitu, bencana ini telah mengeratkan hubungan malah secara tidak langsung saling menghulurkan bantuan antara satu sama lain bagi mereka yang terjejas.

Bakar ikan sama-sama

Menerusi perkongsian di laman Twitter oleh seorang gadis yang dikenali sebagai imimaysrunnia, dia telah memuat naik beberapa gambar keluarga mertuanya yang membakar ikan di tepi lebuh raya berikutan hampir 24 jam terkandas.


Menurut imimaysrunnia, ketika itu keluarga mertuanya dalam perjalanan pulang dari Tasik Kenyir dan telah terkandas bersama ratusan pengguna lebih raya yang lain.



Memandangkan mereka mempunyai stok ikan, mereka telah membuat keputusan untuk membakar ikan tersebut dan menjamu mereka yang turut terkandas bersama mereka.

Terima kasih, ikan bakar sedap

Perkara yang sama dikongsikan oleh salah seorang penumpang bas yang dikatakan terperangkap dalam banjir tersebut malah turut merasainya.



Salah seorang pengguna laman Twitter juga turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga tersebut malah turut memuji keenakan ikan bakar serta sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat pada ketika itu.



Terharu akan kerjasama yang terjalin antara mereka, rata-rata warganet meninggalkan komen yang positif kepada keluarga berkenaan malah menyatakan bahawa ini akan menjadi kenangan bernilai buat mereka.






]]>
“Jangan Tinggalkan Wanita Yang Sanggup Bersusah Payah Ketika Lelaki ‘Down’” Ikuti Kisah Menyentuh Hati Ini. https://redaksi.com/5735-jangan-tinggalkan-wanita-yang-sanggup-bersusah-payah-ketika-lelaki-down-ikuti-kisah-menyentuh-hati-ini Tue, 09 Apr 2019 09:33:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5735 Tidak semua insan itu sempurna, malah perkahwinan sepatutnya saling melengkapi antara suami dan isteri. Ketika isteri dalam keadaan susah, suamilah sokongan utamanya. Begitu juga jika suami down, isterilah orang kuat untuk menyokong seperti perkongsian dari Puan Zuryati Isa ini…

********

KEHIDUPAN DI AWAL PERKAHWINAN.

Sebelum berkahwin, gaji bakal suami saya tak besar mana. Masa bertunang, bakal suami baru berhenti kerja. Tak lama kemudian, baru dapat kerja baru. Gaji masih tidak tinggi. Minimum. Budak stor, katanya.

Selepas berkahwin, perkara pertama yang ditunjukkan dan 'diwasiatkan' kepada saya ialah senarai hutangnya. Ajal datang bila-bila masa. Jangan sampai saya terpinga-pinga kalau ada sesiapa yang datang menuntut hutang. Kami ketawa besar waktu itu. Kenapa entah.

Saya masih ingat sewaktu majlis meminang dan menetapkan hantaran, bakal suami telefon saya. Jelas ayatnya kepada saya, "Saya hanya mampu sebanyak 'itu'. Kalau lebih dan mak abah awak tak boleh bertolak ansur, saya tak ada pilihan lain. Kita sampai sini sahaja."

Marah betul saya waktu itu. Berani dia cakap macam tu pada saya? Waktu majlis meminang pula tu? Kenapa tak cakap awal-awal? Senang saya cari orang yang lebih kaya daripada dia. Haih.

Tapi itulah suami saya. Jujur, berterus terang dan waktu itu dia tidak ragu-ragu buat keputusan tanpa berfikir panjang. Mujur sekarang tak buat perangai macam tu dah.

Tahun-tahun awal perkahwinan, gaji suami masih kecil. Saya tak pernah rasa terbeban atau mahu merungut, walaupun kami hidup minimum saja di bandar besar ini. Tetap, tuan suami tidak pernah berhenti berusaha dan berusaha menambah pendapatan.

MULA BERUSAHA MENCARI PENDAPATAN LEBIH.

Apabila dapat anak pertama, Adam, Tuan Suami lebih ketara mahu mencari income lebih. Pernah buat website dan pernah juga dia berniaga kacang tumbuk. Otaknya sentiasa ligat berfikir. Tangan dan kakinya pula tak henti berusaha.

Selepas lebih lima tahun bekerja dengan syarikat pendidikan antarabangsa, suami ambil keputusan berhenti kerja. Dia mahu mulakan bisnes tuisyen menggunakan modul Matematik yang dibangunkannya sendiri.

Kalau tak silap, dia masih buat website waktu itu. Bayaran yang diterimanya digunakan semula untuk cetak bunting, flyers dan apa sahaja marketing tool yang sesuai dengan bajet yang kecil itu untuk kelas tuisyennya. Kalau tak cukup, saya tambah saja dengan duit gaji saya.

Hampir setiap malam, dia akan keluar menggantung bunting, seorang diri. Saya di rumah dengan Adam. Ikutkan hati, saya mahu ikut dia ke mana sahaja. Bimbang punya pasal. Tapi mengenangkan dia perlu bawa tangga dengan kereta kecil Kelisa kami, bimbang Adam tak selesa. Lagipun Tuan Suami biasa keluar menggantung bunting sekitar jam 12.00 am. Risau juga Adam meragam sebab dia masih sangat kecil waktu itu.

Saya masih bekerja dengan gaji yang juga tidak besar. Bisnes suami masih belum jana apa-apa pendapatan. Agak lama juga, saya bayar semua bil dan belanja rumah dengan duit gaji. Habis duit itu biasa. Ada dua barang sahaja yang kami pastikan tidak putus; diapers dan susu Adam. Itupun sangkut-sangkut juga.

Suatu hari, saya pulang daripada kerja dengan kawan. Saya masuk ke dalam rumah dan mencari-cari suami. Tak jumpa. Saya masuk ke dalam bilik dan terdengar suara orang menangis. Hairan saya. Saya tahu itu suara Tuan Suami.

TIDAK SEMUA HARI ITU INDAH, PASTI ADA YANG 'DOWN'.

Memang betul. Dia sedang duduk di tepi dinding, sedang duduk memeluk kedua-dua lutut sambil menyembunyikan mukanya di celah lutut itu. Menangis. Sayu betul hati ni. Tak pasal-pasal saya menangis sama walaupun tak tahu apa hujung dan pangkalnya.

Katanya, dia rasa seperti seorang 'loser'. Kasihankan saya yang bekerja seorang diri dan membayar semua bil dengan gaji sendiri; sedih tak dapat bagi belanja bulanan kepada saya; sedih tengok saya tak dapat belanja diri sendiri; sedih kerana bisnesnya masih belum jana apa-apa income; macam-macam lagi yang buatkan dia rasa 'down'.

Saya yakinkan dia, saya langsung tak fikir semua tu. Saya pun bukannya buat kerja tengah panas membanting tulang berpeluh lencun bagai. Malah, saya lebih kasihankan dia. Saya jadi saksi betapa dia sungguh-sungguh berusaha, cuma masih belum ada rezeki. Kami berdua menangis sepuas hati hari itu.

Habis menangis, kami bangun, basuh muka, bersihkan diri dan sambung buat kerja seperti biasa. Macam tak ada apa-apa. Sesekali bercerita tentang angan-angan dan impian nak ada bisnes sendiri. Waktu itu, saya sudah mula dapat beberapa job part time untuk suntingan dan layout buku.

Sehingga sekarang, kami masih bekerja keras dan sesekali 'berbincang hangat' tentang kewangan.

Ok. Cukup setakat itu. Selebihnya, bacalah dalam buku saya yang entah tahun bila akan terbit tu.

****************

Ini bukan kisah sedih, susah atau apa-apa yang menuntut simpati.

Wahai isteri, selagi suamimu masih tidak berhenti berusaha, bergembiralah. Tuhan tidak pernah membiarkan hamba-hamba-Nya yang berusaha. Doakan dia. Doa yang tidak putus. Berdamai dengan kebimbanganmu terhadap rezeki yang kamu sendiri tahu, sudah Tuhan tetapkan untukmu. InsyaAllah, ada antaranya melalui suamimu.

Wahai suami, jangan sekali-kali mahu sentiasa tunjuk kuat dan mampu di hadapan isterimu. Isteri adalah sejenis kaum yang selalu dapat membaca hati dan riyak mukamu, walaupun kamu cuba berpura-pura. Apa sahaja masalahmu, kongsikan dengannya. Jangan kerana terlalu fokus mahu menyelesaikannya, kamu membuatkan isterimu tertanya-tanya, ternanti-nanti dan terasa dipinggirkan.

#SuamiDariMarikhIsteriDariZuhrah

********

Semoga Diberi Inspirasi!

]]>
8 Ayat Yang Perempuan Nak Dengar Dari Mulut Lelaki. https://redaksi.com/6466-8-ayat-yang-perempuan-nak-dengar-dari-mulut-lelaki Fri, 05 Jul 2019 12:06:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6466 Secara tipikal, kita sebagai manusia sudah tentu mahu mendengar ayat-ayat yang hanya sedap didengar, tidak merumitkan dan mampu untuk memberi semangat. Pendek kata, kita memang mahu mendengar apa yang kita mahu dengar sahaja.

Begitu juga dengan kaum perempuan, dimana mereka mahu mendengar apa yang mereka mahu dengar sahaja. Ini kerana mereka mahu lakukan apa yang mereka inginkan. Jika perkara tersebut seperti diluar bidang, sudah tentu berasa berat untuk melakukan urusan tersebut.

Seolah-olah ia dilakukan secara terpaksa.

Jadi, Bagi Lelaki Yang Mahukan Isteri Atau Pasangan Kekasih Tidak Melakukan Sesuatu Urusan Secara Terpaksa, Atau Sayang Secara Terpaksa, Selalulah Ungkapkan 8 Ayat Ini…

1. “Awak tahu kenapa saya cintakan awak?”

Memang sudah lumrah menjadi kaum wanita yang sukakan ayat-ayat manis dan cinta. Kenapa mereka sukakan soalan ini daripada lelaki, kerana ia mampu membuat hatinya menjadi bunga-bunga malah tersipu-sipu. Dan dari sini juga mereka akan mengetahui bahawa lelaki tersebut memang menyayangi dirinya.

Setiap kali berdua, setiap kali keluar dating, tanya sahaja soalan seperti ini, pasti mereka akan suka.

2. “Awak betul….”

Apabila berlaku sahaja pergaduhan dengan kaum perempuan, mereka sebenarnya mahu tahu bahawa pendapat mereka semuanya betul. Sebab kadang-kala apa sahaja pendapat yang dia tekankan, sebenarnya ia memang betul. Situasi ini lelaki yang banyak terlepas pandang. Jawab sahaja..

“Ya, awak betul…”

Tapi…

“Ya, awak betul sayang, cuba dengar pendapat saya pula boleh?”

“Sayang, awak sedar tak suara awak dah semakin tinggi, cuba relaks dulu…”

Kalau dua-dua pihak nak menang, memang sampai bila-bila takkan selesai. Sebenarnya ada cara untuk anda memberi pendapat anda, bukan dengan cara nak menang sahaja.

3. “Cantiknya awak ni…”

Perempuan mana yang tidak cair apabila mendengar ayat sebegini, kan? Boleh nak puji kekasih atau isteri anda cantik, tetapi biar betul caranya. Kalau “Awak cantik hari ni..”, nanti si dia akan menjawab..

“Habis, selama ni saya buruk?”

Lelaki sepatutnya memberi statement yang boleh membuatkan seorang wanita itu mampu terkedu dan tiada jawapan untuk membalas.

4. “Kita sama-sama harungi cabaran ini…”

Kenapa kaum wanita suka dengan ayat sebegini? Ayat ini menunjukkan anda masih jadikan dia sebagai orang yang penting dalam hidup anda. ‘Kita’ tu penting. Ini juga menandakan anda tidaklah melakukan sesuatu urusan berseorangan atau membelakangkan si dia.

5. “Kalau awak nak luahkan perasaan, saya ada ni….”

Kenapa kaum wanita memiliki ramai bff? Kerana mereka amat memerlukan pendengar setia. Mereka amat memerlukan seseorang yang mampu mendengar tanpa mencelah memberi pandangan yang negatif. Itu lumrah kaum wanita.

6. “Awak kurus lah…”

Kaum wanita ni sensitif dengan perkataan ‘gemuk’, jadi elakkan menyebut perkataan ‘gemuk’ tersebut. Sekiranya anda mengungkap dengan…

“Awak tak nampak gemuk pun..”

“Jadi, awak memang nak cakap saya gemuk la sebelum ni?”

7. “Saya tak faham, tapi saya cuba untuk faham…”

Kaum lelaki kalau tak faham, memang hanya mendiamkan diri dan cuba fikir solusi berseorangan. Ia boleh dilakukan ketika anda masih bujang, tapi….

Jangan lakukan ketika anda dengan kekasih atau isteri.

Ketika anda dengan seseorang yang istimewa, elakkan untuk kerap berdiam diri dan menyelesaikan masalah berseorangan. Jangan nak faham sorang-sorang. Beritahu mereka yang anda tidak faham, dan anda cuba untuk fahamkan. Komunikasi penitng, ya!

8. “Saya nak awak…”

Ungkapan sebegini mempunyai maksud yang sangat dalam. Namun, apa yang kaum wanita tahu dengan ayat sebegini adalah, anda amat mencintai dirinya, anda mahu si dia seadanya, anda mahu si dia sentiasa di sisi dan seumpama dengannya.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

]]>
Nak Tengok Rupa Sebenar Wanita, Tengok Apabila Baru Bangun Tidur. https://redaksi.com/7312-nak-tengok-rupa-sebenar-wanita-tengok-apabila-baru-bangun-tidur Wed, 25 Sep 2019 17:56:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7312 Wanita zaman sekarang adalah rumit dan sering membuat lelaki berteka-teki. Mana taknya, gambar dalam media social lain, apabila berjumpa pula lain. Benar kata orang, kuasa make up memang sangat menakjubkan. Malah ada make up artist yang boleh tiru wajah seseorang hanya dengan menggunakan mekap sahaja.

Walaupun begitu, ia tidak bermakna wanita itu seorang yang menipu atau apa saja yang difikirkan oleh lelaki. Ianya bermaksud wanita itu menyiapkan dirinya dengan sebaik mungkin. Jika dia pandai berhias dan mengenakan mekap, maka itu adalah satu bonus untuk dirinya. Sekurang-kurangnya dia tahu mekap dengan cara yang betul, bukan mekap dengan tiada ilmu.



Kata orang, kalau nak tengok rupa sebenar seseorang wanita itu, lihatlah ketika dia bangun dari tidur iaitu pada waktu pagi. Pasti dapat lihat wajah sebenarnya tanpa secalit mekap di muka. Yalah, mana ada orang tidur pakai mekap kecuali dia tertidur tanpa sempat menanggalkan mekap. Jika anda dapat terima wajahnya sewaktu bangun tidur, maka anda dapat menerima dia sepenuhnya. Cintailah seseorang wanita itu dengan mata hati, bukan mata kasar.



Tapi kena nikah dulu ya, baru boleh tengok wajah lepas bangun tidur. Di situlah anda dapat lihat ketidaksempurnaan yang sempurna. Apabila anda mencintai seseorang itu dengan mata hati, maka segala kekurangannya akan dilihat sebagai kesempurnaan dan secara sendirinya anda akan dapat terima dia dengan sepenuh hati.

Cintailah seseroang itu ketika dia cantik, ketika dia sudah tidak cantik, ketika dia sudah tua, ketika dia sakit. Kerana cinta yang sejati itu bukan hanya hadir ketika waktu suka, ianya tetap mekar walau ketika pahit melanda.

]]>
Nada Suara Lelaki Akan Lebih Lembut Saat Berdepan Dengan Wanita Yang Disukai. https://redaksi.com/6578-nada-suara-lelaki-akan-lebih-lembut-saat-berdepan-dengan-wanita-yang-disukai Fri, 19 Jul 2019 11:56:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6578 Orang lelaki ni bila nak dapatkan orang yang disukainya memang akan gunakan pelbagai cara. Itu adalah satu usaha awal untuk dapatkan seseorang sebelum ke langkah seterusnya. Ada yang akan bagi bunga, ada yang berikan perhatian dan caring, malah ada juga yang akan melayani si gadis dengan baik dan lemah lembut.

Pernah atau tidak korang sedar bahawa lelaki ini apabila dia berdepan dengan seseorang yang disukai nada suara mereka ini akan mula berubah. Berlainan sungguh sewaktu bercakap dengan rakan-rakan perempuannya yang lain. Tidak kisahlah sama ada secara langsung ataupun melalui telefon.



Ini bukan sekadar mitos atau anggapan, tetapi telah terbukti dengan penyelidikan yang dijalankan oleh David Puts, Ph.D., profesor antropologi di Penn State University. David menjelaskan bahawa lelaki akan segera tenang dan meningkatkan vokal mereka apabila bercakap dengan lawan jenis, itu adalah tanda bahawa wanita itu sasarannya.

Suaranya akan tiba-tiba berubah malah cara penghantaran adalah sangat lembut akan malah lebih yakin. Begitu juga ketika mereka bersama kanak-kanak. Perkara ini dilakukan agar pihak tersebut memberi perhatian malah bertindak balas dengan percakapannya.



Perasaan cinta itu mampu membuat seseorang itu berubah.

Ketika seseorang itu jantuh cinta, ia sememangnya boleh menjadi orang yang lain. Malah korang juga kan mengubah mood dan tingkah laku terhadap seseorang secara spontan. Apabila berjumpa dengan seseorang yang disayangi, dicintai dan disukai, tingkah laku yang sedikit kasar secara automatiknya akan berubah menjadi lembut.

Malah sekaligus membuatkan orang lelaki ini mengubah nada suara mereka apabila berkomunikasi dengan seseorang yang berlawan jantina.



Apabila orang lelaki cakap dengan orang yang mereka tidak suka, nada suara mereka ini hanya biasa-biasa sahaja. Akan tetapi kalau mereka ini bercakap dengan mereka yang disukai pasti nada suara akan tiba-tiba menjadi lembut dan sopan.

Hati-hati wanita, jika seseorang lelaki tiba-tiba melembutkan suaranya apabila bercakap dengan anda mungkin dia jatuh cinta terhadap anda, siapa tahu kan? Lepas ni kalau nak tahu orang tu ada hati tak dekat anda, cuba dengarkan nada suaranya, kalau berbeza ketika berbual dengan rakan lain mungkin si dia sedang berusaha mendekati anda.

]]>
Jangan Sebabkan 'Selfish' Isteri Jadi Mangsa. Suami-Suami Kena Peka 5 Tanda Ini Pada Isteri. https://redaksi.com/7625-jangan-sebabkan-selfish-isteri-jadi-mangsa-suami-suami-kena-peka-5-tanda-ini-pada-isteri Mon, 18 Nov 2019 11:49:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7625 Dalam rumahtangga kena saling bertolak ansur, tanggungjawab malah sentiasa ambil berat akan pasangan kita. Walaupun dari segi luaran nampak pasangan kita macam tak ada apa-apa, masih mampu lakukan rutian harian dengan baik tetapi dalamnya tidak ada siapa yang tahu. Boleh jadi dia sedang rapuh memakan dirinya sendiri tanpa bantuan orang sekeliling.

Wanita ini selalu bermain dengan emosi mereka. Akan tetapi, jika tiba-tiba emosi dia lebih dari biasa seperti yang anda kenal, mungkin anda kena lebih cekap untuk tangani pasangan anda. Boleh jadi, lebihan emosi yang melampau itu adalah tanda dia sedang menanggung sesuatu yang terbeban.

Seperti yang dikongsikan Mohd Fhais, suami jangan biarkan isteri ada 5 tanda ini kerana ini tanda-tanda awal burnout. Burnout ni bahaya kerana kita boleh hilang kewarasan diri, sentiasa fikir negatif walaupun depan mata penuh perkara positif dan hilang tujuan hidup!



Perhatikan tanda ini pada isteri anda.

1 - Duk Membebel Setiap Hari

Bila mulut tak boleh stop tu tanda otak tak stop berfikir. Sentiasa dalam mood 'bekerja', nak tukar ke mood 'rehat' memang kena tunggu mata tutup baru mulut boleh tutup. Tahu tak kesan penat otak bekerja ni 10 kali ganda lebih penat daripada buat kerja sebenar tau!

2 - Tak Boleh Sabar

Kalau boleh masa nampak 'kekotoran & kesemakan' di rumah tu terus nak bersihkan. Tak kira awal pagi atau dah larut malam. Sekali otak dah fikir nak mop lantai kena mop time tu juga, jika tidak hidup rasa tak tenteram. Ini tanda isteri dah hilang kawalan 'otak masa' sehingga tak mampu lagi nak kawal waktu bekerja.



3 - Mudah Serabut

Bila otak tak berehat, memang mudah la limbic ( otak emosi ) nak ambil alih decision making badan kita. Itu yang tak boleh nampak baju berlongok tak lipat jadi serabut kepala, nampak anak buat sepah jadi serabut, nampak bilik air kotor jadi serabut. Sampai tengok muka sendiri kat cermin pun serabut. Serabai sangat!

4 - Senang & Suka Bergaduh

Kortisol & adrenalin ni bahaya kalau berlebihan dalam badan. Asalnya dua hormon ni berfungsi untuk stabilkan tubuh kita masa stres atau dalam bahaya tapi bila ia berlebihan ia buat tubuh makin tak stabil pula. Tak pelik la orang yang dah penat melampau pun bila waktu gaduh jadi penuh bertenaga. Semua gara-gara dua hormon ni la.



5 - Lupa Diri

Terlalu leka uruskan keperluan anak, pasangan dan orang lain sehingga keperluan diri sendiri lupa. Bila di tanya,

" Bila kali terakhir buat sesuatu untuk kepentingan diri sendiri ? "
Jawapannya mesti TAK INGAT & TAK TAHU

Yela, Faham sangat kalau kita buat sesuatu untuk diri sendiri nanti mesti ada orang yang akan cakap kita selfish. Lebih lebih lagi isteri yang selalu jadi perhatian.

Sebab tak selfish la wanita selalu jadi mangsa!

Mungkin ini kenapa menurut statistik yang di keluarkan kkm tahun 2017 dari 4.2 juta rakyat malaysia yang di sahkan 'sakit mental' kebanyakkannya ialah golongan wanita.

Mari la para lelaki budiman di luar sana jom selalu ingatkan wanita kesayangan anda, baik isteri, ibu mahupun kenalan wanita supaya ingat diri dan utamakan keperluan diri dahulu sebelum yang lain.

Jika isteri ajak keluar rumah ikutkan sahaja ajakan tu. Bawa la mana-mana pun asalkan keluar rumah supaya boleh tenangkan jiwa mereka. Makin kerap keluar, makin tenang la jiwa isteri kesayangan anda.

Wallahu A'lam,

Saya Mohd Fhais yakin jika tak ada orang yang 'selfish' dalam dunia ni nescaya statistik pesakit mental ni pun tak wujud!

]]>
Menguap Bukan Kerana Mengantuk, Ini Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Menguap. https://redaksi.com/7811-menguap-bukan-kerana-mengantuk-ini-yang-perlu-anda-tahu-mengenai-menguap Mon, 20 Jan 2020 11:57:28 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7811 Apa yang kita tahu bila menguap itu tandanya kita berasa mengantuk dan perlukan tidur. Tidak salah akan perkara ini, tetapi rupanya menguap ini bukan sekadar tanda bahawa badan kita perlukan tidur tetapi ada perkara lain yang kita tak tahu.

Tubuh mempunyai cara sendiri untuk mengimbangi keadaan dalam dirinya sendiri, dan penyelidikan telah menunjukkan bahawa terdapat beberapa sebab mengapa kita sering menguap.

Patutlah kadang kala dah menguap teruk tetapi bila cuba lelapkan mata, tak boleh tidur juga.

Satu kajian 2014 yang diterbitkan dalam jurnal Physiology & Behavior mengkaji 120 orang dan mendapati bahawa menguap secara amnya berlaku kerap apabila suhu panas dan apabila otak digunakan untuk kerja berpanjangan. Tetapi spesifikasi juga boleh berlaku kerana ketiga-tiga syarat tersebut.

1. Penat

Otak terlalu banyak berkerja hingga membuatkan anda memerlukan rehat sebentar. Tetapi sebagai cara alternatif terpantas tubuh akan membuat kita menguap, memberi nafas panjang dan meningkatkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak dan menurunkan suhu otak yang panas.



2. Bosan

Apabila berurusan dengan kebosanan, tubuh akan mudah mengantuk kerana suhu otak berkurang, dan apabila ini berlaku, otak secara semulajadi "mengingatkan" kita untuk tidak tidur, terutama pada siang hari.

3. Menguap itu berjangkit.

Pernah sedar bahawa menguap ini berjangkit? Betul, apabila kita berada dalam persekitaran dengan orang yang menguap. Sebagai tindak balas, kita juga akan menguap kerana otak menganggap kita perlu disegarkan semula.

Jadi, ini bukan sekadar tanda rasa mengantuk , ternyata itulah sebabnya mengapa kita menguap sesekali dalam sehari.

]]>
Rindu ex, suara merdu lelaki menyanyi di tangga sekolah tarik perhatian ramai https://redaksi.com/9665-rindu-ex-suara-merdu-lelaki-menyanyi-di-tangga-sekolah-tarik-perhatian-ramai Mon, 08 Feb 2021 23:29:32 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9665 Cinta zaman sekolah bukan perkara yang asing lagi kedengaran. Namun sebagai manusia biasa, siapalah kita mahu menidakkan ketentuan Yang maha Esa jika berlakuknya perpisahan di pertengahan jalan.

Tular video seorang pelajar sedang menyanyi di tangga dek kerana hubungannya dan kekasih terputus di tengah jalan.

Mengakui perkara sebenar

Susulan video yang telah tular itu, pemilik suara berkenaan yang dikenali sebagai Ramadan tampil mengakui bahawa apa yang ditulis oleh kawannya di dalam video itu adalah benar belaka.

Dia yang akan menduduki SPM tahun ini menjelaskan bahawa pada November tahun lalu hubungannya dan kekasih terputus di tengah jalan dan dia masih belum 'move on' akan perkara tersebut.

Walau bagaimanapun menurut pemuda berkenaan kini dia ingin fokus dalam pembelajaran terlebih dahulu memandangkan dia perlu menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.

Saya boleh gantikan tempat ex awak

Ruangan komen video itu terus dibanjiri dengan komen-komen yang mencuit hati apabila sebahagian daripada para gadis menyatakan bahawa mereka sedia untuk menggantikan tempat bekas kekasihnya.

 

]]>
Ketahui Batas Aurat Menantu Perempuan Di Dalam Keluarga Suami. https://redaksi.com/4304-ketahui-batas-aurat-menantu-perempuan-di-dalam-keluarga-suami Fri, 23 Nov 2018 22:48:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4304 Apabila sudah berkahwin ini, kita perlu menjaga nama baik suami serta maruahnya. Bahkan kalau boleh, kita juga perlu menjaga aurat dan batas pergaulan dengan keluarganya. Walaupun telah menjadi satu keluarga, ia tidak sama seperti adik-beradik kandung anda. Maka dengan itu, terdapat batas aurat yang perlu dijaga oleh anda.

Wanita tidak boleh memandang remeh akan aurat anda bersama keluarga suami anda. Anda perlu tahu batas-batas penjagaan aurat anda dengan adik ipar atau abang ipar anda. Itu belum lagi termasuk dengan sepupu atau saudara terdekat suami.



1. Batas Aurat Wanita Di hadapan Lelaki Ajnabi.

Lelaki ajnabi bermaksud lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya. Aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.

2. Aurat di antara adik ipar atau abang ipar yang lelaki.

Hubungan abang ipar dengan adik ipar lelaki hendaklah dijaga sesuai dengan tuntutan Islam, kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat sementara. Jika abang ipar tersebut bercerai dengan isterinya maka ia boleh kahwin dengan adik iparnya tersebut. Jadi jelaslah keduanya bukan muhrim dan perlu menjaga batas-batas aurat yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?'. Rasulullah SAW menjawab: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasai)

Dengan hadis ini jelaslah bahawa hubungan antara ipar ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya.



3. Adakah boleh jika bersalaman dengan abang atau adik ipar lelaki ini?

Ipar adalah hubungan kekeluargaan yang sifatnya sementara, oleh sebab itu kita tidak boleh sesuka hati untuk bersalaman dengan mereka.

Dalam Mazhab Asy-Syafi'i bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan adalah tidak harus sama sekali, kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Perbuatan ini hendaklah dielakkan. Pintu fitnah hendaklah ditutup awal-awal lagi.

Dalam mazhab Maliki bersalam dengan orang-orang ini tidaklah membatalkan air sembahyang selagi mana tidak menimbulkan syahwat, namun hukumnya juga tidak digalakkan.

Al-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya berjodol Fatwa-fatwa Semasa jika pihak terlibat terlebih dahulu menghulurkan tangannya kepada saudara, menjadi harus kepada saudara menyambut tangannya dan seterusnya bersalam dengannya. Khususnya apabila mereka ini datang menziarahi saudara setelah lama tidak bersua muka.

Walaupun begitu majoriti ulama' tidak mengharuskan seseorang bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan bagi mengelakkan berlakunya fitnah, apalagi di zaman kita ini. Berpeganglah kepada pandangan mazhab anda.

Sebagai seorang wanita yang telah berakal baligh, maka anda wajib menjaga aurat anda dengan baik.

]]>
20 Ciri-Ciri Lelaki Idaman Wanita. https://redaksi.com/1200-20-ciri-ciri-lelaki-idaman-wanita Mon, 11 Sep 2017 14:17:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1200 Lelaki sering bercakap tentang ciri-ciri wanita yang menjadi pilihannya tetapi adakah lelaki tahu bahawa wanita juga mempunyai ciri-ciri lelaki yang menjadi idamannya. Sama ada perlu atau tidak ciri-ciri lelaki yang disenaraikan adalah perlu diberi perhatian walaupun kita tahu lelaki bukan seorang yang sempurna tetapi jika memiliki kebanyakan ciri-ciri yang tersenarai adalah kelebihan bagi lelaki mendapat tempat dihati wanita.



Tersenarai dibawah adalah 20 ciri-ciri lelaki idaman wanita yang perlu diketahui oleh lelaki untuk menilai sendiri tahap kualiti mereka mengikut pandangan seorang wanita.

1. Bertanggungjawab - Perkara utama yang menjadi keutamaan bagi wanita adalah bertanggungjawab. Ianya menjadi perkara asas dalam hubungan lelaki-wanita yang mampu memikat hati wanita kerana sifat anda itu.

2. Bersikap terbuka - Bersikap terbuka bukan bererti anda merelakan mereka bergaul bebas dengan lelaki lain tetapi bersikap terbuka dalam menerima pandangannya dan cadangannya menjadi anda bersikap seperti "profesional".

3. Jangan bersikap terlalu berahsia - Wanita mengharapkan lelaki yang dimilikinya tidak menyimpan terlalu banyak rahsia. Baginya apabila mereka sudah memiliki kamu, maka kamu adalah milik kamu sepenuhnya dan rahsia kamu bukan menjadi rahsia lagi.



4. Jujur - Sifat biasa yang dikehendaki oleh setiap orang adalah jujur. Jujur pada setiap tindakan dan tingkahlaku walaupun kamu berjauhan darinya.

5. Baik hati - Baik hati adalah perkara biasa yang kita dengari dan menjadi syarat kebiasaannya bakal "mak mertua". Sifat baik hati akan menjelaskan segala-galanya tentang diri kamu yang sebenar dan ia menutup sifat hipokrit yang ada pada kamu.

6. Bukan seorang yang panas baran - Tentunya lelaki jenis ini amat dibenci oleh wanita kerana mereka perlukan seorang yang mampu membuatnya selamat dan tenang dan bukannya seorang yang paling mengancam nyawanya.

7. Penyayang - Sifat penyanyang membuatnya mereka selesa ketika bersama kamu dan jaminan kamu akan menyayangi bakal anak-anak kamu. Tetapi awas jangan tunjuk sifat penyayang kamu secara berlebihan kerana ia akan membuatkan kamu dilabel seorang yang gatal!

8. Prihatin - Memiliki sifat prihatin membuatkan kamu sentiasa mengambil tahu tentang dirinya. Ianya membuat kamu sering memenangi "First Man Win" kerana kamu sentiasa menjadi lelaki pertama yang menghulurkan bantuan kepadanya.

9. Tidak sombong/tidak angkuh - Kelebihan yang ada pada kamu adalah anugerah dan jika kamu sentiasa mengharap pujian sehingga menimbulkan perasaan angkuh dan bongkak menjadikan kamu seorang pantang dipuji. Berhemah dalam menerima pujian pastinya kamu dianggap merendah diri dengan kelebihan yang dimiliki oleh kamu.



10. Beriman - Sifat yang paling penting bagi seorang lelaki terutamanya bagi orang muslim adalah beriman. Ciri-ciri ini memuatkan lelaki dipandang tinggi, dihormati dan lelaki soleh paling dikehendaki.

11. Menghiburkan - Berlawak jenaka dan memiliki sifat melucukan membuat kamu sentiasa membuatnya ketawa. Setiap kali bersama kamu suasana pasti ceria dan ia akan membuatkan kamu sentiasa diingati.

12. Bukan mata keranjang - Lelaki bermata keranjang membuatkan wanita tidak selesa. Kedudukannya terancam walaupun kadangkala bukan niat kamu sebenarnya. Melihat wanita lain membuatkan mereka merasakan mereka bukan pilihan terbaik kamu.

13. Bukan playboy - Tentunya ciri-ciri yang dimahukan oleh wanita adalah bukan jenis kasanova dan playboy. Jika anda mempunyai sifat playboy kamu akan membuatkan mereka merasakan bahawa mereka bakal dimadukan kelak.

14. Dapat menerima kritikan - Sekiranya kamu membuat kesalahan mereka mengharapkan kamu bersedia menerima teguran dan kritikan untuk kamu membetulkan segala kesalahan kamu. Jangan ego dan angkuh dengan kesilapan kamu.

15. Terima pasangan seadanya - Menerima mereka seadanya walaupun kurang dan lebihnya mereka adalah jalan terakhir untuk kamu dipilih sebagai calon suaminya.

16. Hormat ibubapa dan keluarga - Sebelum kamu melamarnya, kamu perlu berjumpa kedua ibubapanya dan disitulah kamu diuji sebelum mereka meluluskan bahawa kamu calon menantu pilihannya. Baginya jika kamu memilikinya maka kamu perlu menerima kehadiran kedua ibubapanya dalam hidup kamu.



17. Rajin - Sifat yang menambahkan kualiti kamu adalah sifat rajin. Jika kamu jenis yang suka membantu maka sedikit sebanyak kamu akan mendapat kredit daripada orang-orang disekelilingnya. Tentunya reputasi kamu akan meningkat.

18. Berjiwa lembut - Berjiwa lembut bukan bermakna anda perlu berpewatakan lembut. Memiliki jiwa yang lembut membuatkan kamu lebih memahami, menyayangi, mengasihi dan sebagainya.

19. Menjadi pendidik yang bagus - Jika anda mampu membawa perubahan kepadanya kearah yang lebih baik maka anda juga mendapat tempat untuk menjadi suami dihatinya. Baginya suami adalah pendidik, pembimbing kepada isterinya. Apabila mereka mula serius dengan anda, tentunya pilihan No.19 menjadi amat penting.

20. Tak "handsome" pun tidak mengapa - Baginya rupa paras bukan menjadi keutamaan sekiranya anda memiliki 19 ciri-ciri diatas anda tetap akan menjadi pilihannya. Bak kata pepatah "Rasa sedap durian bukan dari bentuk kulitnya tetapi isinya yang ranum".

Ciri-ciri diatas adalah ciri-ciri lelaki yang menjadi "idaman" wanita. Walaupun kadangkala wanita tidak dapat memiliki lelaki seperti yang diharapkan, semoga lelaki menyedari apa yang dimahukan oleh wanita dalam diri seorang lelaki.

]]>
5 Bahan Paling Berkesan Untuk Menghalau Tikus Dari Rumah Anda. https://redaksi.com/5526-5-bahan-paling-berkesan-untuk-menghalau-tikus-dari-rumah-anda Wed, 20 Mar 2019 12:09:39 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5526 Tikus sememangnya haiwan perosak yang tidak patut dibiarkan lama di dalam rumah anda. Apabila anda mengetahui bahawa terdapat sarang atau punca kedatangan tikus di dalam rumah anda, maka anda perlu segera menghalau haiwan perosak ini.

Ia bukan sahaja mampu merosakkan pakaian dan juga perabot di rumah anda tetapi ia juga menyebarkan penyakit seperti kencing tikus kepada anda. Haa, bahaya ya tikus ini.



Bukan mudah untuk membasmi binatang ini, susulan umurnya yang lebih panjang serta kebolehannya membiak memang cukup tinggi. Jadi, tidak harianlah kalau anda melihat tikus yang menjadi penghuni tidak diundang di kediaman anda semakin hari semakin banyak. Disebabkan itulah juga kita memerlukan langkah efektif supaya tikus berasa tidak tenang berada di rumah kita.

Tetapi setelah cuba pelbagai perkara, tikus ini masih sahaja menguasi rumah tersebut dan anda juga hilang punca untuk menghalaunya dengan cara yang bagaimana.

1. Daun Pandan



Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan. Keharumannya itu tidak disukai oleh tikus.

2. Kucing



Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat membunuh tikus. Kucing merupakan musuh utama bagi tikus!

3. Buah Mengkudu



Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potong mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah.

4. Minyak Mint



Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. Sudah pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.

5. Kapur Barus (DryobalanopsAromatica)



Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!

6. Racun tikus.



Menggunakan racun tikus biasanya berkesan untuk membuat tikus yang bersarang itu mati satu persatu. Apa yang anda boleh lakukan adalah sebarkan racun tikus itu disekitar rumah anda. Namun begitu, racun ini akan menyebabkan tikus mati di tempat yang anda tidak menduga. Anda hanya akan menyedarinya apabila ia berbau busuk. Jika anda ingin menggunakan cara ini, pastikan anda memikirkan kesihatan anak-anak anda atau haiwan di rumah anda.

7. Perangkap tikus.



Antara cara lain adalah dengan menggunakan perangkap tikus. Anda boleh meletakkannya di kawasan yang selalu dilalui oleh tikus ini kemudian sentiasa memeriksa setiap pagi dan malam. Jangan lupa untuk mengumpan mereka dengan makanan yang lazat agar mereka tertarik untuk ke perangkap yang telah tersedia.

Keberkesanan langkah-langkah membasmi tikus-tikus tersebut sebenarnya bergantung pada banyak faktor, contohnya keadaan ruang dan kawasan persekitaran kediaman anda itu sendiri.

Selamat mencuba!

]]>
Jangan Suka-Suka Nak Putus Tunang, Kalau Tak Jaga 6 Perkara Ini Dulu. https://redaksi.com/5847-jangan-suka-suka-nak-putus-tunang-kalau-tak-jaga-6-perkara-ini-dulu Mon, 22 Apr 2019 09:52:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5847 Dugaan ketika bertunang sememangnya mempunyai banyak cabaran. Sekiranya pasangan tidak kuat harungi cabaran tersebut, tidak mustahil pertunangan akan putus di tengah jalan. Namun, berapa ramai dikalangan pasangan yang sudah bertunang tahu antara cabaran besar yang bakal ditempuh?

Atau hanya menganggap cabaran kecil itu adalah cabaran terbesar sehingga menyebabkan hubungan berantakan?

Pasangan yang sedang bertunang, sekiranya berlaku 6 perkara ini, jangan suka-suka nak putus tunang kerana ia boleh diperbaiki dari masa ke semasa…

1. Masih tidak menjaga batas pergaulan.

Menjaga ikhtilat atau batas pergaulan bukan sahaja dengan sahabat, pasangan yang sedang menuju ke jinjang pelamin juga perlu dijaga. Anda dengan pasangan sendiri perlu menjaga batas pergaulan antara satu sama lain jika mahukan perkahwinan yang barakah.

Mulakan dari diri sendiri dahulu. Jangan salahkan pasangan sekiranya terlihat si dia bergaul atau bertepuk tampar dengan rakan jantina yang lain, sedangkan anda berdua pun begitu. Jika batas pergaulan anda berdua tidak terjaga, tidak mustahil ia menjadi kebiasaan untuk kalian bebas dengan sesiapa sahaja.

2. Masih tidak cuba mengeratkan hubungan dengan keluarga pasangan.

Dalam tempoh pertunangan lah anda dan pasangan menjadi rapat dan mengenali antara satu sama lain. Jadi, kalian berdua mempunyai peluang untuk berkenalan dengan bakal ibu bapa mertua dan ipar duai. Ambil peluang ini untuk mengenali latar belakang pasangan dengan terperinci supaya tidak tersalah pilih jodoh.

Keserasian akan tercipta sekiranya kita cuba mengenali antara satu sama lain.

3. Masih tidak cuba untuk berbincang ketika berlakunya salah faham.

Ketika bercinta, memang lumrah berlakunya pergaduhan besar dan kecil. Itulah hakikat dalam menjalinkan hubungan sesama manusia, dan perlu menerima dengan seadanya. Tempoh pertunangan juga untuk mengetahui sekiranya pasangan anda adalah seorang yang boleh selesaikan masalah atau pun tidak.

Sekiranya anda mahu putuskan hubungan semata-mata pasangan tidak suka berbincang, ia berpunca dari anda sendiri sebenarnya. Mungkin cara anda yang buat pasangan tidak suka.

4. Masih tiada perasaan toleransi antara satu sama lain.

Dalam menuju ke alam rumah tangga, toleransi antara suami isteri adalah salah satu kunci utama untuk menuju kebahagiaan.Jadi, dalam tempoh bertunang, anda dengan pasangan perlu ada sifat toleransi ini. Hal ini boleh dipupuk sekiranya anda atau pasangan yang bertoleransi dahulu. Pasangan tidak bertoleransi kenapa? Cek diri anda balik.

5. Masih tidak memahami situasi pasangan.

Dalam rumah tangga kelak, semakin banyak situasi yang anda sukar fahami. Ini kerana perubahan sikap pasangan mengikut waktu, keadaan dan suasana. Sekiranya daripada tempoh pertunangan, anda sukar untuk memahami situasi pasangan, ini yang menyebabkan ada kes ungkit-mengungkit dalam pergaduhan ketika perkahwinan.

Perbaiki diri untuk menjadi teman yang ada sifat pertimbangan.

6. Masih sukar menerima kelebihan dan kekurangan.

Hal yang sentiasa menjadi konflik adalah, sukar untuk menerima kelebihan dan kekurangan pasangan. Padahal hal ini boleh diperbaiki sekiranya anda dan pasangan dapat menerima diri masing-masing seadanya. Jangan cepat sangat berputus asa dengan kekurangan pasangan, kerana ia mungkin ujian dari Allah untuk kita hadapi.

Sekiranya 6 perkara di atas sudah dijaga dengan baik, dan sentiasa cuba untuk memperbaiki, akan tetapi masih lagi tidak serasi, sudah tiba masanya anda dan pasangan berfikir cara nak move on.

Semoga Bermanfaat!

]]>
Masih Single? Adakah Anda Terlalu Memilih? https://redaksi.com/6241-masih-single-adakah-anda-terlalu-memilih Wed, 12 Jun 2019 14:10:58 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6241 Bila jumpa rakan-rakan lama pasti status akan mula dipersoalkan. Ini adalah topik perbualan yang paling hangat apabila berjumpa dengan rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Nak-nak lagi mereka yang mengikuti kita di media sosial, lagi lah nak tahu perkembangan hidup kita.

“Bila nak kahwin?”

“Dengan siapa sekarang?”

“Tak akan masih single lagi kot?”

Bila berjumpa sahaja dengan rakan lama soalan sebegini pasti tidak akan ketinggalan. Biasalah masing-masing berlumba-lumba nak naik pelamin dahulu.



Hati siapa yang tidak terusik apabila soalan sebegini diajukan. Bukan tidak mahu berkahwin atau menjalinkan hubungan tetapi calon tak ada lagi. Haa, itu yang lagi menyedihkan.

Bila orang yang masih single dan tidak mempunyai calon ini sering kali orang akan kaitkan dengan terlalu memilih pasangan atau jual mahal, sebab itulah tiada siapa yang nak. Tapi realitinya adakah anda ini seorang yang terlalu memilih atau tidak sebenarnnya?



1. Lelaki baik yang anda kenali sudah ada yang punya.

Setiap orang pasti mempunyai satu cita rasa yang tersendiri. Apa yang mereka mahu dan bagaimana pasangannya itu semuanya bergantung pada setiap individu. Tapi nak buat macam mana kalau orang kita minati dan bersesuaian dengan cita rasa kita itu sudah ada orang yang punya. Pasti kita terpaksa menunggu orang lain pula yang muncul.

Tunggu punya tunggu, kita kelihatan seperti orang yang terlalu memilih atau jual jika anda dalam keadaan seperti ini. Itu yang membuatkan orang lain salah sangka dengan anda.

2. Menunggu seseorang.

Mungkin anda dan dirinya telah berkenalan lama. Hubungan kalian juga dianggap rapat dan mesra. Namun begitu, dia belum tentu memiliki perasaan sama seperti anda. Jadi, anda mahu menunggu dirinya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memilih orang lain. Itu yang membuatkan anda masih lagi single ketika ini.

Segera beritahu akan perasaan anda, barulah anda boleh memilih untuk bersamanya atau mencari orang lain. Jika anda tunggu dirinya sahaja, belum tentu dia akan memilih anda.



3. Lebih selesa menganggap rakan yang berlainan jantina sebagai rakan.

Bukan salah anda jika anda lebih mudah menganggap mereka yang berlainan jantina itu sebagai rakan sahaja. Mungkin kerana pergaulan yang selesa membuatkan mereka juga menganggap anda sebagai seorang rakan.

Jangan menganggap bahawa anda tidak menarik atau apa pun, cuma jangan terlalu selesa dengan rakan berlainan jantina. Tidak salah jika anda ingin menjalinkan hubungan dengan rakan sendiri.

4. Adakah ini balasan dari tindakan anda yang suka menolak seseorang.

Haa, jika anda suka menolak seseorang yang menyukai anda tanpa sebab yang munasabah atau mengecewakan dirinya, mungkin ini balasa buat anda. Tetapi sebenarnya jodoh anda masih belum tiba, itu lah yang menyebabkan anda masih belum berjumpa seseorang yang tepat. Jangan terlalu banyak berfikir akan perkara ini.

5. Terlalu banyak berangan.

Anda mempunyai cita rasa yang tinggi, lebih-lebih lagi jika anda ini terlalu banyak menonton drama. Jika anda sentiasa mengharapkan hero dalam drama itu menjadi pasangan anda, mungkin anda perlu ubah pemikiran anda itu. Tidak salah sekiranya anda menurukan sedikit standard yang anda mahukan sebagai pasangan.

Jangan terlalu banyak berangan, nanti jodoh anda tidak muncul-muncul!

Pedulikan apa orang kata akan diri anda, apa yang penting anda sentiasa berusaha untuk mencari jodoh yang baik serta bersesuaian buat diri anda.

]]>
“Maaf, Saya Tak Layak Untuk Awak…” Jom Ketahui Puncanya. https://redaksi.com/3507-maaf-saya-tak-layak-untuk-awak-jom-ketahui-puncanya Thu, 13 Sep 2018 14:16:52 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3507 “Awak terlalu baik untuk saya…”

“Saya harap awak dapat jumpa dengan lelaki yang lagi baik dari saya…”

Selalu sahaja kita dengari ungkapan sebegini, bukan? Seperti ketika putus cinta atau friendzone. Ayat ini menjadi tipikal pada pasangan yang bercinta dan merasakan diri mereka tidak layak untuk berdampingan dengan pasangan mereka.


Tetapi adakah mereka benar-benar merasakan diri mereka tidak layak? Atau hanya bermain-main sahaja?

Ramai dikalangan mereka sering mengungkapkan kata-kata begini kerana…

1. Sudah mengetahui sikap anda yang sebenar.

Ada sebahagian daripada mereka apabila telah mengetahui sikap diri anda yang sebenar, mereka merasa ralat untuk terus berpacaran. Ini kerana mereka sudah mengetahui dimana sikap-sikap anda tidak seperti apa yang mereka jangkakan.

Sebagai contoh, si dia mahukan pasangan yang alim tetapi sebenarnya tidaklah baik yang disangkakan.

Atau, jika si dia telah mengetahui kisah silam anda seperti perkara yang mengaibkan (berzina), si dia menjadi betul atau tidak pilihan hatinya.

“Saya tak layak untuk awak…” Mungkin si dia tahu tidak layak untuk menjadi seorang imam untuk memimpin anda. Kita tidak boleh baca fikiran orang, kan?

2. Sudah memiliki cinta yang baru.

Situasi yang paling cliché apabila si dia telah mempunyai cinta baru, tetapi takut untuk jujur pada anda. Jadi, si dia hanya mampu mengungkapkan “Carilah yang terbaik…” Padahal si dia mencari pasangan lain yang lebih baik dari anda.


3. Merasakan diri anda tidak layak untuk dijadikan pasangan sehidup semati.

Ada juga sebahagian daripada mereka tidak dapat menerima kekurangan dan keburukan yang ada pada diri anda. Orang seperti ini kadang-kala merasakan diri mereka sudah cukup bagus untuk tidak berdampingan dengan insan yang terlalu banyak kekurangan.

“Alahh…dia tu panas baran lah, aku mana suka dengan orang yang panas baran ni. Nanti dah jadi isteri, habis aku kena pukul…”

4. Tidak bersungguh-sungguh mahukan diri anda.

Mereka ini memang hanya main-main sahaja dan tidak bersungguh-sungguh untuk mahukan hubungan yang serius. Misi mereka adalah mungkin bosan, ‘test market’, atau mengikut trend zaman sekarang dimana semua pasangan akan memuatnaik gambar ketika bahagia. Itu sahaja yang mereka mahukan. Ini yang dinamakan kepentingan diri sendiri sahaja. Tidak mempedulikan perasaan anda yang mahukan kasih sayang.

Kesimpulannya, jika ada seseorang yang mengungkapkan kata-kata begini, usahlah anda membazir masa atau air mata untuk insan seperti ini. Kerana sudah semestinya mereka ini tidak tahu untuk menghargai jasa anda pada hubungan. Dan yang paling penting, Allah mahu anda untuk sentiasa bersabar dalam menempuh ujian yang diberi.


]]>
Bila Dah Tak Lawa, Jangan Buang Tapi Ubah & Bentuknya Seperti Anda Mahukan. https://redaksi.com/7326-bila-dah-tak-lawa-jangan-buang-tapi-ubah-bentuknya-seperti-anda-mahukan Thu, 26 Sep 2019 16:02:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7326 Semua orang nak kan yang cantik, yang buru-buruk ini mana ada yang nak. Akan tetapi ramai yang tak sedar bahawa yang buruk itu kalau dijaga dan diusahakan tentu akan menjadi sesuatu yang cantik. Nak-nak lagi kalau dia adalah orang yang telah banyak berkorban untuk diri kita.

Sebagai pasangan suami isteri, tentunya memahami saat-saat ini bukan. Saat anda bercinta dengan dirinya, pasangan anda begitu sempurna di mata anda. Dia begitu cantik, kacak, bijak bergaya malah memang memikat hati anda. Akan tetapi selepas berkahwin, dirinya tak seperti macam yang anda kenal dahulu.

Kalau seorang isteri akan jelas terlihat selepas melahirkan anak. Di mana, dirinya sudah tak terurus kerana berjaga malam, sudah tak sempat nak bermakeup malah nak jaga penampilan di rumah pun kadang tak sempat. Bukan apa dirinya sibuk sangat dengan anak-anak dan menguruskan rumah.



Bukan isteri je yang berdepan akan masalah ini, orang lelaki pun sama sahaja. Kalau masa belum kahwin bukan main jaga perut tak nak buncit. Selepas kahwin, dah tak ada dah nak buat work out lagi dah. Perut tak jaga dah, muka tak jaga malah baju pun main pakai je tak ada nak bergaya bagai. Tak cukup dengan itu, dengan kadang kala lupa pakai perfume pun boleh buat penampilan seorang suami out di mata isteri.

Ini yang bahaya, kalau orang lelaki ingat orang perempuan sahaja kena jaga penampilan, anda salah sebenarnya. Baik suami atau isteri, dua-dua kena jaga penampilan. Kalau suami pandai cuci mata, tak akan isteri tak pandai bukan? Yang membezakannya adalah isteri masih lagi taat pada suami kerana tahu bahawa dirinya ini seorang isteri. Kalau lelaki, dah nampak perempuan cantik terus lupa status sebagai suami.



Kalau suami nampak isteri dah tak cantik dan meletop macam masa baru-baru kahwin dulu, apa kata suami cakap dengan isteri supaya dirinya berubah. Tolong jaga anak-anak, tolong buat kerja rumah malah jangan lupa untuk tolong hulur duit juga. Barulah isterinya ada masa nak jaga penampilan dan bergaya macam dulu kembali.

Sama juga dengan isteri, kalau nampak suami itu macam dah tak sedap je pada pandangan mata anda. Maka ajaklah dirinya bermain di taman bersama anak-anak untuk berjogging, serta belikan apa yang anda mahu suami pakai.



Perkara-perkara ini nampak macam tak penting, tapi sebenarnya ia menjadi penguat satu hubungan. Selepas ini tak payah nak cuci mata dekat luar dah, tinggal tengok pasangan kita sahaja siang malam. Barulah hubungan suami isteri terjaga, malah kalian juga tidak terdedah dengan dosa.

Bila dah tak lawa, jangan buang tetapi ubah dia menjadi seseorang yang anda inginkan.

]]>
Sebab Utama Si Isteri Yang Lemah-Lembut, Berubah Menjadi Garang. https://redaksi.com/2469-sebab-utama-si-isteri-yang-lemah-lembut-berubah-menjadi-garang Thu, 07 Jun 2018 14:59:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2469 Perkongsian Ustaz Ebit Lew kali ini tentang datangnya seorang suami tidak tahan dengan kelakuan isterinya yang kuat membebel dan sering marah-marah dirumah. Padahal sebelum berkahwin, kelakuan isterinya sangat manja dan lemah lembut.

Jom hayati kisah ini..


“Abang, sayang abang kerana Allah. Nak tahu tak sebab apa isteri kita jadi begitu. Dulu isteri yang baik dan lemah lembut. Suka bermanja. Bergurau sama-sama. Kini semuanya berubah..lagi teruk ada yang sampai stress dan kemurungan..mereka cuma manusia macam kita…”

Sebabnya ialah,mereka rindu suami mereka.

“Mereka perlukan suami yang beri perhatian pada mereka. Mereka penat abang. Dari pagi sampai waktu tidur cuma untuk keluarga. Mereka perlu rehat. Mereka nak suami dengar mereka. Bantu kerja-kerja rumah. Urus anak-anak..kasihan mereka..”

“Dari pagi sahur. Asyik terjaga-jaga nak siapkan sahur buat suami dan anak-anak. Mereka rindu nak solat dan baca Al-Quran bersama suami...mereka dahaga bimbingan dan kasih sayang..”


Ustaz bertanya kepada si suami tersebut, ada atau tidak memberi perhatian kepada isteri dan anak-anak?

Jawab si suami..

“Erm betul lah ustaz. Saya sibuk kerja. Balik rumah saya sibuk dengan telefon tak berhenti. Tak tolong basuh berak anak. Tak tolong buang sampah. Tak tolong ajar anak-anak sekolah. Semua isteri saya buat. Dah lama tak berbual-bual dengan isteri…”

“Dia cakap, saya lambat jawab. Sebab tengok tv dan main telefon. Ya Allah tuhanku..lepas tu kadang-kadang lepak mamak malam-malam. Pergi bersukan dengan kawan-kawan. Mesti wife saya stress..”


Pesan Ustaz..

“Betul ler tu abang. Itulah sebabnya. Bukan tak boleh buat semua tu. Tapi jika kita nak rehat. Tengok dulu isteri kita dah rehat ke belum. If kita nak beli apa-apa untuk hobi kita tengok dulu isteri kita pencuci muka pun takde duit. Sebelum kita pergi berurut tengok isteri kita dah berurut dah ke belum. ..”

“Kita solat tarawih bantu juga supaya isteri kita sempat tarawih..mereka juga manusia dan perlu masa nak solat dan zikir pada Allah..buat Taklim sama-sama dengan isteri dan anak-anak..”

“Gitulah abang. Baru betul suami soleh. Ayah yang baik. Hamba Allah yang disayangi Allah. Barulah hidup rezeki kita berkat. Barulah Ramadhan ini telah mengubah kita. Kita berjaya dalam sekolah Ramadhan ini. Asasnya bermula bagaimana layan suami atau isteri…”


]]>
Tanda-Tanda Lelaki Sayang Pasangannya. Namun, Banyak Wanita Tidak Faham! https://redaksi.com/314-tanda-tanda-lelaki-sayang-pasangannya-namun-banyak-wanita-tidak-faham Thu, 29 Jun 2017 11:46:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=314 Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini tiba-tiba menjadi selambut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun lelaki, dia akan mengalirkan airmata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untukmu itu. Sekiranya kamu menyedari teman lelakimu itu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu demi kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak salah memilih teman hidup. Situasi ini sudah terang-terangan menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah seorang yang berdamping dengan mu sekadar suka-suka ataupun mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.



Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa membuat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya si dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan suatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawab untuknya membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang disayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi hubungan antara kamu. Jadi terbukalah hati untuk menerima tegurannya, yang baik dijadikan teladan yang buruk kita lupakan... Jika hati sudah sayang, maka macam-macamlah yang akan kamu fikirkan termasuklah bimbang takut akan kehilangannya. Begitu juga bila teman lelakimu menyatakan dia selalu memikirkan dan merisaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu memikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Setiap saat baginya amatlah bermakna ditambah dengan kerisauan yang melampau, sedangkan kamu senang hati memikirkan "aku hot, cantik, ramai lagi lelaki didunia ini"...Kalau boleh biarlah sesuatu perhubungan itu kejinjang pelamin, barulah berbaloi!



Ia kelakar, tapi itulah hakikatnya apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian darimu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, cubalah memujuknya. Jangan pula kamu sangka sifat manja si dia itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berpewatakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja...percayalah Kamu menghadapi masalah dan orang pertama datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya... Kamu memberitahunya yang kamu akan pergi ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba si dia menjadi menggelabah dan tidak menentu, kamu boleh lihat reaksinya ketika itu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya...

Sekiranya teman lelaki kamu sentiasa bertanyakan "awak masih sayang saya??" Jangan anggap persoalan itu sesuatu yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya luntur. sebab itulah kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia mahu kamu sentiasa ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya, walaupun belum mempunyai ikatan sah, ia sebagai dorongan kepadanya agar lebih bersedia dan bersemangat memulakan hidup bersama kamu... Si dia sanggup menitiskan airmata demi kekasihnya...Bukan senua lelaki sanggup menitiskan airmata untuk seorang wanita. Tidakkan kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu?? Kasih sayangnya pada kamu melebihi segalanya, sayang pada manusia lain dengan sayang kepada tuhan, sayang kepada agama. Kamu akan menyesal dengan ketulusan hatinya sekiranya kamu menolak cintanya, kerana airmata lelaki umpama sebutir berlian, hanya kehangatan melampau sahaja yang mempu mencairkannya.



Manusia tidak ada yang sempurna, samalah juga teman lelaki kamu, tidak lari dari buat silap dan kadang-kadang buat kamu kecik hati. Tapi kalau si dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia. Berilah masa dia untuk berubah. Nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi untuk kebahagiaan kamu, itu suau perkara yang baik. Janganlah kamu mencari pengganti si dia semata-mata kamu kecik hati dengannya..Dan kamu pasti ke pengganti si dia itu mampu membahagiakan kamu?? Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu, adalah betapa si dia lebih mementingkan dirimu daripadanya sendiri. Apa yang dilakukan adalah semata-mata untuk kamu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dengannya. Jadi hargailah lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki. Kesempurnaan sukar dicari, tetapi ketulusan akan dapat diberi sekiranya kamu juga benar-benar tulus menyayanginya...



Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari penggantinya, alasan kamu dah tak serasi dan dah tak ada hati, dah tawar hati. Kamu pula macam mana? Adakah kamu itu tidak pernah buat silap? Adakah kamu tidak pernah sakitkan hati pasangan kamu? Adakah kamu ini setaraf dengan Siti khadijah? Setulus Zulaikha? Sekuat Sumaiyyah? Semulia Aisyah??? Jangan biarkan ego menguasai perasaan kalau kamu tidak pasti akan menyesal suatu hari nanti.. Kamu sering menyalah lelaki bahawa lelaki lah paling kuat egonya..Walhal manusia semua sama, ada perasan itu dalam setiap diri masing-masing. Adakah kamu perasan yang kamu itu sendiri terlalu ego?? Mungkin pasangan kamu tidak sempurna, tapi kalau kamu dapat merasai keikhlasannya itu lagi baik. Dan keikhlasan itu tidak boleh dilihat, tetapi boleh dirasa dengan hati.. Tuhan menciptakan lelaki dan wanita untuk berpasangan, bukan untuk menyakiti dan disakiti. Sebaiknya kita redha dan tawakal atas segala dugaan dan cabaran dalam melalui hidup bersama pasangan. Kita yang memilih jalan itu, bukannya dipaksa. Kita beruntung kerana memiliki daya penarik yang berjaya menambat hati kekasih hati kita, sekiranya kesempurnaan yang dicari semata-mata untuk hidup bahagia, kita akan kalah dalam percintaan dan kita akn sentiasa berada ditahap terbawah..Jangan beri harapan kalau hati kita tidak sukakannya, lebih baik berterus terang dari terus mencemarkan kita sesama umat manusia.

]]>
"Tiada lagi pengantin PKP, orang awam dibenarkan buat laporan polis jika nampak majlis kahwin dilakukan." -Menteri Keselamatan https://redaksi.com/9592-tiada-lagi-pengantin-pkp-orang-awam-dibenarkan-buat-laporan-polis-jika-nampak-majlis-kahwin-dilakukan-menteri-keselamatan Tue, 02 Feb 2021 22:58:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9592 Jika sebelum ini kerajaan telah beri kelonggaran kepada pasangan pengantin untuk mengadakan majlis kahwin secara bersyarat tetapi kini tidak lagi.

 

Majlis perkahwinan kini dilarang sepenuhnya

Segala perasaan pasti bercampur baur mengenangkan nasib dan segala perancangan yang sudah dibuat sejak sekian lama tetapi apakan daya Kementerian Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menegaskan dalam kenyataannya bahawa orang awam dibenarkan untuk memberitahu polis jika terlihat sebarang majlis melibatkan orang ramai dilakukan.

"Kalau dilihat perkara yang berlaku melibatkan pelanggaran SOP, saya berharap rakyat membantu kerajaan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa."

-Datuk Seri Ismail Sabri-

Berhati-hati berkongsi maklumat

Selain itu, beliau juga turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan sebarang perkongsian video atau gambar-gambar majlis yang dilakukan di media sosial.

Tambahnya lagi jika perkara tersebut betul-betul berlaku, ia boleh membantu pihak polis untuk mengambil tindakan selepas ini.

"Oleh itu, individu dalam kalangan rakyat yang tahu berlakunya pelanggaran mana-mana, mereka boleh melaporkan kepada pihak berkuasa."

-Datuk Seri Ismail Sabri-

]]>
Keluarga atau Kawan? https://redaksi.com/9196-keluarga-atau-kawan Tue, 22 Dec 2020 10:33:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9196 Assalamualaikum kepada semua pembaca. Aku nak kongsikan sebuah kisah tentang bapa kawan aku yang mengalami masalah pentingkan kawan daripada keluarga. Aku bukan nak buka aib dan aku pun dah dapatkan kebenaran daripada tuan punya badan untuk ceritakan perkara ni.

Kawan aku bernama S dan kami satu sekolah serta tinggal dalam satu kawasan yang sama. Kami kiranya jiran jauh lah. Sebenarnya, S ni selalu je dapat hadiah dekat sekolah tapi dia tak pernah ajak mak bapa dia sebab dia kata,

“Tak apalah, bukan penting pun hadiah ni. Mak bapa aku sibuk.” 

Aku hanya mengiyakan tentang perkara tersebut. Ye lah, pada zaman sekarang ni jarang sekali ibu yang bergelar suri rumah sepenuh masa. Mesti kena kerja untuk menampung kehidupan. Begitulah kehidupan S. Aku selalu pergi rumah dia untuk siapkan kerja sekolah dan bermain sebab S tak boleh tinggalkan rumah. Dia anak sulung jadi, dia kena jaga 2 orang adik dia. S tak pernah mengeluh malah aku nampak dia bahagia dengan hidup dia.

Sepanjang perkenalan kami selama 5 tahun, aku tak pernah tahu masalah keluarga dia sehingga lah pada suatu hari kawan aku memenangi sebuah pertandingan akademik dan ibu bapanya dijemput hadir untuk menyaksikan penerimaan hadiah tersebut. Dia juga menyuruh aku datang dan aku dengan senang hatinya menghadirkan diri. Berbeza dengan mak bapanya. 

Pada hari tersebut, hanya ibunya sahaja yang datang dan bapanya tidak turut serta. Pada awalnya aku tak nak tanya pasal bapa dia, tapi entah kenapa hari tu aku rasa macam nak tahu sangat keluarga dia ni macam mana. S ni jenis yang banyak cakap, tapi dia tak pernah cerita masalah keluarga dia dekat aku. Lepas je habis majlis, mak S terus bergegas kembali semula ke tempat kerja dan mak dia bagi kami duit untuk beli makanan dan balik rumah naik bas macam biasa.  

Keluarga S ni aku tengok memang pemurah dan boleh dikatakan sangat murah rezeki. Sejujurnya S selalu belanja aku malah setiap kali birthday aku, dia tak pernah tak belikan kek dan hadiah. Boleh aku katakan, sikap pemurah S seperti mewarisi sikap mak bapa dia. Tapi, disebalik semua tu S mengatakan bahawa keluarga dia tak adalah bahagia sangat. S selalu kata yang dia bersyukur sangat kalau mak bapa dia sentiasa berbaik. Tak bergaduh dan selalu ceria walaupun benda tu berlaku pada mata orang lain. 

Aku pada awalnya tak faham apa yang S ni kata tapi bila dia cerita perkara sebenar, aku akhirnya mengerti yang sebenarnya bapa S ni selalu ketepikan keluarga dan mengutamakan kehidupan sosialnya bersama kawan-kawan. Aku agak terkejut bila S ceritakan perkara tu sebab jujur, bapa dia nampak caring sangat malah tak pernah tinggikan suara terhadap anak-anak depan orang lain. Bezalah dengan mak ayah aku. 

So, menurut S bapa dia jarang luangkan masa dengan mereka. Setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah bapa dia akan keluar dengan kawan-kawan. Pergi memancing, bersukan atau buat apa saja dengan kawan-kawannya. Bak kata S, hidup macam orang bujang. S akui, segala duit belanja dan segala kemahuannya dirinya sebagai seorang remaja dan anak tak pernah di abaikan. 

Dia akui juga yang bapa dia seorang yang baik dari segi agama serta budi pekerti tapi itulah, bapa dia lebih banyak lauangkan masa dengan kawan-kawan berbanding dengan keluarga. Mak dia seorang yang bekerja dan pandai memandu jadi mak dia pun tak bergantung sangat dengan bapa dia. Apa yang dia nampak, mak bapa dia seolah-olah bawa haluan masing-masing. 

Mereka duduk serumah tapi jarang berbual bersama. Kalau makan pun jarang semeja sebab kadang bapa dia balik lambat dan akan makan diluar dengan kawan-kawan sebelum pulang ke rumah. Kami akan berkumpul makan semeja pun bila raya dan puasa. Puasa pun masa sahur je katanya.

Aku macam tak percaya dengan apa yang S kata. Sebab, S ni seorang yang selalu ceria, easy going dan tak pernah nampak serabut. Padahal, menyimpan pelbagai fikiran dan masalah. Bila aku tanya S tentang perasaan dia, dia kata mula-mula S rasa macam kenapa keluarga dia macam tu tapi bila dah lama dia macam dah lali. S menyatakan bahawa dia rindu nak luangkan masa dengan bapa dia. Sebab, pada dia duit boleh cari tapi masa tak akan terganti. Dia cuma berharap bapa dia sedar dengan apa yang bapa buat. 

Aku pun sebenarnya tak tahu nak bantu S ni macam mana. Aku harap pembaca dapat berikan beberapa cadangan untuk sedarkan bapa S ni tentang apa yang dia buat.

Sekian, terima kasih.

]]>
Ingin Bercinta Selepas Nikah Tetapi Takut Jumpa Pada Pilihan Yang Salah. https://redaksi.com/1037-ingin-bercinta-selepas-nikah-tetapi-takut-jumpa-pada-pilihan-yang-salah Fri, 25 Aug 2017 15:25:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1037 Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih berkesempatan jari-jari ini menari di papan kekunci untuk berkongsi cerita. Setelah sekian lama acik simpan di draft akhirnya masa yang sesuai untuk di keluarkan. Walaupun entri cinta mendapat tentangan ramai tetapi demi cinta kepadaNya dia tidak akan terkubur selagi ianya di perlukan.



Sedang khusyuk scroll facebook, ramai kawan-kawanku dah kahwin dan paling cemburu sudah ramai juga ada anak kecil yang comel. Gambar-gambar yang cantik dan comel, hati ini kadangkala menjadi gundah tanpa di duga.

Seorang kenalan acik pernah cakap, jika ikutkan aku memang bersedia, tetapi Allah masih simpan lagi siapa dia jodohku untukku.

Bila umur meningkat, mulalah otak berfikir yang bukan-bukan dan perasaan bercampur baur. Lagi serabut jika di kelilingi oleh Che Nab yang asyik sibuk tentang hal sekeliling.

Kau nak jadi bujang terlajak / anak dara tua?

Kau kena mandi bunga nie tak laku-laku sampai sekarang!



Kalau ikut hati memang akan gundah dan hiba.

Tetapi siapa kita? Mungkin sedang kita gundah Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk kita.

Macam acik, kenal erti cinta itu lambat, lihat ada kawin dah kahwin awal. Bila lihat mereka rupanya cinta itu bukan sekadar lafaz dan ayat yang mudah taip. Tetapi cinta itu lebih kepada tanggungjawab. Kita berkawin bukan dengan dia sahaja tetapi dengan keluargannya.

Dah bersedia? Cetusan hatiku..

Masa acik degree pula, acik memang tak pernah terfikir soal jodoh dan kawin kerana tumpuan pelajaran. Ramai kawan kata, kau tak cari calon acik nanti kau susah. Sampai ke tua kau tak kahwinlah jawabnya.

Bermain di benakku, jodoh itu ketentuan siapa? Adakah dia atau Allah ?

Kenapa hati ini perlu takut sedangkan Allah telah tetapkan jodoh untuk kita.

Rakan acik ramai kata : Aku nak bercinta selepas bernikah tetapi aku takut jodoh itu pada orang yang salah.

Aku hanya mampu tersenyum,,.



Memang benar kadang kita takut, tak kenal sangat tapi terus kahwin. Takutlah kalau perangai dia tak baik, dia pura-pura baik. Sekali dia kaki pukul, pergunakan kita sahaja. Perempuan kaki kikis..

Ishh duhai hati asyik bersangka buruk sahaja, cumalah ambil sudut positif.

Allah kan ada, nak yang baik kenalah jadi baik dulu. Cuma ke arah kebaikan pastinya ada selayak untuk kita.

Pegang janji Allah untuk kita, jodoh itu tersimpan rapi untuk kita di luar pengetahuan kita. Dunia ni tak lama pun , akhirat itu yang kekal. Jadi andai tidak ditakdirkan Allah jumpa “cinta” tu kat sini, usahakan untuk jumpa disyurga Allah. Bolehkan?

Nak sayang boleh, nak rindu pun boleh kerana itu fitrah tapi jangan kerana kita ia jad fitnah. fitnah pada agama kita. Kawallah, macam mana? Pesan pada diri dia dalam jagaan Allah adalah lebih baik. Dan doa, moga-moga doa kita sampai padanya.



Bercinta selepas itu nikah itu indah, mata ini menjadi saksi peristiwa yang berlaku kepada rakan-rakanku. Sesiapa yang pernah bercinta pasti akan mengakui bahawa transaksi daripada proses ‘berkenalan’ kepada ‘percintaan’ merupakan satu fasa yang sangat indah sekali. Banyak bait-bait lagu dan puisi-puisi yang mengungkapkan betapa manisnya fasa ini. Bayangkan anda berada di fasa ini, tetapi tiada batasan yang menyekat pergaulan kamu dan kekasih kamu.

Mahu berjumpa? Terus sahaja jumpa, tidak perlu bersusah-payah. Mahu jalan pimpin tangan? Pimpinlah tangannya, tiada dosa di atas kamu, malah diberi ganjaran pahala! Inilah satu hikmah yang besar jika kita bercinta selepas berkahwin; ianya khusus untuk mereka yang memilih jalan ini.

Akhir kata dari acik jangan takut soal jodoh ianya akan datang pada masa yang tepat dan keadaan yang tepat. Yakin dengan janji Allah dan berikan sepenuh harap kepada Allah. Jangan pernah bosan untuk terus berdoa dan berdoa. Dia Maha mendengar lagi Maha Mengetahui, dia tahu yang terbaik untuk kita.

]]>
10 Perkara Penting Selepas Berkahwin. https://redaksi.com/1213-10-perkara-penting-selepas-berkahwin Tue, 12 Sep 2017 15:01:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1213 Perkahwinan adalah elemen penting dalam kitaran hidup setiap seorang manusia. Semua orang ingin memiliki pasangan hidup seperti orang lain. Pasangan yang mampu berkongsi suka duka, cerita, sakit dan sebagainya adalah mimpi indah yang selalu diidamkan. Namun, jalan-jalan kehidupan selepas perkahwinan sebenarnya berliku dan beranjau. Jika kukuh sebuah bahtera, maka belayarlah ia dengan baik.



Seseorang yang telah menjalani kehidupan berumahtangga lebih lama, lebih berpengalaman berbanding mereka yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Onak dan duri yang dihadapi setiap pasangan berkeluarga tentunya berbeza sesuai dengan ujian yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Namun secara asasnya, banyak perkara yang perlu diambil kira setiap pasangan jika sudah melangkah ke alam perkahwinan.

10 perkara penting selepas berkahwin boleh dijadikan panduan kepada pasangan yang baru berkahwin malahan untuk peringatan kepada diri saya sendiri supaya terus memperbaiki diri daripada sebarang kekhilafan.



1. Siapa tanggungjawab anda?

- Bermulanya secara sah sesebuah perkahwinan maka bermulalah tanggungjawab suami dan isteri. Perihal tanggungjawab suami kepada isteri dan juga isteri kepada suami. Namun jangan lupa beban tanggungjawab sebenarnya semakin bertambah apabila melibatkan ibu bapa, ibu bapa mertua, adik beradik, adik beradik ipar, anak saudara juga melibatkan saudara kedua-dua belah pihak. Ibarat air dicincang tidak akan putus, suka atau tidak, anda tidak boleh mengabaikan beban tanggungjawab kepada pasangan bersendirian terhadap keluarganya malahan kini anda berkongsi memikulnya. Namun keutamaan pertama tanggungjawab anda adalah kepada pasangan anda.

2. Keadilan dalam membuat keputusan.

- Ibarat picit peha kanan, peha kiri akan terasa. Setiap keputusan yang hendak dibuat perlu memikirkan kesan baik dan buruknya terhadap anda dan pasangan. Maruah isteri, maruah keluarga adalah penting untuk dijaga. Keputusan yang dibuat perlu adil kepada isteri dan isteri juga perlu adil kepada suami. Sebagai contoh walaupun isteri adalah anak tunggal, tidak menjadi asas keputusan setiap kali perayaan, si suami perlu patuh kehendaknya kecuali si suami telah membuat pengorbanan dalam keputusannya.



3. Perancangan kewangan.

- Dahulu makan satu pinggan, kini makan sudah dua pinggan. Itulah perumpamaannya. Tidak selamanya kita dalam keadaan senang, kadangkala diuji dengan kesusahan mahupun kesakitan. Maka beringatlah semasa senang dan buat perancangan kewangan keluarga agar mampu menghadapi perkara-perkara yang tidak diduga. Jangan pula masa senang bersama, masa senang lari laju-laju.

4. Had batasan pergaulan.

- Kadangkala anda terpaksa bersikap sombong demi menjaga rumahtangga anda. Dahulu boleh bergurau, kini pantang diusik. Hal ini adalah biasa bagi mereka yang telah berumahtangga. Sebabnya dahulu kita belum dimiliki, tapi kini hak milik orang. Sudah tentulah setiap pergaulan ada batasnya demi menjaga hati suami atau isteri.

5. Hubungan berjiran.

- Duduk rumah bujang, bolehlah tutup pintu rapat-rapat bila masuk rumah. Jika sudah berkahwin dan memiliki rumah sendiri atau rumah sewa sekalipun, jangan sombong dengan jiran. Tidak perlu terlalu mesra yang merimaskan jiran tapi berbuat baiklah dengan jiran. Mana tahu mereka boleh tengok-tengokkan rumah bila anda tiada dirumah. Kuatnya lidi kerana seikat, jika anda sebatang lidi, mudah sangat untuk mematahkannya.



6. Pengetahuan asas penjagaan anak.

- Bila sudah ada anak, belajarlah sedikit ilmu untuk menjaga anak bersama, jangan diharapkan sebelah pihak sahaja menguruskan anak. Berkahwin bersama, makan bersama, bila bab jaga anak, mengapa dibiarkan isteri sendiri menguruskan. Tiada alasan tidak tahu kerana zaman sekarang maklumat terlalu mudah dicapai. Pengetahuan asas yang perlu diambil perhatian terutamanya bab perubatan dan kesihatan anak. Jangan sambil lewa dengan kesihatan anak-anak anda. 

7. Masa.

- Pembahagian masa untuk keluarga dan kawan-kawan, ataupun aktiviti sendiri, hobi perlu diselaraskan semula agar kedua-dua pasangan mencapai kepuasan dalam pembahagian masa. Jangan pentingkan diri sendiri dan kawan-kawan tetapi pasangan anda dirumah terabai. Kawan datang dan pergi tetapi pasangan sehidup semati. Jadi luangkan masa yang ada lebih banyak bersama keluarga berbanding perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya.

8. Tiada istilah salah pilih pasangan.

- Setiap perkahwinan yang terbina adalah berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak melainkan perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Anda yang memilih pasangan anda jadi tiada istilah salah memilih pasangan. Jodoh telah ditetapkan dan Allah SWT membenarkannya. Jadi apa yang kurang pada pasangan, maka lengkapkanlah. Semasa bercinta semuanya indah, bila dah hidup bersama, jika ada kelakuan buruk pasangan anda jangan pula meninggalkannya. Kerana anda yang memilih dia untuk jadi pasangan anda.

9. Penjagaan hati.

- Setiap pasangan mempunyai harapannya sendiri terhadap pasangannya. Ada perkara yang disukainya dan ada perkara yang tidak disukainya. Penjagaan hati juga bukan sahaja melibatkan pasangan anda, tetapi orang-orang yang rapat disekelilingnya. Ibu bapanya, adik beradiknya dan kawan-kawannya. Setiap tindakan kita akan sentiasa diperhatikan oleh orang lain. Mereka akan menilai kita, jadi berhati-hatilah semasa membuat keputusan agar tidak mengguriskan hati pasangan dan orang lain dalam keluarganya agar mereka tidak menjauhi kita.

10. Warna rumahtangga.

- Alam rumahtangga ibarat kain putih yang baru dibentangkan dihadapan anda, maka coraklah ia dengan warna yang anda suka. Jika warna hitam yang anda pilih maka hitamlah rumahtangga anda. Jadi setiap pasangan perlu belajar ilmu rumahtangga kerana ilmu dan pengalaman adalah sangat berbeza. Jika ditegur oleh orang lebih dewasa dan lama dalam perkahwinan terima sahajalah nasihat mereka, jangan angkuh dengan kelayakan akademik yang anda miliki.

Walauapapun yang berlaku, andalah nakhodanya. Anda yang akan mengemudi bahtera anda sampai ke penghujungnya. Bukalah mata untuk belajar daripada kesilapan orang lain untuk dijadikan pengajaran supaya anda tidak melakukan hal yang sama. Ianya bukan sebab anda lebih bijak daripada orang lain, tetapi tentang bagaimana pengalaman mengatasi semua halangan dalam sebuah perkahwinan.

]]>
Antara Kesan Menceraikan Isteri Ketika Sedang Hamil Dan Hukumnya Yang Perlu Anda Ketahui. https://redaksi.com/5844-antara-kesan-menceraikan-isteri-ketika-sedang-hamil-dan-hukumnya-yang-perlu-anda-ketahui Mon, 22 Apr 2019 09:24:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5844 Netizen di Malaysia ini begitu sensitif dengan pasangan yang curang. Nak-nak lagi jika mereka itu telah bergelar suami atau isteri orang tetapi bermain kayu tiga di belakang pasangan. Apa yang lebih mengecewakan adalah apabila seorang suami yang sanggup menceraikan isterinya hanya gara-gara ingin berkahwin dengan wanita lain. Perkara inilah yang akan menjadi topik perbualan yang begitu hangat di media sosial dan netizen tidak akan berhenti untuk memberi sebarang komen dan pendapat.

Sejak akhir-akhir ini, topik sebegini menjadi satu perbualan hangat yang sentiasa bermain di mulut-mulut nitezen. Jadi sebelum anda memberi komen akan isu ini dengan lebih dalam, apa kata kita fahami dahulu perkongsian dari Ustaz Farid Rashidi mengenai hukum menceraikan isteri ketika hamil dan kesan-kesannya.



Sehari dua ini kecoh pasal kes penceraian seseorang yang dikenali melalui program realiti TV. Mengikut sumber, dia menceraikan isterinya ketika mengandungkan anak pertama mereka.

Ramai juga netizen yang kecam sebab ceraikan isteri ketika mengandung dan mahu berkahwin lain. Allahu, kesian dengar.

Risau sangat takut jadi fitnah pada masyarakat apabila melibatkan agama.

Pun begitu, sebagai langkah berhati-hati saya tak mahu ulas panjang. Sebab tak tahu pun kisah sebenar macammana. Biarlah mahkamah selesaikan.

Yang salah tetaplah bersalah jika dibuktikan bersalah, tiada kompromi walaupun siapa dia.

Baik, di sini saya cuma nak respon berkaitan apakah sah menceraikan isteri ketika mengandung dan kesannya pada isteri.

Mari kita ikuti perbincangan ulama’ biar jelas dan jernih. Baca dengan tenang ya. Yang beremosi, ambil wudhuk dulu bagi rileks.



Hukum Menceraikan (Talak)

Mengikut pandangan majoriti ulama’, mereka mengharuskan talak isteri sewaktu dia sedang hamil.

Ini berdasarkan sebuah hadis berbunyi:


عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ طَلَّقَ امْرَأَتَهُ وَهِيَ حَائِضٌ فَذَكَرَ ذَلِكَ عُمَرُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مُرْهُ فَلْيُرَاجِعْهَا ثُمَّ لِيُطَلِّقْهَا طَاهِرًا أَوْ حَامِلًا
Dari Ibnu Umar r.a bahawa dia pernah menceraikan isterinya dalam keadaan haid. Kemudian Umar bin Khattab r.a menceritakan kejadian tersebut kepada Nabi. Lantas beliau pun berkata kepada Umar bin Khattab r.a, “Perintahkanlah kepada dia (Ibnu Umar r.a) supaya dia kembali kepada isterinya, kemudian talaklah dia dalam keadaan dia suci atau hamil.”
[Hadis Sahih Muslim, no. 1471]


Berdasarkan hadis ini, telah dijelaskan dua hukum, iaitu haramnya talak sewaktu isteri sedang haid, dan harusnya talak sewaktu isteri sedang hamil.

Berikut beberapa pandangan ulama’ mengenainya:

1. Imam al-Nawawi sewaktu mensyarahkan hadis ini berkata, ia menjadi dalil keharusan talak sewaktu isteri sedang hamil yang jelas kehamilannya, dan ia merupakan pandangan mazhab Syafi’e.

Berkata Ibnul Mundzir, pandangan ini juga dipegang oleh majoriti ulama, antaranya Thawus, Al-Hasan, Ibnu Sirin, Rabiah, Hammad bin Abi Sulaiman, Malik, Ahmad, Ishaq, Abu Tsur, dan Abu Ubaid.

2. Ibnul Munzir turut menambah bahawa terdapat sebahagian ulama mazhab Maliki yang mengharamkannya, manakala Al-Hasan al-Basri memakruhkannya.
[Rujuk Syarh Sahih Muslim, 10/65. Salah satu qaul Imam Malik juga (Rujuk Al-Mudawwanah 2/4)]

Talak ketika isteri sedang hamil terletak di bawah kategori talak yang bukan Sunni, dan bukan Bid’ie. Maka hukumnya adalah harus. Hal ini kerana eddahnya tertakluk kepada kelahiran kandungan, bukan kepada haid.
[Rujuk Al-‘Inayah Syarh al-Hidayah 3/478, Syarh al-Zarqani ‘ala Mukhtasar al-Khalil 4/144, Hasyiyata Qalyubi wa ‘Umairah 3/349, Bahr al-Mazhab 10/18, Manar al-Sabil fi Syarh al-Dalil 2/237 dan Al-Taqrirat al-Sadidah fil Masai’l al-Mufidah, hal. 92]

Justeru, pendapat yang dianggap kuat adalah pendapat majoriti ulama yang mengharuskan talak isteri yang sedang hamil. Dan eddah bagi wanita hamil yang ditalak adalah sehingga dia melahirkan kandungannya sebagaimana firman Allah SWT:


وَأُولاتُ الأحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ
“Wanita-wanita yang hamil, waktu iddah mereka adalah sehingga mereka melahirkan kandungan mereka.”
[Surah al-Talaq 4]


Kalau ditinjau dari sudut perundangan, isteri yang diceraikan ketika dia sedang hamil dia juga layak mendapat hak-hak seperti perempuan yang diceraikan dengan talaq rajie. Hak-hak itu seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan apa-apa perbelanjaan lain yang patut.

Konklusinya, menurut majoriti ulama, bahawa hukum menceraikan isteri sewaktu dalam keadaan hamil ialah harus, tidak haram dan tidak juga makruh.

Namun begitu sebagai suami yang matang, fikirlah masak-masak sebelum bertindak kerana ia MEMBERI KESAN BESAR kepada isteri:

1. Emosi jadi tak baik kepada isteri. Mencederakan emosinya hingga boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kemurungan.

Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Ahmad:

“Hampir semua wanita hamil akan mengalami perubahan emosi yang bercampur iaitu perasaan gembira kerana berjaya hamil dan pada masa sama berasa tertekan dan letih. Dalam tempoh itu, suami adalah individu paling penting yang perlu berkongsi susah senang dan melayani semua rungutan dan perubahan emosi itu.”

2. Terkesan kepada anak dalam kandungan. Jangan dibuat main, ini juga memberi kesan kepada anak di dalam kandungan.

Kajian daripada Clinical Obstetrics Gynecology menunjukkan bahawa strees yang berpanjangan saat hamil juga dapat meningkatkan risiko autisme, depresi, dan gangguan kognitif pada anak.

3. Menambah penderitaan dan kesusahan kepada isteri. Berat nak menanggungnya. Kasihanilah dia. Iyalah, bukan senang nak hadapi tekanan mental dan fizikal. Apalagi dengan berdepan dengan masyarakat dan buah mulut orang.

4. Memanjangkan waktu eddah isteri kalau baru mengandung, terus cerai. Tapi, jika suami itu bertimbang rasa dan mahu berbaik semula, ia memberi lebih masa untuk berfikir dan rujuk.

Apapun, sebagai lelaki bergelar suami sejati apa jua alasan perlulah bertindak secara rasional dan mengambil kira banyak aspek. Jangan terburu-buru mengikut emosi. Kesannya agak besar yang dialami khususnya pihak isteri. Ingat memori waktu mula-mula nak berkahwin, buat cara elok bukan?

Jika betul-betul mahu menyelesaikan masalah berkaitan undang-undang kekeluargaan Islam, terus bawa ke mahkamah Syariah.

Minta pandangan ahli mesyuarat tingkap, memang jadi nelayanlah. Ke laut jawabnya.

Mintalah nasihat mereka yang berkelayakkan dan berautoriti agar keputusannya lebih rasional dalam keadaan tenang.

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan dan kesulitan mereka yang diuji. Hati-hati, jangan bangkitkan fitnah yang sedang tidur.

Sharelah tulisan ini, agar sama-sama dapat ambil iktibar dan manfaat khususnya para suami dan isteri.

]]>
Mengapa Aku Selalu Jadi Kekasih Sementara? https://redaksi.com/7423-mengapa-aku-selalu-jadi-kekasih-sementara Fri, 04 Oct 2019 15:54:28 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7423 Sebagai seorang yang normal, kita sememangnya mempunyai kasih sayang dan cinta. Baik lelaki mahupun wanita. Perasaan ingin mencintai dan dicintai itu ada dalam diri kita. Apabila tibanya waktu yang sesuai, pasti kita akan mula mencari di manakah si dia yang akan mengisi kekosongan di hati ini?

Namun, adakala apa yang kita rancang itu tidak semestinya terjadi. Kadang-kadang ianya hanya sementara sahaja. Bila sudah jumpa seseorang yang dirasakan sesuai dan akan kekal lama, ada saja halangan yang menimpa sehingga hubungan itu tidak pergi sejauh yang dijangka.



Cinta putus di tengah jalan itu bukanlah sesuatu yang janggal. Ianya perkara biasa yang sering dialami oleh rata-rata di antara kita. Cuma, tahap dan cara penerimaan kita saja yang membuatkan ianya berbeza. Usahlah ditangisi apabila hanya menjadi kekasih buat sementara wantu sahaja. Mungkin takdir telah menemukan dia dengan apa yang dipinta dalam doanya dan pastinya bukan kita orangnya. Jadi, tinggallah kita sendiri, kembali bersendiri membawa hati ke sana kemari, mencari si dia yang sudi menemani.



Mengapa perlunya cinta yang lama jika tidak bahagia? Tempoh hubungan yang lama bukanlah penjamin sebuah kebahagiaan. Adakala mereka cuma sayangkan tempoh yang lama itu sahaja, tidak mahu berpisah meski hati tidak bahagia. Kita yang melihat saja akan mengagumi hubungan mereka yang lama, tapi hakikatnya hanya mereka saja yang tahu bagaimana rasanya.



Terimalah dengan hati yang terbuka jika cinta sudah tidak lagi untuk kita. Tiba masanya untuk kita cari kebahagiaan baru, mulakan hubungan baru, dengan orang baru, yang diharap dapat mengekalkan hubungan itu selama mungkin dengan kebahagiaan sarat terisi di dalamnya. Hubungan yang baik akan dipermudahkan urusannya. Oleh itu, jika sekali berada dalam hubungan yang membahagiakan, jagalah ia sebaik mungkin dan usah biarkan hubungan itu hanyut ditelan badai yang melintang di pertengahan jalan.

]]>
5 Amalan Mendatangkan Rezeki Yang Sering Kali Kita Pandang Ringan. https://redaksi.com/4609-5-amalan-mendatangkan-rezeki-yang-sering-kali-kita-pandang-ringan Wed, 19 Dec 2018 15:21:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4609 Sering tertanya-tanya mengapa gaji tidak mencukupi, sedangkan tidak duit yang ada semuanya digunakan ke arah keperluan yang sememangnya tidak digunakan kepada kehendak. Belum tiba hujung bulan, sudah mula ikat perut dengan memakan mee segera. Duit simpanan pula tiada, ini kan pula tabung untuk kegunaan kecemasan.

Sering menjadi teka teki ke mana wang gaji selama ini pergi sehingga begini sempit kehidupan seharian. Gaji pula bukanya sedikit, mahu Rm2000 ke Rm3000 tapi masih sahaja tidak mencukupi. Nak kata ada banyak tanggungjawab, hanya menyara diri sendiri sahaja.

Pernah atau tidak ada rasakan sebegitu? Sudah mengikuti tips perbelanjaaan kewangan yang betul tapi masih lagi rasa sebegini? Mengapa ye?

Terdapat 5 amalan yang dapat membantu anda menghilangkan kesempitan hidup. Namun sering kali orang memandang remeh sebab merasakan ia tidak membantu. Berikut adalah amalan-amalannya.



                       

1. Membayar hutang.

Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan. Jangan tangguh-tangguh terutama apabila sudah berjanji nak bayar pada tarikh tertentu. Kalau kita mungkir janji, orang yang kita pinjam duit tak gembira. Dia mesti marah dan mungkin ada juga yang menyumpah kita.

Mereka ini dikira orang teraniaya, doa mereka dimakbulkan Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita ditimpa musibah. Contohnya, kereta rosak, tayar pancit dan kena saman. Sebab kita tak bayar hutang, duit kita ‘diambil’ dengan cara paksa. Jadi buka mata hati ye, silakan bayar hutang kalau nak hidup senang.

2. Beri sedikit duit belanja kepada ibu bapa.

Sikit atau banyak bukan soalnya, bagi duit pada mak dan ayah dengan jumlah yang kita mampu. Beri setiap bulan, mak dan ayah yang menerima pemberian kita sangat gembira dan mereka pasti berdoa kita dimurahkan rezeki.
Buat baik dengan mak ayah, jangan derhaka dan jangan kedekut dengan mereka. Amalkan tip ini mesti rezeki tidak putus kerana mendapat keberkatan.

3. Amalkan bersedekah.

Satu lagi cara untuk Allah luaskan rezeki apabila kita memberi sedekah. Kita meringankan beban orang dalam kesusahan. Maka Allah akan gandakan rezeki kita dan Allah beri kita kesenangan.

Jangan berkira nak bagi sedekah, boleh bagi pada sesiapa sahaja yang kita mahu. Tapi ingat bagi sedekah kena ikhlas bukannya menunjuk-nunjuk.

                        

4. Buat baik kepada haiwan.

Binatang pun ada perasaan, jangan kita dera mereka. Tapi layan binatang dengan kasih sayang. Kalau ada kucing lapar, bagi kucing makan. Jika ada binatang yang cedera, bawa ke klinik untuk dirawat.

Jangan zalim dengan binatang, mereka juga makhluk Allah. Apabila kita baik dengan binatang, binatang akan mendoakan kesejahteraan kita. Rezeki kita akan bertambah, yakinlah dengan janji Allah.

5. Amalkan solat Dhuha.

Dalam Islam sudah diajar, salah satu amalan untuk murahkan rezeki adalah melakukan solat Dhuha. Buat secara konsisten, yakin dengan Allah. Insya-Allah kita akan sentiasa diberi rahmat daripada Allah.

Buat 2 rakaat atau 4 rakaat, ikut kemampuan kita. Tak rugi pun luangkan masa 10 hingga 15 minit sehari meminta Allah melimpahkan nikmatnya pada kita.

Semoga dengan mengamalkan perkara-perkara sebegini akan membantu anda dijauhi dari rasa kesempitan hidup.


]]>
"Jangan Burukkan Pasangan Kita, Walaupun Tak Sempurna Dia Yang Terima Baik Buruk Kita..." https://redaksi.com/8345-jangan-burukkan-pasangan-kita-walaupun-tak-sempurna-dia-yang-terima-baik-buruk-kita Thu, 09 Jul 2020 22:46:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8345 Setiap orang tidak akan dapat pasangan yang begitu sempurna dalam apa jua perkara. Kalau lebihnya dia pada satu perkara tentu akan kurang dalam satu perkara, begitulah sebaliknya. Walaupun rasa kecewa akan kekurangan itu tapi anda juga perlu sedar bahawa anda juga memiliki kekurangan dan tidak sempurna.

Bila mana kita berkumpul bersama rakan-rakan, tentu akan ada sesi meluahkan perasaan. Ada yang tidak puas hati akan itu, ada yang ingin sekadar berkongsi malah ada juga yang membuka keburukkan pasangan. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku.



Jangan sengaja burukkan pasangan anda walaupun anda sememangnya tidak tahan dengan sikapnya. Apa yang anda lakukan itu sepatutnya menjadi rahsia kalian berdua saja. Sama juga dengan dia terima buruknya anda.

Pada mulanya, anda mungkin akan kongsi keburukkan pasangan anda pada seorang rakan saja, tetapi jangan terkejut kalau perkara tersebut akan tersebar luas. Ini kerana, dari satu mulut boleh tersebar ke 10 mulut yang lain tanpa sedar.


Memang seronok bercakap mengenai buruknya orang sampai buruknya anda sendiri anda tidak dapat.

Cuba anda bayangkan kalau anda begitu asyik memburukkan pasangan anda, tiba-tiba dia mendengar segala apa yang anda katakan. Sedikit sebanyak tentu akan mengecilkan hatinya. Hati pasangan ini bukan orang lain yang kena jaga tapi anda sendiri.

Bukan itu saja, bagaimana kalau pasangan anda melakukan perkara yang sama terhadap anda, tentunya anda akan rasa marah dengannya. Jadi letakkan diri anda dalam situasinya. Kalau tidak suka diperlakukan sebegitu, jangan lakukan.



Tidak cukup dengan itu, bagaimana pula kalau rakan-rakan anda memberi satu tanggapan dan pandangan yang buruk pada pasangan anda. Sebagai pasangan tentunya anda akan mendapat tempias yang sama. Pasangan anda itu adalah cerminan anda.

Tidak semua orang boleh tahan dengan keburukan pasangan mereka, tetapi itu bukan alasan untuk anda berkongsi segala-galanya pada orang luar. Cara terbaik yang boleh anda lakukan adalah luahkan semula kepada pasangan anda. Cakap padanya berkali-kali agar dia memahami apa yang anda rasakan sekaligus memperbaiki apa yang perlu.

Bercakap keburukan pasangan ini sama saja anda menyebarkan aibnya. Jangan sebarkan aib pasangan nanti anda sendiri juga akan malu.



]]>
5 Jenis Wanita Yang Lelaki Hanya Anggap Sebagai Kawan Sahaja. https://redaksi.com/2888-5-jenis-wanita-yang-lelaki-hanya-anggap-sebagai-kawan-sahaja Wed, 18 Jul 2018 15:27:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2888 Kebanyakan bagi lelaki, ada sebahagian wanita yang mereka anggap sebagai kawan atau teman rapat sahaja kerana sikap peribadi yang mungkin amat menjengkelkan.

Jika ada wanita yang protes dengan kenyataan ini, berkemungkinan sudah acap kali si lelaki menegur, tetapi ego yang terlalu tinggi dan tidak mengendahkan teguran tersebut. Maka, tiada lelaki yang berminat untuk menjadi pasangan hidup mereka.


Jadi, sikap wanita yang bagaimana lelaki hanya anggap sebagai kawan sahaja…

1. Lebih dominan daripada lelaki atau bersikap seperti Boss.

Apabila segala keputusan dilakukan oleh anda sahaja seperti tentang pakaian, makanan, restoran, mahu bersosial dengan golongan-golongan tertentu pasti membuatkan lelaki rasa terpencil dan diperkecilkan kewibawaannya sebagai seorang lelaki. Bagi lelaki jika wanita ini menjadi isteri mereka, pasti bakal melahirkan seorang Queen Control.


2. Sering menangis.

Wanita berasakan apabila mereka menangis dan sering memiliki teman disisi yang sentiasa boleh memujuknya, pasti lelaki itu menyukai mereka. Jangan terus beranggapan begitu wahai wanita kerana, lelaki akan anggap anda terlalu kebudak-budakan. Cuba kawal perasaan anda untuk tidak menangis walaupun kena cakar dengan kucing.

3. Pencetus segala hal.

Lelaki agak rimas dengan wanita yang sering memulakan segala langkah. Seperti point nombor satu, lelaki sebenarnya tidak gemar jika wanita membuat keputusan dalam segala hal. Apabila dalam hubungan cinta, wanita ini juga akan membuat keputusan sendiri untuk berpisah. Jadi, lelaki akan berhati-hati dengan wanita ini dan anggap hanya kawan sahaja.


4. Terlalu posesif.

Kadang-kala lelaki gemar melayan wanita sebegini dan tidak menganggap mereka lebih daripada kawan.

“Awak kat mana?”

“Ye, saya ada ni”

“Awak makan apa?”

“Nasi”

“Kenapa tak angkat call saya?”

“Ye, nak angkat ni”

Mereka hanya melayan seperti main-main sahaja dan tidak serius. Jawab pun hanya sepatah sahaja.

5. Terlalu obses dengan idola.

Zaman sekarang sudah pasti wanita gemar fan-girling pada idola k-pop mereka. Tidak salah jika anda meminati idola k-pop anda, tetapi jangan pula terlalu obsess sehingga membeli sticker, bantal peluk wajah mereka, stoking ada gambar idola. Lelaki tidak suka jika kekasih hati mereka terlalu taksub dengan selebriti. Lebih baik taksub dengan teman lelaki mereka. Eh!


]]>
Didik Anak Lelaki Tidak Perlu Gunakan Kekerasan, Tetapi Ibu Ayah Perlu Bijak Kawal Mereka. Ikuti Tips Membesarkan Anak Lelaki Anda. https://redaksi.com/5800-didik-anak-lelaki-tidak-perlu-gunakan-kekerasan-tetapi-ibu-ayah-perlu-bijak-kawal-mereka-ikuti-tips-membesarkan-anak-lelaki-anda Tue, 16 Apr 2019 14:27:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5800 Rezeki dalam mempunyai anak ini sememangnya berlainan. Ada orang yang mempunyai rezeki anak lelaki yang ramai dan ada pula yang mempunyai rezeki anak perempuan yang ramai. Semuanya bergantung pada rezeki pasangan suami isteri itu.

Apa yang penting adalah bagaimana mak ayah mengasuh, mendidik serta membesarkan anak-anak mereka. Ada yang berpendapat menjaga anak perempuan itu lebih susah berbanding anak lelaki bahkan ada juga yang menyatakan bahawa mendidik anak lelaki itu lebih susah berbanding anak perempuan. Tapi semuanya bergantung pada ibu dan ayah mereka.

Mungkin anak perempuan ini lebih lembut, maka mereka ini lebih mudah untuk dididik serta dibimbing jika hendak dibandingkan dengan anak lelaki. Bahkan bukan itu sahaja, Perbezaannya, anak lelaki mungkin lebih cergas dan aktif berbanding anak perempuan. Mereka cenderung untuk bermain tanpa mengira waktu. Disebabkan itu ibu bapa perlu bijak mengawal mereka. Berikut merupakan panduan yang ibu bapa perlu tahu dalam membesarkan anak lelaki anda.



Panduan Membesarkan Anak Lelaki

1. Jangan menetapkan terlalu banyak batasan untuk mereka

Secara umumnya, anak lelaki juga memerlukan batasan dalam setiap perkara yang mereka lakukan sama seperti anak perempuan. Namun begitu, jangan terlalu tegas dengan mereka mengenai perkara ini dan tidak membenarkan mereka melakukan apa-apa aktiviti. Sebaliknya, biarkan mereka meneroka dunia ini dalam pemerhatian anda. Semakin mereka meningkat dewasa, ajar mereka untuk mengenal sendiri akan risiko dan bahaya terhadap apa-apa aktiviti yang mereka sukai seperti berbasikal atau bermain papan luncur.

2. Jangan biarkan mereka bosan

Anak lelaki sangat cepat menjadi bosan. Disebabkan itu, mereka sentiasa perlu melakukan aktiviti untuk mengisi waktu lapang. Apa yang anda boleh lakukan adalah benarkan mereka bermain di luar bersama kawan-kawan mereka tetapi tetapkan waktu dan tempat mereka bermain terlebih dahulu. Jika anak lelaki anda hanya terperuk di rumah, mereka hanya akan menonton televisyen atau bermain permainan video yang ternyata tidak sihat buat mereka.

3. Jangan anggap mereka mempunyai pemikiran yang sama dengan anak perempuan

Ya, sejak kecil lagi pemikiran lelaki dan perempuan adalah berbeza sama sekali. Disebabkan itu, cara membesarkan anak lelaki perlu berbeza dengan membesarkan anak perempuan. Sebagai contoh, anak perempuan mungkin lebih terbuka mengenai perasaan mereka. Ini sangat berbeza dengan anak lelaki yang cenderung untuk menyimpan atau memendam perasaan mereka. Sebagai ibu bapa, pastikan anak lelaki anda tidak menyorokkan apa-apa daripada anda tetapi jangan sesekali memaksa mereka untuk memberitahu anda mengenai perasaan mereka.

4. Jangan terlalu memanjakan mereka

Kadangkala, ibu bapa mungkin tidak sanggup melihat anak lelaki mereka terlalu terbeban dengan tugasan yang mereka berikan. Sebenarnya, anda tidak perlu berasa seperti ini. Sebaliknya, biarkan mereka menghabiskan tugasan seperti mencuci kereta atau mengemas rumah secara sendiri. Ini akan menanam sifat tanggungjawab yang perlu ada dalam diri untuk kehidupan mereka sendiri kelak.

5. Jangan bimbang jika mereka “lembut’’

Menjadi seorang lelaki tidak membenarkan mereka untuk menjadi kasar, nakal atau jahat. Jika anda perasan anak lelaki anda adalah seorang yang agak “lembut’’ dan sangat prihatin terhadap individu lain, jangan cuba mengubah mereka. “Kelembutan’’ ini diperlukan untuk mereka lebih bersikap seperti lelaki sejati dan memahami perasaan individu lain. Namun begitu, jangan pula galakkan anak lelaki anda untuk berpernampilan seperti anak perempuan.

6. Jangan bersikap stereotaip terhadap jantina mereka

Paling penting, anda sebenarnya tidak boleh terlalu bersikap stereotaip terhadap jantina mereka. Jika anak lelaki anda menangis, jangan salahkan atau ketawakan mereka kerana berkelakuan seperti anak perempuan. Jika dia mula memukul kawannya pula, jangan pula anda bersorak dan berbangga kerana mereka kononnya bersikap seperti seorang lelaki yang kuat. Sebaliknya, sokong dan dorong mereka untuk menjadi versi diri mereka yang terbaik.

]]>
14 Alasan Ini Mungkin Sebab Kenapa Si Dia Tiba-Tiba Hilangkan Diri Tinggalkan Anda. https://redaksi.com/309-14-alasan-ini-mungkin-sebab-kenapa-si-dia-tiba-tiba-hilangkan-diri-tinggalkan-anda Thu, 29 Jun 2017 10:59:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=309 Aishhh. Sakit hati pun ya! Nak marah pon ya juga. Rasa rindu pun ada. Macam-macam perasaan yang timbul. Kadang-kadang hati ni tertanya-tanya.. Kenapa? Apa salah aku? Tiba-tiba sahaja si dia nak menyepikan diri. Mesej pun tak, apatah lagi telefon. Alahai apa dah jadi ni? Pasti situasi ini pernah menghantui kamu bukan? Mungkin, ini beberapa sebab mengapa si dia menghilangkan diri tanpa memikirkan perasaan kamu.



1. Bertukar status.

Kadang kala, lelaki ni memang sukar nak di jangka. Mereka memang suka menyembunyikan sesuatu daripada kita. Baik rahsia kecil-kecilan hinggalah ke besar-besaran. Jadi, jangan terkejut jika tiba-tiba kamu terima satu pesanan ringkas daripadanya yang mengatakan si dia kini milik orang lain dan sah menjadi suami kepada seseorang. Kes ini pernah terjadi tau!

2. Mempunyai kekasih lain

Jika si dia benar-benar setia dengan kamu, tentu-tentu segala komitmen seratus peratus hanya untuk kamu. Ini tidak, jika asyik menghilangkan diri je tidak mustahil jika si dia mempunyai pasangan yang lain betul tak? Jadi cuba selidik dan pastikan adakah perasaan ini benar atau tidak jangan terus menuduh. Bukan apa, takut juga jika tekaan kamu tidak berasas.



3. Ingin berpisah

Besar kemungkinan juga si dia cuba menjauhkan diri dengan kamu. Bila lelaki cuba menjauhkan diri daripada seorang wanita. Itu bermaksud si dia memang memaksudkannya. Tiada istilah ‘main-main’ atau saja suka-suka untuk menghilang besar kemungkinan si dia inginkan perpisahan.

4. Bosan.

Lelaki memang cepat bosan. Mereka suka hidup dikelilingi dengan benda-benda yang menghiburkan sahaja. Jadi, jika si dia cuba mengelakkan diri daripada kamu besar kemungkinan kamu membosankan dirinya. Oleh itu, cuba lah lakukan pekara-pekara yang lebih menghiburkan bersama si dia.

4. Bosan.

Kadang kala, bila terlalu marah kita akan hilang pertimbangan dan mula cakap benda-benda yang akan menyakitkan hati. Boleh kata mungkin si dia sudah tawar hati dengan kamu atau terasa dengan kata-kata kamu. Lebih baik jika kamu pujuk dia kembali dan cari altenatif yang lebih kreatif untuk mencuri hatinya semula.

6. Curang.

Seperti yang di kata, jika si dia benar-benar setia dengan kamu, tentu-tentu segala komitmen seratus peratus hanya untuk kamu tetapi andai kata dia tidak memberi komitmen itu menunjukkan si dia sedang bermain mata dengan orang lain. Jadi hati-hati!



7. Tunangan orang.

Tidak mustahil juga jika kekasih kamu itu sebenarnya tunangan orang. Pekara ini memang sering berlaku. Katanya sibuk dengan kerja dan meeting. Rupa-rupanya sibuk dengan perempuan lain. Lebih memeranjatkan perempuan itu adalah tunangannya. No wonder lah setiap hari Sabtu dan Ahad dia pasti menghilang. Hmmmm, jadi girls, please make sure pasangan kamu itu memang bukan tunangan orang.

8. Masalah peribadi.

Mungkin si dia sedang bergelut dengan masalah peribadi dan keluarga. Mungkin si dia juga telah kehilangan kerja. Tak mahu menambah beban kepada kamu, si dia pergi membawa diri.

9. Tersilap langkah.

Dek kerana tersilap langkah, si dia terjebak dalam skim cepat kaya dan dibebani dengan hutang atau dicari orang, tak mustahil hal ini terjadi.

10. Cinta tiga segi.

Dalam tak sedar, punca dia menghilang kerana kamu sendiri menaruh hati pada orang lain dalam diam-diam. Siapa yang tak makan hati. Mungkin, diamnya itu adalah langkah yang terbaik untuk melupakan kamu.

11. Tak beri kata putus

Si dia mungkin penat dengan kamu yang masih berteka-teki atau bermain tarik tali bila diajak untuk ke arah yang lebih serius. Ajak kahwin misalnya. Tapi, kamu masih belum bersedia dan tak berterus terang dengannya.



12. Marahkan kamu.

Cuba ingat saat terahkir kamu bersamanya. Adakah kamu telah melakukan sesuatu yang membangkitkan kemarahannya? Mungkin si dia ingin kamu mencari jalan untuk memujuknya dengan mengambil langkah berdiam diri.

13. Tak mahu menyakitimu.

Ya, cinta itu kadangkala di luar jangkaan kita. Si dia memilih untuk pergi dari hidup kamu mungkin kerana tidak mahu terus menyakitimu atau tak mahu kamu hidup susah kerananya. Andai kamu memang sayangkan padanya, cepat-cepat yakinkan dia yang kamu memang untuk si dia.

14. Keputusan drastik.

Si dia mungkin telah mengambil keputusan yang drastik! Bekerja di luar negara misalnya. Mungkin dalam beberapa tahun nanti si dia akan muncul kembali. Cuma, tak tahu jodoh antara kamu dengan dia panjang atau tidak.

]]>
Mengapa Wanita Lebih Suka Memilih Pasangan Yang Berusia? https://redaksi.com/3428-mengapa-wanita-lebih-suka-memilih-pasangan-yang-berusia Tue, 04 Sep 2018 12:14:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3428 Pasangan berusia? Siapa yang lebih memilih untuk memiliki pasangan yang berusia ini? sudah pasti lah wanita bukan? Tetapi mengapa wanita lebih memilih pasangan yang berusia ini? Pasti banyak kebaikan yang akan diperoleh jika memilih pasangan yang lebih berusia sedikit ini. Namun begitu, maksud berusia ini bukan mereka yang mempunyai perbezaan umur telalu juah tetapi mungkin berbeza 4 atau 5 tahun dari umur si wanita. Jom kita cari tahu mengapa wanita suka lelaki yang lebih tua darinya.


1. Sebagai seorang pelindung.

Apa yang wanita harapkan dari pasangannya? sudah pasti diri mereka harapkan pelindungan yang selamat dari pasangannya. Biasanya lelaki yang lebih tua dari dirinya ini sudah bersedia dalam apa semua perkara. Sebagai contoh bersedia dari segi kewangan, rumah serta ilmu agama. Jadi mereka ini dikatakan sesuai untuk dijadikan pilihan para wanita.

2. Kelihatan lebih tegas.

Sudah mempunyai lebih banyak pengalaman, mereka ini pasti lebih tegas dalam membuat segala keputusan. Bahkan dirinya juga pasti tegas dalam membimbing isterinya. Wanita ini walaupun ia manja dan inginkan perhatian tetapi dia sangat menyukai lelaki yang tegas dan tetap pada pendirian yang telah dipegangnya.

3. Mempunyai kesungguhan dalam hubungan.

Wanita biasanya lebih serius dalam mempunyai keinginan untuk berkahwin. Maka dengan itu, lelaki yang sedikit berusia ini dikatakan lebih bersesuai dengan dirinya. Bukan itu sahaja, lelaki yang sedikit berumur ini juga dikatakan akan lebih serius terhadap satu perhubungan kerana mempunyai niat untuk berkahwin jika hendak dibandingkan dengan lelaki yang muda mahupun sebaya yang hanya mahu satu perhubungan yang suka-suka.


4. Lebih memahami.

Menurut wanita juga, lelaki seperti ini dikatakan lebih mudah memahami pasangannya. Bahkan dirinya juga mampu untuk melayani karenah dirinya. Jika tidak mengapa lelaki seperti ini dijadikan pilihan yang paling utama bagi kaum wanita. Kerana leabih sedikit berusia berbanding pasangannya, ia juga menyebabkan lelaki lebih mudah untuk memanjakan psangannya itu.

5. Lebih gentlemen.

Wanita mana yang tidak mahukan lelaki yang gentlemen? Lelaki yang sedikit berusia ini juga dikatakan lebih gentlemen terhadap pasangannya. Sebab itu lah wanita mudah cair dengan mereka ini. Selain dapat dimanja, pasangannya juga dapat memberikan perhatian kepadanya. Sudah pasti ia membahagiakan.

Tetapi lelaki yang sangat berumur juga tidak sesuai untuk dijadikan pasangan. Mana tidaknya, takut tidak mampu untuk mengikut rentak darah mudah pasangannya itu. Sekiranya wanita itu berumur dalam 23 hingga 26, lelakinya pula dalam berumur 26 tahun hingga lah ke 30an.


]]>
Antara Hikmah Pertunangan Dalam Islam. https://redaksi.com/3765-antara-hikmah-pertunangan-dalam-islam Mon, 08 Oct 2018 12:11:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3765 Islam meletakkan kelebihan bertunang ini, dengan penuh hikmah. Sebab itu di katakan khitbah ini sebagai wasilah yang Allah berikan kepada umat islam. Mengapa? Cuba kita lihat kembali apa kelebihan sebenar berkenaan tunang. Sebenarnya antara kelebihan bertunang yang islam galakkan ini, ialah untuk mereka saling kenal mengenali. Itulah hikmahnya apabila tunang yang di letakkan dalam agama islam.

DIBOLEHKAN UNTUK MELIHAT WAJAH TUNANG SEKIRANYA BERNIQAB.

Tidak semestinya perlu berkawan berbulan-bulan atau bertahun-tahun, kemudian baru mengikat tali pertunangan. Ia boleh juga terjadi sekiranya, dikenalkan melalui keluarga atau sahabat, kemudian terus sahaja bertunang untuk proses ta’aruf. Ketika ini lah si lelaki boleh melihat wajah wanita yang dipinangnya, sekiranya wanita tersebut berniqab. Dan si wanita tersebut dibolehkan menunjukkan wajahnya kerana ingin merasa tenang dan nyaman ketika melihat.

UNTUK MENGELAKKAN BERPACARAN (DATING) TERLALU LAMA.

Sungguh cantik islam menetapkan kaedah bertunang ini. Antaranya lagi, hikmah bertunang ini lebih selamat dari bercouple buta yang tidak tahu pangkalnya. Kerana apabila bertunang secara tidak dapat tidak perkenalan di dalam tunang itulah dapat memberi kata putus yang jelas samada ingin meneruskan berkahwin ataupun tidak.

Kerana hikmah bertunang untuk pasangan saling kenal mengenali, juga bukan bererti dengan bertunang sudah pasti berkahwin. Apabila berkawan dalam bertunang secara automatik wanita tidak boleh menerima pinangan orang lain, dan lelaki tidak boleh meminang pinangan orang. Sebagaimana hadis yang di riwayatkan Imam Muslim;

Hadis Ibnu Umar RA: Nabi SAW pernah bersabda: “Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain….”

Menampakkan lagi wanita lebih terjaga, melainkan jika hanya berputus tunang barulah si wanita dapat menerima pinangan orang yang lain pula.

Lebih bagus dari bercinta yang ianya belum terjaga sepenuhnya, bila-bila masa wanita itu boleh di kebas sesiapa. Bila bertunang, juga sebenarnya lebih konsisten dalam berkawan, akan tetapi jika nampak tidak serasi dalam berkawan semasa bertunang, jadi bila-bila masa boleh memberi keputusan samada ingin meneruskan ataupun tidak.

Kerana apabila memahami konsep bertunang itu, maka islam benarkan hanya untuk setiap pasangan saling kenal mengenali, juga di tempah tanpa perlu orang lain menempahnya lagi. Melainkan jika berlaku pembatalan penempahan. Dengan maksud yang lebih ringkas, insan tersebut anda telah ‘booking’ untuk dijadikan bakal isteri, jadi tiadalah orang lain datang mengacau untuk curang. Insya Allah, doakan yang baik-baik.

]]>
Pantun Untuk Meminang. https://redaksi.com/617-pantun-untuk-meminang Fri, 28 Jul 2017 10:55:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=617 Pantun Untuk Meminang.

Adat meminang dilakukan oleh pihak teruna setelah mendapatkan jawaban dari pihak si dara. Setelah itu, kedua belah pihak akan bermusyawarah untuk mengadakan prosesi peminangan. Hal-hal yang dibicarakan berkisar tentang hari peminangan (pertunangan), jumlah hantaran belanja, hadiah-hadiah, serta hari perkawinan. Pantun meminang dilantunkan dalam prosesi peminangan. Pantun ini berisi kehendak hati sang teruna untuk meminang si dara, yang disampaikan dalam prosesi peminangan oleh jurucakap mereka. Sebagaimana pantun untuk merisik, pantun yang dilantunkan dalam upacara meminang juga merupakan pantun berbalas.



Isi dalam pantun untuk meminang ini hanya mencakup pantun yang dilantunkan saat kedatangan hingga lantunan pantun yang menyiratkan hasrat kehendak hati teruna untuk meminang si dara.

001. Hilir air sungai landai,
Dalam pulak paras dada,
Bukan pulak menunjukkan cerdik pandai,
Kerana hendak menyambut adat lembaga.

002. Cantik memanjat pohon ara,
Nampaknya cantik berseri laman,
Besar hajat kami tidak terkira,
Hendak memetik bunga di taman.



003. Budak-budak memakai senglit,
Pergi ke kedai membeli timba,
Kalau tidak jalan berbelit,
Tadi-tadi saya dah tiba.

Pantun itu kemudian dibalas oleh pihak si dara dengan menyambut kedatangan rombongan keluarga sang teruna seraya mempersilahkan mereka untuk masuk ke rumah.

004. Katang-katang berisi manik,
Manik berisi hampas padi,
Encik-encik datang silalah naik,
Inilah air pembasuh kaki.

Pihak sang teruna akan membalas pantun tersebut dengan mengungkapkan kebaikan hati pihak si dara yang menyambut baik kedatangan mereka.

005. Dari pauh ke permatang,
Tetak tengar papan kemudi,
Dari jauh kami datang,
Mendengar tuan yang baik hati.

Pihak si dara kemudian akan mempersilahkan duduk seraya berpantun:

006. Tatang puan tatang cerana,
Tatang biduk Seri Rama,
Datang tuan datanglah nyawa,
Jemputlah duduk bersama-sama.

Setelah itu, pantun berbalas akan dilantunkan hingga berakhir saat maksud dan kehendak hati sang teruna sudah tersampaikan.



Pihak lelaki:

007. Cerita pinang ceriti,
Cerana di atas papan,
Sirih kami sirih bererti,
Sukat makna baharulah makan.

Pihak perempuan:

008. Saya tidak tahu berebana,
Selisih telunjuk bertelekan,
Saya tak tahu akan makna,
Sirih diunjuk saya makan.

Pihak lelaki:

009. Rumah besar alangnya besar,
Rumah Datuk Perdana Menteri,
Kalau tidak hajat yang besar,
Kami tidak sampai datang kemari.

010. Orang mengambil siput dilubuk,
Airnya dalam banyak lintah,
Datang membaiki atap yang tembuk,
Hendak mengganti lantai yang patah.

Pihak perempuan:

011. Rimba dibakar menanam padi,
Makan berulam buahnya petai,
Jikalau sudah tulus dan sudi,
Berbantalkan bandul bertikarkan lantai.

Pihak lelaki:

012. Dari paya turun ke lembah,
Petik pinang dipilih-pilih,
Saya sudah mohonkan sembah,
Adat meminang bertepak sirih.

Pihak perempuan:

013. Teliti buah teliti,
Terletak mari di atas papan,
Tepak sirih sudah menanti,
Minta sudikan datuk makan.

Pihak lelaki:

014. Orang meracik burung tekukur,
Racik benang kait-mengait,
Sudikan datuk sirih sekapur,
Pinangnya mabuk tembakaunya pahit.



Pihak perempuan:

015. Pohon lemba di tepi bukit,
Pokok pepaya di tepi jalan,
Baik makan barang sedikit,
Supaya jangan kecewa badan.

Pihak lelaki:

016. Orang mengaji alif,
Orang membilang daripada satu,
Orang memanjat daripada pangkal,

Pihak perempuan:

017. Dalam air sungainya landai,
Habis hanyut sarang tempua,
Bukan saya menunjukkan pandai,
Saya khabarkan orang tua-tua.

Pihak lelaki:

018. Selilit pulau perca,
Selembang Tanah Melayu,
Sealam tanah Minangkabau,
Sebengkah tanah terbalik,
Sehelai akar yang putus,
Sejenang kuda berlari.

Pihak perempuan:

019. Dah patah pokok kedondong,
Ditimpa pula pokok delima,
Titah datuk saya junjung,
Hukum yang baik saya terima.

Pihak lelaki:

020. Orang menyungkur di Tanjung Jati,
Kuala Pilah darat Melaka,
Patah tumbuh hilang berganti,
Pusaka berpindah kepada kita.

Pihak perempuan:

021. Bersusun sirih gagang berkembar,
Beratur-atur berbunga tanjung,
Melintang duduk gunung Rembau,
Sebagai napuh di hujung tanjung.

Pihak lelaki:

022. Asam kandis mari dihiris,
Manis sekali rasa isinya,
Dilihat manis dipandang manis,
Manis lagi hati budinya.

]]>
“Tak Sedar Sebenarnya Dia Sedang Murung” Tanda-Tanda Rakan Anda Mengalami Kemurungan Secara Tersembunyi. https://redaksi.com/5348-tak-sedar-sebenarnya-dia-sedang-murung-tanda-tanda-rakan-anda-mengalami-kemurungan-secara-tersembunyi Wed, 27 Feb 2019 14:14:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5348 Majoriti daripada kita hanya menyangka kemurungan terjadi apabila seseorang itu sentiasa bersendirian dan tidak mahu bersosial. Namun, menurut kajian, ada juga sebilangan daripada kita sebenarnya sedang mengalami kemurungan secara tersembunyi melalui 2 kemungkinan…

  • Jika mereka sedar mereka mengalami kemurungan dan sentiasa mendapatkan rawatan, pasti ia dilakukan secara sembunyi tanpa pengetahuan siapa-siapa termasuk sahabat baik dan ahli keluarga.
  • Mereka tidak pernah mendapatkan rawatan langsung dengan pakar, tetapi sering celaru ada murung atau pun tidak. Lama-kelamaan hanya menganggap ia penyakit biasa.

Tapi, anda boleh lihat bahawa rakan anda sebenarnya sedang mengalami kemurungan dengan…

1. Kelihatan tidak tertekan.

Kebanyakan daripada kita mempunyai persepsi tentang kelakuan dan penampilan sekiranya seseorang individu mengalami kemurungan. Lazimnya, kita membayangkan penghidap kemurungan adalah seorang yang jarang keluar bilik, tidak berpakaian kemas dan kelihatan sengsara.

Namun realitinya, penghidap kemurungan tidak semuanya berkelakuan sedemikian. Setiap individu adalah unik dan berbeza antara satu sama lain. Ini termasuklah dari segi simptom dan keupayaan menghadapi kemurungan.

Kebanyakan penghidap kemurungan tersembunyi zahirnya dapat mengekalkan  kesihatan mental yang baik untuk melindungi diri mereka dan langsung tidak kelihatan menderita sedikit pun ini kerana mereka boleh melakukannya.

2. Kelihatan penat dan sentiasa mengadu cepat keletihan.

Kesan sampingan kemurungan yang lazim adalah keletihan yang berterusan. Tidak semua orang dengan gangguan ini dapat berjuang dengannya, tetapi ia adalah perkara yang sangat biasa.

Begitu juga jika seseorang itu hidup dengan kemurungan yang tidak didiagnosis, punca keletihan boleh jadi mengelirukan.

Mereka dapat tidur dengan secukupnya dan bangun pagi dengan perasaan seperti mereka hanya tidur beberapa jam. Lebih teruk lagi, mereka menyalahkan diri-sendiri, percaya ia berpunca daripada sifat malas atau beberapa kesalahan peribadi yang lain yang menyebabkan mereka menjadi lemah.

Ini juga merupakan simptom yang sukar untuk disembunyikan kepada mereka yang telah didiagnosis kemurungan tetapi cuba untuk merahsiakannya daripada rakan-rakan kerana ia selalu memberi  kesan kepada bebanan kerja dan hubungan peribadi.

3. Sukar untuk bertindak balas kepada kasih sayang dan keprihatinan.

Pemahaman negatif mengenai kemurungan seperti yang  dibayangkan  di atas melibatkan perasaan sedih. Sebaliknya, individu yang mengalami kemurungan cenderung  untuk tidak merasai apa-apa atau hanya sebahagian dan secara ringkasnya mengalami emosi.

Ia bergantung kepada individu itu sendiri, tetapi sesetengah orang yang mengalami kemurungan mengadu berasa hampir kaku dan perkara yang dekat dengan emosi yang mereka alami adalah kesedihan dan/atau kemarahan.

Oleh sebab itu, sukar bagi mereka untuk bertindak balas dengan sewajarnya kepada isyarat badan atau perkataan yang menunjukkan kasih sayang atau mereka hanya tidak memikirkannya lagi.

Mereka mungkin merasa jengkel atau marah dengan kita mengenai perkara ini, kerana akal mereka terlalu sukar untuk memproses dan bertindak balas kepada isyarat kasih sayang tersebut.

4. Tidak bersemangat dan kerap menolak aktiviti yang pernah mereka gemari.

Kurangnya minat dalam melakukan aktiviti dalam satu tempoh masa yang panjang boleh menjadi tanda seseorang itu mengalami kemurungan. Seperti mana yang dinyatakan di atas, kemurungan yang sama ada melibatkan beban fizikal dan mental menjadikan perkara yang pernah mereka gemari sukar untuk dilakukan.

Aktiviti-aktiviti yang pernah mereka gemari secara umumnya akan hilang kerana kemurungan ini selalunya membuatkan ia sukar untuk dinikmati dan merasa puas.

Adakah Rakan Anda Sedang Mengalami Kemurungan Secara Tidak Sedar? Jangan Abaikan Mereka!

]]>
Perkahwinan Itu Tak Perlu Mewah Yang Penting Korang Dah Halal. https://redaksi.com/7397-perkahwinan-itu-tak-perlu-mewah-yang-penting-korang-dah-halal Wed, 02 Oct 2019 16:14:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7397 Mula-mula bila fikir nak kahwin ini, anda perlu baiki dahulu niat anda. Yang mana, pastikan bahawa niat nak berkahwin itu adalah mencari redha Allah malah ingin melalui hidup yang lebih berkat. Bukannya berkahwin dengan niat nak buat majlis besar-besar serta nak menunjuk-nunjuk.

Anda perlu fikir bahawa ada banyak lagi perkara yang penting selain anda menghabiskan duit yang anda berhemas pulas kumpul dalam masa sehari sahaja. Jadi perkahwinan ini adalah lebih baik kalau tidak diadakan secara besar besaran sehingga membebankan diri anda.

Anda perlu bijak menguruskan majlis perkahwinan anda kerana sekarang ini mungkin anda seronok tapi kesannya dikemudian hari. Berikut adalah mengapa anda tak perlu adakan majlis yang mewah dan grand.

1. Kadang mewah tapi penuh dengan hutang.

Ini yang tak seronok sebenarnya. Rasa bahagianya satu hari sahaja akan tetapi hutang yang terpaksa ditanggung adalah bertahun lamanya. Takut juga kalau anak dah 5 pun hutang masih tak habis bayar. Sebab itu baik buat semampu anda sahaja, kalau kecil pun kecilah janji anda jadi pasangan yang halal.



2. Hidup lepas kahwin lagi penting.

Jangan tak tahu bahawa kehidupan selepas kahwin sebenarnya lagi mencabar dan perlukan banyak wang. Jadi kalau anda selepas kahwin nak tidur di rumah yang selesa dan tilam yang empuk, maka jangan membazir semasa adakan majlis perkahwinan. Lagi-lagi kalau nak rumah yang lengkap serba serbi, ini pun kena fikirkan ini.

3. Buat yang sederhana sahaja akan tetapi kreatif.

Kalau dah buat besar-besar tak meriahlah. Apa kata anda lakukan sesuatu yang kreatif pada majlis perkahwinan anda itu. Biasanya kalau tak besar dan tak grand ini tapi kalau kreatif pun tentu menyeronokkan juga. Mana tidaknya, kalau buat sesuatu yang lain dari lain ini tentu anda puas hati sedikit bukan?



4. Kadang kala mewah tapi nampak tak meriah.

Cuba anda bayangkan, anda dah buat majlis yang begitu besar-besaran dan grand, akan tetapi banyak saingan hingga tak ramai yang boleh hadir ke majlis anda. Jadi majlis anda itu tak meriah malah membazir banyak perkara pula. Kan lebih baik kalau sederhana tetapi meriah dan mencukupi.

5. Niat sebenar perkahwinan.

Bila mula atur nak buat perkahwinan yang meriahlah, majlis yang gahlah atau apa-apa pun, tentu sebenarnya akan mempengaruhi niat sebenar anda. Adalah lebih baik anda lakukan yang sederhana tetapi tak mengganggu niat sebenar perkahwinan.

]]>
10 Tips Berjumpa Bakal Mertua Untuk Pertama Kali. Yang Penting Jangan Gugup. https://redaksi.com/355-10-tips-berjumpa-bakal-mertua-untuk-pertama-kali-yang-penting-jangan-gugup Wed, 05 Jul 2017 14:40:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=355 Tips Berjumpa Bakal Mertua.

Baca tajuk sahaja pun boleh buat hati rasa nervous. Betul tak?



Bagi yang rasa nervous itu, pastinya bakal jumpa mertua buat pertama kali. Sudah tentu dada rasa berdebar. 'Dup.. dap.... dup.... dap'. Ada yang lebih teruk, siap tidak boleh tidur malam kerana terlalu takut memikirkan perkara ini. Takut jika mertua tidak boleh terima diri ini seadanya. Semua orang tahu, perkahwinan adalah sesuatu yang indah. Namun sebelum mendirikan sesebuah masjid, perlu ada cara dan langkah yang tertib demi menjamin kebahagiaan yang berkekalan, dan juga sebagai memohon restu daripada keluarga mentua agar mendapat keizinan mereka dalam menjalin kemesraan antara dua pihak. Di sini tips-tips yang paling kerap dilakukan diterangkan secara terperinci, berdasarkan di atas pengalaman-pengalaman yang di alami oleh semua bakal pengantin yang akan mendirikan singgahsana bersama yang tercinta. Walaupun hanya calon, belajar cara mengambil hati mertua, agar disayangi mertua selalu. Usah bertangguh lagi, ikuti tips bertemu calon mertua ini.

1. Rancang pertemuan.

Ini tips berjumpa bakal mertua yang pertama. Faktor masa adalah penting dalam membuat temujanji atau aturan bertemu keluarga mentua. Kerana pemilihan masa akan menentukan keadaan dan suasana pertemuan itu. Elakkan pertemuan secara mengejut, atau datang bukan dalam waktu keraian. Pilihlah tarikh pertemuan seperti hari raya, kenduri kahwin saudara dan yang sewaktu dengannya. Untuk lebih menunjukkan adab, biar pasangan kita yang aturkan pertemuan itu. Kita cuma ikut sahaja aturan dia.



2. Jaga penampilan diri.

Tanggapan pertama keluarga mentua amat penting supaya mentua dapat menganalisa keperibadian anda sepenuhnya. Maklumlah, untuk menyerahkan kehidupan anaknya kepada anda, mereka perlulah membuat kajian sendiri juga tentang bakal menantu yang akan dikahwini oleh anda. Jadi berpakaian sopan merupakan kepentingan utama. Contoh berpakaian sopan yang paling ideal adalah baju kurung. Jangan pakai yang terlalu menjolok mata. Ini bukan pameran fesyen. Juga janga terlalu formal siap tali leher, bagaikan di pejabat. Biar santai tetapi kemas.

3. Tunjukkan adab sopan dan kerajinan.

Tunjukkan akhlak yang baik. Pertuturan yang baik dan sifat yang terpuji menggambarkan keperibadian anda. Untuk perempuan, ringankan tulang anda untuk membantu bakal mentua seperti memasak, mengemas, membasuh pinggan dan sebagainya. Bakal mentua juga akan menganalisa anda berdasarkan skil komunikasi, memasak, skil sebagai suri rumah tangga yang akan menjaga anak mereka kelak. Untuk lelaki pula, jika ada kenduri, buat-buatlah rajin tolong goreng ayam. Jika ada keraian, ringakan-ringankan tangan angkat makanan dan dulang pada tetamu. Tentu akan ada orang berbisik-bisik, 'Eh, siapa tu yang rajin angkat hidang. Tak pernah nampak pun'. Haaa.. nampak tak permainan ini?

4. Biarlah bersederhana.

Tips berjumpa bakal mertua yang seterusnya ialah sentiasalah bersederhana dalam segala perlakuan anda. Ini kerana sifat bersederhana dituntut oleh syarak dan juga menyejukkan mata yang memandang. Jangan ada rasa bongkak diri atau bersifat berlebih-lebihan. Ini kerana mentua menyukai menantu yang tidak mempunyai sifat bangga diri dan sentiasa bersederhana. Ianya juga akan merapatkan silaturrahim antara kedua belah pihak. Untuk perempuan, elakkanlah bermekap tebal-tebal.

5. Jadi diri sendiri, jangan 'fake'.

Ini adalah tips yang sebaik-baiknya dan perlu dijadikan tabiat. Ianya akan menunjukkan keperibadian anda yang sebenar kepada mentua. Sepertimana anda terhadap pasangan anda, begitulah juga layanan anda kepada mentua, cuma perlu lebih bersopan dan mengetahui batas-batasnya. Hipokrasi hanya akan mengundang syak wasangka dan memberikan tanggapan buruk dari pihak mentua. Jangan sebelum kahwin nampak baik, selepas kahwin baru tunjuk tembelang!



6. Ada pengetahuan agama yang kukuh.

Ilmu pengetahuan tentang agama amat penting kerana itu adalah tunggak kebahagiaan dan kewajipan keluarga. Agama memberi panduan kepada keluarga dan pasangan ke arah kehidupan yang lebih bahagia di dunia dan akhirat. Selain itu juga, ilmu tersebut juga akan menjadi panduan kepada anak-anak yang akan lahir kelak. Untuk lelaki, jangan sampai bakal mertua suruh baca doa makan, tidak tahu pula. Apatah lagi bila didorong ke depan untuk jadi imam solat, asyik geleng-geleng kepala. Jika mahu kahwin anak dia, kenalah tahu memimpin keluarga.

7. Soal-selidik pihak mentua.

Sebelum berjumpa pihak mentua, eloklah membuat soal-selidik dahulu melalui pasangan anda. Ini kerana ianya dapat mengelakkan salah faham dan juga mengetahui cara yang betul untuk menambat hati pihak mentua. Tanya betul-betul, cuma jangan sampai pasangan rasa pissed-off.

8. Pandai membuka bicara/memulakan topik perbualan.

Dalam mana-mana skil komunikasi, pembukaan bicara adalah yang paling sukar dilakukan terutamanya apabila di dalam keadaan yang janggal. Setelah melakukan soal-selidik pihak mentua daripada pasangan anda, anda akan dapat gambaran apakah topik yang dapat dibicarakan bersama mentua. Cuba berbual secara spontan dan natural, supaya ianya tidak digambarkan seperti sudah dirancang dan diskripkan. Jika tidak tahu mahu bual apa, cuba tanya tentang cuaca, 'Macam mana minggu ini, panas tak?'. Atau, 'Lama rasanya tidak hujan tempat saya. Kat sini hujan tak?'. Nescaya, akan panjang perbualan itu.

9. Bawa buah tangan.

Buah tangan merupakan simbol penghargaan kepada pertemuan anda dan pihak mentua. Dari soal-selidik juga, anda dalam proses menambat hati mentua. Ianya juga dapat dijadikan topik perbualan seperti contoh, kalau anda membawa kek lapis, kemungkinan pihak mentua akan bertanya dari mana anda membelinya. Jikalau anda membuat sendiri, mungkin anda dan pihak mentua dapat berkongsi resipi atau tips untuk memasaknya. Yang paling selamat ialah dengan bawa buah-buahan sahaja. Tanya pasangan, buah-buahan yang macam mana yang mertua suka.



10. Kenal-kenal dengan bakal abang/kakak/adik ipar.

Ini tips berjumpa bakal mertua yang terakhir. Dan ini antara yang paling penting. Jangan buat muka sombong. Cuba berbaik-baik dan kenal-kenal dengan bakal abang/kakak/adik ipar. Mulanya, mungkin ada yang nampak sombong. Bila bakal mak mertua kenalkan satu persatu, mungkin boleh jadi lebih rapat. Ambil peluang untuk mengenali lebih rapat, kerana bila berkahwin dengan pasangan, kita bukan kahwin dengan pasangan itu sahaja. Kita kahwin dengan seluruh keluarganya.

Akhir kata.

Apa yang penting adalah niat anda yang suci dan murni dalam menambat hati pihak mentua. Banyakkan berdoa sebelum pertemuan dan biarkan proses pertemuan berjalan secara semula jadi dan lancar. Jikalau anda sentiasa tenang dan relaks dalam setiap situasi, pasti pihak mentua akan yakin dengan anda sebagai menantunya. Untuk perempuan, Norfanil ada sedikit tambahan tips berjumpa bakal mertua. Bagaimana dengan anda? Ada pengalaman dan tips berjumpa bakal mertua? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

]]>
Lelaki Suka Membebel, Rimas Atau Unik? https://redaksi.com/7313-lelaki-suka-membebel-rimas-atau-unik Wed, 25 Sep 2019 17:56:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7313 Biasanya kita tahu wanita yang tidak asing lagi dengan sifat suka membebel. Jarang kita dengar lelaki mengambil alih ‘tugasan’ tersebut. Walaubagaimanapun ianya tetap ada dan tidak mustahil. Terdapat lelaki yang memang suka membebel sehinggakan boleh mengalahkan seorang wanita.

Bila sebut sahaja lelaki suka membebel, pasti fikiran ditujukan kepada lelaki-lelaki lembut. Bukan, lelaki tidak lembut juga boleh jadi lelaki yang suka membebel. Mungkin dengan membebel dapat menghilangkan stress untuk dirinya, iaitu dapat melepaskan semua yang terbuku di hati. Bagaimana pula dengan orang sekeliling yang terpaksa menadah telinga mendengar bebelannya setiap hari?



Apabila ditakdirkan mendapat pasangan yang suka membebel iaitu lelaki, sebagai wanita anda seharusnya sudah tahu perangai si dia dan sudah bersedia dengan apa yang bakal anda hadap setiap hari. Lelaki suka membebel bukanlah suatu perkara yang janggal, kerana banyak faktor yang membuat dirinya suka membebel seperti wanita. Jika sudah berkahwin, pasti si dia yang akan banyak membebel kepada anak-anak, bukannya anda. Namun apa kata serahkan saja tugas membebel itu kepadanya kerana jika dihalang, pasti tidak berhasil juga.



Jadi, apabila setiap hari mengadap situasi yang sama, pasti si isteri sudah lali dengan perangai suami yang sedemikian rupa. Cuma, tatkala berada di rumah masih boleh dipertimbangkan, tetapi jika berada di luar juga sikapnya yang suka membebel masih kelihatan, maka perlulah ditegur dan sebagai lelaki juga, anda perlu kurangkan sedikit bebelan anda itu di tempat awam. Bukan apa, takut nanti yang melihat akan berasa pelik pula. Lain lah isteri dan anak-anak yang sememangnya sudah terbiasa.



Jika difikirkan, unik juga sebenarnya lelaki yang suka membebel berbanding lelaki pendiam. Cum ajika sikap membebelnya semakin lama semakin menjadi-jadi, risau juga akan menjadi parah satu hari nanti. Oleh itu, berpada-padalah jika mahu membebel seperti wanita, jangan sampai disalah anggap oleh masyarakat yang melihat pula.

]]>
15 Cara Beritahu Anda Sukakan Dia! https://redaksi.com/536-15-cara-beritahu-anda-sukakan-dia Fri, 21 Jul 2017 11:23:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=536 Ich liebe dich!

Ia ‘Saya cinta awak’ dalam bahasa Jerman. Betapa sukarnya beritahu seseorang kita sukakan dia, sehingga tersasul-sasul dan bercakap bahasa Jerman pun lebih mudah rasanya. Tetapi samakah suka dan cinta? Bila pula perlu beritahu kita sukakan dia? Tidak tahu mahu bermula dari mana?



Apa kata cuba 15 cara ini untuk beritahu anda sangat sukakan dia!

1. Sampaikanlah salam!

Ini memang klise. Tetapi apa salahnya memulakan perkenalan dengan kiriman Assalamualaikum yang bermaksud Salam Sejahtera. Cara ini memang evergreen sejak dahulu. Dekati teman baiknya dan sampaikan salam kepadanya. Jangan lupa sertakan senyuman kita yang manis dan misteri juga.

2. Apa saja untukmu.

Kata orang jika sudah suka, lautan api pun sanggup direnangi. Jika si dia gemar ke perpustakaan, cuba rajinkan diri ke sana. Biarkan dia terlihat kita di celah rak buku. Apatah lagi jika dia suka ke surau, datanglah awal ke sana. Jadi bilal terus lagi baik. Saham pun lebih tinggi nanti!

3. Abang long kawasan.

Jika sukakan dia, minta berjumpa dengan adik-beradiknya. Seorang abang biasanya sangat protektif terhadap adik perempuan. Dia akan menyelidik sehingga ke akar-umbi. Kakak dan adik pula lebih cool. Percayalah, jika kita lulus ujian abang/ kak long ini, kita sentiasa ada full back-up di kampungnya nanti. Ini strategi!



4. Jangan tunggu lama-lama!

Kadang-kadang kita suka, tetapi malu pula nak meluah kata, kan! Jangan bertangguh, beritahu dia dengan jelas kita sukakannya. Jika dia suka, kita bertuah. Tetapi, jika sebaliknya, kita sudah menjimatkan banyak masa dan perasaan sendiri. Mungkin ada orang lain sedang menunggu kita.

5. Kiss.

Oh tidak, bukan yang itu. KISS = Keep it simple and sweet. Walau betapa kita sukakan dia, sentiasa bersederhana. Cakap dengan ringkas dan jelas. Berkawan-kawan dahulu untuk mengenali dia. Buat dia selesa. Jika tiada jodoh pun, kita masih boleh bersahabat nanti. Hadiahkan sesuatu, tetapi jangan berlebihan pula.

6. Posto posto!

Walaupun ini zaman teknologi, tulis sesuatu untuk dia. Ya, tonjolkan tulisan doktor pakar kita itu. Tulisan tangan biasanya menggambarkan ketulusan hati seseorang. Walaupun kita tidak puitis, tulis sesuatu yang ringkas, terus dari hati kita. Dia pasti akan merasainya. Selitkan pada buku atau kirimkan pada kawan baiknya.

7. Terima saya seadanya.

Kalau sukakan seseorang, suka dia kerana sifat-sifat yang ada pada dirinya. Ketawa, lesung pipit, kelam-kabutnya dia. Dia istimewa, satu-satunya di dunia ini. Kita juga tidak perlu berubah 200% untuk mengambil hatinya. Berusaha sedikit itu boleh, cuma biarkan dia tahu identiti sebenar kita juga.



8. Play the game!

Kadang-kadang kalau selalu melihat kelibat kita memunculkan diri, agak menjengkelkan juga. Sekali-sekala, cuba hilangkan diri. Kata orang, kalau sudah tidak nampak, baru rasa rindu kan? Jika betul dia tercari-cari kita, kembali ke point no. 4 di atas. Jangan bertangguh pula. Good luck!

9. Pesanan penaja.

Petua orang lama, nak pikat anak, pikat ibunya dahulu! Berusaha untuk berjumpa dengan ibu bapanya dengan segera. Mengenali ibu bapanya, membuatkan kita lebih memahami dirinya, dan lebih menghormati dia juga. Dengar pesanan mereka, yang tersurat dan tersirat, dan jaga anak mereka baik-baik!

10. Better man.

Walau apa jua yang berlaku sewaktu bertemu ibu bapanya, hormati mereka. Bukan mudah untuk melepaskan orang yang disayangi sejak kecil. Jika kita benar-benar sukakan dia, cuba jadi lebih baik dari semalam. Restu ibu-bapa paling utama. Dan, biarkan masa yang menentukannya.

11. Let it go.

Pernah dengar kan, kalau sukakan seseorang, lepaskan dia. Jika dia datang semula, dia mungkin untuk kita. Mungkin dia perlu bekerja jauh di mata, atau belajar di luar negara, lepaskan dia. Jika dia teringatkan kita sewaktu berada beribu-ribu kilometer jauhnya, dan dikelilingi mereka yang lebih hebat, kita win!



12. Princess.

Menyukai seseorang bermakna dia limited edition dalam hidup kita. Layan dia seperti princess, kita melihatnya dari jauh, dan sukar didekati juga. Rasa suka kita, bukan untuk menjadi tatapan semua. Ia tulus, edisi terhad dan istimewa seperti dia. Nama baik dia, menjadi tanggungjawab kita selama mengenalinya.

13. Adakah dia untuk saya?

Suka, suka juga. Tetapi jangan lupa berdoa. Kadang-kadang, kita sudah mencuba pelbagai cara, tetapi susah pula hendak mengetuk pintu hatinya. Cuba solat istikharah, dan redha dengan jawapannya. Mungkin kita sibuk mengetuk pintu berkali-kali, tetapi kuncinya masih tiada. Berdoa agar dia juga dapat merasakan andai dia jodoh kita.

14. Salam pada bulan.

Tiada yang serasi dengan kita selama ini? Lihat bulan, dan sampaikan salam kepada jodoh kita. Tanpa mengetahui siapa atau di mana dia, doakan kesejahteraannya. Mungkin dia juga sedang melihat bulan yang sama. Kata orang, urusan jodoh dan pertemuan itu, milik Dia. Kita cuma perlu berusaha.

15. Nak bercinta?

Betul-betul suka? Jantung berhenti berdegup beberapa saat sewaktu melihat dia? Jadikan dia teman hidup dengan segera. Dapatkan restu keluarganya dan mudahkan urusan perkahwinan kita. Bercinta selepas nikah lebih manis. Hari-hari pun kita boleh beritahu kita sukakan dia!

Memberitahu seseorang kita sukakan dia, kadangkala mendebarkan juga. Ia memerlukan seluruh keberanian dan kekuatan, kerana takut ditolak dan kecewa. Begitu juga jika ada orang sukakan kita, beritahu dengan ikhlas jawapannya. Jangan biarkan dia ternanti-nanti. Hargai keberaniannya. Simpan kata-kata istimewa, saya cinta awak atau Ich liebe dich, selepas dia menjadi milik kita yang sah nanti. Buat sesuatu yang comel, manis dan menunjukkan kesungguhan kita benar-benar sukakan dia.

Jadi, sudahkah dia tahu, kita sukakan dia?

]]>
“Cabaran Utama Dalam Rumah Tangga Adalah Untuk Menerima Hakikat Kehilangan Pasangan Tercinta Untuk Selamanya” Ikuti Kisah Ini. https://redaksi.com/5559-cabaran-utama-dalam-rumah-tangga-adalah-untuk-menerima-hakikat-kehilangan-pasangan-tercinta-untuk-selamanya-ikuti-kisah-ini Fri, 22 Mar 2019 15:32:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5559 Merudum hati apabila terkenangkan kehilangan suami atau isteri yang tercinta. Hiba perasaan, bergenang air mata apabila hanya dapat melihat gambar dan nama, tetapi bukannya dapat memegang jasad. Sediakan tisu dan Ikuti kisah dari perkongsian Dr Kamarul Ariffin ini…

********

"Puan, saya rasa elok saya rujuk puan ke hospital. Puan ke hospital kerajaan atau swasta?"

"Sekejap ya doktor, saya tanya suami saya dahulu," katanya lalu mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangan.

Kelihatan dia tekan-tekan sesuatu di telefonnya, dan kemudian tak semena-mena merendahkan tangan ke riba dan tertunduk menangis.

Aku jadi cemas.

Wanita, ni datang ke klinik dengan aduan demam 3 hari, makan tak lalu, pening kepala, dan mula muntah-muntah. Aku syak dia kena denggi dan perlukan rawatan segera kerana keadaannya agak membimbangkan.

"Kenapa ni puan?" soal aku.

Selepas tu dia cerita dengan lebih jelas situasi dia.

Suami dia ni kerja oil & gas, dan syarikat di bekerja tu berpusat di KL. Jadi, wanita dah biasalah tinggal di JB seorang diri. Semua dia buat sendiri, uruskan sendiri, memang seorang yang isteri yang boleh berdikari.

Cuma, ayah dia pesan padanya supaya apa-apa keputusan yang dia buat, dia eloklah beritahu atau minta izin suaminya dahulu. Ayah dia kata, kalau masing-masing buat keputusan sendiri, tinggal sendiri-sendiri, apa yang tinggal dalam pernikahan mereka berdua?

Jadi, wanita ini, sebagai anak dan isteri yang patuh, akan menelefon suaminya setiap kali dia membuat sesuatu keputusan. Sehari biasanya 5 kali dia telefon.

"Kenapa puan tiba-tiba menangis? Suami tak benarkan pergi hospital ke?" tanya aku.

Wanita tu mengesat airmatanya dengan lengan baju dan dengan teresak-esak dia jawab "Suami saya dah tak ada, doktor."

Rupa-rupanya 2 hari lepas, semasa dalam perjalanan pulang ke JB, suaminya terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.

"Saya masih tak dapat yakinkan diri saya dia dah tak ada. Saya rasa macam dia masih ada." ujarnya lalu meletakkan telefonnya di atas meja, kemudian menekup muka dengan kedua-dua belah tangan.

"Bila saya lihat nama dia dalam telefon, baru saya teringat dia dah tak ada." ujarnya disebalik tekupan tangan di muka.

Aku jeling telefon dia di atas meja. Terpapar aturan buku telefon, dan nama yang dipilih adalah "Arwah Hubby". Aku tak pasti sama ada dia sengaja set nama suaminya dalam telefon dengan nama awalan Arwah atau bagaimana.

Aku tak tanya lanjut. Dalam keadaan begini, sukar untuk aku bertanya banyak soalan kerana bimbang ia akan menyakiti dia lebih lagi. Jadi aku terpaksa panggil waris yang mengiringi dia ke klinik.

Dia datang dengan ayahnya. Saya terangkan situasinya dan ayah wanita itu faham keadaan tersebut dan berhasrat bawa wanita itu ke hospital. Saya difahamkan, di rumah dia asyik menelefon nombor arwah suaminya dan bercakap seorang diri.

Selepas wanita itu keluar, aku terus menelefon isteri aku. Padahal aku nak makan burger yang dia tinggalkan untuk aku di dalam peti ais. Aku telefon dia untuk minta izin makan burger tu.

Aku telefon tu lebih kepada nak redakan hiba di hati aku sendiri. Betapa bertuahnya aku masih boleh telefon isteri aku. Masih boleh bercakap dengan dia. Dengar suaranya.

Hargailah pasangan kita ketika mereka masih ada. Bila buat apa-apa keputusan, berbincang. Bila nak buat sesuatu, minta izin. Kerana akan datang suatu hari, yang kita dah tak boleh buat itu semua.

Ketika itu, tinggallah kita sendiri untuk tentukan haluan kita.

Masih ada hiba bersisa di hati.

********

Hargailah Pasangan Kalian.

]]>
Partner Panas Baran : Tips Untuk Si Panas Baran Dan Pasangan. https://redaksi.com/626-partner-panas-baran-tips-untuk-si-panas-baran-dan-pasangan Fri, 28 Jul 2017 11:29:20 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=626 Macam mana nak handle perangai kekasih yang panas baran ni? Aku ada kekasih yang sifat dia kalau marah mesti meninggi suara. Bila tegur dia kata memang cara dia cakap memang macam tu. Bila aku tiru macam dia buat. Dia kata aku marah. Bila aku kata apa yang aku buat benda tu la yang selalu dia buat. Tapi dia marah aku balik kata memang aku marah.



Pasangan aku ni jenis tak suka kena tegur. Bila tegur mula dia cakap stress, tension, etc. Aku pernah tegur dia cara baik tapi dia merajuk plak. Aku tak tahu macam mana nak buat supaya dia berubah. Ada sekali aku suruh dia bersabar dan ingat pada Tuhan. Tapi dia suruh aku yang buat mcm tu. Dia kata aku lagi teruk dari dia. Adui. Tak bersalah pun. Aku tak tahu kenapa dia tak nak buat mcm tu. Padahal dia kuat agama la gak berbanding aku. Patut dia lg power mengawal sifat panas baran dia. Tolong aku.

Yang benar,

Kacak dan resah =(

Jawapan Dan Tips.

1. Guna orang tengah.

Orang yang panas baran ni kita tak boleh tegur dengan cara yang kasar atau marah-marah. Kita kena selalu gunakan ayat-ayat manis dan positif supaya dia tak naik angin. Boleh gunakan orang tengah atau orang yang rapat dengan dia. Kadang-kadang orang yang panas baran ni kita tak boleh bagi muka sangat takut dia besar kepala.



2. Bagi masa.

Orang yang mudah panas baran ni ada juga yang cepat ‘cool down’. Jadi bila anda rasa tanda-tanda awal pasangan nak marah-marah, ambil selangkah kebelakang dan berikan dia masa untuk redakan kemarahan. Mungkin dia akan menjerit atau hempas pintu dengan kuat ke tapi orang jenis ni akan dating balik pada anda dengan senyuman dan meminta maaf.

3. Elak bergaduh dengan perkara remeh.

Orang yang panas baran ni mudah melenting dengan perkara yang remeh temeh contohnya kalau masa dating lambat 10 minit ke, tukar channel TV ke, atau suruh buatkan air Milo kat dapur ke. Mungkin bagi kamu benda ni Nampak merepek, tapi bagi yang ada kawan atau partner panas baran, perkara yang saya sebutkan diatas, masuk akal. Jadi salah satu cara nya adalah tak perlu beri reaksi apa-apa. Kalau kamu membebel atau memberi alas an pada dia, mungkin sikap panas baran dia akan menjadi-jadi. Ini kerana bila seseorang tu dalam keadaan marah, apa yang orang lain cakap selalunya dia tak akan dengar walaupun dia salah. Selalunya ia akan membuatkan keadaan jadi bertambah buruk. Jadi anda pun kenalah bertolak ansur dan banyakkan bersabar jika menghadapi situasi ‘panas’ macam ni.

4. Sabar tapi jangan terlalu sabar.

Macam yang diberitahu tadi. Orang yang mempunyai pasangan panas baran ni harus juga mempunyai tahap kesabaran tinggi. Memang tak mudah dan tak semuanya indah dalam satu-satu perhubungan. Sifat tolak ansur dan mesti ketepian EGO. Tapi kalau kamu pun dah sama terjebak jadi panas baran seperti pasangan kamu, Nampak gayanya masing-masing pun tak nak beralah dah tak mustahil hubungan percintaan tu takkan kemana-mana. Sebenarnya kalau kamu menunjukkan contoh yang baik macam jadi sabar dan bertolak ansur, tak mustahil pasangan kamu pun akan lebih buka mata dan fikir “Oh,kalau pasangan aku boleh sabar dengan perangai aku, apa salahnya aku pun jadi macam dia dan kurangkan kemarahan aku? Sebab dia pun dah banyak berkorban perasaan dia demi aku?”



5. Letakkan garisan had.

Kita ni manusia, semua benda ada had. Kalau kamu ada pasangan yang sentiasa nak marah-marah pun, lama lama tahap kesabaran tu HILANG juga betul tak? Jadi, letakkan garis sempadan. Kalau banyak-banyak kali pasangan anda menjerit pada anda, memecahkan benda atau bahkan keganasan yang boleh mengancam anda, ia boleh bertukar menjadi keadaan yang merbahaya pada anda. Selalunya mereka akan berkali –kali memohon maaf dan kembali kepada sediakala tapi, keadaan ni mungkin boleh berulang-ulang sebab mereka tahu anda sering memaafkan. Satu-satunya cara untuk menghentikan ini daripada berlaku adalah untuk membiarkan pasangan anda tahu bahawa anda telah disakiti oleh kelakuan mereka. Anda perlu memahami bahawa mereka mempunyai masalah dan anda mesti bantu mereka supaya mereka pandai menjaga lidah dan kelakuan. Selalunya kalau terjadi masalah macam ni dalam institusi keluarga, yang menjadi mangsa pastinya anak-anak. Saya pasti benda macam ni pasti akan efek mereka sehingga mereka dewasa. Jadi, tunjukkan contoh yang baik terutamanya pada anak-anak.

6. Galakkan mereka bertemu pakar.

Bantuan dari pihak yang betul juga patut diambil kira. Di Malaysia ni, kita ada banyak saluran yang betul untuk membantu mereka yang tak tahu untuk mengendali emosi diri ni. Selain dari deep breathing atau buat meditasi, banyak sesi kaunseling yang terdapat di Malaysia.Orang yang panas baran ni sebenarnya bukan sahaja mempunyai potensi untuk merosakkan hubungan seseorang tetapi juga merosakkan kesihatan dalam jangka masa panjang. Mereka juga lebih cenderung untuk mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi dan juga sakit jantung. Selain tu mereka juga terdeda dengan risiko yang lebih besar mengalami keuzuran mental dan kemurungan. Pastikan mereka tahu akan kesan buruk jangka pendek dan panjang jika mereka ni teruskan juga dengan sikap panas baran dan berikan bantuan jika mereka ingin berubah. Di negara kita NGO diantaranya Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Yayasan MyKASIH dan Persatuan Gerontologi Malaysia ada memberi khidmat kaunseling percuma jika mahu.



Tahukah anda : Kebanyakkan pergolakkan rumah tangga berlaku akibat pasangan yang terlalu panas baran dan tidak mahu bertolak ansur? Adakah anda mahu perkara ini terjadi pada perhubungan kamu?

Bagi mereka yang panas baran.

1. Sila undur setapak kebelakang

Maknanya kalau kamu rasa diri ingin menjadi marah, sila pergi ke tempat lain yang boleh meredakan kemarahan kamu. Jangan sekali-kali tunjukkan kemarahan dalam bentuk fizikal pada orang lain. Kamu boleh ke bilik tidur dan berehat sebentar, atau minum air sejuk untuk mengurangkan ‘panas dalam badan’. Atau lebih baik fokus buat benda yang anda suka untuk kembalikan tenaga positi dalam diri kamu. Sebaik sahaja anda telah redakan kemarahan, anda akan dapat berfikir dengan lebih jelas. Anda mungkin mendapati bahawa sebenarnya, tidak ada sebab untuk marah dengan melampau.

2. Cuba berada dalam kasut mereka.

Kamu suka kalau kamu sentiasa dimarah? Kamu rasa dengan sikap panas baran kamu tu akan membuatkan perhubungan kamu bertambah intim dan mesra? Tahu tak sikap panas baran tu boleh menyebabkan keadaan sekeliling kamu boleh terkena tempias aura negatif tau. Sekali sekala, SABAR, istigfar dan tarik nafas dalam-dalam.

3. Fikir sebelum bertindak.

Perkataan yang dituturkan dalam kemarahan selalunya kasar. Jadi, berfikir sebelum anda bercakap. Cuba tahan diri dari mengeluarkan kata-kata kesat sebab saya pasti anda pun tak suka kalau orang mencarut atau memaki anda sesuka hati. Jika anda tidak pasti apa yang anda mahu katakan, jangan berkata apa-apa. Mungkin anda akan mendapati bahawa perkataan kotor itu tidak diperlukan sama sekali. =)

4. Belajar berkomunikasi dengan tenang.

Apa sahaja yang anda katakan, cakaplah dengan tenang. Berusaha untuk mengekalkan suara anda di bawah kawalan. Bercakap dengan tenang juga akan membantu anda merasa tenang jugak ;)

]]>
16 Pekerjaan Gaji Lumayan Di Malaysia Tanpa Perlu Ada Ijazah. https://redaksi.com/1449-16-pekerjaan-gaji-lumayan-di-malaysia-tanpa-perlu-ada-ijazah Wed, 13 Dec 2017 14:04:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1449 Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah. Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak berminat, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain. Berikut adalah 17 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.



1. Juruterbang.

Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.

2. Penasihat kewangan.

Juga dikenali sebagai wealth advisor merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.



3. Agen Insuran.

Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini.

4. Agen hartanah.

Menjadi ejen hartanah atau property agent juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. Baca di sini berkaitan pensijilan yang diperlukan untuk menjadi ejen hartanah profesional. Broker Rumah, Broker Tanah, ini adalah istilah lain yang biasa kita dengar. Mereka ini telah berjaya mengaut keuntungan yang amat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan. Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang oil and gas seperti di Petronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (SkillsMalaysia). Rig Operator / Operator pelantar minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi. Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;



5. Welding Inspector.

6. Welding QC Co-ordinator.

7. Plant Inspector.

8. Offshore Inspection.

9. Non-destructive Testing.

10. Plastics Welders.

11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)

Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).



12. Safety & Health Officer.

Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard DOSH. (Jangan lupa, gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar)

13. Rig Operator / Operator pelantar minyak.

Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas. Elaun harian yang diterima pastinya dapat menambahkan pendapatan. namun perlu ingat bahawa kerjaya sebegini‚ perlu berkorban untuk berjauhan dengan keluarga.

14. Wireman.

Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.

15. Chargeman.

Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah (Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)

16. RoHS officer.

RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS. Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS.

Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semangat yang tinggi untuk berjaya. Ramai orang sangka bahawa untuk memulakan sesuatu perniagaan online‚ memerlukan modal besar, namun anda silap kerana anda mampu berjaya dalam bidang ini tanpa menggunakan modal yang besar. Anda boleh bermula dengan konsep dropship, di mana anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk stok barang. Cukup dengan mengeluarkan kos iklan dan pemasaran. Anda hanya perlu mengambil order sahaja.‚ Pos barang dan produk semua diurus pemilik produk. Mudah bukan? Ramai yang sudah berjaya menambahkan pendapatan mereka dengan hanya berusaha keras sebagai ejen dropship.

Jadi, yang mana satu kerjaya pilihan anda?

 

]]>
5 ‘Trick’ Lelaki Yang Membuat Wanita Jatuh Cinta Pada Dirinya. https://redaksi.com/2398-5-trick-lelaki-yang-membuat-wanita-jatuh-cinta-pada-dirinya Mon, 28 May 2018 13:15:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2398 Lelaki ini banyak trick nya apabila cuba memikat hati wanita yang mereka sukai. Bukan satu perkara sahaja yang biasa si dia lakukan malah banyak lagi perkara yang akan dilakukan hanya untuk mendapatkan hati orang yang disukai. Jadi buat wanita, hati-hati jika anda melihat seorang lelaki menggunakan helah-helah seperti berikut untuk memikat anda. Hati-hati kerana apa? Kerana takut diri anda akan jatuh cinta terhadap dirinya.


1. Bermulut manis.

Lelaki seperti yang kita tahu mereka ini adalah sangat bermulut manis. Sentiasa menabur janji dan memuji diri anda. Setiap kata-katanya itu akan membuat diri anda cair dan mudah percaya. Bukan itu sahaja, dirinya juga akan membuat diri anda begitu yakin si dia adalah pilihan terbaik untuk diri anda. Mereka juga akan sedaya upaya untuk menarik perhatian anda untuk membuat si dia memilih anda.

2. Pandai bergurau.

Tidak seronoklah kalau mereka ini serius sahaja, nanti macam mana mahu memikat anda. Jadi, yang cuba mendekati diri dengan anda ini pasti seseorang yang pandai bergurau dan mempunyai perwatakan spontan, mudah lah mereka ini mengambil hati anda. Mereka ini akan sentiasa di sisi anda untuk menyenangkan hari-hari anda.

3. Sentiasa memberi perhatian.

Apa yang wanita mahukan dari seorang lelaki? Pastinya perhatian yang mereka mahukan. Jadi seorang lelaki yang cuba memikat wanita, pasti akan memberikan segala perhatian yang penuh terhadap wanita itu. Bukan itu sahaja, mereka juga akan sentiasa ada ketika wanita itu memerlukan bantuan dan pertolongan. Jadi mudahlah wanita itu lihat kepentingan lelaki tersebut.


4. Penuh dengan kejutan.

Siapa yang tidak suka jika diberi kejutan secara tiba-tiba. Lagi-lagi jika bukan hari lahir atau ulang tahun apa-apa, pasti rasa seronok. Dengan setiap kejutan itu sememangnya mampu memikat hati mana-mana perempuan. Bukan setakat itu sahaja, kiriman bunga dan coklat apabila berjumpa juga turut membuat hati seorang wanita bahagia dan tersentuh.

5. Menyokong.

Sekuat mana pun seorang wanita, mereka ini pasti inginkan sokongan yang padu dari belakangnya. Jadi buat lelaki-lelaki yang ingin memikat wanita, mereka ini akan menggunakan peluang ini untuk mencuit hatinya. Sokongan yang diberikan pula bukan hanya ketika senang sahaja, malah ketika susah juga sokongan turut dihulurkan.

Kesimpulannya, lelaki ini mempunyai pelbagai helah yang banyak untuk memikat hati seorang wanita. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak pernah kering idea untuk membuat seseorang wanita itu tertarik dengannya melalui cara yang mudah. Jadi sebagai wanita anda seharusnya berhati-hati. Jangan sampai jatuh ke tangan lelaki yang tidak sepatutnya.

]]>
Punca Utama Mengapa Wanita Mudah Memaafkan Tetapi Sukar Melupakan. https://redaksi.com/2488-punca-utama-mengapa-wanita-mudah-memaafkan-tetapi-sukar-melupakan Mon, 11 Jun 2018 12:53:39 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2488 Saat menghadapi pergaduhan dengan pasangan, wanita seringkali menjadi seorang yang pemaaf dalam apa keadaan sekalipun. Manakala lelaki lebih mudah melupakan apa yang berlaku walau mereka sukar memaafkan. Namun perlu diingat walaupun wanita sanggup memaafkan, wanita sukar untuk melupakan apa yang telah mereka alami.

Jadi, apakah punca utama wanita mudah memaafkan tetapi sukar melupakan berbanding lelaki?


1. Emosi menguasai memori.

Menurut kajian, wanita memiliki ingatan yang lebih kuat berbanding lelaki. Jika lelaki memiliki 60 peratus ingatan, wanita pula mempunyai 75 peratus memori. Oleh kerana itu, wanita cenderung sukar melupakan kenangan atau peristiwa yang sedih, kemarahan atau bahagia.

Jadi ia cukup menjelaskan wanita sememangnya cukup peka dan sukar melupakan peristiwa yang melibatkan perasaan dan emosi.

Memori wanita menunjuk tindak balas yang sangat memberangsangkan tatkala berfikir, berbicara dan melihat sesuatu yang melibatkan perasaan. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan sistem otak wanita berfungsi dengan lebih baik dalam menguruskan emosi berbanding lelaki.


2. Sukar mengikis kenangan.

Menurut kajian dari University of Stony Brook, ia menjelaskan wanita turut memiliki otak bersifat memori autobiografi yang membuatkan mereka sukar untuk mengikis atau melupakan sebarang kenangan yang memedihkan malah menyakitkan hati mereka.

Lalu ia memberikan kesan besar pada diri mereka. Manakala lelaki pula tidak mudah dikuasai oleh emosi meskipun mereka memiliki ingatan kuat tentang peristiwa yang menimpa diri mereka.

Situasi ini bukan sahaja membuatkan wanita sukar melupakan apa yang terjadi ke atas diri mereka tetapi ia turut menjadi punca kemurungan. Oleh kerana itu wanita lebih stress berbanding lelaki hanya kerana memikirkan memori buruk ini yang menyebabkan kemurungan.


Bahkan, sebahagian otak wanita memiliki peredaran darah yang lebih tinggi termasuk bahagian yang mengawal bahasa dan perbuatan sehingga membuatkan mereka memiliki ingatan yang cukup tajam dalam mengingati kisah pahit dalam hidup.

3. Mempunyai hormon estrogen yang lebih tinggi.

Satu lagi faktor yang membuatkan wanita sukar melupakan sesuatu kejadian ialah paras hormon estrogen yang tinggi. Kajian menunjukkan hormon estrogen berupaya mengaktifkan saraf dan meningkatkan peredaran darah ke otak. Kadar estrogen yang tinggi secara tidak langsung meningkatkan memori dan proses pembelajaran sehingga menyukarkan wanita untuk melupakan sesuatu peristiwa.

Oleh itu pasangan perlulah saling memaafkan dengan ikhlas dan jangan sesekali menganggap kata maaf itu satu mainan.


]]>
7 Pergerakan Yang Membantu Hilangkan Keletihan Ketika Di Pejabat. https://redaksi.com/5342-7-pergerakan-yang-membantu-hilangkan-keletihan-ketika-di-pejabat Wed, 27 Feb 2019 10:04:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5342 Bagi mereka yang banyak menghabiskan masa di pejabat, pasti ada yang tidak mempunyai masa untuk melakukan senaman. Bukan hanya banyak menghabiskan masa di pejabat sahaja tetapi masa juga banyak habis di atas jalan raya menyebabkan ada sesetengah daripada kita ini tidak sempat untuk melakukan senaman.



Walaupun begitu, itu tidak bermakna anda tidak boleh melakukan sedikit senaman atau renggangan terutama jika kerja anda memerlukan anda untuk duduk lebih lama. Pasti anda akan rasa lenguh bahu dan belakang badan anda.

Jangan risau pergerakan ini tidak akan membuat anda perlu melakukan gerakan yang banyak malah anda juga boleh lakukannya di meja kerja anda.

1. Menggerakkan kepala.



Pergerakan ini adalah yang paling mudah, di mana anda hanya menggerakkan kepala anda ke kiri dan ke kanan. Anda juga boleh mengangkat kepala anda beberapa kali. Pergerakan seperti ini membantu untuk melegakan kesakitan dan ketegangan pada otot leher anda.

2. Naikkan kaki anda.



Walaupun anda terhalang dengan meja anda, pergerakan ini boleh dilakukan ketika duduk. Caranya adalah, duduk dengan kedudukan tegak kemudian angkat satu kaki lurus dan tahan beberapa saat kemudian letakkan kaki anda kembali seperti biasa. Lakukan yang sama pada kaki sebelah lagi. Pergerakkan ini membantu otot kaki anda lebih tenang dan tidak terlalu tegang pada masa yang sama.

3. Pergerakkan bahu.



Selain dari leher, bahu juga akan mengalami kesakitan apabila ana terlalu lama berdepan dengan computer. Untuk membuatkan anda sedikit tenang, apa kata anda lakukan sedikit renggangan pada bahu dan juga tangan anda. caranya adalah dengan meletakkan tangan kiri ke kanan dan ke belakang kemudian tarik pergelangan tangan dan hantar menggunakan tangan kanan anda. Tahan selama 15 saat dan lakukan sebaliknya. Kemudian, angkat dan bengkokkan tangan kanan anda dan tarik siku kanan anda dengan tangan kiri anda. Pegang selama 15 saat dan buat yang sama untuk yang lain.

4. Pusingkan badan anda.



Pastikan anda sedang duduk dalam keadaan tegak kemudai angkat salah satu kaki anda. Balikkan badan anda ke kanan dan kiri bergantian. Ini akan membantu anda mengecutkan otot abdomen.

5. Stretch arms.



Duduk terus di kerusi anda dan tutup jari tangan anda. Tarik tangan anda di hadapan anda. Kemudian, bawa tangan anda ke atas. Bukan sahaja anda meregang jari dan telapak tangan anda, pergerakan ini juga akan menjadikan bahu anda dan kembali lebih relax.

6. Tekan tubi di atas meja.



Berdiri beberapa langkah di depan meja anda dan letakkan telapak tangan anda di tepi meja. Beri jarak bahu seolah-olah anda mahu melakukan push-up biasa. Bawa dada anda ke tepi meja seperti melakukan push up . Anda boleh mengulangi gerakan ini 10-20 kali.

7. Luruskan belakang anda.



Perkara ini juga wajib anda lakukan jika duduk sepanjang hari di meja kerja. Duduk dalam keadaan tegak dan buka sedikit kaki anda. Pegang bahagian pinggang anda dengan kedua-dua tangan. Kemudian, meregangkan dada anda sambil mendonggak ke atas. Lakukan gerakan ini selama 10 saat. Kemudian kembali ke kedudukan asalnya dan ulang semula sehingga lima kali.

Selepas ini jangan malas untuk lakukan sedikit senaman pada tubuh badan anda. Reganggan yang sedikit membantu menghilangkan lesu pada tubuh anda.


]]>
Kahwin & Tunang Saat Norma Baharu, Ini Cara Daftar Kod QR MySejahtera Untuk Majlis Anda. https://redaksi.com/8461-kahwin-tunang-saat-norma-baharu-ini-cara-daftar-kod-qr-mysejahtera-untuk-majlis-anda Tue, 18 Aug 2020 09:07:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8461 Dalam kehidupan norma baharu ini, masyarakat perlu mengisi QR Kod untuk memasuki atau mengunjungi mana-mana tempat awam. Bukan saja pergi ke kedai makan ataupun gerai-gerai tepi jalan tapi majlis perkahwinan juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dengan kelonggaran yang dibenarkan oleh pihak kerajaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), ramai yang telah mengambil kesempatan untuk melaksanakan majlis perkahwinan. Tapi pada masa yang sama ia majlis yang dianjurkan itu mematuhi SOP yang ditetapkan.


Selain mengambil suhu dan mengamalkan penjarakan fizikal satu meter, pendaftaran MySejahtera juga perlu ada dilakukan oleh pihak penganjur.

Bagi yang ingin mengadakan majlis perkahwinan atau kenduri, berikut adalah cara untuk menjana kod QR majlis tersebut.

1. Klik MySejahtera



2. Masukkan nombor telefon untuk pendaftaran

Selepas memasukkan nombor telefon, anda perlu menjawab soalan reCAPTCHA untuk mengesahkan identiti.

3. Masukkan OTP

Kod OTP akan dihantar ke nombor telefon anda dan sah selama 5 minit.

4. Masukkan maklumat majlis seperti nombor telefon, alamat majlis dan poskod kawasan.

5. Siap

Setelah tekan butang submit, kod QR anda akan terus dijana. Hanya perlu cetak, emel ataupun download ke komputer anda untuk langkah seterusnya.

Anda perlu cetak kod ini dan letakkan di pintu masuk majlis anda. Jangan lupa letakkan arah laluan keluar masuk untuk tetamu bagi mengelakkan kesesakan.

Semasa majlis berlangsung, pastikan sentiasa ingatkan tetamu untuk mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Individu bergejala tidak boleh hadir ya.

Semoga majlis berjalan lancar dan bebas dari penyebaran penyakit ini.



]]>
“Eh, Muka Korang Samalah, Mesti Jodoh Korang Kuat” Wajah Seiras Tanda Jodoh? https://redaksi.com/3207-eh-muka-korang-samalah-mesti-jodoh-korang-kuat-wajah-seiras-tanda-jodoh Mon, 13 Aug 2018 12:04:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3207 Sering kita mendengar perbualan sebegini. Jika memiliki wajah seiras dengan seseorang pasti dikatakan mempunyai daya tarikan yang kuat dan paling tepat adalah tanda jodoh. Adakah apabila kita memiliki wajah yang hampir sama dengan rakan yang berlainan jantina, ia menunjukkan si dia adalah jodoh kita?



Tetapi pernah kah anda mendengar, wajah anda seiras dengan sahabat baik anda? Sering pula orang luar mengatakan wajah anda berdua seiras seperti adik-beradik, walhal anda berdua cuma sahabat baik yang berkenalan daripada kecil. Itu juga tandanya jodoh anda dengan sahabat baik yang sangat kuat.

MENURUT SAINTIFIK.

APABILA MELIHAT SITUASI BEGINI MENURUT SAINTIFIK, KITA SECARA LAHIRIAHNYA ATAU AUTOMATIK LEBIH CENDERUNG UNTUK TERTARIK PADA SESEORANG YANG MIRIP DENGAN KITA SENDIRI.

Bukan setakat wajah yang seiras malah sikap juga menjadi punca utama kita mudah menjadi rapat dengan seseorang. Secara dasarnya ia berlaku kerana kita mahu sesuatu yang tidak asing dalam hidup kita. Ia sudah menjadi kebiasaan.

Perkara ini juga membuat anak perempuan lebih cenderung untuk memilih pasangan yang mirip dengan ayahnya juga. Oleh kerana itu, secara tidak langsung mereka memilih pasangan yang seakan-akan seperti mereka. Ia juga boleh dipanggil secara refleksi.

Apabila mempunyai persamaan dari segi wajah atau sikap, perkara sebegini membuatkan kita berasa tenang dan nyaman. Bak kata orang, serabut sahaja jika memiliki pasangan perangai yang tidak sama, pendapat yang berbeza, arah tuju hidup juga tidak pernah mencapai persetujuan.

OLEH DISEBABKAN ITU, SECARA TIDAK SEDAR KITA SEBENARNYA MEMILIH PASANGAN YANG SEJAJAR DALAM SEGALA HAL TIDAK KIRA SAMA ADA SECARA FIZIKAL ATAU MENTAL.

OLEH SEBAB UNTUK KESERASIAN DENGAN AHLI KELUARGA.

Ini menunjukkan bahawa kita mencari pasangan yang sesuai dengan keluarga kita sendiri. Bukan sahaja kita yang berasa tenang dengan pasangan, malah ibu bapa juga turut merasa senang dengan si dia.

MENURUT ISLAM PULA.

Namun tiada pula dalil atau ayat Al-Qur’an yang sahih menceritakan tanda-tanda jodoh adalah dengan memiliki wajah yang seiras. Tetapi Allah SWT pernah berfirman;

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik….”(An-Nur: 26)

Dan juga…

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya….” (Ar-Rum: 21)

Menurut ayat di atas, ia sudah diperjelaskan jodoh itu membawa ketenteraman pada anda sendiri. Refleksi pada jodoh juga ketika anda memperbaiki sikap anda, jodoh anda juga seperti itu juga. Ini lah dinamakan jodoh cerminan diri. Lihatlah diri kita pada cermin, begitu juga lah bakal jodoh kita nanti.

]]>
Makin Dekat Nak Halalkan Hubungan, Macam-Macam Konflik Boleh Datang. Masa Inilah Akan Menguji Anda Betul Bersedia Nak Hadapi Alam Perkahwinan. https://redaksi.com/7462-makin-dekat-nak-halalkan-hubungan-macam-macam-konflik-boleh-datang-masa-inilah-akan-menguji-anda-betul-bersedia-nak-hadapi-alam-perkahwinan Fri, 11 Oct 2019 10:56:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7462 Buat yang bujang, tentu sahaja ternanti-nanti untuk menjalani hidup dalam alam pertunangan serta perkahwinan. Mana tidaknya, dua perkara ini adalah satu fitrah manusia yang mahu hidup berpasang-pasangan.

Apa yang selalu anda percaya, tentu sahaja kebahagiaan yang dirasai, akan tetapi realitinya anda sendiri pun belum benar-benar pasti. Semakin dekat niat anda untuk menghalalkan hubungan atau membina masjid ini, maka semakin banyak ujian dan dugaan yang perlu anda hadapi. Masa ini, bukan hanya perasaan sahaja yang memainkan peranan, akan tetapi kekuatan mental dan fizikal turut diperlukan untuk pastikan hubungan berjaya seperti yang dimahukan.

Bertunang dan berkahwin ni nampak indah tapi realitinya hanya yang melalui je tahu. Siapa yang rancang nak bertunang tu, korang tengok ujian dan cabaran yang selalu orang bertunang hadap. Ikut dan hayati baik baik , yang mana buruk jadikan tauladan dan yang mana baik ambil sebagai pedoman.

Situasi 1: DIUJI DENGAN MASALAH KEWANGAN

godaan: gunalah duit sikit untuk melabur. lepas dua tiga bulan dapat duit lebih, boleh guna tampung majlis. kahwin banyak pakai duit. kurang siket jer sekarang. nanti dapatlah ganti lebih.

NOTA PENTING : pastikan duit kahwin sedia yang disimpan tidak diusik bagi perkara sampingan. jika ada duit lebih boleh guna. tapi kalau duit tu memang cukup cukup untuk keperluan kahwin. ada baiknya utamakan yang penting, bincang dengan pasangan untuk buat keputusan. ada satu kes, menyesal sendiri sebab guna duit hantaran untuk join business, at last, duit tak dapat. wedding kena tangguh.



Situasi 2. KEHADIRAN TETAMU TAK DIUNDANG(ex)

godaan: saya sayang awak lagi. kalau saya masuk meminang awak? saya tunggu awak. saya snggup tunggu awak sampai awak cerai and etc

PERINGATAN PENTING :
kenapa dia jadi ex? sebab dia adalah EXperienced! lepas dan mulakan! hargai yang lebih menghargai. kalau dulu bukan percinta yang baik. sudah masanya membuktikan kita boleh jadi percinta yang terbaik! Lepaskan..mulakan kisah baru yang boleh menjadi cerita paling indah untuk anak cucu. insyaallah.

Situasi 3: DIUJI DENGAN SIKAP

godaan: tiba tiba tunang menjadi terlalu sensitif,baran,kurang sabar

NOTA PENTING: bila niat nak kahwin. sememangnya meletakkan kita dalam satu tahap yang stress. sebab banyak benda nak kena fikir, settle. ditambah dengan rasa commitment (feeling feeling husband, wife), maka jadi care terlebih lebih. benda simple jadi complicated.syaitan duk tambah dos nak kasi batal benda baik. makin meletuplah! sabar..masa ni masing masing kena main peranan. takkan settle benda dalam keadaan marah. ajak solat hajat, mengaji. amik wudhuk. bila dua dua dah tenang. bincang tanpa melibatkan emosi. yang penting. ingat niat asal! nikah kerana Allah. tengok masalah. bincang penyelasaian. jangn fokus pada punca sahaja. rendahkan ego dan belajar menerima dan mendengar. insyaallah akan jd lebih baik dr sebelum gaduh.



Situasi 4: DIUJI DENGAN RAGU RAGU

godaan: kau nak kahwin dengan dia? tapi kenapa?. tak rasa ke muda lagi? banyak lagi cita cita nak capai? bersedia ke nak jadi wife ni? dan etc

yang ni semua orang alami. nikah sebab nak redha Allah. kalau nak mengejar dunia, sampai bila kita akan berhenti mengejar? mungkin kita mati ketika berlari mengejarnya. stop fikir negatif! tak ada orang bersedia. yang penting cuba bersedia. cari ilmu (baca buku, ceramah dan sebgainya). soal boleh ke tak jadi wife or menantu. itulah pengalaman. baiki dr kesilapan. contoh, masak tak sedap, lepas ni baiki masakan. kita takkan terus jd perfect. tapi kita boleh berusaha kan? ubah mindset!

godaan II: betul ke aku nak kahwin dengan dia ni. kalau nak kata (kaya or handsome or baik or….) si A tu macam lebih lagi baik dari tunang aku ni

*istigfar. kembali dengan niat asal. nikah kerana apa? jodoh ni kan walaupun kita nampak jelas jelas kekurangan, kelemahan dia, kita tak boleh rasa benci. walaupun muka dia mungkin penuh jerawat dan sebagainya. kita rasa tenang tengok. bila gaduh, tetap rasa nak bersama. doa pada Allah supaya semakin kuat cinta pada dia, kuat lagi cinta pada Allah

Situasi 5. TEKANAN KELUARGA & KELUARGA BAKAL SUAMI

Godaan : Apabila sudah mengenali keluarga bakal pasangan, menetapkan wang hantaran, dan sebagainya, mungkin ada terdetik rasa tidak senang terhadap keputusan mereka.

Walau apa pun, kita janganlah terlalu cepat menilai seseorang sedangkan kita belum mengenali mereka sepenuhnya.

keluarga, terasa hati dalam keluarga , mula rasa betul ke mertua akan suka aku, betul ke ipar duai akan berkenan dekat aku, hal ni semuanya dari syaitan yang senantiasa menghantui kita untuk membatalkan niat yang baik ..



Situasi 6. MULA TAWAR HATI

Setelah bermacam-macam ujian datang menimpa, sesetengah daripada mereka mula tawar hati dan tidak berminat lagi untuk meneruskan tempoh pertunangan.

Selidik dahulu punca tawar hati dan cubalah selesaikan selagi boleh.

Situasi 7. EMOSI TIDAK STABIL

Ada sesetengahnya yang tidak senang duduk apabila sudah mengikat tali pertunangan. Kadang-kadang sedih, marah, terlalu gembira, dan ada yang asyik teringatkan tunangnya sedangkan ada yang telah lama mengenali hati budi masing-masing.

Semasa berkawan, mungkin anda tidak merasai betapa seriusnya hubungan ini, dan bagaimana komitednya anda terhadap perkahwinan yang bakal berlaku. Maka, mungkin sebab ini menjadikan anda resah dan gelisah.



Situasi 8. TAKUT SALAH BUAT KEPUTUSAN

Godaan: Antara fobia dan dugaan semasa bertunang, ada yang mula menampakkan ‘perangai’ sebenar. Jadi, anda mula berasa ragu-ragu terhadap pilihan anda.

Menurut Suzana Ghazali, seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Peguam Syarie, Undang-Undang Kekeluargaan Islam menetapkan bahawa seseorang individu boleh mendapatkan gantirugi sekiranya sesuatu pertunangan diputuskan oleh pihak yang satu lagi tanpa sebab yang kukuh.

Maka, anda berhak menerima semula sebarang bentuk pemberian anda kepada si dia, lebih-lebih lagi jika anda telah membelanjakan wang yang banyak untuk majlis perkahwinan yang bakal diadakan.

Situasi 9. CEMBURU BUTA

Oh ya, kadang-kadang ada juga yang tiba-tiba menjadi terlalu cemburu dan asyik mahu mengawal pergerakan tunang mereka. Ini adalah dugaan semasa bertunang yang biasa terjadi.

Sedangkan, lelaki ini belum lagi berhak dipatuhi oleh wanita tersebut sebelum melafazkan akad nikah. Begitu juga seorang wanita yang tidak berhak meminta sebarang bentuk tanggungan daripada pihak lelaki.

Namun, sebagai seorang Islam, kita wajib menjaga pergaulan kita walau di mana kita berada, sama ada sudah bertunang ataupun belum

Situasi 10.KESIBUKAN PERSIAPAN PERKAHWINAN

Sibuknya menjelang majlis pernikahan! Pada saat-saat akhir, tak mustahil ianya tidak berjalan seperti yang dirancang. Namun, semua ini adalah di luar kawalan kita.

Dugaan semasa bertunang antaranya boleh berlaku kesilapan teknikal dalam sebutharga, perubahan tempat majlis, baju nikah tak muat atau tersilap jahit, dan banyak lagi

p/s: just share niat baik, nak jadi halal. Bukan senang ,banyak dugaan yang terpaksa ditempuh sebelum ikatan halal yang sah.

Nak kahwin kan. apa apa pun, setiap kali ujian. cari Allah! ujian tu tanda kita perlu lebih kuat dengan tuhan. semoga perkongsian ni bermaafat. semoga Allah redha.Sebenarnya, sebagai orang Islam, kita perlu percaya bahawa semua dugaan semasa bertunang yang datang ini adalah daripada Allah, sebagai ujian kepada hambaNya.

Oleh itu, walau apa pun dugaan semasa bertunang yang terjadi, kita harus sentiasa redha dan meminta pertolongan daripada Yang Maha Kuasa. Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui akan sesuatu yang tidak kita ketahui.

Di samping itu, berusahalah mendekatkan diri dengan Allah sebelum kita menjejakkan kaki dalam alam rumah tangga, sebagai persediaan menjadi ketua dan pembimbing kepada institusi kekeluargaan yang bakal didirikan.

Seperti dalam surah Al-Imran ayat 54:

“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

]]>
Lelaki Hebat Dapat Menjadikan Wanita Disayangi Menjadi Solehah. https://redaksi.com/1968-lelaki-hebat-dapat-menjadikan-wanita-disayangi-menjadi-solehah Fri, 13 Apr 2018 10:46:55 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1968 Alangkah beruntungnya jika seorang wanita mempunyai pasangan yang cinta kepadanya bukan kerana kecantikan tetapi dia ingin membantu wanita tersebut untuk dijadikan isteri yang baik. Meskipun wanita tersebut tidak mempunyai personaliti dan perwatakan yang elok, lelaki itu tetap menerima wanita itu seadanya.


Lelaki hebat bukanlah mendapat wanita solehah, tetapi dia dapat membimbing wanita tersebut untuk menjadi lebih baik setelah bersama dengan lelaki tersebut. Cara didikan lelaki itu tidak terlalu kasar, tidak juga terlalu lembut. Mengikut situasi dan keadaan. Wanita sememangnya mempunyai sensitiviti yang sangat mendalam dan mudah terasa sekiranya ditegur dengan keras. Lebih-lebih lagi apabila ditegur oleh orang yang disayangi.

Maka, seorang lelaki perlulah mempelajari terlebih dahulu teknik memikat wanita apabila ingin berbicara atau menegur mereka. Dalam Islam diajarkan kepada kita apabila seorang isteri ingkar akan perintah seorang suami, suami boleh mengasingkan tempat tidur apabila sudah bersuami isteri. Ini adalah cara terakhir apabila dalam mendidik mereka. Dipermulaan, perlulah didik dengan cara yang lembut, agar mereka dapat menerimanya dengan baik, sekiranya tidak berkesan dan mereka tetap keras kepala, maka dibolehkan untuk mengasingkan tempat tidur.


Dalam situasi apabila belum berkahwin, lelaki tersebut sedar bahawa dia tiada hak untuk berlebihan dengan wanita yang dia cintai. Kerana mereka belum diijab kabul. Sentiasa menjaga batas pergaulan dan menghormati wanita tersebut. Itu barulah dikatakan cinta sejati. Tidak mengkhianati dan merosakkan wanita yang dia cinta. Apabila dia melihat kesilapan dilakukan oleh wanita tersebut, dia bimbing dengan baik bukan terus menginggalkan wanita tersebut.

Anda ada melihat situasi ini pada pasangan anda? Saya katakan, anda sangat beruntung. Maka, perelokkanlah diri untuk kebaikan bersama kelak. Usah tinggalkan dia, kerana sememangnya dia mencintai anda. Walaupun dia menjarakkan diri dalam perhubungan sebelum nikah, tidak bermakna dia melupakan anda. Dia menghormati anda sebagai seorang wanita, dan ingin menjaga privasi tersebut. Setelah bernikah. Barulah privasi tersebut untuk anda berdua.

Bukankah Islam itu cantik? Diajarkan kepada wanita untuk menjaga kehormatan diri dan kecantikkan itu hanya dikhaskan hanya untuk orang tertentu sahaja. Lelaki pula diajarkan agar menjaga pandangan mereka, kerana pandangan mereka hanya untuk melihat kepada yang sewajarnya.

]]>
Tak salah Nak Uji Kesetiaan Pasangan, Tapi Jangan Berlebihan. Takut-Takut Dia Tawar Hati Lalu Tinggalkan Anda. https://redaksi.com/7802-tak-salah-nak-uji-kesetiaan-pasangan-tapi-jangan-berlebihan-takut-takut-dia-tawar-hati-lalu-tinggalkan-anda Thu, 16 Jan 2020 10:11:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7802 Sesekali tentu sahaja akan terdetik pada hati anda, “adakah dia setia?”. Sudah tentu perkara ini akan terlintas difikiran anda walaupun hanya sebentar atau anda telah lama dalam hubungan yang terbina itu. Mana tidaknya kecurangan ini bukannya satu perkara yang boleh diterima oleh semua pihak.

Adakah dia masih mengingati bekas kekasihnya?

Adakah dia mempunyai hubungan dengan orang lain?

Adakah dia bermain mata dengan rakan sepejabatnya?

Tentu sahaja tidak mudah untuk diketahui jika tidak menguji kesetiaan mereka ini. Selalunya orang perempuan sahaja yang suka main uji-uji kesetiaan pasangan, tapi orang lelaki pun apa kurangnya.

Tapi kadang kala kesetiaan yang teruji ini boleh mendatangkan satu perkara yang memudaratkan hubungan. Nak-nak kalau diuji dengan cara yang tidak sepatutnya dan menyakitkan hati, tentu sahaja anda membangkitkan apa yang tidak sepatutnya.

Jadi ini beberapa perkara yang tidak harus anda lakukan terhadap pasangan anda, walaupun sekadar ingin menguji kesetiaan dirinya.

1. Buka telefon bimbit tanpa meminta izinnya.

Paling selalu dilakukan kerana bimbang kalau beritahu dahulu segala maklumat akan dipadamnya. Akan tetapi jika anda melakukan perkara ini, itu sama sahaja anda masuk ke ruang peribadi miliknya. Dengan kata lain anda tidak menghormati dirinya lalu membuat keputusan berdasarkan kepentingan diri anda. Dalam telefon bimbit ada macam-macam hal yang kadang kala tidak mahu dikongsi.



2. Bercakap pasal bekas kekasihnya, hanya kerana ingin tahu.

Bila dia telah memilih anda sebagai pasangan hidupnya, maka dia telah melupakan segala kenangan bersama bekas kekasihnya. Melainkan kalau dirinya yang membuka cerita mengenai bekas kekasihnya terlebih dahulu. Kalau anda melakukan ini semata-mata ingin tahu perasaan dirinya terhadap bekas kekasihnya, anda hanya membuatkan dirinya rimas dengan anda kerana masih belum move on akan kisah lalu.

3. Jadi stalker kekasih sendiri.

Kerana tidak mempercayai dirinya, anda telah diam-diam mengikuti setiap aktiviti yang dia lakukan. Bukan itu sahaja, anda juga meminta bantuan rakan-rakannya untuk memberi segala laporan dan aktiviti pasangan anda. Kalau pasangan anda tahu tentu sahaja dia akan sakit hati kerana anda tidak mempercayai dirinya.



4. Malas layan dirinya.

Mungkin anda nak uji kesabaran yang dia miliki terhadap diri anda. Akan tetapi perkara ini sebenarnya tak seronok kalau dibuat main. Mana tahu kalau pasangan anda itu mempunyai hal kecemasan tentu anda sendiri yang akan menyesal. Bahkan kalau dia tahu pun anda sengaja lakukan ini tentu dia akan rasa begitu kecewa terhadap anda.

5. Pura-pura curang

Melihat anda senyum terhadap orang lain pun rasanya sudah nak marah, ini akan pula anda lakukan perbuatan curang ini. Walaupun sekadar pura-pura, tak mustahil pasangan anda boleh hilang kepercayaan terhadap anda lalu mengambil keputusan dalam keadaan yang marah.

Banyak lagi perkara yang boleh anda lakukan untuk menguji kesetiaan seseorang. Akan tetapi perlu diingatkan juga, sambil nak uji itu ingat juga untuk mengaja hati perasaannya.

 

]]>
Makin Lama Makin Takut Untuk Berkahwin, Kenapa Eh? https://redaksi.com/8305-makin-lama-makin-takut-untuk-berkahwin-kenapa-eh Fri, 26 Jun 2020 17:29:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8305 Kalau dulu semangat nak mencari jodoh ini sememangnya sangat membara, tapi lama ke lamaan makin jauh hilang entah ke mana. Bukan tak ada rasa nak kahwin bila melihat rakan-rakan bahagia bersama pasangan masing-masing tapi entah kenapa bila difikirkan balik rasa itu makin hilang.

Tentunya ada diantara kalian yang mempunyai perasaan seperti ini bukan. Kadang kala rasa keliru apa yang anda inginkan, nak kahwin atau tidak sebenarnya ini?


Nak tahu kenapa anda merasai perasaan sebegini, malah ia akan membuatkan anda rasa takut untuk berkahwin. Berikut adalah sebab-sebabnya.

Terlalu banyak baca penderaan rumahtangga

Isu-isu penderaan rumahtangga ini sememangnya ada dimana-mana. Baik di akhbar ataupun di media sosial. Walaupun kadang kala membaca sekadar ingin mengambil pengajaran, tapi tetap saja perasaan takut itu akan datang sedikit demi sedikit. Lalu ia akan mengganggu perasaan dan keputusan anda untuk berkahwin.



Terlalu banyak dengar keluhan mereka yang sudah berkahwin

Kadang kala niat mereka untuk berkongsi perasaan saja, tetapi ia memberi kesan kepada anda. Rakan-rakan yang sudah berkahwin ini tentunya ingin berkongsi masalah atau pendapat pada anda tetapi rupanya ia memberi kesan kepada anda. Itu yang membuatkan anda sedikit bimbang nak kahwin kerana takut kalau akan melalui perkara yang sama seperti rakan anda.



Selesa membujang

Bila hidup semakin selesa, itu yang membuatkan ramai yang masih bujang ingin kekal bujang. Tiada gangguan dan mereka senang akan kehidupan sekarang yang penuh privacy ini membuatkan mereka mengambil keputusan untuk tidak berkahwin. Ini juga menjadi salah satu punca mengapa segelintir bujang yang masih tidak berkahwin lagi.

Penat mencari pasangan hidup

Berkali-kali dikecewakan dengan pasangan yang salah membuatkan segelintir bujang memilih untuk tidak berkahwin dalam masa terdekat. Mereka ingin sembuhkan luka mereka terlebih dahulu sebelum memulakan kembali pencarian mereka dalam bab jodoh ini.

Kalau ada diantara kalian yang merasai sebegini, jangan bimbang. Perasaan ingin berkahwin itu akan tiba bila jodoh sudah tiba kelak.



]]>
Lepas kahwin terpaksa tumpang rumah mertua, gadis syukur kini mampu miliki rumah sendiri https://redaksi.com/8784-lepas-kahwin-terpaksa-tumpang-rumah-mertua-gadis-syukur-kini-mampu-miliki-rumah-sendiri Tue, 27 Oct 2020 10:37:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8784 Orang selalu kata, lima tahun pertama dalam rumah tangga banyak cabaran yang akan tidak terduga. Masa ini baru mula belajar hidup dengan pasangan, malah masa ini juga masing-masing baru nak mendalami hati budi, jadi tak dinafikanlah ia sedikit mencabar.



Kisah ini memberi inspirasi kepada pasangan yang berkahwin muda, Aisyah Hijanah telah berkongsi perjalanan hidupnya ketika mula-mula beliau bersama suami mendirikan rumah tangga.



Takut tak mampu bayar sewa

Menerusi rakaman video yang beliau kongsi di Instagram, pada awal perkahwinan beliau hanya menumpang tidur di rumah keluarga dan mertuanya. Jelasnya, beliau dan suami terpaksa tidur di tempat letak basikal dan juga buku-buku lama kerana tiada bilik kosong.

Keputusan itu dilakukan kerana mereka bimbang tidak mampu membayar rumah sewa setiap bulan kerana pendapatan bulanan mereka masih belum stabil. M

alah mereka juga akan berpindah-randah setiap minggu di mana seminggu di rumah mertuanya manakala lagi seminggu di rumah keluarganya.



Walau bagaimanapun, selepas mendapat tawaran sambung belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pasangan ini barulah mula menyewa sebuah rumah yang agak selesa.

Aisyah juga berkongsi kisah yang menyentuh hatinya di mana beliau pernah menolak tawaran perkhidmatan penapis air namun, kata-kata yang keluar dari orang tersebut membuatnya sedikit terkilan.

“Oh masih belum mampu ya.....”

Impian ingin memiliki rumah sendiri

Menyimpan impian untuk memiliki rumah besar, pasangan ini membuat keputusan untuk perlahan-lahan mencapai impian mereka. Beliau juga berkongsi menyimpan reka bentuk rumah idamannya di dalam telefonnya. Tidak pernah kenal erti putus asa, kini beliau mampu memiliki rumah idamannya sendiri.

“Alhamdulillah harini ambil kunci, tak lama lagi, Aisyah dan Alif nak pindah ke rumah baru,” katanya.

Pada kesempatan itu juga, beliau berkongsi sedikit kata-kata semangat buat anak muda yang masih mencari keselesaan hidup ketika ini, jelasnya rezeki itu datang dari pelbagai bentuk, yang penting kena selalu bersyukur dan jangan hanya merungut.

Perkongsiannya ini telah mendapat perhatian dari peminatnya yang turut bersetuju dengan beliau, malah ada juga yang berharap akan mendapat keselesaan hidup seperti beliau satu hari nanti.


]]>
"Kalau ada perempuan terima lamaran aku, aku pinang dia..." - Kahwin dengan gadis baru kenal, lelaki syukur jumpa jodoh https://redaksi.com/9645-kalau-ada-perempuan-terima-lamaran-aku-aku-pinang-dia-kahwin-dengan-gadis-baru-kenal-lelaki-syukur-jumpa-jodoh Sun, 07 Feb 2021 11:20:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9645 Umum sedia maklum bahawa jodoh dan pertemuan adalah rahsia Tuhan, namun itu tidak bermakna kita tak perlu berusaha dan tawakal sebaliknya kita perlu sentiasa berdoa dan berusaha agar dipertemukan dengan seorang insan yang terbaik untuk kita.

Tak kenal maka tak cinta, begitulah perumpamaan yang mungkin sesuai untuk pasangan pengantin ini apabila dia cuba untuk mengahwini seorang perempuan yang tidak dikenalinya.

Kisah cinta macam dalam novel

Pemilik akaun Tiktok yang bernama Adzham Rahman mengakui bahawa kisah percintaanya persis di dalam novel dan tidak menyangka dengan pertemuan hebat yang telah Allah aturkan buatnya dan isteri.

"Dulu asyik tengok dalam novel je, tapi takdir Allah, aku pun kahwin dengan perempuan yang aku tidak pernah kenal"

Indahnya bercinta lepas nikah

Tambah Adzham lagi dalam kenyataannya bahawa bercinta selepas kahwin itu adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan.

"Allah memang hebat, alhamdulillah bercinta selepas kahwin tersangat seronok."

 

Buat mereka yang sedang berusaha menghalalkan hubungan atau masih lagi mencari, semoga dipermudahkan urusan buat kalian dan percayalah bahawa Tuhan pasti akan memperkenankan doa hamba-hambanya tidak cepat atau lambat bahkan tepat pada waktunya.

]]>
10 Sebab Mengapa Lelaki Lewat Kahwin! https://redaksi.com/231-10-sebab-mengapa-lelaki-lewat-kahwin Tue, 20 Jun 2017 11:47:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=231 Ramai dikalangan kaum lelaki di Malaysia ini yang nak kahwin dan ramai juga yang masih belum berkahwin walupun mereka sudah ada kemampuan ekonomi dan kemampuan diri. Faktor nak kahwin ini selalunya kuat ketika diawal 20 an dan ia semakin pudar bila mencecah 40 an. Ramai lelaki sebenar mereka mampu kahwin tapi ada beberapa alasan yang menghalang mereka dari berbuat demikian. Jom kita tengok '10 Sebab' mengapa lelaki lewat berkahwin.



1. Kedudukan ekonomi yang kurang mantap.

Duit belum cukup nak kahwin, kerja pun gaji kecik macam mana nak kahwin. Kena kumpul lama sikit baru boleh cukup. Zaman sekarang ni nak kahwin mahal, kalau tak de belas ribu, tak dapat ler nak kahwin.

2. Susah nak buat pilihan yang mana berkenan dihati disamping nak jaga hati seorang lagi.

Mungkin banyak kenalan, 2, 3, 4 orang atau lebih. Tak tau nak pilih mana satu semuanya ok atau semuanya tak ok, kena cari lain. Kalau aku pilih yang ni, nanti apa pulak kata yang tu, kalau aku pilih yang tu apa pulak kata sorang lagi. Nak jaga hati semua, alamat lambat la nak kahwin.



3. Rasa diri masih belum bersedia lagi.

Ekonomi mungkin dah ok, tapi rasa macam tak ready lagi nak pikul tanggungjawab jadi ketua keluarga, tanggungjawab berat ni, relax dulu lah. Jadi, berapa lama tempoh untuk bersedia ni.

4. Nak cari perempuan yang benar2 baik yang boleh jaga orang tua.

Nak cari calon isteri yang baik, yang boleh jaga dia, boleh jaga orang tua dan keluarga.

5. Sambung belajar ke peringkat yang tinggi.

Kalau sambung belajar masuk universiti sampai PhD, lebih kurang umur 30 tahun baru selesai belajar, belum kerja lagi. Nak cari kerja, nak kumpul duit, nak cari calon isteri yang sesuai, alamat lambat ler nak kahwin.



6. Belum datang seruan.

Rasa malas dan tak yakin pada diri nak kahwin, jadi kalau senang cakap, belum sampai seru lagi. Nak tunggu seru sampai entah bila, jadi tak payah tunggu.

7. Masih tanggung keluarga, macam mana nak kahwin.

Tanggungjawab tanggung keluarga, biasanya anak sulong ler. Tanggung adik2 belajar sampai sekolah menengah, masuk universiti sampai terlupa fikir soal kahwin, kerana yang penting adalah keluarga dari diri sendiri.

8. Tak puas lagi nak enjoy.

Kepada kaki enjoy, mungkin fikir susah nak enjoy kalau kahwin, ada orang yang control nanti. So, enjoy dulu, puas enjoy baru kahwin. Kenalan ramai tapi terlalu memilih pasangan, nak yang perfect. Susah la nak cari macam ni.

10. Pernah kecewa dan masih ingat awek lama.

Masih menunggu awek lama dan bimbang kalau-kalau bercita lagi akan terluka lagi.


]]>
Gelagat si Oyen jadi 'security' sambilan di Maybank Gombak tarik perhatian peminat kucing https://redaksi.com/8935-gelagat-si-oyen-jadi-security-sambilan-di-maybank-gombak-tarik-perhatian-peminat-kucing Tue, 17 Nov 2020 09:47:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8935 Peminat-peminat kucing tentunya sangat mengenali ragam ‘Oyen’ yang sememangnya nakal dan suka mencuri perhatian manusia. Sentiasa membuat ramai orang geram dengannya malah, si Oyen juga kadang kala dikatakan menguji kesabaran tuannya.

Tapi berlainan pula dengan Oyen yang ini. Menerusi perkongsian oleh Idiaj Dhom di Kelab Pencinta Kucing Malaysia (Group) di Fecbook, Oyen yang ini dikatakan menjadi pengawal keselamatan sambilan di Maybank, Taman Sri Gombak.

Menurut Idiaj, Oyen yang satu ini agak dikenali oleh pelanggan bank tersebut kerana selalu sikapnya yang mencuri masuk menghabiskan masa dengan tidur di dalam aircond.

"Siapa yang biasa pergi Maybank Taman Sri Gombak akan biasa tengok Oyen ni."

“Dia security sambilan, tapi biasa tidur je, nak tidur dalam aircond je. Tapi tak pernah berak dalam bilik atm/cdm. Semua orang sayang dengan Oyen ni.”

Perkongsian itu telah mendapat perhatian dari pengikut kelab itu yang rata-rata terhibur dengan si Oyen, malah ada juga yang mencadangkan agar Oyen diberi ‘staff ID’ sebagai perkerja tetap di bank tersebut.


]]>
Ini Hak Isteri Yang Wajib Suami Tunaikan Berkenaan Nafkah Tempat Tinggal. https://redaksi.com/8472-ini-hak-isteri-yang-wajib-suami-tunaikan-berkenaan-nafkah-tempat-tinggal Thu, 20 Aug 2020 10:30:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8472 Bila sudah berumahtangga ini, saling bertolak ansur, memahami dan juga berkerjasama sangat penting dalam memainkan peranan berumahtangga. Masing-masing tidak boleh pentingkan diri kalau ingin bahagia.

Kalau suami kurang dari segi kewangan maka isteri bantu dirinya, sama juga dengan kalau isteri tidak mampu nak uruskan rumah maka suami hulurkan bantuan. Hidup sebagai suami isteri ini semua perkara kena kerjasama dan berbincang. Jangan pentingkan diri dan juga ego, itu akan memakan diri sendiri.

Seperti dalam situasi ini, "saya ingin minta nasihat berkaitan turutan nafkah. Sebelum saya berkahwin, suami saya mempunyai sebuah rumah yang dia tinggal bersama-sama ibu bapanya. Ibunya ada memberitahu kepada suami saya bahawa mereka akan berpindah keluar ke tempat lain sejurus sahaja kami berkahwin. Namun perkara tersebut tidak berlaku, sebaliknya kami semua tetap tinggal bersama selama tempoh setahun. Disebabkan saya rasa kurang selesa tinggal dengan mereka, kami suami isteri berpindah keluar dan tinggal dengan mak saya selepas melahirkan anak pertama. Masa berlalu, kami pun sudah 4 tahun tinggal di rumah mak saya. Jadi, kami bercadang untuk membeli rumah lain yang boleh duduk sendiri cuma suami mengharapkan saya untuk menampung separuh daripada kos rumah memandangkan dia tidak mampu menanggung komitmen bagi kedua-dua rumah.


"Soalan saya, adakah suami saya berhak meminta perkara sebegitu? Dia menyediakan tempat tinggal dan keperluan asas bagi ibu bapanya 100% tanpa meminta mereka sesen pun sedangkan saya pula diminta untuk menanggung sebahagian perbelanjaan.

"Bila saya fikir-fikirkan balik, kemungkinan apa yang dia sediakan untuk ibu bapanya boleh dianggap sebagai sedekah. Tetapi, kadangkala saya merasakan yang dia tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami mengikut apa yang sebenarnya Islam ajarkan. Sepatutnya, dia menyediakan keperluan asas untuk keluarganya terlebih dahulu, kemudian barulah kepada ibu bapanya."



Begini penjelasan dari mufti wilayah berkenaan isu seperti ini.

Secara umumnya keutamaan nafkah bagi seseorang suami adalah kepada isterinya terlebih dahulu berbanding orang lain termasuklah nafkah menyediakan tempat tinggal yang bersesuaian dengan uruf setempat mengikut kemampuannya. Dalam masa yang sama, nafkah kepada ibu bapa juga terletak di bawah tanggungjawab anak khususnya dalam keadaan ibu bapa yang sudah tua dan tidak mempunyai pendapatan untuk mendapatkan keperluan asas.

Melihat kepada situasi di atas, kami berpandangan secara asalnya suami sudah menyediakan nafkah tempat tinggal melalui pembelian rumah pertama walaupun ibu dan ayahnya tinggal bersama. Namun, isu yang muncul apabila pihak isteri merasa tidak selesa tinggal bersama ibu dan ayah mertua sehingga menyebabkan muncul cadangan supaya suami membeli rumah yang lain.

Dalam hal ini, kami berpandangan faktor ‘tidak selesa’ bukan merupakan alasan yang kukuh untuk menafikan nafkah tempat tinggal yang suami sudah sediakan. Lantaran itu, sekiranya isteri menuntut suami menyediakan tempat tinggal yang lain sedangkan suami tidak mampu menanggung keseluruhannya, maka kewajipan suami takat yang termampu sahaja, selebihnya bergantung kepada perbincangan dan persetujuan bersama.



Antaranya, pihak suami boleh meminta budi bicara isteri (bukan memaksa) untuk menampung sebahagian kos untuk membeli rumah yang kedua atas dasar tolak ansur dan permuafakatan bersama melihat kepada keadaan kewangan suami yang tidak mengizinkan, di samping menganggap perbuatan tersebut sebagai tolong menolong atas dasar kebaikan.

Walau bagaimanapun, sekiranya pihak isteri enggan membantu, maka tanggungjawab dan kewajipan suami sekadar mengikut kemampuannya seperti membeli rumah yang lebih murah, menyewa rumah dan lain-lain termasuklah kembali tinggal di rumah pertama.

Akhirnya, sewajarnya semua pihak termasuklah ibu dan ayah mertua, isteri dan suami perlu mempunyai sifat saling memahami, berlapang dada, bertolak ansur, menjaga adab satu sama lain dan sebagainya agar di samping hak masing-masing dipenuhi, kedamaian dan keharmonian keluarga keseluruhannya tetap diutamakan.

Secara asasnya, nafkah terhadap isteri berada di tempat kedua selepas seseorang menyelesaikan nafkah terhadap dirinya sendiri. Kewajipan ini akan berterusan selagi mana dia masih bergelar isteri yang sah kepada suaminya. Kategori nafkah isteri berada pada kedudukan paling utama melebihi pihak lain seperti ibu bapa, kecuali dalam keadaan ibu bapa yang tidak bekerja dan tidak berkemampuan dalam menyediakan ubatan, rawatan dan makan minum yang menjadi asas kehidupan. Ketika itu, ia menjadi kewajipan kepada anak-anak.

Dalam isu seperti ini, sekiranya suami mempunyai adik-beradik yang lain, maka mereka semua perlu ada keselarasan dan persefahaman untuk sama-sama mengambil tanggungjawab menjaga, membantu dan berkhidmat kepada kedua ibubapa. Dengan cara ini, tidaklah terbeban kepada satu-satu anak sahaja sedangkan yang lain lepas tangan. Ingatlah apa yang dinyatakan oleh Nabi SAW:

رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الوَالِدِ ، وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ
Maksudnya: “Keredaan Allah terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”

Riwayat al-Tirmizi (194)

Hal ini berbeza sekiranya suami tidak mempunyai adik-beradik lain dalam masa yang sama mempunyai pendapatan yang terhad sehingga tidak mampu menampung kesemua tanggungan di bawahnya termasuklah isteri, anak-anak, dan ibu bapa. Maka, secara turutannya perlulah mengutamakan isteri terlebih dahulu, kemudian anak-anak, kemudian ibu bapa.

(Rujuk: al-Yaqut al-Nafis, m/s 674)

Walau bagaimanapun, berdasarkan situasi di atas kami melihat suami sudah melaksanakan tanggungjawabnya menyediakan nafkah tempat tinggal kepada isteri melalui pembelian rumah pertama tersebut walaupun tinggal bersama dengan ibu bapa.

Khusus berkaitan kriteria asas nafkah rumah dan tempat tinggal, suami wajib menyediakan tempat tinggal yang bersesuaian mengikut uruf setempat serta terlindung daripada penglihatan orang luar. Tempat tinggal tersebut tidak disyaratkan mesti rumah yang dibeli, sebaliknya dibolehkan juga rumah yang disewa mahupun dipinjam. Berkenaan kondisi rumah pula, agama menetapkan kadar kewajipan berdasarkan kemampuan suami. Sekiranya suami hanya mampu menyediakan rumah biasa, maka itulah kadar wajibnya. Sekiranya suami mampu menyediakan rumah mahal, maka itu juga kewajipannya.

(Lihat: al-Mu’tamad, 4/283)

Melihat kepada konsep nafkah tempat tinggal di atas, suami sudah memenuhi tanggungjawab asasnya menyediakan rumah melalui pembelian rumah pertama walaupun ibu dan ayah mertua duduk bersama mereka. Adapun faktor ketidakselesaan yang berlaku sepanjang keberadaan bersama mereka di rumah tersebut merupakan faktor luaran yang sewajarnya diselesaikan melalui perbincangan yang berhemah, menjaga adab sesama menantu dan mertua, bersabar, dan pelbagai lagi saranan lain.

Syeikh al-Maraghi berkata: “Perbincangan antara satu sama lain mengandungi banyak faedah; antaranya memperlihatkan bahawa adanya kesatuan hati dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Penyatuan hati ini yang akan menolong mencapai sesuatu tujuan.”



Namun begitu, cadangan pembelian rumah kedua sebagai tempat tinggal khusus bagi mereka sehingga menyebabkan suami tidak mampu menanggung keseluruhan komitmen, maka dalam hal ini kami berpandangan kewajipan suami setakat kemampuannya sahaja.

Sekiranya isteri tetap bertegas menuntut tempat tinggal melebihi kemampuan suami, maka si suami tidak wajib menyediakannya melainkan kadar yang termampu. Selebihnya, terserah kepada perbincanga bersama suami isteri. Ini termasuklah mengambil inisiatif lain seperti menyewa rumah, bahkan suami juga boleh meminta budi bicara (bukan memaksa) isteri untuk sama-sama menanggung sebahagian perbelanjaan. Pendirian sebegini lebih bersifat win-win situation (situasi sama menang).

Hal ini dikuatkan lagi dengan firman Allah SWT,

لِيُنفِقْ ذُو سَعَةٍ مِّن سَعَتِهِ ۖ وَمَن قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّـهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّـهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
Maksudnya: “Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”

(Surah al-Talaq: 7)

Penutup
Akhir kata, nafkah kepada ibu bapa janganlah kita menganggap sebagai beban sebaliknya anggaplah sebagai berlaku ihsan kepada mereka seperti yang dianjurkan dalam agama Islam. Dalam masa yang sama, suami juga perlu mengimbangi tanggungjawab nafkah kepada pihak lain terutamanya isteri dan anak-anaknya berdasarkan kemampuannya termasuklah tinggal berasingan daripada pihak keluarga yang lain. Ini kerana dengan hidup dengan pasangan secara terasing dengan orang lain, hak privasi dan keselesaan akan lebih terjaga lantas mencambahkan lagi kasih sayang. Namun begitu, sifat tolak ansur dan saling memahami wajar ada dalam diri setiap mereka yang ditanggung termasuklah ibu bapa, isteri dan anak-anak supaya di samping hak mereka ditunaikan, objektif yang lebih utama iaitu membentuk keluarga yang harmoni dan sentosa dapat tercapai.

Wallahua’lam.



]]>
Belum Masuk Usia 40 Lagi, Anda Akan Jadi Miskin Kalau Buat 10 Cara Ini Sepanjang Hidup. https://redaksi.com/6383-belum-masuk-usia-40-lagi-anda-akan-jadi-miskin-kalau-buat-10-cara-ini-sepanjang-hidup Thu, 27 Jun 2019 09:49:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6383 ‘Nak Jadi Miskin Tu Mudah, Tapi Nak Jadi Kaya Tu Susah…’

Antara kata-kata yang amat sesuai dengan anak muda zaman sekarang, jika lihat daripada perbelanjaan mereka. Malah, nak cari kerja pun lihat gaji semata-mata, daripada mencari pengalaman. Nak gaji sebab nak pura-pura jadi kaya.

Gaji kecil atau bergaji besar, sekiranya rutin hidup sering melakukan 10 cara ini, tidak mustahil akan mudah jatuh miskin sebelum masuk usia 40…

1. Tiada impian masa hadapan.

Terlalu berteguh pada kata-kata ‘Go With The Flow’ sahaja sepanjang hidup. Kalau ada impian masa depan pun, terasa rugi sebab dah nampak jelas masa hadapan.

2. Buat pinjaman peribadi.

Tak kisah apa jua urusan, mesti nak buat personal loan. Nak kahwin buat personal loan, deposit untuk beli rumah mohon personal loan, nak bayar hutang pun guna personal loan, bertambah-tambah hutang lah sepanjang hidup.

Ia umpama jalan short cut, supaya anda mudah menjadi senang dalam jangka masa yang pendek.

3. Dapat gaji, terus belanja, tiada simpanan.

Tiada langsung agihan atau perancangan kewangan. Dalam hidup anda tiada langsung formula gaji untuk komitmen, hiburan, pelaburan mahupun simpanan. Memang tak ikut langsung simpanan 10% atau 20% daripada gaji.

Apa yang anda tahu, dapat je gaji terus shopping.

4. Beli kereta yang komitmen 30% daripada gaji.

Sepatutnya jika mahu membeli kereta, perlu beli kereta yang tidak melebihi tahunan gaji iaitu RM3000 x 12 = Tidak melebihi RM36 ribu.

Tapi anda tak!

Kalau boleh nak kereta RM80,000. Lepastu nak yang ada Mugen. ‘Biar Papa, Asalkan Bergaya’. Memang itu niat anda, hanya mahu memenuhi kepuasan sendiri sahaja.

5. Gelabah tengok model gajet terbaru.

Zaman sekarang ni, bukan sahaja ramai anak muda gelabah tengok model iPhone baru di pasaran, tidak kira apa jua model Huawei p30 pro atau Samsung galaxy s, semua nak beli. Kalau tak beli nanti, gambar tak cantik.

6. Setiap minggu pergi travel dan shopping.

Penat sangat pergi kerja, daripada pagi sampai malam. Jadi, anda perlu kan sesuatu untuk ‘reward’ diri sendiri supaya boleh release tension. Travel setiap bulan, shopping pun setiap minggu. Kalau tak buat aktiviti ni, anda rasa stress sampai depresi pula.

7. Membazir kalau pergi seminar untuk tambah ilmu.

Bagi anda cukuplah tambah ilmu dengan membaca di mana-mana laman media sosial. Entah betul atau tidak, anda tidak kisah sebab ‘free’ kan. Kalau nak pergi seminar nanti, kena bangun pagi, lepastu kena buat bayaran RM50, membazir kata anda.

8. Labur duit pada ‘Skim Cepat Kaya’.

Labur RM50, dapat RM10 ribu sebagai pulangan. Tak payah jual barang, tak payah keluar pergi mana-mana, duduk rumah nanti dapat duit. Memang seronok dengar. Daripada labor RM50, sampai beribu-ribu sehingga terpaksa berhutang dengan ibu bapa dan kawan-kawan.

9. Beli rumah pertama berharga satu juta.

Tengok duit gaji sendiri, layak beli rumah pertama berharga RM200 ribu sahaja, tapi nak rumah harga 1 juta sebab view cantik, ambik gambar selfie mesti cantik. Yang penting berbaloi kalau update gambar di Instagram Story.

10. Tak nak langsung bayar sedekah.

Kalau hati tu sentiasa takut duit habis, memang sampai bila-bila tak ada rasa nak sedekah langsung. Bagi duit kat mak ayah pun tak pernah, inikan pula nak bersedekah.

Jadi, cuba lihat gaya hidup kita sekarang? adakah bakal menjadi 'kaya' atau selama-lamanya 'miskin'?

]]>
Cincin Perkahwinan Lelaki Adalah Sunnah Dan Pahala Bagi Mereka Yang Memakainya. https://redaksi.com/772-cincin-perkahwinan-lelaki-adalah-sunnah-dan-pahala-bagi-mereka-yang-memakainya Mon, 07 Aug 2017 15:14:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=772 Ini adalah kisah seorang suami yang merasai betapa pentingnya cincin perkahwinan bagi diri seorang lelaki dan isterinya. Cerita ini diambil dari facebook Abg 'Bijan Mohd', dan kisahnya begini. 'Tak lama lagi, InsyaAllah genaplah 5 tahun usia perkahwinan saya dan isteri. Saya lihat di jari, masih tersemat cincin perkahwinan kami. Romantik bukan? Bagi orang perempuan, pakai cincin kahwin itu biasa. Tapi orang lelaki, cukuplah pakai sebulan atau setahun dua saja. Bukan apa, tugas harian orang lelaki membuatkannya tak berapa relevan untuk dipakai sentiasa. Tak percaya cubalah check tangan mereka, berapa kerat saja yang masih ada cincin kahwin di jari? Boleh kira dengan jari.



Saya sebenarnya pun sama, rasa geli.

Hinggalah pada satu hari, ketika daurah kitab Syamail Muhammadiah, tuan guru mensyarahkan bab cincin Nabi.

Beliau beritahu cukup seseorang itu memakai cincin pinjam walau seketika, dia sudah pun mendapat pahala.

Maksudnya di sini, Ali jumpa Abu. Ali cakap pada Abu nak pinjam cincin dia.

Abu melurut keluar cincin dari jarinya dan memberikan kepada Ali. Ali menyambut cincin tersebut lalu menyarungkan ke jari manisnya.

Selepas beberapa saat, Ali pun menanggalkan dan memulangkannya kepada Abu dengan ucapan terima kasih.

Itupun sudah dikira mendapat pahala Sunnah. Wahh! Mudah sangat nak dapat pahala.



Lepas dengar saja perkara itu, saya terus bersemangat nak beramal. Bila balik rumah, saya pun carilah apa cincin yang ada sehinggalah terjumpa cincin kahwin dulu kala.

Saya tabahkan hati memakainya. Niat nak amal Sunnah semata-mata.

Nak dijadikan cerita, isteri bila tengok kita pakai cincin kahwin yang dia bagi dulu, hatinya pun mula berbunga-bunga. Amboi!

Rupanya orang perempuan ni bahagia bila kita memakainya. Mungkin dia rasa kita akan sentiasa ingat padanya. Ataupun sebagai petanda kepada makwe-makwe di luar sana bahawa lelaki tersebut sudahpun berpunya.

Kurang-kurang kalau lelaki dia nak pergi karaoke waktu dia tengah berpantang, tengok cincin teringatlah juga. Eh!

Tapi seriuslah. Bila pakai cincin kahwin ni rasa macam cinta tu segar-bugar saja. Rasa macam baru kahwin pun ada. Sudahlah amal Sunnah dapat pahala berganda, gembirakan isteri pun ada pahalanya.'

Cincin perkahwinan adalah tanda seseorang itu sudah bernikah, bukan sahaja untuk dilihat oleh pasangan anda, malah untuk orang luar juga mengetahui bahawa anda sudah berpunya.

Bagi pendapat admin, kisah ini sangat digalakkan untuk diikuti oleh pasangan suami dan isteri. Bagi lelaki yang bergelar suami, apa sahaja perkara yang anda lakukan untuk isteri anda walaupun sekecil mana, ia amat dihargai bagi isteri anda. Sifat manja dan penghargaan seorang isteri itu, sangat-sangat di pentingkan bagi seorang suami. Anda rasa bagaimana?

]]>
“Aktiviti Zumba Tidak Menurunkan Berat Badan” Ikuti Penjelasan Dari Kevin Zahri. https://redaksi.com/4529-aktiviti-zumba-tidak-menurunkan-berat-badan-ikuti-penjelasan-dari-kevin-zahri Thu, 13 Dec 2018 15:45:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4529 Siapa sahaja yang tidak tahu berkenaan dengan aktiviti zumba. Aktiviti ini sudah menjadi kebiasaan untuk para wanita dalam mendapatkan berat badan yang ideal. Ada yang berjaya menurunkan berat badan dengan zumba, namun ada segelintir tidak berjaya pula. Kenapa ini terjadi? Jom lihat penjelasan ini…

********

“Tiada jenis senaman yang mampu menurunkan berat badan jika ia tidak disertai amalan pemakanan yang betul…” Tegas Kevin Zahri iaitu pakar kecergasan. Malah aktiviti ini juga sebenarnya tidak direka untuk menurunkan berat badan pun.

Fakta penting yang anda perlu tahu mengenai untuk menurunkan berat badan adalah 80% daripada diet pemakanan dan 20% daripada senaman. Jadi, menurunkan berat badan sangat penting dari segi penjagaan makanan iaitu dengan pengambilan kalori.

"Objektif zumba adalah untuk meningkatkan pembakaran kalori, buat anda rasa gembira dan menghilangkan tekanan."

"Ia juga boleh meningkatkan kecergasan jika peserta betul-betul push, tetapi tanpa kawalan pemakanan, tiada jenis senaman yang boleh membantu,"

Dalam masa yang sama, Kevin juga menyarankan pemilihan senaman yang bersesuaian kerana kemampuan setiap individu itu berbeza.

"Bagi yang tidak biasa, senaman yang mencabar akan menyukarkan mereka mengawal degupan jantung. Ini berbahaya kerana boleh membawa kepada risiko kecederaan.

"Saranan saya, carilah jenis senaman yang boleh buat anda enjoy dan anda mampu kawal," tambahnya lagi.

Beberapa hari lalu, portal The Jakarta Post melaporkan pengasas zumba, Beto Perez, memaklumkan program tersebut tidak direka untuk menurunkan berat badan, sebaliknya hanya untuk membantu memberi rasa gembira kepada peserta.

"Koreografi zumba akan menghasilkan endorfin yang membuatkan kita rasa gembira. Zumba merupakan program untuk seisi keluarga berseronok dan mengeratkan hubungan," kata Perez seperti yang dipetik dari portal itu.

Perez yang mengunjungi Jakarta untuk melatih ratusan jurulatih zumba tentang program itu, turut menambah bahawa senaman yang diciptanya itu bertujuan untuk membawa keseronokan, berbanding senaman lain yang 'membosankan'.

********

Oleh sedemikian inilah jawapannya sekiranya anda sering tertanya-tanya mengapa anda melakukan zumba tidak dapat menurunkan berat badan. Selain daripada itu, mungkin anda juga:

1. Tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan aktiviti zumba berserta dengan diet pemakanan.

2. Trainer zumba anda tiada tenaga yang sangat kuat dimana boleh mendorong anda menjadi bersemangat melakukan zumba. Ini kerana, zumba adalah aktiviti yang sangat pantas dan mempunyai koreagrafi yang merumitkan sebenarnya.

Janganlah hangat-hangat tahi ayam sahaja.

3. Kelas yang tiada dinamik dimana semua ahli-ahli baru yang tidak bersungguh-sungguh dan sentiasa merungut kerana koreografi yang merumitkan.

4. Terlebih anggaran dalam mencatur kalori anda. Sebagai contoh, hari pertama sahaja anda target untuk hilangkan 900 kalori, namun anda melakukan zumba hanya 10 minit sahaja. Macam mana tu? Berlari 1 jam sejauh 6 km pun boleh membakar sekurang-kurangnya 300-500 kalori sahaja.

5. Dan yang paling penting adalah, anda menjadi dehidrasi dimana kekurangan air dalam tubuh badan.

]]>
5 Alasan Lelaki Mengapa Mereka Mengelak Dengan Gadis Yang Mereka Minati. https://redaksi.com/2421-5-alasan-lelaki-mengapa-mereka-mengelak-dengan-gadis-yang-mereka-minati Fri, 01 Jun 2018 09:50:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2421 Pernah tidak anda sebagai gadis merasakan, “dia ni macam suka aku, tapi kenapa asyik mengelak daripada aku je?”, atau “kalau suka tu bagitau je la, tak payah nak pendam”. Bagi gadis sukar untuk membaca niat di hati sang jejaka ini.

Jadi, jom ketahui alasan-alasan lelaki begini..


1. Lelaki ini merasakan si gadis tersebut tidak akan jatuh hati padanya.

“Tak mungkin la dia ni suka aku”

“Saya perlukan kesahihan yang dia juga betul-betul sukakan saya, tetapi saya tak nampak ke arah tersebut”

 “Saya mengaku, saya selalu hang out dengan ramai kawan perempuan, tapi tak bermakna saya tidak menyukai si gadis itu. Cuma saya risau si dia tidak suka dengan lifestyle saya”

“Kadang-kadang dengan merasakan si gadis tersebut tidak suka saya, membuatkan saya boleh mengalh perhatian pada perkara lain”

“Bukan mengendahkan, tapi memang sengaja mengelak daripada berjumpa dengannya kerana tidak mahu terlalu rapat dan memberi harapan yang tidak pasti.


2. Lelaki ini tidak mahu kelihatan terdesak.

Tidak mahu kelihatan terdesak seperti terhegeh-hegeh kerana mahu menjaga ego mereka. Ya, mereka amat meminati si gadis tersebut tetapi kadang –kala mereka merasakan jika mereka melakukan sesuatu perkara yang terlalu jelas, ia seperti kelihatan menakutkan.

Lelaki ini khuatir si gadis tersebut menganggap lelaki seperti ini menakutkan atau di panggil creepy. Malahan ada juga gadis akan membuat report, lelaki seperti ini gatal.

3. Lelaki ini takut untuk memulakan langkah berkenalan.


4. Lelaki ini meminati si gadis yang bukan lagi single.

Sudah tentu perkara ini perlu dielakkan, bukan? Mengelak daripada melayan perasaan yang semakin menjauh dan tidak memendam perasaan. Kadang-kala si gadis ini akan dapat merasakan adanya lelaki lain yang meminati mereka, jika mereka tidak serius sudah tentu mereka juga akan memainkan perasaan orang lain.

5. Lelaki ini tidak bersedia atau sememangnya tidak mengejar untuk hubungan yang lebih serius.

Jadi, lelaki seperti ini tahu matlamat mereka dan tidak mahu memainkan perasaan si gadis. Cukuplah meminati dalam diam dan tidak memberi harapan. Berkemungkinan lelaki ini mempunyai komitmen yang lebih penting untuk diuruskan.


]]>
Kenapa Anak Kecil Selalu Meragam Bila Dengan Ibu Tapi Dengan Ayah Elok Dengar Cakap? Ini Hasil Kajian Yang Ramai Tak Tahu. https://redaksi.com/6099-kenapa-anak-kecil-selalu-meragam-bila-dengan-ibu-tapi-dengan-ayah-elok-dengar-cakap-ini-hasil-kajian-yang-ramai-tak-tahu Fri, 17 May 2019 08:59:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6099 "Tadi masa mama belum balik kerja, elok je dia tak meragam. Bila nampak mama macam-macam perangai dia tunjuk ya," komen papa pada si kecilnya yang mula merengek minta didukung bila nampak kelibat mama.

Situasi macam ini mesti biasa anda hadapi. Kenapa kalau dengan ibu, si kecil bukan main mengada-ngada dan manja tapi bila dengan ayah boleh pula berdisiplin dan dengar cakap?

Lebih pelik kalau dengan ibu, anak-anak memang susah hendak tidur tapi bila dengan ayah, sekali suruh terus lelapkan mata.

MESTI RAMAI IBU AYAH YANG PERASAN AKAN HAL INI KAN?

Image result for bayi meragam dengan ibu
Kredit: Google

Sebenarnya mengikut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari Jabatan Psikologi University of Washington, prestasi kanak-kanak akan menurun sehingga 800% (8 kali ganda) apabila ibunya berada di dalam bilik yang sama.

Lebih mengejutkan, kajian mendapati jika kanak-kanak berusia 10 tahun dan ke bawah, peratusnya meningkat dua kali ganda menjadi 1600% (16 kali ganda)!

Kajian tersebut dijalankan ke atas 500 buah keluarga yang mengukur kebergantungan kanak-kanak itu, menangis dan merengek, menjerit, percubaan berlaku kasar, terlupa cara untuk berjalan atau bercakap dan bersikap seperti orang bodoh.

Menurut Profesor dalam bidang Perkahwinan dan Psikologi Keluarga, Dr.K.P Leibowitz, dalam kajian tersebut mereka mendapati kanak-kanak yang berumur 8 bulan boleh bermain dengan riang dan gembira tetapi apabila melihat ibunya masuk ke dalam bilik itu, perangai mereka berubah 99.9%.

Mereka mula menangis, melepaskan apa yang mereka pegang dan meminta perhatian ibunya dengan tergesa-gesa. Baki 0.01% pula mempunyai masalah penglihatan, tetapi apabila mendengar suara ibu, mereka mula melemparkan barang dan meminta makanan walaupun sebenarnya mereka baru sahaja makan!

Salah seorang daripada ayah yang terlibat dalam kajian tersebut (mempunyai 3 orang anak) sangat terkejut dengan laporan kajian dan berkata

"Saya selalu tertanya-tanya kenapa isteri saya tak dapat menyiapkan kerja rumah. Rupa-rupanya kelemahannya adalah anak-anak dan dalam masa yang sama magnet mereka adalah ibunya. Ini kerana anak-anak berkelakuan baik ketika dengan saya."

Ramai suami atau ayah yang mungkin tidak tahu tentang fakta yang ditemui dalam kajian ini kerana si anak cuma buat perangai apabila bersama dengan ibu sahaja.

Related image
Kredit: Google

Kajian ini juga mendapati jika dalam situasi untuk membetulkan disiplin anak-anak, 100% (semua sekali) lebih responsif kepada kata-kata yang diucapkan dengan nada normal daripada seseorang selain daripada ibunya! Malah untuk mendapatkan respon yang sama pula, seorang ibu dalam kumpulan itu harus meninggikan suaranya pada si anak.

Jadi, lepas baca hasil kajian ini janganlah ayah cakap ibu cepat manjakan anak sampai jadi mengada-ngada. Sebenarnya ibu itu sendiri macam magnet kepada anak-anak. Asyik nak melekat je!

]]>
8 Tanda Anda Dah Redha Bergelar Anak Dara Tua. https://redaksi.com/618-8-tanda-anda-dah-redha-bergelar-anak-dara-tua Fri, 28 Jul 2017 11:00:38 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=618 Memangla jodoh itu ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang kami perhatikan, selalunya ada sebab kenapa wanita-wanita ini tak nak kahwin. Katanya sanggup jadi anak dara tua. Erm… Ini adalah jawapan yang kami perolehi daripada survey!



1. Dapat koleksi teman lelaki yang tak senonoh!

Pengalaman banyak mengajar. Mula-mula dapat boyfriend kaki kikis, kedua dapat kaki perempuan, ketiga pula dapat yang pemalas amat-amat. Kesimpulannya memang sanggup single sampai mati.

2. Frust menonggeng & tertiarap dengan cinta lalu.

Bercinta bagai nak rak dari zaman sekolah. Susah senang janji hidup bersama. Siap guna #tilljannah. Tau-tau si dia minta putus atas alasan mak dah cari calon menantu ustazah anak kampung sebelah. Wey! Memang deep sakitnya ni.



3. Hutang keliling pinggang.

Macamana lah nak kahwin sedangkan hutang PTPTN pun dah dekat RM30K. Belum masuk hutang kereta, hutang mak ayah lagi. Nasib baik GST tu bayar cash!

4. Kos perkahwinan yang tak masuk akal.

Sebenarnya kalau ikut Islam, pernikahan tu mudah sahaja. Namun, dek kerana adat Melayu, sekurang-kurangnya kena ada RM10k dalam tangan ( nampak tak perkataaan itu diboldkan?) Karang malu pulak buat majlis kecil-kecilan

5. Asyik dengar kes cerai sana-sini.

Fuh. Ini paling ngeri. Mana taknya, boleh dikatakan dah jadi macam trend pulak cerai-berai ni, terutamanya golongan selebriti. Eh, takyah cakap selebritilah, kami yakin anda mesti mempunyai kawan-kawan yang dah pun jadi ibu tunggal, janda berhias atau duda muda sekarang kan?



6. Lebih suka bercinta dengan kerja.

Macamana nak kahwin kalau diri tu dah diikat mati oleh company korang kan? Baru je nak kenal hati budi lelaki, bos korang pulak suruh datang office. Adoiyai!

7. Fobia bila dengar pengalaman kawan-kawan bersalin.

Caesaran, vacum dan macam-macam lagilah term yang digunakan untuk proses bersalin. Lagi-lagi yang jenis jaga penampilan nak lawa macam Che Ta je. Bila cakap bab bersalin, mungkin mereka buatkan golongan ni rasa ‘oh, nevermind’.

8. Nak jaga ibu-bapa dan keluarga.

Ini berlaku pada salah seorang kenalan penulis. Bukan dia tak cantik, bukan dia tak de orang nak, tapi katanya komitmen terhadap keluarga melebihi kepentingannya sendiri.

“Aku lebih sanggup melayan kerenah ibu tua yang sedang sakit dan juga memberi kasih sayang sepenuhnya kepada adik beradik daripada melayan lelaki yang belum tentu bersama aku forever and after.” – Statement ini memang paling deep!

]]>
Mengapa Orang Lelaki Tidak Menghantar Mesej Terlebih Dahulu Tetapi Sentiasa Membalas Dengan Cepat? https://redaksi.com/3451-mengapa-orang-lelaki-tidak-menghantar-mesej-terlebih-dahulu-tetapi-sentiasa-membalas-dengan-cepat Thu, 06 Sep 2018 10:14:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3451 Dalam tempoh perkenalan siapa yang akan kerap memulakan terlebih dahulu? Anda ataupun dirinya? Jika anda yang memulakan terlebih dahulu, pasti anda berasa ragu terhadap kelakuan dirinya bukan? Anda juga turut merasakan bahawa dirinya itu tidak serius terhadap anda, namun pada masa yang sama anda merasakan dirinya menyukai anda sebab itu dia kerap membalas mesej anda. Berikut adalah sebab mengapa orang lelaki ini jarang menghantar mesej terlebih dahulu.


1. Dia tidak pasti bagaimana perasaan anda terhadap dirinya.

Dia tidak berasa yakin terhadap perasaan anda kepada dirinya. Hal ini berlaku berpunca dari kelakuan anda yang tidak memberi sedikit hint kepadanya. Dirinya takut jika dia yang memulakan terlebih dahulu akan membuat anda berasa tidak selesa. Mereka biasanya mahu anda memberikan kepadanya satu pertanda untuk menyakin bahawa anda mula menganggapnya lebih dari sekadar rakan.

2. Dia tidak mahu menggangu anda.

Sesetengah lelaki selalu berfikir, sekiranya dia memulakan langkah terlebih dahulu akan membuat anda berasa tidak selesa dan merimasakan apabila kerap menghantar mesej terlebih dahulu. Dia takut perhubungan kalian menjadi renggang, sebab itu dia lebih memilih untuk membiarkan anda memulakan terlebih dahulu.

3. Sibuk dengan rutin harian.

Biasanya lelaki ini banyak aktiviti yang mereka akan lakukan. Bahkan mereka ini sejenis yang tidak lekat di rumah, jadi pelbagai perkara yang telah dirancang untuk dilakukan. Mungkin dirinya terlalu sibuk dengan rutin hariannya, seperti menghabiskan masa untuk kerjayanya ataupun hal peribadinya. Dari sini dapat disimpulkan bahawa dirinya itu tidak begitu serius terhadap anda, jika dia serius pasti dia akan meletakkan anda sebagai keutamaan dirinya.


4. Anda yang sentiasa tidak sabar menunggu dirinya.

Mungkin anda mempunyai banyak waktu yang terluang sebab itu anda sentiasa terburu-buru dalam menunggu dirinya memulakan terlebih dahulu. Bahkan anda merasakan saat menunggu itu terlalu lama buat anda. Jadi anda bertindak untuk memulakan langkah terlebih dahulu. Anda yang tidak sabar, jadi jangan salahkan si dia pulak ye.

5. Dia tidak berminat terhadap anda.

Perkara yang menyakitkan tetapi itu lah kebenarannya. Dia tidak berminat terhadap anda, sebab itu lah dia tidak memulakan perbualan terlebih dahulu. Dia melakukan ini kerana tidak mahu menyakitkan hati anda, namun apabila anda menghantar mesej kepadanya dia akan membalasnya dengan baik. Hal ini kerana, dia masih mahu berkawan dengan anda.

Beberapa perkara ini adalah sebab mengapa anda kerap kali yang memulakan menghantar mesej terlebih dahulu. Tetapi jika anda tidak mahu rasa seperti digantung, adalah lebih baik anda terus bertanya sahaja kepada dirinya.


]]>
Tradisi Pemberian Bunga Telur Yang Kian Dilupakan. https://redaksi.com/811-tradisi-pemberian-bunga-telur-yang-kian-dilupakan Wed, 09 Aug 2017 12:04:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=811 SAYA ni sentimental sikit...," seorang kenalan berbisik kepada penulis sebelum bergegas mendapatkan tuan rumah majlis perkahwinan yang kami hadiri. Dia kembali dengan tersenyum lebar sambil memegang setangkai bunga telur cantik. "Awak boleh anggap saya konservatif, tapi saya tidak puas hati kalau ke majlis kenduri kahwin tak ada bunga telur," katanya sambil mengeluh banyak majlis perkahwinan sekarang tidak memberikan bunga telur sebagai cendera hati atau hadiah kepada tetamu. Bunga telur yang dimintanya daripada tuan rumah itu pun ialah daripada bunga pahar di pelamin. Memang benar, dalam 10 majlis perkahwinan yang penulis hadiri sepanjang musim cuti penghujung tahun lepas, hanya dua rumah yang menyediakan bunga telur kepada tetamu. Kenalan ini bercerita lagi, semasa dia kanak-kanak, dia suka menunggu ibunya pulang daripada menghadiri kenduri kahwin kerana dia akan menyambut bunga telur yang dibawa ibunya dan akan dikupas untuk dibelah empat dan dikongsi bersama tiga adiknya.



"Rasa telur daripada rumah pengantin lebih sedap daripada telur rebus biasa," katanya sambil ketawa. Pemberian bunga telur pada majlis perkahwinan orang Melayu dikatakan sebagai simbol kesuburan. Tetamu yang menerima, diharapkan akan bersama-sama mendoakan pasangan pengantin dikurniakan zuriat, memandangkan kehidupan manusia bermula daripada persenyawaan benih telur. Kira-kira sedekad yang lalu, majlis kenduri kahwin masih mengutamakan tradisi membeli beratus-ratus telur ayam untuk direbus di dalam periuk besar dan kemudian dimasukkan ke dalam bekas untuk diagihkan kepada tetamu. Acara merebus telur ini juga ditetapkan sekurang-kurangnya dua hari sebelum majlis kenduri kahwin. Anggota keluarga, jiran dan kawan-kawan bakal pengantin akan duduk beramai-ramai bergotong-royong mengisi telur ke dalam bekas. Sebanyak 90 hingga 150 biji telur rebus biasanya akan diasingkan untuk dipasang pada bunga telur bertangkai yang disusun menjadi bunga pahar yang, diletakkan di sebelah kiri dan kanan pelamin.



Tradisi 'menanam'.

Acara wajib merebus telur ini menyebabkan menjadi amalan suatu ketika dulu, jiran dan penduduk kampung menyumbang berpuluh-puluh biji telur untuk direbus tuan rumah, sebagai ganti hadiah kepada pasangan pengantin atau ganti sumbangan wang tunai untuk tuan rumah. Sumbangan itu dinamakan 'menanam' selain gula, kopi dan bahan-bahan kenduri yang lain. Tuan rumah biasanya akan menyediakan buku rekod yang mencatatkan sumbangan jiran dan saudara mara itu. Jika 100 biji telur yang disumbang, ia akan 'dibayar' tuan rumah sebanyak itu juga bila tiba hari penyumbang mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya pula. Kalau tuan rumah memilih untuk menyediakan telur pindang pula, masa merebus lagi lama dan prosesnya sedikit rumit. Telur akan diisi padat di dalam bekas tetapi diselang seli dengan pelbagai daun seperti daun serai, daun pandan, daun jambu,daun kunyit dan dicampur jintan, untuk direbus sekurang-kurangnya dua hari.

Cenderahati ganti bunga telur.

Kini keindahan bertukar-tukar sumbangan telur itu sudah terhapus kerana majlis perkahwinan hari ini banyak yang menggantikan telur dengan cenderahati lain untuk hadiah kepada tetamu. Pada mulanya kek atau mufin menjadi pilihan popular tuan rumah, ataupun buah-buahan seperti epal dan limau. Kanak-kanak pula diberikan gula-gula dan coklat di dalam kotak atau bekas menarik. Antara alasannya ialah - telur dan bekas telur mahal, membazir kalau merebus banyak yang pecah, telur rebus tidak tahan lama dan tiada tempat atau orang yang sanggup tolong merebusnya. Pada hal jika dikira kos sebiji cupcake atau mufin, 80 sen hingga RM1 sudah jauh melebihi harga sebiji telur 30 atau 35 sen. Jika dikira harga bekas pun begitu. Harga sebuah bekas telur seramik, masih ada yang di bawah harga RM3 atau dalam bentuk kotak comel, harganya di bawah RM2. Untuk bekas mufin atau kek pun lebih kurang sama modalnya, atau lebih mahal.



Kini mufin dan gula-gula juga dirasakan tidak memadai dan tuan rumah mempelbagaikan hadiah tetamu pada majlis perkahwinan dalam bentuk manisan (coklat, kismis, gula-gula, halwa, dodol), makanan ringan (cupcake, mufin, kek buah, kerepek, kuih manis), buah-buahan (epal, oren, pear) makanan berat (nasi dan lauk pauk atau dipanggil "berkat" dalam masyarakat Jawa). Kedai-kedai menjual peralatan atau kelengkapan majlis perkahwinan mengambil kesempatan daripada trend pemberian pelbagai rupa barang kepada tetamu ini dengan menawarkan bermacam-macam jenis cenderahati, lengkap dengan bekas yang cantik dan istimewa. Ada pengusaha aktif mempromosi cendera hati hasil kreativiti syarikatnya menerusi lawan web atau blog di Internet.



Pada satu majlis perkahwinan baru-baru ini, seorang ibu yang berpengalaman menganjurkan kenduri kahwin anaknya, Siti Zabedah Sidek, berkata, cenderahati sebagai hadiah kepada tetamu sekarang sudah jauh lebih mahal daripada bunga telur. Tidak cukup satu, kini tuan rumah menyediakan pula dua hingga tiga barang yang dimasukkan ke dalam beg khas, katanya. Harga beg kertas bimbit bersaiz sederhana kecil dalam pelbagai corak, dijual paling murah, 80 sen, di kedai-kedai kelengkapan pengantin. Tetapi banyak beg cenderahati kini ditempah khas lengkap dengan gambar pasangan pengantin. Di dalamnya diisi manisan seperti dodol, buah, bahulu, gula-gula, cupcake, bunga rampai dan sejenis barang kecil seperti tuala muka. "Bukan saja majlis hari lahir yang ada party pack, majlis kenduri kahwin pun sudah mengikut trend itu," katanya berjenaka. Kalau bernasib baik, masih ada tuan rumah yang tidak lupa untuk turut mengisi beg cenderahati itu dengan bunga telur di dalam bekas cantik.

]]>
Lelaki Ini Kongsikan 17 Cara Untuk Menyimpan Supaya Dapat Membeli Rumah Pertama. https://redaksi.com/5876-lelaki-ini-kongsikan-17-cara-untuk-menyimpan-supaya-dapat-membeli-rumah-pertama Wed, 24 Apr 2019 11:11:11 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5876 Setiap dikalangan kita pasti mempunyai hasrat untuk membeli rumah, namun disebabkan tiada ilmu dan sokongan, hasrat terlupus begitu sahaja. Antara permulaan untuk mempunyai matlamat membeli rumah sendiri adalah dengan simpanan wang.

Cara-cara untuk menyimpan adalah dengan mengikuti tips dari saudara Amir Syahir ini…

********

1. Menabung.

Menabung itu mudah tetapi sukar untuk dibuat. Jika tidak konsisten, impian untuk memiliki rumah pertama hanya akan menjadi mimpi dan tinggal angan-angan.

Image result for save money gif
Kredit: Pinterest

Jadi, berusahalah untuk jadikan impian itu sebagai kenyataan.

2. Cek kelayakan harga rumah.

Cek untuk kita tahu berapa harga rumah yang layak dibeli bersesuaian dengan pendapatan kita. Jika pendapatan kita layak untuk membeli rumah yang berharga RM150,000, perlu ada simpanan 15% bermula daripada hari ini.

Jadi, tunggu apa lagi?

3. Buat tabung kumpul Si Hijau (RM5) atau Si Oren (RM20).

Supaya dapat memupuk minat untuk menyimpan. Bila tengok tabung dah banyak dengan Si Hijau atau Si Oren, mesti korang akan teruja. Nak belanjakan pun rasa sayang. Tak percaya, cubalah buat.

4. Mampu simpan sekiranya tidak kerap makan di kedai hipster.

Masa bujang ni selalunya korang mampu untuk menyimpan lebih banyak. Sebabnya kurang komitmen. Jangan asyik makan dekat kedai hipster je. Dah la makanan sikit, kenyang sekejap je. Ada SST pula tu.

5. Buat bajet bulanan.

Sediakan bajet bulanan supaya perbelanjaan tidak lari daripada sepatutnya. Jika kau gagal untuk merancang, kau merancang untuk gagal.

6. Jangan buang masa dating ke luar negara.

Tidak perlu berjalan-jalan ke luar negara dengan awek sebab nak cipta kenangan indah bersama. Tetapi menabunglah bersama untuk buat deposit rumah dan tabung perkahwinan. Lepas dah kahwin, bolehlah pergi berjalan sama-sama.

Image result for travel gif
Kredit: Junkee

7. Buat potongan daripada akaun.

Jika tak mampu menabung secara konsisten, amalkan potongan daripada akaun. Buat ASB Financing ataupun potongan ke Tabung Haji. Selepas 5 tahun, kau akan nampak hasilnya.

8. Tangguhkan kehendak.

Hidup di bawah kemampuan. Biarkan orang lain bergaya dan up to date. Yang penting kita tahu pengorbanan untuk 5 tahun yang pertama ini akan buat kita senang untuk 30 tahun yang akan datang.

9. Kurangkan perbelanjaan, tambahkan pendapatan.

Ada banyak cara untuk menambah pendapatan. Jual secara online, dropship, ejen takaful dan sebagainya.

10. Jangan cepat give up walaupun bergaji kecil.

Related image
Kredit: WeHeartIt

Lambat beli rumah sebab gaji kecil tak apa jangan lambat beli rumah sebab duk bayar hutang kereta lebih daripada kemampuan. Duk bayar hutang peribadi masa buat majlis kahwin misalnya. Buat setakat mana yang mampu. Ikut kemampuan. Ukur baju di badan sendiri.

11. PTPTN dan hutang lain jangan lupa.

Rosak CCRIS hancurlah harapan untuk memiliki rumah pertama.

12. Amalkan membeli secara tunai.

Gaji tinggi tak guna jika ada hutang yang banyak. Amalkan beli secara tunai. Mencintai diri sendiri dan keluarga adalah lebih baik daripada mencintai hutang piutang.

13. Kad kredit jangan guna sehingga lebih kredit limit.

Seelok-eloknya bawah 70%. Lambat bayar akan kena caj tinggi. Makan gaji kita pula. Kalau tak boleh kawal, terminate lah.

14. Jangan buat personal loan.

Pembiayaan peribadi bukan penyelesaian kepada masalah kewangan. Usah gali lubang tutup lubang. Kalau tak mampu, jangan berhutang.

Jangan ikut cara orang. Kalau nak hidup senang, nak bergaya, nak hidup mewah, berusahalah. Jangan bergaya dengan cara berhutang. Itu bahaya!

15. Jaga CCRIS dan CTOS.

Jaga ia serupa jaga makwe. Jangan biar tercalar sikit pun.

16. Jangan jadi pemboros.

Dah ada banyak tudung, baju, kasut tak perlu beli lagi. Jangan membazir. Duit tu boleh simpan dalam tabung rumah untuk buat deposit rumah. Pakai sampai habis, guna sampai rosak.

17. Amalkan simpan dahulu sebelum berbelanja.

Bayar dulu diri sendiri sebelum habiskan duit gaji membeli belah.

********

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

]]>
3 Sebab Mengapa Lelaki Masih Terus Membujang. https://redaksi.com/619-3-sebab-mengapa-lelaki-masih-terus-membujang Fri, 28 Jul 2017 11:03:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=619 'Eh bro, bila kau nak kahwin ni?', itu adalah satu soalan cepumas kepada lelaki diluar sana yang boleh dikategorikan sebagai bujang terlajak.



Namun masing-masing mempunyai alasan tersendiri kenapa masih membujang hingga kini. Kahwin awal atau lambat itu hak masing-masing, janji kahwin kan. Nah, ini adalah beberapa sebab mengapa lelaki terus membujang ataupun kahwin lambat :

1. Hilang keyakinan diri dan masih tiada teman wanita.

2. Ada pengalaman pahit dalam bercinta. Terlalu mencintai seseorang tapi cinta tak kesampaian.

3. Dilahirkan dalam keluarga yang porak peranda.


]]>
Dulu saja ajak 'night run', tak sangka kini berjodoh hingga ke jinjang pelamin https://redaksi.com/8655-dulu-saja-ajak-night-run-tak-sangka-kini-berjodoh-hingga-ke-jinjang-pelamin Tue, 06 Oct 2020 10:16:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8655 Nak jumpa pasangan hidup ini tak kira dekat mana, boleh jadi jumpa di puncak gunung malah boleh juga sekadar berlanggar bahu. Jodoh ada di mana-mana cuma tak pasti itu jodoh buat anda atau orang lain.


Saat bertemu pasangan hidup tentunya satu kenangan indah yang tidak boleh dilupakan. Apatah lagi jika kenangan itu berlaku secara spontan dan tiba-tiba.

Itu yang dilalui oleh pengguna laman Twitter Amir Tajjudin dan isterinya yang tidak menyangka dengan satu ajakan berakhir di jinjang pelamin.



Night run penuh kenangan

Menerusi capaian Twitternya, dia menyatakan pertemuan dia dan isterinya berlaku apabila dia mengajak rakan-rakannya untuk ‘night run’ di TTDI pada tahun 2018.



Kawan tak hadir tapi...

Tapi, malangnya rakan-rakannya tidak hadirkan diri namun ada seorang yang hadir pada malam itu yang kini setia menemaninya ke mana saja.



Dan yang hadir seorang diri itulah isterinya sekarang dan mereka telah mendirikan rumahtangga selama lapan bulan.



Perkongsian ini telah mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata menyatakan ingin mengajak rakan-rakannya pergi acara larian juga, tak hanya itu saja ada juga yang luahkan rasa bimbang kerana jodoh masih lagi menghilang.


]]>
7 Kesilapan Pengurusan Kewangan Suami Isteri Yang Anda Mesti Ambil Tahu. https://redaksi.com/1353-7-kesilapan-pengurusan-kewangan-suami-isteri-yang-anda-mesti-ambil-tahu Tue, 26 Sep 2017 12:48:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1353 Hatta kita miliki jumlah pendapatan makan gaji bersama sebanyak RM10 000 sekali pun, namun andai tidak diuruskan dengan betul boleh jadi kita sesak nafas ketika pertengahan bulan. Minda sudah gelisah memikirkan mana nak cekau duit untuk memenuhi perbelanjaan rumah. Lumrah biasa yang terjadi adalah kita mula berhutang atau meminjam dengan bank, kawan-kawan dan keluarga apabila tidak cukup. 7 kesilapan menguruskan wang dalam rumah tangga mungkin kita sudah pun tahu. Namun tidak diambil peduli. Sebelum dapat menyelesaikan masalah kewangan, punca kekurangan wang mesti dikenalpasti terlebih dahulu.



1. Segan untuk ambil tahu berapakah pendapatan bersih pasangan.

Percaya atau tak, sesetengah orang mempunyai malu yang menebal untuk mengetahui berapakah gaji bersih pasangan kita. Terutama buat mereka yang baru saja berkahwin. Nak bertanya atau dedahkan gaji sebenar pun, entah kenapa diri terasa segan sangat. Jika dari awal tidak ambil tahu, maka akan datang masing-masing alami kesukaran untuk sediakan bajet dan simpanan bulanan yang sepatutnya buat keluarga.

2. Tidak catat berapa perbelanjaan keperluan yang sebenar.

Pernahkah kita rasa dah lama bekerja, namun tak tahu mana duit gaji kita pergi? Malah, simpanan isi rumah pun boleh katakan hampir tiada. Aneh bukan? Hal inilah yang terjadi jika kita tidak menulis berapa banyak duit yang dikeluarkan dalam masa sebulan. Gaji yang kita peroleh tolak dulu dengan kos keperluan bersama. Sebagai contoh, sewa rumah, pinjaman kereta, kos minyak pergi balik kerja, bayaran tol, segala bil dan beri duit kepada mak ayah.



3. Belanja melebihi mampu.

Kata orang, “alah. Dah penat-penat bekerja, apa salahnya belanja diri.” Ya, kenyataan ini benar namun kita harus belanja tidak ikut nafsu. Tiada masalah jika pasangan mahu reward diri. Namun pastikan belanja mengikut bajet sebanyak 10% dari jumlah pendapatan rumah.

4. Malas belajar ilmu kewangan.

Ini situasi biasa yang sering terjadi. Kita tahu setiap bulan kita alami kekurangan wang pada pertengahan bulan dan sering tertunggu supaya gaji seterusnya cepat masuk. Persoalannya sampai bila mahu jadi begitu? Lebih-lebih lagi bila memiliki keluarga besar. Bajet pun tinggi. Apa yang penting adalah ilmu bagaimana kita menguruskannya dan buatkan duit lebih banyak masuk ke dalam poket melalui pelaburan.



5. Lebihkan kehendak dari keperluan.

Bukan semua orang mampu menangguhkan kepuasan dalam membeli barang yang disukai. Biasanya apabila gaji membesar, kehendak juga seiring membesar. Misalnya, gaji suami bertambah mulalah si isteri mengusik fikiran nak tukar kereta baru atau barang-barang rumah baru. Walhal barang-barang tersebut masih elok dipakai.

6. Gagal dalam merancang kewangan bulanan.

Nak tahu apa sebab duit kita tak pernah cukup walaupun sudah dicampur jumlah pendapatan suami isteri? Sebab kita gagal merancang! Pepatah ada menyatakan, “You fail to plan, you plan to fail.” Ambil sedikit masa bersama dan minta nasihat daripada orang tua bagaimana nak merancang kewangan seperti berapa jumlah simpanan yang patut ada atau bila waktu nak selesaikan hutang pinjaman.



7. Tidak menyimpan 10% setiap bulan.

Bayangkan kita simpan 10% daripada gaji rumah tangga setiap bulan, setahun saja sudah berapa. Cabaran yang dialami oleh kebanyakan orang masa kini, sukar nak bentuk tabiat menyimpan dan disiplin. Ada kalanya simpanan itu digunakan untuk memenuhi kehendak. Jadi lebih baik kita buat akaun simpanan tanpa kad debit (buat buku simpanan) yang menyebabkan kita sukar nak keluarkan wang.

]]>
'Ego' Punca Utama Rumahtangga Musnah, Kalau Nak Bahagia Kenalah... https://redaksi.com/8462-ego-punca-utama-rumahtangga-musnah-kalau-nak-bahagia-kenalah Tue, 18 Aug 2020 09:24:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8462 Setiap orang ada egonya yang tersendiri, kalau tidak tangani dan terlalu ikuntukan ego sendiri akhirnya akan memakan diri semula. Sama seperti drama yang baru saja labuhkan tirai isnin lepas, 7 Hari Mencintaiku 2 sangat berkait dengan masyarakat kita.

Kisah ini sarat dengan pengajaran yang berguna, malah boleh jadi panduan buat pasangan suami isteri. Jangan kerana ego ia menjadi punca keretakkan rumahtangga yang dibina.

Berdasar drama tersebut, Pendakwah Bebas, Da’i Wan Dazrin turut menganggap bahawa ego menjadi ujian terbesar dalam rumahtangga dan merekodkan antara punca penceraian.


Tambahnya, kesabaran dalam mengendalikan emosi isteri itu mampu membuang ego pasangan sendiri. Bahkan, suami itu sendiri perlu ada sifat mendidik jika mahukan rumahtangga kekal hingga ke jannah.

Ini perkongsian dari beliau.



"Pada akhirnya saya lihat keegoan sering kali menjadi punca mengapa pasangan yang telah berkahwin tidak mampu mengekalkan hubungan sesama. Ujian ego ni besar. Terkadang saya turut merasa takut dengannya. Sebab memang disebabkan 'Ego', telah merekodkan berapa ramai pasangan bercerai.

"Disebalik keegoan inilah timbulnya faktor tidak serasi dan tidak sefahaman. Walau macam mana pun berbeza perangai & sikap pasangan kita, namun disebabkan kita ego, mahu dia yang berubah dan bukan kita, menjadikan sesebuah hubungan itu sangat berat sebelah dan bahkan paling pedih & sedih, bila satu pihak sahaja yang terasa, dan terus makan hati dalam diam.



"Manusia mana yang mampu bertahan menahan perasaan terluka selamanya. Tiada seorg pun yang mampu melakukan itu. Maka, sebelum ia berlaku, setiap pasangan suami & isteri perlu benar-benar faham, dan rasai apa yang saya nak sampaikan tentang 'Keegoan' dalam rumah tangga masing-masing.


"Ia merugikan. Ia tak pernah membawa kebaikan. Jadi jangan tenggelam dengannya. Simpanlah nasihat saya ini sedalam-dalamnya.

"Bahkan, keegoan pada akhirnya akn selalu buat kita kesal dihujung waktu. Berapa ramai kita mementingkan rasa di hati sendiri kerana 'Keegoan', lantas tak mahu memaafkan kesalahan pasangan masing-masing, atas sebab dia sering kali berbuat salah.

"Selagi salah dia itu bukan hal yang besar, bukan hal yang melanggar syarak, maka baik suami atau isteri belajar, dan belajar untuk melepaskan 'Rasa terluka' itu dengan cepat 'Memaafkan'.



"Berapa ramai pasangan yang terduduk menangis tidak terhenti, kesal tidak berkesudahan bila pasangan hidup kita ditarik nyawanya untuk kembali pada Allah swt selama-lamanya. Jangan biarkan benda tu berlaku pada diri masing-masing. Belajar tentang itu.

"Ingat, keegoan seorang suami, dan seorang isteri tak pernah menjadi satu kebaikan, tapi sebaliknya satu kerugian.
Maka belajar dari sinopsis 7HMK2 ini, yang hanya kekesalan & kekecewaan sahaja yang akan bertandang buat suami & isteri bila keegoan berada dalam diri masing-masing.

"Bagi saya, jika Khuzairi bersabar, dia akan mampu kendali emosi Mia, & akan mampu buang keegoan Mia. Itulah perlu suami yang berjiwa mendidik. Tugas mendidik jika tak disertakan kesabaran, maka even seorang suami pun takkan mampu mengendali seluruh keturunannya



]]>
7 Tips Kenali Teman Wanita Anda Sudah Matang Atau Masih 'Budak-Budak'. https://redaksi.com/871-7-tips-kenali-teman-wanita-anda-sudah-matang-atau-masih-budak-budak Sun, 13 Aug 2017 14:41:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=871 Memiliki teman wanita yang bertubuh seperti wanita dewasa bukanlah penentu kematangan si dia. Pasti ada perangai-perangai pelik yang anda akan hadapi apabila sudah mula mengenali si dia lebih jauh. Jadi di usia berapakah seorang wanita itu boleh dikatakan cukup dewasa dan matang? Sesetengah akan menjawab wanita mula matang di usia 25 tahun dan mungkin sebahagian lain akan menjawab bahawa usia dewasa bagi wanita apabila mencecah usia 28 tahun. Kita tidak akan pernah tahu bilakah waktu tepat seseorang wanita telah berubah menjadi wanita dewasa kerana tahap kematangan dan perkembangan pola fikiran seseorang tentunya berbeza-beza sesuai dengan pengalaman yang telah dilalui oleh orang tersebut. Nah, berikut dibawah ini ada 7 tanda yang boleh jadikan rujukan adakah teman wanita anda seorang yang sudah matang atau belum. Jika ada ciri-ciri ini maka anda mampu menarik nafas lega. Jom semak dibawah ini.



1. Berani mengaku kesilapan.

2. Tidak berpandangan sempit.

3. Menggunakan kelebihan yang dimiliki dengan baik.

4. Tahu cara kawal emosi.

5. Menerima kekurangan diri.

6. Tidak membeza-bezakan orang lain.

7. Tak pernah merasa diri selalu betul.



Sememangnya sifat wanita sangat pelik dan kadang-kadang sukar difahami. Kuat merajuk, suka marah, cemburu, menangis sendirian dan macam-macam lagi adalah antara asam garam yang kaum lelaki perlu lalui dalam dunia percintaan. Jadi jika teman wanita anda masih belum mempunyai ciri-ciri diatas, sah si dia masih belum matang. Sebagai seorang lelaki, jika sudah tahu si dia belum matang, sabar dan hadap je lah. Bukan orang lain pun, 'girlfriend' yang anda pilih juga kan.



]]>
5 Alasan Kenapa 'Lelaki Berstatus Suami' Daftar App/Website Pencarian Jodoh. https://redaksi.com/1073-5-alasan-kenapa-lelaki-berstatus-suami-daftar-appwebsite-pencarian-jodoh Sun, 27 Aug 2017 17:05:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1073 Zaman sekarang, mencari jodoh hanya dihujung jari. Terdapat banyak aplikasi dan laman web pencarian jodoh yang boleh digunapakai oleh wanita bujang dan lelaki bujang dalam usaha mencari pasangan untuk berkahwin. Namun, agak pelik apabila ada lelaki yang sedang memegang status ‘suami’ turut mendaftar di dalam laman App/Website pencarian jodoh ini. Apakah sebenarnya yang dicari oleh lelaki yang sedang memegang status ‘suami’ ini sedangkan kehidupan mereka sudah lengkap dengan kewujudan isteri dan anak-anak di sisi mereka? Rupa-rupanya ini 5 Alasan Lelaki Berstatus Suami Daftar App/Website Jodoh.



1. Berpoligami.

Tidak semua, namun jangan tidak percaya memang ada lelaki yang bercita-cita berpoligami. Agama Islam tidak melarang poligami dengan syarat suami mampu berlaku adil, mampu memberi nafkah zahir batin, mampu untuk memikul amanah yang berganda dan tidak boleh melebihi dari 4 orang isteri. Walaubagaimanapun, gadis yang bertemu dengan Lelaki Berstatus Suami di bawah alasan ini harus jelas kenapa mereka ingin berpoligami samada:

a. Ingin mempunyai zuriat sendiri kerana perkahwinan sekarang masih belum dikurnia zuriat.
b. Isteri ditimpa penyakit kronik.
c. Seorang musafir dan ingin mempunyai seorang isteri di negeri yang sering bermusafir
d. Ingin membantu janda yang mempunyai anak.
e. Ingin membantu mengurangkan bilangan wanita yang tidak berkahwin kerana jumlah perempuan lebih dari lelaki.
f.  Ingin mencari wanita berkerjaya bagus sebagai isteri kedua disamping dapat membantu kewangannya dalam menguruskan kehidupannya bersama isteri pertama dan anak-anaknya.
g. Tanpa sebab.



2. Menguji saham diri sendiri.

Tidak semua, namun jangan tidak percaya memang ada lelaki yang kuat perasan. Mereka berasa diri mereka masih segak, kacak dan menjadi pujaan ramai walaupun sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Untuk membuktikan mereka masih mempunyai saham yang tinggi, ada antara mereka yang sanggup mendaftar di app/website pencarian jodoh. Mereka suka jika ada wanita yang menyukai mereka terutama jika yang suka itu terdiri dari kalangan gadis-gadis muda dan anak dara. Sekiranya penyertaan di dalam app/website pencarian jodoh atas cabaran rakan-rakan mereka, mereka akan bangga dengan keputusan cabaran itu.

3. Mencari client/customer.

Tuntutan kos sara hidup masa kini memang tidak dinafikan amat tinggi dan agak membebankan bagi lelaki berstatus suami menanggung nafkah isteri dan anak-anak. Oleh itu, ada antara mereka yang terlibat dengan kerja-kerja part-time sebagai contoh ‘berniaga MLM'. Ini menuntut mereka mencari kenalan baru untuk dijadikan prospect mereka. Sekiranya prospect membeli produk yang mereka jual atau bersetuju untuk menjadi ‘downline’ mereka, mereka sudah menjana pendapatan mereka.

4. Mencari pekerja.

Pelik tapi benar. Ada juga Lelaki Berstatus Suami yang mempunyai perniagaan membuat pengakuan bahawa tujuan mereka menggunakan medium app/website pencarian jodoh untuk mencari staff. Alasan ini amat pelik kerana mereka sepatutnya mencari pekerja melalui app/website yang khusus untuk pekerjaan seperti jobstreet, monster, linkedin dan banyak lagi bukannya di medium app/website pencarian jodoh.



5. Saja suka-suka.

Sekali lagi pelik tapi benar. Ada sesetengah lelaki berstatus suami yang mendaftar app/website pencarian jodoh tanpa sebarang tujuan. Mereka mendaftar hanya suka-suka untuk mengisi masa lapang berbual dengan wanita-wanita yang ingin mencari jodoh. Malahan di bawah alasan ini, ada juga lelaki berstatus suami yang membuat pertarungan siapa jatuh cinta dengan siapa dahulu samada dia atau wanita yang sedang mencari jodoh itu.

Kesimpulan.

Ini adalah antara 5 alasan yang telah dikenalpasti mengapa lelaki berstatus suami mendaftar app/website pencarian jodoh. Berdasarkan alasan ke-2 hingga alasan ke-5, lelaki berstatus suami yang mendaftar app/website pencarian jodoh tidak serius dalam mencari pasangan.



Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bermula dengan penglibatan pendaftaran yang tidak serius:

a. Lelaki berstatus suami yang mendaftar app/website pencarian jodoh juga boleh terjebak ke dalam BAHAGIANYA JATUH CINTA UNTUK KALI KE-2 dan ini merupakan penganiayaan lelaki itu kepada isteri dan anak-anaknya sendiri.

b. Namun, sekiranya wanita bujang yang terjebak ke dalam BAHAGIANYA JATUH CINTA KEPADA LELAKI BERSTATUS SUAMI yang mendaftar app/website pencarian jodoh dan lelaki itu tidak langsung berniat untuk memperisterikannya, ini merupakan penganiayaan kepada wanita bujang yang mencari jodoh itu.

Oleh itu, wanita bujang yang sedang mencari jodoh melalui app/website pencarian jodoh harus bijak dalam menilai bakal pasangan.

]]>
Nak Jadi Pasangan Yang ‘Sweet’, Lakukan Lima Perkara Ini. https://redaksi.com/2091-nak-jadi-pasangan-yang-sweet-lakukan-lima-perkara-ini Tue, 24 Apr 2018 12:14:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2091 Bila kita lihat pasangan yang sentiasa sweet ini, kita tahu yang mereka sedang berbahagia. Kita pun turut serta merasai kebahagiaan mereka. Sebab apa? Sebab pasangan yang begini selalunya membawa aura positif ke seluruh orang yang melihat mereka. Tapi itulah, tidak ramai pasangan yang sentiasa sweet ini. Lagi-lagi kalau sweet mereka hanya simpan untuk mereka sahaja. Susah kita nak ambil jadikan contoh.


Sebenarnya cara nak jadi pasangan yang sweet ini mudah sahaja. Jom ikuti lima perkara yang anda perlu lakukan untuk jadi pasangan sweet ini.

1. Bergurau senda.

Apabila pasangan selalu bergurau senda sesama mereka, automatik kemanisan dalam perhubungan itu akan timbul antara mereka. walaupun mereka itu hanya bergurau ketika berdua sahaja. Mengapa? Sebab apabila anda dan pasangan sudah biasa bergurau, anda akan melakukan perkara itu di mana sahaja tanpa mempedulikan yang lain.

2. Lakukan kejutan

Siapa yang tidak suka akan kejutan. Baik suami atau isteri dua-dua sukakan kejutan. Semakin kerap anda memberi kejutan pada pasangan anda, semakin sweet lah hubungan kalian. Kadang kala kejutan itu bukan bermakna hadiah yang mahal tetapi perkara-perkara simple pun boleh jadi kejutan. Macam mana? Macam masakkan untuk pasangan anda. Perkara mudah bukan?

3. Sentiasa bersama.

Nak jadi pasangan sweet juga perlu sentiasa bersama. Kalau tak bersama mana boleh nak sweet-sweet ini. Jadi lakukan pelbagai aktiviti bersama supaya anda dan pasangan dapat mencari keserasian bersama.


4. Tidak Berpura-pura.

Apabila berhadapan dengan pasangan, cuba jadi diri anda sendiri. Jangan pernah berpura-pura di hadapannya hanya kerana untuk menambatnya hatinya sahaja. Tidak salah kalau si dia lihat kekurangan kita, yang penting hubungan kalian bahagia.

5. Menghargai pasangan.

Ini adalah yang paling teras, di mana anda perlu menghargai pasangan anda. Kalau anda tidak menghargainya, bagaimana anda hendak menjadi pasangan yang sweet buat mereka. dari mula menghargai barulah perkara-perkara sweet ini akan keluar dengan sendirinya.

Nak jadi pasangan sweet ini tak susah pun. Ia memerlukan kerja dari kedua-dua belah pihak untuk menjadikan ia satu kejayaan. Anda juga mampu menyebarkan aura positif ke seluruh orang.

]]>
Belajarlah Bersangka Baik Terhadap Pasangan. https://redaksi.com/1720-belajarlah-bersangka-baik-terhadap-pasangan Fri, 23 Mar 2018 13:47:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1720 يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”
[Al-Hujurat: 12]


Jauhi bersangka buruk terhadap pasangan. Kan dosa tu, seperti yang dikatakan oleh Allah dalam firman di atas. Sedar tak kita, apabila kita telah berburuk sangka, kadang-kadang mulut tak boleh kawal apa yang ada di hati. Maka, muncul pulalah mengumpat. Huh. Dapat lagi satu dosa. Tak ke sia-sia hidup kita lepas satu, satu dosa yang kita lakukan.

Apa yang terlintas difikiran kita menunjukkan cara pandang kita. Jika kita berfikiran positif, itu menunjukkan kita juga seorang yang positif. Jika kita banyak berfikiran negatif, itulah sikap kita sebenar. Maka, saat ini ubahlah cara fikir kita ke arah yang lebih baik. Untuk mengubah orang lain, mulalah mengubah sikap kita terlebih dahulu. Manusia tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata, tapi lebih mempercayai dengan perbuatan kita. Jika kita baik, orang sekeliling juga turut akan merasa tempias dan ingin berubah.

Berhentilah menghukum. Jika ada persoalan yang timbul di fikiran, bukankah lebih elok jika kita bertanya terlebih dahulu daripada kita membuat andaian yang tidak sepatutnya. Ingat dalil di atas tadi. Berdosa tau.

Ubah limau yang masam menjadi air limau yang sedap. Jika benar si dia memang melakukan kesilapan, adalah lebih baik jika kita mengambil inisiatif terbaik iaitu melupakan kesilapan tersebut, lalu memperbaiki diri kita dengan melihat kekurangan demi kebaikan perhubungan.



Jika lihat perbuatan dosa tersebut, ubahlah mengikut kemampuan seseorang. Ubahlah samaada dengan tangan (hantar masej, nota), dengan kata-kata kita atau jika tidak mampu, tolaklah perbuatan dosa tersebut dengan hati. Buatlah keputusan yang terbaik untuk diri kita dan pasangan. Fikir adakah lebih baik anda dan pasangan bersama atau berpisah dengannya.


]]>
Sayang Macam Mana Pasangan Dengan Kita Bila-Bila Masa Boleh Berubah, InsyaAllah Dengan Amalkan Doa Ini Hanya Kita Kekal Di Hatinya. https://redaksi.com/8240-sayang-macam-mana-pasangan-dengan-kita-bila-bila-masa-boleh-berubah-insyaallah-dengan-amalkan-doa-ini-hanya-kita-kekal-di-hatinya Fri, 05 Jun 2020 21:52:11 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8240 Setiap hati manusia ini mudah berbolak balik. Boleh jadi hari ini dia sayang sangat pada anda mana tahu esok lusa sudah berubah. Bukan kerana anda tidak melakukan yang terbaik tetapi hati manusia ini memang mudah hendak berubah-ubah.


Itu semua bukan kuasa kita untuk mengawal dan menetapkan hati mereka. Boleh jadi, kita dah lakukan sehabis baik untuk yang terbaik buat dirinya namun, tiada angin tiada ribut tiba-tiba hatinya berubah arah. Hati manusia ini Allah yang pegang.

Tidak kiralah, sudah berkahwin ataupun cinta setengah mati sekalipun kalau tiba-tiba dia berubah tiada apa yang anda boleh lakukan. Tapi anda boleh mengubahnya untuk kuatkan kasihnya pada anda. Bukan menggunakan jampi serapah atau bomoh, itu semua kurafat tetapi gunalah keyakinan anda kepada Allah dengan mengamalkan beberapa doa pengikat kasih sayang ini.

Di sini terdapat beberapa contoh doa pengasih untuk anda mengikat kasih sayang pasangan anda supaya pasangan sentiasa jatuh cinta pada anda!

9. Surah Al-Syura (ayat 19)





Amalkan baca ayat pengasih dalam surah Al-Syura ayat 19 ini untuk melembutkan hati pasangan anda. Seeloknya amalkan setiap hari selepas solat. Ia akan mengikat cinta dan kasih sayang anda. InshaAllah niat yang baik Allah permudahkan. Selamat beramal!

8. Surah Taha (Ayat 1-8)



Untuk jadikan rumah tangga sentiasa gembira bukannya mudah, perselisihan faham perkara biasa. Kadangkala ego menguasai diri pon akan mengeruhkan lagi keadaan dengan pasangan kita tu! Jadi, Surah Taha ayat 1-8 juga elok diamalkan untuk dijadikan sebagai doa pengasih. Sebaiknya anda hafal surah ini kerana ayat ini ayat yang pendek sahaja dan mudah untuk dihafal. Ia juga boleh melembutkan hati pasangan dan setiap orang yang melihat anda. Orang akan senang hati dan selesa apabila bersama dengan anda.

7. Surah Taha (Ayat 39)




Amalkan membaca ayat ini setiap hari lebih kurang 3 kali sehari. Untuk menambahkan lagi kasih sayangnya terhadap anda, lebih baik dibaca semasa anda masak atau hembus di dalam makanan yang anda hidangkan kepadanya. Selain itu, cara lain anda baca ayat ini dan sapu pada ubun-ubunnya dan mukanya. Niat dan doa pada Allah SWT untuk membuatkan pasangan anda sejuk hati dan cinta pada anda.

6. Surah Ali-Imran (Ayat 31)




Amalkan membaca ayat ini semasa anda ingin mengurut leher,badan, pinggang dan leher suami anda. Niat pada Allah agar suami anda sentiasa menyayangi anda sampai bila-bila. Moga dengan amalan ayat ini akan membuatkan suami anda tidak pandang dan tidak cari perempuan lain! InshaAllah, yakin dengan kuasaNYA moga makbul apa yang dihajati.

5. Surah Al-Qadr



Surah ini adalah surah yang boleh diamalkan sebagai ayat pengasih. Seeloknya baca ayat ini dan sapu pada ubun-ubun isteri atau suami anda. Anda juga boleh membaca ayat ini semasa bersetubuh. Ia akan membuatkan hubungan anda bersama pasangan dalam keadaan baik, tenang, romantik dan berkasih sayang. Amalkan setiap hari ayat ini dan niat ikhlas supaya hubungan rumah tangga bahagia kekal abadi. Dengan izin Allah, Allah akan kabulkan doa anda nanti.

4. Surah Al-Insyirah



Baca sambil tadah tangan dan tiup sapu ke seluruh wajah anda. Sambil baca, niat supaya suami pandang anda dengan rasa yang tenang dan sayang anda. Dengan izin Allah yang Maha Berkuasa, suami anda akan sayang selalu! Cuba amalkan selalu ya..

3. Surah Ali-Imran (Ayat 200)




Kadangkala dalam rumah tangga, ada juga terdapat isteri yang suka keluar rumah tanpa minta izin pada suaminya terlebih dahulu, sedangkan ianya wajib untuk minta izin!

Jadi jika anda sebagai suami mahu isteri lembut hati, amalkn ayat pengasih surah Ali Imran ayat yg ke 200 ini, ini akan membuatkan isteri menjadi lembut hati, dengar kata dan pergi mana-mana sudah tentu dia akan minta izin pada anda

Amalkanlah ayat ini dan niat supaya isteri anda mendengar kata. InshaAllah dengan izinNYA isteri akan menjadi lebih baik dan rumah tangga harmonis sejahtera.

2. Surah Yusuf (Ayat 4)



Namun begitu, ayat pengasih ini bukan sahaja untuk suami isteri, tapi bagi mereka yang ingin mencari jodoh juga boleh amalkan ayat ini supaya nampak cantik/ tampan bagi orang lain yang memandang wajahnya. Sebaiknya amalkan 3kali atau 7 kali setiap hari bila-bila masa sahaja. Baca dan niat untuk dikasihi oleh suami atau isteri. Berdoa bersungguh-sungguh supaya dapat aura pengasihan ini.

1. 7 Zikir (Ya Latif, Ya Rahman, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Rahim, Ya Waddud, Ya Jabbar )

Nama-nama Allah ada di dalam Asma Ul-Husna, Allah itu Maha Esa dan mempunyai sifat yang baik. Zikir nama Allah ini boleh dijadikan sebagai ayat pengasih juga. Jadikan ia sebagai rutin harian anda untuk menyebut nama Allah ini. Ya latif bermaksud maha lembut, bacalah setiap hari agar pasangan kita sentiasa lembut hati dalam setiap urusan rumah tangga yang dibuat bersama kita.

Namun begitu, Ya rahim yang bermaksud penyayang. Sebut banyak kali supaya pasangan kita sentiasa sayang kita. Di tambah juga dengan zikir yang lain seperti Ya Hayyu dan Ya Qayyum. Amalkan setiap hari nama-nama Allah ini sambil ingat wajah pasangan anda!

Moga dengan cara ini membuatkan rumah tangga bahagia seperti sinaran bintang di langit. Selain itu, sifat Allah Ya Waddud bermaksud yang maha mencintai. Amalkan ya waddud ulang banyak kali dan sapu pada ubun-ubun pasangan atau hembus pada makananya, supaya pasangan akan lebih jatuh cinta pada kita selalu macam pengantin baru.

Tambahan lagi, sebutlah perkataan Ya Jabbar iaitu maksudnya Yang Maha Kuasa, dengan niat mudahan aura pengasihan membuatkan hubungan suami isteri tiada gangguan dari orang lain atau tawar hati.

Semoga ia menjadi amalan kita bersama.



]]>
Tips 'Hensem': 5 Tips Penjagaan Muka Untuk Lelaki. https://redaksi.com/847-tips-hensem-5-tips-penjagaan-muka-untuk-lelaki Fri, 11 Aug 2017 11:12:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=847 Bukan pengantin perempuan sahaja yang perlu menjaga kulit. Pengantin lelaki pun perlu juga. Apa kata anda mulakan sekarang sebelum terlambat?



1. Bersihkan muka.

Cuci muka dengan menggunakan pembersih muka yang sesuai mengikut jenis kulit anda. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kulit yang berminyak. Ini adalah langkah paling asas dalam penjagaan muka. Sabun buku yang anda gunakan pada badan anda itu bukan untuk muka tau. Sabun jenis itu mungkin terlampau kasar dan boleh menjadikan kulit muka anda kering. Cuci muka maksimum 2 kali sehari dengan pencuci muka.

2. 'Scrub'.

Tanggalkan sel mati kulit wajah anda dan biarkan sel kulit baru menyinar dengan scrub. Barulah muka boleh nampak bersih dan berseri. Bukan kena pakai hari-hari pun. Anda hanya perlu scrub sekali dalam 2 atau 3 hari sahaja.



3. 'Moisturise'.

Gunakan losyen. Losyen bukan sahaja bertindak sebagai pelembap, malahan bertindak sebagai pelindung kulit anda juga. Cuba gunakan losyen yang mempunyai pelindung sinaran UV lebih-lebih lagi jika pekerjaan memerlukan anda berpanas. Tak, jangan risau, tak macam perempuan pun. Cuma sekarang ini golongan wanita makin cantik dan makin pandai menjaga kecantikan dalaman dan luaran mereka. Anda pun mesti mula juga untuk kebaikan jangka masa panjang. Lagi sepuluh tahun takkan anda mahu pasangan anda sahaja yang awet muda, kan?

4. Jangan picit jerawat.

Selagi boleh, tahan diri anda daripada memicit jerawat. Kadang kala geram kan, lebih-leboh lagi apabila jerawat anda itu sudah masak. Sabar saja. Tunggu dia pecah sendiri. Kalau tidak, berbekas nanti. Tapi, jika anda sudah tidak tahan sangat, pastikan tangan anda bersih ketika memicitnya. Gunakan tisu untuk mengelap sisa jerawat. Jangan bagi tisu yang sudah tercemar terkena bahagian lain muka anda tau.

5. Trim.

Jika anda menyimpan janggut atau misai, pastikan bebulu muka anda sentiasa ditrim kemas atau disisir jika perlu. Macam ini barulah 'hensem'.

]]>
Sebelum Berkahwin, Hadam 12 perkara Ini Terlebih Dahulu. https://redaksi.com/393-sebelum-berkahwin-hadam-12-perkara-ini-terlebih-dahulu Sat, 08 Jul 2017 08:23:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=393 Perihal untuk merancang perkahwinan tentunya bukan sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh. Pelbagai persediaan perlu dibuat bagi memastikan semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Namun begitu, persediaan yang paling utama adalah kos dan bajet perbelanjaan yang perlu dibuat bagi melangsungkan sesebuah perkahwinan itu. Bagi mereka yang masih rungsing memikirkan hal untuk menabung dan mengumpul duit untuk berkahwin, jom baca ini!



1. Buatlah tabung kahwin walaupun belum ada calonnya lagi. Dengan harapan, bila muncul sahaja putera idaman atau puteri kayangan, boleh terus melangsungkan perkahwinan selepas sesi perkenalan.

2. Terlalu ramai yang menyesal kerana tidak membuat tabung perkahwinan dari awal. Ambil iktibar dari perkara tersebut dan jangan mengulangi kesilapan mereka yang tidak suka menabung. Jangan tidak percaya, walaupun sudah bercinta sehingga 10 tahun, tetapi tabung kahwin RM5,000 pun tidak pernah wujud.

3. Lelaki atau perempuan, Kedua-duanya harus mula menabung dari awal lagi. Sekiranya majlis yang anda rancangkan memerlukan peruntukan RM20,000, setiap seorang perlu sediakan RM10,000. Berani? Ajak pasangan baca posting ini bersama-sama. Lagi seronok, ajak mertua sekali.



4. Barulah adil dan saksama. Kedua-duanya bijak merancang kewangan. Yang lelaki, kumpul duit kahwin bagi membuktikan yang anda mampu dan kuat berusaha. Selepas kahwin nak jadi ketua keluarga bukan?

5. Buat perempuan, untuk buktikan yang anda sudi untuk susah dan senang bersama. Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, bagaimana pula selepas berkahwin kelak?

6. Jika kita terpaksa mengambil pembiayaan pinjaman peribadi untuk membeli sesuatu, sebenarnya anda belum mampu memilikinya lagi. Apatah lagi tujuannya untuk berkahwin. Berkahwinlah dengan menggunakan simpanan sendiri yang sedia ada.

7. Sebelum berkahwin, anda suda mengatakan komitmen anda tinggi dan tidak mampu membuat simpanan. Jangan ingat selepas berkahwin, hidup akan menjadi lebih mudah. Baru sebulan kahwin, isteri dah mula morning sickness. Faham-fahamlah.



8. Jika sebelum berkahwin pun anda tidak mampu nak menyimpan RM500 sebulan, jangan pula ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bulanan RM500. Senak pula untuk membayarnya nanti. Lupakanlah pembiayaan peribadi itu.

9. Jenis yang selepas berkahwin baru tersedar untuk membeli rumah, pastinya anda mengalami masalah untuk mengumpul deposit. Hutang kahwin belum habis lagi, bayangkan rumah langsung tidak kelihatan. Jauh dan semakin menjauh.

10. Orang nak kahwin, murah rezekinya, InshaAllah. Tetapi anda harus merancang perbelanjaan dengan baik. Sama ada yang anda rancangkan itu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancang sahaja, namun Allah jua yang sebaik-baiknya merancang.

11. Jangan bergantung kepada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau tanpa modal, dropship, affiliate, Uber, Grabcar dan lain-lain.

12 Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, jurugambar tidak perlu sampai tiga orang. Kalau tak mampu buat dua majlis berasingan, buat satu majlis sahaja pun boleh. Secara tidak langsung jimat perbelanjaan sebanyak 50%. Bridesmaid tak payah wujud langsung kalau kita yang kena tanggung.

]]>
Amalkan Doa Ini Jika Anda Sedang Merindui Seseorang. https://redaksi.com/2072-amalkan-doa-ini-jika-anda-sedang-merindui-seseorang Mon, 23 Apr 2018 10:48:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2072 Ketika menjalani perhubungan, rasa cinta dan rindu itu meluap-luap dalam diri seseorang. Rasa yang tidak boleh ditanggung dan ditahan. Kalau kerap berjumpa takut tidak elok di pandang orang, namun tidak tahu bagaimana untuk menyembunyikan rasa rindu ini terhadap orang yang kita cintai. Kadang, rasa rindu ini juga boleh mendekatkan kita dengan perkara-perkara yang tidak elok dalam perhubungan kita. Bagaimana kita hendak kekalkan hubungan kita agar berada di jalan yang betul. Iaitu dengan berdoa.

“Hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kemaluan, yang demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya, Allah maha mengetahui apa yang mereka kerjakan.” (Surah An-Nur:30).

Jika kita rasa rindu terhadap seseorang, tidak salah jika kita berdoa untuk orang yang kita rindu itu merasai rindu kita. Seperti doa rindu dari jauh Nabi Yusuf ketika merindui Zulaikah.


“Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada…(nama penuh orang yang dirindu)… sehingga menjadi kerinduannya.”

Selepas itu bacakan surah Al-Fatihah, dan niatkan di dada dengan seikhlas mungkin. Semoga Allah sampaikan rasa hati anda.

Selain itu juga, beberapa doa lain yang anda boleh gunakan untuk memohon kepada Allah apabila anda merindui seseorang.


“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin.”

Maksudnya: “Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,” Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku” (Surah Yusuf: 4).


“Wa-alqaytu ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a’laa ‘ainii.”

Maksudnya: Dan aku telah melimpahkan kepadaMu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku” (Surah Thaahaa: 39).


“Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabbil alamin. Arrahmaanirrahiim. Maaliki yaumiddiin. Iyyaka nabudu waiyyaaka nastaiin. Ihdinashirratal mustaqim. shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghduubi alaihim waladhaalin.”

Mkasudnya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkau-lah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukkan lah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat” (Surah Al Fatihah: 1-7).


“Yuhibbunahum kahubillahi wallazina amanuu ashaddu hubbanlillah.”

Maksudnya: “Mereka mencintainya (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah, sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah” (Surah Al-Baqarah: 165).

“Zuyyinalinnasi hubbushahawati minannisa’i walbani na walqanaathiril muqanthorotiminazzahabi walfidhah”

Maksudnya: “Dihiasi (dan dijadikan indah) bagi manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini, iaitu perempuan-perempuan dan anak-anak, harta-benda yang banyak dari emas dan perak” (Surah Ali-Imran:14).


Tidak lupa juga, doa kepada kedua-dua ibu bapa kita yang banyak berkorban untuk kita. Tidak salah jika rasa rindu kita ini sangat besar padanya.


“Allahummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama rabbayaanii shagiiraa.”

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan kedua orang tuaku (ibu bapaku), sayangilah mereka seperti mereka menyayangi sewaktu masih kecil.”

Selamat mencuba, semoga orang yang kita rindu itu, dapat merasai rindu yang sama.

]]>
Yang Masih Single Itu Kerap Mimpi Bekas Kekasih, Ini Yang Korang Kena Tahu Puncanya. https://redaksi.com/6808-yang-masih-single-itu-kerap-mimpi-bekas-kekasih-ini-yang-korang-kena-tahu-puncanya Mon, 12 Aug 2019 17:07:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6808 Korang pernah mimpi bekas kekasih korang? Mungkin pernah je korang alami cuma tak nak megaku bahawa korang pernah bermimpi bekas kekasih.

Mungkin akan ada yang menganggap bahawa korang belum move on lagi sebab masih teringat-ingat akan si dia hingga bahawa ke tidur. Tapi jangan bimbang, ramai je yang alami hubungan separuh jalan berdepan dengan mimpi sebegini.



Mesti korang tertanya-tanya maksud mimpi tersebut kan? Walaupun korang dah putuskan hubungan dengan bekas kekasih, tak mustahil untuk dia datang dalam mimpi korang.

Ini sebabnya yang korang kena tahu.

1. Ada sesuatu yang belum diselesaikan.

Haa.. apa yang belum selesai tu? Apabila korang putus cinta, ada beberapa masalah yang belum diselesaikan atau ada perkara yang membuat korang tak selesa. Sama ada korang sembunyikan sesuatu darinya atau dia yang tak mendedahkan sesuatu. Macam dalam lagu Adele, Hello yang mengingatkannya mengenai bekas kekasih kerana ada masalah yang belum selesai.



2. Baru je nak move on.

Jika secara kebetulan korang mimpi dengan menunjukkan bahawa kalian berpisah, dengan rasa berat hati untuk melepaskan malah mengucapkan selamat tinggal, itu tanda korang dah move on atau dah bersedia untuk memulakan sesuatu yang baru.

3. Rasa rindu.

Boleh jadi juga mimpi yang datang dalam tidur korang itu hanya sebab korang merindui si dia je. Ini boleh berlaku apabila korang terlalu memikirkan bekas kekasih yang membuatkan korang rasa bertuah atau terbaik, walaupun sebenarnya korang tak nak pun jalinkan hubungan dengannya semula.



4. Sekadar mainan tidur.

Kadang-kadang mimpi tu tak ada makna apa-apa pun. Mungkin ia datang secara tak sengaja sebelum tidur, atau mungkin korang melihat gambarnya. Boleh jadi ia sekadar mainan tidur dan tak membawa makna apa-apa pun. Baik lupakan je.

Mimpi ini sebenarnya tersangatlah unik, kadang kala ia datang sebagai petanda malah ia juga boleh hadir sebagai mainan sahaja ketika tidur. Apa-apa pun, jangan sebab mimpi korang nak balik semula pada bekas kekasih.

]]>
5 Sebab Lelaki Yang Baik Sukar Menemui Cinta. https://redaksi.com/4110-5-sebab-lelaki-yang-baik-sukar-menemui-cinta Fri, 02 Nov 2018 15:57:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4110 Lelaki yang baik, untuk wanita yang baik.

Seperti Allah SWT telah berfirman:

“….perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik…” (An-Nur: 26)

Ayat di atas bermaksud, lelaki yang mempunyai akhlak yang baik untuk wanita yang mempunyai akhlak yang baik juga. Lelaki dan wanita itu juga mempunyai tahap keimanan yang sekufu, dimana masing-masing berusaha untuk berubah menjadi orang yang lebih baik, dan sudah bertaubat nasuha. Mereka juga berusaha dalam mendekatkan diri dengan jodoh yang baik. Itulah namanya sekufu dalam aspek keimanan atau keagamaan.

Jadi…

Untuk mencintai lelaki yang baik adalah sesuatu perkara yang agak sukar kerana…

1. Mereka Lebih Bermoral dan berakhlak.

Lelaki yang baik itu tidak semestinya seorang yang sempurna kerana dia melakukan sesuatu perkara bukan untuk menjadi sempurna tetapi dia adalah seorang yang bermoral. Lelaki ini berwawasan dan mempunyai standard tersendiri kerana dia sendiri mahu memastikan setiap perilakunya selaras dengan piawaiannya.

2. Tidak Gemar Melakukan Perkara Remeh.

Dimana kadang-kala kaum wanita gemar meremehkan keadaan, dan merumitkan semua perkara. Namun, lelaki yang baik tidak akan melakukan sesuatu perkara yang di ambil mudah, mahu pun yang remeh tetapi dia melakukan sesuatu perkara yang dia tahu kebaikannya terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Sukar bukan?

3. Apabila terlalu kecewa, mereka akan menunjukkan sikap yang sebenar.

Lelaki yang baik tidak akan mencuba untuk berbohong kepada pasangannya, malah dia sedaya upaya untuk mencuba memahami hati pasangan. Lalu dia akan merasakan semua perkara itu sangat remeh padanya dan apabila dia terlalu kecewa, sikap sebenarnya akan muncul seperti perasaan amarah yang membara.

Jika pasangan melihatnya untuk kali pertama pasti terkejut dan terus melarikan diri dari hubungan tersebut. Namun, jika diberi masa dan ruang, pasti tahu cara-cara untuk melenturkan ego lelaki ini.

4. Tidak kisah menerima panggilan dari bekas kekasih.

Dimana pasangannya sekarang (cinta baru) tidak selesa dengan perbuatan tersebut.

Kadang kala lelaki yang baik ini, sanggup untuk menerima panggilan daripada bekas kekasihnya walaupun ketika itu dia bersama dengan pasangan. Pada fikirannya, mungkin ketika itu bekas kekasihnya membuat panggilan kerana hal emergency dan dia merasakan itu adalah suatu kewajipan yang dia perlu lakukan sebagai lelaki yang baik. Lelaki yang baik akan melakukan yang terbaik, tidak kira dalam apa jua situasi.

5. Terlalu baik sehingga mudah pasangan mengambil kesempatan.

Lelaki yang baik adalah seorang yang sangat setia walaupun dengan keluarga atau sahabatnya sendiri. Dia sanggup melakukan atau memberikan segala-galanya apa yang mereka mahu dan ketepikan segala kemahuan sendiri. Jika dengan kekasih hati, mereka sangat mementingkan kepercayaan dan kejujuran, sekali anda menghancurkan kepercayaan itu amat susah si dia mahu lari dari situasi yang sangat mengelirukan.

Hanya seorang wanita yang bertuah sahaja akan dapat memiliki lelaki yang baik ini, dan tidak akan cuba sesekali untuk mengecewakan mereka. Untuk menjadi lelaki yang baik sangat sukar, kadang kala sangat mengecewakan kerana tiada siapa dapat menyalahkan dirinya kerana dia menjadi terlalu baik.

Lelaki ini sentiasa berhati-hati dengan setiap perilakunya dan positif. Situasi ini menyebabkan pasangannya sukar untuk meninggalkannya malah lebih menyayangi mereka dengan lebih mendalam.

]]>
15 Alasan lelaki Menolak Cinta Seorang Wanita. https://redaksi.com/3838-15-alasan-lelaki-menolak-cinta-seorang-wanita Fri, 12 Oct 2018 11:31:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3838 Setiap daripada kita pasti mempunyai habit atau kata-kata yang sering diucapkan sekiranya tidak dapat menerima cinta seseorang. Bagi lelaki apabila mereka tidak menyukai seorang gadis atau wanita, mereka mula menjauhkan diri. Namun, ada sahaja daripada mereka berani meluahkan rasa tidak suka secara terangan. Nampak seperti menyakitkan, tetapi alasannya “Biar sakit sekarang, daripada sakit dikemudian hari…”

Jom lihat antara alasan yang lain…

1. “Awak terlalu mengada-ngada macam baby…”

Lelaki sebenarnya meluat dengan gadis yang terlalu mengada-ngada tidak bertempat. Dan si dia akan mengatakan “Saya perlukan seorang kekasih, dan bukannya bayi…”

2. “Saya tak pernah ada kekasih sebelum ini, jadi saya tak selesa..”

Lelaki ini sebenarnya tidak tahu untuk melayan seorang wanita sebagai kekasihnya, mungkin kerana selama ini dia terus mengharapkan seorang isteri, dan bukannya kekasih.

3. “Awak bukan taste saya…”

Lelaki ini sememangnya seorang yang berterus-terang kerana mahukan gadis tersebut terus hilang dari pandangannya. Dengan harapan tidak mengacau hidupnya lagi.

4. “Saya tak bersedia dengan komitmen…”

Seperti biasa jawapan tipikal majoriti lelaki, tidak bersedia dengan tanggungjawab sebagai Boyfriend apatah lagi sebagai suami kelak. Mereka hanya mahu keseronokan sahaja.

5. “Saya tak suka dengan perempuan yang macam tomboy…”

Lelaki ini lebih sukakan pada gadis atau wanita yang lebih feminin, bersopan santun dan sentiasa menggayakan pakaian yang ayu seperti blouse, skirt dan seumpama dengannya.

6. “Saya tak suka awak gelak macam pontianak…”

Memang kelihatan gadis seperti ini tahu untuk menceriakan suasana, dan mudah untuk diajak ketawa. Tetapi jika hilaian tersebut menganggu ketenteraman awam, termasuk diri lelaki tersebut, tidak hairan mereka terus mengangkat kaki.

7. “Cinta dan sayang ni mana boleh paksa-paksa…”

Kemungkinan semua kaum wanita yang mendekati dirinya suka memaksa untuk terus menjalinkan hubungan yang serius. Maka, dirinya memerlukan masa untuk bercinta.

8. “Saya tak suka dikejar, saya lebih suka mengejar…”

Ada lelaki kurang suka apabila terdapat sekumpulan gadis yang jelas kelihatan terhegeh-hegeh pada dirinya. Jadi, mereka lebih suka menyembunyikan diri daripada kumpulan gadis ini.

9. “Awak terlalu jual mahal…”

Kadang-kala ada juga lelaki seperti ini, apabila gadis yang diminatinya sukar di dapati, terus berputus asa. Lelaki memang suka mengejar, tetapi jika sukar sangat nak dapat, mereka mudah putus asa.

10. “Awak suka sangat merajuk…”

Lelaki ini tidak pandai memujuk atau tidak suka memujuk. Oleh kerana itu, ramai sahaja kaum wanita perlu memujuk diri sendiri.

11. “Saya ada trust issue..”

Lelaki ini mungkin pernah terluka ketika waktu dahulu, oleh sebab itu dia sukar untuk menerima cinta dan terus menolak anda begitu sahaja.

12. “Awak ni kenapa suka sangat negatif..”

Pemikiran lelaki lebih praktikal, dan jarang untuk bermain dengan emosi terlalu lama. Oleh sebab itu, mereka memerlukan suasana yang positif dan terus maju ke hadapan.

13. “Awak ni suka sangat mengawal saya…”

Andaian lelaki mengenai wanita sebegini adalah, setelah berkahwin pasti akan menjadi Queen Control. Oleh sebab itu mereka menolak awal cinta anda.

14. “Awak ni susah nak jaga…”

Lelaki ini memerhati perbelanjaan anda, sekiranya sentiasa boros, pasti mereka akan fikir banyak kali untuk dijadikan sebagai bakal isteri. Kerana takut susah nak jaga lepas kahwin.

15. “Awak ni tak cantik…”

Pelbagai alasan yang lelaki beri, tetapi tidak semua yang berani meluahkan alasan sebegini. Namun, ia adalah alasan utama kenapa anda kena ‘reject’ sebenarnya. Anda bukan wanita idamannya dan seperti citarasanya juga. Lelaki kalau dah tak suka, pasti memberi pelbagai alasan, kan? Namun, ini lah alasan sebenarnya.

]]>
Pandangan Mata Seorang Lelaki Yang Perlu Wanita Ketahui. https://redaksi.com/1934-pandangan-mata-seorang-lelaki-yang-perlu-wanita-ketahui Tue, 10 Apr 2018 15:53:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1934 Seorang wanita dikira sangat beruntung jika ada seorang lelaki menegur tentang pakaiannya yang kadang mencolok mata. Kerana apa? Kerana dia sebagai seorang lelaki tentunya lebih mengetahui akan pandangan mata dan nafsu kebanyakkan lelaki. Tubuh badan wanita menjadikan seorang lelaki liar untuk memandang lama. Sebab itulah Allah memerintahkan wanita agar melabuhkan dan melonggarkan pakaian. Mata seorang lelaki sangat tertarik pada bahagian tersebut.


1. Wajah.

Wajah yang cantik menjadi pujaan sebahagian lelaki. Dia sanggup mendapatkan wanita hanya kerana kecantikan yang ada pada seorang wanita. Tetapi ketahuilah wanita, lelaki begini akan meninggalkan wanita cantik apabila kecantikkan itu hilang dari wajah. Berhati-hati. Jadi, jika anda mempunyai pasangan, lihat dahulu peribadinya. Jika elok, ambil. Jika yang dia mahukan hanya kecantikkan yang ada pada anda, abaikan saja orang begini.

2. Dada.

Maaf. Ini mungkin sensitif untuk wanita. Tapi perlu diketahui, dada adalah bahagian yang wajib ditutup oleh wanita Islam. Kerana Allah sangat mengetahui akan pandangan seorang lelaki. Seperti dalam al-Quran dinyatakan:

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.

[an-Nur: 31]

3. Punggung.

Ini juga bahagian yang menjadi tarikan kepada seorang lelaki. Maka, longgarkanlah pakaian di bahagian ini. Antara hikmah Allah memerintahkan agar wanita berada di belakang seorang lelaki apabila solat, adalah untuk menjaga pandangan seorang lelaki. Jika wanita solat dihadapan lelaki, sudah tentunya tidak khusyuk bukan? Begitu juga jika lelaki dan wanita berjalan, sebaiknya wanita berada di belakang lelaki.


Seorang wanita yang menjaga pakaiannya, ini bermaksud dia telah menjaga kehormatannya. Maka, jika anda seorang lelaki, pilihlah wanita yang menjaga aurat sebagai teman hidup. Bagi wanita, jadikanlah pakaian yang menutup aurat sebagai pakaian yang disukai. Dengan itu juga, anda akan temui lelaki yang menjaga pandangan serta menjaga pergaulan. Jika anda berusaha untuk menjadi wanita baik, pasti Allah temukan anda dengan lelaki yang baik juga. Itu janji Allah bukan?

]]>
Lupakan Insan Yang Pernah Kita Sayangi Memang Sukar Tapi Tak Mustahil. Farah Lee Kongsi Tips Untuk Move On Dari Hubungan Lalu. https://redaksi.com/7739-lupakan-insan-yang-pernah-kita-sayangi-memang-sukar-tapi-tak-mustahil-farah-lee-kongsi-tips-untuk-move-on-dari-hubungan-lalu Thu, 26 Dec 2019 12:58:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7739 Melupakan seseorang yang pernah hadir dan memberi sinar kebahagiaan bukanlah satu perkara yang mudah. Nak-nak lagi jika dirinya itu pernah bersama dengan kita untuk satu jangka masa yang agak lama. Pasti lagi sukar nak melupakan dirinya.

Walaupun kelihatan agak sulit tapi tiada yang mustahil. Untuk melupakan memang tidak boleh tapi apa yang boleh kita lakukan adalah dengan menerima segalanya dengan hati yang terbuka.

Move on itu ambil masa, maka ambil lah banyak masa yang anda mahukan. Buat anda yang sedang move on, sentiasa kuat semangat dan positifkan diri. Boleh juga cuba tips yang dikongsi oleh Farah Lee ini. InsyaAllah, anda pasti mampu lakukan.



Macam mana nak lupakan orang yang pernah kita sayang.?
.
Takde jalan, sebab kau takkan mampu lupa. They were part of your life and forever will be. Tapi kau mampu untuk lupa rasa sayang yang pernah ada. #FLwrites
.
Bagaimana.?
.
• Bangun tahajjud.
• Solat sunat hajat untuk memaafkan.
• Usai solat dan berdoa,
• Letak telapak tangan di dada.
• Baca Surah Ar-Ra'ad ayat 39 tiga kali.
• Genggam tapak tangan tersebut.
• Masukkan semua rasa sayang, geram, benci dalam tu.
• Campak genggaman tersebut ke udara.
• Menangis sampai puas.
• Tenangkan diri.
• Lapangkan hati.
• Redha.
• Serahkan pada Allah.
.
Ulang sampai you no longer have any feelings towards them. Begitu juga boleh amal untuk hilangkan rasa benci pada seseorang contoh perampas suami kurrr 😌 Hiks.!
.
I've received a lot of DMs tanya camne nak move on. Actually maybe sebab I dah moved on jadi I lupa dah I pernah buat apa 😂 So I tried to recall. And this is one of the tips, I suggest this to be the first and foremost thing to do to move on.
.
The rest I'll share in next post.! (Doakan assignments ni smooth so I have time for that haha). #ommabebel



Jangan bersedih terlalu lama, bangkitlah dan serahkan segalanya kepada Allah. Cepat atau lambat, tentu kamu akan bertemu dengan jalan yang sebenar.

]]>
Antara Ciri-Ciri Wanita Manja Yang Kadang-Kala Merimaskan Lelaki. Anda Yang Mana? https://redaksi.com/3592-antara-ciri-ciri-wanita-manja-yang-kadang-kala-merimaskan-lelaki-anda-yang-mana Fri, 21 Sep 2018 16:17:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3592 Secara lahiriahnya wanita adalah seorang yang manja. Cuma didikan daripada ibu bapa sejak kecil itu amat penting supaya dapat membentuk anak perempuan sama ada terlalu manja atau boleh berdikari. Ada sahaja sebahagian lelaki mengatakan manja seorang wanita ini berbeza-beza mengikut individual. Ada yang buat-buat manja kerana mahu menarik perhatian atau dipanggil gedik, dan ada sahaja memang semula jadi manja.


Jadi, jom ketahui kategori atau ciri-ciri wanita manja ini yang kadang-kala merimaskan kaum lelaki….

1. Manja yang clingy.

Wanita ini manja seperti mahu melekat pada pasangan selama 24/7. Wanita ini memang digambarkan seorang yang terlalu mengambil berat pada pasangannya, mungkin kerana terlalu risau jika berlaku perkara yang tak diingini pada pasangan. Tetapi jika dah terlalu manja, merengek dan mahu mengikut pasangan ke mana sahaja, pasti kaum lelaki akan berasa bosan.

2. Manja ‘fake’.

Anda bukan lah seorang yang manja sebenarnya, tetapi anda melakukan perkara tersebut kerana mahukan perhatian daripada pasangan sahaja. Mungkin anda adalah seorang wanita yang kasar dan agak boyish, anda cuba menjadi manja kerana persepsi anda terhadap lelaki yang memang suka pada wanita manja. Jadi, anda pun melakukan manja ‘fake’ ini, padahal ia amat kekok bukan sahaja pada anda, pada lelaki itu juga.


3. Manja seakan-akan budak kecil.

Perwatakan sebegini bukan sahaja lelaki menganggap anda sebagai ‘adik angkat’ sahaja, malah mungkin anda bukan dalam list untuk jadi sebagai bakal isteri si dia. Jika anda sedar seorang lelaki cuba menjauhkan diri daripada anda, mungkin anda ini manja seperti budak kecil, sekiranya tidak dapat barang atau perkara yang anda mahu, mesti mulut muncung seperti itik. Suara pun berubah seperti budak kecil.

4. Manja yang hanya diminta bila perlu.

Satu hari anda merasakan seperti anda tidak cukup kasih sayang. Jadi tapi anda sedar, anda merengek pada kaum lelaki untuk diberi perhatian. Anda mahukan perhatian daripada mereka seratus peratus dan mahukan lujukan daripada mereka.

Namun, tidak semua lelaki memahami perkara ini dan kamu sebagai perempuan harus tahu tentang perkara ini. Jika si dia berusaha memujuk, jangan pula kamu masih tidak mempedulikan pujukannya kerana kebanyakan lelaki buat-buat tidak tahu.

Kesimpulannya tidak salah untuk bermanja bersama pasangan, tetapi biarlah bertempat dan kena dengan mood pasangan. Lelaki memang suka dengan wanita yang manja, tetapi jangan lah TERLALU MANJA, TERLALU MERENGEK sehingga membuatkan mereka berasa serba salah jika tidak melayan kerenah anda. Kadang-kala jadi lah wanita yang tegas dan jual mahal sedikit, supaya lelaki dapat merasakan tidak mudah untuk mendapatkan diri anda sebenarnya.


 

]]>
Situasi-Situasi Yang Sesuai Untuk Anda Lakukan Pinjaman Peribadi. https://redaksi.com/4352-situasi-situasi-yang-sesuai-untuk-anda-lakukan-pinjaman-peribadi Wed, 28 Nov 2018 10:59:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4352 Melakukan pinjaman peribadi ini bukanlah satu proses yang mudah, malah ia juga bukanlah perkara yang murah. Hal ini kerana, ia melanjutkan kredit tidak bercagar untuk dibayar balik bersama dengan faedah dalam ansuran yang sama.

Namun begitu, ramai pihak yang akan melakukan pinjaman peribadi ini kerana faktor ingin penuhi keperluan yang mendesak. Ia juga boleh diperolehi dalam masa yang agak singkat. Ia sangat berbeza dengan pinjaman untuk membeli rumah serta dengan pinjaman kereta. Pinjaman peribadi ini boleh dipohon untuk memenuhi keperluan hidup dalam masa yang terdekat.

Bila masa yang paling sesuai untuk seseorang itu melakukan pinjaman peribadi ini? Jika tersilap langkah, pasti pinjaman itu dilakukan ke atas perkara yang sia-sia.



Berikut adalah situasi yang baik untuk lakukan pinjaman peribadi.

1. Apabila anda ingin mengubahsuai rumah.

Apabila anda mengambil keputusan untuk lakukan pinjamn kerana inginkan keselesaan rumah yang bakal anda duduk untuk jangka masa yang lama, ia adalah keputusan yang bijak.

            1. Anda membuat pelaburan kepada rumah anda, yang merupakan suatu aset yang boleh meningkat nilainya.

            2. Pinjaman perumahan anda mungkin tidak cukup untuk menanggung kos-kos tambahan seperti kerja-kerja  pertukangan, kelengkapan bilik mandi, atau mengubahsuai bilik.

            3. Anda boleh menyimpan sedikit wang daripada pinjaman tersebut dalam tabung simpanan anda.

2. Apabila anda ingin membina kerjaya anda.

Jika anda melakukan ini untuk mendapatkan satu kehidupan yang lebih baik, ia adalah keputusan yang baik. Di mana anda boleh gunakan pinjaman ini untuk membayar yuran pengajian anda mahupun membina sebuah perniagaan untuk diri anda. Ia sebenarnya anda sedang melabur untuk masa depan anda sendiri.

3. Membayar hutang kad kredit.

Pinjaman peribadi amat berguna dalam melangsaikan segala hutang kad kredit yang semakin bertambah bulan demi bulan. Ramai di kalangan rakyat kita yang memohon pinjaman peribadi untuk melangsaikan semua hutang kad kredit mereka kerana kadar faedah bagi pinjaman peribadi adalah lebih sedikit berbanding dengan kadar bayaran kad kredit yang lewat.



4. Apabila ingin melangsungkan perkahwinan.

Ini adalah salah satu alasan mengapa pinjaman peribadi itu dilakukan. Apabila wang simpanan tidak mencukupi untuk melakukan satu majlis perkahwinan, maka ini adalah pilihan yang ada.

Majlis perkahwinan ini bukanlah satu perkara yang murah. Jika anda mengidamkan satu majlis yang mewah, pasti anda perlukan wang belanja yang banyak.

Selain daripada itu, ia juga turut dapat meringankan beban ibu bapa anda kerana tidak perlu menanggung beban dalam majlis perkahwinan anda.

Tapi anda juga dinasihatkan agar tidak terlalu boros dalam membelanjakan wang itu. Pastikan anda menggunakan wang itu mengikut kesesuaian dan tidak berlebihan.

5. Apabila anda ingin pindah ke rumah baru.

Berpindah ke rumah baru sama ada di bandar atau negara yang sama atau berlainan dengan membawa barangan anda merupakan sesuatu yang agak mahal, dan ramai juga orang yang mengambil pinjaman peribadi bagi menanggung segala perbelanjaan untuk berpindah. Cara ini juga membolehkan mereka menyimpan sedikit wang yang ada di dalam akaun simpanan setelah membuat pembayaran untuk tempat tinggal yang baru.

Anda perlu ingat, jika anda ingin melakukan pinjaman peribadi anda perlu pastikan bahawa ia adalah perkara yang sangat penting dan memberi satu kepuasan jangka panjang untuk diri anda. Jangan lakukan pinjaman peribadi untuk perkara yang sia-sia. Ini kerana, anda perlu membayar kembali wang tersebut, jadi jangan dipersiakan.



]]>
"Belanja Kahwin Mahal, Takut Sekiranya Majlis Perkahwinan Tidak Berkat." https://redaksi.com/4788-belanja-kahwin-mahal-takut-sekiranya-majlis-perkahwinan-tidak-berkat Mon, 07 Jan 2019 11:45:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4788 Ketika membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga, banyak perkara yang perlu difikirkan oleh kedua-dua belah. Hal ini kerana ia melibatkan kedua-dua belah keluarga. Antara perkara yang perlu difikirkan adalah seperti adat, orang sekeliling, majlis perkahwinan, tuntunan agama dan pelbagai perkara lagi.

Jadi sebelum membuat sebarang kata sepakat diantara kedua belah pihak, kefahaman yang mendalam terhadap perkara tersebut agak penting dan tidak boleh main bersetuju sahaja. Terutama jika perkara tersebut melibatkan agama. Ini kerana sebuah perkahwinan seharusnya diberkati.

Mari ikuti tentang permasalahan yang dihadapi dibawah ini, mengenai wang hantaran yang digantikan dengan nilai barang perhiasan yang rupanya lebih daripada apa yang disangkakan.



Soalan:

Assalamualaikum uzar,

InsyaAllah saya bakal melangsungkan perkahwinan di akhir tahun namun saya berada dalam situasi tertekan kerana masalah adat dalam perkahwinan yang melibatkan kewangan. Alhamdulillah pada mulanya berjalan lancar dan apabila kedua keluarga kami bertemu kami bersetuju untuk mengenepikan adat dan mahu melangsungkan majlis secara ala kadar berlandaskan Islam. Pihak perempuan mencadangkan bahawa kami mengantikan wang hantaran dengan perhiasan untuk bakal isteri saya yang mana mampu. Namun setelah membeli didapati bahawa nilai barang perhiasan yang pihak perempuan jangkakan adalah lebih dari apa yang saya sangka dan mampu.

Ini mungkin ini salah faham dari pihak saya dan keluarga. Dalam jangka masa yang singkat ini saya amat terdesak untuk mencari wang dan jalan yang paling ringkas ialah dengan meminjam dari bank. Pun begitu saya faham bahawa adalah haram jika meminjam untuk membeli emas. Bagaimana pula dengan hukum wang hantaran lebih-lebih lagi jika wang hantaran adalah sumber pinjaman dari bank?

Saya juga khuatir wang hantaran lebih kepada menunjuk-nunjuk dan akhirnya tidak diberkati majlis saya nanti.

Oleh kerana perkahwinan adalah untuk memulakan hidup baru saya amat berhati-hati lebih-lebih lagi kerana takutkan riba. diharap uzar dapat memberikan pendapat.

Pemuda ingin tahu.

Jawapan:

Alhamdulillah dan tahniah atas perkahwinan yang bakal berlangsung, semoga dipermudahkan oleh Allah. Berikut adalah respon saya terhadap beberapa soalan yang diajukan:-

1. Memang benar, perkahwinan tanpa melibatkan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi adalah lebih baik dan mudah mendapat keberkatan berbanding yang mahal kerana itu bakal meyukarkan pihak kurang berkemampuan, menyukarkan perkahwinan yang diperlukan untuk menghalalkan hubungan pasangan yang memerlukan, mudah dihinggapi penyakit riya’ dan menunjuk-nunjuk kekayaan. Walaupun nilai hantaran dan mas kahwin yang mahal itu diharuskan oleh hukum Islam, namun iu bukanlah suatu yang terbaik.


Dinyatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda :


إن أعظم النساء بركة أصبحهن وجوها وأقلهن مهرا

Ertinya : Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya ( Riwayat Ibn Hibban)


Dalam sebuah hadis lain :


خَيْرُكُنَّ أَيْسَرُكُنَّ صَدَاقًا

Ertinya : Sebaik-baik kamu adalah yang paling mudah mas kahwinnya ( Hadis Marfu’ riwayat At-Tabrani, namun lemah pada sanadnya)


Juga hadis yang lain berbunyi :


إن أعظم النساء بركة أيسرهن صداقا

Maksudnya;
“Wanita-wanita yang paling diberkati dikalangan umatku adalah yang paling rendah mas kahwinnya” (Riwayat Ahmad, namun lemah pada sanadnya)


Memang kelihatan hadis-hadis di atas menyebut perihal mas kahwin, namun dalam konteks Malaysia yang mempunyai adat memisahkan mas kahwin dan hantaran, kedua-dua belanja yang berkait langsung dengan aqad nikah dianggap relevan dalam erti hadis di atas. Manakala kenduri pula adalah sesuatu yang terasing.

2. Saudara memberitahu bahawa kedua-dua keluarga telah bersetuju secara ala kadar bagi meraih keberkatan, maka sewajarnya saudara dan keluarga berterus terang dengan bakal pasangan berkenaan luar jangkaannya nilai hantaran yang mereka harapkan. Itu adalah amat penting berbanding menjatuhkan diri dalam hutang untuk berkahwin yang merupakan satu cara yang tidak sihat dari sudut perancangan kewangan.

3. Secara asasnya, tidak ada salahnya meminjam untuk membeli emas bagi tujuan simpanan masa hadapan, pelaburan jangka panjang atau sebagai hantaran, namun ia menjadi SALAH dan DOSA BESAR jika pinjaman dibuat dari bank konvensional secara riba yang dikenakan ‘interest’, atau membeli emas itu secara bertangguh bayarannya. Namun jika saudara membuat ‘pembiayaan peribadi’ dari institusi kewangan Islam untuk memperolehi tunai bagi tujuan perkahwinan, ia tiada masalah dari sudut hukum dan telah disahkan patuh hukum Shariah oleh ulama yang berwibawa dan menyelia institusi terbabit, cuma ia tidak digalakkan sahaja dari sudut perancangan kewangan kerana boleh membawa masalah bebanan hutang di kemudian hari.

Sekian.


]]>
Terlihat kelaparan, reaksi kanak-kanak dapat KFC dari pasangan ini sentuh hati ramai https://redaksi.com/8845-terlihat-kelaparan-reaksi-kanak-kanak-dapat-kfc-dari-pasangan-ini-sentuh-hati-ramai Tue, 03 Nov 2020 16:06:55 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8845 Berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan tentunya melahirkan rasa tenang di dalam hati. Walaupun tak banyak, tetapi dengan sedikit itu mampu ukir senyuman di bibir mereka memerlukan.

Beri KFC kepada dua kanak-kanak

Baru-baru ini tular satu video yang dikongsikan oleh Samuel Lee Wui Phung, yang mana merakamkan seorang wanita mengulurkan makanan kepada dua orang kanak-kanak. Berdasarkan pemerhatian, kanak-kanak itu kelihatan golongan yang kurang berkemampuan jika dilihat dari penampilan.

Kata Samuel, teman wanitanya telah membelikan makanan dari restoran makanan segera berdekatan, lalu memberikan kepada dua beradik itu kerana kelihatan lapar.



Reaksi kanak-kanak timbulkan rasa sebak

Tersenyum gembira dapat dilihat di wajah dua beradik itu selepas kekasihnya menghulurkan bungkusan makanan. Malah, si abang sempat mengangkat tangan sebagai tanda terima kasih.

Samuel juga menyatakan bahawa dia melihat dua beradik itu mengira duit yang dikeluarkan daripada poket masing-masing, itu yang membuatkan dia tergerak hati untuk membelikan makanan buat mereka.

Terima kasih atas bantuan

Rakaman video tersebut telah mendapat perhatian daripada warganet yang rata-rata berterima kasih atas budi baik yang dilakukan malah ramai yang sebak melihat dua beradik tersebut.

]]>
7 Tanda Wanita Diam-Diam Menaruh Perasaan Pada Anda. https://redaksi.com/457-7-tanda-wanita-diam-diam-menaruh-perasaan-pada-anda Thu, 13 Jul 2017 12:02:55 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=457 Cinta adalah sesuatu yang abstrak, tetapi dapat dirasai. Oleh kerana itu, cinta harus diungkapkan bukan hanya terkubur di dalam hati. Sayangnya, tidak semua wanita memiliki cukup keberanian untuk mengungkapkan perasaannya. Hal inilah yang harus segera disedari oleh lelaki. Meskipun lelaki diciptakan dengan hati yang tegar, ini bukan bererti lelaki tidak dapat mengenali tanda-tanda yang diberikan oleh wanita yang menaruh hati padanya. Namun demikian, mengungkapkan rasa cinta kepada seseorang nyatanya tidak semudah yang dibayangkan. Pada wanita khususnya, mengungkapkan perasaan suka pertama kali kepada seorang lelaki masih menjadi sesuatu yang tabu untuk dilakukan. Maka wahai lelaki, jangan biarkan wanita menunggu anda terlalu lama. Jangan biarkan rasa cintanya kepada anda mulai pudar dan akhirnya anda menyesal.

Berikut 7 tanda seorang wanita mencintai anda secara diam-diam.



1. Tatapan matanya.

Pernahkah anda merasakan ada seseorang mencuri-curi pandang ke arah anda ketika sedang makan di kantin, duduk di depan meja kerja atau saat hadir dalam sebuah acara pesta bersama sahabat. Biasanya, bagaimana cara wanita menatap seorang lelaki menunjukkan perasaannya yang sebenar dan itu tidak boleh dibohongi.

2. Senyuman.

Perhatikan, setiap kali anda berhadapan dengannya apakah ada senyuman tulus menghiasai bibir cantiknya? Jika ya, tunggu dahulu jangan terburu-buru menganggapnya serius, masih ada beberapa tanda lain yang perlu anda ketahui untuk semakin memastikan bahawa si dia betul-betul mencintai anda.



3. Cara berbicara.

Cara berbicara seorang wanita juga boleh menjadi kayu ukur bagi para lelaki untuk mengetahui apakah ia sedang tertarik dengan anda atau tidak. Hal ini sama seperti ketika anda sedang berbicara dengan orang tua atau dengan seseorang yang sangat anda kasihi, akan ada rasa hormat dan kata-kata lembut keluar daripada mulut manisnya.

4. Berusaha meniru kebiasaan anda.

Dek kerana tidak memiliki cukup keberaniaan untuk mengutarakan perasaannya secara langsung kepada anda, maka ia mencari cara lain untuk menunjukkannya. Caranya ialah dengan cara meniru kebiasaan atau hal-hal yang selama ini anda sukai.

5. Memberi perhatian.

Jangan ragukan perhatian daripadanya, tetapi juga jangan buru-buru terlalu percaya diri dengan apa yang si dia berikan kepada anda. Ada perbezaan yang perlu anda fahami, apakah perhatian yang si dia tunjukkan betul-betul kerana rasa cinta atau hanya kerana alasan simpati belaka. Perhatian yang seorang wanita tunjukkan kerana sedang jatuh cinta biasanya lebih istimewa dan anda betul-betul menjadi satu-satunya insan di dalam hatinya.



6. Senang membantu.

Setiap kali anda memerlukan bantuan, tidak pernah keluar kata penolakan daripadanya. Selain itu, si dia lebih senang menghabiskan waktunya bersama dengan anda daripada melakukan kegiatan yang lain bersama teman-temannya.

7. Selalu ingin dekat dengan anda.

Ketika anda dan si dia keluar bersama menghabiskan masa hujung minggu bersama rakan-rakan tanpa anda sedari si dia cenderung lebih senang berjalan di sebelah anda.

Dalam hubungan percintaan, setiap wanita sangat berharap agar pihak lelakilah yang melakukan inisiatif pertama mengutarakan perasaan. Namun, banyak kes yang terjadi para lelaki memendam perasaan dan akhirnya berakhir dalam penantian yang tak kunjung tiba. Tak kurang juga rasa sesal dan terkilan setelah mengetahui bahawa sebetulnya anda berdua sama-sama saling menyukai. Namun semuanya sudah terlambat kerana masing-masing atau salah satu pihak sudah terikat dengan hubungan cinta.

]]>
Empat Cara Membantu Anda Hilangkan ‘Overthinking’. https://redaksi.com/1858-empat-cara-membantu-anda-hilangkan-overthinking Wed, 04 Apr 2018 12:24:32 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1858 Overthinking adalah satu penyakit yang boleh menjadi serius apabila tidak dirawat dengan segera. Banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mendapat pemikiran yang tenang dan membuang pemikiran negatif. Selain dari menyerah diri kepada Allah ketika solat, terdapat beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan bagi menghilangkan overthinking ini. Bagi setengah orang, overthinking ini perlu. Tapi jika dibiarkan lama-kelamaan ia akan menjadi satu punca anda hilang kenalan ataupun pasangan. Jadi bagaimana hilangkan overthinking ini?



1. Sibukkan diri.

Ini adalah perkara yang biasa dilakukan apabila terlalu banyak perkara yang membebankan kepala. Terutama jika memikirkan hal pasangan kita dengan berlebihan. Apa kata cuba sibukkan diri dengan aktiviti luar tapi jangan pula sehingga mengabaikan pasangan anda. Nanti lain pula jadinya. Lakukan aktiviti bersama pasangan anda adalah lebih digalakkan.

2. Jauhi sikap negatif.

Apabila terlalu banyak berfikir, seseorang itu lebih terdedah untuk mendekati perkara-perkara negatif. Ia bukan hanya melalui perbuatan negatif sahaja, malah rakan yang membawa unsur negatif juga perlu dielakkan. Hal ini kerana, perkara-perkara negatif ini lebih mudah untuk masuk ke dalam diri seseorang berbanding perkara negatif.

3. Berbicara.

Jika terdapat sesuatu yang mengganggu pemikiran anda, cuba luahkan perkara itu kepada orang yang anda percayai. Jika hendak lebih mudah, luahkan sahaja kepada pasangan anda apa yang anda fikir mengenai dirinya. Sedikit sebanyak ia membantu anda untuk membuang perkara negatif itu dari fikiran.

4. Menerima hakikat.

Cepat atau lambat kita perlu menerima realiti kehidupan sebenar. Tidak kira lah berapa kali kita cuba untuk lari dari masalah tersebut. Kadang kala kita perlu menerima hakikat bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. Mungkin akan sedikit kecewa tapi pasti akan lega apabila pemikiran negatif itu hilang dari pemikiran.

Lakukan empat cara ini untuk mengelakkan anda dan pasangan anda berpisah cuma angkara overthinking. Jadi pilihlah jalan yang selamat dengan mengelakkan perkara-perkara negatif ini mengganggu perhubungan anda.

]]>
10 Idea Paling Menarik Yang Boleh Dilakukan Ketika Keluar Dengan Si Dia Yang Tersayang. https://redaksi.com/377-10-idea-paling-menarik-yang-boleh-dilakukan-ketika-keluar-dengan-si-dia-yang-tersayang Thu, 06 Jul 2017 12:19:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=377 Setiap kali keluar dengan yang tersayang, pasti pening memikirkan aktiviti yang ingin dilakukan bersama sehinggakan boleh mengundang masalah. Si dia mahu lakukan ini, si dia mahu lakukan itu. Si dia tidak mahu aktiviti yang mengeluarkan belanja besar, iyelah ada masa poket sedang kering tidak berisi tetapi terasa ingin berjumpa dengan si dia setelah saban hari tidak ketemu. Jadi, ini kami berikan beberapa idea paling menarik boleh anda pertimbangkan.



1. Masak bersama-sama, tunjukkan kepakaran memasak anda. Selepas memasak, makan bersama-sama. Mesti gamat dapur anda. Lebih-lebih lagi memasak dengan orang yang anda sayang.

2. Keluar berbasikal bersama-sama.

3. Menyewa beberapa DVD dan tonton bersama-sama di rumah.



4. Pergi berkelah. Kalau boleh pilih tempat yang mempunyai suasana tenang dan menarik. Nikmati masa berdua bersama-sama.

5. Pergi karaoke. Nyanyikan lagu- lagu kegemaran anda satu sama lain. Walau suara anda tak sedap sekalipun, nyanyi jugak. Selain dapat habiskan masa bersama anda juga dapat ‘release tension’.

6. Jika anda berdua sukakan aktiviti mencabar, apa kata pergi mendaki.

7. Lakukan aktiviti sukarelawan bersama-sama, contohnya aktiviti ke rumah anak-anak yatim, rumah orang tua dan sebagainya.



8. Jika anda berdua ingin melakukan aktiviti baru, daftar diri ke kelas menari. Tunjukkan bakat anda yang terpendam.

9. Pergi ke zoo pada hujung minggu jika anda berdua adalah pencinta haiwan.

10. Habiskan masa berdua dengan ‘short road trip’, ke mana saja tempat yang menarik anda boleh lawati. Contohnya pergi ke Melaka, Penang, Ipoh dan mana-mana yang dekat.

]]>
Gara-gara tak nak berenggang, bapa 'releks' masak sambil dukung anak https://redaksi.com/9711-gara-gara-tak-nak-berenggang-bapa-releks-masak-sambil-dukung-anak Fri, 12 Feb 2021 17:33:38 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9711 Tugas menjaga anak bukan terletak pada ibu sahaja tetapi juga pada bapa, bagaimanapun biasanya anak sememangnya lebih selesa dengan ibu sebab itulah mereka sentiasa memilih ibu.

Namun, biasanya apabila ibu terpaksa keluar sebentar bagi menguruskan sesuatu, masa itulah bapa akan mengambil tanggung jawab sepenuhnya dalam menguruskan hal anak-anak.


Perkara sebegini tentunya akan membuat bapa panik, terutama jika anak itu masih lagi kecil dan sukar berpisah dengan ibunya.



Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok qikhwanwan, memaparkan seorang lelaki bersama anak lelaki sedang sibuk memasak di dapur.


Difahamkan bapa muda ini apabila terpaksa mengambil alih tugas isterinya yang belum pulang kerja.



Menurutnya, anak mereka tidak mahu duduk jadi dia telah mengambil keputusan untuk menggendong anak sambil memasak bagi memudah kerja sementara menunggu isterinya pulang dari kerja.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan tindakan lelaki berkenaan kerana membantu memudahkan tugas isteri selain meminta agar dirinya berhati-hati ketika memasak kerana bimbang anak terkena percikan minyak panas.

]]>
4 Jenis Senyuman Jejaka & Ertinya. https://redaksi.com/1329-4-jenis-senyuman-jejaka-ertinya Mon, 25 Sep 2017 11:15:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1329 Sekuntum senyuman yang dilemparkan mampu untuk menceriakan kehidupan setiap hari. Betul, hanya dengan berbekalkan sekuntum senyuman sahaja anda mampu menceriakan hidup orang lain tanpa perlu mengeluarkan walau satu sen pun wang belanja.



Selain dapat membahagiakan orang lain, senyuman juga bagi diri anda wahai para jejaka memberikan pelbagai manfaat yang pelbagai untuk kesihatan. Senyuman bagaikan satu senaman dalaman yang dapat merangsang sistem saraf otak, hormon dan tubuh. Jadi, jika anda ingin sentiasa tampil sihat dan bertenaga, berikan senyuman yang paling manis setiap hari. Bukankah senyuman itu juga satu sedekah?

Senyuman bukan hanya sekadar tindak balas gerak muka tetapi turut menjadikan seseorang itu berasa jauh lebih selesa dan yakin dengan diri sendiri. Kajian juga menunjukkan senyuman merupakan respon daripada rangsangan tertentu yang menggambarkan kegembiraan.



Bukan hanya Mona Lisa sahaja yang memiliki senyuman 'maut', senyuman seorang jejaka juga sebenarnya punya 'bisa' yang tersendiri. Berikut empat jenis senyuman jejaka yang membayangkan soal karakternya.

1. Senyuman Dengan Bibir Tertutup.

Jejaka yang selalu tersenyum dengan bibir tertutup boleh jadi menyembunyikan sesuatu, mulai daripada bentuk gigi yang tidak sempurna, nafas berbau sehinggalah karakternya yang licik. Jika kita sudah cukup lama mengenalinya dan tidak ada perubahan pada senyumannya maka kemungkinan besar dia susuk jejaka yang sulit untuk didekati. Senyuman dengan bibir tertutup juga menandakan si jejaka sedang mengalami masalah yang enggan dikongsikan bersama. Jejaka dengan senyuman bibir tertutup juga seorang yang misteri dan kuat berahsia.

2. Senyuman Lebar Kelihatan Gigi.

Si jejaka pemilik senyuman ini memiliki keyakinan diri yang sangat tinggi. Terlepas daripada kekurangan yang dimilikinya, dia susuk jejaka yang cukup realistik. Perhatikan juga sinar bahagia pada matanya untuk mengesan bahawa jejaka tersebut sangat selesa dengan apa yang dimilikinya. Lihat sahaja aktor-aktor Hollywood ketika melintasi karpet merah. Mereka tersenyum lebar dengan menampakkan gigi mereka. Ini menandakan mereka begitu bahagia dengan apa yang mereka miliki serta kehidupan peribadi secara keseluruhannya.



3. Senyuman Sekilas.

Senyuman ini biasanya dimiliki oleh anak-anak kecil yang baharu pertama kali diperkenalkan dengan orang asing. Senyuman jenis ini kelihatan malu-malu sekali gus membuatkan empunya diri tidak tentu arah. Jejaka yang memiliki senyuman sekilas ini biasanya tergolong introvert dan agak sukar beradaptasi. Namun, seiring waktu jika sudah selesa dengan seseorang maka ia akan menunjukkan senyuman lebar yang tulus dan ikhlas.

4. Senyuman Palsu.

Senyuman jenis ini biasanya senyuman lebar dan diikuti suara tawa, tapi kalau diperhatikan tidak menyentuh matanya. Senyuman ini sering 'dipamerkan' oleh jejaka yang sedang menyembunyikan sesuatu dan cenderung tidak setia. Perhatikan pula isyarat lain yang memperlihatkan kegugupan si jejaka yang sering hadir dengan senyuman palsu ini. Buat para wanita, berwaspadalah dengan jejaka dengan senyuman palsu ini! Mereka bukanlah calon pasangan yang setia.

]]>
Selalu Stalk Crush Anda? Jom Teka Keperibadian Si Dia Berdasarkan Status Media Sosial Miliknya. https://redaksi.com/8000-selalu-stalk-crush-anda-jom-teka-keperibadian-si-dia-berdasarkan-status-media-sosial-miliknya Wed, 18 Mar 2020 19:07:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8000 Bagi sesetengah mereka yang bujang, sudah tentu akan ambil beberapa cara atau kaedah untuk mendekati seseorang yang dia sukai. Paling biasa yang dilakukan adalah dengan menjadi stalker di media sosial si crush sercara senyap.

Dengan melihat gaya dan status yang di paparkan dalam media sosial anda bukan sahaja dapat mengetahui status dirinya tetapi anda juga boleh kenal dengan agak mendalam apa keperibadian dirinya. Nak-nak lagi jika mereka yang selalu sangat update status di media sosial, lagi mudah nak tahu.

Jangan hanya lihat cantik dan kacaknya mereka ini sahaja tetapi lihat juga siapa diri mereka. Ini 5 jenis orang yang boleh dilihat dari muat naik media sosial mereka!


1. Foto pemandangan semasa dia sedang dalam ‘bercuti’

Orang yang mengisi timeline mereka adalah gambar pemandangan semasa bercuti adalah orang yang mendambakan kebebasan. Mereka merasakan rutin harian ini adalah kewajipan yang mesti dilakukan supaya mereka dapat kembali dengan bebas untuk berkeliaran di mana saja mereka inginkan. Mereka juga cenderung lebih positif kerana mereka berasa lebih seimbang antara kewajiban dan kebahagiaan. Tetapi, pada masa-masa tertentu mereka juga boleh menjadi marah kerana sudah terlalu lama tidak bercuti.



2. Status media sosial dengan karya-karya seni

Mereka ini sebenarnya seniman dalam senyap. Mereka yang memilih untuk memuat naik karya mereka di media sosial adalah jenis orang yang suka meneroka diri mereka sendiri. Mereka tidak puas jika mereka hanya menguasai satu perkara, jadi mereka mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi terhadap bidang lain. Oleh itu, jangan terkejut sekiranya kerja beliau tiba-tiba berubah arah.

3. Lebih banyak gambar bersama rakan-rakan

Orang yang lebih banyak memuat naik gambar dengan rakan-rakan mereka adalah orang yang suka mempunyai ikatan persahabatan yang kuat. Mereka suka berkumpul untuk bercakap tentang apa sahaja, dari yang ringan hingga yang berat. Kini, kerana suapan Instagram adalah peribadi, jadi jika kawan-kawan mereka memasukkan suapan itu bermakna mereka mempunyai nilai istimewa dalam kehidupan mereka.



4. Banyak kata-kata puitis

Mereka yang sering memuat naik kata-kata puitis atau puisi mempunyai keperibadian sensitif dan reseptif. Mereka boleh memahami perasaan dengan baik, kemudian dapat memasukkannya dalam kata-kata yang boleh dikaitkan untuk semua orang. Tetapi, untuk beberapa perkara, mereka cenderung tertutup dan tidak dapat bercakap secara terang-terangan.

5. Lebih banyak gambar bersama pasangan

Eh dah rasa tak ada peluang ke? Orang yang sering menyiarkan foto pasangan bukan ingin menunjuk. Sebenarnya, terlalu banyak perkongsian gambar dengan pasangan sebenarnya menunjukkan perasaan tidak selamat, baik dengan hubungan atau bahkan pasangan mereka sendiri. Rasa yakin di sini bermakna dia takut pasangannya akan meninggalkannya pada masa akan datang.

Sekarang sudah mengenali mereka ini? Jadi anda sudah tentu tahu bagaimana nak ambil hati dan mendekati si dia.



]]>
5 Sebab Lelaki Selalu Mengatakan ‘Suka Hati Atau Ikutlah’ Kepada Pasangannya. https://redaksi.com/2928-5-sebab-lelaki-selalu-mengatakan-suka-hati-atau-ikutlah-kepada-pasangannya Fri, 20 Jul 2018 16:00:58 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2928 Semua wanita mahu seorang lelaki yang tegas, bebas, dan tentu dapat menentukan keputusan yang dapat memuaskan kedua belah pihak. Namun begitu, dalam pergaduhan wanita pasti mahukan kemenangan bagi pihak dirinya, maka lelaki akan menyatakan terpulanglah, suka hati, apabila mereka tidak dapat memutuskan sesuatu untuk dirinya. Mari ketahui mengapa lelaki akan berkata begitu.


1. Wanita lebih bersemangat.

Lelaki tidak mampu membuat keputusan kerana mereka melihat bahawa wanita yang menjadi pasangannya terlalu bersemangat dan mendominasi dalam keputusan. Walaupun lelaki itu diminta membuat keputusannya oleh wanita, tetapi akhirnya tidak akan diluluskan oleh wanita itu. Oleh itu, keputusan muktamad akhirnya diputuskan oleh wanita dan tidak boleh ditolak.

2. Wanita yang selalu memegang perasaan atau sentiasa senyap.

Sesetengah lelaki keliru dalam membuat keputusan jika wanita sendiri tidak membuat permintaan atau cadangan. Misal mahu pergi jalan-jalan ke Mall A, tetapi sesampainya di Mall A muka si wanita kelihatan tidak senang, kerana ternyata dalam hati wanita ingin pergi ke Mall B. Berdasarkan pengalaman ini, si lelaki menjadi enggan membuat keputusan dan menyerahkan pilihan keputusan ke wanita itu pada waktu lain berjalan-jalan.

3. Mereka terlalu banyak untuk mengurus.

Semua perkara mesti mengikut fikiran dan kehendak wanita, jika tidak, mereka akan marah. Ini juga membuat lelaki sakit kepala kerana wanita terlalu berminat untuk menetapkannya. Mahu memutuskan pilihan tetapi mesti mengikut peraturan wanita sepatutnya seperti ini dan itu.


4. Takut kecewakan pasangan.

Pada dasarnya wanita tidak begitu suka untuk menyatakan harapan mereka dan berharap lelaki itu boleh meneka dalam fikiran wanita. Kerana takut pilihan yang dibuat akan menyebabkan wanita kecewa atau tidak suka, mungkin lelaki itu ingin mendengar sedikit apa yang wanita inginkan untuk pertimbangannya.

5. Selalu dimarahi oleh pasangan.

Lelaki mana yang tidak kecewa jika setiap keputusan akhirnya menjadi kesalahan baginya. Apa-apa keputusan yang diambil jika tidak baik dimarahi oleh wanita itu. Jika anda sering mengalami perkara ini seterusnya lelaki itu akan mengatakan ia terpulang kepada wanita itu dari subjek merungut terus-menerus.

Sebagai seorang wanita, tidak salah sekiranya bertolak ansur sedikit dengan pasangan anda. Cuba untuk meminta mereka membuat keputusan dan terima dengan hati terbuka.


]]>
Perbezaan Antara Lelaki Yang Hanya Mahu Bermain Cinta Dengan Yang Serius Dalam Hubungan. https://redaksi.com/3328-perbezaan-antara-lelaki-yang-hanya-mahu-bermain-cinta-dengan-yang-serius-dalam-hubungan Tue, 21 Aug 2018 10:30:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3328 Yang kita tahu lelaki ini lambat matang, maka dengan itu mereka ini pasti sukar untuk berkelakuan matang apabila belum tiba masanya. Tetapi tidak semua lelaki seperti itu, pasti ada sahaja yang akan berkelakuan matang apabila dirinya menemui calon yang sesuai buatnya. Maka dengan itu, mari kita lihat perbezaan antara lelaki yang hanya bermain cinta dengan lelaki yyang mahu ikatan yang sah dalam perhubungan.


Seorang lelaki apabila ia mula ingin serius dengan anda dirinya akan mula untuk berkongsi mengenai perjalanan hidup dengannya tetapi jika dirinya hanya mahu bermain cinta dengan anda pasti banyak bercakap mengenai cinta. Di mana dirinya tidak mahu anda terlalu terdedah akan kisah dirinya. Ia seolah-olah cuba untuk menyembuyikan kisah hidupnya, tetapi jika dirinya serius dia akan lebih terbuka untuk berkongsi.

Apabila anda bergaduh, pasangan yang hanya bermain cinta ini biasanya mahu ego dirinya menang serta anda mengalah dan tunduk terhaadapnya, ia seolah-olah anda begitu takut kehilangan dirinya. Itu akan membuat dirinya berasa bangga. Tetapi jika pasangan anda sudah bersedia untuk berkahwin pasti dirinya tidak begitu. Dia akan lebih cuba untuk mengawal emosi serta egonya. Kalau boleh dirinya mahu pertengkaran itu hanya baik-baik sahaja.


Lelaki yang serius dengan anda tidak akan kisah dengan penampilan anda. Mereka ini biasanya sentiasa berasa selesa dengan apa yang anda gayakan. Tetapi jika keterlaluan dirinya akan menegur anda. Berlainan pula dengan lelaki yang hanya bermain cinta ini, biasanya mereka ini amat mementingkan penampilan pasangan mereka. Mana tidaknya, dirinya mahu memiliki pasangan yang cantik dari paras rupa mahu penampilan.

Dalam mengucapkan kata kemaafan, pasangan yang serius ini lebih mudah untuk ucapkannya dan berniat untuk memperbetulkan kesalahan mahupun perbuatannya. Dirinya ingin memperbaiki dirinya agar hubungan kalian tidak terjejas. Tetapi berlainan pula dengan mereka yang hanya bermain cinta ini. Walaupun berpuluh kali kata maaf diucapkan, tetapi dirinya masih mengulangi perbuatan yang sama dan masih tidak berubah.

Banyak perbezaan antara si dia yang serius akan anda dengan dia yang hanya ingin bermai cinta dengan anda sahaja. Sebagai seorang wanita, anda harus bijak dalam memilih pasangan anda.


]]>
25 Tips Memikat Hati Lelaki. https://redaksi.com/339-25-tips-memikat-hati-lelaki Thu, 29 Jun 2017 16:19:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=339 Pelbagai petua dan tips untuk menambat hati insan tersayang. Bagi kaum wanita, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan suami atau teman lelaki tetap setia di sisi. Di sini diperturunkan 25 sifat yang perlu ada pada wanita supaya kaum lelaki tetap setia walaupun seribu godaan menanti mereka. Kesemua petua ini tidak sukar untuk dipraktikkan kerana apa yang perlu anda lakukan hanyalah menonjolkan perkara positif yang ada pada diri anda supaya si dia menyedari kehadiran anda di sisinya.



1. Bentuk tubuh yang menarik. Susuk tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.

2. Selain bentuk tubuh, aset lain yang mampu menggegarkan hati lelaki ialah mata, punggung dan langkah yang kemas. Jangan pelik jika ada lelaki yang jatuh cinta kepada anda hanya kerana anda mempunyai jari yang runcing dan kuku yang bersih. Ini kerana selera setiap individu itu berbeza di antara satu sama lain.

3. Sentiasa tersenyum apabila berbicara. Cuma jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda 'tidak sihat' pula. Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.



4. Lemah lembut. Sifat ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.

5. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda. Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.

6. Penampilan yang sederhana. Jangan keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan elakkan perkara yang tidak digemarinya.

7. Jangan perasan walaupun anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia pasti bangga dengan sikapmu itu.

8. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian. Selalunya apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran 'manja' yang anda miliki.

9. Bijak menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi terutama apabila berada di hadapan khalayak ramai atau di majlis-majlis rasmi. Pasti si dia tersenyum bangga melihat personalitimu itu.

10. Jangan bercakap perkara yang remeh-temeh kepada si dia. Cakaplah perkara yang penting sahaja kerana perkara remeh-temeh yang anda sampaikan itu hanya akan membuatkan si dia bosan dengan sikapmu. Lebih membuatkan si dia menyampah jika anda suka bercerita tentang perkara yangn melibatkan orang lain atau lebih tepat suka mengumpat.

11. Matang apabila bersama dengannya. Lelaki tidak gemar dengan wanita yang terlalu keanakanakan. Apatah lagi kalau anda sememangnya sudah berusia.



12. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain. Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.

13. Jadilah peneman si dia sama ada di waktu senang atau susah. Wanita sebegini selalunya akan menjadi sumber inspirasi atau kekuatannya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah.

14. Jadilah pendengar yang setia. Jangan sekali-kali memotong percakapannya apabila si dia sedang bercakap. Lelaki tidak suka wanita yang terlalu banyak bercakap tetapi tidak tahu mendengar apabila orang lain berbicara.

15. Pandai membelai. Walaupun lelaki sinonim dengan sifat kasar, namun pada waktu tertentu mereka sangat suka apabila dibelai oleh insan yang paling dicintai.

16. Jangan terlalu suka meminta-minta, merengek atau mendesak-desak kepada lelaki. Lelaki tidak gemar wanita terlalu berkuasa di dalam sesebuah perhubungan. Jika anda sangat memerlukan sesuatu perkara, mintalah secara baik kerana lelaki selalunya mudah untuk bertolak-ansur dalam pelbagai perkara.

17. Sentiasa menunjukkan sikap prihatin terhadap teman lelaki atau suami. Apa salahnya sesekali anda menghubunginya untuk mengucapkan selamat pagi atau selamat makan tengahari kepadanya. Walaupun nampak kecil, tetapi apa yang anda lakukan memberikan impak yang cukup besar terhadap teman lelaki atau suami anda.

18. Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia. Selalunya lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.

19. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas. Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.

20. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda. Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.



21. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia. Adakalanya lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak teragakagak untuk terus bersama anda.

22. Belajar menghormatinya. Selain dirinya, anda juga perlu bijak menjaga hati ahli keluarga serta teman-teman rapatnya. Jika ahli keluarga serta teman-temannya menyukai anda, itu merupakan satu petanda bahawa perhubungan anda akan berkekalan sampai bila-bila.

23. Jangan tunjukkan diri anda seperti seorang individu yang terlalu sempurna. Anda perlu terima hakikat bahawa di dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna. Lelaki juga selalunya suka kepada wanita yang berani mengakui kelemahan dan kesilapan diri. Itu menunjukkan wanita tersebut sangat realistik dengan apa sahaja yang dilakukannya.

24. Belajarlah memasak. Apa gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak. Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga dengan usaha anda itu.

25. Berpendidikan. Anda tidak semestinya perlu mempunyai segulung ijazah daripada mana-mana universiti. Tetapi tonjolkan sikap individu yang mempunyai etika serta sikap yang menyenangkan apabila anda bersama si dia. paling penting sentiasa bertindak rasional dan berfikiran positif apabila anda mengalami sebarang masalah.

]]>
Duit Tak Boleh Beli Kebahagiaan, Tetapi Masalah Kewangan Punca Penceraian Paling Tinggi. Macam Mana Itu? https://redaksi.com/6510-duit-tak-boleh-beli-kebahagiaan-tetapi-masalah-kewangan-punca-penceraian-paling-tinggi-macam-mana-itu Thu, 11 Jul 2019 12:40:55 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6510 Selalunya orang kahwin ini atas dasar cinta yang paling dalam sehingga lautan api sanggupku redahi. Itu selalu yang kita dengar. Tapi bila orang berkahwin sebab wang ringgit pasti akan dapat cop sebagai pisau cukur serta mata duitan.

Orang kata, kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tetapi cinta juga tidak boleh memiliki kekayaan. Haa, macam mana itu?



Ramai yang masih tidak membuka mata hati mereka di mana, kewangan sememangnya tidak boleh membeli kebahagiaan akan tetapi ia mampu beri kesenangan hati dan kegembiraan. Ramai yang tidak sedar bahawa di Malaysia ini, sebanyak 17,359 kes penceraian adalah akibat dari masalah kewangan.

Jangan pandang remah akan masalah kewangan ini, dengan hanya menutup mata dengan perasaan cinta semata-mata. Selepas berkahwin korang perlukan wang dan duit untuk teruskan hidup.



Tetapi, bukanlah korang perlu tunggu kaya raya dahulu untuk berkahwin dan membina sebuah keluarga. Adalah lebih elok apabila korang mampu untuk menyediakan tempat tinggal, makan, pakaian buat anak-anak dan keluarga korang kelak.

Bukan perlu kaya dan miliki wang yang banyak dulu, tetapi perlu lebih bijak menguruskan kewangan korang dulu barulah boleh fikir nak uruskan kewangan rumahtangga kelak.

Rasa cinta dan kewangan itu perlu seiring barulah hubungan yang terbina itu lebih kukuh. Oleh itu, Azizul Azli Ahmad berkongsi pendapat mengenai kewangan sebagai salah satu punca penceraian yang paling tinggi.



KEWANGAN PUNCA CERAI?

1. Jangan pandang remeh soal belanja rumah tangga, hutang dan nafkah.

"Alah dia kerja juga, buat apa bagi duit lagi". Dalam diam hormatnya pada kita akan mula hilang.

2. Bila kita salah beli rumah atau kereta, kita mula tertekan hidup dalam keluarga.

3. Kewangan menjadi punca kepada 17,359 pasangan berpisah.

4. Jika setahun ada 49,965 kes bercerai, sehari akan ada 136 kes dan bagi setiap jam ada 5 pasangan berpisah.

5. Kahwin secara sederhana. Tulisan saya #TabungKahwin banyak kupas panduan jimat dan jana duit untuk kahwin. Bacalah, ianya percuma saja.

6. Bila jadi isteri, jadilah Gabenor Bank kewangan keluarga. Bila jadi suami, jadilah Perdana Menteri yang pikir jana duit buat keluarga.

Bila ada yang kata, "Duit tidak boleh beli kebahagian, katakan padanya kemiskinan lagi tidak boleh beli apa apa".

Selamat malam kawan. Jagalah keluarga dan bahagiakan mereka dengan usaha kita.

Sayangi keluarga kita.

Abah Qilah
Lelaki Penyayang Malaya

]]>
Personaliti Lelaki Melalui Warna Kegemaran Mereka. https://redaksi.com/2562-personaliti-lelaki-melalui-warna-kegemaran-mereka Fri, 22 Jun 2018 07:43:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2562 Warna mempunyai pengaruhnya yang tersendiri terhadap personaliti seseorang kerana ia melibatkan minat dan perasaan. Bagaimanapun, warna kegemaran seseorang lelaki lebih ringkas. Kebiasaannya kebanyakan daripada mereka menggunakan warna kegemaran hanya pada kereta, cat rumah atau bilik dan baju untuk dipakai ke tempat kerja.

Maka, ia cenderung menggambarkan perwatakan lelaki tersebut dengan mata kasar..

1. Merah.

Perwatakan mereka seperti suka memaksa orang lain. Ia melambangkan sikap dominan, kuasa dan perhatian. Mereka juga tidak takut untuk menonjolkan dirinya di khalayak ramai. Golongan ini sering mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam hal percintaan kerana mereka cenderung untuk menyembunyikan perasaan.

2. Biru.

Menurut kajian biru adalah warna komunikasi yang mana ia berkait rapat dengan kelenjar tiroid yang mengawal metabolism badan dan lontaran suara.

Si dia mungkin adalah seorang yang pasif atau lambat dalam membuat keputusan. Golongan ini juga kelihatan tenang, tetapi dalam hal cinta mereka lebih memendam dan menyembunyikan perasaan. Mereka juga adalah seorang yang ringkas, sempoi dan lebih gemarkan kesederhanaan.

3. Hitam.

Mereka kelihatan begitu maskulin, sofistikated dan mampu menyesuaikan diri di mana sahaja. Mereka juga nampak mewah dan sangat menghargai kemewahan yang dimilikinya. Golongan ini juga mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi dan berani.

Kadang kala mereka mempunyai sokongan orang ramai dan berpengaruh, dan juga mereka ini agak mementingkan diri sendiri malah tidak suka dikawal.

4. Putih.

Warna putih sangat sinonim dengan kebersihan dan keasliannya tersendiri. Jadi pada si dia yang menggemari warna putih ini juga sangat cermat dalam pelbagai hal. Mereka seorang sangat teliti, dan jika orang luar mahu menipu dirinya, berkemungkinan dapat dkesan dengan cepat.

5. Hijau.

Lelaki yang selalu memilih warna ini sebenarnya seorang yang bersikap tenang dalam apa jua keadaan. Mereka juga tidak mudah melatah dan marah apabila berdepan masalah, malah dikatakan bijak mengendalikan hal-hal kewangan.

6. Kuning.

Lelaki yang menggemari warna ini biasanya akan dikategorikan sebagai pengecut atau penakut dan suka memaksa apabila dalam perhubungan cinta. Lelaki yang memakai pakaian berwarna kuning adalah mereka yang merangsang visualnya dan pemikiran.

Tetapi golongan ini bersikap optimistik dan yakin terhadap kerjaya serta mempunyai masa depan yang cerah.

]]>
Hubungan Tanpa Hala Tuju? 5 Sebab Pentingnya Tujuan Hubungan Yang Dibina. https://redaksi.com/3014-hubungan-tanpa-hala-tuju-5-sebab-pentingnya-tujuan-hubungan-yang-dibina Fri, 27 Jul 2018 11:21:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3014 Pernah anda terfikir hubungan yang berpanjangan tanpa pengakhiran yang bahagia itu hanya membuang masa yang sia-sia sahaja? Jika hubungan kalian mempunyai tujuan pasti masing-masing sedang berusaha untuk mencapai tujuan tersebut. Bukan itu sahaja, tujuan dalam hubungan ini biasanya adalah salah satu sebab untuk seseorang itu terus bertahan. Mari ketahui mengapa tujuan dalam hubungan ini begitu penting.


1. Untuk perkembangan hubungan yang baik.

Satu hubungan dengan tujuan ini biasanya akan ke arah perkembangan yang baik sekiranya matlamat hubungan tersebut semakin tercapai. Mereka ini juga tidak akan menjalinkan hubungan yang sia-sia dan hanya membuang masa dengan orang yang salah.

2. Perkahwinan menjadi tujuan utama.

Anda dan pasangan meletakkan perkahwinan atau pernikahan sebagai tujuan hubungan anda, pasti ia akan membuat anda lebih berusaha dengan lebih kuat untuk pertahankannya. Bukan hanya itu sahaja, anda dan dia akan mula serius terhadap hubungan yang telah anda bina.

3. Agar hubungan tidak mendatar.

Keperluan tujuan dalam hubungan ini tidak kiralah untuk tujuan jangka panjang atau jangkan pendek. Hal ini hanya untuk melihat apa kepentingan kalian dalam masa terdekat dan juga matlamat sebenar yang ingin dicapai.


4. Tujuan hubungan secara teliti.

Jika anda tidak mempunyai tujuan hubungan, cuba untuk berbincang dengan pasangan anda. Pastikan anda mempunyai tujuan yang detail akan hubungan anda. Hal ini kerana, agar anda tidak akan ragu-rahu dan terkejut pada masa akan datang.

5. Jika ada tujuan yang baru kongsi bersama pasangan.

Cuba untuk berkongsi segala tujuan bersama pasangan anda. Mana tahu dia mampu memberikan penambahan idea yang lebih menarik. Bukan itu sahaja, perkongsian ini akan membuat pasangan anda faham apa kemahuan diri anda yang sebenarnya.

Tujuan dalam hubungan ini bukan hanya untuk berkahwin ataupun berbahagia sahaja. Boleh jadi anda mahu membina perniagaan, melancong ataupun kejayaan hidup bersama pasangan. Jangan ingat kahwin aje sebagai tujuan dalam hubungan.

]]>
Orang Perempuan Akan Makin Merajuk Kalau Lelaki Buat Ini Bila Ada Salah Faham. Lagi-lagi Yang No 5 Itu. https://redaksi.com/7184-orang-perempuan-akan-makin-merajuk-kalau-lelaki-buat-ini-bila-ada-salah-faham-lagi-lagi-yang-no-5-itu Fri, 13 Sep 2019 10:39:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7184 Bila cakap pasal merajuk ini, dah tahu dah siapa yang kuat merajuk dan mudah sangat merajuk. Malah kalau dalam salah faham yang tegang sekali pun, eh sempat juga dia merajuk. Haa… inilah orang perempuan, rajuknya itu sebenarnya nak bermanja dengan pasangan sahaja.

Apa yang paling jelas adalah dengan, bila orang lelaki merajuk, bila dia tak dapat pujuk maka dia pun merajuk sekali. Kadang kala comel sungguh gelagat mereka ini walaupun menyakitkan hati sedikit. Namun begitu, apa yang menariknya adalah ini cara mereka nak dapatkan perhatian dan bermanja dengan pasangan mereka ini.



Akan tetapi pernah tak anda berdepan dengan situasi dah pujuk tak jalan tapi si diam akin merajuk? Pernah atau tidak? Nak tahu kenapa dia makin merajuk, mungkin dalam kata-kata anda itu ada ayat seperti ini.

1. Dia akan makin merajuk bila anda kata “ya sudahlah”.

Mungkin bagi dirinya anda tiada niat nak memujuknya pun, sekadar suruh berhenti merajuk dan lupakan apa yang telah berlaku. Orang perempuan cukup pantang kalau disuruhkan apa yang berlaku tanpa selesaikan dahulu.



2. Bila anda kata “habis sekarang ini nak apa lagi?”

Nampak macam tak ada apa-apa bukan, sebenarnya bila dia diam dan tak mengendahkan anda dia hanya mahu anda memujuknya sahaja. Bukannya membiarkan dan bertanya soalan sebegini. Jangan tanya soalan ini pada orang perempuan yang sedang merajuk, nanti makin panjang pula rajuknya.

3. Bila anda kata “kenapa nak marah-marah ini”.

Mungkin bagi anda itu satu masalah yang kecil tak perlu nak pandang serius pun. Tapi bagi orang perempuan semua masalah yang berlaku adalah perlu untuk dipandang secara serius walaupun hal-hal yang kecil. Sebabnya mereka inikan overthinking.



4. “Serba salahlah awak ini.”

Ayat ini nampak macam anda rimas dengan kerenah dirinya. Haaa… Siapa sahaja yang tak sakit hati kalau tiba-tiba ayat sebegini keluar dari mulut orang yang dia sayangi. Kalau anda pun tentu sambung merajuk semula kerana terasa akan kata-kata seperti ini.

5. Diam dan abaikan.

Paling menyakitkan hati bagi orang perempuan sebab anda hanya akan mengabaikan dirinya sahaja tanpa memujuk. Bila anda diam dia pun diam lah juga bukan. Bila anda merajuk dia pun ikut merajuk lah juga.

Orang perempuan ini memang sukar nak difahami kadang kala, kejap macam itu kejap macam ini. Tapi kalau mereka masih nak merajuk lagi ini, itu tandanya dia masih sayang dekat anda lagi. Orang kata hati tak tawar lagi.

]]>
5 Sebab Wanita Cantik Sukakan Lelaki Rupa Biasa! https://redaksi.com/1211-5-sebab-wanita-cantik-sukakan-lelaki-rupa-biasa Tue, 12 Sep 2017 14:55:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1211 Pasti ramai lelaki tertanya-tanya kenapa ada sesetengah wanita cantik end up dengan lelaki yang rupa biasa-biasa je.

Memang pelik! Memang susah nak jangka jenis lelaki macam mana yang wanita inginkan. Kami senaraikan beberapa fakta menarik tentang perkara ini!



1. Kajian terbaru membuat kesimpulan bahawa wanita tidak kisah dengan rupa seseorang lelaki

Ada banyak perkara dan aspek penting lain yang perlu ada pada lelaki.

2. Namun bagi lelaki, tarikan fizikal sangat penting

3. Wanita lebih tertarik dengan sifat peribadi seseorang lelaki

Dalam kaji selidik, kebanyakan wanita mendakwa, mereka lebih tertarik dengan sifat-sifat peribadi daripada paras rupa seseorang lelaki.



4. Wanita tidak sukakan lelaki yang hanya berbadan sado atau rupa yang kacak sahaja

Mereka juga perlu mempunyai personaliti yang hebat dan bijak.

5. Wanita sukakan lelaki yang memiliki perwatakan hebat

Jika lelaki itu hebat, mereka layak untuk memiliki wanita cantik walaupun rupa paras lelaki tersebut biasa-biasa je.

]]>
Prihatin 'runner' tak sempat makan, pemilik gerai beri burger untuk setiap pembelian 'coustmer' https://redaksi.com/9131-prihatin-runner-tak-sempat-makan-pemilik-gerai-beri-burger-untuk-setiap-pembelian-coustmer Mon, 14 Dec 2020 17:52:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9131 Tidak kira hujan mahupun panas terik, makanan yang dipesan tentunya akan tiba tepat pada waktunya di depan pintu pelanggan mereka. Malah, kerana kesibukan berkerja, kadang kala mereka tidak sempat untuk mengisi perut mereka sendiri.


Itu belum lagi terpaksa melayan kerenah pelanggan yang mempunyai pelbagai ragam, namun itu semua tidak diperdulikan asalkan dapat rezeki yang halal.

Tak kira cuaca hantar makanan

Faham akan penat lelah yang dialami oleh rider penghantar makanan seperti Food Panda atau Grab Food, pemilik kedai The Hashtag Burger di Kota Damansara telah berkongsi rezekinya bersama rider penghantar makanan.


Menurut pemilik kedai tersebut, Muhammad Jeffrey yang berkongsi perkara tersebut di Facebook serta meluahkan rasa simpati kepada rider penghantar makanan.


Sagu hati buat rider

Kongsinya, setiap pembelian buger di Food Panda ataupun Grab Food, rider penghantar makanan akan mendapat sebiji buger sebagai sagu hati untuk mereka makan.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar pemilik gerai buger tersebut dimurahkan rezeki, disamping memuji tindakan dirinya yang begitu prihatin terhadap rider penghantar makanan.


 

]]>
Usia 24 tahun berjaya buka francais J&T sendiri, cari modal dengan jual barang 'online' https://redaksi.com/9345-usia-24-tahun-berjaya-buka-francais-jt-sendiri-cari-modal-dengan-jual-barang-online Sat, 09 Jan 2021 12:49:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9345 Usaha anak muda sekarang dalam dunia perniagaan tidak boleh dipandang remeh lagi. Pelbagai kerjayaan yang dapat dilihat ketika ini malah usahanya itu sememangnya gigih dan patut mendapat pujian.


Perkara itu telah dibuktikan oleh seorang pemuda berusia 24 tahun apabila berjaya membuka francais perkhidmatan kurier miliknya sendiri.

24 tahun berjaya buka francais

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, iphonebylep dia telah berkongsi kerjayaannya membuka francais perkhidmatan kurier, J&T pada usianya 24 tahun.

Berkongsi pengalaman membuka francais khidmat kurier itu, pemuda berkenaan menyatakan bahawa dia hampir empat bulan menguruskan segala keperluan sebelum membuka perniagaan itu malah pada masa yang sama bergelar pelajar yang perlu mengikuti kelas secara online pada ketika ini.



Usaha jual pelbagai barang


Apa yang lebih mengejutkan lagi, pemuda berkenaan menyatakan bahawa membuka francais khidmat kurier itu atas usahanya sebelum ini yang bertungkus lumus mencari duit dengan menjual pelbagai barangan secara atas talian.



Dalam kesempatan itu juga, pemuda berkenaan juga berkongsi sedikit bagaimana cara untuk membuka francais J&T bagi mereka yang berminat untuk membuka di kawasan mereka.



Mohon doa ramai


Pemuda yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang landscape architecture turur meminta doa ramai akan kejayaannya dalam pembelajaran dan perniagaan kerana bergelar pelajar tahun akhir dalam bidang yang dipelajari malah ketika ini belajar sepenuhnya secara atas talian bukanlah satu yang mudah.


Perkongsian tersebut telah menjadi perhatian warganet yang rata-rata meninggalkan komen yang positif malah turut mengucapkan tahniah serta mendoakan agar urusan pemudah tersebut dipermudahkan pada masa akan datang.



]]>
Takut ternampak aurat, suami segera 'cover' lengan isteri guna telekung jadi perhatian https://redaksi.com/9683-takut-ternampak-aurat-suami-segera-cover-lengan-isteri-guna-telekung-jadi-perhatian Wed, 10 Feb 2021 09:57:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9683 Sebuah perkahwinan sememangnya akan membawa kebaikan buat diri masing-masing, terutama dalam sama-sama dalam mentaati perinah dan larangan agama Islam.

Pasti ramai masih ingat akan kisah pasangan suami isteri yang tular di media sosial apabila mereka diuji dengan keguguran anak pertama mereka selepas beberapa bulan usia perkahwinan.


Meskipun impian untuk menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian, namun Nur Aisyah dan suami, Muhad Shaiful reda dan kekal positif akan ketentuan tersebut.



Bagaimanapun, baru-baru ini gelagat romantis pasangan ini sekali lagi menjadi perhatian warganet menerusi video mereka di aplikasi TikTok.


Berdasarkan video berkenaan, dapat dilihat Aisyah dan Shaiful baru sahaja selesai menunaikan solat berjemaah dan situasi tersebut dirakam oleh Aisyah.



Namun, tindakan suaminya yang segera menutup lengan isteri daripada terdedah sehingga menampakkan aurat dengan memegang kain telekung terlihat bergitu sweet dan romantis.

Tindakan itu telah membuatkan si isteri tersenyum lebar dan secara tidak langsung memaparkan kemesraan antara mereka berdua.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargnet mengagumi sikap Shaiful yang prihatin dalam menjaga aurat isterinya, selain memauji akan keserasian pasangan suami isteri ini.

]]>
Tanda-Tanda Anda Sebenarnya Dalam Perkahwinan Yang Tidak Bahagia. https://redaksi.com/4873-tanda-tanda-anda-sebenarnya-dalam-perkahwinan-yang-tidak-bahagia Mon, 14 Jan 2019 14:21:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4873 Semua insan mengidamkan perkahwinan yang bahagia. Siapa sahaja yang tidak mahu bahagia bersama pasangan untuk selama-lamanya. Namun, siapala kita kadang-kala untuk menidakkan takdir, sedangkan lidah tergigit inikan pula suami isteri.

Jom lihat tanda-tanda perkahwinan anda dengan pasangan sebenarnya menuju ke arah tidak bahagia;

1. Pasrah berkali-kali menerima kemaafannya.

Dalam usaha untuk menerima kekurangan pasangan, anda mungkin berkali-kali memaafkan sikapnya yang terang-terang telah menyakiti anda. Sebagai contoh anda dengan pasangan sering bergaduh sehingga mengeluarkan kata-kata kasar, akan tetapi sering memaafkan dirinya dimana anda juga bersalah dalam situasi tersebut.

Hanya pasrah dan biarkan pasangan mengulangi kesilapannya lagi.

2. Sentiasa mengandaikan semua pasangan yang berkahwin juga mengalami masalah yang sama.

Apabila berlaku pergaduhan sahaja, anda menganggap ia perkara yang biasa setiap pasangan akan alami. Setiap pasangan akan mengalami dimana suami naik tangan, isteri berkata-kata kasar mengikut emosi, dan sebagainya. Jika ini yang anda sering fikirkan, dan anggap ia normal, anda sebenarnya tidak bahagia.

Janganlah terlalu mengikut rentak kebiasaan rumah tangga. Keluarlah dari kebiasaan itu dan jadi keluarga bahagia.

3. Sentiasa berfikir bahawa pasangan mengalami ‘Bad Day’

“Mungkin hari ni dia penat kat tempat kerja, sebab tu dia stress kot…”

Jika anda sentiasa berfikiran sebegini, fikirlah secara logik, masakan setiap hari mengalami tekanan di pejabat? Jika benar setiap hari tertekan, ia akan mengundang masalah kesihatan. Kalau tengok pasangan macam okay je, tapi bila nak cakap dengan kita dia yang jadi tertekan, bermakna hubungan kalian mempunyai masalah dan tidak bahagia.

4. Sentiasa berfikiran, semua masalah berpunca dari diri sendiri.

“Dia marah sebab aku yang menjadi punca, kalau aku okay…dia mesti okay sebenarnya..”

Anda sentiasa mengakui kesalahan, akan tetapi pasangan sukar untuk mengakui kesilapan sendiri. Hanya pasangan sahaja yang betul dan sukar menerima pendapat anda. Dalam perkahwinan, perbezaan pendapat sebenarnya untuk mengenali pasangan antara satu sama lain. Jika ini tidak berlaku dalam hubungan anda, bermaksud anda tidak berpeluang mengenali pasangan sebenarnya.

5. Sentiasa beranggapan terlalu rumit sekiranya anda berdua berpisah.

Alasan ini sering didengari oleh pasangan yang mahu bertahan demi perkahwinan yang telah dibina. Rasa tidak bahagia, namun sayang untuk berpisah kerana berasa rumit. Rumit sekiranya anda perlu hidup berseorangan selepas berpisah. Gagal dalam percintaan, pertunangan dan perkahwinan adalah lumrah kehidupan. Sekiranya terlalu selesa menjalani hubungan toksik sepanjang hayat, anda boleh sakit jiwa sebenarnya.

6. Sentiasa mengutamakan perasaan keluarga daripada perasaan sendiri.

Memang benar keluarga adalah ahli terpenting dalam hidup anda dalam mengejar kebahagiaan. Malu sekiranya mereka mengetahui bahawa rumah tangga anda bergolak dan mahu berpisah. Jangan berpura-pura bahagia demi melihat keluarga gembira. Jika anda sendiri tak bahagia, takut nanti mengungkit sekiranya berkali-kali berlaku pergaduhan.

Jangan Biarkan Diri Anda Dalam Perkahwinan Yang Toksik Dan Beracun!

]]>
Ingin Dapatkan Tidur Yang Lena? Hentikan Tabiat Ini. https://redaksi.com/4247-ingin-dapatkan-tidur-yang-lena-hentikan-tabiat-ini Mon, 19 Nov 2018 14:31:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4247 Gangguan tidur yang tidak lena akan menjadi masalah untuk badan anda kekal aktif di siang hari. Badan yang cergas dan sentiasa aktif akan diperolehi daripada tidur yang lena serta mencukupi. Tidur yang berlebihan juga tidak bagus untuk tubuh badan anda. Hal ini kerana, ia akan membuatkan tubuh badan anda terasa lesu dan terasa malas untuk bergerak aktif.

Jika anda mempunyai hari yang sibuk, sudah pastilah anda perlukan tidur yang lena serta yang memcukupi. Namun begitu, perkara sebegini bukanlah mudah untuk anda perolehi sekiranya anda mempunyai beberapa tabiat buruk. Berikut adalah tabiat buruk yang perlu anda buang demi mendapatkan tidur yang lena.



1. Letakkan telefon bimbit di kepala ketika hendak tidur.

Telah menjadi kebiasaan sebelum tidur anda akan bermain telfon bimbit bukan? Lalu anda akan membiarkan telefon bimbit anda berdekatan dengan anda. Ini adalah perkara yang tidak elok untuk tubuh badan anda. Apabila anda inginkan tidur yang lena, jangan meletakkan telefoon bimbit anda berdekatan dengan anda mahupun di kepala anda. Jauhkan telefon bimbit anda sekurang-kuranga 30 minit sebelum anda tidur. Hal ini dapat membantu anda bangun dengan cergas keesokan paginya.

2. Tidur di dalam bilik yang terang.

Tidur di dalam gelap tanpa sebarang cahaya mampu merehatkan diri anda dengan lebih baik. Keadaan yang gelap membantu otak kita untuk bersiap melelapkan mata. Bukan itu sahaja, matikan segala peralatan elektronik juga akan membantu anda mendapatkan tidur yang baik.



3. Tidur dalam keadaan yang bising.

Suasana tempat tidur akan memberikan anda satu perasaan yang tersendiri. Jika tempat tidur anda kemas dan nyaman, maka akan berasa tenang sebelum tidur. Tapi jika ia sedikit bising dan tidak kemas ia mungkin akan mengganggu perasaan anda. Jadi sebelum tidur, pastikan anda mengemas katil anda, melipat semua pakaian anda bahkan memastikan bilik anda dalam keadaan yang senyap dan teratur.

4. Tidur dalam keadaan tertekan atau sedih.

Untuk mendapatkan kualiti tidur yang lebih lena, anda perlu memastikan bahawa anda merehatkan minda dan badan anda terlebih dahulu. Jika anda memikirkan sesuatu sebelum tidur, ia mungkin akan menjadi gangguan di dalam tidur anda.

Buang tabiat buruk ini demi mendapatkan masa tidur yang berkualiti. Bahkan ia mampu membuat hari anda lebih cergas dan produktif.



 

]]>
Beza Perasaan 'Suka / Sayang / Cinta' Pada Seseorang. https://redaksi.com/462-beza-perasaan-suka-sayang-cinta-pada-seseorang Sat, 15 Jul 2017 01:13:58 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=462 Apakah beza perasaan Suka, Sayang dan Cinta pada seseorang? Ketiga-tiga perkataan ini mempunyai maksud yang hampir sama tetapi sebenarnya sangat berbeza antara satu sama lain. Kalau anda sukakan seseorang itu, tidak bermakna anda menyayanginya ataupun mencintainya. Begitu juga jika anda sayangkan seseorang itu, tidak bermakna anda sukakannya ataupun mencintainya. Oleh itu, apa yang anda faham mengenai perasaan suka, sayang dan cinta pada seseorang?



Disini ada beberapa beza perasaan suka, sayang dan cinta yang mungkin anda sudah tahu ataupun tidak pernah tahu:

  • Cinta adalah apabila anda melihat si dia dan berkata dalam hati ' jadikanlah dia anugerah terhebat yang pernah tuhan berikan padaku, semoga aku dan dia akan terus kekal bahagia selamanya'.
  • Sayang apabila anda melihat si dia dengan melihat melalui budi pekertinya dan tingkah lakunya bukan dari luaran sahaja.
  • Suka apabila anda melihat si dia dan berkata ' dia sungguh cantik/hensem dan pandai bergaya'.
  • Apabila orang yang anda suka menyakiti hatimu, anda akan merajuk dan tidak contact dengannya buat beberapa lama.
  • Apabila orang yang anda sayang menyakiti hati anda, anda akan menangis untuknya dan anda tidak akan membalas balik.
  • Apabila orang yang anda cintai menyakiti hati anda, anda tidak akan menyakitinya semula dan hanya berkata dalam hati ' tak apa, sebab dia tidak sedar apa yang sedang dilakukannya'.

  • Pada saat anda suka kepada dia, anda akan berusaha dan malah mungkin memaksa dia untuk menyukai anda.
  • Pada saat anda sayangkan dia, anda akan membiarkannya untuk membuat pilihan yang dia mahu.
  • Pada saat anda cintakan dia, anda akan sentiasa menunggunya dengan kesetiaan walaupun memakan masa yang lama.
  • Ringkasnya, perasaan Suka adalah apabila anda menemaninya atau bersamanya apabila anda merasakan hal itu menguntungkan anda.
  • Ringkasnya, perasaan Sayang itu apabila anda akan menemani atau bersamanya apabila dia sangat memerlukannya.
  • Ringkasnya, perasaan Cinta itu apabila anda akan menemaninya pada bila-bila masa yang dia perlukan dan anda tidak menghiraukan keadaan anda ketika itu, sebab dia adalah sangat penting bagi anda.
  • Suka boleh dikatakan yang menuntut.
  • Sayang boleh dikatakan memberi dan menerima.
  • Cinta adalah memberi dan menerima dengan rela hati.

]]>
Mungkin Jodohmu Bukanlah Dengan Orang Yang Ada Dalam Doamu, Tetapi Kuatnya Doa Orang Yang Mendoakanmu Untuk Menjadi Jodohnya. https://redaksi.com/6893-mungkin-jodohmu-bukanlah-dengan-orang-yang-ada-dalam-doamu-tetapi-kuatnya-doa-orang-yang-mendoakanmu-untuk-menjadi-jodohnya Mon, 19 Aug 2019 16:47:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6893 Adakala kita sentiasa meminta kepada Sang Pencipta supaya dijodohkan dengan pilihan hati kita. Kekasih kita. Maka kita sebut namanya di dalam setiap doa kita, berharap semoga dipanjangkan hubungan sehingga ke jinjang pelamin, membina hidup bahagia bersamanya, percaya bahawa si dia adalah cinta sejati dan abadi.



Namun tahukah anda, adakala dalam diam ada orang lain yang mendoakan supaya anda menjadi jodohnya. Jika doanya lebih kuat, dan diperkenankan oleh Allah, maka tiada yang mustahil bagiNya, sedang dia suka akan hambaNya yang kuat berusaha, kemudian tawakkal kepadaNya. Boleh jadi dialah jodoh anda, yang terbaik untuk anda, yang diredhai oleh Allah, sesungguhnya Allah yang mencipta kita, hati kita, dan bila-bila masa Dia boleh membolak balikkan hati kita.



Jangan pernah putus berdoa terhadap apa yang kita mahukan, kalau dia yang kita mahukan. Maka titipkan setiap namanya di dalam doa kita ini. Jangan pernah sekali pun melupakannya.



Sesungguhnya Allah maha tahu sedang kita tidak tahu. Tiada yang mustahil bagi Allah. Jika sudah bertahun bercinta dengan si dia, tetapi sekelip mata berubah hati dan hadir insan lain, nescaya ada hikmah disebalik kejadian, panjatkan doa mohon petunjuk daripadaNya. Buatlah keputusan yang memuaskan hati semua pihak terutama hati sendiri tanpa mengetepikan ibu bapa. Ingatlah bahawa redha Allah bergantung kepada redha ibu bapa kita.

Jodoh itu telah ditetapkan oleh Allah, tetapi andai kita berusaha dan berdoa untuk memiliki apa yang kita inginkan tanpa jemu dan letih, pasti Allah akan perkenankan doa kita itu. Jangan mudah mengalah atau mudah berserah. Ingat setiap mereka yang berusaha itu sudah tentu akan ada hasilnya.

]]>
Jom Hayati, 10 Kata-Kata Nasihat Daripada Mereka Yang Bangkit Setelah Putus Cinta. https://redaksi.com/2050-jom-hayati-10-kata-kata-nasihat-daripada-mereka-yang-bangkit-setelah-putus-cinta Fri, 20 Apr 2018 11:44:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2050 Kadang kala, kita memerlukan kata-kata semangat setelah hubungan cinta berakhir. Untuk bangkit setelah jatuh memang sukar jika orang sekeliling tidak membantu, jadi jom kita hayati kata-kata nasihat di bawah!

1. “Menunggu lelaki untuk berubah, adalah satu kesalahan besar yang wanita telah lakukan”

2. “Jika mereka bukan pasangan serasi sejak dari awal perkenalan, jangan bazirkan masa, move on!”


3. “Menyintai dan menerima diri sendiri seadanya adalah satu perkara yang perlu dilakukan sebelum menyintai orang lain”

4. “Jika kita merasakan si dia tidak lagi mengejar kita, bosan dengan kehadiran kita, ia tetap akan berakhir. Berfikiran terbuka untuk menerima apa jua yang akan berlaku pada masa hadapan kerana anda dengan dia telah meninggalkan kenangan dan memori yang indah”

5. “Jangan menjangka kan seorang yang suka menipu akan berubah sekelip mata. Jika dia adalah seorang attention seeker dan suka menipu kerana sentiasa mahu kelihatan baik pada orang ramai, perangai begini memang sukar untuk di ubah”


6. “Jangan merayu atau memaksa si dia untuk menyintai diri anda, kerana cinta yang jujur setulus hati adalah apabila si dia mula melayan anda sama penting seperti ahli keluarganya”

7. “Tidak kira berapa lama anda berdua telah lama mengenali antara satu sama lain, telah berkongsi hidup ketika gembira dan berduka, tetapi jika si dia tidak mahu lagi bersama, tiada apa lagi anda boleh lakukan.

Tetapi anda perlu memperbaiki diri sendiri, dan mencari diri anda kembali. Mengapa ini semua terjadi, pasti ada hikmah tersembunyi”

8. “Jika pasangan telah fed up dengan kita, dan kita masih memaksa mereka untuk mengekalkan hubungan, perasaan cinta itu tidak sama seperti dahulu kerana mereka hanya berasa simpati pada kita”

9.”Set kan minda kita, untuk tidak melebihi mencintai diri mereka jika masih belum berumah tangga.

“Cintakan diri sendiri daripada dia..

Cintakan diri sendiri lebih daripada diri dia…

Cintakan diri sendiri dan pada Ilahi…

Jika kita telah setkan minda untuk tidak melebihi cinta pada si dia, apabila kita ditinggalkan tidak lah kita merasa merana”

10. “Apabila si dia hanya menyakiti diri anda berulang kali dan terus menerus tanpa mengungkapkan kata maaf, jangan berikan mereka peluang, move on!”


 

]]>
Syarat-Syarat Pertunangan Dan Antara Hukum-Hukumnya Menurut Islam. https://redaksi.com/3763-syarat-syarat-pertunangan-dan-antara-hukum-hukumnya-menurut-islam Mon, 08 Oct 2018 11:55:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3763 Syarat-syaratnya yang termaktub di dalam perundangan Islam  adalah:

1. Berjumpa dengan wali atau mahram wanita.

Wali wanita adalah yang terdiri dikalangan mahramnya terutama ayah, abang, pakcik sebelah ayahnya atau ibunya dan siapa sahaja mahramnya yang berkaitan dengan wanita tersebut. Anda dilarang bertunang tanpa pengetahuan wali wanita tersebut.

2. Pertunangan perlulah dirahsiakan.

Islam melarang keras terhadap tindakan menghebahkan pertunangan. Tidak dibenarkan sama sekali membuat hebahan berkenaan pertunangan. Relevennya, andai tidak jadi berkahwin dan pertunangan dihebahkan besar-besaran kedua-dua pihak akan menanggung malu dan ini mengakibatkan  maruah tercemar terutama maruah wanita. Islam itu agama yang membela wanita dan maruah.

3. Bertunang dengan wanita yang dibenarkan syara'.

 Antara wanita yang tidak boleh dipinang mengikut syara' ialah wanita yang talak satu dan dua serta ada kemungkinan ruju', wanita yang kematian suami dan masih tidak habis i'ddah iaitu sebanyak tiga kali suci, wanita yang diceraikan dengan talak tiga dan masih tidak habis i'ddah.

4. Tidak meminang tunangan lelaki lain.

Islam tidak membenarkan mana-mana lelaki meminang tunangan saudara se-Islamnya. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Mukmin itu bersaudara, tidak halal baginya membeli diatas barangan belian saudaranya, dan jangan meminang diatas pinangan saudaranya sehinggalah diputuskan ( saudaranya memutuskan pertunangan)."

Syarat- syarat tersebut wajiblah dipatuhi oleh setiap ummat Islam terutamanya ummat Islam di Malaysia. Jauhilah adat menghebahkan pertunangan kerana Islam melarangnya. Wajib bagi anda selaku muslim mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala larangannya. Penulis berharap anda tergolong dalam golongan yang mematuhi syarat-syarat tersebut. Sekiranya anda melampaui batas, nauzubillah nescaya anda akan diseksa di akhirat kelak.


       

ANTARA HUKUM-HUKUM DALAM PERTUNANGAN

1. Hukum pertunangan adalah dibolehkan, iaitu diharuskan berdasarkan firman Allah SWT;

“dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran, atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu” (Al-Baqarah: 235).

2. Hukum Melihat Bakal Tunang (Khusus bagi wanita yang berniqab).

Melihat perempuan yang akan di nikahi, digalakkan bahkan di sunatkan oleh agama.Karena meminanag caln istri merupakan pendahuluan pernikahan. Sedangkan melihat calon isteri untuk mengetahui penampilan dan kecantikannya, dipandang perlu untuk mewujudkan kehidupan rumah tangga yang berbahagia.

Rasulullah SAW bersabda:

“Jika seseorang di antara kamu meminang seserang perempuan,Sekiranya dapat melihat sesuatu tang mendorong semangat untuk mengawininya, Hendaklah ia melakukan nya” (H.R Ahmad dan Abu Daud)

3. Hukum Pemberian Hadiah Dalam Pertunangan.

Saat bertunangan kita sering mendengar istilah tukar cincin, lalu bagaimanakah hukumnya dalam islam? Sebenarnya kebiasaan tukar cincin hanyalah kebiasaan namun seorang lelaki dibolehkan memberi hadiah atau cenderamata kepada tunangannya.

Jika dikemudian hari pihak lelaki membatalkan pertunangan atau pinangannya maka ia tidak dibenarkan untuk mengambil kembali hadiah tersebut. Sebagaimana hadits Rasulullah SAW yang menyebutkan bahawa : “Tidak halal bagi seseorang muslim memberi sesutau kepada orang lain kemudian memintanya kembali, kecuali pemberian ayah kepada anaknya” (HR. Ahmad al-irba’ati wa shohihu al-Tirmidzi wa ibnu hibban wa al-Hakim).

4. Hukum Membatalkan Pertunangan.

Tunangan atau pinangan hanyalah janji seorang lelaki yang akan menikahi seorang wanita dan merupakan langkah awal dalam mempersiapkan suatu pernikahan. Berdasarkan hal tersebut maka sebenarnya pertunangan boleh diputuskan atau dibatalkan oleh salah satu pihak  jika terjadi konflik dalam keluarga.

]]>
Mengapa Perlu Pindah Selepas Berkahwin. https://redaksi.com/1330-mengapa-perlu-pindah-selepas-berkahwin Mon, 25 Sep 2017 11:17:28 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1330 Perkahwinan adalah dunia baru bagi pasangan yang berkahwin. Dari hari pertama bernikah anda mula mengenali hati budi dan sikap pasangan yang selama ini hanya diketahui secara luaran. Namun apabila tinggal bersama dapat memberi peluang pasangan pengantin mengatur kehidupan dengan baik dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan isteri.



Walau bagaimanapun, berpindah selepas berkahwin sering kali menjadi dilema bagi pasangan pengantin baru. Ini kerana terdapat beberapa faktor dan halangan sebelum anda boleh berpindah serta memulakan kehidupan yang baru.

Antaranya masalah kewangan, Ini kerana ekonomi belum mantap dan banyak menggunakan duit masa berkahwin membuatkan anda terpaksa menumpang keluarga.

Ditambah pula dengan kos hidup yang tinggi dan harga rumah sewa yang mahal, jauh dari tempat kerja serta tidak mempunyai kenderaan menjadikan pasangan yang baru berkahwin berhadapan dengan beberapa masalah yang perlu difikirkan sebelum berpindah.



Ada beberapa sebab mengapa pasangan yang sudah berkahwin digalakkan tinggal berasingan dari keluarga dan cuba melayari penghidupan baru.

1. Mengajar pasangan berdikari dan tidak bergantung pada keluarga. Jika selama ini bergantung pada keluarga, bila masuk alam berumah tangga semuanya mesti dibuat sendiri. Ia mengajar anda untuk belajar berdikari serta belajar menyelesaikan masalah.

2. Memberikan peluang merancang kehidupan berumah tangga serta ada privasi. Pasangan akan ada lebih masa bersama dan boleh membuat banyak perkara bersama tanpa ada campur tangan keluarga.

3. Menjaga ekonomi keluarga. Pasangan baru berkahwin boleh belajar menjaga ekonomi dalam rumah tangga. Berbelanja ikut kemampuan diri. Jika dulu tidak ada duit minta keluarga, sekarang bila sudah berkahwin, susah senang anda tanggung bersama.



4. Keluarga tidak masuk campur kalau ada konflik. Jika ada perselisihan faham, hanya pasangan yang tahu. Keluarga tidak boleh masuk campur kerana rumah berasingan. Pasangan juga belajar berkompromi bertolak ansur serta menguruskan konflik keluarga tanpa ada campur tangan orang lain.

5. Bebas mengatur kehidupan berumah tangga dan bertanggungjawab terhadap kehidupan baru yang dibina.

6. Tidak akan menimbulkan konflik sesama ahli keluarga seperti kata pepatah, 'jauh bau bunga dekat bau taik' yang membawa maksud jika selalu jumpa dan tinggal sebumbung konflik boleh berlaku bila-bila masa saja, tapi bila dah tinggal berjauhan rindu dan kasih lebih mendalam pada ahli keluarga yang lain.

Namun tidak dinafikan ada juga pasangan baru berkahwin terpaksa tinggal dengan keluarga kerana menjaga kedua orang tua dan telah dipertanggungjawab untuk menjaga rumah pusaka keluarga. Dalam hal ini, pasangan ini tidak mempunyai pilihan selain tinggal bersama keluarga dan menjaga ibu bapa yang memerlukan perhatian mereka. Biasanya ini terjadi pada anak bongsu atau anak tunggal.

]]>
Ciri-Ciri Wanita Solehah Yang Anda Perlu Contohi, Sebelum Bertemu Jodoh. https://redaksi.com/2364-ciri-ciri-wanita-solehah-yang-anda-perlu-contohi-sebelum-bertemu-jodoh Thu, 24 May 2018 14:24:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2364 “Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka.” An-Nisa: 34

Maka itu, melalui ayat suci ini ciri utama seorang wanita atau isteri yang solehah adalah yang mentaati Allah SWT dan mematuhi suaminya, apatah lagi bagi mereka memelihara diri ketika suaminya tiada bersama (ketika melakukan pekerjaan yang jauh atau perhubungan jarak jauh).

Oleh yang demikian ciri seseorang wanita solehah itu haruslah yang memelihara maruah suaminya iaitu dengan menjaga diri dan harta suaminya itu. Selain dari mentaati suami, apakah lagi ciri-ciri wanita solehah ini?

Terdapat kisah sewaktu berlakunya permasalahan antara Rasulullah SAW dengan isteri-isteri Baginda, sehinggakan Baginda bersumpah untuk tidak mencampuri mereka selama sebulan.


Allah SWT lalu menurunkan ayat;

“Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, Muslimat, Mukminat, Qanitat, Taibat, Abidat, Saihat dari kalangan janda ataupun gadis.” At-Tahrim: 5

Lalu, dalam ayat ini disenaraikan beberapa sifat wanita dan isteri yang solehah, iaitu;

1. Muslimat. Wanita-wanita yang ikhlas kepada Allah SWT dengan tunduk kepada perintahNya dan suruhan RasulNya.

2. Mukminat. Wanita-wanita yang membenarkan perintah dan larangan Allah SWT.


3. Qanitat. Wanita-wanita yang taat.

4. Taibat. Wanita-wanita yang selalu bertaubat dari dosa-dosa dan kembali kepada perintah Rasulullah SAW walaupun harus meninggalkan segala kesenangan nafsu mereka.

5. Abidat. Wanita-wanita yang banyak melakukan ibadah kepada Allah SWT.

6. Shoimat. Wanita-wanita yang berpuasa.


Dengan ayat mudah, ciri-ciri wanita solehah juga boleh disebutkan seperti berikut..

1. Wanita yang mempunyai kasih sayang dan sentiasa mencari keredaan suaminya.

2. Melayani suaminya dengan cara yang paling terbaik (sedia berkhidmat kepada suami) dengan menyiapkan segala keperluannya.

3. Menjaga rahsia dan amanah suami.


4. Selalu berpenampilan menarik di hadapan suaminya sehingga akan menyenangkannya.

5. Ketika bersama suaminya, wanita solehah itu tidak melakukan hal yang boleh menghalang suaminya untuk bermesra dengannya.

6. Sentiasa bersyukur akan segala kebaikan dan pemberian suami.

Sesekali jangan dilupakan bahawa anak-anak yang baik dan soleh juga bermula dari wanita yang solehah. Lalu, wahai para pemuda, jadikanlah wanita yang memahami agama itu sebagai pilihan utama berbanding kecantikan, keturunan serta hartanya.


]]>
Taat Pada Suami, Syurga Menanti. https://redaksi.com/914-taat-pada-suami-syurga-menanti Wed, 16 Aug 2017 12:05:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=914 Seorang wanita yang berumur lewat dua puluhan, berpendirian untuk hidup terus membujang dan mahu fokus kepada beribadah sahaja. Tambahan pula sering sibuk dengan urusan harian yang lain ini menyebabkan sukarnya mencari calon suami yang soleh. Moga-moga Allah mengurniakan syurga-Nya di Akhirat. Tetapi adakah betul pendirian ini? Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berpesan:

Para wanita kalian yang menjadi ahli syurga ialah yang banyak kasih sayangnya (amat penyayang), banyak anak dan banyak kembali kepada suaminya. Iaitu apabila suaminya marah, dia mendatanginya dan meletakkan tangannya di atas tangan suaminya dan berkata: “Aku tidak dapat tidur nyenyak sehinggalah engkau redha (kepadaku).” [Riwayat al-Nasa’e dan lain-lain, rujuk Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, no: 287]

Dalam sebuah hadis lain yang masyhur, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan:

Apabila seorang wanita (isteri) mendirikan solat lima waktu sehari, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga kemaluannya (dari berzina dengan lelaki lain) dan taat kepada suaminya, maka dikatakan kepadanya: “Masuklah ke dalam syurga dari mana-mana pintu yang kamu ingini.” [Musnad Ahmad, no:1573/1661 dengan sanad hasan]

Perhatikan dalam hadis terakhir di atas, solat lima waktu sehari, berpuasa pada bulan Ramadan dan menjaga kemaluan daripada berzina dilakukan oleh semua wanita muslimat. Akan tetapi satu perkara yang dapat memudahkan seorang muslimat memasuki syurga, bahkan sehingga boleh memilih pintu yang disukainya ialah memiliki seorang suami dan taat kepadanya.



Kesimpulannya, memiliki seorang suami lalu taat kepadanya dan berbakti kepadanya, merupakan wasilah atau jalan yang dapat membawa seorang wanita kepada keredhaan Allah dan syurga-Nya. Baik suami itu seorang yang sempurna, sederhana atau banyak kekurangan, dia adalah wasilah yang khusus lagi istimewa. Bahkan apabila seorang suami menyuruh isterinya melakukan perkara mungkar kepada Allah, maka bersabar terhadapnya, tidak mentaatinya dalam kemungkaran tersebut dan berusaha membetulkannya secara hikmah, ia tetap merupakan wasilah kepada Allah dan syurga-Nya. Ada segelintir wanita yang membaca hadis-hadis di atas lalu berpaling darinya. Mereka berpandangan ia menghina dan merendahkan kedudukan wanita. Apa yang benar hadis-hadis tersebut mengangkat darjat wanita di sisi Allah. Ini kerana apa yang penting berkenaan kemuliaan atau kehinaan adalah ia diukur di sisi Allah dan bukannya di sisi masyarakat atau ego individu. Firman Allah:

Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. [Fatir 35:10]

]]>
Kaki Ayam Ini Kaya Dengan Kolagen Tapi Terdapat 5 Manfaat Lain Yang Wajib Anda Tahu. https://redaksi.com/5068-kaki-ayam-ini-kaya-dengan-kolagen-tapi-terdapat-5-manfaat-lain-yang-wajib-anda-tahu Wed, 30 Jan 2019 21:07:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5068 Sup kaki ayam, kaki ayam goreng pasti akan meningkatkan selera sesiapa sahaja. Ada yang menyatakan bahawa jika memakan kaki ayam ini akan membuatkan seseorang ini rajin berkerja dan ringan tulang. Itu pendapat orang dulu-dulu. Tapi kini, masakan kaki ayam ini menjadi kegemaran kerana bahan ini dipercayai kaya dengan kolagen.

Jika dahulu kaki ayam tidak tersenarai dalam senarai hidangan makanan, malah dibuang begitu sahaja. Namun berbeza sejak kebelakangan ini apabila ia sudah menjadi sebahagian daripada masakan terutama di Asia, China, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, dan Thailand adalah beberapa negara yang mempunyai cara sendiri untuk menyediakannya.



Tapi betul ke kaki ayam ini kaya dengan kolagen?

Penyelidikan Department of Animal Science of National Chung-Hsing University in Taiwan juga menemui kaki ayam kaya dengan kolagen, yang mana mendorong kulit untuk kelihatan muda. Sumber biasa untuk kolagen adalah dari lembu, babi dan ikan laut. Tetapi kos pengeluaran dari sumber-sumber ini sangat mahal.

Kaki ayam bukan sahaja kaya dengan kolagen tetapi juga sumber asid hialuronik, dan kondroitin sulfat. Asid hialuronik boleh menghalang kesan penuaan, dan kondroitin sulfat adalah baik untuk osteoartritis. Jadi ia baik untuk orang yang mengalami masalah sendi.

Menurut Majalah Sains pula, kaki ayam sememangnya mengandungi kolagen lebih daripada 20% kolagen. Kebanyakkan kolagen ini akan terhidrolisis membentuk gelatin jika mencapai suhu 60-65 degree Celsius. Memandangkan suhu memasak kaki ayam yang pastinya mencapai tahap air mendidih (lebih dari 100 degree Celsius disebabkan sifat colligative) maka sudah tentulah kolagen telah bertukar kepada gelatin.

                     

Jadi, adakah gelatin daripada kaki ayam baik?

Ya, walaupun gelatin dikategorikan sebagai protein kualiti rendah kerana kandungan amino asid utamanya telah termusnah (denatured), namun kajian saintifik telah membuktikan bahawa pengambilan gelatin mampu menumbuhkan rambut dan kuku, merawat penyakit sendi termasuk osteoarthritis.

                      

Manfaat memakan kaki ayam.

Menurut National Library of Medicine, kolagen adalah protein yang paling banyak di dalam tubuh, yang menyumbang hampir satu perempat daripada jumlah jisim protein. Ia memberikan kekuatan kepada tulang, ligamen, tendon, dan sokongan bagi penyembukan luka kulit.

1. Manfaat kulit.

Kolagen membantu membentuk elastin dan sebatian lain dalam kulit yang bertanggungjawab untuk mengekalkan keremajaan, tekstur dan penampilan kulit. Pemakanan adalah kunci utama apabila melibatkan kesihatan dan penampilan kulit. Semakin banyak kolagen yang ada di dalam badan anda, semakin kecil kemungkinan anda mempunyai tanda-tanda penuaan yang paling jelas seperti kedutan. Ini bermakna kolagen ayam boleh dimasukkan dalam pelan penjagaan kulit semulajadi anda.

2. Melegakan artritis.

Simptom sendi artritis yang umum termasuk bengkak, sakit, kekakuan dan pelbagai pergerakan menurun. Dua daripada jenis artritis yang paling biasa dan terkenal adalah osteoartritis dan artritis reumatoid. Kolagen sebenarnya boleh membantu menghentikan penyakit autoimun seperti artritis reumatoid atau membantu memperbaik simptom artritis reumatoid. Kolagen ayam mengandungi kondroitin sulfat dan glucosamine sulfat yang mana kedua-duanya sangat baik untuk menyokong sendi dan mengekalkan tahap pH yang sihat.

3. Meningkatkan sistem imun.

Penyelidikan terus membuktikan bahawa kolagen dapat membantu membuka lubang dalam lapisan usus dan menyokong integriti usus. Ini secara langsung berfungsi untuk meningkatkan sistem imun dan merupakan salah satu sebab mengapa sup ayam benar-benar boleh membuat anda berasa lebih baik apabila anda sedang melawan penyakit sementara atau masalah kesihatan yang berkaitan dengan imun.

4. Meningkatkan kesihatan pencernaan.

Kolagen ayam membantu menyokong lapisan mukosa yang sihat di dalam usus. Kajian mendapati bahawa individu yang mempunyai ketidakseimbangan pencernaan, kepekatan serum kolagen berkurangan. Ini kerana asid amino dalam kolagen membina tisu yang melekat pada kolon dan seluruh saluran usus, dengan kolagen ia dapat menyokong fungsi pencernaan yang sihat. Dengan mengekalkan lapisan mukosa usus yang sihat, anda boleh mengelakkan sindrom usus yang bocor, yang sering menjadi penyebab utama alahan makanan, kurang bertenaga, sakit sendi, penyakit tiroid, simptom penyakit autoimun dan metabolisme yang perlahan.

5. Meningkatkan prestasi atlet.

Penyelidikan yang dijalankan oleh Department of Nutrition and Sports Nutrition untuk atlet di Penn State University mendapati bahawa apabila atlet ditambah dengan kolagen sepanjang 24 minggu, majoriti menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam keselesaan sendi dan penurunan faktor yang memberi kesan buruk kepada prestasi sukan. Jadi, tidak menghairankan bahawa kolagen membantu artritis serta isu berkaitan dengan sukan kerana ia secara semula jadi mengandungi kondroitin dan asid hialuronik.


]]>
“Anak Tantrum, Ibu Bapa Perlu Rileks…” Kongsi Wanita Ini. https://redaksi.com/4835-anak-tantrum-ibu-bapa-perlu-rileks-kongsi-wanita-ini Thu, 10 Jan 2019 09:36:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4835 Memiliki anak kecil yang sering merajuk, meraung, membaling barang, dan suka menunjukkan perasaan ini sering membuat para ibu bapa pening kepala. Anak emosi, ibu bapa turut beremosi juga. Untuk mendapatkan tips berkenaan denga isu ini, jom ikuti perkongsian dari Puan Ezzaty Suffian…..

********

Dalam buku the rules of parenting yang zaty tengah baca sekarang, dia ada sebut tentang RULES OF STAYING SANE. Peraturan parenting yang pertama kita wajib amalkan sebelum nak go through other rules.

Staying sane maksudnya kita sentiasa ada dalam keadaan yang rasional.

Tak kira apa krisis, apa situasi mencabar yang sedang berlaku, kita boleh bertenang. Mampu berfikir dengan baik sebelum buat apa-apa tindakan. Emotion state kita berada pada tahap yang baik. Tak mudah nak melenting, nak mengamuk apatah lagi nak maki anak-anak bila anak buat salah.

Nak staying sane, perlukan latihan yang konsisten. Nak latih diri bersabar dan bertenang, perlukan latihan yang berterusan. Tak boleh target hari ni buat latihan bersabar, esok terus berjaya. Mustahil. Sebab sikap-sikap yang baik dan positif, dia kena tanam azam dalam diri dan kena lalui proses untuk matang.

Ambil masa. Yang penting kita usaha. Harini kita menjerit-jerit kat anak. Takpe. Cepat-cepat Istighfar dan sedar, cepat-cepat kita kawal lagi emosi yang tak baik tu supaya esok dapat jadi lebih baik.

Antara cara lain yang kita boleh terus nak staying sane :

1) Relax, relax, relax bila anak buat perangai.

Tarik nafas ikut hidung dan hembuskan ikut mulut. Jangan terus marah atau bertindak pukul anak. Ambil masa kita sekejap. Kalau apa yang anak buat tu kita boleh ignore, kita ignore je. Tak perlu semua benda anak buat kita nak marah, nak tegur. Lama-lama nanti kita juga yang penat.

2) No one is perfect.

Kita as parents bukan insan sempurna. Apatah lagi anak-anak. Jauhhhh dari kesempurnaan sebab akalnya baru sejengkal. Ini sebabnya tak semua benda anak buat kita kena betulkan dia atau marah. Nakal sikit-sikit tu kan biasa untuk budak-budak. Enjoy tengok keletah dan karenah anak-anak selagi tak melampaui batas.

3) Know what you are good at.

Tahu apa kekuatan kita atau apa yang kita suka buat. Melukis, bakar kek, tanam pokok, baca buku, main skateboard? Apa sahaja yang kita suka buat, ajak anak-anak untuk join sekali ataupun buat something special/surprise untuk anak-anak. Siapa-siapa pun akan rasa dihargai bila kita sudi spend quality time together.

4) Tak perlu ikut SEMUA tips dan nasihat parenting yang kita tahu/dapat.

Apatah lagi ikut bulat-bulat cara orang lain asuh dan besarkan anak-anak. Sebabnya lain anak lain personalitinya, peribadinya dan sikapnya. Itu yang penting sangat kita tengok anak-anak dengan mata hati kita. Selalu kaji dan analisis setiap perangai yang anak kita buat. Rajin cuba dan adjust cara terbaik untuk menangi hati anak-anak kita.

Pendek kata, hidup anak-anak bukan tentang apa yang kita nak dia jadi. Bukan. Tapi tentang macam mana kita nak gilap personaliti dan kebolehan anak hingga dia berjaya jadi manusia yang bermanfaat bila dah besar nanti.

Our children always need sane parents. Kita sendiri akan dapat enjoy banyak sangat perkara bila kita berjaya kawal diri dan emosi, bila kita sentiasa bertenang dan berfikiran positif. Hidup kita pun nanti akan jadi lebih menyeronokkan.

Jom kita sama-sama cuba improve diri ya!

********

Semoga Bermanfaat!

]]>
Daun Limau Purut Bukan Sahaja Enak Sebagai Bahan Masakan Tetapi Mempunyai Pelbagai Khasiat Lain. https://redaksi.com/4827-daun-limau-purut-bukan-sahaja-enak-sebagai-bahan-masakan-tetapi-mempunyai-pelbagai-khasiat-lain Wed, 09 Jan 2019 15:00:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4827 Bau limau purut ini sememangnya menyegarkan. Nak-nak lagi ketika lapar dan mengantuk, terus sahaja teringat akan tomyam lah, paprika lah rendang lah dan pelbagai lagi. Seperti yang kita tahu bahawa daun limau purut ini lebih ke arah masakan terutama masakan thai.

Tak banyak yang tahu bahawa limau purut ini banyak kegunaannya. Bukan hanya sekadar pada makanan tapi ia juga mampu membuang toksin pada tubuh badan, tidak hanya itu banyak sebenarnya manfaat dan khasiat yang ada pada daun limau purut ini.



Mari lihat 10 khasiat yang anda boleh perolehi daripada daun limau purut ini.

                                

1. Menyedapkan makanan.

Apabila memasak, anda boleh masukkan daun limau purut kedalam masakan seperti tomyam, paprik, rendang, sup, dan nasi goreng. Aromanya yang harum akan menjadikan masakan anda semakin lazat. Apabila makanan berbau sedap, secara automatik rasanya juga akan menjadi lebih sedap.

2. Menaikkan selera makan.

Jika anda takde selera makan disebabkan oleh kepenatan melampau, demam, batuk, atau selsema, makanan yang dimasukkan daun limau purut pastinya membangkitkan selera ada. Potong nipis daun limau purut dan masukkan ke dalam makanan yang sedang dimasak diatas dapur. Hidangkan dalam keadaan panas, aromanya pasti membuka selera anda untuk makan.

3. Membuang toksin dari badan.

Di antara tanda badan anda bertoksin ialah kepenatan yang melampau, mudah berasa penat, mengantuk walau pun baru bangun dari tidur, sakit badan, tidak berasa segar, dan kelesuan. Jika anda mengalami simptom-simptom tersebut, kami cadangkan anda mandi air daun limau purut untuk detox. Cara menyediakannya:

- Ambil 10 helai daun limau purut, hiris halus

- Ambil 5 biji buah limau purut, potong 4

- Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam

- Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya

- Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi

- Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepada & rambut

- Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda

                       

4. Menghilangkan bau badan.

Selain membuang toksin, air mandian daun limau purut dan sedikit perahan limau purut juga membantu menghilangkan bau badan. Cara menyediakannya:

- Ambil 10 helai daun limau purut, hiris halus

- Ambil 5 biji buah limau purut, potong 4

- Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam

- Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya

- Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi

- Gosokkan daun limau purut & buah limau purut ke seluruh badan. Bau wangi dari daun dan buah akan melekat pada badan anda

- khasiat dan kegunaan daun limau purut


5. Menghilangkan bau ketiak.

Jika anda mempunyai masalah bau ketiak yang tidak dapat dikurangkan dengan penggunaan deodoran, anda boleh mencuba daun limau purut. Caranya:

- Ambil beberapa helai daun limau purut

- Potong halus

- Ramas sehingga keluar bau

- Gosokkan daun limau purut tadi ketiak semasa mandi

- Semasa menggosok, pada mulanya anda akan menghidu bau busuk ketiak anda menjadi semakin kuat. Lama-kelamaan bau akan semakin hilang

- Amalkan selalu, anda akan mendapat kesan yang menakjubkan

6. Pewangi bilik & kereta.

Siapa yang tak sukakan wangian? Ramai yang memilih untuk menggunakan pewangi yang dibeli dari kedai untuk diletakkan didalal kereta atau bilik. Namun tahukah anda bahawa pewangi yang dibeli mengandungi bahan kimia dan toksik yang boleh menjejaskan kesihatan, terutamanya pada anak kecil.

Sebagai alternatif, anda boleh buat sendiri pewangi untuk bilik dan kereta anda. Ianya bukan sahaja berbau harum malah dijamin selamat tanpa sebarang bahan merbahaya. Caranya:

- Ambil 10 helai daun limau purut

- Ambil 2 helai daun pandan

- Beli sedikit kelopak mawar dari penjual bunga

- Hiris halus daun limau purut, daun pandan, dan kelopak mawar tadi.

- Masukkan kedalam bekas untuk menjadi pewangi bilik atau kereta

                           

7. Pemutih gigi.

Usah percayakan iklan ubat gigi yang kononnya mampu memutihkan gigi. Walau pun anda membayar harga yang mahal, tiada jaminan bahawa ianya berkesan. Jom kami kongsikan tips memutihkan gigi yang murah dan berkesan iaitu dengan menggunakan daun limau purut. Caranya:

-Ambil beberapa helai daun limau purut

-Ambil secubit garam

-Tumbuk daun limau purut & garam tadi sehingga menjadi pes

-Gunakan pest tadi seperti ubat gigi untuk memutihkan gigi

-Gunakan dengan kerap, 2 kali sehari

8. Menghilangkan bau mulut.

Selain memutihkan gigi, daun limau purut juga membantu menghilangkan bau mulut. Caranya:
Kunyah sehelai daun limau purut setiap pagi atau sebelum keluar rumah

Jadikan sebagai pes bersama garam seperti cara menggunakan daun limau purut untuk memutihkan gigi diatas.

9. Menyegarkan udara.

Jika anda duduk dalam bilik yang tertutup dan berhawa sejuk seperti pejabat, anda boleh gunakan daun limau purut untuk menyegarkan udara. Caranya hiris daun limau nipis dan masukkan ke dalam bekas. Letakkan diatas meja. Haruman dari daun limau purut akan mengharumkan ruang pejabat anda, memberikan kesegaran, dan sedikit sebanyak mampu mengurangkan stress akibat kerja.

10. Menghilangkan kelemumur.

Jika anda mengalami masalah kelemumur dan dah penat bertukar syampu namun hasilnya tetap menghampakan, apa kata kalau kami cadangkan anda cuba daun limau purut pula. Caranya:

-Ambil 10 helai daun limau purut

-Kisar bersama sedikit air. Jangan terlalu cair.

-Atau pun, kalau rajin, anda boleh tumbuk & kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes

-Selepas bersyampu, ambil pes tadi & letakkan di kepala

-Ratakan ke seluruh kulit kepala & rambut

-Urut kurip kepala supaya pes tadi meresap

-Biarkan seketika

-Bilas sehingga bersih


]]>
"Saya nak makan dengan mak dan rehat dulu" - Da'i Syed https://redaksi.com/9144-saya-nak-makan-dengan-mak-dan-rehat-dulu-dai-syed Wed, 16 Dec 2020 12:13:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9144 Selepas 19 hari menjalani tahanan reman di lokap termasuk di pusat tahanan sementara, pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful akhirnya dilepaskan dengan ikat jamin sebanyak Rm35,0000.

Nak lepas rindu bersama keluarga

Sebaik saja dibebasakan, pendakwah selebriti berkenaan meluahkan hasrat ingin berjumpa dengan mak serta ahli keluarga dahulu disamping ingin berehat serta bertenang.

“Saya nak makan dulu dengan mak dan ahli keluarga, nak duduk rehat dulu, bertenang, lepaskan rindu dengan keluarga dahulu.”

Katanya, dia memerlukan ruang untuk menenangkan diri selepas melalui pelbagai keadaan sejak ditahan reman sehingga dituduh di mahkamah.

Reda dengan ujian

Menurutnya lagi, sepanjang ditahan dia sering termenung dan sentiasa bertanya atas dugaan yang diberikan namun tetap reda dengan ketentuan Allah.

“Saya hanya berdoa semoga dipermudahkan urusan, sebaik-baik manusia adalah orang yang meminta maaf manakala yang terbaik pula yang memaafkan. Saya memaafkan mereka mengutuk, Saya reda dengan ketentuan ujian, inilah penutupan tahun 2020,” katanya.

Sempat bertanya mengenai gelaran Da’i yang diterima menerusi sebuah program realiti keagamaan, Syed Shah Iqmal menyatakan bahawa ia adalah sekadar gelaran sahaja dan tidak menjadi masalah sekiranya gelaran itu dilucutkan.

Terdahulu, Syed Shah Iqmal hadir di dua mahkamah iaitu Shah Alam dan Petaling Jaya bagi proses jaminan termasuk dihadiri kedua-dua penjaminnya. Semalam kedua-dua penjamin itu telah selesai membayar kesemua wang ikat jamin RM35,000. Turut hadir peguam yang mewakilinya Syed Amirul Syed Edros.

Sebelum ini, Syed Shah Iqmal dikatakan gagal membayar jaminan yang ditetapkan menyebabkan dia terpaksa ‘menginap’ selama lima hari di Pusat Tahanan Reman Sementara, Beranang.


 

]]>
5 Tips Beli Cincin Tunang Atau Kahwin. https://redaksi.com/611-5-tips-beli-cincin-tunang-atau-kahwin Fri, 28 Jul 2017 10:26:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=611 Kali ini kami ingin kongsikan pula bagaimana cara pemilihan cincin tunang ataupun cincin kahwin. Mesti orang lelaki yang paling garu kepala bila orang perempuan sebut je pasal cincin kan? Risau pasal harga, risau pasal bajet tak cukup dan macam-macam lagi la kan. Dah tu bile kita dah belikan orang perempuan cincin, boleh pulak diorang ngadu kat kita yang cincin diorang hilang. Kebanyakan yang berlaku semuanya sebab kecuaian. Suka sangat tanggalkan cincin tu, lepastu letak merata-rata. Rasa macam tidak menghargai pemberian pun ada juga kan? Kita penat-penat kumpul duit, dia senang-senang hilangkan cincin kita bagi.hmm.. nasib badan.. Jadi, kami harap dengan adanya tips ini, pasangan korang lebih menghargai cincin yang korang beli. Gituwww.



Antara tips yang kami nak kongsikan adalah:

1. Mengikut kemampuan dan bajet.

Orang lelaki kena tegas sikit bab nie. Selalunya orang perempuan suka kan cincin yang lagi berat dan lagi mahal. Kalau korang mampu, korang belikanlah. Kalau tak mampu, terus terang cakap tak mampu. Sebab, korang nie banyak lagi benda nak kena fikir. Nak cekau duit hantaran lagi, mas kahwin dan macam-macam lagi. Sekurang-kurangnya, kalau cincin tu hilang takde lah rasa terkilan sangat (haishh.. bukan nak doakan cincin tu hilang). Jadi, bawa-bawa lah berbincang sebelum nak beli cincin ye.

2. Kesesuaian dengan fizikal si pemakai.

Kesesuaian cincin dengan fizikal si pemakai pun memainkan peranan yang penting jugak ye. Ketika mencuba cincin, padankan dengan tone warna kulit anda, untuk emas kuning memang sangat cantik untuk yang berkulit putih. Yang berkulit sawo matang dan kurang putih ni elok lah kalau korang pilih emas putih. Hah, bila dah rasa cincin tu cantik aje melekat kat jari, mesti rasa sayang nak tanggalkan, bukan?



3. Pastikan saiz cincin yang betul.

Saiz jari kena lah sesuai dengan bentuk atau jenis cincin yang korang pilih. Pastikan cincin yang dibeli tidak terlalu longgar atau tidak terlalu ketat. Kalau terlalu longgar, takut ia mudah tertanggal tanpa kita sedari. Bila ia terlalu ketat, kita pula yang tidak selesa, dan akan memilih untuk tidak memakainya. Iyaa, walaupun size jari korang akan berubah tanpa korang sedari, korang boleh je "alter" cincin korang di kedai emas yang korang beli secara percuma je.

4. Kesesuaian cincin dengan aktiviti harian.

Padankan cincin tu dengan aktiviti harian atau pekerjaan korang. Kalau korang kerja sebagai tukang masak atau apa-apa berkaitan dengan 'food & beverages' ni, jangan pilih cincin yang penuh berlian ya. Menangis tak berlagu kalau kena kutip satu-satu berlian yang jatuh ke dalam masakan korang. Ahakzz.



5. Pilih cincin mengikut "trend" semasa.

Ketika korang memilih cincin, pastikan korang mengambil kira faktor "trend" cincin ni juga ye. Kadang-kadang orang perempuan ni pendirian dia tak tetap. Hari ni dia cakap dia nak cincin belah pinang je, esok dia bagitahu dia nak cincin emas bertakhta kan berlian 4 tingkat sebab Kak Senah sebelah rumah tu baru dihadiahkan oleh suami "latest edition" cincin emas berlian 4 tingkat dengan nada bongkaknya sambil "show-off" cincin yang baru di beli ituwww.. Hahh engko hado? Mashaakk lah macam nie kalau kena beli cincin yang baru. Jadi, fikir-fikir kan lah ye wahai suami. Trend sekarang ni pun adalah cincin yang siap dengan ukiran nama. Kalau boleh, ukiralah sekali no tel, mana lah tahu kalau tercicir orang yang baik hati akan call. Hewhewhew.

]]>
5 Tanda Anda Sebenarnya Pura-Pura Kaya. https://redaksi.com/6347-5-tanda-anda-sebenarnya-pura-pura-kaya Tue, 25 Jun 2019 08:52:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6347 Pada zaman sekarang, hidup dalam kepura-puraan adalah jalan singkat untuk menunjukkan kebahagiaan diri sendiri. Terutamanya dengan menunjukkan harta kekayaan agar orang sanjungi dan hormati. Dengan pura-pura menunjukkan kekayaan juga sebenarnya, hati sering berasa sunyi dan mahukan perhatian orang sekeliling.

Orang luar sangkakan, kita memang benar-benar kaya, tetapi ia adalah cara untuk menunjukkan kita bahagia…

Jom Lihat Tanda-Tanda Kita Sebenarnya Pura-Pura Menjadi Kaya…

1. Hidup sentiasa dalam keseronokan.

Dengan adanya pelbagai aplikasi sosial media, ia menjadi platform untuk anda tunjukkan kekayaan pada dunia. Hidup yang sentiasa dalam keseronokan, berfoya-foya dengan dengan wang pendapatan malah sentiasa menunjukkan jumlah wang di sosial media.

Ia seolah-olah wang adalah segalanya bagi anda. Tanpa wang, orang tidak akan memandang. Jadi, anda semakin seronok menunjuk wang pada umum.

2. Hidup hanya untuk mempamerkan gaya hidup mewah.

Hidup anda juga tidak habis-habis mempamerkan gaya hidup kemewahan. Sentiasa melancong ke luar negara. Membeli kereta berjenama, hangbad berjenama, jam berjenama, kasut berjenama sehingga tidak lupa untuk tunjukkan di sosial media supaya mereka tahu ia adalah hasil titik peluh anda.

Padahal, ia bukannya dijadikan sebuah cerita inspirasi, tetapi anda semakin seronok apabila nama sentiasa diingati.

3. Hidup sentiasa berbual tentang harga barang tetapi bukan nilai barang.

Apabila kita terfikir untuk membeli sesuatu barang, pernah atau tidak mempersoalkan nilai barang tersebut? Adakah ia akan susut atau akan meningkat dalam jangka masa yang panjang.

Bak kata orang “Tiada Value!”

Sebagai contoh;

Kereta: Semakin lama, semakin kurang value-nya.

Ini bermaksud anda tidak pernah berbual tentang hartanah, simpanan atau pelaburan. Tetapi hanya fokus pada kebendaan yang kurang value.

4. Hidup hanya dengan pujian dan pengiktirafan orang sekeliling.

Orang yang pura-pura kaya ni sebenarnya mengharapkan pujian dan pengiktirafan orang sekeliling sahaja. Tidak suka dikritik apatah lagi dikecam. Apabila diperlakukan sedemikian, mula mengatakan orang-orang ini toksik dan negatif. Orang-orang ini perlu dibuang!

Padahal untuk membina kejayaan, perlu menerima segala kritikan supaya boleh belajar daripada kesilapan. Bukannya bongkak diri.

5. Hidup dikelilingi dengan orang yang fake!

Orang yang hidup pura-pura kaya juga sebenarnya dikelilingi dengan orang yang ‘Fake’! Sama seperti dengan dirinya. Hanya kelompok yang sama selepas membuang orang-orang yang dia tidak suka. Ini kerana orang sekeliling adalah refleksi diri sendiri. Kita pura-pura kaya, orang sekeliling pun pura-pura kaya.

Jadi, hiduplah dalam realiti....

Belajar terima hakikat....

Belajar untuk menjadi orang rendah diri....

Kerana rezeki itu datang daripada Ilahi....

]]>
“Lelaki Ini Kongsi Lubuk Rahsia Buat Suami Atau Isteri Yang Suka ‘Makan Luar’, Malah Tiada Istilah Hormati Privasi Pasangan Selepas Berkahwin”. https://redaksi.com/5382-lelaki-ini-kongsi-lubuk-rahsia-buat-suami-atau-isteri-yang-suka-makan-luar-malah-tiada-istilah-hormati-privasi-pasangan-selepas-berkahwin Mon, 04 Mar 2019 10:23:20 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5382 Masalah pasangan berlaku curang semakin membimbangkan ramai orang sejak akhir-akhir ini. Terutama jika mereka ini sudah bergelar suami atau isteri orang. Pastilah ada satu perasaan bimbang apabila terdapat pelbagai cerita berkaitan dengan orang ketiga ini. Kehadiran orang ketiga ini biasanya bukanlah perkara yang akan disambut dengan baik, malah ia adalah perkara yang akan disambut dengan pelbagai masalah lain.

Masalah pasangan berlaku curang ini bukan sahaja boleh belaku di tempat kerja, malah boleh berlaku melalui sosial media, ataupun dengan rakan baik anda sendiri. Orang kata, kalau hati nak curang itu pelbagai cara akan membawa dirinya ke arah kecurangan.

Dalam diam-diam dan tidak sedar, sebenarnya terdapat lubuk rahsia untuk suami-suami ‘makan luar’ apabila dirinya merasakan isterinya sudah tidak seperti dahulu. Bahkan, lubuk rahsia ini tersangatlah mudah yang hanya bermain di hujung jari mereka sahaja. Banyak isteri-isteri tidak akan sedar kelakuan ini kerana apabila berada di depan mata suami-suami ini seumpama ‘pijak semut tak mati’.

Buat anda yang tidak tahu bagaimana perkara sebegini boleh berlaku dengan begitu mudah sahaja, mari ikuti perkongsian daripada saudara Akhtar Syamir ini. Penjelasan yang cukup jelas bagaimana perkara sebegini boleh belaku.



Kombinasi Neraka ini dah lama sebenarnya. Yang tahu mengenai hal ni ada dua jenis. Satu, yang melayan benda ni, yang kedua mendiamkan sahaja benda ni.

Jadi, saya rasa bertanggungjawab untuk menjadikan anda semua tahu kewujudan kombinasi ini. Penulisan kali ini nampak 3 dalam 1 tapi semuanya bersangkut - paut.

Segala perniagaan ada supply dan demand. Ada yang offer, ada yang membeli. Namun, ada juga yang suka sama suka.

Kita mulakan dengan demand iaitu permintaan. Biasa kita dengar pasal suami makan luar kan? Ini makan luar yang berbayar. Lelaki, termasuklah yang berstatus suami orang banyak yang mencari keseronokan di luar.

Ini adalah seperti satu penyakit. Bila berbuat jahat itu menimbulkan rasa keseronokan dan ketagihan, ianya akan dibuat berulang kali. Sekali buat, rasa nak buat lagi. Cara yang mudah tanpa ada komitmen ialah dengan melanggan peIacur sambilan.

Dari mana datangnya supply atau bekalan pemuas nafsu? Bukan, bukanya dari lorong - lorong atau GR0 di kelab malam atau KTV. Bekalan ini lebih up to date dari dulu.

Bekalan dapat dari hujung jari sahaja.



Caranya mudah sahaja. Ada pelbagai laman web yang menawarkan servis "lebih dari sekadar kawan" ini. Hanya perlu daftar, masukkan info peribadi, gambar dan tunggu maklumbalas orang yang melihat. Laman web itu sebagai perantara atau platform sahaja sebenarnya. Takkan nak guna Facebook atau Instagram pulak kan?

Siapa yang menjadi bekalan ini? Ianya datang dari pelbagai peringkat umur dan kategori. Ada muda, ada yang berumur, ada yang sudah berkejaya, ada juga pelajar universiti dan kolej. Perempuan ada, lelaki pun ada.

Suami si hidung belang pula akan menggunakan laman web ini untuk membelek - belek gambar dan profile seperti membeli barang di Lazada atau Shopee. Hanya perlu masukkan peringkat umur dan jantina sahaja. Akan tersusun semua bakal pemuas nafsu yang berdekatan. Di dalam laman web tersebut juga ada fungsi CHAT yang membolehkan kedua - dua pihak ini berkomunikasi dan berinteraksi.

Langkah seterusnya, dengan menggunakan perkhidmatan Grab atau Teksi, bekalan tersebut akan sampai ke tempat yang telah dipersetujui, ada yang order sampai ke pejabat seperti order makanan, ada juga yang menetapkan tempat untuk berjumpa.



Pelajar yang dahagakan kemewahan.

Di tempat itu, mereka berdua akan dapat apa yang diinginkan. Suami si hidung belang akan mendapat kepuasan, pelajar pelacur sambilan pula akan dapat duit tambahan untuk berbelanja.

Rupanya di sebelah bilik sewa mereka, ada pasangan yang sedang memadu asmara. Di sinilah kategori berbayar dan kategori suka sama suka bertembung.

Rakan sekerja hingga ke katil.

Kawasan bilik sewaan ini menjadi amat sibuk pada hari JUMAAT. Tatkala ramai dari kita bersama - sama mengerjakan solat Jumaat di Masjid, pasangan ini bekerja bersama - sama di dalam bilik sewaan.

Kenapa saya menggunakan perkataan bekerja? Kerana kategori tidak berbayar dan suka sama suka ini datangnya dari PEJABAT ! 12:30 tengahari bermulanya masa rehat, akan digunakan rakan sepejabat ini sepenuhnya di tempat itu.

Jam 2 petang, mereka akan kembali bekerja seperti biasa dan jam 5 petang, mereka akan pulang ke rumah bersama anak dan isteri atau suami. Di rumah, pasangan mereka tidak tahu menahu pun mengenai aktiviti masa rehat suami atau isteri ini. Kehidupan diteruskan seperti tiada apa - apa yang berlaku. Keluarga ini nampak bahagia, ada yang suaminya nampak baik dan alim. Ada yang isterinya nampak solehah. Tetapi mereka menyimpan rahsia yang mendalam.

Gara-gara hormati privasi pasangan.



Faktor utama mengapa Kombinasi Neraka ini berleluasa dan tidak diketahui ialah kerana kedegilan pasangan untuk tidak mengambil tahu aktiviti suami atau isteri terutamanya dari telefon mereka.

Menghormati privasi pasangan? Inilah privasi yang digunakan sepenuhnya oleh pasangan anda. Sudah saya ingatkan berkali - kali. Jika pasangan tidak membenarkan anda melihat kandungan telefonnya, pasti ada benda yang disorok dan tidak mahu anda ketahui.

Mula ambil tahu mengenai pasangan anda. Walaupun kita boleh kata, jika pasangan nak buat jahat, tiada apa - apa di telefon pun mereka akan buat jugak. Itu betul, tetapi sekurang - kurangnya kita ada usaha untuk mencegah. Jangan salahkan takdir dan jodoh bila kita tak ambil tahu langsung mengenai aktiviti pasangan kita. Mencegah itu jauh lebih baik dari merawat. Tambahan pula, risiko penyakit dari jangkitan seksual ( STIs ) hasil dari hubungan seksual yang tidak selamat.

Sila rujuk : Myhealth

Kepada ibu - bapa pula. Berikan lebih perhatian kepada anak - anak yang masih belajar di universiti atau kolej. Perhatikan gaya hidup mereka. Jika secara tiba - tiba mereka hidup bermewah walaupun semasa masih belajar, perlu ambil tahu dari mana datangnya kemewahan itu. Kita tidak mahu kerja sambilan mereka itu melibatkan penjualan tubuh mereka.

Sudah sampai masanya kita bersama - sama membenteras Kombinasi Neraka ini. Berhenti menyalahkan pihak berkuasa sedangkan mata kita sendiri tertutup. Tiada lagi istilah "isteri ini ada anugerah boleh menghidu bila suami curang". Jangan terlampau yakin. Yang berantakan itu nanti anda dan keluarga sendiri.

Kongsikan pendedahan ini supaya lebih ramai lagi yang akan membuka mata. Kepada yang sedang melakukan perkara terkutuk ini, insaflah dan kembalilah kepada keluarga anda.

Semoga kita dan keluarga kita dijauhkan dari Kombinasi Neraka ini.

]]>
4 Perkara Anda Perlu Sedar Tentang Cinta, Apabila Hubungan Semakin Retak. https://redaksi.com/2265-4-perkara-anda-perlu-sedar-tentang-cinta-apabila-hubungan-semakin-retak Mon, 14 May 2018 14:52:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2265 Cinta pada keluarga, cinta pada sahabat, cinta pada haiwan peliharaan, cinta pada Ilahi, sudah tentu berbeza dengan cinta pada kekasih hati. Jadi, apa yang anda perlu tahu tentang cinta pada kekasih hati?


1. Cinta bukan seperti di dalam penjara.

Anda perlu ingat, jika cinta membuatkan anda seperti terjerat di dalam penjara, maka ia bukan lah cinta. Tangan anda diikat, kaki anda digari seolah-olah anda tidak bebas untuk melakukan apa sahaja yang anda impi dan idamkan.

Bukan lah ia perkara yang boleh mendatangkan keburukan seperti meluangkan masa bersama sahabat, keluarga atau kadang kala keseorangan, tetapi anda masih rasa seperti dikongkong oleh pasangan. Anda perlu menikmati pemandangan luar, bukan hanya terperap di tempat yang sama dan tiada cabaran.


2. Cinta bukan satu permainan.

Anda juga perlu berhati-hati dengan cinta kerana ia bukan lah dalam bentuk permainan. Hati dan perasaan manusia bukan lah sesuatu yang anda boleh mainkan. Anda perlu tahu, siapakah anda di dalam hati si dia? Jika anda masih keliru dengan status anda, maka berhati-hati.

Cinta juga bukan lah satu permainan akal di mana wanita gemar menguji kesetiaan lelaki dengan emosi mereka. Belum tentu seorang wanita mampu mengawal emosi mereka, tetapi perlu berhati-hati dengan kata-kata kerana lelaki akan menganggap ia adalah satu mainan.


3. Cinta bukan satu bentuk ujian.

Anda gagal dalam bercinta? Bagaimana? Adakah anda di beri markah pada setiap soalan? Soalan yang bagaimana? Tidak logik bukan?

Kerana cinta itu adalah satu pengalaman. Pengalaman yang anda boleh pelajari untuk memperbaiki diri. Jangan menilai cinta sehingga anda sendiri tiada jawapan.

Cinta itu mudah, anda sebagai manusia yang suka merumitkan cinta.


4. Cinta bukan untuk pertandingan.

Anda bercinta hanya kerana apa? Mahu kelihatan cantik dan baik daripada sahabat anda? Mahu menjadi pasangan yang baik di kalangan terbaik? Adakah anda menggunakan cinta untuk bertanding siapa yang lebih bahagia?

Jangan membandingkan hubungan kalian berdua dengan pasangan yang lain. Pasang surut sesuatu hubungan itu sudah tentu berlainan pada setiap pasangan, kerana kita mempunyai sikap yang berbeza.


]]>
Benarkah Tidak Boleh Mencampurkan Antara Makanan Darat Dan Laut? Ikuti Penjelasan ini. https://redaksi.com/6004-benarkah-tidak-boleh-mencampurkan-antara-makanan-darat-dan-laut-ikuti-penjelasan-ini Wed, 08 May 2019 10:04:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6004 “Jangan makan ikan dengan ayam serentak, nanti bergaduh dalam perut..”

Antara kata-kata seloroh masyarakat masa kini.

Namun sebenarnya, sejauh mana kebenaran hal ini? Ini kerana orang dulu-dulu selalu mengaitkan kenyataan sebegini dengan zaman Nabi SAW.

“Jangan campur makanan laut dan darat. Nabi tak makan macam tu”

MENURUT ISLAM.

Sebenarnya, tiada larangan sama ada daripada Al-Quran ataupun hadith Nabi SAW berkaitan mencampurkan makanan di antara makanan laut dan darat ketika makan. Akan tetapi, jika ilmu sains membuktikan bahawa dengan mencampurkan antara makanan darat dan laut akan menyebabkan mudharat maka ia perlulah dijauhi.

Di samping itu juga, berkemungkinan amalan tidak mencampur di antara makanan darat dan laut adalah merupakan petua orang-orang tua terdahulu kerana adat orang-orang dahulu adalah dengan tidak mempelbagaikan laut pauk ketika menjamu selera.

Selain itu juga, kita perlulah meraikan adab-adab ketika makan seperti tidak berlebih-lebih dalam menjamu selera dan juga tidak berlaku sebarang pembaziran.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.” (Surah Al-Baqarah: 172)

Rasulullah SAW juga telah bersabda;

“Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya. Melainkan jika dia tidak dapat mengelak, maka isilah sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga untuk nafasnya.” (Riwayat al-Tirmizi (2380 – Hadis ini dinilai hasan sahih oleh Imam al-Tirmizi)

MENURUT SAINTIFIK.

Adakah dengan mencampurkan hidangan darat dan laut tidak baik untuk diet dan boleh menyebabkan terhasilnya toksik yang berbahaya kepada badan?

Secara umumnya tidak ada larangan untuk mencampurkan hidangan laut dan juga darat.

Yang dilarang ialah mencampurkan hidangan berasaskan protein (contohnya daging, telur, keju dan ikan) dengan hidangan berasaskan kanji (nasi, bijirin oat, kentang, jagung dan roti).

Hal ini kerana, bahan-bahan protein dan karbohidrat ini memerlukan enzim yang berbeza untuk dicerna. Menurut pakar nutrisi Zoe Bringley-Pullin seperti yang dilaporkan oleh The Huffington Post, percampuran dua bahan ini akan menyebabkan masalah pencernaan seperti kembung perut, cirit-birit atau sembelit.

Kesimpulannya, memang tiada larangan untuk mencampurkan makanan darat dengan makanan laut. Cuma, apabila makan berpada-pada dan sederhana sahaja. Jangan melakukan pembaziran apatah lagi makan seperti tiada hari esok.

Selamat Menyambut Ramadhan Dengan Penuh Barakah!

]]>
Kelebihan Memiliki Pasangan Wanita Garang Macam Harimau. Auuummm! https://redaksi.com/2160-kelebihan-memiliki-pasangan-wanita-garang-macam-harimau-auuummm Wed, 02 May 2018 08:04:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2160 Karekter wanita garang macam harimau ini biasanya akan dikatakan sombong dan tidak peduli dengan orang lain. Tetapi, disebalik sifat tersebut mereka mempunyai kelebihan tertentu yang mungkin saja dia sembunyikan daripada orang yang tidak kenali. Antara kelebihan tersebut adalah:


1. Cara menjaga diri.

Orang garang susah untuk didekati. Bukan tak mahu orang dekat dengannya. Tetapi apabila berada dengan kelompok lelaki, dia lebih selesa untuk memahalkan diri daripada memurahkan diri mereka dengan orang yang tidak sepatutnya.

2. Disiplin.

Kehidupan mereke lebih teratur. Mereka tidak suka hidup dalam keadaan berfoya-foya. Baginya, itu sangat membuang masa. Hidup bersama mereka akan lebih terancang kerana sangat teliti akan sesuatu perkara. Untunglah anda kan?

3. Berdikari.

Sudah tentunya dengan sedikit sifat garang yang ada pada mereka, mereka cepat berdikari dalam melakukan sesuatu. Tidak suka menyusahkan orang lain dan cekap menyelesaikan masalah.

4. Penasihat terbaik.

Disebabkan mereka sudah terbiasa melakukan sesuatu dengan sendiri, mereka juga kan menjadi rujukan pelbagai pihak. Sudah tentunya bersama orang yang mereka sayangi, mereka akan membantu sebaik mungkin bukan?

5. Karekter tersembunyi.

Hidup mereka bukan selalu serius. Sekali sekala mereka juga akan bergurau senda dengan orang yang terdekat atau bersama orang yang dia sayangi sahaja. Setelah kenal lebih lama, barulah akan terserlah sifat sebenar mereka.


Jadi, usah memandang rendah dengan sesiapa sahaja kerana setiap orang pastinya mempunyai kelebihan masing-masing. Mungkin saja buruk di mata kita, tetapi baik jika diteliti dengan betul. Jika anda mempunyai pasangan begini, hargailah mereka. Dengan penghargaan tersebut, mereka akan lebih bersemangat untuk membantu anda kelak.


 

]]>
10 Cara Ingin Memastikan Pasangan Jatuh Cinta Pada Anda Setiap Hari. https://redaksi.com/3844-10-cara-ingin-memastikan-pasangan-jatuh-cinta-pada-anda-setiap-hari Fri, 12 Oct 2018 14:41:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3844 Dalam hubungan setiap pasangan pasti mementingkan rasa cinta, kerana tanpa perasaan cinta hubungan tersebut tiada manisnya. Cinta adalah salah satu perkara penting yang perlu dipupuk supaya hubungan terbina tidak bersandarkan perasaan suka semata-mata.

Jadi, bagaimana untuk memastikan pasangan jatuh hati pada anda setiap hari?

1. Lihatlah kelemahan dan kelebihan anda sebagai cermin.

Secara jujurnya apakah anda pernah berusaha untuk membaiki kelemahan diri anda? Tidakkah anda berbangga dengan kelebihan yang ada pada diri anda? Inilah saat terbaik untuk menganalisa diri anda supaya dapat menerima pasangan seadanya.

2. Cintailah diri anda terdahulu dan kemudian pasangan anda.

Proses mencintai diri sendiri tidak terjadi sepantas satu hari. Ia sebenarnya adalah proses pembelajaran sepanjang hayat. Hargai diri anda di tempat teratas dan letakkan pasanganmu di tangga yang sama. Barulah cinta berbalas dan diangkat ke aras yang sewajarnya.

3. Jelaskan perasaan anda kepada pasangan dengan jujur.

Apabila berbicara dengan pasanga anda, berbicaralah dari hati. Mesej yang disampaikan perlulah sehingga menusuk kalbu supaya ia dapat diterima oleh pasangan dengan perasaan hormat dan penuh perhatian.

4. Apabila anda mengenali dirinya, kenali sahabatnya juga.

Perkara ini sepatutnya dilakukan oleh pasangan, selain untuk berhati-hati supaya pasangan tidak bermain cinta dengan sahabat anda, ia juga menandakan anda benar-benar mahu mengenali dirinya dengan lebih rapat.

5. Lelaki mudah tertarik jika anda pandai membuat hatinya cair.

Pada wanita, jika ingin membuat teman lelaki atau suami anda jatuh cinta pada anda setiap hari, usah terperangkap dengan jalan hidup yang membosankan dan sama sahaja setiap hari. Ini kerana lelaki suka pada cabaran, teknik dan idea-idea baru.

6. Fahami isyarat dari renungan mata pasangan.

Sebagai pasangan bercinta tidak kira sama ada belum berkahwin atau sudah berkahwin, kena lah faham isyarat dari renungan mata pasangan. Fahami signal yang mahu dihantar dari matanya itu. Sebagai contoh, jika pasangan inginkan barang yang dibeli, namun tidak pula dibeli. Fahamilah gerak-gerinya dan berkomunikasi dengan pasangan, jangan pula buat tidak tahu sahaja.

7. Yakini si dia bahawa anda adalah pasangannya sehidup semati.

Didik diri untuk sentiasa berfikir dan menjadi rasional setiap masa, untuk memikirkan kenapa anda dengan pasangan sewajarnya saling berdampingan sehingga ke akhir hayat? Jika anda dengan pasangan saling sepadan, maka lambat laun pasti si dia akan sedar hanya anda seorang sahaja yang mampu membuat dirinya bahagia.

8. Lelaki mahukan kekasih, namun wanita mahukan lelaki tersebut seperti bapanya.

Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak suka apabila kekasih hatinya mempunyai lagak seperti ibunya sendiri seperti suka berleter dan membebel bagaikan ‘mak mak’, namun lain pula pada wanita, mereka mahukan kekasih mereka mempunyai lagak bagaikan bapanya iaitu boleh menjadi pelindung dan seorang hero.

9. Sentiasa menjaga penampilan.

Bukan sahaja wanita perlu menjaga penampilan sesuai dengan kesukaan pasangan mereka, lelaki juga ambillah hati pasangan bagaimana untuk  menjaga penampilan. Jika kekasih anda sukakan lelaki yang wangi, pakailah deodorant atau minyak wangi.

Jika kekasih anda suka lelaki yang berambut kemas, rajinlah sikat rambut dan meletak minyak. Mudah sahaja jika anda mahukan wanita yang sentiasa cantik, anda juga perlulah kemas.

10. Berdamping lebih mesra dengan ibu bapa dan adik-beradiknya.

Jalin ikatan lebih akrab dengan keluarganya. Ini sedikit sebanyak beri tekanan agar dia hindari sebarang jalinan ‘hubungan gelap’ atau kebarangkalian mengecewakan anda. Anda juga akan berada dalam posisi lebih selamat kerana seluruh keluarganya pasti menyebelahi anda jika apa-apa terjadi.

]]>
Ibu Hamil Meninggalkan Puasa, Adakah Wajib Qadha' Atau Fidyah? https://redaksi.com/8124-ibu-hamil-meninggalkan-puasa-adakah-wajib-qadha-atau-fidyah Fri, 24 Apr 2020 20:56:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8124 Setiap kali masuk bulan puasa sahaja, tentu-tentu ibu yang sedang hamil bimbang akan kesihatan dirinya dan juga anaknya, bukan ibu yang hamil saja tapi ibu-ibu yang menyusukan anak juga turut merasai perkara yang sama.

Jadi ramai yang rasa musykil dan masih ragu-ragu, boleh puasa ke tidak mereka ini?

Wanita hamil boleh tidak berpuasa? Ya boleh.. Mesti cuba puasa dulu, tak larat baru buka? Tidak..

== Dalil ==

“Sesungguhnya Allah meringankan daripada orang yang musafir dengan separuh solat dan meringankan daripada puasa bagi perempuan hamil dan menyusukan anaknya.”
( Riwayat al-Nasaie (2775) dan Ibn Majah (1667))

== Apa maksudnya? ==

Dari hadis yang umum di atas, mahzab dan ulama bersepakat yang wanita hamil dan wanita menyusukan anak diharuskan untuk tidak berpuasa.

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh al-Siyam tidak menukilkan sebarang syarat khas untuk perempuan yang hamil untuk tidak berpuasa kerana tidak terdapat sebarang dalil mengenainya.

Jadi, jika hamil atau menyusukan anak je, harus tak berpuasa.. Tak perlu cuba dulu puasa dan tak perlu atas nasihat doktor.



Yang penting, niat mommy tu nak bagi baby dapat full zat, bagi sihat.. Saya rasa semua mommy nak baby dapat zat yang sempurna.. ye dok.. 😊

Ni bukan saya kata, ini apa yang Nabi sampaikan dan ulama dah bersepakat.

Ianya umpama kita musafir, ada ke kita perlu syarat tambahan untuk jamak dan qasar?

Adakah kita perlu cuba solat zohor 4 rakaat dulu, kalau tak larat baru qasar jadi 2 rakaat? Tidak kan.. Asal musafir je kita boleh jamak qasar tanpa perlu nasihat doktor 😁


Samalah juga perempuan hamil dan menyusukan anak.. Harus tak berpuasa.. Harus ni maksudnya dibolehkan..

Kalau nak berpuasa jugak, tiada masalah.. Umpama musafir yang taknak jamak qasar.. Tak berdosa ke apa.. Tapi diharuskan untuk jamak qasar.

Kalau nak puasa masa hamil ikutlah, tapi takyah nak push dan berbalah dengan orang lain.. Benda sudah disepakati ulama..

Kalau ada perbezaan pendapat ulama pun, pada bab perlu ganti puasa atau bayar fidyah.. Bukan bab boleh tak puasa ke tak, sebab sudah sepakat harus tidak berpuasa.

Kalau ikut imam Syafie.. Ganti saja puasa.. Kalau dari mengandung sampai menyusukan anak dok tak puasa, ganti dan bayar fidyah.. Tu je..

== Pendapat saya? ==

Kalau tanya saya, saya jenis orang logik..

Kalau wanita hamil berpuasa, for sure zat yang diterima baby akan kurang berbanding masa ibu tu tak puasa..

Contohnya.. Jika kita biasa bagi baby makan 3 kali sehari, bagi baby cukup makan..



Tiba-tiba bagi baby makan 1 kali sehari.. Baby boleh je hidup makan 1 kali.. Tapi jumlah zat tu tak sama lah..

Sama macam ibu hamil.. Ianya bukan pasal ibu larat ke tidak.. Bagi saya ianya tentang kesanggupan ibu untuk kurangkan sedikit zat yang diberi pada baby..

Banyak ibu yang tak sanggup nak kurangkan zat.. Nak bagi full zat.. Sebab itu Islam haruskan tak puasa..

Sesungguhnya sains dan Islam itu seiring. Sebab itu Islam agama paling sempurna. Ada penyelesaian segala masalah.

== Kesimpulan ==

Wanita hamil adalah seseorang yang sedang berjuang.. Hamil itu sendiri ibadah yang besar. Mempertaruhkan nyawa untuk mengembangkan umat Islam.. Bukan benda kecik..

Mati melahirkan anak tu mati syahid.. Nampak tak betapa besar nilai ibadah seorang yang hamil..

Sebab itu lah diharuskan tidak berpuasa untuk wanita hamil dan menyusukan anak.. Banyak sumber pahala lain yang boleh dikejar dalam ramadhan..

Hamil dalam bulan ramadhan sahaja sudah berganda pahalanya.. BERJUANG untuk beri nutrisi sempurna pada khalifah yang bakal lahir. Lelaki mana dapat kelebihan tu..

So relax saja.. Takyah kutuk atau perli wanita hamil yang tak berpuasa.. Kerana hukumnya harus tak puasa untuk menjaga kandungannya.



]]>
5 Tips Bulan Madu Bajet Kos. Walau Dalam Negara Pun Masih Boleh Enjoy, Asal Tahu Tekniknya! https://redaksi.com/290-5-tips-bulan-madu-bajet-kos-walau-dalam-negara-pun-masih-boleh-enjoy-asal-tahu-tekniknya Fri, 23 Jun 2017 10:13:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=290 Ada yang merancang untuk mendirikan rumah tangga Syawal nanti? Sesetengah pasangan adik-beradik duduk jauh, kesempatan cuti raya akan digunakan merancang majlis perkahwinan. Mudah! Dapatlah mereka berkumpul tanpa perlu menetapkan satu tarikh yang rumit untuk ditepati semua orang. Bagi bakal pasangan pengantin baru, tak salah anda fikirkan awal-awal honeymoon bajet ikut situasi semasa. Tak perlu sampai ke luar negara, bilang baki cuti yang ada memadai dengan berkunjung ke tempat-tempat romantis yang ada di Malaysia.



1. Panduan boleh praktik.

Nak Pergi Berduakan, Jadi.. Berbincanglah!
Bukankah nak pergi berdua, jadi anda kenalah ambil kira pandangan si dia. Anda mesti sudah tahu apa yang anda mahu. Jadi sekarang, hanya perlu tanya pasangan anda pula tentang apa yang dia mahu. Dengan bajet yang ada, apakah destinasi-destinasi yang mungkin anda lawati. Dari situ, anda boleh sama-sama merancang percutian pertama sebagai suami isteri ini.



2. Sabah pun romantis juga.

Sebelum majlis lagi, anda dah boleh pertimbangkan beberapa destinasi yang mungkin masuk dalam bajet anda. Antara destinasi bajet yang popular untuk bulan madu termasuklah pulau-pulau di sekitar Sabah. Bila dah tahu destinasi yang nak dituju, anda dah boleh buat 'research' tentang tempat itu nanti. Jadi awal-awal lagi anda dah boleh buat persediaan tentang pengangkutan, makanan, bajet, tempat-tempat menarik yang nak dituju dan sebagainya.

3. Rajin-rajinlah google/ recce destinasi.

Tidak salah untuk merancang bulan madu anda di dalam negara sendiri dahulu dengan bercuti ke destinasi tanah tinggi, pulau-pulau yang menakjubkan dan pantai yang indah. Sentiasa rujuk majalah percutian dan melayari laman Internet untuk mendapatkan idea-idea untuk percutian bulan madu yang bakal tiba nanti.



4. Tiket harga diskaun tu penting.

Di masa kini, ada banyak syarikat penerbangan yang menyediakan diskaun untuk tiket atau pakej-paket percutian pada harga diskaun, terutama sekali jika anda rancang percutian dari awal dan tempat tiket beberapa bulan sebelum percutian anda.

5. Mulut kena manis.

Semasa anda 'check-in' untuk penerbangan dan hotel nanti, ringankan mulut untuk beritahu mereka yang anda sedang berbulan madu. Mana tahu, kalau ada tempat kosong, tiket atau bilik anda akan di 'upgrade' secara percuma. Atau mungkin pihak hotel akan hadiahkan anda berdua 'candle light dinner' sebagai hadiah perkahwinan anda. Tak cuba tak tahu, kan?

]]>
5 Persediaan Untuk Menjadi Seorang Suami. Korang Dah Ready Ke Belum??? https://redaksi.com/1-5-persediaan-untuk-menjadi-seorang-suami-korang-dah-ready-ke-belum Sun, 14 Feb 2016 16:20:58 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1 Sudah bersediakah agaknya anda menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami? Justeru bagi bakal pengantin, persediaan asas yang merangkumi fizikal dan mental perlu ada sebaik sahaja anda menukar status bujang kepada suami. Untuk persediaan tersebut, ketahui tip yang seterusnya.



1. Fizikal.

Sebelum bergelar suami, pastikan tubuh badan berada dalam keadaan sihat. Seelok-eloknya buatlah pemeriksaan menyeluruh bagi mengenal pasti jika ada sebarang masalah. Ini penting kerana selepas berkahwin, anda bukan sahaja perlu menjaga diri sendiri bahkan isteri dan anak-anak yang bakal lahir. Bagaimana ingin menjaga dan menyara keluarga jika anda sendiri tidak dalam keadaan sihat?



2. Mental.

Kekuatan mental paling penting dalam membina institusi kekeluargaan. Ia perlu berada di tahap terbaik bagi melancarkan kebahagiaan berumah tangga yang bakal dibina. Selepas berkahwin, pasti akan datang pelbagai ujian dan dugaan dalam rumah tangga. Masalah ini mungkin datang daripada suami isteri itu sendiri ataupun orang luar. Jika mental tidak kuat, rumah tangga yang dibina boleh hancur dalam sekelip mata.



3. Pengetahuan.

Banyakkan membaca buku untuk membina pengetahuan bagi menjadi suami terbaik. Atau mungkin boleh bertanya terus kepada mereka yang berpengalaman. Sebagai seorang ketua keluarga, suami harus bijak menangani apa jua situasi agar tiada pihak yang tersinggung.

4. Ilmu agama.

Perkahwinan bukanlah perkara suka-suka sebaliknya suami bakal memikul tanggungj awab yang lebih berat. Sebagai persediaan, seseorang lelaki harus mempelajari ilmu agama untuk dijadikan tiang kebahagiaan berumah tangga. Tanpa elemen yang satu ini, agak sukar bagi suami untuk mengawal hala tuju rumah tangga yang dibina bersama isteri tercinta. Dengan ilmu agama yang ada, masalah juga boleh diselesaikan dengan lebih mudah.



5. Kewangan.

Memang betul mengumpul wang adalah tanggung jawab bersama suami isteri. Namun sebagai suami, ada nafkah zahir kepada isteri yang dituntut dalam agama. Jika dulu, lelaki hanya menyediakan bajet untuk diri sendiri, tetapi kini tidak lagi. Selain perlu menyara isteri, suami juga perlu membuat persediaan bagi menyambut zuriat yang bakal dikurniakan.

]]>
Bila Pasangan Berjauhan, Sudah Tentu Hati Akan Gundah Gulana... Jangan Risau, Sama-Sama Kita Amalkan Doa Ini Agar Kekasih Selalu Merindui Kita. https://redaksi.com/6932-bila-pasangan-berjauhan-sudah-tentu-hati-akan-gundah-gulana-jangan-risau-sama-sama-kita-amalkan-doa-ini-agar-kekasih-selalu-merindui-kita Thu, 22 Aug 2019 13:48:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6932 Bila pasangan pergi jauh je hati mula bimbang dan risau. Risaulah kalau-kalau pasangan kita itu berlaku curang dibelakang kita. Bahkan takut juga kalau-kalau ada orang yang datang mengoda mereka ini. Siapa yang tak sayangkan kekasih hati bukan?

Walaupun sudah berpesan macam-macam malah meletakkan syarat yang pelbagai tetapi rasa bimbang itu tetap sahaja akan menguasinya dengan menyeluruh. Jadi, buat anda yang rasa rasa takut atau cemas, jika pasangan atau kekasih anda jauh dengan diri anda, curang dengan anda. Anda boleh mengamalkan satu doa agar kekasih sentiasa merindui anda di sini.



InsyaAllah, pasangan kekasih atau pasangan anda tidak akan curang kerana dia akan selalu merindui dan ingat akan anda di sini.



Inilah doa amalan agar selalu dirindui oleh pasangan atau kekasih, baca doa ayat al-Quran agar kekasih rindu pada kita:

Yuhub bu nahum kahub billah wal lazi na amanu asyaddu hubba lillah
Zuyyi lin nasi hubbusyh shahwati minan nisai wal bani na wal qanar tiril muqantharah

Baca satu atau dua ayat di atas setiap hari. Pembacaan dua huruf ini juga boleh digunakan untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain. Seperti kawan-kawan kita yang akan rasa rindu dengan kita di sini, dan juga ayat ini sangat baik untuk pasangan yang sudah berkahwin, iaitu suami dan isteri.

Kedua-dua potongan ayat di atas adalah gabungan ayat Al-Baqarah ayat 165 dan Ali Imran ayat 14, kedua ayat ini mempunyai manfaat untuk membuat pasangan atau kekasih agar selalu merindukan kita di sini.











Bagaimana untuk mengamalkan dua ayat diatas ?

Sebelum membaca dua potongan ayat diatas, niatkan kepada siapa amalan doa itu anda tujukan, misalnya untuk suami, isteri, anak, ataupun sahabat anda. Yang penting, niat anda kepada seseorang tersebut dan sebutkan nama lengkap dia, sebagai contoh: Aku niat untuk membaca surat Al-Baqarah ayat 165 dan surat Ali Imran ayat 14 ini supaya suami saya (ahmad bin ahmad) semakin sayang, semakin cinta dan selalu rindu kepada saya karena Allah Ta’ala. Bacalah hingga 10 kali setiap sehabis solat subuh dan maghrib secara rutin.

Amalan doa dua ayat diatas boleh juga dibaca 1 kali saja. Akan tetapi lebih bagus apabila dibaca secara berulang-ulang kali, serta anda harus yakin dan istiqamah. InsyaAllah, tujuan anda itu akan tercapai dan dikabulkan oleh Allah.

]]>
8 Rahsia Hubungan Cinta Lebih Bahagia, Tip Terakhir Kena Amalkan Selalu. https://redaksi.com/1229-8-rahsia-hubungan-cinta-lebih-bahagia-tip-terakhir-kena-amalkan-selalu Sun, 17 Sep 2017 11:36:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1229 Punya hubungan cinta yang bahagia, menyenangkan, dan romantik tidak hanya ada dalam novel cinta. Setiap orang boleh memiliki fasa bercinta yang bahagia sehingga boleh dilanjutkan hingga ke jinjang pelamin. Kebahagiaan itu tidak datang dengan sendiri sebaliknya ia perlu dicari. Mudah kata, kita dan pasangan yang perlu melakar bahagia itu dengan corak yang kita idamkan. Mengimpikan hubungan cinta yang lebih bahagia? Apa kata anda cuba tip berikut. Moga-moga ia menjadi penyubur hubungan cinta anda dan pasangan.



1. Tinggalkan Masa Lalu Di Masa Lalu.

Hal ini adalah yang paling penting ketika anda ingin memulakan hubungan baharu. Agar penilaian anda kepada si dia yang sekarang lebih adil dan tidak terus membandingkan dengan mantan, maka tinggalkan masa lalu anda. Anda hidup untuk hari ini dan masa hadapan, bukan masa lalu.

2. Kebahagiaan Dimulai Daripada Anda.

Ada orang bijak yang mengatakan jangan memulakan sesebuah hubungan cinta jika anda belum menemukan kebahagiaan dalam diri anda. Jika anda sudah bahagia dengan diri anda, maka hubungan anda akan berjalan dengan lebih baik.



3. Komunikasi & Keyakinan.

Hubungan yang lancar pasti memiliki pola komunikasi yang baik. Jangan pernah menduga-duga atau menganggap pasangan tahu apa yang anda fikirkan atau apa yang anda rasakan. Bicarakan semua hal dan berlatihlah untuk percaya padanya. Sebuah hubungan tanpa diiringi rasa percaya akan berakhir dengan air mata.

4. Ada Waktunya Bersama, Ada Waktunya Sendiri.

Tidak selamanya anda harus bersama dengan pasangan 24 jam. Ada waktunya anda berdua dengannya, ada waktunya masing-masing menikmati waktu sendiri. Selalu bersama memang menyenangkan namun saat anda tidak bersama dengannya, anda akan semakin menghargai erti kehadirannya.

5. Jangan Pernah Membandingkan Pasangan.

Hentikan kebiasaan membanding-bandingkan pasangan dengan psangan anda sebelum ini. Walaupun maksud anda ingin memotivasikan pasangan terkini untuk berubah menjadi lebih baik namun kebiasaan ini akan melukai hati pasangan anda. Misalnya, 'Amira dahulu seorang yang sangat menepati masa tapi awak...' Bukankah anda juga tidak suka dibanding-bandingkan begitu jugalah dengan pasangan anda.



6. Cinta Boleh 'Menguncup' & Boleh 'Mengembang'.

Cinta itu seperti bunga, kadang-kadang mekar, kadang-kadang kuncup dan layu, kadang-kadang memerlukan waktu sedikit lama untuk kembang mekar. Namun apakah anda dengan mudah membuang tanaman dan bunga jika layu? Tidak bukan? Akan ada masa hubungan sangat hangat, ketika anda selalu ingin di sampingnya. Akan ada masa anda bosan dan ingin mencuba sesuatu yang baharu. Namun percayalah, selama anda dan pasangan mampu menjaga kesetiaan maka semuanya akan berakhir dengan satu kemanisan yang hanya anda berdua sahaja dapat merasakannya.

7. Bersama Dalam Suka & Duka.

Hubungan cinta akan semakin hangat dan kukuh jika anda dan pasangan mampu melewati hal-hal menyenangkan, sekaligus hal terburuk yang terjadi. Semakin baik anda dan si dia menghadapi masa buruk, semakin kukuh cinta yang akan terbentuk. Jangan hanya bersamanya ketika bahagia, saat pasangan sedang susah, pastikan anda selalu menjadi penyokong kuat dan ada untuknya.

8. Selalu Mengucapkan 'I Love You'.

Tidak ada salahnya jika anda sering mengucapkan ungkapan keramat 'I love you' setiap hari. Situasi akan menjadi lebih manis dan bermakna jika ucapan itu hadir tanpa disangka-sangka. Tidak perlu menuliskan kata-kata ini di Facebook. Ini kerana yang ingin anda tujukan rasa cinta itu adalah pasangan anda, bukan teman-teman Facebook anda.

]]>
“Bertuah Si Isteri Dapat Suami Yang Understanding…” Luahan Hati Seorang Isteri. https://redaksi.com/4186-bertuah-si-isteri-dapat-suami-yang-understanding-luahan-hati-seorang-isteri Fri, 09 Nov 2018 14:42:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4186 Setelah berhempas pulas melahirkan anak, adalah satu rahmat dan anugerah dari-Nya. Menjadi seorang isteri yang tidak stabil emosinya ketika berpantang adalah bukan pintanya. Mengharapkan si suami dapat memahami keadaannya sudah cukup membuat hatinya bahagia…

Jom hayati luahan hati sang isteri ini…

********

Abang, tak lama lagi sayang nak bersalin dah. Terima kasih kerana sediakan semuanya untuk sayang dan bakal baby kita. Sayang tau abang bekerja siang malam untuk cukupkan semuanya. Sayang dah cuba bantu sebaik mungkin. Abang selalu pujuk dan tak pernah lupa ucap terima kasih kerana bantu abang.

Rumah kita abang dah kemas, dah susun, dah atur. Semua dah abang bersihkan. Senang hati sayang bila semuanya dah sedia. Sayang tak risau dah. Kita siap cat baru dinding rumah kita kan? Seronok sangat.

Abang, inilah harinya. Sayang kena serah diri kat hospital sebab esok dah due. Sayang bimbang sangat. Sayang takut. Malam tadi sayang nangis. Sayang terfikir, macam mana la abang dan anak - anak kalau sayang takde. Terima kasih pujuk sayang dan tenangkan jiwa sayang semalam. Emosi sayang masa nie memang tak menentu.

Alhamdulillah, sayang dapat masuk wad dah. Ramainya orang kat sini kan abang? Sayang suruh abang balik. Tapi abang nak jugak tunggu sayang kat hospital. Abang balik la ye, dah pukul 3 pagi. Kesian abang seharian tunggu.

Abang, nurse cakap tunggu labour room kosong je nie. Air pun dah mula keluar. Abang sedia je kat luar tu ye. Nanti abang masuk tau. Sayang nak abang ade dengan sayang sentiasa.

Abang, sayang takut, sayang risau. Tapi sayang lega sangat abang ade kat labour room nie dengan sayang. Abang sentiasa bagi kata - kata semangat kat sayang. Abang usap sayang, abang cium pipi dan dahi sayang. Abang tak tau betapa tenangnya sayang dengan apa yang abang buat tu.

Ya Allah, sakitnya abang. Maafkan sayang genggam tangan abang kuat sangat. Sayang sakit. Abang tak henti - henti bagi dorongan dan semangat buat sayang. Kita siap plan bila masa yang sayang akan terus teran betul - betul. Bila kepala baby tu keluar sepenuhnya kan abang?

Nurse kata dah 10cm abang. Ya Allah. Inilah masanya abang. Abang tolong sayang. Sakitnya abang. Sayang dengar suara abang je masa nie. Sayang tak dengar bunyi lain dah. Abang pegang tangan sayang, abang usap kepala sayang. Abang buat sayang yakin dengan kata - kata abang. Abang buat sayang kuat walaupun sayang tengah sakit sangat.

"Ok sayang, inilah masanya" kata abang. Sayang tau dah yang ini masanya yang sayang kena push sekuat dan selama yang boleh. Sayang dengar abang menjerit "come on, you boleh sayang, yes". Sebelum tu sayang dengar abang cakap "jangan potong" kat nurse. Sayang tak peduli dah abang, saya teran sepenuh hati nie. Ya Allah. Tiada apa yang lebih sakit dalam dunia nie abang.

Alhamdulillah. Tiba - tiba abang peluk sayang kuat - kuat, abang cakap abang sayang kat sayang, abang ucap Alhamdulillah, terima kasih berkali - kali. Terima kasih itu terima kasih ini. Sayang pun tak dengar sangat suara abang. Abang nangis kuat sambil peluk sayang, sayang dengar tau tangisan abang. Sayang dapat rasa air mata abang sejuk kat pipi sayang.

Ya Allah syukur anak kita sihat cukup sifat. Terima kasih abang sebab sentiasa ada bersama sayang. Sayang tak tahu macam manalah keadaan sayang kalau abang tiada di sisi. Mesti sayang akan takut sangat dan tak bersemangat.

Sama - sama kita jaga amanah ketiga ini ye abang. I love you so much.

********

]]>
Nak Keluar Rumah Bukan Main Lawa & Wangi, Tapi Bila Dekat Rumah Dengan Kain Batik Je. Isteri-Isteri Nak Melawa Tak Salah Tapi Jangan Sampai Tabarruj. https://redaksi.com/6756-nak-keluar-rumah-bukan-main-lawa-wangi-tapi-bila-dekat-rumah-dengan-kain-batik-je-isteri-isteri-nak-melawa-tak-salah-tapi-jangan-sampai-tabarruj Tue, 06 Aug 2019 16:24:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6756 Wanita sememangnya sukakan perkara yang cantik-cantik. Sebab itulah mereka ini suka berhias dan berpakaian cantik untuk dilihat. Nak berhias itu tak salah, nak cantik-cantik juga tak salah. Lagi-lagi seorang isteri yang berhias dan berdandan buat suaminya.

Namun begitu, ada had dan batasnya. Mana boleh nak pergi kerja je bukan main nak cantik-cantik, tapi kalau dekat rumah dengan kain batik dia dan baju lusuh, nak pakai minyak wangi lagi jauh sekali.



Mana boleh macam itu, kalau dah kahwin segala kecantikan kita patut suami je tengok, jangan bagi orang lain tengok. Takut nanti mendatangkan fitnah pula.

Sedikit nasihat dari Fridaus Shakirin ini memang patut kita hadam dengan baik.

Mencantikkan diri depan suami dapat pahala dan memang dituntut oleh agama untuk isteri berhias hanya kepada suaminya sahaja…

Zaman sekarang ni, ramai perempuan pandai berhias, kelihatan cantik dan bergaya…tapi mereka kelihatan sedemikian di luar rumah, bukan di dalam rumah…bukan di hadapan suami tapi di hadapan rakan-rakan ofis…

Nak berhias boleh, jangan sampai TABARRUJ…

Tabarruj ni maksudnya berlebihan…berpakaian, berfesyen dan bermekap sehingga menjadi tumpuan orang lain…mekap pakai tebal-tebal, tudung yang paling berkilauan, baju nampak bentuk badan, minyak wangi bau satu jabatan dan sebagainya…

Yang berhak melihat semua tu hanyalah suami seorang sahaja…jangan pertontonkan semua tu untuk orang lain selain daripada suami sendiri…pakai mekap yang biasa-biasa, jangan terlalu berkilauan pakaiannya dan jangan terlalu wangi…cukup sekadar macam tu sahaja sebab awak tu isteri orang…

dan awak datang tempat keje, bukan pertunjukkan fesyen...

]]>
Jangan Tak Percaya, Rajin Gunakan Emoji Teks Mampu Segera Dapat Pasangan. https://redaksi.com/7431-jangan-tak-percaya-rajin-gunakan-emoji-teks-mampu-segera-dapat-pasangan Mon, 07 Oct 2019 14:12:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7431 Jodoh ini bukan datang bergolek, nak dapatkan jodoh tentu sahaja perlu berusaha. Dah ada seseorang yang semakin rapat dengan anda, tentu sahaja anda perlu lebih berusaha keras untuk dapatkan hatinya. Paling penting jangan cepat mengalah.

Nak lebih mudah seseorang itu semakin tertarik dengan anda, jangan lupa letak emoji dalam teks dan pesanan anda. Selain nampak seperti teruja dan ingin segera membalas teks atau pesanan anda, ia sebenarnya membantu mendekatkan hubungan anda lagi.

Tahukah anda bahawa emoji ini bahasa cinta, dimana terdapat satu kajian baru yang menghubungkan antara penggunaan emoji dan kemampuan mereka untuk mendapatkan pasangan kekasih.

Kajian yang telah diterbitkan dalam PLOS One, Ogos 2019 mendapati bahawa orang yang sering menghantar emoji ketika menghantar mesej ini mempunyai kehidupan cinta yang lebih berwarna warni dan lebih mudah untuk memulakan satu hubungan cinta.



Begitu juga para pengkaji di The Kinsey Institute yang telah menjalankan survei pada lebih 5000 peserta tentang penggunaan emoji dan pengalaman romantis dan keintiman mereka selama setahun. Mereka menyimpulkan bahawa pengguna yang menggunakan emoji lebih kerap cenderung untuk menjalin hubungan dengan pasangan mereka.

“Kajian kami menunjukkan bahwa penggunaan emoji dengan potensi menjadi pasangan kekasih dikaitkan dengan mempertahankan hubungan setelah dating pertama, dan lebih banyak berinteraksi romantis dibandingkan tahun sebelumnya,” kata laporan itu.

Kesemua ini berkait rapat dengan persepsi dan psikologi. Sepperti yang anda semua tahu, ketika menghantar pesanan atau teks, orang tidak dapat mengagak mood pengirim sama ada dia sedang marah, bahagia, sedih atau sebagainya. Maka dengan itu, menggunakan emoji, penghantar mesej itu boleh berkongsi mood yang ditunjukkan semasa menghantar mesej.



Jelas para pengkaji, menggunakan emoji dalam komunikasi digital ini bukan sahaja membuatkan perbualan lebih seronok, tetapi ia juga akan lebih kreatif serta tidak membosankan. Ini kerana, menghantar senyuman atau melihat senyuman orang lain akan lebih seronok dan terbuka.

Jika anda seorang yang sedang mencari cinta, jangan lupa untuk selitkan sedikit emoji dalam perbualan anda. Namun begitu, anda dinasihatkan agar tidak menggunakan emoji terung dalam perbualan yang masih baru.

]]>
Buku teks Sains Tingkatan 5 perkenal topik Covid-19 https://redaksi.com/9451-buku-teks-sains-tingkatan-5-perkenal-topik-covid-19 Wed, 20 Jan 2021 15:08:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9451 Sejak dunia digemparkan dengan penularan virus Covid-19 ini, boleh dikatakan hampir semua aktiviti terpaksa dihentikan untuk sementara waktu sehinggalah wabak ini kembali reda. Bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa tetapi turut mengubah norma hidup semua manusia di atas muka bumi ini.

Penemuan zahrah yang tak dapat dillihat oleh mata kasar yang berlaku pada tahun 2020 itu telah dimuatkan ke dalam buku teks mata pelajaran sains Tingkatan 5 dan video tersebut turut menjadi bualan hangat terutamanya dalam kalangan pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Terkejut wajah korona di muka surat pertama

Detik-detik itu telah dirakamkan oleh salah seoraang pengguna akaun TikTok yang juga merupakan pelajar Tingkatan 5 tahun ini.

Rasa berkobar-kobar ke tidak pelajar-pelajar batch 03 nak masuk kelas nanti? Seronok belajar benda baru ni. Walau apapun diharapkan semua pelajar sentiasa menjaga diri dan patuh SOP di luar sana kerana kebolehjangkitan virus ini sangat tinggi apabila berada di luar yang terdedah dengan ramai orang.

]]>
Bukan Setakat Ilmu Rumah Tangga, 5 Ilmu Asas Ini Perlu Anda Pelajari Sebelum Mahu Bergelar Suami Isteri. https://redaksi.com/5706-bukan-setakat-ilmu-rumah-tangga-5-ilmu-asas-ini-perlu-anda-pelajari-sebelum-mahu-bergelar-suami-isteri Fri, 05 Apr 2019 10:57:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5706 Berapa ramai dikalangan anak muda yang mahu mengakhiri zaman bujang, benar-benar mendalami pelbagai ilmu untuk persediaan ke alam rumah tangga?

Adakah hanya bergantung ilmu dari Kursus Kahwin semata-mata?

Untuk mencari ilmu tentang rumah tangga, diri sendiri perlu ada usaha untuk menggali pelbagai ilmu, bukan sahaja melalui bahan bacaan, carilah orang yang berilmu, ahli agamawan dan juga individu yang berpengalaman.

Jangan Malas Mencari. Jangan Takut Bertanya!

Ini 5 ilmu asas yang anda perlu pelajari sebelum mahu bergelar suami isteri….

1. Ilmu keagamaan.

Bagi mendapatkan hubungan yang diredhai Allah dan perkahwinan yang barakah, sebagai umat islam carilah ilmu keagamaan tersebut. Dalam pemilihan jodoh juga, kita dinasihatkan untuk mencari mereka yang beragama, tetapi bukanlah alim semata-mata seperti golongan ustaz/ustazah.

Akan tetapi, dengan adanya ilmu keagamaan ini para lelaki dan juga perempuan akan mengetahui tanggung jawab asas sebagai suami isteri dalam Islam iaitu..

  • Dirikan 5 solat waktu.
  • Berpuasa.
  • Berzakat.
  • Bersedekah.
  • Memberi nafkah.

2. Ilmu keibubapaan (Parenting).

Apabila sudah mendalami ilmu keagamaan, belajar pula ilmu keibubapaan yang berlandaskan syariat.

Anda perlu tahu, emosi suami isteri akan berubah serta merta apabila memiliki cahaya mata. Pada fasa bulan madu, sikap pasangan tidak lagi ditunjukkan seratus peratus walaupun sudah tinggal sebumbung dan tidur sebantal.

Ketika memiliki anak pertamalah, suami isteri akan berasa tertekan ditambah pula dengan kekangan kewangan. Pengurusan emosi amat penting ketika memiliki anak sulung supaya ia menjadi pelajaran ketika mahu menimang anak yang kedua pula.

3. Ilmu kewangan.

Kekangan kewangan sentiasa berlaku pada hubungan suami isteri tidak kira waktu dan masa. Jika majlis perkahwinan dilakukan dengan pinjaman (loan), tidak mustahil 3 tahun ketika fasa bulan madu ada pasangan sudah bercerai. Kemudian, salah seorang sukar pula mendapat kerja, ataupun berpendapatan rendah, pasti situasi ini akan mengundang hubungan yang berantakan sahaja.

Ilmu kewangan ini luas, bukan hanya menyimpan duit semata-mata, pasangan perlu belajar tentang:

  • Ilmu menabung/menyimpan.
  • Ilmu menguruskan duit gaji.
  • Ilmu pelaburan.
  • Ilmu emas.
  • Ilmu hartanah.
  • Ilmu perbelanjaan rumah.
  • Ilmu kos pendidikan anak-anak.
  • Ilmu perancangan untuk persaraan.
  • Ilmu Faraid.
  • Ilmu perlindungan takaful/insurans.

4. Ilmu kesihatan.

Antara salah satu sebab pasangan yang telah berkahwin sentiasa kekangan kewangan adalah tiada ilmu kesihatan. Jika sentiasa sakit sahaja, pasti akan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kos rawatan semuanya bergantung daripada jenis penyakit.

Kemudian tiada pula perlindungan takaful/insurans. Sebab itu amat penting membuat pemeriksaan kesihatan sebelum berkahwin, bukan setakat pemeriksaan HIV sahaja, terdapat pelbagai pemeriksaan anda perlu lakukan seperti…

  • Talasemia.
  • Fibroid, PCOS, Cyst dan semua organ wanita.
  • Kesihatan sperma untuk golongan lelaki.

Malah, jika pasangan sering diserang demam, selesema, batuk, pening kepala atau sakit-sakit yang normal ini, anda perlu tahu kenapa ia sering terjadi melalui…

  • Gaya hidup yang tidak sihat.
  • Cara pemakanan yang tidak sihat.

Dengan kaedah ini anda akan mengetahui sikap sebenar pasangan, adakah mereka malas atau mahu berubah tetapi tiada pasangan untuk dilakukan bersama atau tiada ilmu pengetahuan?

5. Ilmu kemahiran.

Apabila sudah bergelar suami isteri, persiapkan diri dengan pelbagai ilmu kemahiran asas seperti memasak, menjahit, perbaiki barang elektrik atau semua barang di rumah kerana anda dan pasangan akan bergantung antara satu sama lain.

Jangan jawab ‘Tak Tahu’ tetapi belajarlah untuk memberi keselesaan hidup pada pasangan.

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

]]>
Kajian Menunjukkan 7 Sebab Kenapa Wanita Pendek Lebih Menjadi Pilihan Lelaki. https://redaksi.com/251-kajian-menunjukkan-7-sebab-kenapa-wanita-pendek-lebih-menjadi-pilihan-lelaki Wed, 21 Jun 2017 11:22:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=251 Siapa kata perempuan rendah tak menarik? Sebenarnya ramai lelaki kat luar sana tu suka perempuan yang rendah ini, atau boleh dikatakan kecil dan comel. Wanita tinggi lampai persis model antarabangsa mungkin menjadi idaman kebanyakan lelaki. Namun, ramai tidak tahu bahawa wanita kecil molek juga sememangnya ada tarikan mereka yang tersendiri.



1. Dipilih oleh ramai lelaki.

Seorang lelaki akan memilih gadis yang lebih pendek darinya daripada gadis yang lebih tinggi daripada lelaki tersebut ketika mencari seorang kekasih. Hal ini disebabkan kerana lelaki menganggap gadis yang tinggi lebih berkemungkinan mengancam dirinya. Maksudnya, peratusan peluang untuk gadis pendek mendapatkan seorang kekasih menjadi lebih besar jika dibandingkan dengan gadis yang bertubuh tinggi.

2. Pendek itu comel.

Lelaki mana yang tidak suka dengan gadis comel bukan? Hampir semua lelaki pasti menyukai gadis yang comel. Alasannya adalah kerana gadis kelihatan lebih comel, sedangkan istilah comel sendiri sesuai dengan seseorang yang bertubuh pendek dan kecil. Percaya atau tidak, orang yang pendek akan kelihatan beberapa tahun lebih muda daripada usia asalnya, begitupun pula sebaliknya, lelaki yang tinggi akan kelihatan lebih tua daripada umur sebenarnya. Tentunya, anda lebih senang dengan keadaan tubuh pendek namun kelihatan lebih muda daripada bertubuh tinggi tetapi kelihatan lebih tua bukan?



3. Sedap dipeluk.

Salah satu penyebab lelaki anti bercinta dengan gadis yang tinggi adalah kerana tidak sedap ketika dipeluk. Boleh dibayangkan bukan apabila sepasang kekasih saling berpelukan namun wajah teman lelakinya harus mendongak ke atas ketika bersama dengan kekasihnya yang lebih tinggi. Semua perkara itu tidak akan terjadi jika bercinta dengan gadis pendek.

4. Seolah perlu perlindungan.

Seorang lelaki rasa bangga dan yakin diri ketika mampu melindungi orang yang dicintainya. Secara naluri, keperluan psikologi untuk melindungi ini boleh dilakukan dengan gadis yang pendek. Gadis pendek di mata lelaki seolah memerlukan perlindungan, kasih sayang dan perhatian. Lain halnya dengan gadis tinggi, mereka nampak lebih berdikari dan tidak memerlukan peranan lelaki.

5. Tidak akan memutuskan hubungan.

Lelaki menganggap gadis yang tinggi mempunyai tahap kepercayaan diri yang tinggi sehingga boleh melakukan perkara bersifat angkuh seperti memutuskan hubungan secara sendiri atau hal-hal yang lain. Oleh sebab itu, lelaki akan rasa lebih selesa apabila bersama dengan gadis yang lebih pendek darinya kerana mereka menganggap gadis pendek lebih memahami. Entah apa alasannya, sehingga kini ramai gadis pendek rasa kurang keyakinan diri. Sebenarnya sudah tiada lagi alasan untuk berfikiran sebegitu. Bukankah fitrahnya memang idealnya seorang gadis seharusnya lebih pendek daripada lelaki? Baik gemuk pendek atau kecil pendek, selama lelaki tidak segan bersama anda, mereka akan sentiasa kelihatan menawan di mata lelaki. Walau apa pun kelebihan orang pendek, genit, besar mahupun tinggi, kita seharusnya berasa bangga dengan anugerah Tuhan yang telah kurniakan. Semua ciri ini adalah sebahgian daripada diri kita dan pandanglah ia dari sudut yang positif. Maka,tak perlulah rasa rendah diri atau malu. Tak mungkin orang lain dapat menghargainya jika kita sendiri tidak berasa selesa terhadapnya.


]]>
Tanda-Tanda Cinta Anda Sedang Dipermainkan Olehnya. https://redaksi.com/2235-tanda-tanda-cinta-anda-sedang-dipermainkan-olehnya Tue, 08 May 2018 12:20:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2235 Apabila menjalani satu perhubungan, kesetiaan adalah amat penting. Tapi anda sendiri tidak tahu bahawa dirinya itu begitu serius dengan anda atau hanya mempermainkan anda. Adakah anda tahu bahawa diri anda sedang dipermainkan? Tidak bukan? Sukar untuk mengetahui bahawa seseorang yang kita cintai sedang mempermainkan hati dan perasaan kita.


Jadi tanda-tanda ini akan membantu anda mengenal pasti perhubungan anda sama anda dia benar-benar tulus dalam perhubungan atau anda hanya dipermainkan.

1. Tidak menghargai usaha anda.

Setiap pasangan akan menghargai usaha pasangannya. Jadi kalau pasangan anda tidak menghargai usaha anda, itu menandakan ada sesuatu yang tidak kena. Dan biasanya si dia juga akan acuh tak acuh sahaja untuk melayani segala usaha anda itu kerana si dia tahu anda hanya sebagai permainannya.

2. Suka memberi janji.

Pasangan anda juga suka memberi janji, tetapi untuk menunaikan janji itu mengambil masa yang agak lama. Dan biasanya si dia ini mempunyai pelbagai alasan untuk tidak menunaikan janji mereka sehingga membuat anda terlupa akan janjinya itu. Tetapi masih lagi menabur pelbagai janji-janji yang hanya menghampakan anda.

3. Cepat melupakan mengenai anda.

Si dia cepat juga cepat melupakan segala perihal yang berkaitan anda, seperti makanan kegemaran anda, warna kegemaran anda dan pelbagai lagi. Semuanya dipandang sambil lewa. Jika anda menghadapi masalah juga, si dia ini tidak membantu tetapi lebih kepada bersahaja sehingga anda menyelesaikannya sendirian.


4. Tidak tertarik bercakap mengenai perkahwinan.

Apabila anda mula bercakap mengenai perkahwinan dan pernikahan. Si dia mula mengubah topik perbualan itu. Si dia juga kelihatan tidak selesa akan topik perbualan itu. Dan jika anda memaksanya terus, ia akan menimbulkan kemarahannya dan anda akan bertengkar dengan dirinya.

5. Cari anda apabila perlu.

Mereka yang hanya suka mempermainkan anda ini juga mempunyai satu sifat di mana mereka ini akan mencari anda apabila perlu. Iaitu ketika si dia kekurangan wang, kebosanan ataupun ingin bantuan dari anda. Anda tidak menyedari akan hal itu. Kerana bagi anda setiap pasangan bercinta akan sentiasa memberi pertolongan.

Sebelum anda menjadi mangsanya lebih lama. Anda perlu berhati-hati dalam menjalani perhubungan percintaan. Hal ini kerana tidak semua perkara yang anda anggap membahagiakan itu sebenarnya tidak membahagiakan bagi anda.

]]>
Jangan Tak Percaya, Ini Daya Tarikan Wanita Single Mengikut Golongan Darah Mereka. https://redaksi.com/6286-jangan-tak-percaya-ini-daya-tarikan-wanita-single-mengikut-golongan-darah-mereka Mon, 17 Jun 2019 14:15:20 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6286 Bila bercakap mengenai golongan darah apa yang akan terbayang difikiran anda? Sudah tentulah pendermaan darah serta personaliti seseorang. Ini kerana, terdapat pendapat menyatakan bahawa golongan darah seseorang itu akan mempengaruhi personaliti seseorang individu.

Sudah tentulah kita menjadi tertanya-tanya apabila ia berkaitan dengan personaliti seseorang. Ini kerana, kita akan lebih mudah untuk mengetahui bagaimana sifat dan sikap sebenar seseorang itu, namun jangan terlalu percaya, tidak semua orang mungkin mempunyai persamaan dengan golongan darah mereka.



Mari kita ketahui bagaimana daya tarikan wanita bujang mengikut golongan darah mereka.

1. Darah jenis A: Si penyayang yang sempurna.



Dalam hubungan, wanita yang memiliki darah jenis A ini adalah seorang yang penyang. Malah dirinya sanggup melakukan apa sahaja buat pasangannya. kebaikan dan kesabaran yang ada pada dirinya begitu mudah untuk dilihat. Bahkan golongan darah ini mudah untuk mempertimbangkan keputusan sebelum membuat keputusan terakhir. Jadi lelaki-lelaki yang mendekatinya pasti tiada masalah untuk memilih tempat makan bersama gadis golongan darah A ini.

Apa yang menariknya gadis berdarah A ini adalah, mereka ini sukakan pasangan yang berkuasa dalam hubungan mereka. Jadi pasangan yang sesuai buat mereka diantara jenis O atau AB.

2. Darah jenis B: Si kreatif yang sukakan kebebesan.



Wanita yang memiliki darah jenis B ini adalah seorang yang sangat kreatif malah mudah untuk meluahkan pemikiran mereka serta mudah untuk bergaul dengan orang baru. Sifatnya yang mesra alam itu adalah daya tarikan yang kuat di mata lelaki. Namun begitu, kecenderungannya untuk bersikap ego mungkin menyukarkan anda mengawalnya.

Jadi buat wanita yang berdarah jenis B ini anda memerlukan seorang lelaki yang memiliki sifat tanggungjawab yang tinggi. Oleh itu, pasangan yang sesuai buat anda adalah dari golongan darah O dan AB.

3. Darah jenis O: Si romantik yang dermawan.



Mempunyai cita-cita tinggi, kuat serta romantik ini adalah sebahagian dalam diri wanita yang berdarah jenis O. Mereka ini adalah seseorang yang suka memberi perhatian dengan baik, malah seorang yang kuat kasih sayangnya serta seorang yang pemurah. Apabila dirinya memberi anda sesuatu, dia tidak mengharapkan balasa dari anda.

Apabila anda merasa ada yang pelik dengan dirinya, jangan teragak-agak untuk memeriksa telefon bimbitnya atau keadaannya mungkin ada sesuatu yang dilakukan dalam diam tanpa pengetahuan anda. Wanita yang berdarah O ini sesuai untuk menyesuaikan diri dengan mana-mana golongan darah. Namun begitu, ada yang berpendapat bahawa mereka ini sesuai dengan pasangan darah jenis A. Ini kerana pasangan mereka boleh menyokong malah saling melengkapi.

4. Darah jenis AB: Si pemimpin yang cerdas.



Wanita yang memiliki darah jenis AB ini mungkin agak berbeza dengan yang lain. Ini kerana, mereka ini mempunyai angan-angan serta moral yang tinggi. Mereka juga mempunyai kefahaman yang tersendiri mengenai kejayaan. Apabila mereka ini terlibat dalam hubungan, mereka ini lebih cenderung untuk bertenang malah lebih rasional di mana, ramai lelaki yang mahukan kedua-dua sifat itu dalam pasangan mereka.

Sebenarnya jenis wanita AB boleh menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki, tetapi lelaki darah A adalah pasangan paling menarik kerana mereka tenang dan menghormati antara satu sama lain.

Jangan pandang pasangan anda mengikut jenis darah pula selepas ini. Pandang mereka mengikut siapa diri mereka sahaja.

]]>
10 Perubahan Ini Bakal Anda Lalui Saat Bertemu Jodoh Yang Sejati. https://redaksi.com/160-10-perubahan-ini-bakal-anda-lalui-saat-bertemu-jodoh-yang-sejati Thu, 15 Jun 2017 14:22:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=160 Setiap orang ada impian untuk bertemu jodoh, bercinta dan berakhir dengan sebuah perkahwinan bahagia. Saat bersama dengannya, pasti tidak pernah merasakan kekurangan. Kesamaan anda dan pasangan membuatkan segalanya terasa indah dan membahagiakan walaupun ada ketikanya dilontarkan masalah serta ujian. Tanpa anda sedar jodoh akan mengubah perilaku anda menjadi orang yang berbeza. Berikut merupakan perubahan-perubahan yang bakal anda lalui apabila bertemu jodoh yang tepat.



1. Mula melihat kehidupan dalam perspektif berbeza.

Ketika anda bertemu dengan jodoh yang tepat, akan akan mula melihat diri anda dalam perspektif berbeza yang lebih positif. Malah hari-hari yang anda lalui lebih optimis dan hasilnya membuatkan anda berusaha menjadi pasangan yang lebih baik untuk orang lain. Kehadiran si dia ternyata membuatkan kehidupan anda menjadi lebih sempurna.

2. Orang lain tidak lagi menjadi perhatian anda.

Ketika anda yakin bahawa si dialah orang yang akan membahagiakan anda buat selamanya, tiada insan lain lagi yang mampu memikat hati anda. Malah anda merasakan orang lain hanyalah biasa sehinggakan anda pasti tidak akan tertarik dengan orang lain lagi.



3. Rasa semakin yakin dan tidak ragu-ragu dengan hubungan ini.

Saat menjalinkan hubungan cinta ada ketikanya anda ragu-ragu dengan pasangan. Namun saat anda bertemu dengan jodoh yang tepat, keraguan itu semakin hari semakin hilang perlahan-lahan. Ini kerana ada berdua saling melengkapi dan sudah boleh menerima kekurangan masing-masing.

4. Lakukan perkara baharu yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini.

Benarlah cinta mengubah segalanya. Ketika anda tahu dia pasangan yang sesuai untuk anda, perkara yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini juga boleh anda lakukan sekarang semata-mata kerana orang tersayang. Anda juga ingin tahu lebih banyak tentang kegemaran, hobi dan minatnya sehinggakan anda bersedia untuk melakukan perkara baharu yang anda tidak pernah terfikir pun nak buat sebelum ini.

5. Mula mengambil berat tentang penampilan diri.

Ternyata jodoh akan membawa sisi berbeza daripada segi keperibadian terutamanya soal penampilan diri. Dengan hadirnya jodoh yang tepat, anda semakin cerewet dengan penampilan diri kerana anda ingin tampil sempurna dan kemas di mata pasangan. Jika sebelum ini kuku pun jarang potong dan dibiarkan kotor namun kehadiran si dia membuatkan anda sentiasa bersih, rapi dan menghargai diri sendiri supaya kekasih hati tidak beralih arah kepada orang lain.



6. Ada hubungan yang lebih baik dengan orang sekeliling.

Anda akan lebih menghargai setiap hubungan di sekeliling anda apabila hadirnya jodoh yang tepat. Ini kerana anda sudah mempunyai sifat lebih penyayang dan berkasih sayang. Sebaiknya sahaja anda terikat dengan perasaan cinta dan kasih terhadap pasangan, begitu jugalah anda inginkan sebuah ikatan kasih sayang dengan orang sekeliling anda.

7. Menjadi penyelesai masalah yang baik.

Saat anda bertemu dengan seseorang yang sudah melengkapkan hidup anda, anda akan merasakan lebih kuat dan miliki sifat percaya diri. Kekuatan ini membuatkan anda lebih baik dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi sehinggakan anda berusaha membaiki apa jua masalah yang ada dalam diri anda.

8. Berkongsi rahsia diri kepada pasangan.

Kepercayaan merupakan asas terbesar dalam jangka panjang sesebuah hubungan. Saat anda sudah mula membicarakan tentang rahsia diri anda kepada pasangan, itu tandanya anda sudah miliki kepercayaan terhadapnya kerana anda tahu dialah insan yang bakal menjadi pendamping anda nanti.



9. Membayangkan masa depan bersamanya

Saat merasakan hubungan cinta kalian akan berakhir ke gerbang perkahwinan, anda dan pasangan sering membicarakan tentang bayangan masa depan yang indah-indah untuk hidup bersama.

10. Hasrat kenalkan pasangan dengan orang tua.

Apabila anda yakin dia jodoh sesuai dan rasa bangga dengan kehadirannya, tentu sahaja anda tidak mahu menangguh hubungan ini untuk tempoh yang lebih lama. Langkah terakhir yang terbaik adalah membawa pasangan anda berkenalan dengan orang tua sebelum anda dan pasangan mengikat hubungan yang lebih serius.

]]>
Awas, Ibu Ayah Ini 5 Langkah Pemangsa Seksual Kanak Kanak Dapatkan Gambar Anak Kita! Sebarkan! https://redaksi.com/5903-awas-ibu-ayah-ini-5-langkah-pemangsa-seksual-kanak-kanak-dapatkan-gambar-anak-kita-sebarkan Thu, 25 Apr 2019 15:51:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5903 Baik orang dewasa mahupun kanak-kanak kita sememangnya sudah tidak selamat lagi. Mana tidaknya, ada sahaja mata-mata yang memandang dengan penuh nafsu walaupun yang dilihat itu hanya kanak-kanak, ataupun wanita yang menutup aurat dengan sempurna. Takut bukan?

Kalau orang dewasa mungkin boleh berfikir secara matang dan ambil tindakan yang betul. Tapi kalau kanak-kanak bagaimana?

Sebab itulah ibu bapa perlu memainkan peranan yang betul dan bijak apabila menagani pemangsa seksual kanak-kanak. Di sini, Dr. Taufiq Razif ada berkongsi cara mengenal pasti perbuatan tidak bermoral ini.



Ni 5 Langkah Pemangsa Seksual Kanak-Kanak Dapatkan Gambar Anak Kita! Sebarkan!



Pertama : Mereka akan cipta akaun Facebook palsu dan hias akaun tu. Memang akaun tu nampak hidup dan penuh dengan posting yang bermanfaat!

Kedua : Mereka akan mengaku yang mereka ni doktor ataupun penjual ubat yang berkaitan dengan penyakit kulit ataupun kemaluan anak-anak.

Ketiga : Mereka akan buat post ataupun pertanyaan di Facebook tentang cara-cara nak ubat penyakit kulit di kemaluan anak-anak.

Keempat : Jika ada ibu ibu yang respon. Mereka akan minta si ibu tu tadi PM gambar kemaluan anak masing-masing. Kononnya untuk diagnose penyakit anak. Paling mereka suka yang ada anak perempuan.

Kelima : Gambar tu akan disimpan dan menjadi pemuas nafsu mereka. Lebih parah kalau gambar tu disebarkan di group rahsia ataupun dark web depa.

p/s : Tolong ingatkan mak ayah yang lain juga. Ramai lagi mak ayah yang belum tahu tentang Modus Operandi pemangsa seksual kanak-kanak ni

p/s : Percayalah, takkan ada doktor yang akan minta gambar kemaluan anak-anak di Facebook. Doktor yang sah, takkan buat diagnosis dan konsultasi online di media sosial. Benda tu menyalahi etika dan membahayakan pesakit!

Ibu bapa awasi anak anda, serta bijak dalam lakukan setiap tindakan. Jangan biarkan anak menjadi mangsa seksual kanak-kanak.

]]>
Solat bersama-sama adalah kunci segala permasalahan rumahtangga https://redaksi.com/8810-solat-bersama-sama-adalah-kunci-segala-permasalahan-rumahtangga Fri, 30 Oct 2020 10:27:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8810 Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Lumrah berumah tangga akan ada sedikit pertengkaran dan salah faham untuk kita makin kenal dengan pasangan kita. Perkara itu sebenarnya adalah proses untuk kita lebih memahami pasangan.

Kadang masing-masing ada ego mereka, tak nak mengalah dan rasa diri itu betul saja. Tapi kalau inginkan hubungan itu terus bertahan dan harmoni kena lakukan sesuatu tak boleh biarkan saja.

Macam perkongsian dari Puan Hajar Ngah ini, bila ada salah faham atau pergaduhan, dia dan suaminya akan sama-sama lakukan solat berjemaah, masa ini yang ego tinggi pun boleh runtuh.

Solat berjemaah bersama walaupun bermasam muka

Menurut beliau, bila ada perselisihan faham, suaminya akan mengajaknya untuk solat berjemaah bersama, walaupun awalnya macam menolak tetapi dia akan turuti juga.

Jelasnya, selepas solat dia akan bersalaman dengan suaminya walaupun dalam keadaan agak marah lagi tetapi dia sudah mula tenang dan akan mula menyambut baik tangan suaminya itu. Malah, suaminya juga akan mencium dahi dan pipi, tak ketinggalan kata maaf akan keluar dari mulut suaminya itu.


Lebih tenang beri penjelasan tak ikut emosi


Selepas solat ini dua-dua akan terasa tenang jadi dia pun boleh meluahkan perasaan tanpa terikut-ikut emosi yang sedang membara. Bukan itu saja, sikap suaminya yang tidak membalas tetapi mencari masa yang sesuai untuk beri penjelasan juga sangat menenangkan dirinya.


Dalam rumah tangga ini memang akan pelbagai cabaran dan dugaan mendatang, tapi bagaimana mengurus dan mengawal itu yang membawa arah hubungan. Perkongsian dari wanita ini juga turut dipersetujui oleh pasangan suami isteri yang lain juga.


 

]]>
Rasa Malu Akan Kekurangan Pasangan, Jangan Bandingkan Dirinya Dengan Yang Lain Tapi Lakukan Ini Kepadanya. https://redaksi.com/7895-rasa-malu-akan-kekurangan-pasangan-jangan-bandingkan-dirinya-dengan-yang-lain-tapi-lakukan-ini-kepadanya Fri, 14 Feb 2020 11:13:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7895 Apabila kita telah memilih seseorang itu sebagai pasangan bahkan kita sudah merasakan dia yang terbaik, tapi tak mustahil kalau tiba-tiba akan ada yang lebih baik darinya akan hadir. Ataupun, kadang kala kita melihat pasangan orang lain lebih baik dari pasangan kita.

Itu yang kadang kala malu nak tunjuk pasangan sendiri dekat rakan-rakan. Takut kurang keyakinan malah bimbang kalau pasangan anda akan memalukan diri anda.

Menjalinkan hubungan dengan seseorang sudah tentu memerlukan penerimaan dengan baik dan ikhlas. Tidak kiralah, apa yang kurang atau lebihnya dia, bila sudah memilihnya maka terima segalanya mengenai dirinya.


Mungkin akan ada orang merasakan si dia tidak selayaknya untuk anda ataupun anda layak dengan mereka yang lebih bagus lagi. Akan tetapi, adalah lebih penting anda menerimanya sepenuh hati bukan kelebihan yang dia miliki.

Jangan pedulikan apa yang orang lain katakan, tetapi pandangan anda lebih penting terhadap pasangan anda. Kalau orang lain sibuk bercakap mengenai anda dan pasangan tidak patut bersama, ini yang patut terus kekal dalam fikiran anda dan percaya bahawa dia adalah yang terbaik untuk anda.



1. Dia mempunyai sifat yang baik, itu yang anda bangga pada dirinya

Kalau anda terus menerus memikirkan kekurangannya, ia akan menguasai hubungan anda lalu memusnahkan. Jadi, lebih baik kalau anda memikirkan perkara yang baik yang ada pada dirinya dan anda bangga memilikinya. Mungkin dia belajar tidak tinggi tetapi dia cekap memasak hidangan kegemaran anda. Bahkan, mungkin dia bukan orang senang tetapi dia tak pernah culas memberi nafkah. Haaa... tentu anda bangga jika memikirkan yang baik-baik sahaja.

2. Semua orang mempunyai kekurangan, tiada manusia sempurna

Untuk apa rasa kecewa dan malu akan kekurangan pasangan kita, sedangkan tiada manusia yang sempurna. Boleh jadi anda melihat dia lengkap serba serbi tetapi realitinya, dia juga banyak kekurangan dan hanya pasangan dia sahaja yang tahu. Biarkan apa yang hendak difikirkan orang sedangkan anda lebih kenali pasangan anda.



3. Percaya bahawa kelebihannya itu lebih banyak berbanding kekurangannya

Jika hanya meneliti setiap kelemahan dirinya, tentu sahaja anda membuatkan anda lihat begitu banyak kurangnya dia. Tapi jika anda lihat berapa banyak kelebihan yang dia anda sudah tentu anda akan percaya bahawa kelebihan yang dia miliki tidak ada pada orang lain. Anda sangat beruntung memilikinya.

4. Dia yang berada saat susah dan senang

Jangan nak fikirkan apa orang cakap, tetapi pasangan anda juga yang setia di sisi anda saat susah dan senang. Lainlah kalau saat susah senang anda orang lain yang tolong, tapi ini pasangan anda. Jadi hargai dirinya dan terima dia seadanya, itu lebih mengembirakan dan membahagiakan diri anda.

5. Dia lebih baik dari pasangan sesiapa pun

Cuba lihat kembali kenapa anda memilihnya sebagai pasangan? Sudah tentu kerana dia lebih baik dari sesiapa pun. Percayalah dia lebih baik dari sesiapa pun bahkan lebih baik dari orang yang anda bandingkan itu.

Kita sebagai hamba ini sememangnya penuh dengan kekurangan dan ketidaksempurnaan. Hanya Allah sahaja yang sempurna, kita sebagai hamba kena selalu bersyukur dengan apa yang dimiliki.



]]>
Berkawan Dengan Bekas Kekasih Itu Tanda Anda Matang, Tapi Kalau Dia Ada 5 Ciri Ini. Baik Jangan. https://redaksi.com/7149-berkawan-dengan-bekas-kekasih-itu-tanda-anda-matang-tapi-kalau-dia-ada-5-ciri-ini-baik-jangan Tue, 10 Sep 2019 13:21:20 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7149 Baru-baru ini, ada sejenis quote lah yang menyatakan bahawa “kalau berkawan dengan bekas kekasih itu tanda korang seorang yang matang”. Haaa… Pernah dengar atau tidak? Ataupun itu sekadar kata-kata sahaja dan tak boleh pakai langsung.

Tapi sebenarnya memang betul pun, kalau dah berpisah lepas itu mampu jadi kawan lagi itu memang tanda masing-masing seorang yang matang. Mana tidaknya, masing-masing tak terbawa-bawa dengan emosi malah perasan marah ataupun dendam.



Akan tetapi tak semua bekas kekasih boleh buat kawan. Malah nak rapat pun lebih baik jangan. Ini kerana, jika anda berkawan dengan dirinya ia hanya sekadar membawa masalah sahaja dalam hidup anda. Bekas kekasih yang macam mana? Yang ada 5 ciri ini.

1. Mereka yang masih ada niat nak anda lagi.

Cuba bayangkan anda berkawan dengan mereka seperti ini, tentu sahaja tak selesa bukan? Malah dia pun masih anggap anda sebagai kekasihnya kerana rasa tak move on lagi. Seronok ke berkawan dengan orang macam ini? Tentu sahaja tak bukan. Malah dia hanya menyukarkan anda cari pasangan baru je nanti.

2. Mereka yang lidah bercabang.

Bukan semua bekas kekasih yang berkawan dengan anda itu miliki niat yang baik. Boleh jadi depan anda dia macam pijak semut tak mati tapi belakang anda dia boleh pula mengata macam-macam. Depan kata nak kawan sebab tak nak bermusuh tapi bila belakang anda dia kata anda yang masih mahukan dirinya. Jadi sebelum ia menjatuhkan air muka anda atau apa pun, lebih baik jauhkan diri.



3. Mereka yang ada orang lain.

Tak semua kekasih bekas kekasih anda itu akan sukakan diri anda. Boleh jadi, nanti hanya menyebabkan pergaduhan dan salag faham sahaja. Jadi lebih baik kalau anda tak melibatkan diri dengan mereka yang seperti ini. Bukan itu sahaja, nanti nama anda juga yang akan buruk.

4. Mereka yang suka atur hidup anda.

Tentu sahaja mereka yang seperti ini agak merimaskan diri anda bukan. Jadi kalau dah rimas kenapa nak berkawan lagi. Cukup sekadar letakkan dirinya di kumpulan kenalan sahaja.



5. Stalker.

Selesa ke kalau berkawan dengan stalker ini? semua perkara yang anda nak lakukan semua nak ambil tahu. Banyak perkara menyebabkan mereka ini bahaya sebenarnya. Boleh jadi ia boleh rosakkan hidup anda. Baik jauhkan diri daripada bekas kekasih seperti ini.

Nak berkawan itu bukan tak boleh, boleh je. Akan tetapi fikirkan dahulu diri anda bukannya kata-kata orang. Bukan berdendam tetapi lebih baik berhati-hati.

]]>
5 Topik Perbualan Yang Menarik Perhatian Lelaki, Jom Cuba. https://redaksi.com/3256-5-topik-perbualan-yang-menarik-perhatian-lelaki-jom-cuba Wed, 15 Aug 2018 15:45:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3256 Orang lelaki ini jika ingin membuat dirinya berasa selesa kena lah pandai berbual. Tetapi topik perbualan itu kena lah sesuai dengan mereka. Tak akan nak suruh mereka bergosip mengenai artis pula kan. Anda pula kerap risau tiada topik perbualan yang ingin dibawa ketika pertemuan mahupun ketika berbalas mesej dengannya? Jangan risau mungkin anda boleh cuba topik di bawah ini.


1. Hobi.

Berkongsi mengenai hobi antara kalian berdua, tetapi jika topik anda agak tidak bersesuaian dengan dirinya, jangan mengalah terlalu awal. Cuba untuk mendekati diri anda dengan hobi dirinya. Sebagai contoh, ingin mencuba mahupun teringin untuk lakukan tetapi tiada yang boleh ajak teman ke. Masa ini lah untuk saling mengeratkan hubungan.

2. Aktiviti harian.

Anda dan diri boleh cuba untuk saling berkongsi rutin harian dan kejadian-kejadian yang berlaku pada hari tersebut. Tidak kisah lah ia perkara yang kelakar mahupun tidak, cuba untuk bersikap terbuka dan tidak merasa ragu-ragu. Tetapi jangan pula anda mengambil kesempatan terhadap dirinya, sebagai contoh menjadikannya tempat mengadu anda. Jika kalian sudah bercinta tidak mengapa tetapi jika ia masih dalam perkenalan adalah lebih elok elakkan.

3. Filem kegemaran.

Orang lelaki sudah pasti akan suka dengan topik ini. Mana tidaknya pelbagi filem aksi yang mereka tonton, sudah tentu ada yang mereka akan tonton berulang kali. Jika anda tidak mahir mengenai filem aksi ini, sila buat sedikit kajian sebelum menggunakan topik ini sebagai salah satu langkah perbualan. Hal ini untuk mengelakkan anda tersalah cakap nanti.

4. Isu semasa.

Sesetengah lelaki sukakan isu semasa sebagai topik perbualan. Di sini juga mereka ini akan menguji pengetahuan anda mengenai isu semasa. Bagi lelaki seperti ini, mereka sukakan wanita yang bijak serta cergas. Maka jangan takut untuk berbincang mengenai isu politik, ekonomi serta lain-lain lagi. Asalkan anda cukup yakin dengan perkara tersebut. Tetapi ingat, setiap perbincangan yang terlalu serius dan mengikut emosi.


5. Hari untuk berjumpa.

Jika melalui mesej, anda boleh membuka topik seperti aktiviti yang akan dilakukan apabila kalian berjumpa nanti. Sebagai contoh, makan di mana, tonton filem apa serta apa aktiviti yang akan anda lakukan. Cuba memberi pelbagai pilihan yang menarik agar dirinya juga tertarik dengan anda.

Sebagai wanita, jangan terlalu takut atau malu untuk berbual. Cuba untuk tampil lebih yakin ketika berbual baru lah pasangan kita itu lebih semangat dan selesa.


 

]]>
Syamsul Yusof Timang Anak Kedua, Nama Ringkas Tapi Penuh Makna Jadi Pilihan. https://redaksi.com/5515-syamsul-yusof-timang-anak-kedua-nama-ringkas-tapi-penuh-makna-jadi-pilihan Tue, 19 Mar 2019 12:38:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5515 Beberapa minggu lepas, Syamsul Yusof dan Isterinya Putri Sarah Liyana menyambut ulang tahun yang ke 5 tahun usia perkahwinan mereka. Dikesempatan itu, Syamsul telah memuat naik satu posting dengan ucapan selamat ulang tahun buat perkahwinannya bersama isterinya.



Dalam posting tersebut, beliau berterima kasih kepada Puteri Sarah kerana telah menjadi isteri yang baik dan taat. Beliau juga turut berterima kasih kerana telah melahirkan anak lelaki mereka yang comel iaitu Syaikhul Islam buat menambah seri perkahwinan mereka.



Sentiasa mengingati pesanan isterinya tentang Syaikhul yang menjadi harta sebenar buat dirinya.

“Saya tak mampu balas semuanya sayang, cuma berdoa semoga awak mendapat keberkatan dan syurga Allah diakhirat nanti. Saya sayangkan awak dan anak kita selamanya.”

Dalam dua hari lepas pula, Syamsul telah berkongsi berita gembira tentang kelahiran anak kedua mereka iaitu Summayah binti Mohd Syamsul. Yang dilahirkan pada 16 Mac jam 3.30 petang yang lalu. Beliau turut memuat naik gambar anak perempuannya di dalam posting tersebut.







Dikesmpatan ini, kami mengucapkan tahniah kepada mereka berdua dengan kehadiran bayi perempuan dan selamat berpatang buat Puteri Sarah.


]]>
“Bila Tangki Emosi Anak Kosong, Jasa Bapa Depan Mata Pun Dia Tak Nampak” Ikuti Kisah Dari Bapa Yang Menjaga Anak Tanpa Kehadiran Isteri Disisi. https://redaksi.com/6601-bila-tangki-emosi-anak-kosong-jasa-bapa-depan-mata-pun-dia-tak-nampak-ikuti-kisah-dari-bapa-yang-menjaga-anak-tanpa-kehadiran-isteri-disisi Tue, 23 Jul 2019 15:58:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6601 Dalam membesarkan anak-anak, pasti ada hari-hari yang tertentu dimana si ayah atau si ibu perlu menjaga anak-anak keseorangan. Situasi sebegini sudah tentu menunjukkan salah seorang daripada ibu bapa terpaksa bekerja di luar kawasan ataupun kesihatan yang terjejas. Melainkan bapa atau ibu tunggal, sudah menjadi kebiasaan untuk menjaga anak keseorangan.

Dalam menjaga anak berseorangan, secara tidak langsung akan membuatkan anak-anak rindu dengan ibu atau bapanya yang tiada disisi. Sehinggakan membuat ibu atau bapa berasa terkilan kerana dia yang bersusah payah menjaga anaknya.

Kenapa ini terjadi pada anak-anak kita?

Ia terjadi kerana tangki emosinya kosong seperti perkongsian dari Encik Mohd Fhais ini….

********

"Selama dua hari ni saya sorang yang urus anak dua orang daripada malam sampai ke pagi kerana isteri kerja shif malam."

Kita la yang bawa dia dan adik pergi kedai makan sorang sorang. Tahu je la huru hara dia macam mana bawa budak sorang 5 tahun sorang 1 tahun ke kedai makan.

Malam pula nak tidurkan dua orang ni bukan senang. Sorang nak kena bergendung, dodoi bagai baru nak tidur itupun susah. Yang kakak pula kena hulur lengan baru dia nak tidur, selagi tak hulur selagi tu la dia duk berangan main atas katil.

Aduh, memang tak tenang hidup jaga dua orang kanak ribena ni seorang diri.

Belah pagi lagi la sengsara. Kita baru nak bangun solat subuh, si adik ni dah tercelik. Setiap hari begitu.

Nak mandi kakak, adik pun nak mandi juga. Malas dah nak bersuara, ambil mandikan je sekali senang.

Bersiap pun berebut-rebut. Itu yang pakai sambar je apa baju nampak depan mata. Janji tak bogel. Hihi

Kita dah sengsara ni dari malam sampai pagi, tup tup anak cakap begini,

"Papa,,,bila mama nak balik rindu mama"

Mulanya rasa geram juga dalam hati ni sebab anak tak hargai langsung kesusahan kita jaga dia ni. Orang yang tak ada pula dia tanya.

Tapi bila di fikir balik, dah 2 hari dia tak dapat makan, tidur dan mandi dengan maknya. Barangkali tangki emosi anak ini dah kosong.

Kosong kerana rindu nak suapan mak, rindu tidur sebelah mak dan rindu nak mak mandikan.

Bila ada empati saya dapat rasa apa yang anak ni rasa.

Jelas terpampang di wajah sengsara emosi dia 2 kali lebih sengsara daripada saya jaga dia selama dua hari ini seorang diri.

Jangan main-main dengan tangki emosi anak. Tangki ayah lain, tangki mak lain. Dua-dua penting dalam diri anak-anak.

Risiko besar jika selalu tangki emosi kosong ni anak boleh jadi selalu tantrum, kuat menangis ataupun jadi pendiam ya amat sehingga tak mahu berkawan.

Wallahu A'lam,

Sabar ye rania sayang, hari ni mama dah cuti.

Image may contain: 1 person

********

Semoga Diberikan Inspirasi!

]]>
Antara Cabaran Dan Risiko Anda Perlu Hadapi Ketika Bercinta. https://redaksi.com/2984-antara-cabaran-dan-risiko-anda-perlu-hadapi-ketika-bercinta Wed, 25 Jul 2018 15:48:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2984 Jangan lah sentiasa ingat bahawa alam percintaan itu yang berlaku semuanya indah belaka. Jika anda sentiasa memerhati percintaan rakan-rakan di sosial media kelihatan sweet dan indah, percayalah siapa sahaja mahu mempertontonkan keburukan pasangan di sosial media, pasti semuanya adegan bahagia.


Bukan untuk menakutkan semua pasangan yang ingin bercinta dan bahagia, tetapi kita perlu berpijak di bumi yang nyata dan realiti. Jom ketahui antara cabaran dan risiko tersebut…

1. Perasaan Cemburu.

Cemburu adalah sifat semula jadi yang ada dalam diri manusia. Secara lahiriah, perasaan cemburu itu adalah normal bagi setiap manusia, cuma apa yang membezakannya adalah cara kita mengawal perasaan tersebut. Cemburu pada rakan-rakan si dia malah yang paling teruk cemburu pada ibu si dia, jika teman lelaki anda ‘anak emak’.


2. Perasaan jemu.

Apabila telah menjalinkan hubungan cinta yang terlalu lama sehingga bertahun-tahun sudah tentu perasaan jemu itu akan muncul, dan anda mulai bosan dengan sikap si dia. Jadi, untuk mengelakkan masalah ini, berkomunikasi secara matang.

3. Perbezaan usia.

Khas untuk mereka yang bercinta berlainan usia, malah jarak di antara kalian berdua sangat berbeza. Perkara ini menjadi normal jika salah seorang tidak matang dan tidak tahu untuk menguruskan masalah dan konflik. Elakkan daripada meletakkan kesalahan secara total pada pasangan, belajar untuk bertoleransi.


4. Ragam bakal ibu mentua.

Apabila sudah berkenalan dengan keluarga si dia, pasti anda sudah mengenali dengan ibu si dia bukan? Jarang kita mahu mendengar masalah lelaki dengan bapa mentua mereka, tetapi ia sering terjadi pada wanita dengan ibu mentua mereka. Malah ada juga ibu yang sering memperkecilkan pekerjaan si lelaki.

5. Tidak setaraf.

Halangan yang paling utama adalah apabila si lelaki bergaji kecil, manakala si wanita bergaji besar dan hidup dengan senang. Jurang ini yang sering menjadi persoalan pada ibu bapa, adakah si lelaki sanggup dan boleh menjaga anak perempuannya? Jadi pada lelaki, buktikan pada mereka yang anda serba boleh!


6. Keserasian.

Serasi dan saling melengkapi antara satu sama lain. Tidak semestinya jika anda pendiam, anda perlukan pasangan yang peramah. Jika tidak dapat melahirkan keserasian, ia pasti tidak akan menjadi. Kerana itu anda dan pasangan perlu saling berkenalan, bukan untuk ditinggalkan.

7. Komunikasi.

Komunikasi adalah salah satu aspek yang penting dalam perhubungan kerana ia untuk mengelakkan kecelaruan, kesedihan, kemarahan, pasangan merajuk atau monyok, pergaduhan dan sebagainya. Jika tiada komunikasi dua hala antara anda berdua, pasti hubungan menjadi hambar dan berantakan. Komunikasi perlulah dilakukan dengan cara rasional.


 

 

 

 

 

 

]]>
“Lagi Kita Sayang Orang Tu, Lagi Kuat Rasa Cemburu…” Besarnya Dugaan Ketika Bertunang. https://redaksi.com/3099-lagi-kita-sayang-orang-tu-lagi-kuat-rasa-cemburu-besarnya-dugaan-ketika-bertunang Thu, 02 Aug 2018 14:41:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3099 Dugaan ketika bertunang, tidak sama seperti dugaan di awal perkenalan dan semasa alam perkahwinan. Yang pasti dugaan di alam perkahwinan, lagi jauh beza besarnya. Dugaan ketika bertunang membuatkan seseorang itu mempunyai aura untuk memikat hati orang lain, kerana berdarah manis. Aura yang berlainan ini lah yang menguji mereka untuk dirampas dan merampas.


Oleh kerana itu, adanya pertunangan sebelum perkahwinan untuk memastikan pasangan betul-betul telah memilih jodoh mereka yang tepat. Khuatir ketika perkahwinan, perceraian yang akan berlaku.

Selain daripada itu, pertunangan juga jangan lah terlalu lama bimbang ia akan terlerai disebabkan pihak lain.


Perasaan ketika bertunang pastinya amat seronok kerana ia membuktikan si lelaki ikhlas mencintai kekasih hatinya untuk dibawa ke jinjang pelamin. Tiada siapa tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar ketika bertunang kerana ia membawa langkah kepada tanggungjawab besar selepas berumahtangga nanti.

Pertunangan juga membuatkan perasaan sayang antara pasangan lebih kuat, malah perasaan gementar itu juga memberikan kekuatan untuk pasangan lebih bersemangat menempuh kehidupan berumah tangga kelak.

Alam pertunangan adalah untuk menguji pasangan sama ada sudah bersedia ke alam perkahwinan. Di samping itu, apabila terbitnya perasaan sayang yang meluap, pasti muncul perasaan cemburu dan curiga. Ketika ini lah risiko dan cabaran yang pasangan harus harungi.


DALAM PADA MASA YANG SAMA, KETIKA INI LAH KITA AKAN MELIHAT KENAPA ORANG LAIN LEBIH MEMAHAMI, LEBIH CANTIK ATAU KACAK, LEBIH KAYA DAN SEBAGAINYA.

Jika kukuhnya perasaan setia pada pasangan ketika pertunangan, pastu akan berakhir dengan pernikahan. Justeru itu, untuk mengelakkan sesuatu yang tidak dikehendaki ketika pertunangan, anda dan pasangan tidak seharusnya;

1. Menyimpan rahsia.

2. Memendam perasaan.


3. Tiada perbincangan.

4. Membuat andaian yang buruk.

Ini lah langkah-langkah untuk menghadapi perkahwinan kelak. Anda perlu banyakkan bergaul dengan orang yang lebih tua dan berpengalaman. Jangan mengelak apabila diberi nasihat. Daripada mereka, anda akan memperoleh banyak ilmu untuk memikul tanggung jawab sebagai isteri atau suami. Terutamanya, tanya lah pada ibu bapa anda sendiri.

Paling penting, jangan lupa berdoa pada Allah SWT supaya dipermudahkan urusan. Jika anda ikhlas untuk menghalalkan hubungan, dengan izin Allah, Dia pasti akan tolong. Oleh itu, pentingnya mendidik diri untuk menjaga solat dan tidak berhenti berdoa.


 

 

]]>
Macam Mana Nak Jadi Lelaki Yang ‘Kaya’ Di Mata Kekasih Anda? Jom Ikuti Tips Ini. https://redaksi.com/4823-macam-mana-nak-jadi-lelaki-yang-kaya-di-mata-kekasih-anda-jom-ikuti-tips-ini Wed, 09 Jan 2019 12:03:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4823 Para lelaki pada zaman sekarang hanya tahu merungut dan melempiaskan marah sama ada di sosial media atau pada kekasih mereka, jika ada masalah kewangan. Memang benar lumrah seorang lelaki adalah dengan ego yang tinggi, sukar untuk menafikan keadaan dan situasi diri sendiri. Namun, jangan terlalu ego sehingga makan diri.

Hanya mampu melihat kekasih pergi pada orang lain yang lebih stabil kewangannya.

Padahal dalam hati menangis. Dalam hati ada taman.

Selepas ditinggalkan kekasih, baru nak berubah. Baru bersungguh-sungguh nak simpan duit untuk perkahwinan. Baru nak timba ilmu kewangan.

Sebagai seorang lelaki yang bakal bergelar suami dan pemimpin keluarga, ikutilah tips ini supaya kekasih anda mampu melihat usaha anda yang sebenar…

JANGAN TERLALU SELESA DENGAN KEADAAN DIRI YANG SENTIASA ‘KEBOCORAN WANG’.

Buang ego anda berkenaan dengan hal kewangan ini. Anda perlu jujur dengan diri sendiri tentang tahap kewangan anda sendiri. Jangan jadikan ia kebiasaan…

“Ouh, aku tiap-tiap bulan duit tak cukup, nak buat macam mana, redha je lah…”

Anda seperti okay je dengan situasi sebegini. Ketika bujang boleh lah anda ‘Okay’ sahaja dengan situasi ini, lepas kahwin nanti merana anak-anak dan isteri. Jadi, ketika bujang inilah anda perlu pelajari apakah kesan dari ‘kebocoran wang’ setiap bulan ni.

MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT TENTANG BETAPA KRITIKALNYA MASALAH INI YANG BOLEH MEMBERI KESAN KEPADA DIRI ANDA.

Bila dah sedar tentang kewangan anda sendiri, bangkit dan cari nasihat dari yang lebih pakar. Timba ilmu kewangan dan ketahui kesan-kesan sekiranya anda tidak mampu menyimpan dari duit gaji anda sendiri. Cari pakar kewangan yang berpengalaman supaya anda tahu mengenai pelaburan. Bukan hanya tahu wasiat dari keluarga sahaja.

Memang dalam faraid, anak lelaki akan memiliki harta yang lebih banyak dari ibu bapa nya. Namun, adakah ia cukup untuk keluarga anda? Adakah cukup untuk jangka masa yang panjang?

Sekiranya anda langsung tiada pengetahuan tentang hal ini, tidak hairan sekiranya duit gaji banyak pun, anda sentiasa kebocoran.

KENALPASTI KESAN KEBOCORAN KEWANGAN PADA KEKASIH ATAU BAKAL ISTERI ANDA.

Dah jadi kekasih, mestilah nak jadikan bakal isteri, siapa pula mahu bercinta lama-lama lepastu tak jadi. Maka, anda perlu tahu kebocoran wang setiap bulan ini bukan sahaja menjejaskan diri anda ketika bujang seperti ditinggalkan kekasih.

Ia juga mampu menjejaskan dalam jangka masa yang panjang iaitu terjaminkah masa depan anda dengan bakal isteri sekiranya setiap bulan kebocoran?

Disinilah anda perlu tahu tentang:

  • Mana hutang yang baik atau jahat.
  • Buat pelaburan yang berisiko rendah dahulu walaupun pulangan yang sedikit. Nanti dah mahir baru buat pelaburan berisiko tinggi seperti mempunyai dua rumah atau saham.
  • Simpanan 6 bulan gaji sebagai kecemasan.
  • Perlindungan takaful bajet yang sesuai untuk anda dan keluarga.
  • Simpanan bulanan tetap 10% daripada gaji anda.
  • Kemudian carilah kereta yang memuaskan diri sendiri malah bakal isteri anda nanti. Keselesaan isteri adalah penting bagi setiap suami.

Nak jadi lelaki kaya, bukan dengan duit dan harta semata-mata sahaja. Anda perlu menjadi lelaki yang bijak merancang kewangan dan jangan terlalu leka dengan duniawi!

Usaha sebegini yang dipandang oleh wanita zaman sekarang. Nanti dah dapat beli kereta yang diidamkan barulah kekasih tak lari.

]]>
Tak Mudah Nak Menuju Ke Alam Perkahwinan Ini, Lagi-Lagi Fasa Bertunang Dia Punya Dugaan Memang Betul-Betul Menguji. https://redaksi.com/6873-tak-mudah-nak-menuju-ke-alam-perkahwinan-ini-lagi-lagi-fasa-bertunang-dia-punya-dugaan-memang-betul-betul-menguji Sat, 17 Aug 2019 18:19:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6873 Bila tengok orang lain sudah berjumpa pasangan mereka dan sedang menuju ke fasa perkahwinan sudah tentu timbulkan rasa teringin untuk kita merasai fasa yang sama. Alam pertunangan, dan perkahwinan ini sebenarnya tidak seindah dalam angan kita, ia penuh dengan ujian yang berliku malah kadang kala buat kita rasa mengalah.

Lagi-lagi ujian bertunang, kalau tak betul-betul belum tentu kita dapat hadapi perkara tersebut, cabarannya kadang kala sangat menguji akan tetapi ada juga cabaran yang datang apabila saat-saat pernikahan semakin hampir.



Biasanya orang yang bertunang ini akan berdepan dengan ujian yang macam mana? Boleh jadi ia datang seperti di bawah ini;

Situasi 1: DIUJI DENGAN MASALAH KEWANGAN

Godaan: gunalah duit sikit untuk melabur. lepas dua tiga bulan dapat duit lebih, boleh guna tampung majlis. kahwin banyak pakai duit. kurang siket jer sekarang. nanti dapatlah ganti lebih

NOTA PENTING: pastikan duit kahwin sedia yang disimpan tidak diusik bagi perkara sampingan. jika ada duit lebih boleh guna. tapi kalau duit tu memang cukup cukup untuk keperluan kahwin. ada baiknya utamakan yang penting, bincang dengan pasangan untuk buat keputusan. ada satu kes, menyesal sendiri sebab guna duit hantaran untuk join business, at last, duit tak dapat. wedding kena tangguh

Situasi 2. KEHADIRAN TETAMU TAK DIUNDANG(ex)

Godaan: saya sayang awak lagi. kalau saya masuk meminang awak? saya tunggu awak. saya sanggup tunggu awak sampai awak cerai and etc

PERINGATAN PENTING: kenapa dia jadi ex? sebab dia adalah EXperienced! lepas dan mulakan! hargai yang lebih menghargai. kalau dulu bukan percinta yang baik. sudah masanya membuktikan kita boleh jadi percinta yang terbaik! Lepaskan..mulakan kisah baru yang boleh menjadi cerita paling indah untuk anak cucu. insyaallah.



Situasi 3: DIUJI DENGAN SIKAP

godaan: tiba tiba tunang menjadi terlalu sensitif, baran, kurang sabar

NOTA PENTING: bila niat nak kahwin. sememangnya meletakkan kita dalam satu tahap yang stress. sebab banyak benda nak kena fikir, settle. ditambah dengan rasa commitment (feeling feeling husband, wife), maka jadi care terlebih lebih. benda simple jadi complicated.syaitan duk tambah dos nak kasi batal benda baik. makin meletuplah! sabar..masa ni masing masing kena main peranan. takkan settle benda dalam keadaan marah. ajak solat hajat, mengaji. amik wudhuk. bila dua dua dah tenang. bincang tanpa melibatkan emosi. yang penting. ingat niat asal! nikah kerana Allah. tengok masalah. bincang penyelasaian. jangn fokus pada punca sahaja. rendahkan ego dan belajar menerima dan mendengar. insyaallah akan jd lebih baik dr sebelum gaduh.

Situasi 4: DIUJI DENGAN RAGU-RAGU

godaan: kau nak kahwin dengan dia? tapi kenapa?. tak rasa ke muda lagi? banyak lagi cita cita nak capai? bersedia ke nak jadi wife ni? dan etc

yang ni semua orang alami. nikah sebab nak redha Allah. kalau nak mengejar dunia, sampai bila kita akan berhenti mengejar? mungkin kita mati ketika berlari mengejarnya. stop fikir negatif! tak ada orang bersedia. yang penting cuba bersedia. cari ilmu (baca buku, ceramah dan sebgainya). soal boleh ke tak jadi wife or menantu. itulah pengalaman. baiki dr kesilapan. contoh, masak tak sedap, lepas ni baiki masakan. kita takkan terus jd perfect. tapi kita boleh berusaha kan? ubah mindset!

godaan II: betul ke aku nak kahwin dengan dia ni. kalau nak kata (kaya or handsome or baik or….) si A tu macam lebih lagi baik dari tunang aku ni

*istigfar. kembali dengan niat asal. nikah kerana apa? jodoh ni kan walaupun kita nampak jelas jelas kekurangan, kelemahan dia, kita tak boleh rasa benci. walaupun muka dia mungkin penuh jerawat dan sebagainya. kita rasa tenang tengok. bila gaduh, tetap rasa nak bersama. doa pada Allah supaya semakin kuat cinta pada dia, kuat lagi cinta pada Allah

Situasi 5. TEKANAN KELUARGA & KELUARGA BAKAL SUAMI

Godaan: Apabila sudah mengenali keluarga bakal pasangan, menetapkan wang hantaran, dan sebagainya, mungkin ada terdetik rasa tidak senang terhadap keputusan mereka.

Walau apa pun, kita janganlah terlalu cepat menilai seseorang sedangkan kita belum mengenali mereka sepenuhnya.
keluarga, terasa hati dalam keluarga, mula rasa betul ke mertua akan suka aku, betul ke ipar duai akan berkenan dekat aku, hal ni semuanya dari syaitan yang senantiasa menghantui kita untuk membatalkan niat yang baik ..



Situasi 6. MULA TAWAR HATI

Setelah bermacam-macam ujian datang menimpa, sesetengah daripada mereka mula tawar hati dan tidak berminat lagi untuk meneruskan tempoh pertunangan.

Selidik dahulu punca tawar hati dan cubalah selesaikan selagi boleh.

Situasi 7. EMOSI TIDAK STABIL

Ada sesetengahnya yang tidak senang duduk apabila sudah mengikat tali pertunangan. Kadang-kadang sedih, marah, terlalu gembira, dan ada yang asyik teringatkan tunangnya sedangkan ada yang telah lama mengenali hati budi masing-masing.

Semasa berkawan, mungkin anda tidak merasai betapa seriusnya hubungan ini, dan bagaimana komitednya anda terhadap perkahwinan yang bakal berlaku. Maka, mungkin sebab ini menjadikan anda resah dan gelisah.



Situasi 8. TAKUT SALAH BUAT KEPUTUSAN

Godaan: Antara fobia dan dugaan semasa bertunang, ada yang mula menampakkan ‘perangai’ sebenar. Jadi, anda mula berasa ragu-ragu terhadap pilihan anda.

Menurut Suzana Ghazali, seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Peguam Syarie, Undang-Undang Kekeluargaan Islam menetapkan bahawa seseorang individu boleh mendapatkan gantirugi sekiranya sesuatu pertunangan diputuskan oleh pihak yang satu lagi tanpa sebab yang kukuh.

Maka, anda berhak menerima semula sebarang bentuk pemberian anda kepada si dia, lebih-lebih lagi jika anda telah membelanjakan wang yang banyak untuk majlis perkahwinan yang bakal diadakan.



Situasi 9. CEMBURU BUTA

Oh ya, kadang-kadang ada juga yang tiba-tiba menjadi terlalu cemburu dan asyik mahu mengawal pergerakan tunang mereka. Ini adalah dugaan semasa bertunang yang biasa terjadi.

Sedangkan, lelaki ini belum lagi berhak dipatuhi oleh wanita tersebut sebelum melafazkan akad nikah. Begitu juga seorang wanita yang tidak berhak meminta sebarang bentuk tanggungan daripada pihak lelaki.

Namun, sebagai seorang Islam, kita wajib menjaga pergaulan kita walau di mana kita berada, sama ada sudah bertunang ataupun belum

Situasi 10. KESIBUKAN PERSIAPAN PERKAHWINAN

Sibuknya menjelang majlis pernikahan! Pada saat-saat akhir, tak mustahil ianya tidak berjalan seperti yang dirancang. Namun, semua ini adalah di luar kawalan kita.

Dugaan semasa bertunang antaranya boleh berlaku kesilapan teknikal dalam sebutharga, perubahan tempat majlis, baju nikah tak muat atau tersilap jahit, dan banyak lagi



p/s: Just share niat baik, nak jadi halal. Bukan senang ,banyak dugaan yang terpaksa ditempuh sebelum ikatan halal yang sah.

Nak kahwin kan. apa apa pun, setiap kali ujian. cari Allah! ujian tu tanda kita perlu lebih kuat dengan tuhan. semoga perkongsian ni bermaafat. semoga Allah redha.Sebenarnya, sebagai orang Islam, kita perlu percaya bahawa semua dugaan semasa bertunang yang datang ini adalah daripada Allah, sebagai ujian kepada hambaNya.

Oleh itu, walau apa pun dugaan semasa bertunang yang terjadi, kita harus sentiasa redha dan meminta pertolongan daripada Yang Maha Kuasa. Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui akan sesuatu yang tidak kita ketahui.

Di samping itu, berusahalah mendekatkan diri dengan Allah sebelum kita menjejakkan kaki dalam alam rumah tangga, sebagai persediaan menjadi ketua dan pembimbing kepada institusi kekeluargaan yang bakal didirikan.

Seperti dalam surah Al-Imran ayat 54:

“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

]]>
Kereta terjunam ke arah sungai dalam perjalanan ke sekolah tahfiz, 9 terkorban https://redaksi.com/9279-kereta-terjunam-ke-arah-sungai-dalam-perjalanan-ke-sekolah-tahfiz-9-terkorban Sat, 02 Jan 2021 10:51:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9279 Malang tidak berbau apabila pacuan empat road yang menuju ke sekolah tahfiz telah hilang kawalan lalu terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di Jeti Feri Triso, Sarawak petang semalam sememangnya mengejutkan.


Difahamkan, semua lapan mangsa termasuk seorang bayi yang terperangkap dalam kenderaan terbabit sebelum dikeluarkan oleh orang awam, namun semuanya sudah tidak sedarkan diri.



Menerusi laporan Bernama, kenderaan jenis Ford Ranger yang dipandu Ronany Ting, 36 dipercayai dalam perjalanan dari Sibu ke Kuching bagi menghantar salah seorang mangsa ke sekolah Tahfiz.

Antara mereka yang menjadi mangsa nahas tersebut adalah seorang wanita Mualaf, Siti Aisya Abdullah, 33 bersama tiga anaknya yang salah seorang akan ke sekolah tahfiz.


Mereka merupakan Mohd Ahmad Mohd Hamdan berusia 4 bulan, serta abangnya Muhammad Mustaqim dan Mohad Aiman yang masing-masing berusia lima tahun serta tujuh tahun.



Empat lagi mangsa adalah Khairunnisa Muhamad, 14 Nor Shuhada Muhamad, 12 dan Wallace Phang, 12, Alvin Phang, 7.

Difahamkan kejadian itu berlaku apabila kenderaan yang dinaiki sembilan mangsa itu cuba berundur selepas kapasiti feri ketika sudah penuh.

"Berdasarkan maklumat saksi, kenderaan itu tiba-tiba meluncur ke arah sungai lalu terjunam dalam arus yang agak deras," katanya.

Menurut maklumat awal Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak, kesemua mangsa yang merangkumi lima lelaki dan empat perempuan itu berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Jurucakap PGO berkata sebaik menerima laporan, sepasukan tujuh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Saratok yang terletak kira-kira 98 km dari kawasan berkenaan, digegaskan ke lokasi namun mendapati kesemua mangsa telah dibawa naik ke atas jeti semasa mereka tiba.

“Kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

]]>
Anda Sering Menjadi Tumpuan Nyamuk Bila Pulang Ke Kampung? Ini 6 Sebabnya. https://redaksi.com/6310-anda-sering-menjadi-tumpuan-nyamuk-bila-pulang-ke-kampung-ini-6-sebabnya Wed, 19 Jun 2019 09:51:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6310 Siapa kat sini yang sering menjadi mangsa gigitan nyamuk? Bila pulang ke kampung atau ke kawasan yang ada banyak nyamuk anda pasti menjadi tumpuan gigitan berbanding rakan yang lain.

Selalunya bila anda diserang dengan gigitan nyamuk, pasti akan ada yang menyatakan bahawa darah anda manis ataupun ia serangan dari nyamuk yang berlawanan dari jantina anda.



Ia bukan bermaksud bahawa nyamuk tersebut sukakan anda. Ataupun, bukan nyamuk betina atau nyamuk jantan yang menggigit anda tetapi lebih kepada mereka menyukai apa yang ada pada tubuh badan anda.

Pernah tak anda terfikir kenapa anda yang menjadi pilihan nyamuk - nyamuk terbabit? Sebenarnya perkara ini berlaku disebabkan banyak faktor dan iantaranya ialah :



1. Badan yang lebih banyak mengandungi karbon dioksida menjadi salah satu sebab anda lebih tampak menyelerakan pada serangga. Manusia yang memiliki tubuh besar atau mengandung akan mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida dan secara tidak langsung ia menjadi pilihan gigitan serangga.

2. Mempunyai suhu badan yang lebih tinggi berbanding yang lain

Sekali lagi, manusia yang memiliki tubuh besar dan wanita mengandung kebiasaannya mempunyai suhu badan yang lebih itu, selain itu, orang yang baru lepas melakukan senaman juga akan memiliki suhu badan tinggi berbanding normal.

3. Jenis darah menjadi faktor anda digigit.

Kajian menyatakan darah jenis O lebih digemari oleh nyamuk berbanding darah jenis A. Walaupun begitu, tiada kajian lanjut tentang perkara ini.

4. Kajian yang sama juga menunjukkan bahawa sesetengah orang akan mengeluarkan bahan kimia melalui kulit mereka yang menyatakan jenis darah mereka.



5. Komposisi mikrob pada kulit anda.

Kita semua mempunyai flora mikrob yang unik dan cantik yang hidup di kulit kita. Malah, kita mempunyai lebih banyak mikrob pada kulit kita berbanding sel-sel kulit yang sebenarnya. Dan komposisi unik mikrob kami mempengaruhi berapa nyamuk yang mahu menggigit kami.

6. Aktif Bersukan.

Senaman meningkatkan jumlah asid laktik yang dirembeskan oleh kulit anda, serta meningkatkan suhu tubuh keseluruhan anda. Untuk nyamuk, ini adalah makanan yang lazat dan kopi segar di hadapan seseorang yang baru sahaja bangun dari tempat tidur.

]]>
Tidak Ada Gunanya Teruskan Perhubungan Andai Tiada Restu Ibu Bapa. https://redaksi.com/148-tidak-ada-gunanya-teruskan-perhubungan-andai-tiada-restu-ibu-bapa Thu, 15 Jun 2017 13:06:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=148 Tidak mendapat restu keluarga kekasih memang menjadi satu masalah dalam sebuah percintaan. Ia boleh mengganggu kelancaran hubungan. Begitu jugalah hubungan aku dan dia. Akibat cinta yang tidak direstui, ia telah membawa impak atau kesan buruk terhadap dunia percintaan kami. Mungkin juga kerana perbezaan taraf kehidupan dan taraf pendidikan telah menjadikan hubungan aku dengan dia tidak kesampaian. Tapi aku reda. Mungkin sudah tersurat yang aku dan dia tidak ditakdirkan untuk hidup bersama.



Mulanya hubungan aku dan dia sekadar adik dan kakak angkat. Mudah kalau aku hanya gelarkan dia 'R'. 'R' lebih tua daripadaku. Beza usia kami empat tahun. Dia bijak mengambil hatiku dan sebab itulah aku terlalu menyayanginya. 'R' juga seorang yang penyabar. Perlakuan dan tutur bicaranya lembut sahaja, membuatkan mana-mana lelaki akan mudah jatuh cinta padanya.

Sungguhpun aku melanjutkan pengajianku di universiti dan 'R' pula memegang jawatan tinggi yang sudah tentunya bergaji besar, kami tetap kerap menghabiskan masa bersama. Soal status tidak menjadi halangan untuk kami berhubungan. Ramai juga rakan-rakan sekolej yang memandang serong terhadapku kerana berkawan dengan wanita yang lebih berusia, tapi aku tidak kisah. Biarlah apa orang nak kata, asalkan aku dan 'R' bahagia.



Hubungan kami yang sudah lebih daripada seorang kakak dan adik telah berjaya dihidu oleh keluarga 'R'. Mereka amat menentang perhubungan kami kerana merasakan aku tidak layak untuk mendampingi 'R' sementelah 'R' seorang wanita yang berjawatan tinggi dan bergaji lumayan. Kata mereka, 'R' lebih layak untuk mendampingi lelaki yang setanding atau lebih berjaya dari dirinya, bukannya dengan diriku yang belajar pun belum habis lagi.

Aku berasa sangat sedih kerana dihina tanpa belas kasihan. Belum pernah aku dimalukan sebegitu rupa. Berminggu-minggu aku merajuk dengan 'R'. Segala panggilan telefon, Whatsapp dan e-mel tidak ku layan. Aku rasa sangat marah dengan tindakan yang dilakukan oleh keluarga 'R' sedangkan aku tahu yang 'R' tidak bersalah dalam hal ini. Berdosanya aku menghukum 'R' sebegitu, tetapi amarahku mengatasi segalanya.

Sekeras-keras hati seorang lelaki apabila dipujuk oleh si pengarang jantung, akhirnya akan lembut juga. Sungguh, tidak sanggup rasanya aku melihat air mata 'R' berterusan mengalir. Hubungan kami akhirnya diteruskan seperti sediakala sehinggalah pada suatu hari ketika aku dan 'R' bertemu di sebuah restoran, kami telah terserempak dengan ibu dan bapa 'R'. Aku telah ditampar oleh bapa 'R' kerana keluar dengan 'R' sedangkan 'R' telah berjanji untuk tidak bertemu denganku lagi.



Rupa-rupanya, 'R' telah ditunangkan dengan anak kenalan bapanya. Meskipun 'R' enggan bertunang dengan lelaki tersebut, 'R' tiada pilihan lain. Sejak peristiwa itu, aku mula menjauhkan diri dari 'R'. Aku nekad untuk memutuskan perhubungan ini kerana tidak nampak 'jalan' untuk kami berdua bersatu. Nampaknya, cinta semata-mata tidak memadai atau mencukupi untuk menghadapi sebuah perhubungan yang penuh dengan onak dan duri. Aku berpendapat bahawa tiada gunanya aku meneruskan perhubungan ini jika sering disumpah seranah oleh pihak keluarga 'R' yang memandang rendah pada diriku.

Biarpun di dadaku hanya ada kamu, tetapi cinta bukanlah segala-galanya. Kita tidak boleh korbankan semuanya hanya kerana cinta. Aku mula belajar menerima kenyataan bahawa cinta yang sudah dipertahankan dengan sepenuh hati tetapi tetap tidak mendapat restu perlu dilepaskan pergi. Aku percaya masih ada cinta lain yang boleh aku sandarkan kasih sayang.

Buat 'R', jika kamu membaca coretanku ini, ikhlas yang aku sudah memaafkanmu. Bukan salah sesiapa. Hanya kita tiada jodoh untuk hidup bersama. Anggap sahajalah aku sebagai adikmu. Saat-saat indah ketika bersamamu tidak pernah ku lupa sehingga ke hari ini walaupun memori cinta luka itu sudah hampir tiga tahun berlalu. Ku doakan moga kau bahagia bersama si dia.

]]>
Tanda-Tanda Si Dia Mula Rasa Bosan Untuk Bermesej Dengan Anda. https://redaksi.com/2363-tanda-tanda-si-dia-mula-rasa-bosan-untuk-bermesej-dengan-anda Thu, 24 May 2018 12:32:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2363 Apabila anda minat dan suka akan seseorang, sudah pasti telefon bimbit sentiasa digenggam kemas pada tangan anda. Setiap hari, setiap minit mahu pun setiap saat, anda tidak akan lupa untuk memberi mereka text sms, supaya mereka juga tidak lupakan anda.

Jadi, bagaimana pula dengan seseorang yang sudah mula bosan dengan anda? Yang sudah merasakan malas untuk bermesej atau menghubungi anda?


Jom ketahui, apakah yang akan mereka mula lakukan jika mereka sudah bosan dengan anda.

1. Menghantar text yang salah pada orang yang salah.

Ketahui lah anda, bahawa jika seseorang menghantar kandungan text yang tiada kena mengena dengan anda dengan sengaja atau setiap masa, ia berkemungkinan si dia sudah mula rasa bosan dengan anda.

“Kenapa awak hantar mesej tu? Apa kena mengena dengan saya?”

“Eh yeke? Laaa, sorry salah hantar, saya nak bagi orang lain tu”

Situasi ini menunjukkan mereka tiada inisiatif langsung untuk double check mesej tersebut.


2. Menghantar mesej yang sama berulang kali.

Hari ini si dia bualkan tentang masakan, esok hari masih juga bualkan tentang perkara yang sama, masakan yang sama, jenis masakan yang sama, malah kandungan text mesej yang sama. Tiada isu atau perkara baru yang mahu dibualkan. Sama ada si dia pelupa atau tidak, pasti anda akan tertanya-tanya?

3. Langsung tidak menghiraukan spelling erros pada text mesej.

Typo atau salah taip sering terjadi di antara kita. Tanda-tanda si dia sudah mula bosan pada anda adalah apabila si dia malas untuk mengubah perkataan tersebut. Jika ia mudah difahami, anda sememangnya tidak kisah, tetapi seperti mamai usai bangun tidur. “Ahhh…awak paham je lah apa saya taip tu!”


4. Lupa untuk membalas mesej.

Atau sengaja lupa untuk memberi respond, hanya kerana anda bukan orang yang penting untuk si dia benar-benar menghantar text mesej yang biasa-biasa.

5. “Call saya”.

Mudah betul arahan si dia, adakah si dia menganggap anda mempunyai credit telefon yang banyak untuk menghubungi si dia? Sudah la bosan untuk bermesej dengan anda, kali ini memberi anda arahan pula untuk menghubungi si dia.


 

]]>
Perempuan Kelihatan Tua Di Mata Lelaki, Ini Puncanya. https://redaksi.com/8295-perempuan-kelihatan-tua-di-mata-lelaki-ini-puncanya Tue, 23 Jun 2020 16:47:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8295 Kelihatan matang dan tidak seperti umur sebenar, itu yang sering kali dikaitkan dengan orang perempuan dari pandangan mata orang lelaki. Kadang kala mereka akan lebih terkejut bila mana umur yang dikatakan itu tidak dijangka kerana merasakan bahawa perempuan tersebut kelihatan lebih tua dari umurnya.

Walaupun tidak semua perempuan seperti itu, tapi ada segelintir yang kelihatan seperti itu hingga membuatkan lelaki akan membuat rumusan secara mudah. Nak tahu kenapa perempuan lebih mudah nampak berumur berbanding lelaki? Ini antara faktornya.


1. Kulit Kering

Sentiasa memilih pencuci dan pelembab kulit muka yang bersesuaian. Jika kulit anda terlalu kering, ianya akan membuatkan anda nampak lebih tua dari usia.

2. Berat badan naik selepas bersalin

Antara salah satu sebab lain ialah perubah bentuk badan selepas berkahwin. Wanita yang sudah berkahwin dan bersalin akan cenderung untuk menjadi lebih berisi. Wanita akan cepat nampak tua sekiranya penjagaan badan tidak dijaga dengan betul. Ramai yang menggunakan alasan sudah berkahwin dan tiada masa untuk jaga badan. Alasan ini tidak boleh diguna pakai dan penjagaan diri harus sentiasa dititikberatkan.



3. Rasa rendah diri

Jangan terlalu rendah diri bila umur semakin meningkat, cuba anda perbaiki penampilan diri agar nampak lebih muda. Sudah adat sebagai manusia yang semakin hari semakin meningkat usia. Yakin dengan diri dan hadapinya dengan gembira.

4. Malas

Jaga penampilan diri dan jangan malas! amalkan pemakan sihat dan fikir perkara-perkara yang positif sahaja, baru hidup seronok dan sentiasa muda. Jika anda rajin jaga penampilan, wanita yang lebih muda pun kalah tau dengan kecantikkan anda.



5. Terlalu Kerap Bersolek

Memakai alat solek terlalu kerap merupakan salah satu faktor pantas penuaan bagi kaum wanita. Tahukah anda setiap barangan solekan mempunyai tarikh tamat tempoh tertentu dan akan memberikan kesan buruk pada wajah sekiranya penggunaan melebihi had masa.

6. Efek dari menopause

Saat usia perempuan semakin bertambah, maka hormon estrogen yang diproduksinya akan semakin berkurang. Sehingga tingkat hormon estrogen akan semakin menurun dan mengalami proses yang namanya monopouse.

Fungsi dari hormon estrogen sendiri adalah sebagai hormon yang dapat membuat kulit perempuan terlihat lebih sehat sehingga akan tampak lebih bersinar. Dan berarti jika hormon estrogen dalam tubuh itu menurun, maka perempuan akan tampak lebih keriput, kusam dan tidak segar.



]]>
7 Sebab Wanita Kahwin Lambat - Dah 30an Tapi Belum Kahwin. https://redaksi.com/53-7-sebab-wanita-kahwin-lambat-dah-30an-tapi-belum-kahwin Sat, 20 May 2017 01:05:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=53 Assalamualaikum w.b.t.,

Tak tahu nak mula dari mana sebenarnya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat yang sudi baca blog saya. Sebenarnya saja letak angka 30 sebab nampak macam best. Umur saya tambah lagi satu angka dari 30 (ya, memang dah kena start makan jamu awet muda secara total lepas ni). Saya dah dua kali mengalami kegagalan dalam mencari jodoh yang agak besar juga. Ada sebab yang saya tak share di sini dan biarlah orang nak buat spekulasi apa pun, sebab jadi hakim di media sosial memang dah tugas tak berbayar rakyat Malaysia zaman sekarang ni...betul tak? Sebelum ini pun solat tah kemana, baju-baju pun astagfirullahalazim, syaitan tengok mesti gelak hooorayyyyy!! dan semuanya macam takde arah tujuan. Mungkin itu balasan kot untuk saya yang selalu tak ikut perintah Tuhan. Mula-mula perasaan tu rasa macam jatuh dalam gaung yang sangat dalam. Down depress rasa malu, tertekan, semua sekali dalam masa yang sama. Nota kaki: Sekarang takde rasa apa-apa, cuma nak luahkan perasaan aje.



Bila saya selalu sangat baca orang share mengenai jodoh di usia muda, faedah kahwin awal, keuntungan kahwin awal, kahwin awal till Jannah, kahwin kahwin kahwin dan artikel mengenai kahwin lambat, saya terfikir, habis orang yang kahwin lambat atau belum berkahwin bukan kerana pilihan ini macam mana? Mana artikel mengenai kami? Ini tidak adil! Haha. Okaylah gurau je, jangan stress. Hihi.

Kenapa kahwin lambat? Atau dah tua pun masih belum berkahwin?

Ini khas buat wanita. Sebenarnya nak cakap mengenai pengalaman sendiri yang masih lagi belum ada partner till Jannah. Partner sekerat jalan adalah. Mungkin takde lagi jodoh till Jannah yang sesuai lagi sampai sekarang. Kan best kalau boleh order partner pilihan dekat Ebay ke Amazon ke atau Lazada. Yang menepati citarasa kita...dan juga keluarga? Saya tak memilih. Kalau saya ni memilih, dah tentu ex-ex saya kacak macam Fahrin Ahmad atau Brad Pitt dan kaya macam Sultan Brunei. Sorry exes, saya tak mengutuk anda, masa tu anda kacak di mata saya, sekarang tidak lagi. Hihi. (sebelum nak kecam, saya tak pernah claim saya cantik ye, kah!) saya juga tak kira pangkat ataupun darjat, tapi biarlah sekufu. Kejap, dah kenapa kena cerita pasal saya?

Kita nak cakap in general sebenarnya... Okay mula sekarang.



1. Kebanyakkan wanita yang kahwin lambat atau belum berkahwin, biasanya yang dah biasa hidup berdikari dan dah well established. Dah ada semua, jadi dah selesa hidup macam tu. Lepas tu takde inisiatif nak cari pasangan. Mostly yang dah sebaya pun semuanya dah boroi dan mempunyai anak serta isteri solehah. Part lelaki kahwin lambat..saya taknak komen, tapi biasanya lelaki yang kahwin lambat ni nak stabilkan diri dan busy dengan kerjaya, nak makwe cantik macam model ( mungkin ) dan juga tidak meminati wanita. Mostly lelaki kacak dan best yang saya kenal adalah sebab yang terakhir tu :(. Saya doakan anda dapat Waze ke jalan yang benar okay.

2. Satu lagi, wanita yang well established ni ramai lelaki takut nak dekat...tak tahulah sebab apa. Wei, sebab apa wei? Habaq mai sat. Ini dari pengamatan saya di media sosial tentang rakan-rakan saya yang seangkatan. Semuanya mengamalkan budaya tunggu dan biar lelaki datang. Malulah, perigi cari timba. Walaupun timba sekarang dah naik harga (takde kaitan).

3. Okay selalunya wanita yang dah berumur ni dia tak suka buang masa. Meaning, kalau dia berkawan dengan seseorang tu, kalau dia rasa tak ngam, dia akan cepat-cepat move on dengan calon lain sebab tak mahu buang masa.



4. Disebabkan media sosial yang memainkan peranan hebat dalam berkomunikasi pada zaman sekarang ni, manusia tak lagi tahu untuk berkomunikasi di luar...I mean kalau nak tegur secara random kat luar, orang ingat kita gila atau penjenayah (kalau saya, kira penjenayah kategori comel, kbye). Jadi bila tengok orang yang kita minat kat luar, kita hanya tengok jelah, lepas tu habis, selamat jalan, bye jodoh! Sebab dah tak reti nak mulakan perbualan. Yelah, sibuk whatsapp, Instagram, Twitter, nak bercakap dengan orang face to face pun dah jadi tak reti.

5. Soal jodoh sama juga macam rezeki. Tak boleh nak paksa Allah bagi kita kalau bukan masanya. Tapi, kadang-kadang ( selalu sebenarnya ) rasa sedih juga. Serius lah boleh mental kalau tengok orang share gambar anak comel putih gebu disamping pasangan buat muka senyum simpul dekat media social. Jadi saya memilih untuk unfollow dan balas balik dengan gambar travel satu dunia. Haha jahatnya tapi nak buat macam mana, dah itu je yang saya buat dari dulu sampai sekarang.

6. Allah swt nak anda perbaiki mana akhlak yang rosak sana sini sebelum dia bagi tanggungjawab lagi besar iaitu menjadi seorang isteri atau suami. Fikir positif iaitu Allah swt bagi kita time untuk kita ingat Dia, tambahkan amal ibadah, buat aktiviti yang mendatangkan faedah dan tambah pahala dan berbakti kepada ibu bapa di masa single ni. Ambil masa yang Allah bagi ni untuk kumpul saham akhirat dan minta ampun dengan Allah swt atas dosa-dosa lampau kita.

7. Bukan by choice -- kebanyakan orang yang belum berkahwin walaupun dah menginjak usia 30an ni tak memilih untuk tidak mempunyai life partner, mereka nak juga hidup berkeluarga macam orang lain, tapi semuanya sepatutnya awak bagi kat Allah untuk pilihkan mana yang terbaik. Saya ada berbual dengan rakan yang alim orangnya, dia kata kalau kita nakkan sesuatu, perbanyakkan solat Hajat, Istikharah, Dhuha dan paling penting, solat Tahajjud. Ini bukan je untuk jodoh, tapi untuk semua benda yang kita nak dalam hidup kita.



Peringatan saya untuk anda dan diri saya sendiri, jangan terlalu terdesak untuk berkahwin dan main rembat saja jodoh-jodoh yang ada...disebabkan nak ikut trend, kena kahwin juga walau macam manapun. Awak nak hidup dengan orang tu bukan sehari dua, tapi insyaAllah selama-lamanya sampai mati. Dan bagi mereka yang tengok orang yang kahwin lambat ni mungkin terlalu memilih ke, balasan ke, saja-saja ke atau apa ke...Tolong simpan perasaan jahat tu jauh-jauh. Doakan mereka mendapat jodoh yang baik macam anda juga. Doakan yang baik-baik kerana orang yang berdoa pun turut sama dapat pahala.

Jangan fikir yang bila dah kahwin tu, dah tercapai life goal anda. Kahwin tu memang sunnah, tapi life goal utama adalah Allah. Semua kerana Allah dan hanya untuk Allah. Dalam rukun Islam takde pun cakap pasal kahwin..kan? Jadi buat yang wajib, cantikkan amalan, dan selalu tanam dalam diri, kalau tak dapat jodoh di dunia, InsyaAllah Dia simpan untuk kita di sana nanti. Alhamdulillah...Mak ayah - Mak ayah saya merupakan orang paling cool dalam dunia. Mereka tak pernah paksa saya untuk cari jodoh gantian cepat-cepat, kalau ada, adalah. Tapi saya tahu mama nak sangat saya kahwin cepat-cepat dan bagi cucu. Sorry mama, belum ada rezeki lagi bagi cucu dan ada partner halalan toyibban. Kena banyak lagi berdoa supaya Allah bagi rezeki tu pula.

Jadi kepada kawan-kawan yang dah tiga siri tetapi masih juga single dan belum mendirikan rumah tangga, enjoy dan chill je. Allah swt bagi awak masa untuk hanya denganNya dan berbakti dengan keluarga.

]]>
Pernah viral berpisah dengan ibu angkat, kanak-kanak 7 tahun ditemui meninggal dunia didera bapa tiri? https://redaksi.com/9546-pernah-viral-berpisah-dengan-ibu-angkat-kanak-kanak-7-tahun-ditemui-meninggal-dunia-didera-bapa-tiri Sat, 30 Jan 2021 10:13:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9546 Semalam, negara dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun yang ditemui meninggal dunia di kediamannya, kerana didapati lemas di dalam tong air. 

Walau bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati mangsa disyaki telah didera oleh ibu dan bapa tirinya. 

Pernah viral berpisah bersama ibu angkat

 

 

Kejadian menyayat hati itu telah mendapat perhatian ramai, sehingga ada yang mendakwa bahawa kanak-kanak tersebut pernah viral pada bulan Oktober tahun lepas, kerana video perpisahan bersama keluarga angkat. 

 

'Amir pergi buat selama-lamanya'

Menerusi perkongsian di Facebook salah seorang ahli keluarga angkat mangsa iaitu Tuhfah Nazihah, telah mengesahkan bahawa adik angkatnya adalah mangsa kejadian. 

7 tahun jaga penuh kasih sayang

Berita tersebut juga turut mendapat perhatian ramai, yang meluahkan rasa simpati dan sedih atas kejadian malang yang menimpa mangsa. 

Pada tahun lepas, Amir pernah tular di media sosial video perpisahan bersama keluarga angkat yang telah menjaga Amir sejak kecil atas sebab ibu kandungnya tidak dapat menjaganya kerana faktor ekonomi. 

3 bulan tinggal bersama keluarga kandungnya, Amir telah dilaporkan ditemui meninggal dunia akibat lemas di dalam tong air.

]]>
20 Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki. https://redaksi.com/1199-20-ciri-ciri-wanita-idaman-lelaki Mon, 11 Sep 2017 14:10:28 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1199 Pada entri sebelum ini saya telah berkongsi tentang 20 ciri-ciri lelaki idaman wanita. Sehubungan dengan itu, pada kali ini saya kupaskan sedikit ciri-ciri wanita idaman lelaki dibawah tajuk entri 20 ciri-ciri wanita idaman lelaki.



Citarasa manusia memang berbeza-beza. Namun kebiasaannya lelaki pasti menginginkan memiliki seorang wanita yang sempurna. Sekurang-kurangnya berjaya menambat hati untuk dijadikan teman hidup. Persoalan pertama ketika ingin mendapatkan teman hidup adalah "Apakah ciri-ciri wanita yang ingin dimiliki?" atau juga "Adakah si dia memiliki ciri-ciri seperti yang saya inginkan?".

Tentunya, ada beberapa penilaian yang boleh diguna pakai oleh lelaki untuk menentukan sama ada gadis yang ditemui menjadi pilihannya, idamannya atau kesukaannya. Selain daripada faktor jodoh yang telah ditentukan oleh Allah SWT, ciri-ciri tersebut dibawah mungkin berlegar di ruang pemikiran anda.

1. Paras rupa - Paras rupa yang cantik adalah kelebihan kepada wanita. Ada juga tidak berapa cantik tapi menawan atau juga kurang cantik tapi manis dipandang orang. Walauapapun, kecantikan bukan perkara utama yang difikirkan oleh lelaki apabila mencari calon isteri, tapi penting bagi mereka yang mencari calon kekasih.



2. Agama - Pegangan seorang yang beragama Islam menitikberatkan mencari calon isteri yang memiliki pegangan agama yang kuat, namun perlukah mengawini seorang ustazah? Sebagai lelaki, kita harus membimbing mereka jika pegangan agama bakal isteri anda lemah.

3. Harta - Dewasa ini, peningkatan taraf hidup mendesak pasangan untuk saling bekerjasama dalam mengharungi dunia "Money is everything". Jika mampu, mempunyai isteri yang tidak bekerja juga memberi kelebihan pada satu sudut yang lain.

4. Zuriat - Ada kes dimana, isteri tidak mampu memberikan zuriat seperti yang diinginkan oleh suami, kemudian timbul pula suami berkahwin lain disebabkan mahu zuriat, maka sebelum itu lakukan sedikit "penyelidikan" untuk mendapatkan kepastian.

5. Budi pekerti - Semua orang pasti mengidamkan memiliki isteri yang mempunyai budi pekerti yang baik. Tingkah laku, adab dan kesopanan menjadi elemen penting budaya kemelayuan dan menjadi idaman mertua. Ibu yang baik, lahir anak yang baik. Fikirkanlah!

6. Pandai masak - Bagi saya, saya suka ciri ini. Alhamdulillah saya memiliki isteri yang pandai masak. Pandai masak mesti rajin tolong ibu masak di dapur masa muda, kalau tak pandai masak, belajarlah. Kalau makan luar hari-hari, bila anak mahu makan nugget pun kena beli di gerai. Air tangan isteri melembutkan hati suami.



7. Bijak menguruskan kewangan - Alangkah bagusnya jika seorang wanita bijak menguruskan kewangan keluarga. Perkara ini tentu sedikit sebanyak membantu suami dalam menguruskan hal keluarga. Bijak tidak bermaksud anda perlu menjadi akauntan.

8. Pandai mengambil hati keluarga mertua - Bila dapat yang peramah anda mungkin tidak dapat mengawalnya pula, tapi bila isteri pendiam dan kurang mesra, takut nanti menimbulkan prasangka pula terhadap isteri anda "Sombongnya isteri dia", walhal isteri anda memang pendiam.

9. Menerima seadanya - Lumrah hidup berkeluarga, ada turun dan naiknya, menerima seadanya apa yang ada menjadi elemen penting kebahagian supaya isteri tidak meminta lebih daripada kemampuan lelaki. Kebanyakan wanita yang telah menjadi isteri mempunyai sikap tersebut, kadangkala lelaki pula yang merungut.

10. Hormat - Walaupun setinggi manapun pangkat anda di pejabat, jika dirumah suami adalah bos anda. Tunjukkan rasa hormat anda lebih-lebih lagi terhadap keputusannya. Pertuturan dan kata-kata harus dijaga untuk mengelakkan anda menjadi derhaka pada perkara yang mungkin terlepas pandang.

11. Bijak berpakaian - Usia bukan penghalang anda untuk kelihatan cantik di mata suami, jangan pula masa bercinta bersolek sampai 2 jam, bila dah lama berkahwin, suami balik tengok bini macam langsuir, berdandan kepada suami penting untuk mengeratkan hubungan rumahtangga.

12. Bersedia menerima teguran - Teguran suami bukan beliau benci dengan anda. Tapi teguran suami adalah demi kebaikkan anda. Jadi terima sahaja tegurannya dan memperbaiki apa yang ditegurnya. Jangan sesekali membantah walaupun kadangkala bagi anda tidak masuk akal.

13. Setia - Rata-rata setiap pasangan ingin memiliki pasangan yang setia. Baik lelaki atau wanita. Jadi perkara ini perlu diambil perhatian, jangan cuba untuk memiliki lebih dari satu kerana ianya membuatkan lelaki hilang pertimbangan.

14. Menjadi pujaan ramai - Lelaki bangga bila isteri mereka menjadi pujaan ramai lelaki. Namun kadangkala ianya merimaskan dan boleh mendatangkan sifat cemburu yang tidak berasas. Bila dengar ramai orang suka kepada teman wanita anda, tentunya anda lelaki yang sangat bertuah.

15. Menghargainya - Setiap apa yang dilakukan oleh lelaki, pastinya terukir senyuman apabila dihargai oleh orang yang disayanginya. Dari sekecil-kecil perkara yang dilakukannya hinggalah kepada perkara yang besar. Jangan simpan perasaan anda, luahkan kepada mereka bahawa anda sangat menghargainya.

16. Memudahkan urusannya - Kadangkala si lelaki atau suami mengalami kerumitan tentang sesuatu perkara. Jika anda mampu membantu mereka menyelesaikannya, pasti lelaki sangat berterima kasih pada anda. Jangan pula membuatkan ianya bertambah rumit dengan karenah anda.



17. Supportive - Atas apa juga perkara yang dibuat lelaki terutama hobi mereka, cuba bersikap supportive atau menyokong. Sokongan anda pasti menaikkan moral lelaki. Jika hobi lelaki bermain PS2, mungkin anda berfikir 2-3 kali untuk bersikap supportive.

18. Beri ruang - Beri ruang pada lelaki untuk memperbaiki kekurangan yang ada pada mereka. Jika mereka melakukan kesalahan yang kecil, maafkan mereka dan beri ruang kepadanya untuk membuktinya bahawa mereka telah insaf daripada perbuatannya.

19. Pendengar yang baik - Ada juga jenis lelaki yang mengambil berat tentang perkara ini. Lelaki sukar untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati kecuali kepada orang yang mereka sayang. Jika wanita mampu menjadi pendengar yang baik, kadangkala ianya memberi sedikit kelegaan kepada lelaki. Hal ini juga adalah teknik yang baik jika mampu mengurangkan tekanan disebabkan beberapa perkara yang tertentu.

20. Jadi diri anda sendiri - Jangan cuba untuk menjadi diri orang lain. Jadilah diri anda sendiri. Ianya lebih bagus. Jika lelaki itu dapat menerima kamu seadanya lebih baik mereka mengetahuinya dari awal dari mengetahui selepas kamu berkahwin dengannya.

Apa yang disenaraikan di sini hanyalah sedikit berbanding realiti sebenar ciri-ciri wanita idaman lelaki. Setiap lelaki memiliki keinginan yang tersendiri terhadap wanita. Ciri-ciri di atas boleh dijadikan panduan untuk memperbaiki diri untuk sama-sama lengkap melengkapi di antara satu sama lain.

]]>
4 tahun dalam hubungan 'toxic', gadis bersyukur jumpa lelaki yang lebih baik https://redaksi.com/9053-4-tahun-dalam-hubungan-toxic-gadis-bersyukur-jumpa-lelaki-yang-lebih-baik Wed, 02 Dec 2020 12:06:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9053 Tidak semua percintaan itu indah-indah sahaja, boleh jadi luaran nampak indah namun dalamannya penuh dengan kesakitan yang disimpan sendirian. Perkara inilah yang dialami oleh mereka yang berdepan dengan hubungan toxic.

Seperti gadis ini yang menanggung segala kesakitan seorang diri ketika jalinkan hubungan toxic bersama bekas kekasihnya.

Percaya akan berubah

Menerusi aplikasi TikTok, gadis yang lebih mesra dengan panggilan Asylee itu mendedahkan bahawa dirinya pernah berada dalam hubungan yang toxic.



Hubungan tersebut terjalin selama empat tahun, malah sepanjang itu juga dirinya telah dikasari dan banyak perkara dia tanggung sendirian. Tidak hanya itu sahaja, hasil titik peluhnya juga diambil oleh lelaki tersebut.


Meskipun begitu, dirinya tak pernah berhenti berharap dan berdoa agar lelaki tersebut berubah namun dia dituduh pula sebagai mata duitan.



Berjaya keluar dari hubungan toxic

Kini dirinya bersyukur kerana telah berjaya keluar dari hubungan yang melukakan dirinya itu, malah kini juga dia sudah berjumpa dengan kekasih baru yang lain baik.

Dia juga menyifatkan teman lelaki barunya ini seorang yang mampu melindungi dirinya.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan gadis ini malah ada juga yang memberi kata-kata semangat buat dirinya.


 

]]>
Kenali 5 Ciri-Ciri Si Dia Gadis Pemalu. https://redaksi.com/2837-kenali-5-ciri-ciri-si-dia-gadis-pemalu Sat, 14 Jul 2018 02:04:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2837 Wanita ini tidak akan lari dengan sifat pemalu mereka. Namun begitu, ada sahaja wanita yang akan terlebih pemalu dengan keadaan sekeliling mereka serta pasangan mereka. Malu ini bukan perkara yang dibuat-buat, ia lahir apabila anda tidak terlalu yakin dengan diri anda. Jom kenali dia yang pemalu.



1. Kelihatan kekok apabila bertemu.

Anda boleh lihat tingkah laku mereka yang pelik. Sebagai contoh, duduk dengan keadaan gelisah ataupun mengeluarkan pertanyaan yang pelik. Bukan itu sahaja, mereka lebih banyak diam dari bercakap dengan anda.

2. Peramah apabila di media sosial.

Sikap mereka ini berlainan. Apabila di media sosial mereka ini peramah tetapi apabila berhadapan mereka ini begitu pasif. Dirinya lebih selesa apabila berbual tanpa bertentangan mata.

3. Kelihatan gagap apabila berbicara.

Sudah nama pun pemalu, sudah pasti mereka ini akan gagap apabila berbicara. Mana tidaknya keyakinan diri mereka ini kurang. Itu sebab mereka gagap.



4. Berhati-hati dalam melakukan pergerakan.

Apabila mereka terlalu malu, mereka akan mula untuk tidak menjadi perhatian orang. Maka mereka akan melakukan setiap perbuatan dengan berhati-hati. Bukan itu sahaja, mereka juga mudah untuk menyorok di belakang orang.

5. Suka berahsia.

Mereka tidak suka apabila diminta untuk bercerita tentang diri mereka. Mereka ini lebih memilih untuk mendengar daripada berkata-kata. Apabila mereka berkata-kata mereka akan mula hilang fokus terhadap topik tersebut.

Jika anda salah seorang wanita yang pemalu, jangan lupa letakkan sedikit keyakinan dalam diri anda. Anda mempunyai daya tarikan yang tersendiri, jadi jangan ragu-ragu.



]]>
6 Perkara Yang Lelaki Cari Dari Seorang Wanita. https://redaksi.com/1315-6-perkara-yang-lelaki-cari-dari-seorang-wanita Sun, 24 Sep 2017 11:29:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1315 Berikut Merupakan 6 Perkara Yang Lelaki Cari Dari Seorang Wanita :

1. Lelaki ingin wanita yang boleh berikan rasa cinta pada mereka.

Lelaki sebenarnya ingin mencintai wanita yang mencintai dirinnya berbanding mencintai wanita yang tidak mencintai dirinya. Jika anda berjumpa lelaki yang anda suka, anda berikan dia rasa cinta, nescaya peluang anda untuk miliki cintanya adalah lebih luas.

2. Lelaki ingin cari wanita yang menarik.

Definisi wanita yang menarik adalah berbeza bagi setiap lelaki. Namun, mereka sentiasa mencari wanita yang menarik di mata mereka untuk di jadikan pasangan.

3. Lelaki ingin cari wanita yang cantik di mata mereka.

Lelaki sentiasa mahukan wanita cantik dalam hidup mereka. Namun, cantik juga adalah perkara yang subjektif dan berbeza pendapatnya bagi setiap lelaki. Jika ada lelaki memilih anda jadi temannya, percayalah anda adalah wanita tercantik di mata dia.

4. Lelaki ingin cari wanita yang setia.

Lelaki sentiasa berimpikan memiliki seorang wanita yang setia. Bagi mereka, wanita setia adalah aset paling berharga kerana wanita itu akan berada di samping mereka ketika susah dan senang.

5. Lelaki ingin cari wanita yang yakin pada dirinya.

Lelaki akan memilih wanita yang paling percaya pada dirinya. Bagi seorang lelaki, kepercayaan dan keyakinan dari wanita yang mencintainya adalah penting. Bagi mereka, wanita yang yakin pada diri mereka akan membuatkan mereka lebih semangat.

6. Lelaki suka wanita yang berfikiran terbuka.

Sekarang adalah zaman moden dan berfikiran terbuka antara kriteria yang di cari oleh lelaki zaman sekarang. Bagi mereka, wanita yang berfikiran terbuka lebih senang untuk di jaga dan di belai.

]]>
Jangan Terlalu Mengejar Cinta Manusia Yang Sementara. https://redaksi.com/3830-jangan-terlalu-mengejar-cinta-manusia-yang-sementara Thu, 11 Oct 2018 15:46:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3830 Dilamun cinta pasti indah. Setiap pasangan pasti akan melalui fasa tersebut dimana orang sering mengatakan “Baru bercinta bahagia lah…semuanya manis, semuanya indah…”. Sudah tentu dunia disekeliling pasangan yang sedang hangat bercinta, berbunga-bunga sahaja. Kalau boleh mahukan masa berlalu dengan lambat, tutup mata pun takut kalau pasangan tiba-tiba hilang.

Namun, apabila berlakunya pergaduhan antara pasangan tersebut, muncul pula pelbagai masalah dan konflik yang sukar diselesaikan, apakah solusinya? Pada saat ini juga, secara tiba-tiba pasangan meminta putus kerana tidak lagi serasi. Siapa sahaja yang tidak akan terluka apabila terjadinya situasi begini. Dan ketika ini jugalah hari-hari mula menjadi suram, tiada lagi gelak tawa dan senyuman, diri pula menjadi murung.

Apabila berlakunya situasi begini, pasti kita ingin bersendirian, dan tanpa disedari Allah SWT yang sentiasa disisi, tidak pula dicari.

Jom hayati hadith berikut;

Ibn Abbas RA berkata; “Satu hari, aku sedang menunggang di belakang Rasulullah SAW bila Baginda bersabda:

“Wahai lelaki! Aku akan mengajarkanmu beberapa perkara. Lindungi perintah-perintah Allah, dan Allah akan melindungimu. Lindungi hakNya, Dia akan selalu bersamamu. Jika kamu meminta pertolongan, mintalah pertolongan hanya pada Allah; dan jika kamu perlukan bantuan, berdoa hanya pada Allah untuk mendapat bantuan.

Dan ingatlah jika semua orang berkumpul untuk memberi manfaat kepada kamu, mereka tak akan dapat memberi manfaat kepada kamu melainkan apa yang Allah telah tentukan (untuk kamu); dan jika mereka semua berkumpul untuk mendatangkan mudarat kepadamu, meraka tak akan dapat mendatangkan apa-apa kepadamu melainkan apa yang telah Allah takdirkan untuk kamu. Pen telah diangkat dan dakwatnya telah kering.” (HR Tirmidzi)

Seperti yang diperjelaskan dalam hadith di atas adalah apabila kita berpaling dari Allah SWT, dan mengutamakan manusia lain, pasti sukar untuk kita menjalani hidup harian. Itulah akibatnya apabila terlalu mengharapkan manusia, terlalu bergantung pada manusia, tetapi tidak pada Allah SWT. Namun, jika jika mengharap dan bergantung pada-Nya, Insya Allah Dia akan memberikan kita jalan keluar dengan menghantarkan bantuan yang sesuai kepada kita.

Apabila putus cinta sahaja, ingat pada Allah….

Apabila ada masalah sahaja terus teringat pada Allah…

Betapa hinanya kita sebagai manusia, apabila berpaling dari-Nya ketika hati tidak berduka lara…

Oleh kan sebab itu, kadang-kala hidup tidak tenang. Mahu mencari jodoh pun, sukar untuk melekat. Kerana terlalu mengharapkan cinta dari manusia, tetapi tidak dari-Nya. Allah SWT cinta pada orang-orang yang hanya bergantung harap padaNya, jadi bila ada masalah yang datang menimpa, bantulah diri sendiri dengan cari Allah SWT dahulu. Cuba cara yang satu ini, dan lihat bagaimana hidup kita akan berubah.

]]>
Saat Lelaki Benar-Benar Jatuh Cinta, Ini Yang Mereka Akan Lakukan Kepada Anda. https://redaksi.com/7663-saat-lelaki-benar-benar-jatuh-cinta-ini-yang-mereka-akan-lakukan-kepada-anda Mon, 02 Dec 2019 13:22:55 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7663 Susah nak tahu bila lelaki akan jatuh cinta dengan seorang wanita. Ini kerana, mereka ini lebih mudah memendam perasaan berbanding menyatakan perasaan sebenar mereka. Kalau nak luahkan pun, mereka ini lebih gemar menggunakan tindakan berbanding meluahkan, jadi macam mana orang perempuan nak tahu.

Yang perempuan pula, selalunya mengharapkan luahkan dari lelaki yang dia cintai. Kalau boleh, pasangannya itu akan menyatakan cinta dan kasih sayang sebelum dan selepas tidur, malah kalau diharapkan ingin dilakukan setiap hari. Tapi itulah, orang lelaki ini ada ego mereka yang tersendiri. Tapi itu tidak bermakna mereka ini tak boleh tahu bila lelaki jatuh cinta dengan mereka.

Walaupun tidak diluahkan melalui kata-kata ataupun ucapan di bibir, orang perempuan boleh kenal pasti dengan melalui beberapa perkara ini.



1. Lebih banyak mendengar berbanding berkata-kata.

Bila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dengan diri anda, dia akan lebih banyak memberi ruang untuk menjadi pendengar yang baik buat diri anda. Dia akan lebih mudah untuk berkongsi telinga dengan anda, malah dia akan kurang berkata-kata apabila anda sedang berkata-kata. Ini adalah salah satu tanda dia sedang menghormati diri anda dengan baik sekali.

2. Sangat ambil berat terhadap anda mahupun keluarga anda.

Dia akan sentiasa mengutamakan sesiapa yang anda utamakan. Sudah tentu, anda akan utamakan keluarga dan juga rakan-rakan anda, maka dengan itu dia juga akan sama-sama utamakan apa yang anda utamakan. Ini kerana, bagi dirinya, kebahagiaan anda adalah perkara yang paling penting sekali.



3. Tak akan ketepikan anda dalam pertengkaran atau salah faham.

Apabila berlakunya salah faham ataupun pertengkaran di antara kalian, dia tidak akan sesekali cuba untuk meninggalkan anda atau ketepikan diri anda. Dia akan cuba bertolak ansur dengan sebaik mungkin, ataupun mengambil langkah untuk mengalah sahaja dalam pertengkaran itu.

4. Selalu bangga akan kerjayaan serta diri anda

Selain menyokong dan menjadi penguat semangat anda, dia juga adalah orang yang selalu berbangga dengan kerjayaan anda. Dimana, dia akan berada di saat anda susah pun senang, malah akan sentiasa berbangga dengan apa yang telah anda lakukan.



5. Bersedia mendengar pendapat anda

Tidak mudah sebenarnya seorang lelaki ini mendengar pendapat dari pasangannya. Ini kerana, mereka selalunya beranggapan bahawa mereka ini seorang ketua dan setiap keputusan perlu dihormati. Tetapi, apabila seorang lelaki itu mula jatuh cinta dengan anda, dia akan bersedia untuk mendengar segala pendapat dari anda malah ada juga yang akan diikuti.

6. Anda adalah keutaman dirinya.

Dalam apa jua keadaan, dia tahu waktu yang sesuai untuk mengutamakan diri anda dengan perkara lain di sekelilingnya. Ini kerana, dia bimbang akan kehilangan dirinya. Akan tetapi, jangan pula anda harapkan dia akan mengutamakan anda berbanding ibu bapanya.

Namun begitu, sebagai seorang wanita, anda perlu lihat tindak tanduk yang dia lakukan. Perhatikan dan jangan mengharapan bahawa si dia akan melakukan semua perkara ini demi menunjukkan cintanya pada anda. Boleh jadi dia akan melakukan perkara lain juga.

]]>
Simptom Kemurungan Dan Langkah Awal Untuk Merawatnya. https://redaksi.com/4876-simptom-kemurungan-dan-langkah-awal-untuk-merawatnya Mon, 14 Jan 2019 15:18:52 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4876 Ramai orang memandang remeh akan perkara yang melibatkan kemurungan ini. Ada yang menyatakan bahawa mereka ini terlalu mengikut perasaan dan ada juga yang menyatakan bahawa mereka yang terlibat dengan kemurungan ini tidak mempunyai iman yang kuat.

Kemurungan ini bukanlah satu penyakit tekanan yang biasa yang boleh dianggap sebagao kesedihan atau mempunyai masalah mental. Seseorang yang mengalami kemurungan boleh menjadi seorang yang sangat pendiam, sentiasa dalam kesediahan, panas baran ataupun mahu berjauhan daripada orang ramai.

Mereka yang mengalami masalah kemurungan ini biasanya akan terganggu dari segi tidurnya, makan, berseronok, bergaul, berkerja atau belajar dan segala rutian harian yang lain.

Apa yang menjadi penyumbang utama dalam kemurungan ini adalah perasaan putus asa dan tidak berdaya dalam hidup yang tidak terhenti-henti.



Tanda-tanda kemurungan.

Berikut adalah tanda-tanda kemurungan, cuba terliti sama ada ia ada pada diri anda ataupun orang disekeliling anda. Terutamanya dua teratas:

i. Anda berasa putus asa dan tidak berdaya.

ii. Anda berasa hilang minat terhadap berkawan, beraktiviti dan perkara-perkara yang selalu anda lakukan, dan anda berasa seronok melakukannya.

iii. Anda berasa penat hampir setiap masa.

iv. Tidur tidak menentu.

v. Anda mendapati susah untuk melakukan sesuatu yang mudah anda lakukan sebelum ini.

vi. Anda tidak mampu mengawal fikiran negatif, walaupun telah berkali-kali mencuba.

vii. Anda berasa kerap diganggu perasaa, senang marah dan lebih agresif daripada kebiasaan.

viii. Makan lebih banyak daripada kebiasaan (terlebih makan).


Rawatan awal yang perlu diambil.

Buat anda yang merasakan berhadapan masalah ini ataupun melihat rakan anda mengalami perkara sebegini. Adalah sepatutnya jika segera berjumpa dengan doktor, tapi jika malu dan takut mungkin anda boleh lakukan beberapa perkara seperti di bawah ini.

1. Balik kepada rutin yang sihat.

Miliki rutin harian yang baik dan sihat ini membantu anda menghilangkan perasaan kemurungan. Orang yang sentiasa sibuk dengan tugas harian dan sentiasa ingin menyelesaikan apa-apa yang belum selesai tidak akan mempunyai masa untuk melayani perasaan mereka.

2. Letakkan matlamat kecil harian.

Perasaan murung akan melarat apabila anda tidak mampu mencapai apa-apa matlamat dalam hidup anda. maka dengan itu, mulakan beberapa matlamat kecil yang mempu anda capai dengan mudah. Sebagai contoh lakukan senaman selama 15 minit, anda pasti gembira apabila matlamat tersebut tercapai.

3. Bersenam.

Bersenam mampu untuk menerapkan fikiran positif kepada otak kita. Lakukan yang paling mudah. Mungkin berjalan kaki selama 30 minit?

4. Makan makanan berkhasiat.

Jika kemurungan membuatkan anda lebih makan, anda perlu kurangkan supaya selaras dengan diet yang sihat. Begitu juga dengan kurang makan, anda perlu banyakkan sehingga selaras dengan diet yang sihat.

5. Tidur yang cukup.

Ubah rutin anda. Tolak ketepi segala gangguan berupa telefon bimbit, televisyen dan sebagainya ketika hendak tidur.

6. Bertanggungjawab.

Rasa bertanggungjawab terhadap perlakuan anda adalah satu alternatif terbaik bagi kemurungan. Jika anda seorang pelajar, anda bertanggungjawab untuk belajar, justeru bertanggungjawablah. Belajar betul-betul!

7. Lawan fikiran negatif.

Gunakan hujah logik untuk melawan segala tanggapan negatif terhadap diri sendiri. Contohnya, anda berasa anda tidak mampu untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Maka, lawanlah balik tanggapan itu dengan logik! Siapa yang tidak layak untuk berjaya? Jika anda banyak membaca segala silibus, adakah itu tidak cukup untuk menjadi pelajar cemerlang?

Jika anda membacanya sebanyak sepuluh kali, adakah anda akan lupa semua fakta? Jawapannya, anda tetap boleh menjadi pelajar cemerlang. Cuma anda perlu tambahkan lagi usaha. Jika masih tidak berjaya, tambahkan lagi usaha anda. Ulang perkara ini, sehingga anda berjaya!

8. Buat sesuatu yang baharu pada anda.

Apabila anda murung, anda akan tenggelam di dalam pemikiran yang sama sahaja. Ubahlah! Cuba lakukan sesuatu yang anda belum pernah anda lakukan sebelum ini. Pergilah ke muzium, belajarlah bahasa baharu dan banyak lagi.

9. Mendapat nasihat pakar sebelum mengambil apa-apa ubat.

Ubat yang silap ambil bakal membuahkan hasil yang kosong. Maka, anda perlu mendapat nasihat pakar ubat apa yang selaras dan sesuai dengan masalah anda.

10. Lakukan sesuatu yang anda rasa seronok.

Apabila pemikiran negatif menguasai anda, maka lakukan sesuatu yang anda suka dan seronok! Supaya pemikiran negatif itu dikalahkan secara konsisten.

Jangan pernah takut apabila anda berhadapan dengan perasaan sebegini, mula kongsikan apa yang anda rasakan dan jangan simpan bersendirian. Pastikan anda dikelilingi dengan orang yang positif dan sentiasa membantu anda dalam mengatasi masalah ini.


]]>
Tauladan Daripada Asiah Sebagai Isteri Firaun Yang Begitu Kuat Imannya Pada Allah SWT. https://redaksi.com/2971-tauladan-daripada-asiah-sebagai-isteri-firaun-yang-begitu-kuat-imannya-pada-allah-swt Wed, 25 Jul 2018 10:19:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2971 Selain keutamaan Khadijah, Asiah binti Muzahim bin Ubaiduddayyan bin Walind merupakan seorang wanita yang begitu hebat di zaman kekuasaan Firaun iaitu suaminya. Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya ,Firaun yang tidak beriman kepada Allah.


“Wahai Firaun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak. Engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak.” Ungkapan Asiah ketika menerima seksaan dari Firaun yang dilaknat.

ASIAH ADALAH WANITA PERAIH JANJI SURGA

Ketabahan Asiah memelihara syahadah mentauhidkan Allah SWT telah diabadikan di dalam Al-Quran seperti firman Allah SWT :

“…perihal isteri Firaun, ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim" (At-Tahrim: 11)

ASIAH ADALAH WANITA YANG TIDAK GENTAR DARI SEKSAAN SUAMINYA

Ia selalu menerima dengan sabar dan selalu tersenyum saat siksaan itu di tubuhnya. Hingga Allah mengangkat darjatnya menjadi ciri-ciri wanita penghuni surga yang paling mulia.


ASIAH ADALAH WANITA YANG ALLAH SWT ANGGAP PALING SEMPURNA DIANTARA WANITA-WANITA LAIN

Rasulullah SAW bersabda:

“Yang mulia diantara sang jejaka itu ramai, tetapi tidak ada yang lebih sempurna di kalangan wanita selain Asiah istri Firaun dan Maryam bin Imran. Dan sesungguhnya keutaamaan Asiah diantara wanita lainnya seperti keistimewaan sebuah Tsarid daripada semua jenis makanan.”

ASIAH ADALAH SEORANG RATU YANG RELA MENINGGALKAN GEMERLAP KEMEWAHAN DEMI MENAATI PERINTAH ALLAH SWT

Seorang ratu bermahkota dengan kemewahan emas dan permata yang sangat luar biasa tetapi demi taat pada perintah Allah SWT beliau sanggup menundukkan nafsunya. Mana tidaknya, harta dan kemewahan di depan mata, yang diidam-idam oleh setiap wanita. Sudah tentu wanita yang cintakan dunia tertunduk dengan semua itu.


ASIAH ADALAH WANITA PALING BIJAKSANA DAN BERPANDANGAN JAUH.

Tidak membuat keputusan untuk melarikan diri daripada suaminya yang mengingkari Tuhan. Namun, memilih untuk bersabar. Beliau menunggu ganjaran Allah dan langsung tidak kisah dengan apa yang menimpa dirinya kerana keyakinannya yang begitu tinggi bahawa tiada sia-sia setiap ketetapan Allah itu walaupun derita yang diperolehnya setiap saat. Ganjaran dan tujuan hidupnya sangat jelas iaitu hidup dan mati kerana Allah.

Semoga kita dikurniakan ketabahan hati seteguh Asiah, mujahidah sejati…


]]>
6 Tanda Teman Lelaki Sudah Bosan Mula Dengan Anda. https://redaksi.com/4077-6-tanda-teman-lelaki-sudah-bosan-mula-dengan-anda Thu, 01 Nov 2018 10:40:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4077 Menjaga sebuah hubungan untuk berkekalan hingga ke jinjang pelamin seterusnya kea lam perkahwinan ini bukanlah satu hal yang mudah. Tidak kiralah ketika anda sedang hangat dilamun cinta ataupun telah menjadi tunangan dirinya, itu semua belum menjaminkan bahawa hatinya adalah milik anda. Hal ini kerana, anda seseorang itu boleh berubah bila-bila masa sahaja, walaupun tiada hubungan yang terbina itu tiada masalah.

Namun begitu, siapa menduga ia hanya datang dengan perasaan bosan terhadap diri anda sahaja akan menyebabkan segalanya berakhir. Oleh sebab itu, mari ketahui tanda-tanda sekiranya pasangan anda itu sudah mula bosan dengan sikap anda.



1. Mula abaikan kata-kata anda.

Perkara yang anda boleh lihat anda melalui komunikasi kalian berdua. Apabila si dia mula rasa bosan dengan anda, sudah pastilah dia akan mula mengabikan kata-kata anda. Apa yang anda katakan pada dirinya hanya akan masuk telinga kanan dan keluar teliga kiri. Apabila anda bertanya semula kepadanya, dirinya akan memberikan alasa seperti tidak jelas, terlupa dan tidak dengar. Jika ada tanda ini anda seharusnya sudah mula berhati-hati.

2. Mudah marah.

Apabila ingin berbincang sesuatu perkara, dia akan lebih cepat melenting walaupun ia bukanlah satu perkara yang besar. Bahkan ia bukan berkaitan dengan dirinya sahaja, sedangkan ia berkaitan dengan anda berdau. Dia kini sukar untuk dibawa berbincang serta menjadi pendengar yang baik.

3. Kelakuan yang dingin.

Jika dahulu, setiap pertolongan anda sudah pasti akan segera terlaksana tapi kini, setiap perkara yang anda perlukan pertolongan sudah pasti akan merubah riak wajah mahupun suaranya. Bahkan setiap pertolongan yang dihulurkan juga agak sedikit lambat kerana dirinya sengaja melengahkan masanya.



4. Sibuk dengan telefon bimbit.

Dahulu, jika tidak lihat muka anda mahu sahaja beribu kali ucapkan kata rindu. Tidak cukup dengan itu, siang malam terbayangkan wajah anda dan ingin luangkan masa bersama, tapi kini apabila berjumpa sahaja dirinya pasti sibuk dengan telefon bimbitnya. Tidak cukup dengan itu, apabila anda bercakap dengannya juga, tiada eye contact dari dirinya.

5. Banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan.

Dulu selalu ingin berkepit sahaja. Kemana-mana sahaja pasti dia akan membawa anda disisinya. Tapi kini dia lebih banyak menghabiskan masanya dengan rakan-raakannya. Bukan hanya itu sahaja, kini dia tidak berjumpa dengan anda juga tidak mengapa kalau jumpa jarang-jarang juga sudah tiada kata-kata rindu.

6. Mula mengelak diri anda.

Perkara yang paling jelas akan berlaku dalam hubungan anda adalah dia akan mula mengelakan dirinya dari anda. Setiap perkara ada sahaja alasan yang akan diberikan. Sedangkan dahulu dia bukan orang seperti itu. Anda juga merasakan hubungan anda semakin jauh dengan dirinya.

Apabila anda melihat tanda-tanda seperti ini dalam hubungan dan pada pasangan anda. Jangan lengahkan masa lagi, tapi segera lakukan sesuatu agar hubungan kalian tidak semakin renggang.



 

]]>
Allah Temukan Jodoh Kita Pada Keadaan Dan Masa Yang Tepat. https://redaksi.com/1025-allah-temukan-jodoh-kita-pada-keadaan-dan-masa-yang-tepat Fri, 25 Aug 2017 14:49:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1025 Alhamdulillah sangat seronok berada di kampung halaman bersama keluarga yang tercinta. Hati ini sangat tenang apabila dekat dengan orang yang kita suka dan sayang. Begitu jugalah acik selalu ditanyakan oleh sedara mahupun orang yang lebih tua, bila nak kahwin? tak ada calon lagi? Sehinggakan kadang kala malas untuk menjawab soalan yang sama. Kadang kita percaya dia jodoh kita, kita "couple" dari sekolah dan setia dengannya tetapi di akhirnya dia bukan untuk kita. Dia kawin dengan orang lain. Kita merancang, Allah juga merancang untuk kita dan Dia jugalah sebaik perancangan untuk kita.



Single tak semestinya tak laku. Umur 14, 15, 17 dah pandai bercinta, hebat.. tapi..Umur dah 21,22 sehingga 30 belum ada teman istimewa? Kita dah berusaha tetapi belum lagi bertemu dengan orang yang sesuai dengan kita. Kita akan terus diuji dan diuji lagi-lagi soal jodoh. Jadi kita haruslah terus berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Ketika kita bersedih soal cinta, kecewa kerana cinta dalam kita tak tahu mungkin Dia sedang rancangkan sesuatu yang Maha Hebat yang kita tak pernah fikirkannya. Dalam hidup ini kita memang ada hak untuk bercinta dengan siapa yang kita suka dan dia juga sukakan kita, kita punya hak untuk setia sehingga hujung nyawa untuk orang yang kita sayang, tak salah. Kita merancang dan Allah yang menentukan. Jodoh itu memang rahsia Allah semua orang katakan macam tu, tapi berapa ramai antara mereka yang percaya dan yakin dengan jodoh Allah?



Jodoh itu Allah berikan bertepatan dengan keadaan dan masa yang bersesuaian dengan kita. Kadang kita berharap sangat dia jodoh kita, tapi dia bukan jodoh kita. Ada pula kita harap sangat dia bukan jodoh kita, kita benci dia tapi akhirnya kita tersuka dengannya dan ternyata dia memang jodoh kita bersamanya hingga hujung nyawa. Ramai yang sanggup berkorban apa saje untuk pastikan dia adalah jodohnya, sanggup abaikan ibu bapa, nasihat dari kawan-kawan untuk mendapatkan cinta sejati dan cinta mutlak dua insan yang bercinta. Padahal cinta sejati adalah cinta yang berlandaskan cinta semata-mata kerana Allah. Jodoh kita mungkin sebenarnya dekat dengan kita, tapi kita tak sedar. Mungkin ada beberapa halangan lagi untuk kita berjumpa dengan jodoh kita.

Saat kita nak berjumpa dengannya ada sahaja halangan dan dugaan yang tidak diduga. Ketika kita rasa kita dah bersedia dari segi mental dan fizikal tetapi dugaan datang bertimpa-timpa. Nak kawin kena berhenti kerja, kereta rosak, kemalangan dan sebagainya. Kita merungut apa yang berlaku. Bayangkan kalau ketika itu juga nak kawin? nak beri makan apa anak orang. Jadi Allah telah tetapkan kita bertemu dengan jodoh kita bertetapan dengan keadaan dan masa yang bersesuai dengan kita. Ketika Allah rasa kita sudah sedia sepenuhnya untuk melayari bahtera ke alam perkahwinan maka dia temukan dengan seseorang yang selayaknya untuk kita.



Jadi kenapa perlu takut?

Dia tahu yang terbaik untuk kita, mulut orang kita tak dapat nak tutup, cepat atau lambat jodoh kita itu Dia juga yang telah uruskan. Kita jalani dan baiki diri agar kita jadi jodoh yang baik untuk seseorang yang akan menjadi penghiasi hidup kita.Inilah suatu kaji kehidupan secara terperinci untuk membuka akal dan hati kita melalui firman ALLAH Subhana wa Ta’ala yang berbunyi :

Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah. Adz-Zaariyat : 049.

Tak perlu sangsi dengan ketertuanNya, kerana Dia tahu yang terbaik untuk kita. Paling penting kita jalani kehidupan kita sebagai muslim sejati. Kita berusaha, bertawakal dan berserah pada Allah soal jodoh kita. Bukankah Allah sudah menjanjikan kepada hamba-hambaNya bahwa lelaki yang baik akan mendapatkan wanita yang baik pula? Kecuali sebagian kecil diantaranya untuk dijadikan pembelajaran bagi hambaNya.

“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)

Kaum hawa yang acik hormati sekalian, boleh jadi Allah menunda waktu kamu untuk bertemu dengan jejaka idaman karena persiapan kita yang belum matang untuk memasuki dunia tersebut, boleh jadi dari diri kita masih banyak hal yang harus kita perbaiki terlebih dahulu. Maka perbaikilah dirimu menjadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik lagi.



Senantiasa berdoa khususnya di waktu-waktu mustajab.

Jangan malu atau malas untuk berdoa kepada Allah agar memudahkan jalan kita menuju. Jika kamu meletakkan kriteria khusus mengenai pasangan kamu nanti, maka sampaikanlah kepada Allah. Sebagai contoh, nak muka orang yang tinggi ,kulit itam manis dan sebagainya. Maka pilih waktu-waktu utama agar doa kita lebih mustajab, seperti saat hujan turun, ketika kita sedang melakukan perjalanan, atau sebagainya.

Jika kita sudah merasa siap dan nak segera untuk menikah, maka tambah pengetahuan kamu tentang dunia alam perkahiwnan, sebagai contoh apa tugas sebagai seorang isteri, dosa-dosa seorang isteri dan dan sebagainya. Jika ikhtiar sudah dilakukan, doa sudah dipanjatkan, maka lengkapilah dengan sabar dan tawakkal. Kuatkan keyakinan kita bahwa jodoh itu akan Allah pertemukan pada waktu yang tepat, Insya Allah. Allah itu sebaik perancangan yang kita ketahui dan dia akan hantarkan selayaknya seseorang itu untuk kita.



]]>
8 Sebab Kenapa Hati Kita Tidak Tenang. https://redaksi.com/5120-8-sebab-kenapa-hati-kita-tidak-tenang Thu, 07 Feb 2019 16:22:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5120 Sebagai manusia yang khilaf dan menumpang di atas muka bumi yang sementara ini sering sahaja merasakan diri yang tidak tenang. Sudah lah tidak tenang, sukar pula menemui bahagia. Hidup yang sering tertekan sehingga menjadi murung adalah salah satu tanda kita sukar untuk menjadi seorang yang tenang.

Sebagai Muslim, kita perlu mengetahui bahawa 10 perkara ini yang menyebabkan hati kita sukar untuk menjadi tenang…

1. Solat tidak penuh 5 waktu.

Bukan sahaja sering melewatkan solat 5 waktu , bahkan tidak penuh pula. Sering merasakan melakukan solat hanya kerana terpaksa.

“Taknak lah solat kalau tak ikhlas, buat apa?”

Jika sering beranggapan sebegini, lama-kelamaan sudah menjadi kebiasaan. Apabila sudah menjadi biasa, memang semakin berat untuk kita lakukan solat yang wajib ini. Oleh kerana itu, kita menjadi semakin malas untuk memenuhkan solat 5 waktu. Semakin malas untuk kita lakukan solat, semakin hati merasa tidak tenang.

2. Tidak berusaha melakukan solat sunat.

Kalau solat wajib pun sukar untuk dilaksanakan, apatah lagi solat sunat. Melakukan pelbagai solat sunat, menandakan kita ini adalah hamba Allah yang mahu taat kepada-Nya, dan bukan pada yang lain. Solat sunat juga adalah penanda aras, kita sentiasa beringat kepada-Nya dan mengharapkan bersyukur dengan pemberian nikmat-Nya.

3. Lupa nak berdoa pada Allah SWT.

Apabila tidak solat, sudah pasti kita tidak berdoa. Sombongnya kita pada Allah untuk berdoa, padahal melalui berdoa lah kita berkomunikasi dengan-Nya.

4. Lupa nak bersyukur dengan rezeki yang diberi.

Apabila tidak solat dan tidak berdoa, sudah tentu ia menandakan kita tidak bersyukur dengan segala rezeki dan nikmat yang diberi. Jika benar kita bersyukur pada-Nya, dengan melalui apa kita bersyukur sedangkan solat dan berdoa pun kita ralat nak buat?

5. Meluangkan masa lebih pada game bukan dengan Al-Qur’an.

Kelemahan kita pada masa kini adalah aplikasi yang terdapat pada telefon bimbit. Semakin canggih telefon bimbit, semakin banyak game yang boleh kita download. Tetapi Al-Qur’an yang semakin canggih, berwarna-warni dan dalam bentuk digital, tidak pula mendapat sambutan untuk dibaca setiap hari.

6. Sentiasa berkata-kata negatif.

Antara sebab yang lain hati sering merasa tidak tenang adalah, sentiasa melontarkan kata-kata yang negatif seperti carutan, makian dan kasar sehingga mengguris hati individu yang lain. Jika kita membuat hati orang lain tidak tenang dengan kata-kata kita, adakah Allah akan membalas hidup yang tenang pada kita?

Ubah la kata-kata negatif pada positif.

7. Meluahkan perasaan sehingga membuka aib sendiri.

Pada masa kini dengan perubahan zaman, menulis luahan hati di diari sudah bertukar ke sosial media. Jika dahulu kita akan menjadi marah sekiranya ada pihak atau individu yang cuba membaca diari kita, akan tetapi pada masa sekarang seolah-olah tidak malu meluahkan masalah dengan update status di sosial media pula.

Kawal lah dalam meluahkan perasaan, takut terbuka aib sendiri.

8. Tidak pernah bertaubat.

Dan yang paling penting, antara sebab kita sukar untuk berasa tenang adalah memang tidak pernah melakukan solat taubat. Dimana, solat taubat sepatutnya dilakukan setiap hari, kerana secara tidak sedar kita melakukan dosa-dosa kecil yang kita sendiri tidak nampak. Takut nanti, semakin kerap melakukan dosa-dosa kecil, menjadi dosa besar yang sukar diampunkan oleh Allah SWT. Sebab itu, kita berasa tidak tenang.

Ubah Lah Gaya Hidup Kita Untuk Menjadi Seorang Yang Tenang!

]]>
Trend Lelaki Berjambang, Pikat Hati Para Gadis. https://redaksi.com/7029-trend-lelaki-berjambang-pikat-hati-para-gadis Fri, 30 Aug 2019 11:48:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7029 Bagaikan satu trend yang melanda Malaysia di mana orang lelaki mula menyimpan jambang sebagai satu gaya yang terkini. Malah ada juga yang sanggup menyimpan jambang kerana merasakan itu adalah lambang kelakian yang dimahukan oleh wanita. Tidak sekadar menyimpan sahaja tetapi ada yang sanggup menanam bulu di wajah yang sememangnya tidak dijangka oleh ramai orang.

Bukan sekadar trend sahaja sebenarnya jambang ini, tetapi ia bagaikan satu tarikan yang mengejutkan bagi orang wanita. Jika dahulu jambang ini bagaikan tidak kemas atau tersusun pada pandangan mata mereka tapi kini, bila dirapikan dan dijaga dengan elok memang memukau.



Berikutan itu, penyelidik juga merumuskan bahawa adalah bukan satu kebetulan bahawa ramai wanita meminati selebriti terkenal yang berjambang seperti Jamie Dornan, Jake Gyllenhaal dan Chris Hemsworth.

Pemerhatian itu dinyatakan berdasarkan hasil kajian Jurnal Evolusi Biologi, menurut laporan portal berita.

Jurnal itu meminta 8,500 wanita membuat penilaian sejauh mana tarikan lelaki sebagai kekasih berdasarkan sama ada mereka berjambang, sekadar berjanggut atau hanya berjanggut kambing.

Penyelidikan membabitkan sekumpulan lelaki diambil gambar tanpa janggut atau jambang dan selepas lima hingga 10 hari bercukur dan empat minggu berlalu, foto mereka diambil sekali lagi.



Dalam penilaian itu, kebanyakan responden wanita memilih lelaki berjambang sebagai paling menarik diikuti sekadar yang berjanggut.

Lelaki menyimpan janggut kambing adalah yang ketiga menarik dan mereka yang 'berwajah bersih' di kedudukan terakhir.

Kandungan jurnal itu dalam ulasannya mengenai keadaan itu menyatakan: "Pemilik jambang biasanya menyebabkan lelaki dilihat sebagai lebih matang, maskulin, dominan ketika bersosial dan kelihatan agresif.

"Lelaki berjambang mungkin lebih menarik bagi wanita apabila mereka menimbang sama ada menjalin hubungan jangka pendek atau panjang.."

Sudah tentu tidak semua lelaki berjambang dan setiap wanita ada selera tersendiri.

Bagaimanapun, bagi lelaki yang berbulu lebat, mungkin lebih baik tidak perlu guna pencukur lagi.

]]>
Ini Rahsia Bentuk Mata, Bibir Malah Jarak Kening Kita — Anda Patut Baca Analisa Wajah Ini. https://redaksi.com/1490-ini-rahsia-bentuk-mata-bibir-malah-jarak-kening-kita-anda-patut-baca-analisa-wajah-ini Wed, 17 Jan 2018 12:18:55 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1490 Tahukah anda, sejauh mana ketepatan analisis bacaan muka dapat merungkai karakter dan personaliti seseorang? 

NAMA: Jessie Lee, Pengasas Soleil Trinity Resource; sebuah badan konsultan profesional dalam 'Chinese Metaphysics'. 

KEPAKARAN: Analisa Tarot Card reading, Bazi consultation, Palm and Face reading, Konsultasi Feng Shui dan Auspicious Date selection. 



LATAR BELAKANG: Berpengalaman lebih 20 tahun, Jessie berkongsi kepakarannya menerusi sesi konsultasi, bengkel dan kelas baik di dalam atau luar negara, malah pernah mengendalikan sesi di Hong Kong, London, Australia dan Amerika Syarikat. 

APA KATA JESSIE LEE TENTANG ANALISA WAJAH?

"Fokus utama adalah elemen '5 Officers' yang terdiri daripada mata, hidung, mulut, telinga dan kening. Apabila saya melakukan analisis bacaan muka, perkara pertama yang diberi tumpuan adalah aspek keseimbangan. Selain itu, saya juga dapat mengenal pasti adakah wajah seseorang itu mempunyai elemen kekayaan atau sebaliknya. Raut wajah mereka yang berjaya atau kaya lazimnya lebih menyerlah walaupun tanpa solekan. Selain itu, wajah mereka juga lebih flashy," ujar Jessie Lee dalam satu temu bual eksklusif, merungkai rahsia karakter manusia berdasarkan bentuk muka dan elemen-elemen pada wajah. Ayuh kita ikuti kupasan menarik ini. 

No. 1 Mata. 

intrend mata 1

Dalam '5 Officers', elemen yang menjadi fokus utama adalah mata. Ia mewakili elemen api yang menterjemahkan keazaman, kesungguhan, keghairahan, keinginan, impian dan agresif. Malah individu yang berjaya kebanyakannya mempunyai mata yang terang dan jelas antara mata putih dan mata hitam. Malah jika ia seakan bersinar ia menunjukkan seseorang itu tahu apa yang diingini.

Berbeza dengan mereka yang memiliki mata agak kelam, kabur dan suram. Ia menggambarkan sifat kurang kesungguhan, tiada keinginan terhadap sesuatu dan mungkin mencerminkan mereka tidak bahagia. Kebanyakan daripada kita beranggapan kegembiraan itu terletak pada senyuman tetapi sebenarnya ia dapat dilihat menerusi mata. 

Jika anda memiliki mata yang besar dan bulat, lazimnya anda lebih bersifat emosional. Dalam erti kata lain, mereka yang bermata bulat dan besar ini lebih senang meluahkan perasaan. Lebih menarik, lazimnya mereka yang bermata besar dan bulat memiliki ‘peach- blossom eyes’ yakni kecenderungan untuk disukai oleh orang lain lebih tinggi berbanding mereka yang bermata kecil.

Bidang jualan, perkhidmatan atau hiburan adalah antara kerjaya yang sesuai. Lihat wajah artis-artis terkenal. Mereka lazimnya bermata besar dan bulat. Berbeza pula dengan mereka yang bermata kecil dan panjang (small-long-eyes). Mereka teliti, cermat dan berhati-hati malah kelompok individu ini sukar meluahkan perasaan. 

Keseimbangan juga dapat diukur jika jarak antara sepasang mata anda adalah sama dengan panjang sebelah mata. Jika terlalu rapat atau terlalu jauh, ia disifatkan sebagai hilang keseimbangan. Jika jarak terlalu rapat, mereka lazimnya tidak bersifat terbuka, berfikiran sempit dan degil.

Dan, jika mata atau kening terlalu rapat, mereka lazimnya bersifat ekstrem dan berkecenderungan melakukan jenayah atau terjebak dalam aktiviti keganasan. Jika jarak antara sepasang mata terlalu jauh pula mereka lazimnya mudah dipengaruhi oleh orang lain, 'easy going' dan kreatif. 



No. 2 Hidung. 

intrend hidung 1

Elemen kedua dalam ‘5 Officers' adalah hidung yang melambangkan nilai yang ada pada diri anda seperti keyakinan diri. Semakin tinggi, besar dan flashy hidung anda bermaksud semakin tinggilah keyakinan diri seseorang. Dalam skop ini, terdapat 'baseline' yang menjadi ukuran yakni anda tidak boleh mengukur atau melihatnya dalam kalangan kaum yang berbeza.

Misalnya masyarakat Cina tidak boleh membandingkan hidung mereka dengan warga Amerika Syarikat, sebaliknya membuat perbandingan dalam kaum sendiri. Secara umumnya, mereka yang mempunyai hidung yang 'flat' dan kecil menggambarkan sifat yang 'easy going', tidak menyerlah dan kurang keyakinan diri. Selain itu, hidung juga melambangkan tafsiran tahap kesihatan seseorang.

Jika pada pertengahan batang hidung (nose bridge) seseorang lebih gelap warnanya, ia menunjukkan ada masalah kesihatan dalaman yang perlu diberi perhatian. Hidung juga melambangkan tahap kekayaan dan kukuhnya kedudukan kewangan. Contohnya, Pengasas dan Pengerusi Public Bank Berhad, Tan Sri Dato’ Seri Dr Teh Hong Piow, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes. Mereka mempunyai peluang kejayaan yang tinggi dalam bidang yang diceburi. 

No. 3 Mulut. 

intrend mulut 1

Mulut mewakili definisi komunikasi dan sejauh mana anda bisa mempengaruhi orang lain. Semakin besar bentuk mulut anda bermakna semakin kuat daya pengaruh kepada orang sekeliling. Contoh popular adalah personaliti televisyen Oprah Winfrey. Walaupun memiliki bentuk mulut yang besar, namun jika ia tidak dapat ditutup dengan sempurna (masalah gigi tidak sekata) ia tidak dikira tergolong dalam kategori mempunyai daya pengaruh.

Sebaliknya jika bibir bahagian atas dan bawah ditutup dan dibuka dengan sempurna, maka anda sebenarnya mempunyai kecenderungan untuk mempengaruhi orang lain. Mereka yang memiliki mulut yang besar sesuai menceburi bidang utama komunikasi seperti perantara dan jualan. Jika pada bahagian tengah (bibir atas dengan dua sisi bentuk yang jelas) mempunyai lekuk kecil itu tandanya anda bijak dan handal dalam soal perundingan. 

intrend analisi mulut 1_1

Jika bentuk bibir bulat dan tidak terlalu jelas mereka lazimnya tidak boleh berkomunikasi dengan baik. Kemahiran artilukasi kurang baik. Jika anda memiliki bibir atas tebal daripada bibir bawah, ia memberi gambaran anda seorang yang sentimental dan emosional. Jika bibir bawah tebal daripada bibir atas, anda seorang yang realistik, tidak sentimental dan logik.

Jika bibir bawah tebal dan terjuih keluar ia disifatkan sebagi seorang yang suka memutar belit keadaan. Bagi wanita, semakin banyak garis atas bibir ia memberi gambaran anda mempunyai peluang yang baik dalam memperoleh kekayaan dan peluang yang baik dalam hidup. Garis-garis di luar bibir, ia memberi gambaran yang kurang baik, misalnya peluang untuk anda hidup sendirian dan sunyi agak tinggi. 

No. 4 Telinga.
 
 

intrend telinga 1

Telinga pula mewakili elemen maklumat. Jika anda mempunyai sepasang telinga yang besar, tinggi dan sticking-to-the-head; anda adalah seorang yang berdisiplin dan bijak berdiplomasi. Masyarakat dahulu, mempercayai sesiapa yang mempunyai telinga capang lebih memberontak dan tidak membawa perlambangan yang baik. Namun berbeza dengan tafsiran masyarakat hari ini. Mereka yang tergolong dalam kategori ini mempunyai kelebihan tersendiri.

Hal ini kerana mereka lebih terbuka, mempunyai pandangan dan pilihan tersendiri dan suka melakukan apa jua kerja dengan cara mereka sendiri. Mereka juga gemar mencipta sesuatu (pencetus) dan tidak sekadar mengikut-ikut sahaja. 

Mereka yang mempunyai bentuk telinga dan cuping yang besar dan flashy pula dikatakan kelompok yang benar-benar menikmati setiap apa yang berlaku dalam hidup. 

Misalnya menikmati makanan yang sedap, memanjakan diri dan sebagainya. Dan bagi individu yang cuping telinganya tidak mempunyai bentuk dan rapat ke sisi; mereka disifatkan sebagai seorang yang sering bekerja keras tetapi sayang sekali, ada masanya dia terlupa untuk merai dan menikmati apa yang ada di sekelilingnya. 

No. 5 Kening.
 

intrend kening 1

Kening mewakili aspek keterkaitan, perhubungan dan pertalian. Jika bentuk kening anda terletak cantik dan sempurna maka semakin baik dan bagus perhubungannya. Mereka yang bijak dalam aspek ini (well connected) lazimnya memiliki bentuk kening yang sempurna (kening tidak terlalu lebat dan lemah). Bentuk kening yang lemah ialah jika ia terlalu tebal dan lebat memberi definisi tahap kesihatan dan pertalian dalam keluarga terjejas. 

 

 

intrend analisi kening 1

 

Jika bentuk kening tebal dan menonjol, ia adalah baik. Baik dan cantik dalam erti kata setiap rerambut kening menghala ke arah yang sama. Ini bermaksud seseorang itu jelas dalam setiap apa yang dilakukannya. Rangkaian sosial dan hubungannya dengan orang lain juga amat baik. Jika rerambut kening serabut ia secara asasnya menggambarkan anda seorang yang keliru. 

Semakin panjang bentuk kening seorang wanita bermaksud, lebih sentimental jiwa anda juga lebih penyabar terutamanya bagi mereka yang mempunyai kening melengkung dihujungnya. Selain itu, anda juga seorang yang mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, fleksibel dan baik. 

Kening yang lurus dan ada segelintir yang keningnya lurus ke atas pula bermaksud, anda memiliki karakter yang kuat. Dan bagi wanita yang keningnya lebih pendek daripada mata (hujung kening lebih pendek daripada hujung mata) anda seorang yang kurang sabar, karakter yang kuat dan agresif. 



5 Panduan Bentuk Wajah yang Anda Mesti Ambil Tahu.

Barisan selebriti antarabangsa kebanyakannya mempunyai bentuk wajah berbeza yang bisa menterjemahkan pelbagai karakter dan personaliti.  

intrend wajah segi tiga terbalik_1

 

1. BENTUK WAJAH SEGI TIGA TERBALIK.

Bentuk ini juga dikenali sebagai 'wood shape' yakni tajam pada bahagian dagu dan luas pada dahi. Antara pemimpin dunia yang memiliki bentuk wajah ini adalah Barrack Obama. Elemen ini memperlihatkan seseorang itu mahukan pertumbuhan dan perkembangan baik dalam aspek intelektual dan emosional.

Biarpun dilanda kemurungan, mereka masih lagi mahukan sesuatu yang boleh membawa kepada pertumbuhan juga perubahan. Contohnya dalam perspektif karier, jika seseorang itu melihat kerjayanya mendatar, mereka mempunyai kecenderungan untuk berubah-ubah dan tidak kekal pada satu-satu tempat sahaja.

Contohnya, supermodel dan artis. Mereka akan berhijrah, mengembara ke negara lain untuk mencari peluang dan pilihan yang lebih baik. Mereka yang memiliki bentuk dagu tajam adalah seorang yang ceria dan suka berlibur. 

intrend wajah segi tiga


2. BENTUK WAJAH SEGI TIGA .

Bentuk wajah ini lebih tajam pada dahi dan luas pada dagu mewakili elemen api yakni mereka yang memiliki bentuk wajah ini lebih ekspresif, tidak sabar, mempunyai banyak idea dan bersifat 'hands on'.

Lihat juga pada tona kulit anda sama ada ia kemerah- merahan atau sedikit gelap. Jika anda memiliki bentuk wajah ini (fire face), lazimnya anda mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu yang dilakukan. 

intrend wajah bulat

3. BENTUK WAJAH BULAT. 

Ia tergolong dalam kategori elemen air atau 'water face'. Daripada segi tona kulit, adalah lebih baik karakter anda memiliki kulit yang cerah atau keperangan (tan skin). Selain itu mereka yang memiliki bentuk wajah ini seorang yang periang, fleksibel, mesra, bekerja keras, mudah menyesuaikan diri dan tahu menikmati hidup.  

intrend wajah bujur

4. BENTUK WAJAH BUJUR .

Bentuk wajah ini tergolong dalam kumpulan elemen metal (logam) yang lebih bercirikan aspek kepemimpinan dan perlambangannya dalam Astrologi Cina adalah umpama kesatria sementelahan individu ini boleh memimpin dan mengetuai. Mereka yang memiliki bentuk wajah ini berkebolehan dalam soal mengurus, menangani dan menyelesaikan masalah.

Mereka ini lazimnya punya banyak idea dan pantang dicabar. Contohnya, jika diberi sesuatu tugasan, mereka tidak merungut, sebaliknya mereka akan buktikan ia mampu disempurnakan dengan sehabis baik. 



intrend wajah segi empat


5. BENTUK WAJAH SEGI EMPAT.

Bentuk wajah ini mewakili elemen bumi dan kerjaya sukses yang selalu dikaitkan dengan bentuk wajah ini adalah ahli perniagaan atau usahawan. Kajian menunjukkan kebanyakan usahawan yang berjaya lazimnya mempunyai wajah petak berbentuk segi empat. 

Apabila berbicara mengenai skop keusahawanan, ia adalah antara soal keazaman, kesungguhan dan tindakan. Ini kerana bentuk segi empat pada tulang rahang adalah simbolik kepada sejauh mana mereka mampu mengharungi dan bertahan dengan pelbagai kesukaran dan cabaran (aspek fizikal).

Manakala bentuk mirip segi empat pada hujung dahi pula mewakili tafsiran sejauh mana mereka mampu mendepani cabaran daripada aspek pemikiran (mental). Dan menurut kepercayaan Astrologi Cina, mereka yang mempunyai bentuk wajah ini mampu mencapai apa yang diingini. Contoh yang baik adalah usahawan terkemuka, Jack Ma. 

]]>
Rasa Blur Bila Berdepan Dengan Crush Sampai Tak Tahu Nak Bual Apa, Boleh Cuba Topik Ini. https://redaksi.com/6543-rasa-blur-bila-berdepan-dengan-crush-sampai-tak-tahu-nak-bual-apa-boleh-cuba-topik-ini Tue, 16 Jul 2019 16:30:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6543 Bila berdepan dengan seseorang yang kita suka, sudah tentulah kita akan berasa sedikit risau dan bimbing. Malah kadang kala rasa malu juga untuk memulakan perbualan. Yelah, takut-takut kalau si dia itu perasan perasaan korang kan?

Tetapi jika korang nak lebih dekat dan mengenali si dia, buat apa rasa malu dan takut-takut, patutnya korang lebih ke depan untuk pikat hatinya.



Jangan rasa janggal atau tak tahu nak bualkan apa, cuba untuk cari topik perbualan yang menarik yang disukai oleh orang lelaki ini.

Orang lelaki ini mudah sahaja nak tarik perhatian mereka untuk masuk ke dalam topik perbualan, cuma korang kenalah bijak untuk mengawal keadaan nanti. Kalau tak tahu nak kawal nanti boleh timbul rasa bosan malah dia rasa kurang minat.

Ini sedikit idea topik perbualan yang boleh korang gunakan untuk tarik minat dirinya untuk berbual dengan korang.

1. Kegiatan dirinya akhir-akhir ini.

Korang boleh bertanya apa yang dia lakukan akhir-akhir ini, adakah semuanya berjalan dengan lancar atau tidak. Paling kurang pun tanya mengenai perkerjaannya tetapi itu pun jika kalian sudah kenal antara satu sama lain yang agak lama. Kalau hanya kenal sebagai rakan biasa sahaja jangan yanya soalan ini, ia mungkin agak sensitif ye. Hati-hati.

Paling tidak pun korang boleh tanya, aktiviti yang dilakukan pada hari itu. Pastikan sentiasa konsisten dengan apa yang korang tanya itu. Jangan tiba-tiba tukar topik pula.



2. Tanya apa yang dilakukan semasa cutinya.

Kalau dirinya telalu sibuk dengan perkerjaan, apa kata korang cuba tanya apa yang dia akan lakukan sekiranya ada waktu lapang. Korang juga boleh tanya apa yang dirinya mahu lakukan kalau si dia mempunyai masa lapang.

Biasanya mereka ini mempunyai rancang jadi minta dirinya kongsi rancangan tersebut dan korang boleh tambah idea-idea yang menarik untuk dia terus berkongsi.

3. Trend terkini.

Kalau dah tak tahu nak bual apa, cuba lah kongsi trend-trend terkini yang menarik. Boleh je kalau nak cerita pasal gosip artis, movie terbaru ataupun isu semasa. Biasanay topik sebegini akan lebih mudah untuk dibual panjang lebar. Cuba untuk pastikan topik ini menarik dan sesuai dengan diri.



4. Perasaan atau emosinya.

Kadang-kadang kita boleh kenal seseorang yang tidak mempunyai mood yang baik atau terlalu baik. Jadi cuba korang tanya akan keadaan perasaan dan emosinya. Kalau dia sedang gembira, tanyalah gembira pasal apa? Kalau sedih tanya mengapa dia bersedih.

Selepas itu jadilah pendengar setia buat dirinya, sudah tentu lebih mudah untuk korang jalinkan hubungan yang erat nanti. Orang kata nak pikat hati seseorang yang sedang gundah gulana ini lebih mudah. Haa, cuba-cuba lah cucuk jarum.

5. Sesuatu yang menarik di penampilannya.

Orang lelaki ni pun suka kena puji, jadi tak salah kalau korang cuba memujinya untuk tarik perhatiannya. Cuba berbual mengenai penampilannya. Selain itu, cuba lah cakap “penampilan sesuai buat dirinya”, ini lah yang orang lelaki nak dengar sangat sebenarnya.

Nak mulakan satu perbualan ini bukanlah perkara yang mudah sebenarnya. Terutama jika kita ini mempunyai hati terhadapnya. Akan tetapi kalau tak mulakan sampai bila-bila pun korang tak berpeluang nak mendekatinya.

]]>
Sering Mengungkapkan “Semoga Berbahagia Hingga Jannah…”, Tetapi Tahukah Anda Maksud Sebenar Ungkapan Ini? https://redaksi.com/3026-sering-mengungkapkan-semoga-berbahagia-hingga-jannah-tetapi-tahukah-anda-maksud-sebenar-ungkapan-ini Fri, 27 Jul 2018 16:06:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3026 Trend terkini, ramai anak muda bercinta dan ber-couple, malah sering memuatnaik gambar bersama pasangan di sosial media. Caption “Semoga bahagia ‘til jannah”. Berpegang tangan, berpelukan dan bersandar pada bahu teman lelaki. Ratusan komen juga mendoakan pasangan tersebut semoga berbahagia sehingga jannah.


Ungkapan sebegini seperti mencemarkan kesucian Jannah tersebut gara-gara pasangan yang tiada ikatan sah begini. Tidak salah jika mahu mendoakan ayat-ayat yang baik, cuma perlulah kena dengan tempat. Berdoalah ayat yang baik ini pada mereka yang bakal berkahwin dan telah berkahwin, kerana ungkapan ini bermaksud…

1. Untuk membuatkan pasangan memahami tanggungjawab sebenar.

Tanggung jawab sebenar sebagai suami dan isteri. Lelaki tahu peranan sebagai bakal suami dan bapa, manakala wanita tahu peranan mereka sebagai isteri dan bakal ibu. Bukannya untuk pasangan yang belum bernikah untuk bertindak sebagai suami isteri tetapi belum ada ikatan yang sah. Jangan lah salah ertikan ungkapan ini. Ambil tahu tanggung jawab yang besar ini supaya boleh sama-sama ke syurga.


2. Untuk membuatkan pasangan memperkuatkan keimanan kepada Allah SWT.

Sebagai anak muda yang belum berkahwin, jangan lah menyangka dugaan rumah tangga itu mudah. Jangan lah terlalu terpengaruh dengan drama melayu, jika berkahwin dengan lelaki kaya, anda hanya goyang kaki dirumah atau mempunyai orang gaji untuk melakukan apa sahaja urusan rumah tangga. Sehingga lupa peranan sebagai seorang isteri.

Ketika alam perkahwinan lah, hasutan syaitan semakin banyak kerana jika keimanan yang menipis, pasti anda akan mudah terpengaruh, tercela dan ternoda.

3. Untuk mendidik pasangan ke arah Syurga.

Apabila telah berkahwin, ketika ini lah untuk sama-sama mendidik antara satu sama lain menjadi Muslim sejati. Mendidik pasangan tentang ilmu keagamaan dan kekeluargaan yang berlandaskan Islam, seperti mendidik isteri untuk menutup aurat, perbetulkan bacaan dalam solat dan sebagainya.


4. Untuk mendoakan pasangan mendapat zuriat yang baik.

Jika anda mengungkapkan ayat “Semoga bahagia ‘til jannah” kepada pasangan muda yang belum bernikah, apakah maksud ungkapan tersebut? Supaya mereka memiliki anak ketika belum bernikah? Hati-hati dengan ungkapan ini, jangan lupa kata-kata adalah satu doa.

Jadi sudah tentu kita mahukan pasangan yang telah berkahwin mempunyai zuriat yang baik kelak kerana ia adalah pewaris generasi akan datang. Malah ia adalah amanah dari Allah SWT.

5. Untuk mendoakan pasangan sentiasa membuat Amal Jariah.

Ini kerana amal jariah adalah amalan yang dapat membantu manusia di akhirat kelak. Dengan amal jariah seperti bersedekah mampu membuatkan kita sentiasa ingat pada Allah kerana orang-orang yang tidak berkemampuan ini. Jalan kepada Allah SWT menjanjikan  kita untuk mendapat pasangan yang baik, beriman dan bahagia. Insya Allah.


]]>
Bawa parcel sampai terlebih muatan, pekerja J&T tetap gigih demi amanah https://redaksi.com/9689-bawa-parcel-sampai-terlebih-muatan-pekerja-jt-tetap-gigih-demi-amanah Wed, 10 Feb 2021 15:18:38 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9689 Kerana nila setitik rosak susu sebelanga, itulah yang dapat dikatakan mengenai isu akan sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran barangan apabila dikatakan mencampak barang pelanggan.

Walaupun telah tampil membuat pemohonan maaf, namun tidak dinafikan kejadian tersebut sudah menjejaskan sedikit keyakinan pelanggan terhadap syarikat perkhidmatan penghantaran barangan berkenaan.


Bagaimanapun, masih adalah pekerja-perkerja yang gigih memastikan barang sampai dengan selamat ke tangan penerima.



Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, memaparkan seorang perkerja syarikat perkhidmatan penghantaran barangan membawa banyak bungkusan yang penuh kiri dan kanan motosikalnya hingga boleh menganggu penglihatan.



Video yang dimuat naik oleh @ellamustaffa itu turut meluahkan rasa berterima kasih kepada perkerja berkenaan yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. Difahamkan, perkara tersebut sempat dirakam di kawasan Semenyih.

“Pukul 5.00 petang. Semoga staf-staf J&T dan kurier lain tabah. Terima kasih beri perkhidmatan terbaik dan amanah dengan barang customers,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati pengorbanan yang dilakukan oleh perkerja berkenaan, selain turut mendoakan agar rezekinya dimurahkan.

 

]]>
Calon Menantu Pilihan Ibu. https://redaksi.com/477-calon-menantu-pilihan-ibu Mon, 17 Jul 2017 11:56:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=477 Calon Menantu Pilihan Ibu | Bayu malam dirasakan begitu halus menyapa diri, suasana yang tenang sebegini di desa tercinta pasti membuatkan setiap jiwa yang terlena bingkas bangun merujuk kepada bonda tercinta? Aik? Buat apa.. Hrmm. Memandangkan esok adalah hari jadi ibu, maka sempat saya bertanya, bagaimanakah ciri-ciri menantu idaman beliau. Dan ini jawapan yang diberikan;



Sambil menyinsingkan lengan, ibu memulakan cerita ditemani buku Jalan Cinta Para Pejuang karya Salim Fillah. Ibu memang pengemar setia buku-buku tulisan mas Salim.

Katanya…

Menantu pilihan ibu mestilah seperti wanita ini :

Nama gadis mulia ini ialah Nailah Bte Farafishah Al Kalbiyah. Umurnya hanya 18 tahun ketika menikahi Saidina Ustman yang pada ketika itu berusia 80 tahun.

“Apakah engkau tidak keberatan menikahi seorang lelaki yang telah tua bangka?” tanya Saidina Ustman

Nailah tersenyum dan menunduk sambil berkata

“Saya termasuk wanita yang lebih suka memilih suami yg lebih tua”

“Tapi aku telah jauh melampaui ketuaanku?” Nailah kembali tersenyum sambil berkata “Waktu mudamu telah dihabiskan bersama-sama Rasullah saw dan itu jauh lebih aku sukai dari segala-galanya”



Waktu berlalu. hari berganti hari dan masa berganti masa, hasil perkongsian hidup itu mereka telah dikurniakan dua orang puteri, Maryam dan Anbasah bte Utsman. Dari saat pernikahan itu, Nailah tetap setia bersama suami tercinta. Hingga pada suatu ketika, saat Saidina Ustman mahu dibunuh pemberontak, Nailah tetap setia disamping suaminya itu dan mempertahankannya dengan tubuhnya sendiri. Dia rela merebahkan tubuhnya untuk melindungi suaminya itu. Subhanallah..Sehingga diceritakan jari jemarinya yang tulus itu terputus dek terkena libasan pedang pemberontak. Ketika akhirnya Saidina Ustman wafat dalam kemuliaan, Mu’awiyah menghantar utusan utk meminang Nailah. tetapi apa jawabannya?

“Tidak mungkin ada seorang manusia yang mampu mengantikan kedudukan Ustman dalam hatiku”

Kisah Fatimah bte Abdul Malik.

Ibu menyambung ceritanya lagi sambil mengesat-ngesat kedua biji matanya yang sedikit berair. Penuh emosi ibu bercerita kali ini. Macam anaknya ini mahu berkahwin esok hari sahaja lagaknya;

Ibu juga mahu calon wanita ibu nanti seperti wanita ini, nama wanita mulia ini adalah Fatimah b. Abd Malik, isteri kepada khalifah Umar B. Abd Aziz. Suatu saat Fatimah tersenyum mengenang kembali kisah sewaktu Umar duduk di sampingnya sambil berbisik lembut.

“Apakah engkau keberatan sayang, bila permata yang sedang engkau pakai ini kita taruh dalam sebuah kotak lalu kita masukkan ia ke dalam Baitul Maal?”

Fatimah tiba-tiba terkejut. Ia menatap lelaki yang amat dicintainya itu. Disentuhnya permata yang terpakai kemas di lehernya itu. Permata itulah satu-satunya perhiasannya yang masih tinggal. Ia sangat menyayanginya. Permata yang penuh kenangan. Permata itu hadiah ayahnya Khalifah Abdul Malik B. Marwan, merangkap bapa saudara Khalifah Umar Abd Aziz di hari pernikahan mereka.



“Terlebih dahulu”, kata Umar, “Aku akan membelanjakan simpanan Baitul Mal yang lain, dan kalau sudah habis barulah akan kugunakan permata itu untuk kepentingan kaum muslimin”

Fathimah akhirnya tersenyum. Dibukanya pengait kalungnya. Diserahkannya permata itu ke genggaman suaminya. Dan ‘Umar, dengan tubuhnya yang mulai kurus memeluknya tanpa kata. Mesra dalam dakapan. Fathimah tahu ertinya. Seolah-olah ia mendengar suara lembut ‘Umar, “Terima kasih atas kesetiaanmu padaku di jalan yang penuh dengan kesulitan ini. Semoga Allah mempersatukan kita dalam kehidupan yang lebih indah di sisiNya”

Sampailah pada suatu ketika, Khalifah Umar B. Abd Aziz wafat dan adik Fathimah yang bernama Yazid ibn Abd Malik mengantikannya sebagai khalifah, ujian kesetiaan itu datang. Yazid yang tahu perhiasaan itu kesayangan kakaknya membawa kembali permata itu. Dengan penuh sayang diletakkannya permata itu di genggaman tangan kakaknya. Fathimah mengeleng sambil tersenyum.

“Aku telah menjauhinya ketika ‘Umar masih hidup. Bagaimana mungkin aku berdekat-dekat dengannya ketika ‘Umar telah tiada?”

Allahu Allah..

Kali ini aku yang menangis mendengar kisah ibu. Ibu lalu menyambung kembali kisahnya..

Kisah Siti Hajar.

“Mengapa kau tinggalkan kami wahai suamiku?” seru wanita itu penuh tanda tanya. Lelaki itu Ibrahim a.s diam tidak menjawab. Ia hanya berhenti sejenak, menghela nafas dalam-dalam menahan esak.

“Mengapa kau tinggalkan kami wahai suamiku?”

Yang ditanya tetap lagi mendiamkan diri. Dalam hatinya berkecamuk sejuta rasa. Dia berasa sangat bersalah meninggalkan isteri dan putera yang dicintainya itu berseorangan di padang pasir penuh gersang. Dia yang menanti-nanti kelahiran buah hati berpuluh tahun lamanya. Dia yang melalui malam-malamnya dengan doa-doa, memohon agar ada tangis kecil yang memecah kesunyian rumahnya. Kini Allah telah memberikan anugerah itu Ismail. Dan kini, Allah tiba-tiba memintanya meninggalkan Ismail dan ibunya di tanah tidak berpenghidupan ini. Ia akan merasa sepi lagi. Ia akan dilanda khawatir tak bertepi. Tetapi apakan daya seorang hamba ? Dan mengapa harus dia berprasangka sebegitu pada Allah? Ya, ia redha dengan perintahnya. Hanya saja ia tidak sanggup menjawab pertanyaan isterinya itu, Siti Hajar. Hatinya gerimis.

“Apakah ini perintah Allah?” Tiba-tiba wanita itu mengubah pertanyaannya.Ibrahim a.s terkejut. Ia berhenti sesaat lalu berbalik. Menatap wajah isteri dan anaknya itu dengan penuh rasa kasih dan sayang.”Ya” Katanya. Helaan nafasnya panjang dan berat. “Ini perintah Allah”

Mereka berpelukan. “Kalau ini perintah Allah”, kata wanita solehah itu sambil berbisik di telinga suaminya, “Dia sesekali tidak akan pernah menyia-nyiakan kami”

Allahu Allah…

Dan ciri yang terakhir kalau boleh, menantu ibu mestilah seperti wanita ini..



Kisah Siti Khadijah.

Ibu mahu agar bakal menantu ibu nanti mampu menjaga kamu, umpama Siti Khadijah menjaga suaminya Muhammad saw. Meski, Siti Khadijah berselisih umur yang agak jauh dengan Baginda saw, namun hadirnya ke dalam diri Rasulullah saw, tentu bagaikan ibu yang penuh kasih ketika kekanakan seorang lelaki sesekali hadir memberi warna. Seorang janda yang begitu teguh hati, penuh pengalaman hidup, dan matang tentu membuat Muhammad saw merasa seperti memiliki kawan seiring dalam meraih kedewasaan dan kemuliaan pekerti. Siti Khadijah seolah hadir menjadi sebahagian scenario Allah dalam mempersiapkan kerasulannya. Siti Khadijah juga hadir di saat yang genting dalam hidup beliau. Ia menunaikan tugasnya mendampingin Rasulullah di masa-masa yang berat, ketika dakwah ditindas, ketika risalah ditentang keras, dan sahabat-sahabat Rasulullah saw mengalami penyiksaan dan penganiayaan yang tak terperi. Khadijah hadir dengan jiwa dan hartanya untuk membenarkan, membela dan menjaga beliau dari para pencaci, pendengki dan musuh dakwah. Cinta Khadijah menghangatkan beliau ketika angin cubaan membekukan. Cinta Khadijah mententeramkannya ketika gelisah dan ketakutannya meraja. Cinta Khadijah menguatkannya ketika lelah dan lemah mulai menyerang urat sarafnya. Ketika Rasulullah menerima wahyu pertama, ada perjuta gejolak dalam perasaan beliau. Sedih, binggung, cemas, gelisah, khawatir dan tertekan. Rasanya ingin menjatuhkan diri dari ketinggian gunung.

“Tiba-tiba aku berlutut”, kata Baginda Nabi, “Kemudian sendi kakiku mulai longlai. Aku berjalan merayap, sementara seluruh tubuhku bergetar keras. Cepat-cepat aku masuk menemui Khadijah, ‘Selimutilah aku, selimutilah aku”. Akhirnya rasa takutku beransur-ansur hilang.

Kemudian laki-laki yang memanggilku tadi datang lagi seraya berkata, “Ya Muhammad, engkau adalah utusan Allah” Mendengar itu aku berasa takut kembali dan rasanya aku ingin menjatuhkan diri dari ketinggian gunung. Mendadak, laki-laki itu menampakkan dirinya seraya berkata, “Ya Muhammad, aku Jibril dan engkau Rasulullah.

“ Lalu, ia membimbingku. “Bacalah !” Katanya.

“Aku tidak bisa membaca… “

Ia lalu mendakapku hingga tiga kali berturut-turut, hingga aku merasa letih sekali. Laki-laki itu berkata lagi, “Iqra’ bismi Rabbikal ladzi khalaq”. Kemudian aku mengikuti bacaan itu dengan baik. Setelah itu aku pergi kepada Khadijah. Aku sangat takut sekali, aku ceritakan segala yang telah aku alami. Dengan penuh kepercayaan dan kasih sayang ia berkata “Tidaklah demikian… Dengarlah! Demi Allah, bergembiralah… Ia tidak akan merendahkan dan menghinakanmu sedikit pun. Demi Allah! Kerana engkau selalu menyambung silaturrahim, jujur dalam berkata, menunaikan amanah, suka menerima tetamu, tabah dalam derita, dan suka menolong orang yang dilanda musibah!

Begitulah, rasa tenteram serta kasih sayang tulus dan perhatian yang diberikan Khadijah telah menjadi kenangan tak tergantikan dalam hidup Rasulullah. Selimut kenangan yang diberikan Khadijah menjadi memori kemesraan yang mententeramkan. Sering, Beliau menyebut dan mengenangnya. Senantiasa Beliau menyambung silaturrahim dengan teman-teman Khadijah dii saat perempuan mulia itu telah mendahului. Begitulah riwayat mencatatkan.

Sobs-sobs..

Bunyi tangisan ibu semakin kuat. Dalam esak ibu berkata

“Justeru, seperti itulah calon menantu pilihan ibu. Biar tidak pandai memasak, tidak pandai menjahit, tidak pandai berbuat kerja dapur, tetapi dia adalah seorang wanita solehah yang baik agamanya “

Engkau anakku, bukannya mahu mencari orang gaji, tetapi mahu mencari calon isteri. Maka, pilihlah yang beragama. Berpeganglah pada hadis Nabi ini, maka engkau akan berbahagia.

“DINIKAHI WANITA ITU KERANA EMPAT PERKARA, KERANA HARTANYA, KETURUNANNYA, KECANTIKANNYA DAN AGAMANYA. MAKA PILIHLAH YANG BERAGAMA, NESCAYA KAMU AKAN BERBAHAGIA” (HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM).

]]>
EX Anda Belum Move On? Ini Lima Tanda Si Dia Masih Berharap Pada Anda. https://redaksi.com/1784-ex-anda-belum-move-on-ini-lima-tanda-si-dia-masih-berharap-pada-anda Thu, 29 Mar 2018 09:29:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1784 Apabila satu hubungan itu tidak kesampaian, pilihan terbaik adalah perpisahan. Namun setelah berlaku perpisahan mungkin salah seorang dalam perhubungan tersebut akan merasa menyesal dan ingin kembali bersama tetapi masih mengekalkan ego yang tidak mahu menyatakan hasrat hatinya. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perbuatan yang boleh dilihat untuk menangkap bahawa si dia masih belum move on dari perhubungan lama.



1. Ingin berkawan kembali.

Bila anda dan dia telah menyatakan kata putus dalam perhubungan itu tetapi tiba-tiba si dia datang kembali dan memberi alasan ingin berkawan dengan anda, itu adalah tanda si dia masih belum move on dari anda. Hal ini kerana, satu perhubungan yang tidak kesampaian pasti sukar jika ingin menjalankan persahabatan apabila sudah tidak sefahaman.

2. Kerap memberi pesanan (SMS).

Dalam mengekalkan jarak sebagai rakan anda, si dia juga kerap memberi pesanan melalui SMS, dan WhatsApp. Ha, ini menandakan si dia masih berharap anda sedar akan kehadirannya. Di samping itu juga, si dia mengganggu anda di media sosial miliki anda dengan memberi komen seperti perhubungan anda tidak ada yang berubah.

3. Imbas kembali kenangan.

Di samping itu juga, si dia juga mula mengimbas kembali kenangan anda bersamanya. Sebagai contoh tabiat yang anda lakukan ketika anda makan bersamanya. Tidak pun si dia cuba mengimbas tabiat buruk anda dengan menunjukkan bahawa hanya si dia sahaja yang memahami anda.

4. Ingin tahu gerak geri.

Si dia juga cuba mencari tahu mengenai gerak geri anda yang dilakukan seharian. Apa yang anda buat dan dengan siapa anda keluar pada hari ini. Kalau boleh si dia ingin tahu sebagaimana dia menjadi orang penting dalam hidup anda.

5. Rasa cemburu jika anda dalam perhubungan baru.

Apabila si dia dapat mengetahui ada sedang berkenalan rapat dengan seseorang. Si dia mula menunjukkan rasa cemburu dan melakukan pelbagai cara untuk menggelakkan anda jatuh ke tangan orang lain. Mula mengacau perhubungan baru anda dengan menjadi orang ketiga antara anda dan pasangan.

Apa yang perlu dilakukan?

Jika terdapat tanda-tanda tersebut, ini bermakna pasangan anda itu masih berharap kepada anda. Jadi hanya anda sahaja yang mampu membuat keputusan mengenai perhubungan anda dengannya. Jika anda mahu menambah minyak pada api cintanya yang masih belum hilang itu, anda mungkin perlu menjadi rakannya. Jika tidak jangan pernah memberinya ruang untuk mendekati anda.

]]>
Pernah diminta suami berhenti chcek kehamilan kerana berkali-kali negatif, isteri beri kejutan kit positif bikin sebak https://redaksi.com/9710-pernah-diminta-suami-berhenti-chcek-kehamilan-kerana-berkali-kali-negatif-isteri-beri-kejutan-kit-positif-bikin-sebak Fri, 12 Feb 2021 16:41:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9710 Mana-mana pasangan suami isteri tentunya mahukan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga malah penguat hubungan.

Terutama pasangan yang menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ) tentu mahukan cahaya mata sebagai peneman dikala berjauhan dengan pasangan, sedikit sebanyak tidak lah begitu sunyi.


Berdasarkan video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, memaparkan seorang lelaki lengkap berpakaian seragam tentera sebak menerima kejutan daripada isterinya sebelum memeluk isteri sebagai tanda gembira.



Menerusi laporan Mstar, Nurafidah Ahmad Yusof dan pasangan telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2019, dan sejak berkahwin mereka berjauhan.

“Sejak berkahwin, dugaan PJJ adalah perkara biasa apabila suami yang bertugas sebagai pegawai tentera perlu bertugas di luar kawasan. Pernah dalam enam bulan tu, dua kali je suami balik ke rumah.

“Saya pula adalah suri rumah sepenuh masa kerana suami mahu saya memberi tumpuan pada rumah tangga dan rancangan kami mendapatkan anak,” kongsinya.

Mesra dengan panggilan Effy, dia menyatakan bahawa rezeki tidak memihak kepada mereka sepanjang tempoh dua tahun perkahwinan.

“Setiap kali saya lewat datang bulan, saya yang paling nervous sebab akan periksa sama ada saya hamil atau tidak. Memang menjadi tanda tanya.

“Setiap kali ujian kit negatif tanda saya tak hamil, setiap kali itu juga saya dan suami menangis kerana sentiasa berharap,” ujarnya.

Menurutnya, suaminya juga pernah meminta untuk tidak lagi membuat pemeriksaan apabila lewat datang bulan tetapi jangan berhenti berdoa.



Bagaimanapun, sekali lagi dia mengalami lewat datang bulan namun dibiarkan sahaja, akan tetapi suaminya pula alami mual, pening, muntah dan tak sedap badan.

Tambahnya ketika itu dia tergerak hati lakukan pemeriksaan malah terkejut apabila kit menunjukkan dua garisan tanda hamil.

Bagaikan tak percaya, dia melakukan pemeriksaan sebanyak tiga kali dan merancang untuk buat kejutan pada suami bagi memaklumkan bahawa dirinya hamil.

Jelasnya, walaupun suaminya berpangkat kapten namun suaminya berhati lembut lebih-lebih lagi berkaitan anak.



Dalam pada itu, Effy juga masih menyimpan 11 kit ujian kehamilan dengan keputusan negatif sehingga kini malah bersyukur kerana Allah makbulkan hajat mereka untuk dikurniakan zuriat.


]]>
Adakah Bahasa Inggeris Perlu Menjadi Keutamaan Dalam Mendidik Anak-Anak? Jom Baca. https://redaksi.com/4802-adakah-bahasa-inggeris-perlu-menjadi-keutamaan-dalam-mendidik-anak-anak-jom-baca Tue, 08 Jan 2019 11:50:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4802 Pada masa kini, ibu bapa berlumba-lumba untuk memiliki anak kecil yang fasih berbahasa inggeris. Kalau ada anak kecil yang fasih berbahasa inggeris, ibu bapa mana yang tak bangga, kan? Habis dicanang cerita ini ke seluruh dunia. Mendidik anak-anak berbahasa inggeris seperti menjadi keutamaan dalam keluarga walaupun pada asalnya, para ibubapa tidak lah fasih mana pun.

Adakah memang menjadi keutamaan berbahasa inggeris dalam keluarga masa kini? Adakah dianggap kolot sekiranya anak-anak kecil tidak fasih dan gagal berbahasa inggeris dikalangan rakan-rakannya?

Jom lihat perkongsian dari Puan Ruby Atika, kaedah untuk mendidik anak berbahasa inggeris dengan betul, dan antara kesan-kesan yang bakal membuat anak kecil menjadi keliru dan lambat bercakap…

********

Otak kanak-kanak serap seberapa banyak pun bahasa yang didedahkan. Belajar banyak bahasa, tidak menyebabkan lambat bercakap.

Anda boleh ajar anak pelbagai bahasa sejak bayi atau nak perkenalkan bahasa kedua apabila dia sudah mahir bahasa pertama. Mana-mana pilihan pun boleh.

Anda boleh ajar anak bahasa ikut hari, lokasi atau orang:

Contoh, hari Isnin cakap BM, Selasa cakap BI, Rabu cakap Mandarin.

Contoh, di sekolah cakap Mandarin, di rumah cakap BI, di rumah Tok cakap BM.

Contoh, ayah guna BM, mak guna BI.

Bahasa yang lebih dikuasai dan digunakan oleh anak, dipanggil bahasa dominan. Semakin kerap digunakan dalam aktiviti seharian, semakin dominanlah bahasa itu di dalam otak anak.

Tapi jika anda mengajar anak untuk gunakan kesemua bahasa setiap hari, maka anak anda juga akan dapat gunakan kesemua bahasa tersebut dengan lancar dan baik.

Bahasa rojak / code-switch adalah normal bagi pengguna pelbagai bahasa. Ia TIDAK dianggap kecelaruan atau masalah pertuturan bahasa. Cukup sekadar ibubapa menggalakkan anak guna ayat penuh dalam 1 bahasa.

Perkembangan pertuturan anak yang diperkenalkan dengan pelbagai bahasa adalah SAMA saja seperti anak yang diperkenalkan 1 bahasa.

Jika anak 1 bahasa bercakap 1 patah pada umur 1 tahun, begitu juga anak dwibahasa.

Jika anak 1 bahasa bercakap 2 patah dalam 1 ayat pada umur 2 tahun, begitu juga dengan anak dwibahasa.

Tetapi jika didapati anak mengalami lambat bertutur, utamakan bahasa dominan dalam keluarga. Bahasa yang ibubapa fasih gunakan bersama anak setiap hari.

Elakkan memberi kejutan perubahan seperti tiba-tiba menghantar anak ke tadika bahasa bukan dominan keluarga. Ini boleh menambah stress kepada anak yang lewat bertutur. Langkah ini meningkatkan risiko untuk anak jadi bertambah keliru pula.

Kes yang saya pernah jumpa :

1) Ibubapa memilih bahasa BUKAN DOMINAN keluarga sebagai bahasa PERTAMA anak mereka.

Contoh, ibubapa bertutur BM di rumah, tapi sedaya upaya mengajar anak bercakap BI sejak kecil.

Kesannya, apabila anak itu sudah masuk peringkat ayat panjang, ibubapa sudah tidak tahu untuk berinteraksi dengan anak sendiri. Bahasa anak pula terhad kepada tahap yang diperkenalkan oleh ibubapa saja.

2) Ibubapa menghantar anak yang LAMBAT bertutur ke tadika yang tidak menggunakan bahasa dominan keluarga.

Kesannya, anak menjadi pendiam di tadika, kurang keyakinan diri dan tidak bercakap dengan cikgu.

Buat ibubapa yang mengajar anak pelbagai bahasa, teruskan usaha anda. Kembangkan potensi otak kiri anak anda.

Gunakan buku cerita setiap hari. Gunakan bahasa-bahasa tersebut dalam rutin harian di rumah. Ibubapa guna, anak akan ikut guna.

Bilakah ibubapa perlu risau?

Jika anak telah masuk 2 tahun, tapi masih tidak bercakap.

Tahukah anda?

Anak umur 2 tahun sepatutnya boleh cakap 25-50 perkataan spontan setiap hari.

********

Semoga Bermanfaat!

]]>
Hilangkan Resdung Dengan Menggunakan Kulit Kayu Manis, Jom Cuba! https://redaksi.com/4713-hilangkan-resdung-dengan-menggunakan-kulit-kayu-manis-jom-cuba Fri, 28 Dec 2018 18:23:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4713 Sesiapa yang mempunyai resdung pasti agak rimas dengan keadaan hidung yang berair, gatal dan juga kerap bersin bukan? Mana tidaknya sesiapa yang mempunyai resdung ini banyak alahannya. Ada yang tak boleh makan pedas, makan makanan laut, ada yang tak boleh kena habuk dan macam-macam lagi lah.

Dah cuba pelbagai rawatan tapi masih lagi tak berkesan. Bukan itu sahaja, segala pertua yang disarakan juga telah dicubanya. Namun begitu, masih tak nampak akan perubahannya. Jadi apa kata anda mula cuba menggunakan kulit kayu manis. Ikuti cara penggunaannya melalui kisah dari saudari Suzy Honey.



"Nampak jijik kan bila dengar? Tu tula yang akak alami. Bau busuk dalam hidung macam bau tahi hidup tu. Tak boleh nak cerita tau. Sampai mula-mula akak marah laki akak. Bau tahi apa dalam rumah ni? Dia duk terkebil-kebil kepelikan tengok perangai bini-bini ku gangster ni. Lama-lama baru akak sedar sebenarnya bau dari dalam hidung..

Resdung akak teruk ke tak?? Tak usah cerita la babe. Bangun tidur macam nak pecah kerongkong duk bersin. Hidung ni kalau boleh cabut pastu akak bawak pergi spa cuci kejap, sental-sental mesti syok. Nak dijadikan cerita, hari tu akak jumpa dengan seorang doktor & dia pon merupakan pakar herba. Ambik peluang la tanya oiii. Sebab tak tahan dah hidung ni gatal macam apa. Sampai sakit kepala akak.

Doktor tu sendiri cakap. Kalau pergi hospital dia just bagi antibiotics untuk matikan kuman. Tapi yela weh, sampai bila nak makan ubat hospital kan? Doktor tu pon ajar akak..

Ambik sebatang kayu manis bakar dia then sedut asap tu. Sedut guna lubang hidung korang tu. Fuhhh mencabar. Sebab kayu manis ni boleh bertindak sebagai antiseptic semulajadi yang boleh membunuh kuman. Si manis ni boleh mengeringkan lendir & bengkak resdung kita ni. Memang pedih tapi serious akak cakap lega sangat hidung. Rasa kosong, nak bernafas pon senang. Dah 4 hari akak amal buat ni, percaya tak?? Bangun tidur dah tak bersin.

Hidung ni rasa bersih & tak gatal weh. Impress giler dengan kayu manis ni.

Kalau yang muka ada parut korang try parut kulit kayu manis ni. Sapu dekat muka. Memang pedih tapi hasil dia wow weh. Parut pudar. So ni lah rahsia resdung akak sekarang. Dah tak de bau tahik. Bau kayu manis pulak dalam lubang hidung."

                       


Jadi buat yang ada resdung ini bolehlah cuba cara ini, mana tahu sesuai dengan anda.

]]>
Pertunangan Disembunyikan, Pernikahan Dihebohkan. Banyak Kebaikan Rupanya... https://redaksi.com/7061-pertunangan-disembunyikan-pernikahan-dihebohkan-banyak-kebaikan-rupanya Tue, 03 Sep 2019 12:32:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7061 Buat mereka yang sudah bersedia menuju ke alam rumahtangga tentu sahaja akan melalui fasa pertunangan dahulu. Fasa ini adalah saat pasangan tersebut untuk saling kenal antara satu sama lain. Namun ada juga pasangan yang memilih untuk tidak bertunang tetapi terus kepada perkahwinan, itu semua bergantung kepada pilihan masing-masing.



Sekarang ini kalau dilihat, majlis pertunangan itu sudah hampir sama dengan majlis pernikahan. Dari segi pelamin, kemah untuk tetamu makan, pakaian yang disertakan berhelai persalinan serta jumlah tetamu yang hadir pada majlis tersebut.

Sebenarnya, majlis pertunangan ini tidak elok untuk diheboh-heboh kepada umum, adalah lebih baik kalau hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang ketahuinya.



‘Pertunangan masih berisiko…’

Walaupun telah nampak seperti satu hubungan yang pasti, tetapi pertunangan ini adalah satu hubungan yang masih lagi berisiko kerana, kalian belum lagi sah sebagai suami isteri malah palbagai kemungkinan akan terjadi.

Ada banyak insiden yang tidak diingini mengenai pertunangan ini, ada yang memutuskan kerana berjumpa dengan yang lebih baik, ada yang tak jadi berkahwin kerana tawar hati dan pelbagai lagi. Walaupun nampak satu perkara yang serius tetapi pertunangan ini sebenarnya masih lagi goyang.

‘Kelebihan bertunang…’

Memanglah ramai yang beranggapan dengan menghebohkan pertunangan ini nanti tunangan anda itu tidak akan ada siapa yang usik atua mahu cuba, namun kalau ditakdirkan itu bukan jodoh anda, maka ia bukanlah jodoh anda.

Namun apa kelebihan jika pertunangan kalian ini disorokkan dari pengetahuan umum? Kelebihannya adalah dapat mengelakkan fitnah serta hasad dengki manusia. Cuba bayangkan betapa bahayanya perkata ini terhadap hubungan yang masih belum kukuh lagi.



‘Cukup sekadar ahli keluarga yang tahu…’

Bukannya bila dah bertunang itu tidak boleh dihebakan tetapi adalah lebih baik kalau hanya ahli keluarga serta saudara mara sahaja yang tahu. Bukan tak boleh hebohkan langsung tetapi cukup sekadar dalam satu kelompok kecil sahaja, itu pun kadang kala akan terbocor juga.

‘Pernikahan itu perlu disebarkan…’

Berlainan pula dengan pernikahan yang telah sah menjadikan kalian sebagai suami isteri. Perkara ini sememangnya pelru dihebakan kepada orang ramai agar dapat menggelakkan fitnah. Sebab itu digalakkan untuk mengadakan majlis walimah atau majlis perkahwinan, di mana ia bertujuan untuk memberitahu orang ramai akan hubungan yang sah serta meraikan suami isteri yang baru.

]]>
Senarai 10 Petanda Seseorang Itu Betul-Betul Sayangkan Kita. https://redaksi.com/1403-senarai-10-petanda-seseorang-itu-betul-betul-sayangkan-kita Sun, 01 Oct 2017 13:59:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1403 Bagaimana untuk mengetahui tanda orang betul-betul sayangkan kita atau tidak? Apa tanda-tanda orang sayangkan kita yang boleh kita ketahui jika dia tidak mengungkapkannya? Kita mungkin masih was-was sama ada dia betul-betul sayangkan kita ataupun dia mungkin kekasih tidak serius dalam perhubungan. lebih teruk lagi jika dia hanyalah seorang lelaki playboy atau perempuan playgirl. Kadang-kadang, kita akan dapat mengetahui sama ada seseorang itu sayangkan kita atau tidak melalui tingkahlaku dan gerak-gerinya terhadap kita. Di bawah ialah sepuluh tanda orang betul-betul sayangkan kita atau tidak, sama ada tanda lelaki sayangkan perempuan ataupun tanda perempuan sayangkan lelaki.



1. Selalu Membuatkan Kita Gembira.

Orang yang sayangkan kita akan sentiasa ada modal untuk membuatkan kita berasa gembira. Dia inginkan kita selalu happy supaya kita dapat melupakan masalah yang kita hadapi. Dia akan rasa sedih jika melihat kita sedih dan sentiasa mencari jalan untuk melakukan sesuatu yang dapat menggembirakan hati kita.

2. Terima Kita Seadanya.

Orang yang sayangkan kita akan menerima kita seadanya tanpa mengira status, pekerjaan atau pangkat. Dia juga menerima segala kekurangan yang ada pada diri kita. Jia anda menemui orang yang sudi menerima segala kekurangan anda, jangan lepaskan dia sebab takut anda akan menyesal suatu hari nanti.



3. Ambil Berat dan Selalu Bertanya Tentang Kita.

Si dia akan selalu bertanya mengenai diri kita dengan kerap. Dia juga akan sering bertanya jika kita ada apa-apa masalah dan dia akan sudi untuk mendengar masalah kita serta berusaha untuk selesaikannya. Dia juga akan selalu bertanya benda-benda yang mungkin dia sudah tahu tapi sengaja tanya untuk berbual-bual dengan kita.

4. Suka Pandang Kita.

Orang yang sukakan kita memang suka pandang kita setiap masa. Jika kita pandang dia balik, biasanya dia akan senyum dengan kita. Dia juga suka pandang tepat kearah mata kita apabila bercakap dengan kita. ainlah kalau dia bencikan kita,jangankan hendak berbual, nak pandang kita pun mesti tak mahu kan.



5. Marah Bila Kita Buat Salah.

Dia akan marah bila kita buat salah, bukan marah yang buatkan kita takut, tapi marah dengan tegur kita dengan nada seperti marah. Kadang-kadang, dia marah sambil senyum pada kita.

6. Suka Bermanja-manja.

Orang yang sayangkan kita biasanya suka bersikap manja dengan kita. Itu juga merupakan cara dia menunjukan bahawa dia selesa bersama dengan kita dan wujud perasaan sayang pada diri kita.

7. Tidak Curang Dengan Kita.

Lagi antara tanda orang betul-betul sayangkan kita sepenuh hati ialah dia tidak akan pernah memasang niat untuk curang dalam percintaan. Bagi mereka andalah segala-galanya dan mereka tidak akan terpikat dengan kekasih lain yang lebih hensem/cantik walaupun digoda.

8. Suka Usik Kita Terutama Bila Kita Bosan.

Apabila kita berasa bosan, dia akan cuba banyak cara untuk menghilangkan rasa bosan kita seperti mengusik kita. Juga kita kita bosan, dia memang suka usik dan bergurau dengan kita dan kebosanan kita akan hilang dengan sendirinya.



9. Cemburu Bila Kita Dekat Dengan Orang Lain.

Anda mesti pernah dengar orang kata cemburu tandanya sayang. Kalau tidak cemburu maknanya tidak sayang. Orang yang sayangkan kita mudah berasa cemburu apabila melihat kita mesra dengan orang lain, lebih-lebih lagi orang yang tidak dikenalinya. Cemburu itu tidak salah asalkan tidak berlebihan.

10. Meminta Maaf dan Memujuk Kita Jika Dia Buat Salah Atau Silap.

Orang yang betul-betul sayangkan kita akan meminta maaf dan cuba sedaya-upaya untuk memujuk kita jika dia melakukan kesilapan. Dia akan berasa sangat menyesal dan berusaha untuk memujuk kita sehingga kita memaafkannya atas kesalahan atau kesilapan yang dilakukannya.


]]>
Lelaki Suka Pakai Baju Ketat Hingga Payah Nak Ambil Wudhuk, Apa Hukumnya? https://redaksi.com/6110-lelaki-suka-pakai-baju-ketat-hingga-payah-nak-ambil-wudhuk-apa-hukumnya Mon, 20 May 2019 13:30:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6110 Sekarang ini bukan hanya perempuan sahaja yang suka memakai baju yang ketat-ketat, lelaki juga tidak ketinggalan untuk memakai baju seperti ini. Ia seolah-olah seperti mengikut trend yang mana lelaki-lelaki ini perlu memakai baju ketat untuk menunjukkan 6pax mereka.

Ehh, ingat semua wanita kagum ke melihat bertapa sadonya mereka itu.

Kalau wanita sememangnya tidak boleh mengenakan pakaian yang ketat malah tidak menutup aurat ini, bagaimana pula dengan lelaki? Mari kita ikuti penjelasannya dari Ustaz Farid Rashidi ini.



Ada terbaca satu komentar di pages menjual baju dan seluar raya lelaki. Tak taulah, nak gelakke nak kasihan.

“Tak berminat langsung. Fit. Sampai berwudhuk pun payah kalau baju macam tu.”

Bila fikir-fikir, betul juga apa yang dikatakan. Yelah, baju kurta, baju melayu sekarang sangat-sangat ketat. Kain pula licin. Bayangkanlah. Eh tak perlu bayang.

Kalau jenis badan berketak-ketak macam ketul bata itu mungkin nampak sadolah kan.

Kena brader yang jenis boroi mengandung 7 bulan? Apalagi yang 9 bulan? Nah, mana nak sorok perut tu. Dah macam watermelon atau buah cempedak di luar pagar ambil galah tolong jolokkan.

Sangat memahaminya.

Sebelum ini ada terviral artikel yang saya tulis tentang keharaman memakai seluar ketat bagi perempuan. Ha ingat tak? Ingat. Bagus.

Dekat artikel itu, adalah beberapa orang bertanyakan pula tentang hal lelaki memakai seluar ketat. Apa hukumnya?

Baik, mari kita semak apa kata pandangan ulama’ mengenainya.

Jumhur ulama’ mengatakan bahawa aurat lelaki adalah pusat hingga ke lutut. Ada pun kaum lelaki memakai seluar ketat maka hukumnya adalah makruh tetapi jika menampakkan bentuk alat sulitnya maka hukumnya menjadi haram (hingga perempuan tengok pun naik syahwat).

Syeikh Soleh al-Fauzan dalam fatwanya menyebut:

“Baju sempit yang mensifatkan anggota badan dan mensifatkan tubuh wanita dan potongan-potongan anggotanya tidak wajar dikenakan, baju sempit seperti ini tidak wajar dipakai bagi lelaki mahupun wanita, akan tetapi wanita itu lebih bersangatan tidak wajar.”
[al-Muntaqa Min Fatawa al-Syeikh Soleh al-Fauzan 3/454]

Bagaimana Pula Lelaki Memakai Seluar Ketat Ketika Solat?

Imam Nawawi di dalam kitab al-Majmu’ berkata:

“Dan jika ia (pakaian itu) menutup warna dan mensifatkan bentuk seperti lutut dan daging punggung dan seumpamanya, sah solat itu jika berlaku penutupan.
[al-Majmu’ 3/176]

Kalau Baju Ketat?

Baju ketat hukumnya tidaklah jatuh haram. Dan ia bergantung kepada niat. Untuk menunjuk-nunjuk hingga timbul kesombongan, tidak dibolehkan. Untuk dimenakutkan musuh di medan perang, diharuskan.

Lagipun bahagian badan lelaki bukan aurat. Cuma kalau baju raya, kurta, baju melayu, jubah nak solat bila ketat sangat manalah selesa nak solat dan beribadah. Apalagi kalau ketat dekat lengan. Senak tengok.

Nak berwudhuk je, kena buka baju. Satu kerja pula nak kena buka baju.

Kasihan jugalah yang jenis perut boroi, asal nak beli baju tak ada saiz.
Wallahhu a’lam.

Jemputlah share, semoga memberi manfaat khususnya buat kaum adam. Juga untuk isteri-isteri yang selalu baik hati 'tolong' belikan baju raya untuk suaminya. So suwit.

#UFR

]]>
“She’s The One…” 6 Tanda Teman Wanita Serius Mahukan Anda Sebagai Bakal Suami. https://redaksi.com/2516-shes-the-one-6-tanda-teman-wanita-serius-mahukan-anda-sebagai-bakal-suami Wed, 13 Jun 2018 10:03:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2516 Apabila dalam proses perkenalan antara lelaki dan wanita, pasti si lelaki akan mengatakan “She’s the one for me.” Tiada siapa yang dapat merasakan perasaan itu melainkan hanya lelaki tersebut. Jadi, bagaimana si lelaki akan tahu teman wanitanya benar-benar serius dengannya..


1. Apabila hati mula berbisik.

Sebagai makhluk Allah SWT, kita dibekalkan dengan satu perasaan yang mampu terdetik pada satu saat di mana ia melibatkan hati dan perasaan. Apabila kedua-dua pihak merasakan sudah cukup serasi bersama, pasti akal fikiran dan hati kita akan terdetik “She’s /He’s the one”

2. Si dia dapat merasakan kesakitan bersama.

Apabila perasaan dan hati mula terdetik bersama, sudah tentu segala kekusutan, kesakitan dan pelbagai kesusahan dapat dirasai bersama. Apabila si dia bersedih, anda juga turut bersedih dan mahu melalui kesusahan itu bersama.

Apabila anda berdua sama-sama dapat berhubung melalui jiwa, itu tandanya anda sudah bertemu dengan teman sejiwa. Jadi jangan lepaskan!


3. Si dia mudah untuk dibawa berbincang.

Anda dan pasangan seperti tidak kisah berkongsi segala cerita dan masalah. Malah memang tiada rahsia antara kalian berdua kerana jika anda memendam perasaan, anda seperti hilang arah. Si dia juga tidak takut untuk bersuara, anda juga seperti mahu mendengar segala masalahnya dan sama-sama mengalah.

4. Si dia mampu membaca fikiran.

Si dia mampu membaca fikiran anda ibarat telepati. Si dia juga tahu apa yang anda akan fikirkan melalui beberapa situasi, langkah yang anda mahu lakukan seterusnya meskipun anda tidak bersuara. Jadi, semuanya seperti berlaku dengan lancar.


5. Si dia yang sentiasa sabar dengan kerenah anda.

Tiada manusia yang tidak pernah marah. Jika anda berdua pasangan sejati, pastinya anda akan tahu mengawal kemarahan dan bukannya melepaskan amarah secara berlebih-lebih sehingga menyakiti hati pasangan. Jika ada pasangan yang sering maki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anda, dia bukan orang yang harus anda berikan kasih sayang.

6. Sentiasa mengalah dan meminta maaf.

Bukan senang untuk menyebut perkataan maaf kepada orang lebih-lebih kepada yang disayangi. Namun, teman sejiwa sebenarnya akan tahu bila tibanya masa untuk minta maaf. Mereka tidak malu untuk mengakui kesalahan dan merendahkan diri asalkan pasangan tenang dan kembali gembira.



 

]]>
“Isteri Cantik Pun Kena Tinggal, Lelaki Mahukan Perempuan Yang Macam Mana Sebenarnya?” https://redaksi.com/3630-isteri-cantik-pun-kena-tinggal-lelaki-mahukan-perempuan-yang-macam-mana-sebenarnya Wed, 26 Sep 2018 12:03:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3630 Sudah ternyata dengan lebih jelas pada zaman sekarang, banyak sahaja perkara yang viral disekeliling kita mengenai ‘perempuan cantik kena tinggal oleh suami’. Ramai yang tidak berpuas hati dengan telahan ini.

Secara peribadi sudah tentu, kita tidak mengetahui apakah punca sebenar kaum wanita ini ditinggalkan, tetapi secara lumrahnya lelaki mahukan wanita seperti berikut…

1. Bersifat keibuan.

Jawapan tipikal setiap lelaki adalah, mahukan wanita yang bersifat keibuan. Apakah maksud mereka dengan ‘bersifat keibuan’ ini? Adakah pandai melayan budak kecil atau bayi semata-mata? Mempunyai perasan kasih sayang dan begitu penyayang pada anak-anak kecil?

Selain daripada mempunyai sifat penyayang, lelaki juga mahukan wanita yang tidak kisah melahirkan zuriat untuk mereka. Lelaki tidak suka sebenarnya mendengar alasan, tidak mahu lagi memiliki anak kerana mahu menjaga badan, atau disebabkan perkara-perkara yang menyekat untuk mereka memiliki anak terutamanya sebab pekerjaan.

Ataupun mahu melanjutkan pelajaran terdahulu, mahu fokus pada ‘study’ kemudian baru fikir pasal zuriat.

2. Senang diajak berbincang.

Lelaki juga mahukan wanita yang mudah diajak berbincang. Bukannya melarikan diri daripada menyelesaikan masalah. Ataupun ramai sahaja kaum wanita bukannya menyelesaikan masalah tetapi menambah serabut lelaki dengan mengungkit masalah silam. Segala kesalahan yang suami lakukan, semuanya diungkit kembali. Perkara sebegini juga, jika terlalu kerap dilakukan oleh para isteri, memang ramai suami mengangkat kaki.

3. Tahu sedikit mengenai ilmu agama.

Jika wanita mahukan lelaki menjadi imam mereka, lelaki juga mahukan pasangan mereka mengetahui sedikit tentang ilmu agama. Jangan pula tidak tahu langsung. Kadang-kala lelaki ralat apabila semua perkara pasangan mahu bergantung padanya, walhal memang sepatutnya lelaki perlu tahu semua perkara.

Akan tetapi, lelaki juga perlukan pergantungan daripada pasangan apabila berkenaan dengan ilmu agama dan ilmu kekeluargaan. Jika mereka terlupa, mereka mahu pasangan yang mengingatkan padanya. Menjadi ‘reminder’ mereka. Agar situasi begini membuatkan suami isteri saling berkongsi ilmu, pendapat dan pengalaman.


4. Kurang mengeluh dan merungut.

“Abang ni takkan semua benda tak tahu…”

“Abang, tak kan senang sangat lupa, baru semalam saya cerita…”

“Haih, abang niiiii…”

Abang, abang, abang….sayang, sayang, sayang tidak henti-henti. Kurangkan merungut dan mengeluh di depan suami. Memang ada sahaja perkara yang mereka tidak mahir, tidak tahu, kadang-kala mereka juga blur, disebabkan tidak mahu menunjuk sisi lemah… mereka sedaya upaya untuk tahu semua perkara.

Jika kelihatan mereka memerlukan pertolongan, ringankan lah bebanan suami anda, bukannya merungut.

5. Yang bijak mencuit hati mereka.

Wanita yang tahu untuk mencuit hati sememangnya dapat menarik perhatian lelaki, malah memikat hatinya juga. Kadang-kala lelaki juga mahukan wanita yang boleh memujuk mereka, apabila mereka merajuk atau dalam keadaan marah. Bukannya semua perkara termasuk memujuk, lelaki sahaja yang perlu memulakan dahulu. Jika lelaki merajuk pun, mereka pula yang perlu memujuk pasangannya.

Jangan lah begitu.

 

 

]]>
Pemanggil radio sebak, 3 bulan pura-pura pergi kerja dari pengetahuan isteri setelah dibuang kerja https://redaksi.com/8622-pemanggil-radio-sebak-3-bulan-pura-pura-pergi-kerja-dari-pengetahuan-isteri-setelah-dibuang-kerja Wed, 30 Sep 2020 09:39:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8622 Wabak Covid-19 yang melanda dunia ini sememangnya memberi kesan kepada ramai orang. Ada yang kehilangan insan tersayang malah ada juga yang kehilangan kerja kerana masalah ekonomi yang membimbangkan.


Tapi setiap orang ujian yang perlu dilalui itu tidak sama, menerusi satu panggilan telefon di Suria fm, seorang lelaki berkongsi satu kisah yang mungkin akan menyentuh hati semua pihak.


Dibuang kerja kerana Covid-19

Topik pada pagi itu mengenai interview telah menarik minat lelaki itu untuk membuat panggilan dan berkongsi kisah yang dilalui. Ingin dikenali sebagai Mat, dia berkata dia adalah seorang suami dan telah dibuang kerja tiga bulan lalu tanpa sebarang notis.

Katanya, dia tidak memberitahu isterinya mengenai situasi yang dia hadapi. Namun begitu, setiap pagi dia masih melakukan rutin yang sama seperti sebelum itu, dengan keluar pagi memakai pakaian kerja tapi dia juga membawa baju persalinan lain untuk kerja hariannya.



Alhamdulillah...

Jelasnya dia rasa serba salah untuk memberitahu isterinya kerana tidak mahu bimbang dan tahu ramai juga berdepan dengan masalah seperti ini. Dia juga lalui perkara ini selama tiga bulan tanpa pengetahuan isterinya.

Alhamdulillah, 14 september lalu dia diterima kerja di tempat yang baru. Tapi lebih sebak bila dia hanya memberitahu isterinya dia ada interview namun, masih tidak berkongsi akan kisahnya dibuang kerja.

Sedikit pesanan dari beliau

Nasihatnya buat mereka yang sedang struggle di luar sana, sesiapa yang dibuang kerja atau sedang mencari kerja untuk percaya pada diri sendiri dan yakin Allah akan membantu.


Tentunya panggilan ini akan menyentuh mana-mana hati pendengar yang mendengar radio saat itu. Kegigihan suami ini dalam melaksanakan tanggungjawab sememang patut dipuji.



 

]]>
Mengapa Kita Sering Kali Takut Untuk Luahkan Perasaan Cinta? https://redaksi.com/3003-mengapa-kita-sering-kali-takut-untuk-luahkan-perasaan-cinta Thu, 26 Jul 2018 22:14:20 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3003 Menyatakan perasaan sendiri kepada orang yang disukai adalah satu perkara yang sukar untuk dilakukan. Tidak kiralah sama ada si dia sudah mengetahui ataupun tidak, ia tetap menjadi perkara yang sukar bukan. Meskipun telah menyusun kata-kata difikiran, ia tetap menjadi perkara yang sukar untuk diluahkan. Berikut adalah sebab mengapa anda sukar luahkan rasa cinta.


1. Perasaan malu.

Sebab utama orang takut untuk menyatakan cinta adalah kerana rasa malu yang dirasainya. Cuba untuk meluahkan kata-kata dalam mesej juga sudah rasa malu bagaimana untuk meluahkan secara berdepan. Ramai yang akan kalah dengan perasaan malu mereka sendiri.

2. Takut ditolak.

Terdapat juga ketakutan untuk meluahkan perasaan hanya keran tidak mampu hadapi kenyataan sekiranya dirinya tolak. Sebab itu ramai yang memilih untuk tidak menyatakan perasaan tersebut bukan. Lebih baik terus simpan perasaan tersebut berbanding merasai kelukaan.

3. Kerana anda seorang wanita.

Bagi anda lelaki sahaja yang berhak memulakan langkah dahulu bagi mengelakkan diri anda digelar pergi mencari timba kan? Bukan itu sahaja, wanita juga biasanya mempunyai perasaan malu yang lebih berbanding lelaki. Sebab itu mereka selalu membiarkan lelaki mengambil langkah terdahulu.


4. Usia yang jauh beza dengan diri anda.

Pasti rasa hormat akan lebih banyak berlaku apabila seseorang yang kita sukai itu mempunyai jurang usia yang jauh dari kita. Terutama jika dia mempunyai banyak pengalaman dalam hidupnya. Tetapi tidak salah untuk mencuba bukan?

5. Kurang keyakinan.

Untuk menyatakan rasa hati ini, ia memerlukan keyakinan yang tinggi maka dengan itu, tidak semua orang mampu lakukannya. Apabila anda berjaya meluahkan perasaan anda, anda adalah seorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi.

Jangan bimbang jika anda tidak mampu menyatakan perasaan sayang anda kepada dirinya. Hal ini kerana, kadang kala perasaan kita itu lebih baik untuk disimpan bukan untuk diluahkan.

]]>
Bagi Mereka Yang Mahu Berkahwin, Jom Ketahui Proses Menjalani Ujian HIV. https://redaksi.com/4361-bagi-mereka-yang-mahu-berkahwin-jom-ketahui-proses-menjalani-ujian-hiv Wed, 28 Nov 2018 14:44:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4361 Bagi bakal pengantin, menjalani proses ujian HIV adalah salah satu langkah yang wajib anda perlu lakukan sebelum ke jinjang pelamin. Bukan hanya seronok untuk terus berkahwin sahaja, tanpa melakukan apa-apa ujian selain dari kursus perkahwinan.

Ujian ini untuk menentukan sama ada anda gagal atau lulus. Sekiranya test HIV anda negatif, maka anda lulus mendirikan rumah tangga tanpa halangan. Namun, sekiranya positif, anda mereka perlu menjalani proses kaunseling dan konsultansi sebelum mereka dibenarkan untuk bernikah.

TIPS: Ujian saringan HIV biasanya berlangsung kurang dari 40 minit. Ianya adalah proses ringkas dan anda boleh ambil cuti setengah hari untuk menjalankan prosedur ini.

Proses semasa menjalani ujian HIV ini, tidak sukar sekiranya anda mengikuti langkah di bawah…

LANGKAH 1. Ujian HIV Perkahwinan Hanya Sah Di Klinik Kesihatan Kerajaan Sahaja.

Ya, hanya pengesahan dari klinik kesihatan kerajaan sahaja yang diterima oleh jabatan agama. Jangan sesekali buang masa dan tenaga anda untuk melakukannya di klinik atau hospital swasta.

LANGKAH 2. Kenal Pasti Klinik Kesihatan Yang Ingin Anda Pergi.

Cuba cari klinik kesihatan yang hampir dengan anda. Telefon klinik terlebih dahulu untuk membuat temu janji. Biasanya klinik kerajaan buka seawal jam 8:00AM – 12:00PM dan 2:00PM – 4:00PM. Untuk mendapatkan senarai klinik kesihatan sila klik di link ini: MOH

Namun, ada juga yang menyatakan anda perlu pergi ke klinik seperti nombor atau alamat yang tertera dalam kad pengenalan anda.

LANGKAH 3. Isi Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan.

Apabila anda tiba ke klinik, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah dengan menantikan giliran anda dan berikan kad pengenalan anda. Selepas itu, anda akan diberikan Borang Pemohonan Ujian Saringan HIV Pra-Perkahwinan  dan Borang Kebenaran Memberi Keputusan Ujian Saringan HIV (mengikut negeri) yang dikepilkan sekali untuk korang isi. Bayaran yang dikenakan adalah RM 1.

LANGKAH 4. Ujian Saringan HIV Melalui Rapid Test Kit.

Apabila borang yang diberikan pada langkah 3 telah diisi. Anda perlu serahkan kembali kepada jururawat yang bertugas. Anda perlu tunggu seketika dan apabila nama anda dipanggil, jururawat akan menggunakan Rapid Test Kit untuk menguji darah anda dan keputusannya boleh diketahui dalam masa lebih kurang 15 minit. Proses ini sebenarnya tidak menyakitkan. Darah anda di ambil dari jari tengah dengan menggunakan lancet needle.

LANGKAH 5. Mengetahui Keputusan Ujian HIV.

Langkah terakhir adalah mendapatkan keputusan ujian. Menunggu keputusan ujian ini tidaklah lama seperti menunggu keputusan SPM. Ianya akan diketahui dalam beberapa minit sahaja. Jururawat akan memberikan anda surat yang perlu diberikan kepada pendaftar nikah anda nanti. Sekiranya keputusan anda negatif (Bebas HIV) anda boleh pulang dengan hati tenang.

Semoga Bermanfaat!

]]>
Sukar Untuk Bangun Pagi? Wanita Ini Kongsikan 15 Cara Mudah Untuk Bangun Pagi. https://redaksi.com/5604-sukar-untuk-bangun-pagi-wanita-ini-kongsikan-15-cara-mudah-untuk-bangun-pagi Wed, 27 Mar 2019 14:42:38 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5604 Ramai dikalangan kita mengaku bukan seorang morning person, lebih-lebih lagi amat sukar bangun pada hari biasa untuk ke pejabat. Namun sebenarnya, ia adalah bergantung pada diri kita sendiri seperti perkongsian dari saudari Nur Aliah ini…

********

Rasakan Sendiri Perubahan Dasyat Bila Kita Fokus Untuk Bangun Solat Sunat Tahajud Ni.

Sini Lia kongsikan 15 cara untuk kita #BangunAwalPagi :

1. Betulkan mindset dan doa. Letakkan azam yang kuat untuk berubah. Ikhtiar hingga kita capai solat sunat Tahajud.

2. Tidur awal. Sebaik-baiknya jam 9.00 malam. Dalam hadis menyebut tentang 1 jam pertama selepas isyak adalah waktu yang sepatutnya kita berehat.

3. Paksa diri juga untuk tidur awal dengan cara tutup lampu, stop main handphone dan tutup wifi. Di sebabkan handphone mata kita akan terbeban melihat banyak perkara tak best di media social dan buatkan kita susah untuk bangun Tahajud.

4. Tahu tak, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8 jam pon. Cukup dengan tidur selama 3 jam je! Dengan syarat waktu itu mesti dari jam 9pm - 12am. Sebab 1 jam waktu itu bersamaan dengan 3 jam waktu kita tidur!

5. Tapi. Kalau nak tidur jam 10pm dan bangun jam 3am pon tak ada masalah. Yang penting cara mana yang kita selesa untuk bangun pada 1/3 malam untuk solat sunat Tahajud.

6. Sebelum tidur buat beberapa #amalan ini. Antaranya :

  • Baca bismillah 21x. Tepuk dekat bantal kita tidur tu dan niatkan supaya Allah kejutkan kita waktu Tahajud. Niat kerana Lillahitaala.
  • Maafkan semua orang sebelum tidur.
  • Cakap dan bayangkan apa yang kita nak capai dalam hidup. Ni tujuan nak install RAS dalam minda kita.
  • Banyakkan istighfar dan selawat.
  • Baca doa sebelum tidur. Ni juga akan bantu kita untuk bangun Tahajud.
  • Mengucap 2 kalimah syahadah.
  • Amaran keras! Jangan tidur lepas tengok movie, baca gosip, tengok instastory artis. Sebab tu la kena tutup terus handphone supaya kita tak pegang dah handphone waktu itu.

7. Paling penting, #DOA minta pada Allah untuk bangun Tahajud. Mintalah. Sebab kekuatan bangun Tahajud ini juga ada pada Dia.

8. Boleh baca doa ini juga “Ya Allah Ya Mumit, Ya Baa'its, Ya Baari', Ya Allah tidurkanku sebagai hambaMu, bangkitkanku di waktu Tahajud untuk sujud dan bermunajat kepadaMu.”

9. Pastikan kita tidur yang #DeepSleep. Iaitu tidur tak mimpi. Tidur dengan hati yang tenang dan hati yang bahagia. Tahu-tahu je dah terjaga pukul 3 ke 5 pagi! Allahu. Memang rasa nikmat sangat.

10. Dah terjaga (sama ada terjaga sendiri atau bunyi alarm), terus ucapkan Syukur Alhamdulillah di sambung dengan 7 kesyukuran kita pada Allah. Lagi banyak kita #bersyukur, lagi banyak nikmat Allah kurniakan.

11. Ambil wuduk, lebih terbaik kalau kita boleh mandi air sejuk pada 1/3 malam.

12. Baru la kita solat sunat taubat, solat sunat tahajud (8 rakaat), solat sunat hajat (minta pada Allah makbulkan permintaan kita, bila-bila masa kita minta) dan solat sunat witir 3 rakaat. Waktu ini la waktu yang terbaik untuk kita menangis senangis-nangisnya hanya kerana Allah!

13. Mulakan zikir yang mudah dulu iaitu 33 Subhanallah, 33 Alhamdulillah, 33 AllahuAkhbar, 10 selawat). Baca Al-Quran atau mengaji walau 1 ms.

14. Bila masuk waktu subuh, buat dulu solat sunat fajar 2 rakaat. Tahu tak 2 rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya! Alangkah ruginya kalau kita terlepas nak buat.

15. Diikuti dengan solat subuh. Kemudian boleh baca surah Yaasin atau surah Al-Waqiah selepas subuh.

Bila Lia jaga solat Tahajud ini, banyak sangat miracle yang berlaku dekat diri Lia sendiri! Antaranya apa yang Lia nak semudah itu je Allah bagi! Baiknya Allahkan?

Sampai tak sedar panjangnya Lia tulis. Tapi ini la amalan yang Lia buat dan Lia ikhlas nak kongsikan dengan korang semua.

********

Semoga Dijadikan Sebagai Panduan!

]]>
Saat Hujan Turun Dengan Lebat, Jangan Lepaskan Peluang Untuk Berdoa. https://redaksi.com/8391-saat-hujan-turun-dengan-lebat-jangan-lepaskan-peluang-untuk-berdoa Fri, 24 Jul 2020 23:40:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8391 Ketika ini, hampir seluruh negara kita sedang menikmati suasana yang sejuk dan menyegarkan. Bila waktu petang saja, hujan akan turun membasahi bumi. Ada yang seronok jika dengan cuaca seperti ini, tidak panas malah terasa nyaman saja.

Pada cuaca seperti ini mungkin akan ada yang berdepan sedikit kesukaran dalam mencari rezeki, bahkan ada juga yang begitu lena dibuai mimpi kerana cuaca hujang sangat selesa untuk tidur. Buat yang tidak dapat mencari rezeki pada ketika ini, jangan mengeluh atau kecewa.


Waktu hujan turun adalah dua waktu terbaik dimakbulkan doa. Ambil kesempatan ini dan menadah tangan memohon apa yang dihajati dari Allah.



Jangan kecewa,

Jangan layan lenanya tidur,

Tetapi berdoalah kepada Allah.

Hujan itu Rahmat Allah

Dikatakan salah satu rahmat Allah ialah ketika hujan dimana DOA yang dimakbulkan oleh Allah s.w.t apabila hamba-hambanya berdoa.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Berdoalah pada waktu mustajab iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun...” (HR: abu Dawud)

“Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu doa ketika azan dan doa ketika waktu hujan.” (HR: Hakim)

“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembir, mendahului kedatangan rahmatNya (hujan), sehingga apabila angin membawa awan mendung, Kami halakan ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujang di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai jenis buah-buahan. Demikianlah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran...” (QS: Al- A’raf: 57)

Doa ketika hujan

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksudnya: “Ya Allah Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.” [Riwayat al-Bukhari (1032)]

Ya Allah... banyaknya nikmat yang Engkau berikan. Alhamdulillah.



]]>
Penjelasan Mengenai Menyusukan Anak Ketika Berwuduk Atau Ketika Melakukan Solat. https://redaksi.com/4711-penjelasan-mengenai-menyusukan-anak-ketika-berwuduk-atau-ketika-melakukan-solat Fri, 28 Dec 2018 16:45:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4711 Soalan:

Adakah menyusukan anak membatalkan wudhu?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW. Sebelum dijelaskan hukum bagi permasalahan ini, dibentangkan di sini terlebih dahulu takrif mahram.

Perkara-perkara yang membatalkan wudhu’ telah disebut dalam kitab-kitab fiqh, dan ia diletakkan dalam satu bab yang khusus.

Menurut Syeikh Salim bin Sumair al-Hadhrami dan Syeikh Hasan bin Ahmad al-Kaaf, ada empat perkara yang membatalkan wudhu:

  • Keluar sesuatu dari salah satu saluran qubul dan dubur.
  • Hilangnya akal disebabkan tidur , kecuali tidur yang tetap punggungnya.
  • Bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita dewasa ajnabi tanpa lapik.
  • Menyentuh qubul anak adam atau lubang duburnya dengan tapak tangan atau jari-jemari bahagian dalam. (Rujuk Al-Mujtaba fi Syarh Safinah al-Naja, hal. 38 dan Al-Taqrirat al-Sadidah, hal. 100-103)

Turut dijelaskan juga bahawa segala benda yang keluar dari selain dua kemaluan depan dan belakang, jika bukan benda najis, tidak dianggap sebagai hadath (pembatal wudhu) menurut kesepakatan para ulama. (Rujuk Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 17/113)

Maka dalam hal ini kita dapati, menyusukan anak TIDAK termasuk dalam perkara yang membatalkan wudhu’.

Wallahu a’lam.

********

Berkenaan dengan bayi yang mahu menyusu ketika solat pula;

Sekiranya di pertengahan solat tiba-tiba anak menangis mahu menyusu, lihat baki solat kita. Sekiranya masih panjang lagi untuk dihabiskan solat, lebih elok menyusukan anak terlebih dahulu kerana takut anak begitu haus untuk menyusu.

Jika tinggal lagi satu rakaat, atau memang sudah dipenghujungnya, seeloknya habiskan solat dahulu.

Disini kita perlu lihat, tangisan anak pasti membuatkan para isteri yang sedang melakukan solat tidak khusyuk. Maka, sekiranya tidak khusyuk melakukan solat terutamanya terdengar tangisan bayi, haruslah berhenti kerana solat perlu dilaksanakan dengan khusyuk. Ketika berhadapan dengan-Nya ketika solat, hati dan minda perlu fokus pada-Nya, malah tidak mudah terganggu.

Daripada Aisyah R.anha, Rasulullah SAW:

إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلاَةُ وَحَضَرَ العَشَاءُ، فَابْدَءُوا بِالعَشَاءِ

Maksudnya: Apabila solat hampir dilaksanakan lalu didatangkan makan malam, maka mulakan dengan makan malam.

[Hadis riwayat al-Bukhari (no. 5465)]

Hadis ini menunjukkan bahawa matlamat solat adalah untuk mendatangkan khusyuk. Justeru perlu dihilangkan perkara yang mengganggu khusyuk sebelum solat.

Dan Rasulullah SAW telah bersabda, bermaksud:

إِنِّي لَأَدْخُلُ فِي الصَّلاَةِ وَأَنَا أُرِيدُ إِطَالَتَهَا، فَأَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ، فَأَتَجَوَّزُ فِي صَلاَتِي مِمَّا أَعْلَمُ مِنْ شِدَّةِ وَجْدِ أُمِّهِ مِنْ بُكَائِهِ

Maksudnya: Sesungguhnya aku sedang berada dalam solat dan aku ingin memanjangkan solat itu, kemudian aku mendengar suara tangisan bayi, justeru aku ringkaskan solatku kerana aku tahu betapa terkesannya perasaan ibu (yang menjadi makmum Nabi – pent.) itu mendengar anaknya menangis.

Hadis riwayat al-Bukhari (no. 709)

Hadis ini menunjukkan hati ibu perlu tenang dan tidak terganggu dangan tangisan bayi, perasaan rimas dan gusar kerana anaknya lapar.

Semoga Bermanfaat!

]]>
Lakukan 4 Perkara Ini Apabila Anda Merasa Ragu-Ragu Terhadap Pasangan. https://redaksi.com/3379-lakukan-4-perkara-ini-apabila-anda-merasa-ragu-ragu-terhadap-pasangan Wed, 29 Aug 2018 14:26:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3379 Setelah menjalinkan hubungan dengan seseorang, tidak salah sekiranya anda merasa ragu-ragu terhadap perhubungan anda. Yang mana hubungan itu nanti mungkin menjadi masa depan anda. Tetapi ragu-ragu dan berdiam diri sahaja tidak mencukupi, cuba untuk ambil sedikit tindakan yang mungkin akan membantu anda. Cuba lakukan empat perkara ini.


1. Fahami apa yang anda inginkan.

Perkara yang paling utama yang anda harus tahu adalah apa yang anda inginkan dari hubungan yang anda bina ini. Anda haus fahami keinginan anda. Jangan mengabaikan apa yang anda inginkan. Hal ini kerana, ia akan melibatkan masa depan anda. Anda seharusnya mendapatkan kebahagiaan bukan kesakitan.

2. Berbincang dengan pasangan anda.

Apabila anda tidak mampu untuk menghadapinya bersendirian, cuba untuk lakukan perbincangan bersama pasangan anda. Jangan berbincang dengan orang lain. Hal ini kerana, ditakuti rakan-rakan anda akan hanya memburukkan perasaan anda itu bukan membantu anda. Jadi anda harus berbincang dengan pasangan anda dan mengetengahkan apa yang anda rasai.

3. Jangan biarkan hubungan anda tergantung.

Setiap perasaan dan perkara yang berlaku menjadi punca anda mengantunggkan hubungan anda. Anda harus berterus terang kepada pasangan anda. Tidak pun anda perlu menyelesaikannya bersendirian. Sebagai contoh tamatkan hubungan anda jika tidak mampu untuk menghilangkan rasa tersebut ataupun cuba untuk berfikiran positif terhadap hubungan tersebut.


4. Sedari perasaan anda ketika bersamanya.

Ini perkara paling utama yang anda perlu pastikan. Apa perasaan anda ketika bersama dengannya. Adakah masih ragu-ragu atau tenang sahaja. Jika anda merasa tenang boleh jadi perasaan ragu-ragu anda itu hanya mainan perasaan sahaja. Jadi cuba untuk pastikan apa yang anda rasai sebenarnya.

Perasaan ragu-ragu ini boleh jadi dalam pelbagai sebab. Antaranya anda merasakan dia bukan jodoh anda ataupun dirinya berlaku curang. Jadi anda harus pastikan tindakan mana yang perlu anda ambil. Jangan tersilap langkah pula.


]]>
Jangan Menipu Lima Perkara Ini Di Awal Perkenalan. https://redaksi.com/1913-jangan-menipu-lima-perkara-ini-di-awal-perkenalan Mon, 09 Apr 2018 12:19:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1913 Tidak mudah untuk menyatakan sesuatu yang jujur di awal perkenalan. Terutama jika kita sendiri tidak mengenali orang itu. Mungkin ada sebab kita tidak mahu jujur diawal perkenalan kita. Tetapi jika seseorang itu betul-betul berminat terhadap diri kita, pasti dia akan menerima segala kekurangan kita. mengapa kita perlu jujur diawal perkenalan? Kerana ia memudahkan seseorang itu menilai kita, di samping itu juga, ia tidak akan membebankan diri kita sendiri untuk berkata benar apabila hubungan itu mula serius. Jadi apa yang anda tidak boleh menipu di awal pertemuan?

1. Umur.

Tidak kiralah anda lebih muda atau lebih tua dari anda, tapi jangan cuba untuk menipu pasangan anda mengenai umur anda. Terus terang sahaja mengenai umur anda. Sesetengah orang boleh sahaja menerima perbezaan umur yang jauh. Apa yang penting bagaimana anda mengendalikan hubungan selepas itu. Tapi jika anda tidak berlaku jujur, pasti si dia akan mula meragui anda. Jadi bagaimana hendak teruskan perhubungan.

2. Keupayaan memasak.

Tidak semua orang mahir dalam bab masakkan. Mungkin anda juga salah seorang darinya. Jadi tidak salah jika anda berterus terang kepada si dia bahawa anda tidak mahir akan perkara itu. Jika di benar sukakan anda, pasti dia akan menyokong anda untuk meminati lebih dalam masakkan. Jadi buat apa nak takut, memasak itu boleh belajar.

3. Hubungan masa lalu.

Jangan pernah menipu mengenai hubungan masa lalu anda. Jika si dia dapat mengetahuinya sendiri lagi bahaya. Apa yang lebih baik adalah, jika nada berterus terang mengenai hal sebenar. Jika anda tidak mahu memberitahu di awal pertemuan, cari waktu yang sesuai untuk anda menceritakannya.

4. Diri anda yang sebenar.

Ini adalah perkara yang paling penting. Tidak perlu menjadi orang lain di hadapannya. Jadi sahaja diri anda sendiri, itu lebih selesa. Mungkin si dia juga akan lebih selesa dengan awak. Yelah, apabila jadi diri sendiri ini, perbuatan kita tidak buat-buat. Semuanya akan terkawal.

5. Status diri yang sebenar.

Jika anda pernah mendirikan rumah tangga dahulu, anda perlu berterus terang. Jangan sembunyikan gara-gara anda ingin memilki dia. Tidak salah pun jika perkahwinan tidak berkekalan, tapi yang salah menipu orang.

Kesimpulannya, kalau boleh pertemuan pertama ini, anda hanya berlaku jujur padanya. Jangan sembunyi-sembunyi, kalau tidak ia akan mendapat padah. Penipuan ini cepat atau lambat pasti akan terbongkar jua nanti.

]]>
Lelaki Ini Kongsi Rahsia Rumahtangga Bahagia: Kahwin Tanpa Hantaran! https://redaksi.com/68-lelaki-ini-kongsi-rahsia-rumahtangga-bahagia-kahwin-tanpa-hantaran Tue, 30 May 2017 22:28:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=68 Sekarang ni ramai anak-anak muda takut nak kahwin sebab wang hantaran yang dikenakan mencecah ribuan ringgit. Mak ayah pula ramai yang kahwinkan anak perempuan macam nak jual anak. Tak salah minta wang hantaran, tapi biarlah berpada-pada. Tu baru wang hantaran belum lagi belanja kenduri, pelamin dan macam-macam lagi. Tapi, kalau buat semua tu ada jaminan ke rumah tangga akan bahagia. Kali ini, kami ingin kongsikan kisah seorang lelaki yang berkahwin tanpa wang hantaran, tapi rumah tangga mereka aman bahagia.



Masa mula-mula kenal pakai motor kapcai je..



Kenal 3 bulan terus ajak kahwin tapi tak ada duit hantaran..

Lepas kahwin terus berhenti kerja & buat bisnes..



Tak terbalas budi mak mertua aku..

 

So, kahwin tanpa hantaran pun masih boleh bahagia..

 


]]>
33 Hal Kahwin Anda Perlu Sedia Supaya Bahagia Hingga Ke Jannah. https://redaksi.com/502-33-hal-kahwin-anda-perlu-sedia-supaya-bahagia-hingga-ke-jannah Wed, 19 Jul 2017 10:45:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=502 PERKAHWINAN itu, sekali dengar bunyinya indah. Namun, perkahwinan bukan sekadar baju kahwin dan pelamin anganku. Ia tentang kehidupan dua hati, dua jasad bersatu dalam satu ikatan dan mahligai. Rumahtangga; bukan lagi tentang suami dan isteri, ia tentang orang di sekeliling juga.



HAL 1 : KEWANGAN.

Bagi isteri, “Duit suami duit saya, duit saya duit saya.” Dan, fakta itu suami perlu akui dan jangan persoalkan. Keseluruhan duit suami perlu dihalakan kepada keperluan isteri dan duit isteri adalah untuk kegunaan isteri. Terpulang kepada isteri jika redha untuk membantu.

HAL 2 : INSURANS.

Orang baru berkahwin memang banyak pakai duit untuk perkara yang baru hendak ‘dibina’. Ada pasangan yang terlalu agresif sehingga tersilap menghitung bajet dan tersasar apabila saat-saat kecemasan. Melaburlah dengan membeli insurans yang diperlukan seperti insurans kesihatan. Perbelanjaan kesihatan zaman sekarang bukan murah ya!

HAL 3 : RUMAH.

Jangan habiskan semua duit untuk belanja kahwin dan bercuti semata-mata. Tinggalkan sedikit untuk buat deposit rumah sama ada menyewa atau beli. Apabila menyewa, carilah yang mampu untuk dibayar setiap bulan. Tinggal cuma berdua, tak perlu yang besar-besar. Duit yang ada boleh disimpan untuk membeli rumah sendiri nanti.



HAL 4 : LOKASI RUMAH.

Antara faktor yang perlu diambil kira apabila mahu menyewa atau membeli rumah baru, pasangan perlu ambil kira jarak antara tempat kerja masing-masing dengan rumah itu. Ada pasangan teruja mahu rumah besar dengan kos rendah, lantas memilih lokasi pinggir bandar yang jauh dari pejabat dan kemudahan lainnya. Perkara ini membazirkan masa dan wang. Sebaiknya, biarlah lokasi rumah di tengah-tengah antara pejabat suami dan isteri. Kalau tiada pilihan, pilihlah yang berdekatan pejabat isteri untuk memudahkannya.

HAL 5 : DEKORASI.

Nah, inilah masa paling mengujakan untuk menghias rumah, apa lagi belum punya anak kecil. Timbang-tara konsep yang dimahukan antara kedua-duanya agar masing-masing berpuas hati dan mencapai misi ‘rumahku, syurgaku’. Cat sendiri rumah antara aktiviti paling sweet buat pasangan baru kahwin. Percayalah!

HAL 6 : PERABOT RUMAH.

Antara kelebihan apabila mula tinggal sendiri dan bukan menumpang
rumah mak ayah, kamu boleh mula membeli sedikit demi sedikit perabot dan perkakas rumah. Bukan mudah mahu memenuhkan rumah, bukan? Daripada rumah sewa yang kecil hinggalah ke rumah sendiri yang lebih besar nanti, sudah tersedia semuanya. Tidaklah terasa sangat mahu membeli barang rumah sekaligus nanti. Ini juga menjimatkan kos untuk jangka panjang. 

HAL 7 : KERETA.

Kalau dulu seorang pakai satu kereta, mungkin jika mahu berjimat boleh sahaja digunakan satu kereta untuk ke pejabat (jika laluan ke pejabat munasabah). Atau, suami menggunakan motor dan isteri berkereta. Semuanya demi penjimatan masa depan! Dan ia bagus juga untuk eratkan hubungan kerana banyak yang boleh dibualkan ketika berdua di dalam kereta.

HAL 8 : JADUAL/MASA.

Hidup berdua tidak boleh lagi buat aktiviti seperti zaman bujang. Pulang ke rumah sesuka hati. Jangan jadikan rumah seperti hotel semata-mata, sedangkan masa banyak dihabiskan di luar rumah, melepak dengan kawan-kawan. Tetapkan satu waktu setiap hari bekerja (contoh, selepas Maghrib), suami dan isteri mesti sudah ada di rumah.

HAL 9 : KERJAYA.

Fahami kerjaya pasangan sebelum berkahwin lagi supaya kamu tidak tertipu dan mengharapkan sesuatu yang tidak nyata. Ada tuntutan kerja pasangan yang memakan masa hingga larut malam/awal pagi, ada pula yang bosnya mengganggu sampai ke rumah. Jadi, apabila berkahwin dengan pasangan, ‘nikahi’ dulu cara kerjanya.

HAL 10 : BAKAL ANAK.

Selesai urusan suami isteri, bersedia pula menunggu kemunculan orang ketiga yakni anak sendiri. Terutamanya, kalau isteri bunting pelamin. Dan, perlu ingat zaman sekarang membesarkan anak bukan setakat dua tiga puluh ringgit. Perlu ada kos untuk perbelanjaan bersalin, susu, lampin, menghantar anak ke taska, insurans, pendidikan dan sebagainya.



HAL 11 : AKAUN BERSAMA.

Saya amat suka kalau antara suami dan isteri tidak menyimpan rahsia perihal duit gaji kerana apabila berkongsi hidup, maka kita harus berkongsi banyak ‘benda’. Jangan sorok-sorokkan setiap duit yang masuk dan keluar supaya pasangan tahu sebesar mana ekonomi rumahtangganya. Kalau banyak, boleh disimpan, kalau sedikit, ada perbelanjaan yang boleh dikurangkan.

HAL 12 : MAKAN.

Ada isteri sentap apabila suami selalu memuji air tangan ibunya. Isteri perlu rajin mengkaji ‘lidah’ suami. Ketahui apa yang suami suka dan tidak. Sesekali jenguk dapur untuk memasak kerana kata orang mahu pikat hati suami, tawan dulu perutnya. Air tangan isteri itu ada azimat yang tiada pada wanita lain. Waktu makan juga antara momen terbaik mengeratkan hubungan suami dan isteri. Mengapa tidak makan malam diperuntukkan untuk bersama pasangan kita dan bukan lagi sendiri-sendiri.

HAL 13 : HOBI.

Ketahui hobi dan minat pasangan. Jangan syok sendiri terhadap sesuatu yang kamu suka sahaja sedangkan hobi pasangan tidak pernah dipeduli. Tidak perlu pun turut suka apa yang dia suka, cukup memberi ruang untuk pasangan melunaskan hobinya tetapi jangan pula berlebih-lebih.

HAL 14 : MENTUA.

Oh, inilah isu paling besar dalam pasangan baru kahwin kerana individu inilah paling rapat nanti. Kalau boleh, elakkan tinggal sebumbung dengan mentua melainkan punya tanggungjawab menjaga orang tua yang sudah uzur. Belajarlah berdikari untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami dan isteri yang sebenar. Apa pun rentak mentua, jangan derhaka. Banyakkan bersabar dan mengalah. Mereka umpama ibu bapa sendiri juga.

HAL 15 : IPAR DUAI.

Apabila kita perlu taat kepada ibu dan bapa mentua, tidak pula bermakna kita perlu ‘taat’ juga kepada ipar-duai. Maksudnya, jagalah hubungan baik sesama ipar-duai tetapi jangan sampai mereka ‘mengepung’ rumahtangga kita. Berlaku begitu banyak kes suami isteri bergaduh kerana orang ketiga yakni ipar-duai yang suka menjadi duri dalam daging. Buat baik seadanya tetapi adakan juga kubu pertahanan. Suami atau isteri perlu saling bertoleransi dan sedia mendengar apa jua masalah pasangan terhadap keluarga dan perjelaskan. Jangan biarkan pasangan memendam perasaan.

HAL 16 : KEBAJIKAN KELUARGA.

Mungkin kita juga harus bersedia untuk mendengar masalah ahli keluarga pasangan yang mungkin memerlukan bantuan, terutama jika pasangan kita dilihat jenis yang ‘mampu’. Sabar, jangan lekas melenting. Lihat pada keperluan yang mana benar-benar perlu dibantu agar tidak ada yang sekadar mengambil kesempatan. Suami pula harus bijak dalam membuat kira-kira. Membantu amalan mulia tetapi jangan sampai bantuan itu terambil akan ‘portion’ yang sepatutnya menjadi hak isteri. Apa lagi, kalau isteri bekerja dan suami pula buat-buat tidak kisah kerana kononnya isteri sudah ada duit sendiri. Kalau isteri redha, syukurlah. Jika sebaliknya, bantuan kamu itu harus diperhalusi semula.

HAL 17 : BALIK KAMPUNG.

Betul suami berhak ke atas isteri sepenuhnya apabila berkahwin. Namun, jangan jauhkan hubungan isteri dengan ibu ayah dan keluarganya. Begitu juga isteri, jangan jadi batu penghalang; menjarakkan hubungan suami dengan keluarganya. Masing-masing perlu adil seperti giliran pulang ke kampung dan sebagainya. Apabila berkahwin dengan pasangan, bermakna kita perlu berkahwin dengan orang di sekelilingnya juga.

HAL 18 : SOSIAL KELUARGA.

Seperti mana kamu mudah bersosial dengan kawan-kawan, ramahkan juga diri bersosial dengan keluarga pasangan. Memang ada segelintir suami atau isteri yang tidak boleh bercampur dengan keluarga pasangan. Asal sampai rumah mentua, panas punggung mahu pulang. Kalau kenduri-kendara, hanya berdiri kaku tidak reti membantu. Jangan jadi kera sumbang dalam kelompok keluarga sendiri!

HAL 19 KAWAN-KAWAN.

Ada yang kata kawan suami, kawan isteri dan begitu sebaliknya. Bagaimanapun, jaga had pergaulan. Limitasikan ruang melepak. Jangan sampai kawan-kawan bertunggu-tangga di rumah kita sehingga boleh mengundang fitnah dan ketidakselesaan untuk orang yang sudah berkelamin.

HAL 20 : JIRAN-JIRAN.

Apabila berpindah ke rumah baru, maka bermulalah kehidupan baru dalam suasana bersama jiran tetangga baru. Pasangan muda biasanya tidak tahu bersosial dengan jiran tetangga apatah lagi duduk di apartmen atau kondominium. Setidak-tidaknya berbalaslah senyuman atau sekadar bertanya nama. Sesak-sesak nanti, ada yang boleh membantu.



HAL 21 : KEBERSIHAN.

Selalu berlaku kepada isteri, tertekan memiliki suami pengotor dan pemalas. Tidak ada ruginya menjaga kebersihan diri dan rumah. Ada kes, suami isteri bercerai hanya kerana suami punya perangai pelik; tidak suka pam mangkuk jamban selepas melepaskan hajat! Waspada pada perkara-perkara remeh!

HAL 22 : TARIKH-TARIKH PENTING.

Jangan lupa tarikh-tarikh penting pasangan, tidak hanya tarikh lahir dia, tambahkan juga pada kalendar untuk tarikh ulang tahun, tarikh hari jadi ibu bapanya dan lain-lain yang pasangan rasa penting untuk kamu sama-sama raikan.

HAL 23 : BERCUTI.

Sesekali memang seronok pergi bercuti. Tambah- tambah orang baru kahwin, semangat bulan madu masih membara kata orang. Ayuh, silakan merentas dunia selagi masih berdua, mudah untuk ke mana-mana. Namun, perhatikan juga bajet dalam tangan supaya tidak sampai berhutang.

HAL 24 : AGIHAN TUGAS.

Elakkan bermasam muka dan leteran apabila pasangan penat sendirian menguruskan hal rumah. Memang berlaku gejala ‘terkahwin anak emak’. Suami tidak tahu buat kerja rumah kerana sudah biasa dimanjakan oleh emaknya. Setidak-tidaknya, jika isteri tugasnya cuci dan sidai kain, suami tolonglah angkatkan pula. Bukan susah mana, kan? Dan, isteri jangan ambil kesempatan ‘melepak’ saja jika dapat suami rajin.

HAL 25 : HUJUNG MINGGU.

MINGGU Kalau masa bercinta boleh luangkan masa dating sepanjang hari minggu, mengapa selepas kahwin pula sibuk mahu buat kerja lebih masa atau melepak rumah emak? Boleh, bukan tak boleh. Tetapi sesekali, luangkan masa bersama beraktiviti hanya antara kamu dan dia. Sudahlah hari biasa jarang berjumpa, pada hari minggulah masanya menghangatkan kembali cumbuan cinta.

HAL 26 : PRIVASI.

Walau hidup berdua dalam satu bumbung dan tidur sekatil, ada suatu ketika kamu perlu memberikan sedikit privasi kepada pasangan. Tidak semua elemen dalam kehidupan pasangan perlu diselongkar habis-habisan. Ada ketika, ruang privasi perlu diwujudkan untuk meraikan kehidupan peribadi.

HAL 27 : ‘ORANG KETIGA’.

Memang akan ada kemunculan ‘orang ketiga’ dalam kehidupan suami isteri, sama ada dalam kalangan kawan-kawan sepejabat, teman lama atau orang baru. Kata kuncinya, elakkan memberi peluang dan ruang. Apabila ruang itu ada, virus itu akan merebak dengan mudah. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati?

HAL 28 : MENJAGA AMANAH.

Perkahwinan itu perkongsian, namun masih ada hak-hak suami atau isteri yang perlu dijaga. Hormati amanah bersama. Sebagai contoh jika suami amanahkan isteri menjaga rumahnya sepanjang ketiadaannya, isteri wajib melaksanakannya sebaik mungkin. Begitu juga suami, contohnya, jika isteri kata jangan beri pinjam kereta miliknya kepada orang lain tetapi suami melanggarinya, ia sesuatu yang tidak adil untuk isteri.

HAL 29 : KOMUNIKASI.

Komunikasi umpama jambatan menghubungkan antara suami dan isteri. Jika komunikasi tidak berkesan, jambatan akan reput dan jika dibiarkan tanpa dibaiki ia boleh runtuh. Bukan mudah dua individu yang selama ini dibesarkan dalam dua budaya dan didikan berbeza hidup bersama. Jadikan setiap hari yang dilalui adalah satu proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik dan perbaiki komunikasi yang lemah dengan bercakap hati ke hati.

HAL 30 : BILA BERJAUHAN.

Maksud berjauhan bukanlah sekadar pasangan keluar outstation, jika sekadar berjauhan beberapa jam ke tempat kerja pun, dikira berjauhan secara fizikalnya. Jadi, dekatkan jiwa dengan saling mengirimkan pesanan; SMS, WhatsApp, Wechat e-mel dan sebagainya. Sekurang-kurangnya sekali kiriman untuk bertanyakan sudah makankah? Atau pulang jam berapa? Atau usik-usik nakal. Jangan sibuk dengan group chat sahaja.

HAL 31 : MAKANAN BATIN.

Tuntutan batin bukan seks semata-mata. Ia berkaitan dengan permainan perasaan, hati dan jiwa. Sebolehnya, kekalkan kemesraan bulan-bulan pertama perkahwinan untuk tahun-tahun seterusnya, walau sampai berkedut 1000. Tidak kira suami atau isteri, selalulah belai-membelai, berkucupan walau bukan untuk tujuan seks, puji-memuji, bergurau-senda dan apa sahaja yang boleh membahagiakan perasaan pasangan. Lakukan! Kerana itu juga ibadah membawa pahala.

HAL 32 : CEMBURU.

Dalam hubungan perlu ada asam dan garam, baru sedap rasanya! Pasangan perlu ada sedikit perasaan cemburu. Jangan terlalu ‘bebaskan’ pasangan sehingga tidak kisah apa pun yang dia lakukan. Namun, berhati-hati, jangan cemburu pada ‘skandal’ yang tidak wujud. Asam dan garam yang terlalu banyak pun tidak bagus; mampu membunuh!

HAL 33 : KESEIMBANGAN.

Dalam hidup ini, kalau ada keseimbangan pasti lancar semuanya. Ramai pasangan meletakkan keluarga nombor satu, benar! Namun, jangan terkongkong dengan falsafah itu sehingga mengambil mudah perkara lain. Ada yang terlalu mengejar kerjaya sampai mengabaikan keluarga sehingga membawa kepada keruntuhan rumahtangganya. Dan, jangan lupa ada juga kes apabila pasangan mementingkan keluarga sahaja sehingga mengabaikan pekerjaannya dan akhirnya diberhentikan, tetap perceraian berlaku apabila ekonomi keluarga goyah. Ingat, seimbangkan semua aspek agar keharmonian tercapai dalam syurga duniamu itu.

]]>
Haram & Berdosa Rupanya Bila Suami Memuji Orang Lain Selain Dari Isteri. https://redaksi.com/8265-haram-berdosa-rupanya-bila-suami-memuji-orang-lain-selain-dari-isteri Mon, 15 Jun 2020 22:40:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8265 Siapa saja yang tak kecewa kalau suami sendiri sibuk memuji wanita lain. Yang ada depan mata tak dikisahnya, tapi yang bukan miliknya bukan main dipuji-puji siang malam. Apa kurangnya si isteri? Dulu pernah cantik seperti itu juga, tapi sekarang dia korbankan kecantikannya demi suami dan anak-anak.

Tapi ramai suami yang tak perasaan, tetap saja isteri yang salah kerana tak jaga penampilan dan tak jaga itu ini. Sedangkan dulu masa dia bujang tiada masalah pun nak jaga diri sendiri. Sekarang ini bawah jagaan siapa?

Ramai yang tak tahu hukum suami memuji wanita lain selain isteri. Hukum HARAM dan BERDOSA seorang suami memuja dan memuji orang lain selain isteri , suka tengok gambar perempuan, gambar perempuan menjolok mata dan tengok perempuan lain.

Sebagai contoh yang selalu terjadi.

Kenapa sebelum saya kahwin saya tengok isteri saya cantik, lepas 10 tahun saya kahwin saya nampak semua wanita cantik kecuali isteri saya?


Kerana matamu yang penuh maksiat, penuh syaitan. Mata yang banyak maksiat suka pada benda yang haram, yang halal dia tak suka.

- Bila penyakit ni mata yang suka melihat sesuatu yang haram ni akan baik?

* Apabila tanah telah menutup matamu.

Jadi TUNDUKKAN PANDANGAN. Segalanya bermula dari mata, dari mata turun ke nafsu.



Jadi pandang isteri penuh dengan kasih syg, cari kecantikan dalam diri isteri.

Begitu juga isteri, jaga maruah diri untuk suami. Jangan bergetar tulang perut, tulang jari dan gatal tangan menaip komen tanpa sedar awak seorang ibu dan isteri.

Jangan terlalu obses dengan artis lelaki/perempuan melayu ke korea ke, hindustan ke.

Ia tetap HARAM kerana mereka LELAKI/ PEREMPUAN .

Memang suami / isteri kita tak marah sebab tu artis tapi tetap HARAM, jangan hanya kerana ada perkataan ARTIS.

Isteri dan suami harus hormat antara 1 sama lain jangan like atau komen status berlainan jantina jika status tersebut tidak ada manfaat atau gambar yang terbuka aurat.



]]>
'Aura' Ibu Tunggal Memang Lain Macam, Patutlah Menjadi Pilihan Lelaki Bujang. https://redaksi.com/7689-aura-ibu-tunggal-memang-lain-macam-patutlah-menjadi-pilihan-lelaki-bujang Mon, 09 Dec 2019 11:29:38 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7689 Antara janda dan juga anak dara, mana menjadi pilihan anda? Satu pilihan yang mungkin sukar buat orang lelaki, tetapi anda juga yang menganggap ia mudah sahaja. Setiap orang mempunyai pilihan mereka yang tersendiri, mengikut apa yang mereka inginkan.

Akan tetapi, ramai yang menganggap bahawa aura seorang ibu tunggal, janda atau balu ini lebih luar biasa berbanding anak dara. Selain dari menjimatkan wang hantaran, wanita-wanita seperti ini sememangnya mempunyai aura yang tersendiri.

Sebab itu, bila seseorang mula memegang status ini, ramai sahaja wanita-wanita memandang serong terhadap mereka sekaligus memandang rendah. Tak cukup dengan itu sahaja, ada juga yang bimbang kalau-kalau suami mereka ini diganggu hanya gara-gara status mereka.

Aura yang dimiliki oleh wanita ini bukan sahaja boleh mendekatkan lelaki tetapi juga boleh menakutkan kaum isteri. Apa yang aura dimiliki mereka ini...



1. Daya penarik.

Ada yang beranggapan bahawa wanita yang berstatus ini mempunyai daya penarik yang sangat berlainan berbanding anak dara. Mereka ini boleh dikatakan pandai bergaya bersesuaian seperti apa yang orang lelaki mahukan. Bukan itu sahaja, mereka ini juga pandai ambil hati dengan senyumannya yang manis.

2. Lebih memahami.

Satu perkara yang tidak asing lagi, ramai lelaki yang menyatakan bahawa wanita ini lebih memahami berbanding anak dara. Tahu bagaimana untuk memujuk dan menyejukkan hati pasangan mereka. Bukan itu sahaja, mereka ini juga dikatakan bukan mudah memaksa-maksa tetapi lebih mendengar kata.



3. Berpengalaman.

Ini yang paling mahal sebenarnya. Bagi orang lelaki, pengalaman yang dimiliki dalam menguruskan anak-anak dan rumahtangga adalah sangat penting. Wanita yang memegang status ini biasa lebih mahir dalam menguruskan anak-anak serta rumahtangga mereka. Sebab itulah orang lelaki cepat jatuh sayang dengan kemahiran yang mereka ada ini.

4. Seorang yang penyayang.

Mereka yang seperti ini lebih mudah menonjolkan sifat kasih sayang mereka terhadap anak-anak. Nak-nak lagi jika mereka ini mempunyai anak mereka sendiri. Tentu sahaja sikap keibuan dan juga penyayang akan lebih terserlah.



5. Tidak jual mahal.

Apa yang lebih menarik mereka ini adalah mereka tidak terlalu jual mahal serta mudah untuk didekati. Mereka ini memudahkan usaha orang lelaki malah sentiasa membuka peluang buat mana-mana lelaki. Malah mereka juga tidak memandang rendah mana-mana lelaki. Itu yang lelaki suka akan wanita ini.

Namun begitu, setiap orang mempunyai pilihan mereka yang tersendiri. Ada yang sukakan wanita berstatus seperti ini ada juga menyukai wanita yang masih bergelar anak dara. Semuanya itu bergantung kepada jodoh anda.

]]>
Apa Yang Suami Mahukan Dari Isterinya, Tentu Selalu Menjadi Tanda Tanya Buat Kaum Wanita Bukan? Haaa... Ini Super Daddy Kongsi Apa Yang Suami Mahukan Dari Kekasih Halalnya. https://redaksi.com/7833-apa-yang-suami-mahukan-dari-isterinya-tentu-selalu-menjadi-tanda-tanya-buat-kaum-wanita-bukan-haaa-ini-super-daddy-kongsi-apa-yang-suami-mahukan-dari-kekasih-halalnya Tue, 28 Jan 2020 13:42:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7833 Sebagai orang perempuan ataupun isteri ini, kita selalu ingin difahami oleh orang lelaki. Banyak bahan bacaan pun lebih mengutamakan wanita kerana merasakan ramai lelaki yang tidak memahami kaum yang lemah ini. Tidak cukup dengan itu, keunikan wanita ini kadang kala membuat lelaki kurang faham dengan sikap mereka sebab itulah perlunya bantuan dari perkara lain.

Tapi bagaimana pula dengan suami? Apa yang dia mahukan. Adakah suami ini tidak perlu difahami?

Buat isteri-isteri yang selalu tertanya-tanya apa yang suami mahukan, haaa.... ini sedikit petikan perkongsian daripada Super Daddy, Khairul Abdullah mengenai apa yang seorang suami mahukan dari isterinya.

Semoga membantu para isteri di luar sana.
 
Apa yang suami nak dari seorang isteri?

Ada orang pm dan tanya aku, jadi aku jawab kat sinilah. Aku bagi point basic jer yer.

1. Dihormati.

Suami mahukan seorang isteri yang hormat dia. Walaupun isteri kerja besar, gaji lebih, boss di office namun suami hanya mahu dihormati sebagai ketua keluarga. Jangan tinggikan suara, jangan tukar panggilan bila bergaduh.

Time sayang "Honey, baby, ayang, abang bagai". Time marah ya rabbbi, terus panggil nama, terus kau aku. Gaduh-gaduhlah, hormat kena ada.

Yang boss besar tu sila tinggalkan pangkat di pejabat, jadi seorang isteri di rumah. Jadi isteri bukan hamba okeh.



2. Diyakini.

Suami mahu isteri yakin yang suami boleh "provide" untuk keluarga dia. Sokong dan jangan perkecilkan dia.

"Ayang yakin abang boleh buat, InshaAllah ayang sokong." Itu ayat yang suami nak dengar.

Sentiasa bagi semangat, bukan kondem. Korang boleh kondem dan baling lesung batu bila dia mintak nak kahwin lain walhal duit belanja setahun sekali pun jarang bagi.

3. Difahami.

Suami ni sebagai lelaki, dia jenis straight, logik, objektif serta problem solver. Isteri pula jenis subjektif dan emosional. Sebab tu saling melengkapi.

Jadi kalau lelaki kadang-kadang macam malas nak dengar korang berleter, tanya sepatah jawab sepatah tu sebab tulah.

Dia nak dengar dan sttle benda penting jer. Yang remeh dia tak berapa ambik port sangat. Jadi kena faham, jangan ambik hati sangat.



4. Dihargai

Selalulah puji suami. Bila dia berjaya selesaikan sesuatu berikan pujian.

"Allahu, pandainya abang buat susu baby, suam elok."

"Berkilatnya abang cuci pinggan dan gelas tu, pakai axion ke?"

"Terima kasih bang kerja penat-penat nak sara sayang dan anak-anak."

Peluk cium dia dan kata yang korang kagum dan bangga dengan dia.

5. Diberi ruang.

Kadang-kadang suami nak "quiet moment". Kalau dia baru sampai rumah janganlah terus ajak membawang.

Korang kalau nampak dia acuh tak acuh jawab soalan atau malas nak layan tu korang bagi chance la sekejap. Lepas hilang penat dia oklah tu.

Tapi kalau 3 hari 3 malam dia tak berapa nak cakap tu ada something wrong somewhere. Go figure!

6. Dipercayai.

Ini paling penting. Suami cukup marah kalau wife tuduh dia benda yang dia tak buat. Silap-silap esok dia pi buat betul-betul, biaq puaih hati.

Dalam perkahwinan benda ni paling penting untuk suami dan isteri. Saling mempercayai. Tapi kalau semua benda asyik dok rasa tak kena, rasa suspicious jer selalu maka mesti ada something wrong. Go figure lagi sekali.

Begitulah.

Ini aku lah, suami lain aku tak tahu. Tapi aku rasa majoritinya begitulah. Spesis lelaki ni sama jer dia punya biologi dan fisiologi dia.

Cuma kadang-kadang ada yang rare.

Sekian.

Khairul Abdullah
#SuperDaddy
  

]]>
Jangan Belajar Menipu Pasangan, Nanti Menjadi Tabiat. https://redaksi.com/1796-jangan-belajar-menipu-pasangan-nanti-menjadi-tabiat Thu, 29 Mar 2018 14:57:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1796 Dalam perhubungan ini jangan cuba untuk menipu pasangan kita. Terutama jika hubungan itu satu ikatan yang sah. Lagi lah bahaya kalau menipu. Sebab apa? Sebab banyak perkara buruk yang akan timbul kalau kita sudah mula menipu pasangan kita ini. Cuba bayangkan kalau anda tipu si dia, tiba-tiba ada yang datang memberitahu kisah yang benar. Ha, tidak ke timbul pergaduhan. Satu masalah yang kecil boleh jadi besar kalau kita tipu pasangan kita ini. Kenapa perbuatan tipu itu tidak elok?



1. Kepercayaan.

Dalam perhubungan ini, kepercayaan adalah yang paling utama. Tanpa ada kepercayaan, sesebuah hubungan itu boleh putus walaupun tali yang diikat itu paling kuat. Tidak kiralah apa yang berlaku pada pasangan kita, letakkan kepercayaan kepadanya yang paling utama. Jadi apabila satu perkara berlaku daripada orang ketiga, tidak kiralah apa pun. Kita telah menanam kepercayaan kepada pasangan. Jadi segala permasalahan akan dapat diselesaikan. Tapi kalau pasangan kita menipu dan kita tahu dia menipu. Bagaimana kepercayaan itu hendak ada.

2. Jujur lebih indah walaupun menyakitkan.

Ada kalanya kita takut hendak berterus terang sebab memikirkan hatinya akan terluka. Tapi apabila kita mula menipu si dia, permasalahan tersebut akan berlanjutan dan semakin besar. Dan apabila besar pasti si dia akan tahu dan akan bertambah sakit hati. Kejujuran itu sememangnya menyakitkan tapi lebih elok jika luka di hatinya sedikit daripada luka yang besar.

3. Tidak akan menyelesaikan masalah.

Jangan sesekali mendidik diri untuk menipu pasangan kita. Menipu dalam perhubungan tidak akan ke mana malah ia hanya menimbulkan keretakan. Kalau ada masalah, selesaikan dengan cara yang betul. Berbincang dan mencari sefahaman. Bukannya menipu dan berdalih. Sebab setiap masalah yang wujud dalam muka bumi ini pasti ada penyelesaiannya.

Dapat disimpulkan di sini, dalam perhubungan itu jangan menipu. Hal ini kerana jika anda sudah mula menipu anda akan terus menipu pasangan anda. Kalau nak menipu buat apa libatkan diri dalam perhubungan.

]]>
Tahukah Anda, Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Dalam Keluarga. https://redaksi.com/655-tahukah-anda-hubungan-pasangan-mengikut-urutan-dalam-keluarga Mon, 31 Jul 2017 16:23:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=655 Orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga. Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala. Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian. Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.



Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi. Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir. Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?

Pasangan baru lima bulan berkahwin, Nadia Noordin, 24, dan Daneal Micky Abdullah, 27, yang sama-sama dilahirkan anak sulung berkata, mereka langsung tidak pernah memikirkan soal itu. Bagi mereka, apa yang lebih penting ialah ada keserasian dan mempunyai sikap saling faham memahami antara satu sama lain. Nadia yang juga anak tunggal perempuan dalam dua beradik, tidak menafikan pernah mendengar orang tua dulu ada berkata, jika anak sulung berkahwin dengan anak sulung hubungan yang dibina agak 'panas' atau kerap bergaduh. Tetapi perkara itu tidak pernah menghantui dirinya ketika menerima Daneal sebagai teman hidupnya. Malah, wanita yang berasal dari Kuala Lumpur itu mengakui, tidak sangka Daneal yang dikenali empat tahun lalu sebagai rakan sekerja akhirnya, menjadi cinta hati.



“Sudah tentu ketika berkenalan, kami tahu masing-masing adalah anak sulung. Tetapi seingat saya, sepanjang perkenalan perkara itu tidak pernah dibincangkan atau dijadikan isu.

“Sebaliknya, semakin lama berkawan, semakin itulah saya dapat rasakan ada keserasian. Saya menerima Daneal sebagai teman hidup bukan saja dia memiliki ciri lelaki yang saya cari, tetapi yakin dia boleh melindungi dan menjaga saya," kata Nadia.

Bagi Nadia, urutan seseorang itu dalam keluarga bukanlah kayu pengukur utama untuk memastikan kebahagiaan sebuah keluarga yang dibina sebaliknya, terpulang sejauh mana pasangan berkenaan tahu mengendalikan masalah rumah tangga dan mencari penyelesaian sesuai supaya tidak terus porak peranda.

Katanya, walaupun usia perkahwinan mereka masih mentah apa yang dilihat memang banyak persamaan antara dirinya dan suami. Ini termasuklah, dalam soal tingkah laku dan perwatakan dalam diri sekali gus, memudahkan mereka untuk lebih memahami antara satu sama lain serta senang berbincang apabila ada pertikaian.

“Memang banyak persamaan. Tengoklah dari segi fizikal saja, kami kedua-duanya sama 'comel'. Perangai kami berdua juga agak keanak-anakan walaupun sudah berkahwin. Tetapi kalau bergaduh biasalah, saya saja yang hendak menang. Apa pun, antara kami sudah tentu ada kelemahan masing-masing dan sebab itulah perlu saling bantu membantu.

“Misalnya, saya hanya tahu masak yang asas saja, tetapi Daneal 'bab masak' memang handal kerana dia ada pengalaman bekerja di hotel. Oleh itu, dialah yang banyak beri tunjuk ajar kepada saya," katanya.

Beliau berkata, meskipun beliau anak tunggal perempuan dalam keluarga, kedua orang tuanya tidaklah memanjakannya sangat. Bagaimanapun, tidak menafikan apa saja keinginannya akan dipenuhi orang tua, tetapi dengan syarat Nadia mesti memenuhi hasrat yang diinginkan mereka. Mungkin kerana itulah sikap suka merajuk terbawa-bawa hingga ke hari ini.

Kepercayaan sekadar satu panduan.

Bagi Daneal Mickey Abdullah yang berasal dari Seri Aman, Sarawak dan dilahirkan dalam suku kaum Ulu (Kenyah), mengakui tidak pernah dengar adanya kepercayaan orang tua dulu mengenai keserasian pasangan mengikut urutan keluarga. Jika ada sekali pun kepercayaan itu katanya, ia adalah semata-mata kepercayaan orang tua dulu dan seseorang itu hakikatnya tidak perlu bimbang seandainya yakin dengan keputusan yang diambil atau sudah ditakdirkan untuk bertemu jodoh.



“Biasalah, setiap karakter seseorang itu ada pasang surutnya. Jika ada tidak kena perlulah berbincang. Sebagai anak sulung dan mempunyai tiga adik yang lain, ibu bapa saya mendidik kami penuh disiplin serta sama rata. Kini, sebagai suami saya cuba memikul tanggungjawab memimpin keluarga sebaiknya," katanya.

Daniel turut mengakui, dalam banyak hal yang menimbulkan kekusutan memang dirinya yang selalu beralah dengan Nadia. Tetapi katanya, antara beralah dan mengalah, tentu ada perbezaannya. Mengenai bagaimana hubungan cinta dengan isteri mula berputik, katanya semua berlaku tanpa diduga. Bermula sikap suka usik mengusik, lama kelamaan hati berubah bertambah sayang.

“Dulu kami bekerja satu tempat dan saya suka sekali mengusik Nadia. Akhirnya, hati pun mula melekat kerana Nadia cepat memahami hati saya dan tidak suka mengongkong," katanya.

Namun, sehingga kini Daneal masih tidak dapat lupa bagaimana gementar dirinya apabila 'ditemuduga' ibu bapa Nadia, ketika menyatakan hasrat untuk mengambilnya sebagai isteri. Tetapi Daneal begitu memahami situasi itu kerana sebagai anak tunggal perempuan dalam keluarga sudah tentu bukan mudah untuk mereka melepaskan Nadia. Lebih-lebih lagi, ada jurang agama dan budaya antara kedua-dua keluarga.

“Syukur, kedua-dua belah pihak keluarga kami merestui dan berfikiran terbuka mengenai hal ini. Restu dan doa merekalah yang lebih penting daripada kami memikirkan struktur kedudukan kami dalam keluarga," katanya.

Info: Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga. Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:



Sulung dengan sulung.

Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung – Tengah.

Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan. Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung – Bongsu.

Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah – Tengah.

Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi. Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah – Bongsu.

Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu – Bongsu.

Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

]]>
Bakal Pengantin Jangan Selalu Sangat Makeup Tebal-Tebal, Ia Membuatkan Anda Hilang Seri Nanti. https://redaksi.com/7585-bakal-pengantin-jangan-selalu-sangat-makeup-tebal-tebal-ia-membuatkan-anda-hilang-seri-nanti Wed, 06 Nov 2019 12:33:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7585 Mengenakan makeup bukanlah satu perkara yang asing bagi seorang wanita. Malah, makeup ini adalah penambah keyakinan buat mereka. Makeup juga dikatakan, mampu menutup cela yang ada diwajah malah membuat seorang wanita kelihatan lebih cantik dari biasa.

Namun begitu, buat bakal pengantin baru penggunaan makeup yang terlalu kerap akan mengurangkan seri wajah anda. Malah ia juga membuatkan wajah anda kelihatan sama sahaja apabila dikenakan solekkan pada hari bahagia anda nanti.

Sebab itu, kalau nak makeup itu tiada masalah tetapi pastikan guna makeup yang tipis malah tidak terlalu tebal. Bukan itu sahaja, ada juga yang menasihati agar tidak menggunakan sebarang makeup muka apabila semakin hampir dengan hari persandingan. Mungkin boleh jarakkan dalam masa 5 hingga 3 bulan.

Ikuti kaedah yang betul ketika bersolek untuk mendapatkan kesan yang memuaskan. Bakal pengantin, jangan nak makeup tebal-tebal ya!



1. Elak terlalu banyak krim atau bedak asas

Kelebihan nyata bedak asas melindungi cela yang tidak diingini. Ia berupaya menutup garis halus dan rona tidak sekata pada wajah. Bagaimanapun, pemakaian terlalu tebal atau banyak menyebabkan muka bukan saja ‘terasa berat’, tetapi menyebabkan solekan comot bertompok. Carilah produk dengan formula lebih ringan. Kadangkala jenis krim asas boleh mempengaruhi teksturnya kerana ia memang dicipta untuk solekan jenis tebal dan bukannya solekan biasa atau seharian. Elakkan produk jenis matte dan ‘baldu’.

2. Sembunyikan lingkaran gelap bawah mata

Menyapu penyamar noda pada bahagian bawah mata secara berlebihan tidak bagus kerana ia bukan saja menyebabkan bahagian itu kelihatan sembap, malah akan mudah kering. Ini mempercepatkan berlakunya garis halus kerana bahagian sekitar mata sangat sensitif.



3. Elak gincu gelap

Gincu gelap tidak menyebabkan anda kelihatan seksi, tetapi lebih berusia. Membuat ulas bibir kelihatan lebih seksi dan menggoda, pilih gincu cerah dan sapukan dengan pengilat bibir warna pic, merah jambu atau merah terang. Elakkan menggunakan rona merah gelap, merah tua dan coklat.

4. Bedak debu

Bedak debu disapu pada akhir solekan. Ia dikatakan boleh menyamaratakan atau menyeimbangkan solekan, selain mengelakkan wajah berkilat. Ia sebenarnya tidaklah begitu kerana penggunaan bedak debu boleh menyebabkan liang roma menjadi besar. Pilih jenis ringan pada kulit, seperti sheer translucent powder dan layangkan pada bahagian tertentu saja seperti pada zon T. Kemaskan kesan berminyak dengan penggunaan tisu serap minyak.



5. Celak hitam

Calitan celak boleh mencantikkan mata. Ia berupaya menjadikan mata lebih besar dan galak. Bagaimanapun, celak hitam boleh mempengaruhi wajah kelihatan lebih tua. Pilih warna coklat atau coklat gelap kerana ia tampak lebih semula jadi dan hasil lebih baik khususnya menampakkan mata lebih besar dan memikat

6. Penggaris bibir

Fungsi utama penggaris bibir supaya solekan bahagian itu tidak comot. Warna penggaris bibir boleh mempengaruhi rupa individu. Penggaris bibir rona gelap boleh menyebabkan bibir kelihatan kecil. Bagi mendapatkan hasil semula jadi, pilih warna penggaris bibir sepadan dengan warna bibir bukannya yang sama warna dengan gincu anda.

7. Maskara

Menggunakan celak dan maskara terlalu tebal boleh membuat mata anda kelihatan ‘jatuh’ dan menarik perhatian kepada lingkaran hitam bawah mata. Lakarkan maskara hanya pada bulu mata atas dan sampai ke hujung bulu mata untuk kesan dramatik.



8. Pemerah pipi

Sapukan pemerah pipi bagi menampilkan wajah bermaya dan tampak lebih muda. Bagi hasil terbaik, sapukan pemerah pipi menggunakan berus berbulu besar pada pada tulang pipi secara membulat dan bukannya dalam bentuk sapuan satu garis menaik sepanjang tulang pipi.

9. Jari

Kurangkan warna terang gincu dengan menggunakan jari atau berus gincu. Letakkan gincu pada tengah bibir dan ratakan menggunakan jari atau berus gincu kerana hasilnya kelihatan lebih semula jadi.

10. Pensel bulu kening

Warna bulu kening akan pudar selari dengan usia individu. Justeru, pilihlah pensel bulu kening dengan warna yang sesuai mengikut usia. Pilih satu warna lebih ringan dan terang daripada warna kening semula jadi anda. Warna terlalu gelap boleh membuatkan rupa anda pelik.

Mekap biarlah secara bersahaja, jangan terlalu tebal kerana bukan semua lelaki suka melihat wanita yang tidak bermekap apabila berada dirumah.

]]>
Tak Perlu Kata-Kata Yang Sweet Untuk Pikat Hati Wanita Ini, Tapi Kalau Lakukan Perkara Ini Confirm Melting. https://redaksi.com/7803-tak-perlu-kata-kata-yang-sweet-untuk-pikat-hati-wanita-ini-tapi-kalau-lakukan-perkara-ini-confirm-melting Thu, 16 Jan 2020 10:12:39 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7803 Orang perempuan sememangnya suka layanan yang istimewa dan juga yang paling manis sekali. Sikap romantik dan sweet ini mampu mencairkan hatinya malah membuat dia jatuh hati pada anda. Bukan itu sahaja, mereka juga sukakan kata-kata yang manis untuk didengari.

Sebab itulah mereka ini suka akan lelaki yang bermulut manis kerana tahu ambil hati mereka. Ada banyak cara untuk kelihatan romantik dan bersikap manis pada seorang perempuan, malah ia tidak hanya berdasarkan kata-kata sahaja.



Kalau guna kata-kata mungkin sedikit meragukan keikhlasannya tapi kalau menggunakan perbuatan tentu sahaja ia lebih mudah. Jadi ini beberapa perbuatan yang membuatkan si dia cair kepada anda.

1. Beli sesuatu sebelum berjumpa dengannya.

Tidak kiralah dalam perjalanan pulang ke rumah atau berjumpa dengannya, jangan lupa untuk membeli sesuatu untuknya. Ini adalah tanda bahawa anda mengingati dirinya walaupun dimana anda berada. Walaupun anda memberinya perkara yang remeh macam makanan ringan, coklat ataupun minuman, tentu sahaja perkara ini telah mengembirakan hatinya.

2. Tidak perlu puji tinggi-tinggi cukup kalau kenalkan pada rakan-rakan anda.

Ada orang mungkin selesa memuji pasangannya dihadapan orang lain. Akan tetapi bagi seorang wanita itu bukannya perkara yang manis tetapi yang lebih manis buat mereka adalah apabila anda memperkenalkan dirinya kepada orang ramai seperti rakan-rakan atau keluarga anda. Dari situ lebih nampak ketulusan anda.



3. Anda sentiasa update padanya semua perkara.

Demi menggelakkan keraguan dan kebimbangan terbuku di hatinya, anda memberitahu segala info kepada dirinya untuk memastikan keadaan anda. Walaupun perkara ini nampak macam tak ada apa-apa tetapi bila difikirkan ia sebenarnya memberi makna buat dirinya. Dia tahu dia adalah antara orang penting buat diri anda.

4. Lembutkan suara bila bercakap.

Terdapat banyak cara untuk membuatnya terasa istimewa. Walaupun ini nampak biasa-biasa sahaja, tetapi bila anda menggunakan nada suara yang lembut dan berbeza sedikit dengan nada suara biasa anda tentu menyentuh hatinya. Perbezaan ini akan membuatkan dirinya terasa istimewa dan dihormati.



5. Lihat pada matanya bila bercakap.

Bila anda melihat matanya dan menunjukkan minat untuk mendengar dan berkongsi segala cerita kepadanya tentu membuatkan dia lebih bersemangat. Malah perbuatan ini akan membuatnya rasa lebih dihargai. Dalam diam dirinya juga boleh tersipu malu dan pipinya mula berwarna merah. Mana tidaknya seseorang yang dicintai melihatnya.

Sebenarnya banyak lagi perkara lain yang anda boleh lakukan. Buat yang dah kahwin lagi mudah nak tunjukkan yang anda ini romantik dan sweet. Pengang tangan pun dah nampak sweet.

]]>
5 tahun bercinta tak ada kepastian, gadis pilih kahwin lelaki kenal 3 bulan https://redaksi.com/9205-5-tahun-bercinta-tak-ada-kepastian-gadis-pilih-kahwin-lelaki-kenal-3-bulan Tue, 22 Dec 2020 16:46:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9205 Orang cakap bila bercinta lama-lama ni akan kenal hati budi pasangan, namun boleh jadi, percintaan bertahun-tahun itu terjalin tanpa hala tuju malah hanya sebuah pengharapan yang tinggi.


Sia-sia habiskan masa bertahun-tahun dengan seseorang yang tiada usaha untuk menghalalkan hubungan. Sampai bila nak mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.

5 tahun bercinta

Seperti kisah gadis ini yang menghabiskan masa bertahun-tahun dengan hubungan tak pasti sebelum berjumpa dengan suaminya sekarang ini.


Dikongsikan di aplikasi TikTok, gadis yang mahu dikenali sebagai Nicaaa ini menyatakan bahawa sebelum dirinya mendirikan rumah tangga, dia menghabiskan masa 5 tahun bercinta dengan bekas teman lelakinya.



3 bulan kenal terus kahwin

Tidak pasti apa punca perpisahan mereka, namun kini dia menyatakan bahawa dia telah menikah dengan seorang jejaka yang baru sahaja dikenali dalam tempoh 3 bulan. Walaupun singkat, namun usaha menghalalkan hubungan itu yang lebih penting.



Kisah yang ringkas namun telah menarik perhatian warganet yang berkongsi pengalaman yang sama malah ada juga yang menyatakan bahawa rata-rata wanita mahukan satu kepastian demi masa depan yang lebih baik bukan sekadar janji yang tak pasti.

]]>
Bimbang Tidak Mampu 'Sara Anak Gadis Orang' Membuatkan Ramai Lelaki Memilih Untuk 'Membujang'. https://redaksi.com/7822-bimbang-tidak-mampu-sara-anak-gadis-orang-membuatkan-ramai-lelaki-memilih-untuk-membujang Wed, 22 Jan 2020 10:54:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7822 Masalah ekonomi sekarang sememangnya sangat membimbangkan. Mana tidaknya, barang yang semakin mahal harganya malah perkerjaan juga semakin sukar untuk diperolehi. Itu belum lagi keperluan hidup seperti kenderaan, perubatan, pendidikan dan macam-macam lagi lah yang sememangnya merungsingkan lelaki zaman sekarang.

Siapa sahaja yang tidak mahu mendirikan rumahtangga, baik lelaki atau wanita bujang tentu mahukan rumahtangga yang bahagia. Akan tetapi, kerana dek tak ada kerja tetap, kewangan yang tidak stabil tentu membuatkan ramai lelaki takut untuk menyara anak gadis orang.

Takut nak beri makan apa pada isteri mereka nanti, pakaian dan pelindungan pun membimbangkan. Tak hanya itu sahaja, segala yang dia ada ini hanya cukup sekadar untuk dirinya sendiri sahaja. Macam mana nak sara anak orang.

Masalah kewangan yang dialami kaum lelaki merupakan antara sebab yang mendorong kepada kemerosotan kadar perkahwinan di Amerika Syarikat (AS). Memetik laporan dari Journal of Marriage and Family, data diambil antara tahun 2007 hingga 2012 dan dari 2013 hingga 2017 sebagai statistik bagi Kajian Komuniti Amerika.

Pengkaji mengkaji faktor kemerosotan perkahwinan dan membandingkan profil ekonomi kedua-dua gender bagi mencari perbezaannya.



Hasil kajian menunjukkan, calon suami ideal mempunyai pendapatan 58 peratus lebih tinggi berbanding pendapatan lelaki sebenar yang tidak berkahwin.

“Kebanyakan wanita mengimpikan untuk berkahwin tetapi berdepan kekurangan calon lelaki yang boleh dikahwini iaitu lelaki memiliki pekerjaan dan pendapatan stabil terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa yang menawarkan kerja dengan gaji rendah.

“Perkahwinan hari ini masih lagi berdasarkan cinta tetapi transaksi ekonomi juga sama pentingnya. Ramai lelaki muda hampir tidak mempunyai tawaran menarik untuk perkahwinan, terutama ketika tahap pendidikan wanita secara purata kini lebih tinggi daripada pasangan mereka,” kata penulis utama kajian tersebut, Dr. Daniel Lichter.



Akan tetapi sebagai orang Islam, jangan takut untuk mendirikan rumahtangga walaupun sekarang ini anda rasa anda hanya mampu menyara diri anda. Ini kerana, dengan perkahwinan ini, rezeki yang melimpah ruah malah jika anda berbuat baik pada isteri anda, rezeki akan datang mengejar anda pula.

Majlis yang mewah dan hantaran yang makan berpuluh ribu ringgit itu hanya sekadar adat sahaja. Jika tidak mampu untuk semua itu, maka lakukan yang wajib dahulu. Bila sudah ada wang yang cukup buatlah jika anda mahu.

]]>
Suami Perlu Penuhi 4 Syarat Kewangan Ini Dahulu, Sebelum Berangan Nak Tambah Cawangan. https://redaksi.com/5540-suami-perlu-penuhi-4-syarat-kewangan-ini-dahulu-sebelum-berangan-nak-tambah-cawangan Thu, 21 Mar 2019 11:05:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5540 Bila bercakap bab poligami, bab kahwin lagi satu ini, pasti orang lelaki akan melonjak keriangan dan gembira. Mana tidaknya, ia seolah-olah menyokong mereka dengan menggalakan berpologami. Walaupun tahu bahawa poligami itu perlu berlaku adil, ramai sahaja lelaki di luar sana akan menyatakan mereka ini mampu berlaku adil antara isteri-isteri mereka ini kelak. Sedangkan ketika ini nak menyara isteri seorang pun hanya cukup-cukup makan sahaja.

Seorang suami yang ingin berpoligami perlu tahu bahawa nafkah seorang isteri bukan hanya sekadar nafkah batin sahaja, tetapi ia juga perlu ditambah dengan nafkah zahir, di mana anda perlu menyediakan tempat tinggal, makanan, pakaian dan keperluan hidup selagi seorang isteri itu tidak nusyuz.



Suami-suami perlu ingat, bahawa anda tidak boleh berangan untuk menambah isteri atau berpoligami selagi kewangan anda masih belum stabil. Kalau nak mempunyai kewangan yang kukuh pasti akan memakan tahun, jadi mari lihat sama anda mampu untuk menyediakan 4 perkara ini atau tidak.

1. Rumah.



Nak tambah lagi satu? Pastikan isteri pertama sudah mempunyai rumah sendiri untuk dia dan anak-anak menetap bersama. Pastikan ini bukan rumah sewa tetapi rumah milik isteri sendiri yang anda berikan kepadanya. Mengapa perlunya rumah buat isteri? Ini bagi memastikan kehidupan isteri pertama lebih terjamin, malah jika sesuatu buruk yang berlaku mereka sudah mempunyai tempat berlindung. Kadang kala malang tidak berbau.

2. Duit belanja atau nafkah.



Ini juga merupakan perkara yang penting, di mana anda sebagai seorang suami sememangnya perlu memberi nafkah kepada isteri anda walaupun isteri mempunyai pendapatannya yang tersendiri. Pastikan dahulu semua duit belanja dan nafkah mampu diberikan mengikut kadar yang sesuai. Jika tambah lagi seorang isteri, bermakna tanggungjawab juga akan semakin bertambah. Maka pastikan anda jangan culas untuk memberi nafkah kepada isteri-isteri anda dan jangan memberi alasan tanggungjawab bertambah menyebabkan anda tidak mahu memberi nafkah. Kata adil tadikan.

3. Simpanan dan pelaburan.



Tujuan anda berkahwin pasti bukanlah untuk satu jangka masa yang pendek. Bahkan kalian pasti ingin berada dalam tempoh masa yang panjang. Oleh itu, pastikan anda mempunyai simpanan yang banyak serta pelaburan untuk hari tua penting bagi memastikan kehidupan jangka masa panjang lebih terjamin. Jika sudah mempunyai anak, pastikan juga pelan pendidikan anak-anak tidak terabai.

4. Pelindungan dan hibah.



Bagi mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku seperti perebutan harta dan sebagainya, anda perlu mengurusan harta pusaka sebelum bercadang menambah cawangan baru. Perkara ini juga perlu diambil berat terutama melibatkan pembahagian harta mengikut faraid. Oleh itu, pastikan anda sudah membuat satu rancangan pengurusan harta pusaka bagi mengelakkan masalah pada masa akan datang.

Nampak mudah bukan untuk menguruskan perkara-perkara sebegini, tetapi apabila anda terpaksa melaluinya maka anda akan berdepan tanggungjawan yang besar. Bahkan ia akan membuat anda rasa terbeban. Jadi, fikir secara bijak. Jika anda mampu baru teruskan berangan anda itu.


]]>
Pengambilan Multivitamin, Perlu Atau Tidak Untuk Dapat Tubuh Badan Yang Sihat? https://redaksi.com/4248-pengambilan-multivitamin-perlu-atau-tidak-untuk-dapat-tubuh-badan-yang-sihat Mon, 19 Nov 2018 15:04:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4248 Rata-rata orang berpendapat untuk memiliki tubuh badan yang sihat, kulit yang cantik serta dijauhi dari penyakit adalah dengan melalui pengambilan makanan tambahan seperti vitamin ke dalam tubuh badan kita. Sebab itulah, pelbagai jenis vitamin yang terdapat di pasaran tidak kiralah vitamin E, vitamin C, multivitamin dan pelbagai lagi.

Adakah kesemua vitamin ini perlu dimakan oleh setiap orang yang ingin memiliki tubuh badan yang sihat? Ataupun, vitamin ini hanya perlu dimakan bagi mereka yang mengalami masalah tertentu?

Sudah pasti ramai yang ingin memahami perkara sebegini dengan lebih jelas. Mana tidaknya, jika tersilap makan atau ambil ia hanya akan memudaratkan diri sendiri sahaja. Berikutan itu, mari ikuti perkongsian daripada Pakar pemakanan Fizah Sobri mengenai perkara ini.



MULTIVITAMINS

Perlu ke tak perlu?

Kita tengok berapa situasi di bawah?

Situasi 1.

Seorang ibu mengandung. Kerap merasa loya, muntah dan kurang selera makan akibat hormon mengandung. Bila ada selera tak dapat nak habiskan satu hidangan sebab baby yang makin besar dalam rahim makin menekan perut makin kurang ruang untuk makanan
Perlu ke tidak multivitamin?

Ya...

Situasi 2.

Bayi berusia 8 bulan kurang makan..berat badan naik perlahan..aktif bergerak sini sana..tiada sakit (contoh demam,selesema,batuk) dalam tempoh 3 bulan..
Perlu ke tidak multivitamin

Tidak

Situasi 3.

Seorang lelaki berusia 30an. Sihat tiada penyakit. Selera makan ok..boleh habis 2 pinggan kalau nak cuma kurang makan sayur dengan buah. Kurang aktif bersukan..adalah seminggu sekali..
Perlu ke tidak multivitamin?

Tidak

Situasi 4.

Seorang pakcik berusia 65 tahun. Jalan bertongkat atau perlahan sebab dah sakit sendi dan tulang. Tak dapat nak makan seperti biasa sebab kurang selera makan. Tiada masalah kesihatan kecuali darah tinggi.
Perlu ke tidak multivitamin?

Ya..




Keperluan Multivitamin perlu ikut situasi

Tidak semua memerlukan multivitamin

ELOK AMBIL DARI SUMBER SEMULAJADI

Tahukah anda?

1 biji kiwi sehari ATAU
2 biji oren
DAH CUKUP Keperluan vitamin C sehari

2 -3 cawan susu biasa (belum lagi yang tinggi kalsium)
DAH CUKUP Keperluan kalsium sehari

Campuran
satu hidangan steak atau
3 ketul ayam
4 senduk sayur hijau dimasak dan
2 mangkuk bijirin (iron fortified)
DAH CUKUP Keperluan zat besi sehari

Baik makan sedap dari telan ubat kan..

Yang penting makan secara sihat dan seimbang.

Ikut konsep #sukusukuseparuh baru boleh dapat keperluan zat semua.

Pssst saya tak anti multivitamin tau...cuma ikit keadaan sahaja..bukan semua orang perlu

Sekian

Dietitian fizah
#dietitianfizah



]]>
Hadapi Masalah Kewangan Selepas Berkahwin? Bersedia Untuk Nasihati Suami Anda Jika Dia Mempunyai Perangai Seperti Ini. https://redaksi.com/3215-hadapi-masalah-kewangan-selepas-berkahwin-bersedia-untuk-nasihati-suami-anda-jika-dia-mempunyai-perangai-seperti-ini Tue, 14 Aug 2018 01:23:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3215 Masalah kewangan sering kali di katakan menjadi salah satu punca perpisahan bagi suami isteri. Kenapa masalah kewangan tidak menjadi punca bagi mereka yang sedang hangat bercinta? Mari ketahuinya berdasarkan perkongsian daripada saudara Amir Syahir di laman Facebooknya. Semoga bermanfaat buat pasangan yang sedang hangat bercinta dan ingin mendirikan rumah tangga itu.


Nasihatkan Bakal Suami Jika Mempunyai Perangai Ini

Zaman sekarang, ketua keluarga mesti kena celik kewangan. Tahu menguruskan kewangan dan ekonomi keluarga.

Kau perlu tahu, antara faktor penceraian rumah tangga adalah berpunca daripada masalah kewangan.

Tidak perlu sampai menjadi seorang pakar kewangan pun. Janji tahu duit aliran wang keluar masuk dan tidak berhutang sesuka hati, itu sudah memadai.

Kalau rasa bakal suami kau ada perangai seperti di bawah, kau kena nasihatkan dia. Antaranya;

1. Masa kau tengah dating, dia asyik mengeluh pasal kena bayar PTPTN. Cakap PTPTN menipu bagai. Nak suruh kerajaan bagi pendidikan percuma, tapi dia sampah pun buang merata-rata.

2. Bercinta agak lama. Kau ajak jumpa mak ayah kau pun dia mengelak bagai. Kata tak sedia la, segan lah. Kalau masuk 5 tahun bercinta pun tak nampak lagi hala tuju menuju perkahwinan, kau suruh dia "Cintai Sungai Kita" je la.

3. Merancang untuk membuat pembiayaan peribadi untuk kahwin. Kahwin hanya sekali katanya. Biarlah grand. Barulah bangga sampai anak cucu. Nak update FB pun senang.

4. Selalu menceritakan tentang kereta mewah. Dapat gaji je modified kereta. Dapat gaji je tukar tayar jadi senget terkeluar.


5. Tidak tahu apa itu CCRIS dan CTOS. Kaki berhutang sana sini. Selalu bercinta dengan pinjaman peribadi semata-mata untuk nampak bergaya.

6. Ada kad kredit sampai tiga, empat keping. Beli tiket wayang guna kad kredit, makan dekat kedai hipster guna kad kredit. Padahal hutang kad kredit dah berlambak.

7. Selalu guna ayat "Kita kena sama-sama susah dan senang" bila nak pinjam duit kau. Sebab ada kereta import mewah, bayar ansuran tinggi, hobi mahal tak padan dengan gaji. Hisap vape pulak tu memang tengah bulan akan pokai.

Kau kena ingat dik. Masa muda, masa zaman bercinta ni kau akan nampak yang indah-indah belaka. Pakwe sanggup belikan anak patung besar, baju sedondon, kasut sama bagai.

Bila kau tengok pakwe orang lain buat kejutan kononnya sweet tu, mulalah kau menggelupur tag pakwe kau sendiri. Minta buat benda sama. Pesen nak ikut orang je. Kesian pakwe kau.

Hakikat hidup berumah tangga kau kena belajar juga. Takkan sampai bila-bila nak bercinta yang tak halal je kan?

Kalau masa bercinta kau dah bersweet bagai, nanti lepas berkahwin kau dah tak merasai manisnya bercinta lepas kahwin. Dah tak ada apa yang tinggal. Semuanya dah kau lalui.

Seelok-eloknya bercintalah selepas kahwin. Bersweet lepas kahwin, barulah best dan dapat pahala.

Masa bercinta ni tak payah nak membina kenangan terindah bagai la. Pergi jalan sana sini dengan pakwe / makwe kau. Beli anak patung besar, tempah restoran mahal-mahal. Duk bazir duit je tapi nak menyimpan untuk buat majlis kahwin langsung tak ambil peduli. Niat nak jadikan makwe kau sebagai kekasih halal langsung takde.

Dah kenal setahun dua tu eloklah percepatkan perkahwinan. Takde duit? Buat kecil-kecilan saja. Bincang dengan bakal mak ayah mertua kau elok-elok.

Diorang lagi suka ada orang nak jaga dan tanggung anak mereka. Taklah mereka risau kalau kau keluar malam angkut anak dia. Ye dak?

Ini tidak. Setiap minggu lepak kedai kopi hipster lah, keluar tengok wayang lah, lepak kedai makan mahal-mahal, pergi bercuti luar negara je. Tapi nak membina tabung perkahwinan bersama-sama pun susah. Apa nak jadi la. Kah!

Jangan kerana anda mempunyai masalah kewangan selepas anda berkahwin nanti menjadi salah satu sebab mengapa anda pasangan kerap bertengkar nanti. Ingat jaga kewangan dahulu sebelum berfikir untuk mendekati anak dara orang.

]]>
Nak Nampak Hebat. Ini 4 Tip Menjaga Penampilan Diri Untuk Lelaki. https://redaksi.com/566-nak-nampak-hebat-ini-4-tip-menjaga-penampilan-diri-untuk-lelaki Tue, 25 Jul 2017 15:29:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=566 Nak nampak hebat dimata semua orang. Ini 4 Tip Menjaga Penampilan Diri Untuk Lelaki.

1. Peka terhadap kebersihan.



Badan yang bersih mampu mengelakkan anda dari sebarang penyakit. Sedar atau tidak sebenarnya mempengaruhi penampilan anda sehari-hari. Tanyalah sesiapa sahaja terutamanya wanita adakah mereka rela keluar dengan lelaki yang pengotor (berkuku hitam, nafas berbau dan berkelumumur) walaupun mengenakan pakaian berjenama terkenal dan pastinya jawapan yang akan keluar dari mulut mereka ialah “TIDAK”. Elakkan berlakunya perkara sedemikian dengan mengambil berat perihal kebersihan. Lakukan sesuatu terhadap anggota atau bahagian badan yang ‘bermasalah’ secepat mungkin.

2. Cergas dan cerdas serlahkan penampilan.

Peruntukkan masa yang singkat untuk melakukan senaman yang ringkas, mampu kelihatan cerdas sepanjang hari sekali gus mencerminkan penampilan yang menarik ketika berada di khalayak. Perlu diingatkan bahawa tubuh badan yang sihat memberikan anda lebih stamina untuk melakukan sesuatu kerja selain memberi kesan positif kepada sikap serta keyakinan diri.



3. Lebih penjagaan untuk kulit wajah.

Bayangkan anda berada di sebuah majlis yang hebat, berpakaian mahal tetapi tiada seorang pun wanita yang sudi menghampiri. Pastinya seribu satu macam persoalan menghuni fikiran mengapa situasi tersebut berlaku. Periksa kembali penampilan anda dan mungkin juga bahagian yang bermasalah ialah kulit wajah. Aplikasikan tiga langkah mudah iaitu membersih, menyegar dan melembap selain mendapatkan rehat yang cukup untuk mengembalikan keserian wajah.

4. Amalkan sikap berbudi bahasa.

Umum mengetahui bahawa wanita amat tertarik kepada lelaki yang bersikap gentleman seperti membuka pintu kereta. menarik kerusi di meja makan atau memimpin ketika melintas jalan, memberikan tempat duduk kepada individu yang lebih memerlukan dan banyak lagi. Dengan mempraktikkan cara ini, penampilan anda pasti lebih lengkap di samping wajah yang kacak, pakaian yang segak serta amalan kebersihan yang sempurna.

]]>
Joint Loan Rumah Dengan Suami, Nampak Macam Mudah Tapi Ada Rumitnya Di Belakang Hari. https://redaksi.com/8459-joint-loan-rumah-dengan-suami-nampak-macam-mudah-tapi-ada-rumitnya-di-belakang-hari Mon, 17 Aug 2020 09:26:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8459 Ketika masih bujang, ramai yang tidak mampu untuk membeli sebiji rumah untuk masa depan. Ramai yang lebih memilih untuk menyewa terlebih dahulu sambil menyimpan duit untuk beberapa perkara penting.

Tapi selepas berumahtangga, tentunya setiap orang mempunyai impian untuk memiliki rumah bagi keselesaan ahli keluarga mereka. Walaupun rumah yang kecil tetapi kalau sudah menjadi milik sendiri tentunya sesuatu yang dibanggakan.


Namun begitu, harga sebuah rumah bukanlah murah, malah jika membuat kira-kira dengan hanya pendapatan seorang tidak mampu untuk membayar sebuah rumah. Jadinya, segelintir pasangan suami isteri merancang untuk membeli kediaman meletakkan nama pasangan masing-masing dalam permohonan pinjaman perumahan. Dengan harapan supaya profil kewangan lebih kukuh selain peluang untuk lulus pinjaman perumahan lebih tinggi.

Sebelum membuat apa-apa keputusan, suami isteri perlu tahu pro dan kontra melakukan pinjaman bersama atau joint loan.

Ini perkongsian yang dibuat di Twitter oleh penasihat kewangan @mohdkautharr.



Bagus atau tidak buat joint pinjaman dengan suami

Biasa orang akan joint pinjaman sebab nak kukuhkan profil kewangan.

Boleh beli rumah besar sikit. Kalau gaji suami RM3,000 mungkin layak rumah 300k, tapi bila gabung pendapatan menjadikannya RM5,000 jadi secara tidak langsung layak beli rumah RM500,000 – RM600,000.

Jika beli dua nama:

• Agreement loan ada 2 nama

• SnP/Geran rumah ada dua nama

• MRTT (takaful rumah) juga ada 2 nama

Jika suami meninggal dunia apa jadi?

50% – 300k suami punya

50% – 300k isteri punya



Bila suami meninggal 50% bahagian suami daripada loan akan dibayar dengan takaful.

50% bahagian isteri masih perlu dibayar macam biasa. Katakan bayaran bulanan RM2,000, maka isteri perlu bayar RM1,000 sehingga tamat tempoh.

50% bahagian suami jadi harta pusaka. Jadi apa isunya di sini?

Isunya adalah 50% bahagian si suami tadi sudah jadi harta pusaka. Maknanya 50% daripada rumah tersebut perlu melalui proses faraid.

Jika suami masih ada Ibu bapa, mereka boleh tuntut hak mereka daripada bahagian faraid.

Jika ibu bapa suami tak nak lepas hak dan tuntut 50% bahagian mereka, maka isteri perlu bayar RM250,000 untuk memiliki rumah tersebut sepenuhnya.

Kalau ada yang kata mertua mereka baik, ye mungkin baik. Tapi ada satu kajian dari UMK, 9/10 hal harta pusaka tidak berakhir dengan baik. Jadi berhati hati.

Apa akan jadi jika parent tetap berkeras menuntut hak mereka?

Rumah tersebut perlu dijual. Isteri ambil bahagiannya. Bahagian suami di bahagi mengikut faraid. Maka tinggalah si balu dengan anak anak tanpa rumah.



Adakah sistem faraid salah?

Kenapa biasanya lelaki dapat bahagian lebih besar dalam faraid? Sebab ianya datang dengan tanggungjawab menjaga isteri dan anak anak yang ditinggalkan.

Apa isteri kena buat?

• Tahu siapa waris isteri/suami kita

• Buat hibah rumah jika dah terbeli joint loan atau memang nak joint loan

• Suami ambil takaful dan letak nama isteri. Jumlah pampasan bersamaan harga rumah.

Dalam pada itu ada juga pinjaman perumahan Islam yang menggunakan 2 nama tapi si isteri tidak perlu membayar rumah jika suami meninggal dunia.

Namun bahagian suami tetap perlu faraid.

Sekiranya pihak suami mahu memastikan bahagiannya terus diberi kepada isteri maka sebaiknya membuat hibah bersyarat yang boleh dilakukan melalui perunding kewangan atau perunding harta pusaka.



]]>
“Seni Jerat Untuk Menawan Hati Suami?” Jom Ketahui 2 Teknik Komunikasi Yang Betul Memikat Suami. https://redaksi.com/5444-seni-jerat-untuk-menawan-hati-suami-jom-ketahui-2-teknik-komunikasi-yang-betul-memikat-suami Fri, 08 Mar 2019 12:29:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5444 Dalam memikat hati suami, majoriti golongan isteri hanya menggunakan bahasa kiasan dengan harapan si suami faham isi hatinya. Namun, para isteri perlu tahu bahawa ia adalah langkah yang salah untuk membuatkan suami memahami isi hati anda. Kaum lelaki sukar untuk peka dengan keadaan sekelilingnya, sebagaimana kaum wanita mempunyai naluri hati yang kuat.

Jadi, KOMUNIKASI adalah kunci utama untuk membuatkan hubungan anda dengan suami tiada salah faham. Malah, komunikasi dua hala amat penting untuk mendorong anda menjadi TELUS apa jua hal yang dikongsikan. Tiada rahsia antara suami isteri.

Jadi, para isteri perlu tahu 3 teknik yang betul dalam memikat suami berkenaan dengan komunikasi ini, iaitu…

MELALUI SENI JERAT.

Komunikasi yang sering digunakan oleh kaum wanita adalah terlalu banyak persoalan. Persoalan ini juga yang mendorong mereka menjadi over thinking, atau suka membuat andaian yang negatif pada suami sendiri. Jadi, seni jerat ini bukan sahaja membantu anda untuk tidak overthinking, malah suami pun terjerat dengan anda, namun ‘terjerat’ dalam keadaan yang baik.

Sebagai contoh:

Dalam perbualan, anda perlu menawarkan pilihan pada suami…

BUKAN: “Cantik tak warna kuning ni dengan saya?”

Kerana suami akan serba salah sekiranya warna tersebut tidak cantik dengan anda, malah sekiranya jawab cantik, anda pula yang menjadi ragu-ragu dengan jawapannya. Situasi sebegini pasti akan menemui perbalahan.

GUNAKAN: “Merah dengan kuning ni mana cantik?”

Suami akan ada pilihan untuk memberi jawapan.

Selain daripada itu, jika anda mahu meminta sesuatu dari suami, jangan gunakan:

“Abang, saya nak cincin…”

TETAPI: “Ulang tahun perkahwinan nanti, abang nak bagi cincin ke gelang?..”

Suami akan terjerat bahawa anda mahukan sesuatu pada ulang tahun perkahwinan, namun dia ada pilihan untuk membeli sama ada cincin atau gelang.

Para isteri perlu tahu, fikiran lelaki tidak sama dengan wanita. Jika tiada pilihan dalam perbualan, mereka akan menganggap anda mahukan cincin sahaja. Jadi, dalam fikirannya hanya tentang cincin sepanjang hari.

Maka, luaskan perbualan dengan letak pilihan supaya suami tahu apa yang anda mahu.

MELALUI MEMBERI MAKLUMAT.

Pasangan suami isteri secara tidak langsung akan mengenali dengan lebih rapat apabila duduk sebumbung. Jadi, pasti banyak situasi akan terjadi dalam rumah, dari hal kecil sehingga hal yang paling besar. Jadi, dalam memberi dan menerima arahan, isteri perlu telus dalam memberi maklumat tentang urusan rumah tangga, antaranya mengemas rumah.

Dengan intonasi menjerit…

“Abang, kenapa tak tutup penutup ubat gigi ni?”

“Abang, kenapa sepahkan baju ni?”

“Abang, tengoklah pinggan mangkuk tak basuh, nak jadi apa? Pemalas ke?”

Para isteri, perlu hentikan soalan demi soalan sebegini, kerana ia bakal membuat suami anda Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Tukar kepada dengan memberi maklumat dengan arahan..

“Abang tolong tutup penutup ubat gigi, nanti bau lipas..”

“Abang, tolong masukkan baju dalam bakul, nanti saya nak basuh..”

“Abang, tolong basuh pinggan ni, saya penat..”

Jadi, suami anda mendapat jawapan dengan arahan yang diberikan seperti anda penat. Yang penting para isteri perlu tahu bahawa…

  • Setiap komunikasi perlu ada kata-kata penghargaan seperti Tolong dan Terima kasih.
  • Jangan memberi soalan yang bertubi-tubi, malah jika suami memberi soalan, jangan jawab dengan soalan.
  • Jangan beri bahasa kiasan pada suami kerana mereka tidak faham. Terus-terang sahaja.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

]]>
6 Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Bersama Pasangan. https://redaksi.com/2908-6-aktiviti-menarik-untuk-dilakukan-bersama-pasangan Thu, 19 Jul 2018 15:02:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2908 Kadang-kala apabila telah lama bercinta tidak kira sama ada yang telah berkahwin atau belum berkahwin, terdapat pelbagai aktiviti telah dilakukan bersama pasangan. Sehingga kan tiada lagi aktiviti menarik untuk dilakukan bersama kerana sering melakukan aktiviti yang sama. Jadi apakah aktiviti lain daripada lain yang kalian berdua boleh lakukan..

1. Menonton filem.

Aktiviti cliché ini pasti sering dibuat oleh pasangan, tetapi cuba kalian lakukan dengan cara yang berlainan. Jika dipanggung wayang tidak salah sekali sekala anda berdua duduk di couple sit atau tempat yang eksklusif yang hanya untuk telah berkahwin sahaja.

Selain daripada itu, bawa sahaja laptop dan menonton di dalam kereta bersama atau di Taman. Cari sahaja pemandangan yang indah dan cantik, pasti akan memberi kenangan yang manis pada anda berdua.

2. Makan di tempat yang menarik.

Buntu untuk mencari kedai makan yang lain daripada yang lain? Tonton sahaja rancangan Jalan-Jalan Cari Makanan, dan muatnaik aplikasi mereka untuk mengetahui tempat terbaru untuk disinggah.


3. Konsert/Festival/Muzium.

Sama ada terlalu ramai orang, atau terlalu sunyi sehingga tidak boleh membuat bising. Terdapat pelbagai cara untuk berhibur, ikut sahaja citarasa pasangan. Jika pasangan gemar pergi ke konsert, teman sahaja mereka untuk merasakan kehangatan orang ramai. Jika pasangan gemar pergi ke tempat yang berseni seperti Muzium, temani mereka dan cuba memahami minat mereka.

4. Aktiviti Ekstrem atau Taman Tema.

Aktiviti ekstrem seperti hiking atau paintball. Jika di Taman Tema, naiki lah Roller Coaster  seperti di Genting Highlands atau di Time Square Theme Park, Kuala Lumpur. Hubungan anda akan bertambah erat jika bijak menyelitkan aktiviti sebegini.


5. Berkelah.

Berkelah tidak semestinya di pantai sahaja, seperti di Putra Jaya atau Taman Botani atau mana-mana sahaja Taman yang bersesuaian. Jika angin kuat ketika itu, boleh sahaja anda dengan pasangan bermain layang-layang atau meniup belon seperti keanak-anakan. Tidak salah lakukan aktiviti santai begini, tidak lah hubungan itu terlalu serius.

6. Game online.

Zaman sekarang terlalu banyak game online yang memerlukan anda untuk bermain secara beramai-ramai. Terutama pada wanita, mungkin bagi anda bosan apabila untuk bermain game sebegini, tidak salah jika sekali sekala anda join bersama pasangan. Pasti ia amat menyeronokkan, tetapi jangan sampai ketagih.

Selain itu, anda dan pasangan boleh sahaja pergi ke Zoo atau di Melaka banyak sahaja tempat dan aktiviti untuk dilakukan. Menaiki Taming Sari, Cruise pada waktu malam, naik beca, bermain Roller Blade di Dataran Pahlawan dan pelbagai aktiviti lagi.


 

 

 

]]>
Sanggup Lakukan Apa Saja Untuk Isteri. Lelaki Sebaik Khuzairi, Menjadi Kegilaan Para Wanita. https://redaksi.com/8402-sanggup-lakukan-apa-saja-untuk-isteri-lelaki-sebaik-khuzairi-menjadi-kegilaan-para-wanita Tue, 28 Jul 2020 17:47:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8402 Rasanya ramai yang tengan melayan drama 7 Hari Mencintaiku 2. Jika sebelum ini musim pertama sudah banyak pengajaran yang diambil dari drama tersebut, tetapi pada musim kedua ini tentu saja masih banyak pengajaran dalam hal kekeluargaan dan juga rumahtangga.

Watak Khuzairi yang dilakonkan oleh Shukri Yahya, sememangnya mendapat tempat dihati penonton wanita. Mana tidaknya, seorang suami yang manis dan juga romantik, tentu saja suami yang diangankan oleh semua wanita.


Apa yang membuatkan Khuziri ini begitu sempurna dimata wanita?



Terlalu sayang pada isterinya

Kalau boleh dilihat sikap yang terlalu sayangkan isteri ini tentu saja menimbulkan rasa cemburu oleh sesiapa pun. Ramai diantara kita mengharapkan layanan seperti itu bila sudah bergelar isteri. Walaupun dalam apa jua keadaan dia yang begitu sabar melayani kerenah isterinya tanpa sedikit pun menaikkan suara.

Menjaga hati kedua-dua pihak

Walaupun dalam kemulut mertua dan juga menantu, tetapi sebagai seorang suami dan juga anak, dia masih lagi cuba menjaga hubungan baik antara keduanya. Tidak melebihkan mana-mana pihak tetapi sedaya upaya menjaga hati keduanya agar berlaku adil dan tidak melukakan keduanya. Ini kerana, baginya dia tahu kedua-duanya adalah penting dalam hidupnya. Sebab itu dia tidak lepas tangan begitu saja tetapi guna pelbagai usaha untuk perbaiki hubungan mertua dan menantu itu.



Tahu ilmu agama dan juga bertanggungjawab

Apa yang lebih menarik hati wanita akan watak ini tentunya memiliki ciri-ciri calon suami yang sangat baik. tahu ilmu agama dan juga seorang yang bertanggungjawab tentu saja perkara yang dicari-cari oleh mana-mana wanita yang sedang mencari jodoh. Perkara ini sangat penting untuk kekalkan hubungan dalam rumahtangga sentiasa bahagia.



Sentiasa ingin selamatkan hubungan

Tidak pernah kenal erti putus asa, lelaki seperti ini sentiasa berusaha untuk menjaga hubungan dengan isterinya walaupun apa jua yang dilakukan oleh pasangannya. Tidak pernah kenal erti mengalah tetapi lebih ingin berjuang selamatkan hubungan walaupun apa juga keadaan dan halang.

Seorang yang sangat penyabar

Seorang yang sangat penyabar, itu juga salah satu ciri-ciri yang diingini wanita. Mana tidaknya, wanita ini banyak ragamnya. Bila dapat pasangan yang sabar melayani kerenahnya tentu saja dia akan terrasa bahagia. Nak-nak yang sentiasa sabar dengan sikapnya.

Namun begitu, sebagai wanita perlu sedar bahawa tidak akan ada lelaki seperti watak Khuzairi ini. Jadi, hidup dalam dunia yang nyata dan jangan terlalu berangan nak lelaki sempurna seperti dalam tv pula.



]]>
Anak Muda Memang Digalakkan Untuk Melabur, Tetapi Ketahui 4 Risiko Ini Dahulu. https://redaksi.com/4747-anak-muda-memang-digalakkan-untuk-melabur-tetapi-ketahui-4-risiko-ini-dahulu Thu, 03 Jan 2019 10:29:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4747 Pada masa kini, anak muda mula diberi kesedaran dan didedahkan dengan pelaburan, kerana pentingnya perancangan kewangan dalam kehidupan. Pentingnya kesedaran ekonomi dalam diri kerana ia adalah salah satu perkara asas dalam kehidupan kita. Apabila kesedaran ini diperluaskan, tidak hairan suatu hari nanti ramai sahaja anak muda mula bijak mengenai dengan isu ini.

Nak berkahwin pun, perlu ada asas pelaburan, supaya perbelanjaan keluarga terjamin untuk jangka masa yang panjang. Namun, sebelum ingin melabur, perlu ketahui dahulu 4 risiko ini…

1. Kenal Pasti Profil Risiko Anda.

Untuk melihat tahap risiko yang anda mampu untuk melabur adalah dengan melalui 3 kategori asas iaitu konservatif, sederhana atau agresif. Profil risiko anda akan ditentukan dengan peruntukan pelaburan yang sesuai dengan jiwa.

Untuk mereka yang konservatif, tidak sesuai terus melabur di pasaran saham, tetapi lebih baik melabur dalam deposit teap dan dana unit amanah. Anda seharusnya mendapatkan bantuan daripada perancang kewangan yang professional, jika tidak mahir dan mereka akan melihat portfolio pelaburan yang sesuai.

2. Memahami Perbezaan Di Antara ‘Selera’ Dan ‘Toleransi’.

Jika anda adalah amateur atau baru berjinak-jinak dalam bidang pelaburan, jangan terlalu yakin anda adalah seorang pelabur yang agresif, nanti risiko yang anda hadapi adalah besar, dan takut mengalami kerugian yang melampau. Tidak salah menjadi pelabur yang konservatif terdahulu, risiko pun rendah.

Oleh sebab itu anda perlu ketahui dan kenali diri anda sendiri terlebih dahulu. Jangan melabur ikut sedap ‘selera’ anda sahaja, terlalu mengikutkan nafsu kata orang.

Dalam konteks pelaburan, sebagai contoh, pelabur telah menunjukkan bahawa mereka selesa dengan turun naik pasaran. Walau bagaimanapun, daripada memegang saham untuk jangka masa panjang apabila harga menurun dan setia sambil mengharungi turun naik pasaran, pelabur menjadi gelisah dan cepat-cepat menjual saham, mengakibatkan kerugian segera dan besar.

3. Ketahui Kelas Aset Pelaburan.

  • Wang Tunai: Kelas ini mempunyai risiko paling rendah dan juga pulangan terendah. Contohnya termasuk wang dalam akaun simpanan anda, dana pasaran wang, dompet dalam talian, dan juga simpan di bawah tilam anda!
  • Ekuiti: Ini mewakili pemilikan dalam perniagaan. Contohnya saham. Ia adalah kelas aset yang berisiko tinggi kerana sifat tidak menentu pasaran saham.
  • Pendapatan Tetap: Meminjamkan wang kepada syarikat atau kerajaan untuk mendapatkan faedah. Contohnya termasuk bon dan deposit tetap. Mereka menawarkan pulangan yang lebih baik daripada wang tunai, tetapi ada juga risikonya.
  • Aset Fizikal: Contoh termasuk hartanah, komoditi sumber asli dan logam berharga seperti emas. Melabur dalam hartanah seperti pejabat atau apartmen boleh memberi anda pulangan yang baik melalui pendapatan sewa dan peningkatan nilai hartanah, tetapi kos permulaan adalah tinggi.

Mengetahui kelas aset ini akan membantu dalam menentukan di mana untuk melabur, bergantung kepada toleransi risiko dan juga jangkaan pertumbuhan.

4. Belajar Pengurusan Risiko.

Dan yang paling penting adalah, cara anda menguruskan portfolio risiko anda semasa melabur melalui 3 strategi iaitu diversifikasi, melabur secara konsisten dan melabur dalam jangka masa yang lama.

Menjadi anak muda yang baru berjinak-jinak untuk melabur, belajar untuk meletakkan wang anda pada banyak tempat, dan bukannya aset tunggal. Dimana secara tidak langsung, anda juga mula menyebarkan risiko anda daripada rendah kepada tinggi. Sekiranya, pelaburan pada risiko tinggi anda mengalami kerugian, anda masih ada lagi jaminan pada pelaburan yang berisiko rendah.

Tak adalah semua pelaburan anda menjadi lebur.

Portfolio pelaburan haruslah mempertimbangkan beberapa faktor seperti umur, toleransi terhadap risiko, matlamat kewangan dan tempoh pelaburan. Semua faktor saling berkaitan. Pelabur jangka panjang lebih baik untuk membuat pelaburan yang lebih berisiko kerana mereka boleh bertahan daripada sebarang potensi kerugian dari semasa ke semasa.

Nasihat ini terutamanya kepada pelabur muda yang mampu mengambil risiko lebih tinggi kerana masa lebih berpihak kepada mereka. Apabila seseorang telah meningkat umurnya, disyorkan untuk mengurangkan risiko secara beransur-ansur.

Oleh itu, amatlat penting untuk kita fahami toleransi risiko bagi memastikan pulangan pelaburan yang stabil tanpa menjejaskan kepentingan kewangan.

Semoga Bermanfaat!

]]>
Perhubungan Cinta Yang Sihat Itu Penuh Dengan Pengorbanan Dan Kompromi Antara 2 Pasangan. https://redaksi.com/1698-perhubungan-cinta-yang-sihat-itu-penuh-dengan-pengorbanan-dan-kompromi-antara-2-pasangan Wed, 21 Mar 2018 14:51:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1698 Pengorbanan dan kompromi sering dipersoalkan di dalam perhubungan percintaan. Adakah dua aspek ini berkaitan dan sangat diperlukan di dalam perhubungan ini? Antara pengorbanan dan kompromi aspek yang mana lebih penting di dalam perhubungan antara dua pasangan? Adakah pengorbanan itu lebih penting daripada kompromi?

Pengorbanan itu terjadi apabila anda give up untuk mendapatkan sesuatu yang berharga, seperti anda tidak sanggup bekerja jauh daripada keluarga kerana untuk menjaga anak yang sakit. Namun, kompromi itu sendiri anda melepaskan peluang yang lebih bagus kerana tidak mahu menanggung risiko.

Kompromi bermaksud anda ingin kan persetujuan dengan pasangan yang tiada kata sepakat, tetapi tidak pula melibatkan pergaduhan atau pertikaian.

Selain daripada itu, pengorbanan adalah di dalam situasi yang realiti. Anda bukan hidup dalam fantasi jika anda tidak mahukan pengorbanan, kontra pula dengan kompromi yang memerlukan pertimbangan di dalam minda manusia untuk mendapat kata sepakat berkemungkinan anda akan mengalami kerugian.

Pengorbanan juga anda sanggup berkorban demi masa, tenaga dan nyawa mahupun harta kerana anda memerlukan sesuatu yang berharga, seperti ia sangat penting untuk hidup dan mati anda. Tetapi tidak pula pada kompromi, kerana secara emosi ia adalah pertimbangan untuk menanggung risiko atau tidak.

Di dalam percintaan, anda sanggup untuk berkahwin dengan pasangan yang bekerja tidak kira waktu dan masa. Pasangan yang akan meninggalkan anda selama berbulan-bulan hanya kerana komitmen pekerjaan.

Tetapi anda sanggup berkorban dan setia menunggu tidak kira mengambil masa yang lama kerana terlalu cinta kan si dia. Tetapi adakah anda sanggup menanggung risiko untuk meninggalkan keluarga demi mengikut si dia yang bekerja di luar negara? Itu adalah kompromi!

Oleh kerana itu, sebelum anda di lamun cinta atau terjatuh cinta dengan seseorang yang bekerja tidak kira waktu dan masa, pekerjaan yang tidak sama bidang dengan anda, kata sepakat antara pasangan sangat penting. Jangan pula setelah pernikahan, anda baru berkira-kira yang anda tidak sanggup untuk berjauhan dengan si dia mahupun ahli keluarga. Alamak!

]]>
Tip Idea Curi Hatinya Di Talian! https://redaksi.com/481-tip-idea-curi-hatinya-di-talian Mon, 17 Jul 2017 12:22:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=481 “Alahai, macam mana nak pikat hati dia.. dia dah la jauh, SMS jelah peneman kitorang. Belum tentu dia akan suka kat aku”.



Pernah terfikir macam ni ?

Ahhhh, lupakan semua fikiran negatif! Walaupun hanya berhubung melalu talian sahaja kamu berdua juga boleh jatuh cinta

Tak percaya ?

Cuba tanya kenalan-kenalan kamu, pasti ada yang akan mengaku mereka berkenalan dahulu di talian kemudian baru berjumpa dan jadi pasangan bercinta.

Tetapi, memang lah tidak semudah itu! Ada beberapa strategi yang harus kamu pasang jika ingin mencuri hatinya. Nak tahu apakah antaranya ?

Si dia pasti akan tersenyum sepanjang hari!



SMS KOSONG.

Ini merupakan satu taktik lama, tapi ia masih boleh di gunakan. Di saat yang tidak di duga, apa kata kamu hantar satu sms kosong padanya dan tunggu sehingga si dia reply. Ayat pertama si dia pasti “kenapa hantar text kosong ?”. Jangan terus jawab, sebaliknya cuba bergurau sedikit dengannya dengan ayat seperti “eh, saya tak buat apa-apa telefon saya ni mungkin rindukan telefon awak, maaf ya atas kenakalan telefon saya” secara spontan si dia pasti akan tergelak dan mula berbual dengan kamu.

KIRIM GAMBAR.

Selain itu, kamu juga boleh guna satu trick yang sangat old school iaitu menghantar gambar-gambar lucu kepadanya. Percayalah, bila dua hati boleh tergelak dalam masa serentak, perasaan sayang dan cinta pasti akan timbul di hujung gelak tawa mereka. Jadi, cubalah buat si dia terusik dengan kenakalan kamu itu.

TELEFON / JAWAB TELEFON DENGAN AYAT KELAKAR.

Trik ini bukan hanya untuk jejaka sahaja. Kamu juga boleh lakukan! Cuba kamu telefon atau jawab panggilannya dengan ayat-ayat yang tak masuk akal tetapi lucu. Contohnya, "Hei morning, good looking, watcha got cooking?" atau mungkin kamu juga boleh guna ayat “awak, kenapa awak call ? saya tengah sibuk ni! Saya sibuk carik hati saya kat mana tah. Awak ada nampak ? saya rasa ada  seorang budak lelaki dah curi then dia letak dekat mana tah!”. Si dia pasti akan tergelak melihat kecomelan kamu dengan ayat spontan seperti itu.



PUJIAN.

Setiap orang memang suka di puji termasuklah ‘crush’ kamu itu kan? Jadi, tiada salahnya jika sehari itu kamu puji dirinya melalui sekeping SMS dan biarkan si dia terawang-awangan dengan pujian kamu atau kamu juga boleh berkata si dialah satu-satunya kini yang rapat dengan kamu. Kata-kata Cinta

GUNAKAN EMOTICON.

Setiap pesanan ringkas kamu jangan lupa sertakan sekali emoticon yang comel dan sweet-sweet atau mungkin kamu juga boleh hantar satu pesanan ringkas yang mempunyai emotikon sahaja dan terus hantarkan pada si dia. Taktik ini akan membuatkan pasangan kamu tertanya-tanya dan akhirnya kamu berdua akan mula berbual.

JAWAPAN SINGKAT & TERGANTUNG.

Untuk menarik perhatian si dia untuk terus berkomunikasi dengan kamu. Apa kata hantar pesanan ringkas atau jawab segala pertanyaan si dia sependek yang mungkin. Sememangnya lelaki memang suka berdiam diri dan bercakap sependek yang mungkin, tetapi bila kamu berbuat demikian secara tidak langsung si dia pasti ada perasaan ingin tahu. Sedikit demi sedikit pasti kamu berdua akan terleka dengan perbualan kamu.

]]>
Kematian allahyarham Amir, Facebook ibu kandung mangsa diserang netizen https://redaksi.com/9552-kematian-allahyarham-amir-facebook-ibu-kandung-mangsa-diserang-netizen Sat, 30 Jan 2021 13:42:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9552 Kematian kanak-kanak berusia 7 tahun yang bernama Amir bukan sahaja dirasai oleh keluarga angkatnya bahkan juga oleh seluruh rakyat Malaysia apabila polis mengesahkan bahawa kematiannya bukanlah hanya lemas semata-mata bahkan turut berkait rapat dengan kes penderaan.

Hal ini adalah kerana hasil siasatan yang telah dijalankan oleh pihak polis mendapati bahawa ada kesan lebam dan kecederaan pada anggota badan Amir dan kini ibu dan bapa tirinya masih menjalani soal siasat berhubung perkara itu.

Zuraida Atan diserang

Susulan kejadian yang belum reda itu, kini ruangan Facebook milik ibu kandung Amir yang dikenali sebagai 'Zuraida Atan' pula menjadi buruan warganet apabila mengetahui punca sebenar kematian Amir semalam.Pelbagai komen dan reaksi yang diterima oleh orang ramai berikutan kejadian yang menimpa ke atas kanak-kanak 7 tahun yang tidak berdosa itu.

'Kau tak patut ambil dia kalau tak nak jaga'

Dalam pada melihat tindakan yang dibuat oleh wanita berkenaan telah menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai kerana mengambil Amir dari jagaan keluarga angkatnya sedangkan penjagaan yang diterima oleh Amir lebih baik daripada ibu kandung sendiri yang menjaganya.

 

 

'Kenapa kau mesti bunuh dia'

Salam takziah buat keluarga angkat

Pelbagai respon yang dikirimkan oleh pengguna Facebook kepada ibu kanak-kanak tersebut. Di samping itu mereka juga turut berkesempatan menitipkan doa buat arwah Amir dan berharap semua yang terjadi akan mendapat keadilan yang sewajarnya.

]]>
13 Alasan Mengapa Wanita Muda Menyukai Lelaki Berumur. https://redaksi.com/620-13-alasan-mengapa-wanita-muda-menyukai-lelaki-berumur Fri, 28 Jul 2017 11:07:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=620 Lelaki yang lebih dewasa, lebih tua atau lebih berumur memiliki banyak pengagum di kalangan wanita. Tidak jarang kita melihat gadis muda dengan bangga berjalan dengan lelaki yang jauh di atas umurnya. Sebelum menuduh gadis tersebut "matre" perhatikan hal-hal berikut ini. Banyak alasan mengapa wanita lebih menyukai lelaki yang jauh lebih tua, diantaranya adalah :



1. Lebih stabil.

Lelaki berumur biasanya lebih stabil daripada seorang remaja atau lelaki muda umur dua puluhan. Dia memiliki waktu untuk membangun karier, menyimpan wang di rekening bank dan percaya dirinya tinggi. Dia boleh memenuhi keperluan keluarganya dan sering memiliki lebih banyak waktu terluang daripada lelaki muda yang baru memulakan hidup dan membangunkan karier. Selain itu, keseimbangan hormonnya akan memungkinkan dia lebih penyayang dan lebih suka memeluk pasangannya dibanding jika ia berusia tiga puluhan atau lebih. Lelaki berumur lebih stabil dalam karier mereka; kewangan mereka lebih stabil, dan janji kehidupan yang lebih tenang adalah sesuatu yang menarik hati wanita. Adalah wajar bahawa wanita bercita-cita untuk kehidupan yang lebih stabil dalam kewangannya.

2. Track record (Rekam jejak).

Ketika Anda melihat lelaki yang lebih tua, Anda sudah boleh melihat potensi kekuatan kewangan yang ia dapatkan selama hidupnya dan seberapa kejayaan dia dalam kariernya, menurut ekonom Robert J. Stonebraker di "The Joy of Economics: Making sense out of life" pada website Winthrop University, lelaki yang lebih tua yang telah menginvestasikan waktu dalam pendidikan dan membangun kariernya sehingga ia boleh stabil dan dapat menyediakan keperluan keluarga yang akan dibangunnya secara memadai dan mungkin mencari perempuan muda yang lebih potensi reproduksinya yang tinggi dan lebih menyenangkan dilihat. Pengalaman hidup yang panjang yang telah dilalui seorang lelaki berumur lebih menarik hati wanita.



3. Lebih menghargai.

Lelaki berumur memiliki lebih banyak hal untuk ditawarkan pada wanita muda, menurut profesor psikologi David M. Buss di "Human Mating Strategies di "Samfunds- og Nationaløkonomi" jurnal. Dia mampu dan bersedia untuk menyediakan keperluan keluarganya, mampu dan bersedia untuk melindungi mereka, memiliki keterampilan yang dimiliki sebagai orang tua untuk membantu meningkatkan kemampuan turunannya, dan memiliki tujuan dan nilai-nilai yang sama dengan nilai-nilai ketika dia bersedia untuk membina sebuah keluarga. Dia akan menghargai seorang wanita muda yang cerdas, baik, sihat dan pengertian. Menurut mereka, wanita muda boleh menghargai kedewasaannya, cita-citanya dan etika kerja yang akan membawa manfaat yang lebih besar untuk keluarga yang mereka bina bersama-sama. Dia memandang wanita muda bukan sebagai mainan tetapi pasangan yang perlu dihargai dan dimengerti kerana usia dan pemahamannya yang masih sedikit.

4. Berpandangan maju kedepan.

Jika skala pendapatan bagi wanita muda boleh bermula pada tahap yang sama dengan pasangan lelaki mereka, begitu banyak wanita muda mengambil berat tentang potensi masa depan mereka, menurut laporan Pusat Penyelidikan Pew December, "On Pay Gap, Millennial Women Near Parity With Men – For Now" Seorang wanita muda jika dia mahu memulakan keluarga mungkin melihat seorang lelaki kerjaya yang berpengalaman, berpendidikan, cemerlang yang menawarkan kestabilan lebih daripada seorang lelaki yang lebih muda. Ramai wanita muda juga percaya bahawa lelaki yang lebih tua mempunyai peluang mudah untuk naik dalam struktur korporat, sehingga seorang lelaki berumur yang telah mencapai puncak dan pengurusan dalam kariernya nampaknya memberikan masa depan yang lebih baik untuk keluarganya.

5. Level kematangan.


Semakin bertambahnya umur, lelaki akan menjadi lebih matang dan bijak menghadapi kehidupan. Bukam mengatakan bahawa mereka membosankan. Mereka hanya melihat segala-galanya mengikut kacamata umur mereka. Sifat matang dan dewasa diperlukan untuk seorang lelaki yang akan mengetuai rumah tangga, yang akan membuat keputusan penting yang bukan berdasarkan emosi semata-mata. Kematangan seorang lelaki berumur menarik hati wanita muda.

6. Punya pesona tersendiri.

Pesona lelaki yang lebih tua adalah berbeza dari yang muda. Ramai wanita tidak suka tindakan spontan, grusu dan grasa emosi pada lelaki muda. Sikap sebenar lelaki ditunjukkan oleh seorang lelaki tua dengan perbuatan yang sederhana, sama ada ia menarik kerusi atau memberikan bunga, ia sebenarnya mencairkan hati seorang wanita.



7. Lebih pintar dan lebih bijaksana.

Dengan pengalaman bertahun-tahun mereka, lelaki yang lebih tua menjadi lebih bijak daripada rakan-rakan muda yang sibuk dengan keseronokan selepas bekerja. Terimalah hakikat bahawa lelaki tua lebih bijak dan lebih dewasa. Orang menjadi konyol dan kurang bijak apabila mereka masih muda dan lebih bijak seiring pertambahan umur. Dan wanita tidak suka menunggu lelaki muda  ini berkembang dan lebih dewasa.

8. Tidak mencuba merubah wanita.

Jika semua orang suka wanita yang bergaya dan cantik, seorang lelaki berumur kurang peduli dengan penampilan luar, seperti perempuan itu mengecat kuku atau rambut putih yang mengganggu penampilannya. Mereka lebih peduli dengan apa yang ada di dalamnya, dan lebih banyak menerima ketidaksempurnaan wanita. Tidak seperti lelaki yang lebih muda, mereka tidak cuba mengubah wanita apabila mereka jatuh cinta. Mereka tidak menghakimi. Mereka cuba memahami dan mengetahui bahawa wanita muda memerlukan masa untuk mencari diri mereka sendiri. Dan lelaki tua membantu mereka mencari dan menjadi diri sendiri.

9. Boleh dipercayai.

Lelaki berumur itu mempunyai gambaran sebagai seorang lelaki yang mempunyai kuasa dalam fikiran seorang wanita. Sama ada ia menentukan tempat makan atau menempah pakej percutian, mereka tahu bila mengambil alih, dan melakukannya tanpa terlalu sombong. Memang benar bahawa wanita cenderung mencari contoh bapa dalam lelaki mereka. Seseorang yang mengingatkan mereka tentang bapa mereka, dan memberi jaminan bahawa mereka dilindungi dan berada dalam keadaan yang selamat. Janji yang tidak perlu diucapkan bahawa mereka akan berada di sana pada masa-masa sukar adalah cukup untuk membuat jantung wanita mencairkan mereka.

10. Boleh melakukan peerbualan yang baik.

Bercakap tentang perkara yang menarik berkaitan dengan pengalamannya yang banyak. Wanita suka mendengar cerita dan nasihat kebijaksanaan yang diperoleh oleh seorang lelaki yang berumur dalam hidupnya. Baginya banyak perkara yang boleh dipelajari dari seorang lelaki yang lebih tua daripada lelaki muda seusia. Perbualan dan sambungan yang baik boleh dilakukan oleh lelaki yang lebih tua kerana mereka tahu apa yang diinginkan wanita muda.



11. Memperlakukan wanita dengan baik.

Satu perbezaan utama antara lelaki dan lelaki adalah cara dia melayan wanita dalam hidupnya. Lelaki atau lelaki tua telah hidup lama, dan memahami wanita lebih baik daripada rakan-rakan muda mereka. Mereka lebih sensitif dan memahami perasaan dan keperluan wanita. Mereka tahu memberi respons sempurna kepada soalan-soalan seperti "Sayang, adakah saya kelihatan gemuk?" atau "sayang, kemanakah arah  perkahwinan kita?"

12. Tahu apa yang mereka mahu dan tidak takut mengatakannya.

Sama ada tarikh santai atau hubungan yang serius, mereka tahu apa yang mereka mahu dari seorang wanita dan menyatakannya tanpa berbelit-belit, dan mereka boleh melakukannya tanpa terdengar menuntut atau menyombongkan diri. Wanita menghargai kejujuran setiap hari.

13. Mereka tahu bagaimana menyenangkan wanita di ranjang.

Last but not least lelaki berumur konon lebih baik dan lebih memuaskan di ranjang. Mereka tahu apa yang wanita inginkan, dan tahu tubuh mereka serta mereka tahu keinginan dan fantasi wanita. Mereka telah melihat banyak variasi, dan terbuka dengan idea-idea baru pasangan wanitanya.

Itulah 13 sebab mengapa banyak lelaki berumur disukai oleh wanita muda. Ia bukan sekadar motivasi kewangan serta mengapa lelaki kaya menarik wanita tetapi juga kerana kualiti yang mereka ada.




]]>
Berkahwin Dengan Lelaki Lain Dan Mencintai Lelaki Lain, Apa Yang Anda Harus Lakukan. https://redaksi.com/2196-berkahwin-dengan-lelaki-lain-dan-mencintai-lelaki-lain-apa-yang-anda-harus-lakukan Fri, 04 May 2018 11:59:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2196 Tiada siapa yang tahu siapa jodoh kita. Walaupun sudah berkahwin, jodoh juga mungkin boleh berubah. Kadang-kadang kita bercinta dengan orang lain tetapi bertunang dengan orang lain dan paling yang tidak disangka apabila kita berkahwin juga dengan orang yang berlainan. Jadi kesukaran untuk melepaskan seseorang dalam hidup itu juga bukan satu yang singkat. Mungkin sahaja kita rasa kita sudah bersedia untuk menerima orang baru tapi pada masa itu kita sebenarnya masih mencintai yang lama.


Jadi apa yang harus dilakukan apabila berhadapan dengan situasi seperti ini? Adakah perpisahan itu jalan yang terbaik? Sebelum mengambil keputusan untuk berpisah cuba lakukan beberapa perkara ini.

1. Lihat sifat positif suami.

Mungkin suami anda tidak sama dengan orang yang anda cinta. Tetapi dalam masa yang sama cuba anda lihat dalam dirinya. Sudah pasti ada sifat yang baik dan positif sehinggakan anda menerimanya sebagai suami anda. Pasti kerana sifat-sifatnya membuatkan hati anda terbuka untuk menerima dirinya.

2. Pertimbangkan emosi suami.

Cuba anda bayangkan jika anda memberitahunya bahawa anda mencintai lelaki lain selepas menikahi dirinya. Pasti suami anda akan merasa kecewa akan setiap kata anda. Jadi cuba jaga emosinya kerana si dia tidak bersalah dalam hal ini. Suami anda menikahi anda kerana beranggapan anda sudah move on dari kekasih lama.

3. Belajar mencintai suami.

Dari anda fikir cara bagaimana untuk berpisah dengan suami anda, adalah lebih baik anda memikirkan bagaimana untuk mencintai dirinya. Pasti ada sesuatu yang boleh anda terima mengenai dirinya sehinggakan anda bersetuju untuk menikahi dirinya.


4. Terima jodoh yang telah diaturkan.

Anda harus percaya dengan jodoh yang telah diaturkan untuk anda. Hal ini kerana hanya dia sahaja yang tahu mana yang terbaik untuk anda. Mungkin suami anda adalah jodoh anda yang sebenar yang mampu membawa anda ke syurga. Jadi percaya dengan setiap perancangan yang telah diaturkan oleh-Nya.

5. Belajar untuk melepaskan.

Anda tidak seharusnya menyimpan perasaan anda terhadap orang lain. Hal ini kerana anda sudah bersuami. Jadi anda perlu belajar melepaskannya dari hati anda. Mungkin agak sukar pada mulanya tetapi pasti akan lebih baik bila anda benar-benar lakukannya dengan ikhlas demi suami anda.

6. Ingat Allah.

Di samping itu juga cuba sentiasa mengingati Allah. Hal ini kerana, hanya dia sahaja yang mampu mengubah hati dan perasaan anda. Dan hanya dia sahaja yang mampu membuat anda keluar dari masalah anda.

Kesimpulannya, sebelum anda menikahi seseorang, pastikan hati anda sememangnya miliknya. Dan jika perkahwinan itu bukan dasar cinta sekali pun, hadirkan rasa cinta itu walaupun sedikit. Hal ini kerana dia adalah jodoh yang telah diaturkan oleh Allah.

]]>
7 Tanda Anda Dan Pasangan Punyai Hubungan Yang Matang. Hubungan Anda Bagaimana? https://redaksi.com/362-7-tanda-anda-dan-pasangan-punyai-hubungan-yang-matang-hubungan-anda-bagaimana Wed, 05 Jul 2017 15:16:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=362 Hidup berpasangan bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya diantara dua sudut hati yang berlainan kemudian bakal menjadi satu. Rahsia hubungan cinta yang berjaya dan kuat datangnya dari kepercayaan, komitmen diantara pasangan dan persefahaman. Hubungan cinta yang sihat amat penting kerana ia memberi efek psikologi yang juga sihat namun ia memerlukan kesabaran, kerjasama untuk membentuk hubungan yang baik. Pada anda yang tertanya-tanya apakah maksud disebalik hubungan matang jauh dari segala drama dan adakah hubungan anda dan pasangan sekarang utuh dan mempunyai persefahaman?



1. Selisih faham yang tidak berpanjangan.


Ada perkara yang anda tidak bersetuju dengan pasangan tapi ianya tidaklah berakhir dengan pergaduhan. Cuba anda belajar cara pasangan anda apabila dia mula menunjukkan tanda marah atau tidak bersetuju dengan anda. Contoh, jika dia seseorang yang lebih berterus-terang cuba anda belajar menerima apa yang dia katakan. Memang sukar pada mulanya tapi lama-kelamaan anda dan pasangan akan lebih memahami dan senang untuk berkomunikasi.

2. Bila anda lebih banyak guna ‘Kita’ berbanding ‘Saya’.

Jika sebelum ini semuanya tentang anda tapi kini setelah berpasangan anda dan pasangan mula lakukan banyak perkara bersama-sama. Walaupun anda sedar anda dan pasangan merupakan orang yang berbeza namun anda sentiasa mahu pasangan anda juga terlibat dalam membuat keputusan penting.



3. Boleh berbual apa sahaja.

Politik, sukan, fesyen atau apa sahaja yang berlaku didunia ini anda dan pasangan tidak lokek berkongsi cerita. Anda tidak pernah merasa apa yang diutarakan oleh pasangan adalah ‘salah’. Tiada sempadan untuk membicarakan idea, kerisauan, cadangan bersama si dia. Anda dan pasangan juga masing-masing sedia memperbetulkan kesalahan jika ada dan sama-sama memajukan diri.

4. Sedar masing-masing perlu waktu sendiri.

Di alam dewasa kini anda sedar setiap orang memperuntukkan waktu peribadi sendiri begitu juga dengan pasangan anda. Jadi anda faham bila waktu untuk tidak berhubung dengan pasangan, tidak perlu sampai bergayut di telefon atau teks sampai 24 jam sehari. Ianya normal untuk tidak selalu berhubung walaupun anda sedang bercinta cukup sekadar tahu rutin sehariannya dan pasangan dalam keadaan baik.

5. Anda tahu hubungan ini ada masa depan yang baik.

Bila anda didalam hubungan yang matang anda dapat bayangan dimana anda tahu hubungan ini mempunyai satu jalan yang baik untuk masa depan. Jauh didalam hati anda, anda pasti dengan apa yang lakukan ini betul dan anda juga bersama dengan orang yang tepat.



6. Terima kekurangan dan kesilapan yang lalu.

Menguatkan hubungan cinta ini memerlukan kepercayaan dan kesanggupan untuk menerima kekurangan dan kesilapan pasangan. Paling penting ialah untuk tidak mengulangi lagi perbuatan yang pernah dilakukan.

7. Anda tidak pernah memikir untuk menggantikan si dia.

Langsung tidak pernah terlintas untuk anda bersama dengan orang lain selain di dia. Hanya dia sahaja yang bermain difikiran anda. Anda juga langsung tidak pernah menyesal untuk mengambil jalan akhir untuk bersama dia. Bagi anda, orang hadir sebelum si dia tidak lagi penting.



Cinta Matang vs Cinta Monyet

Penulis simpulkan perbezaan antara hubungan pasangan yang matang dengan hubungan yang penuh dengan drama ‘keanak-anakan’. Hubungan cinta yang matang/sihat: Sabar, menghormati, memahami, tiada keraguan, mendengar, percaya, gembira diatas kejayaan pasangan, terima cinta mereka tanpa syarat atau motif, memaafkan, melepaskan jika perlu, ucap selamat tinggal tapi tidak sempurna dan bukan untuk selamanya..  Hubungan cinta yang TIDAK matang: Mendesak pasangan, ada agenda, menolak keikhlasan pasangan, tidak sabar dan tidak toleransi, tidak mahu mendengar, cemburu dan takut, sakit..tapi bukan selalu dan bukan dengan sengaja. Jadi apakah hubungan anda dengan pasangan? Perbaikinya ketika masih punyai masa.

]]>
10 Tanda Si Dia Sebenarnya Mempermainkan Perasaan Anda Sahaja. https://redaksi.com/3557-10-tanda-si-dia-sebenarnya-mempermainkan-perasaan-anda-sahaja Wed, 19 Sep 2018 11:11:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3557 Apabila mencintai seseorang, hati dan perasaan kita akan menjadi takut. Taku sama ada kehilangan atau dipermainkan. Dalam hubungan percintaan, ada sahaja insan yang mahu menjalinkan hubungan yang serius, tetapi kadang-kala mempermainkan perasaan anda tanpa sedar, kerana mungkin dulu si dia pernah terluka.

Jadi, si dia lakukan perkara tersebut terhadap anda kerana tidak mampu untuk membalas dendam pada bekas kekasihnya. Tetapi balas dendam terhadap anda pula. Jom ketahui tanda-tanda tersebut…

1. Memalukan diri anda.

Si dia sering memalukan diri anda dengan memarahi anda di khalayak orang ramai. Tiba-tiba menengking. Tiba-tiba menjerit.

2. Tidak tahu menyimpan rahsia.

Sepatutnya menjadi rahsia antara anda berdua, tetapi tiba-tiba rahsia itu diketahui oleh orang-orang yang si dia kenali. Sudah tentu ia memalukan diri anda, bukan?


3. Mengkritik penampilan.

Penampilan anda ada sahaja tidak kena pada mata si dia. Nampak gemuk lah. Nampak terlalu kurus pula. Nampak pendek pula. Selepas itu tidak mahu berjalan seiring dengan anda, kerana malu dengan penampilan anda.

4. Tidak memberi anda peluang untuk berbicara.

Asalkan anda memberi pendapat, pasti si dia akan menyampuk. Asalkan anda mahu berkongsi cerita, ceritanya dikongsi dahulu sehingga tiada mood untuk anda berbual.

5. Memeriksa telefon bimbit anda.

Tetapi apabila anda mahu memeriksa telefon bimbit si dia, si dia akan berkeras tidak bagi anda melihatnya. Apabila ditanya telefon bimbitnya adalah barang privasinya, tetapi si dia perlu tahu apa yang terkandung dalam telefon bimbit anda.

6. Cemburu tidak bertempat.

Si dia cemburu melihat anda sering meluangkan masa dengan keluarga dan sahabat baik. Si dia juga risau jika orang-orang terdekat dengan anda mempengaruhi minda anda untuk meninggalkan si dia. Oleh kerana itu si dia mahu anda meluangkan masa dengan dirinya sahaja.


7. Melampaui batas.

Oleh kerana diri anda itu adalah ‘hak miliknya’ sahaja, sudah tentu semua hak anda, hak dia juga. Jadi, si dia boleh lakukan apa sahaja seperti menggunakan wang dalam dompet anda dengan sesuka hati.

8. Tidak hormat dengan prinsip anda.

Setiap orang sudah tentu mempunyai prinsip tersendiri, bukan? Tetapi si dia yang anda kenali, tidak hormat dengan prinsip hidup anda yang kononnya perlu positif atau husnudzon dengan setiap perkara yang berlaku.

9. Terlalu mengongkong.

Si dia yang suka mempermainkan perasaan insan lain adalah apabila suka mengongkong. Si dia mahu tahu setiap gerak-geri anda. Lebih kurang macam spy pula.

10. Merendahkan impian anda.

Apabila si dia tidak hormat dengan prinsip anda, sudah tentu si dia boleh merendahkan impian anda juga. Ini terjadi kerana si dia yang terlalu dominan sehinggakan anda ini seratus peratus hak milik dirinya, dan perlu ikut cakap si dia sahaja. Tiada yang lain.


 

]]>
Pilih busana nikah serba hitam, pengantin ini tarik perhatian ramai https://redaksi.com/9308-pilih-busana-nikah-serba-hitam-pengantin-ini-tarik-perhatian-ramai Wed, 06 Jan 2021 10:06:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9308 Warna putih selalunya akan menjadi pilihan buat pasangan yang bakal bernikah. Mana tidaknya, warna putih ini melambangkan kesucian sama macam kisah cinta yang suci.


Namun, kini pelbagai warna lain telah menjadi pilihan bakal pengantin malah ada yang terlihat lebih unik apabila memilih baju berwarna hitam pada hari bersejarah mereka itu.



Anggun dengan baju serba hitam


Seperti pasangan pengantin ini yang tular di aplikasi TikTok apabila kelihatan anggun dan menawan bila mengenakan busana serba hitam ketika majlis pernikahan mereka.



Tampil sangat berbeza apabila Noor Amirah dan juga pasangan Haziq Harun terlihat sangat elegan apabila mengenakan baju tradisional Melayu berwarna hitam itu ketika majlis akad nikah mereka pada 31 Disember lalu di Serendah Selangor.



Video tersebut telah mendapat tumpuan apabila adik pengantin lelaki meluahkan rasa sebak apabila abang kesayangannya kini telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati selepas berkawan rapat selama 6 tahun.



Nak pakai color hitam juga!

Busana pasangan pengantin tersebut telah mendapat perhatian warganet yang memuji keberanian mereka memilih warna gelap pada hari bahagia. Malah, ada juga yang menyatakan hasrat untuk memilih warna yang sama apabila tiba giliran mereka pula.



]]>
Tersuka Tanpa Sengaja, Seronoknya Apabila Cinta Tidak Bertepuk Sebelah Tangan! https://redaksi.com/1563-tersuka-tanpa-sengaja-seronoknya-apabila-cinta-tidak-bertepuk-sebelah-tangan Fri, 09 Mar 2018 15:06:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1563 Mengapa penting untuk kita tidak bertepuk sebelah tangan?  Andai kata kita boleh memaksa insan yang tidak menyintai kita untuk menerima cinta kita, adakah mereka ikhlas? Mengapa kita selalu dipersoalkan dengan soalan “Aku tak suka kau, kenapa kau nak paksa aku suka kau juga?” Adakah cinta boleh dipaksa? Atau adakah cinta boleh datang tanpa sengaja?


Bagaimana hendak tahu insan tersebut menerima cinta kita dan kita juga mengalami perkara yang sama?

1. Tanpa kita sedar, kita sering memikirkan hal si dia. Aktiviti si dia. Sering berbalas mesej, dan secara tidak sengaja kita lebih suka berbual untuk mendengar suara berbanding membalas mesej. Jika sebelum ini, anda tidak suka sama sekali untuk menjawab call seseorang, mungkin anda malu atau kekok untuk berbicara tetapi dengan si dia, segalanya berubah.

2. Jika si lelaki, mereka akan sering mengusik atau menyakat seperti mengkritik pakaian si gadis, warna tudung si gadis, kasut si gadis. Apa sahaja penampilan si gadis pasti tidak kena pada mata si lelaki. Kadang kala mereka cuba mengusik fizikal anda, kerana mereka suka melihat reaksi si gadis yang comel.


3. Trend terkini, ramai juga di kalangan kita sibuk memikirkan ‘pick up line’ untuk memikat kekasih hati. Terutamanya si lelaki, ada sahaja ayat ‘pick up line’ yang dicipta. Jika si gadis memberi respon dalam bentuk ‘pick up line’ juga, berkemungkinan anda tidak bertepuk sebelah tangan.

4. Lelaki terkenal dengan sikap ego mereka. “Dia ni nampak macam suka kat aku, tapi kadang-kadang macam tak suka juga” si gadis bermonolog. Kadang kala si lelaki memberi hint, tetapi ada juga masa diam seribu bahasa. Lelaki jenis begini, lebih suka ‘direct to the point’. Mereka tidak suka berkias dan lebih suka perempuan yang memulakan langkah dahulu.

5. Bahasa badan juga penting. Lirikan mata. Selalu mencuri pandang pada anda. Sering bertegur siapa dan bertanyakan hal-hal di luar jangkaan seperti “Panas betul hari ni, boleh I belanja minum?”. Badan mereka juga sering mengadap pada badan anda apabila berkomunikasi.

]]>
Jangan Kerana Mengejar Kemewahan Serta Kerjaya Terkorban Rumah Tangga Yang Terbina – Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. https://redaksi.com/5156-jangan-kerana-mengejar-kemewahan-serta-kerjaya-terkorban-rumah-tangga-yang-terbina-ustaz-pahrol-mohamad-juoi Mon, 11 Feb 2019 15:37:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5156 Kewangan sememangnya menjadi masalah dalam sesebuah rumah tangga. Jika miliki wang yang mencukupi, sudah tentu masa bersama anak-anak dan pasangan juga semakin kurang. Mana tidaknya, masing-masing sibuk dengan mengejar kemewahan. Tapi jika tiada wang yang mencukupi pula, banyak perkara yang difikirkan dan terhad. Jadi bagaimana?

Sebagai seorang isteri mahupun suami, anda perlu bijak menguruskan rumah tangga serta kerjaya anda. Jangan biarkan salah satu ini akan mempengaruhi keputusan sekaligus mempengaruhi diri anda sendiri. Sedikit nukilan dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi mengenai antara kerjaya dan juga rumah tangga ini.



Jika ditanyakan kepada hati nurani kita yang paling dalam, antara kedua-duanya yang mana lebih berharga? Kemewahan hidup atau kerukunan rumah tangga?

Tentu kita akan menjawab, kerukunan rumah tangga. Bukankah kita mencari rezeki dan segala kemewahan hidup untuk membina sebuah keluarga yang bahagia?

Jika si suami ditanya, untuk apa kamu bertungkus-lumus bekerja siang dan malam? Tentu jawabnya, demi isteriku!

Begitulah juga jika ditanyakan kepada si isteri, tentu jawabnya juga demi suami. Dan jika ditanya kepada kedua-dua ibu bapa itu, untuk apa mereka berusaha, nescaya mereka akan menjawab … demi anak-anak.

Malangnya, mereka dan kita sering tertipu, betapa ramai yang melupakan isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan anak-anak semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup?

Kita sering terlupa yang kemewahan hidup – harta, rumah, kereta dan sebagainya bukan matlamat tetapi hanya alat dalam kehidupan ini. Kita memburu alat untuk mencapai matlamat.

Ertinya, harta dan segalanya itu adalah untuk membahagiakan rumah tangga kita. Begitulah sewajarnya.

Namun, apa yang sering berlaku adalah sebaliknya. Kita sering tertukar, alat jadi matlamat, matlamat menjadi alat. Kebahagiaan rumah tangga sering jadi pertaruhan dan acap kali tergadai dalam keghairahan kita memburu kemewahan hidup.

Kita bekerja demi anak-anak, anehnya anak-anak kita terabai semasa bertungkus-lumusnya kita bekerja. Kita terus memburu sedangkan hakikatnya tanpa sedar, kitalah yang sebenarnya sedang diburu.

Bangun daripada tidur, berkemas dan terus bekerja. Hampir senja baru pulang. Tidak cukup dengan itu ada lagi kerja yang kita bawa pulang ke rumah. Tidak cukup lagi, kita keluar pula bertemu pelanggan dalam kerja-kerja ‘part time’, kononnya untuk menambah pendapatan.

Begitulah kita hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhir bertahun-tahun. Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah jarang menikmati senyum dan gurauan isteri? Mengapa kita sudah jarang mendapat sentuhan dan belaian suami? Mengapa ketawa dan gurau senda yang dahulu sudah semakin hilang dalam rumah tangga?

Pada ketika itu, hati yang degil masih mampu memberi alasan. “Aku sibuk. Aku sedang mengejar kejayaan dalam kerjaya Sedikit masa lagi, perniagaanku semakin menjadi. Nantilah, bila segalanya sudah stabil aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga.”

“Nantilah, aku akan ini, aku akan ini …” Begitulah selalunya diri kita memberi alasan. Hati memberi justifikasi yang cuma andaian. Dan kita terus selesa dengan alasan, biarlah suami, isteri atau anak-anak berkorban sementara, nantilah kita akan bahagia!

Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan.

Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya. Carilah harta tetapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu walau sekelip mata pun. Maknanya, tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua keadaan.

Antara hukum cinta yang paling diutamakan adalah: Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.

Contohnya, janganlah kesibukan menyebabkan kita jarang lagi memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita. Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah cinta yang bersifat “kosmetik” semata-mata. Tetapi, luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang dapat dilihat dan dirasakan.

Malah yang paling penting, jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri. Cinta itu adalah cinta Allah SWT! Jagalah cinta kita kepada Allah SWT, insya-Allah, Allah SWT akan menjaga cinta kita suami isteri. Allah SWT akan berikan hidayah dan taufik ke dalam hati kita untuk terus berpegang pada matlamat – untuk membahagiakan rumah tangga.

Kita akan sentiasa beringat bahawa dunia dan segala isinya ini hanya alat untuk memburu cinta Allah SWT. Hanya dengan memburu cinta Allah SWT, maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkan-Nya.

Dunia ini umpama lautan, ramai orang yang memburunya ditenggelamkan. Dunia ini menipu daya, ramai pula manusia yang ditipunya. Betapa ramai orang yang memburu dunia dengan menggadaikan sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga.


Iman, kasih sayang, cinta sering dilemparkan orang di litar perlumbaan memburu dunia. Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat untuk beribadah. Kita jadikan dunia sebagai alat untuk memburu kebahagiaan akhirat.

Jadilah dunia umpama kebun yang kita pugar, kita bersihkan dan kita tanam dengan pohon-pohon kebaikan yang hasilnya kita tuai di akhirat. Jadilah dunia umpama jambatan yang kita lalui.

Pastikan ia teguh, kukuh namun kita tidak akan berlama-lama di situ … ia hanya jambatan. Tidak ada orang yang membina rumah di atas jambatan!

]]>
Jenis-Jenis Kasut Yang Mungkin Akan Cederakan Kaki Anda. https://redaksi.com/5641-jenis-jenis-kasut-yang-mungkin-akan-cederakan-kaki-anda Sat, 30 Mar 2019 01:43:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5641 Kita sebagai orang perempuan ini kalau pilih kasut hanya sekadar melihat reka bentuk dan juga trend masa kini sahaja. Paling tidak pun kita lihat mana kasut yang paling cantik dan yang kita berkenan di kedai itu. Tidak cukup satu kedai, ke kedai-kedai yang lain pun kita sanggup pergi asalkan dapat kasut yang diidamkan.

Tapi dalam tengah cari kasut, pilih dan cuba kasut itu, tidak pernah pun kita fikirkan akan kesannya terhadap kita. Tidak pernah pun kita buat sedikit kajian akan kasut yang bakal kita beli itu.

Adakah reka bentuknya bahaya untuk kesihatan atau tidak? Adakah ia sesuai untuk tubuh badan kita atau tidak?



Menurut kajian, dalam setahun kita berjalan kira-kira 245 hingga 292 km. Memang jauh dan ia memerlukan keselesaan seperti kasut dan aksesori kaki yang sesuai.
kasut flat jejaskan belakang badan? ini kasut-kasut yang tak baik untuk kesihatan

Walaupun banyak fesyen menarik ada masa kini, berikut adalah 5 jenis kasut yang bukan je menjejaskan kaki, tapi memberi kesan kepada tubuh lain yang berkait.

1. Kasut Runcing



Jenis kaki lebar adalah tidak sesuai dengan kasut ini. Ia membuatkan kaki menjadi tertekan dan menyebabkan sakit saraf dan melecet.

2. Selipar



Ramai beranggapan selipar adalah alas kaki yang paling selesa. Namun, selipar membuatkan kaki khususnya ibu jari mudah melecet. Tambah lagi, selipar membuatkan ketidakselarian buku lali dan lutut kerana kaki tidak disokong dengan baik. Malah, selipar membuatkan kaki cepat penat!

3. Kasut Tumit Tinggi



Kasut tumit tinggi membuatkan sakit belakang pada si pemakai. Ia direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang, menyebabkan pinggul terkeluar dari kedudukan asalnya. Ia menyebabkan masalah kesihatan dan pada badan.

4. Kasut Flat



Kasut flat mempunyai tapak rata yang menyebabkan tekanan pada bahagian plantar fascia, iaitu bahagian tengah kaki. Ia menyebabkan rasa sakit pada lutut dan badan.

5. Kasut Jenis Platform



Kasut tidak fleksibel ini mempunyai ruang terhad. Ia menyebabkan kesakitan khususnya pada kaki.

]]>
Ini Alasannya Kenapa Lelaki Jangan Pandang Remeh Kalau Wanita Menangis. https://redaksi.com/395-ini-alasannya-kenapa-lelaki-jangan-pandang-remeh-kalau-wanita-menangis Sat, 08 Jul 2017 08:39:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=395 Bagi lelaki, perasaan wanita sukar untuk dijangka. Wanita boleh gembira dan secara tiba-tiba perasaannya boleh tersentuh lalu menangis. Oleh sebab itu lelaki jangan rasa pelik dengan wanita yang ‘cengeng’ (menangis). Saat wanita yang anda sayangi mengalirkan air mata, berusahalah untuk menutup kekurangannya menjadi kelebihan buat anda dengan memahami sebab-sebab mengapa mereka menangis.



1. Wanita menangis kerana emosinya lembut.

Wanita lebih menggunakan perasaan ketika berfikir dan bertindak kerana mereka dicipta dengan hati yang lemah lembut dan mudah sensitif. Tidak hairanlah apabila ada sesuatu yang menyentuh emosinya, wanita akan mudah menitiskan air mata. Ditambah lagi jika terjadi perkara yang di luar pengharapannya dan tidak bertemu tempat untuk dia meluahkan isi hatinya, maka wanita mudah menangis.

2. Wanita menangis kerana takut kehilangan.

Wanita sering kali menjaga apa jua yang disayanginya dengan sepenuh hati. Apabila sesuatu yang menjadi kesayangannya itu hilang, dia akan rasa kehilangan lantas menangis. Malah saat bermasalah dengan pasangan juga membuatkan wanita cenderung untuk menangis kerana sering memikirkan perkara-perkara negatif misalnya rasa takut kehilangan cinta hatinya.



3. Wanita menangis kerana faktor hormon.

Para suami perlu tahu saat isteri anda memasuki pra menstruasi (PMS), isteri akan cenderung untuk mudah sensitif, kuat merajuk dan sering marah-marah. Malah ada ketikanya emosi buruknya juga akan diluahkan melalui tangisan.

4. Wanita menangis apabila mengimbas kenangan.

Tidak seperti lelaki, wanita dilahirkan dengan ingatan yang kuat kerana mudah untuk mengingat setiap peristiwa yang dilaluinya satu persatu. Apabila peristiwa sedih atau rindu datang menjengah ingatannya, wanita akan cenderung untuk menitiskan air mata.

5. Wanita menangis ketika suami melupakan momen penting.

Wanita sememangnya sukakan belaian dan perhatian. Apabila pasangannya terlupa tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun kelahiran, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya, perasaannya akan sedih dan akhirnya menangis kerana merasakan pasangannya tidak menghargai tarikh penting itu.



6. Wanita menangis ketika suami membohonginya.

Setiap orang pasti kecewa apabila dirinya dibohongi. Inikan pula seorang isteri yang memiliki hati lembut sudah pasti jiwanya rasa kecewa, sedih dan akan menangis apabila dibohongi oleh orang yang dipercayainya dan disayangi.

7. Wanita menangis ketika suami membuatkan hatinya terluka.

Pasti rasa pedih dan pilu saat diri dilukai oleh pasangan. Apabila hatinya tergores oleh insan tersayang, wanita hanya mampu mengubati rasa sakit dalam hatinya melalui tangisan.



8. Wanita menangis ketika suami mengkhianati kepercayaannya.

Tiada wanita yang tidak cemburu jadi suami jangan sesekali mengkhianati kepercayaan wanita. Apabila kepercayaannya hilang, wanita boleh berubah menjadi seorang yang murung, menyendiri, sering menangis dan sebagainya.

9. Wanita menangis ketika suami tidak menghargai usahanya.

Isteri mana yang tidak sedih dan menitiskan air mata jika pengorbanan untuk membahagiakan rumah tangga tidak dihargai suami. Oleh itu para suami sentiasalah berusaha untuk menghargai pengorbanan isteri untuk membuatkan anda bahagia. Walaupun usahanya itu tidak sebesar mana, ringankan mulut untuk mengucapkan terima kasih ataupun jagalah perasaannya sebaik mungkin. Terlalu banyak kesakitan yang telah wanita alami daripada sakit datang haid, sakit melahirkan anak dan sebagainya, jadi janganlah ditambah lagi dengan menyakitkan hatinya.

]]>
Jodoh Yang Bagaimana Dapat Melengkapi Antara Satu Sama Lain? https://redaksi.com/3113-jodoh-yang-bagaimana-dapat-melengkapi-antara-satu-sama-lain Fri, 03 Aug 2018 12:25:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3113 Sering kita dengar, jangan mencari kesempurnaan di dalam diri pasangan tetapi ia harus melengkapi antara satu sama lain. Jika seorang daripada anda pendiam, maka pasangannya pula perlu lah peramah. Adakah dengan cara sebegitu dapat menentukan pasangan itu pasti melengkapi anda?


Walaubagaimanapun, jika anda merasakan anda adalah seorang yang pendiam, jangan lah pula menetapkan ciri-ciri pasangan yang peramah pula. Jangan terlalu menekankan satu aspek sahaja untuk mencari kriteria pasangan.

Sudah semestinya apabila ingin menjemput jodoh yang baik, anda juga perlu perbaiki diri menjadi insan yang baik juga. Oleh itu, untuk memiliki jodoh yang saling melengkapi anda perlu lihat aspek ini…


1. Adakah si dia menjadi pencetus kemarahan anda?

“Dah la aku tengah stress kat tempat kerja, kau pulak susah betul nak bagi cadangan tempat makan…”

Seperti yang kita tahu, topik remeh seperti mencari tempat makan sering menjadi perbalahan. Jika masing-masing tidak matang, pasti sampai mengerutkan dahi, padahal ia adalah masalah kecil sahaja. Anda stress di tempat kerja dan mahu berjumpa dengan pasangan untuk menenangkan fikiran. Tetapi ia berlaku sebaliknya.

Jika si dia sentiasa menjadi pencetus kemarahan anda dan jarang dapat menenangkan jiwa anda. Berkemungkinan si dia bukanlah jodoh yang tepat.

2. Adakah si dia dapat menundukkan ego anda?

Apabila berada disisi dia, masing-masing dapat menurunkan ego. Keadaan menjadi seimbang, nyaman dan tenang. Anda merasakan tidak perlu untuk menunjukkan ego yang tinggi pada pasangan kerana ia tiada kepentingan. Keutamaannya adalah untuk saling menerima.


Sekiranya si dia mempunyai ego yang tinggi berbanding anda, anda pula sebaliknya, situasi ini akan menyebabkan si dia rasa bersalah. Dan jika si dia mengakui kesalahan dan mudah mengungkap maaf. Keadaan menjadi natural.

3. Adakah anda mudah bertoleransi dengan si dia?

Anda dan si dia menghormati dan menghargai antara satu sama lain. Sebagai contoh, anda hormat pada pasangan sekiranya mempunyai gaji yang lebih kecil. Jika dia ingin membuat kerja part-time, anda menyokong pekerjaan mereka, dan bekerjasama untuk memperbaiki kehidupan. Bukan bergantung pada dia seorang sahaja untuk mencari rezeki.


4. Adakah si dia dapat mengawal emosi anda?

Sama juga seperti ego, tetapi khusus untuk wanita kerana lebih beremosi. Si dia mampu mengawal emosi anda. Si dia seperti tahu jika anda mudah rasa tersinggung dan lebih emosional. Si dia tidak akan membuat sesuatu perkara yang akan membuat anda lebih emosi. Anda juga seperti patuh mendengar nasihat si dia supaya jaga emosi sendiri. Anda tidak melawan kata-katanya.

Begitulah cara hidup yang saling melengkapi. Bukan lah ia hanya tertakluk pada sikap luaran, tetapi yang penting adalah anda dengan pasangan seperti adanya sambungan magnet di dalam hati dan perasaan, dimana orang luar pasti tidak dapat melihat.


 

]]>
“Kalau Isteri Bekerja, Jangan Berkira Dengan Suami, Sanggup Ke Lihat Suami Struggle Sorang-Sorang?” –Ikuti Perkongsian Ini. https://redaksi.com/4974-kalau-isteri-bekerja-jangan-berkira-dengan-suami-sanggup-ke-lihat-suami-struggle-sorang-sorang-ikuti-perkongsian-ini Wed, 23 Jan 2019 10:56:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4974 Menjadi wanita yang bekerjaya dan isteri yang berdikari adalah normal pada masa kini. Dengan peredaran zaman, ramai wanita yang lebih berjaya daripada lelaki, dari segi pelajaran dan juga pekerjaan. Situasi sebegini secara tidak langsung memberi kesan pada rumah tangga sekiranya pasangan telah berkahwin.

Sama ada kesan yang baik atau buruk, jom ikuti perkongsian dari saudara Harith Faisal ini….

********

Saya ada seorang client yang kerjanya sebagai kaunselor rumahtangga. Dia sendiri memang akui, antara punca utama masalah rumahtangga adalah sebab kewangan yang tak diurus dengan baik.

Suami ketua keluarga kena tegas. Untung dapat kahwin dengan lelaki yang bijak kewangan tau. Isteri penasihat keluarga kena support usaha suami untuk berjimat. Untung dapat isteri yang bukan kaki shopping tau.

Kawan, sebelum kahwin memang kita semua janji dengan pasangan nak susah senang bersama. Tapi lepas kahwin, barulah kau akan tahu susah ke senang nak tepati janji tu. Jadi, uruskanlah kewangan dengan baik ya.

Ikut cerita daripada kaunselor tu, dia kata ada kes suami bagi duit belanja bulanan kurang sikit daripada sebelumnya, pun boleh jadi masalah. Rupa-rupanya sebab bulan tu suami dia tak buat banyak OT. Gaji pun sikitlah.

Sedikit tip untuk para isteri. Cewah!

1. Kalau kau surirumah sepenuh masa, belajarlah jana pendapatan secara online daripada rumah. Dapat buat RM500-RM1,000 pun dah lebih daripada cukuplah.

2. Duit belanja yang suami bagi, simpanlah 30% daripada tu dalam ASB atau Tabung Haji. Buat senyap-senyap lebih baik. Bila suami sengkek, boleh kau bantu sikit-sikit.

3. Kalau kau isteri yang bekerja, jangan berkira dengan suami. Takkan kau sanggup tengok suami kau struggle sara keluarga dan kau tetap dengan prinsip “gaji aku, duit aku”.

4. Selalunya duit rumah, kereta, bil elektrik dan air memang suami yang akan bayarkan. Jadi, kau sebagai isteri fokus kat simpanan. Kalau boleh simpan 60% daripada gaji, apa salahnya kan. Ke kau rasa, sebagai isteri, kau wajib habiskan semua gaji kau?

5. Pujuk suami kau untuk menyumbang dalam life takaful dan namakan diri kau sebagai penerima hibah tu. Contoh pilih yang RM500K. Kalau suami kau dah takda, paling tak kau ada RM500K tunai. Andai dia tak nak bayar bulanan, takpa. Kau buatkan dan kau sendiri yang bayar.

Sebelum saya kena kecam, saya nak katakan yang memang dah ramai isteri yang lebih bijak daripada suami dalam hal ehwal urus kewangan ni. Sekian saja bebelan daripada saya mewakili para suami se-Malaysia.

Ha! – HF

********

Semoga Bermanfaat!

]]>
“Bila Dah Kahwin, Tak Perlu Ada Kawan Rapat Yang Berlainan Jantina…” https://redaksi.com/4051-bila-dah-kahwin-tak-perlu-ada-kawan-rapat-yang-berlainan-jantina Tue, 30 Oct 2018 18:14:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4051 Apabila sudah memegang status suami atau isteri ini, sudah pastilah masing-masing perlu sedar batas-batas pergaulan. Bukan hanya untuk menjaga nama baik dan maruah sahaja namun ia juga adalah demi menjaga hati pasangan kita sendiri. Terutama jika memiliki rakan rapat yang berlainan jantina ini, hinggakan segala perkara yang berlaku di dalam rumah tangga dikongsi bersamanya.

Apa yang lebih menyakitkan hati adalah apabila di hadapan pasangan juga, tidak tahu menjaga tingkah laku dan setiap tutur kata. Bukan tidak boleh berkawan, tapi adalah lebih elok sekiranya berkawan dengan sama jenis ini. Lebih banyak kebaikan dari keburukannya.



Mari baca sedikit pandangan dari Puan Intan Dzulkefli ini mengenai rakan berlainan jantina yang akrab walaupun setelah berkahwin.

Salah ke jika hanya ingat berkawan?

Pendapat saya, kita tidak perlu ada kawan rapat berlainan jantina hingga tahap perlu kerap sangat berhubung.

Apatah lagi setelah bernikah, ada pasangan yang setianya hanya untuk kita serta anak-anak yang sedang sangat-sangat memerlukan perhatian.

Suka atau tidak, perbualan yang awalnya mungkin sekadar hal remeh-temeh mungkin akan berlanjutan menjadi melampaui batas. Mungkin akan mula mengimbau detik manis kenangan silam hingga kemudiannya bercerita tentang aib dan kekurangan pasangan, serta mengadu keluh kesah jerih perih berumahtangga yang sepatutnya kita hanya kongsikan dengan pasangan kita.

Ustaz kata, kadang punca kecurangan dan zina terjadi semudah dari pandangan, senyuman dan mesej "hai, hai" sahaja. Namun, oleh kerana terjebak ikhtilat, akhirnya menjadi semakin rapat, kerap berhubung, bertemu, bergurau senda. Malah akhirnya mungkin akan mula rasa sayang (nafsu yang disalah tafsir oleh godaan syaitan).

Sebab itu, tuntutan menjaga ikhtilat (pergaulan) ini sebenarnya bermula sejak bujang lagi. Inilah hikmahnya. Supaya tiada 'kisah silam' yang bakal menggoncang tiang seri rumahtangga.

Tiba-tiba datang semula 'kawan baik' yang mengadu kisah peribadi rumahtangga. Mula-mula sekadar simpati, namun sudah terlalu banyak terjadi kes sebegini yang akhirnya terjerumus ke lembah kecurangan dan penzinaan. Nauzubillah min zaliq.

Bila kata zina, jangan hanya ingat syaitan menggoda orang yang masih bujang sahaja. Bahkan setelah nikah asbab pergaulan bebas dari sebelum nikah akhirnya menjadikan jalan untuk berzina bahkan lebih mudah kerana tak risau tentang 'pak sanggup' kerana si dia memang bersuami. Tak takut kalau mengandung kerana sudah memang sudah jadi status isteri. Astaghfirullah, nauzubillah min zaliq.

"Alaaa... suka-suka je.. kami kawan lillahi ta'ala." Kalau sebegitu, jadikan mereka kawan baik pasangan kita kerana mereka sejantina. Tak perlu kita terjebak ikhtilat tanpa keperluan. Beringat dari awal adalah lebih baik.

Sejak akhir-akhir ni, banyak terbaca confessions dan berita suami yang tahu isteri berzina dengan bekas teman lelaki, kawan sepejabat, teammates. Astaghfirullah. Yang menyedihkan, si suami mungkin kerana jahil sekadar mendiamkan kerana terlalu sayang. Walhal, sebenarnya hal sebegini perlu dirujuk kepada pejabat agama untuk tindakan selanjutnya.



JANGAN LUPA, DALAM ISLAM HUKUMAN BAGI PENZINA YANG TELAH BERKAHWIN IALAH REJAM SAMPAI MATI.

Dayus bagi seorang lelaki membiarkan isteri melakukan kemungkaran hatta sekadar mendedahkan aurat rambut kepada bukan mahramnya. Apatah lagi hingga ke tahap berzina! Astaghfirullahal adzhim.

Bagi para suami pula, sekiranya benar-benar mampu, maka teruskanlah dengan pernikahan (yakni berpoligami) tanpa perlu terjebak berzina dan menzalimi hak isteri yang sedia ada, mengabaikan nafkah anak isteri kerana leka mabuk cinta. Allahuakbar.

Islam tidak zalim. Islam sangat menjaga kebajikan dan hak para suami pun isteri, namun kebanyakan dari kita yang sendiri menzalimi diri sendiri kerana kejahilan dan terlalu bertuankan nafsu.

Jangan ambil Islam ikut apa yang kita suka. Ambil separuh, buang mana yang tidak selari dengan nafsu dan lifestyle kita. Astaghfirullah.

Selebihnya sentiasa ingatkan diri, apa niat bernikah dahulu?

Kerana Allah, kerana agama, mahu ada teman penguat semangat mengejar syurga Allah. Lalu muhasabah semula, kini jalan yang sedang dilalui seiring atau tidak dengan niat dan matlamat tadi?

Para suami...

Ada ajar anak isteri hal agama?

Ada ingatkan anak isteri jaga maruah, aurat dan solat?

Ada imamkan solat anak isteri atau tidak?

Cukupkah nafkah dan tarbiyyah anak isteri selama ini?

Semua ini sentiasa perlu diingatkan. Begitu jugalah dengan isteri sebagai ibu rumahtangga. Jangan sibuk leka dengan pujian lelaki ajnabi yang sebenarnya melekakan dan sengaja menduga keimanan. Terus block hal sebegini dan sibukkan diri dengan hal-hal ibadah supaya terhindar dari godaan.



Niat yang baik menjadikan komitmen pernikahan kukuh. Kita sentiasa memperbaiki diri dan berusaha melakukan yang terbaik buat pasangan dan keluarga. Kerana pada kita, mereka adalah lubuk pahala kita.

Hormatilah ikatan nikah kalian. Begitu besarnya ikatan ini, sehingga Al Quran menyebut akad nikah sebagai mitsaqon ghaliza, atau perjanjian yang berat.

Dalam Al-Quran, ayat 'mitsaqon ghaliza' hanya disebutkan 3 kali iaitu;

(+) ketika Allah SWT menyatakan hubungan pernikahan (surah an-Nisa' : 21)
(+) ketika Allah SWT mengangkat Bukit Tsur di atas kepala Bani Israil dan menyuruh mereka bersumpah setia di hadapan Allah (surah an-Nisa' : 154)
(+) ketika Allah SWT membuat perjanjian dengan para Nabi dan Rasul Ulul Azmi (surah al-Ahzab : 7)

Cukuplah kalam ini menjadi peringatan untuk kita muhasabah kembali. Pasangan kita bukannya tunggul, sekadar mesin ATM, amah atau hamba abdi. Mereka adalah amanah dan antara jalan kita ke syurga. InsyaAllah.

]]>
"Wanita Mempunyai 9 Nafsu Dan 1 Akal..." Bukan Alasan Untuk Bertindak Mengikut Nafsu. https://redaksi.com/8450-wanita-mempunyai-9-nafsu-dan-1-akal-bukan-alasan-untuk-bertindak-mengikut-nafsu Thu, 13 Aug 2020 10:35:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8450 Selalu sangat kita dengar mengenai perkara ini, malah ramai yang mempercayainya dan menggunakan ia sebagai satu alasan atau asbab. Mungkin wanita kelihatan seperti orang yang suka bertindak melalui emosinya manakala orang lelaki berfikir dahulu sebelum bertindak.

Setiap manusia diberikan akal dan fikiran untuk berfikiran. Adakah perkara sebegini boleh dijadikan alasan untuk mengelak dalam sesuatu yang tak sepatutnya.

Ini penjelasannya.

Setiap daripada kita tidak terlepas daripada melakukan dosa. Ia sama ada dilakukan kerana desakan nafsu atau mungkin juga disebabkan oleh bisikan syaitan. Nafsu itu adalah datang dari diri kita sendiri. Manakala syaitan pula, tugasnya adalah untuk menggoda manusia ke arah kesesatan.


Yang boleh membendung kita daripada melakukan dosa-dosa tersebut adalah iman dan diri kita sendiri. Hanya kita yang dapat mengawal dan membendung diri daripada melakukan dosa.

Banyak cara yang boleh dilakukan, antaranya adalah dengan melazimi istighfar, sentiasa ingat akan kesan yang boleh diperoleh jika melakukan perkara buruk tersebut atau ada juga dalam kalangan kita yang mengingati perasaan orang sekeliling apabila mendapati kita melakukan perkara tersebut.

Contohnya, bagaimana sedihnya perasaan si ibu apabila mendapati anaknya telah mula mencuri dan sebagainya. Perkara-perkara inilah yang boleh membantu mengawal kita daripada melakukan kemungkaran.

Adapun, berkaitan dengan nafsu, ada yang mengatakan bahawa nafsu mempunyai sepuluh. Sewaktu kecil-kecil dulu, apa yang saya bayangkan ialah ia mungkin terbahagi kepada nafsu untuk tidur, nafsu untuk membeli belah, nafsu malas, nafsu makan dan sebagainya.

Dan ada juga yang menyebutkan bahawa dalam banyak-banyak pecahan nafsu ini, hanya 1 sahaja dimiliki oleh kaum lelaki dan selebihnya dimiliki oleh kaum wanita.

Terdapat sebuah riwayat daripada Abi Muslim, Rasulullah SAW bersabda:

لشهوة عشرة أجزاءٍ: التسعة للنساء والعاشر للرجال
Maksud: “Syahwat itu mempunyai sepuluh bahagian: “Sembilan bahagian diberi kepada wanita dan satu bahagian diberi kepada lelaki.”

Namun, tahukah anda bahawa hadis ini adalah lemah dan dinukilkan sebagai daif jiddan (sangat lemah). Menurut perbahasan, disebutkan bahawa lemahnya hadis ini kerana Suwaid ibn Abd Al-Aziz merupakan perawi yang bertaraf matruk (tidak diriwayatkan) dan tidak tsiqah.

Justeru, tidak wajar untuk disebarkan hadis ini dan dijadikan sebagai hujah. Ia juga tidak boleh disebarkan melainkan untuk menyebutkan mengenai ketidaksahihannya.

Setiap orang mempunyai nafsu masing-masing. Jadi, bagaimana cara anda mengawalnya adalah bergantung kepada diri sendiri. Jangan pula menyalahkan status jantina anda sebagai alasan mengapa terlalu mengikut nafsu.



]]>
7 Ciri-Ciri Anggota Badan Lelaki Yang Membuat Wanita Lebih Tertarik! https://redaksi.com/2135-7-ciri-ciri-anggota-badan-lelaki-yang-membuat-wanita-lebih-tertarik Fri, 27 Apr 2018 11:27:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2135 Jika sebelum ini anda pernah baca 7 ciri-ciri anggota badan wanita yang menarik perhatian lelaki, kali ini jom ketahui apakah yang akan dipandang dahulu oleh wanita terhadap lelaki atau jejaka idaman mereka.

1. Posture badan yang cantik.

Jika anda sedar, lelaki yang bersukan atau ahli-ahli athlete kebanyakan daripada mereka pasti dapat memiliki wanita yang cantik. Ini kerana menurut kajian, wanita memang mudah tertarik pada ahli sukan kerana posture badan mereka yang seakan perfect.  

Sebahagian daripada mereka tidak lah terlalu sado pula, tidak pula terlalu membongkok atau kurus. Memang sedap mata si wanita ini memandang.


2. Bahu dan dada yang bidang.

Wanita memang mudah tertarik pada bahu dan dada lelaki yang bidang. Bonus jika ia berotot sedikit, tanda anda pernah pergi ke gym untuk work out. Bagi mereka, lelaki yang mempunyai bahagian badan seperti ini, lebih memberi mereka perlindungan dan merasa lebih selamat berdampingan.

3. Badan dengan V-Shaped.

Posture badan yang menarik, sudah tentu lelaki akan memiliki V-shaped jika dilihat daripada belakang. Wanita juga sangat gemar melihat belakang tubuh badan lelaki sebenarnya, bukan hanya lelaki sahaja. Bagi wanita, lelaki seperti ini lebih macho dan bergaya.


4. Bahagian tangan dan lengan yang berotot.

Memiliki fizikal yang cantik, sudah tentu badan akan berotot. Berotot bukan terlalu sado, tetapi wanita akan cair apabila melihat lelaki menyinsing lengan baju hingga ke siku dan melihat tangan anda yang berurat. Bagi mereka, tangan lelaki seperti ini kuat bekerja.

5. Muka.

Sebahagian wanita gemar lelaki yang memiliki jaw line yang agak tajam dan berbentuk petak. Di tambah pula dengan bahagian mata yang agak ke dalam dengan dahi yang luas. Kelakian lelaki akan terserlah apabila mereka pandai mengambil gambar dengan sudut yang menampakkan jaw line anda.


6. Mulut dan senyuman.

Selain lelaki yang amat menggemari senyuman wanita, wanita juga amat mudah mendekati dengan lelaki yang memiliki barisan gigi yang teratur. Senyuman senget si lelaki juga bakal mencairkan hati wanita.

7. Rambut.

Rambut yang kemas dan potongan yang sesuai dengan muka juga mampu menggetarkan jiwa wanita. Jadi pastikan rambut anda sentiasa disisir rapi dengan kemas, ya!


 

 

 

]]>
16 Cara Paling Berkesan Pikat Hati Lelaki. https://redaksi.com/519-16-cara-paling-berkesan-pikat-hati-lelaki Thu, 20 Jul 2017 10:14:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=519 Pada zaman sekarang, tiada lagi istilah “perigi mencari timba” kerana ia bukanlah suatu perkara yang pelik atau malu untuk dilakukan. Sebenarnya tidak salah untuk wanita memikat lelaki. Memang tidak salah si gadis mencari dan memilih lelaki yang terbaik untuk hidup mereka. Tambahan pula, populasi lelaki sekarang menjadi “limited edition” berbanding wanita.



Tetapi jangan risau kami akan cuba berkongsi dengan anda cara goda lelaki dengan betul supaya anda tidak berputih mata. Tetapi tips ini hanya untuk yang belum berpasangan. Yang sudah berpasangan tu, janganlah cuba memikat orang lain kerana ia akan menyebabkan kemusnahan hubungan anda. Jom, semak beberapa cara yang boleh anda praktik untuk memikat jejaka yang anda minati. Check it out!

1. Paras dan tubuh badan yang cantik.

Anda tanyalah mana-mana lelaki, majoritinya pasti suka melihat wanita yang cantik dan mempunyai susuk tubuh yang menawan. Cara goda lelaki ini cukup berkesan. Oops… pasti ada segelintir yang berasa kecewa kerana tidak memiliki sifat ini. Namun, anda perlu bersikap positif kerana cantik itu terlalu subjektif. Setiap lelaki ada cara penilaian mereka yang tersendiri. Jadi, apa kata anda menjaga kulit wajah daripada sebarang masalah kulit. Itu sudah cukup. Sekiranya anda mempunyai tubuh badan yang sedikit besar anda haruslah bersenam sedikit dan ikut diet pemakanan yang sihat supaya tubuh badan anda menjadi optimum.

2. Bersifat jujur dan berterus terang.

Satu perkara yang cukup dibenci oleh kaum adam ialah ditipu dan tidak jujur. Lebih-lebih lagi apabila ia berhubung kait dengan hubungan antara manusia. Cara goda lelaki dengan betul sebenarnya ialah anda perlu bersifat jujur dan jangan ada yang cuba-cuba menipu tanpa sebarang sebab munasabah. Jika ada masalah anda haruslah berbincang dengan baik supaya si dia boleh memahami anda.



3. Terima lelaki agar dia menerima anda.

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki dan bukanlah mengubahnya! Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

4. Fahamilah lelaki agar dia memahami anda.

Cuba memahami perangai sesorang lelaki itu kerana si dia juga sedang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ia adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ia tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya.

5. Berubah untuk menikmati perubahan.

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.



6. Jadi diri sendiri.

Anda tidak perlu tukar cara anda hidup semata-mata kerana anda ingin mengejar seorang lelaki. Lelaki tidak suka perempuan yang hipokrit. Lelaki lebih suka mencintai seorang wanita yang selesa menjadi dirinya sendiri.

7. Jangan cepat menyerah.

Ketika dalam proses berkenalan dan berkawan, anda jangan cepat menyerah kepada lelaki tersebut. Sebaliknya, anda jual mahal sedikit dan biarkan dia sedikit berusaha untuk memikat anda.

8. Jangan bandingkan si dia dengan lelaki lain.

Kalau anda ingin memikat lelaki dengan serius, janganlah anda bandingkan si dia dengan lelaki lain atau mungkin bekas kekasih anda.

9. Wanita bersikap matang dambaan semua lelaki.

Sekiranya anda mempunyai sifat kebudak-budakan yang terlalu hiperaktif, sila ubah sedikit demi sedikit. Lelaki memang suka wanita atau gadis yang manja tetapi tidak untuk gadis yang gedik. Cara goda lelaki yang cukup efektif ialah dengan menunjukkan sifat matang dalam menghadapi sesuatu perkara atau masalah. Pada lelaki, wanita sebegitu nampak bijak dan mampu untuk berkongsi apa sahaja.



10. Sanggup memberi untuk menerima.

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

11. Percaya untuk dipercayai.

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

12. Sifat negatif akan membuah kesan negatif.

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau kekasih sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan lelaki, membandingkannya dengan lelaki lain dan memaki hamun. Sekiranya anda bersifat demikian, anda bukanlah seorang wanita yang bijak.

13. Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar.

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.

14. Panggillah lelaki dengan panggilan manja.

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

15. Hormati dia sebagai lelaki.

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya atau bakal suaminya, dan bukan merendah-rendahkannya.

16. Dunia lelaki yang berbeza daripada wanita.

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki.

]]>
Hey Gadis Moden! Ini 5 Soalan Anda Perlu Tanya Pada Calon Suami! https://redaksi.com/1433-hey-gadis-moden-ini-5-soalan-anda-perlu-tanya-pada-calon-suami Tue, 03 Oct 2017 15:26:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1433 Pastinya setiap pasangan yang menjalinkan hubungan cinta ingin mengakhiri pertalian tersebut dengan ikatan yang suci. Selain bersedia dari segi ilmu fardu ain dan fardu kifayah, anda juga perlu bersedia dari fizikal, mental dan juga ekonomi. Sebelum masuk ke fasa yang lebih serius, tanya soalan-soalan yang lebih ke arah masa depan. Tanya soalan-soalan berkaitan kewangan dan ekonomi. Sebaik-baiknya anda bertanya soalan-soalan ini di masa yang sesuai.



1. Kerjaya.

'Berapa gaji awak sekarang?' 'Apa prospek masa depan kerjaya awak tu ya? Ada peluang naik pangkat tak?'

Jika pasangan anda berkerja makan gaji, cuba tanya soalan mengenai prospek masa depan kerjaya pasangan anda dan potensi untuk kenaikan pangkat. Ini penting untuk menilai perancangan jangka panjang demi masa depan bersama. Takkan kita nak pasangan kita lompat-lompat kerja? Mestilah anda mahukan bakal suami anda mempunyai kerjaya yang boleh menjamin kestabilan.

2. Kewangan.

'Apa rancangan awak untuk memantapkan ekonomi keluarga kita lepas kahwin nanti?''Berapa awak target dapat simpan setiap bulan?' 'Berapa banyak duit simpanan dah ada untuk bayar deposit rumah?'

Mungkin soalan ini kedengaranm poyo, namun sekiranya pasangan anda teragak-agak untuk menjawabnya, kemungkinana masa depan anda tidak terlalu cerah. Bakal suami anda perlulah menjadi lelaki yang boleh mengetuai ekonomi rumahtangga agar masa depan lebih terjamin.



3. Perlindungan.

'Awak dah ambil takaful?'

Kepada si gadis, sebelum berkahwin tanya dulu soalan wajib ini kepada pasangan anda. Adakah dia sudah mencarum atau belum personal takaful? Orang yang mempunyai takaful ini sudah semestinya bijak menguruskan wang kerana mempunyai perancangan di masa hadapan. Jangan lupa minta pasangan anda masukkan nama anda sebagai pewaris bila sudah sah bergelar suami isteri nanti.

4. Hutang.

'Awak ada hutang kredit kad tak?' 'Awak pernah buat personal loan tak?' 'Awak dah start bayar hutang PTPTN? Berapa balance yang tinggal?'

Hutang adalah mimpi ngeri kepada sesiapa sahaja. Silap haribulan ia boleh menjadi salah satu punca rombongan meminang ditolak. Adalah penting untuk anda bertanya tentang hutang-hutang yang ditanggung oleh bakal pasangan kita itu. Ini bukanlah berniat untuk membuat dia berasa bersalah atau bimbang, tetapi jika sudah mengetahui lebih awal, boleh berbincang bagaimana cara terbaik untuk menguruskan hutang-hutang itu bersama-sama.

5. Pendapatan.

'Awak nak saya kerja ke lepas kahwin?' 'Awak rasa berapa banyak yang kita perlukan untuk survive?'

Ini boleh menjadi satu soalan yang penting terutamanya kepada wanita yang menghargai kerjaya mereka. Dengan bertanyakan soalan ini, anda akan mendapatkan jawapan sama ada pasangan hidup anda mahu anda untuk meneruskan kerjaya atau menjadi suri rumah sepenuh masa.

]]>
Perkara Yang Bertentangan Dalam Islam Yang Tak Perlu Dilakukan Di Majlis Perkahwinan Anda. https://redaksi.com/7058-perkara-yang-bertentangan-dalam-islam-yang-tak-perlu-dilakukan-di-majlis-perkahwinan-anda Tue, 03 Sep 2019 11:18:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7058 Perkahwinan dan pernikahan itu sebenarnya adalah satu perkara yang tersangat suci dan murni. Jika tiada hati yang ikhlas belum tentu akan terjadinya sebuah perkahwinan. Sedangkan ramai sahaja yang tahu bahawa dalam mencari jodoh itu tersangatlah payah dan perlukan usaha yang lebih.

Perkahwinan itu sebenarnya tersangatlah mudah, akan tetapi masyarakat kita yang begitu menyulitkan dan mempayahkan segala perkara. Malahan, ramai sahaja yang mula terikut-ikut dek kerana takut menjadi buah mulut orang ramai.



Tak hanya itu sahaja, ada perkara yang tak perlu dilakukan ketika majlis perkahwinan tetapi dilakukan pula hingga kadang kala perkahwinan itu menjadi satu beban.

Mari sama-sama kita lihat.

Perkara 1:

Adakah hantaran belanja termasuk di dalam ajaran Islam?



Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, duit, besi atau sekadar bacaan dari Al Quran.

Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

” Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka “. ( Surah An-Nisaa’ – Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .” ( Riwayat Bukhari )

Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur’an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

” Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

” Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “. ( Riwayat Ahmad )

Mas kahwin ini yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulamak tidak boleh diambil oleh ibu bapa wanita atau oleh bakal suaminya. Maskahwin ini tidak boleh digunakan untuk majlis jamuan makan kenduri kahwin.

Hantaran belanja yang kini mencecah belasan ribu RM adalah tambahan adat Melayu yang bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk menyusahkan orang yang ingin berkahwin.

Perkara 2:

Adakah bersanding dan berinai merupakan ajaran Islam?



Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini.

Apa yang kami lihat dari majlis bersanding dan berinai ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam Al Quran dikatakan orang yang membazir Tuhan mengatakan mereka itu adalah kawan-kawan syaitan.

Disini kita faham, membazir itu sangat dibenci Tuhan, sehingga Tuhan kata “Siapa yang membazir itu adalah kawan syaitan”. Mari kita belajar apa itu membazir?

Erti membazir itu ialah menggunakan nikmat Tuhan, bukan kerana Tuhan. Menggunakan nikmat dari Tuhan iaitu wang ringgit untuk disedekahkan kepada anak yatim bukan membazir kerana ia dilakukan kerana Allah.

Menyewa dan memasang peralatan pelamin lengkap dengan pelbagai lampunya bukan dapat RM400. Sudah pastinya ini adalah satu pembaziran.

Perkara 3:

Apakah sebenarnya tujuan pengantin perempuan bermake up di majlis persandingan ini?

Antara jawapannya mungkin ialah:

1. Supaya aku kelihatan cantik menarik
2. Supaya orang ramai memuji aku bahawa sesungguhnya aku memanglah cantik
3. Agar aku dapat menarik perhatian orang ramai dengan kecantikan aku
4. Mungkin untuk menutup kecacatan di muka saya seperti jerawat dan jeragat
5. Engkau ingat aku ni tak cantik ke?

Tambahan pada 23 Ogos: Kami ada satu tambahan cerita sebagai iktibar. Ayu seorang anak yang baik dan kelihatan baik. Ayu menjaga auratnya serta bercampur dengan kaum lelaki secara sopan. Ayu belajar di sekolah aliran agama hingga tingkatan 5. Sambung pelajaran di luar negara dan berjaya mendapat pekerjaan yang baik. Ayu cukup menjaga sentuhan yang tidak perlu sehingga mengelakkan dari bersalam dengan pakcik sebelah suami adek beradek ibu ayahnya. Namun apa yang sangat kami kesalkan ialah demi untuk kelihatan cantik anggun bergaya dengan berbagai solekan make up terkini, sewaktu berinai dan bersanding, seorang jurusolek khas dari kaum lelaki mengandamkan Ayu. Juru andam lelaki inilah yang menghiaskan Ayu. Waktu ini agaknya bersentuhan dengan kaum lelaki sudah berubah hukum dari haram kepada sunat agaknya!!

Perkara 4:

Apakah tujuan membuat majlis kenduri kahwin ini?

Berdasarkan Islam, sepatutnya majlis perkahwinan ini dilakukan bertujuan:

Mengadakan majlis walimah untuk pernikahan sepasang pengantin merupakan anjuran dan sunnah Rasulullah SAW kerana dengan adanya majlis walimah, sesuatu perkahwinan itu boleh diumumkan kepada khalayak, demikian juga para tetamu undangan boleh menghadirinya sambil bersilaturrahim dan mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin. Ia juga sebagai satu tanda kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan rahmatnya iaitu seorang menantu dan tanda kesyukuran ini ialah dengan menjamu tetamu makan terutama sekali yang miskin.

Islam mengajarkan umatnya untuk mendahulukan orang fakir miskin sebagaimana mafhum hadis berikut. Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: “Sejelik-jelik makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.”

Namun kini manusia melakukan majlis kenduri kahwin ini dengan pelbagai tujuan antaranya:

1. Memberitahu masyarakat bahawa aku mampu membuat majlis kenduri dengan penuh kemewahan dengan belanja melebihi RM20,000.00
2. Aku ini orang berduit. Lihatlah majlis kenduri kahwin ini.
3. Orang yang lebih miskin dari aku pun berani belanja lebih RM20,000.00 untuk majlis kenduri kahwin. Tak kan aku dengan gaji lebih besar dari dia tak sanggup belanja lebih RM20,000.00 untuk kenduri kahwin!!!
4. Majlis mewah seperti ini barulah sesuai dengan status saya sebagai orang berduit di kawasan perumahan ini.
5. Anak aku bukan janda atau minah kilang, kenalah buat majlis yang grand habis.
6. Biarlah orang asyik bercerita tentang kehebatan majlis kenduri saya ini. Barulah seronok.
7. Kalau aku keluar belanja RM20,000.00 tetapi dapat sumbangan RM25,000.00 bolehlah dapat keuntungan dari majlis kenduri kahwin ini.

Perkara 5:

Mengapa hantaran belanja perlu dibayar dengan bayaran yang tinggi?



Bayaran hantaran belanja yang tinggi tidak pernah disarankan oleh Islam. Sebagaimana telah kami jelaskan dalam perkara 1 di atas, Islam menggalakkan mahar yang rendah semoga memudahkan proses perkahwinan.

Antara tujuan mengenakan bayaran hantaran belanja yang tinggi mungkin ialah:

1. Menilai status keluarga dan pekerjaan anak dara yang ingin dikahwini. Lagi tinggi status keluarga, lagi mahal hantaran belanja. Kalau anak dara yang ingin dikahwini ini sekadar minah kilang, murahlah sikit hantaran belanja. Kalau ada degree apatah lagi kalau berjawatan tinggi seperti doktor atau jurutera atau pensyarah, kenalah letak hantaran belanja yang tinggi. Kalau artis kenalah lagi tinggi.

2. Boleh bermegah dengan masyarakat sekeliling. Maklumlah kalau hantaran belanja sekadar RM5000.00, macam mana nak bermegah.

3. Lagi tinggi hantaran belanja, lagi mewah majlis kenduri boleh diadakan. Baru ada kelas!!

4. Boleh beli set bilik tidur yang ada kelas. Nanti kalau orang masuk bilik pengantin, taklah malu atau koman sangat.

5. Aku sudah membelanjakan sekian banyak duit untuk membesarkan dan mendidik anak perempuan aku. Siapa nak kahwin dengannya kenalah sanggup keluar duit yang tinggi. Nak beli lembu seekor pun sudah lebih dari RM2000 ini kan pula anak aku!

Sebenarnya dengan meletakkan hantaran belanja yang tinggi, inilah dia tujuan sebenarnya yang tidak disedari atau dengan disedari:.

1. Agar orang Melayu Islam semakin sukar dan melewatkan untuk berkahwin secara sah.

2. Menggalakkan maksiat, maklumlah nak kahwin tak mampu

3. Melatih calon menantu satu latihan yang amat penting iaitu BERHUTANG UNTUK KAHWIN.

4. Agar anak lelaki lupa tanggung jawab kepada ibu bapanya yang telah membesarkan dan mendidik untuk sekian lama. Tiba-tiba bila baru dapat degree nak kahwin, nak beri duit kepada ibu bapa sudah tiada lagi maklumlah kena menabung untuk membayar kos berkahwin yang gila habis. Bukan cukup RM15,000.00 untuk kahwin. Itu belum masuk lagi duit ansuran kereta, sewa rumah dan potongan PTPTN.

5. Agar belajar untuk AMBIL RASUAH DAN AMBIL KOMISYEN di tempat kerja agar memudahkan urusan untuk berkahwin

6. Mendidik anak Melayu dengan budaya BIAR PAPA ASAL BERGAYA

7. Agar selepas kahwin pasangan ini hidup melarat maklumlah hutang keliling pinggang. Bolehlah kelak selalu berperang suami isteri bila dah bengang.

Perkara 6:

Bagaimana untuk mempastikan hari kenduri kahwin cuaca adalah baik tanpa hujan.



Bila kos makanan tetamu sahaja sudah mencecah lebih daripada RM15,000.00, tuan rumah mulalah naik risau kelak kalau waktu majlis kenduri kahwin hujan ribut dari pagi sampai petang, orang ramai tak datang, macam mana dengan makanan yang berlebihan dan paling penting tentunya duit sumbangan pun tak masuk, rugi besarlah. Bagi mempastikan hari kenduri kahwin tidak mengalami hujan ribut maka:

1. Pergi berurusan dengan bomoh atau dukun yang boleh menahan hujan.

2. Mengamalkan pelbagai petua orang Melayu seperti membuang pakaian dalam pengantin ke atas bumbung, meletakkan payung secara terbalik lalu meletakkan air ke dalam payung terbalik tersebut

3. Berbagai amalan karut marut lain

Mudahnya orang Melayu untuk sesat. Allah berikan rahmat dengan diberiNya menantu dibalas pula oleh manusia dengan melakukan pekerjaan syirik. Memanggil bomoh tolak hujan adalah sesat dan mengamalkan pelbagai petua seperti di atas juga adalah sesat.

Baru-baru ini kami menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di kampung. Pada pukul 11.45, semua keluarga, saudara mara, penanggah dan tuan rumah makan maklumlah tetamu dijangka akan datang pada pukul 12.00 tgh sebagaimana tertera dalam kadar jemputan. Kami turut makan bersebelahan tuan rumah. Cuaca ketika itu memang terang benderang. Tuan rumah dalam keseronokan dapat menantu berkata “bagus betullah petua dari kak chik pakai payung diterbalikkan, cuaca hari ini cukup cantik”.

Astagfirullah… berkata-kata dalam hati. Nak dihujah, keadaan tidak sesuai. Penulis berkata-kata di dalam hati “kalau macam ini sunnatullahnya tak lama lagi memang hujan nak turun di majlis ini”. Perbuatan tuan rumah ini bagi kata bidalan diberikan susu dibalas tuba.

Dengan kuasa Allah, mulai pukul 1.00 tengahari gerimis halus sudah mula turun. Kira-kira pukul 1.45 tgh hujan lebat turun sehingga pukul 2.30 ptg. Dalam hati kami berkata“Inilah satu pengajaran yang sangat baik kepada orang yang mensyirikkan Allah. Percaya benar payung terbalik ada kuasa untuk mengelakkan hujan turun. Sama sebiji macam orang kafir berharap kepada patung yang dibuat daripada batu, Astagfirullah…”.

Secara mudahnya tetapi sukar untuk dilaksanakan ialah untuk Allah memberikan rahmatNya dengan tidak mengirimkan hujan pada hari kenduri kahwin ialah dengan pelbanyakkanlah solat sunat terutama sekali solat malam. Mintalah kepada Allah secara terus, insyaAllah majlis tersebut tidak turun hujan.

Perkara 7:

Majlis kenduri kahwin adalah majlis untuk hiburan…

Majlis kenduri kahwin adalah majlis memberi makan kepada orang miskin dan tetamu lain sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Kalau tak mampu buat kenduri besar, buatlah sekadar saranan Islam iaitu sekadar sembelih seekor kambing. Jemputlah orang yang perlu sahaja seperti jiran terdekat dan saudara mara terdekat. Inilah latihan yang baik dari Islam sebagaimana majlis aqiqah apabila dapat anak.

Kini dalam majlis kesyukuran majlis kenduri kahwin sudah menjadi pesta hiburan dan antaranya ialah seperti berikut:

1. Bergilir-gilir anak dara belajar buat dosa iaitu menyanyi secara karaoke.

3. Orang lelaki pula seronok mendengar nyanyian secara karaoke oleh anak dara.

4. Inilah masa bagi anak dara menayang body dengan pasang badan agar dapat menarik perhatian lelaki dan lebih baik lagi kalau dapat boyfriend. Mereka pakai pakaian yang ketat, tidak menutup aurat, bermake up, berminyak wangi dengan lengang lengguk badan dan punggung untuk mendapatkan perhatian.

5. Bagi wanita yang sudah berkahwin, ada yang menjadikan majlis ini untuk menunjukkan bahawa badannya masih cantik walaupun sudah ada anak dengan memakai pakaian pelbagai fesyen yang jauh dari kehendak Islam.

6. Menjadikan majlis kenduri kahwin sebagai majlis pesta fesyen pakaian. Ada yang terbelah mendedah peha, ada yang low cut mendedahkan buah dada yang membulat dan sebagainya.

7. Pesta bagi wanita menunjukkan kekayaan dengan memakai pelbagai barang kemas yang mahal-mahal untuk menjadi kayu pengukur kemewahan masing-masing. Allah membenarkan barang kemas tetapi bukan untuk tontonan semua orang!!!! Ada wanita yang sanggup meminjam barang kemas untuk hadir ke majlis kenduri kahwin keran takut dimalukan.

8. Tidak cukup dengan muzik dan nyanyian, diadakan pula majlis tari menari joget lambak. Yang muda dan yang tua tak sedar diri berjoget antara lelaki dan wanita.

9. Disetengah tempat, majlis kenduri kahwin adalah majlis mengajar kanak-kanak lelaki untuk merokok kerana tuan rumah memang menyediakan banyak rokok secara percuma untuk semua penanggah. Hisaplah seberapa banyak yang diingini asalkan sanggup menjadi penanggah.

Maafkan kami jika artikel ini membuatkan anda setuju/ kurang setuju kerana kita semua pernah mengalami perkara sebegini baik diri, rakan taulan atau saudara mara kita. Memang susah untuk kita laksanakan syariat Islam, ditambah pula persekitaran kita yang memaksa perkara sebegini berlaku secara sedar ataupun tidak.



Kami mengalu-alukan pandangan balas lain dari pembaca agar isu ini dapat ditangani dengan sewajarnya berlandaskan Islam.

Islam menyarankan majlis kenduri kahwin tetapi realitinya majlis kenduri kahwin kini menjadi satu majlis yang mengundang pelbagai dosa, bagaimanalah Allah nak memberikan rahmatNya kepada pengantin yang baru berkahwin ini.

]]>
Antara Adab-Adab Ketika Menjadi Suami Supaya Isteri Tidak Memendam Rasa. https://redaksi.com/5572-antara-adab-adab-ketika-menjadi-suami-supaya-isteri-tidak-memendam-rasa Mon, 25 Mar 2019 15:28:20 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5572 Setelah berkahwin, si isteri memang banyak memendam hati dan perasaan terhadap suaminya sendiri. Ini terjadi kerana lelaki sering terlepas pandang terhadap perkara remeh yang perlu dilakukan pada isterinya. Apabila terlepas pandang, makan hati si isteri. Mengharapkan yang lain, lain pula jadinya.

Takut untuk meluahkan perasaan, kerana pasti suami akan menafikan. Bila sudah dinafikan siteri berharap suami tidak akan mengulangi kesalahannya lagi, namun terjadi pula sebaliknya.

Jadi, sebagai seorang lelaki yang bergelar suami perlu tahu 6 adab ini supaya isteri tidak memendam rasa…

1. Menjaga pergaulan dengan rakan sekerja yang berlainan jantina.

Kadang-kadang, dalam diam isteri makan hati apabila melihat si suami bermesra dengan rakan sepejabat terutamanya kaum wanita. Memang suami sering memberitahu tiada apa-apa hubungan dengan wanita tersebut. Namun, lelaki perlu tahu hanya wanita yang amat memahami hati wanita yang lain.

Para isteri juga mempunyai naluri hati yang hebat dalam mengesan sekiranya wanita tersebut cuba merampas suaminya dalam diam.

2. Jangan meluangkan masa dengan kawan-kawan sehingga lewat malam.

Tidak kisah sekiranya ingin meluangkan masa dengan rakan-rakan sepejebat usai sahaja selepas bekerja, atau sahabat yang lain untuk bermain futsal. Namun, minta izin terlebih dahulu daripada isteri. Minta izin bukan tanda anda merendahkan martabat anda sebagai suami, akan tetapi ia adalah cara menghormati isteri anda sendiri.

Dan juga jangan lepak sehingga lewat malam, padahal isteri bertungkus lumus menjaga keluarga di rumah pula.

3. Jangan mengendahkan masalah isteri walaupun perkara remeh.

Kaum wanita, dan terutamanya golongan isteri ini amat terkilan sekiranya suami sendiri mengendahkan masalahnya. Lebih-lebih lagi jika masalah itu, perkara kecil sahaja. Ini kerana daripada situ dirinya cuba menagih perhatian daripada suami tercinta. Jika bukan menagih perhatian daripada suami, dengan siapa lagi yang perlu ditagih?

4. Agihkan kasih sayang antara adik-beradik dengan isteri sama rata.

Situasi ini sering terjadi sekiranya anda adalah seorang anak lelaki sulung yang perlu menanggung ramai adik-beradik. Setelah berkahwin, ingat juga pada isteri anda yang sanggup menerima anda walaupun mengetahui bahawa anda ramai adik untuk ditanggung. Jangan buat isteri memendam rasa apabila terlihat anda melebihkan adik-beradik terutamanya dari segi hal kewangan.

Ingat, nafkah pada isteri wajib dilaksanakan.

5. Jangan memuji perempuan lain ketika isteri di sebelah.

Yang paling penting adalah, jangan pernah cuba memuji wanita lain selain daripada dirinya. Jika anda melihat responnya baik dan seolah-olah tiada perasaan, jangan tertipu! Kerana mereka akan sentiasa ingat kata-kata pujian tersebut dan akan diungkit pada saat anda terlupa dengan kejadian tersebut. Hal ini juga mampu mencetus pergaduhan. Hati-hati!

6. Bijak menjaga hati isteri.

Bijak menjaga hati isteri bukan semata-mata memberi duit nafkah dan hubungan intim sahaja. Bahagiakan hati mereka dengan mengenali emosi mereka, dan jadilah pendengar setia.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

]]>
"Cari Suami Yang Boleh Bimbing Ke Syurga, Tak Handsome Tak Apa..." https://redaksi.com/8405-cari-suami-yang-boleh-bimbing-ke-syurga-tak-handsome-tak-apa Wed, 29 Jul 2020 22:51:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8405 Kalau memilih seseorang kerana paras rupanya, ia akan hilang ditelan usia. Kalau pilih seseorang kerana wang ringgitnya, ia akan habis bila tiba masanya. Tidak dinafikan, paras rupa dan juga wang ringgit ini memainkan peranan dimata wanita pada masa kini.

Soal lain akan dipandang kemudian, kerana dua perkara ini adalah yang paling utama. Namun, itu semua belum tentu menjadi penjamin rumahtangga kalau tidak ada kesetiaan dan sikap tanggungjawab di dalamnya.


Dalam mencari seorang suami dan juga pemimpin keluarga ini, sikap tanggungjawab, kesetiaan dan juga agamanya sangat penting untuk memastikan bahawa rumahtangga kekal harmoni dan juga bahagia.

Sedikit perkongsian ilmu dari Imam Muda Hassan di laman Instagram yang sama-sama kita ambil dan jadikan pengajaran untuk melayari kehidupan suami isteri kelak.



"Percayalah, bukan Handsomenya yang akan menjadikan hidupmu tenang, tapi kesetiaan dan tanggungjawabnya.

"Percayalah wahai para wanita solehah sekalian, lelaki itu bukan handsomenya yang akan menjadikan hidupmu tenang, tapi tanggungjawab dan perhatiannya terhadapmu yang menjadikan hidup bersamanya menjadi tenang dan bahagia.




"Habis tu, tak perlu ke cari suami yang handsome? Kami nak tengok muka dia tiap hari, bukan nak tengok tunggul kayu.

"Ya memang Nabi SAW pun suruh cari pasangan yang cantik dan handsome, tapi itu tidak memberi jaminan yang kita akan bahagia hidup dengannya.

"Kalau menurut hadith, kriteria utama untuk cari pasangan ialah yang beragama. Kenapa yang beragama? Sebab Pasangan yang beragama akan faham soal tanggungjawab, kesetian dan keadilan.

"Sebab tu tak pelik bila kita lihat pasangan bagai pinang dibelah dua akhirnya kecundang di pertengahan jalan.



"Dan tak pelik juga ada pasangan yang kita lihat mereka ni dengan sebelah mata je, tapi bahagianya mereka sampai ke akhir hayat.

"So jangan tertipu dengan rupa cantik dan handsome."

Jelasnya, bak kata iklan saham dalam radio, “tak handsome takpe asal kaya”. Itu versi iklan radio yang selalu terngiang-ngiang di telinga teman ni ha. Versi teman pula, “tak hansdome takpe asal bahagia”.

Hassan Adli
Suami handsome



]]>
Terlalu Memilih Pasangan Hidup, Apa Baik Buruknya? https://redaksi.com/6511-terlalu-memilih-pasangan-hidup-apa-baik-buruknya Thu, 11 Jul 2019 15:39:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6511 Memilih pasangan sudah tentu tidak semudah memilih ikan di pasar. Memilih pasangan ini perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati. Pasangan kita ini akan bersama di sisi kita sepanjang hayat kita. Sudah tentu ia bukan untuk sehari dua sahaja.

Sebab itulah tidak salah kalau korang memilih dan mempertimbangkan banyak perkara agar tidak menyesal dikemudian hari. Tapi kalau terlalu memilih sangat hingga akhirnya membuat diri sendiri yang pun tak guna juga.



Adakah terlalu memilih itu bagus?

Sudah tentulah ia bagus, baik untuk lelaki mahupun perempuan. Perkahwinan ini ibarat perjudian, jadi sudah tentu korang perlu lebih berhati-hati. Orang yang memilih pasangan ini biasanya mempunyai harga diri yang tersendiri malah dia juga seorang yang memikirkan masa depannya kelak.

Cuba bayangkan kalau korang ini begitu mudah menerima ajakkan seseorang untuk bercinta atau berkahwin, sudah tentu ia hanya akan membuang masa sahaja kalau perkara tersebut tidak lama dan hanya membuang masa. Bahkan tidak mustahil jika terlibat dengan orang yang salah. Kalau fikirkan cara ini tidak salah untuk memilih pasangan.

Akan tetapi kalau korang ini terlalu memilih pasangan sampaikan terlalu mengkritik akan perkara-perkara yang remeh ia mungkin tidak sesuai. Ini kerana, tiada manusia yang begitu sempurna.



Apa yang salah kalau terlalu memilih?

Dari hasil penyelidikan yang dijalankan di University of Western Sydney , didapati bahawa wanita cenderung lebih selektif daripada lelaki. Jo Barnett, seorang ahli terapi romantik Amerika menyatakan bahawa apabila seseorang mencari lelaki dengan senarai keinginan tertentu seperti mempunyai ketinggian 180 cm dengan kumis nipis dan rambut dengan potonganyang dia sukai, dia juga dalam kategori yang terlalu pilih.

Mengapa wanita terlalu memilih adalah mereka ini sentiasa mempunyai satu keinginan lelaki di dalam angan-angan mereka. Akan tetapi perkara ini tidak menjamin untuk dirinya. Biasanya wanita akan mencari lelaki yang benar-benar sesuai dan baik terhadap dirinya. Lelaki juga seperti itu, mereka akan menetapkan satu ciri yang betul-betul mereka inginkan.

Tapi jika terlalu memilih sehingga memkorangng fizikal dan pangkat ini, ia akan memberi kesan kepada diri korang sendiri. Di mana, seseorang yang terlalu memilih ini akan mudah dipkorangng serong oleh orang lain. Maka orang juga akan takut untuk mendekati korang.

Cuba kembali kepada matlamat korang. Apa yang korang inginkan dengan mencari jodoh ini? Bahkan cuba untuk fikir kembali, jika korang terlalu memilih adakah diri korang sesuai buat mereka yang korang mahukan itu?



Petua cari pasangan yang serasi.

1. Miliki prinsip yang sama.

Tak payah terlalu memilih sangat, cuba korang cari yang sama prinsip dengan korang, nanti senang je nak jalani hidup berumahtangga. Nanti korang akan saling memahami antara satu sama lain, ini lagi mudah untuk dibincangkan dan menyenangkan hati.

2. Cari orang yang selesa.

Pasangan kita ini akan hidup sepanjang hayat bersama dengan kita. Jadi adalah lebih baik kalau korang cari pasangan yang korang rasa selesa. Boleh bergurau, merajuk serta menangis bersama. Kalau pasangan serius je pun tak syok jugak kan?

3. Bila bersama jadi diri sendiri.

Tak payah jadi orang lain atau berpura-pura. Bila dengan dia korang boleh jadi diri korang sendiri tanpa membimbangkan apa-apa pun. Jadi setiap baik buruk korang biasanya akan begitu mudah diterima.

Nak memillih boleh tetapi jangan terlalu memilih. Jangan nak betul-betul yang sempurna. Pastikan orang itu menyayangi korang seadanya itu pasti membahagiakan.

]]>
Para Ibu Bapa Perlu Tahu 3 Cara Ini Untuk Merawat Kulit Bayi Yang Sensitif. https://redaksi.com/4277-para-ibu-bapa-perlu-tahu-3-cara-ini-untuk-merawat-kulit-bayi-yang-sensitif Thu, 22 Nov 2018 09:31:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4277 Kulit bayi yang baru sahaja lahir lebih sensitive daripada orang dewasa, oleh sebab itu bayi amat memerlukan penjagaan kulit yang sangat rapi. Jika tidak dijaga dengan rapi, kemungkinan besar bayi anda mudah untuk mendapat keradangan kulit seperti eczema.

KENAPA KULIT BAYI SENSITIF?

Ini kerana selama hampir 9 bulan, bayi dilindungi oleh lapisan zat ketika dalam kandungan. Dan zat ini bernama vernix yang melekat pada seluruh tubuh badan bayi. Lapisan ini bertindak sebagai selimut untuk menjaga suhu tubuh bayi dan secara tidak langsung menjaga tahap kelembapan kulit bayi tersebut.

Namun, kulit bayi menjadi sensitif kerana perubahan suhu yang ekstrem setelah keluar dari kandungan ibunya. Kulit bayi akan menjadi terlalu kering kerana terdedah dengan udara luar. Struktur jaringan kulit bayi yang baru lahir juga masih longgar sehingga partikel asing apa pun yang ada di udara sekitar akan masuk dengan mudah dan mengiritasi kulitnya. Selain itu, sistem perlindungan kulit bayi juga belum terbentuk sempurna untuk melawan zat-zat asing yang masuk tersebut.

TIPS PERAWATAN KULIT BAYI SENSITIF

  • Perawatan kulit bayi baru lahir haruslah untuk:
  • Mempertahankan kelembapan kulit bayi.
  • Menjaga kulitnya tetap sehat.
  • Mencegah iritasi atau alergi.

Setelah mengetahui tujuan asal untuk merawat kulit bayi, anda perlu:

1. Cermat dalam memilih produk.

Pilih produk perawatan kulit bayi yang mengandung bahan-bahan organik. Selain itu, pilih produk yang berlabel hypoallergenic untuk mencegah risiko alergi. Usahakan juga memilih produk sabun dan sampo yang memiliki pH seimbang dengan kadar pH air mata  atau “low occular irritation index” (berlabel “pH-balanced”).

Jangan pilih produk mandi yang berwarna, ada bau haruman, dan menghasilkan buih yang banyak kerana produk sebegini kebiasaannya mengandungi bahan kimia yang menyebabkan kulit menjadi gatal-gatal.

Jangan juga memilih sabun yang mengakibatkan kulit bayi menjadi kesat, kerana ia akan membuatkan kulit bayi menjadi kering. Pilihlah sabun yang melembabkan kulit bayi. (Moisturize)

2. Bijak ketika memandikan bayi.

Saat bayi baru sahaja dilahirkan, anda dinasihatkan untuk jangan terus memandikan bayi tersebut. Selaput lemak yang melekat pada tubuh bayi tersebut sebenarnya membekalkan kelembapan pada tubuh badan bayi, malah melindungi kulit dari infeksi dan risiko alergi.

Menurut pakar, bayi perlu dimandikan sekiranya tanda-tanda suhu pada badan bayi sudah stabil iaitu 2-4 jam setelah lahir. Namun, jangan pula mandi dengan begitu lama kerana ia akan menurunkan suhu badan bayi dan mendorong kea rah hipotermia.

3. Jangan lupa pakaikan pelembap.

Bukan hanya kulit orang dewasa saja yang memerlukan pelembap, bayi juga amat memerlukan pelembap kerana kulit bayi lebih sensitif dari orang dewasa. Pelembap yang baik dapat membantu mempertahankan kadar air dalam kulitnya segera setelah mandi. Pelembap juga berfungsi untuk memperbaiki tekstur kulit bayi agar lebih lembut dan fleksibel.

Oleskan pelembap 2-3 minit setelah mandi di saat kulitnya masih sedikit lembap terbasuh air. Trick ini akan lebih efektif melembapkan kulitnya daripada mengoleskan pelembap saat kulit bayi sudah benar-benar kering. Bila kulit bayi Anda tidak sensitif atau normal, pilih pelembap jenis lotion. Bila kulit kering sensitif, pilih yang jenis cream.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Mencuba!

]]>
6 Sebab Anda Tidak Digalakkan Memberi Pinjam Duit Pada Rakan Yang Mahu Berkahwin. https://redaksi.com/4663-6-sebab-anda-tidak-digalakkan-memberi-pinjam-duit-pada-rakan-yang-mahu-berkahwin Wed, 26 Dec 2018 10:22:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4663 Pada masa kini, ramai sahaja anak muda yang mahu berkahwin tetapi kesempitan dari segi kewangan. Ada sahaja daripada mereka sanggup meminjam duit daripada ahli keluarga, sahabat atau paling parah loan daripada bank. Namun, disebabkan tidak ingin menjejaskan hidup pada jangka masa yang panjang, antara mereka sanggup meminjam duit daripada sahabat handai.

Anda sebagai sahabat atau rakan pada mereka yang mahu berkahwin, pasti berasa simpati terhadap situasi mereka bukan? Terutamanya pada sahabat yang anda sudah anggap seperti keluarga sendiri. Walaupun sahabat tersebut sudah dianggap seperti keluarga, adakah anda perlu memberi pinjam duit kepada mereka?

Cuba elakkan untuk memberi atau meminjam duit kepada mereka, ini kerana…

1. Anda tidak menolong mereka sebenarnya.

Apabila anda berada dalam situasi dimana sahabat baik anda memerlukan pertolongan dari segi kewangan terutamanya tentang perkahwinan atau pernikahan, sebolehnya elakkan memberi pinjam duit. Ini kerana anda sebenarnya tidak menolong mereka untuk berusaha mencari duit, lebih-lebih lagi tentang kahwin.

Malah, anda sebenarnya tidak menyelesaikan masalah mereka berkaitan dengan hal ini. Ini membuatkan mereka akan berasa, meminjam duit itu sebenarnya mudah kerana ada orang bersimpati. Jika sebelum kahwin pun, mereka asyik meminjam, tidak hairan sekiranya setelah berkahwin mereka akan masih mengejar anda untuk meminjam wang.

2. Anda lagi menggalakkan mereka untuk meminjam.

Selagi anda tidak menolong mereka untuk memberi solusi pada setiap masalah, ia akan menggalakkan mereka untuk lebih meminjam pada masa hadapan. Malah anda akan menggalakkan mereka untuk tidak berhenti daripada tabiat buruk yang lain seperti berbelanja melebihi kemampuan.

Jadi, disini mereka seolah-olah tidak mengukur baju pada tubuh sendiri. Mahu perkahwinan yang gah, sanggup pula meminjam wang daripada rakan, tidak masuk akal!

3. Sukar untuk menuntut hutang.

Kebiasaannya, apabila kita memberi pinjam wang kepada sahabat pasti sukar untuk mereka membuat bayaran balik. Jadi, anda perlu bersedia fizikal dan mental untuk menagih simpati seperti orang yang meminta derma. Disebabkan anda sudah menganggap mereka seperti ahli keluarga, ini yang membuatkan mereka mengambil ringan untuk membayar hutang anda kembali. Hati-hati!

4. Duit boleh mengubah sikap individu.

Di samping itu, dengan anggapan sebagai ahli keluarga, apabila anda memerlukan wang tersebut, pasti anda akan berasa janggal. Dimana, anda takut mengguriskan perasaan mereka jika mereka masih tidak berkemampuan untuk membayar balik. Jadi, disini lama-kelamaan ia akan mengubah sikap sahabat anda.

“Alahhh, kita dah macam adik-beradikkan, kau pun tau keadaan aku macam mana…”

Secara tidak langsung, situasi ini akan menjadi janggal. Akhirnya anda pasti berasa tidak puas hati.

5. Akan mendorong mereka meminjam dalam jumlah yang lebih besar.

Apabila sudah dimulakan dengan tidak memberi pertolongan yang jelas dan betul, maka anda mendorong mereka untuk kerap meminjam, lalu lama-kelamaan mereka merasakan anda mampu untuk memberi pinjam jumlah wang yang besar. Disini sebenarnya anda telah dimanipulasikan oleh mereka dalam secara tidak sedar.

Teknik ini dipanggil sebagai ‘Foot-in-the-door’, dimana anda telah mematuhi segala pelaksaan sahabat anda. Mula-mula nak pinjam sikit je. Lama-lama makin banyak pula mereka mahu meminjam. Seperti pukau pun ada juga.

6. Anda mungkin lebih memerlukan duit tersebut.

Anda sendiri pun tahu bahawa duit yang anda simpan tersebut adalah untuk keadaan dan masa yang tidak terjangka seperti hal kecemasan. Tiada siapa dapat menjangka masa depan, tiada siapa dapat mengagak apakah akan terjadi pada hidup mereka pada esok hari.

Jadi, sekiranya duit kecemasan tersebut yang anda memberi pinjam pada sahabat anda yang mahu berkahwin, kemudian secara tiba-tiba terjadi pula hal kecemasan seperti kemalangan, diberhentikan kerja dan seumpama dengannya, bagaimana anda mahu mengendalikan urusan seperti ini?

Sahabat anda pula sukar untuk tuntut hutang, lagi lah parah. Oleh sebab itu, memberi pinjam wang kepada rakan adalah tidak digalakkan. Disebalik hanya memberi pinjam wang sahaja, apa kata memberi solusi yang lebih menarik seperti melakukan kerja sampingan bersama, bisnes online bersama.

Bersama-sama menjana pendapatan. Bukan menghabiskan perbelanjaan.

]]>
“Lelaki Langsung Tidak Menunjukkan Reaksi Yang Serius Ketika Bercinta…” Kenapa Ini Terjadi? https://redaksi.com/3670-lelaki-langsung-tidak-menunjukkan-reaksi-yang-serius-ketika-bercinta-kenapa-ini-terjadi Fri, 28 Sep 2018 12:54:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3670 Siapa sahaja yang sebenarnya sukar untuk menjalin hubungan yang serius ketika bercinta? Lelaki atau wanita? Adakah benar lelaki sukar untuk menunjukkan reaksi yang serius dalam hubungan? Oleh disebabkan itu ramai sahaja golongan wanita menganggap lelaki zaman sekarang ragu-ragu terhadap diri mereka.

Kenapa ini terjadi?

1. ‘Permintaan’ yang terlalu tinggi.

Oleh kerana perjalanan hidup sekarang ibarat PERTANDINGAN dan bukan lagi PENGALAMAN, ramai dikalangan wanita berlumba-lumba untuk nampak mewah di sosial media. Masalah Tidak Mengukur Pada Baju Sendiri menyebabkan ramai lelaki menelan air liur sahaja, apabila teman wanita ‘demand’ macam-macam perkara.

Jika sekarang sudah minta macam-macam, dah kahwin apatah lagi. Jika mahu meminta, pastikan permintaan itu sejajar dengan kemampuan si lelaki.

2. Masih tidak dapat mencari seseorang seperti bekas kekasihnya.

Lelaki ini masih dibayangi oleh bekas kekasih sebenarnya. Wanita selalu mengatakan, “Lelaki ni nak apa sebenarnya?...” Jauh dalam hati mereka terdetik dan menyesal dengan perhubungan yang lepas. Tidak dapat menjadi kekasih yang terbaik untuk bekas kekasihnya, kerana merasakan bekas kekasihnya itulah adalah seorang yang baik untuk dilepaskan.

3. Trauma dengan cinta lama.

Lelaki juga mempunyai perasaan takut untuk bercinta, bukan sahaja golongan wanita yang merasainya seorang diri. Nampak sahaja dari luaran mereka tiada perasaan, dan jika ditanya tentang cinta lama mereka mahu mengelak sahaja. Lelaki juga mengambil masa yang lama untuk sembuh dari cinta lama, kerana terlalu trauma.

Dan kadang-kala bukan mudah untuk lelaki ini bangkit.

4. Takut sekiranya cinta tidak dibalas.

Apabila terlalu kerap dibayangi oleh bekas kekasih, trauma pula dengan cinta lalu, sudah tentu lelaki ini takut sekiranya cinta tidak dibalas. Lelaki sebegini lebih mengharapkan seorang wanita yang mampu menjadi Perigi Mencari Timba kerana dirinya tidak mampu lagi memberi cinta.

Jadi lelaki ini memang betul-betul mengharapkan untuk menerima cinta sahaja, daripada memberi cintanya pada wanita lain.

5. Takut dengan pandangan ibu wanita tersebut pada dirinya.

Oleh kerana lelaki ini hanya sederhana dan biasa-biasa sahaja, sudah tentu mereka takut dengan pandangan ibu anda. Pandangan orang tua, tiada siapa dapat menyangkal sekiranya mereka dapat merasakan ‘sesuatu’ yang tidak kena pada lelaki tersebut. Jadi, sudah tentu mereka merasa takut.

Jadi, jika anda sebagai teman wanita lelaki tersebut, berilah sokongan dan dorongan. Jangan pula menakut-nakutkan teman lelaki anda. Dan juga jangan meletakkan kesalahan seratus peratus ke atas diri lelaki ini, kerana  mereka juga mempunyai sebab tersendiri yang ada kalanya mahu disimpan seorang diri tanpa mengekspresikannya.

 

]]>
Mohon Semak Punca Utama Rumah Tangga Tak Bahagia, No. 5 Ramai Sangat Yang Buat! https://redaksi.com/1109-mohon-semak-punca-utama-rumah-tangga-tak-bahagia-no-5-ramai-sangat-yang-buat Wed, 30 Aug 2017 11:42:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1109 Rumah tangga tak bahagia kalau anda masih terus berangan akan dapat segala dengan mudah tanpa sedikit ujian. Lagi teruk jika ramai di kalangan wanita tak sanggup melihat wanita lain bergaya sakan sehinggakan bernafsu juga mengikuti fesyen terkini walaupun tiada berduit. Kata mudah CEMBURU! Meranalah si suami yang terpaksa berhutang ke sana ke mari, kalau tak dapat 'korek' siapa lagi yang menjadi mangsa jika bukan ibu bapa sendiri.



Itu cerita orang tak berpunya tapi mahu bergaya bagaimana pula dengan wanita yang kaya? Bukan hanya dari segi pemakaian, perhiasan dan hobi yang serba mahal, pergaulan yang diikat bersama kawan-kawan pun boleh terlerai bila tak berduit. Inilah dunia sesetengah wanita yang serba glamor, walaupun mereka kuat bekerja dan memiliki kekayaan yang melimpah seharusnya dalam hati sentiasa mahu beringat bahawa malang tak berbau, ada masanya ujian kesusahan menjengah tanpa dijemput.

Kaya miskin boleh berpusing dalam putaran kehidupan seorang wanita, sememangnya dia sedar segalanya kurniaan Allah SWT dan ia satu amanah yang akan dipertanggungjawabkan nanti di akhirat tetapi manusia sentiasa lupa asal-usulnya. 'Bagaimana kamu tergamak kufur kepada Allah padahal dahulunya kamu mati (tiada), kemudian Dia menghidupkan kamu setelah itu Dia mematikan kamu dan kemudian Dia menghidupkan kamu pula (di akhirat) dan akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya.' (Surah al-Baqarah ayat: 28)

Kaya Yang Bahagia.

Wanita yang kaya menjadi pilihan para lelaki untuk didampingi, tidak salah bahkan agama kita mengizinkannya. Namun kekayaan mestilah boleh mendatangkan bahagia dan tenang bukan sebaliknya merunsingkan dan menggelapkan hati. Jadi duit yang dikurniakan Allah SWT mesti dibelanjakan mengikut aturan yang Allah SWT tetapkan ke atas manusia. Jika manusia mengkufuri nikmat Allah dia tak peduli ke mana duit itu dibelanjakan.



Wanita yang berlebih-lebihan mempercantik diri dari hujung rambut ke hujung kaki sementara dia abaikan kesengsaraan fakir miskin maka dia telah menyalahgunakan amanah yang Allah pinjamkan. Apakah tidak boleh berbelanja untuk kecantikan? Jika diniatkan untuk menjaga kesihatan dan menjaga pandangan mata suami maka ini diharuskan asalkan tidak berlebihan dan tidak lupa memberi hak ibu bapa dan fakir miskin.

Mengurus duit memerlukan ilmu, sikap suami yang tak mendidik isteri beramanah dalam hal ehwal kewangan keluarga menjadi sebab gagalnya isteri menjadi kaya material dan spiritual. Didik bukan bermakna suruh berjimat sampai berikat pinggang, pecah usus tak makan tetapi menjaga perbelanjaan agar tidak melebihi pendapatan. Senang nak cakap tapi susah nak buat!

Suami isteri mesti berterus terang mendedahkan masalah-masalah kewangan dalam keluarga, ramai bercerai kerana isteri tak faham kesusahan suami atau sebaliknya sehingga menimbulkan syak wasangka yang bukan-bukan.

Harta menjadi punca sengsara apabila kita tunduk sujud mengikut nafsu, lupa asal-asul, lupa daratan, lupa iman, lupa kepada Allah SWT. 'Ketahuilah sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas (dalam bermaksiat), kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmu tempat kembalimu.' (Surah al-'Alaq: 6-8)

Pesanan Terakhir.

Suami isteri yang suka menunjuk kemewahan memiliki penyakit lain yang tak kalah bahayanya iaitu tidak perlukan Tuhan. Mereka merasa cukup dengan harta yang kononnya punca keselamatan dan kebahagiaan. Setelah diuji dengan 'kehilangan' barulah menangis mencari di mana Tuhan. Jika Allah menguji bermakna Dia mahu kita kembali, mahu kita berasa lemah dan perlukanNya, mahu kita ingat semua yang dimiliki hanya pinjaman.



SILA SEMAK:

1. Punca sebenar masalah kewangan dalam keluarga adalah jauhnya mereka dengan Tuhan.

2. Tiada ilmu agama yang membawa kepada pemikiran yang positif, hati yang tenang dan khusyuk tunduk kepada Allah SWT.

3. Jika mereka sembahyang hanya di pinggiran sahaja tidak masuk menghadapNya dengan membawa ilmu di dada.

4. Jika berdoa cepat putus asa dan tak yakin dengan kuasa Allah SWT.

5. Kalau mencari nafkah tak kira halal haram semua masuk poket yang sama.



Bagaimana tidak sengsara jika Allah yang memberi kebahagiaan itu diceraikan daripada jiwa raga kita? Tidak mustahil suami isteri yang mahu bercerai atas sebab harta sebenarnya kerana mereka telah lebih dahulu menceraikan diri dengan Allah SWT. Lantai masjid tak pernah lagi dipijak semenjak berakad nikah dahulu, ceramah agama yang terakhir adalah ceramah nikahnya dahulu, ilmu agama yang dibaca setakat singgah sebentar di jiwa kemudian dilupakan begitu saja. Air mata insaf hanya sedikit menitis saat kematian saudaranya kemudian kering dihapus tawa dan silau dunia. Rumah kemas disusun mewah tapi hati bergolak hebat sengsara tiada ketenangan. Setiap kali nafsu minta dipuaskan berkejarlah ke sana ke mari tak kenal masa, terlepas saat-saat sujud yang menenteramkan jiwa.

]]>
Bagaimana Untuk Bercinta Kerana Allah? https://redaksi.com/928-bagaimana-untuk-bercinta-kerana-allah Sat, 19 Aug 2017 11:03:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=928 Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya,

“Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” Mendengar itu, isterinya bertanya lagi “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?” Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang. “Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah.”



Tiada satu pun perkara dalam dunia ini terlepas dari ciptaan Allah. Seandainya kita mencintai seseorang, sedarlah bahawa orang itu juga adalah ciptaan Allah. Maka yang manakah perkara yang lebih layak dicintai? Penciptanya atau penghasilan-Nya? Sudah tentu penciptanya kerana kita sendiri adalah makhluk yang diciptakan-Nya. Mana mungkin kita mampu mempunyai rasa cinta dan kasih sayang seandainya diri tidak dilahirkan ke dunia ini. Oleh itu adalah satu kesalahan andainya kita tidak sandarkan rasa suka, kasih sayang dan cinta yang kita miliki ini pada Allah yang menciptakan kita semua. Seharusnya rasa cinta yang hadir kepada manusia itu menambahkan lagi rasa cinta kita kepada Allah kerana hal itu telah menyempurnakan hidup kita. Apabila kita mencintai seseorang kerana Allah, kita akan mendekatkan dirinya kepada Allah. Kita juga mahu dirinya mendekatkan diri kita kepada Allah. Segala salah silap ditegur demi mendapat keredhaan Allah. Bukan membiarkan dirinya hanyut dan leka dalam nikmat dunia. Kita dapat perhatikan ramai manusia membiarkan pasangannya bergelumang dalam kehidupan penuh maksiat sedangkan dalam masa yang sama dia mengaku mencintai pasangannya. Cinta seperti ini bukanlah cinta yang dikehendaki dalam Islam dan inilah contoh gambaran cinta kepada manusia bukan kerana mereka mencintai Allah.



Oleh Syeikh al-Kubrawiyyah.

Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang, dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah, maka pahalanya adalah amat besar. Allah telah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud:

"Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama-sama keranaKu, dua orang kunjung mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong menolong keranaKu".

FirmanNya lagi dalam hadis Qudsi yang lain bermaksud:

"Mana dia orang yang bercinta kerana keagunganKu? Hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah nauganKu, iaitu hari yang tiada naungan selain dari naunganKu".

Rasulullah bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah".

Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah. Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta kerana Allah. Ataupun jika ia mencinta seseorang itu kerana membantunya dalam urusan keduniaan yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk dalam bercinta kerana Allah. Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ataupun barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan dalam hal ehwal kehidupannya yang menerusinya ia mampu hidup senang lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta tabii, cinta biasa yang tiada kena mengena dengan Allah. Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya, tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan.



Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:

Sahabat-sahabat pada hari itu, satu sama lain akan bermusuhan kecuali orang yang bertaqwa. ( az-Zukhruf:67)

Dipetik dari kitab An-Nashaihu ad-Diniyyah wa al-Washaya al-Imaniyyah: Saiyidina Ghautsul Anam Wa-Dairah Quthubi Rahal Islam Imam Habib Abdullah al-Haddad al-Alawi al-Husaini al-Hadhrami as-Syafie.

]]>
Bagaimana Untuk Mengawal Kewangan Isteri Yang Terlalu Suka Membeli Belah? Jom Baca! https://redaksi.com/4430-bagaimana-untuk-mengawal-kewangan-isteri-yang-terlalu-suka-membeli-belah-jom-baca Tue, 04 Dec 2018 16:19:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4430 Terapi Membeli Belah sangat sinonim dengan kaum wanita. Majoriti daripada kaum wanita pasti mengambil masa yang lama ketika membeli belah sama ada di Shopping Mall atau melalui online seperti Shopee, Lazada, Zara dan seumpama dengannya. Lebih-lebih lagi pada penghujung tahun ini, sudah tentu kebanyakan kedai akan menawarkan harga yang jauh lebih murah.

Ketika saat ini, bermulalah kaum wanita cuba membodek si suaminya supaya memberikan duit belanja untuk membeli barangan murah ini. Kadang-kala tersasar juga kerana barang keperluang yang dibeli melebihi bajet. Tiba-tiba sahaja muncul barang yang lain di depan pintu, iaitu barang kehendaknya sendiri.

Barang keperluan yang masih elok dan tersedia ada di rumah pun masih tidak digunakan lagi. Hanya tersimpan sahaja.

Jadi bagaimana untuk mengawal kewangan isteri yang terlalu suka membeli belah ini? Jom ikuti kaedah ini…

1. Anda perlu tetapkan harga barangan yang si isteri mahu beli atau KERAP BELI sebagai contoh, tudung, baju, kasut, beg tangan TIDAK BOLEH LEBIH 10% DARIPADA GAJI.

Memang benar zaman sekarang, kaum wanita yang bekerjaya mampu untuk membeli barang peribadi dengan duit sendiri. Namun, apabila terlalu leka dengan menggunakan duit sendiri tanpa perancangan atau tidak di-monitor oleh suami, pasti pemborosan akan berlaku.

Jadi, sentiasa memberi peringatan pada Isteri anda.

2. Beli ketika ada promosi.

Akhir tahun ini sudah tentu keseluruhan kedai akan menawarkan promosi yang hebat. Biarlah membeli barang yang agak out dated atau ketinggalan zaman sedikit, namun isteri anda pasti dapat membeli dengan harga yang murah. Mungkin dengan harga yang murah boleh dapat dengan kuantiti yang banyak.

3. Hadkan pembelian untuk tidak berterusan sehingga setiap bulan.

Halang isteri anda untuk membeli barang terlalu kerap seperti jika dah beli barang tersebut pada bulan ini, bulan depan tidak lagi. Nasihat isteri elok-elok supaya tidak menjadi terlalu ketagih terutamanya apabila shopping online. Jadi, limitkan pengeluaran kad debit anda di bank terlebih dahulu.

4. Membaca review terlebih dahulu.

Sebelum membeli sesuatu barang, baca review terlebih dahulu. Jika barang tersebut mempunyai laman sosial media yang boleh dijadikan rujukan seperti facebook atau instagram, follow page tersebut untuk melihat review dari orang lain. Mungkin dari situ akan mendapat petunjuk bahawa tdak semua barang itu, kualitinya bagus.

Malah, boleh tahu jika barang tersebut ada promosi atau SALE.

5. Meletak barang yang sedia ada yang mudah dilihat.

Kebanyakan kaum wanita yang terlalu kerap membeli belah pasti akan terlupa dimana barang tersebut diletaknya. Dan akhirnya terlupa bahawa si dia pernah membeli barang tersebut, dan masih membeli lagi tanpa sedar. Jadi, suruh isteri anda menyusun semua barang yang telah dibeli sejurus membeli belah dan simpan terus dalam almari, atau tempat yang senang dilihat.

Jangan terbiar dalam bungkusan yang akhirnya tercampak ke dalam bilik store.

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

]]>
Lelaki Kahwin Lambat Jadi Punca Anak Otak Lembab. https://redaksi.com/967-lelaki-kahwin-lambat-jadi-punca-anak-otak-lembab Mon, 21 Aug 2017 11:20:39 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=967 Siapa yang tidak mahu memiliki anak bijak, semua ibu bapa mahu memiliki anak-anak yang bijak dan berjaya dalam hidup. Namun begitu, satu kajian telah dilakukan mendedahkan lelaki kahwin lambat punca anak kurang bijak. Tetapi, ramai lelaki kahwin lambat bukan kerana tidak mahu berkahwin tetapi masih tidak ada jodoh. Pasukan penyelidikan di Washington mendedahkan lelaki yang berkahwin lewat didapati akan mendapat anak yang lemah dari segi intelektual. Kromosom terdapat pada anak dari segi intelektual rendah kerana usia bapa yang lanjut. Perkara ini berlaku disebabkan oleh beberapa variasi nombor salinan atau ‘CNV’ merujuk kepada struktur beberapa keadaan menyebabkan kehilangan atau kesilapan susunan DNA dalam sel. Perkara itu boleh diwarisi atau berlaku secara tiba-tiba dan menjadi punca biasa penyakit.



Pasukan penyelidik melakukan analisis secara sistematik dan menemui banyak CNV dalam hampir 3500 orang yang hilang upaya intelektual antara 2006 dan 2010. Mereka mendapati, CNV yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak diwarisi membabitkan 227 orang yang bermakna keadaan itu wujud dua kali ganda daripada biasa sama seperti bagi mereka yang mempunyai autisme dan tiga kali ganda di kalangan mereka yang menghidap penyakit asma. Penyelidik turut membandingkan usia ibu bapa dalam dua kumpulan itu dengan mereka yang tidak mempunyai masalah hilang upaya intelektual. Anak-anak yang mempunyai autisme dan menghidap penyakit asma rata-rata usia bapa telah lanjut. Oleh itu, penyelidik menyimpulkan bahawa peningkatan CNV baru tidak hanya disebabkan oleh DNA lelaki tetapi usia bapa juga memainkan peranan. “Sebagai rumusan, data kami buat pertama kalinya meyakinkan bukti bahawa faktor CNV bapa paling besar menjadi faktor kepada kelemahan intelektual,” katanya.

]]>
Korang Tahu Tak Yang Isteri-Isteri Ini Banyak Rahsia, Kalau Nak Tahu Kena Kahwin Dulu, Tapi Ni Kita Kongsi 10 Rahsia Yang Digenggam Isteri. https://redaksi.com/6715-korang-tahu-tak-yang-isteri-isteri-ini-banyak-rahsia-kalau-nak-tahu-kena-kahwin-dulu-tapi-ni-kita-kongsi-10-rahsia-yang-digenggam-isteri Fri, 02 Aug 2019 15:45:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6715 Setiap orang pasti mempunyai rahsia tersendiri bukan. Kalau boleh rahsia yang ada itu nak disimpan sekuatnya tanpa diketahui oleh orang lain. Kalau nak berkongsi rahsia pun sudah tentulah dengan orang-orang yang betul-betul dipercayai sahaja, kalau takut bocor lebih baik simpan sendiri.

Selalu sangat kita cakap dalam hubungan suami isteri ini tiada rahsia, tetapi sebenarnya banyak sahaja rahsia yang disimpan oleh isteri yang suami tak tahu. Biasalah lelaki pun kalau isteri-isteri mereka tak beri tahu, mana mereka akan perasaan bahawa pasangan mereka ini simpan rahsia kan?



Wanita, adalah individu yang sangat misteri untuk kebanyakan lelaki di dunia. Banyak rahsia disimpan walau dari suaminya sendiri. Ini kerana sifat mengambil berat yang sangat tinggi dalam diri seorang wanita. Jadi terdapat beberapa rahsia sama disimpan oleh wanita di dunia ini. Untuk memahami hati seorang isteri, pastinya artikel yang dikongsi oleh Hello Doktor ini dapat membantu suami di luar sana.

1. Kurang dari nilai sebenar

Ya, dalam sebuah hubungan perkahwinan, kejujuran adalah kunci utama. Namun demi mengelakkan sebarang pertelingkahan mengenai harga sesuatu barang, contohnya baju atau kasut, sesetengah wanita mengakui mereka cenderung menyatakan separuh daripada harga pakaian yang dibeli. Ini adalah cara untuk menyembunyikan tabiat berbelanja yang buruk dari pengetahuan suami mereka.

2. Komitmen? Ada gementarnya

Ramai individu menyatakan perkahwinan penamat hubungan percintaan kerana setiap pasangan akan terikat dengan tanggungjawab untuk keluarga. Tiada lagi kebebasan, pesta dan berparti atau mungkin keluar malam bersama teman. Jadi sejujurnya, sama ada wanita atau lelaki, ketakutan terhadap perkahwinan tetap ada. Wanita biasa mengimpikan tentang lelaki idamannya, perkahwinan yang romantik, rumah idaman dan kehidupan yang bahagia, namun datang kepada realitinya, segala apa yang diimpikan mungkin akan membuatkan mereka gementar.



3. Boleh berdikari, namun lemah di hadapan suami

Wanita memang terbukti sangat misteri. Mereka ingin tampil moden dan bebas di hadapan ketua, rakan sekerja, kawan, atau individu yang tidak dikenali. Sebaliknya, mereka menjadi sangat lemah, manja di mata suami mereka. Seorang suami perlu menjadi bagaikan lelaki sejati dan terhandal buat isteri anda seperti membawa beg besar, membuka pintu dan segalanya.

4. Suamilah yang terhebat

Setiap isteri pasti akan memuji dan menyanjungi kehebatan anda ketika melakukan hubungan seksual. Wanita akan jarang mengakui seandainya bekas teman lelakinya juga sama hebat seperti anda. Namun suami, jangan salah faham. Benar bekas teman lelakinya juga mungkin hebat, tetapi itu semua tidak ada makna kerana anda adalah lelaki yang dipilih menjadi individu dalam sebuah hubungan perkahwinan.

5. Risau menjadi seperti ibu

Jangan sesekali pernah mengatakan “Awak seperti ibu awak” atau “Awak bagaikan emak saya” kepada isteri anda. Mereka mungkin tidak membalasnya, namun akan ada kesedihan di hati mereka. Seorang isteri menginginkan untuk menjadi teman hidup anda, bukan penjaga seperti seorang ibu. Mereka mungkin akan menimbulkan persoalan seperti “Adakah dia berkahwin dengan saya kerana saya seperti ibunya?”. Jangan pernah sekali membandingkan isteri anda dengan ibu anda jika anda mahukan cinta anda kekal mekar.

6. Tolong cemburu

Cemburu adalah tanda cinta. Adalah bagus untuk merasa cemburu apabila isteri anda digoda oleh lelaki lain. Sifat cemburu anda akan membuatkan isteri anda rasa disayangi, dikasihi dan diperhatikan. Tetapi harus ingat, ia haruslah berpada dan jangan melampaui batasan yang diracuni oleh rasa iri hati dan benci.



7. Ada fantasi

Seorang selebriti lelaki biasanya adalah berotot, kacak dan seksi. Isteri anda mungkin suka bercakap mengenai selebriti pujaan mereka. Tetapi jangan pernah terfikir untuk meniru gaya mereka kerana selebriti hanya satu fantasi semata-mata, sedangkan anda adalah realiti.

8. Lebih berkongsi dengan sahabat

Ini berlaku hampir kepada semua isteri di dunia. Mereka berkongsi hampir segalanya mengenai kehidupan perkahwinan, mengadu tentang keluarga mertua, dan mungkin mengeluh tentang hobi anda. Itu adalah kebenaran, kerana kasih sayang bererti untuk berkongsi dan dikongsi. Namun jangan risau, isteri anda masih tahu had dan batasan. Mereka akan tetap menyimpan memori manis anda berdua di hatinya.

9. Menghargai semua bantuan

“Tanggungjawab melakukan kerja rumah adalah tugas isteri” merupakan satu tradisi lupuk dan tidak matang tetapi masih wujud dalam kehidupan masa kini. Adalah tidak adil sekiranya anda hanya melihat isteri anda melakukan kerja rumah. Anda seharusnya membantu isteri anda, walaupun dengan hanya tugasan kecil dan mungkin anda tidak dapat melakukannya setiap hari. Perbuatan anda adalah sebagai bukti anda menyayangi mereka dan ia secara tidak langsung dapat mengerat hubungan anda sebagai pasangan suami isteri.

10. Sentiasa sayang

Ada masanya isteri anda mempunyai keinginan untuk memiliki satu perasaan jatuh cinta lagi bersama lelaki lain. Namun apabila sudah berkahwin, mereka menyedari bahawa semua itu tidak mungkin berlaku lagi, dan ada masanya isteri anda merindui akan perasaan itu. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu gusar, kerana seorang isteri sentiasa tahu batasannya dan akan sentiasa menyayangi dan mencintai anda.

]]>
"Seorang Wanita Yang Menjaga Kehormatan Dirinya Dengan Baik Mendatangkan Pahala Buatnya..." https://redaksi.com/7805-seorang-wanita-yang-menjaga-kehormatan-dirinya-dengan-baik-mendatangkan-pahala-buatnya Fri, 17 Jan 2020 10:41:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7805 Sebagai wanita muslim, sudah tentu kita wajib menutup aurat dengan sempurna malah menjaga kehormatan diri. Walaupun dunia semakin maju, tetapi perkara sebegini bukannya dianggap old fashion sebaliknya ia adalah perkara wajib yang dilakukan seorang wanita yang beragama Islam.

Di dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW bersabda :

الدُّنْيا مَتاعٌ، وَخَيْرُ مَتاعِ الدُّنْيا المَرْأَةُ الصّالِحَةُ
Maksudnya : “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”. [HR Muslim (1467)]

Menjaga diri tidak kiralah dari cara berpakaian dan juga pergaulan itu tersangatlah penting. Nak-nak lagi, seorang wanita ini membawa maruah yang begitu tinggi nilainya. Bukan hanya maruah diri sendiri sahaja, akan tetapi maruah ibu bapa, ahli keluarga serta suaminya. Apabila anda tidak tahu menjaga ini dengan baik, bukan hanya anda sahaja yang mendapat kata-kata tidak elok, tetapi seluruh mereka juga kena tempias yang sama.

Imam al-Qurtubi menafsirkan makna wanita yang solehah dalam hadis tersebut dengan katanya :

إِذا نظر إِلَيْهَا سرته وَإِذا أمرهَا أَطَاعَته وَإِذا غَابَ عَنْهَا حفظته فِي نَفسهَا وَمَاله
Maksudnya : “Iaitu (wanita) yang menggembirakan (suami) apabila dilihat, apabila diberi arahan dia taat, dan apabila ketiadaan suaminya dia memelihara (maruah suaminya) pada dirinya dan juga harta suaminya”. [Lihat : al-Dibaj ‘ala Sahih Muslim (4/85)]

Cara berpakaian melambangkan wanita muslim

Berpakaian mengikut trend itu tidak salah, tetapi perlu juga tahu batas-batasnya sebagai seorang perempuan. Jangan kerana pemakaian kita ini membuatkan diri kita kurang dihormati dan disegani. Sebagai wanita Islam, menutup aurat dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali wajah dan juga tapak tangan.

Tak cukup dengan itu cara berpakaian pula hendaklah longgar tidak ketat hingga nampak tubuh badan, labuh sehingga menutupi dada serta punggung, dan tidak jarang yang menampakkan bayangan tubuh.



Cara bergaulan dengan berlainan jantina kena lebih berhati-hati

Begitu juga dengan cara anda bergaul. Sememangnya sekarang ini kita semua tidak boleh lari dari berjumpa dengan mereka yang berlainan jantina. Mana tidaknya, baik lelaki dan wanita sekarang sedang sama-sama berjuang untuk satu kerjayaan. Sebab itu, bila ditempat kerja, belajar serta dimana-mana tempat sekalipun kita akan berkawan dengan mereka.

Tetapi itu tidak bermakna kita boleh bermain tepuk tampar, sentuh menyentuh dengan sengaja bahkan tidak menjaga percakapan kita dengan mereka. Sebagai wanita, kita perlu menjaga pergaulan kita dengan mereka yang berlainan jantina ini. Jangan kerana perbuatan kita itu, ia mendatangkan kata-kata fitnah sehingga menjatuhkan maruah diri serta orang sekeliling kita.



Memelihara diri daripada terjebak kepada perkara-perkara yang diharamkan adalah merupakan antara tuntutan agama. Sebagaimana sabda Nabi SAW :

ما نَهَيْتُكُمْ عنْه فاجْتَنِبُوهُ، وَما أَمَرْتُكُمْ به فافْعَلُوا منه ما اسْتَطَعْتُمْ
Maksudnya : “Apa yang aku larang kamu lakukan, hendaklah kamu jauhi dan apa yang aku perintahkan kepadamu, maka lakukanlah sesuai kemampuan kamu” [HR Muslim (1337)]

Di antara sifat orang bertakwa dan beriman juga ialah mereka menjauhi daripada perkara yang dikhuatiri akan mengheret mereka kepada perkara yang haram. Abu Darda’ R.A. telah menghuraikan maksud takwa dengan katanya :

تمام التقوى : أن يتقي الله العبد حتى يتقيه من مثقال ذرة، وحتى يترك ما يرى أنه حلال خشية أن يكون حراما، حجابا بينه وبين الحرام
Maksudnya : “Kesempurnaan takwa itu ialah apabila seorang hamba takutkan Allah sehinggakan dalam sekecil-kecil perkara (sebesar zarah) dan juga dia meninggalkan perkara yang halal kerana takut terjebak kepada yang haram, sebagai penghalang antara dirinya dengan perkara yang haram” [Lihat : Fathu al-Bari libni Rejab (1/16)]

Berdasarkan petikan artikel dari Mufti Wilayah Persekutuan, “setelah meneliti dalil-dalil yang telah dikemukakan, kami berpendapat bahawa apa yang telah dilakukan oleh perempuan tersebut dengan menjaga kehormatan dirinya sebagai seorang isteri atau bukan adalah bertepatan sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak iaitu menjauhi perkara-perkara yang haram serta boleh menjatuhkan institusi kekeluargaan. Malah, dia dijanjikan mendapat pahala atas apa yang telah dilakukannya itu.”

Jagalah batas-batas pergaulan sesama rakan sekerja, sama ada lelaki mahupun perempuan sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak. Hal ini kerana sebagai seorang manusia, kita tidak dapat terhindar daripada melakukan dosa-dosa kecil akibat daripada perbuatan kita, sebagaimana sabda Nabi SAW :

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا، أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا العَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ المَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ أَوْ يُكَذِّبُهُ
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan pada setiap anak Adam bahagiannya daripada perbuatan zina yang pasti terjadi dan tidak mungkin dihindari. Maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan perkataan, dalam keadaan nafsu berkeinginan dan membuak-buak, dan kemaluanlah yang akan membenarkan (perkara itu) atau menafikannya” [HR al-Bukhari (6612)]

]]>
Bagaimana Cara Allah SWT Menerima Dan Memakbulkan Doa Kita? Jom Ketahuinya. https://redaksi.com/5924-bagaimana-cara-allah-swt-menerima-dan-memakbulkan-doa-kita-jom-ketahuinya Mon, 29 Apr 2019 14:08:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5924 Sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan kepada sang Penciptanya dalam setiap keadaan dan masa. Justeru itu, banyak doa-doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kita untuk digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Allah SWT juga menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya dalam surah al-Ghafir ayat 60 bermaksud…

 “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Imam Ibn ‘Asyur di dalam tafsirnya mengatakan bahawa pada ayat ini adalah dalil bahawa Allah SWT menuntut hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tidak mempunyai khilaf di antara orang islam.

Ramai dikalangan kita tidak mengetahui cara Allah SWT menerima doa hamba-hamba-Nya sehingga mereka menyangka bahawa Allah SWT tidak menerima doa mereka. Di sana terdapat sebuah hadith yang membicarakan berkaitan hal ini:

Daripada Abi Said al-Khudri RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandung dosa dan tidak bertujuan memutus silaturahmi, melainkan Allah SWT akan mengabulkannya dengan tiga cara: Allah akan mengabulkan doanya sesegera mungkin, Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak, dan Allah akan menjauhkan darinya kejelekan.”

[Riwayat Ahmad (11133)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah baik]

Antara yang boleh difahami daripada hadith ini adalah ada tiga cara Allah SWT menerima doa hamba-Nya iaitu:

1. Allah SWT akan memberikan kepada hamba-Nya di dunia sepertimana yang diingini oleh hamba tersebut. Adapun bagi cara ini boleh dibahagikan kepada kedua iaitu terus dimustajabkan permintaan tersebut dan juga ditangguhkan kepada tempoh waktu tertentu.

2. Allah SWT akan menyimpan doa tersebut di Akhirat kelak kerana Allah Maha Mengetahui bahawa hamba tersebut memerlukannya di sana.

3. Allah SWT akan menjauhkan hamba tersebut daripada perkara yang buruk atau musibah yang berlaku kepadanya.

Tambahan pula, di dalam berdoa ini ada beberapa perkara yang penting sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith Nabi SAW.

Antaranya ialah, kita perlu yakin bahawa Allah SWT mendengar setiap doa yang dipanjatkan kepada-Nya. Hal ini berpandukan kepada sebuah hadith:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Doalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu yakin bahawa Allah SWT akan memustajabkannya.” [Riwayat al-Tirmizi (3479)]

[Imam al-Nawawi menilai sanad hadith ini adalah dhaif]

Kesimpulannya;

Allah SWT pasti akan memustajabkan setiap doa yang dipanjatkan kepada-Nya tetapi dengan cara yang berbeza. Sekiranya kita mengetahui akan hal ini, maka tidak akan timbul lagi sangkaan bahawa Allah SWT tidak menjawab atau mendengar doa-doa hamba-Nya.

Tambahan pula, doa bukanlah sekadar untuk meminta, bahkan ia merupakan satu ibadah serta tanda bagi hamba itu dalam menzahirkan sifat khudhu’ (ketaatan), Tazallul (kehinaan) dan juga iftiqar (keberhajatan) kepada Allah SWT. Akhirnya, semoga Allah SWT menggolongkan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang doanya mustajab. Amin.

Wallahua’alam.

]]>
Orang Perempuan Kalau Ikhlas Terima Kita Sedaanya, Senang Je Nak Bahagiakan Dirinya. Buat Benda-Benda Simple Macam Ni Pun Dia Orang dah Bahagia. https://redaksi.com/6752-orang-perempuan-kalau-ikhlas-terima-kita-sedaanya-senang-je-nak-bahagiakan-dirinya-buat-benda-benda-simple-macam-ni-pun-dia-orang-dah-bahagia Tue, 06 Aug 2019 14:19:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6752 Nak bahagiakan isteri, senang je sebenarnya. Orang perempuan ni kalau dia dah ikhlas terima kita, maka senang je nak bahagiakan dia. Apa yang kita buat walaupun perkara simple pasti akan buat dia tersenyum dan rasa bahagia. Senang je, cuma kita je kadang-kadang bagi seribu alasan buat susah.

Adakala sebagai suami kita tak mampu nak bawa isteri makan di tempat mewah setiap hari, nak belikan emas setiap bulan, berikah hadiah mahal setiap kali ulangtahun perkahwinan, dan ketahuilah bahawa isteri yang memahami tidak akan meminta –minta kerana tahu anda perlu pentingkan yang lebih penting. Di sini kami berikan beberapa benda yang anda boleh buat yang boleh buat isteri anda tersenyum lebar walaupun ianya benda simple sahaja.



1. Bawa balik makanan untuk isteri dan anak-anak

Selepas pulang dari kerja, belilah sesuatu untuk isteri dan anak-anak untuk dijadikan makan petang dan kudapan bersama-sama di depan televisyen. Tak perlu KFC tak perlu PIZZA HUT, cukuplah jika belikan pisang goreng, keropok lekor. Bukan sahaja anak-anak berasa gembira tetapi isteri adalah lebih bahagia kerana dapat menikmati waktu kualiti bersama keluarga.



2. Sekuntum mawar merah setahun sekali.

Apabila tibanya hari ulangtahun perkahwinan anda dan isteri, pastinya isteri akan lebih mengingati berbanding suami. Sebagai suami, sesibuk manapun anda , seeloknya janganlah lupa pada tarikh keramat itu, ianya berlaku setahu sekali sahaja. Isteri sudah cukup gembira jika anda mengingatinya, apatah lagi jika tiba-tiba mendapat sekuntum bunga mawar sebagai tanda cinta kalian masih utuh dan segar meski sudah lama berkahwin. Percayalah isteri anda akan tersenyum lebar sepanjang hari kerana suaminya seorang yang romantik.

3. Tolong basuh baju.

Pada hujung minggu, jika tiada apa-apa aktiviti, bolehlah tolong isteri basuhkan baju dan lebih elok jika dijemur juga. Adakala sebagai suami,kita perlu cuba buat apa yang sudah lama kita tak buat, yelah sejak beristeri, semuanya isteri yang buat. Pastinya isteri anda akan tersenyum sahaja apabila tugasnya sekali sekala diambil alih oleh suami.



4. “Harini awak cuti masak, abang nak bawa kita sekeluarga makan di luar”.

Siapapun yang mendengar ayat ini, pasti melompat kegembiraan, lebih-lebih lagi isteri yang jarang-jarang keluar rumah. Pada masa yang sama, bolehlah dia berehat tidak perlu masak untuk hari itu. Percayalah isteri anda tidak mengharapkan anda bawa ke restoran mewah, cukuplah di kedai makan biasa pun sudah cukup buatnya. Suami boleh buat semasa hari gaji.

5. Picit kepala, urut betis.

Adakala suami terlepas pandang, isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa adalah insan yang paling penat kerana seharian ‘bekerja’. Sesekali pada waktu malam sewaktu tengok tv, bolehlah duduk di sebelah isteri dan picit kepala serta urut betisnya. Itu tandanya anda faham isteri anda juga penat meski di rumah saja. Jika anda pulang ke rumah dan melihat rumah anda kemas dan anak-anak juga bersih, ketahuilah isteri anda tidak pernah ‘duduk diam’ di rumah. Tunjukkanlah rasa terima kasih anda kepadanya meski tidak terucap dek kata-kata.

Tips ini lebih sesuai bagi mereka yang memiliki isteri sebagai suri rumah tangga. Namun tidak salah jika mereka yang bekerja juga mencuba dan lihat reaksi isteri anda. Pokok pangkalnya di sini, suami perlu tahu bagaimana cara membahagiakan isteri walau dengan perkara-perkara simple sahaja.

]]>
5 Perkara Yang Sering Di Lakukan Oleh Wanita Untuk Tidak Terluka Lagi, Tanpa Lelaki Sedar. https://redaksi.com/1997-5-perkara-yang-sering-di-lakukan-oleh-wanita-untuk-tidak-terluka-lagi-tanpa-lelaki-sedar Tue, 17 Apr 2018 08:45:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1997 Wanita yang sering dipermainkan dan terluka, mereka akan menjadi lebih berhati-hati dengan setiap perilakunya sendiri. Jadi, apakah perkara-perkara yang sering di lakukan oleh wanita untuk tidak terluka lagi.


1. Mereka tidak akan bercerita tentang kisah silam nya lagi.

Wanita jenis ini, tidak pernah dan tidak akan bercerita tentang kisah silamnya yang gelap. Lelaki yang cuba mengenali wanita ini, sering kali tertanya-tanya, apakah peristiwa silam yang begitu menyakitkan hati mereka sehingga mereka sendiri tidak mahu di tanya kisah silam mereka.

Mereka khuatir, jika mereka menceritakan segalanya tentang kisah silam, sama ada lelaki akan meninggalkan mereka atau mereka sendiri akan meninggalkan lelaki tersebut.

2. Mereka akan mengambil masa yang lama untuk membalas whatsapp.

Mereka khuatir, jika mereka membalas whatsapp lelaki tersebut dengan cepat beberapa saat, lelaki akan cepat bosan. Bosan dengan kehadiran mereka yang tiada cabaran. Andaian mereka, cukup lah sekadar memberi ruang beberapa jam dan hari untuk membalas whatsapp kerana tidak mahu diganggu dan menganggu lelaki tersebut.


3. Mereka sering mengatakan bahawa mereka ‘okay’.

Wanita jenis ini juga, sering mengatakan bahawa mereka dalam keadaan yang baik seperti “saya okay, awak jangan risau”, kerana mereka khuatir mereka kelihatan sangat lemah dan manja dengan pasangan. Mereka terlalu berhati-hati dan tidak mahu menyusahkan mana-mana lelaki, dan mahu berdikari.

Padahal, hati dan perasaan mereka sangat memerlukan seseorang untuk menolong mereka.

4. Mereka sering memutar belit kan perbualan.

Apabila seorang lelaki cuba untuk mengenal mereka dengan lebih rapat dan untuk mengetahui kisah silam, mereka cepat-cepat menukar topic dan cuba mengalihkan cerita tentang perkara lain. Ini kerana, mereka khuatir, jika terbuka cerita tentang kisah silam kepada lelaki tersebut, dan menjadi semakin misteri.

5. Mereka seorang overthink.

Oleh kerana mereka terlalu berhati-hati dengan setiap perilaku mereka dan mungkin terlalu paranoid, mereka menjadi over think. Mereka terlalu banyak berfikir, jika lelaki tersebut masih menyayangi mereka atau tidak, masih mahu mengambil berat tentang mereka atau tidak. Setiap gerak-geri mereka mahu pun lelaki tersbut, menjadi tanda tanya.

]]>
Siapa Sakitkan Hati Isteri, Bukan Sahaja Rezeki Jadi Sempit... Akan Tetapi Rezeki Yang Ada Pun Boleh Hilang. https://redaksi.com/7121-siapa-sakitkan-hati-isteri-bukan-sahaja-rezeki-jadi-sempit-akan-tetapi-rezeki-yang-ada-pun-boleh-hilang Sun, 08 Sep 2019 19:35:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7121 Sering kali diingatkan bahawa isteri itu adalah lorong rezeki buat suami. Setiap kali suami membuatnya menangis dan terluka, tentu sahaja rezeki itu akan sempit sedikit. Ramai yang tak menyedari dengan beranggap isteri itu hanya sekadar peneman hidup sahaja.

Ramai orang ambil mudah dan anggap enteng sahaja perkara ini, sedangkan kalau di mata manusia itu isteri itu tiada apa-apa tetapi dia sebenarnya mulia di mata Allah. Mana ada orang yang boleh terima baik buruk suami kalau bukan isterinya, malah mana ada orang yang sanggup bertarung nyawa kerana ingin melahirkan zuriat hanya kerana rasa cintanya kepada suaminya.



Sedikit pesanan dan nasihat dari Ustaz Ebit Lew khas buat para suami yang suka menyakiti hati isteri.

Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya isterinya rezekinya jadi sempit. Rezeki yang ada pun boleh hilang.. Betul ke doa seorang isteri itu makbul. Benarkah semua orang yang berjaya dibelakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya..? Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur (ingkar khianat tak jujur) Allah beri azab yang pedih. Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang.



Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang sudi yang menemani hidup kita selamanya. hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya. Orang yang tak mengasihi tidak dikasihi. Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini. Jangan kasar atau pandang rendah. Jangan kedekut pada mereka.

Saya teringat masa bidadari saya bersalin anak pertama. Teringat jeritan kami sama-sama baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.



Bila baby keluar bidadari saya tak lama pengsan. Sebab baby lama dan susah nak keluar. Doktor ulang kali. Tolong push kuat-kuat. Nanti baby lemas. Seorang nurse tekan dari atas perut. Seorang lagi saya tengok tengah macam guna gunting atau pisau di bawah. Ya Allah. Menangis. Ya Allah. Ampunkan dosaku. Ya Allah selamatkan bidadariku. Selamatkanlah anakku. Tengok jeritan, kesakitan, peluh, darah, tekanan...ya Allah. Ya Allah begitu kuat dan cinta ikhlas dalam hati seorang wanita. Bila anak keluar isteri dan pengsan tak sedar. Sebab lama sebelum baby bernafas.

Isteri masih minta maaf. Katanya maafkan saya abang. Maafkan saya. Saat bayi diletak dalam pelukan barulah segala kesakitan seolah-olah hilang. Masa anak kedua, ketiga, keempat, czer. Ya Allah, saya sangka belah perut terus ambil anak rupanya. Berlapis-lapis. Sampai bahagian dalam. Dengan darah kesakitannya..saya menangis. Sambil pegang tangan isteri dan usap dahinya. Abang sayang bidadari abang ini. Abang cinta sayang bidadari abang.. selepas dikeluarkan. Suasananya. Jahit satu-satu lapis perut. ..-ebitlew

]]>
4 Tabiat Wanita Yang Boleh Membuat Lelaki Jatuh Cinta. https://redaksi.com/3112-4-tabiat-wanita-yang-boleh-membuat-lelaki-jatuh-cinta Fri, 03 Aug 2018 11:48:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3112 Anda tidak pernah fikir, mengapa sesetengah rakan anda di sekeliling boleh mempunyai hubungan yang berkekalan dengan pasangan mereka? Sebenarnya sesetengah tabiat wanita boleh membuat lelaki jatuh cinta dengan anda. Bagi anda yang ingin tahu tentang tabiat apa yang boleh menarik perhatian lelaki, sudah tiba masanya untuk anda mengetahui. Berikut adalah 4 kebiasaan wanita yang boleh membuat lelaki jatuh cinta dengan anda.


1. Kecantikan luar dan dalam.

Mempunyai penampilan yang cantik pastinya salah satu tarikan untuk lelaki, tetapi ia tidak cukup untuk menjadi cantik. Kebanyakan lelaki menyukai wanita yang mempunyai minda dan personaliti yang menarik. Sudah tentu lebih baik jika anda menjadi diri sendiri dan kelihatan bijak semasa berbual. Mempunyai kegembiraan tersendiri yang dapat membuat anda kelihatan lebih menarik dan tentunya dapat menunjukkan pemikiran menarik tentang hal-hal yang berkaitan.

2. Mudah memberikan senyuman.

Tersenyum boleh membuat anda kelihatan lebih cantik dan mesra. Lelaki suka melihat senyuman dari seorang wanita. Dengan cara itu, mereka juga akan dapat memberikan senyuman kepada anda dan menjadikan anda lebih bahagia lagi. Lelaki pasti akan gembira jika mereka boleh membuat pasangan mereka gembira dan pasti mereka akan menunggu senyuman daripada anda. Jadi cuba murah dengan senyuman kepada semua orang.


3. Terima kekurangan pasangan.

Mendapatkan pasangan yang boleh menerima mereka seperti itu adalah keinginan hampir semua orang. Dengan cara itu, anda boleh menjadi diri sendiri. Tidak banyak wanita yang boleh menerima beberapa tabiat lelaki, tetapi jika anda boleh bertolak ansur, hubungan anda akan menjadi lebih menyenangkan dan anda boleh menerima kelemahan masing-masing. Bukan sahaja kepada pasangan, tetapi untuk persahabatan.

4. Menjaga penampilan.

Lelaki sukakan wanita yang menjaga penampilan mereka dengan baik. Bagi mereka memiliki pasnagan yang menjaga penampilan adalah perkara yang menyenangkan. Mana tidaknya, gaya pemakaian akan membuat lelaki berasa yakin dan bangga apabila berjalan bersama anda.

Terdapat beberapa tabiat yang boleh membuat seorang lelaki jatuh cinta kepada anda. Rupa-rupanya ada banyak tabiat biasa tetapi boleh mencuri hati seorang lelaki ya. Cuba berfikir sama ada anda mempunyai tabiat sedemikian?

]]>
Tanda-Tanda Anda Menaruh Cinta Tanpa Harapan. https://redaksi.com/1718-tanda-tanda-anda-menaruh-cinta-tanpa-harapan Fri, 23 Mar 2018 11:12:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1718 Anda mencintai seseorang tanpa harapan. Anda cintakan dia, kerana anda terlalu menyayangi si dia. Cinta anda kepada si dia seperti tiada kata-kata yang boleh diungkapkan. Cinta mati atau ‘Hopelessly in love’. Kadang kala anda sedar, bahawa si dia seperti sudah tawar hati terhadap anda, tetapi kerana anda terlalu menyayangi hubungan kalian yang sudah lama terjalin, anda berharap hubungan itu berkekalan. Dan anda dengan sedaya upaya tidak mahu memercikkan api di dalam perhubungan.

1. Anda seperti tidak lagi boleh mendengar segala nasihat daripada keluarga dan sahabat, kerana apabila anda berada di sisi si dia, anda seperti lupa segalanya. Hanya dia di depan mata.

2. Ketika makan berdua, anda tidak kisah berkongsi apa sahaja, malah sudu atau pinggan yang si dia telah gunakan.

3. Si lelaki akan cuba berlagak untuk menjadi gentleman, menyediakan tempat duduk untuk si gadis di restoran dan cuba melibas dengan kain, kerana tidak mahu ada habuk terlekat pada baju kekasih anda.

4. Jika anda telah berkahwin, anda menjadi over protective dan cuba menggapai tangan si dia kerana khuatir akan terlibat dalam kemalangan ketika melintas jalan. Dan yang pasti, anda akan sentiasa memegang tangan si dia ke mana sahaja anda berada.

5. Jika si dia membuat business online, anda sanggup untuk menjadi runner si dia, menghantar barang untuk postage, membalut segala barang dengan cermat supaya tiada kerosakan yang akan berlaku. Anda khuatir si dia akan mengamuk pula!

6. Anda tanpa segan silu sanggup memegang handbag si dia ketika dia mencuba baju di fitting room.

7. Ketika anda membuat panggilan telefon dengan si dia, anda seperti terawang-awangan mendengar suaranya, dan anda mampu tersedar jika telefon bimbit anda kehabisan bateri.

8. Anda sanggup tidak tidur malam dan menemani si dia yang mempunyai masalah, walaupun esok hari meeting dengan boss pukul 9 pagi!

9. Anda sanggup berpakaian mengikut cita rasa si dia hanya kerana pujian yang di berikan membuat anda sangat bersemangat ketika itu.

10. Anda mempunyai panggilan yang terlalu 'sweet' untuk si dia, jika tidak kena dengan tempat, berkemungkinan anda akan menjadi bahan lucu untuk rakan-rakan.  

Jadi, adakah anda tergolong dalam golongan menaruh cinta tanpa harapan?

]]>
Ini Antara Sebab Berkawan Dengan Bekas Kekasih Adalah Perkara Yang Paling Tak Logik Jika Anda Lakukan. https://redaksi.com/7336-ini-antara-sebab-berkawan-dengan-bekas-kekasih-adalah-perkara-yang-paling-tak-logik-jika-anda-lakukan Fri, 27 Sep 2019 14:56:55 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7336 Ada orang cakap bahawa berkawan dengan bekas kekasih adalah salah satu tanda bahawa anda seorang yang matang dan cepat memaafkan seseorang, akan tetapi wajar ke perkara ini menjadi satu ukuran kematangan?

Sedangkan banyak lagi perkara yang boleh menjadi ukuran bahawa anda ini seorang yang matang ataupun tidak. Akan tetapi berkawan dengan bekas kekasih ini adalah satu perkara yang sangat tak logik dilakukan oleh sesiapa pun.

Namun begitu, jika anda seorang yang kuat dan mampu untuk berkawan dengan bekas kekasih anda, mungkin anda seorang yang luar biasa. Akan tetapi berkawan dengan bekas kekasih? Wajar ke?

Ini adalah beberapa sebab mengapa anda tak perlu berkawan dengan bekas kekasih anda walaupun nak ukur bahawa anda matang atau tidak, tapi ini logiknya kalau anda berkawan dengan si dia itu.



1. Sebab pernah ada rasa cinta dan kasih sayang.

Adakah anda rasa wajar jika dahulu anda pernah ucapkan sayang dan rindu bagai, kini anda hanya sekadar berkawan sahaja dengan dirinya. Bukan ke perasaan ini akan terus bermain di fikiran dan hati anda hingga membuatkan anda sukar nak terima orang lain. Itu belum lagi jika ia melibatkan rasa cemburu dengan apa yang bakal bekas kekasih anda lakukan.

2. Salah seorang mungkin belum move on.

Seperti yang anda tahu bahawa, move on ini memang akan ambil masa yang agak lama bergantung kepada orang juga. Namun, jika selepas perpisahan anda memilih untuk berkawan dengan bekas kekasih anda, bukan ke itu akan membuatkan anda semakin sukar nak move on. Tak cukup dengan itu, anda masih menyimpan dia di dalam hati anda.



3. Berharap nak kembali bersama.

Inilah yang paling jelas dan akan berlaku kepada anda. Di mana, anda berharap bahawa anda mampu baiki hubungan yang telah terpisah itu. Salah seorang tentu akan anda perasaan sebegini. Saat inilah anda merasakan bahawa perpisahan bukan jalan terbaik buat anda, sedangkan berkawan itu yang salah sebenarnya.

Ini adalah sebab mengapa anda tak perlu berkawna dengan bekas kekasih anda. Kalau kematangan diukur dengan cara ini, biarlah kata tak matang pun, yang penting tidak bersama orang yang salah.

]]>
10 Tanda Si Dia Bukan Untuk Kita. https://redaksi.com/773-10-tanda-si-dia-bukan-untuk-kita Mon, 07 Aug 2017 21:43:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=773 Ketahui pelbagai tanda si dia bukan jodoh kita yang bakal dihadapi oleh pasangan. Jodoh itu memang rahsia Allah. Dia telah tetapkan siapa untuk kita tetapi kita perlu berusaha untuk mencari siapakah dia. Walaupun serapat manapun kita dan apa jua cara untuk kita buat untuk menghalang jika dia bukan jodoh kita maka bukanlah, sejauh mana pun kita berlari jika kita di takdirkan bersatu maka akan bersatu. Hari ini kami ingin kongsikan 10 tanda bahawa dia bukan jodoh yang baik untuk kamu. Berikut merupakan 10 tanda-tanda yang dari pandangan kami berdasarkan pemerhatian orang sekeliling.



1. Senarai perkara yang tidak kamu setujui.

Kamu mempunyai senarai tentang apa yang kamu tak suka tentang pasangan kamu lumrah manusia tak sempurna dan banyak kelemahan, tetapi apa yang kamu tak suka tentangnya dia mampu di senaraikan berpuluh-puluh dan kamu simpan dengan rapi di hati kamu dan tak mahu menunjukkan kerana kamu sayang dia.

2. Selalu menjauhkan konflik antara kamu berdua.

Jika berlaku salah faham itu biasa, tetapi apabila setiap masalah itu selalu cuba di jauhi dan bukan mencari penyelesaian., di simpan terus di dalam hati. Jika lama-lama di simpan jika berlaku konflik nanti masalah kecil pun boleh jadi besar kerana rasa tak puas hati yang berlarutan.

3. Dia tak pernah menghiraukan tentang kesihatanmu.

Sebagai contoh, dia tahu kamu alahan tetapi bersama kamu dia tetapi hisap rokok dan tidak mempedulikan kamu.



4. Dia sentiasa mahu perubahan dari kamu tapi dia tak mahu berubah dirinya sendiri.

Dia mahu kamu berubah untuk jadi lebih baik, sebagai contoh dari memakai baju yang seksi kepada yang lebih sopan dan bertutup. Dari tak bertudung ke memakai tudung, dia mahukan perubahan kamu.Tapi bila tiba dia? dia tak mahu lakukan perubahan , katanya susah untuk lakukan berubahan.

5. Dia tidak mempercayai dengan kamu.

Kepercayaan ada teras dalam perhubungan, tetapi kalau tidak ada kepercayaan itu bagaimana perhubungan itu mahu diteruskan? Sebagai contoh kamu mahu pergi keluar tengok wayang dengan kawan-kawan dia meminta kamu laporkan setiap 1 jam apa yang kamu buat? sebagai pasangan perlu ada toleransi dan kepercayaan.

6. Dia tak pernah menyokong apa yang kamu suka (impian dan cita-cita ).

Sebagai contohnya impian kamu adalah teringin mahu jadi doktor , tetapi apa yang si dia katakan bahwa " tak payahlah jadi doktor , perempuan bila dah kawin tugaskan kat dapur juga ".



7. Dia selalu buat kamu bersedih, duka dan tiada mood.

Bila jumpanya tak sah kalau tak bergaduh, tak sah kalau kamu mesti tak menangis kerananya. Sehinggakan menjejaskan aktiviti harian kamu dan buatkan kamu tak ada mood. Buat itu tak boleh, buat ini tak berkenan di matanya.

8. Dia tak pernah hargai dan peduli apa yang kamu buat.

Dalam perhubungan saling menghargai satu sama lain itu satu pekara yang penting, tetapi bila kamu buat sesuatu untuk dia, tapi dia tak hargai? Kamu cuba masak mee goreng dan minta dia rasa," awak saya tak makan mee goreng la ,lain kali tanya dulu sebelum masak tu,sama ada saya suka atau tidak" Si dia belikan tudung, "ishh awak nie belikan tudung nie tak cantiklah tak pandai betul pilih warna".

9. Tiada chemistry atau keserasian.

Keserasian itu penting kerana kamu adakan hidupnya dengannya dalam jangka waktu mungkin lama. Jika setiap hari bergaduh, salah faham sikit bertumbuk, tak boleh buat salah sikit maka nak marah-marah? Bagaimana nanti bila dah berkahwin?



10. Dia tak pernah membicarakan tentang masa depan hubungan kamu berdua, hal perkahwinan dan membawa jumpa ibu bapanya.

Tujuan perhubungan cinta antara lelaki dan perempuan itu untuk apa? Bukankah untuk ke arah menjadi yang halal atau perkahwinan? Jika hanya untuk couple? rasanya itu bukan tujuan untuk kamu hidup. Dan tak pernah perkenalkan langsung pada ibu bapa kamu? itu membukti dia tidak serius dengan kamu. Fikir-fikirlah.

Ini hanyalah pandangan kami sahaja, tiada kaitan dengan siapa-siapa. Hidup kita adalah mencari perhubungan yang halal dan di restui oleh ibu bapa dan ALLAH. Jika ke arah pekara yang baik In sha ALLAH Dia aturkan yang baik-baik untuk kamu, bersangka baik dengan ALLAH. Jika ada kesepuluh ciri-ciri ini kepada pasangan kamu maka fikir-fikirkanlah. Tak semestinya ada 10 pekara di atas tak bahagia, boleh bahagia.. pucuk pangkalnya adalah diri kita sendiri. Jodoh itukan rahsia Allah siapalah kita untuk menidakkannya. Setiap manusia boleh berubah jika di berikan peluang. 10 tanda-tanda ini hanya sebarang rujukan sahaja, mari kita sama-sama muhasabah diri.

]]>
Suami, Sila Hargai Pengorbanan Isteri. Wang Ringgit Punca Utama Perbalahan Suami Isteri! https://redaksi.com/1571-suami-sila-hargai-pengorbanan-isteri-wang-ringgit-punca-utama-perbalahan-suami-isteri Sat, 10 Mar 2018 10:14:11 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1571 Sering kita mendengar kata-kata masyarakat, jika si suami ingin bahagia, hidup dengan lebih tenang dan berjaya, mereka perlu gembirakan isteri mereka terdahulu. Si isteri juga senang jatuh nusyuz jika si suami tidak redha dengan perbuatannya. ‘Give and take’ yang bermaksud bertolak ansur antara satu sama lain. Penceraian yang berlaku pada zaman sekarang atas sebab-sebab yang tak munasabah, kerana tiada nya ‘give and take’.


Tidak dinafikan, wanita zaman sekarang bekerjaya dan mempunyai gaji yang lebih tinggi daripada lelaki. Sekiranya semasa akad nikah anda sanggup untuk sehidup semati, susah bersama, gembira bersama. Mengapa selepas perkahwinan beberapa bulan anda tidak sanggup untuk tinggal bersamanya, kerana kewangan yang tidak cukup? Mana janji-janji manismu dahulu?

Lelaki perlu sedar, syurga si isteri di bawah tapak kaki anda. Mereka sanggup berkahwin dengan anda dan tidak duduk sebumbung dengan ibunya lagi yang kita tahu syurganya sebelum ini di bawah tapak kaki ibu. Mereka sedaya upaya menjaga makan minum anda, mencari rezeki, tetapi anda hanya tahu untuk merungut dan merengus. Sebagai lelaki yang rasional, cuba untuk mencari solusi dan tidak hilang sabar.


Walaupun anda mempunyai gaji yang sedikit, anda tidak patut berkira dengan isteri sendiri. Jika tidak mampu memberi dari segi wang ringgit, tidak salah anda untuk cuba tips di bawah ini.

1. Memasak makanan kegemarannya.

2. Membasuh pinggan setelah selesai makan untuk meringankan bebanannya.

3. Apabila si isteri melipat baju, tiada salah untuk anda menolongnya atau sambil mengurut bahunya sedikit.

4. Menjadi ‘driver’ si isteri. Sila drive kereta di mana sahaja isteri anda mahu pergi kerana fikiran isteri terlalu kompleks dan serabut memikirkan hal rumah tangga, khuatir mereka tidak fokus untuk memandu.

5. Pada hujung minggu, anda boleh membawa si isteri pergi beriadah atau bersenam. Cuba anda membawa si dia untuk mendaki atau aktiviti yang lebih mencabar. Dengan senaman yang teratur, saluran darah menjadi semakin lancar, anda dan pasangan menjadi bahagia dan hubungan semakin erat.

6. Memberi kata-kata semangat dan positif daripada melontarkan kata-kata negatif cukup untuk membuatkan isteri anda bahagia.

Selamat Hari Wanita dan Selamat Mencuba!

]]>
Tips Rumahtangga Untuk Seorang Isteri Daripada Nasihat Ustazah Ini. https://redaksi.com/5095-tips-rumahtangga-untuk-seorang-isteri-daripada-nasihat-ustazah-ini Fri, 01 Feb 2019 15:23:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5095 Dalam rumah tangga, pasangan suami isteri sudah tentu ada tanggung jawab dan peranan masing-masing yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab dan peranan ini perlu dilakukan dengan adil, bijaksana dan saksama supaya kehidupan alam rumah tangga menjadi bahagia dan harmoni.

Tanggung jawab menjadi seorang suami adalah lebih berat kerana dia adalah seorang pemimpin keluarga, namun tanggung jawab seorang isteri akan memperlihatkan keadaan mereka menjadi lebih kuat dan tabah dari seorang suami.

Dengan tenaga kudrat untuk melahirkan seorang cahaya mata, memberi bantuan pada suami sekiranya suami terlupa, perlu mengingati segala hal yang berkaitan dengan keluarga dan pelbagai tugas lagi. Prinsip rumah tangga ini, dapat lihat dari perkongsian Ustazah Ainun Mardhiah dari laman facebooknya…

********

Catatan Pendek Tentang Rumahtangga.

Bismillah.

Bila ditanya tentang tips rumahtangga, saya tak tahu nak mula dari mana. Sebab saya ni simple sgt orangnya.

Mungkin ramai lagi lebih arif dan boleh berkongsi. Tetapi ini sedikit catatan saya moga boleh memberi manfaat kepada semua.

Prinsip saya untuk rumahtangga:

1. Pegang pada pesanan dan hadith Nabi. Wanita yang solat 5 waktu, taat pada suami, berpuasa pada bulan Ramadhan, jaga kehormatan diri. Jagalah semua ni sungguh2. InsyaAllah Allah akan masukkan kita ke dalam Syurga melalui pintu mana yg kita nak masuk. InsyaAllah.

2. Jadi isteri yang memudahkan suami. Lengkapkan mana yang kurang. Bukan ambil mudah perasaan suami.

3. Jujur dan bagitahu suami apa yang kita rasa. Sama ada positif atau negatif. Bagitahu waktu mood dia paling tenang.

4. Tak perlu terlalu complicated dan perfectionist. Just buat yang terbaik ikut kemampuan.

Contoh : kalau tak larat nak masak dan urus rumah bagitahu suami. Dan suami yang baik akan bertimbangrasa insyaAllah. Bukan hari2 jadi macamni kan. So berlapang dadalah dengan keadaan pasangan.

Respect.

Jangan paksa suami utk dengar luahan kita kalau dia tengah busy. Suami pun sama. Hargai isteri dan banyak mendengar dengan fokus jika isteri/suami nak bercakap.

Jadikan rumahtangga kita seperti meriahnya masjid. Masjid adalah tempat yg penuh ketenangan. Hadapi konflik dengan matang dan sejahtera.

********

Semoga Bermanfaat Dan Carilah Kebahagiaan Dalam Rumah Tangga!

]]>
Wahai Wanita, Jadilah Diri Sendiri Ketika Bercinta Dengan Tidak Melakukan 6 Perkara Ini. https://redaksi.com/4021-wahai-wanita-jadilah-diri-sendiri-ketika-bercinta-dengan-tidak-melakukan-6-perkara-ini Fri, 26 Oct 2018 15:47:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4021 Ketika bercinta, setiap insan pasti mahukan kesempurnaan dan wanita tidak dikecualikan. Bagi pandangan manusia, cinta yang indah adalah cinta yang sempurna tanpa cacat cela. Namun secara realitinya, cinta yang indah adalah saling melengkapi antara satu sama lain kerana sempurna sifatnya hanya ada pada Allah SWT sahaja.

Wanita adalah kaum yang mudah resah sekiranya sedang hangat bercinta, malah fikiran mereka mudah terganggu dan lari dari fokus kerana dipengaruhi oleh emosi. Apabila ingin kesempurnaan, kaum wanita akan cuba melakukan 6 perkara ini yang sepatutnya dielakkan supaya menjadi diri sendiri.

Jom lihat 6 perkara tersebut…

1. Memakai mekap yang terlalu tebal.

Bagi lelaki jika, mereka tidak kisah jika anda tidak mengenakan mekap yang tebal, hanya oles sedikit bedak sahaja bersama gincu sudah memadai. Namun, jika muka berjerawat penuh, dan hanya mahu menutup dengan mekap tebal semata-mata, kenapa anda tidak selesaikan dengan cara untuk mengubati jerawat tersebut dahulu?

Kenapa perlu bermekap tebal semata-mata untuk menarik perhatian mata lelaki?

2. Berpakaian yang boleh menyebabkan anda tidak selesa.

Setiap pertemuan, kaum wanita pasti sangat keliaru untuk memilih pakaian yang sesuai untuk dating. Apabila terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dijangka, pasti mereka akan berpakaian sesuatu yang tidak selesa. Dan ketika itu jugalah pakaiannya tidak menyerap peluh, lalu tubuh badan akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Pakai sahaja pakaian yang anda selesa ya, jadi diri sendiri!

3. Memakai high heels.

Oleh kerana bagi wanita, lelaki suka wanita yang dewasa dan feminin, mereka akan cuba memakai kasut tinggi semata-mata untuk nampak menarik. Bukan keselesaan diri diutamakan, tetapi pandangan lelaki itu yang lebih penting. Ingat, pakai sahaja kasut yang membuat anda selesa. Jika memakai sandal, pastikan anda memotong kuku jari kaki dan tumit yang bersih tanpa merekah.

Kalau pakai kasut tinggi, tapi kaki berbau, tak guna juga kan?

MENJADI WANITA HIPOKRIT SEPERTI….

4. Menjadi seperti wanita yang si dia idamkan.

Anda tahu standard lelaki tersebut mahu wanita yang bagaimana. Jadi, anda sedaya upaya untuk menjadi wanita idaman lelaki tersebut sehingga menjadi orang lain. Tidak perlu menjadi fake sehinggakan si dia tertarik pada anda yang tidak original. Ia seolah-olah menipu anda sendiri juga. Anda juga yang tidak selesa nanti.

5. Menjadi perempuan melayu terakhir.

Anda sedar perwatakan anda agak garang, tegas, atau seorang yang kasar dan cakap lepas. Malah tidak selesa untuk berpakaian feminine. Tetapi untuk si dia anda menjadi seorang wanita melayu terakhir. Sangat bersopan-santun, memakai baju kurung setiap hari, jubah atau skirt labuh. Memang bagus untuk anda berubah menjadi seorang yang lebih baik, namun perhatikan niat anda bagaimana ya.

Jika anda mahukan si dia benar-benar menjadi jodoh anda, niatlah kerana Allah SWT.

6. Berpura-pura menjadi solehah.

Seperti point di atas juga, niat anda menjadi seorang wanita yang baik dan solehah hanya kerana lelaki itu semata-mata. Tiba-tiba memakai tudung, dan pergi ke masjid untuk lihat lelaki tersebut. Rajin mengaji pula. Jika niatnya hanya kerana lelaki dan tidak kerana Allah, khuatir ia hanyalah perasaan yang sementara sahaja.

Jika lelaki tersebut sudah tiada dari pandangan anda, niat anda juga akan berubah. Oleh kerana itu, anda sukar untuk bertemu jodoh. Wallahu’alam.

]]>
"Salah Ke Aku Tunggu Kau Sampai Kau Suka Aku Jugak?" https://redaksi.com/7039-salah-ke-aku-tunggu-kau-sampai-kau-suka-aku-jugak Fri, 30 Aug 2019 17:28:20 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7039 Aku tahu kau tak pernah pandang aku,
Aku tahu aku tak menonjol antara yang ada di depanmu,
Aku tahu kalau aku luah, kau makin menjauh,

Aku sedar aku bukan pilihanmu,
Aku sedar aku tiada tempat dihatimu,


Aku dah lama simpan, aku dah penat pendam,
Aku suka kau dari mula kau hadir dalam hidup aku,

Walau kau tak pernah sedar kewujudan aku,
Aura kau terlalu kuat sehingga aku tak mampu toleh sekejap,



Melihatmu bersama dia buat dadaku berat,
Mengagumimu buat aku sakit,

Namun itu cukup buat aku bahagia walau hanya bermimpi di awangan bersamamu,

Aku tak pernah rasa sebahagia ini, walau meminatimu dari jauh,
Aku sedia memberi cintaku padamu andai dia sudah tak denganmu,

Aku tak akan ganggu hubungan yang kau bina dengan dia,
Tapi aku akan tetap di sini, menunggu saat kau suka aku balik, macam mana aku suka kau.



Aku tak menanti mahupun mengharap sesuatu yang tak pasti, cuma aku mahu menunggu sesuatu yang aku mahu dari dulu sehingga kini. Bukan kerana tiada yang lain memilih aku tetapi hati aku cuma mahu kamu yang sudah ada lama di dalam hati ku ini.

Tak mudah, malah tak juga sukar, tapi bila hati betul-betul telah memilih yang ini, aku tak mampu memilih yang lain semata-mata kerana ingin melupakan dirimu. Biarkan aku terus menantimu...

]]>
Sebak lepaskan anak ke tadika, bapa menangis selama 30 minit selepas hantar https://redaksi.com/9585-sebak-lepaskan-anak-ke-tadika-bapa-menangis-selama-30-minit-selepas-hantar Tue, 02 Feb 2021 15:22:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9585 Sememangnya akan jadi drama kalau tiba hari pertama persekolahan buat anak-anak, lebih-lebih lagi jika anak itu baru sahaja ingin mulakan persekolahan mereka.

Tidak kiralah baru memasuki darjah satu ataupun tadika sekali pun, drama air mata sememangnya akan berlaku yang membuat hati ibu bapa susah berjuahan dengan anak.

Menangis hampir setengah jam

Akan tetapi lain pula dengan pasangan ini apabila, suami menangis hampir setengah jam kerana berpisah dengan anaknya.


Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok Deeyla Rusly, memaparkan detik suaminya yang sayu dan menangis selepas menghantar anak mereka ke tadika.

Sedangkan, anaknya itu hanya bersekolah sehingga jam 12.30 tengah hari sahaja namun bapanya menangis hampir setengah jam mengenangkan perpisahan sementara itu.



Anak tak pernah dijaga orang lain

Menurut Deeyla, ini merupakan kali pertama anaknya bernama Humaira dijaga oleh pihak lain kerana selama ini sememangnya dijaga oleh mereka suami isteri.

Tidak ketinggalan, anak sulung mereka juga membebel akan gelagat ayahnya yang menangis bagai anak kecil.



Humaira pun tercari-cari

Dalam pada itu ketika di tadika, Humaira turut tercari-cari keberadaan ayahnya malah turut menanyakan kepada perkara tersebut kepada gurunya.


Terlihat sebak pula apabila kanak-kanak kecil itu menangis apabila melihat bapanya datang menjemputnya setelah selesai sesi persekolahan.



Terhibur akan gelagat lelaki berkenaan, warganet tersentuh akan kasih sayang bapa ini terhadap anaknya, malah ramai juga yang memahami akan perasaan lelaki ini yang sangat membimbangkan anak perempuan mereka.

]]>
Suami sanggup sewa Ford Mustang bawa isteri jalan-jalan, selepas 7 bulan terpisah https://redaksi.com/8719-suami-sanggup-sewa-ford-mustang-bawa-isteri-jalan-jalan-selepas-7-bulan-terpisah Fri, 16 Oct 2020 09:55:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8719 21 hari itu terasa lama buat orang lain, namun terasa sekejap buat mereka yang telah lama berjauhan. Nak melunaskan segala rasa rindu yang terbuku berbulan-bulan tak akan habis dengan masa yang ada itu. Tentunya pelbagai perkara yang ingin dilakukan bersama sebelum berpisah kembali kerana tugas.



Sebelum ini, Shahruddin Haeal Helmy Mohd Noh, 34 pernah tular yang dirinya membuat kejutan buat anak dan isteri selepas tujuh bulan tidak dapat pulang ke tanah air kerana penutupan sempadan antara Johor dan Singapura akibat pandemik.

Hargai penat lelah isteri

Bagi menghargai pengorbanan dan jasa isterinya yang berhempas pulas menguruskan anak-anak selama ketiadaan dia di sisi, Shahruddin kejutkan lagi isterinya dengan membawa keluar makan makan menaiki Ford Mustang.

"Saya bawa isteri makan malam dengan menaiki Ford Mustang yang disewa khas dua hari lalu sebagai tanda hadiah terima kasih menguruskan anak-anak ketika saya tiada.”

Naik secara percuma

Beliau yang tidak sangka dapat menaiki kereta import itu secara percuma selepas pemilik kereta berkenaan tersentuh dengan kisahnya yang tular sebelum ini.

"Sepatutnya sewa satu hari kereta berkenaan RM2,000, tetapi saya hanya mampu sewa separuh hari kerana tidak cukup bajet tetapi tidak sangka pula dapat percuma.

"Pemilik kereta beritahu dia tersentuh dan terharu dengan kisah yang saya kongsikan di FB dan ingin menaja penuh kenderaan itu," katanya.

Videonya yang tular sebelum ini telah mendapat perhatian warganet hingga meraih 61,000 tontonan dia akaun Facebook miliknya.



 

 

 

]]>
Sepakat bahagiakan ibu, 6 beradik belikan emas guna I-Sinar buat ibu https://redaksi.com/9342-sepakat-bahagiakan-ibu-6-beradik-belikan-emas-guna-i-sinar-buat-ibu Sat, 09 Jan 2021 10:15:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9342 Baru-baru ini, kumpulan pertama pemohon I-Sinar telah KWSP telah diluluskan. Perkara tersebut merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat yang terjejas berikutan penularan wabak Covid-19.


Pastinya penerima dan pemohon I-Sinar telah merancang sehabis baik dalam menggunakan wang tersebut untuk kelangsungan hidup mereka.

Pilih bahagiakan ibu

Berikutan itu, seorang pengguna media sosial telah menggunakan wang I-Sinar yang diterima untuk menggembirakan insan tersayang.

Perkara tersebut telah dikongsikan menerusi aplikasi TikTok Norsilawati Mohamad, dia serta adik beradiknya telah berkongsi untuk membeli hadiah buat ibu mereka menggunkan wang yang diterima.


Melihat ke dalam rakaman video tersebut, sejurus sahaja mereka menerima wang tersebut dia dan beberapa adik beradiknya telah bergegas ke kedai emas untuk memilih seutas gelang emas yang sesuai buat ibu mereka.



Mereka juga sepakat memilih seutas gelang emas bersaiz besar kerana yakin itu sesuai dengan ibu mereka.

Kejutan kotak KFC

Bagi memastikan ibu mereka lebih terkejut, mereka adik beradik telah meletakkan gelang emas tersebut di dalam kotak KFC yang sememangnya kegemaran ibu mereka.

Kebahagiaan ibu kebahagian kami

Dapat dilihat ibu mereka itu menitiskan air mata kegembiraan apabila menerima hadiah yng tidak disangka-sangka daripada anak-anaknya.



Menurut Norsilawati, senyuman dan tangisan kegembiraan ibu merupakan satu kebahagiaan buat mereka. Walaupun tidak dapat membalas jasa ibunya namun dapat menyenangkan hati insan yang mereka sayangi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terharu akan atas apa yang telah dilakukan ke atas ibunya, malah mengharapkan dapat melakukan perkara yang sama jika diberi peluang kelak.

]]>
Ini Tanda Lelaki Rindu Dalam Diam, Memang Susah Nak Mengaku Tapi Mereka Selalu Lakukan Ini. https://redaksi.com/7966-ini-tanda-lelaki-rindu-dalam-diam-memang-susah-nak-mengaku-tapi-mereka-selalu-lakukan-ini Mon, 09 Mar 2020 11:54:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7966 Orang lelaki ini memang terkenal dengan ego mereka, kadang kala dia punya ego ini sampai ada salah faham sedikit pun tak nak mengalah dengan harapan pasangan mereka akan datang pujuk mereka. Tapi bukan bab itu sahaja, dalam bab rindu akan seseorang juga mereka masih mahu kekalkan ego mereka ini. Dimana, dia rindu tetapi masih juga ingin jaga air mukanya.

Sebagai seorang wanita, sudah tentu anda agak kurang peka akan perasaan seorang lelaki. Ini kerana, anda lebih mahukan si dia mengungkapkan sendiri perasaannya berbanding anda bertanya atau mengetahui dengan sendirinya.

Perkara sebegini agak jarang dilakukan oleh lelaki, tapi anda boleh tahu apa yang akan dilakukan oleh lelaki apabila merindui anda.


1. Lihat gambar anda

Pada mulut sahaja dia kata tak rindu dan tak kisah pasal diri anda, akan tetapi dalam diam dia akan melihat gambar anda dan tersenyum sendirian. Nak-nak lagi saat sebelum tidur, memang inilah yang dia akan lakukan setiap malam. Nak kata rindu malu, tapi dalam hati dia sememangnya merindui anda. Lagi-lagi yang jalankan hubungan jarak jauh ini.



2. Menyanyi atau bermain gitar

Ada sesetengah lelaki, bila dia rindu akan seseorang dia meluahkan melalui nyanyian atau petikan gitar. Dari situ dia akan mula menyanyi lagi yang mengingati diri kalian atau lagu khas buat anda. Aduh... untung kalau dapat lelaki seperti ini. Mereka ini jenis yang romantik sangat.

3. Membaca pesanan lama kalian

Membaca dan mengimbau kembali kenangan yang menggembirakan dan membahagiakan adalah salah satu cara untuk mengubati hati yang terluka. Maka dengan itu, sebelum tidur atau waktu lapang, dia akan membaca segala perbualan kalian yang lama-lama dulu. Sambil tersenyum dan mengenangkan kenangan lalu, sudah tentu membuatnya hilang rindu pada anda.



4. Cuba mencari anda dahulu

Jika cara ini, sudah tentu ramai yang boleh meneka dan mengagak bukan? Mana tidaknya, jika lelaki yang mencari dahulu tandanya dia mengalah dalam salah faham dan pertengkaran kalian. Bahkan, tanda ini juga merupakan tanda dirinya merindui anda.

5. Sebelum tidur akan memikirkan anda

Sebelum tidur dia akan mengingati seseorang yang sangat dia rindu. Ingat kembali saat manis kalian berdua bahkan melihat media sosial anda sudah tentu cara mudah untuk dia mengubati rasa rindunya.

Jadi anda dah tahu bukan, bila dirinya rindu apa yang dia akan lakukan?



]]>
Ini Adalah Alasan Kukuh Tentang Pentingnya Panggilan 'Sayang' Pada Pasangan. https://redaksi.com/1358-ini-adalah-alasan-kukuh-tentang-pentingnya-panggilan-sayang-pada-pasangan Tue, 26 Sep 2017 12:58:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1358 Dalam sebuah hubungan, pastinya banyak panggilan manja yang kamu berikan pada pasangan. Namun, panggilan 'sayang' tentunya yang paling lazim dan popular. Tak kurang juga dengan panggilan lain seperti baby, hubby, honey, tak kurang juga panggilan yang pelik dan lucu. Tapi, pernah tak terfikir kenapa kata ganti nama 'ketiga' ini digunapakai dan apa kesannya dalam hubungan korang? Menurut Elite Daily dalam penelitian yang dilakukan oleh Harvard Law School, panggilan yang punya unsur romantik dan lucu dikategorikan sebagai kata-kata yang positif yang memberi kesan terhadap perilaku dan keputusan yang dibuat oleh seseorang. Ia mewujudkan sebuah perasaan yang menyenangkan dan menenangkan dalam fikiran seseorang.



Walaupun nama panggilan yang kamu berikan kepada pasangan terdengar ganjil atau aneh, ia menunjukkan satu aras yang baik terhadap hubungan yang dimiliki oleh seseorang. Satu penelitian yang dilakukan oleh Elizabeth Landau menunjukkan bahawa nama panggilan sayang terhadap pasangan merupakan tanda sihatnya sebuah perhubungan itu.


 
Hasil yang positif mengenai panggilan sayang ini turut disokong oleh Pepper Schwartz dari University of Washington di Seattle. Dalam kajian yang dilakukannya terhadap 100 ribu pasangan, 76 peratus pasangan berpendapat mereka bahagia dengan gelaran dan panggilan sayang yang diberikan oleh pasangan mereka. Panggilan tersebut digunakan sebagai pengingat tentang kedekatan dan  betapa pentingnya hubungan yang mereka miliki. Hasilnya, mereka selalu bersama untuk saling melindungi dan mencintai.



Jadi, jika kamu hubungan yang dimiliki semakin sihat, romantis dan menyenangkan, cuba-cubalah lembutkan lidah untuk memanggil pasangan korang 'sayang' selepas membaca artikel ini. 

]]>
Tanda-Tanda Teman Lelaki Anda Matang Dalam Bercinta. https://redaksi.com/3117-tanda-tanda-teman-lelaki-anda-matang-dalam-bercinta Fri, 03 Aug 2018 16:53:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3117 Sebahagian daripada wanita mengaku memiliki teman lelaki yang tidak matang. Malah wanita yang telah berkahwin juga sering mempersoalkan kematangan lelaki dalam menguruskan hal perkahwinan. Secara lahiriah, seorang lelaki memang agak sukar untuk berfikiran matang daripada seorang wanita.


Lelaki yang sering mendiamkan diri tidak semestinya seorang yang matang….

Lelaki yang lebih berusia juga tidak semestinya seorang yang matang….

Pengalaman yang membuatkan seseorang itu menjadi lebih matang, jadi jom ketahui jika teman lelaki anda seorang yang matang ketika bercinta…

1. Menepati janji dan tidak pernah membuang masa.

Lelaki yang lebih matang dan rasional setiap pemikirannya, pasti mudah menepati janji dan akan berasa ralat jika masa terbuang begitu sahaja. Malah dia juga sentiasa beringat tentang…

“Hidup sebelum mati, muda sebelum tua, sihat sebelum datang sakit, senang sebelum sempit dan kaya sebelum miskin.”


2. Menghindari perbuatan yang tidak baik.

Di samping itu, seorang lelaki yang matang ketika bercinta ialah sedaya-upaya menghindarkan diri mereka daripda melakukan sesuatu perkara yang buruk. Ini kerana dia tidak mahu mensia-siakan masanya dengan perkara yang tidak berfaedah. Jika ia tidak membawa faedah di dalam hidup, sudah semestinya buang jauh dari hidupnya.

“ Yang paling sempurna imannya diantara kalian adalah yang paling baik akhlaknya. Dan yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik kepada istri-istrinya.” (HR. Turmudzi)

3. Lebih bertanggung jawab.

Mereka tahu peranan sebagai seorang lelaki. Mereka juga belajar dan didik diri sendiri untuk bertanggungjawab sebagai suami kelak dan seorang bapa.


4. Berwibawa.

Kerana mereka tahu untuk menjadi seorang pemimpin di dalam keluarga adalah sukar, maka lelaki ini adalah seorang yang anda boleh bergantung. Semua orang mengharapkan pertolongan daripada dia, kerana dia seorang berwibawa.

5. Bersifat lemah-lembut.

Lemah-lembut bukan bermaksud lelaki ini tidak tegas. Perilakunya kena pada tempat, masa dan seseorang. Jika seseorang itu adalah wanita yang dicintai, sudah pasti sikapnya berlemah-lembut supaya disenangi oleh kekasihnya.

6. Lebih sabar dan mudah memaafkan.

Lelaki yang matang, tidak mementingkan ego mereka kerana ia tidak membawa faedah. Yang penting adalah keharmonian dalam kehidupan.


7. Pendirian yang kuat dan mempunyai matlamat.

Kehidupannya sentiasa mempunyai matlamat, dan tidak berputus asa untuk menangani masalah.

8. Amanah.

Seperti yang lelaki ini tahu, dunia ini adalah amanah dari Allah terhadap dirinya. Dunia yang hanya sementara, dan pinjaman semata-mata dari Allah untuk membuktikan bahawa lelaki ini boleh menjaga amanah yang diberi. Sudah tentu dia tidakakan mensia-siakan amanah ini.


 

]]>
Apa Sebenarnya Wanita Mahukan? Ini 7 Rasa Yang Wanita Mahukan Dari Lelaki. https://redaksi.com/561-apa-sebenarnya-wanita-mahukan-ini-7-rasa-yang-wanita-mahukan-dari-lelaki Tue, 25 Jul 2017 15:11:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=561 Ada satu soalan yang lelaki didunia ini cuba untuk jawab. Soalannya adalah, apa yang wanita mahukan sebenarnya? Walaupun soalan nampak mudah tetapi ia membawa kepada seribu satu jawapan. Kini kami memutuskan untuk meletakkan 7 senarai yang wanita harapkan dari lelaki. Guys, please take note! Jangan ketinggalan bonus rahsia terbesar apa yang wanita mahu pada akhir artikel ini.



1. Menghormati.

Jika sekarang ini anda masih memikirkan wanita adalah insan yang lemah, maka anda tidak belajar apa-apa tentang mereka, dan perkara ini adalah untuk anda. Mereka memberi anda memori yang indah dan beri inspirasi untuk anda bekerja lebih kuat dan mereka jualah yang membuat para lelaki menjadi bahagia. Wanita tahu nilai diri mereka sendiri dan mengharapkan perkara yang sama berlaku pada diri anda. Jangan lupa untuk ulang lebih kerap dengan menghargai mereka seperti apa yang mereka cakapkan kepada anda. Anda akan melihat kebahagiaan di setiap sudut.



2. Jujur.

Ia seakan nampak tidak bernilai. Walau bagaimanapun, jangan pandang rendah betapa banyaknya wanita memerlukan kejujuran daripada lelaki. Sekiranya anda tidak mahu bersamanya pada malam hari dan ingin lepak bersama kawan anda, beritahu dia. Jangan buat alasan dan cerita bodoh tentang berapa banyak kerja yang perlu anda lakukan. Mana-mana wanita tahu bagaimana untuk mencari kebenaran dari kebohongan, tidak kira betapa kecilnya ia kelihatan pada anda. Tapi dengan menipu ia akan menyakitkan hatinya jika tahu kebenaran yang sebenar.

3. Sokongan.

Sudah tentu, kadang kita melalui hari yang sukar seolah mahu give up dengan masalah yang berlaku dan menangis sepanjang hari. Pakar psikologi berkata bahawa wanita lebih emosional dan sering dilanda kesedihan, kemurungan yang lebih kerap dari lelaki. Itulah sebabnya pada saat itu mereka memerlukan bahu untuk menangis dan bercerita tentangnya dengan seseorang.



4. Positif.

Pakar psikologi mendakwa bahawa seorang lelaki dan wanita ibarat seperti dua saluran penyambung. Sekiranya salah satu dari mereka dipenuhi dengan cas positif, perkara yang sama akan berlaku kepada sambungan yang lain. Suasana yang baik adalah hadiah terbaik yang dapat diberikan dari seorang lelaki kepada seorang wanita. Hanya senyum lebih kerap, kongsi emosi yang jelas bersamanya dan lihat hasilnya akan dapat tidak lama selepas itu.

5. Memperhatikan dan ambil peduli.

Jangan pergi terlalu jauh, jangan call dia 100 kali sehari dan hantar satu juta e-mel. Cukuplah dengan beberapa soalan yang mudah dan ikhlas yang menampakkan anda betul-betul peduli terhadap mereka. Jangan lupa untuk tanya bagaimana hari mereka, bagaimana perasaan mereka hari ini, apa yang mereka mahu, apa yang mereka fikirkan kerana wanita memerlukan soalan spontan yang menceritakan tentang diri mereka.

6. Seorang lelaki dengan rasa humor yang baik.

Saintis telah membuktikan bahawa ketawa adalah satu daripada aphrodisiacs semula jadi yang paling kuat. Jadi berguraulah dengan mereka lebih kerap, tapi harus diingatkan ada perkara yang tak patut jadi bahan gurauan seperti pakaiannya, gaya tudung/ rambut, atau keluarga. Hati-hati! Jika anda fikirkan wanita hanya perlukan berlian, perhiasan mahal, dan perjalanan ke serata dunia, sila buang sampah ini dari kepala anda. Hadiah yang kecil yang kena dengan cara yang bijak akan membuatkan jantung wanita berdegup laju. Hanya dengar dan lihat dengan teliti apa yang dia katakan. Cepat atau lambat anda akan tahu apa yang dia suka seperti contoh sekuntum bunga ros atau menggilai buku-buku penulis sekian nama, atau kasut yang selesa dan sebagainya. Sekarang tahu apa yang anda patut lakukan?

Di akhir cerita, tidak kiralah bagaimana rupa anda atau apa jenis kereta yang anda pandu atau betapa famousnya anda di sosial media. Perkara utama adalah apa RASA yang anda berikan kepada wanita apabila berada bersama anda.

]]>
10 Teknik Mujarab Untuk Bertemu Jodoh Yang Dicari Selama Ini. https://redaksi.com/510-10-teknik-mujarab-untuk-bertemu-jodoh-yang-dicari-selama-ini Thu, 20 Jul 2017 09:27:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=510 Sila baca 10 teknik ini untuk bertemu jodoh yang dicari selama ini :

1. Betulkan niat.


Niat nak kahwin adalah kerana Allah SWT, untuk selamatkan diri daripada segala maksiat, ingin mendapat zuriat dan untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Ingat, kahwin bukan sekadar memenuhi tuntutan nafsu sahaja!



2. Solat 5 waktu.

Anda wajib solat 5 waktu! Solat itu tanda kita mengingati Allah SWT dan ia tiang agama. Kalau tiang agama sendiri pun tak dapat ditegakkan, masakan untuk menegakkan agama sebuah keluarga?

3. Solat sunat hajat 2 rakaat.

Solatlah berulang kali, contohnya Solat 2 rakaat-Doa, Solat 2 rakaat lagi-Doa, Solat 2 rakaat lagi. Doa sehingga timbul keyakinan bahawa Allah SWT akan memberikan jodoh untuk anda. Anda sendiri perlu tanamkan dalam hati yang Allah SWT itu Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan, cuma mungkin bukan pada masa tersebut.

4. Bangun malam untuk beribadat.

Jika anda tahu betapa istimewanya mereka yang bangun malam untuk beribadat, pasti anda akan buat selalu. Allah terlalu ‘memandang’ mereka yang bangun untuk solat tahajjud, solat taubat dan solat hajat pada sepertiga malam. Bangun malam juga dapat memperkuatkan diri anda. Jemputlah jodoh anda pada waktu ini ya.



5. Berdoa dengan khusyuk pada waktu dan tempat yang mustajab.

Waktu mustajab untuk berdoa adalah waktu antara azan dan iqamah, waktu hujan, waktu tahajjud 3.00-5.00 pagi, sesudah solat 5 waktu dan selepas waktu asar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat. Tempat yang paling sesuai untuk berdoa adalah dalam Rumah Allah yakni masjid. Manakala, anda perlu pastikan berdoa menghadap kiblat, tubuh dan pakaian bersih lagi suci dan penuh pengharapan untuk dimakbulkan.

6. Tingkatkan kualiti diri.

Dalam menjemput jodoh, anda perlu tingkatkan kualiti diri dari segi penjagaan diri dalaman dan luaran. Pastikan tubuh dalam keadaan sihat, bersih, kemas dan cantik kerana Islam itu suci dan sukakan kesucian. Selain itu, buanglah sifat negatif seperti bangun lewat, bermalas-malasan dan suka buang masa. Penampilan seseorang juga sedikit sebanyak mempengaruhi jodoh datang ataupun tidak. Ingat, penampilan bukan sekadar paras rupa dan susuk tubuh tapi ianya menyeluruh!

7. Dalami ilmu kekeluargaan.

Ya, jika anda berniat mahu berkahwin, ilmu kekeluargaan perlu dikumpul sebanyak-banyaknya agar keluarga dibina kelak aman dan diberkati dunia dan akhirat. Janganlah baru setahun berkahwin, hubungan sudah retak menanti belah! Ilmu tersebut boleh anda dapat dengan menghadiri majlis ilmu, buku-buku, blog dan juga Youtube tapi perlulah bijak dalam menilainya.



8. Buat persediaan mental, fizikal dan kewangan.

Persediaan mental yang dimaksudkan adalah seperti pelajari ilmu kawalan emosi dan psikologi mengurus pasangan dan keluarga. Manakala, dari segi fizikal pula, selain kesihatan tubuh anda mungkin boleh sediakan keperluan seperti peralatan rumah, rumah dan kereta mengikut kemampuan masing-masing. Bagi persediaan kewangan pula, anda perlu ada simpanan untuk buat majlis perkahwinan dan kehidupan selepas berkahwin. Allah SWT juga akan memandang usaha persediaan seseorang untuk menjemput jodohnya, jika sambil lewa sahaja, mungkin jodoh akan lewat muncul.

9. Guna pelbagai cara untuk mendapatkan jodoh.

Sebagai manusia, memang Allah SWT dah tetapkan hidup, mati, rezeki dan jodoh seseorang. Namun, Allah SWT tetap mahukan hambaNya berusaha untuk membuktikan kesungguhan untuk mendapatkannya. Untuk mendapatkan jodoh, gunalah segala cara halal yang ada kerana kita tidak tahu dari mana jodoh itu akan muncul.

10. Sabar.

Sabar itu indah. Sabar adalah kunci utama dalam setiap perkara yang berlaku. Begitu juga dalam mendapatkan jodoh, anda perlu sabar jika tiada langsung sinar jodoh kan muncul, sabar jika sudah bertemunya, sabar jika ditolak keluarga pasangan, sabar jika ikatan pertunangan diuji dan sabar jika Allah SWT mentakdirkan majlis akad nikah dibatalkan disaat akhir. Bersabarlah, mungkin itu bukan jodoh anda yang baik dan pasti Allah SWT dah sediakan seseorang yang lebih baik!

Kesimpulannya, jemputlah jodoh dengan mendekati Pencipta jodoh! Inshaa ALLAH, jodoh akan muncul tanpa anda jangkakan.

]]>
Kita Ikhlas Nak Orang Tu Tapi Ini 16 Punca Kenapa Wanita Tawar Hati Dengan Lelaki. https://redaksi.com/209-kita-ikhlas-nak-orang-tu-tapi-ini-16-punca-kenapa-wanita-tawar-hati-dengan-lelaki Tue, 20 Jun 2017 09:57:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=209 Perempuan ni kalau dia dah sayang seorang lelaki tu, dia akan sayang seorang je la. Tiada kedua atau ketiga, dan dia akan setia pada seorang. Tapi bila dia dah tawar hati, jangan terkejut jika dia meninggalkan kamu secara tiba-tiba. Pada masa itu, kamu sendiri akan tertanya-tanya apa salah kamu yang telah kamu lakukan terhadap dia. Mungkin kamu merasakan dia kejam tapi kamu tidak tahu bahawa dia sudah lama makan hati kerana sifat kamu itu. Tapi kalau kes lain tu, aku tak tahu lah..kita fokus kepada 16 sebab kenapa wanita tawar hati? Sebenarnya nak bagi banyak lagi tapi kita ambil point yang penting-penting sahaja.



1. Sering ditipu.

Semua orang tidak suka ditipu, baik lelaki mahupun perempuan. Tetapi jika di awal pekenalan pun kamu sudah menipu dan cuba menutup penipuan tersebut dengan penipuan-penipuan lain dan akhirnya terbongkar. Selepas terbongkar kamu diberi kemaafkan tapi masih terus menipu. Layakkah seumur hidup untuk terus hidup dengan penipu? Kadang-kadang kita tahu bahawa orang itu sedang menipu dan berharap dia berterus-terang tapi malangnya masih bagi alasan yang indah khabar dari rupa. Orang yang suka berkata jujur mendapat tiga perkara iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat.

2. Tidak mengambil berat.

Perempuan perlukan perhatian tetapi jika kamu langsung tak nak ambil tahu tentang dirinya akan menyebabkan dia jauh hati. Contohnya, masa bersama teman, games ada masa pula...setakat nak tanya khabar buah hati tak ada masa. Kadang-kadang whatapps online tapi langsung tak reply mesej buah hati walaupun dah baca mesej. Konon korang ingat dia dah jadi awek atau tunang korang so 'tak perlu nak take care sangat' sebab rasa 'memiliki' dan 'zon selesa' tak sama macam zaman nak tackle dulu. Itu adalah silap besar, semakin hubungan rapat semakin kena ambil berat..habis tu kalau dah nikah nanti kau boleh tinggal-tinggalkan bini kau macam tu aje ke sebab dah 'memiliki keseluruhan'.



3. Curang.

Curang ni banyak kategori tapi kalau bertepuk sebelah tangan memang tak berbunyi melainkan kamu tepuk dahi sendiri. Contoh, mamat ni dah ada tunang, so memang la tunang dia ni untuk dinikahi tapi sesaja cari keseronokan luar untuk suka-suka. Curang ke tidak tu? Lepas tu terkantoi mesej mesra dengan perempuan lain. Alasan saja suka-suka tapi setia pada yang satu. Kalau setia tak adanya spare-spare stock suka-suka.

4. Panas baran.

Paling perempuan tak suka adalah sikap panas baran. Ada je masalah mesti nak mengamuk. Macam manalah kalau lepas nikah nanti yer...api tak boleh lawan api...carilah penyejuk.

5. Suka maki hamun.

Bergaduh je semua perkataan kesat dah keluar. Perempuan akan fikir, jika sebelum nikah dah pandai memaki hamun..mesti lepas nikah sekali kaki tangan naik.

6. Terlalu ego.

Lelaki memang ego tapi kalau sampai tak boleh bertolak-ansur dan tak boleh fikir positif-negatif payah jugakan. Jenis ikut kepala hotak sendiri je.

7. Tidak pandai pujuk.

Nampak remeh tapi punyai impak besar tahu! Kalau bergaduh buat hal sendiri. Masing-masing diamkan diri. Perempuan memang suka merajuk tapi jika rajuk tidak dipujuk maka terpaksa pujuk diri sendiri lama-lama memang hati makin keraslah. Bak kata orang antibiotik dah tak berfungsi dah. So fikir-fikirlah sendiri.



8. Tidak serius dalam hubungan.

Konon hubungan dah lama tapi tanda-tanda serius itu tak ada. Nak ajak bertunang pun tidak..inikan pula nak ajak kahwin. Tapi ada pula yang berjanji manis bagai gula tapi habuk pun tak ada. Don't trust words, trust actions

9. Tidak tetap pendirian.

Hari ini cakap macam ni, esok cakap macam tu.. Bak kata orang 'jenis tak boleh pakai punya orang'. Kamu sendiri tidak pasti dengan apa yang kamu lakukan dan sering bertukar-tukar keputusan.

10. Kurang memahami.

Kesefahaman itu penting tetapi jika kamu sahaja ingin dirinya memahami kamu tapi diri kamu langsung tak memahami si dia. Adilkah?

11. Suka kongkong dan memaksa.

Kongkong boleh tapi ada limitnya, jangan cemburu buta. Kamu suka dia jadi orang yang kamu nak tapi bukan kamu menerima dia seadanya.

12. Tidak percaya.

Semua benda nak siasat. Nak perempuan percaya dia tapi lelaki langsung tak percaya. Krisis sikit mulalah tuduh macam-macam. Serkap jarang sana sini.



13. Kedekut dan berkira.

Kalau apa-apa perkara kamu sangat kedekut dan berkira tak kira tenaga atau wang. Siapa boleh tahan?

14. Suka pinjam wang perempuan.

Makin bagi muka makin naik lemak..lastly pijak kepala. Kalau dah perempuan kena tanggung kamu..janganlah jadi lelaki. Kalau lelaki tu 'bermaruah' dia takkan pinjam duit perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Tambah-tambah jenis buat perempuan macam mesin ATM.

15. Tidak ikhlas.

Niat asal kamu untuk memulakan hubungan dengan perempuan tersebut ada 'udang sebalik mee goreng mamak', mungkin sebab wanita tersebut berduit, pangkat tinggi atau apa-apa kepentingan untuk kamu gunakan. Jika wanita itu bijak dan perasan teknik kamu yang cuma nak jadi perasit sahaja lebih baik cepat-cepat cantas perasit tersebut. Sebab? tak perlu nak tanggung biawak hidup yang memang menyusahkan.

16. Diabaikan.

Orang lelaki masa mula2 nak mengorat orang perempuan bukan main lagi bersungguh. Bagi ayat manis tahap diabetes. Tiap hari mesej & call pujuk rayu itu ini tapi bila dah dapat hati prempuan tu, korang buat tak tahu pulak. Sejujurnya, orang perempuan tak suka diabaikan. Bila dia commit dengan kau maknanya memang dia gilakan perhatian korang. Faham tak? So, hargailah orang yang masih bersama dengan kita di saat susah senang. Bila sudah tiada jangan menyesal sudahlah.

]]>
Tanda Anda Seorang Wanita Matang, Bila Dengan Tenang Anggap 1 Hilang Ada 10 Yang Sayang. https://redaksi.com/8149-tanda-anda-seorang-wanita-matang-bila-dengan-tenang-anggap-1-hilang-ada-10-yang-sayang Mon, 04 May 2020 20:48:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8149 Kematangan setiap orang tidak akan sama, ada yang matang dari segi pemikiran dan ada juga yang matang dari segi perbuatan. Malah, usia kematangan juga berbeza-beza setiap orang. Matang ini penting bukan dalam hubungan sahaja tetapi juga untuk memilih masa depan sendiri.

Sebab itulah, ramai yang meletakan pasangan yang matang dalam ciri pasangan. Ini kerana, bila matang dia tahu apa yang terbaik untuk hubungan malah dia sama-sama pertahankan hubungan yang ada itu, bukan lepas tangan atau berpeluk tubuh saja.


Jika selalu kita hanya memikirkan lelaki matang saja, apa kata lihat pula diri anda sebagai wanita. Adakah anda matang? Bukan hanya lelaki saja yang perlu matang, wanita juga perlu bersikap matang dalam setiap situasi, barulah sama-sama boleh pergi jauh.

Macam mana nak tahu seorang wanita itu matang atau tidak? Menurut Dr Saidatul Husna, ada lima tanda matang bagi seorang wanita. Berikut adalah tanda-tandanya.

1. Kematangan selalunya diukur dengan dua keadaan. Samaada berlapang dada dengan perbezaan atau mengutamakan orang lain melebihi diri sendiri.

2. Wanita matang lebih suka bercakap perkara manfaat atau banyak berdiam dan senyum. Mereka sudah berhenti berbual bual kosong.

3. Pandangan manusia itu berbeza. Wanita matang teguh dengan pendirian dan lebih suka berdamai dengan meminta maaf jika tidak bersetuju cadangan orang.

4. Tiada lagi paksaan untuk orang suka dan sayang. Wanita matang tenang dengan beranggapan daripada 1 yang hilang, masih ada 10 yang sayang.

5. Mereka menerima kesakitan. Cuma tidak lama dalam kekecewaan. Mereka pandang hadapan dan melangkah terus dengan kasih sayang.

Kematangan di zaman sekarang berbeza dengan zaman sebelumnya. Kematangan hari ini bergantung pada dua sudut, dunia realiti dan dunia hujung jari.

Kematangan hari ini tujuannya untuk bahagia dan membahagiakan. Semua itu mendorong kita untuk lebihkan zikir dalam berfikir.

Saidatul Husna.
Percaya kita matang dengan sikap dan pengalaman.

Jadi, anda sudah matang?



]]>
Tony Fernandes jadi penghantar makanan demi pulihkan ekonomi ketika pandemik https://redaksi.com/8923-tony-fernandes-jadi-penghantar-makanan-demi-pulihkan-ekonomi-ketika-pandemik Fri, 13 Nov 2020 16:27:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8923 Dalam keadaan sekarang ini, hampir semua orang terjejas dalam pendapatan bulanan mereka. Tidak ketinggalan Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang selalu dikait rapat dengan bidang penerbangan.

Namun, kini beliau dikatakan sudah beralih arah ke dalam bidang penghantaran makanan pula.

Menerusi Instagram milik beliau, dapat dilihat beliau berkongsi pengalaman menjadi salah seorang penghantar makanan bagi perkhidmatan baharu airasiafood.

"Bersedia membuat penghantaran ke rumah anda. Sila lawati @airasiafood," tulisnya ringkas.

Sama seperti penghantar makanan lain, beliau juga turut menggunakan motosikal serta lengkap dengan kotak simpanan makanan ketika menghantar pesanan pelanggan.

Menurut laporan Berita Harian, airasia food adalah platform dalam talian penghantaran makanan baharu yang menyokong perniagaan dan francais tempatan dalam tempoh sukar ini.

Jelas beliau, AirAsia kini sedang bergelut untuk meneruskan kelangsungan berikutan sekatan pergerakan global berikutan penularan COVID-19. Kini, AirAsia menumpukan usaha mempelbagaikan sumber pendapatan menerusi perniagaan bukan penerbangan lain bagi menyokong operasi kumpulan.



 

]]>
Wow! Lelaki Lebih Bahagia Bila Memilih Wanita Bijak Sebagai Isteri - Kajian https://redaksi.com/7883-wow-lelaki-lebih-bahagia-bila-memilih-wanita-bijak-sebagai-isteri-kajian Wed, 12 Feb 2020 12:00:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7883 Seperti yang kita tahu bahawa sekarang ini perempuan sememang lebih mendahului jika memgenai bab pendidikan. Rata-rata lelaki lebih gemar memilih bidang yang berkaitan kemahiran berbanding duduk dan menghafal sesuatu perkara.

Bila bercakap mengenai pendidikan ini, bukan nak berbincang akan siapa yang lebih bijak ataupun sebaliknya. Akan tetapi, tanpa kita sedar rupanya ada kepentingan juga pendidikan dalam sebuah hubungan rumahtangga, terutamanya mengenai kebahagiaan.

Tanpa kita sedari bahawa lelaki akan lebih bahagia jika dirinya memilih wanita yang mempunyai pendidikan. Tidak kiralah pendidikan itu lebih tinggi atau selari dengannya, dia akan merasa bahagia.


Satu kajian yang dikemukakan di HILDA Survey Research mendapati lelaki lebih bahagia apabila mereka berkahwin dengan wanita yang bijak dan berpendidikan. Kajian yang dilakukan pada lebih daripada 5000 orang di Australia ini menyatakan bahawa semakin tinggi tahap pendidikan isteri, semakin bahagia suami.



Tetapi mernurut Shane Mathew Worner dari Australian National University yang menyatakan bahawa kemungkinan besar sebabnya adalah pendapatan yang diperoleh wanita dalam perkahwinan itu sendiri yang menyokong kebahagiaan perkahwinan.

Pendidikan boleh menentukan tahap perkerjaan anda. Apabila seorang suami dan isteri memperoleh pendapatan dan dapat memenuhi keperluan isi rumah, tentunya risiko kurang mengalami masalah kewangan. Dengan ini suami merasa lebih bahagia kerana beban kewangan dikongsi bersama.



Dikatakan bahawa tahap kebahagiaan lelaki dapat meningkat hingga 135% ketika berkahwin dengan wanita yang bijak dan berpendidikan ini. Jadi siapa yang tidak mahu hidup dalam rumahtangga yang bahagia bukan?

Walaupun tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, tetapi bijak dalam pemikiran dan berfikir seperti orang bijak juga membuktikan anda seorang yang bijak.



]]>
Adakah Puasa 6 Perlu Dilakukan Secara Berturutan? https://redaksi.com/6189-adakah-puasa-6-perlu-dilakukan-secara-berturutan Wed, 29 May 2019 16:01:32 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6189 Selepas perginya bulan Ramadhan maka muncullah bulan Syawal di mana ia menandakan bulan kemenangan buat umat Islam. Hari kemenangan dan kegembiraan, hari kesyukuran dan menambah amal kebaikan. Walaupun dikenali sebagai Hari Raya, namun bulan ini juga terdapat keistimewaannya yang tersendiri.



Antara amalan sunat yang boleh dilakukan apabila tibanya Syawal adalah dengan melakukan ibadah puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Ianya thabit dari perbuatan Nabi SAW yang mana di dalam hadith ada menyebutkan mengenai kelebihan berpuasa 6 hari di bulan Syawal iaitu bersamaan pahalanya dengan berpuasa sepanjang tahun. Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Muslim daripada Abu Ayub al-Ansari RA yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.
Riwayat Muslim (1164)

Ramai orang yang akan merebut peluang ini untuk mengganti puasa yang tertinggal pada bulan Ramadhan terutama buat kaum wanita. Namun begitu, ada yang tertanya-tanya adakah puasa enam ini perlu dilakukan secara berurutan atau boleh dilakukan secara berasingan?

Adakah Puasa 6 Perlu Dilakukan Secara Berturutan?


Setelah mengetahui akan pensyariatan puasa sunat enam Syawal beserta fadhilatnya, timbul juga persoalan mengenai adakah puasa yang enam itu perlu dilakukan secara berturutan ataupun boleh dilakukan secara berasingan.

Mengenai persoalan di atas, al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam al-Majmu’ ada menyebutkan: “…dan disunatkan untuk berpuasa secara berturutan di awal Syawal. Sekiranya dipisahkan (tidak berpuasa 6 hari secara berturutan) ataupun diakhirkan puasa tersebut di dalam bulan Syawal, maka ianya dibolehkan…”[2]

Al-Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya al-Mughni menyebutkan mengenai permasalahan ini seperti berikut: “…tidak ada bezanya (menjadikan puasa tersebut) dilakukan secara berturutan ataupun dipisahkan samaada di awal Syawal ataupun diakhirnya kerana hadith menyebutkannya secara mutlaq tanpa dikaitkan dengan sesuatu yang lain…”[3]

Kesimpulan

Berdasarkan pendapat-pendapat yang terdapat di dalam isu ini, kami katakan bahawa isu ini ada fleksibilitinya yang tersendiri iaitu puasa 6 boleh dilakukan secara berturutan ataupun dipisahkan. Diawalkan ataupun dilewatkan selagi mana masih berada di dalam bulan Syawal. Ianya tidak menjadi masalah.

Di dalam kemeriahan kita menyambut Syawal, sudah pasti akan ada jemputan dari sanak saudara juga rakan taulan untuk menghadiri rumah terbuka, kenduri dan sebagainya. Maka ianya tidak menjadi masalah serta penghalang untuk menunaikan puasa 6 Syawal kerana terdapat fleksibiliti di dalam kaifiat menunaikannya. Alangkah baiknya jika kita dapat menghimpunkan dua kebaikan dalam bulan Syawal ini, satunya dengan berpuasa enam dan keduanya dengan menghubungkan silaturrahim sesama kita. Wallahu a’lam.

]]>
Gelaran 'Datuk' pelakon Farid Kamil & Boy Iman ditarik semula https://redaksi.com/9694-gelaran-datuk-pelakon-farid-kamil-boy-iman-ditarik-semula Wed, 10 Feb 2021 18:55:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9694 Hari ini, satu pengumuman telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang bahawasanya gelaran Datuk yang dikurniakan kepada pelakon, Farid Kamil Zahari dan juga penerbit,Noruliman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman telah ditarik balik dan dibatalkan.

Menjunjung perintah Sultan Pahang

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, tarikh surat penarikan balik Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang dikurniakan kepada Farid Kamil dan Boy Iman berkuatkuasa pada 1 Februari yang lalu.

Tambahnya lagi, keputusan itu dibuat sebagai menjunjung titah perintah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

"Dengan ini dimaklumkan Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama ditarik balik dan dibatalkan serta merta."

"Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini."

"Darjah itu dikembalikan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang."

Rekod tatusila dibentang

Terdahulu Farid Kamil telah dikurniakan gelaran Datuk bersempena dengan Keputeraan Sultan Ahmad Shah pada tahun 2017.

Namun begitu, pada Jun tahun lalu, pelakon itu dihukum penjara selama 13 bulan kerana didapati menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap anggota polis.

Manakal Boy Iman pula didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majisterit pada 6 Januari lalu kerana gagal mematuhi perintah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berjumlah RM12,000 tiga tahun lalu.

]]>
Pakai Cermin Mata Hitam Ketika Bersanding Bukan Perbuatan Suka-Suka. Ini Sebabnya. https://redaksi.com/1434-pakai-cermin-mata-hitam-ketika-bersanding-bukan-perbuatan-suka-suka-ini-sebabnya Tue, 03 Oct 2017 15:29:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1434 Pakai cermin mata hitam ketika bersanding bukan perbuatan suka-suka. Cuma biasalah, dalam norma masyarakat kita, memakai cermin mata hitam atau sunglasses selalu menyebabkan mempelai dilabel sebagai 'poyo'. Kenapa?



Tahukah kita, dalam satu kajian yang dilakukan oleh Dr Wilson, Psikologis dari University of London, memakai cermin mata hitam boleh meningkatkan keyakinan diri dan juga keyakinan seksual. Cermin mata hitam membuatkan seseorang itu berasa dalam kawalan dan dapat melihat lebih banyak daripada merasakan dirinya dilihat.

Ini adalah logik buat seorang mempelai. Bersanding di hadapan orang ramai. Diperhatikan dan dinilai menyebabkan pengantin rasa kurang selesa. Apabila memakai cermin mata hitam, aksesori ini selain memberi gaya, ia membuatkan pengantin lebih tenang dan selesa berada di singgahsana.

Ada orang yang memerlukannya. So don't judge!

Checklist
 jawapan lain kalau ada kawan-kawan tanya kenapa pakai cermin mata hitam ketika bersanding:



1. Selain unik dan kreatif berkaca mata hitam, kau hanya nak be yourself. Ok apa! Memanglah tetamu tak nampak mata, tapi senyuman lebar sampai telinga tu confirm diorang tau kau tengah bahagia.

2. Mata sensitif, taknak rosakkan gambar. Ketika beraraklah selalu terjadinya perkara ini. Matahari terlampau terik, jenuh mata terkelip-kelip. Apabila mata lari fokus, mulalah timbul gambar dengan wajah yang pelik-pelik. Tapi kan, this thing selalu happen pada lelaki, kenapa ya?

3. Cermin mata ada daya penarik seksual. Memang sukar diterima alasan ini. Tapi itulah antara perkara yang disebut oleh Dr Wilson dalam kajiannya. Memakainya boleh jadi penarik untuk berlainan jantina.



4. Normal sudah terlalu boring! Jadi kenalah berani untuk nampak berbeza. Mengenakan cermin mata hitam seperti Edisi Istimewa Swarovski dari Bonia akan memberi gaya bold and trendy kepada pengantin. Kaca polarisednya pula dapat kurangkan silau.

5. Sebab ada kat hantaran, so kau guna. Ini pun satu alasan brilliant.Misalnya cermin mata Bonia dengan harga permulaan RM517 dan jaminan satu tahun adalah affordable. Jadi kenapa tidak dijadikan hantaran. Kemudian guna.

Kalau diikutkan secara logik, Raja Sehari berhak untuk memilih untuk memakai atau tidak cermin mata hitam. Ini adalah hari anda, jadi be bold and different. Cuma time salam orang tua tu, bawa-bawalah buka cermin mata.

]]>
Cara Si Dia Memberi ‘Hint’ Kepada Anda Akan Perasaannya Melalui Pesanan Ringkas. https://redaksi.com/1693-cara-si-dia-memberi-hint-kepada-anda-akan-perasaannya-melalui-pesanan-ringkas Wed, 21 Mar 2018 10:12:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1693 Teknologi pada masa kini memainkan peranan besar dalam komunikasi untuk sebuah perhubungan. Walaupun masih belum menjalinkan hubungan lagi, teknologi juga membantu kita mengetahui adakah orang yang kita kerap berkomunikasi itu mempunyai hati terhadap kita mahupun tidak. Kita pasti akan kerap tukar-tukar pesanan ringkas, WhatsApp, mahupun personel messenger dengan seseorang yang mungkin kita sukai. Tetapi kadang kala tindakannya itu menjadi tanda tanya adakah si dia itu suka akan kita atau tidak? Atau kita ini hanya dijadikan sebagai tempat hilangkan bosannya. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang boleh diperhatikan ketika anda berkomunikasi dengannya.



Biasanya, sangat mudah untuk mengetahui bagaimana perasaan seseorang terhadap anda berdasarkan bagaimana cara dia membalas pesanan anda. Terdapat beberapa corak atau trend tertentu yang memberi hint kepada anda bahawa si dia menyukai anda. Mungkin anda sahaja yang tidak tahu menghurai tabiat pesanannya.

1. Membalas pesanan dengan pantas.

Antara yang anda boleh lihat ialah cara si dia membalas pesanan anda. Jika si dia membalas dengan cepat dan pantas. Ha, itu kelihatan tindak balas yang menarik. Mereka ini tidak akan membiarkan anda menunggunya berjam-jam. Kadang kala jika terlalu sibuk hingga tidak membalas pesanan anda, mereka akan memohon maaf dan akan memberitahu bahawa mereka akan membalas pesanan anda di lain waktu.

2. Sentiasa mulakan perbualan.

Di samping itu juga, anda boleh lihat mereka ini kerap memulakan perbualan ataupun pesanan. Mereka tidak akan menunggu anda untuk memulakannya dahulu. Mereka sebenarnya malu untuk memulakan dahulu tetapi demi anda mereka sanggup melakukannya.

3. Penggunaan emoji.

Selain itu, kita juga boleh lihat mereka ini kerap menggunakan emoji untuk merujuk kepada sesuatu. Kadangkala mereka sahaja untuk menceriakan suasana dengan menggunakan emoji tersebut. Mereka tidak akan menunjukkan perbualan yang pasif bersama anda. Mereka kelihatan bersemangat ketika membalas pesanan anda.

4. Pelbagai soalan yang ditanya.

Mereka ini juga akan menunjukkan bahawa mereka amat menyukai anda dengan bertanya pelbagai soalan untuk meneruskan perbualan dengan anda. Mereka ini seolah-oleh menunjukkan minat dan rasa ingin tahu akan kehidupan anda. Dan mereka cuba untuk mencari tahu sebanyak mungkin mengenai anda.

5. ‘Hint’ mengajak keluar.

Tidak lupa juga mereka akan bertanya pelbagai aktiviti yang anda dengannya boleh lakukan. Sebagai contoh filem hangat apa yang sedang berada di pasaran, ataupun aktiviti-aktiviti yang menarik hingga membuat anda tertarik untuk pergi bersamanya.

]]>
Nama-Nama Anak Perempuan Yang Moden Berserta Maksud Yang Baik Serta Indah. https://redaksi.com/4301-nama-nama-anak-perempuan-yang-moden-berserta-maksud-yang-baik-serta-indah Fri, 23 Nov 2018 17:10:32 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4301 Mencari nama yang indah buat anak perempuan anda nanti? Pasti anda inginkan nama yang moden tapi masih mempunyai maksud yang baik untuk anak anda nanti bukan? Berikut adalah contoh-contoh nama yang menarik dan mempunyai maksud yang baik.



1. AFIFA FITIYA

Anak perempuan yang suci dan memiliki harga diri

2. AFRA NAILA ARKARNA

Anak perempuan sebagai anugerah di malam ke-13 bulan purnama yang menerangi hati

3. AINA TALITA ZAHRAN

Mata seorang gadis yang berkilau

4. AINIYA FAIDA AZMI

Anak yang memiliki ketegaran hati dan bermanfaat bagai pohon rimbun yang bersemi

5. AINUN MAHYA

Mata yang bersinar

6. AISHA ALIFA

Keramahtamahan yang hidup

7. AISHA FARHANA

Anak perempuan yang hidup dan bergembira

8. AKIFA NAILA

Wanita yang raji beritikaf di masjid dan suka memberi

9. ANNISA FAIHA

Anak perempuan yang memiliki banyak kelebihan

10. ANNISA KASTURI NAIM

Anak perempuan penghuni syurga yang harum bagai bunga kasturi

11. ARIQA FATINA

Anak perempuan baik budi dan menarik hati

12. ASKANA SAKHI

Anak perempuan yang baik hati dan murah hati

13. ASSYIFATU HAIFA

Anak perempuan yang bagaikan obat penawar dahaga

14. ATHIFA FARIHAN WARDA

Anak perempuan yang memiliki perasaan gembira bagai bunga mawar

15. ATIKA BALQIS AZIZAH

Ratu mulia yang pemurah

16. ATIKA ZAHRA RATIFA

Anak perempuan yang berakhlak baik, pemurah dan berseri-seri

17. ATIQA FAIRUZ KHALISA

Anak perempuan yang cantik bagai permata murni

18. AULIA IZZATUNNISA

Anak perempuan yang penuh rasa cinta dan kemuliaan

19. BADRIYYA SHALIHA

anak perempuan yang cantik dan shalihah

20. BAHIYYA ATIQA FAIHA

anak perempuan yang cantik yang memiliki keindahan dan banyak kelebihan

21. BAITI DURRIYA

Rumahku adalah cahaya mutiara

22. BALQIS ADZRA

Ratu yang terhormat

23. BARIA KAMILIA

Anak perempuan yang bagaikan pepohonan yang selalu hijau dan unggul

24. BASIMA SHALIHA

Senyuman anak perempuan yang shalihah

25. BASIMA WARDATUL ZHAHIRA

Anak perempuan yang tersenyum bagai bunga mawar yang bercahaya

26. BASYASYA AFIFA

Anak perempuan yang memiliki wajah berseri-seri sedang mensucikan diri

27. BILQIS FAIHA RIFDA

Ratu yang memiliki banyak kelebihan pemberi pertolongan

28. BILQIS UFAIRA

Ratu yang pemberani

29. BURAIRA BALQIS FAIHA

Ratu yang memiliki banyak kelebihan dan selalu berbuat baik

30. BUSYRA FITRIYANI

Khabar gembira dari anak perempuan yang suci

31. BUTSAINA IFTITAH NAILA

Permulaan dari anak perempuan yang cantik adalah anugerah

32. DALIYA ZAHRA KHASIEB

Anak perempuan yang bagaikan bunga pohon anggur yang subur

33. DARY ARRIFDA

Anak perempuan pemberi pertolongan yang lemah lembut

34. DARY AZZALFA

Anak perempuan yang bagaikan permukaan mutiara yang lembut

35. DIANA DURRIYATUL JANNA

Agama yang bercahaya bagai mutiara syurga





36. DIANA SYAUQIA

Anak perempuan yang bagaikan agama yang dirindukan

37. DURATU ANNASIHA

Mutiara nasihat

38. DURATUL HIKMAH

Mutiara Hikmah

39. DURRATUL JINAN

Mutiara Syurga

40. DURRRIYA NAILA TALITA

Gadis yang suka memberi bagaikan cahaya mutiara

41. DZAKIRA AFTANI

Anak perempuan yang memiliki ingatan yang mengagumkan

42. DZAKIRA TALITA ZAHRA

Gadis yang berzikir bagai bunga

43. DZAKIYYA TALITA SAKHI

Gadis cerdas yang murah hati

44. FADYA JAMIL ANNIDA

Seruan indah yang menyelamatkan

45. FAIDA ANNAILA

Pemberian yang bermanfaat

46. FAIHA NADA ZALFA

Anak perempuan yang bagaikan embun di kulit mutiara yang banyak kelebihannya

47. FAIZA ALYA AZIZA

Pemenang yang tinggi dan mulia

48. FAJRA NADA NADIFA

Anak perempuan yang bagaikan embun pagi yang bersih

49. FAKHIRA SALWA NABILA

Burung puyuh yang bagus dan cerdik

50. FANY AZHAR AZIZA

Bunga yang fana dan mulia

51. FARAH AZHAR

Anak perempuan yang bagaikan Bunga-bunga dan kesenangan

52. FARHANA RAQWANI

Kemajuan yang menggembirakan

53. FARIDA KAMILA ZUHDI

anak perempuan yang bagaikan permata yang mahal dan sempurna yang rendah hati

54. FATIHA RUSYDA ADDIEN

Agama pembuka jalan yang lurus

55. FAUZIA RAFIFA

Anak perempuan yang berakhlak baik adalah kemenangan yang gemilang

56. FITRI SYAFIA

Anak perempuan yang suci dan sihat

57. GHAZIYA HAFIZA

anak perempuan pejuang yang menjaga kesuciannya

58. HAFIZA KHAIRA LUBNA

Kebaikan dan kecerdasan yang terpelihara kesuciannya

59. HAIFA AISH FAIHA

Anak perempuan yang ramping dan memiliki banyak kelebihan

60. HAMDA SAKHIA

Anak perempuan yang banyak bersyukur dan murah hati

61. HANA AISH SALMA

Anak perempuan yang yang bahagia dan selamat

62. HANA KHAIRUNNISA

Sebaik-baiknya anak perempuan yang bahagia

63. HANIA SYAKIRA

Ucapan selamat dan rasa syukur

64. HANIFA RASYIDA

Muslimah yang teguh dan tegar

65. HASNA NABILA

Anak perempuan yang cantik dan cerdik

66. HAURA NAZHIFA

Anak perempuan yang berkulit putih dan bersih

67. HUSNIA RANI ZAHRA

Bunga yang indah dan mempesona

68. IFFA ASTILA RAHMA

Anak perempuan yang memiliki keturunan yang baik, rasa hormat dan kasih sayang

69. IFTINA ASSYABIYA RAFIFA

Gadis kecil yang berakhlak baik yang mengagumkan

70. ILMI SUHAIMA

Anak perempuan yang memiliki ilmu tentang keberuntungan

71. IMA SHABIRA

Pemimpin yang penyabar

72. INAYA AZMI ATHIFA

anak perempuan yang memiliki perhatian, keteguhan hati dan perasaan

73. INAYA AZMI ATHIFA

anak perempuan yang memiliki perhatian, keteguhan hati dan perasaan

74. INAYA RAFA

Anak perempuan yang memiliki perlindungan yang tinggi

75. INSYIRA FAUZIA

Kegembiraan atas kemenangan yang gemilang





76. IRTIA NAZIHA

Kesenangan yang jauh dari hal-hal yang buruk

77. IZA NAJDA

Anak perempuan yang memiliki keberanian dan kehormatan diri

78. JAMILA RAFIF LUTHFIA

Anak perempuan yang cantik dan lembut yang berakhlak baik

79. JANNATU SAUQIYA

Anak perempuan bagaikan syurga yang dirindukan

80. JARIA SALSABILA

Amal yang tak terputus laksana mata air syurga

81. JAUHARA ZAHRANI

Anak perempuan yang bagaikan permata yang berkilauan

82. JAUZA JAHIRA

Anak perempuan yang bagaikan buah kenari yang berkilau

83. JIHAN TALITA ULFA

Gadis berwawasan luas yang ramah

84. JUHAINA ZAKIYA

anak perempuan yang bagaikan kebun yang tumbuh dengan baik

85. KALILA RIFDA

Anak perempuan yang memberi pertolongan dengan lemah lembut

86. KAMILIA ULFA

Persahabatan yang sempurna

87. KARIMA HAURA ZUHDA

Anak perempuan berkulit putih yang mulia dan rendah hati Wanita berkulit putih yang mulia dan rendah hati

88. KHADZIYA NISRINA

Bunga mawar putih yang harum baunya

89. KHAIRA TALITA RUMI

Gadis yang baik hati laksana seorang penyair Ibnu Rumi

90. KHAIRUNNISA SALSABILA

Sebaik-baiknya wanita laksana mata air syurga

91. KHALIFA SAKHI

Anak perempuan sebagai pemimpin yang murah hati

92. KHANSA SABIHA

Semoga seperti seorang pejuang muslimah yang wajahnya berseri-seri

93. KHATAMI SAHIRA

Mata air terakhir

94. KHAZANA RIDHA NAILA

Anak perempuan yang suka memberikan hartanya dengan ikhlas

95. LABIBAH ZAKIYYA

Anak perempuan yang cerdik dan cerdas

96. LAILA FAIHA

Malam yang memiliki banyak kelebihan

97. LAIMUNA HAURA HASNA

Gadis berkulit putih yang cantik laksana jeruk yang manis

98. LATIFA QOTRUNNADA

anak perempuan yang lembut bagaikan tetesan embun

99. LUJNA KAMILA

Bukit datar yang ditumbuhi pepohonan yang selalu hijau

100. LUQYANA FARHA

Perjumpaan kita yang menggembirakan

101. LUTHFIA NISRINA

Gadis yang lembut bagaikan bunga mawar putih

102. LUTHFIA ZAHRA TALITA

Gadis lemah lembut yang selalu berseri-seri


103. MAHDIYATU SYAUQIYA

Anak perempuan yang selalu rindu mendapatkan hidayah

104. MAHIRA HASNA KAMILA

Kepandaian dan kecantikan yang sempurna

105. MAISYARA SALSABILA

Ketenangan mata air syurga

106. MARDIYATU EL-HAZIMA

Anak perempuan yang teliti dan mendapatkan keredhaan Allah

107. MAWADDATU SHIFWA

Kasih sayang seorang sahabat akrab

108. MUAZARA ULFA

Anak perempuan yang mendapatkan pertolongan dari persahabatan

109. MUFIDA SALSABILA

Anak perempuan yang bermanfaat laksana mata air syurga

110. NABILA HASNA AMIRA

Kecerdikan dan kecantikan seorang ratu

111. NADA FAJRIA SALSABILA

Embun pagi dari mata air syurga

112. NADHIFATUL AZHAR

Bunga-bunga yang bersih

113. NAFLA SYAKIRA

Bunga matahari yang pandai bersyukur

114. NAILA MUAZARA ULFA

Anak perempuan yang suka memberi pertolongan dan keramahan

115. NAJWA KHAIRA WILDA

Bisikan kebaikan dari seorang bidadari

116. NAURA HASNA ANNIDA

Anak perempuan yang mempesona bagai bunga yang indah

117. NAURA NADHIFA AKMAL

Bunga yang bersihnya lebih sempurna

118. NIDA RANIA FAJRIA

Seruan yang mempesona di pagi hari

119. NISRINA ARIJ HISANA

Bunga mawar putih yang sangat harum dan cantik

120. NUDA BAHIRA RAMADHANI

Pelangi yang indah di bulan Ramadhan

121. QONITA ISMAN TAQIYYA

Anak perempuan yang taat kepada suami dan bertaqwa kepada Tuhannya

122. QOSAMA AFKAR BASHIRA

Keindahan dari buah fikiran yang bijaksana

123. QOTRUNNADA SALSABILA

Tetesan embun dari mata air syurga

124. RAFIA FATINA

Anak perempuan anggun yang menarik perhatian

125. RAFIFATU RIFDA

Anak perempuan yang berakhlak baik dan suka memberi pertolongan

126. RAHIMA TALITA SHALIHA

Gadis baik yang penuh kasih sayang

127. RAHMA SHAFIYYA

Kasih sayang dari seorang kawan yang tulus

128. RAIDA FAKHIRA

Pemimpin perempuan yang membanggakan

129. RAIHANA YASMINA FAIHA

Bunga melati yang harum dan memiliki banyak kelebihan

130. RANIATU JANNA

Syurga yang mempesona

131. RASYIDATU MARWA

Petunjuk jalan yang lurus di bukit Marwa

132. RASYIDATU NAJA

Petunjuk yang menuju keselamatan

133. RASYIDATU SHAFA

Petunjuk jalan yang lurus di bukit Shafa

134. RAUDHATU JANNA

Taman syurga

135. SAHLA SAIDA

Anak perempuan yang mendapatkan kemudahan dan kebahagiaan

136. SAKINATU MARWA

Ketenangan saat berada di bukit Marwa

137. SALIMA NAZIHA

Anak perempuan yang selamat dan bersih dari noda

138. SALSABILA NADHIFA

Mata air syurga yang bersih

139. SALWA ZAKIYYA

Burung puyuh yang tumbuh dengan baik

140. SAYYIDA HAKAMA

Pemimpin perempuan yang bijaksana

141. SAYYIDATU HAIBA

Pemimpin perempuan yang berwibawa

142. SHOFIE SALSABILA

Mata air syurga yang jernih

143. SUHAILA ILMA NAFIA

Kemudahan dalam mendapatkan ilmu yang bermanfaat

144. SUKAINA FARIHA

Anak perempuan yang tenang dan periang

145. SYAFIYYA RAHMA

Seorang teman yang tulus penuh kasih sayang

146. SYAWWAL HUSNAYAN

Bulan Syawal yang penuh kemenangan

147. SYIFA SAUQIYA

Anak perempuan laksana ubat penawar rindu

148. TAHANY SYAKIRA

Ucapan selamat dan rasa syukur

149. TALITA HASNA HUMAIRA

Gadis yang cantik yang pipinya kemerah-merahan

150. TAMIMATU EL-QAIDA

Pemimpin perempuan yang kuat



151. TASMIRA KAMIL

Permata yang indah dan sempurna

152. TASNIM THUFAILA

Angin semilir yang lembut dan halus

153. TSABITA SHIFWA

Sahabat yang memiliki keteguhan hati

154. UFAIRA NUR AFIFA

Anak perempuan pemberani yang memancarkan cahaya kesucian diri

155. ULFA ALIYA FITRI

Anak perempuan yang memiliki rasa persahabatan yang tinggi dan suci

156. ULFA KHAIRUNNISA

Sebai-baik wanita yang ramah terhadap orang lain

157. ULFA RAHMA HAYATI

Wanita yang penuh rasa persahabatan dan kasih sayang dalam kehidupanku

158. UZDA JAMILA

Anak perempuan yang memiliki kelebihan yang indah

159. UZDA SHAFIYYA

Kawan yang tulus dan memiliki kelebihan

160. WAFIYATU WARDA

anak perempuan yang bagaikan bunga mawar yang sempurna

161. WARDA FATINA

Bunga mawar yang mengagumkan

162. WAZIRA HUWAIDA

Menteri wanita yang lemah lembut

163. YAFIA AZHAR

Bunga-bunga yang tinggi

164. YASMINA KHAIRUNNISA

The best woman like jasmine

165. YUMNA FARIHA

Anak perempuan yang mendapatkan beruntung dan bahagia

166. YUSRIYYA KAMILA

Anak perempuan yang bagaikan kemudahan yang sempurna

167. ZAHIDA QALBI NADHIFA

Anak perempuan rendah hati yang memiliki hati yang bersih

168. ZAHIRA FAIRUZ

Anak perempuan yang bercahaya bagaikan permata

169. ZAHIYA KAMILIA

Indah bagaikan pepohonan yang selalu hijau

170. ZAHRA ALMAIRA RAHMAN

Putri (kerajaan) bunga yang penuh kasih

171. ZAHRA AMIRA RAHMANI

Anak perempuan yang bagaikan Bunga yang memimpin dengan kasih sayang penuh kasih

172. ZAHRATU NIDA

Bunga yang mempesona

173. ZALFA NAQIYYA

Permukaan mutiara yang jernih

174. ZARA NADIA AKHYAR

Fajar menyingsing yang mengawali segala kebaikan

Cantik bukan nama-nama tersebut. Semoga ada yang menjadi pilihan hati anda nanti.

]]>
22 Nasihat Untuk Ibubapa Yang Punyai Anak Lelaki Berumur 9 Hingga 12 Tahun - Akhi Fairuz Al-Jengkawi. https://redaksi.com/5446-22-nasihat-untuk-ibubapa-yang-punyai-anak-lelaki-berumur-9-hingga-12-tahun-akhi-fairuz-al-jengkawi Fri, 08 Mar 2019 13:54:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5446 Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mahukan yang terbaik buat anak-anak kita. Jadi untuk memastikan bahawa anak-anak kita ini mempunyai masa depan yang baik dan lebih cerah, maka kita sebagai ibu bapa perlu lah memainkan pernanannya terutama dalam memberi pantuan dan kasih sayang yang secukupnya.

Anak-anak yang meningkat dewasa ini masih lagi mempunyai perasaan ingin mencuba sesuatu yang begitu kuat, jadi apabila ia berada dalam pantuan ibu bapa, maka tingkah lakunya itu mungkin akan sedikit terkawal.



Jika Tuan Puan ada anak lelaki yang berusia 9 ke 12 tahun, mohon baca sampai habis perkongsian ini:



1. Tolong sangat-sangat untuk jelaskan kepada mereka tentang akil baligh. Ilmu yang mereka pelajari di sekolah tak mencukupi sebagai bekalan menempuhi alam remaja.

2. Akil baligh dikupas dengan baik dalam beberapa subjek di sekolah. Namun, anak-anak kita tak dapat relate perkara itu dengan realiti yang bakal berlaku kepada mereka.

3. Contoh yang pertama, mereka masih samar-samar bagaimana proses akil baligh itu terjadi. Yang mereka faham, air mani akan keluar setelah mimpi melakukan hubungan seks (itupun jika guru di sekolah menggunakan term mimpi buat seks, kalau ditukar pada perkataan yang lain, lagi mengelirukan mereka).

4. Oleh yang demikian, ada di kalangan remaja lelaki sekolah menengah yang mengaku tak mandi wajib bila keluarkan air mani sendiri dengan cara melakukan onani.

5. Inilah masalah terbesar hari ini Tuan Puan. Anak-anak kita akil baligh bukan melalui proses yang sebenar. Bukan mimpi basah, tetapi mengeluarkan air mani sendiri.

6. Kenapa hal ni boleh berlaku? Mereka telah peroleh rangsangan seksual lebih awal melalui drama, filem, pembacaan sehinggalah menonton video pornografi.

7. Istilah ‘melancap’ bukan lagi asing di kalangan anak-anak lelaki di sekolah rendah. Bagi mereka, perbuatan itu melucukan dan mereka tahu ada kawan-kawannya yang sudah buat benda itu.

8. Kasihan bila mengenangkan adik-adik lelaki yang saya jumpa naif sebegini. Sudahlah akil baligh seawal usia 9 tahun, menonton video lucah serta melakukan onani, bahkan tak tahu menahu itu juga salah satu jalan permulaan akil baligh bagi seorang lelaki.

9. Hal bagaimana terjebak dengan video lucah dan onani saya telah sentuh sebelum ini. Akses porn sangat mudah diperolehi oleh mereka. Samada dari handphone yang Tuan Puan berikan, atau menjadi mangsa sex grooming di media sosial atau rasa ingin tahu melalui pop up perempuan tak berpakaian yang berlegar di internet atau juga video lucah yang disimpan oleh seorang bapa dalam smartphonenya sendiri.

10. Sebagai ibubapa yang mahu berperanan, kita wajib ingatkan awal pada anak-anak akan hal ini. Kaitkan akil baligh dengan perlakuan menonton porn, air mani dikeluarkan dengan cara yang salah, persoalan mandi wajib hinggalah kepada praktikalnya. Takkan hal semacam ini kita nak harapkan 100% ustaz ustazah atau cikgu sekolah untuk ajar?

11. Mungkin ada lelaki di luar sana yang skeptikal dengan isu melancap ni. Bagi mereka biasalah budak lelaki buat onani. Eh! Come on! Aku cerita tentang budak sekolah rendah seawal 7 8 tahun yang beronani. Kau tak pernah bayangkan ke bagaimana nasib mereka 2 ke 3 tahun akan datang. Onani dan menonton porn berkait antara satu sama lain. Ia akan menyebabkan ketagihan. Kau nak ke budak kecil ini membesar menjadi OKU seksual yang mandul?

12. Baik, cukup hal berkaitan akil baligh dan mandi wajib. Sekarang, aku nak huraikan pula tentang perubahan fizikal dan emosi anak-anak.

13. Tuan Puan, perkara yang sering saya ingatkan kepada adik-adik di sekolah adalah tentang bau badan. Kadang-kadang ada pelajar yang dipulau oleh kawan-kawan dek bau ketiak yang busuk ya ampun.

14. Kita sebagai mak ayah tolonglah ingatkan pasal hal ini. Kata pada mereka, lepas akil baligh, bau badan muncul. Paling ketara, di ketiak. Maka, belilah deodarant untuk mereka gunakan.



15. Beli sahaja tak cukup, Tuan Puan kena tunjukkan pula cara nak guna dan berapa kali sehari nak kena sental ketiak tu. Kena pantau! Ingat, sekali lagi saya ulang, SILA PANTAU! Siap capslock lagi tu. Ia penting.

16. Kenapa saya kata ia penting? Sebab ramai ya amat budak lelaki yang baru akil baligh di luar sana yang pandang ringan penggunaan deodarant. Mereka lebih selesa tepek bedak pada ketiak. Biasalah, budak lelaki, benda macam ni dia anggap tak penting. (Budak perempuan pun ada sebegini. Saya akan ulas pasal mereka pada post akan datang).

17. Bab ketiak satu hal. Selain dari itu, Tuan Puan kena tekankan mengenai perubahan fizikal pada tubuh badan. Suara semakin garau, ketinggian, badan makin sasa dan paling penting kena cerita hal bulu yang tumbuh.

18. Tuan Puan tahu tak ada pelajar di sekolah menengah yang payah gila nak cukur bulu ari-ari di bahagian zakar dan ketiaknya? Benda macam ni kita kena sebut dan ajar. Jangan anggap anak kita tahu semua benda. Atau jangan anggap anak kita akan tahu sendiri. Ini mindset yang sangat salah! Nampak tak, siap tanda seru tu. Sebab ini hal serius.

19. Dalam Islam, bulu-bulu ini perlu dicukur atau digunting dalam tempoh masa 40 hari. Sebut pada anak, ini sunnah Nabi. Kalau sahabat non muslim ada baca post ni, lakukan juga hal yang sama. Ia ilmu universal. Dah panjang, cukurlah kan. Takkan nak biar panjang sampai boleh buat tocang? Huhu

20. Sekarang, bab penampilan pula. Tuan Puan, ajarlah anak kita nampak menarik sikit bila berpakaian. Nak jaga penampilan, tak semestinya perlu pakai dan beli pakaian yang mahal. Cukuplah sekadar kemas dan bersesuaian dengan aktiviti yang anak kita lakukan. Jadi, tak adalah anak kita selekeh je sepanjang masa.

21. Paling penting adalah, Tuan Puan wajib ingatkan soal dosa dan pahala. Terangkan dengan jelas segala perbuatan mereka akan dikira sebagai amal soleh atau dosa. Kita dah mendidik mereka dengan baik, maka menjadi tanggungjawab mereka menghindar diri dari dari menjadi hamba Tuhan yang engkar dengan perintahNya.

22. Sebab itu Islam suruh kita ajar anak solat ketika umur 7 tahun dan rotan (niat mendidik dan bukan untuk mencederakan) ketika berusia 10 tahun. Bahasa paling mudah untuk ajar anak solat adalah melalui perbuatan kita sendiri. Hidupkanlah solat jemaah di rumah. Masa kecil, memang depa akan main-main atas badan kita, panjatlah, jadikan kudalah, tapi lama-lama mereka akan ok. Jangan lupa sekali sekala bawa ke masjid.

Ok, setakat ini sahaja. Saya rasa cukup sekadar 22 point ini. Jika bermanfaat, tag nama pasangan atau kenalan anda. Mohon share agar ramai mak ayah yang baca nanti. Mari kita jadi ibubapa yang dimaksudkan oleh Saidina Umar:


“Mendidik anak mengikut zamannya.”


Wallahuallam.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi,
Tukang Ceramah Anak Kau Orang di Sekolah.


]]>
Berbohong Untuk Menjaga Hati Pasangan, Lama-Lama Jadi Tabiat Yang Susah Terhapus. https://redaksi.com/7637-berbohong-untuk-menjaga-hati-pasangan-lama-lama-jadi-tabiat-yang-susah-terhapus Thu, 21 Nov 2019 11:54:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7637 Ada orang menipu pasangannya kerana dia ingin menjaga hati pasangan. Tak nak hati pasangan terluka atau kecewa dengan sesuatu perkara. Akan tetapi, tindakan ini bukanlah satu tindakan yang tepat kerana, apabila anda mula menipu anda akan terus menipu.

Nak-nak lagi kalau anda menipu isteri atau suami anda. Sehari dua nanti akan kantoi lah penipuan anda itu. Tak semua penipuan akan kekal selamat selamanya, mungkin hari ini anda terlepas esok lusa boleh jadi akan terbongkar. Maka dengan itu, jangan belajar menipu pasangan nanti lama-lama jadi tabiat pula.

Banyak keburukan sebenarnya menipu pasangan ini. Jangan padang sudut nak jaga hati pasangan je, padang juga keburukan yang bakal berlaku apabila kantoi penipuan anda itu.



1. Tak selesaikan masalah.

Walau apa pun sebab anda menipu pasangan anda, tapi ia sebenarnya tidak menyelesaikan masalah tersebut. Bahkan, ia menjadi masalah tersebut semakin besar dan berkait. Ini kerana, apabila anda menipu demi kebaikan hubungan anda, sebenarnya anda sedang lari dari masalah yang telah terbina. Jadi bila nak selesai kalau anda gunakan penipuan untuk selesaikan masalah tersebut.

2. Makin banyak penipuan yang dilakukan.

Mula-mula mungkin anda menipu satu atau dua kali untuk perkara yang kecil. Akan tetapi, bila pasangan mula merasakan sesuatu atau kantoi, boleh jadi anda akan melakukan penipuan lagi untuk beri alasan yang munasabah atau cuba selamatkan diri anda. Akhirnya, penipuan yang sekali sahaja anda ingin lakukan boleh jadi berulang kali atas sebab anda tidak jujur dengan pasangan anda sendiri.



3. Jujur lebih mudah walaupun menyakitkan.

Adalah lebik baik kalau anda berlaku jujur sahaja dengan pasangan anda. Walaupun awalnya ia mungkin menyakitkan dan melukakan hatinya, tapi lama ke lamaan dia akan sembuh dan terima apa yang anda katakan itu. Itu adalah lebih baik dari anda sembunyikan dan menipu dirinya.

4. Hilang kepercayaan.

Apa yang sebenarnya paling menakutkan adalah, anda akan hilang kepercayaan pasangan anda apabila anda menipu ini. Mana tidaknya, apabila penipuan itu diketahui, ia akan memberi kesan di hatinya, secara tidak langsung akan kekal diingatan serta membuatnya sentiasa ingin berjaga-jaga dengan sikap anda. Bukan ke itu akan menjadi duri dalam hubungan? Ini kerana, saling percaya antara satu sama lain dalam hubungan adalah perkara yang sangat penting dan utama.

Jangan ambil mudah akan penipuan yang telah anda lakukan, ia mungkin bermula dengan ingin menjaga hati pasangan. Akan tetapi ia akan menjadi satu tabiat yang anda tak akan tinggalkan kerana terlalu selesa akan perkara itu dan sentiasa menipu ini selamatkan diri anda dan hubungan tapi sebenarnya sebaliknya.

]]>
Soal Jodoh Tidak Usah Risau, Tuhan Telah Sediakan Yang Terbaik. https://redaksi.com/1279-soal-jodoh-tidak-usah-risau-tuhan-telah-sediakan-yang-terbaik Wed, 20 Sep 2017 11:15:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1279 Perkara kelahiran, rezeki, hidup, mati mahupun jodoh merupakan misteri serta takdir Tuhan yang tak boleh diramal begitu saja. Walaupun kita sudah berusaha keras dan berdoa untuk mendapatkan yang terbaik dari itu semua, ketetapan Tuhan tetaplah segala-galanya. Sementara, kita harus sentiasa menerima dengan perasaan ikhlas serta berlapang dada.



Bila berbicara mengenai takdir khususnya jodoh, nampaknya perbincangan ini akan sangat panjang dan seolah tiada kesudahan. Ya, jodoh. Suatu perkara yang begitu dinantikan ramai khususnya yang masih membujang atau single. Walaupun banyak dari kita yang masih membujang mengatakan “Aku bahagia sendiri atau aku rasa selesa sendiri,” saya yakin bahawa dalam hati yang paling dalam tersimpan rasa rindu teramat dalam dan berharap bahawa si jodoh akan segera datang.

Apalagi, ketika sahabat telah bertemu jodoh atau pasangan masing-masing. Juga, ketika orang sekitar sentiasa bertanya “Bila nak cari teman lelaki? Bila nak menikah? Bila abah dan ibu boleh bertemu calon menantu?” Jujur saja, hal ini tentu akan membuat rasa resah, memikirkan mengenai jodoh membuat rasa lebih gundah. Jika sudah mula gundah gulana akan datangnya jodoh, tenangkan hati dan percaya bahawa Tuhan telah siapkan rancangan yang terbaik.



Tak Bertemu Jodoh Bukan Bermakna Tak Laku, Tapi …

Bunyi kata-kata ini cukup kasar, tapi, kalau kita ambil sisi positif, memang ada kebenarannya. Seseorang yang belum juga bertemu jodoh belum tentu dia tidak laku atau tiada yang mahu berkahwin dengannya. Seseorang tersebut memang belum berfikir untuk serius berumah tangga kerana masih ada tanggungan lain seperti menyelesaikan pendidikannya, mendapatkan pekerjaan yang layak atau kerana dia memang sedang ingin berjuang untuk ibu bapa terlebih dahulu.

Seseorang yang belum bertemu jodohnya juga ada yang mempunyai impian yang masih ingin dicapai sebelum benar-benar memutuskan untuk melepas masa bujangnya. Boleh juga, sedang memilih seseorang yang benar-benar sesuai dengan kata hatinya dan fikiran dengannya. Ya, kadang-kadang untuk mencintai boleh dipelajari, bukankah mencintai akan sangat membahagiakan bila tumbuh secara misteri tanpa disedari?



Setiap Orang Pasti Akan Bertemu Jodohnya.

Bila dan di mana pun itu, setiap orang pasti akan bertemu dengan jodohnya. Jika memang tak bertemu di dunia, mungkin Tuhan telah siapkan jodoh terbaiknya di Syurga nanti.

Tugasmu memantau diri, agar kelak bertemu yang tak saling menyakiti.

Buat kamu yang masih single, tugasmu ketika ini adalah memantau diri. Memantaukan diri sendiri dari segi memperbaiki sikap, belajar lebih banyak mengenai semua hal terutama yang berkaitan dengan hati agar kelak si jodoh dipertemukan dan disatukan dalam hubungan perkahwinan, kalian berdua akan sentiasa membahagiakan dan tak pernah sanggup untuk saling menyakiti apalagi mengkhianati. Tuhan telah berjanji bahawa seseorang yang baik, maka dia juga akan digandingkan dengan pasangan yang baik pula.

Gunalah masa yang ada sekarang dari banyak mengeluh, merana dan gundah gulana, alangkah baiknya jika masa-masa itu dinikmati dan menjadi lebih bermanfaat. Kelak, ada masa di mana kita akan dipertemukan dengan jodoh kita. Ada masa di mana kita akan berjuang bersama, menggapai cita bersama dan membina keluarga bahagia. Sentiasalah senyum untuk menyambut datangnya jodoh yang telah ditetapkan oleh-Nya dan terimalah dia dengan perasaan tulus ikhlas kerana-Nya.



]]>
Rahsia Tersembunyi : Lelaki Lebih Merana Berbanding Perempuan Bila Putus Cinta? https://redaksi.com/1063-rahsia-tersembunyi-lelaki-lebih-merana-berbanding-perempuan-bila-putus-cinta Sun, 27 Aug 2017 14:48:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1063 Assalamualaikum..

Selamat hari pekerja semua, selamat bercuti jugak. Sebelum itu minta maaflah sebab entry yang pertama itu adalah entry auto post macam gitulah, sebab sekarang nie acik sibuk banyak sebab tu kena buat entry auto post.. Hari ini acik nak kongsikan sesuatu.



Sehebat mana seseorang itu pastinya ada kelemahan yang tersembunyi dan kadang di tutupi setiap kelemahan itu. Kita ambil dari sisi positive bahawa kelemahan boleh jadi kekuatan sebenarnya tapi bagi mereka yang tahu siapa diri mereka yang sebenar. Dan begitu juga hati kita, jika kita tak cuba kuatkan hati, maka lemahlah dia, jika kita putus asa, hati akan merana. Percaya pada ketentuan Allah.

Ahhh cinta dan cinta setiap hari akan di bahas di mana mana sahaja, siapa pernah putus cinta?? Putus cinta memang sangat menyakit dan pahit tak seperti jatuh cinta. Sakit beb sebab acik pon pernah rasa juga masa zaman budak budak nak kenal cinta cintun ini. Kalau kita lihat di dalam filem mahupon realiti kebiasaanya di tonjolkan bahawa kaum hawa begitu sengsara bila putus cinta dan trauma yang melampau. Dan dapat kita lihat lelaki putus cinta cool saje seperti tak ada perasaan, paling tidak hanya mengamuk.



Siapa kata lelaki putus cinta itu cool saje? kebenaran yang sebenar lelaki lebih merana dan sengsara bila putus cinta? percayalah. Menurut kajian nisbah lelaki bunuh diri kerana putus cinta 3:1. Ini acik tak meraguinya kerana lelaki ini banyak pendam perasaan di campur dengan ego mereka. Kadang ada saje yang cakap siapa suruh ego. Sedangkan ego itu di ciptakan oleh ALLAH jadi tak perlu pertikaikan yang buat ianya rendah dan tinggi ego itu adalah diri kita sendiri.

Serious, lelaki kalau putus cinta memang teruk sebab ini apa yang acik lihat dari kawan kawan dan orang sekeliling. Ambil masa yang lama untuk pulih, tapi bila depan kawan kawan kena tunjukkan tak ada apa apa, padahal dalam bilik menagis tersedu sedu. Ini realiti.

Mana tak frust kadang kala dah banyak duit kita keluarkan untuk "si gadis idaman" dan dah siap bawa jumpa keluarga. Ada kes sanggup berhutang dengan bank dan along untuk tampung pembelanjaan "si gadis idaman". Waktu dah banyak habis bersama.

Kadang kala sanggup buat apa saje untuk dapatkan si dia kembali. Dan siapa salah itu tak perlu bahas kerana mengikut situasi kisah cinta mereka tersendiri.



Pernah dulu, kawan acik siap tak datang kelas 1 minggu duduk terperap dalam bilik dan keputusannya pon merundum. Tapi itulah namanya ujian dari ALLAH.Sebenarnya begitu bagi kaum hawa mereka begitu juga derita kerna putus cinta. Entri ini bertujuan untuk memberitahu semua orang bahawa siapa yang putus cinta itu memang akan sakit dan merana.Tak kiralah lelaki atau perempuan.

Sebab tadi ada yang hantar mesej dengan acik bahawa dia kata "Lelaki tak tahu rasanya sakitnya putus cinta". Tak pelah apa pon kepada siapa yang sedang putus cinta jangan sedih lama lama, ALLAH jarakkan kita dengan si dia untuk kita muhasabah diri dan membaiki diri. Boleh jadi dia orang yang rugi sebab melepas kita yang benar benar sayang dia. Sebab itu jodoh itu Rahsia ALLAH. InsyaALLAH kita akan dapat lebih baik.

Bila putus cinta pasti hati akan tak tenteram.Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28,

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

]]>
Aku Bahagia Melihat Dia Bahagia Dengan Orang Yang Dia Sayang. https://redaksi.com/1036-aku-bahagia-melihat-dia-bahagia-dengan-orang-yang-dia-sayang Fri, 25 Aug 2017 15:20:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1036 Assalamualaikum..

"Awak terlalu baik untuk saya".

Itulah alasan dia beri pada aku, kadang tak masuk akal. Itu yang aku hadapi dan aku tahu itu adalah alasan semata-mata. Aku cukup jaga pergaulan agar timbul fitnah. Aku cuba terbaik untuk dia, kerana aku memang serious dengan dia untuk di jadikan bakal isteri.



Tetapi dengan alasan itulah dia tinggalkan aku dan aku dapat tahu dia berkahwin dengan kawan baik aku sendiri.

Hati memang hancur, luluh bagaikan di siat-siat ketika itu. Memang betul, kalau perempuan itu dah tak nak dengan kau dia akan bagi alasan yang macam-macam dan kadang kala tak masuk akal. Paling sedih apabila dia sendiri burukkan aku dengan keluarga dia.

Tapi aku tidaklah salah dia, kerana ini adalah takdirku. Allah jumpakan dia untuk aku didik hati jangan mudah bersandarkan cinta manusia semata tetapi berikan cinta itu kerana Allah. Mungkin Allah tak nak aku persiakan hidupku dengan orang yang akan sakiti aku kelak. Bayangkan kalau aku kawin dengan dia dan masa sama dia ada lelaki lain, ya Allah nauzubillah.

Paling penting Allah inilah ujian Allah untuk aku dekatkan diri ini kepada Allah. Sakit itu memang sakit tetapi siapalah kita untuk lebih mencintai lebih dari Maha Pecipta.



Allah tak pernah persiakan hanyalah dia sebagai persinggahan untuk kenali erti cinta manusia.

Hatiku belajar menangani rasa sakit hati, kehilangan dan kerinduan. Ianya boleh mengubat rasa rindu dan kekosongan dengan zikir.

Kali ini aku terserempak dengan dia, bahagianya bersama anak-anak dan suaminya.

Hati ini memang sakit, sakit teramat, dia bahagia sedangkan masih mengumpul kekuatan untuk pulih luka lama.

Tetapi tidaklah ku berdendam benda yang dah lama berlaku. Ya rabb bahagiakanlah mereka hingga jannah. Kuatkan cinta mereka dan redhailah mereka.

Aku bahagia melihat dia bahagia dengan orang yang dia sayang.

]]>
Nak Simpan Rm10,000 Untuk Satu Tahun? Cuba Kaedah Ini. https://redaksi.com/6382-nak-simpan-rm10000-untuk-satu-tahun-cuba-kaedah-ini Thu, 27 Jun 2019 09:47:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6382 Kita kalau nak menabung, kena berusaha dan berdaya lebih. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dengan simpanan, pasti banyak sahaja perkara yang boleh kita uruskan, termasuklah untuk berkahwin kelak. Jadi, sekiranya ingin menyimpan RM10 ribu untuk satu tahun, jom ikuti kaedah dari saudari Nur Aliah ini…

********

Kalau Tak Menabung Dari Dulu, Mungkin Tak Dapat RM11,700 Sekarang Ni.

Lia nak kongsikan kepada anda, tips yang sangat best dan mudah je nak buat, dengan izin Allah anda mampu hasilkan duit simpanan lebih dari RM10,000 dalam masa setahun.

1. Ada niat yang betul, fokus dan konsisten menabung setiap masa demi mencapai matlamat yang dinginkan.

2. Sediakan balang saiz besar, boleh hias cantik-cantik aslong balang tu boleh bagi anda motivasi untuk menyimpan duit selalu. Contoh letak gambar travel, rumah atau gambar kaabah.

3. Jumpa duit RM20 dan RM5 asingkan terus ke tepi. Tutup mata setiap kali nampak dua warna ini, kuning dan hijau.

4. Kalau terguna anda wajib untuk menggantikan semula duit itu dengan 2 kali ganda supaya rasa takut nak guna lagi dan dapat ajar diri untuk disiplin.

5. Letakkan target berapa lama nak menabung, yang terbaik adalah set kan terus tabung untuk 1 tahun sebab akan dapat hasil yang sangat memuaskan.

6. Oh ya. Kenapa kena pilih warna kuning dan hijau? Warna kuning ni warna kekayaan, kesenangan dan keceriaan. Manakala warna hijau ni warna ketenangan dan kebahagiaan.

7. Nak tahu, bila anda ada sifat suka menyimpan duit RM20 dan RM5 ni, akan selalu berlaku situasi begini, contoh makcik jual karipap asalnya nak bagi baki rm4.00, sebab tak ada duit kecil dia akan cakap “ambil la rm5 ni takpe makcik halalkan”. Bestkan.

8. Menabung ni anda perlu istiqamah setiap hari, bukan menabung sebulan RM100 sekali. Buat je hari-hari nanti akan timbul sifat suka sangat nak menabung.

9. Setiap awal bulan, kira dalam tabung tu ada berapa jumlah duit yang terkumpul. Dari jumlah tu, asingkan 2.5% dengan tujuan niat untuk berzakat.

10. Selain zakat, asingkan juga 10% dengan tujuan niat untuk bersedekah. Nak bagi lebih tak apa, cuma syaratnya minima 10% untuk sedekah.

11. Lagi 30% ni penting, wajib bagi reward atau hadiah pada diri sendiri. Sebab bila kita reward diri kita, semakin bertambah self-motivation kita untuk rajin menabung ni.

12. Balance duit tu, anda simpan dalam balang tadi tu. Nasihat dari Lia sendiri, Lia galakkan anda tukar duit itu menjadi EMAS 999.9 (Emas Goldbar) bukan lagi dah dalam bentuk wang ringgit.

13. Lia bagi contoh yang sangat mudah, katakan setiap bulan duit yang terkumpul berjaya mendapat RM1,000. Untuk zakat asingkan duit RM25 (2.5%), untuk sedekah asingkan duit RM100 (10%) dan untuk reward diri sendiri asingkan duit RM300 (30%).

14. Lia suggestkan, untuk sedekah kalau tak tahu nak bagi siapa, bagilah pada anak yatim piatu, ibu tunggal yang susah atau bagi pada pelajar-pelajar di Universiti kerana mereka juga layak diterima sedekah.

15. Bayangkan, dengan bersedekah ni, anda telah menghasilkan 7 tangkai dan setiap tangkai itu mengandungi 100 buahnya. Jadi, RM100 x 7 tangkai x 100 buah = RM70,000!! Wow! Banyak tu.

16. Inilah formula calculator dalam kiraan Islam. Konsep yang sangat mudah, “the more you give, the more you will get.”

17. RM70,000 tu kadang-kadang bukan dalam bentuk duit, mungkin nilai suami cium isteri RM10,000, nilai orang bagi 10 botol Dexandra Perfume RM750, tiba-tiba ada orang nak belanja makan di hotel mewah 5 bintang.

18. Lia yakin dan sangat percaya, macam-macam lagi keajaiban yang berlaku dalam hidup anda yang anda sendiri tak sangka-sangka, sebab rezeki Allah itu Maha Kaya dan Maha Luas.

19. Itu la menariknya menabung ni, anda akan rasa sangat best, tenang je dan duit tu sentiasa ada bersama anda. Law of Attraction.

********

Semoga Kita Konsisten Dalam Menyimpan Wang!

]]>
Tanda-Tanda Jodoh Anda Semakin Dekat, Adakah Anda Sudah Bersedia? https://redaksi.com/3177-tanda-tanda-jodoh-anda-semakin-dekat-adakah-anda-sudah-bersedia Thu, 09 Aug 2018 13:15:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3177 Apakah perasaan apabila mengetahui jodoh anda semakin hampir, rasa gembira ataupun teruja? Tanda-tanda jodoh semakin hampir ini sukar untuk dilihat secara mata kasar, namun ia akan dilihat selepas jodoh anda datang menghampiri anda. Jodoh itu rahsia Allah yang tidak diketahui, tetapi Dia pasti telah meyediakan jodoh yang baik serta bersesuaian dengan diri kita. Mari ketahui tanda-tanda jodoh sedang menghampiri anda.


1. Memiliki hati yang mantap.

Apabila anda bertemu jodoh anda, anda yakin terhadapnya. Hati anda juga tidak berbolak balik atau meragukan dirinya. Anda bukan percaya dengannya kerana telah berkenalan lama dengannya, namun anda percaya terhadapnya secara tiba-tiba dan selatelah mendapatkan pertujuk daripada Allah S.W.T.

2. Berasa tenang dan tenteram ketika berhadapan dengannya.

Allah S.W.T telah berfirman, "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. " [QS.A-Ruum: 21]. Maka anda akan lebih mudah berasa selesa ketika jodoh sebenar anda berhadapan dengan diri anda.

3. Telah melupakan masa lalu.

Apabila jodoh anda semakin menghampiri anda, maka kenangan anda mengenai masa lalu akan semakin dilupakan. Bukan itu sahaja, anda juga sudah tidak kisah akan perkara tersebut. Anda lebih pandang kehadapan dan melihat sesuatu yang lebih jelas. Ia seumpama anda telah menerima kenyataan daripada perkara tersebut.


4. Tidak mencari lagi.

Jika anda sudah dihampiri dengan jodoh anda, maka perasaan anda untuk mencari orang lain sudah tidak ada. Anda percaya terhadap jodoh anda dengannya. Anda juga yakin bahawa dirinya adalah yang terbaik. Jika anda masih mempunyai perasaan ingin pasangan yang lain, itu bermakna anda masih belum menjumpai jodoh anda.

5. Dipermudahkan segalanya.

Siapa sangka detik perkenalan ini hanya semantara, siapa sangka dirinya adalah jiran lama anda dan siapa sangka anda mendapat restu dari ibu bapa dengan cara yang mudah. Jika dirinya adalah jodoh anda, segala perkara yang sulit itu telah menjadi mudah. Segala perkara yang dahulunya anda tidak percaya kini berlaku. Segalanya bagaikan begitu pantas sehingga anda tidak perasan ketika bila ia berlaku.

Jangan lupa melakukan solat istikarah dan memohon pertunjuk daripadanya. Semoga jodoh yang datang kepada anda itu benar-benar terbaik untuk diri anda dan masa depan anda.


]]>
6 Cara Nak Bagi Lelaki Sedar Akan Kehadiran Anda, Menurut Sains. Belum Cuba, Belum Tahu. https://redaksi.com/139-6-cara-nak-bagi-lelaki-sedar-akan-kehadiran-anda-menurut-sains-belum-cuba-belum-tahu Tue, 13 Jun 2017 12:28:20 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=139 Okay, anda sukakan si dia tetapi malangnya si dia langsung tidak ‘perasan’ kehadiran anda. Friend dekat facebook sudah, follow dekat Instagram pun sudah, tapi masih tak ada-apa perubahan. Rasa kecewa sangat? Bagaimana caranya nak bagi si dia tahu akan kehadiran anda?



1. Ketawa bila si dia berjenaka.

Ketawa walaupun sebenarnya langsung tidak lawak? Mempunyai sense of humor adalah seksi untuk kedua-dua lelaki dan perempuan, tetapi dalam cara yang berbeza. Menurut kajian Mating Intelligence Unleashed, “Penyelidikan menunjukkan bahawa mereka sukakan sifat lucu dalam diri pasangan mereka.” Di sini bermaksud wanita cenderung untuk memilih lelaki yang mampu membuatnya ketawa erti kata lain lelaki yang kelakar malah lelaki cenderung untuk memilih wanita yang ketawa pada jenaka mereka. Oleh itu, cuba tingkatkan daya tarikan ini jika anda ingin si dia ‘perasan’ kehadiran anda.



2. Play hard to get @ jual mahal.

“Kau ni kenapa terhegeh-hegeh macam tu sekali, jual mahal sikit”, biasa dengar dialog sebegini? Sekarang sains mengatakan anda perlu melakukannya juga. Dalam 59 Seconds: Change Your Life Under a Minute, penyelidik mendapati bahawa “stategi terbaik adalah dengan menunjukkan bahawa anda jenis yang sukar untuk dimiliki.” Satu lagi, anda kena ingat jual mahal bukan bererti sombong tetapi bijak mengawal perasaan dan anda tidak cepat melatah.

3. Beritahu si dia yang anda suka kepadanya.

Baiklah, jika anda sukakan seseorang itu, beritahu niat baik tersebut daripada tersimpan di hati yang langsung tiada orang tahu. Dalam buku How to Make Someone Fall in Love With You in 90 Minutes, Dr. Arthur Aron menjelaskan pentingnya untuk memastikan perasaan anda benar-benar jelas. “Jika anda bertanya kepada orang ramai tentang pengalaman mereka jatuh cinta, lebih 90% akan mengatakan bahawa faktor utama adalah mendapati pasangan anda itu ‘sukakan’ anda,” pendapat Aron.

4. Bercakap tentang hal peribadi dan emosi.

Dalam salah satu episod rancangan The Bachelor, Ben Higgins mengalakkan peserta wanita untuk lebih open dengan dirinya dan bercakap tentang soal emosi malah hal-hal peribadi. Dr Aron menjelaskan untuk temu janji seterusnya cuba mengenali pasangan anda, dengar setiap apa yang dikatakan dan menyampuk bila perlu juga dari situ boleh soal hal peribadi seperti “bagaimana hubungan si dia dengan keluarga”, “mungkin tentang hal kerja, yakni sedikit sebanyak boleh meringankan beban yang ditanggung” dan banyak lagi.



5. Flirt.

Dr Monica Moore, seorang ahli psikologi telah menjalankan penyelidikan mengenai tingkah laku untuk memikat si dia dan membuat kesimpulan bahawa “memberi reaksi melalui teknik menggoda yang asa seperti hubungan mata dan senyuman membuatkan si dia ‘perasan’ akan kehadiran anda.” Orang kata, dari mata turun ke hati. Sekali-sekala, pautan mata ketika berbicara dapat merenggut hatinya. Dan lirikan manja pula memberi tanda kepadanya yang anda berminat untuk berhubung dengan lebih serius.

6. Memakai kasut tumit tinggi.

Lelaki lebih mudah menerima wanita yang memakai kasut tumit tinggi, erti kata lain wanita feminin. Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior, kasut tumit tinggi meningkatkan daya tarikan wanita.

 

]]>
Netizen teruja Neelofa 'like' gambar anak Fattzura di Instagram. https://redaksi.com/8908-netizen-teruja-neelofa-like-gambar-anak-fattzura-di-instagram Wed, 11 Nov 2020 17:31:58 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8908 Tentunya ramai yang tidak sabar ingin melihat wajah comel anak Fazura dan juga Fattah Amin. Mana tidaknya, sejak dari hari dilahirkan sehigga hari ini, pasangan selebriti ini masih lagi tidak mendedahkan wajah anak mereka.

Menerusi Instagram milik Fazura, beliau telah memuat naik gambar bersama anaknya iaitu Fatima Aisya sehingga mendapat perhatian daripada warganet.

Walaupun terlihat sedikit wajah anak kepada selebriti itu, tapi tentunya masih tidak mencukupi dan masih buat ramai tertanya-tanya.

Like gambar siapa tu?

Tapi bukan wajah anak pasangan selebriti itu sahaja yang mendapat perhatian tetapi pengacara dan juga usahawan terkenal, Neelofa turut meninggalkan tanda suka pada gambar anak pasangan selebriti itu selepas dikongsi semula di Instagram Meletop.



Bukan itu sahaja, warganet juga sempat menangkap tindakan Neelofa yang turut memberikan tanda suka pada foto Fazura yang dikongsi semula juga di Instagram Meletop.

Perkara tersebut berjaya ditangkap oleh netizen yang rata-rata teruja dan meninggalkan komen apabila menyedari tidakan Neelofa.



 

]]>
Adakah Perkahwinan Suami Lebih Muda Daripada Isteri Membahagiakan? https://redaksi.com/262-adakah-perkahwinan-suami-lebih-muda-daripada-isteri-membahagiakan Wed, 21 Jun 2017 12:02:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=262 Tahun baru sudah bermula. Musim orang berkahwin pula semakin subur seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan! Setiap minggu ada sahaja walimah untuk dihadiri, tiap kali melayari Facebook ada sahaja event invitation walimah daripada rakan-rakan, bahkan ada pasangan yang kahwin di Glasgow baru-baru ini! Barakallah saya ucapkan!! Alhamdulillah! Tentu saja hal ini hampir menjejaskan emosi jejaka mahupun gadis yang masih bujang, untuk menjadikan ia sebagai motivasi untuk berusaha ke arah sunnah yang satu ini. Tapi, jangan dilabel sebagai muslimin muslimat gersang pula! Berpada-pada dalam melayan emosi. Sering kita lihat pasangan yang berkahwin, umurnya sebaya. Ataupun yang lelaki lebih tua daripada yang perempuan. Ianya semacam tradisi atau adat kita melayu, meletakkan hukum yang harus bahawa 'lelaki harus mencari pasangan yang lebih muda dari dirinya.'



Persoalan saya; 'Tidak wajarkah jika seorang perempuan itu memilih seorang yang lebih muda sebagai pasangannya?' Saya tinggalkan anda dengan persoalan itu, agar anda dapat memikirkan dengan teliti... Sementara itu, mari kita selami tentang hal 'Perempuan yang lebih berusia daripada pasangan.' Baru-baru ini, saya menghadiri walimah sepupu saya. Sepupu saya itu perempuan, suaminya muda 3 tahun. Tapi, saya lihat mereka secocok. Tiada pula perbezaan rupa yang menandakan sepupu saya itu lebih tua dari suaminya.

Ketika di meja makan, saya terdengar makcik-makcik memberi komen. Jangan salah anggap, ketika saya mengambil makanan, meja yang family saya duduk sudah penuh. Saya sudah terlalu lapar, kebetulan meja di sebelah ada kerusi kosong. Jadi saya memilih untuk duduk di sana, tanpa mengetahui yang saya bukan sahaja disajikan dengan makanan, bahkan telinga saya juga disajikan dengan bahan ' gossip' yang membuatkan saya jauh berfikir dan merasa agak 'panas' walaupun dewan itu dilengkapi dengan penghawa dingin. (Astaghfirullah)



Maaf, mari kita kembali ke topik asal.

'Cantik jugak baju pengantin tu. Tapi macam tak pandai nak pilih warna. Mana masuk hijau dan ungu.'

' You tahu, I baru pergi kenduri kahwin anak Dato' Razak. Curlass (baca:kelas) tauu. Door gift dia cantik sangat. Dia bagi diary! Bukan macam door gift ni. Bagi gula-gula saja.'

Saya yang sedang makan sudah terasa bahang. Malam sebelum itu saya bertungkus lumus membungkus gula gula, mengikat reben untuk dijadikan door gift. Senang sahaja mereka kutuk! Namun saya masih mampu tersenyum kepada dua makcik yang mengalahkan datin itu.

' You tau tak, dia tu lagi tua daripada suami dia.'

'Ye ke???? I dah agak dah. Patut la I tengok macam ada yang tak kena. Puas I fikir. Bila you cakap ni, baru I perasan yang dia nampak tua dari lelaki tu.'

Bila cakap baru nampak tua ye, makcik? Saya menahan sabar.

'Cuba bayangkan bila mereka bergaduh nanti. Yang perempuan mesti kata, 'You tu muda, I ni tua. You kena dengar cakap I.' Kan?'

Apakah pemikiran yang kolot ini???



Sudahnya, saya terus memakai earphone dan memasang lagu sekuat yang boleh. Agar saya tidak hilang sabar dan tidak mendengar benda yang mengarut. Jodoh, adalah di tangan Allah. Allah sudah tuliskan dengan siapa kita akan bersama. Tua, muda, gemuk, kurus, putih, gelap itu semua sudah di tentukan. Pasti Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

' Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..' (Ar-Rum : 21).

Perbezaan umur, itu bukan satu perkara yang berat. Malah, saya gagal untuk melihatkan ia sebagai satu masalah. Pernah dengar kata-kata yang sangat popular di barat 'Age is just a number. Sepupu saya itu bezanya hanya tiga tahun. Dalam jarak tiga tahun itu, apa yang membuatkan dia lain dengan suaminya? Perangainya masih lagi keanak-anakan. Jika dilihat, suaminya lebih matang. Ya, suaminya yang lebih muda itu, lebih matang dari sepupu saya. Umur itu hanyalah angka. Apa yang ada pada umur? Umur tidak memainkan peranan yang penting. Apa yang penting adalah kematangan. Akhlak seseorang itu. Karakter seseorang itu yang penting. Jika kata makcik itu tadi kalau mereka bergaduh, sepupu saya yang lebih tua itu menang kerana yang muda perlu mengikut yang tua. Saya rasa pemikiran ini salah!

Sekiranya dia faham tugas dan tempat dia sebagai seorang isteri, dia akan menghormati suaminya. Tidak kira berapa jarak umur pun. Dalam jarak tiga tahun, apa sangatlah perbezaan pada muka yang dapat dilihat. Kalau dilihat dengan teliti pun, memang susah hendak di bezakan yang tua dan yang muda. Kerana jujurnya, ia tidak jauh beza. Adakah anda masih ingat kepada Rasulullah s.a.w dan isteri pertama baginda yang mulia Khadijah? Khadijah jauh lebih tua daripada Rasulullah. 'Rasulullah kahwin dengan Khadijah kerana dia seorang janda. Lagipun, Rasulullah kahwin dengan ramai wanita kerana ingin membantu mereka yang susah.'



Objection! Saya terpaksa membantah.

Pertama, Khadijah sudah kaya raya, Rasulullah sendiri bekerja untuk Khadijah. Dia yang melamar Rasulullah, ini bermakna Khadijah tidak memerlukan bantuan Rasulullah dari segi kewangan. Jika Rasulullah tidak mencintai Khadijah, masakan Aisyah menjadi sangat cemburu, sedangkan dia tidak pernah melihat Khadijah.

Kedua, sunnah Rasulullah berkahwin lebih daripada satu untuk menunjukkan, siapa yang patut menjadi calon isteri yang kedua dan seterusnya. Rasulullah memilih janda yang memang memerlukan seorang pemimpin untuk memimpinnya dan anak-anaknya. Jika dilihat kembali, isteri-isteri Rasulullah semuanya adalah janda yang memang wajar ditolong, bukan seperti kebanyakan kita yang berkahwin kerana terjumpa kekasih lama lah, terjatuh cinta kali kedua lah. Ini sahaja sudah membuktikan bahawa kita lelaki ini tidak setia. Maaf kepada yang tidak berkenaan, bukan semua lelaki begini. Saya percaya ramai lelaki yang baik diluar sana. Alhamdulillah. Saya teringat kata-kata ustaz Ridha ketika Daisuki tahun lepas. Ustaz Ridha berpesan kepada Muslimat, jika kelak para suami menyatakan ingin berkahwin dua, jangan katakan tidak. Setuju sahaja dengan permintaan mereka, tetapi ada satu syarat; Muslimat itu perlu mencarikan jodoh untuk suaminya. Pergilah ke Central Market atau Masjid Jamek. Disana ramai wanita susah yang terpaksa meminta sedekah sambil mendokong anak. Itulah calon madu anda! Nah, mahu atau tidak suami kamu itu meneruskan niatnya untuk berkahwin lagi? Lucu bukan? Tapi sebagai seorang muslimin, saya memang terasa pedih dan terkesan dengan 'jenaka' itu.

Kita lihat kepada panduan untuk memilih calon isteri;

'Maka kahwinilah akan kamu dari perempuan itu yang baik bagi kamu' (An-Nisa : 3).

'Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beruntung' (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim).

Kita lihat ciri-ciri yang sudah diberikan dalam Islam. Yang penting adalah agamanya. Tidak pula di tekankan pada umurnya.

'Maka pilihlah pada agama dan umur yang lebih muda dari kamu. Nescaya itu yang terbaik' (Riwayat tidak sahih nasi Bukhari)

Sudah jelas bahawa Islam tidak menetapkan persoalan umur sebagai ukuran, baik kepada lelaki ataupun perempuan. Kerana apa yang membawa kepada kebahagiaan yang hakiki itu bukan pada umurnya, tapi pada agamanya. Kenapa lelaki lebih tua daripada perempuan itu perkara biasa, tetapi perempuan yang lebih tua dari pasangannya dianggap pelik? Ini diskriminasi! Saya sendiri sebagai seorang lelaki tidak menitik beratkan soal umur. Secara jujurnya, saya pernah meminati seorang senior perempuan saya kerana peribadi dan agamanya. Pernah terlintas dihati saya untuk melamar senior saya itu, namun ia hanyalah tinggal kenangan. Maaf, kerana saya tersangat jujur pulak dalam menceritakan hal ini.

Pernah saya ternampak kawan saya update status di Facebook, gambar bersama family kecil mereka. Suami, kawan saya dan dua orang anaknya; Kawan saya berumur 23 tahun, suaminya 22 tahun dan anaknya 1 tahun. Saya terbaca komen 'Patutlah Aiman nampak jauh lebih muda daripada awak, rupanya awak tua setahun dari dia!' Apa sangatlah beza setahun itu. Kalau di ikutkan bezanya tidak sampai setahun. Baru sahaja berapa bulan. Okay, kita buat sedikit calculation. Jika isterinya lahir pada bulan September 1992, suaminya pula lahir pada April 1993, berapa beza umur mereka? Tidak sampai setahun bukan?

Jadi dari mana datangnya perkara karut yang kawan saya nampak 'jauh' lebih tua daripada suaminya? Ramai artis-artis barat yang pasangan lelakinya jauh lebih muda daripada yang tua. Okay, tak payah ambil contoh dari barat. Che' Ta dan Zain bezanya agak jauh. Tapi mereka bahagia bukan? Baik, ambil contoh yang paling terbaik. Rasulullah dan Khadijah! Betapa taatnya Khadijah kepada Rasulullah, sehingga Rasulullah begitu kasih kepada Khadijah. Hingga Khadijah wafat, Rasulullah masih terkenangkan beliau, Rasulullah sangat sedih kerana kehilangan Khadijah. Bagi wanita yang sudah berusia dan berumur serta bekerjaya tidak ada masalah dan tidak ada aibnya bagi mereka menikahi lelaki muda khasnya yang masih belajar disamping dapat memenuhi keperluan fitrah masing-masing mereka juga dapat membantu para pemuda yang baru hendak membina kehidupan atau sedang melanjutkan pengajian. Tiada masalah bukan?

Jadi, anda masih lagi ingin bukti bahawa perbezaan umur itu bukan satu masalah?? Marilah kita sama-sama cuba untuk menghilangkan kepercayaan karut tentang perbezaan usia ini. Percayalah, apa yang akan membawa kepada kebahagiaan itu adalah agama yang indah, akhlak mulia serta peribadi yang menawan.

'Dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah' (Hadis sahih, riwayat Muslim no. 3628).

Sekian.

]]>
Awas ! Tabiat Kunyah Ais Hanya Merosakkan Gigi Anda Sahaja. https://redaksi.com/6122-awas-tabiat-kunyah-ais-hanya-merosakkan-gigi-anda-sahaja Thu, 23 May 2019 09:44:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6122 Siapa dekat sini suka mengunyah ais? Kalau minum air berais, tidak sah kalau ais yang tinggal itu digigit-gigit serta dikunyah bagi memberi kepuasan kepada dirinya sendiri. Berapa banyak ais mampu dikunyah tanpa rasa gilu atau sakit gigit.

Haa, kadang-kadang macam nak tunjuk gigi mereka kuat pun ada.

Namun menurut Hello Doktor bahawa mereka yang suka mengunyah ais ini miliki sejenis penyakit yang dipanggil Pagophagia. Pagophagia adalah istilah untuk seseorang yang sentiasa inginkan ais. Pagophagia adalah gangguan makan jarang berlaku yang dikenali sebagai pica. Pica sering bersama gangguan mental lain seperti autisme dan skizofrenia, dan memberikan keinginan orang ramai untuk makanan sesuatu yang tiada nilai pemakanan/nutrisi yang sebenar.



Ramai yang tidak tahu, tabiat mengunyah ais ini bahaya. Tak caya? Mari ikuti perkongsian dari seorang doktor gigi Dr. Muhamad Iqbal.

Kalau anda seorang pemakan atau pengunyah ais tegar, anda sebenarnya sedang menjahanamkan gigi anda tanpa anda sedar.

Sikit-sikit gigi anda akan mengalami kehilangan struktur gigi yang bersifat mikro.

Makin banyak dan lama anda kunyah ais, makin banyak struktur gigi yang hilang.

Ini dinamakan "Abfraction". Gigi anda akan berlubang tapi bukan berlubang macam tak gosok gigi tu. Gigi anda akan "berlekuk", terutamanya di bahagian leher gigi.

Ini disebabkan oleh kesan trauma yang berpanjangan ke atas gigi anda akibat daripada kerap mengunyah sesuatu yang keras seperti ais.

Kesan daripada "abfraction" ini akan menyebabkan gigi lama kelamaan akan menjadi sensitif, dan jika tak dibendung, gigi boleh patah dan pecah kerana telah banyak struktur gigi yang hilang tanpa disedari.

Mari saya ceritakan tentang makan ais ini



Saya pernah dapat seorang pesakit ni, mengadu gigi geraham dia pecah. Bila saya check, mulutnya bersih, gigi semua tak ada rosak kecuali yang pecah tu. Satu gigi je.

Dia memang ada tabiat mengunyah ais lepas makan-makan di kedai. Sambil berborak-borak dia ambil seketul ais dan kunyah. Lepas satu, satu.

Pecah gigi dia tu, sampai nampak saluran akar. Eh tak sakit ke? Dia jawab tak. Maknanya bukan sahaja gigi pecah, tapi saluran saraf mengalami trauma. Terus 'mati mengejut'.

Jadi untuk rawat gigi dia, kena buat rawatan saluran akar (root canal treatment) dulu, baru tampal dan sarung gigi (crown).

Kepada yang suka makan ais, kurangkan dan berpada-padalah.

]]>
Ingatkan Sebab Malas Senam & Tak Jaga Makan Punca Berat Badan Naik, Rupanya 5 Perkara Ini Pun Menjadi Punca. https://redaksi.com/7587-ingatkan-sebab-malas-senam-tak-jaga-makan-punca-berat-badan-naik-rupanya-5-perkara-ini-pun-menjadi-punca Thu, 07 Nov 2019 10:34:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7587 Selalunya kita menganggap bahawa berat badan akan naik dengan mendadak kalau tidak melakukan senaman malah tidak juga menjaga pemakanan. Paling ketara dan selalu diingatkan oleh orang ramai adalah dengan tidak menjaga pemakanan.

Makan makanan berminyak, fast food, berlemak serta macam-macam lagi menyebabkan punca berat badan bertambah lalu mengakibatkan kegemukkan. Itu betul sebenarnya, malah tidak bersenam pun sebenarnya punca kepada kegemukkan.

Namun begitu, ramai yang tak perasaan akan perkara lain yang sebenarnya membuat badan anda semakin membesar secara dalam diam. Kadang kala ia adalah satu gaya hidup yang anda sukai. Haaa, jangan terkejut pula!



1. Tidur terlalu banyak

Rata-rata mereka yang bujang ini suka menghabiskan masa mereka dengan tidur. Banyak orang berfikir bahawa tidur yang banyak sama seperti mendapatkan rehat yang banyak, tetapi sebenarnya tidur secara berlebihan juga tidak baik buat diri anda.

Menurut kajian yang dijalankan oleh PLOS One Juranl, tidur lebih daripada 10 jam setiap malam boleh menyebabkan indeks jisim badan bertambah. Sebab itulah saranan yang terbaik untuk tidur adalah 7 hingga 9 jam setiap hari.

2. Tidak mengemas katil

Jika anda berkongsi bilik mungkin tidak akan berdepan akan perkara ini, tetapi jika anda tinggal berseorangan mungkin anda akan melakukan ini. Satu kajian mendedahkan bahawa mereka yang dilaporkan mengemas katil akan mendapat tidur yang lena. Tidur yang lena akan membantu mengekalkan tubuh badan yang sihat.



3. Bersiap dalam suasana yang malap atau gelap.

Ada orang begitu selesa dengan suasana yang malap serta sedikit gelap di dalam biliknya. Baginya ia menenangkan. Namun, menurut kajian dari Jurnal PloS One, gelombang cahaya biru dari matahari awal pagi meningkatkan metabolisme anda dan membanti untuk membangunkan badan anda. Malah 20 hingga 30 minit sahaja waktu siang hari sudah cukup memberikan kesan pada berat badan anda.

4. Jarang bersarapan

Tidak mengambil sarapan yang mencukupi ataupun jarang bersarapan sebenarnya tidak elok untuk tubuh badan anda. Menurut penyelidik dari Universiti Tel Aviv menegaskan bahawa anda perlu memanjakan diri dengan hidangan yang lazat pada waktu pagi. Lepas ini jangan terlepas waktu sarapan anda.



5. Tidak menimbang berat badan

Ramai yang tidak tahu bahawa menimbang berat badan setiap hari adalah teknik yang berjaya untuk turutkan berat badan. Masa terbaik untuk dapatkan bacaan yang tepat adalah selepas bangun tidur sebelum makan atau minium apa-apa. Ini kerana, ketika tidur anda akan kehilangan berat air untuk semalaman.

Ini adalah beberapa punca mengapa berat anda semakin bertambah. Selepas ini elakkan dari melakukan gaya hidup seperti ini jika anda impikan berat badan yang ideal. Tapi tidak lupa untuk jaga pemakanan dan melakukan senaman juga.

]]>
5 Perkara Dan Rahsia Tentang Lelaki Lucu Yang Si Gadis Perlu Tahu. https://redaksi.com/1810-5-perkara-dan-rahsia-tentang-lelaki-lucu-yang-si-gadis-perlu-tahu Fri, 30 Mar 2018 14:45:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1810 Mendapat pasangan yang pandai berjenaka dan sering membuat anda tergelak hingga ke telinga, adalah idaman setiap gadis. Gadis cenderung memilih lelaki seperti ini kerana gelak tawa mampu menceriakan suasana dan mengeratkan lagi hubungan antara anda berdua. Sudah satu kemestian, lawak jenaka perlu diselitkan di dalam hubungan supaya ia tidak akan berasa serius seperti di mahkamah.

Jadi, apakah 5 perkara atau rahsia di sebalik lawak jenaka lelaki seperti ini? Jom baca!

1. Tidak suka di gelar sebagai pelawak.

Ya memang betul mereka sering berjenaka, menghiburkan orang ramai, dan kadang kala sanggup menjadikan diri sendiri sebagai bahan lawak untuk orang lain. Tetapi di sudut hati mereka, mereka tidak gemar di gelar sebagai Pak Lawak. Mungkin mereka gemar di gelar sebagai ‘penghibur’? Kita tidak tahu isi hati mereka bukan?

2. Tidak suka di paksa untuk membuat lawak atau berjenaka.

Kadang kala mereka tidak suka dipaksa untuk berjenaka, kerana bagi mereka, lawak jenaka hanya boleh dilakukan ketika spontan sahaja. Walaubagaimanapun, ketika spontan juga, lawak jenaka mereka tidak menjadi dan ini membuatkan mereka menjadi serba salah dan malu. Untuk membuat si gadis tertawa dengan jenaka mereka, kandungan untuk membuat lawak juga perlu lah ada ilmu. Baru lah dikatakan bukan lawak kosong dan kelihatan lelaki itu berpengetahuan.

3. Kehidupan sebenar mereka tidak seindah yang kita sangka.

Tidak semua lelaki yang pandai berjenaka hidup senang ketika zaman mereka muda. Berkemungkinan dengan lawak jenaka mereka, hidup mereka sekurang-kurangnya menjadi ceria walaupun hidup susah. Ini kerana mereka tidak suka dengan keadaan yang sangat serabut dan stress. Dengan lawak jenaka sahaja yang mampu menggembirakan hati mereka.

4. Perkara yang serius di jadi sebagai bahan lawak.

Oleh sebab mereka sentiasa berjenaka untuk menghilangkan rasa stress, mungkin terbawa-bawa sehingga anda mengulaskan topik yang serius juga, mereka sering berjenaka. Jadi, anda sering tertanya-tanya mereka ini tidak pernah serius dalam hidup mereka?

5. Mereka sebenarnya seorang yang sangat serius.

Jika anda melihat mereka sering berjenaka, dan tidak tahu tentang perkara yang mana satu serius atau pun tidak, tetapi mereka sering berfikir tentang isu tersebut. Cuma mereka kelihatan mengambil sesuatu isu itu dengan mudah, tetapi mereka pantas dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan terkejut pula.

]]>
Lelaki Menindik Telinga Tidak Layak Menjadi Wali. https://redaksi.com/965-lelaki-menindik-telinga-tidak-layak-menjadi-wali Mon, 21 Aug 2017 11:09:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=965 Apa hukumnya lelaki yang menindik telinga dan adakah benar golongan ini tidak boleh menjadi wali kepada anaknya?

Hukum seorang lelaki bertindik adalah haram dan berdosa besar.



Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Lelaki tidak boleh menyerupai perempuan dan perempuan tidak boleh menyerupai lelaki.”

Mereka tergolong sebagai lelaki yang fasik. Orang yang melakukan perkara fasik iaitu melakukan dosa-dosa besar atau berterusan melakukan dosa-dosa kecil dan kemaksiatannya melebihi ketentuannya kepada Allah adalah tidak layak menjadi wali nikah kerana satu daripada syarat menjadi wali ialah adil iaitu tidak melakukan perkara yang merugikan dirinya sendiri. Berterusan melakukan dosa kecil samalah ertinya dengan merugikan dan membinasakan diri sendiri. Sekiranya orang itu bertaubat daripada perbuatannya itu maka haruslah baginya menjadi wali.

]]>
Mencari Mr. Perfect 10? https://redaksi.com/685-mencari-mr-perfect-10 Wed, 02 Aug 2017 10:47:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=685 Setiap wanita pasti mengimpikan pasangan mereka seorang yang setia. Kesetiaan adalah salah satu rencah utama dalam membina hubungan percintaan. Tanpa kesetiaan, hubungan yang dibina pasti bergolak dan akhirnya terputus. Bila berbicara tentang lelaki, pasti dikaitkan dengan curang, kaki perempuan dan panas baran. Namun disebalik itu, masih ada lelaki yang setia dan penyayang. Oleh itu, kaji dan selidik dahulu untuk mengetahui dia setia atau tidak sebelum dijadikan pasangan hidup. Tetapi bagaimana mahu mengenali si dia seorang yang setia? Melalui percakapan? Atau gerak tubuhnya? Jom kita semak ciri-ciri lelaki setia.



Ciri-Ciri Lelaki Setia.

1. Lelaki yang setia mencintai anda tidak pernah memberikan alasan kenapa ia mencintai kamu, yang dia tahu dimatanya hanya ada anda.

2. Melihat wanita lain adalah perkara yang biasa bagi lelaki walaupun sedang bersama dengan pasangan. Anda sebagai wanita pasti risau akan situasi ini. Namun andai pasangan anda menjaga pandangan dia, itu adalah petanda bahawa dia lelaki yang setia.

3. Walaupun jauh di mata, si dia sentiasa mengambil tahu tentang anda. Makna kata dia tak pernah lupakan anda. Di situ anda boleh melihat si dia benar-benar mengambil berat.

4. Jika terjadinya perselisihan faham, dia sentiasa bersikap tenang dan cuba menyelesaikan masalah. Sebolehnya si dia tidak mahu bergaduh dengan anda dalam tempoh masa yang lama.

5. Jika benar lelaki itu setia dan serius dengan anda, pastinya dia sudah membuat perancangan untuk anda berdua. Si dia akan bekerja keras untuk menikahi anda.



6. Si dia sentiasa bertanyakan soalan yang sama seperti, “Awak masih sayangkan saya?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang anda padanya berbelah bahagi. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

7. Andai lelaki itu gemar menggoda dan bermain cinta dengan wanita lain walaupun ketika itu dia masih ada hubungan dengan anda, lelaki ini bukanlah yang setia. Lelaki yang setia tidak akan permainkan perasan wanita yang disayanginya.

8. Ketika anda sedang menghadapi masalah, si dia mesti menjadi orang pertama yang mendengar masalah anda. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

9. Lelaki yang setia pastinya bersikap jujur. Jika anda bercinta dengan lelaki yang jujur dan bersifat terbuka, itu pilihan yang terbaik.

10. Si dia tidak akan berlaku curang dengan anda sekiranya dia benar cinta. Namun, jikalau dia berbuat demikian itu bermakna dia tidak serius dalam perhubungan.

]]>
5 Situasi Komunikasi Yang Menyumbang Kegagalan Dalam Percintaan. https://redaksi.com/3219-5-situasi-komunikasi-yang-menyumbang-kegagalan-dalam-percintaan Tue, 14 Aug 2018 01:34:38 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3219 Dalam perhubungan percintaan sudah pasti banyak perkara yang perlu dititikberatkan jika mahu kekal bersama hingga ke jinjang pelamin. Selaku pasangan kekasih, kedua-dua pihak perlulah saling bekerjasama untuk menjadikan hubungan tersebut suatu kenyataan. Segala ujian yang datang perlu ditempuhi dengan hati yang terbuka. Kedua pasangan perlulah merasakan halangan yang mendatang itu sebagai satu detik pengenalan yang lebih mendalam terhadap pasangan. Oleh itu, setiap detik itu perlu digunakan dengan sebaik-baiknya. Terdapat banyak faktor yang mengganggu sesuatu hubungan namun, masalah komunikasi adalah suatu perkara yang perlu dipandang serius oleh pasangan yang bercinta.


1. Pasangan tidak jujur.

Dalam setiap komunikasi yang dilontarkan, setiap pasangan perlulah sentiasa jujur dalam pelbagai perkara. Hal ini kerana, jika pasangan banyak berahsia ia akan menyebabkan pasangan anda akan mudah terluka. Ia juga akan mengakibatkan pasangan anda mengurangkan rasa percaya terhadap anda.

2. Pasangan mudah emosi.

Kata orang, cemburu itu tanda sayang namun jika cemburu yang berlebihan akan mengakibatkan pasangan mudah rimas. Di samping itu juga, pasangan yang terlalu sensitif seperti sukar dibawa berbincang, mudah merajuk serta mudah melenting akan mengakibatkan berlakunya salah faham yang lebih kerap.

3. Pasangan lebih percaya orang lain.

Dalam perhubungan, kepercayaan adalah tonggak utama dalam mengecapi hubungan dalam masa panjang. Jika pasangan mudah percaya dengan hasutan dan khabar angin daripada orang lain. Sesebuah pasangan akan menjadi dingin dan sukar dikawal.


4. Pasangan gemar memaksa.

Antara punca pertengkaran berlaku adalah apabila pasangan gemar memaksa atau mendesak terutamanya apabila bertanya atau untuk mendapatkan sesuatu yang tidak disenangi pasangan. Hal ini sekali gus dapat menimbulkan masalah komunikasi dan mengeruhkan keadaan.

5. Pasangan sukar mengalah.

Bertolak ansur dalam perhubungan adalah rencah yang perlu diletakkan agar sesebuah hubungan itu terjalin dalam jangka masa panjang. Setiap pasangan perlu merendahkan ego jika sedang mengalami pertengkaran demi kebaikan kedua belah pihak. Maka tidak salah jika salah seorang cuba untuk mengalah demi kepentingan bersama.

Komunikasi ini penting ketika menjalinkan sat hubungan. Di mana ia mampu menyelesaikan segala masalah hubungan anda dengan mudah. Tetapi jika anda gagal dalam komunikasi bagaimana anda mahukan hubungan yang bahagia.

]]>
Jangan Buat Loan Untuk Majlis, Guna Duit Sendiri Tanpa Berhutang Baru Rasa Puas Hati. https://redaksi.com/7772-jangan-buat-loan-untuk-majlis-guna-duit-sendiri-tanpa-berhutang-baru-rasa-puas-hati Tue, 07 Jan 2020 10:52:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7772 Bila calon pasangan dah ada, tentu sahaja anda dan pasangan akan mula melakukan perancangan perkahwinan pula. Bermula dengan adat merisik, bertunang, majlis nikah serta persandingan. Kalau kira-kira banyak juga modal yang perlu ada ini.

Kalau bab merisik dan bertunang itu, nak buat ala kadar pun okay je, tapi kalau ada duit lebih nak buat besar-besar itu terpulang pada diri sendiri. Apa yang lebih penting sudah tentulah majlis nikah dan juga persandingan. Masa ini tentulah semua orang nak buat majlis besar-besaran. Mana tidaknya berkahwinkan cuma sekali sahaja.

Masa inilah segala angan-angan nak dilaksanakan. Nak bersanding bak puteri dan putera raja tentulah memakan satu jumlah yang agak besar dan memakan masa yang lama juga. Tapi, kalau dipercepatkan majlis ini nanti takut pasangan kita lari dirampas orang pula.



Pinjaman loan mudah lulus

Dalam keadaan seperti ini, sudah tentu membuat loan adalah jalan yang paling mudah. Tak payah susah payah simpan duit dan tunda tarikh perkahwinan lagi, bila loan lepas je, terus majlis boleh dilaksanakan. Tetapi bagaimana pula nak bayar loan selepas kahwin nanti?

Membuat pinjaman loan sememangnya jalan pintas buat bakal pengantin yang ingin mendirikan perkahwinan dengan segera tetapi tidak mahu menabung dan juga menyimpan wang. Nak kumpul duit kahwin memang ambil masa yang agak lama. Nak-nak lagi kalau tak cukup tekad di hati, memang agak payah dan juga macam jadi tak jadi je. Kalau buat pinjaman loan ini, tentu sahaja begitu mudah. Dalam masa sebulan pun boleh lulus.

Tak mampu banyar hutang

Sebenarnya, agak rugi kalau anda melaksanakan majlis perkahwinan anda menggunakan duit pinjaman loan. Ini kerana, selepas berkahwin anda terpaksa pula menanggung hutang yang tidak tahu sampai bila pula akan habis. Takut nanti anak dah 5 tapi hutang pinjaman loan masih belum selesai lagi.



Selepas kahwin, anda perlu menjalani hidup berdua. Itu belum lagi kalau tiba-tiba ada anak yang bakal lahir. Sudah tentu isi rumah akan bertambah hingga membuatkan anda agak sukar untuk menyelesaikan hutang anda. Kehidupan selepas berkahwin lagi banyak memerlukan wang jika mahu hidup selesa.

Simpan wang memang perit tapi puas hati

Memang agak payah sedikit nak simpan wang kahwin ini. Nak-nak lagi kalau nak simpan sampai RM40k ini, memang ambil masa sedikitlah. Namun, kalau ada usaha dan tekad yang kuat tentu perkara ini akan menjadi satu semangat dan motivasi buat diri anda.

Lagipun, sudah banyak cara nak simpan wang dengan cepat. Cuma anda nak atau tidak sahaja lakukan perkara tersebut.

Jangan tunggu dah nak kahwin baru cari duit

Bila anda sudah letakkan niat nak kahwin bila, maka anda perlu mula mencari wang dan melakukan simpanan yang sepatutnya. Jangan bila sudah ikat tali pertunangan barulah sibuk nak kumpul duit. Masa itu memang terasa agak payah dan juga masa tak cukup.

Tapi kalau anda tentukan target anda bila hendak kahwin, anda boleh mengatur kewangan anda dengan lebih baik. Kalau tak kahwin mengikut target yang ditetapkan, duit yang ada boleh guna untuk perkara lain.

]]>
Cara-Cara Berhadapan Dengan Sindiran Ipar Duai. https://redaksi.com/4477-cara-cara-berhadapan-dengan-sindiran-ipar-duai Fri, 07 Dec 2018 12:33:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4477 Setiap orang tidak akan begitu sempurna di mata sesiapa pun. Jadi sudah pastilah kekurangan anda itu akan dilihat oleh orang lain. Apabila sudah berkahwin, anda mungkin menjalani satu kehidupan yang baru serta ditambah beberapa ahli keluarga baru. Terutama keluarga pasangan anda, seperti ibu bapa mertua, adik ipar serta biras anda.

Anda mungkin boleh sebulus dengan ipar duai anda ataupun sebaliknya. Jadi mungkin akan berlaku sindir menyindir apabila mereka ini tidak suka akan kelebihan atau kekurangan anda. Jangan cepat melatah, perkara sebegini akan berlaku di mana-mana sahaja. Apa kata anda cuba beberapa tips ini untuk berhadapan dengan mereka yang suka menyindir ini.



1. Jangan mudah ambil hati.

Perkara yang paling selalu dilakukan adalah jangan terlalu mudah untuk ambil hati dengan setiap kata-kata mereka ini. Kalau boleh apa pun yang mereka cakapkan itu anda biarkan sahaja. Jangan mudah untuk ambil hati dengan setiap kata-katanya, nanti makin suka mereka kenakan anda. Setiap kata yang dilontarkan itu walaupun sakit, cuba abaikan dan jangan simpan dalam hati. Kalau anda simpan nanti jadi lain pula.

2. Jangan ada niat ingin membalasnya.

Apa yang mereka lakukan terhadap anda itu jangan penah anda membalasnya. Kalau anda cuba membalasnya, ia mungkin akan menjadi lebih parah. Anda perlu yakin setiap perbuatan itu ada balasannya yang tersendiri. Jadi biarkan sahaja mereka terus berkata apa-apa sahaja tentang anda. Selagi anda dan pasangan anda tahu kalian berada di pihak yang betul.

3. Tidak perlu beritahu pasangan.

Biasanya kalau anda melibatkan pasangan anda, ia akan membuatkan perkara tersebut semakin keruh. Maka dengan itu, cuba untuk elakkan beritahu pasangan anda. Kalau sekadar berkongsi dan luah perasaan itu mungkin boleh. Tapi jangan biarkan pasangan anda ikut campur akan hal sebegini. Nanti hubungan mereka sekeluarga akan mula renggang pula.



4. Buat hal sendiri.

Perkara yang terbaik adalah anda lakukan hal anda sendiri. Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata dari mereka. Anda mungkin lakukan aktiviti yang menyenangkan seperti membantu ibu bapa mertua anda, ataupun berbual kosong bersama ibu mertua anda. Jangan hanya duduk di dalam bilik sahaja, ia pasti akan cuba menyindir anda lagi.

5. Lihat kelemahan diri.

Sambil-sambil itu, apa kata anda cuba lihat kelemahan diri anda. Cuba cari apa yang mereka tidak suka mengenai anda dan cuba perbetulkan. Mungkin, anda anda mengecilkan hati mereka tanpa anda sedari, sebab itulah mereka sebegitu.

Apa-apa pun, mereka itu adalah keluarga anda, baik buruk mereka anda perlu terima seadanya. Selagi anda dan pasangan hidup bahagia, selagi itulah anda abaikan apa yang mereka katakan.



]]>
9 Ciri Lelaki Setia. Setiap Wanita Mesti Ambil Tahu! https://redaksi.com/1496-9-ciri-lelaki-setia-setiap-wanita-mesti-ambil-tahu Mon, 29 Jan 2018 21:49:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1496 Nak tahu ciri-ciri lelaki yang setia? Anda boleh menilai daripada perlakuan si dia.

Ciri-ciri lelaki setia sebenarnya boleh diketahui dengan mempelajari perwatakan dari lelaki itu sendiri. Sememangnya lelaki yang setia itu selalu menjadi idaman para wanita kerana lelaki seperti itulah yang akan menjadi seorang pemimpin yang baik dalam keluarga.

Oleh itu, sangat penting untuk kamu mengetahui ciri-ciri seorang lelaki yang boleh berlaku setia.

Beberapa tinjauan (survey) telah dijalankan terhadap beberapa pasangan dengan cara menemuramah beberapa pasangan, berikut adalah merupakan kesimpulan yang dibuat mengenai ciri-ciri lelaki setia dan bertanggungjawab.

Mampu Mengendalikan Emosi

Kebiasaannya, setiap lelaki akan memiliki egonya tersendiri yang boleh membuatkan mereka menjadi emosional. Namun lelaki yang setia memiliki kemampuan yang lebih untuk mengawal emosinya kerana takut untuk melukai hati pasangannya.

Di saat dirinya sedang marah, dia akan tetap menunjukkan emosinya namun tidak secara keterlaluan. Lelaki seperti ini masih mampu memilih kata-kata yang sesuai digunakan di saat dirinya dilanda kemarahan.

Menghormati Wanita

Lelaki setia selalunya sangat menghormati wanita. Dia tidak meletakkan wanita itu di posisi lebih bawah darinya, bahkan dia juga sentiasa berusaha mendengar dan menghargai pendapat setiap wanita meskipun perkara tersebut sangat berbeza dengan prinsipnya. Perkara ini mereka lakukan semata-mata untuk melihat pasangannya selalu bahagia.

Tidak Mungkir Janji

Lelaki yang sentiasa menepati janjinya adalah antara ciri penting seorang lelaki yang setia terhadap pasangannya. Kemungkinan ada ketikanya mereka tidak dapat memenuhi janjinya, namun kebiasannya mereka hanya memungkiri janji apabila sudah berusaha sedaya upaya dan ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Apabila mereka terpaksa memungkiri janji, mereka akan berusaha untuk berkomunikasi dengan pasangannya dan meminta maaf dengan bersungguh-sungguh.

Tidak Dahaga Perhatian

Lelaki yang setia itu kebiasaannya tidak memerlukan perhatian yang berlebihan kerana baginya dia hanya memerlukan perhatian seorang wanita sahaja iaitu pasangannya. Lelaki ini tidak akan pernah berusaha untuk menarik perhatian dari wanita lain ataupun mengharapkan pujian dan sanjungan orang lain.

Bagi lelaki seperti ini, mereka sudah cukup berkeyakinan dengan berada dekat dengan pasangannya.

Ada Sewaktu Diperlukan

Lelaki yang setia akan sentiasa membantu di saat kamu sedang menghadapi kesulitan. Sekiranya mereka berada di tempat yang jauh, mereka akan tetap berusaha untuk menelefon sekadar untuk mengetahui keadaan dan memberikan pendapat untuk membantu menyelesaikan masalah kamu.

Lelaki yang setia biasanya merupakan orang yang pertama yang akan peduli terhadap setiap masalah yang dialami  oleh pasangannya.

Bersyukur

Sentiasa bersyukur adalah salah satu ciri penting seorang lelaki yang setia, kerana mereka akan merasa sangat bersyukur setelah memiliki kamu. Ciri ini akan membuatkan ia tidak berlaku curang dalam urusan cinta.

Meskipun ada ketikanya mempunyai masalah dalam perhubungan, lelaki seperti ini akan tetap berusaha untuk berfikir tenang dan tetap mempertahankan perhubungannya.

Berkeyakinan dan Bertanggungjawab

Lelaki setia sentiasa berkeyakinan bahawa mereka boleh mengatasi setiap masalah yang mereka hadapi. Lelaki seperti ini sentiasa arif akan apa yang harus dia lakukan dalam hidupnya dan tidak mengenal erti putus asa apa lagi menyerah kalah,

Lelaki setia juga sentiasa bertanggungjawab terhadap apa yang dia lakukan.

Jujur

Kejujuran merupakan elemen yang sangat penting bila mengatakan tentang ciri lelaki yang setia. Lelaki setia tidak pernah mempermainkan perasaan pasangannya.

Kejujuran ini boleh dilihat melalui aktivitinya setiap hari, contohnya apabila mereka tidak merasa keberatan sekiranya telefon atau akaun media sosialnya diperiksa oleh kamu. Selain itu mereka juga tidak kisah sekiranya kamu mahu menemaninya dalam melakukan aktiviti harian.

Matlamat Hidup

Akhir sekali, lelaki setia adalah mereka yang mempunyai matlamat hidup secara jelas. Mereka boleh menceritakan dengan terperinci mengenai cita-cita dan pencapaiannya dalam jangka pendek mahupun panjang. Kamu juga sudah tentu mahu masa depan yang cerah bersama lelaki yang kuat berusaha dan tahu ke mana arah tujunya bukan?

]]>
Faktor Wanita Perlu Lebih Berhati-hati Memilih Suami. https://redaksi.com/2089-faktor-wanita-perlu-lebih-berhati-hati-memilih-suami Tue, 24 Apr 2018 11:23:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2089 Dalam memilih pasangan hidup, wanita mempunyai hak samaada untuk menerima mahupun menolak lelaki yang ingin melamar wanita tersebut untuk dijadikan isteri. Ketika dalam tempoh pertunangan juga, wanita masih boleh membuat keputusan dalam memilih pasangan hidup. Jika tiada keserasian antara kedua-dua pasangan, maka boleh digubalkan tanpa mengaibkan seorang lelaki. Antara faktor wanita perlu berhati-hati dalam membuat pilihan memilih pasangan hidup menurut pandangan @werdan 12 kerana:


1. Keizinan dan restu.

Setelah berumah tangga, setiap keputusan yang dibuat perlu mendapat keizinan daripada suami terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi dalam hal kekeluargaan dan peribadi wanita tersebut. Hatta untuk keluar rumah perlu meminta izin daripada sang suami.

2. Emosi.

Seperti yang diketahui, wanita banyak menggunakan emosi berbanding rasional dalam membuat keputusan. Kemudian, dia mudah terpengaruh atau mudah tertekan sekiranya mempunyai banyak masalah. Oleh itu, dengan memiliki pasangan yang memahami karekter wanita, akan menjadikan wanita tersebut lebih tenang apabila tertekan.

3. Hak pembubaran perkahwinan.

Sebelum mendirikan rumah tangga, wanita masih mempunyai hak untuk memilih pasangan hidup. Tetapi apabila sudah berumah tangga dengan lelaki tersebut, maka hak pembubaran perkahwinan terletak di tangan suami. Jika mempunyai sebarang masalah, wanita perlu menjadi lebih kuat kecuali masalah tersebut terlalu besar, barulah boleh dibubarkan di mahkamah atas sebab-sebab tertentu.

4. Kesetiaan.

Apabila sudah bersama, wanita tidak boleh mempunyai pasangan lain untuk dijadikan teman hidup. Suami itulah perlu diuruskan setiap hari, susah senang bersama dan menempuh kerenahnya yang pelbagai.


Jadi, sebelum mengambil keputusan untuk menetapkan calon pasangan, seorang wanita perlulah memikirkan hal-hal tersebut. Adakah lelaki tersebut mampu menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin kelak atau sekadar mengambil kesempatan atas kelebihan yang ada terhadap anda. Sebaiknya berbincanglah hal-hal penting sebelum berkahwin lagi agar kelak tidak menimbulkan perbalahan antara pasangan.


]]>
Cara-Cara Pikat Hati Wanita Dalam Masa Yang Singkat. https://redaksi.com/2139-cara-cara-pikat-hati-wanita-dalam-masa-yang-singkat Fri, 27 Apr 2018 15:46:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2139 Wanita ini tidak mudah untuk dipikat. Kadang-kadang mereka ini umpama jinak-jinak merpati. Nampak macam boleh tangkap tapi terlepas juga. Tapi kalau kena denga cara yang betul, mudah saja nak memikat hati kau wanita ini. Apa yang penting cara dan usaha yang akan dikeluarkan oleh seseorang itu. Tapi ramai sahaja lelaki yang tidak tahu cara menambat hati wanita dengan cara yang mudah dan cepat ini.


Mungkin cara-cara ini dapat membantu anda untuk memikat wanita yang anda sukai dalam masa yang singkat.

1. Jadi diri sendiri.

Dalam memikat hati seseorang agak sukar jika kita tidak menunjukkan sifat semula jadi kita. Di mana setiap tingkah laku kita akan menjadi kaku dan pura-pura. Jadi bila anda tunjukkan sifat anda yang sebenar, si dia akan berasa lebih selesa dan mudah untuk terpikat dengan anda. Si dia juga akan mudah untuk berkawan dengan anda.

2. Bercakap mengenai perkara wanita suka.

Wanita akan suka seseorang yang mengambil berat mengenainya dan mengambil hatinya. Jadi anda perlu selalu berbual dan bercakap mengenai sesuatu yang si dia suka. Kalau boleh jadi tempatnya mendengar segala keluhan isi hatinya. Biasanya wanita cair bab-bab ini. Nanti barulah si dia mudah terjatuh hati pada anda.

3. Berani membuat kelainan.

Jika si dia pernah bercerita mengenai pengalaman cintanya. Maka anda jangan sesekali lakukan perkara yang sama dengan pasangannya dahulu. Walaupun sifat pasangan lamanya mempunyai persamaan dengan anda, kalau boleh cuba untuk berubah. Cuba lakukan satu yang lain demi memikat hatinya. Kalau tidak nanti ia hanya mengingatkan anda mengenai pasangan lamanya.


4. Mengajaknya bergurau.

Wanita adalah seseorang yang mudah terhibur. Lagi-lagi bila anda lakukan aksi lucu yang mencuit hatinya. Pasti bergelak sakan. Tidak pun lakukan sesuatu yang tidak pernah dijangkanya. Pasti hati si dia terhibur dengan kelakuan anda yang menyenangkan.

5. Sentiasa ada di sisinya.

Ini adalah perkara yang wanita selalu inginkan, seseorang yang setia di sisinya. Walaupun ia agak menakutkan sedikit kerana, berkemungkinan si dia akan ‘friendzone’ anda tetapi anda tetap juga boleh cuba nasib. Mana tahu ia menjadi kepada anda.

Wanita ini semakin anda kejar ia menjauh, semakin anda menjauh si dia buat tak tahu. Jadi sebelum pikat hatinya kenali dahulu kelakuannya. Agar anda tidak mudah putus asa dan kecewa apabila berusaha untuk mendapatkannya.

]]>
Karekter Seseorang Yang Cinta Hanya Kerana Nafsu. Hati-hati! https://redaksi.com/2020-karekter-seseorang-yang-cinta-hanya-kerana-nafsu-hati-hati Wed, 18 Apr 2018 12:39:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2020 Cinta kerana Allah dan cinta kerana nafsu dapat dibezakan dengan beberapa ciri-ciri yang dapat dikenal pasti melalui pandangan dan rasa seseorang. Orang yang mempunyai karekter tersebut perlu kita jauhi agar kita tidak tertipu dengan kata-kata manisnya sehingga kita terjerumus ke gerbang dosa atau dikhianati olehnya kelak. Tidak kira lelaki mahupun wanita. Jadi, hati-hati dengan orang yang mempunyai karekter ini:


1. Menilai kecantikan.

Kebiasaan ini terdapat kepada lelaki. Kecantikan itu sangat dititik beratkan dalam perhubungan. Apabila ada sedikit cela, maka dia cepat melatah dengan perkara tersebut. Lebih dasyat lagi, dia sanggup meninggalkan wanita tersebut kerana hilangnya kecantikan wanita itu.

2. Menilai material.

Wanita yang hanya mahukan pasangannya mempunyai harta yang banyak, dia menjadi tidak cukup dengan apa yang ada. Itu tanda orang tidak bersyukur. Maka, lelahlah seorang lelaki untuk berusaha memuaskan kehendak pasangannya. Jika lelaki tersebut dalam kesusahan, bukan dibantu, malah dilemparkan dengan kata-kata keji dan meninggalkan lelaki tersebut.

3. Tidak mengendahkan nasihat.

Apabila keinginannya dianggap lebih penting dan tidak mempedulikan kehormatan orang lain, maka nasihat buatnya tidak memberi kesan apa-apa. Lebih menyedihkan ketika dia sanggup mengherdik orang yang memberikan nasihat kepadanya.

4. Memenuhi nafsunya.

Ketika hanya nafsu sahaja yang ingin didapatkan, maka kehormatan diri sanggup digadaikan. Lelaki pandai bermain kata-kata, wanita mudah termakan kata-kata. Maka, terjadilah perkara yang tidak diingini.


Dalam menempuh dunia yang banyak rintangan ini, kita perlu pandai menjaga diri dan cekap menilai seseorang untuk dijadikan pasangan hidup. Terutamanya seorang wanita. Dengan menjaga kehormatan diri, Allah juga akan memberikan kita pasangan yang terbaik untuk membina rumah tangga kelak.


]]>
Suami masam muka? Isteri perlu peka dengan perasaan suami https://redaksi.com/8800-suami-masam-muka-isteri-perlu-peka-dengan-perasaan-suami Wed, 28 Oct 2020 15:08:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8800 Setiap pasangan pasti akan mengalami selisih faham dan bergaduh tidak kira berapa usia perkahwinan mereka. Kerana perkara itu telah menjadi asam garam dalam kehidupan rumah tangga. Tetapi pernah tidak tiba-tiba pasangan anda bermasam muka dengan anda? Lebih-lebih lagi dari pihak lelaki yang kita sedia maklum jarang ingin menunjukkan emosi mereka.

Di bawah ini terdapat tips untuk isteri bagi mengelakkan suami berkecil hati seterusnya menjadi punca pergaduhan.

1. Tidak bercakap kasar

Ketika usia perkahwinan semakin meningkat, terkadang cara percakapan akan berubah. Secara tidak sadar, anda telah bercakap kasar dengan suami seperti sedang berbual bersama rakan-rakan. Hingga membuatkan suami terasa hati dengan gaya percakapan anda yang semakin kasar.

2. Jangan mengongkong

Setiap pasangan pasti mempunyai rasa cemburu kerana itu adalah normal yang bermaksud tanda sayang.  Tetapi jangan sampai cemburu buta sehingga membataskan pergerakkan suami anda. Mereka juga manusia yang memerlukan hiburan atau sekadar meluangkan masa dengan rakan-rakan.

3. Tanya dan berkongsi pendapat

Janganlah bersikap ‘Queen control’ sehingga melawan kata suami atau menunjukkan diri lebih hebat. Sehingga segala perkara ditentukan oleh anda, kerana secara tidak sedar akan membuat sikap suami menjadi lebih keras dan kasar. Hingga menyebabkan perpisahan jika dibiarkan terlalu lama.

4. Hormati keluarga pasangan

Ketika telah berkahwin dengan pasangan, bermakna keluarganya juga telah menjadi keluarga anda. Sehingga anda haruslah melayani keluarganya sepertimana anda melayani keluarga sendiri. Janganlah ketika datang ke rumah orang tua suami, anda menunjukkan muka masam dan terus masuk ke bilik.

5. Tidak mengungkit kekurangan

Setiap insan mempunyai kekurangan termasuklah suami anda, tetapi tiada siapa yang tahan jika kekurangannya sentiasa diungkit. Malah menjadi sindiran dan bahan ketawa bersama rakan. Suami pasti akan malu dan tidak dapat terima perbuatan tersebut.

Isteri haruslah sentiasa menjaga hati dan air muka suami terlebih lagi ketika bersama dengan rakan-rakan, atau keluarga sendiri. Hal ini berlaku juga kepada suami. Jika kedua-duanya saling menjaga, pastinya dapat mengelakkan dari sentiasa bergaduh.

]]>
Lelaki Akan Melakukan 10 Perkara Ini Apabila Dia Mulai Suka Pada Seseorang, Tanpa Wanita Itu Sedar. https://redaksi.com/3466-lelaki-akan-melakukan-10-perkara-ini-apabila-dia-mulai-suka-pada-seseorang-tanpa-wanita-itu-sedar Thu, 06 Sep 2018 16:20:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3466 Apabila lelaki mulai suka atau minat pada seseorang, mereka lebih gemar lakukannya sendiri untuk melihat kesan daripada perilakunya sendiri sama ada wanita itu suka padanya atau tidak. Berbanding wanita, apabila mereka mulai suka pada lelaki, mereka lebih tersorok dan hanya meluahkan perasaan pada sahabat baik sahaja.

Jom lihat 10 perkara ini, ada tak mana-mana lelaki sebenarnya suka pada anda dalam diam…


1. Lelaki jika sudah mulai suka dan minat pada seorang gadis, mereka akan menjadi lebih peka apa yang dilakukan oleh gadis tersebut. Jika gadis tersebut mula menceritakan tentang harinya yang tidak baik pada hari tersebut, lelaki akan mendengar dengan penuh minat. “Alahhh…aku kan kawan kau, share la dengan aku…”

2. Apabila bersua dan berjumpa, lelaki ini kurang melihat telefon bimbitnya. Apa yang mahu dilihatnya adalah wajah anda semata-mata. Setiap yang anda miliki pada wajah, akan diteleknya dengan teliti. Dan tanpa anda sedar pasti lelaki ini akan mengetahui setiap tahi lalat anda berada dimana.

3. Apabila keluar lepak sama ada berdua atau berkumpulan, ada sahaja barang yang hendak diberinya pada anda. Jika kawan-kawan cuba mengusik “Alahhh…untuk aku tak ada ke?”

“Taklah, hari tu kan dia nak sangat benda ni…”

Sebenarnya si dia suka lihat reaksi anda yang terkejut. Wanita kan suka pada kejutan.

4. Kadang-kala anda dapat menangkap lelaki ini seperti curi-curi memandang anda, ketika anda tidak menoleh ke arahnya. Mungkin si dia benar-benar telah jatuh hati.

5. Lelaki ini juga seperti tertarik pada anda untuk sentiasa bertanyakan soalan tentang kehidupan anda. Tentang keluarga, adik beradik atau sahabat baik.


6. Kemudian lelaki ini sering juga bertanya selepas pulang dari kelas atau pejabat, apa yang anda sering lakukan? Sebenarnya itu adalah ‘hint’ si dia untuk mengajak anda keluar bersama. Mungkin mahu menonton wayang bersama.

7. Dan apabila anda cuba menjawa soalannya, pasti si dia seperti tertunggu-tunggu jawapan dari mulut anda. Jika tiada jawapan yang solid pasti kelihatan reaksi wajahnya yang betul-betul kecewa.

8. Kadang-kala si dia juga akan ketawa bersama apabila mendengar anda tertawa. Tidak pasti perkara apa yang lawak bagi anda, tetapi gelak tawa anda akan membuat si dia juga turut sama ketawa. Itu pun sudah cukup membahagiakan si dia.

9. Dan yang pasti si dia mampu mengingati nama sahabat baik anda, nama kucing peliharaan anda atau pun nama kereta anda sendiri. Ini menunjukkan si dia betul-betul memberi perhatian setiap butir yang anda beritahu.

10. Si dia juga akan mencuba untuk menjadi rapat dengan sahabat baik anda, malah dengan ahli keluarga anda juga terutamanya adik-beradik. Jika anda mempunyai sahabat baik lelaki, si dia tidak akan cepat cemburu, malah dia akan cuba berkawan dengan lelaki tersebut.


 

 

]]>
Rasa Down Bila Masih Single, Jangan Bimbang Menurut Psikologi 'Single' Lebih Membahagiakan. Tapi Single Lama Sangat Pun Tak Seronok Juga. https://redaksi.com/7898-rasa-down-bila-masih-single-jangan-bimbang-menurut-psikologi-single-lebih-membahagiakan-tapi-single-lama-sangat-pun-tak-seronok-juga Mon, 17 Feb 2020 13:02:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7898 Bila lihat rakan-rakan lain sudah sibuk dengan pasangan mereka masing-masing, anda pula masih sendiri ke sana sini. Aduh, tentu sahaja rasa terpukul bila memikirnyannya. Bukannya tak nak berkahwin tapi jodoh masih lagi bersembunyi di dalam gua.

Ramai yang rasa hilang kawan, sunyi tanpa teman malah merasakan hari-hari yang dilalui rasa begitu panjang tanpa kehadiran seseorang yang menceriakan hidup anda. Sudah tentu ramai yang masih single rasa seperti ini.

Mana tidaknya, pulang dari kerja terus sahaja duduk rumah dan menghabiskan masa dengan media sosial, hari-hari lakukan perkara yang sama sahaja.


Boleh jimat & rehat yang cukup

Jangan kecewa dulu. Menurut pakar psikologi menyatakan bahawa single lebih bermanfaat buat kesihatan anda. Di mana, mempunyai rakan yang mengambil berat akan membuatkan anda bahagia, nak-nak lagi jika kalian bercinta sudah tentu akan menimbulkan emosi yang bahagia.

Tapi jangan terkejut, jika anda single pelbagai perkara boleh dijimatkan, terutama dari segi kewangan. Bolelah anda simpan wang dengan lebih teratur, malah anda juga akan mendapatkan rehat yang cukup sekiranya habiskan masa di rumah sahaja. Jika miliki pasangan, sudah tentu ingin keluar dating bahkan pada hujung minggu juga perlu luangkan masa bersama yang agak panjang. Tentu meletihkan.



Mampu atasi semua perkara dengan sendirinya

Mengatasi segala-galanya sendiri, akan membuat anda termotivasi dan bangga untuk mencapai cita-cita anda. Apabila single, anda belajar bagaimana mengurus diri anda. Tidak kira secara kewangan dan emosi. Anda bebas untuk menetapkan masa anda dan memutuskan apakah komitmen anda, tanpa belenggu.

Anda lebih peka terhadap apa yang anda perlukan, dan kerana anda menghadapi segala-galanya sendiri, anda lebih bergelut dan termotivasi untuk mencapai apa yang anda perlukan.

Single untuk sementara waktu itu adalah munasabah. Risiko bercinta adalah bahawa anda merasakan anda boleh bersatu dengan pasangan anda. Ini boleh membuat anda melupakan siapa anda sebenarnya. Oleh itu, single adalah lebih baik daripada anda terlalu bersemangat untuk membuat keputusan tetapi tidak bersedia untuk semua akibatnya.



]]>
Sengaja usik dengan panggilan 'abang', reaksi isteri tarik perhatian https://redaksi.com/9145-sengaja-usik-dengan-panggilan-abang-reaksi-isteri-tarik-perhatian Wed, 16 Dec 2020 13:31:58 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9145 Setiap pasangan tentu ada panggilan manja dan mesra mereka yang tersendiri. Ada yang panggil abang, sayang, baby dan macam-macam lagi lah. Panggilan tersebut bukan sahaja buat pasangan selesa malah juga sedap didengar.

Tapi ada juga yang tak selesa dengan panggilan seperti itu. Boleh dikatakan pasangan seperti ini lebih selesa awak saya, ataupun kau aku.


Sama seperti pasangan ini, yang dikatakan mendapat reaksi pelik dari isterinya apabila suaminya mengubah panggilan mesra mereka.

Tak percaya panggil 'abang'

Menerusi capaian Twitter, Akmal Hizzat telah berkongsi saat dia mengusik isterinya dengan menukar panggilan mesra mereka. Tak sangka reaksi isterinya yang pelik itu tarik perharian warganet.


Melihat ke rakaman tersebut, dia sengaja membahasakan dirinya sebagai ‘abang’ malah tidak sangka isterinya memberi reaksi yang ‘awkward’ akan panggilan tersebut.

Persoalkan panggilan tersebut

Dengan muka yang tak selesa dan tak percaya dengan apa yang didengari, wanita mula berkenaan tergelak lalu mempersoalkan akan panggilan tersebut.

“Kenapa abang?”

Namun dengan selamba Akmal menjawab bahawa itu adalah panggilan mereka yang telah mendirikan rumah tangga.

“Bukan biasa orang panggil abang ke kalau dah kahwin?

Bagaimanapun, isterinya sedar bahawa perkara tersebut dirakam secara rahsia hanya untuk mengetahui reaksi dirinya.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata terhibur dengan gelagat pasangan ini. Malah ada juga yang menyatakan bahawa panggilan ‘abang’ sesuai digunakan sebagai tanda hormat kepada suami.

]]>
"Kita stop..." - Bukan penamat tapi boleh retak bila tak ada kepercayaan dan terlalu insecure https://redaksi.com/8721-kita-stop-bukan-penamat-tapi-boleh-retak-bila-tak-ada-kepercayaan-dan-terlalu-insecure Fri, 16 Oct 2020 12:41:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8721 Memang tak kering gusi bila menonton Kampung People 2 yang pelbagai ragam. Walaupun ada penambahan watak-watak baru, tetapi watak utama masih kekalkan dengan aura mereka yang tersendiri. Seperti yang semua tahu bahawa drama ini mempunyai babak-babak yang kelakar namun, baru-baru ini terselit babak sedih antara Laila dan juga Jaafar.



Dalam episod 12, pasangan kekasih iaitu Laila dan Jaafar telah berdepan dengan salah faham hingga tercetusnya pertengkaran. Semuanya berpunca selepas Jaafar melihat Karim dan Laila berdua-duaan di dalam rumahnya. Pertengkaran itu juga telah membongkar rahsia Jaafar yang mengupah Badrul Bisu agar memerhatikan Laila.

"Kita stop..."

Setelah masing-masing cuba pertahankan diri dari kesalahan masing, tanpa sengaja Jaafar telah berkata “kita stop” yang disalah ertikan “break up” bagi kekasihnya itu. Rupanya, Jaafar mahu berhenti bergaduh bukan ingin berpisah.



Membawa hati yang terluka, Jaafar sempat beri sebentuk cincin sebagai tanda bahawa dia sememangnya sayang akan Laila.


Moral of the story


Walaupun dalam gelak ketawa, drama ini ada pesanan khas buat semua pasangan yang sedang bercinta dan mereka yang sedang ‘long distance relationship’.

Perlu sentiasa jujur antara satu sama lain, dan jangan menipu hanya untuk kepentingan diri sendiri. Bukan itu saja, saling percaya antara satu sama lain juga perkara yang penting jika berjauhan.

Sesiapa yang ada dalam situasi pasangan ini tentu sangat memahami rasa terluka yang dilalui.



]]>
Para Suami Isteri Jangan Ambil Ringan Dengan Kos Perbelanjaan Untuk Anak Yang Bakal Dilahirkan. https://redaksi.com/4263-para-suami-isteri-jangan-ambil-ringan-dengan-kos-perbelanjaan-untuk-anak-yang-bakal-dilahirkan Wed, 21 Nov 2018 09:39:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4263 Semasa di awal perkenalan, anda perlu tahu kos pertunangan, pernikahan termasuklah perkahwinan. Masuk sahaja alam perkahwinan, terdapat banyak kos perbelanjaan anda perlu mengambil tahu termasuklah kos perbelanjaan untuk anak sulung yang bakal dilahirkan. Ketika ini lah anda perlu membuat banyak simpanan supaya tidak terseksa dikemudian hari.

Jom ketahui kos perbelanjaan tersebut…

1. Insurans perubatan.

Perkara penting yang anda dan pasangan perlu lakukan adalah menyediakan perlindungan perubatan sekiranya berlaku kes-kes kompilasi semasa bersalin. Kebanyakan kad perubatan dan perlindungan insurans kesihatan tidak mempunyai perlindungan bersalin.

Anda boleh berhubung dengan syarikat insurans untuk mendapatkan perlindungan tambahan semasa mengandung dan melahirkan anak secara kompilasi. Kadar insurans mungkin berbeza mengikut umur, faktor kesihatan dan jumlah minimum yang boleh dilindungi.

2. Pemeriksaan kehamilan.

Wanita yang mengandung perlu menjalani pemeriksaan wajib setiap bulanan di hospital bagi memantau perkembangan dan denyutan jantung janin dalam kandungan. Pemeriksaan perlu dilakukan seawal 10 hingga 12 minggu pertama kehamilan.

Anda juga boleh melakukan pemeriksaan pada bila-bila masa sekiranya anda berasa tidak selesa dengan kehamilan anda Pemeriksaan kehamilan boleh dilakukan di klinik kesihatan ibu dan anak yang disediakan oleh kerajaan di setiap daerah atau kawasan.

Sekiranya anda memilih untuk mendapatkan pemeriksaan di klinik swasta, kadar bayaran bagi pemeriksaan kehamilan kemungkinan berbeza dan bergantung kepada keperluan anda.

Anggaran bagi pemeriksaan kehamilan daripada RM80 hingga RM180.

3. Makanan tambahan untuk penjagaan kehamilan.

Penjagaan makanan semasa kehamilan boleh memberi permulaan yang sihat kepada bayi anda. Makanan tambahan seperti Omega-3 Minyak ikan, Obimin dan Asid folik adalah makanan tambahan yang baik sepanjang kehamilan.

Sesetengah hospital menyediakan beberapa makanan tambahan ini. Anda juga boleh membelinya di kedai-kedai farmasi. Ingat! Dapatkan terlebih dahulu nasihat daripada doktor berhubung dengan tahap kehamilan anda sebelum mengambil makanan tambahan.

 Anggaran kos setiap bulan bagi makanan tambahan ialah RM50 hingga RM150.

4. Kos wad Kos bersalin bergantung kepada hospital yang anda pilih.

  • Anggaran kos bersalin secara normal ialah RM300 (tidak termasuk wad dan bayaran lain) dan kos bersalin secara pembedahan pula ialah RM800 di hospital kerajaan.
  • Manakala, kos bersalin di hospital swasta pula, anda perlu menyediakan kos lebih 5 hingga 6 kali ganda daripada kos di hospital kerajaan.
  • Selepas bersalin pula, anda perlu tinggal di wad selama beberapa hari untuk memantau keadaan diri anda dan bayi anda.
  • Anggaran bayaran untuk satu katil sehari di hospital kerajaan ialah RM80. Hal ini tidak termasuk kos ubat-ubatan dan perkhidmatan lain.
  • Manakala, kos satu katil bagi hospital swasta pula, sekurang-kurangnya RM120 hingga RM150 sehari bergantung pada jenis bilik

5. Berpantang untuk penjagaan selepas bersalin.

Tempoh berpantang adalah masa yang penting bagi ibuibu selepas bersalin. Ketika ini, seorang wanita berpantang perlu mengupah pembantu untuk memasak, memandikan bayi dan melakukan urutan secara tradisional.

Sekiranya anda inginkan penjagaan seumpama ini, anggaran kos yang akan terlibat adalah antara RM3,000 hingga RM4,000.

6. Penjagaan Perubatan untuk Anak Suntikan imunisasi perlu diberikan kepada anak anda.

Antara vaksinasi mandatori yang perlu diambil oleh anak anda seawal usia satu bulan pertama hingga umur dua tahun seperti Hepatitis B, Difteria, Tetanus, Pertussis (batuk kokol) / dan Haemophilus influenzae jenis B. Vaksinasi ini boleh melindungi anak anda daripada penyakit.

]]>
Kos Perkahwinan Menyebabkan Ramai Lelaki & Wanita Terus Membujang. https://redaksi.com/932-kos-perkahwinan-menyebabkan-ramai-lelaki-wanita-terus-membujang Sat, 19 Aug 2017 11:20:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=932 Di Malaysia, trend majlis perkahwinan di hotel atau dewan telah mengganti majlis yang biasanya diadakan di rumah. Orang kampung pun sudah pandai kenduri dengan menempah makanan. Jika dulu tuan rumah menghantar tepak menjemput tetapi hari ini ada kad, ada yang pakai emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk jemput ke majlis perkahwinan. Ke mana pergi adat budaya kita? Dulu orang bagi bunga telur tanda terima kasih tuan rumah kepada tetamu, hari ini ada yang bagi gula-gula, coklat, buah, kek dan berbagai hiasan termasuk rantai kunci dan sapu tangan. Semua perubahan majlis perkahwinan bermula daripada persediaan hingga ke majlisnya menunjukkan masyarakat Melayu Islam Malaysia yang melalui proses perubahan dan yang pasti kelihatan semakin mewah. Namun berapa ramaikah yang benar-benar tahu tentang hukum pernikahan dan hukum mengadakan kenduri atau walimatulurus?



Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab mengadakan majlis dan siapa yang perlu mengeluarkan belanja? Yang pasti, ramai pasangan yang mahu berkahwin, digamit rasa khuatir kerana perkahwinan memakan belanja yang tinggi. Akhirnya, tunda majlis kerana tidak cukup wang.

Adakah perkahwinan itu majlis kenduri atau majlis akad nikahnya? Adakah kenduri itu wajib diadakan?

Pernikahan adalah akad yang ditetapkan oleh syarak bagi membolehkan seorang lelaki menikmati hubungan kelamin dengan seorang perempuan dan sebaliknya. Perkahwinan adalah satu ibadah dalam Islam sebagaimana dalam surah ar-Rum ayat 21. Demikian juga sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Nikah adalah sunnahku dan barang siapa yang tidak suka sunnahku, maka dia bukanlah dari umatku”. (riwayat Ibnu Majah)

Perkahwinan menjadi fardhu jika seseorang itu yakin bahawa jika dia tidak berkahwin maka dia akan tercebur ke lembah perzinaan. Selain itu, dia juga mampu melunaskan mahar atau mas kahwin, mampu memberi nafkah isteri zahir dan batin. Perkahwinan adalah sunat bagi seorang lelaki normal yang jika tidak berkahwin tidak akan melakukan zina dan dia juga tidak akan menganiaya isterinya jika berkahwin. Pernikahan adalah makruh bagi sesaorang yang takut atau bimbang jika dia berkahwin dia akan menganiaya isterinya kerana tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi atau perangai yang kasar atau tidak berminat kepada wanita. Perkahwinan adalah haram jika dia yakin dengan perkahwinannya dia akan menzalimi isterinya seperti tidak mampu menanggung nafkahnya atau tidak mampu mengadakan hubungan seks. Perkahwinan juga bukan sekadar kendurinya saja. Hari ini, orang tidak tanya berapa mahar atau mas kahwin pengantin perempuan kerana ia telah ditetapkan (ikut ketetapan negeri) dan orang mampu mengadakannya. Sebaliknya, tetamu menjeling-jeling wang hantaran dan mengira jumlah dulang yang dihantar. Bukan itu saja, ada yang sanggup membelek-belek barangan yang dihantar hendak menentukan kualiti; tulen atau tiruan.



Ibu bapa sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit malah ada pasangan muda yang sanggup berhutang untuk memastikan kenduri perkahwinan menjadi paling meriah dan paling mahal. Memanglah, pasangan mempelai mahu majlis perkahwinan mereka paling istimewa dan unik sebagai tanda cinta mereka. Namun berapa ramai yang tahu bahawa dalam satu majlis perkahwinan, akad nikah itu wajib dilaksanakan kerana ia berlandaskan syarak. Tanpa akad nikah maka tiadalah majlis perkahwinan. Orang dah kenyang makan dan balik tetapi pengantin belum lagi sah suami isteri kecuali pasangan telah selamat diakad nikahkan. Apa yang berlaku hari ini, pasangan mendahulukan semua yang adat seperti membelanja wang untuk hantaran, membeli barang hantaran, membeli bunga telur atau apa-apa buah tangan untuk tetamu, menempah mak andam beserta pelamin, baju dan hiasan perkahwinan. Pasangan hanya berbelanja RM300 sebagai mas kahwin atau mahar berbanding RM50,000 untuk yang lain-lain sedangkan ia hanya adat, bukannya wajib. Malah ia boleh menimbulkan riak kerana rasa ingin menunjuk-nunjuk dan pembaziran.

Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Melaka 2002 mas kahwin adalah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak, dapat dinilai dengan wang. Bagi memastikan suatu perkahwinan itu sah berlaku dan memenuhi kehendak hukum syarak, pasangan hendaklah diakadnikahkan oleh wali atau oleh pendaftar dengan kebenaran wali dan disaksikan oleh dua saksi. Pasangan mestilah seorang lelaki dan seorang perempuan dan pengantin lelaki hendaklah membayar mas kahwin kepada pengantin perempuan. Alangkah mudahnya majlis pernikahan tersebut dan hari ini pasangan telah boleh bernikah dengan mempunyai minimum RM500 kerana jika maharnya RM300, upah nikah dan sedikit yang lain, pasangan boleh diakadnikah dengan selamat. Tentunya ramai yang berkata “tidak mungkin” kerana hari ini hantaran mencecah RM20,000 (bagi seorang anak gadis yang berkelulusan ijazah pertama tidak termasuk artis, orang kenamaan dan sebagainya).



Itu tidak termasuk harga barang hantaran seperti cincin pertunangan dan cincin perkahwinan (ada juga yang memberi rantai dan gelang emas) kasut, baju, bag tangan, minyak wangi dan lain-lain barangan sokongan sebagai hantaran. Ada pasangan berbelanja RM5,000 ke 10,000 untuk hantaran sahaja. Majlis kenduri jika berlangsung di hotel, kosnya kepada berapa jemputan dan jenis makanan yang dihidangkan dan tidak kurang daripada RM50,000. Barang-barang lain yang sangat mahal adalah pelamin, baju pengantin dan bunga telur dan hadiah kepada tetamu. Jika dijumlahkan dari bertunang hingga s akad nikah, ada pasangan membelanjakan RM100,000. Ada yang membelanjakan wang simpanan, ada yang membelanjakan duit ibu bapa yang bergadai bergolok untuk majlis anaknya kerana takut malu dan mahu menjaga air muka dan nama. Lebih malang, pengantin lelaki yang terpaksa meminjam wang bank, koperasi atau kawan kerana wang simpanan tidak mencukupi. Ramai yang terpaksa bertunang lama kerana perlu mengumpul wang. Lebih malang, bayaran pinjaman belum habis dibayar, isteri dah minta cerai. (Utusan Malaysia melaporkan statistik perceraian yang meningkat dan dan 20peratus yang bercerai baru berkahwin lima tahun.)



Menurut kajian, lelaki berkahwin pada usia 28 tahun dan wanita 26 tahun dan adakah ini bermakna pasangan lambat berkahwin kerana faktor kos perkahwinan yang sangat mahal. Perkahwinan adalah isu jodoh dan kita perlu sentiasa ingat bahawa jodoh pertemuan adalah hak Allah. Memang ramai wanita berkahwin lambat kerana kebanyakan wanita berpendidikan tinggi. Umur minimum tamat ijazah pertama universiti adalah 23-24 tahun dan bagi yang membuat diploma adalah 21 tahun. Bagi yang wanita perkahwinan bergantung kepada jika ada orang masuk meminang tetapi bagi lelaki sama ada dia mampu untuk meminang. Jika tamat belajar mereka berumur 24 tahun dan dengan gaji RM3,000 ke 4,000 sebulan, dengan membayar PTPTN, pinjaman kereta dan perbelanjaan harian, mereka mungkin dapat menabung RM1,000 sebulan. Jika perbelanjaan perkahwinan (hantaran sahaja RM15,000) mereka perlu menabung 15 bulan. Jika anggaran perbelanjaan perkahwinan itu RM50,000 maka mereka hanya boleh berkahwin selepas 50 bulan bekerja (iaitu empat tahun) dan tentulah usia perkahwinan menjadi 28 tahun.

Alangkah baiknya simpanan RM50,000 itu dijadikan wang muka membeli rumah dan pasangan boleh terus tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin. Memang kos perkahwinan telah naik tetapi itu bukan alasan melewatkan perkahwinan. Ibu bapa perlu ada transformasi pemikiran daripada mahu mengadakan majlis besar-besaran kepada melihat anak berumahtangga tanpa hutang dan memulakan kehidupan rumahtangganya tanpa riba. Tepuk dada tanya selera.

]]>
Nanti Dah Kahwin, Suami Isteri Kena Selalu Dating Kerana 5 Sebab Ini. https://redaksi.com/6415-nanti-dah-kahwin-suami-isteri-kena-selalu-dating-kerana-5-sebab-ini Mon, 01 Jul 2019 11:48:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6415 Ramai para suami isteri menyangkakan bahawa aktiviti keluar berdua iaitu ‘Dating’ hanya boleh dilakukan ketika bercinta sahaja, bukannya selepas berkahwin. Padahal, selepas berkahwin perlu melakukan banyak aktiviti bersama bukan hanya disebabkan hubungan yang sudah halal semata, akan tetapi untuk mengeratkan lagi hubungan hingga selamanya.

Jadi, Bagi Mereka Yang Mahu Ke Jinjang Pelamin, Dan Sedang Berumah Tangga, Anda Perlu Mengamalkan ‘Dating’ Ini Selalu Kerana…

1. Untuk sentiasa meluahkan perasaan.

Kebiasaannya para suami isteri sukar untuk meluahkan perasaan antara satu sama lain kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing. Sekiranya ingin diluahkan usai sahaja pulang dari perjabat, pasti diri akan berasa penat dan mahu berseorangan iaitu ‘Me-Time’. Jika salah waktu dan masa untuk meluahkan perasaan, pasti diri tidak akan selesa dan mahu melepaskan kemarahan.

Sebab itu, pasangan suami isteri perlu ada masa untuk berdua, dimana perasaan kedua-duanya tenang dan boleh berbawa bincang apa jua isu.

2. Untuk mengetahui emosi pasangan.

Apabila adanya masa untuk dating, sedikit sebanyak pasangan suami isteri akan mengetahui emosi masing-masing. Situasi ini pasti akan menimbulkan sedikit perasaan mengambil berat dimana ia memang keperluan suami isteri.

Masakan, isteri sedang bersedih, suami hanya membuat tidak tahu sahaja?

Ataupun, ketika suami mendiamkan diri kerana dilanda masalah, isteri masih lagi boleh membeli belah dengan rakan pejabat?

3. Untuk mengelakkan kemurungan.

Pentingnya untuk meluangkan masa berdua dan keluar dating adalah untuk mengelak pasangan daripada dilanda kemurungan. Apa yang terjadi pada masa kini adalah, majoriti isteri berasa tertekan dengan gaya hidupnya sendiri.

Sudahlah untuk menguruskan kerja di pejabat, uruskan anak-anak, kemudian untuk bersabar dengan kerenah suami yang tidak mahu mendengar luahan hatinya, tidak hairan akan mudah berasa tertekan dan kemurungan.

Jadi, suami isteri perlu sedar akan hal ini.

4. Untuk memenuhi keperluan pasangan.

Apakah yang menjadi keperluan anda ketika bergelar suami isteri?

  • Untuk rasa dihargai.
  • Untuk rasa dihormati.
  • Untuk rasa dilindungi.
  • Untuk rasa disayangi dan dicintai.

Dan sebagainya…

Jadi, dengan adanya masa untuk diluangkan bersama, secara tidak langsung semua keperluan ini akan dipenuhi. Jika sudah dipenuhi, sudah pasti jiwa tidak berasa kekosongan yang menjurus kea rah kemurungan.

5. Untuk dijadikan sebagai kenangan.

Dan yang paling penting apabila anda dengan pasangan dapat meluangkan masa berdua adalah dapat mencipta kenangan dan memori. Kenangan yang tercipta pasti akan melakar memori indah, dimana sukar untuk kalian berdua dapati.

Oleh Yang Sedemikian, Dating Adalah Aktiviti Yang Amat Digalakkan Bagi Suami Isteri!

]]>
Mengapa Anda Rindukan Dia, Walaupun Hanya Sebagai Kenalan? https://redaksi.com/3807-mengapa-anda-rindukan-dia-walaupun-hanya-sebagai-kenalan Wed, 10 Oct 2018 12:51:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3807 Perasaan rindu ini mudah sahaja hadir dalam diri seseorang. Tidak kisah lah dirinya sebagai pasangan anda, rakan mahupun kenalan anda. Sedikit sebanyak perasaan rindu ini akan mekar dihati apabila kalian tidak saling berhubung. Terutama jika anda sudah terlalu lama menjadi orang bujang yang bebas tanpa pasangan. Jadi apabila ada seseorang yang mendekati anda perasaan rindu itu akan mudah terletak dalam hati anda. Apabila dirinya mula menghilangkan diri, anda mula resah dan gelisah mencari dirinya.

Walaupun dalam tempoh perkenalan, bagaimana perasaan rindu itu boleh hadir di dalam jiwa anda? Mungkin kerana 5 perkara ini.



1. Buat anda rasa selesa dengan dirinya.

Perasaan rindu ini muncul apabila seseorang itu berjaya membuat anda selesa dengan dirinya. Jadi apabila dirinya tidak sentiasa bersama anda, ia membuatkan hati anda sedikit gundah dan tercari-cari dirinya untuk mendengar luahan hati anda, berserta gurau senda yang akan mengukir senyuman anda ketika dengannya.

2. Dia berjaya buat anda tertarik.

Walaupun dari segi layanannya kelihatan biasa-biasa sahaja, tapi ia juga mampu membuat rasa rindu hadir dalam diri anda kerana anda tertarik dengan dirinya. Tidak kisah lah anda tertarik dengan gaya percakapannya , suara atau rupa parasnya. Tapi itu semua yang mampu membuat perasaan rindu itu hadir dalam diri anda.

3. Mengubah perasaan anda.

Jika dirinya hadri sebagai seorang rakan atau kenalan, tapi bila dia menghilangkan diri anda tercari-cari dan merasa rindu. Itu bermakna dirinya telah mengubah perasaan anda. Mungkin dahulu, anda merasa tidak mengapa tidak didekati seseorang tetapi kini kehadirannya itu telah mengubah hati anda. Sebab itu lah hadirnya rindu.



4. Dia sentiasa menemani anda.

Dia sentiasa ada untuk anda tidak kira lah ketika senang mahupun susah. Bahkan anda rasa dirinya telah menjadi sebahagian daripada diri anda. Jadi apabila dirinya hilang, mula lah timbul rasa rindu kerana anda merasa kosong dan sunyi tanpa seseorang yang sentiasa menemani anda seperti selalu.

5. Anda mahukan dia.

Perkara yang terakhir ini sudah pasti membuat anda sukar untuk mengakuinya bukan? Anda mahukan dirinya menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup anda kerana anda telah mula ada hati pada dirinya. Sebab itu lah bila dirinya menghilangkan diri, anda rasa rindu teramat kepadanya. Kerana apa? Kerana hati anda sudah menjadi milik dia.

Antara kelima-lima ini anda rasa yang mana punca anda menrindui dia? Sudah pasti anda mempunyai jawapan itu sendiri bukan. Apa-apa pun, jika anda mahukan dia cuba lah pikat hatinya.



]]>
Jangan Risau Menanti Jodoh Tiba, Yakin Lah Dia Akan Datang Apabila Tiba Masanya. https://redaksi.com/3626-jangan-risau-menanti-jodoh-tiba-yakin-lah-dia-akan-datang-apabila-tiba-masanya Wed, 26 Sep 2018 10:49:55 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3626 Jodoh adalah salah satu perkara yang sangat dinantikan oleh semua orang terutama bagi mereka yang masih belum mempunyai pasangan. Apabila umur semakin bertambah dan orang sekeliling mula bertanya “bila akan berkahwin?” ia pasti akak membuatkan hati sedikit gelisah. Menjadi tanda tanya bila jodoh kita akan tiba. Dalam segala usaha yang dilakukan, ia masih belum kelihatan hasilnya. Tetapi orang tidak mengerti, semakin banyak pertanyaan yang diberikan, hingga ia membuatkan kita sedikit tertekan. Tetapi satu hal yang pasti, bahawa jodoh anda telah tertulis di lauhul mahfudz.


1. Walaupun anda masih belum bertemu jodoh, itu tidak bermakna anda tidak mempunyai peminat dalam diam. Mungkin anda sudah biasa dengar apabila seseorang itu lambat bertemu jodohnya, itu bermakna dirinya tidak laku, walaupun anda belum bertemu seseorang itu tidak bermakna anda tidak laku. Mungkin pada masa yang ada ini, anda diberi peluang untuk mengubah diri anda ke arah kebaikan agar anda bertemu jodoh yang baik. Anda perlu yakin bahawa, setiap manusia yang telah diciptakan oleh Allah ini adalah berpasang-pasangan, cuma masanya sahaja belum tiba.

2. Anda harus percaya bahawa anda akan bertemu dengan pasangan yang melengkapi jiwa anda pada masa yang tepat. Tidak lambat dan tidak cepat tetapi dalam keadaan anda bersedia. Mungkin ia akan membuat anda berteka teki bagaimana jodoh anda nanti, tetapi percaya lah jodoh anda tidak akan pernah tertukar. Jika anda tidak berjumpa pasangan anda di dunia ini, boleh jadi anda akan bertemunya di akhirat nanti.


3. Apa kata dalam anda sedang menunggu itu, cuba memperbaiki diri, serta berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik. Hal ini kerana, jodoh itu adalah cerminan diri kita. Bukan kah telah dikatakan bahawa seseorang yang baik akan dijodohkan dengan orang yang baik juga. Jadi dengan itu, cuba perbaiki tingkah laku, dan memperlajari lebih lanjut mengenai hati seseorang.

4. Satu perkara yang anda perlu tahu adalah jodoh itu akan datang saat anda memerlukannya bukannya menginginkannya. Satu perkara yang perlu anda fahami, tidak kira bagaimana anda ingin mendapatkan jodoh anda jika tidak ada keizinan-Nya maka ia tidak akan berlaku. Dan satu perkara yang perlu anda fahami juga adalah jodoh itu akan datang apabila anda memerlukannya bukannya menginginkannya.

Jadi jangan pernah berputus asa dan menyerah dalam menanti jodoh ini. Teruskan berdoa dan berusaha untuk mencari jodoh yang sebenar. Tidak lupa juga perbaiki diri agar jodoh anda juga sedang memperbaiki dirinya.


]]>
5 Sebab Ramai Wanita Gagal Tarik Perhatian Lelaki. https://redaksi.com/529-5-sebab-ramai-wanita-gagal-tarik-perhatian-lelaki Thu, 20 Jul 2017 19:02:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=529 Ada sesetengah perkara sebenarnya langsung tidak menarik perhatian lelaki. Mungkin ada wanita yang sedar atau tidak mengenai perkara ini. Antara perkara utama yang tidak menarik perhatian lelaki adalah..



1. Wanita yang terdesak.

Lelaki sebenarnya tidak tertarik terhadap wanita yang kelihatan terdesak dalam mencari pasangan. Ini hanya akan meningkatkan lagi ego mereka sahaja. Tidak salah untuk seseorang wanita berusaha memulakan dahulu perhubungan tetapi pastikan bahawa anda tidak kelihatan didalam keadaan yang terdesak.

2. Wanita yang tidak berhenti bercakap.

Sekiranya anda sememangnya seorang yang suka bercerita, tiada masalah untuk meluahkan apa yang telah anda lalui terhadap pasangan. Tetapi pastikan anda bercerita pada masa dan situasi yang bersesuaian. Sekiranya tidak, ia hanya akan merungsingkan lelaki sahaja.



3. Tidak pandai menjaga kebersihan.

Seorang wanita mungkin boleh menerima lelaki yang tidak pandai menjaga kebersihan, tetapi malangnya ia tidak untuk lelaki. Ini kerana soal kebersihan atau kecantikan lebih sinonim terhadap wanita.

4. Postur tubuh yang bongkok.

Tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki menggemari wanita yang memakai kasut bertumit tinggi. Apakah yang menyebabkan mereka menggemarinya? Ini kerana apabila wanita memakai kasut tumit tinggi akan menyebabkan postur tubuh mereka lebih menarik dan mengelakkan daripada membongkok.

5. Wanita yang mudah dipikat.

Lelaki tidak suka wanita yang mereka rasakan mudah untuk dipikat. Ini kerana mereka lebih menggemari cabaran. Walaubagaimana suka perasaan anda terhadap seseorang lelaki itu, jangan sesekali menunjukkan bahawa anda mudah untuk dipikat.

]]>
9 Cara Untuk Membuatkan Lelaki Tidak Putus Asa Mengejar Anda Untuk Dijadikan Sebagai Pasangan. https://redaksi.com/3718-9-cara-untuk-membuatkan-lelaki-tidak-putus-asa-mengejar-anda-untuk-dijadikan-sebagai-pasangan Wed, 03 Oct 2018 14:26:52 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3718 Lelaki mahu dikejar, wanita mahu dikejar, tiada siapa pun yang akan tidak mahu mengejar. Kerana memang lumrah manusia suka mengejar sesuatu yang dapat ‘menangkap mata’ mereka, sesuatu yang dapat menarik perhatian.

Oleh itu khusus pada wanita, jom lakukan 9 cara ini untuk membuatkan lelaki terkejar-kejar pada anda…

1. Jangan kerap menghubungi mereka.

Apabila anda sudah memiliki nombor telefon bimbit mereka, jangan terlalu kerap menghubungi mereka seperti membuat panggilan dan whatsapp. Ini untuk menunjukkan usaha lelaki tersebut menghubungi anda dahulu.

2. Jangan mengangkat panggilan dengan satu deringan.

Lihat sahaja nama lelaki yang anda suka membuat panggilan, anda terus mengangkat panggilan tersebut. Lelaki itu pun terkejut, seolah-olah telefon bimbit memang 24 jam di tangan anda. Cuba tunggu lama sikit, supaya anda dapat melihat lelaki tersebut boleh menunggu atau tidak.

3. Membuatkan kehidupan anda kelihatan menarik.

Majoriti lelaki suka melihat perkara yang boleh membuat mereka berasa kagum. Jadi, lakukan sebarang aktiviti yang boleh buat lelaki ini kagum, seperti membuat percutian, adanya aktiviti out door setiap minggu, atau serlahkan bakat yang anda ada contoh bermain muzik, melukis atau seumpama dengannya.

Apabila segala aktiviti anda upload di sosial media, lelaki ini akan tertarik dengan kehidupan anda, dan cuba untuk berkenal rapat dengan diri anda.

4. Pandai meluangkan masa dengan ahli keluarga.

Sekali-sekala upload juga aktiviti anda bersama keluarga di sosial media, supaya si dia tahu anda ini tidak pernah melupakan keluarga atau digelar family person.

5. Jangan terlalu mempamerkan kesedihan.

Wanita yang terlalu mempamerkan kesedihan, kerap murung dan menangis akan membuatkan seorang lelaki menjauhkan diri. Ini kerana lelaki akan berasa keliru jika mahu mendekati anda. Dia mahu memujuk kerana kasihan, tetapi tidak mahu pula jatuh hati kerana simpati.

6. Jangan terlalu mengekori atau menjadi stalker.

Anda mahu dikejar, jadi jangan terlalu mengejar mereka. Jangan terlalu kerap mengekori dimana sahaja mereka berada, malah sering menjadi stalker di sosial media. Keadaan ini akan merimaskan diri mereka, sebenarnya.

7. Berkeyakinan untuk bersosial.

Lelaki juga akan tertarik dengan wanita yang mampu bersosial, dan memiliki ramai kawan terutamanya kawan lelaki. Ini kerana mereka akan rasa tercabar, dan tertanya-tanya gerangan lelaki yang berjaya mendekati anda.

8. Tidak terlalu mengemis perhatian.

Lelaki akan terus mengejar pada wanita yang tidak terlalu mengemis perhatian. Sudah lumrah seorang wanita mahukan perhatian 24 jam, tetapi cuba elakkan meminta perhatian secara kerap. Ini akan membuatkan lelaki tersebut pula mahukan perhatian daripada anda.

9. Bijak membuka hatinya.

Wanita yang bijak adalah seorang yang tahu untuk membuat dirinya senang berada disekeliling sesiapa sahaja terutamanya seorang lelaki yang mungkin minat mereka dalam diam. Wanita ini telah berjaya membuka hati lelaki tersebut supaya mengejar dirinya, dan tidak sia-sia dikejar.

]]>
Cara Menolak Cinta Tanpa Melukakan. https://redaksi.com/2567-cara-menolak-cinta-tanpa-melukakan Fri, 22 Jun 2018 20:41:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2567 Ramai antara kita yang berdepan dengan masalah untuk menolak cinta tanpa mengguris hati seseorang. Biasanya perasaan tidak sampai hati sering timbul apabila seseorang yang tidak dicintai mengatakan cinta. Namun kejujuran perlu ada untuk mengelakkan si dia menaruh harapan atau rasa dipermainkan. Terdapat beberapa cara untuk menolak cinta dengan baik.


1. Mengatakan ketidaksediaan.

Berterus terang dengannya tentang ketidaksediaan untuk bercinta. Ada kalanya ini merupakan alasan yang logik kerana seseorang yang baru putus cinta memerlukan masa untuk memulakan kembali dengan orang baru.

2. Teman tapi mesra.

Sekiranya tidak mempunyai perasaan yang sama, maka katakanlah ingin menjadi teman tapi mesra sahaja dengannya. Dengan itu si dia tidaklah kecewa besar dan terasa seperti cinta ditolak. Ada kala teman tapi mesra lebih erat berbanding hubungan cinta.


3. Mungkin bukan jodoh kita.

Adakalanya, sebelah pihak pasti merasakan sesuatu yang tidak kena apabila ingin memulakan sesuatu hubungan yang baru. Setiap orang seharusnya tidak perlu tergesa-gesa untuk memulakan langkah pertama, bimbang tidak ada keserasian dan kemungkinan cinta ditolak. Oleh itu, sekiranya rasa tidak sedap hati, beritahu si dia bahawa mungkin bukan jodoh kita.

Menolak cinta boleh dilakukan dengan pelbagai cara, bezanya bergantung sama ada mahu menggunakan cara yang baik tanpa melukakan dan memalukan, atau menggunakan cara yang tidak sopan.

]]>
Antara Menu Diet Artis Korea Yang Tak Masuk Akal. Mampu Ke Orang Kita Amalkan Diet Ini? https://redaksi.com/4901-antara-menu-diet-artis-korea-yang-tak-masuk-akal-mampu-ke-orang-kita-amalkan-diet-ini Wed, 16 Jan 2019 10:45:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4901 Apabila menonton drama korea, pasti kita tertanya-tanya bagaimana semua pelakon wanita dapat mengekalkan badan yang tinggi dan kurus, dan cantik dalam pada masa yang sama. Purata ketinggian pelakon korea adalah 160cm ke atas, disamping memiliki berat badan yang kurang daripada 50kg. Bagi mereka, tubuh badan sebegini sangat ideal.

Apabila melihat diet pemakanan mereka, memang tidak masuk akal kerana mereka bukan sahaja tidak mengamalkan nasi dalam rutin harian, malahan ayam dan daging pun tak makan! Sebagai anak melayu, nasi adalah penting untuk makanan rutin kita. Yelah, tekak melayu, kalau nak diet pun sekurang-kurangnya tengah hari pasti nak jamah nasi.

Jom lihat antara diet orang korea….

1. Diet Pisang ( Hilang 6 kg dalam masa 4 minggu).

Seorang ahli farmasi Sumiko Watanabe mengatakan banyak selebriti Korea mengamalkan diet pisang. Diet pisang juga dikenali sebagai “makanan glamor” kerana ia membolehkan muka anda menjadi lebih kecil, membakar pinggang dan lemak perut malah tegangkan payu dara dan membuat payudara anda lebih penuh.

Pagi: 1 hingga 2 biji pisang, 2 cawan air – (Untuk sarapan pagi, hanya ambil pisang segar dan air suam).

Makan tengah hari : Apa-apa yang boleh dimakan untuk makan tengahari dan makan malam / makanan Korea yang sihat dan tidak berminyak

Snek: Makan setengah biji atau 1 biji terus bila terasa lapar

Makan malam: Apa-apa yang boleh dimakan untuk makan tengah hari dan makan malam / makanan Korea kebanyakkannya terdiri daripada herba.

KELEMAHAN!

Pisang tinggi dengan gula mungkin tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai penyakit kencing manis dan boleh menyebabkan kaviti. Disebabkan diet pemakanan yang membolehkan anda makan apa yang anda mahu jadi anda mungkin tidak mempunyai kawalan diri lalu menyebabkan penambahan berat badan.

2. Diet ‘Danish’.

Diet Pemakanan Denmark dikenali sebagai satu pelan pemakanan yang digunakan di Hospital Diraja Denmark, tinggi protein dan rendah kalori pemakanan yang diambil selama 14 hari. Majoriti pelan pemakanan yang terdiri daripada protein haiwan dan kopi hitam.

TIPS

Ulang rajah di bawah dua kali (jadi 14 hari). Daging tidak boleh goreng dan anda perlu bersenam.

DanishDiet

KELEMAHAN!

Pengambilan kalori sangat rendah kira-kira 600 kalori setiap hari akan membuat anda berasa lemah. Sangat tidak seimbang makanan pelan, kekurangan buah-buahan, bijirin penuh dan susu, yang boleh membawa kepada masalah buah pinggang, usus dan juga kekurangan vitamin.  Paling teruk ialah apabila anda berhenti, anda perlu mula sekali lagi.

3. Pelan Diet.

ISNIN

  • Pagi: 1 keping roti bakar, 1 epal, 1 keledek
  • Makan tengah hari: salad dada ayam
  • Makan Malam: 8 biji tomato ceri, 1 biji timun

SELASA

  • Pagi: 1 keping roti bakar, susu rendah lemak
  • Makan tengah hari: 1 keledek
  • Makan Malam: 8 strawberi, 5 tomato ceri

RABU

  • Pagi: 1 keping roti bakar, susu rendah lemak
  • Makan tengah hari: 1 biji kentang manis, 5 tomato ceri
  • Makan Malam: 5 strawberi, 1 timun

KHAMIS

  • Pagi: 1 keping roti bakar, susu rendah lemak
  • Makan tengah hari: dada ayam, 8 strawberi
  • Makan Malam: 5 tomato ceri, 1 timun

JUMAAT  

  • Pagi: 1 keping roti bakar, 1 epal
  • Makan tengah hari: 3 biji telur, 1 timun, 5 tomato ceri
  • Makan Malam: 10 strawberi, 1 timun

SABTU

  • Pagi: 1 keping roti bakar, susu rendah lemak
  • Makan tengah hari: 1 keledek
  • Makan Malam: 1 tauhu, 3 tomato ceri

AHAD

  • Pagi: 1 keping roti bakar, 1 epal, susu rendah lemak
  • Makan tengah hari: 1 keledek
  • Makan Malam: 1 timun

KELEMAHAN!

Tiada daging atau sayur-sayuran daun hijau dalam diet mereka. Daging adalah penting untuk protein, yang membantu otot dan pembaikan sel, dan besi, komponen utama keupayaan darah-darah untuk membawa oksigen dan berfungsi pada tahap yang optimum.

Adakah kita mampu untuk ikuti amalan diet orang Korea ini? Beauty is pain….


]]>
Sedang Berusaha Mencari Jodoh? Ikuti 7 Tips Dalam Misi Mencari Jodoh. https://redaksi.com/1748-sedang-berusaha-mencari-jodoh-ikuti-7-tips-dalam-misi-mencari-jodoh Mon, 26 Mar 2018 14:50:37 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1748 Ramai yang susah hati apabila ditanya bila hendak berkahwin. Alasan yang selalu digunakan juga sudah lapuk iaitu jodoh masih belum dijumpai. Ramai yang akan berkata, diri ini memilih, walhal memang sukar untuk menemui jodoh sendiri ini. Jodoh orang senang pula nak jumpa kan? Banyak benda sudah dilakukan untuk mencari jodoh ini. Tapi mungkin terdapat beberapa perkara yang kita terlepas pandang. Jadi jodoh pun tak pandang kita lah. Eh macam itu ke?

Jodoh ini tidak datang bergolek. Ia juga tidak datang tanpa ada usaha. Jadi macam mana nak cari jodoh ini? Ikuti perkongsian dari saudara Amir Syahir mengenai misi mencari jodoh. Semoga dapat membantu buat anda yang sedang mencari jodoh ye!



Musim cuti sekolah ni ramai yang kahwin. Kau yang masih #teamsingle tu pun mesti nak kahwin kan? Jangan risau, jodoh kau pasti akan tiba bila sampai waktu dia.

Nak dapatkan sesuatu kena berusaha. Nak dapatkan jodoh pun kenalah juga berusaha. Ya. Kena usaha. Tidak akan datang bergolek ataupun turun daripada langit. Berusaha yang bagaimana?

Berusaha untuk menjemput jodoh itu banyak cara. Antaranya:

1. Jaga hubungan dengan Allah.

Solat tak tinggal. Solat lima waktu. Bukan rasa rajin baru nak solat. Macam mana kau nak jaga jodoh kau, kalau solat pun kau tak mampu nak jaga. Selalu berzikir dan menderma. Dekatkan diri dengan Illahi. Mulakan dengan perkara kecil tetapi berterusan contohnya melakukan sesuatu dengan bismillah dan sebagainya.

2. Jaga tingkah laku, pergaulan & percakapan.

Jaga pergaulan dan tingkah laku. Mulut tu jaga. Jangan nak mencarut aje kerjanya. Jaga juga hubungan dengan mak ayah adik beradik dan sahabat. Selalulah bermanis muka.

3. Perkukuhkan simpanan kewangan.

Mulakan menyimpan wang untuk kehidupan selepas kahwin. Kumpullah sedikit demi sedikit duit tabungan tak kira lelaki ataupun perempuan. Zaman sekarang untuk berkahwin kosnya tinggi walaupun majlis yang sederhana. Jodoh sampai dah ada simpanan wang, boleh terus kahwin kan? Tak perlu bercinta lama-lama.

4. Menjadi sang setia.
Kau dah ada calon, tapi nak pasang lain. Nak cari yang sempurna kononnya. Ada yang jenis tak sabar, terlalu terburu-buru, terlalu mengucap sayang. Sampai mudah berjanji manis sumpah setia bagai. Kau mudah meluah rasa sayang dan tukar pasangan. Belajarlah jadi seseorang yang terbaik untuk di miliki. Belajarlah untuk setia.



5. Banyakan berdoa.

Jodoh belum sampai di saat kita bersedia mungkin Allah mahu dengar doa kita. Selalu berdoa minta jodoh yang baik-baik. Allah akan tunjukkan jalan. Permudahkan urusan bila jodoh kau dah sampai. Allah juga akan berikan jodoh yang kau perlu. Bukannya yang kau mahu.

6. Bertaaruf.

Selain melakukan solat istikharah, kau boleh dapatkan pertolongan kawan-kawan untuk mencarikan. Bertaaruflah mana tahu ada jodoh. Buka hati kau untuk berkenalan hati budi seseorang. Berkenal-kenalan bukan bererti kau kena bercinta dengan dia terus. Tidak mengapa kalau kau perempuan kau mulakan dulu.

7. Solat hajat & taubat.

Kita manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Buat solat taubat. Sucikan hati dan mintalah kepada pertolongan Allah dengan buat solat hajat.

Kau terlalu mengejar cinta seseorang sampai hubungan dengan 'tuan punya' seseorang itu kau tak jaga. Dia lah pemilik hati. Dia lah akan bukakan pintu hati seseorang itu. Kau kena jaga hubungan dengan pemilik hati terlebih dahulu sebelum mengejar cinta seseorang itu.

Adakalanya jodoh belum sampai kerana Allah mahu kau menjaga mak ayah kau dulu. Tolong adik-beradik.

Jodoh akan muncul bila dah masa nya sudah tiba. Tidak lewat dan tidak cepat seperti yang telah ditetapkan sejak azali lagi.

Yang penting usaha kau tu. Baiki perangai bagi molek sikit. Ini tak sabar nak kahwin tapi perangai macam budak-budak lagi. Kah!



]]>
Lelaki Memang Lemah Dengan Cinta Wanita. Setuju? https://redaksi.com/514-lelaki-memang-lemah-dengan-cinta-wanita-setuju Thu, 20 Jul 2017 09:53:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=514 Alhamdulillah, Alhamdulillah selalu. Selawat penuh cinta dan salam khas untuk Rasulullah SAW, kekasih Allah yang kian lama dirindui. Buat pembaca blog ini dan para sahabat yang dihormati.



Dengan cinta segalanya boleh berubah, si pendendam menjadi pelembut hati, si pemarah jadi peyayang dan sebagainya. Zaman sekarang ni tipulah orang kata tak pernah bercinta , acik juga pernah lalui semua, walaupun kita tegah kita halang, kita herdik, kita maki jika mereka mengiginkan cinta tersebut pasti akan di usahakan sehingga dapat apa yang di mahukan dengan apa juga cara. Biarlah kita mengunakan pendekatan yang halus dan bersesuai agar mereka merasai dan terfikir tentang sesuatu pekara. Dan buat mereka sedar , cinta itu bukan semudah yang di sangkakan dan cinta kerana ALLAH adalah seindah cinta yang sebenar.

Nafas seorang mukmin adalah sebuah amanah Allah yang harus dimanfaatkan di jalan yang benar. Jangan disia-siakan, apatah lagi dibuang begitu sahaja. Jangan bermain dengan perasaan orang, apatah lagi jika orang itu adalah orang dekat dengan kita. Jangan memberi harapan bila memang harapan itu tidak pernah ada. Jangan memberi janji bila kita masih belum sedia untuk menunaikannya. Ini hanya sekadar peringatan kepada siapa sahaja tak kira kaum adam dan hawa...



Perempuan sering kata mereka lemah tentang cinta yang datang dari lelaki. Secara umumnya, wanita disifatkan oleh Allah dengan hati dan jiwa yang lembut. Kerana hati yang lemah itu, perempuan mudah ‘jatuh cinta’ dengan hanya kata-kata dan gerak geri seorang lelaki. Fitrah wanita yang berjiwa lembut dan lemah dengan pujian. Sebenarnya pekara itu juga berlaku sama juga dengan lelaki , lelaki lemah daripada wanita terutama dalam urusan cinta. Ini adalah hasil pemerhatian kehidupan peribadi sebagai seorang lelaki selama 23 tahun acik hidup.

Man is strong, but ...

Memang, wanita adalah manusia yang lemah lembut, halus tutur katanya, lembut hatinya bak air tenang menyejukkan sarat penuh perasaan kasih dan sayang. Kurang sesuai bila seorang wanita mengangkat barang-barang berat seperti meja dan kerusi, bukan?

Berbeza dengan seorang lelaki. Kuat, menentang, kasar, pantang di cabar, sukar menerima kekalahan. Bicaranya yang lantang dan tegas ditakdirkan menjadi seorang bakal pemimpin untuk hawa Namun tidak dalam segala hal seorang lelaki itu kuat. Ternyata kaum Adam itu lemah sangatlah terutama bagi persoalan cinta dari kaum hawa. Lemah dalam pandangan, fikiran, hati dan perasaan. Lelaki tidak mudah memperlihatkan emosi sedih mereka. Mereka hidup dengan cuba menutup rona lembut hati kerana mereka mahu kelihatan gagah dalam menguasai emosi. Mereka jurangkan satu perasaan yang lembut terkurung itu disebalik satu sifat yang nampak kebal dan tersendiri. Menangis itu bukan lelaki bagi mereka, tetapi menangis itu ialah satu sedekah murah si air mata yang hanya akan hilangkan kebal yang cuba mereka tunjukkan pada dunia.



Tetapi mereka sebenarnya menangis di dalam hati, kalah pada satu pertarungan diri apabila cintanya di khianati dan di permainkan perempuan dan membungkus buang satu perasaan duka. Mereka kalah pada satu tuntutan cinta yang merebak menguasai kuat sebuah jauh kembara. Lelaki sebenarnya insan yang amat setia, andai dirinya ditatang tinggi akan kuat rasa cinta. Lelaki juga sebenarnya mahukan satu penghormatan pada dirinya agar dia di pandang bukan kerana gagah sifat dan ego semata-mata tetapi kerana dia bakal menjadi seorang ketua keluarga. Mereka ini sebenarnya kalah pada kelembutan. Kalah pada kata-kata semangat. Kalah pada sifat baik dan sekuntum senyuman yang manis. Mereka mahukan perhatian itu, perhatian yang dapat membuang segala rasa keras hati dan cemburu. Perhatian yang dapat meletakkan tertinggi rasa setia itu.

Lelaki hanya tak pernah tunjukan kelemahanya di hadapan perempuan ,dia cuba jadi yang sebaik mungkin untuk kamu semua wahai kaum hawa. Walaupun sakit, walaupun apa yang dia rasa dia sembunyikan bukan kerana ego tapi mahu buktikan lelaki itu layak untuk dijadikan pemimpin di dunia dan di akhirat untukmu. Jadi hargailah sesama kita untuk melengkapi satu sama lain, perempuan lemah dari zahir dan perilakunya tetapi lelaki lemah dari dalamannya. Jadi saling memahami itu adalah kunci kebahgiaan. Jangan cari salah siapa tetapi terimalah seadanya.

]]>
Ketika Dilukai, Berdoalah Agar Allah Menggantikan Seseorang Yang Lebih Baik. https://redaksi.com/1578-ketika-dilukai-berdoalah-agar-allah-menggantikan-seseorang-yang-lebih-baik Mon, 12 Mar 2018 08:15:28 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1578 Ya. Memang pedih dan sedih apabila kita dilukai. Kita berusaha sungguh-sungguh agar pertalian yang diikat dapat diperkuat kelak, tetapi akhirnya putus jua. Tidak mengapa. Anggap sajalah kita tiada jodoh dengan si dia. Apapun, berdoalah kepada Allah agar Allah gantikan dia dengan seseorang yang lebih baik. Mudah-mudahan. Kita perlu berfikiran positif. Teruskan hidup kearah yang lebih baik. Antara hikmah Allah menguji kita dengan ujian sebegini agar:



1. Lebih dekat dengan pencipta.

Ketika kita sedih, kepada siapa kita mengadu? Jika selama ini kita banyak mengadu masalah kepada sahabat, selepas ini cubalah dekatkan diri kita dengan Allah. Kerana dia yang memberikan ujian kepada kita, dia jualah yang mahu kita adukan ujian itu kepada dia. Sebenarnya Allah rindu mendengar rintihan kita. Maka, banyakkan berdoa dan merintih kepada Allah.

2. Bertaubat kepadanya.

Allah menguji kita pasti ada sebab. Think positive. Mungkin sebelum ini apabila kita bersama si dia, kita banyak lalai dalam melakukan suruhan Allah. Maka Allah uji, untuk tarik kita ke arah kebaikan. Jadi, bersyukurlah.

3. Menjadikan diri lebih matang.

Setelah dikecewakan, sebenarnya diri kita akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan. Betul bukan?

4. Tidak akan mengecewakan orang lain.

Orang baik adalah orang yang apabila ditimpa ujian sebegini, dia tidak akan melakukan hal yang sama kepada orang lain. Kerana dia sudah tahu betapa pedihnya saat disakiti.

5. Mendidik diri supaya sabar.

Pahala buat anda, orang yang bersabar. Sedih lagi? Ingat saja pahala tu. InsyaAllah ia boleh merawat hati yang duka.

6. Menggugurkan dosa.

Ketika ini, senyumlah. Jadilah orang yang lebih baik dari sebelumnya.

7. Kegembiraan setelah diberi musibah.

Bukanlah Allah telah katakan kepada kita, setiap kesukaran pasti ada kemudahan. Mana tahu lepas ni Allah ganti dengan orang lagi bagus dari sebelumnya.



So, smile!

]]>
“Kaum Lelaki Jangan Cepat Sentap Dengan Emosi Perempuan, Kerana Mereka Secara Lumrahnya Begitu..” Kongsi Lelaki Ini. https://redaksi.com/5972-kaum-lelaki-jangan-cepat-sentap-dengan-emosi-perempuan-kerana-mereka-secara-lumrahnya-begitu-kongsi-lelaki-ini Sun, 05 May 2019 13:48:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5972 Menjadi sebagai golongan lelaki kebiasaannya banyak perkara yang tidak berpuas hati, terutamanya pada golongan wanita. Antara perasaan lelaki yang tidak berpuas hati adalah..

“Kalau dah period memang tak boleh kawal perasaan ke?”

“Kenapa kalau perempuan merajuk memang kena pujuk, tak boleh biarkan?”

“Perempuan emosi boleh, kenapa lelaki tak boleh emosi?”

Secara lahiriahnya, ciptaan lelaki dan perempuan sahaja sudah berbeza. Daripada mental sehingga fizikal, dan setiap kejadian tersebut pasti ada hikmahnya. Jadi, sebagai kaum lelaki jangan cepat sentap kalau perempuan tidak dapat mengawal emosi, kerana ia memang begitu.

Ada sebab mengapa Allah jadikan kaum perempuan begitu seperti apa yang dikongsikan oleh saudara Najmi Nawawi ini…

********

Ianya Normal : Perempuan Memang Begitu.

Orang lelaki jangan cepat terasa atau 'triggered' sangat dengan 'bad mood' pasangan. Otak perempuan dan otak lelaki berfungsi dengan berbeza, dan ini telah dibuktikan oleh ramai pakar psikologi dunia.

Kita orang lelaki memang boleh cakap 'memang la bad mood bila datang bulan, tetapi janganlah jadikan alasan untuk layan sahaja emosi itu'.

Tetapi ianya tidak semudah itu untuk mereka kawal emosi. Tidak dinafikan kadang-kadang memang boleh, namun kadang-kadang juga mereka akan jadi sangat sensitif. Memang tidak boleh kawal.

Seorang isteri sangat mudah mengalami perubahan mood. Mood yang kurang stabil pada wanita boleh disebabkan oleh apa sahaja. Mungkin kerana tekanan fizikal, keletihan, metabolisme, dan mungkin juga kerana perubahan mendadak hormon estrogen dan progesteron dalam badan si isteri.

P/s : Orang cakap kalau isteri bad mood kena pujuk dan peluk isteri. Tapi kau tahu-tahu sahajalah, bukan senang untuk peluk isteri kalau dia tengah bad mood. Macam peluk biawak hidup.

********

Oleh yang demikian, sekiranya lelaki juga ingin beremosi dan tidak mahu mengawal emosi, maka tiada siapa dalam dunia nanti akan berfikiran matang dan rasional. Ada juga yang kaum perempuan inginkan daripada lelaki atau cemburu dengan kejadian lelaki seperti berpeluang berpuasa penuh.

Jadi, jangan lepaskan peluang apabila dapat berpuasa penuh kerana ia adalah tak semua perempuan mengalami putaran haid yang sama.

Semoga Bermanfaat Dan Bersyukurlah Dijadikan Sebagai Lelaki!

]]>
Awas! Ini 9 Tanda Si Dia Tak Serius Dalam Hubungan. https://redaksi.com/1298-awas-ini-9-tanda-si-dia-tak-serius-dalam-hubungan Sat, 23 Sep 2017 16:18:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1298 “Ishh frust betullah dengan Johan ni. Dah lebih 5 tahun kenal dan berkasih, tapi sampai sekarang dia tak pernah mention nak bertunang untuk rapatkan perhubungan, apatah lagi nak kahwin. Bila tanya asyik tak ready, tak ready!”



Memang impian setiap pasangan mengharapkan perhubungan yang dibina berakhir ke jinjang perkahwinan. Namun, tak semua yang bersedia untuk komited ke arah itu meskipun sudah lama berkasih.

Sebab itu masa sedang hangat bercintalah, anda perlu buka mata (maklumlah orang kata cinta itu buta) dan melihat sama ada pasangan anda sudah bersedia atau tidak untuk satu perhubungan yang serius. Kalau pasangan anda serius, alhamdulillah, anda memang bertuah. Tapi bagaimana pula jika pasangan masih tak bersedia untuk komited?



9 Tanda Cinta Tak Serius Pada Pasangan.

1. Tidak bersungguh.

Hanya anda sahaja yang asyik telefon dan whatsapp setiap hari untuk bertanya khabar pasangan. Nak harapkan si dia mulakan dulu, alahai memang tak adalah!

2. Take, take & never give.

Selalunya anda yang perlu berkorban masa dan tenaga untuknya. Dek kerana sayang, anda rela melakukannya asalkan si dia gembira.

3. Selalu ungkit cerita perhubungannya yang lepas.

Biasanya pasangan jenis ini memang tidak bersedia untuk sebarang komitmen serius kerana dia seolah-olah sukar melepaskan hubungan terdahulu. Jadi, cuba elak mengharap satu komitmen daripadanya.



4. Suka mengelak.

Jika diajak berjumpa, ada sahaja jawapannya. Busylah. Ada meetinglah. Penatlah. Jangan ambil mudah alasannya kerana itu tandanya pasangan anda mengelak dari berjumpa anda.

5. Pernah kecewa & dilukai.

Biasanya, mereka yang pernah kecewa ini memang sukar untuk meletakkan kepercayaan dalam apa jua hubungan seriud. Lebih-lebih lagi melibatkan hati dan perasaan kerana takut dilukai lagi.

6. Elak berjumpa keluarga dan kawan anda.

Sebolehnya pasangan cuba mengelak berjumpa keluarga ataupun berkenalan dengan kawan rapat anda. Baginya, berjumpa dengan keluarga anda seolah-olah berjanji untuk menjaga anda padahal si dia belum bersedia.

7. Semua serba tak kena di matanya.

Apa sahaja yang anda buat, semuanya tidak sempurna di matanya sehingga menguji kesabaran anda. Sukar untuk mewujudkan persefahaman. Jadi, jika anda tidak tahan kerenahnya, anda boleh mempertimbangkan untuk let go hubungan dengannya.



8. Sukar percaya dengan orang lain.

Pasangan akan sentiasa berhati-hati dengan anda dan sesiapa saja yang cuba dekat dengannya kerana sukar mempercayai orang lain.

9. Suka bercakap mengenai kebebasan.

Jika pasangan kerap bercerita mengenai isu kebebasan, fahamilah bahawa si dia masih belum bersedia untuk komited.

JADI, LAKUKAN SESUATU UNTUK HUBUNGAN YANG LEBIH SIHAT.

Jangan abaikan jika terlihat tanda-tanda ini pada pasangan anda dan tutup mata dengan harapan si dia akan berubah satu hari.

Pada masa yang sama, anda juga perlu bertanya kepada diri sendiri sama ada anda bersedia untuk komited ke arah perkahwinan. Jangan buatkan mereka ternanti-nanti sesuatu yang tidak pasti. Jiwa akan terseksa dan merana tanpa usaha ke arah ikatan yang sah.

‘Melepaskan’ si dia mungkin adalah satu perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran anda. Namun, kita sepatutnya bergantung harap pada yang Esa dan bertawakkal kepada Tuhan atas setiap ketetapanNya. Bagi yang Muslim, dirikan solat istikharah supaya diberi kekuatan dan petunjuk untuk membuat sebaik-baik keputusan. Kalau dah jodoh, insya Allah dia akan tetap kembali kepada kita.

Mungkin saja dia bukan yang terbaik untuk anda. Dan, yakinlah pada Tuhan yang menyediakan seseorang di luar sana sebagai pasangan anda.

]]>
Ciri-Ciri Isteri Derhaka Menurut Rasullullah. https://redaksi.com/1176-ciri-ciri-isteri-derhaka-menurut-rasullullah Sun, 10 Sep 2017 14:54:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1176 Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami. Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallahu Anha bermaksud:

“Aku pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi : “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:” Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya. (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud:

“Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” (Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.

Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:



1. Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:

“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?”. Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.”(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:

“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim)

Ibnu Asakir pula menyebut:

“Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”



2. Menyakiti hati suami.

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

” Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.” (Riwayat Ibnu Majah)

3. Puasa sunat tanpa keizinan suami.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

“Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Keluar rumah tanpa izin suami.

“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.” (Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat).

5. Meminta cerai daripada suami.

Sabda Rasulallah sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud:

“Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara haram baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

6. Isteri yang tidak menunaikan hajat suami.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

“Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.

]]>
Terlalu gemuruh, pengantin secara spontan 'sahkan' diri sendiri cetus ketawa ramai https://redaksi.com/9292-terlalu-gemuruh-pengantin-secara-spontan-sahkan-diri-sendiri-cetus-ketawa-ramai Mon, 04 Jan 2021 16:59:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9292 Melafaz akad bukan semudah yang disangkakan, kalau lihat dikaca televisyen semuanya dengan sekali lafaz sahaja. Namun, apabila berdepan situasi itu sendiri tentunya sangat mendebarkan dan begitu gemuruh.


Malah, ketika itu jugalah apa yang dihafal boleh terlupa hingga pelbagai aksi lucu dan spontan dilihat ketika akad.

Boleh pulak dia sambut 'sah'

Berdebar untuk melafazkan akad, seorang pengantin lelaki dilihat menjawab ‘sah’ apabila bapa pengantin perempuan selesai membacakan akad.

Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang juru solek yang dikenali sebagai Erin di Instagram miliknya. Menerusi rakaman tersebut, pengantin lelaki sedang bersedia untuk melafaz akad di hadapan bapa pengantin perempuan yang menjadi wali pada hari tersebut.



Mungkin terlalu gemuruh, pengantin lelaki dengan spontan telah mengakhiri akad tersebut dengan berkata ‘sah’ sebelum meminta maaf dan turut ketawa bersama hadirin yang lain.

Tak jadi nak sedih, semua terus gelak

Bukan hanya para tetamu sahaja yang terhibur dengan gelagat pengantin lelaki malah, bakal ibu mertua dan juga pengantin perempuan di atas pelamin juga turut tidak dapat berhenti ketawa.



Memahami akan rasa gemuruh pada ketika itu, rata-rata warganet terhibur akan gelagat lelaki berkenaan malah turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu.



]]>
5 Tanda Awal Wanita Mula Suka Pada Seorang Lelaki. https://redaksi.com/2827-5-tanda-awal-wanita-mula-suka-pada-seorang-lelaki Fri, 13 Jul 2018 14:55:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2827 Apabila wanita mula menyukai seorang lelaki dalam diam, pasti banyak perkara yang akan dilakukan. Tetapi semua perbuatan ini pasti akan terlihat dengan jelas kerana wanita tidak mudah menyembunyikan perasaannya apabila menyukai seseorang. Sifatnya yang teruja akan terpancar pada wajahnya kerana tidak mampu menyorok perasaan tersebut.

Jom ketahui tanda-tanda tersebut....

1. Sering menghubungi lelaki tersebut.

Wanita akan mula menelefon atau whatsapp lelaki tersebut, tidak kira masa, waktu dan tempat. Ini kerana apabila seorang wanita sudah mula menyukai seseorang pasti mereka mahu lelaki tersebut sedar akan  kehadiran mereka.


2. Sentiasa ingat apa yang diperkatakan oleh lelaki tersebut.

Wanita muda yang mula terbit perasaan cinta dalam dirinya, dalam keadaan yang tidak sedar akan mengingati segala butir perkataan yang disebut oleh lelaki tersebut. Daya ingatannya menjadi lebih kuat berbanding sebelum, kerana terlalu memikirkan tentang lelaki itu. Kedengaran agak menakutkan.

3. Sentiasa ada alasan untuk berjumpa.

Wanita ini sanggup membuat apa sahaja semata-mata ingin berjumpa dengan lelaki tersebut. Dan mereka akan mencuri masa untukmendekati lelaki itu dan menjadi lebih akrab. Tetapi apabila orang luar bertanya, pasti jawapannya hanya best friend sahaja. Dalam hati hanya si dia yang tahu.


4. Ingin menatap wajah lelaki itu selalu.

Wanita ini pasti sudah angau kerana ingin sentiasa menatap wajah lelaki tersebut. Apabila berjumpa wajah lelaki itu ditatap sepuas hatinya dan tiada yang lain. Malah wanita ini sering duduk berhadapan dengan lelaki tersebut, bukan bersebelahan.

5. Stalk sosial media lelaki tersebut.

Dimana-mana sahaja pasti muncul wanita ini. Malah dia lah orang yang pertama like atau komen pada status atau gambar yang akan dimuatnaik. Pasti wanita ini akan memberi perhatian yang lebih pada sosia media lelaki tersebut jika tidak dapat berjumpa.


6. Tidak malu perkenalkan pada sahabat dan keluarga.

Dan yang paling penting wanita ini tidak segan silu untuk memperkenalkan lelaki tersebut pada sahabat baiknya malah pada ahli keluarga. Ini menandakan wanita telah menganggap lelaki itu lebih daripada kawan.

Jika rakan atau sahabat perempuan anda mempunyai tanda-tanda ini, jangan lah mempermainkan hati mereka okay.


 

]]>
Tips Perkahwinan. 9 Petua Naikkan Seri Wajah Untuk Bakal Pengantin. https://redaksi.com/164-tips-perkahwinan-9-petua-naikkan-seri-wajah-untuk-bakal-pengantin Fri, 16 Jun 2017 09:30:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=164 Pada hari perkahwinan, pastinya pengantin menginginkan keserian muka terserlah. Ketahui tips berguna bagi mendapatkan hasil yang baik pada hari bahagia anda. Eh, kenapa suram benar muka pengantin tu? Muka nampak penat je. Whops! Apa perasaan anda kalau tetamu yang hadir majlis resepsi anda, dan terdengar pula mereka memberi komen sebegini? Muka penat? Suram? Oh sedihnya hati! Siapa yang mahu di hari bahagia mereka tampak suram tidak bermaya, meskipun untuk menyediakan kesempurnaan majlis memenatkan badan, tapi mestilah paling utama pengantin ingin tampak berseri dan menawan di hari bahagia. Jangan bimbang sayangku sekalian, kerana admin akan kongsi petua-petua serta tips moden dan tradisional yang boleh anda semua amalkan untuk tampak manis jelita serta berseri-seri di hari bahagia.



Petua tradisional.

1. 44 hari sebelum menjelang hari bahagia.

Kata orang, petua ini amat bagus. Hasilnya jika anda amalkan, keserian wajah InsyaAllah akan berpanjangan. Petua pertama adalah dengan mengamalkan diri memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari. Caranya adalah dengan mengambil segelas air kosong (air putih) dan baca bismillah serta selawat ke atas Nabi, dan seterusnya anda makan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut. Jadikan petua ini amalan anda untuk tampak berseri setiap masa.



2. 30 hari sebelum menjelang hari bahagia.

Ambil segenggam daun sireh yang besar saiznya dan rebuskan di dalam air putih sehinggalah warna air berubah kehijauan. Selepas itu, ada gunakan air rebusan itu tadi untuk mencuci wajah anda. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Kelebihan air rebusan ini dilihat dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka, seterusnya menaikkan seri wajah. Info tambahan, air rebusan sireh ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser" yang sangat baik juga.

3. Timun sebagai eyemask.

Seperti sedia maklum bahawa timun mempunyai khasiat yang sangat bagus, di samping sejuk. Jadi anda hiriskan timun, jangan terlalu tebal dan jangan juga terlalu nipis. Tekapkan di mata anda dengan hirisan timun itu tadi selama 30 minit, kemudian basuh muka dengan air suam. Petua ini membantu menghilangkan lebam di bawah mata (eyebag) akibat tidur lewat atau mata penat serta membantu anda menghilangkan mata rasa lesu dan letih. Oh hirisan timun ini juga berupaya untuk menegangkan otot bawah mata! Bagus bukan?

4. Lobak sebagai masker muka.

Lobak yang kaya dengan vitamin E yang dipercayai membantu untuk menghilangkan parut muka serta membantu menaikkan seri wajah. Paling utama, ia juga dalam melembapkan kulit wajah anda. Caranya adalah dengan parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air suam.



5. Air kelapa tua membantu melembapkan wajah.

Wajah yang kering dan kusam akan perlihatkan kita seperti sakit. Oleh itu, bagi anda yang mempunyai masa lapang, cari kelapa tua, dan ambil airnya. Amalkan basuh muka anda menggunakan air kelapa tua itu tadi, biarkan selama 10 minit sebelum bilas dengan air bersih. Jadikan ini amalan, anda pasti peroleh kulit muka yang lembap berseri!

Petua moden.

1. Tidur yang secukupnya.

Cuba untuk dapatkan tidur yang secukupnya sebelum menjelang hari bahagia supaya badan sihat dan lebih bertenaga. Elakkan juga bangun lewat kerana seri wajah akan hilang jika anda bangun lewat! Bangun seawal 6 pagi. Amalkan mandi sebelum anda mengerjakan solat subuh, dan sesudah solat, luangkan masa melakukan senaman pagi 5-10 minit menghirup udara pagi. Paling utama, pastikan tidur anda 6-7jam setiap hari!

2. Luang masa di pusat rawatan kecantikan.

Seminggu sebelum menjelang hari bahagia, luangkan masa di pusat rawatan kecantikan. Belanja lah lebih sedikit untuk tampak manis berseri di hari bahagia. Lakukan rawatan muka, badan serta pergi ke salon untuk mendapatkan rawatan rambut agar tampak sihat dan bermaya di hari bahagia anda!



3. Minum air putih 8 gelas atau 2 liter setiap hari.

Admin kelaskan minum air putih sebagai petua moden kerana admin percaya petua ini tidak makan dek zaman. Pastikan anda minum segelas air selepas bangun dari tidur, sebelum mandi (gosok gigi) jangan tidak tahu ya pembaca sekalian, kerana air ini boleh membantu mencuci dalaman anda serta membantu melancarkan perjalanan darah yang juga dipercayai membantu menaikkan seri wajah anda. Tips menarik untuk dikongsi bersama anda adalah pastikan anda minum air putih (air suam) dalam keadaan duduk. Mengikut sunnah nabi, dengan cara melihat terlebih dahulu air di dalam gelas, bacakan bismillah, selawat ke atas Nabi dan minum dalam keadaan duduk. Menurut sains, dengan minum secara duduk sebenarnya membantu usus kita berkerja kerana jika anda minum dalam keadaan berdiri, dipercayai sebenarnya usus anda berada di dalam keadaan tersekat atau tersumbat. Hal ini kerana terdapat lubang yang ditutup ketika kita berdiri yang membantut urusan 'kerja' usus kita.

4. Ambil supplement untuk pemberi tenaga.

Pengambilan supplement atau minuman tambahan amatlah digalakkan bagi membantu anda mendapatkan tenaga yang diperlukan. Lebih lebih lagi dalam menyediakan persiapan hari bahagia, pastinya anda memerlukan tenaga tambahan. Kerana pastinya hari anda penat, jadi dengan pengambilan supplement di samping memberikan tenaga, turut menyumbang menyerikan lagi wajah manis anda. Dapatkan supplement yang bersesuaian di farmasi berdekatan!

Petua-petua ini admin peroleh hasil daripada temubual dan kaji selidik yang admin lakukan. Meskipun banyak rawatan moden, tetapi jangan dilupakan terus rawatan atau petua tradisional. Mana datangnya sekarang kalau tidak ada yang dahulu. Kan? Selamat mencuba sayang sekalian!

]]>
8 Fakta Tentang Akal Wanita Yang Wajib Lelaki Faham. https://redaksi.com/110-8-fakta-tentang-akal-wanita-yang-wajib-lelaki-faham Sat, 03 Jun 2017 17:14:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=110 Lelaki sering merungut dengan perangai wanita yang kadang kala sukar untuk mereka ramal. Sekejap macam baik-baik sahaja, tetapi sekejap lagi dia boleh tiba-tiba marah dan merajuk tak tentu pasal. Perlu korang tahu bahawa walaupun manusia masing-masing mempunyai otak dan akal fikiran, namun ia sebenarnya sangat berbeza jika mahu membandingkan di antara sikap laki-laki dan juga wanita. Memahami perbezaan tentang bagaimana otak wanita berfikir, mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kaum lelaki dalam mengenal dan mengawal emosi wanita.

Jom kita lihat 8 fakta berkaitan dengan akal wanita yang wajib difahami oleh kaum lelaki.



1. Sentiasa berubah-ubah.

Perubahan yang berlaku pada lelaki dan wanita adalah disebabkan oleh hormon, tetapi kaum wanita lebih terdedah kepada perubahan ini kerana tahap hormon mereka yang sentiasa berubah-ubah. Kitaran haid bulanan wanita juga menjadi faktor kepada perubahan hormon ini dan ia juga memainkan peranan penting dalam setiap perubahan tingkah laku. Jadi, tak hairanlah jika wanita sering marah-marah bila time PMS kan. Hehe

2. Kuasa psikik.

Gerak hati wanita bukan hanya sekadar mitos. Para saintis telah membuat teori bahawa wanita mungkin mempunyai deria keenam, seiring dengan peningkatan usia mereka dan perkara ini boleh dilihat dengan jelas selepas mereka sudah melahirkan anak. Apabila bayi menangis pada waktu tengah malam, si ibu akan tersedar kerana gerak hatinya mengetahui bahawa bayi itu sedang memerlukannya untuk meminta susu atau berasa tidak selesa. Berbanding lelaki, ada segelintir daripada mereka yang langsung tidak sedar ketika anaknya menangis di waktu malam.



3. Bertindak lebih agresif.

Cara wanita meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka adalah lebih agresif berbanding lelaki. Jika lelaki mungkin lebih cenderung kepada serangan keganasan fizikal untuk meluahkan rasa tidak puas hati, namun berbeza bagi wanita. Langsung tidak menggunakan kekerasan, dalam menyelesaikan sebarang masalah wanita lebih menggunakan pendekatan secara diplomatik. Mereka mungkin bijak dalam memanipulasi dan membuat rundingan untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu.

4. Ketidakpastian.

Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang wanita apabila sering berasa curiga, lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan konflik bersama pasangan. “Silent treatment” mungkin adalah satu tindakan yang dibenci oleh kaum lelaki, tetapi mereka harus menerima cara ini kerana wanita lebih suka menggunakan pendekatan ini dalam menyelesaikan perselisihan di antara pasangan. Mereka sering dibelenggu dengan sikap ‘ingin tahu’ dan ‘ragu-ragu’ dalam perhubungan dan cenderung untuk membuatkan mereka berasa susah hati dan sering kecewa.



5. Like a switch light.

Dalam soal hubungan seksual, wanita lebih mudah untuk hilang nafsu ketika sedang mengadakan hubungan bersama pasangan. Golongan ini lebih sukar untuk dipuaskan berbanding lelaki. Berbeza dengan lelaki, mereka lebih mudah untuk membuat keputusan dalam melakukan hubungan intim. 

6. Naluri keibuan.

Golongan lelaki perlu bersedia untuk berhadapan dengan perubahan besar yang berlaku kepada wanita apabila mereka disahkan mengandung atau baru sahaja bergelar ibu. Bukan sahaja perubahan fizikal, emosi yang disebabkan oleh mengandung dan melahirkan anak juga turut menjadi perubahan besar dalam kehidupan seorang wanita. Mujur sifat keibuan yang hadir dalam diri mereka diberikan secara semula jadi dan kerana itu, walaupun mungkin tidak pernah berpengalaman menyusukan dan menjaga bayi, sikap tanggungjawab itu hadir dengan sendirinya dalam diri mereka.



7. Perimenopause.

Tidak seperti lelaki, wanita melalui dua fasa ‘alam remaja’ dalam kehidupan mereka. ia berlaku seawal wanita mengalami akil baligh di usia remaja dan kemudian menghadapi satu lagi kitaran yang dikenali sebagai perimenopause yang biasanya berlaku pada usia 40-an. Keadaan ini boleh menyebabkan perubahan hormon yang tidak menentu dan mungkin menyebabkan mereka bersikap sedikit keanak-anakan. Jangka masa perimenopause ini biasanya terjadi selama antara dua hingga sembilan tahun sebelum menopaus.

8. Suka cabaran.

Kaum wanita yang mengalami perubahan selepas menopaus boleh menyebabkan keinginan mereka meningkat untuk melakukan aktiviti-aktiviti mencabar dan jangan terkejut bila melihat wanita yang sudah berusia masih lagi aktif melakukan kerja-kerja sukarelawan untuk kepuasan diri mereka. Ha, macam mana? Tak kira lelaki atau wanita, mesti ada yang tersenyum bila baca point-point yang kami kongsi kan ini sebab memang ‘kena’ dengan personality segelintir wanita yang korang kenal atau mungkin ada yang terkena batang hidung sendiri? Hiks!

]]>
Apa Wanita Pandang Pada Seorang Lelaki? https://redaksi.com/2136-apa-wanita-pandang-pada-seorang-lelaki Fri, 27 Apr 2018 12:13:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2136 Orang kata, “dari mata, jatuh ke hati?” Normal. Wanita juga mempunyai perasaan suka, cinta terhadap lelaki. Sama seperti lelaki. Tetapi mengikut kesesuaian. Banyak faktor yang mendorong seorang wanita jatuh cinta terhadap lelaki. Salah satunya kerana:


1. Penampilan.

Ada wanita suka lelaki berkaca mata, nampak smart dan berdedikasi gitu. Bila botak, nampak macho. Badan sado, nampak gagah perkasa. Bila pakai serban, kopiah nampak handsome dan suci je. Itu pandangan fizikal yang boleh membuatkan hati wanita terpikat.

2. Kesungguhan.

Dedikasi seorang lelaki dalam melakukan sesuatu mendorong wanita mempercayai bahawa lelaki tersebut dapat menjadi imamnya yang baik suatu hari kelak. Macam terbayang-bayang gitu si dia pergi kerja, dia salam dulu depan pintu. siapkan pakaian, makanan suami sebelum mereka kerja. Ehem!

3. Agama.

Bila ke masjid, mata liar je tengok lelaki-lelaki muda. Hoho Niat. Niat beb! Betulkan. Tapi itulah hakikat. Nak juga mencari lelaki yang soleh kan? Nak-nak lagi lelaki tersebut dapat menjadi imam, suara sedap mengalunkan bacaan al-Quran atau mengumandangkan azan. Huh. Sejuk je hati dengar. Hehehe

4. Romantis.

Mana-mana wanita, pastinya suka akan lelaki yang bermadah pujangga. Tapi janganlah sampai mempermainkan perasaannya. Tak baik tu. Kalau nak, minta elok-elok dengan mak ayah mereka. Kalau tak nak, tinggal lebih baik. Daripada wanita tersebut bermain tanda tanya.


Kewangan juga penting. Tapi bagi wanita yang baik, wang bukan segala-galanya bagi mereka. Asalkan lelaki tersebut dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh, memberikan nafkah sebaik mungkin kelak, menjadi seorang suami yang berwibawa sudah cukup membahagiakan mereka. Kan gadis cantik molek?


]]>
Disebalik Bunga Yang Diberikan, Mari Ketahui Maksudnya. https://redaksi.com/3412-disebalik-bunga-yang-diberikan-mari-ketahui-maksudnya Mon, 03 Sep 2018 12:58:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3412 Seperti yang kita tahu, untuk memujuk seorang wanita dengan mudah adalah dengan memberinya bunga. Ini adalah satu taktik yang biasa digunakan oleh seorang lelaki. Bahkan ia sangat mudah untuk mendapat tempat di hati wanita. Hal ini kerana, bunga adalah salah satu perkara yang diminati wanita. Tetapi sebelum anda memberikan bunga atau menerima bunga, cuba cari tahu dahulu maksud bunga tersebut.


Lebih dari seratus tahun yang lalu, pasangan Victoria mengamalkan floriografi, yang merupakan “bahasa bunga.” Mengikut amalan ini, setiap spesis (dan kadang-kadang, warna) bunga mewakili makna lambang. Oleh itu, apabila seorang lelaki ingin memberi bunga mawar, itu bermakna dia benar-benar menginginkannya, dan jika seorang wanita menghantar bunga cyclamen kepada lelaki itu, bermakna dia mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Itulah sebabnya orang zaman Victoria mengambil bunga dengan serius, di mana setiap kedai juga teliti dengan makna setiap bunga.

Konsep ini mungkin kelihatan kuno hari ini, tetapi jika anda ingin membuat bunga anda istimewa (sama ada untuk kekasih, ibu anda, atau sahabat), pilihlah bunga yang menyatakan perasaan anda untuk orang itu. Dan sebelum anda menghantar sejambak kepadanya, tulis dahulu kad nota sebagai sentuhan manis.


Orkid.
Bunga orkid memberi makna kekaguman dan innocent.


Tulip.

Antara bunga kesukaan ramai, katanya tulip bermaksud keyakinan, caring dan cinta.


Kekwa.

Atau dalam bahasa inggeris dipanggil chrysanthemum. Bunga kekwa mempunyai mesej ringkas iaitu kejujuran dan kesetiaan.


Camelia.
Bunga yang cukup cantik ini sangat disukai oleh orang zaman Victoria. Menurut mereka, bunga ini memberi erti “nasib saya ada di tangan anda.” Agak tersirat bukan?


Daisy.

Juga memberi makna yang sama seperti bunga orkid iaitu innocent dan suci.


Matahari.
Bunga matahari bukan bunga sembarangan, ia memberi simbol kuasa dan kekaguman kepada seseorang. Untuk konteks persahabatan dan perhubungan, matahari melambangkan kesetiaan dan ikatan yang kuat antara dua individu.


Lavender.

Dari aroma yang indah kepada warna ungu, sejambak lavender sentiasa akan dihargai, lebih-lebih lagi ia menyampaikan mesej kepuasan.


Mawar Merah.
Bunga rasmi Hari Kekasih ini melambangkan cinta dan keinginan.


Jasmine/Melati.
Bunga jasmine/melati dikaitkan dengan cinta. Jasmine juga melambangkan kecantikan dan keghairahan. Dalam sesetengah budaya, jasmine mewakili penghargaan dan nasib baik.


Calla Lily.
Bunga ini secara teknikal bukanlah sebahagian daripada keluarga lily. Calla lily dinamakan sempena perkataan Yunani untuk cantik – calla. Makna paling biasa yang dikaitkan adalah kesucian dan kesetiaan, sering digambarkan dengan imej Virgin Mary.


Peony.
Makna peony yang biasa termasuk romantis, kemakmuran, kekayaan, kehormatan, belas kasihan dan kesabaran.


Buat anda yang ingin memberi bunga itu, jangan salah beri bunga. Nanti lain pula maksudnya. Tetapi bagi anda yang menerima bunga tersebut, cuba fahami apa maksud bunga yang diberikan itu.


 

]]>
Disangka ingin bertemu, gadis luah rasa terkejut bila bekas kekasih beri kad jemputan kahwin https://redaksi.com/9211-disangka-ingin-bertemu-gadis-luah-rasa-terkejut-bila-bekas-kekasih-beri-kad-jemputan-kahwin Wed, 23 Dec 2020 13:33:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9211 Walaupun sudah berpisah, namun kadang kala masih meletakkan harapan agar hubungan kembali terjalin. Itulah yang dirasai oleh mereka yang masih belum mampu ‘move on’ sepenuhnya.


Nak buat macam mana, move on itu perlukan masa dan tidak semudah seperti disangkakan. Namun, lebih menyedihkan lagi apabila dalam tempoh move on itu, rupanya bekas kekasih sedang melakukan persiapan untuk mendirikan rumah tangga.

Itulah yang dilalui gadis ini apabila menerima udangan majlis perkahwinan bekas kekasihnya.

Bekas kekasih di hadapan rumah

Dikongsikan menerusi aplikasi TikTok, pengguna akaun Shafana meluahkan rasa terkejut apabila dia melihat bekas kekasihnya muncul di hadapan rumahnya.


Disangkakan ingin bertemu dengannya, rupanya kehadiran bekas kekasihnya itu adalah untuk memberikan sekeping kad jemputan kahwin.

Doakan terbaik buatnya

Bagaikan hilang kata-kata apabila mendapat tahu akan perkara tersebut, gadis ini hanya mempu mendoakan agar insan yang pernah membuatnya bahagia itu berbahagia bersama pilihan hidupnya.

Perkara tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata meminta agar gadis tersebut untuk move on dari hubungan tidak kesampaian tersebut. Malah, ada juga yang turut bersimpati akan nasib gadis tersebut dan mendoakan agar dirinya bertemu dengan orang lebih baik.

Bahkan, ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama seperti yang dialami gadis tersebut.




 

]]>
5 Cara Melupakan Cinta Yang Bertepuk Sebelah Tangan. https://redaksi.com/1299-5-cara-melupakan-cinta-yang-bertepuk-sebelah-tangan Sat, 23 Sep 2017 16:20:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1299 “Berkecai seribu hati aku ni bila dapat tahu Arif hanya anggap aku kawan biasa sahaja sedangkan aku letak dia di tempat teristimewa dalam hati. Sakit dan peritnya hati ni. Rupanya sekadar cinta yang bertepuk sebelah tangan. Aku kena lupakan Arif sekarang juga dan buang rasa sayang yang ada. Mampukah aku?”



Bila melibatkan soal hati, memang susah. Tahu-tahu pula hanya kita yang beriya-iya, rupanya dia tidak mencintai kita! Inilah namanya cinta yang bertepuk sebelah tangan. Bukan mudah untuk lupakan seseorang yang sudah lama bertakhta dalam hati. Terasa gelap dunia. Sebab itu tidak hairanlah ada yang ambil jalan mudah dengan membunuh diri sendiri apabila cinta tidak berbalas!

Usah ambil langkah mudah sebegitu. Sewajarnya, berusaha mencari jalan untuk melupakan si dia.



5 Cara Melupakan Cinta Yang Bertepuk Sebelah Tangan.

Antara cara yang boleh dilakukan untuk melupakan seseorang itu adalah dengan:

1. Terima hakikat.

Bukan mudah untuk terima kenyataan bahawa si dia tidak sukakan anda seperti mana anda menyukainya. Namun kita perlu menyedari hakikat cinta yang bertepuk sebelah tangan ini biasanya tidak akan ke mana.

Perkara pertama yang kita perlu lakukan adalah menerima kenyataan ini dengan redha. Kalau ada rezeki, adalah. Yang penting, beri ruang dan masa untuk merawat luka di hati.

2. Luahkan rasa, jangan pendamkan.

Jika terasa mahu menangis, luahkan sahaja dan elak pendamkannya. Buatlah apa semahunya – pergi bercuti, balik kampung, keluar dengan kawan-kawan, atau apa saja yang dapat membantu anda melupakannya asalkan tidak melanggar syariat dan tidak berlebih-lebihan.

Jika anda tidak selesa bercerita dengan sesiapa, tuliskan perasaan anda di atas sehelai kertas. Apabila selesai, anda akan rasa lega dan lebih bersemangat mencipta azam untuk melupakannya.



3. Buang semua mesej atau gambar.

Kadang-kadang ramai yang terperangkap dengan istilah ‘teman tapi mesra’. Mana tidaknya, kita dilayan bagai teman istimewa apabila sering keluar bersama, diberi hadiah, dan sering pula dibawa pula berjumpa keluarga si dia.

Rupanya, mereka menganggap kita ‘hanya kawan’ dan tidak lebih daripada itu. Jika anda benar-benar mahu melupakan cinta kepada si dia, anda perlu membuang semua memori lama dan mulakan yang baru.

‘Delete’ semua mesej yang anda selalu baca semula dan gambar yang selalu ditengok daripada telefon anda.

4. Elak bertemu dengan si dia.

Hati anda memerlukan masa untuk dirawat. Ambillah sebanyak mana masa yang anda perlu untuk menjauhkan diri daripadanya. Sebaiknya cuba elakkan dari berjumpa atau mencari-cari si dia. Ini untuk beri anda peluang melupakannya.



5. Jangan salahkan sesiapa.

Urusan cinta memang sukar kerana ia melibatkan hati. Hati yang tak boleh dipaksa. Hati yang punya rasa berbeza. Jadi, ramai yang cenderung melahirkan perasaan malu, bodoh, atau geram kerana terlalu mudah jatuh cinta. Ada yang sampai fobia untuk bercinta dan berkenalan dengan sesiapa lagi selepas itu. Jika si dia tidak sukakan anda, usahlah menyalah diri sendiri mahupun si dia kerana tidak mempunyai rasa yang sama dengan anda.

Hidup mesti diteruskan.

Bukan mudah meneruskan hidup setelah menyedari hakikat cinta yang bertepuk sebelah tangan. Namun ia perlu juga dilakukan demi untuk diri sendiri. Buat apa mengenang orang lain yang tiada perasaan pada kita, lebih baik teruskan hidup, betul tak?

]]>
Manfaatkan 4 Perkara Ini Selepas Bersahur. Jangan Terus Tidur Je, Kongsi Lelaki Ini. https://redaksi.com/6041-manfaatkan-4-perkara-ini-selepas-bersahur-jangan-terus-tidur-je-kongsi-lelaki-ini Mon, 13 May 2019 09:37:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6041 Pada bulan puasa ini, waktu yang agak mencabar bagi kalangan kita adalah selepas bersahur kerana pada waktu tersebut sudah tentu kita berasa seperti lesu dan kurang tidur. Ramai dikalangan kita cuba untuk melelapkan mata sebentar, namun apa yang terjadi adalah sehingga matahari terbit, baru mata kita celik. Subuh pun terlajak.

Berikut adalah tips yang kita boleh manfaatkan selepas waktu bersahur, yang dikongsikan oleh saudara Abu Huraira atau dikenali sebagai Tat Abu ini...

Image may contain: one or more people and people standing

********

Image may contain: text

Satu jam selepas sahur, adalah penentu bagaimana puasa kita nanti bagaimana.

Satu jam selepas sahur, adalah cara kita melihat bagaimana puasa kita sepanjang ramadan ini.

Maka, selepas satu jam kita bersahur, apa yang kita perlu lakukan?

Apa perlu kita buat?

InsyaAllah, sama-sama kita lakukan dengan berkat ramadan.

1. Elakkan tidur.

Ini biasa kita buat. Sudahlah perut kenyang, habis subuh kita terus tidur. Bahaya! Doktor juga nasihatkan jangan tidur lepas subuh dan lepas sahur kerana ia akan menjejaskan kesihatan kita. Bangun selepas itu bukan menyegarkan. Tapi, melemahkan dan menyakitkan. Tunggu sehingga paling kurang 7.30 pagi, kemudian jika terlalu penat maka rehatlah.

2. Banyakkan ibadah.

Dalam bulan ramadan, semuanya menjadi pahala dan berlipat ganda buat kita. Sekecil kebaikan pun menjadi sebab Allah memandang kita. Jadikan ibadah sebagai amalan yang selalu dibuat selepas satu jam bersahur. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Banyakkan istighfar. Begitulah hidupnya hati dalam ramadan ini.

3. Senaman ringan.

Ya! Tak salah malah buatlah. Pagi kan segar? Ambil udara diluar. Berjalanlah sedikit. Sambil tu kita boleh dengar nasyid, pasang Al Quran dan hayati. Sihat pun sihat. Pahala pun dapat

4. Buat sedikit kerja rumah.

Kemas rumah, basuh baju, menyapu, mop dan sebagainya untuk bagi kesegaran pada badan. Rumah yang bersih selalu menjadi kunjungan malaikat. Didoakan seluruh isi rumah yang bersih. Maka, kerja rumah yang dilakukan pun boleh jadi ibadah. Apalagi, kita niat mengambil keberkatan ramadan

Dan, banyak lagi yang kita boleh lakukan selepas sahur.

Asalkan, tidak lepak dan terlepek sahaja tanpa berbuat apa-apa.

Sebab, segala yang kita lakukan ini, jika niat kerana Tuhan dan dilakukan dengan betul, maka ia menjadi tenaga yang akan menjadikan puasa kita bertenaga.

Tidaklah lemah sahaja dan sekadar menahan lapar serta dahaga.

Selamat bersahur dan berpuasa ya.

"Tuhan, terimalah amalan kami sepanjang ramadan ini. Amin ya Allah"

#sweeterapi

********

Semoga Bermanfaat Dan Bersungguh-Sungguhlah Kita Membuat Banyak Kebaikan Pada Bulan Yang Mulia Ini!

]]>
Benarkah Anak Sulung Dan Anak Bongsu Pasangan Serasi? https://redaksi.com/727-benarkah-anak-sulung-dan-anak-bongsu-pasangan-serasi Thu, 03 Aug 2017 11:37:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=727 Ramai dikalangan pasangan mungkin tidak mengetahui hal seperti ini. Kerana tidak ramai yang membaca perkongsian maklumat tentang keserasian pasangan masing-masing atau juga mungkin memandang remeh tentang hal perhubungan. Perkongsian maklumat ini agar anda dapat menilai dan lebih memahami erti dan kepentingan berpasangan. Selama ini anak bongsu dan anak sulung dianggap sebagai pasangan yang ideal. Tetapi lain pula halnya dengan anak sulung yang berpasangan dengan anak sulung atau anak bongsu yang bakal mendapat pasangan anak bongsu. Mereka dianggap tidak sesuai dan tidak serasi. Tapi bagaimanakah ianya berlaku? Adakah benar anak bongsu dan anak sulung pasangan yang ideal? Namun adakah ianya merupakan fakta atau mitos semata-mata?



Anak sulung terbiasa melindungi.

Sedangkan anak bongsu cenderung manja dan biasa dilindungi.

Keduanya saling melengkapi.

Anak sulung bertanggung jawab dan berdikari.

Anak bongsu masih suka bergantung.

Keduanya merasa saling memerlukan dan memberi warna yang berbeza.



Anak sulung terbiasa menguruskan banyak hal.

Anak bongsu tidak teratur menguruskan sesuatu.

Pasangan anak sulung dan anak bongsu boleh jadi partner yang sesuai dan tidak saling mengatur.

Anak sulung cenderung keras kepala.

Anak bongsu pandai bergaul mampu menjadi penyejuk saat suasana tegang.

Anak bongsu selalu boleh menjadi penyejuk dan meredahkan keras kepalanya anak sulung.

Anak sulung terbiasa mengalah.

Anak bongsu kebanyakannya tidak mahu kalah.



Anak sulung dan anak bongsu, dalam sebuah hubungan, tak pernah berebut sesuatu.

Anak sulung suka berhujah.

Anak bongsu suka kritik.

Mereka bukan sejenis mendesak melalui perdebatan semata-mata.

Akan sulung berjiwa keras, rajin bekerja dan tak pernah penah mencari wang.

Anak bongsu suka menabung, tak gemar foya-foya.

Dapat bayangkan tak kalau anak bongsu dan anak sulung jadi pasangan? Setahun saja mungkin dapat membeli rumah baru sendiri.

]]>
Mengapa Perlunya Kesetiaan Dalam Perhubungan? https://redaksi.com/2049-mengapa-perlunya-kesetiaan-dalam-perhubungan Fri, 20 Apr 2018 11:44:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2049 Kesetiaan itu adalah satu perkara yang perlu ada dalam setiap perhubungan yang dibina. Ia bagaikan satu rencah yang enak jika dimasukkan di dalam masakkan. Ia bukan sebagai penambah rasa tetapi ia adalah bahan yang utama. Jika tidak ada bahan ini maka tidak sedaplah masakkan itu. Sama juga dalam perhubungan, jika tidak ada kesetiaan ini, maka tidak bahagialah perhubungan itu. Jadi dalam perhubungan, kedua-dua pihak perlu memberi kesetiaan yang sesungguhnya demi kebahagian pasangan dan diri sendiri. Jika tidak ingin setia untuk apa libatkan diri dalam percintaan.


Maka dengan itu, lahirlah lima sebab mengapa pentingnya kesetiaan di dalam satu perhubungan.

1. Kerana hati.

Setiap orang mempunyai hati yang takut terluka atau dilukai. Jadi apa pentingnya hati dalam kesetiaan ini? Hati memainkan peranan yang teramat penting. Jika kita melihat pasangan kita bersama dengan yang lain, apa kita rasa? Terluka? Sakit? Kecewa? Itu semua rasa yang datang dari hati. Seseorang juga boleh mengalami kemurungan dengan mempunyai luka di hati. Oleh sebab itulah kesetiaan itu penting.

2. Keutamaan.

Apabila pasangan kita setia, ia menunjukkan kita adalah keutamaan dirinya. Jadi tidak anda yang kedua dan hanya anda sahaja yang akan diberikan perhatian. Anda juga tidak perlu berebut keutamaannya bersama dengan orang lain. Dan si dia akan meluangkan masa dengan anda sebanyak yang mungkin, sebab anda yang paling utama.

3. Perjuangan akan menjadi kuat.

Seorang yang setia itu berjuang hebat dengan godaan di sekelilingnya. Kenapa? Hal ini kerana setiap dugaan yang datang menggodanya dapat ditepis dan akhirnya setia pada yang satu. Apabila menepis dugaan ini, ia menunjukkan satu perjuangan dan pengorbanan yang hebat. Mana tidaknya, pada ketika ini lah yang datang itu akan lebih baik dari pasangan kita.


4. Salah dapat dimaafkan.

Apabila dalam satu hubungan yang penuh kesetiaan, setiap kesalahan yang dilakukan dapat dimaafkan dengan mudah. Walaupun ia melukakan. Tetapi luka yang anda tidak sama dengan luka melihat pasangan kita berbahagia dengan orang lain.

5. Lebih menghormati.

Bagaimana untuk menghormati pasangan? Dengan melalui kesetiaan yang kita berikan kepadanya. Jika tidak setia bagaimana mahu menghormati pasangan? Yelah, sebab kita rasa bebas tanpa ada yang menghalang. Jika kita setia, kita tahu kita mempunyai si dia sebagai halangan dan perlu menghormatinya.

Oleh sebab itu, kesetiaan ini amat penting dalam perhubungan. Jika anda rasa anda tidak boleh setia, maka adalah lebih elok jika anda tidak melibatkan diri dalam perhubungan. Kesetiaan itu sangat penting walaupun di dalam poligami.

]]>
4 Cara Untuk Menyayangi Diri Sendiri Yang Mesti Ada Pada Setiap Individu. https://redaksi.com/292-4-cara-untuk-menyayangi-diri-sendiri-yang-mesti-ada-pada-setiap-individu Fri, 23 Jun 2017 10:37:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=292 Kadang-kala kita selalu menjaga hati orang disekeliling dan lupa untuk menjaga hati dan diri sendiri. Ketahui cara mudah untuk menyayangi diri anda dan menjadi lebih sihat dari segi mental, fizikal dan juga rohani. Ramai yang lupa, menyayangi diri sendiri adalah perkara paling mudah untuk dilakukan tetapi ramai di antara kita yang tidak ambil kisah tentang perkara ini. Dengan itu tidak hairanlah mengapa masalah sosial, kemurungan dan juga emosi yang tidak stabil juga makin meningkat sejak kebelakangan ini. Beberapa langkah dan cara mudah yang anda boleh lakukan untuk menjalani hidup yang lebih tenang dan sihat.



1. Letakkan diri anda sebelum orang lain.

Ya, kita tidak seharusnya menjadi selfish tetapi bayangkan jika anda tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri bagaimana anda ingin menolong orang lain. Oleh itu, put yourself before others dan segalanya akan menjadi lebih mudah untuk anda dan orang sekeliling.

2. Gembira adalah motivasi utama.

Resipi untuk jiwa yang tenang dan bahagia adalah untuk sentiasa bergembira, jika anda melakukan sesuatu kerana terpaksa ia akan menyebabkan hasil yang kurang memuaskan. Oleh itu, sentiasa berfikiran positif kerana that is the start to a wonderful world!



3. Sentiasa bersyukur.

Jika anda ditimpa musibah atau masalah, jangan putus asa sebaliknya anda harus rasa bersyukur dengan apa yang masih kekal dengan anda dalam keadaan itu. Sentiasa berfikiran bahawa ada orang lain yang mempunyai masalah lebih besar dan teruk, dengan ini anda dapat bermuhasabah diri dan kembali ke pangkal jalan dan menyelesaikan masalah with a straight mind.

4. Ingat orang yang tersayang.

Sebelum ingin mengambil apa-apa keputusan, jangan lupa tentang orang yang tersayang seperti ibubapa, suami, adik-beradik dan sahabat-handai. Mereka mungkin menaruh harapan yang tinggi dalam hidup anda oleh itu jangan mengecewakan mereka dengan melakukan perkara yang di luar batasan. Sentiasa ingat tentang hari esok dan balasan yang menanti jika keputusan yang diambil itu tidak sesuai.

]]>
Wanita! Waspada Jerat Lelaki Materialistik. https://redaksi.com/7426-wanita-waspada-jerat-lelaki-materialistik Mon, 07 Oct 2019 09:47:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7426 Sebagai seorang wanita, tentu sahaja anda takut jika tersalah memilih pasangan hidup. Ini kerana, jika seorang wanita tersalah memilih pasangan hidup, dia akan menjadi mangsa dan bukannya mendapat tempat pelindungan terbaik buat dirinya.

Mana-mana wanita, tentu sahaja mahu seorang lelaki yang ikhlas dengan dirinya, bertanggungjawab serta menjadi seorang pelindung yang baik buat dirinya. Akan tetapi, tidak semua wanita akan mendapat apa yang mereka mahukan. Ada yang diuji malah menguji dalam sebuah perkahwinan.

Jika selalunya wanita dikaitkan dengan materialistik jika memilih pasangan yang lebih berharta sedikit, namun begitu, ada juga lelaki yang mempunyai sikap yang sama dengan memilih wanita yang berkerjaya sebagai pasangan hidup.
Namun jika anda tidak mahu didekati dengan orang seperti ini, maka anda perlu berhati-hati dengan memilin pasangan hidup anda.

1. Tidak ada kerja yang tetap.

Ini paling utama dan mudah untuk dilihat. Mereka yang suka mengambil kesempatan ke atas wanita ini biasanya tidak mempunyai kerja yang tetap, malah mereka ini juga tidak berusaha untuk mencari kerja. Apa yang mereka tahu adalah meminta wang daripada wanita tanpa segan silunya. Malah dirinya langsung tidak kelihatan seorang lelaki yang gentlemen.



2. Sering minta anda yang belanja dirinya.

Jika dia selalu tiada wang, malah selalu mengharapkan anda yang membayar segala perbelanjaan, tentu sahaja bukan kerana dia mempunyai gaji kecil ataupun ingin menyimpan duit kahwin, akan tetapi dia sememangnya mahu menggunakan duit anda. Ini kerana, jika seorang lelaki yang betul-betul menyukai anda dan ikhlas bersama dengan anda, walaupun dia mempunyai wang yang sedikit sekalipun dia tak akan mengharapkan duit dari anda.

3. Pinjam duit anda.

Terlalu kerap sangat meminjam wang anda pun salah satu tanda bahawa dia ini sedang mempergunakan anda. Di mana, kejap pinjam untuk memajukan bisnesnya, malah kejap pinjam sebab mak atau ayahnya sakit. Malah ada juga yang akan menyuruh anda melakukan pinjaman peribadi semata-mata untuk membantu dirinya. Ini yang paling kena berhati-hati.



4. Bijak bermain kata-kata.

Mereka ini selalunya bijak dalam memberi kata-kata. Orang kata mulut mereka ini terlalu manis dalam memberi pujuk dan rayu. Itu yang membuatkan ramai wanita yang percaya dan termakan dengan kata-katanya itu. Sedangan segala janji manisnya itu hanyalah untuk mengaburi hati dan perasaan anda sahaja.

5. Alasan demi alasan.

Sentiasa memberikan alasan yang kadang kala tak masuk akal atau membuat anda terpaksa menunggu dirinya. Sebagai contoh, jika anda mengajaknya berkahwin, tetapi alasan yang diberikan kadang kala membuatkan anda sanggup menunggu dirinya, sedangkan itu semua hanya sekadar alasan semata-mata.

Mereka yang mata duitan atau metrialistik ini bukan hanya tertumpu kepada wanita sahaja, lelaki juga sekarang ini banyak yang seperti ini. Jika anda tidak dapat mengenal ciri-ciri mereka sebelum kahwin, tentu anda akan jelas melihat sikapnya ini selepas kahwin. Hati-hati dalam memilih pasangan hidup.

]]>
Sebelum Berkahwin, Bincang 5 Perkara Ini Dahulu Bersama Bakal Teman Hidup Anda. https://redaksi.com/5880-sebelum-berkahwin-bincang-5-perkara-ini-dahulu-bersama-bakal-teman-hidup-anda Wed, 24 Apr 2019 12:12:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5880 Apabila anda sudah yakin bahawa dia adalah orangnya, maka pasti kalian akan mengambil keputusan untuk segera menghalalkan hubungan yang ada. Mungkin anda memilihnya kerana budi bahasanya, sifat penyayangnya mahupun hati budinya. Tidak hanya itu, anda juga begitu cukup selesa dengan keberadaan dirinya di sisi anda. Biasanya inilah sebab-sebab mengapa orang memilih seseorang itu sebagai calon teman hidup.

Dalam membicarakan hidup bersama, pelbagai aspek perlu dibincangkan agar dapat kesefahaman bersama terutama jika ia melibatkan kewangan kalian berdua.



Perkara ini adalah penting untuk memastikan bahawa kalian berdua telah bersedia untuk melangkah ke alam rumahtangga yang sememangnya penuh dengan ujian dan dugaan. Perbelanjaan dan keperluan selepas berkahwin adalah satu perkara yang perlu difahami bersama barulah kalian mudah untuk memahami antara satu sama lain.

Jadi sebelum anda bersetuju untuk menjadi isterinya atau pergi melamar dirinya sebagai pasangan hidup anda terdapat beberapa perkara yang perlu dibincangkan terlebih dahulu.

1. Saling jujur akan gaji bulanan.

Ramai yang beranggapan apabila bertanya mengenai gaji dan kewangan ini, itu tandanya orang itu mata duitan. Anda silap sebenarnya. Apabila anda sudah mengambil keputusan untuk menjadi suami isteri, anda tidak seharusnya memiliki rahsia antara satu sama lain. Adalah lebih baik bersifat terbuka mengenai gaji anda masing-masing. Ini kerana, ia akan membantu untuk kalian berdua merancang kewangan dan perbelanjaan dengan lebih baik.

2. Buat perkiraan sebelum dan selepas berumahtangga

Setiap orang pasti mempunyai perbezaan gaya hidup dan penggunaan wang. Jadi dengan berbincangan mengenai kewangan ini, masing-masing boleh membuat perkiraan sebelum dan selepas berkahwin kelak. Anda perlu faham bahawa keperluan ketika bujang tersangatlah berlainan dengan keperluan selepas anda berumahtangga. Sebab itulah perkara ini penting, kerana ia dapat membantu menentukan keutamaan, keperluan serta menyediakan bajet untuk perkara-perkara yang tertentu.

3. Tentukan jumlah wang yang akan diasingkan setiap bulan

Sebelum dan selepas berkahwin pasti mempunyai perbezaan matlamat. Sebagai contoh, sebelum berkahwin anda bermatlamat untuk mencari wang hantaran tetapi selepas berkahwin anda akan mempunyai matlamat untuk rumah, dana pendidikan anak-anak serta pelindungan disaat genting. Bukan ke wangan yang perlu diasingkan dan disimpan akan lebih banyak berbanding masa anda bujang.

4. Bincangkan keperluan mengenai anak-anak

Apabila sudah berkahwin, pasti mempunyai keinginan untuk memiliki anak. Jadi sebagai bakal ibu ayah, anda perlu sediakan sebarang kelengkapan serta keselesaan hidup untuk anak-anak anda. Mungkin bagi sesetengah orang memikirkan bahawa menyambut kelahiran anak bukanlah satu hal yang besar, bahkan mereka jauh lagi untuk menyambung pelajaran. Tetapi sebagai ibu ayah anda perlu ingat, pelindungan untuk anak perlu dilakukan dengan lebih awal kerana anda tidak tahu sebarang kemungkinan yang akan terjadi.

5. Bincang tujuan kewangan agar lebih mudah dicapai

Anda dan pasangan pasti mempunyai tujuan kewangan yang berbeza untuk jangka masa pendek atau panjang. Pada ketika inilah anda dan pasangan perlu mencapai kata sepakat agar lebih mudah sefahaman dan sama-sama berusaha untuk mencapai apa yang kalian mahukan. Jadi jika terdapat perbezaan, maka cuba untuk cari persamaan dan tujuan yang dimahukan bersama-sama. Ketika inilah pentingnya komunikasi.

Lihat macam mudah untuk mengadakan perbincangan ini kerana dia begitu adalah calon yang sesuai buat anda. Tetapi selepas lakukan perbincangan sebegini pasti tanggapan anda akan mula berubah. Apa-apa pun pastikan anda menguasai komunikasi dengan baik dalam hal ini.

]]>
Selepas Bercerai, Anak Perlu Ikut Bapa Atau Ibu? Ikuti Soal Jawab Ini. https://redaksi.com/4648-selepas-bercerai-anak-perlu-ikut-bapa-atau-ibu-ikuti-soal-jawab-ini Fri, 21 Dec 2018 18:47:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4648 Penceraian itu bukan satu perkara yang mudah, malah ia juga bukan perkara yang boleh dibuat main. Penceraian akan bertambah sukar apabila ia melibatkan anak-anak. Di mana ibu dan bapa akan berebut hak penjagaan anak-anak. Jika anak-anak di bagi pilihan untuk bersama siapa, pasti mereka juga akan bingung dan keliru mengenai perkara tersebut. Jadi jika perkara ini berlaku, siapa yang lebih berhak untuk memperoleh hak penjagaan anak-anak. Ibu atau bapa?



Soalan:

Siapakah yang berhak bagi mendapatkan hak jagaan anak yang masih kecil setelah ibu-bapanya bercerai?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Hak jagaan anak yang masih kecil dinamakan sebagai hadhanah di dalam Islam. Ianya sabit melalui hadis Nabi SAW melalui Abdullah bin `Amr R.Anhuma ketika mana datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ ابْنِي هَذَا كَانَ بَطْنِي لَهُ وِعَاءً وَثَدْيِي لَهُ سِقَاءً وَحِجْرِي لَهُ حِوَاءً وَإِنَّ أَبَاهُ طَلَّقَنِي وَأَرَادَ أَنْ يَنْتَزِعَهُ مِنِّي فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: أَنْتِ أَحَقُّ بِهِ مَا لَمْ تَنْكِحِي

Maksudnya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini, perutku adalah tempatnya, putting susuku adalah tempat minumnya dan pangkuanku adalah rumahnya sedangkan ayahnya telah menceraikanku dan ingin merampasnya dariku. Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau belum bernikah”.
Riwayat Abu Daud (2276). Dinilai hasan oleh Syeikh Al al-Baani.


Berdasarkan dalil di atas begitu juga dengan dalil-dalil yang lain, telah ijma` sekalian muslimin akan pensyariatan hadhanah ini bagi menjaga kebajikan si anak yang masih kecil setelah berlaku penceraian di antara sepasang suami isteri.

1. Siapa Yang Berhak Mendapat Hak Jagaan Anak?

Islam telah menetapkan bahawa yang paling layak mendapat hak jagaan anak setelah terbubarnya sebuah perkahwinan adalah ibu kepada anak-anak tersebut selagi mana si ibu tersebut belum berkahwin dengan suaminya yang baru. Sabda Nabi SAW: أَنْتِ أَحَقُّ بِهِ مَا لَمْ تَنْكِحِي menunjukkan bahawa ibulah yang berhak mendapatkan jagaan bagi anak kecil tersebut.

Keputusan hadhanah ini akan diputuskan oleh pihak Mahkamah Syariah dan sekiranya si ibu didapati oleh pihak mahkamah hilang kelayakan untuk menjaga anak tersebut, maka ianya akan berpindah kepada salah seorang yang berikut[1]:

(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;

(b) bapa;

(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;


(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa.


(e) kakak atau adik perempuan seibu;


(f) kakak atau adik perempuan sebapa;


(g) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;


(h) anak perempuan dari kakak atau adik seibu;


(i) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa


(j) ibu saudara sebelah ibu;


(k) ibu saudara sebelah bapa;


(l) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuari:

Dengan syarat jagaan orang demikian tidak menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu.

2. Kelayakan Yang Diperlukan Untuk Jagaan[2]

Seseorang yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak, adalah berhak menjalankan hak terhadap hadhanah jika:

(a) Dia adalah seorang Islam;

(b) Dia adalah sempurna akal;


(c) Dia berumur yang melayakkan dia memberikan kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu;


(d) Dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan


(e) Dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.


3. Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Hilangnya Hak Jagaan[3]

Seperti yang disebutkan sebelum ini, hak jagaan anak selepas berlakunya perceraian akan diberikan kepada si ibu, namun dalam beberapa keadaan tertentu, hak jagaan itu boleh hilang dan diantaranya:

i. Jika perempuan itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika jagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk jagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;

ii. Jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;

iii. Jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;

iv. Jika perempuan itu murtad;

v. Jika perempuan itu mengabaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.

4. Tempoh Jagaan.

Berterusannya hak jagaan bermula daripada lahirnya anak itu sehingga mumayyiz, iaitu bolehnya kanak-kanak tersebut menyelesaikan urusannya yang khusus tanpa memerlukan bantuan orang lain seperti boleh makan dan minum dengan sendiri, boleh menguruskan diri sendiri ketika qadha’ hajat, membersihkan dirinya dari kotoran dan juga bleh melakukan ibadah taharah (bersuci) daripada wudhu’ dan sebagainya.

Ditetapkan umur bagi mumayyiz itu setelah sampai umurnya 7 tahun kerana pada kebiasaannya pada umur inilah kanak-kanak itu dikira sebagai mumayyiz. Boleh jadi juga setelah sampai umurnya 8 tahun mengikut keadaan kanak-kanak tersebut dan mumayyiz ini bukanlah semata-mata ditentukan dengan nilaian umur.[4]

Oleh itu, Akta 303 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 melalui Seksyen 84 telah menyebutkan:

Hak hadhinah bagi menjaga seseorang kanak-kanak adalah tamat setelah kanak-kanak itu mencapai umur tujuh tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu perempuan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadhinah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan.

Setelah tamatnya hak hadhinah, jagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.

Kesimpulan.

Isu bagi penentuan hak jagaan bagi anak yang masih kecil ini memerlukan kepada keputusan mahkamah syariah. Apa yang kami nukilkan di sini adalah berdasarkan Akta 303 Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan boleh jadi terdapat sedikit perbezaan bagi enakmen di negeri-negeri yang lain.

Semoga dengan pencerahan ini dapat memberikan sedikit maklumat bagi mereka diluar sana dalam memahami isu hak jagaan anak yang masih kecil sekiranya berlaku perceraian. Hadhanah ini tidak lain dan tidak bukan adalah bagi menguruskan tanggungjawab berkaitan kemaslahatan anak kecil tersebut sehingga tidak berlaku kezaliman ke atas mereka dan juga tidak terabai. Wallahu a’lam.


[1] Ini sepertimana yang termaktub di dalam Akta 303, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, Bahagian VII – Jagaan (Hadhanah Atau Jagaan Kanak-Kanak), Seksyen 81 (Orang yang berhak menjaga kanak-kanak)
[2] Akta 303, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, Bahagian VII – Jagaan (Hadhanah Atau Jagaan Kanak-Kanak), Seksyen 82 (Kelayakan yang perlu untuk jagaan)
[3] Akta 303, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, Bahagian VII – Jagaan (Hadhanah Atau Jagaan Kanak-Kanak), Seksyen 83 (Bagaimana hak kelayakan hilang)
[4] Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e. Dar al-Qalam, (4/306-307).

]]>
Bagaimana Untuk Menetapkan Bajet Untuk Majlis Perkahwinan? Jom Baca. https://redaksi.com/4621-bagaimana-untuk-menetapkan-bajet-untuk-majlis-perkahwinan-jom-baca Thu, 20 Dec 2018 11:43:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4621 Setiap pasangan yang mahu ke jinjang pelamin pasti ada sahaja masalah kewangan untuk menampung bajet majlis perkahwinan yang semakin menggila sekarang ini.

Bajet majlis perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan bajet atau kos kenduri makan minum, tetapi turut melibatkan kos wang hantaran, barang hantaran, pakaian pengantin, pelamin dan juga perkara-perkara lain berkaitan persiapan majlis perkahwinan.

Semua serba-serbi kelengkapan dan perkara berkaitan majlis perkahwinan melibatkan kos yang boleh memeningkan kepala bakal pengantin.

BERAPA BAJET YANG DIPERLUKAN BAGI SEBUAH MAJLIS PERKAHWINAN?

Bajet sebuah majlis perkahwinan boleh jadi berbeza-beza bergantung kepada banyak faktor.

Namun, mengikut kajian yang dilakukan Association of Wedding Professionals (AWP) Malaysia yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan pada tahun 2013, purata bajet majlis perkahwinan adalah sekitar RM 50,000.

kurangkan bajet majlis perkahwinan

Ini adalah bajet purata pada tahun 2013, iaitu sekitar 4 tahun dahulu. Sebelum GST.

Jika dinilaikan pada tahun sekarang, purata bajet majlis perkahwinan sudah tentu lebih tinggi. Memang logiklah ramai yang terpaksa menangguhkan hasrat berkahwin sebab nak kumpul modal terlebih dahulu.

Ada juga yang terpaksa meminjam duit dan membuat pinjaman peribadi semata-mata nak melangsungkan perkahwinan dengan segera. Satu situasi yang tidak sihat untuk kewangan sendiri, sebenarnya. Jadi raja sehari, tetapi hamba bank bertahun-tahun.

Jadi, bagaimana cara nak kurangkan bajet persediaan majlis perkahwinan agar tidak terbeban dengannya?

TETAPKAN PERBELANJAAN YANG PENTING DAHULU.

Sebagai contoh dengan berpandukan gambar di atas, daripada bajet purata RM 50,000 yang dinyatakan, jom kita lihat nilai bagi setiap pecahan:

  • Resepsi (majlis kenduri, lokasi majlis, kek) = 42% (RM 21,000)
  • Fotografi & videografi = 13% (RM 6,500)
  • Pelamin, bunga & dekorasi = 10% (RM 5,000)
  • Baju pengantin, aksesori, solekan = 10% (RM 5,000)
  • Hiburan (DJ, lagu, PA sistem) = 6% (RM 3,000)
  • Majlis akad nikah = 6% (RM 3,000)
  • Jemputan (kad jemputan kahwin, setem, bunting, banner) = 3% (RM 1,500)
  • Perbelanjaan-perbelanjaan lain (goodies, door gift, barang hantaran) = 10% (RM 5,000)

Kalau berkemampuan, memang tidak menjadi masalah untuk menampung semua perbelanjaan kahwin di atas. Jika tidak berkemampuan, anda boleh cut cost pada mana-mana perbelanjaan yang anda fikirkan tidak perlu dalam majlis anda nanti.

BUAT BAJET DAN CUBA PATUHINYA.

Apabila sudah berbincang dengan keluarga dan pasangan, sediakan bajet majlis perkahwinan sendiri. Senaraikan semua perkara yang diperlukan berserta anggaran kos. Buat column kos anggaran dan sebenar untuk memudahkan pemantauan, contohnya seperti ini:

kurangkan bajet majlis perkahwinan

Patuhi bajet yang dibuat ini, dan pastikan kos sebenar tidak jauh beza dengan kos anggaran. Setiap kali keluarkan duit untuk perbelanjaan perkara-perkara yang disenaraikan, catat dan lihat perbezaan dengan anggaran yang ditetapkan.

Dengan cara sebegini, keseluruhan bajet majlis perkahwinan anda nanti tidak akan jauh berbeza dengan kemampuan yang ditetapkan.

Jika anda dan pasangan, mahu kahwin bajet pula, cuba lakukan seperti berikut:

  • Perbanyakkan Do-It-Yourself (D.I.Y.) seperti menggubah barang hantaran, menjahit baju pengantin sendiri, atau design kad jemputan kahwin sendiri.
  • Gabungkan majis kahwin pihak lelaki dan wanita, buat satu majlis sahaja.
  • Sertai kahwin beramai-ramai kerana boleh jimat belanja kos majlis perkahwinan, malah berpeluang untuk mendapat bantuan atau hadiah daripada penganjur lagi.

]]>
5 Perkara Paling Utama Yang Lelaki Akan Lihat Pada Seorang Wanita Untuk Pertama Kali. https://redaksi.com/1956-5-perkara-paling-utama-yang-lelaki-akan-lihat-pada-seorang-wanita-untuk-pertama-kali Thu, 12 Apr 2018 12:06:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1956 Wanita sering mempersoalkan, apa yang lelaki akan lihat pada dirinya apabila pertama kali mahu bertemu janji. Oleh kerana itu, wanita seolah-olah mahu yang terbaik untuk dirinya sehingga sanggup mengubah segala penampilan yang sedia ada.

First impression lelaki terhadap wanita sangat penting, kerana pandangan lelaki terhadap wanita berbeza daripada pandangan wanita terhadap lelaki. Tetapi adalah normal apabila kita semua suka melihat sesuatu yang cantik, kacak dan sedap mata memandang.

Jadi, apakah perkara paling utama lelaki akan lihat pada wanita untuk pertama kali bertemu janji?

1. Ketinggian dan jenis badan.

Anda perlu tahu bahawa, ketinggian dan jenis badan anda sama ada kurus atau pun berisi adalah tidak tepat seperti di dalam gambar. Sebenarnya, gambar anda atau pun diri anda jika di televisyen adalah lebih besar daripada realiti.

Kerana itu orang sering mengatakan “Eh, kenapa dalam gambar lain? Realiti lain?”

Jadi, apabila bersemuka lelaki lebih suka melihat ketinggian wanita sama ada lebih rendah atau pun tinggi daripada mereka. Lelaki yang tinggi lebih gemar wanita yang rendah sedikit daripada mereka dan sebaliknya.

2. Senyuman.

Wanita yang mempunyai jenis muka masam semula jadi, tolong lah sentiasa maniskan muka anda apabila bertemu dengan lelaki untuk pertama kali. Elakkan dahi berkerut seperti anda tidak suka pada mereka. Hati-hati!

3. Mata.

Setelah melihat secara dekat, lelaki gemar merenung mata wanita. Anda juga tahu, apabila untuk mengetahui seseorang berbohong melalui mata bukan? Mata juga memainkan peranan penting, ketika mata meliar, suka menjeling, terjegil, redup, atau sentiasa berkelip.

4. Aset.

Aset wanita menjadi tarikan utama pada lelaki. Jadi, hati-hati, jangan pula anda menggelar lelaki itu bermata rambang jika anda berpakaian yang tidak senonoh. Lelaki gemar membuat bermacam andaian hanya melihat aset anda sahaja.

5. Aksesori.

Hati-hati wahai wanita, jangan terlalu banyak memakai aksesori barang kemas atau jam yang mahal untuk memikat hati lelaki. Khuatir lelaki akan mengambil kesempatan ke atas anda. Hanya minoriti sahaja akan memandang anda memakai barangan branded atau pun tidak.

]]>
"Wanita Haram Memotong Rambut Pendek Menyerupai Lelaki." https://redaksi.com/6522-wanita-haram-memotong-rambut-pendek-menyerupai-lelaki Mon, 15 Jul 2019 12:28:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6522 Rambut itu adalah mahkota yang sangat berharga buat mana-mana wanita. Walaupun bertudung, sudah tentu mereka ini akan menjaga rambut mereka dengan baik. Ada orang yang kata bahawa lelaki yang memilih wanita bertudung ini sangat beruntung, ini kerana, mereka akan dapat lihat dua sisi yang berbeza selepas berkahwin nanti.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa wanita ini akan memiliki rambut panjang, tetapi tidak semuanya. Ada yang lebih selesa jika mereka ini memiliki rambut yang pendek. Hal ini kerana, merasakan ia lebih mudah untuk dijaga dan terasa lebih ringan.



Ada juga di kalangan perempuan, walaupun bertudung dia suka potong rambut pendek macam lelaki. Sekali pandang dah nampak macam lelaki. Dua kali pandang macam pengkid. Tiga kali pandang, tak rasa nak pandang dah.

Eh, tapi bolehkah perempuan potong rambut semacam itu?

Siap bergaya sikat belah tepi, letak gel mencanak berduri lagi. Ada yang tiru potongan jenis Brushed Up, Comb Over, Fade dan bermacam jenis style trending.

Baik, jom kita semak pandangan ulama’ berkenaan hukumnya di dalam Islam. Mari ikuti perkongsian daripada Farid Rashidi. Hadam perlahan-lahan dengan lapang dada.


Hukum Wanita Berambut Pendek.

Para ulama’ menjelaskan wanita fitrahnya memiliki rambut yang panjang.

مَنْ كَانَ لَهُ شَعْرٌ فَلْيُكْرِمْهُ
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang memiliki rambut maka hendaklah dia memuliakannya.”
[Hadis Riwayat Imam Abu Daud (4163)]

Justeru, hendaklah perempuan itu menjaga rambutnya dengan baik dan haram memotong pendek menyerupai lelaki. Juga berambut pendek juga seperti meniru mereka yang pengkid tadi. Bererti perbuatan sebegitu dilarang, apatah lagi jika memendekkan rambut dan mendedahkan aurat, lagilah dilarang dan haram hukumnya.

Menurut Syeikh Muhammad Amin al-Syanqiti: “Antara budaya Barat (yang tidak Islamik) ialah apabila wanita memotong rambut sehingga pendek.”

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Daripada Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai dengan suatu kaum maka dia adalah daripada kalangan mereka.”
[Hadis Riwayat Imam Abu Daud (no.4031)]

Dalam hadis lain, disebutkan bahawa perbuatan itu menyerupai seperti lelaki. Sudahlah haram, berdosa, dilaknat pula.
Allahu Rabbi. Gerunkan?

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
Daripada Ibn Abbas r.a: “Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”
[Hadis Riwayat al-Bukhari (no.5885)]

Yang diharuskan memotong rambut pendek bagi wanita, hanya beberapa situasi:

1. Jika mengalami keuzuran, contoh macam sakit kulit kepala, perlukan pembedahan, diserang kutu bertubi-tubi, atau penyakit melibatkan kepala yang perlu dipendekkan rambut.

2. Pendek yang bersesuaian dengan potongan rambut wanita yang tak menyerupai lelaki. Ini berdasarkan dalil:

وَكَانَ أَزْوَاجُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْخُذْنَ مِنْ رؤوسهن حَتَّى تَكُونَ كَالْوَفْرَةِ
Daripada Abu Salamah bin Abdurrahman r.a, bahawa dia menyatakan: “Para isteri Nabi SAW menipiskan sedikit rambut di kepala mereka, sehingga menjadi seperti ‘wafrah’ (iaitu rambut yang tidak melebihi telinga)."
[Hadis Riwayat Muslim (no.320)]

Konklusinya, para ibu bapa tolong ingatkan anak-anak perempuan ya jangan potong rambut pesen macam itu. Ajarlah dari kecil supaya tak potong rambut ala lelaki, supaya besar nanti dia terdidik untuk menjadi seorang manusia yang tak mengalami krisis identiti jantina.

Meh, bantu share sama-sama perkongsian ilmu berguna ini. Semoga bermanfaat.

]]>
19 Tips Bercinta Selepas Nikah. https://redaksi.com/437-19-tips-bercinta-selepas-nikah Wed, 12 Jul 2017 10:53:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=437 Sekadar perkongsian.. Artikel ini diambil dari facebook… Macam ada ura ura aku dah nak kahwin dah ni.. kekekee… InsyaALlah…Jom baca 19 TIPS CINTA SUAMI ISTERI… lepas baca silakan share.



1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.



4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.



10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.



15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. 19 Tips Cinta Suami Isteri ..

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

]]>
5 Tanda Yang Membuat Lelaki Fikir Anda Terlalu Mudah Untuk Dimiliki. https://redaksi.com/2345-5-tanda-yang-membuat-lelaki-fikir-anda-terlalu-mudah-untuk-dimiliki Tue, 22 May 2018 14:59:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2345 Lelaki di dalam dunia ini ada yang benar-benar hadir untuk membantu dan pula yang hadir hanya untuk mengambil kesempatan atas diri. Sebagai seorang wanita, kita tidak tahu apa niat sebenar mereka ini. Walaupun ditanya, mereka ini tidak akan mendedahkan niat yang sebenar mereka. Melainkan, jika mereka ini mempunyai niat yang baik. Tapi jika sebaliknya, bagaimana pula? Kadang lelaki yang hadir dalam hidup seseorang wanita itu adalah punca dari kelakuan wanita itu sendiri. Jadi sebagai seorang wanita, anda perlu sentiasa menjaga tingkah laku dan berhati-hati dalam pergaulan. Bagaimana anda bergaul begitulah pandangan lelaki terhadap anda. Mari ikuti lima perbuatan yang menyebabkan lelaki beranggapan anda terlalu mudah untuk dimiliki.


1. Mudah mesra tanpa mengenali.

Bersikap mesra dan peramah itu tidak salah. Cuma yang salah apabila perbuatan itu tidak kena pada tempat yang sepatutnya serta pada orang yang salah. Jika anda bermesra terhadap rakan anda tidak mengapa tetapi jika mesra dengan seseorang tanpa anda mengenali itu sudah salah. Sebelum beramah mesra dengan seseorang itu cuba ambil tahu siapa dia dan apa tujuan dia mendekati anda. Biar dikatakan sedikit sombong dari dianggap terlalu mudah untuk diperoleh.

2. Terlalu takut akan kesunyian dan mudah bersetuju.

Mungkin anda tidak memiliki ramai rakan di sekeliling. Tapi itu tidak bermakna anda boleh menerima ajakan daripada sesiapa sahaja. Tidakkah anda merasakan ia terlalu mudah? Jika anda merasa sunyi, lakukan aktiviti yang berfaedah yang dapat membantu anda. Bukannya menjadi mangsa terpedaya oleh kaum lelaki yang mempunyai niat tidak baik. Hal ini kerana, anda akan menerima padahnya bukan mereka.

3. Membiarkan si dia mempergunakan anda.

Walaupun anda merasakan si dia begitu menyenangkan anda dengan sikapnya, anda jangan harus terpedaya. Mungkin si dia hanya ingin mempergunakan anda untuk memenuhi keperluan dan keinginannya sahaja. Tapi anda pula sebaliknya, beranggapan bahawa si dia benar-benar serius terhadap anda. Anda harus sedar bagaimana ia hadir dan bagaimana kelakuannya. Anda perlu lebih berhati-hati.


4. Anda kerap rasa terancam apabila menerima pandangan dari wanita lain.

Jangan mudah rasa terancam dengan pandangan wanita lain terhadap diri anda. Apa kata anda lihat diri anda, adakah sesuatu perlu diperbaiki? Kadang kala wanita lain memberi pandangan kepada anda untuk memberikan isyarat bahawa anda tidak seharusnya berkelakuan seperti itu. Jadi jangan cepat melatah atau melenting apabila mendapat jelingan tajam dari wanita yang lain.

5. Tidak tahu menangani masalah peribadi sendiri.

Wanita-wanita yang mudah terperdaya ini biasanya seorang yang tidak tahu menangani masalah peribadinya sendiri. Mereka ini bergantung harap kepada orang lain untuk menyelesaikan untuk mereka. Bukan itu sahaja, mereka sentiasa perlukan sokongan apabila dilanda masalah walaupun masalah yang kecil. Anda perlu belajar bergantung pada diri sendiri. Barulah anda mampu membuat pilihan yang bijak.

Tidak salah untuk menjadi wanita yang jinak-jinak merpati. Tapi jangan sampai memakan diri. Hal ini kerana, maruah seorang wanita begitu bernilai dan tiada galang gantinya. Sekali tercalar ia akan memberikan kesan yang sangat mendalam pada diri. Adalah lebih baik mengelakkan daripada perkara itu berlaku.

]]>
Tak kisah suami hanya pakai motor sahaja, janji hidup bahagia bersama https://redaksi.com/8823-tak-kisah-suami-hanya-pakai-motor-sahaja-janji-hidup-bahagia-bersama Mon, 02 Nov 2020 10:43:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8823 Jodoh datang bila seseorang itu sudah bersedia, bukan bila sudah memiliki segalanya.

Mungkin awal perkahwinan tidak dimewahkan dan cukup serba-serbi namun, boleh jadi masa yang terluang bersama itu adalah kebahagiaan yang belum tentu dimiliki oleh pasangan lain.

Bersyukur kalau dapat pasangan yang sanggup susah senang bersama, itu akan menjadi kenangan indah kelak.

Seperti yang dikongsikan oleh wanita ini, walaupun suaminya tidak manjakannya dengan kemewahan tetapi dia tetap bahagia di sisi suaminya.

Hanya ada sebuah motosikal sahaja

Berdasarkan rakaman video TikTok oleh Mahsuri, dia berkongsi sedikit rutin hariannya bersama suaminya. Menurutnya, suaminya hanya memiliki sebuah motosikal yang digunakan untuk pergi dan balik kerja dari awal perkahwinan lagi. Dia tidak kisah akan perkara itu kerana dia bahagia bersama suami yang bertanggungjawab dalam semua perkara.



Terima kasih segala pengorbanan

Dia yang berharap suaminya tidak melupakan saat-saat ini malah berjanji akan menemani suaminya setiap hari. Bukan itu saja, dia juga sangat berterima kasih atas segala pengorbanan yang telah suaminya lakukan buatnya.

Mahsuri juga sempat berkongsi berita gembira bahawa dia akan memberikan hadiah terindah buat suaminya apabila dijangka bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terinspirasi dari kisah pasangan muda ini, malah ada juga mendoakan pasangan ini agar dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. Kalau dlihat pasangan ini cukup menikmati kebahagiaan sebagai pasangan suami isteri.


]]>
Ciri-Ciri Golongan Wanita Gedik. https://redaksi.com/1198-ciri-ciri-golongan-wanita-gedik Mon, 11 Sep 2017 12:54:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1198 Adakah anda pernah dilabel sebagai perempuan gedik? Atau mungkin anda merasakan bahawa anda seorang wanita yang gedik? Atau seseorang pernah berkata pada anda, "Kamu ni gedik sangat lah!". Terdapat kriteria yang mampu melabelkan anda sebagai perempuan yang gedik. Ada wanita berasa selesa dengan gelaran yang diberi, tetapi bagi kebanyakan orang mungkin gelaran itu sudah menggambarkan sikap anda yang jelik.



Bagaimana mengenalpasti golongan wanita gedik? Apa maksud gedik? Mari kita lihat takrifan gedik di dalam kamus dewan bahasa dan pustaka (Kamus Dewan Edisi Keempat). Gedik bermaksud bp = tergedik-gedik lincah (bukan gadis); bergedik-gedik bergerak-gerak, terketar-ketar; menggedik-gedikkan menggerak-gerakkan (bahagian badan seperti kaki dll sewaktu mengelamun); kegedikan keadaan (sifat) gedik: ~ tubuh badannya yg montok. Manakala maksud gedik dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua pula menyatakan gedik bermaksud , = tergedik-gedik lincah. Jadi apa maksud yang benar? Terketar-ketar atau lincah.

Pada pendapat saya, maksud gedik yang merujuk kepada seorang perempuan atau wanita gedik adalah seperti ciri-ciri golongan wanita gedik yang dikongsikan dibawah ini.



Terkinja-kinja.

- Tak kira majlis apa pun, dia memang selalu menjadi perhatian. Gelak ketawa dan gurauan berlebihan seperti tidak menghormati tetamu lain. Baginya merasa puas jika dirinya menjadi perhatian. Kadangkala perhatian sebegitu rupa, lama-lama membuatkan orang meluat dengan diri kamu.

Manja tak bertempat.

- Depan orang ramai pun dia tak peduli. Perbuatan manja tak bertempat juga membuatkan orang lain "menjeling dengan loya" perbuatan kamu. Jadi perhatikan keadaan sekeliling kamu jika mahu bermanja!

Suka menonjol.

- Bermacam cara dilakukan supaya dirinya lebih menonjol daripada orang lain dalam satu-satu keramaian. Menjadi popular dengan cara yang tidak sepatutnya membuatkan kamu layak digelar wanita gedik.



Mengada-ngada.

- Bagi sesetengah lelaki, wanita yang mengada-ngada tak tentu pasal juga membuatkan mereka rimas. Jadi jangan mengada-ngada melampaui batas dengan melebih-lebih kerana perbuatan itu membuatkan lelaki menjauhi untuk mendampingi kamu dikhalayak ramai.

Perasan.

- Cantik tidak semestinya gedik dan gedik tidak tentunya cantik. Perasaan perasan jika kamu menjadi tumpuan lelaki memang perkara yang perlu dielakkan. Mereka mungkin melihat kearah kamu tapi mungkin mereka suka pada teman kamu. Jadi jangan kamu perasan diri kamu yang mereka bincangkan.

Sebenarnya perbuatan gedik ini mungkin terhasil daripada sifat semulajadi seseorang wanita sejak lahir namun perilaku ini beradaptasi dengan keadaan sekeliling hari demi hari. Jika perbuatan gedik ini tidak dikawal, perilaku gedik ini akan menjadi satu tabiat yang kurang menyenangkan orang disekeliling kamu. Selesakan diri kamu dengan situasi semasa dan jadilah gedik hanya untuk suami kamu sahaja. 

]]>
“Hukum Amalan Meletakkan Tangan Di Atas Kepada Pengantin Perempuan Selepas Akad” – Mari Ketahui Penjelasannya. https://redaksi.com/3857-hukum-amalan-meletakkan-tangan-di-atas-kepada-pengantin-perempuan-selepas-akad-mari-ketahui-penjelasannya Mon, 15 Oct 2018 11:56:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3857 Sebelum melangsungkan majlis pernikahan, pasti banyak pertanyaan serta persoalan mengenai perkara dan adab yang boleh dilakukan sebelum atau selepas majlis pernikahan. Mana tidaknya, pada ketika itu perasaan takut, gemuruh berserta teruja pasti akan dirasai secara tiba-tiba. Disebabkan perasaan sebegitu, kadang kala kita lupa perkara yang dibolehkan serta tidak dilakukan ketika majlis pernikahan tersebut. Mari ketahuinya dengan lebih jelas.



SOALAN:

Assalamualaikum al-Fadhil Tuan Mufti.

Saya ingin bertanyakan soalan, apakah amalan yang paling baik dan bertepatan mengikut sunnah semasa majlis akad nikah dan kenduri? Betulkah amalan yang dibuat masyarakat di Malaysia seperti meletakkan tangan di atas kepada pengantin perempuan selepas akad? Apa hukum solat sunat pengantin selepas akad dan upacara membatalkan air sembahyang?

Terima kasih tuan mufti.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Sunat hukumnya mendoakan isteri yang baru dinikahi dengan doa sambil meletakkan tangan di atas ubun-ubun isteri:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْ

Maksudnya: "Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu kebaikan isteriku ini yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya."
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan lain-lain.)

Solat sunat pengantin juga digalakkan melakukannya berdasarkan amalan para sahabat. Seorang lelaki datang bertemu Abdullah bin Mas’ud R.Anhuma dan berkata: Sesungguhnya aku telah berkahwin dengan seorang perempuan dara tetapi aku amat takut kalau-kalau dia membenci aku. Maka berkata Abdullah: Sesungguhnya kemesraan itu datangnya daripada Allah, dan kebencian itu datang daripada Syaitan, kerana Syaitan itu akan mendatangkan benci pada apa yang Allah halalkan, maka ketika kamu mendatangi isteri kamu, arahkan dia untuk bersolat di belakang kamu (yakni jadi makmum) sebanyak dua rakaat.



Abdullah Ibn Mas`ud juga mengajarkan doa:

اللَّهُمَّ، بَارِكْ لِي فِي أَهْلِي، وَبَارِكْ لَهُمْ فِيَّ، اللَّهُمَّ ارْزُقْنِي مِنْهُمْ، وَارْزُقْهُمْ مِنِّي، اللَّهُمَّ، اجْمَعْ بَيْنَنَا مَا جَمَعْتَ إِلَى خَيْرٍ، وَفَرِّقْ بَيْنَنَا إِذَا فَرَّقْتَ إِلَى خَيْرٍ

Maksudnya: "Ya Allah! Berkatilah diriku dengan apa yang ada pada keluargaku, dan berkatilah keluargaku dengan apa yang ada pada diriku. Ya Allah! Rezekikanlah aku daripada apa yang ada pada keluargaku, den rezekikanlah mereka daripada apa yang ada padaku. Ya Allah! Satukanlah antara kami dengan pertemuan ke arah kebaikan, dan, jika engkau takdirkan perpisahan, pisahkanlah kami (juga) ke arah kebaikan.”
Hadis riwayat Abdurrazzaq (10460)

Ulama juga menyebut adab solat sunat ini dilaksanakan di tempat tertutup supaya terjaga aurat isteri. Manakala, upacara membatalkan air sembahyang bukanlah tuntutan syarak melainkan hanyalah adat semata-mata.

Wallahua`lam.



]]>
5 Sifat Perempuan Yang Memang Tak Boleh Di Ubah !!!!! https://redaksi.com/1411-5-sifat-perempuan-yang-memang-tak-boleh-di-ubah Sun, 01 Oct 2017 14:22:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1411 Wanita, itulah nama yang diberikan. Dalam kehidupan, setiap lelaki ingin mencari pendampingnya iaitu wanita. Kedua-duanya saling memerlukan dalam melengkapi kehidupan masing-masing. So harini, admin akan menyentuh sedikit tentang sifat wanita yang tak boleh diubah.... Majoritinya kebanyakan perempuan bersifat sedimikian.



5 Sifat Wanita Yang Tak Boleh Di Ubah.

1. Kuat merajuk.
   
Merajuk? memanglah perkara biasa dan sifat semulajadi wanita ataupun perempuan... Sebagai contohnya dalam perhubungan. Kuat sangat merajuknya. Kadang-kadang lelaki dah cuba sedaya upaya untuk jaga hati si perempuan...tapi masih jugak kuat merajuk... So kat mana silapnya.... Sebenarnya perempuan merajuk bersebab....1st, memang dia seorang yang manja dan satu lagi sebab dia nakkan perhatian dari si lelaki. Kadangkala pergaduhan dalam perhubungan itu biasalah...Normal...Tapi kalau dalam sehari....24 jam nak merajuk...Lelaki pun rimas...Tapi tak boleh nak salahkan perempuan sepenuhnya...dah memang semulajadi...So si lelaki harap kuatkan kesabaran kalau betul ikhlas nakkan perempuan tuh.
 
2. Kuat menangis.
   
Perempuan memang kuat menangis....Tak kisahla apapun, kuat menangis...menangis menangis.....Kenapa? Perempuan menangis bila sakit hati, bila geram, bila sedih dan byk sebab lain...Tapi berpada padala...Tapi tula, nak buat macam mana.. perempuan memang dilahirkan dengan hati yang lembut, mudah terasa. Lelaki boleh lagi cover2...kalau perempuan nak menangis...kat mana pun boleh....So kuatkan kesabaran ya lelaki.



3. Kuat mengadu.

Kuat mengadu? Ok ni lagi satu sikap perempuan yang tak boleh diubah....Andai kata ada satu masalah timbul pergaduhan dan sebagainya...Mesti nak cari tempat mengadu...Kekadang gaduh sikit dengan lelaki, mengadu kt ibu ayah....So kenapa benda ni terjadi....Kalau dari sudut positif bagusla kuat mengadu...Masalah tak boleh nak dipendam pendam...Mental jadinya...Tapi kalau masalah dalaman rumahtangga tuh, tak perlulah nak hebahkan kepada orang ramai...Berbincang dan selesaikan secara baik sesama sendiri...
 
4. Kuat cemburu.

Ini perkara paling serius....perempuan memang kuat cemburu...Kenapa? Sebabnya perempuan memang tak suka kalau dipinggirkan...Contohnya, si lelaki memuji muji perempuan lain di depannya...Mahu tak sentap....Cemburu tuh membuak2 kan....Perempuan memang tak suka nak dibandingkan...So lelaki kenala jaga yaaa hati dan perasaan perempuan...
 
5. Kuat " give up ".

Give up? kuat mengalah, putus asa...samala tu maksudnya.....Perempuan mudah putus asa dan patah hati.....Lelaki pulak tinggi dengan egonya...Taknak mengalah...Semua benda nak menang...yang kenanya perempuan...Tak boleh nak salahkan perempuan...Cuma sikap toleransi tu kena didik dari awal....Lelaki la tempat berlindung dan sebagainya untuk wanita..So fikirla untuk kebaikan masing-masing yaa...

Sekadar perkongsian.....yang perempuan jangan marah ya...Ini FAKTA....Next episod, sifat lelaki pulak..So fairla ya....Tq dari admin :)



]]>
Ciri-Ciri Lelaki Yang Tidak Patut Ditinggalkan. https://redaksi.com/2134-ciri-ciri-lelaki-yang-tidak-patut-ditinggalkan Fri, 27 Apr 2018 11:04:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2134 Wanita mungkin sangat memeningkan kepala bagi seorang lelaki, tetapi lelaki ini lebih menakutkan bagi seorang wanita. Mengapa? kerana sifat ego mereka ini menyebabkan mereka ini menakutkan. Hal ini kerana dengan ego, mereka mampu melakukan pelbagai jenis perkara yang mungkin akan melukakan hatinya sendiri dan hati pasangannya. Tetapi tidak semua lelaki begitu, ada juga yang sanggup merendahkan ego mereka demi pasangan mereka. Tapi itu kalau betul-betul dah sayang sangat lah.


Bagaimanapun jangan risau, kerana pasangan yang mempunyai empat ciri ini adalah pasangan yang terbaik dan tidak patut ditinggalkan. Rugi kalau lepaskan.

1. Sentiasa mengingati tentang aurat.

Kalau cinta itu hanya mampu mengangkat nafsu sahaja tidak berguna. Kerana cinta itu bukan nafsu tapi lebih kepada perasaan. Jadi jika anda memperoleh pasangan yang mampu mengingatkan anda tentang aurat dan masa solat. Dia adalah yang terbaik. Kerana sukar untuk mencari lelaki seperti ini pada masa kini.

2. Berusaha untuk menjadi lebih baik.

Dirinya tahu bahawa dirinya banyak kekurangan, tetapi dirinya masih berusaha untuk menjadi lebih baik. Tetapi bukan dirinya sahaja yang berusaha menjadi baik, anda juga diajak bersama untuk berubah ke arah kebaikan. Si dia tidak pernah meninggalkan anda di dalam kesesatan tetapi menarik tangan anda untuk menikmati keindahan syurga bersama.


3. Rajin bekerja.

Wanita kini dilihat lebih berkerjaya dan bijak menghasilkan pendapatan sendiri. Dan lelaki pula, agak sukar kerana disebabkan beberapa faktor. Walaupun begitu, mereka tidak mahu seseorang wanita itu menanggung segala keperluannya serta lebih memilih untuk bekerja walaupun gajinya tidak seberapa.

4. Sabar.

Lelaki yang mempunyai sifat sabar ini semakin berkurangan. Kerana lelaki lebih mementingkan ego mereka berbanding cuba untuk bersabar dengan sikap pasangannya. Jika memperoleh seorang lelaki yang mempunyai sifat sabar yang tinggi adalah sangat beruntung dan pasti seorang wanita itu akan bahagia.

Wahai kaum wanita, jangan hanya memandang seseorang itu berdasarkan rupa dan penampilannya. Tetapi pandanglah mereka ini dengan keperibadian mereka yang tersendiri. Terutama dalam membimbing anda menuju ke arah kebaikan. Kerana lelaki seperti itu hanya seorang di dalam sesebuah kumpulan.

]]>
Pasangan Tidak Pernah Post Gambar Anda Di Sosial Media? Kenapa Ye? https://redaksi.com/1806-pasangan-tidak-pernah-post-gambar-anda-di-sosial-media-kenapa-ye Fri, 30 Mar 2018 11:14:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1806 Apabila sedang hangat dalam perhubungan, biasanya kedua-dua belah pihak akan memuat naik gambar bersama. Tidak kiralah apa sahaja aktiviti yang dilakukan. Pasti ingin diletakkan sebagai kenangan di media sosial. Tapi itu bagi sesetengah orang tapi bagi yang lain pula, mereka ini lebih memilih untuk tidak memuat naik gambar pasangan mereka. Kenapa ye? Tapi jangan cepat melatah, mungkin mereka ada sebab yang tersendiri.



1. Tidak mahu show off.

Antara sebab yang kita boleh lihat ialah, mereka ini tidak mahu show off. Mereka ini tidak mahu dikatakan menunjuk-nunjuk. Lagi-lagi kalau diserang oleh makcik dan pakcik bawang, mahu malu mereka nanti. Jadi adalah lebih baik gambar yang diambil untuk hanya menjadi tatapan dirinya dan pasangannya.

2. Jaga hati rakan yang single.

Mereka ini juga ingin menjaga hati orang yang single ini. Yelah, kalau hati yang single ini terasa seperti memperli payah juga kan. Lagipun, tidak semua orang yang menjadi rakan di laman media sosial ini telah berpunya. Rasanya ramai sahaja yang masih single dan mencari-cari pasangan. Jadi apabila kita menunjukkan rasa bahagia kita di media sosial ini pasti akan disalah ertikan.

3. Bukan muhrim bagi yang belum berkahwin.

Bagi pasangan yang belum berkahwin, adalah tidak elok memuat naik gambar berdua-duaan ini. Yelah, kan bukan muhrim. Nanti bila saudara mara dan ahli keluarga kita lihat. Apa pula tanggapan mereka terhadap kita. Mestilah akan memalukan air muka mak ayah kita juga. Jadi lebih baik tidak payah muat naik bukan.

4. Ditakuti jika ada yang berhasad dengki.

Risau kalau ada yang cemburu melihat kebahagiaan. Kita tidak tahu apa yang ada di dalam hati setiap orang. Mana tahu mereka tidak berpuas hati dengan kita ke? Atau mereka berminat dengan pasangan kita. Jadi untuk menggelakkan ada yang terluka, adalah lebih kita simpan sahaja gambar-gambar kita dengan pasangan kita.

Kita sebenarnya tidak boleh melatah apabila lihat pasangan kita ini tidak memuat naik gambar bersama. Janganlah kata tidak sayang ataupun mereka ini curang. Lebih baik memikirkan dari sudut positif berbanding negatif.

]]>
Ajak berkenalan ketika 'roadblock', gadis luah rasa kesal segelintir pihak polis tak profesional ketika bertugas https://redaksi.com/9712-ajak-berkenalan-ketika-roadblock-gadis-luah-rasa-kesal-segelintir-pihak-polis-tak-profesional-ketika-bertugas Sat, 13 Feb 2021 11:25:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9712 Sejak kes peningkatan Covid-19 di negara kita, kerajaan telah mengambil inisiatif bagi mengekang penularan wabak tersebut dengan melaksanakan sekatan jalan raya.

Di samping tidak membenarkan orang ramai merentas daerah dan negeri, ia juga dilihat berupaya mengurangkan kluster baharu yang berpunca daripada negeri-negeri yang berpotensi menyebarkan kadar kebolehjangkitan yang cepat.

Namun, di sebalik pelaksaan sekatan ini timbul pula isu yang kurang enak untuk didengar apabila didapati terdapat antara pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) mengambil kesempatan di atas kuasa yang telah diberikan kepada mereka.

Berikut adalah antara kejadian yang berlaku oleh seorang pengguna Twitter yang telah memuat naik perbualan antara pihak berkenaan dengan dirinya.

Pihak polis ambil maklum

Perkongsian oleh gadis yang memiliki akaun Twitter bernama  @nnnadzifah itu mencuri perhatian ramai sehingga mengaut sebanyak 15.3 ribu ulang kicau pada kenyataan beliau.

Selain itu, perkongsian gadis tersebut turut mendapat perhatian pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan mereka telahpun ambil maklum akan perkara tersebut dan akan menjalankan sisatan susulan kejadian tersebut.

Perlu ditangani

Kejadian seperti itu ternyata bukan sahaja terjadi kepada dirinya bahkan apabila meninjau ke ruangan komen rata-ratanya turut menceritakan pengalaman yang sama.

Menurut @nnnadzifah lagi hal seperti itu perlu ditangani kerana ia melibatkan etika, nilai dan integriti pekerja.

]]>
Bukan senang orang perempuan nak luahkan perasaan, tapi cara gadis ni memang win https://redaksi.com/8626-bukan-senang-orang-perempuan-nak-luahkan-perasaan-tapi-cara-gadis-ni-memang-win Wed, 30 Sep 2020 15:37:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8626 Memang sempoi bila orang perempuan yang mula confess dulu ni. Kalau perempuan lain takut-takut nak bagi tahu, tapi yang ini boleh dikatakan satu dalam seribu.



Dari berputih mata, lebih baik cuba nasib dulu. Menerusi capaian Twitter Tuan Faiz, dia yang tidak tahu apa perlu dilakukan apabila tiba-tiba seorang gadis meluahkan perasaan kepadanya.

Mula 'wish birthday'...

Menariknya, tindakan seorang gadis tersebut kepadanya tersangatlah unik, bukan terus beritahu tetapi menggunakan bahasa kiasan untuk mewakili perasaannya.

Dalam kepingan foto yang dikongsi, gadis itu sebelum ini pernah mengucapkan ulang tahun buat dirinya malah dia juga pernah membalasnya.

Hantar kod lokasi rahsia

Tapi baru-baru ini, tiba-tiba gadis itu menghantar satu lagi pesanan melalui direct messenger di Instagram yang bermula dengan meminta pertolongan dan menghantar satu lokasi untuk dilihat.

Tak disangka-sangka, lokasi yang dimaksudkan itu adalah satu nama kedai ‘I Have A Crush On You’ terletak di United State.



Setelah diberikan jawapan bagi pihak Faiz, gadis tersebut membalas dengan memberi lokasi lain pula dalam meluahkan perasaannya.

Lokasi yang ditunjukkan seterusnya itu tertulis 'I Love You' yang terletak Indonesia.

Nak cuba juga...

Thread tersebut telah mendapat perhatian dari ramai warganet sehingga telah diulang kicau lebih 8 ribu orang. Malah, ramai juga yang mengambil kesempatan menggunakan kod lokasi tersebut kepada pasangan masing-masing.

Jarang-jarang berlaku macam ini, apa pun, diharapkan segala jawapan yang diberikan Faiz akan tidak melukakan hati gadis itu. Bukan senang orang perempuan nak luahkan perasaan ni.



]]>
Ciri – Ciri 8G Pada Lelaki Yang Dibenci Wanita. https://redaksi.com/440-ciri-ciri-8g-pada-lelaki-yang-dibenci-wanita Wed, 12 Jul 2017 11:05:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=440 Ini Dia Ciri – Ciri 8G Pada Lelaki Yang Dibenci Wanita :

1. Garang.


Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb. Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.



2. Ganas.

Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya. Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yang dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar.

(Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yang dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabra.

(Tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.



5. Gentleman tiada.

(Langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal.

(Bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat untuk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.



7. Ganggo.

Kketerlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll) Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal.

(Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri) Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

]]>
Jangan benci sangat pada seseorang, nanti jatuh cinta! https://redaksi.com/3064-jangan-benci-sangat-pada-seseorang-nanti-jatuh-cinta Tue, 31 Jul 2018 15:48:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3064 Jika anda mahu lakukan sesuatu perkara, bak kata orang zaman dahulu biarlah berpada-pada. Seperti;

“Mak aku pesan, jangan happy sangat, nanti menangis”

Sama juga seperti anda mengenali seseorang, jika sayang pada si dia jangan keterlaluan takut nanti kecewa dan patah hati, begitu juga dengan perasaan benci. Jangan benci sangat pada seseorang, nanti jatuh cinta, timbul lah pula perumpamaan bertepuk sebelah tangan. Siapa yang sakit?

Perkara ini berlaku kerana hati manusia yang senang berubah. Bimbang jika tiba-tiba dia lah yang jadi jodoh kita. Tidak mustahil jika dulu sayang, tiba-tiba benci. Dulu benci, tiba-tiba sayang.

Perasaan benci selalunya terbit apabila ada perkara yang menjengkelkan pada si dia terhadap anda. Wujudnya perasaan itu didorong oleh emosi menyampah dan meluat padanya. Pun begitu, anda dinasihatkan supaya tidak terlalu benci kepada seseorang.


MENGAPA ANDA TIDAK BOLEH BENCI KETERLALUAN PADA SESEORANG?

1. Terlalu memerhati.

Apabila anda membenci pada seseorang, cuba lihat apa yang anda bakal lakukan? Anda sering memerhati si dia bukan? Lebih memerhatikan si dia daripada orang lain. Anda nampak segala-galanya tentang si dia padahal orang lain tidak perasan pun akan hal tersebut. Secara tidak langsung, anda lebih mengenali dia.

Jadi, janganlah benci kepada seseorang. Daripada anda tidak perlu pun ambil tahu mengenai dia, kini anda telah kenal dia sedalam-dalamnya. Anda pasti akan memerhatikan sikapnya, pakaiannya, cara percakapannya. Ternyata anda lebih kenal si dia.


2. Hati yang senang berubah.

Apabila anda benci seseorang, tidak mustahil anda akan terjatuh cinta kepada si dia pada kemudian hari. Hati manusia selalunya boleh berubah-ubah. Walau anda mengatakan benci, namun sebenarnya hati anda semakin tertarik kepadanya.

Naluri manusia memang sukar untuk dinafikan. Justeru, waspadalah apabila berurusan dengan soal hati. Selalu bertegang urat, mencebik, lama-lama semuanya bertukar rasa suka dan semakin mahu mengenalinya.


3. Ingin memutuskan hubungan sehingga timbul perasaan rindu.

Jika anda membenci si dia dan sering bergaduh, pasti salah seorang daripada anda akan memutuskan hubungan. Dan apabila kalian berdua mulai berjauhan, terbit pula rasa rindu, kerana tiada orang lain seperti dia yang mahu bergaduh atau bertekak dengan anda.

Hukum memutuskan silaturrahim adalah berdosa, maka bersikaplah biasa-biasa sahaja. Itu lebih baik. Lupakan sebab musabab anda dan dia bermulanya perasaan benci itu. Berlagak seperti tiada apa yang berlaku atau sekurang-kurangnya buat tidak tahu sahaja.


 

 

]]>
Soalan-Soalan Maut Yang Wanita Akan Tanya Pada Pasangannya. https://redaksi.com/2686-soalan-soalan-maut-yang-wanita-akan-tanya-pada-pasangannya Mon, 02 Jul 2018 16:46:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2686 Fikiran seorang wanita sememangnya sukar untuk difahami. Terutama apabila mereka mula menanyakan beberapa soalan maut sehingga pasangannya kelu untuk menjawabnya. Itu belum lagi sekiranya soalan-soalan yang perlu pasangannya membuat pilihan, ia sangat menyukarkan. Pemikiran wanita ini terlalu berlebihan yang membuat dirinya sendiri berasa insecure terhadap pasangan, hubungan dan dirinya sendiri. Mari ketahui soalan-soalan yang bakal mereka tanyakan.


1. “Berapa banyak sayang awak kepada saya?”

walaupun cinta dan sayang itu sukar untuk diukur, ia tetap akan menjadi persoalan bagi teman wanita anda. Soalan ini hanya untuk membuat dirinya berasa selesa akan hubungan tersebut. Ia juga merupakan jaminan yang dia mahu terhadap hubungan tersebut.

2. “Adakah awak masih bersama saya sekiranya ibu bapa awak tidak menyukai saya?”

Ini adalah soalan yang sangat rumit, terutama apabila ia melibatkan ibu bapa anda. Nasihat yang terbaik dari kami ialah, anda perlu meyakinkan dirinya bahawa ibu bapa anda pasti akan
menyukai anda walau apa sekali pun. Jangan timbulkan keraguan kerana ia akan menimbulkan banyak persoalan.

3. “Ada orang lain yang menyukai awak?”

Anda harus memberitahu perkara yang benar, sekiranya terdapat orang lain yang menyukai anda. Tetapi anda harus meyakinkan bahawa dirinya mempunyai tempat istimewa di hati anda. Dan anda juga perlu menyatakan bahawa apa yang dimilikinya tidak akan ada pada gadis lain.


4. “Adakah bekas kekasih awak lebih cantik berbanding saya?”

Katakan sahaja bahawa dirinya lebih cantik berbanding bekas kekasih anda. Biarlah dia tahu bahawa kecantikannya tidak dapat ditandingi dan anda enggan melayan pemikirannya yang berlebihan itu.

5. “Pernah terfikir untuk berpisah dengan saya?”

Soalan ini akan ditanya apabila hubungan itu terlalu lama dan agak membosankan. Ia menunjukkan bahawa anda sudah kurang berminat terhadap dirinya. Tetapi anda harus meyakinkan diri bahawa anda masih ingin bersamanya. Cuma waktu dan kesibukan yang membuat dia merasa begitu.

Jangan pernah membuat pasangan anda merasa ragu-ragu terhadap anda. Apabila pelbagai soalan yang pelik timbul dari mulutnya, anda perlu tenang dan sentiasa meyakinkan dirinya. Jangan buat diri berfikir secara terperinci akan perkara tersebut.

]]>
Bila Pilih Anak Ketiga Sebagai Pasangan Ini Memang Nampak Dia Macam 'Dingin' Tapi Penyayang Orangnya. https://redaksi.com/7747-bila-pilih-anak-ketiga-sebagai-pasangan-ini-memang-nampak-dia-macam-dingin-tapi-penyayang-orangnya Mon, 30 Dec 2019 10:00:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7747 Bila bercakap mengenai anak ketiga ini, tentu akan terlintas difikiran adalah seorang yang dingin dan juga degil. Tak cukup dengan itu, ada juga yang menyatakan bahawa mereka ini seorang yang agak baran dan mudah melenting.

Kadang itu ada yang agak gerun untuk mendekati anak ketiga ini. Baik lelaki atau perempuan, mereka ini kelihatan agak dingin, nak-nak lagi dari raut wajah mereka. Dengan raut wajah sebegitu akan membuatkan ramai yang takut mendekati mereka walaupun mereka ini biasa sahaja.

Paling yang perlu anda tahu, mereka ini luaran sahaja nak macam pemarah dan juga dingin, tetapi dalamnya tersangatlah berbeza. Jika anda memiliki pasangan anak ketiga ini, ketahuilah bahawa anda sangat beruntung.



Walaupun seorang yang dingin, tapi mereka ini tersangatlah penyayang. Nak-nak lagi sayang akan pasangannya. Bila berduaan dengan anda, barulah anda tahu dia ini seorang yang manja, suka manjakan pasangan serta sanggup lakukan apa sahaja untuk pasangan. Tapi bila anda kecewakan dirinya, dia akan begitu lambat nak move on sampaikan ada yang makan tahun.

Mereka ini sebenarnya sangat sensitif diantara adik beradik yang lain. Di mana, kalau ada kata-kata yang terguris hatinya dia akan diam sahaja, tetapi dalam hati dia kecewa dengan kata-kata itu. Sebab itu bila nak bercakap dengan mereka ini kena lebih berhati-hati barulah dia tak termakan hati. Kata-katanya pula, jangan risau dia cukup bijak untuk menjaga hati orang lain.

Tingkah laku yang agak kasar mungkin akan membuatkan anda sedikit takut untuk mendekatinya. Tetapi percayalah, bila dia sudah mencintai anda, anda sahaja yang boleh tundukkan segala tindakannya yang kasar itu. Alah, kira kalau dengan anda semuanya akan menjadi lembut dan cair. Tak ada dah istilah seorang yang dingin lagi.



Mungkin ada yang lihat bahawa mereka ini pemarah seperti singa. Akan tetapi, dia tidaklah marah dengan begitu mudah tanpa sebab. Melainkan ada punca yang membuatkan mereka ini marah. Tidak dinafikan bahawa mudah marah dan kalau hal yang remeh pun boleh marah tapi dia akan tetap kalah dengan anda.

Apa yang paling tidak disukai anak ketiga ini tentulah sikap dibandingkan dan ditegur silapnya. Mereka ini mempunyai ego mereka tersendiri malah, emosi mereka ini juga mudah terusik. Maka dengan itu, mereka tidak suka jika anda bandingan dirinya malah menegur sikapnya. Masalah juga kalau tidak boleh ditegur ini, nanti semua nak ikut cakap dia.

Tapi apa-apa pun, jangan pandang anak ketiga ini sebagai orang yang sangat dingin dan pemarah sahaja. Ketahuilah bahawa dalam dirinya penuh dengan kasih sayang yang anda sebenarnya tidak nampak dan ketahui.

]]>
Jodoh Yang Tepat Akan Datang Pada Waktu Yang Tepat. https://redaksi.com/4154-jodoh-yang-tepat-akan-datang-pada-waktu-yang-tepat Wed, 07 Nov 2018 15:35:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4154 Ada sahaja dikalangan kita mempersoalkan, wujudkah bertemu dengan seorang yang tepat tetapi pada masa yang salah? Bagaimana anda boleh mengatakan bertemu jodoh pada waktu yang salah, masakan jodoh itu adalah rezeki dari Allah SWT? Jika benar Allah menemukan anda dengan seseorang yang salah, itu bukan lah jodoh anda, itu adalah ujian dari Allah untuk menduga anda.

Anda perlu yakin bahawa ada masanya nanti, waktu yang tidak akan terjangka, seseorang akan dapat melihat kewujudan anda. Ketika itu anda merasakan ia seperti dalam khayalan dan di kayangan. Anda berasa seolah-olah dalam mimpi apabila bertemu dengan seseorang yang dapat menerima kehadiran anda dalam hidupnya.

Setiap insan mempunyai liku kehidupan yang berbeza.

Sekiranya sahabat anda telah menemui jodoh dan berkahwin lebih awal dari anda, tidak semestinya hidup anda juga sama seperti mereka.

Dugaan anda dengan sahabat juga berlainan, ini kan pula rezeki yang diberi oleh Ilahi.

Jangan terlalu terburu-buru untuk bercinta dan berkahwin. Jangan terlalu terburu-buru untuk mencari teman kerana anda kesunyian. Anda perlu tahu bahawa anda mempunyai hak untuk hidup dengan bahagia. Jika anda tahu tentang hak tersebut, pasti anda tidak tergopoh-gopoh mencari jodoh semata-mata mahu menutup kesunyian.

Nilai sikap anda sendiri terdahulu, berapa lama orang asing untuk mengenali anda? Mengambil masa yang berapa lama untuk seseorang tersebut dapat mengenali anda? Adakah anda ini seorang yang sangat merumitkan sehingga tiada siapa dapat memahami anda?

Sehingga anda merasakan, sampai bila-bila pun tidak akan bertemu jodoh kerana anda ini sukar untuk difahami.

Ini terjadi kerana anda sendiri pun tidak dapat mengenali dan memahami diri sendiri, jadi sudah tentu secara tidak langsung sebenarnya anda tidak memberi peluang pada orang lain untuk mengenali anda.

Jangan terlalu seksa diri sendiri.

Pasti satu hari akan hadirnya seseorang dapat melihat kewujudan anda disebalik orang ramai. Tidak kira sama ada anda merasakan diri anda tidak cantik, tidak putih, tidak tinggi persis model, tidak bijak seperti graduan yang lain, kerana setiap kekurangan tersebut, pasti ada kelebihan yang anda sendiri tidak sedari.

Kelebihan tersebut hanya mampu dilihat oleh si dia, dimana anda akan dapat merasakan, adakah jodoh anda datang pada waktu yang tepat?

Berkenaan dengan jodoh, bukan hanya pada pihak lelaki sahaja yang dapat merasakan perasaan tersebut, wanita juga akan dapat merasakan lelaki tersebutlah dapat membimbing mereka. Jika hanya lelaki tersebut merasakan perasaan itu seorang, namun wanita tidak merasakan apa-apa perasaan, sudah tentu hubungan yang terjalin tidak sampai ke tahap yang serius.

Jangan terlalu menghukum diri sendiri. Jangan terlalu menilai diri sendiri. Jangan terlalu memandang rendah pada diri sendiri. Jodoh yang tepat akan datang pada waktu dan masa yang tepat.

]]>
8 Sikap Buruk Lelaki Ini Boleh Menghancurkan Hati Wanita. Wahai Lelaki, Sedarlah. https://redaksi.com/177-8-sikap-buruk-lelaki-ini-boleh-menghancurkan-hati-wanita-wahai-lelaki-sedarlah Sat, 17 Jun 2017 09:36:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=177 Kelembutan itu merupakan fitrah wanita. Ketika wanita mampu menjadikan dirinya sebagai isteri dan ibu yang terbaik maka janganlah sakiti hatinya. Untuk menjadi pasangan yang terbaik, segeralah berubah jika anda memiliki salah satu daripada sikap yang dinyatakan ini.



1. Kasar.

Jiwa wanita umpama kapas. Sangat lembut dan sensitif. Kaum wanita sangat membenci segala bentuk perlakuan kasar baik secara fizikal mahupun perkataan. Hormatilah wanita lebih-lebih lagi daripada insan yang amat dikasihi.

2. Panas baran.

Wanita bukanlah musuh yang mudah untuk anda jadikan sasaran bagi melepaskan emosi serta api kemarahan. Sikap ini juga sangat dibenci oleh seluruh kaum wanita dan sama sekali tiada kompromi buat pasangannya yang mempunyai sikap buruk seperti ini.



3. Ambil kesempatan.

Tubuh wanita bukanlah boneka yang boleh diperlakukan sesuka hati. Apatah lagi objek untuk menempiaskan nafsu serakah. Wanita mempunyai perasaan dan mengharapkan penghormatan yang tinggi daripada seorang lelaki sebagaimana anda menghormati ibu dan adik-beradik perempuan anda.

4. Posesif.

Wahai lelaki, janganlah berperilaku posesif. Berikanlah kebebasan dalam beraktiviti. Jangan mudah cemburu, curiga mahupun berprasangka buruk terhadap kaum wanita. Sekali seorang wanita itu jatuh cinta dan dilayan dengan penuh kasih sayang nescaya mereka juga pasti akan membalasnya dengan cara yang sama kepada anda.

5. Tidak mahu ambil tahu.

Wanita sering kali merasa kesal dengan sikap sesetengah kaum lelaki yang tidak mahu mengambil tahu. Ketahuilah, wanita sangat berharap jika pasangannya dapat mengambil peduli seterusnya memimpin dan mengambil inisiatif dalam mengatasi sesebuah permasalahan.



6. Pemalas.

Sikap pemalas sememangnya sangat dibenci oleh semua orang, bukan sekadar wanita sahaja. Oleh itu, jadilah pasangan yang boleh menjadi kebanggaan. Terapkan semangat serta keinginan untuk bekerja demi menggapai impian bersama.

7. Gila kerja.

Ini pula adalah lawan bagi golongan yang malas kerja. Tidak dinafikan wanita memang suka lelaki yang kuat bekerja tetapi bukanlah jenis yang terlalu gila kerja hingga mengabaikan waktu untuk diri sendiri dan keluarga. Sedarlah bahawa kebahagiaan keluarga tidak boleh diganti dengan apa pun yang ada di dunia ini.

8. Tidak peduli kesihatan diri.

Merokok dan tidak menjaga pemakanan boleh menjejaskan kesihatan. Ada kalanya wanita sangat sedih dengan tabiat pasangannya yang tidak mahu mendengar nasihat. Ini kerana mereka benar-benar mengharapkan pasangannya menjadi contoh terbaik buat dirinya serta anak-anak khususnya dalam penjagaan kesihatan seterusnya menerapkan pola kehidupan yang sihat.

]]>
Jaga Fatima selama 2 bulan, Fazura hadiahkan beg jenama buat pembantu https://redaksi.com/9494-jaga-fatima-selama-2-bulan-fazura-hadiahkan-beg-jenama-buat-pembantu Mon, 25 Jan 2021 10:57:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9494 Pasangan pelakon FattZura selamat bergelar ibu dan bapa selepas menimang cahaya mata sulung yang yang diberi nama Nir Fatima Aisya pada 2 Oktober lalu.


Selepas tiga bulan ‘menyembunyikan’ wajah anaknya, pasangan tersebut mendedahkan kecomelan anak mereka untuk peminat pada malam tahun baharu lalu.



Terbaru, pelakon jelita Fazura berkongsi cerita akan dirinya yang terpaksa mengambil pembantu luar berikutan pembantu dan pengasuh yang diupah tidak dapat masuk ke Malaysia disebabkan Pandemik Covid-19.


Sehubungan dengan itu, wanita yang dikenali sebagai Kak Amy telah diupah untuk menjaga Fatima selama dua bulan.



Kak Amy yang turut tinggal bersama mereka turut memberi penjagaan yang baik seperti memasak dan juga mengurut pelakon tersebut.

Dalam kesempatan itu, Fazura juga turut memuji keprihatinan wanita berkenaan yang sangat menyayangi Fatima seperti anaknya sendiri.

“Bukan hanya menjaga dan sayang Fatima macam anak sendiri, Kak Amy juga tolong sediakan masakan, sedap pula tu serta urut pun best,” kongsi Fazura.

Bagi menghargai jasa baik wanita berkenaan, Fazura turut menghadiahkan beg berjenama Coach sebagai tanda penghargaan.

Terdahulu, Fazura dan Fattah Amin telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.


]]>
Baca Ini Dahulu Sebelum Anda Ingin Berlaku Curang. https://redaksi.com/3245-baca-ini-dahulu-sebelum-anda-ingin-berlaku-curang Wed, 15 Aug 2018 11:46:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3245 Kecurangan adalah yang sangat ditakuti oleh pasangan suami isteri mahupun pasangan berkasih. Mungkin ia akan kelihatan seperti ujian untuk sesebuah hubungan itu, tetapi sebenarnya ia adalah ujian untuk seseorang yang menjalinkan hubungan sama ada teguh atau tidak mereka ini terhadap janji yang telah dibuat. Maka dengan itu, sebelum kecurangan terjadi pada hubungan kalian, mari ketahui akan empat perkara mengenai kecurangan.


1. Curang itu hanya nafsu.

Tidak pernah anda kecurangan yang berlaku hanya kerana anda cintakan dirinya. Ia berlaku kerana anda tidak mampu mengawal nafsu anda, maka curang itu adalah nafsu semata-mata. Apabila anda berlaku curang, ia hanya mampu memuaskan nafsu anda sahaja tetapi anda tidak akan mampu bahagia melainkan anda berkata dengan jujur terhadap perasaan anda kepada pasangan anda.

2. Jangan sampai menyesal.

Orang kata pilihan yang pertama ini biasanya adalah yang terbaik. Mana tidaknya, yang pertama ini biasanya sanggup sahaja bersusah senang tetapi yang kedua ini muncul di saat anda senang. Jangan kerana perbuatan anda ini telah menyebabkan diri anda kehilangan seseorang yang begitu setia dan taat pada anda.

3. Salah seorang pasti tidak serius dalam hubungan tersebut.

Anda ingin meninggalkan pasangan anda demi orang ketiga itu? Anda pasti dengan keputusan itu? Mereka yang hadir sebagai orang ketiga ini kadang kala bukannya hadir untuk memberi kebahagiaan kepada anda. Tetapi mereka ini hanya menghancurkan hubungan anda, selepas hubungan anda dan pasangan putus maka ia pasti akan menjauhi anda juga.


4. Pembalasan.

Adakah anda tidak takut akan menerima balasan atas perbuatan anda. Anda telah menginaya seseorang yang tidak bersalah. Bagaimana jika dirinya meminta pertolongan daripada Allah s.w.t agar membalas perbuatan anda. Anda kemungkinan akan menerima satu balas yang lebih menyakitkan.

Sebelum membuat keputusan untuk berlaku curang, adalah lebih elok anda menghargai apa yang di hadapan mata anda. Cuba menerima kekurangan pasangan anda. Jangan hanya mencari yang sempuran sahaja.


]]>
Mengapa Seorang Lelaki Mengambil Masa Yang Begitu Lama Untuk Melamar Teman Wanitanya? https://redaksi.com/3586-mengapa-seorang-lelaki-mengambil-masa-yang-begitu-lama-untuk-melamar-teman-wanitanya Fri, 21 Sep 2018 10:20:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3586 Setiap wanita pasti gembira apabila memiliki seorang teman lelaki yang katanya mahu hubungan yang serius dan ingin melamar pada suatu hari nanti. Namun setelah lama menjalinkan hubungan, masih juga tidak lagi teman lelakinya melamar. Jika ditanya, takut kecewa pula seperti terlalu mendesak untuk berkahwin, padahal sudah lama berkenalan.

Jom ketahui antara alasan lelaki mengapa dirinya mengambil masa yang lama untuk melamar teman wanitanya…


1. Untuk stabilkan kehidupan.

Mungkin hidupnya ketika ini masih tidak stabil dari segi mental. Jika dilihat dari fizikal dan luaran, mungkin sahaja si dia nampak stabil. Kebiasaan lelaki amat gementar untuk menamatkan zaman bujang, kerana ia tanggung jawab yang besar. Sudah tentu, si dia sebenarnya terlalu banyak berfikir, padahal dari luaran nampak seperti rileks dan cool.

2. Si dia sedang berusaha menyimpan wang.

Untuk stabilkan kehidupan sudah tentu kewangan termasuk di dalam list tersebut. Mungkin sahaja wangnya masih lagi tidak cukup untuk simpanan tabung perkahwinan. Mungkin tiba-tiba teman wanita demand mahu itu dan ini, kemudian ada pula hal kecemasan yang membuatkan mereka terpaksa menggunakan duit last minute. Tiada siapa yang tahu, kecuali dirinya sahaja.

3. Tiada sokongan dari pasangan.

Kadang-kala wanita ini terlalu kejam untuk menguji teman lelakinya. Tanpa mereka sedar sebenarnya teman lelaki mereka amat memerlukan sokongan dan dorongan daripada pasangan. Usahlah terlalu jual mahal, jika teman lelaki sudah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan anda. Jika anda melihat si dia bersusah payah untuk menyimpan wang, ringan kan lah beban mereka.

Sekurang-kurangnya memberi kata-kata motivasi, semangat dan sentiasa menyokong apa jua si dia lakukan. Asal tak dapat keluar dating, sudah merajuk muncung mulut sedepa.


4. Rasa tertekan.

Seperti yang kita tahu, lelaki akan cuba menjauhkan diri dan berdiam seribu bahasa ketika mengalami tekanan. Dirinya rasa tertekan untuk stabilkan kehidupannya sendiri, menyimpan wang untuk kahwin, kemudian tiada pula sokongan dari teman wanita. Oleh kerana itu, kadang-kala apabila ditanya tentang perkahwinan, lelaki seperti mahu marah padahal dirinya tertekan.

Jika bukan teman wanitanya yang saling melengkapi dirinya, siapa lagi, kan?

5. Masih tiada jawapan dari solat istikharah.

Kadang-kala dalam diam lelaki ini melakukan solat istikharah. Mungkin jika hidupnya tidak tenang, sering bergaduh dengan teman wanita pula, sudah tentu si dia mahukan petunjuk dari Ilahi, adakah anda benar jodohnya? Atau adakah anda hanya dugaan dan ujian untuk dirinya sahaja? Kadang-kala lelaki tidak suka menceritakan hal peribadi ini. Perasaan manusia kan sentiasa berbolak-balik, sudah tentu si dia mahukan hubungan yang berkekalan. Masakan dirinya masih setia dengan diri anda, cuma lambat melamar sahaja.

 

 

 

]]>
Hak Isteri Dalam Perkahwinan: Hak Mendapat Komunikasi Yang Baik. https://redaksi.com/1001-hak-isteri-dalam-perkahwinan-hak-mendapat-komunikasi-yang-baik Wed, 23 Aug 2017 10:45:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1001 KOMUNIKASI YANG BAIK.

Membina komunikasi yang baik sesama suami isteri adalah dituntut di dalam Islam. Suami harus berlaku adil kepada isteri, dan isteri juga haruslah berlaku adil terhadap suami. Komunikasi yang baik terhadap isteri termasuklah melayaninya dengan baik, lembah lembut, bertolak ansur sama ada dalam hubungan fizikal atau mental. Ini bersesuaian dengan sifat semula jadi wanita yanglembut dan mudah terguris hatinya. Perkara ini jelas dinyatakan dalam hadith Nabi s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w: Dari Abu Hurairah r.a ia berkata:

Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut jelas menerangkan cara komunikasi yang berkesan terhadap wanita.Perlakuan kasar kepada isteri mencakupi ucapan yang menyakitkan atau tindakan yang menyakitkan fizikalnya. Bentuk tindakan yang menyakitkan perasaan isteri misalnya mencari-cari kesilapan isteri, mengkhianati isteri, menganggu ketenangan isteri malam hari misalnya dengan pulang lewat malam dari berpoya- poya atau bermain atau bersembang-sembang di luar hanya memenuhi seleranya sendiri tanpa memerhatikan kepentingan isteri. Tindakan seperti ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w, sabda Baginda:

Ertinya: dari Jabir: Nabi s.a.w melarang suami mengetuk pintu keluarganya pada malam hari, melarang berkhianat kepada mereka atau mencari-cari kesalahan mereka. (H.R Muslim)



Seorang suami yang baik akan sentiasa menghormati dan melayani isteri dengan baik dan bersabar dengan tingkah laku isterinya yang mungkin tidak disukainya. Firman Allah:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

Ertinya: …”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”

Jika suami tidak menyenangi salah satu sifat isterinya hal tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk berlaku kasar kepada isterinya, bahkan suami hendaklah berpandangan adil dengan melihat sifat-sifat isterinya yang disenangi sehingga dapat mendorong dirinya untuk tidak berlaku kasar dalam menghadapi perangai isterinya. Dalam hal ini eloklah kita menghayati sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umar al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar al- Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar al- Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam sahaja. Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri: “jikalaulah begitulah tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.” Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas memanggil lelaki tersebut bertanyakan gerangan apakah dia mencarinya.



Berkata lelaki tersebut: “wahai Amirul mukminin aku datang ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang amirul mukminin. Maka Umar al-Khattab memjawab: “wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku, dialah yang memasakkan untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku, sedangkkan kesemua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali kesemuanya itu aku tidak memarahinya kerana meleteriku. Berkata lelaki itu: “begitu jugalah perihal isteriku”. Jawab Umar: “ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara”. (Khalid Abdul Rahman al-cAk.1997.178).Terdapat juga suami yang melakukan kekasaran kepada isteri secara fizikal misalnya memukul isteri. Memukul isteri dibenarkan selama pukulan itu bersifat pengajaran dan tidak menimbulkan rasa sakit yang membahayakan diri isteri. Hal ini disebutkan di dalam hadith berikut:

ولا تضربوهن ولا تقبحوهن

Ertinya:” …dan janganlah kamu pukul mereka dan menghina mereka”

Kerana itu walaupun suami bermaksud memberi pengajaran kepada isteri namun dia tetap bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan keamanan isteri. Hal ini disebut di dalam firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 19:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

Ertinya: …”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”

Dalam hal ini jika suami gagal berkomunikasi dengan baik terhadap isteri hingga membawa kepada masalah yang besar, isteri boleh menasihati dan mengingatkan suami akan hak tersebut. Jika suami enggan berubah isteri boleh meminta bantuan daripada orang tengah untuk menasihati suami agar tidak berkasar dengan isteri. Jika tidak berhasil isteri dapat mengadukan masalahnya ke mahkamah syariah untuk mengambil tindakan tertentu kepada suaminya agar tidak mengulangi kekasarannya terhadap isteri. Dalam hal ini isteri haruslah celik agama dengan memahami dan menghayati segala hak yang telah diberikan Islam kepadanya untuk menjamin maruah wanita Islam.

]]>
Apa Yang Anda Perlu Lakukan Jika Pasangan Menduakan Anda? https://redaksi.com/2710-apa-yang-anda-perlu-lakukan-jika-pasangan-menduakan-anda Wed, 04 Jul 2018 11:40:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2710 Curang adalah antara salah satu perkara yang membuat hubungan pasangan bercinta menjadi berantakan. Tiada siapa yang mahukan perkara tragis ini berlaku di dalam hubungan mereka. Sebagai manusia biasa sudah tentu tidak lari dari kesilapan hanya kerana gagal mengawal hawa nafsu mereka sendiri.


Curang sering kali menjadi topik utama, dan orang penting yang selalu menjadi punca adalah lelaki. Ramai wanita menuduh lelaki yang mudah curang kerana mereka terlalu mudah memberi cinta pada wanita lain yang terlalu kesunyian, dan ini menyebabkan mereka memandang remeh pada poligami.

Seorang lelaki memandang enteng pada poligami kerana mereka tahu kuasa veto terletak pada tangan mereka dan termasuk talak juga. Ini terjadi sekiranya lelaki itu kurangnya ilmu agama. Mereka mahu berpoligami hanya kerana mereka MAMPU DARI SEGI HARTA, TETAPI TIDAK MENGAMBIL TAHU CARA UNTUK ADIL PADA SEMUA ISTERI JIKA BERPOLIGAMI.


Jadi, apa yang wanita harus lakukan jika tahu mereka telah diduakan oleh suami atau teman lelaki mereka…

1. Bertenang.

Perkara yang paling penting wanita harus lakukan adalah cuba untuk bertenang. Tarik nafas dengan dalam dan hembus dengan perlahan-lahan. Tutup mata seketika dan elakkan mengeluarkan kata-kata yang penuh amarah dan kesat. Ini kerana emosi wanita ketika ini sangat tidak stabil.

Jika perkara sebegini terjadi untuk kali pertama, berikan mereka peluang untuk menebus kesalahan tersebut dan perhati perkembangan hidup mereka.

Jika anda sudah berkahwin, usah maki hamun atau tengking depan anak-anak. Pastikan anda berdua berada di dalam keadaan yang sangat privasi.


2. Bertanya.

Setelah anda dapat bertenang dengan cara di atas, cuba pula untuk berbincang dan tanya dengan nada suara yang tenang dan meyakinkan. Tanya pada mereka, adakah ini semuanya salah anda yang menyebabkan si dia menduakan diri anda?

Cuba berfikir sebelum bertindak, dan belajar untuk memahami apa yang tersirat di dalam hati lelaki selama ini.

3. Jangan salahkan diri sendiri.

Jangan letak kesalahan seratus peratus ke atas bahu anda dek kerana si dia yang curang. Tetapi cuba anda berfikir secara rasional dan anggap yang anda berdua salah dalam perkara ini supaya anda boleh fikir logik. Letakkan kesalahan sama rata pada anda berdua 50-50.


4. Keputusan jangan ikut emosi.

Tiada wanita di dalam dunia ini yang sanggup untuk berkongsi kasih. Jika sanggup dimadukan hanya peratusan yang kecil sahaja, itu juga berkemungkinan besar mempunyai ilmu agama yang tinggi dan lakukan demi Allah SWT.

Tetapi ia bukan lah alasan untuk anda berdua berpisah, bincang dengan pasangan tentang hal ini dengan cara dewasa dan matang.


]]>
Nak Tahu Pasangan Korang Setia Ke Tak? Tak Payah Tengok Kelakuan, Dari Kata-Kata Pun Boleh Tahu. https://redaksi.com/7021-nak-tahu-pasangan-korang-setia-ke-tak-tak-payah-tengok-kelakuan-dari-kata-kata-pun-boleh-tahu Thu, 29 Aug 2019 14:30:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7021 Siapa je yang tak bimbang kalau-kalau pasangan dia main kayu tiga di belakang dirinya. Nak-nak lagi bila dah berharap setinggi gunung malah sayang bagaikan tiada hari esok tentu sahaja membuatkan anda mahu pasangan anda terus setia bersama anda.

Kecurangan ini boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara, namun itu semua adalah pilihan seseorang. Hanya dirinya sahaja yang mampu membuat dirinya tidak berlaku curang. Bukan salah pasangan atau sesiapa pun jika perkara ini berlaku, tetapi itu adalah pilihan dirinya.



Takut disakiti malah takut terluka tentu sahaja anda ingin tahu adakah pasangan anda itu curang ataupun tidak bukan? Kalau selalunya melihat melalui perbuatan. Apa kata kali ini lihat melalui percakapannya pula.

Jangan terkejut kalau kata-katanya ini tanda pasangan anda berlaku curang.

1. “Mengapa awak tak seperti dia.”

Selalu membuat perbandingan sebenarnya tanda-tanda bahawa pasangan anda ini mempunyai niat untuk berlaku curang dibelakang anda. Ini kerana, dia merasakan ada kekurangan pada diri anda dan anda kelebihan pada orang lain. Kalau dia setia, perkara ini bukan masalah buatnya.



2. “Nak jumpa mak ayah, nanti-nanti jelah.”

Mungkin ada yang menganggap bahawa kata-kata ini adalah tanda dirinya tak bersedia untuk berkahwin, tetapi ia juga tanda bahawa dia mempunyai orang lain. Kalau pasangan yang ikhlas dengan anda tentu sahaja akan segera untuk menghalalkan hubungan anda dengannya.

3. “Bila masa saya tak setia?”

Bimbang jika kelakuan dirinya telah dapat dihidu, maka dia pun bertanya kembali kepada anda akan kesilapan dirinya untuk dia tahu bahawa anda tahu atau tidak kelakuannya. Hati-hati ini mungkin soalan perangkap untuk anda. Tentu sahaja dia takut kantoi sikap buruknya itu.



4. “Orang itu lebih bagus…”

Sekali dirinya membandingkan, itu tandanya matanya sentiasa melirik terhadap orang lain. Dia tidak pernah melihat anda sepenuhnya dengan kedua matanya. Tetapi lebih melihat kelemahan anda.

5. “Jika ada yang lebih baik kenapa tak pergi dekat dia.”

Sangat kecewa kalau dengar perkara sebegini keluar dari mulutnya bukan. Ini tandanya dia bersedia untuk lepaskan anda kerana merasakan anda bukan untuknya. Dia tidak berjuang malah lebih berserah sahaja.

6. “Tahu, saya pernah janji.”

Segala janji manis akan begitu mudah dia lontarkan. Namun tak pernah sekali pun dia tunaikan. Janji-janji itu sekadar penyejuk hati anda sahaja.

]]>
5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Jatuh Cinta Dengan Seorang Gadis Yang Baik Tetapi ‘Overthinking’. https://redaksi.com/3992-5-perkara-yang-anda-perlu-tahu-sebelum-jatuh-cinta-dengan-seorang-gadis-yang-baik-tetapi-overthinking Thu, 25 Oct 2018 11:34:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3992 Kaum wanita memang tidak lari dengan fikiran mereka yang sering ‘overthinking’. Terlalu memikirkan sesuatu sehingga diluar kotak. Malah seperti dapat melihat masa depan padahal andaian yang difikirkan hanyalah rekaan dalam mindanya sahaja. Siapa sahaja yang boleh mengandaikan perkara yang baik iaitu husnudzon kerana perasaan manusia ini mudah berbolak-balik.

Jika lewat sahaja pasangannya membalas whatsapp, mulalah mindanya me-reka cerita yang tidak sampai dek akal…

“Takutlah nanti awak kena culik…”

“Saya takut nanti ada accident…”

“Kalau tiba-tiba kereta awak rosak tengah jalan macam mana? Lepastu kena langgar..”

Pasti pasangan hanya menepuk dahi apabila cerita yang disampaikan seperti mahu sesuatu keburukan itu benar-benar terjadi dalam kehidupannya. Berfikirkan andaian yang buruk itu tidak salah, tetapi jangan terlalu mengikutkan perasaan kerana ia menandakan jiwa dan minda yang tidak sihat. Malah akan memberi kesan yang buruk dalam perhubungan kalian berdua.

Jadi, sebelum anda sebagai seorang lelaki mahu menyukai, menyayangi atau mencintai gadis yang baik tetapi terlalu membuat andaian buruk sendiri (overthinking), anda perlu tahu 8 perkara ini supaya anda lebih berjaga-jaga…

1. Gadis ini mempunyai kecelaruan diri yang sangat tinggi.

Gadis ini sentiasa tertanya-tanya, adakah anda benar-benar menyayangi dirinya atau tidak? Bagaimanakah cara anda mencintai dirinya? Jadi, sebagai lelaki anda perlu berusaha lebih untuk menunjukkan anda benar-benar mahukan dirinya supaya gadis ini tidak fikir bukan-bukan lagi.

2. Gadis ini sangat menghargai usaha anda.

Jika diperhatikan gadis overthinking ini, mereka hanya menghargai sekiranya orang disekelilingnya menghargai dia juga. Mereka benar-benar menghargai usaha anda untuk mendekati dirinya, mencintai dirinya dan tidak akan sia-siakan usaha anda tersebut. Kerana bagi mereka usaha sebegitu bukanlah sia-sia, tetapi menunjukkan tanda sayang.

3. Gadis ini amat mementingkan kehadiran anda.

Kewujudan anda sebagai kekasihnya adalah satu perkara yang amat mereka hargai. Mereka tidak dilihat sebagai seorang gadis yang mementingkan duniawi, atau seorang yang materialistic, tetapi kehadiran anda lebih penting dari segala-galanya. Dengan kata mudah, mereka amat menghargai diri anda dari kebendaan.

4. Gadis ini tidak akan menerima hubungan cinta yang sia-sia.

Siapa sahaja yang suka dengan hubungan yang sia-sia, kan? Sudahlah sia-sia, bahkan membuang masa memberi cinta pada orang yang tidak layak. Sekiranya gadis ini tahu anda mempermainkan perasaannya, pasti dia terus meninggalkan anda tanpa was-was dan tanpa amaran. Jika tidak dapat dihubungi terus, bye-bye.

5. Gadis ini sangat mencabar jiwa lelaki.

Oleh kerana gadis ini sentiasa overthinking dan terlalu menganalisis sesuatu perkara terutamanya lelaki yang mendekati dengan dirinya, lelaki akan merasakan dirinya tercabar. Ini terjadi kerana lelaki tersebut mahu menunjukkan rasa suka, cinta dan sayang, tetapi gadis ini masih ragu-ragu dan mengandaikan sesuatu yang buruk akan berlaku.

“Betul ke awak sayangkan saya? Macam mana nanti kalau awak berubah hati?”

“Macam mana nanti kalau awak curang?”

“Macam mana nanti, kalau awak dah tak ada? Saya tinggal sorang-sorang?”

Hanya lelaki yang tabah dan bertuah sahaja dapat mendampingi gadis sebegini.

]]>
Jangan Cepat Perasan! Ini 11 Tanda Lelaki Sukakan & Mahukan Anda. https://redaksi.com/315-jangan-cepat-perasan-ini-11-tanda-lelaki-sukakan-mahukan-anda Thu, 29 Jun 2017 11:54:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=315 Tanda Lelaki Mahukan Dan Sukakan Anda.

Pada permulaan perhubungan yang baru memutik mungkin tanda-tanda si dia jatuh cinta pada anda tidak terlalu ketara apatah lagi jika perhubungan itu baru sahaja terjalin. Jadi bagaimana caranya untuk mengesan jika si dia mahukan sebuah perhubungan serius bersama anda? Apakah tanda ketara yang si dia mencintai anda? Selidik jika si dia benar-benar mencintai anda dan mahukan sebuah perhubungan yang pasti akan menjejak ke alam perkahwinan bersama.



1. Renungan mata.

Kebanyakkan lelaki, jika mereka tidak menyukai seseorang atau sesuatu, mereka akan cenderung untuk memandang ke arah lain. Jika seorang lelaki merenung tepat ke arah mata anda dan memastikan hubungan mata antara anda dan si dia tidak putus, itu menunjukkan yang si dia benarbenar jatuh cinta akan anda.

2. Jatuh hati.

Jika seorang lelaki sudah mula menunjukkan rasa ingin tahu tentang peribadi, keinginan, impian dan inspirasi tentang anda, hakikatnya si dia sudah mula mencintai anda.



3. Memperkenalkan anda dengan rakan-rakannya.

Jejaka yang dilamun cinta tidak akan takut untuk memperkenalkan teman wanitanya kepada sahabat-sahabatnya. Jika anda berpeluang untuk berjumpa dengan sahabat-sahabatnya, itu sememangnya satu tanda yang si dia benar-benar ikhlas bersama anda.

4. Membawa anda menemui keluarganya.

Selepas sahabat, keluarga adalah golongan yang kedua si dia akan membawa wanita yang mereka sukakan. Majoriti lelaki tidak akan membawa pulang mana-mana wanita untuk bertemu dengan ibu bapanya. Jadi, jika si dia membawa anda pulang ke rumah keluarganya dan berjumpa dengan ibu bapanya, itu adalah petanda yang sangat baik melambangkan cintanya pada anda dan pastinya si dia sudah bersedia untuk fasa perhubungan yang lebih matang.



5. Menjadi yang pertama menghubungi anda.

Jika si dia sentiasa menelefon atau menghantar mesej kepada anda, tahukah anda bahawa si dia seorang yang jujur dan ikhlas kepada anda. Secara tidak langsung itu menandakan si dia mengambil tahu tentang anda.



6. Meluangkan masa bersama anda.

Secara tipikalnya, jika seorang lelaki tidak mencintai anda sudah pasti si dia tidak akan meluangkan masa bersama anda. Jika si dia secara terus menerus mencari masa untuk bersama anda, itu sudah pastinya si dia mencintai anda setulus hatinya. Tidak kira pada waktu tengahari atau tiba-tiba muncul di tempat kerja anda, jadi si dia boleh bersama anda.

7. Mudah mempamerkan rasa cemburunya.

Ianya normal jika si dia kelihatan cemburu pada satu situasi, asalkan si dia tidak melebih-lebih kerana selalunya jika lelaki mula cemburu, itu melambangkan si dia punya hati pada anda.



8. Berbicara mengenai masa hadapan.

Lelaki tidak akan berbicara tentang sesuatu perkara yang serius jika mereka tidak menyukainya. Jika si dia mula berbincang bersama anda tentang kehidupan kalian di masa hadapan atau mungkin berjenaka tentang 10 tahun akan datang berkaitan kalian, ia satu petanda besar yang hubungan yang kalian mula jalinkan ini akan kekal lebih lama.



9. Melindungi pasangannya.

Selalunya apabila seorang lelaki mula bersikap melindungi kepada anda, ianya menandakan tanda  cintanya pada anda adalah kukuh. Sebagai contoh, lelaki akan memastikan yang anda selamat tiba di rumah tanpa sebarang masalah dan gangguan, dan setelah itu barulah si dia beredar pergi apabila menghantar anda di rumah kerana si dia tidak mahu sebarang perkara buruk berlaku kepada orang yang dia sayangi.

10. Si dia tidak boleh kekal marah kepada anda terlalu lama.

Jika pasangan anda tidak boleh kekal dengan mood marah kepada anda lebih dari beberapa jam, itu bermakna yang si dia terlalu cinta kepada anda. Apatah lagi jika si dia yang meminta maaf terlebih dahulu walaupun si dia tidak bersalah dalam masalah yang kalian hadapi, hakikatnya dialah yang anda cari selama ini.



11. Ungkapan “I love you”.

Terakhir sekali, bila tiba masa si dia membuat pengakuan mencintai anda, itulah masa yang anda ketahui isi hatinya yang sebenar. Lelaki sebenarnya mencari masa yang sesuai untuk mengucapkan kata cinta itu untuk mengenal pasti isi hatinya terlebih dahulu sebelum meluahkannya.

]]>
Umur 22 tahun Instafamous ini berjaya beli rumah nilai RM1.3 juta https://redaksi.com/8972-umur-22-tahun-instafamous-ini-berjaya-beli-rumah-nilai-rm13-juta Fri, 20 Nov 2020 17:38:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8972 Siapa yang tidak kenal dengan usahawan muda dan Instafamous, Asyallie Ahmad yang juga merupakan pengasas produk kosmetik. Sentiasa memberi inspirasi kepada ramai anak muda dalam setiap kejayaan yang dikongsinya di media sosial.

House tour rumah bernilai RM1.3juta

Atas pemintaan ramai, Asyallie telah membawa peminatnya melihat sekeliling rumah kedua miliknya yang dibeli pada usia 22 tahun. Rumah tersebut berharga RM1.3juta, terletak di Semenyih.

Menerusi channel Youtube miliknya, rumah tersebut masih lagi belum diubah suai kerana baru sahaja memperolehi kunci. Namun, beliau telah membuat perancangan untuk renovate rumah tersebut awal tahun hadapan kerana ingin berpantang di rumah barunya.

Nak pantang dekat rumah baru

Beliau yang kini sedang hamil anak ketiga juga menyatakan beberapa sebab mengapa dirinya memilih rumah di kawasan tersebut. Antaranya disebabkan pemandangan yang cantik juga keselamatan yang terjamin.

Dalam house tour yang dilakukan, Asyallie juga dilihat teruja berkongsi keluasan rumahnya dengan peminatnya. Beliau telah memilih rumah ‘end lot’ yang memiliki 4 bilik tidur serta 4 bilik air.

Bahkan dirinya juga telah berkongsi beberapa idea untuk menghias rumah tersebut, namun akan mendapatkan khidmat pakar agar rumahnya kelihatan lebih cantik.

Alhamdulillah rezeki anak-anak

Diakhir rakaman tersebut, Asyallie meluahkan rasa syukurnya kerana diberikan rezeki malah menyatakan bahawa ini semua merupakan rezeki buat anak-anaknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminatnya teruja melihat rumah tersebut malah turut berharap akan berjaya seperti Asyallie dan memiliki rumah idaman. Selain itu ada juga yang tidak sabar menanti rumah tersebut siap diubah suai.



]]>
10 Aktiviti Yang Mampu Eratkan Hubungan Keluarga. https://redaksi.com/4393-10-aktiviti-yang-mampu-eratkan-hubungan-keluarga Fri, 30 Nov 2018 12:43:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4393 Demi menjaga hubungan kekeluargaan, ia perlulah dipupuk sejak dari usia yang muda, supaya dapat melahirkan generasi yang mampu mengekalkan tradisi keluarga. Anak-anak kecil perlu dididik untuk mengutamakan ahli keluarga dalam apa jua keadaan dan situasi, kerana ia mampu mempengaruhi tumbesaran minda anak dengan baik.

Apa yang kita dapat lihat pada zaman sekarang, ramai sahaja dikalangan kita sukar untuk membuat aktiviti yang mampu mengeratkan hubungan keluarga, kerana kekangan masa. Namun, bukan alasan waktu dan masa sebenarnya, tetapi perkembangan teknologi seperti telefon bimbit yang menjejaskan komunikasi antara keluarga.

Jadi, setiap keluarga haruslah lakukan antara 10 aktiviti seperti di bawah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

1. Makan malam bersama.

Makan malam berjemaah bersama keluarga seharusnya diamalkan. Bukan sahaja untuk makan malam, terpulang pada setiap keluarga pada waktu bila boleh meluangkan masa ketika menikmati juadah bersama. Aktivit ini juga untuk mengetahui perkembangan setiap ahli keluarga.

2. ‘Barbeque’.

Aktiviti ini sering dilakukan ketika family day atau family gathering. Melakukan BBQ bersama keluarga adalah salah satu memori indah yang anda boleh lakarkan. Tidak semua keluarga mampu melakukan aktiviti sebegini dengan kerap kerana duduk berjauhan. Jadi, hargai keluarga anda sekiranya duduk berdekatan.

3. Menonton wayang bersama.

Jika anda sering menonton wayang bersama pasangan, apa kata kali ini lakukan bersama ahli keluarga pula. Pasti aktiviti ini jarang dilakukan secara berama-ramai dengan keluarga, mungkin anak muda zaman sekarang merasakan ia agak kolot. Namun, ia sebenarnya adalah aktiviti yang sentiasa menyeronokkan.

4. Bercuti bersama.

Anak muda pada zaman sekarang, pasti sering menggembara atau melancong bersama sahabat baik dengan pasangan sahaja, kerana bagi mereka tenaga orang muda berbeza dengan tenaga orang tua. Jangan sesekali berfikiran sebegitu kerana keseronokan melancong bersama keluarga adalah sangat bernilai.

5. Buat perancangan bersama.

Merancang masa depan sering kali dilakukan keseorangan atau dengan orang-orang tertentu sahaja. Jangan membelakangi ahli keluarga anda terutamanya kedua ibu bapa ketika merancang masa depan anda. Nasihat orang tua atau orang yang lebih berpengalaman ini, mempunyai pendapat yang berbeza.

6. Wujudkan tradisi keluarga.

Setiap keluarga pasti ada tradisi tersendiri seperti setiap minggu makan malam bersama, melancong di penghujung tahun atau seumpama dengannya. Jadi, wujudkan tradisi dalam keluarga anda supaya sentiasa ada memori yang terpahat di minda.

7. Buat photo album atau photo book.

Pada masa kini, lebih mudah untuk mengambil gambar jika dibandingkan dengan masa dahulu. Adanya kamera pada telefon bimbit dan mudah untuk dicetak. Jangan lepaskan peluang untuk lakukan photo book ini, supaya anda boleh throwback untuk melihat memori masa lalu.

8. Sertai program sukarelawan atau marathon bersama keluarga.

Kini banyak sahaja aktiviti outdoor yang anda boleh lakukan bersama keluarga, seperti larian, marathon, aktiviti sukarelawan dan sebagainya. Ajak keluarga anda untuk lakukan aktiviti yang tidak biasa anda lakukan bersama. Ia bukan sahaja dapat menolong orang yang tidak berkemampuan, menjadi lebih sihat dan produktif, malah dapat melihat apa yang terjadi sebenarnya keadaan di luar rumah kita.

9. Belajar kemahiran baru bersama.

Jika anda berasa kekok untuk belajar sesuatu kemahiran, ajak lah ibu bapa atau adik-beradik anda. Sekurang-kurangnya anda boleh mempelajari sesuatu bersama keluarga dan tidak keseorangan. Jika ada teman, pasti anda akan berasa lebih motivasi dan bersemangat.

10. Solat bersama.

Dan yang paling penting adalah, melakukan solat Jemaah bersama. Kerana solat adalah tiang agama dan kunci pada kebahagiaan keluarga anda.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Beramal!

]]>
Jangan Terlalu Lama Pendam Perasaan, Jika Tidak Cuba Anda Tidak Tahu Isi Hatinya. https://redaksi.com/3390-jangan-terlalu-lama-pendam-perasaan-jika-tidak-cuba-anda-tidak-tahu-isi-hatinya Thu, 30 Aug 2018 10:01:28 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3390 Baik lelaki atau wanita pasti mempunyai seseorang yang diminati, disukai atau dicintai dari jauh. Atau dalam erti kata lainnya ialah crush. Untuk meluahkan satu perasaan terhadap seseorang itu sememangnya memerlukan satu kekuatan dan keberanian yang cukup. Mana tidaknya, ketika anda meluahkan perasaan tersebut, anda tidak tahu apa reaksi dirinya terhadap anda. Namun begitu, anda tidak boleh memendam terlalu lama perasaan anda. Mari ketahui sebabnya.


1. Anda akan berasa lebih lega dan tenang.

Untuk meluahkan perasaan itu memang berat dan payah. Tetapi jika anda tidak meluahkan ia akan menjadi beban di dalam hati. Bukan hanya itu sahaja, anda juga akan merasa sedikit tidak tenang apabila berhadapan dengan dirinya. Mungkin apabila anda luahkan perasaan, anda akan malu untuk bertemu dengan dirinya tetapi ia akan membawa maksud yang berlainan.

2. Fikiran akan lebih terarah kepadanya.

Semakin lama anda memendam perasaan anda, ia akan membuatkan anda terus terfikir atau tertumpu kepadanya. Sebagai contoh, anda ingin tahu sekiranya dirinya menyukai anda atau tidak, bahkan anda ingin tahu siapa anda dari pandangannya. Semuanya itu akan membuatkan anda menumpukan dirinya lebih dari perkara lain.

3. Anda akan rugi.

Jika anda tidak bertindak dengan pantas, kemungkinan dirinya akan mempunyai pasangan terlebih dahulu. Maka anda akan rugi terhadap satu perkara yang tidak penah anda cuba. Jika anda berani untuk meluahkan perasaan anda, tidak mustahil anda juga mempunyai peluang yang tidak disangka-sangka.


4. Anda tidak akan berharap lagi.

Apabila anda meluahkan rasa hati anda, anda akan bersedia untuk menerima penolakkan dari dirinya. Maka anda tidak akan berharap dengan sesuatu perkara yang tidak pasti. Sebagai contoh, anda mula move on sekiranya dirinya menolak anda. Tetapi anda juga mungkin menjalinkan hubungan dengannya apabila dirinya juga turut mempunyai perasaan yang sama dengan anda.

Mungkin agak sukar untuk meluahkan rasa perasaan kita terhadap seseorang. Kita tidak tahu apa yang dirinya rasakan dan tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Jadi tidak salah untuk anda mencuba. Jika ditolak anda akan lebih cepat move on mencari yang lain.


]]>
4 Alasan Kenapa Tak Perlu Tayang Bahagia Di Media Sosial, Sila Hadam & Fahami. https://redaksi.com/1110-4-alasan-kenapa-tak-perlu-tayang-bahagia-di-media-sosial-sila-hadam-fahami Wed, 30 Aug 2017 11:54:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1110 Cabaran dunia tanpa sempadan kini, ramai yang gemar berkongsi segala segala perasaan, emosi, sedih, gembira, bahagia, marah di media sosial, baik Facebook, Instagram, Tweeter atau apa sahaja. Termasuklah apa sahaja yang berlaku disekeliling, bahkan tentang kehidupan termasuk rumah tangga turut akan di luahkan di 'diari' moden ini. Hari ini masak apa, makan bersama pasangan, bercuti, shopping, hadiah, malah sekadar gambar kaki bersama suami pun dimuat naik untuk pengetahuan rakan-rakan di media sosial.



Tujuannya? Hanya anda yang tahu. Tapi jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu anda pasangan bahagia ternyata itu satu kesilapan. Kenapa? Sebab pasangan bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial.

Ini kerana pada mereka:

1.Bahagia Itu Untuk Dirasa Bukan Dipamer.

Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikmatinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie untuk dimuat naik di media sosial.Jika ada pun foto yang diambil ia untuk tatapan peribadi bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik gambar waktu sebegini ia sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan.



2. Perasaan Bahagia Itu Bersifat Peribadi.

Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak berminat untuk menunjuk atau membuktikan mereka bahagia pada orang lain. Pada mereka perasaan bahagia itu bersifat peribadi. Jadi tak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.

3.Mereka Faham Bahawa Setiap Pasangan Itu Bahagia Dengan Cara Berbeza.

Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah diri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya sendiri. Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?

4.Tak Perlu Bangga Dengan Kebahagiaan Yang Dimiliki.

Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berduka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini. Tak guna membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka.



Perlu ingat tak semua orang suka dan bahagia dengan 'kebahagiaan' yang kita kongsikan. Lebih buruk lagi, kebahagiaan tersebut boleh 'dicuri', atas sebab perasaan hasad dengki dan cemburu dengan kebahagiaan yang kita miliki. Oleh itu, tak perlu menunjuk- nunjuk kebahagiaan kita ada. Bahkan, pernah tak lihat pasangan yang sering menunjukkan 'kebahagiaan' dilaman sosial, kelihatan sangat 'sweet' & sempurna. Memang kita rasa cemburu lah bila melihatnya! Tapi hakikatnya, dialam realiti ia sebaliknya, tidaklah 'semanis' yang dipamerkan. Media sosial hanya dijadikan sebagai 'lakonan' untuk menunjukkan persepsi sisi bahagia, bagi menutup kekurangan didalam rumahtangga!

Setuju?

]]>
30 Pesan Cantik Mak Andam Untuk Bakal Pengantin. https://redaksi.com/843-30-pesan-cantik-mak-andam-untuk-bakal-pengantin Fri, 11 Aug 2017 10:59:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=843 Selain rawatan dan produk moden, tak salah jika bakal pengantin mengamalkan juga petua dan tip tradisional nenek moyang dulu-dulu untuk menambah seri kecantikan dan kecergasan tubuh badan mereka sebagai raja sehari. Berikut 30 pesan cantik mak andam untuk bakal pengantin :



1. Elak berpanas.

Elakkan berpanas di tengah terik matahari untuk elak kulit gelap, terbakar dan kusam. Pastikan kamu memakai tabir suria setiap hari sebelum keluar rumah.

2. Cukup tidur.

Mata yang segar penting untuk wajah terlihat berseri. Jadi, cukupkan tidur semaksimum mungkin. Elakkan berjaga hingga larut malam terutamanya pada minggu- minggu terakhir.

3. Hirisan timun.

Tempekkan hirisan timun pada kelopak mata sebelum atau selepas bangun tidur untuk menyegarkannya. Lakukannya sebelum bersolek pada hari sanding nanti.



4. Jaga kebersihan mulut.

Mula jauhi ulam-ulaman atau makanan yang berbau tidak menyenangkan seperti petai, jering, bawang putih, durian dan sebagainya. Jaga kebersihan mulut dan nafas.

5. Jaga adab makan.

Jaga adab dan etika makan dan minum. Makan dengan kunyahan paling lumat sebelum ditelan dan duduk ketika mahu minum. Selain galakan dari ajaran agama, menurut saintis juga, minum secara duduk membantu usus ‘bekerja’ dengan baik.

6. Naik seri wajah.

Beberapa bulan sebelum bergelar pengantin, amalkan memakan kelopak bunga mawar setiap hari untuk menaikkan seri wajah.

7. Cuci wajah.

Cuci wajah dengan air kelapa tua beberapa kali dalam seminggu. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas bersih dengan air suam. Ia mampu membantu menyeri dan melembapkan wajah.



8. Minum air putih.

Minum segelas air putih sebaik bangun pagi sebelum menggosok gigi. Mulakan dengan selawat dan mohon diberikan kesihatan dan keserian wajah.

9. Lakukan senaman.

Lakukan senaman secara tetap dan sederhana beberapa bulan sebelum untuk meningkatkan stamina diri dan membentuk berat badan ideal.

10. Elak makanan sejuk.

Elakkan makan dan minum yang sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, air kelapa dan sebagainya agar kamu tidak tewas sebelum ‘bertempur’.

11. Makan telur.

Amalkan makan telur ayam kampung dicampur madu dan lada hitam dua kali seminggu. Bertujuan menambah tenaga.

12. Kurang makanan laut.

Kurangkan makan makanan laut kerana makanan laut mengandungi toksik yang tinggi. Hadkan pada porsi minimum supaya badan sihat dan kuat untuk menjengah alam rumahtangga.

13. Rebusan air kurma.

Rebus kurma cina dan minum airnya. Amalan ini dipercayai mampu memulihkan pH darah dan menaikkan seri wajah.

14. Jangan makan bersulam air.

Usah makan bersulam air kerana ia menyebabkan buncit perut. Sebaiknya, selepas makan, berjalan beberapa tapak barulah disusuli dengan minum air.

15. Elak minum soya.

Elakkan minum air soya kerana ia bersifat sejuk dan tidak bagus untuk alat kelamin.

16. Minum air halia.

Jika bakal pengantin mempunyai angin dalam badan amalkan minum air halia setiap hari untuk meringankan badan.

17. Bangun sebelum subuh.

Bangun sebelum azan Subuh. Kemudian, baca selawat tiga kali ke tapak tangan dan raut tangan itu ke seluruh muka.

18. Minum air kunyit.

Kunyit hidup juga dikatakan mampu menaikkan seri wajah. Amalkan minum air kunyit beberapa bulan sebelum berkahwin, dua kali seminggu.

19. Elak meniarap.

Agar payudara kelihatan montok, subur dan tegang, ketika mandi amalkan memancurkan air pancur ke kedua-dua belah payudara. Elakkan juga posisi meniarap ketika tidur.

20. Elak keluar malam.

Elakkan keluar malam atau orang tua panggil berembun. Sewajarnya, sebagai anak dara sebelum Maghrib sudah ada di rumah. Darah manis kata orang untuk elak unsur jahat datang mengganggu.



21. Elak makan kuah berlinang.

Orang tua juga ada menasihati bakal pengantin agar elakkan makan nasi berlaukkan kuah berlinang untuk elak perut buncit.

22. Cuci bahagian sulit.

Paling penting, jaga kebersihan bahagian sulit sebaik mungkin. Ketika mandi, cuci bahagian sulit dengan pencuci intim yang mengandungi ramuan sirih.

23. Rawatan urut badan

Tidak salah untuk melakukan rawatan urut badan beberapa hari sebelum majlis langsung. Urut badan dapat melancarkan darah sambil merehatkan otot.

24. Ambil jamu.

Untuk penjagaan dalaman, digalakkan pengambilan jamu, bukan setakat untuk ‘malam pertama’ itu tetapi bagi menyegarkan tubuh yang lesu akibat sibuk dengan persiapan.

25. Kurang pamer depan khalayak.

Kurangkan mempamer diri depan khalayak terutamanya kepada bakal suami dan bakal keluarga mentua. Selain menjaga adab, ia juga bertujuan menjadikan dirimu sangat eksklusif untuk diraikan pada hari bahagia nanti.

26. Kurangkan gula dan garam.

Kurangkan pengambilan makanan dan minuman tinggi gula dan garam.

27. Kurang bersolek tebal.

Kurangkan bersolek tebal beberapa minggu atau bulan sebelum menjadi pengantin.

28. Kurangkan kerja berat.

Kurangkan melakukan kerja-kerja berat kerana selain menyebabkan keletihan, ia juga mengganggu emosi dan menyebabkan stres.

29. Mandi bunga.

Jangan lupa, sehari sebelum hari besar itu, buat mandi bunga. Namun jangan masukkan amalan khurafat yang dikaitkan dengan apa-apa mantera. Aura bunga yang wangi dan berwarna-warni mampu menjana pesona positif dalam diri bakal ratu sehari.

30. Kurangkan bercermin.

Kurangkan bercermin atau dalam erti kata lain mengadap cermin lama-lama untuk berdandan. Kepercayaan orang tua; penyebab hilang seri wajah. Ia juga menjadi larangan keras untuk mengadap cermin ketika wajah disolekkan mak andam.

Kesimpulan.

Petua tradisional nenek moyang dulu-dulu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Selalunya mudah untuk diikuti kerana banyak menggunakan bahan-bahan alami yang banyak terdapat di sekeliling kita. Selain itu ia juga terhindar dari bahan-bahan kimia yang selalu dikaitkan dengan produk kecantikan dan kesihatan moden.

]]>
Peguam Ini Kongsi Cara Tuntut Barang Yang Rosak Semasa Beli Online, Jangan Nak Redha Je. https://redaksi.com/6639-peguam-ini-kongsi-cara-tuntut-barang-yang-rosak-semasa-beli-online-jangan-nak-redha-je Fri, 26 Jul 2019 11:27:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6639 Pembelian secara online kini bukanlah satu perkara yang pelik lagi, ia adalah perkara yang begitu mudah untuk dilakukan setiap hari. Kan semuanya dihujung jari sahaja.

Disebabkan terlalu banyak barang yang yang dibeli secara online oleh rakyat Malaysia ini, tak mustahil jika kita menerima satu barang dalam keadaan yang tidak memuaskan hati. Boleh jadi ia akan rosak, pecah atau tidak boleh berfungsi dengan baik.



Memandangkan urusan jual beli online ini bukanlah perkara yang asing lagi, adalah lebih baik jika kita tahu langkah yang perlu dilakukan sekiranya menerima barang yang dibeli dalam keadaan yang tidak memuaskan hati.

Seorang peguam, Nor Zabetha yang telah melalui sendiri pengalaman ini telah berkongsi apa yang perlu kita lakukan.
Pengalaman terima barangan rosak secara pembelian online. Cara-cara untuk selesaikan.

Pengalaman Terima TV Rosak

Jumaat lepas saya ada terima bungkusan dari Lazada untuk pembelian Smart TV Samsung 49 inci, harga termasuk dengan penghantaran adalah RM1,607.00.



Kalau barangan bersaiz besar begini, saya memang yakin dengan Lazada sebab sebelum ini sudah pernah beli TV bersaiz besar untuk rumah saya, rumah emak saya dan untuk kegunaan pejabat. Tidak pernah ada isu dan penghantaran cepat dan selamat dengan harga yang berpatutan. Memang puas hati.

Tiba-tiba kali ini saya terima TV tersebut sudah pecah dibahagian kiri. Pecah, retak dibelakang TV dan skrinnya juga sudah retak. Jadi sebagai pengguna, saya akan mendapatkan hak saya semula. Saya kongsikan cara-caranya.

Langkah 1



Masuk aplikasi Lazada anda dan lihat dibahagian akaun anda. Pergi ke bahagian senarai pesanan barang 'View all Orders'.

Langkah 2



Pergi ke barangan yang dipesan tetapi rosak dan tekan 'return'. Nyatakan komen dan masukkan gambar sokongan sebagai bukti. Kemudian hantar dan tunggu jawapan dari penjual atau pekedai yang menjualkan barangan dari Lazada.

Pada peringkat ini penjual yang akan memberi maklum balas. Penjual akan memutuskan sama ada akan pulangkan atau tidak atas alasan.

Memandangkan aduan dibuat hari Sabtu, jadi masa menunggu saya 5 hari. Sama ada akan dipulangkan atau tidak. Saya pun tunggu. Sehinggalah semalam, saya mendapat jawapan yang penjual ENGGAN untuk menerima semula barangan yang rosak ini atas alasan kesilapan dari syarikat penghantar dan bukan penjual.

Langkah 3



Selepas terima maklum balas teesebut. Lihat dibahagian yang ditulis 'Request Rejected'. Tekan perkataan tersebut.

Langkah 4



Anda akan lihat 'view decline reason' dan 'dispute'. Tekan dahulu view decline reason, lihat jawapan mereka. Sama ada munasabah atau tidak. Bagi kes saya, pihak penjual menyalahkan syarikat penghantar.

Langkah 5



Tekan perkataan dispute (pertikaian) dan pilih sebab-sebab pertikaian dalam senarai pilihan. Kemudian sekali lagi nyatakan komen dan gambar sokongan sebagai bukti. Kemudian hantar dan tunggu jawapan dari Customer Service Lazada.

Dalam proses ini kita perlu tunggu. Sama ada mereka akan benarkan untuk kita memulangkan barangan dan mereka membayar semula wang kita.

Jadi sebagai langkah persediaan awal, andai kata mereka enggan menerima barang tersebut dan memulangkan barangan kita. Saya telah bersedia dengan langkah-langkah seperti berikut:

1. Mendapatkan nama penuh syarikat bagi Lazada, alamat dan nombor syarikat.

2. Mendapatkan nama penuh syarikat penjual, alamat dan syarikat.

Butiran 1 dan 2 ini perlu untuk saya teruskan kepada nombor 3.

3. Merangka saman bagi tuntutan kecil di mahkamah bagi menuntut semula nilai kerugian. Sebenarnya boleh juga adukan kepada tribubal pengguna tetapi memandangkan saya selalu ke mahkamah, saya akan memfailkan di mahkamah. Lebih mudah untuk saya.

4. Menuntut sehingga saya berjaya mendapat hak saya.

Kita ini pengguna. Jangan kita berdiam diri tidak kiralah sama barangan bernilai puluhan ringgit atau ribuan ringgit, sekurang-kurangnya kita lawan. Kuasa pengguna. Zaman ini, zaman pengguna, hak kita akan didengar. Tidak macam dulu, kalau mengadu pun tiada siapa ambil tahu.

Kalau saya mendapat maklum balas dari khidmat pelanggan Lazada saya akan maklumkan. Manalah tahu mereka hendak dengar aduan saya. Sebelum ini tidak pernah timbul isu.

Selepas ini apa sahaja barang yang kita terima dalam keadaan yang tidak memuaskan hati bolehlah kita ikut langkah seperti yang dikongsi oleh peguam ini.

]]>
Lima Penampilan Lelaki Yang Menarik Perhatian Wanita. https://redaksi.com/2180-lima-penampilan-lelaki-yang-menarik-perhatian-wanita Thu, 03 May 2018 12:16:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2180 Apabila bercakap mengenai penampilan, setiap orang mempunyai cita rasa yang tersendiri. Di mana mereka ini lebih meminati atau selesa memandang apabila pasangan mereka mengenakan satu pakaian dan gaya. Bagi seorang lelaki, sebelum memikat wanita, anda perlu mempunyai penampilan yang menarik dahulu. Barulah wanita itu ingin mendekati anda dengan lebih dekat.


Walaupun anda lebih selesa dengan mengenakan penampilan yang hanya simple itu tidak mengapa, apa yang penting sedap mata memandang. Oleh itu, wanita masa kini amat menyukai seorang lelaki yang mempunyai lima ciri dalam penampilannya.

1. Kemas.

Mempunyai penampilan yang kemas ini adalah perkara yang paling utama wanita lihat. Tidak kira lah anda seorang yang bergaya ataupun seorang yang simple. Anda akan mendapat perhatian dari mata wanita jika anda mengenakan penampilan yang kemas dan bersesuaian dengan anda. Ia tidak terlalu melampau, tapi cukup sedap mata memandang.

2. Tiada bau badan.

Apabila anda keluar untuk bertemu wanita pada pertama kali, penjagaan bau badan perlu dijaga. Di mana wanita agak sukar menerima bau peluh lelaki, tidak pun bau asap rokok. Jadi sebelum anda berjumpa pasangan anda, pakai minyak wangi atau apa sahaja demi menghilangkan bau badan anda. Sebab bau badan ini boleh menyebabkan mood seorang wanita lari.

3. Gaya rambut.

Gaya rambut juga memainkan peranan penting. Kalau boleh anda kemaskan rambut anda dengan sikat dan meletakkan sedikit pomade atau minyak rambut. Agar ia sedikit terletak dan kelihatan kemas. Kalau anda suka rambut panjang, pastikan rambut itu dijaga dengan baik dan tidak berbau. Wanita tidak kisah rambut panjang atau pendek tetapi rambut itu perlu kemas bukannya serabut.


4. Tiada bulu di muka.

Bulu di muka adalah seperti misai, janggut dan jambang. Tidak salah untuk menyimpan tiga benda ini. Tetapi ia hendaklah sentiasa dirapikan dan dikemaskan. Kalau dibiarkan tidak berjaga ia akan kelihatan sedikit selekeh dan menjejaskan penampilan anda. Jadi kalau rasa tidak boleh jaga, lebih baik tidak payah simpan langsung.

5. Bergaya.

Setiap orang pasti mempunyai gaya yang tersendiri. Tidak kiralah gaya old school, hipster atau apa sahaja gaya. Yang penting gaya yang anda suka itu, bersesuaian dengan anda dan bentuk tubuh badan anda. Ia akan menambahkan lagi keyakinan anda jika ia bersesuaian dengan anda. Jadi cari gaya dan fashion yang bersesuaian dengan anda.

Jadi jika anda sedang mencari pasangan atau sudah mempunyai pasangan, penjagaan penampilan ini sangat penting. Kalau anda tidak menjaganya dengan baik ia mungkin akan jadi salah satu punca pergaduhan antara anda dan pasangan. Jika anda menjaga penampilan anda dengan baik pasti pasangan anda akan semakin sayang dengan anda.

]]>
Tak Perlu Bersaing Letak 'Harga Tinggi', Hantaran Bukan Nilai Seorang Perempuan. Setuju Tak? https://redaksi.com/263-tak-perlu-bersaing-letak-harga-tinggi-hantaran-bukan-nilai-seorang-perempuan-setuju-tak Wed, 21 Jun 2017 12:05:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=263 Beruntunglah anda yang dilahirkan sebagai perempuan, yang nampak lembut pada luaran tetapi dalamannya terselit semangat yang begitu kental. Malah semakin tinggi wanita itu mendalami ilmu agama, semakin ramai yang meletakkan harga pada dirinya! Allahurabbi... adakah ini cara yang betul? Untuk ketahui sejauh mana nilai seorang perempuan, baca perkongsian Puan Ainizal Abdul Latif ini. Nilai seorang perempuan bukan dilihat pada berapa nilai hantaran yang di terima sebelum pernikahan. Tetapi nilai sebenar perempuan itu dilihat bagaimana dia melalui kehidupan selepas pernikahan bersama suaminya.



Cubalah direnungkan, walau untuk keberapa tahun ulang tahun pernikahan. Setelah melalui kesukaran melahirkan beberapa orang zuriat, mendidik dan menjaga mereka serta suami ketika sakit. Melalui kehidupan sukar kekurangan rezeki dan makan sama-sama berkongsi. Memuliakan keluarga suami dan berusaha menjaga hati ibu bapa mertua dengan seikhlas jiwa. Dalam masa yang sama sentiasa menjaga ibadahnya dan tidak putus bergantung harap dengan tuhannya. Pengorbanan yang terdapat dalam diri perempuan yang begini, adalah sangat tidak ternilai jika dibandingkan dengan duit hantaran yang diberikan sebelum pernikahan dulu.



Isteri yang berusaha menjadikan nilainya lebih tinggi dari apa yang seorang suami harapkan dengan menjaga tanpa di suruh, memelihara tanpa di awasi, mendidik tanpa diminta, memberi tanpa syarat, menyintai sepenuh jiwa, sebenarnya mengharapkan sesuatu yang lebih mahal berbanding hantaran yang diterimanya dulu. Merekalah isteri, yang berusaha menjadi isteri terbaik dan bukan tujuan bahagia didunia, tetapi mahu membawa cintanya ke syurga. Kerana tiada yang lebih mahal dari segalanya di dunia ini melainkan syurga yang kita dambakan untuk dikumpulkan semula akhirnya. Memiliki perempuan yang 'mahal' seumpama memiliki salah satu kebahagian di dunia.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ

'Jika seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan), menjaga kemaluannya (dari perbuatan zina) dan taat pada suaminya, maka dikatakan pada wanita tersebut, 'Masuklah ke syurga melalui pintu manapun yang engkau suka.' (HR. Ahmad; shahih)

Perempuan, mahal kan diri kita selepas perkahwinan supaya kita mendapat balasan yang lebih mahal selepas kematian! Sesungguhnya ia adalah ingatan untuk diri sendiri.

]]>
Ada Baiknya Kalau Dijodohkan Dengan Pilihan Ibu Bapa Anda, Jangan Cepat Sangat Tolak Lamaran Itu. https://redaksi.com/7583-ada-baiknya-kalau-dijodohkan-dengan-pilihan-ibu-bapa-anda-jangan-cepat-sangat-tolak-lamaran-itu Wed, 06 Nov 2019 10:44:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7583 Jodoh itu datang dari pelbagai cara. Ada orang mungkin berjodoh dari rakan sekolahnya, ada juga yang berjumpa di laman mencari jodoh bahkan ada juga yang dijodohkan oleh ibu bapanya. Jodoh itu memang tak diduga bukan.

Akan tetapi, ada lagi ke sekarang ini mak ayah carikan jodoh buat anak-anak mereka. Ini kan dah zaman moden, mana ada lagi paksa-paksa kahwin ini lagi. Mungkin bagi anda tidak ada tetapi boleh jadi ia masih lagi berlaku di luar sana. Siapa tahu bukan?

Kalau tak paksa kahwin sekali pun, tentu ada pilihan mak ayah yang berkenan lalu menyuruh anda untuk berkawan sahaja. Ada bukan perkara ini? Tapi jangan tolak terlalu awal ataupun jual mahal sangat, takut nanti anda sendiri yang rugi.

Ada baiknya sebenarnya kalau ibu bapa anda turut membantu anda untuk mencari pasangan hidup ini. Mana tahu serasi dan sesuai, tentu ia satu perkara yang baik bukan? Berikut adalah beberapa perkara baik yang patut anda tahu.



1. Berkenalan dengan mereka yang serius.

Kalau dia berani jumpa ibu ayah anda, tentu dia seorang yang serius untuk berkahwin. Jadi anda tak perlu bimbang akan dirinya yang tak ada niat nak kahwin atau sekadar nak bercinta sahaja. Yang datang itu, tentu bersungguh untuk menjadikan anda sebagai pasangannya.

2. Tak takut untuk dikecewakan.

Paling menarik adalah anda tidak perlu takut untuk dikecewakan dengan cinta bertepuk sebelah tangan ataupun hubungan yang tidak menjadi. Ini kerana, pilihan ibu bapa tentu sahaja adalah pilihan yang terbaik buat diri anda bahkan hubungan tersebut tentu sahaja akan menjadi satu permulaan yang baik.



3. Jodoh terbaik adalah pilihan ibu bapa.

Ibu bapa mana yang tidak mahukan pasangan yang baik buat anak-anak mereka. Ibu bapa mana yang tak mahu anak-anak mereka bahagia bukan. Jadi percayalah bahawa pilihan ibu bapa adalah yang terbaik buat diri anaknya.



4. Andai kata tak ada jodoh, tidaklah begitu terluka.

Mana tahu dalam tempoh berkenalan atau pertunangan, anda dan pilihan ibu bapa ini tidak ada jodoh yang panjang. Maka tentu ia bukan satu perkara yang melukakan hati anda. Mana tidaknya, anda pun belum seratus peratus serahkan hati anda padanya bukan...

5. Tentu dapat restu.

Tak perlu nak minta restu, tentu-tentu restu mereka ini sudah anda miliki berbanding dengan pasangan yang anda cari sendiri. Jadi tak perlu bimbang akan restu, cuma perlu perhatikan akan perkara lain sahaja.

Ramai yang tidak mahu ibu bapa masuk campur dalam urusan mencari jodoh kerana mahu cari sendiri. Akan tetapi kalau dah banyak kali hubungan tak berjaya, tak salah kalau minta ibu ayah tolong carikan.

]]>
Apakah Maksud Sebenar Cinta Menurut Islam? https://redaksi.com/2534-apakah-maksud-sebenar-cinta-menurut-islam Wed, 20 Jun 2018 18:31:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2534 Sebagai muslim yang tidak lari daripada mempunyai perasaan cinta pada berlainan jantina, pasti kadang-kala keliru apakah maksud sebenar cinta? Kerana kita pasti khuatir jika ia adalah cinta yang berlebihan daripada Allah SWT…


1. Saling mencintai.

Cinta menurut islam adalah saling menyayangi antara satu sama lain. Tanpa memandang rupa, harta benda, warna kulit, ataupun kedudukan. Kita diajar untuk saling mengenal, saling menghormati, tolong-menolong, dan menjaga silaturrahim terhadap sesama manusia .

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)…” (Al-Hujurat:13)

2. Wujud cinta yang keliru jika berpasangan.

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu perkara yang dilarang” (Al Isra: 32).

Dating adalah salah satu perbuatan yang dianggap mendekati zina. Ketika seorang wanita berpegang tangan dengan lelaki yang bukan mahramnya, perkara ini tentu menimbulkan dosa. Apalagi jika mereka sampai berpelukan, berciuman, ataupun melakukan hubungan intim yang dilarang oleh Allah SWT.


3. Cinta dalam diam lebih mulia.

Kadangakala, kita memang tidak mampu mengawal perasaan cinta. Di kala cinta hadir dalam jiwa, diri kita seakan menjadi lemah dan fikiran selalu dibayangi oleh bayang-bayang wajah si dia. Apa yang harus kita lakukan jika perkara ini terjadi?

Apabila anda mencintai seseorang, maka berdoalah kepada Tuhan. Mintalah petunjuk kepada-Nya, apakah si dia memang jodoh anda atau sebaliknya. Allah akan memberikan yang terbaik untuk anda.

4. Cinta sejati adalah sebuah pernikahan.

Cinta menurut islam bukanlah sekedar ucapan 'I Love You' semata-mata, bukan juga membelikan bunga ataupun coklat. Cinta sejati menurut islam adalah sebuah pernikahan. Lelaki yang berani menikahi anda, bererti dia menghormati anda. Dia menjadikan anda sebagai kekasih halalnya. Bukan sekadar mengajak anda bersenang-senang tanpa kepastian dan ikatan yang sah.


5. Istikharah memantapkan cinta.

Sebelum memutuskan untuk bernikah, islam mengajarkan kita untuk melakukan solat istikharah terlebih dahulu. Solat ini bertujuan memantapkan hati dan meminta petunjuk dari Allah SWT, apakah si dia pilihan yang benar atau sebaliknya. Solat istikharah dilakukan di sepertiga malam terakhir dan jumlahnya hanya 2 rakaat.

Solat istikharah juga mampu membuatkan hati anda lebih mantap dalam soal percintaan.


]]>
Mudah Terkena Renjatan Elektrik Apabila Di Pasaraya, Ini Puncanya. https://redaksi.com/6567-mudah-terkena-renjatan-elektrik-apabila-di-pasaraya-ini-puncanya Thu, 18 Jul 2019 11:24:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6567 Bukan sekali bukan dua kali tetapi berkali-kali kita terkena renjatan elektrik yang kecil ini. Apabila kita tersentuh rakanlah, tersentuh barang di pasarraya lah malah ada juga yang kalau pegang troli pasaraya pun kena juga renjatan.

Kadang-kadang tu sampai rasa takut nak pegang apa-apa di dalam pasarraya disebabkan rasa renjatan ini. Dan perkara ini berlaku pada sesetengah orang sahaja. Dia sahaja yang selalu terkena ataupun menghasilkan renjatan elektrik.



Mereka yang sentiasa mengalami renjatan ini bukan bermaksud anda miliki kelebihan untuk menghasilkan elektrik sama macam watak ‘Storm’ dalam Filem X-men.

Nak tahu macam mana perkara sebegini boleh berlaku?

Pertamanya kita perlu faham berkenaan dengan elektrostatik. Elektrostatik disini bermaksud cas yang ada pada satu-satu objek itu berada dalam keadaan ‘statik’ ataupun tidak bergerak.

Tetapi apabila satu-satu bahan itu bergesel dengan satu bahan yang lain, ia akan menghasilkan ketidak seimbangan cas pada bahan yang bergesel tersebut. Jika bahan itu berlebihan cas negatif(iaitu terlebih elektron) maka ia akan cuba nyahcas dengan cara bergerak ke kawasan yang mempunyai cas positif yang lebih banyak.

Perkara ini adalah sama seperti eksperimen yang selalu dibuat waktu kita kecil iaitu dengan cara menggosok pembaris getah dengan menggunakan kertas. Kemudian, pembaris itu dilihat boleh menarik kertas ataupun objek lain untuk melekat pada pembaris tersebut.

Ini disebabkan ketidakseimbangan cas pada kedua-dua bahan tersebut menyebabkan mereka saling mendekati untuk menyeimbangkan cas mereka.



Kenapa pula ada sesetengah orang sahaja yang selalu menghasilkan renjatan elektrostatik ini?

Jawapannya adalah disebabkan cara mereka berjalan. Orang yang selalu berjalan dengan cara menyeret kasut mereka akan lebih berkemungkinan besar menghasilkan renjatan elektrostatik ini berbanding dengan orang lain.

Keadaan ini diterukkan lagi jika anda berjalan di lantai yang menggunakan karpet diperbuat daripada polyester ataupun getah.

Sebab itu kebanyakan daripada kita akan menghasilkan renjatan ini apabila berada di dalam pejabat terutamanya yang menggunakan karpet diperbuat daripada polyester.

Ada juga sesetengah daripada kita tidak berjalan dengan cara menyeretkan kaki, tetapi masih juga menghasilkan renjatan elektrik ini. Ia mungkin disebabkan jenis baju yang kita pakai. Baju yang diperbuat daripada polyester akan meningkatkan risiko untuk menghasilkan renjatan ini berbanding dengan baju yang diperbuat daripada cotton.

Kemudian suhu dan kelembapan juga memainkan peranan penting. Kawasan yang mempunyai suhu yang rendah akan menyebabkan kelembapan udara juga menjadi rendah. Ini menyebabkan elektron sukar untuk bergerak di dalam udara bagi melakukan nyahcas. Sebab itulah diluar negara, keadaan renjatan elektrostatik ini akan meningkat ketika musim sejuk.



Jika anda berada di dalam pejabat ataupun kawasan yang mempunyai penghawa dingin juga akan meningkatkan risiko untuk terkena renjatan ini.

Cara nak elakkan daripada terkena renjatan cas elektrostatik ini?

i. Kena ubah cara berjalan supaya kasut tidak menyeret ketika berjalan. Nak tahu kita ni suka jalan menyeret atau tidak mudah sahaja. Tengok tapak kasut kita, sudah nipis ataupun tidak. Jika sudah nipis, maksudnya kita suka jalan menyeret kaki.

ii. Elakkan daripada menggunakan karpet di dalam pejabat.

iii. Elakkan daripada menggunakan baju yang diperbuat daripada polyester

Kesimpulan

Kebolehan seseorang untuk menghasilkan renjatan elektrik adalah disebabkan kebiasaannya yang suka berjalan dengan menyeret kaki. Ia juga boleh disebabkan jenis pakaian yang anda pakai dan juga suhu dan kelembapan persekitaran. Oleh itu, jika mahu mengelakkan perkara ini, cuba elakkan berjalan dengan cara menyeret kaki anda.

Harap bermanfaat

]]>
Cinta Matang VS Tak Matang. https://redaksi.com/869-cinta-matang-vs-tak-matang Sun, 13 Aug 2017 14:30:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=869 Cinta tak matang.

1. Orang yang belum matang dalam percintaan ni, dia akan couple on off. Kejap couple then dua tiga hari putus. Pastu esok couple. Lusa putus haa sampai tua pun tak habis. (orang sekeliling pun confuse).

2. Hiperbola sungguh!

"Lautan api sanggup I renangi".

"Cinta I untuk you setinggi KLCC" Habis kalau KLCC tu roboh, habislah cinta kau untuk dia.



3. Tak sedia nak bawa pasangan jumpa parents kita.

4. Cemburu tak bertempat. Kalau boleh kau nak 24 jam berkepit dengan pasangan.

5. Kalau rancang pasal kahwin pun, rancangan tu tak kemana. Sekadar omongan kosong gitu.



Cinta matang.

1. Akan pertahankan hubungan tu walaupun ujian seteruk ribut taufan tsunami mengganas.

2. Berbincang dengan baik kalau ada masalah/ tak puas hati.

3. Terima kekurangan dan kelebihan pasangan dengan hati terbuka.

4. Sentiasa nasihat menasihati pasangan, motivate pasangan.



5. Fahami kehendak pasangan.

- Kalau gf/bf busy dengan kerja or study, kita tak merungut. Tapi kalau busy memanjang sampai tak ada masa untuk kita, awas! Pasangan anda mungkin dah tak berminat dengan anda kuikui.

- Kalau boyfriend kita tengok bola, kita tak halang. Lagi bagus kalau si girlfriend support team boyfriend.

6. Cemburu sekadar perlu. Sebab kita percaya pasangan kita.

7. Dah bawa jumpa parents. Jangan kata parents, atok, nenek, paklong, pakngah, pakcu, pak teh, mak long, mak ngah haa ambik semua aku senarai -.-

8. Fikir masa depan. Dah rancang untuk kahwin, berusaha kumpul duit untuk masa depan. Dah ikat tali pertunangan. 

 

]]>
Berulang Kali Orang Yang Sama Datang Ke Dalam Mimpi Anda, Eh Itu Jodoh Ke? https://redaksi.com/6815-berulang-kali-orang-yang-sama-datang-ke-dalam-mimpi-anda-eh-itu-jodoh-ke Tue, 13 Aug 2019 15:55:52 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6815 Bila bercakap mengenai mimpi je, apa yang akan bermain difikiran? Adakah ia hanya mainan tidur ataupun petanda yang diberikan kepada seseorang. Malah ada juga yang menyatakan bahawa petunjuk solat Istikarah juga boleh memlalui mimpi.

Namun begitu, pernah atau tidak kita mimpikan seseorang secara berterusan. Ala, macam kita mimpikan orang yang sama berulang kali.

Mimpi ini terbentuk dari otak dan pemikiran kita sendiri, ia dapat dilihat melalui pengimbas mimpi yang dapat menunjukkan emosi yang dirasakan dalam mimpi.



Mimpi ini boleh jadi sangat menyenangkan malah ia juga boleh menjadi sesuatu yang dahsyat.

Mungkin anda mempunyai keinginan untuk mimpi orang yang sama berulang kali, tapi ada yang suka dengan mimpi sebegini malah ada juga yang tidak.

Selalunya kita anggap jika kita bermimpi akan perkara yang sama, bermakna perkara tersebut akan berlaku pada kita, malah jika kita mimpi dengan seseorang berulang kali itu tanda dia jodoh kita.



Sebenarnya, ada makna di sebalik mimpi tersebut.

Menurut pakar psikologi klinikal, Dr. John Mayer menyatakan bahawa apabila kita tidur, otak kita akan berhenti berkerja.

“Konsepnya sama seperti komputer, di mana otak berfungsi seperti pemproses dalam komputer yang menyimpan pelbagai data semua pertistiwa yang telah kita alami.

Dr Mayer menambah, apabila kita bermimpi untuk melihat orang yang sama dan berulang kali dalam mimpi kita, ia adalah tanda tekanan.



Orang yang muncul dalam mimpi kita melambangkan kebimbangan tertentu yang kita alami.

Malah boleh jadi ada beberapa perkara yang belum diselesiakn dengan orang tersebut sehingga menyebabkan ia hadir berulang kali di dalam mimpi.

Mungkin anda membuatnya marah tetapi terlalu malu untuk memohon maaf, atau kecewa.

Cara untuk menghentikan mimpi itu, anda mesti berjumpa dengan orang itu dan menyelesaikan masalah itu. Bagaimanapun, jika anda kecewa, Dr. Mayer mencadangkan cuba melupakan kejadian itu dan terima dengan hati yang lapang.

Jadi jangan terlalu yakin bahawa kita mimpikan orang yang sama itu tanda ia jodoh kita!

]]>
5 Perkara Yang Lelaki Takut Kantoi. Jeng-Jeng-Jeng.... https://redaksi.com/7174-5-perkara-yang-lelaki-takut-kantoi-jeng-jeng-jeng Thu, 12 Sep 2019 12:05:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7174 Setiap orang tentu mempunyai rahsianya yang tersendiri. Baik orang lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya ada rahsia yang tidak mahu didedahkan, malah kalau rahsia ini kantoi tentu sahaja akan memberi kesan yang buruk kepada mereka berdua. Nak-nak lagi mereka yang sedang bercinta atau sudah menjadi suami isteri. Haaa… nak tahu apa rahsia mereka ini.



1. Rasa takut nak bertanggungjawab.

Surprisingly, salah satu perkara yang menakutkan bagi orang lelaki adalah untuk bertanggungjawab. Nak-nak lagi bila kekasih hati mereka ini meminta dirinya menjadi lebih serius dalam hubungan, itu bermakna dia perlu bertanggungjawab ke atas kekasihnya iaitu berkahwin. Ramai lelaki masih belum berani untuk berkahwin nak-nak lagi jika tak memiliki kewangan yang stabil.

2. Takut hilang pasangan berbanding rakan.

Ini sangat bagus sebenarnya, nak-nak lagi buat mereka yang dah berkahwin. Walaupun dia tak menyatakan bahawa dia takut akan kehilangan pasangannya di depan rakan-rakannya, tetapi sikapnya menunjukkan itu. Biasanya depan rakan sahaja mereka ini tunjuk berani tetapi bila dekat belakang bukan main lagi.



3. Stalking media sosial.

Bukan orang perempuan sahaja yang kuat stalk media sosial, orang lelaki pun sama sahaja. Mereka ini bukan sahaja stalk media sosial anda akan tetapi bekas kekasih anda serta bekas kekasih dirinya. Namun begitu, dia tentulah tak bagi tahu anda. Sebabnya tak nak lah nampak dia macam seorang yang kuat cemburu tapi memang pun.

4. Topik perbualan dengan rakan.

Jangan pernah fikir bahawa mereka ini akan kongsi topik perbualannya dengan anda bersama rakan-rakannya itu. Lebih baik anda tak perlu tahu, tapi percayalah bahawa ia mungkin mengenai bola, politik, motosikal, kereta ataupun perempuan. Eh, tapi baik tak payah tahu.



5. Apa yang ada di dalam telefon bimbitnya.

Cuba anda meminta dirinya untuk menyerahkan telefon bimbit kepada anda, tentu sahaja ia membimbangkan mereka. Mana tidaknya, di situ banyak rahsia yang anda tak perlu tahu dan mungkin akan mengejutkan anda. Bukan sebab mereka curang, boleh jadi ada sebab lain. Hati-hati!

Sebagai pasangan, tak semua perkara anda perlu tahu. Adalah lebih baik anda tak perlu tahu kerana ia mungkin akan menyakiti hati anda atau sebaliknya. Jadi biarkan mereka dengan privacy mereka, dan kalau sudah berlebihan barulah anda masuk campur.

]]>
Terkejut Bakal Suami Tak Solat. Ini Tindakan Berani Isteri Yang Buat Suami Terus Rajin Solat. https://redaksi.com/979-terkejut-bakal-suami-tak-solat-ini-tindakan-berani-isteri-yang-buat-suami-terus-rajin-solat Tue, 22 Aug 2017 11:06:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=979 Saya nak kongsi yang ramai isteri post tentang suami diorang tak solat/malas solat. Tak kurang juga suami saya. Saya kenal dengan suami masa tu kami masih muda.. Saya masih di university, manakala suami pula terus kerja lepas SPM. Kenal melalui satu event. Suami nampak matang dari umurnya. Dan untuk umurnya masa tu, memang dia sangat matured berbanding rakan-rakan lelaki sebaya saya. First time keluar dengan suami, kami pergi pavilion. Masa tu.. kebetulan saya uzur. Dah pukul 3 lebih, saya tanya suami, awak tak gi zohor ke? Dia tersenyum tersipu sipu malu. Rupanya dia tak solat. Or hanya solat kadang2. Saya terkejut tapi saya tak cepat menghakimi dia. Siapalah saya nak menghakimi dia kan, saya pun manusia biasa. Sejak dari tu saya tak putus hantar sms, (time tu takda whatsapp lagi) call dia bila hari jumaat. Bayangkanlah, solat jumaat pun kadang2 saya yang gerak dia bangun. Berkali kali call, baru bangun. Lepas kenal keluarga dia, baru saya tahu, yang bukanlah salah dia sepenuhnya dia tak pentingkan bab agama. Keluarga dia memang tak menitik beratkan hal agama. Berbeza sangat dengan keluarga saya, umur 7 tahun tak solat dah kena marah, umur 10 tahun tak solat dah kena sebat. Tak kiralah lelaki ke perempuan.



Pernah dia bawa saya ke kenduri kahwin belah keluarga dia, 90% tak solat. Waktu zohor berlalu gitu je.. mak abah dia dah tua, duduk pun atas wheelchair. Jadi nak solat di luar, memang agak kekok, saya faham. Dan mak dia bila balik rumah, mak dia qada balik solat tu. Tapi adik beradik lain, anak anak buah, baik lelaki mahupun perempuan, semuanya buat tak tahu je. Sedih saya masa tu. Paling benci orang abaikan solat. Saya tegur suami, dia cakap, family saya memang suka enjoy akhir2 nak habis kenduri tu ada karaoke. Saya cakap la, tak salah nak enjoy, tapi takkan sampai abaikan solat dia diam.. Alhamdulillah 4 tahun kemudian, kami bertunang dan kahwin.. solat suami nampak semakin ok berbanding masa single dulu. Rumah kami dekat dengan masjid, bila datang hari rajin dia, sebelum subuh dia dah bangun bersiap untuk jemaah di masjid. Hati isteri mana tak sejuk tengok suami macam tu. Adakalanya masa otw balik kerja, dalam kereta dia cakap, hari ni nak jemaah maghrib kat masjid lah sejuk hati..



Tapi, ada masa dia sangat2 malas nak solat, terutamanya solat isya'. Kadang saya rasa seolah dia sengaja tido sebelum solat. And dia cakap nak bangun pukul 3/4 pagi tapi saya tahu dia takkan bangun. Ada masa sampai saya menangis merayu supaya dia bangun solat. Sedihlah hati tengok suami lalai macam tu. Kadang sampai bergaduh, sampai dia maki and tinggi suara. Paling sedih bila dia cakap kubur kita lain lain, yang awak nak sebuk kenapa hrmmmm.. kadang saya rasa, faktor kawan sangat2 mempengaruhi. Dia dapat kawan yang tak solat, dapat kawan yang sindir bila dia nak pergi solat, jadi dia yang sememangnya iman turun naik, senang terpengaruh. Jadi saya selalu ajak dia solat isya jemaah, saya hanya bentangkan sejadah, dan takkan solat selagi dia tak datang. Alhamdulillah cara tu berkesan. Sejak saya mengandung, saya dah berazam tak nak menangis pasal ni dah. Jadi saya hanya gerak sekali dua, kalau nak bangun, bangunlah. Kalau tak nak terpulang. Saya tak nak baby saya terkesan bila saya emosi. Yang pelik, dia bangun pulak bila gerak sekali dua tu. Sebelum ni bukan main payah. Disamping tu saya selalu ingatkan dia yang dia ni ketua keluarga. Kalau bukan dia yang akan bimbing saya dan anak, siapa lagi? Saya juga selalu ingatkan, penat2 kerja tapi tak dapat apa kalau tak solat. Keberkatan semua takda. Dia diam je..



Saya harap, isteri2 diluar sana, janganlah berputus asa ye. Ada sebabnya Allah utuskan kita untuk jadi pasangan buat suami. Kita kena kuat dan sentiasa mendorong suami untuk solat, untuk mengaji, untuk dekatkan diri dengan Allah selalu.. janganlah perli or kondem or paksa dia. Ingat! ALLAH yang bagi petunjuk dan hidayah untuk dia.. kita ni sebagai pendorong je. Kena banyakkan bersabar dan berdoa supaya Allah buka hati dia. Baru baru ni, suami tanya dekat saya, kat mana ada kelas mengaji, dia nak pergi belajar. Saya hanya tersenyum.. Sungguh Allah tu dengar apa yang kita doakan.. InshaAllah. Wallahualam.

]]>
Ratusan ribu pengguna ditipu sejak 40 tahun dulu dengan daging lembu tak halal? https://redaksi.com/9219-ratusan-ribu-pengguna-ditipu-sejak-40-tahun-dulu-dengan-daging-lembu-tak-halal Thu, 24 Dec 2020 10:12:39 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9219 Mencetuskan kebimbangan masyarakat Muslim Malaysia apabila "kartel daging" yang beroperasi selama 40 tahun terakhir baru-baru ini didedahkan telah memalsukan dokumen halal.

Difahamkan, ‘kartel daging’ berkenaan telah mengedarkan daging lembu halal yang palsu namun telah menyerahkan daging kuda / kanggaru sebagai daging lembu.


Menerusi laporan The New Straits Times, ketika daging tersebut sampai ke negara ini, daging itu akan dicampurkan dengan daging lembu di gudang yang dikendalikan oleh kartel sebelum dijual kepada pembekal.



Daging lembu berpenyakit

Menurut sumber yang tidak mahu dikenali, antara stok yang mereka bawa adalah daging kanggaru, kuda dan lembu. Bahkan, daging lembu yang diperolehi juga bukan dari yang berkualiti dan ada yang berpenyakit kerana ingin mendapatkan harga yang lebih rendah.

"Kartel membeli daging dengan harga hingga 50 peratus lebih murah daripada daging yang diperoleh dari tempat sembelih dan kilang pemprosesan yang diperakui.

"Daging itu kemudian akan dihantar ke Malaysia dan dibawa melalui trak dan lori ke gudang kartel, di mana ia dicampur dengan daging halal yang diperakui.

"Ditambah dengan menghindari cukai dan prosedur yang terlibat dalam mengimport daging halal yang diperakui, kartel itu akan menghasilkan keuntungan yang sihat," kata sumber.

300 hingga 400 kontena sebulan

Kartel juga dikatakan telah mengambil daging import beku yang tidak pasti halalnya sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dari luar negara.



Sumber berkata, lebih dari 60 kontena barang-barang ini dibawa masuk antara November tahun lalu dan April ke Northport dan Westport di Pelabuhan Klang sebelum dihantar dan lakukan pemeriksaan untuk pasaran.

"Kami telah menentukan bahawa kartel membawa 300 hingga 400 kontena sebulan, yang berasal dari kilang pemprosesan yang tidak diperakui dan juga negara-negara yang pentauliahan halal tidak diakui oleh pihak berkuasa Malaysia,” ujarnya.

Katanya, anatara negara yang terlibat adalah Kanada, Colombia, Ukraine, Uruguay, Sepanyol, Mexico, Bolivia, Paraguay, Hong Kong dan China.

Untuk pengetahuan bahawa negara-negara yang terlibat dengan pentauliahan halal kilang memprosesnya diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah Australia, Argentina, Brazil, India, Afrika Selatan, Pakistan, Jepun, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Sanggup terima rasuah untuk lepas

Menurut sumber lain, pegawai kerajaan yang korup sanggup rasuah antara RM150 hingga RM3,000 untuk menutup mata bagi membolehkan kargo ini dilepaskan. Manakala, pegawai di lapangan, dikatakan menerima bayaran antara RM150 hingga RM500 untuk melepaskan setiap kontena.



Setiap bekas, kata sumber itu, memiliki sekitar 25 tan daging, yang akan dikirim ke gudang kartel untuk dikemas semula dan ditampar dengan pelekat halal palsu sebelum diedarkan ke pasar dan pemborong sebelum dijual kepada pengguna.

Sumber lain turut menyatakan bahawa mengimport daging yang tidak diperakui dan mencampurkannya dengan daging dari sumber yang sah, kartel itu mendapat keuntungan daripada mengelakkan cukai dan duti serta kos yang terlibat dalam proses pensijilan halal dan aktiviti kartel itu telah berjalan selama 40 tahun.

Kumpulan ini juga dipercayai memiliki sistem yang kuat bagi memastian bahawa produk dari tempat penyembelihan hingga berjaya meloloskan diri dari pemeriksaan rasmi.

Justeru, pembongkaran ini telah mencetuskan kebimbangan rakyat dalam mencari daging halal sebagai makanan harian.


 

]]>
Gara-gara picit 'jerawat' di hidung, muka gadis ini berubah dan bengkak https://redaksi.com/9108-gara-gara-picit-jerawat-di-hidung-muka-gadis-ini-berubah-dan-bengkak Thu, 10 Dec 2020 10:17:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9108 Setiap orang pasti pernah berdepan rasa tak berkeyakinan apabila seketul jerawat tumbuh di muka. Bagi memastikan jerawat segera hilang, ada sesetengah orang lebih suka memicit jerawat mereka.


Perkara itu juga dialami oleh Mary Ann Regacho di Filipina apabila dia menyedari ada benjolan kecil pada hidung mulanya.

Benjolan seperti jerawat

Menerusi The Sun UK, Mary menganggap bahawa benjolan itu adalah jerawat yang tumbuh disebabkan perubahan hormon selepas dia melahirkan anak ketika usianya 16 tahun.

Dia yang memicit ‘jerawat’ tersebut namun tidak menyangka selepas beberapa minggu mukanya mengalami kesakitan malah berlanjutan selama beberapa hari.


Lebih membimbangkan apabila ‘jerawat’ tersebut semakin besar beberapa minggu kemudian dan dirinya mengalami kesakitan selama beberapa hari. ‘Jerawat’ tersebut telah merubah wajahnya untuk sukar untuk dikenali.

“Muka saya berubah dan membengkak seperti belon yang ditiup,” katanya.

Keadaan bertambah parah apabila, benjolan tersebut mula merebak seluruh wajah dan turut menjejaskan penglihatan matanya apabila bengkak tersebut telah pergi ke bahagian mata.

“Saya rasa muka saya tidak akan kembali seperti dulu lagi,” tambah Mary.

Tak mampu bayar rawatan

Menurut Mary, dirinya tidak berkemampuan untuk menjalani rawatan di pusat perubatan kerana suaminya, Albert Sales hanya berkerja ‘part-time’ di ladang jirannya dan tidak memiliki pendapatan yang tetap. Malah, ketika ini juga dia memiliki anak yang berusia setahun.

Sebelum ini, dia pernah pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan akan wajahnya itu namun dia tidak mampu untuk membayar kos perubatan.

Disebabkan itu, suaminya terpaksa meminta pertolongan ramai bagi menjana pendapatan agar penyakit Mary dapat dirawat dan sembuh seperti sedia kala.


]]>
Tanda-Tanda Lelaki Suka Anda Dalam Diam. https://redaksi.com/664-tanda-tanda-lelaki-suka-anda-dalam-diam Tue, 01 Aug 2017 12:53:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=664 Kadang kadang kita rasa macam dia suka kat kita. Tapi takde pulak dia tunjuk yang dia suka atau kita je yang perasan? hihi. Atau kadang kadang kita yang buta tak nampak yang diorang bagi signal. So, hari ni aku nak share sikit. Kot kot ada tanda-tanda tu dekat diri korang ke? Jom baca apa yang aku nak rungkaikan!



Pertama!

Manusia ni tak boleh lari dari keinginan untuk pandang benda yang dia suka. Even kita ni nerd atau pemalu yang amat, usaha terakhir kita mesti cuma memerhatikan orang yang kita suka dari jauh. Kan kan? Hei tak kan tak pernah usha intai intai crush kot. Tipu lah! So kalau korang perasan ada sorang mamat ni dok asyik curi curi pandang tu, you better watch out. Sama ada dia tak puas hati atau dia suka. Hahaha. dan biasanya bila kita tangkap dia curi pandang kita, dia akan cepat cepat pandang lain. Ataupun bila kita tegur dia taknak mengaku atau cakap kita perasan.



Kedua!

Lelaki yang suka dekat kita ni selalunya diorang akan layan kita kasar kasar. Sebab dengan cara tu je diorang boleh datang dekat kita. So kalau dalam kelas tu tetiba ada sorang tu tak pernah layan korang baik baik, ada sebab lettew. Tapi bila ada laki lain buli korang, dia akan protect korang.

Ketiga!

Diorang ni jugak sanggup buat apa je bila kita mintak tolong. Atau bagi apa je yang kita mintak. Even barang yang paling dia sayang and tak pernah bagi orang lain sentuh pun, kalau kita yang mintak, Insyaallah dapat. Haha.



Keempat!

Tanda paling jelas sekali ialah bila kawan kawan dia yang mula mengejek ngejek korang berdua. Dan di saat kita beria ia menafikan, si lelaki tu boleh buat ilek je. Buat tak tahu macam tak ada apa apa. Atau muka dia jadi malu malu dan semacam suka je.

Kelima!

Si lelaki ni akan cuba sedaya upaya untuk jauhkan korang dari lelaki lain. So kalau korang tengah gurau gurau atau borak borak dengan lelaki lain tetiba dia menyampuk atau ajak laki tu pergi tempat lain, atau ape je lah.



Keenam!

Bila korang tetiba tak ada dekat dalam kelas or kat mana mana, dia mesti akan tercari cari and tanya kawan kawan mana korang pergi.

Ketujuh!

Mereka selalu buat benda benda bodoh dan memalukan diri depan korang.



Kelapan!

Selalunya diorang akan buat macam macam lawak semata mata untuk tengok korang ketawa.

Kesembilan!

Bila korang kutuk dia depan lelaki lain, dia akan jadi sangat marah. Tapi dia tak akan sergah korang, dia just diam and bagi jelingan maut je. Chewahh..tercabar kot kena kutuk dengan crush sendiri. haha.



Kesepuluh!

Selalunya bila time balik dari sekolah or office or senang katanya berpisah la, dia mesti akan tengok korang balik dari jauh. Kalau ada dia serius tergila-gilakan korang ok! haha

Kesebelas!

Bila anda ceritakan dekat si lelaki ni tentang lelaki yang anda suka, dia akan diam je. Ataupun dia akan buruk buruk kan lelaki tu.

Kedua Belas!

Last, bukti kukuh lelaki tu suka korang, bila dah terkantoi yang dia suka anda, dia akan sebolehnya cuba mengelak dari anda. Bila bertembung tengah jalan tu dia mesti akan terkejut and cepat cepat pusing balik. Bila berdepan pun jadi kekok dan malu malu je. Dah sah la tu. Tapi jangan confuse pulak. Ada sesetengah lelaki mengelak dari korang sebab tak tahan korang asyik menggedik bila jumpa dia. Hahaha.

]]>
20 Tanda Seorang Lelaki Dicintai Jin Betina. https://redaksi.com/1240-20-tanda-seorang-lelaki-dicintai-jin-betina Sun, 17 Sep 2017 12:46:38 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1240 Sekadar perkongsian untuk semua. Akibat beberapa sebab seperti selalu berbuat maksiat, jin akan cepat berdamping dengan orang-orang seperti ini. Tidak hairan jika ada jin betina suka kepada lelaki yang suka buat maksiat. Apabila seseorang lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:



1) Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.

2) Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.

3) Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.



4) Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.

5) Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.

6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.

7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.

8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.



9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat.

Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.

10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.

11) Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.

12) Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan.

13) Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan.

14) Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda.



15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.

16) Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.

17) Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.

18) Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.

19) Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.

20) Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak lelaki.

Jadi apa yang boleh saya simpulkan dalam keseluruhan artikel ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin yang mencintai manusia, tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki atau sebaliknya.

Adalah sebaiknya, selain kita jaga solat fardhu sehari semalam, kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini.

]]>
Tips Untuk Mengatasi Rasa Rindu Dan Amalan Doa Ketika Merindui Seseorang Menurut Islam. https://redaksi.com/2981-tips-untuk-mengatasi-rasa-rindu-dan-amalan-doa-ketika-merindui-seseorang-menurut-islam Wed, 25 Jul 2018 14:27:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2981 Sebagai manusia yang mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan dan terlalu menuruti hawa nafsu, pasti perasaan rindu akan mengatasi segala-galanya. Sebelum hanyut dengan hawa nafsu, pastikan anda mengikuti tips untuk mengatasi perasaan rindu dan doa yang boleh diamalkan seperti berikut…

Tips:

1. Sentiasa sibukkan diri sendiri dengan aktiviti yang positif dan produktif seperti pelajaran, pekerjaan, mempelajari ilmu agama atau hafal Al-Qur’an.


2. Berbincang lah dengan si dia untuk bernikah jika sudah bersiap sedia daripada segi mental, fizikal dan batin. Beranikan diri untuk membuat keputusan bernikah kerana ia lebih baik disisi Allah SWT daripada berzina.

DOA YANG BOLEH DIJADIKAN AMALAN.

1. Doa Nabi Yusuf A.S.

Doa ini dipercayai sebagai doa pelepas rindu Nabi Yusuf a.s kepada isteri Siti Zulaikha, dan ia juga sebagai untuk mempermudahkan bertemu jodoh dan mengeratkan hubungan suami isteri.


“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”(Yusuf: 4)

2. Surah Taha ayat 39.

Usai sahaja membaca doa yusuf, selitkan juga doa daripada surah Taha ini sebagai doa usai solat..

“Wa-alqaytu ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a’laa ‘ainii”

“…Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku...”


3. Potongan Surah Al-Baqarah ayat 165.

Kemudian baca ayat ini selepas surah Taha..

“Yuhibbunahum kahubillahi wallazina amanuu ashaddu hubbanlillah”

“…Mereka mencintainya (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yg beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah…”


4. Potongan surah Al-Imran ayat 14.

Dan diakhri dengan ayat daripada surah Al-Imran ayat 14….

“Zuyyinalinnasi hubbushahawati minannisa’i walbani na walqanaathiril muqanthorotiminazzahabi walfidhah”

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak…”

Namun tiada dalil atau hadith yang dapat mengesahkan kesahihan ini, cuma ia untuk kita memperkuatkan diri dengan sentiasa memperingati Allah SWT sahaja. Supaya kita tidak terlalu menganggungkan pasangan. Jadi boleh juga sekiranya ingin berdoa secara umum….

“Ya Allah, tolong jagakan (nama pasangan) dengan baik disana. Dekatkan hatinya padaku dan lindungi ia dari bisikan syaitan dan lain-lain”


 

]]>
5 Cara Mengenali Lelaki Gay Atau Homoseksual. https://redaksi.com/1083-5-cara-mengenali-lelaki-gay-atau-homoseksual Mon, 28 Aug 2017 14:52:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1083 Salam pembuka kata, orait sebnarnya aku masih lagi dalam mood kemalasan untuk taip, tapi dikala aku sedang mengelamun melayan lagu sentimental, tetiba aku terfirkirkan 1 topik yang sangat menarik untuk aku jadikan entri kali ini. Well, seperti yang korang dapat baca sendri kat tajuk entri diatas, dengan rasa tanggungjawab sosial.



Aku ingin kongsikan 5 cara mengenali Lelaki gay atau dalam term saintifiknya homoseksual. Sedikit info dr bacaan aku, word 'homoseksual' berasal dari perkataan Yunani yang membawa maksud ' homo' bererti dan 'sex' bererti, maka ianya bermakud sama jantina.

Pengalaman aku 17 tahun bersekolah di boy school (St.John Institution. telah banyak mmberi aku info dan pengalaman berdasarkan pengamatan aku untuk mengenali ciri spesies manusia songsang ini. Golongan laknatullah ini telah wujud sejak zaman Nabi Luth lagi. Dan golongan ni merupakan kaum Nabi Luth dan akhirnya telah dibinasakan Allah s.w.t.

Mungkin isu berkaitan homoseksual ni 1 isu yang kurang mnjadi topik utama dalam masayrakat kita dan agak sedikit sensitif untuk dibincangkan secara terbuka. Namun sebenarnya golongan ini sgt merbahaya dari pondan!!! Sebabnya kerana golongan songsang ini mampu bertindak lebih ganas dan lebih sadis demi melunaskan nafsu songsang mereka. Dan untuk pengetahuan anda semua peningkatan dalam jangkitan Wabak AIDS didunia ini disumbangkan oleh golongan gay!!



Aku akan kongsikan tips untuk korang mengenalpasti lelaki berjiwa songsang ini.. Perkongsian ini hanya sebagai 1 panduan. Dibawah ni 5 cara yang boleh anda boleh gunakan sebagai panduan mengenali golongan songsang ini. Dan penting utk kita mengenali ciri lelaki songsang ini khususnya lelaki dan wanita amnya.

1. Seringkali tanpa segan memuji kehandsoman lelaki lain.

Ini yang aku nak higlightkan, jika anda mengenali seseorang lelaki itu atau mmpunyai rakan-rakan lelaki, dan mereka seringkali suka memuji lelaki lain. Awas korang patut berjaga-jaga. mungkin korang kurang sedar dan anggap ini normal, tapi sebenarnya ini adalah sesuatu yang tidak normal bila seorang lelaki itu sering memuji paras rupa lelaki lain dengan nada seperti terpesona. Cuba perhatikan dari segi nadanya dan refleksi tubuh mereka. selalunya jika mereka ni gay cara pujian dan refleks tubuh mereka adalah seragam. Bila mereka memuji pula nada pujian mereka seperti mereka sedang terpukau dek paras rupa lelaki lain.

2. Seringkali suka menyentuh dan memegang atau mencuit lelaki dibahagian sensitif.

Mungkin ramai antara korang tak perasan dan mengganggap ini adalh normal. tapi sebenarnya lelaki jenis ini korang perlulah beware dengan tindak tanduk mereka. Sangat aneh jika seseorang lelaki normal itu mempunyai 'habit' menyentuh dan mencuit lelaki dibhgaian sensitif. bahagian sensitif ni antara pinggang ke bawah. Kalau korang jumpa dan mempunyai rakan habit mcm ni cuba la berjaga-jaga.



3. Sukar untuk memuji dan mengagumi sesorang wanita.

Yes inilah cara paling mudah untuk korang semua traced sama ada lelaki itu mempunyai jiwa ke arah songsang. Seorang lelaki yang normal pasti akan memuji dan mengagumi seseorang wanita. Pujian itu tidak hanya dari segi ungkapan tapi mungkin juga dari segi reaksi. Itu adalah lumrah ciptaan Allah sifat yang dikurniakan kepada seorang insan bergelar lelaki yang normal dan adalah tidak normal dan bertentangan fitrah kejadian lelaki jika seorag lelaki itu langsung tidak mengagumi seorang wanita dan tidak tertarik untuk melafazkan kata pujian terhadap wanita diminati. So kalau mereka cuma langsung tidak mmpunyai respon dan reaksi terhadap mana-mana wanita, so beware dan ini 1 dari tanda mereka mungkin berjiwa songsang.

4. Seringkali suka memerhatikan lelaki dengan pandangan yang menusuk.

Well kadang-kadang kita tak perasan tentang ni. Aku bagi 1 situasi supaya korang jelas apa yang aku cuba sampaikan, orait contoh macam ni, ok katakan si polan ni keluar melepak di restoran. And then datang seorang lelaki lain melepakkan diri di restoran tersebut. So si polan itu akan memerhatikan lelaki tersebut dlm pndangan seperti dia telah tertawan. Dan paling senang nk traced, jika si polan itu memerhati seorang lelaki itu dalam tempoh waktu yang lama secara berterusan tanpa mengalihkan pandangannya. Sangat tidak lumrah bagi lelaki yang memandang seorang lelaki lain dengan penuh kejiwaan dan rasa terpesona.



5. Cuba mendapatkan perhatian dimata lelaki yang dia minati.

Well, aku tau korang mesti pelikkan dan mungkin ada yang rasa wonder dengn point ini. Tapi inilah realitinya. Bukan wanita je yang akan cuba menarik perhatian si lelaki tetapi lelaki berjiwa songsang ni pun akan melakukan tindakan sama untuk mendapatkan perhatian dari lelaki yang dia suka dan dia minati. 1 contoh situasi yang boleh aku relatekan agar korang jelas, katakan si polan itu meminati sorag lelaki lain, cuba perhatikan drsegipostur dan bahasa tubuhnya. Apa yang cuba aku maksudkan disini, mereka ini akan cuba melakukan aksi sesuatu yang dapat mengalihkan pandangan lelaki yang diminatinya agar melihat mereka.

p/s: Segala tips yang aku kongsikan ini adalah pandangan penulis iaitu aku sendri dan hasil pengamatan aku terhadap golongan ini selama aku bersekolah di boy school dan juga di alam Universiti. Dan aku dengan bangganya nak bagitau kat korang semua aku bukan seorang gay, dan aku mempunyai persaan dan hati kepada seorang wanita :. kalau korang ada sebarang pandangan atau tmbahan silalah ye kongsikan di kotak komen dibawah.

]]>
20 Sikap Lelaki Yang Membuatkan Wanita Kecewa. Wahai Lelaki, Sila Ambil Tahu! https://redaksi.com/138-20-sikap-lelaki-yang-membuatkan-wanita-kecewa-wahai-lelaki-sila-ambil-tahu Tue, 13 Jun 2017 12:19:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=138 Alangkah indahnya apabila perasaan cinta mula berputik. Mendambakan lelaki yang memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang, kesetiaan berbaur kerinduan, erti kecintaan yang mendalam dan bernilai, Tapi! Tahukah anda kaum lelaki, ada beberapa perkara yang wanita tidak sukai ada pada LELAKI dan mengecewakan WANITA.



1. Meninggikan suara.

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tidak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. Main kayu tiga.

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun sudah mempunyai kekasih hati, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. Suka ‘cuci mata’.

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli.



4. Mengongkong.

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Itu tidak adil!

5. Ego

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. Menipu.

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. Perasan.

lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji.

8. Mementingkan diri sendiri.

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. Kurang memberikan perhatian.

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. Cemburu buta.

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!



11. Mata duitan.

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. Komited terhadap kerjaya.

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa.

13. Panas baran.

Masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada?

14. Kaki merokok.

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. Pengotor.

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.



16. Gelojoh.

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. Pentingkan kawan-kawan.

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. Tidak tahu meghargai.

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. Putar belit.

Ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. Suka kontrol macho.

Nak dikatakan macho, ada juga yang tidak. Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan handsome. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

]]>
Jika Teman Lelaki Serius Berbual Tentang Masa Hadapan, Mungkin Si Dia Mahu Berkahwin Dengan Anda. https://redaksi.com/3240-jika-teman-lelaki-serius-berbual-tentang-masa-hadapan-mungkin-si-dia-mahu-berkahwin-dengan-anda Tue, 14 Aug 2018 16:27:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3240 Tidak semua lelaki mahu membicarakan tentang isu atau perkara yang serius. Terutamanya tentang perkahwinan dan pernikahan. Apabila anda berkenalan dengan seseorang yang berlainan jantina, pasti akan timbul perasaan suka dan jatuh hati. Secara dasarnya ia akan membuatkan anda mula membayangkan masa hadapan dengan adanya gambaran si dia.

Yang penting ia terjadi secara semula jadi, sama-sama suka dengan topik yang serius tetapi membuahkan semangat untuk hidup bersama. Anda yakin, kalian berdua boleh hidup bersama sehingga akhir hayat sebagai suami dan isteri.


Jadi, apakah topik perancangan masa hadapan yang sering dibualkan jika itu menandakan jodoh anda? Jom baca..

1. “Nanti lepas kahwin, nak duduk mana eh?”

Anda secara tiba-tiba membuka topik dan bertanya pada si dia tentang tempat kediaman setelah berkahwin. Si dia juga dengan begitu teruja sudah membuat perancangan untuk membeli rumah di mana, rumah yang bagaimana, malah tidak sabar untuk decorate rumah tersebut. Si dia juga sudah membayangkan jika rumah itu diubahsuai, pasti sesuai untuk keluarga anda kelak.

Di sosial media juga, anda berdua sering berkongsi dan post tentang design rumah untuk masa akan datang. Anda berdua juga telah berbincang untuk duduk di rumah sendiri atau rumah keluarga terdahulu.

2. “Nak perkahwinan yang bagaimana?”

Tanpa segan silu, topik ini sering menjadi bahan bualan anda berdua. Lelaki kadang-kala sukar untuk membicarakan tentang isu ini dan menganggap wanita tersebut terlampau tergesa-gesa dan menggedik untuk berkahwin. Tetapi teman lelaki anda tidak kisah untuk jadikan topik ini sebagai bahan bualan seperti….


Mahu tema perkahwinan yang bagaimana?

Nak kahwin bajet atau ikut cara keluarga?

Mahu kahwin di mana?

3. “Dah banyak ke menyimpan untuk berkahwin?”

Si dia juga serius bertanyakan tentang simpanan anda. Adakah anda berbelanja boros? Bagaimana anda berjimat untuk menyimpan duit tabung perkahwinan? Si dia juga memberi cadangan untuk membuka akaun khas untuk tabung kahwin.

Si dia juga tidak segan silu untuk berkongsi tips menabung di sosial media. Baginya perkara sebegitu amat penting supaya anda tidak lalai untuk menyimpan.

Jika soalan-soalan ini sering disoalkan oleh teman lelaki anda, berkemungkinan dalam diam si dia juga turut lakukan perkara tersebut. Dan lelaki yang benar-benar mahu berkahwin sahaja bersedia untuk membicarakan tentang isu perkahwinan. Jika lelaki yang hanya mencari keseronokan, mereka tidak berani membuka topik ini.


 

]]>
Kahwin Di Usia Muda Perlu Lengkapkan Diri Dengan Ilmu Perkahwinan. https://redaksi.com/956-kahwin-di-usia-muda-perlu-lengkapkan-diri-dengan-ilmu-perkahwinan Mon, 21 Aug 2017 10:26:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=956 Apabila sebut mengenai kahwin muda, mungkin ada yang berfikiran negatif mengenai keputusan remaja yang ingin menamatkan zaman bujang mereka di usia muda. Perkahwinan itu sendiri satu tanggungjawab yang sangat berat. Malah ada yang sudah matang dan teguh dari segi sudut kewangan juga turut mengalami kegoyahan dalam rumah tangga, inikan pula mereka yang masih muda dan masih banyak yang belum cukup dalam kehidupan mereka. Walau bagaimanapun berkahwin muda bukan jadi satu masalah jika mereka telah bersedia, dari segi mental dan fizikal serta telah melengkapkan diri dengan ilmu perkahwinan dan kekuatan rohani mereka. Berkahwin muda juga tidak harus membebankan ibu bapa untuk menanggung mereka. Sebaliknya mereka mesti bersedia memikul apa juga risiko dalam perkahwinan serta dugaan yang datang.



1. Tanamkan niat berkahwin muda adalah untuk mencari keredhaan Allah dan bukan kerana nafsu semata-mata. Niat ini penting kerana jika kita jujur dan ikhlas, segalanya akan dipermudahkan Allah.

2. Bersedia dari segi mental dan fizikal bahawa anda mahu mengharungi hidup berumah tangga dalam usia muda dan itu adalah pilihan anda yang tepat.

3. Menunjukkan akhlak yang baik dan peribadi yang mulia kepada ibu bapa, adik beradik, sanak saudara, bakal isteri dan keluarganya. Ini supaya mereka yakin bahawa anda mampu mengharungi alam perkahwinan yang banyak tanggungjawabnya.



4. Pamerkan kematangan anda dalam apa yang anda lakukan. Jangan terlalu bersikap ke anak anakan, panas baran, terlalu emosional dan selalu ikut perasaan. Sentiasa menjadi orang yang sabar dan tabah.

5. Sebagai seorang Muslim sentiasa menjaga ibadah dan tanggungjawab pada Allah. Lakukan ibadah sunat seperti solat hajat, puasa, sedekah dan sebagainya bagi meningkatkan kekuatan rohani sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

6. Dapatkan restu Ibu bapa. Ini sangat penting kerana jika ibu bapa restu perkahwinan itu walau di usia muda, perjalanan dalam mengharungi dunia perkahwinan akan juga diredhai Allah. Tunjukkan kesungguhan anda untuk memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri walau di usia muda.

7. Jika berkahwin muda dan terpaksa membebankan ibu bapa ia akan menyebabkan perkahwinan mudah retak. Seharusnya mereka yang ingin berkahwin muda sudah ada sumber pendapatan sendiri, seperti bekerja atau berniaga sendiri. Mempunyai sumber kewangan akan membuatkan ibu bapa atau pihak mertua lebih yakin bahawa perkahwinan muda itu tidak akan membebankan sesiapa nanti.



8. Bakal suami atau isteri mesti bijak menjalankan tanggungjawab masing-masing dan matang untuk mendirikan rumah tangga. Umpamanya bakal isteri tahu tanggungjawabnya dan sudah tahu buat kerja rumah, memasak dan mengambil hati suami. Begitu juga bakal suami muda, dia tahu tanggungjawab menanggung dan memberi nafkah isteri serta anak-anak.

9. Praktikkan komunikasi yang baik ketika hendak menyampaikan hasrat anda untuk berkahwin muda. Komunikasi yang baik dapat menghindarkan banyak konflik dan salah faham. Supaya mereka lebih faham tujuan anda dan tidak membuat andaian mereka sendiri mengapa kita mahu berkahwin muda.

]]>
Nak Tahu Adakah Ibu Bapa Menyukai Pilihan Anda Atau Tidak, Perhati 5 Tanda Ini. Jangan Bersedih, Restu Ibu Bapa Ini Penting. https://redaksi.com/7970-nak-tahu-adakah-ibu-bapa-menyukai-pilihan-anda-atau-tidak-perhati-5-tanda-ini-jangan-bersedih-restu-ibu-bapa-ini-penting Tue, 10 Mar 2020 11:14:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7970 Dalam mana-mana hubungan ini tersangatlah penting kalau adanya restu ibu bapa kita. Mana tidaknya, dengan restu ini, hubungan akan lebih mudah dan terasa tenang untuk dijalinkan bersama. Nak-nak lagi jika anda ini ingin mendirikan rumahtangga, tentu sahaja restu ibu bapa ini tersangatlah penting demi menjamin hubungan masa depan anda.

Kalau masa bercinta ataupun berkenalan, mungkin perkara ini tidak beberapa penting. Tapi apabila anda mula menyatakan hasrat untuk berkahwin dengannya, sudah tentu anda ingin tahu respon ibu bapa anda terhadap pilihan anda.

Ada sesetengah ibu bapa, dia akan terus menyatakan rasa setuju atau tidak, tapi yang sukarnya adalah mereka yang tidak menyatakan apa-apa tetapi bertindak melalui keadaan. Ini yang susah nak ramal sama ada mereka ini setuju atau tidak dengan pilihan anda.


Haa... buat anda yang nak tahu adakah ibu bapa kalian setuju atau tidak dengan hubungan kalian ke langkah seterusnya, jom lihat tanda ini.

1. Tidak mengajak pasangan anda untuk lebih kenal dengan keluarga anda.

Jika ada musim-musim perayaan mahupun musim kenduri kendara, ibu bapa anda tidak mengajak pasangan anda untuk turut serta. Mereka tidak mempelawa pasangan anda atau menyuruh anda untuk mengajak pasangan anda. Jika mereka lakukan ini, itu tandanya mereka masih belum menganggap si dia itu sebahagian dari keluarga, malah mereka juga tidak bersedia nak kenalkan dirinya dengan ahli keluarga yang lain.



2. Sengaja memuji bekas kekasih anda di hadapannya.

Menyatakan bahawa pasangan anda yang lalu lebih baik darinya sudah tentu akan menguris hati pasangan anda. Mana tidaknya, siapa yang mahu dibanding-bandingkan. Nak-nak lagi jika perbandingan itu sememangnya jelas kekurangan pasangan anda. Jika ini yang ibu bapa anda lakukan, nampaknya hubungan anda masih belum dapat restu sepenuhnya dari ibu bapa.

3. Mereka tidak cuba membuat pasangan anda berasa selesa apabila di rumah anda.

Ada yang beranggapan bahawa tingkah laku ibu bapa adalah untuk menguji pasangan anda sebelum membenarkan dirinya untuk masuk dalam keluarga kalian. Tapi, kadang kala ada udang disebalik batu, dimana boleh jadi tingkah laku mereka ini sengaja kerana ingin membuat pasangan anda rasa tak selesa. Biasanya orang tua akan cuba utamakan kehadiran orang baru dalam rumah mereka bukan? Tapi jika ibu bapa anda tidak lakukan ini, maka berhati-hati okay.



4. Terang-terang beri kata-kata negatif mengenai pasangan anda.

Apabila ibu bapa anda mula menyatakan sesuatu yang negatif mengenai pasangan anda, sebagai contoh gaya pemakaian, percakapan atau mengkritik apa sahaja yang dilakukan pasangan anda. Hat-hati, itu tandanya pasangan anda tidak mendapat tempat di hati mereka. Cuba minta pasangan anda ubah apa yang dikritik mereka itu.

5. Tidak mahu campur tangan dalam hubungan kalian.

Apabila ibu bapa anda buat tak tahu sahaja akan masalah yang timbul dalam hubungan anda, itu tandanya mereka senang jika kalian tidak bersama. Selalunya, ibu bapa ini akan cuba selesaikan masalah anak mereka dengan memberi pendapat tapi jika ibu bapa anda sebaliknya, maka anda perlu jelas akan perkara ini.

Menjalinkan hubungan tanpa restu ibu bapa ini adalah satu hubungan yang sia-sia sebenarnya. Hati tak tenang malah masing-masing akan berdepan dengan salah faham dan kekeliruan. Itu belum lagi kalau sudah berumahtangga, ada yang campur tangan dalam hubungan tersebut.

Jadinya, sebelum membuat keputusan untuk ke langkah seterusnya, pastikan dapatkan restu dari orang tua anda.



]]>
Tindakan Erma Fatima guna cara 'paksaan' suruh pekerja solat dipuji https://redaksi.com/9695-tindakan-erma-fatima-guna-cara-paksaan-suruh-pekerja-solat-dipuji Wed, 10 Feb 2021 20:13:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9695 Gelaran Mak Cun terdahulu pernah terkenal dalam kalangan penonton. Mak Cun atau lebih mesra dengan nama Erma Fatima merupakan seorang pelakon dan pengarah yang hebat. Selain sikapnya yang tegas di dalam kerja dia juga kelihatannya sangat tegas dalam memantau pekerjanya menunaikan solat fardhu.

Baru-baru ini pengarah tersebut telah memuat naik video pendek yang dirakam olehnya sendiri tentang keadaan pekerja-pekerjanya yang sedang leka membuat kerja dalam pejabat.

Video yang dirakam secara spontan itu benar-benar membuatkan pekerjanya terkedu dan mulai bergegas mempersiapkan diri untuk solat.

"Bila nak jadi imam?"

"Esoklah"

"Kalau esok mati kau boleh 'kawtim' dengan tuhan?"

'Terbaik bos sebagai contoh kepada majikan lain'

Video tersebut telah meninggalkan pelbagai komen oleh pengikutnya di laman Instagram. Rata-ratanya cukup kagum dengan tindakan yang dilakukan oleh Erma Fatima terhadap kebajikan pekerja-pekerjanya.

 

]]>
Hanya 5 minggu kenal, Datuk Ziela Jalil akui sudah dirikan rumah tangga https://redaksi.com/9286-hanya-5-minggu-kenal-datuk-ziela-jalil-akui-sudah-dirikan-rumah-tangga Mon, 04 Jan 2021 10:43:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9286 Sebelum ini, terdapat desas desus yang menyatakan bahawa seorang penerbit telah berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada seseorang yang berpangkat datuk.

Perkara tersebut hangat diperkatakan oleh warga Twitter hingga nama penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Ziela Jalil terlibat sama.

Tidak hanya itu sahaja, susulan ciapan di laman Twitter oleh seorang wanita yang mendakwa dan mendedahkan dia sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua.


Tidak mahu perkara tersebut menjadi buah mulut warganet, Ziela, 51, atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil tampil menjelaskan perkara sebenar.

Bukan mudah nak buat keputusan

Ziela mengakui bahawa dirinya telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pengerusi masjid pada tahun 2019 selepas lima minggu berkenalan dengan lelaki berkenaan.

"Ya, saya sudah bernikah pada 17 Februari 2019 dan menjadi isteri kedua kepada pengerusi masjid, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar. Majlis saya diadakan di masjid di ibu negara yang berwalikan bapa saudara dengan disaksikan keluarga sebelah bapa, mak saya, anak-anak dan dua teman rapat.

"Kami hanya berkenalan lima minggu saja sebelum dia menyatakan hasrat untuk mengahwini saya. Bagi saya, keputusan berkahwin sekali lagi bukan keputusan mudah. Apatah lagi menjadi isteri kedua.

"Saya anggap ia adalah takdir dan jodoh. Kalau boleh diberi pilihan, saya pasti bukan ini pilihannya. Mungkin ramai yang mempertikaikan keputusan ini. Jawapan saya mudah, kalau memang saya nak kahwin dengan suami orang, dari dulu lagi selepas arwah suami meninggal dunia," katanya.

Semua berlaku dalam masa singkat

Katanya perkahwinan dengan suaminya yang berusia 55 tahun itu bukanlah satu perancangan.

"Sepanjang 11 tahun arwah suami meninggal, memang tidak pernah terbuka hati atau ada perasaan untuk berkahwin lagi. Apabila orang usik saya mengenai soal kahwin, saya akan berasa 'piss off'.

"Sebenarnya, saya selalu cakap pada orang tak nak, takkan dan tidak mungkin berkahwin lagi. Tiga ayat ini akhirnya saya telan balik sebab Allah yang menggenggam dan membolak-balikkan hati saya.

"Jadi, pada saat saya terlalu cintakan arwah, ternyata Allah berkehendak lain. Allah hadirkan takdir lain untuk saya.

"Arwah sentiasa ada tempat yang istimewa di hati saya. Begitu juga cinta lain daripada orang lain iaitu suami kini akan ada di sisi lain dalam hati saya.

"Jadi, apabila berlakunya perkahwinan ini, ia bukan perancangan saya. Kalau tidak, masakan saya tunggu selepas 11 tahun arwah meninggal dunia baru nak kahwin. Bukan bidang kuasa saya mengenai jodoh. Apatah lagi semuanya berlaku dalam tempoh yang sangat singkat," ujarnya.

Ditanya kenapa baru sekarang dia terbuka berkongsi mengenai perkara itu, Ziela mengakui dalam situasi dilalui dia perlu menjaga hati banyak pihak membabitkan kedua belah keluarga.

Terdahulu, Ziela yang berkahwin dengan Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pada 1991 dikurniakan dua anak iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah. Ziela juga mempunyai seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah.


]]>
Suami Mengambil Wang Isteri Secara Diam-Diam, Adakah Dibolehkan? https://redaksi.com/5575-suami-mengambil-wang-isteri-secara-diam-diam-adakah-dibolehkan Mon, 25 Mar 2019 19:44:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5575 Seperti yang kita tahu bahawa seorang suami itu wajib memberi nafkah kepada isterinya. Tidak kiralah isterinya itu bekerja ataupun tidak, tetap sahaja suaminya perlu memberi nafkah kepada isterinya itu. Namun begitu, suami juga manusia biasa, kadang kala mempunyai masalah kewangan tersendiri, mungkin sahaja wang yang ada tidak cukup hingga hujung bulan, maka si suami mengambil wang isteri secara senyap-senyap tanpa izin si isteri, jadi adakah tindakan tersebut wajar dilakukan? Mari ikuti penerangan ini.



Hakikat yang sebenar, suami wajib menafkahkan kepada isteri sekalipun isteri tersebut seorang yang kaya atau berkerjaya. Hal ini berdasarkan kepada firman Allah SWT:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّـهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ
Maksudnya: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafaqah) sebahagian dari harta mereka.
(Surah al-Nisa’: 34)

Ayat ini menunjukkan bahawa suamilah yang bertanggungjawab untuk memberi dan menyediakan nafaqah.

Begitu juga firman Allah SWT:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu, dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
(Surah al-Baqarah: 233)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda:

فَاتَّقُوا اللَّهَ فِى النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ وَلَكُمْ عَلَيْهِنَّ أَنْ لاَ يُوطِئْنَ فُرُشَكُمْ أَحَدًا تَكْرَهُونَهُ. فَإِنْ فَعَلْنَ ذَلِكَ فَاضْرِبُوهُنَّ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَقَدْ تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا لَنْ تَضِلُّوا بَعْدَهُ إِنِ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ كِتَابَ اللَّهِ
Maksudnya: “Bertaqwalah kepada Allah dalam mengendalikan urusan kaum wanita. Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan dihalalkan bagi kamu kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah mereka tidak membenarkan orang yang kamu benci masuk ke tempat tidurmu. Jika mereka melakukannya, pukullah mereka dengan cara yang tidak menyakitkan. Kewajipan kamu pula ialah memberikan nafaqah dan pakaian yang sepatutnya kepada mereka. Sesungguhnya, aku tinggalkan satu perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang dengannya, iaitu kitab Allah.”
Riwayat Muslim (1218)

Berdasarkan kepada hujahan di atas, suami sepatutnya memberi nafkah kepada isteri. Kami nyatakan apabila isteri yang menafkahkan kepada suami atau tidak diberi haknya, maka di situ berlaku qiwamah yang berpindah dari lelaki kepada isterinya. Begitu juga, antara hikmah Allah memberi tanggungjawab kepada lelaki supaya memberi nafkah kepada isterinya adalah agar rasa kasih sayang, penghormatan dan cinta isteri menjadi subur sehingga melahirkan mahabbah, mawaddah dan sakinah dalam melayari bahtera kehidupan. Inilah yang kita dambakan.

Menjawab persoalan di atas, kami tegaskan, tidak sewajarnya suami mengambil harta isteri tanpa izinnya. Walaupun begitu, binalah rumahtangga dengan sifat toleransi, kasih sayang dan tolong-menolong agar kebahagiaan sentiasa menyinari kehidupan rumahtangga.

Kami memetik kenyataan guru kami yang menyebut: “Undang-undang ekonomi dan sosial menyatakan, sesiapa yang mengeluarkan belanja, maka dialah yang berkuasa.” (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 3/120) Justeru isu nafkah tidak boleh dipandang enteng oleh suami sekalipun isterinya mampu, kaya dan berkerjaya.
Kami menutup perbincangan ini dengan berdoa kepada Allah SWT:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
(Surah al-Furqan: 74)

]]>
Wanita Educated Tetapi Hanya Menjadi Suri Rumah? Jangan Memperkecilkan Mereka! https://redaksi.com/1583-wanita-educated-tetapi-hanya-menjadi-suri-rumah-jangan-memperkecilkan-mereka Mon, 12 Mar 2018 10:38:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1583 “Belajar tinggi-tinggi, tapi nanti dah kahwin masuk dapur juga masak untuk suami!”


Kini, mentaliti masyarakat kita sangat menjengkelkan. Tidak kira apa status anda, mereka bebas bersuara apa sahaja. Dengan ekonomi zaman sekarang, ramai golongan lepasan ijazah dan master mengalami kesukaran untuk mencari kerja.


Apabila lepasan ijazah buntu untuk mencari kerja, mereka sedaya upaya untuk sambung belajar kerana tidak mahu membazir masa. Apabila mempunyai tahap pelajaran yang tinggi, ekonomi pula yang menyukarkan mereka untuk mencari rezeki dan membalas jasa kedua ibu bapa.

Tahap pelajaran seseorang yang akan membezakan mentaliti masyarakat. Mereka menjadi suri rumah, tetapi mereka mempunyai ilmu  dan lebih arif tentang dunia.Sebahagian daripada mereka, mungkin telah melanjutkan pelajaran di luar negara, dan ia telah membuatkan mereka lebih mengenali orang ramai untuk berhati-hati.

Tidak perlu memperkecilkan mereka, kerana mereka lebih mengetahui untuk menguruskan rumah tangga dari segi kewangan malah dari segi ‘parenting’. Mentaliti masyarakat juga, mengatakan jangan masuk campur urusan orang yang telah berumah tangga jika anda masih belum berkahwin. Jangan lupa, wanita berpelajaran adalah seorang pemerhati yang hebat.


Walaupun mereka belum mengalami proses perkahwinan itu sendiri, sudah cukup mereka mengetahui pengalaman daripada ibu bapa dan adik beradik mereka. Didikan ibu bapa juga, mampu membuatkan mereka bijak untuk menguruskan hal rumah tangga. Malah hanya memerhati masyarakat pun mereka boleh mempelajari sesuatu. Untuk mempraktikkan kaedah berkeluarga, sudah tentu mereka belajar untuk bertemu dengan orang-orang yang sudah berkeluarga selain membaca buku.

Selain daripada itu, wanita berpelajaran tinggi lebih kreatif. Dari segi memasak, mahu pun ‘parenting’, mereka juga mampu untuk menguruskan kewangan hanya dengan ‘business online’. Kreatif untuk mencipta sesuatu barangan yang boleh menjana keuntungan hanya melalui ‘online’ sahaja. Skill menggunakan komputer dan mahir menggunakan lebih daripada dua bahasa cukup untuk meyakinkan masyarakat bahawa mereka mampu hidup hanya dengan menjadi suri rumah.

Berjaya menjana 'income' daripada rumah di samping menguruskan keluarga dalam masa yang serentak, memerlukan stamina dan tenaga yang tinggi. Jangan memperkecilkan mereka!

]]>
Gara-gara RM1,100 warga emas dibunuh sebelum disumbat dalam but kereta https://redaksi.com/9321-gara-gara-rm1100-warga-emas-dibunuh-sebelum-disumbat-dalam-but-kereta Thu, 07 Jan 2021 11:46:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9321 Kehilangan seorang warga emas akhirnya terjawab apabila mayat lelaki tersebut ditemui dalam sebuah but kereta di Jalan Wawasan 5/2, Taman Wawasan Puchong malam tadi.




Menerusi laporan Harian Metro, mangsa berusia 70 tahun itu dilaporkan hilang selepas keluar menaiki kereta milik pelanggannya di sebuah pusat servis kenderaan di Kampung Kayu Ara, Damansara di Petaling Jaya.

Guna kad kredit mangsa

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan dibuat anak mangsa berusia 44 tahun selepas mendapati ayahnya masih tidak pulang ke rumah pada 9 malam.

"Pengadu dimaklumkan oleh adiknya yang menerima mesej daripada sebuah bank memaklumkan terdapat dua transaksi pada kad kredit milik bapanya.

"Susulan itu, pihaknya menahan seorang ahli perniagaan berusia 40 tahun di Kuala Klawang, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu selepas siasatan mendapati suspek menggunakan kad kredit milik mangsa di sebuah pasar raya di daerah berkenaan.

"Hasil soal siasat dilakukan terhadap suspek mendedahkan lokasi mayat mangsa yang dipercayai dibunuh beberapa hari lalu dalam but kereta Volvo berwarna hijau milik pelanggan mangsa di Taman Wawasan, malam tadi," katanya.

Berlaku pertengkaran

Hasil siasatan awal mendapati uspek adalah seorang pemilik bengkel dan ada menjalankan urusan jual beli tayar kereta dengan mangsa yang dianggarkan berjumlah RM1,100.

"Kami percaya perselisihan faham berkaitan urusan itu menjadi motif dalam kejadian ini. Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti bagaimana mangsa dibunuh.

"Mayat warga emas itu dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," ujarnya.

Berikutan mayat lelaki berkenaan sudah berbau, pihak polis terpaksa mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mengumpil but belakang kereta.


]]>
Hati Lelaki Ini Sensitif Terhadap Wanita Yang Tak Hormat Dia. Nak Jadi Isteri Taat, Kenalah Hormat Suami. https://redaksi.com/7616-hati-lelaki-ini-sensitif-terhadap-wanita-yang-tak-hormat-dia-nak-jadi-isteri-taat-kenalah-hormat-suami Thu, 14 Nov 2019 12:30:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7616 Dalam rumahtangga, tak akan lari dari salah faham dan juga pertengkaran. Namun sebagai pasangan suami isteri tentu sahaja perlu lebih rasional dalam menyelesaikan masalah dan bukannya menyiram minyak di dalam api yang sedang marak. Sebab itulah antara suami dan isteri kena bijak mainkan peranan bukannya ikutkan emosi yang diluar kawalan.

Jika wanita terlalu ikutkan emosi, dia mungkin akan menguji ego lelaki. Ego seorang lelaki memang mudah tercabar dan juga terbangkit, walaupun dengan insan yang mereka sayangi. Sebab itulah, jangan sekali bangkitkan ego mereka.



Dalam perkahwinan ini, seorang isteri sentiasa dahagakan kasih sayang dan juga perhatian dari suaminya. Manakala, seorang suami hanya mahu dihormati isteri yang dia sayangi. Apabila seorang lelaki rasa dia dihormati, maka kasih sayang dalam keluarganya itu akan semakin mengembang dan membahagiakan. Akan tetapi, jika dia tidak dihormati, egonya akan tercabar.

Ramai isteri hаrі іnі yang menghabiskan banyak mаѕа dаn tenaga untuk mеmаѕtіkаn rumаh mеrеkа bersih, аnаk-аnаk mеrеkа ѕіhаt dan реnuhі реlbаgаі lagi tugas lаіn. Tapi bіlа mеrеkа luра untuk mеnunjukkаn rаѕа hormat раdа ѕuаmі, si ѕuаmі аkаn nаmраk ѕереrtі tаk mеnghаrgаі ѕеgаlа реngоrbаnаn si іѕtеrі.

Walaupun suami tidak meluahkan melalui kata-kata atau emosi mereka, tetapi sebagai isteri anda seharusnya tahu bahawa anda perlu menghormati suami anda, kerana dia adalah pembimbing serta pelindung buat anda sekeluarga.



Jangan terjerit-jerit apabila bercakap dengan suami. Nak-nak lagi jika anda meminggil dirinya. Gunakan nada yang lembut agar suami lebih segera memberi tindak balas yang baik terhadap panggilan anda. Akan tetapi apabila anda menjerit-jerit, tentu suami malas nak menyahut panggilan anda itu.

Jangan terlalu memberi arahan dan juga bersikap agersif dengan suami anda sendiri. Ini kerana, suami akan terluka dengan tindakan anda itu. Malah membuatkan ia seolah-olah tidak bernilai di mata anda. Sedangkan, dia suami yang memimpin serta membimbing keluarganya.

Jangan sindir suami dengan perkara lalu atau perkara yang tidak disenangi olehnya. Cuba untuk lupakan dan memaafkan segala kesilapan yang telah dia lakukan. Jika anda terus menerus mencucuknya dengan perkara sebegini, tentu dia rasa tidak dihormati dan akan rasa tercabar dengan setiap apa yang anda katakan kepada dirinya.



Jangan melawan atau membalas balik apa yang dia katakan. Cuba untuk menerima segala teguran dengan hati yang terbuka. Seorang suami biasanya mahu yang terbaik buat isteri dan anak-anaknya. Maka dengan itu teguran yang diberikan perlu diterima bukan dibalas dengan kata-kata yang melukakn hatinya.

Jangan ingin berlawan dengan menunjukkan siapa yang paling berkuasa di rumahtangga kalian. Walaupun anda isteri yang menguruskan rumah ataupun berpangkat tinggi, tetapi dia tetap suami yang perlu anda hormati.

Kelakuan-kelakuan seperti ini sebenarnya hanya mengeruhkan hubungan serta membuat seorang suami tawar hati dengan isterinya. Jika anda melakukan perkara seperti ini, maka segera meminta maaf kepada suami anda. Suami adalah ketua dan pemimpin keluarga, maka wajar sekali dia dihormati. Malah Islam sendiri mewajibkan seorang isteri menghormati dan mendahului suami dalam segala hal, selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Isteri hormat suami, itu kunci rumahtangga bahagia.

]]>
Langkah Mudah Kumpul Duit Kahwin Ketika Usia 20an, Bila Dah Ada Jodoh Nanti Tinggal Kahwin Je. https://redaksi.com/7017-langkah-mudah-kumpul-duit-kahwin-ketika-usia-20an-bila-dah-ada-jodoh-nanti-tinggal-kahwin-je Thu, 29 Aug 2019 14:20:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7017 Walaupun belum memiliki calon yang tetap sebagai teman hidup, tentu sahaja ramai diantara kita ini sudah berangan-angan untuk mendirikan rumahtangga. Tidak hanya itu sahaja, tentu sahaja kalian telah berangan-angan majlis bagaimana yang akan dilakukan apabila saat itu tiba.

Pasangan itu adalah perkara yang kedua boleh difikirkan, ini kerana kalau ada pasangan tapi duit kahwin masih tak kumpul lagi pun akan ada masalah juga bukan, jadi lebih baik kalau dalam mencari pasangan sekali dengan kumpul duit kahwin.



Setiap orang mahukan majlis yang meriah, malah wang hantaran pun bukan satu perkara yang murah sekarang ini. Hmmm… Nampaknya banyak nak pakai duit ini.

Jangan risau, ini cara anda kumpul duit kahwin dengan sesuai target anda.

Cara-caranya;

1. Bila akan berkahwin.

Jika umur anda sekarang adalah 23 maka anda akan berkahwin pada umur 26 tahun, jadi tetapkan jangka masa itu sebagai satu target. Ini kerana, perkara ini akan memudahkan anda untuk merancang sesuai dengan apa yang anda mahu.

Berapa banyak duit yang mahu disimpan?

Sebelum berkahwin apa yang perlu anda miliki terlebih dahulu?

Jadi anda tidak akan bercanggah akan dua perkara ini jika sudah menetapkan bila anda akan bernikah.



2. Asingkan 15% dari gaji anda.

Walaupun anda masih belum mempunyai kerja tetap, tetapi anda sudah bercita-cita untuk berkahwin bukan? Maka bersedialah untuk asingkan wang gaji anda sebanyak 15% dari gaji anda. Mungkin anda akan kecewa kerana tidak dapat berseronok dan berhibur, itu lebih baik dari anda membazir pada perkara yang tidak tentu.

3. Kurangkan bajet berdating.

Jangan setiap minggu makan di kedai Hipster ataupun menonton wayang, itu memang akan memudahkan wang anda habis dengan lebih cepat. Apa kata kalau sebulan itu dating 2 kali sahaja.

Kalau tak mampu tanggung rindu, apa kata dating dekat kedai tepi jalan atau warung. Murah dan jimat bukan?



4. Jangan lupa bawa bekal ke teman kerja.

Selalunya orang malu nak bawa bekal ke tempat kerja berbanding nak makan roti sebungkus sehari. Ini yang menyebabkan ramai yang sanggup makan biskut kering ataupun mee segera. Sedangkan jika mambawa bekal, makanan lebih menjimatkan serta bersih, malah kesihatan juga terjaga.

Ini antara cara yang boleh anda gunakan dalam mengumpul duit kahwin pada saat-saat awal. Cuba untuk lebih relax dan santai berbanding mereka yang bakal berkahwin hujung tahun ini.

]]>
Jadilah Wanita Yang Mahal Dimata Lelaki Bukannya Wanita Yang Pentingkan Diri. https://redaksi.com/3526-jadilah-wanita-yang-mahal-dimata-lelaki-bukannya-wanita-yang-pentingkan-diri Fri, 14 Sep 2018 14:49:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3526 Setiap wanita sudah tentu mahukan lelaki yang terbaik menjadi pasangan mereka. Apabila mahukan yang terbaik, kadang-kala kaum wanita ini lupa untuk cermin pada diri sendiri. Mahukan lelaki yang sempurna, alim, pergi masjid setiap hari, mengaji setiap malam, tetapi diri sendiri tidak mahu berubah.

Pemikiran mereka hanyalah mahu menunggu seseorang, yakni seorang lelaki yang bergelar imam untuk mengubah mereka. Padahal diri sendiri enggan berubah walaupun sudah dinasihati oleh bapanya sendiri setiap hari.

INI YANG DINAMAKAN KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.

Wanita yang terlalu mementingkan diri sendiri adalah yang telalu leka dengan duniawi. Terlalu sibuk mengejar populariti (di sosial media). Terlalu mendedahkan diri sendiri, sehingga tidak sedar di eksploitasi dalam pelbagai kaedah.


Seperti kata-kata dari Encik Mizan Dzai..

“Tolonglah jadi wanita yang mahal di mata lelaki, pandai pandailah jaga kehormatan diri. Jangan fikirkan bakal suami tapi fikirlah tentang bapak kau sendiri. Layak ke maruah bapak kau diinjak injak sedemikian rupa dengan perangai dan masalah yang kau buat?....

Jahat macam mana pun lelaki ni, dia akan cari wanita yang layak digelar isteri. Itu memang pasti. Aku tahu, lelaki yang ikhlas memperisterikan kau, dia akan terima kisah silam kau. Tapi kau pasti semua lelaki macam tu? Kau pasti suami kau tak terkesan dihatinya bila dia tahu cerita kau dulu? Lelaki tak cakap, tapi dia simpan. Cukup masa dia bila dia letup, kau menangis air mata darah sekalipun kau tak boleh buat apa dah…..”

Selain daripada itu, wanita yang mementingkan diri sendiri ini sering sahaja mengungkap...

"Alah, kalau bakal suami aku betul nak aku dia akan terima siapa aku dulu. Nanti lepas kahwin aku berubah lah…”

“Lelaki yang baik tak akan tanya pasal kisah silam aku la…”

Kata-kata ini sahaja sudah kelihatan bahawa wanita zaman sekarang hanya mementingkan diri sendiri, dan tidak memikirkan hak-hak orang lain terutamanya bapa anda yang sedaya upaya menjaga anda dari kecil hinggalah ke besar. Daripada ungkapan ini sahaja, sudah menggambarkan wanita suka melakukan sebarang perkara menurut emosi sahaja.


WANITA YANG MAHAL INI SUDAH TENTU MEREKA YANG PANDAI MENJAGA DIRI

Menjaga kehormatan diri…

Menghormati kedua orang tuanya..

Tidak mementingkan diri sendiri seperti pandai menjaga hati ibu bapanya..

Jangan terlalu sesak minda memikirkan tentang bakal suami sahaja, seolah-olah dunia ini dihamparkan memang untuk mencari jodoh sahaja, padahal terlalu banyak perkara atau ibadah yang boleh dilakukan. Membalas jasa ibu bapa, memperbaiki diri. Jika anda berubah menjadi seorang yang baik, maka eloklah jodoh yang datang. Insya Allah.

Dan yang paling penting, jangan lah terlalu mementingkan diri sendiri dengan menunggu teman lelaki atau suami untuk memujuk sahaja. Jika pasangan anda orangnya agak ‘blur’, jangan lah kejam sangat sampai esok tidak bertegur. Berterus-terang sahaja, anda mahu mereka memujuk. Mudah kan?


]]>
Cara Isteri Meminta Maaf Kepada Pasangan Dengan Lebih Ikhlas. https://redaksi.com/6218-cara-isteri-meminta-maaf-kepada-pasangan-dengan-lebih-ikhlas Mon, 10 Jun 2019 10:11:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6218 Dalam alam rumahtangga, ia sememangnya penuh dengan cabaran dan dugaan. Jarang sekali melihat rumahtangga yang terlalu bahagia sehingga tidak bergaduh mahupun tidak berdepan dengan salah faham. Sedikit sebanyak pasti ujian-ujian kecil sebegini akan datang mengganggu hubungan yang dibina.

Seperti yang sedia maklum bahawa seorang suami itu mempunyai ego yang tinggi sedikit berbanding pasangannya. Di mana mereka ini sentiasa mahu mengekalkan maruah serta air muka mereka apabila berhadapan anak-anak ataupun orang disekelilingnya.



Jadi sebagai seorang isteri, anda perlu lebih banyak bersabar dan mengalah dalam hubungan seperti ini. Apabila anda melakukan kesalahan segera untuk meminta maaf pada pasangan anda. Jika anda meminta maaf dengan segera, ia dapat mengelakkan hubungan tersebut untuk terus retak mahupun renggang berpanjangan.

Jadi tidak salah untuk meminta maaf pada suami anda walaupun anda tidak salah dalam perkara tersebut. Tetapi jika anda berani untuk meminta maaf pada pasangan anda, itu bermakna hubungan anda lebih bernilai berbanding ego anda sendiri.

Bila waktu yang sesuai untuk anda meminta maaf?

1. Pilih waktu yang sesuai.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah memilih waktu yang bersesuaian. Sebaiknya jangan disaat suami anda masih lagi sedang berada dalam emosinya. Cuba untuk membiarkan dirinya sedikit bertenang malah membiarkan dirinya di ruangnya sendiri. Jika anda sudah melihat dirinya dalam keadaan yang baik, maka cuba untuk berbincang dan meminta maaf dengannya secara baik.

2. Akui kesalahan anda.

Jangan merasakan anda betul atau suami anda salah, tetapi segera menyatakan maaf dan mengakui bahawa itu salah faham anda sahaja. Biasanya lelaki ini akan lebih cepat cair apabila pasangannya meminta maaf dengan mengakui salah sendiri.

3. Gunakan nada yang bersesuaian.

Apabila anda telah mengakui kesalahan anda, cuba menggunakan nada yang lembut dan merendah diri. Pastikan permintaan maaf anda itu benar-benar membuat dirinya terasa. Jangan lupa untuk melihat matanya. Pastikan anda menjelaskan apa sebenarnya terjadi.

4. Jangan bawa sekali emosi anda.

Pastikan anda juga telah bertenang sebelum berjumpa denganya untuk memohon maaf. Tidak hanya itu sahaja, jika dirinya masih belum menerima maaf anda, jangan sesekali anda memaksanya untuk memaafkan anda. Daripada anda terus menerus memaksanya ia akan membuat hubungan anda kembali keruh semula. Jadi cuba kawal emosi anda dengan baik.

5. Beri dirinya masa.

Walaupun anda telah meminta maaf, itu tidak bermakna anda boleh memaksa suami anda untuk memaafkan anda dengan segera. Memaafkan seseorang itu memerlukan proses yang mengambil masa. Sekiranya pasangan anda ingin bersendirian terlebih dahulu, hormati keputusannya. Beri dia masa untuk berfikir dan tenang.

Jangan takut untuk meminta maaf bahkan jangan takut untuk mengalah. Orang lelaki ini sememangnya ego tinggi tetapi kita sebagai wanita yang terikut-ikut dengan ego mereka pula. Nanti hubungan yang terbina entah ke mana. Apabila anda melakukannya dengan ikhlas, sudah tentu dia akan dengan mudah memaafkan anda sekali lagi.

]]>
Bila Duduk Dengan Keluarga Mertua Ini Memanglah Boleh Kenal Mereka Dengan Lebih Rapat, Tapi Lama-Lama Boleh Bermasam Muka Juga. Ini 5 Sebab Kenapa Perlu Duduk Rumah Sendiri Dengan Kadar Segera Selepas Kahwin. https://redaksi.com/6867-bila-duduk-dengan-keluarga-mertua-ini-memanglah-boleh-kenal-mereka-dengan-lebih-rapat-tapi-lama-lama-boleh-bermasam-muka-juga-ini-5-sebab-kenapa-perlu-duduk-rumah-sendiri-dengan-kadar-segera-selepas-kahwin Fri, 16 Aug 2019 18:39:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6867 Ada orang kata kalau baru kahwin elok duduk dengan keluarga mertua ini, dapatlah pasangan kita memahami serba sedikit akan keluarga kita, selepas itu barulah berpindah keluar. Ada juga yang berpendapat bahawa, selepas berkahwin lebih baik jangan duduk dengan keluarga mertua, nanti privacy tak ada malah takut makan hati sendiri.

Semuanya bergantung pada pendapat seseorang kan tetapi kalau ikut pendapat peribadi, lebih baik kita duduk asing dengan keluarga, barulah boleh berdikari membina keluarga sendiri.

Apa pun, sedikit pendapat serta luahan ini akan membantu anda membuat keputusan kelak.

Jom baca.



Ada satu lagi kisah yang aku dah lama rasa nak cerita, tapi tak tulis-tulis lagi sampai sekarang. Kisahnya berkenaan sebab apa aku pilih untuk ‘KELUAR RUMAH’ selepas dapat pekerjaan walaupun masa itu dalam akaun bank memang tengah TAK ADA DUIT.

Dalam tempoh hampir 1 tahun aku berkahwin, aku menumpang kasih, hidup di rumah mertua. Hari-hari berulang alik dari UIA ke rumah mertua sebab masa itu masih belum habis belajar lagi.

Masa zaman belajar, kita ini kononnya nak fokus sungguh-sungguh habiskan belajar. Usaha nak cari duit untuk diri sendiri dan isteri itu memang sedikit. Sebab tak pandai. Kahwin nak, tapi cari duit tak pandai. Huhuhu. Biasalah, anak muda.

Dalam tempoh setahun itu, aku menetap di rumah mertua. Masa itu juga, ada ramai adik-beradik isteri di rumah. Ramai yang perempuan. Rasa kekok juga tinggal di rumah mertua masa itu, sebab pertama kali kita berada dalam keadaan macam itu.

PENTING! Apabila baca sharing ini, anda kena faham satu benda. Benda ini semua berlaku sebab aku yang pemalas masa itu. Tak usaha untuk cari rumah sendiri. Keluarga belah mertua tak bersalah pun.

1. Perasaan Serba Salah

Antara perasaan yang paling TAK BEST apabila kita berada dalam keadaan itu adalah kita rasa sangat serba salah nak keluar daripada bilik. Sebab takut ipar duai kita ada yang tak pakai tudung. Yalah, sebab itu kan memang rumah mereka. Bukan rumah aku.

Apabila balik dari UIA, dari masjid atau mana-mana pun rasa agak kekok juga bila nak masuk rumah atau masuk bilik sebab nak kena pastikan line clear supaya aku boleh masuk dengan tenang.

Isu aurat ini isu sensitif, bukan isu main-main. Mungkin ada sebahagian keluarga lain yang dah biasa dedahkan aurat (rambut, lengan, pakai seluar pendek dan sebagainya) kepada ipar duai.

Pada masa sama, kita kena faham. Ada orang yang jenis tak kisah dedah aurat ni, tapi ipar dia tak selesa kalau dia tak tutup aurat di rumah. Sebab haram untuk dia nak tengok bahagian-bahagian tersebut.

Tapi perkara ni tak berlaku dalam keluarga belah mertua, alhamdulillah semua ada sensitiviti bab aurat ni. RESPEK!
Jadi anda boleh bayang betapa lecehnya bila nak keluar masuk bilik, keluar masuk rumah dalam keadaan macam tu. Sangat susah dan pergerakan kita sangat terbatas.

Bayangkan bila aku nak masuk rumah saja, isteri atau penghuni rumah terpaksa jerit “FADHIL NAK MASUK!!”. Selepas itu semua bertempiaran cari tudung.

Kita ini kalau nak pakai pakaian selekeh sikit pun susah. Huhu.

2. Bukan Ketua Keluarga

Bagi suami yang tinggal di rumah mertua, perasaan kedua yang paling kita rasa TAK BEST adalah kita BUKAN KETUA KELUARGA. Kita tak ada kuasa nak kawal rumahtangga kita sendiri sepenuhnya apabila kita duduk di rumah mertua.

Nak tahu sebab apa?

Sebab dalam dunia ini mana ada 2 orang raja memerintah sebuah negara. Raja mesti kena ada seorang sahaja.

Begitu juga apabila kita tinggal di rumah mertua. Kita tak boleh buat keputusan yang muktamad. Kita kurang kebebasan untuk buat keputusan sendiri.

Duduk dalam rumah pun rasa macam takut-takut. Nak makan pun, kena tunggu orang tua makan dulu walaupun masa itu dah lapar sebab baru balik dari UIA atau lepas buat kerja.

Kita ini pula terpaksa terima arahan dengan rela hati. Benda ini OK kalau berlaku sehari dua saja kita menumpang di rumah orang tua. Normallah sebab kita memang sepatutnya kena tolong orang tua kan.

Kita duduk rumah mertua, rasa rumah itu bukan tempat kita. Sebab memang bukan rumah kita pun. Kita ini menumpang saja. Tapi kalau dah setahun macam itu, sangat-sangat menganggu emosi dan rasa tak selesa. Rasa bergolak dan ada konflik dalam diri.

Suami ini secara fitrahnya ego dia tinggi. Apabila dalam keadaan macam itu, kita seolah-olah berlawan dengan diri sendiri.

3. Rasa Susah Nak Berkembang

Rasa susah nak berkembang sebab kita hidup atas ihsan orang lain. Tempat tinggal pun orang lain nak kena bayarkan. Bil api dan air pun orang lain bayarkan. Makan minum pun sama.

Silap-silap, pampers dan susu anak pun mertua belikan kalau duduk di rumah mereka lama sangat.

Kita rasa seolah-olah kita ini orang yang tak bertanggungjawab. Rasa diri macam pemalas dan tak boleh buat apa-apa mengenai perkara tersebut.

Nak buat kerja pun jadi malas. Tak ada pushing factor yang memaksa kita untuk kerja keras. Sebab kalau kita buat duit atau tak buat duit sekalipun, tempat tinggal masih lagi secured.

4. Mudah Berlaku Salah Faham

Salah faham mudah berlaku. Bayangkan keadaan di bawah ini.

Apabila kita nak tidur siang pun kita rasa bersalah, takut mertua rasa kita pemalas. Apabila kita duduk dalam bilik waktu siang pun kita takut orang tua fikir kita ini tak buat apa-apa.

Apabila ada di luar bilik pula, rasa tak selesa sebab takut ipar duai tak tutup aurat dengan sempurna.

Bagi orang perempuan yang duduk di rumah mertua pun mesti rasa macam itu. Ada masa kalau tak masak, kita takut mertua rasa kita ni pemalas. Padahal bukan macam itu. Kita tak masak kadang-kadang sebab penat sangat ada urusan lain yang dah dibuat sebelum itu.

5. Hutang Budi

Rasa terhutang budi dengan keluarga. Banyak keadaan, orang tua bukan nak berkira sangat pun kalau kita duduk rumah mereka. Tapi biasanya kita sendiri yang akan rasa macam kurang selesa.

Rasa terhutang budi sangat sampai kita tak boleh nak buat apa-apa. Ada ‘bahayanya’ kalau kita terlalu berhutang budi dengan orang. Sebab apa yang orang tu cakap, kita rasa kita terpaksa buat.

Ada masa, kita tak boleh nak cakap “TIDAK” walaupun kita tak nak benda itu berlaku.

Contohnya, guna nama kita/pasangan untuk beli kereta secara ansuran. Atau jadi penjamin untuk pembelian kereta. Kalau boleh, kita tak nak ambil risiko itu. Tapi disebabkan terhutang budi, susah nak cakap TIDAK dalam keadaan macam itu. Ini contoh saja. Mungkin ada kes yang lebih teruk di luar sana.



Kesimpulan

Jadi, ini adalah 5 perkara yang buat aku rasa “AKU WAJIB PINDAH SEGERA” walaupun aku baru dapat kerja dan tak ada duit lagi. Aku terpaksa BERHUTANG!

Walaupun masa itu pernah dikecam orang kata, “Itulah, tak penyabar nak pindah cepat-cepat. Dah nak kena pindah lagi”. Tapi aku tak pernah menyesal dengan keputusan yang aku ambil, sumpah. Itu adalah keputusan yang paling bijak pernah aku ambil dalam hidup.

Keputusan ini juga yang terus bagi aku motivasi dan push aku untuk terus berusaha keras untuk cari kesenangan dunia dan cari ganjaran akhirat.

Tapi pada masa sama, aku sangat bersyukur atas peluang dan ihsan mertua kerana sudi bagi aku menumpang sepanjang setahun tersebut. Moga Allah ganjari mereka dengan balasan yang jauh lebih baik di dunia dan akhirat.

Tanya pada kawan-kawan yang dah kawin tapi duduk di rumah mertua, ada rasa macam ini tak? Aku yakin paling tidak mesti salah satu ‘kena’ dengan kehidupan mereka.

GAMBAR INI RUMAH PERTAMA YANG AKU SEWA. RM600 SEBULAN. TINGKAT 5! SEKSA BETUL NAK ANGKUT BARANG TURUN NAIK MASA NAK PINDAH.

Walaupun sekarang anda mungkin sekarang terpaksa duduk rumah mertua. Tolong elak daripada PJJ (perkahwinan jarak jauh/suami isteri duduk asing) semampu mungkin kecuali kalau dah terpaksa.

Penting suami isteri tinggal bersama tau walaupun sementara ini terpaksa menumpang.

Kalau anda kahwin masa belajar di universiti sekalipun, usaha cari rumah sewa atau bilik sewa murah kalau ada. Duit itu insyaAllah akan datang sendiri nanti.

Nak tak nak, anda terpaksa cari jalan untuk bayar sewa rumah itu juga nanti. Huhu. Siapa suruh nak kawin masa belajar. Padan muka!

Sebab awal-awal perkahwinan inilah tempoh untuk anda nak mula berkenalan antara satu sama lain.

Banyak kes aku dengar apabila suami tinggal berasingan dengan isteri untuk tempoh yang panjang, banyak perkara yang tak diingini boleh berlaku.

Sebab apabila dari awal duduk asing, emosi dan attachment antara suami dan isteri itu boleh jadi semakin renggang. Suami tak faham isteri. Isteri tak faham suami.

Sebab apa? Sebab tak duduk samalah. Jadi anda sendiri faham-fahamlah apa yang boleh berlaku selepas itu.

Usaha cari rumah sendiri sahabat-sahabat semua. Allah bagi jalan keluar apabila anda kuat berusaha cari rumah sendiri, tambah pendapatan dan banyakkan berdoa.

Jaga solat, jangan tinggal solat, hidup anda pasti akan jadi lebih baik selepas ini.

Hidup anda akan berubah apabila tinggal di rumah sendiri. Jangan demand sangat, gaji kecil nak tinggal di rumah kondominium mewah. Cari rumah yang mampu sewa.

Di Kuala Lumpur ini ada lagi rumah pada kos RM500-RM600 sebulan. Kalau usaha cari sungguh-sungguh dengan pelbagai cara, insyaAllah jumpa nanti. Kalau nak, mesti ada jalannya.

Malas usaha dan bertindak memang tak akan dapat apa-apa, habuk pun tadak!

]]>
Lihat ibu tidak bernyawa di depan mata, dua beradik hanya mampu saling memeluk https://redaksi.com/8660-lihat-ibu-tidak-bernyawa-di-depan-mata-dua-beradik-hanya-mampu-saling-memeluk Tue, 06 Oct 2020 16:50:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8660 Setiap orang tentunya belum bersedia kehilangan ibu bapa mereka. Walaupun tahu mereka semakin menua tetapi perasaan takut kehilangan itu sentiasa ada.

Tapi lebih sedih kalau kehilangan mereka itu berlaku di depan mata, bagai tiada kata yang mampu terluah hanya tangisan pengganti kata.

Kemalangan berlaku di depan mata

Menerusi perkongsian pengguna laman Facebook Nurfa Ray, beliau berkongsi beberapa keping gambar kemalangan antara sebuah kereta dan motosikal, tapi bukan itu yang menyentuh hati, akan tetapi gambar pelukan seorang abang yang memeluk erat adiknya ketika itu yang sangat mencuri perhatian.


Rupa-rupanya, menurut perkongsian Nurfa kemalangan yang berlaku itu adalah melibatkan seorang wanita yang menaiki motosikal manakala dua orang anak ini pula adalah anak kepada wanita terbabit.


Peluk adik dengan kuat

Jelasnya, anak lelaki wanita terbabit dikatakan dalam perjalanan menghantar adiknya namun berhenti melihat kemalangan di hadapannya. Tak terduga jasad yang yang sudah tidak bernyawa itu adalah ibu mereka.


Tanpa meluahkan kata-kata, remaja lelaki itu jatuh rebah menangis memeluk seeratnya adik yang masih kecil itu.

Tulisnya lagi, tidak boleh bayangkan bagaimana jika anak-anaknya berada di tempat dua beradik itu namun berharap agar dikuatkan semangat.

Perkongsian ini mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata turut bersimpati dan mengucapkan takziah kepada kanak-kanak terbabit.


]]>
5 Makanan Sihat Untuk Diet Buat Bakal Pengantin. https://redaksi.com/600-5-makanan-sihat-untuk-diet-buat-bakal-pengantin Thu, 27 Jul 2017 14:12:58 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=600 Makan dengan cara yang sihat dan teratur membantu anda untuk tidak lari daripada zon diet tersebut. Makanlah dengan kadar yang betul supaya impian anda untuk tampil langsing pasti menjadi kenyataan tambah pula hari bahagia bakal tiba. Kami bawakan 5 jenis makanan yang akan membantu anda langsing dan sihat.



1. Tauhu.

Soya merupakan salah satu bahan utama yang digunakan dalam tauhu. Tauhu hanya mengandungi kira-kira 50 kalori sahaja dalam setiap tiga auns. Jadi, tauhu sangat sesuai dijadikan snek sihat anda. Apa kata anda cuba jadikan tauhu sebagai ramuan utama dalam masakan seperti dimasak sup ataupun dibakar.

2. Jus lemon atau limau nipis.

Secara psikologinya, haruman sitrus lemon atau limau nipis akan membuatkan anda terasa lebih segar untuk menikmati makanan yang lebih segar dan berkhasiat. Minum jus lemon atau limau nipis suam selepas makan mampu membantu anda membuang lemak di bahagian perut. Pasti perut yang buncit dan menggeleber kelihatan nipis pada hari persandingan nanti.



3. Teh herba.

Mampu menenangkan minda, malah boleh membantu anda tampil langsing pada hari persandingan. Secawan teh herba pada waktu minum petang boleh meredakan ketegangan dan dapat membantu menghidarkan diri anda daripada mengambil makanan yang banyak. Lebih-lebih lagi jika anda gemar makan ketika menghadapi ketegangan.

4. Lobak merah.

Bukan sahaja boleh menyihatkan mata tapi boleh dijadikan pilihan untuk membantu diet anda. Lobak merah mengandungi kalori yang sangat rendah kerana ia kaya dengan serat dan ini elok untuk penghadaman anda.

5. Keledek

Sebiji keledek yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 115 kalori sahaja. Namun, jika anda mahu jadikannya sebagai masakan, keledek ini harus dibakar atau dipanggang dan bukan digoreng. Jika digoreng, keledek akan menyerap minyak dengan banyak.



Ekstra:

Tiada masalah dengan mengambil mana-mana makanan suplemen atau makanan tambahan TAPI jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan.

]]>
3 Gaya ‘Simple’ Wanita Yang Mampu Memikat Hati Lelaki. https://redaksi.com/1954-3-gaya-simple-wanita-yang-mampu-memikat-hati-lelaki Thu, 12 Apr 2018 10:55:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1954 Wanita perlu tahu, lelaki tidak gemar melihat perkara mahu pun keadaan sekeliling yang serabut. Mereka lebih gemar berfikiran mudah dan jika boleh semua telah disediakan serta merta. Bukan mereka tidak gemar menyelesaikan satu masalah, tetapi ‘keep it simple’.



Tetapi wanita pula semuanya agak complicated, daripada cara pemikiran hingga lah gaya penampilan. Dengan make up yang tebal, bag yang terlalu banyak barang, malah di dalam kereta seperti telah menjadi rak kasut untuk para wanita. Benar bukan?

Mengapa wanita lebih gemar menggayakan penampilan yang terlalu berlebihan atau excessive, walhal lelaki tidak memerlukan semua itu untuk menarik perhatian mereka.

Mungkin mereka akan melihat anda untuk kali yang pertama kerana penampilan yang menarik, tetapi tidak akan menatap lebih lama kerana sudah terlalu biasa melihat wanita seperti anda di mana-mana sahaja.

Jadi, penampilan simple yang bagaimana kah akan menarik perhatian lelaki?

1. Make up bersederhana.

Kita tahu, ayat cliché seorang wanita “Aku melaram sebab nak bina keyakinan diri sendiri untuk bertemu orang ramai. Bukan untuk mengorat lelaki”

Secara ironik, anda mula berfikir, kenapa anda masih single sehingga sekarang? Jadi, jangan bertindak tanpa berfikir wahai wanita. Lelaki sebenarnya tidak mahu melihat anda dengan make up yang tebal, seperti bulu mata palsu, gothic eye shadow di siang hari atau gincu terlalu merah ketika dating.

2. Kasut.

Tahukah anda wahai wanita, lelaki sebenarnya suka melihat apabila anda pandai menggayakan kasut dengan pakaian yang anda pakai ketika itu. Maksudnya, baju sukan sudah tentu dengan kasut sukan bukan?

Tetapi kasut tinggi, tidak pula terlalu tinggi, cukup sempurna digayakan jika kena dengan pakaian anda ketika itu. Dengan baju kurung mahu pun dress, atau pun pakaian kerja anda. Anda kelihatan anggun!

3. Pilihan jenis dan warna pakaian.

Make up yang sederhana, kasut tidak terlalu tinggi di kenakan pula dengan baju kurung cotton bercorak bunga kecil. Warna pula terang dan ceria. Cukup dapat menarik perhatian lelaki. Simple seperti warna lembut atau di kenali pastel. Tidak perlu memakai pakaian yang anda rasa tidak selesa yang akhirnya berpeluh dan mengeluarkan bau badan.

]]>
Bila Dah Jadi Suami Nanti, Kalau Nak Didik Isteri Jadi Solehah Kena Gunakan Kelembutan, Barula Isteri Mudah Lembut Hati. https://redaksi.com/6734-bila-dah-jadi-suami-nanti-kalau-nak-didik-isteri-jadi-solehah-kena-gunakan-kelembutan-barula-isteri-mudah-lembut-hati Mon, 05 Aug 2019 12:48:32 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6734 Tidak semua wanita itu seorang yang mendengar kata, taat malah seorang yang begitu mudah untuk dilenturkan. Sekeras-keras mereka ini yang anda lihat dari luarannya tetapi ia masih lagi boleh dilembutkan.

Dari luar kita tengok dia keras kepalanya, tetapi tidak tahu di dalamnya penuh dengan kelembutan yang tersembunyi. Selembut mana pun isteri itu, ada juga masa untuk dia menjadi keras kepala tapi sebagai seorang lelaki, jangan cepat mengalah malah cepat melenting.

Sabar.

Cuba untuk bersabar.

Tahan sabar.

Itu yang kalian boleh lakukan dalam mendidik dan membentuk isteri yang taat dan solehah ini.



Lelaki diciptakan memang sedikit kasar di dalam pergaulan, percakapan dan perbualan berbanding perempuan. Kuat, gagah, bertenaga itulah lelaki.

Tengok kulit pun dah berbeza. Lelaki kulit macam beg crocodile. Menggerutu semacam.

Perempuan pula kulitnya selembut kain sutera. Macam kulit bayi.

Bukan hanya kulit, hati dan perasaan, jiwa emosinya juga penuh terkandung kelembutan. Mudah tersentuh.



Segagah dan sekasar mana pun lelaki, Islam mengajar supaya bila berdepan isteri, didiklah dengan kelembutan, kasih sayang, dan pergaulan yang baik. Barulah harmoni. Tapi bukan maksudnya suruh jadi lelaki lembut atau pondan.

Firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
[Surah al-Nisa’: 19]

Jika ada perselisihan faham suami isteri, suami cubalah selesaikan dengan menyentuh emosinya, bukan secara logik akal semata. InsyaAllah akan mudah kawal.

Bak kata Saidina Umar al-Khattab r.a:
"A man should be a child with his wife, but if she needs him, he should act like a man."

Tahu tidak mudah, malah ia juga bukan perkara yang susah kalau dalam diri setiap suami-suami yang mahu ditemani isteri disyurga ini sentiasa sabar dalam membantuk dan membimbing isterinya.



Jangan didik mereka ini menggunakan kekerasan, tapi didik mereka gunakan kelembutan yang sama seperti kalian mendidik anak-anak kalian. Ini kerana, sudah sifat wanita manja dan inginkan perhatian seperti kanak-kanak.

Nak jadi suami bukan? Kenala sentiasa sabar.

]]>
Gadis Bertudung Bawal, Tarik Perhatian Lebih Di Mata Jejaka. https://redaksi.com/7030-gadis-bertudung-bawal-tarik-perhatian-lebih-di-mata-jejaka Fri, 30 Aug 2019 11:57:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7030 Pemilihan tudung bawal ataupun shawl ini semenangnya tidak aka nada habisnya. Kalau orang perempuan tiada masalah untuk memakai keduanya tetapi yang menjadi masalah adalah orang lelaki. Bagi mereka, wanita yang memakai tudung bawal lebih memikat hati berbanding memakai shawl, tapi bagi wanita pula shawl lebih mudah.

Eh, tapi shawl atau bawal ini bukan jenama tudung tetapi ia lebih kepada jenis tudung yang boleh anda dapati di pasaran. Orang perempuan tahulah , yang lelaki kang pening kepala pula nak faham.



Bila nampak artis macam Tokti pakai bawal, terus ramai lelaki yang akan memuji kecantikannya. Haa, hebat betul penangan tudung bawal ini.

Nak tahu tak kenapa tudung bawal ini menjadi pilihan di mata lelaki?

1. Sedap mata memandang.

Bagi orang lelaki, jika wanita memakai tudung bawal ini lebih sejuk dan bersesuaian pada pandangan mata mereka. Mana tidaknya, tak perlu terlalu berpusing-pusing yang merimasakan. Itu yang menyejukkan mata pandangan orang lelaki.



2. Lebih kemas.

Sudah tentu penggunaan tudung bawal ini akan lebih kemas dan sesuai digunakan buat para wanita yang penuh kelembutan. Bahkan tudung bawal ini juga lebih teletak bukannya perlu dijaga dengan betul selepas memakainya.

3. Menutup aurat.

Bagi orang lelaki, jika wanita menggunakan tudung bawal aurat mereka akan lebih terjaga tetapi itu pun bergantung pada cara menggayakannya. Namun jika digayakan dengan elok maka elokklah si pemakainya.



4. Ringkas dan tak ambil masa yang panjang.

Ini tentu sebab mereka ini tidak mahu menunggu lama, itu yang merasakan apabila wanita memakai tudung bawal ia akan ambil masa yang pantas. Sedangkan bagi sesetengah wanita, penggunaan tudung bawal ini agak melecehkan.

5. Kelihatan awet muda.

Siapa sangka, orang lelaki beranggapan apabila wanita memakai tudung bawal ini kelihatan lebih awet muda dari biasa. Haa… selepas ini kalau nak nampak muda kenalah pakai tudung bawal sentiasa.

Namun begitu, orang lelaki kena ingat bahawa orang perempuan ini bukan saja-saja memakai tudung bawal atau shawl tetapi lebih kepada mereka ini nak bina keyakinan diri mereka sendiri. Bukannya nak pakai sebab korang pun.

]]>
Cara Memikat Hati Lelaki Dalam Diam. https://redaksi.com/1195-cara-memikat-hati-lelaki-dalam-diam Mon, 11 Sep 2017 12:42:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1195 Malu untuk meluahkan perasaan atau memberitahu si dia tentang isi hati kamu? Sedangkan kamu benar-benar menyukainya. Tapi bagaimana caranya? Atau anda ingin menyesal di kemudian hari kerana telah melepaskan banyak peluang yang terhidang di depan mata?



Berikut adalah beberapa tips yang akan saya kongsikan tentang bagaimana cara memikat hati lelaki dalam diam yang boleh anda cuba untuk mevariasikan kaedah dalam semua percubaan anda sehingga anda berjaya memikat hati si dia.

Serlahkan bakat terpendam anda.

- Mungkin ada beberapa kelebihan dalam diri anda yang menjadi idaman lelaki. Cuba cari ruang untuk menyerlahkan. Percaya pada diri sendiri dan positifkan minda anda.

Dekatkan diri anda pada pandangannya.

- Kerapkan diri anda untuk dekat dengan pandangannya, supaya imej anda sentiasa terbayang di fikirannya. Jangan kurung diri dan berharap si lelaki akan mendekati anda kecuali memang kamu adalah sasarannya.



Cuba berkomunikasi.

- Sebaiknya gunakan peluang yang ada jika dapat bertemu dengannya untuk bercakap dan memperkenalkan siapa diri anda sebenarnya. Jangan malu dan segan untuk memulakan perbualan kerana anda mungkin terlepas saat-saat penting dalam hidup anda.

Jaga adab anda.

- Perkara paling penting kerana anda belum tahu apa yang disukainya dan sebaliknya. Jadi jaga adab anda, jaga perilaku umpama memijak semut pun belum tentu semut akan mati. Seeloknya berhemahlah dan jangan tunjukkan sifat gedik melampu anda pada permulaan pertemuan.

Sukai aktivitinya.

- Lelaki pasti mempunyai hobinya tersendiri sama ada hobi berbentuk indoor atau outdoor. Tunjukkan minat anda terhadap hobinya walau pun ianya bukan sebahagian daripada jiwa anda. Mereka cumpa perlukan sokongan dan dorongan daripada seseorang di sisinya.



Perkemaskan penampilan anda.

- Paling penting adalah "first impression" seseorang kepada penampilan anda. Sama ada anda seorang yang berwatakan menarik, anggun bergantung pada penampilan diri anda. Penampilan menjolok mata menarik lelaki-lelaki buaya manakala penampilan yang sedap mata adalah lebih baik dan menyenangkan.

Akhir sekali, jika semua percubaan dan "serangan anda" tampak seolah-olah gagal, cuba jangan putus asa. Sekiranya anda merasakan lelaki itu pasti semakin "menjauhi" anda, maka tinggalkan dia, kerana dia pasti bukan jodoh anda pada saat ini.

]]>
Antara Cara Penjagaan Rahim Bagi Golongan Wanita Oleh Dr. Hamid Arshat. https://redaksi.com/5356-antara-cara-penjagaan-rahim-bagi-golongan-wanita-oleh-dr-hamid-arshat Wed, 27 Feb 2019 16:28:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5356 Pada masa kini, ramai golongan anak remaja perempuan tidak menitik beratkan tentang kesihatan diri terutamanya dalam bahagian tubuh badan. Mereka hanya pentingkan paras rupa sehingga terlepas pandang bahawa rahim adalah organ yang penting proses kehamilan.

Oleh itu, jom ikuti cara-cara penting dalam menjaga Rahim seperti perkongsian dari Dr Hamid Arshat

********

Cara-cara menjaga rahim.

1. Tahu latar belakang keturunan sekiranya ada penyakit rahim.

Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga - ibu, nenek, ibu saudara adik beradek perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, munkin menyumbang 10% kepada faktor-faktor penyebab. Elakkan dan jauhkan dari faktor penyebab yang timbul dari sekitaran.

2. Kahwin awal untuk mencegah fibroids dan adenomyosis.

Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Lepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.

3. Jaga pemakanan untuk mengawal hormon estrogen dan progesterone.

Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia} progesterone meningkatkan salurdarah endometrium dan mengembangkan sel2 otot rahim (myometrial hypertrohy).

Kedua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim.

4. Jaga kesihatan seperti kesihatan mental dan emosi.

Kerana ia bakal mempengaruh hormone estrogen menjadi tinggi, dan progesterone menjadi rendah.

Pemakanan yang terlebih gula dan karbohaidrat, mengandungi terlalu banyak perisa dan pengawet serta kegemukkan (obesity) dan penyakit PCOS, kesemuanya menyebabkan hormon estrogen meningkat tinggi sedangkan progesterone berkurangan.

Tangani dan kawal semua jenis stress.

5. Penjagaan dan kesedaran pada anak perempuan sejak dari kecil lagi.

Kerana ramai anak-anak perempuan dijangkiti kuman diluar farajnya akibat tidak sempurna beristinjak dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka makan sayur dan buah-buahan. Jika menghadapi masalah lelehan / vaginal discharge , basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik untuk wanita.

Beri supplemen vitamin C (chewable) disamping multivitamin sirup dan minyak ikan kepada anak-anak perempuan. Amalan ini diteruskan dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen tersebut akan meningkatkan ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit khususnya dirahim.

6. Kawal diet pemakanan anak-anak sejak mereka dari kecil.

Kegemukkan perlu dikawal dari umur kanak-kanak dan remaja kerana mereka terlalu suka dan kerap makan junk food dan juga fast foods. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang.

Remaja mula dilanda kegemukkan bila belajar di sekolah mahupun di kolej dan asrama. Mereka makan terlalu banyak makan segera kononnya tidak berkesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang disajikan.

Bermula disini gangguan haid berlaku - samada tidak datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan dan ketidak seimbangan hormon wanita dan akhirnya merosakkan rahim.

********

Semoga Bermanfaat Pada Semua Golongan Wanita!

]]>
Siapa Yang Patut Bayar Untuk Baju Bridesmaid? https://redaksi.com/779-siapa-yang-patut-bayar-untuk-baju-bridesmaid Mon, 07 Aug 2017 21:54:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=779 Kadang kala dilema juga kan, bila tiba part nak bayar-bayar ni. Jom kita selesaikan dilema epik dalam persiapan perkahwinan ini.

1. Apabila baju terlampau mahal. 



Kalau baju bridesmaid itu terlampau mahal, mungkin lebih daripada RM300, pengantin perlu bayar untuk kos baju, atau mungkin bayar sebahagian daripada kos.

2. Apabila baju 'custom made'. 

Baju custom made lebih nampak cantik sebab nampak 'terletak' dan boleh mengikut design yang dimahukan. Tapi, kos fabrik dan upah jahit pun sudah mahal bukan? Jadi, pengantin bayar kos fabrik dan kos upah dibayar bridesmaids.

3. Apabila syaratnya hanya pada tona warna. 

Jika anda mahu certain warna untuk bridesmaids anda tapi tidak kisah tentang design atau stail baju bridesmaids anda, selagi bukan custom made, bridesmaids yang perlu membayar untuk kos baju kerana mereka boleh memilih stail sendiri dan boleh memakainnya berulang kali.



4. Apabila bridesmaids anda semua masih muda dan belum bekerja. 

Cuba cari pilihan yang mereka mampu. Jika tidak jumpa juga, anda sebagai pengantin perlu step up dan bayar untuk kos baju.

5. Apabila destinasi majlis anda jauh dan perlukan belanja lain. 

Majlis perkahwinan bukan murah. Lebih-lebih lagi jika destinasi perkahwinan anda jauh. Jika pengantin tidak menyediakan tempat tinggal dan pengangkutan, pengantin perlu bayar kos baju. Kos pengangkutan dan tempat tinggal sudah mahal, jadi macam win-win.



6. Apabila bridesmaids boleh pakai apa-apa. 

Kalau macam ni, sama macam bridesmaids shopping biasa saja. Mereka boleh pilih ikut suka mereka. Jadi, bridesmaids bayar.

7. Apabila majlis kecil-kecilan. 

Ada banyak sebab majlis dibuat secara kecil-kecilan. Antara sebab utamanya adalah untuk menjimatkan kos. Jadi, kalau dalam hal ini, lebih elok jika bridesmaids yang bayar kos baju.

8. Apabila anda dulu pernah jadi bridesmaid kawan anda itu. 

Anda ikut caranya. Kalau dulu kawan anda bayar kos baju anda, anda bayar kos bajunya pula masa giliran anda jadi pengantin ini.

]]>
Hukum Memanggil Suami/Isteri Dengan Panggilan Papa/Mama/Umi/Abi. https://redaksi.com/1178-hukum-memanggil-suamiisteri-dengan-panggilan-papamamaumiabi Sun, 10 Sep 2017 15:01:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1178 Bila anak dah besar dan mula bercakap, mula dia mengikut apa yang kita cakap... Sama macam Faiqah, mula dah mengikut setiap kata kita..termasuk panggilan aku kepada suami, dan suami kepada aku... memang terpaksa cover juga.... Kadang-kadang menggunakan panggilan "sayang" buatkan dia dengar, akhirnya semua orang Faiqah panggil 'yang'... tak ke haru tu... Jadi, aku terpaksalah cover panggilan tu dengan memang suami dengan panggilan "abi" dan suami tetap tak reti nak cover tetap juga dengan panggilan manja dia kepada aku... jadi akhirnya Faiqah mula mengikut penggilan tu..



Bila situasi ni berlaku, ramailah aku tengok dari kalangan keluarga, dan sahabat2ku yang dah ada anak besar ni, menukarkan panggilan manja kepada panggilan yang biasa digunakan oleh anak-anak untuk biasakan, akhirnya sampai anak tu besar pun terbiasa dengan panggilan tu...

Dalam Islam, ada hukumnya... apa hukum memanggil suami/isteri dengan panggilan umi/abi/mama/papa/bapa/ibu???

Jawapan dan hujah 1:

Memanggil isteri dengan panggilan seperti 'ibuku, mama" dan seumpamanya, jika dimaksudkan dengannya untuk menyamakan isteri dengan ibunya dari sudut haram bersekedudukan, maka ia dikira zihar (zihar kinayah). Tetapi dalam masyarakat Melayu, ia jarang dimaksudkan begitu.

Kebiasaan, dalam masyarakat kita, suami memanggil isteri dengan panggilan 'mama, ibu, mak' dan seumpamanya hanya semata-mata panggilan, atau kebiasaan, atau kerana mengikut panggilan anak kepada ibu mereka.



Memanggil isteri dengan panggilan demikian, ada pendapat yang mengatakan makruh. Kerana berdasarkan satu hadis ada seorang lelaki memanggil isterinya dengan 'Ya Ukhaiyyah' (Wahai adikku). Lalu Rasulullah bertanya, "Adakah dia adik perempuan kamu?". Kemudian, baginda membenci panggilan demikian dan melarangnya.

Hadis ini direkod dalam Sunan Abi Daud (no: 2212) daripada hadis Abu Tamimah Al-Hujaimiy. Ia dinilai dhaif oleh Albani.

Syeikh Utsaimin ditanya soalan seperti ini, lalu beliau berfatwa, "Harus bagi seorang lelaki memanggil isteri dengan 'Wahai adik perempuanku' atau 'Wahai ibuku', dan perkataan-perkataan lain yang boleh menimbulkan kasih sayang.

Walaupun sebahagian ulama mengatakan makruh seorang suami memanggil isteri dengan perkataan-perkatan seumpama itu, tetapi tidak ada hujah untuk mengatakan makruh. Kerana amalan-amalan adalah dengan niat-niat. Suami tersebut bermaksud untuk menimbulkan kasih sayang dan kemesraan dengan isterinya". (Fatawa Nur Ala Al-Darb).

Jawapan dan hujah kedua:

Perkataan seorang suami kepada istrinya : kamu ummi (ibuku) atau ukhti (saudara perempuanku) atau ya mama mengandung zihar akan tetapi terjadi atau tidaknya zihar tersebut tergantung dari niatnya, berdasarkan sabda Rasulullah saw,”Sesungguhnya amal tergantung dari niat dan tiap-tiap orang tergantung dari apa yang dia niatkan” Muttafaq alaihi

Pada umumnya seorang suami mengatakan seperti kata-kata diatas umtuk sebuah kelembutan atau penghargaan sehingga tidak terkategorikan sebuah zihar yang menjadikan isterinya haram bagi suaminya.



Ibnu Qudamah –semoga Allah merahmatinya—didalam kitab “al Mughni (8/6)—mengatakan,”Apabila seseorang mengatakan : Kamu bagai ummi atau seperti ummi dan jika ia meniatkan zihar maka terjadi zihar maka ia adalah zihar, menurut pendapat kebanyakan ulama. Sedangkan jika dia meniatkan sebuah kemuliaan dan penghargaan maka ia bukanlah zihar walaupun seseorang mengatakan : kamu ummi atau istriku ummi.”

Al Lajnah ad Daimah pernah ditanya tentang perkataan sebagian orang kepada istrinya,”Aku saudara lelakimu, kamu saudara perempuanku, maka apa hukumnya?”

Al Lajnah menjawab, ”Apabila seorang suami mengatakan kepada istrinya kamu ukhti, atau kamu ummi atau seperti ummi, atau kamu disisiku seperti ummi atau seperti ukhti maka jika dia menginginkan dengan perkataannya itu seperti apa yang disebutkannya berupa kemuliaan atau adanya hubungan dan kebaikan atau penghormatan atau tidak ada padanya niat atau bukti-bukti yang menunjukkan keinginannya untuk zhihar maka apa yang dikatakannya itu bukanlah zhihar dan tidak dikenakan apa-apa terhadapnya.

Akan tetapi, apabila dengan kata-kata itu atau sejenisnya menginginkan zhihar atau terdapat bukti yang menunjukkan adanya zhihar seperti munculnya kata-kata marah atau murka terhadapnya maka ia adalah zhihar yang diharamkan dan diharuskan baginya bertaubat serta kafarat sebelum dia mencampurinya berupa membebaskan budak. Sedang jika dia tidak mendapatkannya maka diharuskan baginya berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Dan jika dia tidak menyanggupinya maka diharuskan baginya memberi makan enam puluh orang. (al Lajnah ad Daimah 20/274)

Kedua :

Sebahagian ulama' memakruhkan perkataan seorang suami kepada isterinya “Ya Mama atau ya Ukhti.” Berdasarkan riwayat Abu Daud (2210) bahwa seorang lelaki mengatakan kepada istrinya : Ya saudara perempuanku, maka Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Saudara perempuanmu kah dia! Beliau pun tidak menyukainya dan melarangnya.”

Yang benar adalah bahawa hal itu tidaklah makruh kerana hadits tersebut tidaklah shahih dan telah dilemahkan oleh al Albani didalam “Dhaif Abu Daud”.

Syeikh Ibnu ‘Utsaimin—semoga Allah merahmatinya—pernah ditanya : Apakah dibolehkan bagi seorang suami mengatkan kepada istrinya ‘Ya Ukhti” dengan maksud cinta saja atau “Ya Ummi” dengan maksud cinta semata.

Beliau menjawab,”Ya, dibolehkan bagi seorang suami mengatakan kepadua istrinya : wahai Ukhti atau wahai Ummi atau kata-kata serupa yang menunjukkan rasa sayang dan cinta walaupun sebagian ahli ilmu memakruhkan perkataan suami kepada istrinya dengan ungkapan-ungkapan demikian. Akan tetapi tidaklah ada alasan memakruhkannya karena sesungguhnya amal perbuatan tergantung dari niatnya. Sementara lelaki itu tidaklah meniatkan dengan kata-kata itu bahwa istrinya adalah saudara perempuannya yang diharamkan karena mahramnya. Sesungguhnya ia mengatakan demikian dengan maksud sayang dan cinta kepadanya. Dan segala sesuatu yang menjadi sebab kecintaan diantara suami istri baik yang keluar dari suami maupun istri maka hal itu adalah perkara yang dituntut.” (Fatawa Barnamij Nuur ‘ala ad Darbi” – (Fatawa Sual wa Jawab No. 83386)

Sebagaimana penjelasan diatas bahwa hendaklah panggilan seorang suami terhadap istrinya atau sebaliknya adalah panggilan yang berisi penghormatan atau penghargaan yang dengannya bisa saling menguatkan perasaan cinta dan sayang diantara mereka berdua.



Seperti panggilan Rasulullah shalalllahu ‘alahi wa sallam terhadap isterinya dengan sebutan “wahai Humairo” (Yang kemerah-kemerahan), sebagaimana disebutkan didalam beberapa haditsnya, diantaranya hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Aisyah bahwa Rasulullah bersabda,” Beliau menjawab: "Wahai Humaira, barangsiapa memberi api seakan-akan ia telah bersedekah dengan semua yang telah dimatangkan oleh api itu, barangsiapa memberi garam, seakan-akan ia telah bersedekah dengan semua yang telah dibuat nikmat oleh garam itu, barangsiapa memberi minum seorang muslim satu teguk saat ia mendapatkan air, seakan-akan ia telah membebaskan seorang budak, dan barangsiapa memberi minum seorang muslim satu teguk saat ia tidak mendapatkan air, maka seakan-akan ia telah menghidupkannya."

Meskipun hadits diatas atau hadits-hadits lainnya yang berisi panggilan Rasulullah shalallahu ‘alaihi terhadap istrinya dengan “Wahai Humairo” adalah lemah, sebagaimana disebutkan Syeikh al Albani didalam kitab “as Silsilah adh Dhaifah” namun secara makna panggilan tersebut dapat menyenangkan hati istri dan mengeratkan cinta dan sayang diantara suami istri.

Wallahu A’lam.

Kesimpulannya.

1. Harus dengan panggilan tersebut, asalkan niatnya bukan niat zihar, jika panggilan tersebut dengan niat zihar, maka tertakluk dengan hukum-hukum zihar.

2. Makhruh namun, hukum ini adalah lemah berdasarkan nas hadis yang lemah.

Jadi, bolehlah panggil dengan panggilan tu atas sebab nak biasakan anak kecil dengan panggilan tersebut... tapi sebaiknya, jika anak-anak dah tidur eloklah panggil dengan panggilan manja yang boleh menimbulkan rasa cinta dan kebahagiaan...

]]>
3 Hikmah Bercinta Selepas Kahwin. https://redaksi.com/121-3-hikmah-bercinta-selepas-kahwin Fri, 09 Jun 2017 01:26:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=121 Kahwin. Satu proses penyatuan dua hati dengan melalui beberapa proses yang bersistematik. Menurut pandangan Islam, ‘nikah’ adalah akad yang menghalalkan di antara lelaki dan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap daripada mereka hak dan tanggungjawab. Pada zaman yang serba moden lagi canggih ini, kebanyakan mereka yang ingin berkahwin memilih untuk bercinta dengan pasangan mereka sebelum mereka mengikat hubungan mereka dengan ikatan nikah. Tidak ramai yang mahu bercinta selepas bernikah. Kita dimomokkan dengan andaian-andaian buruk seperti ‘boleh hadirkah perasaan cinta tersebut?’ dan ‘bagaimana pula jika perasaan tersebut tidak hadir selepas nikah?’



Hikmah 1 – Tiada rasa bersalah.

‘Cinta’ itu sendiri adalah abstrak. ‘Cinta’ boleh ditafsirkan sebagai cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan sebagainya. Sebagai seorang muslim dan muslimah, kita semua pasti tahu bahawa hubungan cinta antara sepasang kekasih tanpa ikatan sah adalah dilarang sama sekali jika melibatkan sentuhan fizikal. Islam menekankan bahawa haram bagi seseorang lelaki menyentuh seorang perempuan yang bukan mahramnya. Larangan ini sangat keras sehinggakan baginda Muhammad s.a.w menegaskan bahawa

Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.

Maksud hadith, dari riwayat Thabrani:

Dengan bercinta selepas bernikah, pasangan tersebut boleh mengenali antara satu sama lain tanpa terhalang oleh batas-batas yang ketat. Perkara ini sama sekali tidak akan dapat dirasai oleh mereka yang bercinta sebelum berkahwin.



Hikmah 2 – Senang menzahirkan rasa cinta.

Ini adalah sesuatu perkara yang amat sukar untuk dipercayai melainkan kita sendiri melaluinya. Setiap pasangan akan melalui saat di mana cinta mereka diuji. Bagi mereka yang belum bernikah, ujian tersebut akan menyebabkan mereka tidak tenteram dari perasaan negatif. Masih adakah cinta? Adakah dia setia? Mana buktinya? Masalah-masalah sebegini dapat diatasi oleh mereka yang bercinta sebelum berkahwin dengan mudah kerana tiada batasan untuk mereka menzahirkan rasa cinta mereka. Tidak ada halangan untuk mereka saling menzahirkan rasa cinta melalui kata-kata ataupun sentuhan. Berbeza pula dengan mereka yang bercinta tanpa ada ikatan yang sah, hubungan antara mereka berdua dibatasi oleh syarak dan menyukarkan kedua-dua pihak dalam menyelesaikan pertengkaran yang ada.

Hikmah 3 – Proses berkenalan tanpa batasan.

Sesiapa yang pernah bercinta pasti akan mengakui bahawa transaksi daripada proses ‘berkenalan’ kepada ‘percintaan’ merupakan satu fasa yang sangat indah sekali. Banyak bait-bait lagu dan puisi-puisi yang mengungkapkan betapa manisnya fasa ini. Bayangkan anda berada di fasa ini, tetapi tiada batasan yang menyekat pergaulan anda dan kekasih anda. Mahu berjumpa? Terus sahaja jumpa, tidak perlu bersusah-payah. Mahu memeluk kekasih anda? Peluk sahaja, tiada dosa di atas anda, malah diberi ganjaran pahala! Inilah satu hikmah yang besar jika kita bercinta selepas berkahwin; ianya khusus untuk mereka yang memilih jalan ini.

Apakah ada lagi fasa yang lebih indah di dalam percintaan kita selain dari fasa pertukaran dari berkenalan ke percintaan?



Konklusi.

Bercinta selepas berkahwin merupakan sesuatu perkara yang sangat indah lagi seronok. Penulis sendiri adalah salah seorang yang dipilih oleh Allah S.W.T. untuk bercinta selepas berkahwin. Pengalaman tersebut adalah satu pengalaman indah yang tidak mungkin dapat dikongsikan 100% melalui penulisan. Namun begitu, ini bukanlah berpendapat bahawa bercinta sebelum berkahwin itu salah. Tiada masalah jika mana-mana pihak mahu bercinta sebelum berkahwin asalkan mengikut batas syarak yang dibenarkan dan kedua-dua pihak yang terlibat mempunya matlamat yang jelas; bernikah. Yakinlah, bahawa perasaan cinta itu milik Allah dan Dia berkuasa untuk meniup rasa cinta itu ke dalam hati kita selepas bernikah. Cinta selepas nikah itu indah; semoga percintaan kita semua diberkati Allah sebagaimana Dia memberkati percintaan di antara para Rasul-Nya dan isteri-isteri mereka.

]]>
Cara Mudah Nak Buat Lelaki Jatuh Cinta Pada Anda. Inilah Masa Pikat Crush Anda. https://redaksi.com/7947-cara-mudah-nak-buat-lelaki-jatuh-cinta-pada-anda-inilah-masa-pikat-crush-anda Tue, 03 Mar 2020 10:44:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7947 Kadang kala sebagai perempuan ini, kita bukannya terhegeh-hegeh dengan seseorang yang tak nak pada diri kita. Bahkan, kita juga tak malu kalau nak mulakan sesuatu perkara terlebih dahulu. Namun, ia menjadi rasa tercabar apabila seseorang itu begitu jual mahal. Sudah tentu anda ingin juga cuba dapatkan dirinya. Geram bukan?

Tapi bila ia melibatkan hati ini, ia bukannya satu perkara yang mudah. Nak-nak lagi kalau dirinya sudah mempunyai seseorang dalam hati. Tapi itu belum menentukan apa-apa lagi, yang penting usaha anda untuk mendekatinya dan jadikannya sebagai pasangan anda.

Walaupun tak dapat jadi pasangan tapi hubungan lebih mesra berbanding dahulu pun okay juga. Jadi buat mereka yang mempunyai crush, inilah masanya untuk buat mereka nampak hebatnya anda. Jom try taktik ini.

Tarik perhatiannya

Jika anda menyukai seseorang, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dapatkan perhatian darinya. Tapi jangan kelihatan anda terlalu inginkan dirinya, sedikit sebanyak perlu juga jual mahal agar dia tak begitu perasan dengan tujuan anda.



Senyum dan sentiasa ada pandangan mata

Tahukah anda bahawa senyuman yang ikhlas ini lebih mudah dirasai oleh seseorang. Nak-nak lagi bila anda berikan senyuman yang manis sambil melihat wajahnya, tentu sahaja dia pun akan mula ingin mendekati diri anda. Apabila berbual dengannya, jangan lupa untuk sentiasa membuat hubungan mata. Barulah ia menunjukkan anda mempunyai minat dalam setiap apa yang dia kongsikan.

Tunjuk persamaan

Kadang kala, seseorang yang renggang dan jauh boleh mendekat apabila dirinya mempunyai persamaan yang sama. Jadi, sekarang ini anda perlu menjadi apa yang anda miliki sama sepertinya. Tidak kiralah, minat, hobi, gaya penampilan atau apa-apa pun. Mana tahu selepas ini boleh tukar pendapat mengenai perkara itu.



Jadi orang yang positif dan beri semangat

Paling mudah untuk mendekati seseorang apabila diri anda menjadi penguat semangat dan pendengar yang baik baut dirinya. Jadinya, sentiasa sediakan telinga anda untuk menjadi pendengar dia yang setia. Sekali sekala berikan respon yang positif seperti beri kata-kata semangat dan penguat dirinya.

Tunjukkan keperibadian anda

Setiap orang mempunyai perbezaam keperibadian dalam berjumpa dengan seseorang yang dia kenali, begitu juga dengan dirinya. Tunjukkan sisi baik anda yang tidak pernah dia lihat. Pada masa yang sama, kena pastikan dia itu suka seseorang yang bagaimana.

Jangan terkejut kalau dahulu anda hanya salah seorang peminat dirinya, kini anda boleh jadi rakan baiknya pula. Mana tahu selepas ini anda akan menjadi pasangan yang istimewa dalam hatinya.

]]>
5 Cara Bagaimana Untuk Berterus-Terang Ketika Hati Telah Tawar Kepada Pasangan. https://redaksi.com/1993-5-cara-bagaimana-untuk-berterus-terang-ketika-hati-telah-tawar-kepada-pasangan Mon, 16 Apr 2018 21:05:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1993 Setiap perhubungan pasti adanya kekurangan. Setiap perhubungan pasti ada hikmah kenapa tidak dapat diteruskan. Ketika hati telah tidak dapat merasakan cinta, ketika hati tidak dapat merasakan kasih dan sayang, anda mahu berterus terang tetapi khuatir si dia pasti terasa.

Bukan tiada inisiatif untuk memperbaiki hubungan, tetapi memang perpisahan adalah jalan terbaik untuk kalian berdua. Ramai juga mengatakan, hikmah perpisahan sebelum berkahwin, sudah pasti anda akan dapat pasangan yang terbaik.

“Sebab itu kita perlu bertunang dahulu sebelum berkahwin, kerana untuk mengenali pasangan lebih rapat. Jika terputusnya tunang, terima lah hikmah dengan hati terbuka, mungkin kerana Allah tidak mahu melihat perceraian yang akan berlaku kelak”

Jadi, apakah 5 cara-cara yang betul untuk anda berterus-terang pada pasangan ketika tawarnya hati anda kepada pasangan? Jom baca!

1. Jangan text sms, whatsapp mahu pun e-mail.

Apabila anda hendak menyatakan hasrat untuk tidak meneruskan perhubungan, seeloknya komunikasi secara bersemuka. Anda seolah-olah tidak menghormati hati dan perasaan pasangan kerana tidak mahu bertemu dengan mereka.

2. Beritahu perkara sebenar mengapa anda mahu putuskan hubungan.

Apabila anda dan si dia sudah bertemu, anda perlu merancang dan tahu perkara sebenar untuk di sampaikan. Jangan menipu si dia, kerana perkara yang tidak benar sering kali akan memakan diri. Apabila si dia mengetahui perkara sebenar daripada mulut orang lain, keberangkalian perkara lama ini akan diungkit sampai bila-bila.

3. Beritahu perancangan masa hadapan anda.

Jika isu untuk anda memutuskan hubungan dengan si dia adalah melibatkan perkahwinan, maka nyatakan hasrat anda yang sebenar, apakah perancangan anda untuk masa hadapan. Masa hadapan adalah perkara yang paling penting untuk kita tidak tersalah pilih dan menyesal di kemudian hari.

Jika si dia tidak mahu menamatkan zaman bujang dan tidak serius untuk masa hadapan, jangan lagi buang masa.

4. Jangan mengungkit kisah lama.

“Yang lepas, biar kan ia lepas”. Jangan lagi anda mahu mengungkit kisah lama, kerana ia akan memanjangkan lagi pertelingkahan antara anda berdua. Perlu perjelaskan tentang keadaan sekarang dan masa hadapan sahaja.

5. Berikan si dia masa.

Apabila, semua langkah di atas anda sudah turuti, tidak salah untuk anda memberi si dia masa untuk melupakan anda. Bukan dalam sekelip mata sahaja, kita sebagai manusia boleh berubah perasaan. Jangan di tanya lagi “Awak, dah lupakan saya?” lebih baik, ia berlalu pergi tanpa apa-apa prejudis dan persoalan.

 

 

 

 

]]>
Tahniah! Dayah Bakar Akhirnya Selamat Bergelar Isteri. https://redaksi.com/2664-tahniah-dayah-bakar-akhirnya-selamat-bergelar-isteri Sat, 30 Jun 2018 09:33:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2664 PENGACARA program Borak Kopitiam, Dayah Bakar akhirnya bertemu jodoh dengan jiran rumahnya semasa kecil dan selamat diijab kabulkan dengan bapanya sendiri jam 9.38 pagi semalam (29 JUNE 2018).

Dayah atau nama sebenarnya Nur Hidayah Abu Bakar, 29, berkata dia dan bakal suaminya, Kapten Hanif Hamidi, pernah belajar di sekolah yang sama selama tiga tahun.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Nikah, Cerai, Rujuk, Masjid Ar Rahimah dari Jabatan agama islam wilayah persekutuan, Muhamad Nazri Ramli.

Pada majlis berlangsung di 9 Kedondong, Ampang itu, Dayah menerima mas kahwin RM300 serta tujuh dulang hantaran, dibalas sembilan dulang. Wang hantaran pula dirahsiakan.

Majlis dihadiri lebih 200 tetamu terdiri daripada keluarga kedua pihak, rakan artis antaranya Fara Fauzana dan Heliza Helmi serta sahabat handai.

Dayah Bakar yang sopan menyarungkan busana Azura Couture dan muka ditata rias cantik oleh Yna Sakinah, Kisah Dayah dan Hanif pernah mendapat perhatian netizen di laman sosial apabila dia memuat naik foto mereka ketika zaman kanak-kanak.

Mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban, Negeri Sembilan.

Tambah Dayah lagi, dia pernah menerima surat cinta daripada Hanif, 29, namun ketika itu hanya menganggap lelaki itu hanya kawan.

Dalam perkembangan lain, Dayah baru sahaja mengeluarkan single pertama berjudul Imamku selepas beberapa tahun menyimpan hasrat menjadi seorang penyanyi.

"Lagu ini saya cipta sendiri dah lama. Cuma takut nak bagi orang dengar. Tapi kalau kita tak cuba, tak tahu kan," katanya.

Tahniah!

 

]]>
"Setiap Hari Tidur Dalam Kereta..." - 7 Bulan Tiada Pendapatan, Ebit Lew Dengar Keluhan Pemandu Teksi https://redaksi.com/8792-setiap-hari-tidur-dalam-kereta-7-bulan-tiada-pendapatan-ebit-lew-dengar-keluhan-pemandu-teksi Tue, 27 Oct 2020 16:52:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8792 Sentiasa menjadi yang pertama dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Malah beliau tak pernah putusa asa walaupun pelbagai dugaan yang mendatang.

Baru-baru ini, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew menziarahi sekumpulan pemandu teksi di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang turut terkesan akibat Covid-19.

Hampir 7 bulan terjejas pendapatan

Berdasarkan perkongsiannya di laman Facebook, beliau yang tersentuh dengan masalah pendapatan tidak menantu yang dihadapi oleh para pemandu teksi sejak negara dilanda wabak pandemik.

“Susah nak dapat trip. Sebulan ada yang dapat RM400 macam tu pun ada. Sebelum ni langsung tiada. Dari bulan Mac sampai sekarang tiada pendapatan langsung...”

Sanggup tidur dalam kereta

Demi mencari sesuap nasi, mereka sanggup menunggu semalaman dengan harapan ada pelanggan yang memerlukan khidmat dari mereka.

“Berhari-hari tidur dalam kereta nak tunggu dapat customer. Jika ada. Tunggu barisan...”

Melihat mereka seperti mak, abang dan kakak sendiri, Ustaz Ebit Lew mampu menyumbangkan sedikit keperluan makanan harian kepada para pemandu teksi ini.

Berat bahu memandang, berat lagi bahu yang memikul. Diharapkan masih ada rezeki yang luas buat mereka yang terjejas akibat wabak ini dan mampu terus bertahan dengan ujian yang mendatang.



 

]]>
Jangan Bandingkan Hidup Kita Dengan Orang Lain, Nak-Nak Lagi Dalam Perkahwinan. https://redaksi.com/7635-jangan-bandingkan-hidup-kita-dengan-orang-lain-nak-nak-lagi-dalam-perkahwinan Wed, 20 Nov 2019 14:46:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7635 Hidup setiap orang sudah tentulah berbeza. Ada yang menikmati kesenangan, ada pula yang susah-susah dulu baru dapat rasa senangnya. Tidak ada hidup yang akan sama sahaja. Sebab itulah, kadang kita dapat yang macam ini, orang lain pula dapat yang lain.

Namun, walaupun hidup kita ini berbeza dengan orang lain, jangan pula kita cuba membandingkan hidup kita dengan mereka. Jika kita terlalu cuba membandingkan hidup dengan mereka yang kita lihat lebih ini, sakit hati dan makan hati diri sendiri yang rasa.

Bersyukur dengan apa yang anda ada berbanding terus menerus membandingkan hidup anda dengan orang lain. Lebih-lebih lagi akan 5 perkara ini.



1. Jodoh.

Ada orang dia akan bertemu jodohnya awal, ada pula yang lambat sedikit. Tidak kisahlah yang datang awal atau lambat, yang penting pasangan anda itu memberi layanan yang baik pada diri anda. Bahkan memberi kasih sayang yang secukupnya pada diri anda. Jadi jangan kisah akan siapa kahwin cepat atau lambat, sebabnya masing-masingkan ada jodohnya sendiri.

2. Majlis perkahwinan.

Bila kita terlalu ingin membandingkan diri kita dengan orang lain, ia sebenarnya hanya membebankan sahaja. Di mana, anda mungkin merasakan perlu membuat majlis yang meriah agar diingati orang, malah kalau boleh lagi meriah dari orang lain. Akan tetapi, anda terpaksa berhutang sana sini, sehingga selepas ada anak 3 pun belum tentu hutang tersebut selesai. Sanggup ke nak berdepan dengan perkara itu?



3. Pasangan.

Mungkin ada orang akan dapat pasangan yang baik, jaga rupa paras, selalu manjakan pasangan dan macam-macam lagi tetapi pasangan anda pula sebaliknya. Adalah seeloknya anda bersyukur dengan jodoh yang anda, walaupun dia tak ada rupa paras, pangkat yang tinggi atau sifat yang romantik tapi dia tahu tanggungjawab dan sayang akan anda kan sudah cukup.



4. Keselesaan hidup.

Ada orang dia dapat apa yang dia mahu, setiap yang dia mahukan akan diberikan oleh pasangannya. Ada orang hidup sekadar cukup makan sahaja. Akan tetapi, itu tidak bermakna anda perlu bandingkan hidup anda dengan orang lain. Kalau anda ada tempat berteduh, ada pasangan yang berusaha keras membanting tulang untuk keselesaan hidup itu pun patut disyukuri.

5. Anak-anak.

Bab rezeki anak-anak ini pun jangan terlalu bandingkan dengan orang lain. Tidak kiralah anda memiliki ramai anak ataupun tidak, tentu ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua itu. Jadi bersyukur sahaja dengan apa yang ada dan nikmati ini.

Hidup ini kalau terus menerus membandingkan antara satu sama lain, perit dan makan hati diri sendiri yang rasa. Lebih baik bersyukur dan nikmati segala yang anda miliki sekarang ini. Boleh jadi apa yang anda miliki sekarang ini adalah yang terbaik buat anda berbanding yang tiada.

]]>
Jadilah Suami Yang Tenang Jiwanya Apabila Melihat Isteri Menguruskan Rumah Tangga, Bukan Pada Kecantikan Semata-Mata. https://redaksi.com/4853-jadilah-suami-yang-tenang-jiwanya-apabila-melihat-isteri-menguruskan-rumah-tangga-bukan-pada-kecantikan-semata-mata Fri, 11 Jan 2019 14:56:52 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4853 Majoriti wanita merasakan lelaki hanya memandang kecantikan pada mereka sahaja. Kalau tak cantik, pasti tidak akan didekati. Namun, memang fitrah manusia suka pada kecantikan, bukan hanya kaum lelaki sahaja, wanita pun suka untuk mencantikkan diri. Tidak pernah lagi kelihatan wanita yang malas untuk melaram atau menjaga penampilan diri.

Kalau tak suka dengan barang solekan pun, sekurang-kurangnya pasti suka mencuba dengan produk penjagaan diri dan wajah. Menjadi cantik, adalah keyakinan yang para wanita cuba tampilkan secara tidak sedar.

Bila tanya pada kaum lelaki, standard wanita yang cantik adalah wanita yang tidak memiliki parut di wajah, muka putih berseri, bermata besar dan bersinar seakan-akan mata kucing, leher jinjang, berkaki panjang, hidung mancung, mempunyai potongan tubuh badan yang cantik….seolah-olah sangat sempurna.

Namun sedemikian, adakah kecantikan sebegini mampu menenangkan jiwa mereka setelah berkahwin?

Adakah kecantikan yang betul-betul sempurna ini hanya mampu membahagiakan seorang suami sahaja?

Jika benar hanya kecantikan luaran sahaja yang mampu membahagiakan seorang suami, takut nanti isteri dah tak cantik mula cari wanita lain. Itulah yang paling gerun oleh para isteri. Hakikat kecantikan para isteri yang ideal adalah apabila si suami mula tenang jiwa memandangnya. Malahan, hati bertambah sayang…

Jadi, si suami harus nampak kecantikan isteri yang sebenarnya adalah bersusah payah menguruskan rumah tangga….

1. Apabila isteri berpenampilan kemas dan bergaya, si suami sepatutnya berasa tenang dan lega kerana ada isteri yang bersungguh-sungguh mahu cantik di depan suaminya.

2. Apabila isteri sentiasa rajin ke dapur untuk menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak, si suami perlu berasa tenang melihatnya kerana bersusah payah menyiapkan masakan demi keluarga tercinta.

3. Suami perlu berasa tenang dan bertuah apabila, isteri bersusah payah ketika menjaga anak-anaknya tanpa rungutan. Lihat rambut isteri serabai pun, suami kena ada rasa kasihan kerana hadirnya seorang wanita yang bersungguh-sungguh membesarkan anaknya.

4. Malah, si suami perlu berasa tenang dan kasihan setelah melihat kepenatan isterinya menguruskan rumah tangga dari pagi sehinggalah ke malam sampai tak cukup tidur. Terdetiklah dalam hati “Penatnya isteri aku…” kerana terlihat isteri hanya tidur di sofa luar sahaja.

5. Selain itu, para suami perlulah merasa tenang ketika mendengar leteran dari si isteri, daripada mereka berdiam seribu bahasa. Kerana itulah tandanya isteri masih sayang pada suaminya. Kalau tak membebel, tak sayang.

Oleh itu, jangan lah sesekali mention atau tag nama isteri di sosial media berkenaan dengan hadis atau tazkirah pentingnya isteri berhias untuk suami. Janganlah perli isteri kalau dia dah tak cantik lagi. Berilah nafkah. Berikan isteri semangat.

Semoga Bermanfaat!

]]>
4 Kepentingan Membina Institusi Kekeluargaan Menurut Islam. https://redaksi.com/4394-4-kepentingan-membina-institusi-kekeluargaan-menurut-islam Fri, 30 Nov 2018 12:44:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4394 Setiap pasangan yang mahu membina rumah tangga perlu tahu apakah tujuannya perkahwinan dan pernikahan dalam jangka masa yang panjang. Adakah untuk membina keluarga yang mengamalkan Sakinah Mawaddah Wa Rahmah? Atau tiada tujuan?

Tiada tujuan bermaksud kahwin kerana mahu mengikut trend atau keseronokan semata-mata. Ini terjadi kerana anak remaja menjadi seronok melihat rakannya yang sudah berkahwin dan boleh berpeluk sakan tanda hubungan yang halal.

Jadi, bukan sahaja untuk mereka yang mahu berumah tangga perlu tahu kepentingan ini, ia untuk semua individu juga supaya kita ada ilmu asas tentang hubungan kekeluargaan sebenarnya. Kepentingannya adalah;

1. Untuk Mendapatkan Zuriat.

Perasaan inginkan zuriat adalah perasaan semulajadi bagi manusia, kerana melalui isteri dan anak pinak yang baik menjadi perhiasan hidup di dunia ini, dan melalui perkahwinan sahaja pengembangan zuriat ini dapat dipenuhi sebagaimana firman Allah bermaksud:

“Wahai sekalian manusia bertakwalah kepada Tuhan mu yang telah mencipta kamu dari seorang diri dan daripadanya Allah memperkembang-biakan lelaki dan perempuan yang banyak…”

2. Untuk Menjaga Akhlak dan Kemurnian Peribadi.

Perkahwinan akan terjamin kemuliaan akhlak seseorang manusia seterusnya akan menjadi murni dan bersih keturunan mereka dari noda dan kekotoran zina. Institusi keluarga merupakan suatu jalan terbaik dalam memelihara kemuliaan peribadi manusia umumnya dan peribadi anggota keluarga itu khususnya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Wahai Pemuda ! Sesiapa di antara kamu yang sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab ia dapat menundukkan pandanggan dan memelihara kemahuan, tetapi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung.”

3. Untuk Menguatkan Hubungan Kasih Sayang.

Dengan ikatan perkahwinan ini kasih sayang akan dapat dijalin dengan lebih erat, suci, teratur dan penuh rasa tanggungjawab di kalangan ahli keluarga. Dengan perkahwinan juga akan dapat mewujudkan satu suasana yang seimbang, pergaulan yang murni, teratur dan kebahagiaan yang sejati dan berkekalan dapat diwujudkan.

Allah SWT berfirman bermaksud : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”

4. Untuk Keselamatan Sosial.

Dengan perkahwinan seseorang itu akan terasa sifat tanggungjawabnya terhadap keluarganya. Hal ini membawa kepada kesedaran untuk para suami bekerja sebagai jaminan nafkah anak isterinya. Dengan adanya sifat tanggungjawab tersebut keselamatan dari sudut sosial akan terjamin.

Semoga Ilmu Ini Dijadikan Iktibar!

]]>
Perubahan Sebelum & Selepas Kahwin. https://redaksi.com/232-perubahan-sebelum-selepas-kahwin Tue, 20 Jun 2017 11:51:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=232 Bila ditanya pada lelaki, rasanya semua orang nak kahwin, sapa tak mau kahwin kan. Tapi adakah kita dah bersedia atau pun dah mula buat persediaan. Ya, persediaan sebelum dan selepas kahwin. Kali kita cerita tentang perubahan sikap, perangai kita yang dulunya bujang, tapi bila dah kahwin nanti macam mana, tak kan nak buat perangai sama jer bila dah ada pasangan, perlu ke kita ubah?? Sudah semestinya sedikit sebanyak perlu kepada perubahan, sebab dulu hidup sorang sekarang dah berdua. Jadi apa agaknya perubahan yang perlu kita ubah bila kahwin nanti yer.

Antara perubahan yang perlu: LELAKI.

-Kalau dulu selalu keluar pada waktu malam, sekarang kena kurangkan, terutama bila dah ada baby nanti.
-Kalau dulu bila jumpa awek jer suka mengorat, siut sana siut sini, tapi kini kena tinggalkan.



-Kalau dulu suka melepak dengan kawan2, kini kena kurangkan.
-Kalau dulu solat sorang2, kini perlu solat jemaah, paling kurang berjemaah dengan isteri.
-Kalau dulu keluar rumah ajak kawan2, kini keluar rumah ajak ler isteri.
-Kalau dulu tidur malam sorang2, tapi kini berdua, bertiga, berempat...(jika dah ada anak nanti)
-Kalau dulu bajet makan cuma RM400 sebulan, tapi kini kena tambah bajet jadi RM600++ sebulan.
-Kalau dulu bukan ketua, tapi kini kita telah jadi ketua keluarga, tanggungjawab lebih berat.



Antara perubahan yang perlu: PEREMPUAN.

-Kalau dulu si perempuan jarang memasak, bila dah kahwin kena memasak untuk suaminya.
-Kalau dulu keluar shopping dengan kawan2, tapi kini kena keluar dengan suami, kurangkan bersosial dengan kawan2.
-Kalau dulu basuh baju sendiri, kini kena ler basuh baju suami dan anak2. Begitu juga iron baju.
-Kalau dulu ikut mak ayah pergi surau/tarawih, kini kena ikut suami pula.



-Kalau dulu uruskan diri sendiri jer, tapi kini kena uruskan suami, anak dan rumah.
-Kalau dulu tidur malam dengan nyenyak, kini bila ada anak, kena bangun malam bancuh susu anak.
-Kalau dulu rajin make-up bila nak keluar rumah, kini kena mekap jugak di dalam rumah.
-Kalau dulu kita taat pada ibu bapa, tapi kini kena taat pula pada suami.

Kesimpulannya, luangkan banyak masa kepada keluarga, jika dulunya banyak masa dibuangkan di luar rumah. Itulah antara perkara2 yang perlu kita fikirkan sebelum berkahwin supaya kita dapat bersedia bila masa itu datang. Moga memberi manfaat kepada kita semua.


]]>
Gagal patuh SOP di kedai makan, lima individu termasuk dua selebriti dikompaun RM1,000 https://redaksi.com/9713-gagal-patuh-sop-di-kedai-makan-lima-individu-termasuk-dua-selebriti-dikompaun-rm1000 Sat, 13 Feb 2021 12:48:37 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9713 Semalam merupakan cuti umum sempena menyambut hari perayaan Tahun Baru Cina, jadi tidak mustahil jika ada dalam kalangan kita yang memanfaatkan masa cuti dengan keluar makan dan sebagainya. 

Tambahan pula, kerajaan telah pun membenarkan orang ramai untuk makan di premis dengan syarat hanya dua orang satu meja.

Namun, masih ada lagi yang ingkar dan semalam lima individu telah pun dikenakan kompaun gara-gara gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard(SOP) yang telah ditetapkan.

Shuib dan isteri antara yang dikenakan kompaun

Menurut sumber didapati sepasang suami isteri yang kedua-duanya merupakan selebriti yang dikenali juga antara lima individu yang dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa.

Selebriti tersebut adalah Shahmira Mohamad atau lebih dikenali sebagai Shuib dan juga isterinya Siti Sarah Raissudin.

Kejadian yang berlaku di salah sebuah kedai makan di Lipis, Pahang itu berlaku kira-kira jam 9 malam dan difahamkan mereka dalam perjalanan ke Kelantan dan singgah sebentar di kedai makan sebelum kembali menyambung perjalanan.

]]>
“Bila Anak Bertambah, Kasih Sayang Bukan Makin Berkurang Tetapi Makin Bertambah…” https://redaksi.com/5293-bila-anak-bertambah-kasih-sayang-bukan-makin-berkurang-tetapi-makin-bertambah Thu, 21 Feb 2019 23:44:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5293 Bila anak semakin ramai, maka masa agak terhad untuk meluangkan masa bersama mereka kerana kesibukan kerja dan juga sibuk menguruskan adik-adiknya yang lain. Maka anak yang paling besar akan mula rasa diabaikan dan kurang mendapat perhatian.

Berapa jumlah anak yang anda miliki itu tidak penting, tetapi masa yang bakal anda berikan kepada mereka itu adalah lebih penting. Jangan bila anak semakin ramai, anak membiarkan mereka untuk berdikari sendiri.

Berapa jam sehari diperlukan untuk bonding time Ibu-anak dan Ayah-anak?

Mari ikuti perkongsian dari Puan Fadzielah Ayub, yang merupakan seorang ibu. Semoga perkongsiannya dapat dijadikan panduan ibu bapa di luar sana.



Ramai parent mengeluh disebabkan sibuk bekerja, anak sekolah pagi petang, kita beri alasan masa untuk bersama anak sering tak cukup.



"Hujung minggu je la dapat spend masa dengan anak-anak.."

Bukan kuantiti yang penting tetapi kualiti.

Walaupun anak ramai, pastikan ibu & ayah spend masa berdua dengan setiap anak.

Tak perlu masa yang lama tetapi cukuplah sekurang-kurangnya 5minit hanya berdua dengan anak pertama, 5 minit hanya berdua dengan anak kedua, ketiga dan seterusnya.

Gunakan masa dengan berkualiti bertanyakan bagaimana hari anak lalui hari ni, apa yang dia rasa, apa yang anak makan, main apa hari ni, cikgu ajar apa, ada masalah tak dengan kawan-kawan dan sebagainya.



Banyakan mendengar cerita anak. Ini secara tidak langsung dapat build trust dan encourage anak bersifat terbuka dengan kita instead of pendam perasaan yang boleh menyebabkan kecelaruan atau gangguan perkembangan emosi anak.

Dengan cara begini, kita dapat berlaku 'adil' dan dapat mengisi tangki emosi anak secara 'adil' dan balance. Takde lebih pada anak kecil atau kurang pada anak yang dah besar.

Anak-anak akan rasa dihargai dan eksklusif.

Jangan pelik bila anak pertama asyik meragam, tantrum kononnya sindrom dapat adik baru. Itu adalah salah satu cara anak untuk tarik perhatian kita yang mungkin sudah beralih arah bila ada kehadiran orang baru.

Bila anak bertambah, bukan kasih sayang kita akan berkurang, tetapi makin bertambah.

Anak 2 orang tak bermakna kasih sayang kita menjadi 50%+50%, tetapi 100%+100% dan begitulah untuk anak seterusnya!

]]>
Dekati Crush Dengan Hanya Melalui Kiriman Mesej, Pasti Ramai Yang Nak Cuba Kan. https://redaksi.com/2965-dekati-crush-dengan-hanya-melalui-kiriman-mesej-pasti-ramai-yang-nak-cuba-kan Tue, 24 Jul 2018 14:05:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2965 Setiap orang pasti mempunyai crush yang tersendiri bukan. Dan setiap crush itu akan membuatkan diri anda ingin mendekati mereka. Terlebih dahulu pasti anda akan mendekati mereka dengan melalui kiriman mesej. Dan anda juga akan cuba untuk menjadi rakan dan teman dirinya bukan. Jom ketahui bagaimana mendekati crush anda dengan menggunakan kiriman mesej.


1. Penggunaan ayat yang mempunyai perasaan ingin dijawab.

Jangan jadi seseorang yang membosankan. Pilih ayat atau topik yang menarik supaya dia juga berminat untuk membalasnya. Jangan tanya soalan yang terlalu membosankan seperti tengah buat apa, atau sudah makan ke belum? Cuba untuk kongsi link video atau artikel yang menarik untuk mempunyai perbualan yang panjang.

2. Sabar menunggu balasan darinya.

Jangan bersikap memaksa. Cuba untuk sabar mendapat balasan mesej darinya. Jika anda mengamalkan sikap yang memaksa anda akan berasa rimas. Cuba untuk bertenang dan faham akan keadaannya yang sibuk itu. Jangan kerap memaksa dirinya untuk membalas pesanan anda dengan kadar segera.

3. Penggunaan emoji yang lebih bersederhana.

Cuba untuk tidak memakai emoji yang menggoda ataupun yang sedang inginkan perhatian. Cuba untuk menggunakan emoji yang biasa namun masih lagi manis untuk dipandang. Jika anda menggunakan emoji yang ingin menarik perhatiannya, perasaan anda akan mudah dibaca olehnya.


4. Jangan terlalu busy body.

Anda terlalu kerap melihat media sosialnya, hingga terbawa-bawa perasaan ingin tahu pelbagai perkara darinya. Jangan pernah ambil tahu akan dirinya. Cukup sekiranya anda melihat sahaja media sosialnya. Jangan jadikan ia topik perbualan anda, kerana ia akan membuat dirinya hilang minat terhadap anda.

5. Beri ruang pada dirinya.

Tidak semua orang suka didekati dengan cara yang agresif. Anda perlu tahu waktu bila yang sesuai untuk menghubunginya. Bukannya tiap masa anda menghubunginya. Sesekali cuba jangan meninggalkan mesej atau cuba untuk menghubungi. Cara tahu adakah dirinya akan mencari anda atau tidak. Tetapi jangan lama-lama takut nanti ada yang menggantikan anda.

Bertindak dalam kesederhanaan apabila ingin memikat hati seseorang yang anda sukai. Jangan terlalu terburu atau gelojoh, kerana ia akan membuat dirinya hilang untuk mengenali anda.

]]>
Anda Kenal Diri Anda…Ketahui Rahsia Personaliti Diri Sendiri. https://redaksi.com/730-anda-kenal-diri-andaketahui-rahsia-personaliti-diri-sendiri Fri, 04 Aug 2017 12:08:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=730 Rahsia Bulan Kelahiran Berdasarkan Kajian 25 Tahun Dato Dr. Fadzillah Kamsah.

JANUARI.

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius.
Suka mendidik dan dididik.
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
Suka smart, kemas dan teratur.
Bersifat sensitif, berfikiran mendalam.
Pandai mengambil hati orang lain.
Pendiam kecuali telah dirangsang.
Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi.
Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya.
Cukup sayang pada kanak-kanak.
Suka duduk rumah.
Setia pada segala-galanya.
Perlu belajar kemahiran sosial.
Cukup cemburu yang sangat tinggi.




FEBRUARI.

Berfikiran abstrak.
Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
Inteligent, bijak dan genius.
Berpersonaliti yang mudah berubah.
Mudah menawan orang lain.
Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pada segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong.
Mudah memberontak apabila dikongkong.
Suka kegiatan yang lasak.
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
Mudah mempamirkan marahnya.
Tidak suka benda yang remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan untuk.
Merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yang tajam.
Suka hiburan dan sukan.
Suka benda yang bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamirkan emosi.



MAC.

Berpesonaliti yang menarik dan menawan.
Mudah didampingi.
Sangat pemalu dan pemendam rasa.
Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
Suka pada kedamaian.
Sangat peka kepada orang lain.
Sesuai dgn kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
Tidak cepat marah dan sangat amanah.
Tahu balas budi dan tahu kenang budi.
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
Suka berangan-angan.
Suka melancong.
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
Kelam kabut dalam memilih pasangan.
Suka dgn hiasan rumahtangga.
Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik.
Jangan terlalu moody.

APRIL.

Sangat aktif dan dinamik
Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai manjakan diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik (pandai memujuk )berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik.
Try control the emotion.
Kecenderungan bersifat dendam.
Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.



MEI.

Kekerasan hati & degil.
Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Pemikiran yang tajam.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian.
Perasaan yang amat mendalam.
Cantik dr segi mental & fizikal.
Tidak perlu dimotivasikan.
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Mudah dipujuk.
Bersikap sistematik (otak kiri).
Suka berangan.
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain.
Diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
Daya khayalan yang tinggi.
Permikiran yang tajam.
Pandai berdebat.
Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem pernafasan.
Suka sastera,seni & muzik serta melancong.
Tidak berapa suka duduk dirumah.
Tidak boleh duduk diam.
Tidak punya ramai anak.
Rajin dan bersemangat tinggi.
Agak boros.

JUN.

Berfikiran jauh & berwawasan.
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai yang lemah lembut,
Mudah berubah sikap,perangai idea @mood.
Idea yang terlalu banyak dikepala.
Bersikap sensitif.
Otaknya aktif (sentiasa berfikir).
Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
Bersikap suka menangguh-nangguh.
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Cepat marah &cepat sejuk.
Suka bercakap & berdebat.
Suka buat lawak & bergurau.
Otaknya cerdas berangan-angan.
Mudah berkawan & pandai berkawan.
Orang yang sangat tertib.
Pandai mempamerkan sikap.
Mudah kecil hati.
Mudah kena selsema.
Suka berkemas.
Cepat rasa bosan.
Sikap terlalu memilih & cerewet.
Kurang mempamerkan perasaan.
Lambat nak sembuh apabila terluka hati.
Suka kepada barang yang berjenama.
Mudah menjadi eksekutif.
Kedegilan yang tidak terkawal.
Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI.

Sangat seronok didamping.
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
Agak pendiam kecuali diransang.
Ada harga dan maruah diri.
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah.
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
Berjiwa sentimental.
Jarang berdendam.
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh-temeh.
Membimbing cara fizikal dan mental.
Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang.
Layanan yang serupa dgn semua orang.
Tinggi daya simpati.
Pemerhatian yang tajam.
Suka menilai orang lain dengan pemerhatian.
Mudah dan rajin belajar.
Suka muhasabah diri.
Suka megenangkan peristiwa atau kawam lama.
Suka mendiamkan diri.
Suka duduk dirumah.
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
Tak agresif kecuali terpaksa.
Lemah dari segi kesihatan perut.
Mudah gemuk kawal tak kawal diet
Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat.
Rajin dalam membuat kerja.

OGOS.

Suka berlawak.
Mudah tertawan kepadanya.
Sopan santun dan caring terhadap orang lain.
Berani dan tidak tahu takut.
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
Pandai pujuk orang lain.
Terlalu pemurah & bersikap ego.
Nilai harga diri yang sangat tinggi.
Dahagakan pujian.
Semangat juang yang luar biasa.
Cepat marah & mudah mengamuk.
Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
Sangat cemburu.
Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
Cepat berfikir.
Fikiran yang berdikari.
Suka memimpin & dipimpin.
Sifat suka berangan.
Berbakat dalam seni lukis,hiburan & silat.
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
Cepat apabila ditimpa penyakit.
Belajar untuk relax.
Sikap kelam kabut.
Romantik ,pengasih,penyayang.
Suka mencari kawan.

SEPTEMBER.

Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
Sangat cermat, teliti & teratur.
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
Pendiam tapi pandai bercakap.
Sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati.
Sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur.
Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Sangat sensitif yangtidak diketahui.
Orang yang banyak berfikir.
Daya pentaakulan yang baik.
Otak bijak & mudah belajar.
Suka mencari maklumat.
Kawal diri dari terlalu mengkritik.
Pandai mendorong diri sendiri.
Mudah memahami orang lain(daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia.
Suka sukan,hiburan & melancong.
Kurang menunjukan perasaannya.
Terluka hatinya sangat lama disimpan.
Terlalu memilih pasangan.
Sukakan benda yang luas.
Bersistematik.



OKTOBER.

Suka sembang.
Suka orang yang sayang padanya.
Suka ambil jalan tengah.
Sangat menawan & sopan santun.
Kecantikan luar & dalam.
Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
Mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan.
Sentiasa berkawan.
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
Cepat marah.
Macam pentingkan diri sendiri.
Tidak menolong orang kecuali diminta.
Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
Tidak suka terima pandangan orang lain.
Emosi yang mudah terusik. 
Suka berangan & pandai bercakap.
Emosi yang kelam kabut.
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
Suka melancong,bidang sastera & seni.
Pengasih ,penyayang & lemah lembut.
Romantik dalam percintaan.
Mudah terusik hati & cemburu.
Ambil berat tentang orang lain.
Suka kegiatan luar.
Orang yang adil.
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
Mudah patah semangat.

NOVEMBER.

Banyak idea dalam perkara.
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
Berfikiran kehadapan.
Berfikiran unik dan bijak.
Penuh dgn idea-idea baru yang luar biasa.
Pemikiran yang tajam.
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Bagus untuk jadi doktor.
Cermat dan teliti.
Personality dinamik.
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
Berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran.
Terlalu degil dan keras hati.
Apabila hendak diusahakan sehingga berjaya.
Tak suka marah kecuali digugat.
Mudah ambil berat terhadap orang lain.
Pandai muhasabah diri.
Cara berfikir lain dari orang lain.
Otak yang sangat tajam.
Pandai mendorong diri sendiri.
Tidak hargai pujian.
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu.
Cuba sampai berjaya.
Badan yang tough.
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam.
Romantik.
Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang.
Suka duduk dirumah.
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
Amanah, jujur setia dan pandai berahsia.
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
Bercita-cita tinggi.
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER.

Sangat setia dan pemurah.
Bersifat patriotik.
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi.
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam oranganisasi.
Seronok didampingi.
Suka bercampur dgn orang.
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai.
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur.
Tidak pandai berpura-pura.
Cepat marah.
Perangai yang berubah-ubah.
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi.
Benci pada kongkongan.
Suka berlawak.
Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.

RAHSIA TARIKH LAHIR MELALUI HARI KELAHIRAN.

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24.

Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30.

Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29.

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13.

Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain
kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17.

Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27.

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31.

Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati- hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23.

Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21.

Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita- citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19.

Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam Kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk
dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26.

Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya
disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25.

Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

]]>
Ciri-Ciri Wanita Yang Mampu Membuat Lelaki Tertarik Secara Saintifiknya. https://redaksi.com/2551-ciri-ciri-wanita-yang-mampu-membuat-lelaki-tertarik-secara-saintifiknya Thu, 21 Jun 2018 17:22:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2551 Baik lelaki mahupun wanita pasti mereka ini mempunyai ciri-ciri idaman mereka yang tersendiri. Di mana mereka berharap pasangan atau jodoh mereka mempunyai ciri-ciri seperti yang mereka impikan. Bukan itu sahaja, dalam mencari pasangan juga, ciri-ciri ini akan diletakkan sebagai penanda untuk dijadikan sebagai salah satu pilihan hati mereka. Oleh itu, secara umumnya, kaum lelaki ini akan memandang beberapa ciri dalam diri seorang wanita. Jadi terdapat beberapa ciri yang ada pada wanita yang menjadi tarikan utama pada lelaki. Mari ketahuinya.


1. Kebaikan.

Setiap orang mempunyai satu kebaikan yang baik dalam diri mereka. Walaupun, mereka ini juga mempunyai satu sisi yang buruk. Tetapi sudah pasti ada satu kebaikan yang akan ditunjukkan pada orang-orang yang mereka sayangi. Dan apabila kebaikan itu terlihat ia benar-benar ikhlas yang mampu menarik hati seorang lelaki.

2. Jaminan diri.

Anda sentiasa perlu mempercayai rasa percaya diri anda semasa anda berinteraksi dengan seorang lelaki. Semakin anda percaya pada diri anda sebagai seorang individu maka semakin yakin dia akan percaya juga kepada anda. Ia akan menjadikannya lebih selamat tentang jatuh cinta dengan anda.

3. Kecergasan fizikal.

Kecergasan fizikal boleh mempunyai banyak faedah pada diri dan tidak mengejutkan mengapa lelaki cenderung tertarik kepada wanita yang sesuai secara fizikal. Ia menunjukkan bahawa anda tidak malas dan anda bertekad untuk kekal sihat. Seterusnya, ia boleh memberi kesan yang besar terhadap cara anda melihat juga.


4. Keterbukaan emosi.

Teruskan dengan niat anda. Biarkan dia tahu bahawa anda berminat kepadanya. Lelaki cenderung untuk bertindak balas dengan lebih baik kepada wanita yang terbuka tentang apa yang mereka mahu dan yang mereka cari. Tunjukkan kepadanya bahawa anda tidak benar-benar malu tentang mempunyai perasaan untuknya.

5. Positif.

Sentiasa cuba sedaya upaya untuk kekal positif apabila anda berada di sekeliling seorang lelaki. Ini sepatutnya menjadi semula jadi kepada anda. Lelaki tidak suka berada di sekitar wanita yang terlalu negatif atau terlalu dramatik sepanjang masa. Hanya sentiasa cuba untuk mengekalkan getaran positif di mana sahaja anda pergi supaya lelaki melihat anda dalam cahaya yang baik.

6. Kejujuran.

Jadilah jujur dan setulus mungkin. Lelaki cenderung lebih tertarik kepada wanita yang boleh dipercayai. Dan jika anda memperlihatkan diri anda sebagai seseorang yang dia tidak sepatutnya mempercayai atau mengetahui, dia tidak akan mahu menghabiskan banyak masa dengan anda. Dan dia akan selalu tahu jika anda bertindak palsu atau tidak.

Ciri-ciri ini mungkin dianggap remeh tetapi ini adalah ciri-ciri yang kerap seorang lelaki cari pada pasangannya. Hal ini kerana, ciri ini akan menimbulkan keselesaan pada diri lelaki tersebut. Tetapi jangan pernah berpura-pura untuk memiliki ciri seperti ini kerana, lelaki mudah untuk menangkapnya.

]]>
3 Rahsia Dalam Hubungan Yang Tidak Perlu Dihebohkan. https://redaksi.com/3469-3-rahsia-dalam-hubungan-yang-tidak-perlu-dihebohkan Fri, 07 Sep 2018 10:28:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3469 Hubungan setiap orang itu berlainan. Kebahagiaan dan kegembiraan yang dirasai untuk setiap orang juga adalah berbeza. Banyak benda yang anda lakukan dalam hubungan itu tidak semestinya akan dilakukan oleh pasanga lain. Bukan itu sahaja, apa yang pasangan anda lakukan belum tentu dapat dirasai oleh orang lain. Itu tidak termasuk dengan kelakuan-kelakuan pasangan anda terhadap anda. Berikut adalah tiga perkara yang anda tidak perlu kecohkan untuk pastikan hubungan anda selamat.


1. Kelakuan pasangan yang tidak kamu sukai.

Baik lelaki atau wanita, masing-masing mempunyai sikap yang tersendiri. Tidak kira lah ia satu sikap yang baik atau tidak, anda tetap tidak boleh menceritakan perkara itu kepada rakan-rakan anda. Ia akan membuat seseorang memberi satu tanggapan buruk kepada pasangan anda sekiranya anda berkongsi kelakuan buruknya. Ia akan membuat mereka ini membenci dirinya bahkan akan menyuruh anda untuk berpisah dengannya. Mana tidaknya, anda kerap menyatakan satu yang buruk tetapi mengapa anda masih mahu bersama dengannya lagi bukan?

2. Sikap romantik serta kejutan pasangan.

Apabila terlalu bahagia pasti terasa ingin berkongsi bersama-sama rakan-rakan yang lain. Orang kata perkara yang mengembirakan ini tidak baik jika disimpan seorang diri. Tetapi kebahagiaan yang anda rasai itu adalah baik jika anda menyimpan untuk diri anda sahaja. Mana tidaknya, kita tidak pernah tahu niat seseorang walaupun mereka ini terlalu rapat dengan kita. Apabila kita berkongsi kebahagiaan kita, ia seolah-olah kita ini sedang menunjuk-nunjuk tentang kebahagiaam tersebut. Jadi ia akan menimbulkan satu perasaan cemburu dan hasad dengki orang sekeliling anda. Hati-hati.


3. Rahsia keluarga pasangan.

Anda pasti menyimpan dengan baik kelakuan-kelakuan keluarga anda bukan? Bagaimana jika anda mendapati anda seseorang menceritakan kelakuan keluarga anda? Pasti rasanya sedikit terluka kan? Begitu juga pasangan anda. Dia pasti akan berasa kecewa sekiranya dia mendapati anda menceritakan sesuatu yang buruk mengenai keluarganya. Adalah lebih baik anda mengabaikan sahaja apa-apa cerita mengenai keluarga pasangan anda. Jangan kerana mulut anda itu, anda kehilangan orang yang anda sayangi.

Kesimpulannya di sini adalah, anda tidak perlu menceritakan sesuatu perkara yang akan membuat orang lain memberi satu pandangan yang negatif. Bukan hanya itu sahaja, kebahagiaan anda juga turut perlu dirahsiakan. Jangan kerana sikap anda ini akan mengundang rasa iri hati terhadap hubungan anda.


]]>
"Masa Sakit Tidak Mahu Jaga, Tapi Masing-Masing Sibuk Tuntut Harta Pusaka..." https://redaksi.com/5087-masa-sakit-tidak-mahu-jaga-tapi-masing-masing-sibuk-tuntut-harta-pusaka Thu, 31 Jan 2019 16:49:58 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5087 Apabila melibatkan harta pusaka ini pasti akan membuat ramai orang gelap mata, sehinggakan sanggup bermusuhan. Tidak kiralah sahabat baik, suami isteri mahupun adik-beradik, semua tidak mengenal pertalian darah ataupun tidak.

Tapi biasanya perkara ini berlaku di kalangan adik-beradik, di mana harta pusaka peninggalan ibu bapa sememangnya menjadi rebutan buat anak-anak. Sebab perkara inilah adik-beradik tidak bertegur bertahun-tahun, sebab ini jugalah adik-beradik sudah tidak mahu pulang ke kampung.

Jom baca sedikit perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ini, mengenai harta pusaka ibu bapa kita, jangan terlalu berharap akan harta ibu bapa, apa kata kita usaha sendiri mengumpul harta. Itu adalah lebih baik.



"Pesan dekat adik-beradik...

Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri...beli rumah, beli tanah, beli aset...

Bagi ada harta dengan nama sendiri...

Jangan direbutnya tanah sekangkang kera di kampung tu nanti. Jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka...

Tak guna...

Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yang lain ke, jangan fikir, jangan berharap. Jangan letak target yang kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak sawah...

Jangan...

Sebab nanti bila tak dapat, kita mula la nak marah, nak bergaduh dan nak menuntut...walhal ketika "harta" tu ada, bukan kita yang jaga, bukan kita yang usahakan, bukan kita yang berbakti...tup2 bila harta tu dh tiada pemiliknya, kita nak sangat-sangat "hak" kita...

Hak apa yang kita nak? Hak apa yang kita tuntut? Kita berhak ke?

Usaha sendiri untuk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita-cita kita...yang lebih utama ialah menjaga ibu bapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa-apa dari mereka...

Ini tak, kita buat mereka seperti bola... Sekejap pass sana, sekejap pass sini...

Kita sebagai anak yang perlu bagi "sesuatu" kepada orang tua kita dan bukannya menunggu dan berebut "sesuatu" hasil penat lelah mereka...

Kalaulah kita berebut menjaga orang tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung orang tua kita kan tapi banyak yang jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yang bernama "harta pusaka"...

Time sakit tak nak jaga, time dah tiada datang menuntut pula.."

]]>
Elak kereta u-turn, team media Ebit Lew terlibat dalam kemalangan https://redaksi.com/9230-elak-kereta-u-turn-team-media-ebit-lew-terlibat-dalam-kemalangan Sat, 26 Dec 2020 09:49:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9230 Baru sahaja pulang menghulurkan bantuan kepada sebuah keluarga di Penang yang dikatakan telah 8 bulan makan dan tidur di dalam kereta bersama tiga orang anaknya yang masih kecil.


Ustaz Ebit Lew bersama team dikatakan telah bergerak semula ke Kuala Lumpur bagi menghadiri pembukaan Elewsmart di Sungai Besi.

Team media kemalangan

Namun, semasa dalam perjalanan, team media beliau telah terlibat dalam kemalangan betul-betul selepas Tol Duta.


Menerusi perkongsian beliau di laman Facebook, beliau menyatakan selepas melepasi Tol Duta, sebuah kereta dikatakan dari sebelah kiri membuat u-turn ke sebelah kanan. Sedangkan pada laluan tersebut tiada signbord untuk u-turn.



Bagi menggelak kereta tersebut, kenderaan yang dinaiki team media telah melanggar divider di tengah jalan.

Menurutnya, ketika ini beliau berada di Hospital Gleneagles untuk menunggu keputusan ct scan ketiga-tiga team medianya.

Pohon doa ramai

Dikesempatan itu, Ebit Lew memohon dia ramai agar ketiga-tiga mereka selamat dan dalam keadaan baik-baik sahaja.

Malah, beliau turut meluahkan rasa sedih apabila mendengar Teyha, Azrin dan Ijad mengerang menanggung kesakitan.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut mendoakan agar pasukannya kembali pulih dan dipermudahkan urusan.

]]>
Cara Melembutkan Hati Seorang Lelaki. https://redaksi.com/2536-cara-melembutkan-hati-seorang-lelaki Wed, 20 Jun 2018 20:37:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2536 Lelaki ini secara kasarnya mungkin agak sedikit kasar dari pandangan mata. Namun mereka ini sebenarnya adalah lembut dan boleh dilembutkan melalui perbuatan orang dari orang yang mereka sayangi. Jadi jangan takut jika pasangan anda sedikit kasar dari segi layanannya dan juga sedikit keras apabila bersama dengan anda.

Tapi betul ke mereka ini boleh dilembutkan dengan mudah? Ia sebenarnya tidak mudah tetapi jika si dia sayang akan anda dan kena dengan caranya pasti ia akan menjadi mudah. Mari ketahui cara melembutkan hati seorang lelaki.


1. Kenali personaliti si dia.

Sebagai pasangan yang baik, cuba untuk teliti personaliti dirinya dengan lebih mendalam dan dekat. Hal ini kerana, melalui perkara ini anda akan dapat membaca dan memahami setiap tindakan kasarnya terhadap diri anda.

2. Dekatkan diri anda dengan dirinya.

Mungkin si dia masih belum menjumpai keserasian bersama anda, sebab itu kelakuan mereka ini akan sedikit kasar terhadap anda. Jadi anda perlu cuba untuk mendekatkan diri anda sedikit dengan erti kata lain cuba untuk tidak berahsia mahupun meletakkan jarak antara kalian.

3. Tunjukkan kasih sayang anda.

Sebagai seorang wanita, tidak sukar untuk menunjukkan kasih sayang anda. Tidak kira lah dari segi perbuatan mahupun percakapan tetapi pastikan anda benar-benar ikhlas terhadap perkara yang anda maksudkan. Baru lah si dia juga turut merasai.


4. Memahami cita rasa si dia.

Kelainan cita rasa juga boleh menyebabkan seseorang itu akan bertindak dingin terhadap pasangannya. Jadi tidak salah sekiranya cuba untuk memahami cita rasa dirinya. Tidak pun cuba untuk saling bertukar cita rasa.

5. Berdoa dan percaya.

Sebagai seorang Islam tiada yang lebih hebat selain menggunakan doa sebagai salah satu senjata. Bukan hanya berdoa tetapi percaya bahawa si dia akan lembut hati terhadap anda dan perhubungan kalian.

Jangan pernah menyerah kalah dalam melembutkan hati pasangan ini. Mereka ini mampu dilembutkan Cuma ia memakan sedikit masa sahaja. Jadi teruskan berusaha dan jangan pernah menyerah kalah walaupun kadang kala ia menyakitkan.

]]>
6 Tips Perkahwinan. Semua Pasangan Yang Ingin Kahwin Dalam Usia Muda Mesti Tahu! https://redaksi.com/493-6-tips-perkahwinan-semua-pasangan-yang-ingin-kahwin-dalam-usia-muda-mesti-tahu Wed, 19 Jul 2017 10:04:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=493 Perkahwinan adalah sebuah proses di mana di dalamnya ada pelajaran demi pelajaran yang anda dan pasangan harus lalui untuk terus lulus pada setiap ‘ujian perkahwinan’ yang akan datang. Proses pembelajaran dalam perkahwinan tidaklah mudah. Kesulitan dan masalah merupakan tentangan yang akan dihadapi oleh setiap pasangan suami isteri sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran. Untuk menuju dan memasuki dunia perkahwinan, setiap pasangan harus memiliki bekal yang kuat agar nantinya mampu bertahan menjalani proses demi proses yang terjadi sehinggalah mendapat tujuan perkahwinan iaitu kebahagiaan yang sejati. Perkahwinan bukan medan permainan yang jika tidak suka atau tidak sesuai, dengan mudah anda boleh keluar daripada permainan tersebut. Perkahwinan tidak semudah itu apatahlagi jika anda dan pasangan berkeinginan untuk berkahwin dalam usia yang muda.



Ada 6 pelajaran penting tentang dunia perkahwinan yang harus diketahui oleh pasangan kekasih yang ingin berkahwin dalam usia muda. Pelajaran ini sebagai pengetahuan agar anda yakin dengan keputusan anda.

1. Bukan sekadar perasaan cinta semata-mata.

Jangan salah mengertikan perasaan cinta yang terjalin antara anda dan pasangan anda. Meskipun anda berdua saling mencintai dan tidak meragukan perasaan tersebut, bukan bererti anda harus sesegera mungkin untuk berkahwin. Sekarang ini, usia muda bukan lagi penghalang bagi seseorang yang ingin berkahwin dalam usia muda. Tetapi perlu diketahui, cinta bukan alasan anda wajib untuk secepatnya berkahwin.

2. Tanggungjawab semakin bertambah.

Untuk yang bercadang-cadang berkahwin dalam usia muda ini ertinya anda telah bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab berganda. Anda tidak lagi bertanggung jawab atas diri anda sendiri, melainkan anda harus bertanggung jawab pada pasangan anda, perkahwinan anda, anak-anak anda kelak, mertua anda, bertanggung jawab atas peranan baharu, dan urusan rumah tangga. Jika belum siap, jangan cuba-cuba untuk melangkah ke alam perkahwinan hanya dengan bertiketkan cinta.

3. Kebebasan agak terhad.

Sudah pasti kebebasan anda tidak seperti waktu anda masih bujang. Apabila sudah mendirikan rumahtangga, sedikit sebanyak kebebasan anda akan sedikit tersekat memandangkan anda punya tanggungjawab kepada pasangan.



4. Mempengaruhi karier dan pelajaran anda.

Semua orang tentu punya target sendiri bila ingin mendirikan rumahtangga. Buat mereka yang masih belajar, fikir semasak-masaknya adakah keputusan anda itu tepat? Paling penting dapatkan restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak. Pastikan anda dan pasangan menamatkan pengajian mengikut yang sepatutnya. Buat yang telah bekerja mungkin ada sedikit perubahan yang perlu dilakukan. Jika kebiasaannya anda gemar bekerja di hujung minggu, selepas berkahwin, ubah cara tersebut. Pasangan perlukan perhatian anda.

5. Telah bersedia untuk ‘dilepaskan’ daripada tanggungjawab ibu bapa.

Jika anda sudah sangat yakin boleh lepas atau jauh daripada perhatian ibu bapa anda, tidak menjadi masalah jika anda dan pasangan ingin berkahwin dalam usia muda. Ini kerana apabila anda mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga ertinya anda telah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri.

6. Mengubah pola kehidupan peribadi anda.

Kehidupan ketika bujang dan selepas berkahwin tentuya jauh berbeza. Anda tidak boleh lagi membuat keputusan atau bertindak seorang sendiri. Anda harus melibatkan pasangan dalam semua perkara. Ini kerana perkahwinan ialah perkongsian dalam semua perkara.

]]>
Antara Manfaat Yang Anda Dapat Ketika Mencuba Menghadapi Ujian Dari Allah SWT. https://redaksi.com/4789-antara-manfaat-yang-anda-dapat-ketika-mencuba-menghadapi-ujian-dari-allah-swt Mon, 07 Jan 2019 12:05:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4789 Setiap individu memiliki dugaan dan cabaran hidup yang berbeza. Malahan, setiap individu ini tidak boleh samakan kehidupan mereka dengan insan yang lain, kerana ujian Allah SWT terhadap hamba-Nya adalah berlainan mengikut takdir yang telah ditetapkan. Sama ada rezeki, jodoh, ajal semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT.

Siapalah kita untuk menidakkan takdir Allah SWT.

Oleh kerana itu, sebagai seorang Muslim, pasti kita sedaya upaya dan mencuba untuk menghadapi dugaan ini dengan beristiqomah. Tidak mudah untuk menghadapi segala dugaan keseorangan, kerana kita hanyalah manusia biasa dan bukannya seorang yang sempuran umpama malaikat. Malah, kita juga perlu hadapi dugaan dengan

Berusaha…

Berdoa…

Bertawakal…

Tidak boleh bertawakal tanpa berdoa….

Tidak boleh berdoa tanpa berusaha….

Namun, setiap dugaan dan cabaran hidup ini Allah SWT telah tetapkan dengan kemampuan diri kita sendiri. Tanpa kita sedar sebenarnya kita boleh menjadi seorang yang kuat dan tabah apabila yakin dengan ketentuan Allah SWT. Redha dengan segala perancangannya.

Mahu berubah menjadi seorang yang baik, solat 5 waktu, solat di masjid, menutup aurat bagi kaum wanita, adalah mudah. Namun, mahu beristiqomah sebaik sahaja setelah berubah itu yang menyebabkan seseorang menjadi terkandas, dan mula bertindak atau berkelakuan seperti masa silamnya.

Tahukah kita bahawa setiap cubaan ketika menghadapi ujian daripada-Nya akan:

MEMBUATKAN SESEORANG DEKAT DENGAN ALLAH DAN JAUH DARI KEMAKSIATAN.

Apabila manusia diuji oleh-Nya, kita sebenarnya menjadi semakin dekat dengan pencipta kita sendiri. Kita mula mencari siapa diri kita yang sebenar. Kita mula berdoa dan kita mula mengadu pada-Nya setiap hari selepas solat…

“Kenapa aku selalu buat dosa?”

“Apa yang aku nak sebenarnya?”

“Apa hikmah sebenarnya?”

Kita sebenarnya cuba mencari jawapan pada setiap persoalan. Semakin hari mencari dan mendapat jawapan, semakin hari kita dekat dengan Allah SWT. Dan kita menjadi yakin pada-Nya kerana diberikan jawapan. Sering mengungkap Alhamdulillah.

Di samping itu juga, apabila hati menjadi dekat dengan Allah, kita menjadi semakin jauh dengan kemaksiatan dan segala kemungkaran. Ini kerana kita mula merasa menyesal dengan tindakan masa silam yang membuatkan anda sebenarnya hilang identiti.

Jika seseorang menjadi semakin dekat dengan kemaksiatan dikala diuji oleh Allah SWT, ini berkemungkinan insan tersebut telah memilih jalan yang salah. Mindanya seolah-olah sesak melihat dengan kepelbagaian masalah, lalu cuba untuk mengalih perhatian daripada masalah tersebut.

AKAN CUBA UNTUK MENINGGIKAN DARJAT SENDIRI DAN MENAMBAHKAN PAHALA.

Jika kita istiqomah melakukan 5 solat pada awal waktu, kemudian ditambah lagi dengan pelbagai solat sunat kita sebenarnya cuba untuk meninggikan darjat diri bagi pandangan Allah SWT. Kita tidak lagi mengharapkan pandangan dari manusia. Darjat yang seumpama di syurga pasti semua insan mahukan dan secara tidak sedar Allah SWT memilih hamba-hambanya yang istimewa sahaja untuk diuji dan akhirnya diberi darjat yang tinggi di akhirat kelak.

Justeru, jangan lah kita menjadi lemah ketika dilanda pelbagai ujian dari-Nya, dan jangan pula merasa diri terlalu hina untuk bertaubat. Carilah hikmah yang tersembunyi.

]]>
Wanita Selalu Bimbang Akan Perkara Ini Bila Dalam Hubungan, Sebab Itu Kadang Kala Ia Kelihatan Sedikit Over. https://redaksi.com/7483-wanita-selalu-bimbang-akan-perkara-ini-bila-dalam-hubungan-sebab-itu-kadang-kala-ia-kelihatan-sedikit-over Tue, 15 Oct 2019 11:31:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7483 Dah nama perempuan ini memang tak akan lari dari overthinking. Banyak perkara yang akan difikirkan secara berlebihan hingga kadang kala ia memberi kesan kepada tindak tanduknya malah ia juga yang membuatkan dirinya sendiri hilang keyakinan dan sentiasa rasa kebimbangan.

Tapi yang paling jelas, mereka ini selalu sangat akan berdepan akan perkara ini apabila jalinkan hubungan. Sekejap fikir itu, sekejap fikir ini. Semua yang difikir itu adalah perkara yang negatif, itu yang membuatkan dia pun makin lama makin pelbagai ragam dengan pasangan.

Namun begitu, ada beberapa hal yang membuatkan dia ini benar-benar bimbang akan apabila jalinkan hubungan ini. Berikut adalah 5 perkara kebimbangan orang perempuan.



1. Bimbang kalau tak cantik dihadapan pasangan.

Sikit-sikit tanya, cantik ke tak. Kejap-kejap tanya, sesuai tak gayanya hari ini. Macam-macam yang ditanya berdasarkan penampilan mereka ini kerana bimbang kalau dirinya ini tak cantik depan pasangannya. Malah risau kalau gaya penampilan dirinya tak sesuai macam yang pasangannya mahukan. Sedangkan dia memang sentiasa cantik di mata pasangannya.

2. Bimbang tak sesuai dengan pasangannya.

Terlalu fikirkan apa yang orang akan kata membuatkan dia rasa dia tak sesuai dengan pasangannya. Itu yang mula cetuskan pergaduhan dan tidak percaya pasangan. Sebabnya dia tak yakin bahawa pasangannya itu sesuai atau tidak untuk dirinya. Memang pening kepala kalau ikutkan apa orang kata ini.



3. Bimbang kalau tak diterima keluarga pasangan.

Siapa-siapa sahaja tentu akan berdepan dengan kebimbangan seperti ini. Sebab itu kadang kala orang perempuan ini akan terover sedikit dalam mengambil hati ibu bapa pasangan. Sebabnya, mereka ini ingin diterima oleh keluarga pasangan dengan hati yang terbuka.

4. Bimbang dia bukan seperti yang anda inginkan.

Setiap orang ada calon idamannya sendiri bukan. Inilah yang membuatkan orang perempuan cuba menjadi macam-macam orang. Dari segi penampilan dan juga kelakuan. Ini kerana, dia mahu menjadi gadis idaman pasangannya walaupun kadang kala nampak macam fake pula.



5. Bimbang kalau anda berubah hati.

Orang perempuan ini kalau dah sayang, memang dia akan sayang gila-gila punya. Sebab itu dia sanggup susah dan senang dengan orang yang dia cintai. Namun, dia bimbang kalau-kalau pasangan yang dia cintai itu akan berubah hati memilih orang lain berbading dengan dirinya.

Orang perempuan ini memang mudah nak bimbangkan semua benda. Namun begitu, sebagai pasangnnya anda perlu bijak untuk ambil hati dan memainkan peranan. Barulah tak ada semua ini.

]]>
Antara Situasi Lelaki Hanya Tertarik Pada Anda, Tetapi Bukan Untuk Hubungan Yang Serius. https://redaksi.com/2268-antara-situasi-lelaki-hanya-tertarik-pada-anda-tetapi-bukan-untuk-hubungan-yang-serius Tue, 15 May 2018 10:16:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2268 Perbezaan antara lelaki dan wanita adalah bagaimana seseorang itu merumitkan keadaan. Ternyata golongan wanita yang lebih merumitkan. Lelaki lebih simple dan direct to the point. Dalam berpasangan, wanita sering mengeluh, kenapa lelaki sering merumitkan keadaan mereka?


Pandangan lelaki lebih fokus, tepat dan terperinci, jika mereka kata kan A, ia tetapi A, dan ia jarang berlaku pada wanita. Ini kerana wanita lebih berfikiran secara emosi dan terlalu peka dengan persekitaran mereka.

Contoh situasi yang berkaitan, wanita atau si gadis akan tertekan, jika lelaki suka bermain teka-teki dengan mereka. Padahal lelaki tidak bermain teka-teki dengan anda.


Jika lelaki mengatakan mereka sukakan seseorang dan bukan pada anda, percaya lah, bahawa mereka hanya menganggap anda sebagai sahabat baik mereka sahaja.

Wanita sering tertekan kerana, mereka mahukan lelaki tersebut, minat dan suka kembali pada mereka. Tetapi ia menjadi hampa, kerana mereka hanya bertepuk sebelah tangan.

INGAT! Lelaki tidak berteka-teki pada anda, jadi kenapa anda perlu mengharap pada lelaki yang tidak mahu kan diri anda, walhal lebih ramai lagi lelaki lain dan baik di luar sana?


Jom kita lihat antara situasi di mana, lelaki sebenarnya tidak berteka-teki pada anda..

1. “Dia sentiasa menghantar text atau whatsapp dari masa ke semasa, tetapi tidak pernah ajak untuk berjumpa…”

Tidak kira di mana sahaja, walaupun anda mengajak jumpa bersama sahabat, adik-beradik, keluarga atau saudara terdekat, si dia masih menolak.

2. “Apabila terserempak dengan si dia sekejap, kami pasti tersenyum hingga ke telinga seperti tiada orang di sekeliling, tetapi masih si dia tidak pernah ajak berjumpa secara serius..”

Ternyata wanita mempunyai naluri hati yang sangat kuat, kerana mereka lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Di sebabkan itu peranan IBU hanya untuk wanita sahaja bukan pada lelaki. Jadi, seperti situasi di atas, wanita merasakan lelaki tersebut juga suka pada mereka, hanya SUKA sahaja, hanya SUKA-SUKA!


3. “Kami telah berjumpa dan mengenali dalam masa sebulan, tetapi dia masih belum sahkan status kami..”

Anda wanita gemar berfikir, lelaki ini tidak mahu serius mungkin ia mengambil masa untuk mengenali antara satu sama lain.

Wahai wanita, please! Jangan buang masa! Jika anda sendiri mahukan hubungan yang serius, maka anda perlu move on, tetapi jika anda juga dalam situasi yang sama dengan lelaki tersebut, terpulang pada individu.

4. “Dia sentiasa melihat insta story saya, ‘like’ semua gambar di facebook dan instagram..”

Seperti anda ‘like’ pada gambar selebriti, hanya kerana mereka adalah artis kegemaran anda, sama juga seperti situasi di atas, lelaki ini hanya tertarik pada anda, tetapi bukan untuk hubungan yang serius.


]]>
"Selamat kembali ke pampers..." - Pembaca berita tersasul semasa 'live' buat ramai terhibur https://redaksi.com/9642-selamat-kembali-ke-pampers-pembaca-berita-tersasul-semasa-live-buat-ramai-terhibur Sat, 06 Feb 2021 23:27:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9642 Syairul Islam yang merupakan pengacara bagi bual bicara di RTM telah mencetuskan fenomena, apabila tersasul ketika membuat laporan secara langsung di siaran kaca televisyen baru-baru ini.

Terdahulu dia juga pernah melakukan kesilapan yang sama sewaktu menjadi pengacara di dalam program Selamat Pagi Malaysia.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Syairul didapati bahawa dia tersasul perkataan yang sepatutnya disebut 'kampus' tetapi diganti dengan 'pampers' dek kerana ucapannya yang agak laju ketika itu.

'I Like your confidence'

Kejadian yang tidak disengajakan itu telah mencuri perhatian banyak pihak yang rata-ratanya terhibur dengan adegan Syairul yang tampil mempamerkan wajah tenanganya meskipun dia sedia maklum dengan kesilapannya.

Masya allah, terhibur dengar

]]>
“Apa Tujuan Berkahwin?” Ini Erti Sebenar Perkahwinan Bukan Kerana Cinta Semata-Mata. https://redaksi.com/7698-apa-tujuan-berkahwin-ini-erti-sebenar-perkahwinan-bukan-kerana-cinta-semata-mata Thu, 12 Dec 2019 11:46:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7698 Ada orang kahwin, dia lihat kawan-kawan dia sudah berkahwin. Ada yang kahwin sebab mak ayah yang suruh. Ada juga yang kahwin sebab nak isi kesunyian yang dia alami dan macam-macam lagi sebab mengapa anda berkahwin. Kadang sebab setiap orang itu tidak sama dan juga serupa.

Kadang pernah atau tidak kita terfikir kenapa kita nak kahwin? Ataupun apa niat sebenar sebuah perkahwinan yang didirikan ini?


Satu perkongsian dari Firdaus Mokhtar, seorang penulis laman web The Solusi akan menghuraikan apa sebenarnya perkahwinan dan bagaimana mencipta bahagia dalam rumah tangga.

“Apa tujuan berkahwin?”

Sebelum saya jawab, saya tanya semula ke dia, “Kenapa terfikir soalan begini?” Dia kata dia nak buat semua perkara ada tujuan dan sebab, maka dia nak tahu.

Baik, begini;



1. Perkahwinan itu ada untuk lebih mendekatkan diri kita dengan Allah.

Kalian, alam rumahtangga indahnya tersurat dalam setiap ujian yang berlaku. Bila sebut rumahtangga, pasti akan bersama dengan ujian yang banyak.

Permulaannya sahaja semuanya sama. Apa yang suami suka, isteri juga suka. Lama-lama nanti, bila semuanya dah kenal, nampak pula perbezaan.

Perbezaan ini bukan kekurangan, tapi sebuah peluang untuk kita jadikan diri kita pelengkap kepada pasangan kita.

Contohnya kita ada kekurangan dalam mengurus waktu, yakinlah pasangan kita adalah seorang yang sangat menjaga dan mengurus masa. Tapi dalam nak mengecilkan jurang perbezaan ini yang selalukan kita bertelagah. Waktu ini ujiannya besar.

Maka, hari-hari yang penuh ujian inilah waktu untuk kita merintih dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Mengadu, bercakap, minta dibantu dan minta dipandu untuk kita betul-betul sabar membina rumahtangga.

Kata Allah, “Perkahwinan itu adalah bukti antara bukti-bukti kebesaran Allah.”

Jadi Allah ciptakan perkahwinan itu cukup indah. Sebagai jalan untuk kita selalu hampir dan dekat dengan Dia.



2. Memperbanyakkan sumber pahala.

Sebagai manusia kita lahir dengan sifat fitrah inginkan berpasangan. Iyalah, ada kawan mendengar keluhan dan cerita, ada teman ketawa dan bersama bahagia, ada pasangan untuk bermesra dan ada suami atau isteri untuk kita tunaikan tuntutan biologi kita.

Ternyata dengan perkahwinan, kita akan dapat penuhi semua itu berbanding jika kita bujang. Atau boleh saya katakan berbanding jika kita cuba untuk penuhi setiap fitrah kita itu tanpa berkahwinan.

Sungguh berpasangan yang sebelum nikah itu kan indah. Tapi banyak halangannya. Jika kita cuba juga lakukan berdosa pula.

Nak keluar jalan berdua itu dosa, makan bersama itu juga dosa, menonton wayang berdua pun berdosa. Semuanya terbatas itu dan ini. Lagi lah bersentuhan, mendekati zina. Tuhan murka.

Berbeza selepas kita berkahwin. Semuanya jadi halal. Nak bertemu di ceruk bumi mana pun boleh, nak berduaan lama mana pun terserah. Dan itu semua mendatangkan pahala.

Waktu bercinta sebelum nikah itu fikirkan hal-hal cinta ini berdosa, melihat sahaja sudah dosa dan bercakap berlebihan juga berdosa.

Tapi setelah bernikah fikirkan pasangan kita, itu pahala. Baru fikirkan sahaja. Melihat lebih lagi pahala. Bercakap dengan isteri juga pahala. Bersentuhan dan berpegangan tangan lebih daripada itu, selain dapat pahala kita dapat gugurkan dosa.

Begitulah perkahwinan memberikan cukup banyak jalan kita mengumpul pahala.



3. Perkahwinan adalah tapak untuk membina masyarakat Islam.

Untuk point ini saya cukup ingat kata-kata guru saya;

“Mana mungkin kita dapat membina sebuah masyarakat Islam jika kita tak mampu menegakkan rumahtangga Islam dalam keluarga kita.”

Benar sungguhlah. Sebab harapan untuk membina masyarakat Islam bermula daripada keluarga kecil yang benar-benar Islam dulu. Daripada sebuah keluarga dengan sebuah keluarga yang lain, bergabung dan bersatu jadilah mereka ini sebuah masyarakat.

Perkahwinan sebenarnya adalah untuk memulakan masyarakat Islam kecil. Suaminya menjadi ketua keluarga yang menjadi pengurus kepada rumahtangga secara Islam. Isterinya pula pembantu merealisasikan impian terbentuknya kehidupan Islam dalam sebuah rumahtangga.

Bagaimana cara berpakaiannya, apa yang selalu dibicarakan dalam rumah, bagaimana jadual waktu sembahyang mereka sekeluarga.

Ingat, perkahwinan menjadi persoalan kepada keselamatan dan nasib masa depan umat Islam secara langsung.

****************

Iya kalian, perkahwinan itu luar biasa. Kita akan temukan kesempurnaan sebuah kehidupan dalam sebuah rumahtangga. Cuma jalannya memang perlu penuh dengan sabar dan berserah.

Untuk yang masih menanti jodoh, kalau ada yang datang membawa niat yang baik, segerakan. Tak perlu banyak persoalan, nanti ini macam mana, itu macam mana. Makin dilambatkan, makin macam-macam yang timbul.

Tapi syaratnya kalian sudah kenal secara yang izinkan Islam. Contohnya dikenalkan oleh ibu bapa. Berkenalan terus dengan ibu bapa mereka demi melihat keikhlasan mereka untuk membina sebuah hubungan kekeluargaan.

Moga rumahtangga yang kita bina mendapat redha Allah. Dan menjadi jalan untuk kita ke syurga. Amin.

Sekian.



]]>
Bulu Akan Lebih Lebat Apabila Dicukur, Betul Ke? https://redaksi.com/4592-bulu-akan-lebih-lebat-apabila-dicukur-betul-ke Tue, 18 Dec 2018 16:01:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4592 Sering kali kita dengar akan perbuatan mencukur bulu ini akan membuatkan bulu tersebut semakin lebat. Bukan itu sahaja, anda juga yang menyatakan bahawa perbuatan ini akan membuatkan kulit di bahagian tersebut akan mengalami kekeringan.

Biasanya orang lelaki akan kurang mencukur bulu dibahagian kakinya melainkan pada sekiatr wajahnya sahaja. Berlainan pula denganorang perempuan, mereka ini akan mencukur bulu-bulu yang terdapat pada bahagian kaki dan tempat-tempat lain. Jadi apabila perkara sebegini tersebar, maka mereka ini akan menjadi ragu-ragu dan bimbang sendiri. Biasalah, wanitakan suka overthinking.



Dalam banyak-banyak perkara yang kita dengar, adakah kesemua perkara tersebut benar atau sedar mitos yang hanya dipanjangkan daripada orang lain.

Apa kata kita dapatkan info sebenar daripada Dr Amirul Nazri Dato’ Wan Nawawi (M.D), Prinz Medical Clinic & Prinz Giampapa MediSuite and Anti-Aging Center tentang mitos dan fakta berkaitan isu ini.

Mitos: Bercukur boleh dilakukan pada bila-bila masa saja, bukan hanya pada waktu mandi

Fakta: Sebaiknya selepas mandi kerana liang roma lebih bersih dan terbuka. Kulit juga lebih lembut dan bulu roma lebih bersih lantas mengurangkan risiko infeksi kulit.

Mitos: Shaving cream atau shaving foam tak penting, cukup sekadar guna sabun

Fakta: Lebih baik guna shaving cream kerana ia di formulasi untuk melembutkan dan mengurangkan iritasi pada kulit.

Mitos: Arah bercukur tak penting, yang penting dicukur dengan kemas dan bersih

Fakta: Sebaiknya bercukur mengikut arah bulu tumbuh, ia dapat mengurangkan risiko infeksi pada liang roma dan mengurangkan iritasi pada kulit.


Mitos: Bercukur mampu membuatkan bulu tumbuh lebih lebat dan kawasan cukur menjadi gelap

Fakta: Kekerapan bercukur tidak mempengaruhi kadar pertumbuhan bulu dan kawasan cukur lebih gelap. Cuma bulu baru mungkin tumbuh lebih kasar dari sebelumnya.

Mitos: Bercukur boleh menjadikan iritasi pada kulit

Fakta: Benar jika tidak menggunakan pelembut kulit atau dilakukan dengan teknik yang salah.

Mitos: Pisau cukur boleh digunakan selagi tidak berkarat

Fakta: Sebaiknya pisau cukur pakai buang digunakan sekali sahaja bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman.

Apa-apa pun, antara bercukur dan waxing, Dr Amirul lebih menganjurkan waxing kerana lebih hygenic dan kurang berisiko untuk luka pada kulit. Kalau nak bercukur pula, korang perlu sentiasa memastikan pisau cukur yang digunakan bersih dan tajam. Nak diingatkan juga, pisau cukur tu tidak boleh dikongsi ya.



]]>
Selalu Merasa Diri Tidak Setanding Dengan Orang Lain, Ini Antara Punca Anda Rasa Rendah Diri. https://redaksi.com/7010-selalu-merasa-diri-tidak-setanding-dengan-orang-lain-ini-antara-punca-anda-rasa-rendah-diri Thu, 29 Aug 2019 09:36:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7010 Dalam hidup ini setiap orang mempunyai kelebihan yang tidak mereka ketahui. Sama ada mereka ini mampu gunakan kelebihan mereka, ataupun tidak. Namun, apa yang lebih jelas adalah mereka ini lebih mudah untuk berasa kurangnya diri mereka berbanding apa yang lebihnya itu.

Bukan disuruh untuk berbangga diri dengan setiap kelebihan yang dimiliki tetapi lebih membuang rasa rendah diri yang hingga merosakkan hati sendiri.

Nak-nak lagi bila tengok orang yang sudah berjumpa pasangan tetapi anda belum lagi, tentu sahaja dalam hati akan berkata apa kurangnya anda sampai belum bertemu jodoh. Kenapa orang lain tidak pandang anda, dan macam-macam lagi.



Rasa sendah diri terhadap perkara-perkara yang tidak sepatutnya adalah tidak perlu. Ini kerana, jika anda terlalu memikirkan perkara sebegini, hidup anda akan terasa negatif malah kurang rasa bersemangat.

Untuk mencapai apa yang anda mahu, untuk sama-sama miliki apa yang orang lain miliki anda perlu lebih yakin terhadap diri sendiri. Sudah tentu setiap apa yang berlaku itu ada hikmah buat anda.

Apa yang selalu membuat diri anda rasa kurang berbanding orang lain, ini 3 perkara puncanya.



1. Tidak bersyukur.

Rasa bersyukur ini tidak akan membuatkan anda rasa kurang berbanding dengan orang lain, malah lebih menghargai apa yang anda miliki. Belum semua orang bertuah untuk memiliki apa yang ada mahu.

Sebagai contoh, mungkin anda berharap ketika ini anda sedang bahagia bersama pasangan dan anak-anak tetapi anda tidak sedar bahawa ada orang lain berharap agar dapat menghabiskan masa-masanya bersama ibu bapanya macam anda. Siapa tahu bukan.

Jadi bersyukurlah apa yang berlaku dalam hidup anda. Tentu sahaja ada hikmah dan pengajaran disebalik semua itu.



2. Jangan nak banding-bandingkan diri anda dengan orang lain.

Setiap orang memiliki hidup mereka, jadi jika anda berusaha untuk menjadi seseorang yang lain tentu sahaja anda tidak berjaya menjumpai kebahagiaan diri anda. Jangan fikir apa yang orang lain ada, tetapi fikir apa yang anda ada. Itu sebenarnya lebih nikmat dari memikirkan orang lain punya.

3. Jangan merasakan kebahagiaan itu perlukan bantuan.

Anda mampu bahagia dengan diri anda sendiri, kalau tak ada pasangan. Jangan mengharapkan orang lain untuk membahagiakan anda tetapi lebih mengharapkan diri sendiri untuk membuat anda bahagia. Jika anda mampu mencintai diri sendiri, maka anda akan mempu mencintai orang lain dengan lebih baik.

Jangan bimbang akan kekurangan tetapi bersyukur dengan apa yang anda miliki.

]]>
Antara Pujian Yang Akan Membuat Teman Lelaki Anda Tersenyum Hingga Ke Telinga. https://redaksi.com/3993-antara-pujian-yang-akan-membuat-teman-lelaki-anda-tersenyum-hingga-ke-telinga Thu, 25 Oct 2018 11:41:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3993 Wanita biasanya sukakan pujian. Tidak kiralah pujian itu dari orang lain ataupun orang yang dikasihinya. Tapi bukan hanya wanita sahaja yang sukakan pujian, orang lelaki juga dahagakan pujian. Mana tidaknya, pujian ini kadang kala membantu seseorang itu tampil lebih yakin. Jadi tidak salahkan kalau kita puji pasangan kita agar dirinya lebih yakin.

Biasanya wanita ini mahukan pujian daripada paras rupa, gaya berpakaian, perbuatan dan pelbagai lagi. Lelaki juga lebih kurang sama juga ya. Jadi mari lihat pujian yang macam mana anda boleh berikan kepadanya.



1. “Saya bersyukur mempunyai anda sebagai pasangan saya.”

Perkara paling mudah untuk anda membuat pasangan anda tersenyum adalah dengan cara menghargainya. Tidak payah lakukan kejutan atau apa sahaja tetapi cukup katakan ayat ini. Sambil anda menghargai, anda juga memujinya juga. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa dirinya itu adalah pasangan yang baik.

2. “Saya suka penampilan awak hari ini.”

Orang lelaki ini kadang kala akan cuba berpenampilan lain daripada yang lain adalah untuk menarik perhatian pasangannya. Jadinya, jika anda melihat pasangan anda itu kelihatan berlainan sedikit dan tidak seperti selalu, mulalah memuji dirinya. Katakan sesuatu yang kelihatan lain ataupun puji sahaja penampilan dirinya.

3. “Saya rasa selamat dengan anda.”

Ayat ini menunjukkan dua maksud, yang pertama anda percayakan dirinya dan yang kedua dirinya adalah pasangan terbaik untuk anda. Jika anda berikan ayat seperti ini, pastilah dirinya akan tersenyum sepanjang hari. Mana tidaknya pasangan yang dikasihinya mempercayainya malah merasakan bahawa dia sedang melindungi anda.



4. “Awak lakukan kerja yang baik hari ini.”

Sedikit pujian terhadap tugasnya bagi meringankan rasa penatnya. Mana tidaknya, kadang kala dirinya mungkin tidak begitu dihargai di tempat kerjanya. Jadi apabila anda katakan perkara ini, sekurang-kurangnya dia merasakan anda seseorang yang akan menghargai penat lelahnya. Pasti dia akan berusaha lebih lagi dalam tugasnya nanti.

5. “Kenapa awak manis sangat ini.”

Kata seperti ini adalah menunjukkan bahawa dirinya berjaya mendapat tempat dihati anda. Dia telah melakukan sesuatu yang berjaya menyentuh hati anda. Tidak kisahlah sama ada dari kata-kata atau perbuatannya, cubalah untuk memuji dirinya.

Itu adalah beberapa contoh ayat yang anda boleh katakan pada pasangan anda, tapi pastikan keadaan yang anda ingin katakan itu bersesuaian. Jangan pula anda katakan perkara ini pada masa yang tidak sesuai.



 

]]>
Antara 5 Sebab Kenapa Rakan Anda Makan Banyak, Tapi Tak Gemuk Juga. https://redaksi.com/5549-antara-5-sebab-kenapa-rakan-anda-makan-banyak-tapi-tak-gemuk-juga Thu, 21 Mar 2019 15:53:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5549 Pasti cemburu lihat rakan yang sebegini, kan? Makan banyak, tapi badan maintain kurus dan tak gemuk. Apa rahsia mereka? Secara tidak sedar, mereka sendiri pun tidak ada rahsia, dan tidak tahu mengapa ia terjadi sebegitu. Bukannya ada membela saka, atau pun jin.

Ada yang makan sedikit dah gemuk, senang naik berat badan. Menurut kajian apabila seseorang itu makan terlalu banyak atau melebihi had, kira-kira 85% daripada kalori yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak dan selebihnya akan hilang dalam bentuk haba.  Sel-sel lemak yang berlebihan berkembang dan menyimpan tenaga.

Namun sedemikian, apa yang terjadi pada mereka yang makan banyak, masih bertubuh kurus ini. Jom ketahui sebabnya…

1. Sentiasa menjalani aktiviti-aktiviti ringkas.

Antara banyak kemungkinan, cuba lihat aktiviti harian rakan anda yang kurus itu. Mereka kebarangkalian lebih banyak menjalani aktiviti ringkas yang tidak pernah terlintas dalam fikiran kita mampu untuk membakar kalori seperti:

  • Jarang duduk tetapi sentiasa berjalan, tidak kira berjalan di sekitar pejabat, si kompleks membeli belah atau di halaman rumah sahaja.
  • Kerjanya juga bukan duduk semata-mata, tetapi perlu berdiri melayan pelanggan. Kadang-kala mereka perlu berdiri seharian untuk membuat kerja, malah perlu bergerak ke banyak tempat.
  • Pasti kita sering melihat ibu yang ramai anak, masih dapat mengekalkan tubuh yang langsing, kan? Ini kerana mereka terpaksa mengejar anak-anak sekitar rumah, kemudian mengemas rumah, vakum dan sebagainya.

Ia dipanggil NEAT (Non-Exercise Activity Thermogenesis), dan menurut kajian jika melakukan aktiviti ini mampu membakar 2000 kalori sehari.

2. Mempunyai lebih banyak otot.

Kemungkinan yang lain adalah, rakan anda mempunyai atau banyak membina otot dalam badan sehingga mampu mengurangkan kalori dalam badan. Tiada lemak-lemak tepu, mahupun lemak-lemak berlebihan.

Rakan anda seorang yang rajin melakukan senaman, banyak menggunakan tenaga walaupun makan kuantiti yang sama dengan anda. Jadi semakin banyak otot yang anda miliki, lebih banyak kalori yang anda bakar walaupun sewaktu tidur. Maka, rajin-rajinlah bersenam untuk membina otot.

3. Keturunan.

Anda lihat memang seluruh keluarganya mempunyai badan yang kurus dan maintain sahaja selepas kahwin. Ini yang dinamakan keturunan atau genetik. Untungkan kalau daripada genetik ini, tidak perlu lakukan apa-apa kurus sahaja. Namun, walaupun kurus tidak semestinya mereka memiliki stamina yang tinggi, ataupun kesihatan yang baik.

4. Jarang minum air manis.

Mereka memang suka makan, akan tetapi mereka kurang minum air manis atau berkarbonat. Setiap kali makan, atau mengajak mereka makan di restoran, cuba lihat air yang dipesannya. Bukan seperti kita yang suka makan banyak ni, asalkan selepas makan, nak air sirap, milo ais, nescafe ais dan sebagainya. Air putih pun jarang minum.

5. Makan kalori yang sedikit.

Rakan anda juga makan makanan yang berkalori sedikit sahaja, malah tidak pula setiap minggu nak makan fast food. Kalau makan fast food pun, tidak pula pesan air yang manis atau berkarbonat. Malah, tidak pula selalu makan roti, tetapi lebih kerap makan nasi kerana:

  • Jika makan roti, dengan salutan jem yang manis akan buat kita lebih cepat berasa lapar.
  • Nasi makan dengan lauk pauk yang ada protein dan bermacam-macam zat akan membuat kita kenyang dengan lama.

Selamat Beramal!

]]>
7 Cara Ajar Pasangan Menguruskan Duit Walaupun Gaji Bulanan Tak Besar. https://redaksi.com/215-7-cara-ajar-pasangan-menguruskan-duit-walaupun-gaji-bulanan-tak-besar Tue, 20 Jun 2017 10:35:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=215 Sudah berumahtangga? Tahniah kami ucapkan. Ada masalah pasangan seperti tak berapa nak ambil kisah pasal masa depan dan keluarga? Buat korang yang baru mendirikan rumah tangga, hadamkan artikel ini yang diolah dari perkongsian saudara Amir Syahir. Tidak kira pasangan kita bekerja di sektor swasta atau sektor kerajaan. Tuhan menemukan seseorang untuk melengkapkan kita. Jika pasangan kita gila modified kereta, pasangan dia mesti seorang yang bijak menguruskan kewangan. Jika pasangan kita gila beli baju online, baju dua almari tetapi masih mengadu kata takde baju nak pakai, pasangan dia mesti power kawal kewangan. Jadi, apa yang kita boleh buat untuk ajar dan beri kesedaran kepada pasangan kita tentang pengurusan kewangan?



1. Ajar cipta matlamat kewangan.

Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang. Untuk permulaan, bina matlamat paling senang nak capai. Contohnya matlamat nak simpan RM600 dalam sebulan. Jadi, istiqamah simpan RM20 setiap hari. Bila dah capai, ini akan menyuntik rasa semangat untuk menyimpan lebih banyak lagi.

2. Ajar simpan sebelum berbelanja.

Ajar si dia untuk simpan sebelum berbelanja. Contohnya gaji RM2000. Simpan siap-siap RM200. Kalau rasa berat, cuba simpan RM100 sebulan. Jika belanja semua pendapatan terlebih dulu dan lebih baru nak simpan, itu boleh mencipta masalah kewangan yang kronik pada masa akan datang. Ajar dia gunakan formula ini: Pendapatan - Simpanan = Belanja.



3. Ajar supaya tangguhkan kehendak.

Jika si dia menggelupur nak iPhone, cepat-cepat azan dekat telinga kanan dia. Ingatkan yang dia tu masih ada PTPTN tertunggak. Ajar dia supaya ada tabiat delay gratification iaitu menangguhkan kepuasan. Tengok dalam dompet, ada duit. 'Eh, boleh belanja lagi ni'. Biarlah duit kita ada lebihan 5-6 ratus sekalipun, jangan ajar diri belanja untuk habiskannya. Tangguhkan seketika. Simpan duit untuk benda yang lebih memerlukan.

4. Ajar supaya berbelanja dengan bijak.

Ajar dia buat bajet belanjawan bulanan. Catat segala perbelanjaan.  Berbelanja dengan bijak ni boleh dibuat dengan Membandingkan harga.
-Boleh cuba apps SmartShopper.
-Beli masa promosi atau dengan harga borong.
-Buat senarai barang yang nak dibeli, tak perlu nak ulang-alik dua tiga kali ke pasar raya atau terbeli benda yang tiada dalam senarai.

5. Ajar tentang keperluan vs kehendak.

Keperluan adalah asas untuk hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan. Kehendak pula kalau tak ada pun boleh hidup. Contohnya nak pakai kereta mewah, telefon mahal, travel luar negara ataupun lepak minum Setarbucks. Ramai pasangan masih tidak dapat bezakan antara keperluan dengan kehendak.



6. Ajar tentang risiko kewangan.

Risiko kewangan adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Bagi kesedaran tentang kepentingan takaful dan risiko pelaburan. Tentang bahaya tunggakan hutang kad kredit. Ajar dia untuk mengenali penipuan skim cepat kaya dan MLM tidak berlesen. Terangkan kalau tak bayar hutang apa akibatnya. Apa itu muflis dan kesan muflis.

7. Ajar tentang pelaburan yang bijak.

Ajar dia tentang pelaburan yang rendah risiko seperti melabur di ASB disebabkan unit berharga tetap RM1. Jadi, tidak akan rugi. Menyimpan di Tabung Haji juga boleh. Dalam Akta Tabung Haji, dinyatakan dengan jelas bahawa konsep simpanan dalam akaun Tabung Haji adalah berdasarkan konsep Wadi'ah Yad Dhamanah (simpanan berasaskan jaminan)

Kalau nak berjaya, sentiasa 'laparkan diri' dan terus-menerus memburu ilmu yang bermanfaat. Sebab dengan ilmu, baru kita boleh pendekkan masa untuk mencapai kejayaan dan kekayaan.

Kalau ada seminar, pergi sama-sama. Ajak dia sekali. Sebab tak semua rajin nak baca buku-buku tentang pengurusan kewangan. Benda yang dtulis ni pun merungut kata panjang. Jadi lebih baik belajar terus dari kepakaran orang lain. Kalau anda rasa perkongsian ilmu kali ini cukup bermanfaat, rajin-rajinlah follow FB Amir Syahir. Pernah dengar tentang pelaburan saham patuh syariah? Belajar secara percuma di sini Belajar Pelaburan Saham.


]]>
Ibu Bapa, Jangan Jadi Perosak Rumahtangga Anak-Anak... Perkahwinan Mereka, Hak Mereka Untuk Menguruskannya. https://redaksi.com/7548-ibu-bapa-jangan-jadi-perosak-rumahtangga-anak-anak-perkahwinan-mereka-hak-mereka-untuk-menguruskannya Thu, 24 Oct 2019 14:32:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7548 Masalah salah faham, tiada kesefahaman serta campur tangan ibu bapa mertua ini rasanya bukan satu perkara yang asing lagi dalam kehidupan rumahtangga. Malah ada juga yang tak mampu nak berdepan dengan konflik seperti ini sehingga mengakibatkan berlakunya penceraian.

Kadang bukan salah pasangan tetapi mereka ini takut untuk menjadi anak derhaka berbanding menjadi pasangan yang menjaga hati suami atau isteri mereka. Mana tidaknya, tiada siapa pun mampu melupakan pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan diri mereka.

Maka dengan itu, ibu bapa itu sendiri sebenarnya perlu sedar dan yakin terhadap anak mereka. Jangan takut hilang anak kerana mereka sudah berkahwin, tetapi lihat bagaimana didikan yang anda berikan kepada mereka. Itulah yang mereka akan berikan semula kepada ibu bapanya kelak.

Seperti yang dikongsi oleh Firdaus Shakirin ini, ibu bapa jangan jadi perosak rumahtangga anak-anak.



Jangan rosakkan rumahtangga anak-anak…

Bila anak-anak dah berkahwin, maka dah bukan menjadi tanggungjawab ibubapa untuk membuat keputusan bagi pihaknya, menentukan pilihan untuk dirinya, dan mengawal apa jua perkara dalam kehidupannya…

Tanggungjawab ibubapa ialah membesarkan dan mendidik anak-anak-anak…bila mereka dah besar, terutamanya bila mereka dah berumahtangga, maka kita perlu membiarkan mereka hidup dengan sendirinya…

Ini adalah masa untuk kita lihat hasil didikan kita…

Jangan masuk campur urusan rumahtangga anak-anak…Jangan mempertikaikan setiap keputusan yang dia buat…



Jangan buat keputusan untuk keluarganya…sekiranya anak datang bertanyakan akan sesuatu perkara, minta dia tanya pasangannya dahulu, ambik pendapat dan pandangan pasangannya…Jangan membelakangkan pasangan anak kita…

Jangan hanya berbincang dengan anak kita sahaja then trus buat keputusan…

Kesan dan akibat untuk setiap keputusan yang mereka ambil itu ditanggung mereka…

Bukan kita…

Jadi, bila mereka dah berkeluarga, kita tidak lagi boleh mengongkong mereka sebagaimana kita buat ketika mereka masih kecil dan remaja…mereka dah dewasa, dah bergelar suami orang, isteri orang…maka mereka berhak untuk memutuskan jalan hidup sendiri…bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan dan keputusan mereka tidak tertakhluk kepada kebenaran kita sebagai orang tuanya, tapi kebenaran pasangannya…



Kadang-kadang, kita rasa sikap kita mengawal dan menentukan halatuju rumahtangga anak-anak kita tu baik untuk mereka, sedangkan tanpa kita sedari, kita memecahbelahkan privasi kehidupan mereka…kita mengawal mereka dan setiap gerak geri perbuatan mereka, ditentukan berdasarkan kemahuan dan kehendak kita, bukan mereka…

Jadi, dimana baiknya cara kita ini? Biarkanlah mereka dengan hidup mereka dan hanya campur tangan bila hidup mereka terkeluar dari landasan yang telah ditetapkan agama…

Hormati hak anak kita dan pasangannya…itu hidup mereka…

]]>
“Kalau Bukan Kita Yang Selamatkan Keluarga Sendiri, Siapa Lagi?!” Lelaki Ini Kongsikan Cara Untuk Selamatkan Rumah Tangga. https://redaksi.com/5973-kalau-bukan-kita-yang-selamatkan-keluarga-sendiri-siapa-lagi-lelaki-ini-kongsikan-cara-untuk-selamatkan-rumah-tangga Sun, 05 May 2019 13:52:37 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5973 Tidak ramai dikalangan pasangan suami isteri mampu menyelesaikan rumah tangga secara peribadi. Sama ada melalui ahli keluarga atau pun pihak kaunselor sahaja yang dapat membantu. Kongsi saudara Mohd Fhais ini setelah membaca kisah daripada pembacanya sendiri…

Image may contain: 1 person, smiling, standing

********

Peraturan pertama : Jangan salahkan pasangan.

Berhenti membinasakan rumahtangga sendiri, lebihkan membaikpulih.

Suami isteri sudah pergi kaunseling tapi tak berjaya sebab isteri tak mahu teruskan. Tetap dia tak salahkan isteri dia.

Kaunseling tak berjaya dia sendiri pergi tambah ilmu dengan seminar, bengkel dan cari bahan bacaan hal rumahtangga.

Peraturan kedua : Jangan tunggu pasangan berubah tapi ubah diri sendiri dulu.

Itu apa yang dia buat. Kaunseling tak berjaya sebab isteri tak mahu teruskan, dia tak putus asa dia sendiri pergi timba ilmu.

Banyak cara nak timba ilmu, dari seminar, dari bengkel, dari penulisan di media sosial seperti apa yang saya buat ni dan dari artikel di laman sesawang pun ada.

Yang penting BERUSAHA !

Peraturan ketiga : Berfikiran terbuka.

Ini paling penting! Kalau masih lagi ego tinggi ilmu setinggi langit pun tak akan nampak manfaatnya. Berfikir secara terbuka, mungkin masalah keluarga berpunca dari diri sendiri.

Seperti apa yang pembaca saya nyatakan dia akui selama ni dia punca kepada pergolakan rumahtangga sendiri.

Ayat dia,

"Saya rasa mmg deely down dan akan musnah keluarga saya sendiri atas tangan saya sendiri tahun lepas"

Allahu, bila dia meseg macam ni saya jadi terharu dan gembira sebab tak semua lelaki dapat hidayah begini.

Dari awal sampai akhir memang fokus dia untuk selamatkan keluarga yang di kasihi.

Peraturan keempat : Cari inner circle positif.

Hal rumahtangga ni hal serius. Kesan dia boleh beri impak pada kedua-dua keluarga suami dan isteri. Jangan sewenang-wenangnya minta pendapat orang sebarangan.

Cari circle ( persekitaran ) seperti kawan, bahan bacaan, dan minta nasihat dengan mereka yang memberi input positif bukan negatif.

Cari circle yang memberi inspirasi, motivasi dan dorongan untuk menyelamatkan bukan membinasakan.

Nak bagi binasa senang je, tak payah buat apa-apa pun. Hanya mereka yang mampu guna jalan susah sahaja dapat menyelamatkan. Itulah ciri-ciri adiwira keluarga sebenar.

Peraturan kelima : Sabar dan tawakal.

Macam sahabat saya ni setahun juga tempoh masa dia ambil untuk perbaiki kekurangan diri dan secara tak langsung selamatkan keluarga yang di kasihi.

Bukan kerja senang tu, betul-betul saya respect dengan dia. Tekad mengatasi segala halangan.

Saya percaya bila niat kita betul nak selamatkan keluarga kita Allah sendiri akan bantu permudahkan urusan kita.

Semoga rumahtangga beliau kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

Tumpang gembira!

p/s : Mohon sebarkan kisah ini pada lebih ramai pasangan di luar sana supaya boleh jadi inspirasi pada mereka untuk lebih menghargai keluarga.

********

Semoga Bermanfaat!

]]>
Gadis 17 tahun berjaya beli Vellfire, hasil pendapatan di TikTok https://redaksi.com/9577-gadis-17-tahun-berjaya-beli-vellfire-hasil-pendapatan-di-tiktok Tue, 02 Feb 2021 01:49:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9577 Remaja masa kini terdedah dengan pelbagai aplikasi yang dianggap melalaikan oleh segelintir ibu bapa di luar sana.

Namun, seorang pelajar sekolah yang bakal menduduki peperiksaan SPM ini telah membuktikan bahawa tidak semua aplikasi tersebut mendorong kita ke arah yang merosakkan sebaliknya ia merupakan antara platform yang boleh mendorong kita ke arah perkara yang lebih baik dan siapa sangka ia menjadi punca utama untuk menjana pendapatan.

Rezeki 'terpijak'

Menurut gadis berusia 17 tahun yang lebih mesra disapa Nurin memberitahu bahawa aplikasi TikTok benar-benar mengubah kehidupannya dan juga keluarga.

Ini adalah kerana melalui aplikasi tersebut, dia banyak melakukan video 'paid review' dan siapa sangka hasil keuntungan yang diperoleh oleh Nurin, dia mampu membeli sebuah kereta Toyota Vellfire baru-baru ini.

Ceritanya lagi, dahulu dia hanyalah suka-suka mencuba dan tidak menyangka mendapat permintaan untuk buat video produk mereka sehingga pemilik bisnes itu sendiri tidak menang tangan kerana mendapat sambutan di luar jangkaan menerusi video yang dibuat oleh Nurin.

"Lepas percubaan pertama, pemilik bisnes tu kata dia tak menang tangan layan pelanggan. Bermula dari situ saya tekad untuk buat berterusan."
-Nurin-

Tak semua orang boleh terima

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa segelintir individu dari kalangan kita amat suka memperlekehkan segala kepayahan yang kita lalui.

Namun perkara itu tidaklah sepatutnya dijadikan alasan untuk kita berputus asa dan Nurin juga telah membuktikan hal yang sama apabila ada segelintir individu yang melabelkan dia sebagai seorang yang suka 'membebel'.

Kenyataan akan perkara itu memang tidak dapat dinafikan lagi dan Nurin ada memperbetulkan sedikit tanggapan orang di luar sana dengan menyatakan bahawa video yang dikongsikan turut mempunyai elemen positif yang ingin dikongsikan, bukan bebel semata-mata.

"Walaupun saya selalu buat video membebel. saya selitkan dengan kata-kata positif. Guna ke arah yang betul."

-Nurin-

'Terima kasih yang sokong dan hina saya'

Mengenangkan keperitan hidup yang dilalui olehnya dahulu, gadis itu titipkan ucapan terima kasih kepada mereka yang perna menghinanya dahulu.

Hal ini adalah kerana mengingatkan dia kepada kejadian sewaktu di sekolah dahulu apabila kawan-kawan di sekolah mengejek dan menghina kereta yang dipandu oleh uminya yang dilihat seperti kereta yang sudah nazak.

"Saya nak cakap , yang mana kecam atau sokong saya..Terima kasih."

-Nurin-

 

 

]]>
Cara Untuk Mendapatkan Kembali Kepercayaan Daripada Insan Yang Pernah Terluka. https://redaksi.com/2988-cara-untuk-mendapatkan-kembali-kepercayaan-daripada-insan-yang-pernah-terluka Wed, 25 Jul 2018 16:30:55 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2988 Insan yang pernah terluka kerana sejarah hitamnya. Sejarah yang telah mengajar mereka untuk tidak mudah menerima cinta daripada orang lain. Sejarah yang telah mengajar mereka untuk tidak mudah mendekati dengan orang mahu memberikan mereka cinta.


Jadi, bagaimana anda mahu bercinta dengan insan sebegini dan membina kepercayaan yang baru terhadap mereka?

1. Jangan sesekali membuat mereka berasa curiga.

Sekali anda membuat mereka berasa curiga dan cemburu, sudah tentu tiada peluang kedua yang akan diberikan oleh mereka. Jadi, elakkan bersembunyi dengan mereka, dan beritahu tentang perkara sebenar. Insan yang pernah dikhianati sesungguhnya hanya mahu mengetahui kebenaran sahaja bukannya kepalsuan.

2. Jangan membuat mereka berasa sengsara.

Jangan sesekali membuat mereka berasa sengsara dan derita. Perkara ini akan membuatkan mereka akan terfikir kembali sejarah hitam yang pernah mereka alami. Jika bersama dengan anda juga akan membuatkan mereka sengsara, sudah tentu dengan mudah mereka akan alami kemurungan dan tidak bahagia.


3. Jangan sering memberi alasan.

Jangan terfikir untuk memberi alasan setelah anda membuat kesalahan seperti “Saya buat benda ni sebab awak tak pernah berikan perhatian pada saya”. Jadi, elakkan daripada mengungkapkan kata-kata sebegini. Jangan cuba menegakkan benang yang basah dan membuat mereka terkilan.

4. Jangan libatkan orang lain.

Jika anda membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang dengan si dia, insan yang pernah terluka ini, tolong jangan melibatkan pihak lain jika berlaku pergaduhan antara kalian berdua. Perbaikilah masalah hanya di antara anda berdua sahaja, atau pergi sahaja berjumpa dengan kaunselor keluarga.


5. Jangan mengharapkan kemaafan yang segera.

Insan yang terluka dan dikhianati pasti sukar untuk mengungkapkan kata-kata maaf, ini kerana perasaan mereka sudah bercampur baur dengan ego yang sangat tinggi. Mereka berasa lebih selamat jika mempunyai ego yang tinggi dan tidak kisah jika tidak mengungkapkan kata maaf kerana tidak mahu hati mereka terluka lagi.

Pada permulaan pasti sukar untuk menunggu kata maaf daripada mereka, jadi anda lah yang perlu menjadi orang pertama untuk mempercayai mereka terdahulu. Hargai, hormat dan tahu keperluan mereka, pasti mereka akan cuba mempercayai anda juga.


 

]]>
Cara Mengetahui Bahawa Dirinya Mahukan Anda Sebagai Kekasihnya Hanya Melalui Kiriman Mesej. https://redaksi.com/2591-cara-mengetahui-bahawa-dirinya-mahukan-anda-sebagai-kekasihnya-hanya-melalui-kiriman-mesej Mon, 25 Jun 2018 15:17:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2591 Semua orang tahu penggunaan telefon bimbit ini juga turut membantu dalam komunikasi untuk pasangan bercinta mahupun bagi mereka yang baru sahaja berkenalan. Bukan itu sahaja, melalui mesej yang disampaikan melalui telefon bimbit ini juga, seseorang itu boleh menangkap perasaan seseorang. Jadi lebih mudah untuk mengetahui perasaan seseorang sebelum dirinya meluahkan perasaannya. Berikut adalah bagaimana seseorang itu meluahkan perasaannya tanpa sengaja melalui kiriman mesej.


1. Kerap meminta pendapat atau nasihat.

Jika diri anda tidak penting, sudah pasti pendapat mahupun nasihat anda tidak akan didengari. Tetapi sebaliknya akan berlaku apabila anda seseorang meminta pandangan serta nasihat dari anda. Anda menjadi salah seorang yang terpenting dalam dirinya.

2. Kiriman mesej ucapan.

Jika hanya menganggap anda sekadar teman biasa, sudah pasti tiada ucapan selamat pagi ataupun selamat malam. Tapi apabila dia mula melakukan itu, ia bermakna dia cuba untuk mengambil hati anda agar senang akan kehadirannya.

3. Perbualan mesej tanpa henti.

Apabila rasa selesa dan suka timbul pada masa yang sama, keinginan untuk membalas mesej itu akan timbul. Rasa keterujaan akan membuat dirinya ingin terus membalas kiriman anda.


4. Mesej-mesej yang kelakar.

Dirinya mula memikat anda dengan bahan-bahan yang kelakar agar anda tertarik dengannya. Bukan itu sahaja, ia juga salah satu cara untuk menimbulkan rasa selesa antara satu sama lain.

5. Berkongsi rutin harian.

Walaupun anda tidak menanyakan rutin hariannya, tetapi dirinya akan berkongsi apa yang dilakukan. Dan berharap anda mengambil berat serta mengetahui rutin hariannya.

Jika anda begitu teliti ketika membalas mesej dengan seseorang yang anda baru sahaja berkenalan, dengan mudah anda menangkap perasaannya. Bukan itu sahaja, dirinya juga akan mudah membaca perasaan anda apabila anda tidak menjaga kelakuan anda ketika membalas kirimannya.

]]>
Tak Salah Pun Bila Dah Bergelar Suami Orang Kau Jadi Sombong. https://redaksi.com/6015-tak-salah-pun-bila-dah-bergelar-suami-orang-kau-jadi-sombong Wed, 08 May 2019 15:23:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6015 Hidup dalam alam rumahtangga ini jangan terlalu peramah sangat. Apabila anda menjdai seorang yang peramah nanti anda sendiri yang rugi. Mana tidaknya, anda akan kehilangan orang yang sayang dan cintakan anda. Bukan itu sahaja, anda juga mungkin akan kehilangan orang yang sanggup menerima kekurangan anda.

Kalau anda merasakan bahawa rakan-rakan anda akan berada ketika anda susah dan senang, anda silap! Takut-takut mereka itu yang lari dahulu apabila anda dalam kesusahan. Berlainan dengan pasangan yang setia menunggu di rumah itu. Segala susah senang pasti sanggup diharungi bersama-sama.

Tidak salah untuk berkawan, tetapi kenalah tahu batasnya. Terutama jika anda bergaul dengan mereka yang berlainan jantina. Jangan kerana sikap pentingkan diri kita itu, kita kehilangan insan yang sayang kita. Macam Najmi Nawawi ini kongsi, bila dah jadi suami kau kena 'sombong'.

Mari kita sama-sama hadam pandangan darinya.



Kau kena tahu 'limit' kau, dan kau kena tahu yang kau sudah mempunyai isteri. Hidup zaman bujang dan hidup selepas kahwin jangan disamakan. Kawan dekat tempat kerja cukup sekadar kawan, dan bercakap sekadar apa yang perlu.

Jika hidup di zaman bujang dulu kita boleh 'haha', 'hihi' dan 'huhu' sana sini, takkanlah selepas kahwin pun kau mahu teruskan benda yang sama. Lebih-lebih lagi dengan kawan-kawan perempuan kau. Kau kena ingat juga isteri yang sanggup bertahan segala 'busuk' kau dekat rumah.

Dengan isteri dekat rumah, suka untuk bergaduh, tetapi kawan-kawan diangkat jadi dewa, dipuji dan disanjung. Bermasam muka dengan pasangan, namun boleh tersenyum lebar berjam-jam dengan kawan-kawan.

Ini tidak adil. Jangan kita terlalu utamakan kawan-kawan sehingga lupa pada pasangan. Ini ialah perkara yang tidak patut berlaku. 'Sense of judgment' yang sudah tersasar.

p/s : Jangan risau, kawan-kawan kau tidak akan cakap kau 'sombong' tetapi mereka akan 'respect' kau sebab kau matang dan tahu mana prioriti.

Lagipun apa kau kisah. Kita hidup bukan dibawah kata-kata dan prasangka orang lain. Kita lebih tinggi dari itu, takkan begitu mudah kita kalah dengan persepsi orang lain.

]]>
Suami-Suami Perlu Tahu Bahawa Nafkah Dan Duit Belanja Itu Berbeza. https://redaksi.com/6150-suami-suami-perlu-tahu-bahawa-nafkah-dan-duit-belanja-itu-berbeza Mon, 27 May 2019 10:27:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6150 Ramai yang masih lagi keliru akan perbezaan dinatara nafkah dan juga duit belanja. Bahkan ada yang beranggapan bahawa nafkah yang diberi itu adalah terdiri daripada duit belanja. Nafkah biasanya lebih tertumpu kepada makan minum, pakaian serta tempat tinggal manakala duit belanja pula lebih tertumpu kepada barang-barang yang menjadi keinginan isteri.

Mungkin ramai yang kurang faham mengenai perkara ini. Jadi mari kita sama-sama hadam apa yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin ini.



Nafkah yang perlu di sediakan suami ialah tempat tinggal, makan minum, pakaian, perubatan...ini yang wajib...
Dan duit belanja pulak, atas kemampuan suami untuk bagi..

Yang menjadi masalahnya disini, yang menyebabkan kita keliru ialah, pada perspektif si suami, dia bagi 300, setel, selesai tanggungjawab dia. Tapi 300 tu la si isteri guna beli barang dapur, guna bayar bil, buh minyak kereta, bagi duit belanja anak sekolah, cukup ke tidak? Tak cukup, jadi banyak isteri yang mempertikaikan nilai yang diberi tu. Bila dipertikaikan, suami suruh untuk bersyukur, sebab dia BAGI JUGAK...

Bukan mcm tu bang, tanggungjawab abang bukan terletak pada nilai 300 tu, tapi pada persediaan yang berbentuk tempat tinggal iaitu ansuran rumah, suami bayar, makan minum iaitu barang dapur kering dan basah, suami bayar. Pakaian iaitu baju, tudung, seluar isteri dan anak-anak, suami bayar dan perubatan iaitu apa saja kos ubat-ubatan, pun suami bayar. Ini nafkah, hukumnya wajib...

Pada perspektif si isteri pulak, bila suami dah sediakan serba serbi, dah bayar hutang rumah, hutang kereta, bil-bil utility, dah penuhkan dapur dengan barang-barang kering, barang-barang basah, dah beli pakaian untuk dia dan anak-anak, bayar medical card bulan-bulan, tapi dia STILL NAK duit belanja. Duit belanja ni bukan wajib ya, ianya atas kemampuan suami untuk bagi. Benda-benda wajib semua dia dah bagi dah...

Kenapa perlu DUIT BELANJA? untuk beli keperluan diri yang suami tak beli...benda yang isteri nak, teringin...

Sebab tu ingin saya nasihatkan, walaupun awak bekerja, berniaga, ada duit sendiri, sentiasa hidup dengan KEMAMPUAN SUAMI...bukan kemampuan AWAK...

Bersyukurlah walaupun suami tak mampu bagi duit belanja, tapi dia dah usaha sediakan serba serbi yang lain dengan cukup sempurna...hidup ikut GAJI SUAMI...

Nota kaki : Sekecil-kecil perkara pun kita boleh pertikaikan, namun fikirlah, hidup yang kita keluhkan ini ialah hidup yang orang lain mahukan...

 

]]>
10 Cara Pujuk Lelaki Merajuk Yang Sensitif. Marah & Ego? https://redaksi.com/307-10-cara-pujuk-lelaki-merajuk-yang-sensitif-marah-ego Thu, 29 Jun 2017 10:40:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=307 Cuba anda ingat bilakah kali terakhir suami atau teman lelaki anda merajuk? Sekiranya anda adalah lelaki, bila agaknya kali terakhir anda merajuk? Siapa yang lebih kerap merajuk? Adalah lelaki atau perempuan? Sila simpan jawapan di dalam hati anda kerana ruangan kali ini akan mengupas 10 cara yang dirasakan tepat untuk memujuk lelaki yang merajuk. Lelaki, walau nampak 'macho', sebenarnya sensitif dan ego. Marah tidak tentu pasal. Namun ada rahsia memujuk lelaki yang merajuk. Buat para wanita yang bergelar isteri, boleh aplikasikan pada suami sendiri. Mari kita cuba!



1. Kenalpasti punca.

Untuk memujuk lelaki yang sedang merajuk, perkara pertama yang anda perlu kenalpasti adalah punca atau sebab lelaki itu merajuk. Sekiranya anda tahu puncanya, maka ia lebih mudah untuk anda memujuk golongan lelaki kerana anda hanya perlu mengaku kesilapan atau kesalahan anda walaupun terang-terangan bukan salah anda serta menyokong tindakan 'merajuk'nya itu. Ingat! lelaki mempunyai satu sikap tegar iaitu ego. Jangan ditambah atau dicabar egonya ketika lelaki merajuk. Puji mereka demi meneruskan perhubungan awam yang baik selanjutnya.

2. Mula meneka sebab.

Sekiranya anda tidak pasti punca lelaki itu merajuk, sudah tentu situasi seperti ini lebih sukar Bagaimanakah anda ingin tahu punca sebenar lelaki merajuk? Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang jawapan terlintas di kepala anda, mulakan dengan mencari petunjuk atau 'hint'. Mulakan dengan meneka. Kumpulkan tekaan-tekaan anda itu sebagai persediaan untuk berhadapan dengan lelaki tersebut. Mula meminta maaf kerana mengganggu urusannya dan mula meneka. Lelaki suka sekiranya ada orang mengambil berat terhadap mereka sekiranya mereka bermasalah kerana mereka suka memendam. Mereka rasa tidak 'cool' kalau bermasalah walaupun tanpa mereka sedari, mereka akan perlahan-lahan membongkarkan rahsia masalah mereka kepada kita secara perlahan-lahan.



3. Jangan tegas tapi santai.

Kenapa lelaki mudah tertarik bila berurusan dengan wanita? Selain daripada tarikan fizikal, ada juga lelaki yang tertarik dengan tutur kata dan bicara seorang wanita kerana lemah lembut dan sopan. Dengar erti kata lain, seorang lelaki memang suka bercakap kasar atau ganas, tetapi mereka sebenarnya tertarik dengan percakapan dan susun atur lisan atau komunikasi yang lemah lembut dan sopan santun Sekiranya anda tidak percaya, cuba suruh seorang lelaki bercakap sopan dan lemah lembut kepada seorang lelaki lain dan lihat responnya. Jadi, anda boleh ajak mereka berbual atau berbicara dengan nada yang sopan dan lemah lembut serta menenangkan. Persoalannya, adakah ton nada anda apabila bercakap mencapai piawaian yang dimaksudkan? Uji sekarang.

4. Berjenaka dan komedi.

Jenaka adalah salah satu bentuk hiburan yang boleh diterima setiap individu. Namun, hiburan perlu diketengahkan atau dilakukan pada masa dan tempat yang sesuai. Sama ada anda perasan atau tidak, anda boleh menggunakan jenaka dan komedi ketika ingin memujuk soerang lelaki. Cuba mendekati lelaki yang sedang merajuk dan mula melakukan jenaka yang tidak perlu keterlaluan dan komedi atau berseloroh yang ringan. Untuk menjaga hati ada yang berusaha untuk berjenaka serta menjaga air muka 'cool' atau 'macho' mereka, mereka akan cuba memberi maklumbalas dengan mula mengukir sedikit senyuman. Itu petanda perangkap sudah menjadi.



5. Belikan sesuatu untuk memulakan perbualan.

Anda mungkin tidak tahu atau tidak pandai memulakan langkah apabila lelaki sedang merajuk. Cara paling mudah dan ringkas adalah membelikan makanan atau minuman yang rutin dan berikan kepada lelaki tersebut. Contohnya, ketika waktu makan tengah hari, anda biasa pergi menjamu selera makan tengah hari anda bersama lelaki tersebut dengan nasi bercampur lauk. Cuba, bungkuskan satu pek polisteri berisi nasi dan lauk yang mungkin biasa dimakan olehnya atau sebarang lauk. Ingat, bukan isinya yang penting tapi sebab untuk menegurnya yang penting.

6. Mengajak melakukan perkara yang dia suka.

Walaupun seorang lelaki itu sedang merajuk, tetapi hari kecil mereka masih sukar untuk menolak aktiviti kebiasaan atau tabiat mereka. Contohnya, ajak lelaki yang merajuk ini ke luar pejabat untuk merokok. Pasti semua masalah bakal dikongsi dan dilepaskan. Contoh yang lain, ajak mereka bercerita tentang sukan seperti Liga Inggeris atau Liga Malaysia ataupun hobi yang biasa dikongsi bersama.

7. Melayan mereka seperti tiada masalah.

Kadang-kadang, ego seorang lelaki itu tersangat tebal ataupun mereka lebih suka pendam dan tidak mahu diluahkan kepada orang lain kerana itu adalah prinsip hidup mereka. Sekiranya situasi seperti ini berlaku, anda perlu malayani lelaki yang merajuk tersebut seperti keadaan yang sepatutnya atau kebiasannya. Lama-kelamaan, mereka akan melepaskannya atau melupakannya dengan sendiri. Lelaki seperti ini biasanya jenis 'hangat -hangat tahi ayam' iaitu emosi mereka sekejap sahaja boleh menjadi 'panas' dan sepantas kilat mudah menjadi 'sejuk'.

8. Kalahkan mereka dengan kelemahan.

Setiap manusia pasti ada kelemahan. Begitu juga dengan lelaki, Umpan sifat rajuk mereka dengan kelemahan mereka. Contohnya, kawan atau teman yang paling rapat dengannya. Anda juga boleh memanipulasi orang yang mereka paling sayang seperti teman wanita, tunang atau isteri. Ada yang boleh menyuruh ibubapa atau adik-beradiknya. Kadang-kadang, mereka tidak seharusnya perlu berdepan atau bersemuka dengannya, taktik ini boleh digunakan menggunakan panggilan telefon atau sistem pesanan ringkas sahaja. Ada yang lebih moden dengan menggunakan lamam sosial atau sembang seperti 'Facebook', 'Twitter' dan lain-lain lagi.



9. Memalukan dan memperbodohkan diri untuk si dia.

Sekiranya anda kreatif dalam menangani situasi ini, anda boleh melakukan sesautu yang di luar kebiasaan seperti menyanyi, mereka kad ucapan sendiri, menulis puisi maaf dan sebagainya. Si lelaki yang merajuk itu nanti pasti tersenyum atau ketawa sendiri melihat anda sanggup memalukan diri untuk memujuk hatinya.

10. Ugutan manja.

Sekiranya semua yang anda telah lakukan seperti di atas tidak menjadi dan anda sudah penat melayan karenah lelaki merajuk, maka sudah tiba masanya untuk anda melakukan tindakan yang drastik atau perlakukan atau tindakbalas keterbalikan psikologi (reverse psikologi). Anda juga ada hak untuk merajuk manja. Lagipun, jika difikirkan sejenak apa rasionalnya seorang lelaki merajuk? Jawapannya, sudah pasti ingin menarik perhatian dan ingin pasangan atau orang sekeliling memanjakannya. Oleh itu, sekiranya rajukannya itu memberi kesan yang berbeza dan tidak dijangka oleh si lelaki tersebut, pasti dia akan berpaling kembali memperbetulkan keadaan. Bak kata anak-anak muda zaman sekarang 'Macam comel je, macam comel je'.

]]>
Kenapa Lelaki Bujang Rugi Besar Kalau Tak Daftar Di Baituljannah.com ! Ini 8 Sebab . https://redaksi.com/953-kenapa-lelaki-bujang-rugi-besar-kalau-tak-daftar-di-baituljannahcom-ini-8-sebab Sun, 20 Aug 2017 15:21:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=953 Ramai lelaki yang diluar sana masih bujang kerana tidak tahu bagaimana mencari pasangan. Kebanyakannya hanya mencari di depan mata namun tidak dapat pasangan yang diidamkan.  Tahukah anda bahawa diluar sana terdapat ramai wanita bujang yang sedang mencari calon suami? Anda ada banyak pilihan sebenarnya. Kini di zaman yang serba moden, pelbagai portal mencari jodoh ditubuhkan untuk membantu anda yang mencari pasangan antaranya adalah Baituljannah.com. Mungkin anda kurang pasti sama ada perlu menggunakan laman cari jodoh ini atau sebaliknya. Berikut kami senaraikan 8 sebab kenapa kami katakan lelaki bujang rugi besar kalau tidak menggunakan laman cari jodoh Baituljannah.com bagi mencari pasangan hidup anda.



1. Senarai calon yang sangat ramai.

Di Baituljannah.com anda berpeluang memilih untuk berkenalan dari satu senarai calon yang sangat ramai. Berbanding dengan cara konvensional, cuba lihat di sekeliling anda, berapa ramai calon yang anda boleh dekati. Sudah tentulah ianya amat terhad. Oleh itu, Baituljannah.com memberikan anda peluang untuk memilih dalam kalangan calon yang banyak. Dengan kuantiti calon yang banyak lagi mudah untuk anda pilih yang ada kriteria diinginkan.

2. Ramai calon yang berkualiti.

Anda akan dapat lihat ramai calon yang sangat berkualiti di Baituljannah.com. Mereka mempunyai penampilan yang menarik, kelayakan akademik dan kerjaya yang stabil. Ini termasuklah doktor, jurutera, guru, jururawat, pegawai kerajaan, swasta dan banyak lagi.



3. Ahli yang benar-benar serius.

Dalam baituljannah.com kami menyemak setiap satu maklumat dalam profil yang dihantar oleh calon. Hanya calon yang benar-benar serius memohon sahaja kami terima.

4. Akhlak dan ikhtilat terpelihara.

Kami Baituljannah.com adalah sebuah laman mencari jodoh yang mematuhi syariah. Hanya calon yang menjaga aurat, akhlak dan ikhtilat sahaja yang kami terima. Kami menyarankan supaya calon untuk tidak mudah cair dan sentiasa meletakkan keselamatan diri dan maklumat peribadi di tahap yang paling tinggi. Apabila sudah taaruf secara terperinci di Baituljannah.com dan dirasakan sesuai, barulah boleh ke peringkat seterusnya iaitu bertemu keluarga. Segala komunikasi hanya perlu di dalam laman Baituljannah.com dan anda mempunyai kawalan sepenuhnya bagi mencegah dari terjerumus daripada perbualan dan pergaulan yang tidak perlu dan bertentangan dengan syariat Islam.

6. Menjimatkan masa.

Bagi calon yang sibuk dengan urusan pekerjaan sehingga tiada masa memikirkan tentang jodoh, kini anda sudah ada alternatif mudah untuk berkenalan dengan calon-calon dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja. Ia sudah tentu menjimatkan masa berbanding anda ingin approach seorang demi seorang calon yang berpontensi di luar sana.



7. Dapat cari calon mengikut kriteria yang diinginkan.

Anda mungkin ingin mempunyai pasangan yang ada kriteria yang diidamkan, contohnya, mahukan pasangan yang tinggal di Johor sahaja, bekerja kerajaan sahaja, tinggi dan berat bersesuaian dan sebagainya. Dalam baituljannah.com , anda boleh klik butang ‘carian’ mengikut ciri-ciri yang anda inginkan. Semuanya telah dinyatakan disitu.

8. Lebih selamat.

Kami Baituljannah.com telah menetapkan dasar privasi tersendiri. Baituljannah.com tidak memaparkan sebarang maklumat sulit anda seperti nama penuh, nombor telefon dan alamat facebook anda. Maksudnya di sini, perhubungan melalui portal akan terputus dengan selamat jika ada sebarang masalah.

Sumber: admin

]]>
Wanita Itu Tinggi Martabatnya, Jaga Isterimu Dan Anak Perempuanmu Wahai Lelaki! https://redaksi.com/1675-wanita-itu-tinggi-martabatnya-jaga-isterimu-dan-anak-perempuanmu-wahai-lelaki Tue, 20 Mar 2018 09:44:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1675 “Bila lelaki merokok okay je. Bila perempuan merokok kenapa tak boleh pulak”

 

“Lelaki buat ni boleh. Perempuan buat takleh pulak?”

Trend kini, wanita ibarat senang di manipulasi oleh masyarakat, di sosial media, dan di mana sahaja mereka berada. Terutamanya di sosial media, pantang terleka, habis binasa. Wanita zaman sekarang kelihatan sangat berdikari dan berkaliber kerana ramai yang mempunyai perniagaan sendiri.

Walaupun mereka memiliki pekerjaan yang stabil, jiwa dan emosi masih lagi tidak tenteram dan celaru. Oleh itu, mereka memerlukan pemimpin untuk memimpin hidup ke jalan yang benar dan lurus.

Wanita itu tinggi martabatnya tidak kira di mana sahaja mereka berada walaupun di alam perkahwinan. Tidak boleh di dera, si suami perlu tahu tanggung jawab si isteri sehinggakan tidak boleh menyakiti hati isteri. Jika zaman dahulu, si suami yang akan mencari rezeki di luar rumah, dan si isteri hanya bertanggung jawab untuk menguruskan hal rumah tangga sahaja. Ternyata peredaran masa telah merubah segalanya.

Seperti yang telah di sebut di dalam Al-Qur’an, surah Ar-Ruum ayat 21:

"Dan diantara tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNYa) bahawa Dia yang menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bahagia dengannya dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan kasihan belas. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".

Pasangan suami isteri perlu berbincang dan perbetulkan diri masing-masing dan kembali kepada ajaran Al-Qur’an dan Sunnah jika tidak mahu dimanipulasikan oleh masyarakat. Stigma masyarakat melayu sekarang seakan-akan merendahkan martabat wanita kerana dengan adanya sosial media.

Dan sebagai ketua keluarga yang dipanggil bapa juga haruslah sedar bahawa anak perempuannya itu ujian dan amanah paling besar yang dituntut untuk di jaga, di pelihara dan menjauhkan mereka daripada perkara yang boleh merosakkan akhlak mereka.  

Ketinggian dan kemuliaan wanita yang digariskan oleh Islam terletak di tangan kita semua. Oleh itu wanita juga jangan lah mencuba downgrade-kan diri anda atau dengan rela hati di downgrade di sosial media. Tinggikan martabat anda.

]]>
Antara Kesan Buruk Sekiranya Suami Isteri Tidur Berasingan. https://redaksi.com/6529-antara-kesan-buruk-sekiranya-suami-isteri-tidur-berasingan Mon, 15 Jul 2019 15:40:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6529 Sudah menjadi kebiasaan dalam rumah tangga, suami isteri bertegang urat sehingga tidak mampu untuk melihat wajah masing-masing. Apatah lagi untuk mendengar suara. Jadi, keputusan yang terbaik adalah untuk tidur berasingan satu malam. Kalau satu malam, kemudian selepas itu berbaik semula tidak mengapa.

Cuba bayangkan bermalam-malam tidur berasingan, pasti akan membuat hubungan semakin berantakan. Adanya ruang untuk si syaitan menghasut hati dan perasaan anda untuk membenci pasangan.

Kepada mereka yang mahu berumah tangga, dan baru sahaja menjejaki alam perkahwinan, anda perlu tahu kesan buruk tidur berasingan ini daripada perkongsian saudara Akhtar Syamir ini atau dikenali sebagai Bro Ohsem…

********

Image may contain: indoor and text

Antara Kesan Buruk Suami Isteri Tidur Berasingan Adalah…

1. Isteri bertambah stres.

Untuk makluman, seorang wanita bergelar isteri dan mempunyai anak, hampir pasti akan mengalami stres di rumah. Tidak kira bekerja atau suri rumah sepenuh masa, mereka akan stres dengan kerja-kerja di rumah, dengan anak, dengan suami dan lain-lain.

Secara semulajadinya, tidur bersama suami akan mengurangkan stres dengan amat berkesan. Sentuhan dan pelukan suami sangat membantu menenangkan jiwa, menjadikannya selesa, melapangkan fikiran dan mengurangkan tekanan yang ada.

Apabila tidur berasingan, stres yang terkumpul dari pagi lagi itu tidak dapat dikurangkan dengan berkesan. Akhirnya ia akan sentiasa bertambah dan bertambah dan mengakibatkan masalah lain seperti kemurungan.

2. Aktiviti "Pillow Talk" tidak dapat dilakukan.

Antara kebaikan Pillow Talk, pasangan akan dapat memperbaiki komunikasi, menambah kepercayaan, mendalami hati pasangan dan lain-lain lagi. Jadi, lagi lama tidur berasingan, lama menurun rasa kepercayaan tersebut.

3. Naluri isteri itu sendiri ingin dimanja.

Apabila pasangan tidak tidur sekali, perasan dimanja itu hilang. Dari sinilah bakal mendetikkan perasaan tidak disayangi, dicampur dengan pemikiran lain seperti suami telah berubah hati dan lain-lain lagi.

Sangatlah tidak baik kerana apabila adanya tanggapan negatif seperti ini yang sentiasa bermain di fikiran isteri, bakal menyebabkan pergaduhan yang suami sendiri tidak tahu puncanya. Inilah sebabnya suami perlu faham perkara yang nampak ringan sebegini kerana bagi isteri, perkara ini adalah serius.

4. Antara salah satu makna perkahwinan adalah hidup berpasangan, berdua dan saling lengkap-melengkapi.

 Jika tidur berasingan ini diamalkan, akan ada rasa kekurangan dalam hidup. Kenikmatan alam perkahwinan dirasakan tidak sempurna dan tidak lengkap.

Isteri bakal bertanya pada diri sendiri, kenapa begini? Kenapa ada yang tidak kena? Dia kan suami aku? Aku kan isteri dia? Kenapa tak tidur bersama? Kenapa rasa macam sunyi ni? Walaupun suami melayan isterinya dengan baik. Itulah kesan yang semakin lama semakin memakan diri. Akhirnya si isteri akan rasa tidak bahagia dan suami akan terpinga-pinga mencari di mana silapnya.

5. Dekat tapi jauh.

Betul, hari-hari jumpa. Betul, masa untuk bersama itu sentiasa ada. Tapi saat dan ketika waktu sebelum tidur dan perasaan adanya insan yang paling disayangi di sebelah itu hilang apabila tidur berasingan.

********

Semoga Bermanfaat!

]]>
Bertukang bersama, rakyat seronok lihat Agong dan Tunku Azizah https://redaksi.com/8915-bertukang-bersama-rakyat-seronok-lihat-agong-dan-tunku-azizah Thu, 12 Nov 2020 16:44:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8915 Sememangnya meminati seni kreatif, Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Iskandariah kerap dilihat berkongsi beberapa posting menarik semasa banginda melakukan kerja seni kreatif ini.

Tidak kekok dalam mencanting batik, membuat kerja kayu, menyulam dan memasak, ini adalah beberapa aktiviti yang digemari oleh Tunku Azizah.

Bertukang bersama

Menerusi perkongsian Instagram Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berserta Raja Permaisuri Agong telah melakukan lawatan ke Pusat Inkubator Kraf Temerloh hari ini. Seri Paduka Baginda berdua berpeluang menyaksikan kerja-kerja penghasilan kraf kayu dan kain batik di lokasi tersebut.

Di samping itu juga, Seri Paduka Baginda bedua juga turut berpeluang memberi sentuhan kreatif kepada produk kraf kayu yang sedang dalam proses penghasilan.

Tidak kekok pegang mesin

Malah menerusi Instagram Tunku Azizah sendiri telah berkongsi beberapa rakaman pendek yang memperlihatkan Agong mencemar duli mencuba sendiri alatan untuk membuat produk kraf kayu.

 



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata telah memberi komen yang positif, di mana senang melihat pasangan diraja ini begitu mesra dan manis saat bersama. Malah mendoakan agar Seri Paduka Baginda berdua dilimpahi kesejahteraan.



 

]]>
5 Cara Untuk Bercinta Dengan Teman Lelaki Yang Sibuk Dengan Kerjaya. https://redaksi.com/2104-5-cara-untuk-bercinta-dengan-teman-lelaki-yang-sibuk-dengan-kerjaya Wed, 25 Apr 2018 12:01:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2104 Kini, wanita millennial seolah-olah mahu kan teman lelaki yang bekerjaya tetap dan mempunyai gaji yang lebih tinggi pada usia muda. Bagi mereka, lelaki seperti ini dapat menjamin masa depan kerana mempunyai harta dan mampu menyara hidup mereka.

Namun sedemikian, hidup mereka sedikit bosan kerana teman lelaki mereka terlalu sibuk dengan kerjaya dan seperti tidak meluangkan masa dengan mereka.


Jadi, apakah wanita seperti ini patut lakukan supaya mereka tidak merimaskan teman lelaki mereka, jom baca!

1. Luangkan masa untuk bertemu dengan rakan-rakan.

Anda perlu rajin bersosial dan bertemu dengan rakan-rakan yang mungkin anda pernah lupakan sebelum ini. Bukan mencari ketika anda susah tidak mempunyai kewangan yang stabil, tetapi ingin memenuhi masa dengan aktiviti baru bersama rakan-rakan baru atau lama.


2. Mencari hobi baru.

Perkara yang anda sentiasa lakukan adalah, manicure, pedicure, menonton wayang dan makan di restoran yang fancy. Tidak salah sekiranya anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti di luar bidang anda, seperti bersukan, berzumba, atau hiking.

Bukan sahaja dapat menambah kenalan baru, malah tubuh badan anda menjadi lebih sihat.

3. Merancang pertemuan istimewa dengan si dia.

Apa kata kali ini, anda pula merancang pertemuan istimewa dengan si dia. Oleh kerana si dia yang terlalu sibuk dengan kerjaya, anda sebagai wanita, perlu lah menjadi kreatif untuk merancang detik-detik temu janji dengannya.

Jika, anda hanya berharap pada si dia, kelak anda pula akan rasa kecewa.


4. Ambil tahu jadual kerja si dia.

Jika anda mengambil berat tentang pasangan anda, sudah tentu anda perlu mengambil tahu jadual kerja mereka. Wanita yang mudah ada syak wasangka, harus mengambil tahu jadual kerja pasangan, supaya anda tidak menganggu waktu kerja mereka dan boleh melakukan aktiviti anda sendiri.

5. Bijak mengawal perasaan.

Sudah tentu teman lelaki bekerjaya menjadi pilihan anda bukan? Jadi, anda perlu bijak mengawal mood anda sekiranya teman lelaki tiba-tiba membatalkan temu janji last minute.

Jika anda sendiri tidak mampu untuk mengawal perasaan anda, bagaimana untuk meneruskan hubungan millennial ini? Mampu atau tidak untuk berdampingan lelaki yang bekerjaya?


 

 

]]>
8 Jenis Rezeki Daripada Allah, Yang Perlu Kita Tahu! https://redaksi.com/6311-8-jenis-rezeki-daripada-allah-yang-perlu-kita-tahu Wed, 19 Jun 2019 10:26:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6311 Setiap manusia di atas muka bumi ini telah Allah SWT tetapkan rezekinya masing-masing. Seringkali kita menyempitkan makna rezeki hanyalah harta dan wang ringgit semata, sedangkan makna rezeki Allah itu lebih luas lagi.

Berikut merupakan 8 JENIS REZEKI yang diberikan Allah kepada hambanya….

1. Rezeki Yang Telah Dijamin.

Kita tidak perlu terlalu bimbangkan urusan rezeki kerana Allah telah menjamin bahagian rezeki kita di dunia sejak berada di dalam kandungan lagi.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan...” (Hud: 6)

2. Rezeki Kerana Usaha.

Walaupun kita sudah dijamin rezeki oleh Allah, namun bukan bermakna kita hanya duduk menunggu rezeki datang tanpa sebarang usaha.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya…” (An-Najm: 39)

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

Allah sangat suka hamba-Nya yang bersyukur. Syukuri segala nikmat yang Allah kurniakan akan menjemput lebih banyak keberlimpahan rezeki.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim: 7)

4. Rezeki Tak Terduga.

Terkadang ada juga rezeki yang datang tidak dijangka seperti kawan atau bos tiba-tiba belanja.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman dalam surah At-Taalaq, ayat 2-3;

“…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

…Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya…”

5. Rezeki kerana Istighfar.

Dosa menjadi salah satu punca rezeki tersekat. Istighfar dan memohon keampunan atas dosa yang dilakukan akan membuka pintu rezeki.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“…`Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. "(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu…” (Surah Nuh: 10 – 11)

6. Rezeki Kerana Menikah.

Jangan takut untuk bernikah atas faktor rezeki kerana Allah sudah menetapkan rezeki untuk hamba-Nya yang menikah.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur:32)

7. Rezeki Kerana Anak.

Saat anak lahir ke dunia, saat itu juga ia membawa rezeki. Allah juga sudah menetapkan rezeki utuk anak tersebut.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu…..” (Al-Isra’: 31)

8. Rezeki Kerana Sedekah.

Saat bersedekah, Allah telah menjanjikan balasan sepuluh kali ganda daripada harta yang kita sedekahkan.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman:

“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.” (Al-Baqarah: 245)

Semoga Bermanfaat!

]]>
Jadikan Rumah Tangga Sarat Dengan Perasaan Kasih Sayang. https://redaksi.com/392-jadikan-rumah-tangga-sarat-dengan-perasaan-kasih-sayang Sat, 08 Jul 2017 08:20:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=392 Rumah tangga yang baik dan bahagia adalah rumah tangga yang sarat dengan perasaan kasih sayang. Muhibah merupakan perkataan Arab. Dalam sebuah rumah tangga yang dibina itu, perasaan muhibah perlu di lahir dan dizahirkan dengan sebanyak mungkin. Kasih sayang yang terjalin di antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak, adik dan kakak dan sepertinya. Kasih sayang yang tiada batasan, yang suci kerana Allah. Kasih sayang yang sering disebut ini juga dikenali sebagai Muhibah. Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk melahirkan muhibah dalam sebuah keluarga seperti komunikasi yang baik dan berkesan, meluangkan masa yang berkualiti dan berkuantiti bersama ahli keluarga, memperbanyakkan ucapan lafaz sayang, bercuti bersama dan banyak lagi.



Ia terpulang pada individu, mengikut keselesaan dan kemampuan masing-masing. Barangkali ada keluarga yang mampu untuk pergi bercuti setiap hujung tahun, ada keluarga yang sentiasa punya masa untuk diluangkan bersama, dan mungkin ada keluarga yang punya komunikasi yang baik kerana dilatih oleh ibu bapa di peringkat awal. Namun, antara cara mudah bagi menjalinkan serta mengekalkan muhibah dalam sebuah keluarga adalah dengan memberi hadiah pada pasangan atau ahli keluarga. Contohnya si suami boleh belikan hadiah dan berikan pada isteri apabila pulang ke rumah dari tempat kerja seperti bunga, kek, kain dan apa sahaja yang sesuai. Manakala si isteri boleh hadiahkan buat suami seperti beg kerja, tali leher, makanan kegemaran dan lain-lain lagi. Membeli hadiah itu biarlah ikut kemampuan. Dan pilihlah barangan dengan harga yang berpatutan. Tidak perlu jenama yang besar dan mahal sekiranya tidak mampu, cukup sekadar hadiah itu memang sesuatu yang disukai ataupun sering diguna oleh si penerima.



Dan sering masyarakat kita salah anggap pada pemberian hadiah. Kita menyangka hadiah itu berbentuk fizikal semata. Jika tidak mampu memberi hadiah berbentuk fizikal, banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan seperti meluangkan masa bersama, makan bersama, suami memuji masakan isteri, isteri memuji usaha keras suami bekerja, ibu bapa memuji akhlak dan kerajinan anak-anak, anak-anak membantu meringankan bebanan dan kerja rumah ibu bapa dan banyak lagi. Ini juga merupakan hadiah yang tidak berbentuk fizikal, namun ia amat berharga dan ada kalanya nilainya jauh lebih tinggi daripada hadiah yang berbentuk fizikal. Maka saling memberi hadiahlah agar ia menjadi penguat muhibah dalam membentuk sebuah keluarga sakinah.

]]>
Untuk Bernikah Dengan Pasangan Yang Baik, Lihatlah Keturunan Atau Nasab Dahulu. https://redaksi.com/1128-untuk-bernikah-dengan-pasangan-yang-baik-lihatlah-keturunan-atau-nasab-dahulu Sat, 02 Sep 2017 17:56:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1128 Termasuk salah satu tujuan perkawinan adalah untuk mendapatkan anak yang sihat dan baik. Berhubung dengan ini telah dijelaskan oleh Ali sebagai seorang pakar kanak-kanak seperti berikut:



"Sekiranya kita ingin mendapatkan anak yang sihat dan baik, adalah penting untuk memeriksa keturunan setiap bakal calon terutama menyiasat keturunan masing-masing calon suami terutama tentang penyakit keturunan, seperti epilepsi, kurang cerdas (bukan kerana kurang pendidikan ), penyakit gila, penyakit berjangkit, seperti sifilis ".



Oleh itu adalah jelas bahawa keturunan harus diambil kira dalam membina rumah tangga yang harmoni, terutamanya dalam mendapatkan anak yang baik dan sihat, sebagai usaha luar, kerana keturunan yang baik biasanya akan menurunkan keturunan baik juga.

]]>
Tak Susah Pun Jadi Lelaki Romantik, Praktikan 18 Ciri Ini Confirm Wanita Cair. https://redaksi.com/748-tak-susah-pun-jadi-lelaki-romantik-praktikan-18-ciri-ini-confirm-wanita-cair Fri, 04 Aug 2017 15:39:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=748 Setiap wanita mahu lelaki yang romantik, boleh menjaganya- seseorang yang boleh menjadi pelindungnya. Sebab itulah jika dilihat pada wayang dan kaca tv, ramai penerbit dan produser berlumba-lumba untuk membuat cerita tentang lelaki romantik. Tapi berapa ramai lelaki di luar sana yang betul-betul romantik yang menjadi idaman setiap wanita?



Jika anda sudah bosan kerana di labelkan sebagai lelaki yang kurang romantik, anda patut membaca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui tips-tips bagaimana untuk menjadi lelaki yang romantik.

1. Peka dengan tarikh penting.

Kebiasaannya si lelaki amatlah memandang remeh akan tarikh-tarikh penting ini berbanding wanita. Sila 'set'kan tarikh-tarikh penting seperti hari jadi si dia dan ulangtahun perkahwinan anda agar anda tidak melupakan hari-hari penting ini.

2. Berikan kejutan untuk si dia.

Sekali-sekala berikanlah kejutan kepada pasangan anda. Mungkin anda boleh tunjukkan skill memasak anda di dapur atau majlis hari jadi kecil-kecilan. Cukup untuk membuatkan si dia berasa bahagia dan terharu dengan sikap romantik yang anda cuba tunjukkan kepadanya.



3. Selalu memberi pujian.

Wanita suka dipuji. Sekeras mana pun hati wanita pasti akan cair lebih-lebih lagi jika anda memujinya sambil memegang erat tangannya dan memandang tepat ke dalam anak matanya. Mesti si dia cair!

4. Pujuklah si dia ketika si dia merajuk.

Si dia merajuk sebab hanya mahukan perhatian daripada anda. Oleh itu, cubalah pujuk ketika si dia merajuk. Gunakan nada yang lemah-lembut. Katakan bahawa anda memohon maaf jika anda ada melakukan kesalahan.

5. Berpimpin tangan ketika berjalan.

Pimpinlah tangan si dia ketika berjalan berdua agar si dia merasa sentiasa selamat ketika berada di samping anda. Tak kiralah walaupun anda sekarang dah berkahwin dan sudah mempunyai anak 3 orang. Apa salahnya berpimpin tangan dengan si dia yang sudah pun menjadi isteri anda dan ibu kepada anak-anak anda.



6. Membawa si dia ke tempat-tempat yang romantik.

Apa salahnya sebulan sekali bawa si dia ke tempat-tempat yang romantik disamping dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua. Anda boleh membawa si dia ke candle light dinner ataupun bercuti di di pusat peranginan di dalam negara. Mungkin di Pulau Perhentian. Ianya akan menjadi momen yang akan dikenang sampai bila-bila antara anda berdua.

7. Pandang ke mata si dia setiap kali bercakap.

Pandanglah tepat ke mata si dia setiap kali anda berbicara dengannya. Wanita selalunya tidak mampu untuk menahan godaan dari lelaki yang dia sayang. Pandangan tepat anda pada mata si dia akan membuatkannya jatuh cinta kepada anda hari-hari.

8. Belikan hadiah untuk si dia setiap kali outstation.

Jangan lupa untuk membeli hadiah kepada si dia setiap kali anda keluar outstation. Tidak perlu membeli hadiah yang mahal-mahal. Ini menunjukkan anda sentiasa mengingatinya walaupun anda sibuk dengan urusan kerja di luar.

9. Panggillah si dia dengan nama yang manja dan lembut.

Panggillah si dia dengan nama panggilan yang romantik - sayang, baby ataupun honey berbanding memanggil si dia menggunakan nama. Ini dapat membezakan bahawa si dia adalah orang yang amat penting dalam hidup anda.

10. Tunjukkan bakat kesenian anda.

Sekiranya anda berbakat di dalam bidang penulisan seperti sajak, puisi atau sebagainya, tuliskan suatu yang ditujukan khas kepada si dia. Atau mungkin anda berbakat dalam bidang muzik. Anda boleh bermain gitar sambil menyanyikan lagu tema percintaan anda berdua kepada si dia. Oh ya, wanita menyukai lelaki yang mempunyai bakat dalam kesenian terutamanya muzik. Kata mereka, lelaki jenis ini lebih romantik.



11. Sentiasa berikan perhatian kepada si dia.

Jangan tidak hiraukan dia. Sentiasa beri sepenuh perhatian pada si dia terutama ketika anda bersama dengan rakan-rakan anda. Sebab kebiasannya, apabila anda melepak dengan rakan-rakan anda, si dia pasti akan terasa diri diabaikan.

12. Jadilah penyokong setia di belakang.

Sokonglah setiap idea dan cadangan si dia. Jika anda kurang bersetuju, mungkin anda boleh memberikan pendapat anda. Si dia pun mahu dengarkan pendapat anda. Bukannya kata-kata yang boleh melemahkan dan menjatuhkan semangat si dia.

13. Fahami dan peka dengan perasaan si dia.

Sentiasa memahami dan sensitif dengan kehendak si dia. Elakkan daripada membuat lawak bodoh terutamanya ketika si dia sedang datang bulan. Silap-silap anda pun akan dimakinya.

14. Jadilah pendengar yang baik dan setia.

Ketika si dia mengalami masalah dan tekanan, ketika inilah si dia amat-amat memerlukan seseorang disampingnya terutama anda. Jadilah pendengar yang setia. Berikan solusi dan sokongan kepada si dia.

15. Jadilah seorang yang bersikap matang dan tenang.

Kata wanita, lelaki yang sentiasa bersikap tenang dan matang dalam setiap perkara dan situasi adalah seorang lelaki yang romantik dalam perhubungan? Betulkah? emang tidak dinafikan. Jika anda bersikap sedimikian, si dia pasti berasa yakin dan selamat sewaktu berdamping dengan anda.

16. Menolong si dia membuat kerja-kerja rumah.

Bagi yang dah berkahwin pula, anda boleh membantu si dia di dapur, mengemas rumah ataupun menjaga anak. Kata orang tua-tua, ringan sama dijinjing, berat pula sama dipikul. Barulah rumahtangga aman damai.

17. Peluk dan ciumlah si dia selalu.

Ehem-ehem! Tips ini hanya sesuai dipraktikkan oleh mereka yang sudah berkahwin. Yang belum berkahwin jangan nak mengada-ngada ek. Stiap kali sebelum keluar rumah untuk pergi bekerja, peluklah si dia dan berikan si dia ciuman di bibir sebagai tanda kasih dan sayang anda. Jangan pula anda berikan pelukan dan ciuman yang bernafsu. Yang tu kena tunggu malam la pula.

18. Jadilah seorang yang menghiburkan.

Hiburkanlah hati si dia dengan lawak-lawak anda ataupun cerita-cerita yang tidak membosankan. Biarkan si dia sentiasa berasa gembira dan tidak bosan sewaktu keluar bersama mahupun berbual dengan anda. Tidak perlulah anda perlu ke funfair ataupun menonton wayang untuk berhibur.

]]>
5 Tanda Lelaki Yang Anda Minat Dalam Diam Tiada Perasaan Pada Anda. https://redaksi.com/2422-5-tanda-lelaki-yang-anda-minat-dalam-diam-tiada-perasaan-pada-anda Fri, 01 Jun 2018 10:34:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2422 Menjadi gadis yang complicated, kadang-kala membuatkan anda benci pada diri sendiri. Mengapa wujudnya perasaan suka ini? Perasaan sayang mahu pun cinta? Anda sendiri mahu lari daripada perasaan ini, tetapi tidak mampu.

Tidak mampu jika lelaki yang anda minat dan mahu memiliki mereka, tetapi tidak dapat..


Daripada menjadi si gadis yang kuat perasan, jom ketahui antara tanda-tanda lelaki tersebut tidak suka pada anda langsung..

1. Si dia langsung tiada memori tentang anda.

Tidak kira berdua atau dengan sekumpulan rakan, lelaki ini memang tidak ingat tentang anda. Atau pun “Eh, awak ada ke masa majlis tu? Laaa… sorry la tak ingat, sebab ramai orang kan” lalu si gadis ini cuba untuk sedapkan hati mereka “Ala, lelaki kan memang pelupa”

Jangan jadi desperate!

Dan segala perbualan yang anda berdua bualkan, tidak juga ada dalam memori mereka. Hapus!


2. Si dia menceritakan tentang gadis lain.

Apabila anda dengan jejaka tersebut berbual, si dia pasti menceritakan tentang gadis lain yang mereka minati. Malah meminta tips daripada anda, bagaimana mahu memikat gadis lain tersebut. Gadis apabila sudah mula perasan, mereka merasakan lelaki ini cuma mahu membuatkan mereka berasa cemburu.

Tidak. Lelaki jika sudah mula tertarik pada anda, tidak akan menceritakan kisah gadis lain.

3. Si dia langsung tidak membalas whatsapp anda.

Tidak membalas text sms, whatsapp, apatah lagi call daripada anda. Jika mereka membalas tetapi seperti tiada perasaan seperti “haha.”, “K” atau pun hanya sepatah sahaja mereka memberi jawapan, itu tandanya mereka memang tiada perasaan pada anda.


4. Perubahan mood si dia.

Pernah tidak anda melihat lelaki yang seakan seronok apabila berjumpa dengan anda, tersenyum malah berbual kosong. Tetapi keesokkan harinya mereka mula mendiamkan diri, menjauhkan diri, dan tidak mesra. Jangan lah anda menyangka mereka ada urusan penting , kebenarannya mereka merasakan anda adalah seorang yang bosan.

5. Si dia tidak gementar.

Apabila kita minat dan suka pada seseorang, perasaan gementar pasti terlihat dengan jelas. Tangan berpeluh, segala benda yang kita capai seakan-akan mahu jatuh, sudah tentu menunjukkan anda mempunyai perasaan pada seseorang. Tetapi si dia kelihatan tenang seperti tiada apa yang berlaku apabila berhadapan dengan anda.


]]>
Ini Fakta Mengenai Jerawat & Tips Mengawal Masalah Tersebut. Bakal Pengantin Yang Ada Masalah Ini Wajib Baca. https://redaksi.com/7986-ini-fakta-mengenai-jerawat-tips-mengawal-masalah-tersebut-bakal-pengantin-yang-ada-masalah-ini-wajib-baca Fri, 13 Mar 2020 14:10:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7986 Masalah kulit muka berjerawat, tentu sahaja pernah dialami oleh sesiapa sahaja. Cuma yang membezakan sama ada teruk ataupun tidak sahaja. Masalah jerawat bukan sahaja membelenggu kanak-kanak dan remaja, terdapat ramai dewasa yang mengalami masalah dengan jerawat terutamanya di bahagian muka.

Ada yang ambil masa bertahun-tahun untuk sembuh, ada juga yang ambil masa sekejap sahaja selepas melakukan beberapa rawatan. Tapi ramai yang tidak tahu akan punca dan sebab sebenar jerawat tubuh pada pemukaan kulit kita.


Mari kita ketahui sedikit fakta-fakta mengenai jerawat dan tips dalam mengawal masalah tersebut mengikut pandangan pakar.

• Pada kebiasaannya jerawat disebabkan pora-pora muka yang tersumbat. Ia berpunca daripada minyak semula jadi di muka yang dinamakan sebum, dan kulit mati yang tersumbat di pora-pora muka, yang menyebabkan pertumbuhan bakteria. Jerawat bukanlah tanda-tanda penjagaan muka yang tidak bersih. Bahkan, pembasuhan muka yang melampau akan menyebabkan masalah jerawat semakin ketara.

• Kajian menunjukkan kaum Hawa mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah jerawat. Peralihan dan pergerakan hormon yang tidak sekata, terutamanya ketika kitaran menstruasi, mengandung, dan juga menopaus boleh mendatangkan maslah jerawat.

• Kehadiran jerawat di muka atau ‘breakouts’ boleh membawa maksud kepada masalah yang lebih kronik. Sangat elok sekiranya anda berjumpa denga doktor sekiranya masalah jerawat anda lain daripada kebiasaannya.

• Kebarangkalian anda mendapat parut jerawat adalah tinggi sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai parut jerawat.

• Anda perlu menjauhi ubatan jerawat yang mengandungi alkohol. Hal ini kerana alkohol akan mengeringkan lagi kulit muka anda dan seterusnya memburukkan lagi keadaan.

• Masalah jerawat bukan sahaja menyebabkan parut fizikal, tetapi juga parut emosi. Sekiranya anda merasakan diri lebih malu dan keyakinan diri anda rendah pabila berhadapan dengan masalah jerawat, tiada salahnya sekiranya anda mendapatkan pertolongan daripada pakar, baik pakar dermatologi, mahupun pakar psikologi bagi mengawal tekanan perasaan anda.

• Antara perkara-perkara yang boleh menyebabkan masalah jerawat anda semakin teruk adalah, pendedahan kepada cahaya matahari yang terlalu banyak, apa-apa benda yang boleh menyebabkan perselisihan kepada kulit, dan juga mekap.

Perkara yang paling penting sekiranya anda merasakan bahawa masalah jerawat anda mengganggu kehidupan anda adalah berjumpa dengan doktor atau pakar dermatologi. Mungkin ia merupakan tanda-tanda kepada masalah kesihatan yang lebih kronik!



]]>
Wanita-Wanita Perlu Tahu Tempoh Eddah Bercerai Atau Kematian Suami, Bukan Apa Sebagai Ilmu Tambahan Dalam Rumahtangga. https://redaksi.com/6645-wanita-wanita-perlu-tahu-tempoh-eddah-bercerai-atau-kematian-suami-bukan-apa-sebagai-ilmu-tambahan-dalam-rumahtangga Fri, 26 Jul 2019 15:00:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6645 Kita sebagai orang perempuan ini kena tahu dalam perkara-perkara yang berkaitan cerai dan eddah ini. Bukan kita meminta untuk berlakunya perpisahan dalam perkahwinan kita, akan tetapi ia adalah ilmu rumahtangga yang mana kalau ada apa-apa terjadi tidaklah kita blur dan kurang memahami.

Mungkin ada dikalangan kita khususnya lelaki dan wanita muslim yang masih belum mengetahui tentang eddah selepas berlaku perceraian secara hidup atau cerai mati. Moga dengan perkongsian ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada semua. Insya Allah.



Iddah dari segi bahasa maksudnya bilangan atau hitungan. Dari segi syarak pula maksudnya, tempoh yang ditentukan oleh syarak terhadap seorang wanita untuk menunggu bagi mengetahui kebersihan rahimnya.

Ini penerangan daripada seorang Peguam, Fahmi Ramli berkaitan dengan eddah isteri yang bercerai serta kematian suami. Jom sama-sama kita fahami.

Eddah Cerai Talak&Fasakh

Firman Allah s.w.t di dalam Surah Al-Baqarah ayat 228 :

“Dan isteri-isteri merujuk kepada ayat Al-Quran di atas tempoh iddah bagi wanita yang diceraikan sama ada percaraiannya secara lafaz talak atau fasakh ialah tiga kali suci daripada haid.”

• Jadi berdasarkan daripada dalil diatas, jelas menunjukkan tempoh iddah 3 kali suci slps diceraikan secara talak atau fasakh. Jika ditalaq semasa dalam keadaan suci, eddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga.

• Jika talaq tersebut berlaku ketika isteri sedang haid/tak suci, eddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.

• Jika talaq tersebut berlaku ketika isteri dalam keadaan nifas, isteri kena tunggu sampai 3 kali suci selepas nifas.

Iddah tersebut akan tamat apabila datang haid yang keempat.



Eddah Cerai Ketika Hamil

Tempoh eddah bagi seorang wanita yang hamil sama ada dengan sebab kematian suami atau diceraikan suami ialah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandung. Ini adalah berdasarkan ayat quran di dalam surah At-Talaq yang bermaksud :

“ Dan perempuan-perempuan yang mengandung, tempoh eddahnya ialah sehingga dia melahirkan anak yang dikandungnya.”

Ini ditambah dengan dalil daripada peristiwa Sabiah bt Harith yang telah kematian suami ketika dia sedang hamil dan telah melahirkan anak 11 hari daripada tarikh kematian suaminya. Rasulullah s.a.w datang kepadanya dan memberi keizinan kepada Sabiah bt Harith untuk berkahwin lain.

Jadi, kalau berlaku lafaz cerai dalam tempoh mengandung, walaupun tempoh masa untuk bersalin telah singkat, maka bekas isteri dibenarkan untuk berkahwin selepas daripada bersalin anak tersebut.

Eddah Cerai Mati

Tempoh eddah bagi seseorang isteri yang telah kematian suaminya adalah selama 4 bulan dan 10 hari. Tujuan adanya eddah bagi seorang yang kematian suami adalah bertujuan untuk menghormati suami yang baru sahaja meninggal dunia dan berkabung atas sebab kematian tersebut.

• Kalau berlaku kematian suami semasa isteri berada dalam tempoh eddah talak raj’ie dan tidak mengandung, eddahnya adalah selama 4 bulan 10 hari. Dan kiraan eddah baru bermula pada tarikh atau hari kematian suami walaupun sebelum itu eddah isteri sama ada dengan tiga kali suci atau tiga bulan telah hampir tamat.

• Kalau berlaku kematian suami semasa berada dalam tempoh eddah talak bain dan tidak mengandung, eddahnya kekal tiga kali suci atau tiga bulan dan eddahnya TIDAK BERTUKAR kepada eddah kematian suami selama 4 bulan 10 hari.

Eddah Diceraikan Sebelum Disetubuhi

Tiada Eddah



Eddah Bagi Perempuan yang ISTIHADAH

Istihadah ialah darah yang keluar secara berterusan bagi seorang wanita. Ia keluar tanpa terputus-putus atau mungkin terputus sekejap seperti sehari-dua dalam sebulan.

• Jika sekiranya haid tersebut tidak menentu, tapi masih dapat tahu kebiasaan perjalanan darah haidnya, maka eddahnya adalah selama 3 kali suci.

• Jika sekiranya haid tidak menentu dan tidak tahu kebiasaan perjalanan darah haidnya ATAU tidak dapat bezakan antara darah haid dan ISTIHADAH, maka eddahnya adalah selama 3 bulan.

Eddah Bagi Perempuan Tiada Haid

Jika seorang perempuan itu diceraikan dalam keadaan tiada haid, sama ada ia disebabkan penyakit, telah dibuang rahim, putus haid, belum pernah haid, atau lain-lain perkara maka tempoh eddahnya adalah selama 3 bulan.

]]>
3 Perkara Suami & Isteri Mesti Beri Perhatian. https://redaksi.com/1244-3-perkara-suami-isteri-mesti-beri-perhatian Mon, 18 Sep 2017 11:17:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1244 Ada 3 perkara penting yang selalu diberi pesan oleh para penceramah kepada para suami isteri dalam menjaga kerukunan rumahtangga. Dan 3 perkara itu adalah berbeza bagi suami terhadap isteri dan isteri terhadap suami. Berikut adalah 3 perkara tersebut:



3 perkara yang suami mesti jaga dalam hal menjaga hubungan dengan isterinya ialah:

1. Nafkah.

2. Lisan.

3. Sentuhan.



3 perkara yang isteri mesti jaga dalam hal menjaga hubungannya dengan suami pula ialah:

1. Makanan.

2. Pakaian.

3. Hubungan seksual.

Ada benarnya pada tips yang diberikan di atas. Renungilah dengan mendalam setiap perkara di atas dan kalau nak hurai atau syarah silakan. Masing-masing tentu ada idea dan pendekatan masing-masing dalam memahami maksud perkara di atas. Saya dan anda yang sudah lama berumahtangga tentu sangat faham.

Semoga kita semua, terutamanya saya dan lain-lain pasangan yang sudah lama mendirikan rumahtangga dapat memberikan perhatian terhadap nasihat ini, seterusnya dapat bermuhasabah dan memperbaiki apa-apa yang kurang bagi menjaga keharmonian rumahtangga kaum muslimin.

ALLAHU A`LAM.

]]>
Tiga Perkara Lelaki Mahukan Daripada Wanita. https://redaksi.com/1978-tiga-perkara-lelaki-mahukan-daripada-wanita Sat, 14 Apr 2018 12:23:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1978 Untuk memenangi hati seorang lelaki, terlalu mudah sebenarnya untuk dilakukan oleh seorang wanita. Tetapi, seorang wanita perlulah memahami bahawasanya lelaki mempunyai karekter yang berbeza berbanding wanita. Antara perkara yang diperlukan oleh mereka dalam kehidupan berpasangan adalah:


1. Dorongan.

Dorongan menyebabkan seorang lelaki lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu. Kata ucapan ‘terima kasih’ adalah sebuah penghargaan buatnya. Andaikata kita dapat melakukannya setiap hari, pasti dia akan membantu kita tanpa disuruh. Percayalah. Kajian ini terbukti dan sangat berkesan. Mereka memerlukan penghargaan, lebih-lebih lagi dari orang yang disayangi.

2. Kesetiaan.

Setia bersama si dia sewaktu mereka senang mahupun susah. Ketika susah, waktu inilah kesetiaan diuji untuk seorang wanita. Walau apapun yang terjadi, tetaplah disampingnya. Dengan sikap begitu, seorang lelaki akan lebih bersemangat untuk terus hidup dan memulakan kehidupan yang baru setelah ditimpa musibah.

3. Perhubungan.

Sebelum berumah tangga, seorang wanita dididik untuk menjaga batas pergaulan. Antara sebabnya adalah, wanita adalah seorang yang eksklusif untuk orang yang memilikinya sahaja. Ia terlalu limited edition. Iaitu hanya untuk suaminya sahaja. Oleh itu, peliharalah maruah apabila belum berumah tangga agar ianya dapat diberikan kepada yang hak.

Bagi yang belum berkahwin, jadikan ini sebagai ilmu rumah tangga kelak. Perhubungan suami isteri adalah penting bagi suami. Itu tanda anda menghormati mereka. Laksanakan dengan sebaik mungkin. Jika diminta, penuhi. Tetapi lebih baik wanita memulakan kerana mereka akan merasa dia diperlukan. Sebabnya, sifat mereka adalah ‘hero’ iaitu sebagai penyelamat kepada anda.


Hidup kita memerlukan prinsip hidup. Disarankan agar mana-mana pasangan perlu hadam dan hayati kata-kata ini agar sebuah pasangan dapat bertahan. “memberilah sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya.” Tidak perlu menuding jari kepada sesiapa. Tapi tujukan kata-kata itu kepada diri kita sendiri. Kerana yakinlah, “what you gift, you get back.” Percaya apa yang berikan akan mendapat balasan yang setimpal. Jika tidak daripada pasangan, daripada Allah kelak.


]]>
Lelaki Avoid Perempuan Bising: Mengapa? https://redaksi.com/1304-lelaki-avoid-perempuan-bising-mengapa Sun, 24 Sep 2017 11:01:11 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1304 Selamat sejahtera. Hi readers, hari ini saya akan bercakap mengenai psychology paling basic dalam hidup manusia iaitu psychology komunikasi lelaki dan perempuan. Biasa kita lihat, seorang lelaki barangkali menjadi semakin pendiam, hari demi hari. Barangkali disebabkan oleh faktor usia. Kata pujangga, lelaki semakin tua, makin kurang percakapannya. Barangkali semakin banyak berfikir.



Perempuan  pula semakin berusia, semakin banyak bercakapnya. jadi tidak hairanlah bila kita lihat mak- mak di luar sana banyak betul membebelnya. Boleh naik rimas pula orang yang mendengarnya. Silap- silap boleh naik hantu, tak pun boleh meroyan jadinya. Boleh jadi juga mak- mak di luar sana menubuhkan kelab "rakan mengumpat". Kerjanya tidak lain berbual mengenai isu semasa kampung, termasuklah kampung sebelah, rancangan tv, gosip selebriti, dan lain- lain. Ye lah, kalau diharapkan si suami, tak kuasa melayan orang kuat makan "tongkeng ayam" ni. Anda faham- fahamlah apa yang saya cuba katakan ini.

Namun, jangan silap. Ada juga fenomena terbalik, atau "Sabung ayam" dimana suami isteri juga tak kurang hebat "Potpet potpet" nya. Boleh jadi lelaki semakin tua semakin kuat membebel, malah kalah perempuan yang suka mengumpat. Sekadar menggeleng, aduhai, buruk sungguh lelaki mengumpat. Sungguh tidak ideal.



Itu baru mukaddimah cerita kita. Maknanya belum betul- betul masuk cerita. Jikalau kita lihat, apa penyebab utama dalam sesebuah komunikasi? Apakah sebab kecelaruan maklumat yang cuba disampaikan? Faktor utamanya mudah, sama ada tidak faham dan tidak setuju. Anda perlu ingat perkara paling asas ini: seorang lelaki tidak suka diberi nasihat tetapi sukakan galakan, manakala perempuan tidak suka diberi penyelesaian, tetapi suka pendengar setia.

Nampak mudah bukan? namun percayalah, ia tidak semudah yang disangka. untuk versi kali ini, saya cuba membawakan pendekatan mudah. barangkali ada sambungannya.

Seorang lelaki tidak suka diberikan nasihat (terutamanya daripada perempuan) kerana menganggap "nasihat percuma" sebagai suatu penghinaan bagi diri mereka sendiri. Terang- terangan (bagi dia) nasihat percuma itu sebagai satu tanggapan negatif terhadap dia bahawa si lelaki itu tidak mampu (disability) serta menunjukkan kelemahan yang ada. Psykologinya seorang lelaki beranggapan tiada sesuatupun dia tidak mampu, paling tidak dia akan berkeras mencuba.

Seorang lelaki sangat lega bila seseorang (terutamanya pasangan dia) memberikan galakan seperti "saya tahu awak mampu melakukannya, awak orang yang berbakat" dan cuba elakkan daripada bercakap "awak sepatutnya buat yang itu... yang ini... ish, lembap betullah!". Sesuatu yang taboo bagi seorang lelaki ialah penghinaan yang keras serta memberikan cadangan kepada dia.

Bagi seorang perempuan, mereka memang suka berkata- kata. Memang kalau boleh dari waktu sedar hinggalah dia "tertidur" pun mahu juga dia bercakap. Apatah lagi jika perempuan ini mempunyai masalah.

Ini perkara normal. Saya tidak melihat ini sebagai sesuatu masalah kerana itu fitrah. Menjadi satu tanggungjawab kita ialah menerima si dia dengan seadanya.



Seorang perempuan sangat mendambakan seseorang yang mampu menjadi pendengar setia dia dan mengambil berat mengenainya (terutamanya pasangan dia). semua masalah ada penyelesaiannya. Namun, seorang lelaki perlu mengelak dari memberi nasihat percuma kepada dia melainkan si dia meminta. Nasihat percuma adalah seperti sesuatu "cengkaman" bagi seorang perempuan. Seperti "you patut buat itu... ini... you tak patut buat itu... ini...". Perempuan mengandaikan seseorang yang memberikan nasihat percuma ini sebagai orang yang tidak memahami apa masalah dia (walaupun dia memang bermasalah). Apa yang benar- benar diperlukan ialah seorang pendengar yang baik. Jadi tidak hairanlah perempuan boleh bercerita panjang, walaupun masalahnya kecil, sambil menangis- nangis.

Seorang lelaki mungkin tidak memahami perempuan. Begitu juga sebaliknya. Lelaki tidak memahami sebab mengapa perempuan kuat berleter, banyak cakap, membesar- besarkan masalah kecil, dan kuat menangis.

Seorang perempuan pula barangkali tidak faham mengapa lelaki suka membisu, kuat marah, barangkali menengking (dalam kes tak tahan stress), avoid kata- kata perempuan, buat- buat tak tahu dan enggan menerima nasihat serta enggan bekerjasama.

Masalah ini semua akan selesai dengan satu langkah "Emas". Itulah kuasa komunikasi. Bagi seseorang yang ingin masalah ini selesai perulah cekap menggunakan komunikasi yang berkesan. Turutkan sahaja kemahuan mereka. Semua ini akan selesai. Bila anda mula mengesan babak- babak pertelingkahan. Berhenti sebentar. Gunakan bahasa badan anda. Pegang tangan pasangan anda, tenung mata dia. Jika dia masih berkata- kata, sentih bibir dia dengan jari anda, minta dia diam. Jika perempuan mula menangis, atau lelaki menangis, cium pipi dia dan peluk dia (warning, just untuk orang berkahwin sahaja). Tenangkan dia dan katakan masalah ini akan selesai, dan mungkin boleh diturutkan permintaan mereka.



Bila anda mengesan pertelingkahan, jangan sambung hingga meleret- leret. Bergaduh mungkin menambahkan kasih sayang (jika boleh bertahan, memang tiada jaminan). Pergaduhan sesuatu kepastian, tetapi bukan kewajipan. hubungan boleh jadi tawar, boleh buat pasangan jadi bosan. Anda tahu kan apa penghujungnya?

Itulah manusia. Ada ego, ada maruah. Setiap orang akan dihargai bila ada orang memberi sesuatu yang tepat untuk dia. Bukan penyelesaian yang dicari. Bahkan dia sendiri akan bertemu penyelesaiannya. Itupun kalau diminta nasihat berikan sahajalah. Kalau tak diminta, jangan mencuba sekali- kali. Dekatilah seseorang itu, perhatikan dia. Layanlah dia sepertimana sifat &sikap dia. Jangan main terjah, nanti bawa padah. Tidak pasal- pasal huru- hara jadinya.

Senang kan? Lelaki mahu galakan, perempuan mahu luahkan.

Semoga bermanfaat. Good luck!



]]>
4 Cabaran & 3 Kelebihan Memilih Duda Sebagai Suami. https://redaksi.com/35-4-cabaran-3-kelebihan-memilih-duda-sebagai-suami Wed, 17 May 2017 01:22:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=35 Assalamualaikum Warahmatullah dan salam sejahtera. Cinta itu buta, tidak kira usia mahupun status. Biarpun ramai gadis membayangkan bertemu jodoh dengan pasangan seusia, tetapi bukan hak kita untuk menentukannya. Segala-galanya ditentukan yang Maha Kuasa. Biar bujang teruna jadi pilihan, namun siapa tahu, rupa-rupanya jodoh anda dengan duda atau bekas suami orang! Apapun jika itu ketentuan-Nya, terimalah dengan hati terbuka dan pelajarilah bagaimana cara berhadapan dengan lelaki berstatus duda ini. Mungkin tiada banyak masalah jika suami, duda tanpa anak. Tetapi situasi yang berbeza jika si duda yang jadi pilihan anda punya anak yang dipeliharanya sendiri. Ði sinilah kebijaksanaan, kesabaran dan kematangan diperlukan. Kali ini kami memberikan sedikit sebanyak tips bagi wanita yang mungkin dalam dilema melayari alam rumahtangga bersama pasangan hidup yang bergelar duda.



1. Bersedia atau tidak .

Inilah pokok persoalan utama yang harus anda hadapi. Ia bukan berkaitan dengan tentangan yang mungkin bakal anda hadapi dari keluarga, sebaliknya diri anda sendiri. Mungkin pada dasarnya anda mencintainya, tetapi agak sukar untuk anda menerima dirinya kerana anda perlu berkongsi dengan anak-anaknya juga. Tepuk dada, tanyalah selera. Kalau anda bersedia untuk mengharungi semua dugaan dalam memilih hidup, maka teruskanlah niat anda untuk memilih duda sebagai calon hidup anda.


2. Belajar menyayangi anaknya. 

Berkahwin dengan duda mungkin menjadikan ada ibu ‘segera’ dan memberikan anda gelaran ibu tiri. Namun jangan sesekali bersikap seperti ibu tiri dalam drama Bawang Putih Bawang Goreng Merah. Biarpun bukan dari darah daging sendiri, tetapi anda juga perlu belajar menyayangi atau setidak-tidaknya belajar menyenangi anak-anaknya. Anak yang diasuh anda berdua telah kematian atau perceraian dengan isteri terdahulu bukan mudah untuk menerima anda sebagai pengganti ibunya. Seeloknya, hadirlah dalam kehidupan anak-anaknya sebagai teman atau rakan karib. Cuba bersikap santai dengan mereka sehingga anda dapat diterima dalam hidup mereka. Jelaskan kepada si anak, anda memang bukan ibunya dan tidak mungkin dapat menggantikan tempat ibunya, tetapi berikan keyakinan bahawa anda akan menyayanginya sebagaimana ibunya menyayanginya. Begitu juga apabila anda sudah mempunyai anak sendiri bersama ayah mereka. Jangan sesekali membezakan layanan anak anda dengan anak tiri. Bahagikan kasih sayang anda sama rata, agar anak menghormati dan menyayangi anda.




3. Jangan putuskan ikatan

Sebenarnya ada dua situasi duda yang mungkin salah satunya sudahpun menjadi sebab (bakal) pasangan anda bergelar duda. Pertama, duda bercerai mati dan kedua, duda bercerai hidup. Perkahwinan anda dengan dua situasi duda ini akan menimbulkan konflik yang berbeza. Sekiranya pasangan yang anda pilih adalah duda yang ditinggalkan isteri disebabkan kematian, maka bolehlah dikatakan dia tidak gagal dalam perkahwinan. Ia juga selalunya tidak membawa trauma tertentu dalam perkahwinan anda dengannya. Hanya kenangan yang ditinggalkan oleh isterinya yang mampu membayangi hubungan anda dan suami. Sebagai contoh, suami mungkin akan membanding-bandingkan anda dengan arwah isterinya. Memang dapat difahami sekiranya seorang duda bercerai mati masih memiliki ikatan emosi dengan arwah isterinya. Bayangkan bagaimana perasaan anda jika ditinggalkan oleh orang yang dicintai secara tiba-tiba. Sudah pasti sedih, bukan? Beginilah dengan keadaan duda yang bercerai mati. Sebagai isteri yang terlebih dahulu sudah maklum dengan status suami ini, anda sebaiknya tidak memaksa dirinya secara serta-merta memutuskan ikatan dan kenangannya bersama arwah isterinya. Ini bukan satu tindakan yang bijak. Anda seharusnya berkongsi diri suami dengan arwah isterinya. Tetapi sekiranya kenangan dan bayangan suami terhadap isteri yang telah meninggal berlangsung terlalu mendalam dan lama, sebaiknya ada lakukanlah sesuatu. Ajak pasangan anda untuk berfikir secara realistik ke hadapan. Jangan terlalu terbawa dengan kenangan masa lalu. Ajak dirinya merancang masa depan rumahtangga anda bersama dengan dirinya. Tetapi sebenarnya anda juga boleh memilih untuk berterus-terang. Katakan bahawa anda tidak selesa bila dibandingkan dengan bekas isterinya yang telah tiada. Jangan dipendamkan perkara sebegini, kerana pasangan anda menganggap perkara ini tidak memberi masalah kepada anda.




4. Curiga dengan bekas isteri. 

Berbeza dengan duda bercerai mati, lelaki yang bercerai hidup dengan bekas isteri selalunya tidak mempunyai ikatan emosional yang terlalu mendalam dengan wanita tersebut. Anda mungkin boleh merasa lega kerana tidak punyai saingan ini. Tetapi sudut kurang menariknya adalah, anda cenderung untuk berasa curiga tentang hubungan suami dengan bekas isterinya. Masalah juga sering kali timbul kerana anda secara sengaja atau tidak, ‘dipaksa’ terlibat dengan masalah perkahwinannya yang terdahulu. Misalnya suami anda sibuk dengan bekas isterinya gara-gara masalah menyekolahkan anak dari perkahwinan mereka. Masalah dalam perkahwinan dengan duda yang bercerai hidup ini juga akan jadi lebih berat jika bekas isterinya kerap membayangi hubungan anda. Ia sudah semestinya amat mengganggu, tapi jangan terus marah-marah. Sebaiknya bincangkan dengan suami cara menghadapi gangguan dari bekas iserinya. Bukan dalam bentuk pergaduhan, tetapi minta nasihat daripadanya tentang apa yang sebaiknya anda lakukan. Selain itu, pembahagian kewangan antara suami anda dan bekas isternya juga tidak dinafikan akan menjadi masalah besar jika tidak ditangani dengan bijak. Selagi anak-anak dari bekas isterinya (jika diperlihara oleh bekas isterinya) belum boleh berdikari atau berumahtangga (bagi anak perempuan), maka suami anda wajib menyara mereka. Tidak jadi masalah jika suami bergaji besar, tetapi jika sekadar cukup makan, bagaimana suami hendak menyara anda pula? Keadaan sebegini pasti mengundang masalah dalam rumahtangga anda berdua di kemudian hari. Sebagai isteri, anda harus memikirkan dan cuba memahai situasi yang bakal anda tempuhi kerana anda juga terbabit sama dalam permasalahan ini.




Kelebihan berkahwin dengan duda :

1. Lelaki ini sudah memahami selok-belok rumahtangga. Mereka akan lebih memahami masalah yang bakal ditempuhi dalam hubungan suami isteri dan punya pengalaman tentang bagaimana mahu mengatasinya.


2. Kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan dalam perkahwinan sebelumnya, sudah pasti akan menjadi rujukan berguna buat dirinya. Ðia pasti tidak mahu mengulanginya dalam rumahtangga yang baru dibina.

3. Kebiasaannya keadaan kewangan lelaki bergelar duda sudah pun cukup mantap. Inilah yang membuatkan ada wanita yang tidak kisah jika jodoh mereka bersama duda.

Kekurangan berkahwin dengan duda :

Kami tidak mempunyai pengalaman tentang hal ini, walau bagaimanapun, apa yang terlintas di fikiran ialah :


Kalau berkawan dengan duda, kita patut ikhtiar mencari sedikit info (mungkin bertanya kepada ahli keluarga atau bekas isterinya), mengapa mereka bercerai. Bukanlah tujuannya untuk mencari aib orang, sebaliknya sebagai langkah berjaga-jaga. Jika dia niat baik, dia akan ceritakan tentang keburukan dia juga dan bukan hanya keburukan bekas suaminya sahaja. Agak sukar bagi seseorang itu menceritakan tentang keburukannya secara terang-terangan, jatuhlah saham, beb! Amatlah sukar untuk kita 'scan' keikhlasan manusia, betul tak? Kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan dalam perkahwinan sebelumnya, tidak mustahil akan diulanginya dalam perkahwinan yang baru, contohnya jika dia seorang yang panas baran dan berpisah dengan bekas isteri akibat perangainya yang hodoh ini, ada kemungkinan dia akan mengulanginya, sekiranya dia tidak mengambil langkah untuk mengawal sikap buruknya.


]]>
12 Ciri-Ciri Suami Yang Akan Buat Isteri Sentiasa Rasa Bersyukur Memilikinya. https://redaksi.com/3501-12-ciri-ciri-suami-yang-akan-buat-isteri-sentiasa-rasa-bersyukur-memilikinya Wed, 12 Sep 2018 16:25:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3501 Impian setiap wanita untuk berkahwin denga seorang lelaki yang bertanggungjawab, menyenangkan dirinya serta bijak mengawal rumah tangganya. Walaupun pelbagai masalah melanda dalam rumah tangga tetapi jika miliki pasangan sebegini pasti sangat disyukuri oleh isteri-isteri mereka ini. Isteri adalah orang yang paling bahagia jika dia memiliki suami yang mempunyai 12 ciri-ciri ini. Mari ketahuinya


1. Selalu buat isteri bahagia sewaktu berada di sisinya.

Seorang suami bukan sahaja berperanan sebagai seorang teman hidup tetapi harus menjadi seorang yang boleh melengkapi setiap kekurangan isteri. Malah suami juga perlu menjadi seorang ‘guru’ yang mendidik isteri, selain memenuhi keperluan isteri yang membolehkan isteri rasa bahagia apabila berada dekat dengan suami.

2. Sentiasa genggam tangan isteri seeratnya.

Tanpa melalui kata-kata, suami yang terbaik tidak sesekali melepaskan genggaman isterinya ketika suami menunjukkan cinta dan kasih sayangnya. Suami juga tidak rasa malu untuk menunjukkan keprihatinannya terhadap isteri di khalayak ramai kerana suami tahu sikap pedulinya itu akan membuatkan isteri rasa lebih tenang.

3. Cinta suami sentiasa mekar dan tak pernah pudar.

Jika suami betul-betul mencintai isterinya, suami pasti sanggup melakukan apa sahaja dan berkorban untuk orang yang disayangi. Malah cinta yang diberikan kepada isterinya merupakan cinta yang tulus demi mengutamakan kebahagiaan isterinya dan bukannya bersandarkan nafsu semata-mata ataupun penampilan luaran isterinya sahaja. Mengikut kajian, meluahkan rasa sayang secara teratur merupakan perkara terpenting yang boleh mendatangkan kepuasan dalam perkahwinan.

4. Sentiasa ketawa bersama isteri walaupun hal-hal kecil.

Suami yang menjadi pujian isteri merupakan suami yang periang dan punya sifat humor kerana mampu membuatkan isteri sentiasa ceria. Walaupun perkara tersebut dianggap biasa bagi pandangan orang lain, namun disebabkan anda berdua saling memahami sifat humor masing-masing membuatkan hidup anda berdua sentiasa diseliputi rasa ceria dan gembira. Apabila isteri rasa gembira bersama orang yang disayangi ini menunjukkan anda seorang suami yang terbaik untuk isteri sekali gus terpancar rasa bahagia dalam rumah tangga.

5. Masih menganggap isterinya wanita yang tercantik.

Semakin lama usia penikahan anda berdua, pasti isteri akan dimamah usia dan penampilan fizikal isteri juga berubah. Wajah yang tegang mulai kendur, rambut yang hitam mulai putih dan badan yang kurus semakin berisi. Sebagai seorang suami yang terbaik, di matanya tetap menganggap isterinya wanita tercantik dan masih menarik sama seperti kali pertama anda berdua bertemu. Malah dalam diam, suami masih cuba mencuri pandangan terhadap isterinya tanpa isterinya sedar, selain mulutnya sering memuji kecantikan isterinya.

6. Ringan tulang membantu isteri tanpa disuruh.

Jika anda menyayangi isteri, seorang suami tidak akan tega membiarkan isterinya sahaja yang terbeban dengan segala urusan di rumah. Suami haruslah sama-sama meringankan beban isteri dalam menguruskan rumah tangga. Malah suami juga sanggup menggantikan tugas isteri tanpa mengeluh saat melakukannya.

7. Berbincang dan minta pandangan isteri sebelum membuat keputusan.

Apabila suami meminta pandangan isteri sebelum memutuskan sesuatu perkara atau anda dijadikan rujukan untuk merungkaikan masalahnya, ini menunjukkan bahawa isteri dianggap insan terpenting dalam hidupnya. Malah suami juga percaya dan menghargai keputusan yang isteri lontarkan. Tidak semestinya setiap pandangan isteri harus diterima namun setidak-tidaknya isteri juga berperanan dalam memberikan pandangan dan nasihat terhadap sesuatu perkara yang suami sedang fikirkan.

8. Sering membanggakan isteri di hadapan temannya.

Walaupun isteri tiada di sisi, suami yang terbaik sentiasa membanggakan orang yang disayanginya di hadapan teman-temannya. Suami yang baik sama sekali tidak malu memiliki isterinya walau apa jua keadaan isterinya. Malah suami juga tidak malu memberitahu temannya yang dia bersyukur dan bangga kerana memiliki wanita seperti isterinya, selain menganggap isterinya istimewa dan menjadi keutamaan dalam hidupnya.


9. Tetap makan masakan isteri walaupun tak sedap.

Suami yang baik akan tetap menjamah masakan isterinya dan tidak terus memarahi isteri walaupun mungkin masakan itu kurang dengan selera suami. Bagi mengekalkan keharmonian dalam rumah tangga, suami yang baik akan menegur masakan isterinya dengan cara yang paling lembut kerana tidak mahu melukakan hati isterinya dan tidak jemu-jemu memberi isteri semangat untuk terus mencuba agar masakannya dapat diperbaiki.

10. Sentiasa bantu isteri jadi insan yang lebih baik.

Semua manusia pasti miliki kekurangan. Walaupun mungkin isteri kurang sempurna dalam banyak perkara, suami yang terbaik akan sentiasa memberikan sokongan untuk isteri terus menjadi orang terbaik di masa akan datang. Sama sekali suami tidak menyesal memperisterikan anda walaupun isterinya ada kekurangan, selain tidak pernah rasa lelah untuk mengajar dan memberikan yang terbaik agar isterinya menjadi wanita yang hebat dalam semua perkara.

11. Tak jeling wanita lain kerana sangat mencintai isterinya.

Tak ramai lelaki yang seperti ini. Seorang suami yang baik tidak akan menjeling pada wanita lain kerana tahu isterinya pasti cemburu. Malah suami akan sentiasa setia dan tidak pernah berpaling daripada isterinya walaupun mungkin ada godaan daripada wanita lain. Ini kerana suami begitu menghormati perasaan isterinya kerana tidak mahu isterinya terluka, selain menghargai pengorbanan isterinya daam memberikan sepenuh kasih sayang terhadap suami dan keluarga.

12. Sentiasa mengembangkan hubungannya dengan sang pencipta.

Sebagai imam dalam keluarga, suami yang baik akan sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT agar keluarganya sentiasa dirahmati dan berasa di jalan yang lurus. Selain itu, suami berusaha agar ilmu agamanya terus berkembang dengan lebih baik supaya dia dapat memimpin isteri dan anak-anaknya mengikuti perintah Yang Maha Esa.

Semoga kesemua ciri-ciri ini ada pada pasangan masing-masing yang mampu membentuk satu keluarga yang membahagiakan.


]]>
Ingatkan filter tadi, rupanya kembar tiga 'cantik manis' TikTok dapat perhatian ramai https://redaksi.com/8892-ingatkan-filter-tadi-rupanya-kembar-tiga-cantik-manis-tiktok-dapat-perhatian-ramai Tue, 10 Nov 2020 10:05:38 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8892 Seronok kalau ada kembar ni. Boleh kongsi banyak perkara sama-sama, nak-nak lagi kalau bab pakaian. Itu belum lagi kalau berkongsi gerak hati yang sama, eh macam ada kuasa luar biasa pula. Sama macam tiga gadis kembar ini, mereka ini sering mendapat perhatian kerana wajah yang serupa serta suka keakraban mereka ini.

Kembar tiga seiras

Kembar tiga berasal dari Indonesia ini selalu mendapat perhatian kerana mereka gemar berkongsi pelbagai aksi melalui rakaman TikTok secara bersama. Lebih mesra dengan panggilan Natasya, Nadiya dan Nabila, mereka ini selalu sedondon ke mana sahaja.

Berkongsi tarian mulanya

Kerap berkongsi rakaman tarian bersama berserta dengan pakaian yang sedondon, mereka bertiga ini seolah-olah pantulan dari cermin jika tidak perhatikan dengan begitu jelas kerana begitu serupa. Seronok betul kalau ada kembar yang berkongsi minat yang sama ini.


Kembar tiga ini juga dikatakan mula mendapat perhatian selepas membuat tarian dengan lagu popular berjudul ‘Kopi Dangdut’ yang mana mulanya mereka ini dikatakan menggunakan teknik suntingan atau filter untuk menampakkan efek kembar. Rupanya mereka ini ‘real’.



Menjengah ke ruangan komen Instagram dan aplikasi TikTok kembar tiga ini, ramai yang seronok melihat keakraban mereka ini. Malah ada juga yang teringin untuk memilik kembar selepas melihat mereka ini.

]]>
Takut dipukul penduduk kampung, pencuri rela duduk atas bumbung selama 6 jam https://redaksi.com/9060-takut-dipukul-penduduk-kampung-pencuri-rela-duduk-atas-bumbung-selama-6-jam Thu, 03 Dec 2020 11:10:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9060 Niat mencuri tak kesampaian apabila terperangkap di atas bumbung kira-kira enam jam di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang.

Lelaki berusia 40-an itu dikatakan ingin memecah masuk sebuah rumah milik bilal Masjid Jalil Hassam, namun tidak berjaya turun menyebabkan dirinya terperangkap di atas bumbung dan berjaya diberkas pada 8.30 pagi selepas dikepung penduduk kampung.



Menurut seorang saksi kejadian, Sazli Raping, 55, berkata, suspek dipercayai cuba memecah masuk rumah bilal kira-kira pukul 2 pagi melalui bumbung rumah.
Bilal tersebut menyangkakan bunyi haiwan liar dari bumbung rumahnya, namun terkejut selepas mengetahui ada klibat manusia.

“Bilal terus kejutkan ahli keluarga yang lain serta jiran-jiran terdekat menyebabkan lelaki itu tidak berjaya meloloskan diri, dia takut nak terjun,” katanya.

Sazli berkata, penduduk kampung terus menghubungi polis sebaik menyedari kejadian itu sebelum sepasukan polis cuba memujuk suspek untuk menyerahkan diri namun lelaki itu berkeras tidak mahu turun.

 

Berdegil tidak mahu turun, pihak polis meminta bomba untuk menyembur air kepada suspek namun usaha itu juga tidak berhasil sebelum meminta bantuan menggunakan kren sebuah syarikat pembinaan berhampiran.

“Lelaki itu ditangkap dengan bantuan kren untuk turunkannya, mungkin dia rasa takut diapa-apakan penduduk kampung sebab itu dia rela duduk atas bumbung berjam-jam.

“Kami pun tidak kenal lelaki itu dan percaya dia merupakan orang luar dari kampung kami,” katanya.

Suspek kemudiannya ditangkap sebelum dibawa ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut.

]]>
Lima Perkara Yang Diperhatikan Lelaki Secara Senyap Bila Berhadapan Dengan Seorang Wanita. https://redaksi.com/2243-lima-perkara-yang-diperhatikan-lelaki-secara-senyap-bila-berhadapan-dengan-seorang-wanita Tue, 08 May 2018 15:47:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2243 Ramai wanita tertanya-tanya apa yang lelaki akan lihat pada diri mereka apabila melalui di hadapan kaum lelaki ini. Ada yang menyatakan bahawa lelaki itu tidak melihat sesuatu yang berada di luaran tetapi melihat sesuatu yang tidak difikirkan oleh seorang wanita. Biasanya ia berada di luar kotak pemikiran kaum wanita itu. Sangat beruntung jika dapat tahu perkara yang akan diperhatikan oleh kaum lelaki tanpa disedari. Hal ini kerana, ia boleh digunakan untuk memikat atau mencuit hati mereka.


Ini dia perkara yang tidak penah difikirkan oleh wanita tetapi diperhatikan oleh kaum lelaki tanpa disedari.

1. Senyuman.

Apabila berkaitan dengan senyuman, ia bukan lah berkaitan dengan senyuman yang menggoda para lelaki. Tetapi lelaki lebih memerhatikan senyuman yang lebih ikhlas bila dikeluarkan. Bermaksud tidak ada yang disembunyikan dalam senyuman itu. Dan ia juga bermaksud seseorang itu tidak mendekatinya kerana mempunyai agenda.

2. Cara pemakaian.

Gaya pemakaian juga turut dilihat, di mana ia mungkin agak keterlaluan di mata lelaki atau pun tidak. Namun ia bukan hanya gaya tetapi pemilihan warna juga akan diperhatikan lelaki itu. Pemilihan warna-warna garang, lembut dan gelap akan menggambarkan personaliti anda. Jadi kaum lelaki mudah untuk menangkap anda adalah wanita yang bagaimana.

3. Ekspresi wajah.

Selain senyuman di wajah, ekspresi wajah juga turut diperhatikan. Di mana ketika anda tidak bercakap, bagaimana ekspresi anda pada ketika itu. Adakah kelihatan sesuatu yang menyenangkan dan menarik atau kelihatan sedikit berlagak serta menyampah. Jadi dari sini juga mereka akan menilai, anda bagaimana orangnya.


4. Makanan atau minuman.

Apabila berjumpa seseorang wanita di restoran ataupun kedai makan, mereka akan menilai makanan dan minuman anda. Mungkin dari segi harga ataupun kuantiti. Tidak pun mereka ingin tahu apa makanan dan minuman yang anda gemar dan tidak gemar. Dari sini juga anda boleh dinilai adakah seorang yang jimat ataupun tidak.

5. Cara berjalan.

Tidak lupa juga gaya berjalan anda turut diperhatikan. Adakah jalan anda berkeyakinan atau pun tidak. Dan mata anda memandang ke mana apabila berjalan. Tunduk ke bawah ke melihat sekeliling. Ini juga akan diperhatikan mereka sebelum untuk mendekati anda.

Jadi sebelum anda hendak keluar rumah, persiapkan diri anda seeloknya untuk menjadi perhatian lelaki. Mengenakan pakaian dan senyuman yang sesuai apabila berhadapan dengan mereka ini. Dan tidak lupa juga untuk menjaga cara berjalan apabila berhadapan dengan mereka ini. Ia bukan kerana apa, tetapi adalah untuk ada mendapat nilaian yang terbaik di mata mereka.

]]>
Aku Rindu Kita Yang Dulu… https://redaksi.com/7180-aku-rindu-kita-yang-dulu Thu, 12 Sep 2019 16:26:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7180 Seperti air laut yang ada pasang surutnya, begitu juga dengan hubungan sesama insan, ada naik turunnya juga. Adakala kita terlalu sayangkan sesuatu hubungan itu walaupun hakikatnya ia telah berlalu pergi dan mustahil untuk kembali seperti dahulu.



Tipulah kalau tak rindu apa yang pernah dilalui bersama selama bertahun-tahun sewaktu bercinta dengan seorang yang paling dicintai. Kadang-kadang bukan kita yang lepaskan hubungan itu, tetapi dia. Dia yang memilih untuk meninggalkan segala kenangan suka duka, termasuk meinggalkan diri kita. Telah kita korbankan segalanya untuk dia, berikan apa yang dia mahu, berikan apa yang dia perlu, tetapi akhirnya dia masih memilih untuk pergi.



Sakit memang sakit. Lagi-lagi apabila melihat si dia sudah punyai pengganti sedang kita masih tercari-cari ruang untuknya kembali di sisi. Mencari yang lain itu sememangnya tidak mungkin sama sekali. Kerana masih menyayangi dan mencintai orang yang sama setiap hari. Tak pernah berhenti menanti dan merindui agar dia tahu aku masih di sini, bertemankan memori yang kau tinggalkan saat kau melangkah pergi.

Ada orang, lepas berpisah masih lagi boleh berkawan atau sebagai kenalan biasa. Ada orang, lepas berpisah terus tak bertegur sapa, malah semua media social juga sudah disekat oleh salah satu pihak. Mungkin untuk mengelakkan pihak lain berharap atau mungkin sudah tidak mahu ada apa-apa hubungan lagi walau sekadar kawan. Walaupun begitu, kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana mungkin dia ada alasan tersendiri mengapa melakukan semua itu.



Bagi pihak yang masih belum move on, pastinya masih rindu dan sentiasa rindu hubungan yang lama itu dan berharap akan disatukan kembali. Lain pula dengan pihak yang sudah tidak merasakan apa-apa malahan telah mencari pengganti dan bahagia bersama orang baru. Berdoalah semoga ditemukan dengan orang yang benar-benar tulus mencintai anda.

]]>
Jadi ayah usia 19 tahun, lelaki ini tak kisah cakap orang kata janji bahagia. https://redaksi.com/8653-jadi-ayah-usia-19-tahun-lelaki-ini-tak-kisah-cakap-orang-kata-janji-bahagia Mon, 05 Oct 2020 16:33:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8653 Bukan satu perkara yang baru berkahwin pada usia belasan tahun malah menggalas tanggungjawab pada usia yang muda tentunya akan dipersoalkan oleh orang sekeliling, tapi bila jodoh sudah sampai pada waktunya siapa kita untuk menolaknya.


Sama seperti remaja lelaki ini, walaupun umurnya baru mencecah 19 tahun kini dia sudah bergelar suami dan juga bapa kepada bayi perempuan yang bernama Kayyesa Qaila.



“Alhamdulillah...”

Menerusi rakaman video di laman TikTok, Akid Syahmi bersyukur kerana diberi merasai kesempatan ini bersama orang yang dia sayangi sambil memuat naik gambar anak dan juga isterinya.



“Tak puas enjoy lagi...”

Walaupun begitu, ada juga yang tidak senang akan kebahagiaan mereka ini. Namun baginya, dia biarkan saja apa yang orang sekeliling hendak kata kerana tahu tidak boleh menutup mulut mereka semua yang penting mereka sekeluarga bahagia.



Perkongsiannya mendapat respon baik dari warganet yang rata-rata mengucapkan tahniah dan berharap perkahwinan tersebut berkekalan tapi ada juga yang terkilan kerana diri mereka masih belum bertemu jodoh lagi.



]]>
Alami tekanan emosi dan mental, pengusaha perkahwinan paling terkesan pelaksanaan PKP https://redaksi.com/9716-alami-tekanan-emosi-dan-mental-pengusaha-perkahwinan-paling-terkesan-pelaksanaan-pkp Sat, 13 Feb 2021 16:19:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9716 Pernikahan yang dilakukan secara atas talian (online) kini sudah menjadi kebiasaan susulan sebarang majlis keramaian tidak dibenarkan sama sekali semenjan penulan Covid-19 yang dilihat lebih mudah berjangkit dalam kelompok yang ramai orang.

Mungkin memberi sedikit kelegaan kepada bakal-bakal pengantin kerana sedikit sebanyak ia mampu mengurangkan kos perbelanjaan untuk melakukan majlis tetapi bagaimana pula dengan nasib perancang perkahwinan yang sudah mempersiapkan semuanya?

Sedat tidak sedar selama ini mereka mengalami masalah tekanan emosi dan mental gara-gara terpaksa menanggung kerugian selepas kebanyakan dari kalangan bakal pengantin meminta untuk dikembalikan semula wang pendahuluan(deposit).

 

Berdepan rungutan pelanggan

Menurut Zarinah Mohaideen mewakil Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM), kini mereka berdepan dengan banyak rungutan daripada pelanggan yang berkaitan dengan pemulangan bayaran pampasan dan tidak terkecuali saman yang turut menjadi bebanan besar kepada para pengusaha.

"Kadar permintaan pelanggan untuk pemulangan bayaran dan juga deposit meningkat 200 peratus dan tidak tertampung oleh kami kerana kadar permintaan tempahan adalah kosong peratus atas faktor larangan beroperasi dan sekatan PKP tetapi pelanggan masih menuntut pembayaran semula deposit mereka."

-Zarinah Mohaideen-

Dikejar Ah Long

Ekoran permasalahan yang ditanggung oleh kebanyakan pengusaha perancang perkahwinan sekarang menyebabkan mereka terpaksa membuat pinjaman untuk melunaskan semua pampasan dan akhirnya mereka terjerat dengan tindakan sendiri.

"Sebab itu terdapat segelintir pengusaha yang kini dikejar ah long sehingga ada yang mahu membunuh diri."

-Zarinah Mohaideen-

Bagi mengulas lagi kenyataan beliau, Zarinah Mohaideen turut menceritakan salah seorang peniaga yang mengalami tekanan dek kerana dihantui panggilan telefon dan mesej berunsur ugutan daripada ah long.

Pertimbangkan semula keputusan

Dia yang kini menjadi 'lidah' kepada pengusaha perancang perkahwinan yang lain meluahkan rasa terkilan dengan situasi yang sedang terjadi pada masa ini.

Tambah beliau lagi, dia juga berharap kerajaan dapat memberikan peluang serta ruang untuk pengusaha majlis ini dengan membenarkan industri perkahwinan dibuka semula dengan pematuhan SOP yang ketat sebagaimana yang pernah dilakukan sebelum ini.

 

Selain itu, dia juga telah bertindak menghantar surat permohonan rasmi pembukaan semuka industri perkahwinan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertimbangkan semula keputusan.

]]>
Untungnya Dapat Pasangan Yang Lahir Bulan April Ini. Mereka Ini Bukan Sahaja Romantik Tapi Ringan Tulang Juga. https://redaksi.com/8035-untungnya-dapat-pasangan-yang-lahir-bulan-april-ini-mereka-ini-bukan-sahaja-romantik-tapi-ringan-tulang-juga Mon, 30 Mar 2020 14:48:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8035 Siapa sangka setiap mereka yang lahir ini ada keunikan tersendiri. Nak-nak lagi bila dah jadi pasangan kita, lagi banyak keunikan dan kelebihan yang ada dalam dirinya hingga membuatkan diri kita juga terpuat padanya.

Mungkin, ada mereka yang bertuah berpasangan dengan orang yang berpangkat dan mempunyai wajah yang elok sampai tidak kisah akan perkara lain. Tapi ketahuilah, yang lain itu walaupun tidak mempunyai dua perkara tersebut tapi ada perkara lain yang ada pada dirinya.

Nak-nak lagi buat mereka yang lahir pada bulan April ini, dikenali sebagai seorang yang sangat ringan tulang dan aktif dalam semua perkara. Bila dia bersama keluarga anda, tidak kekoklah dia nak bawa diri. Mana tidaknya, dia tahu nak buat apa dan lakukan apa. Pandai betul mereka ini ambil hati keluarga mertua ya.


Apa yang seronoknya menjadi pasangan mereka ini adalah, mereka ini sangat berani dan tak kenal erti takut. Wah, kalau lelaki memang sesuai jadi pelindung pasangannya, kalau wanita memang penuh cabaran lelaki nak kawalnya. Tapi, keberaniannya ini akan membuatkan anda lebih selesa bersamanya.

Paling untung bila memiliki mereka ini kerana mereka pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Wah.... kalau anda seorang yang mudah putus asa, mereka ini sangat sesuai buat diri anda. Sudah tentu juga dia ini seorang pendengar yang baik. Aduh untungnya bersama mereka ini.



Selain itu juga, mereka ini mempunyai daya ingatan yang kuat. Selepas ini tidak perlulah anda nak bimbang si dia ingat ulang tahun atau hari penting. Takut-takut sahaja anda yang lupa. Bab-bab ingatan ini, jangan buat main dengan mereka ini.

Namun begitu, mereka yang lahir bulan April ini sangat sukakan perhatian dan emosinya juga mudah terusik. Kiranya kalau tak dapat perhatian ini memang akan merajuk lah. Tapi jangan risau, mereka ini mudah sahaja nak dipujuk. Alah, pujuk sikit-sikit tentu cair mereka ini.



Satu kelemahan mereka yang perlu anda faham adalah, mereka ini mudah sangat nak buat keputusan tanpa berfikir panjang, tapi akhirnya mereka juga yang menyesal. Biasalah, mereka ini kan mudah sangat ikut emosi mereka. Sebab itulah anda perlu faham mereka dan jangan cepat melatah bila dia buat keputusan yang terburu-buru.

Perkara ini anda perlu ingat, jangan sesekali sengaja cari masalah atau timbulkan kemarahannya. Ini kerana, mereka ini mudah menyimpan dendam. Takut-takut nanti dia balas pula setiap perbuatan anda. Eh.. macam psiko pula.

Apa-apa pun, tak rugi kalau mereka ini menjadi pasangan anda. Dah dapat jangan lepaskan pula.



]]>
Bakal pengantin maut tersepit lif, sempat ambil foto 'pre-wedding' sebagai kenangan https://redaksi.com/9449-bakal-pengantin-maut-tersepit-lif-sempat-ambil-foto-pre-wedding-sebagai-kenangan Wed, 20 Jan 2021 12:55:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9449 Bercinta bertahun-tahun tentunya ingin berakhir di jinjang pelamin. Namun, jodoh, ajal dan maut ini telah ditetapkan oleh Allah, kita hanya mampu merancang sahaja.

Itulah yang dilalui pasangan ini apabila hasrat untuk membina rumah tangga bersama hancur apabila bakal isteri disahkan meninggal dua minggu sebelum tiba hari bahagia mereka.



Menerusi laporan Tribunnews, mangsa yang dikenali sebagai Widia Wati telah meninggal dunia selepas tersepit pada lif di tempat kerjanya.




Lebih sedih lagi apabila wanita berusia 24 tahun itu sedang merancang majlis pernikahan bersama kekasih hati, Sandri Sinaga malah pasangan ini juga telah siap melakukan foto ‘pre-wedding’.

”Perancangannya adalah untuk menikah pada tarikh 29 Januari dan pada 30 Januari adalah majlis resepsi di rumahnya tetapi mangsa meninggal dunia kerana tersepit lif,” kata Ketua Desa Tanjung Baru, Azman Ginting kepada Tribun News.

Menurut sumber, keluarga arwah hanya mengetahui kejadian yang menimpa anak sulung dari empat beradik itu setelah arwah dibawa ke hospital oleh pihak syarikat.

Ahli keluarga dan bakal suaminya dikatakan tidak dapat menahan sebak ketika jenazah dibawa pulang apatah lagi apabila persiapan perkahwinan telah siap dilakukan kini menjadi kenangan terakhir arwah.


]]>
Instafamous Nekad Kahwin Pada Usia 18 Tahun, Boleh Enjoy Lepas Kahwin Bersama Isteri https://redaksi.com/8774-instafamous-nekad-kahwin-pada-usia-18-tahun-boleh-enjoy-lepas-kahwin-bersama-isteri Sat, 24 Oct 2020 12:56:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8774 Berkahwin pada usia yang muda tentunya sangat dicemburui buat mereka-mereka yang masih bujang. Mana tidaknya tak sangka begitu mudah pasangan muda ini bertemu jodoh. Walaupun akan ada mulut-mulut yang tidak disenangi tetapi bila dah jodoh semuanya akan dipermudahkan.

Rezeki awal halalkan hubungan...

Memilih mendirikan rumah tangga pada usia 18 tahun bukanlah keputusan yang diterima ramai, tentunya keputusan ini sangat diragui. Namun begitu tekad untuk mendirikan rumah tangga, pasangan ini merasakan mereka cukup bersedia.

“Saya dah bersedia... kami berkenalan setahun lebih dan bertunang pada Fevruari lalu. Ramai yang cakap kami masih terlalu muda tapi saya tetap nak teruskan. Alhamdulillah, ibu bapa kami juga bagi restu,” ujarnya.

Kecaman sebagai pembakar semangat

Azuan Daud dan isterinya, Hazlina Hashim, malas ambil pusing kata-kata orang sekeliling malah mengambil perkara tersebut sebagai kata-kata semangat. Mereka juga menganggap netizen hanya kenal mereka melalui media sosial sahaja bukan secara realiti.

“Ada yang berikan pelbagai tuduhan. Tapi saya tetap nak halalkan hubungan. Kalau orang kata belum puas lagi hidup bujang, saya rasa boleh enjoy lepas kahwin bersama-sama,” katanya.

Bersedia nak berumah tangga

Jelasnya dia lebih bersedia untuk hidup berumah tangga tidak hanya lakukan review di Instagram sebagai pendapatan sambilan, Azuan juga mempunyai kedai gunting rambut serta membantu perniagaan keluarga.

“InsyaAllah saya dah bersedia untuk fasa baharu kehidupan bersama isteri,” katanya.

Tambahnya, soal anak mereka tidak merancang malah lebih serahkan kepada Allah kalau datang awal mereka bersedia. Tidak hanya itu saja, pasangan ini juga cukup tahu bahawa alam perkahwinan bukan mudah dan kena kuat tempuhi segala cabaran.



]]>
Nak Cari Isteri Itu Jangan Cari Yang Lawa Saja, Cari Juga Yang Boleh Dididik. https://redaksi.com/8196-nak-cari-isteri-itu-jangan-cari-yang-lawa-saja-cari-juga-yang-boleh-dididik Tue, 19 May 2020 20:20:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8196 Mula-mula memang kita pandang rupa paras dulu, dan penampilan dirinya. Mana tidaknya, nak pandang muka dia hari-hari mestilah nak yang sedap mata memandang bukannya yang asal boleh saja. Akan tetapi, paras rupa dan luaran saja tidak cukup kalau bab-bab lain dia liat sedikit.

Walaupun diantara kita ini banyak ciri-ciri pasangan idaman yang sememangnya ingin dalam diri seorang wanita, tapi kalau dirinya susah didik, susah juga rumahtangga kita kelak. Dia bukan saja akan melawan apa kita kata malah dia juga lebih mementingkan dirinya sendiri.


Mereka yang boleh mudah didik ini tidak semestinya bertudung labuh ataupun berpurdah, boleh jadi dia hanya biasa-biasa saja dalam pakaian mereka. Tapi bila anda beri teguran untuk perbaiki cara dia berpenampilan atau berpakaian, dia begitu mudah menuruti.

Tak semestinya, dia akan terus seperti itu walaupun selepas kahwin. Sebab itu pentingnya didikan dari suami. Jika kena dengan cara didikannya, inshaallah dia mampu jadi bidadari terindah buat suaminya.



“Wanita ni ibarat kaca. Kalau keras sangat bimbang retak dan pecah. Berlemah-lembutlah. Tetapi jangan terlalu dimanjakan. Tegur bila salah, tetapi jangan sampai melukakan. Nak didik makhluk bernama wanita ni kena sabar. Dalam ketegasan, sentuh hatinya dengan kelembutan, kesabaran serta kasih sayang. Kerak nasi kalau rendam dalam air, lama-lama lembut jugak akhirnya.

Sebab tu Allah letakkan lelaki sebagai pemimpin. Lelaki banyak pakai akal, perempuan banyak pakai hati. Cepat sensitif dan emosi. Jadi bila Allah temukan kalian, ada ‘sesuatu’ yang Allah nak ganjarkan pada kalian kaum Adam.

Be a gentleman.

Only The Best Man Win. Bila kamu ikhlas terima dia, bermakna kamu sedia terima baik buruk dia. Sedia baiki mana yang kurang, improve mana yang tidak elok. Bukan tinggalkaan dia demi mencari yang lebih baik. Nak yang berpurdah, didik dia pakai purdah. Bukan tinggalkan dia dan mencari jodoh lain.”



Masa depan seorang isteri ini terletak pada tangan suaminya, bahkan bagaimana didikan suaminya begitulah kejadian isterinya. Jadi kalau nak isteri baik, maka didik dia dengan perkara yang baik begitu juga sebaliknya.

Orang perempuan kalau tersalah pilih suami, masa depannya akan gelap tapi kalau lelaki salah pilih isteri masih ada peluang untuk membimbing dan mendidik isterinya itu.



]]>
Periksa Tekanan Darah Antara Langkah Awal Penjagaan Jantung Anda. https://redaksi.com/5678-periksa-tekanan-darah-antara-langkah-awal-penjagaan-jantung-anda Tue, 02 Apr 2019 15:28:52 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5678 Kebanyakan orang dw=ewasa akan terlibat dengan kes serangan jantung hingga menyebabkan kematian. Jantung adalah organ terpenting untuk menghidupkan semua system biologi dalam tubuh badan. Bukan itu sahaja, jantung juga berfungsi sebagai orang yang mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh badan.

Namun disebabkan gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jatung. Justeru itu, untuk memastikan anda memiliki badan yang sihat, adalah tersangatlah wajar sekiranya anda memberi perhatian terhapa kesihatan jantung anda.



Serangan sakit jantung secara mengejut dan lambat mendapatkan rawatan boleh menjadi punca kepada kematian. Ada banyak cara menjaga kesihatan jantung yang boleh kita amalkan sebagai langkah awal pencegahan sakit jantung.

Menurut Dr Azima, lakukan pemeriksaan tekanan darah merupakan salah satu langkah penjagaan jantung pada peringkat awal.



Memeriksa tekanan darah anda itu adalah penting tau sebenarnya. Ia mengukur tekanan yang melalui saluran darah anda dalam setiap denyutan jantung anda.

Sekiranya tekanan darah anda telah naik terlalu tinggi, tekanan yang tinggi ini boleh merosakkan dinding arteri anda dan menyebabkan kecederaan kepada tisu. Keadaan ini akan menyebabkan darah dan oksigen lagi sukar untuk pergi dan balik daripada jantung. Jantung perlu mengepam lebih kuat dan lama-kelamaan akan menjadi lebih penat. Jika jantung juga tak cukup oksigen, bahagian tubuh badan kita akan mula terjejas.

Kurangkan atau hadkan garam dalam makanan, berhenti meminum alkohol, lebihkan makanan sihat, kawal tekanan perasaan dan lakukan senaman. Perubahan ini akan mampu mengurangkan tekanan darah anda kembali kepada paras yang normal. Jika tidak, doktor anda mungkin akan mencadangkan anda mengambil ubat-ubatan.

]]>
5 Kebenaran Di Sebalik Tahun Pertama Perkahwinan. https://redaksi.com/99-5-kebenaran-di-sebalik-tahun-pertama-perkahwinan Sat, 03 Jun 2017 10:58:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=99 Perkahwinan merupakan satu detik terindah dalam kehidupan pasangan suami isteri selepas selamat diijabkabulkan dalam suasana yang sungguh harmoni. Namun begitu, di awal perkahwinan banyak ranjau kehidupan yang harus ditempuhi bagi memastikan kehidupan berumah tangga berjalan dalam suasana yang lancar.



1. Sibuk dengan kerja.

Sebelum berkahwin tentu anda begitu sibuk dan sukar mencari masa untuk bersama kerana ingin mengumpul kewangan bagi melancarkan persiapan majlis perkahwinan. Pasti anda juga beranggapan bahawa selepas berkahwin nanti mungkin kesibukan ini tidak akan terjadi lagi. Anggapan itu sebenarnya salah kerana selepas berkahwin anda akan lebih sibuk dari biasa kerana banyak masa dan tenaga yang diperlukan bagi memastikan keharmonian dalam rumah tangga. Namun begitu, pastikan anda meluangkan sedikit masa bersama pasangan.



2. Berat badan meningkat.

Sebelum berkahwin anda sentiasa menjaga berat badan kerana bimbang sekiranya baju kahwin anda tidak muat dan sebagainya. Namun selepas berkahwin, tabiat makan anda semakin menjadi-jadi. Kemudian anda mula merungut baju tidak muat, perut semakin buncit dan lemak berlebihan. Jadi seharusnya selepas berkahwin, kedua-duanya haruslah maintain dalam merancang untuk mengubah tabiat makan anda itu.

3. Serumah dengan mertua.

Ada sesetengah pasangan yang mengalami situasi di mana anda tinggal serumah bersama keluarga mertua. Sekiranya situasi ini terjadi, ringankan tulang membantu mertua dengan tugasan rumah seperti membasuh, mengemas, memasak dan sebagainya. Barulah mertua menjadikan anda sebagai menantu kesayangannya.



4. Cuti yang tidak cukup.

Tahun pertama kahwin, anda harus membahagikan cuti kerja dengan baik iaitu cuti untuk pulang ke kampung halaman suami, kampung isteri, bulan madu dan sebagainya. Namun disebabkan anda mengambil cuti yang agak lama semasa majlis perkahwinan, maka baki cuti selebihnya tidak mencukupi. Sebaiknya, rancanglah jadual cuti kerja masing-masing dengan baik agar semuanya berjalan dengan lancar dan dimanfaatkan dengan aktiviti yang berfaedah.

5. Masalah kewangan.

Ini adalah antara situasi yang kerap kali terjadi pada tahun pertama perkahwinan. Masalah kewangan memang tidak dapat lari dalam kehidupan pasangan yang baru melangkah ke gerbang perkahwinan. Sebaiknya, bincangkan perkara tersebut satu-persatu dan buat bajet kewangan setiap bulan. Pastikan wang pendapatan setiap bulan disimpan 30% agar simpanan anda semakin bertambah. Dalam tempoh awal perkahwinan juga, seboleh-bolehnya cubalah hidup berjimat cermat sehingga keadaan ekonomi keluarga anda kembali stabil seperti biasa.

]]>
Perlu Ke Hantaran Ketika Pertunangan? Jom Baca. https://redaksi.com/5034-perlu-ke-hantaran-ketika-pertunangan-jom-baca Mon, 28 Jan 2019 16:24:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5034 Apabila melibatkan pertunangan, pernikahan dan perkahwinan, ramai dikalangan kita ingin mengikut adat melayu semata-mata sehingga tersasar dari landasan syariat. Terutamanya dalam bab pembaziran. Menutup mata apa yang diperlukan di dalam Islam, sehingga tidak kisah jika ia memudaratkan asalkan puas hati.

ADAT MELAYU DALAM PERTUNANGAN.

  • Pihak lelaki akan menghantar rombongan merisik, kemudian baru mengumumkan akan menghantar rombongan meminang.
  • Pihak lelaki akan menghantar ibu dan bapanya untuk ke rumah pihak wanita untuk meminang.
  • Keluarga wanita akan meminta tempoh tertentu sebelum memberikan jawaban sama ada menerima pertunangan atau tidak.
  • Ketika pertunangan, syarat-syarat perkahwinan seperti mahar, hantaran kahwin, belanja kahwin, tarikh perkahwinan dan sebagainya dibincangkan.
  • Pihak lelaki memberikan cincin kepada perempuan sebagai tanda pertunangan.
  • Pihak perempuan menetapkan satu tarikh untuk Majlis Pertunangan, disertai dengan jamuan dan dihadiri oleh ahli keluarga.
  • Pihak lelaki datang membawa rombongan meminang dan hantaran meminang.
  • Pihak perempuan akan membalas hantaran melebihi hantaran lelaki.
  • Pihak lelaki menghantar belanja kahwin kepada pihak perempuan.
  • Jika pihak perempuan mempunyai kakak yang belum berkahwin, lelaki perlu memberi hantaran kepada kakak perempuan itu kerana melangkah bendul.

PERTUNANGAN TANDA SIMBOLIK.

Dimana semua urusan pertunangan yang kita lihat ini sebenarnya tiada pun menurut Islam, ia cuma adat Melayu semata-mata, dan selagi tidak bercanggah dengan Islam hukumnya Harus. Urusan ini semua adalah mengikut kemampuan keluarga masing-masing dan hanya tanda simbolik dimana tanda lelaki itu serius mahukan wanita tersebut menjadi bakal isterinya sahaja.

Berkenaan dengan hantaran pula seperti point nombor 5 adalah tidak wajib pun, tetapi ia mengikut adat dan kemampuan dua-dua keluarga sahaja. Kerana menurut Islam, tiada tanda pertunangan, sama ada cincin, inai atau sebarang tanda. Pihak lelaki tidak wajib membeli cincin untuk pertunangan apatah lagi untuk memakai cincin apabila bertunang.

Namun sedemikian, apabila lelaki tersebut sudah meminati seseorang wanita untuk dijadikan isteri tidak perlu disembunyikan pertunangan kerana khuatir berlakunya pinangan di atas pinangan.

Seperti dalam sebuah hadis daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Janganlah seseorang itu membeli atas pembelian saudaranya dan janganlah meminang atas pinangan saudaranya yang lain kecuali jika diizinkan.” [Riwayat Muslim (1412)]

MAHAR PERKAHWINAN YANG WAJIB.

Yang wajib menurut Islam adalah mahar perkahwinan untuk perempuan, jika lelaki mahu berikan cincin yang bernilai atau jumlah duit mas kahwin. Selagi mana adat pertunangan tersebut tidak berlanggar dengan syarak maka ianya adalah perkara yang harus. Perkara tersebut juga perlulah dipersetujui bersama dan ia perlulah diikuti serta beriltizam dengannya. Sabda Nabi saw :

”Orang Muslim berpegang dengan syarat mereka (yang telah dipersetujui) kecuali syarat yang mengharamkan perkara yang halal dan syarat yang menghalalkan perkara yang haram.”[Riwayat al-Baihaqi ( 11762) di dalam Sunannya]

Oleh sebab itu, kita pasti pernah terdengar “Tak payah nak bertunang, terus nikah je…”

Ini kerana khuatir sekiranya ketika dalam tempoh pertunangan berlakunya maksiat diantara pasangan. Ataupun jika bertunang terlalu lama nanti putus, kemudian berlaku pembaziran. Apabila sudah berlaku pembaziran, antara salah satu pihak pasti mengungkit tentang hantaran tersebut.

“Bagi hantaran mahal-mahal, tapi buat perangai, curang…”

Ini yang amat ditakutkan oleh para ibu bapa sebenarnya. Ungkit-mengungkit sehingga tiada penghujung. Boleh nak bagi hantaran ketika pertunangan, tetapi hantaran ala kadar sahaja seperti manisan dan makanan. Tidak perlu hantaran yang mahal seperti perkahwinan kerana HANTARAN itu sendiri adalah HARUS dan tidak wajib. Yang WAJIB  adalah MAS KAHWIN.

]]>
Mengapa Lelaki Lebih Cepat Move On Berbanding Wanita? https://redaksi.com/3371-mengapa-lelaki-lebih-cepat-move-on-berbanding-wanita Wed, 29 Aug 2018 09:55:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3371 Berlaku perpisahan dalam percintaan bukan satu perkara yang baru lagi. Perpisahan ini akan berlaku apabila kedua-dua pihak merasakan tiada lagi persefahaman serta keserasian dalam hubungan. Bukan hanya itu sahaja, kekangan daripada pelbagai punca juga menjadi salah satu punca perpisahan. Namun itu bukan hal yang paling utama, tetapi yang kerap menjadi bahan utama adalah siapa yang paling mudah move on. Adakah lelaki mahupun wanita?


Antara lelaki dan wanita, mana yang lebih cepat move on? Ramai yang memberi pendapat bahawa lelaki lebih mudah move on berbanding wanita. Manakala wanita pula lebih berharap ingin kembali bersama pasangan, betul ke?

Sebenarnya, mengapa lelaki cepat move adalah apabila mereka ini melakukan satu penolakan untuk mempertahankan diri akibat dari stress perpisahan. Manakala wanita pula lebih kepada untuk mengenang kenangan lalu serta rela untuk berpatah hati dalam masa yang lama. Ini semuanya bergantung kepada tindakan perasaan itu sendiri. Jika anda tidak mahu di dalam satu kelukaan yang lama maka anda perlu membuat satu langkah baru.


Bukan itu sahaja, antara sebab lain mengapa lelaki ini lebih mudah untuk move on adalah apabila dirinya merasakan pasangan yang baru akan menggantikan segala kesedihan di dalam hati mereka. Bagi mereka pasangan yang baru ini akan menghilangkan rasa sunyi dan rasa keseorangan. Manakala wanita pula merasakan dirinya sepatutnya telah melupakan cinta yang lama sebelum bertemua dengan seseorang yang baru.

Tindakan untuk move on terlebih dahulu ini juga dikatakan sebagai perlarian untuk merasa lebih rasa kecewa ataupun rasa kesunyian. Maka adalah lebih elok jika perasaan itu digantikan dengan seseorang yang mampu memberi kebahagiaan kepada diri mereka. Kira macam kalau orang dah tak nak buat apa nak tunggu lagi.

Jadi jangan hairan jika seorang lelaki itu mudah mendapatkan pengganti dalam masa yang singkat. Tetapi, wanita juga kadang kala akan lebih cepat move walaupun tidak mempunyai pengganti lagi. Semuanya itu bergantung pada perasaan individu tersebut, kerana setiap orang tidak sama dalam punca perpisahan.


]]>
Jadi Ibu Pada Usia 20-an, Banyak Untungnya. Yang Paling Utama Lebih Bertenaga! https://redaksi.com/7609-jadi-ibu-pada-usia-20-an-banyak-untungnya-yang-paling-utama-lebih-bertenaga Wed, 13 Nov 2019 11:19:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7609 Berkahwin awal dan menjadi ibu pada usia yang muda ini sememangnya ada kelebihan tersendiri. Walaupun ada yang terpaksa lupakan kerjaya malah bersusah payah dengan belum habis belajar lagi, tapi selepas keperitan yang anda lalui itu, tentu ada kebahagiaan yang ternanti.

Jika anda menjadi ibu disaat 20an ini, anda adalah antara wanita yang bertuah. Tidak semua wanita berpeluang untuk melalui saat-saat seperti ini. Walaupun menjadi ibu diusia ini sangat mencabar tapi anda sangat beruntung.

1. Masih bertenaga

Apa yang menguntungkan anda adalah, anda masih bertenaga dalam menguruskan anak-anak anda. Malah anda juga akan lebih mudah kawal mereka menggunakan tenaga anda. Nak-nak lagi jika anak-anak seorang yang aktif, tentu tak jadi masalah untuk anda kejar dan urus mereka.



2. Nampak awet muda

Apa yang seronoknya, walaupun dah ada anak dua atau tiga orang, tapi anda akan tetapi kelihatan muda. Tak nampak macam ada anak dua atau tiga. Itu untungnya menjadi ibu waktu muda ini. Bukan itu sahaja, anda juga boleh bergaya seperti biasa juga. Tak ke nampak muda sentiasa.

3. Ada hala tuju dalam hidup

Saat muda ini anda sudah mula merancang buat diri anda serta anak-anak anda juga. Di mana, anda sudah sediakan simpanan untuk mereka serta diri sendiri. Anda juga boleh merancang berapa ramai anak yang anda mahukan dan bagaimana didikan yang anda boleh berikan kepada mereka ini.



4. Nikmati hari tua dengan tenang

Ini adalah paling nikmat sebenarnya. Disaat rakan-rakan anda yang lain sibuk menguruskan anak kecil, anak kini boleh bergaya dan menikmati semula kehidupan tanpa gangguan anak kecil. Mana tidaknya, anak anda sudah besar dan mampu uruskan diri mereka dengan sendirinya. Bukan ke itu lebih seronok.

5. Lebih mudah untuk berusaha dengan gigih

Bila ada anak diusia yang muda ini, ia akan membuatkan anda berusaha dengan lebih gigih lagi. Nak-nak berusaha untuk kesenangan anak serta masa depan mereka. Bukan itu sahaja, masa muda ini jugalah anda tidak akan berputus asa dengan mudah.

Banyak lebihnya kalau miliki anak diusia yang mudah, malah kalau kahwin pada usia ini pun satu tindakan yang baik. Bagus untuk diri anda serta masa depan keluarga anda.

]]>
Cara Memaafkan Orang Yang Pernah Melukai Kita. https://redaksi.com/2252-cara-memaafkan-orang-yang-pernah-melukai-kita Sat, 12 May 2018 13:32:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2252 Memaafkan kesilapan orang lain terhadap kita bukan sesuatu yang mudah. Orang kata, maaf boleh. Tapi melupakan itu susah. Apapun, berusahalah dengan cara apapun agar kita dapat memaafkan orang yang pernah melukai dengan cara yang baik. Kerana dengan sikap pemaaf itu membuatkan kita hidup dengan lebih aman dan tenang.


1. Mendoakan kebaikan dia.

Tidak mengapalah dilukai sekalipun. Jika tak memaafkan, kita yang sakit hati. Daripada terus hidup macam tu, baik maafkan saja. Doakan semoga Allah memberikan hidayah kepadanya dan dia berubah kearah kebaikan dari masa ke semasa.

2. Mengingati kesilapan diri.

Kita tidak terlepas daripada melakukan dosa. Oleh itu, kenapa kita tidak boleh memaafkan orang lain. Sedangkan Allah yang maha agung pun boleh memaafkan kita ini, kita hamba yang hina ini apalah salahnya untuk memaafkan orang.

3. Membalas keburukan dengan kebaikan.

Payah. Tapi, cuba dengan sebaik mungkin. Dengan demikian anda akan lihat keajaiban yang berlaku. Lama kelamaan dia akan tunduk dan hormat kepada kita kerana berkat kesabaran yang ditampilkan itu.

4. Ingat mati.

Mengingati mati akan menjadikan kita insaf. Bayangkan sekiranya orang yang pernah kita buat salah kepadanya tidak memaafkan kita, sudah tentu kita sedih bukan? Oleh itu, maafkan saja kesilapan orang kepada kita.

5. Ingat ganjaran dan balasan Allah.

Jika kita bersabar dengan ketentuan tersebut, pasti dan pasti Allah akan memberi ganjaran pahala kepada kita. Biarlah Allah sahaja yang membalas perbuatan tersebut kepada dia, bukan kita terlebih dahulu membalaskan kejahatan itu.


Memaafkan orang menjadikan diri kita seorang yang hebat. Kerana menunjukkan kita seorang yang tabah, kuat dan berani menundukkan ego sendiri. Itu bukan hal yang senang untuk dilakukan bagi sebahagian orang. Jika mampu melakukan hal tersebut. Tahniah!


]]>
Ciri-Ciri Wanita Jual Mahal. Ada Yang Pernah Jumpa? https://redaksi.com/8220-ciri-ciri-wanita-jual-mahal-ada-yang-pernah-jumpa Sat, 30 May 2020 01:01:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8220 Dalam mencari pasangan hidup ini kita selalu mencuba nasib, cuba mendekati seseorang malah cuba menjadi yang terbaik buat dirinya. Tak pernah sekalipun kita mengalah dalam mencuba melainkan jika pihak di sana yang berhenti untuk mencuba.

Dalam mencuba mencari pasangan hidup ini, kadang kala kita tersalah pilih orang untuk dicuba. Kalau diberi peluang dan laluan itu sangat bersyukur, tapi kalau yang tak beri laluan ini kadang kala membuatkan kita tidak kenal erti putus asa.


Mencuba memikat hati seorang wanita bukanlah satu perkara yang mudah. Nak-nak lagi kalau kita ini kurang serba serbi. Tapi jangan risau, dalam kurang kita ini tentu Allah telah tetapkan jodoh yang terbaik buat kita.

Macam yang kita tahu bahawa, wanita ini ada pelbagai jenis, ada yang peramah, mudah ketawa, pemalu dan ada juga yang jenis jual mahal. Tapi sebagai orang lelaki, yang jual mahal ini selalu ingin dicubanya. Nak tahu macam mana orang itu jual mahal ke tidak? Jom check ini.

Sikapnya yang agak sombong

Bila dia tahu anda itu biasa-biasa saja, aduh bukan main sombong dia dengan anda. Cuba kalau anda ini ada duit sikit atau rupa yang dia mahukan, sudah tentu dia yang akan mendekati anda dulu. Biasanya wanita yang sombong ini telah letakkan satu aras pasangan yang macam mana dia mahukan. Bukan yang biasa-biasa baginya tapi yang setaraf dengannya.



Suka pandang rendah pada anda

Kadang kala sengaja memperlekehkan gaya pemakaian, perkerjaan dan juga rutian harian anda. Baginya anda ini tidak selevel dengannya membuatkan tidak layak untuk anda memikat hatinya. Walaupun anda telan saja kata-katanya tapi ini bagus juga kerana ia membantu anda untuk menjadi lebih hebat dari yang dia sangkakan. Tapi itulah, sikapnya yang suka merendahkan anda ini tentu sikit sebanyak akan melukakan hati anda.

Dia rasa dia hebat

Mereka rasa mereka ini tidak sesuai nak dilawankan bersama anda. Mungkin kerana rupa parasnya yang elok, kerjanya yang hebat ataupun pendidikannya yang tinggi. Sebab itulah dia rasa dia sudah cukup hebat berbanding diri anda. Walaupun hakikatnya dia biasa dan sama saja seperti anda, tapi sebabkan dia pandang luaran itu yang jadi seperti itu.



Suka bercakap besar

Bila dia dah rasa dia hebat sudah tentulah dia suka bercakap besar. Mana-mana mereka yang suka cakap besar ini tentunya merasakan dirinya terlalu bagus untuk seseorang. Walaupun tanpa sedar dia melukakan hati orang lain, tapi itu semua bukan penting baginya.

Layan anda nak tak nak

Walaupun banyak usaha yang anda tunjukkan kepadanya, tapi kalau dia dah tak nak pada diri anda dia tidak akan nampak semuanya itu. Layan anda pun nak tak nak, bahkan dia juga tidak kisah apa yang akan berlaku pada anda.

Kalau anda jumpa seseorang seperti ini, cari saja yang lain. Kalau dia menolak anda ramai lagi yang sanggup susah senang dan setia bersama anda. Buat apa sengaja sakitkan hati sendiri.



]]>
9 Jenis Makanan Ini Mampu Membuat Anda Kelihatan Lebih Tua Sebelum Waktunya. https://redaksi.com/5810-9-jenis-makanan-ini-mampu-membuat-anda-kelihatan-lebih-tua-sebelum-waktunya Wed, 17 Apr 2019 11:01:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5810 Malaysia ini sememangnya syurga makanan. Terdapat pelbagai jenis makanan yang sangat enak dan lazat. Terutama apabila tiba musim perayaan, pasti lebih banyak makanan yang lazat akan ada. Sebab itulah nak diet dekat Malaysia ini agak sukar, melainkan betul-betul mempunyai komitmen tinggi. Tapi ramai sahaja yang berjaya.

Selain masalah berat badan, makanan yang kita ambil juga akan memberi kesan pada wajah. Tidak ramai yang tahu bahawa makanan yang tidak sihat juga penyebab anda kelihatan tua sebelum waktunya. Haa, pasti ramai yang terkejut bukan?

Makanan merupakan sumber penting untuk badan mendapatkan nutrien, vitamin, mineral dan segala yang diperlukan oleh badan bagi menjalankan fungsinya dengan baik. Makanan juga bertindak untuk memberikan tenaga kepada badan agar anda lebih bertenaga dalam melaksanakan tugasan seharian anda.



Makanan penyebab anda kelihatan tua:



1. Manis, bergula

Makanan manis dan mengandungi tinggi kandungan gula bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah ia juga menyebabkan anda kelihatan lebih berusia daripada usia sebenar anda dengan kemunculan kedutan pada kulit. Antara makanan yang harus dihadkan pengambilannya adalah seperti donut disaluti krim, kek dan gula-gula.

2. Alkohol

Pengambilan secara sederhana mungkin memberikan manfaat kepada jantung, tetapi meminumnya secara berlebihan boleh mempercepatkan proses penuaan. Malah kesan alkohol juga amat berbahaya kepada hati – toksin yang wujud dalam hati boleh menyebabkan pelbagai masalah berkaitan kulit seperti jerawat, dan kedutan, serta mengurangkan keanjalan kulit. Minuman beralkohol juga tidak baik kerana boleh menyebabkan dehidrasi.

3. Garam

Makanan yang mengandungi garam pada jumlah yang tinggi merupakan makanan penyebab anda kelihatan tua. Antara contoh makanan yang tinggi kandungan natrium adalah seperti kerepek kentang, makanan dalam tin. Garam akan menyimpan air dan kesannya boleh kelihatan pada mata yang bengkak. Sebaiknya elakkan makanan yang tinggi kandungan garam untuk mengurangkan risiko anda menjadi kembung dan berkedut!

4. Kesan terbakar

Pasti anda pernah melihat atau memakan hidangan bakar atau panggang, di mana pada daging atau ayam yang dipanggang itu kelihatan tompokan hitam kesan terbakar atau dipanggil charred atau black char. Namun, makanan seperti ini merupakan antara makanan penyebab anda kelihatan tua. Ia mengandungi hidrokarbon pro-radang (pro-inflammatory hydrocarbon) yang boleh menyebabkan kolagen pada kulit anda rosak. Anda masih boleh memakan makanan yang dipanggang, cuma hindari dari memakan bahagian yang terbakar tersebut.



5. Daging diproses

Sosej, bakon atau daging burger merupakan antara makanan yang terkandung sulfit (sulfide) dan bahan pengawet lain yang boleh mencetuskan keradangan pada kulit dan mempercepatkan penuaan. Malah, produk makanan sebegini juga tinggi kandungan garam.

6. Daging merah

Memakan lebih daging merah, seperti daging lembu, boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menghasilkan kolagen – yang membantu menjadikan kulit lebih muda, anjal dan sihat. Daging merah mengandungi kandungan lemak tepu tinggi yang boleh membawa kepada masalah penyakit jantung, strok dan beberapa jenis kanser.

7. Makanan bergoreng

Makanan seperti kentang goreng dan ayam goreng pastinya merupakan antara makanan segera kegemaran ramai. Namun, sebarang makanan yang digoreng dalam minyak boleh menambahkan keradangan pada seluruh badan dan merupakan antara makanan penyebab anda kelihatan tua. Pengambilan makanan bergoreng dengan terlalu kerap meningkatkan kandungan kolesterol tidak sihat LDL dan mengurangkan kandungan kolesterol baik HDL – sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung.



8. Makanan pedas

Benarkah makanan pedas menjadi makanan penyebab anda kelihatan tua? Walaupun ada pendapat yang mengatakan makanan pedas baik untuk kesihatan, namun, ia juga boleh membuatkan anda kelihatan lebih berusia berbanding usia sebenar anda – terutama kepada individu wanita yang sedang mengalami menopaus. Dan bagi individu yang menghidapi rosacea – keadaan yang menyebabkan kulit kemerahan – makanan pedas hanya akan memburukkan lagi keadaan kulit anda.

9. Kafein

Minuman yang berkafein, adalah bersifat diuretik – ia menolak atau menyingkirkan air dari dalam badan yang boleh menyebabkan dehidrasi dan mengurangkan kelembapan badan yang boleh mengakibatkan kerosakan pada kulit sekali gus menjadikan anda kelihatan lebih berusia.

]]>
4 Jenis Lelaki & 4 Cara Mereka Meluahkan Perasaan Suka. https://redaksi.com/532-4-jenis-lelaki-4-cara-mereka-meluahkan-perasaan-suka Fri, 21 Jul 2017 10:39:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=532

"Ada suatu cerita, mamat ni ada minat sorang awek. Minat gitu-gitu je. Diorang berkenal-kenalan kemudian berkawan selama berbulan-bulan. Adelah nak dekat setahun kawan. Tapi mamat ni tak cakap pun kat gadis tu pasal dia minat budak tu. Main sorong papan tarik papan lah diorang selama berbulan-bulan. Perasaan suka dipendam. Masalahnya diorang ni, dua-dua tak pernah jumpa. Sorang kerja kat negeri sini, sorang kat negeri sana. Adeh. Masing-masing pun sibuk dengan kerjaya sendiri. Sekali sekala tu adalah call tanya khabar kongsi cerita. Tak pun online sama-sama. Aku cakap kat kawan aku ni, kalau minat bagitau jelah dia. Takde hal punya. Kalau kena reject tu, normal la. Hidup memang macam tu. Tapi dia tak nak dengar. Dia nak tunggu keluar dating dulu baru berani nak proceed kalau ada apa-apa. Keadaan ini berlarutan sampai dua tahun. Mamat tu single selama dua tahun tapi awek tu dah 2 kali tukar boyfriend. erk. Memang makan hati la kawan aku tu. Tapi diorang still contact macam biasa. Best friend. Bila si gadis break up, hah.. kawan aku ni la tempat dia mengadu. Steady habis mamat nih. Dalam bengkak hati menahan perasaan tu, dia boleh maintain lagi. fuhh. Kalo aku boleh jadi gila kot. Keadaan berubah bila kawan si perempuan ni terjadi mak joyah pecah rahsia gadis pujaan hati kawan aku ni. Dia boleh bagitau yang gadis tu pun minat dia. Sepantas kilat kawan aku ni terus contact awek tu dan gitau yang dia minat awek tu. Sekarang diorang dah kawin, on the way nak dapat anak sorang"

Jika cakap awal-awal dan terus terang minat pada si gadis, tidak akan ada masalah makan hati. Sekiranya diterima, korang akan cepat bahagia. Jika direject, hati korang akan terluka sekejap tetapi masa korang takkan terbuang terlalu lama untuk berusaha dan fokus mencari yang lain pula. 



4 Jenis Lelaki dan 4 Cara Mereka Meluahkan Perasaan Suka:

1. Lelaki jenis yang paling normal:

Dia akan ajak perempuan tu keluar dulu, first date, second date dan seterusnya. Lepas tu barulah nampak dua-dua suka sama suka ke tak.

2. Lelaki jenis yang selamba gaban:

Memang dia selamba jer mengaku dia suka kat perempuan tu. Tapi style selamba gaban ni pun tak efektif kalau baru kenal sehari dua dah bantai cakap camtu. Kenal tak, apa tak nak main redah terus je. Relax dulu bro! Tak kenal maka tak cinta. Kalau dah 4-5 bulan kenal rapat, style selamba gaban macam ni adalah amat dialu-alukan.



3. Lelaki jenis lembap:

Cik-cik gadis kat luar tu kena tau, lelaki ni kebanyakannya lembab sikit kalau bab nak dapat signal si perempuan tu dah suka. Ada yang memang lembab. fuhh.. Sabar jelah. Biasanya perkara ni dapat dipercepatkan dengan bantuan orang ketiga, contohnya kawan baik korang. Seeloknya kawan baik korang ah, kalau kawan baik laki tu macam kurang sesuai lak. Senario biasa, si kawan baik terlepas cakap rahsia perempuan tu macam yang berlaku dalam cerita aku ni.

4. Lelaki jenis playboy:

Biasanya diorang ni lagi berani sikit dalam hal nak cakap dia suka kat skandal dia. ermm. Tak tau kenapa. Mungkin sebab ada title ‘skandal’ tu, ada thrill lebih sikit. Jadi diorang ni lebih berani. Timing pun cun je, tak terlalu lama kenal dan tak terlalu kejap. Ayat biasa, “Kalau I bukan dengan , I nak couple ngan you.” (contoh je ok..). Ha.. yang ni memang miang, kaum perempuan sila jaga-jaga. Lelaki macam ni bersepah, kadang-kadang nampak je baik tapi erm…

Bottom line is, lelaki kena lebih sensitif terhadap perempuan yang dia minat ni. Kadang-kadang sama-sama minat tapi dua-dua macam agak konservatif, malu atau pun takut direject. Perempuan pun biasanya ada signal-signal dia, tapi aku tak taulah sangat pasal signal-signal tu. Cuma itulah. Kalau suka cakap suka. Dah kenal, steady, everything okay then terus terang je. Tak mati pun.

]]>
Tiada kesan dera, budak perempuan dakwa didera kembali pada ibu bapa https://redaksi.com/9349-tiada-kesan-dera-budak-perempuan-dakwa-didera-kembali-pada-ibu-bapa Mon, 11 Jan 2021 11:00:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9349 Sebelum ini tular akan seorang kanak-kanak perempuan yang dikatakan mengayuh basikal seorang diri dipercayai menuju ke rumah neneknya.

Kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun itu juga didakwa telah didera serta dihalau dari rumah oleh kedua orang tuanya.

Diserahkan semula

Bagaimanapun, menerusi laporan Harian Metro, kanak-kanak perempuan itu telah diserahkan kembali kepada ibu bapanya.


Menurut, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol ketika dihubungi mengesahkan penemuan kanak-kanak perempuan itu di Taipan Setia Alam pada 4 petang semalam.

"Sekitar jam 6 petang, kanak-kanak perempuan itu diserahkan kepada Polis Bantuan SP Setia seterusnya dibawa ke Balai Polis Setia Alam. Kanak-kanak perempuan itu membawa beg pakaiannya dengan menaiki basikal.

"Siasatan awal mendapati tiada kesan penderaan pada tubuh kanak-kanak itu. Dia (kanak-kanak) diserahkan kembali kepada ibu bapanya yang hadir ke balai pada 6.45 petang," katanya.

Ibu bapa buat laporan polis

Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak perempuan itu turut membuat laporan polis berkaitan video yang tular itu.

"Polis akan rakam percakapan dan individu-individu yang membuat rakaman juga akan dipanggil untuk membantu siasatan," katanya.

Tak tahan kena dera

Dalam perkongsian video itu, kanak-kanak terbabit mendakwa tidak tahan akibat didera sebelum diizinkan ibu bapanya untuk meninggalkan rumah mereka.

"Kata kanak-kanak itu, dia selalu kena marah dan kena dera. Hari ini (semalam) dia tidak tahan sangat, nak keluar rumah. Jadi ibu bapanya izinkan dan teman turun dari rumah dan bagi dia keluar serta kayuh basikal.

"Kanak-kanak itu juga beritahu, ibu bapa ada pesan, jika dirogol jangan salahkan mereka dan jika hilang mereka (ibu bapa) akan lapor polis," katanya lelaki dalam video berkenaan.

Bagaimanapun lelaki terbabit mengakui, dia tidak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan kanak-kanak itu.



 

]]>
Pemasangan Eyelash Extension Sememangnya Cantik Tapi Memudaratkan Mata Anda. https://redaksi.com/5003-pemasangan-eyelash-extension-sememangnya-cantik-tapi-memudaratkan-mata-anda Thu, 24 Jan 2019 16:56:52 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5003 Bulu mata yang panjang, lentik dan lebat ini sememangnya akan memukau mana-mana orang yang melihatnya. Ia seumpama matanya mempunyai tarikan yang tersendiri yang membuat seseorang itu kelihatan lebih menarik dan juga cantik. Sebab itu lah ramai wanita mula menggunakan eyelash extensions ini.

Jika dahulu, maskara menjadi salah satu aksesori penting dalam beg solek bagi memastikan bulu mata kekal rapi, namun berbeza kebelakangan ini apabila wujudnya alternatif baru iaitu teknik sambungan bulu mata (eyelash extensions).

Tapi kecantikan yang anda lihat itu, belum tentu menjaminkan kecantikan yang kekal buat anda. Tahukah anda bahawa teknik sambung bulu mata ini mempunyai risiko yang membahayakan mata anda?



Apa itu sambungan bulu mata?


Terdapat pelbagai cara untuk memastikan penampilan bulu mata kekal lama. Penggunaan maskara adalah yang paling mudah dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Kaedah lain termasuk penggunaan bulu mata palsu, pemindahan bulu mata (eyelash transplants), solekan kekal atau farmaseutikal yang menggalakkan pertumbuhan bulu mata. Secara teknikal, sambungan bulu mata adalah berbeza dengan kategori ini.

Sambungan bulu mata adalah serat tunggal dan bukannya jaluran bulu mata yang dilekatkan satu per satu atau dalam kumpulan kecil ke bulu mata semulajadi anda untuk meningkatkan penampilannya yang panjang dan penuh.
Kebanyakan bulu mata diperbuat daripada serat sintetik seperti nilon yang diikat menggunakan pelbagai jenis gam professinal. Manakala sutera adalah bahan lain yang digunakan untuk sambungan bulu mata. Malah, ada juga bulu mata yang diperbuat daripada bulu haiwan.

Biasanya sambungan bulu mata menggunakan penyepit kecil dan gam separuh kekal yang dirumus khas. Prosedur ini boleh mengambil masa selama dua jam, dan mata anda kekal tertutup selama tempoh prosedurnya. Hasilnya biasanya kekal tiga hingga empat minggu dan kemudiannya kembali sebagai bulu mata semulajadi.


                     


Beri risiko terhadap mata.


Kesan sambungan bulu mata biasanya tidak disebabkan oleh penyepit kecil (tweezers). Sebaliknya adalah disebabkan oleh gam yang digunakan untuk mengikat sambungan sintetik di tempatnya. Ini kerana ia sering mengandungi formaldehid atau bahan kimia lain yang boleh menyebabkan kerengsaan dan reaksi alergi.

Artikel yang diterbitkan dalam Consumer Reports membincangkan mengenai beberapa kes yang mana pesakit mengalami jangkitan dan tindak balas alergi terhadap pelekat berasakan formaldehid yang digunakan untuk sambungan bulu mata. Akademi Oftalmologi Amerika (AAO) juga bertindak balas terhadap laporan yang memberi amaran kepada pengguna mengenai bahaya sambungan bulu mata.

AAO menyatakan sambungan bulu mata mengakibatkan:

                                  

i. Jangkitan kornea

ii. Jangkitan kelopak mata

iii. Kelopak mata bengkak

iv. Kehilangan bulu mata sementara atau kekal

Selain itu, menggosok, sentakan atau menarik boleh mematahkan bulu mata semulajadi anda, dan juga menyebabkan kerosakan kekal pada folikel bulu mata. Walaupun jarang, sambungan bulu mata juga boleh membawa kepada serat yang teeperangkap di bawah tisu mata, yang mungkin memerlukan pembedahan untuk membuangnya.


]]>
"Nak, Ambillah Maid, Mak Dah Tak Larat Jaga Anak Kamu..." https://redaksi.com/4274-nak-ambillah-maid-mak-dah-tak-larat-jaga-anak-kamu Thu, 22 Nov 2018 09:09:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4274 Kerana faktor sibuk akan berkerja, ibu-ibu atau isteri-isteri ini terpaksa meminta ibu mereka sendiri untuk menjaga anak-anak mereka. Demi sayangkan cucu pula, nenek-nenek ini terpaksa menghulurkan bantuan untuk membantu menjaganya.

Perkara sebegini sebenarnya agak sensitif apabila ingin dibincangkan. Hal ini kerana, ada yang berpendapat bahawa anak mereka akan lebih selamat jika tinggal bersama nenek mereka dan bukannya ditinggalkan dipengasuh.

Sememangnya meninggalkan anak bersama orang yang kurang kita kenal itu agak berisiko, namun anda harus yakin akan ketentuan yang telah ditulis oleh Allah. Nak-nak lagi banyak kes dera melibatkan pengasuh yang sememangnya menjadikan ia mimpi ngeri kepada ibu bapa.

Namun dalam melihat kasih sayang nenek terhadap cucunya itu, penah atau tidak kita berbicara hati ke hati tentang apa yang ibu kita rasai saat mereka menjaga anak-anak kita ini. Mari baca sedikit kisah yang dikongsikan oleh Puan Intan Dzulkefli.




"NAK, AMBILLAH MAID, MAK DAH TAK LARAT JAGA ANAK KAMU..."

Ada seorang ibu meluah bahawa dia rasa sangat penat menjaga cucu-cucunya. Anak menantunya, suami isteri bekerjaya hebat, ada rumah sendiri, berkereta mewah. Namun, entah kenapa, anak-anak selang setahun berderet diletakkan di rumah nenek yang sudah sakit lutut untuk menjaga keletah mereka.

Selama ini memang mereka duduk serumah dengan si ibu. Tambahan pula setelah bapa meninggal dunia.

Niatnya memang baik, untuk temankan ibu. Namun, pelaksanaannya lebih kepada mem'bibik'kan ibu.

Setelah bertahun duduk bersama, si ibu lega apabila anak berkata sudah membeli rumah sendiri.

Fikir si ibu, anak menantu akan membawa semua anak-anak mereka sekali. Rupanya, hanya yang kecil sahaja dibawa bersama, itupun kerana malam menyusu badan. Yang lain akan ditinggalkan sepenuhnya dalam jagaan nenek.
Tambah berat hati si ibu, apabila dikhabarkan tahun depan akan bertambah lagi cucu yang bakal dijaganya.

Allahuakbar.. hingga akhirnya tercetuslah dari mulut si ibu; "Nak, carilah maid. Mak dah tak larat nak jaga anak kamu,"

Ada pula ibu nampak kesal dan sayu meluahkan perasaan mereka 'terpaksa' menjaga cucu-cucu kerana ibubapa kandung terlalu lepas tangan.

Anak-anak buat drama, menakutkan ibu mereka bagaimana sekiranya pengasuh dera cucu mereka. Kemudian acah-acah taknak balik kampung kerana boikot tindakan si ibu yang sudah 'surrender' menjadi pengasuh cucu. Akhirnya, si ibu mengalah jua akhirnya, kerana kasih diri sendiri terkorban.

Buat mak ayah macam pengasuh.

Ada pula yang duduk bersama ibubapa dan menjadikan ibubapa sebagai pengasuh anak-anak tanpa bayaran, malah kadang duit pampers dan susu anak-anak pun atuk nenek yang keluar belanja.

Bila ibubapa 'sound' agar jangan beranak lagi, sesetengah anak ni pergi ke media sosial dan 'membawang' tentang ibubapa. Katanya apa hak ibubapa nak larang dia suami isteri beranak, seolah tidak sedar diri bahawa hidup dan anak-anak boleh kata ditanggung oleh ibubapa.

Tiada apa yang mampu saya lakukan. Cuma mendengar dan mendoakan. Di samping menjadi iktibar.
Banyak rupanya kesilapan kita sebagai anak. Kemudian kita mengeluh kerana keberkatan hidup seakan menjauh benar.

Sesetengah ibubapa yang sudah tua dan kesihatan tak berapa baik, mereka cepat serabut bila dengar suara budak-budak menangis, menjerit, bergaduh. Bayangkanlah mereka terpaksa hadap semua ini setiap hari tanpa rela.

Sesekali pulang ke kampung itu tak apalah. Bukannya lepas tangan terus. Anak-anak itu tanggungjawab kita, bukan sekadar beranak semata, yang lain-lain serahkan kepada atuk nenek. Bukan semudah itu. Kita yang kena tanggung di dunia dan jawab di akhirat kelak.

Darjat ibubapa pada kita anak-anak sangatlah tinggi. Doa ibu Allah angkat tanpa hijab. Jika kita melukakan hati ibu, jangan tertanya mengapa hidup rasa serabut.

Jangan sesekali lupa, kita hidup untuk akhirat juga. Fikirkanlah apa nasib kita di akhirat bila hidup di dunia selalu menyusahkan ibubapa?




Perlu ditegur.

Adik beradik yang sayangkan abang/kakak/adik yang membibikkan ibubapa, tegurlah abang/kakak/adik itu.

Buat semua suami isteri yang bercadang nak menambah anak, fikirkanlah semua hal bersalin, berpantang, susu anak, pengasuh semua itu terlebih dahulu. Jangan dah bersalin baru hendak fikir, oh rupanya kami tak mampu nak jaga anak ini. Lalu lepaskan amanah berat itu buat ibubapa yang sudah tua.

Astaghfirullah.

Rasulullah SAW dalam satu hadis bersabda, antara tiga orang yang celaka ialah orang yang masih ada ibubapa namun masih tak dapat masuk syurga, kerana tak berkhidmat kepada mereka.


“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibubapa”.(An-Nisaa 4:36)


Ingat wahai anak-anak.

Ibubapa adalah harta tak ternilai. Mereka jalan kita ke syurga. Doa mereka doa yang makbul. Maka, perlakukanlah mereka dengan sebaiknya jika mahu selamat dunia akhirat. InsyaAllah.

Muhasabah saya.

#intandzulkefli

#selfreminder

Ambillah pengajaran dari kisah-kisah ini.





]]>
Tanda-Tanda Teman Lelaki Anda Adalah Calon Ayah Terbaik. https://redaksi.com/3327-tanda-tanda-teman-lelaki-anda-adalah-calon-ayah-terbaik Tue, 21 Aug 2018 10:05:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3327 Menjadi seorang bapa mahu ibu adalah satu hal yang sukar sebenarnya. Mana tidaknya, tugas untuk mendidik serta memastikan buah hati anda membesarkan dengan sihat itu perlukan satu kesabaran dan kekuatan yang cukup. Apabila anda mempunyai anak nanti pasti anda mahu dirinya membesar dengan penuh dengan pelindungan. Maka dengan itu, mempunyai pasangan yang ada ciri-ciri kebapaan adalah sangat penting. Mari lihat jika pasangan anda mempunyai tanda-tanda sebagai ayah yang terbaik.


1. Tidak menggunakan emosi dalam bertindak.

Emosi adalah satu perkara yang sukar untuk dikawal. Biasanya apabial emosi menguasi diri, anda akan mengalami satu kesukaran untuk mengawal tindakan. Tetapi tidak bagi teman lelaki anda, dirinya lebih bijak dalam mengawal emosi untuk setiap perkara. Jadi tiada masalah untuk dirinya menghadapi kanak-kanak.

2. Mempertimbangkan banyak perkara dalam membuat keputusan.

Apabila satu perkara berlaku, sudah pasti anda akan mengambil keputusan dengan terburu-buru. Tetapi tidak bagi pasangan anda. Dirinya lebih memikirkan keadaan sekeliling sebelum dirinya membuat sesuatu keputusan. Bagi dirinya, setiap keputusan yang dilakukan itu perlu memuaskan hati semua orang.


3. Gembira apa adanya.

Dirinya tidak mengharapakan satu perkara yang lebih, tetapi berusaha untuk memberikan yang lebih baik. Namun begitu, dirinya tetap berasa gembira dan terima apa sahaja yang ada. Dirinya tidak mahu satu perkara yang sempurna tetapi lebih kepada memikirkan perkara yang lain selain kesempurnaan. Baginya tiada manusia yang sempurna.

4. Tidak mementingkan ego.

Jika duhulu dirinya lebih mengutamakan egonya, kini dirinya sudah berubah. Ego bukan lagi menjadi masalah kepada dirinya. Dia kini boleh merendahkan ego dirinya demi anda. Jadi anda dirinya tidak ada masalah dalam menagani kanak-kanak yang mempunyai pelbagai ragam.

Sifat kebapaan pasti akan ada dalam diri setiap orang. Tetapi cara penerimaan seorang lelaki terhadap kanak-kanak agak berbeza. Jadi pasangan anda yang bagaimana?


]]>
Jom Ketahui Antara 10 Alasan Wanita Yang Ingin Berkahwin Lambat. https://redaksi.com/2123-jom-ketahui-antara-10-alasan-wanita-yang-ingin-berkahwin-lambat Thu, 26 Apr 2018 14:39:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2123 Kadang-kala masyarakat hanya membuat andaian, gadis-gadis mahu pun wanita yang lambat berkahwin berpunca sebab terlajak umur dan tak laku, tetapi apa yang mereka tidak tahu adalah..


Jom baca antara alasan popular dari kalangan wanita yang ingin berkahwin lambat.

1. Kerana kerja.

Alasan kerana kerja, agak cliché kerana majoriti wanita memang bekerjaya, tetapi ada juga sebahagian daripada mereka mampu merancang untuk berkahwin awal. Fokus pada kerja dan telah jatuh cinta dengan kerja, kerja, dan pada kerja sahaja.

2. Kerana hutang.

Sebagai wanita yang sudah bekerja, sudah tentu anda dikelilingi dengan hutang ptptn, kereta malah pinjaman modal perniagaan jika ada. Anda menyatakan bahawa anda ingin langsaikan hutang, tetapi anda sendiri tidak tahu, bilakah tarikh sebenar hutang akan dilangsai. Seperti tiada penghujungnya.

3. Kerana hala tuju kehidupan.

Anda mempunyai cita-cita dan perancangan sendiri. Jadi, anda mahu focus pada hala tuju hidup anda tanpa kehadiran orang lain. Alasan ini anda seperti amat mementingkan diri sendiri. Hati-hati!


4. Kerana belum temui jejaka idaman.

Anda mahu kan jejaka idaman itu juga jatuh hati pada anda. Hmmm…memang ke sudah tak dapat sis.

5. Kerana ingin membantu keluarga.

Berkemungkinan anda adalah seorang anak sulung, dan anda mahu memastikan semua kemahuan dan keperluan ibu bapa dan adik beradik cukup. Anda seorang yang bertanggung jawab, malah sangat prihatin pada keluarga.

6. Kerana sudah biasa hidup berdikari.

Anda sudah terlalu biasa hidup berdikari, pergi ke mana sahaja keseorangan.


7. Kerana mahu menunggu perkahwinan sahabat baik.

Si A dah kahwin, B juga, C coming soon. Semua sahabat baik anda telah dan bakal berkahwin, tetapi anda masih juga belum berkahwin.

8. Kerana anda masih muda berjiwa remaja.

Alasan tipikal setiap wanita mahupun orang sekeliling.

“Eh, anak saya tu muda lagi, tunggu la kerja dia stabil dulu” kata si ibu. Padahal, anak sudah pun berumur 30 tahun.

9. Kerana ingin mendalami ilmu agama.

Anda masih lagi mahu perbaiki diri sendiri, mana-mana kelemahan diri anda mahu upgrade supaya dapat bertemu dengan jodoh yang baik-baik.

10. Alasan yang paling popular adalah tidak sedia menerima komitmen.


 

 

]]>
Kahwin Dengan Anak Perempuan Bongsu, Kena Sabar Dengan Sikap 'Keras Kepala' Dia. https://redaksi.com/7728-kahwin-dengan-anak-perempuan-bongsu-kena-sabar-dengan-sikap-keras-kepala-dia Mon, 23 Dec 2019 12:17:39 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7728 Yang selalu kita tahu bahawa anak bongsu ini manja dan penuh dengan kasih sayang. Mereka ini juga selalu mendapat perhatian yang cukup dari kedua ibu bapanya hingga membuatkan dia sentiasa inginkan perhatian dari orang sekeliling. Anak bongsu ini biasanya membawa aura yang positif di dalam ahli keluarganya. Ini kerana, mereka seorang yang periang dan sentiasa memeriahkan suasana.

Mana-mana ibu bapa tentu sahaja akan lebih memberi perhatian dan kasih sayang mereka kepada anak bongsu ini, sebabnya mereka ini unik disamping sikap mereka yang sentiasa menyejukkan hati orang tua.

Pernah dengan akan kata-kata ini?

“Terdapat 2 orang yang selalu betul dalam dunia ini iaitu perempuan dan anak bongsu. Kalau dapat keduanya ini maka harus bertabahlah lelaki itu.”

Anak bongsu ini bagaimana sebenarnya?



1. Keras kepala

Walaupun luarannya nampak begitu lembut dan juga murah dengan senyuman, jaga-jaga mereka ini sebenarnya agak keras kepala. Segala keputusan dan juga arahan yang dia berikan perlu diikuti oleh pasangan ataupun orang sekeliling mereka. Walaupun begitu, wanita yang keras kepala ini adalah ciri-ciri wanita yang mampu menjadi isteri terbaik.

2. Sentiasa dahagakan perhatian

Sebagai anak bongsu, selalunya mereka ini akan dapat lebih perhatian daripada orang tua serta adik beradik mereka. Jadinya, bila dalam satu hubungan mereka sentiasa mahukan lebih perhatian daripada pasangan mereka. Itu yang kejap-kejap bergaduh dan suka cetuskan salah faham, sebabnya dia nak perhatian dari anda. Tak suka kena abaikan dan diketepikan mereka ini.



3. Berdikari

Apa yang menariknya, anak bongsu ini sebenarnya lebih suka berdikari dan juga sukakan cabaran. Ini kerana, mereka tidak mahu susahkan orang lain dan sentiasa merasakan mereka mampu lakukan sesuatu perkara itu. Lagipun, sikap ini terbentuk selepas mereka lihat ibu bapa mereka yang semakin menua, sebab itu dia tidak mahu susahkan orang lain.



4. Manja

Paling sinonim dengan anak bongsu adalah sikapnya yang manja. Kadang kala sikap manja ini boleh membuatkan seseorang sangat menyayanginya. Tarikan yang paling utama dari anak bongsu ini adalah sikap ini, sebab itu anak sulung yang tegas dan ego pon boleh cair dengan sikap manja anak bongsu ini.

5. Kemahuan yang tinggi

Tak pernah kenal erti putus asa malah setiap perkara yang dia mahukan mesti akan dia dapatkan. Tidak akan cepat mengalah walaupun halangan yang mendatang itu kadang kala sangat menguji. Sebab itulah apa yang dia mahukan tidak boleh dihalang atau dihentikan. Bila kata dia nak A maka dia akan cuba dapatkan yang A juga. Haaa... kemahuan ini yang akan membuatkan pasangan sedikit tak tahan dengan dirinya.

Namun begitu, jangan dilihat sudut negatifnya tetapi lihatlah sudut positifnya. Walaupun sikapnya begitu tapi mereka ini seorang yang setia, penyayang dan juga mudah memaafkan seseorang.

]]>
Praktik 6 Perkara Ini Jika Anda Belum Kahwin Ketika Umur Dah Menjejak 30an. https://redaksi.com/90-praktik-6-perkara-ini-jika-anda-belum-kahwin-ketika-umur-dah-menjejak-30an Wed, 31 May 2017 03:42:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=90 Semua wanita akan risau jika masih belum bertemu jodoh sedangkan usia mencecah 30 tahun. Meskipun mulut berkata tidak kisah namun gejolak di hati tiada siapa yang tahu. Anda yang masih bujang pada usia ini selalunya akan dihimpit pelbagai tanggapan antara memilih, taste tinggi, gaji besar hingga lelaki takut mendekati selain soalan bila nak kahwin yang cukup merimaskan. Perkara-perkara sebeginilah yang membuat anda rasa tertekan. Jadi bagaimana anda berdepan dugaan begini? Ha, ini yang perlu anda praktikkan.



1. Tunjukkan anda kuat.

Mulai hari ini tegakkan kepala anda. Tunjukkan anda kuat biarpun sebenarnya berasa sangat kesepian dan putus asa kerana belum bertemu pasangan yang tepat. Jangan biarkan rasa 'tak laku' menguasai hidup sehingga sanggup menerima pinangan dari sembarang lelaki yang mendekati anda.

2. Jangan banyak berkhayal.

Sebabnya khayalan ini hanya akan membuatkan anda terperuk. Anda tidak boleh mengharapkan khayalan menjadi kenyataan sementara waktu terus berjalan dan usia anda makin bertambah. Anda boleh terus harap di samping berusaha. Yakinkan diri bahawa anda akan menemukan jodoh. Tuhan memang menentukan jodoh anda, tetapi bukan bererti anda hanya menunggu nasib saja.



3. Jangan pilih pasangan untuk senangkan orang lain.

Jangan terlalu berhasrat untuk berkahwin dan kemudian memilih pasangan hanya untuk menyenangkan hati orang yang lain. Biarpun rakan rakan atau saudara mara anda terus mengusik dan cuba menjodohkan anda dengan seseorang lelaki jangan terus menerima jika anda tidak menyintainya. Tapi jangan juga terus menolak, mana tahu itu mungkin calon suami yang sesuai. Tak salah jika anda cuba untuk meneruskan perkenalan. Fikirkan dengan rasional.

4. Berhenti fokus pada lelaki.

Cara terbaik untuk bertemu dengan pasangan yang tepat adalah dengan berhenti menfokuskan perhatian pada lelaki. Beri perhatian pada diri sendiri. Jangan mengubah karakter hanya kerana anda merasa keperibadian andalah yang membuat jodoh semakin menjauh. Kalaupun ingin berubah, ubahlah sikap-sikap yang cenderung membuat orang lain tidak menyukai anda. Perubahan ini membuat anda lebih selesa dan yakin pada diri. Sikap inilah sebenarnya akan membuat lelaki mengalih pandangan dan memberi perhatian.



5. Jangan terperuk di rumah.

Jangan hanya tinggal di rumah, menonton televisyen atau memerap di dalam bilik seharian sambil membandingkan hidup anda dengan teman yang telah berumah tangga. Ini akan membuat anda semakin tertekan dan merugikan diri. Cuba lakukan perkara-perkara baru yang tak pernah anda lakukan. Sewaktu melakukannya, percayalah ada sesuatu yang baru dalam diri anda akan muncul. Ia adalah terapi terbaik untuk meminimumkan depresi.

6. Jangan rasa gagal.

Jangan rasa diri gagal kerana belum berumahtangga sedangkan usia sudah 30 tahun. Anggaplah bahwa hidup yang menarik baru saja anda mulakan. Ulang kembali harapan-harapan anda, ketepikan pemikiran bahawa anda sudah terlambat. Lakukan perkara-perkara positif yang menyenangkan anda, buka mata anda luas-luas terhadap persekitaran anda. Cuba anda renungkan kembali sikap anda, jangan-jangan selama ini anda memang seseorang yang tertutup atau tidak membuka diri pada persekitaran. Jika anda bersikap begini bagaimana jodoh akan mendekati.

]]>
Setiap Gerak Geri Ibu Bapa, Anak Jadi Peniru Dan Pemerhatinya Kongsi Ibu Ini. https://redaksi.com/4958-setiap-gerak-geri-ibu-bapa-anak-jadi-peniru-dan-pemerhatinya-kongsi-ibu-ini Tue, 22 Jan 2019 12:35:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4958 Sering kali kita dengar bahawa anak ini adalah peniru yang terbaik dari setiap kelakuan dan gerak geri ibu bapanya. Jadi apabila ibu bapa lakukan itu, maka ia akan lakukan perkara tersebut kepada adik-beradik yang lain atau pada rakan-rakannya.

Kadang kala apabila anak tidak mahu dengar kata ini juga berpunca daripada kita, di mana kita yang berikan contoh tersebut kepada dirinya. Kita yang tidak mahu dengar apa yang mereka mahukan daripada kita. Itulah yag dinamakan anak peniru sejati kita.

Jika semua kelakuan anak-anak itu berpunca daripada ibu bapanya sendiri, adakah kita sebagai ibu bapa ini berhak untuk memarahi mereka? Sedikit perkongsian daripada Puan Farizal Radzali, semoga perkongsian ini mampu baiki mana yang silap dari dalam diri kita demi masa depan yang baik buat anak-anak.



Semua ibu bapa mahukan yang terbaik utk anak-anak mereka. Jarang kita dengar ibu bapa nak anak mereka jadi jahat. Kita sediakan yang terbaik buat mereka, kita sanggup bersusah payah demi memenuhi kehendak mereka.

Namun adakala anak-anak kita masih berada di tahap yang lemah, di tahap yang tidak memuaskan hati kita. Sampai adakala kita marahkan mereka, ungkit segala pengorbanan kita demi nak menjadikan mereka insan berguna.

Kita lupa, ada perkara yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit. Ada perkara yang tak boleh diajar dengan hanya berkata-kata. Ada perkara yang anak-anak buat kerana mereka lihat kita buat.

Kita menyuruh mereka siapkan kerja sekolah, tapi kita memasang tv di hadapan mereka.

Kita menyuruh mereka membuat kerja rumah, tapi kita duduk bermain telefon.

Kita menyuruh mereka bercakap dengan lembut, tapi kita sendiri menengking mereka.

Kita menyuruh mereka berkawan baik dengan semua orang, tapi ibu ayah bertengkar di depan mereka.


Kita menyuruh mereka solat sebaik terdengar azan, tapi kita masih menonton tv.

Kita menyuruh mereka menghormati ibu ayah tapi ibu tak hormat ayah dan ayah tak hormat ibu.

Kita menyuruh mereka minta maaf jika buat salah, tapi kita sendiri tak peduli bila dah buat salah terhadapnya.

Kita bandingkan diri kita semasa di usianya dulu, tapi kita lupa bandingkan tekanan mereka di zaman ini dengan zaman kita.

Kita menyuruh mereka jangan membazir dengan peralatan mewah, tapi kita sendiri sering bertukar handphone berjenama kerana mengejar teknologi terkini.

Kita berdoa kpd Allah agar anak-anak kita dilindungi dari anasir jahat, tapi kita sendiri menonton perkara jahat di media sosial.

Kita sogok anak-anak dengan cerita superhero luar negara sampai anak-anak kita kenal siapa mereka, dari mana asal usul mereka & apa kuasa mereka, superman, spiderman, transformers, ahli avengers semuanya tapi kita tak kenalkan siapa nabi dan rasul, nama malaikat & tugasnya. Kalau tak kerana wujudnya pelajaran Pendidikan Islam di sekolah, mungkin anak-anak kita tak kenal siapa mereka. Bahkan kita pun terpaksa struggle nak recall balik apa tugas setiap malaikat.

Ayuh kita cuba semula. Tiada istilah terlewat, Allah itu Maha penyayang, sebab tu Dia selalu beri kita peluang kedua. Pasti ada peluang kedua ketiga dan seterusnya. Samada kita nak sedar atau tak saja. Andai sedar pun, samada kita nak ambil peluang tu atau tak.

Andai kita dah buat segalanya, cara lembut, cara keras, cara tegas, cara kasih, tapi anak-anak kita masih tak capai tahap yang kita nak, percayalah dia juga mahu untuk jadi anak terbaik buat kedua ibubapanya. Ada jalan hidup yang telah Allah aturkan untuknya.

Dan yang paling penting, jangan bandingkan anak-anak, jangan bezakan kasih sayang terhadap setiap anak.

Jangan pandang rendah pada anak yang lemah. Kerana mungkin dialah yang akan menjaga kita di hari tua kelak.

Jangan terlalu pandang tinggi pada anak yang berjaya. Kerana akibat kesibukannya nanti, belum tentu dia mampu menjaga kita di hari tua kelak.

Anak itu amanah. Jangan bangga punyai ramai anak, tapi banggalah bila punyai anak, walau seorang cuma, tapi mampu bawa kita ke Syurga.


]]>
Anak Hebat Bermula Dengan Ibu Bapa Yang Hebat. https://redaksi.com/5837-anak-hebat-bermula-dengan-ibu-bapa-yang-hebat Fri, 19 Apr 2019 17:21:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5837 Anak itu adalah rezeki yang tidak ternilai. Tidak semua orang berpeluang merasai pengalaman sebegini, hanya orang yang mempunyai anak-anak sahaja tahu bagaimana suka dan dukanya dalam mendidik anak dari dalam kandungan hinggalah dewasa.

Ada anak yang akan begitu menduga ibu bapanya, bahkan ada juga anak yang seorang yang begitu taat dan mudah mendengar kata. Walau apa pun sikap anak, kita sebagai ibu bapa yang akan mengolah mereka menjadi seorang insan yang berguna. Sebab itulah, dalam melahirkan anak yang hebat, kita sebagai ibu bapa juga perlu menjadi seorang yang hebat.



Pernah tak anda berdepan situasi di mana anak menangis ketika di pusat membeli belah hanya kerana anda tidak mahu menunaikan kehendaknya? Pernah tak anda berada dalam dilema dan rasa bersalah selepas memarahi anak yang meragam, sedangkan anda sedar bahawa ketika itu sebenarnya anak anda meragam kerana keletihan dan tidak cukup tidur? Apa sebenarnya yang anda mahu tanamkan dalam diri anak anda? Untuk menunjukkan kepadanya siapa yang lebih berkuasa? Atau anda ingin membantu anak anda membesar menjadi individu yang berkeyakinan dan mempercayai diri? Berikut beberapa tip menjadi ibu bapa yang hebat kepada anak anda.

Prinsip menjadi ibu bapa terbaik

Siapa kata menjadi ibu bapa terbaik adalah mudah? Malah, definisi ibu bapa yang terbaik itu juga adalah sesuatu yang subjektif. Apa yang terbaik, seperti dari aspek didikan dan pergaulan, untuk anak anda belum tentu merupakan satu kaedah yang terbaik untuk anak individu lain, begitu juga dengan sebaliknya.

Bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang baik? Apakah ciri-ciri yang harus ada untuk digelar sebagai terbaik? Atau apa yang perlu dielakkan untuk tidak digelar sebagai ibu bapa yang tidak baik? Secara umumnya, terdapat beberapa sifat dan ciri-ciri yang ditemui pada ibu bapa yang mengamalkan prinsip keibubapaan yang baik.



1. Contoh ikutan

Apa yang anda lakukan, sama ada anda sedar atau tidak, akan diperhatikan oleh anak anda. Anak anda adalah cerminan diri anda sendiri. Jika anda gemar untuk memaki hamun, cuba periksa anak anda, bagaimanakah tingkah lakunya bersama rakan dan adik beradiknya yang lain? Dan bagaimana pula jika anda gemar berterima kasih dan menjaga tutur kata kepada individu lain yang membantu anda? Percayalah anak anda pasti akan menurut jejak langkah anda. Berubahlah jika anda mahukan yang terbaik untuk anak anda. Jadilah individu yang baik untuk menjadi contoh kepada anak.

2. Sokongan, bukan paksaan

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Tetapi memaksa, mengugut atau menghukum anak atas kegagalan yang diperolehi tidak akan membantu. Sebaliknya ia hanya memburukkan keadaan. Anak anda mungkin membesar dengan jiwa yang memberontak. Setiap anak mempunyai kelebihan yang tersendiri, berikan sokongan kepada dalam apa juga yang diminatinya dan bantunya untuk mencari kelebihan diri seandainya dia masih meragui keupayaan dirinya. Ketahui apa yang anak anda perlukan dan mahukan, bukan apa yang anda inginkan dan mahukan.

3. Benarkan anak berdikari

Menyayangi anak tidak bermakna anda harus mengongkong segala perlakuannya. Ibu bapa yang baik pasti akan menyedari bahawa adalah penting untuk memberikan anak peluang untuk melakukan setiap perkara secara sendiri. Biarkan mereka berdikari, hadapi kesukaran dan merasa puas setelah berjaya melakukannya sendiri. Percayalah, jika sesuatu perkara itu sukar untuk dilakukan sendirian, mereka pasti akan meminta bantuan dari anda, tetapi sebolehnya galakan untuk mereka mencuba terlebih dahulu, mereka pasti akan belajar sesuatu daripadanya.

4. Jangan memanjakan

Pernahkah anda menonton filem lakonan Tan Sri P.Ramlee bertajuk ‘Anakku Sazali’? Mengisahkan bagaimana kasih sayang seorang bapa yang keterlaluan akhirnya memakan diri sendiri, di mana anaknya menjadi anak yang besar kepala, sukar untuk ditegur dan segala sifat negatif yang kita pasti kita tidak mahu wujud pada diri anak kita. Tidak salah untuk memanjakan anak, sekali sekala. Tetapi harus punyai batasan. Manjakan anak dengan kasih sayang dan bukan sekadar bersifat material semata.



5. Akui kesilapan diri

Pastinya anda sebagai ibu bapa akan mengajar anak untuk meminta maaf jika melakukan kesalahan, bukan? Maka, anda juga harus melakukan hal yang sama. Tiada manusia yang sempurna bukan? Dan atas sebab itu tiada ibu bapa yang sempurna. Akui kesilapan anda dan meminta maaf. Anak anda pasti akan belajar daripada apa yang anda lakukan dan akan bertanggungjawab atas segala tindakan mereka.

6. Disiplin

Ia tidak sama dengan menghukum. Ia bertujuan untuk menjadikan anak anda lebih bertanggungjawab dalam kehidupannya. Sebagai contoh, ajarkan kepadanya bagaimana untuk menghormati masa sendiri dan juga masa individu lain, bagaimana harus menepati janji, bagaimana menjadi individu yang boleh mengikuti peraturan dan undang-undang. Percayalah anak yang tidak dididik dengan disiplin lebih cenderung untuk menjadi individu yang bermasalah pada masa hadapan.

Misalnya, anda mungkin boleh tetapkan peraturan untuk anak anda yang masih bersekolah dan berusia bawah 12 tahun, untuk pulang ke rumah selepas bermain bersama rakan pada waktu petang sebelum pukul 7 malam. Ia bukan sahaja untuk mendisplinkannya tetapi ia juga berkaitan dengan keselamatan anak. Sebaiknya untuk sebarang peraturan yang anda tetapkan, berikan penerangan kepada anak anda sebab dan kenapa anda lakukan peraturan seperti ini, agar dia akan lebih memahami tujuan peraturan diwujudkan.

7. Melibatkan diri dalam hidup anak

Membiarkan anak berdikari tidak bermakna anda boleh melepas tangan. Sebaliknya, ambil tahu apa yang anak anda lakukan, ke mana dia pergi, dengan siapa dia berkawan dan sebagainya. Tetapi jangan mengawal. Berikan anak anda ruang untuk menikmati kehidupannya dalam cara yang masih terkawal dan selagi ia tidak melampaui batasan norma kehidupan.

Ia sememangnya memerlukan usaha dan masa untuk mengubah keutamaan dalam diri anda. Tetapi sebagai ibu bapa, ini ialah pengorbanan yang anda harus lakukan. Biarkan anak anda mengetahui bahawa anda sentiasa ada untuk mereka sama ada secara fizikal mahupun mental. Tapi jangan tersalah tafsir, melibatkan diri dalam hidup anak tidak bermakna anda harus melakukan tugasan rumah yang diberikan guru sekolah anak anda.
Untuk merapatkan hubungan anda bersama anak, mungkin anda boleh luangkan masa pada hujung minggu dengan melakukan perkara yang anak anda gemari, atau berkelah di tepi pantai atau mungkin keluar makan malam bersama keluarga dan membeli belah.

8. Konsisten

Ada masanya sukar untuk menjadi konsisten bukan? Apatah lagi untuk sesuatu perkara yang bukan rutin harian kita? Walau bagaimanapun, jika anda mahukan anak anda untuk meletakkan baju kotor ke dalam bakul yang disediakan, sebagai contoh situasi, anda juga harus melakukan perkara yang sama. Jangan sepahkan baju kotor di merata tempat, walaupun ia masih di dalam bilik tidur anda. Ingat, anak anda memerhati apa yang anda lakukan. Jika anda inginkan anak anda balik ke rumah sebelum pukul 7 malam, pastikan jika anak anda lewat pulang, anda mendendanya. Tetapi ia bukanlah satu denda untuk menghukum, sebaliknya ia adalah untuk mengingatkan anak anda tentang tanggungjawabnya.



9. Mendengar dan bercakap

Jika anak anda ingin meluahkan sesuatu, berikan ruang kepadanya. Jangan memotong atau menghakiminya sehingga dia selesai berkata. Ini kerana jika anda memotong atau mencelah apa yang sedang dikatakannya, ia berkemungkinan akan membuatkan anak anda berhenti untuk meluahkan dan tidak akan memilih untuk berkongsi sebarang masalah dengan anda. Berikan sepenuh perhatian. Ketepikan telefon, komputer, televisyen atau apa sahaja yang boleh mengganggu konsentrasi anda bersama anak.

10. Raikan kejayaan

Walaupun anak anda mungkin hanya memenangi hadiah sagu hati untuk pertandingan bercerita di sekolahnya, raikanlah, mungkin dengan memberikan dia coklat kegemaran atau ice yang disukainya. Biarkan dia mengetahui anda bangga dengan apa yang dilakukannya. Ketahuilah, ia memerlukan keberanian untuk anak anda tampil di hadapan khalayak umum.

11. Hormati dan sayangi

Hormati anak anda sebagaimana anda mahukan diri anda dihormati. Jangan pernah merendah-rendahkan atau memalukan anak anda di hadapan individu lain walaupun anda hanya berniat untuk mengajarnya atau mungkin sekadar bergurau. Kerana tindakan sebegitu cenderung menyebabkan anak anda merasa malu dan akhirnya menyimpan dendam.

Sentiasa mengucapkan rasa sayang kepadanya sedari kecil kerana ia pasti akan membantu dirinya apabila mengetahui dirinya disayangi anda. Jika anak anda masih kecil, peluklah dan katakan “Mama sayang awak” dengan kerap tanpa mengira masa dan keadaan. Tetapi untuk anak yang sudah meningkat remaja, pastikan situasi terlebih dahulu, pastinya anda tidak mahu menimbulkan situasi yang tidak diingini.

Percaya pada diri

Tidak kira sama ada anda membesarkan anak bersama pasangan atau anda memegang status ibu atau bapa tunggal, membesar anak bukanlah satu tugasan yang mudah. Ia memerlukan kesabaran, ketabahan dan kekuatan. Jika anda merasa tertekan, berkongsi dan dapatkan bantuan serta sokongan dari keluarga dan rakan. Jangan pernah memendam apa yang anda rasai kerana ia akan menjejaskan dan memberi impak kepada perhubungan anak dan anda. Percayalah, anda mampu menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak anda.

]]>
"Suami Itu, Orang Yang Menentukan Syurga Atau Neraka Buat Isterinya..." https://redaksi.com/8288-suami-itu-orang-yang-menentukan-syurga-atau-neraka-buat-isterinya Mon, 22 Jun 2020 14:16:55 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8288 Baik lelaki atau wanita, kedua-duanya mahukan pasangan yang baik. Pasangan yang mampu beri kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Pasangan yang mampu setia saat susah dan senang. Malah, pasangan yang mampu membimbing ke jalan syurga.

Itu adalah idaman mana-mana mereka yang masih bujang dan sedang berusaha mencari peneman hidup.

Sering kali juga diingatkan, seorang wanita bila ingin mencari calon suami perlu berhati-hat dalam memilihnya. Wajah yang kacak, poket yang tebal belum tentu memberi anda kebahagiaan, akan tetapi sikapnya, agamanya serta kasih sayangnya pada anda itu yang menentukan kebahagiaan anda.


Begitu juga dengan lelaki, jangan pandang sangat pada luaran tapi lihat juga dalaman yang perlu anda bimbing hingga ke hari tua kelak. Seperti perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini, suami itu adalah orang yang menentukan syurga atau neraka buat isterinya.

Suami adalah syurga dan neraka isteri.

Suami itu menjadi asbab kepada isteri untuk masuk syurga dan juga neraka. Jika isteri itu taat kepada suami, maka SYURGA yang menantinya. Jika isteri itu derhaka kepada suami, maka NERAKALAH yang menantinya.

Berapa ramai SUAMI yang NAK isteri dia masuk NERAKA?



Angkat tangan...

Kalau tak nak isteri masuk NERAKA, kenapa kita letak dia dalam keadaan dan situasi yang mana, dia boleh "DERHAKA" terhadap suami?

Susah sebenarnya untuk suruh isteri terus TAAT pada suami yang tak tunaikan kewajipan, tanggungjawab serta tugas-tugas dia dengan BAIK.

Susah isteri nak terus BERLAPANG DADA dan TERBUKA dengan suami yang meletakkan bebannya di bahu isteri, yang menyerahkan segala urusan rumah dan juga urusan anak-anak kepada isteri semata-mata.

Susah juga isteri untuk terus BERSABAR dengan suami yang berfoya-foya diluar, tidak membantu dirumah, tidak solat, bermaksiat dan sebagainya.

Situasi dan keadaan ni lambat-launnya akan membawa kepada "PENDERHAKAAN" seorang isteri ke atas sesuatu yang TAK PATUT DITERIMANYA dari seorang suami.

Suami BUAT apa yang agama larang, suami TAK BUAT apa yang agama suruh.



Bila isteri dah hilang sabar, dah takboleh hadap dengan suami sebegini, maka keluarlah "PENDERHAKAAN SEORANG ISTERI" pada definisi seorang suami walhal ianya lebih kepada satu bentuk "PEMBERONTAKAN" dek kerana "DIPERGUNAKAN" oleh SI SUAMI dalam rumahtangga itu.

INGAT, walaupun ramai wanita dalam NERAKA, itu tidak menandakan sikap dan perbuatan kita terhadap isteri MELAYAKKAN kita ni masuk secara AUTOMATIKNYA ke SYURGA.

Kesimpulannya, suami jangan letak isteri dalam situasi dan keadaan dimana dia boleh "MENDERHAKA" dek kerana ingin menuntut apa yang layak dan wajib diterimanya dari seorang suami.

Tunaikan HAK ISTERI tanpa perlu diminta, jangan biar dia "MENDERHAKA" kerana kita pasti taknak ISTERI kita masuk NERAKA dan kita juga DIHERET SAMA.

Renung-renungkan...



]]>
Gara-gara nama panggilan 'Shuk'. IG Shukri Yahya diserang netizen https://redaksi.com/9515-gara-gara-nama-panggilan-shuk-ig-shukri-yahya-diserang-netizen Tue, 26 Jan 2021 14:37:32 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9515 Baru-baru ini telah tular di media sosial apabila Shuk Sahar yang merupakan seorang pengacara dikatakan mempunyai hubungan sulit bersama wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Hal itu telah didedahkan oleh isterinya sendiri iaitu Rossalenah Natassyiah Asshaferah pada sabtu yang lalu.

Siapa yang curang sebenarnya?

Namun begitu, mula menjadi tanda tanya punca berlakunya pertuduhan yang dikenakan terhadap Syukri Yahya sehingga menyebabkan netizen terus menerus menyerbu ruangan komen milik pelakon 7 hari mencintaiku tersebut di dalam satu posting yang dimuat naik olehnya.

Syukri Yahya tampil buat pengakuan

Walau bagaimanapun, suami kepada Tya Adnan itu masih kekal tenang melihat satu persatu gelagat netizen yang bikin panas itu sehingga Syukri Yahya terpanggil untuk membalis salah satu komen yang diterima olehnya dengan mengatakan bahawa bukan dialah orang yang lelaki itu maksudkan.

 

 

]]>
Trauma Untuk Bercinta, Lebih Rela Menjadi Andartu! Tips Untuk Menghilangkan Trauma. https://redaksi.com/1545-trauma-untuk-bercinta-lebih-rela-menjadi-andartu-tips-untuk-menghilangkan-trauma Thu, 08 Mar 2018 14:05:28 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1545 “Kau ni tak nak kawin ke kaklong? Umur pun sudah hampir 40, sampai bila nak jadi macam ni?”

 

Ibu mana yang tidak risau apabila anak sulungnya belum lagi bertemu jodoh tetapi adik-adiknya yang lain sudah pula berumah tangga. Tambahan pula ayah kesayangannya sudah meninggalkan mereka sekeluarga cukup dengan harta dan kasih sayang. Bagi si kaklong yang merasakan dia perlukan kasih sayang seorang lelaki tetapi sentiasa pula disakiti oleh bekas teman kekasih hati. Amat pilu.

Jiwa nya tidak tenteram, manakan untuk menjaga keluarga dan ibu nya yang telah tua termasuk dirinya yang tidak terurus. Sedih mengenangkan kisah hidupnya. Ramai di kalangan wanita yang berumur 40 tahun ke atas lebih rela  menjadi andartu dan tinggal bersama ibunya. Besar sungguh pengorbanannya. Persoalannya, adakah anda bahagia menjadi andartu dan tidak kisah menjadi bahan bualan orang ramai?

Stigma masyarakat melayu yang suka merendahkan martabat mereka dengan memanggil anda tidak laku! Kemungkinan mandul oleh kerana itu tidak mahu berkahwin! Wanita mana yang sanggup menjadi bahan bualan yang negatif. Untuk menghilangkan trauma, perkara yang paling penting adalah dengan menyintai diri anda sendiri. Bagaimana untuk jatuh cinta pada diri sendiri? Jom baca!


1. Sentiasa melaram. Melaram bukan setakat memakai barang make up, tetapi memilih pilihan baju sendiri. Jika anda sudah biasa memakai baju kurung, tidak salah untuk anda memakai blouse dan seluar atau kain. Jangan lupa pilih warna yang ceria dan terang, kerana warna boleh mempengaruhi mood anda!

2. Sentiasa mendengar nasihat ibu. Jelaskan pada ibu, sentiasa menuturkan kata-kata yang positif, kerana kata-kata seorang ibu adalah senjata doa yang hebat. Jika kita ingin melihat ibu kita bahagia, jangan pula anda yang menjadi murung, mereka akan bertambah risau. Kita tidak suka melihat ibu risau bukan?

3. Berfikiran positif, dan sentiasa memikirkan ada lagi insan di luar sana lebih bernasib teruk dari anda. Jika anda masih mempunyai ibu, ada yang telah kehilangan semua ahli keluarganya.

4. Mengapa anda perlu sentiasa membaca bahan bacaan yang sedih, suram dan kelam? Sibukkan dengan membaca Al-Qur’an dan terjemahannya.

 

]]>
Amalkan Gaya Hidup Sihat Bersama Pasangan Dengan Melakukan Aktiviti Fizikal. https://redaksi.com/4691-amalkan-gaya-hidup-sihat-bersama-pasangan-dengan-melakukan-aktiviti-fizikal Thu, 27 Dec 2018 12:36:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4691 Apa yang sering anda lakukan apabila dating dengan pasangan? Jika tidak menonton wayang, pasti akan meluangkan masa dengan menikmati hidangan berat, manis dan seumpama dengannya. Tidak hairan sekiranya anda dengan pasangan mudah naik berat badan. Apabila masing-masing sedar dengan perubahan badan yang mendadak, mulalah nak menuding salah antara satu sama lain.

“Sebab awak lah saya gemuk…”

“Gemukkan tanda bahagia…”

Elakkan dengan pemikiran sebegini, cuba amalkan gaya hidup yang sihat bersama pasangan kerana ia mampu untuk meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan anda berdua. Nak sama-sama sihat kan? Mestilah rasa nak hidup lama bersama pasangan. Pasti akan berasa sedih, sekiranya salah seorang daripada anda akan meninggalkan dunia dahulu. Namun, ia semua adalah takdir Allah SWT yang kita tidak boleh elakkan.

Selain daripada itu, mengamalkan gaya hidup sihat juga akan:

  • Meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan anda.
  • Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi dan kanser.
  • Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
  • Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.
  • Menjadikan anda lebih produktif samada di rumah atau di tempat kerja
  • Secara keseluruhan, penampilan diri anda lebih menarik dan anda akan rasa lebih selesa.

LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL BERSAMA PASANGAN.

Bukan sahaja untuk anak kecil dan muda remaja perlu aktif dari segi pergerakan, orang dewasa juga perlu sentiasa bergerak kerana keadaan metabolism yang semakin rendah. Jadi, anda dengan pasangan perlu aktif untuk saling bekerja mengemas rumah, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif dan produktif akan mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.

Antara aktiviti fizikal yang anda dengan pasangan boleh lakukan bersama, adalah:

1. Aktiviti Ringan yang boleh dilakukan selama 60 minit (1 Jam) setiap hari;

  • Berjalan kaki di taman rekreasi atau mana-mana tempat yang selamat.
  • Aktiviti regangan, seperti senaman ringan atau yoga.
  • Aktiviti berkebun yang ringan untuk menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Selain dapat menyihatkan tubuh badan, persekitaran rumah anda juga akan terjaga dari takungan air yang membuatkan nyamuk membiak, sampah –sarap di merata tempat yang akan menyebabkan pencemaran alam.

2. Aktiviti Sederhana pula boleh dilakukan selama 30 minit setiap hari, iaitu;

  • Berjalan laju.
  • Berbasikal.
  • Berenang.
  • Menari.
  • Lompat tali.
  • Aerobik.
  • Berlari-lari anak.
  • Turun naik tangga.

Di samping itu, anda juga perlulah lakukan senaman dengan mengikuti panduan FITT, iaitu Kekerapan, Kehebatan, Masa dan Jenis kerana ia untuk kesihatan jantung.

  • Frequency: (Kekerapan) 3 – 5 kali seminggu.
  • Intensity (Effort): (Kehebatan) Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa. Anda masih boleh bercakap tetapi tidak boleh menyanyi semasa menjalankan aktiviti.
  • Time: (Masa) Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh memanas dan menyejukkan badan.
  • Type: (Jenis) Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jaring, badminton, lompat tali, berbasikal.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Beramal!

]]>
Bila Ibu Asyik Tanya Bila Nak Kahwin? Ini Cara Menghadapinya. https://redaksi.com/5309-bila-ibu-asyik-tanya-bila-nak-kahwin-ini-cara-menghadapinya Mon, 25 Feb 2019 11:20:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5309 Perkahwinan adalah keputusan peribadi, tetapi ia akan mudah menjadi satu hak yang diganggu malah lebih ke arah paksaan apabila ahli keluarga sering sahaja persoalkan “bila hendak berkahwin?” “bila nak bawa pasangan ke rumah?” atau kenyataan seperti “jangan jual mahal sangat nanti tiada yang mahu”.

Jadi pertanyaan ini akan sering memberikan tekanan buat mereka yang yang masih tidak mendapat bayang mengenai jodoh mereka. Malah ia akan membuat seseorang itu keliru, serta tertekan untuk memikirkan perkara ini.

Ramai yang bingung bagaimana untuk berdepan dengan perkara sebegini? Hal ini kerana, ditakuti sekiranya perbuatannya itu akan membuat dirinya seolah melawan ahli keluarga yang lain terutama ibu bapa.



Terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu masih belum berkahwin. mungkin anda di antara kalian masih lagi sedang mencari calon jodoh, ada yang mungkin belum bersedia ataupun ada yang mahu fokus kepada kerjaya dahulu. Semuanya bergantung kepada keputusan anda.

Namun perkara sebegini tidak difikirkan oleh ahli keluarga anda atau mereka yang bertanya. Perkara ini yang membuat anda tidak tahu bagaimana hendak menepis setiap persoalan mereka. Mungkin beberapa perkara ini membantu anda untuk menepis soalan sebegini.

1. Menjawab secara bersahaja.

Jangan terlalu serius apabila mendapat soalan sebegini, cuba anda berfikir lebih tenang malah menjawab secara bersahaja apabila menerima soalan sebegini. Fikirkan bahawa mereka ini hanya bimbang akan masa depan anda sahaja.

Pada permulaannya anda mungkin agak kekok tapi lama kelamaan anda akan menjadi kebal dan tidak lagi sensitif.

Anda mungkin boleh cuba balas dengan pertanyaan seperti, “mak ada calon?” ataupun anda juga oleh guna jawapan seperti “tunggu putra idaman masuk meminang”. Jawapan yang yang tidak begitu serius ini akan mengurangkan rasa tekanan yang dirasai oleh anda.

2. Jujur mengapa anda belum berkahwin.

Jika anda merasakan bahawa gurauan anda yang tadi tidak berkesan malah ibu bapa anda kelihatan lebih serius, cuba untuk lebih berhati-hati dalam memberi jawapan anda kepadanya. Cuba untuk berterus terang mengapa anda masih belum mahu berkahwin.

Biasanya ibu bapa terlalu bimbang mengapa anak mereka masih lagi belum berkahwin kerana ditakuti menjadi buah mulut orang. Bukan itu sahaja, persoalan sebegini biasanya adalah kunci untuk mengetahui masalah anda untuk tidak berkahwin lagi. Jadi jujur sahaja terhadap ibu bapa anda.

Jangan takut memberitahu kejujuran akan masalah kewangan, sedang berusaha akan kerjaya, ataupun masih lagi mencari seseorang yang sesuai. Jangan terlalu tertekan dengan soalan sebegini. Ibu bapa pasti faham jika anda jujur dengan mereka dan mereka juga tidak akan memaksa.

3. Alihkan perbualan.

Sekiranya kedua-dua kaedah tidak berfungsi, anda harus menukar perbualan apabila ia bermula dengan topik perkahwinan . Anda mempunyai hak untuk tidak memberikan jawapan dan mengalihkannya apabila anda sudah bosan dengan pertanyaan ini.

Jangan membebankan diri dengan memikirkan pertanyaan perkahwinan yang datang dari keluarga anda. Ia adalah anda yang mempunyai kuasa ke atas keputusan yang akan anda lakukan dalam kehidupan termasuk perkahwinan. Tidak ada peraturan yang berkahwin mesti cepat tapi berkahwin bila anda merasa sudah bersedia untuk menerimanya.

Jadi jangan risau cuba untuk bertenang dan senyum sahaja apabila dapat soalan sebegini.


]]>
Mudah Terjaga Ketika Tidur Di Malam Hari, Mungkin Ini Antara Penyebabnya. https://redaksi.com/5814-mudah-terjaga-ketika-tidur-di-malam-hari-mungkin-ini-antara-penyebabnya Wed, 17 Apr 2019 14:11:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5814 Siapa yang pernah apabila sedang orang lain lena dibuai mimpi indah dirinya terjaga pada tengah malam. Bahkan perkara itu adalah perkara biasa baginya. Menurut The Sleep Diet, Jose Colon, MD menyatakan bahawa bangun tidur pada waktu adalah perkara biasa bagi manusia. Namun begitu pasti ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan anda bangun pada tengah malam dengan tiba-tiba.

Tidak kisahlah sama ada anda terus berjaga selepas terbangun malam ataupun mampu sambung tidur semula. Pasti anda ingin tahu mengapa anda kerap bangun malam terutama dengan cuaca yang agak panas sejak akhir-akhir ini.



Berikut adalah sebab-sebabnya.

1. Hendak membuang air kecil.

Salah satu sebab mengapa anda suka bangun pada lewat malam adalah kerana anda hendak membuang air kecil. Sekiranya anda sering kali berdepan dengan perkara ini, ada yang mencadangkan agar meminum air kosong yang bercampur dengan garam 30 minit sebelum tidur.

2. Suhu bilik yang agak panas atau terlalu sejuk.

Apabila tidur di dalam bilik dengan suhu yang terlalu panas atau sejuk, awak akan bangun dari tidur anda. Ini kerana suhu badan berubah mengikut suhu bilik.

3. Mengalami tekanan.

Tekanan adalah perkara biasa bagi semua orang. Lebih buruk lagi, tekanan yang anda alami boleh menjejaskan keadaan tidur anda. Apabila tidur fikiran anda hanyut di suatu tempat, kerana memikirkan kerja, pencinta, atau pun tugasan pembelajaran anda yang telah terkumpul tetapi masih belum diselesaikan. Masa tidur sepatutnya menjadi rehat malam, tetapi malangnya, anda berasa cemas yang membuat anda sering bangun pada waktu malam. Sekiranya ia berterusan, ini akan menyebabkan insomnia.

4. Gaya hidup tidak sihat.

Gaya hidup yang tidak sihat memberi kesan kepada kualiti tidur anda, seperti ubat, alkohol, tidur lewat malam, dan penggunaan kafein yang berlebihan. Oleh itu, cubalah mengubah gaya hidup anda dengan menggunakan tabiat tidur yang sihat dan mengekalkan jadual tidur yang teratur, sehingga kemudian akan menjadi kebiasaan bangun dan tidur pada masa yang sama. Di samping itu, berhenti meminum alkohol dan membatasi kafein, dan mewujudkan suasana bilik tidur yang tenang dan sejuk. Penyelesaian akhir, matikan televisyen dan telefon bimbit sejam sebelum tidur. Ini dapat membantu anda tidur dengan lebih baik dan tidak terganggu dengan mudah semasa tidur.

5. Perubahan hormon.

Apabila berlakunya perubahan hormon juga boleh menjejaskan kualiti tidur anda, contohnya semasa anda menstruasi, atau ketika anda hamil. Ini adalah semua sumber utama masalah tidur di kalangan wanita.

Ini adalah sebab-sebab biasa yang menyebabkan anda kerap bangun pada lewat malam. Tetapi jika ingin tahu sebab-sebab lain, anda perlu dapatkan rawatan dari pihak yang lebih pakar.

]]>
8 Tanda Seorang Lelaki Berusaha Untuk Mencintai Pasangannya https://redaksi.com/3858-8-tanda-seorang-lelaki-berusaha-untuk-mencintai-pasangannya Mon, 15 Oct 2018 12:15:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3858 Apabila seorang lelaki sudah mulai suka, sayang dan cinta pada seorang wanita, mereka akan berusaha melakukan sesuatu untuk menunjukkan dirinya benar-benar mencintai wanita tersebut. Bukan melalui perbuatan sahaja, apa sahaja yang diluahkan dengan kata-katanya semua sahaja berkenaan dengan cinta. Segalanya tentang wanita yang dicintai kerana di dalam fikirannya hanya terbayang tentang wanita tersebut.

Jom kita melihat tanda-tanda lelaki sedang berusaha mencintai pasangannya, tidak kira teman wanita atau isterinya…

1. Lelaki ini berusaha untuk menentukan tarikh untuk dating.

Memilih tarikh untuk dating kebiasaannya dilakukan oleh kebanyakan wanita, kerana lelaki memang hanya menurut kata-kata wanita sahaja. Bagi mereka menurut kata-kata wanita adalah lebih baik, kerana jika mereka yang tetapkan tarikh tersebut, pasti wanita ini akan membantah. Tetapi tidak pada lelaki ini, mereka bersikap dominan dan tahu untuk menentukan dan merancang tarikh untuk bertemu janji. Malah sering memberi idea tempat-tempat baru untuk ditujui.

2. Lelaki ini berusaha sedaya upaya untuk reply whatsapp.

Lelaki ini tidak akan membuatkan pasangannya tertunggu-tunggu dengan tidak membalas whatsapp. Jika benar pada waktu dan saat itu dirinya sibuk melakukan sesuatu urusan penting, pasti si dia akan mengatakan dirinya busy dan akan menghubungi anda pada waktu terluang. Ini kerana lelaki tersebut tidak mahu membuat pasangannya ragu-ragu, dan mula membuat andaian yang bukan-bukan.

3. Lelaki ini sentiasa berusaha membuat diri anda jatuh cinta pada dirinya setiap hari.

Lelaki ini bukan seorang lelaki yang tipikal dimana hanya membuat pasangannya jatuh cinta beriya-iya pada detik awal perkenalan sahaja. Tetapi apabila sudah lama menjalinkna hubungan atau perkahwinan yang bertahun-tahun lamanya, hati sentiasa hadir dengan perasaan cinta. Perasaan cinta dan kasih sayang dalam diri tidak pernah pudar, kerana si dia tahu taktik untuk tidak membuatkan hubungan semakin hambar.

4. Lelaki ini berusaha keras mencari rezeki.

Bukan sahaja untuk menampung kehidupannya sendiri bahkan untuk menampung teman wanitanya yang bakal dikahwini kelak. Sangat fokus menyimpan duit untuk perkahwinan, malah simpanan untuk masa hadapan. Lelaki ini memang sangat komited apa yang mereka lakukan, kerana tidak mahu kehilangan wanita yang mereka cintai.

5. Lelaki ini juga berusaha membuatkan diri anda menjadi keutamaan.

Lelaki ini tidak akan membelakangkan pasangannya, dalam apa jua yang dilakukan kerana wanita itu adalah keutamaan dalam hidupnya. Wanita tersebut adalah nyawanya. Tanpa wanita tersebut, pasti hidupnya ternyata sedikit goyah. Jadi, sudah pasti untuk mendapat sokongan dan dorongan daripada pasangan adalah satu keutamaan.

6. Lelaki ini berusaha untuk berkorban.

Dalam percintaan semestinya memerlukan pengorbanan apatah lagi setelah berkahwin. Jika tidak boleh berkorban bermakna cinta atau kahwin tersebut seperti sia-sia. Ini kerana tanpa pengorbanan, salah seorang pasti tidak merasa apa itu bahagia dan gembira.

7. Lelaki ini berusaha untuk memberikan suasana yang positif.

Setiap apa yang berlaku diantara kalian berdua, lelaki ini pasti akan berusaha untuk memberi aura positif, supaya hubungan tidak hambar. Tidak kira apa jua keadaan dan situasi terutamanya ketiak pertelingkahan, pasti si dia berusaha untuk bertoleransi. Apabila anda berdua sedang di dalam perbincangan dan tidak bersetuju tentang perkara tersebut, si dia berusaha untuk mencari solusi. Si dia tidak akan meletakkan kesalahan ke atas anda secara total.

8. Malah lelaki ini akan berusaha membuat anda gembira.

Lelaki mana yang suka melihat pasangannya berduka lara, bermasam muka, bukan? Sudah pasti setiap lelaki yang sedang mencintai pasangannya, akan berusaha membuat wanita tersebut bahagia dan gembira.

]]>
Tips Jimat Untuk Majlis Perkahwinan Anda. https://redaksi.com/1512-tips-jimat-untuk-majlis-perkahwinan-anda Tue, 06 Mar 2018 12:28:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1512 Bercakap mengenai perkahwinan, siapa yang tak suka kan? Tapi, bila fikir tentang mas kahwin dan kos perkahwinan, terus terasa seram. Apapun, kami kongsikan kepada anda beberapa tips yang boleh digunakan bagi anda yang sedang bercadang untuk melangsungkan majlis perkahwinan.



1. Majlis perkahwinan dilakukan secara serentak

Baik. Bagi anda yang mempunyai calon terdekat, apa salahnya jika anda gunakan peluang ini untuk menjimatkan kos perkahwinan anda. Lakukan secara serentak kedua-dua majlis perempuan dan lelaki. Samaada anda lakukan di dewan atau di rumah sebelah pihak sahaja. Terpulang. Bincang dengan kedua belah pihak untuk mendapatkan persetujuan.

2. Lakukan perkara yang wajib sahaja

Sebenarnya dalam Islam, perkahwinan adalah mudah. Mungkin disebabkan ibu bapa kita terikat dengan adat, maka ini sedikit menyukarkan golongan muda masa kini untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Disarankan untuk berbincang secara baik dengan ibu bapa, berikan hujah yang kukuh kenapa majlis anda perlu dilakukan secara sederhana dan yang paling penting, pikat hati mereka dengan cara anda. Hehe

3. Perkahwinan beramai-ramai

Sekarang, banyak pihak yang bertungkus lumus dalam membantu golongan muda untuk melangsungkan majlis perkahwinan dengan mengadakan perkahwinan secara beramai-ramai. Ada baiknya anda gunakan peluang ini untuk menjimatkan kos majlis perkahwinan



4. Minta bantuan ibu bapa

Jika ibu bapa anda berkemampuan, minta bantuan kewangan dengan mereka. Apapun, tunjukkan sikap yang baik dengan mereka. Bukan berlakon. Kerana kewajipan kita seorang anak sememangnya perlu mentaati ibu bapa.

5. Perancangan awal

Untuk anda yang ingin juga majlis dilakukan secara besar-besaran, buat perancangan secara teliti. Survey barang perkahwinan yang murah, pergi ke expo perkahwinan untuk dapatkan harga yang berpatutan. Jika kreatif, adalah lebih baik anda DIY (do it yourself) perhiasan majlis perkahwinan anda nanti.

Banyak perkara yang perlu anda gunakan dengan wang selepas bergelar suami isteri. Pembayaran sewa rumah, bayaran bulanan kereta misalnya. Jadi, fikirkan betul-betul tentang kos perkahwinan anda.

]]>
6 Cara-Cara Untuk Si Gadis Mendapatkan Nombor Telefon Jejaka Idaman. https://redaksi.com/2114-6-cara-cara-untuk-si-gadis-mendapatkan-nombor-telefon-jejaka-idaman Thu, 26 Apr 2018 10:34:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2114 Pada si gadis di luar sana yang telah memendam perasaan terhadap jejaka idamannya, mungkin tips ini akan membantu anda untuk mendapat nombor telefon mereka. Bagi anda, menghubungi mereka melalui facebook dan instagram tidak cukup, malah anda mahu meluangkan masa lebih untuk berbual.
|

Jom ketahui, cara-cara si gadis mahu mendapatkan nombor telefon jejaka idaman kalian! Tetapi, ingat! Perkara ini berlaku sekiranya si gadis berani dan tidak kisah digelar pergi mencari timba.

1. Berseloroh.

Anda dengan si dia baru sahaja berkenalan dalam masa sebulan, dan kali ini anda mahu mendapatkan nombor telefon mereka. Jadi, tidak salah jika anda cuba untuk cakap sesuatu yang lucu.

Jika anda berjaya buatkan si dia tertawa, terus sahaja meminta nombor telefonnya seperti “Kalau awak nak dengar lawak saya lagi, bagilah nombor telefon”

2. Melalui rakan.

Melalui kaedah ini, anda perlu mengenal pasti rakan-rakan si dia yang anda kenal. Perkara ini akan menimbulkan masalah ketika, anda mahu menghubungi si dia.

Jejaka itu hanya akan terkebil-kebil dan tertanya-tanya siapakah gerangan anda? Anda perlu berterus-terang, tidak perlu menjadi misteri terlalu lama.

 
3. Melalui telefon bimbit mereka sendiri.

Bagaimana? Hanya gadis yang bijak dan berani sahaja mampu melakukan perkara sebegini. Semasa anda memegang telefon bimbit mereka, lalu anda juga boleh bersuara ketika ini:

“Boleh ajar aku tak macam mana nak save nombor kat telefon kau ni?”

4. Mahu kan perbualan yang lebih lama.

Usai sahaja perbualan yang menarik ketika bertemu, anda merasakan anda mahu meneruskan perbualan tersebut tanpa tergantung.

Berterus-terang saja yang anda gemar dengan perbualan itu dan ia nya patut di teruskan melalui talian di telefon.


5. Daripada facebook.

Kadang-kala, sebahagian pengguna facebook akan meletakkan nombor telefon mereka secara public atau untuk rakan-rakan di facebook nya sahaja untuk mudah dihubungi. Cuba anda lihat, jika anda bernasib baik? Hati-hati, anda mungkin akan di anggap sebagai stalker!

6. Terus sahaja meminta nombor telefon mereka secara depan-depan.

Anda adalah seorang gadis yang tak pandai berkias dan direct to the point. Anda juga malas melayan perasaan ‘takut nanti lama-lama kene kebas’. Anda beri sahaja nombor telefon anda, atau minta direct daripada mereka. Mudah!


 

]]>
“Mencelah Percakapan…” Antara Perkara Yang Tidak Disukai Lelaki Saat Berdating. https://redaksi.com/4012-mencelah-percakapan-antara-perkara-yang-tidak-disukai-lelaki-saat-berdating Fri, 26 Oct 2018 12:04:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4012 Apabila bertemu pasangan anda, apa yang anda rasakan teruja? Sudah semestinya bukan. Dalam pertemuan ini sudah pastilah kalian akan menggunakan komunikasi untuk menghilangkan suasana yang membosankan. Dan dalam keterujaan anda berkomunikasi itu sudah pasti anda akan melakukan beberapa perkara yang sebenarnya tidak disukai oleh kekasih anda.

Biasanya wanita ini akan melakukan perkara tersebut barulah memikirkan semula, adakah pasangannya itu menyukai perbuatannya atau tidak. Tapi ada juga yang sambil lewa menganggap bahawa perasaan pasangannya pada ketika itu tidak penting.



Berikut adalah 6 perkara yang tidak harus anda lakukan saat berdating:

1. Terlalu menunjuk.

Bercakap tentang apa yang anda miliki itu biasanya adalah perkara biasa. Tapi apabila bercakap mengenai perkara ini dan anda menunjuk-nunjuk akan kerjayaan itu pasti tidak disukai lelaki. Mana tidaknya, anda seolah-oleh merendahkannya dalam diam. Hal ini akan lebih jelas apabila pasangan anda tidak miliki perkara yang sama seperti anda.

2. Membalas sepatah-sepatah.

Apabila orang lelaki sahaja yang beria untuk memulakan topik perbulan tapi anda pula seolah-olah kurang minat dengan hanya membalas sepatah-patah dalam setiap pertanyaannya, sudah pastilah ia akan memotong mood lelaki tersebut. Mana tidaknya, anda seharusnya cuba membalas perbualan itu dengan baik, bukannya membalas seperti malas melayaninya.

3. Memotong perbualan.

Ini adalah paling tidak menyeronokan. Anda menyampuk ketika dirinya sedang berkata-kata. Itu adalah satu perbuatan yang tidak sopan. Jika anda lakukan ini, ia sekaligus membuat mood lelaki terus hilang minat terhadap anda.



4. Tidak fokus.

Apabila anda bersamanya, fokus perkara yang berkaitan dengannya. Jangan melakukan hal lain. Jika anda tidak fokus dalam pertemuan ini, pasti si dia tidak mahu meluangkan masa bersama anda lagi. Jika anda fokus, anda kelihatan perihatin dengannya.

5. Bercakap tentang masa lalu.

Perkara ini adalah satu perkara yang tidak patut dijadikan topik perbualan. Apa yang berlaku seharusnya biarlah berlalu. Jangan pula anda sengaja mengimbas kembali apa yang telah berlalu. Jangan sesekali jadikan perkara ini sebagai topik perbualan.

6. Mengejek dirinya.

Hendak mengejek dirinya ini boleh, jika anda dan dia sedang dalam kedaan saling bermanja. Tapi jika dia serius anda pula mengejeknya, pasti akan membuatkan hatinya panas. Jadi jangan sesekali lakukan perkara sebegini. Jika nak buat pun, lihat dahulu topik perbualan dan riak wajahnya dahulu.

Jaga kelakuan -kelakuan ini disaat anda bersama dengannya. Kadang kala anda terlalu teruja sehingga lupa untuk kawal perkara seperti ini. Jadi sentiasa beringat ye.



]]>
Ini Dia Bahan Perbualan Bagi Pasangan Yang Sedang Bahagia, Anda Pun Seperti Ini? https://redaksi.com/3164-ini-dia-bahan-perbualan-bagi-pasangan-yang-sedang-bahagia-anda-pun-seperti-ini Wed, 08 Aug 2018 18:23:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3164 Ketika sedang bahagia pasti banyak perkara yang akan anda kongsikan bersama pasangan anda. Ketika itu, tiada lagi rasa malu yang anda ingin sembunyikan daripada dirinya. Bukan itu sahaja, pasti ramai akan tertanya-tanya apa perkara yang akan kerap kali menjadi perbualan bagi mereka yang bahagia ini? Mari ketahuinya.


1. Bukan kenangan dengan bekas kekasih masing-masing tetapi lebih membicarakan kenangan mereka di masa lampau. Seperti bagaimana pertama kali mereka bertemu, bagaimana pertama kali mereka jatuh cinta satu sama lain serta satu hal yang memalukan ketika permulaan hubungan dahulu.

2. Menceritakan masa kecil pada pasangan adalah salah satu bahan bualan yang paling menyenangkan. Saat anda mula menceritakan bahagian hidup yang anda lalui dengan pasangan, saat itu juga pasangan anda akan merasa special karena boleh mendengar bagaimana kamu saat zaman kanak-kanak dahulu.

3. Pasangan yang bahagia akan kerap kali akan menceritakan satu perkara yang memalukan antara satu sama lain. Ia bukan untuk memalukan pasangan tersebut tetapi untuk menjadikan bahan untuk kedua-duanya ketawa bersama-sama.


4. Setiap pasangan pasti akan membicarakan hal yang mereka impikan pada masa akan datang. Ia bagaikan satu impian yang ingin dibina bersama-sama dengan pasangan. Bukan hanya itu sahaja, ia juga menjadi salah satu matlamat dalam hubungan mereka.

5. Tidak mudah untuk pasangan mengakui kelebihan dan kekurangan kekasih hati mereka namun, mereka ini lakukannya. Ia adalah satu hal untuk pasangan perbaiki dan bangga akan perkara itu.

6. Bukan hanya membicarakan hal berat yang membosankan, mereka juga senang membicarakan hal-hal kecil. Hal-hal kecil ini akan membuat antara pasangan ini bahagia kerana memiliki antara satu sama lain.

7. Mereka ini adalah pasangan debat yang membahagiakan. Di mana mereka akan membincangkan mengenai politik, kewangan ataupun rutin harian namun, tidak pernah menjadikannya satu hal yang sangat serius.

Jika anda tidak tahu bahan perbualan apa yang perlu akan lakukan bersama pasangan, mungkin anda boleh ikuti perkara tersebut.

]]>
5 Sebab Utama Kenapa Lelaki Secara Tiba-Tiba Mendiamkan Diri. https://redaksi.com/2007-5-sebab-utama-kenapa-lelaki-secara-tiba-tiba-mendiamkan-diri Tue, 17 Apr 2018 12:48:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2007 Antara salah satu perbezaan antara lelaki dan wanita adalah, cara mereka berdua mengendalikan masalah masing-masing. Wanita gemar berkongsi masalah dengan sesiapa sahaja termasuk pasangan, tetapi tidak pada lelaki.


Secara normal, kebanyakan lelaki memang kurang bercakap, malah wanita sendiri menjadi keliru, mengapa lelaki dengan secara tiba-tiba mendiamkan diri walaupun mereka merasakan tidak membuat kesalahan.

Jom baca!

1. Lelaki merasakan mereka tidak mampu menang dengan setiap pertelingkahan yang berlaku.

“wanita lebih bersiap sedia dengan segala hujah untuk setiap pergaduhan”

“wanita lebih mengingati segala kata-kata lelaki sebelum ini, tetapi fikiran lelaki lebih ke hadapan dan malas mahu mengungkit”

“kenapa wanita suka mengungkit hal yang sudah berlaku? Kerana saya rasa tiada lagi hak untuk dipertahankan”



2. Lelaki lebih panas baran.

Wanita sebenarnya tidak sedar bahawa mereka sedang berhadapan dengan makhluk Allah yang maha garang seperti harimau kelaparan. Lelaki lebih suka memendam kerana mereka khuatir akan menyakiti insan yang paling mereka cintai. Jadi, wahai wanita jangan mencabar kelakian lelaki jika mereka nampak tenang dan pendiam.

3. Hati dan perasaan lelaki terluka apabila berlakunya pergaduhan.

Tiada siapa di dunia ini mahu kan pergaduhan yang berlarutan hingganya berlaku perceraian. Jika lelaki tiba-tiba mendiamkan diri, sudah tentu mereka terlalu menyayangi pasangannya kerana tidak mahu mengeluarkan kata-kata kesat dan kasar. Apatah lagi untuk memukul dan mendera. Hanya wanita yang tidak sedar dengan perilaku lelaki yang sebegini.


4. Lelaki tidak mahu sejarah buruk berulang kembali.

Kenangan yang pahit sudah pasti semua insan tidak mahu ia berulang. Jika wanita terluka hanya kerana kisah silam, lelaki pun turut merasakan perasaan yang sama.

Jika dahulu mereka terlalu mengikut perasaan dengan ego dan panas baran, lalu kehilangan orang yang di cintai. Sudah tentu mereka tidak mahu itu yang akan terjadi pada anda sekarang.

5. Memang lumrah lelaki.

Jadi, kepada wanita di luar sana, terima lah seadanya bahawa memang lumrah lelaki akan mendiamkan diri secara tiba-tiba. Jika anda sebagai wanita terlalu sakit hati dengan pasangan, baca kembali 4 sebab utama di atas.


 

 

]]>
Kenapa Lelaki Sukakan Wanita Yang Cantik & Kurus Sahaja? https://redaksi.com/537-kenapa-lelaki-sukakan-wanita-yang-cantik-kurus-sahaja Fri, 21 Jul 2017 11:42:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=537 Abah terdengar jeritan dari bilik anak gadisnya. Disusuli dengan tangisan sayu. Lantas dia bangun. Menuju ke bilik anaknya. Ketuk pintu bilik anaknya.

“Kenapa ni? Boleh abah masuk?”



Anaknya masih menangis di dalam.

“Tak boleh… Tak boleh…”

Anak gadisnya itu dikuasai emosi. Tak mampu berfikir dengan baik kala itu. Abahnya segera dapat menangkap isi cerita.

“Lelaki yang kamu suka tempoh hari tu, dah tinggalkan kamu ke?”

Raungan makin kuat kedengaran dalam bilik. Si abah masih berdiri di hadapan pintu bilik yang berkunci. Nampak seperti tekaannya tepat pada sasaran. Seketika, si anak mulai berbicara dalam sendu tangisnya.

“Salah ke kalau saya gemuk berisi? Apa hina sangat ke? Saya tak minta pun badan cepat naik macam ni!

Lelaki semua sama saja! Nak yang cantik! Nak yang solid! Nak yang slim!

Yang tak seberapa macam saya ni, tak fikir panjang terus tolak buang macam tak ada harga!”



Abah duduk bersandar di depan pintu anaknya. Dia tahu anaknya itu berada di sebalik pintu sana melalui bayang di bawah pintu

“Tahu tak, kita tak perlu jadi kurus atau cantik pun? Yang lebih penting adalah sihat. Agama tak suruh jadi kurus atau jadi terlalu gemuk.

Agama suruh jaga kesihatan supaya senang beribadah. Hambakan diri pada Allah.”

Anaknya menjawab,

“Tu Allah nak. Tapi, lelaki tak nak.

Lelaki nak yang cantik bergaya slim ramping!”

Abah mendengar luahan si anak. Menjawab kembali,

“Andai badan yang cantik kuruslah yang lelaki itu kejarkan, kenapa nak lagi lelaki begitu? Kerana sudah jelas, terang bersuluh, hatinya tidak pada hatimu. Cuma bernafsu pada lekuk tubuhmu.

Menyintai seseorang yang tiada perasaan pada kita, ibarat tanam batu dalam tanah dengan harapan ianya bercambah menjadi pokok yang subur. Memang taklah.”
Dalam Surah Al-Hujuraat ayat 13, Allah berfirman,

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
Al-Hujuraat, ayat 13



Abah sambung berbicara,

Bukan siapa yang lebih cantik, siapa lebih kurus, siapa lebih slim, siapa lebih menawan dan menarik hati dan mata yang memandang. Tetapi siapa yang lebih bertakwa antara kamu.

Andai lelaki itu mahukan tubuh slim semata-mata, adakah dia lelaki bertakwa? Jawabnya tidak.

Dia biar kamu sakit, kamu terseksa, kamu sengsara hati, diet sampai tak makan, gastrik jatuh sakit, makan pil itu dan ini yang mudaratkan organ semata-mata untuk kurus seperti kehendaknya, semata-mata demi memenuhi nafsu keinginannya, adakah ini tanda takwa?

Jawabnya tidak. Cuma lelaki bayangan syaitan. Nafsu menguasai dirinya.”

Anaknya menangis lagi. Namun, tangisannya kian mereda.

“Tapi abah, saya cintakan dia.”

Abahnya cuma tersenyum di balik pintu, seraya berkata.

“Bila benar cinta, dia takkan sanggup buatmu terluka. Andai benar dia mahu kamu terlihat kurus cantik, maka lamarlah dari tangan wali ini. Dari abah.

Kemudian, ketika perjalanan menuju nikah atau selepas nikah, dia sendiri yang berikan sokongan, dorongan kepada calon isterinya untuk berubah.

Mengurangkan obesiti. Mengurangkan lemak. Dengan bersenam dan sebagainya. Ikutlah apa namanya, diet atkins ke diet gaya kevin ke. Asalkan sihat dan tidak beri tekanan.

Bukan dengan mendera hati dan perasaan. Tapi dengan beri galakan dan sokongan dengan mesra dan memahami jiwa.

Dia yang menjadi trainer. Dia yang bersama dalam setiap susah dan rintangan sepanjang proses kuruskan badan.

Dia nak kamu terlihat cantik, dialah yang usahakan sehabis dayanya. Hendak cantik perlukan usaha dan sokongan. Bukannya petik jari atau seru saja, hatta mengarah bagaikan bos. Dia bukan bos sebelum akad.

Abahlah bos kamu sebelum akad.”

Suasana sepi seketika. Pintu dibuka. Si anak keluar dari biliknya. Peluk bapanya dengan sendu tangis.

“Abah..sakitnya hati ini..”



Abahnya menenangkan.

“Abah faham. Hidup ini ujian. Dengan ujian inilah yang akan lebih matangkan kamu. Supaya kamu tidak lagi jatuh dalam lubang berbisa yang sama untuk kedua kalinya.

“Lelaki yang ‘keras hati’ dan kasar pada kamu, tak elok dijadikan suami.

Nabi s.a.w. pesan: “Man Yuhramirrifqa, Yuhramil Khaira”,

“Barangsiapa luput daripadanya sifat lemah lembut, dia adalah luput dari segala kebaikan.”
Hadis Riwayat Muslim

Biarlah tak kurus badan hingga jatuh sakit. Asalkan tak kurus iman. Hati berpenyakit.

]]>
8 Perkara Perlu Bersedia Bila Jodoh Dah Sampai. https://redaksi.com/52-8-perkara-perlu-bersedia-bila-jodoh-dah-sampai Sat, 20 May 2017 01:00:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=52 Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Esa. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Soal jodoh, memang tidak diduga - perancangan Allah SWT yang hamba-Nya tidak ketahui. Kamu mungkin telah bertemu dengan pasangan yang kamu cintai. Tetapi masalahnya, masih tiada keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan. Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Kamu harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta. Fikirkan perkara-perkara di bawah, tapi jika kamu sudah yakin dengan pilihan kamu, tunggu apa lagi!



1. Ada alasan kukuh berkahwin.

Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin kamu peroleh daripadanya? Apa kesannya pada diri kamu, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat kamu pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat kamu sehingga benar-benar yakin.


2. Harus sedia berkongsi.

Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.




3. Sedia untuk sakit hati.

Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan kamu.


4. Sedia untuk berfikiran terbuka.

Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Ada kalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika kamu selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.




5. Sedia untuk kompromi.

Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh, tapi ingat akan pasangan kamu. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan kamu. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.


6. Sedia untuk berpisah.

Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.




7. Sedia menerima malu.

Kamu tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihanmu. Oleh sebab itu, kamu harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.


8. Soal anak.

Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. kamu tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.


]]>
5 Asas Penting Menilai Calon Suami Yang Soleh. Calon Anda Bagaimana Orangnya? https://redaksi.com/1429-5-asas-penting-menilai-calon-suami-yang-soleh-calon-anda-bagaimana-orangnya Mon, 02 Oct 2017 11:45:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1429 Memilih suami bukan satu perkara kecil, kerana ia ibarat kita memilih seorang nakhoda buat mengemudi sebuah bahtera. Tentu tidak mudah untuk dipastikan jauh dekat dan susah senang sepanjang pelayaran nanti, justeru kekuatan dan kemampuan yang sebenar harus dipastikan ada pada seseorang nakhoda yang dipilih. Kalau nakhoda yang dipilih itu sekadar ambil yang mana ada sahaja, atau tidak dipastikan betul-betul latar belakangnya sebelum dilantik jadi nakhoda, maka bayangkan sajalah apa nasib yang akan diterima sepanjang pelayaran nanti? Itu baru nakhoda kapal. Ini nakhoda kehidupan. Bahtera yang akan dinaiki oleh kita dan dia menuju ke satu destinasi yang cukup jauh, selagi nyawa masih dikandung badan. Justeru mari lihat apakah asas penting dalam membuat pilihan penting tersebut.



1. Dia seorang yang soleh. 

Allah Ta’ala yang menciptakan manusia, lelaki dan perempuan, DIA cukup tahu apa keinginan dan fitrah semulajadi seorang perempuan. Seorang perempuan mahukan dirinya dibimbing, dan sangat mengimpikan kehidupan selepas berkahwin yang tenang dan tenteram. Kerana itu, syariat Islam menitikberatkan soal memilih siapa yang akan menjadi pembimbing tersebut, dengan menekankan perihal SOLEH sebagai asas penting menentukan pilihan. Hanya seorang lelaki yang soleh, akan menjadi seorang yang amanah dan konsisten dengan tanggungjawab yang digalas. Manakala lelaki yang tidak soleh, lebih mudah cuai dan pecah amanah. Jangan ambil mudah soal tidak amanah. Ia bagi kesan yang cukup besar selepas bernikah. Saya bagi contoh begini. Islam perintahkan suami berbuat baik dengan isteri. Haram hukumnya suami menyakiti isteri, samada dengan kata-kata – seumpama selalu ugut untuk ceraikan – atau dengan perbuatan – seumpama pukul, sepak atau tendang. Apabila anda berkahwin, anda jadi amanah yang dijaga oleh suami, iaitu untuk anda diperlakukan dengan baik. Lelaki soleh menganggap amanah itu benda besar, yang akan ditanya oleh Allah kelak. Tetapi lelaki yang tidak soleh, apakah dia mengambil kisah apa itu amanah?



Justeru kita lihat banyak lelaki-lelaki tidak soleh ini menyakiti dan merosakkan kemuliaan hubungan suami isteri, bahkan anehnya di zaman ini, jadi satu ‘style’ pula bila suami arrogant, kasar, suka menyakiti isteri, bahana dari filem dan drama melayu yang mahu tunjukkan itu sebagai ‘sweet’. Lalu jangan anda fikir, kesudahan hidup anda seperti drama itu, di mana yang sombong jadi penyayang, yang kasar jadi romantik. Cari panduan dalam agama bukan dari ‘trend’ dunia. Ingatlah, lelaki yang tidak soleh memang tidak boleh memikul amanah. Sebelum bernikah lagi anda boleh lihat tindak tanduknya. Jika sedikit demi sedikit dilonggarkan batas ikhtilat dengan anda, sedang kalian belum punya ikatan yang halal, sedarlah bahawa dia sedang melanggari amanah dari Allah untuk menjaga diri dan agamanya. Bagaimana dia akan menanggung amanah yang lebih berat dari Allah, iaitu untuk menjaga anda? Sebab itu, soal SOLEH ini sangatlah penting. Di dalam hadith Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda :

” Apabila datang kepada kamu lamaran seorang lelaki, yang kamu redha akan agama dan akhlaknya, maka kahwinilah dia, kerana jika tidak nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi ” HR Tirmizi.

Walaupun ramai yang dengar dan tahu pentingnya pilih seorang lelaki yang soleh sebagai suami, namun ramai juga yang akhirnya ketepikan soal soleh itu selepas hatinya terpikat dengan seseorang lelaki. Justeru, asas penting ini ditulis dan diletakkan sebagai nombor satu, supaya ia benar-benar dijadikan asas dalam memilih. Fahamilah, asas itu umpama kita membina rumah. Secanggih mana binaan kita dan sehebat mana reka bentuknya, kalau ia dibina di atas asas yang tidak kukuh, maka bila-bila masa sahaja ia boleh roboh dan hancur.



2. Dia seorang yang beragama.

Hidup beragama adalah nikmat sebenar menjadi seorang muslim. Ada ramai muslim yang agamanya Islam, tetapi cara hidupnya jauh dari nilai beragama. Ada ramai juga muslim yang berada dalam jurusan agama dan digelar orang agama, tetapi jiwanya jauh dari konsistensi hidup beragama. Lelaki yang hendak dipilih sebagai pembimbing dan nakhoda kita itu, mestilah seorang yang benar-benar beragama. Maksudnya, yang tidak hanya Islam pada nama. Atau kalau suka yang belajar agama, yang tidak hanya Islam pada jurusannya sahaja. Islam itu pada sejauh mana kita menjadikan ia sebagai satu cara hidup. Dari kita bangun pagi sehinggalah kita tidur malam nanti, seluruh kegiatan dan perbuatan kita dipastikan agar bernilai ibadah. Itu takrifan hidup sebagai seorang muslim yang beragama. Ada pula orang tanya, macam mana nak tahu dia seorang yang beragama? Siasat dan selidik. Samada dari mata kita sendiri, atau dari mata orang lain, atau dari pandangan orang lain yang benar-benar kenal dengan dirinya.

Seorang lelaki yang beragama, sangat menjauhi perkara syubhah. Antara perkara syubhah adalah bermesej dan berhubung dengan perempuan yang bukan mahramnya, tanpa urusan kerja atau sengaja dileret-leretkan dari urusan kerja, tanpa mengira masa bahkan kerapkali menjangkau ke tengah malam. Seorang lelaki yang beragama, dia biasanya dihormati orang kawan-kawan dan sahabat-sahabatnya. Bukan bermakna dia tak pandai bergurau, bukan semestinya dia digelar murabbi, bukan. Tetapi prinsip berpegang dengan agama dalam dirinya itu tinggi, seumpama menjauhi lepak-lepak buang masa ataupun sangat tegas menghindari ‘halaqah’ mengumpat atau mengata.



3. Dia seorang yang berakhlak tinggi.

Akhlak terpuji atau mahmudah itu perkara yang tak boleh dibuat-buat, tetapi ia tumbuh mekar apabila dilatih dalam diri. Seorang lelaki yang baik untuk dipilih sebagai suami adalah seorang lelaki yang subur jiwanya dengan akhlak terpuji. Dia mampu menjaga lisannya dari mencarut apabila kesabarannya diuji. Dia mampu menjaga anggotanya dari menyakiti apabila emosinya mencabar diri. Akhlak tinggi dan terpuji itulah yang terus dijadikan penghias peribadi. Satu perkara yang kita perlu beri perhatian adalah, akhlak terpuji itu bukan lakonan. Ada orang, dia tahu calon suaminya itu tidak berapa sopan dan berakhlak, tetapi bila hendak diperkenalkan dengan keluarga, dia ‘ajar’ lelaki tersebut supaya pakai begitu dan begini, bercakap nada begitu dan begini, supaya mak dan ayahnya berkenan untuk terima.

Sebenarnya, kesedaran sebegini perlu datang dalam diri kita sendiri, bermula dari detikan niat untuk bergelar isteri itu lagi. Menjadi isteri jika hanya untuk dicintai oleh suami, sia-sialah kehidupan kita di dunia ini. Tetapi menjadi isteri itu, jika untuk dicintai oleh Allah dengan wasilahnya mencintai dan dicintai suami, insyaAllah, berbahagialah kita di akhirat nanti. Sebab itu, sebelum memilih akhlak sebagai asas memilih calon suami, biarlah hati kita terlebih dahulu mengetahui dan meyakini kepentingan akhlak tersebut. Bila kita cintakan akhlak terpuji dan berusaha ke arah itu, barulah ia boleh dijadikan asas dalam menentukan penerimaan dan penolakan kita terhadap seseorang lelaki.

4. Dia seorang yang berjiwa besar.

Lelaki itu diciptakan oleh Allah secara fitrahnya punya jiwa untuk memimpin. Justeru dalam dirinya wujud nilai-nilai kepimpinan. Dia melihat masa depan, perancangan dan persediaan menempuh cabaran dalam sudut pandangnya yang tersendiri. Ramai orang hendak berkahwin dalam usia yang muda, demi menyelamatkan diri dari terjebak dalam maksiat. Tetapi cabaran utamanya adalah kemampuan yang terhad, samada dari segi diri sendiri mahupun dari segi kewangan. Jika hendak memilih calon suami, carilah yang berjiwa besar. Iaitu seorang lelaki yang tika dihadapkan dengan seribu satu perkara seperti perkara di atas ini, dia punya kaki yang kuat dan badan yang tegap untuk terus bertapak. Itu tamsilan. Maksudnya, dia punya prinsip dan pendirian. Jika soal prinsip dan pendirian itu ‘diserahkan’ kepada orang lain, contohnya ibu bapa, atau guru-gurunya, sedang dia cuma mahu ‘merengek’ hendak berkahwin sahaja, maka lelaki itu selain belum matang, dia juga tidak berjiwa besar. Lebih malang, jika yang menjadi tempat dia ‘merengek’ itu adalah anda, sedang dia tahu, jika dia tak boleh usaha, anda tentulah lebih-lebih lagi! Sedang lelaki yang berjiwa besar, biasanya terzahir dari perlakuannya. Dia sembunyikan emosi dan kegundahan, dia kedepankan fikiran positif dan ketabahan. Dia susun strategi dan melangkah dengan seimbang.

Tidak besarkan seratus peratus keinginan diri sendiri, dan tidak juga turut seratus peratus kemahuan keluarga. Pilihlah lelaki yang berjiwa besar sebegini. Saya selalu sebutkan, cabaran dan halangan yang ditempuh sebelum berkahwin itu cumalah sesi memanaskan badan sahaja, sedang cabaran sebenar bermula selepas kita berkahwin. Emosi kita dan dia bila bertembung, tentulah lebih menekan, berbanding beremosi seorang diri. Dan latihan mengurus emosi diri sendiri itu perlu ditempuhi ketika hati menyuarakan hasrat untuk berkahwin, atau untuk mengambil anda sebagai isteri. Ada juga yang ‘manjakan’ calon suaminya lebih awal. Tak apa kalau si lelaki tak mahu buat, biar dia yang buat. Biar dia yang usaha pujuk mak ayah, biar dia yang cari duit buat tampung belanja kahwin, biar dia yang rangka cadangan kewangan untuk ditunjukkan pada keluarga dan sebagainya. Si lelaki pula sibuk dengan menghabiskan masa. Betullah, menghabiskan masa adalah pekerjaan yang paling sibuk, kerana kita sendiri tidak tahu bilakah masa itu akan habis. Berfikirlah tentang masa depan, jangan hanya fikirkan perasaan sayang. Jika anda teruskan begitu, tidak mustahil begitulah keadaan anda selepas bernikah. Mahukan anda ‘dibimbing’ oleh seorang lelaki berjiwa kecil dan suka lepas tangan?



5. Dia seorang yang cintakan ilmu.

Firman Allah Ta’ala :

” Allah mengangkat orang yang beriman dari kalangan kamu, dan orang-orang yang diberikan ilmu, dengan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan. ” al-Mujadalah : 11.

Selalu orang tersilap, katanya pilih suami soleh mesti yang berada di jurusan agama. Seumpama pelajar jurusan Syariah, Usuluddin, Tahfiz Al-Quran dan sebagainya. Sebenarnya, yang ditekankan adalah mesti pilih suami soleh yang belajar agama. Kita jangan sesekali lupa, bahawa belajar agama itu tidak akan pernah habis. Orang yang belajar agama untuk mengenal Allah, menguasai fardhu ain, mengenal halal haram, untuk membuka laluan ke Syurga Allah, jauh lebih mulia daripada orang yang belajar agama semata-mata untuk menghabiskan ijazah. Apa guna ilmu agama jika hanya ditulis atas kertas? Ada ramai lelaki soleh yang begitu hebat keperibadian mereka, mereka konsisten dengan majlis-majlis ilmu dan membaca Al-Quran setiap hari selepas maghrib. Kalau tidak duduk dengar kuliah-kuliah agama di masjid-masjid, dia buat catatan nota kuliah agama depan Youtube. Saya tabik dan kagum dengan lelaki sebegini, walaupun dia bukan dari jurusan agama. Sebab, agama adalah kehidupan dan ilmu adalah lampu yang menyuluhnya.

Tanpa ilmu, mana mungkin dicapai nilai hidup beragama. Biarlah orangnya nampak tidak berapa hensem dan kacak, tapi suka berguru atau duduk di majlis ilmu adalah kriteria yang jauh lebih mahal dan bernilai daripada rupa paras. Biarlah orangnya nampak kurus macam tak cukup makan, tapi minatnya pada ilmu – masyaAllah – cukup tebal dan mendalam. Nanti lepas kahwin, insyaAllah dia boleh digemukkan. Saya sebutkan begitu, sebab tidak sedikit juga yang memilih perkara rupa dan susuk badan sebagai yang lebih utama dari nilai beragama, akhlak, kewibawaan dan ilmu pada seseorang lelaki. Bukan soal tidak pilih langsung, tetapi soal menyusun mana yang lebih utama, itu yang selalu bermasalah. Alasan lazim adalah hati sudah tertawan, atau hati tak boleh terima yang kulit warna sekian dan bentuk tubuh macam sekian.

Apa sekalipun, ingatlah bahawa sebanyak mana asas pemilihan yang dicadangkan, tetapi akhirnya yang akan memilih itu hanyalah dua, samada nafsu ataupun iman. Kalau akal kita kenal dengan kebenaran sekalipun, tapi nafsu lebih kuat merajai diri, maka yang akan dipilih tetap juga bukan kebenaran. Untuk membuat pilihan yang tepat, kita perlu memilih dengan kekuatan iman, dan untuk memilih dengan iman, kita perlu bermujahadah menyuburkan keimanan dalam diri kita sendiri. Sekadar satu catatan ringkas, moga bermanfaat dan berpedoman.

 

]]>
Dah Kahwin Nanti, Suami Isteri Harus Tahu Maksud Pengorbanan, Kompromi Dan Toleransi. Jom Ketahui Maksudnya. https://redaksi.com/5219-dah-kahwin-nanti-suami-isteri-harus-tahu-maksud-pengorbanan-kompromi-dan-toleransi-jom-ketahui-maksudnya Fri, 15 Feb 2019 14:49:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5219 Bila dah kahwin 360 darjah berubah…

Bila dah kahwin sikap pasangan mulai berubah…

Bila dah kahwin semua benda perlu lakukan bersama pasangan bukan keseorangan…

Bila dah kahwin jangan berlagak bujang sehingga berlaku perpisahan…

Memang banyak perkara yang berubah setelah anda berumah tangga nanti. Malahan, ia tidak lagi sama dengan waktu anda bujang dimana anda tiada komitmen mahupun tanggungan. Mahu mementingkan diri tanpa memikir perasaan orang lain pun boleh, namun Allah SWT itu Maha Adil, sekiranya anda lakukan perkara yang tidak baik pada orang lain, anda juga akan menerima balasan dari-Nya.

PENGORBANAN.

Apa yang dimaksudkan dengan pengorbanan dalam perkahwinan?

Pengorbanan ketika bercinta berbeza situasi yang kita alami, kerana ketika bercinta pasangan tidak duduk sebumbung, mahupun melihat wajah masing-masing setiap hari. Sedangkan setelah berumah tangga, celik sahaja mata terdengar dengkuran pasangan. Ahli keluarga pasangan juga kita perlu ambil berat juga berbanding dengan zaman bujang dahulu.

Pada zaman sekarang, pengorbanan seorang isteri dan suami adalah dari segi masa, waktu dan tenaga dimana kedua-duanya sama-sama mencari rezeki sama ada di dalam atau di luar rumah. Oleh sebab itu, pada masa kini lelaki yang mahu ke jinjang pelamin harus menjadi LEBIH BERKORBAN dari bakal isterinya kerana…

Suami kerja, isteri pun kerja....

Suami bayar bil, isteri pun boleh bayarkan bil....

Suami pandu kereta, isteri pun boleh pandu kereta....

Apa sahaja yang kaum lelaki boleh lakukan, kaum wanita juga mampu lakukan. Maka, untuk menjadi pemimpin, lakukan lah sesuatu yang anda boleh korbankan pada isteri anda.

Namun, yang jelas kelihatan pengorbanan seorang isteri terhadap suaminya adalah memberi zuriat yang telah dikandungkan selama 9 bulan.

KOMPROMI.

Kompromi amat penting dalam rumah tangga kerana pasangan melakukan sesuatu perkara sebagai pasukan, dan bukannya keseorangan seperti zaman bujang dahulu. Kompromi bermaksud, pasangan mempunyai kata sepakat, atau mempunyai persetujuan yang sama dalam pendapat. Ini kerana pasangan mampu memperoleh solusi walau dalam apa jua situasi.

Ketika bujang, anda seolah-olah mementingkan diri, dan mahukan orang lain ikut cara anda sahaja. Namun, apabila orang lain mahu anda ikut cara mereka pula, anda tolak mentah-mentah tanpa memikirkan hati dan perasaan mereka.

Jadi, adakah anda boleh lakukan sebegitu rupa pada pasangan setelah berumah tangga?

Sudah tentu TIDAK BOLEH kerana anda akan dianggap mementingkan diri sendiri, ego tinggi dan lebih baik berdikari.

Sebagai contoh: “Menyesal saya kahwin dengan awak, lebih baik saya hidup sorang-sorang..”

TOLERANSI.

Toleransi adalah apabila anda dapat menerima kekurangan dan keburukan pasangan seadanya dengan bersabar, bertolak ansur, dapat melihat kelebihan disebalik kekurangannya, malah dapat pula pertimbangkan kekurangannya juga.

Ini juga boleh dinamakan sebagai Cinta Buta, kerana anda seolah-olah buta dengan kekurangan pasangan sehingga dapat menerima si dia seadanya.

Ia cuma perumpamaan, namun anda rasakan anda masih boleh tolerate dengan kekurangan pasangan, dimana orang lain tidak boleh tolerate dengan si dia. Ini juga boleh dipanggil jodoh anda. Dah jodoh, kan?

Jadi, sekiranya ketika bujang anda tidak mempunyai 3 ciri utama ini, persiapkan lah diri anda dengan sebaiknya kerana kehidupan setelah berumah tangga amat mencabar!

]]>
Tiada Hadiah Lebih Berharga Bagi Isteri, Selain Suami Yang Ringan Tulang. https://redaksi.com/253-tiada-hadiah-lebih-berharga-bagi-isteri-selain-suami-yang-ringan-tulang Wed, 21 Jun 2017 11:30:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=253 Tak ramai yang mampu hargai pasangan, kebanyakan hanya tahu mengkritik dan mengarah! Allah. sedarlah wahai suami, andai kalian boleh saling melengkapi sudut ini, itu lebih dari cukup. Jom baca perkongsian dari Ustaz Ebit Lew ini. Hari ini cuti, sibuk masak untuk bidadari dan anak-anak. Semua anak-anak bersorak sibuk tengok macam kapal terbang mendarat dalam rumah. Sebab jarang-jarang ayahnya masak. Ya Allah. Maafkanlah diriku ini... Kelakar campur sedih sayu sangat sebab terbayang bidadari saya hari-hari masak. Mak saya dulu pun begitu. Begitulah kebanyakan wanita... anak-anak kata ayah nak ini.. nak itu.. nak ini.. menjerit-jerit. Dia tak tahu ayah dia bukan pandai macam umi dia masak. Isteri lak senyum-senyum tengok suami.. sibuk rakam suami dia masak. Ambil gambar.. hehe... orang bercinta memang macam tu yer. Duduk-duduk nak ambil gambar. Sayang, tunggulah di luar biar abang masak nanti malu tak jadi. Sayang rehat yer, tengok masa buka nanti. Baru tahu sebab apa wanita suka upload makanan kat fb, yerlah sebab dia masak. Dia penat. Dia seronok. Tu jer...hee.. Cuba tengok isteri, sambil masak boleh layan suami..sambil masak boleh buat susu anak. Sambil masak boleh kemas rumah. Sambil onn mesin basuh. Kutip baju. Beribu kerja satu masa. Saya masak macam mengaji. Solat.



Betul-betul khusuk. Yerlah macam orang baru ambil lesen kereta L. Dapur pun bersepah. Dah siap baru kemas. Lihat seorang isteri mereka berpuasa sama dengan kita suami. Mereka bekerja, sama dengan kita cari rezeki. Jika tak kerja di luar, kerja di rumah 24 jam tak habis-habis. Tapi bila sampai rumah kebanyakannya isteri jaga anak-anak. Kita sedap-sedap dapat solat isya' dan Tarawih di masjid. Jumpa kawan-kawan di masjid. Isteri sibuk urus anak sepanjang malam. Buat yang anak-anak masih kecil. Isteri sibuk uruskan anak-anak. Lepas tu mereka juga bangun sahur awal. Ada pula suami pesan isteri jangan lupa kejut sahur. Kalau tak kejut abang tak puasa. Jika tak bangun, marah isteri. Kasihanilah ibu dan isteri kita. Sayangilah mereka. Mereka tolong kita cari duit tanpa harap balasan. Mereka jadi bibik 24 jam di rumah. Bibik pun ada gaji dan ada waktu bekerja. Isteri jadi tukang masak yang pakar. Masakan mereka dengan doa dan bersih. Sentiasa cari menu baru dan fikir apa nak masak untuk suami..laku rancangan masak. Selebriti masak. Sebab nak beri yang terbaik buat suami. 24 jam fikir nak masak apa. Ya Allah. Lepas tu jadi cikgu anak-anak kita. Mereka cikgu math. Mereka ustazah fardhu ain. Mereka guru mengaji. Mereka guru kaunseling. Mereka guru displin. Mereka cikgu bahasa. Semua mereka kena ajar anak-anak. Mereka cikgu adab akhlak. Berapa elaun nak bayar untuk semua subjek. Tapi mereka buat semua tu kerana cinta. Lepas tu mereka pelayan dan menjadi hiburan anak-anak. Anak menangis mereka tahu nak apa. Anak kecil belajar cakap. Isteri kita faham. Mereka tahu semua bahasa anak-anak. Mereka tidurkan semua anak-anak. Lepas tu mereka pakai cantik-cantik layan suami lagi. Macam-macam jenis suami ada. Nak macam -macam layanan. Isteri dah penat sepanjang hari..Mereka jadi jam loceng. Suami ada handphone. Tapi harapkan jam isteri bunyi. Suami dan anak-anak bangun waktu berbeza-beza. Buat saya dan semua suami. Jom kita buat semuanya sama-sama dengan isteri kita. Cintai dan sayangi mereka. Hargai mereka.



Ucapkanlah cinta dan sayang pada mereka. Pegang tangan mereka ucapkanlah. 'Sayang betapa bertuahnya abang dapat sayang. Terima kasih sudi jadi isteri abang. Abang benar-benar bersyukur dapat sayang. I love u sayang. Abang betul-betul cintakan dan sayang sayang..'sedap sayang masak. Pandainya sayang. Ya Allah hebatnya sayang buat semua kerja ni. Bantulah mereka bersama-sama buat kerja rumah. Sekali sekala atau selalu selalulah kita siapkan buka puasa. Kita siapkan sahur. Kejut isteri dan anak sahur. Buat surprise buat isteri dengan kita kemaskan rumah. Mop lantai. Kemas mainan anak-anak. Basuh tandas. Isikan minyak kereta isteri. Siapkan baju isteri dan anak-anak. Kemaskan buku sekolah anak-anak. Basuh baju. Jemurkan semuanya. Angkat baju. Lipat baju. Kemaskan katil kita dan katil anak-anak. Layan anak-anak. Kita tidurkan semua anak-anak. Sekali sekala beri isteri rehat awal. Kita urus anak-anak. Nikmat bila kita dapat lihat isteri kita berehat. Wajahnya masa tidur nikmat buat seorang suami. Gembira campur sebak tengok wanita ini tinggalkan semuanya untuk bersama kita..berilah juga duit belanja dan apa yang kita ingin untuk kita berilah juga kepada mereka. Doakanlah isteri kita. Doakan orang yang kita sayangi. Tiada hadiah paling berharga atas semua itu melebihi mendoakan mereka.


]]>
Siapa Bayar Untuk Baju Bridesmaid? https://redaksi.com/16-siapa-bayar-untuk-baju-bridesmaid Sat, 13 May 2017 18:46:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=16 Kadang kala dilema juga kan, bila tiba part nak bayar-bayar ni. Jom kita selesaikan dilema epik dalam persiapan perkahwinan ini.



1. Apabila baju terlampau mahal.

Kalau baju bridesmaid itu terlampau mahal, mungkin lebih daripada RM300, pengantin perlu bayar untuk kos baju, atau mungkin bayar sebahagian daripada kos.

2. Apabila baju 'custom made'.

Baju custom made lebih nampak cantik sebab nampak 'terletak' dan boleh mengikut design yang dimahukan. Tapi, kos fabrik dan upah jahit pun sudah mahal bukan? Jadi, pengantin bayar kos fabrik dan kos upah dibayar bridesmaids.



3. Apabila syaratnya hanya pada tona warna.

Jika anda mahu certain warna untuk bridesmaids anda tapi tidak kisah tentang design atau stail baju bridesmaids anda, selagi bukan custom made, bridesmaids yang perlu membayar untuk kos baju kerana mereka boleh memilih stail sendiri dan boleh memakainnya berulang kali.

4. Apabila bridesmaids anda semua masih muda dan belum bekerja.

Cuba cari pilihan yang mereka mampu. Jika tidak jumpa juga, anda sebagai pengantin perlu step up dan bayar untuk kos baju.



5. Apabila destinasi majlis anda jauh dan perlukan belanja lain. 

Majlis perkahwinan bukan murah. Lebih-lebih lagi jika destinasi perkahwinan anda jauh. Jika pengantin tidak menyediakan tempat tinggal dan pengangkutan, pengantin perlu bayar kos baju. Kos pengangkutan dan tempat tinggal sudah mahal, jadi macam win-win.

6. Apabila bridesmaids boleh pakai apa-apa.

Kalau macam ni, sama macam bridesmaids shopping biasa saja. Mereka boleh pilih ikut suka mereka. Jadi, bridesmaids bayar.



7. Apabila majlis kecil-kecilan. 

Ada banyak sebab majlis dibuat secara kecil-kecilan. Antara sebab utamanya adalah untuk menjimatkan kos. Jadi, kalau dalam hal ini, lebih elok jika bridesmaids yang bayar kos baju.

8. Apabila anda dulu pernah jadi bridesmaid kawan anda itu.

Anda ikut caranya. Kalau dulu kawan anda bayar kos baju anda, anda bayar kos bajunya pula masa giliran anda jadi pengantin ini.

 

]]>
Cinta Yang Hebat Itu Adalah Cinta Yang Disekat, Nikmatnya Sangat Indah. https://redaksi.com/6644-cinta-yang-hebat-itu-adalah-cinta-yang-disekat-nikmatnya-sangat-indah Fri, 26 Jul 2019 14:57:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6644 Orang yang sedang mabuk cinta, sedang hangat jatuh cinta ini biasanya sanggup melakukan apa sahaja. Sanggup berkorban apa sahaja malah apa yang disuruh oleh pasangannya itu dia tidak akan rasa berat. Itulah yang selalunya orang bercinta rasa.

Rasa cinta itu hadir tanpa diketuk malah ia juga tanpa memberi salam. Cinta itu akan terus menyerang ke dalam hati kita. Apa yang kita tahu, kita membalas cinta itu.



Bercakap mengenai cinta ini,

Ada orang nak jatuh cinta tapi tak jatuh-jatuh.

Ada orang jatuh cinta tapi tak ada yang sambut, tapi kalau jatuh ada orang sambut, itu bahaya.

Sebab itu cinta yang hebat adalah cinta yang tersekat. Nikmatnya sangat hebat.



Berdasarkan kisah yang dikongsikan oleh Ustazah Ustazah Asma Harun, apabila rasa jatuh cinta dan suka akan seseorang itu cuba untuk gunakan kuasa doa. Berusaha melalui doa.

Seperti yang beliau kongsi, rakannya dulu menyukai seseorang akan tetapi dia tidak memberitahu orang tersebut malah hanya berdoa sahaja. Di mana dia niat dalam doanya, statik dengan nama orang tersebut dan tidak putus-putus menyebut nama orang tersebut walaupun pada ketika itu dia berkawan rapat dnegan orang lain. Akan tetapi akhirnya lelaki itu kini menjadi suaminya.

“Allah makbulkan impian dan doanya.”

Bila rasa suka dan rasa cinta, usaha dengan doa dan sekat untuk menyatakan rasa cinta itu kepadanya. Ini adalah orang yang betul-betul yakin bahawa jodoh itu ketetapan Allah.

Bukan dengan memberitahu ataupun dengan mengurat orang tersebut untuk menjadikannya jodoh kita tetapi dengan hanya berdoa boleh mengubah apa yang kita tidak pasti.



Jodoh ini memang rahsia Allah.

Mungkin ada sesetengah kita ini mengimpikan pasangan yang rasanya selayaknya untuk kita, akan tetapi bila Allah tak beri kita untuk memiliki orang seperti yang kita mahukan itu, Allah akan berikan seseorang pasangan yang lebih baik dari kita mahukan.

Kalau kita nak tahu sekuat mana jodoh kita dengan orang itu, bukannya melalui kuatnya hubungan bertahun yang kita pertahankan, bukan dengan bertapa risaunya kita mengambil berat malah bukan dengan risaunya kita tidak saling berhubung.

Tetapi percaya bahawa jodoh itu adalah ketetapan Allah malah berdoa untuk memilikinya.

]]>
Beza Merisik, Meminang, Bertunang Dan Bernikah. https://redaksi.com/1953-beza-merisik-meminang-bertunang-dan-bernikah Thu, 12 Apr 2018 10:30:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1953 Melayu sinonim dengan adat dan budaya. Ia juga sebenarnya mengajarkan kita untuk menjadi manusia yang beradab apabila melakukan sesuatu. Mana yang boleh diikuti dan tidak bertentangan dengan hukum syariat Islam, kita ambil. Jika bertentangan dengan hukum Islam, kita abaikan. Kerana kita berwaspada dengan perkara yang mengandungi unsur-unsur khurafat.


1. Merisik.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), merisik adalah “menyelidik sesuatu secara diam-diam.” Dengan erti kata yang lain, seorang lelaki boleh mengunjungi pihak perempuan untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai wanita yang ingin di jadikan pasangan. Ada kalanya, rombongan datang secara mengejut untuk memeriksa dan memerhatikan suasana rumah secara realiti tanpa ada perselindungan apabila kunjungan tersebut tiba. Kebiasaannya ibu pihak lelaki akan memerhati bahagian dapur, bilik air untuk melakukan spot check. Ia bertujuan menganalisis kehidupan dan perilaku seorang wanita jika berada di rumah. Jika baik, baik jugalah respon ibu tersebut.

2. Meminang.

Meminang dan melamar membawa maksud yang sama. DBP berpendapat, meminang atau melamar adalah “meminta atau memohon seseorang perempuan untuk dijadikan isteri.” Setelah keluarga lelaki bersetuju untuk lelaki tersebut menunaikan hajatnya mengahwini wanita, keluarga lelaki akan meminta izin pihak perempuan untuk memohon kebenaran keluarga perempuan bagi mengikat janji antara lelaki dan perempuan.

3. Bertunang.

Bertunang adalah, “mengikat janji untuk menjadi suami isteri.” Perkara ini dianjurkan dalam Islam agar tidak terjadinya pertindihan dalam peminangan. Bertunang boleh dilaksanakan terus sekiranya sewaktu meminang, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengikat janji atau bertunang. Sebahagian masyarakat, ada juga mengasingkan meminang dan bertunang dengan mengadakan majlis bertunang secara eksklusif. Tetapi disarankan agar majlis tersebut diraikan secara sederhana.

4. Bernikah.

Dikenali juga dengan berkahwin, iaitu “bersetuju menjadi suami atau isteri.” Nikah dalam agama Islam menurut bahasa adalah “kumpul, himpun dan campur.” Menurut syarak, “ijab dan qabul (akad) iaitu menghalalkan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang diharuskan berkahwin.”


Jadi, dengan mengenal pasti perbezaan ini diharapkan pembaca dapat membezakan keempat-empat istilah tersebut secara terang dan jelas. Lakukan mengikut kehendak masing-masing dalam bab merisik, meminang, bertunang tanpa mengabaikan tuntutan Islam. Apapun, diharapkan semoga anda tidak keliru dengan istilah tersebut selepas ini. Terima kasih kerana membaca. Hehe


]]>
Hidden Hantaran Kini Jadi Pilihan Bakal Pengantin, Jimat Pun Jimat. Ini Cara Ikatannya. https://redaksi.com/7549-hidden-hantaran-kini-jadi-pilihan-bakal-pengantin-jimat-pun-jimat-ini-cara-ikatannya Wed, 30 Oct 2019 10:12:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7549 Rasanya bukan satu perkara yang baru lagi mengenai hidden hantaran ini. Hidden hantaran ini bukan baru je nak muncul tetapi ia telah lama ada dan dilupakan, namun kini ia kembali lagi menawan hati-hati bakal pengantin yang bimbang jika barang hantarannya menjadi buah mulut orang. Mana tidaknya, orang sekarang ini macam-macam yang hendak dikatanya.

Telah menjadi adat orang kita dalam majlis perkahwinan ini tentu akan ada pemberian hantaran daripada pihak lelaki dan perempuan. Masing-masing tentu sahaja akan berlumba-lumba beri hantaran yang mahal agar dapat mengelakkan menjadi buah mulut orang. Itu yang kadang kala bajet perkahwinan boleh lari sebabnya nak beri barang hantaran yang mahal dan berjenama.

Kadang bukan barang hantaran sahaja yang perlukan bajet yang lebih, cara gubahan hantaran tentu sahaja perlukan bantuan dari mereka yang berkemahiran. Barulah barang hantaran akan mengikut trend terkini dan kelihatan mewah. Dari sini pun dah gunakan banyak bajet, mana tidaknya perbelanjaan perkahwinan akan menjadi lebih banyak.



Hidden hantaran ini banyak faedahnya jika dilihat secara terperinci. Antara faedahnya;

1. Tidak menambah dosa orang lain.
2. Hati lebih ikhlas dalam memberi sesuatu.
3. Tidak ada niat nak menunjuk.

Buat anda yang nak berjimat, hidden hantaran ini sememangnya sangat sesuai untuk memeriahkan majlis anda lagi. Bukan sahaja boleh cut bajet yang ada malah anda sendiri boleh melakukannya sendiri. Jadi tak perlu nak tempah atau minta bantuan dari mereka yang mahir.



Ramai yang tahu bahawa hidden hantaran ini miliki cara untuk mengikat dan membungkusnya agar kelihatan kemas. Buat yang tak tahu dan ingin memperlajarinya, boleh lihat video di bawah ini.




]]>
Bakal-Bakal Isteri Kena Tahu Cara Memilih Ikan Segar, Ini 6 Tips Membantu Anda. https://redaksi.com/5723-bakal-bakal-isteri-kena-tahu-cara-memilih-ikan-segar-ini-6-tips-membantu-anda Mon, 08 Apr 2019 12:20:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5723 Apabila membeli sesuatu barang basah seperti sayur, ikan, daging, ayam dan buah-buahan ini sudah tentulah kalian anda memilih barangan yang segar dan masih baru lagi. Ini kerana, makanan yang masih segar akan terasa lebih manis dan enak apabila dimakan, bukan itu sahaja, khasiat di dalamnya juga masih lagi elok.

Namun begitu, tidak ramai orang yang bijak dalam memilih bahan basah ini yang masih segar terutamanya ikan. Ini kerana, pada luarannya ia kelihatan hampir sama dan serupa sahaja itu yang menyukarkan pemilihan dan pembezaan ikan yang segar dengan yang tidak.



Ikan menyimpan sekumpulan nutrien yang bermanfaat untuk kesihatan, tetapi kandungan nutrien ini tidak lagi bagus jika anda makan ikan yang sudah tidak segar. Ramai yang tidak tahu bahawa, ikan ang tidak lagi segar juga merupakan tempat pembiakan yang ideal untuk pelbagai bakteria. Bakteria ini boleh mencemari makanan yang mengakibatkan masalah kesihatan, malah keracunan makanan. Untuk mengelakkan ini, berikut adalah cara memilih ikan segar yang boleh anda gunakan.

Berikut 6 cara memilih ikan segar:

Mungkin ada di antara anda yang tahu bahawa ikan yang kurang segar akan mempunyai bahu hanyir yang kuat dan teksturnya sedikit lembut, tetapi ada 6 cara lain untuk mengenali pastinya.

1. Mata ikan.

Mata ikan segar cerah dan jelas dengan hitam di tengah. Permukaannya terasa menonjol dan menguning apabila disentuh. Sebaliknya, mata ikan yang tidak segar kelihatan keruh. Bahagian mata yang harus putih kekuningan juga berubah warna menjadi kemerah-merahan.

2. Insang ikan.

Angkat penutup insang di sebelah kepala ikan. Ikan yang baru ditangkap mempunyai insang merah yang kelihatan bersih dan segar. Semakin merah insang tersebut semakin bagus kualiti ikan itu. Jika keadaan perut keadaan kekuningan dan insang ikan kelihatan kelabu dan terpisah antara satu sama lain menunjukkan bahawa ikan tersebut sudah kurang kesegarannya.

3. Kulit dan sisik ikan.

Satu cara mudah untuk memilih ikan segar adalah untuk memerhatikan warna kulit dan sisik. Kulit ikan berkualiti baik kelihatan berkilat dengan warna-warna cerah. Sisik juga tidak mudah terpisah atau tertarik jika hendak dibandingkan dengan ikan yang sudah tidak segar.

4. Isi atau daging ikan.

Daging ikan segar jelas dengan warna yang cerah. Sesetengah jenis ikan mempunyai daging putih terang, tetapi terdapat juga jenis ikan yang mempunyai warna yang berbeza. Apa saja jenis ikan yang anda pilih, pastikan warna itu cerah dan kusam.

Ikan segar mempunyai tekstur lembut, tetapi agak kenyal sehingga dapat kembali ke bentuk aslinya setelah ditekan. Seluruh daging juga terikat dengan tulang. Berbeza dengan ikan tidak segar, daging ikan akan berwarna kusam. Tekstur juga menjadi lebih lembut atau lembik.

5. Perut ikan.

Cara lain untuk memilih ikan segar adalah dengan menekan pada perut. Perut ikan segar terasa lembut apabila ditekan dan boleh kembali ke bentuk asalnya. Sementara itu, ikan tidak segar mempunyai perut yang lembut serta lembik. Kandungan perut juga mudah rosak apabila anda menekannya.

6. Bau.

Ikan yang berkualiti baik mempunyai bau tersendiri yang segar dan ringan. Bau yang berasal dari ikan segar serta tidak mengganggu bau atau rasa pelik. Sebaliknya, bau hanyir yang kuat menunjukkan bahawa ikan tidak lagi segar. Ikan yang telah ditinggalkan terlalu lama pada suhu bilik dan telah mula mengalami kerosakan.

Mungkin bagi sesetengah orang tidak mengapa jika ikan sudah kurang segar tetapi ramai yang tidak tahu memilih ikan yang segar juga dapat mengelakkan risiko keracunan makanan.

]]>
"Si Dia Pergi Membawa Diriku Yang Dulu, Kini Aku Menjadi Lebih Baik Dari Itu..." https://redaksi.com/8245-si-dia-pergi-membawa-diriku-yang-dulu-kini-aku-menjadi-lebih-baik-dari-itu Mon, 08 Jun 2020 23:26:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8245 Buat anda yang sedang putus cinta...

Mungkin dia bukanlah orang yang layak untuk diri anda...

Mungkin juga dia hanyalah ujian dalam hidup anda...

Bahkan mungkin juga dia adalah persinggahan yang sementara....


Walaupun apa pun dia, dia pernah memberi kegembiraan dan kebahagiaan dalam hidup anda. Jangan pernah membenci dirinya walau apa pun yang menjadi punca perpisahan kalian itu. Akan tetapi, terima kenyataan dan redha akan apa yang telah berlaku.

Jangan simpan dendam dalam perpisahan kalian, itu hanya akan menambah luka di hati. Akan tetapi, biarkan semua yang berlaku itu menjadi satu pengajaran dan pengalaman dalam hidup anda. Boleh jadi, ia akan membuatkan anda menjadi seoran yang lebih tabah.



Tidak mengapa kecewa pada ketika ini, anda masih banyak masa lagi untuk anda perbaiki diri dan menjumpai seseorang yang lebih baik darinya. Jangan sia-siakan masa yang anda miliki untuk merayu dan mengejar cintanya semula.

Masa untuk menjadi lebih baik

Biarkan dirinya pergi bersama diri anda yang lama, masa inilah anda sepatutnya gunakan kesempatan untuk menjadi lebih baik. Biarkan dia kenal anda yang lama tetapi tidak yang baru. Gunakan peluang ini sebaik mungkin.

Ramai yang tidak nampak bahawa saat ini adalah masa yang baik untuk anda berubah. Menjadi seseorang yang lebih dekat pada Allah. Perpisahan yang berlaku ini tanda Allah sayang pada anda, dia ingin beri seseorang yang tepat dan sesuai pada anda.



Gunakan peluang ini untuk menjadi seorang yang lebih baik.

Jika sebelum ini anda culas bab solat, kini perbaikilah.

Jika sebelum sikap anda bergitu dingin dengan orang sekeliling, ketika ini murahkan dengan senyuman.

Jika sebelum ini pakaian anda kurang sempurna, ini masanya untuk anda tutup yang sepatutnya.

Jika sebelum ini anda kurang masa bersama keluarga anda, gunakan masa ini untuk eratkan hubungan.

Biarkan dia membawa diri anda yang lama, dan pastikan dia menyesali tidak mengenali diri anda yang baru. Pastikan diri anda yang baru itu lebih bagus dan lebih elok berbanding dulu. Barulah pasangan yang akan anda perolehi juga akan lebih bagus dan lebih elok berbanding yang dulu.


]]>
Hati Dah Bersedia Untuk Berkahwin, Tetapi Jodoh Belum Sampai… https://redaksi.com/3378-hati-dah-bersedia-untuk-berkahwin-tetapi-jodoh-belum-sampai Wed, 29 Aug 2018 12:56:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3378 Pasti ramai yang mengalami situasi begini. Dengar umur yang semakin meningkat, pasti sudah banyak persiapan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Cuma, jodohnya masih tercari-cari, bayang juga masih belum kelihatan.

Tanda-tanda anda sudah bersiap sedia untuk berkahwin adalah seperti…

  • Sudah ada simpanan untuk berkahwin.
  • Sentiasa melihat website/majalah tentang perkahwinan.
  • Sentiasa mendapatkan nasihat dari orang yang lebih berpengalaman dalam rumah tangga.
  • Bersungguh-sungguh perbaiki diri dan mendekatkan diri pada Ilahi.
  • Kemudian bersungguh-sungguh berdoa tentang jodoh.
  • Mempunyai perancangan tentang perkahwinan.
  • Lantang berbicara tentang perkahwinan dengan kedua ibu-bapa.
  • Malah sentiasa berbual tentang persediaan untuk berkahwin dengan sahabat handai.

Tetapi calon pula masih belum nampak bayang. Mengapakah hal ini terjadi?

KERANA MENGANGGAP JODOH TAKDIR SEMATA-MATA

“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia mesti menerima jodohnya baik ataupun buruk”

Dengan kenyataan sebegini anda seolah-olah menganggap jodoh itu takdir Allah semata-mata sehingga ia tidak boleh dipilih. Jangan lah berpendapat sebegini kerana anda seakan-akan menyalahkan Allah jika mengalami masalah dalam rumah tangga kelak, seperti…

“Sudah takdir Tuhan, jodoh saya dengan si dia sampai di sini sahaja”.

KERANA MENGANGGAP JODOH ITU TAKDIR DAN PERLU MENCARI

“Jodoh di tangan Tuhan tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya”

Kebiasaannya manusia akan mencari yang sempurna sahaja kerana ia hanya mengikut keinginan sendiri atas pertimbangan tertentu yang bersifat peribadi. Jadi, mereka lebih cenderung mencari yang sempurna dari segi paras rupa, banyak harta, berpendidikan tinggi atau berkerjaya.

Jika terlalu mencari yang sempurna (perfect) pasti kita menjadi terlalu memilih. Dan akhirnya sukar untuk bertemu jodoh.

TETAPI JODOH ITU WAJIB BERIKHTIAR SESUAI DENGAN KETENTUAN ALLAH

“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan”

Berkenaan dengan jodoh ini, kita sebagai manusia perlu memilih pasangan yang sesuai menurut Islam. Pasangan yang menggunakan kecantikan dan harta yang berlandaskan Islam, malah memiliki ahli keluarga yang baik keturunannya.

Kita sendiri memang merasakan sudah bersedia untuk berkahwin, tetapi bagaimana pemilihan kita untuk mencari bakal suami/isteri? Adakah kita berikhtiar mencari dan memilih yang sesuai dengan ketentuan Ilahi? Renungkan kembali. Moga bermanfaat.


 

]]>
Cara Untuk Mengenal Pasti Si Dia Panas Baran. Adakah Patut Berpisah Atau Mengekalkan Hubungan? https://redaksi.com/2972-cara-untuk-mengenal-pasti-si-dia-panas-baran-adakah-patut-berpisah-atau-mengekalkan-hubungan Wed, 25 Jul 2018 11:05:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2972 Bukan sahaja lelaki yang memiliki sikap panas baran, wanita juga tidak terkecuali memiliki sikap tersebut. Jika dahulu kita lihat seorang wanita itu mempunyai karektor yang lembut dan sopan santun seperti perempuan melayu terakhir, tetapi kini segalanya telah berubah mengikut peredaran masa.


Apabila mempunyai pasangan yang panas baran, tidak lah harus kita terus meninggalkan mereka, kerana panas baran adalah sikap negatif yang boleh diubah. Jadi, cara untuk mengenal mereka adalah…

1. Biarkan si dia menunggu.

Si dia yang panas baran akan melempiaskan amarah mereka seperti berapi-api seolah-olah perbuatan anda itu adalah satu kesalahan besar. Jika begini karakter si dia, pasti dia seorang yang panas baran kerana tidak sanggup menunggu pada satu kejadian kecil dalam hidupnya. Malah si dia akan menghamburkan kata-kata menyakitkan hati.


2. Minta si dia mengajar sesuatu.

Untuk mengenal si dia dengan lebih rapat dan untuk mengetahui kesabarannya, minta si dia mengajarkan anda sesuatu. Kalau kata-katanya agak pedas dan panas di telinga anda, itu tandanya dia seorang yang panas baran dan agak sukar berunding.

Mereka yang penyabar akan mengajar anda sehingga pandai tetapi yang panas baran akan mudah melenting bila anda tidak berjaya mengikut apa yang dia inginkan.

3. Lihat caranya melayan anak kecil.

Umum mengetahui kanak-kanak banyak kerenah. Oleh itu sewaktu bersamanya, bawa sekali anak saudara anda yang masih kecil. Tinggalkan mereka dan lihat cara mereka menanganinya.


4. Lihat tahap cemburu di sia.

Seorang yang panas baran kebiasaannya akan memiliki rasa cemburu yang melampau. Ada kalanya perbuatan cemburunya itu nampak mengarut tambah-tambah lagi cemburu pada hal yang remeh. Jadi, fikir dahulu sebelum membuat pilihan jika anda sejenis yang tidak tahan dengan pasangan yang panas baran.

CARA MENGATASI PANAS BARAN SI DIA

Jangan Melawan ketika si dia sedang marah. Dengar sahaja dahulu setiap kata-kata mereka.

Cuba mencari kelemahan si dia yang mampu melembutkan hatinya. Dan jangan menangis ketika mereka sedang marah kerana akan mengeruhkan lagi keadaan.


Api lawannya air. Jika si dia meninggikan suara, lebih baik anda berdiam diri atau bercakap dalam nada suara yang lembut.

Berani tegakkan kebenaran jika perkara yang si dia marahkan bukan kesalahan anda. Jangan menengking tetapi cuba untuk menjadi tegas dengan kenyataan anda yang benar.

Jika si dia mengangkat tangan atau cuba untuk memukul anda. Elak! Jangan pula provoke mereka dan duduk lebih dekat seperti “Haaa…pukul lah kalau berani”. JANGAN!

Jika si dia masih boleh bertoleransi dengan anda untuk memperbaiki sikap panas barannya, maka bertuah lah si dia kerana memiliki pasangan yang sentiasa sabar dengan kerenahnya.


 

 

 

 

 

]]>
6 Tips Menjadi Isteri Solehah Untuk Suami. Sukses Di Pejabat Dan Di Rumah. https://redaksi.com/783-6-tips-menjadi-isteri-solehah-untuk-suami-sukses-di-pejabat-dan-di-rumah Tue, 08 Aug 2017 12:12:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=783 Ramai ibu di luar sana adalah wanita berkerjaya seperti saya. Mungkin anda adalah seorang doktor, guru, arkitek, jurutera, ahli perniagaan, kerani dan sebagainya. Apa jua pekerjaan anda, pada dasarnya anda dan saya telah sedikit lari dari fitrah sebagai seorang ibu yang dituntut untuk duduk di rumah dan mendidik anak-anak kerana Allah sangat memuliakan seorang wanita itu dan kerjaya yang paling layak dan agung untuk seorang yang bergelar isteri dan ibu adalah sebagai PENGURUS di rumah. Wallahua'lam. Bekerja di luar rumah tidak salah selagi apa yang seorang ibu dan isteri itu berada di atas landasan syarak yang telah ditetapkan oleh Islam.



Baiklah, apa pun kita sekarang ini, saya dan anda telah memilih untuk bekerja. Mahu atau tidak, kita mesti melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan cara yang paling baik dan terbaik. Menjadi seorang isteri, ibu dan pada masa yang sama bekerja di luar rumah adalah satu perkara yang sangat berat untuk dilakukan. Menjadi pekerja yang sukses tidak semudah yang disangka. Banyak perkara yang perlu diambil kira terlebih dahulu, baru kita boleh dikatakan sukses di tempat kerja dan juga bahagia di rumah. Apa perkara-perkara tersebut? Mari kita kongsikan bersama!

1. Restu suami.



Adakah anda mendapat restu suami anda untuk bekerja? Dia redha anda bekerja? Cuba periksa dan tanya suami anda sekarang. Jika dia tidak restu dan tidak redha, maka jangan mimpi untuk anda jadi sukses di tempat kerja dan juga bahagia di rumah. Dari Aisyah ra. yang menceritakan;

Aku bertanya Rasulullah; 'Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan ?'. Jawab Nabi; 'Suaminya'. Aku bertanya lagi; 'Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?'. Jawab Nabi; 'Ibunya'. (HR al-Hakim)

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa' telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: 'Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu ?'. Bersabda Rasulullah saw.

'Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA.' (HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Nabi saw. bersabda,

'Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah dan jika dia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.' (HR Ibn Hibban)



2. Niat yang baik.

Mengapa anda bekerja? Adakah kerana anda bosan di rumah? Adakah anda ingin membantu suami untuk meningkatkan ekonomi keluarga? Adakah untuk suka-suka? Cuba fikir-fikirkan. Jika niat anda salah dan tidak murni, ia juga tidak menjamin anda untuk sukses di tempat kerja dan juga bahagia di rumah. Jom kita cek! Murnikan niat kita. Mungkin ada yang bekerja kerana ingin membantu meningkatkan ekonomi keluarga. InsyaAllah ini diterima. Ada juga yang ingin memanfaatkan ilmu yang dipelajarinya dan pelbagai niat murni yang ditanamkan. Mudah-mudahan niat kita itu diterima Allah swt.

Rasulullah SAW. bersabda,

'Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)

3. Keluarga yang utama.

Walau tinggi mana pun pangkat dan gelaran kita di tempat kerja, kita masih wajib mendahulukan keluarga dari kerjaya. Sebelum keluar dari rumah pastikan segala tanggungjawab diselesaikan dengan baik. Jika rumah terurus maka hati kita akan tenang. Sekaligus tanggungjawab kita di pejabat juga dapat dilaksanakan dengan baik. Pernahkah anda bawa pulang kerja pejabat ke rumah? Ketika anda sedang melakukan kerja, tiba-tiba anak anda sangat memerlukan anda pada ketika itu. Adakah anda melayaninya seketika? Atau anda memarahinya kerana mengganggu anda bekerja? Fikir-fikirkan. Adilkah bagi suami dan anak-anak anda jika sejak dari pagi anda melakukan kerja pejabat dan mengabaikan mereka ketika anda berada di rumah? Ini adalah salah satu kunci sukses anda di pejabat dan bahagia di rumah.

4. Bertolak ansur dan bekerjasama.

Seorang isteri dan ibu yang bekerja memerlukan kerjasama daripada seorang suami. Tanpa kerjasama suami, mana mungkin isteri dapat melaksanakan tanggungjawabnya di rumah dan di pejabat dengan baik. Ini semua menuntut kepada kefahaman dan saling memahami antara satu sama lain. Jika anda mempunyai lebih dari seorang anak, tanggungjawab anda tentu lebih besar dan sukar dari yang mempunyai seorang anak, bukan? Bayangkan pula bagaimana anda berpagi-pagi hendak ke tempat kerja dan menghantar anak ke sekolah mahupun ke taska. Jika ini diuruskan seorang diri, mungkin ibu tersebut akan mudah rasa tertekan dan ini akan terbawa-bawa hingga ke pejabat.

5. Lazimkan solat Dhuha.

Di manakah anda berada di antara waktu jam 8 pagi sehingga 11 pagi? Tentulah di pejabat, bukan? Di antara waktu ini, lakukanlah solat sunat dhuha kerana solat ini banyak fadhilatnya. Amalkanlah dan anda pasti terasa kehebatannya. Anda akan rasa diri anda bermotivasi dan semangat untuk bekerja.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha'ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

'Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.'(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta'ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari. Sesetengah orang mengatakan jika mahu kaya lakukan solat dhuha. Itu bagi saya intepretasi sempit yang hanya memandang kepada harta dunia semata-mata. Rezeki bukan hanya pada harta dan wang ringgit. Dikurniakan anak-anak yang sihat adalah rezeki, dianugerahkan Allah suami yang penyayang dan memahami juga adalah rezeki. Jika pada hari itu anda berasa lapang dan sangat bahagia juga dinamakan rezeki. Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang menggalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

'Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan'(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)



Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

'Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .'(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

6. Jaga aurat, maruah terpelihara.

Setinggi mana pun pangkat kita, aurat kita sebagai seorang wanita masih sama iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jagalah aurat anda ketika berada jauh dari suami. Janganlah mendedahkan aurat anda kerana itu hanya untuk suami anda sahaja. Maaf jika saya ingin menegur. Kadang-kadang kita ingin terlalu bergaya, berwangi-wangian tetapi di rumah kita seperti wanita berpantang. Muka pucat lesi dan pakai kain batik sepanjang masa. Kita lebih cantik ketika berada di luar daripada ketika berada di dalam rumah. Bukankah ini sudah salah konsep. Lagi satu, mari kita sama-sama periksa tudung kita. Adakah ia menepati syariat. Maaf sekali lagi ingin menegur. Dada anda mestilah ditutup. Pakailah tudung yang menepati syariat iaitu tidak menampakkan bentuk dada anda yang bidang itu. Anda sudahlah jauh dari suami. Maka suami orang lain pula yang memandang anda. Nauzubillah! Inilah juga antara kunci sukses anda di pejabat dan bahagia di rumah. Berpakaian yang menepati syariat, dapat menghindarkan diri kita dari fitnah dan memelihara maruah kita.

]]>
Belajar Untuk Mencintai Diri Sendiri Dahulu Sebelum Mencintai Orang Lain, Kerana Dirimu Lebih Berharga. https://redaksi.com/6939-belajar-untuk-mencintai-diri-sendiri-dahulu-sebelum-mencintai-orang-lain-kerana-dirimu-lebih-berharga Thu, 22 Aug 2019 17:45:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6939 Sering kali diingatkan bahawa sayangi diri kita dahulu sebelum menyayangi orang lain. Ini kerana, diri kita sahaja yang tahu bertapa berharganya hati perasaan sendiri. Sebelum nak mencintai orang lain, cintai diri kita dahulu barulah kita mampu mencintai orang lain dengan baik.

Memang benar kita layak dicintai, disayangi. Jika tiada yang menyayangi, maka kita sendirilah yang perlu sayangkan diri sendiri. Namun ada sebilangan daripada kita yang tidak suka akan dirinya sendiri. Alasannya mungkin datang dari pelbagai sudut, namun anda perlu ingat, walaupun anda tidak suka akan diri anda sendiri, jangan sesekali melakukan 5 kesilapan ini.



1. Jangan biarkan orang lain permainkan emosi anda

Meski anda tidak suka pada diri anda sendiri dan sehingga sampai suatu tahap anda berasa diri anda layak dilayan sebagai sampah, ketahuilah tanggapan itu adalah salah. Jangan sesekali membiarkan orang lain mempermainkan emosi anda. Membiarkan seseorang berlalu pergi selepas menyakiti anda adalah perkara yang sangat tidak patut. Sesiapa pun tidak ada hak untuk mempermainkan emosi kita meski dengan perkara yang mereka anggap remeh.



2. Jangan abaikan orang yang selalu ada untuk anda.

Jangan anggap orang lain juga tidak menyukai diri anda hanya kerana anda tidak menyukai diri sendiri. Jangan sesekali menganggap mereka berbuat baik kepada anda disebabkan rasa kasihan. Jangan salah tafsir bahawa mereka hanya melihat anda dari sisi buruk sahaja. Ternyata mereka sebenarnya tidak seperti yang anda fikirkan. Hargailah orang yang peduli terhadap anda.

3. Jangan membenci orang yang sayangkan diri mereka sendiri.

Hanya kerana anda tidak menyukai diri anda, namun anda tidak sepatutnya berasa cemburu apabila melihat orang yang menyayangi diri mereka. Jadilah seperti mereka, jangan biarkan sifat negatif sentiasa menghantui anda iaitu dengan melibatkan orang lain dengan apa yang anda alami. Ambillah apa-apa yang baik untuk dijadikan panduan.



4. Jangan hilang keyakinan diri

Jangan menganggap sisa hidup anda akan berakhir dengan sengsara hanya kerana anda tidak berada dalam situasi yang anda mahukan sekarang. Begitu banyak perkara yang boleh berubah dalam sehari, apatah lagi setahun atau sepuluh tahun. Apa yang anda rasakan sekarang bukan bererti apa yang akan terus anda rasakan untuk selama-lamanya.

Belajarlah bagaimana untuk mencintai diri anda sendiri, ianya mungkin mengambil masa, tetapi anda perlu berusaha untuk merawat diri anda dengan lebih baik. Anda perlu menerima hakikat bahawa anda layak mendapat kasih sayang, terutama dari diri anda sendiri.

]]>
Untuk Mengelakkan Suami Atau Isteri Ego, Bina Rumah Tangga Dengan Mawaddah. https://redaksi.com/2590-untuk-mengelakkan-suami-atau-isteri-ego-bina-rumah-tangga-dengan-mawaddah Mon, 25 Jun 2018 14:57:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2590 “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan….” (Ar-Ruum:21)

Mawaddah secara teorinya bermaksud cinta atau harapan. Di dalam sebuah  pernikahan, cinta adalah salah satu aspek penting yang harus ada dan perlu ada pada pasangan suami isteri. Dan Mawaddah juga bermaksud sentiasa mencintai pasangan sama ada dikala senang mahupun sedih.


Mengenai pengertian mawaddah menurut Imam Ibnu Katsir adalah al mahabbah  (rasa cinta), di dalam tafsir al Alusi penulis mengutip pendapat Hasan,  Mujahid dan Ikrimah yang menyatakan mawaddah adalah makna kinayah dari  nikah iaitu jima’ sebagai konsekuensi dari pernikahan.

Menurut  Hasan Al-Basri, mawaddah adalah metafora dari hubungan suami isteri.  Jika rumah tangga adalah mesin, maka mawaddah adalah dinamonya.

Lalu, setiap pasangan yang mahu berkahwin dan bakal mengakhiri zaman bujang perlu tahu ciri-ciri hubungan yang berlandaskan Mawaddah, iaitu..


1. Saling memberi hadiah antara satu sama lain. Tidak perlu hanya menunggu majlis-majlis penting dan tertentu sahaja untuk memberi hadiah. Setiap kali teringat pada pasangan, belikan untuk mereka sesuatu walaupun hanya makanan sekalipun.

2. Jika pasangan sering teringat kisah silam dan kelemahan si dia, gantikan dengan mengingati kebaikannya pula. Jangan kaburi mata anda dengan satu kesalahannya, padahal terlalu banyak kebaikan yang dilakukan.

3. Sentiasa berkomunikasi dan saling terbuka. Berkongsi lah apa jua kisah sekalipun, dan yang lebih penting, jangan sembunyikan perkara-perkara yang bakal menyakiti hati pasangan contoh jika si isteri telah mengandung. Pastikan suami menjadi orang yang pertama mengetahui berita tersebut.


Pasangan perlu beringat bahawa Mawaddah adalah sebuah kelapangan dada untuk saling menerima kekurangan masing-masing. Seperti yang telah disebut di dalam Al-Qur’an..

“…Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu…”(Al-Baqarah: 187)

Suami isteri, antara satu sama lain harus lah saling menutupi kekurangan pasangannya dan berusaha untuk mempersembahkan yang terbaik.


]]>
"Isteri Itu Pendamping Hidup, Bukan Pembantu Rumah". https://redaksi.com/985-isteri-itu-pendamping-hidup-bukan-pembantu-rumah Tue, 22 Aug 2017 11:23:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=985 Di Subuh yang dingin... aku temui ibu yang sudah sibuk memasak di dapur.

'Ibu masak apa? Boleh saya tolong? '



'Ini masak gurame goreng. Sama sambal tomato kesukaan Ayah ' sahutnya.

'Alhamdulillah.. mantap pasti.. Eh Bu.. calon isteriku kelihatan seperti tak boleh masak... '

'Iya terus kenapa..? ' Sahut ibu.

'Bukan apa Bu.. cuma cerita saja, biar ibu tidak kecewa, hehehe '

'Apa kamu fikir yang memasak, membersihkan, menyapu, mengemas rumah serta lain lain itu kewajipan wanita? '

Saya memandang ibu dengan tidak faham.



Lantas beliau meneruskan, 'Ketahuilah nak, itu semua adalah kewajipan lelaki. Kewajipan kamu kelak bila telah beristeri.' katanya.

'Bukankah ibu setiap hari mengerjakannya? '

Saya masih tetap tidak faham juga.

'Kewajipan isteri adalah patuh serta mencari redha suami.' kata Ibu.

'Kerana bapakmu mungkin tak dapat mengurus rumah, jadi ibu bantu mengaturi semuanya.

Bukan atas nama kewajipan, namun juga sebagai bentuk cinta serta wujud isteri yang mencari redha suaminya '



Saya semakin bingung ibu.

'Baik, anandaku sayang. Ini pengetahuan untuk kamu yang ingin bernikah. '

Beliau berbalik memandang mataku.

'Menurutmu, pengertian nafkah itu apa? Bukankah lelaki harus memberi nafkah kepada isteri? tanya ibu.

'Iya sudah pasti Bu.. '

'Baju yang bersih itu nafkah. Hingga mencuci adalah kewajipan suami. Makanan itu nafkah. Jadi bila masih tetap berbentuk beras, itu masih setengah nafkah. Kerana belum dapat dimakan. Hingga memasak adalah keharusan suami. Lantas mempersiapkan tempat tinggal adalah kewajipan suami. Hingga kebersihan rumah itu kewajipan suami.' Mataku membelalak mendengar kata-kata ibuku ini.

'Waaaaah.. sampai begitu bu..? Lalu bila itu semua kewajipan suami. Mengapa ibu terus lakukan itu semuanya tanpa meminta dari ayah? '

'Sudah pasti untuk mencari redha.'

]]>
Kalau Nak Cari Yang Sempurna Di Mata, Memang Lambat Lagilah Anda Nak Kahwin. https://redaksi.com/7035-kalau-nak-cari-yang-sempurna-di-mata-memang-lambat-lagilah-anda-nak-kahwin Fri, 30 Aug 2019 14:27:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7035 Siapa sahaja yang tak nak pasangan yang sempurna? Tak perlu nak rasa kecewa, marah, geram mahupun menyakitkan hati atas perkara-perkara yang remeh. Boleh hilang stress kalau tak perlu hadap perkara macam ini dalam hubungan.

Tapi itulah nak dapat mana pasangan yang sempurna ini? Bila tengok hubungan yang tak menjadi dulu pun tak jumpa juga pasangan yang sempurna ini.



Susah sangat nak jumpa pasangan yang sempurna ini, kadang kala dan bercinta banyak kali tak jumpa juga. Sampaikan putus sambung, putus sambung masih juga tak nampak pun yang mana sempurnanya pasangan anda itu.
Nak tahu macam mana ciri pasangan yang sempurna?

Seseorang yang sempurna itu bukan boleh dilihat dengan mata kasar tapi kena rasai kehadiran dan kesempurnaan itu. Pasangan yang sempurna ini bukan dari orang yang sempurna tetapi dia adalah orang yang menyempurnakan pasangannya.



Jangan mengharapkan seseorang untuk menyempurnakan diri anda tetapi berharaplah agar anda yang menyempurnakan dirinya. Ini kerana, jika and cari sempurnanya seseorang itu tidak akan jumpa mahupun terlihat. Yang anda mampu lihat adalah kurangnya dia, lemahnya dia. Jadi macam mana nak jumpa yang sempurna.

Untuk apa cari pasangan yang sempurna kalau anda sendiri pun tidak sempurna di mata orang lain. Pasangan yang sempurna sebetulnya adalah orang yang boleh terima baik buruk pasangannya. Bagi dirinya apa yang kurang itu adalah kesempurnaan buat dirinya. Pernah terfikir macam itu?



Kesempurnaan itu bukan perlu dicari tetapi dibina didalam diri kita sendiri. Bila kita terima siapa pun pasangan kita itu, maka itulah sebenarnya kesempurnaan. Mungkin anda tak sedari tetapi orang sekeliling akan nampak perkara tersebut.

Jangan kecewa kalau tak jumpa pasangan yang sempurna sekarang ini, kelak nanti anda akan menjumpainya bila masanya tepat. Cuma perlu tunggu dan masa sahaja. Sambil-sambil itu jangan lupa untuk berdoa kepada Allah agar disegerakan untuk berjumpa dengannya.

]]>
Jika Isteri Tunjukkan 7 Sikap Ini, Bermakna Dia Kurang Mendapat Perhatian Daripada Suaminya. https://redaksi.com/423-jika-isteri-tunjukkan-7-sikap-ini-bermakna-dia-kurang-mendapat-perhatian-daripada-suaminya Tue, 11 Jul 2017 10:33:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=423 Salah satu perkara yang membuatkan seorang wanita berasa sedih adalah apabila suami kurang memberi perhatian pada dirinya. Isteri biasanya tidak akan berterus terang tentang perkara ini pada suami sebaliknya dia akan meluahkan rasa hati melalui tindakan atau sikapnya. Jika isteri memperlihatkan 7 sikap ini anda berkemungkinan besar sudah mengabaikan dirinya dan harus kembali mencari masa memberi perhatian pada si dia.



1.  Kelihatan cemburu.

Dia mula memperlihatkan sikap cemburu pada kerja dan rakan-rakan anda kerana merasakan dirinya tidak lagi jadi keutamaan.

2.  Tidak lagi minta bantuan atau pendapat.

Jika dulu isteri selalu meminta pertolongan melakukan kerja atau sekadar meminta pendapat tapi kini tidak lagi. Mungkin kerana dia sudah terbiasa dengan ketiadaan anda di sisinya.

3.  Pakai cantik di rumah.

Apabila isteri mengenakan baju yang cantik walau pun sekadar berada di rumah itu bermakna dia mahu mendapat perhatian dari anda. Dia perlukan perhatian dari suaminya.



4.  Besarkan perkara remeh.

Isteri kompelin tentang sikap anda yang sebelum itu langsung tidak mendatangkan masalah pada dirinya. Ini tanda ada sesuatu yang isteri tidak puas hati tentang diri anda.

5.  Selalu kata rindu.

Ini memang petanda yang jelas isteri kurang perhatian dari suami. Bermakna anda memang perlu meluangkan masa untuk dirinya.

6.  Anda mula stalk laman sosial isteri.

Anda berbuat demikian kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dia dengan isteri. Daripada menyiasat di laman sosial adalah lebih baik menghubungi atau menghantar mesej bertanya khabar dirinya.



7.  Anda suami isteri tidak tidur pada waktu yang sama.

Berdua di kamar sebelum tidur adalah waktu terbaik untuk suami isteri berbicara tanpa gangguan. Jika anda dan isteri masuk tidur pada waktu berbeza mana mungkin memperoleh waktu ini.

]]>
Dengar 6 Perkara Ini Dari Pasangan Cukup Membuat Kaum Lelaki Rasa Gembira. https://redaksi.com/2361-dengar-6-perkara-ini-dari-pasangan-cukup-membuat-kaum-lelaki-rasa-gembira Thu, 24 May 2018 11:57:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2361 Biasanya kita akan dengar akan suara pendapat wanita bahawa pasangan mereka ini tidak menghargai mereka dengan kata-kata yang mudah dan ringkas. Tetapi bagaimana pula dengan kaum lelaki. Mereka juga ingin rasa dihargai dan diperhatikan oleh pasangannya. Dalam hubungan ini, bukan hati seorang wanita sahaja penting tetapi hati seorang lelaki juga turut penting untuk menjayakan satu perhubungan itu. Maka dengan itu, seorang lelaki hanya mahu dengar enam perkara ini untuk mengetahui bahawa kehadirannya dihargai ataupun tidak.


1. “Saya sangat gembira kerana awak bersama saya.”

Rasa gembira biasanya akan terlihat pada riak wajah seseorang. Tetapi itu tidak mencukupi untuk menyenangkan hati seorang lelaki. Mereka ini inginkan satu bukti yang anda bahagia bersamanya. Jadi apabila anda rasa gembira di sisinya, ucapkan sahaja apa yang anda rasa. Ia akan menyenangkan hati si dia.

2. “Saya suka cara awak berpakaian hari ini.”

Biasanya wanita sahaja yang akan mementingkan cara berpakaian tetapi sebenarnya, lelaki juga menganggap perkara itu penting. Apabila anda menyatakan anda suka akan gaya pemakaian akan membuat dirinya lebih berkeyakinan lebih dari hari biasanya. Bukan itu sahaja, mereka juga akan cuba mengayakan pelbagai gaya hanya semata-mata mahu anda memujinya lagi.

3. “Ada apa yang boleh saya bantu?”

Lelaki ini mudah untuk menyatakan bahawa mereka ini perlukan bantuan. Hal ini kerana, mereka ini mempunyai ego mereka yang tersendiri. Tetapi, anda boleh sahaja hulurkan bantuan apabila melihat dirinya keresahan. Dengan sendirinya juga si dia akan meminta bantuan dari anda.

4. “Saya salah dan saya minta maaf.”

Wanita ini sukar untuk mengaku salah dan memohon maaf. Kalau boleh dalam apa jua hal mereka tetap mahu menang. Sebab itu lah apabila seorang wanita memohon maaf dan mengaku salah itu penting. Apa yang pentingnya adalah dapat membuat pasangan anda itu rasa mereka ini masih penting di sisi anda.


5. “Saya sentiasa ada di sini untuk awak.”

Ayat ini jarang digunakan oleh kaum wanita. Mengapa? Kerana mereka ini kurang peka untuk memberi sokongan moral terhadap pasangan mereka. Jadi sebagai pasangan yang baik dan memahami. Apa kata anda nyatakan ayat ini untuk membuat dirinya bersemangat dan rasa anda mengambil berat akan masalah yang dihadapi.

6. “Apa yang patut saya lakukan?”

Lelaki kadang kala ingin merasakan bahawa kehadirannya dalam hidup anda itu penting. Jadi mereka kadang tertanya-tanya bila mereka ini akan diperlukan dengan sangat. Jawapannya adalah apabila anda meluahkan masalah lalu meminta pendapat darinya. Pasti ia merasakan anda begitu menghargai kehadirannya.

Lelaki ini sukar untuk luahkan apa yang mereka mahu dan apa yang mereka tidak mahu. Hal ini kerana, mereka ini mempunyai ego yang tersendiri yang sukar dipecahkan oleh kaum wanita. Jadi, tidak salah sebagai pasangan, anda mengeluarkan ayat-ayat yang nampak simple tetapi bermakna bagi si dia.

]]>
Sebelum Memiliki Kad Kredit, Ini 5 Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan. https://redaksi.com/5626-sebelum-memiliki-kad-kredit-ini-5-perkara-yang-perlu-anda-pertimbangkan Fri, 29 Mar 2019 01:29:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5626 Ramai orang pasti memiliki kad kredit ini bukan? Mana tidaknya kad kredit ini kadang kala membantu apabila terlibat dengan perkara-perkara kecemasan. Mungkin ketika anda tidak memiliki wang yang cukup pada hujung bulan ataupun anda terpaksa membayar sesuatu jumlah yang besar.

Penggunaan kad kredit ini ada baik, ada buruknya, semuanya bergantung pada anda yang memilihnya. Ada sesetengah dari kita gunakan kad kredit ini bertujuan untuk membeli belah dan membina hutang yang banyak, tetapi ada juga yang gunakannya untuk saat-saat kecemasan, bergantung pilihan anda.



Tapi buat anda yang masih belum memiliki kad kredit, ini 5 perkara yang perlu anda fikirkan sebelum memilikinya.



1. Teliti faedah kad kredit anda.

Pengguna kad kredit biasanya dibahagikan kepada 2 jenis kumpulan, iaitu mereka yang membayar seluruh baki bil sepenuhnya dan mereka yang membayar sebahagian daripada jumlah yang telah dibuat yang menyebabkan terpaksa membayar faedah yang berlebihan.

Jika anda tidak suka membayar secara penuh, maka adalah lebih baik jika anda memilih kad kredit yang rendah faedahnya. Ini penting untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam hutang kad kredit yang panjang.

2. Adakah anda mempunyai hutang lain?

Apabila anda mempunyai bil hutang yang mesti dibayar setiap bulan, itu bermakna kemampuan anda untuk membayar hutang kad kredit akan semakin sukar. Cuba buat kira-kira dahulu sebelum memiliki kad kredit ini.

3. Sentiasa membeli belah setiap bulan?

Jika anda mampu membayar bil kredit anda setiap bulan secara baik, terdapat banyak pilihan untuk mengoptimumkan perbelanjaan ini. Terdapat banyak pilihan kad kredit yang menawarkan hadiah seperti makanan, bahan api kenderaan, dan lain-lain. Jika anda mempunyai pembelian yang berbeza-beza setiap bulan, kemudian pilih kad kredit yang menawarkan ganjaran untuk setiap pembelian yang dibuat.



4. Anda sering pergi melancong?

Terdapat banyak kad kredit yang menawarkan pembelian syarikat penerbangan diskaun, akses lounge percuma untuk ahli, dan tawaran menarik yang akan memudahkan perjalanan anda. Jika anda sering pergi beberapa kali dalam setahun, kami sangat mengesyorkan bahawa anda memilih kad kredit yang menawarkan hadiah perjalanan terbaik.

5. Mempunyai sejarah kad kredit yang buruk?

Kebanyakan kad kredit hanya tersedia untuk mereka yang mempunyai pinjaman yang baik dan tidak berbayar. Cuba untuk lunaskan pinjaman yang sedia anda sebelum anda cuba untuk memiliki kad kredit yang baru.

Adanya kad kredit ini bertujuan untuk memudahkan anda bukannya untuk menambah beban hutang anda setiap bulan hingga menyusahkan diri anda sendiri.

]]>
14 Mesej Yang Membuat Dirinya Ceria Pada Waktu Pagi. https://redaksi.com/2655-14-mesej-yang-membuat-dirinya-ceria-pada-waktu-pagi Fri, 29 Jun 2018 13:59:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2655 Bangun pagi adalah sesuatu yang sukar untuk mereka yang sukakan tidur. Dan setiap pagi juga, telefon bimbit adalah perkara yang dicari dahulu. Keceriaan pagi akan terjadi apabila mendapat sesuatu yang tidak diharapkan. Ia mungkin perkara yang remeh tetapi ia membantu seseorang itu mudah untuk bangun pagi serta kelihatan lebih bersemangat. Bagaimana caranya? Hanya dengan menghantar kiriman mesej kepada si dia itu sudah memadai. Berikut adalah contoh ayat yang boleh anda hantar kepadanya.


1. Bangun sayang!

2. Selamat pagi si cantik/ handsome!

3. Tahu tak malam tadi I mimpikan You.

4. Bangun, bangun. Semoga Allah memberkati hari awak.

5. Terima kasih kerana pinjamkan telinga malam tadi.

6. Setiap pagi adalah pagi terbaik, kerana saya tahu awak begitu cintakan saya.

7. Saya tahu awak benci bangun awal, tetapi letakkan sikit senyuman di muka kerana saya sayang awak.



8. Jom breakfast sama-sama. Saya tak sabar nak tengok muka awak.

9. Dah bangun jangan lupa call saya. Saya tak sabar nak dengar suara awak.

10. Saya bangun dengan senyuman terbesar di wajah saya kerana awak buat saya gembira sejak kita mula bersama.

11. Pergi tidur dengan senyuman, bangun tidur dengan senyum. Kerana awak adalah salah satu punca senyuman saya.

12. Saya terbangun awal kerana hari ini saya tak sabar kita akan berjumpa.

13. Saya sentiasa fikirkan awak ketika tidur ataupun selepas bangun tidur. Selamat pagi sayang.

14. Mulakan hari dengan senyuman sayang.

Bagi mereka yang mempunyai pasangan, cuba lakukan perkara ini untuk membuat hubungan bertambah erat. Bagi mereka yang tidak mempunyai pasangan, lakukan juga perkara ini untuk memikat hati si dia. Pastinya dengan kiriman mesej yang ringkas di awal pagi akan membuat dirinya tersenyum.

]]>
Dia Queen Control https://redaksi.com/9113-dia-queen-control Thu, 10 Dec 2020 13:31:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9113 Assalamualaikum nama aku Haikal. Dulu aku bercinta dengan seorang perempuan yang boleh dikatakan toksik. Mungkin sebab aku lemah lembut sangat dekat dia sampai tak sedar diri aku dipijak oleh dia. Sebab cinta aku sanggup buat apa je dan ikut cakap dia. Aku tak peduli dengan semua nasihat kawan aku yang suruh aku putus dengan dia. Cinta ni memang buta dan aku lah salah seorang yang pernah dibutakan oleh cinta tu sendiri.

Bekas kekasih aku tu, biarlah aku letak nama samaran dia Nina. Tak nak dia terasa pulak kalau dia ada baca kisah aku ni ke. Lagi satu Haikal tu pun nama samaran aku juga. Bukan sebab aku takut nak bagi nama betul, tapi ni lebih menjaga hati orang-orang yang kenal aku dan tahu kisah aku.

Aku mula kenal Nina masa kami satu group dalam kerja berkumpulan. Walaupun kami satu jurusan dan selalu satu kelas, tapi aku tak pernah sedar kewujudan dia selama ni. Aku selalu bawak hal sendiri dan keluar dengan kawan yang rapat je, aku malas nak kenal dengan orang lain. Tapi bila aku mula kenal Nina, aku rasa tertarik sangat dekat dia. Nina ni jenis ceria, baik hati, selalu senyum dan comel pulak tu. Package lengkap dan siapa yang dapat Nina ni beruntung sangat. Itulah first impression dan apa yang aku fikir dekat dia.

Aku akhirnya beranikan diri ajak Nina berkawan dan kami menjadi rapat. Mungkin sebab minat kami sama yang memudahkan aku rapat dengan dia. Lepas berkawan selama 5 bulan, aku luahkan perasaan aku dekat dia. Aku tak nak simpan lama-lama sebab aku takut aku terlambat dan Nina pergi dari sisi aku. Tak sangka Nina mengangguk setuju dan kami rasmi jadi kekasih. Masa tu aku bahagia sangat, impian aku jadi kenyataan dan rasa berdebar sebab dialah kekasih aku yang pertama. Sebab dia lah yang pertama aku janji pada diri aku, aku akan jaga dia elok-elok.

Selama sebulan hubungan kami lancar dan bahagia. Tak ada masalah serius sampai bermasam muka berhari-hari dan tak nak bertegur. Cuma selisih faham kecil tu ada sikit, biasalah dalam bercinta dah jadi perkara biasa bila selisih faham. Nina jadi kekasih yang sempurna sangat, walaupun selalu cemburu. Tapi bagi aku tu benda biasa, lagi pun cemburu tu kan tanda sayang dan aku rasa Nina makin comel bila cemburu atau marah-marah bila aku rapat dengan perempuan lain. Walaupun bagi aku dia comel sangat bila marah, aku tetap berhenti rapat dengan perempuan lain. Aku takut dia sampai penat dan minta putus dengan aku.

Tapi aku dapat rasa makin lama perangai Nina makin berubah dan cemburu dia semakin teruk. Sampai aku senyum dekat perempuan lain pun dia dah marah dan tuduh aku ada perasaan dekat perempuan tu. Aku cuma dapat sabar dan tenangkan dia yang kami kenal gitu-gitu je. Ada masa dia percaya dan bila dia tak percaya, Nina akan terus maki dan cakap yang bukan-bukan pada aku. Untuk elakkan benda ni makin serius, aku diam dan terima semuanya. Aku cuba jadi slow down, tak melawan dan diam bila dia start macam tu. Bila Nina dah habis marah dan tenang, dia akan kembali macam Nina yang dulu. Ceria dan baik hati sampai lagi-lagi aku jatuh cinta pada dia dan lupakan semua yang dia buat dekat aku tadi.

Benda ni berlanjutan sampai lah usia hubungan kami nak masuk 1 tahun. Nina semakin control hidup aku, siapa yang boleh aku jumpa, jangan dekat langsung dengan perempuan lain. Sampai fesyen baju aku pun dia akan tegur dan marah bila aku tak ikut apa yang dia nak. Kira macam segala-galanya dia yang atur dan aku kena ikut apa yang dia nak. Masa tu aku tak ubah macam anak patung Nina yang Nina boleh lakukan apa je dekat aku. Bagi aku, aku tak kesah sangat sebab perasaan aku dekat dia dalam sangat. Walaupun aku dah macam kena kurung dengan penjara yang Nina buat.

Aku sedar semua tu, kena kurung, macam lembu kena cucuk hidung, cuma aku butakan mata aku sebab terlampau sayang. Tapi aku rasa sakit dan cemburu bila aku tengok dia selalu bergurau, bertepuk tampar dengan lelaki lain. Sedangkan aku yang cuma senyum dengan perempuan lain je dia dah marah gila macam aku bercium dengan perempuan tu. Aku mempersoalkan dekat dia, dan dia jawab senang je.

“Sebab awak lelaki boleh kahwin empat. Kalau saya tak jaga awak betul-betul, nanti tak memasal saya jadi yang keberapa nanti. Kalau saya rapat dengan mereka pun saya cuma boleh kahwin satu so tak ada masalah saya nak rapat dengan diorang.”

Start dari situ aku mula memberontak sikit. Aku cuba tak ikut cakap dia sebab hati aku sakit. Dia tak pernah nak percayakan aku. Sedangkan dia tahu yang aku sayangkan dia sangat dan always ikut cakap dia. Tapi aku tetap tak berjaya. Bila aku cuba marah dan tak nak buat apa dia minta, dia akan cakap satu ayat je.

“Okay lah kalau macam tu, kita putus.”

Bila aku dengar ayat tu keluar dari bibir dia, aku terus buat semampu aku untuk puaskan hati dia. Aku takut sangat hilang dia sampai sanggup berlari macam orang gila semata-mata nak belikan dia barang yang dia nak sangat. Barang tu selalu sold out dan bila aku tak dapat, dia akan terus minta putus. Benda ni berulang banyak kali sampai lah aku akhirnya penat. Penat sangat sebab kena hadap benda ni hari-hari. Semua kawan aku suruh aku tinggalkan dia, tapi aku berdegil masih nak dengan dia juga. Sampai aku bergaduh dengan kawan sendiri semua sebab Nina. Aku pertahankan Nina dan kawan-kawan aku semua marahkan aku.

Satu hari tu masa aku tengah sorang diri dekat bangku, aku menangis. Aku tak pernah menangis sepanjang aku dah dewasa ni. Tapi sebab seorang perempuan je, aku menangis. Tengah aku layan perasaan, tiba-tiba ada tangan hulur tisu dekat depan muka aku. Bila aku tengok, rupanya seorang perempuan tengah bagi aku tisu. Aku terus ambik dan lap air mata aku cepat. Malu lah kantoi menangis depan perempuan. Aku tak pandang dia dan cuma tundukkan kepala aku. Tapi ayat dia akhirnya bagi pencerahan dekat aku. Tenang sangat. Dia cakap tak yah malu nak menangis. Kau pun manusia yang ada perasaan. Kau berhak buat apa dalam hidup kau dan tak yah fkir sangat apa pandangan orang lain. sayangilah diri kau dulu.

Aku terus pandang dia, tapi dia dah pusing badan dia dan pergi dari depan aku. Walaupun dia pakai macam tomboy sikit, tapi ayat dia bermakna sangat. Aku akui masa tu aku terlalu awal menilai dia dari luarannya. Padahal mungkin kalau tak sebab kata-kata dia, aku masih lagi dengan Nina. Ya, lepas je dengar ayat dia, aku terus putuskan hubungan aku dengan Nina. Walaupun dia menangis, merayu akan ubah sikap dia. Aku tak akan percaya lagi. Jiwa raga aku dah penat sangat dan aku tahu aku kena jauhkan diri dari orang toksik macam Nina.

Untuk kawan-kawan aku pula, aku dah minta maaf dan menyesal sangat dengan apa yang aku buat. Alhamdulillah mereka semua tak ada masalah dan maafkan aku. Kami berbaik dan aku bersyukur sangat aku ada sahabat yang tak pernah tinggalkan aku. Walaupun aku dah buat mereka marah dan kecewa, tapi diorang tak pernah buang aku. Untuk awak yang bagi nasihat dekat saya, saya tak tahu dekat mana awak sekarang. Tapi terima kasih sangat. Harapnya saya ada rezeki untuk jumpa awak balik dan ucapkan terima kasih kepada awak. Kepada pembaca cerita aku pulak, jangan lah ragu untuk putuskan kekasih korang bila dia start toksik dalam hidup korang. Jangan lah sebab cinta korang sanggup ikut semua kemahuan dia. Sayangi diri dulu sebelum nak sayang orang lain.

]]>
Selalunya Orang Perempuan Ini Mudah Jual Mahal Kan, Ini 5 Tanda Kalau Si Dia Sudah Berkenan Dengan Anda. https://redaksi.com/6982-selalunya-orang-perempuan-ini-mudah-jual-mahal-kan-ini-5-tanda-kalau-si-dia-sudah-berkenan-dengan-anda Tue, 27 Aug 2019 11:15:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6982 Selalunya kalau seorang lelaki yang mula mengorat wanita dulu, tentu sahaja wanita-wanita ini akan tunjuk jual mahal sedikit. Mana tidaknya, nak buat orang lelaki tertariklah dengan dirinya. Namun ada juga yang begitu teruja mendapat pesanan “hai” dari seorang lelaki.

Sebagai seorang lelaki yang memulakan langkah dahulu, tentu sahaja anda ingin tahu bahawa wanita tersebut mempunyai perasaan terhadap anda ataupun tidak bukan? Kalau tak ada, bolelah anda berkenalan dengan wanita lain, tetapi biasanya ia akan mengambil masa yang agak lama untuk ketahui situasi tersebut.



Sebenarnya mudah sahaja untuk anda tahu adakah wanita itu suka anda ataupun tidak hanya melalui beberapa kali pertukaran pesanan sahaja. Cara ini boleh digunakan buat anda ketahui hati seseorang yang mungkin anda tidak mampu melihat wajah serta gerak tubuhnya.

Nak tahu adakah wanita itu suka ataupun tidak pada anda? Ini caranya;



1. Suka menambah ayat ketika bersembang.

Apabila dirinya mula menyukai anda, dia pun akan turut berusaha agar perbualan kalian terus kekal hidup. Dia tidak akan hanya menjawap sepatah-sepatah sahaja, malah lebih kepada huraian yang panjang serta pertanyaan berbalik. Tak hanya itu sahaja, anda juga yang bijak menggunakan emoji.

2. Tidak tiba-tiba sibuk.

Selalunya orang yang tidak mahu teruskan perbualan akan tiba-tiba hilang atau menyatakan dirinya sibuk. Tetapi jika seseorang wanita itu sukakan anda, dirinya akan tetap meluangkan masa buat anda walaupun dia dalam keadaan yang sibuk. Bahkan dirinya juga mampu kekal dalam perbualan dalam jangka masa yang panjang.

3. Hidupkan topik perbualan apabila semakin hilang.

Selalunya lelaki akan lebih banyak mengeluarkan topik perbualan tetapi bila kehabisan idea atau apa pun, wanita tersebut pula akan memain peranan pula. Apa yang boleh dilihat, dirinya pula akan mencari tajuk-tajuk topik perbualan yang baru, malah tak akan biarkan ia tiba-tiba putus. Anda boleh lihat usahanya disitu.



4. Akan memulakan perbualan.

Jika anda tiba-tiba diam dan menghilangkan diri, maka dia pula akan cuba mencari anda ataupun memulakan satu perbualan. Di sini anda boleh lihat bahawa dirinya tidak mahu jika perbualan tersebut mati begitu sahaja dan kalian akan saling tak kenal antara satu sama lain semula.

5. Paling jelas, sentiasa ada masa untuk anda.

Apa yang paling jelas dan nyata bila dirinya menyukai anda adalah dia akan ada setiap masa untuk anda. Setiap pesanan tidak pernah tak berbalas. Walaupun kadang kala membalas dengan lewat tetapi dirinya akan memberitahu sebab-sebab mengapa dirinya lambat.

Nak tahu seseorang wanita suka ataupun tidak pada diri kita ini mudah sahaja sebenarnya, tapi itulah kadang kala kita yang tidak begitu fokus hingga tidak menyedari akan perkara ini.

]]>
Hanya sempat laungkan dua rangkap azan, kematian lelaki ini dicemburui https://redaksi.com/8635-hanya-sempat-laungkan-dua-rangkap-azan-kematian-lelaki-ini-dicemburui Thu, 01 Oct 2020 16:59:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8635 Bagaimana akhir hidup kita kelak? Apa bekalan yang akan dibawa? Itu semua yang akan bermain difikiran apabila mendengar berita akan kematian seseorang. Nak-nak lagi jika kematian itu adalah kematian yang sangat dicemburi oleh semua orang.


Lagi cemburu apabila ajal seseorang dijemput saat sedang melaungkan azan untuk menyeru umat Islam menunaikan solat.



Pergi dicemburi


Berita itu dikongsi oleh Lembaga Zakat Selangor, apabila salah seorang ahli jemaah surau dijemput Ilahi saat melaungkan azan subuh pagi tadi.

Allahyarham juga dikatakan tidak sempat menghabiskan laungan azan tersebut dan hanya sempat sehingga ke rangkap kedua sahaja.


Tak sempat habiskan azan

Dikenali sebagai Abang Rosliman atau lebih mesra dengan panggilan Abang Man, Allahyarham meninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah sebelum rebah.

Menurut salah seorang jemaah surau, malam tadi Allahyarham bersungguh-sungguh menjayakan kenduri kesyukuran malah dia juga memberanikan diri untuk melaungkan azan subuh sedangkan beliau bukan bilal surau tersebut.



Innalillahiwainailahirajiun…


Berikutan itu, rata-rata warganet mengucapkan salam takziah atas kepergian insan bertuah itu malah diharapkan keluarga Allahyarham terus tabah.

Semoga agar roh Allahyarham diletakkan dalam kalangan orang beriman dan mendapat syurga yang tertinggi di akhirat kelak.


]]>
Ciri-Ciri Lelaki Yang Dapat Berdampingan Dengan Wanita Berkeyakinan Tinggi. https://redaksi.com/2223-ciri-ciri-lelaki-yang-dapat-berdampingan-dengan-wanita-berkeyakinan-tinggi Mon, 07 May 2018 14:57:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2223 Wanita yang berkeyakinan tinggi tidak takut untuk bersuara, kerana mereka memang begitu yakin dengan setiap perilaku mereka. Jadi, lelaki yang bagaimanakah dapat berdampingan dengan mereka? Jom baca!

1. Kerana wanita ini sangat berkeyakinan tinggi, maka mereka memerlukan lelaki yang berkeyakinan juga. Lelaki yang menganggap wanita ini adalah sebagai satu ancaman, maka anda akan diucap selamat tinggal.


2. Wanita ini akan membuatkan seorang lelaki akan bercakap benar kerana segala perilaku lelaki yang sangat menjengkelkan, mereka tidak akan teragak-agak untuk memberitahu perkara sebenar.

3. Wanita ini bekerja keras dan tidak mudah menangguh kerja. Jadi, lelaki yang cepat putus asa, tidak ada dalam list mereka, maaf!

4. Wanita ini mahukan hubungan yang berkekalan seperti keyakinan diri mereka, jadi lelaki di luar sana perlu faham bahawa wanita ini mahukan hubungan yang setia dan bukan main-main.


5. Wanita ini direct to the point dan tahu apa yang mereka mahukan di dalam hidup mereka. Lelaki yang tiada matlamat hidup dan gemar melengahkan semua perkara, mereka akan berfikir dua kali untuk dijadikan teman hidup.

6. Secara automatik, wanita ini akan sangat tertarik pada lelaki yang berkeyakinan tinggi dan sentiasa positif kerana mereka juga perlukan kata-kata semangat ketika mereka di dalam tekanan, bukannya lelaki yang tiada solusi dan sentiasa dengan kata-kata negatif.

7. Wanita ini akan sedaya upaya membuatkan sesuatu hubungan itu menjadi kenyataan. Dan jika mereka merasakan lelaki itu seperti tidak menyumbang apa-apa di dalam perhubungan, mereka akan menganggap anda sebagai lelaki yang amat membosankan.


8. Wanita ini tidak akan terhegeh-hegeh kepada lelaki, kerana mereka yakin jika tiada lelaki mahu mengejar mereka, masih ada lelaki di luar sana mahukan mereka.

9. Mereka tidak takut untuk menyuarakan isi hati mereka kerana mereka tidak suka jika lelaki berteka-teki tentang perasaan mereka. Jadi lelaki jangan terlalu sensitif dan jadi lah pendengar setia.

10. Wanita ini juga tidak takut untuk mengaku kesalahan mereka dan sering meminta maaf jika menyakiti perasaan orang lain. Jadi mereka kurang gemar, jika lelaki adalah seorang pendiam dan kurang berinteraksi dengan mereka.


]]>
Terlihat lebih langsing & bergaya, penampilan baru Datuk Seri Rina Harun jadi perhatian warganet https://redaksi.com/9671-terlihat-lebih-langsing-bergaya-penampilan-baru-datuk-seri-rina-harun-jadi-perhatian-warganet Tue, 09 Feb 2021 12:42:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9671 Hari ini, kecoh di media sosial akan penampilan terbaru Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang mencuri perhatian warganet apabila tampil lebih langsing dan juga bergaya.


Perkara tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna laman Twitter yang memuat naik dua keping gambar lama dan terkini akan penampilan ahli parlimen tersebut.



Menerusi foto yang dimuat naik itu, terlihat perubahan yang sangat drastik selama tempoh dua tahun berlaku pada penampilan Ahli Parlimen Titiwangsa itu.




Difahamkan, perubahan berat badan ahli parlimen tersebut mula terlihat bermula pada Mac 2020 namun berubah semakin langsing dan cantik selepas Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.



Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata terpukau akan kecantikan ahli parlimen itu, malah turut memuji akan kesungguhannya.

]]>
Tak tinggal solat walaupun bersuamikan 'Mat Salleh', penerbit puji Lana Nordin https://redaksi.com/9602-tak-tinggal-solat-walaupun-bersuamikan-mat-salleh-penerbit-puji-lana-nordin Wed, 03 Feb 2021 17:23:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9602 Pastinya ramai yang kenal akan pelakon Lana Nordin yang telah mendirikan rumah tangga dengan permain bola tampar dari Amerika Syarikat pada tahun 2015 lalu.

Lana dan suaminya, David McKienzie memiliki dua orang cahaya mata iaitu Gia Quinn dan Daud William McKienzie.


Walaupun suaminya merupakan seorang mualaf, namun minat untuk mendalami agama Islam sememangnya satu perkara yang dipuji oleh ramai orang, malah Lana sendiri turut menunjukkan contoh yang baik dalam melaksanakan ibadah.



Terbaru, seorang penerbit filem terkenal iaitu Datuk Ayu Puteh telah memuat naik satu video yang memaparkan Lana sedang menunaikan khusyuk solat.


Malah, Datuk Ayu Puteh juga memuji akan tindakan Lana yang dikatakan tetap menjaga solatnya walaupun bersuamikan ‘Mat Salleh’.

Menurut penerbit berkenaan, sebelum menunaikan solat Lana terlebih dahulu meminta izin untuk mengambil wudhuk.



Sehubungan itu, Datu Ayu Puteh juga meluahkan sedikit kekesalannya melihat sesetenagh individu yang mempunyai suami Melayu namun tidak mendidik isteri dengan baik.

“Masyallah..yang ada laki melayu pun tak tau nak didik Isteri ..isteri pandai2 lah bawak diri ni hah Isteri look mat salleh sebab laki dia mat salleh Amerika..Tapi, Subbhanallah. Bukan saya Gayat atau nak judge.. erm Fakta kan?” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan tindakan pelakon tersebut malah turut menyatakan bahawa akan usaha Lana dalam membantu suaminya memahami agama dengan lebih mendalam.

]]>
10 Tanda Lelaki Akan Menjadi Calon Suami & Ayah Yang Hebat. https://redaksi.com/151-10-tanda-lelaki-akan-menjadi-calon-suami-ayah-yang-hebat Thu, 15 Jun 2017 13:15:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=151 Bagi seorang wanita memilih pasangan hidup adalah sesuatu yang menyulitkan kerana ia melibatkan soal masa hadapan. Namun demikian, menilai seorang lelaki tidak sekadar hanya berdasarkan pemerhatian luaran semata-mata. Ini kerana setiap lelaki memiliki sifat unik yang harus diselidiki dengan lebih mendalam. Jika diperhatikan dengan secara terperinci, setiap perkara yang dilakukan oleh seorang lelaki sebetulnya menunjukkan apakah dia akan menjadi calon suami dan ayah yang hebat atau tidak. Oleh sebab itu, sebelum memutuskan untuk memilih si dia sebagai teman hidup, sebaiknya anda mempertimbangkan beberapa perkara berikut.



1. Perilaku.

Seorang lelaki yang hebat dan memiliki potensi menjadi ayah yang baik umumnya memiliki perilaku yang terpuji serta mampu mengendalikan emosinya. Oleh sebab itu, agar tidak menyesal dikemudian hari, para wanita harus boleh menilai perilaku pasangan dan kemudian segera memutuskan untuk terus melanjutkan hubungan atau mengakhirinya.

2. Bertanggungjawab.

Seorang calon ayah yang hebat boleh dikenali melalui cara bagaimana si dia menyelesaikan setiap tugas dan tanggungjawab serta mampu mengatur jadualnya agar boleh berkumpul bersama seluruh keluarga.



3. Matang dalam pola berfikir.

Tidak perlu bingung mencari calon ayah yang hebat. Cukup hanya memerhatikan bagaimana cara si dia berfikir dalam menyelesaikan setiap persoalan itu sudah lebih daripada cukup.

4. Sederhana.

Seorang calon ayah yang hebat, hidup dengan sederhana namun tetap bersahaja. Si dia juga tidak menyukai sesuatu secara berlebih-lebihan.

5. Faham bagaimana berinteraksi dengan anak-anak.

Tidak hanya wanita sahaja yang memiliki naluri berinteraksi dengan anak-anak, lelaki yang berbakat menjadi ayah yang baik juga sebaiknya faham bagaimana berinteraksi dengan anak-anak. Umumnya, lelaki-lelaki sebegini mampu membuat anak-anak selalu berasa selesa saat berada di sampingnya.



6. Pandai mengutarakan perasaan.

Calon ayah yang hebat mampu menentukan bila saat yang tepat untuk mengutarakan perasaannya. Ketika si dia tersinggung, sakit hati atau tidak setuju terhadap sesuatu, si dia akan berhati-hati untuk mengatakannya.

7. Terbuka.

Calon ayah yang hebat memiliki sikap yang terbuka, tidak kaku dan bersedia menerima kritikan daripada orang-orang terdekat dengannya. Bagi dirinya, setiap kritikan adalah sebuah ungkapan tanda kasih agar dirinya menjadi lebih baik.

8. Tahu membezakan pengorbanan.

Calon ayah yang baik faham bahawa apa yang dia lakukan untuk orang-orang yang dikasihinya bukanlah pengorbanan tetapi sebagai satu cara dia menunjukkan tanggungjawab, kasih serta sikap ambil peduli.



9. Pergaulannya.

Tidak dapat dinafikan rakan-rakan sekeliling mampu memberi impak yang besar dalam diri seseorang individu. Maka sebab itulah amat penting memilih rakan dalam pergaulan seharian. Jika anda mendapati calon suami bergaul dengan orang-orang yang memiliki kebiasaan dan perangai buruk maka fikirkan kembali sama ada untuk melanjutkan hubungan ke arah yang lebih serius atau menoktahkan sahaja hubungan tersebut.

10. Keimanannya.

Sebagai jaminan untuk anda mendapatkan calon suami serta ayah yang baik untuk anak-anak anda nanti, jangan lupa untuk mempertimbangkan tingkat keimanan si dia. Lelaki yang baik dan taat kepada perintah Allah tidak akan berani untuk melanggar setiap perintah serta laranganNya.

]]>
Mengapa Lelaki Itu Sukar Membalas Mesej Anda? Ketahui Alasan-Alasan Mereka. https://redaksi.com/2603-mengapa-lelaki-itu-sukar-membalas-mesej-anda-ketahui-alasan-alasan-mereka Tue, 26 Jun 2018 12:46:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2603 Wanita adalah seorang yang sangat sensitif dari pelbagai aspek. Bukan hanya sensitif terhadap tingkah laku dan percakapan sahaja, wanita juga sangat sensitif akan tindak balas kiriman mesejnya kepada teman lelakinya. Rata-rata wanita akan bertindak di luar jangkaan apabila mesej yang dikirimnya tidak mendapat tindak balas yang baik. Itu belum lagi jika pasangannya hanya meninggalkan blue tick sahaja. Lagi lah mereka ini akan lebih marah dan tertekan dengan sendirinya. Tetapi mengapa seorang lelaki kerap tidak membalas kiriman mesej pasangannya? Mari ketahuinya.


1. Tidak mahu diganggu.

Seorang lelaki juga mempunyai masa-masa untuk merasa moody ataupun rasa tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun. Atau lebih tepat ingin bersendirian. Mereka ini hanya mahu meluangkan masa untuk diri mereka sahaja seperti ingin tidur sepanjang hari.

2. Sibuk dengan kerja.

Wanita ini biasanya sukar memahami, walaupun tahu pasangannya sibuk dengan kerja masih sahaja berharap mesejnya itu akan dibalas. Sedangkan lelaki apabila sudah sibuk dengan kerja, mereka akan lebih memilih kerja berbanding teman wanitanya.

3. Bermain video game.

Lelaki biasanya tidak akan meninggalkan permainan video yang diminati hanya ingin membalas mesej dari pasangannya. Mereka lebih memilih untuk mengabaikan berbanding menghentikan permainan hanya untuk kekasihnya.


4. Tidak berminat dengan anda.

Lelaki akan cuba mengelakkan diri daripada seseorang yang mereka tidak minat. Hal ini kerana, tidak mahu melayan perasaan seorang wanita yang akan beranggapan bahawa lelaki itu menyukai dirinya. Sedangkan lelaki itu hanya menganggapnya sekadar kenalan.

5. Tahu akan perasaan anda.

Anda mungkin tertangkap akibat terlalu berlebih-lebih ketika bermesej dengannya. Maka dengan itu, dia membuat kesimpulan bahawa anda mempunyai hati terhadapnya. Sedangkan dirinya tidak menyukai anda.

Lelaki ini tidak suka akan desakan. Semakin banyak desakan yang anda berikan terhadapnya, besar kemungkinan dirinya akan mengundurkan diri dalam hubungan itu. Jadi jika pasangan anda tidak membalas mesej anda, mungkin atas sebab-sebab di atas.

]]>
Walaupun Berjauhan, Masih Ada Cinta Antara Korang. Jom Lihat 5 Tanda Ini. https://redaksi.com/8429-walaupun-berjauhan-masih-ada-cinta-antara-korang-jom-lihat-5-tanda-ini Thu, 06 Aug 2020 22:24:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8429 Buat mereka yang jalinkan hubungan jarak jauh ini sudah tentu sentiasa dihantui rasa kegaruan dan tidak percaya. Mana tidaknya, pasangan jauh dari mata tidak tahu apa yang dilakukan.

Nak-nak lagi, hubungan jarak jauh ini kerap kali dikatakan sebagai hubungan yang sukar untuk dipertahankan. Biasanya, hubungan ini akan berakhir ditengah jalan begitu saja. Tentunya mereka yang harungi perkara ini sangat membimbangkan jika ia berlaku pada hubungan yang terbina.


Walaupun berjauhan, tentu saja ada rasa cinta itu tetap anda. Bila berjauhan ini, ramai yang bimbang kalau pasangan tiba-tiba berubah hati, berlaku curang malah tawar hati dengan ujian yang mendatang.

Tapi jangan bimbang, kalau pasangan anda masih ada lima tanda ini, hatinya masih ada pada anda walaupun kalian berjauhan.



Mencari masa untuk bersama

Walaupun hanya video call atau membalas pesanan saja, itu pun sudah menandakan bahawa dia mencari masa untuk luangkan bersama anda. Namun, jika dia ajak berjumpa dan sanggup harungi perjalanan yang jauh demi anda tentu saja itu tandanya dia masih sayangkan anda.

Seseorang yang sayangkan diri anda sanggup lakukan apa saja untuk bersama anda.

Tidak berjanji kalau tidak mampu

Dia tidak mahu melukakan hati anda, sebab itu dia tidak mahu berjanji sesuatu yang tidak pasti. Mana tidaknya, janji yang tidak tertunai ini akan membuatkan seseorang meraguinya. Maka dengan itu dia elakkan perkara yang akan mendatangkan keraguan dan membuat hubungan goyang.

Biarkan anda jalani hidup berdikari dengan baik

Mereka sentiasa menyokong apa saja yang anda lakukan asalkan itu membuat anda bahagia. Ini kerana, dia tahu bahawa dia bukan sentiasa di sisi anda untuk membahagiakan anda. Maka, aktiviti atau sesuatu perkara yang membuat anda lebih matang dan bahagia adalah perkara yang membahagiakan dirinya juga. Bukan itu saja, dia juga tahu anda perlukan sesuatu yang lain untuk hilangkan kesunyian dikala kalian berjauhan.



Mempercayai anda

Dalam hubungan jarak jauh ini, kepercayaan tersangatlah penting. Mana tidaknya, tanpa kepercayaan ini hubungan akan goyang dan bila-bila masa saja boleh terlerai. Seseorang yang benar-benar mencintai dan menginginkan anda akan selalu memilih kepercayaan daripada kecurigaan.

Hormati setiap keputusan anda

Mereka memahami bahwa mereka tidak boleh selalu berada di samping anda untuk memberikan pendapat mereka tentang keputusan besar dan kecil yang harus dilakukan anda. Mereka akan mempercayai keputusan anda dan membantu menangani masalah jika itu berlaku.

Nak pertahankan hubungan jarak jauh ini bukan perkara yang mudah. Tapi bila anda dapat seseorang yang memiliki tanda seperti ini, ya! Itu tanda dia masih menyayangi anda.



]]>
Nampak teman lelaki curang depan mata, gadis 'park' kereta nangis tepi jalan https://redaksi.com/8943-nampak-teman-lelaki-curang-depan-mata-gadis-park-kereta-nangis-tepi-jalan Tue, 17 Nov 2020 17:39:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8943 Orang yang belaku curang tak akan rasa sakit dicurangi, tapi mereka yang pernah terluka akibat kehadiran orang ketiga tentunya tidak akan melakukan perkara itu pada pasangan mereka kelak. Bukan mudah nak pertahankan hubungan yang terbina, nak-nak lagi jika hanya sebelah pihak sahaja yang berjuang pertahankan hubungan tersebut.

Curang depan mata

Lagi sedih apabila lihat pasangan yang selama ini dipercayai berlaku curang di depan mata. Itulah yang dilalui gadis ini Miezanaaszreen apabila dilihat gagal menahan kesedihan setelah mendapati teman lelakinya curang bersama perempuan lain di hadapannya.

Kenapa tak hargai yang ada depan mata?

Menerusi video di TikTok itu, dia yang bertambah kecewa apabila melihat pengkhianatan tersebut berlaku di depan matanya. Bagaikan rasa tidak dihargai dia telah berhenti sebentar semasa memandu untuk meluahkan segala rasa sedihnya.


Dia yang tidak menyangkakan insan yang sudah dianggap penting dalan hidupnya sanggup melakukan perkara itu terhadapnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib yang menimpa gadis tersebut. Malah, ramai yang memberi kata semangat dan meminta gadis itu move on, ramai juga mendoakan agar gadis ini bertemu dengan seseorang yang lebih baik selepas ini.

]]>
5 Situasi Pada Permulaan Fasa Perkahwinan Yang Bakal Ditempuhi Dan Cara Untuk Atasinya. https://redaksi.com/2931-5-situasi-pada-permulaan-fasa-perkahwinan-yang-bakal-ditempuhi-dan-cara-untuk-atasinya Sat, 21 Jul 2018 09:24:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2931 Pasangan yang baru sahaja berkahwin, pasti akan melalui fasa ‘bulan madu’ selama beberapa minggu. Dan setelah lepasnya fasa bulan madu tersebut pasti akan mengalami fasa realiti dimana kalian berdua sibuk dengan komitmen kerjaya.


Jadi jom ketahui antara situasi-situasi tersebut…

Situasi 1: Pergaduhan kecil yang melibatkan tidak menyusun kasut di rak atau tidak menutup penutup ubat gigi.

Cara mengatasi: Mungkin anda penat setelah pulang dari pejabat tetapi jangan pula cepat melenting atau naik tangan pada pasangan. Ingatkan pada pasangan secara elok bahawa anda tidak suka perbuatan tersebut, jangan berkasar. Dan pasangan juga harus dengar jangan sibuk dengan telefon bimbit sahaja.

Situasi 2: Pembelian aset harta.

Oleh kerana itu zaman sekarang terdapat banyak kempen untuk anak muda menguruskan pembelian asset harta sebagai permulaan hidup. Tidak lah nanti menjadi terlalu kekok setelah berkahwin.


Cara mengatasi: Anda dan pasangan harus mempunyai kedudukan kewangan yang stabil sebelum memulakan projek besar ini. Anda perlu mempunyai perancangan yang terapi kerana ‘projek’ ini bakal memerlukan wang yang banyak. Atau cari mana-mana agent yang boleh dipercayai.

Situasi 3: Campur tangan keluarga.

Setelah mengambil masa yang agak lama setelah berkahwin, pasti ada sahaja campur tangan daripada ibu bapa sendiri atau mertua.

Cara mengatasi: Dengar nasihat daripada orang tua dan elakkan membuka aib pasangan walaupun dengan ibu bapa sendiri. Anda hanya perlukan nasihat bukan untuk mengumpat keburukan pasangan.


Situasi 4: Tentang kehamilan.

Seperti biasa masyarakat melayu memang tidak lari daripada mulut tempayan mereka. Apabila mereka merasakan isteri anda sepatutnya hamil pada bulan tersebut, tetapi ia tidak kelihatan, pasti menjadi buah mulut orang ramai.

Cara mengatasi: Jangan terus cepat menilai orang dan anggap sahaja mereka mahu memulakan perbualan tetapi tiada isu. Dengan hal sebeginilah dapat menentukan anda sebenarnya seorang yang matang atau tidak. Jika anda jawab pun seperti cari gaduh, pasti lagi memburukkan keadaan.

“Macam ni ke nak jadi mak bapak yang baik? Teruk betul perangai, tanya pun tak boleh”

Mulut orang kan.


Situasi 5: Rakan-rakan berjauhan hati.

Apabila telah berkahwin, perkara utama yang anda merasakan terlalu asing adalah berpisah dengan rakan-rakan yang anda sudah biasa keluar bersama.

Cara mengatasi: Beritahu sahaja kebenaran bahawa kehidupan setelah berkahwin adalah berbeza dengan semasa bujang, segala hal yang anda lakukan perlu diberi keizinan oleh suami. Pasti mereka akan memahami situasi anda. Pujuk rakan-rakan untuk mendoakan kebahagiaan anda dan pasangan. Tidak salah jika sekali-sekala keluar dengan mereka, tetapi jangan lupa anda telah bersuami.


]]>
Bagaimana Cara Seorang Lelaki Menguji Tahap Cinta Seorang Wanita? Terdapat Empat Cara Untuk Mengetahuinya. https://redaksi.com/1562-bagaimana-cara-seorang-lelaki-menguji-tahap-cinta-seorang-wanita-terdapat-empat-cara-untuk-mengetahuinya Fri, 09 Mar 2018 14:27:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1562 Dalam pencarian suri hatinya, seorang lelaki akan melakukan apa sahaja untuk mendapat bukti bahawa kekasihnya itu setia. Walaupun beribu kali kesetiaan tersebut telah diucapkan namun ia tidak mencukupi bagi hati si lelaki. Setiap wanita yang menjalinkan hubungan dengannya pasti akan diuji sehingga hatinya percaya bahawa wanita itu lah bakal bertakhta di hatinya nanti.



Tapi bagaimana seorang wanita hendak mengetahui jika dia sedang diuji oleh lelaki? Dan bagaimana lelaki itu menguji seorang wanita? Terdapat beberapa ciri yang wanita boleh tahu adakah dia sedang diuji oleh lelaki yang dicintainya.

Sudah menjadi kebiasaan kaum lelaki ini untuk mengetahui adakah anda seorang materialistik atau tidak. Hal ini kerana, jika dia sedang mengalami kesusahan satu hari nanti, adakah anda masih di sisinya ataupun tidak. Bagaimana untuk mengetahuinya? Jika tiba-tiba dia membawa anda menikmati satu hidangan yang murah mahupun memberi hadiah yang murah. Maka dia sedang menguji tahap materialistik anda di matanya.



Di samping itu, dia juga pasti akan menguji tahap cemburu anda terhadap wanita lain. Sudah pastilah dia ingin mengetahui adakah anda ini seorang cemburu buta ataupun tidak. Jika dia tiba-tiba memperkenalkan bekas kekasihnya terhadap anda mahupun menelefon wanita lain di hadapan anda, si dia pasti sedang melihat reaksi anda ketika itu. Jika anda masih tenang dan tidak melenting. Pasti anda berjaya mendapat tempat di hatinya.

Selain itu juga, si dia akan tiba-tiba bertanya khabar mengenai bekas kekasih anda. Secara tiba-tiba! Haa, jangan terkejut pula, perkara itu tidak mustahil. Jika anda masih mengetahui tentang keadaan bekas kekasih anda, hal ini bermakna anda masih belum move on dari kisah lalu. Apa yang anda harus lalukan adalah, katakan sahaja tidak tahu dan tidak ambil tahu. Jalan yang lebih mudah dan selamat bukan.

Dan yang terakhir adalah, si dia akan menguji tahap kesetiaan anda. Jika anda seorang yang kaki melayan, sudah pasti anda akan ditolaknya. Tapi apa yang akan dilakukan untuk menguji kesetiaan anda? Mungkin si dia akan menyuruh rakannya untuk menggoda anda. Jika anda termakan dengan kata-kata rakannya dan melayaninya maka anda akan kelihatan tidak setia di situ. Cara yang lebih mudah anda kerap bertanya kepada si dia jika seseorang tidak dikenali cuba untuk rapat dengan anda.

Ini adalah antara perkara lelaki akan lakukan untuk mendapat kesetiaan dan kejujuran seorang wanita yang dicintai. Namun terdapat pelbagai lagi cara dan langkah untuk seorang lelaki menguji kekasih hatinya itu.

]]>
50 Gambar Wajib Ada Sewaktu Perlangsungan Majlis Perkahwinan Anda ! https://redaksi.com/777-50-gambar-wajib-ada-sewaktu-perlangsungan-majlis-perkahwinan-anda Mon, 07 Aug 2017 21:51:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=777 Memandangkan anda telah mengambil masa setahun merancang hari paling indah ini dan majlis ini akan berlangsung sekali sahaja seumur hidup anda. Pastikan gambar-gambar penting ini dirakam oleh jurugambar anda. Kami listkan 50 shot penting yang perlu ada pada majlis anda.



1. Baju pengantin perempuan yang tergantung.

2. Detail baju pengantin perempuan.

3. Detail baju pengantin lelaki.

4. Kasut pengantin.

5. Design inai.

6. Sesi makeup (pastikan ketika hampir siap dan bukan saat bedak setompok di muka).

7. Pengantin check tudung / rambut di cermin.



8. Pengantin lelaki sedang bersiap.

9. Reaksi pengantin lelaki sedang menunggu pengantin perempuan siap.

10. Gambar individu pengantin lelaki dan perempuan.

11. Cincin kahwin.

12. Bunga tangan.

13. Pelamin.

14. Pintu masuk majlis.

15. Details dekorasi lokasi majlis.

16. Gubahan hantaran.

17. Doorgift.

18. Dekorasi meja guest book.



19. Kad jemputan.

20. Photobooth.

21. Pengantin lelaki menanti tok kadi.

22. Akad nikah.

23. Reaksi pengantin perempuan.

24. Doa.

25. Pengantin lelaki menandatangani sijil.

26. Pengantin perempuan menandatangani sijil.

27. Upacara sarung cincin.

28. Upacara membatalkan air sembahyang.

29. Pengantin lelaki bersama ibunya.

30. Pengantin lelaki bersama bapanya.

31. Pengantin perempuan bersama ibunya.

32. Pengantin perempuan bersama bapanya.

33. Pengantin berarak ke jinjang pelamin.

34. Bersanding.

35. Sesi merenjis air bunga mawar.

36. Bergambar bersama keluarga di pelamin.

37. Bergambar bersama rakan rapat di pelamin.

38. Kek kahwin.

39. Upacara memotong kek.

40. Upacara suap menyuap.



41. Dekorasi meja makan pengantin.

42. Pengantin di meja makan beradap.

43. Dekorasi meja makan tetamu.

44. Pengantin menyambut tetamu.

45. Tetamu yang sedang selfie di majlis.

46. Dulang girls.

47. Dulang boys.

48. Flower girl & flower boys.

49. Gambar post-wedding.

50. Candid, candid, candid!

]]>
Dulu Aku Dah Solat Istikharah, Aku Memang Nampak Dia, Tapi Kenapa Jadi Macam Ni? https://redaksi.com/265-dulu-aku-dah-solat-istikharah-aku-memang-nampak-dia-tapi-kenapa-jadi-macam-ni Thu, 22 Jun 2017 12:19:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=265 Bila ada bayang-bayang jodoh akan datang, kita selalu dinasihatkan untuk dirikan solat istikharah untuk 'dapat petunjuk'. Kurangnya ilmu kita, sampai ada anak muda boleh yang ambil kesempatan. Contohnya bila perasaan pada si dia dah hilang, digunakan alasan, ' Saya dah solat istikharah, dan bukan awak yang saya nampak dalam mimpi saya '. Selang beberapa lama, bila jodoh tak kesampaian, istikharah juga yang disalahkan.



'Dulu aku dah istikaharah, aku memang nampak dia, tapi kenapa jadi macam ni?'

Sedangkan istikharah bukan alat untuk tentukan siapa yang patut kita nikahi. Istikharah adalah cara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk dapatkan ketetapan hati dalam apa jua keputusan yang kita nak ambil, bukan hanya dalam hal mencari jodoh.

Jabir bin Abdullah berkata, Nabi SAW pernah mengajarkan kami istikharah dalam setiap perkara, sebagaimana baginda mengajarkan surah dari al-Qur'an. Baginda bersabda: 'Jika salah seorang dari kalian menginginkan sesuatu maka hendaklah dia mendirikan solat dua rakaat, kemudian berdoa (yang maksudnya):

Ya Allah! Aku memohon petunjuk-Mu dengan ilmu-Mu, aku memohon ketentuan-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon kepada-Mu akan limpah kurnia-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib.

Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan urusan tersebut) adalah baik bagiku demi agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, tentukanlah ia bagiku.

Dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini adalah buruk bagiku demi agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta tentukanlah apa jua kebaikan untukku kemudian redakanlah aku dengannya.' (HR Bukhari)



Akal dan fikiran.

Agama tak menjadikan kita hamba yang bodoh. Kan Allah SWT dah kurniakan kita akal, tapi kenapa dalam soal mencari jodoh, kita seakan-akan lupa akan nikmat Allah yang satu ini? Kita juga ada keluarga, dan sahabat yang sayang dan mahukan yang terbaik untuk kita. Tapi dalam membuat keputusan yang sepenting ini, kenapa kita selalu memilih untuk membelakangkan mereka? Kita pilih untuk percaya kepada mimpi yang sebenarnya dipengaruhi oleh perkara yang selalu kita fikirkan. Tapi kita terus yakin yang itu semua 'petunjuk dari Tuhan'. Sedangkan kita bukan Nabi, jadi mimpi kita tak boleh dijadikan dalil.

Sebenarnya sebelum istikharah, kita perlu istisyarah - minta pendapat orang lain yang kita percaya contohnya ibu bapa tentang situasi kita. Belajar terima pandangan orang lain sambil mendapat restu mereka. Khususnya dalam hal mencari jodoh, bincangkan baik buruk sifat calon pasangan kita, sesuai atau tak dia dengan personaliti kita, apa cabaran yang mungkin kita hadapi dan cara baikinya dan sebagainya. Setelah berbincang dan ada keputusan yang dirasakan betul, dirikanlah solat istikharah untuk dapatkan keyakinan. Kalau dengan sekali istikharah hati kita masih belum yakin, buatlah istikharah yang kedua dan ketiga atau keempat sampai hati kita merasa tetap dengan keputusan kita. Kalau keputusan yang kita dah buat itu betul, hati kita akan tenang dan urusan kita untuk melaksanakan perkara itu akan dipermudahkan, inshaAllah. Sepatutnya contoh dari Rasulullah SAW inilah yang kita tiru, bukan doa semata-mata dan hanya tunggu 'wahyu' yang baru.



Bersederhana.

Tujuan istikharah adalah supaya Allah SWT tetapkan hati kita. Supaya kita tahu, Allah SWT redha dengan keputusan yang kita ambil. Sebab itulah, petunjuk dari istikharah tak datang dalam bentuk mimpi atau petanda yang pelik-pelik. Gunakan dulu akal fikiran dan jangan lupakan orang yang ada disekeliling kita. Paling penting, jangan bersandar pada mimpi semata-mata dan jangan jadikan ia alasan untuk menolak atau memaksa seseorang menerima kita. Perjalanan kita masih panjang, jangan terlalu taksub dengan mimpi hingga kita tak boleh berpijak di alam realiti. Kita dirikan istikharah, sebab kita nak cari redha Allah. Itu yang utama.

]]>
5 Tips Untuk Survive Dan Tidak Sedih Apabila Putus Cinta. https://redaksi.com/1495-5-tips-untuk-survive-dan-tidak-sedih-apabila-putus-cinta Mon, 29 Jan 2018 15:09:52 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1495 Hai jelitawan diluar sana. Apa yang anda perlu lakukan apabila telah kena dump dengan orang yang kita sayang?

Menangis. 

First thing first, CRY!

Carilah bilik atau tempat yang privacy untuk anda menangis sekuat-kuatnyadan lupakan si dia. Menangis sememangnya tidak akan dapat menyelesaikan masalah tetapi ia akan memberi kelegaaan kepada anda.

Mengapa menangis dapat melegakan anda? Terdapat satu teori, iaitu apabila kita menangis kita akan berasa lega. Ini kerana menangis akan membuang chemical yang terkumpul di dalam badan ketika stress.

Delete kesemua rangkain network dengan si dia.

Kita akan sentiasa teringat akan si dia dan tak akan dapat nak “move on” kalau kita asyik scroll facebook dan terlihat post-post dari ex kita. Ini membuatkan kita terkenang-kenang saat-saat bahagia kita dan si dia.

Ex kita juga ada kemungkinan akan cuba memenangi hati kita kembali dengan post benda-benda sweet dekat facebook kita. Somehow kita mungkin akan cair dengan pujuk rayu tersebut. Be strong dan jangan toleh ke belakang!

Mesti ada diantara kita yang tertanya-tanya, “Eh, kenapa pula nak kena delate dan block Facebook, Twitter, Instagram dan no telefon ex kita?” Jawapannya anda mungkin masih ada rasa sayang tetapi ex anda sudah tidak menyayangi anda. Ini dinamakan bertepuk sebelah tangan, which is not good for you. Anda akan mula stalk dia setiap hari dan hidup akan jadi miserable dari hari ke hari.

Motivasikan diri anda!

Katakalah dah beberapa bulan anda kena dump, jagan buat muka simpati bila tersermpak dengan dia semula. Buat seolah-olah anda tak ada apa-apa dan dia sememangnya tak penting dalam hidup anda.

Ok sebagai contoh:

Anda berada di situasi di mana anda perlu menghadiri reunion dengan ex yang sama kelas dengan anda pada minggu hadapan. Anda teragak-agak untuk memenuhi jemputan tersebut kerana ex anda turut serta dalam event itu. Apa yang anda akan lakukan? Beri alasan untuk tidak hadiri reunion tersebut dan menghampakan best friend anda begitu sahaja? Don’t be a loser.

Upah mana-mana lelaki atau rakan sekerja anda untuk teman anda di reunion tersebut dan act like you dah move on dengan dia. Anda boleh happy tanpa dia.

Buang semua barang dan hadiah dia

Burn! Burn! Burn! Buang dan bakar sahaja kenangan dengan dia. Kalau barang itu berharga jual dan gunakan hasil jualan itu untuk bershopping. Kalau dia berikan t-shirt or baju untuk anda, jadikan ia kain buruk dan alas kali. Life is easy, don’t make it hard.

Barang-barang yang diberikan oleh dia akan mengingatkan anda degan memori-memori indah dan kenagan manis bersama dia, benda-benda ini akan menyukarkan anda untuk move on.

Jangan keseorangan. Enjoy your life.

Cari benda yang dapat distract kita dari terkenang dengan dia. Jangan selalu berseorangn. Apabila berseorangan, kita mudah untuk terkenang dan hanyut dengan perasaan sendiri. Cari kawan-kawan rapat dengan kita yang dapat kita ajak untuk lepak dan berbual. Tonton drama-drama korea yang banyak ketawa. Live to the fullest.

Ini adalah sedikit-sebanyak perkongsian yang dapat anda lakukan untuk melupakan si dia. Banyak lagi potensi diri yang boleh anda explore untuk menjadikan anda wanita yang hebat.

]]>
Nak Bina Keluarga Bahagia, Masa Bujang Lagi Dah Kena Amalkan 9 Perkara Ini. https://redaksi.com/8223-nak-bina-keluarga-bahagia-masa-bujang-lagi-dah-kena-amalkan-9-perkara-ini Mon, 01 Jun 2020 21:19:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8223 Bila kita mula bercadang nak mendirikan rumahtangga saja, tentunya sudah ada yang mengimpikan dan mengangankan untuk membina sebuah keluarga bahagia, harmoni dan tenang. Bukan mudah nak mendirikan keluarga seperti ini. Nak-nak lagi jika tiada persiapan sebelum berumahtangga lagi.


Nak kahwin ini bukan kena fikir nak kumpul duit saja, tetapi ilmu agama serta ilmu bab keluarga ini juga perlu ada. Barulah boleh nampak hala tuju bila sudah berumahtangga nanti. Sebab itu, waktu bujang ini digalakkan untuk lakukan beberapa perkara ini. Supaya bila kahwin nanti, mudah dan ringan nak lakukan.

Berikut adalah petua keluarga bahagia.

1. SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.



2. Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.

3. Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.

4. Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.

5. Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.

6. Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu - penyayang dan pengasih.



7. Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.

8. Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.

9. Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.

Rajin-rajin lakukan perkara ini masa bujang, bila dah kahwin nanti mudah nak bimbing pasangan dan anak-anak ke perkara yang sama. Bahkan mudah nak bina keluarga bahagia yang menjadi impian setiap pasangan yang berumahtangga.

Kalau tak lakukan sekarang masa bujang, dah kahwin nanti lagi berat nak lakukan.



]]>
Rupa-Rupanya, Wanita Manja Ni Lebih Nakal Dalam Diam, Buat Rumahtangga Lebih Berseri. https://redaksi.com/6852-rupa-rupanya-wanita-manja-ni-lebih-nakal-dalam-diam-buat-rumahtangga-lebih-berseri Thu, 15 Aug 2019 16:44:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6852 Wanita, bakal menjadi isteri serta ibu kepada anak-anak kita. Dalam memilihnya sudah tentu perlu dilakukan berhati-hati agar ia menjadi seorang isteri yang mudah dibimbang serta menyenangkan hati. Tapi selalunya, wanita-wanita ini jarang sekali menunjukkan sikap mereka yang sebenar.

Apabila berdepan, mereka ini penuh dengan rasa malu dan senyuman. Bila sudah lama kenal, baru tahu bagaimana lagaknya mereka ini. Tapi itulah yang membuat wanita-wanita ini menarik.

Bila dah mula berkenan, lagi membuatkan kita nak tahu mereka ini macam mana orangnya. Lagi buat kita rasa nak mendekati mereka ini. Lagi-lagi kalau jenis yang malu-malu ini, lagi seronok menyakat mereka.



Tak kurang juga mereka yang sedikit jual mahal, makin mahal makin teringin untuk dimiliki, itu yang selalu orang lelaki rasa. Tetapi ada rahsia lagi sebenarnya wanita ini, nak-nak lagi mereka yang manja. Tapi bukan manja dengan orang yang sebarangan, sudah tentulah mereka ini akan manja dengan suami mereka iaitu kekasih yang halal buat mereka.

Agak sukar sebenarnya nak tahu seseorang wanita itu manja atau tidak, tetapi apabila anda memiliki wanita ini sudah tentu ia akan membuat rumah tangga menjadi lebih harmoni dan berseri.

Mana tidaknya, dalam manjanya itu ada sikap nakalnya yang akan menyakat suami di rumah. Bila ada sakat menyakat inilah yang membuatkan hubungan tersebut makin bahagia dan makin meriah. Hubungan ini akan menjadi penuh dengan gelak ketawa yang menyenangkan hati.

Tak cukup dengan itu, wanita manja ini penuh dengan kelembutan. Apabila anda jatuh sakit atau dalam kebimbangan, dia akan merawat anda sepenuh hatinya kerana dia mahukan anda segera sembuh dan bergurau semula dengan dirinya, malah setiap penjagaannya itu anda tahu bahawa dirinya ikhlas.

Walaupun manja dan nakal tetapi mereka ini tahu menghormati pasangan mereka. Mereka tidak akan melakukan sesuatu yang mungkin membuat anda tidak rasa dihomati. Daa tahu bahawa anda adalah orang yang perlu dihormati dalam hubungan tersebut dan tak akan mengambil kesempatan ke atas itu.

Apa yang paling penting adalah mereka ini tahu menghiburkan hati. Tak boleh nampak anda sedikit muram sudah tentu dengan segera dia akan membuat anda tersenyum. Walaupun dengan menggunakan senyumannya sahaja.

Akan tetapi wanita seperti ini hanya akan diketahui selepas berkahwin sahaja, namun sangat beruntung jika kalian memilikinya.

]]>
Anda Bertuah Jika Memiliki Teman Lelaki Yang Manja, Kerana Ini Menandakan Si Dia Benar-Benar Mencintai Diri Anda. https://redaksi.com/3638-anda-bertuah-jika-memiliki-teman-lelaki-yang-manja-kerana-ini-menandakan-si-dia-benar-benar-mencintai-diri-anda Wed, 26 Sep 2018 15:42:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3638 Lelaki manja? Wanita akan mengatakan ‘A Big NO’ dengan lelaki yang manja ini. Bagi pandangan wanita, lelaki yang manja ini berpewatakan lembut dan mesti ‘Anak Mak’. Buang tanggapan buruk anda ini sekalian wanita, malah tukarlah persepsi anda bahawa lelaki manja ini sebenarnya ROMANTIK. Bukankah wanita sukakan pada lelaki yang romantik?

Lelaki manja berbeza dengan wanita yang manja. Wanita manja sering dikaitkan dengan suara yang seperti anak-anak kecil dan suka merengek, namun ia jauh sekali dengan lelaki manja. Lelaki manja tidaklah pula bersikap begitu, tetapi mereka ada cara dan gayanya yang tersendiri.

Jom kita lihat mengapa wanita amat bertuah jika memiliki pasangan yang manja…

1. Terlalu minat dengan diri anda.

Seperti yang kita tahu, apabila kita minat pada sesuatu barang atau pada seseorang, anak mata akan mula membesar seperti bersinar. Lelaki  manja juga adalah seorang yang clingy sebenarnya, tetapi dengan cara mereka iaitu dengan melihat terus pada mata anda. Mereka tidak henti-henti melihat diri anda dengan pandangan tersebut. Mata yang bersinar, mungkin hari-hari si dia angau dengan anda.

2. Sukar untuk marah.

Lelaki manja bukan lah seorang panas baran, kaki pukul jauh sama sekali. Anda akan lihat lelaki ini sukar untuk meluahkan perasaan marahnya, walaupun berlaku pergaduhan. Jika berlaku persengketaan antara dengan sahabatnya juga, si dia cuba untuk bertenang dan tidak terus menghamburkan kata-kata makian.

Dan apabila telah berkahwin, lelaki ini akan cuba memeluk erat isterinya, kerana tidak suka melihat pasangannya marah dan merajuk. Dengan cara begini juga sebenarnya si dia mahukan perhatian, dan tidak suka konflik yang terlalu lama.

3. Tidak kisah menonton filem romantik bersama anda.

Ada sebahagian lelaki terlalu memilih jika mahu menonton filem atau drama. Tidak semua lelaki suka menonton filem romantik kerana bagi mereka filem tersebut tidak bersesuaian dengan jiwanya yang kasar dan ganas. Dan, jika boleh mereka juga mahukan pasangan yang suka dengan drama yang thrill ini.

Namun, lelaki yang manja ini boleh juga menonton filem romantik kerana jiwanya amat memahami jiwa wanita. Malah mereka tahu untuk memberikan pendapat tentang cerita tersebut.

4. Bersifat romantik.

Bagi pandangan lelaki, lelaki yang manja adalah lelaki yang romantik. Lelaki yang tahu untuk mengambil hati wanita, tidak sahaja melalui perbuatan tetapi melalui kata-kata juga. Mereka tahu untuk mengungkapkan kata cinta pada pasangan, pada masa-masa yang tertentu. Dan mereka juga amat memahami jiwa dan hati wanita. Situasi ini terjadi mungkin kerana lelaki ini memiliki seorang bapa yang amat menyayangi ibunya. Didikan bapa pada ibunya juga, membuatkan lelaki ini mahukan didikan tersebut pada bakal isterinya suatu hari nanti.

5. Soft spoken.

Lelaki soft spoken ini amat disenangi oleh orang ramai. Kerana dirinya berjiwa romantik dan mudah memahami wanita, sudah tentu tutur bicaranya lembut dan mesra terhadap wanita.

Anda langsung tidak pernah mendengar si dia mengeluarkan kata-kata makian, carutan, lucah, walaupun dengan sahabatnya sendiri. Bukan bererti dirinya lembut, tetapi mereka tahu tiada motif pun untuk berkata-kata kotor dimana ini menandakan dirinya matang.


]]>
“Kenapa Hati Dan Perasaan Mudah Sangat Berubah Setelah Berkahwin?” https://redaksi.com/4197-kenapa-hati-dan-perasaan-mudah-sangat-berubah-setelah-berkahwin Mon, 12 Nov 2018 11:04:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4197 Sering kita mendengar, jika ingin mengenali seseorang kena duduk sebumbung baru tahu hati budinya. Baru tahu jika si dia mempunyai sikap buruk yang tersembunyi, tidur pun berdengkur, yang lebih menyakitkan telinga apabila tidur pun mengkancing gigi. Ketika dan saat inilah setiap individu yang telah berkahwin akan mengenali sikap sebenar pasangannya.

Namun sedemikian, perubahan sikap itu juga telah menyebabkan setiap individu ragu-ragu kembali, adakah benar si dia yang aku sayangi? Cintai? Yang dahulunya mahu hidup bersama? Ini kerana terjadinya perubahan sikap yang perlahan-lahan membuat hati seseorang menjadi tawar.

Ketika bercinta, tagan yang dipegang tidak mahu lepas. Tapi dah kahwin, pasangan ditinggal di belakang pula. Kenapa ini terjadi? Seperti perkongsian dari saudara Amir Syahir ini….

********

Kenapa mudah sangat berubah lepas kahwin? Bila ikatan tu dah halal, segala yang tak elok je kau nampak kat isteri kau. Sebab apa jadi macam tu?

Sebab kau tak pernah bersyukur dan redha dengan apa yang Allah bagi kat kau.

Kau tak lihat diri kau sendiri. Kau rasa kau dah cukup sempurna. Padahal, bukan kacak sangat pun. Tak reti bersyukur bila ada yang sudi terima kau sebagai suami.

Dah ada isteri masih sibuk nak cari lain. Kononnya perempuan yang kau jumpa tu lagi baik dari isteri kau, lagi cantik, pandai bergaya. Apa kau lupa? Dulu isteri kau pun macamtu. Sebab tu kau jatuh cinta dengan dia. Tapi bila dah kahwin, dia sibuk uruskan kau, uruskan anak-anak sampai takde masa untuk diri dia sendiri.

***

Perempuan ni kalau sekali dia sayang, sampai bila-bila dia sayang. Kau hitam ke, kau pendek ke, kau gemuk ke, kau lah suami dia dunia akhirat. Tapi, sekali kau buat dia benci kau, sampai bila-bila dia akan benci kau. Pandang muka kau pun dia tak nak.

Memang hati itu berbolak balik sifatnya. Tetapi, selagi kau bersyukur dengan apa yang kau ada, redha dengan setiap kelebihan dan kekurangan isteri kau, datanglah yang lebih baik pun, kau tak akan tergugat.

Jangan lupa sentiasa berdoa pada Allah supaya sentiasa tetapkan hati kau untuk isteri kau, dan hati isteri kau untuk kau kerana Allah yang memegang setiap hati manusia.

Bila jumpa yang lebih baik nak ke kau, terus kau berubah hati. Tiada manusia yang sempurna. Kelebihan itu disyukuri dan kekurangan itu dilengkapi.

********

Semoga Dijadikan Iktibar!

]]>
Ubah Gaya Hidup Anda Menjadi Orang Yang Berjaya Dengan 5 Tips Ini. https://redaksi.com/4754-ubah-gaya-hidup-anda-menjadi-orang-yang-berjaya-dengan-5-tips-ini Thu, 03 Jan 2019 14:36:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4754 Untuk berjaya, anda tidak boleh banyak alasan. Bermacam-macam alasan yang dicipta menandakan anda seorang yang mudah ‘kalah’. Bak kata pepatah:

“Orang yang menang sentiasa mencari jalan, manakala orang yang kalah sentiasa mencari alasan”

Pelbagai alasan yang biasa dicipta adalah seperti:

“Tak boleh la, saya tak mampu…”

“Ala kau kan banyak duit, banyak modal mesti banyak pulangan…”

“Kenapa hidup ni tak adil?”

“Saya dah tua la, mana mampu nak kerja shift malam lagi…”

“Dah terlambat la nak menyimpan, lagipun dah tua…”

“Mustahil la nak berjaya…”

Bagaimana nak ubah diri menjadi orang yang berjaya, jika terlalu banyak alasan? Jom ikuti 5 tips mudah ini…

1. Kenali Potensi Diri.

Untuk berjaya dalam hidup, anda sendiri perlu mengetahui dan mengenali diri sendiri. Ambil masa untuk mengetahui apakah bakat terpendam anda selama ini? Anda perlu sedar bahawa bakat terpendam anda mampu mengubah potensi diri anda dimasa akan datang. Jadi, untuk mencapai matlamat dalam jangka masa yang panjang, belajar apa sahaja ilmu dan bidang yang anda mahu ceburi.

Kemahiran atau skill dalam diri akan muncul sekiranya anda selalu praktikkan. Jangan malas-malas!

2. Mempunyai Keinginan Yang Kuat.

Ada kemahiran, tetapi tiada minat untuk praktikkan tidak mendatangkan keuntungan. Jadi, oleh kerana itu jangan membuat sesuatu perkara yang anda rasa tiada potensi langsung untuk berkembang. Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda.

3. Ketahui Arah Tujuan.

Buat sesuatu tanpa arah tujuan juga menyebabkan anda terkandas di tengah jalan. Sesuatu tujuan yang anda lakukan adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari.Ia juga akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat mustahil pada pandangan manusia normal.

4. Berani Mengharungi Cabaran.

Anda juga perlulah berani menghadapi sebarang risiko. Janganlah sentiasa berada di zon selamat sahaja, tak nak ada sebarang risiko langsung. Pasti hidup menjadi hambar. Sekali-sekala jadikan hidup anda seperti roller coaster.

Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.

5. Lupakan Masa Silam.

Dan yang paling penting untuk menjadi orang yang berjaya adalah, jadikan masa silam sebagai pengajaran dan pelajaran, bukannya kedukaan yang tiada pengakhiran. Stop! Ambil buku baru, dan mulakan pada helaian yang baru. Jangan buka lagi buku lama.

Ia adalah salah satu punca besar yang menyebabkan motivasi dan semangat anda menjadi pudar dan musnah. Malah boleh menjadi beban yang berat untuk dipikul. Belajar dari pengalaman ya!

Semoga Bermanfaat!

]]>
“Nak Marah Isteri Pun Ada Caranya..” Ikuti 8 Nasihat Daripada Lelaki Ini Untuk Para Suami. https://redaksi.com/5974-nak-marah-isteri-pun-ada-caranya-ikuti-8-nasihat-daripada-lelaki-ini-untuk-para-suami Sun, 05 May 2019 13:55:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5974 Apabila sudah menjadi seorang suami, perkara pertama yang menjadi dilemma adalah cara untuk memarahi isteri, kerana takut isteri merajuk berpanjangan. Sebagai seorang lelaki yang mampu berfikiran rasional, lelaki sepatutnya lebih bijak mengawal emosi daripada perempuan supaya para isteri akan hormat suaminya sendiri kelak.

Nak marah pun ada caranya. Ikuti nasihat dan tips dari saudara Akhtar Syamir ini…

********

Jadi, bagaimana untuk memarahi isteri tanpa memarahi? Saya tidak kata ianya mudah. Suami perlu mempunyai daya kesabaran yang tinggi untuk menghadapi situasi ini dengan baik.

1. Bertenang dan dengar penjelasan dari dia. Tidak ada gunanya dua orang bercakap dalam masa yang sama.

2. Jangan meninggikan suara. Ada bezanya bertegas dan meninggikan suara. Ketegasan bermaksud yang anda kesal kerana ianya terjadi tetapi memarahi terus akan menjadikan ianya negatif.

3. Terangkan kesalahannya dan bagaimana ianya sepatutnya boleh dielakkan. Seperti mendidik anak, isteri juga kadang-kala kurang faham kenapa sesuatu perkara itu bakal mendatangkan masalah. Menjadi tugas suami menambah apa yang kurang.

4. Tekankan betapa pentingnya berkongsi dengan suami tentang apa yang ingin dilakukan sebelum ianya dilakukan. Bukan semuanya perlu keizinan, tetapi pendapat orang kedua adalah sangat penting dan boleh membuka pandangan baru di dalam sesuatu perkara.

5. Jangan menuduh, jangan mengungkit. Kita lelaki, kita tidak sepatutnya menghukum perkara yang sudah lama berlaku "di atas" perkara yang sedang berlaku. Fokus pada yang sekarang dan bukan menambah keberatan kesalahan itu dengan kesalahan lalu.

6. Jangan sekali-kali memaki. Perkataan yang paling perlu dielakkan ialah "bodoh", "lembab", "degil" dan lain-lain. Simpan perkataan itu di dalam hati. Kesannya sangat buruk dan berpanjangan jika ianya terkeluar dari mulut suami.

7. Beri isteri ruang. Jangan terlalu menekan. Jika si dia terlalu tertekan, kesannya amat tidak baik. Kadang-kala ianya boleh jadi luar kawalan. Jika ianya berlarutan, kebarangkalian depresi juga boleh terjadi.

8. Akhir sekali, peluklah isteri kamu. Maafkanlah dia. Ciumlah rambutnya. Dia juga seorang manusia, tidak terlepas dari melakukan kesilapan sama seperti kita.

Akhiri itu semua dengan positif. Ada kemungkinan, dengan kesilapan isteri dan cara pengendalian suami ini boleh membuatkan ikatan perhubungan itu semakin erat. In Shaa Allah.

Semoga penulisan ini dapat memberi ilmu yang baru dalam kehidupan suami-isteri. Silakan SHARE untuk kita sama-sama dapat menyebarkan kebaikan.

********

Semoga Bermanfaat dan Jadilah Suami Yang Dihormati Selalu!

]]>
Jurutera tinggalkan seorang isteri dan 2 anak selepas dilanggar pemandu mabuk https://redaksi.com/8610-jurutera-tinggalkan-seorang-isteri-dan-2-anak-selepas-dilanggar-pemandu-mabuk Mon, 28 Sep 2020 10:06:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8610 Lagi kejadian kes mabuk yang membabitkan kematian seorang jurutera yang maut di tempat kejadian, manakala isteri dan dua anaknya cedera apabila kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang dipercayai hilang kawalan di Persiaran Tun Teja, Alam Impian, Shah Alam.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, mangsa dikenali Ahmad Safwan Sulin, 32, disahkan meninggal dunia dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang.



Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Perdana yang dipandu lelaki berusia 36 tahun dari arah Persiaran Panglima Sultan telah hilang kawalan.

"Kereta itu kemudian terbabas hingga melanggar Perodua Aruz yang dipandu mangsa.

"Rempuhan itu menyebabkan mangsa (Ahmad Safwan) parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala isterinya berusia 33 tahun dan dua anak mereka berusia lima dan tiga tahun dilaporkan mengalami kecederaan," katanya.

Jelasnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan isteri serta anak mangsa pula dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan. Manakala Proton Perdana itu kini masih berada di zon merah HTAR.


Pihaknya juga telah mengambil sampel darah untuk ujian saringan alkohol serta dadah.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," tambahnya.

Sementara itu, kes ini menjadi perhatian warganet apabila tersebarnya rakaman dan juga gambar tempat kejadian yang rata-rata bersimpati menimpa keluarga terbabit.


]]>
Tips Cinta: Cara Untuk Mencuri Hati Si Dia Melalui Telefon Bimbit Sahaja. https://redaksi.com/2918-tips-cinta-cara-untuk-mencuri-hati-si-dia-melalui-telefon-bimbit-sahaja Fri, 20 Jul 2018 11:05:32 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2918 Terdapat pelbagai taktik untuk memikat malah mencuri hati si dia. Salah satunya adalah dengan melalui telefon bimbit. Dengan perkembangan teknologi zaman sekarang, sudah tentu terdapat banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk memikat hati si dia. Aplikasi yang paling mudah adalah whatsapp.


Apabila anda terlalu malu untuk berjumpa dengan si dia, tidak salah anda memulakan langkah untuk memikat hati si dia melalui whatsapp sahaja. Jadi bagaimana anda harus lakukan?

1. Pick-Up line.

Anda buntu dengan kata-kata romantik, jadi tidak salah secara tiba-tiba atau pada waktu yang tidak dijangka hanya menghantar gambar berwarna hitam kepadanya. Pasti si dia akan tertanya-tanya kenapa anda menghantar gambar tersebut. Jawapannya adalah;

“Kerana hari saya kelam bila tak nampak wajah awak hari ni” pasti si dia tersenyum tersipu-sipu keseorangan ketika itu.

2. Hantar gambar atau video lucu.

Terdapat banyak gambar dan video yang lucu pada zaman sekarang. Malah banyak juga gambar dan video yang lucu viral di sosial media. Jadi hantarkan gambar tersebut kepada mereka pada waktu-waktu santai, pasti si dia akan tertawa. Dan cuba taktik anda tidak hantar apa-apa gambar atau video padanya, pasti si dia akan tertanya-tanya kehadiran anda.


3. Mulakan dengan perbualan lucu.

Apabila anda telah berani, tidak salah sekiranya mahu hubungi si dia pada waktu-waktu tertentu. Tetapi jangan pula kacau mereka ketika tengah malam, itu pun jika si dia tidak kisah dikacau oleh anda sendiri. Jadi mulakan dengan perbualan yang lucu atau teka-teki yang tak masuk akal. Jika anda berjaya membuat si dia tergelak, pasti anda sudah hampir mencuri hati si dia.

4. Memuji.

Apabila sudah lama berkenalan dan sering hubungi antara satu sama lain. Ketika ini lah anda perlu masuk ke tahap untuk mengetahui si dia dengan lebih dalam. Cuba anda memuji cara mereka bercakap, tergelak ketawa atau kepintaran semasa mengulaskan isu. Malah anda boleh menyatakan hanya si dia yang anda sering hubungi dan tiada yang lain.


5. Gunakan emoji.

Lelaki jarang menggunakan emoji yang banyak seperti wanita. Jika anda sebagai lelaki mahu mencuri hati si dia melalui whatsapp, jangan lupa penggunaan emoji ya. Jika anda hanya tahu jawab dengan ringkas atau sepatah-sepatah kemudian dengan titik yang berpanjangan………

Pasti si dia hanya menganggap anda sebagai kawan sahaja….


]]>
'Elak Cinta Lama Bertaut Kembali', Ini Tips Hadiri Reunion Yang Lebih Santai. https://redaksi.com/7654-elak-cinta-lama-bertaut-kembali-ini-tips-hadiri-reunion-yang-lebih-santai Tue, 26 Nov 2019 15:46:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7654 Bila masing-masing lama tak jumpa ataupun telah mendirikan rumah tangga, tentu anda dan juga rakan-rakan akan membuat satu pertemuan semula. Pertemuan ini sudah tentu sangat dirindui dan dinanti oleh anda dan juga rakan-rakan, mana tidaknya lama tak bertanya khabar dan bersua muka.

Reunion adalah perkara yang sering kali menjadi salah satu aktiviti buat rakan-rakan yang telah lama tidak berjumpa. Bukan itu sahaja, reunion juga akan mengeratkan lagi hubungan anda dan juga rakan-rakan. Akan tetapi buat mereka yang dah ada pasangan ini tentu serba salah untuk menghadiri reunion ini bukan?

Mana tidaknya, kalau terjumpa bekas kekasih hati ke, first love ataupun berlaku yang tak terduga tentu akan jadi masalah terhadap hubungan yang telah sedia ada sekarang ini. Akan tetapi pada masa yang sama anda tidak mahu ketinggalan akan perjumpaan seperti ini. Kalau anda ingin pergi ke reunion bersama rakan anda, ini tips yang perlu anda ikuti.



1. Niat sebenar anda.

Jangan salah niat pula, pastikan anda mempunyai niat yang jelas akan tujuan anda ini. Niat anda berjumpa rakan-rakan yang telah lama, bukannya nak jumpa bekas kekasih atau jalinkan hubungan mesra dengan rakan yang baru. Jadinya, perbaiki niat anda sebelum pergi. Kalau rasa tak kuat disarankan untuk tak pergi.

2. Nak selamat bawalah pasangan bersama.

Kalau anda cukup berani dan ingin selamatkan hubungan, jangan lupa nak bawa pasangan anda bersama. Kalau anda bawa pasangan, bukan kata bekas kekasih tetapi cinta pandang pertama anda pun tak berani nak dekat. Cara ini sememangnya selamatkan hubungan anda.



3. Jangan mulakan perbualan selepas habis reunion.

Awas! Perkara ini jika dilakukan sememangnya akan memberi kesan terhadap hubungan anda. Kalau dengan mereka yang sama jantina tidak mengapa, tetapi yang membimbangkan adalah mereka yang berlainan jantina. Biasanya bila habis reunion tentu akan saling tukar no telefon, jadi jangan mulakan perbualan mesra selepas habis reunion.

4. Kalau nampak seseorang yang pernah anda suka, buat mereka tak wujud.

Jangan mula bertegur atau bersembang dengan orang yang pernah kecewakan anda dulu. Ini semuanya hanya akan merosakkan hubungan serta niat anda ke reunion itu. Adalah lebih baik kalau anda buat mereka ini seperti tidak wujud sahaja dan bersembang dengan rakan anda yang lain seperti biasa. Kalau anda mendekati mereka ini, tentu sahaja ia akan menjadi satu titik permulaan yang tidak baik.



5. Berkumpul dengan rakan yang lebih rapat.

Untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, maka anda perlu berkumpul dengan rakan-rakan yang rapat sahaja. Berbual dengan lebih lama serta tidak menghiraukan akan perkara yang lain ini membuat anda tidak sedar masa akan pantas berjalan. Bukan itu sahaja, anda juga dengan mudah mengabaikan mereka yang tidak sepatutnya.

Nak pergi reunion ini tidak salah, tetapi jangan mulakan sesuatu yang tidak sepatutnya anda lakukan. Ingat orang yang tersayang dan sentiasa bersama anda, bukan dia yang pernah kecewakan anda.

]]>
Jangan Lakukan 8 Perkara Ini Ketika Mula Bekerja. https://redaksi.com/5503-jangan-lakukan-8-perkara-ini-ketika-mula-bekerja Mon, 18 Mar 2019 13:17:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5503 Mendapat kerja ketika ramai yang menunggu peluang untuk bekerja adalah salah satu perkara yang menggembirakan. Mula mencari pengalaman, bahkan mempunyai pendapatan sendiri untuk berdikari. Namun, dalam memiliki pendapatan tidak kira kecil mahupun besar pasti akan membuatkan anak muda mula tersasar.

Bukan sahaja tersasar dalam perancangan kehidupan, malah menjadi lupa diri sehingga tiada simpanan dan dana kecemasan. Oleh itu, pada mereka yang mula bekerja, jangan lakukan 8 perkara ini…

1. Jangan lupa menabung.

Ketika mendapat gaji yang pertama, sudah pasti banyak komitmen untuk dilangsaikan sehingga merasakan tidak perlu untuk menabung. Ini kerana mempunyai perasaan takut sekiranya duit tidak cukup sehingga ke hujung bulan. Situasi sebegini sudah tentu mendorong anak muda untuk tidak menabung.

Jika ini yang berlaku, tidak hairan sekiranya makin lama, makin sukar untuk menyimpan wang.

Simpan sedikit seperti RM50 sebulan terlebih dahulu, apabila sudah mendapat pengesahan bekerja lebih 3 bulan, naikkan pula RM100 sebulan. Ini untuk memupuk sikap suka menabung.

2. Jangan lupa bayar hutang.

Mempunyai banyak hutang dan komitmen? Langsaikan dahulu hutang anda!

Makin kurang hutang anda, makin kurang terbeban dengan kehidupan. Tiada penyesalan. Jangan menganggap mula sahaja kerja dengan gaji pertama tidak perlu membayar hutang kerana tidak mencukupi. Nak hidup tenang dan rezeki yang cukup, langsaikan hutang sedikit demi sedikit.

3. Jangan cepat lompat kerja.

Jangan terlalu kerap lompat kerja seperti setiap 3 bulan. Setiap tahun pasti akan bertukar kerja kerana merasakan diri tidak serasi dengan syarikat tersebut. Hanya dengan alasan tersebut, resume anda pasti akan mengundang banyak persoalan pada mana-mana majikan. Ini juga antara punca, anda sukar untuk mendapat kerja yang diidamkan.

4. Jangan mengumpat tentang majikan, apatah lagi luahkan di sosial media.

Tidak puas hati dengan majikan, mahupun dengan rakan sekerja, anda mula mengumpat dan meluahkan perasaan tidak kena tempat. Jangan bergossip seandainya anda mahu mementingkan kerjaya. Perkara ini bukan sahaja tidak sihat untuk anda, malah anda dianggap tidak beretika sekiranya majikan atau rakan sekerja mengetahui anda sering post status di sosial media.

5. Jangan lupa ibu bapa.

Selain daripada itu, untuk mendapat rezeki yang berkat dan sentiasa tenang di tempat kerja, anda jangan lupa pada ibu bapa pula. Dah dapat gaji, lupa pula pada ibu bapa adalah perkara yang membuatkan anda menjadi anak yang lupa diri dan tidak munasabah. Kerja yang anda dapat adalah dorongan doa daripada ibu bapa anda juga.

6. Jangan sewa rumah yang mahal.

Kerja berjauhan dengan ibu bapa, maka anda terpaksa sewa rumah. Jangan mempunyai alasan untuk selesa seperti rumah sendiri dimana anda sanggup untuk sewa dengan kadar yang mahal. Demi keselesaan juga, anda sanggup menyewa di apartment atau kondo yang memiliki kemudahan yang berganda seperti gym, swimming pool dan sebagainya.

Cukuplah keselamatan rumah sewa terjaga.

7. Jangan selalu ambil MC.

Sering mengambil MC kerana sakit, ataupun liat untuk bangun pagi? Ataupun tidak suka dengan kerenah majikan mahupun rakan sekerja?

Sering mengambil MC akan membuat prestasi kerja anda akan terjejas, dan tidak dapat kepercayaan daripada majikan.

8. Jangan malu jadi kuli, tetapi jangan pilih untuk menjadi kuli.

Anda memiliki degree atau pelajaran yang tinggi, sudah pasti inginkan kerja yang selari dengan bidang anda. Namun, jangan malu untuk bermula daripada bawah untuk membina pengalaman. Akan tetapi, jangan pula menjadi kuli pada kerja yang bukan ditetapkan untuk anda. Sebagai contoh, anda bekerja sebagai Admin, tetapi perlu menjadi runner atau dispatch.

Selamat Mencuba!

]]>
Nak Rambut Sihat & Tidak Berbau Walaupun Bertudung, Hijabi Jangan Lakukan 6 Perkara Ini. https://redaksi.com/7709-nak-rambut-sihat-tidak-berbau-walaupun-bertudung-hijabi-jangan-lakukan-6-perkara-ini Mon, 16 Dec 2019 12:54:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7709 Rambut ini adalah mahkota kaum wanita. Walaupun dilindungi oleh tudung, tetapi anda perlu menjaga mahkota anda ini dengan sebaiknya. Jangan menggunakan alasan anda bertudung sebab itu tidak perlu menjaga rambut yang ada dengan sebaiknya.

Buat wanita yang bertudung, anda perlu menjaga rambut dengan lebih teliti agar ia tidak berbau serta rambut juga kekal sihat. Kalau berbau, bukan anda sahaja yang bau tetapi orang disekeliling juga anda mendapat haruman yang sama. Silap-silap kekasih hati pun boleh lari kalau bau rambut anda yang hapak itu.


Ini adalah 6 perkara yang anda tidak patut lakukan ke atas rambut anda.

1. Ikat rambut terlalu ketat.

Memang akan terasa kemas dan selesa namun ikat terlalu ketat dan kuat akan rosakkan akar rambut. Pilih getah rambut yang longgar agar rambur ada runag untuk bernafas.



2. Rambut basah jangan terus pakai tudung.

Ini selalu sangat dilakukan oleh mereka yang bertudung. Apabila rambut anda yang sedang basah itu ditutup dengan tudung tanpa dikeringkan dahulu akan menyebabkan bau masam dan kepam. Ia juga menjadi punca rambut naik kelemumur.

3. Tak nak sikat rambut.

Walaupun bertudung, tetapi anda perlu juga sikat rambut anda. Sikat rambut untuk elakkan hujung rambut menjadi bercabang dan berselirat. Nanti rambut anda juga yang kusut masai.

4. Tidur pun nak ikat rambut.

Lepaskan rambut anda semasa tidur, mereka juga ingin bebas. Nak elakkan masalah rambut gugur maka lepaskan sahaja rambut anda itu agar dapat udara.



5. Tak nak tukar anak tudung.

Tak tukar sampai seminggu, aduh! Kalau rasa selesa dengan anak tudung itu kenalah rajinkan diri untuk membasuhnya. Tukarlah anak tudung setiap hari elakkan rambut berbau peluh anda. Tak payah beli ank tudung yang mahal-mahal, muruh pun okay asal selesa.

6. Guna tudung yang sama berulang kali.

Takut tudung rosak tetapi kepala berbau tidak mengapa. Bukan ke rasa tak selesa jika mengenakan tudung yang berbau. Keyakinan pun boleh hilang kalau tudung berbau ini. Kalau bimbang tudung rosak, apa kata anda basuh guna tangan jangan guna mesin.

Haaa... nampak tak tabiat anda itu menjadi punca rambut berbau dan juga tidak lawa. Macam mana kalau suami anda bau dan dekati anda nanti, tentu tak selesa.



]]>
Lelaki Ini Kongsikan Tips Pada Suami Sekiranya Isteri Mengalami Alahan Ketika Mengandung. https://redaksi.com/5329-lelaki-ini-kongsikan-tips-pada-suami-sekiranya-isteri-mengalami-alahan-ketika-mengandung Tue, 26 Feb 2019 13:02:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5329 Tidak semua golongan wanita yang hamil akan mengalami alahan, akan tetapi Ikuti perkongsian dari saudara Akhtar Syamir atau dikenali sebagai Bro Ohsem ketika isterinya mengalami alahan…

********

Jadi, apa yang suami perlu buat?

1. Redha dengan keadaan yang berlaku ini.

Kena terima dengan hati yang terbuka. Kita sedang diuji kali ini. Kita perlu bersyukur kerana ia terjadi, kerana ada suami isteri tak pernah diuji sebegini kerana mereka tidak ada rezeki untuk dapat zuriat. Jadilah suami yang positif, fikirkan hadiah yang kita sekeluarga akan dapat apabila kita berjaya harungi benda ini nanti. Seorang anak penyambung keturunan kita.

2. Sabar.

Saya tak dapat nak tekankan dalam bertulis sebesar mana pentingnya anda perlu bersabar bila melalui masa ini. Kena sabar bang. Untuk anak ketiga ini saya dua tiga kali tertunduk dan terduduk. Saya telah berikan segalanya tapi masih tidak cukup kaki dan tangan saya untuk menguruskan isteri dan anak - anak.

Anda akan rasa penat, anda akan rasa kecewa, anda akan rasa marah. Jadilah suami yang baik, jeritlah sambil bantal ditutup di muka. Lepaskan semuanya di situ. Jangan lepaskan kepada anak dan isteri.

3. Ganti tempat isteri dalam menguruskan rumah dan keluarga.

Pertamanya baju itu perlu dibasuh, kedua disidai, ketiga dilipat dan akhirnya digosok untuk menjadikannya tersedia. Kita sering tak sedar benda ni. Kita nampak baju je. Proses dia kita tak nampak.

Masuk bab makanan pun sama. Penyediaan bahan masakan, masak, hidang dan kemas serta basuh pinggan. Dan jangan lupa, sesi memberi anak makan yang sebelum ini kita tak peduli sangat pun. Sedar - sedar je anak dah kenyang kan?

Jadi bila kita sebagai suami nak ganti peranan isteri, kita akan terkejut. Semua proses itu datang sekaligus.

Tangan dua tak cukup. Kaki dua tak cukup. Otak satu tak cukup. Masa tak cukup. Tenaga tak cukup. Rehat tak cukup. Tidur tak cukup. Duit pun jadi tak cukup.

4. Pengawalan stress / tekanan.

Memang kita sedia maklum, lelaki lebih baik dalam menguruskan tekanan. Tetapi bila dalam keadaan ini, kita akan tercabar. Kita tidak biasa berada di luar kawalan. Lelaki selalunya dapat mengawal keadaan.

Tapi bila semuanya di luar kawalan, isteri sentiasa sakit, anak sekolah tak terurus, anak kecil tak terjaga, rumah yang dah 2 kali masuk surat khabar sebab deko yang menarik pun, dah jadi tongkang pecah, dapur dah terbalik macam kat dapur kedai tomyam bila nak tutup kedai dan semuanya terjadi serentak, dan kita kena pergi kerja pulak.

5. Pengurusan kewangan.

Akan menjadi teruk. Ketirisan yang banyak bakal berlaku. Kadang - kala kita tak dapat kawal langsung. Isteri teringinkan itu ini. Kita kena beli juga kerana dia dah tak makan berhari - hari. Nak masak, kita memang tak selalu sempat.

Di tambah pula dengan isteri yang tak boleh bau masakan. Anak - anak perlu makan. Nak tak nak, banyak duit akan dikeluarkan untuk membeli makanan setiap hari.

6. Jaga hati anak - anak.

Mereka tak faham. Mereka kecil lagi. Kita kena jaga perasaan mereka. Cuba beri terangkan kenapa ibu mereka sebegitu. Kenapa papa dan mama tiada masa yang cukup untuk melayani mereka dan kenapa kadang - kala mereka dimarahi tanpa ada sebab yang kuat.

Pada masa ini juga kebarangkalian mereka akan tunjukkan sedikit pemberontakan jiwa. Dalam erti kata lain, buat perangai. Kita yang tak cukup masa untuk semua benda, terpaksa mengadap dinding yang diconteng, baju sekolah yang kotor sangat dan macam - macam lagi.

Mereka sebenarnya perlukan perhatian dan kasih sayang. Cubalah sehabis baik melayan anak - anak. Mereka amat memerlukannya kerana ibu mereka tidak dapat melayani mereka seperti selalu.

7. Yang paling penting, jaga isteri.

Mereka mabuk, loya, penat dan segala - galanya. Pastikan anda sentiasa berada di samping mereka kerana kita amat di perlukan. Nak bangun, mereka perlukan bantuan kita. Bila mereka muntah, tolonglah gosok belakang isteri kita.

Lihatlah sendiri bagaimana badan isteri yang turun naik dan menggeletar akibat muntah yang teruk. Air mata yang terkeluar akibat menahan keperitan muntah. Air di hidung yang keluar kerana tiada lagi kawalan badan.

Letaklah diri di tempat isteri. Mereka sedang sakit. Bantulah mereka. Beri galakan dan kata - kata positif.

Mungkin ada yang boleh terima. Mungkin ada suami yang kena tolak terus sebab jiwa mereka tengah kacau. Jangan pulak kita melenting.

Dan yang paling penting, jangan tambah beban kepada mereka. Permudahkanlah urusan mereka. Cari cara untuk mudahkan mereka bergerak, bantu mereka mandi. Syampukan rambut, sabunkan badan.

Kadang - kala mereka terlalu lemah untuk buat perkara asas sebegitu. Sentiasa juga tanya apa lagi yang boleh dibantu, apa yang mereka mahukan dan perlukan. Mungkin kita tak tahu pada masa itu. Tapi isteri kita amat - amat menghargai apa yang sedang kita lakukan untuk mereka.

********

Semoga Dijadikan Iktibar Dan Inspirasi!

]]>
Sebelum Bertemu Jodoh Sebenar, Mungkin Anda Akan Berjumpa Dengan 5 Jenis Pasangan Ini Dahulu. https://redaksi.com/7284-sebelum-bertemu-jodoh-sebenar-mungkin-anda-akan-berjumpa-dengan-5-jenis-pasangan-ini-dahulu Tue, 24 Sep 2019 10:56:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7284 Ada orang kata dalam mencari jodoh ini anda akan berjumpa dengan seseorang yang salah dahulu sebelum berjumpa yang tepat. Biasanya mereka-mereka ini datang sekadar untuk memberi pengajaran ataupun ujian sahaja dalam hidup anda. Jadi tak semestinya anda berjumpa seseorang maka itulah jodoh anda sebenarnya.

Sebab itu, ada yang bertahun-rahun bercinta boleh putus, nak berbulan-bulan bertunang boleh tak jadi berkahwin. Kerana mereka ini datang sekadar hanya itu memberi anda pengajaran akan hubungan serta menambah pengalaman hidup anda.

Sebelum anda berjumpa dengan seseorang yang tepat, boleh jadi anda akan berjumpa dengan mereka ini dahulu dalam hidup anda.



1. Mereka yang berlawanan dengan anda

Di mana, dia dan anda sangat jauh berbeza. Kalau anda sukakan aktiviti indoor dia pula sukakan aktiviti outdoor. Anda dan dirinya bagaikan langit dan bumi yang sukar untuk cari persefahaman dan persamaan akan tetapi seronok bersama. Namun begitu, kalian mungkin lebih sesuai jika hanya berkahwin sahaja. Kerana, perbezaan pendapat dan fikiran membuatkan kalian akan selalu bertengkar.

2. Mereka yang terlalu mencinta sehingga obeses

Seronok bukan kalau anda orang yang terlalu sayang dan mencintai diri anda. Namun begitu, betul ke mencintai anda dengan setulus hatinya, ataupun dia itu hanya sekadar obeses dengan diri anda dan mahu memiliki anda sahaja. Cinta yang tulus dan suci itu mungkin tak ada dalam dirinya, yang anda hanya rasa takut kehilangan diri anda.



3. Mereka yang terlalu disukai orang lain

Biasanya bila memiliki pasangan yang ada rupa paras yang elok ini memang bonus. Namun begitu, kadang kala ia membuatkan hubungan anda lebih mencabar kerana akan diganggu oleh orang lain. Bukan itu sahaja, pasangan anda tentu lebih banyak pilih yang boleh dipilih dengan mudah. Bukan ke itu akan buat anda sentiasa tak percaya akan dirinya.

4. Mereka yang selalu menyakiti anda

Orang kata cinta itu memang menyakitkan, namun begitu cinta ini tak seharusnya saling menyakiti antara satu sama lain. Jika dia terus menerus menyakiti anda tentu dirinya tak ikhlas menyayangi anda. Bahkan perkara sebegini hanya dikenali sebagai toxic relationship sahaja.



5. Mereka yang tidak diterima oleh keluarga anda.

Nakkan hubungan hingga ke jinjang pelamin, tentu sahaja anda perlu dapatkan restu. Kalau tak ada restu dari kedua keluarga, boleh jadi dia itu hanya sekadar persinggahan dan tak perlu diteruskan. Sebab itu anda single sekarang ini.

Mereka-mereka yang hadir ini lebih banyak memberi pengalaman dan pengajaran dalam hidup. Itu juga yang membuatkan anda lebih kuat dalam hubungan anda kelak dan tak akan melakukan kesilapan yang sama lagi.

]]>
100 Fakta Tentang Lelaki. https://redaksi.com/1090-100-fakta-tentang-lelaki Mon, 28 Aug 2017 15:30:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1090 Silalah baca 100 kfakta tentang lelaki ini :

1. Sebenarnya lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin anda terlihat mempesona). Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.



2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika saat ini dia menyukai anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti anda tidak pernah ada di hatinya).

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah, ketika dia bersiap hendak tidur, anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya anda hari ini).

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang anda).



7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai anda, dia akan menerima anda apa adanya. Tak peduli anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada anda untuk diet ketika anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai anda).

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada anda).

10. Lelaki tidak suka jika anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih anda).

11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan anda!.

12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana anda ada untuknya).

14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana anda memberikan respon yang negatif).

17. Saat anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).



19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika anda melakukan ini pada kekasih anda, maka ia akan terus menerus merindukan anda).

20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji anda (baca: merayu anda).

21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

22. Jika anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta anda menjadi kekasihnya?).

23. anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk anda.

27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).

28. anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri anda.

29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.

31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata anda. Mereka juga tidak suka melihat anda bersedih).

32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

39. Jika ada seorang lelaki menyukai anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).

40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).

41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

42. Lelaki adalah makhluk yang berlagak pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.

43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.

45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.

46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk anda).

48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone anda)

49. Jika anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari anda.

50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.

51. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

52. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

53. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua yang sama.

54. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

55. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

56. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

57. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak walaupun sebenarnya dia seorang tukang masak yang hebat. Ini kerana lelaki membesarkan dengan masakan air tangan wanita iaitu ibunya.

58. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

59. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

60. Lelaki yang kedekut sebenarnya lebih pemurah jika anda tidak pernah meminta.

61. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

62. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

63. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

64. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka buat pertama kali.

65. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

66. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

67. Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.

68. Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.

69. Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau sukakan kamu.

70. Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.

71. Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.

72. Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.

73. Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.

74. Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.

75. Bila betul-betul serius dalam perhubungan,seorang lelaki akan menyayangi wanita lebih daripada apa yang anda jangkakan. Dan juga lebih dari cara anda menyayangi lelaki tersebut.

76. Sebelum mempercayai seorang lelaki,uji lah dia dulu. Tapi jangan berpanjangan,confirm dia bosan dan anggap wanita tak percayakan dia. Lepas tu, say good bye lerr.

77. Kadang-kadang lelaki tiada keputusan yang muktamad.

78. Bagi lelaki, sayang itu tak diluahkan dengan kata-kata tetapi lebih kepada memberi perhatian dan ambil berat terhadap wanita itu.

79. Jika anda bertanya lelaki: “Adakah anda cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”. Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti A. “Ya, rasa-rasanyalah” B. “Mestikah saya berkata begitu supaya anda rasa senang hati?” C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak” D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”



80. anda tidak perlu meminta pendapat jujur mengenai diri anda dan anda tidak payah minta dia memberi pujian anda kekasihnya atau gadis paling menarik di dunia ini. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung hingga terbeliak biji mata.

81. Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan anda tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum anda mengutarakan sebarang cadangan.

82. Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan.

83. Lelaki tidak berapa suka membincangkan isu pertengkaran dengan pasangannya. Jika dia mahu duduk berbincang, ia hanya sebentar dan dengan segera mahu menutup perbincangan. Beberapa hari berikutnya, dia akan buat-buat lupa.

84. Ada tiga perkara yang boleh membuat lelaki tertekan iaitu duit, kuasa dan seks.

85. Jangan buat lawak bodoh mengenai lelaki di hadapan kawan atau keluarganya. Ada lelaki cepat tersinggung dan menganggap ia satu penghinaan besar malah mungkin satu percubaan mensabotaj nama baiknya.

86. Lelaki cuma suka lafazkan ‘I love you’ pada peringkat awal perhubungan. Apabila perhubungan sudah menjadi semakin intim lelaki lupa untuk mengucapkannya semula sehingga wanita yang terpaksa memberi 10,000 jenis isyarat supaya dia tidak lupa dia masih dan perlu mencintai si wanita.

87. Jangan kritik muzik, kereta, pasukan bola, motosikal, topi keledar atau apa saja yang menjadi kegemaran mereka.

88. Jangan kritik cara mereka berpakaian, menyapu gel rambut atau menyikat rambut. Tapi bagilah cadangan dan pendapat tentang gaya yang anda ingin dia pakai.

89. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

90. Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.

91. Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.

92. Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.

93. Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.

94. Tidak ada lelaki yang jahat ketika bercinta.

95. Lelaki kurang mempamerkan perasaan kerana adanya sifat ego.

96. Lelaki lebih pandai dalam bidang teknikal, sains, matematik dan kejuruteraan.

97. Lelaki sejati sukakan aktiviti lasak, sukan, mendaki bukit, 'jungle treking'.

98. Lelaki mempunyai sifat kepimpinan yang lebih daripada wanita.

99. Lelaki inginkan dihormati, dikasihi dan didampingi oleh pasangannya.

100. Lelaki suka pasangannya memberikan sokongan bukan penyelesaian dalam menghadapi masalah.




]]>
Ciri-Ciri Wanita Yang Tidak Suka Dengan Pujian Dari Seorang Lelaki. https://redaksi.com/4082-ciri-ciri-wanita-yang-tidak-suka-dengan-pujian-dari-seorang-lelaki Thu, 01 Nov 2018 12:01:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4082 Setiap wanita pasti suka dipuji, kan? Tidak kisah dari ahli keluarga dan para sahabatnya, termasuklah dari pasangan tercintanya. Akan tetapi ada juga sebahagian dari kaum wanita yang tidak suka dengan kata-kata pujian. Berkemungkinan wanita ini pernah terluka dengan bekas kekasihnya terdahulu, perhubungan percintaan yang sangat suram tanpa kata-kata pujian, yang mengakibatkan dirinya menjadi terlalu paranoid.

Jom ketahui ciri-ciri wanita yang tidak suka dengan kata-kata pujian, dan mengapa ia terjadi?

1. Wanita ini tidak percaya dengan kata-kata pujian.

Bukan tidak mahu menerima pujian dari orang lain, tetapi hati mereka sukar untuk percaya kata-kata tersebut. Memang agak sukar untuk mempercayai apabila ada sahaja lelaki yang menyatakan dirinya cantik atau seperti perempuan idaman lelaki tersebut. Siapa sahaja mahu percaya, jika lelaki tersebut adalah sweet talker?

Akan tetapi, wanita ini memang berkeras hati dan tidak percaya dengan pujian cantik tersebut. Sorry.

2. Wanita ini tidak boleh menerima kata-kata pujian.

Jika tidak boleh percaya, apatah lagi mahu menerima. Tetapi, mereka ini mudah untuk memuji orang lain termasuk pasangannya sendiri. “Awak handsome lah hari ni..”, “Bagusnya awak buat kerja ni…”. Malah wanita ini memang bijak memuji dan pandai mengambil hati orang lain. Oleh disebabkan itu, ramai sahaja yang senang dengan dirinya kerana sering dipuji.

3. Wanita ini memiliki keyakinan diri yang agak rendah.

Individu yang memiliki keyakinan diri yang agak rendah sebenarnya memerlukan kata-kata semangat, kata-kata motivasi dan positif bukannya pujian. Tetapi apakah perbezaan kata-kata pujian dengan kata bermotivasi? Bagi pandangan wanita ini, kata-kata pujian adalah seperti kata-kata yang ingin membodek untuk mendapatkan sesuatu seperti kecantikan luaran dan dalaman.

Oleh itu jika anda ingin memuji wanita sebegini, elakkan memuji secara face to face.


4. Wanita ini agak sukar untuk menerima dirinya sendiri.

Wanita yang memiliki keyakinan diri yang agak rendah, kebanyakan agak sukar untuk menerima diri seadanya. Ini kerana, mereka sendiri agak celaru dengan diri sendiri. Apabila dipuji oleh orang lain atau pasangannya sendiri, pasti si dia tidak dapat menerima. “Yeke, aku nampak cantik dengan baju ni?”, “Bukan aku nampak gemuk ke kalau pakai macam ni…”

Jadi, memang agak sukar sebenarnya wanita ini untuk mengucapkan terima kasih.

5. Wanita ini sering ditegur untuk menerima pujian dengan baik.

Apabila menjadi seorang yang terlalu paranoid dan suka mengandaikan perkara negatif, wanita ini tidak tahu untuk menerima pujian dengan baik atau dengan mengucapkan terima kasih. Apa yang mereka tahu lakukan adalah hanya menyindir orang itu dengan menjegelkan anak matanya menjadi besar dan menaikkan bahu.

Jika sikap ini sukar untuk dibaiki, pasti orang sekeliling menganggap anda seorang yang amat menjengkelkan. Malah tidak ramai kenalan juga kerana anda ini seorang yang membosankan.

]]>
Tanda-Tanda Anda Telah Matang Dan Bersedia Untuk Bertemu Jodoh. https://redaksi.com/2780-tanda-tanda-anda-telah-matang-dan-bersedia-untuk-bertemu-jodoh Tue, 10 Jul 2018 15:20:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2780 Tidak semua insan akan bersedia untuk bercinta dan hanya menunggu ketika dia merasakan dirinya matang sahaja untuk menempuh alam percintaan. Malah ada juga sebahagian daripada mereka merasakan mereka masih keanak-anakkan kerana masih dibawah tanggungan ibu bapa dan tidak layak untuk bercinta.


Untuk bercinta juga ia sebenarnya mengambil masa dan terpulang pada individu sama ada untuk merasai cinta sebelum berkahwin atau pun setelah berkahwin. Oleh sebab itu ada juga sebahagian lagi daripada mereka mahu bercinta setelah berkahwin kerana ketika itu lah mereka telah matang.

Di alam perkahwinan lah yang memerlukan pasangan matang untuk menguruskan segala hal rumah tangga. Jika ia tidak berlandaskan dengan kematangan seseorang, khuatir sesuatu perkahwinan tersebut hanya lah dianggap experiment dan main-main bagi sesetengah pihak.


Mungkin anda sendiri sebenarnya tidak sedar bahawa anda telah bersedia untuk mencari calon menantu untuk ibu, tetapi terlalu sibuk pula dengan kerjaya, jadi jom ketahui antara tanda-tanda anda sebenarnya telah bersedia menempuh alam perkahwinan…

1. Anda berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri. Anda sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan dan keburukan supaya disenangi oleh orang ramai.

2. Anda cuba untuk berlapang dada dan menerima orang lain seadanya. Setiap pendapat individu yang berbeza pasti anda akan dengar dengan teliti walaupun ia kadang-kala menyakitkan hati. Setelah pendapat telah dikongsikan anda pasti akan cuba memberi nasihat tanpa menyampuk dan tidak taksub dengan pendapat sendiri.


3. Anda mampu untuk melepaskan kenangan silam yang terlalu pahit atau dipanggil move on. Anda tidak lagi berdendam dan simpan dalam hati. Anda hanya mahu let go sahaja. Go with the flow.

4. Anda berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Walaupun sedikit sahaja anda memberi tetapi anda mengamalkan prinsip jangan pernah meminta.

5. Anda juga melakukan sesuatu perkara hanya untuk mendapat keihklasan di hati. Bukan lakukan hanya kerana untuk mendapat penilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.


6. Anda berhenti membandingkan nasib diri dengan nasib orang lain. Anda hanya membandingkan diri dengan nasib semalam, cuba berdamai dengan diri sendiri dan tidak iri hati, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

7. Anda tahu bezakan antara kehendak dan keperluan. Kerana di dalam perkahwinan keperluan itu yang amat mustahak untuk dilaksanakan.

8. Anda juga berhenti meletekkan nilai kebahagiaan pada kebendaan dan luaran paras rupa. Seperti anda lebih menikmati ‘rasa kopi’ daripada menikmati ‘cantiknya cawan’ tersebut.


]]>
Lima Tanda Anda Terlalu Obses Dengan Pasangan Anda. https://redaksi.com/1936-lima-tanda-anda-terlalu-obses-dengan-pasangan-anda Tue, 10 Apr 2018 16:16:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1936 Setiap masa dan saat anda ingin melihat si dia atau bersama si dia. Kalau boleh hari-hari anda dihabiskan bersama si dia. Apabila tidak mendapat khabarnya pasti hati sudah gundah gulana. Tidak lalu makan, tidak lalu hendak tidur. Semuanya tidak lalu. Tapi apabila mendapat berita mengenainya, anda lah orang paling bahagia dan tersenyum sepanjang hari. Ada juga yang berjumpa dengan pasangannya terjerit-jerit kerana terlalu gembira. Adakah anda juga salah seorang yang obses dengan pasangan anda? Tidak tahu? Ikuti lima tanda ini.


1. Sentiasa hantar pesanan.

Anda akan menghantar pesanan kepadanya setiap hari tanpa rasa jemu. Walaupun selepas pulang berjumpa dengan dirinya, anda masih lagi menghantar pesanan untuk mengetahui keberadaannya. Itu belum lagi anda akan menghantar pesanan kepadanya setiap minit. Apabila pasangan anda tidak membalasnya, anda sudah mula rasa susah hati. Bermacam-macam-macam mula bermain difikiran anda.

2. Rancang membuat perjumpaan secara kebetulan.

Setiap orang suka akan kejutan tapi kejutan anda ini berlainan sedikit. Anda selalu membuat perancangan untuk berjumpa dengannya secara kebetulan. Walaupun anda tahu pasangan anda ketika itu sedang sibuk mengendalikan tugasnya. Tapi anda berharap si dia akan merasa seronok dan anda rasa dihargai apabila berjumpa secara kejutan itu.

3. Sanggup cuti kerja demi si dia.

Ini adalah perkara yang hilang akal anda sanggup lakukan. Anda sanggup meminta cuti hanya kerana mahu mengikutnya pergi bertugas diluar kawasan. Walaupun anda tahu si dia tidak akan mempunyai masa untuk anda tapi anda tetap dengan keputusan anda.


4. Sentiasa ingin tahu rutin hariannya.

Pasangan anda perlu melaporkan rutin hariannya kepada anda. Jika ada yang tidak kena, anda mula mencari gaduh dengannya. Setiap perkara yang akan dilakukan atau telah dilakukan perlu di laporkan kepada anda.

5. Sentiasa melihatnya di media sosial.

Apabila mempunyai masa terluang, anda akan mula menggeledah segala media sosial yang dimiliki oleh pasangan anda. Setiap gambarnya anda tatap denga penuh teliti. Mencari kalau-kalau pasangan anda berada bersama dengan wanita lain. Tidak dengan itu juga, setiap komen rakannya di media sosialnya juga anda baca satu persatu. Kerana anda takut jika pasangan anda membalas komen wanita lain di media sosialnya.

Walau bagaimanapun, tidak semua wanita sebegitu. Ada sahaja yang tidak beberapa obses dengan pasangannya. Tetapi lebih percaya bahawa pasangannya tidak akan berlaku curang di belakangnya. Selain tidak mahu mengongkong pasangannya.

 

]]>
“Jangan Malu Guna Duit Isteri, Tetapi…” Jom Ikuti Perkongsian Dari Lelaki Ini. https://redaksi.com/3817-jangan-malu-guna-duit-isteri-tetapi-jom-ikuti-perkongsian-dari-lelaki-ini Thu, 11 Oct 2018 10:11:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3817 Sejak kebelakangan ini, begitu ramai sahaja netizen dikalangan kita bercerita mengenai lelaki tidak boleh menggunakan duit isteri kerana duit suami adalah duit isteri, duit isteri pula memang hak mereka. Malah ada juga yang tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut, bagaimana lelaki mahu hidup jika semua duit terus diberikan pada isteri?

Jika berkata-kata tanpa berfikir, komen panjang berjela tanpa ilmu, itu yang menandakan netizan zaman sekarang ‘tin kosong’ sahaja. Bertindak melulu tanpa berfikir, kerana kurangnya ilmu dalam diri. Ramai sahaja lelaki yang berkongsi pendapat mengenai isu sebegini, dan salah seorang daripada mereka adalah dari saudara Mohd Fhais.

Jom ikuti perkongsian dari beliau…

********

Surirumah sekarang dah ramai yang pandai buat bisnes dari rumah, malah ada yang income mereka lebih tinggi dari suami. Suami tak perlu malu, malah patut bangga.

Isteri seorang yang berhati murni, pasti tidak mahu berpeluk tubuh sahaja bila melihat suami sedang kesempitan dan sedang ada masalah kewangan.

Kerana KELUARGA adalah segala-galanya bagi mereka..

Ada surirumah bersengkang mata nak semak tempahan, jam 2-3 pagi baru boleh buat kerja kena tidurkan anak dulu. Sebab itu isteri mudah kepenatan mudah stres gara gara oksitosin dalam badan kering. Bantulah mereka ini..

Mereka bekerja bukan untuk diri sendiri.

Semua usaha ini untuk anak, untuk keluarga dan untuk mahu membantu ringankan beban suami. Hargailah mereka ini..

Suami tak perlu malu, tak perlu ego, akui yang anda perlukan bantuan. Lebih baik di bantu oleh isteri sendiri daripada di bantu oleh orang lain yang penuh udang sebalik batu.

Tetapi..


Malulah jika anda tak ganti semula, malulah jika anda tak menghargai, dan malulah jika anda tak berusaha sedaya upaya untuk memikul tanggungjawab memberi nafkah itu.

Jangan sesekali mengambil kesempatan ke atas isteri. Malulah jika anda berkata alhamdulillah masa isteri cakap tak perlu ganti semula.

Walaupun isteri dah halalkan tapi halal di akhirat belum tentu lagi. Kan nafkah hukumnya wajib, bukan boleh halalkan.

Duit hanya kertas yang tak beri makna.

Duit tak peduli langsung kelangsungan hidup keluarga kita.

Jika koyak kertas tu, tiada apa pun yang berubah.

Tapi jika hati isteri yang koyak, segalanya dalam hidup kita akan berubah 360 darjah lebih buruk.

Isteriku Bidadariku Penyelamatku….

********Semoga Bermanfaat********

]]>
Berdosa Ke Kalau Ada Crush-Crush Ni? https://redaksi.com/905-berdosa-ke-kalau-ada-crush-crush-ni Wed, 16 Aug 2017 11:14:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=905 Dengan nama Allah saya mula. Juga selawat ke atas Rasulullah S.A.W.

InsyAAllah, kali ini, saya akan hurai isu “crush” yang makin lama, makin hangat di perkatakan. Sampai ada orang dengan bangganya tulis kat twitter dan FBnya:

“Dear crush. I hope you know that I love you very much…”

“Rindunya crush saya….”



Atau, ada juga yang sembang sesama kawan-kawannya:

“Eh, crush kau apa cerita? Kau dah luahkan ke belum?hehe…”

Lalu di jawab:

“Aku malu la…takut-takut dia tak suka aku.Huhu…”

Dan banyak lagi contoh. Benda ni banyak berlaku di kalangan remaja sekolah, juga universiti. Persoalannya, apakah boleh kita bercrush-crush ni? Apakah hukumnya dari sudut agama? Lantaran, ramai yang keliru akan perkara ini, lantas merasakan benda yang salah itu benar, akibat terpedaya dengan movie-movie atau drama cinta islamik yang akhirnya merosakkan mentality masyarakat secara tidak sedar. Awal-awal saya kata, ini bukan pendapat saya. Saya akan cedok kata-kata ulama’-ulama’ zaman dahulu kala yang pakar bab-bab HATI ni, seperti Ibn Qayyim, Imam Alghazali, dan lain-lain. So, tenangkan diri, baca dengan fikiran terbuka.



CRUSH TU APA?

Bila kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat “cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam”. Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Kerana itu, apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai:

“Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya…”

Kenapa saya definasikan “crush” dengan definasi di atas? Kerana, kebiasaannya, orang yang ada crush, orang yang ada meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. Jadi, berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan di atas, maka hukumnya adalah DOSA. Kenapa pulak dosa?

Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapau kau boleh fikir-fikir, bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau? Adapun, jika kita hanya suka seseorang dengan tiba-tiba akibat TERpandang(sila baca perkaraan TER tu 20 kali), dan kita rasa tertarik, dan kita usaha untuk tepis perasaan tersebut, maka tiada masalah. Saya pun pernah terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tapi, saya takde lah layan. FB dia saya tak friend, twitter dia saya tak follow, instagrampun saya tak follow, dan saya malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang dah. Ingat, perasaan suka berlainan jantina tu normal. LAYAN tu, tak normal. Tu tanda hati rosak.

CINTA YANG ALLAH REDHA?

Banyak yang nak redha Allah dalam percintaan. Tapi malangnya, apa yang dia buat adalah mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. Adakah Allah redha? Apakah cinta yang Allah redhai?

“Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinyaakan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji!”
(Ibn Qayyim)

Lihat?Cuba highlightkan ayat:

“Iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya!”

Cinta sebeginilah yang Allah redha! Cinta sebelum nikah?Bermula dengan crush-crush, kemudian luahkan, and couple, dan akhirnya zina. ADAKAH ALLAH REDHA? Sebab tu, kita kena nilai dan tengok balik hati kita. Kita ni dah layak ke nak bercinta?Sekolahpun tak habis lagi! Komfem time kau masuk universiti, kita akan jumpa orang lain, pastu minat orang tu pulak. Sampai bila tak ke sudah!



KALAU KITA SUKA SESEORANG, NAK BUAT APA?

Bila kita dah suka seseorang misalnya, apa kita nak buat? Nak couple? Nabi saw bersabda:

“Tidak ada yang lagi patut bagi dua orang yang saling mencintai selain dari berkahwin!”
(HR Ibn Majah)

So, kalau kita rasa yang kita ni tak layak lagi nak kahwin, jangan buang masa fikir pasal crush, suka dia ni, suka dia tu, entah berapa kali tukar orang. Apakah? Kalau rasa dah sedia nak kahwin, baru cari orang. Tu pun, gunalah orang tengah. Kalau ada kakak, suruh kakak risikkan. Kalau ada orang yang dah kahwin boleh tolong kita untuk risikkan, suruh dia tolong. Simple je. Berapa banyak orang yang tak fikir pasal cinta sangat time belajar lantaran sibuk dengan dakwah dan tarbiah, tapi boleh je kahwin. Anak ramai pulak tu. Bahagia gila…Kalau kau just nak suka-suka, bak kata orang cinta monyet, ketahuilah bahawa kau dah termasuk dalam perangkap tipu daya syaitan. Bila kita mula terdetik untuk suka seseorang secara tiba-tiba, apa yang perlu dia lakukan ialah usaha sedaya upaya dengan segala kemampuannya untuk MELUPAKANNYA, jika dia sedar bahawa cintanya itu hanyalah cinta monyet, dan langsung tiada jalan dan seakan-akan agak mustahil untuk berkahwin(bab macamana nak kahwin dengan beradab dan mengikut syarak, saya akan hurai pada masa yang lain). Contohnya, cinta time sekolah, dan Universiti misalnya.

Maka, Ibn Qayyim suruh lupakan sahaja cinta itu!! Kalaupun kita suka dia, jangan sesekali meluahkan perasaan itu! Bak kata Ibn Qayyim, orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan keapda harta. Tiada jalan lain, melainkan, usaha untuk lupakan. Bukan membiarkan ia tersemat dalam hati, pendam lama-lama. Hadis yang kata :“Sesiapa yang bercinta, dan menahan dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang dan menyembunyikan cintanya itu lalu dia mati, maka dia termasuk sebaga syahid”, adalah hadis palsu. Ibn Qayyim berkata, orang yang Allah redha adalah orang yang lupakan orang yang dia cintai, lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu redhaNya.

NASIHAT ULAMA’ BERKENAAN ISU CRUSH DAN CINTA SEBELUM NIKAH.

Jom kita tengok, apa yang ulama’-ulama’ pesan bab-bab cinta sebelum nikah ni. Hayati dengan mata hati, check diri kita, muhasabah, dan istighfarlah.

PERTAMA:

Jami’ bin Mahuih bertanya:

“Apakah orang yang bercinta buta itu dosa?”

Lalu Said bin Almusayyab, mufti madinah di zaman itu menjawab:

“Ianya tercela...”

Lepas tu Said berkata:

“Demi Allah, tidak pernah seorangpun bertanya kepadaku tentang hali ini. Jika seseorang bertanya kepadaku tentang hal ini, jawapanku hanyalah seperti tadi…”

KEDUA:

Imam Alghazali cakap:

“Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…”

Kenapa?Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?!



KETIGA:

“Orang yang mencintai sesuatu selain Allah(mencintai wanita/lelaki), mahu tidak mahu, cinta itu akan menyeksanya…”
(Ibn Qayyim)

“Kehinaan akan menimpa para pencinta. Akan tetapi, kerana dia sedang mabuk cinta, dia tak merasakan yang kehinaan sedang menimpanya. Hatinya seperti burung yang berada di dalam genggaman anak kecil yang mempermainkannya sesuka hatinya. Maka, kehidupan orang yang bercinta adalah seperti kehidupan seorang tawanan perang….”
(Ibn Qayyim)

“Apabila seseroang itu mula mencintai, maka, dia akan sibuk memikirkan orang yang dia cintai sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya…”
(Ibn Qayyim)

“Bencana dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita/lelaki seperti cepatnya api membakar kayu kering. Kerana, setiap kali hati DEKAT dengan orang yang di cintai, maka dia akan semakin jauh dari Allah. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta….””
(Ibn Qayyim)

KEEMPAT:

Ada sekali, ada orang bawa seorang lelaki yang mati kepada Ibn Abbas. Lantas ibn Abbas tanya:

“Kenapa laki ni mati?”

Maka orang ramai menjawab:

“Dia mati kerana terlalu fikir pasal cinta…”

Maka Ibn Abbas berkata:

“Semenjak dari peristiwa itu, setiap hari aku memohon perlindungan kepada Allah dari terjebak dengan penyakit cinta ini….”

Seorang penyair menyebut:

“Hidup orang yang bercinta,
Permulaannya hatinya seakan-akan ikhlas dan bersungguh-sungguh,
Pertengahannya penyakit,
Dan pengakhirannya adalah kematian hati, dan jasad….”

****

Saya harap, dengan kata-kata ulama’ ni, kita dapat jelas, bahawa betapa bahayanya jika kta sering melayan crush-crush, dan langsung tiada usaha untuk lupakannya!

BEZA REMAJA/PEMUDA DAHULU DAN SEKARANG.

Kenapa umat Islam dulu hebat dan berjaya menguasai dunia? Kenapa umat Islam kini teruk dan seakan-akan di hina? Semuanya bergantung pada “Apakah agenda dan kesibukan pemuda” di zaman itu. Suatu hari, ketika tentera kafir nak serang kerajaan Islam, mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan umat Islam time tu. So, perisik tu pergi ke Negara Islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis! Lalu, perisik tu pun tanya:

“Kenapa kau nangis wahai pemuda?”

Lalu pemuda tu jawab:

“Aku nangis kerana tak dapat turut serta dalam peperangan..Aku nak mati syahid!!”

Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, dia terus cancelkan hasratnya untuk menyerang Islam. Kerana, kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adalah tentang dakwah, tarbiah, jihad dan agama! Namun,berlalu masa, sekali lagi tentera kafir berhasrat untuk menyerang kerajaan Islam. Juga, mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan orang Islam ketika itu. So, perisik tu pergi ke Negara Islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis! Lalu, perisik tu pun tanya:

“Kenapa kau nangis wahai pemuda?”

Lalu pemuda tu jawab:

“Aku menangis kerana aku baru putus cinta dengan perempuan yang aku cintai!!”

Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, terus dia arahkan tentera kafir tu untuk menyerang Islam, kerana kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adalah tentang cinta, dunia, hiburan dan yang sama waktu dengannya. Akhirnya, Islam kalah!!! Lihatlah kisah-kisah pemuda yang hebat-hebat, yang menggegarkan dunia. Lihatlah! Adakah mereka sibuk dengan cinta, crush bagai? Muhammad Alfateh, bebaskan kostantinople time 21 tahun, usamah Zaid, mengetuai tentera menentang rom pada usia lebih kurang 18 tahun, Hasan Albanna, menubuhkan ikhwan muslimin pada usia 22. Banyak lagi kisah-kisah legend tentang pemuda zaman dulu! Bandingkan dengan diri kita?Apakah yang berada dalam kepala otak dan fikiran kita?Adakah kita menangis sebab cinta, adakah hati kita masih ada masa untuk meletakkan ruang cinta pada crush, sedangkan umat tengah derita, maksiat berluasa, Islam di hina dan di perkotak-katikan?Adakah Islam akan bangkit dengan pemuda yang masih ada masa untuk bercinta macam kita? Apakah yang nabi dan sahabat akan rasa bila mereka tahu yang kita masih lagi ada ruang untuk memikirkan tentang cinta, sedang umat sedang nazak?

Muhasabahlah. Menangislah. Berubahlah.

Semoga, semoga Allah yang maha mulia, menjadikan kita termasuk dalam golongan orang yang mencintainya, dan memburu keredhaanNya, berbanding menuruti hawa nafsu yang menghancurkan kita. Amin ya rabb. Wallahua’lam.

]]>
Jika Ingin Menjadi Pasangan Yang Saling Faham-Memahami, Elakkan Mengungkit. https://redaksi.com/3478-jika-ingin-menjadi-pasangan-yang-saling-faham-memahami-elakkan-mengungkit Fri, 07 Sep 2018 15:46:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3478 Zaman sekarang sudah menjadi perkara biasa apabila seorang lelaki mengahwini dengan wanita yang lebih bekerjaya dan berpendapatan tinggi. Ketika di awal perkenalan, sudah tentu si lelaki menabur janji manis untuk berkahwin dengan wanita tersebut.

“Nanti lepas kita kahwin, abang janji abang bagi sayang rumah besar…”

“Nanti kita dah anak ramai, abang janji abang bagi sayang kereta besar…”

Atau ketika belum lagi mengikat tali pernikahan.


“Saya janji saya cuba cari kerja yang lagi baik…”

“Saya janji saya akan beli kereta yang lebih elok…”

Tetapi apabila si wanita tunggu dengan masa yang begitu lama. Tiada satu janji pun ditunaikan. Satu bayang pun tak nampak, mana usaha yang dijanjikan dahulu. Luluh hati wanita tersebut. Apa yang dia mahu buktikan pada keluarga bahawa dia sedang bahagia dengan pasangannya sekarang?

ITULAH KESALAHAN PASANGAN ZAMAN SEKARANG

Apabila terlalu mengutamakan harta dalam hubungan, pasti sukar untuk bahagia. Pasti hati sentiasa sahaja gelisah kerana hanya harta sahaja yang dapat menunjukkan bahawa mereka disulam kasih sayang. Padahal kasih sayang itu bukannya berupa wang ringgit, tetapi hati dan perasaan yang tidak henti-henti berdoa pada Ilahi untuk menetapkan hati masing-masing pada pasangan.

HADAPI BERSAMA

Oleh itu, jika ingin berkahwin persiapkan diri anda untuk menghadapi perkara yang tidak dijangka ini.


Didik diri untuk tidak mengungkit kerana ia menyebabkan hubungan yang tidak sihat….

Didik diri untuk tidak mengungkit supaya bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT….

Didik diri untuk tidak mengungkit supaya redha dengan ketentuan-Nya….

PERTIKAI

Mengungkit menunjukkan bahawa anda mempertikai usaha pasangan untuk berbuat sesuatu. Mengungkit usaha anda dalam mengukuhkan perkahwinan, pasangan pula tidak berbuat apa-apa. Sebaiknya anda ikhlas dalam usaha mengukuhkan hubungan suami isteri. Mempertikai usaha pasangan boleh mengecilkan hatinya lantas membuatkan hubungan anda menjadi keruh. Pasti ada sebab musabab yang menyebabkan pasangan tidak mampu melaksanakan janjinya.

BINCANG

Jika anda mahukan penjelasan, lebih baik berbincang. Berbincang akan mengarahkan bicara ke arah menjadi jalan penyelesaian. Mengungkit pula mengarahkan bicara ke arah mencari salah siapa. Justeru mana satu pilihan anda? Pilihlah dengan bijak. Berfikir sebelum bertindak. Jadilah lelaki yang bertanggungjawab dan jadilah wanita yang bijak.


 

]]>
"Kalau buang, awak dah tak cantik!" -Doktor kongsi kisah pesakit merana, gara-gara suami pentingkan diri https://redaksi.com/8537-kalau-buang-awak-dah-tak-cantik-doktor-kongsi-kisah-pesakit-merana-gara-gara-suami-pentingkan-diri Fri, 11 Sep 2020 10:40:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8537 Perkahwinan yang selalu diangankan adalah perkahwinan yang penuh dengan kebahagiaan. Sedangkan dalam alam rumahtangga, pelbagai cabaran dan dugaan boleh datang tiba-tiba. Tapi tidak ramai yang bersedia dengan perkara itu.


Ada yang diuji dengan isteri yang sakit, malah ada juga yang diuji dengan sikap pasangan itu sendiri.

 

Hidup dengan kanser payudara tahap 4 selepas suami tak izinkan buang, akhirnya ditinggalkan


Ada satu kisah yang dikongsikan oleh Khairi Malik berkenaan dengan seorang wanita yang disahkan menghidap kanser payudara tahap empat di usia 40an.



Suami tak benarkan buang

Awalnya, wanita tersebut dinasihatkan oleh doktor untuk membuang ketumbuhan yang ada sebelum menjadi lebih parah.



Menurut Khairy, apa yang menyedihkan adalah suami wanita terbabit tidak membenarkan untuk buat pemedahan buang ketulan tersebut kerana bimbang si isteri tidak cantik lagi selepas itu.

“Suami dia cakap, kalau tak ada payudara, tak ada beza kalau kahwin dengan lelaki.”


Diugut cerai


Bukan itu saja, menurut Khairy suami wanita tersebut juga mengugut akan menceraikannya jika dia melakukan pembedahan tersebut.

Wanita tersebut juga dikatakan terus hidup dengan kanser tersebut sehingga ke tahap lebih bahaya.





Akhirnya ditinggalkan

Tidak hanya berhenti di situ, menurut Khairy suami wanita tersebut menceraikan isterinya selepas tidak sanggup menjaga isterinya itu.



Pesanan buat isteri

Dalam perkongsian itu, Khairy Malik juga meningatkan para wanita akan utamakan nyawa sendiri dahulu sebelum yang lain. Tambahnya, setiap masalah ada penyelesaiannya.

Sayang pun berpada-pada, utamakan diri sendiri dahulu barulah fikir yang lain.



]]>
Jika Bergaji Kecil, Jangan Takut Untuk Bersedekah. https://redaksi.com/4350-jika-bergaji-kecil-jangan-takut-untuk-bersedekah Wed, 28 Nov 2018 10:30:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4350 Jom lihat perkongsian mengenai sedekah seperti soal jawab dibawah;

Soalan:

Apabila Keadaan Ekonomi Kurang Baik Ramai Yang Takut Bersedekah. Antara Sebabnya, Takut Tidak Cukup Makan Dan Kegunaan Harian. Apakah Benar Dakwaan Ini?

Jawapan:

Itu adalah anggapan yang tidak tepat dalam Islam. Walaupun ada pepatah Arab yang sebut, orang yang tidak ada apa-apa tidak mampu memberi apa-apa. Namun, memberi dalam keadaan kita serba kekurangan atau tidak ada adalah sangat berharga dan tinggi nilai peribadinya.

Nabi Muhammad SAW pun tidak berharta tetapi baginda tetap bersedekah.

Dalam satu peristiwa, pernah Nabi memberikan baju yang baru dibeli dan dipakainya apabila didatangi oleh seorang lelaki Arab yang meminta baju itu daripada baginda.

Rasulullah SAW pernah bersabda daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya:

“Sedekah tidak akan mengurangkan harta seseorang. Sesiapa yang bersikap pemaaf Allah akan menambahkan kemuliaan baginya. Dan sesiapa yang bersikap tawaduk kepada Allah maka Allah akan menaikkan darjatnya.” (Sahih Muslim)

Selain daripada itu, jangan keliru dengan konsep sedekah. Sedekah tidak sama dengan zakat kerana ia bergantung kepada keupayaan dan keahlian manakala sedekah tidak bergantung kepada yang demikian.

Analogi bahawa sedekah itu mesti dengan wang ringgit juga adalah tidak tepat. Rasulullah pernah bersabda bahawa senyum itu pun sedekah. Maknanya, sedekah itu tidak terlalu berkait dengan harta.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Setiap makruf itu sedekah, dan orang yang menunjukkan kepada kebaikan seperti orang yang melakukannya, dan Allah mengasihi orang yang membantu orang yang benar-benar memerlukan pertolongan.” (riwayat al-Bukhari)

Jadi, kita masih boleh bersedekah tenaga, ilmu atau buah fikiran. Bukan semua orang yang berilmu itu kaya tetapi mereka boleh sedekahkan ilmu untuk kebaikan orang lain.

Kemiskinan adalah perkara yang akan berlaku sepanjang masa. Dari segi teorinya, ia mungkin boleh dihapuskan tetapi realitinya ia tetap berlaku.

Pernah berlaku pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz walaupun seolah-olah sukar mencari golongan asnaf. Sebabnya iman rakyat ketika itu adalah tinggi dan semuanya tidak mahu terima zakat. Sebaliknya mahu menjadi pembayar zakat.

Hayatilah firman Allah yang bermaksud:

“Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurnia-Nya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-Nya, lagi sentiasa meliputi pengetahuan-Nya.” (Al-Baqarah: 268)

Soalan:

Ada Juga Individu Yang Apabila Ekonomi Meleset Baru Hendak Membayar Zakat. Adakah Ini Hikmah Di Sebalik Hal Itu?

Jawapan:

Bagi golongan begini, kita ucapkan selamat datang dan tahniah. Sebabnya, mereka sudah sedar tentang kewajipan berzakat.

Semasa waktu senang mungkin mereka terlupa mengingat Allah. Ini sebagaimana disebut dalam Al-Quran yang maksud-Nya:

“Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau sewajarnya). Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. Ingatlah, sesungguhnya kepada Tuhamu tempat kembali (untuk menerima balasa).” (Al-Alaq: 6-7)

Bagaimanapun, Allah yang Maha Pemurah bangga melihat hamba-Nya yang ingat kepada-Nya walaupun pada waktu mereka ditimpa kesusahan. Namun, sikap begini harus dipuji. Sebabnya waktu senang mereka susah nak bayar zakat tetapi apabila waktu susah, senang mengeluarkan zakat.

Kesimpulannya apa yang penting ialah niat, keikhlasan dan istiqamah dalam melaksanakannya.

Wallahua’alam. Semoga Bermanfaat!

]]>
Kenapa Lelaki Tidak Suka Wanita Yang Kuat Merajuk? https://redaksi.com/738-kenapa-lelaki-tidak-suka-wanita-yang-kuat-merajuk Fri, 04 Aug 2017 14:47:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=738 Merajuk-memujuk adalah antara satu cara untuk merapatkan hubungan lelaki dan perempuan. Tetapi awas, terlalu suka merajuk juga akan membuatkan lelaki tidak suka pada perempuan tersebut. Berikut adalah sebab kenapa lelaki tidak suka kepada perempuan yang terlalu suka merajuk.



1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana sahaja yang boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.

3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.

5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.



6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.



13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

]]>
Selain Bertaubat, Ini 5 Amalan Lain Menghapus Dosa. https://redaksi.com/8278-selain-bertaubat-ini-5-amalan-lain-menghapus-dosa Thu, 18 Jun 2020 14:23:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8278 Sebagai manusia biasa, kita sememangnya tidak pernah lari dari melakukan dosa. Tidak kiralah dari sekecilk-kecil dosa hinggalah ke dosa yang besar. Niat nak bertaubat sudah tentu anda, siapa saja yang tidak mahu bertaubat bukan. Tapi masa yang sama bimbang melakukan dosa yang sama itu akan tetap bermain difikiran. Namun, sebaik-baik seorang pendosa adalah mereka yang melakukan taubat.

Antara syarat-syarat taubat ialah menghindari dosa tersebut, menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan, memohon keampunan sejujurnya kepada Allah dan berazam tidak mahu mengulanginya lagi. Selain itu, sebenarnya ada beberapa amalan yang lain yang juga boleh menghapus dosa yang sudah dilakukan.


1. Menyempurnakan Wuduk

“Dari Abu Hurairah r.anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir.

Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya”. (HR Muslim, no.360)



2. Solat Jemaah Di Masjid


“Dari Abu Hurairah r.anhu berkata: Rasulullah SAW bersabda: Mahukah aku tunjukkan kepada kamu beberapa perkara yang dengannya Allah akan menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat darjat kamu?

Mereka menjawab: Mahu wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Iaitu menyempurnakan wuduk walau dalam keadaan susah (seperti dalam keadaan sakit atau terlalu sejuk), sering berjalan ke masjid (solat jemaah) dan menunggu solat setelah selesai menunaikan solat. Yang demikian itu adalah ribat (jihad/perjuangan), yang demikian itu ribat, yang demikian itu ribat”. (HR Muslim, no. 251)

3. Berzikir Dengan Zikir Ini Selepas Solat

Daripada Abu Hurairah ra, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلاَثًا وَثَلاَثِينَ فَتِلْكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
Maksudnya: “Sesiapa yang bertasbih pada setiap kali selepas solat sebanyak 33 kali, bertahmid sebanyak 33 kali dan bertakbir sebanyak 33 kali. Kesemuanya adalah sebanyak 99 kali.

Ketika mana sampai ke kali yang ke-100 dia mengucapkan: الْمِائَةِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ maka diampunkan kesalahannya walaupun dosa tersebut sebanyak buih di lautan.” (Riwayat Muslim, no. 1380)



4. Mengaminkan Bacaan Al-Fatihah Di Dalam Solat Berjemaah


Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا قَالَ أَحَدُكُمْ آمِينَ. َوفِي رِوَايَةِ عِنْدَ مُسْلِمٍ: فِى الصَّلاَةِ وَقَالَتِ الْمَلاَئِكَةُ
Maksudnya: “Apabila seseorang di kalangan kamu mengucapkan Amin. Riwayat Muslim menyebut ketika bersolat, para malaikat di langit juga mengucapkan Amin. Jika bertepatan kedua-duanya, maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari, no.748 dan Muslim, no. 410)

5. Sedekah

“…Puasa itu perisai. Sedekah memadam dosa sepertimana air memadam api.” (Riwayat al-Tirmizi, no.2616, al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra, no. 11394 dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, no. 103)

Al-Mubarakfuri memberi penerangan bahawa ungkapan “وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ” (sedekah memadam dosa sepertimana air memadam api) bermaksud menghilangkannya dan menghapuskan kesannya. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 3/237)

Allah tahu kita adalah makhluk yang lemah dan leka yang sering tersilap. Justeru Dia menyediakan berbagai cara sebenarnya untuk hamba-hambaNya menghapus semula dosa.

Rasulullah SAW bersabda,

اتق الله حيثما كنت ، وأتبع السيئة الحسنة تمحها، وخالق الناس بخلق حسن
“Bertakwalah kepada Allah di manapun anda berada. Iringilah perbuatan dosa dengan amal kebaikan, kerana kebaikan itu dapat menghapusnya. Serta bergaulah dengan orang lain dengan akhlak yang baik”

(HR. Ahmad, no.21354, Tirmidzi, no.1987 – ia berkata: hadis ini hasan sahih)



]]>
Kenali Tanda-tanda Sihir Pemisah. https://redaksi.com/1880-kenali-tanda-tanda-sihir-pemisah Thu, 05 Apr 2018 16:36:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1880 Walaupun kita berada di zaman yang moden, masyarakat kita masih lagi terdedah dengan kepercayaan karut yang boleh merosakkan orang lain. Tujuannya untuk memecah belahkan pertalian, perhubungan yang terjalin. Sihir pemisah ini boleh mengakibatkan perbalahan, perceraian, perpisahan. Dengan sihir ini, ia mengakibatkan pemisahan suami isteri, tunang, sahabat dan keluarga. Tanda-tanda ini tidak dapat dikenal pasti dengan mata kasar. Untuk mengetahui tanda-tanda tersebut, berikut disenaraikan untuk rujukan yang telah dikongsikan oleh Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin.



Jika anda mempunyai tanda-tanda ini, usah sebarkan kepada orang lain kecuali seseorang yang anda percayai. Dikhuatiri berlaku hal-hal lain terhadap anda. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, segera dapatkan rawatan Islam.

1. Kerap sakit belakang, bahu, tengkuk dan urat belikat.
2. Kerap sesak nafas, sakit dada dan ulu hati.
3. Kerap rasa gelisah, berdebar tanpa sebab terutama waktu Asar ke atas.
4. Kerap sakit kepala walaupun sudah mengambil ubat.
5. Kerap kembung perut dan sendawa angin.
6. Kerap rasa berdenyut di bawah ari-ari bagi seorang wanita.
7. Kitaran haid tak normal.
8. Lambat mendapat zuriat.
9. Menjadi rimas dan cepat marah bila berdepan dengan suami atau isteri.
10. Kerap bergaduh besar walaupun berdepan dengan perkara kecil.
11. Ketika marah, isteri kerap meminta cerai.
12. Tidak suka tidur bersama.
13. Nafsu tiada terhadap suami atau Isteri.
14. Tercium bau badan yang busuk, nafas berbau pada tubuh suami atau isteri.
15. Suka bersendirian di dalam bilik.
16. Tidak suka tempat-tempat yang bising.
17. Sukar tidur pada waktu malam.
18. Kerap mimpi bayi, menyusu dan bermain dengan bayi tersebut.
19. Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa.
20. Kerap mimpi pasangan curang.
21. Perasaan curiga, cemburu buta yang kuat.
22. Kerap bermimpi tempat kotor dan busuk.
23. Kerap terbau kemenyan, colok setanggi.
24. Bila berjauhan dengan pasangan, perasaan rindu amat menebal.
25. Kerap teringat, merindui seseorang yang tidak dikenali atau dikenali.
26. Menjadi resah gelisah terdengar azan dan ayat suci al-Quran.
27. Kerap mimpi bersetubuh dengan orang lain.



Sekiranya ada tanda-tanda ini pada anda atau pasangan, segeralah mendapatkan rawatan Islam yang berhampiran. Jika lambat, mengakibatkan kemusnahan rumah tangga, putus tunang dan sebagainya. Carilah rawatan yang menepati syariat Islam. Menggunakan ayat al-Quran sebagai rawatan, bukan dengan mentera yang kita tidak fahami. Jika tersalah tempat, akan mengakibatkan penyakit baru yang timbul. Maka, buatlah penilitian terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan.



]]>
Kenali Personaliti Melalui Tulisan Tangan. https://redaksi.com/609-kenali-personaliti-melalui-tulisan-tangan Fri, 28 Jul 2017 10:22:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=609 Cuba para pembaca sekalian perhatikan bentuk tulisan sendiri, setelah itu sila selidik personaliti anda menerusi guideline (panduan) dibawah. Kajian ini telah dilakukan oleh Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah. PA Admin dah pun cuba dan keputusannya amat tepat sekali.



Pertama: Tekanan.

i. Tekanan yang kuat.

Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
(Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif)

ii. Tekanan yang ringan

Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
(Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit)



Kedua: Bentuk tulisan.

i. Tulisan yang bulat-bulat.

Semua huruf ditulis dengan bulat.
(Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan - otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper.

Tulisan yang angular dan sharp (tajam)
(Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri - otak logikal)

Ketiga: Kecondongan.

i. Condong ke kanan.
Extrovert: suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah.

ii. Condong ke kiri.
Introvert: suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang.

iii. Tegak.
Systematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur.
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)



Keempat: Kerapatan.

i. Jarang-jarang.
Tak suka campur gaul dengan orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat.
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima: Pada huruf J, G, Y, Z.

i. Ada ekor.

a) Besar, panjang dan sempurna.
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan.

b) Kecil, pendek dan tak sempurna.
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri.



Keenam: Pada palang huruf kecil T (t).

i. Tinggi.
Tahap aspirasi tinggi.

ii. Rendah.
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah.

iii. Tengah-tengah.
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana.

Rumusan:

Tulisan dapat mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

]]>
8 Sebab Kenapa Lelaki Melayu Minat Pada Gadis Cina. https://redaksi.com/623-8-sebab-kenapa-lelaki-melayu-minat-pada-gadis-cina Fri, 28 Jul 2017 11:18:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=623 Kebelakangan ini kita dapat lihat banyak pasangan campur kaum di Malaysia. Ini disebabkan Negara kita adalah Negara berbilang kaum yang hidup dengan harmoni. Sekarang sudah menjadi trend yang meningkat di mana lelaki Melayu berpasangan gadis Cina. Baru-baru ini kami ada bersembang dengan beberapa pasangan-pasangan seperti ini untuk mengetahui lebih lanjut kenapa lelaki Melayu minat pada gadis Cina.



1. Kulit yang putih.

Sememangnya kita tahu gadis-gadis cina mempunyai kulit yang putih menawan dan lembut ala artis-artis Korea. Sudah menjadi trend sekarang bahawa ramai lelaki yang minatkan gadis berkulit putih termasuklah juga si lelaki Melayu ini.

2. Badan yang ramping.

Secara majoritinya badan gadis-gadis cina memang ramping dengan pinggang yang kecil. Badan mereka kebannyakannya berbentuk ‘hour glass’ atau jam pasir yang memang kegilaan lelaki pada masa ini. Badan berbentuk ini memang di gemari lelaki Melayu lebih lebih lagi semasa memegang si gadis itu di pinggangnya!



3. Pandai berpakaian cantik.

Kalau kita lihat di sekitar Lembah Klang pasti kita boleh lihat bagaimana gadis-gadis cina berpakaian. Fesyen mereka banyak di pengaruhi oleh cara fesyen korea dan juga barat. Memang biasa kalau kita lihat mereka memakai baju dengan skirt pendek atau pun perpakaian kasual dengan hot pants yang pasti membuat mana-mana lelaki termasuk lelaki Melayu terbeliak gembira.

4. Rambut yang lurus dan halus.

Kaum kaum dari sebelah timur asia memang mempunyai rambut yang lurus dan halus. Apabila didandan dengan betul memang akan nampak menawan. Di sebabkan itu lelaki Melayu suka gadis-gadis cina kerana rambutnya yang berbagai style melengkapkan pakej penampilannya.

5. Boleh bertutur tiga bahasa.

Ini memang tidak boleh di nafikan. Gadis-gadis cina di negara kita memang boleh bertutur dalam tiga bahasa. Sama ada bertutur dalam Bahasa Melayu, Inggeris ataupun Mandarin kita tidak boleh memandang rendah kebolehan mereka. Disebabkan itu, lelaki Melayu tidak perlu risau jika ke kedai motor towkey cina kerana girlfriend atau isteri cina anda boleh berunding untuk harga lebih murah. Tambah pula bila dah ada anak, isteri cina boleh mengajar berbahasa cina untuk membesarkan lagi skop karier masa depan anak kecil itu!



6. Pandai matematik.

Anda ada perasan masa sekolah dulu apabila keputusan peperiksaan subjek matematik keluar pasti yang di atas kebanyakannya adalah kaum cina. Memang betul kaum cina pandai matematik kerana bahasanya yang memudahkan pembelajaran subjek itu. Tapi sebagai seorang lelaki, memang biasa kita ini lambat sikit bila mengira jadi sebab itu banyak lelaki melayu meminati gadis cina kerana nanti senang nak buat apa-apa pengiraan!

7. Bijak mengurus kewangan.

Bila kita sebut pasal duit, mesti nombor satu dalam kepala adalah perempuan! Bukan nak mengata perempuan muka duitan tetapi bab-bab kewangan ini memang biasa kita lihat para wanita yang menguruskannya kerana mereka semestinya lebih arif menyimpan dan lelaki lebih arif berboros. Tetapi gadis-gadis cina mempunyai kelebihan disebabkan kebanyakan keluarga cina banyak menceburi bidang bisnes jadi pengetahuan tentang pengurusan wang selalu di turunkan dari generasi ke generasi sehingga ia menjadi sebuah kebolehan yang semula jadi.

8. Kurang membebel atau menggedik.

Ini fakta yang dikongsikan oleh beberapa lelaki Melayu yang sudah perpasangan gadis Melayu dan juga Cina. Perbezaan ketara yang mereka alami adalah gadis Cina lebih kepada sikap mudah dan happy go lucky. Mereka tak banyak berbebel kepada si lelaki dan juga berperangai gedik yang memang sangat di benci kaum lelaki Melayu. Asalkan si lelaki setia dan menghormati gadis cina sudah memadai untuk memberikannya kegembiraan.

]]>
5 Perkara Romantik Selepas Kahwin, Patutlah Ramai Tak Sabar Nak Kahwin. https://redaksi.com/7345-5-perkara-romantik-selepas-kahwin-patutlah-ramai-tak-sabar-nak-kahwin Sun, 29 Sep 2019 20:53:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7345 Kenapa orang begitu teruja nak berkahwin? Selain nak ada duduk atas pelamin dan menjadi raja sehari tentu sahaja ada sebab-sebab lain bukan? Nak-nak lagi yang single, tentu ada sebab mengapa anda begitu teruja dan ternanti-nanti akan jodoh anda.

Saat yang paling bernilai apabila anda berkahwin dengan seseorang yang anda cintai bukan. Mana tidaknya, anda berjaya memiliki dirinya malah anda juga mampu membuat dirinya sentiasa anda di sisi anda selamanya, itu yang membuatkan sebuah perkahwinan ini begitu seronok dan begitu romantik bukan?

Namun begitu, sebenarnya ada perkara lain membuatkan anda teruja akan perkahwinan ini bukan?

1. Setiap hari dapat tengok muka yang tersayang.

Kalau masa bercinta, nak jumpa seminggu sekali pun susah ada juga yang nak jumpa sebulan sekali pun susah. Akan tetapi selepas berkahwin, kalian akan tinggal bersama orang yang anda cintai. Setiap hari anda boleh melihat wajahnya, malah sebelum dan selepas tidur pun masih mampu nak tatap wajah insan yang tersayang. Ini yang ramai orang mahukan.



2. Selalu ada tempat untuk bercerita.

Masa bercinta dahulu pun sudah saling berkongsi, akan tetapi ia macam tak cukup kerana kadang kala anda sibuk, ataupun tertidur menunggu pasangan anda. Akan tetapi selepas berkahwin, tentu sahaja akan ada masa untuk bercerita. Di mana, ia boleh dilakukan ketika sebelum tidur, sedang makan malah ada juga yang sedang menonton tv bukan. Seronok rupanya berkahwin ini.

3. Semua perkara boleh lakukan sama-sama.

Dah halal bukan, nak buat apa pun tak ada yang halang. Malah nak lakukan apa sahaja bersama-sama pasangan sudah tak ada yang bimbang. Ada orang yang ambil peluang ini untuk cuti bersama-sama, ada juga yang memilih hiking bersama dan macam-macam lagilah. Kalau boleh dah kahwin ini lagi banyak nak cipta memori bersama bukan?



4. Bercakap mengenai masa depan.

Bukan masa bercinta sahaja banyak perkara yang boleh dikongsi, tetapi lepas kahwin lagi banyak perkara yang boleh dikongsi dan bercakap mengenai masa depan. Ini yang membuatkan satu perkahwinan ini semakin teruja dan menyeronokkan sebenarnya.



5. Boleh bermanja setiap masa.

Mana-mana yang dah kahwin tentu merasakan nikmatnya akan perkara ini. Yang bujang lagilah mahu mencuba bukan bersama pasangan yang halal. Nak bermanja tanpa ada halangan malah tanpa perlu takut dosa malah menambah pahala, tentu sahaja ramai yang teringin akannya.

Banyak lagi perkara yang romantik sebenarnya, di mana perkara-perkara ini membuatkan yang bujang tak sabar nak berkahwin bukan. Tapi jangan bimbang, tak lama lagi anda pun menikmati perkara yang sama.

]]>
Penat Lelah Seorang Suami Yang Jarang Diperkatakan, Sama-Sama Kita Fahami. https://redaksi.com/6244-penat-lelah-seorang-suami-yang-jarang-diperkatakan-sama-sama-kita-fahami Wed, 12 Jun 2019 15:54:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6244 Selalu bukan kita dengar pengorbanan seorang isteri dan juga ibu ini. kehebatan mereka juga sering kali diperkatakan dari dahulu sehingga la masa kini. Bermula dengan kehebatan menguruskan rumah, mengandung dan melahirkan, isteri sememangnya seorang wanita yang hebat. Namun begitu, jangan kita melupakan pengorbanan seorang suami yang turut sama berkorban untuk isteri dan anak mereka.

Mungkin penat lelah mereka ini tidak sama dengan si isteri, tetapi tanpa bantuan mereka ini belum tentu kita mendapatkan keselesaan seperti hari ini. Apa yang kita ada hari ini adalah penat lelah seorang suami.

Sedikit kisah penat lelah seorang suami yang dikongsikan oleh saudara Firdaus Shakirin ini akan membuat kita rasa bersyukur mempunyai suami yang bertanggungjawan terhadap keluarga.



Jadi suami ni tak susah, namun tak jugak senang...

Pagi-pagi buta dah keluar bekerja mencari rezeki, setiap hari selagi masih sihat tubuh badan. 6.30 pagi keluar rrumah dalam keadaan luar gelap lagi. Bawak moto 30 to 40 minit baru sampai tempat kerja. Dalam perjalanan tu, dia punya sejuk tak payah nak kata la, sampai ke tulang. Subuh kot... beku muka dengan tangan...



Itu belum lagi bawak moto ketika hari hujan.

Sampai tempat kerja, DAH LETIH. Tak mula buat kerja lagi, tapi dah letih. Bukan senang travel hari-hari berpuluh-puluh, beratus-ratus kilometer, selama 30-40 minit perjalanan.

Kereta ada, tapi bagi isteri guna. Tak pun kalau tak ade orang guna tetap naik moto sebab bawak kereta ulang alik ke tempat kerja, kosnya tinggi dan jem lagi.

Maka buatla kerja satu demi satu mengikut arahan...kalau takbtol, kena marah, kena maki dan kena buat lain. Kalau tak siap, tak boleh balik. Ada kerja yang simple, ada kerja yang rumit. Ada kerja yang menggunakan fizikal, ada kerja yang menggunakan mental.

Penat fizikal, penat mental...



Sampai je rumah, baru turun moto, tak sempat masuk dalam rumah lagi, anak-anak dah ajak kalauar ronda, isteri dah suruh keluar beli barang...seharian dah letih bekerja, seharian dah kena buat macam-macam, tapi turuntukan juga kehendak anak-anak, permintaan isteri, ayan anak-anak, layan isteri.

Malam-malam nak rehat, nak tenangkan fikiran dan badan, anak-anak datang melompat, bergaduh berebut mainan dan sebagainya. Allah, rasa macam nak meletup pun ada, nak tengok tv pun tak senang...

Tapi itulah, nak cakap lebih-lebih pun, pengorbanan seorang suami tu selalunya jarang didendang atau diceritakan. Bagi suami-suami diluar sana, apa yang kita buat sekarang ni dinamakan tanggungjawab kepada keluarga.

Tak larat macam mana pun, usahakan jugak bagi larat, bagi kuat. Apa yang kita buat ni akan disoal di akhirat, maka jangan biarkan kita tergagap-gagap depan Allah disebabkan kita dah menyerah atau mengalah untuk menjadi seorang suami dan seorang ayah masa didunia.

Nota Kaki : Cubalah yang terbaik untuk menjadi seorang suami dan ayah. InsyaAllah ganjaran yang setimpal menanti kita disana kelak.

]]>
Seronoknya Bercinta Dengan Kawan Baik, Tapi Apa Kelebihannya? https://redaksi.com/1525-seronoknya-bercinta-dengan-kawan-baik-tapi-apa-kelebihannya Wed, 07 Mar 2018 11:30:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1525 Rasa pelik sebenarnya jika jatuh cinta dengan kawan baik sendiri. Namun apa boleh buat kalau sudah jodoh tertulis begitu. Ia tentu menjadi sesuatu yang menyeronokkan kerana dia adalah kawan baik dan juga kekasih hati anda. Tapi apa yang seronoknya bercinta dengan kawan baik ini? Adakah sama seperti pasangan lain?



1. Lebih memahami berbanding dengan orang lain.

Apa yang seronoknya bila bercinta dengan kawan baik sendiri ini mestilah si dia lebih memahami kita. Sudah lama berkawan tiba-tiba bercinta tentulah sudah mengetahui apa topik perbualan yang dibenci malah makanan kegemarannya pun sudah anda ketahui. Jadi persefahaman yang timbul antara anda dan pasangan adalah lebih mendalam berbanding kekasih yang lain.

2. Lebih banyak masa bersama.

Telah menjadi lumrah anda dan kawan baik gemar meluangkan masa bersama. Jadi jika sudah menjadi pasangan kekasih pasti masa yang terluang lebih banyak bersama. Pelbagai perkara yang ingin dikongsi bersama sehingga tidak sedar banyak masa yang telah anda habiskan. Selain itu juga anda dan pasangan anda lebih selesa bersama. Itu yang tidak perasan masa berjalan. 



3. Tidak risau tentang wajah sebenar.

Perkara ini menjadi lebih selesa apabila anda tidak perlu berselindung di sebalik makeup untuk berjumpa kekasih anda. Jadi jika anda keluar bersamanya tanpa sedikit bedak pun tiada apa yang perlu dimalukan lagi.

4. Mudah selesaikan pertelingkahan.

Bila anda sudah fahami tentang tahap kemarahannya, sudah pasti anda tahu cara mudah untuk menangani setiap perbalahan yang berlaku antara anda dan pasangan. Anda juga tahu tahap ego pasangan anda itu di tahap mana. Jadi setiap pertelingkahan itu tidak akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

5. Waktu makan yang lebih selesa.

Setiap pasangan yang baru bercinta sudah pasti agak malu untuk makan bersama-sama terutama bagi kaum wanita. Bila anda bercinta dengan kawan baik anda, tiada lagi perkara yang hendak dimalukan ketika anda dan dia makan bersama. Anda dan pasangan akan lebih menikmati makanan dan menghayati topik perbualan serta suasana.

]]>
Tips Power Untuk Membina Sebuah Keluarga Bahagia. https://redaksi.com/4423-tips-power-untuk-membina-sebuah-keluarga-bahagia Tue, 04 Dec 2018 14:33:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4423 Nak bina keluarga yang bahagia ini tidak susah pun. Tapi kalau tidak mulakan dari diri sendiri itu yang susah. Mana tidaknya, anak-anak serta pasangan kita akan melihat tindakan dan teguran kita terlebih dahulu. Jika kita lakukan perkara tersebut mesti mereka akan tiru.

Contohnya, anak sedang sibuk bercerita akan pengalaman pertamanya di persekolahan, anda pula sibuk bermain telefon bimbit atau menguap, anak anda akan terasa hati lalu akan melakukan perkara yang sama kelak.

Untuk elakkan perkara sebegini berlaku, mari baca tips untuk bina keluarga bahagia ini dari Puan Adlil Rajiah.



TIPS POWER KELUARGA BAHAGIA

Pernah sekali buku saya tersenarai dalam carta BESTSELLER di MPH, bersebelahan dengan buku "Isteriku Bidadariku" oleh Ustaz Ebit Lew.

Masa tu dah happy gila dah.

Terus tergopoh gapah keluarkan phone, sebab nak bagitahu satu kampung.

Dan Sabtu lepas, saya berpeluang dengar seminar Ustaz Ebit secara live dan berkesempatan berbual dengan beliau.

Kalau buku tercalon sebelah buku ustaz pun dah riuh sekampung, boleh bayangkan tak camane bila dapat berdepan dengan Ustaz Ebit?

EXCITED tahap sesak nafas oii.

Nak-nak bila Ustaz Ebit cakap (berkenaan buku saya)--

"Tahniah puan. Semoga Allah terus sayang puan sekeluarga."

Allahhhhh terus aminkan 800 kali lalu meninggal dalam iman. Hahah.

Memang lain betul auranya bila berdampingan dengan orang-orang yang tinggi ilmu ni.

Mungkin ini lah salah satu kekuasaan Allah yang ditunjukkan melalui hambaNya.
Kuasa ilmu.

So hari ni saya nak share sikit beberapa points penting yang saya belajar daripada 4 tokoh yang amat saya kagumi (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL, Sabtu lepas.

Baca,

dan perlahan-lahan ubah ke arah yang lebih baik.

Kita usaha sama-sama, ok?



🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.

🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.

🔴 Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.

🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.

🔴 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.

🔴 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu-- penyayang dan pengasih.

🔴 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.

🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.

🔴 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.

🔴 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.

🔴 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan satu nafkah lagi, iaitu tempat tinggal. Jadi, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini penting, sebab ia adalah satu kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.

🔴 Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan harian di dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.

🔴 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati--
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata."

🔴 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak: SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.

🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan supaya Allah pandang dan sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.

🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.

🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.

🔴 Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Itu pentingnya kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dalam keluarga. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.

🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!

🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang.

🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia yang ni, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.

🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.

🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.

🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.

🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.

🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.

🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh hidup akan mudah.

🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada.) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.

🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:

Surah At-Taubah, ayat 128-129.

Ini doa favourite Rasulullah saw.

🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:

Surah Ibrahim, ayat 40.

🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita:

Surah Al-Ahqaf, ayat 15.

🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:

Surah Maryam, ayat 1-10.


]]>
Senarai Barang Hantaran Yang Ringkas Tapi Mengikut Trend Masa Terkini. https://redaksi.com/1676-senarai-barang-hantaran-yang-ringkas-tapi-mengikut-trend-masa-terkini Tue, 20 Mar 2018 10:54:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1676 Bila majlis semakin dekat ini pening juga ya nak pilih barang hantaran untuk di bawa sebagai buah tangan apabila tiba majlis berlangsung. Apa barang hantaran yang utama perlu di bawa nanti? Kalau ikutkan trend masa kini, ramai yang memilih untuk memberi barang hantaran berdasarkan apa yang pasangan mereka suka. Eh, tapi kalau diikutkan apa yang di suka mampu ke kita ini?

Tidak pun, biar sahaja pasangan kita beli barang yang dia suka dan kita beli barang yang kita suka. Selepas itu tukar la, dan gubah untuk dijadikan hantaran. Eh boleh ke?

Tapi biasanya bilangan dulang hantaran adalah ganjil. Kebiasaannya pula pihak perempuan akan menghadiahkan lebih dua dulang berbanding hantaran pihak lelaki. Eh mesti bingung nak letak apa di dulang hantaran itu nanti.

Mungkin ini dapat membantu anda, terdapat beberapa contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki.

1. Sirih Junjung.
2. Kemeja/Seluar.
3. Beg duit/Tali Pinggang.
4. Al-Quran Biasa/Digital.
5. Sejadah.
6. Jam Tangan.
7. Set Minyak Wangi /Barangan peribadi contoh barangan mandi.
8. Kasut.
9. Buah-buahan.
10. Kek/Kek Cawan.
11. Coklat.
12. Gajet contohnya telefon bimbit, iPad.
13. Bunga Rampai.


Serta contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

1. Mas kahwin/Duit Hantaran.
2. Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas.
3. Tepak sirih.
4. Al-Quran Biasa/Digital.
5. Sejadah.
6. Jam tangan.
7. Kasut.
8. Telekung.
9. Beg Tangan.
10. Set Wangian /Barang mekap.
11. Buah-buahan.

Apa-apa pun adalah lebih elok jika kita ikut kemampuan diri. Jangan pula nanti lepas berkahwin kita yang tersepit.

]]>
Langkah-Langkah Untuk Merawat Kemurungan. https://redaksi.com/4371-langkah-langkah-untuk-merawat-kemurungan Thu, 29 Nov 2018 10:17:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4371 Bagi mereka yang mengalami kemurungan dan disahkan oleh doktor bertauliah untuk mengambil ubat, pasti hanya bergantung pada ubat dan kaunseling dari doktor sahaja. Mungkin anda seperti tidak bermaya dan lemah untuk bangkit. Apabila terlalu bergantung dengan ubat-ubatan sahaja, apa yang anda nampak adalah, hanya ubat sahaja dapat memulihkan minda anda, padahal banyak lagi kaedah yang anda boleh lakukan, sekiranya anda mampu bangkit dari kegelapan.

Kaedah lain untuk mengatasi masalah kemurungan ialah menggunakan teknik “semulajadi” iaitu dengan cara…

1. Senaman ringan.

Secara semulajadi, senaman ringan tidak semestinya seperti aerobic atau yoga. Senaman ringan adalah seperti mengemas rumah, menyapu sampah, vacuum, mengemas bilik anda sendiri, berkebun dan seumpama dengannya.

Jangan terlalu malas untuk bangkit dan hanya bergantung pada ubat sahaja untuk dipulih. Jika tiada kesedaran dalam diri anda malah semangat atau motivasi, tidak mustahil anda memang mudah jatuh sakit sebenarnya. Tambahan, anda seperti tidak boleh survive jika tidak makan ubat-ubatan dari doctor.

Bangkit!

2. Meluangkan masa untuk bersiar-siar disekitar kawasan anda.

Aktiviti ini sebenarnya mampu memberi kesan positif keatas mood anda. Ia mampu merangsang serotonin anda untuk lebih aktif dan sekaligus memberi mood positif kepada diri anda. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga mampu menangani masalah kemurungan. Tetapi, tidur berlebihan pula boleh memburukkan lagi masalah kemurungan seseorang.

3. Mengurangkan pengambilan kaffein, gula, karbohidrat yang diproses, dan makanan-makanan yang mengandungi perisa tambahan.

Kurang mengambil makanan sebegini juga mampu memberi kesan yang positif kepada mental anda. Bagaimanapun, kekurangan protein-protein ini pula akan memberikan kesan yang negatif kepada mood anda. Jika boleh, CUBA SEIMBANGKAN ia dengan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, tepung gandum dan juga protein.

Kesederhanaan itu adalah penting. Contohnya, jika anda ingin makan biskut bergula, makanlah. Tapi bukan dengan menghabiskan satu plastik sekaligus. Jika boleh cuba dapatkan makanan yang diperbuat daripada bahan-bahan organik sebagai snek anda. Ubat-ubatan atau makanan tambahan yang bersifat herba juga boleh membantu mengurangkan masalah kemurungan.

4. Menyertai pertubuhan-pertubuhan yang memberi sokongan moral.

Yang penting sekali ialah melibatkan diri dengan mereka-mereka yang memahami tentang masalah ini yang mampu meyakinkan diri anda bahawa anda tidak berseorangan dalam menghadapi masalah kemurungan.

Malah mereka mungkin boleh memberi sedikit penerangan atau nasihat kepada keluarga atau rakan-rakan anda untuk membuatkan mereka lebih memahami tentang situasi anda. Anda tidak berseorangan dalam hal ini dan yakinlah yang semuanya pasti akan baik-baik saja.

5. Lakukan Meditasi.

Perkataan meditasi didefinisikan sebagai bertafakur atau pun melakukan sesuatu untuk MENENANGKAN FIKIRAN. Aktiviti yang anda boleh lakukan adalah dengan cara Yoga.

Didalam hidup seseorang jenis tekanan yang dihadapi adalah berbeza-beza. Ada yang mengalami tekanan akibat kerja, tekanan dalam perhubungan dan yang sering berlaku ialah tekanan kerana masalah kewangan.

Meluangkan masa diperpustakaan juga boleh membantu anda menenangkan perasaan kerana keadaan perpustakaan yang senyap dan menenangkan. Dapatkan beberapa buku mengenai meditasi yang anda rasa sesuai untuk diri anda.

Anda harus ingat yang anda menggunakan pemikiran anda semasa bermeditasi, jadi anda perlulah belajar untuk membuang semua pemikiran negatif dan menggunakan pemikiran positif anda pada tahap maksima supaya anda boleh menumpukan perhatian untuk memperbaiki kehidupan anda.

Selamat Mencuba dan Cuba Untuk Kekal Sihat!

]]>
23 Tips Bahagia Dalam Rumah Tangga Mengikut Islam. https://redaksi.com/143-23-tips-bahagia-dalam-rumah-tangga-mengikut-islam Tue, 13 Jun 2017 14:03:39 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=143 Tips bahagia dalam rumah tangga merupakan sesuatu yang selalu kita dengar, samada di media cetak atau elektronik. Ramai pakar motivasi memberikan petua dan cara tersendiri, namun masih lagi ramai yang merasakan tidak bahagia.

Kehidupan rumah-tangga bukan semata-mata satu tuntutan atau Sunnah Rasulullah S.A.W, malah ia adalah merupakan satu medan untuk kita belajar lebih menghargai dan mensyukuri nikmat dari Allah. Antara tips-tipsnya adalah:



1.   Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2.   Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3.   Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4.   Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.



5.   Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6.   Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7.   Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8.   Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9.   Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10.  Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat

11.  Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12.  Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.



13.  Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14.  Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15.  Isteri perlu menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16.  Pasangan yang sudah berusia, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17.  Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.



18.  Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19.  Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20.  Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21.  Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22.  Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23.  Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

]]>
Lelaki mudah tertarik kepada wanita yang berpenampilan sederhana https://redaksi.com/8848-lelaki-mudah-tertarik-kepada-wanita-yang-berpenampilan-sederhana Tue, 03 Nov 2020 16:57:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8848 Setiap wanita di dunia ini mempunyai gaya hidup tersendiri. Namun, sering terdengar bahawa wanita yang bersederhana sering menjadi pilihan lelaki.

Apakah yang ada dalam diri wanita tersebut sehingga menjadi pilihan lelaki? Berikut penjelasan kami.


1. Lebih yakin diri


Wanita yang bersederhana selalu menjadi pilhan lelaki kerana sikap keyakinan yang pada dirinya. Keyakinan yang ada dalam diri seseorang bukan bermaksud ketika berkata-kata sahaja malah keyakinan berjalan dan berpakaian juga merupakan hal yang menarik perhatian lelaki. Selain itu, bersederhana dalam bertutur kata juga dapat menawan lelaki.

 


2. Kurang menggunakan wang lelaki


Oleh sebab mereka mempunyai sikap bersederhana, mereka tidak suka mengunakan wang lelaki kerana bagi mereka menggunakan wang lelaki adalah hal yang memalukan. Lebih-lebih lagi, jika lelaki tersebut merupakan teman lelaki mereka. Segala kehendak mereka lebih baik jika mereka membelinya dengan menggunakan wang sendiri.

 

 

3. Seorang yang berdikari


Kehidupan yang sederhana menyebabkan mereka lebih selesa untuk hidup berdikari. Mencari wang dan berusaha sendiri dalam segala hal malah sekiranya mereka inginkan sesuatu, mereka akan sanggup bersusah payah demi memilikinya. Lelaki zaman kini lebih tertarik kepada wanita yang pandai berdikari.

 


4. Tidak mudah terpengaruh dengan trend semasa


Selalunya wanita yang bersederhana tidak akan mudah terpengaruh dengan trend semasa hal ini kerana, bagi mereka cukuplah sekadar apa yang mampu. Namun, Jika mereka berasa berbaloi untuk memiliki perkara tersebut mereka akan berusaha bersungguh-sungguh tetapi jika tidak mereka lebih memilih untuk membiarkannya saja.

 

Kesimpulannya, setiap wanita mempunyai keunikan dan personaliti tersendiri, manakala lelaki pula mempunyai citarasa yang berbeza terhadap wanita. Apa yang perlu kita lakukan adalah terus perbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik serta bermanfaat.

]]>
4 Ciri-Ciri Bakal Isteri Yang Patut Lelaki Pilih. https://redaksi.com/989-4-ciri-ciri-bakal-isteri-yang-patut-lelaki-pilih Tue, 22 Aug 2017 11:39:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=989 Kali ini kita akan mengupas ciri-ciri isteri pilihan. Artikel ini ditujukan kepada bakal suami tentang apakah ciri-ciri isteri yang patut dia pilih, juga kepada bakal suami yang sudah ada calon isteri, maka ciri-ciri apakah yang perlu disemai untuk calon isteri. Tidak ketinggalan kepada wanita atau bakal isteri, ciri-ciri apakah yang sepatutnya dia melengkapi dirinya.



Pertama: Agama.

Ciri pertama yang penting ialah agama. Allah berfirman dengan membuat perbandingan:

'Sesungguhnya seorang hamba wanita yang beriman lebih baik daripada wanita kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.' [al-Baqarah 2:221]

Dalam perbandingan di atas, Allah menerangkan bahawa seorang wanita yang berstatus rendah, amat rendah sehingga ke tahap budak hamba, adalah lebih baik asalkan dia beriman kepada Allah (mukminat). Lantaran itu yang membezakan ciri baik dan buruk bukanlah kecantikan atau daya tarikan, tetapi nilai agama seorang wanita. Perhatikan juga bahawa Allah tidak menyebut wanita Islam (Muslimat) tetapi menyebut wanita beriman (Mukminat). Hal ini berlaku kerana tahap seorang Mukminat lebih tinggi dari tahap seorang Muslimat. Ciri isteri pilihan bukanlah sekadar muslimat yang biasa, tetapi muslimat yang memiliki ilmu agama, beriman dengan teguh, dan menterjemahkan ilmu dan keimanannya kepada amal shalih sehari-harian. Rasulullah juga pernah bersabda:

'Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi.'
[Shahih al-Bukhari, no: 4700]



Kedua: Cantik.

Rasulullah pernah bersabda:

'Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan.' [Shahih Muslim, no: 131]

Kecantikan sebegitu penting sehingga Rasulullah menganjurkan seorang lelaki untuk melihat wanita pilihannya sebelum pergi melamar atau meminang. Baginda bersabda:

'Apabila salah seorang dari kalian melamar wanita, maka selagi dia boleh melihat apa yang dapat mendorongnya untuk menikahinya, maka lakukanlah ia.'
[Shahih Sunan Abu Daud, no: 2082]

Maksud kecantikan di sini ialah apa-apa yang tulen, bukan kecantikan palsu umpama penggunaan alat solek. Bukan juga kecantikan yang menelan kos yang tinggi seperti pembedahan plastik, dandanan rambut di salon terkenal, atau pakaian fesyen terkini di butik yang berjenama. Oleh itu, wanita yang ingin diperisterikan, bakal menjadi isteri atau sudah menjadi isteri, hendaklah menjaga kecantikan mereka dengan gizi pemakanan yang sihat, senaman, dan keyakinan diri. Yakinlah bahawa semua wanita ciptaan Allah adalah cantik, hanya kecantikan itu akan dikecapi oleh lelaki yang tentu saja berbezabeza cita rasanya antara satu dengan yang lain.



Ketiga: Menyenangkan suami.

Rasulullah pernah ditanya tentang ciri-ciri isteri yang baik. Baginda menjawab:

'Wanita yang membahagiakan (suaminya) jika dipandang, mentaatinya jika diperintahkan dan tidak menyelisihi berkenaan dirinya dan hartanya dengan apa yang tidak disukai (oleh suami).' [Shahih Sunan al-Nasa'e, no: 3231]

Ciri seorang isteri pilihan ialah dia memberi ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan apabila saja suami melihatnya. Jika suami menyuruh dia melakukan sesuatu, dia akan melakukannya sekadar yang mampu dengan syarat suruhan itu selari dengan syari'at Islam. Jika bertentangan, maka isteri tidak perlu taat. Namun berbincanglah dengan suami secara hikmah kerana mungkin suami tidak tahu mengenainya. Di sini mungkin ada yang bertanya, bahawa kenapa isteri mesti bersikap sehingga ke tahap demikian kepada suaminya? Apakah isteri tidak boleh bermuka muram, enggan taat dan memiliki pilihan tersendiri? Terhadap persoalan seperti ini atau yang seumpama, para isteri hendaklah sedar bahawa semua kebaikan yang dilakukan kepada suaminya, ia adalah ibadah kepada Allah. Dalam erti kata lain, suami merupakan sarana atau jalan untuk isteri beribadah kepada Allah. Perlu diingatkan bahawa ibadah bukan sahaja solat, puasa dan zikir, tetapi berbuat baik kepada suami sebagaimana dalam hadis di atas.



Keempat: Pandai mendidik anak-anak.

Tanggungjawab suami ialah di luar rumah mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Tanggungjawab isteri pula di dalam rumah mendidik anak-anak dan menjaga rumah. Maka atas dasar pembahagian tugas seperti ini, Rasulullah bersabda:

'Sebaik-baik wanita Quraisy adalah yang paling lembut dan simpati pada anak pada masa kecilnya dan paling boleh menjaga harta suaminya.' [Shahih al-Bukhari, no: 4692]

Mungkin ada pula yang bertanya, bahawa isteri juga bekerja di luar rumah. Maka kenapa mereka dipertanggungjawabkan untuk urusan anak-anak dan penjagaan rumah? Jawapannya, pekerjaan di luar rumah tidak diwajibkan oleh Islam ke atas isteri. Jika isteri bekerja di luar rumah, maka ia adalah tanggungjawab tambahan yang dipilih oleh isteri itu sendiri. Jika isteri beralasan perlu mencari sumber kewangan tambahan untuk seisi keluarga, maka perlu ditanyakembali: 'Apakah manusia pernah berkecukupan dalam urusan kewangan?'

]]>
Apakah Hukum Dan Kesannya Jika Suami Isteri Tidak Bertegur Sapa? Jom Baca. https://redaksi.com/4156-apakah-hukum-dan-kesannya-jika-suami-isteri-tidak-bertegur-sapa-jom-baca Wed, 07 Nov 2018 16:18:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4156 Dalam perkahwinan, pasti akan ada berlakunya pergaduhan, perselisihan faham, pertengkaran dan seumpama dengannya. Ia bukanlah dianggap perkara yang tidak normal, cuma perbezaan pendapat sedikit sebenarnya menunjukkan suami isteri tersebut saling berkomunikasi dan ambil berat antara satu sama lain.

Namun, jika pergaduhan tersebut menyebabkan pasangan suami isteri tidak bertegur sapa sehingga berhari-hari malah ada juga sebahagian daripada pasangan tersebut pergi ke rumah orang tua masing-masing sehingga tidak bersua muka. Pasti keadaan tersebut akan memudaratkan hubungan.

Kebiasannya mengikut sunnah Rasulullah SAW, salah jika tidak bertegur sapa dengan saudara sendiri, apatah lagi jika dengan ahli keluarga sendiri terutamanya suami isteri.

Menurut Rasulullah SAW, berdosa sekiranya seorang muslim tidak saling menyapa tiga hari seperti diriwayatkan Bukhari (6237) dan Muslim (2560).

Seperti Allah SWT telah berfirman;

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Al-Hujurat: 10)

Bahkan Allah juga ingatkan, diantara nikmat besar yang Allah berikan kepada para sahabat adalah Allah jadikan mereka saling mengasihi, saling mencintai, padahal sebelumnya mereka saling bermusuhan, seperti firman Allah SWT dalam surah Al-Imran ayat 103;

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara…”

Jika dalam hubungan perkahwinan, suami isteri masih lagi tidak bertegur sapa atau berkomunikasi pasti syaitan akan datang menghasut dan menggoda. Jika ketika dan pada saat itu, iman lemah dan hanya melakukan sesuatu perkara mengikut hawa nafsu, pasti akan melakukan kemungkaran.

Seperti perjelasan hadith dibawah;

Rasulullah SAW bersabda;

“Syaitan (Iblis) telah berputus asa untuk menyembah orang yang rajin menunaikan solat. Namun, syaitan akan selalu berusaha untuk memicu permusuhan dan kebencian.” (HR. Muslim 2812 dan Ibn Hibban 5941).

Oleh itu jangan sesekali memendam perasaan pada suami atau isteri sehingga mendatangkan perasaan benci dalam diri. Jangan bermusuh dengan pasangan sehingga menzalimi mereka seperti mengasari (memukul, menampar dan sebagainya).

]]>
Adakah Terdapat Penawar Untuk Isteri Pemalas? https://redaksi.com/444-adakah-terdapat-penawar-untuk-isteri-pemalas Wed, 12 Jul 2017 11:33:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=444 Rumah tangga dan persekitaran yang bersih bagaikan taman bunga yang segar dan menjanjikan ketenangan kepada penghuninya. Pun begitu tanpa kerajinan segala yang diingini tidak akan berlaku. Tambahan pula bagi mereka yang bekerja dan tidak punya waktu untuk membersih dan menghias rumah agar sentiasa sedap dipandang mata. Saiz rumah juga bukan ukuran tetapi kebersihan akan membezakan segalanya. Ramai yang impikan ketenangan di dalam rumah setelah penat berada di luar tetapi tidak semua kita yang berpeluang untuk mengecapinya. Tugas menguruskan rumah tangga adalah amanah yang dianugerahkan kepada suri rumah atau pembantu ramah. Tetapi adakah semua isteri sanggup berbuat demikian?



Jawapannya ada pada kisah yang ingin diceritakan Zaidi (bukan nama sebenar) yang kini makan hati dengan sikap isteri yang tidak pandai mengurus rumah tangga. Kata Zaidi, isteri orang lain juga bekerja dan penat tetapi mereka ada masa untuk mengurus rumah dan menjaganya supaya bersih sentiasa. Sayang sekali isterinya seorang yang pemalas dan ini menjadi masalah besar kepada Zaidi sehingga dia melabelkan isterinya Aida (bukan nama sebenar) sebagai seorang yang pemalas.

"Saya telah mendirikan rumah tangga dengan Aida sejak 10 tahun lalu. Kami mempunyai tiga orang anak berusia 7, 8 dan 9 tahun.

"Rumah kami sederhana sahaja luasnya. Kami tidak mempunyai pembantu rumah kerana anak-anak dihantar ke rumah ibu mentua saya selepas mereka balik sekolah.

"Isteri pula bekerja dan balik ketika hari menjelang senja. Saya mengharapkan isteri mempunyai masa untuk mengemas rumah atau memasak setiap kali balik kerja.



"Bukan masakan yang hebat-hebat yang saya perlukan, cukup sekadar mengalas perut kami anak beranak. Sayangnya apa yang saya harapkan tidak berlaku.

"Setiap hari keadaan rumah tidak berkemas, pakaian yang dibasuh bersepah-sepah tidak berlipat. Pinggan mangkuk penuh sinki. Pendek kata kesemuanya menunggu hujung minggu untuk dibersihkan.

"Bayangkan dalam tempoh itu bagaimana keadaan rumah dan baunya yang busuk setiap kali saya balik kerja. Hendak melangkah rasanya berat kaki. Hendak minum air juga tidak tertelan.

"Hendak mengharapkan anak-anak mereka masih kecil. Isteri pula asyik mengadu penat dan mahu berehat. Makanan setiap malam dibeli dari restoran berhampiran.

"Saya mampu mengambil pembantu rumah tetapi dihalang oleh isteri dengan alasan tidak perlu sebab dia boleh lakukan.

"Sayangnya dia hanya berkata tetapi tidak disertakan dengan tindakan. Sudahnya keadaan rumah tetap begitu juga. Apabila ditegur, dia melenting dan merajuk.

"Saya sudah puas menasihatinya tetapi dia tetap macam itu, tidak ada perubahan. Sikap malasnya semakin menjadi-jadi. Rumah kami sudah seperti sebuah setor barangan terpakai.



"Masa yang berkualiti di rumah tidak dimanfaatkan untuk membereskan kerja-kerja rumah yang sepatutnya tetapi lebih banyak meluangkan masa di rumah ibunya dan anak-anak juga dibawa ke sana.

"Saya tidak menghalang mereka ke sana tetapi saya berharap dia akan tolong kemas rumah dan sempurnakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu terlebih dahulu.

"Saya amat malu dengan sikap malas isteri saya itu sehinggakan kami menjadi bahan ejekan jiran-jiran dan saudara mara yang datang. Keadaan itu menjadikan saya malu untuk menjemput saudara mara atau kawan-kawan ke rumah.

"Saya seorang yang pembersih dan suka rumah yang cantik dan bersih. Saya telah dididik menjaga kebersihan rumah sejak kecil. Ibu seorang yang rajin mengemas rumah.

"Rumah kami sentiasa bersih. Ibu seorang yang sangat mementingkan kebersihan dan saya bangga mempunyai ibu yang rajin dan pembersih.

"Namun semua itu tinggal kenangan kerana saya telah berkeluarga dan sayangnya suasana sebegitu tidak lagi dapat saya kecapi.

"Saya kesal kerana isteri tidak mengambil berat teguran saya malah sepatah saya kata sepuluh yang dia jawab sehinggakan saya ada kala hilang sabar.

"Paling saya malu kerana kami tinggal di kawasan perumahan mewah yang sepatutnya menjadi teladan kepada orang lain. Ini tidak, dibandingkan dengan rumah orang lain, rumah saya paling buruk dan tidak terurus.

"Bukan saya tidak berusaha ke arah itu tetapi jika saya seorang yang beria-ia, isteri buat tidak kisah, buat apa?

"Sekarang keadaan semakin runcing. Isteri asyik berjalan makan angin, sekejap dalam negeri sekejap luar negara. Dia lebih suka melayan kawan-kawan kerjanya daripada saya dan anak-anak.



"Tidak salah pergi berjalan tetapi mesti ada tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak. Uruskan rumah tangga dulu, susun atur perabot yang lintang pukang dalam rumah agar saya yang ada dalam rumah boleh bernafas!

"Sesekali fikir saya merasa pelik kenapa isteri saya berperangai macam itu. Rupanya dalam dunia ini ada juga perempuan yang pemalas dan tidak suka mengemas.

"Sekarang saya lebih banyak pulang ke rumah ibu daripada di rumah. Saya penat dan mahu ketenangan. Di rumah ibu, saya merasa tenang dan aman. Pernah juga ibu menegur isteri saya tetapi dia langsung tidak peduli.

"Jangan kata mengemas, memasak juga jarang dia buat. Yang dia tahu makan, tidur dan berjalan.

"Kasihan anak-anak kami yang terpaksa makan makanan di luar atau di rumah ibu. Entah di mana silapnya sehinggakan Aida jadi pemalas begitu sekali.

"Ramai yang hairan bagaimana saya masih boleh bersabar dengan perangai isteri macam itu. Jika diturutkan naluri seorang lelaki, saya layak untuk mencari pengganti dan telah lama berbuat demikian.

"Tetapi saya sayangkan anak-anak yang tidak berdosa, malang bagi mereka kerana mempunyai ibu yang malas.

"Anak sulung saya seorang perempuan dan masih di bangku sekolah rendah sering bertanya kepada ibunya, kenapa rumah kita tidak secantik rumah jiran.

"Anda tahu apa jawapan ibunya, Mama penat!.. Sepatutnya jawapan yang paling tepat adalah mama malas!.

"Saya mahu dia faham falsafah kehidupan dalam suasana persekitaran yang bersih dan sihat. Semoga Allah akan membuka pintu hati Aida untuk berubah.

"Saya juga mengharapkan saya boleh bersabar dengan kerenah Aida. Jika tidak saya pasrah kepada ketentuan Allah SWT," keluh Zaidi menamatkan ceritanya.

Saya mengucapkan syabas kepada Zaidi kerana berani meluahkan perasaannya ke ruangan ini. Saya percaya ramai lagi suami yang menghadapi masalah seperti Zaidi tetapi enggan berkongsi masalah mereka. Saya berharap Zaidi akan terus bersabar dan membimbing isterinya untuk kembali kepada tanggungjawabnya. Anggaplah ini juga sebagai ujian dalam rumah tangga. Masih belum terlambat untuk anda membetulkan keadaan. Berterus terang dan membimbing adalah cara terbaik menangani masalah ini. Anda harus menerima diri Aida seadanya, ertinya segala kelemahan dan kekurangan dirinya hendaklah diterima dengan reda. Itu sudah ketentuan jodoh anda. Pada masa yang sama, sebagai suami anda perlu bertindak lebih tegas. Cadangan saya ambil cuti panjang dan bergotong royong mengemas dan membersihkan rumah bersama anak-anak.

Menamatkan catatan, pesanan saya seorang suami akan merasa tenang andai isterinya menjadi seorang yang penurut dan boleh menyejukkan hatinya di kala dia gundah. Realitinya, kehadiran wanita di dalam hidup seorang lelaki, ibarat matahari yang tidak pernah terbenam.

]]>
Ramai Yang Tidak tahu, 5 Rutin Kecantikan Di Waktu Malam Ini Penting Untuk Menjaga Kulit Ketika Tidur. https://redaksi.com/5479-ramai-yang-tidak-tahu-5-rutin-kecantikan-di-waktu-malam-ini-penting-untuk-menjaga-kulit-ketika-tidur Wed, 13 Mar 2019 16:40:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5479 Setiap orang akan begitu mementingkan kecantikan kerana ia merupakan salah satu keyakinan seseorang. Kecantikan ini begitu subjektif jika ingin diperbincangkan, namun setiap orang akan menjaga kecantikan yang mereka miliki dengan baik.

Selalunya, kita hanya memikirkan bahawa rutin kecantikan itu hanya perkara yang melibatkan skincare ataupun teknik yang betul dalam satu penggunaan produk. Bahkan biasanya kita lebih mementingkan rutin kecantikan di siang hari bukannya di malam hari.

Setiap hari, kulit kita sering terkesan dengan pelbagai faktor luaran yang berbahaya seperti habuk, bahan kimia berbahaya, sinar ultraviolet dan faktor persekitaran yang lain yang memberi kesan kepada keadaan permukaan kulit. Setiap hari, faktor-faktor ini akan menyebabkan perubahan yang berterusan dan menimbulkan perbezaan yang signifikan terhadap kulit seperti jerawat, parut, kulit kusam, kedut dan kerosakan yang lain dan ianya akan mengambil masa yang lama untuk sembuh dan menghilangkan kesan-kesan terbabit. Berikut adalah 5 rutin kecantikan dan tip bagaimana untuk memperbaiki kulit anda setiap hari sebelum anda tidur.



1. Bersihkan solekan anda



Apabila anda tidur pada waktu malam, kulit anda akan bertindak memperbaiki keadaannya dengan sendiri dan liang-liang kulit akan dibuka sebagai sebahagian daripada proses tersebut. Tetapi jika lapisan solek anda seperti maskara, bedak asas, penyegar dan pembayang mata menyelaputi lapisan kulit, ia akan menyumbat liang kulit dan proses semula jadi tersebut akan terganggu. Ini akan menyebabkan kulit mempunyai tona kulit yang tidak rata, bintik-bintik dan jerawat. Dengan membersihkan solekan terlebih dahulu akan membantu kulit bernafas dan mengekalkan tona semula jadinya. Cubalah untuk menerapkan kaedah pembersihan dua kali dengan menggunakan pembersih solekan tanpa toksik untuk menghapus semua sisa-sisa solekan diikuti dengan pembersih organik untuk melakukan pembersihan yang mendalam dan membantu kulit untuk kekal terhidrasi.

2. Menggunakan toner



Selepas anda membersihkan solekan dibahagian muka, teruskan proses dengan menggunakan toner pada kulit anda. Toner membantu untuk mengembalikan semula paras pH semula jadi kulit yang menjadikan kulit lebih berdaya tahan terhadap bakteria dan mikroorganisma. Toner sangat penting bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak dan mudah mendapat jerawat. Sapukan beberapa titis toner pada kulit dengan menggunakan pad kapas dan leretkannya di kawasan seluruh muka dan leher dan biarkan ia kering. Penggunaan toner terbaik adalah formula bebas alkohol atau dengan kandungan bahan-bahan semulajadi seperti air bunga ros tulen.

3. Pasang pelembap udara (humidifier)



Humidifier memasukkan kandungan air ke dalam udara untuk melembapkan kawasan persekitaran, membantu menenangkan kulit dan menghalangnya daripada menjadi kering, gatal dan retak. Tahap kelembapan yang rendah didapati menimbulkan gejala ekzema, psoriasis dan keadaan penyakit kulit yang lain. Humidifier membantu untuk mengekalkan kulit anda terhidrat dan anjal yang lebih berdaya tahan terhadap perengsa dan alergen.

4. Pemilihan material bantal



Sarung bantal sutera dan satin membantu menjaga kulit anda dengan sihat. Sutera mengandungi protein semulajadi dan 18 asid amino penting yang membantu mencantikkan kulit. Sarung bantal sutera atau satin juga menghalang ‘garis tidur’ pada permukaan kulit yang sering berlaku apabila anda tidur dengan menggunakan sarung bantal kapas kerana serat pada sarung bantal kapas bersifat kasar pada kulit dan rambut. Anda juga dinasihatkan untuk kerap menukar sarung bantal dengan kerap dan tidak mencukupi dengan hanya memasukkan bantal ke dalam mesin basuh. Menurut Akademi Dermatologi Amerika (AAD), sarung bantal anda dipenuhi oleh sel-sel kulit dan bakteria yang mati dari minyak dan kekotoran kulit dan adalah tidak bagus jika semua mikroorganisma buruk berpindah ke kulit anda daripada sarung bantal.

5. Pin atau ikat rambut anda

Ini adalah antara cara yang penting untuk mengekalkan kecantikan kulit anda dengan mengikat rambut anda sebelum tidur. Rambut anda mengandungi minyak, kotoran dan sel-sel kulit mati yang boleh berpindah terus kepada muka dan sarung bantal anda. Semua minyak dan sel-sel kulit mati akan menyebabkan jerawat dengan pertumbuhan jerawat yang lebih cepat dan lebih mudah. Ikatan rambut anda bukan sahaja memberi manfaat kepada permukaan kulit tetapi juga membantu rambut anda daripada berpintal dan kusut pada waktu anda bangun daripada tidur.

Untuk menjaga keindahan permukaan kulit bukanlah tugas yang sukar. Anda hanya perlu bersabar dan sentiasa melakukan rutin dan pastikan semua perkara yang disebutkan di atas diambil kira sebelum tidur dan hasilnya pasti membuat anda tersenyum.

]]>
Bukan Nak Kata Pandang Luaran, Tapi Penampilan Ini Penting Untuk Tarik Perhatian Pasangan. https://redaksi.com/7114-bukan-nak-kata-pandang-luaran-tapi-penampilan-ini-penting-untuk-tarik-perhatian-pasangan Fri, 06 Sep 2019 15:31:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7114 Ada orang menyatakan bahawa penampilan itu bukan satu ukuran untuk mencintai seseorang dengan setulus hati. Akan tetapi hakikatnya, seseorang akan merasakan lebih perhatian, kasih sayang serta cinta apabila pasangannya memiliki penampilan yang menarik.

Percaya atau tidak bahawa penampilan seseorang boleh membuat orang lain meminati anda. Ia juga akan membuatkan pasangan suka memandang dan beri perhatian kepada anda. Walaupun penampilan fizikal dikatakan tak penting, namun sebenarnya ia mempunyai pengaruh yang besar dalam hubungan anda.



Cuba anda bayangkan jika anda bersama pasangan yang kotor, selekeh serta tidak sedap mata memandang tentu sahaja anda akan berasa tidak selesa untuk bersamanya. Malah apa juga yang dipakai oleh si dia akan kelihatan buruk di mata anda.

Secara semulajadinya, seseorang mula tertarik antara satu sama lain adalah kerana penampilan dan paras rupanya. Itu perkara pertama yang akan dilihat oleh seseorang walaupun dalam setiap kali petemuan.

Seseorang akan lebih meminati anda apabila anda memiliki rupa paras yang “ada rupa”, akan tetapi jika anda memiliki paras yang sederhana , anda juga boleh menarik perhatian orang lain. Macam mana?



Dengan menjaga penampilan anda seperti kelihatan kemas, sopan, menarik dan pelbagai lagi. Jika anda kelihatan bergaya, elegant ia akan membuatkan dirinya lebih berminat untuk mengenali anda dengan lebih dalam lagi.

Sebab itu dalam perkahwinan, jika pasangan tidak menjaga penampilan dengan baik mungkin ia akan menjadi salah satu punca hubungan menjadi renggang dan tidak bahagia. Mungkin ada yang anggap itu bukan satu perkara yang penting, tetapi sedikit sebanyak anda perlu menjaganya terutama di depan pasangan anda.



Penampilan anda yang menarik tentu sahaja akan membuatkan pasangan berbangga untuk memiliki anda. Malah dia juga akan senang dan tenang melihat diri anda. Malah ia juga akan meningkatkan rasa kepercayaan dan keyakinan dalam diri pasangan anda.

Jangan kata penampilan itu tak penting, sedangkan ia adalah salah satu penyumbang kepada kebahagiaan anda dan juga pasangan. Baik ketika bercinta ataupun sudah berkahwin, sentiasa jaga penampilan diri anda.

]]>
Tak pernah sangka akan berpisah, kakak kembar luah berat hati nak berjauh dengan adik https://redaksi.com/9229-tak-pernah-sangka-akan-berpisah-kakak-kembar-luah-berat-hati-nak-berjauh-dengan-adik Thu, 24 Dec 2020 17:59:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9229 Hati mana tak sebak apabila melepaskan seseorang yang paling rapat dan tempat berkongsi semua rasa. Nak-nak lagi jika sebelum ini telah lalui pelbagai kontroversi bersama namun semuanya berjaya dilalui apabila ada adik beradik kembar yang menyokong satu sama lain.


Kembar 7G tamatkan zaman bujang

Baru-baru ini, Siti Norsyafiqah Tajudin atau lebih dikenali sebagai Ieka telah memuat naik beberapa keping foto yang menyatakan bahawa dirinya telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan.

Gadis berusia 19 tahun itu menyatakan bahawa pelbagai dugaan terpaksa dilalui bagi menguruskan hal pernikahan dirinya dan pasangan.



Malah, dia turut menyatakan bahawa pernikahan yang dilangsungkan secara sederhana berikutan kekangan yang dihadapi malah meluahkan rasa syukur kerana semuanya dipermudahkan.

“Alhamdulillah Ieka dah bergelar sebagai isteri yang sah. Bermacam dugaan dan cabaran yang perlu ieka tempuh untuk sempurnakan pernikahan ini,” kongsinya.

Sebak nak berpisah dengan adik

Sementara itu, Iera atau nama sebenarnya Siti Norsyakirah telah memuat naik video momen adiknya sedang mengambil gambar bersama suami tercinta.

Menerusi video tersebut juga, Iera terlihat gagal menahan sebak ketika memeluk adiknya dengan erat malah sempat membisik sesuatu antara satu sama lain.

Luahnya, telah banyak perkata yang dilalui bersama dari kecil hingga dewasa dan Iera turut mengakui bahawa agak sukar untuk dia melepaskan adik kembarnya itu.

“Selalu mesti fikir , kita sampai tua pun tetap sama sama. Tapi ni kan kehidupan, masing masing akan pilih jalan sendiri. Akhirnya, kita pisah jugak,” luah Iera.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut sebak melihat adik beradik ini. Namun, pada masa yang sama turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian adik beradik kembar tersebut.

]]>
“Hidup Kita Bukan Macam Dalam Drama, Lepas Kahwin Je Pasangan Akan Berubah 360 Darjah…” Jom Ikuti Kisah Ini. https://redaksi.com/6031-hidup-kita-bukan-macam-dalam-drama-lepas-kahwin-je-pasangan-akan-berubah-360-darjah-jom-ikuti-kisah-ini Fri, 10 May 2019 10:57:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6031 Dalam tempoh ta’aruf, kita mengenali seseorang dengan lebih mendalam dengan niat untuk menjadi pasangan. Dan juga mengharap sikapnya yang buruk ketika sesi perkenalan akan berubah ketika melangkah ke alam perkahwinan.

Namun, tidak semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar, lebih-lebih lagi mengenai dengan sikap manusia.

Jadi, kita sebenarnya jangan terlalu mengharap sikap pasangan akan berubah terus 360 darjah kerana jika tergesa-gesa mengharapkan perubahan pasti hati akan tersakiti seperti kisah yang dikongsikan dari saudara Syafiq Ridhwan ini…

********

Image result for whatsapp di telefon bimbit

"Aku rasa nak putus tunang" satu mesej keluar di paparan skrin telefon aku beberapa bulan lepas.

Berulang kali aku baca. Tapi aku tak reply terus. Sebab aku tak nak terburu-buru balas. Ikutkan hati, aku macam tak boleh terima kenapa perlu terfikir macam ni, sedangkan pada awalnya, kalian yang mahu keadaan berjalan sebegitu.

Keesokkan harinya, selepas aku dapat berfikir dengan tenang, aku balas.

“Kenapa mahu putus?"

Selang beberapa minit, dia balas,

“Sebab asyik kena maki setiap hari. Sikit-sikit keluar perkataan kesat. Sikit-sikit tinggikan suara. Sikit-sikit mencarut"

Terkejut juga aku baca. Mana mungkin seseorang yang mahu jadikan kau sebagai pasangan seumur hidup, bersifat sedemikian rupa. Tapi aku masih mengambil pendekatan bertenang.

"Sabar dulu" balas aku.

“Jangan tergesa-gesa. Dah berbincang? Kena ingat perasaan mak ayah. Kasihan mereka dah usaha sama-sama nak menyatukan kalian"

"Masih lagi perlu ke fikir pasal mak ayah. Masih perlu ke fikir pasal maruah. Sedangkan aku setiap hari rasa tersiksa. Rasa kecewa. Rasa tak tenteram"

Aku terdiam. Berulang kali juga aku baca satu-persatu ayat yang ditulis. Entah macam mana, aku rasa down juga. Sebab kenapa bila kita masuk dalam hal-hal yng sepatutnya mengundang kebahagiaan, tapi sebelum masuk lagi, ia sudah disajikan dengan perkara yang bercanggah.

"Aku rasa, kau lebih faham. Kalau itu yang kau rasa. Sebab soal hati, kebahagiaan, ketenteraman, keamanan hati ini, kau yang tentukan. Jadi kau berhak untuk meneruskan atau tidak" balas aku.

Seen.

********

Jujurnya.

Dalam tempoh pertunangan itu akan diuji dengan pelbagai ujian. Duit tak cukup. Ujian orang ketiga. Perselisihan pendapat dan macam-macam lagi. Tapi dalam pelbagai ujian-ujian yang datang ini, mana mungkin ia melibatkan perkara-perkara yang menyimpang terlalu jauh.

Dipukul. Dilempang. Dimaki. Diugut dan diapa-apakan dalam bentuk yang negatif. Tak mungkin seseorang itu mampu meneruskan. Sebab sedikit demi sedikit, ia hanya menghilangkan rasa bahagia tu. Menghilangkan rasa cinta. Menghilangkan rasa selamat.

Kau berhak memilih orang yang akan menjalani seluruh kehidupan kau selama-lamanya. Kalau dari awal lagi, sudah dimaki, sudah dihina, sudah diugut, bagaimana agaknya selepas perkahwinan?

Kita berpijak pada dunia realiti. Bukan seperti drama tv, manusia berubah 360 selepas berkahwin. Ada saja, tapi peratusan tu terlalu kecil untuk dijadikan teladan dan rujukan.

Percayalah kawan.

Hati ini kau berhak serahkan kepada orang yang betul-betul pandai dan mahu menghargai. Orang yang benar-benar mahu mengenggam dengan erat, dan tidak akan melepaskannya walau apa jua rintangan mendatang.

Sekali kau gagal, selamanya kau akan menyesal. Peluang kedua tetap akan ada. Tapi selagi mana kau berhak menentukan pilihan pertama, buatlah yang terbaik.

Love isn’t enough to conquer incompatibility and emotional baggage. You have a choice when it comes to who you want to be with, and that choice gives you power.

Use it wisely.

Doa aku selalu untuk kau.

********

Semoga Diberi Inspirasi!

]]>
Manfaat Tidur Dengan Memakai Stokin, Ramai Yang Tak Tahu Ini. https://redaksi.com/8321-manfaat-tidur-dengan-memakai-stokin-ramai-yang-tak-tahu-ini Thu, 02 Jul 2020 21:10:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8321 Tidur adalah sangat penting untuk semua orang, mana tidaknya dengan tidur yang berkualiti akan membuatkan seseorang rasa cergas dan begitu bertenaga selepas bangun dari tidur. Menurut National Institute of Health, tidur sangat penting untuk fungsi otak dan badan yang normal. Jadi, tidur yang berkualiti adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang rendah.

Ramai yang tertanya-tanya macam mana nak dapatkan tidur yang cukup dan lena. Salah satu caranya adalah dengan menggunakan stokin sewaktu tidur. Ramai yang tidak tahu selain mendapatkan tidur yang lena, memakai stokin pada waktu tidur juga memberi manfaat yang lain.


Membantu tidur dengan lebih cepat

Kebiasaan memakai stokin sebelum tidur mungkin membantu mengatur suhu dalaman badan. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Physiology & Behavior melaporkan bahawa orang dewasa yang memakai stokin biasa atau hangat di tempat tidur dapat tidur lebih cepat. Ini kerana suhu badan seseorang menurun pada waktu malam, mencapai suhu terendah sekitar jam 4 pagi.

Memanaskan kaki dan tangan melebarkan saluran darah, tindak balas yang disebut vasodilatasi. Ia membebaskan haba melalui kulit dan membantu menurunkan suhu badan inti. Keadaan ini kemudian menghantar mesej ke otak bahawa sudah waktunya untuk tidur. Penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Nature juga menunjukkan bahawa kulit hangat dikaitkan dengan tidur yang lebih cepat.



Mencegah penyakit Raynaud

Menurut Medical News Today, tangan dan kaki yang sering kesejukan boleh menjadi tanda penyakit Raynaud, suatu keadaan yang mempengaruhi saluran darah di kulit. Serangan biasanya berlaku ketika seseorang merasa sejuk atau tertekan. Semasa serangan, aliran darah ke tangan dan kaki menurun.

Akibatnya, jari tangan dan jari kaki mulai terasa sejuk dan mati rasa, malah berubah warna menjadi putih atau biru. Namun, memakai stokin di tempat tidur dapat membantu mengurangkan gejala Raynaud, serta menjaga kehangatan sepanjang hari.



Mencegah hot flashes

Banyak perempuan yang telah memasuki fasa menopause akan mengalami hot flashes yang mana akan merasai rasa panas dengan tiba-tiba, bepeluh, jantung berdebar dan juga muka kemerahan. Menurut laman Healthline, wanita yang memakai stokin pada waktu malam mengalami penurunan suhu badan.

Keupayaan stokin untuk membantu mengurangkan suhu badan pada waktu malam juga bermanfaat dalam mencegah hot flashes. Ini kerana hot flashes mungkin disebabkan oleh turun naik hormon pada wanita menopaus yang mempengaruhi kawalan suhu badan.

Atasi tumit kaki merekah

Tumit adalah salah satu bahagian badan yang kering dan mudah merekah. Nah, salah satu cara mudah yang boleh anda lakukan untuk mencegah dan mengatasi tumit yang pecah adalah melembapkannya dan menutupnya dengan stokin pada waktu malam.

Sebaliknya, pilih stokin dengan bahan seperti kapas, bulu atau kasmir. Hanya dalam beberapa hari, anda akan puas melihat perbezaan yang ketara.

Memakai stokin sebelum tidur ternyata mempunyai banyak faedah bukan? Tetapi, pastikan anda memakai stokin yang lembut dan selesa.



]]>
“Kau Patut Bersyukur Aku Main Game Dari Aku Main Dengan Betina Lain!...”- Ikuti Kisah Ini. https://redaksi.com/5100-kau-patut-bersyukur-aku-main-game-dari-aku-main-dengan-betina-lain-ikuti-kisah-ini Mon, 04 Feb 2019 13:30:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5100 Game itu sememangnya menyeronokkan, ia mampu menghiburkan seseorang malah kadang kala ia mengeratkan hubungan silaturahim. Tapi yang tidak menyeronokkan lagi adalah apabila anda sudah mengalami ketagihan dalam permainan tersebut. Mungkin dari sudut pandangan game ini hanya sekadar hiburan tapi apabila mengalami ketagihan ia akan mengganggu hubungan suami isteri, hubungan anak dan bapa serta pelbagai lagi masalah lain.

Ramai isteri-isteri yang beranggapan bahawa ketagihan game itu tidak mengapa jika hendak dibandingkan akan ketagihan yang lain, mana tidaknya lebih baik suami ada di depan mata berbanding sibuk dengan perkara lain di luar.



Namun begitu, ramai yang tidak sedar kesannya apabila seseorang itu sudah mula mengalami ketagihan yang teruk. Ada yang mula mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap keluarga mereka. Ada yang menjadi seorang pemarah terhadap anak dan isteri. Ini kerana, mereka ini akan mengganggu tumpuannya bermain game.

Perkongsian saudara Akhtar Syamir yang lalu sememangnya menjadi tumpuan ramai pihak, terutama mereka-mereka yang bergelar isteri. Rentetan perkongsian lalu, beliau telah berkongsi sebuah kisah mengenai seorang isteri yang diabaikan oleh suaminya hanya kerana mengalami ketagihan game, mari ikuti kisahnya.



                     

"Baik kau berambus ! Nak main game pun tak senang ! Kau patut bersyukur aku main game dari aku main dengan betina lain !

Tak percaya? Sebab korang tak lalui apa yang isteri ni lalui. Realitinya memang wujud situasi sebegini.

Bila membaca komen di penulisan saya mengenai ketagihan game suami, ramai suami dan lelaki yang kaki games ni tak rasa mereka dah tersasar jauh.

Perkongsiannya yang lalu, suami ketagihan game.

                       

                          


Mereka tetap dengan pendirian yang ketagihan game ini bukan satu masalah yang serious.

Pernah tengok penagih dadah bila dia marah? Mana ada dia peduli siapa di depan. Bila dia sedang ketagih, semua orang dimakinya termasuklah isteri sendiri.

Pernah tengok penagih game marah? Dia pun tak peduli siapa di depan dia. Anak ke, isteri ke, memang kena maki punya. Semua orang salah. Isteri salah kerana menegur, anak salah kerana mengganggu. Mak ayah pun salah kerana masuk campur urusan keluarga.

Mereka mahu terus hidup di dunia mereka. Dari 11 malam sampai ke 7 malam esoknya bermain PUBG. Berapa kerat sahaja tenaga yang tinggal? Sudah semestinya rasa sangat mengantuk. Tidur yang tak cukup juga boleh mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi.

Bila dalam situasi tu, isteri mengadu barang dapur dah habis pun boleh dapat makian. Anak naik atas badan pun silap - silap kena lempang.

Kamu lelaki yang lemah, yang dayus. Kamu dahulukan game berbanding anak dan isteri. Kamu takut jika kamu menghabiskan masa tanpa bermain, kamu akan ketinggalan rank.

Duit pun kadang - kala boleh habis disebabkan game. Ada yang menghabiskan beratus sebulan untuk nampak cantik dalam PUBG. Bangga apabila kita nampak lain dari yang lain. Sedangkan dapur kita sudah lama tidak berasap. Anak - anak sudah lama tak bertukar bajunya. Rumah pula sudah lama tunggang terbalik tanpa perhiasan.

Game telah mendahului segalanya. Untuk suami seperti ini. Insaflah sebelum kamu kehilangan keluarga kamu. Tak berbaloi rank ACE dengan Conquerer tu jika dibandingkan dengan anak isteri. Sanggup kamu memaki dan menghalau isteri kerana game kamu tu?

Kamu memang tak layak bergelar suami. Ketagihan kamu bakal menjadi penyebab kemusnahan keluarga kamu sendiri.

Kongsikan penulisan ini kepada pasangan kamu. Biar la dia suruh lukis ke nyanyi ke. Ini untuk masa depan keluarga.

Harap dapat beri pandangan dan nasihat kepada si isteri yang berada dalam situasi ini. Beliau perlukan nasihat anda semua."

]]>
Kesalahan Yang Kerap Kali Dilakukan Apabila Berkenalan Dengan Orang Baru. https://redaksi.com/4138-kesalahan-yang-kerap-kali-dilakukan-apabila-berkenalan-dengan-orang-baru Wed, 07 Nov 2018 00:12:39 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4138 Anda tidak akan menjaga bila masa anda akan bertemu dengan seseorang yang baru. Tidak kiralah sama ada anda telah membuat perjanjian untuk bertemu atau anda akan berjumpa dengannya secara tidak sengaja. Semuanya akan berlaku tanpa diduga.

Oleh sebab itu, anda perlu bijak sentiasa menjaga dan mengawal diri anda daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Mana tidaknya, dari orang tersebut berminat terhadap anda tapi di atas kelakuan anda, dirinya mula kurang berminta terhadap anda.



Berikut adalah perkara yang tidak seharusnya anda lakukan.

1. Mengelak untuk memandang matanya.

Apabila anda terlalu takut untuk memandang mata seseorang, itu menandakan bahawa anda sedang menipu atau tidak berminat untuk berbual dengan dirinya. Untuk menarik perhatian bagi melanjutkan perbualan anda seharusnya membuat eye contact dengan dirinya. barulah dia tahu anda berminat dengannya.

2. Terlalu banyak tanya.

Tidak salah untuk bertanya, itu pun jika pertanyaan anda itu adalah perkara yang anda ingin tahu atau mengenai dirinya. tapi jangan pula berlebihan jika ia melibatkan perkara-perkara yang peribadi, nanti dirinya akan merasakan anda begitu tidak beradap pula. Mana tidaknya, anda sudah mula berani untuk bertanya pelbagai soalan sedangkan baru sahaja berkenalan.



3. Terlalu terbuka.

Tidak salah untuk menjadi diri sendiri atau berlaku jujur. Yang salahnya adalah apabila anda terlalu terbuka sehinggakan berkongsi kisah sedih atau hal peribadi anda. Anda perlu ingat bahawa dia hanya ingin berkenalan sahaja, bukan dia telah menjadi pasangan atau rakan anda. Maka lebih elok jika anda sedikit berahsia dan membiarkan dia dengan tanda tanya.

4. Leka dengan telefon bimbit.

Jangan bermain telefon bimbit apabila anda sedang bertemu dengan seseorang. Hal ini akan membuatkan anda kelihatan tidak sopan dan tidak berminat untuk berbual dengan dirinya. Jauhi telefon bimbit anda, hal ini kerana anda perlu tumpukan orang yang berada di hadapan anda bukannya anda perlu sibukkan telefon bimbit anda pada ketika itu.

Perkara-perkara sebegini kerap terjadi ketika pertemuan pertama. Mana tidaknya, kalian tidak mempunyai topik perbualan malah kalian rasa malu-malu sebab itulah perkara sebegini terjadi.

]]>
"Nafkah Isteri & Mantan Isteri Jangan Lupa, Walaupun Jenis Tak Meminta" Norman Hakim. https://redaksi.com/6738-nafkah-isteri-mantan-isteri-jangan-lupa-walaupun-jenis-tak-meminta-norman-hakim Mon, 05 Aug 2019 15:14:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6738 Sebagai seorang suami, kita semua perlu tahu bahawa nafkah itu adalah satu kewajipan buat anak-anak dan juga isteri. Tidak kiralah berapa banyak pendapatan kita yang kita perolehi, ataupun isteri memiliki perkerjaannya yang tersendiri, itu semua bukan penyebab untuk seorang suami memberi alasan untuk tidak memberi nafkah.

Sedikit ke banyak ke, itu bukan perkara yang penting. Akan tetapi tanggungjawab yang dilaksanakan oleh suami serta ia juga membuat rezeki diberkati serta dipergandakan.



Sangat beruntung seorang isteri jika dia memiliki suami yang faham akan tanggungjawab seperti ini. Setiap bulan akan memberi nafkah yang cukup buat isteri, walaupun isterinya bukan jenis yang akan meminta-minta.



Boleh dijadikan contoh dan tauladan yang baik, pelakon, Norman Hakim, 43 ada kongsikan perkara memgenai pemberian nafkah ini. Di mana selain mak, ayah dan isterinya sendiri Memey Suhaiza, 31. Beliau ini juga tidak lupa untuk memberi nafkah kepada bekas isterinya, Abby Abadi, 41.

Jelasnya, nilai tersebut tidak seberapa jika hendak dibandingkan pengorbanan buat isteri dalam menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Malah turut berharap agar dapat terus istiqomah dalam menunaikan kewajipan ini.




“Sekadar berkongsi tips: selain daripada ayah mak, nafkah untuk isteri (& mantan isteri) jangan dilupa walaupun isteri jenis tak meminta-minta atau ada bisnes, bekerja & ada pendapatan sendiri. Duit dia, duit dia..duit kita, duit dia jugak hak hak

Berapa amaun yang diberi takkan ternilai dengan pengorbanan isteri kita mengurus & menjaga terutama untuk anak-anak kita, betul tak? Yang penting doa tu..doa-doa yang ‘deep’ dari lubuk hati yang ikhlas yang sangat-sangat didambakan olehku untuk terus kuat berusaha mencari rezeki yang halal & barakah untuk keluarga.

Semoga diri ini terus istiqomah sehingga ke akhir hayat Aamiin...Aamiin...Aamiin Ya Rabb Ya Allah.”



Semoga perbuatan ini menjadi contoh dan teladan yang baik buat pasangan suami isteri diluar sana. Malah ia juga menjadi contoh buat pasangan yang telah terpisah.

]]>
Awas Si Dia Yang 'Fake', Sekadar Ingin Didekati Bukan Untuk Dikahwini. https://redaksi.com/7601-awas-si-dia-yang-fake-sekadar-ingin-didekati-bukan-untuk-dikahwini Mon, 11 Nov 2019 16:12:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7601 Kalau boleh setiap orang inginkan sekali perkenalan terus bercinta lalu kahwin hingga bahagia. Akan tetapi perkara ini bukan satu yang mudah, nak-nak lagi untuk berjumpa dengan pasangan yang ikhlas serta mempunyai niat yang baik terhadap diri anda. Sebabnya, orang ini rambut je sama hitam tapi hati lain-lain.

Ada yang datang mungkin sekadar untuk menguji anda, bahkan ada juga yang datang sekadar untuk mempermainkan anda. Semuanya ini adalah di luar jangkaan yang selama ini anda ingat akan berjalan dengan mudah.

Sebab itulah, jangan cepat percaya bahkan jangan cepat sangat nak jatuh sayang. Takut-takut niat si dia itu bukan satu perkara yang baik tetapi sebaliknya. Jadi, apa yang boleh anda lakukan adalah berhati-hati dengan sikap-sikap yang mudah anda hidu dan kenal pasti.

1. Seorang yang tak serius dalam hubungan.

Apabila seseorang itu serius dengan hubungan yang terjalin, tidak mustahil untuk ia berkekalan. Ini kerana, dia tahu memainkan peranannya malah tahu bagaimana segera menghalalkan hubungan. Akan tetapi jika dirinya tidak serius dengan hubungan malah jenis kejap putus, kejap sambung, kejap nak kejap tak nak. Ini memang tak boleh nak kata serius lagi dah.



2. Banyak simpanan untuk hilangkan bosan.

Kalau pasangan anda mempunyai ciri ini, jangan nak tunggu lama atau terlalu percaya. Ini kerana, apabila dirinya berpisah dengan anda, sudah beratur simpanannya untuk menggantikan tempat anda. Jadi dia ini bukan pilihan yang tepat untuk dijadikan pasangan hidup.

3. Sentiasa banyak alasan.

Bila ajak halalkan hubungan, ada sahaja alasan. Bila ajak jumpa ibu bapa pun banyak sangat alasan yang diberikan. Kalau terlalu banyak alasan yang tak logik, tentu sahaja dia ini tidak bersedia atau ada niat yang sebaliknya. Jadi buat apa anda tunggu, lebih baik anda cari lain yang sudi segera halalkan hubungan.



4. Tidak fikirkan masa depan.

Walaupun dia begitu sayang akan anda tetapi dia tidak memikirkan masa depan anda bersamanya, hati-hati. Boleh jadi dia nak bercinta sampai bila-bila dengan anda, kalau kahwin dengan orang lain. Orang yang tidak memikirkan masa depan, biasanya tiada hala tuju yang jelas serta tidak tahu apa yang dia inginkan.

5. Tidak tahu jaga hati anda.

Apabila dia serius dan yakin akan anda adalah orang yang tepat, maka dengan itu dia akan menjaga anda dan hati anda dengan sebaiknya. Ini kerana, dia ingin anda kekal bersamanya selamanya, tapi jika sebaliknya. Rasanya anda sahaja yang terlalu mementingkan hubungan tersebut bukan dirinya.

Setiap mereka yang datang itu kadang kala bukan mempunyai niat yang jelas. Sebab itulah jangan cepat sangat sayang atau percaya akan segala janji serta kata-katanya. Lebih baik berhati-hati dalam setiap perkenalan serta perhubungan yang terbina.

]]>
Demi hijrah sebagai muslimah, Zara Zya jual baju-baju lama https://redaksi.com/8665-demi-hijrah-sebagai-muslimah-zara-zya-jual-baju-baju-lama Wed, 07 Oct 2020 12:53:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8665 Sejuk mata memandang apabila pelakon cantik manis Zara Zya, 35, mengambil keputusan untuk tampil berhijab sebagai satu imej baru buat dirinya.



Dia yang sudah memendam hasrat untuk bertudung, mengakui sangat bersyukur apabila niat murninya itu menjadi kenyataan. Pun begitu, dia enggan berbicara lanjut mengenai perubahan itu.

"Saya masih lagi dalam proses belajar. Tiada apa yang nak dikongsikan mengenai perkara ini. Apatah lagi, saya tidak gemar untuk menghebohkannya bagi menarik perhatian.

"Apa yang saya harapkan kini ialah terus istiqamah. Semoga, Allah sentiasa memelihara hati saya untuk kekal berhijab selamanya. Terima kasih juga, doakan yang baik-baik," katanya.

Walaupun terpaksa menolak beberapa tawaran drama yang kurang sesuai dengan imej bertudung itu, namun dia tidak berasa ralat. Zara juga tidak gentar sekiranya keputusan menutup aurat itu mungkin menjejaskan tawaran lakonan dan percaya rezeki daripada Allah itu datang dalam pelbagai cabang.

"Hati saya sudah nekad mahu berubah. Jadi, saya lakukannya kerana Allah sudah beri peluang itu. Saya sangat bersyukur dan jauh di sudut hati ini memang sudah sedia sepenuhnya.

"Insya-Allah, saya kini benar-benar inginkan masa depan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Malah, saya tak rasa sayang langsung untuk menjual pakaian lama dimiliki," jelasnya.

Malah, dia juga mengambil sudut pandang positif dengan melihat rakan-rakan artis lain yang sudah berhijab namun masih lagi aktif dalam bidang seni.



Menjengah ke ruangan Instagram miliknya, rata-rata peminatnya serta rakan artis juga memberi kata semangat dan doa untuk beliau terus istiqomah akan perubahan itu.


]]>
Haram Dan Berdosa Suami Dayus Yang Membiarkan Isteri Tidak Menutup Aurat, & Berhias Secara Berlebihan Tanpa Teguran. https://redaksi.com/5928-haram-dan-berdosa-suami-dayus-yang-membiarkan-isteri-tidak-menutup-aurat-berhias-secara-berlebihan-tanpa-teguran Mon, 29 Apr 2019 23:51:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5928 Sebagai seorang suami, kita bertanggungjawab sepenuhnya dalam mendidik isteri kita ke arah yang lebih baik. Jika sebelum berkahwin dengan kita dia seorang yang jarang menutup aurat, maka selepas berkahwin dia sudah mula menjinakkan diri untuk menutup aurat. Itu barulah namanya bimbingan seorang suami yang bertanggungjawab.

Tapi ada sahaja suami-suami yang menyokong isteri-isteri mereka ini tidak menutup aurat, berhias berlebihan bukan untuk suami dan pelbagai lagi lah. Bukankah dayus kita sebagai seorang suami membiarkan isteri sebegitu tanpa teguran?



Mari kita lihat keterangan Ustaz Farid Rashidi mengenai perkara ini.

"Tapi, ada suami yang suka bila isterinya make-up, pakai seksi-seksi, macammana tu?" Tanya seseorang, samaada mahukan jawapan kepastian, atau sengaja bertanyakan soalan.

"Suaminya dayus."

Ya, itulah jawapannya. Bukan saya yang kata tau, tapi saya menyampaikan apa yang Islam ajarkan. Apa yang Allah SWT dan RasulNya sebut. Apa yang alim ulama' sampaikan.

Betul, ada suami jenis tak kisah dan seronok bila isterinya berhias-hias (bertabarruj), berpakaian seksi dedah aurat di luar. Suka bila kawan-kawannya tengok isteri kononnya cantik bak bidadari. Gembira bila ada yang memuji isterinya itu jelita.

Aduhai!

Dia langsung tak ada perasaan cemburu. Sengaja biarkan isteri dan anak perempuan bergaul dengan lelaki. Bebas!

Sedihkan bila dapat suami yang begitu. Seronok melihat kaum keluarganya terjebak dalam perkara mungkar. Allahu.

Tapi, bila isterinya kena kebas dengan lelaki lain, tahu pula menggelabah macam biawak komodo.😏

Apa Islam Kata Tentang Dayus?

Maksud dayus ialah: "Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya).


Menurut tafsiran Ibn Hajar al-Haitami: "Dayus adalah apabila seseorang itu mengiyakan perbuatan keji seperti zina kepada keluarganya. Antara tandanya, dia tidak kisah siapa yang menemui kaum keluarganya atau isterinya.
Lihat al-Zawajir 'an Iqtiraf al-Kabair (2/347)


Berkata Imam Al-‘Aini: "Cemburu lawannya dayus."

Berkata pula An-Nuhas: “Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram."

Dalilnya melalui hadis:

ثَلَاثَةٌ قَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ الْجَنَّةَ مُدْمِنُ الْخَمْرِ وَالْعَاقُّ وَالدَّيُّوثُ الَّذِي يُقِرُّ فِي أَهْلِهِ الْخَبَثَ
Daripada Abdullah bin Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda: "Tiga golongan yang telah diharamkan oleh Allah daripada memasuki syurga: Iaitu penagih arak, orang menderhakai ibu bapanya dan orang yang dayus iaitu orang yang membiarkan kejahatan dalam keluarganya."
[Hadis Riwayat Ahmad, no. 5372]

Imam al-Munawi berkata, maksud al-Dayus (الديوث) dalam hadis di atas ialah orang yang membiarkan kejahatan dalam keluarganya. Iaitu isterinya dan termasuklah juga kaum kerabat terdekatnya. Manakala “kejahatan” (الخبث) yang disebutkan hadis di atas termasuklah zina, dengan tiada cemburu ke atas mereka.
[Lihat Faidh al-Qadir oleh al-Munawi (3/319)]

Jadi, apa hukum suami dayus?

Hukumnya haram dan berdosa. Ini yang disebutkan ulama' dalam satu athar:

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
"Allah telah melaknat lelaki dayus (laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya)."
[Lihat Matalib uli nuha, 5/320]

Wallahhu a’lam.

MasyaAllah Tabarakallah. Sangat ngerikan. Menggerunkan.

Apapun, jom sama-sama tolong share pesan ini kepada para lelaki dan perempuan yang 'mahu' baca artikel ini.

InsyaAllah nanti kita sambung bab suami sengaja membiarkan isterinya dizinai lelaki lain pula. 😰

#UFR

]]>
Antara Golongan Yang Sukar Untuk Mengungkapkan ‘I Love You’. Anda Yang Mana? https://redaksi.com/3701-antara-golongan-yang-sukar-untuk-mengungkapkan-i-love-you-anda-yang-mana Tue, 02 Oct 2018 15:53:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3701 Dari kalangan anda pasti ada sahaja insan yang sukar untuk ucapkan I Love you walaupun sedang bercinta. Bagi mereka bukannya tidak mencintai pasangan, tetapi ungkapan tersebut seperti sukar untuk diucapkan. Situasi begini pasti akan dikaitkan dengan lelaki, kerana bagi pandangan wanita lelaki ego untuk mengungkapkan kata cinta tersebut.

Namun sedemikian, ada juga wanita yang sayang dan cinta pada kekasih atau suaminya, tetapi tidak pula disebut. Jom lihat antara sebab seperti berikut…

1. Seorang yang tidak mahu cuai dalam bercinta.

Individu ini terlalu kerap putus cinta, namun tidak pula serik untuk bercinta. Tetapi, apabila sering bersilih ganti pasangannya, individu ini tidak mudah mengungkapkan kata cinta. Golongan ini mudah bersilih ganti pasangan kerana tidak suka keseorangan dan kesunyian. Dia mahukan pasangan dan belajar untuk mencintai pasangan tersebut, namun memang sukar untuk mengungkap kata cinta.

2. Seorang yang lebih memandang matlamat dan cita-cita.

Individu ini pula mempunyai pendirian yang tetap. Mereka tahu apa yang mereka mahu, matlamat dan cita-cita. Dia juga adalah seorang yang berwawasan tinggi. Sekiranya dia mengetahui jika seseorang itu tidak boleh sejajar dengan kehidupan peribadinya, dia tidak akan mudah meluahkan rasa cinta walaupun, hatinya sebenarnya merasakan cinta tersebut.

Dan, oleh sebab dia tahu apa yang dia mahu, individu ini adalah orang yang serius apabila bercinta, dan sangat menghargai hubungan dalam jangka masa yang panjang. Orangnya setia.

3. Seorang yang mahu berhati-hati agar dirinya tidak dipermainkan.

Individu ini mengambil masa yang lama untuk memastikan bahawa pasangannya betul-betul berhak memilikinya. Bukan bermaksud sombong tetapi dia hanya berhati-hati agar diri tidak permainkan. Dia memerlukan analisis pemahaman walaupun untuk memutuskan apa yang dia rasa. Ini mungkin akan mengecewakan pasangannya dan mempersoalkan cinta individu ini.

Pasangan yang mendampinginya haruslah seorang yang sabar, dan boleh menunggu kata-kata cinta tersebut.

4. Seorang yang mengalami konflik dalam dirinya.

Individu ini sering keliru dengan dirinya sendiri. Kadang-kala tidak pula mengenali diri sendiri, kerana perubahan personaliti yang terlalu drastik. Malah ia menyebabkan perasaannya mudah berbolak-balik. Oleh sebab itu, dia ini seorang yang sering ragu-ragu dan mengalami konflik diri. Kadang-kadang suka, kadang menyampah pula. Kadang-kadang sayang, tapi kadang-kadang benci.

Disebabkan perkara ini, dia tidak boleh atau tidak mudah mengungkapkan kata-kata cinta. Namun, individu ini adalah seorang yang bebas dan boleh hidup bersendirian dengan baik, jadi dia tidak takut kebebasan yang akan diambil. Individu ini akan memastikan bahawa pengembaraan itu akan berterusan walaupun sudah berpunya.

Jadi, anda dari golongan yang mana ya?

 

]]>
Bila Gaduh Jangan Cerita Aib Pasangan Pada Orang Luar, Nanti Kalau Dah Berbaik Tetap Dipandang Buruk. https://redaksi.com/6126-bila-gaduh-jangan-cerita-aib-pasangan-pada-orang-luar-nanti-kalau-dah-berbaik-tetap-dipandang-buruk Thu, 23 May 2019 12:41:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6126 Jika hanya lihat dari luaran sahaja, perkahwinan ini sememangnya kelihatan indah, serta membahagiakan. Sebab itulah ramai yang masih bujang mudah rasa cemburu melihat pasangan yang sudah berkahwin ini. Mana tidaknya kemesraan dan kasih sayang antara suami isteri itu membuat ramai berlumba-lumba untuk berkahwin.

Tetapi dalam kemanisan yang ada itu sudah tentu ada ujian dan cabaran untuk merasai kemanisan bersama. Biasalah hidup inikan penuh dengan ujian barulah kita merasakan ia lebih bermakna dan mensyukurinya sama seperti perkahwinan.

Kadang kala rasa tidak tahan dengan perangai pasangan kita tetapi dalam marah-marah itu ada manisnya pula pasangan kita ini. Seperti yang dikongsikan oleh Puan Intan Dzulkefli ini, perkahwinan itu sebenarnya rumit.



Rumahtangga ni sebenarnya adalah sangat 'complicated'. Kita sendiri sahajalah, bila waktu marah, sakit hati dengan pasangan, nak lihat muka si dia pun kita tak sudi. Marah punya pasal.

'Hei kenapalah aku kahwin dengan dia niiii...' getus hati yang panas, tapi mampu terdetik sekejap sahajalah sebab takutkan dosa kufur nikmat.

Namun, mungkin setelah pasangan memujuk, diberi ruang untuk menerangkan apa yang sebenarnya yang membuat dia buat sesuatu itu, akhirnya rajuk kita pun hilang, senyum kita pun melebar. Syukur sangat... Allah jodohkan kita dengan pasangan.

Tengok? Sekejap sahaja persepsi 180 darjah berubah.

Sebab itu ramai orang 'alim menegah kita untuk meluahkan perasaan, bercerita kisah rumahtangga, buka aib pasangan/bekas pasangan SEMASA SEDANG EMOSI di media sosial atau bercerita kepada orang luar yang tidak faqqih, kerana bimbang reputasi rumahtangga kita, pasangan kita, hatta diri sendiri jadi bualan dan fitnah kepada orang.

Sedangkan mungkin beberapa minit atau jam atau hari setelah kita bercerita itu, rumahtangga kita sudah pun kembali baik. Tetapi persepsi orang luar terhadap pasangan kita telah pun buruk.

Contohnya kalau suami ada masalah dengan isteri, dia balik cerita keburukan isteri pada mak dia, walhal selepas dia pulang semula ke rumah, dia berbaik dengan isteri, tetapi di mata dan hati mertua, sudah meluat dengan menantu perempuannya tadi.

Oleh itu, bila dilanda krisis dalam rumahtangga, SABAR DAN BERTENANG SERTA CARI ALLAH DAHULU.

Seperti kata ustazah Norhafizah Musa dalam satu ceramahnya dahulu.

Bila mana pasangan kita buat silap, anak kita buat silap, atau mereka lukakan hati kita. Hal pertama yang kita kena buat ialah, SOLAT TAUBAT. Sebab ada kemungkinan ada 'bahagian' silap dan salah kita pada kesilapan mereka itu.
Allahu...

Cantik sangat pesanan ini.

Orang luar tidak faham 100% apa yang berlaku dalam sesebuah institusi rumahtangga. Oleh itu, sebagai orang luar pun, sekiranya ada yang mengadu hal rumahtangga atau terbaca kisah rumahtangga orang lain, jagalah tangan dan mulut dari komen sesuka hati berkaitan rumahtangga dan pasangan orang lain.

Jangan bongkak seolah kita takkan diuji. Boleh jadi kita cuma belum diuji dan juga bakal diuji selepas ini. Cukup penyataan ini sebagai peringatan.

Pasangan, anak-anak bukanlah hak mutlak kita. Mereka adalah milik Allah selamanya.

Jangan lupa untuk ingatkan diri, segala pengorbanan serta usaha untuk kita bahagiakan pasangan adalah semata-mata untuk mendapatkan redha Ilahi. InsyaAllah.

Ingatan untuk diri saya yang selalu lalai dan leka.

]]>
Antara Sebab Mengapa Mereka Yang Murung Mempunyai Tabiat Mencederakan Diri Sendiri. https://redaksi.com/6406-antara-sebab-mengapa-mereka-yang-murung-mempunyai-tabiat-mencederakan-diri-sendiri Sat, 29 Jun 2019 10:34:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6406 Individu yang sedang murung sering cuba untuk mencederakan diri sehingga menjurus ke arah membunuh diri. Ia dikenali sebagai Non-Suicidal Self Injury (NSSI).

Dalam beberapa laporan kes dan juga kajian psikologi yang dibuat yang mengambil kira kes-kes yang berlaku dalam masa 10 - 15 tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa sebab mengapa perlakuan ini dibuat oleh seseorang.

1. Untuk menghilangkan emosi dan reaksi negatif yang keterlaluan dalam diri seseorang dan menyalurkan kemarahan dan kekecewaan.

Kajian mendapati mereka yang mempunyai kecenderungan untuk melakukan NSSI ini mempunyai masalah berkaitan psikiatri pada awalnya. Antara penyakit yang diketahui berkaitan dengan NSSI ini termasuklah Major Depressive Disorder (MDD), Generalized Anxiety Disorder (GAD) dan Borderline Personality Disorder (BPD).

Mereka kurang sokongan dan kasih sayang daripada rakan sekeliling dan keluarga, menyebabkan mereka memilih jalan ini sebagai cara menyalurkan kemarahau atau kesedihan mereka. Akhirnya, otak dan mental mereka akan mengaitkan apa-apa kesakitan emosi yang mereka alami akan diikuti dengan kesakitan dari segi fizikal, yang mana amat berbahaya dan merupakan salah satu tunjang utama mengapa perkara ini tidak semena-mena menjadi rutin dan tabiat mereka.

Related image
Gambar Sekadar Hiasan.

2. Sebagai cara mengelakkan diri daripada terfikir untuk membunuh diri.

Ada beberapa jenis orang yang menggunakan cara ini sebagai cara mengalih perhatian daripada minda mereka yang terus menerus memikirkan mengenai bunuh diri. Perbuatan NSSI ini dapat mengalih perhatian, disamping memberi sedikit ‘kesedaran’ bahawa kesakitan yang dialami itu sedikit jika berbanding dengan mencederakan diri dengan niat membunuh diri.

3. Sebagai satu cara menghukum diri sendiri.

Self-punishment ini merupakan salah satu implikasi daripada cara seseoraing itu dibesarkan, yang mana adakalanya, setiap kesalahan yang dilakukan akan menerima hukuman yang diterjemahkan dalam bentuk kesakitan oleh ibu bapa mahupun orang yang membesarkan mereka.

Apabila golongan yang dibesarkan ini mencapai usia remaja dan dewasa, di mana perlakuan mereka yang mereka rasa salah dibiarkan begitu sahaja, mereka mempunyai kecenderungan untuk menghukum diri mereka sendiri dengan memberi kesakitan dan kecederaan.

4. Untuk menghilangkan rasa ‘kekosongan’ dalam diri.

Adakalanya, sesetengah orang melakukan perkara ini kerana mereka merasakan kehidupan mereka agak ‘numb’ dan kosong serta mendatar sahaja. Untuk memberikan minda mereka kesedaran bahawa mereka ini sedang hidup, serta memberikan rasa dan perasaan untuk ‘hidup’, mereka menyakitkan diri.

Rasa jiwa kosong ini banyak berkait rapat dengan pengambilan ubat-ubat psikiatri yang berfungsi sebagai penenang dan menstabilkan mood pesakit.

5. Untuk mendapatkan perhatian daripada orang lain.

Ada sesetengah orang melakukan perkara ini untuk mendapatkan perhatian daripada orang lain, atau orang yang mereka cintakan, iaitu dengan cara membuat sesuatu perkara yang mengundang simpati oran lain. Mendapatkan perhatian ini juga sebenarnya adalah sebagai satu cara untuk memberitahu bahawa mereka memerlukan pertolongan dan rawatan daripada segi kesihatan mental.

Perbuatan NSSI ini seperti yang kita ketahui adalah tidak normal dan buat mereka yang mempunyai tabiat sebegini, seharusnya mereka perlu mendapatkan pertolongan dan rawatan daripada segi psikiatri dan kesihatan mental. Kajian demi kajian mendapati kemungkinan besar untuk para pelaku NSSI ini untuk mengakhirkan kehidupan mereka dengan membunuh diri adalah amat tinggi.

Disebabkan oleh NSSI ini sendiri kadangkala berkait rapat dengan beberapa penyakit mental, penyakit-penyakit tersebut perlu dirawat dalam pelbagai cara mengikut kepada kesesuaian dan diagnosis pesakit. Dalam kebanyakkan masa, tabiat NSSI ini akan hilang apabila penyebabnya, dan penyakit mental yang berkait dengannya dirawat sepenuhnya.

]]>
Enam Tanda Anda Bersama Lelaki Yang Baik. https://redaksi.com/1830-enam-tanda-anda-bersama-lelaki-yang-baik Mon, 02 Apr 2018 11:52:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1830 Ramai yang berpendapat lelaki yang baik itu tidak wujud lagi di muka bumi ini. Hanya yang tinggal adalah lelaki yang tidak boleh menerima kekurangan seorang wanita tapi mengharapkan sesuatu yang lebih dari dirinya. Sebenarnya, lelaki yang baik itu masih wujud lagi. Mungkin ada tidak perasaan akan kehadirannya. Mungkin juga ia sudah berada di sisi anda sekarang. Tapi bagaimana untuk mengetahui lelaki itu adalah antara lelaki yang baik?



1. Menghormati anda.

Lelaki yang baik ini boleh dilihat melalui bagaimana caranya mereka ini menghormati anda. Dalam satu perhubungan itu saling menghormati penting tapi ini si dia lebih menghormati anda kerana anda adalah wanita yang disayanginya serta menjaga maruah anda. Kenapa msi dia melakukan itu? Kerana mereka ini tidak mahu ibunya atau adik-beradik perempuannya diperilaku dengan perkara yang tidak seharusnya. Jadi kerana itu si dia menghormati anda.

2. Lebih suka kebijaksanaan anda berbanding rupa.

Ramai yang kata bahawa lelaki lebih memandang rupa paras seseorang itu berbanding yang lainnya. Tapi sebenarnya ada sahaja lelaki yang lebih memilih kebijaksanaan berbanding rupa paras anda. Di mana mereka beranggapan rupa paras yang cantik akan hilang di makan usia tapi pemikiran yang bijaksana pasti akan ada sehingga hari tua. Mereka ini akan mencintai anda walau bagaimanapun anda di hari tua nanti.

3. Dia memberi lebih.

Lelaki ini akan sentiasa memberi anda lebih berbanding dari menerima. Walaupun anda tidak menunjukkan satu kata yang memuaskan hatinya, si dia tetap akan memberikan yang lebih. Setiap perbuatannya itu tidak mengharapkan balasan walaupun anda kerap acuh tidak acuh dengannya. Tapi apabila si dia sudah tawar hati mungkin anda tidak akan dipedulikan lagi.

4. Tidak berputus asa.

Lelaki yang ini biasanya akan bersungguh-sungguh mahukan anda. Dia tidak akan sekali pun berputus asa dalam setiap perkara untuk memikat anda. Walaupun kadang kala kata-kata anda itu mematahkan semangatnya. Tapi kerana terlalu cinta akan anda, si dia akan terus berusaha untuk menjadikan yang halal untuk dirinya.

5. Lupakan masa lalu.

Ramai yang beranggapan lelaki ini biasanya tidak akan menerima kisah lalu seorang wanita, tapi bagi seorang lelaki yang baik mereka ini akan melupakan kisah lalu anda. Baginya kisah yang lalu itu sebelum anda bertemu dengannya.

6. Tidak berpura-pura.

Lelaki yang benar-benar baik tidak akan berpura-pura untuk mendapatkan anda. Berpura-pura di sini bermaksud tidak mengharapkan sesuatu ketika mendekati anda. Apa yang di tahu dia sememangnya mencintai anda.

Ramai lagi lelaki yang baik di dunia ini. Cuma mereka ini tidak datang kepada anda, dan mereka juga datang dengan pelbagai cara. Mana tahu pasangan anda juga tergolong lelaki yang baik tapi anda sahaja yang tidak menyedarinya.

]]>
6 Tanda Anda Telah Berjaya Miliki Hati Si Dia. https://redaksi.com/3973-6-tanda-anda-telah-berjaya-miliki-hati-si-dia Wed, 24 Oct 2018 11:07:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3973 Agar sukar untuk memahami hati dan perasaan seseorang. Terutama jika kita tidak dapat menduga setiap perbuatan yang dilakukan itu kerana apa. Biasanya seseorang yang menyukai kita ini akan menunjukkan minat yang perlahan apabila berhadapan dengan kita. Hal ini kerana, diri mereka ini mahu menjaga tingkah laku agar orang yang disukai itu tidak dapat membaca hati perasaannya.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua, itulah peribahasa untuk mereka yang ingin menyimpan perasaan mereka ini tanpa diketahui oleh orang lain. Dalam sedar tak sedar dirinya sendiri yang membuka rahsia hatinya.



Jadi jika anda ingin tahu sekiranya anda telah berjaya mendapat tempat dihatinya atau belum, mari lihat 6 tanda ini.

1. Tidak berhenti bercakap mengenai anda.

Apabila sudah ada perasaan suka dan minat terhadap seseorang, sudah pastilah dirinya akan lebih mudah berkongsi mengenai anda kepada orang lain. Ini kerana, anda sentiasa bermain difikirannya. Jadi apa yang difikirkan pasti akan mudah untuk keluar dari mulut tanpa sengaja.

2. Melayani anda dengan lembut dan berhati-hati.

Sikapnya terhadap anda tidak akan sama dengan orang lain. Dirinya akan lebih prihatin kepada anda. Hal ini kerana, dia ingin menunjukkan perasaan kasih sayang serta minatnya terhadap anda. Ia seperti tunjukkan perasaan melalui tindakannya.

3. Ambil tahu akan perkara yang remeh.

Kerana sudah terlalu menyukai anda, dirinya jadi berminat ingin tahu mengenai kehidupan anda. Tidak kiralah perkara itu sekecil mahupun seremah apa sekali pun, dia mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.



4. Menghabiskan banyak masa dengan anda.

Apabila sudah mempunyai perasaan terhadap anda, sudah pastilah dirinya akan begitu senang meluangkan masa bersama anda. Setiap perkara yang anda perlukan pertolongan pasti dengan mudah dirinya menghulurkan tangan. Mana tidaknya, itu cara dia meluangkan masa bersama anda.

5. Riak wajah kelihatan ceria.

Dirinya akan begitu teruja jika terlihat anda, bahkan dirinya juga pasti akan kelihatan ceria apabila membuka cerita mengenai anda. Mana tidaknya, dirinya seolah-olah ingin memberitahu semua orang bahawa dia lebih rapat dan kenal anda berbanding yang lain.

6. Dia beritahu bahawa dia sukakan anda.

Jika anda sudah melekat dihati dan fikirannya, sudah pastilah dia tidak boleh untuk menghilangkan perasaan tersebut melainkan berkata jujur kepada anda. Jadi, jika dia sukakan anda tunggu sahaja dirinya meluahkan rasa hatinya itu.

Apabila anda berjaya miliki hati seseorang itu ketika tempoh perkenalan, anda akan mampu lihat perubahannya. Cuba untuk ketahui tindakan-tindakan ini dari rakan-rakannya untuk mengenalpasti dengan lebih jelas.

]]>
Macam Ini Lelaki Introvert Rupanya, Jom Kenal Mereka. https://redaksi.com/7626-macam-ini-lelaki-introvert-rupanya-jom-kenal-mereka Mon, 18 Nov 2019 14:14:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7626 Bila berkenalan dengan lelaki intovert sahaja, tentu yang akan merasakan hubungan akan boring, malah pasangan tak kelakar serta hubungan tak seronok pun. Akan tetapi, betul ke semua lelaki intovert macam ini? Apa yang anda tahu mengenai lelaki introvert ini? Pendiam, pemarah, banyak rahsia dan suka bersendirian. Itu adalah secara rawaknya, tetapi disebaliknya anda mungkin tak mengenali mereka dengan lebih dekat.

Wanita sememangnya suka akan lelaki yang pandai membuat lawak kerana ia memikat hati dan menghiburkan. Bahkan wanita juga sukakan lelaki yang bermulut manis kerana ia pandai memujuk dan mengambil hati, akan tetapi wanita juga perlukan kesetiaan bukan?

Ramai wanita yang tidak tahu bahawa lelaki introvert ini adalah mereka yang setia. Bukan sahaja setia, bila anda mula mendekatinya tentu dia akan membuat anda angau padanya. Jom kenali lelaki introvert ini.



1. Pandai sembunyikan perasaan tapi jangan paksa dia luahkan pula.

Seperti yang sedia maklum, introvert ini penuh dengan rahsia. Maka dengan itu, dia pandai sembunyikan perasaannya apabila berlaku sesuatu. Macam kalau dia berdepan dengan masalah, dia kurang berkongsi tetapi lebih untuk pendam seorang diri. Manakala anda pula jangan terlalu memaksanya untuk berkongsi masalahnya, biarkan dia atasi sendiri.

2. Akan berkongsi bila sampai waktunya.

Akan tetapi jangan risau, kalau anda merasakan dia ini banyak rahsia dan pendam perasaan, dia akan berkongsi dengan anda apabila sampai waktunya nanti. Boleh jadi apabila segala masalahnya telah selesai, atau apabila dia bersedia untuk meluahkan masalahnya. Jadi berikan sahaja mereka ini masa.



3. Paling setia, susah nak dapat ni.

Ramai wanita yang menyatakan bahawa lelaki introvert ini paling setia. Mana tidaknya, dia pemalu, kurang bergaul, dan lebih suka bersendiri. Jadi bilanya dia nak curang. Sebab itu, lelaki introvert ini sangat terkenal dengan kesetiaan mereka. Walaupun anda merasakan mereka ini agak baran dan pemarah tapi bila bab setia memang mereka win.



4. Malu nak bermesra depan orang.

Bila dah kata pemalu, jadi nak bermesra depan orang ramai pun dia malu nak lakukan. Kemanjaan dan romantiknya hanya kalian berdua sahaja yang akan rasa dan tahu. Ini yang seronoknya, bukan itu sahaja dia juga tahu menjaga maruah anda dengan tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Bukan ke itu satu kelebihan memiliki mereka ini.

5. Akan rasa terabai.

Namun begitu, walaupun banyak kelebihan yang ada, mereka juga tak lari dari melakukan kesalahan. Sebagai contoh perkara yang selalu akan mereka lakukan adalah membuat anda terasa terabai. Ini kerana, mereka lebih suka melakukan hal sendiri. Tapi itu bila bercinta sahaja, bila dah kahwin tentu lah dia sepenuhnya untuk anda.

Jangan takut nak berkenalan dengan lelaki introvert ini. Walaupun diam dan suka berahsia, tetapi dia pasangan yang mampu membahagiakan anda.

]]>
Ketahui Punca Dirinya Masih Mencari Yang Lain, Walaupun Telah Miliki Anda. https://redaksi.com/2671-ketahui-punca-dirinya-masih-mencari-yang-lain-walaupun-telah-miliki-anda Sat, 30 Jun 2018 12:38:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2671 Banyak daripada kita akan bermimpi hubungan sempurna dalam pernikahan yang sempurna dengan pasangan sempurna. Malangnya, kesempurnaan tidak selalu akan terjadi dan kita perlu menerima bahawa kita tidak selalu dapat memperoleh apa yang kita inginkan. Kita sering berharap apabila kita jatuh cinta dengan seseorang itu, mereka akan sentiasa ada untuk kita hingga akhir hayat, tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Berikut adalah punca mengapa si dia masih mencari yang lain.


1. Dia hanya mencari kawan.

Sudah menjadi kebiasaan seorang lelaki akan mencari rakan untuk berhibur. Anda tidak boleh menyalahkannya. Tetapi, jangan membiarkan dirinya menjalinkan hubungan dengan mudah, kerana ia membolehkan dirinya mudah untuk mencari pengganti anda.

2. Tertarik dengan apa yang tidak diperolehi.

Mereka melihat kebahagiaan orang lain, dan membandingkan kebahagiaan dirinya. Mereka ingin apa yang pasangan lain mahukan. Mereka juga mahu apa yang anda tidak mampu berikan.


3. Dia tidak berpuas hati dengan anda.

Mungkin dia fikir dia hanya membuat kesilapan. Mungkin hubungan itu gagal memenuhi harapannya dan dia tidak merasa terpenuhi sama sekali. Mungkin dia hanya cuba memanfaatkan keadaan dengan mencari cinta di tempat lain.

4. Rasa kurang dihargai.

Mungkin dia tidak merasakan anda menghargainya. Maka dengan itu, dia mula mencari apa yang mereka mahukan. Dan orang lain mampu berikan itu padanya.

Kadangkala kita tidak boleh menyalahkan dirinya dalam hal ini. Mungkin anda juga melakukan kesilapan dalam hubungan kalian.

]]>
Tahukah Anda : 6 Ciri-Ciri Wanita yang Harus Dielakkan Untuk Dijadikan Isteri. https://redaksi.com/1175-tahukah-anda-6-ciri-ciri-wanita-yang-harus-dielakkan-untuk-dijadikan-isteri Sun, 10 Sep 2017 14:48:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1175 Elakkan wanita-wanita yang mempunyai ciri-ciri sebegini untuk dijadikan peneman hidup. Ada begitu banyak wanita di dunia ini. Rasululullah SAW sudah memberikan arahan kepada kita bagaimana harus memilih wanita yang boleh didekati dan dijadikan pendamping. Namun, selain itu, ternyata ada juga wanita dengan kriteria yang tak boleh didekati dan bahkan dijadikan istri. Siapa saja mereka? Berikut ini adalah kriteria wanita yang harus dijauhi oleh kaum Adam, dan jangan jadikan sebagai istrinya:



1. Wanita “Ananah".

Wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak suka dan tidak berpuas hati.

2. Wanita “Mananah".

Wanita yang suka menidakan usaha dan jasa suami, akan tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.



3. Wanita “Hananah".

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (bekas suaminya dahulu)yang dikawininya sebelum sekarang, atau kepada anak dari suaminya yang lain, dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita “Hadaqah".

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya, selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini membuat pusing kepala lelaki. Dia ingin apa saja dia mau. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk.

5. Wanita “Basaqah".

Ada 2 makna:

a. Pertama : wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditujukkan kepada dunia. Suka melawan. Uangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengungguli dirinya.

b. Kedua : dia marah ketika makan, dan tidak mau makan kecuali dipisah dengan yang lain dan disendirikan bagiannya.



6. Wanita “Syadaqah".

Wanita yang banyak bicara tentang perkara yang sia-sia dan lagi membisingkan sekitarnya.

Sesungguhnya perkahwinan bukanlah satu medan di mana kita berlumba untuk tunjuk siapa hebat dan siapa terbaik. Kepada kaum hawa di luar sana dan juga peringatan kepada diri sendiri, marilah kita perbaiki diri untuk tidak tergolong di dalam kriteria-kriteria wanita yang telah dinyatakan di atas. Yang baik kita jadikan contoh, dan yang tidak kita jadikan sempadan. Amin..

[Sumber dari Ihya Ulumuddin – Imam Al Ghazali].

]]>
Bakal Pengantin Yang Sakit Gigi Tak Boleh Bawa Bincang! 5 Petua Berkesan Untuk Merawat Sakit Gigi https://redaksi.com/7067-bakal-pengantin-yang-sakit-gigi-tak-boleh-bawa-bincang-5-petua-berkesan-untuk-merawat-sakit-gigi Tue, 03 Sep 2019 16:23:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7067 Sesiapa yang pernah mengalami sakit gigi sahaja yang tahu betapa perit rasanya. Kata orang, sakit gigi adalah sakit ketiga selepas sakit mati dan bersalin. Betul ke? Allahua’lam. Yang pasti setiap kali sakit gigi pastinya kita tidak dapat fokus terhadap sesuatu perkara, malahan sentiasa terasa cepat marah terhadap sesuatu perkara. Hebat betul dugaan sakit gigi ni, namun terdapat beberapa petua yang sudah dicuba oleh ramai orang untuk merawat sakit gigi.



Esen Vanila

Esen vanilla yang digunakan dalam pembuatan kek dan biskut biasanya itu rupanya mempunyai kegunaan lain iaitu mampu merawat sakit gigi yang berdenyut-denyut itu. Caranya adalah dengan menitiskan beberapa titik esen vanilla di atas gigi yang sakit atau jika gigi berlubang, titiskan ke dalam lubangnya. In Sha Allah kesannya secepat lima ke sepuluh minit.



Bunga cengkih dan daun sirih

Petua ini biasa kita dengar, orang-orang tua juga biasa menyebut, apabila sakit gigi, terus dapatkan bunga cengkih dan daun sirih. Bunga cengkih mengandungi anti inflamasi dan bertindak membunuh bakteria pada gigi berlubang. Caranya adalah rebus daun sirih bersama bunga cengkih kemudian gunakan untuk berkumur. Ulang sehingga sakit gigi beransur reda.

Garam.

Ternyata barang yang ada di dapur juga berupaya merawat sakit gigi ititu garam. Larutkan garam ke dalam air panas dan apabila sudah suam, boleh gunakan air garam tersebut untuk berkumur beberapa kali sehingga sakit gigi surut.



Asam Jawa

Ambil asam jawa dan goreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit. In Sha Allah dalam masa satu jam sakit gigi akan hilang.

Minyak Gamat

Minyak gamat biasanya kita sapu pada tempat luka luaran, namun ia sebenarnya boleh disapu pada gigi yang sakit juga. Caranya ialah letakkah minyak gamat pada cotton bud dan disua ke dalam gigi yang sakit.

Jika tiba-tiba diserang sakit gigi, bolehlah mencuba cara-cara tradisional dahulu, jika tidak menjadi atau tidak berkesan, barulah dirujuk kepada doctor gigi.

]]>
"Suami Isteri Perlu Sama-Sama Menguruskan Rumahtangga, Terdapat Beberapa Cara Untuk Memujuk Suami Agar Sedar Akan Tanggungjawab Mereka." https://redaksi.com/5853-suami-isteri-perlu-sama-sama-menguruskan-rumahtangga-terdapat-beberapa-cara-untuk-memujuk-suami-agar-sedar-akan-tanggungjawab-mereka Mon, 22 Apr 2019 12:39:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5853 Rasa penat dan letih apabila pulang sahaja dari kerja, seorang isteri perlu menguruskan rumahnya pula. Dari mengemas, memasak, membasuh hinggalah menguruskan anak, semuanya akan dilakukan oleh isteri tanpa sedikitpun keluhan di mulut mereka.

Ramai yang tidak sedar bahawa urusan di dalam rumahtangga bukannya hanya di bahu isteri semata-mata, tetepi ia juga terletak di bahu suaminya. Adalah lebih elok jika semua yang tingga; di dalam rumah tersebut saling berkerjasama untuk memastikan rumah dalam keadaan bersih serta harmoni.



Ramai lelaki beranggapan bahawa kerja-kerja di rumah ini adalah tugas seorang isteri bukannya tugas suami. Sebab itulah suami-suami ini begitu berat tulang untuk membantu isteri mereka. Sedangkan suami isteri perlu sentiasa adil dan saksama dalam melakukan apa sahaja, terutama dalam pengurusan rumah.

Apabila isteri terlalu penat, ia akan mula menimbulkan pergaduhan atau salah faham dalam hubungan tersebut. Bagi pihak isteri terutama yang bekerja sentiasa mengharapkan suami memahami yang mereka bersama-sama mencari rezeki justeru urusan dalam rumah tangga seharusnya dilakukan bersama-sama.

Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan agar suami sedar tanggungjawab mereka, antaranya dengan:

1. Membuat perjanjian

Sebelum berkahwin anda suami isteri seharusnya menjelaskan bidang tugas masing-masing. Jika boleh buat satu daftar tugas atau perjanjian yang suami seharusnya sama-sama membantu isteri melakukan kerja rumah. Ini bagi memastikan suami bertanggungjawab dan tahu bidang tugasnya di rumah. Kebanyakan kes terutama lelaki yang dilahirkan dalam keluarga kaya atau berada langsung tidak pernah melakukan kerja rumah, jadi selepas berkahwin mereka meneruskan perkara ini kerana merasakan ia sudah biasa. Jika tidak dijelaskan sudah pasti mereka meneruskannya selepas melangsungkan perkahwinan.

2. Jangan jemu minta bantuan

Selalunya wanita tidak mahu meminta bantuan suami sedang­kan sebenarnya mereka sudah letih. Hal ini menyebabkan isteri sering mengeluh sendiri. Jalan penyelesaiannya adalah dengan meminta bantuan suami. Dengan cara ini suami tahu yang dia berperanan di rumah bukan saja sebagai ketua keluarga mencari rezeki, tetapi sama-sama membantu isteri menyelesaikan kerja rumah.

3. Ucapkan terima kasih

Kebiasaannya lelaki enggan melakukan kerja rumah kerana merasakan harga diri mereka berkurang. Apatah lagi apabila dilihat jiran atau ahli keluarga lain, sudah pasti mereka malu. Untuk mengatasinya isteri harus mengucapkan terima kasih sebaik saja suami melakukannya kerja rumah. Kemudian katakan anda berbangga mendapat suami sepertinya dan bantuan diberikan sangat besar ertinya. Ucapan terima kasih ini menjadi penghargaan yang sangat besar bagi suami dan akan menyebabkan harga diri mereka meningkat.

4. Bekerja dalam kumpulan

Di rumah setiap kerja harus dilakukan secara berkumpulan. Ini akan merapatkan hubungan anda dan pasangan. Setidak-tidaknya, melakukan kerja bersama-sama akan meningkatkan rasa kasih sayang antara satu sama lain.

5. Fleksibel dan sabar

Jangan menilai kerja yang dilakukan pasangan anda. Jika kerja yang dilakukan kurang sempurna misalnya baju kurang bersih atau lipatan baju kurang sempurna jangan marah, sebaliknya beritahu dalam nada lembut cara membersihkan yang betul. Memberi contoh jauh lebih berkesan daripada meng­kritik dan membuat pasa­ngan menjadi semakin malas membantu anda.

6. Beri hadiah

Berikan hadiah kepada pasangan seperti baju kegemarannya atau paling tidak menyediakan makanan lazat kegemarannya sehingga dia merasakan dialah suami paling sempurna dan beruntung memiliki isteri penyayang seperti anda.

7. Jangan mendesak atau mengarah

Suami memang pantang menerima arahan isteri. Seeloknya mulakan dengan perkataan ‘tolong’ dan ucapkan dalam nada yang lembut, seakan-akan merayu. Pasti suami tidak akan menolak permintaan anda. Meminta suami membantu urusan rumah tangga juga memerlukan masa yang tepat. Paling baik adalah ketika suami sedang bersantai dan dalam keadaan baik. Misalnya ketika sedang menonton televisyen, makan bersama atau sebelum tidur.

8. Tawarkan suami melakukan tugas berat

Tugas itu membabitkan mencuci kereta, membersihkan bilik air, memotong rumput, membersihkan longkang, membaiki barang rosak dan pekerjaan lain yang memerlukan tenaga ekstra. Biasanya lelaki cukup suka wanita menghargai tenaganya. Ia akan membuatkan mereka berasa ‘macho’. Selain itu, tugas yang memerlukan kepakaran lelaki juga dapat dialihkan kepada mereka seperti membersihkan peti ais, menyapu sawang, mencuci bilah kipas angin dan menukar mentol. Terangkan bahawa kalau anda yang membuatnya, anda mungkin tersalah langkah kerana lelaki umumnya lebih faham mengenai elektrik dan barang elektronik.

9. Hantarkan khidmat pesanan ringkas

Dalam keadaan sibuk biasanya wanita (isteri) terlupa bertanya khabar kepada suami. Apa yang boleh dilakukan hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bertanya sama ada dia sudah makan atau belum, pulang jam berapa kemudian selitkan ucapan terima kasih dalam pesanan SMS itu. Suami pastinya teruja dengan SMS dari anda itu.
10. Minta dia lakukan perkara yang sama

Selepas suami melakukan apa yang anda minta, jangan berhenti setakat itu sebaliknya minta dia melakukan untuk kali kedua sehingga dia berasa senang dan melakukannya tanpa disuruh. Lama-kelamaan suami tentunya akan ikhlas melakukan semua kerja-kerja rumah bersama-sama.

]]>
“Jadi Seorang Isteri Memang Kena Banyak Bersabar” Macam Mana Nak Jadi Sabar? Ikuti 20 Rahsia Ini. https://redaksi.com/4866-jadi-seorang-isteri-memang-kena-banyak-bersabar-macam-mana-nak-jadi-sabar-ikuti-20-rahsia-ini Mon, 14 Jan 2019 10:38:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4866 Dalam rumah tangga, pasangan suami isteri perlu banyak bersabar dengan kerenah masing-masing. Fasa perkahwinan adalah dimana pasangan suami isteri banyak mengenali sikap antara satu sama lain yang tersembunyi. Pada kala ini lah, kedua-dua pihak menjadi semakin tidak mengenali pasangannya sendiri. Namun, ia semua adalah proses dalam perkahwinan dimana pasangan suami isteri tak boleh lari.

Menjadi sabar atau pun tidak, itu adalah kunci dan resspi dalam perkahwinan. Sekiranya masing-masing terlalu mengikutkan perasaan dan menjadi tidak sabar, pasti perpisahan atau perceraian yang akan berlaku. Jadi, bagaimana seorang isteri mahu menjadi isteri yang penyabar dengan suaminya?

1. Bersabar dalam menjadi seorang isteri, kekasih, kawan, penyokong, perangsang, penasihat, pendidik dan pendoa untuk suami.

2. Bersabar dalam taat kepada suami selagi tidak melanggar syarak, tetapi seorang isteri tidak perlu taat dalam hal yang melibatkan kemungkaran.

3. Bersabar dalam memahami kerenah suami. Gunakan gerak hati yang sedia ada dalam diri wanita bagi memahami kehendak dan pengharapan suami tanpa perlu disebut.

4. Bersabar dalam mendidik suami untuk memahami bahasa kiasan anda. Dengan harapan suami nampak hikmahnya nanti. Adakalanya anda kena berpesan kepada suami sehingga 200 kali untuk dia faham dengan jelas. Sabar apabila memberi pesanan kepada suami.

5. Bersabar dalam memaafkan suami setiap malam sebelum tidur dan minta maaf daripada suami. Kemaafannya mencuci hati, menyembuhkan sakit, mencantikkan wajah, menarik sayang dan memakbulkan doa.

6. Bersabar dalam mendoakan suami setiap masa. Doa mengeratkan roh anda dengan roh suami. Seterusnya membentuk kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.

7. Bersabar dalam melebihkan suami daripada ibu bapa ataupun orang lain. Tetapi pastikan anda bersopan santun terhadap ibu bapa supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

8. Bersabar dalam melahirkan anak seramai yang munasabah. Berbahagialah menjaga anak. Asuh dan didik anak sebaik mungkin. Jangan terlalu mengharapkan orang lain mendidik anak anda.

9. Bersabar ketika meminta izin daripada suami setiap kali membuat sesuatu perkara atau ingin keluar ke mana sahaja. Keluar rumah tanpa izin adalah berdosa.

10. Bersabar dalam menguruskan rumah tangga dan elak menjadi queen control. Nabi menyatakan, suami yang terpaksa taat kepada isterinya akan binasa dan rumahtangga akan musnah.

11. Bersabar ketika berkomunikasi dengan suami. Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuhan, dengar cakapnya dan peluk dia semasa pergi dan balik kerja.

12. Bersabar ketika menemani suami sedang makan, jangan tinggalkan suami bersendirian kerana suami akan rasa terbiar dan kurang kasih sayang.

13. Bersabar ketika merawat suami yang dalam kesakitan. Rawatlah suami dengan penuh kasih sayang, bukan tonyoh-tonyoh luka suami dengan kata-kata yang kasar pula. Kata-kata positif dari mulut isteri adalah ubat yang paling mujarab bagi suami sebenarnya.

14. Bersabar dalam mengalah kepada suami bagi sesuatu perkara yang harus. Jangan terlalu melawan dan enggan patuh arahan suami selagi tidak melanggar syarak.

Suami bagi arahan untuk kurang gedik di sosial media. Dengar!

Suami cakap suami tak suka isteri post selfie di sosial media. Dengar!

Jika isteri tidak patuh pada arahan, suami juga akan tertekan.

15. Bersabar dalam mencintai suami dengan penuh kasih sayang.

16. Bersabar dalam menyenangkan hati semua juga kerana suami anda adalah lelaki yang terbaik buat anda sebenarnya jika anda tahu untuk BERSYUKUR.

17. Bersabar dalam menjaga aib dan rahsia suami. Isteri yang menceritakan aib dan rahsia suami secara umum adalah perbuatan yang berdosa. Segera minta maaf pada suami!

18. Bersabar dalam sentiasa mengucapkan terima kasih pada suami. Bersabar jika anda sahaja yang perlu mengungkapkan kata-kata maaf. Dengan izin Allah, terbuka hati suami untuk mengungkapkan kata-kata terima kasih dan maaf juga nanti.

19. Bersabar dalam bersyukur dengan segala kemampuan suami. Bersabar sekiranya gaji suami kecil. Ketahuilah para isteri bahawa, penghuni neraka ramai dari kalangan isteri yang tidak bersyukur dengan suami sebenarnya.

20. Bersabar sekiranya terlibat dalam pergaduhan dengan suami, dan sebaik-baiknya elakkan menyakiti hati suami dengan bertindak malas, melawan, menghina, merungut, menghambakan suami, sombong ataupun buat perkara yang suami larang.

Oleh itu menjadi seorang isteri memang perlu banyak bersabar dalam rumah tangga ini. Jangan baru sahaja berkahwin, dah tahu perangai suami yang sebenar terus membuat keputusan untuk bercerai. Taubatlah selalu. Berdoa pada Allah, dan yakin pada-Nya bawah suami anda adalah lelaki yang terbaik untuk anda dengan perancangan dari-Nya. Malah anda juga adalah isteri yang terbaik untuk suami jua.

]]>
4 Pengorbanan Cinta Ini Tidak Harus Anda Lakukan Walaupun Sangat Mencintai Dia. https://redaksi.com/3523-4-pengorbanan-cinta-ini-tidak-harus-anda-lakukan-walaupun-sangat-mencintai-dia Fri, 14 Sep 2018 12:09:39 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3523 Cinta itu kadang kala tidak perlu dipenuhi dengan pengorbanan yang hanya akan melukakan sebelah pihak sahaja. Ia seharusnya adalah perjuangan bersama-sama. Hubungan itu perlu kerjasama antara dua orang untuk mencapai kebahagiaan. Hal ini kerana, kebahagiaan yang dicari itu untuk dirasai bersama. Tidak salah untuk berkorban, tetapi ia perlu lah bersesuaian dan mempunyai batasnya. Namun begitu, jangan anda terlalu mudah untuk mengorbankan mengenai 4 perkara ini.


1. Terlalu mudah untuk memaafkan.

Anda akan menderita secara bersendirian apabila anda sanggup mengorbankan perasaan anda sendiri. Di mana, setiap kesalahan yang dia lakukan akan terus anda maafkan kerana ia hanya akan melukakan hati anda. Sebagai contoh, anda memaafkan dirinya berlaku curang, memukul serta menipu anda. Ada masa anda perlu nyatakan bahawa anda marah akan sikap dirinya. Bukannya hanya memendam di dalam hati anda sahaja.

2. Sukar untuk menolak pemintaan pasangan.

Selalu turutkan sahaja pemintaan kekasih hati itu, tanpa berani untuk menolak atapun berkata tidak. Anda perlu tahu, ada waltu-waktunya yang anda perlu menolak pemintaan pasangan anda, terutama jika ia permintaan yang akan mengecewakan diri anda. Mengapa anda perlu berbuat seperti yang demikian? Hal ini kerana, tidak mahu anda dipandang sebagai seorang yang mudah diremehkan serta dipergunakan.


3. Perhubungan terhad.

Jika kekasih anda, dia boleh melakukan apa sahaja yang dia suka. Bahkan, dia juga boleh membatalkan pertemuan kalian. Tetapi jika anda, anda tidak boleh berjumpa dengan rakan-rakan anda bahkan apa sahaja yang akan anda lakukan anda perlu memaklumkan dirinya terlebih dahulu. Ini adalah satu perbuatan yang tidak elok. Anda toidak seharusnya membiarkan sahaja. Adalah lebih baik jika anda mula berbincang dengannya mengenai perkara ini.

4. Anda yang selalu mengeluarkan duit anda.

Dirinya baru sahaja bergelar kekasih bukannya sebagai seorang isteri ataupun suami yang perlu anda berhabis duit untuknya. Mungkin dia tidak mempunyai kewangan yang kukuh, tetapi itu tidak bermakna anda perlu berhabis duit anda untuknya. Bahkan anda juga membenarkan dirinya meminjam tanpa memulangkannya semula. Itu adalah satu perbuatan yang sangat salah. Pasti anda akan dipergunakan sahaja nanti.

Ketika di dalam percintaan ini, jangan anda terlalu banyak berkorban. Hal ini kerana, anda dan dirinya masih belum mempunyai satu jaminan masa depan bersama. Lain lah jika kalian telah sah menjadi suami isteri.


 

]]>
6 Cara Untuk Membalas Jasa Kedua Ibu Bapa Kita. https://redaksi.com/4624-6-cara-untuk-membalas-jasa-kedua-ibu-bapa-kita Thu, 20 Dec 2018 12:10:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4624 Sebagai anak yang bertanggung jawab dan masih memiliki kedua ibu bapa, pasti kita mempunyai pelbagai rancangan untuk membalas jasa mereka. Namun, hari demi hari, anda menjadi terlupa kerana kekangan masa dan kerja yang terlalu banyak dipejabat. Ibu bapa di kampung halaman, lama-kelamaan terbiar dari segi fizikal dan emosi, dan menyebabkan ramai dikalangan kita dilabel sebagai anak derhaka.

Tidak kira apa jua yang kita lakukan, ibu bapa sepatutnya menjadi kepentingan dalam kehidupan kita dengan:

1. Melayan kerenah mereka.

Semakin manusia lanjut usia, semakin keanak-anakkan perangai mereka. Begitu juga dengan kedua ibu bapa kita. Terlalu banyak perkara yang dirungut, tidak puas hati, semakin cerewet dan seumpama dengannya. Seperti kita ketika bayi, merengek kerana mahukan perhatian.

Jadi, jangan pernah putus asa melayan kerenah mereka, dan jangan merungut.

2. Bijak meluangkan masa dengan mereka.

Sebagai anak yang bekerjaya, kita seharusnya bijak membahagikan masa supaya dapat meluangkan masa dengan ahli keluarga terutamanya kedua ibu bapa kita. Jika duduk rumah sewa yang berjauhan, pertimbang lah perasaan kedua ibu bapa anda dengan pulang ke kampung halaman. Janganlah sejurus sahaja dapat kerja, terus lupa nak balik kampung.

Luangkanlah masa pada hujung minggu untuk menziarahi ibu bapa anda yang berada di kampung. JIka mereka tinggal dengan kita, luangkanlah masa berkualiti dengan mereka dengan melakukan aktiviti di rumah atau bawa mereka ke tempat yang boleh menenangkan fikiran, antaranya ialah ke tempat beriadah atau tepi sungai.

3. Pentingkan ibu bapa dalam apa jua situasi.

Bagaimana untuk mementingkan kedua ibu bapa dalam apa jua perkara dan situasi? Dengan sentiasa berkomunikasi dan berbincang dengan mereka. Jangan membelakangkan mereka apabila kita dilanda masalah.

4. Berbincang dengan adik-beradik untuk menjaga ibu bapa.

Jika anda memiliki adik-beradik yang ramai, berbincang dengan mereka untuk menjaga kedua ibu bapa anda secara bergilir-gilir. Jangan biarkan kedua ibu bapa anda keseorangan di rumah, dimana anda dan adik-beradik yang lain tinggal berjauhan.

Pastikan anda dan adik beradik mengikut aturan itu dengan betul dan baik. Cara ini dapat memastikan ibu bapa anda kekal rapat dengan anak-anak mereka mahupun cucu mereka kerana meluangkan masa bersama secara bergilir-gilir.

Janganlah sesekali mencampakkan kedua ibu bapa anda di tepi jalan dan tempat orang-orang tua.

5. Beri ganjaran untuk mereka.

Jangan ingat ibu bapa anda hanya mahukan duit dan harta dari anda semata-mata. Ganjaran disini bermaksud dengan membawa mereka pergi bercuti, biarkan mereka meluangkan masa dengan cucunya, sentiasa ada masa untuk melawak mereka dan berkongsi gembira sekiranya anda dikurniakan cahaya mata atau dinaikkan pangkat.

Janganlah bergembira tanpa mereka.

6. Berdoa untuk mereka.

Dan yang paling utama adalah, dengan mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa. Anda patut bersyukur kerana masih memiliki mereka, kerana ada dikalangan kita ketagih dengan kasih sayang dari ibu bapa. Anda seharusnya berdoa tanpa jemu untuk mereka, semoga dilimpahi rezeki oleh Allah SWT. Insya Allah.

Semoga Bermanfaat!

]]>
Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana, Crush Aku Suami Aku. https://redaksi.com/7181-kalau-dah-jodoh-tak-ke-mana-crush-aku-suami-aku Thu, 12 Sep 2019 16:26:39 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7181 Biasanya perempuan mesti ada crush kan? Tidak kiralah kawan sendiri ke, rakan sekerja ke, malah bos terhadap bos sendiri. Walaupun tidak mempunyai hubungan apa-apa, perempuan yang ada crush terhadap seseorang ni pasti akan bahagia setiap kali melihat crush dia meskipun si dia tidak tahu apa-apa tentang perasaan anda.




Tidak salah meminati seseorang dalam diam tanpa menjejaskan hubungannya dengan orang lain. Namun alangkah indahnya jika crush itu mempunyai perasaan yang sama seperti anda tetapi tidak pernah meluahkan. Kiranya sama-sama crush la tu. Mungkin masing-masing takut atau malu untuk menyatakan perasaan yang terpendam, risau jika si dia sudah berpunya, nanti dikatakan merampas hak orang pula. Walaubagaimanapun, cubalah risik melalui orang lain tentang status hubungan si dia, takut nanti melepas pula.



Banyak pasangan yang saling memendam rasa namun akhirnya mereka disatukan dalam ikatan yang sah. Kiranya tak sia-sia lah dia meminati dan menyimpan perasaan kerana si dia juga sama. Seronok melihat pasangan yang saling mencintai dalam diam. Namun apakan daya perasaan ni bukan boleh sorok lama-lama, nanti akan diketahui atau kantoi juga. Biasanya rakan-rakanlah yang membocorkan perasaan anda terhadap crush, membuatkan crush anda tahu tentang itu. Jika dia mempunyai rasa yang sama, gembiranya tidak terkata, umpama orang mengantuk disorongkan bantal.



Kalau dah jodoh tak ke mana. Begitu juga perasaan yang dipendam, disimpan, jika sudah memang tertulis dialah jodoh anda, lambat atau cepat dia akan dapat hidu perasaan anda terhadapnya, lebih-lebih lagi jika dia juga sudah lama memendam. Tatkala crush anda itu sudah sah menjadi milik anda, pasti kalian sering bercerita tentang perasaan semasa mencintai secara sembunyi-sembunyi dahulu kala. Beruntunglah jika anda dapat apa yang anda idamkan dan cita-citakan, biarpun agak lambat, tetapi berbaloi kerana bukan senang nak pikat hati crush supaya suka pada kita semula.

Tidak semua orang mendapat cinta crush atau orang yang diminati. Namun anda tidak perlu berasa terdesak sehingga tidak menumpukan kepada orang yang mencintai anda. Cintailah orang yang mencintai kita lebih dari kita cinta padanya.

]]>
"Air Rebusan Pink Bantu Buang Masalah Perut Buncit, Nak Membuang Pun Senang." https://redaksi.com/5887-air-rebusan-pink-bantu-buang-masalah-perut-buncit-nak-membuang-pun-senang Wed, 24 Apr 2019 14:11:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5887 Wanita-wanita di luar sana pasti melonjak keringan bila melihat tips ini. Mana tidaknya, siapa yang tidak mahu perut kembali rata dan sudah tidak buncit lagi. Bila dilihat macam air jambutetapi air rebusan pink ini sangat berkhasiat dan berkesan buat mereka yang mahu kempiskan perut yang buncit itu.

Petua ini dikongsi oleh Puan DiaNa Said, menurutnya beliau sendiri telah mencuba dan kali ini nak berkongsi pula dengan anda yang mahu kempiskan perut dengan cara yang selamat.



DIY AIR REBUSAN PINK BUAT PERUT KEMBALI KEMPIS

Pagi ni Hakak nak share satu resepi air detox buat yang suka sangat detox setiap pagi. Baru lah kempis perut ni kan sebab apa yang kita makan senang jer dibuang.

Boleh guna macam macam buah untuk kita detoks. Tapi hari ni Hakak nak buat air rebusan pink. Ada rasa masam dan panas barulah bergetar lemak lemak kita kan.

Mudah jer cara nak buat air detok pink ni. Jom kita tengok satu persatu nak buat macam mana.

Bahan yang diperlukan.

• 2 biji lemon
• 3 asam keping
• 3 biji asam masin
• 3 inci halia



Cara membuatnya.

1. Rebus 1 liter air

2. Basuh semua bahan dan potong kecil



3. Rebus semua bahan dalam periuk hingga mendidih.

4. Tutup api dan tuang air rebusan dalam jug.

5. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.



Senang kan resepi kurus kita hari ni. Color air ni warna pink sebab Yana guna asam masin merah. Sedap tau mesti cuba, yang penting perut jadi kempis.

Better buat malam hari, simpan dalam peti sejuk esok boleh minum sepanjang hari. Kalau ada daun pudina boleh masukkan nanti lagi sedap air detox korang.

Excited nak try kan, sebab confirm selamat nak kempiskan perut. Sekiranya suka boleh Share resepi ini Yana izinkan. Selamat mencuba semua.

]]>
7 Ciri-Ciri Wanita Complicated. Adakah Anda Tergolong Dalam Golongan Ini? https://redaksi.com/4149-7-ciri-ciri-wanita-complicated-adakah-anda-tergolong-dalam-golongan-ini Wed, 07 Nov 2018 12:10:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4149 Kaum wanita adalah individu yang complicated atau merumitkan kerana sering terpengaruh dengan emosinya. Emosinya pula sering terganggu dan terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Tidak ramai dikalangan kaum wanita yang boleh bertindak secara rasional, kerana ia seolah-olah bukan normal. Jika ada kaum wanita yang boleh bertindak secara normal dan seimbang hormonnya, pasti ia adalah diluar jangkaan.

Jom lihat ciri-ciri wanita yang complicated ini…

1. Mahukan pujian setiap hari dari pasangan.

Wanita adalah makhluk yang sentiasa mahukan pujian. Bagi mereka tanpa pujian hidupnya seperti tiada jiwa dan kosong. Bukan sahaja pujian daripada teman lelaki atau suami, baca quote motivation dari sosial media juga sudah dapat membangkitkan hidupnya.

2. Mahukan kata-kata cinta dari pasangan setiap hari.

Jika pasangan tidak mengungkap kata-kata cinta atau terlupa, pasti wanita ini akan merajuk sepanjang hari. Sudah pasti si dia tahu yang pasangannya mencintai dan sayang pada dirinya, cuma dia mahu mengada-ngada atau bermanja dengan pasangannya sahaja.

3. Terlalu sensitif.

Mereka juga adalah makhluk yang sensitif kerana hantinya yang lembut. Tetapi jaga-jaga mereka akan menjadi lebih sensitif ketika hampir pada kitaran period. Sama ada seminggu lebih awal, atau seminggu lepas period. Tetapi ramai lelaki mengatakan mood normal wanita hanya seminggu sebulan? Betulkah?

4. Marah jika pasangan tidak ingat tarikh penting, disuruh untuk diingatkan tetapi suruh pasangan ingat sendiri.

Oleh kerana mereka amat sensitif sudah tentu mudah mengingati tarikh-tarikh penting. Wanita yang sedang hangat bercinta juga lebih tajam pemikirannya dan senang ingat segala memori, menurut kajian. Jika pasangannya tidak ingat tarikh penting tersebut, pasti mereka akan merajuk minta dipujuk.

5. Hanya mereka yang betul.

Lelaki akan meminta maaf setiap kali berlaku pergaduhan kerana malas memanjangkan pergaduhan tersebut. Tetapi wanita, walaupun sudah berkali lelaki meminta maaf, rajuknya masih lagi belum reda. Apa yang mereka mahu dengar adalah semua kenyataannya adalah benar.

6. Nak diet tapi suka makan.

Tidak dapat dinafikan wanita memang suka makan disaat gembira, sedih, marah dan terutamanya stress. Apabila mereka sedar telah makan dengan begitu banyak, mereka akan menyesal kerana ia pasti menggemukkan mereka satu hari nanti. Dan setiap hari mahu mengeluh untuk diet, tetapi masih tidak mahu exercise.

7. Suka membuat pelbagai andaian.

Kaum wanita memang tak lari untuk membuat pelbagai andaian terutamanya pada pasangan. Pasangan pulang lewat dari kerja disangka ada skandal. Pasangan tidak angkat call, disangka pergi bertemu perempuan lain. Pasangan mahu pergi jumpa rakan-rakan untuk tournament, mula lah “Haaa..asik pergi situ je, kenapa ada perempuan seksi ke?”.

Jadi, jika ada lelaki yang dapat meleraikan simpulan yang sangat merumitkan ini dan bijak mengawal emosi wanita, jangan lah lepaskan mereka.

 

]]>
Berlebihan Dalam Menggunakan Bahan Perasa Dalam Makanan, Akan Mengakibatkan 4 Bahaya Ini. Hati-Hati! https://redaksi.com/5138-berlebihan-dalam-menggunakan-bahan-perasa-dalam-makanan-akan-mengakibatkan-4-bahaya-ini-hati-hati Sat, 09 Feb 2019 11:10:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5138 Bahan perasa seringkali digunakan dalam masakan, untuk menambah tahap kesedapan. Walaupun begitu ramai yang sedar tentang bahayanya bahan perasa ini, masih juga digunakan kerana sudah terbiasa, atau lebih mudah dikatakan sebenarnya menjadi ketagihan.

Apabila sudah ketagih, memang amat sukar untuk kita tapis bahan perasa ini.

Kalau tawar je, mulalah merungut tak sedap.

Dah letak garam pun, masih nak letak bahan perasa yang lain. Nak tambah sedap katanya. Atau tak cukup garam.

Namun, bahayanya bahan perasa ini akan mengakibatkan..

1. Munculnya gejala yang sama dengan Chinese Restaurant Syndrome.

Sindrom ini akan mengakibatkan leher, lengan, dan dada terasa panas, otot hingga punggung terasa kaku, nyeri dada, sakit kepala, mual, jantung berdebar, dan bahkan sehingga muntah.

Kesan dari bahan perasa ini amat jelas boleh dilihat pada mereka yang memang sensitif atau mudah terkena alahan kerana adanya kandungan glutamate asid. Sindrom ini akan terjadi setengah jam selepas bahan perasa ini digunakan. Namun, sindrom ini tidak kelihatan amat berbahaya, kerana ia berlaku sementara sahaja seperti dalam tempoh 5 jam.

Namun begitu, adalah dinasihatkan sekiranya ia berlaku dalam temph yang amat panjang dan sukar untuk sembuh. Jika lambat menerima rawatan, khuatir kandungan glutamat ini akan membuat tubuh badan anda dalam keadaan yang bahaya.

2. Kesan buruk pada penderita asma.

Pada mereka yang mudah diserang asma, perlu lebih berhati-hati dalam menggunakan bahan perasa secara berlebihan kerana ia akan memberi impak yang buruk pada kesihatan anda. Serangan asma anda akan berlanjutan dan sukar disembuhkan sekiranya menggunakan sekitar jumlah 0,5–2,5 g MSG.

3. Migrain pada anak-anak dan remaja.

Disamping itu, kesan buruk bahan perasa ini juga boleh terjadi pada anak-anak yang masih muda remaja. Sekiranya sering sahaja pening kepala, sehingga terjadinya migrain, berkemungkinan besar ia adalah daripada bahan perasa tersebut. Sebagai ibu bapa yang prihatin, adalah amat digalakkan memeriksa dahulu tahap MSG dalam bahan perasa sebelum diletakkan dalam bahan masakan.

Jika anak-anak sering mengadu sakit kepala, lebih elok periksa pada doktor.

4. Mendorong allergi yang lebih teruk.

Sekiranya anda melihat kenapa allergi dengan makanan laut tidak surut-surut, bahan perasa dalam makanan juga adalah salah satu punca kenapa allergi anda sukar untuk sembuh. Kulit mereka yang mengalami allergi sememangnya amat sensitive dengan kandungan yang terdapat dalam bahan perasa ini. Jika reaksi allergi semakin teruk, ia akan mengakibatkan gatal-gatal, muntah, mual dan sakit kepala juga.

Oleh itu, hati-hati dalam menggunakan bahan perasan dalam masakan. Kawal kandungan garam, malah bahan perasa supaya dapat menjaga kesihatan tubuh badan secara konsisten.

]]>
Hukum Isteri Minta Cerai. https://redaksi.com/1177-hukum-isteri-minta-cerai Sun, 10 Sep 2017 14:57:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1177 Soalan; Assalamualaikum Ustaz; Apakah hukumnya seorang wanita meminta "dilepaskan" daripada suaminya. (berdosa atau haram?). Semoga jawapan ustaz dapat menenangkan hati dan perasaan saya. Terima kasih



Jawapan;

Terdapat sabda Nabi SAW (bermaksud);

"Mana-mana wanita (isteri) meminta cerai dari suaminya tanpa ada suatu desakan, haram ke atasnya mencium bau Syurga(yakni akan ditegah dari mencium bau Syurga)" (HR Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari Tsauban RA. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan. al-Jami' as-Saghier, no. hadis; 2944).

Dari hadis di atas kita memahami bahawa; sengaja meminta penceraian dari suami hukumnya adalah haram dan berdosa. Namun jika ada ada desakan atau sebab yang munasabah, hukumnya adalah harus. Menurut ulamak; contoh desakan ialah; suami yang zalim, suka mendera isteri, tidak memberi nafkah dan mengabaikan tanggungjawab atau sebagainya. Atau isteri merasakan tidak upaya lagi menunaikan tanggungjawab kepada suami jika kekal bersama. Kerana itu, diharuskan khulu' (tebus talak) iaitu isteri meminta suami menceraikannya dan berjanji memberinya suatu bayaran atau mengembalikan mas kahwinnya.



Ibnu 'Abbas RA menceritakan; Isteri kepada Tsabit bin Qies telah datang kepada Nabi SAW (untuk menyatakan hasratnya meminta cerai dari suaminya). Ia berkata kepada Nabi SAW; "Ya Rasulullah SAW, aku ingin meminta cerai dari Tsabit (suamiku) bukan kerana aku mencela agamanya dan akhlaknya, akan tetapi aku bimbang menjadi kufur (engkar)(*yakni kufur dalam pengertian engkar hak/kewajipan terhadap suami atau memilih untuk kufur (murtad) supaya terfasakhnya nikah)". Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya; "Sanggupkah kamu mengembalikan tanah kebun yang ia berikan kepadamu sebagai mas kawin ketika perkahwinan kamu dulu?". Ia menjawab; "Ya, aku sanggup". Ia pun mengembalikan tanah kebun itu. Rasulullah lalu berkata kepada Tsabit; "Ceraikanlah dia". (HR Imam al-Bukhari. Soheh al-Bukhari, 5276).

Wallahu a'lam.

]]>
6 Sebab Lelaki Muda Sanggup Mengahwini Wanita Tua Serta Akibatnya. https://redaksi.com/1326-6-sebab-lelaki-muda-sanggup-mengahwini-wanita-tua-serta-akibatnya Mon, 25 Sep 2017 11:09:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1326 Cerita lelaki tua berkahwin dengan wanita muda, adalah cerita biasa. Ia kerap berlaku. Tapi cerita lelaki muda bekahwin dengan wanita tua jarang-jarang kita dengar, tapi bukan tidak ada. Wanita tua yang dimaksudkan ialah bukan sahaja wanita yang putus haid, tapi dari segi usianya itu lelaki itu boleh dianggap cucu atau cicit kepadanya.



Sebab-sebabnya,

Ada beberapa faktor lelaki muda yang tertentu memilih wanita yang seusia dengan ibu atau neneknya atau moyangnya untuk dijadikan teman hidup dan isteri.

Pertama, lelaki itu memang benar-benar berkenaan atau mencintai wanita yang telah lanjut usianya itu jika dibandingkan dengan usianya sendiri. Kerana cintanya itu dia rela berkorban apa sahaja untuk berkahwin dengan wanita itu, walau pun mengorbankan kebanggaan dirinya sendiri sebagai seorang lelaki yang masih muda.

Kedua, lelaki muda itu merasa amat kasihan belas terhadap wanita tersebut, kerana itu sanggup berkorban apa sahaja untuk menjaga dan membantu wanita itu sebagai isterinya.

Ketiga, lelaki itu berharap wanita itu dapat menyelesaikan problam hidup yang dihadapinya, seperti masalah makan minum, tempat tinggal dan sebagainya setelah mereka berkahwin nanti.



Keempat, kerana lelaki muda itu tamakkan harta yang dimiliki oleh wanita tua itu, sebab dia seorang yang berada, kaya atau pun memiliki harta yang banyak. Untuk memburu harta wanita itu dia sanggup mengkahwini wanita tua itu dengan harapan dia dapat menguasai harta wanita itu setelah menjadi suaminya nanti.

Kelima, dia ingin mencari seorang ibu di samping mencari seorang isteri. Ini berlaku kerana dia amat menyayangi ibunya yang sentiasa memberi kasih sayang kepadanya, mungkin kerana dia anak tunggal, atau anak bongsu dan sebagainya. Kerana itu bayangan ibunya telah memayungi kehidupanya, termasuklah dalam mencari seorang kekasih atau isteri.

Atau sebaliknya, dia seorang lelaki yang dahagakan kasih ibu, kerana dia merasa dia tidak pernah mendapat kasih sayang yang sewajarnya dari ibunya selama mereka hidup bersama.

Keenam, lelaki itu mungkin terkena sihir oleh wanita tua yang tertarik hati kepadanya kerana sebab-sebab tertentu, seperti kerana ketampanannya, walapun dia tahu dari segi kehayatannya dia tidak mampu melayan suaminya itu nanti.

Akibat sihir ini memang pernah berlaku dari sejak dahulu sehingga sekarang, digunakan oleh kaum lelaki dan perempuan yang tidak teguh imannya hingga terpedaya dengan hasutan dan perdayaan syaitan.



Ingatlah,

Kepada lelaki, khususnya yang masih muda teruna, yang menyimpan hasrat dan cita-cita untuk berkahwin dengan wanita yang tua bangka, walau apa sebab sekalipun berfikirlah semasak-masaknya sebelum bertindak lebih jauh.

Kehiduapan rumah tangga ini bukanlah semata-mata merupakan makan dan minum, tapi menjangkau lebih dari itu, termasuklah dalam memenuhi tuntuan naluri semula jadi.

Lelaki yang berkahwin dengan wanita yang lebih tua darinya dalam jarak usia yang wajar, tidaklah menjadi masalah, dan sering berlaku di mana-mana, tapi yang harus difikirkan ialah kalau jarak usia itu meletakkan hubungan mereka sebagai cucu dan cicit bukannya sebagai suami dan isteri.

Setiap orang yang berkahwin inginkan kebahagian hidup, ingin ketenteraman hidup, inginkan keselesaan hidup, dan inginkan zuriat yang akan menyambungkan keturunan mereka dari dunia hingga ke akhirat.

Jika yang diharapkan oleh sang lelaki muda itu, ialah harta wanita tua itu, tapi belum tentu lagi dia akan memilikinya, lebih-lebih lagi di zaman kini, dan mengaharapkan isterinya mati terlebih dahulu, kerana usianya telah begitu lanjut, tapi masih belum pasti, kerana usia di tangan Allah. Mungkin awak dahulu yang pergi, ataupun dia dulu yang pergi. Siapa tahu?

Janganlah kahwin kerana memburu harta kekayaan, nanti akan hidup merana.

Akibat :

Berbicara tentang lelaki muda kahwin wanita tua ini saya segera teringat beberapa peristiwa yang pernah saya dengar dan saya lihat sendiri. Saya angkatkan sebahagian kecil daripadanya untuk dikongsikan bersama.

Pada suatu hari, saya dan isteri [Asiah-semoga Allah limpahi rahmat ke atasnya] sedang membeli nasi bungkus di sebuah kedai makan. Berhampiran dengan tempat kami berdiri menunggu nasi siap dibungkus, ada seorang lelaki duduk di kerusi sedang menikmati secawan minuman. Kami kenal dia, Pak Iman di kampung kami.

Tiba-tiba ada panggilan pada handsetnya dan beliau segera menjawab panggilan itu. Sepanjang perbualan singkatnya menerusi telefon itu, beliau hanya menjawab “ya, ya” sahaja, dan menamatkannya dengan perkataan “Baikm baik”.



Sebaik-baik sahaja telefon mati, tanpa ditanya, beliau memberitahu kami, “Mereka itu hendak bercerai. Sudah beberapa kali dah dalam bulan ini. Panggil kita, nak bercerai”.

“Kenapa nak bercerai?”, tanya saya. Pak Imam menjelaskan katanya bagaimana tak hendak bercerai, suaminya masih muda, sedangkan isterinya sudah tua bangka.

“Ketika hendak bersama, apa-apa pun tak boleh buat, putus anginlah suami, bergaduhlah mereka, sampai hendak bercerai. Isterinya tua sangat, tak boleh buat apa-apa dah, tapi ada harta sedikitlah, perkakas emas penuh lengan”.

Katanya bila kehampaan lelaki itu telah hilang, dan dipujuk oleh isterinya, mereka berbaik semula. Namun begitu, katanya perkara itu tidak pernah selesai, akan timbul dari masa ke masa........Bagaimana keadaan mereka sekarang, saya tak tahu.

Saya teringat pula kepada seorang kenalan saya. Sebaik-baik sahaja keluar sekolah dalam usia belasan tahun dia berkahwin dengan seorang wanita tua yang seusia dengan neneknya. Seorang janda yang telah mempunyai beberapa orang anak, di antara anak-anak itu usianya lebih tua dari kenalan saya itu dan mereka juga telah mempunyai beberapa orang anak pula. Janda itu adalah tuan rumah sewa kenalan saya itu.

Pada permulaannnya perkahwinan mereka nampak berjalan lancar. Nampaknya tidak ada problem yang berbangkit antara keduanya. Tapi selepas berbelas-belas tahun berlalu, perkahwinan mereka nampaknya mulai berkocak.

Tahu-tahu lelaki kenalan saya itu berkahwin lain dengan wanita muda, Masih gadis. Di khabarkan pada permulaannnya mereka berkahwin dengan persetujuan isteri tua kenalan saya itu.

Cerita selanjutnya untuk menunjukkan kerelaan dan kebaikan hatinya, isteru tua itu mengundang isteri muda suaminya itu ke rumah, katanya untuk berkenal-kenalan dan beramah mesra. Tapi apa yang berlaku pada hari tersebut?

Sebaik-baik sahaja isteri muda lelaki itu naik ke rumah, maka isterinya yang memang tua, tanpa menempuh-nempuh lagi lalu menyerang madunya habis-habisan, bukan sahaja dengan mulut, tapi dengan menggunakan kaki dan tangannya, yang menimpakan kecederaan kepada madunya itu.

Dia juga mengancam supaya mereka bercerai kalau ingin selamat. Maka dengan itu berakhirlah perkahwinan kenalan saya itu dengan isteri mudanya yang baru sahaja dikahwininya.

Beberapa tahun kemudian, kenalan saya yang masih muda itu meninggal dunia, mendahului isterinya yang telah lanjut usianya itu, tanpa meninggalkan sebarang keturunan.

Saya juga kenal dan pernah berjiran dengan sepasang suami isteri, di mana suaminya jauh lebih muda daripada isterinya, yang berpangkat ibu kepadanya dari segi usia.

Si isteri suka benar menceritakan tentang perkahwinan mereka dan merasa bangga dengannya. Katanya dia berkahwin dengan sumainya ketika suaminya masih berusia belasan tahun, sedangkan dia masa itu seorang janda tua. Selama beberapa bulan selepas mereka kahwin, suaminya itu kerana terlalu mentah, “tidak tahu apa-apa”, mereka hidup bukan sebagai suami isteri. Dia memelihara suaminya seperti seorang kanak-kanak sahaja.

Katanya dia sentiasa mencabar suaminya itu supaya kahwin lain dan tinggalkan rumah mereka, kalau dia inginkan isteri yang muda. Tapi katanya suaminya itu tidak pernah menyahut cabarannya itu sehinggalah wanita itu meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

Kata jiran-jiran wanita tua itu mempunyai banyak ilmu, Entah benar, entah tidak, saya tidak pasti. Saya tidak ingin berperasangka yang boleh menimbulkan fitnah?

Sekian.

]]>
Doakan Sahaja Kebahagiaan Dirinya, Jangan Simpan Dendam Di Dalam Hati. Nanti Merosak Diri Sendiri. https://redaksi.com/7763-doakan-sahaja-kebahagiaan-dirinya-jangan-simpan-dendam-di-dalam-hati-nanti-merosak-diri-sendiri Fri, 03 Jan 2020 12:38:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7763 Memaafkan seseorang yang pernah melukakan hati kita bukanlah satu perkara yang mudah. Nak-nak lagi selepas anda memberikan seluruh kepercayaan dan juga kesetiaan kepadanya. Dengan rasa tidak bersalah, dia mengkhianati semua itu hanya kepuasan dan kepentingan dirinya sahaja.

Tidak memikirkan sakitnya hati dan terlukanya diri anda. Dia melepaskan tangan dari segala perkara dan membina sebuah kebahagiaan yang baru. Anda pula di sini, masih meratapi pemergian dirinya dan menyimpan dendam yang mendalam padanya.

Memang bukan mudah nak melupakan segala perkara yang pernah dia lakukan ke atas diri anda. Walaupun, beribu kali maaf yang dikatakan belum tentu mampu pulihkan hati yang terluka kembali kesedia kala. Itu belum lagi kalau dirinya dengan bangga tanpa rasa bersalah, tentu lebih melukakan hati anda lagi.

Dalam hidup ini, kita semua tidak lepas dari berdepan dengan ujian dan dugaan. Semua yang berlaku tentu ada sebab dan hikmah yang anda tidak tahu dan tidak sedari. Segala yang berlaku ini sudah tentu akan mematangkan dan mendewasakn diri anda sendiri.



Jangan takut nak memaafkan si dia, walaupun hati anda begitu terluka. Ini kerana, kemaafan yang anda berikan itu akan memberi hidup anda lebih tenang dan mampu untuk bangkit dari kelukaan ini. Walaupun payah dan sakit pada awalnya, tetapi akhirnya tentu sahaja anda akan menjumpai satu kebahagiaan yang baru.

Jangan simpan dendam di dalam hati, ia hanya merosakkan hati anda dan membuatkan anda semakin sakit hati. Dendam ini mampu menjejaskan kesihatan anda malah ia juga mampu membuatkan anda sukar untuk bangkit dari kelukaan ini. Mana tidaknya, siang malam anda akan memikir cara untuk belas semua perbuatan si dia.



Mungkin amat sukar nak melupakan segala perbuatannya, akan tetapi cuba mula atur langkah anda tentu sahaja ia akan hilang sikit demi sedikit. Jika anda masih duduk di tempat yang sama dan berharap segalanya akan pulih, ia hanya membuatkan anda semakin sukar nak melupakan segala kesakitan itu.

Kelukaan, kekecewaan dan sakit hati itu sebenarnya ujian buat diri anda, malah ia juga adalah satu pengajaran yang berharga dalam hidup anda. Selepas perkara ini, tentu anda akan lebih berhati-hati dalam memberi harapan bukan? Anda juga pastinya akan lebih menjaga diri kerana tidak mahu dikecewakan lagi. Bahkan, selepas ini juga anda akan menjumpai satu kebahagiaan baru yang anda tidak jangkakan.

Jangan pernah simpan dendam pada si dia, tetapi ucaplah terima kasih kerana dirinya memberi satu pengajaran dalam hidup anda.

]]>
Perbezaan Anak Dara Dan Janda Dalam Perkahwinan Menurut Perspektif Islam. https://redaksi.com/283-perbezaan-anak-dara-dan-janda-dalam-perkahwinan-menurut-perspektif-islam Thu, 22 Jun 2017 13:42:32 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=283 OLEH: PROF. DATIN NOOR AZIAH BINTI HAJI MOHD AWAL & NUR ZAKIRAH BINTI MOHD SUTAN

Abstrak.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Wanita itu dikahwini kerana empat perkara: kerana harta-bendanya, status sosialnya, keindahan wajahnya dan kerana ketaatannya kepada agama. Pilihlah wanita yang taat kepada agama, maka kamu akan berbahagia.” Hadith ini menyarankan kepada kaum Adam yang ingin mendirikan rumah tangga supaya memilih wanita yang mempunyai harta, keturunan yang baik, rupa paras yang cantik dan taat kepada agama. Dalam hal ini wanita yang taat kepada agama lebih diutamakan kerana kebahagiaan sesebuah rumah tangga itu terletak kepada ketaatannya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dalam pandangan Islam, perkahwinan adalah sunnah. Sunnah yang dimaksudkan di sini ialah perkahwinan merupakan amalan Rasulullah s.a.w. Maka barangsiapa yang mengikut serta mengamalkan segala sesuatu yang bersumber dari Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk qaul (ucapan), fi‘il (perbuatan), taqrir (pengakuan), akhlak, sopan santun ataupun usaha perjuangannya, sama ada sebelum ataupun setelah dilantik menjadi Rasul maka ia akan mendapat pahala. Namun, terdapat beberapa pandangan atau perbezaan terhadap perkahwinan dengan anak dara dan janda. Pemilihan untuk berkahwin dengan anak dara ataupun janda adalah hak individu. Walau bagaimanapun, kedua-duanya adalah wanita yang mempunyai status dan kedudukan yang berbeza. Artikel ini akan cuba merungkai perbezaan antara perkahwinan dengan anak dara dan perkahwinan dengan janda dengan lebih mendalam. Secara keseluruhannya, perbezaan ini dilihat sebagai suatu perbezaan yang amat ketara terutamanya dari sudut perwalian, persetujuan perkahwinan, poligami dari segi keadilan dalam giliran bermalam dan sebagainya. Dengan adanya artikel ini, para pembaca akan dapat membezakan antara perkahwinan dengan anak dara dan perkahwinan dengan janda. Mudah-mudahan artikel ini akan memberikan manfaat dan pengetahuan kepada semua pembaca.



Pendahuluan.

Perkahwinan merupakan suatu proses ke arah kehidupan dan pergaulan yang halal di sisi Islam. Setiap manusia di dunia ini pasti menginginkan ketenangan jiwa dan kebahagian di dunia dan di akhirat. Keharmonian rumahtangga dan keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah adalah nikmat terbesar kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya. Sesebuah rumah tangga memerlukan suasana yang menyenangkan dan kehidupan yang penuh dengan kemesraan. Suasana tersebut boleh dicipta dengan adanya perasaan kasih sayang dan belas kasihan di antara suami isteri. Tanpa nilai-nilai tersebut suasana rumah tangga yang menyenangkan hati akan musnah dan menggugat kestabilan rumah tangga.nAjaran Islam telah meletakkan beberapa rukun dan syarat tertentu sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Menurut mazhab Shafi‘i, rukun nikah ada lima perkara; iaitu lafaz akad nikah (sighah), suami, isteri, wali dan dua orang saksi. Syarat lafaz akad nikah ialah dengan menggunakan lafaz kahwin atau nikah, atau perkataan terbitan daripada kedua-duanya dan lafaz akad nikah atau kahwin dalam ijab dan qabul hendaklah jelas. Antara syarat-syarat bakal suami ialah bukan muhrim kepada bakal isteri tersebut, ditentukan dan bukan dalam ihram haji atau umrah. Begitu juga perempuan yang ingin berkahwin itu bukanlah muhrim kepada lelaki yang hendak memperisterikannya, ditentukan dan tidak mempunyai sebarang larangan seperti masih bersuami, sedang dalam iddah atau pun dalam ihram haji. Manakala syarat bagi seorang wali ialah mestilah beragama Islam, adil, baligh, berakal, tiada penyakit yang mencacatkan fikiran, tiada halangan dalam menguruskan hartanya kerana boros dan bukan dalam ihram haji ataupun umrah. Sementara syarat bagi saksi pula ialah beragama Islam, lelaki, berakal dan baligh, adil, mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik.

Al- Sunnah telah menjelaskan bahawa terdapat kelebihan berpoligami dengan anak dara sebagai contoh dalam pembahagian giliran bermalam antara anak dara dan janda. Dalam hal ini, al-Sunnah telah mengkhususkan tujuh malam berturut-turut bagi anak dara dan hanya tiga malam bagi mereka yang berkahwin dengan janda. Al-Shafi‘i menjelaskan bahawa seseorang lelaki disunatkan berkahwin dengan anak dara kerana hati mereka akan jinak dengan orang pertama yang digaulinya. berbanding janda yang pernah bersuami.



Takrifan.

Anak Dara dalam bahasa Arab ialah bikr, jamak al-bikr; abkar yang bermaksud perawan (gadis). Seorang gadis dinamakan bikr kerana keadaannya adalah sepertimana pada awal penciptaannya. Bikr juga bermakna “permulaan setiap sesuatu atau setiap perbuatan yang belum pernah dibuat sebelumnya. Ia juga bermakna seekor lembu betina atau seorang wanita yang belum mengandung. Demikian pula kalimah bikr bererti seorang wanita yang melahirkan anak pertama sama ada anak lelaki mahupun anak perempuan, dan juga bererti anak pertama daripada seekor unta.

Perkataan ini ada disebut dalam al-Quran sepertimana firman Allah SWT:

Yang bermaksud: Mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkan-Nya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya.”

Imam al-Tabari mentafsirkan perkataan abkara dalam ayat tersebut adalah lembu yang berukuran sederhana dan tidak terlalu kecil yang belum melahirkan.

Selain itu, firman Allah SWT:
Yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh).”

Al-Dahhak mentakrifkan makna abkara dalam ayat tersebut adalah ‘perawan’. Ummu Salamah, salah seorang isteri nabi pernah bertanya makna kalimah abkara dalam surah al-Waqi‘ah itu kepada Rasulullah. Beliau berkata, “Mereka adalah para wanita yang dimatikan di dunia dalam keadaan lemah(tua), dan beruban rambutnya, lalu Allah menciptakan mereka semula menjadi perawan atau gadis selepas mereka dewasa dan tua”. Menurut kamus anak dara ialah permpuan yang masih gadis, belum berkahwin dan belum hilang daranya.

Makna anak dara yang dikehendaki ialah wanita-wanita yang masih perawan, gadis suci lagi bersih, sebagaimana kesucian Maryam binti ‘Imran yang belum disentuh oleh mana-mana lelaki, walaupun dia telah melahirkan Nabi ‘Isa. Janda dalam bahasa Arab disebut thayyib adalah lafaz mufrad, jamaknya ialah thayyibat. Firman Allah SWT dalam kitab al-Quran al-Karim:

Yang bermaksud: “Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, - yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, - (meliputi) yang janda dan yang anak dara.”

Berdasarkan ayat tersebut, Allah berjanji mengahwinkan nabi jika nabi menceraikan salah seorang isterinya. Yang dimaksudkan dengan al-thayyib adalah Asiah isteri Firaun dan al-bikr adalah Maryam binti ‘Imran.

Al-Razi mengatakan bahawa imra’ah al-thayyib adalah seorang perempuan yang sudah disetubuhi. Dalam Mu‘jam al-Tullab, thayyibat al-Mar’ah bermaksud perempuan yang kehilangan suami atau perempuan yang berpisah dengan suaminya disebabkan perceraian. Al- thayyib pula bererti perempuan yang kehilangan suaminya dengan sebab kematian ataupun perceraian, yang hilang daranya. Manakala thayyib dalam Kamus al-Miftah mengandungi tiga maksud iaitu perempuan yang tidak perawan (gadis), balu yang kematian suami dan janda yang ditalak.
Kesimpulannya, yang dimaksudkan dengan thayyyib ialah wanita-wanita yang tidak perawan yang telah berpisah dengan suaminya sama ada disebabkan oleh penceraian atau kematian suaminya. Perbezaan janda dan balu ialah janda ialah perempuan yang pernah berkahwin tetapi tidak bersuami lagi kerana bercerai atau kematian suami. Manakala balu ialah perempuan yang suaminya telah meninggal dunia. Dalam erti kata lain janda ialah perempuan yang bercerai dengan suami sama ada bercerai hidup ataupun bercerai mati, sementara balu ialah perempuan yang bercerai mati dengan suaminya.



Kedudukan antara anak dara dan janda dalam perkahwinan.

Dalam al-Quran, Allah SWT menyebut secara keseluruhan berkenaan perkahwinan dengan anak dara mahupun janda dalam surah al-Tahrim ayat 5 yang bermaksud:

“Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, - yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, - (meliputi) yang janda dan yang anak dara.”

Dengan itu, hadith-hadith nabi s.a.w. memperincikan apa yang telah diringkaskan dalam al-quran serta mengkhususkan apa yang telah diumumkan dalam firman Allah SWT. Perbezaan antara anak dara dan janda dalam perkahwinan boleh dibahagikan kepada aspek-aspek berikut:

a) Saranan Rasulullah s.a.w. Untuk Berkahwin Dengan Anak Dara
b) Status Wali dalam pernikahan
c) Persetujuan Anak Dara dan Janda dalam Perkahwinan
d) Perbezaan Giliran Bermalam antara Anak Dara dan Janda

Aspek-aspek tersebut akan dihuraikan dengan lebih mendalam berpandukan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Selain itu, pandangan-pandangan para ulama muktabar turut dinukilkan bagi memantapkan serta megukuhkan lagi hujah-hujah berkenaan dengan perbezaan anak dara dan janda dalam perkahwinan menurut perspektif Islam. Huraian-huraiannya adalah seperti berikut:

A. Saranan Rasulullah s.a.w. untuk berkahwin dengan anak dara.

Perkahwinan merupakan ikatan suci yang terbina antara suami dan isteri dengan akad pernikahan yang sah menurut rukun dan syarat yang telah ditetapkan dalam Islam. Pemilihan untuk berkahwin dengan anak dara mahupun janda adalah hak individu tersebut. Ini kerana peranan seorang isteri sangat penting dalam kehidupan rumahtangga yang telah diamanahkan oleh Allah SWT. Selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya, seorang isteri seharusnya pandai menguruskan segala keperluan harian termasuklah pandai mengendalikan kenderaan, menjaga makan minum keluarga, mengandung, melahirkan, mendidik anak-anak, menjaga maruah suaminya dan sebagainya sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda:

خَيْرُ نِسَاءٍ رَكِبْنَ الإِبِلَ صَالِحُو نِسَاءٍ قُرَيْشٍ أَحْنَاهُ عَلَى وَلَدٍ فِى صِغَرِهِ وَأَرْعَاهُ عَلَى زَوْجٍ فِى ذَاتِ يَدِهِ.
“Wanita yang terbaik adalah wanita yang pandai mengenderai unta. Wanita Quraisy yang terbaik adalah sangat mengasihani (menyayangi) anak-anak kecil serta sangat pandai menjaga harta-benda suaminya”.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحِسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ.
“Wanita dikahwini kerana empat hal: kerana harta-bendanya, status sosialnya, keindahan wajahnya dan kerana ketaatannya kepada agama. Pilihlah wanita yang taat kepada agama, maka kamu akan berbahagia.”

Agama Islam juga mengajarkan umatnya supaya memilih calon isteri yang sihat, cantik, penyayang, keturunan yang baik, taat kepada agama dan sebagainya.
Sabda Nabi s.a.w.:
عَلَيْكُمْ بِالأَبْكَارِ, فَإِنَّهُنَّ أَعْذَبُ أَفْوَاهًا, وَأَنْتَقُ أَرْحَامًا, وَأَرْضَى بِالْيَسِيْرِ.

“Hendaklah kamu memilih perempuan yang masih dara kerana mereka menuturkan kata-kata yang baik, mampu mempunyai anak yang ramai dan lebih reda kepada kehidupan yang sederhana.”

Hadith tersebut menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. menyarankan kepada kaum muslimin agar berkahwin dengan perempuan yang masih dara. Perempuan yang masih dara akan menuturkan kata-kata yang baik, mampu mempunyai anak yang ramai dan lebih reda dengan kehidupan yang sederhana. Dengan demikian ianya akan menguatkan lagi ikatan perkahwinan yang terbina di antara mereka.

Al-Shafi‘i menjelaskan bahawa seseorang lelaki disunatkan berkahwin dengan anak dara kerana hati mereka akan jinak dengan orang pertama yang digaulinya. Demikian juga Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan kenapa perlu memilih anak dara.

B. Keperluan izin wali dalam pernikahan.

Orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan dikenali sebagai wali. Wali mesti wujud dalam pernikahan seorang perempuan, sama ada perempuan tersebut masih kecil atau sudah baligh, janda atau anak dara untuk mengendalikan akad perkahwinannya.

Abi Musa berkata, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

لاَ نِكَاحَ إِلاَّ بِوَلِيٍ
Yang bermaksud: “Tidak ada nikah kecuali dengan adanya wali.”

Jumhur ulama berpendapat bahawa, “Pernikahan tanpa wali, adalah batil (tidak sah). Orang yang berbuat seperti itu harus diberi hukuman (ta‘zir), sebagaimana yang dilakukan oleh khalifah Umar bin al-Khatab. Ini adalah pendapat Imam Shafi‘i dan ulama lainnya. Bahkan ada sebahagian mereka yang melaksanakan had (hukuman yang berdasarkan nas) sebagai balasan perbuatan tersebut degan cara merejam dan sebagainya.

Imam Shafi‘i juga mengatakan bahawa apabila seorang perempuan tidak mempunyai wali, maka hak untuk mengahwinkannya berpindah kepada kadi (wali Sultan ataupun wali Raja) kerana dia dilantik untuk memberikan kebaikan kepada orang Islam. Mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali mempunyai kebaikan (maslahah) yang wajib direalisasikan, sebagaimana yang telah disebutkan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w.:

فَالسُّلْطَانُ وَلِيُّ مَنْ لاَ وَلِيَّ لَهُ .
“Maka sultan (penguasa) adalah wali bagi mereka yang tidak mempunyai wali.”

Selain itu, al-Shafi‘i berpendapat bahawa apabila perempuan di akadkan oleh wali yang memiliki pertalian keluarga yang lebih jauh, sedangkan wali yang mempunyai pertalian keluarga yang lebih dekat hadir, maka nikah tersebut batal. Jika wali yang terdekat tidak hadir, maka wali berikutnya tidak berhak melangsungkan akad nikah dan orang yang berhak melangsungkan akad nikah dalam kes ini adalah kadi.

Demikian juga halnya dengan seseorang perempuan yang sudah baligh dan berakal (anak dara) meminta untuk mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang setaraf (sekufu) dengannya, maka wali wajib mengahwinkannya. Jika wali enggan, sekalipun wali itu ialah bapanya, dia hendaklah dikahwinkan oleh wali sultan. Ini kerana hak mengahwinkan beliau dengan lelaki yang sekufu adalah hak yang mesti ditunaikan oleh walinya. Jika wali enggan menunaikannya, pemerintah (wali sultan) akan menunaikannya. Hukum ini adalah berdalilkan kepada dalil yang telah disebutkan di atas.

Jika perempuan tersebut meminta dikahwinkan dengan seorang lelaki yang sekufu dengannya dan walinya ingin mengahwinkannya dengan lelaki lain yang juga sekufu, wali berhak melarang anaknya berkahwin dengan lelaki pilihannya dan mengahwinkannya dengan lelaki yang dipilih oleh beliau jika anak perempuannya masih lagi dara. Ini kerana pandangan wali lebih sempurna daripada pandangan anaknya.

Al-Quran juga melarang wali menahan dan menyekat perempuan yang telah diceraikan(janda) - setelah habis iddah - dari kembali semula kepada suaminya apabila kedua-duanya telah bersetuju untuk berbaik semula. Sebagaimana firman Allah SWT:

Yang bermaksud: “Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa iddah mereka maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh syarak).”

Ayat al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w. tersebut, jelas menunjukkan bahawa wali merupakan individu yang bertanggungjawab dan berkuasa penuh mengakadnikahkan seorang perempuan dengan bakal suaminya. Tanpa kehadiran wali di dalam majlis pernikahan tersebut, maka pernikahan itu akan terbatal dengan sendirinya dan menjadi tidak sah.

C. Persetujuan dan penyaksian anak dara dan janda dalam perkahwinan.

Sesebuah pernikahan tidak akan sah kecuali dengan adanya wali, maka adalah menjadi kewajipan pula untuk meminta persetujuan dari perempuan yang berada di bawah perwaliannya. Jika perempuan tersebut seorang gadis (anak dara), maka harus juga meminta izinnya, dan diamnya merupakan tanda ia setuju. Bapa dan datuk boleh memaksa anak perempuannya yang masih dara berkahwin, tetapi tindakan begini (tidak mendapatkan pandangannya) bukanlah suatu tindakan yang afdal (lebih baik). Adalah lebih baik dan sunat ialah wali meminta izin terlebih dahulu kepada perempuan tersebut sebelum mengahwinkannya, menghormati pandangannya serta menyenangkan hatinya. Hal ini disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w. berkaitan dengan persetujuan seorang wanita yang hendak dikahwini adalah sebagaimana yang berikut:

Bagi wanita yang masih gadis, baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:

لاَ تُنْكَحُ الاَيِّمُ حَتَّى تُسْتَأْمَرَ وَلاَ تُنْكَحُ الْبِكْرُ حَتىَّ تُسْتَأْذَنَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ وَكَيْفَ إِذْنُهَا قَالَ أَنْ تَسْكُتَ.
“Tidak boleh mengahwinkan seorang wanita janda sehingga bermesyuarat terlebih dahulu dengannya, dan tidak boleh mengahwinkan seorang gadis sebelum meminta izin kepadanya.” Mereka bertanya: “Bagaimana izin gadis itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “kalau ia diam.”

Manakala, persetujuan seorang janda untuk dikahwini adalah terletak atas dirinya dan harus meminta persetujuannya (pendapatnya) berdasarkan sabda baginda Rasulullah s.a.w.:
قَالَ الاَيِّمُ أَحَقَّ بِنَفْسِهَا مِنْ وَلِيِّهَا ...
“Seorang janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya…”

Pada zaman baginda Rasulullah s.a.w., baginda pernah membatalkan perkahwinan seorang janda yang dinikahi oleh ayahnya tanpa persetujuan darinya. Perkara ini telah diceritakan oleh Khansa’ binti Khidam al-Ansari r.a. dalam sebuah hadith sebagaimana berikut:

أَنَّ أَبَاهَا زَوَّجَهَا وَهِىَ ثَيِّبٌ فَكَرِهَتْ ذَلِكَ فَأَتَتْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَدَّ نِكَاحَهُ.
“Ia menceritakan bahawa bapanya mengahwinkannya (tanpa izinnya), sedangkan ia adalah seorang janda. Ia tidak suka dengan keadaan itu. Lalu ia datang menemui Rasulullah s.a.w., maka Rasulullah s.a.w. membatalkan perkahwinan itu.”

Menurut Ibn Taymiyyah, persetujuan tersebut menyatakan tentang dua hal iaitu ‘izin’ di satu pihak dan ‘pendapat’ di satu pihak yang lain. Demikian juga sikap ‘diam’ dan ‘berbicara’ dijadikan simbol kepada persetujuan. Kedua-dua perbezaan inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. berkaitan dengan persetujuan ‘seorang gadis’ dan ‘seorang janda’. Rasulullah s.a.w. tidak membezakan antara keduanya dalam hal ‘boleh paksa’ atau ‘tidak boleh’, sebab seorang gadis, biasanya malu untuk mengungkapkan isi hatinya, maka suatu lamaran tidak ditujukan kepada dirinya, tetapi ditujukan kepada walinya. Lalu walinya meminta persetujuan kepadanya dan gadis itu bersetuju.

Pada prinsipnya bukan menyuruh, tetapi meminta izin kepadanya, dan izinnya adalah sikap diamnya. Lain pula halnya dengan seorang janda, kerana sifat malunya dia dapat berbicara terus mengenai pernikahannya dan meminta walinya untuk menikahkannya. Dalam hal ini, kedudukan wali adalah sebagai ‘orang yang diperintah’ bagi wali kepada seorang janda, dan sebagai “orang yang bersetuju” bagi wali kepada seorang gadis.

Menurut Kamil Uwaidah, seorang bapa berhak dan boleh memaksa anak gadisnya berkahwin dengan sesiapa sahaja yang dikehendakinya tetapi dengan syarat, hendaklah suami mampu mengeluarkan perbelanjaannya sendiri apabila diminta oleh isteri, kerana itu adalah haknya menurut kaca mata syarak. Suami juga tidak mempunyai kecacatan dan hendaklah sekufu dengan perempuan itu bukan dari segi keturunan sahaja, bahkan juga dari segi keilmuan, pengetahuan dan sifat-sifat yang terpuji.

Demikian pula sebaliknya bagi seorang perempuan yang telah menjadi janda, dia lebih berhak ke atas dirinya berbanding dengan walinya. Dengan kata lain, walinya tidak boleh melangsungkan perkahwinan kecuali dengan persetujuan daripadanya, kerana dia lebih berhak menentukan masa depan dirinya sendiri.  Husein Abdul Hamid menceritakan satu riwayat yang berasal dari Juraij, disebutkan bahawa dia berkata; bahawa kami mendapatkan riwayat dari Ikrimah bin Khalid, bahawa dia berkata: “Di suatu jalan kami berkumpul dengan rombongan pedagang yang mengenderai unta, dalam rombongan tersebut terdapat seorang perempuan yang berstatus janda, kemudian janda tersebut menyerahkan urusannya kepada seorang lelaki di antara mereka, kemudian lelaki tersebut menikahkan janda tersebut dengan seorang lelaki yang ada di antara mereka (tanpa wali), mengetahui hal tersebut sahabat Umar bin Khatab menyebat orang yang menikah tersebut dan membatalkan nikahnya. Sunat menyaksikan kerelaan pengantin perempuan untuk melaksanakan akad. Ini berlaku dengan cara dua orang saksi yang cukup syarat mendengar keizinan dan keredaan pengantin perempuan untuk melaksanakan akad seperti dia berkata: ‘Aku rela dengan akad ini’ atau ‘aku mengizinkan akad ini’. Ini dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga untuk menjamin tidak berlakunya pengingkaran selepas akad.



D. Perbezaan giliran bermalam antara anak dara dan janda.

Apabila seorang lelaki mengahwini lebih daripada seorang perempuan, maka wajib baginya berlaku adil kepada semua isterinya. Keadilan yang dimaksudkan adalah adil dalam memberikan nafkah, tempat tinggal, pergaulan yang baik serta melaksanakan kewajipan sebagai seorang suami terhadap isteri-isterinya. Kesemua tanggungjawab tersebut mampu dilakukan oleh kebanyakan manusia yang berpoligami. Sekiranya keadilan dalam aspek-aspek tersebut tidak mampu dipenuhi bagi mereka yang hidup berpoligami, maka di hari akhirat nanti mereka tergolong dalam kalangan orang yang badannya miring(senget) kerana tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya:

مَنْ كَانَتْ لَهُ امْرَأَتاَنِ فَمَالَ إِلىَ إِحْدَاهُمَا جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَشِقُّهُ مَائِلٌ.
“Barangsiapa yang memiliki dua orang isteri, kemudian ia tidak bersikap adil, maka ia akan datang pada hari khiamat dalam keadaan badannya miring (senget)”.

Demikian juga halnya dalam pembahagian giliran bermalam bagi para isteri. Semua isteri berhak mendapat giliran bermalam bersama suaminya walaupun salah seorang daripada mereka sakit, didatangi haid atau nifas selagi mereka taat kepada suami mereka. Suami wajib berlaku adil kepada isteri-isterinya dalam pembahagian giliran bermalam atau dalam hal-hal lain. Sebagaimana firman Allah SWT:

Yang bermaksud: “Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.”

Sunnah bagi suami mengkhususkan tujuh malam berturut-turut kepada anak dara yang baru dikahwininya, manakala bagi janda yang baru dikahwininya, mereka wajib mengkhususkan tiga malam berturut-turut untuknya, sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Anas r.a. sabda Rasulullah s.a.w.:

مِنَ السُّنَّةِ إِذَا تَزَوَّجَ الرَّجُلُ الْبِكْرَ عَلىَ الثَّيِّبِ أَقَامَ عِنْدَهَا سَبْعًا وَقَسَمَ وَإِذَا تَزَوَّجَ الثَّيِّبَ عَلىَ الْبِكْرِ أَقَامَ عِنْدَهَا ثَلاَثاً ثُمَّ قَسَمَ.
“Telah menjadi sunnah jika seseorang mempunyai isteri janda, lalu ia berkahwin dengan seorang gadis, maka ia tetap tinggal dengan isteri mudanya selama tujuh hari, setelah itu bergiliran. Kalau ia mempunyai isteri gadis, lalu ia berkahwin pula dengan seorang janda, maka ia tinggal selama tiga hari dengan isterinya yang baru, setelah itu bergiliran.”

Demikian juga, dalam hadith yang lain menceritakan bahawa isteri Rasulullah s.a.w., Saudah telah memberikan giliran bermalamnya bersama Rasulullah s.a.w. kepada Aisyah:

قَالَتْ سَوْدَةُ بِنْتُ زَمْعَةَ حِينَ أَسَنَّتْ وَفَرِقَتْ أَنْ يُفَارِقَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ يَوْمِي لِعَائِشَةَ
“Saudah binti Zam‘ah ketika telah berusia lanjut dan takut ditinggalkan Rasulullah s.a.w., ia berkata; wahai Rasulullah, hariku untuk Aisyah.”

Hadith tersebut menunjukkan perintah untuk mengutamakan isteri yang baru dinikahi bagi suami yang sudah mempunyai isteri. Al-Shan‘ani menukilkan pandangan Ibn Abdil Bar yang berkata, “Jumhur Ulama mengatakan bahawa itu adalah hak wanita kerana adanya pernikahan, sama ada suami tersebut sudah berkahwin ataupun belum. Pendapat inilah yang dipilih oleh al-Nawawi, walaupun hadith tersebut merujuk kepada suami yang sudah mempunyai isteri. Jumhur ulama membezakan waktu giliran antara isteri yang masih gadis dan janda. Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa pembahagian itu wajib hukumnya bagi isteri yang baru dinikahi.

Perbincangan.

Berdasarkan aspek-aspek yang telah dikemukan terdapat empat perbezaan perkahwinan antara anak dara dan janda iaitu saranan rasulullah s.a.w. untuk berkahwin dengan anak dara, status wali dalam pernikahan, persetujuan dan penyaksian anak dara dan janda dalam perkahwinan dan perbezaan giliran bermalam antara anak dara dan janda. Pemilihan bakal isteri antara anak dara dan janda sering menjadi topik perbincangan dewasa ini. Kebanyakkan daripada mereka memilih anak dara sebagai teman hidup mereka. Ada juga dalam kalangan mereka berkahwin dengan janda. Namun begitu, terserahlah kepada individu tersebut yang mana menjadi pilihan dihatinya. Islam menggalakkan umatnya berkahwin awal dan berkahwin dengan anak dara. Anak dara merupakan seorang yang masih gadis, suci dan belum pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki. Oleh yang demikian, perkahwinan dengan anak dara akan memberi peluang yang lebih luas untuk melahirkan ramai anak. Ini kerana keadaan mereka yang masih kuat, sihat dan berupaya untuk mengandung serta melahirkan ramai anak tanpa sebarang risiko. Walau bagaimanapun, kesemuanya adalah kehendak dan anugerah dari Allah SWT. Pada hari akhirat kelak, Rasulullah s.a.w. sangat berbangga dengan umatnya yang mempunyai anak yang ramai sebagaimana sabda baginda s.a.w.:

تَزَوَّجُوا الْوَدُودَ الْوَلُودَ فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمْ الأُمَمَ
"Nikahkanlah wanita-wanita yang penyayang dan subur (banyak keturunan), karena aku akan berbangga kepada umat yang lain dengan banyaknya kalian."

Berdasarkan hadith tersebut, dapat diketahui bahawa sunnah Rasulullah s.a.w. adalah “meramaikan anak” dan baginda berbangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat kelak berbanding dengan umat yang lain. Pemilihan bakal isteri merupakan satu rukun daripada rukun-rukun kekeluargaan. Agama Islam menyuruh mereka yang ingin mendirikan rumah tangga untuk mencari wanita yang solehah sebagai calon isteri. Terdapat beberapa perkara menarik bagi mereka yang berkahwin dengan anak dara seperti sikapnya yang keanak-anakkan, manja, suka dibelai akan melahirkan suasana yang lebih mesra dan romantik. Ketaatan kepada agama adalah perkara yang paling utama dalam pemilihan bakal isteri kerana isteri yang taat kepada agama seperti tidak meninggal solat, berpuasa di bulan Ramadan, rajin beribadat, menutup aurat dan sebagainya akan mudah metaati dan menghormati suaminya berbanding perempuan yang tidak mentaati agama. Kebiasaannya sikap perempuan sebegini akan mudah untuk melawan, membantah serta menderhakai suaminya.

Antara sebab lain digalakan berkahwin dengan anak dara adalah mereka menuturkan kata-kata baik, lemah lembut dan memikat hati suami yang mendengarnya. Selain itu, sikap mereka yang redha dengan kehidupan yang sederhana, sentiasa bersyukur dan sedia menerima kekurangan dalam rumahtangga sama ada pemberian tersebut dari segi material mahupun seksual. Sikap mudah tersinggung, cepat terasa hati dan cemburu merupakan asam garam dalam berumahtangga adalah perkara biasa untuk melengkapkan lagi ikatan perkahwinan yang telah terbina antara suami isteri. Oleh yang demikian, Islam menggalakkan para suami yang ingin mendirikan rumah tangga berkahwin dengan anak dara.
Galakan Nabi s.a.w memilih anak dara untuk dijadikan teman hidupnya adalah demi kemesraan dan kebahgiaan rumahtangga. Namun jika seseorang lelaki mempunyai alasannya yang tersendiri, seperti pemilihan janda tersebut akan membawa kebaikan tertentu kepadanya, maka itu adalah haknya. Hal ini pernah berlaku kepada Jabir r.a. yang memilih seorang janda sebagai teman hidupnya. Baginda s.a.w. tidak membantah perbuatan tersebut malah mendoakan kebaikan untuk Jabir r.a. Peristiwa ini diceritakan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a. katanya:

تَزَوَّجْتُ امْرَأَةً عَلىَ عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَقِيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, فَقَالَ: أَتَزَوَّجْتَ يَا جَابِرُ؟ قُلْتُ: نَعَمْ, قَالَ: أَبِكْرًا أَوْ ثَيِّباً؟ قُلْتُ: ثَيِّباً, قَالَ فَهَلاَّ بِكْرًا تُلاَعِبُهَا؟ قُلْتُ: كُنَّ لِي أَخَوَاتٌ, فَخَشِيْتُ أَنْ تَدْخُلَ بَيْنِي وَبَيْنَهُنَّ, قَالَ: فَذَاكَ إِذَنْ.
“Aku menikahi seorang perempuan pada zaman Rasulullah s.a.w., kemudian aku menemui Rasulullah s.a.w. dan beliau pun berkata, “ Adakah kamu sudah menikah wahai Jabir?” aku menjawab, “Ya.” Baginda berkata lagi, “Adakah ia seorang gadis ataupun janda?” Aku katakan, “Janda.” Maka baginda pun berkata, “Kenapa tidak dengan anak dara, kamu boleh bergurau senda dengannya?” Aku menjawab, “Aku mempunyai beberapa orang saudara perempuan, dan aku takut akan terjadi sesuatu antara aku dengan mereka.” Beliau bersabda, “Tidak mengapa jika demikian.” Begitu juga seseorang lelaki wajar mengahwini janda untuk tujuan memberikan pertolongan kepadanya seperti janda yang kehilangan suami sedangkan dia tanpa tempat bergantung. Ini terutama bagi janda yang berasal daripada keluarga bukan Islam atau negara yang jauh. Jika perkahwinan itu mempunyai hasrat menyelamatkan agamanya, itu adalah kebaikan. Ini kerana Rasulullah s.a.w juga mengahwini wanita, yang hampir kesemuanya isteri-isteri baginda berstatus janda kerana baginda ingin menolong mereka.

Rasulullah s.a.w. berkahwin dengan sembilan orang wanita. Daripada kesembilan orang isteri tersebut, hanya seorang sahaja isteri baginda s.a.w. yang dinikahi ketika masih gadis iaitu Saidatina Aisyah bt Abu Bakar r.a. Di antara isteri baginda s.a.w. yang sudah memiliki anak sebelum berkahwinan dengan baginda adalah Ummu Salamah bt Abu Umayyah r.a. Ummu Salamah mempunyai dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan semasa pernikahannya dengan Abu Salamah. Manakala Siti Khadijah pula sebelum perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w., beliau sudah pun mempunyai dua orang anak, seorang anak lelaki dengan suami pertamanya, Abi Halah bin Zurarah al-Tamimi dan seorang anak perempuan dengan suami yang kedua iaitu Atiq bin Aziz al-Makhzumi, kedua-dua anaknya diberi nama Hindun. Isteri-isteri baginda s.a.w. yang lainnya adalah janda yang tidak mempunyai anak iaitu Saudah bt Zam’ah r.a., Hafsah bt Umar al-Khatab r.a., Zainab bt Khuzaimah r.a., Zainab bt Jahsyi r.a., Juwairiyah bt al-Harith r.a., Ummu Habibah bt Abu Sufyan r.a., Safiyyah bt Huyay r.a., Maimunah bt al-Harith dan Mariah al-Qibtiyyah r.a. Kesemua isteri-isteri baginda s.a.w. digelar sebagai ‘Ummahat al-Mukmnin’.

Perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan para isterinya yang bergelar janda didasari oleh beberapa sebab. Sebab yang paling utama adalah untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Sebagai contoh, perkahwinan baginda s.a.w. dengan Saudah adalah untuk menyelamatkannya dari kekafiran. Ini kerana keadaan keluarga Saudah yang masih kafir dan ditakuti mereka akan mempengaruhinya untuk kembali ke dalam kekafiran jika tidak diselamatkan. Demikian juga perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Juwairiyah, puteri al-Harith bin Dhirar yang memimpin Bani Mustalik adalah bertujuan untuk melunakkan hati suku Kaum Bani Mustalik kepada Islam. Rasulullah s.a.w. mengahwini Ummu Habibah adalah untuk menghiburkan hatinya dan menjadi pengganti yang lebih baik baginya kerana suaminya telah murtad sedangkan beliau tetap istiqamah terhadap agamaya. Sebab lain yang mendorong baginda s.a.w. untuk berkahwin adalah untuk menjaga keluarga dan anak-anak janda tersebut. Selain itu, Rasulullah s.a.w. berkahwin dengan Aisyah dan Hafsah adalah untuk menyambung silaturrahim serta mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.

Demikianlah keistimewaan-keistimewaan Rasulullah s.a.w. yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepadanya. Setiap seorang daripada isteri baginda s.a.w mempunyai sebab-sebab tersendiri yang menyebabkan beliau mengahwini mereka. Jelaslah bahawa perkahwinan Rasulullah s.a.w. bertunjangkan matlamat dan tujuan yang jelas iaitu untuk menegakkan ajaran Islam di bumi ini. 

Rumusan dan penutup.

Sememangnya, Islam tidak memandang rendah kepada kaum perempuan yang bergelar janda, malah agama Islam mengharuskan bagi kaum lelaki yang berkemampuan untuk membantu dan memberi pertolongan kepada mereka. Oleh yang demikian, poligami diharuskan untuk membantu golongan janda yang bercerai dengan suaminya sama ada bercerai hidup ataupun bercerai mati dengan syarat lelaki tersebut boleh berlaku adil kepada para isterinya. Terdapat juga sebahagian daripada sahabat Nabi s.a.w. yang berkahwin dengan janda, bahkan Rasulullah s.a.w. sendiri mengahwini isteri-isterinya yang hampir kesemuanya berstatus janda. Namun begitu dari segi keutamaan, terdapat pilihan bagi seorang lelaki untuk memilih anak dara mahupun janda yang kedua-duanya baik dari semua sudut untuk dijadikan teman hidupnya. Maka dalam keadaan ini memilih anak dara diutamakan. Hal ini kerana sifat dan sikap anak dara yang lemah lembut dan pemalu akan lebih memuaskan hati si suami yang baru pertama kali bersama dengannya. Selain itu, kasih sayang yang diberikan kepada suaminya adalah semata-mata untuk suaminya, tiada perbandingan dan perbezaan kasih sayang dengan suami yang sebelum berbanding janda yang pernah memiliki suami. Mereka berkemungkinan akan membuat perbandingan dari pelbagai sudut antara suami yang baru dengan suami yang lama. Keduanya mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Walaubagaimanapun, wujudnya perbezaan tersebut adalah kerana terdapat galakan dalam Islam supaya mengahwini anak dara.



RUJUKAN.

Al-Quran al-Karim.
Abu Daud Sulaiman Ibn al-Ash’ath al-Sijistani. 1999. Sunan Abu Daud. Al-Qahirah: Dar al-
Hadith.
al-Bukhari, Muhammad Ismail. t.th. al-Jami‘ al-Sahih. Al-Qahirah: al-Matba‘ah al-Salafiyah.
Husein Abdul Hamid. 2007. Mukhtasar Kitab al-Umm Fi al-Fiqh Imam al-Shafi’i. Jil. 2. Terj. M.Mujib, A. Huda & Yasin. Abu Ezzat al-Mubarak (pnyt.)Johor Baru: Perniagaan Jahabersa.
Ibn Kathir, Ismail Kathir al-Qurasyi. 1998. Tafsir al-Qur’an al-‘Azim. Beirut: al-Maktabah al-‘Asriyyah.
Ibn Taimiyah. 2002. Majmu‘ Fatawa tentang Nikah. Terj.Abu Fahmi Huaidi & Syamsuri an-
Naba. Jakarta: Pustaka Azzam, Penerbit Buku Islam Rahmatan.
Kamil Uwaidah. 2007. Himpunan Fatwa-fatwa Semasa Daripada Zaman Salafus Soleh
Sehingga Ke Zaman Ulama Masa Kini. Terj.Basri Ibrahim. Kuala Lumpur: al-Hidayah Publication.
Kamus Dewan. 1994. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan. 2005. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Khairi Zainuddin, Mohd Nazri Zainuddin & Mohd Fuad Mohd Isa. 2007. Al-Miftah.
Selangor: al-Azhar Media Enterprise.
Muhammad Ibn Yazid al-Qadhwini (Ibn Majah). t.th. Sunan Ibn Majah. Riyadh: Maktabah al-Ma’arif.
Muhammad Idris al-Shafi‘i. 1990. Al-Umm. Jld. 5; Kitab al-Nikah. Al-Qahirah: Dar al-Qad
al-‘Arf.
Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha & Ali al-Sharbaji. 2011. Al-Fiqh Al-Manhaji Madhhab Al-Shafi‘i. Terj.Zulkifle Mohammad al-Bakri & rakan-rakan.Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha & Ali al-Sharbaji. 2002. Al-Fiqh Al-Manhaji (Kitab Fikah Madhhab Shafi‘i; Menghuraikan Bab Undang-Undang Kekeluargaan). Jil. 4.Terj. Azizi Ismail & Mohd Asri Hashim. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha & Ali al-Sharbaji. 2005. Al-Fiqh al-Manhaji; Kitab Fikah Madhhab Shafi‘i. Pustaka Salam Sdn. Bhd : Kuala Lumpur.
al-Naisaburi, Abi al-Husain Muslim al-Hajjaj. t.th. al-Jami‘ al-Sahih. Misr: Maktabah wa
Matba‘ah Mustafa al-Babi al-Halabi.
al-Raqib al-Asfahani, Abu Qasim al-Husayn Muhammad. 1961. Al-Mufradat fi Qarib al-Quran. Muhammad Sayyid Kailani (pnty.). Mesir: Syarikah Maktabah wa Matba‘ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh.
al-Razi, Zayn al-Din Muhammad Abi Bakr ‘Abd Qadir. 1987. Mukhtar al-Sihhah. Madinah:
Maktabah Tayyibah.
Sayyid Qutb. 2010. Tafsir fi Zilal al-Qu’ran. Jil. 2. Terj.Yusoff Zaki Yacob. Kuala Lumpur:
Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd.
Sayyid Sabiq. 1995. Fiqh al-Sunnah. Jil. 2. Syarikat Manar al-Dauliyyah: Qahirah.
al-Shan‘ani, Muhammad bin Ismail al-Amir. 2007. Subulus Salam; Syarah Bulughul Maram.
Terj.Muhammad Isnan, Ali Fauzan & Darwis. Jakarta: Darus Sunnah Press.
al-Siba‘i, Mustafa. 1961. Al-Sunnah wa Makanatuha fi Tashri’ al-Islami. Qahirah: Maktabah
Dar al-‘Urubah.
al-Syawkani, Muhammad ‘Ali Muhammad. 1994. Fath al-Qadir. Beirut: Dar al-Kutub al-
‘Ilmiyyah.
al-Tabari, Abu Ja‘far Muhammad Jarir. 1995. Jami‘al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Quran. Beirut:
Dar al-Fikr.

Tarikudin Hassan. 2008. Sejarah rasul Ulul Azmi Terbesar Nabi Muhammad s.a.w. Johor:
Perniagaan Jahabersa
Yusuf Syukri Farhat. 2005. Mu‘jam al-Tullab. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah.
al-Zawi, al-Tahir Ahmad. t.t. Tartib al-Qamus al-Muhit. Kaherah: ‘Isa al-Babi al-Halabi wa
Syuraka’uh.
Zulkifli Mohd Yusoff. 2009. Kamus al-Quran; Rujukan Lengkap Kosa Kata dalam al-Quran. Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.

]]>
8 Sifat Wanita Yang Baik Untuk Dijadikan Isteri Dan Ibu Kepada Anak-Anak. https://redaksi.com/1141-8-sifat-wanita-yang-baik-untuk-dijadikan-isteri-dan-ibu-kepada-anak-anak Thu, 07 Sep 2017 15:40:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1141 Sila Baca 8 Sifat Wanita Ini Yang Baik Untuk Dijadikan Isteri Dan Ibu Kepada Anak-Anak :

1. Seorang perempuan yang beragama dan mempunyai sifat- 
sifat solehah serta takut akan Allah s.w.t. dan senantiasa menjauhkan diri daripada laranganNya dan perkara perkara yang haram. 

Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud 

“ Berkahwin akan perempuan itu kerana hartanya, dan eloknya, dan kerana bangsanya, dan kerana agamanya, maka lazimkan olehmu berkahwin dengan  perempuan yang mempunyai agama” .

Namun ini tidaklah bermaksud harta dan rupa paras tidak dipentingkan dalam Islam. Dalam hadits lain ada menyebut bahawa salah satu ciri wanita yang baik adalah apabila suami memandang isteri, si suami akan merasa senang dan tenang . Ini berdasarkan jawapan Rasulullah s.a.w kepada sahabat apabila ditanya 



‘Siapakah orang perempuan yang baik itu”. 

Maka jawab Rasulullah s.a.w., 

“Perempuan yang baik itu ialah yang apabila engkau pandang mukanya, engkau akan rasa seronok”. 

Namun Nabi s.a.w tetap menyarankan supaya kreteria pertama yang akan diambil kira apabila memilih isteri adalah dari segi agamanya seperti maksud sabdanya 

“Kalau sekiranya isteri kamu seorang hamba yang hitam kulitnya tetapi mempunyai agama yang kuat maka itu adalah lebih baik bagimu”. 

2. Disunatkan memilih seorang perempuan yang baik perangai dan akhlaknya.

Kerana ianya akan membantu dalam menyempurnakan ibadah terhadap Allah s.w.t. Dinyatakan bahawa seorang pempuan yang buruk perangainya dan jahat lidahnya  akan mendatangkan banyak mudarat di dalam sesebuah keluarga daripada manfaatnya melainkan suaminya itu adalah seorang yang sangat sabar orangnya  dengan telatah dan kerenah isteri.Dalam hal ini dinyatakan juga sebagai panduan enam (6) sifat perempuan yang sebolehnya dielakkan apabila memilih calon isteri. 



Sifat Al-Annaanah.

Perempuan yang perbanyakkan keluh kesah dan suka mengadu-ngadu padahal dia sentiasa menghiasi dirinya.Jika dikahwini perempuan yang demikian akan menyakitkan hati dan tidak peroleh didalamnya kebajikan.

Sifat Al-Mannaanah.

Perempuan yang banyak membangkitkan atas suaminya iaitu seorang isteri yang  suka mengungkit samada kebaikkannya ataupun keburukkan suaminya dalam pertuturan seharian bersama suaminya. 

Sifat Al-Hannaanah. 

Perempuan yang berkeinginan terhadap lelaki lain selain suaminya.Diwajibkan kepada lelaki supaya menjauhi perempuan yang bersifat tersebut kerana banyak mudaratnya. 

Sifat Al-Haddaaqah. 

Perempuan yang gemar akan tiap-tiap sesuatu dan ingin dia akan ia dan dengan itu memberatkan dia akan suaminya untuk membeli barangan tersebut. 

Sifat Al-Barraaqah.

Terdapat dua sifat Al-Barraqah iaitu :- 

1.  Terlalu suka menghias diri dan mencantikkan wajahnya secara keterlaluan. 

2.  Suka memarahi keatas rezeki yang disediakan dan senantiasa merasa pemberian suami tidak mencukupi.(Termasuk sifat suka membandingkan pemberian suami dengan orang lain yang mendapat lebih baik dari suami mereka pada anggapannya) 

Sifat Al-Sallaaqah. 

Perempuan yang suka memperbanyakkan perkataan iaitu perempuan yang suka bercakap sesuatu yang tidak berfaedah dan berbau umpatan. 

Selain itu menurut kata Saidina Ali r.a , terdapat juga sifat-sifat yang dianggap tidak  baik jika ada pada seorang lelaki tetapi ianya baik jika terdapat pada seorang  perempuan iaitu :- 

Sifat Al-Baqlu. 

Sifat kikir / kedekut kerana dengan sifat ini akan terpelihara harta suami. 

Sifat Az-Zahhu. 

Sifat membesarkan diri / sombong kerana apabila seseorang perempuan itu membesarkan dirinya maka enggan dia untuk berkata-kata dengan semua orang  dengan perkataan yang lemah lembut. Maka dengan itu akan terpeliharalah suami dari perasaan cemburu dan gelisah. 



Sifat Al-Jubnu. 

Sifat penakut kerana dengan sifat ini akan terhindar ia daripada keluar rumah sesuka hati tanpa mengira masa dan waktu.Sifat ini juga akan memelihara seorang isteri daripada sifat cemburu dan perasaan curiga suami. 

3. Disunatkan memilih perempuan yang elok rupa parasnya. 

Disarankan untuk memilih seorang perempuan yang cantik rupa parasnya kerana dengannya semoga akan terhindar keinginan lelaki tersebut untuk memandang akan  perempuan yang lainnya. Namun di ingatkan lagi bahawa di tegah untuk mengahwini seorang perempuan yang cantik tetapi tidak mempunyai agama.Dalam hal ini kita disarankan juga untuk memilih seorang perempuan yang kurang elok dari segi paras rupanya asalkan perempuan tersebut kuat beragama dam berakhlak mulia jika perkahwinan tersebut semata-mata untuk mengikut sunnah Nabi s.a.w dan untuk mendapatkan zuriat serta untuk membantunya mentadbirkan rumahtangganya, dan kebanyakkan orang-orang alim dan soleh memilih perempuan yang sebegini untuk dijadikan isteri. 

4. Disunatkan untuk memilih seorang perempuan yang mas kahwinnya kurang / murah.

Kerana sabda Nabi s.a.w yang maksudnya 

“ Bermula yang terlebih baik perempuan itu ialah yang terlebih baik mukanya dan yang terlebih murah isi kahwinnya” 

Dan dalam hadist Nabi s.a.w. yang lainnya bermaksud 

“Setengah dari baraqah maka perempuan itu iaitu segerakan dipersuamikan dan di segerakan rahimnya itu kepada beranak” 

 Secara ringkasnya tanda-tanda seorang perempuan yang baik adalah :

- Rendah mas kahwinnya. 

- Disegerakan perkahwinannya. 

- Menyegerakan untuk mendapat anak. 



5. Disunatkan memilih perempuan yang banyak beranak / melahirkan zuriat.

Kerana sabda Nabi s.a.w maksudnya ,

“Lazimkan keatasmu berkahwin dengan perempuan yang banyak anak dan perempuan yang banyak kasih sayang ke atas suaminya” 

6. Disunatkan memilih perempuan yang masih anak dara.

Kerana menurut Nabi s.a.w apabila mengahwini perempuan (anak dara) akan menjadi lebih mesra perhubungan antara suami dan isteri. 

7. Disunatkan memilih perempuan yang berasal dari bangsa yang baik.

Iaitu perempuan itu terdiri daripada anak cucu dikalangan orang yang beragama dan anak cucu dari orang yang soleh serta alim kerana menurut sabda  Nabi s.a.w yang maksudnya:

“Pilih olehmu akan perempuan yakni tempat bagi mani kamu itu maka kerana bahawa sesungguhnya gemar itu terlebih mengekalkan” 

Digalakkan memilih perempuan mahu pun lelaki dari kalangan yang baik-baik kerana menurut Nabi s.a.w, sifat baik dari ibu bapa kadang kala akan di warisi oleh anak sama ada lelaki mahupun perempuan. 

“Keturunan baik itu akan diwarisi oleh anak-anaknya” 

Di samping itu Nabi s.a.w menasihatkan supaya lelaki berhati-hati apabila memilih  perempuan agar tidak memilih perempuan yang mempunyai paras rupa yang cantik dan berasal dari keturunan yang rosak akhlaknya. 

8. Disunatkan memilih perempuan yang bukan dari kerabat yang hampir. 

Kerana yang demikian itu mengurangkan syahwat. Sabda Nabi s.a.w pula menyebut yang bermaksud 

“Jangan kamu kahwin akan perempuan dari kerabat yang hampir maka bahwa sesungguhnya anak itu dijadikan daif tubuhnya” 

Demikianlah lapan sifat wanita yang dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali didalam kitabnya.

]]>
Bila Pilih Anak No 4 Ini Sebagai Pasangan Tentu Penuh Dengan Gelak Ketawa, Luar Sahaja Nampak Sombong Tapi Mereka Ini Tahu Hiburkan Hati. https://redaksi.com/7900-bila-pilih-anak-no-4-ini-sebagai-pasangan-tentu-penuh-dengan-gelak-ketawa-luar-sahaja-nampak-sombong-tapi-mereka-ini-tahu-hiburkan-hati Tue, 18 Feb 2020 10:44:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7900 Bila melihat anak keempat ini biasanya dia nampak seperti sombong dan tidak kisah sangat akan orang sekelilingnya. Malah dirinya juga lebih fokus kepada hidupnya sahaja, hidup orang lain dia agak kurang masuk campur. Itu yang selalu kita lihat, tapi bila anda memilihnya sebagai pasangan hidup sudah tentu ia perkara yang berlainan.

Dari sikapnya yang bersahaja itu, dirinya mampu mencuit hati anda setiap masa. Kerenahnya yang begitu mempersonakan tanpa buat-buat dan lebih bersahaja membuatkan anda akan begitu mudah selesa dengan kehadiran dirinya dalam hidup anda. Itu yang membuatkan anda takut kehilangan dirinya dan ingin dia selalu berada di sisi anda.

Sebenarnya sangat beruntung memilihnya sebagai pasangan hidup ini. Mereka ini tersangatlah unik dan bersamanya akan membuatkan hari-hari anda penuh dengan gelak tawa. Bahkan anda juga tak perlu bimbang akan penerimaan keluarga, kerana dia tahu bagaimana nak pikat hati mereka dengan caranya sendiri.


Paling yang perlu anda tahu adalah mereka ini nampak sahaja macam sombong tetapi sebenarnya mereka ini tersangatlah peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Sebab itu mereka tidak ada masalah nak pikat hati keluarga mertua ini, kerana sikap semulajadi mereka akan membuatkan sesiapa selesa dengan kehadirannya. Tidak hanya itu sahaja, bila berbicara dengannya terasa sangat menyenangkan.

Lagi beruntung memiliki mereka sebagai pasangan ini kerana mereka tahu berdikari dan agak matang orangnya. Mereka tidak akan selalu mengharapkan anda tetapi mereka juga senang jika anda menghulurkan bantuan. Tanpa perlu rasa bimbang, mereka ini tahu bagaimana nak kawal keadaan malah sentiasa membuat keputusan yang matang bila terlibat dalam masalah. Lebih mudah lagi, mereka ini juga mudah untuk dengar pendapat orang lain bukannya keras kepala.



Paling ramai tidak tahu, sebenarnya mereka ini manja dan sentiasa ingin bermanja dengan sesiapa sahaja. Baik anda sebagai pasangannya mahupun keluarganya sendiri. Bukan itu sahaja, dirinya juga tidak kekok untuk bermanja dengan keluarga mertua. Aduhh... kalau macam inilah, tentu ibu bapa mertua akan melayani mereka seperti anak sendiri. Mudah sangat mesra mereka ini.

Walaupun mereka ini berdikari tapi mereka ini masih mempercayai orang lain dalam hidupnya. Dia sentiasa membuka peluang untuk dirinya mempercayai orang lain. Walaupun baru berkenalan dengan seseorang dalam hidupnya dia akan mudah berkongsi apa yang dia rasakan. Haaa... sudah tentu anda tak perlu pening kepala nak fikirkan apa yang tersimpan di hatinya. Ini kerana, semua perkara akan dia kongsikan kepada anda dengan mudah.



Apa yang lebih uniknya mereka ini, mereka tahu untuk hiburkan orang lain. Mereka ini juga akan menjadi penyeri dalam satu hubungan persahabatan, kekeluargaan, suami isteri mahupun percintaan. Apabila seseorang dalam kesedihan, dia tahu bagaimana nak memainkan peranannya dengan hiburkan hati mereka. Jangan tak tahu mereka ini juga merupakan pendengar yang terbaik. Aduh untungnya!

Bila dah dapat anak no 4 ini sebagai pasangan, jangan lepaskan. Simpan dan jaga dirinya sebaiknya sebab mereka ini tersangatlah unik dan mempersonakan.



]]>
20 Faktor Si Dia Boleh Dipercayai. https://redaksi.com/480-20-faktor-si-dia-boleh-dipercayai Mon, 17 Jul 2017 12:16:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=480 Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia? Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.



Faktor 1 – Konsisten.

Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh ‘menjerat’ kamu. Siapa tahukan!

Faktor 2 – Boleh dikawal.

Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh ‘mengawal’ dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.

Faktor 3 – Komitmen.

Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.



Faktor 4 – Kejujuran.

Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Faktor 5 – Terima seada-adanya.

Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

Faktor 6 – Perlu dimengertikan.

Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

Faktor 7 – Simpati.

Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.

Faktor 8 – Diyakini.

Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!



Faktor 9 – Perbezaan pendapat.

Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

Faktor 10 – Elakkan dendam.

Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Faktor 11 – Berfikiran terbuka.

Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

Faktor 12 – Tulus dan jujur.

Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh ‘menangkap’ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Faktor 13 – Tak selalu didampingi.

Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.

Faktor 14 – Jauh di mata dekat di hati.

Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Faktor 15 – Persamaan.

Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.



Faktor 16 – Tak saling menyalahkan.

Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan ‘bergegar’ jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Faktor 17 – Hormat-menghormati.

Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 18 – Penghargaan.

Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm… hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

Faktor 19 – Bukan materialistik.

Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu ‘pokai’ dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

Faktor 20 – Perancangan bersama.

Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?

]]>
5 Tips Untuk Berkenalan Rapat Dengan Gadis Yang Diminati. https://redaksi.com/598-5-tips-untuk-berkenalan-rapat-dengan-gadis-yang-diminati Thu, 27 Jul 2017 14:08:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=598 Anda minat dengan gadis tersebut, tetapi tidak tahu bagaimana mahu rapat dengannya. Kami berikan kamu 5 tips untuk berkenalan rapat dengan gadis yang kamu minati :



1. Jangan terburu-buru.


Kebanyakannya, ramai yang terburu-buru bila dia dah syok pada seseorang perempuan. Kalau boleh, masa tu la dia nak no phone, masa tu la dia nak mesej-mesej, masa tu la dia nak tanya macam-macam. Rileks… Bertenang… Jangan kelam-kabut. Kita mesti cool… Kalau nak mintak no phone pun ada cara dia. Jangan main terjah terus. Perkenalkan diri dulu dan bagitau niat kita nak berkenalan. Kalau dia sombong atau tak nak layan, maksudnya, dia sudah berpunya atau dia ada masalah lain yang dia tidak dapat nak terima kita.

2. Be gentleman.

Yup! Be gentleman. Tunjukkan siapa diri kita. Kita lelaki, dan dia perempuan. Sudah pasti kita lagi kuat dari mereka. Sekiranya kita tengok dia perlukan bantuan, berikanlah pertolongan. Offerkan diri kita untuk tolong dia. Takkan nak tunggu si dia yang panggil kot. Tu ngada-ngada namanya.



3. Usik-usik la sikit.

Puji la pasal tudung baru dia ke, kasut baru dia ke, make-up dia ke, Puji je apa-apa yang patut. Saja nak mengusik dia. Biar dia tersenyum malu gitu. Kalau takde idea nak usik dia, cuba ceritakan something yang kelakar atau kisah kehidupan anda. Mesti dia tertarik untuk ambil tahu. Lagi-lagi kalau tambah adengan yang suspen siap ada ‘to be continued’ macam tu. Confirm dia akan tertanya-tanya dan suruh kita cerita lagi.

4. Mulut kena manis.

Kebanyakan lelaki kantoi dekat sini. Mereka tak tahu nak cerita pasal apa bila bertemu dengan perempuan. Bila terserempak je, mula la lidah kelu, otak jammed. Semuanya tak jalan. Dekat sini kita kena pandai mencari idea untuk mulakan perbualan. Takkan nak dua-dua senyap membisu je. Dia pun akan berasa bosan nanti. Jadi, kita kena kreatif dalam berbicara. Lihat sekeliling dan ceritakan apa yang berlaku pada ketika itu. Kalau masa tu korang dekat taman permainan, cakap la, “E…pandainya kontraktor ni buat buaian kan? Siap kaler biru lagi. Mesti masa kecik-kecik dia suka main buaian kan? Awak masa kecik-kecik suka main buaian tak?” Walaupun ianya tidak seberapa menarik, tetapi atleast dari situ kita akan mewujudkan daya untuk berbual.

5. Biar dia rindu.

Ha…ni tips yang menarik. Biar dia rindu pada kita. Bagaimana nak buat tu? Semasa korang asyik berWhatsapp, cuba ambil satu masa atau satu hari tu, korang tak Whatsapp dia langsung. Cuba lihat reaksi dia. Adakah si dia akan Whatsapp korang atau dia pun senyap je. Kalau dia Whatsapp, maksudnya, bagus la tu. Mesti dia tengah sunyi dan rindu pada korang. Tetapi…kalau dia pun tak Whatsapp, bahaya gak la. Maksudnya, kita hanyalah seorang insan yang biasa di hati dia lagi. Kena banyakkan usaha lagi.

Selamat berjaya!

]]>
Akibat pandemik, dari 'pilot' kini jadi penjual buger tepi jalan https://redaksi.com/9010-akibat-pandemik-dari-pilot-kini-jadi-penjual-buger-tepi-jalan Thu, 26 Nov 2020 12:19:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9010 Wabak Covid-19 ini sememangnya sangat memberi kesan kepada semua orang. Bukan hanya sekadar bimbang terhadap kesihatan pada masa yang sama wabak ini juga turut memberi kesan terhadap sumber pendapatan.

Ada yang dipotong gaji malah ada juga yang telah diberhentikan kerja. Segelintir masyarakat kita sememangnya terjejas teruk akibat wabak pandemik ini.

Perkara itu juga dilalui lelaki ini yang memiliki kerjaya sebagai juruterbang. Beliau seorang yang berpengalaman dalam bidang penerbangan malah telah menceburi kerjaya ini sejak 2014 bersama Malaysia Airlines dan kemudian ditugaskan di Oman pada tahun 2018.

Tukar kerjaya kepada penjual buger

Menerusi perkongsian di Instagram, Senior First Officer Naeem Nassir menyatakan bahawa dulunya beliau mempunyai pendapatan yang selasa namun kini terpaksa bertukar kerjaya sebagai seorang penjual buger jalanan.

Berpengalaman hampir enam tahun dalam bidang penerbangan kini beliau diberhentikan kerja pada April lalu akibat kesan daripada wabak pandemik.

Asah kemahiran melalui Youtube

Menurutnya, Smashed terhasil selepas dirinya tidak mahu membuang masa dan terus bercadang memulakan perniagaan demi sesuap nasi. Beliau juga melatih kemahiran memasak buger hanya melalui Youtube dan racangan memasak di televisyen.

Dapat sokongan isteri tersayang

Bersyukur mendapat sokongan penuh dari isteri tercinta, Smashed telah ditubuhkan untuk menjual burger berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan kepada khalayak ramai.

“Teringat keenakan burger di Oman, mengambil keputusan untuk wujudkan Smashed dengan sokongan isteri tercinta.”

Lokasi gerai burgernya terletak bersebelahan masjid besar di Bukit Jelutong. Sesiapa yang berdekatan boleh cuba rasa keenakan buger tersebut.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata mengucapkan selamat maju jaya dalam bidang baru yang diceburinya malah mendoakan agar dipermudahkan urusan.

]]>
Kesan Yang Anda Akan Hadapi Apabila Pasangan Terlebih Cantik Atau Kacak. https://redaksi.com/2771-kesan-yang-anda-akan-hadapi-apabila-pasangan-terlebih-cantik-atau-kacak Tue, 10 Jul 2018 10:56:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2771 Memiliki pasangan yang elok paras rupanya sudah tentu ia satu bonus pada anda. Menjadi extra bonus apabila pasangan anda mempunyai harta dan boleh dikatakan seorang yang senang berbanding anda sendiri.

Seperti di dalam Filem Antara Dua Darjat lakonan Seniman Agung Arwahyarham Tan Sri P.Ramlee yang mengisahkan perbezaan darjat keturunan antara P. Ramlee dan kekasih hatinya yang merupakan anak golongan bangsawan.

Percintaan mereka ditentang keras oleh kedua orang tua si gadis. Itu yang melibatkan harta dan pangkat, tetapi bagaimana pula jika melibatkan rupa paras?


Cinta itu buta malah cinta juga tidak mengenal usia dan paras rupa. Hanya pasangan itu sendiri yang tahu mengapa terjadinya cinta antara mereka berdua, dan hanya mereka sahaja lah yang dapat merasakan keikhlasan di hati untuk menerima kekurangan masing-masing.

Tetapi apa yang sukar dihadapi ialah orang sekeliling yang akan mengata tidak kurang juga yang menjadi batu api semata-mata kerana mengikut perasaan hasad dengki untuk menghasut. Jadi antara kesan yang anda akan hadapi adalah..

DIPERKECILKAN ATAU DIPINGGIRKAN.

Sudah tentu apabila memiliki pasangan yang elok paras rupanya berbanding anda, ramai orang akan cuba memperkecilkan anda atau meminggirkan diri anda. Malah mereka semua akan tertanya-tanya bagaimana pasangan anda boleh jatuh cinta pada anda? Adakah anda cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya?


ORANG LUAR SENTIASA BERSANGKA BURUK.

Malah orang luar juga akan bersangka buruk pada anda, adakah anda menggunakan apa-apa sihir atau jampi untuk mengenakan pasangan anda sendiri? Kesan pada diri anda juga ia menyebabkan diri anda menjadi tidak konfiden kerana keadaan sekeliling yang terlalu negatif.

PERSIAPKAN DIRI ANDA DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL.

Oleh kerana itu, walaupun anda mempunyai rupa paras yang biasa dan sederhana, anda perlu siapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi tohmahan orang ramai. Mulut manusia seperti biasa memang tidak mampu kita untuk menutup.


Apa yang mereka mahu lihat adalah, bagaimana anda mampu untuk hidup bersama dengan pasangan anda tersebut? Bagaimana pengakhiran yang akan terjadi, yang bakal menutup mulut mereka.

Jadi, mempunyai kepercayaan pada pasangan juga dapat mengawal perasaan cemburu anda apabila si dia dikelilingi ramai peminat. Rupa paras tidak lah mengukur segala kebahagiaan, kerana anda boleh litupinya dengan berpenampilan kemas dan mengikut trend semasa.


]]>
"Kluster Utama Telah Merebak Hingga Generasi Keenam di Selangor..." – KKM https://redaksi.com/8761-kluster-utama-telah-merebak-hingga-generasi-keenam-di-selangor-kkm Fri, 23 Oct 2020 11:04:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8761 Keadaan semakin membimbangkan di negeri Selangor apabila Kluster Utama kini telah berkembang sehingga generasi keenam iaitu kluster terbesar di negeri itu.

Menerusi Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seramai 206 individu telah disahkan positif manakala 51 pesakit telah sembuh dan dibenarkan discaj.

Sehubungan dengan itu seramai 882 individu telah disaring dengan 8 kes baru, menjadikan jumlah kes aktif kluster itu sebanyak 155 kes.

Menurut laporan, Selangor telah mencatatkan 137 kes baharu melibatkan 59 kes dari kluster-kluster sedia ada termasuk kluster baharu iaitu kluster jambu.

Manakala 55 kes dikesan dari saringan kontak rapat, 8 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi, 10 kes dari lain-lain saringan COVID-19, 4 kes import dari India dan 1 kes import dari Amerika Syarikat.

Kes sembuh bagi negeri Selangor sehingga diberitahu ialah sebanyak 109 kes.



 

]]>
Masa Bertunang Ni Macam-Macam Boleh Jadi, Jumpa Yang Lebih Baik Dari Tunang Pun Ada. Tapi Jangan Bimbang Serahkan Pada Tuhan. https://redaksi.com/6764-masa-bertunang-ni-macam-macam-boleh-jadi-jumpa-yang-lebih-baik-dari-tunang-pun-ada-tapi-jangan-bimbang-serahkan-pada-tuhan Wed, 07 Aug 2019 12:15:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6764 Bila sampai tahap kita betul-betul serius nak bina masjid ni, pasti akan ada sahaja ujian datang menimpa. Orang kata kalau nak buat benda baik ni memamg payah sikit. Tapi jangan risau, kalau kita ini kuat iman di dada, tak akan goyang walaupun yang datang itu cantik bak bidadari. Ceh....

Eh, tapi ujian bertunang betul-betul mencabar hati dan perasaan. Ada satu ketika, mungkin akan jumpa yang lebih baik dari tunang kita, malah boleh jadi majlis dah dekat tiba-tiba berubah hati pula.



Tapi itulah, orang kata ujiankan, nak tengok hati dan perasaan kita ini kuat atau tidak. Bahkan, ketika ini jugalah kita nak tengok bakal pasangan hidup kita itu macam mana orangnya.

Apa-apa pun, sedikit kisah daripada Syafiq Ridhwan ini memang akan membuka mata kita yang dalam tempoh bertunang ini.

"Bila dah bertunang, bila awak dah buat satu ikatan (perjanjian) dengan seseorang, tak kisahlah sama ada satu tika dulu, dia yang datang approach awak dulu, atau awak yang datang approach dia dulu”

“Jangan mudah pandang atau jatuh hati pada orang lain. Pejam mata, fokuskan hati dan mata hanya pada satu insan sahaja"

Kami serentak menoleh.



"Apa maksud ustaz?" seorang dari kami bertanya.

"Dugaan bertunang ni lain. Tak sama kalau awak bercouple saja - saja tu. Dulu, kalau sekadar bercinta, dugaan dia tak besar mana. Balik - balik awak akan bergaduh berdua je. Gaduh - gaduh, esok lusa baik semula. Lepas tu jadi balik. Macam itulah. Tapi bila mana dah bertunang, dugaan dan ujian yang datang tu lain macam sikit. Kebiasaannya mesti melibatkan orang yang ketiga"

Kami terdiam.

"Perasan tak, dulu duduk sorang-sorang, tak ada orang nak kenal, sekarang ni duduk je dekat restoran ke mana-manalah, dan - dan macam drama dalam tv, tetiba je ada orang nak kenal lah. Masa nak bayar bil, tiba-tiba kena sapalah, ada orang senyum lah, masa tu lah, syaitan akan main peranan. Depa akan bisik."

"Perempuan ni lagi baik dari tunang hang"

"Kau tengok dia ni, sopan je, cantik pulak tu. Inikan perempuan yang kau cari"

"Masih ada masa lagi nak patah balik. Sekaranglah. Sure, tak akan menyesal"

"Cuba dulu, mana tahu berkenan. Kalau tak berkenan, tak ada masalah"



Ustaz tiba tiba berhenti. Namun, kami masih menanti dengan penuh minat.

"Cekalkan hati kalian. Jangan mudah berpaling. Memang betul, orang yang awak semua akan nampak tu akan jauh lebih baik daripada apa yang awak ada ketika itu. Tapi bukan ke tugas seorang lelaki ni adalah memimpin. Memimpin isteri dan anak - anak menjadi lebih baik. Kalau mereka tak pakai tudung, ajarkan supaya mereka pandai. Kalau mereka tak tahu bab agama, ajarkan sampai mereka faham"

"Bukankah kita juga bermula dari kosong satu tika dulu, Jadi kenapa perlu mencari yang sudah sempurna, sedangkan kita masih punya harapan untuk mengubah sesuatu menjadi sempurna"

"Masa dah bertunang ni, buanglah segala perangai lama yang tak elok tu. Kita nak dirikan masjid. Sebelum kita melangkah masuk ke dalam masjid tu, kita kena pastikan diri kita ni bersih, suci. Kalau boleh tak ada pun sedikit titik hitam dalam hati. Barulah Allah redha"



Kami mengangguk perlahan.

"Apa pun, janganlah suka sangat memegang hati awak erat-erat. Ada masanya, serahkanlah pada Tuhan. Dia pegang, Dia akan jaga hati awak baik - baik. Bukan kah Dia juga yang menentukan soal jodoh, soal kematian, dan soal apa pun asbab terjadinya sesuatu dalam hidup awak. Serahkanlah pada Dia. Dia tahu mana yang terbaik untuk awak, dan seluruh kehidupan awak”

“Suka seseorang tu jangan suka sangat. Boleh jadi kita rasa dia baik untuk kita, tapi sebenarnya belum tentu"

"Istikharahlah"

"Tuhan pasti akan beri yang terbaik untuk seluruh kehidupan awak"

Saya terdiam. Lama.

"Ya, inshaAllah. Moga Allah redha"

]]>
Pentingnya Restu Ibu Bapa Dalam Perkahwinan, Walaupun Dah Cinta Mati Tapi Tak Ada Restu Pun Tak Bahagia. https://redaksi.com/8415-pentingnya-restu-ibu-bapa-dalam-perkahwinan-walaupun-dah-cinta-mati-tapi-tak-ada-restu-pun-tak-bahagia Mon, 03 Aug 2020 01:55:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8415 Bila sudah mencintai seseorang, tentunya anda ingin dia menjadi milik anda sepenuhnya. Ingin halalkan hubungan dan membina keluarga bahagia bersamanya. Mereka yang sedang hangat bercinta tentunya sedang angankan perkara ini.
Ibu bapa sekarang ini memang memberi kebebasan anak-anak untuk memilih siapa pasangan hidup mereka, tapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa memepertimbangkan bakal peneman anak mereka itu.

Adakah dia akhlaknya baik? adakah dia akan melayani dan menjaga anaknya dengan baik? mampukah dia menjadi peneman hidup buat anaknya yang setia.


Banyak kes berlaku, masa berkawan dan bercinta ibu bapanya tiada masalah dengan pilihan anaknya. Tapi bila hendak berkahwin barulah tahu bahawa ibu bapanya tidak restu. Jadi nak teruskan berkahwin dengan pilihan hati atau dengar kata ibu bapa dan cari yang seperti ibu bapa mahukan?

“Ustaz saya nak tanya jika seorang lelaki ingin berkahwin dengan seorang perempuan tetapi ibu lelaki tersebut tidak restu, apakah lelaki tersebut perlu mengikut kehendak ibunya dan apakah hukum jika lelaki tersebut berkahwin juga tanpa restu ibunya apakah dikira berdosa besar? minta pencerahan ustaz terima kasih.”

Jawapan :

Islam melarang seorang anak derhaka kepada kedua ibu bapa dan Islam juga melarang memutuskan silaturahim kepada keluarga. Berkahwin dengan perempuan pilihan hati bukan wajib dan berdosa jika tak jadi kawin dengannya tetapi menghampakan hati ibu bapa dan melukakannya satu dosa besar. Hukumnya wajib mentaati ibu bapa dalam perkara harus dan sunat. Perkahwinan yang tak dapat restu ibu bapa tak akan mendapat keberkatan dan redha Allah SWT.



Terdapat beberapa hadis menjelaskan betapa pentingnya mendapat persetujuan dan redha ibu bapa .

1. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”. (Hadis Riwayat Hakim)

2. Sabda Nabi SAW maksudnya, “Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredhaan), maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t”. (Hadis Riwayat Bukhari)

3. Abdullah bin Masud pernah bertanya kepada Rasullullah SAW, “Apakah amalan yang paling Allah SWT sukai?”. Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya”. Abdullah bin Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa”. Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Rasullullah SAW menjawab, “Jihad kerana agama Allah SWT”. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

4. Nabi SAW bersabda maksudnya, “Kembalilah kepada kedua ibu bapamu dan buatlah keduanya tertawa sebagaimana engkau telah membuat keduanya menangis”. (Hadis Riwayat Abu Daud & Baihaqi)

Jangan putuskan silaturahim dengan ibu bapa kerana hendak berkahwin dengan wanita pilihan hati :

1. Hadis riwayat Abu Hurairah ra. dia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: “Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk sehingga setelah selesai menciptakan mereka, bangkitlah rahim (hubungan kekeluargaan) berkata: Ini adalah tempat bagi orang berlindung (kepada-Mu) dengan tidak memutuskan tali silaturahmi.

Allah menjawab: “Ya. Apakah kamu senang kalau Aku menyambung orang yang menyambungmu, dan memutuskan orang yang memutuskanmu?”

Ia berkata: “Tentu saja”.

Allah berfirman: “Itulah milikmu”.

Kemudian Rasulullah SAW. bersabda: Bacalah ayat berikut ini kalau kalian mau: “Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan? Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan telinganya dan dibutakan matanya. Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur’an ataukah hati mereka terkunci. ” (Hadis Shahih Riwayat Muslim)



2. Hadis riwayat Aisyah r.a., ia berkata: Rasulullah SAW. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada Arsy, ia berkata: “Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya.” (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

3. Hadis riwayat Jubair bin Muth`im ra.: Dari Nabi SAW. bahwa beliau bersabda: “Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” (Hadis Shahih Riwayat Muslim )

4. Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW. bersabda: “Barang siapa yang merasa senang bila dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung hubungan kekeluargaan (silaturahmi).” (Hadis Shahih Riwayat Muslim)



Jika wanita pilihan hati tersebut terbukti baik akhlaknya, menutup aurat dan bersifat lemah lembut maka pujuklah ibu bapa dengan cara hikmah dan bijaksana. Ambil masa sedikit untuk solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT supaya melembutkan hati mereka berdua. Ibu bapa yang bersifat penyayang tidak akan menolak bulat-bulat permintaan anak lelakinya. Cara mendapat restu adalah cara terbaik dan inilah yang di anjurkan oleh Islam. Jangan terburu-buru mengikut nafsu kerana sifat terburu-buru adalah sifat syaitan, sifat tenang dan bersabar adalah sifat orang mukmin.



]]>
Individu sebar berita palsu dakwa Neelofa sudah berkahwin & terkena minyak pengasih dicari https://redaksi.com/9235-individu-sebar-berita-palsu-dakwa-neelofa-sudah-berkahwin-terkena-minyak-pengasih-dicari Mon, 28 Dec 2020 11:28:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9235 Baru-baru ini, tular akan isu keretakkan perhubungan antara usahawan terkenal Neelofa dan juga pendakwah selebriti Harris yang mencetuskan rasa ingin tahu peminatnya.


Perkara tersebut dipercayai mula menjadi tanda tanya warganet apabila kakak dan adiknya, Noor Nabila dan Nur Amira Khan memuat naik Instastory di platfom Instagram.

Neelofa menafikan

Tidak hanya itu sahaja, perkara tersebut juga kecoh di laman Twitter selepas salah seorang pengguna laman tersebut memuat naik screenshot perbualan menerusi aplikasi Whatsapp antara dirinya dan juga seseorang yang rapat dengan Neelofa.

Berdasarkan screenshot tersebut, individu berkenaan mendakwa Neelofa telah berkahwin di Kelantan, malah terkena minyak pengasih.


Bagaimanapun, perkara tersebut telah dinafikan oleh Neelofa sendiri dalam satu kenyataan rasmi semalam.





Syamira dicari

Walaupun keadaan telah reda, Nadiah yang dipercayai pembantu peribadi Neelofa telah memuat naik satu Instastory bagi mencari individu yang bertanggungjawab menyebarkan segala fitnah terhadap majikannya itu.



Menurut perkongsian tersebut, Nadiah dikatakan mencari individu berkenaan kerana dipercayai telah menyebarkan segala berita palsu berkenaan Neelofa malah meminta orang ramai yang mempunyai info berkenaan wanita tersebut untuk tampil membantunya.

Akaun dah diactivate

Sebelum ini, pengguna laman Twitter Syamira telah memuat naik screenshot perbualan Whatsapp yang telah mencalarkan imej Neelofa dengan mengatakan bahawa usahawan tersebut telah bernikah, terkena mintak pengasih serta menghabiskan duitnya kepada Harris.

Bagaimanapun, selepas berita tersebut tersebar, akaun kepada SyamiraSafiya02 tidak lagi aktif dan akaun tersebut dipercayai sudah diactivate oleh pemiliknya.


Semalam, segala tuduhan tersebut telah disangkal oleh Neelofa sendiri dengan menyatakan tuduh tersebut tidak berasas malah meminta peminatnya untuk tidak mudah percaya akan berita palsu yang tersebar.


]]>
Tips Perkahwinan: 9 Petua Naikkan Seri Wajah Untuk Bakal Pengantin. https://redaksi.com/1181-tips-perkahwinan-9-petua-naikkan-seri-wajah-untuk-bakal-pengantin Sun, 10 Sep 2017 15:12:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1181 Pada hari perkahwinan, pastinya pengantin menginginkan keserian muka terserlah. Ketahui tips berguna bagi mendapatkan hasil yang baik pada hari bahagia anda.

Eh, kenapa suram benar muka pengantin tu? Muka nampak penat je – Mak Cik Leha.



Whops! Apa perasaan anda kalau tetamu yang hadir majlis resepsi anda, dan terdengar pula mereka memberi komen sebegini? Muka penat? Suram? Oh sedihnya hati! Siapa yang mahu di hari bahagia mereka tampak suram tidak bermaya, meskipun untuk menyediakan kesempurnaan majlis memenatkan badan, tapi mestilah paling utama pengantin ingin tampak berseri dan menawan di hari bahagia.

Jangan bimbang sayangku sekalian, kerana admin akan kongsi petua-petua serta tips moden dan tradisional yang boleh anda semua amalkan untuk tampak manis jelita serta berseri-seri di hari bahagia.

Petua tradisional.



1. 44 hari sebelum menjelang hari bahagia.

Kata orang, petua ini amat bagus. Hasilnya jika anda amalkan, keserian wajah insyaAllah akan berpanjangan. Petua pertama adalah dengan mengamalkan diri memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari. Caranya adalah dengan mengambil segelas air kosong (air putih) dan baca bismillah serta selawat ke atas Nabi, dan seterusnya anda makan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut. Jadikan petua ini amalan anda untuk tampak berseri setiap masa.

2. 30 hari sebelum menjelang hari bahagia.

Ambil segenggam daun sireh yang besar saiznya dan rebuskan di dalam air putih sehinggalah warna air berubah kehijauan. Selepas itu, ada gunakan air rebusan itu tadi untuk mencuci wajah anda. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Kelebihan air rebusan ini dilihat dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka, seterusnya menaikkan seri wajah. Info tambahan, air rebusan sireh ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser" yang sangat baik juga.



3. Timun sebagai eyemask.

Seperti sedia maklum bahawa timun mempunyai khasiat yang sangat bagus, di samping sejuk. Jadi anda hiriskan timun, jangan terlalu tebal dan jangan juga terlalu nipis. Tekapkan di mata anda dengan hirisan timun itu tadi selama 30 minit, kemudian basuh muka dengan air suam. Petua ini membantu menghilangkan lebam di bawah mata (eyebag) akibat tidur lewat atau mata penat serta membantu anda menghilangkan mata rasa lesu dan letih. Oh hirisan timun ini juga berupaya untuk menegangkan otot bawah mata! Bagus bukan?

4. Lobak sebagai masker muka.

Lobak yang kaya dengan vitamin E yang dipercayai membantu untuk menghilangkan parut muka serta membantu menaikkan seri wajah. Paling utama, ia juga dalam melembapkan kulit wajah anda. Caranya adalah dengan parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air suam.

5. Air kelapa tua membantu melembapkan wajah.

Wajah yang kering dan kusam akan perlihatkan kita seperti sakit. Oleh itu, bagi anda yang mempunyai masa lapang, cari kelapa tua, dan ambil airnya. Amalkan basuh muka anda menggunakan air kelapa tua itu tadi, biarkan selama 10 minit sebelum bilas dengan air bersih. Jadikan ini amalan, anda pasti peroleh kulit muka yang lembap berseri!

Petua moden.

1. Tidur yang secukupnya.

Cuba untuk dapatkan tidur yang secukupnya sebelum menjelang hari bahagia supaya badan sihat dan lebih bertenaga. Elakkan juga bangun lewat kerana seri wajah akan hilang jika anda bangun lewat! Bangun seawal 6 pagi. Amalkan mandi sebelum anda mengerjakan solat subuh, dan sesudah solat, luangkan masa melakukan senaman pagi 5-10 minit menghirup udara pagi. Paling utama, pastikan tidur anda 6-7jam setiap hari!



2. Luang masa di pusat rawatan kecantikan.

Seminggu sebelum menjelang hari bahagia, luangkan masa di pusat rawatan kecantikan. Belanja lah lebih sedikit untuk tampak manis berseri di hari bahagia. Lakukan rawatan muka, badan serta pergi ke salon untuk mendapatkan rawatan rambut agar tampak sihat dan bermaya di hari bahagia anda!

3. Minum air putih 8 gelas atau 2 liter setiap hari.

Admin kelaskan minum air putih sebagai petua moden kerana admin percaya petua ini tidak makan dek zaman. Pastikan anda minum segelas air selepas bangun dari tidur, sebelum mandi (gosok gigi) jangan tidak tahu ya pembaca sekalian, kerana air ini boleh membantu mencuci dalaman anda serta membantu melancarkan perjalanan darah yang juga dipercayai membantu menaikkan seri wajah anda. Tips menarik untuk dikongsi bersama anda adalah pastikan anda minum air putih (air suam) dalam keadaan duduk. Mengikut sunnah nabi, dengan cara melihat terlebih dahulu air di dalam gelas, bacakan bismillah, selawat ke atas Nabi dan minum dalam keadaan duduk. Menurut sains, dengan minum secara duduk sebenarnya membantu usus kita berkerja kerana jika anda minum dalam keadaan berdiri, dipercayai sebenarnya usus anda berada di dalam keadaan tersekat atau tersumbat. Hal ini kerana terdapat lubang yang ditutup ketika kita berdiri yang membantut urusan 'kerja' usus kita.

4. Ambil supplement untuk pemberi tenaga.

Pengambilan supplement atau minuman tambahan amatlah digalakkan bagi membantu anda mendapatkan tenaga yang diperlukan. Lebih lebih lagi dalam menyediakan persiapan hari bahagia, pastinya anda memerlukan tenaga tambahan. Kerana pastinya hari anda penat, jadi dengan pengambilan supplement di samping memberikan tenaga, turut menyumbang menyerikan lagi wajah manis anda. Dapatkan supplement yang bersesuaian di farmasi berdekatan!

Petua-petua ini admin peroleh hasil daripada temubual dan kaji selidik yang admin lakukan. Meskipun banyak rawatan moden, tetapi jangan dilupakan terus rawatan atau petua tradisional. Mana datangnya sekarang kalau tidak ada yang dahulu. Kan? Selamat mencuba sayang sekalian!

Jom cantik cantik menjelah hari bahagia.

]]>
Nikmati Manisnya Waktu Single Sebaik Mungkin. Jodoh Sedang Sabar Menanti. https://redaksi.com/8099-nikmati-manisnya-waktu-single-sebaik-mungkin-jodoh-sedang-sabar-menanti Thu, 16 Apr 2020 20:35:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8099 “Masih tak ada pasangan lagi?”

“Bila nak kahwin?”

“Memilih sangat ke?”

Soalan-soalan seperti ini tentu sahaja terpaksa anda berdepan bila berbual dengan rakan-rakan lama ataupun dengan makcik pakcik yang sudah lama anda tidak jumpa. Nak-nak lagi kalau jadi raya tahun ini, soalan seperti ini tentu mendebarkan buat anda bukan.

Kadang kala bila tidak tahu nak beri jawapan apa, sampaikan anda hanya mampu berikan senyuman yang tawar sahaja. Dia punya pahit itu terpaksa ditelan sahaja.


Tapi apa-apa pun, jangan bimbang dan sedih. Jodoh anda pasti sedang OTW mencari anda. Cuba masih sesat lagi pada ketika ini. Bawak besabar dan nikmati zaman bujang anda.

“Dan mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang”

(Surah al-Imran, ayat 54)

Ketika ini, anda boleh memilih calon yang sesuai dengan anda

Masa ini, anda boleh membuat pilihan pasangan hidup dengan lebih berhati-hati. Anda boleh listkan beberapa calon dan lihat bagaimana mereka ini. Anda bebas dan tidak terikat dengan sesiapa pun, jadi anda boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Saat masa single inilah anda perlu gunakan sebaik mungkin untuk memilih pasangan hidup.



Luangkan masa buat ibu bapa dan keluarga

Bila dah kahwin nanti, masing-masing akan sibuk dengan pasangan sendiri, dan anak-anak. Masa untuk keluarga akan semakin kurang. Jadinya, bila anda luangkan masa bersama sekarang ini sebanyak mungkin anda akan lebih menghargai keluarga anda. Bahkan, bila dah kahwin nanti anda tahu bahawa keluarga itu lebih bernilai dari segalanya.

Nikmati masa bersama rakan-rakan

Banyak pasangan yang dah kahwin mempunyai keinginan untuk menikmati masa bersama rakan-rakannya, tapi disebabkan komitmen dengan keluarga, anak dan pasangan, hajat seperti ini selalu terbatal. Jadinya, gunakan masa ini untuk anda nikmati bersama rakan-rakan anda, lepak sepuasnya. Bila dah kahwin nanti boleh fokus pada keluarga sahaja.



Habiskan masa untuk diri sendiri

Manfaat pertama yang akan anda peroleh ketika anda masih bujang adalah mempunyai banyak masa untuk mencintai diri sendiri. Sudah tentu, peluang seperti ini sukar diperoleh apabila anda sudah mempunyai pasangan, misalnya, kerana anda juga mesti memikirkan pasangan anda.

Jangan terlalu sedih saat jodoh masih belum tiba. Teruskan usaha mencari, anda sudah semakin hampir dengannya!



]]>
Tindakan-Tindakan Yang Perlu Dielakkan Apabila Bergaduh Dengan Pasangan. https://redaksi.com/2288-tindakan-tindakan-yang-perlu-dielakkan-apabila-bergaduh-dengan-pasangan Wed, 16 May 2018 12:07:38 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2288 Dalam perhubungan tidak akan ada selama-lamanya bahagia dan tidak pula selama-lamanya sengsara. Setiap hubungan itu ada pasang surutnya. Di mana ada masa akan rasa bahagia begitu juga sebaliknya. Biasanya setiap pertengkaran dan pergaduhan yang berlaku itu hanya untuk lebih mengenali pasangan masing-masing. Untuk mengetahui apa perkara yang disukai dan tidak agar satu hubungan itu akan lebih membaik pada masa akan datang.

Kadang-kadang, kita akan melakukan tindakan yang tidak disengajakan dalam perhubungan ini. Tapi kalau boleh cuba elakkan untuk lakukan perkara itu demi kebaikan hubungan itu sendiri. Lima tindakan ini kalau boleh cuba anda dan pasangan elakkan.

1. Jangan mengadu pada rakan atau ahli keluarga.

Tindakan yang pertama anda perlu elakkan apabila terjadinya pergaduhan ialah, jangan mengadu masalah anda kepada ahli keluarga anda. Hal ini kerana ia akan memperbesarkan masalah tersebut dan jika pasangan anda mengetahui pasti pergaduhan akan bertambah teruk. Anda perlu menyelesaikan masalah anda sendiri tanpa pertolongan orang lain.

2. Jangan menggunakan kekasaran.

Kekasaran seperti memukul dan menengking pasangan adalah satu perkara yang perlu dielakkan. Hal ini kerana, ia akan membuat pasangan itu merasa lebih disakiti. Di samping itu juga, pasangan anda akan merasa ingin memberontak jika anda melakukan hal itu kepada mereka.

3. Jangan bergaduh di tempat awam.

Perkara yang amat memalukan jika bergaduh di tempat awam. Hal ini kerana, ia akan menjatuhkan air muka pasangan kita. Bukan itu sahaja, orang di sekeliling anda pasti tidak senang akan perkara itu lalu akan memberi pandangan yang tidak elok kepada anda dan juga pasangan.

4. Jangan mengungkit semua perkara lepas.

Apabila pergaduhan berlaku, kalau boleh elakkan untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Termasuklah perkara yang anda tidak puas hati sebelum ini. Hal ini hanya akan merumitkan keadaan anda sahaja. hal yang berlalu jangan terus disimpan di dalam hati kerana ia akan memudaratkan diri anda sendiri.

5. Jangan bercakap mengenai perpisahan.

Perkataan yang selalunya akan diluahkan apabila pergaduhan berlaku adalah perpisahan. Maka dengan itu jangan pernah menyebut perkataan itu apa bila bergaduh. Ia hanya menunjukkan anda telah berputus asa terhadap hubungan dan pasangan anda.

Setiap pasangan perlu mengendalikan pergaduhan dan pertengkaran dengan sebaiknya. Setiap hal yang berlaku hanya untuk mengeratkan lagi hubungan. Ia bergantung pada setiap pasangan bagaimana untuk menjayakan hubungan itu untuk terus berkekalan.

]]>
Seminggu susu terperam, pengguna kurier J&T luah rasa kecewa bungkusan diterima hancur https://redaksi.com/9520-seminggu-susu-terperam-pengguna-kurier-jt-luah-rasa-kecewa-bungkusan-diterima-hancur Tue, 26 Jan 2021 17:22:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9520 Sejak beberapa hari lalu, pengguna perkhidmatan kurier J&T meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan service yang diberikan oleh syarikat itu sejak kebelakangan ini.

Difahamkan perkara tersebut terjadi disebabkan isu dalaman di pengurusan J&T, selain menerima makluman akan barang hilang, rosak serta penghantaran tidak jelas.

Habis susu busuk

Menerima nasib yang sama, seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa apabila susu yang diorder menggunakan khidmat kurier berkenaan rosak sepenuhnya.

Video tersebut dimuat naik oleh salah seorang pengguna laman Facebook Aie Spin, yang menyatakan bahawa susu tersebut baru sahaja diterima selepas seminggu menunggu.



Bagaimanapun, susu anaknya itu tidak dapat diselamatkan malah kesemua susu yang dibeli melalui penghantaran kurier tersebut habis pecah.


Jangan jadikan pelanggan mangsa

Menurutnya lagi, dia faham akan perkerja mungkin teraniaya akan apa yang berlaku namun jangan jadikan pelanggan sebagai mangsa keadaan.


Terima nasib yang sama

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata bersimpati akan nasib pasangan itu serta meluahkan rasa bimbang akan keadaan barang mereka.

Bahkan, warganet juga turut berkongsi beberapa pengalaman yang hampir sama dan meluahkan rasa serik menggunakan perkhidmatan kurier tersebut.




]]>
Sanggup hantar rombongan meminang ke Indonesia, gadis tak sangka dapat kahwini jejaka Melayu https://redaksi.com/9178-sanggup-hantar-rombongan-meminang-ke-indonesia-gadis-tak-sangka-dapat-kahwini-jejaka-melayu Sat, 19 Dec 2020 10:18:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9178 Selalunya bila jalinkan hubungan jarak jauh ni, ramai yang tidak meletakkan harapan yang tinggi. Semuanya berserah kepada jodoh jika jodoh sudah tertulis untuk mereka.


Sama juga dengan pasangan ini yang bercinta jarak jauh dua negara. Walaupun pernah terputus hubungan tidak sangka jodoh menyatukan cinta mereka ke jinjang pelamin.

Lost contact 6 bulan

Menerusi aplikasi TikTok, Liya berkongsi detik perkenalan dan juga pertemuan dengan suaminya sebelum terpisah antara dua negara. Suaminya Amirul merupakan orang Malaysia, manakala Liya pula adalah warga Indonesia.


Menurut Liya, dia dan Amirul telah berkenalan sejak 2016 lagi namun mereka terpaksa terpisah selama 10 dan jalankan hubungan jarak jauh. Bahkan hubungan mereka juga pernah tergantung tak bertali.

Nikah di Indonesia, bersanding di Malaysia

Namun, apabila sudah dinamakan jodoh, Amirul gigih datang ke Indonesia menghantar rombongan meminang, malah pernikahan mereka juga turut dilakukan di Indonesia.

Liya juga meluahkan bahawa mereka telah melalui segala halangan untuk halalkan hubungan mereka. Malah, katanya tidak sangka bahawa perkahwinan mereka bukan sahaja menyatukan dua hati namun juga dua adat dan budaya dari dua negara.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah buat pasangan ini malah turut mendoakan kebahagiaan mereka.

Bahkan ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama dimana mereka juga sedang berjuang kisah cinta antara dua negara.

]]>
Langkah Menjadi Wanita Matang Yang Memikat Kaum Lelaki. https://redaksi.com/3030-langkah-menjadi-wanita-matang-yang-memikat-kaum-lelaki Sat, 28 Jul 2018 15:43:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3030 Untuk mendapatkan perhatian dan cinta seorang lelaki, kadang kala wanita itu perlu menjadi matang. Mana tidaknya, rata-rata lelaki lebih menyukai wanita matang berbanding wanita keanak-anakan. Mana tidaknya wanita matang ini lebih mudah untuk ditangani dan lebih memahami. Jadi bagaimana anda hendak menjadi lelaki matang yang memikat lelaki? Mari ketahuinya.


1. Menjadi wanita tegas dan tetap pendirian.

Apabila anda gembira sudah pasti anda mempunyai hubungan yang bahagia. Anda tidak lagi mendekati seorang lelaki yang tidak melayani anda dengan buruk. Anda mencari seseorang yang tidak bergantung kebahagiaan. Anda lebih mengetahui jenis lelaki yang sesuai untuk anda dan tidak menjalinkan hubungan sesuka hati.

2. Menjadi wanita yang elegan yang memilih lelaki berkualiti.

Mencari lelaki yang berkualiti juga memerlukan proses yang panjang. Namun, kamu tidak lagi jalinkan hubungan dengan lelaki yang insecure, tidak punya masa depan, dan hanya menyusahkan hidup kamu saja! Anda tidak lagi mencari pasangan untuk mendapatkan kepuasan segera. Anda akan mencari pasangan berkualiti yang sama dengan anda untuk menjalani hubungan yang berjaya.

3. Menjadi wanita yang tahu kepentingan dalam hidup.

Sebaik sahaja anda tahu apa yang anda mahukan dalam kehidupan, anda boleh mengutamakan apa yang lebih penting. Kemudian, anda masih boleh mengekalkan hubungan yang sihat tanpa mengganggu aspek lain dalam hidup anda. Anda tidak lagi melupakan perkara-perkara penting lain dalam kehidupan kerana ia terlalu tertumpu pada pasangan.


4. Menjadi seseorang yang cepat move on dari hubungan lalu.

Wanita dewasa tidak lagi mencari pasangan untuk melarikan diri untuk melupakan bekas kekasihnya. Dia juga menyedari hidupnya jauh lebih baik tanpa bekasnya. Apabila proses kematangan anda berterusan, anda menyedari untuk masa yang lama bahawa semua pengalaman masa lalu anda adalah pelajaran berharga yang membentuk anda hari ini. Anda akan tersenyum bahawa kehidupan tanpa kehadiran manusia tidak sama sekali menyedihkan, terutamanya selepas anda berpisah dengan bekas anda.

5. Menjadi wanita yang diperhatikan lelaki matang.

Pasangan anda adalah cerminan diri anda. Sebaik sahaja anda berhenti menjadi wanita yang tidak matang dalam hidup penuh dengan drama, anda akan menarik perhatian lelaki yang matang seperti anda. Secara automatik, lelaki yang tidak matang itu menjauhkan diri daripada anda kerana tidak dapat bersaing dengan anda.

Lelaki lebih memilih wanita matang untuk hadir dalam hidup mereka. Biarpun pada permulaannya wanita tersebut bersikap keanak-anakan, namun apabila wanita tersebut berubah dia pasti akan setia di sisi wanita tersebut.

]]>
Tiga Ucapan Ini Mampu Membuat Pasangan Jarak Jauh Anda Bahagia Seharian. https://redaksi.com/2074-tiga-ucapan-ini-mampu-membuat-pasangan-jarak-jauh-anda-bahagia-seharian Mon, 23 Apr 2018 11:32:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2074 Pasangan bercinta secara matang ini biasanya tidak mempunyai masa yang cukup untuk membalas mesej setiap saat. Mereka ini hanya membicarakan hal-hal terpenting mahupun hanya membuat panggilan apabila perkara-perkara yang betul-betul mustahak. Kalau tiada apa-apa pasti seharian tidak berhubung. Kadang kala pasangan itu sendiri terlupa dia mempunyai kekasih. Manakala lagi seorang pula rasa terabai apabila pasangannya terlalu sibuk.


Tahukah anda untuk kekal bahagia setiap pasangan itu perlu saling berhubung. Walaupun mengenai perkara yang ringkas. Tetapi, cukup hantar tiga mesej ini kepadanya mampu membuat pasangan anda bahagia seharian. Apa tiga mesej itu?

Ini dia, tiga mesej yang mampu membuat pasangan anda senyum lebar seharian.

1. “Selamat pagi sayang.”

Ucapan ini kelihatan ringkas tetapi membahagikan pasangan anda. Cuba anda bayangkan, selepas seharian tidak bertegur tapi apabila waktu pagi anda membaca mesej ini di telefon anda. Pasti anda akan tersenyum dan terus sahaja bersemangat bukan. Sama sahaja dengan pasangan anda. Ucapan ini membuatkan pasangan anda tahu bahawa selepas sahaja bangun tidur dialah yang anda difikiran anda.

2. “Selamat malam sayang.”

Rutin harian yang memenatkan pasti membuat anda senang terlena apabila mendapat bantal dan tilam. Tapi, jangan tidur dahulu. Ucapkan selamat malam buat pasangan anda untuk si dia tahu bahawa dirinya sentiasa di dalam fikiran anda. Tidak adalah masalah dikemudian hari.


3. “Good luck untuk hari ini sayang.”

Jika anda tahu pasangan anda akan mengalami satu tugasan cabaran dalam hidupnya. Tidak kira temu duga, berjumpa dengan pelanggan kerjanya ataupun hadapi ujian peperiksaan ke. Ucap sahaja “semoga berjaya” atau “good luck” untuk membuat dirinya lebih bersemangat untuk menempuhi cabaran itu. Ia juga seumpama anda sentiasa menyokongnya dari belakang walau apa pun yang terjadi. Walaupun anda tidak berada di sisinya.

Jika anda benar-benar sibuk, hantar tiga mesej ini sahaja untuk membuat pasangan anda bahagia. Tidak kisah lah, baik lelaki atau wanita yang memulakan dahulu. Yang penting ia membahagiakan pasangan anda.

]]>
Malunya Ada Double Chin... Ini Senaman Untuk Hilangan Lemak Di Dagu, Bakal Pengantin Kena Segera Cuba Ini. https://redaksi.com/8267-malunya-ada-double-chin-ini-senaman-untuk-hilangan-lemak-di-dagu-bakal-pengantin-kena-segera-cuba-ini Mon, 15 Jun 2020 23:30:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8267 Ada double chin ini memang memalukan kadang kala. Mana tidaknya, dah cuba sorok guna tudung pun kadang kala masih lagi nak akan terserlah juga. Nak-nak lagi bila ada double chin dekat muka ini terus buatkan muka kelihatan bulat. Lagilah tak confident rasanya.

Bahagian leher kita biasanya akan menunjukkan tanda-tanda penuaan ataupun naiknya berat badan. Ini disebabkan kulit di bahagian leher lebih nipis berbanding bahagian badan yang lain.


Namun, ada beberapa senaman muka yang boleh membantu anda memerangai perubahan ini. Bakal pengantin kena cuba ini kalau tak nak muka kelihatan bulat pada gambar.

1. Senaman gerakkan rahang bawah



2. Bentukkan mulut anda dalam huruf “O” dan bertahan selama 5 saat. Ulangi senaman ini beberapa kali. Boleh cuba dengan huruf “E”.



3. Duduk dengan tegak, letakkan kedua tangan anda di belakang kepala dan tekan belakang kepala tanpa memiringkan kepala. Bertahan dalam kedudukan ini selama 10 saat.



4. Duduk tegak. Condongkan kepala anda ke belakang dan buka mulut anda. Cuba sampaikan bibir atas anda dengan bibir bawah tanpa menyatukan gigi. Ulangi senaman ini beberapa kali.



Lakukan senaman ini 1 atau 2 kali sehari kalau nak nampak hasil yang baik.

Lagipun senaman-senaman ini bagus untuk penjagaan leher dan mampu meningkatkan aliran darah dan memperkaya kulit dengan oksigen.


]]>
Rezeki Aku Kahwin Muda https://redaksi.com/9036-rezeki-aku-kahwin-muda Mon, 30 Nov 2020 15:57:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9036 Salam sejahtera semua pembaca! Nama aku Syakila, berusia 23 tahun sudah berkahwin dan  mempunyai seorang cahaya mata. Aku seorang ibu muda dan aku juga masih belajar. Kiranya aku suri rumah separuh masa.

Sebenarnya aku berkahwin lepas SPM dan ketika usia aku 20 tahun barulah ada rezeki dapat anak. Ezrul tua 3 tahun daripada aku dan syukur dia dapat jalani tanggungjawab dia dengan baik. Perkenalan kami bermula masa sekolah menengah. Mula-mula, kami cuma berkawan rapat dan aku hormat dia sebagai senior malah aku tak pernah anggap dia lebih daripada seorang senior. Lagi pun, masa tu aku rasa masih budak hingusan yang tak tahu apa tu cinta.

Kalau setakat nak berseronok tu adalah tapi kalau serius tu tak lah dan Ezrul ni gaya dia macam abang aku. Yelah, dia pun rapat dengan abang aku jadi aku juga menganggap Ezrul sebagai abang. Bila Ezrul dah habis sekolah, aku sunyi sikit sebab dah tak ada dah orang teman aku balik dan pergi sekolah. Aku bertambah sunyi bila Ezrul masuk U. Tapi, sebelum dia masuk U tu dia ada pesan,

“Kau tunggu aku tahu. Jangan menggatal dekat sekolah,” Katanya.

Aku hanya mengangguk faham dan sejujurnya masa tu aku adalah suka sikit dekat si Ezrul ni. Walaupun Ezrul dah masuk U, dia selalu contact aku atau tak pun dia akan tanya aku melalui abang aku. Setiap kali dia cuti sem, dia mesti bagitahu dan selalu ajak aku dan abang keluar makan. Aku seronok sangat walaupun aku tak tahu masa tu Ezrul tu anggap aku apa tapi aku tak kisah yang penting aku dapat jumpa dia.

Suatu hari, Ezrul call abang aku dan masa tu aku cuba untuk curi-curi dengar tapi tetap tak dapat sebab abang aku tahu sangat gaya aku bila Ezrul call dia. Lepas abang aku habis je call dengan Ezrul, aku terus tanya abang aku,

“Abang! Ezrul ada tanya pasal kita tak?”

“Tak ada!” Jawabnya dengan nada garang. Aku terdiam sekejap dan berlari kejar abang aku. Aku tetap tak percaya kata-kata abang. Lepas tu, abang aku kata

“Nanti kau tahulah. Eeee…sibuk saja kau ni!” Abang terus berlalu masuk ke biliknya. Aku agak kecewa dengan reaksi abang  dan aku dah mula overthinking tentang perbualan mereka.

 

 

Waktu pun berlalu dan aku pun dah habis sekolah tapi aku masih belum terfikir nak sambung belajar jadi, aku hanya lepak dekat rumah. Aku masih berhubung dengan Ezrul cuma dah tak kerap seperti selalu. Dia kata dia dah semakin sibuk bila dah tahun akhir. Sampailah satu hari, ibu beritahu aku sesuatu.

“Kila, ibu nak bagitahu sesuatu ni.”

“Apa dia, ibu?” Aku memandang ibu diikuti dengan debaran.

“Sebenarnya… Ezrul nak melamar kamu,” Kata-kata ibu buat aku tergamam tapi dalam hati, aku rasa gembira sangat. Sekurang-kurangnya aku tak adalah bertepuk sebelah tangan dan aku tanya ibu,

“Ibu terima tak Ezrul tu?”

“Kalau kamu terima, ibu dan ayah okay saja,” Mendengar kata ibu, aku rasa bahagia sangat. Setelah Ezrul habis belajar, kami pun bernikah. Masa tu, baru aku tahu yang sebenarnya Ezrul dah lama suka dekat aku dan masa dia call abang aku tu sebab dia nak bagitahu tentang niat dia terhadap aku.

Cuma, ketika tu aku masih sekolah dan abang tak nak niat Ezrul tu akan menganggu pelajaran aku dan bila aku dah habis sekolah, barulah Ezrul tanyakan abang aku semula tentang niat dia.

Abang aku pun bincanglah dengan ibu dan ayah tentang Ezrul. Keluarga aku memang dah kenal Ezrul dan keluarganya jadi, mereka pun bersetuju dan menerima Ezrul.  Aku bersyukur sangat aku dah kahwin walaupun ada yang kata kahwin muda ni susah tapi pada aku, perkahwinan tu merupakan permulaan hidup dan aku rasa aku banyak belajar jadi seorang yang matang bila dah berkahwin ni.

Sekian tu saja kisah aku dan terima kasih sebab sudi bac kisah ni.

]]>
Teman Wanita Yang Matang Tidak Akan Bertanya Tentang 20 Soalan Merepek Ini. https://redaksi.com/4013-teman-wanita-yang-matang-tidak-akan-bertanya-tentang-20-soalan-merepek-ini Fri, 26 Oct 2018 12:06:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4013 “Think like a man, act like a lady...”

Menjadi wanita yang berpewatakan normal, jarang untuk berlaku kerana kelakuan wanita kadang-kala sukar untuk dijangkakan. Ini disebabkan hormon yang terkandung dalam tubuh badan wanita berbeza dengan hormon lelaki. Hormon wanita adalah penentu mood wanita, dan mampu berubah setiap masa, menurut saintifik.

Namun secara lahiriahnya, kejadian wanita dan lelaki memang berbeza, tidak dapat disangkalkan lagi. Oleh disebabkan itu, di dalam percintaan wanita akan mempunyai karakter seperti anak-anak kecil dan menjadi tidak matang, kerana lelaki yang mereka cintai.

Tetapi kadang kala, sikap yang tidak matang ini merimaskan lelaki pula, jika terlalu asyik menyoalkan tentang perkara yang merepek, sebagai contoh…

  • Kenapa ego sangat ni?
  • Cari kerja lain boleh tak?
  • Tak penat ke asyik OT atau part time je?
  • Kenapa awak asyik tengok perempuan tu?
  • Mesti perempuan tu lagi cantik dari saya kan?
  • Saya pakai baju ni mesti nampak gemuk kan?
  • Saya pakai baju kuning, mesti saya nampak macam pisang kan?
  • Saya pakai baju merah, mesti nampak macam tembikai kan?
  • Kereta awak ni boleh pakai lama ke?
  • Tak penat ke asyik naik motor je?

  • Awak rasa mak awak tu baik dengan saya tak nanti?
  • Siapa lagi cantik, saya ke ex-girlfriend awak?
  • Apa yang awak tak pernah buat kat ex-girlfriend, tapi pernah buat kat saya?
  • Kalau saya tak cantik, awak sayang saya lagi tak?
  • Awak rasa lepas kahwin nanti, awak romantik lagi tak?
  • Kalau saya gemuk lepas kahwin, awak sayang saya lagi tak?
  • Awak sayang saya ke kucing awak?
  • Kalau saya dengan kucing lemas dilautan, siapa yang awak akan selamatkan dulu?
  • Antara saya dengan semua ex-girlfriend awak, siapa yang lagi hebat?
  • Saya nampak macam makcik-makcik ke?

Kadang-kala kaum lelaki tidak kisah sekiranya teman wanitanya berkelakuan agak kebudak-budakan, tetapi jika terlalu kerap pasti akan membosankan. Malah sering bertanyakan soalan yang sukar dijawab, asyik-asyik tentang bekas kekasih dan tidak masuk akal juga akan membuatkan lelaki berasa rimas.

Ini kerana lelaki mahukan perhubungan yang matang, supaya dia nampak kesungguhan anda dalam membentuk perhubungan tersebut.

Jika sudah hampir 30-an tetapi masih lagi bercinta seperti kebudak-budakan, lelaki akan mengandaikan hubungan hanya setakat itu sahaja, dan bukannya yang lebih serius. Tunjukkan sikap anda yang benar-benar mahu ke jinjang pelamin. Jika anda mahukan perhatian daripada teman lelaki, lakukan dengan bijak.

]]>
Tidak Salah Untuk Lambat Sedikit, Nikmati Dahulu Hidup Anda... https://redaksi.com/5862-tidak-salah-untuk-lambat-sedikit-nikmati-dahulu-hidup-anda Tue, 23 Apr 2019 12:04:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5862 Untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik dalam hidup ini, kadang kala kita sentiasa memaksa diri untuk menjadi yang lebih baik berbanding orang lain. Sentiasa berusaha sehingga kadang kala melukakan diri sendiri.



Di usia anda ini, mungkin anda sedang melihat orang lain yang sebaya dengan ada yang sedang menikmati hidup yang selesa, ada yang sudah bahagia bergelar isteri atau suami bahkan ada juga yang sedang berjaya bersama kerjayaan mereka.



Tapi anda, masih lagi berada tahap yang sama dan tidak mampu capai apa-apa lagi.

Carl Rogers, pemula teori penerimaan diri, menyebut bahawa penerimaan diri adalah pandangan realistik seseorang tentang dunia dan potensi yang ada di dalam dirinya. Tidak ada yang salah dengan menerima diri sendiri, dan mengasihi diri sendiri.

Tidak perlu berlumba-luma untuk mencapai apa yang orang lain miliki, itu hanya akan membuat anda sakit sendirian. Cuba untuk menerima segalanya dalam hidup anda, di mana belajar bersyukur dengan apa yang anda miliki. Itu akan lebih membuat anda bahagia berbanding perkara yang lain.

Terima sahaja apa yang sudah tertulis buat anda. Ini kerana, kadang kala kita tidak tahu mungkin ada perkara yang besar menanti anda. kebahagiaan yang lambat datang juga merupakan satu kejayaan yang patut anda banggakan bukan?

Tidak perlu membandingkan diri anda dengan mereka. Tidak perlu lihat apa yang istimewa dan apa yang tidak. Menjadi diri anda sendiri adalah lebih istimewa bukan?

Tidak mengapa menjadi orang yang agak lambat sedikit berbanding mereka yang lain. Memilih untuk bertenang dan tidak terburu-buru adalah yang paling baik. Setiap oramg akan mencapai kerjayaan dan kebahagiaan mereka, antara cepat dan lambat sahaja yang membezakannya.



Tidak perlu merendah diri dengan setiap apa yang anda capai pada ketika ini. Yang penting anda sentiasa bersyukur dan menyayangi diri anda sendiri. Percayalah bahawa apa pun yang terjadai pada anda ketika ini, anda masih lagi seorang yang istimewa.

Sentiasa menjadi diri sendiri dan bersyukur apa adanya adalah lebih baik berbanding cuba untuk menjadi orang lain serta memuaskan hati orang lain.

Jangan pernah mengalah dalam apa yang sedang anda lakukan dan hadapi. Cepat atau lambat ia adalah satu kejayaan buat anda. Jadi sayangi diri anda dan terus bahagiakan diri sendiri.

Buat mereka yang sedang kecewa dengan diri sendiri, jangan terus kecewa. Nikmati hidup anda dan carilah kebahagiaan serta kerayaan itu.

]]>
Ramai Kata Susah Nak Kecilkan Pipi Yang Tembam Ini, Tapi Ini Tips Rahsia Kurangkan Lemak Pada Wajah Anda. https://redaksi.com/7590-ramai-kata-susah-nak-kecilkan-pipi-yang-tembam-ini-tapi-ini-tips-rahsia-kurangkan-lemak-pada-wajah-anda Thu, 07 Nov 2019 13:35:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7590 Ada orang memiliki tubuh yang sesuai dengan pipinya, ada pula yang berbadan kurus tetapi pipinya agak berisi dan juga tembam. Selalunya, orang tidak ada masalah untuk kuruskan badan. Janji mempunyai tekad yang kuat serta bersungguh-sungguh tentu tak ada masalah untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Namun begitu, masalah yang paling sukar adalah mengecilkan pipi yang gebu itu. Sesetengah orang suka akan pipi pau ini, tetapi ada juga yang berusaha dengan begitu gigih untuk kecilkan pipi mereka. Jadi bagaimana nak kurangkan lemak di pipi ini.

Ini rahsianya...

1. Kurangkan gula dan garam

Ini antara kaedah cepat untuk kurangkan berat badan sekaligus pipi gebu anda itu. Sekiranya anda mengambil terlalu banyak gula dan garam, tubuh anda akan menyimpan lebih banyak air. Oleh itu, menghadkan pengambilan kedua bahan ini akan mengurangkan lemak di pipi sekaligus badan anda juga.



2. Urutan pipi

Kena rajin untuk lakukan pipi agar dapat mengurangkan lemak-lemak yang ada di pipi anda. Urutan ini perlu dilakukan dengan kerap barulah nampak kesannya. Malah anda juga boleh gunakan urutan ini semasa mencuci wajah serta memakai skincare di wajah anda.

3. Jaga pemakanan

Tak guna jika anda melakukan sebagai cara tapi anda tidak menjaga pemakanan anda. Bukan badan sahaja yang perlu anda jaga pemakanan, tetapi pipi juga akan mendapat kesan sampingannya. Hadkan makanan yang diproses, makan makanan segar dan berhenti sebelum kenyang.



4. Minum air secukupnya

Pengambil air yang mencukupi dapat membuat perut anda terasa lebih kenyang, redakan sakit kepala serta kurangkan rasa lapar keterlaluan. Selain dari itu, ia juga membuat kulit lebih lembab serta tingkatkan metabolisme anda.

5. Jangan tidur berlebihan

Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya, bukan tidur yang berlebihan. Ini kerana tidur yang berlebihan pun boleh menambah berat badan sekaligus mengekalkan pipi pau anda. pastikan tidur tidak lebih 7 hingga 9 jam sehari.

Masalah pipi pau ini kadang kala memang mengganggu, tapi kadang kala comel juga jika dilihat lama-lama.

]]>
Sering Kali Dibohongi? Ini 5 Tanda Anda Ini Mudah Ditipu Dalam Hubungan. https://redaksi.com/8014-sering-kali-dibohongi-ini-5-tanda-anda-ini-mudah-ditipu-dalam-hubungan Mon, 23 Mar 2020 11:32:58 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8014 Ada sesetenagh orang ini, bila dia sudah menyayangi dan juga mencintai, dia akan terlalu bersungguh-sungguh untuk mempercayai pasangannya. Walaupun, kadang kala perkara sudah jelas, tetapi tetap sahaja dia akan mempercayai pasangannya. Tentu ada dikalangan anda seperti ini bukan?

Kepercayaan dalam hubungan itu sememangnya memainkan peranan penting, dimana ia mampu menjadi satu perkara yang membuat hubungan itu kekal lama. Namun, jangan pula anda mempercayai pasangan hingga membuta tuli semua perkara.


Tanpa anda sedar bahawa kadang kala kepercayaan itu akan disalahgunakan oleh pasangan anda. Kepercayaan ini juga boleh membuatkan anda ini begitu mudah untuk ditipu oleh si dia. Nak tahu tanda-tanda anda ini mudah ditipu atau tidak? Jom baca ini.

Percaya pada pasangan anda setelah dia melakukan kesalahan

Setiap kali dia melakukan kesalahan, tentu sahaja dia akan berulang kali meminta maaf pada anda, dan pada ketika itulah anda akan mempercayainya kembali. Tidak kiralah apa yang dia lakukan sekalipun, anda sentiasa bersedia untuk memberi peluang kedua kepadanya, walaupun dia telah berkali-kali melakukan perkara yang melukakan hati anda.



Kemarahan anda akan cair dengan pujian darinya

Sesiapa tentu sahaja akan bergembira apabila mendapat pujian dari pasangan, tapi perlu juga kena dengan masanya. Ini apabila dalam keadaan tegang tapi dia pula beri kata pujian, tentu bukan masa yang sesuai. Lebih menyedihkan anda pula mempercayai kata-katanya itu. Memang mudah nak tipu anda ini.

Mudah terpengaruh dengan janji-janjinya

Sekejap janji itu, sekejap janji ini, akan tetapi segala janjinya itu semuanya tidak boleh pakai. Dia hanya menabur janji agar anda mempercayai dirinya. Tapi anda dengan mudah mempercayainya. Kalau sudah berkali-kali menabur janji yang sama, tentu sahaja dia hanya membohongi diri anda sahaja.



Tidak dengar nasihat orang lain tapi percaya pada pasangan

Anda terlalu percaya akan pasangan anda sehingga apa yang dikatakan oleh orang lain tidak akan didengari oleh anda. Anda sentiasa merasakan bahawa mereka itu cemburu akan hubungan anda, namun sebenarnya anda yang telah ditipu oleh si dia. Berapa banyak orang yang telah menasihati anda agar tinggalkan dirinya?

Tidak akan menolak pemintaan dari si dia

Paling-paling mudah nak ditipu apabila anda ini seorang yang tidak akan menolak pemintaan darinya. Setiap kata-kata dan ajakkannya terus sahaja anda terima sebulat suara. Aduh... kalau macam ini, memang kena tipulah jawabnya.

Mencintai seseorang itu ada batasnya, jangan hanya kerana anda mahukan dia, anda sanggup memejamkan mata dan mempedulikan segala perbuatannya. Ingat! Anda juga berhak bahagia.



]]>
Jangan Tambah Luka Pasangan Dengan Mengabaikan Dirinya. https://redaksi.com/8092-jangan-tambah-luka-pasangan-dengan-mengabaikan-dirinya Tue, 14 Apr 2020 13:26:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8092 Ada orang, bila dirinya terluka dia lebih suka untuk memendamkan segalanya. Bila ditanya, dia lebih selesa untuk berkata “tidak tahu” “tiada apa” tapi hakikatnya di dalam hati dia menangis.

Ada juga yang bila terluka hatinya, dia mula menjauh. Tapi bila ditanya, jawapan masih sama. Cuba merawat hati sendiri, bila sudah pulih dia kembali sedia kata.

Ada juga yang bila dia terasa, dia akan berikan senyuman yang tawar. Bila ditanya, jawapan masih sama. Senyuman yang manis semakin hari semakin tawar. Tapi tiada siapa peduli dan ambil tahu.


Begitulah dalam hubungan ini, kadang kala pasangan memilih untuk diamkan diri kerana merasakan itu yang terbaik. Dia merasakan dengan berdiam diri ini semuanya akan kembali okay dan normal seperti sedia kala, sedangkan hakikatnya dia simpan semuanya di dalam hati yang bila-bila masa sahaja yang meletus dan meletop.

Dalam hubungan ini, semua perkara perlu diluahkan dan perlu dinyatakan, tetapi tidak semua orang mampu lakukan itu. Ada yang tidak mampu nak lakukan kerana ingin menjaga hati pasangan, tidak mahu masalah menjadi perkara besar ataupun dia tahu perkara ini akan berulang lagi. Sebab itulah dia memilih untuk diamkan diri sahaja.



Itulah pasangan, dia takut ingin melukakan hati anda. Bimbang jika anda turut terluka kerana hal yang tidak seberapa tapi, tak akan anda ingin biarkan dia terluka seorang diri?

Bila pasangan lebih banyak diamkan diri,
Bila pasangan mula berikan senyuman yang tawar,
Bila pasangan mula jauhkan diri,
Bila pasangan mula kata tiada apa,
Jangan hanya diamkan diri. Buat sesuatu agar dia tidak seperti itu lagi.



Ramai yang memilih untuk mengabaikannya kerana tahu selepas ini akan okay kembali. Ramai yang memilih untuk abaikannya selepas pasangan mula kata tiada apa dan tidak mahu kongsi.

Tapi sebenarnya, bila anda mula abaikan dan tidak rasa ingin tahu, dia makin sedih dan kecewa. Jangan tambah dengan apa yang dia rasa dengan perkara sebegini.

Jadi, bila nampak dia mula tidak seperti selalu, mula ambil tahu apa masalah dirinya. Mula bertanya dan kerap bertanya. Mungkin hari ini dia kata “tiada apa”, tapi esok lusa dia mungkin akan berkongsi segalanya. Jangan berhenti dengan hanya satu pertanyaan, tetapi sentiasalah bertanya mengenai segala keadaan dan perasaannya.

Hidup bersama pasangan inikan berkongsi, jadi kongsi segalanya dengan pasangan.


]]>
Tak Ramai Yang Sanggup Susah Senang Bersama, Tapi Ini 5 Ciri Wanita Yang Sanggup Susah Senang Bersama Anda. https://redaksi.com/8085-tak-ramai-yang-sanggup-susah-senang-bersama-tapi-ini-5-ciri-wanita-yang-sanggup-susah-senang-bersama-anda Mon, 13 Apr 2020 19:47:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8085 Mencari pasangan yang sanggup susah senang bersama dengan anda bukanlah satu perkara yang mudah. Nak-nak lagi pada masa ini, ramai yang memandang pangkat dan harta terlebih dahulu kemudian barulah hati budi masing-masing. Ini kerana, ramai yang inginkan hidup yang selesa pada masa akan datang dan tidak mahu mengambil risiko.

Tapi jangan cepat salah sangka, ada sahaja seseorang yang sanggup susah senang bersama anda. Dia itulah yang akan setia di sisi anda malah akan menerima anda seadanya anda. Nak tahu bagaimana orang itu?


Sentiasa menyokong anda dalam apa jua keadaan

Saat susah atau senang anda, dia akan sentiasa beri sokongan dan galakan. Malah, dia sentiasa beri kata-kata semangat buat anda agar anda terus yakin dengan apa yang anda lakukan. Dia tidak akan mengeluh walaupun anda dalam keadaan yang sangat genting.



Bersedia untuk berkorban buat anda

Dirinya tidak seperti pasangan lain, dia ini lebih unik. Dia sanggup berkorban untuk anda walaupun dia masih tidak jelas apa yang akan berlaku kelak. Jika anda memerlukan wang, dia akan berikan kepada anda dahulu. Malah, jika orang lain menaiki kereta mewah, dia tidak kisah pun terpaksa menaiki motosikal bersama anda.

Dia sentiasa di sisi, tidak pernah memaksa atau merunggut

Walaupun anda dalam keadaan yang susah, dia tidak pernah merunggut ataupun mendesak anda untuk menjadi lebih baik. Dia cuba memahami anda sambil beri kata-kata semangat buat diri anda. Dia sentiasa mahu yang terbaik buat anda dan dia faham bahawa setiap perkara memerlukan masa.



Tidak minta barang yang mewah tapi cukup jika anda tahu menghargainya

Jika pasangan lain mahukan barangan yang mewah sebagai hadiah atau pelbagai kejutan, tapi dirinya tidak sebegitu. Dia hanya mahu menikmati masanya bersama anda dan sentiasa anda mahu anda hargai dirinya. Bukan dengan wang ringgit tetapi dengan masa yang kalian luangkan bersama.

Sabar dan sentiasa sabar dengan segala ujian mendatang

Tidak pernah mengeluh atau merunggut, dia sentiasa sabar dengan apa jua yang mendatang. Walaupun berkali-kali anda gagal, tetapi dia masih setia di sisi anda dan sabar dengan apa jua yang berlaku. Dia tahu setiap kejayaan bermula dengan kegagalan.

Jika anda bertemu dengan seseorang seperti ini, hargai dirinya. Jangan pernah sesekali mengabaikannya. Ini kerana, bukan mudah nak jumpa seseorang yang sanggup susah senang bersama serta terima anda seadanya.



]]>
Akui salah, Shuk Sahar bawa rombongan meminang pinang hati isteri semula https://redaksi.com/9669-akui-salah-shuk-sahar-bawa-rombongan-meminang-pinang-hati-isteri-semula Tue, 09 Feb 2021 11:12:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9669 Pastinya ramai yang tahu akan kemelut rumah tangga pengacara dan juga pelawak Shuk Sahar yang didakwa bermain kayu tiga. Perkara tersebut juga didedahkan oleh isterinya sendiri Rossalennah Natassiah Asshaferah beberapa minggu lalu.


Walau bagaimanapun, semalam Shuk telah membuat kejutan lagi sekali apabila melakukan live Instagram bersama isterinya itu.

Shuk nak kahwin?

Difahamkan, Shuk berada di dalam kereta dengan memakai baju pengantin meminta izin kepada isterinya untuk berkahwin.


Bagaimanapun, tiba-tiba keadaan seakan hilang kata-kata apabila mereka yang bersama Sera agak terkejut akan permintaan pelawak tersebut.



Rupa-rupanya, tindakan tersebut merupakan helah pengacara itu untuk berbaik dan memujuk kembali isterinya itu.

Mengaku salah?

Menerusi video tersebut, terlihat Shuk datang bersama beberapa orang dengan membawa pelbagai barangan seperti beg tangan berjenama di atas dulang hantaran.

Disamping itu juga, Shuk juga dikatakan sempat membuat pemohonan maaf secara terbuka di hadapan isterinya, selain mengaku kesalahan yang dibuat.



Walau bagaimanapun, masih belum ada penjelasan dari kedua-dua belah pihak, namun diharapkan kemelut rumah tangga Shuk dan isteri telah diselesaikan dengan baik.

]]>
Sheila Rusly mak mentua contoh, tak kekok ajar bakal menantu masak di dapur https://redaksi.com/9699-sheila-rusly-mak-mentua-contoh-tak-kekok-ajar-bakal-menantu-masak-di-dapur Thu, 11 Feb 2021 13:21:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9699 Beberapa hari yang lalu pelakon dan penerbit terkenal tanah air iaitu Sheila Rusly baru sahaja menerima bakal menantu di mana anak lelakinya, Uzair Haqimy telah melangsungkan pertunangan bersama dengan pelakon Elisya Sandha pada 31 Januari 2021.

Walaupun sebelum ini hubungan mereka seperti memberi tanda-tanda kepada warganet, tetapi semuanya masih dalam kawalan dan tiada kekecohan dalam kalangan netizen sehinggalah mereka putuskan untuk mengikat tali pertunangan.

Tidak hanya dengan itu, hubungan antara Sheila Rusly dan Elisya Sandha kelihatan semakin akrab sehingga baru-baru ini penerbit berkenaan membuat 'LIVE' memasak bersama-sama.

'Beruntungnya dapat mak mentua macam ni'

Kemesraan yang dipamerkan oleh mereka berdua pastinya mewujudkan perasaan teruja warganet kerana tiada sedikit pun rasa canggung antara mereka berdua.

Bakal mak mentua contoh

Benarlah orang kata bahawa memiliki mak mentua yang baik juga adalah satu rezeki kerana tidak semua perempuan di luar sana yang sudah berkahwin alami detik bahagia bersama mak mentua mereka.

 

]]>
Antara Alasan Lelaki Tidak Kacak Lebih Setia Apabila Memiliki Pasangan Yang Cantik. https://redaksi.com/2932-antara-alasan-lelaki-tidak-kacak-lebih-setia-apabila-memiliki-pasangan-yang-cantik Sat, 21 Jul 2018 09:52:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2932 Memiliki pasangan yang sama padan dan sama cantik adalah idaman setiap orang. Persepsi apabila memiliki pasangan sebegini adalah kerana ingin mempunyai anak-anak yang comel malah berbangga jika bayi yang dilahirkan sangat cantik. Itulah lumrah setiap manusia yang terlalu mementingkan paras rupa.

SETIAP MANUSIA ITU MEMILIKI KECANTIKAN YANG TERSENDIRI, BEGITU JUGA DENGAN BAYI YANG BAKAL DILAHIRKAN.

Pada zaman sekarang, ramai kaum wanita lebih mencari lelaki yang mempunyai paras rupa yang sederhana dan tidak terlalu kacak kerana tidak suka bersaing dengan wanita lain. Lelaki kacak ini juga terlalu ramai peminat sehinggakan mereka juga rimas dengan kehadiran wanita yang terlalu mementingkan paras rupa dan harta.



Tetapi, apakah alasan lelaki yang tidak kacak, malah bergaji kecil tetapi tetap bahagia disamping pasangan? Jom ketahui antara alasan tersebut…

1. Lebih menghargai.

“If you love a flower, don’t pick it up. Because if you pick it up it dies and it ceases to be what you love. So if you love a flower, let it be. Love is not about possession. Love is about appreciation.”-Osho-

Apabila anda memiliki barang yang anda terlalu sayang, pasti anda menjaga barang tersebut dengan sepenuh jiwa raga bukan? Itulah yang dilakukan oleh lelaki seperti ini.

2. Lebih merendah diri (down to earth).

Kebahagiaan yang dimilki oleh lelaki tidak kacak ini berbeza. Ternyata kebahagiaan setiap orang itu berbeza, namun apabila wanita cantik berpasangan dengan lelaki tidak kacak, bahagia yang mereka kecapi itu sangat berbeza. Ini kerana sifat lelaki tidak kacak yang sentiasa merendah diri dan mengajar untuk menghargai walaupun rezeki yang dimiliki itu tidak banyak.


3. Adanya kelebihan disebalik kekurangan.

Setiap orang pasti memiliki kelebihan yang tersendiri. Begitu juga pada lelaki yang tidak kacak. Rupa paras bukan lah penentu kehidupan mereka, oleh kerana itu mereka mempunyai kelebihan yang diberi oleh Allah SWT seperti kelebihan memasak, melukis, bermain muzik atau berpuitis. Dengan cara ini lah mereka tidak berputus asa untuk mencuri hati wanita yang mereka cintai.

Boleh dikatakan cara mereka mencuri hati wanita itu dengan cara yang berbeza dan unik.

Ternyata setiap individu mempunyai citarasa mereka yang tersendiri, dan sudah pasti setiap daripada mereka mempunyai cara tersendiri untuk memikat hati pasangan. Namun sedemikian ia terpulang juga pada matangnya seorang individu tersebut untuk mengatasi masalah kesetiaan. Jangan lah meletakkan kesetiaan hanya pada paras rupa sahaja.


 

]]>
Panggil Isteri 'Ibu, Mama, Ummi' Jatuh Hukum Zihar? Ini Penjelasan Pu Azman. https://redaksi.com/6783-panggil-isteri-ibu-mama-ummi-jatuh-hukum-zihar-ini-penjelasan-pu-azman Thu, 08 Aug 2019 15:30:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6783 Telah menjdai kebiasaan orang kita memanggil nama pasangan dengan panggilan khas buat pasangan kita. Mungkin ada yang panggil ‘Sayang, atau Ayang’, biasanya panggilan ini akan berbeza apabila baru-baru kahwin dan selepas miliki anak.

Selepas miliki anak, rata-rata pasangan akan mula memanggil panggil seperti ‘Ibu, Ummi, Mama’ dan sebagainya. Namun begitu, ada sesetengah pihak berpendapat bahawa ia tidak wajar malah boleh dikaitkan dengan jatuh hukum Zihar.



Pastinya ramai yang keliru akan perkara ini, jadi untuk penjelasan lanjut, sama-sama kita fahamkan perkongsian daripada Pendakwah Selebriti, Azman Syah Alias, 38 atau lebih dikenali Pu Azman, berkaitan hukum ini di laman Instagram miliknya.



Suami panggil isteri dengan panggilan yang biasa dipanggil dengan mahrom seperti ummi, ibu. Adakah ianya jatuh hukum zihar?.

Apakah maksud zihar?.

Zihar ialah menyamakan punggung atau mana-mana bahagian tubuh isteri dengan punggung atau mana-mana bahagian tubuh wanita yang haram dikahwini oleh suami selama-lamanya seperti ibu kandung suami

Contoh suami cakap kat isteri, "punggung awak sama macam punggung mak saya".

Maka penyamaan ini dari sudut suami anggap haram isteri itu disetubuhi sebagaimana haram dia bersetubuh dengan ibu kandungnya.

Zihar pada zaman jahiliyyah dianggap sebagai bentuk talak.

Hukumnya haram dan berdosa besar.

Tapi, hari ni kalau ada suami panggil isterinya mama, ibu, ummi atau yang sewaktu dengannya, adakah panggilan ini sama dengan hukum zihar?.

Maka kena bandingkan hakikat zihar yang ada dalam syariat dengan budaya panggilan ni.

Sebahagian ulama mengatakan makhruh kerana bimbang sama macam zihar.

Tapi sebahagian ulama lain mengatakan harus dan takder masalah sebab panggilan suami tu tak bermaksud menziharkan isteri kerana niat para suami ialah.

• Panggilan kasih sayang
• Panggilan untuk mendidik anak-anak supaya panggil macam tu kat mak diorang.
• Panggilan yang bermaksudkan isteri itu adalah ibu kepada anak-anak suami, bukan ibu kepada suami.

Kesimpulannya, suami boleh panggil isteri dengan panggilan di atas dengan syarat dan niat di atas dan tak jatuh hukum zihar.

Isteri juga boleh panggil suami dengan panggilan ayah atau abi.

Cik Man tak bahaskan tentang isteri panggil suami, sebab isteri tak pegang kuasa talak.

Yang abi tu jangan tambah 'b' pulak.

]]>
Keuntungan Yang Berlipat Ganda, Adakah Termasuk Dalam Kategori Riba’? Jom Ikuti Penjelasan Ini. https://redaksi.com/4590-keuntungan-yang-berlipat-ganda-adakah-termasuk-dalam-kategori-riba-jom-ikuti-penjelasan-ini Tue, 18 Dec 2018 15:15:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4590 Soalan:

Dalam perniagaan, berapakah keuntungan yang dibolehkan dalam Islam untuk diambil oleh si penjual? Dan apakah itu riba dan keuntungan yang bagaimana yang dikatakan riba? Sebagai contoh: Jika harga sehelai tudung ialah RM20, berapa yang boleh saya jual kepada pelanggan? Berapakah harga yang sepatutnya saya jual agar tidak dikatakan atau termasuk dalam kategori riba? Mohon pencerahan daripada Datuk. Sekian, terima kasih.

Jawapan:

Pada asalnya, tiada had khusus bagi keuntungan dalam Islam. Namun apabila melibatkan penipuan, menganiaya orang lain, dan harga terlampau tinggi bagi barang-barang keperluan, maka di sana fiqh membincangkan hak khiyar (pilihan untuk membatalkan akad) bagi pihak yang terperdaya.

Berikut kami sebutkan beberapa contoh berdasarkan kitab al-Fiqh al-Manhaji (6/42) tentang aktiviti memanipulasi harga secara salah:

********

Talaqqi al-Rukban (Memintas pedagang): Seorang peniaga memintas para pedagang yang bakal datang ke kawasannya. Dia memperdaya mereka dengan mengatakan barangan yang bakal mereka jual sudah bertimbun di kawasannya dan dijual dengan harga yang rendah. Perbuatan peniaga ini bertujuan membeli barangan tersebut dengan harga yang lebih rendah daripada harga asal.

Jual beli tersebut sah tetapi haram kerana wujudnya unsur penipuan. Apabila para pedagang tadi tiba ke kawasan perniagaan dan mengetahui harga pasaran yang sebenar selain menyedari mereka telah ditipu (maghbunun), mereka berhak menuntut khiyar dan membatalkan jual beli tadi. Diriwayatkan bahawa Abu Hurairah RA berkata:

“Nabi SAW melarang manusia memintas dagangan, jika ia dipintas oleh seseorang dan orang ini membelinya maka pemilik barangan tadi berhak menuntut khiyar jika dia tiba di pasar.” [Riwayat Muslim (no.1519)]

********

Ihtikar: Ia bermaksud membeli barangan yang disenaraikan sebagai makanan asasi daripada pasaran ketika barangan tersebut amat diperlukan oleh pengguna. Barangan tersebut dihimpun dan disorok dengan tujuan menaikkan harganya berlipat kali ganda dan kemudian dijual sedikit demi sedikit dengan mengeksploitasi keperluan orang ramai. Perbuatan seperti ini adalah haram berpandukan hadith Nabi SAW:

“Monopoli hanya dilakukan oleh orang yang bersalah.” [Riwayat Muslim (no.1605)]

Jika orang ramai amat memerlukan makanan asasi tersebut atau keadaan menjadi dharurat, orang yang memonopoli tadi boleh dipaksa (oleh pemerintah untuk) menjual barangan tersebut dengan harga yang munasabah. Jika dia ingkar, hakim boleh menjual barangan tersebut bagi pihaknya dan hasil jualan diserahkan kepadanya.

Timbul persoalan; sekiranya berlaku kenaikan harga bagi barang yang bukan keperluan, seperti tudung dengan rekaan tertentu, dan bukan bekalan kain yang merupakan keperluan asas masyarakat, apakah Kerajaan berhak menentukan harga barang? Bagi menjawab soalan ini, kami menyebut hadis Anas bin Malik RA:

“Pernah terjadi kenaikan harga pada masa Rasulullah SAW, maka orang-orang berkata: Wahai Rasulullah, tetapkanlah harga untuk kami. Lalu Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah Sang Penetap Harga, Penggenggam, Pembentang dan Pemberi Rezeki. Aku berharap bertemu dengan Tuhanku dan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntut perbuatan zalim yang aku pernah lakukan kepadanya, baik berupa darah (qisas) maupun harta." [Riwayat al-Tirmidhi (no.1235). Beliau berkata hadis ini hasan sahih.]

Hadis ini adalah dalil bahawa haram bagi pemerintah untuk menetapkan harga barang mengikut pendapat yang muktamad dalam mazhab. Pendapat yang lemah mengatakan bahawa dibenarkan ke atas pemerintah untuk menetapkan harga pada waktu ghala’ (gawat) bagi makanan.

Sekiranya imam menetapkan harga barang dan peniaga menyelisihi perintah berkenaan, dibenarkan kepada pemerintah untuk mengenakan hukuman ta`zir kepadanya. Walau bagaimanapun, hukum jual beli itu adalah sahih, mengikut pendapat yang asah (lebih sahih). Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (3/65-66) oleh Muhammad al-Zuhaili.

********

Saiyidina al-Zubair bin al-`Awwam RA pernah membeli sebidang tanah di hutan dengan harga 170,000 dirham, kemudian anaknya Abdullah RA menjualnya selepas kematian al-Zubair dengan harga 1,600,000 dirham. Jumlah itu adalah 9 kali ganda! [Riwayat al-Bukhari (no.3129).]

Berkata Imam Abu Ishak al-Syirazi dalam al-Muhazzab (2/57): “Barangsiapa yang membeli barang dagangan, diharuskan ke atasnya untuk menjualnya dengan harga modal, dengan harga yang lebih rendah, atau yang lebih tinggi, berdasarkan sabda Baginda SAW : Jika berbeza jenis (pada barang ribawi), maka jual belilah bagaimana yang kalian inginkan.[2]”

Oleh sebab itu, Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya al-Ulum al-Din (2/79) menerangkan bahawa pada asalnya ghabn (penyamaran harga dalam berniaga) adalah dibenarkan selagi mana masih boleh diterima pada adat kebiasaan.

Ini kerana tujuan perniagaan itu sendiri adalah untung, yang melibatkan ghabn walaupun sedikit. Kata beliau, sebahagian ulama mengehadkan untung pada satu pertiga harga barang, jika lebih maka boleh khiyar, tetapi itu bukan pendapat mazhab al-Syafie. Itu hanya had ihsan. Namun, keharusan ini terikat dengan syarat tidak berlaku penipuan dan kezaliman.

Kesimpulan:

Kami cenderung kepada pendapat bahawa mengambil untung berlipat kali ganda dalam perniagaan adalah bukanlah sejenis riba dan diharuskan selagi mana tidak membawa kepada penindasan dan kezaliman.

Ini kerana keuntungan itu sendiri bersifat relatif dan tidak boleh dibandingkan secara mutlak dengan harga pasaran sebelum ditolak hasil jualan itu dengan perbelanjaan yang perlu ditanggung peniaga sebelum mendapatkan keuntungan bersih.

Ini berbeza mengikut zaman, tempat dan jenis barang jualan itu sendiri. Namun, kami juga ingin berpesan agar para peniaga agar memperbanyakkan sedekah bagi menyucikan harta yang diperolehi, seperti mana sabda Rasulullah SAW;

“Wahai para peniaga! Sesungguhnya syaitan dan dosa itu hadir dalam aktiviti jual beli. Maka sucikanlah jual beli kamu dengan bersedekah.” [Riwayat al-Tirmidhi (no.1208) daripada Qays bin Abi Gharazah RA, dengan sanad hasan sahih]

Semoga penjelasan ini memberikan manfaat kepada orang ramai.

Wallahua`lam.

Semoga Bermanfaat!

]]>
Tanda Lelaki Cemburu. https://redaksi.com/663-tanda-lelaki-cemburu Tue, 01 Aug 2017 12:50:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=663 Kadang-kadang lelaki ada masanya yang di mana si dia cemburu dengan kita. Ianya antara jelas atau tidak sahaja kerana secara umum lelaki tidak suka berkongsi masalah dan lebih suka mendiamkan diri jika cemburu sesuatu pada teman wanitanya.



1. Berpura-pura seolah tidak peduli.

Apabila si dia melihat anda berbual dengan lelaki lain, si dia selalunya akan berpura-pura seperti tidak kisah dan ianya ketara yang sebenarnya sedang berpura-pura. Jika si dia bertindak atau berkelakuan lain dari biasa, seperti tidak mengendahkan anda atau secara tiba-tiba membangkitkan pergaduhan tanpa sebab serta sekaligus mengaitkan perihal lelaki tersebut untuk menentang anda, ianya secara jelas menunjukkan yang si dia cemburu dan rasa tidak senang dengan anda.

2. Mood swings.

Dia mungkin seakan tidak ada apa-apa tetapi sejurus anda mendapat panggilan dari rakan lelaki sepejabat, anda akan melihat si dia seperti terlalu diam dan bertindak pelik. Atau mungkin dia menjadi marah dan secara tak langsung juga melakukan deraan secara fizikal. Mood swings yang berlaku secara tiba-tiba menunjukkan yang si dia dalam keadaan cemburu.



3. Si jejaka berkelakuan pelik di sekitar anda.

Adakah si dia mula berkelakuan pelik ketika bersama anda? Mungkin menjadi sedikit lebih agresif? Mungkin juga menjadi lebih terlalu mengongkong. Jika anda mengenal pasti cara si dia sebegini, ianya boleh jadi satu tanda yang si dia cemburu pada anda. Ya benar ianya boleh dikaitkan dengan tanda curang, tetapi ianya boleh bercampur pada satu masa yang sama.

4. Mengintip anda.

Apabila si dia mula mengintip atau memerhati anda dengan lebih kerap, ke mana anda pergi, dengan siapa anda keluar atau mungkin dengan siapa anda bercakap, jadi mungkin ia adalah satu tanda cemburu. Bukan itu sahaja, bahkan apabila si dia sudah mula meminta kata kunci kepada emel, laman sosial media serta lain-lain untuk memeriksa segala perihal yang anda lakukan.

5. Merenung tajam.

Tidak kira di mana sahaja anda berada, anda boleh merasakan yang si dia memerhatikan anda dengan sangat terperinci. Ianya seakan si dia sedang memeriksa tentang perlakuan anda bersama orang lain.

6. Si dia mengatakan sesuatu yang kejam tentang sahabat anda.

Anda sudah membuat inisiatif untuk meluangkan masa bersama sahabatnya. Bahkan juga pernah mencari masa untuk meluangkan masa bersama ibunya. Tetapi apabila tiba masa untuk bersama rakan-rakan anda, dengan tanpa usul sebab, si dia membuat keputusan untuk bercakap perkara-perkara yang kejam dan menyentuh perasaan. Sedangkan rakan-rakan anda tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan si dia, tetapi si dia masih berkeras hati dengan berkata buruk tentang sahabat anda.



7. Si dia cemburu dengan kehidupan orang lain.

Si dia kerap bercakap perihal kehidupan orang lain dan bagaimana megahnya kehidupan mereka. Apabila setiap kali bertemu si dia asyik mengulangi tentang perkara yang sama mengenai kehebatan dan kelebihan sahabat anda atau dia, ini menandakan yang si dia mempunyai perasaan cemburu yang tinggi.

8. Apabila orang lain memuji kecantikan anda, si dia bersedih.

Walhal sepatutnya si dia patut berbangga dan mengucapkan terima kasih apabila orang lain memuji akan kecantikan anda, tetapi si dia bertindak sebaliknya. Si dia mula naik berang dan marah.

9. Si dia kuat mengongkong.

Adakah si dia sering bertanya di mana anda berada dan dengan siapa anda bersama sepanjang masa? Adakah si dia secara tiba-tiba mengganggu sesi girls outing anda bersama sahabat? Si dia kerap bertanya pada pukul berapa akan anda selesai? Sememangnya ia baik buat perhubungan untuk memberitahu segalanya, tetapi apabila setiap perkara perlu diberitahu, ini adalah tanda besar si dia sangat cemburu pada anda.



10. Si dia tidak gembira apabila anda berkongsi perihal seseorang.

Anda akan mula perasan tatkala anda teruja untuk bercerita tentang seseorang, si dia kelihatan kurang gembira dan tidak selesa. Tidak kira perihal lelaki atau perempuan tetapi ianya menjadi lebih teruk apabila ianya mengenai seseorang lelaki lain.

11. Mudah marah.

Apa sahaja yang anda lakukan, semua tidak kena. Ada sahaja yang nak dimarahkan. Boleh dikatakan setiap masa, padahal tiada silap yang anda lakukan. Mungkin dengan hanya alasan yang kecil seperti keluar bersama sahabat wanita atau mungkin bekerja sehingga lewat malam di pejabat. Si dia seakan tidak memberikan peluang langsung kepada anda untuk menjelaskannya dan terus memarahi anda.

]]>
Untung Pilih Anak Kedua Sebagai Pasangan Hidup, Orangnya Penuh Dengan 'Kelembutan' Tetapi Tersimpan Ketegasan. https://redaksi.com/7794-untung-pilih-anak-kedua-sebagai-pasangan-hidup-orangnya-penuh-dengan-kelembutan-tetapi-tersimpan-ketegasan Tue, 14 Jan 2020 10:22:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7794 Sangat beruntung siapa yang memilih anak kedua sebagai pasangan hidup ini. Rata-rata anak kedua ini mempunyai keperibadian yang sangat baik dan juga penuh dengan kelembutan. Orang kata senang je nak jaga mereka ini, tak banyak ragam dan juga memeningkan kepala.

Anak kedua ini sering kali dikaitkan dengan kelembutan. Ya, mereka ini sangat lembut hati terhadap orang yang mereka sayangi. Bukan itu sahaja, mereka ini juga bijak jaga hati orang yang dia sayang. Aduh... mesti seorang yang sweet dan romantik anak kedua ini.

Ada orang mungkin tak nak pilih anak kedua atau ketiga tetapi inginkan anak pertama kerana dikatakan seorang yang mempunyai kepimpinan yang bagus. Setiap mereka ini mempunyai keunikan yang tersendiri sama seperti anak kedua ini.

Buat anda yang sedang bercinta dengan anak kedua ini tentu sangat menyenangkan dan begitu tenang hubungan anda bukan. Mana tidaknya mereka ini jenis cool sahaja, semua perkara dilakukan dalam tenang dan santai. Bahkan kalau ada masalah pun mudah sahaja nak diselesaikan, betul tak?



Buat mereka yang sedang hangat bercinta dengan anak kedua ini, jom kenali mereka ini lebih dekat. Apa yang membuatkan mereka ini lebih unik dari yang lain. Wow!

Ramai yang tak tahu, anak kedua ini merupakan pendengar yang baik. Bukan sahaja dengar tetapi mempunyai respon yang baik dalam luahan hati anda. Haaa... mana nak cari pasangan macam ini, yang selalu mendengar luahan hati anda tanpa mengabaikan anda.

Paling bestnya mereka ini adalah seorang yang berfikiran terbuka. Jadi nak terima perkara-perkara baru bukan satu masalah buat mereka. Tapi kena juga dengan batasnya, bukan semua perkara mereka boleh terima. Kalau salah tetap salah, tapi kalau yang baik tentu sahaja mendapat sokongan yang baik darinya.



Sikap penyayangnya terhadap pasangan dan juga ahli keluarga sangat jelas. Mana tidaknya, jika sakit ataupun terlibat dalam masalah, mereka ini yang datang hulurkan bantuan. Sentiasa mudah bimbang dan pasti ingin menjaga orang yang disayangi dengan baik adalah keutamaan bagi dirinya.

Lebih menariknya, anak kedua ini lebih mudah untuk memahami seseorang. Mereka ini sentiasa cuba meletakkan perasaan yang sama seperti yang anda rasai. Mereka ini begitu mudah untuk dibawa bincang walaupun dalam hal-hal yang agak serius. Ini kerana, sikap bertolak ansur dan memahami begitu kuat dalam diri.



Paling seronok dan ramai yang suka adalah sikap mengalah dengan orang yang dia sayangi bukanlah satu perkara yang asing lagi dengan anak kedua ini. Nampak tak yang ego mereka ini tidak tinggi menggunung pun, tetapi ego mereka ini kalah dengan orang yang mereka sayangi. Untung sangat dapat anak kedua sebagai pasangan hidup ini.

Cuba kenali anak kedua ini, mereka ini penuh dengan kasih sayang dan kelembutan orangnya. Tidak kiralah dengan seseorang yang mereka kenal ataupun tidak. Untung sangat jika dapat pasangan sebegini.

]]>
Apa Yang Perlu Anda Tahu Apabila Bercinta Dengan Anak Bongsu Ini? Jom Ketahuinya. https://redaksi.com/3541-apa-yang-perlu-anda-tahu-apabila-bercinta-dengan-anak-bongsu-ini-jom-ketahuinya Tue, 18 Sep 2018 11:20:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3541 Selalunya anak bongsu ini akan dikatakan lebih manja ataupun tidak pandai berdikari. Mereka juga mempunyai sikap yang kemahuan mereka ini perlu dituruti. Tetapi betul ke perkara tersebut? Anak bongsu ini mempunyai sikap yang lain apabila mereka ini jalinkan hubungan. Mereka ini banyak kelebihan jika menjadi pasangan anda. Mari kenali pasangan anda yang dilahirkan sebagai anak bongsu ini.


1. Seorang pemerhati dan pendengar yang baik.

Apabila dia menjadi orang yang paling muda di dalam ahli keluarganya, sudah pasti dia akan sentiasa mendengar segala luahan mereka yang lebih tua di dalam keluarganya. Bahkan dia juga sentiasa memerhatikan setiap gerak geri ahli keluarganya. Jika ia membawa satu kebaikan pada dirinya maka ia akan ikut. Sebab itu apabila bercinta dengan mereka ini, anda akan lebih beruntung. Mana tidaknya selain anda menjadi pendengar yang baik dia juga akan sentiasa berikan anda perhatian.

2. Boleh dipercayai dan tenang apabila hadapi masalah.

Setiap orang tidak akan lari dari masalah kehidupan, jadi pelbagai cara untuk tangani masalah seperti ini. Namun bagi anak bongsu ini sudah pasti mereka ini akan lebih tenang dalam menghadapi masalah yang mendatang. Mana tidaknya, dirinya banyak melihat pengalaman mereka yang lebih tua dalam menangani masalah mereka. Bahkan anak bongsu ini adalah seorang yang bole dipercayai dalam menguruskan masalahnya.


3. Seorang yang kuat menarik perhatian.

Sudah menjadi sikap anak bongsu ini apabila mereka ini akan membrontak apabila dirinya tidak mendapatkan perhatian. Namun pada masa yang sama, dirinya ini akan cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian pasangannya. Sebab itu jika anda lihat anak bongsu ini akan lebih manja dengan anda. Jadi apabila anda tidak berikan pasangan anda perhatian, pasti si dia akan mula mencari gaduh dengan anda bukan? Itu hanya kerana mahukan perhatian sahaja.

4. Tidak akan marah dengan lama.

Untung siapa yang mempunyai pasangan anda bongsu ini. Mana tidaknya, jika kalian bergaduh atau salah faham pasti dia yang akan mengalah terlebih dahulu. Mengapa? Sebab mereka ini sememangnya tidak akan marah seseorang yang mereka sayang dengan lama. Jadi jika merajuk pun, dia sendiri yang akan datang minta anda pujuk. Itu belum jika anda yang buat salah, pasti banyak kali peluang yang akan diberikan kepada anda. Mereka ini dikatakan cepat memaafkan juga ye.

Jadi jika anda miliki pasangan anak bongsu ini tersangat lah beruntung ye. Walaupun mereka ini dikatakan manja tetapi mereka ini mampu menjadi pasangan yang ideal buat semua orang.


 

]]>
7 Situasi Buat Lelaki Menangis. https://redaksi.com/485-7-situasi-buat-lelaki-menangis Mon, 17 Jul 2017 12:39:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=485 Lelaki dikenali sebagai makhluk yang kuat. Pandai sembunyikan perasaan dan tidak mudah menangis berbanding wanita. Namun, kenyataan ini boleh disangkal kerana terdapat beberapa situasi lelaki akan menangis walaupun mereka sukar menitiskan air mata.



1. Kematian insan yang tersayang.

Siapakah yang tidak rasa hiba apabila kehilangan orang yang disayangi? Hal ini normal ketika melihat lelaki menangis disebabkan kehilangan orang tersayang, kematian ibu bapa mahupun teman. Jarang sekali lelaki yang tidak menitiskan air mata akibat perkara ini.

2. Kematian haiwan peliharaan.

Walaupun sekadar haiwan peliharaan, lelaki yang sukakan binatang juga akan menitiskan air mata apabila kehilangan haiwan kesayangan. Terutama apabila haiwan itu sudah lama menghabiskan masa bersama.

3. Melihat orang tersayang sengsara.

Lelaki walaupun hatinya keras, mereka akan tewas jika melihat kesengsaraan orang tersayang. Mereka pasti menangis apabila teman atau keluarga kesayangan memilih jalan yang salah. Lelaki akan rasa sedih melihat adiknya yang mengambil dadah atau teman wanitanya yang sakit.



4. Ditinggalkan kekasih hati.

Setiap orang akan rasa sayu dan hiba saat ditinggalkan. Lelaki juga akan tetap menangis apabila ditinggalkan orang tersayang. Akibat kekecewaan dan sakit hati pada tahap kritikal, mereka akan menitiskan air mata kerana tidak dapat menerima kenyataan itu.

5. Pasukan yang diminati kalah.

Kajian menunjukkan ramai lelaki yang meminati sukan. Misalnya, bola sepak, badminton, bola keranjang atau sepak takraw. Bagi peminat tegar permainan ini, lelaki akan rasa melahirkan rasa hampa dan menangis kecewa jika pasukan yang diminati kalah dalam pertandingan.



6. Apabila diterima lamaran.

Lelaki biasanya yang memulakan langkah untuk menambat hati kekasih. Air mata mereka bukan lahir pada saat sedih saja, tetapi juga pada waktu lamaran mereka diterima wanita yang dicintai. Saat yang luar biasa ini menyebabkan lelaki boleh menangis kerana gembira yang teramat.

7. Kelahiran anak pertama.

Wanita mahupun lelaki pasti gembira jika mendapat sesuatu yang berharga dalam hidup mereka. Terutama kehadiran anak pertama yang pastinya memberikan impak besar dalam rumah tangga. Lelaki pasti akan menangis tanda gembira melihat anak pertamanya lahir.

]]>
Bagaimana Mencontohi Rasulullah Saw Dalam Memberi Nafkah Kepada Isteri? https://redaksi.com/5838-bagaimana-mencontohi-rasulullah-saw-dalam-memberi-nafkah-kepada-isteri Fri, 19 Apr 2019 17:24:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5838 Selepas berkahwin, isteri akan menjadi tanggungjawab suaminya. Di mana, suaminya perlu memberi nafkah kepada isteri-isterinya walaupun isterinya itu berkerja. Bukan itu sahaja, walaupun seorang suami itu bergaji kecil dan isterinya bergaji besar, tetapi tetap sahaja perlu memberi nafkah kepada isterinya. Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana Nabi SAW memberi nafkah kepada isteri-isterinya. Mari ikuti penerangan ini.



Para ulama telah menetapkan bahawa pemberian nafkah adalah wajib ke atas golongan tertentu yang berada di dalam tanggungannya seperti isteri, anak, hamba dan ibu bapa yang fakir. Ini berdasarkan firman Allah SWT:


وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا
Maksudnya: Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.
(Surah al-Baqarah, 2:233)


Berkenaan ini, Rasulullah SAW menyatakan bahawa harta yang paling baik dinafkahkan ialah kepada ahli keluarga. Daripada Tsauban RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:


أَفْضَلُ دِينَارٍ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ دِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى عِيَالِهِ وَدِينَارٌ يُنْفِقُهُ الرَّجُلُ عَلَى دَابَّتِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدِينَارٌ يُنْفِقُهُ عَلَى أَصْحَابِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Maksudnya: Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah.
Hadith Riwayat Muslim: 994


Islam telah menetapkan bahawa kadar nafkah itu hendaklah diberi dengan cukup (kifayah) dan baik (ma’ruf). Kadar kifayah dan ma’ruf itu berdasarkan kepada kemampuan si suami dan bapa untuk menanggungnya. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW kepada Hindun RA apabila dia mengadu kepada Nabi SAW bahawa suaminya tidak memberikan nafkah kepadanya. Rasulullah SAW bersabda:


خُذِي مَا يَكْفِيكِ وَبَنِيكِ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: Ambillah (daripada harta Abu Sufyan) apa yang mencukupkan kamu dan anak kamu secara baik.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Para ulama menetapkan bahawa nafkah yang wajib diberikan kepada sesiapa yang berada dibawah tanggungannya itu ialah seperti:

I. Makanan

II. Barang-barang dapur

III. Pakaian

V. Alat-alat untuk membersihkan diri

VI. Pembantu bagi isteri jika sekiranya kebiasaannya isteri mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu sahaja). (Rujuk Mughni Muhtaj, 4:542)

Rasulullah SAW merupakan contoh teladan yang baik dalam semua perkara, termasuklah juga dalam hal ini. Baginda SAW bersabda dalam hadith yang diriwayat oleh Ibn ‘Abbas:


خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِي
Maksudnya: Sebaik-baik daripada kalangan kamu ialah yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah yang terbaik terhadap isterinya.
Hadith riwayat Ibn Majah, 9:2053


Rasulullah SAW memberi nafkah dan keperluan secukupnya kepada ahli keluarganya mengikut kemampuan Baginda SAW. Rasulullah SAW menyediakan untuk isteri-isteri Baginda SAW tempat tinggal, makanan, pakaian dan semua keperluan dengan mencukupi dengan tidak berlebihan. Ini bersesuaian dengan kehidupan Rasulullah SAW yang memilih zuhud dan tidak bermewah-mewah. Dalam pemberian nafkah, Rasulullah SAW memberikan 20 wasaq gandum dan 80 wasaq kurma kepada isteri-isterinya pada setiap tahun. (Rujuk Nail al-Awthar, 5:221)


Rasulullah SAW mempunyai sumber pendapatan yang pelbagai untuk memberi nafkah kepada isteri-isteri dan ahli keluarga Baginda SAW. Antara sumber pendapatan Nabi Muhammad SAW ialah:

1) Harta fay'i, iaitu harta yang didapati daripada golongan-golongan musyrik yang menentang Islam tanpa melalui peperangan. Ini seperti yang Rasulullah SAW dan para Sahabat RA dapati daripada Peperangan Bani Nadir dan Fadak. Firman Allah SWT:


مَّا أَفَاءَ اللَّـهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ
Maksudnya: Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan).
(Surah al-Hasyr: 7)


Diriwayatkan dari Umar Ibn al-Khattab RA bahawa beliau berkata: Sesungguhnya Allah telah memberikan harta Bani Nadhir kepada Rasulullah SAW dan harta itu adalah khusus untuk beliau. Harta itu beliau nafkahkan kepada keluarganya untuk keperluan satu tahun. Selebihnya dibahagikan untuk membiayai kuda dan persenjataan sebagai persiapan peperangan.
Hadith riwayat Bukhari: 4033 dan Muslim: 1757

2) Ghanimah, iaitu harta rampasan perang yang didapatkan dari perang antara kaum muslimin bersama dengan musuh-musuhnya. Al-Imam al-Thabari menyebutkan dalam tafsirnya, “Perang Badar adalah perang yang untuk kali pertama (dalam Islam). Dalam Islam, Rasululah SAW akan mendapatkan bahagian satu perlima daripada harta ghanimahtersebut. Dalam perang itu, Nabi SAW mengambil bahagiannya, sementara bagian empat seperlima diberikan kepada sahabat-sahabatnya. (Rujuk Tafsir al-Thabari, 6:250).

3) Hadiah yang diterima oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW tidak menerima sedekah tetapi hanya menerima hadiah daripada pelbagai pihak, antaranya raja-raja, para Sahabat RA dan lain-lain.

Disamping itu, sifat-sifat mulia pada ummahat al-mukminin yang memilih akhirat yang kekal abadi berbanding harta dunia yang sementara juga perlu dijadikan teladan. Ketika para isteri-isteri Nabi SAW diberi pilihan untuk samada harta perhiasan dunia atau mereka menginginkan bersama Rasulullah SAW dan mendapat ganjaran di akhirat, mereka memilih Rasulullah SAW dan ganjaran di akhirat. Firman Allah SWT:


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ إِن كُنتُنَّ تُرِدْنَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا وَإِن كُنتُنَّ تُرِدْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالدَّارَ الْآخِرَةَ فَإِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْمُحْسِنَاتِ مِنكُنَّ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya: Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut'ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya. "Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu: pahala yang besar.
(Surah al-Ahzab: 28-29)


Imam al-Sa'adiy dalam mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa isteri-isteri Nabi SAW telah berkumpul dan menuntut nafkah dan pakaian perhiasan tambahan daripada Rasulullah SAW. Mereka meminta sesuatu yang tidak mampu untuk ditunaikan oleh Baginda SAW sampai bila-bila. Lalu kesemua mereka memilih kemuliaan di akhirat dengan memilih Allah SWT dan Rasulullah SAW. (Rujuk Tafsir al-Saadiy, ayat al-Ahzab : 28-29)

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan bahawa Rasulullah SAW memberikan nafkah dengan kadar yang mencukupi (kifayah) dan baik (ma’ruf) kepada ahli keluarga Baginda SAW daripada segala apa yang diwajibkan dengan tidak kurang dan tidak pula berlebihan kecuali sesetengah waktu. Ini berdasarkan kemampuan dari sumber pendapatan Baginda SAW dan sikap Rasulullah SAW yang memilih kehidupan yang sederhana dan zuhud.

Disamping itu, kita juga perlu juga mengambil iktibar daripada sikap qanaah dan toleransi para isteri-isteri Nabi SAW. Mereka memilih untuk tidak meminta kemewahan dunia yang berlebihan, bahkan memilih Allah SWT dan Rasulullah SAW serta kenikmatan yang abadi di akhirat kelak.

Pada akhirnya, kami akhiri dengan doa yang diajarkan kepada kita di dalam al-Quran al-Karim:


وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
(Surah al-Furqan: 74)

]]>
Percaya Pada Money Magnet Dan Cium Duit Tarik Rezeki, Hukumnya Syirik & Berdosa. https://redaksi.com/6193-percaya-pada-money-magnet-dan-cium-duit-tarik-rezeki-hukumnya-syirik-berdosa Thu, 30 May 2019 08:55:37 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6193 Siapa sangka masih lagi ada yang percaya perkara-perkara sebegini pada saat teknologi semakin canggih ini. Mungkin kerana hasutan syaitan, dendam, benci serta sifat ingin berjaya lebih dari orang lain menyebabkan sesetengah orang masih lagi percaya akan penggunaan bomoh, dukun dan tilik nasib ini. Walaupun seperti jarang berlaku, tetapi ia masih tetap wujud disekeliling kita.

Perkara yang sememangnya mendatangkan dosa, tetapi masih ada sahaja yang melakukannya seolah-olah tidak takut dengan perbuatannya itu. Mari sama-sama kita ingatkan diri kita untuk menjauhi perkara ini berdasarkan perkongsian dari Ustaz Farid Rashidi.



Tak sangka dalam dunia serba moden, dah nak masuk teknologi 5G pun masih ramai yang percaya tukang tilik nasib dan bomoh.

Ada beberapa orang hantar mesej tanya pasal ini. Mengeluh panjang juga nak jawab soalan begini. Geram, sedih, serba-serbi ada.

Ada yang saya diamkan saja.

Makna taknya, sampai ada bergaduh laki bini, hancur keluarga, pecah saudara, putus rakan, bisnes jahanam gara-gara sihir, bomoh, percaya benda khurafat dan syirik.

Fuhh, dahsyat! Dahsyatkan? Kan?

Ingat ya, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
“Sesiapa yang datang kepada bomoh, lalu bertanya kepadanya sesuatu, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari.”
[Hadis Riwayat Muslim, no. 4144]

Berhati-hati juga bagi mereka yang taksub dan percayakan ramalan nombor nasib, money magnet, amalkan teknik “cium duit” kononnya nak tarik duit, tentukan sifat seseorang melalui tarikh atau nombor tertentu melalui ilmu numerologi.

Kesemuanya kepercayaan itu adalah berdosa di sisi Islam ya.

Macam itu juga kepercayaan pada nombor-nombor tertentu yang memberi aura berbeza. Selalunya sebar dan diajar oleh segelintir individu dalam program motivasi, seminar atas nama 'tarik rezeki' dan lain-lain.

Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ
"Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad”
[ Hadis Riwayat Ahmad, no. 406]

Allahu Rabbi. Bukan benda main-main. Boleh jadi kufur tau. Hati-hatilah. Biasanya 'mereka' sangat bijak dan licik mengawal minda manusia.

Dan paling tak boleh blah, mereka cepat jadi kaya segera. Bomoh, trainer 'tarik rezeki', tukang tenung nasib dan seangkatannya yang dapat duit hasil manipulasi ke atas orang lain.

Apapun, semoga kita semua terselamat daripada fitnah dunia, Iblis dan Syaitan.

Sharelah, agar ramai yang lebih berhati-hati dengan tipu daya dan fitnah itu.

]]>
Pasangan Abaikan Anda? Jangan Risau, Mungkin Dirinya Mengalami 5 Perkara Ini. https://redaksi.com/3614-pasangan-abaikan-anda-jangan-risau-mungkin-dirinya-mengalami-5-perkara-ini Tue, 25 Sep 2018 12:14:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3614 Apabila menjalinkan hubungan ini, sudah pasti lah setiap dari anda inginkan perhatian dari pasangan anda. Kalau boleh anda mahu pasangan anda itu berikan segala perhatian kepada anda tetapi, anda akan mudah terasa hati jika pasanga anda sudah mula mengabaikan anda. Dan tidak melayani anda seperti dahulu. Pasti kelakuannya yang seperti ini akan membuat anda merasakan pasangan anda itu mula berubah hati atau sudah mempunyai kekasih hati yang lain. Jadi, mari cari tahu sebab apa pasangan anda abaikan anda.


1. Dia marah akan anda.

Cuba lihat kembali kelakuan anda. Ada atau tidak perkara yang anda lakukan itu membuat dirinya marah akan anda. Biasa lah kalau pasangan anda marah, sudah tentu lah dirinya itu akan terasa malas melayani anda atau pun suka mengabaikan anda. Biasanya mereka mengabaikan anda ini sudah tentu lah bersebab bukan suka-suka sahaja. Cuba anda meminta maaf terlebih dahulu untuk menjernihkan suasana yang tegang itu.

2. Dia mempunyai masalah yang tersendiri.

Apabila seseorang menghadapi masalah, tidak mustahil dirinya akan kehilangan mood yang baik untuk melayani semua orang. Dirinya perlukan masa untuk bersendiri serta ingin memikirkan jalan penyelesaian masalahnya. Jadi, apa kata anda cuba bertanya apa masalah yang dihadapi dan cuba untuk menjadi pendengar dirinya. Jangan hanya anda sahaja inginkan perhatian, dia juga mahu seperti anda.

3. Dia sudah rasa tidak selesa dengan anda.

Jika seseorang tiba-tiba berubah secara tiba-tiba mungkin ada satu hal yang berlaku dalam perhubungan kalian. Cuba anda cari tahu apa yang menyebabkan dirinya sebegitu. Ketika hal seperti ini, kalian perlu berjumpa dan bersemuka untuk selesaikan masalah. Jangan cuba bincangkan melalui telefon bimbit, ia mungkin boleh timbulkan salah faham.


4. Dia sudah mula bosan dengan anda.

Bila sudah bosan dengan segala karenah dan kelakuan anda, dirinya sudah pasti mula menjauhkan diri serta mengabaikan anda. Jika perkara seperti ini berlaku, anda harus bijak menanganinya. Jangan biarkan perkara seperti ini berlarutan. Anda harus bijak mengambil hatinya semula. Cuba lakukan perkara-perkara di awal perkenalan anda.

5. Seseorang sedang cuba menggantikan anda.

Anda tidak akan tahu sekiranya seseorang mungkin akan cuba mendekati pasangan anda. Seseorang yang bertindak untuk memahaminya lebih dari anda serta cuba melayani segala karenahnya. Tetapi jika perkara ini, anda perlu bukti terlebih dahulu. Jangan pernah membuat serangan tanpa ada satu bukit yang kukuh.

Jangan terlalu kalut apabila pasangan anda mula abaikan anda, mungkin dirinya mempunyai sebab tersendiri. Tidak kira lah sebab itu datang dari anda atau dirinya. Tetapi yang penting, anda tidak boleh marah secara tiba-tiba tetapi perlu bijak menangani masalah ini.


]]>
Tanda-Tanda Si Gadis Suka Anda Dalam Diam. https://redaksi.com/2526-tanda-tanda-si-gadis-suka-anda-dalam-diam Tue, 19 Jun 2018 22:58:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2526 Tanda-tanda si lelaki menyukai seorang gadis berbeza keberangkalian melalui perbuatan, tutur kata malah cara layanan. Jadi, kali ini jom ketahui tanda-tanda si gadis minat dalam diam pada sang jejaka…

1. Suka curi-curi pandang.

Jika anda sedar atau tidak sedar, pasti akan terasa seseorang yang suka curi-curi pandang. Sama ada si dia tidak puas hati atau sebenarnya suka dalam diam. Kebiasaan apabila anda menangkap si dia curi pandang pada anda, dia akan cepat-cepat pandang tempat lain.

2. Perbuatan yang gugup.

Layanan lelaki terhadap gadis yang mereka minati dalam diam sudah tentu suka mengusik dan melayan secara kasar, tetapi berbeza dengan si gadis melayan lelaki yang mereka minati dalam diam. Mereka terlalu gugup, tidak mampu bertentangan mata dan percakapan yang tidak jelas dan gagap.

3. Layanan yang berbeza.

Mereka juga sanggup buat apa sahaja apabila anda meminta tolong. Atau bagi apa sahaja apa yang anda minta. Walapun barang yang paling si dia sayang and tidak pernah bagi orang lain sentuh pun , kalau anda yang minta, sudah tentu dapat.

4. Malu tapi mahu.

Tanda paling jelas sekali ialah apabila kawan kawan si dia yang mula mengusik kalian berdua dan di saat si dia benar-benar menafikan pasti si dia buat-buat tak tahu macam tak ada apa apa. Atau muka si dia menjadi malu-malu kemerahan.

5. Cemburu.

Si gadis akan berasa cemburu ketika dan saat adanya perempuan lain yang cuba berinteraksi dengan anda. Tidak kira sama ada sahabat baik, sepupu atau adik-beradik perempuan kerana kebiasaannya si gadis ini gemar berfikiran negatif dan membuat andaian yang bukan-bukan.

6. Mata meliar mencari.

Apabila anda secara tiba-tiba tiada di dalam kelas atau di mana-mana  sahaja, si dia pasti akan tercari cari dan tanya kawan kawan ke mana anda pergi.

7. Mudah merajuk.

Apabila anda menguuk si dia di depan orang ramai terutamanya rakan perempuan, pasti si dia mudah terasa dan sentap dengan perilaku anda sendiri. Dan mereka akan terus merajuk, kerana mahu kan perhatian daripada anda.

8. Melihat dari jauh.

Kebiasaannya, ketika pulang dari sekolah, kolej atau office atau dipendekkan cerita ketika kalian berdua  berpisah, si dia mesti pasti akan melihat anda pulang dari jauh . Jika kesemua tanda ini ada pada gadis tersebut, pasti si dia tergila-gilakan anda sekarang.

]]>
"Sikap Suka Mengata Hanya Akan Mendedahkan Sisi Buruk Diri Anda Sahaja..." https://redaksi.com/5239-sikap-suka-mengata-hanya-akan-mendedahkan-sisi-buruk-diri-anda-sahaja Mon, 18 Feb 2019 20:16:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5239 Ramai di antara kita ini suka tabiat membawang dalam mengisi masa lapang. Bermula dari kisah si Timah hinggalah berakhir dengan kisah si Tipah, itulah modal yang akan dilakukan setiap hari. Kadang-kadang apabila kita bercakap mengenai kisah buruk orang di belakangnya akan membuatkan diri kita merasa lebih baik darinya sedangkan kita ini adalah sebaliknya.

Bukan itu sahaja, kita merasakan diri ini terkaku bagus sehingga merasakan mempunyai hak untuk menghakimi hidup seseorang yang jauh berbeza dengan kehidupan harian kita serta berbeza kesilapan dengan kita.

Cuba anda fikirkan kembali, apa kebaikan atau faedah yang anda dapat setelah bercakap mengenai orang lain? Adakah ia satu kepuasan yang ada cari? Ataupun ia akan menambah rasa bersalah selepas itu?



Walaupun orang itu sangat menyakitkan hati anda, tapi bercakap mengenai keburukannya hanya akan membawa aura negatif kepada diri anda. Walaupun kita bercakap adalah berasaskan khabar again yang kita sendiri tidak tahu kebenarannya, itu akan dianggap sebagai satu fitnah.



1. Apa kata apabila anda berasa tidak senang akan seseorang seperti anda tidak menyukai kehadirannya atau apa pun, adalah lebih baik sekiranya anda berterus terang kepadanya. Bukankah itu akan membuatkan anda berasa lebih lega?

Kebanyakan kita ini hanya berani untuk bercakap belakang sahaja, apabila berdepan perasaan takut menerpa.

2. Bercakap mengenai perkara yang benar bahkan mempunyai bukti, sebab itulah anda berkongsi cerita ini. Bagaimana kalau berita yang anda terima itu adalah satu fitnah terhadap dirinya? Bahkan kalau benar sekali pun, itu tidak bermakna anda bebas untuk bercakap mengenai dirinya.

3. Dari anda sibuk melihat kekurangan orang lain, apa kata anda lihat kekurangan pada diri anda. Mana tahu anda juga miliki kesilapan serta kekurangan yang sama. Jadi apa bezanya anda dengan dirinya?

Tidak akan masa berkualiti anda bersama rakan-rakan hanya bergosip mengenai orang lain, di mana ia bukanlah perkara yang penting. Lebih baik anda mencari sesuatu yang mengeratkan lagi hubungan kalian.

4. Ramai yang tidak sedar, apabila anda bercakap mengenai keburukan orang lain, maka sisi keburukan anda juga akan terserlah tanpa anda sedari. Apabila anda terlalu banyak mencari kesalahan orang lain, maka orang lain juga akan mencari kesalahan dalam diri anda dan menceritakannya.

5. Bukan itu sahaja, anda juga pasti tidak sedar perbuatan anda bercakap mengenai orang hanya akan membuat orang sekeliling anda menjauhi anda sedikit demi sedikit. Ini kerana, tabiat ini akan membuat orang sekeliling anda tidak berasa selesa dengan diri anda, malah anda tidak tahu bahawa dirinya mungkin berkawan rapat dengan pihak itu.

Anda perlu tahu, setiap apa yang keluar dari mulut anda itu satu doa. Jadi tidak mustahil sekiranya anda juga akan berkelakuan sama seperti orang yang anda mengata ataupun lebih teruk darinya.

]]>
“Suami Isteri Perlu Tahu Give & Take, Kalau Nak Isteri Cantik Jangan Kedekut” https://redaksi.com/4642-suami-isteri-perlu-tahu-give-take-kalau-nak-isteri-cantik-jangan-kedekut Fri, 21 Dec 2018 15:50:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4642 Jika kaum wanita sukakan pada kecantikan, apatah lagi pada kaum lelaki. Memang sudah lumrah kejadian makhluk lelaki yang suka pada kecantikan pada seorang wanita, dan ia adalah normal. Tidak normal sekiranya seorang lelaki yang tidak suka melihat wanita yang cantik lagi seksi. Namun, berkenaan dalam perkahwinan, suami isteri perlulah give and take tentang isu kecantikan ini.

Suami nak isteri cantik, kulit putih dan mulus, jangan kedekut sediakan duit perbelanjaan untuk isteri ke saloon, atau membeli barangan penjagaan diri.

Si isteri pula, sekiranya suami tidak mampu nak belanja barang solekan yang mahal seperti Sephora, usahlah memaksa, barang di drugstore kan ada seperti Watson dan Guardian.

Kalau nak ke saloon pun, ada sahaja saloon muslimah dengan harga yang berpatutan. Kaum wanita sekiranya mahu cantik, tapi malas menggunakan barang tradisional seperti bahan masakan di dapur, jangan malas cari spa dan saloon mengikut kemampuan suami.

Sekiranya si suami merasakan si isteri mampu membeli penjagaan diri untuk kecantikan mungkin kerjaya yang lebih tinggi atau berpendapatan tinggi. Jangan terlalu selesa dengan situasi ini, kerana memberi perbelanjaan untuk belanja isteri adalah nafkah yang perlu suami beri mengikut kemampuan.

Jika suami menjadi terlalu selesa, semuanya isteri yang lakukan tanpa meminta pertolongan dan berdikari, apakah tanggung jawab anda sebagai suami?

Oleh itu, jom ikuti sedikit kisah dari perkongsian saudara Mizan Dzai berkenaan dengan isu ini, dengan rujukan dari Ustaz Tuan Muaz Johani….

********

Bila isteri kita tukar penampilan dan imej mereka, lagaknya perasan kita seperti bersama orang baru. Bukan bersama orang lain tapi bersama dengan orang sama yang jauh lebih cantik, lebih berketerampilan menarik.

Percayalah, kita akan cepat-cepat nak balik rumah sebab nak tengok wajah isteri yang berpenampilan baru, lebih dari nak tengok anak-anak.

Lelaki, kita ni pantang dapat barang baru. Pantang isteri berwajah baru.

Masa tengah rehat makan tengahari tu, cuba usik-usik isteri di Whatsapp, media sosial dsb dan katakan yang kita rindukan dia.

Secara automatik isteri kita pun lebih yakin, seronok dan lebih manja melayan kita kerana nafkah batin bukan atas katil semata-mata, ianya juga bilamana membahagiakan isteri seperti kata-kata nakal atau romantik.

Apatah lagi nafkah zahir yang kita sediakan seperti penjagaan diri iaitu kecantikan isteri adalah penting bila usia rumahtangga lebih dari setahun dua kerana rambut adalah mahkota bagi setiap wanita.

Saya percaya, dalam dunia ini tak ada lelaki atau wanita yang tidak kacak atau cantik, kerana itulah norma kecantikan yang berbentuk subjektif mengikut pandangan mata masing-masing.

Bezanya adalah bagaimana kita menjaga penampilan diri kita terutama bila bersama pasangan. Ada lelaki yang suka wanita berbadan gebu, ada juga yang suka wanita yang berbadan besar atau kurus.

Kebahagian dalam rumahtangga itu bila kita menyayangi kelemahan pasangan dan bila kita menyintai kelebihan mereka. Berusahalah untuk menjadi yang terbaik buat pasangan kita, itulah sebenar-benar bahagia tanpa memberi ruang sondolan dari orang ketiga.

********

Semoga Bermanfaat Dan dijadikan Iktibar!

]]>
Menurut Pakar Psikologi, Kahwin Lewat Cenderung Diri Jadi Lebih Cerewet. https://redaksi.com/5137-menurut-pakar-psikologi-kahwin-lewat-cenderung-diri-jadi-lebih-cerewet Sat, 09 Feb 2019 09:34:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5137 Mereka yang berkahwin lewat cenderung untuk menjadi lebih cerewet dan sukar bertoleransi dengan pasangan masing-masing. Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Firdaus Abdul Gani berkata, sikap sedemikian tercetus disebabkan mereka telah terbiasa hidup dengan cara serta kebiasaan untuk satu jangka masa yang lama.

"Mereka juga risau disebabkan risiko tidak subur dan sukar mendapat anak disebabkan umur yang meningkat. Mereka akan tergesa-gesa untuk mengejar mendapatkan anak yang boleh menyebabkan berlakunya stres di kalangan pasangan.

"Perasaan kegagalan juga mungkin tercetus terutamanya di kalangan wanita akibat kesukaran mendapat anak.

"Dari aspek positif, wanita yang berkahwin lambat ini mempunyai fikiran yang lebih matang serta keadaan kewangan yang kukuh yang menyumbang kepada perkahwinan yang stabil," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu kata Dr Firdaus, senario wanita berkahwin lewat kerana berpendidikan tinggi sebenarnya bukan sesuatu yang luar biasa tetapi dikhuatiri memberi impak negatif terhadap kehidupan sosial masyarakat .

"Pertumbuhan penduduk pada 2030 nanti dijangka menjunam hingga 0.7 peratus berbanding 2 .6 peratus sekitar tahun 90-an dan berkahwin lewat dikenal pasti sebagai punca utama penurunan tersebut," jelasnya.

Mengikut kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke 5 (KPKM-5)  yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2014, didapati bahawa 86.8 peratus responden yang berumur 25 sehingga 49 tahun mempunyai keinginan untuk berkahwin di mana 31 tahun merupakan umur minimum untuk berkahwin.

Kata Dr Firdaus, ini berbeza dengan hasil penemuan pada tahun 2010, di mana sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati bancian statistik purata umur perkahwinan di kalangan lelaki ialah 28 tahun dan perempuan ialah 25.7 tahun.

Ini sekali gus, ujarnya, menunjukkan terdapat peningkatan dari segi umur di mana mereka ingin berkahwin berbanding sebelumya.

"Penakrifan umur perkahwinan lewat pula adalah sekitar 37 tahun kepada lelaki dan 33 tahun kepada wanita pada tahun 2014. Terdapat  56 peratus responden lelaki berpandangan masalah kewangan menjadi punca utama mereka lewat berkahwin manakala majoriti wanita iaitu 35.7 peratus mengatakan tiada calon sesuai.

"Apabila dilihat secara spesifik mengenai tumpuan pada kerjaya, lebih ramai wanita memberikan sebab tumpuan pada kerjaya iaitu 18.1 peratus berbanding 9.4 peratus di kalangan lelaki.

"Bagaimapun, antara faktor lain yang mendorong wanita berkahwin lewat adalah disebabkan masalah kewangan yang dihadapi (26 peratus) disebabkan peningkatan kos sara hidup dan mahu memiliki kehidupan yang stabil terlebih dahulu dikuti oleh mendahulukan kemajuan kerjaya," katanya.

Berdasarkan statistik, kadar penyertaan buruh wanita di negara ini meningkat daripada 46.8 peratus pada 2010 kepada 54.7 peratus pada tahun 2015.

Jelas Dr Firdaus, ini membuktikan wanita kini mementingkan kestabilan karier dan kewangan.

Katanya, dari aspek psikologi, terdapat beberapa kesan terhadap emosi dan tingkah laku di kalangan mereka yang lambat berkahwin.

"Antara kelebihan berkahwin ialah mempunyai peneman untuk berkongsi suka duka kehidupan serta memenuhi keperluan emosi dan fizikal untuk hidup berpasangan dan berkasih sayang.

"Terdapat banyak kajian yang mendapati bahawa perkahwinan banyak memberikan impak positif terhadap individu, tetapi ia turut bergantung kepada umur ketika berkahwin.

"Mereka yang berkahwin terlalu muda (kurang dari 18 tahun) didapati mempunyai banyak masalah emosi disebabkan usia yang tidak matang serta ketidaksediaan memikul tanggungjawab menyebabkan adaptasi yang sukar kepada kehidupan berkahwin," katanya

Tegasnya, ia juga dikaitkan dengan kadar kepuasan hidup yang rendah dan angka perceraian yang tinggi.

]]>
Nak pencen tapi masih gigih mengajar, lelaki ini kecewa bila guru dikatakan makan 'gaji buta' https://redaksi.com/9005-nak-pencen-tapi-masih-gigih-mengajar-lelaki-ini-kecewa-bila-guru-dikatakan-makan-gaji-buta Wed, 25 Nov 2020 16:39:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9005 Ramai yang tak sedar bahawa mengajar saat pandemik ini lebih menguji berbanding ketika waktu persekolahan biasa. Mana tidaknya, anak murid tak join class online yang disediakan, ada juga yang tinggal tidur malah ada juga subjek yang agak sukar dijelaskan secara online.

Namun, demi para pelajar dapat ilmu yang sama seperti di sekolah, pelbagai usaha yang akan guru-guru lakukan.

Menerusi perkongsian Wee Cher Wei di Facebook, yang merupakan anak kepada seorang guru sememangnya akan membuka mata ramai pihak.

Kenapa bersusah payah, tunjuk muka cukup

Menurutnya, sebelum ini ayahnya pernah meminta bantuan dalam membaiki kerosakan teknikal pada komputer ribanya. Ketika itu, dirinya sempat berseloroh menyatakan bahawa laptop tersebut sudah terlalu uzur dan boleh disumbangkan kepada muzium.

Malah, dia juga pernah berkata kepada bapanya untuk apa bersusah payah sedangan dirinya sudah hendak pencen, tunjuk muka saja sudah cukup. Namun, perkara tersebut hanya didiamkan sahaja malah bapanya mengesa dirinya perbaiki lapotop tersebut.

Kagum lihat usaha bapa demi pelajar

Selepas menerima foto dari kakaknya, dia berasa malu dengan apa yang telah dia katakan kepada bapanya. Malah kagum dengan bapanya yang tidak tahu mengenai IT namun masih berusaha untuk beri yang terbaik pada pelajarnya.


Dia juga teringat akan kata-kata bapanya yang menyatakan tidak kisah berapa ramai yang beri perhatian dalam kelasnya namun jika ada yang berjaya itu sudah cukup buat bapanya bahagia.

Dalam pada itu, dia juga bangga dengan komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan bapanya malah sempat menyindir segelintir pihak yang begitu mudah meremehkan gaji guru sedangkan tugas tersebut bukanlah mudah.

Perkara ini telah mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata salute dengan sikap bapanya, malah turut bersetuju bahawa orang luar tidak tahu akan tugas sebenar guru yang kadang kala kerja lebih masa demi anak bangsa.

]]>
Apa Nak Buat Kalau Anak Kecil Suka Gigit-Gigit Barang Dan Lambat Bercakap? https://redaksi.com/6551-apa-nak-buat-kalau-anak-kecil-suka-gigit-gigit-barang-dan-lambat-bercakap Wed, 17 Jul 2019 15:14:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6551 Bagi mereka yang memiliki cahaya mata dan pernah berpengalaman anak-anak lambat bercakap atau suka gigit-gigit barang, pasti banyak kaedah yang sudah dilakukan. Pasti ramai ibu bapa yang risau dengan situasi ini, jadi ini sedikit perkongsian yang boleh diamalkan…

********

Gigit Baju Dan Lambat Cakap.

Image may contain: 1 person, outdoor and nature

Anak kedua saya yang berusia 3 tahun kembali dengan habit hisap jari dan gigit baju. Wayar USB charger telefon pon jadi mangsa. Penuh dengan kesan-kecan gigit.

Asalnya Aqlan ni lambat sedikit bercakap berbanding abangnya. Masuk usia 2 tahun, baru ada bunyi perkataan bermakna keluar dari mulutnya. Kalau tak, hanya "aaaa...mmm..." aja bunyinya bila menegur orang sambil tangannya ligat memberi isyarat.

Walaupun masalah lambat bercakapnya tak masuk ke fasa red flag, tapi tanpa tindakan yang betul, takut-takut ianya berterusan dan menyekat potensi dia untuk bertutur sebagaimana yang sepatutnya ikut usia.

Lambat cakap dengan gigit baju adalah masalah yang berbeza. Tetapi anak yang lambat bercakap juga kebiasaannya picky eater.

Jadi mak ayah boleh bantu beri stimulasi yang serupa.

Image result for anak suka menggigit barang

Perhatikan juga, kalau anak yang dah masuk umur 4 tahun tapi masih suka menjilat objek bukan makanan;

  • Kunyah rambut,
  • Memasukkan tangan,
  • Hisap bantal,
  • Dan sukakan makanan yang berperasa kuat (makan garam, suka pedas, masam, manis yang berlebihan).

Adalah tanda-tanda kurang ransangan terhadap deria Gustatory (deria rasa). Perlakuan mereka adalah untuk MENCARI KEPUASAN untuk deria rasa mereka.

Jadi, Para Ibu Bapa Perlu Lakukan Beberapa Perkara Berikut…

1. Perkenalkan anak dengan makanan yang bertekstur pelbagai.

Sebagai contoh makanan chewy (batang salary dan daging), keras (lobak dan epal) dan rangup (cereal, kerepek, biskut) juga mempunya rasa yang kuat seperti daun pudina, lemon dsb.

2. Galakkan anak meniup dengan memberinya aktiviti meniup fur ball/ watercolor dengan straw, tiup air sabun untuk keluarkan buih, tiup wisel dan menyedut dadih/ jelly menggunakan straw dan sebagainya.

3. Bila memberus gigi, beruskan sekali gusi yang belum ada gigi, lidah dan juga kawasan mulut lain.

Related image

Buat Ibu Bapa Yang Memiliki Anak Yang Lambat Bercakap Pula, Lakukan Seperti Berikut ;

1. Bercakap, bercakap dan bercakap.

Nisbah untuk anak bertutur 1 perkataan ; perkataan yang perlu kita sebut adalah lebih kurang 1:1000. Selagi kuota tak cukup, selagi itu anak tidak bercakap. Gitu.

2. No baby talk please.

Kesian kat anak sepatutnya boleh sebut dengan baik. Tapi kerana telinganya merakam perkataan pelat dari kita, tak semena-mena cakapnya pun pelat.

3. Sediakan makanan berkhasiat dan seimbang.

20% tenaga dari badan yang dihasilkan dari makanan yang kita makan akan digunakan untuk aktiviti berfikir, bercakap, memahami percakap dll yang mana ini adalah kerja otak .

4. Bercerita.

Tak kira bercerita guna buku atau secara sembang santai.

5. Pandang mata anak ketika kita bercakap dengannya.

6. Bermain bersama anak.

Bila bermain bersama, lebih banyak peluang untuk dia merakam pertuturan & menggunakannya di masa hadapan.

Selamat mencuba!

********

Semoga Bermanfaat!

]]>
Berusaha Bahagiakan Rumah Tangga. https://redaksi.com/1383-berusaha-bahagiakan-rumah-tangga Thu, 28 Sep 2017 14:34:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1383 Pastinya, setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan kehidupan yang sejahtera, tenang dan bahagia. Bagaimanapun, untuk mencapai tahap kebahagiaan itu memerlukan kepada ilmu rumah tangga. Ia pula amat berkait dengan kefahaman keagamaan yang ada pada pasangan suami isteri. Sebabnya, antara langkah awal menentukan kebahagiaan berumah tangga adalah mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW dalam bab memilih pasangan.



Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 

Wanita dinikahi kerana empat faktor: hartanya, kedudukannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah kamu pilih wanita yang bagus agamanya (keislamannya), agar dirimu selamat. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan rumah tangga sekiranya tiada kesabaran.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Othman Mustapha berkata, kajian Jakim pada 2008 itu mendapati, pada tempoh berkenaan perkahwinan menghadapi cabaran hebat seperti rumah tangga mudah goyah sehingga berlakunya perceraian.

Dalam pada itu, katanya, dalam kajian pada 2007 pula mendapati 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami perceraian.

Selain itu, 27.7 peratus perceraian berlaku untuk tempoh enam hingga 10 tahun pertama perkahwinan.



"Kajian juga menunjukkan 44.9 peratus perceraian berpunca daripada pasangan gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing selain masalah akhlak, kewangan, seksual dan campur tangan orang ketiga," kata Othman.

Oleh itu, penting untuk kita meletakkan matlamat utama perkahwinan adalah mencari reda Allah, insya-Allah rumah tangga akan selamat dan bahagia ke akhir hayat.

Demikian ditegaskan oleh pendakwah bebas yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Kamaruddin Zakaria dalam Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk 'Memperkasa Institusi Keluarga' di Masjid An-Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini.

Ia adalah anjuran bersama Bahagian Undang-undang Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor dan Masjid An-Nur.

Seorang lagi ahli panel ialah Ketua Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Negeri Selangor, Aluwi Parman.

Ia dipengerusikan oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk, Bahagian Undang-undang Keluarga JAIS, Zainal Abidin Yusof.

Hadir sama, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Selangor, Hashim Muhamad dan Nazir Masjid An-Nur, Harun Abd. Rahman.

Kamaruddin berkata, satu lagi perkara penting dalam mengekalkan kerukunan rumah tangga adalah cara berkomunikasi suami isteri.

Beliau berkata, suami perlu bijak mengurus rumah tangga agar berupaya memimpin isteri dan anak-anak mendapat ketenangan dan kegembiraan.



Menurutnya, sesuai dengan ayat Allah yang suami itu pemimpin, mereka perlulah membuktikan 'kepemimpinan' dalam rumah tangga.

"Untuk itu, paling kurang seminggu sekali suami kena jadi imam di rumah. Jangan pula dah kahwin 20 tahun tetapi tak pernah sekali pun mengimamkan solat dengan keluarga.

"Tidak kisahlah kalau setiap kali solat baca surah al-Kauthar dan al-Ikhlas asalkan sekurang-kurangnya mampu mengimamkan isteri dan anak-anak.

"Apabila suami mencapai tahap begini, barulah isteri dan anak-anak lebih hormat. Anak-anak pun turut bangga kerana bapa mereka boleh jadi imam," katanya.

Sementara itu, Aluwi berkata, Nabi SAW telah memberi panduan bagaimana mengikat kasih sayang dan mencapai bahagia dalam rumah tangga.

Antaranya, suami isteri hendaklah solat berjemaah sekurang-kurangnya satu waktu dalam sehari semalam.

"Suami juga hendaklah makan makanan yang dimasak oleh isteri selain suami isteri selalu tidur bersama," jelasnya.

Menurut Aluwi lagi, antara tanda rumah tangga bahagia adalah mempunyai isteri atau suami yang soleh.

Isteri yang soleh kata beliau, adalah apabila dipandang, suaminya rasa terhibur dan hilang penat, kalau disuruh dia taat dan apabila ditinggalkan musafir oleh suami, dia menjaga kehormatannya.

"Tanda-tanda lain adalah mempunyai anak-anak yang baik dan mempunyai rakan-rakan yang terdiri daripada golongan yang baik-baik akhlaknya," tambah beliau.



Forum yang julung kali diadakan itu dihadiri oleh lebih 800 orang terdiri daripada anak-anak kariah Masjid An-Nur dan juga taman berdekatan.

Kepetahan berhujah ahli-ahli panel yang diselang seli dengan contoh kes-kes sebenar dan lawak jenaka menyebabkan para hadirin tidak kering gusi dan 'melekat' daripada awal hingga majlis tamat pada kira-kira pukul 11 malam.

Sebelum forum diadakan, para hadirin dihiburkan dengan alunan lagu-lagu nasyid dan zikir oleh Amaluddin Mohd. Napiah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amal.

Sebagai memeriahkan lagi majlis, penduduk bergotong-royong memasak untuk sajian makan malam kepada 1,000 tetamu.

Turut diadakan adalah majlis akikah seekor lembu dan dua ekor kambing sebagai menu utama makan malam.

Kerja-kerja memasak bermula seawal pukul 8 pagi dan selesai pada kira-kira pukul 2 petang.

Dalam pada itu, Harun merakamkan penghargaan kepada anak-anak kariah dan tetamu yang sudi melapangkan masa menghadiri forum tersebut.

"Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat menjayakan forum ini.

"Dengan kehadiran yang begini ramai, insya-Allah kita akan mengatur lain-lain program seumpamanya di masa depan," jelas beliau.

 

]]>
Cara-Cara Lelaki Pemalu Memulakan Perbualan Dengan Gadis Yang Mereka Minati. https://redaksi.com/2445-cara-cara-lelaki-pemalu-memulakan-perbualan-dengan-gadis-yang-mereka-minati Mon, 04 Jun 2018 15:22:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2445 Sebagai gadis, anda perlu tahu, lelaki pemalu ini mempunyai gaya atau cara tersendiri untuk menegur gadis yang mereka minati dalam diam. Cara mereka sudah tentu tidak sama seperti lelaki yang lantang dan berkeyakinan tinggi.

Jadi, jom ketahui cara-cara mereka…


1. Lelaki pemalu sering mengambil langkah berjaga-jaga.

Sebahagian daripada mereka, akan mendekati gadis dengan cara yang tidak menakutkan. Mereka lebih gemar mengambil langkah yang berjaga-jaga supaya si gadis itu tidak merasakan pelik dengannya. Sudah tentu dengan proses yang panjang iaitu, berkenalan dahulu dan menjadi rakan biasa. Jadi, untuk mendapat hint itu, sudah tentu lambat.

Jika mengambil masa yang terlalu cepat untuk meneruskan hubungan, lelaki pemalu ini merasakan mereka seperti dipaksa untuk bercinta. Oleh sebab itu, gadis di luar sana kadang kala menganggap lelaki ini lambat meluahkan perasaan, tetapi mereka terlalu berjaga-jaga.


2. Lelaki pemalu kadang-kala membuat si gadis menjadi kekok.

Kekok di sini bermaksud, mereka ingin memuji anda tetapi dengan cara kekok. “Errr, baju awak lawa” dengan suara yang agak tergagap. Padahal maksud tersirat, dia ingin mengatakan si gadis itu yang lawa. Dan jika si gadis itu menang di dalam sesebuah pertandingan atau sesuatu yang berjaya menangkap matanya untuk memuji, mereka akan memuji dengan cara yang kekok. Kelu.

Kadang-kala dengan senyuman yang kekok, jelingan mata yang kekok dan segala perbuatan yang akan menjengkelkan pada si gadis.

3. Lelaki pemalu hanya merenung gadis yang mereka minati.

Kelihatan sangat menakutkan dan menjengkelkan, bukan? Tidak salah jika si gadis yang memulakan perbualan dan bertanya khabar, sudah tentu lelaki ini akan gembira jika gadis yang memulakan langkah perkenalan.


Kadang-kala mereka terlalu takut untuk memulakan perbualan kerana khuatir jika gadis tersebut sudah berpunya. Nanti ada pula jejak lain yang datang mengamuk padanya.

4. Lelaki pemalu akan bertemu dengan anda bersama pihak ketiga.

Atau mereka juga sering bertanya khabar melalui pihak ketiga iaitu sahabat baik mereka. Dimudahkan cerita dipanggil merisik. Jadi gadis di luar sana tidak perlu untuk merasa takut jika ditegur oleh seorang lelaki yang pemalu dan pendiam. Tidak perlu memperkecilkan mereka. Mereka juga mempunyai maruah dan perasaan untuk bercinta.


]]>
Ciri-Ciri Wanita Yang Mudah Terpedaya Dengan Pujuk Rayu Seorang Lelaki. Adakah Anda Tergolong Dalam Golongan Ini? https://redaksi.com/3752-ciri-ciri-wanita-yang-mudah-terpedaya-dengan-pujuk-rayu-seorang-lelaki-adakah-anda-tergolong-dalam-golongan-ini Fri, 05 Oct 2018 16:04:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3752 Masih wujud lagikah wanita zaman sekarang yang mudah terpedaya dengan lelaki yang suka memberi harapan palsu? Lelaki yang sering memberi kata-kata manis supaya ramai wanita mudah terduduk dengan pujuk rayu mereka, tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Pada zaman yang moden ini juga ramai sahaja wanita yang menjadi mangsa dengan kata-kata manis yang dilemparkan.

Sudah memang lumrah, wanita adalah seorang yang lemah dengan kata-kata manis tersebut dan mudah menjadi cair, apabila diberi janji palsu. Jadi, jom lihat sekiranya anda tergolong dalam wanita yang mudah terpedaya dengan pujuk rayu seorang lelaki….

1. Sangat mudah mempercayai orang lain.

Secara mata kasar sudah tentu kita sukar untuk melihat seseorang tersebut boleh dipercayai atau tidak. Kebiasaannya, seorang wanita itu mudah mempercayai kata-kata lelaki kerana dirinya berjiwa besar dan sentiasa bersangka baik. Malah dirinya juga sentiasa dikelilingi oleh orang yang dia sendiri percaya, oleh kerana itu pendirian mereka juga mudah untuk mempercayai orang lain.

2. Seorang yang mahu keseronokan dalam hidup.

Lelaki sweet talker ini kadang-kala suka mendekati dengan golongan wanita yang mahu mencari keseronokan dalam hidup. Tiada komitmen, tiada perancangan masa hadapan, semua yang dilakukan adalah untuk jangka masa pendek sahaja. 

Wanita yang hanya mencari keseronokan hidup menjadi perhatian lelaki ini kerana anggapan mereka, pasti anda mahukan duit sebagai keseronokan. Jadi, mereka pasti mengumpan anda dengan duit, kemudian terus  melarikan diri tanpa bertanggung jawab.

3. Wanita yang cepat tergoda dengan duit dan harta.

Untuk apa lelaki memperdayakan wanita sebegini? Untuk balasan. Jika wanita tersebut amat memerlukan duit dan kewangannya tidak stabil, sudah tentu mereka terdesak mencari sesiapa sahaja yang boleh memberi mereka pinjaman. Jika wanita ini berjumpa dengan lelaki yang boleh memberi pinjam duit tersebut, lelaki ini sudah menjangkakan langkah seterusnya untuk melempiaskan nafsu sebagai balasan.

4. Wanita yang terlalu emosi.

Kadang-kala lelaki amat mahir untuk mengawal emosi wanita hanya dengan kata-kata manisnya sahaja. Mungkin mereka mengumpan wanita tersebut dengan sesuatu perkara yang disukai oleh kaum wanita tersebut, lalu mengharapkan balasan juga. Sama sahaja seperti point nombor 3.  Kesimpulannya lelaki yang suka memujuk rayu ini memang pandai berkata-kata dan mengharapkan balasan yang setimpal.

5. Wanita ini mudah terpengaruh.

Sudah tentu wanita yang mudah dan cepat terpengaruh adalah seorang yang cepat terpedaya dengan pujuk rayu seorang lelaki. Mungkin wanita ini mahukan kehidupan yang senang kerana terpengaruh dengan rakan-rakan di sosial media, jadi perasaannya memberontak untuk mempunyai kehidupan yang sama seperti itu. Tidak hairan wanita ini, mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki.

]]>
Bagaimana Kembalikan Rasa Percaya Di Dalam Hubungan? Jom Ikuti Cara Ini. https://redaksi.com/3462-bagaimana-kembalikan-rasa-percaya-di-dalam-hubungan-jom-ikuti-cara-ini Thu, 06 Sep 2018 15:04:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3462 Kepercayaan itu antara yang sangat penting di dalam perhubungan. Jika tiada kepercayaan maka satu hubungan itu akan lebih mudah goyang dan rapuh. Sebuah kepercayaan yang dibina bertahun-tahun telah hilang akibat kelakuan pasangan yang tidak menjaga hati. Namun begitu, ia tidak semestinya akan sukar untuk dipulihkan semula. Untuk pulihkan semula kepercayaan dalam hubungan ini, ia perlukan usaha antara dua pihak. Sangat mustahil jika hanya sebelah pihak sahaja yang melakukannya. Terdapat lima cara untuk pulihkan kepercayaan ini. Jom kita tengok satu persatu.


1. Memohon maaf dan memaafkan.

Sebelum memulakan perkara yang lain, lebih baik kalian memulakan dengan memohon maaf antara satu sama lain. Dan tidak lupa juga memaafkan setiap kesalahan pasangan anda. Tidak lupa juga, jangan simpan segala perkara di dalam hati. Nanti jadi dendam lagi lah semakin parah. Jadi cuba untuk berterus terang disetiap kesalahan yang telah dilakukan itu.

2. Jujur terhadap perkara yang ingin diubah dalam hubungan.

Seterusnya ialah cuba untuk jujur terhadap perkara-perkara yang anda tidak sukai di dalam hubungan anda. Sebagai contoh, anda ingin perbetulkan sikap pasangan anda. Tegur kelakuan yang tidak sopan pasangan anda. Lakukan pada masa itu juga semua yang anda tidak sukai, baru lah anda boleh mulakan ke satu langkah yang baru dan lebih mengerti.

3. Cuba untuk kompromi tentang masa.

Anda dan pasangan perlu mempunyai hobi serta rakan-rakan yang berbeza. Hal ini akan memupuk kembali rasa percaya anda terhadap pasangan anda. Biarkan masing-masing meluangkan masa yang diingini terhadap perkara tersebut. Bahkan ingin membuat pasangan anda berlaku jujur terhadap aktiviti yang dirinya sedang lakukan.


4. Buat kenangan baru.

Kenangan sememangnya sukar untuk dilupakan, tetapi dengan menggantikan kenangan lalu bersama orang yang sama pasti tidak terlalu sukar. Jadi, mula lah cipta kenangan yang baru dan yang lebih romantik dan sweet untuk dikenang. Mula untuk pergi ke tempat-tempat yang tidak penah di pergi serta melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama. Baru lah hubungan bertambah erat.

5. Pikat hatinya kembali.

Dan yang paling penting untuk hati yang telah tawar ini adalah dengan memikat hatinya kembali. Pulihkan semula senyuman yang anda rindukan. Sebagai contoh, anda boleh lakukan kejutan yang dirinya tidak disangka. Memberi hadiah juga boleh dilakukan.

Kepercayaan itu satu perkara yang sangat berharga. Apabila anda menghancurkan satu kepercayaan itu, teramat sukar lah untuk seseorang melupakan kesalahan yang anda lakukan itu. Jadi jangan hancurkan kepercayaan yang telah diberikan kepada anda.


]]>
“Mak Ayah, Saya Nak Kahwin..” 10 Reaksi Ibu Bapa Yang Anda Perlu Tahu Ketika Soal Tentang Kahwin. https://redaksi.com/4314-mak-ayah-saya-nak-kahwin-10-reaksi-ibu-bapa-yang-anda-perlu-tahu-ketika-soal-tentang-kahwin Mon, 26 Nov 2018 10:03:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4314 Setiap anak yang merasakan sudah bertemu dengan bakal jodoh, dan ingin menyatakan hajat untuk berkahwin pasti gementar. Terutamanya untuk beritahu kepada kedua ibu bapa anda. Situasi sebegini pasti membuatkan anda berasa sangat janggal, gementar dan macam-macam yang bermain di fikiran anda.

Antara sebab anda takut untuk membicarakan tentang kahwin adalah mungkin dari situasi sebegini. Bukan sahaja takut ditolak terus dari kedua ibu bapa, bahkan takut sekiranya ibu bapa sudah merancang dan mempunyai calon tersendiri untuk anda.

Sudah tentu anda tidak mahu menjadi anak yang derhaka, kan?

Oleh itu, bersiap sedialah ketika ingin menyatakan hasrat anda, kerana kedua ibu bapa anda mungkin…

1. “Dah cukup duit ke nak kahwin? Atau buat 'loan' bank?”

Sudah tentu reaksi pertama dari kedua ibu bapa anda adalah berkenaan dengan kewangan anda. Dan jangan terkejut sekiranya ibu bapa anda menyuruh untuk membuat simpanan malah menggunakan duit sendiri untuk membuat majlis. Mungkin ketika ini anda berasakan kewangan anda sudah stabil, namun tiada siapa yang tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan, kan? Tiba-tiba berlakunya kecemasan yang tidak dijangka, seperti rompakan, kecurian, duit untuk kesihatan atau kemalangan.

Oleh sebab itu kedua ibu bapa anda merasakan betapa risaunya sekiranya tidak mempunyai duit yang cukup untuk membuat kenduri kahwin.

2. “Bangun Subuh pun susah, nak jadi imam keluarga?”

Ayat ini sudah menjadi kebiasaan para ibu bapa pada anak-anak mereka yang mahu berkahwin. Sudah tentu mereka tahu tentang keadaan yang sebenar terjadi di dalam rumah. Jika bangun untuk solat subuh pun liat, bagaimana mahu menjaga bakal suami/isteri kelak?

3. “Masak pun tak reti, nak kahwin?”

Khusus untuk kaum wanita, pasti ibu bapa akan risau bagaimana mahu memikat hati suami, jika pikat hati ibu bapa pun belum lepas lagi. Ketika bujang, ibu yang masak untuk satu keluarga, tetapi setelah berkahwin agak pelik pula ibu anda yang masakkan untuk suami anda.

4. “Al-Quran dah khatam ke belum? Berapa kali?”

Dari segi ilmu agama pula, sudah cukupkah ilmu di dada? Jika ilmu asas agama pun anda tidak pelajari, bagaimana untuk mendidik isteri kelak? Bagaimana untuk berkongsi pendapat dengan pasangan? Bagaimana mahu menjadi contoh yang baik pada anak-anak?

5. “Bilik pun macam "tongkang pecah", ada hati nak kahwin?”

Jika sejak dari bujang anda bukanlah seorang yang pembersih dan seumpama dengannya, maka tidak hairanlah isu kecil ini akan menjadi satu pergaduhan antara suami isteri kelak. Jangan terkejut sekiranya isu inilah yang sebenarnya mendekatkan diri anda dengan perceraian.

6. “Lepas kahwin nanti nak makan apa? Makan pasir?”

Jangan berasa sentap sekiranya ibu bapa anda agak kasar dengan anda kerana perkahwinan sememangnya bukan satu permainan. Oleh kerana itu ibu bapa anda bertindak sebegini supaya anda tidak hidup dalam fantasi. Tiba-tiba sebiji labu boleh menjadi kereta untuk membawa anda ke mana sahaja. Jangan mimpi!

7. “Betul ke nak kahwin? Kucing tu pun mak kena ingatkan bagi makan…”

Bukan sahaja ibu yang perlu ingatkan anda untuk memberi kucing makan, anda juga diingatkan oleh ibu sendiri untuk makan bersama keluarga. Leka bermain game sehingga ibu perlu menetuk pintu bilik berkali-kali. Tolong ibu di dapur pun liat.

8. “Boyfriend/girlfriend asal mana? Kerja apa? Gaji berapa?”

Soalan yang biasa ditanya oleh ibu bapa anda adalah berkenaan dengan pasangan anda. Jadi, janganlah berahsia dengan ibu bapa kerana perkara sebegitu memang wajib untuk mereka tahu.

9. “Lepas kahwin nak duduk mana? Jangan nak tumpang rumah orang (mertua) pulak…”

Dan kebiasaannya ibu bapa anda tidak mahu anda menumpang simpati pada orang lain. Cubalah berdikari setelah berkahwin supaya anda tahu dugaan perkahwinan ini macam mana.

10. Gelak yang sangat lama. “Serius?”

Setiap ibu bapa pasti terkejut apabila mendapat berita ini daripada mulut anaknya sendiri, kan? “Betulke anak aku nak kahwin?”

Selamat Mencuba!

]]>
Cara Menguji Lelaki Untuk Dijadikan Suami. https://redaksi.com/2313-cara-menguji-lelaki-untuk-dijadikan-suami Fri, 18 May 2018 09:08:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2313 Dalam tempoh pertunangan, pihak wanita masih lagi diberikan tempoh masa untuk mengenali pihak lelaki. Sebab itulah Islam meletakkkan garis panduan agar tidak berlebih-lebihan apabila bersama dengan orang yang bukan mahram. Ada hikmahnya yang tersembunyi. Antara teknik yang boleh digunakan untuk mengenalpasti samaada si dia lelaki yang baik mahupun tidak, boleh gunakan cara ini.


1. Uji akhlaknya.

Menilai seseorang hanya dengan melihat pakaian adalah tidak patut. Kerana pada zaman sekarang, pakaian hanya dijadikan perhiasan untuk menghandsomekan diri. Jadi, test perkara-perkara yang boleh membuat dia marah. Sekiranya dia mampu sabar dengan kerenah anda, mudah-mudahan dia dapat menjadi suami yang baik.

2. Uji kesungguhan untuk berkahwin.

Kadang kala ibu bapa mengambil inisiatif untuk meletakkan hantaran wang yang tinggi hanya sebab untuk menguji calon tersebut. Ingin menilai kesungguhan untuk mengahwini anak mereka. Ibu bapa yang baik, dia akan pulangkan kembali wang tersebut kerana tahu keperluan di alam perkahwinan lebih memerlukan wang tersebut berbanding dengan majlis perkahwinan sehari itu.

3. Uji soalan agama.

Tanyakan soalan asas kepada mereka, jika soalan asas mampu mereka jawab, pergi ke soalan fiqh. Tetapi ditanya dalam keadaan yang tidak menampakkan sangat kita mengujinya. Perlu diketahui, seorang lelaki perlu memahami hukum Islam termasuk juga mengenai fiqh wanita. Oleh itu, boleh ditanyakan bab tersebut.

4. Uji bacaan al-Quran.

Mula dengan membaca al-Fatihah. Ingat, ramai orang yang masih lagi tidak melepasi bacaan al-fatihah yang betul. Jadi, periksa betul-betul tajwid dan huruf yang disebut. Al-Fatihah adalah bacaan wajib ketika solat, jika dia tidak mampu membaca dengan betul, bagaimana solat mereka ya? Jika lepas, tanyakan surah lazim yang lain.


Jadi, hati-hati dalam memilih suami. Jika salah memilih, besar akibatnya apabila berumah tangga kelak. Biarlah seorang wanita mempunyai sifat sombong sedikit apabila bertunang. Usah terlalu murah memberikan cinta apabila belum tiba masanya. Kerana si dia belum halal buat anda. Apabila sudah berumah tangga, berikan cinta itu sepenuh hati. Baru akan terasa nikmat apabila bercinta setelah nikah.


]]>
“Awak, Sayang Saya Tak…?” Tak Guna Sayang Sahaja, Jika Tak Serius Nak Kahwin. https://redaksi.com/3171-awak-sayang-saya-tak-tak-guna-sayang-sahaja-jika-tak-serius-nak-kahwin Thu, 09 Aug 2018 11:17:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3171 Kepada yang bercinta jangan terlalu hidup dalam fantasi. Anda harus berbincang tentang kehidupan setelah berkahwin. Jom ikuti tips dari Amir Syahir ini…

Masa bercinta tu jangan duk asyik ajak berdating je tau. Jangan asyik duk tanya sayang banyak mana, jangan duk bincang nak anak berapa, nak letak nama apa je. Pasal kewangan keluarga selepas kahwin taknak bincang langsung.


Kehidupan selepas berkahwin pun kena bincang jugak. Zaman sekarang semua nak guna duit. Perlu ada simpanan wang juga tau.

Korang dah ada simpanan untuk memulakan kehidupan baru selepas kahwin?

Ni anggaran kos untuk orang yang baru kahwin biasanya:

1. Sewa Rumah

Masa bujang boleh la sewa bilik. Bila dah kahwin, mesti kena sewa satu rumah kan. Katakan kau menyewa rumah flat buat sementara. Takkan terus nak sewa banglo ataupun kondo pulak.

Katakan satu rumah berharga RM700 sebulan. Deposit dua bulan RM1400. Pastu bil air letrik tuan rumah nak deposit RM200.

Jadi jumlah rumah sewa RM700+RM1400+RM200=RM2300


2. Perabot dan Pekakas Elektrik

Katakan kau dapat rumah sewa tadi, rumah kosong. Jadi, kau kena beli perabot asas dan juga pekakas elektrik.

Anggaran harganya;

  1. Peti Sejuk= RM600
  2. Mesin Basuh= RM500
  3. Tilam= RM150
  4. Dapur= RM100
  5. Tong gas= RM100
  6. Almari= RM100

Jumlah=RM1450


Kalau nak jimat lagi, boleh beli perabot yang terpakai/secondhand. Meja makan, sofa tak perlu lagi lah. Kalau isteri kau power masak, makan bersila pun sedap jugak.

Anggaran jumlah kasar= RM3750✔

Anggaran je tu. Kalau campur barang-barang dapur, barang-barang lain macam rak kasut, periuk nasi, lesung batu lah, lebih lagi kosnya. Pandai-pandai kau la fikir.

Jadi, mulakan lah menyimpan. Pastikan kau ada simpanan empat ribu lebih kurang untuk memulakan hidup baru bila berumah tangga.

Kalau kau nak buat pinjaman peribadi pun, tinggal kan sikit empat, lima ribu untuk kos mulakan kehidupan baru selepas kahwin tu. Jangan terus habiskan buat pergi honeymoon pulak. Nanti ada yang terpaksa buat pinjaman peribadi lagi.

Lagi elok kalau kau dah sediakan siap-siap masa bujang. Daripada duk modified kereta je kan, baik simpan dulu untuk memulakan alam rumah tangga.

Kalau bersama-sama nak susah senang lagi bagus. Si isteri cantik jelita mesti faham. Bersama-sama kongsi bayar pun bagus juga. Rancanglah sebaik yang mungkin. Semoga manfaat.


]]>
Konsistenkah Amalan Yang Kita Lakukan, Dalam Menjemput Jodoh Yang Tidak Disangka? Jom Baca! https://redaksi.com/5719-konsistenkah-amalan-yang-kita-lakukan-dalam-menjemput-jodoh-yang-tidak-disangka-jom-baca Mon, 08 Apr 2019 10:11:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5719 Setiap perkara yang kita lakukan, konsistensi amat digalakkan sekiranya mahu hasil yang terbaik. Termasuklah dalam menjemput jodoh. Terpulang kepada setiap individu mahukan jodoh yang bagaimana atau mengikut citarasa tersendiri, pasti ada usaha untuk memilih jodoh.

Namun, sejauh mana seseorang tersebut sentiasa mengamalkan perbaiki diri dalam menjemput jodoh?

Adakah amalan tersebut dilakukan dengan…

  • Konsisten?
  • Bersungguh-sungguh?
  • Dengan hati yang tetap?

Ini kerana tidak ramai dikalangan kita bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu amalan tersebut. Sudah sedia maklum, dalam menjemput Jodoh yakni rezeki daripada Allah SWT, seseorang tersebut perlu melakukan beberapa perkara asas seperti…

  • Solat awal 5 waktu.
  • Solat dhuha.
  • Solat pada 2 pertiga malam.
  • Bersedekah.
  • Berdoa/Berzikir.
  • Melakukan kebaikan kepada kedua ibu bapa.

Secara lumrahnya hati dan perasaan manusia ini mudah berbolak balik. Apabila doa yang dipinta tidak dimakbulkan, dirinya mudah berasa berputus asa, maka tiada lagi konsisten dalam usaha mencari jodoh. Padahal jodoh itu adalah amanah dari Allah untuk kita jaga setelah berkahwin, sejauh mana jodoh (suami/isteri) akan setia dengan kita, jagalah seeloknya untuk elak perceraian.

Bagi mereka yang masih belum bertemu jodoh, boleh amalkan zikir dan doa ini…

1. Zikir Ya Fattah Ya Razzak.

Amalkan doa ini sekerap mungkin (tidak kira masa bukan hanya selepas solat sahaja) kerana ia bakal membuka laluan untuk menjemput rezeki disamping berusaha secara fizikal. Dan antara rezeki yang bakal datang adalah, jodoh yang tidak disangka. Namun, anda boleh berzikir pada setiap masa yang anda mahukan, yang penting konsisten.

Ya Fattah bermaksud pembuka, yakni boleh membuka rezeki, jodoh, jalan usaha, membuka fikiran tertutup dan membuka kemapunan. Dengan Izin Allah SWT, apa sahaja yang tertutup akan terbuka apabila zikir ini diulang-ulang.

Maka, bagi mereka yang masih belum bertemu jodoh, apabila mengamalkan zikir ini, dengan izin Allah akan dipertemukan jodoh.

Kemudian Ya Razzak bermaksud pemberi rezeki dimana apabila mengamalkan zikir ini setiap hari akan dipermudahkan dalam menjemput apa jua rezeki seperti jodoh juga. Rezeki itu datang daripada-Nya, jadi lakukan satu kerja yang memudahkan insan lain, kemudian Allah alirkan rezeki itu pada kita dengan deras.

Itulah konsepnya.

2. Amalkan Membaca Al-Ma’thurat.

Sudah sedia maklum, Al-Ma’thurat dilakukan pada setiap pagi (selepas subuh), dan juga setiap petang (selepas asar). Tidak ramai dikalangan kita mengetahui manfaat membaca Al-Ma’thurat ini kerana ia terdapat pelbagai doa yang boleh menjadi pendinding untuk aktiviti harian kita.

Jadi, setelah selesai membaca surah-surah dan doa yang disediakan, ketika membaca doa selepas wirid Al-Mathurat, selitkan nama bakal jodoh anda..



Pada akhir doa ini, dalam hati berdoa berkenaan dengan jodoh seperti selitkan nama jodoh, kemudian selawat ke atas Nabi SAW. Dan diteruskan dengan doa Al'imran dan doa rabitah.

Oleh yang demikian, apabila sudah lama tidak bertemu jodoh, anda berasa berputus asa dan tinggalkan semua amalan zikir dan doa ini pula. JANGAN! Lakukan dengan ikhlas supaya anda dapat konsisten dalam mengamalkan pelbagai zikir dan doa demi Allah SWT.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

]]>
Cara Meminta Maaf Kepada Kekasih Anda. https://redaksi.com/739-cara-meminta-maaf-kepada-kekasih-anda Fri, 04 Aug 2017 14:59:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=739 Baru saja melakukan hal buruk atau mengatakan hal tidak pantas pada kekasih anda dan ingin meminta maaf padanya? Ingin meminta maaf dengan cara yang jujur, langsung, atau lebih gigih dan berkesan? Apakah anda menginginkan dia kembali? Jika anda sungguh-sungguh mencintai si dia dan tidak boleh membayangkan hidup tanpa dirinya, inilah cara untuk meminta maaf padanya.



Meminta maaf melalui kata-kata.

Pikirkan tentang permintaan maaf anda dan bahas tentang inti permasalahan.

Semua orang boleh mengatakan bahawa mereka menyesal, tapi tidak semua orang boleh bersungguh-sungguh dan mendukungnya dengan penyelesaian masalah. Sedarilah bahawa kekasih anda mungkin mengharapkan anda untuk sementara waktu memikirkan tentang perbuatan-perbuatan dan/atau kata-kata anda sebelum minta maaf kepadanya. Sebelum anda mengatakan permintaan maaf, ada baiknya bila mempunyai jawaban pasti tentang:

  1. Alasan anda melakukan apa yang telah anda lakukan, atau mengatakan apa yang telah anda katakan, sehingga membuatnya tidak senang
  2. Sisi kepribadian anda yang mengakibatkan hal itu terjadi.
  3. Rencana anda untuk memperbaikinya sehingga anda berdua tidak akan mengalaminya lagi.

Mulailah dengan ucapan sederhana dan terus terang, "saya minta maaf."

Jangan bicara dengan ragu-ragu, atau mencoba minta maaf tanpa benar-benar mengatakan kata "maaf." Ada kemungkinan besar yang ingin dia dengarkan adalah kata-kata itu, jadi bersiaplah untuk mengatakannya dari awal..



Katakan padanya bahawa anda sungguh ingin menyelesaikan hal ini dan memperbaiki hubungan anda berdua.

Jangan berteriak atau menjelek-jelekkan dia di depan orang lain; anda bisa membuatnya takut dan memperburuk keadaan.

  • Jika dia tampak benar-benar tidak senang dan tidak mau menerima permintaan maaf anda saat ini, pulanglah. Tanyakan padanya jika anda boleh meneleponnya dalam beberapa hari.

Dengan tenang, jelaskan padanya alasan di balik perbuatan anda.

Jika anda sudah memikirkan tentang masalahnya (Langkah 1), maka anda seharusnya bisa mengetahui tentang alasan dan wujud kesalahan yang anda lakukan, serta cara anda bisa memperbaikinya kelak.

  • Contoh: "Saya tahu kalau saya berutang maaf kepadamu. Seharusnya saya tidak berbohong kepadamu atau orang tuamu tentang umur saya. Saya tahu hal itu salah, tapi saya tidak ingin kamu atau mereka tidak percaya kepada saya hanya karena saya lebih tua. Saya sungguh menyayangimu dan kedua orang tuamu, jadi saya berencana untuk minta maaf kepada mereka secara langsung. Saya mengerti jika kamu atau orang tuamu masih marah kepada saya atas hal ini."
  • Contoh: "Saya seharusnya tidak boleh melihat Sinta seperti itu. Saya tahu bahwa dia adalah temanmu, dan saya tidak akan pernah melakukan suatu hal yang akan membahayakan hubungan saya denganmu atau hubunganmu dengannya. Saya tidak memiliki pembelaan atas perbuatan saya, hanya sebuah penjelasan: banyak pria mencuri pandang pada wanita. Setelah saya tahu bahwa hal itu mengganggumu, saya akan berusaha keras agar tidak membuat kesalahan yang sama lagi."
  • Contoh: "Saya minta maaf karena memanggilmu dengan sebutan itu — saya tak akan mengulanginya lagi. Hal itu salah dan menghina. Saya mengakuinya. Saya seharusnya tidak boleh marah secara berlebihan, dan saya seharusnya tidak kelepasan bicara. Saya menyadari bahwa kamu mungkin akan berubah pendapat tentang saya karena hal itu, jadi saya akan mencoba melakukan apapun yang bisa saya lakukan untukmu."

Beri dia waktu untuk menanggapi.

Biarkan dia menanyai anda semua hal yang ingin dia tanyakan. Tanggapilah dengan jujur. Beberapa hal untuk diingat saat dia menanyai anda:

  • Jangan menimpakan kesalahan. Meskipun anda bukan satu-satunya yang melakukan kesalahan, jangan menyalahkan dia. Permintaan maaf anda tidak akan berhasil jika anda melakukan hal itut.
  • Biarkan dia menyatakan betapa marah, kecewa, atau tidak senang perasaannya. Jangan mencoba menghalangi emosinya; dia berhak atas hal itu. Hal itu akan membuatnya merasa lebih baik.
  • Jangan mencoba untuk menunjukkan kasih sayang pada saat ini — hal itu mungkin masih terlalu dini. Hal itu termasuk tidak mencium, memeluk, atau menggandeng tangan kecuali dia yang memulainya.

Katakan padanya bahawa anda akan memberinya waktu jika dia menginginkannya.

Ulangi pernyataan maaf anda secara singkat dan pergilah jika dia ingin waktu sendirian. Hormati cara dia ingin melakukan suatu hal.



Meminta maaf dengan cara lain.

Setelah anda melakukan usaha meminta maaf melalui kata-kata, cubalah cara lain jika dia masih belum memaafkan anda.

Seringkali, anda harus berkali-kali meminta maaf sebelum dia menerima bahwa anda sungguh menyesal. Tidak apa-apa; lebih banyak pemikiran dan usaha yang anda lakukan untuk meminta maaf, semakin besar kemungkinan dia memaafkan anda.

Tulis surat permintaan maaf.

Berikan padanya dengan cara yang romantis, misalnya selipkan di dalam karangan bunga yang indah, atau dikirim secara pribadi oleh salah satu teman terdekatnya. Isi surat dapat berbunyi seperti berikut ini:

  • Contoh: "Saya tahu bahwa sebuah surat tidak bisa sepenuhnya memperbaiki apa yang telah saya lakukan. Saya juga tahu bahwa sebuah surat tidak akan bisa sepenuhnya menggambarkan yang saya rasakan dan yang ingin saya ucapkan. Tetapi saya tahu pasti bahwa saya telah mengacaukan keadaan. Saya tidak membayangkan hidup tanpa bersamamu. Kau adalah orang yang saya impikan saat tidur, dan orang yang saya pikirkan saat bangun di pagi hari. Kau adalah segalanya. Tidak ada hal yang saya lakukan saat ini yang mampu memperbaiki hal yang telah saya lakukan, tapi saya dapat mengatakan kepadamu bahwa saya tidak akan pernah melakukan kesalahan seperti itu lagi. Saya berjanji dari lubuk hati saya yang paling dalam.."

Tergantung dari sifat sang gadis, cubalah meminta maaf di depan umum.

Hati-hati, karena kadang-kadang ada gadis yang tidak suka orang lain tahu tentang hubungan mereka. Berhati-hatilah sebelum menggunakan cara meminta maaf di depan umum. Pertimbangkan juga hal ini: dia mungkin merasa bahwa anda menggunakan tekanan publik untuk memaksanya memaafkan anda, semisal "Oh, bagaimana mungkin Sarah tidak mau memaafkannya? Lihatlah betapa baiknya dia kepada Sarah!" Pada akhirnya mungkin lebih baik untuk menjaga hal ini di antara kalian sebagai pasangan.

  • Lakukan permintaan maaf secara langsung di depan umum. Carilah dia saat dia sedang bersama teman-temannya, bersiaplah, dan ungkapkan isi hati anda. Tatap dia secara mendalam di matanya saat anda meminta maaf, dan pusatkan perhatian anda hanya kepadanya.
  • Jika anda merasa kreatif, cobalah menggunakan flash mob untuk meminta maaf kepadanya. Flash mob membutuhkan banyak persiapan dan pekerjaan, jadi pastikanlah hal itu akan berhasil jika anda memutuskan untuk melakukannya.

Tinggalkan bunga, coklat, atau boneka binatang di rumahnya atau tempat kerjanya.

Banyak wanita menyukai ketiga hal ini. Pastikan untuk menulis pesan singkat untuknya; bunga dan coklat tanpa pesan permintaan maaf hanya akan menghilangkan perasaan emosional. Ingatlah, anda menginginkan emosi!!

Buatlah sebuah lagu permintaan maaf dan kirimkan ke YouTube.

Lagu tentang merindukan seseorang, berbuat salah kepada seseorang, atau lagu tentang perasaan bersalah dan malu juga bisa digunakan. Dan tentunya, lagu apapun yang mempunyai arti bagi kalian sebagai pasangan juga patut digunakan. anda dapat mengubah beberapa liriknya agar sesuai dengan keadaan..Pilihan lainnya, buatlah kompilasi lagu untuknya. Kompilasi lagu terasa kurang pribadi, tapi dengan perhatian dan pemikiran yang tepat akan bisa menolong menyampaikan pesan anda.

  • Pilih lagu-lagu yang anda tahu dia sukai dan lagu-lagu yang anda perkirakan belum pernah dia dengar.

Tulis puisi permintaan maaf padanya.

Tinggalkan puisi itu untuknya, atau rekam suara anda sendiri saat membacakannya pada mesin penjawab teleponnya. Buatlah sebisa mungkin menyentuh hati dan sangat emosional, misalnya seperti:

Aku tahu kata-kataku saat ini
seolah mengambang dan kacau dan kosong
Aku seolah tidak bisa berkembang
Aku seolah hanya bisa mengikuti
Aku memperhatikan hidupku saat ini
dan pada dirimulah kutemukan keanggunan
Aku hanya ingin tinggal bersamamu
dan membelai wajahmu yang menawan

Tips.

  • Hal mendasar bagi permintaan maaf adalah kesungguhan dan kejujuran, sebaliknya anda tidak perlu memikirkannya jika anda tidak mau.
  • Cobalah untuk membuatnya istimewa, karena anda ingin dia mengerti bahwa anda menyayanginya.
  • Apapun yang anda lakukan, bersiaplah sebaik mungkin. Pusatkan perhatian pada detail dan kelancaran rencana anda. anda tidak ingin dia menyalahartikan maksud anda.
  • Ingatlah, semakin cepat anda melakukannya maka semakin baik. Jika anda benar-benar membuat kekacauan, dia mungkin sangat kecewa, dan anda harus memperbaiki hal itu secepatnya.
  • Kegigihan adalah kuncinya, tetapi anda perlu tahu saat dimana dia ingin anda mundur untuk sementara waktu.
  • Jangan mengharapkan timbal balik apapun, cukup pusatkan perhatian pada kenyataan bahwa anda bersungguh-sungguh meminta maaf.
  • Jangan meminta jawaban secara paksa atau memberi ultimatum. Hal ini akan memberi banyak tekanan berat kepadanya, dan dapat membuat keadaan makin buruk.
  • anda tidak perlu mengeluarkan banyak biaya, dan faktanya, kebanyakan gadis akan menghargai sikap yang lebih pribadi. Contoh: petiklah beberapa bunga liar dan berikan pada dia di kantornya, buatlah makan malam dan antarkan ke rumahnya, siapkan beberapa hal untuk memanjakannya…
  • Akan sangat membantu untuk meminta bantuan teman-temannya (jika mereka tidak marah-marah lebih dulu kepada anda).

Peringatan.

  • Jangan terjebak dalam siklus meminta maaf hanya untuk meredakan suasana. Masalah anda sebagai pasangan akan menumpuk dan akhirnya anda akan saling mendendam terhadap satu sama lain.
  • Tanyakan pada diri sendiri alasan anda harus meminta maaf dan apakah anda bersungguh-sungguh, karena hal ini akan menentukan cara yang akan anda ambil.
  • Dia tidak dijamin memaafkan anda, namun ingatlah bahwa pada akhirnya anda ingin memastikan bahwa dia memahami perasaan anda.
  • Tidak semua hal membutuhkan permintaan maaf hanya karena kekasih anda tidak senang. Berpikirlah secara keras dan jangka panjang tentang perbuatan anda – dan juga dia.
  • Jangan memberi tekanan pada kekasih anda untuk membuat keputusan dan jangan berkomunikasi dengannya selama beberapa hari, berikan dia ruang untuk berpikir!

]]>
"Niat Berkahwin Kerana Allah, Jangan Berlandaskan Nafsu Semata-Mata..." https://redaksi.com/7498-niat-berkahwin-kerana-allah-jangan-berlandaskan-nafsu-semata-mata Thu, 17 Oct 2019 10:18:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7498 Berkahwin kerana ingin elak daripada maksiat?

Berkahwin kerana ingin penuhi keinginan?

Berkahwin kerana ingin kumpul pahala?

Berkahwin kerana Allah?

Perkahwinan ini bukan satu perkara yang boleh dibuat main, bukan hari ini anda berkahwin esok lusa anda nak bercerai pula. Perkahwinan ini kalau boleh berlaku hanya sekali sahaja dalam hidup anda, akan tetapi jika berlaku lebih tentu Allah sedang merancang yang terbaik buat diri anda.

Pernikahan adalah salah satu dari ibadah. Dimana penyatuan dua jiwa lelaki dan perempuan yang sah di sisi syarak dengan niat mengelakkan maksiat dan meramaikan umat Rasulullah saw. Allah menjadikan institusi perkahwinan ini adalah untuk memenuhi tuntutan seksual manusia dan jalan mendapatkan zuriat.



Apa yang dimaksudkan ‘Kahwin kerana Allah’?

“Segala amalan adalah berdasarkan niat, setiap orang mendapat apa yang diniatkan. Justeru, barang siapa penghijrahannya adalah kerana Allah swt dan Rasulullah saw, maka ianya akan menuju kepadaNYA.

“Sesiapa yang penghijrahannya kepada dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini, maka penghijrahannya adalah hanya untuk apa yang diingini”
(Hadis sahih Bukhari dan muslim)

Hadis berkenaan jelas menunjukkan bahawa niat kita akan membawa kepada apa yang kita inginkan. Jika perkahwinan dibina kerana Allah, maka kita peroleh redhaNYA. Jika perkahwinan berlandaskan kepada duniawi dan wanita yang dicintai semata-mata, maka kita hanya peroleh bahagia dunia sahaja.



Betulkan niat perkahwinan anda, jangan berlandasakan nafsu semata-mata.

Apabila anda berkahwin kerana Allah, anda tahu bagaimana nak jalankan tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri. Malah anda juga tahu bagaimana nak gali dan bina rumahtangga yang bahagia. Ini kerana, kalian berdua bersungguh-sungguh lakukan kerana Allah, sebab itu ada team work yang baik. Perkahwinan adalah sebagai pembentukan keluarga sebagai melaksanakan misi hamba dan khalifah dalam perjalanan menuju akhirat. Inilah asas yang paling kukuh dan niat yang paling murni ‘kerana Allah’. Ini bermakna perkahwinan adalah suatu tanggungjawab.



Jika anda berkahwin hanya kerana nafsu semata-mata, dalam kehidupan seharian anda tidak endahkan peraturan Allah, batas hukum diketepikan malah segalanya anda lakukan kerana nafsu semata-mata langsung tidak takutkan Allah. Bila berkahwin kerana nafsu semata-mata, esok lusa tentu anda akan mula bosan akan segalanya. Mula merasakan bahawa perkahwinan ini tidak menyeronokkan malah mula mendekatkan diri dengan zina.

Cintai dan kasihi pasangan anda kerana Allah, bukan kerana nafsu semata-mata. Ini kerana, nafsu itu adalah dorongan syaitan yang menyesatkan manusia.

]]>
Bila Berjauhan Bimbang Pasangan Curang Dalam Diam, Ini 4 Tanda Si Dia Masih Setia Dengan Anda. https://redaksi.com/7193-bila-berjauhan-bimbang-pasangan-curang-dalam-diam-ini-4-tanda-si-dia-masih-setia-dengan-anda Fri, 13 Sep 2019 15:14:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7193 Bila duduk berjauhan dengan pasangan kadang kala sukar nak percaya akan kesetiaan dirinya. Ada yang sentiasa ragu-ragu dan selalu mencurigai pasangan sendiri. Walaupun, kadang kala pasangan itu memang betul setia dengan dirinya. Nak-nak lagi mereka yang jalinkan hubungan jarak jauh ini, nak percaya pasangan itu memang payah.



Mana tidaknya, pasangan jauh tak ada depan mata. Alah, yang ada depan mata pun boleh curang inikan pula yang berjauhan bukan. Sebab itu, setiap daripada anda perlu sentiasa berhati-hati. Jangan mudah sangat nak percaya pasangan. Namun begitu, kalau pasangan anda masih lagi lakukan 4 perkara ini walaupun berjauhan, itu maknanya dia masih setia.

Ini 4 perkara itu.



1. Tak abaikan anda.

Kalau tiba-tiba dia yang manja boleh berubah jadi singa, haa… ini sudah lain macam. Biasanya mereka yang tak curang ini akan layan anda sama sahaja macam masa mula-mula kenal. Tak ada pun gunakan pelbagai alasan sebab nak jauhkan diri dari anda atau abaikan anda.

2. Sentiasa teruja nak jumpa anda.

Paling jelas dan boleh nampak. Si dia akan sentiasa teruja untuk berjumpa anda. Tak rasalah yang jumpa anda ini buang masa atau dikatak tak sempat nak jumpa sebab sibuk. Kalau dia yang beria-ria nak jumpa anda walaupun pada ketika itu belum tiba masanya lagi, itu tandanya dia hanya masih setia pada anda. Tengoklah pasangan anda, macam ini ke tak?



3. Sibuk macam mana pun akan cari anda juga.

Walaupun hari tersebut dia sibuk dengan kerjanya dan letih menguruskan itu ini, namun begitu dia akan tetap cari anda juga. Walaupun sekadar nak bagitahu yang dia penat dan sibuk pada hari tersebut tetapi dia akan tetap cari anda juga. Kira macam sebelum dan selepas tutup mata dia nak anda tahu akan keadaan dirinya.



4. Berkongsi segala perkara.

Jika pasangan anda masih lagi suka berkongsi, bercakap dan berbual seperti biasa, nah… dia memang setia dengan anda. Namun, kalau nadanya pun macam nak tak nak je bercakap dengan anda, mungkin anda kena teliti akan dirinya.

Bila berjauhan dengan pasangan ini banyak benda yang akan anda bimbang dan ragukan. Namun begitu, jika anda mengenali pasangan anda dengan baik, tentu dengar bunyi suara pun anda sudah tahu keadaan hatinya.

]]>
Selindungilah Aib Agar Rumah Tangga Bahagia. https://redaksi.com/1734-selindungilah-aib-agar-rumah-tangga-bahagia Sat, 24 Mar 2018 11:33:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1734 Sudah menjadi lumrah kehidupan berumah tangga, selepas hidup bersama bertahun-tahun, pastinya kita akan mengetahui akan baik buruk seorang pasangan. Kita sendiri mempunyai aib yang perlu disembunyikan oleh pasangan. Bukan segala hal boleh kita kongsikan bersama dia. Ini bagi menjaga keharmonian dalam berumah tangga.


Kita dianjurkan agar menutup aib sendiri. Segala yang sudah berlalu sebelum berkahwin dengan suami atau isteri hendaklah disimpan baik-baik. Teruskan memperbaiki diri dari masa ke semasa agar kita dapat membina hidup baru dengan pasangan, seterusnya membina generasi yang lebih baik setelah berkahwin. Bukankah itu lebih selamat daripada kita membuaka aib sendiri sehingga dapat menyakiti perasaan pasangan malah membuat pasangan curiga terhadap kita.

Hal rumah tangga, dibuka jangan. Apabila kita membuka aib pasangan, sebenarnya kita telah membuka aib sendiri tanpa kita sedari. Iyalah. Apabila kita menceritakan keburukan pasangan kepada orang lain, seolah-olah kita tidak pandai menguruskan hal rumah tangga sendiri. Malah lebih memalukan apabila cerita itu diketahui oleh ramai orang. Maaf saya katakan, itu menunjukkan kebodohan diri sendiri.

Kata imam as-Syafie: “Sesiapa yang menasihati saudaranya dengan tetap menjaga rahsianya bererti dia benar-benar menasihatinya dan memperbaikinya. Sedangkan yang menasihati tanpa menjaga rahsianya, bererti dia telah membuka aib dan mengkhianati saudaranya.”

Begitu jualah kita hidup berumah tangga, apabila kita mempunyai masalah, selesaikanlah masalah tersebut antara kita dan pasangan sahaja. Kita juga hendaklah menyembunyikan perbalahan tersebut dihadapan anak-anak dan keluarga yang terdekat.


Apabila seorang anak melihat perbalahan antara ibu bapa, bukankah kita sebenarnya telah menghancurkan dirinya. Hidupnya tersiksa melihat perbalahan tersebut. Adalah lebih baik kita masuk ke dalam kamar atau keluar rumah bersama pasangan, berbincang secara aman agar perkara tersebut dapat dijaga dengan baik bahkan orang pun tidak akan mengetahui keaiban dalam berumah tangga. Tunjukkan akhlak yang baik di hadapan anak-anak, dan jangan sekali memburukkan ibu atau ayah mereka.

Jika perkara tersebut tidak dapat diselesaikan juga, adalah lebih baik kita merujuk kepada pakar. Pergi ke pejabat agama Islam. Mereka menyediakan perkhidmatan kaunseling agar permasalahan rumah tangga dapat disediakan. Rujuklah dengan mereka supaya kita dan pasangan dapat hidup bersama seperti biasa kembali.


]]>
Ciri-Ciri Calon Suami Yang Baik Menurut Islam. https://redaksi.com/1169-ciri-ciri-calon-suami-yang-baik-menurut-islam Sun, 10 Sep 2017 14:24:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1169 Pemilihan seorang wanita bagi mencari bakal suami yang memiliki ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam adalah sukar sebenarnya. Memang benar bahawa jodoh dan pertemuan itu takdir dan ketentuan Allah سبحانه وتعالى. Namun ketentuan ini tidak menafikan usaha dan ikhtiar. Syaidatina Aisyah r.ha. berkata,

“Pernikahan hakikatnya adalah penghambaan, maka hendaknya dia melihat dimanakah kehormatannya akan diletakkan.”

Berikut adalah ciri-ciri calon pilihan suami yang baik menurut Islam:



1. Berkemampuan.

Lelaki yang berkemampuan sebagaimana hadis Rasulullah ﷺ Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah :

“Wahai permuda-pemuda; sesiapa di antara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."

Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang kebiasaan, serta pakaian untuk menutup aurat. Seperti memberi makan dengan apa yang dia (suami) sendiri makan, memberi pakaian dengan apa yang dia sendiri pakai. Bukan bermaksud memberi pakaian lelaki kepada isterinya, tetapi taraf kualiti sesuatu itu, yang diperuntukkan untuk dirinya, itulah yang diperuntukkan untuk isterinya juga. Maknanya lelaki yang bertanggung jawab. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.



2. Tidak dayus.

Lelaki yang sanggup menjadi pembela pasangannya. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi perempuan daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi dan menjadi isterinya, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Baik.

Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji, apabila berkata dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4. Tidak membebankan.

Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan. Bukan dari jenis lelaki yang tidak bertimbang rasa, yang sentiasa memerintahkan isterinya itu dan ini tanpa mengira isterinya sakit atau kepenatan. Kelebihan ini juga bukan jalan kepada pihak isteri untuk mengambil kesempatan dan mesambil lewakan layanannya kepada suami.



5. Mempercayai isteri.

Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersikap ‘suuzon’ iaitu tidak bersangka buruk terhadap isteri. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Si isteri pula janganlah memusnahkan amanah dan kepercayaan yang diberi.

6. Bertanggungjawab.

Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Mungkinlah pendapat ‘memakan harta perempuan’ di sini adalah sepertinya seorang suami yang tidak melakukan apa-apa dengan bersenang-senangan semata-mata. Dan menghabiskan harta isterinya dalam jalan mungkar, syahwat dan sia-sia pula.

Allah سبحانه وتعالى sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha yang semaksima mungkin.

Namun begitu suami boleh menggunakan harta si isteri dengan kerelaannya bukan berdasarkan niat mengambil kesempatan. Dan seperti yang kita ketahui juga Khadhijah r.ha. telah menghabiskan hartanya demi membantu suaminya (Rasulullah ﷺ) dalam menegakkan agama suci, Islam.

Khadijah r.ha. diriwayatkan telah membuka isi hati kepada suaminya dengan ucapan:

“Wahai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang bergerak maupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba sahaya adalah menjadi milikmu. Kamu bebas membelanjakannya ke jalan mana yang kamu redhoi !”

Dan sebagaimana Firman Allah سبحانه وتعالى:

وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ ﴿٨
“Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan.”
(Surah Adh-Dhuhaa: Ayat 8)

7. Mudah memaafkan.

Sifat mudah memaafkan ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasulullah ﷺ ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.



8. Berketurunan baik dan rajin beribadah.

Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah. Mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia serta sangat menghormati orang tua, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

Apa yang lebih utama dari segala huraian di atas ialah Agamanya. Pilihlah yang beragama dan teguh dengan pegangan Islam ini. Tidak mengapa jika calon suami itu terkurang sedikit dari segi keduniaannya, tetapi lebih dari segi agamanya.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

…إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣
“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Bahawasanya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah Al-Hujuraat 49: Ayat 13)

Syarat bagi seorang lelaki untuk masuk syurga menjadi anak yang soleh kepada ibu bapanya manakala syarat bagi wanita pula menjadi isteri yang solehah kepada suaminya yang akan membawanya ke syurga kelak. Inilah ciri terpenting dalam memilih calon suami yang beriman sebagai ketua dan pemimpin dalam mendidik isterinya dan seterusnya mentarbiyahkan anak mengikut lunas-lunas syarak.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

]]>
Hukum Seorang Lelaki Berjanji Untuk Menikahi Si Perempuan. https://redaksi.com/1142-hukum-seorang-lelaki-berjanji-untuk-menikahi-si-perempuan Fri, 08 Sep 2017 11:27:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1142 Assalamualaikum. Alhamdulilah, masih lagi kita dapat menghirup oxygen kurniaan Allah, hari ini acik nak berkongsi satu ilmu yang penting kepada kamu. Jangan mudah melafazkan janji dengan seseorang, janji mesti ditepati. Yelah masa bercinta semua kata kata indah, berjanji sumpah setia. Yelah orang sedang asyik bercinta kadang tak fikir apa yang dikatakan. Janji pada lelaki/perempuan untuk dinikahi dan dikawini, yelah dah sayang. Tapi bila jumpa lelaki/perempuan lebih baik? tinggalkan yang dulu. Bagaimana dengan janji untuk menikahi pasanga yang dulu tak ditunaikan?



Sebagai contoh "bedah aku cinta kau, aku sayang kau ,aku janji aku akan kawin dengan kau,aku nak nikahi kau sebagai yang halal bagiku, i promise".

Tahukah kamu bahawa apakah hukum bejanji dan saling berjanji untuk menikahi?

Lalu janji yang bagaimanakah yang wajib kita tepati? Tentunya janji-janji yang berkenaan dengan hal-hal yang mubah, yang halal dan makruf. Sebaliknya bila janji itu adalah sesuatu yang mungkar, haram, maksiat atau hal-hal yang bertentangan dengan ketentuan syariat Islam, maka janji itu adalah janji yang batil. Hukumnya menjadi haram untuk dilaksanakan.



Allah SWT telah memerintahkan kepada setiap muslim untuk melaksanakan janji-janji yang pernah diucapkan.

Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah sumpah itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu . Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.(QS. An-Nahl : 91)

Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat penipu di antaramu, yang menyebabkan tergelincir kaki sesudah kukuh tegaknya, dan kamu rasakan kemelaratan karena kamu menghalangi dari jalan Allah; dan bagimu azab yang besar.(An-Nal : 94)

Janji yang diucapkan oleh seorang lelaki yang bukan mahram dan juga bukan dalam status mengkhitbah itu sebenarnya tidak mengikat seorang perempuan untuk menikah dengan orang lain atau menerima khitbah dari orang lain. Karena itu baru sekedar janji dan bukan khitbah. Janji tersebut tidak mengikat seorang perempuan, kecuali jika sudah meng-khitbahnya.



Jadi saat ditengah jalan, kemudian ada lelaki lain yang datang untuk melamar (khitbah) si perempuan, maka perempuan tersebut dibolehkan untuk menerima lamarannya dan menikah dengan lelaki tersebut dengan atau tanpa alasan apapun, Kecuali bila lelaki yang berjanji tadi sudah atau telah mengkhitbahnya/melamarnya (perempuan) secara syar`i. Karena khitbah memiliki kekuatan hukum yang mengikat calon pengantin wanita. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam melarang seseorang membeli barang yang sedang ditawar (untuk dibeli) oleh saudaranya, dan melarang seseorang meminang wanita yang telah dipinang sampai orang yang meminangnya itu meninggalkannya atau mengizinkannya”. (Hadits shahih: Diriwayatkan oleh al-Bukhari (no. 5142) dan Muslim (no. 1412)

Dengan kata lain Seorang lelaki muslim yang akan menikahi seorang muslimah, hendaklah ia meminang terlebih dahulu karena dimungkinkan ia sedang dipinang oleh orang lain. Dalam hal ini Islam melarang seorang lelaki muslim meminang wanita yang sedang dipinang oleh orang lain.

Jadi, kami ingin katakan janji-janji yang terjadi sebelum atau pra-nikah pada dasarnya itu tidak ada dalam hukum Islam, yang disyariatkan adalah khitbah itu sendiri. Janji-janji yang terjadi itu tidak ubahnya seperti kekasih dan janji-janji sepasang kekasih yang kedudukannya tidak jelas, dan tidak memiliki kekuatan hukum. Maka alangkah lebih baiknya bagi para pemuda-pemudi yang sedang dilema asmara, segeralah untuk menikah dan jangan ditunda-tunda lagi, sebab semakin lama kita menunda, semakin besar kesempatan syaitan untuk menjerumuskan kedalam kemaksiatan.

]]>
Wajibkah Untuk Isteri Taat Pada Suami? https://redaksi.com/152-wajibkah-untuk-isteri-taat-pada-suami Thu, 15 Jun 2017 13:19:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=152 Saya baru dua bulan berkahwin atas dasar pilihan keluarga. Sebelum berkahwin saya ada berjumpa isteri dan bertanyakan kepada dia sanggup atau tidak dirinya menerima saya. Dia memberitahu bahawa sanggup dan bersedia, tetapi selepas berkahwin lain pula jadinya. Dia beritahu berkahwin hanyalah untuk memuaskan hati keluarga sahaja. Apabila berkahwin, seorang isteri wajib taat kepada suaminya. Selagi mana perintah tersebut bukan pada benda yang tidak baik, maka selagi itulah isteri perlu mengikutinya. Kewajipan seorang isteri ke atas suami adalah selama mana tidak bersalahan pada hal agama.



Pertama, sebelum kahwin isteri sudah sedia dan sanggup. Jadi sudah tidak ada alasan apabila sudah berkahwin. Maka isteri wajib menunaikan sebagaimana yang sepatutnya.

Kedua, seorang isteri yang tidak mengikut perintah suami adalah nusyuz. Iaitu derhaka ke atas suami yang boleh mengundang kemurkaan Allah ke atasnya.



Ketiga, isteri tidak ada hak untuk mengasingkan tempat tidur dengan suami. Apatah lagi sekiranya suami tidak melakukan sesuatu yang bersalahan dengan agama.

]]>
Cinta Dan Makanan. Makanan Juga Mampu Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan! https://redaksi.com/1631-cinta-dan-makanan-makanan-juga-mampu-mengeratkan-hubungan-kekeluargaan Thu, 15 Mar 2018 16:21:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1631 “All happiness depends on a leisurely breakfast.”  -John Gunther-


Manusia dengan makanan tidak dapat dipisahkan. Apatah lagi dengan perumpamaan trend terkini, wanita dan makanan tidak dapat dipisahkan. Mengapa wanita sangat sinonim dengan makanan? Jangan lupa, mula-mula bercinta untuk bertemu janji, sudah tentu kita mahu menentukan di tempat mana mempunyai makan yang paling sedap. Jika makanan sedap, tidak la spoil temu janji anda bukan?


Di alam perkahwinan juga, jika si isteri sedang memasak di dapur, anak tentu berada di sisi, apatah lagi jika anda mempunyai binatang peliharaan. Kucing juga mahu menyelit meminta makanan. Di mana ada isteri dan makanan anda, di situ lah adanya semua golongan. Anda perlu sentiasa ingat makanan mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Ibu mertua juga sering melihat kepandaian anak menantu perempuannya pandai menguruskan hal di dapur atau tidak? Bijak mencari resipi dan belajar memasak daripada mereka atau tidak? Jika memasak pun failed, bagaimana hendak memikat suami bukan? Kini, lelaki pun sudah ramai mempunyai skill memasak. Isteri yang keletihan selepas pulang daripada kerja tidak perlu bersusah payah di dapur, kerana memilki suami yang pandai masak.


Tidak perlu risau jika pasangan anda hendak ber-diet. Penyediaan makanan yang sihat sangat mudah, tidak perlu banyak minyak untuk menggoreng jika bimbang ia nya akan memercik pada tangan anda. Grill, stim, bakar, adalah tiga cara yang mudah untuk ayam, ikan dan daging. Sayuran juga hanya perlu direbus dah tidak memerlukan minyak untuk memasak.

Jangan lupa pencuci mulut! Setiap kali selepas makan, terutamanya makanan pedas, pasti anda terasa untuk merasakan sesuatu yang manis. Jangan la hanya tahu manis mulut berbicara, seperti lelaki sweet talker. Hubungan anda suami isteri juga perlu ada manisnya. Jangan la simpan sikap romantik anda ketika ini, hanya dengan suapan kek atau coklat mampu mengeratkan hubungan anda!

 

]]>
Si Dia Datang Sebagai Ujian, Bukan Jodoh. https://redaksi.com/4153-si-dia-datang-sebagai-ujian-bukan-jodoh Wed, 07 Nov 2018 14:38:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4153 Hati orang yang belum lagi bertemu jodoh ini tidak dijangka. Riak muka gembira, tetapi kadang-kala segala tindakannya hanya untuk menggembirakan orang lain, namun tidak pada diri sendiri.

Hati mereka berasa perit melihat orang lain dapat mengecapi rasa bahagia, namun mempunyai pelbagai alasan sendiri untuk sedapkan hatinya sendiri.

Mungkin aku terlalu banyak khilaf…

Mungkin aku belum banyak berjasa pada ibu bapa…

Mungkin aku belum lagi layak menjadi seorang suami/isteri…

Mungkin aku belum lagi layak untuk memikul tanggung jawab sebagai seorang bapa/ibu…

Tetapi sampai bila hati dan perasaannya perlu bersangka baik? Kadang-kala berasa penat dan lelah, sehingga merasakan tiada siapa yang dapat memahami dirinya. Merayu, berdoa, menangis pada Allah setiap hari, namun jiwa masih berasa sunyi mahukan sentuhan.

Ada juga sebahagian daripada kita merasakan sudah berjumpa dengan bakal jodoh, namun pada waktu yang salah pula. Jadi, adakah si dia itu sebenarnya Jodoh atau pun ujian? Kenapa pada saat kita merasakan “He’s the one..” / “She’s the one…” tetapi jodoh tidak berpanjangan?

Ini kerana kita sudah lama tidak merasakan perasaan cinta tersebut.

Apabila seseorang telah lama terluka, kemudian Allah temukan insan yang seperti jodoh yang kita rasakan, sudah pasti sebenarnya Allah telah bukakan hati kita untuk berkenalan dengan orang baru. Perkenalan tersebut untuk membuka lembaran baru, kerana kita Yakin pada Allah akan diberikan jodoh yang terbaik.

Namun, apabila perkenalan tersebut gagal, ia bermaksud Allah tahu anda mampu untuk menempuhi dugaan dan ujian tersebut. Gagal bercinta, bukanlah gagal dalam hidup untuk selamanya. Kegagalan yang anda hadapi adalah untuk anda pelajari dan untuk dijadikan pengajaran supaya anda tidak melakukan kesilapan di kemudian hari.

Antara hikmahnya terjadi perkara sebegini adalah sama ada;

Anda mempelajari sesuatu yang baru dari orang tersebut…

Atau pun orang tersebut yang mempelajari sesuatu dari anda….

Apabila tujuan tersebut telah selesai, takdir Allah telah ditetapkan supaya anda berkenalan dengan si dia dalam tempoh yang singkat sahaja, kerana jika ia berterusan khuatir akan terjadi sesuatu yang memudaratkan. Sama ada pada anda sendiri atau pada orang tersebut.

Oleh sebab itu, apabila berlakunya sesuatu… Alhamdulillah adalah kata-kata yang harus anda ungkapkan. Alhamdulillah sekiranya Allah telah menetapkan hanya sampai pada saat itu sahaja perkenalan anda dengan si dia.

Alhamdulillah kerana Allah masih sayangkan kita…

Alhamdulillah kerana Allah masih beri peluang untuk kita berjumpa dengan orang ramai…

Perkara ini anda akan sedari setalah lama masa berlalu pergi. Masa akan mendewasakan seseorang, oleh kerana itu ramai sahaja akan menyedari setelah berkenalan dengan orang yang baru.

“Ouh, sebab ni lah aku tak jadi dengan dia…kalau jadi, mesti aku tak dapat terima dia..”


]]>
7 Tanda Jodoh Serasi Atau Tidak Menurut Ustazah Siti Norbahyah. https://redaksi.com/3908-7-tanda-jodoh-serasi-atau-tidak-menurut-ustazah-siti-norbahyah Thu, 18 Oct 2018 15:11:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3908 Dalam mencari suami atau isteri sebagai peneman hidup di dunia ini sudah tentulah perlu lihat keserasian bersamanya. Hal ini kerana, nak hidup lama bersama serta mengharungi pelbagai cabaran hidup, sudah tentu lah perlu mencari pasangan yang serasi bersama. Namun begitu, tidak mudah untuk jumpa yang serasi ini. Tapi kalau jumpa pun, hati pasti ragu-ragu, adakah si dia itu serasi atau tidak dengan diri ini. Oleh sebab itu mari lihat tanda keserasian bersama pasangan menurut Ustazah Siti Norbahyah.



1. Rasa bahagia dengan suami. Tiap kali berada bersamanya, kita akan sentiasa rasa gembira, sayang dan sentiasa rasa semuanya baik-baik belaka.

2. Boleh bertolak ansur walaupun berbeza sikap. Serasi tidak semestinya semua perkara sama dengan pasangan kita. Contoh isteri dan suami rajin, sama-sama suka masak dan lain-lain. Boleh bertolak ansur walaupun berbeza sikapnya, misalnya suami suka masak sementara isteri pula lebih suka kemas rumah. Kalau masing-masing boleh bertolak ansur macam ni, serasilah maksudnya.

3. Rasa tenang. Cuba check bakal suami kalau telefon rasa tenang tak. Bila kahwin pula kalau tengok muka dia kita rasa tak berserabut, rasa tenang dan tak rimas. Kalau suami telefon lagi kita rasa best!

4. Selalu ada di sisi kita lebih-lebih lagi dalam keadaan memerlukan. Kalau kita demam ke tak sihat dialah paling utama risaukan kita. Kalau dilanda masalah lagilah, dia orang pertama yang tampil selamatkan kita.



5. Kita rasa selamat bila berada di sisinya. Bila suami ada kat rumah, isteri rasa selamat. Bila duduk di rumah sentiasa rasa takut macam takutkan pada raksasa, itu kena nilai semula. Mungkin anda bukan pasangan yang serasi.

6. Perkenalan kita dengannya akan buat kita semakin dekat dengan Allah. Selepas berkahwin kita mula solat, pergi masjid, baca Al-Quran, tahajud, qiamullail bersama-sama pasangan. Kita berubah menjadi semakin dekat dengan Allah. Ini tandanya jodoh kita serasi.

7. Ketawa dan menangis pun bersama. Orang kata susah dan senang bersama-sama. Inilah keserasian hakiki dalam rumah tangga.

Dah boleh dah periksa pasangan masing-masing. Jika tidak serasi cubalah cari keserasiannya bersama.



]]>
Wahai Wanita, Carilah Bakal Suami Yang Tidak Kedekut. https://redaksi.com/4266-wahai-wanita-carilah-bakal-suami-yang-tidak-kedekut Wed, 21 Nov 2018 10:18:11 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4266 Dalam keadaan ekonomi pada zaman sekarang, pentingnya mencari pasangan yang tidak berkira terutamanya dalam aspek kewangan. Mengikut peredaran zaman dan masa, kita dapat melihat kaum wanita majoritinya bekerjaya dan memiliki pendapatan yang lebih tinggi daripada kaum lelaki. Bukan sahaja berdisiplin dalam mencari rezeki di luar rumah, malah tidak putus-putus mahu mencuba perniagaan online demi membantu si suami.

Namun, dengan sikap wanita sebegini, ada sahaja segelintir kaum lelaki mahu mengambil kesempatan ke atas ‘kerajinan’ kaum wanita ini. Mula menjadi berkira dan kedekut seperti tidak mahu menggunakan wangnya dalam rumah tangga kerana isteri lebih memiliki kewangan yang stabil. Situasi sebegini akan menyebabkan si isteri bakal tidak berpuas hati dengan sikap suaminya yang bagaikan tidak mengmbil endah tentang kewangan dalam keluarga.

Lepas tangan!

Secara asasnya, dalam pemilihan bakal suami, hendaklah seorang wanita itu melihat dari sudut agama dan akhlak seseorang lelaki terlebih dahulu. Seperti  Nabi SAW telah bersabda dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah;

“Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuan kamu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya, nikahkanlah ia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan maka akan terjadi fitnah di (muka) bumi.

Maksud daripada hadis di atas, Nabi Muhammad sangat menekankan pemilihan yang dibuat untuk calon suami adalah dinilai daripada aspek agama dan akhlak seorang lelaki. Jadi, menilai tahap agama dan akhlak seseorang lelaki merupakan dua kriteria yang penting untuk seorang perempuan memilih imam mereka. Jika kita abaikan dua perkara ini, maka fitnah dan kerosakan akan terjadi.

Dengan keagamaan dan akhlak terpuji dari seorang lelaki, mustahil untuk si dia menjadi kedekut dan berkira dalam rumah tangga. Ini kerana apabila memiliki suami yang kedekut, isteri tersebut boleh dikatakan agak malang, kerana si suami terlalu berkira dengan perbelanjaan keluarga seperti barang keperluan rumah, makanan dan sebagainya.

Situasi sebegini sedikit sebanyak akan memberi kesan pada si isteri untuk makan hati pada masa hadapan.

Namun sedemikian, maksud tidak kedekut itu adalah bukannya berbelanja sehingga terlebih kemampuan suami. Akan tetapi masih lagi dalam kemampuan suami, dan boleh memberi nafkah kepada isterinya. Itu yang penting dalam berumah tangga. Nafkah seperti;

  1. Rumah.
  2. Makan dan minum.
  3. Pakaian.
  4. Perubatan.
  5. Perhiasan.
  6. Pembantu rumah jika berkemampuan.

Oleh kerana itu pentingnya musyawarah dalam perkahwinan kerana ia untuk mencapai kata sepakat suami isteri dalam memenuhi keperluan sara hidup bersama-sama. Ingat! Perkahwinan yang Muafakat akan membawa berkat. Jika sama-sama dapat menghadapi kesulitan kewangan dalam rumah tangga, pasti dapat mengelakkan konflik bajet ini dengan hati yang tenang.

Nabi SAW bersabda :

"Satu dinar yang engkau nafkahkan di jalan Allah, satu dinar yang engkau keluarkan untuk membebaskan budak, satu dinar yang engkau berikan kepada fakir miskin, dan satu dinar yang engkau berikan sebagai nafkah keluargamu; yang terbaik di antaranya adalah yang engkau berikan sebagai nafkah isterimu." (HR. Muslim II :692)


]]>
Antara Perkara Yang Anda Boleh Manfaatkan Sementara Menunggu Jodoh. https://redaksi.com/3563-antara-perkara-yang-anda-boleh-manfaatkan-sementara-menunggu-jodoh Wed, 19 Sep 2018 14:45:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3563 Bagi mereka yang masih lagi belum bertemu dengan jodoh, kadang-kala suka membandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain di sosial media. Sosial media ini boleh dijadikan sebagai hiburan, malah sebagai racun juga.

Terlalu mengenang nasib entah bila mahu bertemu jodoh, hanya membuang masa sahaja. Isikan masa dan waktu terluang anda dengan melakukan perkara seperti berikut…


1. Cuba menjadi seorang yang ‘Sihat’.

Jika sebut sahaja tentang sihat, sudah tentu anda sudah menggambarkan kehidupan yang sihat. Perlu makan makanan yang sihat dan sentiasa melakukan senaman. Namun, ia bukan sahaja mengenai kesihatan fizikal, tetapi anda juga perlu kesihatan jasmani dan jiwa. Terlalu mengenang nasib belum bertemu jodoh membuatkan jiwa anda akan menjadi tidak sihat, dan ia akan menjurus kepada tekanan mental sahaja.

2. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Begitu juga dengan keadaan sekeliling anda terutamanya rakan-rakan. Kecilkan kumpulan rakan-rakan yang positif dan boleh memberi manfaat pada hidup anda sahaja. Usah mendekatkan diri dengan rakan-rakan yang terlalu negatif, kerana ia akan mempengaruhi fikiran anda untuk sering mengandaikan perkara yang negatif. Seperti point nombor 1, jiwa anda akan menjadi tidak sihat.

3. Membuat perancangan yang positif untuk masa hadapan.

Kerana itu pentingnya ‘mind set’. Jika ‘mind set’ anda hanya melihat masalah dalam setiap perkara, masalah dalam setiap rancangan tanpa solusi sudah tentu ia tidak akan tercapai. Begitu juga dengan kepercayaan dan sangkaan anda sendiri. Kita sendiri perlu yakin dengan Allah SWT dan husnudzon. Setiap perancangan pasti ada hikmahnya.


4. Menjaga penampilan untuk membina keyakinan.

Ketika ini lah peluang yang anda ada untuk menjaga penampilan. Jika daripada zaman bujang anda sudah terbiasa untuk menjaga penampilan walaupun hanya berada di dalam rumah sahaja, ia pasti akan menjadi kebiasaan sehinggalah ke alam perkahwinan. Bila dah kahwin, anda menjadi ralat pula untuk menjadi selekeh dihadapan pasangan.

5. Sentiasa mendengar musik yang positif.

Anda sering mendengar musik yang melayan jiwa kerana bait-bait lirik seumpama dengan hidup anda yang pernah terluka. Apabila anda gembira sudah tentu anda menghayati lagu, tetapi apabila bersedih anda akan menghayati lirik, kan? Elakkan mendengar musik yang boleh mematikan jiwa anda kerana ia bakal melalaikan diri.

6. Belajarlah untuk mendengar.

Sebelum ingin berkata-kata, DENGAR. Sebelum menyampuk, dengar. Sebelum ingin melemparkan carutan dan makian, DENGAR. Takut nanti apabila leka sangat berbicara akan terpamer kelemahan dan keburukan anda, dimana orang lain akan mula menanam hasad dengki dan pijak diri anda tanpa sedar.

Jangan sia-siakan masa anda.


 

 

 

 

]]>
5 Tujuan Sebenar Perkahwinan Yang Anda Perlu Tahu. Kahwin Bukan Sekadar Suka-Suka Ya! https://redaksi.com/66-5-tujuan-sebenar-perkahwinan-yang-anda-perlu-tahu-kahwin-bukan-sekadar-suka-suka-ya Sun, 28 May 2017 00:49:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=66 Kita kini hidup dalam masyarakat yang kadang-kadang boleh buat kita tertanya-tanya tentang tujuan perkahwinan yang sebenarnya. Kita nampak ramai pasangan yang memilih untuk tak berkahwin dan hidup dengan cara yang tersendiri. Kita lupa apa tujuan sebenar perkahwinan dan kenapa ianya masih relevan pada hari ini.



1.  Menyambung zuriat.

Menyambung zuriat adalah salah satu fitrah dan tujuan penting untuk perkahwinan dalam Islam. Sabda Nabi Muhammad SAW;

'Nikahilah perempuan yang penyayang dan dapat mempunyai anak banyak kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan sebab banyaknya kamu di hadapan para Nabi nanti pada hari Kiamat' (HR Ahmad)

2.  Mengawal nafsu.

Kita semua manusia biasa yang ada perasaan masing-masing. Jadi tak perlu malu untuk terima bahawa tarikan fizikal juga merupakan salah satu tujuan perkahwinan. Ini adalah cara yang halal dan digalakkan untuk mengawal nafsu. Inilah sebabnya sebelum kahwin, anda mesti tengok dulu calon pasangan anda dan pastikan anda tertarik kepada orang yang bakal menjadi teman hidup anda. Kalau keinginan fizikal ini tidak dikawal dengan baik, ia boleh membawa kepada kehancuran masyarakat. Anda sendiri boleh lihat bagaimana zina dan berbagai hubungan songsang yang semakin berleluasa disebabkan oleh kurangnya orang yang memilih untuk berkahwin.



3.  Asas sebuah masyarakat.

Perkahwinan membentuk asas sebuah keluarga dalam Islam dan keluarga yang banyak pula membentuk komuniti. Dalam mana-mana masyarakat, bila hubungan kekeluargaan hancur, maka masyarakat itu juga akan runtuh. Oleh itu, Islam meletakkan penekanan yang tinggi pasa asas perkahwinan yang kukuh dan keluarga untuk mengukuhkan moral sesebuah masyarakat.

4.  Teman hidup.

Salah satu perkara paling indah yang dapat dialami dalam sebuah perkahwinan bukanlah hubungan seksual tetapi ikatan yang terjalin dengan teman hidup anda. Anda akan berkongsi perkara-perkara yang penting dan dekat dengan teman hidup anda. Inilah kemanisan sebenar sebuah perkahwinan; bila anda boleh berkongsi suka duka, cita-cita, perasaan, cinta, dan hidup bersama. 

5.  Hubungan kekeluargaan.

Bila dua orang manusia berkahwin, mereka juga akan membina ikatan antara dua keluarga dan membina satu keluarga yang besar. Hargailah hubungan ini. Hubungan dengan keluarga boleh jadi baik atau sebaliknya, tapi terpulang pada anda. Mungkin tak mudah nak bina hubungan baru dengan keluarga baru, tapi tak semua orang bertuah seperti anda.

]]>
6 Ciri-Ciri Pasangan Yang Anda Layak Tunggu Untuk Berkahwin. https://redaksi.com/3734-6-ciri-ciri-pasangan-yang-anda-layak-tunggu-untuk-berkahwin Thu, 04 Oct 2018 12:11:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3734 Pasti ada sahaja daripada anda tertanya-tanya “Patutkah aku menunggu si dia walaupun sudah setahun meluahkan perasaan? atau “Patutkah aku tunggu walaupun hubungan kami dalam jarak jauh?” atau sudah lama bercinta, tetapi ramai pula bertanyakan tentang hubungan kalian bila lagi mahu berumah tangga. Anda seolah-olah mahu menunggu si dia kerana sebab-sebab tertentu.

Tetapi janganlah pula hubungan antara kalian berdua seperti syok sendiri sahaja. Anda juga perlu melihat kesungguhan si dia dalam mengekalkan hubungan. Jom lihat ciri-ciri pasangan yang layak anda tunggu untuk dijadikan bakal suami atau isteri.

1. Tidak pernah gagal menghubungi anda walaupun dirinya sedang sibuk.

Masing-masing sudah pasti sibuk bekerja, bukan? Jadi lihat sahaja kesungguhan dirinya ketika waktu bekerja, break 10 minit pun mahu menghubungi anda, apatah lagi ketika lunch hour. Pasti si dia tidak akan gagal untuk membuat panggilan atau whatsapp anda. Dia tahu dan sedar, kesibukan bukan perkara yang mudah untuk dihindari. Paling tidak, dia memanfaatkan waktu itu dengan sebaik-baiknya.

2. Perhubungan jarak jauh (PJJ) bukanlah masalah bagi dirinya.

Anda dengan si dia bercinta dengan perhubungan jarak jauh, namun dengan kesungguhan masing-masing, masih lagi hubungan berkekalan kerana ia bukanlah menjadi masalah pada pasangan. Pasangan menganggap ia adalah cabaran untuk ditempuhi, dan dengan cara begitu sahajalah untuk menyemai perasaan rindu dan cinta. Ia adalah sebuah penghargaan.

3. Tahu menghargai masa ketika berjumpa dengan gelak tawa.

Apabila jarang berjumpa, kemudian jauh pula, sudah tentu setiap pertemuan tidak akan di sia-siakan. Tidak lah setiap kali berjumpa, asyik bermasam muka dan bergaduh. Kalian berdua bersungguh-sungguh untuk tidak mencipta pergaduhan atau perbalahan. Si dia tidak mahu perasaan rindu berakhir menjadi muram dan sendu. Dia ingin anda menikmati rasa rindu dengan tenang.

4. Kehidupan masing-masing bertambah maju.

Percintaan yang matang dan mendewasakan apabila kalian berdua tahu dengan cita-cita sendiri. Tiada sekatan tetapi lebih menyokong dan memberi dorongan antara satu sama lain. Kehidupan anda berdua diisi dengan kisah tentang hobi, impian serta matlamat yang anda berdua ingin capai. Hubungan bukanlah hanya pada persoalan perasan sahaja. Tetapi juga tentang bagaimana saling belajar memahami.

5. Menyelesaikan konflik dengan matang apabila dilanda masalah secara tidak terduga.

Masalah biasanya datang tak terduga. Tapi dengan kematangan, anda berdua harunginya dengan tenang. Sudah kebiasaan setiap percintaan pasti akan datang pelbagai masalah, walaupun berpisah dengan jarak yang jauh, ia bukanlah punca untuk terus ditinggalkan. Anda dengan pasangan tidak akan membuatkan ego diri yang menjadi dinding dalam hubungan.

Si dia cukup dewasa membimbing anda menyelesaikan masalah ini dengan tenang. Si dia memberikan anda ruang untuk mengutarakan semua keluh kesah pada diri anda.

6. Si dia sentiasa membuatkan anda rasa positif tentang hubungan tersebut.

Hubungan kalian berdua bukanlah sia-sia, begitulah pasangan menekankan tentang hubungan. Si dia sedaya upaya memberi kata-kata semangat. SI dia juga akan sentiasa berkata, kesabaran adalah kuasa yang membuat impian dan harapan anda terus hidup. Si dia meyakinkan anda, masa depan yang anda berdua perjuangkan tidak akan sia-sia. Ingatlah, hubungan jarak ini sebenarnya untuk masa depan anda yang akan datang.

]]>
Usaha Kadang Kala Bukan Hanya Mencari Sahaja, Tetapi Baca Surah-Surah Ini Pun Usaha Mencari Jodoh Yang Masih Tak Nampak Bayang. https://redaksi.com/7674-usaha-kadang-kala-bukan-hanya-mencari-sahaja-tetapi-baca-surah-surah-ini-pun-usaha-mencari-jodoh-yang-masih-tak-nampak-bayang Wed, 04 Dec 2019 10:11:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7674 Jodoh itu sukar untuk diduga bila datang mendekati kita. Ada orang ditakdirkan untuk berjumpa jodohnya awal, ada pula yang berjumpa jodohnya agak lambat berbanding rakan yang lain. Jodoh yang datang pada setiap orang itu berlainan waktu dan masanya.

Malah, setiap mereka yang sedang menunggu jodoh ini juga mempunyai cara yang berlainan untuk bertemu dengan jodoh mereka. Ada yang berusaha untuk mencari sendiri, ada yang berdoa, dekatkan diri dengan Allah malah meminta bantuan saudara mara dan orang sekeliling. Setiap dari kita mempunyai usaha yang berbeza dalam mencari jodoh.

Surah al-Dhariyat ayat 49 yang bermaksud: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah.”



Buat yang sedang mencari jodoh, amalkan surah ini agar cepat menerima jodoh yang ditunggu.



Gandingan Surah Yusuf (ayat 4) dan Surah Taha (ayat 39)

Keistimewaan yang Allah SWT berikan kepada manusia untuk mengeratkan hubungan sesama manusia terutamanya dalam kalangan ahli keluarga, suami isteri, anak-anak mahupun sahabat adalah dengan gandingan kedua-dua ayat ini.
Cara untuk mengamal adalah dengan membaca Surah Yusuf (ayat 4) diikuti dengan Surah Taha (ayat 39) sebanyak tiga hingga tujuh kali selepas solat. Anda boleh juga membaca dua ayat ini di dalam hati apabila anda ingin bertemu dengan orang yang anda hajati.



Surah Taha (ayat 131-132)

Maksud sebalik ayat-ayat ini, Allah memberi peringatan kepada manusia supaya jangan lalai dengan kelebihan di dunia kerana kurniaan lebih abadi berada di kehidupan akhirat nanti. Maka, Allah SWT memerintahkan supaya umatnya teruskan usaha dan banyakkan bersabar serta bergantung kepada Allah SWT sebagai pemberi rezeki dan perancang. Dan salah satu rezeki yang dimaksudkan Allah SWT adalah jodoh. Amalkan potongan surah ini selepas anda menunaikan solat fardhu sebagai doa untuk mendekatkan diri dengan jodoh yang baik.



Surah Qashash (ayat 24) – Doa Nabi Musa A.S

Mungkin kerana sering sekali dikecewakan ataupun masih belum lagi dipertemukan dengan jodoh yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup penyebab ada yang di kalangan kita mudah berputus asa dengan kurniaan jodoh. Pengajaran daripada kisah Nabi Musa A.S yang diberikan pelbagai jenis ujian. Baginda berdoa dengan doa ini ketika berada dalam permasalahan, lalu Allah SWT mengeluarkannya daripada situasi berikut. Maka, kita boleh lah mengamalkan doa Nabi Musa A.S ini.



Surah An-Nur (ayat 26)

Ayat ini diturunkan apabila Aisyah R.A difitnah pada zaman Rasulullah SAW. Dan makna sebalik ayat ini menyatakan bahawa lelaki-lelaki yang baik akan dikurniakan pasangan perempuan yang baik. Jadi boleh mengambil pengajaran daripada ayat ini untuk sentiasa memperbaiki diri ini untuk mendapat jodoh yang baik juga.

Jodoh yang datang itu perlukan masa untuk mendekati kita. Apa yang penting, anda sentiasa mendekatkan diri anda kepada Allah, kerana Dia lebih tahu segala-galanya buat anda.

Seperti dalam surah Al-Imran ayat 54:
“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”



]]>
Baru tiga hari sah sebagai pasangan hidup, suami pergi menghadap Ilahi https://redaksi.com/8827-baru-tiga-hari-sah-sebagai-pasangan-hidup-suami-pergi-menghadap-ilahi Mon, 02 Nov 2020 12:46:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8827 Perkahwinan yang disemai dengan rasa cinta tentunya melahirkan rasa teruja untuk mendirikan rumah tangga bersama.

Tapi bagaimana jika belum sempat menikmati kebahagiaan serta bermanja bersama insan tersayang yang dinanti-nantikan selama ini, ada ujian yang lebih berat ternanti dan terpaksa dilalui seorang diri.



Meninggal dunia selepas tiga hari berkahwin

Itulah yang dilalui oleh seorang wanita di Sulawesi Selatan apabila terpaksa berpisah mati dengan suaminya yang terlibat dalam kemalangan selepas tiga hari mendirikan rumah tangga.



Menerusi laman Tribun News, suami kepada wanita tersebut dikatakan mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan jalan raya dan telah koma sebelum akhirnya menghembuskan nafas terakhir.




Mengucup berulang kali jasad suami


Berdasarkan video yang dikongsikan dunia_kaumhawa, dapat dilihat pasangan ini berkongsi kegembiraan ketika di majlis perkahwinan dan juga graduasi si isteri mulanya.



Namun semua berubah apabila suasana bertukar hiba melihat isteri menangis dan meratapi suaminya kerana tidak sanggup berpisah. Malah dilihat isterinya seolah tidak mampu terima kenyataan dengan mengucup jasad Allahyarham sebelum dikebumikan.

Video kisah mereka ini telah tular di media sosial yang sememangnya mengundang rasa sedih dan simpati ramai.

Malah, ada juga warganet berkongsi kisah yang sama apabila pernah rasakan apa yang wanita itu alami. Apa-apa pun, semoga wanita ini terus kuat dalam ujian yang dilaluinya.


]]>
17 Perkara Lelaki Suka Ada Kat Perempuan. https://redaksi.com/654-17-perkara-lelaki-suka-ada-kat-perempuan Mon, 31 Jul 2017 16:19:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=654 Semalam aku saje-saje membuang masa baca majalah-majalah lama kat dalam kotak simpanan aku, walaupun tak sedar diri ada lagi 4 exam papers minggu depan. tiba-tiba aku terbaca satu artikel yang sangat menarik. dalam artikel tu dinyatakan apa yang lelaki tak suka dan apa yang lelaki suka tentang perempuan. whoa, this is so fucking HOT mannnnn ! mungkin tak semua laki berpandangan macam nie, tapi aku rasa majoriti kot ! lepas baca artikel tu, aku buat penilaian sikit lah kat diri aku dengan boyfriend aku tu. saja je lah kot-kot boleh lah nak menggembirakan hati yang tengah bersedih nie kan. hey, check it out.



Lelaki suka perempuan yang :-

1. Bersikap kelakar.

Lelaki suka perempuan yang kelakar dan tak control cun je sepanjang. Tak kisah lah perempuan tu tak cantik ke..gelap ke..gemuk ke..tapi bila perempuan tu jenis yang kelakar dan lucu, dia mampu menarik perhatian lelaki. Kalau masa makan atau masa bercakap dengan lelaki pun nak control cun je memanjang, rasa annoying dan membosankan ye tak? Just be natural!

2. Berbudi pekerti.

Yang ni dah tentu WAJIB perlu ada kat semua perempuan. lelaki mesti suka perempuan yang ada adab, bersopan-santun dan berbudi pekerti. Tak semestinya kena berbudi pekerti dengan lelaki je, dengan semua orang pun harus jugak. Even dengan kucing-kucing gemok yang sedang kekenyangan di rumah anda tu!

3. Murah hati.

Jangan jadi kedekut lah, bukan elok sangat pun. Mungkin hati lelaki akan tersentuh bila tengok perempuan yang suka menderma dan menolong orang lain yang sedang dalam kesusahan. Kalau dengan orang lain pun anda nak berkira, memang rejected lah weh. Even yang duit sen-sen pun anda nak berkira, memang annoying dowh.



4. Senyuman manja.

Senyuman manja nie kene ikhlas. Bukan masa anda nak mintak teddybear lah rantai lah baru nak buat senyum-senyum manja. Bila anda senyum, orang lain boleh tau yang senyuman anda tu ikhlas dan tulus lahir daripada hati. Kalau senyuman yang sumbing sampai ke telinga tu, tu senyum gedik mintak kena penampor namanya.

5. Tahu memasak.

Yang nie WAJIB kena ada kat semua perempuan. huishhh..mak aku kalau tau anak-anak dia tak pandai memasak, memang dia bising habis. Bingit telinga nak dengar dia membebel. Kalau anda tak tau memasak, kena amik inisiatif belajar lah weh. Jangan malas okay. Nie tidaknya..pantang nampak kuali je mesti rasa nak tido tak pun bila pegang sudip je mesti tangan nak terketar-ketar. Tambat hati lelaki dengan masakan hasil daripada air tangan anda sendiri, mesti dia sayang lebih punya lah.

6. Pandai dalam menggayakan pakaian.

Lelaki suka tengok perempuan yang pandai menggayakan pakaian dia. Mix and match! Pandai bergaya ikut tempat dan masa. Ikut perkembangan semasa, tapi yang penting jangan melampaui batasan sudah lah. Perempuan kalau nak bergaya pun kena bijak jugak, jangan anda main taram je amik baju itu baju ini. Karang jadi macam clown, anda jugak yang termalu sendiri.

7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya.

Kalau lelaki tu bercitarasa perempuan yang bertudung labuh, then dia akan suka tengok perempuan yang bertudung labuh je. Perempuan lain seksi meksi hot gebu macam mana sekali pun, dia pandang sebelah mata je. Perasan tak, bila perempuan bercakap pasal perempuan lain, mesti ada nada tak puas hati. This is funny okay..Contohnya, kalau perempuan free hair tak puas hati dengan perempuan bertudung dia mesti cakap macam nie, "hishhhh..minah tu pakai tudung bukan lawa pun, aku lagi lawa dan itu fakta, tapi apesal laki tu pilih dia jugak ha??".



8. Tidak mudah naik angin.

Yang nie aku selalu buat kat boyfriend aku. Pantang dia lambat ke terlupa ke tak setuju dengan aku ke..aku mesti cepat gila naik angin. Lepas tu membebel-bebel macam orang gila. Tapi tak sampai 20 minit lepas tu aku dah boleh elok macam biasa balik. Sorry lah fakrul adli, saya tak nak buat lagi dahhhhh. Janji tak buat lagi ! sob sob sob

9. Tidak terlalu seksi dalam pemakaiannya.

Fine..lelaki memang dah nyata suka tengok perempuan seksi meksi nie. Perempuan tu tayang lurah dada, tayang lurah bontot..semua tu memang lelaki suka. Tapi hakikatnya, lelaki hanya suka gitu-gitu je. Kalau gitu nak buat bini, rejected lah jawabnya. Kalau tanya lelaki pun, mesti diorang akan jawab with this typical answer.."aku akan pilih perempuan yang sopan pemakaiannya..biarlah sedap mata yang memandang".

10. Tak mengharap semua benda lelaki yang kena bayar.

Lelaki harus jadi gentlemen dengan perempuan. Tapi perempuan pun jangan asyik dok mengharap dan menunggu lelaki je yang bayar semua benda. Kongsi-kongsi lah beb. Kalau tadi lelaki dah belanja makan Mcd, amik lah giliran dan anda pulak yang belanja untuk tiket wayang. See ? saling membantu. Lelaki pun senang je dengan perempuan yang murah hati dan tak berkira macam tu. Perempuan pun kena paham lah, takkan nak semua tanggungjawab letak kat lelaki ye tak. Nanti dah kawin, susah lah kalau laki je yang nak tanggung semua. Perempuan tugasnya membantu meringankan beban lelaki, bukan makin menambah beban dan menyusahkan lelaki.

11. Rapat dengan ibunya dan ada ciri keibuan yang tersendiri.

Lelaki suka menilai perempuan dalam aspek nie. Kadang-kadang ada sesetengah lelaki boleh jatuh cinta dengan perempuan yang penuh dengan ciri keibuan je. Lelaki tak payah susah-susah tengok benda lain, bila dia nampak ciri keibuan dan kasih sayang banyak ada kat perempuan tu, dia dah boleh nampak yang perempuan tu mampu jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak dia nanti. Selalunya ciri keibuan nie memang dah ada dalam setiap perempuan, cuma nampak tak nampak je.

12. Cekal dan tak mudah mengalah bila berhadapan dengan situasi tertekan.

Lelaki tak suka perempuan yang lemah dan cepat putus asa, terutamanya bila tengah berhadapan dengan apa jua dugaan atau situasi tertekan. Lelaki pun adakalanya dia akan rasa lemah dan cepat putus asa, so sebab tulah lelaki memerlukan perempuan yang berkeyakinan tinggi dan kuat semangat untuk tolong beri dia kekuatan. Ni kalau lelaki dan perempuan pun lemah semangat, memang tak jalan lah weh. Lelaki suka tengok perempuan yang tak pernah kenal erti penat untuk berusaha, walaupun dia tau perempuan tu takkan mampu dapat apa yang dia nak.



13. Tahu menjaga maruah diri sendiri.

Perempuan kena tahu jaga diri sendiri, maruah itu penting weh. Kalau nak pegi mana-mana, perempuan akan dilihat dan diperhatikan. Lelaki tak suka tengok perempuan yang suka memalukan diri sendiri atau dah tak ada sifat nak menjaga maruah dirinye. Contohnya, perempuan bersosial atau kaki clubbing bla bla bla..selama mana anda nak sedar diri daripada terus jadi perempuan yang dilabel sebagai kaki clubbing ? Lelaki takkan pilih perempuan yang macam tu sebab dia tahu nanti dia yang akan bertanggungjawab untuk jaga isteri dia. Take note benda nie, perempuan baik untuk lelaki baik, dan macam tu lah jugak sebaliknya.

14. Sentiasa berada di sisi tak kira masa senang atau susah.

Yang nie pun sangat penting. Tak kira masa senang atau susah, perempuan harus ada disisi lelaki setiap masa. Jangan masa senang je anda nak tunjuk diri yang anda adalah perempuan paling caring, tapi bila tiba masa susah, habuk debu anda pun tak boleh dikesan. Masa senang, anda lah orang yang paling penyayang, pijak semut pun tak mati, bla bla bla..fuck gila lah perempuan yang macam nie. dengan sikap nie, lelaki boleh nilai sejauh mana perempuan tu sayang dan jujur dengan dia.

15. Tidak suka berleter.

Sob sob sob..aku selalu buat benda nie weh. No comment! Perempuan memang betul-betul style pendiam je yang tak suka buat benda nie, sendiri ingat lah ye. But wait..benda nie normal kan untuk semua perempuan, watcha say? tak boleh aku nak mengelak. kahkahkah ! *berusaha membela diri sendiri*

16. Sediakan keperluan lelaki tanpa disuruh.

Kalau tengok lelaki tu terbatuk-batuk, gosoklah belakang badannya untuk mengurangkan keperitan batuk dia takpun bagi terus ubat yang boleh melegakannya. Kalau tengok lelaki tu lapar, berilah dia makan walaupun tak seberapa. Kalau tengok lelaki tu berpeluh-peluh sebab penat, lapkan lah peluh kat leher dan dahinya untuk membuat dia berasa senang. Sekurang-kurangnya anda tau apa yang dia perlu dan apa yang dia tak perlu kan ?

17. Mengambil berat tentang lelaki.

Yang ni pun rasanya tak perlu lah aku nak explain panjang lebar. semua orang tahu, even perempuan pun suka lelaki yang mengambil berat ye tak. Aku pun suka lelaki yang mengambil berat, sebab dari situ aku boleh nampak yang dia mampu menjaga aku sampai bila-bila.*sebab tetiba*

Warghhhh..banyak gila. Tak sangka lelaki nie agak cerewet kan? kahkahkah! Relaks, ni hanya pendapat yang diberi oleh sesetengah lelaki. Maybe ada lelaki yang tak macam nie..maybe ada lelaki yang suka benda-benda yang lebih hardcore kat perempuan, who know? Tu semua terpulang pada setiap individu menentukan apa yang terbaik untuk diri masing-masing okay. Aku dah penat menaip sebenarnya nie. Alasan ! nanti aku akan buat entri sambungan untuk entri nie. Entri sambungan nanti aku akan bagitahu pulak apa yang lelaki tak suka tentang perempuan. So stay tune! Aku harap entri nie berguna untuk jadi panduan kot-kot lah anda nak jadi bakal isteri or girlfriend yang terbaik. Aku pun banyak belajar tentang lelaki melalui artikel yang aku jumpa tu. Kita share, kita share..bak kata member aku yang bernama sue sempoi! hehehe..

]]>
Hati-Hati Sikap Anda Ini Boleh Buat Seseorang "Give Up" Mendekati Anda. https://redaksi.com/7577-hati-hati-sikap-anda-ini-boleh-buat-seseorang-give-up-mendekati-anda Tue, 05 Nov 2019 11:06:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7577 Pada peringkat awal perkenalan, biasanya seseorang itu akan berusaha keras untuk dapatkan hati anda. Nak-nak lagi jika anda memberi ruang serta green light untuk dirinya mendekati anda. Setiap usahanya itu sudah tentu ingin berjaya memiliki serta menambat hati anda dengan sebaiknya.

Namun begitu, kadang kala sikap anda sendiri yang menjadi punca mengapa dirinya itu mula menjarakkan diri serta tidak menunjukkan usaha-usaha yang sama seperti diawal perkenalan kalian. Bukan kerana dirinya berubah hati atau telah jumpa orang lain tetapi sikap anda yang acuh tak acuh itu yang membuat dia menjauh.

Kadang kala, bila seseorang telah berusaha manakala anda pula tidak begitu serius dengan usahanya tentu sahaja akan membuatkan dirinya give up lalu mengundurkan diri. Anda beberapa sikap yang membuatkan seseorang mengalah dengan cepat akibat sikap anda sendiri.

1. Sentiasa bermesra dengan mereka yang berlainan jantina.

Hati siapa yang tak terluka apabila melihat orang yang dia sukai bermesra dengan orang lain. Malah boleh jadi lebih mesra dari dirinya sendiri. Bukan itu sahaja, boleh jadi dia akan beranggapan bahawa anda akan begitu mesra dengan ramai orang sama seperti ini. Jika terus begini, dia pun akan tawar hati dengan anda.



2. Sukar untuk dihubungi.

Setiap kali hantar pesanan tidak berbalas, call tak berjawab. Namun, media sosial selalu online dan sentiasa update, siapa sahaja yang tak kecil hati sebegini. Tentu lama ke lamaan jika dilayan sebegini terus akan membuatkan dirinya rasa tidak dihargai.

3. Selalu janji tapi tak tunaikan.

Berjanji ini memang mudah, tapi nak tunaikan janji ini yang payah sebenarnya. Sama juga dengan kalian berdua. Anda sentiasa berjanji dengan dirinya tapi bila sampai masa anda pula tak mampu tunaikan apa yang anda janjikan. Siapa yang tak tawar hati kalau begini, untuk sekali dua mungkin boleh diterima tetapi jika berulang kali tentu sahaja dia akan kecil hati.



4. Tak menyenangkan hati.

Cara layanan anda terhadap dirinya pun kadang kala akan memberi kesan juga. Nak-nak lagi kalau anda ini sikap acuh tak acuh serta dingin sahaja melayani dirinya. Tentu sahaja dia akan merasa tidak selesa dan makan hati dengan sikap anda. Lama-lama tentu dia pun undurkan diri.

5. Selalu minta barang yang mewah.

Apabila seseorang tak mampu tunaikan apa yang anda inginkan, dia akan merasakan bahawa dirinya itu tidak layak dan serasi bersama anda. Itu yang membuatkan dirinya mula menjauhkan diri dari anda. Sepatutnya, anda perlu tahu kemampuan dirinya, jangan sengaja memaksa dirinya melakukan sesuatu yang luar kemampuan.

Jangan mudah menyatakan seseorang itu cepat putus asa untuk mendekati dan memiliki anda, sedangkan anda sendiri tidak memberi kerjasama yang baik serta menyukarkan dirinya. Jangan memberi peluang jika anda tidak mahu akan dirinya. Lebih baik jujur dan berterus terang dan tidak memberi harapan yang akhirnya mengecewakan orang lain.

]]>
Anda Ingin Menjadi Wanita Idaman Lelaki? Lengkapkan Diri Dengan 9 Sifat Ini. https://redaksi.com/1422-anda-ingin-menjadi-wanita-idaman-lelaki-lengkapkan-diri-dengan-9-sifat-ini Mon, 02 Oct 2017 10:50:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1422  Lengkapkan Diri Dengan 9 Sifat Ini Jika Anda Ingin Menjadi Wanita Idaman Lelaki :

1. Berpegang kepada agama. 


Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.



2. Kecantikan dalaman. 

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.

3. Manja.

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Tapi, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tak sesuai, menampakkan wanita tu seperti kurang matang.



4. Pandai Menjaga Kecantikan.

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia.

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita soleheh. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan penyokong kepada suami.



6. Tidak mempamer keseksian.

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak cerewet.

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki menyampah dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara tu hanyalah perkara kecil.



8. Memahami lelaki. 

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu cakap, dia tu sudah dapat membaca riak muka suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk mata memandang. 

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Cemana ciri-ciri wanita yang sejuk mata memandang nih? Haa. ni dia.

-  Bersopan satun.
-  Sentiasa memansikan wajah.
-  Sentiasa senyum.
-  Menutup aurat.
-  Ramah dan mesra.
-  Tidak terlalu cemburu.
-  Menghormati orang lain.

Ok, tu lah dia 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki. Moga apa yang saya kongsikan ni bermanfaat pada Anda dan menjadi pengukur dalam peribadi Anda dan pasangan. Satu lagi tips. sebelum tidur, nilai diri kita, kelebihan dan kekurangannya serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Atasi kelemahan diri step-by-step dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan!

“Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat – empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik – baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya”. Ath-Thabrani

“Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik – baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya”. Ibnu-majah.

“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik” Ibnu-majah.



BISIKAN TELADAN UNTUK SEORANG LELAKI.

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segala. Apa yang tiada dalam syurga?. Namun Adam tetap rindukan Hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus. Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah. kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari Nya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang Kekal. Disitulah punca kekuatan dunia. Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan Iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya. Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah sebaliknya disitulah kasih dan sayang Allah. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya. Pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus. Bahkan akan semakin membengkok. Itulah hakikat andai wanita tidak kenal Rabbnya. Bila wanita menjadi derhaka. pasti dunia lelaki huru-hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata. Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju Illahi, pimpinlah diri kepadaNya. Jinakkan diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu. Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’. Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.

]]>
Selepas 163 Mesej Teks, Cinta Biasanya Berputik. https://redaksi.com/677-selepas-163-mesej-teks-cinta-biasanya-berputik Wed, 02 Aug 2017 10:06:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=677 PARIS: Satu kajian terbaharu mendapati kira-kira 163 mesej teks diperlukan untuk seseorang itu jatuh cinta. Kajian mengenai tabiat berkasih itu dijalankan sebuah laman web e-dagang PIXmania ke atas pasangan berusia 55 tahun ke atas dan 25 tahun ke bawah. Matlamatnya adalah untuk mengetahui perbezaan patern dalam berpacaran di antara generasi tua dan lebih muda. Kajian itu menunjukkan bahawa pasangan lebih muda yang bergantung kepada media sosial untuk memikat pasangan mereka mula melihat hasilnya kurang dari separuh masa yang dihabiskan generasi ibu bapa mereka.



Mereka yang berusia 55 tahun ke atas secara purata mengambil masa lebih dua setengah bulan untuk berjaya memikat hati si dia. Sebaliknya bagi kumpulan yang berusia 25 tahun ke bawah hanya mengambil masa kurang dari sebulan untuk berhasil. Kajian itu turut mendedahkan bahawa untuk menjadikan pasangan itu benar-benar jatuh cinta, mereka secara purata memerlukan 163 mesej teks, 224 tweet, 70 mesej Facebook, 37 emel dan 30 panggilan telefon. Dalam satu lagi kajian ke atas 276 lelaki dan wanita awal 20an yang diterbitkan dalam Journal of Couple And Relationship Therapy, apa yang paling penting bukanlah jumlah teks mesej yang dihantar pasangan.



Sebaliknya kandungan mesej teks memberikan impak terbesar dalam kualiti sesebuah perhubungan. Sebagai contoh pasangan yang menghantar mesej bernada mengambil berat dan penuh kasih sayang lebih berpuas hati dengan hubungan mereka berbanding mereka yang tidak. – Agensi.

]]>
Antara Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Yang Anda Sekeluarga Boleh Kunjungi. https://redaksi.com/4596-antara-tempat-menarik-di-kota-kinabalu-yang-anda-sekeluarga-boleh-kunjungi Wed, 19 Dec 2018 10:12:20 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4596 Pasti ada sahaja dikalangan kita masih belum mencuba nasib untuk menaiki kapal terbang untuk bercuti. Selain bercuti di luar negara, jom ajak ahli keluarga anda beramai-ramai melancong ke Kota Kinabalu yang hanya mengambil 2 hingga 3 jam perjalanan menaiki kapal terbang.

1. Rumah Terbalik Tamparuli.

Rumah terbalik bukan lagi suatu tarikan yang asing di Malaysia. Banyak tempat selain di Kota Kinabalu juga mempunyai rumah terbalik. Tetapi, keunikan Rumah Terbalik Tamparuli adalah beberapa hiasan dan ciri khas Sabahan yang dipamerkan di rumah ini. Selain itu, Rumah Terbalik Tamparuli juga telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records kerana seni bina yang unik ini merupakan yang pertama di Malaysia.

Tarikan terbaru di persekitaran Rumah Terbalik ialah 3D Wonders Museum. Muzium Keajaiban 3D ini bukan hanya pameran seni 3D terbesar di Malaysia Timur tetapi juga merupakan yang pertama dan memberi tumpuan kepada pendidikan orang ramai tentang kepentingan melindungi biodiversiti, ekosistem dan sumber semula jadi.

2. Perkampungan Budaya Mari-Mari.

Related image

Kredit Foto: Google

Perkampungan Budaya Mari-Mari ini dibina dalam suasana hutan terpencil di Kionsom, Inanam, kira-kira 30 minit memandu dari Kota Kinabalu. Tempat ini wajib anda singgah untuk mengenali etnik dan budaya rakyat Sabah dengan lebih dekat. Di Perkampungan Budaya Mari-Mari, anda akan dapat melihat sendiri kepelbagaian rumah komuniti etnik Sabah, antaranya Bajau, Lundayeh, Murut dan Dusun.

3. Gaya Street Sunday Market.

Related image

Kredit Foto: Trip Advisor

Di Kota Kinabalu terdapat pasar pada hujung minggu yang hanya beroperasi pada hari ahad pagi sahaja. Anda akan peroleh pelbagai barang tempatan yang anda mahu di sana seperti makanan, kraftangan, cenderahati dan sebagainya. Anda dinasihatkan untuk datang pada awal pagi sekitar 7 pagi kerana keadaan akan bertambah sesak dan sukar untuk mencari parking.

4. Jesselton Point Waterfront.

Jesselton Point Waterfront merupakan salah satu tarikan utama pelancong di pusat bandar Kota Kinabalu. Selain dari pusat pengangkutan utama feri ke Taman Tunku Abdul Rahman, tempat ini mempunyai bangunan dengan binaan yang unik, pondok telefon antik, gerai-gerai tepi laut dan laluan pejalan kaki di atas air.

5. Dessa Cattle Fairy Farm.

Jika anda mahu bercuti seperti ala-ala di New Zealand, disinilah tempatnya. Suasana yang amat nyaman dan dingin, kemudian anda dapat melihat pemandangan yang sangat cantik sekitar di awal pagi. Ia juga mempunyai lading lembu dimana anda akan dapat melihat pelbagai aktiviti menarik di sana. Jangan lupa beli produk tenusu di sana, yang dijamin segar seperti Natural Yogurt, Aiskrim, Gelato, Fresh Cheese dan sebagainya.

Dan di antara pulau-pulau yang anda boleh kunjungi adalah:

1. Pulau Manukan.

Pulau yang terkenal di Kota Kinabalu adalah Pulau Manukan, malah pulau ini diwartakan sebagai taman laut negara.

2. Pulau Sapi.

Related image

Kredit Foto: Trip Hobo

Pulau Sapi merupakan salah satu pulau yang terdapat di di Kota Kinabalu. Pulau ini sangat diminati oleh pelancong asing kerana air lautnya yang tenang sepanjang tahun.

3. Pulau Mantanani.

Related image

Kredit Foto: Trip Advisor

4. Pulau Lankayan.

5. Pulau Mabul.

Selamat Bercuti!

]]>
25 Doa Mujarab Buat Pengantin Baru (Dan Lama), Cubalah, Insya-Allah Ada Hasilnya. https://redaksi.com/693-25-doa-mujarab-buat-pengantin-baru-dan-lama-cubalah-insya-allah-ada-hasilnya Wed, 02 Aug 2017 11:19:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=693 DOA itu senjata bagi umat Islam. Malah Al-Quran juga adalah sumber penawar baikdaripada segi zahir mahupun batin. Justeru, sebagai pengantin baru dan menjadi kewajipan bagi suami untuk membimbing isteri dan keluarga mendekatkan diri dengan agama selain menuntut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Berikut adalah sebahagian daripada panduan untuk kalian tekuni dan amalkan sebagai bekalan melayari alam rumahtangga. Semoga sentiasa mendapat keberkatan, insya-Allah.



PANDUAN 1 .

Zikir dan doa lembutkan hati (suami, isteri, anak dan lain-lain).

Zikir Pelembut Hati — Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut.

(1) Ya Aziz (2) Ya Jabbar (2) Ya Mutakabbir

TIPS: Mulakan dengan membaca Al Fatihah sekali kemudian diikuti dengan doa ini.

Maksudnya: Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah-belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (Surah Al-Hasyr Ayat 21).

Baca juga Surah Toha ayat 1 hingga 5

Maksudnya: 1) Taa. Haa 2) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. 3) Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah. 4) Al-Quran diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. 5) Iaitu Allah Ar-Rahman, yang bersemayam di atas ‘Arasy.

Kemudian berdoa: “Ya Allah, lembutkanlah hatinya sepertimana Engkau melembutkan bagi Daud akan besi.” Isteri juga boleh membaca doa ini sewaktu suami tidur. Hembuskan di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah SWT lembutkan hatinya.



PANDUAN 2.

Doa pengikat kasih sayang suami isteri.

Maksudnya: “Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuh-Ku dan musuhnya dan Aku telah tanamkan dari kemurahan-Ku perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasan-Ku."

TIPS: Apabila bersua dengan pasangan, baca ayat ini. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadai sekadar membaca di dalam hati.

PANDUAN 3.

Doa kebahagiaan suami isteri.

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Imran Ayat 31)

PANDUAN 4.

Doa isteri buat suami.

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Penyayang. Jadikanlah suamiku sebagai pemimpin yang baik bagi diriku dan anak-anak kami. Jagalah suamiku di dalam mencari rezeki-Mu dan bawalah dia kembali dengan membawa reda-Mu. Hanya kepada-Mu kami berserah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Amin ya Rabbal ’alamin.”

PANDUAN 5

Doa pengasih buat suami isteri.

Maksudnya: (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.” (Surah Yusuf Ayat 4)

PANDUAN 6.

Doa mohon jodoh dan keturunan yang baik.

Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.” (Surah Al-Anbiya Ayat 89)

PANDUAN 7.

Doa mohon zuriat.

Maksudnya: Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan. Surah Al-Imran Ayat 38



PANDUAN 8.

Doa nabi isa mohon rezeki.

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit yang turunnya akan menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripada-Mu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaan-Mu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki.” Surah Al-Maidah Ayat 114

PANDUAN 9.

Doa mohon dimurahkan rezeki .

Maksudnya: “Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” Surah Asy-Shura Ayat 19

PANDUAN 10 .

Doa mohon rezeki yang luas.

Maksudnya: “Dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.”

PANDUAN 11.

Doa agar suami dan isteri selalu diberi kemudahan dalam urusan.

Maksudnya: (Ingatkanlah peristiwa) tatkala serombongan orang-orang muda pergi ke gua lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berikanlah kemudahan- kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.”

PANDUAN 12.

Doa agar pasangan setia dan elakkan suami isteri bergaduh.

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai ketenangan). Surah Asy-Syura Ayat 19

PANDUAN 13.

Doa supaya dicukupkan keperluan.

Maksudnya: ”Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.”

PANDUAN 14.

Doa sebelum berjimak.

Maksudnya: Dengan nama Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan apa yang akan Engkau kurniakan kepada Kami.

PANDUAN 15.

Doa kebahagiaan sekeluarga.

Maksudnya: Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa."

PANDUAN 16 .

Doa agar diri, pasangan dan anak menjaga solat.

Maksudnya: Wahai Tuhanku, jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Surah Ibrahim Ayat 40

PANDUAN 17.

Doa untuk memperoleh anak yang soleh dan solehah.

Maksudnya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari golongan orang-orang yang soleh. Surah As-Shaffat Ayat 100.

PANDUAN 18.

Doa perlindungan untuk anak.

Maksudnya: Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat. Hadis Riwayat Al-Bukhari (3371) 



PANDUAN 19.

Doa menghilangkan perasaan marah.

Maksudnya: Ya Allah! Ampunilah dosaku dan hilangkan marah hatiku dan selamatkanlah aku dari syaitan.

PANDUAN 20.

Doa memohon ketabahan hati.

Maksudnya: Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang jalut dan tenteranya mereka berdoa dengan berkata, “Wahai Tuhan kami limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir."

PANDUAN 21.

Doa elak gangguan jin/syaitan.

Maksudnya: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepada-Mu supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. (Surah Al-Mu’minun Ayat 97 dan 98)

PANDUAN 22.

Doa ketika berlaku inzal (klimaks).
Suami menyebut di dalam hati tanpa menggerakkan bibir doa ini ketika hendak berlakunya inzal.

Maksudnya: Maha Suci Allah yang menjadikan manusia daripada air (mani), lalu diadakan pertalian darah (nasab) dan hubungan musaharah (hubungan kekeluargaan berpunca dari perkahwinan, seperti mentua, menantu, ipar dan lain lain). Dan adalah Tuhanmu Maha Berkuasa.” Surah Al-Furqan ayat 54

PANDUAN 23.

Doa pendinding sihir.

Maksudnya: Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh) engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah perangsang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah amatlah besar kekuatan-Nya dan amatlah berat azab seksa-Nya. (Surah An-Nisa’ Ayat 84)

PANDUAN 24.

Doa pembatal sihir.

Maksudnya: “(Jika aku lepaskan dia pergi bersama-sama kamu), aku tidak menaruh kepercayaan kepada kamu menjaganya melainkan seperti kepercayaanku kepada kamu menjaga saudaranya dahulu (yang telah kamu hampakan. Oleh itu aku hanya menaruh kepercayaan kepada Allah), kerana Allah jualah Penjaga yang sebaik-baiknya, dan Dialah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja yang menaruh belas kasihan.”

“Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintah-Nya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa.” (Surah Yunus Ayat 81 dan 82)

PANDUAN 25.

Doa kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.”

]]>
Boyfriend Jarang Telefon Anda Selepas Bercinta Bukan Tanda Tak Sayang... https://redaksi.com/8236-boyfriend-jarang-telefon-anda-selepas-bercinta-bukan-tanda-tak-sayang Thu, 04 Jun 2020 20:57:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8236 Masa sebelum dapat, biasalah hari-hari dia akan hubungi anda tanya perkara yang remah macam dah makan ke belum, tengah buat apa?, sihat atau tidak dan lain-lain lagi. Tapi bila dah dapat, semuanya hilang bahkan yang sweet-sweet pun mula-mula je lama-lama dah tak nampak dah. Biasakan berlaku perkara ini?

Itu yang orang perempuan ini akan cakap, “lelaki ini mula-mula je beria-ria, tapi bila dah dapat dia buat tak kisah je...” Ahhh, betul ke tu?


Sebenarnya ada sebab mengapa dirinya dulu begitu rajin hubungi anda siang dan malam tapi bila dah dapat dia tidak seperti itu lagi. Bukan kerana sudah tak sayang atau sudah jemu tetapi ada yang lebih penting yang anda tidak faham.
Selagi dirinya belum memiliki anda, maka dia akan tunjukkan usaha tetapi bila sudah dapat mereka cuba halalkan anda pula. Biasanya ini 5 sebab mengapa lelaki sudah jarang hubungi anda.

Beri kebebasan pada diri masing-masing

Tidak mahu dikatakan sebagai pasangan yang suka mengokong atau toksik, maka dia mula beri kebebasan pada anda dengan jarang menghubungi anda. Jadinya, anda mempunyai masa untuk diri sendiri, rakan-rakan serta keluarga anda. Tetapi dia juga gembira jika dalam waktu itu anda masih ingat padanya dengan memberitahu apa yang anda lakukan.



Ingin fokuskan sesuatu

Kalau dulu dia memfokuskan untuk membuat anda jatuh cinta padanya, kini dia sudah berjaya. Maka dengan itu dia mula cuba tukar fokusnya pula dengan fokus kepada perkerjaannya. Kata ingin halalkan anda, sudah tentu dia perlu fokus untuk mencari duit dengan berkerja keras. Kalau asyik melayan anda saja makin lambatlah kalian akan kahwin.

Anda dalam hubungan yang matang

Bila mana anda dalam hubungan yang matang, tidak perlu untuk saling berhubung hari-hari. Anda dan dia tahu bahawa kalian mempunyai satu rasa yang sama. Bahkan, perkara ini juga menunjukkan bahawa anda dan dia saling mempercayai. Jangan pula guna kesempatan ini untuk cari lain. Kalau rindu dia, carilah dia.



Dia lebih suka berbual secara bersemuka

Ada sesetengah orang dia lebih selesa berbual secara bersemuka bahkan kalau berbual dalam telefon dia tidak beberapa tahu untuk berkata apa. Bukan itu saja, kalau setiap hari berbual tentu saja habis idea untuk menjadi topik perbualan setiap hari.

Panggilan sekali sekala mudah nak tahu rasa rindu

Kalau tiba-tiba dia ingin dengar suara anda sudah tentu itu tandanya dia sangat merindui anda. Masa inilah yang membuatkan hubungan anda dan juga dirinya semakin erat. Mana tidaknya, rasa rindu yang terpendam lama ini lebih seronok untuk dinikmati berbanding hari-hari tanpa rasa rindu.

Jadi, jangan bimbang kalau si dia tidak hubungi anda. Dia ada dan masih setia pada anda. Jangan terlalu fikir bukan-bukan, tak elok untuk hubungan nanti.



]]>
Ini 10 Idea Baju Yang Sesuai Dikenakan Pada Hari Pertunangan Anda. https://redaksi.com/7082-ini-10-idea-baju-yang-sesuai-dikenakan-pada-hari-pertunangan-anda Wed, 04 Sep 2019 15:59:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7082 Pemilihan baju untuk majlis bertunangan ini tentu sahaja sesuatu yang simple tetapi manis-manis sedikit, barulah mak mertua tengok makin berkenan dekat hati. Biasanya perempuan ini agak cerewat dalam pemilihan baju sebegini, mana tidaknya tak nak terlalu simple tetapi pada masa yang sama tak nak macam over juga. Itu belum lagi jika pentingkan dari segi bentuk, corak, material kerana mahukan yang terbaik.

Tak salah pun kalau nak pakai macam apa yang diinginkan. Pemilihan baju yang bersederhana dan tidak keterlaluan ini boleh dipakai berulang kali malah boleh juga dipakai untuk pergi ke majlis kahwin kawan. So tak rugilah kalau beli sekali pakai banyak kali.



Kalau anda masih tiada idea pasal baju tunang anda, apa kata lihat sini. Macam-macam design ada, mana tahu berkenan.


























Sesuai untuk digayakan pada hari pertunangan mahupun dipakai selepas itu untuk ke majlis perkahwinan rakan-rakan.

]]>
Kenapa Wanita Menjauhi Daripada Lelaki Kacak? Apakah Pandangan Negatif Mereka Terhadap Lelaki Kacak Ini? https://redaksi.com/3056-kenapa-wanita-menjauhi-daripada-lelaki-kacak-apakah-pandangan-negatif-mereka-terhadap-lelaki-kacak-ini Tue, 31 Jul 2018 12:28:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3056 Definisi lelaki kacak pada setiap wanita sudah tentu berbeza. Jika seorang wanita ini mengatakan lelaki kacak itu tinggi dan mempunyai wajah maskulin, bagaimana pula dengan seorang wanita lagi mengatakan lelaki jambu itu adalah lelaki kacak? Ternyata pandangan masing-masing adalah berbeza.

Tetapi apabila selebriti terkenal berwajah tampan, pasti ramai sahaja tidak dapat menyangkalkan kenyataan tersebut.


Tidak kira bagaimana wajah tampan seseorang lelaki itu, pasti ada sahaja wanita seperti takut untuk mendekati mereka. Oleh kerana itu, sebahagian daripada kaum wanita tidak meminati lelaki kacak sebagai pasangan.

Jom ketahui apakah perkara negatif yang wanita pandang pada lelaki kacak ini…

1. Playboy.

Kebiasaannya lelaki kacak ini pasti akan dicop sebagai playboy. Maklumlah, berbekalkan wajah kacak dan juga ayat manis pasti akan menarik perhatian para wanita. Tetapi zaman sekarang, wajah lelaki yang sederhana juga kadang-kala digelar playboy. Hati-hati!


2. Digilai Ramai.

Siapa sahaja tidak jatuh cinta pada lelaki kacak, bertambah kacak jika berbadan sasa. Sehinggakan ada wanita sanggup bergaduh antara satu sama lain untuk mendapatkan lelaki tersebut. Wah, seronoknya jadi lelaki kacak, bukan?

3. Manis Mulut.

Persepsi wanita terhadap lelaki kacak ini adalah memiliki bibir yang lebih manis dari tebu malah madu juga. Mereka gemar memberi harapan dan acapkali meluah kata cinta. Tidak hairanlah jika kekasih hati mereka keliling pinggang. Namun zaman sekarang, semua lelaki itu bermulut manis, sudah tidak dapat bezakan antara cinta dan janji palsu.

4. Perasan Lebih.

Lelaki kacak ini perasan. Asal ada wanita pandang sahaja, pasti rasa bangga mula merasuk diri. Alahai lelaki, mungkin wanita itu memandang orang lain.


5. Diminati Kaum Sejenis.

Wanita zaman sekarang lebih berhati-hati dengan lelaki kacak kerana trend sekarang memilki wajah tampan tetapi digemari oleh golongan mereka sendiri. Malah sentiasa selfie bersama. Silap-silap lelaki kacak itu sebenarnya gay!

6. Penampilan Diri.

Kebiasaannya lelaki kacak ini amat menjaga penampilan diri, dan pakaian mereka hanya yang berjenama dan jarang melihat lelaki sebegini selekeh. Mereka juga wangi sehingga mampu memikat wanita yang ramai.


7. Cerewet.

Lelaki kacak sangat memilih. Mereka sangat cerewet dalam memilih pasangan dan teman hidup. Tidak hairan jika mereka sering bertukar-tukar pasangan.

8. Bajet Berduit.

Lelaki kacak sering berlagak seolah-olah mereka mempunyai banyak wang. Walhal, keluar makan pun kadang-kadang kekasih yang bayar.

Namun, tidak lah semua lelaki kacak itu mempunyai sikap yang negatif sahaja. Jika anda sering memikirkan perkara yang negatif, jadi memang begitulah sangkaan anda terhadap orang lelaki. Cuma berhati-hati dalam memilih.


 

 

 

]]>
Rasa Insecure Dalam Hubungan Memang Perlu Ada, Tapi Kalau Terlalu Berlebihan Tak Syok Juga. Ini Cara Anda Tangani Rasa Insecure Dalam Hubungan. https://redaksi.com/7792-rasa-insecure-dalam-hubungan-memang-perlu-ada-tapi-kalau-terlalu-berlebihan-tak-syok-juga-ini-cara-anda-tangani-rasa-insecure-dalam-hubungan Mon, 13 Jan 2020 12:55:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7792 Rasa hubungan tidak selamat, rasa seperti pasangan berlaku curang dan rasa seperti ada yang tak kena sememangnya lumrah yang akan berlaku dalam hubungan. Bukan kerana anda tidak selesa akan hubungan yang ada tetapi kebimbangan anda terhadap hubungan dan takut kehilangan pasangan itu yang mengusai diri.

Mana-mana hubungan tentu sahaja akan mempunyai perasaan insecure yang agak tinggi. Nak-nak lagi mereka yang jalankan hubungan jarak jauh, dia punya rasa insecure itu kadang kala menjadi punca berlakunya perpisahan.

Siapa yang tak sayang akan pasangan, malah siapa pula yang tak sayang akan hubungan yang terbina. Tentu sahaja rata-rata dari anda sayang kedua-duanya sekali. Maka dengan itu anda perlu bijak kawal rasa insecure yang akan mengawal hati dan minda anda.

Bukan tidak bagus ada perasaan seperti ini, bagus untuk berhati-hati tetapi tidak bagus sekiranya sudah berlebihan. Maka dengan itu, cuba untuk kawal perasaan anda agar tidak menjejaskan hubungan yang ada.

Macam mana?

Orang-orang yang terlalu insecure ini cenderung untuk mempunyai kenangan yang buruk dalam hidupnya. Itu yang membuatkan dirinya tidak mampu menghilangkan rasa bimbang dan takut. Bangkit dari sesuatu yang pernah melukakan bukanlah satu perkara yang mudah, tapi kalau anda tidak cuba lakukan tentu sahaja anda akan berada di tahap yang sama.



Bukan itu sahaja, pasangan anda juga akan rasa kurang selesa dengan keadaan anda. Tahukan anda, bersikap positif akan membuatkan pasangan kekal bersama anda. Maka dengan itu, latih diri anda untuk ketahui mana yang anda sukai dan mana yang perlu dikawal.

Jangan terlalu bergantung harap pada pasangan anda. Ini kerana, apabila terlalu bergantung pada dirinya ia akan membuatkan anda semakin takut kehilangan dirinya. Tapi bila anda tahu berdikari, anda akan lebih bebas dan berfikiran lebih terbuka. Malah ia akan membuatkan pasangan terasa senang akan diri anda.

Apa yang paling penting dalam mengatasi perkara ini adalah keyakinan diri anda. Dimana, keyakinan ini akan membuatkan anda lebih yakin diri dan percaya akan sesuatu perkara yang telah ditetapkan buat diri anda. Bahkan percaya bahawa semuanya akan membaik tidak kiralah hubungan, pasangan serta diri sendiri ini membuatkan rasa itu semakin hilang.



Terlalu meragui pasangan adalah sangat tidak elok dalam hubungan yang terbina. Ini kerana, dia akan merasa sedikit tertekan kerana mendapat kawalan dan tekanan daripada anda. Maka dengan perkara itu, dirinya akan mula mencuri langkah melakukan perkara yang anda tidak sukai. Nak ragu-ragu pun sikit-sikit dah okay.

Rasa hubungan dalam keadaan tidak selamat itu adalah perkara yang normal, akan tetapi anda juga perlu tahu batas dan hadnya kalau sayangkan hubungan anda.

]]>
Mengapa Orang Masih Mahu Pertahankan Hubungan Meskipun Sudah Tidak Ada Rasa Cinta? https://redaksi.com/3598-mengapa-orang-masih-mahu-pertahankan-hubungan-meskipun-sudah-tidak-ada-rasa-cinta Fri, 21 Sep 2018 23:24:28 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3598 Selalunya kita beranggapan bahawa seseorang itu saling bertahan kerana diri mereka masih mencintai antara satu sama lain tetapi sebenarnya tidak juga. Hubungan yang tidak bahagia biasanya timbulkan rasa tertekan dan kerisauan yang melampau, namun tidak semua orang ingin putuskan perhubungan seperti itu. Jadi mari kita cari tahu mengapa mereka masih melakukan hal tersebut.


1. Rasa percaya diri yang rendah.

Menurut psikologi, orang yang tidak menyedari apa kelebihan mereka dalam suatu hubungan umumnya sedia diperlakukan dengan tidak baik dalam hubungan tersebut. Hal ini kerana dikawal oleh fikiran dan merasa tidak berguna.

2. Usia yang semakin lanjut.


Orang akan ragu untuk berpisah karena melihat usia mereka yang sudah tua dan malu berpisah. Kebanyakan orang akan bertahan dengan perasaan kosong dalam hati mereka sekiranya hubungan pernikahan tetap berjalan seperti biasanya.

3. Fikiran seperti “dia tidak baik tetapi hanya dia yang ada anda.”


Fikiran ini yang banyak dimiliki wanita meski tak ada lagi cinta. Akhirnya mereka pasrah dengan keadaan. Tidak berusaha memperbaiki hubungan dan bahkan memilih ikut mengabaikan pasangannya.


4. Anak-anak.

Umumnya orang bertahan kerana anak-anak mereka dan tak punya kepercayaan boleh bahagia jika melepaskan hubungan yang sekarang. Anak adalah pemberi semangat dan demi anak, biasanya orang tua tak akan bercerai agar anak tak perlu merasakan rasa sakitnya juga.

5. Percaya bahawa pernikahan bahagia itu tak ada


Kerana sering mendengar cerita bahawa pasangan lain juga sering bertengkar dan menghadapi masalah, akhirnya wanita membentuk fikiran bahawa sebenarnya pernikahan bahagia itu memang tidak ada. Pernikahannya tak boleh bahagia lagi.

Ini adalah sebab mengapa mereka selalu bertahan terhadap hubungan tersebut walaupun dalam hati mereka telah tidak mencintai pasangan mereka. Ini adalah satu perkara yang sangat sukar untuk dilakukan dan ia memerlukan ketabahan yang kuat.

]]>
Abang FoodPanda bersampan tengah sungai "delivery" makanan https://redaksi.com/9637-abang-foodpanda-bersampan-tengah-sungai-delivery-makanan Sat, 06 Feb 2021 17:06:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9637 Khidmat penghantaran makanan kini semakin popular di seluruh dunia yang fungsinya bagi memudahkan orang ramai tidak perlu berpanas atau beratur panjang untuk memesan makanan. Semuanya berada dalam aplikasi telefon masing-masing

Tugas mereka ini perlu dipuji. Bukan sahaja perlu beratur panjang serta berpanas tetapi mereka juga perlu berdepan dengan risiko di jalanan memandangkan mereka perlu segera sampai ke destinasi mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Pesanan dari tengah sungai

Bercakap tentang kesungguhan mereka memenuhi kehendak pelanggan, di Thailand telah tular video mengenai seorang penghantar makanan menaiki sampan untuk menghantar pesanan pelanggan di tengah-tengah sungai.

Kejadian itu berlaku di Sungai Bang Pakong, Thailand apabila sekumpulan lelaki yang sedang memancing memesan makanan melalui aplikasi FoodPanda dengan hanya berkongsi lokasi semasa kepada penghantar makanan itu.

Hantar makanan guna sampan

Menurut penghantar makanan itu, pada awalnya dia memang tidak mengetahui bahawa pesanan yang dterimanya itu perlu dihantar kepada pelanggan yang berada di tengah sungai.

Seusainya dia sampai di lokasi yang dikongsi oleh pelanggan, dia tercari-cari pelanggannya dan mendapati mereka berada di tengah sungai.

Justeru itu, dia telah mengambil keputusan untuk menghantar sendiri makanan itu menggunakan sampan dengan helmet yang masih kekal di atas kepalanya.

]]>
Tertarik Dengan Wanita Yang Lebih Berusia, Ini Cara Pikat Hati Mereka. https://redaksi.com/7720-tertarik-dengan-wanita-yang-lebih-berusia-ini-cara-pikat-hati-mereka Thu, 19 Dec 2019 14:43:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7720 Setiap orang tentu mempunyai cita rasa yang tersendiri dalam memilih pasangan ini. Ada yang sukakan wanita yang berani, manja ataupun yang pandai berdikari. Bukan sekadar sifat sahaja menjadi satu tarikan tetapi umur ataupun gaya pemikiran juga menjadi satu pilihan buat seseorang.

Jangan terkejut kalau ada diantara lelaki yang suka akan wanita yang lebih tua dari umurnya. Bagi mereka, wanita seperti ini mempunyai daya tarikan dan keunikan yang tersendiri. Tidak hanya itu sahaja, memilih wanita yang lebih tua darinya ini dikatakan lebih mudah untuk dijaga dan difahami.

Namun, bukan mudah nak tarik perhatian wanita seperti ini. Wanita yang lebih berusia dari anda ini biasanya kurang memilih anda kerana merasakan bahawa anda sekadar ingin bermain-main cinta dan bukan ingin satu hubungan yang serius seperti berkahwin.

Jadi, macam mana nak pikat wanita seperti ini? Mudah sahaja sebenarnya...

1. Bersikap matang

Wanita ini biasanya sukakan lelaki yang matang. Walaupun umur anda lebih muda darinya tapi jika anda bersikap matang tentu sahaja anda akan dapat perhatian darinya. Ini kerana, sikap matang sangat disenangi dan mudah bergaul dengan mereka. Maka dengan itu, sikap matang dan tidak terlalu kebudak-budakkan mampu pikat hati mereka dengan baik.



2. Stabil

Bukan stabil dari kewangan tetapi anda perlu mempunyai kerja tetap yang mampu membuat si dia yakin akan diri anda. Mereka juga faham bahawa usia anda masih muda sudah tentulah anda tidak mempunyai kewangan yang stabil. Akan tetapi jika anda mempunyai kerja tetap, mereka yakin bahawa anda sedang berusaha ke arah itu.

3. Bijak bergaul

Satu perkara yang wanita seperti ini suka adalah gaya anda bergaul dengan mereka yang lebih tua sudah tentulah dapat tarikan di matanya. Bijak ambil hati orang tua serta tahu hormat ibu bapanya dengan baik tentu membuka laluan mudah buat anda. Bukan itu sahaja, anda juga perlu bijak berbual dengan orang yang lebih tua dari anda.



4. Fahami mereka.

Mana-mana wanita tentu mahu difahami begitu juga dengan mereka, maka dengan itu jangan hanya diri anda sahaja mahu difahami dan diperhatikan tetapi mereka juga mahu difahami. Faham akan emosi, perkerjaan dan sikapnya akan membuat dia bersedia untuk menerima kehadiran anda.

5. Banyak bersabar

Wanita yang lebih berusia dari anda ini selalu adalah mereka yang berdikari dan berdiri di atas kaki mereka sendiri. Mungkin sekali sekala mereka ini akan kelihatan keras kepala dan juga mencabar kesabaran anda. Namun begitu, anda kena bijak untuk bersabar dan jangan sesekali merasakan itu kelemahan mereka. Kalau nak tegur pun tegur secara berhemah.

Bila anda ingin bersama mereka, maka anda juga perlu menjadi seperti mereka. Namun pada masa yang sama jangan buang sikap manja dan kebudak-budakkan anda itu, mereka juga akan fahami bahawa anda ini lebih muda darinya.

]]>
4 Sebab Mengapa Perempuan Perlu Wang Hantaran Tinggi. https://redaksi.com/1497-4-sebab-mengapa-perempuan-perlu-wang-hantaran-tinggi Wed, 31 Jan 2018 01:59:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1497 Hi para lelaki budiman, apa khabar duit simpanan? Dah ready nak meminang anak gadis idaman? Ramai para jejaka berdebar-debar dan pening apabila memikirkan prihal wang hantaran apabila bertemu dengan bakal keluarga mertua.

Di sini saya ingin berkongsi sebab mengapa ada sesetengah ibu bapa si gadis meletakkan wang hantaran yang tinggi. Perlu diingatkan wang hantaran tu berbeza dengan Mas kahwin ya!

Penghebahan

Wang hantaran sebenrnya bukanlah untuk membebankan pasangan muda yang baru nak berumah tangga, tetapi perlu diingat bahawa sebenarnya ianya lebih kepada untuk mengadakan majlis untuk tupjuan penghebahan pasangan tersebut telah berkahwin. Untuk tujuan tersebut kebiasaanya ibu bapa pengantin bahkan pengantin sendiri ingin menjemput rakan dan sanak saudara dari jauh dan dekat untuk menghndiri majlis ini, Untuk meraikan para tetamu yang sanggup menghadiri majlis tersebut kebiasaanya pengantin harus menghidangkan juadah untuk santapan para tetamu.

Cuba bayangkan menu catering paling murah yang boleh didapati pada masa kini RM10.50 untuk satu kepala. Senarai kawan-kawan pengantin dan sanak saudara ibu bapa kebiasaanya mencecah lebih dari 500 huingga 1000 orang. Untuk juadah makanan sahaja boleh mencecah hampir RM10,000 untuk satu pihak. Bagaimana pula jikalau diadakan majlis kedua-dua belah pihak pengantin?

Sewa dewan atau canopy

Terdapat banyak kos-kos sampingan yang bakal mempelai perlu ambil tahu. Sesudah membuat tempahan dengan pihak katering, di mana pula nak diadakan lokasi majlis? Di rumah ibu bapa, di dewan serba guna, di hotel atau di pulau?

Jikalau rumah ibu bapa menjadi pilihan, kos yang perlu difikirkan adalah canopy dan berapa buah canopy yang ingin dipasang? Tetapi jikalau dewan menjadi pilihan wang yang perlu dirisaukan adalah harga sewa untuk sesebuah dewan. Kos untuk dewan boleh mencecah RM600 pada hari biasa dan RM 1000 pada cuti umum.

Kos-kos Sampingan

Terdapat pelbagai kos-kos sampingan yang nampak remeh tetapi penting untuk majlis perkahwinan. Pelamin antara kos yang agak besar dalam majlis perkahwinan. Nak berjimat untuk pelamin tetapi tak nak malu masa bergambar? Budget pelamin yang diperuntukkan kebiasaanya dari RM 700- RM4500. Nak berjimat pasangan bolehlah memilih pelamin yang simple dan murah. Boleh juga kalau pengantin berjimat dengan memansuhkan pelamin tersebut.

Eh semua dah ready, tetapi siapa yang akan capture detik-detik indah ini? Jadi pasangan perlukan juru gambar. Kebiasaanya kos untuk juru gambar adalah diantara RM1200 - RM1500.

Berikut bukanlah senarai yang lengkap untuk para mempelai mengadakan majlis perkahwinan yang lengkap tetapi hanyalah ingin membuka mata dan minda kita mengapa untuk menjejakkan kaki ke alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh. Banyak lagi kos-kos sampingan yang tidak disenaraikan seperti cincin perkahwinan, baju kahwin, gubahan hantaran, mak andam, P.A sistem, kek kahwin, kad kahwin dan sebagainya. Kos-kos ini kebiasaanya boleh mencecah sehingga ke RM 20 ribu dan ke atas.

Pandangan dari ibu bapa

Ibu bapa pihak perempuan kebiasannya bukan ingin membebankan bakal menantu mereka tetapi nilai wang hantaran ini menunjukkan persiapan bakal menantu mereka dari segi kewangan adalah kukuh untuk mengambil alih tanggungjawab mereka dan menjaga puteri mereka di alam perkahwinan.

Di sini saya ingin mengingatkan para pembaca supaya tidak terjerat dengan mengambil pinjaman bank hanya semata-mata untuk sehari majlis perkahwinan dan terjerat untuk mebayar pinjaman  sehingga 5 ke 10 tahun. Buatlah pelaburan di usia muda dan menabunglah untuk persiapan majlis perkahwinan anda.

]]>
Pada Mereka Yang Masih Single, Tanya 12 Soalan Ini Pada Diri Sendiri Jika Ingin Memperbaiki Hidup. https://redaksi.com/4428-pada-mereka-yang-masih-single-tanya-12-soalan-ini-pada-diri-sendiri-jika-ingin-memperbaiki-hidup Tue, 04 Dec 2018 16:02:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4428 Kadang-kala pernah atau tidak anda terfikir tentang diri sendiri? Sepanjang hidup apa sahaja perkara yang anda telah lakukan, sama ada memberi manfaat pada orang lain atau hanya memberi keburukan sahaja.

Cuba duduk berseorangan....

Refleksi....

Muhasabah diri....

Adakah anda masih lagi tidak memiliki jodoh kerana dengan tindakan anda yang tidak sedar? Adakah anda sukar untuk mendapat kerja, mungkin kerana rezeki yang tidak berkat dari sebelum ini?

Apabila kita mempunyai masa untuk berfikir secara mendalam tentang diri sendiri, ia bukan sahaja membuatkan anda mampu berfikir dengan matang. Malah dapat berfikir sesuatu sebelum bertindak dimana anda tidak akan menyesal dikemudian hari.

Sentiasa berfikir akan membuatkan anda berhati-hati dalam membuat keputusan. Ia bukan sahaja mengubah tingkah laku, malah menjadikan anda seorang yang berfikiran secara rasional dan tidak terburu-buru. Ia juga membuatkan anda mula ingin memperbaiki diri sendiri. Mula memandang jauh kerana terdapat banyak soalan yang sebenarnya anda tidak mampu untuk memberi jawapan.

1. Semuanya bergantung pada soalan dibawah ini…

2. Bagaimana dengan tahap kesihatan saya sekarang?

3. Apa yang saya lakukan pada waktu lapang?

4. Pukul berapa biasanya saya tidur dan pukul berapa pula saya bangun?

5. Berapa kali saya menghubungi ibu bapa dalam sebulan?


6. Cukupkah solat lima waktu saya dalam sehari?

7. Adakah pemakanan saya seimbang dan sihat?

8. Bagaimana hubungan saya dengan rakan sekerja atau rakan sekelas?

9. Bagaimana dengan kualiti kerja saya?

10. Berapa banyak yang saya sedekahkan setiap bulan?

11. Adakah saya kerap marah dan melepaskannya di tempat yang tidak sepatutnya?

12. Apakah sumbangan saya kepada orang lain?

13. Apa yang saya lakukan apabila tertekan?

Hakikatnya, anda perlu sentiasa berbual dengan diri sendiri, barulah anda akan mula mendengar apa yang ingin diperkatakan dan apa yang diperlukan oleh badan. Melalui cara ini juga, anda dapat menilai sudut-sudut hidup yang masih boleh diperbaiki.

Adakah kualiti hidup anda semakin bagus dari hari demi hari dengan melalui soalan-soalan di atas? Jika tidak, teruskan berusaha untuk memperbaiki diri supaya mudah mendapat apa yang anda inginkan sebenarnya. Semuanya adalah takdir Allah SWT. Yakin pada-Nya.

]]>
Siapa Suami Wanita Di Syurga? https://redaksi.com/101-siapa-suami-wanita-di-syurga Sat, 03 Jun 2017 16:40:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=101 Apakah nanti seseorang yang sudah menikah di dunia akan kembali bertemu isteri atau suaminya kelak di akhirat?



Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

“Dan barangsiapa mengerjakan amal yang shalih, baik laki-laki mahpun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam Syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab”.(QS. Al-Mu’min:40)

Demikianlah orang-orang mukmin hidup di syurga bersama dengan pasangannya. Dan seluruh penduduk syurga akan hidup bersama suami atau isteri mereka, dan tidak ada satu pun yang membujang (tidak menikah).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Dan di dalam syurga tidak ada orang yang membujang (tidak menikah)”. (Hadits shahih. Diriwayatkan oleh Muslim, no.5062)



Sungguh sangat beruntung bagi lelaki soleh yang dikehendaki Allah SWT menjadi penghuni syurga. Bagi mereka disediakan bidadari-bidadari yang belum disentuh oleh siapapun. Bidadari-bidadari yang tidak terbayangkan kecantikannya. Dan dengan izin Allah, dia pun akan bertemu kembali dengan isterinya yang solehah di dunia.

“Jika lelaki di syurga mendapatkan bidadari, lalu adakahkan wanita turut mendapat bidadara syurga? Boleh ke seorang isteri akan berjumpa lagi dengan suaminya di dunia? Bagaimana jika seorang wanita menikah lagi setelah suami pertamanya meninggal dunia, apakah wanita itu kelak di akhirat akan menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir?”

Keadaan wanita di dunia ada enam:

1. Meninggal sebelum menikah.

2. Ditalak suami pertama, dan tidak menikah lagi sampai meninggal.

3. Menikah dengan lelaki yang bukan ahli syurga. Misalnya, suaminya murtad atau melakukan kesyirikan.

4. Meninggal lebih dahulu sebelum suaminya.

5. Ditinggal kerana kematian suami, dan tidak menikah lagi sampai meninggal.

6. Ditalak atau ditinggal kerana kematian suami, kemudian menikah dengan lelaki lain.



Penjelasan disampaikan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah:

1. Apabila wanita tersebut meninggal sebelum menikah, maka di syurga kelak Allah akan menikahkan wanita tersebut dengan dengan seorang lelaki dari penduduk bumi berdasarkan sabda Rasulullah:

“Apakah mereka saling berbangga atau saling mengingatkan: kaum laki di syurga lebih banyak atau wanita? Maka Abu Hurairah berkata: Bukankah Abul Qasim bersabda: “Sesungguhnya kelompok pertama yang masuk surga menyerupai bentuk bulan purnama, kemudian yang berikutnya secerah cahaya bintang di langit, setiap orang di sana memiliki dua orang isteri, di mana dia dapat melihat sumsum mereka dari balik dagingnya. Dan di syurga tidak ada bujangan” (HR Muslim No. 5062)

Syaikh Utsaimin berkata:

“Apabila wanita tersebut belum pernah menikah di dunia maka Allah akan menikahkannya dengan lelaki yang disukainya di syurga. Kerana kenikmatan di syurga tidak hanya terbatas untuk kaum lelaki saja, namun juga untuk kaum lelaki dan wanita, di mana yang termasuk kenikmatan: adalah menikah.

2. Penjelasannya juga sama seperti nombor satu di atas, kerana berlaku bagi wanita yang meninggal namun bercerai.

3. Penjelasannya juga sama seperti nombor satu di atas, kerana berlaku bagi wanita yang suaminya bukan termasuk penghuni syurga.

Syaikh Utsaimin berkata:

“Apabila wanita tersebut termasuk ahli syurga dan belum menikah, atau suaminya bukan termasuk ahli syurga, maka apabila dia masuk syurga maka di syurga ada kaum lelaki yang belum menikah sebelumnya, maka dia menikah dengan salah satu wanita tersebut.

4. Adapun wanita yang meninggal setelah menikah, dia termasuk ahli syurga maka dia menikah dengan mantan suaminya di dunia.



5. Adapun wanita yang suaminya meninggal lalu dia tidak menikah lagi setelah itu sampai dia meninggal maka wanita itu menjadi isterinya di syurga.

6. Adapun wanita yang suaminya meninggal lalu dia menikah lagi sesudahnya maka wanita tadi menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir meskipun wanita tadi sudah berkali-kali menikah.

Dari Maimun bin Mihran berkata: Mu’awiyah radhiyallahu ‘anhu melamar istri Abu Darda’, namun dia tidak menerimanya dan berkata: Aku mendengar Abu Darda’ berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

“Wanita bersama suaminya yang terakhir,” dia berkata: dan aku tidak ingin pengganti untuk Abu Darda’ (Hadits shahih dikeluarkan oleh Abu Ali Al-Harrani Al-Qusyairi dalam Tarikhul Riqqah (2/39/3) Silsilah Al-hadits Ash-Shahihah karangan Syaikh Albani 3/25).

Dari Hudzaifah radhiyallahu anhu berkata kepada isterinya:

“Jika kamu ingin menjadi isteriku di syurga maka jangan menikah lagi sesudahku: kerana wanita di syurga bersama suaminya yang terakhir di dunia oleh kerana itu Allah mengharamkan kepada isteri-isteri Nabi untuk menikah lagi sesudahnya kerana mereka adalah isteri-isteri Beliau di syurga,” (dikeluarkan oleh Al Baihaqi dalam Sunannya (7/69-70)).

]]>
Wanita Bukan Kuat Merajuk, Tapi Pencetus Merajuk Yang Terlampau Banyak. https://redaksi.com/7156-wanita-bukan-kuat-merajuk-tapi-pencetus-merajuk-yang-terlampau-banyak Wed, 11 Sep 2019 10:01:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7156 Bila cakap pasal merajuk je, tentu akan cakap wanita lebih mudah merajuk. Bila tak dapat sesuatu akan merajuk malah bila tak dapat pujuk pun dia yang akan merajuk. Haa… Pasti ramai yang bersetuju akan perkara ini, tapi betul ke wanita ini yang kuat merajuk ataupun ada sebab-sebab tertentu?

Menurut Mohd Fhais, wanita ini bukan kuat merajuk akan tetapi ada pencetus yang menyebabkan dia akan merajuk. Banyak sangat sebab dan punca yang menybabkan mereka ini boleh merajuk dengan mudah.

Ini penjelasan lebih lanjut dari beliau.



Baru baru ni ada seorang kawan tanya macam mana nak buat kalau isteri kuat merajuk. Saya cakap kat dia mudah je, jangan jadi pencetus isteri merajuk la.

Lelaki dengan perempuan sama je kuat merajuknya. Cuma beza pencetus wanita merajuk banyak manakala lelaki tak berapa banyak.

Wanita makhluk paling sensetif sekali kat muka bumi ni jadi pencetus kecil apa pun dah boleh buat mereka merajuk. Ini yang kita tak sedar.

Bila isteri sedang bercakap tapi suami tak beri perhatian, sibuk main telefon. Ini pun boleh cetus merajuk.

Suami kerja sepanjang hari, sampai ke rumah waktu malam. Sampai di rumah terus capai anak-anak dulu, isteri tak tegur pun. Ini pun boleh cetus merajuk.

Tak pernah tanya keadaan isteri. Tak pernah ambil tahu perasaan isteri. Walaupun suami tak buat salah secara zahir tapi secara batin banyak kesalahan yang dia dah buat.

Situasi macam ni memang tunggu masa je. Pencetus kecil pun boleh buat isteri merajuk berhari-hari lamanya.



Malas nak melayan isteri merajuk? Jangan jadi pencetus.

1 - Selalu berikan perhatian terbaik pada isteri. Isteri lebih penting dari games, telefon, televisyen dan whatsapp group. Kalau selalu sangat merajuk tu tanda isteri dah jadi Attention Seeker. Susah sangat nak dapat perhatian jadi merajuk la jalan terakhir.

2 - Selalu tunjukkan penghargaan pada isteri. Urut bahu isteri sebelum tidur pun dah cukup buat isteri rasa sangat di hargai. 10 saat sentuh isteri boleh tingkatkan hormon endorfin tau. Hormon endorfin ni lagi banyak lagi bagus sebab ia boleh bantu isteri kurus dan hilangkan keresahan.

3 - Selalu luangkan masa bersama isteri. Ada masa lapang dahulukan isteri dahulu. Luang masa lebih dengan isteri lebih bermakna daripada luangkan masa dengan benda lain. Momen momen ini la yang akan jadi penguat kasih sayang bila di timpa musibah. Bayangkan kalau tak ada langsung momen begini? Itu yang mudah berperang.

4 - Selalu beri pujian pada isteri. Wanita ni sensetif, kalau tak ada pujian dia akan fikir macam-macam. Jadi kena bina pendinding (firewall) di hati dia daripada fikir yang bukan-bukan. Selalukan la puji memuji. Puji dia cantik, dia masak sedap dan sebagainya. Satu pujian ikhlas dari suami, isteri boleh ingat bertahun-tahun lamanya.

5 - Selalu curahkan kasih sayang tak berbelah bagi pada isteri. Belai rambut isteri, cium pipi dia dan peluk setiap pagi cukup buat isteri rasa bersemut di hati. Bukan tu je, mengikut kajian isteri yang selalu di peluk suami akan buat isteri jadi lebih bersemangat dan bertenaga. Peluk 5 minit tapi tenaga boleh tahan 5 jam tau.

Jadi kawan kawan, isteri kita sebenarnya bukan suka merajuk tapi kita yang suka jadi pencetus dia merajuk.



Dengan orang lain diorang tak merajuk pun, dengan kita je dia suka merajuk sebab hati dia dengan hati kita dah terjalin hubungan rapat. Satu hati kena cucuk, dua dua akan terasa sakitnya.

Sama-sama la kita saling ingat mengingati antara pasangan ya.

Sesungguhnya pasangan terbaik ialah pasangan yang tahu baik dan buruk pasangan mereka serta cara untuk memperbaiki diri sendiri supaya kebaikan pasangannya lebih terserlah.

Wallahu A'lam,

#share jika bermanfaat.

Mohd Fhais
Bahagianya isteri jika dia tak perlu merajuk lagi.

]]>
“Semakin Buat Perkara Ni, Semakin Jauh Dengan Jodoh” 5 Perkara Melalaikan Yang Membuat Anda Jauh Dari Jodoh. https://redaksi.com/4041-semakin-buat-perkara-ni-semakin-jauh-dengan-jodoh-5-perkara-melalaikan-yang-membuat-anda-jauh-dari-jodoh Tue, 30 Oct 2018 10:30:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4041 Setiap wanita pasti ada yang mempunyai teman untuk dijadikan pasangan yang halal. Dan ketika ingin menjaga hati lelaki tersebut untuk tidak berubah, si wanita ini terlupa bahawa hatinya juga perlu tetap pada bakal jodohnya. Dirinya juga perlu dijaga dan diperbaiki kelemahan, supaya sama adil dan seimbang dengan pasangan. Itu yang dinamakan sama padan.

Namun, ada sahaja perkara yang dilakukan terlalu lalai atau lagha yang bermaksud perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah, malah kata-kata pun penuh dengan makian, kesat dan carutan. Jom lihat antara 5 perkara yang melalaikan tersebut…

1. Terlalu mengejar kecantikan luaran.

Anda tidak bersyukur dengan kecantikan yang telah Allah berikan. Cukup sempurna sifatnya tanpa cacat cela. Kulit yang hitam manis, mahu menjadi terlalu putih gebu pula, bukannya berjerawat atau berjeragat pun. Dengan kata yang mudah, anda tidak berpenyakit tetapi mencari penyakit. Kulit tiada masalah, tetapi tetap mencari masalah.

Tetapi, kecantikan dalaman tidak pula diutamakan. Akhlak masih tidak terjaga.

2. Terlalu meratap kesedihan dan kederitaan.

Apabila kehilangan seseorang pasti amat menyedihkan, tidak kira sahabat baik atau ahli keluarga sendiri. Jika ketika putus cinta anda sudah terlalu meratap dan murung seperti tidak dapat hidup tanpa si dia, apatah lagi jika kehilangan ahli keluarga. Hapuskanlah kesedihan tersebut dengan istighfar, anda masih ada lagi tempat pergantungan iaitu Allah SWT. Jangan lupa!

3. Menjadi seorang yang malas.

Terlalu banyak sangat dengan hiburan iaitu sosial media, malah menonton drama di televisyen, youtube atau Netflix menyebabkan diri anda menjadi lalai dan malas. Anda sanggup melayan hiburan berjam-jam lamanya sehingga tertinggal solat wajib 5 waktu. Jika solat wajib pun tertinggal, apatah lagi mahu mengaji atau pergi ke kelas ilmu, kuliah dan pelbagai ceramah agama. Lama-kelamaan hati akan menjadi keras seperti batu dan sukar untuk dilentur, melainkan ada kesedaran diri.

4. Anda menjadi seorang yang kedekut.

Jika anda tidak solat, makanya anda juga tidak berdoa dan kurang berdoa. Menghadap Allah pun tidak mempunyai masa, jadi anda juga tiada masa untuk melakukan segala kebaikan seperti menolong orang kurang upaya atau bersedekah. Malah, bagi mereka yang sudah bekerja, anda tidak pernah sekalipun untuk menghulurkan sedikit dari pendapatan beri kepada ibu bapa.

Anda memang terlalu kedekut pada sesiapa sahaja.

“Keredhaan Allah SWT adalah bergantung dari keredhaan dari kedua ibu bapa…”

5. Terlalu banyak berbelanja sehingga banyak hutang.

Nafsu apabila dituruti segala kemahuannya tidak akan pernah puas. Selagi mulut manusia belum makan sekepal tanah (mati), ia tidak berhenti memuaskan nafsunya. Rumah, kereta, perhiasan, bercuti, shopping, semuanya dengan kad kredit.

Bahkan menggunakan pinjaman! Akhirnya kepuasan yang sementara itu bertukar menjadi bencana. Akibat kurang bijak menguruskan kewangan keluarga akhirnya hidup anda jadi tidak tenteram.

Berkemungkinan dengan perilaku begini lah Allah SWT memberi kita peluang untuk hidup diatas muka bumi dan berubah malah bertaubat.

]]>
“Mencuri Nombor Telefon,” Antara Teknik Pikat Yang Tidak Disukai Wanita. https://redaksi.com/4065-mencuri-nombor-telefon-antara-teknik-pikat-yang-tidak-disukai-wanita Wed, 31 Oct 2018 15:18:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4065 Biasanya orang lelaki ini terlalu yakin akan teknik memikat hati wanita. Bagi mereka teknik itu pasti akan berjaya dan dirinya akan membuat wanita tersebut terpikat. Tapi sebenarnya, ia adalah perkara yang silap. Terdapat beberapa teknik memikat yang wanita tidak suka. Melainkan dirinya sendiri memberikan persetujuan akan perkara tersebut. Namun begitu, kebanyakan orang lelaki tidak kisah akan perkara-perkara seperti ini.



Jangan memandang rendah akan perkara-perkara seperti ini, mana tidaknya ia akan membuat anda alami kesukaran untuk mendekati seorang wanita. Walaupun anda rasakan ia adalah perkara yang cukup berani anda lakukan.

Berikut adalah teknik memikat wanita yang salah:

1. Bersiul atau memanggil.

Orang lelaki ini kadang kala memikat wanita yang lalu di hadapannya dengan bersiul, memanggil atau menyindirnya. Selalunya orang lelaki ingat, wanita akan menyukai perkara seperti ini. Tapi sebenarnya, wanita tidak sukakannya. Kelakuan anda ini seolah-olah tidak menghormati dirinya. Jika anda fikir perkara ini dapat menarik perhatian darinya, anda silap.

2. Meninggalkan komen aneh di media sosial.

Niat anda mungkin untuk menarik perhatian darinya, tapi ia bukanlah satu perkara yang disenangi wanita. Mencari perhatian dengan meninggalkan komen yang tidak sopan adalah tidak sesuai dengan cara mereka yang ingin mencari pasangan. Bagi anda yang telah mengalami ini, anda sepatutnya mengabaikan komennya dan kemudian menyekat atau melaporkan akaun media sosialnya.

3. Menyuruh wanita senyum.

Mungkin tidak semua gadis akan tersinggung dengan keadaan seperti ini. Tetapi bayangkan apabila anda letih selepas seharian bekerja dan pulang ke rumah dengan wajah penat dan lelah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang melihat anda dengan wajah pelik dan memberitahu anda untuk tersenyum. Sesetengah wanita akan patuh untuk menunjukkan kesopanan, tetapi ada wanita lain akan menganggap perkara itu sebagai menjengkelkan.



4. Menyentuh tubuh badan.

Bagi sesetengah orang, berbual sambil menyentuh badan orang lain dianggap sebagai perbuatan biasa. Tetapi jika ini dilakukan kepada jantina yang berlainan walaupun kepada seseorang yang baru diketahui, menyentuh badan orang lain terlalu sering boleh bererti bahawa dia tidak sopan.

5. Dapatkan nombor telefon daripada orang lain.

Untuk lelaki dan perempuan, jika anda ingin berjumpa dengan seseorang, anda harus meminta nombor secara langsung. Di sisi tidak sopan, meminta nombor seseorang dari orang lain hanya untuk mengenali menunjukkan bahawa anda tidak mempunyai cukup keberanian untuk bersemuka tetapi ingin mengambil jalan mudah untuk mendekati keperibadian dirinya.

Mereka yang memikat memalui cara ini biasanya kelihatan tidak sopan, bahkan anda tidak mungkin akan dapat memiliki hati wanita tersebut. Tapi jika anda mencuba perkara ini kepada remaja perempuan sudah pasti ia akan berjaya kerana mereka masih belum berfikiran dengan matang. Tapi pasti bukan mereka yang anda mahukan bukan?

 

]]>
Ini Dia Cara Membaca Sifat Orang Dari Cara Mereka Memakai Jam Tangan. https://redaksi.com/616-ini-dia-cara-membaca-sifat-orang-dari-cara-mereka-memakai-jam-tangan Fri, 28 Jul 2017 10:47:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=616 Sebelumnya saya pernah memberi kepada anda sebuah artikel tentang 5 hal yang harus difahami pada wanita, dan untuk kesempatan sekarang saya kembali akan memberikan kepada anda sebuah informasi yang mungkin boleh membantu atau menambah wawasan anda iaitu, membaca sifat orang dari cara memakai jam tangan. Seperti yang kita ketahui bahawa waktu sangat penting untuk kehidupan manusia, ketika selalu berdampingan hidup di dunia ini dengan waktu, dan terkadang waktu juga boleh membuat seseorang menjadi rugi ketika mereka mensia - siakan waktunya untuk melakukan hal yang tidak penting bagi dirinya mahupun untuk orang lain. Dan jika sebaliknya anda menggunakan waktu anda dengan baik dan benar, kedepannya pun anda boleh merasakan hal yang bagus dan baik terjadi di dalam kehidupan anda. Seiring berkembangnya waktu juga boleh dimasukan kedalam beberapa benda seperti di smartphone kita yang sudah ada penunjuk waktu dan bahkan boleh mengetahui beberapa waktu di beberapa negara di dunia, dan walaupun waktu sudah ada di dalam mobile phone namun penggunaan atau pemakaian jam tangan masih ramai orang yang memakainya. Jam tangan sendiri boleh menunjang dan menambah kesan pada fashion yang anda pakai dan percaya atau tidak seseorang boleh membaca sifat dan watak orang lain dari mereka bagaimana memakai jam tangan.



Apalagi jika jam tangan yang anda pakai mempunyai nama brand terkenal mungkin orang yang mengetahuinya akan lebih menghormati anda. Selain itu seperti yang sudah dikatakan tadi diatas bahawa jam tangan boleh menunjang atau membantu pada penampilan anda, jika anda selalu mengikuti trend fashion tentu anda tidak akan bingung untuk mengkombinasikan jam tangan dengan beberapa outfit yang ada di dalam almari anda. Kerana tidak jarang lelaki atau wanita yang memakai jam tangan tidak sesuai dengan pakaian yang dia pakai. Selain untuk penunjang fashion, jam tangan juga ternyata boleh mencirikan seseorang terutama pada sifatnya dari bagaimana mereka menggunakan atau memakai jam tangan tersebut, walaupun ciri - ciri sifat menurut memakai jam tangan ini hanya pendapat orang, namun bagi anda yang sedang ingin mengetahui sifat seseorang terutama wanita yang sedang anda stalking, mungkin dengan cara melihat dia memakai jam tangan anda boleh mengetahui sifat si dia, dan pada saat proses PDKT pun anda boleh lancar dengan si dia karena anda sudah tahu sifat si dia. Di bawah ini ada beberapa orang yang memakai jam tangan yang dimana disangkutpautkan dengan sifat seseorang.



Biasanya orang yang selalu memakai jam tangannya di tangan kiri memiliki sifat yang tenang dan boleh menyelesaikan masalah walaupun lambat dan secara perlahan, orang yang tangan kirinya dihiasi jam tangan juga mempunyai sifat dewasa dan selalu menjalankan atau menghadapinya dengan sifat kedewasaannya. Hal tersebutlah yang membuat orang yang memakai jam tangan kiri selalu dikagum dan juga selalu di perhatikan terutama pada sikapnya, dan orang ini juga biasanya boleh diandaikan ketika disuruh melakukan sesuatu seperti contohnya di dalam sebuah pekerjaan, orang ini akan mengerjakannya dengan rapih dan teliti. Namun ada hal kurang dari orang ini iaitu, selera humornya yang rendah karena mungkin fikirannya yang selalu serius, dan biasanya jarang tersenyum apalagi tertawa lepas. Untuk orang yang sering memakai jam tangannya di bahagian kanan, biasanya mereka mempunyai sifat peramah dan mudah bergaul dengan orang - orang baru, tidak hanya itu saja orang ini juga sangat curious pada hal - hal baru. Selain dengan orang - orang lingkungan yang berbeza dari sebelumnya pun dia akan boleh mengaplikasikannya sendiri dan berbaur pada hal tersebut, maka tidak hairan orang yang memakai jam tangan di sebelah kanan sering sekali di kerumuni atau banyak sekali temannya.



Orang yang selalu memakai jam tangan di bahagian kiri biasanya mempunyai sifat cendurung banyak diam terhadap lingkungannya sendiri dan dia selalu menutup dirinya sendiri dan menyibukan sendiri dengan melakukan hal - hal kecil di waktu lapangnya, dan jarang sekali digunakan untuk bencengkrama dengan orang lain baik itu teman atau keluarga biasanya. Untuk bahagian asmaranya dia adalah orang yang sangat bertanggungjawab apalagi jika sudah berurusan dengan yang namanya cinta. Dan kelemahan dari orang ini biasanya cepat marah dan senang tersinggung oleh perkataan orang lain, namun jika dia marah tidak langsung meluapkan maranya namun cukup diam saja. Hampir sama dengan point yang ketiga, orang yang sering memakai jam tangannya di kiri dengan cara dibalikkan biasanya mempunyai sifat pemalu dan juga kurang percaya diri, mereka juga umumnya lebih banyak tinggal di rumah daripada diluar. Namun sisi baiknya orang ini mempunyai keahlian untuk mengatur wang, jadi sangatlah wajar jika orang tersebut mempunyai kehidupan sederhana kerana pengeluaran dan pemasukannya sudah di perhitungkan secara matang - matang. Dan sifat yang terakhir dari orang ini adalah ragu - ragu. Mereka biasanya ragu - ragu untuk memilih sesuatu atau memutuskan sesuatu.



Untuk terakhir ini orang yang selalu memakai jam tangannya dengan longgar biasanya memiliki sifat terbuka, mereka mudah sekali bercerita apa saja terhadap orang lain, namun tetap orang ini akan menceritakan storynya pada orang yang sudah dia kenal dan sudah dia percayai sebelumnya. Dan pada umumnya mereka juga memiliki sifat pemalas, namun dengan sifat keterbukaannya membuat mereka mempunyai teman yang cukup banyak, baik perempuan atau lelaki. Demikian tadi beberapa sifat orang dari cara mereka memakai jam tangannya, dari semua sifat - sifat yang diatas tidak semuanya ada dan sesuai dengan kriteria orang yang memaki jam tangan, ada juga yang tidak sama atau juga sesuai dengan kritertia - kirteria diatas. Jadi anda orang mana yang memakai jam tangan seperti pilihan diatas tadi.

Seseorang yang memakai jam tangan juga boleh memberikan kesan bahawa orang tersebut sangat teratur dan juga disiplin waktu kegiatannya disusun rapi jadualnya sama di handphone atau di buku catatannya. Selain itu memakai jam tangan juga boleh membantu fashion pakaian yang anda pakai, kerana beberapa baju boleh disesuaikan atau dikombinasikan dengan jam tangan, terutama untuk lelaki yang selalu memakai suit untuk pergi bekerja. Rasanya akan merasa kurang sesuatu jika anda tidak memakai jam tangan.

]]>
Cintailah Pasanganmu Kerana Allah. https://redaksi.com/761-cintailah-pasanganmu-kerana-allah Mon, 07 Aug 2017 11:10:58 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=761 Orang yang benar imannya, mencintai apa yang Allah berikan kepadanya. Seorang suami yang beriman mencintai isterinya kerana itulah isteri yang Allah berikan kepadanya. Cintanya semakin bertambah apabila isterinya melakukan perkara-perkara yang diperintah serta diredhai oleh Allah, merudum jika isterinya melakukan perkara-perkara yang dilarang atau dibenci oleh Allah. Cintanya kepada isteri tidak lain adalah buah dari cintanya kepada Allah. Demikianlah juga kecintaan seorang isteri kepada suaminya, kecintaan suami-isteri kepada anak-anak mereka, kecintaan anak-anak kepada ibubapa mereka dan kecintaan di antara sesama umat Islam. Semua itu tidak lain adalah hasil dari cinta mereka kepada Allah. Oleh itu, orang-orang yang beriman boleh mencintai sesuatu atau seseorang selain Allah dalam jumlah yang tidak terhad. Akan tetapi cinta itu adalah kerana Allah semata, bertambah atau berkurang kerana Allah dan tidak sekali-kali menandingi cinta mereka kepada Allah.



Bagaimana Hendak Mencintai Allah?

Cinta ialah keterpautan hati kepada seseorang kerana kebaikan orang tersebut. Lebih baik orang itu, lebih kuat pautan hati kepadanya. Lawan kepada cinta ialah benci, iaitu penolakan hati seseorang kerana kejahatan orang tersebut. Lebih jahat orang itu, lebih kuat tolakan hati terhadapnya. Seolah-olah hati memiliki sepasang tangan yang dapat memaut dan menolak. Apa jua kebaikan orang lain, tidak ada tandingannya jika dibanding dengan kebaikan Allah. Allah memberikan kita kehidupan ini, nikmat Islam, rezeki, kesihatan dan pelbagai lagi yang tidak mampu kita hitung. Sekali sekala Allah menguji kita dengan kesusahan, bukan bererti Allah membenci kita tetapi menyayangi kita dan ingin memberikan peringatan kepada kita serta menarik kita agar lebih rapat kepada-Nya. Oleh itu apabila seorang muslim ingin mencintai Allah, hendaklah dia memikirkan sekian banyak kebaikan Allah kepadanya. Hendaklah dia berfikir dan merenung secara jujur dan berhati-hati terhadap kecenderungan manusia untuk lebih mudah melihat kejahatan daripada kebaikan.

]]>
Kelemahan Lelaki: Sifat & Sikap Mencairkan Ego. https://redaksi.com/1136-kelemahan-lelaki-sifat-sikap-mencairkan-ego Thu, 07 Sep 2017 15:01:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1136 Apakah kelemahan lelaki? Bagi seorang wanita, anda sudah tentu ingin memiliki seorang lelaki yang kacak dan perangai yang sesuai dan diidamkan. Bagi wanita dan gadis comel diluar sana, disini ada beberapa tips untuk menjatuhkan dan mencairkan hati lelaki kacak dan ego. Bagi lelaki pun, cuba-cubalah semak sifat ada pada diri anda, nilai potensi diri anda dan bina diri secara positif.



1. Sifat kelembutan.

Sifat ini sangat mudah untuk melemahkan hati lelaki yang keras walaupun mereka seorang ahli gangster. Lelaki biasanya dikaitkan dengan sifat macho, agak keras di dalam menghadapi situasi kehidupan. Sifat yang ada pada wanita iaitu kelembutan dapat melengkapkan kekurangan yang ada pada lelaki. Lelaki sangat suka akan kasih sayang yang diberikan kepadanya oleh seorang wanita. Mengambil berat serta kelembutan merupakan sifat semula jadi yang ada pada wanita. Lelaki yang berfikiran matang mempunyai visi dalam hidup mereka untuk memilih wanita yang penuh dengan sifat kelembutan dan ini juga menjadi antara tunggak utama untuk membina keluarga yang bahagia.

2. Sifat manja.

Lelaki jika dilihat dari luar sangat garang dan mudah marah jika egonya cepat tercabar. Sifat manja yang dimiliki oleh seorang wanita dan menghiburkan serta memukau lelaki. Lelaki sangat suka jika seorang wanita mula bermanja dengan mereka. Jika anda merupakan seorang yang suka bermanja dengan suami, seorang suami yang angina dan marah akan cepat reda dengan kelembutan dalam percakapan, pertanyaan dan belaian.



3. Menerima seadanya.

Lelaki lebih suka mencari calon isteri yang menerima mereka dengan seadanya keadaan dirinya dan pekerjaannya. Hati lelaki akan mula menjadi lembut apabila wanita dapat menerima keadaan dirinya seadanya. Sebab itulah wanita menjadi tulang belakan bagi seorang lelaki kerana mereka dan memberi sokongan yang kuat kepada lelaki terutama sewaktu dalam kesusahan. Jika lelaki diberi sokongan oleh wanita, mereka akan dapat sesuatu tenaga yang baharu seperti sorakan untuk atlet sukan di atas padang.

4. Menjaga penampilan dan imej.

Setiap manusia yang ada dimuka bumi ini sangat sukakan kecantikan. Lelaki sangat suka kepada wanita yang kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Mereka akan merasa bangga apabila memilik wanita yang cantik. Tetapi sebenarnya kecantikan merupakan perkara yang subjektif. Ia bergantung kepada keadaan kerana melalui pandangan manusia, setiap kecantikan sangat berbeza. Mungkin lelaki itu kacak dari pandangan wanita lain, tetapi bagi anda, biasa sahaja. Begitu juga dengan lelaki apabila mereka memandang wanita. Mereka akan melihat wanita itu cantik tetapi bagi rakan-rakan mereka nampak biasa sahaja. Jadi bagi wanita, jagalah penampilan diri anda untuk memikat hati lelaki.



5. Memiliki dan menjaga kehormatan diri.

Lelaki sebenarnya menyukai wanita yang dapat menjaga kehormatan diri mereka kerana mereka suka gadis yang menghormati diri sendiri, bersikap sopan dan mempunyai etika seperti tahu batas untuk berjumpa dengan rakan, bersembang atau berbincang. Sebagai analogi, jika anda terlihat dua jenis gula-gula yang berada diatas jalan, yang terdedah kepada habuk, debu dan panas dengan gula-gula yang masih lagi di dalam sampul dan tidak terusik, sudah tentu anda ingin pilih yang masih lagi tidak terusik. Wanita yang dapat mengelak daripada lelaki lain memperlakukan mereka dengan sesuka hati menjadi pilihan lelaki kerana mereka lebih suka kepada yang berilmu, intelek dan berani mempertahankan hak mereka.

6. Kecantikan dalaman.

Kecantikan seorang wanita bukan sahaja terletak dari segi luaran sahaja. Lelaki menyukai wanita yang mempunyai hati yang ikhlas. Walaupun berwajah comel serta cantik, ianya tidak melambangkan wanita itu mempunyai kecantikan dalaman yang tersendiri. Akhlak dan peribadi seorang wanita sangat penting dan tidak boleh dibuat atau secara sengaja. Lelaki akan melihat ini sebagai lambang kecantikan sebenar seorang wanita.

]]>
Mertua Vs Menantu.  “Belajarlah Ambil Hati Walaupun Ianya Sukar..” – Ibu Rose - https://redaksi.com/5257-mertua-vs-menantu-belajarlah-ambil-hati-walaupun-ianya-sukar-ibu-rose Tue, 19 Feb 2019 16:24:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5257 Bermulalah daripada awal perkenalan dengan pasangan sehingga ke jinjang pelamin, jangan terlalu cepat berputus asa untuk memikat hati ibu mertua. Jangan bertindak seperti keanak-anakan, dan juga jangan berfikiran tidak matang apabila mengendalikan emosi bersama ibu mertua dan juga ipar duai.

Oleh itu, pasangan suami isteri harus mempelajari teknik-teknik untuk mengenal hati budi ibu bapa mertua ini tanpa jemu, dan belajarlah ambil hati walaupun kelihatan agak sukar seperti perkongsian daripada Ibu Rose ini…

********

MERTUA VS MENANTU

Sesuatu yang Ibu belajar dari University of Life mengenai satu perkara ini...maaf ya sekiranya bila membawa perkara ini kehadapan boleh menimbulkan rasa marah pada segelintir manusia. Namun, rasanya peringatan ini perlu disampaikan.

-----------

Wahai ibu-ibu dan bapa-bapa mertua, janganlah membenci pasangan anak-anak mu. Walaupun mereka bukan pilihan hati mu, mereka adalah jodoh anak-anakmu.

Jika kamu membenci mereka terlalu sangat dan berusaha memisahkan mereka dengan segala macam usaha yang mencederakan fizikal, emosi dan mental, ianya akan hanya mencederakan dirimu di dunia dan di akhirat.

Adalah lebih mudah untuk hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti serta hidup mereka dan keluarga mereka, bila segala tenaga itu kita alihkan untuk mengindahkan pertalian kita dengan mereka. Anak kita juga akan selesa dan tidak berserabut.

Cucu-cucu kita juga akan merasakan kasih-sayang kita. Menantu kita juga akan lebih menghormati kita.

Kebencian boleh membawa kepada banyak kesan negatif pada bukan hanya pada menantu yang tidak disukai, tetapi kepada anak-anak yang bakal dilahirkan dari zuriat itu.

Bagi para menantu yang tidak mempunyai perhubungan baik dengan mertua dan sering disakiti perasaan, banyak-banyakkanlah mengalah dan berdoa agar Allah menurunkan perasaan ehsan ke dalam diri mertua.

Elakkanlah mengeruhkan lagi keadaan dengan menghasut pasangan. Ingatlah sebelum dia itu menjadi pasangan kita, dia adalah anak mereka. Banyak masa, tenaga, airmata dalam membesarkan dan mendidik pasangan kita itu. Tentunya di situ perlu kita menghargai.

Belajarlah mengambil hati walaupun ianya sukar.

Ibu telah melihat terlalu banyak kesan negatif kepada anak-anak yang dilahirkan dalam persengkataan diantara menantu dan mertua. Kasihan sungguh kepada anak-anak itu.

Kita perlu sedar diri, setinggi mana pun ego, pangkat dan hebatnya keturunan kita, akan tiba masanya kita akan dikapankan dan masuk ke liang lahad.

Ya Allah dikau lembutkanlah hati kami dan isikannya dengan perasaan kasih-sayang kepada sesama manusia kerana MU.

Salam Kasih

Ibu Rose

********

Semoga Bermanfaat!

]]>
Akui cemburu lihat adegan romantis suami di kaca TV, Tya Adnan tak tengok cerita lakonan suami? https://redaksi.com/9708-akui-cemburu-lihat-adegan-romantis-suami-di-kaca-tv-tya-adnan-tak-tengok-cerita-lakonan-suami Fri, 12 Feb 2021 15:16:58 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9708 Para peminat tentunya cukup tahu akan pelakon kacak Shukri Yahya yang sememangnya antara salah satu nama besar di dalam dunia seni lakonan. Beliau yang cukup terkenal sebagai pelakon utama drama 7 Hari Mencintaiku sememangnya berjaya membawa watak setiap lakonan dengan baik.


Sentiasa berjaya membawa watak romantis dengan baik tentunya membuat ramai peminat tidak sabar melihat lakonannya dalam setiap drama yang dilakonkan.



Bagaimanapun, isteri kepada pelakon berusia 33 tahun itu, Tya Adnan mempunyai pendirian sendiri apabila memilih untuk tidak menonton karya lakonan suaminya di kaca televisyen.



Memetik laporan Astro Gempak, Tya mengakui bahawa dia hanya manusia biasa yang mempunyai perasaan cemburu.

“Ya. Jujur la ni. Cemburu ja sebab saya bukan robot. Manusia biasa ja kan, ada perasaan.

“Tapi macam saya cakap sebelum ini, saya memang tak tengok cerita suami saya. Saya elak ja la daripada mata pandangan saya,” kongsinya.

Perkara tersebut dikongsikan di Insta Story miliknya ketika mengadakan sesi soal jawab bersama pengikutnya yang bertanyakan akan perasaan Tya apabila melihat suaminya berlakon adegan romantis bersama wanita lain.

Bagaimanapun, Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan juga menyatakan bahawa suaminya adalah seorang yang profesional dalam hal berkaitan kerja.

“Suami saya pun profesional. Dia tahu mana kerja, mana kehiudpan sebenar. Mana rakan kerja, mana bini.

“Yang korang tengok dekat televisyen sweet tu cuba fikir balik belakang tabir tu berapa puluh orang tengok dekta sekeliling,” ujarnya.

Terdahulu, Tya dan Shukri telah berkahwin pada 20 November 2015 dan pasangan ini memiliki dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

]]>
Bosan Saat Ini, Tak Tahu Nak Buat Apa? Orang Bujang Patut Cuba Nombor 6 Itu. https://redaksi.com/8053-bosan-saat-ini-tak-tahu-nak-buat-apa-orang-bujang-patut-cuba-nombor-6-itu Fri, 03 Apr 2020 22:47:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8053 Ada lebih kurang seminggu lagi perintah kawalan pergerakan (PKP) ini. Sudah tentu masing-masing saat ini sudah mula gelisah dan agak tertekan kerana terpaksa duduk di rumah selama hampir sebulan. Mana tidaknya, sebelum ini kita semua bebas nak ke mana sahaja, tapi tiba-tiba semua ini berlaku dalam sekelip mata sahaja.

Ada sebarang kemungkinan akan berlaku mengenai PKP ini, sama ada ia akan disambung atau tidak ramai yang masih tertunggu-tunggu akan pengumuman itu nanti. Namun begitu, boleh dijangka jika keadaan masih lagi sama seperti ini tentu sahaja PKP ini akan teruskan.

Namun begitu, jangan bersedih atau tertekan, ini semua demi kebaikan kita bersama. Doa sahaja yang baik-baik agar segalanya akan hilang dengan segera.

Haa... buat anda yang tidak tahu nak buat apa dekat rumah. Nak-nak mereka yang bujang itu, tentu banyak habiskan masa dengan bermain media sosial atau game sahaja. Jangan terlalu lama mengadap perkara itu, rosak mata nanti. Cuba lakukan aktiviti yang berfaedah sedikit.


Antara aktiviti yang boleh anda lakukan adalah;

1. Ubah suai perabot, supaya dapat new look



Kalau selama ini tiada masa nak ubah suai perabot, kali ini gunakan masa yang terluang ini sebaik mungkin. Hias-hiaslah sedikit bilir tidur atau rumah anda itu. Kalau rasa perlu cat, boleh cat. Nak beli mana cat? Online kan ada.

2. Belajar masak-masak



Sangat untuk yang sempat pulang bersama ibu bapa hari itu, masa terluang ini boleh lah anda belajar masak-masak. Ambil segala ilmu dari mak anda. Buat yang bersendirian, jangan kecewa anda juga boleh belajar memasak. Buka sahaja Google, segala resepi ada. Mudah kan?

3. Home spa



Kalau sebelum ini tiada masa nak jaga badan anda, kini tiba masanya anda luangkan masa untuk diri anda. Orang kata saat inilah nak manja-manjakan diri. Sesekali scrub badan dan mask di wajah, tentu terasa segarnya.

4. Baca buku



Ada banyak buku yang ada tidak sempat baca dan habiskan, masa inilah anda habiskan baca dan marathon segala buku yang ada sekadar beli sahaja. Sangat untung baca buku ini, boleh asah minda menjadi lebih tajam.

5. Call kawan dan keluarga



Buat yang duduk di rumah bujang, tentu anda rasa kesunyian dan perlukan teman bukan. Gunakan masa anda untuk call atau video call orang disekeliling anda. Bual sahaja semua perkara yang anda rasakan perlu. Walaupun berjauhan tapi boleh juga eratkan hubungan.

6. Carilah jodoh!



Tunggu apa lagi, kalau dah bujang dan perlukan teman carilah jodoh. Jangan sia-siakan masa ini, anda boleh gunakan untuk fokus pikat si dia. Tak tahu nak cari dekat mana jodoh? Baituljannah kan ada.

Selamat nikmati PKP anda!



]]>
Berpisah Bertahun-Tahun, Akhirnya Bertemu Kembali... https://redaksi.com/7366-berpisah-bertahun-tahun-akhirnya-bertemu-kembali Mon, 30 Sep 2019 14:12:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7366 Kadang kala perjalanan jodoh itu tersangatlah tersusun rapi malah di luar jangkaan juga. Ada orang berkenalan, bercinta selepas itu berkahwin, malah ada juga yang berkenalan, bercinta, berpisah dan selepas itu berkahwin. Itu semua bergantung kepada setiap orang.

Bila mana anda berjumpa semula dengan bekas kekasih anda selepas anda move on dan melupakannya, jangan bimbang boleh jadi itu pertemuan semula. Jangan membenci dirinya, boleh jadi dia itu adalah jodoh anda yang hadir.

Nak-nak lagi kalau ketika itu anda masih lagi single dan sedang berusaha mencari jodoh, lalu bertemu kembali bekas kekasih, mungkin dia lah pasangan yang anda cari. Bukan semua orang yang berpisah itu bukannya kerana mereka ini tiada jodoh, akan tetapi mungkin jodohnya masih belum sampai lagi.

Begitu juga dengan orang yang pernah anda reject atau mereject anda. Jika anda bertemu kembali dengan dirinya, besar kemungkinan kalian mungkin berjodoh jika masing-masing mulakan langkah dari awal semula.



Boleh jadi perpisahan yang berlaku dulu adalah disebabkan kalian berdua masih belum matang. Di mana, masih tak tahu bagaimana nak berjuang mempertahankan dan kekalkan sebuah hubungan. Sebab itulah boleh berlakunya perpisahan. Malah kalian berjumpa selepas kedua-duanya berpisah dengan pasangan yang baru.

Bukan sekadar itu sahaja, pertemuan semula ini mungkin adalah peluang kedua buat kalian untuk memperbaiki hubungan yang lalu. Siapa tahu, masa ini hubungan yang pernah terputus jika disambung semula akan menjadi satu hubungan yang lebih matang dan lebih membahagiakan. Sebab itulah kalian dipertemukan semula.



Dia itu jodoh anda. Jangan terkejut kalau sebenarnya dialah jodoh anda yang anda cari-cari selama ini. Kalau dahulu mungkin sedikit kesilapan yang pernah kalian lakukan, tetapi kali ini adalah menyambung semula hubungan yang telah terputus dan jernihkan segala salah faham lalu.

Jangan tak percaya kalau anda bertemu kembali dengan orang yang lalu. Boleh jadi kehadirannya adalah yang ditunggu selama ini. Malah kehadirannya adalah berdasarkan sebab-sebab yang tidak dijangka oleh anda sendiri.

]]>
Ini Pesanan Nabi Buat Mereka Yang Bakal & Bergelar Suami Dalam Hal-Hal Rumahtangga. https://redaksi.com/8422-ini-pesanan-nabi-buat-mereka-yang-bakal-bergelar-suami-dalam-hal-hal-rumahtangga Wed, 05 Aug 2020 17:52:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8422 Nampak macam mudah saja menjadi seorang suami ini, tapi sebenarnya agak berat juga jika difikirkan. Mana tidaknya, dia adalah pemimpin, ketua malah pembimbing anak-anak dan juga isteri. Bagaimana dirinya, begitulah anak-anak dan juga isterinya.

Sebab itu selalu dipesan, kalau nak isteri yang solehah, maka suami perlu jadi yang soleh terlebih dahulu. Suami itu adalah cerminan isterinya. Peguam Syarie Puan Roslina Sabiyah, berkongsi beberapa ingatan tulus ikhlas untuk lelaki bernama suami daripada pesanan Rasulullah SAW.


Menurutnya, marilah kita saling berpesan-pesan, bukan saling salah-menyalahkan kerana kita sebenarnya saling perlu-memerlukan.

Jika menyentuh hal-hal kekeluargaan, Nabi Muhammad SAW tidak berpesan kepada kaum perempuan. Nabi Muhammad SAW lebih berpesan kepada kaum lelaki.



Berikut merupakan beberapa pesanan Rasulullah SAW untuk para lelaki tentang keluarga:

1- Menjaga Wanita Dengan Baik

“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya.”

HR. Ahmad

2- Berbuat Baik Dengan Keluarga

“Sebaik-baik kalian, adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan Aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.”

HR. Tirmizi

3- Pemimpin Yang Bertanggungjawab

“Laki-laki (suami) adalah pemimpin bagi keluarganya dan kelak ia akan ditanya (dimintai pertanggungjawaban) tentang mereka.”

HR. Al-Bukhari

4- Menjaga Hak Mereka Yang Lemah

“Aku ingatkan kepada kalian tentang hak dua orang yang lemah, yaitu anak yatim dan perempuan.”

HR Imam Ahmad, Ibn Majah, dan Al-Hakim

5- Menjaga Adab Dan Perilaku

“Banyak perempuan menemui isteri-isteri Muhammad untuk mengadukan perlakuan suami mereka. Suami-suami seperti itu bukanlah orang-orang terbaik.”

HR Abu Dawud, Ibn Majah, Al-Darimi, Ibn Hibban, dan Al-Hakim

6- Beriman Kepada Allah

“Barang siapa beriman kepada Allah Swt. dan hari akhir, hendaklah ia tidak mengganggu tetangganya. Jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan dengan baik. Sebab mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. Tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, tulang itu akan patah. Jika engkau membiarkannya, tulang itu tetap bengkok. Oleh karena itu jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan dengan baik.”

HR Al-Bukhari Dan Muslim

“Wahai lelaki bernama suami,

“Aku serahkan seluruh jiwa ragaku setelah engkau berusaha taat perintah Tuhanmu dan menuruti pesanan Rasulmu. Bentangkanlah seluruh kewajipan dan tanggungjawabku sebagai seorang isteri maka akan aku tunaikan tanpa sekelumit alasan jika engkau menunaikan seluruh kewajipan dan tanggungjawabmu sebagai seorang suami dan ketua keluarga kami.

“Aku bisa hidup susah bersamamu andai saja engkau tetap setia dan cinta. Aku bisa melayanmu bak Raja andai engkau juga menyantuniku bak Permaisuri.

“Aku bisa taat andai saja engkau juga bisa adil.

“Wahai suami.. dengan lafaz akad ijab dan kabul ini.. maka aku serahkan seluruh hidup, jiwa raga dan nyawaku untuk dilindungi olehmu.. untuk disayangi dan dicintai olehmu.. untuk dipimpin dan dibimbing menuju redha Ilahi..

“Namun andai suatu hari ditakdirkan rasa cinta itu pudar dan engkau sudah tidak memerlukan aku lagi dan engkau sudah tidak mampu menggalas amanah untuk menjagaku lagi.. maka pulangkanlah aku secara baik dan terhormat.. tanpa dendam dan tanpa syarat.. sesungguhnya itu adalah sebaik-baik takdir kerana destinasi akhir hidup kita tetap menuju yang satu.. semoga kita semua mendapat rahmat.”


]]>
10 Perkara Yang Membuatkan Lelaki Jatuh Hati Hanya Dalam 10 Saat. https://redaksi.com/548-10-perkara-yang-membuatkan-lelaki-jatuh-hati-hanya-dalam-10-saat Fri, 21 Jul 2017 14:39:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=548 Apa yang sebenarnya boleh membuatkan lelaki jatuh hati pada wanita? Ketahuinya 10 perkara yang boleh buat lelaki jatuh hati hanya dalam 10 saat.



1. Senyuman.

“Senyuman wanita yang manis mudah membuatkan jantung saya berdegup-degup! Disebabkan sifat semulajadi wanita yang lembut, ayu dan manis, senyuman mereka sememangnya sangat menawan. Malah, saya pernah jatuh cinta terhadap seseorang selepas melihatnya tersenyum. Ketika itu, kami bersama-sama menyertai aktiviti perkhemahan. Pertama kali bertentangan mata, si dia melemparkan senyuman. Bagaikan dipaku, saya terkedu seketika. Hati terasa bagaikan dipanah! Semenjak pertemuan itu, saya mula mengenalinya dengan lebih mendalam. Akhirnya, kami menjalin hubungan. Itulah bahayanya senyuman wanita kerana berupaya membuahkan perasaan cinta! ”

2. Paras rupa cantik.

“Saya sering terjebak dalam ‘love at first sight’ disebabkan paras rupa wanita yang cantik. Tidak semestinya si dia perlu memiliki darah campuran untuk kelihatan menawan. Solekan tipis yang natural dan kulit wajah yang bersih juga memadai untuk dikategorikan sebagai cantik. Tetapi, jika wanita itu memang cantik secara semulajadi walaupun tanpa solekan, ia adalah bonus ekstra! Namun, tidak semua wanita jelita memiliki personaliti yang menarik. Ada sesetengah daripada mereka hanyalah bimbo! Jadi, biarlah cantik rupa dan sikap juga bijak. Paling membuatkan saya lebih mudah jatuh cinta, jika si dia wanita yang selamba dan tidak control cun!”



3. Mata menawan.

“Dari mata, turun ke hati. I believe that aphorism! Mata wanita yang cantik memang sukar untuk dicari. Ini kerana kebanyakan wanita sekarang suka memakai maskara, pembayang mata dan penggaris mata untuk menonjolkan mata yang cantik. Pendek kata, solekan hanya mengaburi mata yang memandangnya daripada melihat kecantikan asli perempuan. Tetapi, sesekali terpandang si dia yang memiliki bulu mata lebat dan warna anak mata yang begitu indah sekali, pasti tidak keruan saya dibuatnya! Yang nyata, si dia tidak bersolek pun.”

4. Penampilan menarik.

“Selain fizikal, penampilan wanita antara perkara yang boleh membuatkan saya mudah jatuh cinta. Melihatkan gaya mereka berpakaian, cara bertutur juga pembawakan diri mereka di kalangan orang ramai adalah aspek yang saya lihat dahulu. Saya suka melihat wanita yang berpakaian ringkas seperti celana denim dipadankan dengan kemeja atau kemaja T. Biarpun ringkas, namun gaya itu membuatkan mereka kelihatan sophisticated. Manakala memerhati bagaimana dia bertutur pula sudah cukup untuk menjelaskan latar belakangnya termasuk tahap pendidikan, keluarga juga ‘sedikit’ personaliti. Kadang kala, melihat wanita memakai pakaian pejabat yang ringkas juga membuatkan saya cair!”

5. Kebijaksanaan.

“Wanita yang bijak adalah wanita yang seksi! Bukan bermakna si dia perlu mempunyai sejarah ‘pelajar cemerlang’ tetapi tahu tentang kerja-kerja yang dilakukannya, peka dengan isu semasa, bijak menyelesaikan masalah dan matang. Contohnya, jika si dia sedang membuat persembahan kerja dalam mesyuararat, saya suka melihat wanita yang fasih dan lancar dalam percakapannya, tangkas menjawab setiap pertanyaan dan bahasa tubuh yang begitu meyakinkan. Mereka yang bijak juga tidak mudah melatah jika berdepan sebarang masalah. Sebaliknya, mereka akan duduk diam seketika dan memikirkan cara terbaik untuk menanganinya. I find it so attractive!”



6. Hormat orang tua.

“Aduhai, boleh gugur jantung saya kalau melihat wanita tahu beradab sopan di hadapan orang tua! Tidak tahu mana silapnya, sifat ketimuran ini semakin sukar dilihat di kalangan wanita muda masa kini. Adab sopan yang dimaksudkan termasuk salam dan cium tangan orang tua, tunduk ketika berjalan di hadapan tetamu, pandai membawa diri dan menang tangan di dapur tanpa disuruh. Tetapi, biarlah ‘natural’ dan bukan dibuat-buat. Saya lebih senang jika mereka selesa menjadi diri sendiri. Memandangkan kedua-dua ibu bapa saya menetap di Kedah, saya ‘menguji’ dengan membawa mereka bertemu nenek di Dengkil iaitu berdekatan tempat saya bekerja. Hah, masa itulah kita boleh melihat bagaimana si dia bereaksi bersama orang tua!”

7. Berbaju kurung.

“Kenapa wanita dilihat lebih kerap memakai baju kurung hanya ketika menjelangnya Hari Raya? Saya sering tertanya-tanya kerana wanita yang berbaju kurung bukan sahaja cantik, malah sangat ayu dan sopan! Mungkin saya jenis lelaki yang mempunyai traditional minded tetapi baju kurung sebenarnya membuatkan mana-mana wanita pun kelihatan lebih anggun. Apatah lagi jika dipadankan dengan kasut tumit tinggi…wow, hati saya pasti berdebar-debar! Lihat sahaja penyanyi, Ana Raffali yang tidak segan berbaju kurung walau ketika beraksi di pentas. Sambil memegang gitar dan menyanyi, Ana adalah contoh wanita Timur yang sangat menawan. Paling menarik, jika si gadis berbaju kurung mendandan rambutnya ke sisi dengan kemas. Ah, bisa membuatkan saya terpaku!”



8. Potongan badan menarik.

“Sebaik menonton filem Transformers: Dark of the Moon, terdetik dalam hati saya, “Oh, alangkah seronoknya jika hidup ditemani wanita yang memiliki potongan badan seperti Rosie Huntington-Whiteley!” Bukan demanding tetapi wanita yang bertubuh cantik bukan sahaja kelihatan menarik tetapi ini juga menandakan mereka pandai menguruskan diri. Mana tidaknya, sana sini restoran makanan segera boleh ditemui. Bimbang nanti wanita yang didampingi turut ‘terjebak’ menjadi mangsa makanan berlemak itu. Sungguh tidak menyihatkan! Jadi, wanita dengan potongan badan yang kurus, tinggi dan menggiurkan menjadi perkara yang boleh membuatkan saya jatuh cinta dengan begitu cepat!”

9. Rambut paras lepas bahu.

“Mungkin disebabkan trend kecantikan dan pengaruh selebriti Barat, lebih ramai wanita Asia kini lebih gemar mewarnakan dan memotong rambut pendek. Bagi saya, penukaran gaya itu hanya ‘menghilangkan’ kecantikan asli mereka! Tidakkah cantik sekadar membiarkan rambut hitam yang ikal dan sihat melepas bahu tanpa perlu mengubahnya? Bukan sahaja menawan, malah warna rambut asal yang panjang sekali gus mampu menunjukkan kecantikan wanita Asia yang dimiliki mereka secara semulajadi. Sedangkan golongan gadis berambut perang di Barat pun beriya-iya mahu menukar warna rambut kepada hitam. Lihat saja penyanyi, Camelia. Biarpun dia dikenali dengan gaya high fashion, tetapi masih menonjolkan ciri ketimurannya. She’s so beautiful!”

10. Berkaca mata.

“Entah mengapa, saya pantang melihat wanita berkaca mata, pasti mata ingin terus melihatnya. Apatah lagi jika wanita itu mengenakan solekan mata yang natural dan bijak bergaya, saya akan terus, terus dan terus melihatnya. Biarpun hingga dia berasa tidak selesa dengan renungan saya! Haha! Wanita yang berkaca mata membuatkan mata lebih cantik dan secara tidak langsung, menjadikan penampilan mereka lebih seksi. Selain itu, kaca mata juga membuatkan mereka kelihatan smart! Tetapi bukanlah seperti nerdy, asalkan si dia bijak bergaya selain pandai mendandan rambut dengan sedikit tresses, I can go nuts!”

]]>
Umur 29 tahun dah dikurniakan 7 anak, wanita kongsi rasa bersyukur kerana kahwin muda https://redaksi.com/8797-umur-29-tahun-dah-dikurniakan-7-anak-wanita-kongsi-rasa-bersyukur-kerana-kahwin-muda Wed, 28 Oct 2020 13:03:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8797 Berkahwin pada usia yang muda nampaknya sudah mula diterima ramai. Walaupun masih ada kata-kata yang tidak enak tetapi pasangan yang kahwin muda ini lebih suka untuk tidak ambil tahu akan hal orang lain. Yang seronoknya, masih muda tetapi anak-anak semua sudah besar boleh jadi kawan baik.



Nak sepuluh orang anak

Perkara ini juga dikongsikan oleh Puan Anna Mukhtar menerusi Facebook Kami Suri Rumah. Dia yang berusia 29 tahun sudah memiliki 7 orang anak yang terdiri daripada lima perempuan dan dua lelaki. Anna juga menyimpan cita-cita untuk memiliki sepuluh orang anak jika diizinkan.

Sekarang lebih bahagia

Menurutnya, dia berkahwin pada usia yang muda, namun dia tidak menyesal menamatkan zaman bujangnya secepat itu. Walaupun ada yang bertanya pelbagai soalan, dia menjelaskan bahawa kehidupan sekarang ini lebih bahagia dari sebelum ini.

Katanya, dia bahagia memiliki anak ramai seperti sekarang ini dan percaya bahawa setiap anak yang dilahirkan itu mempunyai rezeki yang tersendiri.


Mental kena kuat

Walaupun penat melayani telatah anak-anaknya yang masih kecil tetapi dia percaya akan senang dihari tua kelak. Baginya kekuatan mental sangat penting dan jangan cepat putus asa, pasti segalanya dipermudahkan.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata seronok melihat keluarga Anna yang meriah itu, malah ada juga diantara mereka yang menginginkan anak ramai. Bukan itu saja, ramai yang ingin tahu rahsia akan bentuk tubuhnya yang masih cantik walaupun sudah memiliki anak tujuh.



]]>
“Sorang Je Anak, Tak Nak Tambah Anak Lagi Ke?” Jom Lihat Jawapan Deep Ini! https://redaksi.com/4799-sorang-je-anak-tak-nak-tambah-anak-lagi-ke-jom-lihat-jawapan-deep-ini Tue, 08 Jan 2019 10:21:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4799 Sudah lumrah hidup dalam masyarakat, pasti ada sahaja yang ingin ditanya dan tahu sedikit perkembangan. Namun, segala persoalan itu kadang-kala menyakitkan hati bagi sesetengah individu kerana seperti tidak menjaga sensitiviti.

Bila masih single, dikatakan kita memilih…

Bila dah kahwin, ditanya bila nak ada anak…

Bila dah ada anak sorang, ditanya lagi tak nak tambah anak ke? Anak tu rezeki, jangan sekat…

Berkenaan dengan isu ini, Encik Nur Firdaus telah berkongsi pengalamannya di laman facebook nya sendiri….

********

O: Orang

K: Kiter

O: Anak berapa orang dah sekarang tuan?
K: Alhamdulillah, 2 orang dah setakat ini. Yang pertama lelaki, yang kedua perempuan.

O: Oh, tu baru nak mula namanya (sedikit tergelak sehingga menampakkan plak dan karies). Saya alhamdulillah, nak masuk 9 dah tengah tahun nanti.
K: Alhamdulillah, murah rezeki dari Allah tu. Seronok kan anak ramai ni?

O: Memang seronok tuan. Eh, tuan memang tak nak ramai-ramai ke? Anak ramai ni kan sunnah nabi. Nabi bangga dengan umatnya yang ramai, tak gitu tuan?
K: Betul tu. Anak ramai adalah sesuatu yang disukai Allah dan Rasulullah. Tapi kena faham juga. Meramaikan anak adalah sesuatu yang DIANJURKAN SAHAJA. Kalau tidak ramai, tiada masalah, dan tidak dicela pun dalam syarak. Tetapi memanusiakan, menginsankan, dan mengkhalifahkan setiap orang anak adalah sesuatu yang WAJIB. Jika tidak tertunai, ia dicela oleh syarak.

O: Hmm.. (terdiam sekejap)

K: Nabi berbangga dengan anak yang ramai, tetapi dalam hadis yang lain nabi sedikit kesal akan sebahagian umatnya yang akhir zaman hanya seperti buih di lautan. Islam agama kualiti, bukan kuantiti. Bila bertemu perkara yang wajib dan sunat, maka yang wajib perlu sentiasa didahulukan.

O: Jadi, tuan memang takut anak ramai ke? (defense mechanism)
K: Bukan begitu. Saya jalan perlahan-lahan. Selesai sahaja satu tahap, baru saya ke tahap seterusnya. Allah tidak akan soal kenapa anak saya tidak ramai, tetapi Allah akan soal kenapa saya tidak bertanggungjawab ke atas anak-anak yang TELAH dianugerahkanNya. Eh, terpanjang pula :)

O: Betul jugak tu. Terbuka sikit minda saya ni tuan. Nampaknya banyak la kerja saya lepas ni.
K: Slow and steady tuan, yang dah ada ini fokus betul-betul. 9 orang, maknanya ada 9 fail yang akan dibuka (di Mahsyar) nanti. Tuan orang baik, tiada masalah insyaAllah. Ok tuan, saya nak ke sana kejap. Assalamualaikum.

_________________________________

#QualityRatherThanQuantity

#1child1file

********

Semoga Bermanfaat!

]]>
Sebelum Menjadi Isteri, Lakukan 7 Perkara Ini Untuk Persediaan Mental Dan Fizikal (Bahagian 2). https://redaksi.com/2897-sebelum-menjadi-isteri-lakukan-7-perkara-ini-untuk-persediaan-mental-dan-fizikal-bahagian-2 Thu, 19 Jul 2018 10:47:32 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2897

JADI, DARI SEGI ASPEK YANG BAGAIMANA SEORANG WANITA HARUS PERSIAPKAN DIRI UNTUK FIZIKAL DAN MENTAL?

Keempat wajah;

Untuk mendapat wajah yang berseri ketika majlis perkahwinan, mekap bukan lah perkara utama yang membuatkan wajah anda menjadi gebu dan mulus. Perkara utama yang anda perlu ketahui adalah dengan penjagaan dalaman badan, elakkan minuman berkafein bergelas-gelas pada satu hari. Tahanlah godaan kafein tersebut, tetapi minum air kosong yang secukupnya.


Dan jangan lupa makan vitamin C untuk kulit yang sihat dan membuat facial. Tidak perlu facial yang mahal, buat dirumah sahaja memadai.

4. Bermanja dengan keluarga sepuas-puasnya.

Mengapa Allah SWT memberi anda masa untuk bertemu jodoh? Ia adalah dengan untuk menikmati waktu dan masa bersama dengan keluarga sepuas-puasnya. Ketika ini lah anda masih boleh bermanja dengan ibu untuk tidur bersama dengannya, menyuapkan makanan, mengurut badan ibu dan membuat pelbagai aktiviti lagi.

Lakukan pelbagai aktiviti yang tidak dirancang bersama ibu bapa dan adik-beradik, nanti dah kahwin pasti ingin duduk bawah ketiak si suami pula. Nak keluar pun kena minta izin suami tau!


5. Hadiahkan sesuatu yang istimewa pada diri.

Sementara anda masih SINGLE BUT NOT AVAILABLE, luangkan masa untuk sendirian juga yang dipanggil ‘ME TIME’. Emosi setelah berkahwin, anda pasti tidak dapat menjangka kerana mahu ‘Me Time’ pun suami tak bagi nanti. Dugaan berkahwin ini besar, jadi persiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk harungi segala hal diluar jangkaan.

6. Pergi bercuti bersama sahabat baik anda.

Jika berkesempatan luangkan juga masa bersama sahabat anda. Setelah berkahwin anda akan jarang meluangkan masa bersama mereka kerana BFF anda adalah suami anda kelak. Luangkan aktiviti seperti ‘Short Trip’ kemana-mana sahaja. Jika sahabat baik anda sudah berkahwin, luangkan masa berkelah juga sudah memadai.


7. Persiapkan diri dengan kehidupan alam perkahwinan.

Anda harus persiapkan diri anda dengan pelbagai ilmu. Rajinkan bertanya pada yang lebih berpengalaman, pergi ke majlis ilmu agama dan rajin membaca ilmu kekeluargaan. Ketika ini jangan masih sibuk menonton drama korea sehingga akhir episode dan insomnia. Bagaimana untuk terapkan perasaan tanggungjawab didalam diri jika tiada rasa empati?

Ingat, dugaan berkahwin ini besar dan tanggungjawab anda sebagai isteri akan menjadi lebih besar!


 

]]>
Hukum Tidak Berkahwin. https://redaksi.com/445-hukum-tidak-berkahwin Wed, 12 Jul 2017 11:39:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=445 Assalamuaikum ustaz, Saya ada satu soalan. Apakah hukumnya bagi orang Islam yang tidak berkahwin? Adakah kalau kita tidak berkahwin Nabi Muhammad SAW tidak akan mengaku kita umatnya? Tetapi berdasarkan pengetahuan saya, ulama terkenal Ibn Jarir al-Tabari dan Jalal al-Din al-Suyuti tidak berkahwin sepanjang hayat mereka. Tolonglah jawab soalan saya ini. Daripada Hamba Allah yang bujang, Sungai Petani, Kedah.



Jawapan.

Untuk menjawab soalan berkenaan dengan hukum orang Islam lelaki yang tidak berkahwin, hendaklah kita melihat kepada keadaannya. Para ulama telah menjelaskan bahawa hukum berkahwin itu terbahagi kepada tiga keadaan. Keadaan pertama, dia tidak mempunyai syahwat terhadap wanita, maka hukumnya mubah iaitu dibenarkan. Keadaan kedua, dia mempunyai syahwat terhadap wanita tetapi masih dapat mengawal dirinya daripada berzina jika tidak berkahwin, maka hukum berkahwin baginya adalah sunat. Keadaan ketiga, dia mempunyai syahwat terhadap wanita dan sukar mengawalnya, bahkan boleh menyebabkan dia berzina atau beronani jika tidak berkahwin, maka hukum berkahwin baginya adalah wajib. Begitulah ringkasan huraian para ulama seperti al-Mardawi dalam kitabnya al-Insaf, berkenaan hukum berkahwin. Seterusnya, bagi keadaan kedua dan ketiga, sekiranya dia tidak mempunyai kemampuan dari sudut harta, maka hendaklah dia berpuasa untuk menahan gelojak nafsunya.

Rasulullah SAW telah pun bersabda, “Wahai sekelian remaja, siapa yang mempunyai kemampuan hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa akan mengurangi nafsunya" (Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400).



Adapun kalau kita tidak berkahwin, Nabi Muhammad SAW tidak akan mengaku kita umatnya, setakat pembacaan saya, hadis-hadis yang membawa maksud ini adalah daif dan tidak sahih. Perkara ini telah pun dinyatakan oleh al-Imam al-Sakhawi dalam kitabnya. al-Maqasid al-Hasanah. Berkenaan dengan para ulama yang tidak berkahwin, memang benar terdapat sejumlah para ulama yang tidak berkahwin. Akan tetapi ini tidak boleh dijadikan hujah untuk umat Islam dewasa ini menjauhi amalan mulia ini, iaitu perkahwinan.

Keadaan-keadaan.

Para ulama yang tidak berkahwin itu, mereka mempunyai keadaan-keadaan tertentu yang menyebabkan mereka tidak berkahwin seperti kesungguhan dalam berdakwah dan mengajar, peperangan dan sebagainya. Justeru hendaklah kita mendahulukan hadis Nabi SAW yang menggalakkan perkahwinan dan janganlah kita jadikan perbuatan sebahagian para ulama itu sebagai alasan untuk meninggalkan sunah Rasulullah SAW yang mulia ini. Satu perkara yang perlu ditekankan di sini ialah hukum orang yang tidak berkahwin kerana dia ingin fokus melakukan ibadah. Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang tidak wajar.



Perbuatan ini telah ditegur oleh Rasulullah SAW. “Di zaman Nabi SAW, apabila datangnya tiga orang lelaki bertanyakan tentang amalan Nabi SAW, setelah diberitahu oleh isteri-isteri Baginda, mereka merasakan amalan Rasulullah SAW seperti sedikit. Lalu salah seorang daripada mereka berkata, “Saya akan solat malam selamanya." Seorang lagi berkata, “Saya akan puasa sepanjang tahun." Dan seorang lagi berkata, “Saya akan menjauhi wanita dan tidak akan berkahwin buat selamanya." Setelah Rasulullah SAW pulang dan diberitahu tentang perkara ini, Baginda telah bersabda, “Anda semua berkata begini dan begitu. Sesungguhnya akulah yang paling takutkan Allah dan bertaqwa terhadap-Nya. Akan tetapi aku puasa dan berbuka, solat dan tidur, aku juga mengahwini wanita. Maka siapa yang benci sunahku, dia bukan golonganku" (Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari no. 5063 dan Muslim no. 1401). Hadis ini jelas menunjukkan bahawa menjauhi amalan perkahwinan dengan alasan memberi fokus kepada amalan ibadah adalah suatu perbuatan yang menyalahi sunah Rasulullah SAW.

]]>
Sebabkan Dah Mabuk Cinta, Kadang Kala Mudah Terleka Adakah Dia Mencintai Anda Atau Sekadar Nafsu Semata-Mata. https://redaksi.com/7043-sebabkan-dah-mabuk-cinta-kadang-kala-mudah-terleka-adakah-dia-mencintai-anda-atau-sekadar-nafsu-semata-mata Sat, 31 Aug 2019 23:23:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7043 Orang yang sedang mabuk cinta ini memang tak dapat bezakan adakah itu benar-benar cinta sejati ataupun tidak. Bagi dirinya, jika mereka ini saling ada untuk antara satu sama lain, itu adalah tanda-tanda bahawa mereka saling mencintai.

Ada orang mungkin mencintai anda kerana duit, nafsu, paras rupa, ataupun kerana hati. Setiap orang yang anda anggap mencintai anda itu belum tentu mencintai anda setulus hatinya.



Jadi sebelum anda terbuai dengan cinta yang tidak sepatutnya itu, lebih baik kalau anda segera menyedarinya, adakah dia itu sebenarnya betul-betul menginginkan anda kerana sayang ataupun kerana nafsu semata-mata.

Pasti anda bingung macam mana nak ketahuinya bukan? Ini ada berapa cara;



1. Memuji kecantikan anda.

Jika dirinya memuji bahawa anda kelihatan lawa mungkin itu beranggap ia perkara biasa. Tetapi ia lebih kepada memuji sesuatu yang seksual. Sebagai contoh, tubuh badan, bibir, bahagian sulit, dan pelbagai lagi yang boleh dilihat dari segi seksual. Bukannya luaran tetapi ia lebih mendalam.

2. Sentuhan.

Jika tersentuh itu mungkin perkara yang tidak sengaja dilakukan. Tetapi apabila cuba untuk melakukan sesuatu dengan sengaja seperti tersentuh bahagian sulit, tangan atau apa-apa pun yang mencurigakan tentu sahaja ia berdasarkan nafsu semata-mata.

3. Melalui pesanan.

Menggunakan hint untuk memiliki sesuatu yang sepatutnya pasangan suami isteri yang sah sahaja yang boleh melakukan itu juga merupakan dorongan nafsu semata-mata. Mula-mula mungkin hanya menggunakan pesanan tetapi lama-kelamaan mungkin dia berani untuk memberitahu secara depan-depan.



4. Adakah kalian berubah menjadi baik?

Cuba anda bayangkan, adakah dengan hubungan sebegini mampu membawa kebaikan kepada anda. Di mana, sepatutnya pasangan yang baik ini akan membimbing mengajak anda untuk melakukan kebaikan namun hubungan anda pula sebaliknya.

5. Adakah ada jaminan untuk masa depan?

Hubungan yang sedang anda lalui ini, adakah ia akan memiliki satu masa depan yang cerah? Ataupun hubungan tersebut sekadar untuk diambil kesempatan dan mengambil kesempatan sahaja? Jika ada rasa jaminan, adakah anda akan bahagia dengan orang seperti ini?

Hubungan seperti ini bukannya boleh dibuat main, anda perlu segera sedar sebelum ia melarat. Lebih baik kalau anda segera tinggalkan sebelum semuanya semakin parah.

]]>
Adab-Adab Yang Perlu Dijaga Buat Pasangan Yang Sedang Hangat Bercinta. https://redaksi.com/1833-adab-adab-yang-perlu-dijaga-buat-pasangan-yang-sedang-hangat-bercinta Mon, 02 Apr 2018 12:43:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1833 Masa bercinta ini memang semua perkara seronok. Lagi-lagi diawal percintaan, semua perkara kita nak buat bersama-sama. Kalau boleh semua perkara nak dikongsikan bersama. Nak tinggal sekejap pun dah rasa rindu lah, sayang lah. Betul ke cara kita bercinta ini? Bukan bercinta ini pun ada adab-adab yang kita jaga ke? Agar tidak mencemarkan maruah ibu bapa kita nanti. Tapi apa adab yang kita perlu jaga masa bercinta ini?

Antara adab-adab yang perlu dijaga buat pasangan bercinta ialah:



1. Jangan berdua-duaan di tempat gelap.

Apabila anda dan pasangan hanya berdua di kawasan yang gelap, siapakah yang ketiga? Pasti dia adalah syaitan hamba Allah yang menyesatkan manusia. Berdua-duaan ini bukan hanya di tempat gelap sahaja tapi di tempat cerah juga jangan berdua-duaan. Hal ini kerana, syaitan dan nafsu akan mempengaruhi anda untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

2. Jangan bergambar yang mendatangkan buruk sangka.

Sekarang ini semua perkara hendak dikongsi di media sosial. Saat-saat bahagia bersama pasangan pun kalau boleh nak dikongsi juga. Tapi ingat nak kongsi itu boleh, tapi bagaimana anda mengambil gambar bersama dengannya? Adakah terlalu rapat? Jika ya, ia adalah perkara yang akan mendatangkan buruk sangka oleh ramai pihak. Lagipun anda dan pasangan masih belum ada ikatan yang sah. Jadi kesian ibu bapa anda, jaga maruah mereka.

3. Jangan terlalu intim.

Tahu, rasa kehilangan itu sakit tapi janganlah hubungan anda dan pasangan ini terlalu intim. Intim di sini bermaksud anda dan pasangan saling berpelukan dan berpegang tangan di khalayak ramai. Ia akan menimbulkan fitnah di samping anda dan pasangan kan masih lagi bukan muhrim. Jadi ia berdosa serta mampu membangkitkan nafsu yang akhirnya melakukan maksiat. Jadi cuba elakkan perkara tersebut.

4. Penggunaan nama panggilan yang melampau.

Ini juga sudah menjadi kebiasaan orang sekarang bercinta. Gelaran untuk panggilan manja ‘kononnya’ itu lebih melampau jika hendak dibandingkan dengan orang yang sudah bernikah Ini. Cuba menjaga batas anda dan pasangan. Panggilan seperti ini tidak akan menambah rasa sayang tapi ia menambah untuk melakukan maksiat.

5. Membalas SMS yang melampau.

Telefon bimbit adalah salah satu peralatan untuk mengekalkan sepasang kekasih itu terus berhubung. Tetapi kadang kala ia disalah gunakan. Di mana ia digunakan untuk berkongsi perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh berkongsi gambar yang tidak menutup aurat dan berbalas sesama pasangan dengan ayat-ayat yang mampu membawa kemaksiatan.

Bercinta sebelum bernikah ini adalah dibolehkan, Cuma kita perlu tahu batas dan adab-adab ketika sedang menjalinkan perhubungan. Hal ini kerana, demi menjaga nama baik keluarga dan juga diri sendiri.

]]>
Cinta dan Rindu Menurut Islam. https://redaksi.com/867-cinta-dan-rindu-menurut-islam Sun, 13 Aug 2017 14:22:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=867 TENTANG HATI.

Banyak orang bercakap tentang permasalahan cinta tapi tidak sesuai dengan yang sebenarnya. Atau tidak menjelaskan batasan-batasan dan maknanya secara syar’i. Dan seakan-akan yang membahas masalah ini mempunyai pemahaman yang salah bahawa ianya berkaitan dengan akhlaq yang rendah dan perzinaan, satu perkataan yang keji. Dan dikaitkan pula dengan zina hati. Hal ini adalah salah. Cinta dan rindu adalah sesuatu yang berkaitan dengan manusia yang memotivasi mereka untuk menjaga dan mendorong kehormatan dan kemuliaannya. Aku memandang pembicaraan ini yang terpenting adalah batasannya, penyimpangannya, kebaikannya dan keburukannya. Cinta dan rindu adalah dua kalimat yang ada dalam hati setiap manusia, dan mereka memberi makna tentang kedua-dua hal ini sesuai dengan apa yang mereka rasai.



CINTA (AL-HUBB).

Cinta, iaitu Al-Widaad yakni kecenderungan hati pada yang dicintai. Itu termasuklah amalan hati, bukan amalan anggota badan atau zahir. Pernikahan contohnya, tidak akan bahagia dan berfaedah kecuali jika adanya cinta dan kasih sayang yang lahir dalam hati-hati pasangan suami isteri. Dan kunci kepada tumbuhnya kecintaan adalah melalui pandangan. Oleh disebabkan itulah, Rasulullah SAW menganjurkan pada orang yang meminang untuk melihat pada yang dipinang agar sampai pada kata sepakat dan cinta. Sungguh telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Nasa’i dari Mughirah bin Su’bah r.a berkata: “Aku telah meminang seorang wanita.” Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadaku: “Apakah kamu telah melihatnya?” Aku berkata: “Belum.” Maka beliau bersabda: “Maka lihatlah dia, kerana sesungguhnya hal itu pada akhirnya akan lebih menambah kecocokan dan kasih sayang antara kalian berdua.”



Kebanyakan orang, lebih-lebih pemuda dan pemudi, mereka takut untuk menghadapi cinta kerana tanggapan bahawa cinta yang tumbuh di dalam hati itu adalah dosa dan mereka mengira diri mereka sedang bermaksiat, berzina hati, bahkan salah seorang di antara mereka memandang, bila hatinya condong pada seseorang bererti dia telah berbuat dosa. Kenyataannya, bahwa di sini banyak sekali kerancuan-kerancuan dalam pemahaman mereka tentang cinta dan apa-apa yang tumbuh dari cinta itu, di mana mereka beranggapan bahawa cinta itu suatu maksiat, kerana sesungguhnya dia memahami cinta itu dari apa-apa yang dilihatnya dari lelaki-lelaki rosak dan perempuan-perempuan rosak di kalangan mereka, yang mana mereka-meraka itu menegakkan hubungan yang tidak disyariatkan oleh Allah SWT. Mereka saling duduk, bermalam, bergurau mesra, saling menari, dan minum-minum, bahkan sampai mereka berzina di bawah semboyan cinta. Banyak orang mengira bahawa cinta tidak ada lain kecuali yang demikian itu. Padahal sebenarnya tidak begitu, justeru sebaliknya. Sesungguhnya kecenderungan seorang lelaki pada wanita dan kecenderungan wanita pada lelaki itu merupakan syahwat daripada syahwat-syahwat yang telah Allah SWT hiaskan pada manusia dalam masalah cinta. Ertinya Allah SWT menjadikan di dalam syahwat apa-apa yang menyebabkan hati lelaki itu cenderung pada wanita, sebagaimana firman Allah SWT:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak…” – Aali-’Imran: 14.

Allah SWT-lah yang menghiasi bagi manusia cinta pada syahwat ini, maka manusia mencintainya dengan cinta yang besar, dan sungguh telah tersebut dalam hadis bahawa Nabi SAW bersabda:

“Diberi rasa cinta padaku dari dunia kalian: wanita dan wangi-wangian dan dijadikan penyejuk mataku dalam solat.” – HR Ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi.

Andaikan tidak ada rasa cinta lelaki pada wanita atau sebaliknya, maka tidak adalah pernikahan, tidak adalah keturunan dan tidak adalah keluarga. Namun begitu, Allah SWT tidaklah menjadikan lelaki cinta pada wanita atau sebaliknya supaya menumbuhkan di antara keduanya hubungan yang diharamkan, tetapi untuk menegakkan hukum-hukum yang disyari’atkan iaitu pernikahan seperti dalam hadis Ibnu Majah, dari Abdullah bin Abbas r.a berkata: telah bersabda Rasulullah SAW: “Tidak terlihat dua orang yang saling mencintai, seperti pernikahan.” Dan agar orang-orang Islam menjauhi jalan-jalan yang rosak atau keji, maka Allah SWT telah menyuruh yang pertama sekali agar menundukkan pandangan, kerana ‘pandangan’ itu kunci kepada hati, dan Allah SWT telah haramkan semua sebab-sebab yang membawa pada fitnah, dan kekejian, seperti berduaan dengan orang yang bukan mahramnya, bersalaman, berciuman antara lelaki dan wanita, kerana perkara-perkara ini dapat menyebabkan condongnya hati. Maka bila hati telah condong, dia akan sulit sekali menahan jiwa setelah itu, kecuali yang dirahmati Allah SWT.



Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menyeksa manusia dalam kecenderungan hatinya. Akan tetapi manusia akan diseksa dengan sebab jika kecenderungan itu diikuti dengan amalan-amalan yang diharamkan. Contohnya: apabila lelaki dan wanita saling memandang tanpa batasan atau berduaan-duaan, lalu cenderunglah hati kedua-duanya, sesungguhnya kecenderungan hati ini tidak akan menyebabkan kedua-duanya diseksanya, kerana hal itu berkaitan dengan hati, sedang manusia tidak bisa menguasai hatinya, akan tetapi, kedua-duanya diazab kerana apa yang mereka lakukan, iaitu memandang tanpa batasan dan berdua-duaan. Dan kedua-duanya akan dimintai pertanggungjawaban, dan akan diseksa juga dari setiap perkara haram yang mereka perbuat setelah itu seperti berciuman, bermesraan dan berzina.

Adapun cinta yang tulus ikhlas dan murni, yang dijaga kehormatannya, maka tidak ada dosa padanya, bahkan telah disebutkan oleh sebahagian ulama seperti Imam Suyuthi, bahawa orang yang mencintai seseorang, lalu menjaga kehormatan dirinya dan dia menyembunyikan cintanya maka dia diberi pahala, sebagaimana akan dijelaskan dalam bab ‘Rindu’ di bawah. Menjaga kehormatan diri itu sungguh sangat sukar. Yang paling selamat adalah menjauhi semua sebab yang menjerumuskan hati dalam persekutuan cinta. Daripada kedua-dua golongan ini (yang mencintai serta menjaga kehormatan dan yang mengelak daripada cinta), sungguh sangat sedikit mereka yang selamat.

RINDU (AL-’ISYQ).

Rindu itu ialah cinta yang berlebihan. Ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kehinaan. Maka rindu tersebut bukanlah hal yang tercela dan keji secara mutlak. Boleh jadi, orang yang rindu itu, rindunya disertai dengan menjaga diri dan kesucian, dan kadang-kadang ada rindu yang disertai kerendahan dan kehinaan. Sebagaimana telah disebutkan tentang cinta, maka rindu juga seperti itu, termasuk amalan hati, yang manusia tidak mampu menguasainya. Tapi manusia akan dihisab atas sebab-sebab yang diharamkan dan atas hasil-hasilnya yang haram. Adapun rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi’ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahwa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram.



Makna ucapan Suyuthi adalah orang-orang yang memendam kerinduan baik lelaki mahupun perempuan, dengan tetap menjaga kehormatan dan menyembunyikan kerinduannya sebab dia tidak mampu untuk mendapatkan apa yang dirindukannya dan bersabar atasnya sampai mati kerana kerinduan tersebut, maka dia mendapatkan pahala syahid di akhirat. Hal ini tidak aneh jika fahami kesabaran orang ini dalam kerinduan bukan dalam kefajiran yang mengikuti syahwat dan dia bukan orang yang rendah yang melecehkan kehormatan manusia bahkan dia adalah seorang yang sabar, menjaga diri meskipun dalam hatinya ada kekuatan dan ada keterkaitan dengan yang dirindui, dia tahan kekerasan jiwanya, dia ikat anggota badannya sebab ini di bawah kekuasaannya. Adapun tentang hatinya dia tidak bisa menguasai, maka dia bersabar atasnya dengan sikap afaf (menjaga diri) dan menyembunyikan kerinduannya sehingga dengan itu dia mendapat pahala.

Wallahu a’lam.

]]>
5 Kata-Kata Pujian Atau Sokongan Yang Lelaki Inginkan Daripada Wanita Kesayangan. https://redaksi.com/1863-5-kata-kata-pujian-atau-sokongan-yang-lelaki-inginkan-daripada-wanita-kesayangan Wed, 04 Apr 2018 14:41:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1863 Bukan wanita sahaja yang menagihkan kata-kata pujian daripada pasangan tercintanya, malah lelaki juga ingin dimanja dengan kata-kata pujian daripada kekasih hati. Jika wanita suka berleter dan membebel tiada arah tuju sehingga boleh menimbulkan pergaduhan, anda boleh mencuba dengan kaedah memuji atau memberi kata-kata positif kepada pasangan, jom baca!

1. “Saya akan sentiasa menyokong sayang!”

Sentiasa bermanis wajah pada pasangan, memanggil dengan panggilan sayang dan memberi kata-kata positif pada mereka. Sudah tentu sejuk hati pasangan menerima kata-kata sokongan daripada anda kan? Kita sering melihat, sudah la dengan tidak menjaga penampilan, sentiasa berleter, bermasam muka pula, bagaimana pasangan kita tidak selalu tertekan?


2. “Terima kasih sayang sebab tolong saya kemas rumah”

Sentiasa ucapkan terima kasih setelah pasangan anda menolong dalam apa jua keadaan dan situasi. Kata-kata terima kasih juga mampu membuat lelaki rasa di hargai. Ini menunjukkan, wanita nampak dan sedar akan usaha lelaki itu untuk menolong anda. Lelaki akan terbeban jika pasangannya ‘buat dek’ dengan mereka.

3. “Saya hormat segala pendapat abang”

Walaupun anda, wanita di luar sana, lebih bekerjaya daripada pasangan, pendapatan lebih besar, umur lebih tua daripada pasangan, JANGAN sesekali memandang rendah pada lelaki. Sentiasa menghormati mereka, lebih-lebih lagi jika anda berdua sudah berumah tangga!


4. “Hari ni sayang sihat? Kerja macam mana?”

Walaupun lelaki ini sentiasa tidak mahu bercakap tentang kerja dan sering bersendirian, anda pula jangan pula tidak berkomunikasi langsung dengan pasangan. Pastikan anda memulakan perbualan dengan ringkas. “Abang okay?” Jika si dia hanya mengangguk tanpa berkomunikasi, jangan pula anda memaksa mereka untuk bercerita. Tunggu sehingga mereka bertenang, okay?

5. “Hai, handsome!”

Jarang wanita ingin memuji pasangan mereka dengan kata-kata begini. Pasangan anda tidak lah sekacak Fattah Amin atau Zul Ariffin, tetapi kata-kata pujian seperti ini akan menambahkan lagi semangat pasangan anda. Sudah tentu bagi pandangan mata anda, mereka lah lelaki yang paling kacak telah menawan hati anda bukan. Jika tidak, bagaimana anda boleh terpikat pada si dia? Cukup sedap mata memandang.


]]>
Maksud Tersirat Di Sebalik Sirih Junjung. https://redaksi.com/810-maksud-tersirat-di-sebalik-sirih-junjung Wed, 09 Aug 2017 11:57:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=810 Maksud Tersirat Di Sebalik Sirih Junjung.

Adat masyarakat Melayu, sirih junjung adalah perkara wajib dibawa ketika proses merisik dan meminang. Ia diibaratkan sebagai `penghulu’ kepada segala hantaran. Zaman dulu, sirih junjung disediakan oleh pihak lelaki dan tepak sirih dilengkapi gambir, pinang dan kapur pula pihak perempuan. Fungsinya sebagai `pembasah mulut’ ataupun sebagai pembuka bicara.



Makna tersirat:

- Sirih : Diertikan sifat rendah diri dan sentiasa memuliakan orang lain.

- Kapur : Melambangkan hati seseorang yang putih bersih serta tulus, tetapi dalam keadaan tertentu yang memaksa ia akan berubah lebih agresif dan marah.

- Gambir : Sifatnya yang kelat kepahit-pahitan memberikan erti kecekalan hati.



- Pinang : Digambarkan sebagai lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi darjatnya serta jujur.

- Tembakau : Melambangkan seseorang yang berhati tabah dan sedia berkorban dalam segala hal.

Zaman dulu, pihak keluarga penerima akan mengagihkan kepada saudara-mara helaian daun sirih daripada sirih junjung apabila selesai majlis. Lazimnya, sirih diberi kepada anak gadis untuk diambil berkatnya supaya segera bertemu jodoh. Untuk menghasilkan sirih junjung, daun sirih yang segar dan tidak rosak rupa fizikalnya dipilih. Saiz yang dipilih juga pelbagai.

]]>
Jika Mahu Bakal Suami Yang Baik, Anda Perlu Lihat 4 Perkara Ini. https://redaksi.com/2326-jika-mahu-bakal-suami-yang-baik-anda-perlu-lihat-4-perkara-ini Mon, 21 May 2018 10:57:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2326 Seorang lelaki yang dikenali sebagai Encik Mat atau Muhammad Ahmad berkongsi cerita tentang alam perkahwinan di alam realiti dan bukan fantasi semata-mata. Ini kerana, zaman sekarang terlalu ramai gadis-gadis terpengaruh kuat pada novel dan drama televisyen yang sangat tidak masuk akal.


Untuk memilih jodoh, terutamanya si gadis untuk memilih bakal suami, jangan cepat tergoda dan terpengaruh dengan janji-janji manis si lelaki seperti drama televisyen. Jadi jom kita sama-sama hayati nasihat ini di bawah ini.

“Walau 10 tahun kita kenal pasangan kita belum tentu kita kenal dia luar dalam seperti lepas kahwin. Kalau sebelum kahwin, berjanji setia, belum tentu selepas kahwin dia kotakan janjinya”.

Ini pesanan Encik Matt buat gadis dalam memilih calon suami.


Sebelum kahwin ini biasanya akan dijanjikan oleh lelaki yang membuatkan semua wanita percaya:

Akan menjadi suami BERTANGGUNGJAWAB.

Akan menjadi suami PRIHATIN.

Akan menjadi suami PENYAYANG.

Akan menjadi suami MITHALI.

Namun sebaliknya SESETENGAH isteri dapat. Semua di atas itu hilang setelah kahwin bertahun-tahun.


Mula menjadi suami yang PEMARAH.

Mula menjadi suami yang ABAIKAN banyak perkara.

Mula menjadi suami KAKI LEPAK WAKTU MALAM.

Mula menjadi suami IKUT PERANGAI LAMA.

Mula menjadi suami KAKI PUKUL, KAKI MAKI HAMUN.


“Pesan saya kepada anak gadis. Jika mahu lihat bakal suami kamu itu baik. Bukan janji-janji dia, tetapi..”

1. Lihatlah waktu malam di berada di mana?

2. 5 waktu solat dimana si dia berada?

3. Selepas maghrib apa yang si dia lakukan?

4. Satu tahun berapa kali si dia dapat khatam Al-Qur’an?

Kerana itu pentingnya agama di dalam sesebuah perkahwinan untuk menghasilkan keluarga yang baik dan bahagia. Sudah tentu ia bermula daripada ketua keluarga atau imam anda sendiri. Dan pesanan terakhir Encik Matt “Jangan jadi wanita yang malang”. Kerana wanita yang malang itu adalah wanita yang tersalah memilih suami.


]]>
Orang Lelaki Kena Bersedia 4 Perkara Ini Sebelum Berkahwin. Barulah Jadi Suami Yang Disayangi. https://redaksi.com/7916-orang-lelaki-kena-bersedia-4-perkara-ini-sebelum-berkahwin-barulah-jadi-suami-yang-disayangi Fri, 21 Feb 2020 11:05:11 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7916 Perkahwinan ini tidak sama seperti bermain pondok-pondok sewaktu kecil, bahkan perkahwinan ini juga tidak cukup sekadar anda saling cinta mencintai. Ini kerana, selepas berkahwin dan semakin anda kenal pasangan anda, semakin banyak dugaan yang anda tidak terduga.

Sebab itulah sebelum berkahwin, banyak perkara yang perlu anda bersedia. Nak-nak lagi pikul tanggungjawab sebagai suami, bukan mudah tapi tidak susah juga. Apa yang perlu ada dalam diri anda adalah, sebelum nak kahwin itu pastikan anda telah lakukan persediaan yang sewajarnya.

Jadi buat bakal-bakal suami, ada beberapa perkara yang perlu anda bersedia sebelum menjadi seorang suami.


1. Mencari rezeki yang halal

Walaupun masih belum mempunyai kerja yang tetap tetapi usaha anda untuk mencari rezeki yang halal akan membuatkan lebih mudah untuk membina keluarga yang bahagia. Rezeki yang halal ini sangat penting kerana ia akan menjadi darah daging anda dan juga keluarga kelak.



2. Tugas rumah

Jangan mengharapkan kalau dah kahwin nanti semua tugas akan dilakukan oleh isteri tetapi tugas rumah juga merupakan tugas seorang suami. Jadi sebelum kahwin ini ringankan tulang untuk memasak, membasuh dan menguruskan hal rumah dengan rela hati dan juga ringankan tulang sikit. Barulah dah kahwin nanti isteri senyum sahaja.

3. Bertolak ansur

Sebagai orang lelaki, kita sememangnya ada ego yang tersendiri, tapi itu tidak bermakna semua perkara adalah betul dipihak kita. Kadang kala tak salah kalau anda mengalah dan bertolak ansur dengan pasangan anda, ini kerana pasangan anda adalah orang yang akan setia di sisi anda selamanya. Kalau ego nanti kena duduk sorang-sorang semula.



4. Agama

Akan kosong rumahtangga kalau tidak diisi dengan agama di dalamnya. Tidak kiralah secetak mana pun agama yang anda ada sebelum ini, tapi bila ingin kahwin jangan lupa untuk tambah segala ilmu agama sebanyak mungkin. Jangan lupa untuk solat, membaca al-Quran dan dekatkan diri dengan Allah. Barulah mudah je nak bimbing isteri nanti.

Walaupun ramai yang merasakan ia bukanlah satu perkara yang penting tapi bila sudah berkahwin anda akan mula sedar bahawa ia adalah perkara yang penting. Jadi, tidak mahu kekok pada awalnya maka segera berubah sekarang.



]]>
8 Tanda Wanita Mahu Menjauhi. https://redaksi.com/336-8-tanda-wanita-mahu-menjauhi Thu, 29 Jun 2017 15:53:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=336 Dalam menjalin hubungan, ada kalanya kita gagal menemui titik ketidakserasian bersama pasangan. Mungkin masalah-masalah yang timbul juga membuatkan kita mahu memutuskan
perhubungan. Di bawah ini adalah tanda-tanda wanita mahu menjauhi diri anda. Jadi kepada lelaki, ini adalah tanda-tanda yang perlu anda fahami.



1. Berpura-pura masih cinta.

Dia memang sudah lama mahu memutuskan perhubungan namun kerana anda masih mencintainya, dia masih meneruskannya. Tapi ada saja perkara-perkara yang dibuat menyakiti hati anda. Dia akan memanipulasi atau mempergunakan anda demi kepentingannya.

2. Dia keluar bersama lelaki lain.

Anda sudah bersiap sedia untuk keluar bersama kawan-kawan, tiba-tiba dia menghubungi anda dan mengajak keluar bersamanya. Alasannya sangat biasa dan mahu anda bertemu juga. Namun ketika anda datang bertemunya, dia sedang duduk minum bersama lelaki dan bertanya adakah lelaki tersebut menyayanginya. Saat anda melihat adegan tersebut, sudah tentu hati anda hancur bukan!



3. Tidak mahu mengaku menjalin hubungan.

Teman-teman melihat anda keluar ke sana ke mari dengannya, selain anda sendiri menyatakan perasaan suka dan berkongsi segala rasa duka bersamanya. Namun bila kawan-kawan bertanya adakah anda pasangannya, hanya anda saja yang menjawab ya sedangkan dia tidak menyatakannya langsung.

4. Mengkritik secara terbuka.

Bila hati sudah tidak suka, akan timbul berbagai-bagai cara agar anda pergi jauh dari hidupnya. Namun mungkin disebabkan anda begitu mencintainya, anda masih mahu menunggu dia sebagai kekasih. Tetapi satu yang harus anda belajar, apabila dia sudah mula mengkritik anda secara terus terang baik di hadapan kawan-kawannya atau kawan-kawan anda, itu satu petanda bahawa dia memang sudah tidak dapat menerima anda lagi. Apa yang harus anda buat, ialah putuskan hubungan agar anda tidak dimalukan. Wanita boleh dicari, jangan biar maruah anda diperkotak-katikkan di hadapan umum.

5. Tidak bersuara langsung.

Jika dia masih berbicara itu tandanya dia masih mahu meneruskan hubungan dengan anda meski pun hatinya tidak suka. Namun jika dia melakukan protes secara senyap itu satu petanda, dia memang tidak sukakan anda lagi. Itu adalah tanda terakhir yang perlu anda fahami. Bayangkan anda bercakap dengan orang bisu, sudah tentu susah berkomunikasi bukan!



6. Terlalu emosi.

Lelaki memang kurang menggemari wanita yang suka menangis dan emosi. Bagi mereka, menangis adalah satu bentuk kelemahan dan mereka tidak tahu cara memujuk yang sebenarnya. Jadi wanita selalu menggunakan emosi ini terutama air mata sebagai benteng terakhir mereka sama ada untuk mempertahankan diri atau mahu melepaskan diri. Lelaki pula sangat pantang bila melihat wanita menangis. Jadi awas, kalau wanita sudah sampai mengeluarkan air mata meminta hubungan itu diputuskan, itu tandanya dia tidak mahukan anda lagi. Dia berusaha mencari kenalan baru Dalam diam, dia mencari kenalan baru yang dikatakan lebih serasi dengannya. Ia satu alasan untuk tidak lagi bertemu anda. Lebih teruk lagi, jika dia cuba mendekati kawan baik. Kalau itu yang terjadi, anda sudah tahu bahawa dia sudah tidak menginginkan anda.

7. Tidak mengangkat telefon.

Kalau sebelum ini dia memprotes dengan tidak bersuara , kali ini dia menyembunyikan diri dan tidak mengangkat sebarang panggilan dari anda. Dia lebih senang mendiamkan diri sedangkan anda berasa sangat risau. Kalau ini yang terjadi, anda faham sajalah maksudnya.

8. Minta lelaki lain belanja.

Bayangkan situasi ini, teman wanita anda meminta lelaki lain membelanja dirinya minum sedangkan anda ada ketika itu. Dia memang sengaja berbuat demikian bagi menyakiti hati anda. Kalau anda sudah dimalukan begitu, anggap sajalah hubungan anda berakhir di situ sahaja.

]]>
12 Sebab Mengapa Wanita Perlu Memilih Lelaki Yang Telah Bersedia Untuk Bertanggung Jawab Sebagai Suami. https://redaksi.com/3128-12-sebab-mengapa-wanita-perlu-memilih-lelaki-yang-telah-bersedia-untuk-bertanggung-jawab-sebagai-suami Mon, 06 Aug 2018 15:39:52 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3128 Wahai wanita jangan lah anda MENCARI lelaki yang terlalu sempurna, tetapi PILIH lah lelaki yang telah bersedia untuk bertanggung jawab menjadi seorang suami kerana…

1. Lelaki ini telah bersedia untuk melangkah ke tahap seterusnya, bukan mencari keseronokan lagi.

2. Lelaki ini ada wawasan dan masa hadapan berada di dalam genggamannya.


3. Lelaki ini sibuk mencari hubungan cinta sejati, dan bukannya hubungan teman tapi mesra. Malah jangan lah mendekati lelaki yang sering ungkap kata cinta, tetapi tindakannya tidak ke arah pernikahan.

4. Lelaki ini sudah membuang segala memori tentang bekas kekasih mereka.

5. Lelaki ini tidak lagi mensia-siakan hidupnya dengan melayari sosial media 24 jam.

6. Lelaki ini sanggup mengorbankan zaman bujangnya dengan segala ilmu tentang perkahwinan kerana mereka tahu alam perkahwinan adalah sukar bagi seorang lelaki.


7. Lelaki ini ada perancangan dari semua aspek dalam kehidupannya sama ada untuk masa sekarang dan juga masa hadapan.

8. Lelaki ini bakal mempunyai matlamat hidup yang sama dengan anda, iaitu untuk menghalalkan hubungan. Bukannya ‘couple’ untuk duniawi semata-mata.

Anda tidak perlu lagi untuk meyakinkan mereka bahawa anda lah wanita yang mereka cari. Anda tidak lagi bersusah payah untuk membuat lelaki ini sedar betapa pentingnya hubungan kalian, kerana mereka sendiri dahulu yang mempunyai kesedaran tersebut.

9. Lelaki ini teruja untuk memperkenalkan anda pada ahli keluarganya, dan bukannya teruja membawa anda ‘dating’ tanpa arah tujuan.


10. Lelaki ini teruja memperkenalkan anda sebagai kepunyaannya atau bakal isteri, dan bukannya teruja berpegang tangan tetapi teman tapi mesra atau skandal sahaja.

11. Lelaki ini mahukan hubungan yang kekal sehingga selamanya, dan bukan dalam jangka masa yang pendek.

12. Lelaki ini mahu bernikah kerana Ilahi, dan bukannya bernikah kerana menurut hawa nafsu semata-mata.

Jika anda bertemu dengan lelaki sebegini, anda bertuah kerana lelaki ini adalah seorang lelaki dewasa dan bertanggung jawab. Mereka sedar mereka tidak sempurna, tetapi mencuba untuk belajar dari kesilapan dan berubah.


 

 

 

 

 

 

]]>
Tanda-Tanda Si Dia Sudah Tawar Hati. https://redaksi.com/3944-tanda-tanda-si-dia-sudah-tawar-hati Mon, 22 Oct 2018 13:08:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3944 Rasa tawar hati ini tidak boleh dibuat main. Mana tidaknya, dari dirinya mahu memandang anda, tapi bila ada rasa tawar hati ini terus tidak mahu memandang anda. Bila anda perasaan sebegini, biasanya cakap pun dah tak tengok muka dah. Sangat besar kesannya terhadap hubungan bila salah seorang dah ada perasaan sebegini.

Orang kata, apabila ada perasaa ini nak perbaiki hubungan yang semakin menjauh itu pun dah sukar. Mana tidaknya, dalam hatinya dah tak ada rasa terhadap anda. Rasa sayang, perihatin, marah, bahagia semua dah hilang. Apa yang ada hati yang kosong sahaja untuk anda. Bahaya kalau perasaan tawar hati ini mula bercambah dalam hati seseorang.



Berikut adalah tanda-tanda pasangan mula tawar hati terhadap anda.

1. Tidak ambil berat akan keadaan anda.

Perkara pertama yang anda boleh lihat ialah sikap ambil berat dirinya terhadap anda. Jika dahulu dirinya begitu beria-ria ambil tahu akan rutin harian serta keadaan anda, kini dirinya tidak sebegitu lagi. Dia mula tidak kisah apa yang anda lakukan dibelakangnya. Bahkan tiada lagi pertanyaan seperti ini.

“Macam mana hari awak hari ini?”

“Sihat tak hari ini?”

“Test tadi okay tak?”

Jika semua ini sudah tiada, anda perlu cepat mabil tindakan segera untuk merawat hatinya.

2. Mula abaikan segala mesej dan panggilan.

Jika dahulu setiap panggilan ataupun mesej tidak pernah tidak berbalas atau tidak berangkat. Kini jarang sekali dirinya menelefon anda bahkan membalas mesej anda juga mengambil masa yang lama. Bukan hanya itu, kadang kala tidak ada pun khabar berita darinya selama seharian. Jika anda tidak memulakan dahulu maka tiadalah perbualan untuk hari itu.

3. Mula mengelakkan diri.

Biasanya bila diajak dating ini laju sahaja si dia menerima ajakkan anda. Kini pelbagai alasan yang dirinya berikan kepada anda untuk mengelakkan diri dari bertemu. Setiap alasan itu ada sahaja yang alasan yang tersendiri. Bukan itu sahaja, sebab-sebab yang diberikan itu kadang kala bukan lah satu perkara yang serius, namun tetap sahaja dia menolak ajakkan anda.



4. Dia tidak kisah anda ada rasa sayang atau tidak terhadapnya.

Dahulu setiap hari dirinya akan tanya “awak sayang saya tak?”. Kini tiada lagi pertanyaan seperti itu. Dirinya sudah tidak kisah jika anda sayangnya atau tidak. Bahkan jika anda melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya juga dia sudah tidak pedulikkannya seperti dahulu. Itu belum ditambah dengan sikap acuh tidak acuh darinya.

5. Muka dah tidak ceria lagi.

Senyuman diwajahnya juga semakin berkurangan, jika dahulu dia akan mudah tersenyum melihat anda. Kini yang ada hanya nada-nada bahawa dia tidak suka kehadiran anda. Setiap pertanyaan anda semuanya dibalas dengan dingin.

Jika berlaku seperti ini, itu menandakan bahawa dirinya sudah mula tawar hati dengan anda. Jadi mula lah lakukan perbincangan bersama pasangan anda jika si dia mempunyai tanda-tanda seperti ini.



]]>
Pertarungan Seorang Yang Bergelar Isteri: Apabila Isteri Lebih Kaya Dari Suami. https://redaksi.com/1009-pertarungan-seorang-yang-bergelar-isteri-apabila-isteri-lebih-kaya-dari-suami Wed, 23 Aug 2017 11:08:20 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1009 Isteri yang kaya, banyak harta akan teruji bila dapat suami yang miskin. Bukan sahaja nafkah tidak dapat diberi, bahkan suami pula menggunakan hartanya untuk menampung keperluan rumahtangga. Susahlah untuk merasa bersandar hidup dengan suami dan rasa memerlukan. Maka, jangan dilayan desakan nafsu untuk tidak mentaati dan melayan suami. Kelak TERSENARAILAH KITA sebagai isteri yang DERHAKA. Isteri yang beriman tidak berbangga dengan kekayan yang dimilikinya tetapi dia rasa bersyukur kerana dapat menyerahkan harta yang ada kepada suami untuk dimanfaatkan. Sepertimana yang pernah berlaku kepada Siti Khadijah yang menyerahkan kesemua hartanya kepada Rasulullah SAW untuk digunakan bagi memperjuangkan Islam.



Mengorbankan harta untuk suami itu suatu yang patut dilakukan di dalam menyenangkan dan membantu perjuangan suami.Alangkah malangnya jika kita berbangga dengan harta yang ada sehingga menjejaskan hubungan dengan suami.Sepatutnya ia digunakan untuk memperhalusi layanan terhadap suami. Ingatlah bahawa jika suami kita itu tidak sudi mengambil kita untuk menjadi isterinya, nescaya segala harta dan apa jua keistimewaan yang ada pada kita tidak akan ada ertinya.

]]>
Rancang Pendidikan Anak Anda Dengan Pelan Simpanan Ini. https://redaksi.com/4674-rancang-pendidikan-anak-anda-dengan-pelan-simpanan-ini Wed, 26 Dec 2018 14:54:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4674 Kebiasaanya, insurans sering dikaitkan dengan perlindungan untuk diri, kesihatan, dan banyak lagi, tetapi ada juga insurans yang turut menyertakan pelaburan untuk pendidikan anak anda. Ia kombinasi yang bagus kerana memberikan perlindungan dan juga pelaburan untuk anak anda.

Ada dua jenis insurans pendidikan yang ditawarkan:

Polisi Endowmen:

  • Menggabungkan pelan simpanan dengan perlindungan
  • Berbentuk sertaan (participating) atau tanpa sertaan (non-participating)
  • Bagi pelan tanpa sertaan, pemegang insurans tidak berkongsi keuntungan, tetapi semua faedah insurans tetap dijamin sepenuhnya.
  • Untuk pelan sertaan, hanya sebahagian faedah insurans yang dijamin, dan jumlah penuh faedah pada tempoh matang insurans tidak akan dijamin sepenuhnya kerana ia bergantung kepada prestasi syarikat insurans

Polisi Pelaburan:

  • Menggabungkan elemen pelaburan dan perlindungan berdasarkan keperluan anda selaku pemegang polisi.
  • Menawarkan fleksibiliti: anda boleh menambah jumlah bayaran premium bulanan jika pendapatan anda meningkat.
  • Pemegang polisi boleh memilih jenis pelaburan. Tetapi, risikonya lebih tinggi, dan tidak ada jaminan pulangan. Pulangan boleh menjadi lebih tinggi atau lebih rendah dari jumlah anggaran anda.

Sebelum anda ingin memilih polisi insurans, pastikan:

  • Tentukan berapa jumlah wang yang anda ingin peruntukan untuk pendidikan anak anda.
  • Pastikan anda mampu membayar premium insurans kerana ianya merupakan komitmen jangka panjang.
  • Pilih polisi yang menawarkan anda fleksibiliti untuk meningkatkan simpanan anda.

Setelah anda memilih polisi yang sesuai, sentiasa ambil tahu perkembangan simpanan anda untuk memastikan matlamat simpanan anda tercapai. Pulangan sebenar yang diisytihar oleh syarikat insurans mungkin berbeza dari anggaran awal, bergantung kepada prestasi semasa. Selain itu, anda juga boleh membuat tuntutan pelepasan cukai sehingga RM 3,000 jika anda mendapatkan insurans pendidikan untuk anak anda.

Antara akaun simpanan yang adalah seperti Skim Simpanan Pendidikan Negara.

Skim Simpanan Pendidikan Negara (SSPN) ialah skim simpanan pendidikan oleh PTPTN untuk membantu rakyat Malaysia menyimpan untuk pendidikan tinggi. Skim ini merupakan skim patuh Shariah dibawah konsep Wakalah Bil Istithmar. Ada dua jenis pilihan untuk penyimpan, SSPN-i dan SSPN-i Plus. Perbezaan antara kedua-dua jenis akaun ini ialah SSPN-i Plus mempunyai perlindungan insurans takaful. Selain itu, skim SSPN-i mempunyai 3 kategori akaun:

Kategori 1: Akaun yang dibuka oleh ibu bapa atau penjaga pemegang akaun berusia 1 hari hingga 29 tahun.

Kategori 2: Rakyat Malaysia berusia 18 tahun hingga 29 tahun dan mempunyai hak untuk membuka akaun atau menjadi pemegang akaun yang dibuka oleh ibu bapa atau penjaga mereka.

Kategori 3: Rakyat Malaysia berusia 29 tahun dan keatas perlu membuka akaun individu

Selain simpanan pendidikan, anda juga bakal menikmati faedah yang datang bersama skim simpanan ini. Pertama, pelepasan cukai sehingga RM 6000 setahun. Perlindungan takaful percuma juga diberikan kepada penyimpan yang memiliki simpanan RM 1000 dan keatas di dalam akaun mereka, dan dividen dengan kadar yang kompetitif untuk simpanan yang juga layak untuk pelepasan cukai.

Penyimpan SSPN-i turut layak untuk memohon pinjaman PTPTN, kerana tanpa akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus, anak anda tidak layak untuk memohon pinjaman PTPTN.

Selain itu, keluarga dengan pendapatan kurang dari RM 4000 boleh menerima insentif geran sepadan apabila anak-anak mereka layak melanjutkan pengajian tinggi. Geran tersebut berjumlah sehingga RM 10,000, dan bergantung kepada jumlah simpanan dan tempoh pengajian. Anda boleh membuka akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus di 73 pejabat dan cawangan PTPTN seluruh negara. Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan ialah:

  • Salinan Kad Pengenalan / Kad Pengenalan Polis atau Tentera pemohon.
  • Salinan surat beranak / MyKid / MyKad anak.
  • Surat Pengisytiharan atau Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang memohon untuk anak angkat dibawah jagaan mereka).

]]>
“Amalkan 'Magic Words' Dengan Pasangan Jika Ingin Rumah Tangga Yang Harmoni..” Ujar Lelaki Ini. https://redaksi.com/4029-amalkan-magic-words-dengan-pasangan-jika-ingin-rumah-tangga-yang-harmoni-ujar-lelaki-ini Mon, 29 Oct 2018 10:55:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4029 Setiap manusia inginkan, malah ketagih dengan kata-kata pujian dari orang lain. Seperti anak kecil yang sentiasa memerlukan kata-kata positif dan semangat dari ibu bapa supaya otak dan minda dapat berkembang dengan sihat. Bahkan pekerja juga perlukan kata-kata motivasi daripada majikan, inikan pula pasangan yang sedang bercinta. Pasangan yang bercinta, berkahwin atau bertunang, semuanya memerlukan kata-kata semangat atau 'magic words' seperti saudara ini kongsikan. Jom baca...

********

Penting atau tidak sebenarnya komunikasi verbal dengan pasangan ini?

Sepertimana pentingnya komunikasi non-verbal antara pasangan, seperti itu jugalah pentingnya komunikasi verbal dengan pasangan. Kerana pasangan kita tak ada "super power" untuk tahu apa isi hati kita yang sebenarnya.

Setiap pasangan pastinya memiliki magic words masing-masing. Lain pasangan, lain cara mereka. Tapi tujuannya tetap sama, untuk pastikan keharmonian rumah tangga.

1. Terima kasih sayang.

Ucapan terima kasih sebenarnya sebuah luahan penghargaan yang sangat diperlukan. Pasangan akan rasa lebih dihargai dan makin bersemangat untuk melakukan sesuatu perkara. Apa salahnya, ringankan bibir untuk mengucapkan terima kasih.

2. Maafkan abang sayang.

Meminta kemaafan pula ialah tanda kita hormat pasangan kita. Jika kita mahu dihormati pasangan, ianya tidak akan didapati melalui paksaan. Tapi kita perlu belajar untuk hormat pasangan kita terlebih dahulu. Ucapan maaf juga menunjukkan kesungguhan kita dalam menghargai kehidupan bersama pasangan.

3. Sayang boleh punya.

Kata-kata sokongan dan dorongan juga amat diperlukan dalam kehidupan bersama pasangan. Jangan pula kita mudah perlekeh pasangan walaupun untuk tujuan gurauan. Jangan bermain dengan perasaan. Kerana kita tak tahu sedalam mana batu yang dilontar ke lautan perasaan akan tengelam.

4. Jangan bersedih sayang.

Hidup bukan selalunya indah, langit tak selalu cerah. Ada masanya kita akan diuji dengan dugaan yang menduga tanpa dijemput. Pujukan bukan dari suami untuk isteri sahaja, bahkan suami yang gagah dan kuat pun boleh menangis di waktu-waktu tertentu. Masa ini kita kena pastikan kita orang yang pertama pujuk pasangan.

5. Tak elok buat macam itu sayang.

Dijadikan pasangan suami isteri itu untuk saling melengkapi. Nasihat yang ikhlas dari pasangan yang betul-betul mahukan yang terbaik buat pasangannya, pasti mampu menyentuh hati. Nasihat yang tulus ini mampu membentuk dan bawa perubahan untuk masing-masing menjadi lebih baik. Jangan pula ada wujudnya ego dan marah apabila menerima nasihat.

Siapa cakap seni komunikasi verbal ini tak penting?

Kerana ketahuilah, banyak keruntuhan rumah tangga juga berlaku kerana komunikasi antara pasangan yang gagal. Salah faham dan kemudiannya membawa kepada pergaduhan.

Semoga kita semua dapat jadi yang terbaik buat pasangan masing-masing.

SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERMANFAAT!

]]>
11 Cara Jimat Berbelanja Untuk Hiburan. Penting Bagi Mereka Yang Masih Bujang! https://redaksi.com/5176-11-cara-jimat-berbelanja-untuk-hiburan-penting-bagi-mereka-yang-masih-bujang Wed, 13 Feb 2019 09:49:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5176 Ketika bujang, semua perbelanjaan yang kita lakukan sememangnya hanya menurut hawa nafsu sahaja kerana ketika muda semua perkara ingin dirasai. Selalu berfikiran, masa muda lah kena buat semua benda, nanti dah tua baru bertaubat. Akan tetapi untuk tempoh berapa lama kita boleh tahan untuk hidup dengan memboros?

Jom lihat 11 cara berjimat terutamanya untuk hiburan anda…

1. Adakah anda rasa anda perlu langgan rancangan TV seperti Astro/Netflix/IFLIX? Cuba kira berapa kali anda tengok rancangan TV?

  • Hari kerja – Selepas solat isyak. Pukul 8.30pm – 10pm. (1.5 jam sahaja).
  • Hari Sabtu – Tolak solat, tolak makan, tolak riadah (9am – 1pm, 2pm – 5pm, 8pm – 1am) = 12 jam sahaja.
  • Hari Ahad – Tolak solat, tolak makan, tolak riadah (9am – 1pm, 2pm – 5pm, 8pm – 10pm) = 9 jam sahaja.

Seminggu anda cuma ada 22.5 jam sahaja untuk rancangan TV. Sebulan anda cuma ada 90 jam sahaja untuk rancangan TV bersamaan dengan 3.75 hari sahaja.

Mengikut kiraan di atas, mari kita lihat berapa cas langganan sebulan dan nilai harian yang anda dapat untuk servis hiburan ini.

  • Astro (Pek Melayu) – RM 56.08 (RM 14.90 sehari)
  • Astro (Superpek Sukan) – RM 154.76 (RM 41.30 sehari)
  • Netflix – RM 33 (RM 8.80 sehari)
  • iFlix – RM 10 (RM 2.66 sehari)

Jadi, anda rasa anda boleh jimat lagi? Nak tonton TV secara free?

2. Pilih siaran TV percuma (TV1, TV2, TV3, TV9, NTV7, 8TV, Al-Hijrah)

  • Analog – Boleh pakai aerial
  • Digital HD Kualiti – Boleh digunakan oleh TV yang ada DVB-T2.

3. Tonton dengan percuma.

Boleh tengok cerita di Tonton.com.my – Percuma sahaja, hanya perlu daftar dan login.

4. Astro On The Go.

Cuba tanya kawan-kawan yang ada Astro, dan pinjam atau sewa murah-murah untuk guna akaun Astro mereka. Satu akaun Astro On The Go boleh digunakan maksimum pada dua device. Jimat, kan.

5. Android Box.

Boleh install KODI & beberapa app untuk tengok rancangan TV local & international. Boleh Google cari apa app nak install. Yang penting, perlu ada UNLIMITED DATA UNIFI.

6. Video alternatif di Internet.

Terakhirnya, anda boleh tengok pelbagai rancangan TV Melayu dan English di internet terus. Cuma kena pandai cari website. Tengok di Youtube pun boleh.

7. Berapa yang anda boleh jimat?

Jadi, adakah anda rasa anda perlu bayar untuk tengok rancangan TV selama 3.75 hari sahaja dari 30 hari sebulan? Jom tengok berapa anda boleh jimat setahun kalau anda batalkan servis-servis ini:

  • Astro (Pek Melayu) – Jimat RM 672.96!
  • Astro (Superpek Sukan) – Jimat RM 1,857.12!
  • Netflix – Jimat RM 396!
  • iFlix – Jimat RM 120!

8. Adakah anda perlu keluar tonton wayang setiap minggu?

Anda boleh cuba alternatif di atas.

  • Tiket wayang: RM 15.
  • RM 15 x 4 kali seminggu x 12 bulan = Jimat RM 720!

9. Elakkan pergi ke gym.

Usah membazir dengan pergi ke gym yang mengenakan bayaran keahlian bulanan kalau anda pergi hanya sekali dua sahaja seminggu. Lebih baik pilih gym yang caj per entry.

10. Elak pergi ke tempat yang boleh habiskan duit anda ketika stress!

Cuba elakkan diri untuk release stress di shopping mall atau tempat-tempat berpotensi habis duit seperti Uptown dan pasar malam. Sebaliknya pilih untuk ke taman tasik, masjid, perpustakaan, memancing. Cuba pilih hobi atau venue baru yang tidak perlukan kos yang tinggi atau zero kos.

11. Batalkan langganan atau jangan beli suratkhabar atau majalah.

Sebaliknya, baca sahaja secara online. Ada banyak website dan app yang anda boleh gunakan dan anda boleh pilih niche berita atau artikel yang anda minat.

Selamat Mencuba!

]]>
Menjadi Suami Isteri Di Akhir Zaman Ini Kena Lebih Kuat & Tetap Pendirian. Yang Penting Kena Selalu Amalkan 3 Perkara Ini. https://redaksi.com/7944-menjadi-suami-isteri-di-akhir-zaman-ini-kena-lebih-kuat-tetap-pendirian-yang-penting-kena-selalu-amalkan-3-perkara-ini Mon, 02 Mar 2020 15:54:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7944 Dalam saat kita berlumba-lumba untuk mencari pasangan hidup ini, sudah tentu bukan hanya mengenai siapa pasangan kita sahaja yang perlu difikirkan. Akan tetapi, bagaimana nak berdepan dengan rumahtangga serta lebih dekat dengan Allah juga merupakan perkara yang penting dalam membentuk kebahagiaan bersama pasangan.

Kalau rasa mencari jodoh ini sudah payah, tapi lagi payah dalam mendidik pasangan kita untuk lebih dekat kepada Allah. Nak-nak lagi jika kita ini adalah suami, bahkan lebih membimbangkan lagi kalau kita ini adalah isteri yang tersalah pilih suami. Mana tidaknya, sekarang ini kita sudah berada dihujung-hujung zaman. Bila-bila masa sahaja ia akan berakhir.

Jika diikutkan nafsu, sudah tentu kemewahan, wang ringgit dan segala harta dunia ini tersangatlah penting, akan tetapi jika memikirkan akhirat, sudah tentu kita akan memaksa pasangan dan anak-anak untuk bersedia dengan akhirat kelak.

Jadi persoalannya, bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman ini?

1. Belajar agama. Maksudnya belajar agama itu belajar mengenal, cinta dan takutkan Allah . Mulakan dengan belajar kembali dan betulkan sembahyang kita.

2. Bertaubat atas dosa-dosa lalu. Yang menjarakkan hubungan kita sebagai suami isteri itu, bukan sebab tak faham pasangan kita. Tapi semuanya kerana dosa. Lebih banyak dosa, lebih dan lebih teruk hubungan suami isteri itu sebenarnya.

3. Banyakkan buat baik. Tak perlu tunggu pasangan buat baik. Tak perlu tanya pasangan saya dah beri, apa awak bagi? Tugas kita sebagai hamba yang memberi. Bukan asyik meminta.



Semoga Allah menjaga kita dari segala keburukan akhir zaman. Sungguh, Takut dan ngerinya menjadi suami isteri hari ini.

Moga Allah terus memegang hati dan menguatkan jiwa untuk hidup dalam rumahtangga.

Dunia semakin tua, Bagaimana nak hidup menjadi suami isteri di akhir zaman.

Tanda-tanda Kiamat merupakan petunjuk atau isyarat tentang hampirnya kedatangan Hari Kiamat. Umat Islam percaya bahawa pengakhiran alam semesta ialah sebahagian daripada rahsia Allah dan tiada satu makhlukpun yang mengetahui waktu sebenar berlakunya Kiamat.

Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad S.A.W memberitahu bahawa sebelum tiba Hari Kiamat itu, tanda-tandanya akan muncul dan disaksikan oleh manusia. Turutan tanda-tanda tersebut bermula dengan tanda-tanda yang kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar. Salah satunya kerosakan instituti rumah tangga semakin serius.

"Sekarang banyak kes pukul, kes bunuh, suami bunuh isteri, isteri pukul suami, anak bunuh ibu bapak, ibu bapak bunuh anak, setiap hari ada dalam berita, semakin kejam manusia akhir zaman ini, jalan terbaik kuatkan hubungan dengan Allah itu jalan terbaik hanya Allah sahaja dapat tolong kita di akhir zaman ini.

• Banyakkan sabar istighfar
• Banyakkan zikir baca al Quran
• Solat taubat

]]>
Panduan Mengadakan Majlis Rumah Terbuka Untuk Memeriahkan Syawal Ini. https://redaksi.com/6225-panduan-mengadakan-majlis-rumah-terbuka-untuk-memeriahkan-syawal-ini Tue, 11 Jun 2019 09:04:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6225 Kehangatan bulan Syawal masih lagi terasa bahangnya, bahkan pada ketika ini ziarah menziarahi saudara terdekat serta rakan-rakan masih lagi dijalankan. Tidak hanya itu sahaja, pada ketika ini jugalah ramai orang sedang sibuk dengan jemputan open house yang diterima.

Haa, bercakap mengenai open house pasti anda juga tidak mahu ketinggalan untuk melakukan rumah terbuka ini. Mana tidaknya ia memudah urusan anda juga. Tidak perlulah anda untuk memasak berulang kali apabila menerima tetamu.



Bila nak adakan open house ini, pasti anda perlu menyediakan beberapa jenis juadah serta susun atur rumah juga perlu lebih teratur dan bersesuaian. Haaa, buat anda yang dalam perancangan untuk membuat rumah terbuka, apa kata anda cuba panduan yang telah dikongsikan oleh Dr. Azizul Azli Ahmad ini.

PANDUAN MENGADAKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA

1. Jika kediaman kita kecil, letakkan semua perabot rapat kedinding agar mudahkan laluan tetamu.

2. Sediakan meja utama untuk hidangan utama dibahagian tengah rumah.



3. Kediaman boleh dihiasi juga dengan lampu 'lip lap' yang ada diluar dibawa masuk kedalam ruang dalaman.

4. Kurangkan hiasan atas lantai dengan permaidani, jika ada yang tertumpah sukar diuruskan nanti.

5. Jika kediaman kecil banyakkan pencahayaan agar kelihatan lebih besar dan luas.

6. Pastikan kebersihan bilik air dijaga dan dibersikan dulu, sediakan pewangi atau lilin wangi sepanjang majlis .



7. Jika kita tidak suka orang lain masuk keruang dapur kita, sediakan pemisah atau sediakan pingan dan cawan pakai buang sahaja.

8. Zaman sekarang orang gila bergambar, sediakan satu ruang yang sesuai untuk bergambar dengan latar dan pencahayaan yang baik disitu. selain bergambar orang juga boleh bersembang dan makan disitu.

9. Jangan terlalu banyak hiasan kecil dan koleksi kita dipamerkan sewaktu rumah terbuka, kemas dan simpankan. elakkan rosak atau hilang.

10. Sediakan sebuah cermin yang besar kerana semua tetamu ingin kelihatan cantik walaupun dia 'mak mak orang'



11. Sususun meja secara 'island' dibahagian tengah agar orang boleh mengelilingi dan tiada 'jalan mati' yang perlu undur semula.

12. Sediakan bakul sampah yang bersih dan cantik serta pastikan tidak cepat penuh sampah

13. Jika dapat sediakan satu ruang khusus untuk anak anak kecil bermain atau makan.

14. Sediakan satu ruang jika tetamu minta 'boleh saya tumpang solat", "Anak saya nak menyusu". ini sangat penting kawan



15. Jadilah tuan rumah yang tenang dan tidak kelihatan letih sewaktu tetamu datang. Jangan tertekan, tarik nafas dan tenang

16. Sediakan ais yang mencukupi dan air minuman yang sedia diminum, kita tak mahu membuang masa membancuh air didapur. Air mineral dan kosong sangat penting

17. Jangan pasang lagu raya terlalu kuat kerana tujuan majlis adalah mengeratkan siraturahim dengan bertanya khabar dan bersembang.

18. Sediakan makanan yang sihat dengan pengurangan gula, garam dan lemak demi kesihatan bersama bukan sekadar banyaknya makanan kita. Minuman kosong penting



19. Maklumkan anak anak kita agar membantu dan berikan kerjasama agar kita menjadi hos yang baik. briefing awal penting. Jangan bawa kawan naik kebilik.

20. Banyakkan berdoa dan betulkan niat kita agar majlis rumah terbuka bukan untuk berlumba tetapi untuk meraikan bulan Syawal yang mulia.

Raikan semua tetamu kita, jangan hanya bersembang dengan tetamu yang kita suka sahaja. Jika rumah kecil rancang tetamu yang datang.

Salam Lebaran Sahabat sekalian.

Azizul Azli Ahmad
Pensyarah Kanan Jabatan Senibina Dalaman

]]>
Kenali Seseorang Berdasarkan Warna Kegemarannya, Ia Juga Beri Pengaruh Pada Pemikiran & Hubungan Juga. https://redaksi.com/7957-kenali-seseorang-berdasarkan-warna-kegemarannya-ia-juga-beri-pengaruh-pada-pemikiran-hubungan-juga Thu, 05 Mar 2020 10:24:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7957 Setiap orang mempunyai warna yang mereka minati secara perbadi. Ada yang memilih warna tersebut kerana keselesaan warna tersebut pada dirinya. Warna memainkan peranan penting untuk semua orang. Warna juga mempunyai kuasa untuk mempengaruhi emosi, perasaan, dan warna juga mempunyai kuasa untuk menyembuhkan. Psikologi warna digunakan oleh ahli psikologi untuk membantu pesakit melalui masa yang sukar. Psikologi warna boleh digunakan untuk hampir apa sahaja termasuk hubungan.

Warna mempunyai keupayaan untuk mencetuskan tindak balas emosi dan mental yang berbeza pada seseorang dengan hanya melihatnya. Berikut adalah beberapa warna yang boleh menjejaskan pemikiran dan hubungan seseorang.


Anda tahu warna kegemaran pasangan anda? Masa inilah untuk anda lebih kenal dengan dirinya secara peribadi.

Hijau

Warna hijau digunakan untuk penyembuhan dan membantu seseorang memproses emosi dan fikiran. Ramai orang mengaitkan orang hijau dengan iri hati. Sebenarnya, hijau adalah warna yang bergema dengan chakra jantung anda. Hijau membawa cinta dan penyembuhan. Ini dapat membantu anda menyembuhkan luka terdahulu dan melihat masa depan yang lebih cerah dan menjanjikan. Menambah hijau dalam hidup anda seperti bentuk tumbuhan, hiasan atau pakaian dapat membantu anda memproses semua perasaan untuk tetap tenang.

Cream dan Tan

Warna ini boleh membantu memulakan perkara baru. Kedua-dua krim dan coklat adalah warna neutral untuk menggalakkan kejelasan dan kekuatan untuk memulakan sesuatu. Krim dan coklat mempunyai rasa yang mesra, ini dapat membantu anda dan pasangan anda memahami satu sama lain dengan lebih baik supaya anda dapat bergerak ke hadapan.



Pink dan Magenta

Warna merah jambu dan magenta membawa kasih sayang dan kelembutan. Pink dikaitkan dengan banyak perkara seperti cinta, kasih sayang, pemahaman, dan keharmonian. Menambah warna-warna ini kepada kehidupan anda dan hubungan akan membawa kelembutan dan kasih sayang kepada cinta anda sambil juga menerangkan cinta kasih diri dan kebahagiaan.

Ungu

Ungu boleh memberikan cita-cita, kreativiti, kemewahan dan misteri. Ungu, berkait rapat dengan royalti. Ia membawa rasa mewah, misteri, kreativiti, dan cita-cita ke dalam kehidupan seseorang. Ini akan membantu anda mempunyai hubungan yang lebih mendalam dengan pasangan anda.

Biru

Warna yang mewakili keterbukaan, kejujuran, dan komunikasi. Ini membantu membina perhubungan melalui kepercayaan dan kesetiaan. Menambah warna biru untuk hidup anda akan membantu anda sentiasa bercakap tentang kebenaran dan meningkatkan kemahiran komunikasi anda dengan pasangan anda. Jadi ia membolehkan hubungan menjadi kuat.



Merah

Warna merah menunjukkan cinta, kegembiraan dan semangat. Ini akan membawa anda menjadi orang yang lebih yakin. Warna merah juga boleh membuat hubungan anda dengan pasangan anda lebih sengit dan romantis.

Kuning

Warna itu sudah pasti untuk membawa rasa bahagia dan riang. Ia juga merangsang keselamatan dan rasa hormat. Menambah bunga kuning ke rumah akan membawa kebanggaan dan keyakinan kepada kehidupan anda.

Penggunaan psikologi warna dalam kehidupan seharian dapat membantu hubungan anda dengan serius dan mengekalkan kesihatan mental dan emosi anda.



]]>
Struggle Sangat Nak Kumpul Duit Kahwin, Jangan Sampai Memudaratkan Diri. Ini Bahaya Mee Segera Campur Dengan Nasi Yang Perlu Anda Tahu. https://redaksi.com/7004-struggle-sangat-nak-kumpul-duit-kahwin-jangan-sampai-memudaratkan-diri-ini-bahaya-mee-segera-campur-dengan-nasi-yang-perlu-anda-tahu Wed, 28 Aug 2019 14:02:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7004 Bila sedang mengumpul duit untuk majlis kahwin, ramai orang yang sanggup ikat perut untuk menyimpan wang yang banyak dengan segera. Bahkan ada yang sanggup mengikat perut dengan mencatu makanan yang mungkina akan memudaratkan tubuh badan mereka sendiri.

Terutama golongan lelaki, ini kerana mereka lebih terbeban dalam mengumpul dan menyimpan duit kahwin ini. Itu yang sanggup makan biskut kering, roti kering, sebiji buger sehari ataupun makan mee segera bersama nasi.



Memang nampak bersungguh-sungguh jika seorang lelaki sanggup mengikat perut semata-mata ingin menghalalkan kekasih hati mereka. Namun dalam perjuangan untuk menghalalkan seseorang itu, jangan pula memudaratkan diri sendiri.

Ini kerana tiada guna jika anda berjaya menghalalkannya tetapi tidak mampu bahagiakannya pula nanti.

Salah seorang daripada kalian tentu sahaja pernah mengambil mee segera dan makan bersama nasi bukan? Mana tidaknya ia begitu mengenyangkan malah mampu membuat anda lebih bertenaga.



Rupa-rupanya, ramai yang tidak tahu akan kesan buruk jika mengambil mee segera bersama nasi pada badan kita, ini kerana kedua-duanya mengandungi karbohidrat.

Mee dan nasi mempunyai karbohidrat yang tinggi, jika digabungkan, badan akan menerima karbohidrat yang tinggi iaitu sebanyak 600-700 kalori sekali makan, manusia normal makan 3 kali sehari. Maka bayangkan banyak mana kalori telah masuk ke dalam badan, sedangkan badan kita memerlukan 1200-1500 sehari.

Makan mee bersama nasi boleh menyebabkan berat badan anda akan bertambah dan kemungkinan juga akan menyebabkan anda menghidapai obesiti dan juga diabetis. Makan mee dan nasi tidak memberikan nutrisi yang bagus untuk tubuh badan. Anda seharusnya memilih makanan yang lebih berkhasiat dan lebih menjamin.

Bukan tidak boleh untuk makan mee segera, tetapi lebih baik kurangkan malah ada cara terbaik untuk masak bersamanya. Cara yang terbaik untuk memakan mee adalah dengan mencampurkan sayur-sayuran, ayam, telur serta makanan laut. Ini dapat memberi nutrisi yang baik buat tubuh badan anda.

]]>
“Rasa Makin Sakit Hati…” Antara Sebab Anda Tidak Perlu Check Telefon Pasangan. https://redaksi.com/4030-rasa-makin-sakit-hati-antara-sebab-anda-tidak-perlu-check-telefon-pasangan Mon, 29 Oct 2018 11:31:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4030 Kebanyakan pasangan amat menyukai menyelongkar telefon bimbit pasangan mereka. Tidak kiralah mendapat izin atau tidak dari pasangan mereka. Hal ini kerana, kebanyakan pasangan beranggapan bahawa, apabila menjalinkan satu hubungan, ia bermakna tiada rahsia yang perlu disimpan oleh kedua-dua belah pihak.

Namun begitu, tidak semua orang senang dengan sikap seperti ini. Mana tidaknya, ada yang beranggapan bahawa telefon bimbit itu adalah hak peribadi mereka. Walaupun dalam keadaan yang rela, boleh jadi mereka akan marah dengan tindakan anda ini.

Berikut adalah sebab mengapa anda tidak perlu selongkar telefon bimbit pasangan anda.



1. Timbul rasa tidak selesa yang menyebabkan pergaduhan.

Rasa ingin tahu apa yang tersimpan didalam telefon bimbit pasangan anda sudah pasti membuatkan anda ingin melihat apa yang ada didalamnya. Tidak kiralah pasangan anda memberi izin atau tidak, sudah pasti akan akan melihatnya dalam diam. Apabila anda melihat sesuatu yang mencurigakan, sudah pastilah anda akan rasa tidak tenteram malah mula menimbulkan pergaduhan. Tetapi jika tiba-tiba anda melihatnya tiada apa-apa yang curiga, pasti anda akan lebih tertanya-tanya kepada pasangan anda.

2. Anda tidak menghormati ruang peribadinya.

Sikap anda ini sudah pastilah tidak menghormati dirinya. Mana tidaknya, anda perlu faham ruang untuk dirinya sendiri. Apabila anda dilakukan sebegini, pasti anda rasa tidak selesa bukan. Mana tidaknya, seseorang melihat media sosial anda, gambar dan perbualan anda bersama rakan-rakan anda. Bahkan anda mengkritik atau bertanya akan sesuatu perkara yang anda anda rasakan cukup perbadi. Jadi, walaupun anda kekasih hatinya, itu tidak bermakna anda boleh lakukan apa yang anda suka.

3. Anda rasa lebih curiga dan sakit hati.

Apabila di dalam telefon bimbit itu adalah perkara yang penuh rasa tanda tanya pasti ia akan membuat anda sakit hati. Lebih sakit apabila pasangan anda tidak memberikan penjelasan yang cukup untuk anda, sudah pastilah anda semakin sakit hati dan mula mencari masalah dengan pasangan anda. Anda juga akan merasakan bahawa pasangan anda itu adalah puncanya sedangkan, ia bermula daripada anda.



4. Jadi ketagih kerana rasa ingin tahu.

Apabila anda sudah mula melihat isi kandungan telefon bimbit pasangan anda, sudah pasti anda akan lakukannya banyak kali. Mana tidaknya rasa ketagih dan rasa ingin tahu itu akan membuak-buak dalam hati anda. Terutama jika ada sesuatu yang mencurigakan anda. Pasti ingin melihatnya kali kedua.

5. Dirinya akan lebih berhati-hati apabila berlaku curang.

Kerana anda terlalu kerap memeriksa telefon bimbitnya, ia akan membuatkan dirinya lebih berhati-hati untuk berlaku curang. Hal ini kerana, dia akan tahu bila anda akan memeriksa dan apa yang harus dirinya lakukan sebelum berjumpa dengan anda. jadi, susahlah anda hendak menghidu perbuatannya itu nanti.

Tidak salah sekiranya anda ingin membuat pemeriksaan telefon bimbit pasangan anda, tetapi jangan keterlaluan, terutama jika dirinya tidak menunjukkan tanda-tanda yang mendatangkan rasa curiga.



]]>
Resit Belanja Jangan Simpan Lama-Lama, Bahaya Untuk Kesihatan. Orang Perempuan Selalu Buat Ini. https://redaksi.com/7705-resit-belanja-jangan-simpan-lama-lama-bahaya-untuk-kesihatan-orang-perempuan-selalu-buat-ini Fri, 13 Dec 2019 16:31:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7705 Selepas berbelanja tentu sahaja anda akan mendapat resit hasil darai barangan yang dibeli. Bahkan anda akan menyimpan resit tersebut kalau-kalau nak tukar barang atau bukti pembayaran anda. Selalu simpan sahaja tetapi tak pernah dibuang segala resit yang sudah tak berguna itu.

Pasti ramai yang ada sikap seperti ini bukan? Nak-nak lagi orang perempuan, beg tangan mereka ini memang banyak resit yang tersimpan, kadang dari tahun lepas punya pun masih ada lagi.


Resit mengandungi racun

Jangan terkejut, kalau sebenarnya resit perbelanjaan ini mengandungi racun di dalamnya. Tidak ramai yang tahu bahawa resit ini mengandungi bahan berbahaya kepada tubuh badan, bahan ini adalah BPA atau Bisphenol A.

BPA adalah sebatian kimia yang biasa digunakan untuk mengeraskan plastik. Bahan kimia ini biasanya terdapat dalam bekas makanan plastik, botol plastik, dan resit kertas.



Jadi punca kanser

Dalam kajian yang melibatkan haiwan eksperimen, BPA sebenarnya boleh mengganggu fungsi hormon endokrin. Ini kerana kandungan dalam BPA mempunyai kesan yang sama seperti estrogen hormon yang boleh menyebabkan perubahan dalam kelenjar prostat dan tisu payu dara.

Walaupun kesan buruk BPA hanya terbukti dalam haiwan, penyelidik mencadangkan bahawa ia harus mengelakkan perkara-perkara yang mengandung BPA.

Seperti yang dilaporkan oleh Gabungan Pencemaran Plastik, BPA dalam resit kertas boleh mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita. Ini boleh berlaku kerana menyerap sebatian kimia seperti estrogen ke dalam kulit anda.

Jika anda sering menyimpan kertas resit membeli-belah di dompet atau poket seluar anda, risiko yang boleh berlaku termasuk:

• Kanser payudara
• Kanser prostat
• Diabetes
• Obesiti

Ini terbukti melalui kajian dari tiga negara, iaitu Brazil, Sepanyol dan Perancis. Ternyata, walaupun dalam dos yang sangat kecil, ada bukti yang menunjukkan bahawa BPA dalam resit belanja dapat menajdi punca kanser.

Bukan hanya resit sahaja, BPA juga terdapat dalam;

• Tiket kapal terbang
• Tiket konsert

Ada cara istimewa untuk mengetahui sama ada resit perbelanjaan anda mengandungi BPA atau tidak. Cuba menggaru sisi resit membeli-belah anda. Sekiranya terdapat tanda gelap, resit anda mungkin mengandungi BPA.



]]>
Cinta Bukan Lesen Buang Ibu Bapa. https://redaksi.com/763-cinta-bukan-lesen-buang-ibu-bapa Mon, 07 Aug 2017 11:42:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=763 Percaya atau tidak, sebenarnya kes meninggalkan ibu bapa dalam erti kata membiarkan mereka hidup sendiri telah banyak berlaku termasuk yang meninggalkan ibu bapa di rumah orang tua atau yang membiarkan ibu bapa bersendirian di kampung. Tidak menziarahi dan tidak menjenguk ibu bapa, sekadar hanya mengirimkan wang, malah berapa ramai pula yang tidak mengirimkan wang dan hilang tanpa khabar berita. Ketaatan seorang anak perempuan bertukar takhta daripada ibu bapa kepada suaminya selepas si anak berkahwin namun bukan sampai membuang atau menyisihkan ibu bapa. Ketaatan kepada suami biarlah bertempat dan berbatas. Menyisihkan atau membuang ibu bapa tidak termasuk di dalam ketaatan yang perlu dan wajar diikuti.



Sebagai anak lelaki pula, takhta ketaatan anda tidak pernah berubah. Malah, jika anda beristerikan wanita yang tidak membenarkan anda berlaku baik kepada ibu bapa, harus bagi anda untuk menceraikan isteri tersebut. Ingat! Cintakan isteri jangan sampai anda menjadi lelaki dayus! Kes buang ibu bapa sebelum berkahwin juga tidak kurang banyaknya. Ada banyak kes anak gadis lari dari rumah kerana mengikut kekasih. Anak gadis ini kembali semula ke pangkuan ibu bapa kerana hidup terseksa malah juga ada kes, memerlukan bantuan pihak tertentu untuk mengembalikan mereka ke pangkuan ibu bapa. Ada yang tidak lari tetapi menentang ayah sendiri di Mahkamah Syariah kerana si ayah tidak mengizinkannya berkahwin dengan jejaka pilihan hati.



Peruntukan undang-undang membenarkan seorang anak gadis memohon pada Mahkamah Syariah agar si ayah yang enggan mewalikan atau mengizinkan perkahwinannya, tanpa alasan yang munasabah menurut syarak, supaya bersetuju dan mewalikan perkahwinannya. Peruntukan juga jelas, jika si ayah tetap enggan bersetuju, maka Mahkamah Syariah boleh membenarkan si anak berkahwin menggunakan wali hakim. Peruntukan ada dan diakui demi kebaikan individu namun daripada segi moral, apakah menyaman ayah sendiri di mahkamah atas nama cinta kepada seorang lelaki, sesuatu yang wajar? Ada kes melibatkan alasan keengganan si ayah bukan sesuatu yang wajar dan munasabah menurut syarak. Harus diingat! Syarak menegaskan, setiap anak wajib taat dan hormat kepada ibu bapa. Ya! Ketaatan kepada ibu bapa juga terbatas kepada perkara yang tidak menyalahi syarak. Enggan menerima lelaki pilihan anda bukanlah perkara yang melanggar syarak biarpun alasan keengganan tersebut tidak munasabah menurut syarak.



Melawan ayah sendiri di mahkamah bererti anda tidak menghormati ayah anda sendiri. Anda telah melukakan hatinya. Anda sanggup mengetepikan cinta sejati ibu bapa yang menjaga, mendidik dan menyayangi anda sejak anda kecil semata-mata kerana cinta seorang lelaki yang hadir ketika anda telah berusia belasan ataupun puluhan tahun? Sungguh anda zalim! Bukan saja zalim kepada ibu bapa tetapi anda zalim kepada diri sendiri. Percayalah! Biar sedalam mana cinta si dia kepada anda, biar berjuta kali ucapan cinta dilafazkan, biar beribu kali pelukan dan belaian diberi, cinta seorang lelaki atau perempuan tidak akan sama dengan cinta dan kasih sayang ibu dan ayah. Bukan mendoakan tetapi terlalu banyak kes serupa. Natijahnya hanya satu, anda yang bertindak membuang ibu bapa atau melawan ibu bapa kerana cinta si dia, tidak akan hidup bahagia dan jika berkahwin, perkahwinan anda akan dibubarkan juga akhirnya, andai masih tiada restu ibu bapa.

Ingatlah! Restu Allah hanya ada jika kita punya restu daripada ibu bapa.

]]>
Tersasul sebut 'bawang merah', suami ajar isteri omputih cakap Melayu jadi perhatian warganet https://redaksi.com/9356-tersasul-sebut-bawang-merah-suami-ajar-isteri-omputih-cakap-melayu-jadi-perhatian-warganet Mon, 11 Jan 2021 16:50:52 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9356 Perkahwinan antara dua negara sememangnya satu hubungan yang unik. Bukan sahaja saling mengenali budaya yang baru tetapi juga saling menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek yang baru seperti makanan, bahasa dan juga tempat tinggal.


Baru-baru ini, tular satu pasangan yang Malaysia- Amerika di media sosial yang berkongsi gelagat dalam menggunakan Bahasa Melayu ketika berbual.

Gelagat isteri belajar cakap melayu

Keluarga kecil ini kenali sebagai Kumaar Family yang memuat naik sebuah video di Twitter dengan menunjukkan gelagat Logesh dan isterinya, Rachel ketika membeli belah di pasaraya.



Menerusi video tersebut, awalnya wanita berkenaan diberi sati cabaran oleh si suami di mana dia perlu mencari bahan dapur iaitu ‘red onion’ atau bawang merah di pasaraya tersebut.

Dari bawang jadi burung

Bagaimanapun, keadaan menjadi kelakar apabila sebutan yang dilontarkan oleh isterinya tidak sama seperti yang disebut oleh suaminya.

Lebih melucukan apabila Rachel menyebut bawang merah sebagai ‘burung merah’. Walaupun telah ditanya berulang kali oleh suaminya, Rachel tetap yakin dengan jawapan tersebut.

Sempat ketawakan diri sendiri

Namun, selepas mengetahui maksud sebenar, dia segera perbaiki perkataan tersebut dan sempat mentertawakan dirinya sendiri.

Menurut Logesh, dia akan cuba untuk memberi tunjuk ajar kepada isterinya agar boleh menguasai Bahasa Melayu dengan baik.



Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet yang memuji tindakan lelaki berbangsa India malah ada juga turut mengucapkan tahniah kerana memiliki jati diri yang teguh.


]]>
“Isteri Itu Adalah Cerminan Dirimu” Pesan Ustaz Pahrol Pada Para Suami. https://redaksi.com/5787-isteri-itu-adalah-cerminan-dirimu-pesan-ustaz-pahrol-pada-para-suami Mon, 15 Apr 2019 07:47:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5787 Selepas berkahwin sahaja, isteri mula menjadi garang, isteri mula tidak menjaga penampilan, isteri mula mengambil ringan hal ehwal rumah tangga, namun semuanya perlu dilihat kembali oleh para suami.

Adakah betul cara si suami menggalas tanggung jawab sebagai ketua keluarga?

Sebagai Muslim, apa sahaja yang kita lakukan, dan apa sahaja hasil yang kita lihat, refleks diri kembali. Bermuhasabah diri. Kenapa sebahagian perkara tidak seperti yang dirancangkan dan sebaliknya?

Terutamanya dalam hal ehwal rumah tangga, suami isteri perlu bermuhasabah diri sekiranya pasangan melakukan perkara yang kalian tidak suka. Suami perlu tahu, kenapa isteri jadi begitu? Jangan salahkan isteri seratus peratus, tanpa mengakui kesalahan sendiri.

Tanggung jawab suami ini besar, tersilap langkah satu keluarga menerima kesannya. Oleh itu ikuti pesanan daripada Ustaz Pahrol ini…

********

Pesan buat suami:

1. Isteri cerminan diri mu.

Dia dibentuk oleh pimpinan dan didikan mu. Salah dan silapnya ialah bayangan diri mu sendiri. Justeru, jangan cepat menyalahkannya tetapi perbaikilah diri setiap kali berlaku perselisihan. Memperbaiki diri sendiri, adalah jalan terbaik mendidik isteri.

2. Jangan mengungkit kebaikan yang diberi.

Itu bukan jasa, tetapi tanggungjawab. Jika dihargai, syukur. Jika tidak, jangan ambil hati. Itulah cara Allah mendidik kita tentang keikhlasan. Tidak dihargai manusia bukan bererti kita tidak berharga tetapi itulah tanda kita benar-benar berharga di sisi Allah...dengan syarat kita terima segalanya dengan sabar.

3. Selalu cari dosa-dosa kita dengan Allah.

Justeru itulah hijab datangnya bantuan Allah dalam rumah tangga kita. Sebagai pemimpin, suamilah yang paling bertanggungjawab mengundang turunnya barakah ke dalam rumah tangga. Mungkin dosa kita kepada Allah menyekat hubungan baik kita dengan isteri dan anak-anak. Jalan keluar daripada masalah ini ialah sentiasa beristighfar dan bertaubat.

Insya Allah kita sambung bicara ini nanti bila diizinkan. Insya-Allah.

********

Semoga Bermanfaat!

]]>
Jangan Pilih Lelaki yang Kedekut Sebagai Suami, Kalau Tak Nak Makan Hati. https://redaksi.com/8009-jangan-pilih-lelaki-yang-kedekut-sebagai-suami-kalau-tak-nak-makan-hati Thu, 19 Mar 2020 21:10:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8009 Nak berjimat itu tidak salah, tapi kenalah tahu cara yang betul. Jangan masa nak kahwin, guna alasan nak berjimat hanya kerana konon nak halalkan hubungan atau segera berkahwin. Akan tetapi hakikatnya, sayang nak keluar duit.

Ketika dating, banyak wanita yang hulur duit buat belanja itu ini. Bukan salah, tapi kalau selalu sangat tak lelaki namanya. Duit dia, simpanan dengan alasan sebagai simpanan duit kahwin sedangkan dia memang sayang duit dia untuk orang lain, tapi kalau guna untuk diri sendiri tidak mengapa.

Itu yang menjadi punca selepas kahwin, barulah tahu bahawa suami sendiri seorang yang kedekut. Bab belanja rumah dan nafkah, sangat berkira tapi kalau untuk diri sendiri dan minatnya, tidak mengapa pula. Akhirnya, si isteri juga yang akan makan hati hari-hari nanti.


Jadinya, nak elak akan perkara ini berlaku, perlulah bijak dalam memilih pasangan. Macam mana nak pilih lelaki yang tidak kedekut, begini caranya.

1. Tidak bertolak ansur

Selalunya dia tidak mahu mengalah dengan wanita, dia mahu tunjuk yang dia bagus serba serbi. Sama juga dengan berbelanja, kalau dia terlalu tunjuk yang dia bagus itu ini, selepas kahwin belum tentu dia seperti itu. Sikap lelaki baik semua ada padanya tapi sebenarnya hanya berpura-pura sahaja.



2. Selalu kata tak ada duit

Bila ajak keluar, tak ada duit. Bila ajak makan, kata duit nak simpan kahwin. Terlalu banyak alasan menyatakan bahawa dirinya tak ada duit juga merupakan orang yang kedekut. Lainlah kalau dirinya itu memang banyak tanggungan dan juga orang yang tidak begitu mampu. Itu lain cerita okay.

3. Suka lepas tangan

Bila kena belanja, dia diam sahaja. Bila tak cukup duit pun dia buat tak tahu sahaja. Jika anda berjumpa dengan seseorang yang seperti ini, itu tandanya dia bukan seorang yang bertanggungjawab. Malah, dia hanya memikirkan untuk selamatkan dirinya dahulu bukan bersama-sama. Eee, tak gentlemen langsung.

4. Dia tak mengajak

Selalunya anda sahaja yang mengajak dirinya lakukan itu ini, makan sana sini. Bila anda ajak, andalah yang keluar duit, itulah yang dia fahamkan. Sedangkan, anda ajak anda nak luangkan masa bersama tapi nak buat macam mana si dia kedekut.



5. Jarang belikan anda sesuatu

Kalau pasangan lain belikan itu ini, dia pulak sebaliknya. Nak suruh beri hadiah hari-hari memang tidaklah tapi kalau kirim barang pun sampai claim balik ini memang dah namanya kedekut. Tak akanlah barang yang murah pun berkira, bukannya minta barang yang mahal.

6. Memang dah bagitahu awal-awal

Kalau jenis yang dah bagitu awal dia itu kedekut, tak akan anda nak tunggu lagi. Jangan ingat anda akan tahan dengan sikap kedekutnya, takut nanti anda sahaja yang makan hati. Sikap kedekut ini tak boleh bawa bincang!

Kalau masa bercinta dah ada sikap macam ini, baik elakkan. Takut nanti lepas kahwin pun masih kekal dengan sikap yang sama. Anda juga yang makan hati nanti.



]]>
Jom Ketahui Bahasa Gerak Badan Lelaki Apabila Dia Menyayangi Pasangannya Melalui 5 Situasi Ini. https://redaksi.com/3425-jom-ketahui-bahasa-gerak-badan-lelaki-apabila-dia-menyayangi-pasangannya-melalui-5-situasi-ini Tue, 04 Sep 2018 11:08:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3425 Wanita sering dikaitkan dengan bahasa kiasannya sehingga membuat lelaki pening kepala untuk memikirkan maksud tersirat. Lelaki juga mempunyai bahasa tersirat, tetapi melalui pergerakan tubuh badannya. Seperti yang kita tahu lelaki hanya meluahkan perasaan sayang dan cintanya pada pasangan melalui perbuatan iaitu gerak geri tubuh badan.

Jadi, jom ketahui gerak geri tubuh badan lelaki melalui 5 situasi ini dimana dia menyayangi pasangannya, tanpa wanita itu sedar…

Situasi 1: Makan tengah hari atau makan malam yang dimasak oleh isteri.

Bagi wanita yang telah berkahwin pasti setiap hari tertanya-tanya adakah masakannya yang dimasak sedap dijamah oleh suaminya? Jika lelaki itu makan masakan anda tanpa berbicara, sambil berpeluh-peluh kemudian berselera tambah nasi dan lauk, itu tandanya masakan anda sedap dan suami amat menyayangi anda sebenarnya.


Jika lelaki meminta anda masak dan jarang makan di luar, itu juga tanda si dia amat gemar dengan masakan anda. Dan melalui masakan anda lah, si suami ini menyayangi anda tanpa meluahkan kata cinta.

Situasi 2: Sering mengadap dan berceritakan tentang kereta.

Wanita sebenarnya agak rimas apabila lelaki sering menceritakan isu yang mereka kurang gemar. Kereta? Kenapa mesti kongsi bersama teman wanita atau isteri ya? In kerana lelaki ini mahu mempersiapkan kereta untuk pasangannya juga. Lelaki ini mahu tahu kereta bagaimana yang pasangannya suka, warna yang macam mana, kekemasan kereta tersebut, malah deco yang bagaimana buat anda selesa.

Lelaki ini akan memastikan kereta bersih, minyak penuh serta memeriksa keadaan kereta dalam keadaan selamat supaya isteri yang mengguna kelak tidak akan timbul macam-macam masalah. Ini kerana mereka tahu wanita mana ambil tahu sangat tentang kereta, semuanya pasti bergantung pada lelaki sahaja pada masa hadapan.

Situasi 3: Si isteri jarang melihat lelaki menolong mengemas rumah tetapi….

Hal-hal mengemas rumah memang sinonim dengan wanita contohnya seperti membasuh baju, melipat baju, membasuh pinggan, vakum rumah dan seumpama dengannya. Tetapi wanita yang jarang melihat lelaki menolong kemas rumah, anda tahu tak sebenarnya suami anda menolong dari segi apa?


Memperbaiki sinki di dapur atau bilik mandi, lampu, pintu, service aircond, mencari paip getah jika diperlukan, mengemas stor yang terlalu banyak barang-barang anda yang tidak digunakan dan seumpama dengannya. Pasti seorang isteri akan melihat “Eh…dah elok lampu tu..”

Situasi 4: Cuba meluahkan perasaan tentang masalah di tempat kerja.

Lelaki jarang menceritakan masalah di tempat kerja pada sesiapa. Jika seorang lelaki itu mula menceritakan masalahnya pada seorang wanita, itu tandanya lelaki tersebut amat mempercayai dan menyayangi wanita itu. Pada pasangan yang telah berkahwin, jika suami anda mula merengek tentang masalah ditempat kerja, jangan lah anda juga turut merengek, dengar sahaja luahan hati mereka.

Situasi 5: Melihat anda seperti tidak berkelip matanya.

Akhir sekali jika suami atau teman lelaki anda melihat anda tanpa mengelipkan matanya, dan ungkap “Cantik…” percayalah itu memang datang dari hatinya yang tulus kerana kebiasaannya lelaki jarang memuji wanita. Kecuali wanita itu yang mereka sayangi dan cintai.


 

]]>
10 Sebab Mengapa Anda Jangan Lepaskan Pasangan Yang Memberi Anda Peluang Kedua. https://redaksi.com/2054-10-sebab-mengapa-anda-jangan-lepaskan-pasangan-yang-memberi-anda-peluang-kedua Fri, 20 Apr 2018 15:13:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2054 Setiap insan berhak di beri peluang kedua, kerana jika tidak diberi peluang, maka mereka tidak berkesempatan untuk membetulkan kekurangan sebelum ini. Tetapi terpulang kepada individu untuk memberi peluang atau pun tidak, kerana ia melibatkan hati dan perasaan masing-masing.


Namun, bagi mereka yang diberi peluang kedua untuk menebus kesalahan, jangan lepaskan pasangan seperti ini kerana..

1. Pasangan yang memberi anda peluang yang kedua, mereka tidak akan memberi peluang yang ketiga. Jadi, anda perlu buktikan bahawa anda bersungguh-sungguh mahu kan diri mereka hingga selama-lamanya. Jangan sakiti hati dan perasaan mereka lagi, jika tidak mahu ditinggalkan.


2. Pasangan yang memberi anda peluang kedua adalah seorang yang sangat kuat dan menerima segala kesalahan yang anda lakukan. Namun sedemikian, mereka bukan lah secara total memaafkan anda kerana mereka semakin berhati-hati.

3. Bukan salah mereka, jika anda kembali dan terus melakukan segala kesalahan yang sama. Jadi, jangan menuding jari dan menyalahkan mereka kerana jika mereka telah memberi anda peluang kedua, mereka adalah perkara yang terbaik pernah terjadi dalam hidup anda.

4. Pasangan yang memberi anda peluang kedua adalah seorang yang berjiwa besar. Jadi jangan lepaskan mereka kerana walaupun anda telah melukakan hatinya dan berlaku tidak adil pada mereka, si dia masih lagi percaya bahawa anda akan berubah.


5. Pasangan yang memberi anda peluang kedua adalah seorang yang mengharapkan anda mampu untuk membina kembali hubungan sehingga berkekalan.

6. Pasangan yang memberi anda peluang kedua, adalah sebenarnya seorang yang percaya pada anda yang akan menyayangi mereka dengan cara yang lain tidak sama seperti kisah lepas. Mereka tidak mahu kisah silam berulang kembali, mereka mahu anda yang lain.

7. Pasangan yang memberi anda peluang kedua ini sangat memahami bahawa semua manusia sentiasa melakukan kesilapan dan berhak diberi peluang. Mereka sendiri mengaku tidak juga sempurna, dan kerana itu mereka memberi anda peluang untuk mencintai mereka kembali.


8. Dan yang paling utama, pasangan ini tahu bahawa anda ada potensi untuk berubah, jadi jangan hancurkan kepercayaan mereka.

9. Pasangan yang memberi anda peluang kedua adalah seorang yang meletakkan harapan yang tinggi pada anda, maka jangan lah anda memungkiri janji untuk tidak mencintai mereka.

10. Tiada yang lain, tetapi hanya kerana mereka masih mencintai dan menyayangi anda sepenuh hati. Jika mereka tidak merasakan cinta itu, memang tiada peluang yang kedua untuk anda.


]]>
Punca Dan Sebab Lelaki Curang Dengan Wanita. https://redaksi.com/1192-punca-dan-sebab-lelaki-curang-dengan-wanita Mon, 11 Sep 2017 12:29:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1192 Pernahkah anda terfikir kenapa dan apa punca dan sebab lelaki curang dengan wanita (pasangan mereka)? Tidak dinafikan, banyak lelaki yang berlaku curang dengan pasangan mereka walaupun sudah berkahwin tetapi tahukah anda apa sebab utama yang menyebabkan mereka cenderung untuk curang?



Sama ada anda tahu atau tidak, lelaki/perempuan yang curang pasti akan menunjukan ciri-ciri lelaki curang tak kira bagaimana mereka berusaha agar kecurangan mereka tidak diketahui oleh pasangan mereka. Dibawah ini adalah 8 senarai punca dan sebab lelaki curang dengan wanita yang popular.

1) Mata duitan.

Bagi kaum wanita, agak malang kalau pasangan anda seorang mata duitan dan hanya pentingkan duit semata-mata. Lelaki seperti ini memang jenis yang akan tinggalkan anda apabila mendapat kekasih lain yang kaya-raya. Bagi lelaki mata duitan, wang adalah segala-galanya bagi mereka dan mereka mungkin akan tinggalkan anda begitu sahaja tanpa memikirkan keadaan anda.



2) Benci dengan pasangan.

Atas sebab-sebab tertentu seperti selalu diperlekehkan atau dipermainkan, lelaki benci dengan pasangannya tetapi tidak berani membalas secara direct. Sesetengah daripada mereka memilih untuk membalas dendam secara sembunyi iaitu dengan berlaku curang.

3) Playboy atau kaki perempuan.

Lelaki curang dengan pasangan mungkin disebabkan perangainya yang memang jenis playboy dan tidak boleh setia pada yang satu. Lelaki yang kaki perempuan memang pantang tengok perempuan cantik sedikit dan biasanya tindak tanduk mereka senang untuk dikesan dari cara mereka memerhatikan perempuan lain ketika anda keluar bersama. Lelaki seperti ini harus dielakan dari awal-awal perhubungan walaupun lelaki itu pandai ambil hati, hensem dan banyak duit.

4) Penampilan pasangan.

Masa mula-mula kenal dulu, pasangannya pandai bergaya, kemas dan menjaga penampilan diri setiap kali berjumpa. Namun, setelah beberapa lama, pasangan mereka mula malas menjaga penampilan diri dan kelihatan serabai dan selekeh berbanding dulu. Sebab itulah, para wanita disarankan untuk sentiasa menjaga penampilan diri walaupun selepas berkahwin. Tidak dinafikan para wanita yang telah berkahwin dan mempunyai anak kebanykannya tidak mempunyai masa untuk menjaga penampilan diri tetapi seboleh-bolehnya biarlah kemas.



5) Keliru dan tidak serius.

Lelaki kadang-kadang mengungkapkan kata cinta tanpa berfikir panjang dan tidak serius dalam perhubungan. Selepas beberapa lama, mungkin dia akan terfikir bahawa anda bukanlah pilihan hatinya. Oleh kerana takut atau belum bersedia untuk memutuskan hubungan, lelaki tersebut mengambil keputusan untuk curang dengan wanita lain tanpa pengetahuan pasangannya.

6) Bosan dengan pasangan.

Lelaki kalau dia bosan dengan sikap dan perangai pasangannya, dia tidak akan memberitahu pasangannya secara terus-terang. Mungkin dia bosan dan tidak suka dengan sikap pasangan yang terlampau cerewet dan terlalu bermanja, mengada-ngada dan sentiasa mahu lelaki tersebut menurut kehendaknya. Selepas beberapa lama, apabila sudah tidak tahan lagi, maka lelaki akan mengambil keputusan untuk mencari yang lain.



7) Kurang perhatian.

Lelaki cenderung untuk curang apabila pasangannya sudah tidak memberi perhatian kepadanya lagi. Kalau dulu pasangannya jenis caring dan sering mengambil berat, tetapi sekarang seolah-olah tidak peduli langsung dengan masalah dan aktiviti yang dilakukan oleh lelaki. Sekali sekala, sila bertanya dengan pasangan anda apa yang dilakukannya sekarang atau masalah yang dihadapinya.Dengan berbuat demikian, mereka akan merasa diri mereka dihargai oleh anda. Tapi, janganlah setiap masa anda tanya apa yang mereka buat sebab nanti pasangan anda boleh jadi rimas dengan anda.

8) Kekasih lama.

Satu lagi sebab lelaki curang ialah lelaki tersebut mungkin mempunyai kekasih lama yang berpisah atas sebab-sebab tertentu yang hanya mereka dua sahaja tahu. Kata orang, cinta lama susah untuk dilupakan dan senang untuk berputik kembali jika selalu berjumpa dan kedua-duanya masih belum berkahwin walupun sudah ada teman lelaki/wanita yang lain. Lelaki mungkin akan curang jika anda memberi perhatian dan layanan yang teruk berbanding kekasih lama mereka.

]]>
Betul Nak Putus? 10 Tanda Kamu Masih Sayangkan Dia. https://redaksi.com/1261-betul-nak-putus-10-tanda-kamu-masih-sayangkan-dia Tue, 19 Sep 2017 16:17:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1261 Biasalah, semua perhubungan mesti ada turun naiknya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, betul tak? Lebih-lebih lagi pasangan yang masih bercinta.



Sudah menjadi lumrah, masalah akan timbul tanpa kita sendiri mampu mengawalnya. Walaubagaimana besar pun perasaan marah dan bencii anda terhadap pasangan jika hati masih cinta, anda tidak dapat menipu diri sendiri kerana hati lebih berkuasa dari segala-galanya.

Bagaimana hendak tahu jika anda masih perlukan si dia? Sebelum betul-betul melafazkan kata putus atau cerai, ini 16 perkara yang perlu dipertimbangkan dahulu.

1. Tak Pernah Lupa Perancangan Yang Dirancang Bersama.


Kamu berdua sering berusaha keras untuk mencapai matlamat yang sama sebagai contoh, sedaya-upaya menyimpan duit untuk mendirikan perkahwinan…

Sebaik mendapat bonus atau jika ada duit lebih, anda terus teruja untuk menyimpan wang tersebut sebagai persediaan to make you and her/his dream come true!




2. Masih Ingat Benda-Benda Simple Tentangnya.

Tarikh hari jadinya, makanan kegemarannya, bau minyak wangi yang sering dipakainya, semua itu anda masih ingat dan segar di ingatan…

3. Baca Semula Mesej-Mesej Si Dia.

Bila kesunyian atau ketika sedang berehat-rehat di rumah, tidak semena-mena tangan akan mencapai handphone lalu bertindak membaca kembali mesej-mesej anda dengan dia. Rindulah tu!

4. Selalu Berasa Gembira Kala Melihat Wajahnya.

Tak perlu dia melafazkan kata cinta atau memberi kamu hadiah, dengan melihat wajahnya sahaja hati sudah berasa tenang dan girang.

5. Risau Tentang Dia.

Tak tenangnya hati bila dia tidak ada dihadapan mata dan kepala. Selalu rasa tak sedap hati, lepas tu suka yang fikir bukan-bukan tentang dia.




6. Sanggup Terima Keburukan Yang Dia Lakukan.

Biar jahat mana pun perbuatan dia pada kamu, namun kamu masih mahu menerima si dia. Baik dan buruk dia langsung tidak merubah rasa sayang kamu tu. Yup, sebab kamu masih sayangkan dia…

7. Berfikir Secara Adil.

Setiap kali bergaduh, anda tahu berfikir secara adil. Anda tidak meletakkan seratus peratus kesalahan pada dia sebaliknya menganggap kesalahan yang dilakukannya itu mungkin bersebab. Itu tandanya anda masih sayangkan dia.

8. Dia Sering Berlegar Dalam Fikiranmu.

“Benci dan marah dengan perbuatan dia pada aku, tetapi kenapa susah sangat aku nak lupakan dia ni? Bertambah rindu lagi adalah…”

Itu tandanya hati kamu masih ada pada si dia. Biarkan dia terus menyimpan hati kamu. Jadi buat apa berpisah? Sebaliknya cuba cari jalan selesaikan masalah agar dapat berbaik semula.

9. Aktiviti Harian Mengingatkan Anda Kepada Si Dia.

Tanggungjawab terlalu banyak sehingga anda tidak ada masa untuk berdua-duaan dengannya. Biarpun begitu, kamu masih boleh kaitkan aktiviti harian dengan si cinta hati. Bila lalu di hadapan restoran kegemarannya, anda terus teringatkannya. Bila terdengar lagu kesukaannya di radio kereta, hati anda terus jadi rindu kepadanya.




10. Jadi Stalker Di Media Sosial.

Masih tak boleh move on biarpun bibir sudah hampir mengucapkan kata putus? Dalam masa yang sama, hampir setiap jam anda mengintai aktiviti si dia di akaun Instagram, Facebook dan sebagainya… Anda masih sayangkan dia lagilah tu!

Semua orang pernah ada masalah dalam perhubungan dan semua orang ada harapan untuk berbaik jika satu sama lain cuba bertolak-ansur. Selagi belum ucap kata putus atau cerai, masih ada HARAPAN.

Selamat beramal.



]]>
Lima Perkara Penting Yang Perlu Ada Untuk Satu Hubungan. https://redaksi.com/2270-lima-perkara-penting-yang-perlu-ada-untuk-satu-hubungan Tue, 15 May 2018 11:52:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2270 Dalam menjalinkan perhubungan percintaan ini, sudah pasti banyak perkara yang perlu setiap pasangan tahu agar hubungan tersebut berkekalan. Mungkin ia kelihatan perkara yang remeh dan dianggap sebagai satu pengetahuan umum, namun ia sering diabaikan dan diendahkan. Ia sebenarnya tersangatlah penting untuk memupuk lima perkara ini agar dalam diri setiap pasangan. Hal ini adalah kerana untuk mengelakkan setiap pasangan saling melukakan antara satu sama lain.


Jom kenali lima perkara penting yang perlu ada dalam satu hubungan.

1. Kepercayaan.

Semua orang tahu kepercayaan itu tersangat lah penting dalam perhubungan. Rasa kepercayaan ini yang membawa seseorang itu terus berada di sisi tidak kira waktu senang atau susah. kepercayaan terhadap pasangan bukan hanya memerlukan sebelah pihak, tetapi memerlukan keduanya untuk saling percaya. Barulah ikatan itu kuat.

2. Kesetiaan.

Rasa sakit apabila di duakan oleh seseorang yang kita sayang. Itulah yang akan dirasai oleh seseorang yang pasangannya curang dalam perhubungannya. Jadi untuk tidak saling melukakan hati sendiri dan pasangan, adalah lebih baik untuk menjadi setia dalam perhubungan. Dan dengan kesetiaan ini juga, anda dapat mengekalkan hubungan anda agar bertahan lama.

3. Kasih sayang.

Apabila jalinkan hubungan ini, pasti kasih sayang itu penting. Kalau tidak bagaimana untuk anda dan dirinya saling bersama antara satu sama lain. Dan dengan kasih sayang ini juga, seseorang itu sukar untuk berubah hati mencari yang lain. Apa yang menariknya, semakin lama hubungan anda dengan dirinya semakin mendalam rasa sayang anda pada dirinya.


4. Memahami.

Rasa sayang sahaja tidak cukup kalau tidak saling memahami dan bertolak ansur. Jadi ingin menambah rencah lagi dalam perhubungan, sikap memahami pasangan itu teramat lah penting. Seseorang itu tidak boleh mementingkan diri dan kepuasannya sahaja tetapi perlu mementingkan pasangan dan hubungan.

5. Berjuang.

Sifat berjuang dalam perhubungan ini penting, dan teramat lah penting. Hal ini kerana, anda dan pasangan akan saling mempertahankan hubungan tersebut hingga ke arah yang betul selamat. Berjuang di sini bukan hanya menjaga dan mempertahankan hubungan itu dengan baik. Tetapi memohon dan meminta kepada Allah, juga di kira perjuangan.

Jika lima perkara ini diterapkan dalam perhubungan anda. Pasti hubungan itu akan mampu bertahan lebih lama dari anda jangkakan. Anda juga akan memiliki kebahagiaan seperti pasangan-pasangan yang lain.

]]>
Apabila Anda Mempunyai Niat Untuk Berubah, Segera Lakukan Perkara Ini. https://redaksi.com/4721-apabila-anda-mempunyai-niat-untuk-berubah-segera-lakukan-perkara-ini Sat, 29 Dec 2018 19:15:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4721 Apabila hampir masuk tahun baru ini, maka ramai lah yang berazam untuk melakukan satu perubahan yang baik dalam diri mereka. Tidak kiralah mahu menjadi manusia yang lebih gigih dalam mencari rezeki, ataupun ingin menjadi seorang yang berubah ke arah kebaikan.

Setiap orang mempunyai azam yang berbeza-beza, namun begitu, jika anda ingin berubah ke arah kebaikan, anda perlu menjadi seorang yang kuat semangat, jangan mudah putus asa dan terus menerus melakukan kebaikan pada diri anda.

Bagaimana nak mula berubah ke arah kebaikan ini? Berikut adalah cara-caranya.



                            

                           

                            

                           

                            

Mengapa perlu lebih fokuskan kepada solat?


                           

                            

                           

Semoga anda yang ingin lakukan perubahan itu akan berjaya dalam perubahan yang anda mahukan dan perubahan itu akan terus berkekalan.

]]>
Bila Suami Tak Nak Mendengar, Isteri Kena Selalu Hantar Pesanan Luah Perasaan Pada Suami Bukan Luah Pada Orang Lain. https://redaksi.com/7402-bila-suami-tak-nak-mendengar-isteri-kena-selalu-hantar-pesanan-luah-perasaan-pada-suami-bukan-luah-pada-orang-lain Thu, 03 Oct 2019 10:15:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7402 Wahai isteri, jangan mudah nak luahkan perasaan kepada rakan-rakan anda. Ini kerana anda tidak tahu sama ada rakan-rakan anda itu mempunyai niat yang baik terhadap anda atau tidak. Anda tak tahu jika dirinya itu tidak amanah memegang segala cerita anda. Boleh jadi hari ini anda kongsi esok lusa semua orang tahu kisah anda.

Wahai isteri, jangan mudah nak luah segala rasa tak puas hati anda kepada media sosial. Mungkin anda lihat ramai yang memberi kata semangat dan nasihat, akan tetapi anda tak sedar berapa ramai pula yang mendoakan agar rumah tangga anda itu hancur. Tak semua orang suka melihat anda bahagia, malah semua orang suka membaca aib anda suami isteri.

Kalau rasa tak puas hati, marah malah kecewa dengan pasangan, jangan beritahu orang lain tetapi beritahu pasangan kerana dia yang paling berhak tahu. Dia adalah tempat segala luahan yang terbaik sebenarnya, tak kiralah ketika anda puas hati ke tidak, kongsi segalanya kepada pasangan anda.



Dia tak mahu dengar dan selalu abaikan anda?

Hantar pesanan yang panjang kepadanya. Di mana, segala pesanan itu bertulis mengenai rasa tak puas hati anda kepadanya. Tulis secara jelas agar tiada salah faham agar dirinya faham dengan apa yang anda mahu sampaikan. Dia tak ambil peduli?

Siapa kata dia tak ambil peduli, dia mambacanya dengan jelas dahn faham akan perkara tersebut akan tetapi dia lebih memilih untuk membiarkannya. Namun ini adalah cara yang lebih baik bukan dari orang lain tahu mengenai masalah rumahtangga anda. Walaupun tiada respon atau tindak balas darinya, tapi dia faham dan dia membacanya.



Boleh jadi juga yang dia itu akan cuba memperbaiki segala silap dan salahnya, cuba beri masa dan jangan terlalu mendesak pasangan anda. Setiap orang yang nak berubah ini perlukan masa bukan, jadi jangan terlalu terburu-buru okay.

Wahai isteri, setiap apa yang anda rasakan itu luahkan pada suami anda. Jika dia tak mahu mendengar kata-kata anda, biarkan dia membaca pesanan anda. Ini yang lebih baik sebenarnya. Mana tidaknya, ia akan menjaga aib anda suami isteri malah orang ketiga juga sukar untuk menghasut.

]]>
Jadi ibu seawal usia 16 tahun, bukan penghalang duduki SPM tahun ini https://redaksi.com/8569-jadi-ibu-seawal-usia-16-tahun-bukan-penghalang-duduki-spm-tahun-ini Sat, 19 Sep 2020 12:50:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8569 Bab jodoh ini memang satu perkara yang sukar dijawab. Ada orang jodohnya datang awal, ada pula yang datang agak lewat. Tapi jodoh tentunya datang pada waktu yang tepat.

Ada orang, saat orang lain sibuk mencari jodoh, dia dah jumpa pun jodohnya malah kini telah bergelar ibu pada usia 16 tahun, itu yang dilalui oleh ibu muda ini.



Tak sangka menjadi ibu di usia ini

Pemilik akaun Tiktok Syadiranor berkongsi sedikit pengalaman manis dan juga rasa syukurnya selepas melahirkan anak pertamanya pada 7 Jun 2020 lalu. Mengimbau kembali detik itu, dia menjelaskan bahawa tidak menyangka akan berpeluang merasai pengalaman indah ini seawal usia 16 tahun.



Dia juga sempat bergurau bahawa bayinya yang diberi nama Naira Aleena itu akan menjadi teman bermain TikTok kelak.



Bakal ambil SPM tahun ini

Dalam video yang lain pula, ibu muda ini lengkap mengenakan seragam sekolah dan memberitahu akan menduduki peperiksaan SPM kelak. Walaupun sudah mempunyai keluarga, dia kelihatan tidak putus asa dalam pendidikan.


Perkongsian ibu muda ini mendapat respond yang baik dari warganet, malah rata-rata memberikan kata-kata semangat dan kagum dengan ibu muda ini. Tak hanya itu saja, warganet juga menumpang rasa gembira melihat keluarga kecil ini.

]]>
Nak Pilih Baju Pengantin Kena Utamakan Design Dulu Baru Warna. Ini Bakal Pengantin Perlu Tahu. https://redaksi.com/7887-nak-pilih-baju-pengantin-kena-utamakan-design-dulu-baru-warna-ini-bakal-pengantin-perlu-tahu Thu, 13 Feb 2020 11:21:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7887 Melakukan persiapan perkahwinan ini bukan semudah ABC, banyak perkara yang perlu disiapkan awal malah perlu juga ada plan perancangan yang jelas. Mana tidaknya, nak tempah itu ini perlukan kepastian dan bersedia barulah boleh lakukan semua itu.

Biasanya bakal pengantin akan lebih fokus kepada pemilihan pelamin, baju pengantin, baju nikah serta hantaran yang mana lebih memerlukan keputusan dari tuan badan berbanding perkara lain yang perlu dibuat bersama keluarga.

Kalau pelamin itu sudah tentu masing-masing sudah mempunyai minat yang tersendiri, ada yang sukakan simple, penuh dengan bunga, bertemakan taman dan macam-macam lagi. Tapi berlainan pula dengan pemilihan baju nikah dan bersanding ini. Nak memilih warna satu hal, belum lagi design.


Dalam pemilihan baju bersanding ini, pastikan anda memilih design terlebih dahulu kemudian barulah memilih mengikut warna yang anda suka. Ini kerana, kalau anda memilih warna kemudian designnya tidak lawa sudah tentu berat hati anda untuk membuat pilihan.

Okay! Ketika nak pilih baju pengantin ini, ada 5 perkara yang anda perlu titikberatkan.

1. Menutup aurat.

Paling penting okay! Pakaian yang jarang, pendek,dan terdedah sangat tidak sesuai digayakan pada hari bersejarah anda. Nak-nak lagi jika ia melibatkan bahagian punggung dan juga dada. Sebagai wanita Islam, kita tetap perlu menjaga aurat kita walaupun nak bergaya sakan pada hari bahagia.



2. Design terkini dan sesuai dengan bentuk tubuh

Pemilihan design ini tersangatlah penting sebenarnya. Nak-nak lagi buat mereka yang berbadan gempal dan berisi, sudah tentu ingin kelihatan agak kurus pada hari bahagia. Jangan pilih design mengikut apa orang pakai dan anda lihat cantik, tetapi lihat apa yang membuat anda cantik.

3. Warna pilihan atau sesuai dengan kulit

Warna juga memainkan peranan yang besar dalam menaikkan seri wajah anda dan juga seri pengantin. Maka dengan itu pastikan anda memilih warna yang sesuai dengan kulit anda. Jangan pilih warna yang anda gemari tetapi tidak sesuai dengan kulit anda.



4. Padanan pelamin dan juga baju

Kalau anda pilih pelamin terlebih dahulu pastikan ia berpadanan dengan baju anda. Takut pelamin warna merah tiba-tiba baju berwarna hijau, nanti lari jauh pula. Padanan antara pelamin dan baju yang baik akan menaikkan lagi anda punya seri. Nanti dalam gambar pun nampak cantik sahaja.

5. Hiasan

Elakkan hiasan seperti manik dan ropol-ropol yang terlalu sarat. Pilih baju dengan hiasan yang ringkas dan tidak terlalu sarat akan beri kesan yang lebih eksklusif.



]]>
Mudah Berjanji Tapi Tak Pernah Tertunai. Ini Penting Mengapa Anda Perlu Tepati Janji Pada Pasangan. https://redaksi.com/7700-mudah-berjanji-tapi-tak-pernah-tertunai-ini-penting-mengapa-anda-perlu-tepati-janji-pada-pasangan Thu, 12 Dec 2019 11:51:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7700 Berjanji ini memang mudah, tapi nak tunaikan sememangnya satu perkara yang paling berat untuk dilakukan. Banyak orang mudah kecewa dengan janji yang tidak tertunai ini, walaupun nampak macam kata-kata sahaja tetapi bila berjanji ini kenalah tunaikan.

Tidak kiralah dengan siapa pun anda berjanji, tetapi cuba dan usaha untuk tunaikan janji anda itu. Barulah orang akan percaya pada diri anda. Apabila kita menjanjikan pada sesiapa pun, kita harus memastikan janji yang sebaik mungkin.

Pastikan anda tidak pernah memungkiri janji, terutama apabila menjanjikan sesuatu kepada pasangan anda. Sebagai seseorang yang paling dekat dengan kita, sangat penting bagi kita untuk memastikan janji kita ditunai sebaik mungkin.

Jangan kita dah berjanji macam-macam akhirnya tak tertunai. Itu semua akan timbulkan rasa ragu-ragu nak mempercayai diri anda sendiri.



Menurut web yourtango.com, janji-janji yang tidak tertunai ini hanya akan membuat pasangan berasa kecewa. Pasangan anda bukan sahaja kecewa tetapi dia boleh menghilangkan kepercayaan kepada diri anda. Pasangan juga akan meragui kesungguhan anda malah merasakan hubungan tersebut tidak akan sampai ke mana.

Ada beberapa sebab mengapa pentingnya anda tunaikan janji kepada pasangan anda.



Pertahankan kerpercayaan

Dalam hubungan ini, kepercayaan ini sangat memainkan peranan yang paling utama. Di saat pasangan anda hilang kepercayaan terhadap diri anda, maka hubungan akan mula retak dan juga renggang. Maka dengan itu, tunaikan janji anda maka pasangan akan mula percaya anda. Bahkan mereka juga akan yakin bahawa anda sangat menghargai dirinya.



Hubungan semakin bahagia

Biasanya janji-janji yang terluah ini adalah satu kata-kata yang manis dan sangat menyejukkan hati seseorang. Walaupun ia sekadar ayat “malam ini kita makan sama” tapi bila pasangan dengar, tentu sahaja dia akan gembira dan terasa bahagia. Tapi bila tak tertunai tentu akan jadi satu kecewa. Namun, bagaimana kalau tertunai? Tentu rasa gembira dan bahagia yang tadi akan berganda. Malah, hubungan kalian juga akan baik walaupun baru lepas berdepan dengan salah faham.



Tambah rasa cinta

Apabila kita ingin memastikan janji-janji kita tertunai dengan baik, ini akan menambah kasih sayang kepada pasangan anda untuk anda sendiri. Menerima diri dengan ikhlas, setia dan sentiasa tunai janji-janji anda dengan baik, ini akan menjadikan pasangan lebih bahagia. Ini juga akan menjadikannya lebih mencintaimu.

Ini adalah sebab mengapa pentingnya anda tunaikan janji pada pasangan anda. Kalau tak mampu jangan berjanji. Mula pada janji segala perasaan dan keadaan hubungan akan berubah.



]]>
"Tujuan Ambil Darah Ini Bukan Suka-Suka, Ia Membantu Kenal Pasti Penyakit Anda Dengan Lebih Jelas." https://redaksi.com/5273-tujuan-ambil-darah-ini-bukan-suka-suka-ia-membantu-kenal-pasti-penyakit-anda-dengan-lebih-jelas Wed, 20 Feb 2019 16:03:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5273 Selalu kalau pergi klinik kita pasti akan di ambil sedikit darah untuk mengetahui penyakit apa yang menyerang kita. Itu sekiranya penyakit tersebut tidak begitu mudah untuk dikenal pasti oleh doktor ataupun, doktor hendak satu kepastian. Ramai di antara kita selalunya akan merunggut mengapa nak ambil darah pula sedangkan hanya sakit biasa-biasa sahaja.

Bukan itu sahaja, ramai yang beranggapan mengambil darah itu akan menyakitkan malah ada yang takut sekiranya akan dicucuk berkali-kali oleh jururawat. Mana tidaknya dah la takut jarum, nak kena cucuk banyak kali pun. Mahu tak bising mulut mak cik itu.

Jadi apa pentingnya ambil ujian darah ini? Mari fahami penerangan jelas dari Jururawat Mohamad Azrin ini. Baru kita tahu akan kepentingan mengambil darah ini. Bukan suka-suka ya.



Darah, Kenapa perlu Ambil ujian darah? Kadangkala sesetengah pesakit selalu bertanya kepada staff kesihatan seperti kami kenapa perlu Ambil?

Ketahuilah Bahawa Setiap prosedur Ada Tujuan dan ada Manfaatnya. Venepuncture..


Membantu para doktor memahami diagnosis penyakit.


Pengambilan sample darah juga adalah amat penting kerana dapat membantu Para doktor juga kerana mereka kebanyakannya banyak bergantung pada Melihat result ujian darah untuk mengetahui, memahami diagnosis akan sesuatu penyakit bagi seseorang pesakit yang dirawatnya. Oleh sebab itu sample Darah yang diambil juga boleh digunakan untuk menilai keadaan dan fungsi sesuatu organ lain tanpa perlu mengambil tisu organ tersebut.

Ya, Prosedur pengambilan darah ini selalunya akan dilakukan dengan 2 cara, samada menggunakan jarum dan syringe, ataupun menggunakan Intra Venous Catheter, mengikut keperluan.



Pengambilan sample darah juga adalah amat penting kerana Para doktor juga banyak bergantung pada ujian darah untuk memahami diagnosis akan sesuatu penyakit bagi seseorang pesakit. Oleh sebab itu sample Darah yang diambil juga boleh digunakan untuk menilai keadaan dan fungsi sesuatu organ lain tanpa perlu mengambil tisu organ tersebut seperti hati, buah pinggang dan juga thyroid.

Sebagai contohnya, keadaan hati juga boleh dinilai pada ujian darah dengan melihat pada nilai enzim dan protein dari hati yang berkumpul di dalam darah. Kelenjar tiroid juga boleh dinilai berdasarkan paras hormon tiroid tanpa memerlukan doktor mengambil sedikit tisu tiroid (biopsi) untuk pemeriksaan.

Selain itu, terdapat juga banyak ujian darah yang lain seperti dapat memberi petunjuk bahawa ada seperti jangkitan kuman, kekurangan darah, kekurangan garam dalam tubuh badan, kepekatan darah, dehidrasi, kawalan gula, kolesterol dan lain-lain lagi.

Jadi Sebab itulah pentingnya terdapat Pelbagai jenis pemeriksaan darah boleh dilakukan di hospital.


Kenapa perlu dicucuk berkali-kali?


Selain itu juga Kadangkala melakukan prosedur pengambilan darah ini juga kami Kadangkala selalu dihentam.
Kenapa cucuk berkali-kali, Kenapa tak boleh cucuk sekali jer?? Awak ni pandai Ambil darah ke tak?



Sabar.., janganlah cepat melenting, Sebenarnya tubuh badan manusia sememangnya bersifat dinamik, dimana keadaannya mudah berubah berdasarkan beberapa faktor case by case dalam keadaan tertentu. Kejayaan mengambil darah bagi seseorang perawat itu bergantung juga pada teknik kemahiran dan faktor keadaan yang tertentu.

Untuk mengambil spesimen darah, perawat yang ingin mengambil darah perlu nampak salur darah yang ingin dicucuk, atau sekurang-kurangnya dapat merasa kehadiran salur darah pada tempat yang ingin dicucuk.



Diantara faktor-faktor yang Agak menyukarkan adalah seperti:-

i. Pesakit yang dehidrasi, disebabkan kekurangan cecair dalam badan. Salur darah pesakit akan lebih sukar untuk timbul.

ii. Suhu persekitaran yang sejuk, ini menyebabkan selalu vein yang dilihat akan mengecut dan halus untuk dilihat. ( Peripheral vascular constriction )

iii. Pengambilan ubat-ubat tertentu, pengambilan caffeine dan nikotin juga boleh menyebabkan pengecutan salur darah.

iv. Pesakit IVDU (Intra Venous Drug User).

v. Pesakit Obesiti. Kebiasaannya pesakit yang badan lebih berisi ini memang mengalami kesukaran sekiranya perlu diambil spesimen darah, namun masih ramai diantara mereka memarahi perawat apabila berlaku kesukaran dalam prosedur ini.

vi. Pesakit ESRF (End Stage Renal Failure) kegagalan buah pinggang.

vii. Pesakit pediatric (Kanak-kanak dan bayi). Selain daripada faktor salur darah Kanak-kanak yang halus, keadaan ini juga menyukarkan perawat kerana pesakit Kanak-kanak seringkali meronta-ronta. Kadangkala sesetengah ibubapanya ada yang kurang memberikan kerjasama untuk memegang anaknya malah juga ada yang memviralkan kami di media sosial kenapa anaknya dicucuk sehingga menyebabkan anaknya menangis..

Hurmm saya juga menghela nafas dan menggeleng kepala Melihat kerenah sesetengah ibubapa yang kurang memahami, saya juga pernah bertanya kepada senior saya yang sudah kerja berbelas tahun, selama Beliau bekerja Pernahkah dia tengok kanak-kanak kecil yang dicucuk jarum tak menangis tetapi semasa dicucuk dia tergelak terbahak-bahak riang ria bersuka ria BaHahahahaha Hahahahaha... Rasanya tak pernah lagi..


viii. Tangan pesakit yang bengkak atau edema, injection yang berulang contohnya seperti pesakit denggi yang disebabkan trauma dan haematoma (lebam-lebam) dikawasan salur darah.



Terdapat banyak beberapa majoriti kes seperti diatas, Oleh sebab itu Janganlah cepat terlalu melepaskan marah Anda itu kepada perawat yang mengambil darah anda, Kami juga kalau boleh kami akan cuba elakkan cubaan mencucuk berkali. Dalam masa yang sama perawat yang mengambil darah juga telah cuba yang Terbaik untuk mengurangkan kesakitan yang anda alami dengan melakukan prosedur seperti ini. Kegagalan pengambilan darah juga Kadangkala datangnya Dari beberapa faktor kesukaran daripada tubuh badan pesakit itu sendiri, akan tetapi para perawat yang mengambil darah anda dilatih dan terlatih akan cuba yang terbaik untuk menjayakan prosedur tersebut atau mendapatkan bantuan dari rakan mereka yang lebih berkemahiran.

Tidak juga dinafikan, kebanyakannya staff kesihatan pon ada juga yang takut jarum, dan kebanyakannya kami juga tahu kesakitan yang dialami Oleh anda ketika dicucuk. Sebab itu prosedur pengambilan darah ini juga ada Tujuan atau manfaat mengikut keperluannya.

Hihihi Sekian cerita for blood taking today..

- SN Mohamad Azrin -

Meyh Sapa nak kena cucuk amik darah, Sila beri kerjasama dan tangan anda. Cucuk sikit ya..


]]>
Wanita Ini Kongsi Tips Manjaga Solat Bagi Mereka Yang Memakai Makeup. https://redaksi.com/4588-wanita-ini-kongsi-tips-manjaga-solat-bagi-mereka-yang-memakai-makeup Tue, 18 Dec 2018 14:14:58 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4588 Wanita sememangnya sukakan kecantikan dan itu bukanlah perkara yang asing bagi seorang wanita. Bagi wanita, mengenakan makeup pada wajah adalah bertujuan untuk menambah keyakinan diri dan juga menambah seri di wajah. Boleh dikatakan kebanyakan wanita kini hampir mengenakan makeup pada wajahnya walaupun hanya sekadar makeup yang nipis dan sederhana seperti menggunakan gincu, bedak, pembayang mata, pemerah pipi dan lain-lain.

Namun begitu, ada yang terlalu sayang akan makeupnya itu sehingga mereka ini memilih untuk meninggalkan solat berbanding membuang makeupnya daripada wajahnya. Perkara ini tidak seharusnya berlaku, terutama bagi wanita-wanita yang beragama Islam dan boleh mengerjakan solat.

Buat wanita-wanita yang selalu bingung untuk menguruskan makeup di wajah dan di samping itu ingin menjaga solat, sedikit perkongsian yang mungkin memberi manfaat kepada wanita-wanita diluar sana. Ikuti perkongsian daripada Puan Nurbaizura SaNi ini.



                     

Sedikit tips buat korang yang nak Pakai Mekup dan disamping Menjaga Solat.

Setiap wanita memang suka cantik dan nak cantik, tak salah cuma kena bersederhana dalam berhias. Walaupun kita mekup tapi kita Wajib menjaga solat kita.


Kakzura selalunya akan pakai mekup seperti biasa juga. Pakai pelembab, foundation, lipstik, mascara dan eyeliner. Cuma kakzura pilih lah yang jenis ringan dan mudah tanggal. Tapi kakzura nak share lima benda paling best kakzura selalu guna :

1. Sediakan wipe tissue dalam kereta.

10 minit sebelum korang berhenti di surau berhampiran, korang terus je cuci mekup tu pakai wipes tissue. So sambil suami cari surau atau parking korang banyak masa nak bersihkan sisi mekup dan kotoran. Kalau dah sampai surau baru nak bersihkan lama pulak ambik masa, kita pun terkejar-kejar nak bersihkan mekup. Kalau korang guna mekup remover pun boleh tapi kakzura jenis lupa sebab sibuk dengan anak. Standby je wipes dalam dashboard.


2. Pilih fondation yang tidak berat dan heavy.


Walaupun sekarang terdapat pelbagai produk foundation mesra wudhuk korang tetap kena cuci bersih- bersih wajah korang. Cuma produk mesra wudhuk ni bagus sebab tiada bahan-bahan terlarang dalam tu dan senang cuti. Senang cuci bukan bermaksud boleh terus ambik air sembahyang. Kena bersihkan dulu dengan wipes tissue atau mekup remover.


2.Pilih Mascara jenis peel off.


Mascara jenis ni selalu senang nak bersihkan dan mudah tanggal jika terkena air. Caranya basahkan kelopak mata kemudian biarkan sekejap dan terus korang gosok-gosok bahagian mata tu. Pastikan korang bersihkan betul-betul semasa ambik air sembahyang tu.



3.Cari Eyeliner jenis peel off.


Sama juga kakzura memang suka beli jenis eyeliner peel off ni sebab bila kena air dia mudah tanggal. Cara nak bersihkan sama dengan mascara jugak. Just basahkan dengan air dan gosok secara perlahan.


5.Lipstik.


korang pakai je apa-apa lipstik yang senang cuci. sekarang banyak orang jual di online. walaua apapun wajib tanggalkan sebelum ambil wudhuk.


Selesai solat boleh lah mekup macam biasa. Just simple dan nampak natural je bagi manis dipandang.


]]>
Serah Cinta Pada Yang Sudi. https://redaksi.com/769-serah-cinta-pada-yang-sudi Mon, 07 Aug 2017 12:54:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=769 Perasaan cinta sukar untuk difahami. Ada ketikanya tiba-tiba sahaja kita rasa suka pada si polan. Terasa ingin selalu bersamanya, ingin menjadi kekasihnya dan sehidup semati dengannya. Apabila hal sebegini berlaku, kita mulalah terfikir, oh adakah ini cinta? Sebelum cinta mulai membenih di dalam hati, anda seharusnya berhati-hati. Serahkan perasaan cinta itu kepada si dia yang sudi menerima anda seadanya. Janganlah nanti kita hanya bertepuk sebelah tangan kerana hal sedemikian amat menyakitkan. Dalam hal ini, biarlah lelaki yang memulakan. Bukan tidak boleh orang perempuan memulakan hubungan cinta. Namun disebabkan adanya sifat malu yang menebal dalam kalangan perempuan, membuatkan selalunya perempuan lebih suka menunggu. Ada sesetengah pendapat menyatakan bagi seseorang perempuan, lebih baik perempuan itu menyerahkan cintanya kepada lelaki yang menyayanginya berbanding kepada lelaki yang perempuan itu sayangi. Ini kerana lelaki yang menyayangi perempuan itu akan lebih membahagiakan berbanding lelaki yang disayangi oleh perempuan itu. Kasih sayang seorang perempuan akan membenih apabila melihat kesungguhan lelaki itu menyayangi dan mencintainya.



Jaga hati.

Kita boleh lihat kesungguhan seseorang itu menyayangi kita melalui perbuatannya. Dia ambil berat dan selalu menjadikan kita rasa dihargai. Jangan tersalah memberikan hati dan cinta kepada individu yang salah. Hal ini boleh menyebabkan hati jadi parah. Lebih-lebih lagi bagi perempuan yang bekerja. Anda mempunyai wang sendiri dan harta yang dikumpul dengan titik peluh sendiri. Jangan sampai jatuh cinta pada lelaki yang sekadar mahu mengambil kesempatan terhadap harta yang anda miliki. Jangan mudah terpedaya dengan cinta daripada si dia yang tidak jujur. Orang kata cinta itu buta. Namun anda perlu 'celik' untuk lebih mengerti dan mengenal pasti kejujuran seseorang. Jangan mudah terpedaya mulut manis, bicara bermadah dan pujuk rayu si dia. Pendek kata, awas dan hati-hati.



Kenal pasti.

Untuk mengenal pasti si dia yang benar-benar menyayangi anda, lihat sahajalah pada kesungguhannya. Jika anda meminta dia bertemu dengan orang tua anda, adakah si dia mahu? Jika banyak helahnya, itu menunjukkan si dia masih belum pasti untuk membawa hubungan anda ke arah yang mana satu. Jangan rosakkan hati anda dengan sesuatu yang tiada kepastian. Lebih baik pilih si dia yang benar-benar sudi menerima anda seadanya. Lupakan individu yang hanya cuba mengambil kesempatan. Boleh juga dapatkan pandangan daripada ibu bapa untuk menentukan mereka yang benar-benar ikhlas menyayangi anda. Selalunya pendapat orang tua amat bermakna. Ini kerana mereka mempunyai mata hati yang boleh menilai kejujuran seseorang.

]]>
Isteri Nusyuz Tidak Layak Terima Nafkah. https://redaksi.com/1374-isteri-nusyuz-tidak-layak-terima-nafkah Wed, 27 Sep 2017 12:40:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1374 Seorang isteri yang baik jika dia kenal serta beriman dengan Allah, maka dia akan tahu nikmat dan azab yang Allah sediakan kepadanya sama ada patuh atau ingkar dengan sesuatu yang telah ditetapkan untuknya. Hatinya mudah lembut, terdidik dan menerima akan segala nasihat atau teguran yang baik-baik. Sebab itulah, perkara pertama yang menjadi tanggungjawab sebagai suami apabila diijabkabulkan ialah memastikan agar isterinya betul-betul mengenali Allah. Kerana itulah Islam menggariskan syarat, pilihlah wanita yang beragama untuk dijadikan isteri, maka perkara yang lain akan turut mengiringinya. Jika berlandaskan nafsu dan keinginan hati semata-mata, maka timbullah pelbagai pergolakan jika tiada persefahaman dalam hubungan antara Sang Pencipta dengan hubungan sesama manusia.



Isu yang akan diketengahkan kali ini ialah mengenai status penerimaan nafkah sekiranya si isteri itu nusyuz dalam perkahwinannya. Benarkah isteri yang curang pada suami adalah isteri yang nusyuz? Jika isteri nusyuz, benarkah dia tidak layak menuntut apa-apa nafkah, termasuk nafkah idah?

Isteri nusyuz ialah keluar dari ketaatan suaminya. Suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syarak. Tindakan itulah dikira derhaka. Isteri yang berlaku curang juga diistilahkan ‘nusyuz’ kerana tidak mentaati suaminya. Suami seharusnya memberi pengajaran sebagaimana diajar dalam al-Quran.



Firman Allah SWT bermaksud:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki sudah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.

“Maka perempuan yang soleh ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya.

“Dan perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukan mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan bertujuan mengajarnya).

“Kemudian jika mereka taat kepada kamu, janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Surah an-Nisa, ayat 34) Jika nusyuz berlaku dalam perkahwinan, suami masih perlu memberi nafkah. Jika berlaku perceraian akibat nusyuz, bekas suami tidak wajib memberi nafkah kepada bekas isterinya, namun nafkah terhadap anak dan tempat tinggal anaknya yang masih di bawah tanggungannya.

9 Tanda Ketidaktaatan Isteri Kepada Suami.

1. Keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya.

Terkecuali daripada keadaan ini apabila isteri keluar berjumpa qadi untuk menuntut hak, mencari nafkah apabila suami tidak berkemampuan memberi nafkah kepadanya, meminta fatwa atau hukum jika sekiranya suaminya bukan seorang faqih dalam bidang agama.

Jika seorang isteri meminta izin untuk keluar rumah menziarahi kedua ibu bapanya atau ingin melihat jenazah ibu atau bapanya atau anaknya (yang tidak tinggal bersamanya), maka suami berhak untuk tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun dalam hal ini, adalah lebih utama jika suami mengizinkan isteri.

2. Enggan mengikut suami berpindah ke negeri lain.

Isteri tidak mahu mengikut ajakan suaminya tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syarak seperti isteri sakit atau perjalanan menuju ke negeri tersebut tidak aman atau suami berpindah ke negeri yang ditimpa wabak atau taun.



3. Mengunci diri.

Isteri tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menegahnya daripada masuk ke dalam rumah atau bilik.

4. Menolak ajakan suami.

Isteri tidak menyerahkan diri atau melayan tuntutan nafkah ketika suami berhajat kepadanya tanpa ada sebarang keuzuran seperti sakit. Setakat malas atau letih bukan alasan yang munasabah.

5. Mengabaikan panggilan suami.

Isteri tidak mengendahkan panggilan suami kerana sibuk dengan urusan atau keperluan peribadinya.

6. Memalsukan perkahwinan.

Isteri mendakwa suaminya telah mentalaknya sedangkan dakwaan tersebut adalah palsu.

7. Jalin hubungan dengan lelaki lain.

Isteri merahsiakan perhubungan sulitnya dengan lelaki lain, selalu chatting, telefon dan hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok dan menceritakan aib suaminya.

8. Tidak ditemani mahramnya.

Apabila isteri musafir tidak bersama suami ataupun bukan bersama muhramnya (orang yang haram berkahwin dengannya) walaupun perjalanan yang wajib seperti pergi menunaikan ibadat haji, kerana perempuan yang musafir tanpa diiringi suami atau muhrimnya dianggap sudah melakukan satu perkara yang salah (maksiat).

9. Bersikap kasar.

Apabila isteri bermuka masam atau pun ia memalingkan muka, bercakap kasar dan sebagainya sedangkan suami berkeadaan lemah lembut, bermanis muka dan sebagainya.



Perkara Yang Perlu Suami Lakukan Apabila Isteri Nusyuz.

Apabila suami melihat tanda-tanda yang menunjukkan isterinya itu nusyuz, hendaklah suami itu :

1. Menasihati dengan cara yang baik dan menerangkan kepadanya bahawa nusyuz itu adalah salah dan dikutuk oleh Allah serta memberitahunya bahawa isteri yang nusyuz boleh dipotong atau tidak diberi sara hidupnya, firman Allah dalam Surah An-Nisa : ayat 34 dengan ertinya : “Isteri yang kamu takuti kederhakaan mereka, maka berilah nasihat kepada mereka.”

2. Jika nasihat itu tidak sedikitpun memberi kesan, maka hendaklah suami mengasingkan dirinya dari tempat tidur dengan isteri tersebut, sebagaimana firman Allah dalam Surah An-Nisa : ayat 34 yang bererti : “Dan tinggalkan dari seketiduran dengan mereka.”

Dari ayat ini dapat difahamkan bahawa Allah menyuruh suami-suami meninggalkan dari seketiduran sahaja, bukan meninggalkan percakapan, kerana meninggalkan percakapan lebih dari tiga hari adalah haram, bukan sahaja terhadap isteri-isteri malah terhadap orang lain juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW, ertinya : “Tidak halal bagi seseorang muslim tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari tiga hari. Maksudnya, ialah bila berjumpa di antara satu sama lain, tetapi kalau tidak bertemuan, tidaklah diharamkan walaupun tidak bercakap bertahun-tahun lamanya.”

3. Jika tidak sekatil pun tidak memberi apa-apa kesan, malah isteri tersebut terus nusyuz, maka diharuskan bagi pihak suami memukul isteri tersebut dengan syarat pukulan itu tidak sampai mencederakan atau melukakan sebagaimana firman Allah dalam Surah An-Nisa : ayat 34ertinya : “Dan pukullah mereka (isteri).”

Sekiranya semua langkah perlu sudah anda ambil, tetapi isteri masih belum sedar akan perbuatan nusyuznya, maka anda perlu pula mulakan langkah untuk tidak lagi kekal bersama sebagai suami isteri. Langkah pertama yang dianjurkan Islam adalah melantik seorang wakil di pihak anda dan seorang di pihak isteri bagi membincangkan masalah kamu berdua. Namun, sekiranya itu pun tidak dapat diselesaikan, bawakan kes ini ke muka pengadilan dunia. Bawa isteri ke sisi kaunseling, jumpa kadi atau apa sahajalah tindakan yang boleh memberikan kesedaran kepada isteri yang nusyuz itu.

]]>
“Adab-Adab Bercinta Dalam Islam” Sesuai Untuk Mereka Yang Sedang Hangat Bercinta. https://redaksi.com/3705-adab-adab-bercinta-dalam-islam-sesuai-untuk-mereka-yang-sedang-hangat-bercinta Tue, 02 Oct 2018 17:38:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3705 Sudah menjadi satu fitrah manusia untuk rasa disayangi dan dicintai seseorang yang berlawanan jantinanya. Namun adab-adab ketika bercinta ini perlu dijaga agar dapat menjauhi perkara yang dilarang dalam Islam. Sebab itu lah ada ulama mengatakan bahawa bercinta itu haram.


Adab ketika bercinta ini amatlah penting, dan tidak boleh dipandang remeh. Setiap pasangan yang sedang hangat dilamun cinta mahupun yang sedang cuba belajar untuk bercinta mengenai adab-adab bercinta bagi pasangan yang belum berkahwin dalam Islam.
Oleh itu, mari ketahui adab-adab bercinta dalam Islam agar hubungan yang terjalin ini lebih terjaga serta dijauhi segala perbuatan yang dilarang oleh Allah.

1. Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2. Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3. Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.



4. Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5. Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya.
Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara.

Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ‘cinta terlarang’ mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak.

Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan-perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

]]>
Jodoh Yang Sesuai Buat Anak Bongsu. https://redaksi.com/6420-jodoh-yang-sesuai-buat-anak-bongsu Mon, 01 Jul 2019 12:09:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6420 Dilahirkan sebagai anak bongsu ini mungkin dikenali sebagai anak yang manja ataupun yang keras kepala. Malah mereka ini juga dianggap sebagai orang sukakan perhatian malah lebih mudah untuk bersosial. Namun kadang kala mereka ini lebih mendiri serta keras kepala dalam sesuatu hal yang menyebabkan mereka ini kurang disenangi.

Anak bongsu ini mungkin kelihatan tidak begitu matang dalam satu-satu hubungan. Mereka ini mahukan segala perhatian dan tumpuan lebih dari orang lain. Namun apa yang paling istimewanya anak bongsu ini, mereka begitu setia dalam percintaan.



Bila bercakap mengenai jodoh si anak bongsu ini, ia sebenarnya bergantung pada jodoh yang telah ditetapkan. Akan tetapi terdapat beberapa pasangan yang dikatakan sesuai buat si bongsu ini malah ia adalah satu keserasian jika mereka ini bersama.

Apa yang difikiran anda sudah tentu anak sulung bukan?



Ya, salah satu pasangan yang sesuai untuk anak bongsu ini adalah anak sulung.

Sudah tentu ramai yang menyatakan bahawa anak bongus ini sesuai jika dipadankan dengan anak sulung malah mereka ini mampu menjalani satu perhubungan dengan baik. Tetapi mengapa anak sulung ini dikatakan sebagai pilihan yang bagus buat si bongsu?

Ini kerana anak sulung ini mempunyai semangat kepimpinan yang bagus malah ia juga sangat bagus mengawal keadaan. Walaupun kadang kala sikapnya agak keras sedikit tetapi ia mampu mengawal si bongsu ini dengan baik. Malah ia tahu bagaimana untuk menjaga si bongsu yang mempunyai pelbagai ragam ini. jika mereka ini bersama, anak bongsu akan menjadi lebih matang malah hubungan kelihatan lebih serius.

Akan tetapi bukan hanya si sulung sahaja yang sesuai dengan si bongsu ini, pasangan yang paling serasi dan sepadan adalah dengan anak tengah. Ini kerana anak tengah ini lebih mudah untuk menyesuaikan diri dan senang untuk diajak berkompromi bersama.



Haa, anak bongsu ini akan lebih selesa jika menjalinkan hubungan bersama anak yang tengah kerana sifat mudah berkomprominya. Mana tidaknya sikap manja dan pelbagai ragam ini membuatkan hubungan sebegini lebih sesuai untuk si bongsu.

Namun apa-apa pun semuannya bergantung kepada individu itu sendiri malah dengan jodoh yang telah ditetapkan. Dengan sesiapa pun anda berkahwin, anda perlu tahu memainkan peranan yang betul dalam hubungan tersebut.

]]>
Tips Perkahwinan: Jangan Membuat Persediaan Pada Saat Akhir Ketika Majlis (Bahagian 2) https://redaksi.com/2956-tips-perkahwinan-jangan-membuat-persediaan-pada-saat-akhir-ketika-majlis-bahagian-2 Tue, 24 Jul 2018 11:29:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2956 Majlis hari indah yang anda nanti-nantikan telah tiba, jadi jangan lakukan semuanya last minute dan...

13. Jangan nampak terlalu cemas.

Cuba untuk menarik nafas dengan dalam, dan lepaskan. Jangan terlalu memandang ke satu tempat, cuba memandang ketempat lain juga.

14. Rasa makanan ketika beradap.

Walaupun gementar, sekurang-kurangnya nikmati makanan sedikit yang dihidangkan.

15. Tegur semua tetamu dengan senyuman walaupun penat.

Ketika hari perkahwinan anda, jangan lupa senyum dan membalas teguran mereka, walaupun dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu penat anda.


16. Pastikan semua gambar penting telah diambil oleh jurugambar anda.

Pastikan semua pose gambar yang penting dirakam oleh jurugambar. Jika yang memuatnaik gambar pada sosial media seperti Instagram maklumkan pada mereka untuk #hashtag supaya senang untuk anda cari gambar-gambar majlis itu nanti.

17. Jangan lupa bawa kasut extra yang selesa.

Semua wanita ingin kelihatan paling cantik pada hari majlis. Tapi bak kata pepatah inggeris “Beauty is Pain". Pasti separuh jalan majlis, kaki anda akan sakit dari memakai heels tersebut. Jadi bawalah flat shoe yang selesa dan matching dengan baju pengantin untuk disalin nanti.


18. Pastikan ada seseorang yang boleh menyelamatkan anda daripada tetamu mulut becok.

Tidak kira pengapit atau adik-beradik, pastikan mereka menolong atau lebih mudah menyelamatkan anda daripada tetamu-tetamu mulut becok ini sehingga berdiri tertalu lama. Kerana sudah pasti antara tetamu tersebut ingin berjejak kasih atau berkongsi cerita dengan anda.

19. Meluang masa dengan ibu baba dan ibu bapa mertua.

Ingat, berkahwin bermaksud anda akan memulakan keluarga anda sendiri. Ibu bapa yang menjaga kita selama ini pasti berat hati untuk melepaskan anak mereka. Luangkan sedikit masa bersama mereka, ucapkan terima kasih dan buat mereka rasa walaupun dengan kehidupan baru, mereka tetap diutamakan.


20. Potong kek kahwin secara berhemah.

Jangan lah ketika ini anda dan pasangan mahu menunjukkan aksi-aksi memotong kek yang luar biasa seperti darth vader dengan lightsaber-nya. Cuba lah jadi matang supaya sedap mata tetamu memandang.

21. Senarai lagu yang bertepatan dengan majlis.

Jika anda mempunyai DJ majlis, pastikan memilih lagu yang bersesuaian dan tidak membingitkan telinga tetamu. Tetamu yang datang bertandang adakala mahu berbual sesama sendiri dalam keadaan yang santai dan tidak bising. Tetapi zaman sekarang, nak berbual pun kena menjerit. Kasihan pada tetamu.


 

 

]]>
Bila beri isteri duit, jangan anggap sebagai sedekah tapi... https://redaksi.com/8548-bila-beri-isteri-duit-jangan-anggap-sebagai-sedekah-tapi Mon, 14 Sep 2020 12:18:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8548 Amalan sedekah boleh menghapuskan dosa kecil. Sebagai orang Islam, kita sangat digalakan untuk memberi sedekah kepada orang lain. Walaupun sedikit ia tetap akan memberi kelebihan di akhirat kelak.

Sedekah itu ada pelbagai cara, ada yang memberi wang, atau belanja makan orang sekeliling.


Bagaimana pula suami yang memberi wang kepada isterinya? Adakah ia dianggap sebagai satu sedekah juga?

Menurut perkongsian Mohd Fhais, rupanya suami tidak boleh bersedekah kepada isteri. Ramai yang tidak tahu akan perkara ini.

Jelasnya, setiap hari jumaat dia akan memberi wang kepada isterinya berserta niat bersedekah. Namun, sebenarnya sedekah ini tidak boleh sesuka hati nak-nak lagi isteri yang mempunyai suami berkemampuan.





Beri duit pada isteri anggap hibah


Tambahnya, kajian yang dilakukan duit yang diberi pada isteri ini patut niat sebagai hibah.

“Hibah ni adalah pemberian atas dasar kasih sayang bukan untuk kejar pahala.”





Sama kepada ahli keluarga lain

Menurutnya, perkara ini sama juga bila bagi duit kepada anak-anak atau ibu bapa, niatkan sebagai hibah bukan sedekah.

“Bab pahala tu Wallahu A’lam, mungkin dapat mungkin tidak tapi yang pasti kasih sayang makin bertambah.”

“Kasih sayang bertambah, semua orang bahagia,” katanya.



Selepas ini encik suami kalau beri duit kepada anak-anak, isteri atau ibu bapa bolehlah niat sebagai hibah.




]]>
Orang Lelaki dalam Cari Isteri Memang Ego, Tapi Bila Dah Jumpa Yang Berkenan Di Hati Terus Tak Pandang Lain. https://redaksi.com/8481-orang-lelaki-dalam-cari-isteri-memang-ego-tapi-bila-dah-jumpa-yang-berkenan-di-hati-terus-tak-pandang-lain Mon, 24 Aug 2020 10:52:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8481 Tanyalah mana-mana lelaki mengenai ciri-ciri isteri idamannya, tentu saja akan dia katakan mahukan yang begitu sempurna. Sampaikan kita yang mendengar ini pun jadi macam tak yakin akan diri sendiri.

Orang lelaki ini bila bercakap mengenai isteri idamannya memang tak pandang kiri kanan dia punya kata. Tapi itulah, sudahnya bila dah dapat isteri tak macam yang dia katakan pun. Tak lebih dan tak kurang, bagi dirinya sedap mata memandang.


Mana-mana lelaki tentunya nak wanita yang berkualiti sebagai suri hidupnya. Wanita tersebut akan menjadi peneman hidupnya malah akan jadi ibu kepada anak-anaknya, tentu saja dia mahukan yang terbaik.

Namun begitu, orang lelaki ini dimulut saja kata nak yang sempurna persis bidadari tapi bila hatinya telah berkenan, dia tak kisah pun siapa diri anda. Malah dia dengan berlapang dada terima anda seadanya. Mereka ini tidak serumit wanita.

Wanita bagaimana yang lelaki selalu idamkan?



Seorang yang ayu dan lembut

Mampu cairkan mana-mana lelaki, wanita seperti ini tentunya menjadi idaman lelaki. Baginya terasa senang dan sejuk mata memandang bila mana pasangannya seperti ini. Ada juga yang menyatakan bahawa wanita seperti ini akan membuatnya hari-hari jatuh cinta.

Namun begitu, keayuan dan kelembutan itu sememangnya ada dalam diri seorang wanita. Cuma ada yang tidak terlalu menonjol ada juga yang memang begitu kelihatan. Memiliki wanita seperti ini memang menjadi idaman tetapi mereka lebih memilih yang menyenangkan hati.

Manja dan penyayang

Sikap manja seorang perempuan ini mampu mencairkan ego seorang lelaki. Mungkin jika dilihat dari luar lelaki ini seperti dingin dan juga baran tapi mereka akan kalah dengan manjanya seorang wanita. Nak-nak lagi kalau wanita itu adalah orang yang dia sayangi, tentu saja dia akan mengalah dengannya.

Mana-mana wanita memiliki sikap seperti ini cuma kadang kala ia akan terlahir secara spontan dan tidak sengaja, cuma yang betul-betul tahu saja akan nampak sikapnya itu.



Menerima dirinya seadanya

Tapi walau apa pun pasangan yang dia impian kan, dia tetap akan mencari seseorang yang menerima baik buruknya. Itu yang penting buat dirinya. Mana tidaknya, perkahwinan ini bukan untuk sehari dua tetapi kalau boleh kekal selamanya. Sentiasa berlapang dada dengan pasangan tentunya membuatkan hubungan lebih kuat.

Bukan itu saja, lelaki sentiasa terasa rendah diri bila mana dia sedari kekurangannya. Maka dengan itu, dia mahukan seseorang yang terima dia seadanya.

Tahu menjaga diri

Mana-mana lelaki tentunya mahukan wanita seperti ini. Bukan saja tahu menjaga dirinya dengan baik, malah dia juga tahu menjaga nama baik keluarga dan juga suaminya kelak. Dia tahu had pergaulan dan tidak bergaul bebas. Malah wanita seperti ini juga sentiasa berfikir sebelum bertindak.



Berpenampilan kemas

Tidak berlebihan tetapi sedap mata memandang. Kalau memakai makeup pun tidak terlalu over tetapi cukup sekadar untuk kelihatan manis dan lebih berkeyakinan. Wanita yang berpenampilan kemas ini lebih menarik perhatian lelaki kerana sedap mata memandang.

Namun perlu diingatkan, jadi diri sendiri itu lebih penting dari anda cuba untuk menjadi orang lain.



]]>
Cara Menenangkan Hati Pasangan Apabila Kalian Saling Tidak Sefahaman. https://redaksi.com/4118-cara-menenangkan-hati-pasangan-apabila-kalian-saling-tidak-sefahaman Sat, 03 Nov 2018 23:17:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4118 Dalam perhubungan yang dibina ini tidak akan selalunya membahagiakan dan akan sentiasa aman tanpa cabaran berserta ujian yang bertujuan menguatkan hubungan yang dibina. Oleh sebab itu, dalam perhubungan ini, pergaduhan, pertengkaran dan saling tidak sefahaman akan kerap kali berlaku. Apabila berhadapan dengan perkara sebegini, pastilah ia perkara yang akan membuat anda bingung perkara apa yang harus dilakukan. Dalam perbalahan ini, sudah pastilah salah seorang perlu mengalah. Jadi bagaimana nak tenangkan hati pasangan kita yang sedang panas itu?



1. Dengar dan perhatikan.

Komunikasi yang baik dicipta apabila anda mendengar satu sama lain untuk saling memahami. Bukan hanya mendengar kemudian menunggu giliran untuk menyuarakan apa yang anda rasakan. Oleh sebab itulah anda perlu dengar dan perhatikan apa yang pasangan anda suarakan. Bukan hanya mengikut perasaan sahaja. Perhatian apa yang akan dia sampaikan dan lihat riak wajahnya ketika lontarkan perkara tersebut. Jangan abaikan perkara sebegini.

2. Bicara dari hati ke hati.

Cuba, tukar gaya ucapan anda menjadi lebih lembut dan hangat. Tunjukkan juga bahawa anda benar-benar memahami apa yang dia katakan dengan membuat kesimpulan mengenai apa yang baru saja anda dengar. Contohnya, "Kedengarannya marah kerana saya terlupa untuk membalas sembang malam tadi, betul kan?" Tambah pernyataan bersimpati seperti, "Saya faham mengapa awak marah". Perbualan seperti ini dapat meningkatkan motivasi pasangan anda untuk menyelesaikan masalah anda. Selain itu, jangan ragu untuk mengatakan perasaan sebenar anda.

3. Jangan lari dari masalah.

Setelah anda menyatakan perasaan anda, langkah seterusnya adalah untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan pasangan anda. Bercakap mengenai masalah yang mencetuskan konflik anda dan cuba mencari penyelesaian bersama. Sebagai contoh, pasangan anda merasa kecewa kerana pertemuan anda dibatalkan. Anda boleh meyakinkan dirinya untuk pertemuan lain kali.



4. Minta maaf dengan ikhlas.

Sebelum meletakkan kesalahan dan kesilapan terhadap pasangan anda. Letakkan sedikit rasa bersalah terhadap pasangan anda dan bagaimana untuk memohon maaf. Pastikan anda memohon maaf dengan hati yang ikhlas bukannya hanya berniat untuk menghentikan pergaduhan sahaja.

5. Say “I love you” and mean it.

Apabila anda sudah tamat pertahankan diri, jangan lupa untuk ucapkan kata-kata ini. Apabila anda lakukan perkara sebegini, ia cepat menyejukkan hati pasangan anda. Pasangan anda akan lebih mudah untuk reda kemarahannya jika anda tidak lupa untuk ucapkan perkara ini walaupun kalian sedang bergaduh.

Dalam hubungan ini ia perlukan komitmen dan usaha. Maka dengan itu jangan lupa untuk sentiasa melakukan perkara tersebut. Barulah hubungan itu tidak mudah renggang.

]]>
Uji Dulu Calon Pasangan Anda Dengan Melakukan Hal Ini. https://redaksi.com/2907-uji-dulu-calon-pasangan-anda-dengan-melakukan-hal-ini Thu, 19 Jul 2018 14:33:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2907 Mencari calon suami mahupun isteri di zaman sekarang bukan hal yang mudah. Untuk buat kawan okey, tapi nak buat pasangan suami isteri, itu perlu difikirkan lebih jauh. Banyak hal yang perlu dititikberatkan dalam membuat keputusan.


Antara teknik yang boleh dilakukan untuk mengetahui adakah dia layak dijadikan suami mahupun isteri, ikuti langkah ini.

  • Lelaki:

    Cuba sesekali buat si dia marah. Lelaki rata-rata mempunyai ego yang tinggi. Mudah naik angin jika ada sesuatu perkara tidak kena. Lebih-lebih lagi jika ada wanita membantah apa yang mereka katakan. Sekiranya lelaki tersebut mampu mengatasi masalah tersebut dengan tenang dan bersikap positif, insyaAllah dia mampu jadi suami yang baik kelak.
  • Wanita:

Wanita memang terkenal dengan sifat degil. Orang tegur, dia buat lagi nanti. Ish. Kadang-kadang sakit hati. Haaa.. Time inilah nak uji dia boleh tak ikut arahan kau. Kalau dia dapat melaksanakan dengan baik dan konsisten mengikut arahan itu, kelak bila dia jadi isteri kau, mudah-mudahan dia juga mampu untuk turut arahan kau.


Okey. Tips tambahan. Kalau dia cinta kat kau, memang lautan pun sanggup dia redah kan? Jadi minta tolong sesiapa uji dia. Kau perhati saja dari jauh apa reaksi pasangan kau jika dia diuji. Kalau mampu dia atasi dengan baik. Maka, bersyukurlah kau. Kalau tak mampu, kau buatlah apa yang patut. Nasihat terlebih dahulu, tunjuk sikap yang baik kepada si dia, berdoa agar dia dapat menjadi orang yang lebih baik.

Kemudian barulah boleh kau buat keputusan samaada untuk bersama dengan si dia, ataupun sebaliknya. bercinta sebelum nikah memang mudah, tapi untuk bercinta setelah nikah itu sedikit payah jika kita tidak membuat keputusan yang tepat. kalau silap langkah, maka padah akan menimpa.

]]>
Pencarian cinta berakhir di Baituljannah, gadis tak sangka semuanya dimudahkan https://redaksi.com/9468-pencarian-cinta-berakhir-di-baituljannah-gadis-tak-sangka-semuanya-dimudahkan Thu, 21 Jan 2021 16:54:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9468 Ramai yang beranggapan bahawa mencari pasangan hidup menerusi laman web mencari jodoh ini bukanlah satu pilihan yang baik. Ada yang kata itu mahupun ini, namun ramai sahaja yang berjaya bertemu jodoh masing-masing.

Perkara itu dilalui oleh wanita ini yang bertemu jodohnya di laman web Baituljannah setelah berkenalan beberapa orang di dalam laman web tersebut.

Menerusi laman Facebook Nik Alia Hayati, dia telah berkongsi sedikit perjalanan mencari jodoh melalui Baituljannah sehinggalah bertemu dengan suaminya.



Antara usaha mencari jodoh

Menurutnya, dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata kerana mencari jodoh melalui BaitulJannah juga merupakan salah satu usaha untuk bertemu pasangan hidup. Malah, sebelum ini juga dia pernah berkenalan secara realiti namun semuanya tidak menjadi.

Alia juga menyatakan bahawa sebelum ini dia sememangnya sudah mempunyai akuan Baituljannah namun berhenti seketika sebelum mulakan sekali lagi setahun kemudian.

Ketika kembali aktif, dia menyatakan mempunyai tiga orang calon pilihan yang hampir capai untuk taaruf luar, bimbang akan tersilap pilih pasangan dia meminta ibu bapanya untuk pilih satu daripada tiga orang itu selain turut melakukan solat istikharah.



Semua dipermudahkan

Untuk pertemuan pertama dengan suaminya, dia menyatakan bahawa ketika itu suami di Johor manakala dirinya di Kelantan, malah dia juga sempat melahirkan rasa bimbang penerimaan suaminya dalam pertemuan pertama mereka di Johor.

Tidak sangka jodoh dipermudahkan, selepas pertemuan pertama mereka sama-sama bersetuju untuk ke fasa seterusnya iaitu merancang untuk bertunang pada bulan Oktober tahun lalu.

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semua rancangannya terpaksa ditangguhkan namun tidak sangka pada bulan awal Januari lalu dia telah selamat menjadi tunang dan isteri pada hari yang sama.

Jelasnya ketika itu, kedua-dua belah keluarga masih belum mengenali antara satu sama lain malah turut tidak mengenali bakal menantu mereka namun semuanya dipermudahkan.



Perasaan hadir selepas sah menjadi suami isteri

Berkongsi perasaan ketika itu, Alia menyatakan bahawa dia tidak mempunyai perasaan sayang mahupun cinta kerana hanya berkenalan sahaja, bahkan dia juga takut untuk menyayangi seseorang yang belum halal bimbang akan terluka lagi sekali.

Bagaimanapun semua perasaan cinta dan sayang itu hadir selepas mereka sah bergelar suami isteri dan Alia turut menyatakan bahawa bercinta selepas nikah itu sememangnya indah.



Dalam perkongsian itu juga, Alia mengucapkan terima kasih pada suaminya yang terima dirinya seterusnya menjadi pelengkap hidupnya.

Alia juga sempat berpesan kepada mereka yang masih bujang, jangan terburu-buru dan fokus akan yang lebih penting dan jodoh akan tiba tepat pada waktunya.

Justeru itu, jodoh sememangnya telah ditetapkan oleh Allah, namun sebelum berlaku pertemuan itu tentunya ada proses dan usaha yang perlu dilakukan.

]]>
Prihatin dengan rakyat, Tunku Hassanal bantu promosi gerai tepi jalan https://redaksi.com/9063-prihatin-dengan-rakyat-tunku-hassanal-bantu-promosi-gerai-tepi-jalan Thu, 03 Dec 2020 15:06:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9063 Seorang yang berjiwa rakyat, Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sering berkongsi aktiviti hariannya di media sosial. Terutama ketika baginda menyantuni rakyat-rakyat negeri Pahang.


Kongsi gambar di gerai

Menerusi laman Instagram milik baginda, Tengku Hassanal telah memuat naik gambarnya yang sedang duduk di sebuah gerai di tepi jalan sambil mempomosikan gerai air kelapa segar tersebut.

Lakukan kerja 'part time'

Menjengah ke IG story, baginda sempat berseloroh dengan menyatakan bahawa baginda sedang melakukan 'part time' di gerai air kelapa tersebut yang terletak di Felda Bukit Goh.


Tengku Hassanal juga turut memuat naik gambar baginda di hadapan sebuah gerai buger di Kuantan bersama pemiliknya.

Perkongsian baginda telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata memuji tindakan Tengku Hassanal yang berjiwa rakyat.

]]>
Kalau Dia Pernah Block Anda, Maknanya Dia Betul-Betul Sayangkan Anda. https://redaksi.com/7224-kalau-dia-pernah-block-anda-maknanya-dia-betul-betul-sayangkan-anda Wed, 18 Sep 2019 17:37:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7224 Seringkali kita dengar apabila pasangan kekasih bergaduh, tidak kira bergaduh sebab apa sekalipun, pasti nanti salah seorang akan menyekat atau block pasangannya. Mungkin terlalu marah dan bengang, mungkin tidak mahu diganggu buat sementara waktu, mungkin mahukan waktu bersendirian untuk tenangkan fikiran dan meredakan keadaan. Semuanya ada kemungkinan.



Jika sudah bercinta selama lebih 3 tahun, takkanlah tak pernah bergaduh sehingga block memblock kan. Biasanya tempat pertama akan di block adalah whatsapp, kemudian facebook dan Instagram, kemudian twitter dan jika terlampau marah, diblocknya juga nombor anda. Maksudnya anda tidak boleh menghantar sms dan menelefon si dia lagi. Jaga-jaga, jika sudah sampai tahap block call tu maksudnya kes ini sudah terlalu parah.



Walaubagaimanapun, anda patut rasa beruntung jika pasangan anda pernah block anda sewaktu bergaduh atas hal-hal tertentu. Itu tandanya dia sayangkan anda. Dia mahukan anda untuk menujuk dan mencarinya. Jika benar itu salah anda, apa salahnya pergi lah pujuk si dia. Tak tahu macam mana nak hubungi kerana diblock? Apa susahnya, carilah surprise planner melalui facebook atau Instagram, buat pesanan kejutan berupa bunga atau coklat dan minta surprise planner hantar terus ke rumah si dia. Tuliskan I Am Sorry atau Please Unblock Me pada belon. Percayalah wanita mudah saja cair dengan tindakan sweet anda. Tidak lama kemudian pasti si dia akan unblock anda.



Gunalah teknologi terkini, macam-macam cara untuk pujuk seseorang. Jangan hanya menunggu si dia unblock dan text anda. Tak pasal-pasal nanti dikata anda taka da effort untuk memujuknya pula. Sebenarnya si dia inginkan perhatian daripada anda. Bukan block kerana benci, dia hanya mahu anda mengakui kesilapan, meminta maaf dan memujuknya smula. Itu sahaja. Jangan pula anda menambah kemarahannya dengan block kembali si dia. Jangan terlalu ego, kelak menyesal tiada guna.



Wanita tidak boleh lari daripada sifat keanakan meski semakin meningkat dewasa. Dia sentiasa ingin dimanja dan diberi perhatian. Kerana itulah apabila berlaku apa-apa masalah dalam perhubungan, wanita akan lebih sensitif dan boleh merajuk selama mungkin jika tidak dipujuk dengan cara yang betul.

]]>
Jangan Tinggalkan Dia Kerana Tidak Mampu Beri Kamu Kemewahan, Boleh Jadi Dia Ada Yang Lain Selain Kekayaan. https://redaksi.com/7749-jangan-tinggalkan-dia-kerana-tidak-mampu-beri-kamu-kemewahan-boleh-jadi-dia-ada-yang-lain-selain-kekayaan Mon, 30 Dec 2019 13:02:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7749 Siapa yang inginkan hidup susah, sudah tentu semua orang mengimpikan satu kehidupan kewangan yang stabil. Mana tidaknya, bila hidup mewah ini semua perkara boleh dibeli, banyak benda boleh dilakukan. Tidak terbatas dan anda juga bebas melakukan apa sahaja.

Walaupun masalah kewangan dalam rumahtangga ini sering kali menjadi punca perdebatan malah ada yang membawa sehingga ke penceraian tetapi perlu diingatkan bahawa tidak semua perkara memerlukan wang ringgit. Sememangnya dalam keadaan ekonomi sebegini mempunyai kestabilan wang sangat diperlukan, akan tetapi pada masa yang sama anda juga akan perlukan kasih sayang, perhatian dan juga kesetiaan dari pasangan anda.

Mungkin pasangan anda tidak mampu berikan anda kemewahan dan wang ringgit seperti yang anda mahukan tetapi boleh jadi dia menyediakan perkara lain buat diri anda yang anda tidak sedar pun kerana sibuk memikirkan wang ringgit.



Dia tidak mempu berikan anda barangan yang mewah tetapi dia sentiasa mempunyai masa buat diri anda. Setiap kali pulang kerja, dia tidak akan lepak bersama rakan-rakannya tetapi lebih meluangkan masa bersama dengan diri anda. Bukan ke perkara ini lebih berharga?

Dia mungkin tak mampu nak mengaji seorang pembantu rumah buat diri anda, tetapi tanpa anda sedar dia selalu membantu anda menguruskan rumah dan anak-anak. Kadang kala itu, satu hari anda tidak perlu urus rumah kerana dia telah lakukan semuanya. Ini lagi menyenangkan kerana dia tahu menghargai diri anda.



Dia mungkin tidak membawa anda bercuti setiap bulan, tetapi dia jarang sekali membawa masalahnya ke rumah. Jadi apa yang anda lihat dia pulang dari kerja adalah senyuman sahaja. Bagi dirinya anda begitu menenangkan fikiran dirinya. Tak perlu nak bercuti bagai, kerana senyuman anda itu lebih berharga.

Setiap orang tentu mahukan seorang suami yang mempunyai kerjaya yang tetap ataupun kestabilan wang. Akan tetapi, jangan kesetiaan, masa bersama, dan bijak mengambil hati ini tidak dimiliki oleh semua orang.

Jadi jangan mengharapkan pangkat dan wang ringgit sahaja tetapi pandang juga akan hatinya yang tulus dengan diri anda. Yang setia dan tidak curang dengan anda. Itu lebih berharga yang belum tentu dimiliki oleh semua orang.

]]>
14 Petua Mencari Isteri Yang Cantik. https://redaksi.com/370-14-petua-mencari-isteri-yang-cantik Thu, 06 Jul 2017 11:47:28 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=370 Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci, sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:



1. Elakkan dari berkawan dengannya.

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara.(Bidalan ltali).



2. Lakukan risikan secara rahsia.


Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkah laku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

KEJELITAAN DAN KEGEMBIRAAN TIDAK AKAN BERSATU LAMA. -GOETHE

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

3. Cari yang duduk bersama ibu bapa.

Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan.Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

WANITA JELITA TIDAK BERNASIB BAIK DAN TERUNA YANG BIJAK TIDAK CANTIK. – BIDALAN CINA



4. Cari yang pandai mengurus rumahtangga.


Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

5. Cari yang hormat kepada orang tua.

Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

KEJELITAAN WANITA, GEMA HUTAN DAN PELANGI, AKAN WUJUD SEBENTAR SAJA. – BIDALAN JERMAN

6. Cari yang pandai menjaga kehormatan.

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.



7. Cari yang tidak bebas dengan lelaki.

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan

8. Cari yang didikan agamanya cukup.

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

KADANGKALA LEBIH BAIK WANITA BUTA DARI WANITA YANG TERLALU JELITA. – BIDALAN SERBIA

9. Cari yang berpegang teguh pada suruhan agama.

 

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

10. Bertunang jangan lama.

Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. – Bidalan Itali

11. Kahwini dia ketika usianya masih muda.

Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja. Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman

12. Elakkan dari terlalu cemburu.

Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

13. Layan dia dengan baik.

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

KEJELITAAN WANITA YANG TIDAK BERGUNA ITU IBARAT RACUN DALAM CEMBUL EMAS.- BIDALAN TAMIL

14. Bertanggungjawab.

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

]]>
Jodoh Tidak Akan Tertukar, Cepat Atau Lambat Ia Pasti Datang… https://redaksi.com/1739-jodoh-tidak-akan-tertukar-cepat-atau-lambat-ia-pasti-datang Mon, 26 Mar 2018 09:36:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1739 Ajal, maut dan jodoh sudah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Tidak mungkin tersalah mahupun tertunda walaupun sekejap. Bila ia tiba pada masa yang tepat dan ketika itulah jodoh datang menghampiri. Begitu juga jika beribu halangan yang kita perolehi, jika sudah memang dia tertulis untuk kita, maka dia tidak akan menjadi jodoh orang lain.



Mungkin di saat ini kita sedang berbahagia menjaga jodoh orang lain. Hal ini kerana kita tidak tahu dan masih mencari siapa jodoh kita yang sebenar. Jika anda masih belum melihat tanda-tanda bahawa dia adalah jodoh anda, jangan terlalu berserah hati kepadanya. Kerana ia akan mengakibatkan anda terluka. Bentuk dan kawal hati agar anda tidak terikut dengan nafsu. Hal ini kerana untuk mengelakkan anda terluka dan menyesal di kemudian hari.

Sekiranya anda masih merasa ragu-ragu terhadap hubungan anda yang telah terbina. Tamatkan sahaja hubungan tanpa ikatan itu. Persiapkan diri anda untuk menemui jodoh anda yang sebenar. Mungkin jodoh yang sebenar itu sedang melihat anda tapi disebabkan anda bersama yang lain menjadikan ia lambat menghampiri anda. Banyakkan bersabar dan ikhlaskan apa yang telah terjadi.

Jodoh itu bukan dicari, tetapi ia perlu dibentuk. Sia-sia sahaja anda cuba mencari jodoh anda, tetapi anda tidak pernah membentuk peribadi sendiri. Jangan mengharapkan mendapat jodoh idaman jika diri sendiri tidak menjadi idaman jodoh. Jadilah seperti jodoh yang anda mahukan itu dahulu sebelum memulakan pencarian.

Milikmu adalah milikmu, ia tidak akan pernah tertukar walaupun sedikit. Jika masih tertanya-tanya mengenai jodohmu, berdoalah, pintalah dari-Nya.

“Ya Allah, jika dia baik untukku demi masa depanku, satukanlah kami dalam istilah cinta yang berakhir dengan perkahwinan, tetapi jika dia tidak baik untukku, juahi dan pisahkan kami dengan cara yang baik sebagai sahabat dan kenalan.”

]]>
Tanda-Tanda Jodoh Semakin Dekat. https://redaksi.com/3141-tanda-tanda-jodoh-semakin-dekat Tue, 07 Aug 2018 15:14:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3141 Bagaimana untuk mengetahui jika jodoh semakin dekat? Apabila tidak dapat petunjuk di dalam mimpi melalui Solat Istikharah, anda juga boleh melihat tanda-tanda pada si dia sekiranya…


1. Saling memaafkan.

Anda selalu merasakan anda adalah seorang yang ego dan sukar memaafkan orang lain, tetapi apabila dengan si dia segalanya dipermudahkan. Anda mudah memaafkan si dia, begitu juga dengan dirinya. Kalian berdua sentiasa saling bermaafan dan mudah mengungkapkan kata maaf. Perasaan itu juga sangat tulus.

2. Saling bekerjasama dan memberi motivasi.

Apabila anda berkeras mahu membuat sesuatu kerja berseorangan, dan lebih gemar bekerja tanpa teman tetapi tidak pada dia. Apabila si dia tidak bersemangat untuk memulakan kerja baru, anda bersungguh-sungguh memberi si dia motivasi dan bekerjasama untuk memperbaiki hidup. Anda berasa pelik kerana sebelum ini, anda hanya pentingkan diri sendiri malah tidak ingin mendekati seseorang.


3. Kemantapan hati.

Hati manusia mudah berbolak-balik. Perubahan pada hati dan perasaan ini menunjukkan anda tidak senang akan sesuatu perkara, ia seperti ‘sekejap anda suka yang ini, sekejap yang lain’. Tetapi apabila dengan si dia, anda mampu tetapkan hati anda pada yang satu bermaksud anda tidak lagi mencari pasangan yang lain.

4. Ketenangan jiwa.

Mempunyai rakan yang berlainan jantina ini kadang-kala akan mencetuskan pergaduhan kerana berlainan pendapat. Sudah tentu lelaki dan wanita tidak mempunyai persamaan. Oleh kerana itu kita sering dengar ‘Jangan gaduh/benci dengan seseorang, nanti rindu/sayang’.  

Perumpamaan ini bermaksud, selesai sahaja pergaduhan pasti anda tidak rasa tenang dan gelisah. Jika pergaduhan yang melibatkan emosi seperti berkasih sayang atau manja, cemburu melihat dengan orang lain sudah tentu makin lama makin sayang.


Jika pergaduhan melibatkan perebutan harta, wang dan kerjaya, makin lama makin benci.

Seperti Allah SWT berfirman;

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”(Ar-Ruum: 21)

5. Memiliki keimanan dan kebaikan yang tidak jauh beza.

Untuk melihat seseorang itu setaraf dengan anda juga, lihatlah kebaikan yang dilakukan malah dengan keimanannya terhadap agama. Jika si dia sedang memperbaiki keimanan, berusaha menjadi orang yang soleh atau solehah, dan anda juga turut di dalam proses sebegitu. Berkemungkinan si dia adalah jodoh anda, kerana wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan sebaliknya.


 

]]>
Adakah Si Dia Sudah Bersedia Untuk Menjadi Seorang Suami? Jom Ketahui. https://redaksi.com/3556-adakah-si-dia-sudah-bersedia-untuk-menjadi-seorang-suami-jom-ketahui Wed, 19 Sep 2018 11:04:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3556 Lelaki dikatakan agak lambat untuk mengalami tahap kematangan. Jadi ketika jalinkan hubungan dengan mereka ini, pasti anda tertanya-tanya sekiranya pasangan anda itu sudah matang ataupun belum. Hal ini kerana, wanita lebih cepat matang berbanding lelaki, maka keinginan untuk dirinya berumah tangga lebih cepat terasa berbanding lelaki. Nmaun begitu, kadang kala seorang lelaki masih belum matang tetapi sudah bersedia untuk menjadi seorang suami. Jadi, mari kita ambil tahu jika teman lelaki anda sudah bersedia untuk menjadi seorang suami atau belum?


1. Dia masih mementingkan kepentingan peribadinya.

Setiap orang pasti mempunyai matlamat dalam hidupnya. Jadi ia merupakan keutaman dalam dirinya. Tidak salah untuk mengejar keutamaan dalam hidup seperti, pekerjaan yang baik, kehidupan yang selesa atau apa sahaja yang baik di masa hadapan. Namun, kepentingan seperti berseronok bersama rakan-rakan, sibuk dengan permainan video game atau suka membunag masa itu adalah menandakan bahawa dirinya masih belum bersedia untuk menjadi seorang suami.

2. Lebih memandang fizikal berbanding hati pasangan.

Jika pasangan anda seorang yang matang mungkin dirinya akan lebih memandang hati berbanding bentuk fizikal. Tetapi jika ia masih mengkritik rupa paras seseorang bahkan rupa paras anda, ia menandakan bahawa dirinya masih lagi belum bersedia untuk menjadi suami. Mana tidaknya, selepas berkahwin nanti, anda akan mengalami banyak perubahan bentuk fizikal terutama selepas melahirkan anak.


3. Tidak sukakan komitmen.

Ini adalah tanda paling ketara, di mana dia masih tidak mahu terikat dengan mana-mana komitmen yang dia rasakan menyusahkan. Dia lebih suka hidup bebas dan hanya menguruskan keperluan dirinya sahaja. Ini menandakan bahawa dirinya msih belum boleh memikul tanggungjawab serta menjaga seseorang dengan baik.

4. Dia tidak menghormati prinsip, pandangan serta pendapat anda.

Setiap orang mempunyai pandang yang tersendiri serta berbeza terhadap sesuatu perkara. Tetapi sekiranya dia tidak mempercayai pandangan anda itu tidak mengapa. Namun, jika ia mula memperlekehkan pandangan anda serta mula tidak menghormati segala prinsip anda itu menandakan bahawa dia masih lagi belum bersedia untuk menjadi seorang suami. Malah, dirinya juga cuba menyerang pandangan anda serta tidak mampu berkompromi dengan baik.

Itu adalah tanda-tanda bagi lelaki yang masih belum bersedia menjadi seorang suami. Mencari seseorang yang betul-betu tepat pasti agak sukar. Namun, jangan pernah menyerah kalah dan teruskan usaha.


]]>
“Malu Nak Jumpa Ibu Mertua Sebab Tumit Pecah…” Jom Ikuti Tips Ini. https://redaksi.com/4526-malu-nak-jumpa-ibu-mertua-sebab-tumit-pecah-jom-ikuti-tips-ini Thu, 13 Dec 2018 12:15:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4526 Sebagai kaum wanita, kebersihan adalah menjadi keutamaan dalam rutin harian anda termasuklah bau tapak kaki dan tumit yang pecah. Isu ini adalah hal penting kerana dari situ sahaja orang-orang yang lebih tua dapat melihat cara anda menjaga diri anda sendiri. Jangan ingat hanya kerana hal kecik ini ibu mertua akan cepat memaafkan anda, kerana ada sahaja yang tidak berpuas hati dengan perkara ini sahaja.

Jadi, sebagai kaum wanita yang mahu menamatkan zaman bujang dan berjumpa dengan bakal ibu mertua, perlu persiapkan diri dari segi kebersihan diri supaya ibu mertua yakin anda boleh menjaga anaknya kelak.

Tumit pecah atau kering ini sebenarnya tubuh badan anda yang dehidrasi iaitu kekurangan air yang tidak mampu memberi kelembapan pada kulit. Malahan, ia tidak dijaga dengan rapi kerana ramai yang seolah-olah mengambil ringan tentang hal ini. Jadi, jom ikuti tips ini untuk mencegah tumit kering…

1. Pakai pelembap.

Setelah mandi atau merendam kaki, segera oleskan pelembap ke tumit untuk tetap menjaga kelembapan kulit kaki Anda. Gunakan pelembap dalam bentuk krim atau minyak (ointment) kerana ia lebih efektif daripada lotion.

Bagi anda yang memiliki kulit kering, menurut kajian dari American Academy of Dermatology (AAD), menyarankan anda untuk mengoleskan krim pelembap yang mengandung minyak atau shea butter. Selain itu, AAD juga menyarankan untuk memilih pelembap yang mengandung bahan-bahan berikut untuk menenangkan kulit kering.

  • Lactic acid.
  • Urea.
  • Hyaluronic acid.
  • Gliserin.
  • Dimetikon.
  • Lanolin.
  • Petroleum jelly.
  • Minyak mineral (mineral oil).

2. Elak produk yang memberi kesan iritasi.

Hindari penggunaan sabun atau produk perawatan kulit yang keras dan wangi. Meskipun penting untuk menjaga agar tumit tetap bersih, lembap, dan bebas dari infeksi, sabun yang berbahan keras dapat membuat kulit menjadi lebih kering.

Produk yang berbahan ringan lebih efektif untuk menjaga kelembapan pada kulit tumit. Selain itu, produk rawatan kulit yang mengandung wangian, alkohol, retinoid, atau asid alfa hidroksi boleh jadi terlalu keras dan membuat kulit menjadi kering dan sensitif.

3. Pakai kasut yang bersesuaian.

Pakailah kasut atau sandal dengan tumit tertutup untuk mencegah kulit retak di bagian belakang kaki. Kasut dengan tumit tertutup dan bantalan empuk akan memberi perlindungan pada tumit anda. Selain itu, pakai kasut yang bersesuaian dengan size kaki anda.

Anda juga digalakkan memakai stoking supaya tumit tidak kering apabila bergesekan dengan tapak kasut tersebut. Jika anda tidak memakai stoking, khuatir bahan kimia pada kasut tersebut menyerap segala kekeringan pada kulit kaki anda yang akan menyebabkan tumit kering dan sukar untuk bernafas.

4. Gosok tumit dengan batu apung.

Gunakan batu apung untuk menggosok tumit anda setelah mandi. Lakukan beberapa kali seminggu untuk membantu mencegah penebalan kulit. Selain daripada itu, anda juga boleh mencari scrub badan yang dapat membantu untuk melembapkan kulit kaki anda juga.

Jika anda amalkan dari tips ini, pasti tumit kaki anda tidak merekah dan kering lagi. Selamat mencuba dan selamat bertemu dengan ibu mertua!

]]>
5 Tanda Lelaki Itu Sukakan Anda. https://redaksi.com/3370-5-tanda-lelaki-itu-sukakan-anda Tue, 28 Aug 2018 16:36:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3370 Lelaki ini sukar dibaca kelakuannya. Hal ini kerana mereka ini pandai menyimpan apa yang mereka rasakan. Mereka juga pandai menyembunyikan rasa hati mereka. Tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Jangan ingat perasaan yang disembunyikan itu mampu disimpan selamanya. Sudah pasti dirinya akan melakukan beberapa perkara sehingga anda boleh menghidu jika dia menyukai anda ataupun tidak. Jom ketahuinya.


1. Memuji anda.

Perkara yang paling kerap dilakukan oleh orang lelaki apabila menyukai seseorang adalah dengan memuji orang tersebut. Ha, jadi jika dia kerap memuji anda bukan hanya nak minta dibelanja sahaja tetapi boleh jadi juga dalam diam dia sukakan diri anda. Jadi apabila dia memuji anda bermakna dirinya suka akan penampilan atau kelakuan anda itu.

2. Pernampilan yang berlainan apabila berhadapan dengan anda.

Selama ini anda lihat dirinya tidak lah terlalu bergaya ataupun apabila berhadapan dengan orang lain dia biasa-biasa sahaja tidak lah bergaya. Tetapi apabila berdepan dengan anda, dia akan pasti akan dirinya sedap dipandang oleh anda. Sebagai contoh, dirinya akan memastikan rambutnya tersusun rapi, pakaiannya bergosok ataupun berbau harum dan pelbagai lagi lah.

3. Suka bergurau dengan anda.

Selain memuji, orang lelaki juga kerap menyakat atau bergurau dengan seseorang yang disukai. Disini lah mereka mula ingin bermanja dengan anda dalam senyap. Bukan itu sahaja, dirinya juga cuba untuk mendekati anda dengan gurauan. Siapa sangka dengan gurau ataupun pickup line yang diberikan itu mampu menambat hati anda. Siapa tahu.


4. Cuba mencari perhatian anda melalui hal yang kecil.

Anda jangan terkejut sekiranya dirinya itu tiba-tiba tersenyum kepada anda. Mana tidaknya, mereka ini sengaja untuk menunjukkan bahawa manisnya senyuman mereka ini kepada anda. Bukan itu sahaja, dia akan mencari perhatian anda dengan berbual hal yang remeh namun menarik minta anda.

5. Mencari persamaan dengan anda.

Paling utama dan jelas apabila dia sengaja mencari tahu mengenai anda. bukan itu sahaja, dirinya juga akan seolah-olah mempunyai minat yang sama dengan anda. Itu pertunjuk yang paling jelas anda boleh lihat. Mana tidaknya mereka lakukan ini untuk mengetahui adakah anda mempunyai cita rasa sama dengannya atau tidak.

Tetapi jika anda lihat si dia mempunyai tanda seperti ini, jangan terus cair pula. Mula lah jual mahal sedikit baru lah anda lihat usahanya yang gigih untuk memikat hati anda.


]]>
Antara Menu Diet Yang Boleh Diamalkan Bakal Pengantin. https://redaksi.com/3913-antara-menu-diet-yang-boleh-diamalkan-bakal-pengantin Fri, 19 Oct 2018 09:32:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3913 Sebelum tiba majlis perkahwinan sudah tentu lah rata-rata mengidamkan tubuh badan yang lebih ideal di hari bahagia tersebut. Mana tidaknya, pada ketika ini bukan sahaja hari bersejarah, malah anda juga akan menjadi tumpuan tetamu yang hadir. Sudah tentu lah penampilan itu akan memainkan peranan yang penting pada hari tersebut.

Biasanya beberapa bulan sebelum tiba majlis sudah pasti ramai akan mula melakukan senaman serta menjaga pemakanan sambil menunggu tibanya hari bahagia. Namun begitu, jika penjagaan makanan tidak betul, kesukaran untuk anda mendapatkan berat badan idaman pasti agak sedikit sukar. Pemakanan itu adalah perkara yang sangat perlu dijaga.

Tidak tahu menu apa yang sesuai?

Tak tahu hendak mula dari mana dan menu yang bagaimana sesuai untuk dijadikan makanan harian ini, mungkin beberapa menu dibawah ini akan membantu anda menyedikan menu diet yang menyelerakan serta menyenangkan.
















































Berdietlah tanpa berlapar, semoga anda mendapat berat badan idaman anda.





 

]]>
Kenapa Ramai Suami Susah Nak Jadi Romantik Selepas Berkahwin? Jom Baca! https://redaksi.com/6504-kenapa-ramai-suami-susah-nak-jadi-romantik-selepas-berkahwin-jom-baca Wed, 10 Jul 2019 15:27:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6504 Lelaki yang romantik adalah dambaan setiap wanita terutamanya selepas berkahwin. Setiap lelaki sebenarnya ada sisi romantik, akan tetapi tidak ramai dikalangan mereka yang menunjukkan sisi ini, mungkin kerana malu ataupun untuk mempertahankan ego sendiri sahaja.

Biasalah lelaki kan.

Namun, ramai para isteri yang mengeluh kerana lelaki yang mereka kenal ketika bercinta amat berlainan wataknya dengan selepas berkahwin. Kenapa ye?

Ini Antara Sebab Kenapa Lelaki Sukar Nak Jadi Romantik Selepas Berkahwin….

1. Fokus yang terlalu banyak.

Faktor utama kenapa lelaki sukar untuk menjadi romantik selepas berkahwin adalah kerana fokus yang terlalu banyak. Tanggungan dan tanggung jawabnya menjadi banyak, dan mereka juga baru tersedar inilah REALITI bukannya FANTASI.

Kalini bukan main-main lagi.

Kalau masa bercinta dulu, memang la romantik, dia fokus pada kekasihnya sahaja. Fokus macam mana nak tarik perhatian kekasihnya. Sebab itu orang yang sedang hangat bercinta, matanya buta dengan perkara yang lain.

Jadi, realitinya begitu banyak tanggungan seperti…

  • Mak ayah.
  • Anak.
  • Kerja.
  • Rumah.

2. Terlupa.

Ini juga adalah situasi yang sangat tipikal bagi ramai lelaki. Kebiasaannya apabila mereka terlalu banyak urusan untuk difokus, mereka akan terlupa sesuatu perkara. Mereka terlupa kerana ia adalah perkara yang tidak penting bagi mereka. Apa yang penting adalah kerja, kerja, dan kerja. Yang utamanya isteri dan anak-anak selamat di rumah.

Belum fikir pasal isteri dan anak-anak lagi, termasuklah ibu ayah di kampung, adik-beradik, kewangan sendiri sehinggakan hal diri sendiri pun turut terlupa. Sebab itu perlu adanya isteri disisi.

3. Tidak ubah mindset!

Seperti point nombor 2 di atas, ia sudah menjadi mindset bagi ramai lelaki bahawa romantik itu adalah perkara yang remeh dan tidak penting. Bila lelaki dah set fikirannya romantik itu perkara yang remeh selepas berkahwin, jadi sampai bila-bila mereka akan berfikiran begitu. Jadi, ubahlah mindset anda sekiranya tidak mahu digelar hanya romantik ketika bercinta sahaja.

4. Nak tunjuk hero depan anak-anak.

Selain daripada itu, lelaki jarang nak tunjukkan sikap romantiknya selepas berkahwin adalah untuk menunjukkan pada anak-anak bahawa dia adalah hero. Lelaki kan ada sikap egonya. Jadi disebabkan ego ini mereka tidak mahu kelihatan lemah dan kalah hanya mahu menunjukkan sikap romantik pada isterinya.

Anggapan sebegini sebenarnya agak kurang benarnya kerana anak-anak akan melihat perilaku ayahnya terhadap ibunya. Hati-hati dalam mendidik anak.

5. Segan.

Antara faktor yang lain adalah ramai suami segan untuk menunjukkan perasaan romantik tersebut. Ayat yang selalu mereka ungkap adalah…

“Dah tua, seganlah…”

“Buang tebiat je…”

Jika inilah mindset dan anggapan semua suami, makan hati lah isteri jawabnya.

6. Buang masa.

Malah ada juga sebahagian suami merasakan bersikap romantik ini hanya membuang masa mereka sahaja. Sekiranya ini yang mereka fikirkan, ubahlah sikap anda sekiranya tidak mahu melihat isteri sentiasa dingin. Semuanya bermula daripada suami, isteri daripada acuan suami, anak-anak daripada acuan ibu bapanya.

Ubah Mindset! Ubah Sikap! Untuk Rumah Tangga Yang Bahagia!

]]>
Seorang Lelaki Berkongsi Cerita “Tidak Kisah Menjadi Selekeh, Tapi Cerah Masa Depan”… https://redaksi.com/2305-seorang-lelaki-berkongsi-cerita-tidak-kisah-menjadi-selekeh-tapi-cerah-masa-depan Thu, 17 May 2018 12:45:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2305 Kadang-kala masyarakat melayu apabila memandang orang lain dari kebiasaan, mesti terus pandang 360 darjah. Walhal, mereka tidak tahu background dan asal usul si dia. Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi, buat wanita atau gadis di luar sana, biar pakwe selekeh, low profile, pakai pun simple tapi sebenarnya...


“Selekeh betul awak ni, pakai la smart sikit. Baju pun pakai baju bundle””

“Awak dating dengan saya pakai selipar je? Selekeh betul la!!”

“Malu la saya kapel dengan awak ni. Selekeh gila. Tak pandai bergaya langsung. Mula hari ni kita putus!!”

Pakwe selekeh ni dia seorang yang low profile, pakai pun simple-simple je. Tak suka bergaya. Sebenarnya…


1. Dia banyak duit, pakai baju bundle pun tak apa..

2. dia ada banyak simpanan malah tidak membazir membeli barang yang bukan-bukan…

3. Dia ada matlamat yang jelas dan tidak menggunakan duit PTPTN untuk pergi travel…

4. Dia tidak minat membeli kereta yang mahal, cukup membeli kereta second hand…

5. Malah dia tak berminat membeli gadget mahal seperti iphone…


Masa depan nanti, teman lelaki yang anda anggap selekeh akan lagi kaya daripada yang lebih kacak bergaya tu. Mungkin teman lelaki anda nampak kaya, segak dan bergaya, tetapi hanya kaya dengan hutang piutang sahaja.

Setiap bulan sering membayar hutang di bank sahaja. Biar papa asalkan bergaya adalah motto teman lelaki anda. Tetapi teman lelaki selekeh ni, mana anda tahu dompet si dia selekeh atu tidak bukan? Lelaki ini kurang berbicara, dalam diam-diam sudah ada simpanan ASB dan Tabung Haji.

Berkemungkinan teman lelaki anda nampak bergaya, dan memiliki dompet yang berjenama, tetapi isi di dalam? RM200 pun tidak kelihatan. Harapkan jam yang mahal? Tetapi setiap kali dating dengan sering datang lambat. Harapkan kereta mewah? Tetapi setiap bulan dia akan meminta wang untuk anda bayarkan dahulu.


Tidak lah selekeh sehingga adanya bau badan, gigi tidak bergosok, baju tidak di basuh, seluar koyak rabak hingga aurat nampak dengan jelas. Tetapi teman lelaki anda, selekeh yang kasual, sempoi dan tidak mementingkan kebendaan. Pakaian bersih, pakai apa pun janji selesa dan menutup aurat.

Jadi, jangan menilai orang masa sekarang. Mungkin dia dalam lima tahun akan datang lebih dia kaya daripada orang lain. Ketika itu jangan pula anda mahu minta couple dan merayu pada si teman lelaki anda yang selekeh itu. Hehe...


 

]]>
Mengapa Kita Tidak Digalakkan Untuk Berkahwin Dengan Sepupu Terdekat? https://redaksi.com/2541-mengapa-kita-tidak-digalakkan-untuk-berkahwin-dengan-sepupu-terdekat Wed, 20 Jun 2018 21:56:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2541 Jodoh itu tidak kira bersama dengan siapa, sama anda jiran sebelah rumah, kawan sekolah mahupun sepupu terdekat. Namun, berkahwin dengan sepupu adalah tidak digalakkan sama sekali, mengapa? mari ketahuinya.


Tidak ada hadis atau ayat al-Quran melarang perkahwinan antara sepupu. Kalau pun ada ialah sebuah hadis ditulis dalam buku pendidikan anak oleh Abdulah Nasih Ulwan.
Dalam hadis itu penulis menyebut, tidak diketahui asal-usul hadis ini yakni sama ada ia benar hadis atau tidak.

Hadis ini menyebut, tidak digalakkan perkahwinan dengan kerabat terdekat kerana bimbang anak yang bakal diperoleh akan lemah akalnya. Sebenarnya dalam perkahwinan, yang dianjurkan ialah mencari calon yang soleh dan bertakwa.


Jika kebetulan yang soleh dan bertakwa itu dari kalangan sepupu atau saudara mara, ia tidak menjadi kesalahan. Cuma janganlah kerana sebab seperti takut keturunan dan nasab hilang maka dijodohkan sesama saudara seperti beberapa kes mereka yang ada gelaran Syed atau Wan yang hanya berkahwin dengan sepupu kerana bimbang gelaran hilang. Rasulullah SAW
sendiri mempunyai isteri yang ada kaitan hubungan sepupu dengannya.

Tidak salah jika berkahwin dengan sepupu sendiri jika si dia itu sudah tertulis akan menjadi jodoh anda sepanjang hayat. Jangan terlalu takut dan memikirkan apa yang anda tidak tahu. Hal ini kerana, perancangan Allah S.W.T adalah sebaik-baik perancang.

]]>
Ini Sebabnya Mengapa Islam Mengharamkan Lelaki Memakai Emas dan Sutera. https://redaksi.com/1372-ini-sebabnya-mengapa-islam-mengharamkan-lelaki-memakai-emas-dan-sutera Wed, 27 Sep 2017 12:36:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1372 Emas dan kain sutera tidak asing bagi wanita jika mereka memakainya, apatah lagi jika si pemakainya akan tampil lebih anggun dan bergaya. Walaubagaimanapun, Islam sangat menegah umatnya terutama kaum lelaki daripada memakai emas dan sutera. Mengapa ianya diharamkan? Apakah yang akan berlaku sekiranya golongan lelaki tetap memakai emas dan sutera sebagai perhiasan mereka?



Dalam Islam, kaum lelaki diharamkan memakai apa sahaja barangan yang berunsurkan emas termasuk gigi emas. Emas di sini bermaksud dalam sebarang sama ada emas putih, emas suasa atau apa sahaja logam pelbagai warna yang mengandungi unsur emas hukumnya adalah haram.

Sungguhpun begitu, benda yang dicat dengan warna emas tidak boleh dikatakan sebagai emas. Ulama sependapat bahawa hukumnya tidak haram kerana ia bukannya dari unsur emas. Hanya rupa dan warnanya sahaja yang kelihatan sama dan bukan kemiripannya.

Hakikatnya, hikmah di sebalik larangan itu, umat Islam sebenarnya diajar supaya sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dan Rasul, di samping mengajar kita supaya hidup secara sederhana dan tidak bermegah-megah dalam berhias.

Terdapat beberapa potongan hadith yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka janganlah memakai sutera dan emas.”



Emas dan sutera, kedua-duanya diharuskan bagi seorang wanita memakainya, tetapi diharamkan bagi golongan lelaki. Ini berlandaskan sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud :

“Emas dan sutera dihalalkan bagi golongan wanita dari umatku dan diharamkan bagi golongan lelaki.”
(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasa’i dari Abu Musa, Sahih Al-Jami'(209) .

“Rasulullah s.a.w telah melarang kami akan tujuh perkara; beliau melarang (memakai) cincin atau gelang emas, sutera tebal, dibaj (kain sutera), baju bersulam sutera, penutup lampu yang diperbuat dari sutera dan bekas dari emas.” (Dikeluarkan oleh al-Bukhari dari Bara’ (5863))

Manakala Umar mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Janganlah kamu semua memakai sutera kerana sesiapa yang memakainya di dunia, maka dia tidak akan memakainya di Akhirat.” Hadith Bukhari(10/5832) dan Muslim(3/21).

Berdasarkan beberapa potongan hadith berikut dapat disimpulkan bahawa;

1. Emas dan sutera adalah perhiasan yang dipakaikan kepada penghuni syurga di hari akhirat kelak. Oleh itu Islam telah mengharamkannya kepada lelaki daripada memakainya ketika di dunia. Lain pula halnya bagi wanita di mana mereka diharuskan (halal) berbuat demikian.

2. Pemakaian cincin perak halal bagi kaum lelaki, bahkan Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin perak.

3. Tetapi dalam pemakaian kain sutera terdapat keringinan (rukhsah), iaitu apabila ada suatu keperluan yang berhubung dengan masalah kesihatan, sebagaimana Rasulullah pernah mengizinkan Abdur-Rahman bin ‘Auf dan az-Zubair bin Awwam untuk memakai sutera kerana masalah sulit di badannya.



4. Antara hikmah Islam melarang penggunaan emas dan sutera tersebut adalah untuk menghindari dua hal yang merugikan iaitu pemborosan dan sikap bermewah-mewahan. Tambahan pula adalah amat tidak manis (tidak sesuai) bagi lelaki berhias sebagaimana wanita berhias apalagi Islam melarang lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.Perhiasan emas hanya diberikan kelonggaran kepada wanita untuk memakainya sebagai alat mencantikkan diri dan menarik perhatian suami, manakala lelaki pula tidak ada keperluan untuk menambah hiasan pada diri mereka kerana perhiasan sebegitu tidak sesuai dengan sifat dan kejantanan seorang lelaki.

Apa Kesan Pemakaian Emas Dari Sudut Islam Dan Sains?

Dari sudut sains menjelaskan bahawa struktur dan tekstur kulit lelaki sangat berbeza dengan kulit wanita. Melalui satu perkongsian sumber yang dimuat naik di sebuah blog, perhiasan emas yang dipakai kebanyakannya bukanlah seratus peratus emas tulen. Emas tulen adalah 24 karat tetapi kebanyakan barang kemas adalah dalam bentuk 18 dan 22 karat. Ini bermakna, jika emas itu 18 karat atau 22 karat, 75 peratus kandungannya ialah emas tulen, manakala 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi dibentuk daripada perak, tembaga, zink atau paladium.

Tujuan utama pencampuran logam lain adalah untuk menguatkan produk tersebut dan emas campuran yang tahan lasak ini dipanggil aloi emas. Kesan penggunaan emas terhadap kulit sebenarnya sudah dikaji oleh seorang pakar perunding dari International Gold Corporation di Johannesburg, Afrika Selatan bernama william S. Rapson.

Daripada penyelidikannya mendapati bahawa kulit manusia boleh menghasilkan asid amino dan natrium klorida. Apabila kita berpeluh, kedua-dua bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan aloi emas yang dipakai. Kesan reaksi kimia dan geseran kulit, aloi emas dikesan boleh menyerap masuk ke dalam kulit manusia.

Partikel-partikel aloi emas yang kurang daripada 40 nanometer memang terbukti boleh memasuki liang-liang roma kulit. Kajian dermatologi turut menunjukkan penyerapan partikel emas boleh dipercepatkan oleh keadaan pH (ukuran keasidan) kulit yang tinggi alkalinya. Dan terbukti, pH kulit lelaki adalah beralkali lebih tinggi daripada perempuan.



Perintah Allah yang diturunkan melalui Rasul sejak 1,400 tahun dahulu mula tersingkap hikmah dan kebenarannya terutama dari sudut perubatan. Ahli sains menyimpulkan bahawa partikel emas mampu menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah manusia yang mampu memberi kesan buruk kepada ketahanan badan seterusnya menjejaskan kesihatan kepada pemakai. Oleh kerana itu, lelaki lebih cenderung memiliki kulit dan bulu roma yang tebal serta kasar berbanding wanita. Sebab itulah kenapa sains mendapati lelaki mampu menyerap partikel emas lebih tinggi berbanding wanita.

Apabila partikel emas sudah masuk ke dalam epidermis dan sistem peredaran darah, ia boleh menyebabkan clumping protein atau protein terkumpul. Keadaan itu menjadikannya tidak berfungsi lalu memberikan impak kepada sistem kardiovaskular lelaki. Malah, penemuan baru oleh pasukan penyelidik di University of California, San Francisco (UCSF), begitu mengejutkan apabila mendapati pengumpulan protein ini boleh mempercepatkan proses penuaan.

Pengarah Larry L. Hillblom Center, Biology of Aging di USCF, Profesor Cynthia Kenyon, berkata kecenderungan protein melekat bersama-sama akan mengakibatkan saluran darah tersumbat dan tidak berfungsi, seterusnya menjadi toksik. Apa yang mengejutkan, rupanya kehadiran protein tidak larut ini banyak dikesan di dalam otak pesakit-pesakit yang menghidap penyakit neurodegenerative, termasuklah Alzheimer, Parkinson dan Amyotrophic sklerosis lateral (ALS).

Lihatlah betapa bahayanya kesan pemakaian emas terhadap kesihatan kita. Penjelasan hikmah dari sudut Islam dan Sains telah menjelaskan kepada kita bahawa mengapa Islam sangat melarang kaum lelaki memakai perhiasan emas dan juga sutera.

 
]]>
Harapan dan doaku https://redaksi.com/9358-harapan-dan-doaku Mon, 11 Jan 2021 17:26:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9358 Kenalkan, aku Aiman. Izinkan aku untuk cerita kisah yang paling indah dalam hidup aku. Yang tak dapat digantikan dengan apa-apa. Dan juga yang membuatkan aku sentiasa mengingati dirinya.

Dulu, aku seorang yang tak kenal apa tu cinta sejati. Aku dulu selalu mainkan hati perempuan, bagi janji palsu sebelum akhirnya aku tinggalkan mereka. Aku tak kesah semua tu. Bila aku dah bosan, aku akan buang mereka.

Aku anggap diorang ni, tak ubah macam baju. Yang sesuka hati akan aku buang bila aku dah tak nak. Itulah aku yang dulu. Yang tak pernah anggap serius dalam hubungan.

Sebab aku rasa kosong bila aku bersama dengan mereka. Cantik dan menarik mana pun, tetap aku rasa nothing. Tetap aku tak dapat cintakan mereka. Mungkin sebab tu juga kenapa aku selalu tukar kekasih.

Sampailah satu hari, aku berjumpa dengan dirinya. Mawar namanya dan dia juga memang seindah mawar. Mawar berduri yang tak akan biarkan lelaki mendekatinya.

Pandangan pertama aku untuk Mawar, dia tidak terlalu menarik. Boleh dikatakan dia kutu buku yang pakai cermin mata tebal, dan selalu bawak buku. Tapi semua tu berubah bila dia melepaskan cermin mata dia pertama kalinya.

Pertama kali juga aku rasakan dada aku berdebar. Wajahnya sehingga kini masih lagi jelas terbayang dalam ingatan aku. Tak akan aku lupakan detik-detik pertama kali aku melihat wajah dia. Indah dan penuh kelembutan.

Perasaan ni berlainan sangat ketika aku melihat wajah bekas kekasih aku. Aku dapat rasa untuk pertama kalinya aku tertarik dengan seorang perempuan. Dan perasaan ni semakin berkembang bila aku perhatikan Mawar.

Tingkah lakunya, senyuman dia, perbuatan dia, ketawa dia, semua tu buat aku semakin cintakan Mawar. Hingga akhirnya aku nekad. Aku nekad ingin mendekati Mawar. Aku tak akan sembunyikan lagi perasaan aku untuk Mawar.

Tapi seperti yang aku cakap, Mawar tak akan biarkan lelaki rapat dengan dirinya. Terlebih Mawar seorang yang sangat pemilih. Dia tak akan biarkan orang luar sesuka hati ingin rapat dengan dia.

Terlebih lagi dia memang dah tahu yang aku ini playboy. Yang memang dah sakitkan ramai hati perempuan. Aku tak salahkan dia kalau dia terfikir aku ingin memainkan dia.

Tapi aku berusaha. Untuk pertama kalinya, aku gigih mengejar seorang perempuan. Dalam hidup aku, aku tak pernah melakukan benda ini. Sebab sebelum ni, perempuan lah yang mengejar aku. Tapi untuk Mawar, segalanya aku sanggup lakukan.

Aku hiraukan semua cemuhan, ejekan dan kata-kata hinaan dari rakan aku. Sebab nampak aku betul-betul inginkan Mawar. Aku tak kesah depan orang ramai sekalipun. Aku lagi gembira sebab aku akan pastikan lelaki lain nampak. Yang Mawar aku punya dan mereka tak ada kesempatan untuk mendekati Mawar.

Berbulan lamanya usaha aku untuk mendekati Mawar. Aku cuba lakukan semampu aku untuk buktikan yang aku memang ikhlas nak bersama dia. Aku tak nak dia berfikir aku cuma nak main-mainkan hati dia.

Aku tak nak dia ingat aku buat pertaruhan dengan rakan aku. Aku tak nak semua tu. Aku betul-betul cintakan dia dan aku inginkan diri dia seorang. Perasaan ni tak pernah hadir untuk orang lain. Khusus dan khas hanya untuk dirinya seorang.

Hinggalah usaha aku terbayar. Mawar berlembut hati menerima aku dan dia benarkan aku berada di sisinya. Aku belum nyatakan perasaan aku dekat dia. Aku cuma nyatakan yang aku ingin berkawan dengan dia.

Sebab aku tak nak terburu-buru meluahkan apa yang aku rasa. Aku tak nak Mawar terkejut dan seterusnya menjauh dari aku. Aku tak dapat bayangkan semua tu berlaku pada aku.

Apabila hubungan kami semakin rapat, aku akhirnya buat keputusan untuk luahkan perasaan aku. Gugupnya ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu. Aku rasa jantung aku seperti ingin keluar. Peluh membanjiri badan aku sampai baju aku basah. Aku seram sejuk sangat.

Takut semua bermain dekat fikiran aku. Terlalu berbeza sangat ketika aku meluahkan cinta aku dekat orang lain. Sebab selama ini cinta yang aku ucapkan, semua itu palsu dan kosong. Mulut aku melafazkan, tapi hati aku tak membenarkannya.

Tak seperti kali ini, aku rasakan cinta tu. Aku benarkan dalam hati tapi begitu susah untuk aku luahkan. Aku tidak tahu macam mana ingin luahkannya.

Dan ketika aku berjaya, Mawar menerima aku dengan senyuman lembutnya. Aku menangis bahagia. Aku bahagia sangat sebab cinta yang selama ini aku cari, aku telah dapat. Dan aku janji aku tak akan lepaskan Mawar. Aku akan jaga cinta ini sebaik mungkin.

Sampailah aku berjumpa dengan keluarga Mawar dan dapat menikahi Mawar. Walaupun ketika itu aku cuma mampu membayangkannya sahaja, aku dah rasa bahagia dan teruja. Tak dapat digambarkan bahagianya kalau benda itu menjadi kenyataan.

Tapi kita hanya mampu merancang sahaja, Allah yang menetapkan segalanya.

Mawar telah tinggalkan aku selama-lamanya. Dia kini telah berehat dengan tenang selepas berjuang melawan sakitnya.

Rupa-rupanya selama ini, sejak kecil Mawar ada masalah dengan jantungnya. Walaupun Mawar dah buat operation, tapi kesihatan Mawar tetap menurun dan tidak membaik. Sebelum dia pergi, dia meminta maaf dekat aku kerana dia egois.

Dia tak pernah bagitahu sakit dia selama ini. Dan tetap ingin bersama aku, walaupun dia tahu umur dia tak panjang. Dia tahu aku akan terluka bila dia pergi nanti. Tapi dia tetap ingin bersama aku, sementara pun tak apa. Dia ingin saat-saat terakhirnya, dia berbahagia dengan aku. Walaupun hanya seketika.

Aku menangis. Suara aku tak dapat keluar ketika itu. Andai aku tahu dari awal sakit Mawar, aku akan terus menikahinya. Aku tak kesah andai masa dia menjadi isteri aku hanya sekejap sahaja. Asalkan aku dapat benar-benar bersamanya di saat-saat terakhir.

Aku dapat memeluk dan mencium dahinya. Aku dapat menenangkan dia saat-saat dia kesakitan. Dan aku dapat sentiasa di sisi-sisnya. Tapi semua tu terlambat. Dan perkara tu menjadi penyesalan untuk aku, hinggalah saat ini.

Untuk Mawar, semoga dirimu tenang di sana. Doaku untuk engkau, selalu menemani. Aku selalu merindukan dirimu dan hanya engkau yang tetap dalam hati aku. Kau tiada gantinya dan tiada siapa dapat menggantikan engkau. Aku berdoa dan berharap, walaupun kita tiada jodoh di dunia ini, semoga jodoh kita di sana kelak.

]]>
Jumpa jodoh di IG, kenal tak sampai sebulan tak sangka sekarang dah jadi suami isteri https://redaksi.com/9062-jumpa-jodoh-di-ig-kenal-tak-sampai-sebulan-tak-sangka-sekarang-dah-jadi-suami-isteri Thu, 03 Dec 2020 13:07:52 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9062 Bila dah namanya jodoh, semua perkara akan dipermudahkan. Walaupun sekadar berkenalan di media sosial tentunya mampu ke jinjang pelamin juga. Seperti pasangan ini yang kini menjadi tumpuan di aplikasi TikTok.

Terus bertunang

Menerusi video yang dikongsi Saiful Amri, menceritakan detik perkenalan bersama kekasih hatinya Nur Syafiqah sekitar Julai lalu.

Menurutnya, kekasih hatinya itu yang memulakan langkah dulu dengan menegur dirinya menerusi Direct Message (DM) di Instagram. Mereka yang tidak mengenali antara satu sama lain, namun telah memilih untuk bertunang sebulan selepas itu ketika pertemuan pertama.

Halalkan hubungan lebih cepat

Tidak mahu menunggu lama, Saiful nekad untuk menghalalkan kekasih hatinya yang berusia 19 tahun itu pada 23 November lalu.



Sempat meluahkan rasa syukur segala perancangan dipermudahkan, selain berjanji akan memikul amanah dengan baik.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah disamping turut mendoakan agar rumah tangga yang dibina oleh Saiful dan isteri kekal bahagia selamanya.

]]>
Antara Kunci Kebahagiaan Untuk Menjadi Pasangan Serasi Menurut Islam. https://redaksi.com/2385-antara-kunci-kebahagiaan-untuk-menjadi-pasangan-serasi-menurut-islam Sat, 26 May 2018 09:06:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2385 Untuk menjadi bahagia antara satu sama lain, adalah dengan mengenali pasangan tidak kira masa. Darpada bercinta sebelum berkahwin, sehingga lah anda mendapat cucu.


”Seorang individu mempunyai personaliti yang dinamik. Dinamik bermaksud sesuatu yang berkembang. Sesuatu yang berkembang akan melibatkan perubahan.” –Allport (1971)

Begitulah Islam menganjurkan umatnya untuk saling berkenalan. Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.” Al-Hujurat 49:13

Kerana perkembangan yang dinamik inilah Islam menganjurkan kita untuk saling kenal-mengenal lebih-lebih lagi setelah berumah tangga.


Mungkin ada yang bercinta sebelum berkahwin. Dalam alam percintaan inilah mereka saling berkenalan. Bila merasakan wujudnya keserasian, maka termeterailah ikatan perkahwinan. Di alam percintaan, mereka berlumba-lumba memenangi hati masing-masing. Perkara yang tidak disukai pasangan tidak akan pernah ditunjukkan bila berada di hadapan pasangan.

Perkahwinan akan sentiasa menjadi hangat jika perkara yang sama ketika bercinta dilakukan.

Si isteri akan sentiasa mendapati suaminya seorang yang romantis, caring, penyayang dan pendengar setia dikala duka yang menjadi sebab untuk si isteri jatuh cinta pada suaminya suatu ketika dahulu. Suami pula sentiasa “tergila-gilakan” isterinya kerana isteri sentiasa pandai mengambil hati, pandai memasak, sentiasa cantik di mata suami dan layanan first class.


Inilah antara kunci kebahagiaan yang seringkali terlepas pandang oleh pasangan-pasangan suami isteri.

Ada yang beranggapan zaman bercinta sudah berlalu, tanggungjawab mencari rezeki dan mengurus rumah tangga sudah cukup membebankan dan mula mengabaikan sifat-sifat romantis yang pernah ditunjukkan pada zaman bercinta.

Sebagai contoh, seorang wanita yang sudah melahirkan anak akan mengalami konflik untuk bagaimana mahu membesarkan anak sekiranya dia bekerja seperti sebelumnya. Si suami akan memujuk supaya isteri berhenti kerja dan membesarkan anak sahaja dan keperluan nafkah keluarga ditanggung suami.


Apabila berlakunya situasi seperti ini maka berlakulah TRANSFORMASI seorang wanita berkerjaya menjadi seorang suri rumah sepenuh masa. Perbezaan yang sangat ketara ini lah akan menyebabkan perubahan emosi di mana si suami perlu peka dengan perubahan tersebut dan menjadi pendengar setia si isteri.

Apabila wanita bekerjaya berubah menjadi surirumah sepenuh masa, wanita akan berubah menjadi seorang ibu yang mengambil berat tentang anak dan menjadi lebih penyayang.


Andai ada saling tolak ansur, faham memahami, saling bertanya khabar keadaan pasangan masing-masing hal-hal buruk yang menghala kepada perpisahan tidak akan berlaku. Kerana hal itu saranan dalam ayat Al-Qur’an surat Al-Hujurat ayat 13 tadi amatlah tepat untuk setiap pasangan sentiasa berusaha mengenali pasangan masing-masing.

Dengan saling berkenalan, sifat romantis, caring dan penyayang akan sentiasa hidup dalam diri masing-masing.

Dengan berkenalan juga, pasangan dapat hidup dalam keadaan yang harmoni dan bersyukur dengan apa yang mereka miliki.

Akhirnya dengan sentiasa berkenalan Allah akan memberi ganjaran pahala kerana setiap pasangan saling berusaha untuk menjaga mahligai rumah tangga mereka.

 

 

]]>
Anak Menangis Tengah Malam Tidak Boleh Tidur, Ibu Ayah Boleh Cuba Ikhtiar Ini. https://redaksi.com/5809-anak-menangis-tengah-malam-tidak-boleh-tidur-ibu-ayah-boleh-cuba-ikhtiar-ini Wed, 17 Apr 2019 10:46:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5809 Apbila anak-anak kecil mula meragam pada tengah malam, memang tidak senang duduklah ibu bapa dibuatnya. Risau sekiranya anaknya itu tidak memiliki tidur yang cukup ataupun anaknya berdepan dengan kesakitan. Kebimbangan ibu bapa ini sememangnya tidak dapat dikawal sekiranya melihat anak menangis.

Ada yang sampai berjaga sepanjang malam gara-gara ini menjaga anaknya yang meragam sepanjang malam. Kejadian sebegini juga boleh membuatkan ibu ayah turut mennagis bersama-sama anak kecilnya itu.

Jika berlakunya kejadian sebegini, anak menangis pada lewat malam tidak berhenti-henti, ibu ayah boleh cuba ikhtihar air penawar seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Muhajidin Al Banjari, Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ini.



Ramai bertanya saya balik macam mana cara mudah ayat untuk penawar baby nangis malam,Baby kembung perut,Susah tidur malam,Kerap mimpi tidak elok,kerap gelisah tanpa sebab,kerap sakit kepala...Boleh amalkan cara di bawah..

Cara di bawah jika di amalkan juga dapat mengelakkan gangguan makhluk halus..



1. Ambil Air suam segelas kemudian ambil secubit garam letakkan di dalam air suam tersebut.

2. Baca Al Fatihah 1x.

3. Selawat Syifa 3x



4. Al ikhlas. 3x

5. Kemudian baca "Laa Haula Walaa Quwwata illa Billaah"



6. Selesai baca di atas lalu minum air tersebut.

Baik amalkan minum air tersebut sebelum nak tidur...

Panduan lain:

i. Jika baby demam berbalik2 dan nangis malam,selesai baca di atas sapukan air suam tersebut di seluruh badan,terutama sapu di muka baby dan belakang baby,

ii. Izin Allah inshaaAllah baby anda akan berhenti tangisan nya,jika demam izin Allah akan kebah demam nya...

iii. Manaka la jika kita ada gangguan dalam badan,jika selesai minum air tersebut,jika gangguan ada dalam badan,kita akan sedawa selepas minum,kita akan rasa loya nak muntah,perut kembung tak selesa,tengkuk belakang belikat rasa lenguh dan berat,

iv. Jika di amalkan berterusan setiap hari buat dengan yakin ,inshaaAllah izin Allah gangguan di dalam badan kita akan sembuh...

v. Jika tak sembuh cari la perawat islam berhampiran anda inshaaAllah mereka akan membantu anda..

vi. Ibu yang sedang hamil elok amalkan juga minum setiap kali sebelum tidur...

Moga cara mudah ini bermanfaat untuk kalian semua ishaaAllah Aamiin...

Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

]]>
"Selama ni aku diam jaga aib suami..." - Isteri dedah Shuk kembali curang? https://redaksi.com/9480-selama-ni-aku-diam-jaga-aib-suami-isteri-dedah-shuk-kembali-curang Sat, 23 Jan 2021 11:08:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9480 “Sedangakan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Sekali lagi rumah tangga pengacara dan penyampai radio kembali menjadi perhatian warganet selepas isterinya mendedahkan Shuk kembali bermain kayu tiga.


Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram milik isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan bahawa suaminya masih lagi menjalinkan hubungan dengan wanita yang sama iaitu Fara Salleh.

Diam jaga aib suami

Menurut perkongsiannya, selama ini dia telah mendiamkan diri dan bersabar demi menjaga aib suaminya, bagaimanapun keadaan semakin keruh dan menyakiti hatinya sendiri.

“Selama ini aku diam dah cakap diam, sabar kena maki walaupun bersabar dan bertahan demi menjaga aib suami,” kongsinya.

 

Nampak kasut Syuk

Dalam perkongsian yang lain, Rossalennah juga telah pergi ke rumah wanita yang dipercayai miliki hubungan dengan suaminya dan meminta untuk suaminya pulang namun terpaksa beredar dengan kehampaan.

“Aku suruh kau keluar, kau tak kluar.. kau tak balik duduk rumah betina ni. Aku dihalau macam orang tak ada maruah dan harga diri. Suami aku ada dalam rumah ni.

“Aku dah suruh buka untuk check tapi aku dihalau , kasut Syuk pergi kerja pagi tadi,” luahnya.

 

Kerap terima pesanan maki hamun

Selain itu, wanita kelahiran Sabah itu juah turut mendedahkan akan ‘kekasih’ suaminya kerap menghantar pesanan melalui WhatsApp yang memaki hamun dirinya.

Bagaimanapun, masih belum ada penjelasan akan perkara ini daripada pihak Shuk sendiri.

Terdahulu, Shuk pernah dikaitkan dengan Fara sekitar Julai tahun lalu, bagaimanapun perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik atas perbincangan dengan isterinya.

Shuk dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan memiliki dua cahaya mata perempuan.



]]>
Video penghantar makanan maut digilis lori dipandu laju buat ramai gerun https://redaksi.com/9688-video-penghantar-makanan-maut-digilis-lori-dipandu-laju-buat-ramai-gerun Wed, 10 Feb 2021 15:18:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9688 Umum sedia maklum bahawasanya pengguna jalan raya yang menaiki motosikal terdedah kepada risiko kemalangan yang tinggi. Hal ini tidak lain tidak bukan hanyalah berpunca daripada sikap pengguna jalan raya lain yang tidak berhemah.

Tular di media sosial perkhabaran duka berkenaan seorang penghantar makanan meninggal dunia selepas dilanggar oleh lori yang dipercayai memandu melebihi had laju.

Menghembuskan nafas terakhir dalam ambulans

Tragedi yang menyayat hati itu melibatkan seorang penghantar makanan berusia 35 tahun. Mangsa telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan menuju ke Hospital Serdang .

Memandu melebihi had laju

Ekoran kejadian tersebut, Menurut kenyataan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik )JSPT) Selangor Superintenden Azman, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lori dipandu suspek berusia 47 tahun terbabit bergerak agak laju sebelum hilang kawalan.

"Disebabkan keadaan itu, lori berkenaan melanggar sebuah van sebelum merempuh sebuah motorsikal Yamaha Y125ZR dan Perodua Axia dalam masa yang sama mengakibatkan penunggang motosikal berkenaan jatuh di lokasi kejadian."

-Superitenden Azman-

Bagaimanapun, hasil laporan terbaru pada 10 Februari hari ini menyatakan lori berkenaan tidak dapat dikawal kemudian melanggar belakang Perodua Myvi dan Toyota CHR sebelum terbabas di bawah jejantas.

[adsence_code slot="71707598670"]

Tiada rekod kesalahan lampau

Tambahnya lagi, pemandu lori yang ditahan itu kini sedang menjalani ujian alkohol dan urin.

Seterusnya, semakan mendapati pemandu lori berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan.

]]>
Lelaki Itu Pelindung Wanita Bukan Menyakiti…. https://redaksi.com/1772-lelaki-itu-pelindung-wanita-bukan-menyakiti Wed, 28 Mar 2018 10:20:37 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1772 Ada sesetengah kita takut untuk berkahwin kerana takut akan dipukul suami. Atau dengan bahasa lebih mudah ialah takut didera oleh suami. Kita berpendapat, lelaki yang memukul wanita itu adalah seorang yang dayus kerana sanggup melukai wanita yang lemah. Tapi kita sebenarnya tidak tahu maksud sebenar dayus itu serta apa hak lelaki untuk memukul wanita.



Hukum pukul perempuan bukanlah bererti lelaki itu dayus, tetapi sekiranya memukul itu menyebabkan luka dan berdarah ia adalah haram. Di dalam Islam, pukul yang dibenarkan ialah jika si isteri berlaku nusyuz itu pun pukulannya bersyarat. Dan ia juga merupakan salah satu usaha untuk mengembalikan keharmonian rumah tangga. Namun jika sudah memberi nasihat dan teguran masih tidak berjaya, maka pukul jika ia boleh berubah. Tetapi tidak digalakkan.

Apa yang kita tahu mengenai lelaki dayus? Lelaki dayus ini adalah lelaki yang membiarkan isteri dan anak-anak perempuannya melakukan maksiat tanpa rasa cemburu dan menegur untuk tidak melakukan maksiat.

Tapi ada juga yang beranggapan, lelaki dayus ini adalah lelaki yang takut akan isterinya. Mungkin takut di sini yang dimaksudkan ialah takut untuk menegur isteri yang melakukan maksiat atau sesuatu yang menuju ke arahnya.

Imam Az-Zahabi berkata:

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya: Dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana cintanya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan (yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 ).

Walau bagaimanapun, jangan lah memukul wanita. Hal ini kerana wanita ini adalah insan yang lemah dan melindungi kaum ini. Sudah menjadi tugas lelaki bukan, melindungi bukan sakiti.



Jadi sebagai wanita, jika anda disakiti, anda berhak mendapat perlindungan seksyen 52, Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan memperuntukkan: “seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut antaranya suami menganiayainya, iaitu antara lain lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya.

Kerana, seorang lelaki atau suami tidak mempunyai hak untuk memukul atau melukai anda. Lebih-lebih lagi jika anda terlibat di dalam penderaan fizikal dan mental. Ia adalah keganasan terhadap wanita yang akan menyebabkan gangguan mental dan emosi anda sendiri.

]]>
Anda Ragu-Ragu Tentang Perhubugan? Ini Adalah 5 Perkara Sebagai Bukti Cinta Lelaki Akan Kekal Bersama Wanita. https://redaksi.com/1207-anda-ragu-ragu-tentang-perhubugan-ini-adalah-5-perkara-sebagai-bukti-cinta-lelaki-akan-kekal-bersama-wanita Tue, 12 Sep 2017 14:42:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1207 Berada dalam perhubungan adalah satu komitmen yang setiap manusia ingin kan di dalam kehidupan. Ini adalah realiti yang memang kita tidak dapat nafikan. Boleh dikatakan kewajipan berada dalam perhubungan ini adalah seperti kewajipan diri kita untuk makan dan minum setiap hari untuk hidup.



Tetapi apa yang kita perlukan sebenarnya di dalam perhubungan. Toleransi, kerjasama, kesetiaan dan pelbagai lagi. Ini semua adalah faktor-faktor yang penting bagi mereka di dalam perhubungan untuk mengekalkan rasa cinta antara si polan dan si polan.

Kami hari ini ingin berkongsi kepada anda 5 perkara yang sekiranya lelaki lakukan, ia adalah bukti bahawa cinta si dia pada diri anda akan bekekalan.

1. Seorang lelaki yang berpegang pada janjinya.

Sifat lelaki ini, mereka memang panjang akalnya. Jika dia tidak dapat mengotakan sesuatu janji nya, dia akan cakap berpusing-pusing untuk meloloskan dirinya daripada bersalah. Tetapi jika anda dapat lelaki sentiasa menunaikan janjinya malah akan mengaku kesalahannya jika gagal dalam perjanjian, anda memang seorang yang beruntung.



2. Lelaki itu sentiasa menghormati keluarga dan juga rakan-rakan anda.

Jika anda berjumpa dengan lelaki yang sentiasa menghormati ahli keluarga anda dan juga kawan-kawan anda, pegang lah beliau. Kerana kebiasaaan nya, lelaki ini ada banyak perkara yang bermain di fikiran beliau. Kadang-kadang mereka senang untuk meluahkan kata-kata buruk terhadap sesuatu.

Tetapi jika si dia itu dapat mnjaga dirinya daripada terkeluar kata-kata buruk terhadap ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Anda memang seorang yang beruntung. Memang senang nak tahan lapar, tetapi nak tahan mulut memang kerja yang susah.

3. Lelaki itu tidak berasa cemburu, malah sentiasa rasa bangga kerana dapat berkongsi hidup dengan anda.

Bila kita nak cantik sikit, mulalah si lelaki ini fikir macam-macam. Biasalah, hakikat seorang wanita itu, sentiasa ingin kelihatan cantik, itu adalah lumrah ciptaan tuhan terhadap wanita. Tetapi jika seorang lelaki itu sentiasa menghargai dan memuji anda bahawa anda seorang yang cantik, walaupun anda rasa tidak, jagalah diri si dia itu elok-elok, bukan senang nak dengar lelaki memuji.



4. lelaki itu lebih rela meluangkan masa dengan anda lebih daripada rakan-rakan beliau.

Tak salah jika lelaki anda ingin melepak dengan rakan-rakannya. tetapi janganlah sampai menepikan anda. Sehingga mereka rasa, melepak dengan teman-teman dia lebih menyeronokkan daripada meluangkan masa bersama anda. Dan anda juga janganlah terlalu mengongkong, bertoleransi lah sedikit. Jika dia seronok lepak bersama teman-temannya, ikutlah juga si dia lepak bersama. Sekali-sekala tidak apa.

5. Lelaki itu sanggup menepikan kerjanya buat sementara waktu untuk mendengar luahan anda.

Ini memang jarang kita jumpa. Lelaki ini kalau dah seronok dengan apa yang di lakukannya pada masa itu, memang dia tidak akan fokus untuk mendengar luahan hati anda.

Contoh paling senang, lelaki anda sedang asyik main Dota 2, dan anda ada sesuatu yang penting ingin di kongsikan bersamanya, 90% daripada lelaki akan suruh anda menceritakannya kemudian, kerana game lebih penting daripada cerita anda pada masa itu.

Kalau anda jumpa lelaki yang sanggup berhenti seketika apa yang mereka lakukan, semata-mata untuk mendengar luahan anda. Memang anda sudah berjumpa dengan calon atau suami yang terbaik.

]]>
Wahai wanita, Lakukan 6 Perkara Ini Apabila Si Dia Sakitkan Hati Dan Perasaan Anda. https://redaksi.com/2887-wahai-wanita-lakukan-6-perkara-ini-apabila-si-dia-sakitkan-hati-dan-perasaan-anda Wed, 18 Jul 2018 14:56:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2887 Mengapa wanita? Ini kerana wanita menganggap lelaki akan memahami perasaan mereka jika mereka hanya mendiamkan diri. Hati dan perasaan yang merajuk pasti ingin dipujuk, tetapi mereka tetap mendiamkan diri dan menyatakan dirinya normal seperti biasa.

Tetapi selepas itu mengungkit, kenapa tidak memujuk mereka? Sudah tentu lelaki akan bingung.


Jadi, lakukan 6 perkara ini supaya teman lelaki atau suami anda mengetahui hal yang sebenar tanpa berselindung..

1. Beritahu si dia hal yang sebenar.

Jika si dia sengaja atau tidak sengaja menyakiti hati anda, jangan lah anda berdiam diri seribu bahasa seperti tiada apa-apa yang berlaku. Jadi ini lah masanya anda perlu memberitahu mereka hal sebenar. Jika dibiarkan dia sendiri tidak akan menyedarinya. Ini masa terbaik untuk anda jujur dengan dia, beritahu dia dan bagaimana dia lakukannya.

2. Beri masa pada dia untuk minta maaf.

Anda sepatutnya memberi si dia masa untuk meminta maaf dan jangan mendesak. Ini kerana, jika anda terlalu mendesak si dia untuk meminta maaf secara cepat, khuatir dia tidak ikhlas maafkan anda.


3. Terangkan pada si dia kenapa anda rasa disakiti.

Kebiasaannya lelaki mempunyai sudut pandangan yang berbeza dengan wanita. Kadang-kadang si dia boleh menyakiti perasaan anda tetapi tidak memahami kenapa, apa yang dikatanya atau apa yang dilakukan. Dalam keadaan ini, anda perlu menjelaskan mengapa anda cedera dan bagaimana ia membuat anda rasa sebegitu. Ini boleh membantu menjernihkan kekeliruan anda berdua.

4. Beri si dia peluang untuk berfikir.

Ada kalanya pasangan anda boleh menyakiti perasaan anda tetapi tidak bersedia untuk memahami atau meminta maaf. Jika ini berlaku maka anda perlu beri sedikit masa untuk dia berfikir. Beri dia ruang untuk bersendirian dan fikir bagi membetulkan keadaan.


5. Dengar penjelasan darinya.

Setelah memberi mereka peluang untuk berfikir dan meminta maaf, dengar lah penjelasan daripada mulutnya dari awal hingga akhir tanpa menyampuk. Jangan membuat keputusan sendiri tanpa mendengar penjelasan si dia. Ia akan membangkitkan salah faham antara kalian berdua.

6. Nilai hubungan anda.

Jika anda bersama dengan pasangan yang asyik buat silap dan sakitkan perasaan anda, mungkin ini masanya anda menilai hubungan tersebut. Mungkin sekali dua masih boleh diterima, tetapi jika terlalu kerap pasti ada sesuatu yang disemnuyikan. Malah lebih teruk, jika si dia memberi alasan tidak sengaja. Hati-Hati!


 

]]>
11 perbuatan suami yang melukakan hati isteri dalam diam. https://redaksi.com/8633-11-perbuatan-suami-yang-melukakan-hati-isteri-dalam-diam Thu, 01 Oct 2020 15:22:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8633 Rumah tangga yang diangankan boleh musnah apabila pasangan itu bukan seperti yang diimpikan. Perkara yang menakutkan bagi seorang wanita adalah apabila dirinya tersalah memilih suami. Masa depan yang diangankan itu, boleh jadi akan musnah dari awal lagi.

Kadang kala rumahtangga dianggap bahagia dari luaran tetapi di dalamnya seperti duri dalam daging yang menyakiti dalam diam. Seperti perkongsian The X Guy dalam laman Twitter, ada beberapa perkara perbuatan suami yang meresahkan hati isteri.


Menerusi capaian tersebut, beberapa perbuatan suami ini akan meresahkan hati seorang isteri tapi biasanya suami lebih suka buat-buat tak tahu saja.

1. Tidak berusaha menghamornikan antara isteri & ibu bapa.

Biasanya lebih suami lebih memilih untuk malas campur tangan ataupun melebihan ibu bapa tanpa melakukan apa-apa usaha untuk kedua-duanya.



2. Merendah-rendahkan isteri

Jika anda lakukan ini, ia hanya akan menghilangkan keyakinan isteri secara tidak langsung membuat dirinya terasa terluka.





3. Kongkong isteri

Setiap orang perlu ada kebebasan mereka tersediri, jadi salah betulkan dan bimbing. Kongkong bukan tanda anda membimbing mereka.



4. Sikap dayyuth

Suami yang baik adalah suami yang menjaga aurat dan pergaulan isterinya, bila isteri lakukan silap maka tegurlah sebaiknya jangan biarkan.





5. Kurang bersikap ihsan kepada isteri

Suami abaikan bab nafkah seperti kewangan ataupun puji-pujian yang membina isteri, biasanya suami lupa akan perkara ini.



6. Kurang sikap kepimpinan

Suami merupakan rupa ketua keluarga, sangat penting untuk dirinya tunjukkan sikap kepimpinan di dalam keluarga.



7. Tidak memberi pendidikan agama kepada isteri

Tanpa agama dalam rumah tangga akan goyang, sebab itulah pentingnya suami isteri sama-sama belajar agama malah sekali sekala melakukan solat berjemaah.





8. Utamakan orang luar berbanding keluarga sendiri

Selepas diri anda, maka isteri dan anak-anak adalah orang penting dalam tanggungjawab, selepas itu barulah ibu bapa dan yang lain.



9. Kurang berterima kasih kepada isteri

Paling mudah tetapi ramai suami-suami tak lakukan perkara ini.





10. Tak setia pada isteri

Dalam diam bermain kayu tiga di belakang isteri yang setia, tentunya akan melukakan hati isteri jika diketahui.



11. Abaikan tanggungjawab kepada ibu bapa

Walaupun bertanggungjawab sepenuhnya kepada rumahtangga, tetapi jangan lupa akan jasa ibu bapa. Seorang suami masih perlu berbakti kepada ibu bapa mereka.





Segelintir suami akan lalai beberapa perkara ini, jadi sebelum menjadi suami lakukan persiapan sebaik mungkin.



 

]]>
Tak sangka berjumpa jodoh di PUBG, sama-sama simpan perasaan pula tu https://redaksi.com/8955-tak-sangka-berjumpa-jodoh-di-pubg-sama-sama-simpan-perasaan-pula-tu Thu, 19 Nov 2020 11:00:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8955 Jodoh adalah sesuatu yang tidak dijangka. Kalau selalu dengar dari rakan boleh menjadi pasangan hidup ataupun berkenalan di media sosial, tapi dengan bermain game juga ada peluang yang tinggi untuk berjumpa dengan jodoh. Cuma berani atau tidak sahaja untuk memulakan langkah awal.

Tak sangka jumpa jodoh di PUBG

Seperti perkongsian gadis yang bernama Putri Alia Shahhiza di aplikasi TikTok, yang telah bertemu pasangan hidupnya di permainan video ‘Player Unknown Battlegrounds’ (PUBG). Mulanya dia bermain permainan ini kerana suka-suka dan mengisi masa lapang sahaja.



Namun tidak sangka, dia mula rapat dengan seorang jejaka yang bernama Zulhilmi yang turut bermain permainan tersebut. Malah, mereka juga dikatakan sering berkomunikasi dalam game tersebut.

Masing-masing simpan perasaan

Awalnya dia agak malu untuk mengambil langkah awal dengan meluahkan perasaan terhadap lelaki tersebut. Bagaikan tidak sangka rupanya lelaki tersebut juga mempunyai perasaan yang sama, malah mereka telah mengikat tali pertunangan pada Oktober lalu.

Kini kedua-duanya sudah selamat menjadi suami isteri yang sah tak lama selepas itu.



Perkongsiannya itu telah menarik minat ramai warganet yang rata-ratanya mengucapkan tahniah malah ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama juga.


]]>
Gemar makan 'buah kembar', wanita tak sangka boleh dapat anak 'triplet' https://redaksi.com/9396-gemar-makan-buah-kembar-wanita-tak-sangka-boleh-dapat-anak-triplet Thu, 14 Jan 2021 16:52:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9396 Tidak pernah terfikir untuk memiliki anak kembar, apatah lagi kembar tiga namun itulah rezeki yang tidak boleh disangkal.


Menerusi perkongsian laman Facebook, Nor Haniffah Omar sekadar mengimbas kembali kenangan bersama arwah ibu sebelum dia disahkan mengandung kembar tiga.

“Sebelum mengandung kembar, selalu je makan buah yang kembar-kembar macam pisang, petai, jambu. Arwah Ma selalu je cakap, ‘makan la, nanti dapat anak kembar’. Dalam hati cakap ‘mengarut je, tak mungkin la makan benda macam tu dapat anak kembar… mitos je’. Tup tup dapat kembar, arwah Ma la paling happy,” tulisnya pada posting tersebut yang sehingga kini meraih 11,000 perkongsian.

Memetik laporan mStar online, Haniffah menyatakan bahawa dirinya sememangnya sering terjumpa buah-buahan yang bersifat kembar secara kebetulan, malah langsung tidak terniat untuk memiliki cahaya kembar apabila memakannya.

Latar belakang keluarga ada kembar

Menurutnya, sebelah keluarga dia dan keluarga suami ada keturun kembar namun tidak menjangkakan bahawa mereka juga turut mendapat kembar. Malah, anak pertama dan kedua pun dilahirkan bukan kembar.

“Tapi semuanya sebab kententuan Allah, makan buah-buahan kembar itu kebetulan saja, nak mengimbas cerita. Janji Allah itu pasti, rezeki jodoh, ajal, maut semua di tangan Allah,” katanya.

Ingatkan dua rupanya tiga

Mengimbau kembali saat dia mengandungkan ketiganya itu, Haniffah menyatakan bahawa kali pertama membuat pemerikasaan sewaktu usia kandungan 14 minggu, dia dan suami sudah sedia maklum bahawa bakal menimang kembar dua.


Bagaimanapun, selepas masuk 19 minggu doktor mengesahkan bukan dua tapi tiga, malah turut membuat scan secara detail untuk kali kedua dan sah hamil kembar tiga.

Alahan yang teruk

Wanita berusia 31 tahun itu juga berkata bahawa sewaktu kehamilannya itu dia berdepan dengan alahan yang sangat teruk.

“Saya terlalu lemah kerana kerap muntah, memang banyak masa dihabiskan dengan tidur sahaja. Ketika itu berat badan daripada 78kg susut menjadi 58kg sahaja. Alahan berterusan sehingga kandungan berusia 6 bulan,” kongsinya.

Tambahnya, proses kelahiran berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, cuma selepas melahirkan dia terpaksa menjaga anaknya sendirian berikutan suami berkerja di Kuala Lumpur.



Bagaimanapun, dia bersyukur apabila abah, dan keluarga ada untuk membantu malah anak sulungnya juga sudah boleh diharapkan.


Tidak menyangka perkongsiannya akan tular, Haniffah turut meluahkan rasa terharu apabila mendapat komen positif dari warganet malah turut menyatakan sesiapa yang teringin memiliki anak kembar perlu kuat mental dan fizikal.

]]>
Lelaki Sejati Bukanlah Sekadar Janjikan Perasaan, Dia Juga Buktikan Kesetiaan. https://redaksi.com/191-lelaki-sejati-bukanlah-sekadar-janjikan-perasaan-dia-juga-buktikan-kesetiaan Sat, 17 Jun 2017 10:56:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=191 Ramai lelaki yang boleh sekadar menaburkan janji manis. Bagi mereka, senang saja ucapkan sayang atau 'I love you'. Sayangnya kasih sayang tak boleh dibuktikan dengan kata-kata semata-mata. Bila mula-mula bercinta, hati pasti akan terbuai dengan mimpi dan janji manis si dia. Tapi sampai bila? Lama-lama, hati kita akan mula tertanya-tanya. 'Kenapa dia kata macam ni, tapi dia buat macam tu?'



Hubungan yang kukuh takkan terbina dengan janji manis sahaja. Cinta sejati perlu dibuktikan dengan kasih sayang, kesetiaan, tanggungjawab dan pengorbanan yang dicerminkan melalui tingkah laku anda. Kalau dah suka, jangan buat si dia terluka. Hati sesiapa pun akan kecewa bila dia tahu orang yang selama ini dicintai, sebenarnya tak setia. Jadi jangan buat hal! Jaga hati dan perasaannya supaya anda boleh pupuk hubungan yang akan kekal sampai bila-bila.



Bila bercinta, anda dan dia sama-sama berjanji dan mengambil amanah dan tanggungjawab dari pasangan anda untuk setia sampai bila-bila. Jaga amanah itu. Cuba bayangkan, betapa sedihnya hati anda kalau anda dah beri hati pada si dia untuk dijaga tapi sebaliknya dipermainkan pula. Jadi jangan tabur janji kalau anda tak mampu tepati. Jangan kata cinta kalau anda tak rasa sepenuh hati. Anda sendiri pun pasti nakkan pasangan yang boleh beri komitmen sepenuhnya. Bukan seseorang yang hanya tahu berjanji manis tapi seseorang yang boleh buktikan cinta dengan tindakan. Pasangan yang setia dan yang boleh menerima kita seadanya akan buat anda rasa bahagia dan secara automatik, anda pun akan lebih mudah sayang dan jatuh hati pada dia. Sebaliknya kalau anda curang, mungkin satu masa nanti anda pula yang akan dipermainkan. Jangan sampai menyesal nanti.

]]>
Serba Salah Nak Reject Seseorang, Ini Tips Menolak Tanpa Menyinggung Perasaannya. https://redaksi.com/8108-serba-salah-nak-reject-seseorang-ini-tips-menolak-tanpa-menyinggung-perasaannya Mon, 20 Apr 2020 16:44:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8108 Bukan niat anda untuk memberi harapan pada seseorang, tapi mungkin perasaan yang hadir dalam dirinya secara tiba-tiba. Setiap orang pasti pernah mengalami situasi sebegini bukan. Tidak tahu macam mana nak menolak atau reject seseorang yang menyukai anda.

Bimbang kalau dirinya terluka atau anda yang terlalu berkasar dengannya, itu adalah perkara yang sering kali bermain difikiran. Selain itu, anda juga bimbang kalau sikap jujur anda itu akan membuatkan persahabatan kalian terputus.

Jadi, macam mana nak berterus terang dengan dirinya tanpa melukakan hatinya, malah membuat hati anda terasa lapang. Bab-bab ini kenalah berjaga-jagakan, takut dia menyimpan dendam pula.


Mungkin ini beberapa cara anda boleh cuba.

Jarang balas pesanan dirinya

Membalas pesanan dengan laju dan terlalu kerap mungkin salah satu punca dia meletakkan harapan dan hatinya pada anda. Selepas ini, cuba kurangkan untuk membalasnya dengannya. Bahkan, kalau boleh cuba untuk abaikan dirinya. Barulah dia tahu bahawa anda tidak memberi ruang pada dirinya.

Biasanya, seseorang yang mudah sedar akan perubahan anda dia akan mula faham. Namun, ada juga yang tidak mudah putus asa untuk dapatkan perhatian dari anda. Kalau itu kena cuba tips yang kedua.



Tolak dengan baik jika dia ajak berjumpa berdua

Jika dia rakan anda dan selalu lepak bersama rakan-rakan lain, mungkin agak susah untuk lakukan perkara ini. Akan tetapi, jika tiba-tiba dia mengajak anda untuk keluar berdua dengannya, jangan mudah terima ajakkan itu.

Ini kerana, dia sengaja menggunakan kesempatan itu untuk lebih dekat dengan diri anda. Jadi, berikan apa-apa alasan yang logik serta tidak melukakan hatinya.

Jangan terima apa-apa pemberian darinya

Dia beri coklat, bunga ataupun benda-benda lain yang membuka senyuman anda, jangan mudah terpedaya. Dari situlah dia akan mula rasa anda juga mempunyai perasaan yang sama. Biasanya wanita suka jika diberi perkara sebegini dan mudah untuk cair.

Jika anda menerima segala pemberiannya, itu sama juga dengan anda telah memberinya harapan dan laluan.



Berterus terang lebih baik

Jika dia masih menunjukkan segala usahanya untuk mendapatkan anda, adalah lebih baik kalau anda berterus terang sahaja padanya. Pilih ayat yang baik dan sedap didengari dan elakkan ayat yang akan melukakan hatinya. Dalam keadaan ini, anda perlu berhati keras dan jangan mudah berlembut hati.

Kadang memang bukan mudah nak menolak seseorang yang telah berharap pada anda. Tapi hati tidak boleh dipaksa walaupun yang datang itu adalah seorang yang begitu sempurna.



]]>
Nak Jimat Kos, Tak Perlu Nak Merisik Terus Bertunang Jer. https://redaksi.com/7596-nak-jimat-kos-tak-perlu-nak-merisik-terus-bertunang-jer Mon, 11 Nov 2019 11:27:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7596 Adat merisik adalah adat orang melayu yang masih menjadi ikutan pada masa ini. Adat ini dikatakan untuk bertanya status seseorang sebelum mengikat tali pertunangan atau meminang dirinya. Ada yang masih mengikuti adat bahkan ada juga yang telah melangkau adat ini dan memilih untuk terus bertunang sahaja. Akan tetapi ada juga yang menggabungkan merisik sekaligus bertunang kerana ingin menjimatkan kos.

Sebenarnya, apabila anda sudah berkenalan dengan calon pasangan anda bertahun-tahun, malah anda sudah kenal dengan ibu bapanya tentu sahaja anda tidak perlukan anda merisik ini. Mana tidaknya, bukan ke anda sudah tahu akan status bakal pasangan anda.

Jika anda mengikuti adat dengan pergi merisik, tentu sahaja kos perbelanjaan akan bertambah. Jadi adalah lebih baik kalau anda gabungkan sekali merisik serta bertunang jika ingin mengikut adat sekaligus menjimatkan kos.



Apa yang anda dapat jimatkan?

1. Perbelanjaan minyak kenderaan, tapi kalau si dia itu jiran rumah anda tidak mengapa.

2. Buah tangan, tak akan nak pergi rumah bakal mertua dengan tangan kosong pula. Sekurang-kurangnya kenalah ada sebentuk cincin dan buah tangan yang lain.

3. Bila tetamu dah datang tentu perlu sediakan sedikit jamuan. Tak akan nak biarkan tetamu pulang dengan keadaan lapar.



Jadinya, dengan keadaan ekonomi seperti ini adalah lebih baik kalau anda menggabungkan antara merisik dan juga pertunangan. Bukan apa dua perkara ini dapat menjimatkan sekaligus memudahkan segala urusan sebenarnya.

Namun begitu, perkara ini sesuai buat mereka yang telah berkenalan antara satu sama lain dengan agak lama. Akan tetapi, jika anda masih belum kenal dengan bakal pasangan anda adalah lebih baik kalau anda tidak mengikut cara ini. Melainkan, jika anda benar-benar yakin akan bakal pasangan anda itu tidak mempunyai pilihan atau orang lain.

]]>
Empat Kesalahan Yang Dilakukan Oleh Pasangan Bercinta Tanpa Disedari. https://redaksi.com/2302-empat-kesalahan-yang-dilakukan-oleh-pasangan-bercinta-tanpa-disedari Thu, 17 May 2018 12:28:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2302 Dalam perhubungan ini semua boleh dikatakan yang indah-indah sahaja berlaku sehinggakan sepasang kekasih itu lalai. Lalai di sini bukan bermaksud melakukan perkara yang tidak baik, tetapi adalah terlupa untuk menjaga hubungan. Hal ini kerana, pada bila-bila masa sahaja satu hubungan itu boleh dilanda masalah.


Biasanya pasangan akan membuat sambil lewa terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan kepada pasangannya. Jom kenali apa kesalahan yang kerap mereka ini akan lakukan.

1. Tidak menghormati privasi.

Walaupun anda dan dirinya adalah sepasang kekasih, anda perlu menghormati segala privasinya. Apa yang harus anda elakkan anda perlu elakkan. Sebagai contoh, menyelongkar telefon bimbit nya ataupun melihat media sosialnya. Setiap orang perlukan masa peribadi mereka begitu juga pasangan anda.

2. Memaksa dia minat apa yang anda minta.

Kita tidak boleh memaksa seseorang menyukai apa yang kita suka. Hal ini kerana, setiap orang mempunyai perbezaan pendapat. Jadi mereka juga mempunyai perbezaan minat dengan kita. anda perlu menghormati pasangan anda dengan apa yang disukai ataupun tidak.


3. Mencari salahnya untuk lepaskan kemarahan.

Dirinya hadir dalam hidup anda adalah sebagai peneman dan penyokong anda. Ia bukan hadir sebagai tempat anda melepaskan kemarahan anda. Jangan hanya kerana anda mempunyai masalah dengan perkara lain. Anda mula mencari salahnya untuk memarahi dan melepaskan kemarahan anda.

4. Memaksanya menjadi sempurna untuk anda.

Semua orang tidak sempurna, begitu juga dengan diri anda. Jadi jangan mengharapkan pasangan anda untuk menjadi sempurna. Biarkan dirinya untuk menjadi diri sendiri serta keselesaannya. Jangan sesekali mengubah mereka ini.

Kesalahan-kesalahan ini sering dilakukan tanpa sedar. Hubungan bukan satu perkara yang mudah untuk dikendalikan. Tetapi ia akan menjadi mudah apabila kita memahami dan menghargai pasangan kita. bagi yang sedang berbahagia, hati-hati takut pasangan anda makan hati dalam diam.

]]>
Bekas Kekasih Datang Kembali, Perlu Beri Peluang Kedua Atau Lepaskan? https://redaksi.com/8772-bekas-kekasih-datang-kembali-perlu-beri-peluang-kedua-atau-lepaskan Sat, 24 Oct 2020 12:35:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8772 Ketika menjadi kekasih dia adalah segalanya. Kebaikannya, ketulusannya walaupun kelemahannya tetap menjadi hal yang membahagiakan kita. Namun setelah hubungan berakhir, segala tentang dia hanyalah kenangan dan kita telah pun 'move on'.


Tetapi, si dia datang kembali menagih kasih kita. Apakah yang harus kita lakukan? Perlukah kita terima atau tidak?

 

1. Cinta berputik semula


Kata orang, setelah kita meninggalkan seseorang ketika itulah perasaan cinta kembali bercambah. Kerinduan yang tak tertanggung dan perasaan ingin kembali bersama semakin kuat. Mungkin, ketika kita sedang berusaha untuk 'move on', si dia pula sedang berusaha memperbaiki diri dan cinta yang berakhir kembali berputik semula dalam dirinya.


2. Mulakan jalan cerita yang baru


Selalunya seseorang yang ingin kembali bersama adalah kerana ingin mengubah jalan cerita cinta mereka kepada yang lebih baik lagi. Jika selama ini kalian banyak memendam rasa antara satu sama lain, mungkin setelah kembali bersama hubungan kalian menjadi lebih terbuka dan lebih tulus. Ketulusan sangat penting dalam sebuah hubungan.

 


3. Sifat yang sudah berubah


Menjadi seseorang yang lebih baik merupakan matlamat setiap insan. Begitu juga dengan bekas kekasih anda. Ketika anda mengenalinya suatu ketika dulu mungkin kerana sikap buruknya telah membuatkan anda mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Namun ketika dia kembali, sikapnya telah berubah menjadi seseorang yang lebih baik.


4. Telah biasa hidup tanpa dia


Apabila kita telah 'move on', segala tentang dia adalah sebuah pengajaran dalam hidup kita. Kehidupan yang telah terbiasa tanpa mesej dan panggilan daripada si dia membuatkan kita menjadi selesa untuk bergerak solo. Akhirnya, kita menyedari bahawa kita boleh hidup tanpa dia dan kebiasaan tersebut telah membuatkan pandangan kita berubah terhadap dirinya.


Kesimpulannya, perasaan adalah hal yang sulit untuk difahami. Oleh itu, buatlah keputusan yang bijak agar tidak menyesal di kemudian hari.

]]>
"Jangan Cepat Mengalah Dalam Hubungan, Sama-Sama Berubah Ke Arah Lebih Baik..." https://redaksi.com/7714-jangan-cepat-mengalah-dalam-hubungan-sama-sama-berubah-ke-arah-lebih-baik Tue, 17 Dec 2019 13:00:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7714 Dalam perkahwinan mahupun percintaan, ia bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui begitu sahaja. Jika ia begitu mudah, tentu tidak akan ada pasangan yang bertengkar, berdepan salah faham ataupun berlakunya perpisahan. Ini kerana hubungan yang terbina itu bukan satu yang mudah membuatkan perkara itu akan menjadi cabaran dalam hubungan yang terbina.

Mana-mana pasangan tentu sahaja ingin rasa bahagia, tetapi nak bahagia ini bukan mudah. Kadang kalau hati tak kental memang tak boleh berdepan dengan perkara sebegini, bahkan kalau sama-sama pentingkan diri tentu sahaja hubungan tidak mampu diteruskan sehingga ke akhirnya.

Buat pasangan yang bercinta, tentu inginkan hubungan berakhir dengan perkahwinan.

Buat pasangan yang berkahwin, tentu ingin mati yang memisahkan kalian.

Itulah impian setiap pasangan yang berkasih sayang, tetapi untuk semua perkara ini bukan satu perkara yang mudah nak dilalui begitu sahaja. Tentu akan ada asam garam yang perlu anda lalui sebagai suami isteri ataupun pasangan yang bercinta.



“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri” begitulah lagu Allahyarham P. Ramlee yang masih segar diingatan.

Dalam hubungan yang terbina ini memang tak lari dari silap dan salah, maka dengan itu anda dan pasangan kalau ingin bersama kenalah melakukan satu perubahan bukannya masih kekal di tempat yang sama.

Bila berlaku pergaduhan dengan pasangan, jangan cepat nak melenting atau cepat sangat nak minta perpisahan tetapi cuba untuk bersabar dengan apa yang berlaku dan cuba untuk selesaikan secara baik. Setiap masalah yang berlaku ini sudah tentu ada jalan penyelesaiannya, bukannya perpisahan sahaja jalan yang anda.



Setiap pasangan perlu bijak untuk menjernihkan keadaan dan eratkan kembali hubungan yang renggang. Jangan terlalu ikutan perasaan sehingga hubungan yang renggang itu menjadi semakin jauh dan juga tidak mampu diselamatkan lagi. Perlu diingatkan bahawa kalau terlalu ikut perasaan, anda sendiri yang akan rasa menyesal dan terkilannya kelak.

Jangan perbesarkan setiap masalah yang ada. Kadang kala sikap suka menjaja masalah dalam hubungan ini yang membuatkan hubungan sukar nak diselesaikan. Mana tidaknya, sana cakap lain, sini cakap lain itu belum lagi dengan kata-kata orang sekeliling, bukan ke masalah menjadi semakin besar dan tidak terkawal.



Maka dengan itu, bila ada masalah cuba untuk selesaikan bersama dan lakukan perubahan yang lebih baik. Jangan terlalu ikutkan apa yang ada rasa yang mungkin mendatangkan penyesalan dikemudian hari.

Paling tak lupa, jangan lupa dekatkan diri dengan Allah dan jangan tinggal solat kerana Dia adalah pembimbing yang sebetulnya.

]]>
8 Ciri-ciri Suami Yang Hebat. Wanita Jika Jumpa Lelaki Yang Mempunyai Ciri-Ciri Ini Jangan Lepaskan.. https://redaksi.com/1500-8-ciri-ciri-suami-yang-hebat-wanita-jika-jumpa-lelaki-yang-mempunyai-ciri-ciri-ini-jangan-lepaskan Thu, 01 Feb 2018 15:59:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1500 Setiap seseorang wanita itu pasti idamkan bakal suaminya yang mampu menjadi suami yang bertanggungjawab dan mampu membimbing mereka ke arah yang lebih baik, tetapi bagaimanakah ciri-cirinya? Mari kita lihat.



1. Imam Solat.

Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suami mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama. Inilah cara menjadi suami yang hebat di dunia dan akhirat. Isteri akan lebih menghormati suaminya kerana mampu menjadi pemimpin keluarga yang hebat.

2. Mengajarkan Ilmu-Ilmu Agama.

Seorang isteri hanya inginkan kebahagiaan, tetapi bukanlah harta yang diimpikan, tetapi ilmu-ilmu agama yang dimahukan. Apatah lagi apabila mempunyai anak, ilmu agama sangat penting bagi menjaminkan keluarga bahagia. Jika tidak pandai hal agama, maka berusahalah mencari guru-guru agama.



3. Suami Yang Matang.

Suami perlu matang dalam berfikir dan melakukan keputusan. Ini kerana isteri akan sentiasa meminta nasihat ataupun memerlukan anda untuk melakukan keputusan. Jika jiwa anda masih keanak-anakan, cuba ubah sikap supaya menjadi lelaki yang lebih matang, isteri akan lebih senang meluahkan perasaan seandainya anda lebih serius mendengar dan memberi pendapat.

4. Pandai Memasak.

Walaupun dikatakan masak di dapur adalah tanggungjawab seorang isteri, tetapi suami juga harus rajin menolong isteri di dapur. Barulah ikatan suami isteri terjalin lebih mesra dan berpanjangan.

5. Suami Yang 'Independent'.

Suami yang pandai menguruskan diri adalah seorang suami yang sangat romantik. Mana tidaknya, segala persiapan dilakukan sendiri. Dari membasuh baju, melipat baju, dan seterika baju. Bukanlah si isteri pemalas, tetapi ringan-ringankanlah tulang untuk membantu isteri, barulah nampak romantik kan?



6. Mempunyai Prinsip Dan Pendirian.

Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga Anak-Anak Bersama Isteri.

Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulung.

Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga dua kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Suami Serba Tahu.

Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat terasa kagum apabila suami mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok perniagaan, rumahtangga, ekonomi dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sahaja disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

Semoga bermanfaat.

]]>
Dah lama bersama, tapi kenapa lelaki lebih suka rahsiakan perhubungan dengan pasangan? https://redaksi.com/8825-dah-lama-bersama-tapi-kenapa-lelaki-lebih-suka-rahsiakan-perhubungan-dengan-pasangan Mon, 02 Nov 2020 11:41:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8825 Dalam perhubungan, sudah menjadi kebiasaan pasangan akan memberitahu dirinya sudah mempunyai kekasih. Lebih-lebih lagi, bagi pihak wanita yang akan selalu ‘post’ di laman sosialnya. Tetapi perkara ini kurang berlaku kepada pihak lelaki. Mereka lebih suka merahsiakan hubungannya.

Pasti anda semua tertanya kenapa lelaki lebih suka rahsia dan tidak ‘post’ tentang anda di laman sosialnya. Di bawah ini terdapat sebab mengapa lelaki memilih untuk merahsiakan anda.

1. Pentingkan privacy

Lelaki seorang yang lebih menyukai 'privacy'. Dirinya tidak menunjukkan kemesraan dia dan pasangannya kerana tak nak orang sekeliling berasa tak selesa. Atau muncul perasaan cemburu seterusnya menjadi orang ketiga dalam hubungannya.

2. Menganggap bukan perkara penting

Sifat secara bersederhana dan sempoi pasti akan ada di dalam diri sesetengah lelaki. Mereka berasa tidak penting untuk ‘post’ kisah hubungan untuk menjadi tatapan orang lain. Baginya sudah cukup jika pasangan tahu bahawa mereka mencintainya.

3.Berfikiran lebih jauh

Lelaki juga akan mempunyai sikap manja atau kebudak-budakkan apabila bersama dengan orang dia sayang. Tetapi mereka dapat berfikir lebih jauh tentang masa depan dan hubungan. Jadi baginya andai memang sudah ditakdirkan menjadi jodoh. Pasti tidak akan ke mana.

4.Rahsiakan hubungan untuk menjaga diri

Mereka tidak mahu dipandang buruk seterusnya dikatakan menunjuk-nunjuk hingga menimbulkan fitnah dalam kalangan teman sekeliling. Pasangan anda juga akan berfikir jika mereka menunjuk tetapi akhirnya berpisah, dirinya akan diperkatakan.

Pasti ada sebab di setiap tindakan yang dilakukan. Begitu juga dengan tindakan pasangan anda merahsiakan hubungan kalian. Tetapi percayalah mereka hanya mahu yang terbaik untuk anda. 

]]>
Jangan Ambil Hati Kalau Suami Tegur Cara Berpakaian, Itu Tanda Suami Sayang. https://redaksi.com/8463-jangan-ambil-hati-kalau-suami-tegur-cara-berpakaian-itu-tanda-suami-sayang Tue, 18 Aug 2020 10:01:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8463 Suami mana yang tidak sayangkan isterinya kan? Kalau tak sayang tentunya tidak dijaga dengan elok dan juga dilindungi.

Tugas seorang suami bukan sekadar memberi nafkah saja, bahkan bukan saja menyayangi isterinya. Akan tetapi membimbing isteri menjadi lebih baik juga merupakan tugas suami. Menjadikan isteri sebagai bidadari syurganya kelak itu pun merupakan tugas yang agak berat seorang suami.


Dalam membimbing isteri ini kadang kala bagai mencurah air ke daun keladi. Menegur isteri merupakan satu perkara yang amat mencabarkan bagi seorang suami. Ya, memang ia kelihatan mudah kerana kalau tersalah langkah ia boleh membawa pecah belah dalam rumah tangga.

Bukan semua isteri boleh menerima teguran daripada suami dengan baik. Sudah menjadi fitrah kejadian, untuk menjadikan seseorang itu baik adalah kita perlu menegur dan ingatkan mereka akan kebaikkan. Tetapi kalau nak menegur seseorang, ada cara dan seninya.



Oleh sebab itu Baginda SAW telah berpesan kepada golongan suami berkenaan perihal ini:

Sabda Nabi SAW:

“Aku berwasiat kepada kami supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu buarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Sesetengah lelaki atau suami memilih untuk berdiam diri. Kadang kala tindakan ini boleh membawa suami tergolong dalam golongan dayus. Jadi, hati-hatilah kerana takutlah akan pesan Baginda SAW:

"Ada tiga orang yang Allah haramkan masuk surga: pecandu minuman keras, anak durhaka, dan laki-laki yang membiarkan tindak kekejian terjadi di tengah keluarganya". (HR Ahmad).

Walaupun ada yang beranggapan bahawa menuruti segala kemahuan isteri itu adalah tanda sayang, tapi perlu ingat bukan semua kehendak isteri perlu suami turuti. Maka dengan itu, maka yang baik sebagai suami perlu sokong tapi kalau sebaliknya perlu diberi teguran dan juga peringatan.



]]>
Suasana Bulan Madu Semakin Romantik Bila Anda Lakukan 5 Perkara Ini. https://redaksi.com/6485-suasana-bulan-madu-semakin-romantik-bila-anda-lakukan-5-perkara-ini Tue, 09 Jul 2019 10:11:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6485 Bulan madu ini adalah perkara yang biasa akan dilakukan oleh pasangan yang baru sahaja berkahwin. Masa inilah mereka ingin meluangkan masa bersama dan berkenalan dengan lebih mendalam lagi.

Biasanya bulan madu ini dilakukan ditempat yang romantik serta tempat yang lebih inginkan privacy. Matlamat utama bulan madu ini adalah untuk menghasilakan suasana yang lebih intim antara pasangan yang pada ketika itu masih memiliki perasaan malu-malu lagi.



Namun begitu, ramai yang tidak mampu menjalani bulan madu yang romantik dan sesuai untuk pengantin baru ini. Mana tidaknya, ada yang tidak melakukan persiapan dengan betul malah ada yang diganggu dengan perkara-perkara yang tidak sewajarnya.

Bulan madu ini dapat dirasai sekali sahaja seumur hidup, mana tidaknya selepas anak memiliki anak nanti sudah tiada masa untuk berdua dengan pasangan anda sahaja.

#Petua bulan madu yang berkesan:

Bulan madu adalah saat yang paling dinanti-nantikan untuk pengantin baru. Selepas persiapan perkahwinan yang memenantkan, sudah tiba masanya untuk menikmati masa yang romantik dengan pasangan anda. Untuk menjadi lebih romantik dan lebih mudah diingati, ini 5 perkara yang perlu anda lakukan ketika sedang berbulan madu.



1. Bilik hotel yang dihiasi suasana romantik.

Setelah memilih kawasan mana yang bakal menjadi tempat anda berbulan madu, maka pastikan anda memilih hotel yang terbaik. Di mana ia memiliki pemandangan yang menarik serta dihiasi dengan suasana yang menarik. Sebagai contoh, boleh sahaja anda meminta untuk dihiasi kelopak bunga mawar, haruman aroma terapi, dan pelbagai lagi. Dijamin anda dan pasangan ingin lebih lama duduk di dalam bilik.

2. Kejutan buat si dia.

Di saat awal-awal perkahwinan ini sudah tentulah segala kejutan akan terasa lebih manis dan diingati nanti. Cuba anda melakukan sesuatu kejutan yang menyentuh hatinya. Mungkin anda boleh cuba sarapan pagi di atas katil atau mengenakan sesuatu yang memikat hatinya (faham-faham sendiri lah ye!). Perkara sebegini pasti akan lebih membangkitkan lagi suasana bulan madu anda itu.

3. Jangan lupa candle light dinner.

Tak lengkaplah bulan madu kalau tak ada candle light dinner ini. Pasti ini akan menjadi moment yang akan diingati kalian berdua. Nak tambah menarik lagi, jangan lupa untuk memesan makanan kegemaran anda dan pasangan anda. Untuk bangkitkan suasana yang lebih romantik ini sudah tentu iringan muzik sebagai halwa telinga sangat membantu anda.



4. Batasi penggunaan gadget.

Memang tidak dapat dielakkan bahawa gadget ini sememangnya akan mengganggu masa berkualiti anda berdua. Jadi jangan terlalu mengadap sangat telefon bimbit anda itu. Lebih baik anda meluangkan masa berdua dengan bergurau senda bersama pasangan. Barulah bulan madu itu akan lebih relax dan membahagiakan anda.

5. Jangan lupa ambik gambar atau video sebagai kenangan.

Bulan madu adalah saat yang akan dikenang kelak. Jadi jangan lupa untuk mengabadikan kenangan anda ini melalui gambar atau video. Nanti apabila anda rindukan kenangan ini boleh lah anda lihat semula. Malah ia boleh dilihat berulang kali hingga membuat anda teringin untuk berbulan madu lagi sekali.

Haa, ini adalah petua yang sememangnya perlu anda ikuti untuk membangkitkan suasana romantik ketika berbulan madu. Jangan bazirkan masa bulan madu anda dengan perkara yang tidak sepatutnya.



]]>
Bernikah Tanpa Membuat Majlis Kenduri, Dipandang Remeh Oleh Masyarakat? https://redaksi.com/3831-bernikah-tanpa-membuat-majlis-kenduri-dipandang-remeh-oleh-masyarakat Thu, 11 Oct 2018 16:21:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3831 Apabila sebut sahaja tentang perkahwinan atau pernikahan, pasti akan terbayangkan majlis kenduri yang gah dan dihadiri oleh ramai tetamu. Siapa sahaja tidak gembira melihat majlis berprestij begitu, kan? Tetapi bagaimana pula bagi mereka yang mahukan perkahwinan bajet, yakni bernikah tanpa majlis kenduri. Malah ala kadar sahaja tanpa bersanding, adakah masih dipandang mulia oleh masyarakat?

Mengisytiharkan perkahwinan adalah sunat bagi mengelakkan prasangka buruk masyarakat. Melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka atau fitnah adalah berdosa. Justeru jika suami isteri yang tidak mengisytiharkan perkahwinan mereka tinggal serumah, tentulah perbuatan ini dipandang serong. Ia dikira berdosa kerana menyebabkan timbulnya fitnah.

Jika tidak mampu untuk membuat perkahwinan yang gah disertakan dengan pelamin, ikutlah keselesaan masing-masing cara menghebahkan perkahwinan iaitu melalui sosial media. Zaman sekarang anda pasti tahu Live Facebook dan Live di Instagram, bukan? Gunakan medium tersebut jika mempunyai ahli keluarga yang duduk berjauhan. Dan selain daripada itu, buatlah jamuan makan kecil-kecilan walaupun tanpa bersanding.

Disamping itu, anda juga boleh memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga terdekat dengan menziarahi rumah mereka.

Oleh kerana itu, kenduri majlis diadakan, pasti penat si pengantin baru nanti untuk terus pergi menziarahi saudara-mara. Namun usahlah membuat kenduri gah ibarat selebriti jika tidak berkemampuan. Apa yang penting ia mencapai hasrat perisytiharan sesebuah perkahwinan. Ijab kabul hanya dengan “Aku Terima Nikahnya…”

Namun sedemkian, menurut Islam tiada pula acara bersanding, adat tepung tawar, beras kunyit dan sebagainya kerana ia berasal dari ajaran hindu. Perkara sebegini juga dianggap membazir dan sesungguhnya didalam al-Quran, Allah SWT menyatakan bahawa orang yang membazir adalah saudara syaitan.

Ini kerana kos yang tinggi akan digunakan untuk menyiapkan pelamin dan peralatannya sedangkan wang tersebut tidak perlu dibazirkan di atas perkara yang tidak berfaedah. Padahal niat asal untuk meraikan pengantin, tetapi apabila adanya unsur yang bertentangan dengan Islam, pasti ia salah disisi syara’.

Menurut Prof. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa Mu'asirat dan Halal dan Haram fil Islam, halaman 36. : “Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram"

Jika terdapat majlis makan berdamai semasa majlis kenduri kahwin di antara pengantin lelaki dan perempuan dan keluarga kedua-dua pihak maka majlis seperti ini dibolehkan kerana mendatangkan kebaikan untuk mengeratkan silaturahim di antara dua keluarga yang baru berkenal-kenalan.

BAGAIMANA PULA DENGAN MAJLIS BERINAI?

Inai bagi wanita dibolehkan kerana tiada larangan dan wanita-wanita di zaman salaf berinai dan Nabi SAW tidak menegahnya, malah menyuruhnya, dari Aisyah ra;

"Nabi SAW melihat tangan di sebalik tirai dan berkata, "Apakah ini tangan lelaki atau perempuan?" maka dikatakan itu tangan perempuan, maka Nabi SAW pun bersabda maksudnya : " Jika kamu seorang perempuan, pasti kamu akan mengubah warna kuku kamu (dengan inai)." (Hadis RiwayatAbu Daud, 4166) dan (Hadis Riwayat Nasa'i 5092)

Oleh itu, setiap majlis perlu lah mencari keberkatan dari Allah SWT. Sesuaikan majlis dengan syara’, barulah mengikuti pandangan masyarakat.

]]>
Risau Si Dia Berubah Selepas Sambung Belajar? Jika Tiada Angin, Pokok Tak Akan Goyang. https://redaksi.com/7400-risau-si-dia-berubah-selepas-sambung-belajar-jika-tiada-angin-pokok-tak-akan-goyang Wed, 02 Oct 2019 18:44:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7400 Setiap orang pastinya mahukan kejayaan dan sambung belajar di tahap yang lebih tinggi merupakan impian ibu bapa dan diri sendiri. Pada masa yang sama, bagaimana jika pasangan tidak dapat sambung belajar seperti kita? Apakah pengakhiran hubungan nanti?

Itulah perkara yang selalu berteka teki dalm fikiran lelaki mahupun wanita. Ada pasangan, lelaki yang dapat sambung belajar, dan teman wanitanya kurang bernasib baik sepertinya. Ada pasangan, wanita yang dapat sambung belajar. Ada juga kedua-duanya dapat sambung belajar tetapi di tempat yang berbeza. Bagaimana untuk pastikan hubungan akan kekal dengan baik seperti dulu jika masing-masing jauh terpisah?

Jawapannya senang sahaja, jika kedua-dua hati saling mencintai dan saling mementingkan kejujuran dalam hubungan, pasti apa yang anda risaukan itu tidak akan berlaku. Biarpun jauh beribu batu, hati masih bertaut erat sebagaimana kalian pernah berjanji tidak akan melupakan satu sama lain sebelum berpisah jauh bukan? Jadi, usahlah risau sehingga overthinking yang menyebabkan pergaduhan kerana terlalu cemburu memikirkan si dia nun jauh di sana. Ini akan lebih memudaratkan hubungan.



Namun, jika sebelum kalian berpisah untuk melanjutkan pelajaran pun hubungan sudah tidak berapa elok, maka pastinya sewaktu masing-masing telah jauh, salah satu pihak akan lebih cepat berasa tenang kerana tidak perlu memikirkan hubungan yang bakal retak itu lagi. Apabila cinta sudah semakin pudar, mungkin dek kerana sikap atau konflik sebelum ini, pastinya dengan membawa haluan sendiri adalah lebih baik di samping ingin mengubati hati yang telah remuk.



Jika pasangan anda bertemu orang lain di tempat dia belajar, usahlah menagih simpati untuk harapkan si dia kembali. Mungkin si dia punyai alasan tersendiri dan mungkin itu adalah jalan terbaik untuk dirinya. Kenangilah semula apa yang telah berlaku antara kalian sebelum ini. Mungkin sampai di situ sahaja pengakhiran hubungan kalian kerana jika benar cinta itu utuh, si dia tidak akan memandang siapapun meski orang itu jauh lebih baik daripada anda.

Oleh itu, jika benar sayang, hargailah cinta dan hubungan itu sebaik mungkin. Perbaiki apa yang patut sebelum si dia melangkah jauh kerana jika dia melangkah dengan hati yang kurang bahagia, perkara yang anda takuti itu bila-bila masa sahaja boleh berlaku.

]]>
4 Jenis Wanita Yang Menjadi Buruan Lelaki Masa Kini. https://redaksi.com/2844-4-jenis-wanita-yang-menjadi-buruan-lelaki-masa-kini Sun, 15 Jul 2018 01:40:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2844 Lelaki sememangnya menyukai wanita yang cantik, lemah lembut serta berbudi bahasa, tetapi ia merupakan sifat idaman. Lelaki sebenarnya sentiasa memburu empat jenis wanita yang sentiasa membuat dirinya kagum dan bangga apabila memiliki mereka. Mari ketahui empat jenis wanita yang menjadi buruan lelaki.



1. Wanita yang mengejar cita-cita.

Mereka yang bercita-cita tinggi ini biasanya kelihatan lebih mendiri dan bersemangat juang terhadap hidup mereka. Maka lelaki lebih mudah terpukau dengan kesungguhan yang mereka miliki. Bukan itu sahaja, mereka ini kelihatan begitu kuat dalam menghadapi kehidupan.

2. Wanita yang berkerjaya.

Lelaki pasti akan terjua apabila mereka berkenalan dengan wanita yang berkerjaya. Mereka ini kelihatan lebih matang, serta bermatlamat dalam hidup mereka. ia menunjukkan wanita tersebut tidak bergantung pada orang lain.

3. Wanita yang menghargai diri mereka.

Apabila wanita itu tahu menghargai diri mereka, sudah pasti mereka juga akan menghargai sesiapa yang hadir dalam hidup mereka. Dari situ akan kelihatan bagaimana wanita terbabit akan bersungguh-sungguh menjaga mereka nanti.



4. Wanita yang menjaga penampilan.

Penampilan ini merupakan daya tarikan yang utama. Tetapi lelaki berharap agar pasangan mereka ini mampu menjaga penampilan ketika mereka belum berkahwin hingga selepas bertahun berkahwin. Hal ini kerana untuk membuat dirinya tidak berubah hati.

Apabila anda salah seorang daripada golongan wanita ini, anda harus berhati-hati dengan lelaki di sekeliling anda. Mungkin mereka mempunyai niat yang baik ataupun tidak baik terhadap anda.


]]>
Bukan Isteri Sahaja, Suami Juga Perlukan Me-Time Kongsi Lelaki Ini. https://redaksi.com/4380-bukan-isteri-sahaja-suami-juga-perlukan-me-time-kongsi-lelaki-ini Thu, 29 Nov 2018 11:48:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4380 Setiap orang sebenarnya perlukan me-time ini sebenarnya. Tidak kira suami atau isteri kedua-duanya perlukan me -time. Hal ini kerana, apabila masing-masing dapat me-time maka dapatlah kurangkan rasa beban yang ada di otak mahupun bahu mereka. Bukan itu sahaja, dapat jugalah hilangkan sedikit tekanan yang dirasai selepas seharian sibuk dengan pelbagai rutin.

Jika selalunya kita hanya mendengar seorang isteri perlukan me-time selepas penat menguruskan rumah serta kerjayanya. Bagiamana pula dengan kaum suami ini yang kadang kala melakukan 2 atau 3 kerja untuk menyara keluarganya. Adakah mereka tidak mempunyai me-time yang tersendiri?

Setiap orang perlukan me-time ini. Ia bukan kerana ingin lari dari tanggungjawab malah untuk kesihatan dirinya juga. Mari baca sedikit perkongsian pandangan daripada saudara Mohd Fhais ini.



                              

Suami Pun Perlukan 'Me-Time'

Bukan isteri sahaja perlukan tapi suami pun perlukan Me-Time. Sebab suami pun manusia biasa juga yang ada rasa penat, rasa stres dan rasa depres.

Malah ada suami yang LEBIH MEMERLUKAN ME-TIME daripada isteri.

Tugas mencari rezeki sekarang sangat mencabar. Ada yang terpaksa buat 2-3 kerja sehari semata-mata nak mencukupkan keperluan anak dan isteri.

8-5 petang kerja di pejabat, belah malam pula ada yang jual burger, jual otak-otak, jual baju di pasar malam, jual minyak wangi, malah ada yang hari minggu pun tak berehat, buat fotoshoot wedding.

Bateri orang lelaki pun kalau tak recharge boleh kong juga !

Memang dari segi emosi orang lelaki ni susah nak nampak expresi penat tu sebab mereka tak suka tayang emosi dekat orang lain. Tak macho lah kalau tayang.

Walaupun begitu percayalah mental dan kudrat mereka dah layu sangat nyawa-nyawa ikan je. Itulah kalau anak kacau sikit pun suami cepat meradang, cepat marah-marah.

Bukan sebab bengis, tapi bateri dah kong..

Me-Time bukan sebab pentingkan diri.

Me-Time bukan sebab nak lepas tangan urusan rumah.

Me-Time bukan sebab nak suka-suka enjoy macam orang bujang.

Tapi Me-Time perlu untuk suami recharge balik emosi, mental dan tenaga supaya mereka boleh kekal waras dan kekal bertanggungjawab.

Kalau isteri adalah pengurus keluarga maka suami adalah director keluarga yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

Kerja kerja juga, kesihatan wajib di jaga.

p/s : Kongsikan pada suami korang tanda sokongan dan memahami kerja keras mereka mencari rezeki.



]]>
Tanya Lima Soalan Ini Kepada Diri Anda Sebelum Membuat Keputusan Berpisah Dengan Pasangan. https://redaksi.com/2124-tanya-lima-soalan-ini-kepada-diri-anda-sebelum-membuat-keputusan-berpisah-dengan-pasangan Thu, 26 Apr 2018 15:21:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2124 Jika dahulu ketika beria inginkan dirinya pelbagai soalan yang akan bermain difikiran. Dan segala-galanya sangat positif mengenai dirinya. Tapi apabila hati sudah tawar dan tidak mahu akan dirinya, segala kebaikan yang ada dulu seolah-olah telah hilang dari pandangan mata. Apa yang tinggal kini hanya keburukan pasangan. Pernah tak sehari anda berfikir tentang kebaikan yang pernah si dia lakukan demi hubungan kalian? Pernah fikirkah anda adakah perpisahan dengannya itu terbaik untuk anda dan dirinya.


Jadi sebelum mengucapkan kata putus, cuba fikirkan lima soalan ini yang mungkin membantu anda untuk membuat keputusan.

1. Adakah hidup akan lebih baik jika anda berpisah dengannya?

Ketika hidup bersamanya, hidup anda begitu selesa. Apa yang kurang si dia cukupkan, apa yang perlu si dia bantu. Tapi hanya kerana salah faham sedikit dan rasa terabai, anda mengambil keputusan untuk berpisah dengan dirinya. Walaupun anda tahu dirinya sudah berhabis baik untuk memenuhi keinginan anda. Dalam hubungan biasanya, pasangan akan menyokong, menggalakkan dan mengagumi pasangannya. Tapi anda tidak merasa si dia begitu.

2. Adakah anda tidak merasa gembira dengannya?

Selama anda hidup dengannya, adakah hanya sedikit sahaja kegembiraan yang telah anda dan pasangan bina dan selebihnya adalah kesedihan yang menjadi perantara hubungan kalian. Dalam hubungan biasanya, pasangan tersebut tidak mempunyai masalah tetapi lebih kepada rasa kecewa dan tidak puas hati antara satu sama lain.

3. Adakah anda akan jumpa pasangan yang lebih baik?

Jika berlaku perpisahan itu terjadi, adakah anda pasti anda akan berjumpa dengan seseorang yang lebih baik. Seseorang itu hanya akan menyedari dirinya telah kehilangan sesuatu yang berharga selepas menjumpai sesuatu yang buruk. Sudah bersediakah anda untuk hadapi perkara itu?


4. Adakah anda kurang berkomunikasi?

Cuba anda fikirkan, punca segala permasalahan berlaku hanya kerana anda dan dirinya kurang berkomunikasi antara satu sama lain. Atau hanya si dia cuba berkomunikasi dengan anda tetapi anda cuba mengelak untuk saling berkomunikasi. Tidak pun hanya anda sahaja yang berusaha untuk memperbaiki hubungan tetapi pasangan anda tidak.

5. Adakah hubungan ini membawa satu perubahan yang baik?

Ketika memulakan perhubungan dahulu, si dia telah mampu mengubah anda untuk menjadi seseorang yang baik. Dan dirinya juga berubah ke arah kebaikan untuk anda. Jadi mengapa tidak anda pula cuba untuk mengubah perhubungan anda untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini?

Berpisah itu mudah, apabila kita sudah tidak suka, sudah tidak sehaluan dan sudah tidak bersependapat. Dan ketika ini lah kita lihat segala kekurangan pasangan kita yang tidak boleh kita kompromi lagi. Walaupun pada hakikatnya, kita sendiri yang keras kepala tidak mahu pendamaian. Serta lebih memilih perpisahan jalan terakhir. Tapi ingat, kita tidak mungkin peroleh pasangan yang lebih baik atau baik seperti sebelum ini. Jadi jangan buat keputusan terburu-buru dan berfikir secara mendalam.

 

]]>
“Jika Curang Menjadi Satu Ketagihan, Memang Sukar Untuk Berhenti, Jangan Sia-Siakan Kesetiaan Anda…” Nasihat Lelaki Ini. https://redaksi.com/6100-jika-curang-menjadi-satu-ketagihan-memang-sukar-untuk-berhenti-jangan-sia-siakan-kesetiaan-anda-nasihat-lelaki-ini Fri, 17 May 2019 09:01:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6100 Sebut sahaja tentang curang, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran adalah LELAKI. Ini kerana sudah sedia maklum, lelaki tidak pernah puas dengan yang satu. Sudah memiliki isteri yang cantik, anak yang sihat dan comel, masih lagi mahu berlaku curang.

Lebih-lebih lagi dengan apa sahaja yang telah tular di sosial media baru-baru ini.

Kenapa ianya terjadi? Ikuti perkongsian dan nasihat dari Akhtar Syamir ini…

********

Image may contain: one or more people and text

Curang Ini Adalah Satu Ketagihan.

Bukan mudah untuk berhenti. Dalam 100 orang, mungkin 1 orang yang berjaya insaf dengan serta merta. Dari 100, mungkin 50 orang yang berniat mahu insaf. Dari 50 itu pula, mungkin ramai lagi yang gagal berubah dan yang selebihnya memang tidak mahu berhenti dari curang. Mereka hanya berhenti seketika apabila perbuatannya diketahui sahaja. Jika tak tertangkap, pasti diteruskan lagi kecurangan itu.

Yang tidak mahu berubah ini memang ketagihan. Mereka rasakan satu nikmat keseronokan atau dalam English, "pleasure" dari perbuatannya. Ditambah dengan keseronokan apabila berjaya menyimpan rahsia dan tidak dihidu perbuatan itu dari pasangannya.

Ia bagaikan satu permainan bagi mereka. Mereka dahagakan perasaan nafsu dicampur sedikit rasa bersalah itu. Perasaan seperti ini seperti memberi mereka kebanggaan dan rasa kejayaan.

Curang itu bukan kesilapan. Tolong berhenti menjadikannya alasan untuk curang. Curang itu satu pilihan yang dibuat di dalam sedar. Jika kamu kata ianya kesilapan, hanya orang yang tidak cerdik akan mempercayainya.

Dan kadang-kala ada isteri yang kurang cerdik. Saya bukan nak merendah-rendahkan orang sebegini. Kalau anda telah ditipu berkali-kali, anda sememangnya layak untuk berada di dalam situasi itu. Nak jaga hati siapa lagi kalau bukan diri sendiri?

Si suami tu dah ternyata tak memikirkan perasaan pasangannya dan sanggup menolak tepi semua kebaikan, kenangan, masa bersama dan harapan isterinya apabila dia mula curang. Masih nak jaga hati si pembelot perkahwinan itu?

Ada yang kata jika suaminya benar-benar insaf, mereka akan memaafkannya. Saya nak tanya, bagaimana agaknya perasaan mereka bangun pagi dan melihat muka orang disebelahnya yang pernah tidur dengan orang lain selain isterinya?

Sayang sangat ke?

Bangga sangat ke dengan kesetiaan yang sia-sia tu?

Jika anda dapat memandang muka suami penipu sama seperti anda pandang dia semasa baru berkahwin dulu, memang dia untuk kamu dan kamu untuk dia. Sesuai sangat.

Berhenti berbangga dengan kesetiaan yang sia-sia.

Anda telah ditipu berkali-kali dan penipu itu takkan berubah. Beranikan diri, anda tak patut dilayan sebegitu. Dapatkan pendapat orang di Jabatan Agama secepat mungkin. Si pencurang mengambil peluang di atas kesetiaan anda sebenarnya.

Rumusannya :

  • Orang yang curang, besar kemungkinan seorang yang ketagihan untuk curang berkali-kali.
  • Berhentilah kesetiaan yang sia-sia ini. Anda bakal ditipu lagi dan lagi.

Tiada kesudahan yang manis dari kecurangan. Ianya tawar dan pahit serta meninggalkan kesan yang bakal diingati sampai bila-bila.

Mula buka mata. Mula pasang telinga. Jika anda sayangkan keluarga anda, perlu kesan perkara ini dari awal dan perlu elakkannya.

Kepada yang kata suami curang disebabkan isteri adalah satu alasan sampah. Isteri mungkin boleh jadi punca kepada ketidakbahagiaan, tetapi bukan punca untuk kecurangan. Punca curang terhasil dari pilihan sendiri. Bukan orang lain.

********

Yang mahu curang, fikirlah perasaan insan yang anda mahu curangi. Pihak yang nombor 3 tu, jangan pula merampas kebahagiaan di atas derita insan yang sedang dicurang.

Semoga Bermanfaat!

]]>
4 Sebab Utama Anda Perlu Kenalkan Bakal Jodoh Kepada Kedua Ibu Bapa. https://redaksi.com/3728-4-sebab-utama-anda-perlu-kenalkan-bakal-jodoh-kepada-kedua-ibu-bapa Thu, 04 Oct 2018 10:09:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3728 Rasulullah SAW bersabda: “Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” (Hadis riwayat al-Tirmidzi)

Selagi kita masih mempunyai ibu bapa, selagi itu kita masih lagi dibawah tanggungan mereka. Jangan membelakangkan kedua ibu bapa apabila membuat sesuatu keputusan. Seperti hadith di atas, menjadi anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa adalah dosa yang besar kerana mengundang kemurkaan Allah SWT.

Mungkin kita sendiri tertanya-tanya, mengapa sukar untuk bertemu jodoh, malah sudah bertemu dengan seseorang sering kali putus? Kemungkinan besar tidak mendapat keredhaan Allah SWT. Mungkin anda tidak sedar dengan kelakuan untuk menyembunyikan dahulu pasangan dari ibu bapa atas dasar keseronokan menyebabkan jodoh tidak tersangkut. Tiada siapa yang tahu, melainkan Allah SWT.

Jom lihat antara sebab anda perlu terus kenalkan seseorang pada kedua ibu bapa anda…

SUPAYA KEDUA IBU BAPA TIDAK MENCARI CALON UNTUK ANDA.

Ibu bapa mana yang tidak risau jika anak kesayangannya masih lagi belum bertemu jodoh. Sudah tentu dalam diam, mereka cuba mencari jodoh untuk anaknya. Apabila anda sentiasa menyembunyikan dengan siapa anda berkawan, sudah pasti ibu bapa anda akan mula risau dan kenenkan anda dengan anak kepada rakan mereka.

Zaman sekarang, ada sahaja sebilangan daripada kita tidak bersetuju apabila jodoh diuruskan oleh ibu bapa, kan? Jadi, dengan siapa sahaja anda berkawan, beritahu sahaja pada ibu bapa. Kerana keberkatan dari ibu bapa itu penting. Jika anda tidak pasti berjodoh dengan seseorang, beritahu sahaja cerita yang benar.

“Saya memang ada berkawan dengan dia ni, tapi nak kawan je dulu, tengok serasi ke tidak, kalau dah betul-betul serius saya bawa dia jumpa mak ya..”

Kan sejuk ibu anda mendengarnya.

SUPAYA IBU BAPA DAPAT MENGENALI KEKASIH ANDA TERSEBUT.

“Alahhh, kalau dah berkawan tu, kekasih la tu…” usah menafikan apa yang disebut oleh kedua orang tua anda, kerana kata-kata dari mulut mereka adalah salah satu doa yang diberkati oleh Allah SWT. Senyap dan senyum sahaja, walaupun anda sendiri takut jika tidak serasi dengan seseorang tersebut.

Bawa sahaja insan yang telah memikat hati anda untuk berjumpa dengan kedua orang tua anda, suapay mereka dapat melihat dengan lebih dekat. Jika anda membawa insan tersebut, secara automatik si dia akan rasa dihargai dan disayangi, sudah tentu boleh nampak betapa ikhlas hati anda melakukan sebegitu rupa.

SUPAYA IBU BAPA LEBIH PERCAYA PADA DIRI ANDA.

Ibu bapa sudah mempunyai kepercayaan bahawa anda sudah boleh berdikari, jadi tunjukkan pada mereka juga bahawa anda boleh mencari bakal jodoh anda untuk mereka. Tingkatkan kepercayaan dan keyakinan kedua orang tua supaya apabila membawa insan tersebut, mereka dapat menilai kebaikan pada si dia.

Dari sini ibu bapa akan menilai daripada semua aspek seperti tingkah laku, peribadi, serta kesetiaan pasangan anda dalam menawan hati anak mereka. Dari situ juga mereka akan melihat kesungguhan dan kejujuran pasangan anda terhadap anda.

SUPAYA ADA TANGGUNG JAWAB DALAM DIRI.

Jika anda sudah memperkenalkan seseorang pada kedua ibu bapa, ia akan membuat diri anda secara tidak langsung menjadi lebih bertanggung jawab. Bertanggung jawab untuk menempuh komitmen seperti menyimpan wang, mencari harta dan seumpama dengannya. Pasti anda sendiri akan merasa ralat untuk tidak bertanggung jawab, walhal sudah diperkenalkan pada kedua orang tua anda. Pasti anda tidak mahu main-main lagi semata-mata untuk mencari keseronokan, kan?

]]>
"Pisau Cukur & Kaki Kikis Tak Kenal Jantina, Bukan Orang Perempuan Saja Yang Materialistik..." https://redaksi.com/8446-pisau-cukur-kaki-kikis-tak-kenal-jantina-bukan-orang-perempuan-saja-yang-materialistik Wed, 12 Aug 2020 11:48:20 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8446 Mata duitan, kaki kikis ataupun materialistik tentu saja akan dikaitkan dengan orang perempuan. Walhal ia bukan saja ada dikalangan perempuan tetapi kaum lelaki juga ramai yang bersikap sebegitu.

Selalunya mereka yang mata duitan ini akan mendekati orang yang berharta. Orang yang mampu berikan apa saja yang dia inginkan, bila dah dapat apa yang dia mahukan, mangsa akan ditinggalkan begitu saja.

Tapi sekarang ini bukan hanya mereka yang berharta saja menjadi mangsa tetapi mereka yang kerja kerajaan juga sering menjadi mangsa.


Bukan hanya segelintir wanita saja yang mempunyai sikap ini, orang lelaki juga apa kurangnya. Perkara ini tidak tertumpu pada satu jantina saja.

Apa yang dikatakan Uyaina Arshad ini ada betulnya. Selalu wanita yang dilebal sebegitu, sedangkan orang lelaki yang begelar pengikis juga ramai.

Berikut perkongsiannya.



"Materialistik. Pisau cukur. Kaki kikis.

"Selalu perempuan kena label macam ini. Sedangkan ‘pengikis’ tak kenal jantina. Perempuan ke, lelaki ke, sama je. Asalkan poket tebal, duit berkoyan, akaun bank banyak kosong; rupa, hati, perasaan, cinta, umur, status -tolak tepi.

"Hidup ni adalah pilihan. Sesetengah orang pilih cara mudah dalam hidup. Sesetengah orang pulak kerja setengah mati mencari rezeki. Lain orang, lain prinsip hidupnya.

"Kalau dari kecik dah di didik; nak sesuatu? Usaha. Bukan setiap kali mintak, tiap kali dapat. Nikmat tau bila kita dapat sesuatu perkara/benda hasil titik peluh sendiri. Tak ternilai perasaannya kan?


"Sebagai seorang perempuan, hidup kita perlu realistik. Tak salah untuk kita mencari lelaki yang stabil & bertanggungjawab. Kita taknak anak2 kita hidup susah. Pelajaran terabai. Masa depan tak menentu.


"Tapi sebagai seorang perempuan, kita juga harus ada duit poket sendiri. Harus ada sumber pendapatan sendiri. Biar tak banyak tak apa. Asalkan itu kita punya. Kalau2 kita ada teringin apa2, boleh beli sendiri. Kan?

"Doa Yana buat semua perempuan yang bekerja siang malam untuk menanggung diri sendiri dan keluarga. Doa Yana juga buat wanita2 hebat yang menjadi suri rumah. Wanita inspirasi semua."



 

]]>
5 Cara Menolak Ajakan Rakan Yang Bakal Mengoyakkan Poket Anda. https://redaksi.com/5197-5-cara-menolak-ajakan-rakan-yang-bakal-mengoyakkan-poket-anda Thu, 14 Feb 2019 00:29:55 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5197 Dalam usia yang masih muda ini, pasti pelbagai aktiviti yang bakal anda lakukan bersama rakan-rakan anda. Mana tidaknya, pada usia sebegini rakan-rakan sememangnya teman yang sentiasa ada malah mereka ini juga penghibur anda.

Pelbagai aktiviti yang bakal anda lakukan bersama-sama rakan yang mungkin akan membuat pengurusan kewangan anda tidak terkawal. Sebagai contoh menonton wayang, makan malam di restoran mewah, pergi ke konsert artis pujaan dan pelbagai lagi. Semua ini menggunakan modal yang banyak ya.

Masalahnya adalah apabila ajakan tidak dapat dipenuhi kerana anda mempunyai bajet yang terbatas atau ada keperluan lain yang lebih penting untuk dipenuhi. Apabila ini berlaku, anda sepatutnya dapat menjelaskan dengan baik kepada rakan-rakan.

Ini beberapa contoh penolakan ajakan yang boleh anda gunakan.



1. Merancang percutian.

Merancang percutian dengan keluarga atau rakan-rakan adalah alasan yang baik untuk mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.

Kawan dalam lingkungan sosial pastinya akan memahami sebab dan menganggapnya ia perkara semula jadi jika anda menolak jemputan mereka.



2. Ingin mematuhi bajet yang telah dibuat.

Mengatakan bahawa anda mempunyai belanjawan terhad adalah cara seterusnya untuk menolak permintaan rakan. Bajet yang terhad akan menghalang anda daripada berbelanja secara berlebihan.

Alasan di atas tidak selalu menunjukkan bahawa anda tidak mempunyai wang, tetapi lebih berhati-hati apabila anda membelanjakan wang. Tabiat positif akan tersebar kepada rakan-rakan dan mereka mungkin membuat bajet yang sama seperti anda.

3. Saya Mempunyai Tanggungjawab.

Rakan-rakan anda mungkin tidak terlalu bimbang apabila mereka membelanjakan wang mereka untuk makan malam, menonton filem, atau melancong ke luar negara.

Ini sangat berbeza apabila anda mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga anda. Apabila ini berlaku, menentukan keutamaan dan tidak membelanjakan wang pada perkara yang boleh ditangguhkan adalah lebih penting.

Anda lebih baik menyimpan atau melabur untuk menyediakan dana untuk membeli rumah, menyediakan dana pendidikan anak-anak, atau dana kecemasan. Ia tidak akan memudaratkan dalam menjelaskan tanggungjawab yang dimiliki.

4. Anda Merancang Masa Depan.

Anda tidak akan pernah mencapai matlamat kewangan dalam jangka panjang, kecuali anda disiplin dan bersedia menolak beberapa ajakan yang tidak perlu.

Pelan kewangan seperti menyediakan dana pencen, menyimpan untuk membeli rumah, atau merancang untuk membeli keperluan harta untuk disediakan awal.



5. Jemput mereka untuk melakukan aktiviti lain.

Menolak kawan-kawan untuk bersenang-senang tidak bermakna anda tidak mahu menghabiskan masa dengan mereka. Jika boleh, anda boleh mencadangkan aktiviti alternatif yang lebih kos efektif atau tidak mahal.

Sebagai contoh, jemput mereka untuk makan bersama di rumah, pergi ke acara tempatan di mana anda tinggal, pergi ke tempat yang percuma di mana kurang menggunakan wang, dan sebagainya. Pilihan seperti ini jauh lebih menjimatkan daripada anda bercuti di luar negara kerana akan terdapat tiket penerbangan, hotel, dan makanan yang lebih mahal.

Semua bergantung kepada anda, jika anda mempunyai rancangan untuk masa depan, sangat penting untuk anda menolak ajakan rakan anda. Jangan hanya membelanjakan wang untuk perbelanjaan yang tidak perlu dan masih boleh ditangguhkan. Jemput kawan-kawan anda untuk bersenang-senang dengan cara yang lebih ekonomik.

]]>
Bila Cakap Pasal Kahwin, Ini 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu. https://redaksi.com/7273-bila-cakap-pasal-kahwin-ini-5-perkara-yang-anda-perlu-tahu Mon, 23 Sep 2019 12:49:28 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7273 Bila cakap pasal kahwin ini tentu anda akan rasa teruja bukan, mana tidaknya ramai yang merasakan bahawa perkahwinan ini adalah penyatuan daripada dua hati menjadi satu, malah ada juga yang beranggapan bahawa perkahwinan ini adalah menghalalkan hubungan yang telah lama terjalin dan macam-macam lagi lah.

Siapa sahaja yang tak teruja bila cakap perkara sebegini bukan? Nak-nak lagi buat anda yang telah menantikan saat ini dengan lama, tentu sahaja merasakan bahawa perkahwinan adalah satu kebahagiaan yang dinanti-nantikan.

Setiap orang yang mendirikan rumahtangga ini tentu akan berharap bahawa ia akan berlaku sekali seumur hidup sahaja, sebab itulah dia punya rasa teruja dan kegembiraan itu lain macam sedikit. Malah kalau majlis pun nak buat besar-besar sebabnya kahwin inikan cuma sekali sahaja seumur hidup.

Tapi itulah, anda yang anda perlu tahu mengenai perkahwinan ini. Ini bukan main-main, ini perkara serius.



1. Tak akan ada mana-mana perkahwinan seperti anda.

Jalinan yang kalian bina ini adalah sangat unik dan istimewa. Di mana, pasangan lain belum tentu mempunyai keunikan yang sama seperti anda suami isteri. Malah yang lebih istimewanya, hanya anda berdua sahaja yang tahu rasa bahagia perkahwinan anda itu. Orang lain tak akan tahu dan tak akan rasa apa yang anda rasa. Walaupun mereka pun telah berkahwin tapi kebahagian itu tak sama.

2. Anda tak akan mengenali seseorang sehingga anda menghawininya.

Jika masa bercinta anda merasakan bahawa anda telah begitu kenal pasangan anda, anda silap sebenarnya. Ini kerana, anda akan mengenali seseorang selepas berkahwin dengan dirinya. Masa itu baik buruk pun pasangan anda tetap kena terima. Walaupun ibu bapa mereka sendiri tak akan kenal anak-anak mereka. Anda sebagai teman sebantalnya tentu akan lebih memahami dan kenal pasangan anda.



3. Jangan berharap terlalu tinggi terhadap pasangan.

Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap pasangan anda, adalah lebih baik kalau anda letakkan harapan kepada Allah. Ini kerana, apabila anda berharap kepada manusia ia akan pudar dan mungkin anda akan kecewa. Akan tetapi kalau kepada Allah, anda akan lebih yakin dengan setiap apa yang dirancangkan.

4. Tak ada sebab anda perlu terburu-buru untuk berkahwin.

Mungkin ada sesetengah dari anda akan menetapkan umur-umur tertentu untuk berkahwin. Malah merasakan bahawa perkahwinan perlu dilakukan diusia yang muda. Tapi sebenarnya, perkahwin ini adalah apabila anda telah bersedia mental dan fizikal. Alah, kira macam dah sampai waktu yang tepatlah.

5. Perkahwinan bahagia benar-benar wujud.

Jika anda selalu dimomokkan dengan kemusnahan rumahtangga malah sikap-sikap pasangan yang teruk atau apa sekali pun. Jangan takut untuk berumahtangga, ini kerana ada sahaja perkahwinan yang membahagiakan. Jangan bimbang, anda akan bertemu kebahagiaan anda yang tersendiri.

 

]]>
Tips Perkahwinan: Panduan Menggunakan Duit Hantaran Dengan Sederhana. https://redaksi.com/2854-tips-perkahwinan-panduan-menggunakan-duit-hantaran-dengan-sederhana Mon, 16 Jul 2018 14:55:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2854 Duit hantaran adalah salah satu perkara yang mengikut adat resam masyarakat melayu. Duit hantaran bukan lah satu perkara WAJIB YANG PERLU DILAKSANAKAN menurut islam, malah hanya untuk yang BERKEMAMPUAN SAHAJA.

Dan duit hantaran jangan lah berlebih-lebihan sehingga menyusahkan bakal pengantin yang akan berumah tangga selesainya majlis perkahwinan.  Malah duit hantaran tidak sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan perkahwinan pihak perempuan sahaja, kerana seorang bapa perlu mengeluarkan belanja untuk majlis anak perempuan mereka tanda bersyukur.


Jom ketahui tips menggunakan duit hantaran ini…

1. Jika anda mempunyai bajet hantaran sebanyak rm15,000, jangan lah habiskan kesemua duit tersebut pada sewa khemah, tempah baju, makanan tetamu dan jurufoto sahaja. Padahal ia tiada dalam rukun nikah sebenar. Amat memalukan jika duit itu mampu habis dalam masa sehari, tetapi selepas itu tiada usaha untuk duduk dirumah sendiri.

Mengapa perlu habiskan duit hanya pada kebendaan yang sementara, padahal untuk menjaga suami atau isteri adalah untuk jangka masa yang lama? Kata ‘til jannah?

2. Jadikan hantaran untuk deposit rumah pertama, jika anda masih tiada rumah sendiri. Cari bajet rumah yang anda mahu miliki dan rancang bayaran untuk lawyer, jurunilai dan sebagainya. Jika anda bijak dalam pengurusan wang, sudah pasti akan memiliki baki untuk membuat majlis.


3. Oleh kerana itu hanya mengajak saudara yang terdekat, jiran dan ahli keluarga sahaja. Jika boleh cari makanan yang berharga RM10 kebawah dengan jemputan 500 ke bawah. Jangan takut jika tidak mampu untuk mengajak semua orang atau dikata malah diumpat kerana ia bonus untuk kita ke syurga.

4. Goodies untuk tetamu, bagi Yaasin atau telur rebus sahaja, tidak perlu bermewah-mewahan.

5. Kadang-kala kita bermewah-mewahan dengan menggunakan duit hantaran adalah sebab untuk mengambil gambar dan post di sosial media. Niat pun dah salah, bagaimana mahu dapat berkat dalam perkahwinan selepas itu?


6. Duit hantaran banyak dihabiskan untuk belanja pelamin untuk bergambar, pakaian pengantin yang hanya dipakai sekali, baju untuk bridemaids? TIDAK PERLU! Tidak perlu gunakan ramai pengapit. Malah kad kahwin yang fancy.

7. Jadi manfaatkan duit hantaran untuk membeli rumah yang pertama, bukannya pada kenduri yang mewah jika anda sedar anda bukanlah anak orang yang berada dan hanya berpura-pura di sosial media.

8. Ingat, perkahwinan itu adalah jalan permulaan untuk anda memulakan rumah tangga bersama pasangan. Jika permulaan ini anda sudah boros, khuatir ia menjadi kebiasaan dan bakal menjadi pergaduhan. Jika berlaku pergaduhan salah seorang pasti mengungkit hal siapa yang banyak habis duit ketika perkahwinan.


]]>
Sama-sama tak pernah bercinta, 5 bulan kenal pasangan ini terus buat keputusan nak kahwin https://redaksi.com/8702-sama-sama-tak-pernah-bercinta-5-bulan-kenal-pasangan-ini-terus-buat-keputusan-nak-kahwin Tue, 13 Oct 2020 16:06:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8702 Apabila umur semakin bertambah, tentunya perkara ini sangat membimbangkan. Nak-nak lagi bila lihat kawan-kawan sudah mula mendirikan rumah tangga, tentunya sedikit sebanyak tergerak nak mendirikan ruma tangga juga.

Tapi itulah pencarian jodoh ini bukanlah satu perkara yang mudah, nak kena pilih dan teliti mana yang sesuai sebagai pasangan hidup. Namun, jangan terlalu terburu-buru dalam mencari pasangan ini, percayalah seseorang yang tepat tentunya akan tiba pada waktu yang tepat kelak.

Tak pernah bercinta

Seperti pertemuan pasangan ini, dikongsikan oleh adik pengantin perempuan di TikTok Liilasal yang menyatakan bahawa kakaknya itu tidak pernah bercinta selama 26 tahun. Malah kakaknya ini begitu menjaga dirinya sehinggalah tiba-tiba datang lelaki yang mendekati dan melamar kakaknya itu.



Bercinta selepas nikah

Berkenalan hanya lima bulan saja, lalu pasangan ini mengambil keputusan untuk menghalalkan hubungan yang ada. Macam kebetulan, pengantin lelaki rupanya juga dikatakan tidak pernah bercinta sebelum ini. Nampaknya pasangan ini akan belajar bercinta selepas nikah.

Status bujang bukanlah perkara yang menyedihkan, tetapi percayalah bila jodoh sudah sampai segalanya akan dipermudahkan.

Perkongsian ini mendapat perhatian dari warga TikTok yang percaya bahawa jodoh itu cerminan seseorang malah percaya jika menjaga diri dengan baik,  pasangan juga akan begitu.



]]>
10 Perkara Yang Dilakukan Oleh Wanita Mampu Membuat Seorang Lelaki Tawar Hati. https://redaksi.com/2256-10-perkara-yang-dilakukan-oleh-wanita-mampu-membuat-seorang-lelaki-tawar-hati Mon, 14 May 2018 11:22:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2256 Apakah perkara yang mampu membuatkan teman lelaki atau suami anda menjadi tawar hati? Jom kita baca!

1. Sering bercerita tentang diri mereka tanpa menghiraukan perasaan pasangan. Malah mereka tidak sedar tentang kelakuan tersebut, dan jika si lelaki menegur, mula mahu melenting bagaikan si lelaki tidak mendengar. Padahal anda telah bercerita satu jam, tentu si lelaki akan mula bosan.

2. Ketika anda tidak bekerja tetapi masih mengadu banyak kerja mahu diuruskan. Anda sering sangat merungut.


3. Wanita yang gemar menghantar text sms atau whatsapp bertubi-tubi jika si lelaki tidak memberi respond. Wahai wanita, cuba bersabar dan rileks!

4. Ketika wanita sedang marah atau kecewa dan melepaskan tempias pada lelaki, dan ketika itu secara tiba-tiba anda mengatakan anda bergurau sahaja. Jangan buat lelaki tercabar.

5. Ketika wanita sering dan gemar mencari gaduh di depan orang ramai terutamanya di depan keluarga atau sahabat.


6. Ketika wanita sering melemparkan kata-kata seperti “Hey bro” dan “bro” pada setiap ayat. Tidak kisah jika anda mahu melayan teman lelaki atau suami anda sebagai kawan, tetapi jangan terlalu kerap kerana ia sebenarnya amat menjengkelkan.

7. Ketika wanita menjadi talam dua muka. Lelaki mudah tawar hati jika anda sering mengadu betapa anda benci pada seseorang, tetapi masih berpura-pura baik pada orang tersebut.

Andaian lelaki, jika anda boleh berpura-pura baik pada orang lain, anda juga boleh berpura-pura baik pada pasangan. Hati-hati.


8. Lelaki akan tawar hati pada wanita yang gemar manipulasi pendapat mereka.

9. Selain daripada itu, lelaki mudah tawar hati jika wanita tidak tahu bagaimana mahu menghargai mereka, malah tiada kata-kata semangat atau positif mahu dilemparkan.

10. Dan, jika seorang wanita itu berkelakuan sombong atau kurang ajar pada waiter, cashier, flight attendance, atau kerani. Dengan maksud yang mudah, wanita yang tidak hormat pada orang yang bekerja pangkat rendah atau dalam bidang customer service.


]]>
Jodoh Datang Bukan Dikala Jantung Berdebar, Tetapi Ketenangan Yang Kita Rasa. https://redaksi.com/6623-jodoh-datang-bukan-dikala-jantung-berdebar-tetapi-ketenangan-yang-kita-rasa Thu, 25 Jul 2019 11:34:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6623 Setiap dikalangan kita pasti pernah merasa apa itu cinta. Cinta pandangan pertama, cinta monyet, cinta teman tapi mesra dan seumpama dengannya. Namun, apakah yang betul-betul kita rasa ketika itu? Jika kita suka pada seseorang, atau tertarik pada seseorang, apakah perasaan sebenar yang kita rasa?

Berdebar Dikala Bertemu Dengan Si Dia Adalah Ujian.

Rasa berpeluh-peluh…

Senyum sehingga ke telinga…

Dan yang penting adalah rasa berdebar…

Debaran yang tidak pernah kita rasa…

Debaran yang membuat kita menganggap itu adalah cinta…

Debaran yang membuat kita menganggap itulah si dia yang anda cari selama ini…

Debaran yang membuat kita menganggap, ‘Ya itulah jodoh saya’…

‘Jantung berdebar, rasa nak terkeluar dari radar…’

‘Jantung berdebar, rasa nak meletup pun ada…’

Semua perasaan ini semuanya Allah yang beri…

Namun, ada sebab tersirat kenapa Allah beri semua perasaan ini…

Ia adalah ujian untuk kita…

Ujian yang dapat mematangkan diri kita…

Ujian untuk menentukan siapa diri kita yang sebenar…

Tanpa ujian ini kita tidak dapat belajar untuk ada rasa bersyukur…

Tanpa ujian juga kita tidak dapat mengerti apa itu pemberian Allah…

Kerana ujian itu adalah tanda kebesaran Allah SWT…

Debaran Permainan Syaitan, Tapi Ketenangan Itu Allah Berikan.

Setelah sekian lama ujian datang sebagai cabaran dalam hidup kita…

Pasti kita akan merasa kenapa si dia yang datang dikala jantung berdebar, bukan jodoh kita…

Bukankah debaran dalam hati itu menandakan ada satu magnet tarikan antara kita dan dia…

Bukan, itu permainan syaitan…

Permainan syaitan untuk memesongkan hati dan perasaan…

Jika benar kita mencari dan menjemput jodoh kerana keagamaan…

Bukan debaran yang kita rasa…

Tapi ketenangan yang kita rasa….

Sebagaimana Allah SWT berfirman;

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan…..” (Ar-Rum: 21)

Nak bina rumah tangga…

Ketenangan yang perlu ada…

Ketenteraman yang perlu ada…

Setakat debaran jantung di dada…

Ia menandakan kita hanya tertarik pada fizikal semata….

Tenang Dalam Melakukan Apa Jua Perkara.

Kehadirannya sangat tenang…

Penampilan dan perilaku juga yang sangat tenang….

Tenang ketika meluahkan perasaan dan menyelesaikan masalah…

Lihat sahaja wajah si dia, kita seolah-olah berada di rumah…

Rasa yang sangat selesa tanpa rasa gundah…

Apa jua kekurangan dan kelemahan, tidak terus menjadi salah…

Kententeraman yang dirasakan sehingga ingin membina berumah tangga…

Itu jodoh…

]]>
7 Ciri-Ciri Anggota Badan Wanita Yang Buat Lelaki Lebih Tertarik. https://redaksi.com/2079-7-ciri-ciri-anggota-badan-wanita-yang-buat-lelaki-lebih-tertarik Mon, 23 Apr 2018 14:46:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2079 Lelaki juga mempunyai idaman wanita yang ingin mereka dampingi. Segalanya terpulang kepada individu, tetapi menurut kajian 7 ciri-ciri tubuh badan wanita di bawah lebih menarik perhatian lelaki, jom baca!


1. Badan yang lebih berisi.

Jika wanita sering menganggap lelaki lebih menggemari wanita yang bertubuh ramping seperti model, anda ternyata salah kerana menurut kajian, lelaki sebenarnya amat gemar pada wanita yang lebih berisi.

Yang paling utama berpinggul lebar kerana ia lebih cenderung untuk melahirkan anak yang ramai.

2. Suara yang nyaring.

Menurut kajian ramai lelaki berminat dengan wanita yang memiliki ton suara tinggi. Berkemungkinan kedengaran lebih manja dan lebih feminin.

3. Berambut gelap!

Ramai juga wanita yang suka mewarna rambut mereka dengan warna-warna yang lain selain hitam, tetapi mereka tidak tahu bahawa lelaki lebih menggemari wanita yang berambut hitam gelap ikal mayang. Mungkin juga warna gelap akan lebih menyerlahkan bentuk muka si wanita.


4. Wajah yang tidak bersolek tebal.

Menurut kajian Quarterly Journal of Experimental Psychology, apabila gambar wanita bersolek dibandingkan dengan wanita yang kurang bersolek, ternyata lelaki lebih memilih wanita yang kurang bersolek.

Ini kerana apabila wanita kurang bersolek, ia lebih menonjol wajah mereka yang sebenar dan tidak fake.

5. Lengan yang panjang.

Terkejut, bukan? Minoriti lelaki akan tertarik pada wanita yang memiliki lengan yang panjang kerana apabila mereka berjalan sambil menghayun tangan, ia kelihatan lebih kemas dan tangan di sisi. Maka lelaki menganggapnya ia seksi.


6. Berbibir merah.

Sebenarnya lelaki tidak mudah tertarik pada bibir yang agak pucat, kering dan gelap. Maka wanita di luar sana, anda harus lah rajin untuk menjaga bibir mungil anda. Bibir seperti anggota badan yang wanita sering juga abaikan, jangan hanya tahu memakai gincu, tetapi biarkan ia merekah kekeringan.

Anda perlu jaga kelembapan bibir okay!

7. Gigi yang bersih.

Anda sudah tahu bahawa lelaki amat mencintai wanita yang mudah tertawa dan tersenyum, tetapi jangan pula lupa membasuh gigi anda. Sudah la mulut berbau, scaling gigi pun tidak pernah buat. Jangan lupa pergi ke dentist 2 kali dalam satu tahun ya!


 

]]>
Istikharah Itu Petunjuk Yang Bagaimana? Anda Benar-Benar Faham? https://redaksi.com/1393-istikharah-itu-petunjuk-yang-bagaimana-anda-benar-benar-faham Fri, 29 Sep 2017 10:01:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1393 Tajuk Istikharah sangat popular di kalangan anak muda yang mahu memeluk cinta. Apabila tiba saat hati rasa diusik-usik, maka pilihan mahu segera dibuat. Lantas Istikharah menjadi jawapannya. Sebenarnya, istikharah ini bukanlah tertentu dalam bab memilih jodoh semata-mata. Di dalam hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, ia disebut secara umum; iaitu mana-mana orang yang diberatkan akan beberapa pilihan, maka hendaklah dia solat dua rakaat iaitu solat sunat Istikharah, dan kemudian membaca doa. Meskipun pelbagai artikel dan tulisan tentang solat Istikharah serta persoalan-persoalan berkaitannya bertebaran di sana sini, namun soal jawab tentangnya tetap berterusan. Kali ini cuba kita lihat secara ringkas perihal solat sunat Istikharah itu sendiri.



Pertama. Kenapa Perlu?

Jawabnya, kerana sebagai manusia, kita tidak lepas daripada berdoa. Meminta kepada Allah yang Maha Tahu adalah jalan terbaik bagi kita selaku manusia yang tidak tahu. Pengetahuan kita sangat terbatas, sedangkan pengetahuan Allah Maha Luas. Dia Tahu tentang apa yang sebelum kita, serta apa yang bakal berlaku selepas kita. Termasuklah dalam hal ehwal jodoh serta pasangan kita nanti. Justeru, kita yang tidak tahu ini perlulah meminta pertolongan Allah untuk menunjukkan kepada kita mana yang terbaik, supaya dengan keputusan yang kita buat itu kita tidak akan menyesal di kemudian hari.

Kedua. Kaitan dengan HATI.

Kita kena faham, bahawa Istikharah itu sangat berkait rapat dengan hati. Kalau hati kotor, mana mungkin akan mendapat petunjuk yang baik. Kalau hati bersih, InsyaAllah ilhamnya nanti juga baik. Ada orang, bersungguh-sungguh solat Istikharah, tetapi maksiat tetap tak tinggal, solat wajib tunggang langgang, maka bagaimana hendak mengharap kepada petunjuk yang baik dan molek ? Justeru, satu proses yang paling penting dalam bab Istikharah ini adalah membersihkan hati terlebih dahulu. Jika anda sudah benar-benar melaksanakan proses ini, maka barulah anda boleh mengharap datangnya petunjuk yang benar kepada hati anda. Jika tidak, berkemungkinan petunjuk itu hanyalah bayangan daripada Syaitan.



Ketiga. Perkara yang boleh Istikharah.

Perkara yang boleh kita Istikharah hanyalah dalam perkara yang harus di sisi Syarak sahaja. Tidak ada istilah Istikharah untuk hal yang telah jelas akan wajib atau haramnya. Umpamanya, nak bayar zakat atau tidak, tidak perlu Istikharah kerana telah jelas wajibnya. Begitu juga dengan bercouple, tidak payah Istikharah kerana telah jelas haramnya. Tetapi dalam hal yang harus, umpamanya untuk memilih antara dua pekerjaan yang sama-sama halal, maka Istikharahlah memohon petunjuk dari Allah.

Keempat. Istikharah 50-50.

Benda yang telah kita yakin sebenarnya tidak lagi berhajat kepada Istikharah. Ada orang, berdepan dengan dua pilihan iaitu Nora dan Siti. Tetapi dalam hatinya, dia memang telah sukakan Siti dan dia tidak sukakan Nora. Dalam keadaan ini, kalau dia Istikharah sekalipun – dalam keadaan hatinya sudah meletakkan jawapan – Istikharah itu tiada maknanya. Istikharah hanya dalam perkara yang kita benar-benar buntu untuk memilih, antara A dan B keduanya sama berat. Dalam masa yang sama, kita tidak kisah pun kalau mendapat A ataupun B kerana keduanya tidak memberi mudharat kepada hidup kita. Jadi, Istikharah dalam hal itu adalah digalakkan.



Kelima. Satu pilihan, Dua pilihan atau Tiga pilihan.

Ini menjawab persoalan seorang sahabat pengunjung blog saya. Sebenarnya, tidak kisahlah berapa pilihan sekalipun yang ada di hadapan kita, apa yang kita ingin minta adalah pilihan yang terbaik daripada kesemua yang ada.Kata kuncinya di sini adalah PILIHAN. Jika wujud elemen pilihan, wujudlah Isikharah. Jika tidak, bagaimana untuk wujud Istikharah? Mungkin kita perlu memilih antara A, B atau C. Mungkin juga kita perlu memilih antara menerima A atau menolak. Mungkin juga perlu memilih antara membuka ruang untuk lamaran A atau menutup pintu hati untuk kesemua urusan tersebut. Yang penting, kita benar-benar berada dalam persimpangan untuk membuat pilihan antara semua yang ada.

Keenam. Istisyarah atau Mesyuarat.

Manusia dianugerahkan akal untuk membuat pertimbangan. Justeru ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berfikir, menganalisa dan mencari jalan. Islam menganjurkan bermesyuarat atau meminta pendapat orang berpengalaman – sebagai kembar kepada proses Istikharah itu sendiri. Maknanya, kita tidak boleh seratus peratus bergantung kepada proses Istikharah semata-mata- hinggakan ada yang menunggu-nunggu mimpi dan sebagainya – sebaliknya, dengan bermesyuarat pun kita akan mendapat kekuatan untuk membuat keputusan. Timbanglah dengan akal yang matang akan kesemua pilihan yang ada di depan mata, dan belajarlah untuk menjadi berani membuat keputusan. Itu kan sunnatullah dalam kehidupan.



Ketujuh. Mimpi.

Dalam banyak keadaan, ini boleh dikatakan mitos. Dari mulut ke mulut, petunjuk tentang mimpi adalah benda wajib yang akan dikembarkan dengan saranan Istikharah. Sedangkan kita tahu, mimpi juga boleh berlaku ke atas seseorang yang sedang angau. Maka jika si angau ini bermimpi, adakah boleh dengan senangnya dia menganggap mimpi itu petunjuk Istikharah? Tentunya tidak semudah itu. Bagaimana pula jika Istikharah dan bermimpi calon A lalu mahu membuat keputusan, tiba-tiba esoknya termimpi pula calon B? Atau, bagaimana jika dalam satu masa yang sama bermimpi calon A dan B serentak? Maka sebaiknya, jangan gantungkan Istikharah anda itu dengan sebarang mimpi! Begitu juga, Istikharah tidak memerlukan sehingga anda dan calon anda bermimpi perkara yang serupa, barulah dianggap Istikharah anda itu berjaya. Tidak sama sekali.

Kelapan. Petunjuk yang bagaimana?

Seorang guru saya di Pondok pernah berpesan kepada saya tentang Istikharah. Katanya, ketika fikiran dan hati kita terbeban mahu memilih antara A dan B ( atau lain-lain ) maka hendaklah kita melazimi solat Istikharah. Dalam masa yang sama kita jangan tinggalkan Istisyarah. Antara petanda yang mungkin hadir adalah, ketika kita bangun daripada tidur dan teringatkan tentang perkara yang membebani kita itu ( membuat pilihan ) maka salah satu pilihan tersebut menjadi tenang di hati kita berbanding pilihan yang lagi satu. Ini salah satu petunjuk bahawa pilihan itu adalah yang terbaik untuk kita ikut. Mudahnya, petunjuk itu datang ke dalam hati kita sendiri. Kita sendiri akan merasai perkara tersebut jika kita benar-benar konsisten dengan Istikharah dan Istisyarah. Ia seterusnya akan mencetus keyakinan kepada kita dalam membuat langkah seterusnya tanpa ada lagi perasaan ragu-ragu.

Firman Allah ta’ala. ” Dan apabila kamu telah berazam untuk melakukan sesuatu, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang bertawakkal “



Kesembilan. Was-was itu daripada Syaitan.

Dalam Fiqh, kalau kita yakin kita masih ada wudhuk dan mahu solat, tetapi tiba-tiba ada semacam bisikan bahawa wudhuk kita sudah batal, maka bisikan tersebut tidak dikira membatalkan keyakinan kita. Kaedah menyebut. Yakin tidak akan gugur kerana Syak. Begitu juga dalam bab Istikharah. Jika sudah yakin dengan pilihan yang kita buat – berdasarkan doa Istikharah kita kepada Allah serta pertimbangan-pertimbangan yang kita buat dengan Istisyarah – maka jangan dilayan lagi bisikan-bisikan umpamanya mungkin akan menyesal, atau nanti begitu atau begini, kerana kesemua itu sebenarnya adalah helah daripada Syaitan. Seorang ulama’ menyebut. Tidak akan menyesal orang yang melakukan solat Istikharah.

Kesimpulan.

Optimislah dengan keputusan sendiri. Belajarlah membuat keputusan dengan yakin. Jangan harapkan anasir lain membuat keputusan untuk anda. Istikharah tidak harus sama sekali diletakkan di tahap itu, kerana ia adalah hubungan antara hamba dengan Tuhannya. Tetapi meletakkan anasir lain untuk membuat keputusan, umpamanya mengharapkan mimpi tertentu, melihat kepada objek-objek tertentu ataupun nombor-nombor tertentu, kesemua ini akan menjadikan anda seorang manusia yang tiada fungsi. Ia jauh sekali daripada ajaran Islam, apatah lagi hendak dikaitkan dengan solat sunat Istikharah. Sekian.

]]>
"Nak Kurus Jangan Ambil Nasi, Gula & Minyak. Mengarut!" Dr Say Kongsi Mitos Nak Kurus Yang Ramai Percaya. https://redaksi.com/7791-nak-kurus-jangan-ambil-nasi-gula-minyak-mengarut-dr-say-kongsi-mitos-nak-kurus-yang-ramai-percaya Mon, 13 Jan 2020 12:51:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7791 Buat mereka yang masih bujang ini sudah tentu nak miliki berat badan yang ideal. Nak canti dan slim sahaja, baik lelaki dan perempuan, sekarang ini masing-masing berlumba nak miliki badan idaman. Lagi-lagi mereka yang nak dirikan rumahtangga lagi beberapa bulan, lagilah nak berdiet teruk.

Bila berdiet ini, macam-macam pantang larang yang akan kita dengar dan kongsikan. Ada yang kata tak boleh makan nasi, minyak ataupun gula. Semuanya kena cut! Itu belum lagi yang kena sukat itu ini. Eh pening kepala juga nak diet ini.

Lain pula kata Dr. Say Shazril yang mendedahkan pengambilan nasi, gula dan minyak dalam makanan harian tidak salah jika hendak menurunkan berat badan.

Menurut Dr. Say tiga jenis makanan itu bukan punca berat badan naik, namun cara pengambilannya menentukan kesihatan badan seseorang.

“Nak kurus? Jangan ambil nasi, gula & minyak. Mengarut!

“Biasa dengar larangan atas ni kalau korang nak kuruskan badan? Maka korang pun tadah melolong tanpa mempersoalkan kenapa.

“Mari saya tanya balik, korang rasa korang boleh tahan tak, hidup tanpa nasi, gula & minyak selama-lamanya? Kalau boleh mai mesej nama saya bagi gula sepaket free.

“Tak bersalah langsung pun nasi, gula mahupun minyak tu. Yang bersalah sekarang adalah bila korang ambil nasi, gula & minyak melebihi keperluan harian badan,” tulisnya.

Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.



Tambah Dr. Say lagi, untuk mengamalkan gaya hidup sihat, tiga jenis makanan itu perlu diambil dengan cara yang betul.

“Nasi dan gula adalah karbohidrat yang merupakan sumber utama untuk menjana tenaga supaya otak & organ lain boleh berfungsi dengan baik. Minyak yang baik adalah lemak tak tepu yang penting untuk jana tenaga, melindungi organ, hasilkan hormon, bantu penyerapan vitamin & banyak lagi.

“Macam mana nak tau keperluan harian badan? Boleh google je “daily calorie requirement” tapi kalau korag jenis nak mudah macam saya yang tak pernah kira calorie sepanjang hidup, ikut ja saranan @kementeriankesihatanmalaysia #sukusukuseparuh iaitu suku nasi, suku lauk & separuh sayur-sayuran dan buah-buahan. Nak kurus pun biarlah sihat dan seronok,” kongsinya lagi.

Buat mereka yang nak jaga badan dan berdiet tentu sahaja boleh tarik nafas lega selepas baca entri ini bukan. Selepas ini tak perlu bimbang nak makan gula, nasi dan juga minyak tapi yang penting kena ambil dengan cara yang betul.


]]>
Adab-Adab Ta’aruf Antara Lelaki Dan Wanita Menurut Islam. https://redaksi.com/2606-adab-adab-taaruf-antara-lelaki-dan-wanita-menurut-islam Tue, 26 Jun 2018 14:30:20 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2606 Menurut Islam, sudah tentu  mempunyai cara mudah untuk berkenalan antara lelaki dan wanita yang ingin menjalinkan hubungan ke jinjang pelamin. Proses ini dinamakan sebagai ta’aruf, dan ia pastilah bertepatan dengan syarak, jom ketahui caranya..

1. Menjaga pandangan.

Melihat calon pasangan boleh sahaja dilakukan untuk melihat jika ada keserasian antara kalian berdua.


Allah SWT telah berfirman dalam surah An-Nur ayat 30:

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka..”

“…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka..”

2. Menutup aurat.

Allah SWT telah berfirman dalam surah An-Nur ayat 31;

“…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka..”


3. Memiliki sikap yang tenang, sopan dan serius dalam bertutur kata.

“Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”(Al-Ahzaab:32)

4. Menghindari isu yang tidak penting dalam perbualan.

Sebaiknya kalian berdua perlulah menghindarkan diri daripada berbual kosong dan hal-hal yang tidak penting seperti bergossip atau perkara yang mendatangkan fitnah.


5. Perlu berada disisi keluarga atau wali yang dipercayai.

Elakkan daripada berjumpa berdua-duaan dan tempat yang diragui kerana untuk mengelakkan zina dan fitnah. Jadi harus ada pendamping di sisi seperti keluarga terdekat.

6. Selalu ingat pada Allah SWT.

Dengan selalu mengingat Allah dalam setiap perbuatan khususnya saat berta’aruf akan dapat menjaga diri dari gangguan syaitan yang akan muncul dan mengganggu manusia, sehingga terjadi perkara yang tidak diinginkan.


]]>
Mari Kenali Pasti Perbezaan Di Antara Susu Penuh Dan Juga Bengkak Susu Buat Ibu-Ibu Selepas Bersalin. https://redaksi.com/5189-mari-kenali-pasti-perbezaan-di-antara-susu-penuh-dan-juga-bengkak-susu-buat-ibu-ibu-selepas-bersalin Wed, 13 Feb 2019 15:44:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5189 Selepas melahirkan anak, pasti ibu-ibu mahu menyusukan anak mereka dengan air susu mereka sendiri. Mana tidaknya susu ibu ini adalah yang paling baik di antara susu-susu yang lain. Bukan itu sahaja, satu penghargaan yang besar sekiranya anak-anak ini menyusukan dengan susu ibunya sendiri.

Antara kelebihan susu ibu adalah:

1. Kurang diserang penyakit. Bayi yang menyusu dengan susu badan kurang diserang penyakit. Bayi jarang ditimpa sakit dalan jika sakit sekalipun, bayi sus ibu akan lebih cepat sembuh.

2. Susu manusia terbaik untuk bayi (susu lembu terbaik untuk anak lembu)

3. Susu ibu memberi nutrisi terbaik buat bayi dalam membantu tumbesaran bayi pada tahap optimal

4. Kolestrum merupakan laksatif semulajadi. kolestrum merupakan laksatif lembut yang membantu bayi baru lahir mencuci perut dan ususnya. Ini dapat membantu bayi membuang bilirubin berlebihan dengan segera bagi mengelak jaundis.

5. Anak lebih cerdik. Benar. terdapat kajian menunjukkan bagi yang minum susu ibu mendapat markah lebih tinggi dalam ujian IQ semasa kanak-kanak, malah hingga dewasa. Nutrisi dalam susu ibu membantu IQ anak.

6. Bayi lebih gembira dan terasa selamat. Ikatan antara ibu dan anak semasa menyusu membuatkan bayi lebih tenang dan selesa. Bayi juga merasa lebih selamat dalam pelukan ibu.

Namun begitu, terdapat dua jenis masalah yang berkaitan dengan penyusuan ibu ini. Yang pertama adalah mungkin anda akan berhadapan dengan masalah bengkak susu ataupun susu anda penuh. Jadi bagimana nak membezakan kedua-dua ini? Ikuti penerangan dari Nur Harmuny Amaluddin, yang merupakan salah seorang Jururawat Masyarakat.



“Member saya kepeningan bila dapat kes ibu bersalin yang sudah punya anak 5 ada masalah bengkak susu.

“Saya yang dapat berita pun serta merta jadi pening-pening lalat. Kalau kes anak sulung tu saya boleh terima lagi. Tapi bila anak kalau dah setahun seorang dan anak memang meriah ni satu kepelikkan juga pada saya.”

Mai saya senaraikan serba ringkas perbezaan susu penuh dengan bengkak susu.



Susu Penuh:

i. Payudara ibu terasa berat (susu banyak).

ii. Ibu terasa payudara seperti berdenyut-denyut.

iii. Ibu tak rasa sakit.

iv. Tiada demam.

v. Susu ibu keluar dengan sendiri tanpa anak menyusu.

vi. Selepas menyusukan anak ibu rasa payudara lembut dan ringan.

Cara mengatasi masalah susu penuh.

Menyusukan anak sekerap yang boleh. Tak perlu ada had masa. Asal ibu rasa payudara berdenyut-denyut dan susu mula keluar sedikit dengan sendiri itu adalah isyarat IBU PERLU MENYUSUKAN ANAK.

Tolong jangan tangguhkan penyusuan walaupun anak tidur. Jika anak masih lagi tidur, sila lakukan langkah di bawah ini:

* 1. Lakukan demahan dahulu.

* 2. Lakukan urutan lembut sekitar payudara ibu.

* 3. Jika ibu gunakan tangan untuk memerah sila pastikan tangan ibu bersih.

* 4. Pastikan alatan memerah ibu (jika guna pam susu) bekas menyimpan susu perahan dan alatan yang diperlukan dalam keadaan bersih dan kering.

* 5. Lakukan perahan kedua-dua belah payudara hingga ibu rasa lembut dan ringan.

* 6. Simpan dan labelkan susu perahan mengikut tarikh dan masa. (Ada jadual khas untuk kaedah penyimpanan susu perahan).



Bengkak Susu.

i. Payudara ibu rasa berdenyut-denyut dan sakit.

ii. Badan ibu rasa seakan mahu demam. Ada juga kes ibu dah demam pun.

iii. Sekitar payudara ibu berwarna kemerahan dan sakit apabila disentuh.

iv. Payudara ibu rasa padat, sakit dan susu "terbantut" untuk mengalir.

v. Ibu rasa sangat sakit semasa anak mula menyusu.

vi. Ibu berisiko mendapat masalah MASTITIS.

Cara mengatasi masalah bengkak susu.

1. Menyusukan anak sebelum payudara mula membengkak.

2. Lakukan teknik memerah (rujuk nota bertanda * diatas).

3. Elakkan biar payudara membengkak (kes ibu biar payudara membengkak dan tidak menyusukan anak alasan anak tak nak menyusu /anak tidur).

4. Elakkan memakai coli/baju dalam yang mempunyai besi. (Tolong jangan tak pakai bra langsung konon alasan payudara bengkak. Pemakaian coli penting untuk tujuan mengampu payudara ibu. Payudara ibu tidak akan membengkak tanpa ada aura/simptom. Biasanya kes bengkak susu berlaku sebab ibu lengahkan sesi menyusukan anak. Ibu abaikan rasa berdenyut pada awal ibu mula rasa susu makin berat dan penuh. Bila ibu abaikan simptom inilah menyebabkan berlakunya masalah bengkak susu.

5. Jika payudara ibu berterusan membengkak dan sakit sila dapatkan rawatan segera ( ibu boleh pergi ke hospital terus. Jangan memandai-mandai telan ubat demam berterusan).



P/s: Artikel ini hanyalah ringkasan untuk mudah faham sahaja. Jika ibu ada risalah boleh rujuk pada risalah atau bertanya pada jururawat yang datang lawatan rumah.


]]>
Suami Kerja Berpangkat Besar, Tetapi Masih Lagi Tidak Bahagia, Kenapa? https://redaksi.com/2665-suami-kerja-berpangkat-besar-tetapi-masih-lagi-tidak-bahagia-kenapa Sat, 30 Jun 2018 10:15:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2665 “Bahagia itu Datangnya Dari Allah SWT…”

Ramai di antara kita merungut, kenapa perkahwinan yang telah lama terjalin, tetapi masih lagi tidak bahagia? Macam-macam perkara dilakukan untuk mengeratkan hubungan antara suami dan isteri, tetapi masih lagi bertelagah. Membaca tips untuk keluarga bahagia, tetapi masih juga tidak bahagia.


Adakah bahan bacaan kita atau ilmu yang kita pelajari kerana Allah SWT?

Jom hayati kisah dari Encit Matt ini…

Ada orang kahwin tidak bahagia. Dapat pasangan baik, rajin pun tidak bahagia. Ada juga yang dapat anak ramai tidak bahagia. Suami kerja hebat, pangkat tinggi pun tidak bahagia. Ada juga dapat isteri cantik, suami hensem tidak bahagia.


Sebab bahagia itu…

Apabila ada cinta Allah SWT dan Rasul dalam jiwa.

Kahwin kerana Allah SWT, anak ramai kerana Allah SWT, kaya kerana Allah SWT, rajin bantu pasangan kerana Allah SWT.

Penat jaga rumah tangga kerana Allah SWT.


Susukan anak kerana Allah SWT, cari rezeki kerana Allah SWT.

BERPISAH pun kerana Allah SWT.

“Inilah bahagia yang sebenarnya walaupun penat jaga rumah tangga…

Tidak dapat anak setelah berkahwin 10 tahun, suami bukan pelawak, isteri tidak pandai masak, tidak pandai kemas rumah. Oleh kerana perkahwinan itu semata-mata NIAT untuk dapat REDHA Allah SWT dan Rasul. Maka Allah SWT akan hadirkan bahagia itu dari pelbagai cara….”


Kepada Isteri.

“Sebelum lelapkan mata mohon maaf kepada suami. Mungkin hari ini buatkan suami terasa hati. Mungkin hari ini burukkan suami kepada orang lain…

Jangan lupa juga ucap terima kasih tak terhingga kepada suami kerana berusaha sebaik mungkin untuk bahagiakan keluarga ini. Keluar pagi balik malam cari rezeki, ada suami sakit macam mana pun kuatkan diri juga untuk keluar mencari rezeki…

Ucapan terima kasih walaupun nampak kecil tapi cukup memberi kesan kepada jiwa seorang suami. Percayalah kata-kata yang indah dari seorang isteri buatkan jiwa seorang suami jadi lembut dan itulah doa isteri buat suami…”

HARGAILAH SUAMI DAN ISTERI ANDA SELAGI MEREKA DISISI.


]]>
Meniup Makanan Dan Minuman Panas, Apa Hukumnya? https://redaksi.com/5225-meniup-makanan-dan-minuman-panas-apa-hukumnya Mon, 18 Feb 2019 00:40:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5225 Sering kali kita dengar bahawa meniup makanan atau minuman panas ini adalah perkara yang tidak elok dilakukan kerana ada yang menyatakan bahawa ia tidak bagus untuk kesihatan. Malah ada yang menyatakan bahawa Nabi sendiri tidak meniup makanan mahupun minuman. Maka ramai di antara kita selalunya akan was-was untuk melakukan perkara ini. Bukan itu sahaja, ramai yang ingin tahu apakah hukum meniup minuman dan makanan ini.



Berdasarkan Mufti Wilayah Persekutuan, Telah tsabit daripada hadith bahawa Rasulullah SAW melarang daripada bernafas dalam bekas minuman. Sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abi Qatadah RA:

إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَتَنَفَّسْ فِي الإِنَاءِ، وَإِذَا أَتَى الخَلاَءَ فَلاَ يَمَسَّ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ
Maksudnya: Apabila kalian minum, janganlah bernafas di dalam gelas, dan ketika buang hajat, janganlah menyentuh kemaluan dengan tangan kanan.
Sahih Bukhari (153)

Diriwayatkan juga bahawa:

أنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُتَنَفَّسَ فِي الإِنَاءِ أَوْ يُنْفَخَ فِيهِ
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW melarang bernafas di dalam gelas atau meniup isi gelas.
Musnad Ahmad (1907) dan Tirmizi (1888)

Para ulama berbeza pandangan dalam menafsirkan maksud hadith ini. Kami nukilkan di bawah sebahagian pandangan-pandangan tersebut:

Imam Al-Nawawi menyatakan bahawa larangan bernafas di dalam gelas ketika minum adalah termasuk di bawah adab. Ini kerana dibimbangi ia akan mengotorkan air atau ada sesuatu yang jatuh dari mulut atau dari hidung, atau selainnya. (Rujuk Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 3/160)

Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini menyatakan bahawa meniup-niup minuman adalah lebih buruk berbanding sekadar bernafas di dalam gelas. Larangan ini berbentuk ta’addub (mengajar adab) yang menunjukkan penekanan terhadap kebersihan. (Rujuk Fath al-Bari 1/253 dan 10/92)

Imam al-Syaukani sewaktu mensyarahkan hadith ini berkata: jangan meniup ke dalam bekas air minuman dan makanan untuk menghilangkan kotoran, kerana tiupan akan mengeluarkan air liur yang dianggap kotor. Jangan juga ditiup untuk menyejukkan makanan yang panas, dan hendaklah dia bersabar hingga ia sejuk. Jangan makan makanan sewaktu ia panas, kerana keberkatan hilang daripadanya, dan benda yang panas merupakan makanan dan minuman ahli neraka. (Rujuk Nail al-Authar 9/65)

Ibn Batthal sewaktu menjelaskan hadith ini pula menyatakan bahawa jika seseorang itu minum bersama orang yang tidak merasa jijik akan perbuatan bernafas sewaktu minum, maka hukumnya adalah harus. Oleh kerana itu Baginda sendiri bernafas di dalam bekas minuman kerana Baginda SAW tahu para sahabat Baginda suka untuk minum dari bekas air Baginda. (Rujuk Syarh Sahih al-Bukhari li Ibn Batthal 6/80)

Selain itu, terdapat juga daripada Anas bin Malik RA:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَتَنَفَّسُ فِي الشَّرَابِ ثَلاَثًا وَيَقُولُ‏"‏ إِنَّهُ أَرْوَى وَأَبْرَأُ وَأَمْرَأُ ‏"‏‏.‏ قَالَ أَنَسٌ فَأَنَا أَتَنَفَّسُ فِي الشَّرَابِ ثَلاَثًا
Maksudnya: Rasulullah SAW minum sebanyak tiga kali tegukan dengan tiga kali nafas, dan bersabda: Cara ini lebih menghilangka dahaga, lebih sihat dan lebih berkhasiat. Anas berkata: “Maka aku pun minum dengan tiga kali teguk dengan tiga kali nafas ketika minum”.
Sahih Muslim (2038)

Maka dapat difahami bahawa ketika minum, Nabi SAW mengelakkan daripada bernafas dalam gelas, kerana terdapat beberapa faedah daripadanya.

Penjelasan Hukum

Dari sudut hukum pula, larangan meniup dan bernafas dalam bekas makanan dan minuman ini membawa kepada hukum makruh, dan bukannya haram sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Syarwani, Imam Zakariyya al-Ansari dan Imam Ibn Muflih al-Hanbali. (Rujuk Hasyiah al-Syarqawi wa al’-Ubbadi 7/438, Asna al-Mathalib 3/228 dan Al-Adab al-Syar’iyyah 3/296)

Imam al-Mardawi al-Hanbali menukilkan pandangan Imam al-Amidi yang tidak memakruhkan meniup makanan panas, dan inilah pandangan yang benar menurut Al-Mardawi, sekiranya ada keperluan untuk segera memakannya. (Rujuk Al-Insaf fi Ma’rifah al-Rajih min al-Khilaf 8/242)

Tuntasnya, setelah meneliti pentafsiran dan penerangan para ulama di atas, kami berpandangan bahawa hukum asal menghembus atau bernafas di dalam bekas makanan dan minuman adalah harus. Hal ini kerana larangan yang disebut dalam hadith diikat dengan sebab-sebab tertentu, iaitu:

i. Dibimbangi air liur dan bau nafas mengubah dan mengotori makanan / minuman

ii. Jika berkongsi bekas, ia boleh menimbulkan rasa tidak senang orang yang berkongsi bekas dengannya

iii. Menampakkan sikap tidak sabar dan gelojoh dengan meniup makanan atau minuman panas supaya sejuk.

Hanya dalam keadaan di atas sahaja hukumnya akan menjadi makruh. Kami melihat sebab-sebab tersebut boleh dielak dan tidak terpakai dalam semua keadaan. Tiupan yang sederhana tidaklah sampai mengotorkan atau mengubah bau makanan dan minuman. Imam Ibn Batthal juga menjelaskan bahawa jika seseorang itu minum bersama orang yang tidak merasa jijik akan perbuatan bernafas sewaktu minum, maka hukumnya adalah harus. Imam al-Mardawi juga menjelaskan seseorang itu boleh meniup makanan atau minuman panas jika ada keperluan.

]]>
Ciri-Ciri Lelaki Yang Menjadi Buruan Wanita Zaman Sekarang. https://redaksi.com/2882-ciri-ciri-lelaki-yang-menjadi-buruan-wanita-zaman-sekarang Wed, 18 Jul 2018 12:03:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2882 Apabila  zaman berubah, sudah tentu persepsi pendirian juga akan berubah. Malah segala perkara yang kita minati sudah tentu tidak sama dengan perkara yang ibu bapa kita suka juga. Pasti ia berlainan dengan zaman sekarang.


Disebabkan wanita zaman sekarang majoritinya bekerjaya, sudah pasti mereka mahukan lelaki yang lebih maskulin mengikut citarasa tersendiri. Jom ketahui antara ciri-ciri lelaki yang menjadi buruan wanita zaman sekarang…

1. Rambut beruban.

Menurut kajian dan survey yang dilakukan hampir 80% wanita menganggap lelaki yang memiliki rambut beruban dan lebat kelihatan seksi pada mata mereka. Tidak hairan mengapa dunia zaman sekarang wanita lebih suka pada lelaki yang lebih tua atau duda. Yang penting jangan suami orang ya!


2. Lelaki yang berpeluh.

Wanita zaman sekarang, jika mereka pergi ke gym mungkin ada muslihat mereka sendiri. Ini kerana mereka gemar melihat lelaki berpakaian sukan, berlari di atas Treadmill, mengangkat berat kemudian peluh menitik di atas muka, leher dan badan. Menurut kajian, ketika lelaki berpeluh, hormon yang bernama androstadienone telah meningkatkan hormon dalam badan wanita untuk menarik perhatian.

3. Mempunyai bekas luka.

Lelaki yang mempunyai bekas luka, atau bekas jerawat dimuka kelihatan lebih seksi daripada lelaki yang memiliki muka yang flawless. Ini kerana bekas-bekas tersebut menunjukkan kelakian dan keberanian seorang lelaki. Bekas luka juga mencerminkan sifat misteri dan bahaya pada lelaki tersebut.


4. Pecinta tanaman.

Menurut beberapa saintis, jika seseorang berinteraksi dengan tanaman minimum 30 minit seminggu, ianya dapat meningkatkan kesihatan. Jadi, lelaki yang gemar berkebun dan menjaga tanaman mampu berkomunikasi baik dengan wanita dan mengawal emosi mereka. Malah lelaki ini dianggap amat penyayang.

5. Berkaca mata.

Jika lelaki meminati wanita yang berkaca mata kerana dianggap comel dan kelihatan bijak. Wanita juga turut merasakan begitu. Bagi wanita lelaki ini tidak lagi dianggap seperti terlalu skema kerana kepintaran otak adalah aspek penting dalam sesebuah perhubungan. Wanita memerlukan lelaki yang bijak dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk memimpin mereka.


]]>
Anak terpaksa lupakan hasrat sambung belajar di luar negara, ibu luah perasaan https://redaksi.com/9691-anak-terpaksa-lupakan-hasrat-sambung-belajar-di-luar-negara-ibu-luah-perasaan Wed, 10 Feb 2021 16:47:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9691 Menuntut pengajian di peringkat yang tertinggi merupakan impian kebanyakan anak muda bagi memperoleh masa depan yang baik.

Namun tidak semua berpeluang untuk mengecapinya dek kerana masalah kewangan yang dialami oleh sebahagian pelajar di luar sana tambahan pula semenjak penularan wabak Covid-19 ini kerana ramai yang mengalami kesukaran hidup  disebabkan oleh kehilangan sumber pendapatan.

Impian terkubur

Sayu hati mendengar dan melihat nasib seorang bekas pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ini apabila dia terpaksa melupakan cita-citanya untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Perakaunan di luar negara disebabkan oleh kesempitan hidup yang dialami oleh pelajar tersebut dan juga ibunya.

Meskipun dia mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) yang cemerlang selepas menamatkan pengajian diploma di Kolej Profesional Mara (KPM),namun Nurul Asma Alya Mohd Zainal yang berusia 22 tahun itu perlu mengorbankan hasratnya kerana berdepan dengan masalah kesempitan hidup sehingga mengalami kekurangan mendapatkan sumber makanan termasuk beras dan lauk.

Ibu kehilangan pendapatan tetap

Menurut cerita Alya lagi, ibunya kehilangan pendapatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan dia tidak dapat membayar yuran peperiksaan International English Language Testing System (IELTS) berjumlah RM800 bagi melayakkan dia untuk menyambung pengajian ke luar negara pada Oktober yang lalu.

Difahamkan lagi, Alya mempunyai tiga orang adik beradik yang lain namun masing-masing tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan ibunya juga sudah berpisah dengan suaminya yang merupakan ayah kandung Alya sejak 10 tahun yang lalu.

Semangat dan harapan mengiringi

Bukan sahaja cemerlang di peringkat diploma, bahkan juga cemerlang sejak menuntut di MRSM lagi dengan memperoleh keputusan 7A 2B dalam peperiksaan SPM. Walau bagaimanapun, anak kelahiran Kelantan itu menyatakan hasratnya untuk menyambung pengajian tidak akan pudar meskipun tidak dapat menyambung pengajian di luar negara,

Jadi dia memilih untuk meneruskan pengajian di Malaysia di samping turut meletakkan harapan agar dia dapat memiliki kemudahan untuknya menyambung pengajian nanti.

"Saya juga memerlukan komputer riba dan akses internet tetapi semuanya sukar kerana kehidupan keluarga susah tapi saya masih berharap."

-Alya-

]]>
Jangan Takut Sekiranya Anda Memiliki Kedutan Di Hujung Mata Ketika Tersenyum, Kerana… https://redaksi.com/6250-jangan-takut-sekiranya-anda-memiliki-kedutan-di-hujung-mata-ketika-tersenyum-kerana Wed, 12 Jun 2019 16:26:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6250 Ramai dikalangan kita, terutamanya golongan wanita begitu takut dengan kedutan di wajah. Lebih-lebih lagi dengan garisan halus di hujung mata dan juga garisan ketika tersenyum. Sehingga sanggup membuat rawatan untuk menghilangkan kedutan tersebut supaya tampak awet muda sentiasa.

Ia bukan sahaja melawan lumrah dunia dimana wajah seseorang akan dimamah usia, malah ia menunjukkan kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada.

KEDUTAN SEBAGAI KEUNIKAN WAJAH.

Menurut kajian juga, kedutan dan garisan yang terhasil di wajah ini sebenarnya menunjukkan keunikan seseorang.

Jangan takut sekiranya terhasil kedutan di hujung mata ketika tersenyum kerana ia membuatkan penampilan seseorang bertambah unik, menarik dan kelihatan bijak.

Ia adalah laporan yang pernah diterbitkan di portal dailymail.co.uk, malah kedutan tersebut diberi nama  sebagai Crow’s Feet.

KEDUTAN SEBAGAI PEMANIS WAJAH.

Crow’s Feet/Wrinkles atau kedutan wajah ini terhasil apabila kita tersenyum dan tergelak. Berpandukan hasil kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nonverbal Behavior, “Crow’s Feet” secara amnya bukanlah kedutan yang memburukan wajah tetapi ia merupakan kedutan ekspresi yang sebenarnya menambah ‘pemanis’ pada rupa seseorang.

Senyuman kamu pastinya akan kelihatan lebih ikhlas dan tawa kamu akan nampak lebih ceria berbanding dengan orang yang senyum atau ketawa tetapi tidak memiliki garis-garis kedutan pada penjuru mata sebegini.

“Anggaplah kedutan di penjuru mata itu seperti bonus yang tidak dimiliki ramai orang dan jika kamu memilikinya, kamu adalah antara manusia paling beruntung”.

Pakar Bedah Plastik Sokong Kedutan “Crow’s Feet”.

Menurut pakar bedah plastik sendiri, biasanya beliau tidak mengesyorkan pelanggannya untuk menghilangkan kedutan pada penjuru mata. Ini kerana, ia sebenarnya elemen kecantikan yang harus dibanggakan kerana, apabila usia sudah meningkat tua nanti, tanda kedutan itu akan membuatkan wajah terlihat lebih ceria dan manis.

Related image

KEDUTAN WAJAH SEBAGAI PERSONALITI SESEORANG.

Mereka yang memiliki kedutan di penjuru mata juga lebih senang didekati kerana personaliti mereka yang seolah lebih mesra dan positif berbanding mereka yang tidak memiliki kedutan di penjuru mata, terutamanya ketika senyum.

Kalau difikirkan logik, fungsi kedutan di penjuru mata itu memang sangat penting dalam falsafah psikologi. Sebab itulah, saintis dan pakar mempunyai nama saintifik (Crow’s Feet) untuknya. Ini menggambarkan betapa besarnya impak kedutan di penjuru mata tersebut dalam menterjemah emosi serta personaliti yang seseorang gambarkan menerusi ekspresi wajahnya.

Jadi, jangan risau lah kalau ada kedutan di wajah tu. Wajah tampak lebih manis =)

]]>
6 Tips Jika Ditinggalkan Kekasih. https://redaksi.com/1049-6-tips-jika-ditinggalkan-kekasih Sat, 26 Aug 2017 14:49:38 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1049 Bukan semua ikatan percintaan itu berakhir dengan perkahwinan. Ada cinta yang putus di tengah jalan. Sudah semestinya jika putus cinta, anda akan terasa sedih dan pilu. Maklumlah, si dia yang dicintai memutuskan hubungan dengan pelbagai alasan. Bercinta Selepas Nikah berikan 6 tip untuk anda yang melalui situasi ini.



1. Hadapi kenyataan.

Hati akan lebih tenang jika kita dapat menerima segala apa yang berlaku dalam hidup ini. Redalah dengan situasi putus cinta. Bak kata pepatah, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Pasti ada cinta lain untuk anda. Malah mungkin lebih baik daripada yang sebelumnya.

2. Luahkan rasa hati.

Perasaan yang terpendam di hati perlu diluahkan. Jangan simpan seorang diri. Bertemulah dengan kawan baik anda. Ceritakan isi hati anda. Pasti kawan baik akan memberikan anda dorongan untuk meneruskan hidup.



3. Sibukkan diri.

Ajak kawan baik anda keluar bersiar-siar atau sekadar minum kopi di kedai mamak. Sibukkan diri anda dengan melakukan aktiviti bersama kawan baik. Atau boleh juga anda sibukkan diri dengan melakukan rutin kerja yang tertangguh.

4. Cipta hobi baru.

Hobi baru boleh dicipta untuk memenuhi masa lapang. Misalnya jika selama ini anda kurang suka bermain game di telefon bimbit, cuba muat turun satu permainan. Dari situ anda boleh agak leka dan lupa masalah yang ada. Boleh juga cari hobi yang lebih bermanfaat misalnya membuat kek. Mungkin lepas ini anda boleh jadi usahawan kecil-kecilan pula.



5. Jangan bersendirian.

Perkara paling penting apabila anda putus cinta dan bersedih, usahlah bersendirian. Apabila bersendirian anda akan jadi lebih sedih kerana mudah mengenang kenangan bersama si dia. Cari kawan dan berseronoklah.

6. Berdoa.

Setiap hari, ada lima kali kita perlu bersendirian iaitu waktu solat. Kala ini kita kelihatan seperti bersendirian namun sebenarnya kita sedang berdepan dengan Yang Maha Esa. Kala ini kuatkan hati dan berdoalah kepada-NYA supaya hati anda mudah melupakan segala kesedihan.

]]>
Anda Beruntung Jika Dapat Lelaki Tinggi, Ini 10 Sebab Lelaki Seperti Ini Menjadi Dambaan Wanita. https://redaksi.com/877-anda-beruntung-jika-dapat-lelaki-tinggi-ini-10-sebab-lelaki-seperti-ini-menjadi-dambaan-wanita Mon, 14 Aug 2017 10:33:38 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=877 Jika anda tergolong dalam wanita yang memiliki calon suami atau teman lelaki yang lebih tinggi, sememangnya anda wanita beruntung kerana lelaki sebegini sering menjadi dambaan wanita. Walaupun mungkin tidak wajar bentuk fizikal dijadikan ukuran, namun rata-rata wanita menganggap lelaki bertubuh tinggi lebih tertarik daripada segi perhubungan, kepimpinan dan karier. Malah lelaki bertubuh tinggi turut memberi gambaran personaliti yang ada dalam diri mereka sehingga lelaki sebegini mampu menenggelamkan kehebatan lelaki bertubuh rendah. Oleh itu, kalau anda sudah berjumpa dengan lelaki bertubuh tinggi, pastikan anda tidak melepaskannya.



1. Wanita rasa selamat dan dilindungi.

Tidak dinafikan berjalan dengan lelaki tinggi membuatkan wanita rasa lebih dilindungi, selamat dan menyenangkan. Wanita menganggap lelaki bertubuh tinggi boleh memberi perlindungan dan hero kepadanya jika terjadi sesuatu perkara, malah wanita juga akan berasa relaks apabila berada di sebelah lelaki yang bertubuh tinggi.

2. Lelaki tinggi nampak lebih gagah.

Wanita merasakan selamat berada di samping lelaki yang lebih tinggi kerana dari mata kasar wanita, lelaki berfizikal sebegini kelihatan lebih gagah dan maskulin berbanding lelaki bertubuh rendah. Disebabkan itulah lelaki lebih tinggi menjadi pilihan ramai wanita.



3. Best untuk dipeluk (ingat ye, untuk yang halal saja).

Wanita memerlukan perhatian serta belaian seperti pelukan, sentuhan dan ciuman daripada lelaki yang disayanginya. Ketiga-tiga perkara ini membuatkan wanita rasa nikmat apabila berada bersama lelaki berpostur tinggi. Malah lelaki yang lebih tinggi daripada wanita tidak dinafikan best untuk dipeluk, apatah lagi saat wanita menekapkan kepalanya pada dada lelaki. Sentuhan hangat itu membuatkan wanita rasa selesa kerana dimanjakan.

4. Walaupun mungkin tak hensem, lelaki sebegini nampak lebih bergaya.

Ketinggian seorang lelaki secara tidak langsung membuatkan lelaki tampak lebih menarik di mata wanita. Mungkin wajahnya kurang hensem namun disebabkan ketinggian yang dimilikinya itu memberi bonus buat lelaki tampak lebih bergaya. Malah lelaki sebegini juga sesuai mengenakan pelbagai pakaian.

5. Ketinggian buat lelaki jadi perhatian.

Jika sekumpulan lelaki berjalan di hadapan wanita, yang menjadi perhatian sudah semestinya lelaki bertubuh tinggi berbanding lelaki rendah kerana mata manusia akan melihat sesuatu yang nampak berbeza dengan yang lain. Selain membuatkan lelaki sebegini menjadi titik tumpu orang ramai, kebanyakan bidang kerja glamor seperti pramugara, model, kerjaya beruniform dan sebagainya juga meletakkan tahap ketinggian sebagai syarat.



6. Lelaki tinggi miliki keyakinan tinggi, berwibawa dan lebih dominan.

Pengaruh ketinggian yang dimiliki oleh lelaki yang lebih tinggi membuatkan mereka ada keyakinan, berwibawa dan percaya pada dirinya. Malah lelaki sebegini juga dikatakan miliki peluang karier dan kepimpinan yang lebih baik berbanding rakan sekerjanya yang memiliki kualiti kerja yang sama dengannya tetapi bertubuh rendah kerana postur badan yang tinggi mempengaruhi karakter seseorang. Sifat-sifat dominan, berwibawa dan berkeyakinan tinggi inilah yang selalunya diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin atau ketua.

7. Pengaruh positif dalam kemakmuran rumah tangga.

Satu kajian mengatakan lelaki tinggi akan membuatkan wanita lebih bahagia kerana wanita berasa selamat. Malah kajian ini mengatakan kebanyakan wanita yang mendapat suami yang tinggi akan mudah mendapat anak dan subur. Malah lelaki yang tinggi mempunyai pengaruh positif terhadap kebahagiaan sesebuah rumah tangga kerana dia mampu mempunyai pekerjaan dan masa depan yang lebih cerah sehingga memberikan kemakmuran kepada isteri dan keluarganya.

8. Wanita tak perlu risau nak pakai high heels.

Wanita dan kasut tumit tinggi memang tak boleh dipisahkan kerana kasut tumit tinggi memberi ilusi wanita tampak lebih langsing dan menarik. Jika anda penggemar kasut tumit tinggi dan lelaki yang anda dampingi lebih rendah daripada anda, alamatnya takde peluang la untuk anda memakai kasut kegemaran. Berdampingan dengan lelaki tinggi membuatkan anda boleh bergaya dengan pelbagai jenis kasut kerana takde sebarang isu untuk anda rungsing memikirkan kasut bagaimana yang perlu anda sarungkan ketika keluar dengannya.



9. Kehidupan intim lepas kahwin lebih membahagiakan.

Kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli dari Chapman University, California, Amerika Syarikat terhadap lebih daripada 60 ribu orang lelaki dan wanita dalam jurnal Evolutionary Psychology mengatakan lelaki bertubuh tinggi memiliki kehidupan intim yang lebih membahagiakan. Kajian ini menyimpulkan bahawa mereka yang bertubuh tinggi cenderung untuk memiliki kekerapan hubungan intim yang lebih banyak. Berdasarkan hasil yang dikumpulkan, ketinggian badan seseorang ada kaitannya dengan daya tarikan jantina berlawanan jenis. Dr David Frederick yang mengetuai kajian tersebut berpendapat, kebanyakan wanita tergilakan lelaki yang tinggi dan berotot sehingga memungkinkan mereka berhubungan intim lebih banyak.

10. Wanita boleh bermanja lebih.

Lelaki yang tinggi juga memberi kemudahan kepada wanita untuk bermanja lebih dengannya. Ketika anda dan pasangan berjalan ke pasar raya atau mungkin ketika di dapur ada barang yang anda perlukan tapi diletakkan dalam kedudukan tinggi, inilah untungnya ada lelaki yang tinggi di samping anda.

]]>
Sebelum Nak Kahwin Dengan Suami Orang, Ketahui 7 Rahsia Yang Tak Pernah Lelaki Kongsikan. https://redaksi.com/5812-sebelum-nak-kahwin-dengan-suami-orang-ketahui-7-rahsia-yang-tak-pernah-lelaki-kongsikan Wed, 17 Apr 2019 12:53:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5812 Pada segelintir wanita yang masih bujang, atau boleh digelarkan sebagai andartu, mereka melihat lelaki berstatuskan ‘suami orang’ ini adalah lelaki yang sempurna. Bagi pandangan mereka, suami orang ini bukan sahaja sempurna malah sangat memahami hati dan perasaan berbanding dengan lelaki bujang.

Oleh sebab itu, ada sahaja wanita merasakan lelaki bujang ini gagal untuk menjadi seperti suami orang.

Suami orang kelihatan seolah-olah sempurna, kerana adanya orang belakang yang bersusah payah menguruskan kehidupannya sendiri iaitu isteri tercinta.

Malah, suami orang ini juga lebih berpengalaman dalam menyimpan rahsia iaitu…

1. Terlalu banyak komitmen dan hutang untuk diuruskan.

Kebiasaannya, lumrah lelaki memang sukar untuk berkongsi cerita apatah lagi rahsia tentang dirinya. Tidak ramai dikalangan lelaki begitu senang untuk membuka pekung didada berbanding dengan golongan wanita dimana lebih senang berkongsi rahsia walaupun dengan rakan yang baru dikenali.

Jadi, harapan lah untuk para wanita mengetahui komitmen dan hutang yang suami orang ini lalui kerana mereka sentiasa kelihatan terurus jika dilihat pada luaran. Padahal, dalam hati dan fikiran terlalu banyak masalah yang tidak dapat dibendung.

2. Tidak semestinya kereta yang digunakan ialah kereta sendiri.

Kelihatan lelaki bergaya membawa kereta mewah dan berjenama, tetapi apa yang para wanita ini tidak tahu adalah berkemungkinan besar kereta tersebut adalah kereta syarikat. Bukan itu sahaja, mungkin juga kereta tersebut dibayar ansuran oleh isteri sendiri atau ahli keluarga sendiri.

Atau juga kereta pinjam sahaja.

3. Tidak semestinya rumah yang tinggal bersama isteri ialah miliknya.

Rumah besar yang lelaki ini tinggal bersama isterinya, berkemungkinan atas nama isterinya. Yelah, wanita sekarang kan lebih bekerjaya dan berpendapatan tinggi. Jadi, tidak hairan sekiranya loan isteri sahaja yang lepas untuk membeli rumah. Ataupun, si suami hanya menumpang rumah yang dibeli oleh isterinya ketika bujang dahulu. Tiada siapa yang tahu.

4. Isterinya nampak senang sebenarnya guna duit mereka sendiri.

Jika para wanita melihat, isteri lelaki tersebut kelihatan hidup senang dan bahagia tidak semestinya duit yang digunakan adalah dari hasil titik peluh suaminya. Seperti point nombor 3 di atas, wanita zaman sekarang lebih bekerjaya. Jika  terlihat isterinya bahagia dan mempunyai banyak barang kemas, mungkin isterinya guna duit sendiri, bukan guna duit suami.

5. Selalu pergi holiday, tapi guna duit isteri.

Malah sekiranya terlihat pasangan suami isteri tersebut bahagia dan sentiasa pergi melancong atau bercuti, kemungkinan besar perkongsian duit bersama isteri. Kadang-kala hanya menggunakan duit isteri sendiri, kerana ia permintaan isteri untuk pergi bercuti, dan si suami seolah-olah terpaksa menurut sahaja.

6. Suami orang kacak, sebab isterinya pandai jaga.

Dan yang paling penting golongan wanita perlu tahu adalah, apabila melihat lelaki pada waktu bujangnya agak selekeh, tetapi selepas berkahwin kelihatan kacak ia adalah punca daripada isterinya sendiri.

Mana kita tahu, sewaktu dalam rumah isterinya bersungguh-sungguh menjaga suaminya dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

  • Shampoo kan suami.
  • Membuat facial pada suami.
  • Sentiasa memotong kuku suami.
  • Buang daki pada badan suami.
  • Membeli minyak wangi untuk suami.

Isteri jaga suami sebab sudah tanggung jawabnya sebagai isteri. Jadi, usahlah menjadi perampas kebahagiaan orang lain.

7. Sebenarnya suami orang ini kedekut.

Apabila suami orang ini test market, sudah tentu hanya nampak sempurna pada luaran sahaja. Segak, berkeyakinan, tiada kekuarangan mahupun kelemahan. Semua keburukan hanya isteri sahaja yang tahu kerana sudah tinggal sebumbung untuk bertahun-tahun. Disebabkan terlalu banyak komitmen, sudah tentu kedekut dengan orang lain. Mula-mula nampak macam kaya, tapi sebenarnya papa kedana.

Oleh itu, jangan mudah terpedaya dan carilah lelaki bujang sahaja. Susah senang hidup bersama.

]]>
Selain Untuk Menaikkan Seri Wajah, Ia Juga Sesuai Untuk Mereka Yang Berat Jodoh. Mari Amalkan Doa Ini Selepas Solat. https://redaksi.com/3344-selain-untuk-menaikkan-seri-wajah-ia-juga-sesuai-untuk-mereka-yang-berat-jodoh-mari-amalkan-doa-ini-selepas-solat Mon, 27 Aug 2018 16:21:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3344 Inginkan wajah cantik dan berseri adalah idaman setiap orang. Tidak cukup dengan segala bagai produk dan petua telah diikuti, apa kata cuba pula amalan seperti ini. Potongan ayat dari surah dalam Al-Quran ini sangat baik untuk dijadikan amalan harian serta penyeri wajah. Ayat ini diambil dari surah Nabi Yusuf. Tetapi untuk melakukannya ada syarat dan cara yang betul. Mari lihat cara mengamalkannya dari perkongsian Ruqyah Sufi di laman Facebooknya.

Doa kecantikan untuk menaikan seri wajah atau muka daripada surah nabi yusuf. Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)

Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.

Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan… Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh membentuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.

“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”

Maksud Surah Yusuf Ayat 4:

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“

Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.

“Wa-alqaytu ‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna’ ‘Alaa ‘Ainii”

Maksudnya surah Thaahaa ayat 39:

“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu”



Caranya:

Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.

Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Perlu diketahui:

Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.

Setiap kali bertemu atau bersua dengan isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

]]>
Lima Cara Untuk Si Dia Kekal Tertarik Dengan Anda Dalam Perhubungan. https://redaksi.com/2296-lima-cara-untuk-si-dia-kekal-tertarik-dengan-anda-dalam-perhubungan Wed, 16 May 2018 15:38:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2296 Agak sukar untuk membuat pasangan kita sentiasa tertarik dengan diri kita apabila hubungan yang dibina mula menjangkau berbulan-bulan. Ia bukan hanya perlu berhias untuk menarik hati pasangan kita, tetapi banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan untuk menarik hati mereka ini. Cuma ia akan menjadi usaha seseorang itu, sama ada mahu melakukannya ataupun tidak. Atau hanya menganggap sambil lewa sahaja terhadap hubungan itu.

Buat anda yang ingin membuat pasangan anda terus kekal tertarik dengan anda dalam apa jua keadaan sekali pun. Mungkin boleh ikuti lima perkara ini. Tidak susah dan tidak perlu menggunakan modal. Semuanya bergantung pada anda.

1. Cari tahu apa yang disukai dan tidak.

Mulakan dengan mencari tahu apa yang disukai dan apa yang tidak disukai. Jika anda boleh menangkap perkara itu, bermakna anda cukup memahami dirinya. Sudah pasti pasangan anda tidak akan lari lain kerana sukar untuk bertemu orang yang memahami dirinya.

2. Fahami caranya berfikir.

Setiap orang mempunyai gaya pemikiran yang berlainan begitu juga anda dan pasangan anda. jadi anda perlu tahu rentak pasangan anda berfikir. Di mana juga akan mampu untuk mengikuti setiap rentak dan gaya pemikirannya. Baru lah anda dapat membuat dirinya semakin tertarik dengan anda.

3. Menjadi diri anda sendiri tapi yang paling terbaik.

Tidak salah juga jika anda mencuba untuk menjadi diri sendiri. Tetapi apa yang perlu diingatkan ialah, simpan segala sifat semula jadi anda yang tidak disukainya. Tunjukkan sifat semula jadi anda yang baik-baik sahaja. Tetapi jangan menjadi seorang yang berpura-pura pula.

4. Kadang kala cuba menguasai perhubungan.

Tidak salah jika seorang wanita cuba untuk menguasai satu perhubungan. Tetapi jangan terlalu kerap, kerana pasangan anda akan mula rasa tertindas dan membalas anda dengan menggunakan egonya. Dan akan juga akan kehilangan dirinya.

5. Bertindak nakal dalam perhubungan.

Menjadi seseorang yang nakal pasti akan mencuit hati pasangan anda. Hal ini kerana, kenakalan anda akan menghiburkan hatinya. Dan ia juga memudahkan dirinya untuk merasa selesa dengan anda. Apa yang penting ialah, si dia akan merasa bosan apabila anda tidak berada di sisinya.

Tidak kiralah anda lelaki mahupun wanita, masing-masing perlu bertindak untuk memikat pasangan. Bukan setakat untuk memikat mereka tetapi untuk membuat mereka terus kekal bersama anda tanpa jemu. Seterusnya menjalinkan hubungan yang serius dengan anda.

 

]]>
11 Hadiah Terbaik Dari Suami Untuk Isteri. https://redaksi.com/1308-11-hadiah-terbaik-dari-suami-untuk-isteri Sun, 24 Sep 2017 11:10:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1308 Berikut Merupakan 11 Hadiah Terbaik Dari Suami Untuk Isteri.

1. Hadiah Mendengar.


Berikan hadiah ini kepada isteri anda dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan & jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas. Pandang mata isteri semasa dia sedang bersemangat dengan apa yg nak dikatakan. (eye contact).

2. Hadiah Tanda Kasih.

Jangan kedekut utk memberikan pelukan, ciuman & ramasan tangan. Selalu membelai dahi isteri berulang-ulang kali, mencium dahi dan kawasan muka isteri dan biarkan tanda-tanda kecil ini menunjukkan rasa kasih dan sayang yg ada didalam diri anda..

3. Hadiahkan Sehelai Nota.

Ia mungkin ringkas seperti 'Sy Sayang Awak!', 'sy nak awak selalu!' 'Senyuman awak buat hati sy tenang.' atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah syair dan puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh insan yang dikasihi anda akan jumpa.

4. Hadiah Ketawa.

Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, 'Saya suka ketawa bersama awak.' 'Sy suka cara awak ketawa' 'Sy suka cara awk berjalan' dan lain2.

5. Hadiahkan Puji-Pujian.

Sesuatu yang simple seperti 'Warna biru memang ngam dengan awak la' atau 'Sedapnya masakan awak' atau 'Cantik baju ni syg!' dan lain2.



6. Hadiah Bantuan.

Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jemur/angkat baju, jaga anak, dan lain-lain kerja yg boleh mengurangkan keletihan isteri dengan kerja2 rumah dan tambah2 lagi isteri yg juga bekerja untuk membantu ekonomi keluarga.

7. Hadiah Bunga.

Sekali-sekala buat kejutan untuk isteri anda. Seperti menghadiahkan dia sejambak bunga pada masa yg benar2 dia tak jangka.. Bercuti di tempat2 yg indah dan romantik..

8. Hadiah Bersendirian.

Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.



9. Hadiah Keceriaan.

Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

10. Hadiah Riadah.

Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Walaupun anda tidak minat dengan sukan/aktiviti itu, Kalah pun tak apa, sebenarnya kamu masih menang..

11. Hadiahkan Doa.

Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

]]>
8 Sebab Kenapa Anda Susah Sangat Nak Move On Selepas Putus Cinta. https://redaksi.com/5926-8-sebab-kenapa-anda-susah-sangat-nak-move-on-selepas-putus-cinta Mon, 29 Apr 2019 16:39:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5926 Heartbroken!

Putus cinta!

Pasti ramai dikalangan kita mengalami situasi begini, kan? Untuk mengenali hati budi si dia sanggup menghabiskan masa selama bertahun-tahun tetapi akhirnya tidak sampai sehingga ke jinjang pelamin. Punah.

Pelamin Anganku Musnah, bak kata pepatah melayu.

Namun, setiap individu mengambil masa yang berbeza untuk move on setelah putus cinta dimana mengikut daya masing-masing. Akan tetapi sebenarnya diri sendiri yang memerangkap diri untuk sukar move on kerana…

1. Asyik dengar lagu dan menonton drama sedih.

Bila dah putus cinta, habis semua lagu sedih diputarkan. Bukan hanya sekali, tetapi berkali-kali disamping meratap kehidupan. Sehingga setiap bait lirik lagu tersebut anda hafal dan mula menjadi penulis lirik di dairi.

Malahan, setiap masa mahu menonton drama sedih terutamanya k-drama.

Image result for watching sad drama gif
Kredit: MyDramaList

2. Asyik menangis.

Apabila sudah asyik mendengar lagu dan menonton drama sedih, sudah pasti air mata menjadi teman. Ketika ini air mata dengan diri anda seperti sudah menjadi bff, tidak boleh dipisahkan. Kemudian, setiap apa jua anda lakukan pasti menangis…

Related image
Kredit: WeHeartIt

Nak makan menangis…

Nak mandi menangis…

Nak buat kerja menangis….

Nak siram pokok menangis…

Termenung pun boleh menangis..

3. Lupa berdoa pada Tuhan.

Terlalu kerap menangis dan meratap diri sehingga terlupa pada Ilahi. Anda lupa untuk solat dan bersujud dengan alasan takut tidak khusyuk ketika mengadap Ilahi. Takut kalau menangis teresak-esak akan membatalkan solat. Takut salah sebutan ayat-ayat al-Qur’an dan pelbagai alasan lagi.

Related image
Kredit: Nu

4. Terperap dalam bilik sahaja.

Anda juga susah nak move on kerana disebabkan asyik terperap di dalam bilik. Kadang-kadang nak pergi makan atau mandi pun malas. Terlalu meratap nasib sehinggakan tiada tenaga untuk pergi kemana-mana jadi memang tidak hairan sekiranya anda sukar untuk bangkit.

5. Sentiasa membandingkan hidup dengan orang lain.

Anda seolah-olah terlalu mempersoalkan takdir dengan membandingkan hidup dengan orang lain. Anda menjadi seorang yang terlalu paranoid dan tidak boleh menerima hakikat kenapa anda putus cinta. Anda mempersoalkan kenapa kehidupan anda tidak bahagia seperti orang lain.

6. Tidak berkongsi masalah.

Apabila anda memencilkan diri dan terperap di dalam bilik sahaja, anda menjadi takut untuk berkongsi masalah dengan orang lain, apatah lagi dengan sahabat baik. Anda lebih suka berdiam diri dan tidak berkongsi masalah.

7. Tidak redha dengan ketentuan Allah SWT.

Apabila anda tidak dapat menerima hakikat anda sudah putus cinta, sudah tentu anda seolah-olah tidak redha dengan ketentuan Allah SWT. Sebenarnya, permulaan untuk move on adalah dengan dapat menerima hakikat, kemudian redha dengan ketentuan-Nya, baru lah mudah nak move on.

8. Tidak yakin pada diri.

Image result for broken heart gif
Kredit: Rebloggy

Dan yang paling utama kenapa anda sukar nak move on setelah putus cinta adalah kerana anda tidak yakin dengan diri anda sendiri dapat bangkit dan melupakan si dia. Anda asyik terkenang segala memori bersama si dia, dan hanya menganggap dia sahaja yang dapat memberi kebahagiaan, tetapi sebenarnya kebahagiaan itu anda perlu cari dari Allah SWT.

Beringatlah kita sebagaimana dengan firman Allah SWT ini yang bermaksud;

“Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (At-Thagabun : 11)

Semoga Bermanfaat!

]]>
Walau duduk di kerusi roda, bapa tetap gagahkan diri datang tengok anak bersara https://redaksi.com/8818-walau-duduk-di-kerusi-roda-bapa-tetap-gagahkan-diri-datang-tengok-anak-bersara Sat, 31 Oct 2020 10:08:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8818 Walaupun sudah meningkat dewasa, sedikit pun tidak berkurangan kasih seorang ayah ini. Meskipun anak-anak sudah mampu menjaga diri mereka sendiri tetapi ayah sentiasa akan menjadi pelindung buat anak-anaknya. Itulah kasih seorang ayah yang tiada gantinya.

Ingin berjalan walaupun kaki bengkak dan sakit

Seperti seorang ayah ini, walaupun dalam keadan yang uzur dan sudah tidak kuat berjalan namun dia gagahkan jua dirinya ke persaraan anaknya yang bertugas sebagai pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kubang Pasu.



Terkejut akan kehadiran bapanya itu, Noor Laily Md Salleh, 60, seorang Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC) di PPD berkenaan, berkata dia tidak menyangka bapanya Md Salleh Hashim, 87, sanggup berjalan perlahan-lahan masuk ke dewan yang ketika itu sedang berlangsung majlis persaraannya.

"Saya sudah dimaklumkan bapa akan hadir namun tidak sangka dia sanggup berjalan masuk ke dewan biarpun kakinya bengkak dan sakit.

"Berlinang air mata saya apabila melihat dia berjalan masuk ke dewan, setelah beberapa langkah, seorang rakan berjaya memujuknya menaiki kerusi roda, ia menyebabkan suasana dewan bertukar menjadi hiba dengan tindak balas spontan saya berjalan sambil menangis pergi kepada bapa saya," katanya.




Teruja selepas beberapa kali terlepas graduasi

Menurut Noor Laily, bapanya itu sudah beberapa kali terlepas terlepas untuk menghadiri majlis graduasinya ketika belajar di maktab termasuk di United Kingdom (UK) sebelum ini, itu yang membuatnya bersemangat untuk ke majlis persaraannya.

Noor Laily mengjangkakan yang bapanya itu hanya menunggunya di pejabat untuk melihat beliau mengetik kad perakam waktu keluar hari terakhirnya di PPD.

"Saya antara anak paling rapat dengan bapa. Sewaktu remaja dulu saya berkelakuan ala budak lelaki, ke mana bapa pergi saya akan ikut, kemudian dia yang menggalakkan saya menjadi guru dan sanggup membawa saya pergi mengambil borang untuk menyambung belajar di maktab dan seterusnya di UK.

"Dia banyak berkorban untuk saya malah hari ini dia sanggup menahan sakit dan berjalan sedangkan di rumah dia tidak mampu berjalan seperti itu, betapa kuat semangat bapa saya untuk melihat hari terakhir saya di pejabat," ujarnya.

Itulah kasih seorang ayah yang tiada batas, semoga kita semua menghargai segala jasa dan pengorbanan ayah selagi masih hidup.

]]>
Tanggungjawab Seorang Suami Adalah Untuk Menjaga Aib Dan Maruah Isteri. Ikuti Kisah Ini. https://redaksi.com/2629-tanggungjawab-seorang-suami-adalah-untuk-menjaga-aib-dan-maruah-isteri-ikuti-kisah-ini Wed, 27 Jun 2018 16:54:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2629 Baru-baru ini kita disajikan dengan video viral seorang lelaki merakam momen-momen isterinya sedang melahirkan seorang bayi. Maka tercetuslah kemarahan orang ramai, termasuk netizen yang telah menghamburkan kata-kata kesat.


Sebelum menulis dan bercakap tanpa berfikir, mari renungkan nasihat daripada Puan Intan Dzulkefli..

“Sebagaimana apabila wanita berpakaian ketat membalut seluruh tubuh berfikir dia telah menutup aurat, tetapi bagi sesetengah lelaki yang memandang, wanita itu bagaikan tidak memakai apapun…

Video itu, walau tak nampak aurat, tetapi dengan kedudukan isteri baring hendak bersalin, riak wajah sedang melahirkan, dibimbangi ia telah membuka ruang fitnah untuk si isteri. Apatah lagi dunia sekarang bersepah lelaki kaki porno, otak kuning & lemah iman yang melihat video sebegini dari sudut pandang yang jauh menyimpang…

Ada komen yang menulis dia terbayangkan alat sulit wanita tersebut setelah melihat video itu. Maaf saya malu nak kongsikan screenshot itu. Sebagai suami, kalian sukakah kalau ada lelaki yang komen sebegini di video bersalin isteri kesayangan kalian? Tak terasa seperti dayus ke?...


Sedangkan tanggungjawab utama suami ialah melindungi maruah & keaiban isterinya, apatah lagi pada waktu dia paling tak berdaya, berjuang antara hidup & mati…

Allah berfirman, maksudnya;

"...isteri-isteri kamu adalah pakaian bagimu & kamu merupakan pakaian buat isteri-isterimu." (Al-baqarah : 187)

Lihat kepada perkataan 'pakaian' di dalam ayat di atas. Kalau kita lihat, pakaian yang kita pakai seharian adalah untuk menutup keaiban, untuk menutup aurat, perihal yang sulit & rahsia yang hanya kita sahaja yang tahu. Namun kini dikongsi bersama insan lain atas ikatan mulia pernikahan.

Kita sebagai suami adalah penjaga kepada maruah isteri. Begitu juga dengan dia.


Alangkah manisnya jika kita sentiasa bermuhasabah akan pentingnya kesedaran ini.

Janganlah selepas ini dijadikan trend pula menyebarkan video isteri masing-masing sedang melahirkan anak. Tolonglah.

Banyak sahaja kes suami menyaksikan isteri beranak, tumpah darah, tetapi masih tetap curang, menzalimi isteri, memukul & menyakiti isteri. Hal ini mereka bukan melihat & menginsafi dengan mata hati. Mata hati mereka telah buta.

Apapun, saya tak bersetuju dengan komen membidas perlakuan tersebut dengan cara biadab. Sekiranya kita tidak bersetuju dengan sesuatu tindakan orang lain, tak perlulah hingga memaki, mencarut, membodohkan orang lain pula. Jagalah akhlak”

]]>
"Haram Bagi Suami Isteri Bersekedudukan Selepas Jatuh Talak Dan Tidak Rujuk Sebelum Tamat Edah." https://redaksi.com/5550-haram-bagi-suami-isteri-bersekedudukan-selepas-jatuh-talak-dan-tidak-rujuk-sebelum-tamat-edah Thu, 21 Mar 2019 15:53:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5550 Penceraian bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main. Walaupun kadang kala melafazkannya dengan hanya niat bergurau, kemungkinan besar terjatuh talak kepada isterinya. Itu semasa berlaku penceraian, belum lagi selepas bercerai. Ada sesetengah pasangan, walaupun telah bercerai talak 1 atau 2 masih lagi tinggal sebumbung seperti suami isteri yang sah.

Perceraian bermaksud menamatkan hubungan perkahwinan sama ada dengan pilihan suami atau dengan keputusan qadi. Perceraian dari segi bahasa bermaksud berpisah. Dari segi istilah pula bermaksud keruntuhan hubungan perkahwinan dan terputusnya hubungan suami isteri dengan bersebab.

Apabila sudah tamat satu hubungan itu, walaupun ianya hanya talak 1 atau talak 2, pasangan yang telah bercerai tadi sudah tidak boleh tinggal sebumbung. Mari ikuti penerangan dari Ustaz Farid Rashidi, semoga ia membuka mata kita serta memperbaiki salah yang dilakukan.



Pernah dulu saya ada menulis tentang masalah Talak Ta’lik. Tak sangka, ramai yang bertanyakan masalah talak. Bermacam-macam jenis soalan. Saya jawab sekadar termampu.

Salah satu soalannya tentang masalah rujuk. Setelah bercerai, mereka tetap duduk serumah semacam sebelum perceraian. Makna kata, tiada batasan langsung.

Aduhai. Tersentak dengar.

Begini, mari sama-sama kita ulangkaji balik bab rujuk ini. Baca perlahan, dengan nafas yang tenang tanpa emosi ya.

Di dalam mazhab Syafie’, tak bolehlah bagi bekas suami untuk tinggal bersama isteri yang telah diceraikan di dalam rumah edah berkenaan, sama ada talak raj’ie atau talak ba’in. Kalau talak raj’ie (talak 1 dan 2) hendaklah rujuk dahulu sebelum tamatnya eddah. Bagi talak ba’in (talak 3) lagilah tak boleh sebab tidak boleh lagi rujuk kembali.



Hukumnya HARAM bagi suami untuk masuk ke rumah ex-isterinya yang beredah kerana membawa kepada khalwat dan serta mengganggunya.

Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang menyebut:


وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ
Maksudnya: “...dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka.”
[Surah at-Talak: 6]


“Tapi ustaz, ex-suami saya ni merayu-rayu berdrama airmata depan pintu pagar nak masuk rumah. Saya jadi serba salah. Malu jirang sebelah.”

“Lah, kalau dah nak bersama semula. Rujuklah kembali. Menangis tak berlagu tu dah kenapa? Lainlah kalau pergi talak 3. Memang tak dapat nak menolongnya kecuali nikah lain dengan pasangan lainlah.” Balas saya.

Tapi kalau duduk bersama serumah yang di dalamnya terdapat mahram, kepada bekas isteri atau suami, sama ada lelaki dan wanita, atau wanita ajnabi, maka harus bekas suami itu masuk dan tinggal serumah bekas isterinya. Tinggal serumah sahaja bukan sebilik dan berjima’ ya.

Menurut mazhab Syafie’, hukumnya menjadi MAKRUH tinggal sebumbung (ketika ada mahram), kerana kemungkinan besar dapat melihat (auratnya) kepada bekas isteri itu, sedangkan ia sudah haram kerana talak. Begitu juga harus jika kediaman itu berbilik-bilik, atau bertingkat-tingkat di mana masing-masing tinggal di dalamnya.
Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie’ (4/268)

Bagaimanakah cara merujuk kembali?

Menurut Kitab Fiqh Manhaji (Fikah Mazhab Syafie’), untuk kembali semula kepada ikatan nikah (rujuk) cukuplah suami berkata: “Aku rujuk engkau kembali kepada perlindungan dan akad nikahku.”

Pengakuan itu hendaklah disaksikan oleh dua orang saksi.

Dalilnya, firman Allah SWT:


فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا۟ ذَوَىْ عَدْلٍ مِّنكُمْ وَأَقِيمُوا۟ ٱلشَّهَٰدَةَ لِلَّهِ
“Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh edahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata.”
[Surah at-Talak: 2]


Di Malaysia, kita ada Qodhi, hakim dan mahkamah Syariah. Jadi perlu rujuk ke sana untuk urusan rujuk cerai sebagai tanda hitam putih. Jangan memandai sendiri tau.

Tapi, macammana kalau cinta kembali berbunga setelah musim sejuk winter sonata berlalu? Macammana?

Boleh bagi suami yang mentalakkan isterinya dengan satu dan dua talak untuk mengikat kembali pernikahan itu walaupun setelah tamat edah. Syaratnya kenalah akad nikah, ijab qabul dan berikan mas kahwin baru. Bolehlah hidup bersama kembali.

Yang penting, perlu follow syarat sah rujuk di antaranya sebagaimana berikut:

1. Rujuk setelah talak satu dan dua saja, baik talak tersebut terus dari suami atau dari hakim.

2. Rujuk dari isteri yang ditalak dalam keadaan pernah dijima’. Apabila isteri yang ditalak tersebut sama sekali belum pernah dijima’, maka tidak ada rujuk. Demikian menurut kesepakatan ulama’.

3. Rujuk dilakukan selama masa edah. Apabila telah tamat masa edah menurut kesepakatan ulama’, tidak ada rujuk lagi.

Alhamdulillah, selesai. Semoga sedikit sebanyak memberikan pencerahan, dan merungkaikan kekeliruan.


]]>
Tanda-Tanda Seorang Wanita Sudah Mulai Sayang Pada Pasangannya. Namun, Tidak Semua Lelaki Dapat Menerimanya. https://redaksi.com/3948-tanda-tanda-seorang-wanita-sudah-mulai-sayang-pada-pasangannya-namun-tidak-semua-lelaki-dapat-menerimanya Mon, 22 Oct 2018 15:32:58 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3948 Perubahan diri seseorang apabila sudah mulai sayang pada insan yang disayanginya pasti akan dikesan terutamanya wanita. Selain sering meluahkan perasaan suka dan sayang, perbuatannya juga pasti kadang-kadang memudaratkan diri. Kelihatan wanita sebegini seperti terhegeh-hegeh, namun hatinya tidak kisah digelar sebegitu asalkan dengan cara begitulah dia meluahkan perasaan sayang.

Jom lihat tanda-tanda tersebut…

1. Sangat clingy! Wanita ini menjadi sangat clingy dengan pasangannya, mahu whatsapp 24 jam 7 hari, jika berdekatan mahu berjumpa setiap hari jika masih belum lagi berumah tangga.

2. Fikirannya juga sentiasa memikirkan tentang kekasih hati, angau itu sudah pasti.

3. Nama kekasih hati nya sentiasa menjadi sebutan dan meniti di bibir munggilnya. Sehinggakan sahabat-sahabatnya menjadi saksi setiap hari siang dan malam. Jika satu hari tidak menceritakan perihal kekasih hati pada sahabat pasti tidak sah.

4. Tidak kisah jika kekasihnya tidak mampu dari segi kewangan, sanggup di beri pinjam duit simpanan. Ini kerana wanita ini sanggup membuat apa sahaja yang mereka mampu. Kadang-kala diluar kemampuan juga.

5. Sanggup memasak makanan kegemaran si kekasih dan pergi ke rumahnya untuk menghantar makanan, walaupun berjauhan.

6. Jika kekasih sakit dan tidak mampu untuk bergerak, tidak sampai sesaat keretanya menuju ke hospital kerana terlalu risau.

7. Kerutan dahinya ketika terlalu risau dan gelisah, mampu membuat insan lain memandang dengan simpati. Tidak sampai hati!

8. Di mana sahaja dia pergi, pasti ada sahaja barangan yang mahu di beli untuk kekasih.

9. Dia juga kadang kala terlalu menjadi kurang bijak kerana sanggup mengetepikan sahabat hanya kerana kekasihnya seorang.

10. Dia menerima kekasih hati dengan seadanya seikhlas hati, dan sanggup menunggu sampai bila-bila untuk menerima lamaran.

11. Nama kekasih hati di telefon bimbit di tukar kepada ‘Sayang’.

12. Tidak kisah untuk menelefon kekasih hati, di mana sahaja dia berada walaupun terlalu sibuk. Walau kerja di pejabat terlalu banyak dan selalu ‘out station’ tetapi masih ada ruang di mindanya tentang kekasih hati.

Namun sedemikian, tidak semua lelaki dapat menerima wanita sebegini kerana sudah terlalu sayang. Tidak salah untuk menyayangi seseorang, tetapi jangan terlalu berlebihan sehinggakan membelakangkan Allah SWT. Takut sekiranya pasangan tersebut hilang dari pandangan (seperti kematian) merana seumur hidup tidak dapat menerima takdir.

]]>
“Sikap Lemah Lembut Dikatakan Lebih Memikat” Jom Ketahui Perkara Lain Yang Menambat Hati Lelaki. https://redaksi.com/3859-sikap-lemah-lembut-dikatakan-lebih-memikat-jom-ketahui-perkara-lain-yang-menambat-hati-lelaki Mon, 15 Oct 2018 12:31:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3859 Lelaki ini mungkin kelihatan keras diluaran dan bahkan mempunyai ego yang meninggi. Namun begitu disebalik kesemua itu, mereka ini mempunyai sikap yang mudah tersentuh atau dalam erti kata lain adalah lembut. Biasanya kita lihat mereka ini gagah nak macho diluarnya, di dalam diri mereka ini lebih mudah tersentuh kepada perkara yang lembut, terutama jika ia melibatkan wanita.

Wanita ini juga dikatakan kelemahan orang lelaki, jadi pasti ada sahaja sikap wanita yang mampu membuat lelaki yang keras dan ego ini cair dengan mereka bukan. Jadi sikap wanita yang bagaimana mampu mencairkan hati seorang lelaki ini?



Berikut adalah beberapa sikap mampu mencairkan hati lelaki.

1. Sifat kelembutan.

Lelaki mana yang tidak cair dengan wanita yang penuh dengan kelembutan ini. Ini adalah antara sikap yang mampu membuat lelaki lebih mudah terpikat terhadap seseorang wanita. Dari segi gaya percakapan, gaya pergerakan serta pelbagai lagi lah yang menunjukkan sifat kelembutan. Jika wanita yang lebih mudah meneingking atau mengeluarkan suara yang bernada tinggi sudah pasti lah ia cepat memotong perasaan lelaki yang menyukainya.

2. Sikap manja.

Sikap manja wanita ini sudah pasti membahagiakan seseorang lelaki. Mana tidaknya, wanita ini kalau sudah bersikap manja sudah pasti lah seperti keanak-anakkan bahkan ia juga menambah kecomelan dalam diri mereka ini. Mana lah lelaki tidak cair kalau sikap wanita yang mendekatinya sebegini. Namun begitu, jangan pula sikap manja ini berlebihan, nanti si dia rimas pula.

3. Menerima seadanya.

Lelaki ini sukakan wanita yang meneriam dirinya seadanya. Di mana wanita seperti ini tidak akan pernah cuba mengubah dirinya serta membuat perbandingan. Tetapi lebih menerima dan belajar memahami sikap lelaki tersebut. Jadi sikap seperti ini sudah pasti lah mudah mendapat tempat dihati lelaki. Namun begitu, jangan sengaja melakukan sikap ini seperti berpura-pura, lelaki mudah untuk megesannya.



4. Menjaga penampilan.

Lelaki mana yang tidak sukakan wanita yang bersih, kemas dan cantik. Mana-mana lelaki sukakan akan perkara ini. Jika anda bukan seorang yang cantik, ia cukup memadai jika anda seorang yang kemas dan bersih. Mana tidaknya, kemas dan bersih ini lebih menarik mata memandang ye.

5. Menjaga maruahnya.

Seorang wanita yang baik, sudah pasti akan menjaga maruahnya. Oleh sebab itu, lelaki pasti akan menyukai wanita yang menjaga maruah diri. Mana tidaknya, mereka ini pasti seseorang wanita yang baik.

Kesimpulannya, tidak susah pun ingin menambat hati lelaki ini, jika anda mempunyai beberapa sikap di atas. Tapi anda perlu tahu, seseorang yang baik pasti jodohnya antara orang yang baik juga. Jadi jangan risau.



]]>
Rahsia Diri Kekal Produktif 24 Jam Seawal Pukul 5 Pagi. Nak Tahu? Sila Baca. https://redaksi.com/1354-rahsia-diri-kekal-produktif-24-jam-seawal-pukul-5-pagi-nak-tahu-sila-baca Tue, 26 Sep 2017 12:51:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1354 Kejayaan diukur bukan dari betapa lewatnya kita tidur. Namun betapa awalnya kita bangun dan tunaikan hak kepada Allah SWT seperti tahajud atau berzikir. Rahsia untuk kekal produktif dan diri makin positif setiap hari terletak pada apa yang kita buat, fikir, rasa, cakap dan tulis pada waktu prime-time iaitu sebelum tidur dan selepas bangun (sebelum habisnya waktu subuh). Andai bangun saja dari tidur, kita fikirkan dan lakukan segala aktiviti yang positif, maka perkara yang datang dalam hidup jadi lebih seronok. Namun jika sebaliknya seperti terbangun lambat, baju belum bergosok, air tumpah masa nak sarapan, keluar rumah saja jalan jem, masuk ofis sudah kena marah dan sehari suntuk, ada-ada saja perkara yang tidak kena bukan? Sebenarnya punca kita sukar bangun seawal pukul 4 pagi atau terbangun lewat adalah disebabkan rutin harian, waktu dan cara tidur kita yang tidak betul. Jadi, mahu tak mahu kita terpaksa ubah tabiat hidup seharian untuk amalkan cara tidur yang terbaik menurut Islam. Pastinya, kesihatan dan tubuh badan kita lebih segar dan produktif di pagi hari setelah mencubanya.



1. Ambil Wudhuk Dahulu.

Seelok-eloknya ambil wudhuk terlebih dahulu. Rajinkan diri solat sunat taubat 2 rakaat dan baca Surah Al-Mulk sebelum tidur. Namun jika mengantuk, terus saja amalkan langkah ke-3. Kerana kita beramal dengan sisa yang letih dan bukan dalam keadaan yang bertenaga.

2. Tidur Seawal 10.30 Malam.

Tidur awal pada pukul 10.30 malam. Jika lewat pun, pastikan kita tidur tepat pada pukul 11 malam. Latih anak anak-anak untuk tidur awal dan selesaikan homework mereka selepas solat maghrib. Namun sesekali kita ada hal yang lebih penting seperti seperti muzakarah ilmu, melayani tetamu dan sebagainya, maka ia dibenarnya.



3. Baca Ayat Qursi & 3 Qul.

Baca Ayat Qursi, surah 3 Qul dan niat ketika lelapkan mata sebelum tidur. Tarik nafas dengan sedalam-dalamnya dan katakan “Wahai Allah, kejutkanlah aku bangun pada pukul 4 pagi (tetapkan sendiri nak bangun pukul berapa) secara mudah sesuai dengan agenda-Mu untuk aku tunaikan solat tahajud dan melaksanakan tugasku sebagai hamba-Mu.”

4. Elakkan Tidur Sebelum Isyak.

Elakkan pula diri tidur sebelum Isyak. Nanti mudah terlajak dan tak bangun solat isyak. Diriwayatkan daripada Abu Barzah, “sesungguhnya Nabi SAW benci untuk tidur sebelum Isyak.”



5. Niat Untuk Bangun Awal.

Mahu cabar diri kita untuk lebih yakin berjaya bangun awal pagi dengan doa pada Allah SWT, tidak perlu setkan alarm. Kita pasti terkejut diri kita akan bangun lebih awal dari set alarm. Hal ini berlaku kerana ikut kajian sains, minda, jiwa dan badan telah diprogramkan sesuai dengan niat sebelum tidur.

6. Sahut Cabaran Bangun Untuk Tahajjud.

Katakan kepada diri untuk re-program minda ke tahap baru, “Ya Allah aku pasti rajin bangun tahajud.” Memandangkan kita mahu ubah tabiat biasa, ia mungkin ambil masa untuk lawan perasaan malas yang bersarang dalam diri.



7. Manusia Hanya Tidur 3-4 Jam Sehari.

Sebelum ini, kajian mengatakan kita perlu tidur 6 hingga 8 jam berterusan sebagai istirehat bukan? Walhal sebenarnya kajian terbaru berjaya menunjukkan dengan hanya tidur 3 hingga 4 jam saja setiap hari, kesihatan diri berada pada tahap yang optimum dan luar biasa. Pada saat kita bangun pada pukul 4 pagi, kita merasakan diri semakin tenang disebabkan udara dan situasi sekeliling adalah di peringkat Alpha Brainwave.

8. Take A Nap Sebelum Zuhur.

Di Negara China, pelajar-pelajar mereka “take a nap”. Iaitu sebelum sampai waktu zuhur (tengahari), mereka berbaring dan tidur sebentar. Cara ini dikatakan sebagai sunnah Nabi Muhammad SAW. Manfaat tidur qailulah ini telah pun terbukti.



]]>
Apakah Dosa Memberikan Kesan Pada Wajah Kita? Baca Penjelasan Ini! https://redaksi.com/6425-apakah-dosa-memberikan-kesan-pada-wajah-kita-baca-penjelasan-ini Tue, 02 Jul 2019 09:12:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6425 Pernah atau tidak kita mendengar…

‘Kalau dosa kita ni ada bau, pasti kita tak berani nak keluar rumah, apatah lagi mendekati dengan orang sekeliling sebab bau busuk kuat sangat..’

Sama juga sekiranya dosa tersebut boleh dikesan melalui wajah kita, pasti orang takut untuk dekat. Kalau benar dosa kita boleh dilihat daripada wajah, baleh dibau melalui badan, apakah yang kita akan rasa?

Dosa Boleh Dirasai Oleh Orang-Orang Yang Beriman.

Saidina Abu Darda pernah menyampaikan satu nasihat yang sangat menyentuh jiwa. Kata beliau, dosa yang dilakukan oleh manusia boleh dirasai oleh hati orang-orang yang beriman sehingga mereka tidak gemar melihat wajah pendosa.

Image may contain: text

Kata Abu Darda’:

“Takutlah kamu dari dilaknat oleh jiwa-jiwa orang yang beriman dalam keadaan kamu tidak sedari. Mereka yang melakukan maksiat dalam keadaan bersembunyi ini, Allah akan mencampakkan rasa benci jiwa yang beriman terhadapnya.”

Dosa Kita Mampu Memberi Kesan Pada Jiwa Mukmin.

Saidina Abu Darda seolah ingin menyedarkan kita bahawa dosa yang kita lakukan akan memberikan kesan kepada jiwa mukmin, sehingga mereka berasa tidak selesa, atau marah dengan kita.

Dengan sebab itu Ibn Rajab menukilkan kata-kata salafusoleh yang menyatakan bahawa dosa dan maksiat yang kita lakukan boleh memberikan bekas kepada wajah kita.

Ia direkodkan oleh Ibn Rajab yang menyebutkan:

“Sesungguhnya seorang hamba itu, ketikamana dia melakukan maksiat seorang diri (yang hanya Allah mengetahuinya) lalu dia datang kepada sahabat-sahabatnya, maka mereka (sahabat tersebut) boleh melihat kesan maksiat tersebut pada dirinya.”

Dosa Kita Membuat Manusia Takut Untuk Dekat.

Malah Rasulullah pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah bahawa ada manusia yang ditinggalkan kerana manusia takut dengan kejahatannya.

Sabda Baginda:

“Wahai Aisyah, sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari akhirat nanti adalah mereka yang ditinggalkan oleh manusia kerana kejahatan yang mereka lakukan (samada kata-kata atau perbuatan mereka).”

Ada dikalangan kita yang manusia merasa bahagia dengan kehadiran mereka. Ada pula dikalangan kita yang dibenci keberadaan mereka kerana kejahatan yang mereka lakukan. Tidak kira samada kejahatan terhadap manusia atau terhadap Islam itu sendiri.

Semoga Allah memelihara dan menjauhkan kita dari dosa. Semoga Allah menjadikan kita hamba yang soleh disisi-Nya.

Semoga Bermanfaat!

]]>
Siapa Yang Patut Belanja Saat Pertemuan Pertama? Lelaki Atau Wanita? https://redaksi.com/8068-siapa-yang-patut-belanja-saat-pertemuan-pertama-lelaki-atau-wanita Wed, 08 Apr 2020 17:27:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8068 Pertemuan pertama adalah saat yang paling mendebarkan oleh mereka yang baru sahaja berkenalan. Nak memilih lokasi perjumpaan yang sesuai serta memikirkan perbualan yang sesuai juga adalah salah satu punca ia menjadi sangat membimbangkan. Mana tidaknya, saat ini hati si dia sangat perlu dijaga untuk membolehkan perjumpaan seterusnya.

Ada orang yang memilih untuk berjumpa dan berbual kosong di tempat makan, ada juga yang memilih untuk menonton wayang bersama malah ada juga yang memilih untuk berjalan sahaja di taman. Apa pun pilihan anda tentu ada sebab yang tertentu dan anda merasakan itu adalah pilihan terbaik.


Namun begitu, jika disetiap pertemuan itu perlu keluarkan wang belanja, wang siapa yang patut digunakan? Adakah lelaki atau perempuan? Ataupun bayar asing-asing?

Lelaki utamakan dahulu

Untuk kelihatan seperti seorang yang bertanggungjawab, biasanya lelaki akan menggunakan wang mereka. Dimana, dia akan berbelanja setiap perkara yang perlu pembayaran. Baik makan, tonton wayang ataupun perkara-perkara yang kecil. Ini kerana, mereka ingin beri satu tanggapan yang baik untuk kali pertama.

Jika lelaki bertindak seperti ini, peluang untuk berjumpa buat kali kedua kemungkinan tinggi. Ini kerana, seorang wanita mungkin ingin belanja anda semula ataupun dirinya melihat anda begitu bersungguh dengannya.



Tak salah kalau nak bayar asing-asing

Tapi ada juga yang saat pertama kali berjumpa membuat pilihan untuk membayar secara berasingan. Jika berlaku situasi ini, biasanya tidak akan ada perjumpaan untuk kali kedua. Ini kerana, salah seorang kemungkinan hilang minat terhadap pasangan yang dijumpainya.

Membuat pilihan untuk membayar berasingan adalah kerana tidak mahu terhutang budi atau tersangkut apa-apa. Jadi, jika tidak memilih untuk berjumpa lagi ini adalah pilihan yang sesuai buat kalian.



Kalau wanita yang bayar?

Jika wanita yang melakukan pembayaran, sudah tentulah perjumpaan ini terjadi disebabkan ajakkan olehnya. Maka dengan itu dia berasa tanggungjawab untuk membayar semua perkara. Namun begitu, sebagai lelaki sanggup ke anda membiarkan wanita membayar segala makanan dan perbelanjaan lain? Tak takut wanita memberi tanggapan negatif kepada anda?

Jadi, menurut anda siapa yang perlu bayar?



]]>
Rebutlah Peluang Untuk Lakukan Solat Taubat Pada Bulan Ramadhan Kerana 5 Kepentingan Ini. https://redaksi.com/6065-rebutlah-peluang-untuk-lakukan-solat-taubat-pada-bulan-ramadhan-kerana-5-kepentingan-ini Tue, 14 May 2019 14:47:52 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6065 Dalam menjalani ibadah ketika berpuasa pada bulan Ramadhan, jangan lupa dengan ibadah yang lain juga. Melakukan solat-solat sunat, membaca Al-Qur’an, menjaga pergaulan dan batas-batas berlandaskan syariat selain menahan lapar dan dahaga.

Antaranya ialah dengan melakukan solat taubat kerana kita manusia yang sering melakukan dosa tanpa kita sedar. Rebutlah peluang untuk melakukan solat taubat ketika bulan Ramadhan ini juga kerana…

1. Untuk Meraih Ilham Daripada Allah Untuk Menghenyak Nafsu Yang Bermaharajalela.

Ilham itu datangnya daripada Allah untuk menyuruh kita melakukan kebaikan. Berbeza dengan nafsu, yang mengajak kita ke arah kejahatan.

Ilham dan nafsu itu umpama satu pertandingan yang memberikan kita dua bentuk balasan. Sama ada syurga yang penuh kenikmatan, atau neraka yang penuh kesengsaraan.

Cuba bayangkan, alangkah ruginya kehidupan ini andai ilham itu tidak menjengah ke dalam hati kita. Bagaimana mungkin kita mampu meraih pahala kebaikan kalau ilham itu tidak kunjung tiba.

Kerana itulah kita dituntut untuk bertaubat kepada-Nya agar diberi ilham yang sangat didamba.

2. Kerana Kita Bukan Manusia Sempurna.

Sebagai manusia, terkadang kita melakukan kesilapan dalam sedar atau tidak. Kesalahan itu bisa menyebabkan kita mengumpul dosa yang memungkinkan kita menjauh dari rahmat Allah.

Rasulullah SAW bersabda: “Berhati-hatilah kalian terhadap dosa kecil, kerana jika berkumpul dalam diri seseorang ia akan dapat membinasakannya.” [H.R Ahmad dan Al-Tabrani]

Hidup ini memerlukan keberkatan dan keredhaan Allah. Barulah terasa nikmatnya bahkan beroleh kemenangan di akhirat sana.

3. Untuk Menghadirkan Ketenangan Dalam Kehidupan.

Dosa-dosa yang kita kumpul akan menyebabkan kita berasa resah dan gelisah. Hidup jadi tidak tentu arah, segalanya rasa serba tak kena. Selagi mana kita tidak bertaubat, selagi itulah segalanya terasa kelat. Tiada ketenangan walaupun zahirnya nampak sempurna.

Duhai insan, sujudlah memohon keampunan.

Nescaya akan terasa kedamaian. Bahkan boleh meningkatkan ketakwaan dengan merasakan diri sebagai hamba-Nya yang sangat mengharapkan ketenangan.

4. Kerana Ajal Tidak Menunggu Untuk Bertaubat.

Ajal setiap insan telah tertulis di dalam Lauh Mahfuz. Tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Allah. Ada yang ‘pergi’ sewaktu usia muda, ada yang sewaktu masih sihat tubuh badannya dan ada yang baru tadi kita jumpa sedang bergelak ketawa.

Kita tidak tahu bila ajal akan menjemput kita bahkan ajal tidak sesekali menunggu kita untuk bertaubat. Jadi janganlah berlengah untuk bertaubat, dikhuatiri nanti kita tidak sempat.

5. Bila Matahari Terbit Dari Barat.

Jika matahari sudah terbit dari Barat, segalanya sudah tidak diterima lagi hatta keimanan, kebaikan mahupun taubat.

Qurthubi dalam tafsirnya menjelaskan, para sarjana Muslim berkata:

“Keimanan tidak berguna lagi bagi manusia ketika matahari terbit dari barat, kerana hati mereka sudah dirasuk ketakutan sehingga memadamkan semua syahwat dan melemahkan setiap kekuatan badan.

Kerana yakin hari kiamat sudah dekat, keadaan semua manusia berubah menjadi seperti keadaan orang yang menghadapi kematian. Dorongan bagi melakukan maksiat sudah terputus dan lenyap daripada diri mereka.

Oleh sebab itulah, taubat orang yang bertaubat dalam keadaan itu tidak akan diterima sebagaimana tidak diterimanya taubat orang yang dijemput ajal.”

Allah berfirman dalam Surah Taha, ayat 82:

“Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian ia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.”

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

]]>
Ketahui Jenis & Fungsi Panadol Yang Ada Di Pasaran Sebelum Anda Beli. https://redaksi.com/6307-ketahui-jenis-fungsi-panadol-yang-ada-di-pasaran-sebelum-anda-beli Wed, 19 Jun 2019 09:39:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6307 Panadol adalah sejenis ubat-ubatan yang begitu mudah didapati oleh rakyat Malaysia. Bukan sahaja boleh didapati di kedai serbaneka atau farmasi, tetapi ia juga boleh didapati di kedai-kedai runcit biasa.

Sebagai pengguna, kadang-kadang pening kepala juga nak pilih Panadol yang mana. Terlalu banyak pilihan sehingga keliru dengan fungsi yang jelas.

Kali ini kita nak kongsikan jenis-jenis Panadol yang terdapat di pasaran supaya lepas ni dah tahu dan tak tersalah beli.



1. Panadol Actifast



Biasanya Panadol Actifast ini adalah pilihan utama sesiapa sahaja. Ini kerana ia memberi kelegaan yang lebih cepat. Ianya mengandungi sodium yang bertindak meningkatkan pergerakan paracetamol

Boleh membantu melegakan demam sakit yang tidak serius: sakit kepala,migraine, sakit belakang,sakit otot dan sendi,senggugut, sakit radang sendi,sakit gigi, sakit TIDAK SELESA kerana selsema dan sakit tekak. Panadol actifast diserap dua kali lebih cepat kedalam darah berbanding Paracetamol biasa. Jadi ianya lebih cepat memberi kelegaan pada pengguna

Perhatian: Khas untuk pesakit darah tinggi pengambilan sodium yang disarankan adalah bawah dari 1500mg. Setiap tablet Actifast mengandungi 173mg sodium,jika pengambilan tablet actifast sebanyak 2 biji 4 kali sehari, jumlah pengambilan sodium adalah 1384mg belum ditambah dengan diet seharian kita seperti makanan masin. Jadi hati-hati ya.

2. Panadol Optizorb



Mungkin tidak ramai yang tahu fungsi sebenar ubat ini. Oprizorb mengandungi paracetamol 500mg. Ia menggunakan formula teknologi baru yang mengandungi alginic acid dan calcium carbonate. Alginic acid bertindak menyerap air dan dan mengembang. Manakala calcium carbonate bertindak balas dengan acid dalam perut yang mana mempercepatkan larutan ubat dalam perut

Dapat membantu melegakan sakit kepala, migraine, sakit tekak, demam dan sakit gigi.

Kelebihannya: Pantas dan lebih selamat pada mereka yang perlu mengawal pengambilan garam dalam diet mereka.

3. Panadol Extend



Kandungannya Panadol Extend ialah 665mg paracetamol. Mempunyai kelebihan seperti kesannya yang tahan lama lebih dari 8 jam daripada produk lain kebiasaannya 4-6 jam

Ubat ini membantu melegakan kesakitan otot, sakit sendi, sakit belakang dan sakit di bahagian tulang rawan.

4. Panadol Extra



Kandungannya paracetamol 500mg serta tambahan (extra) 65mg kafein boleh meningkatkan saiz salur darah dan memudahkan perjalanan darah.

Kafein tidak boleh diambil melebihi 200mg oleh perempuan mengandung. Begitu juga ibu yang menyusukan bayi, kafein yang dibenarkan tidak melebihi 300mg kerana ianya boleh mengganggu tidur anak susuan.

Penggunaannya tidak lebih dari 2 hari seminggu.

5. Pandol Soluble



Panadol soluble adalah yang jenis larut dalam air. Sesuai untuk yang susah menelan ubat biji atau syrup.

Namun kandungan sodiumnya tinggi, sedikit berbahaya pada yang mempunyai masalah darah tinggi dan mengamalkan diet kurang sodium

6. Panadol Menstrual



Kandungan 500mg paracetamol 25mg pamabrom. Pamabrom membantu menyingkirkan air lebihan terkumpul dalam badan disebabkan perubahan hormon. Lebihan air akan dibuang melalui air kencing.

Panadol menstrual sesuai untuk wanita yang mengalami PMS: cramp & kembung perut dan ketidakselesaan semasa awal datang haid.

7. Panadol Children



Kandungan setiap tablet 120mg Paracetamol. Sesuai untuk kanak-kanak yang sudah boleh menelan. Dose yang boleh diberikan ialah mengikut berat 15mg/kg. Sebagai contoh berat kanak-kanak adalah 16kg.

16kg x 15mg/kg= 240mg

Jadi boleh ambil 2 biji panadol children setiap dos.

8. Panadol cold+ flu-D



Kandungan paracetamol 500mg, phenylephrine hcl 5mg, chlorphenaramine maleate 2mg dan potassium sorbate 0.6mg

• Phenylephrine hcl membantu mengurangkan hidung tersumbat.
• Chlorphenaramine maleate membantu mengurangkan selsema alahan ataupun gatal.

Panadol COLD+ FLU-D boleh membantu melegakan hidung berair, bersin, hidung tersumbat, gatal-gatal dan mata berair.

Perhatian: Hati-hati jika ambil ubat ini semasa memandu atau bekerja, pengambilan ubat ini boleh menyebabkan mengantuk.

9. Panadol 650



Kandungan paracetamol 650mg. Hanya perlu ambil 1 hingga 1 setengah kaplet untuk 12 tahun ke atas tidak boleh melebihi 6 kaplet sehari. Sesuai untuk yang tak suka ambil ubat 2 biji sekaligus. Kelegaan sakit dalam masa 1 jam. Boleh membantu menurunkan suhu demam dalam 30minit

Perhatian: Tidak selamat diambil bersama alkohol. Kurang digalakkan untuk ibu mengandung. Boleh digunakan oleh ibu menyusu.

Selepas ini tidak perlu lagi nak tenung lama-lama rak Panadol lagi dah. Sudah tahu apa yang akan menjadi pilihan utama.

]]>
4 Penghulu Wanita Di Dunia Yang Seharusnya Menjadi Idola Setiap Wanita Muslimah. https://redaksi.com/178-4-penghulu-wanita-di-dunia-yang-seharusnya-menjadi-idola-setiap-wanita-muslimah Sat, 17 Jun 2017 09:41:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=178 Di sebalik seorang lelaki kafir dan mengaku Tuhan ada seorang isteri yang solehah. Terdapat empat wanita yang diceritakan dalam sejarah Islam dan banyak diceritakan dalam kitab suci Al-Quran. Empat wanita ini ialah empat Muslimah yang juga segala penghulu wanita di dunia. Mereka adalah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibu Nabi Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah SAW; dan Fatimah binti Rasulullah.



1. ASIAH.

Merupakan wanita teladan dan salah satu wanita yang mendapat kemulian daripada Allah SWT. Walaupun suami Asiah adalah seorang kafir, bengis, menimbulkan banyak kemusnahan di dunia dan mengaku dirinya sebagai Tuhan, namun Asiah tetap istiqamah. Asiah pernah meminta kepada Allah, "Ya Allah! Di dunia aku tidak merasakan rumah tangga yang damai, di dunia aku tidak mendapatkan kasih sayang seorang suami yang baik, di dunia aku tidak merasakan keutuhan rumah tangga. Maka bangunkanlah untukku Ya Allah, di syurga nanti sebuah rumah di sisi-Mu."



2. MARYAM.

Maryam mendapatkan kemuliaan yang berbeza dengan wanita-wanita lain kerana dengan izin-Nya, Maryam melahirkan seorang anak bernama Isa tanpa seorang ayah yang menghamilinya. Maryam diejek kerana melahirkan Isa tanpa seorang ayah. Dari kejadian ini dapat disimpulkan bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu dan ia tidak mustahil bagi Allah. Dari hadis riwayat Ali bin Abu Thalib RA,

"Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik wanita ialah Maryam binti Imran dan sebaik-baik wanita ialah Khadijah binti Khuwailid."

3. SITI KHADIJAH.

Tentu saja semua isteri Rasulullah adalah wanita yang baik kerana baginda adalah orang yang sangat mulia dan baik akhlaknya. Tapi SIti Khadijah adalah orang pertama yang menerima dakwah setelah Rasulullah menerima wahyu yang pertama iaitu Al-Alaq ayat 1-5. Siti Khadijah adalah wanita yang sentiasa mendukung dakwah suaminya. Wanita yang menjadi ummul mukminin atau orang yang pertama memeluk Islam. Pasangan ini juga adalah salah satu contoh rumah tangga yang mulia untuk dicontohi.



4. FATIMAH.

Seorang yang sangat cantik dan merupakan isteri kepada sahabat Nabi, Ali bin Abi Thalib RA. Anakanda Rasulullah ini juga sangat disayangi oleh bapanya dan pernah membantu baginda ketika cedera dalam Perang Uhud.

Dari hadis riwayat Sahal bin Sa'ad RA:

"Bahawa dia ditanya tentang luka Rasulullah SAW dalam Perang Uhud, Sahal menjawab... Wajah Rasulullah terluka, gigi seri baginda patah serta topi perangnya hancur. Fatimah lalu membersihkan darah bapanya sementara Ali bin Abu Thalib menuangkan air ke atas luka dengan menggunakan perisai.

Ketika Fatimah melihat air itu hanya menambah pendarahan, dia lalu mengambil sepotong tikar dan membakarnya hingga menjadi abu. Kemudian abu itu ditempel ke atas luka baginda hingga berhenti pendarahan itu."

]]>
Lima Sebab Dugaan Datang Ketika Anda Sedang Bahagia Bersama Pasangan. https://redaksi.com/2033-lima-sebab-dugaan-datang-ketika-anda-sedang-bahagia-bersama-pasangan Thu, 19 Apr 2018 11:28:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2033 Apabila kita sedang berbahagia melayari satu perhubungan percintaan atau suami isteri, tiba-tiba sahaja dugaan datang tanpa diundang. Ketika dugaan tersebut datang, ia membuat kita ragu-ragu terhadap perhubungan dan pasangan kita. Rasa tidak percaya pada diri sendiri dan pasangan. Namun, tahukah anda bahawa dugaan yang datang ketika anda sedang bahagia itu mempunyai hikmah yang tersendiri. Hikmah yang jika dilihat mata kasar hanyalah keburukan tetapi jika dilihat dengan mata hati ia penuh dengan kebahagiaan.


Tetapi tidak ada siapa yang tahu hikmah yang bagaimana bakal kita peroleh. Ini dia sebab mengapa ujian itu hadir ketika anda sedang bahagia.

1. Menguji kasih sayang.

Ujian yang datang itu hanya sekadar menguji kasih sayang yang terbina antara anda dan pasangan anda. Hal ini kerana, sesebuah hubungan yang tidak bergoyang tidak akan tahu kasih sayang pasangannya itu berada di tahap yang mana. Jika ujian hadir maka, setiap pasangan tahu bahawa pasangannya sangat sayang akan dirinya.

2. Bertambah mengenali.

Setiap kali ujian datang menimpa perhubungan itu, ia hanya untuk membuat anda dan pasangan bertambah mengenali antara satu sama lain. Mengenali kelakuannya apabila masalah datang. Sama ada dirinya akan membiarkan anda sendiri atau turut bersama anda dalam menyelesaikan masalah yang mendatang.

3. Menguji kesabaran.

Setiap pasangan mempunyai tahap kesabarannya. Jadi ujian yang hadir ini hanya ingin menjentik dan menguji sahaja tahap kesabaran anda dan pasangan anda. Jika anda dan pasangan tidak dapat mengawal, maka habis lah hubungan kalian.


4. Bertambah erat.

Hikmah yang akan diperoleh seterusnya ialah, anda dan pasangan akan bertambah erat. Hal ini kerana, anda dan pasangan tidak pernah melepaskan tangan antara satu sama lain. Maka perhubungan anda akan bertambah erat walaupun ujian menimpa.

5. Mengingati Allah.

Mungkin akibat terlalu bahagia, kita terlalai dan terlupa akan pencipta kita. Jadi Allah hanya mahu kita mengingatinya walaupun dalam keadaan bahagia. Jangan hanya mencarinya ketika mengalami kesusahan.

Kesimpulannya, jangan menganggap ujian yang datang itu satu masalah yang besar. Tetapi anggaplah ia satu proses kita semakin mengenali pasangan kita. Hanya melalui perkara ini sahaja boleh lihat diri sebenar pasangan kita.

 

]]>
5 Sebab Kenapa Lelaki Berubah Hati Terhadap Wanita Yang Mereka Cintai. https://redaksi.com/2102-5-sebab-kenapa-lelaki-berubah-hati-terhadap-wanita-yang-mereka-cintai Wed, 25 Apr 2018 11:08:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2102 Bukan sahaja wanita yang mudah berubah hati ketika pasangan mereka telah melakukan onar, lelaki juga mempunyai perasaan yang sama.

Tetapi, di sebabkan lelaki ini bukan mudah untuk meluahkan perasaan secara terang-terangan, jadi wanita menjadi keliru, adakah pasangan mereka masih menyayangi mereka atau pun tidak?


Wahai wanita, anda perlu tahu 5 perkara di bawah ini sebenarnya menyebabkan lelaki mudah berubah hati tanpa anda sedar! Jom baca!

1. Sering dibanding-banding dengan lelaki lain.

Siapa sahaja yang suka dibandingkan, bukan? Antara adik-beradik juga mereka tidak suka dibandingkan, apatah lagi lelaki yang dibandingkan dengan lelaki lain. Terutamanya bekas kekasih mu, wahai wanita!

Jika anda benar-benar mencintai pasangan anda yang sekarang, jadi jangan mempersia-siakan lelaki di depan matamu itu!


2. Status dan kejayaan wanita yang lebih tinggi.

Sebenarnya, lelaki mudah tergugat apabila teman wanitanya mempunyai jawatan kerja yang lebih bagus dan berpendapatan tinggi daripada mereka. Jika lelaki mendapati teman wanitanya sering memperkecilkan pekerjaan dan tidak menghormati gaya mereka, lelaki ini mudah berkecil hati.

Jika wanita tidak pandai memujuk, memang lelaki akan berubah hati dan terus menghilangkan diri.

3. Tidak suka dibebel.

Lelaki tidak kisah jika bebelan itu seperti tidak mengancam diri mereka, tetapi jika tiba-tiba nada suara wanita berubah menjadi lebih tinggi seolah-olah mencari gaduh, lelaki akan membalas dengan nada suara yang tinggi juga.

Jika anda benar menghormati pasangan, jangan menengking dan melenting terhadap mereka. Mereka akan mudah berubah hati. Hati-hati!


4. Kurang bermesra.

Wanita yang berdikari dan berpewatakan kasar adalah salah satu ciri-ciri idaman lelaki, tetapi lelaki inginkan juga wanita yang pandai berpenampilan sedikit feminin. Oleh kerana itu lelaki yang dominan akan cuba mengubah wanita seperti ini untuk pandai bermesra dan bermanja.

Jika wanita yang mereka cintai tidak berubah menjadi feminin, mereka akan mudah berubah hati.

5. Dikongkong.

Lelaki juga mudah berubah hati, ketika dirinya sering dikongkong oleh wanita yang mereka cintai. Mereka seolah-olah merasakan wanita kesayangannya tidak lagi mempercayai diri mereka, dan akan mudah rasa terkilan. Jaga-jaga wahai wanita!


]]>
10 Petanda Dialah Jodoh Kita. https://redaksi.com/7-10-petanda-dialah-jodoh-kita Fri, 12 May 2017 15:49:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7 Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita:

1. Bersahaja.

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama.

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3. Terima kita seadanya.

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa jujur.

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5. Percaya mempercayai.

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang bekerjasama.

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita.

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita



8. Tampilkan kelemahan.

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati.

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat istikharah dan tawakkal.

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

]]>
Masa Bincang Pasal Nak Kahwin, Jangan Lupa Bincang Juga 6 Perkara Ini Dengan Pasangan. https://redaksi.com/7627-masa-bincang-pasal-nak-kahwin-jangan-lupa-bincang-juga-6-perkara-ini-dengan-pasangan Mon, 18 Nov 2019 14:16:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7627 Bila tiba-tiba seseorang mengajak anda untuk berkahwin, tentu rasanya sedikit teruja dan juga bahagia. Mana tidanya, selama ini anda harapkan seseorang yang ikhlas dengan anda, kini dirinya telah hadir untuk membahagiakan anda. Bukan itu sahaja, tanpa paksaan dia dengan rela hati ingin menghalalkan hubungan anda, tentu ini satu perkara yang mengembirakan anda.

Dalam rancak membincangkan bila nak adakan majlis merisik, pertunangan, serta tarikh kahwin. Ada beberapa perkara lain juga yang perlu anda bincang dengan pasangan anda. Apabila berlakunya perbincangan yang lancar serta persetujuan yang sama, maka rumahtangga yang akan dihadapi akan lebih bersedia.

Bukan perkara yang penting pun, tapi lebih baik bersedia sebelum menjadi perbalahan dikemudian hari. Jadi apa yang perlu kalian bincangan sebelum kahwin adalah...



1. Bagaimana dengan pembahagian kerja rumah.

Sekarang ini ramai suami atau isteri yang menolak kerja rumah. Ada yang kata ini semua tugas suami, ada pula kata ini tugas isteri. Jadi demi elakkan perkara seperti ini, bincang awal siapa yang akan melakukan tugas ini. Akan tetapi lebih elok kalau sama-sama ingin berkongsi tugas ini. Barulah nampak sebagai satu team pasukan yang baik.

2. Isteri suri rumah atau berkerja?

Ada suami yang sukakan isterinya duduk di rumah menjadi suri rumah. Di mana, apabila dia pulang kerja layanan terjamin malah rumah teratur. Tapi ada juga yang sukakan isteri berkerja, mambantu menguruskan kewangan malah nampak bergaya apabila nak pergi kerja. Haaa... ini bakal isteri kena tahu bakal suami sukakan yang mana. Anda pula sedia yang mana?



3. Kewangan sebelum dan selepas kahwin.

Ramai fikirkan akan kewangan sebelum kahwin sahaja, seperti wang hantaran, majlis perkahwinan dan juga honeymoon. Akan tetapi, selepas kahwin lagi banyak pakai duit. Jadi persediaan sebelum dan selepas kahwin kena seimbang, malah perbelanjaan sebelum kahwin juga kena hadkan. Barulah sama-sama tak makan nasi berlaukkan telur nanti.

4. Sewa atau tinggal berasingan?

Kalau tinggal dengan mertua macam-macam masalah akan timbul, jadi nak tinggal di mana? Nak menyewa ataupun sanggup tinggal berasingan? Lagi-lagi kalau masing-masing jauh di selatan dan utara, macam mana nak tinggal serumah? Kalau yang dekat pula, nak menyewa ke duduk rumah mertua? Banyak nak kena bincang ini.



5. Pelaburan dan simpanan?

Ada lakukan pelaburan? Simpanan pula ada berapa? Yang ini pun penting, walaupun ramai yang kata selepas kahwin nanti boleh simpan sama-sama, tapi kalau ada RM1000 dalam simpanan pun boleh guna masa kecemasan juga bukan?

6. Berapa ramai anak.

Mungkin akan ada yang kekok untuk membincangkan soal ini. Namun, perancangan awal adalah yang terbaik. Nak anak ramai atau tidak, masa inilah kena rancangnya. Bukan itu sahaja, masa depan anak, seperti simpanan, pembelajaran serta perbuatannya, masa ini anda kena bincang. Bila dah kahwin nanti tinggal usaha dan juga percaya pada rezeki.

Mungkin ada yang merasakan ia tidak begitu penting, tetapi ketahuilah bahawa perbincangan seperti ini akan membuatkan anda lebih memahami pasangan anda. setiap keputusan dan tindakan itu akan mencerminkan siapa dirinya. Bukan itu sahaja, anda boleh lihat dia bersedia atau tidak untuk berkahwin.

]]>
Lelaki Suka Menipu Pasangan? Mari ketahui Mengapa Mereka Menipu. https://redaksi.com/2585-lelaki-suka-menipu-pasangan-mari-ketahui-mengapa-mereka-menipu Mon, 25 Jun 2018 12:15:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2585 Siapa yang suka menipu pasangan? Baik lelaki mahupun wanita, kedua-duanya mempunyai keinginan menipu yang tinggi. Tetapi kali ini, kita akan berkongsi mengapa seseorang lelaki itu menipu pasangannya. Adakah demi menjaga hati pasangannya atau hanya ingin menjaga keselamatan dirinya daripada perbuatannya diketahui pasangnya. Mari ketahuinya.


1. Tidak mahu pergaduhan.

Wanita ini apabila sudah bergaduh dengan pasangan sudah pasti lambat redanya. Kalau bergaduh sudah menjadi satu kerja lain untuk memujuk pasangannya. Jadi penipuan yang dilakukan oleh seorang lelaki kerana tidak mahu pergaduhan berlaku.

2. Terlalu takut untuk menyakiti hati anda.

Mungkin kejujuran yang akan diluahkan olehnya itu akan melukakan hati anda. Dirinya pula tidak sanggup untuk melihat anda terluka kerana satu kejujuran. Maka penipuan adalah jalan yang akan dipilih oleh dirinya.

3. Untuk mendapatkan ruang untuk diri sendiri.

Kadang kala anda mungkin memberi sedikit tekanan terhadapnya. Jadi mereka tidak mempunyai alasan lain untuk lari dari anda. Maka dengan itu, penipuan adalah jalan yang terbaik untuk dirinya.


4. Untuk meningkatkan ego mereka.

Penipuan yang dilakukan pula hanya untuk meningkatkan ego mereka. Di mana mereka ini akan menyatakan seolah-olah anda yang bersalah ataupun pihak lain yang bersalah dalam perkara itu.

5. Untuk menguji anda.

Penipuan yang diciptakan itu sengaja dilakukan hanya demi menguji anda. Sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku. Dia hanya ingin melihat bagaimana anda menghadapinya setelah mengetahuinya.

Penipuan ini kadang kala perlu demi menyelamatkan hubungan dan juga diri sendiri. Tetapi jika penipuan itu kerap dilakukan ia juga akan memakan hubungan tersebut. Jadi hati-hati apabila menipu pasangan.

]]>
Apakah Hukum Membayar Mahar Secara Hutang? Jom Ikuti Penjelasan Ini. https://redaksi.com/4487-apakah-hukum-membayar-mahar-secara-hutang-jom-ikuti-penjelasan-ini Sat, 08 Dec 2018 09:29:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4487 Mahar atau mas kahwin ialah “harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya dengan sebab akad nikah.”

Mahar juga disebut sebagai al-sadaq dan hukumnya adalah wajib  sebaik sahaja sempurna akad nikah sama ada mas kahwin itu disebut dengan kadar tertentu ataupun tidak semasa akad tersebut. Jika terdapat permuafakatan menafikannya atau tidak menyebutnya, persetujuan tersebut batal dan mas kahwin tetap wajib diserahkan.

[Rujuk al-Fiqh al-Manhaji (4/75)]

Berkenaan hukum membayar mahar secara hutang, maka hukumnya adalah diharuskan. Menurut al-Fiqh al-Manhaji (4/77):

Mas kahwin tidak mempunyai kadar minimum dan maksimumnya. Setiap sesuatu yang dinamakan harta atau boleh ditukar dengan harta, boleh dijadikan mas kahwin sama ada sedikit atau banyak, tunai atau hutang, atau sesuatu yang bermanfaat, seperti kain, sejadah, wang, tempat kediaman atau mengajar sesuatu kemahiran. Firman Allah SWT:

وَأُحِلَّ لَكُمْ مَا وَرَاءَ ذَلِكُمْ أَنْ تَبْتَغُوا بِأَمْوَالِكُمْ

Maksudnya:  “Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (iaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu.” (Surah al-Nisa’: 24)

Ayat ini hanya menyebut harta (المال) semata-mata tanpa menetapkan kadar yang tertentu.

Begitu juga, hadith Rasulullah SAW bersabda:

أَعْطِهَا وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ

Maksudnya: “Engkau berikanlah perempuan itu walaupun sebentuk cincin besi.”

[Riwayat al-Bukhari (4741) dan Muslim (1425)]

Dan hadith yang lain, daripada Amir bin Rabi’ah RA, katanya:

أَنَّ امْرَأَةً مِنْ بَنِي فَزَارَةَ تَزَوَّجَتْ عَلَى نَعْلَيْنِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَضِيتِ مِنْ نَفْسِكِ وَمَالِكِ بِنَعْلَيْنِ. قَالَتْ نَعَمْ قَالَ فَأَجَازَهُ

Maksudnya: “Seorang perempuan daripada Bani Fazarah berkahwin dengan mas kahwinnya, seperti kasut. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kamu redha dengan mendapat sepasang kasut sebagai mas kahwin?” Perempuan itu menjawab: “Ya!” Lalu Baginda membenarkannya.”

[Riwayat al-Tirmidzi (1113)]

Ini menunjukkan mahar yang diserahkan secara hutang adalah dibenarkan, berdasarkan persetujuan isteri. Namun begitu, hendaklah ditentukan waktunya kerana itu adalah hak isteri. Menurut al-Fiqh al-Manhaji:

“Pemberian mas kahwin tidak disyaratkan dengan segera. Ia boleh disegerakan atau ditangguhkan kesemuanya sebelum persetubuhan. Walau bagaimanapun, penangguhan itu hendaklah ditentukan masanya. Ini kerana mas kahwin itu milik isteri.

Dia berhak meminta disegerakan atau ditangguhkan mengikut kehendaknya. Apabila mas kahwin tersebut diminta agar diserahkan segera, maka isteri berhak menahan dirinya daripada melakukan persetubuhan dengan suami sehinggalah mas kahwin diterimanya. Jika mas kahwin itu dipersetujui untuk ditangguhkan, isteri tidak berhak menahan diri daripada suami kerana dia sendiri telah bersetuju dengan penangguhan tersebut.”

Kesimpulannya:

  • Mahar adalah pemberian yang wajib diberikan kepada isteri apabila akad nikah sudah termeterai. Ia boleh diberikan secara tunai atau hutang.
  • Akad nikah yang tidak dinyatakan mahar adalah sah, walaupun mahar tetap wajib diserahkan kemudiannya.
  • Mahar adalah hak isteri. Justeru, isteri ada hak untuk menghalang diri daripada disetubuhi suami sekiranya suaminya belum memberikannya mahar yang dia minta untuk segerakan.
  • Sekiranya isteri telah bersetuju untuk menangguhkan bayaran mahar, maka dia tidak lagi layak menghalang diri daripada dipersetubuhi oleh suaminya. Namun, penangguhan itu perlu ditetapkan masanya.

Wallahua’lam.

]]>
Antara Kelebihan Air Zamzam Yang Anda Perlu Ketahui. https://redaksi.com/4490-antara-kelebihan-air-zamzam-yang-anda-perlu-ketahui Sat, 08 Dec 2018 11:10:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4490 Zamzam berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud banyak atau melimpah ruah. Air Zamzam merupakan air yang dianggap suci oleh umat Islam. Ia merupakan telaga mata air yang terletak dalam kawasan Masjidil Haram, bersebelahan tenggara Kaabah yang mempunyai kedalaman sedalam 42 meter.

Jom lihat antara khasiat dan kelebihan air Zamzam ini;

1. Untuk Menghilangkan Lapar.

Keberkatan Air Zamzam ini berfungsi seperti makanan, dan ia mengenyangkan bagi orang yang meminumnya. Nabi SAW bersabda;

“Air zam-zam itu air yang diberkahi. Makanan yang mengenyangkan.” (HR Muslim & Ibn Hibban)

Dari Ibnu Abbas ra, Nabi SAW bersabda,

“Air terbaik yang ada di muka bumi adalah air zam-zam. Boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan ubat dari penyakit.” (HR Tabrani)

Syaikh Abdurrasyid Ibrahim (1364 H) berkata, “Saya bertahan beberapa minggu dengan air zam-zam untuk menghilangkan rasa laparku. Ini adalah pengalaman nyata yang tidak diragukan padanya.” (Lihat Fadhlu Māa Zamzam hlm. 105-106 oleh Sa’id Bakdasy)

2. Untuk Mengoptimumkan Proses Metabolisme Tubuh.

Proses metabolisme tubuh berfungsi untuk mengubah zat-zat yang masuk ke dalam tubuh seperti lemak bertukar menjadi tenaga. Apabila tenaga terhasil, maka tubuh akan memiliki tenaga untuk menjalankan aktiviti sehari-hari. Mineral dari air zam-zam sangat baik dalam memaksimumkan proses metabolisme, serta berfungsi untuk mengganti dengan segera, mineral yang digunakan ketika proses metabolisme.

Kita disarankan untuk kerap meminum Air Zamzam. Seeloknya minum Air Zamzam sebelum tidur malam atau pada waktu pagi selepas bangun tidur. Hal itu kerana, menurut pakar Mury Kuswari, kadar metabolisme tubuh tinggi sewaktu kita sedang tidur.

3. Untuk Mukjizat Air Zamzam Bergantung Kepada Niat Orang Yang Meminumnya.

Dari Ibnu ‘Abbas ra, Rasulullah SAW bersabda:

“Air Zamzam sesuai dengan niat ketika meminumnya. Bila engkau meminumnya untuk ubat, semoga Allah menyembuhkanmu. Bila engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, semoga Allah menghilangkannya. Air Zamzam adalah galian Jibril, dan curahan minum dari Allah kepada Ismail as.” (HR Daruqutni dan Hakim)

Ibnu Taimiyyah berkata, “Seseorang disunnahkan untuk meminum Air Zamzam sampai benar-benar kenyang, dan berdoa ketika meminumnya dengan doa-doa yang dikehendakinya (bebas). Namun tidak disunnahkan mandi dengannya (air Zamzam).” (Lihat kitab Hajjatun-Nabi, al Albani, 1/117)

Inilah keistimewaan dan kelebihan Air Zamzam yang tidak ada pada air-air yang lain. Oleh itu, niatlah apa-apa sahaja yang baik sewaktu minum Air Zamzam. Mudah-mudahan, niat kita itu dikabulkan oleh Allah SWT.

4. Untuk Menguatkan Tulang Dan Gigi.

Air Zamzam mengandungi kadar kalsium dan garam magnesium yang lebih tinggi dibanding telaga lain yang terdapat di sekitar Mekah. Oleh kerana tulang dan gigi yang sihat memerlukan kandungan kalsium yang mencukupi, maka, kekerapan minum Air Zamzam boleh membantu mencegah terjadinya masalah pereputan tulang dan gigi sebelum waktunya.

5. Untuk Menyembuhkan Pelbagai Penyakit.

Dari Jabir bin Abdillah ra, telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Air Zamzam bergantung pada sesiapa yang meminumnya”. (HR Ibnu Majah)

Oleh sebab itu, tidak kiralah apa penyakit sekalipun, jika kita berniat minum Air Zamzam untuk menyembuhkan penyakit yang ada, insyaAllah dengan keizinan Allah SWT penyakit itu akan sembuh. Yang penting, mukjizat Air Zamzam itu boleh diperoleh dengan syarat niat yang tulus dan menyandarkan diri secara kuat hanya kepada Allah SWT semata-mata.

Jangan terdapat keraguan di dalam hati tentang kemahakuasaan Allah. Sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang bertawakkal (menyandarkan diri hanya kepada Allah SWT). Hal ini seperti yang telah dijelaskan di dalam kitab Ahkamul Quran 3/1124 karya Ibnul Arabi.

Semoga Bermanfaat!

]]>
Bila Kentut Depan Pasangan Itu Tanda Cinta? Ini 5 Cara Lain Yang Boleh Korang Buat Yang Lebih Romantik. https://redaksi.com/6811-bila-kentut-depan-pasangan-itu-tanda-cinta-ini-5-cara-lain-yang-boleh-korang-buat-yang-lebih-romantik Tue, 13 Aug 2019 12:21:55 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6811 Ada kajian kata kalau kita kentut depan pasangan, itu tanda cinta kita pada dirinya. Rasa geli pun ada kan tapi itu mungkin tanda bahawa pasangan kita itu betul-betul terima baik buruk kita, yelah sebab kentut kan busuk. Lagi-lagi bila makan telur.

Nak tunjuk tanda sayang bukan guna kentut atau guna cara yang tak sopan, apa kata guna perbuatan yang lebih sopan dan menyejukkan hati pasangan kita. Banyak je cara yang sopan malah sesuai untuk digunakan buat pasangan kit ani, lagi-lagi bila dah kahwin. Yang belum kahwin, haram buat ya.



5 perbuatan tunjukkan kasih sayang pada pasangan.

1. Bermaafan sebelum tidur.

Nampak remeh kan? Tapi tak semua orang mampu buat. Lagi-lagi pasangan yang pentingkan air muka sendiri. Mana tidaknya, korang pentingkan air muka sangat dekat pasangan kenapa, kentut depan dia boleh pula. Cara nak kekalkan kasih sayang dalam perkahwinan, sebenarnya bermaafkan sebelum tidur.

Nak tidur lebih tenang malah masa bangun tidur juga terasa lebih tenang dan bertenaga. Mana tidaknya masa tidur tak fikirkan apa-apa.

2. Peluk pasangan dari belakang.

Apa yang seronoknya bila dah kahwin ni, semua perkara halal nak buat. Malah kalau tengok pasangan kita macam tak ada mood dan bad mood je, apa kata cuba peluk dari belakang. Ini juga tanda yang kita ini sayang akan dirinya.

Malah pelukan ini juga dapat merawat emosi pasangan kita menjadi lebih tenang dan rasa bahagia.



3. Sebelum pergi kerja salam terlebih dahulu.

Ini adalah salah satu amalan suami isteri bahagia. Sebelum pergi kerja, sama ada sudah lambat atau cepat tetap jadikan ia sebagai amalan yang suami isteri tak tinggal. Selain dapat pahala, dosa-dosa juga berguguran, malah ia juga satu penghormatan buat suami bagi si isteri.

4. Cium dahi pasangan.

Ada orang kata bahawa cium dahi pasangan ini menunjukkan bahawa kita sayang dan hormat pada dirinya. Malah pasangan juga akan merasa dihargai serta disayangi. Kalau malu nak cium pasangan, apa kata buat masa dirinya tengah tidur, walaupun dia mungkin tak akan perasaan tapi ia mampu buat pasangan tidur dengan lebih tenang.



5. Usikkan dan sakat antara pasangan.

Perbuatan ini sememangnya digalakkan dalam hubungan. Mana tidaknya, kalau selalu bergurau senda ini, segala masalah akan berkurangan, malah ia juga terapi diri. Lagi-lagi kalau usik waktu ada wuduk, lagilah rasa hubungan bertambah bahagia je.

Bukannya kata kentut depan pasangan itu tak sayang pasangan, tapi banyak lagi perkara yang romantik dan membuat pasangan lebih menghargai pasangan.

]]>
"Nak Anak Sendiri, Tapi Kalau Dapat Anak Angkat Pun Kami Terima..." - Isteri Achey Sedia Jalani Rawatan IVF https://redaksi.com/8794-nak-anak-sendiri-tapi-kalau-dapat-anak-angkat-pun-kami-terima-isteri-achey-sedia-jalani-rawatan-ivf Wed, 28 Oct 2020 10:27:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8794 Setiap pasangan suami isteri tentunya ingin memiliki zuriat mereka sendiri. Walaupun terpaksa lakukan pelbagai cara untuk memiliki anak itu, tentunya mereka sanggup asalkan dapat merasai detik kebahagiaan itu.


Sama seperti pasangan ini yang tak kenal erti putus asa dalam berusaha memiliki anak hasil dari darah daging mereka sendiri. Walaupun sudah mengambil anak angkat, tapi itu bukan bermakna pelawak, Achey dan isterinya, Nur Hasanah Yahya sudah menyerah.

Masih menyimpan impian yang sama sejak sembilan tahun lalu, pasangan suami isteri ini bercadang ingin menjalani rawatan kesuburan sebagai in-vitro (IVF) sebagai jalan terakhir.

Telah merancang hasrat itu sejak tahun lalu, namun masih belum tertunai berikutan kemungkinan terbabit dalam program komedi. Di samping dia ingin memastikan isterinya mendapat rehat dan penjagaan emosi yang cukup.

"Walaupun rawatan membabitkan isteri, tetapi saya perlu memastikan emosi isteri sentiasa stabil. Jika terlalu sibuk dengan kerjaya, saya bimbang tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepadanya.

"Selain itu, isteri perlu mendapatkan rehat mencukupi, lihatlah bagaimana Datuk Seri Siti Nurhaliza berehat cukup lama ketika mengandung anak sulungnya, Siti Aafiyah.

"Makan minum perlu dijaga. Apa yang penting, rehat dan emosi. Tambahan pula, anak kami, Nur Tiara Zinnirah, 2, sedang lasak. Saya bimbang isteri tak mampu mengawalnya seorang diri. Jadi, saya perlu sentiasa berada di sisi isteri ketika proses rawatan," katanya.

Dia juga tidak menolak sekiranya ada rezeki mengambil anak angkat lagi kerana kehadiran Nur Tiara amat bermakna buat pasangan suami isteri ini.

"Kami sudah bersedia mengambil anak angkat. Apa salahnya, ini kerana kehadiran Nur Tiara cukup bermakna dalam hidup kami.

"Ikutkan, isteri mahukan zuriat sendiri, tetapi apa yang nak diharapkan jika belum ada rezeki. Kami kena redha. Jika dapat anak angkat pun kami terima. Kalau boleh, kami mahu anak lelaki pula," katanya.


]]>
Ingat 5 Perkara Ini Apabila Masih Mencintai Walaupun Telah Dilukai. https://redaksi.com/4102-ingat-5-perkara-ini-apabila-masih-mencintai-walaupun-telah-dilukai Fri, 02 Nov 2018 13:02:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4102 Belajar mencintai seseorang setelah melukai dan menghancurkan hati kamu bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin saat ini adalah masa yang paling mencabar bagi anda. Sebaik sahaja seseorang mengkhianati kepercayaan dan tidak menghormati anda, ia seolah-olah sukar sembuh darinya. Tetapi mungkin anda boleh melakukan empat cara ini untuk bangkit dari kesakitan itu.



1. Jangan terlalu mementingkan diri.

Mungkin bagi anda ia perkara yang memalukan apabila ditipu dan dikhianati. Tapi anda perlu sedar bahawa bukan hanya anda sahaja mempunyai pengalaman sebegini. Banyak lagi orang senasib dengan anda. Jadi untuk apa terus menghukum diri. Anda juga berhak bahagia.

2. Anda tidak bersendirian, ramai lagi yang pernah dilukai dan terluka.

Tiada manusia yang sempurna tanpa kisah lalunya. Jadi jangan merasa rendah diri dengan pengalaman yang anda penah lalui. Setengah daripada kita kadang kala lebih mencintai namun takut untuk terluka. Jika sudah tidak mampu, hentikan saja hubungan itu.

3. Ambil masa untuk pulih.

Ambil berapa banyak masa untuk anda memulihkan diri anda sendiri. Sebelum memulakan sesuatu yang baru, anda patut melupakan segala kesakitan dan kelukaan yang pernah anda alami. Hal ini kerana, untuk mengelakkan anda melukai diri
anda lagi mahupun pasangan anda.



4. Sentiasa bersikap terbuka dalam komunikasi dan sedia mendengar.

Di samping itu juga, anda perlu meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati dan sedia mendengar nasihat daripada orang lain. Hal ini kerana, pada ketika ini anda tidak mampu memikirkan hal yang mana baik ataupun tidak. Jadi pendapat dan pandangan orang lain itu penting!

5. Emosi mampu mengaburi pemikiran.

Kita semua ada mempunyai emosi, apabila sesuatu berlaku dalam perhubungan ia mudah menjadi sejuk mahupun panas. Tetapi ujian sebenar berlaku apabila anda tidak mampu mengawal emosi anda. Tindakan menekan dari anda kepada pasangan anda bukanlah sesuatu yang baik. Maka anda perlu mengawal emosi anda agar keadaan sesuatu hubungan itu mampu pulih.

Hubungan itu memberikan kebahagiaan bukanya melukakan hati anda. Untuk apa anda tahan segala kelukaan demi mereka yang tidak membahagiakan.

]]>
Tataplah Wajah Suami Anda Ketika Dirinya Sedang Tidur Wahai Isteri. https://redaksi.com/4498-tataplah-wajah-suami-anda-ketika-dirinya-sedang-tidur-wahai-isteri Tue, 11 Dec 2018 12:16:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4498 Menjadi seorang isteri ini kadang kala kita terlalu sensitif, mudah merajuk tanpa memikirkan penat lelahnya si suami nak melayani kerenah kita ini. Bukan itu sahaja, kita juga kerap kali minta diberikan perhatian, sedangkan perhatian buat dirinya juga terbahagi antara dirinya dan anak-anak. Tidak cukup dengan itu, kita selalu mahu dia memahami kita, tapi kita pula tidak cuba untuk memahami suami kita sendiri.

Selalunya kita nak dia ada dalam setiap masalah kita sebagai pendorong dan pembahagi semangat, tapi kita pula yang tidak selalu ada dengan dirinya apabila dia dilanda masalah. Sebagai renungan yang lebih membantu kita lagi, mari baca sedikit perkongsian daripada saudara Mizan Dzai ini.



INGATAN BUAT ISTERI.

                          

Saat kau dah menjadi isteri, sesekali pandanglah wajah suami kau semasa dia sedang tidur.

Itulah orang yang tiada hubungan darah dengan kau namun tetap terus berusaha mencintai kau sedalam-dalamnya.

Sesekali masa suami pulang dari kerja atau dari tempat usahanya, pandang wajah dia dan cium tangannya.

Itulah tangan yang bekerja keras mencari rezeki untuk memberi nafkah buat diri kau dan anak-anak.

Sedangkan, sebelum akad nikah dia tak punya hutang budi terhadap kau. Bahkan dia mempunyai hutang budi sampai mati kepada ibu dan bapanya.

Dia memilih kau sebelum sempat membalas seluruh hutang budi kedua orang tuanya.



Sesekali saat kau berdua dengannya, lihatlah suami kau itu, pandanglah wajahnya dengan penuh sayang.

Itulah peribadi yang boleh menutupi masalah-masalahnya diluar rumah, agar kau tak turut sedih kerananya.

Dia berusaha menyelesaikan masalahnya sendiri agar kau tidak ikut terbeban.

Sementara kau selalu mengadukan masalah kau kepadanya, berharap dia akan mengerti dan memberi penyelesaian.

Padahal saat itu masalahnya jauh lebih besar daripada masalah kau, namun kau tetap yang diutamakannya.

Semoga Allah jadikan keluarga kita semua sebagai keluarga yang Sakinah, Mawaddah dan Warahmah.

]]>
Menurut Psikologi Ada 6 Jenis Bentuk Percintaan, Yang Mana Satu Kamu Sedang Lalui? https://redaksi.com/787-menurut-psikologi-ada-6-jenis-bentuk-percintaan-yang-mana-satu-kamu-sedang-lalui Tue, 08 Aug 2017 12:38:11 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=787 Dalam suatu perhubungan percintaan, kita boleh perhatikan lain pasangan lain cara mereka bercinta. Ada yang jiwang berbunga-bunga, ada yang dikawal ketat oleh pasangan, ada jugak yang nampaknya sangat enjoy! Menurut psikologi, ada 6 jenis hubungan cinta. Mana satu agaknya jenis percintaan kamu?



1. Eros [Cinta Fizikal ].

Cinta jenis ini bermaksud kamu tertarik dengan orang yang mempunyai penampilan menarik. Selalunya kamu akan cenderung untuk membina hubungan yang berasaskan fizikal, kurang pengalaman dengan emosi. Sudah diketahui bahawa kurangnya emosi dalam perhubungan akan membawa kepada berakhirnysa sesuatu hubungan.

Pencinta jenis Eros:

- Selalunya merasakan tekanan semasa peringkat awal perhubungan.
- Mudah jatuh hati dengan keadaan fizikal seseorang
- Boleh menjadi ketagih kepada perhubungan yang baru, tapi mudah hilang minat dengan cepat.



2. Ludus [Cinta Permainan].

Pencinta jenis Ludus melihat perhubungan seakan suatu yang menarik, kasual dan mainan. Pencinta jenis Ludus memandang perhubungan itu seperti permainan yang harus dimainkan. Mereka selalu mengelakkan komitmen dan gemar bersuka-suka sahaja. Mereka yang terikat dengan pencinta jenis Ludus cenderung untuk menipu dan curang.

Pencinta Jenis Ludus:

- Rasa cukup dengan dirinya sendiri.
- Berkongsi hanya sedikit maklumat mengenai diri mereka.
- Mempunyai ciri-ciri narsisistik iaitu mencintai dirinya sendiri.

3. Mania [Cinta Posessif - Memiliki].

Pencinta jenis Mania selalunya orang yang mempunyai permintaan yang tinggi, bersifat bergantung kepada orang lain dan merasa memiliki. Jika kamu seorang pencinta jenis Mania, kamu akan cendenrung untuk mengawal keadaan dan ingin mengetahui segala yang dilakukan oleh pasangan. Pencinta jenis ini tidak mempercayai pasangan dan mempunyai kesukaran untuk mempercayai perhubungan romantik.

Pencinta jenis Mania:

- Terlalu obses terhadap cinta.
- Mudah terluka.
- Memerlukan pengesahan dalam perhubungan.



4. Agape [Cinta Yang Tidak Mementingkan Diri].

Pencinta jenis Agape boleh dikelaskan sebagai pencinta yang tidak mementingkan diri. Jika kamu mempunya gaya percintaan jenis Agape, kamu cenderung untuk memberi berbanding menerima. Kelebihannya adalah kamu cenderung untuk mengambil berat tentang keadaan dan kesihatan pasangan. Cinta ini mungkin nampak seperti cinta yang ideal, ia mungkin ada isu berkaitan codependency atau kebergantungan.

Pencinta jenis Agape:

- Mempunyai cinta tanpa syarat kepada pasangan.
- Mempunyai semangat kasih sayang yang tinggi terhadap pasangan.
- Akan meletakkan keperluan pasangan sebagai keutamaan berbanding keperluan diri.

5. Pragma [Cinta Praktikal].

Pencinta jenis Pragma selalunya mencari seseorang yang memenuhi imej tertentu untuk cintanya. Jika kamu mencari seseorang berdasarkan umurnya, keadaan kewangan, karekter fizikal, budaya atau latarbelakang spiritual, kamu dikategorikan sebagai pragma. Kebanyakkan orang yang menggunakan aplikasi dating atau laman web dating di internet adalah pencinta jenis pragma.

Pencinta jenis Pragma:

- Sangat tinggi rasionalnya.
- Menggunakan pengetahuan empirikal untuk dating dan bercinta.
- Membuat pertimbangan dengan berhati-hati apabila bertemujanji dengan seseorang.



6. Storge [Cinta jenis Companionate].

Cinta jenis Storge mempunyai perhubungan yang berasaskan persahabatan, berkongsi nilai, matlamat dan keserasian bersama. Mereka kadang-kadang bersifat percampuran antara pencinta jenis pragma dan agape. Jika kamu pencinta jenis ini, kamu tidak akan mudah tertarik dengan keadaan fizikal seseorang atau menjadikannya sebagai keutamaan dalam senarai. Pasangan yang telah lama bersama kadang-kadang berubah cinta mereka kepada jenis companionate.

Pencinta jenis companionate:

- Stabil dan boleh diharap.
- Tidak mencari terlalu banyak keseronokan.
- Mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pasangan.

Pengetahuan mengenai jenis hubungan cinta ini boleh digunakan dalam banyak perkara, termasuklah dalam mencari pasangan yang sesuai.

]]>
Jodoh Adalah Cerminan Diri Kita. https://redaksi.com/2877-jodoh-adalah-cerminan-diri-kita Wed, 18 Jul 2018 09:47:32 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2877 “Kau nak lelaki yang macam mana ni? Semua kau reject…”

“Aku nak yang beriman tinggi, rajin pergi masjid, rajin mengaji, yang dapat pimpin aku ke syurga, yelah kau tau kan aku macam mana? Solat pun asyik tertinggal, nak bukak Al-Qur’an pun….hmmm. Kalau boleh nak lelaki macam ayah aku la”

“Ooooo….mak kau cantik kan, bertuah kau cantik macam dia..”

“Yela, mak aku cantik, rajin, selalu ajar anak buah, anak-anak kawan dia mengaji. Kadang-kadang selalu ikut ayah aku pergi masjid, sebab tu ayah aku sayang..”

“Kau tu, kenapa tak jadi macam mak kau?”

“Erkkk…nanti-nanti lah ye…aku muda lagi kot..”

Mudah. Jika diri sendiri pun sukar untuk berubah ke arah kebaikan, bagaimana untuk menjemput jodoh yang baik seperti dialog di atas. Sebagai manusia biasa yang diberi akal fikiran oleh Allah SWT, kita harus redha bahawa jodoh adalah cermin diri kita sendiri.

Jika diri kita sendiri sukar mengubah dan memperbaiki kelemahan yang sedia ada, sentiasa negatif, sentiasa bersangka buruk pada orang lain, malah terlalu selesa dengan keadaan diri sendiri yang langsung tiada kemajuan, sudah tentu orang keliling yang melihat juga dengan pandangan negatif.

Ini kerana tiadanya aura positif di dalam diri untuk menarik orang luar untuk melihat.

Jaga lah diri sendiri dahulu seperti mana demi menjaga solat, akhlak, aurat dan batas pergaulan jika inginkan jodoh dari kalangan orang yang baik-baik. Ini kan tidak, mahu orang dari golongan yang baik, tapi diri sendiri malas ke masjid, tidak menyentuh Al-qur’an, malah selalu pula menjejakkan kaki ke tempat yang tidak sepatutnya.

Bagaimana mahu berjumpa dengan orang yang baik-baik?

Jika kita sering menangguh diri kita sendiri untuk berubah, maka tertangguh juga lah jodoh untuk sampai. Tetapi seandainya kita sedang memperbaiki diri ke arah kebaikan, Insya Allah jodoh kita juga sedang berusaha untuk berubah. Kalau nak jodoh yang baik, kita juga kena berubah jadi lebih baik. Bila tiba masanya, jodoh pasti akan tiba. Tidak pernah cepat dan tidak pernah lambat.

Dan yang penting, jangan lah kita mencari yang terlalu sempurna. Sempurna itu hanya sifat Allah SWT sahaja dan tiada pada yang lain. Terima lah seseorang jika tidak sempurna sifatnya kerana kekurangan itu dilengkapi. Kelebihan itu disyukuri.

Jika Allah SWT temukan jodoh luarannya seperti yang kita inginkan, tetapi sifat dalaman yang bertentangan, maka terima dia dengan seadanya kerana ia adalah untuk melengkapi kehidupan kita, si dia lah yang bakal menyempurnakan hari-hari suram kita.

DUGAAN BERKAHWIN INI BESAR, JADI PERBAIKI DIRI DAHULU.

]]>
Berkahwin Ketika Usia Yang Muda Adalah Salah Satu Cara Untuk Bebas? https://redaksi.com/3360-berkahwin-ketika-usia-yang-muda-adalah-salah-satu-cara-untuk-bebas Tue, 28 Aug 2018 11:50:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3360 Perkahwinan pada usia yang muda telah menjadi tred untuk anak-anak muda pada masa kini. Seawal umur 16 tahun mereka ini telah berani untuk membuat keputusan yang akan menamatkan zaman remajanya. Perkahwinan ini bukan lah satu perkara yang boleh dibuat main. Ia tidak mudah seolah-olah seperti bermain pondok-pondok. Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum membuat keputusan untuk berkahwin ini. Tetapi bagaimana mereka ini boleh mengambil keputusan seberani itu?


Secara umumnya, ramai yang menyatakan bahawa berkahwin pada usia yang muda ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan berlakunya zina. Adakah perkahwinan ini hanya untuk memuaskan nafsu sahaja? Bagaimana dengan tanggungjawab yang bakal ditanggung selepas berkahwin? Setelah berkahwin, baik lelaki mahupun wanita akan mempunyai satu tanggungjawab yang tersendiri. Adakah segala tanggungjawab dalam rumah tangga akan dibantu oleh ibu bapa kedua belah pihak?

Selain itu juga, ada yang menyatakan bahawa berkahwin pada usia yang muda ini adalah salah satu cara untuk mereka bebas dari ibu bapa mereka. Ibu bapa selalu inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka, sebab itu mereka ini akan menghalang beberapa perkara untuk kebaikan anak mereka. Jika anda berkahwin muda untuk bebas dari ibu bapa anda, maka anak anda juga nanti akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Jadi hati-hati pada niat anda.


Di samping itu juga, berkahwin pada usia yang muda ini juga dapat menghalalkan hubungan. Di mana mereka ini boleh bergerak bebas dengan satu ikatan yang sah. Jadi ibu bapa mereka ini tidak perlu risau sekiranya anak-anak dara mereka ini pulang malam dan keluar bersama teman lelaki mereka. Hal ini kerana, mereka sudah menyerahkan tanggungjawab mereka kepada pasangan anak mereka untuk menjaga dan menegurnya.

Tapi sebenarnya, mereka yang berkahwin pada usia muda ini adalah kerana jodoh mereka telah tiba dengan awal. Mungkin dari pandangan mata ia kelihatan terlalu muda untuk memikul tanggung jawab sedangan Allah SWT lebih tahu yang terbaik untuk setiap hambanya. Sebab itu lah mereka yang memilih untuk berkahwin pada usia yang muda ini cukup berani untuk membuat keputusan untuk berkahwin.


Semuanya bergantung pada niat mereka yang bakal mendirikan rumah tangga pada usia muda ini. Jika mereka niat mereka ingin bebas dari ibu bapa, ingin menjauhkan diri dari zina atau niat kerana Allah SWT, semua tidak diketahui oleh kita. Cuma yang perlu kita tahu jodoh dirinya datang terlebih dahulu berbanding mereka yang lain.

]]>
Cara Solat Istikharah. https://redaksi.com/170-cara-solat-istikharah Fri, 16 Jun 2017 10:00:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=170 Mencari kepastian dalam pilihan? Solat istikharah mungkin antara jawapannya.

1. Lafaz niat:


Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.



2. Surah yang disyorkan:

Rakaat pertama, Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, Al-Ikhlas (1 kali). atau;
Rakaat pertama, ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, Al-Ikhlas (11 kali).

3. Baca tasbih ini sebanyak 40 kali dalam sujud yang terakhir:


Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!



4. Mohon kepada Allah S.W.T untuk ditunjukkan jalan yang betul dan diredhai dalam membuat keputusan sebelum bangun daripada sujud.

5. Baca selawat.

6. Baca doa solat sunat istikharah. Ulang sebanyak 3 kali.

7. Serahkan keyakinan kepada Allah S.W.T. Tidur dalam keadaan yang bersih dan sebolehnya berwudhuk.


]]>
Penting Untuk Tahu Tip Ini Kalau Nak Kahwin Dengan Orang Jawa. https://redaksi.com/1344-penting-untuk-tahu-tip-ini-kalau-nak-kahwin-dengan-orang-jawa Tue, 26 Sep 2017 12:23:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1344 Bertemu jodoh dengan pasangan yang berlainan negeri pastinya memberi satu kejutan budaya buat diri anda. Maklum sahajalah lain keturunan, lain pula adat dan budayanya.

Bagi yang bakal bertemu jodoh dengan orang Jawa, pastikan anda hadam dahulu perkongsian daripada Nur Najihah Muhaimin ini.



Katanya, " Kahwin dengan orang Jawa best. hehe"

Jia terfikir nak tulis pasal ini sebab suami Jia menerima kejutan budaya Jawa, selepas dia kahwin dengan Jia. haha. Itulah lain kali survey, research betul-betul. Ingat kahwin tu kahwin dengan individu. Kita kahwin ini, kahwin dengan segala mak nenek budaya, bahasa, pekan, dsb 😂😂😂 Walaupun Jia bukanlah pandai cakap Jawa tapi Jia bangga jadi wong jowo 😉

TETAMU.

Meh Jia cerita, orang Jawa sangat friendly dengan tetamu. Kalau korang datang bertandang rumah orang Jawa, tak sah kalau tak hidang makanan, minuman. Kalau sempat memang diorang akan masak makanan berat. Orang Jawa sangat menjaga tetamu.

Even Jia yang bertandang kat rumah embah sendiri pun, embah akan hidangkan teh dan segala mak nenek makanan 😂 Tak cukup dengan tu, selalunya diorang bagi ole-ole. At least kerepek, air kotak ke, agar-agar ke.



BARAAN.

Bukan bara api ok! Baraan ini rombongan raya yang selalunya dilakukan oleh lanang (lelaki-lelaki) di kampung-kampung Jawa. Satu rombongan tu ada 30-50 orang.

Orang Jawa dah prepare awal-awal untuk baraan ini. Selalunya rumah orang Jawa, time raya ada 2-3-4 buah set meja makan yang dihidangkan dengan kuih raya. So masa raya tak lah korang berebut nak makan kuih raya.

Orang Jawa ini akan pergi ziarah hampir setiap ahli keluarganya. Dari sepupu-2 pupu, embah saudara, dan sebagainya, semuanya korang kena ziarah. Orang Jawa sangat menjaga silaturahim (kot) 😅

KENDURI.

Kenduri ini jauh-jauh macam mana pun, mostly orang Jawa akan cuba datang. Lagi-lagilah kalau saudara mara. Termasuklah kematian.

Oh ye lepas kenduri kahwin, ada kenduri sum-sum. Kenduri ini tanda kesyukuran yang kenduri pertama sudah selesai dan kenduri ini untuk sukarelawan kenduri yang telah bekerja. Kenduri ini lebih kecil dari kenduri kahwin tetapi masih sangat meriah.

Suami Jia terkejut bila ada kenduri sum-sum. Dia ingat kenduri 'cikai-cikai' kot. 😂😂😂



MINTA MAAF

Time raya korang akan dengar orang Jawa cakap camni :

"Jalok ngapuro seng akeh-akeh"
Lebih kurang maksudnya : minta maaf zahir batin la.

Diorang kalau minta maaf, peluk sakan sampai nangis taw. Ini bukan drama ok. Ini serius ! 😁

Itu je la Jia nak share. Lepas ini Jia nak try speaking in Jowo. Tok gurunya embah wedok la 😂😂😂 embah gelak je Jia cakap jawa. Itulah bapak tak ajar masa kecil-kecil, kan dah keras lidah.

Good luck taw siapa yang nak kahwin dengan orang Jawa! Kahwin dengan orang Jawa best. hehe..

 

]]>
Kenali Seseorang Dengan Lebih Dekat Melalui Bentuk Bibirnya. Setiap Orang Unik Rupanya. https://redaksi.com/8055-kenali-seseorang-dengan-lebih-dekat-melalui-bentuk-bibirnya-setiap-orang-unik-rupanya Fri, 03 Apr 2020 22:53:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8055 Perasaan atau tidak bahawa saiz dan bentuk bibir setiap dari kita ini berlainan. Sudah tentu anda akan perasan mengenai perkara ini bukan. Selalunya, orang kata rambut sama hitam tetapi hati lain-lain. Selain hati, bibir setiap orang juga berlainan. Bukan bibir sahaja, banyak lagi perkara lain yang sememangnya dicipta agak berbeza.

Tapi itu tidak penting, yang penting kita semua cukup sempurna di mata pencipta kita. Itu lebih memadai.

Telah menjadi satu kebiasaan buat diri kita untuk menilai seseorang berdasarkan fizikal mereka. Walaupun perkara ini tidak elok, tetapi tetap sahaja akan anda lakukan bila bertemu dengan seseorang yang baru. Salah satu cara ialah melihat bentuk bibirnya .


Mari kita kenali makna bentuk bibir untuk mengenali watak-watak, seperti yang dipetik dalam Brightside.me.

Bibir bersaiz agak besar

• Orang yang mempunyai bibir besar, mempunyai watak seperti ibu.

• Watak ini memberikan rasa selesa, baik kepada manusia dan haiwan.

• Watak dengan bibir besar sangat gembira untuk memberi perhatian kepada orang lain, dan menjaga orang lain.

• Dalam keadaan penting, orang dengan bibir besar akan mendahulukan kepentingan orang lain, daripada kepentingan diri sendiri.

Bibir atas lebih besar daripada bibir bawah

• Orang dengan bentuk bibir seperti ini, biasanya sering dipanggil drama queen . Kerana saya suka main drama.

• Mereka mempunyai ciri emosi. Walau bagaimanapun, watak orang ini sangat disukai oleh ramai orang.

• Bentuk bibir seperti ini, menjadikan orang itu peduli dengan kehidupan cinta, dan mempunyai karisma.

• Orang-orang dengan bentuk bibir ini suka berdebat, dan juga suka membuat lawak.

Bibir bawah lebih besar daripada bibir atas

• Seseorang yang mempunyai bentuk bibir bawah lebih besar daripada bibir atas, mempunyai watak yang suka pengembaraan.

• Mereka yang mempunyai bibir ini sering merasa bosan, jika dia terpaksa duduk dan bekerja di pejabat sepanjang hari.

• Orang dengan watak ini sangat suka melawat tempat-tempat baru, dan mencari hubungan baru.

• Orang yang mempunyai bentuk bibi ini, mempunyai watak yang terbuka, dan mempunyai rasa ingin tahu yang hebat.

• Jika anda mempunyai pasangan dengan bentuk bibir seperti ini, ini bermakna kehidupan anda tidak akan membosankan. Akan ada kejutan setiap hari.

Bibir ideal

• Seseorang yang mempunyai bentuk bibir yang ideal atau bentuk bibir secara umum, akan mempunyai jiwa keseimbangan.

• Jika ada masalah, orang dengan bibir ideal akan menyelesaikan masalah dengan sabar.

• Orang ini mempunyai watak pandai untuk meletakkan dirinya sendiri. Orang ini juga suka mendengar cerita orang lain.

• Bentuk bibir yang ideal akan menjadikan orang itu mempunyai watak yang tidak mudah terganggu. Malah watak ini sangat anggun untuk menerima kritikan daripada orang lain.

• Tetapi orang yang mempunyai bentuk bibir yang ideal suka ketawa dan jenaka.

Bibir nipis

• Orang dengan bibir nipis mempunyai watak yang suka bersendirian. Jika ada masalah, mereka lebih suka menyelesaikannya sahaja.

• Orang itu akan menikmati masa apabila dia makan sendiri, pergi membeli-belah sahaja, walaupun bercuti di luar negara sahaja.

• Walaupun orang ini suka bersendirian, namun orang dengan bibir nipis sangat mudah menyesuaikan diri dengan orang baru.

• Mereka dapat menghargai pendapat orang lain dan menjadi pendengar baik.

Bibir atas dengan sharp philtrum

• Orang yang mempunyai bentuk bibir atas dengan filum tajam, mempunyai watak yang sangat kreatif.

• Mereka dilahirkan sebagai artis, pelukis, dan pemuzik yang sangat berbakat.

• Orang dengan bentuk bibir sangat sensitif terhadap alam sekitar. Malah, orang ini sangat mudah mengingat orang yang baru saja dikenali.

• Mereka sangat sihat. Mereka juga sentiasa rajin dalam kerja mereka, supaya kerja mereka sentiasa memuaskan.

Bibir atas dengan philtrum yang bulat

• Orang yang mempunyai philtrum bulat, akan mempunyai watak yang sensitif dan baik.

• Orang ini sangat gembira dapat membantu orang lain. Kerana ia mempunyai sifat belas kasihan.

• Mereka sentiasa menjangkau orang yang kurang mampu. Orang-orang seperti ini akan memberi perhatian kepada orang lain terlebih dahulu, bukannya dirinya sendiri.

Bibir atas tanpa philtrum

• Orang dengan bibir tanpa philtrum mempunyai tanggungjawab yang tinggi. Di samping itu, orang ini mempunyai watak yang boleh dipercayai dalam apa jua keadaan.

• Mereka adalah orang yang selalu berfikir secara positif, dan selalu melakukan kerja tepat waktu

• Walaupun mereka harus melalui rintangan yang berat dalam masalahnya, orang dengan bibir tanpa philtrum akan terus berjuang hingga masalah tersebut selesai.

Bibir tebal tetapi kecil

• Orang yang mempunyai bibir yang tebal tetapi kecil, terkenal dengan mereka yang gemuk.

• Orang ini juga terkenal dengan sifat mementingkan diri sendiri. Mereka lebih peduli tentang diri mereka, daripada mereka yang peduli terhadap orang lain.

• Orang ini juga mempunyai watak untuk membantu orang lain, tetapi hanya seperti yang diperlukan. Kerana orang ini tidak suka mengganggu dirinya sendiri.

Bibir atasnya sangat nipis

• Orang ini mempunyai pendirian tegas, dan dapat meyakinkan orang lain. Biasanya mereka akan dengan mudah mencapai kejayaan.

• Untuk kehidupan cinta, orang ini tidak akan mempunyai sifat romantis.



]]>
Jangan Lakukan, Ini 5 Punca Orang Lelaki Turn Off Dengan Anda. https://redaksi.com/8511-jangan-lakukan-ini-5-punca-orang-lelaki-turn-off-dengan-anda Sat, 05 Sep 2020 14:46:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8511 Dah penat menunggu, tentu rasa teruja bila anda seseorang mendekati anda untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi. Siapa tahu yang mendekat ini adalah jodoh yang anda cari selama ini.

Tapi tak semestinya dia mendekati tapi tidak boleh pergi. Dia mendekati untuk kenal anda dengan lebih dalam dan rapat lagi, tapi kalau gaya dan cara anda tak kena dengannya dia boleh berpaling memlilih yang lain.

Orang perempuan, jangan lakukan 5 perkara ini! Nanti dia turn off dengan anda.

Suka lemparkan kesalahan pada dia

Orang perempuan memang jenis yang nak menang je, tapi jangan lakukan perkara ini sangat di awal perkenalan. Tak salah pun sekali sekala bagi orang lelaki menang. Barulah dia rasa anda seronok berkenalan dengan anda.

Mula-mula nak buat dia jatuh sayangkan!



Jual mahal

Tentunya ada yang bagi tips untuk tahu orang lelaki itu betul-betul suka kita atau tidak, dia akan berusaha untuk dapatkan kita. Tapi, awal perkenalan ini janganlah jual mahal sangat. Silap-silap dia akan anggap anda sudah berpunya!

Bagi peluang pada dia untuk kenal dengan anda okay!

Sikit-sikit nak marah

Jangan gunakan alasan yang anda cepat berubah mood sangat. Perkara ini kadang kala membuat lelaki turn off bila terpaksa berdepan dengan angin tak tentu anda itu. Kawal sikit rasa nak marah itu, kesian dia tak buat salah tiba-tiba kena marah.

Tak semua lelaki boleh berdepan dengan perangai ini.



Tak nak terima pendapat

Asyik pendapat anda saja yang elokj, sedangkan dia pun ada pendapatnya juga. Cuba untuk lebih terbuka dengan mendengar pendapatnya. Barulah, dia lebih mudah selesa dengan anda. Bahkan, anda juga akan jadi lebih terbuka.
Orang lelaki suka perempuan yang berfikiran terbuka ini.

Terlalu ramah dengan lawan jenis

Sikap peramah ini memang membuat sesiapa saja selesa, tapi kalau terlalu berlebihan pun tak seronok juga. Nak-nak lagi dengan mereka yang berlawanan jantina ini. Orang perempuan kena jaga sikit pergaulan ini, barulah lelaki hormat pada anda.

Elakkan perkara-perkara seperti ini, barulah anda peluang nak dapatkan hati dia pula.

]]>
Adakah Dosa Akan Tercatat Bila Niat Melakukan Kejahatan Tetapi Tidak Melakukannya? Ini Penjelasannya. https://redaksi.com/7980-adakah-dosa-akan-tercatat-bila-niat-melakukan-kejahatan-tetapi-tidak-melakukannya-ini-penjelasannya Thu, 12 Mar 2020 11:53:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7980 Perasaan ingin mencuba sesuatu perkara yang baru itu sememangnya akan ada dalam diri seseorang. Nak-nak lagi dalam mencuba perkara yang dilarang disisi agama, tentu sahaja kadang kala teringin untuk mendekati. Akan tetapi, kerana takut akan balasannya kelak anda membatalkan niat seperti itu.

Sama juga dengan anda berniat untuk melakukan jahat pada seseorang, tetapi ia sekadar niat sahaja kerana ketika itu anda geram dan sakit hati padanya. Tapi anda tidak melakukan apa-apa padanya, malah mengabaikan sahaja perkara tersebut.

Sudah tentu ada yang tertanya-tanya, bagaimana kalau kita ini berniat untuk melakukan jahat? Adakah akan dapat dosa juga?


Jika kita berniat untuk melakukan kebaikan, Allah akan mengganjarkan satu pahala dan jika kita melaksanakan perbuatan tersebut, Allah akan mengganjarkan sepuluh lagi kebaikan kepada si pelakunya.

Tapi jika seseorang itu meniatkan kejahatan, malaikat pencatat amal tidak akan mencatatkan dosa baginya selagi mana seseorang itu tidak melakukannya.

Namun jika orang itu tidak melakukan dosa tersebut, menurut jumhur ulama seperti Imam Nawawi menyebutkan bahawa, Allah akan memberi kemaafan ke atas seseorang yang berniat kejahatan tetapi tidak melakukannya. Tetapi ada sebahagian jumhur ulama lain menyebut pula bahawa Allah akan mencatatkan pahala ke atasnya jika kejahatan itu tidak berjaya dilaksanakan.

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي مَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا، مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَتَكَلَّمْ
Maksud: “Sesungguhnya Allah memaafkan umatku ke atas apa yang terlintas di dalam dirinya selama dia tidak melakukannya atau bercakap tentangnya.”
Hadis Riwayat Bukhari (5269)

Justeru, jika niat untuk melakukan kejahatan itu tidak berjaya dilaksanakan, maka Allah akan memberi kemaafan dan mencatatkan pahala kepadanya.



]]>
Antara Alasan Mengapa Teman Lelaki Anda Lambat Membalas Text Mesej. https://redaksi.com/2347-antara-alasan-mengapa-teman-lelaki-anda-lambat-membalas-text-mesej Wed, 23 May 2018 10:04:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2347 Sudah kebiasaan wanita lebih drama daripada lelaki. Dan wanita lebih gemar menulis ayat atau text mesej yang lebih panjang daripada lelaki. Hanya kerana wanita lebih peka dengan perasaan teman lelaki mereka, ini bakal membuatkan lelaki rimas untuk membaca text mesej yang panjang tersebut.

Kadang-kala mereka mudah sahaja untuk memberi respond dan membalas dengan lebih pantas daripada kebiasaan. Tetapi, kadang-kala juga lelaki ini sunyi sepi berbicara. Khabar berita pun tidak lagi dengar, hidup atau mati sudah tentu wanita itu sendiri tidak tahu.


Lelaki sering membuatkan wanita tertanya-tanya, dan lama kelamaan pasti membuat andaian negatif. Jadi, jom baca apakah alasan lelaki yang sering mengambil masa yang lama untuk membalas mesej?..

1. Bergantung pada situasi dan keadaan.

“Tengok la kalau ada mood, baru nak respond”

“Bergantung juga kalau masa tu tengah sibuk kerja atau lepak dengan kawan-kawan, kadang-kadang dah baca, tapi terlupa nak reply”

“Dah kalau masa tu dalam toilet, phone ada kat tangan, takkan nak reply kot?”

“Kalau masa tu tengah gaduh, memang ambil masa nak reply, sebab nak bagi dia ruang untuk tak nak tambahkan atau keruhkan keadaan”


2. Bergantung pada emosi.

Lelaki juga sebenarnya beremosi, jika mereka tidak tunjuk secara terangan atau bersemuka, sudah pasti melalui perbuatan. Wanita yang terlalu peka dengan perasaan orang sekeliling, pasti tahu jika teman lelaki mereka berubah nada suara atau hanya dengan mimik muka sahaja.

Jadi cuba lihat dengan cara menghantar text mesej, bagaimana mereka reply?

“Tengok lah, kadang-kadang ambil masa sehari”

“Kalau dah merajuk, lagi suka tidur, jadi dia kena tahu aku suka tidur lama”


3. Bergantung pada siapa yang memberi text mesej.

Wanita akan merasakan, jika mereka adalah teman wanita, pasti si lelaki akan memberi respond yang pantas. Ia benar, tetapi masih juga bergantung pada situasi. Ada sebahagian daripada mereka teruja apabila mendapat text mesej daripada teman wanita di awal perkenalan.

Jika sudah lama menjalinkan hubungan, bergantung pula pada mood mereka.

Mudah sahaja, jika terdapat keraguan di hati, tidak perlu anda menunggu text mesej daripada mereka, hubungi mereka terus!


]]>
Jatuh Cinta Dengan Suami Orang Memang Bahagia Tapi Membuat Sengsara, Ini 10 Alasan Dilarang Bercinta Dengan Suami Orang. https://redaksi.com/974-jatuh-cinta-dengan-suami-orang-memang-bahagia-tapi-membuat-sengsara-ini-10-alasan-dilarang-bercinta-dengan-suami-orang Mon, 21 Aug 2017 15:09:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=974 Sila baca 10 alasan ini mengapa anda dilarang bercinta dengan suami orang :

1. Cinta yang penuh dengan kebohongan.

Cinta memang indah, tetapi dalam penuh kebohongan. Anda dan dia tidak akan pernah merasai cinta yang sebenarnya. Anda mungkin berasa bahagia keluar makan malam berdua dengannya, sambil minum kopi, tetapi percayalah, dia bertemu dengan anda dengan berbohong kepada isterinya. Demikian juga dengan anda, anda tidak akan pernah berasa bebas pergi keluar berdua dengannya, kerana takut diketahui bahawa anda keluar dengan suami orang. Anda akan sentiasa bermain sorok-sorok dan hidup dengan kebohongan jika bercinta dengan suami orang.



2. Suami yang beristeri tidak akan berani membuat sebarang komitment denganmu.

Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya pasti akan gembira dengan kehadiran anda apalagi lagi jika diberikan perhatian sepenuh hati yang mungkin tidak diperoleh daripada isterinya sendiri. Saat bersama anda mungkin dia akan dilihat seperti bahagia dan mengungkapkan segala-galanya kepadamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan anda. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta anda saja!

3. Sanggup menipu isterinya, sudah tentu sanggup juga menipu dirimu.

Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepadamu sikap sebenarnya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap anda apabila anda berdua menghadapi masalah dalam hubungan akan datang kelak.



4.Sudah jelas, hubungan cinta seperti ini berpotensi merosakkan kebahagiaan orang lain.

Jika anda berjaya berjaya memenangi hati sang lelaki, maka anda adalah penyebab utama mengapa rumah tangganya berakhir dan hancur. Anda sudah membuat sebuah perpisahan, perceraian dan juga trauma pada anak-anak lelaki yang anda cintai.

5. Dicop sebagai perempuan perosak rumah tangga orang.

Anda akan dianggap duri yang melukai rumah tangga orang lain. Apapun alasannya, bahkan walaupun yang menyukai anda adalah si sang lelaki dahulu, anda akan tetap di cop sebagai perempuan perosak rumah tangga orang lain. Bersediakah anda hidup dengan jolokan nama itu seumur hidup? Bahkan hingga jika anda memiliki anak, jolokan negatif itu akan terus sentiasa kekal.

6. Hubungan secara sulit ini akan membuat anda kehilangan keyakinan diri.

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan anda kehilangan keyakinan diri kerana anda akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Anda tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas di mana-mana tempat Ini kerana anda akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat anda berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!



7. Bagaimanapun lelaki lebih diuntungkan.

Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih beruntung dalam hubungan ini. Dia bersamamu tetapi tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Bayangkan, anda tidak boleh menemaninya ke acara formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Anda hanyalah sebagai teman di kala ingin menemani kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja!

8. Anda menipu dirimu sendiri.

Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada anda tetapi masih tidak mahu mengakhiri hubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak mahu untuk membawa hubungan anda dan dia ke arah lebih serius dan sah disisi syarak.

9. Karma does exist, jangan hairan jika kamu yang akan ditinggalkan.

Akan ada masa dimana tanpa anda ketahui dia akan membanding-bandingkan kamu dengan pasangannya Jangan hairan jika kemudian hari anda yang akan ditinggalkan. Kerana memang lelaki seperti ini tidak akan pernah berasa bersyukur atau berasa beruntung mendapatkan anda. Pasti selalunya ada yang kurang, dan selalu orang lain yang akan disalahkan. Dan dalam hal ini, giliran anda pula yang akan disalahkan.

10. Dia menyukaimu kerana perasaannya, bukan kerana tujuan hidupnya.

Perasaan inilah yang membuat banyak orang menipu. Lelaki akan menaburkan janji-janji manis kepada wanita dan akan membuat wanita itu cair terhadapnya. Walaupun begitu, dalam hati kecil lelaki ini sebenarnya berkata bahawa anda dan pasangannya sama sahaja. Suatu hari nanti pasti ada juga konflik dan juga perbezaan pendapat. Ketika bersama anda, dia memang menyukai perasaannya itu tetapi tidak berhajat untuk menjadikan anda sebagi pasangan hidupnya.

]]>
"Jangan Stress Ajar Anak Kemas Mainan, Jadikan Ia Satu Keseronokan." https://redaksi.com/4712-jangan-stress-ajar-anak-kemas-mainan-jadikan-ia-satu-keseronokan Fri, 28 Dec 2018 17:02:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4712 Bila ada anak kecil ini biasalah, rumah mestilah sentiasa bersepah dengan barang mainan anak-anak, mana tidaknya anak-anak selalunya tahu bermain sahaja, bila suruh kemas ibu dan bapa lah kena lakukannya. Tapi kalau ibu bapanya tak sempat kemas, rumah akan terbiar bersepah.

Kalau ibu-ibu yang suri rumah pula, pastilah penat sekiranya perlu berulang kali mengemas barang permainan anak-anak ini. Mana tidaknya, baru sahaja kemas, anak-anak mula keluarkan semula permainan mereka. Itu yang menyebabkan duduk rumah pun boleh stress.

Apa kata buat ibu-ibu yang berhadapan dengan masalah ini, ikuti tips yang dikongsikan oleh Puan Nadh Azkar ini. Mana tahu berkesan terhadap anak-anak anda. Bolehlah meringankan beban sedikit.



                        

Malam ni rasa macam nak share satu benda kat sahabat-sahabat nad yang ada anak kecil. Bila main mainan, tak nak kemas.

Tapi kita boleh didik dia dari kecil dan biasakan diri untuk kemas semula mainan selepas bermain.
Nad dah cuba, memang berkesan!

7 Cara Ajar Anak Kemas Mainan.

1. Berlumba dengan anak.

Senang cerita, ‘Race against time’. Jadikan ia satu cabaran, ‘Time-bound challenge’. Sifat kanak-kanak memang suka berlumba. Gunakan ‘stopwatch‘ dan mula berlumba dengan anak. "Siapa yang siap kemas dulu, dia menang!"

2. Jadikan ia aktiviti yang menyeronokkan.

Dengan kata lain, ‘Make it fun’. Kalau kemas kapal terbang, buat bunyi kapal terbang sambil gerak tangan memasukkannya dalam bekas mainan. Kalau kemas lori, buat bunyi lori. Tukarkan daripada suasana tegang kepada suasana yang menarik. Jadikan satu permainan.

3. Janji main lagi.

Pertama sekali, main dengan anak dulu. Bila mahu kemas, kemas sama-sama. Mungkin anak sedih kalau kita kata mahu berhenti. Masa inilah kita boleh cakap,

“Kita kemas dulu ya. Mama janji, nanti mama main sama-sama lagi. Okay?”

4. Puji susunan mainan anak.

Walaupun berterabur dan masih lagi bersepah, asalkan ada dalam bekas mainan itu, puji anak dengan bersungguh-sungguh.

“Pandainya abang kemas toys. Cantiknya. Macam inilah anak mama!”, sambil peluk anak. Anak akan tersenyum dan rasa gembira kerana dipuji. Secara tidak langsung, jadi motivasi pada dia untuk kemas pada masa akan datang.

5. Sentuhan terakhir.

Kadang-kadang, anak tidak mampu kemas sendirian. Sebab itu dia malas kerana terlalu banyak untuk dikemas. Biar ibu-bapa buat lebih banyak dari anak, asalkan dia belajar sesuatu. Apa kata ibu-bapa tolong 80% dan anak buat 19%. Lagi 1% bagaimana?

Masa inilah yang paling kritikal. Buat anak rasa dirinya juara kerana dia yang buat sentuhan terakhir. Dia yang buat ‘finishing’ kemas permainan itu! Secara psikologi, bagaikan dia yang kemas semuanya 100%.

6. Rumah mesti kemas.

Kalau mahu suruh anak kemas, pastikan persekitaran kita kemas. Bukan kemas sehingga tiada habuk langsung, cuma asalkan elok dipandang mata. Bayangkan kalau bantal masih lagi bersepah di sofa di ruang tamu, bagaimana anak ingin kemas permainan di sudut rumah. Dia akan nampak,

“Rumah pun mak aku tak kemas, nak suruh aku kemas toys pulak”.

7. Main tarik tali.

Kalau tidak kemas, kita akan ambil atau bagi orang lain. Ini biasanya hanya boleh digunakan untuk anak kecil 1-4 tahun. Setelah besar, dia tidak akan peduli. Cuba guna teknik 1-6 di atas.

Jika ingin gaya komunis, buang betul-betul dalam tong sampah buat pengajaran! Tentu dia sedih dan tidak akan buat lagi.

Last sekali nad nak bagitau, paksaan dan meninggikan suara tidak akan menyelesaikan masalah. Kita kena kreatif dalam cara kemas mainan anak. Gunalah teknik psikologi.

Korang boleh cuba okay!

Penat mengemas jugak sebenarnya nie.

]]>
Bukan Nak Salahkan. Ini 6 Sebab Kebiasaan Kenapa Lelaki Tinggalkan Perempuan! https://redaksi.com/313-bukan-nak-salahkan-ini-6-sebab-kebiasaan-kenapa-lelaki-tinggalkan-perempuan Thu, 29 Jun 2017 11:43:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=313 Kenapa Lelaki Tinggalkan Perempuan?

Ramai perempuan selalu tanya diri sendiri mengapa ditinggalkan. Untung la mana mana perempuan yang mana cantik atau tidak tapi tak pernah ditinggalkan kekasih. Tak pernah rasa kehilangan. Untung la. Entry ni bukan nak salahkan perempuan tapi cuba kita selidik sendiri dimana silap kecil/besar kita. Contohnya:



1. Merajuk.

Cuba akak akak sekalian congak dengan jari berapa kali awak merajuk seminggu?. Tak mampu congak dengan jari, nah buku tiga lima! Setiap kali merajuk sila catat dalam buku itu. Kalau melebihi sepoloh kali, korang dah buat lelaki bosan. Tambah lagi lelaki yang tak matang( Sebaya korang berumur awal 20-an atau belasan tahun) dan sejak azali dari ber-cop jenama Crocodile dan Lacoste (muka muka mulut manis tapi sebenarnya mulut panjang macam buaya).

2. Manja.

Manja berlebihan. Sikit sikit nak bergesel. Lengan boyfriend tak nak lepas dari pagi sampai malam. Bercakap dalam low note dan merengek sentiasa. Kau mampu buat camtu? bakal membuat kekasih kau rimas. Tahniah. Bakal ditinggalkan. Tapi lain pulak kalau boyfriend kau jenis gila seks. Tak ditinggalkan kot.



3. Hipokrit.

Korang (perempuan) tak menjadi diri sebenar. Berjalan sambil bilang saat. 10 saat pertama baru jalan selangkah, kemudian selangkah lagi. Nak ambil barang semua dalam slow motion depan kekasih. Lelaki mungkin tak nampak bagaimana kehipokritan perempuan tapi golongan perempuan memang nampak sambil mencarut dalam hati dan sesama golongan mereka. Geli ok geli. Terasa macam ulat bulu naik tengkuk.

4. Berprasangka.

Bf kau tengok handphone, kau tuduh dia message dengan perempuan lain. Bf datang dating lambat sebab hujan, kau kata dia dating dulu dengan perempuan lain. Bf balik kampung jumpa mak dia, kau kata dia bersiap sedia nak beli hantaran pinang anak dara orang. Hah sudah. Semua perkara dilakukan adalah salah dan ragu ragu bagi kau.

5. Gaduh/ Cari gaduh.

Lebih kurang macam prasangka la juga. Sikit sikit cari gaduh. Lepas gaduh asyik fikir ' Sebelum ni banyak kali gaduh, boleh je baik. Kira kali ni pun sama.' Tu andaian perempuan sebenarnya. Lepas tu cari gaduh lagi, lama lama salah seorang akan tawar hati. Lagi lama jadi lah.



6. Jodoh.

Senang cerita. Ada jodoh bersama la tak kira ditinggalkan berapa kali. Tapi ini biasanya untuk sedapkan hati sendiri lepas clash 'Ramai cakap muka dia iras aku, so tang mana pun dia tetap akan jadi laki aku sebab orang tua tua kata muka iras sama ada jodoh'. Lepas tu berharap-berharap berharap. Mulalah kecewa sendiri. Makan diri sendiri. Sebenarnya pasti ada yang Mr/Mrs right muncul. Ni ayat nak sedapkan hati jugak ke? Kalau takde jodoh, berpisah sampai bila bila jugak. Kenapa pula perempuan tinggalkan lelaki? Lain kali aku cerita, nak pergi soal selidik dulu.

Ditinggalkan adalah PENGALAMAN BERHARGA kerana kita kenal baik buruk seseorang tu dulu sebelum kita menerima padah olehnya di kemudian hari. Pengalaman kau dapat lebih berharga dari orang yang sentiasa bahagia sebab dia hanya tahu ketawa tanpa duka dan tak sedar kesilapan diri sendiri. Bila masa berubah, kau berubah dan ada hidup baru, kau akan rasa betapa bersyukurnya ditinggalkan dan tak bersama Dia. PERCAYALAH!

]]>
Orang Lelaki Kalau Baru Putus Cinta Pertama Kali Memang Kecewa Teruk, Sampai Buang Segala Ego. https://redaksi.com/7033-orang-lelaki-kalau-baru-putus-cinta-pertama-kali-memang-kecewa-teruk-sampai-buang-segala-ego Fri, 30 Aug 2019 14:22:38 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7033 Kalau cakap pasal putus cinta, tentu sahaja kita akan ingat bahawa orang perempuan kalau putus cinta lagi teruk tapi sebenarnya, orang lelaki punya putus cinta lagi teruk dari orang perempuan. Nak-nak lagi yang baru bercinta buat pertama kali. Ada yang siap menangis depan member, habis hilang kejantanan.

Mana tidaknya dah la baru pertama kali, tup-tup putus pula, tentu sahaja sesiapa akan kecewa menangis tak berlagu. Masa inilah terimbas kembali segala kenangan manis yang pernah membahagiakan dulu, memang sedihlah nampaknya.



Masa ini jugalah orang lelaki akan duduk di rumah sahaja, malah ada juga yang akan berkurung di dalam bilik semata-mata kerana rasa kecewa yang dirasainya itu.

Nak tahu kenapa orang lelaki tak boleh lupakan cinta pertama mereka?

1. Baru belajar apa itu cinta.

Bila cinta kali pertama, itu maknanya dia baru je belajar apa itu cinta. Bagaimana rasa disayangi serta dicintai, malah itulah saat-saat indah dirinya. Orang lelaki ini biasanya lambat belajar sayang seseorang tetapi bila dah sayang, dia sayang sebetulnya.



2. Cinta yang jujur.

Seumur hidup tak pernah bercinta, dan ini adalah kali pertama tenti sahaja dia akan memberikan seikhlas hatinya pada orang yang pertama itu. Itu yang kadang kala sampai bertahun-tahun pun cinta pertama masih kekal dalam hati mereka. Sebabnya sayangnya mereka dekat kekasih mereka itu.

3. Berlaku hanya sekali sahaja.

Bila dah nama pun cinta pertama, tentu sahaja dia datang sekali sahaja. Bila yang kedua hadir dah jadi cinta yang kedua. Cinta inilah yang akan mengajar apa erti patah hati malah pengalaman bercinta disaat itu hanya dapat dirasai pada ketika itu sahaja, tak akan sama dengan situasi yang berlainan.



4. Berakhir dengan bukan kerelaan.

Boleh jadi perpisahan yang berlaku itu disebabkan bukan keinginan dan kerelaan mereka. Ada yang berpunca kerana masing-masing belajar berjauhan, dan sering berlaku salah faham. Mana tidaknya nak jalani hubungan jarak jauh ini bukan perkara yang mudah.

5. Kesan yang kuat.

Kesan yang dialami ini mungkin akan dibawa ke hubungan terusnya. Malah boleh jadi kalau mereka nak cari pasangan mereka akan cari sama seperti cinta pertama dirinya. Cinta pertama ini memberi kesan yang mendalam buat mereka malah ia juga mematangkan dirinya.

]]>
Berhenti Mengingati Orang Yang Telah Berlalu Pergi… https://redaksi.com/3963-berhenti-mengingati-orang-yang-telah-berlalu-pergi Tue, 23 Oct 2018 12:29:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3963 Ada orang dirinya masih belum mampu melepaskan apa yang telah berlalu pergi. Terutama jika orang tersebut telah melukakan hatinya. Ia seolah-olah menyesal dalam segala perkara yang berlaku sebelum ini. Maka ia membuatkan seseorang itu sukar untuk melupakan perkara tersebut.

Apabila seseorang itu telah memilih untuk pergi meninggalkan diri anda, anda seharusnya mula melupakan segala jejaknya, jangan disimpan di dalam hati lagi. Ada banyak perkara lagi yang boleh anda lakukan, ikuti perkongsian dari Syafiq Ridhwan ini.



Ada banyak perkara kau boleh lakukan daripada mengingati orang yang meninggalkan dan mengecewakan kau.

Berikan masa untuk kawan-kawan yang mana mereka sentiasa berusaha sedaya-upaya untuk buatkan kau tersenyum semula. Hargai masa ketika mereka memberikan sokongan tika mana kau hanya memikirkan kesedihan.

Menikmati pemandangan bintang di waktu malam. Di kala semua orang menjalani kehidupan masing-masing. Dan kau di situ, memandang langit yang memberikan kau kepercayaan semula.



Kejar cita-cita dan impian yang kau inginkan sangat satu tika dulu. Yang mana kau dah berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapainya. Dan bagaimana benda ini akan membuatkan kau kembali semula hidup.

Hargailah seni yang yang kerap melegakan kerisauan kau. Yang sempurna menggambarkan apa perasaan kau sekarang. Yang membuatkan kehidupan kau bertambah baik berbanding dahulu.
Dan paling penting.

Hargailah setiap orang yang akan datang dalam kehidupan kau selepas ini. Membuktikan yang kau tak terjejas sedikit pun dengan calar-calar ini. Dan kau berjaya menyembuhkan diri kau walaupun sukar.

Orang yang mengajarkan kau bahawa,

Sesetengah orang akan meninggalkan, orang yang baru akan datang mengganti. Dan orang itu akan menunjukkan bahawa dalam kehidupan ini, ada banyak perkara yang boleh kau hargai.

Dari sekadar mengingati orang yang berlalu pergi...



]]>
Pasangan Introvert, Bagaimana Untuk Memikat Hati Mereka? https://redaksi.com/1526-pasangan-introvert-bagaimana-untuk-memikat-hati-mereka Wed, 07 Mar 2018 11:42:37 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1526  

“Kau ni tak nak keluar bilik ke? Tak bosan ke duduk rumah sorang-sorang?”

Setiap kali berceritakan tentang jodoh, kita pasti kaitkan jika orang itu pendiam sudah tentu pasangannya peramah. Ramai yang gelisah dan tidak tahu cara untuk memikat pasangan yang pendiam atau dikenali sebagai introvert. Anggapan orang ramai tentang introvert ini, mereka tidak tahu untuk memberi sebarang reaksi dan sombong.


Adakah mereka robot dan tidak mempunyai perasaan? Tidak. Mereka hanya memerlukan masa dan ruang. Kepada pasangan yang bercinta, jika si dia introvert, usah risau, mereka hanya lah manusia biasa yang memerlukan lebih perhatian.

1. Pasangan khuatir, kerana bagaimana hendak tahu yang si dia mencintai dirinya? Sedangkan tidak pernah mengungkapkan kata rindu dan sayang? Mereka yang introvert lebih kepada perbuatan untuk menunjukkan mereka sayang anda. Jika mereka suka membaca, mungkin mereka suka memberi kata-kata puitis pada anda. Jika mereka suka mendengar lagu, mungkin bait-bait lirik sudah tentu diberikan pada anda.

2. Selain daripada itu, jika anda adalah penggemar movie di wayang, jangan mengheret pasangan anda untuk menonton dua movie untuk satu hari. Atau pendek kata, marathon movie. Mereka tidak gemar aktiviti yang sama berulang kali untuk satu hari. Bagi mereka, berkomunikasi dan bertentang mata adalah lebih penting daripada mengadap rancangan untuk beberapa jam.


3. Jika anda meminati pasangan yang introvert dan mahu memulakan langkah, jangan mendesak mereka untuk terus berbicara. Situasi yang menyedihkan apabila anda dengan lantang memberitahu yang anda suka pada mereka dan ingin menjalinkan hubungan. Jangan! Mereka tidak suka dengan perkara yang terburu-buru. Mereka bukan la jual mahal tetapi lebih berhati-hati.

4. Dan yang paling penting, jangan sesekali mengubah cara mereka yang introvert kepada extrovert bermaksud untuk menjadi orang yang lebih lantang bersuara pada orang ramai. Mereka adalah dua manusia yang berbeza, dan perbezaan itu adalah ciptaan Allah swt. Yakin pada-Nya mengapa manusia dilahirkan dengan sikap yang berbeza. Namun, ada juga sebahagian daripada mereka menyayangi anda dengan memanjatkan doa untuk permudahkan hubungan kalian.
 

 

 

 

]]>
5 Tanda Teman Lelaki Anda Adalah Seorang Yang Degil. https://redaksi.com/3801-5-tanda-teman-lelaki-anda-adalah-seorang-yang-degil Wed, 10 Oct 2018 10:43:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3801 Tidak semua wanita boleh berhadapan dengan lelaki yang degil dan keras kepala ini, kerana mereka mempunyai ego yang lebih tinggi berbanding wanita. Jika ada wanita yang dapat melenturkan degil mereka, pasti mereka adalah insan yang istimewa di hati lelaki tersebut.

Jom ketahui tanda-tanda teman lelaki anda adalah seorang yang degil dan keras kepala.…

1. Tetap mempertahankan setiap pendapatnya.

Setiap pendapat dan keputusannya adalah muktamad. Bagi anda kemungkinan pendapatnya salah, namun tidak bagi lelaki ini. Lelaki ini masih mahu mempertahankan setiap pendapatnya kerana sangat berkepimpinan tinggi, dan jangan dipersoalkan tentang pimpinannya itu. Lelaki ini juga sukar untuk dipujuk rayu untuk mengubah pendapat, kerana sikapnya yang degil

2. Sukar mengaku kesilapan.

Lelaki ini sukar mengakui kesilapan setelah membuat kesalahan. Kadang-kala lelaki ini terus sahaja mengakui tiada kesilapan yang dilakukan, namun setelah beberapa jam, minit dan saat, lelaki ini akan berfikir sendirian tentang kesalahannya tersebut. Namun, walaupun dalam dirinya sedar akan kesalahan tersebut, mereka masih tidak mahu mengakuinya dan sukar meminta maaf pula. Mengaku dirinya salah sangat merendahkan taraf sebagai seorang lelaki.

3. Bagi mereka kesilapan yang dilakukannya tidaklah besar.

Apabila sukar mengakui kesilapannya sendiri, namun apabila tersedar mereka mengatakan kesilapan yang dilakukan hanyalah kecil sahaja. Jadi, tidak elok untuk dihebohkan pada orang ramai. Terutama ketika bercinta, lelaki ini memang sukar mengalah.

Umum semua tahu hati wanita apabila disakiti , mereka sangat menginginkan dipujuk oleh lelaki. Pengakuan kesilapan daripada seorang lelaki sebenarnya mampu memulihkan luka seorang perempuan. Tetapi lelaki ini hanya mengendahkan sahaja.

4. Terlalu yakin dengan diri sendiri.

Pandangan orang lain terhadap lelaki sebegini adalah “Macam bagus…” Atau “Bajet bagus..” kerana lelaki ini mempunyai perasaan yang abnormal. Iaitu dirinya sentiasa memiliki kelebihan berbanding orang lain dan sangat gemar kepada penghargaan malah sanjungan kepada dirinya tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Pada tahap ini boleh dikira sangat bahaya kerana ketaksuban dirinya untuk sentiasa berada dalam posisi lebih tinggi daripada orang lain bakal mengundang pertelingkahan dan sebagainya. Sangat merasa dirinya lebih hebat berbanding orang lain.

5. Sentiasa mengkritik tanpa sebab.

Lelaki ini gemar mengkritik tanpa sebab kerana apa sahaja yang ada didepan matanya semua tidak kena. Ada sahaja yang buruk bagi pandangannya. Mungkin lelaki ini seorang yang perfectionist juga. Bagi yang bercinta, segala tindakan teman wanitanya ada sahaja yang tidak kena dan tiada alasan yang munasabah mengapa dia selalu mengkritik anda.

Sikapnya yang paling parah adalah apabila segala bebanan diletakkan di atas bahu teman wanitanya seorang.

 

]]>
Masih Memendam Rasa Cinta Pada Bekas Kekasih? Ini 10 Cara Untuk Dapatkan Semula Cintanya! https://redaksi.com/306-masih-memendam-rasa-cinta-pada-bekas-kekasih-ini-10-cara-untuk-dapatkan-semula-cintanya Thu, 29 Jun 2017 10:33:32 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=306 Masih menyimpan rasa buat bekas kekasih. Mula-mula kamu fikir hidup dia lebih baik tanpa kamu. Tetapi akhirnya kamu menyedari dirimu yang tak mampu hidup tanpa dia. Bagaimanakah mahu kembali merebut semula cinta si dia? Sedangkan si dia mungkin sedang membuka hatinya pada yang lain. Kelebihan buat anda kerana anda pernah hadir dalam hidupnya. Rasa cinta pernah tertumpah buat anda. Ada beberapa tips mahu dikongsi bersama anda. Semoga berhasil hendaknya.



1. Jangan hubungi dia.

Memang sukar buat anda tetapi buat sementara waktu elakkan. Mungkin saat-saat itu dia akan terkenangkan saat-saat indah bersama anda. Beri ruang dia berasa rindu pada anda. Sibukkan diri anda agar tidak berjiwa lara. Seandainya dia menghubungi, pastikan dia mengesan diri baru anda. Buang sifat yang paling tidak disukainya.

2. Berdikari dan eak mengekori dia.

Kalau anda asyik mengekori dia, kebarangkalian hatinya mahu berpaling kepada anda surut. Mungkin buat masa ini dia perlu bersendirian. Tunjukkan diri anda yang baru. Lebih berdikari dan mampu hidup tanpa bergantung sesiapa. Entah-entah sikap anda yang menyumbang pada perpisahan. Jadilah insan lebih matang dan bukan itu bermakna kamu haru menjadi orang lain tetapi memperbaiki diri sahaja.



3. Keluar bersuka ria.

Ya! Tiba waktunya anda keluar bergembira dengan teman-teman. Pastikan anda tidak tunjuk hati kamu sedang lara. Bergembiralah! Kadang-kadang zaman teknologi ini membantu. Manalah tahu gambar kamu sedang bersuka ria ini sampai ke pandangannya, dia pasti terdetik rasa.

4. Hubungi secara kasual.

Mungkin ada barang si dia masih kamu simpan. Telefon secara bersahaja atau mesej tanyakan dia perlukan barang-barang itu atau tidak? Namun, jangan kamu telefon tanpa alasan atau sebab kerana ia hanya memperbodohkan diri sahaja. Biar kukuh! Jangan sekali-kali bangkitkan rasa rindu, bertanyakan hal peribadi dan bangkitkan hal masa lalu. Cukup dengan nada bersahaja.

5. Kembali jadi insan dicintai.

Dia jatuh hati dengan kamu kerana apa? Fikir dalam-dalam saat kali pertama cinta berpaut. Kembali jadi diri individu tersebut. Kembalikan ingatan dia pada saat kali pertama dia memandang kamu dan berbunga cinta. Seandainya berpeluang bertembung, pastikan kamu memakai pakaian disukainya. Atau pakaian kali pertama kalian bersua.



6. Fikir betul-betul keputusan anda.

Sebelum melangkah lebih jauh. Kembali berfikir mengapa anda mahu menawan hati dia kembali. Berbaloikah? Kalau si dia hanya kaki kikis dan kaki pukul, terlucut dari ikatan silam pun kira syukur rahmat. Tetapi jikalau anda dapati dia berbaloi dimiliki dan kesilapan lalu itu berpunca dari anda. Jom.. kita ke langkah seterusnya...

7. Siasat apakah dia masil ambil berat?.

Sebelum itu siasat dahulu situasi si dia di sana apakah masih mengambil berat perihal anda? Kalau setakat dia sudah punya pengganti. Lupakan sahaja. Tetapi kalau dia masih ada sekelumit rasa ambil berat, cerah peluang anda.

8. Keluar berkumpulan.

Aturkan pertemuan secara berkumpulan dengan teman-teman. Lakukan aktiviti bersahaja. Ataupun sekiranya teman-temanlah jadi punca pertelingkahan, keluar berdua secara kasual. Pergi ke tempat biasa kamu pergi. Beritahu baru-baru ini kamu pernah ke sana dan teringat waktu berdua.



9. Yakin diri.

Elak rasa rendah diri. Mungkin bekas kekasih kini dikelilingi individu berupa paras menawan tetapi anda perlu yakin diri. Pedulikan pandangan orang lain. Apa yang penting anda selesa menjadi diri sendiri tanpa perlu berpura-pura.

10. Berbincang.

Sekiranya dia mula bertanyakan semula kisah lalu. Bincang secara baik. Kalau ada kesilapan anda, mohon maaf dengan segera. Seandainya dia kembali bertanyakan cinta anda, mungkin mulakan dengan perlahan. Biar dia kagum dengan diri baru kamu itu. Jangan gelojoh.

]]>
Petua Mujarab Untuk Dapat Jodoh Yang Ramai Tak Tahu. Sangat Mudah Untuk Diamalkan. https://redaksi.com/87-petua-mujarab-untuk-dapat-jodoh-yang-ramai-tak-tahu-sangat-mudah-untuk-diamalkan Wed, 31 May 2017 03:18:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=87 Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh).

Hendaklah sentiasa mengamalkan bacaan Surah Yusuf. Seeloknya dihafal dan dibacakan setiap hari. Sila kongsikan.



Sudah Daftar di Baituljannah.com?

Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha untuk mencari? Mungkin jua anda buntu di mana, bagaimana. Daftar di Baituljannah.com dan bina profil anda sekarang. Jadi salah seorang daripada lebih 10,000 ribu orang yang sudah mendaftar. Siapa yang tahu, mungkin anda akan bertemu jodoh di Baituljannah.com. Bina profil anda di Baituljannah.com sekarang juga.

 

]]>
Ujian bertunang 'is real' lelaki kongsi kisah diduakan tunang ketika berjauhan https://redaksi.com/8738-ujian-bertunang-is-real-lelaki-kongsi-kisah-diduakan-tunang-ketika-berjauhan Tue, 20 Oct 2020 10:11:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8738 Ujian bertunang ini betul-betul menduga setiap pasangan. Masa inilah bekas kekasih datang semula, tiba-tiba ada yang beri layanan lebih baik dari tunang sendiri malah ada juga yang alami kesempitan kewangan. Makin lama pertunangan terjalin, makin banyak dugaan terpaksa dilalui.

Itulah yang dilalui oleh Zuhaily ini apabila tiba-tiba tunangnya memutuskan tali pertunangan. Bukan hanya itu, tunangnya juga sempat memburuk-burukkan dirinya pada orang sekeliling yang sedikit sebanyak mencalarkan maruahnya.

Long distance relationship

Kerana sayangkan hubungannya, dia sanggup berulang alik dari Melaka ke Kedah hanya untuk jernihkan hubungan mereka tetapi usahanya itu hanya sia-sia apabila pasangannya itu tidak mengendahkannya. Tidak hanya itu saja, dia kecewa apabila cincin sebagai tanda hubungan mereka telah dijual oleh pasangannya itu.

Rupa-rupanya...

Lebih mengecewakan Zuhaily ini apabila kekasih hatinya itu menjalinkan hubungan dengan lelaki lain di belakangnya. Malah lebih menyedihkan lagi apabila dia dan kekasih barunya itu siap pergi bercuti bersama.



Harap pulangkan cincin dan mohon maaf

Walaupun cuba terima dengan hati yang terbuka, pemuda ini masih mengharapkan pemohonan maaf gadis itu kepada keluarganya malah memulangkan semula cincin pertunangan mereka, namun perkara itu tidak dipedulikan malah bekas tunangnya itu hanya sibuk menunjuk saat bahagia bersama kekasih barunya.



Zuhaily menjelaskan bahawa dia berkongsi kisah ini bukan niat untuk mengabikan bekas tunangnya itu, tetapi hanya untuk membela dirinya yang selepas dimalukan sedemikian rupa.

Dikongsikan di laman Twitter, bebenang ini mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki ini. Malah, ada juga yang menyatakan bahawa hubungan jarak jauh ini agak sukar untuk bertahan kalau tidak mendapat kerjasama yang baik dari kedua-dua pihak.



]]>
4 Tanda Teman Lelaki Anda Menyukai Anda Dengan Hati Yang Tidak Ikhlas. https://redaksi.com/3136-4-tanda-teman-lelaki-anda-menyukai-anda-dengan-hati-yang-tidak-ikhlas Tue, 07 Aug 2018 12:52:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3136 Dalam mencari pasangan ini kadang kala mungkin kita yang terlalu berlebihan, sehingga dirinya menjalinkan hubungan dengan kita dalam keadaan yang tidak rela. Pada masa yang sama, dirinya tidak mampu untuk melukakan hati anda. Jadi dirinya menjalinkan hubungan dengan anda dengan berharap satu hari nanti dia akan menerima anda dengan ikhlas, tetapi ia sukar untuk berlaku. Maka ia terpaksa untuk berpura-pura menyayangi anda. Berikut adalah tanda si dia tidak ikhlas menyukai anda.


1. Kurang memberikan perhatian.

Selalu teman lelaki akan lebih memberi perhatian kepada kekasih hatinya, ia adalah satu perkara semula jadi di mana mereka ini akan lebih mudah memberi perhatian kepada orang yang disukai. Tetapi jika dia jarang memberi perhatian kepada anda, mungkin dirinya tidak mempunyai rasa yang sama seperti anda.

2. Membalas kiriman mesej dengan lambat.

Perasaan teruja akan dihadapi oleh seseorang apabila mereka ini mendapat pesanan mesej dari seseorang mereka sukai. Tetapi, jika dia mendapat kiriman mesej dan membalasnya dengan lambat mungkin dirinya kurang berminat terhadap anda. Cuba lihat bagaimana teman lelaki anda membalas mesej anda.

3. Suka menyimpan rahsia.

Seseorang yang kurang menyukai anda akan lebih bersifat tertutup dengan anda. Mereka ini tidak akan bersifat terbuka dengan berkongsi apa yang mereka suka dan minat itu sendiri. Bukan hanya itu, mereka ini juga tidak suka sekiranya anda cuba untuk mengambil tahu akan diri mereka.


4. Tidak tertaik untuk tahu akan diri anda.

Setiap pasangan yang saling menyukai biasanya aka lebih tertarik untuk mengetahui sapa yang pasangan mereka ini suka. Tetapi, tidak bagi mereka yang tidak menyukai anda dengan ikhlas. Mereka ini tidak tertarik untuk tahu mengenai anda. Bagi dirinya anda bukan seorang yang penting.

Jika si dia mempunyai empat tanda ini, cuba untuk berbincang dengan dirinya. Jangan membuat kesimpulan sendiri dahulu. Cuba untuk fahami dan dalami apa yang sebenarnya dirinya rasakan.


]]>
7 Cara Mudah Nak Rasa Duit Gaji Sentiasa Cukup Walaupun Gaji Kecil. https://redaksi.com/1348-7-cara-mudah-nak-rasa-duit-gaji-sentiasa-cukup-walaupun-gaji-kecil Tue, 26 Sep 2017 12:37:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1348 Apa khabar gaji korang? Sihat? Dompet makin menipis ke? Ataupun tebal dengan resit je? Ke, bila buka dompet rasa serupa tumbuk bawang? Kahkah. Bagi yang bekerja makan gaji, duit gaji kadangkala rasa cukup, kadangkala rasa tak cukup dan adakalanya kena berhutang dengan kawan. Pastu, buat-buat lupa. Buat-buat hilang ingatan. Haaa sapa pernah buat, pergi bayar lekas. Menda hutang jangan buat main wooo. Semuanya berkait rapat dengan ilmu pengurusan kewangan korang. Antara yang korang boleh buat adalah seperti berikut.

1. Simpan Dulu Baru Belanja.

Amalkan tabiat menyimpan terlebih dahulu. Biasanya, bila dapat gaji terus simpan 10% daripada gaji. Jangan kacau duit tu dan jangan keluarkan. Kalau boleh, simpan di tempat yang susah korang nak keluarkan seperti Tabung Haji, ASB, unit amanah.

2. Sediakan Bajet Bulanan.

Bajet ataupun perancangan bulanan amat penting bagi mengelakkan duit gaji korang hilang entah ke mana dan untuk memastikan korang dapat membayar komitmen bulanan dengan tepat.

Pastikan setiap kali merangka bajet bulanan, ada peruntukan untuk takaful.

Contohnya, korang bergaji RM2500.

Makan minum: RM400
Sewa bilik: RM200
Duit minyak motor: RM50
Hiburan: RM50
Ibu bapa: RM200
Bil utiliti: RM100
Bil air letrik: RM100
Takaful medikal kad: RM200
Simpanan: RM200

Baki: RM1000

3. Hidup Di Bawah Kemampuan.

Hidup di bawah kemampuan ni bukan bererti korang kena hidup miskin sepanjang masa. Tak gitu. Ia bererti korang kena meminimumkan perbelanjaan.

Macam korang mampu beli Honda Civic Type R tapi korang beli Saga je. Fungsinya sama kan. Sampai juga ke destinasi yang hendak dituju. Kau mampu beli baju mahal, tapi beli je yang murah dan berkualiti. Yang murah tu belum tentu tiada berkualiti.

Dengan adanya bajet bulanan, korang dapat tahu setakat mana kemampuan korang. Misalnya, selepas membuat bajet, gaji korang tinggal RM100 je. Agak-agak lepastu, korang nak beli ke kereta mewah? Tak kan. Jadi, bolehlah sedar diri tu daripada terus hanyut.

4. Keperluan VS Kehendak.

Belanja ikut keperluan. Bukan ikut nafsu dan bukan semata-mata mahu nampak hebat dan mewah di mata orang. Biarlah tak nampak hebat di mata orang pun, janji poket sentiasa penuh.

Terlalu nak up to date. Bila IPhone 5S keluar, beli IPhone 5S, bila IPhone 6 keluar, tukar lagi. Kononnya tak nak ketinggalan dengan arus pemodenan. Padahal nak online pun harapkan WiFi ataupun share hotspot kawan.

Jangan jadi hamba kepada barang kemewahan. Tak fikir panjang terus beli walaupun berhutang. Kalau kau mampu, tak kisahlah.

5. Mencari Sumber Pendapatan Sampingan.

Jika tiap bulan aliran tunai korang sentiasa negatif, itu bererti duit gaji kau masih belum mampu untuk menampung kos hidup kau orang. Korang kena cari pendapatan sampingan. Dapat cover belanja makan, susu, pampers anak pun dah okay.

Contohnya boleh ambil komisen jual buku-buku, jadi introducer kepada ejen hartanah, jual serunding, kek lapis, keropok lekor, ejen dropship, jual apa bahan yang femes dekat negeri korang.

6. Kawal Perbelanjaan.

Jika kau tidak mampu menjana pendapatan sampingan, cubalah kawal perbelanjaan tersebut. Berjimat-cermat.

Ini tidak. Dah la tak tau nak menjana pendapatan sampingan, gaji yang dapat tu digunakan untuk berjoli sakan. Tengah bulan, mulah lah macam cacing kepanasan. Cari kawan sana sini nak berhutang. Please, think before act.

Masa mahu beli barang keperluan, buat perbandingan. Ada kedai yang menjual barang yang sama tetapi dengan harga yang lebih murah. Buatlah rekod perbelanjaan yang membolehkan kau monitor perbelanjaan tersebut dengan jelas.

7. Mendermalah.

Jangan takut miskin jika kita menderma. Mendermalah pada mereka yang memerlukan. Sekali-sekala, belanjalah kawan makan atau bagi hadiah hari jadi.

Duit pada mak ayah jangan lupa. Bagi ikut kemampuan diri-sendiri. Belanja la adik-beradik makan bila dah dapat gaji tu. Membahagiakan keluarga sendiri dan orang tersayang itu lebih utama. Lagi murah rezeki kita.

Rezeki ni bukan duit jer. Ia wujud dalam pelbagai cara seperti cepat naik pangkat ataupun tiap bulan dapat makan percuma. Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.

Jangan tunggu kaya dulu baru nak derma. Kita pun tak tau bila nak kaya. Takutnya, ajal dulu sebelum kaya. Tak sempat nak derma. Rugi kan. Ingat, dalam gaji kita ada rezeki orang lain.

Proses pembelajaran mengawal kewangan sendiri ni bukan boleh mahir dalam sehari dua. Ia perlukan masa, pembelajaran berterusan dan disiplin yang tinggi.

Banyakkan membaca dan menambah ilmu. Selalu berkongsi ilmu dengan orang lain juga akan menjadikan kau orang lagi mahir. Jangan kedekut nak sebar ilmu tersebut.

Bila dah ada ilmu, bertindaklah. Gunakan sebaiknya. Tahu saja tak guna kan. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah.

Muhasabahlah diri sekejap. Kenapa gaji orang lain kecil daripada kita tapi cukup je. Kita gaji beribu-ribu tapi belum sampai hujung bulan, dah habis duit gaji, malah perlu berhutang pula.

Mungkin ada silap kita. Semak balik diri. Mana tau kita ada culas time kerja ataupun buat kerja dengan niat yang tak betul.

Tiap tahun gaji naik, tapi masih tak dapat menyimpan. Kerja bertahun-tahun nak ada simpanan RM5000 pun susah.

Berbelanja lah mengikut kewangan sendiri, jangan mengikut nafsu dan kewangan orang lain.

Mulalah merancang daripada sekarang. When you fail to plan, you plan to fail. Ayuh, belum terlambat untuk bertindak. Omputeh kata, better late than never. Gitttuhhh.

Korang dah tahu gaji ciput, tapi Astro wajib ada, kad kredit dua tiga. Kereta pula nak yang import je. Tudung nak yang bawal ekslusif, tudung Fareeda je.

Padahal duit dalam bank tinggal tiga angka je lepas seminggu gaji. Tu pun mujur tiga angka. Kalau dua angka? Fikir-fikirlah sendiri. Pesen tak sedar diri. Kah!

]]>
5 Sifat Buruk Ini Hanya Ada Pada Lelaki Kacak Sahaja! https://redaksi.com/637-5-sifat-buruk-ini-hanya-ada-pada-lelaki-kacak-sahaja Mon, 31 Jul 2017 10:26:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=637 Mesti ramai lelaki yang ‘perasan kacak’ sahaja akan baca artikel ini. Lelaki kacak ni selalunya ada ramai wanita kelilling pinggang. Jadi, jika anda ni jenis forever alone, anda bukanlah dikatagorikan sebagai lelaki kacak, tapi ‘tak berapa hensem je’. Tapi tak semua lelaki yang rupa kacak memiliki hati baik. Harap muka je hensem tapi kaki perempuan.



Kami senaraikan 5 sifat buruk yang hanya ada pada lelaki kacak sahaja.

1. Jenis pilih bulu.

Bila muka hensem, mula la nak pilih bulu. Nak yang cantik je. Konon baru la sepadan bagai pinang dibelah dua. Takkan la muka hensem nak dapat girlfriend rupa biasa-biasa je. Kalau dah dapat yang cantik, nak yang lagi cantik!

2. Jenis kuat perasan.

Kebanyakan lelaki kacak ni jenis perasan. Dia ingat dia tu hensem gila. Tapi, ramai juga yang tak hensem kuat perasan. Konon ramai perempuan sukakan dia.



3. Mesti jenis kasanova.

Memang tak pelik jika lelaki hensem ni ada banyak girlfriend dalam satu masa. Tapi jangan seronok sangat, takut-takut dapat pasangan satu spesies baru tahu.

4. Buat salah pun wanita akan maafkan.

Ini salah satu kelebihan lelaki kacak. Hanya guna ayat manis je dah boleh cairkan hati wanita. Wanita ni pun satu hal. Kalau lelaki tu dah curang tak kisah la hensem mana pun, takkan la nak terima lagi.

5. Mata duitan.

Bukan wanita je jenis materialistik, lelaki kacak pun sama. Mereka akan gunakan kelebihan wajah mereka untuk menjerat wanita dan jadi kaki kikis.

]]>
Kesan Penggunaan Facial Mask Setiap Hari, Mari Ketahuinya. https://redaksi.com/4728-kesan-penggunaan-facial-mask-setiap-hari-mari-ketahuinya Mon, 31 Dec 2018 11:59:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4728 Seperti yang kita tahu, penjagaan kulit muka ini begitu penting malah kulit muka juga begitu sensitif. Kalau tersilap pakai produk atau pakai produk yang berlebihan akan memberi kesan pada kulit wajah kita. Begitu juga dengan menggunakan facial mask, kalau silap guna ia akan memberi kesan pada wajah kita.

Facial mask ini banyak jenis, jadi sebelum anda membeli pastikan anda tahu yang mana bersesuaian dengan anda bahkan produk mana yang selamat bukan main guna sahaja. Jika anda menggunakan facial mask ini setiap hari anda juga perlu tahu kesan daripada penggunaan tersebut.



Soalan pertama yang harus anda tanya pada diri sendiri, mengapa anda mahu menggunakan facial mask setiap hari? Untuk memperbaiki kulit? Menjadikan kulit wajah lebih bersih tiada sebarang cela? Kelihatan lembap dan muda sentiasa? Facial mask mempunyai pembersihan mendalam yang mampu menyegarkan atau menyelesaikan kulit yang bermasalah. Walau bagaimanapun, tidak semua jenis facial mask boleh digunakan setiap hari.

1. Gel masks – setiap hari boleh.

Terdapat banyak jenis facial mask yang sesuai untuk jenis kulit yang berbeza. Biasanya digunakan untuk melegakan kulit yang sensitif dan mempunyai kesan penyejukan. Jenis facial mask ini mungkin boleh digunakan setiap hari kerana ianya cukup lembut. Sudah tentu anda juga boleh menggunakan ia hanya sekali atau dua kali seminggu jika anda tidak berminat dengan penggunaan yang kerap.

2. Exfoliating masks – boleh digunakan setiap hari.

Facial mask ini bertujuan untuk pembersihan dan pengelupasan, ianya membantu membersihkan kulit daripada pengumpulan sel kulit mati, yang akan membawa kepada masalah ataupun pertumbuhan bintik hitam. Facial mask ini jenis licin apabila digunakan dan biasanya dibiarkan kering selama 5 hingga 10 minit.

2. Sheet masks – boleh digunakan setiap hari.

Mask jenis ini boleh digunakan kerap kerana ianya mampu menyuburkan kulit dan memberikan kulit anda lebih bertenaga. Selalu digunakan sebelum anda ingin ke majlis tertentu, anda mahu lembapkan muka sebelum mulakan mekap.

3. Homemade masks – boleh digunakan setiap hari.

Facial buatan sendiri baik untuk kulit, malah boleh digunakan setiap hari. Sebelum anda buat facial mask sendiri, anda harus pastikan bahan tersebut berkhasiat dan sesuai dengan kulit wajah anda sebelum menggunakannya pada muka. Anda boleh cuba facial mask buatan sendiri seperti gunakan madu kerana ianya berkesan untuk kulit muka. Atau yogurt, baking soda, telur serta facial buahan.

4. Moisturizing masks – sekali atau dua kali seminggu.

Mask ini tidak sesuai digunakan setiap hari, ianya hanya boleh digunakan sekali atau dua minggu sahaja. Bila anda gunakan facial mask ini, biarkan di muka antara 10 hingga 30 minit. Ianya berkesan untuk kulit kering kerana meningkatkan tahap kelembapan kulit. Oleh itu, jenis ini mungkin tidak sesuai untuk kegunaan harian kerana ianya boleh menyebabkan kulit wajah menjadi lebih teruk jika digunakan secara berlebihan. Sekali atau dua kali seminggu adalah mencukupi melainkan jika kulit anda adalah sangat kering.

Sebelum anda ingin menggunakan facial mask, anda perlu tahu kulit wajah anda jenis apa, jika anda mempunyai kulit sensitif maka anda perlu gunakan gel mask. Jika anda tidak pasti facial mask apa yang sesuai untuk kulit anda, anda boleh tanya kepada perunding. Yang paling penting, anda perlu gunakan tiga langkah utama iaitu, cleanser, toner, sunblock dan moisturizer.

]]>
Hanya Kerana 5 Sikap Ini, Lelaki Akan Fikir Anda Menyukai Dirinya. https://redaksi.com/7525-hanya-kerana-5-sikap-ini-lelaki-akan-fikir-anda-menyukai-dirinya Tue, 22 Oct 2019 09:59:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7525 Orang single ini memang mudah perasan. Nak-nak lagi kalau ada mereka yang berlainan jantina datang menghampiri mereka. Mulalah rasa ada orang suka dan minat. Walaupun dianggap sebagai rakan saja, tetapi mereka ini selalu menyangka akan ada perkara yang lebih-lebih.

Biasalah orang single ini kan mudah terasa sunyi, itu yang membuatkan dia terasa sebegitu. Sebab itulah bila anda ingin mendekati orang yang single tanpa tujuan apa-apa dan hanya ingin berkawan, jangan lakukan beberapa perkara ini. Mereka ini akan mudah jatuh hati serta mudah perasan.

Berikut adalah beberapa perkara yang membuatkan mereka rasa perkara sebegini.

1. Bertanya tentang wanita yang disukai.

Kalau anda bertanya soalan seperti ini, jangan terkejut kalau dia dalam diam cuba memikat anda pula. Ini kerana, soalan sebegini merujuk kepada anda ingin menjadi wanita idamannya. Jadi kalau rasa dah ada pasangan ataupun hanya ingin berkawan saja jangan tanya soalan ini.



2. Panggil nama manja.

Kalau orang lain panggil nama formal dirinya, anda pula berlainan. Memanggil nama manja seseorang yang berlainan jantina ini kadang kala memang timbulkan salah faham. Kalian akan kelihatan rapat malah akan kelihatan seperti pasangan kekasih. Jadi jangan ada panggilan manja atau nama yang khusus buat dirinya.

3. Selalu sangat beri pujian.

Walaupun niat anda ingin menyokong atau memberi semangat pada dirinya, tapi ini sebenarnya satu perbuatan yang salah. Dimana, kalau kalian rakan kalian akan lebih banyak tegur dan perbaiki, bukannya menyokong dan bersetuju apa yang dirinya lakukan. Ini salah satu tanda anda suka pada dirinya.



4. Kerap menggunakan emoji.

Jangan tak tahu bahawa penggunaan emoji yang kerap dalam kiriman mesej ini mempunyai niat yang tersembunyi. Ya! Anda mempunyai niat seperti ingin memikat dirinya, nak-nak lagi kalau beri emoji love. Memang terus perasan si dia.

5. Bercakap pasal pernikahan.

Mungkin niat anda sebenarnya ingin bertukar-tukar pendapat. Akan tetapi ini adalah satu topik yang serius. Maka dengan itu jangan begitu mudah nak bualkan dengan mereka yang berlainan jantina. Lainlah kalau anda bualkan bersama bakal suami anda. Itu lebih selamat dan matang.

Mengapa perasaan ini timbul?

Ini kerana, tindakan anda mungkin kelihatan berlebihan sebagai seorang rakan. Dimana, jika rakannya dia lebih kepada perkara yang menjadi bahan lawak dan teguran yang kadang kala menyakitkan hati. Tapi kalau dengan ciri-ciri yang di atas ini, ia memang membuat dirinya menarik minat terhadap anda.

Jadi, jika niat anda ingin berkawan maka lakukan seperti kawan bukannya seperti seorang kekasih. Jangan biarkan orang lain berharap dan terluka kerana diri anda.

]]>
"Walaupun nampak sakit tetap ketawa..." -Tunku Azizah & anakanda buat 'swab test' https://redaksi.com/8641-walaupun-nampak-sakit-tetap-ketawa-tunku-azizah-anakanda-buat-swab-test Fri, 02 Oct 2020 16:11:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8641 Penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan rakyat Malaysia sejak beberapa minggu yang lalu. Walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), tetapi banyak sektor sudah mula beroperasi seperti biasa. Namun kerana peningkatan secara mendadak tentunya timbul rasa bimbang.

Kerana kebimbangan itu, ramai yang mula mengambil langkah untuk melakukan swab test atau ujian saringan demi memastikan diri betul-betul bebas akan wabak tersebut.

Tidak ketinggalan, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkongsi melakukan ujian saringan tersebut di Instagram miliknya.



Bukan hanya baginda, tetapi anakanda baginda iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah turut melakukan ujian swap test tersebut.


Apa yang menariknya kapsyen dari Tengku Azizah mendapat perhatian warganet yang berseloroh reaksi mereka berdua semasa proses ujian saringan dilakukan.

Selain memuji kecomelan mereka berdua ini, rata-rata warganet juga mendoakan kesihatan baginda.


]]>
Kenapa Lelaki Tak Suka Wanita Yang Kuat Merajuk? https://redaksi.com/1305-kenapa-lelaki-tak-suka-wanita-yang-kuat-merajuk Sun, 24 Sep 2017 11:04:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1305 Merajuk-memujuk adalah antara satu cara untuk merapatkan hubungan lelaki dan perempuan. Tetapi awas, terlalu suka merajuk juga akan membuatkan lelaki tidak suka pada perempuan tersebut.



Berikut adalah sebab kenapa lelaki tidak suka kepada perempuan yang terlalu suka merajuk.

1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana sahaja yang boleh.

2. Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.



3. Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa 'syok sendiri' dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka akan merajuk.

4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.



5. Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.

6. Suka membeli-belah terlalu lama hingga memb osankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.

7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah 'mengata dan mengutuk' jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.

8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.

9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.

10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

11. Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada pasangan, tetapi hanya mengharapkan pasangan memberi kasih sayang itu.

12. Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.



13. Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk - buruk!

14. Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.

15. Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.

16. Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.

17. Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala 'puteri' kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

]]>
Lelaki Kelihatan Lebih Kacak Apabila Lakukan Ini, Tak Nak Cuba Ke? https://redaksi.com/7380-lelaki-kelihatan-lebih-kacak-apabila-lakukan-ini-tak-nak-cuba-ke Tue, 01 Oct 2019 13:29:58 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7380 Bila dah kacak pakai apa pun nampak sesuai sahaja, berlainan dengan orang tak ada rupa ini, pakai apa pun nampak tak kemas sahaja. Sebenarnya salah tanggapan anda itu. Sesiapa pun mampu kelihatan kacak dan bergaya kalau bijak kenakan apa yang sesuai dengan dirinya.

Malah anda akan kelihatan lebih bergaya apabila sentiasa mengenakan sesuatu yang up-to-date, akan tetapi lebih penting bijak nak gayakan pakaian sebenarnya.

Sebenarnya, mudah sahaja untuk orang lelaki menjadi kacak ini, kalau anda ada masalah dengan rupa. Cuba cari gaya yang sesuai dengan rambut anda, tentu sahaja anda akan kelihatan lebih kemas kalau kena dengan gayanya. Tetapi kalau anda tak tahu nak bergaya yang macam mana yang disukai wanita, ini boleh anda ikut sebagai idea tambahan anda.



Wanita selalunya suka akan lelaki yang...

1. Pakai baju yang dibutang penuh atau hanya buka butang dibahagian paling atas serta gulungkan baju di lengan anda hingga ke siku. Ini akan membuatkan kelihatan lebih kasual tetapi masih kemas.

2. Bibir yang lembap dan pink-pink sedikit ini memang buat anda kelihatan lebih menarik sebenarnya. Jadi jangan merokok serta calitkan sedikit pelembab pada bibir anda.

3. Anda akan lebih bergaya apabila mengenakan jam tangan yang sesuai. Tak perlu yang mahal-mahal cukup sekadar miliki reka bentuk yang elegan dan ringkas.

4. Sweater akan membuat seorang lelaki kelihatan lebih hangat dan berkelas. Malah jika sweater ini dipakai bersama baju biasa akan tonjolkan kesan formal.

5. Aura maskulin akan segera terserlah jika anda mengenakan kemaja hitam. Nak nampak macho, pilih baju berwarna hitam.

6. Jaket hoodie atau sweater memang gaya yang tak lapuk dek zaman. Pilih hoodie yang agak berat dan tebal sedikit, baru ia kelihatan bergaya.

7. Pemilihan seluar panjang yang sesuai dan perlu digunakan dengan gaya yang sesuai. Pilih seluar yang tidak terlalu ketat dan longgar, apa yang paling penting jangan pakai dibahagian punggung anda, ia perlu dipakai di pinggang okay.

8. Minyak wangi sebagai aroma penarik buat seorang lelaki. Bauan lelaki ini memang akan menarik mana-mana wanita kerana bauan ini begitu selesa dihidu oleh wanita.

9. Sekali sekala jangan lupa pakai cermin mata. Pemakai cermin mata ini akan membuatkan anda kelihatan lebih pintar, dan bijak.

10. Kuku yang bersih juga sebenarnya daya tarikan orang lelaki. Tak perlu buat rawatan cukup sekadar anda potong kuku serta tak ada hitam-hitam di celah kuku.

Yakin dan percaya bahawa anda pun mampu kelihatan kacak juga!

]]>
Pegang Status Bujang Bukan Bererti ''Kesepian" Tapi Berani Berdikari. https://redaksi.com/8183-pegang-status-bujang-bukan-bererti-kesepian-tapi-berani-berdikari Fri, 15 May 2020 21:30:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8183 Status bujang ini bukan satu perkara yang patut dibimbangkan dan dirisaukan. Walaupun anda ternanti-nanti jodoh yang masih belum kunjung tiba, tapi status bujang ini bukan membebankan anda. Jangan anggap bahawa status ini adalah mereka-mereka yang sunyi dan kesepian. Dengan beranggapan bahawa pasangan yang sudah berkahwin itu lebih bahagia hidupnya.

Dalam kehidupan seharian, jika anda inginkan kebahagiaan anda boleh cari dan ciptanya. Kebahagiaan ini bukan bergantung pada pasangan dan hidup berkeluarga saja, tapi banyak lagi perkara lain yang boleh buat anda rasa bahagia. Luangkan masa untuk diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan juga boleh bahagia.

Buat anda yang masih bujang, jangan mengeluh dan bersedih hanya kerana anda masih belum memiliki pasangan lagi. Masa yang ada inilah perlu anda gunakan dan manfaatkan agar bila dah kahwin nanti anda boleh fokuskan kepada rumahtangga anda saja.


Jangan tidak tahu, ramai mereka yang sudah berkahwin ingin menikmati hidup seperti orang bujang.

Terlalu memikirkan jodoh hanya akan membuat anda lebih tertekan dan juga kelihatan terlalu ingin berkahwin. Adalah lebih baik anda lalui hari-hari anda seperti biasa tanpa rasa tertekan. Sudah menjadi perkara biasa jika orang-orang tanya mengenai status diri, anggap sahaja itu permulaan perbualan. Jangan ambil hati pula.



Waktu bujang ini adalah waktu terbaik untuk anda sayangi diri anda dahulu. Orang yang tahu mencintai diri mereka dulu sudah tentu akan tahu mencintai pasangan mereka kelak. Jangan berharap kasih sayang dari insan lain kalau anda tidak tahu bagaimana hendak menyayangi diri anda.

Mereka yang berdikari akan lebih matang dan berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai realiti. Mungkin orang lain menganggap anda sunyi dan kesepian. Tetapi di sebalik kesunyian yang ada, anda dilatih untuk lebih berdikari. Oleh itu tidak mudah jatuh atau putus asa ketika menghadapi masalah.



Memang mungkin ada masa-masa merasa kesunyian ketika bersendirian, itu adalah perkara biasa. Malah mereka yang mempunyai pasangan juga boleh merasa kesunyian. Kesepian dapat hadir dalam setiap fasa kehidupan. Adalah wajar bahawa anda akan merasa kesepian pada satu masa tertentu. Kesepian memberikan peluang untuk kita mengenali diri kita dengan lebih mendalam.

Bujang bukan sunyi,
Single bukan sepi.

Nikmati zaman bujang anda dengan sebaik mungkin, kerana anda tidak tahu bila ia akan berakhir.


]]>
Lakukan 6 Perkara Ini Untuk Mengelakkan Hubungan Menjadi Hambar. https://redaksi.com/1891-lakukan-6-perkara-ini-untuk-mengelakkan-hubungan-menjadi-hambar Fri, 06 Apr 2018 15:18:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1891 Sentiasa melakukan perkara yang terlalu biasa, anda dan pasangan menjadi bosan. Jadi, apakah taktik atau perkara untuk anda lakukan, supaya hubungan dengan si dia tidak menjadi hambar?

1. Bersenam.

Anda dengan si dia gemar beriadah untuk bersenam dan untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal. Tubuh badan yang sentiasa mengeluarkan peluh juga dapat mengurangkan tekanan dan anda menjadi lebih gembira daripada biasa. Namun, lokasi anda beriadah adalah di rumah atau tempat yang sama dan membosankan. Cuba anda dan pasangan mengubah lokasi seperti pergi ke gym, jogging di pantai, atau pun berenang.


2. Game.

Sudah tentu anda dan pasangan jika dating, sering menonton wayang dan hanya menikmati makanan di restoran. Kali ini cuba pula anda berdua bermain game arcade di mall. Ramai pasangan seperti tidak memandang game sebegini kerana terlalu kebudak-budakkan. Tetapi kadang-kala jika anda mencuba, menjadi ketagih pula.

3. Menyanyi bersama.

Selain berkomunikasi dan bualkan tentang isu yang anda berdua gemari, tidak salah juga kadang kala anda dan pasangan menyanyi bersama di dalam kereta. Situasi akan menjadi hambar jika anda berdua masing-masing berdiam diri, manakala pasangan di sebelah hanya mengadap telefon bimbit.

4. Mencuba resipi baru.

Apabila kita mencuba resipi baru, secara tidak langsung otak anda dapat berfikir secara kreatif. Maka tidak lah hambar sangat di dalam perhubungan kerana sering makan di restoran atau menjamah makanan yang sama setiap hari. Makanan juga mampu mengeratkan hubungan anda berdua.


5. Merakam video.

Rakam kan setiap momen-momen anda bersama si dia dan jangan lepaskan peluang ini untuk anda menjadi lebih kreatif. Sunting video dan anda boleh beri kepada si dia ketika hari jadi atau hari yang istimewa. Atau pun, setiap gambar yang di ambil, jangan hanya di simpan di dalam telefon bimbit, tetapi print gambar tersebut dan gantung di mana sahaja anda mahu.

6. Menjerit.

Selain dapat mengurangkan tekanan anda, ia juga mampu mengelakkan hubungan anda menjadi hambar. Menjerit bukan lah pada tempat yang sunyi seperti perpustakaan atau di tempat awam, tetapi ketika anda memandu di dalam terowong sambil membuka tingkap kereta. Pasti ia amat menyeronokkan!

Selamat Mencuba!

Anda juga boleh baca artikel yang berkaitan 6 Tips Untuk Hubungan Yang Sihat Dan Berkekalan. dan 6 Kata-Kata Dan Perkara Yang Anda Patut Elak Semasa Berlaku Pergaduhan Dengan Pasangan.

]]>
Bila Sudah Buka Tin Makanan, Jangan Terus Simpan Di Dalam Peti Sejuk Ia Bahaya. https://redaksi.com/6268-bila-sudah-buka-tin-makanan-jangan-terus-simpan-di-dalam-peti-sejuk-ia-bahaya Fri, 14 Jun 2019 11:04:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6268 Tahukah anda? Makanan dlm tin yang telah dibuka tidak boleh disimpan dalam peti sejuk begitu sahaja. Cara yang betul adalah, pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca sebelum disimpan ke dalam peti sejuk.

KENAPA?

Ini kerana, jika makanan itu masih disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah dengan udara. Jadi, makanan itu akan mudah rosak.



Mulai tahun 2019 ini, tarikh 7 Jun telah diisytiharkan sebagai Hari Keselamatan Makanan Sedunia atau World Food Safety Day oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan tema “Food Safety, Everyone’s Business”.

Tujuannya jelas, iaitu bagi mempertingkatkan kesedaran keselamatan amakanan dalam melindungi kesihatan pengguna.

Sebenarnya, ada banyak perkara yang kita mungkin lakukan ketika mengurus makanan yang mengundang kepada bahaya atau pencemaran makanan. Malah, sesetengahnya dianggap ‘biasa’ tanpa menyedari ianya merupakan tabiat yang perlu diubah.



Salah satunya adalah tabiat menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk. Mesti ramai yang selalu buat kan? Kadang-kadang kita simpan lebihan tuna, susu sejat, susu pekat, jagung, koktel buah, dan macam-macam lagilah.

Dalam hati tu fikir, “Alah, makanan dalam tin kan memang tahan lama. Apa salahnya simpan dalam peti sejuk kan? Tak payah susah-susah nak cari dan tukar bekas.”

Jangan macam tu ya. Ini 5 bahayanya menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk.

5 Bahaya Simpan Makanan Dalam Tin Yang Telah Dibuka Dalam Peti Sejuk

1. Tindak balas tin dengan makanan

Kalau ada lebihan makanan dalam tin, seeloknya ia patut dipindahkan ke dalam bekas makanan kaca atau plastik sebelum disimpan dalam peti peti sejuk.

Jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara.

2. Menukar bau dan rasa

Disebabkan tindak balas logam dengan kandungan di dalamnya tadi, proses ini menukar bau dan rasa makanan tersebut. Kalau perasan, ada rasa dan bau seolah-olah metalik padanya.

Tindakbalas ini biasanya lebih mudah berlaku pada jenis makanan dalam tin yang berasid, contohnya puri tomato atau jus buah-buahan.



3. Makanan mudah tercemar

Berbanding penggunaan bekas makanan yang kedap udara, penyimpanan makanan lebihan dalam tin yang telah dibuka adalah berisiko terhadap pencemaran makanan.

Dalam sebuah artikel, Dr Ronald McCoy, menjelaskan bahawa makanan dalam tin sebenarnya mudah rosak apabila ia telah dibuka.

4. Meningkatkan risiko keracunan makanan

Cara penyimpanan yang salah boleh memberi ruang kepada pertumbuhan spora, lalu menyebabkan keracunan makanan.

Menurut sumber, walaupun jarang berlaku, kes botulisme juga boleh berpunca daripada makanan dalam tin yang tidak disimpan dengan betul.

5. Tetap rosak walau disejuk beku

Menurut MyHealth pula, tindakan membekukan makanan dalam tin kerana mahu menyimpannya lebih lama juga tak seharusnya menjadi amalan.

Kenapa? Ini kerana, pada tahap beku kandungan dalam tin itu akan mengembang dan keadaan ini akan merosakkan tin tersebut dan menyebabkan ia tumpah.

JANGAN LUPA ‘TRANSFER’ LEPAS BUKA TAU!

Jadi, jangan lupa transfer makanan dalam tin ke dalam bekas lain bila dah buka ya. Paling malas pun, tukarlah penutupnya kepada penutup plastik.

Ingat, makanan dalam tin seharusnya dihabiskan secepat mungkin sebaik saja ianya dibuka. Jika perlu, pindahkan ke bahagian sejuk beku dengan menggunakan bekas yang bertutup selepas 3 hari. Makanan lebihan tidak seharusnya disimpan melebihi 3 hari kerana kandungan nutrisinya boleh terjejas, terutamanya apabila peti sejuk anda terlalu padat dan mengandungi pelbagai jenis makanan.

Dah tahu ni, sama-samalah kita cuba elakkan tabiat ini demi kesihatan diri dan keluarga.

Jom amalkan cara penyimpanan yang betul!

]]>
Orang Kata Kalau Metabolisme Tinggi Dapat Membakar Lemak, Jadi Mudahlah Nak Dapatkan Berat Badan Ideal. Tapi Macam Mana Caranya? https://redaksi.com/7460-orang-kata-kalau-metabolisme-tinggi-dapat-membakar-lemak-jadi-mudahlah-nak-dapatkan-berat-badan-ideal-tapi-macam-mana-caranya Thu, 10 Oct 2019 16:05:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7460 Ada orang mempunyai masalah penurunan berat badan hanya kerana rendah metabolisme. Sebab itu, walaupun bersenam akan tetapi jika metabolisme rendah ia akan mengakibatkan berat badan anda sukar sedikit untuk susut.

Namun begitu, ramai yang tak tahu bagaimana cara mudah nak dapatkan metabolisme yang tinggi. Apa yang mereka selalu lakukan adalah dengan menjaga pemakanan sahaja tetapi sebenarnya nak dapat metabolisme yang tinggi ada beberapa cara mudah.

Berikut adalah rahsia: membiarkan tubuh anda bekerja keras bukan satu-satunya cara untuk membantu anda membakar kalori dan mencair lemak. Apa yang anda perlu berikan perhatian adalah kepada metabolisme anda. Metabolisme adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan semua tindak balas kimia yang terlibat dalam mengekalkan keadaan hidup sel-sel dan organisma. Metabolisme adalah berkait rapat dengan pemakanan dan ketersediaan nutrien. Bioenergetik adalah istilah yang menggambarkan laluan biokimia atau metabolik yang mana sel akhirnya mendapat tenaga. Pembentukan tenaga adalah salah satu komponen penting dalam metabolisme.

1. Makan sarapan (yang baik)

Jika tidak, badan anda masuk ke dalam mod kebuluran (ia seperti paranoid), jadi melambatkan pergerakan metabolisme anda untuk menjimatkan tenaga. Dan makanan pertama hidangan anda, lebih baik. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Epidemiology, sukarelawan yang mendapat 22-55 peratus daripada jumlah kalori mereka pada sarapan hanya mendapat 1.7 poun dalam tempoh purata empat tahun. Mereka yang makan sifar hingga 11 peratus kalori mereka pada waktu pagi memperoleh hampir tiga paun. Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal yang sama, sukarelawan yang dilaporkan kerap mengelak bersarapan mempunyai 4.5 kali risiko obesiti sebagai orang yang mengambil masa untuk makan.



Apa yang anda perlukan? Snek pagi adalah lambat dicerna dan membuatkan anda merasa kenyang lebih lama. Cuba campuran protein tanpa lemak dengan karbohidrat kompleks dan lemak yang sihat, seperti sarapan bertenaga: telur dadar dihasilkan dengan sebiji telur dan dua biji telur putih dan setengah cawan lada campuran dan bawang merah, tambah gandum separuh masak dicampur dengan suku cawan beri beku dan satu sudu teh minyak ikan penuh omega-3.

2. Keluar

Bangun, cahaya matahari! Terdedah kepada cahaya matahari waktu pagi bukan sahaja membantu anda bangun, tetapi boleh membantu membuatkan anda langsing, cadangan kajian daripada Universiti Northwestern. Baiknya, cahaya terang (matahari adalah yang terbaik) tetapkan jam tubuh anda, kunci utama dalam mengawal setiap sistem badan anda, termasuk yang cepat atau yang lembap- metabolisme.



3. Tambah protein

Jika sarapan anda adalah bagel dengan krim keju atau mufin dan kopi, anda mungkin ingin melakukan pertukaran kepada makanan berprotein tinggi. Apabila wanita dewasa berlebihan berat badan makan sarapan berprotein tinggi (yang terkandung sekitar 30 gram protein, berbanding yang mengandungi kira-kira 12 gram), mereka mempunyai kawalan glycemic yang lebih baik sepanjang hari, laporan penyelidikan dalam European Journal of Clinical Nutrition. Dapatkan telur dan yogurt Greek, yang mana kedua-duanya mempunyai protein yang sangat berkuasa.

4. Dapatkan air sejuk

Dapatkan segelas air sejuk H2O pada waktu pagi. Penyelidik University of Utah mendapati bahawa sukarelawan yang minum lapan hingga 12 gelas lapan auns air setiap hari mempunyai kadar metabolik yang lebih tinggi daripada mereka yang minum hanya empat gelas dengan banyak. Badan anda boleh membakar beberapa kalori dengan memanaskan air sejuk kepada suhu teras anda, kata Madelyn Fernstrom, Ph.D., pengasas dan pengarah Universiti Pittsburgh Medical Center Weight Management Center. Walaupun kalori tambahan yang dibakar dengan meminum segelas air tidak banyak, menjadikannya satu tabiat boleh menambahkan paun yang hilanh tanpa usaha tambahan.



5. Berdiri semasa mengambil panggilan

Elakkan mengambil kerusi dan berdiri dengan kaki anda! Orang dewasa muda yang melakukan kerja sambil duduk membakar berbanding berdiri membakar lebih banyak kalori, menunjukkan kajian 2012 dalam Jurnal Aktiviti Fizikal dan Kesihatan Pekerjaan. Pada rehat, mereka membakar 1.02 kalori per minit, berbanding 1.36 kalori seminit sambil berdiri. Untuk meletakkan ke dalam perspektif, satu jam panggilan telefon secara berdiri membakar 82 kalori berbanding 61 yang duduk. Sudah tentu bunyinya tidak seperti banyak, tetapi menambahnya sepanjang hari adalah penting.



6. Ketawa

The day is just about over, lighten up a little, will ya? Cari rakan sekerja yang kelakar untuk keluar bersama atau buat panggilan kepada rakan yang boleh buat anda ketawa. Ketawa adalah senaman – gelak 10 minit boleh membantu anda membakar 10-20% lebih kalori berbanding ketika anda berwajah ketat. Itu sudah cukup untuk membakar 10 hingga 40 kalori. Ia mungkin tidak banyak, tetapi fikir tentang apa yang anda dapat daripada itu: Penyelidikan juga menunjukkan bahawa ketawa boleh membantu menjaga kesihatan jantung anda.

7. Tidur awal

Apabila anda tidur kurang daripada yang sepatutnya, anda melepaskan jumlah leptin dan ghrelin – hormon yang membantu mengawal penggunaan tenaga dan selera makan – itu yang tubuh anda hasilkan. Penyelidik di Universiti Stanford mendapati bahawa orang yang mengurangkan daripada 7.5 jam setiap malam mengalami peningkatan dalam indeks jisim badan mereka. Jadi pastikan anda mendapat rehat sekurang-kurangnya lapan jam.

]]>
Khasiat Daun Sirih Yang Wanita Patut Tahu Dan Amalkan. https://redaksi.com/4414-khasiat-daun-sirih-yang-wanita-patut-tahu-dan-amalkan Mon, 03 Dec 2018 15:30:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4414 Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Selain suka benda-benda yang cantik, wanita juga suka menjaga kecantikan diri. Sebab itulah mereka sanggup berbelanja ratusan ringgit demi menjaga kecantikan mereka. Terutama pada masa kini terdapat pelbagai kemudahan moden yang lebih cepat membantu mereka dalam menguruskan kecantikan diri mereka.

Itu bagi mereka yang berkemampuan, tapi buat yang tidak kemampuan, sudah pastilah sumber alam semulajadi ini yang akan menjadi pilihan mereka. Tidak cukup dengan itu, petua dari nenek moyang yang terdahulu juga masih diamalkan tapi tidak semua. Terutama mengenai daun sirih, telah banyak dilupakan kelebihan dan khasiatnya yang boleh diguna pakai.

Daun sirih atau nama saintifiknya Piper Betle L berasal dari keluarga Piperaceae. Sirih adalah tumbuhan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat Melayu dan juga masyarakat India.

Sirih membiak melalui keratan batang dan anak yang akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah. Daun sirih ini memiliki pelbagai kandungan penting seperti pelembab semulajadi, mineral, vitamin, antioksidan serta antiseptik.
Sirih merupakan salah satu snek oleh orang-orang tua Melayu dan India. Sehelai daun sirih yang telah di bersihkan dicalit dengan sedikit kapur. Pinang yang telah diricih halus atau dipotong kecil diletakkan di atas daun bersama dengan gambir. Daun sirih kemudiannya digunakan untuk membungkus bahan ini sebelum dikunyah.



Jom ketahui apakah khasiat daun sirih.

1. Menghilangkan nafas berbau.

Daun sirih membantu menghilangkan nafas berbau. Untuk masalah nafas berbau, ada dua cara untuk anda lakukan. Cara pertama ialah dengan mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan biarkan berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan.

Cara kedua ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih hingga mendidih, setelah itu disejukkan dan ditapis. Gunakan untuk berkumur dua kali sehari, pagi dan malam.

2. Merawat kulit dan masalah jerawat.

Bagi anda yang mengalami masalah kulit seperti jerawat, daun sirih mampu menyelesaikan masalah anda. Salah satu kebaikan yang terdapat di dalam daun ini adalah kavikol. Kavikol mampu membunuh bakteria yang bersarang pada kulit wajah.

Untuk menghilangkan jerawat, anda boleh jadikan daun sirih sebagai masker. Caranya, sediakan 3 helai sirih. Masukkan 2 gelas air ke dalam periuk dan masukkan 3 helai daun sirih tersebut.

Masak sehingga mendidih. Tunggu sehingga air rebusan sirih suam. Basuh muka anda dan ratakan daun sirih tersebut di seluruh muka terutamanya kawasan berjerawat. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilas wajah anda mengunakan air suam.

Selain dijadikan masker, daun sirih juga boleh direbus dan diminum. Caranya, sediakan 2 – 3 helai daun sirih, panaskan air dan masukkan daun sirih tersebut. Setelah air mendidih, ambil daun sirih tadi dan kisar sehingga halus. Selepas itu, tapiskan ampas daun sirih itu. Jika anda tidak gemar dengan rasa pahit air daun sirih, letakkan 1 sudu madu untuk mengurangkan rasa pahit.

Bagi mendapatkan hasil yang cepat, amalkan masker & minum air rebusan setiap hari.
khasiat daun sirih

3. Mengubati keputihan dan kegatalan pada bahagian sulit wanita.

Keputihan adalah normal bagi wanita, namun jika keputihan yang menimbulkan rasa tidak selesa dan gatal, masalah ini harus di atasi kerana ini boleh mengakibatkan jangkitan di bahagian Miss V anda. Dengan kandungan minyak atsiri, anti septik semulajadi serta anti mikrob yang dapat membasmi kuman dan bakteria penyebab keputihan, daun sirih membantu mengubati keputihan.

Caranya, sediakan 5 – 10 helai duan sirih. Rebus daun sirih tersebut dengan air sebanyak 500 ml sehingga mendidih. Kemudian biarkan air rebusan daun sirih tersebut hingga suhu bilik dan tapis hampas daun sirih. Gunakan air rebusan tersebut untuk membasuh kemaluan anda. Lakukan 2 kali sehari sehingga keputihan dan kegatalan hilang.

4. Mengurangkan bengkak gusi.

Untuk gusi bengkak pula, ambil 5-6 helai daun sirih lalu direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih. Setelah itu masukkan sedikit garam. Biarkan hingga suam dan gunakan untuk berkumur dua hingga tiga kali sehari.

5. Menghilangkan bau badan.

Untuk menghilangkan bau badan, ambil 2 hingga 3 helai daun sirih. Rebus dengan 1/2 gelas air hingga mendidih. Keluarkan daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum. Jika tidak mahu minum airnya kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada ketiak.

                  



6. Melancarkan haid & meredakan senggugut.

Bagi wanita yang sering mengalami masalah kitaran haid atau senggugut, anda boleh mencuba minum air rebusan daun sirih. Caranya, sediakan 3 – 5 helai daun sirih. Rebus daun sirih tersebut sehingga mendidih. Tunggu air rebusan tersebut sejuk dan menjadi suhu bilik. Tapis dan minum semasa datang haid.

7. Mengubat penyakit asma.

Penyakit asma merupakan penyakit keturunan. Penyakit ini berbahaya yang boleh dibawa walaupun ia bukan jenis penyakit yang kronik seperti diabetis dan jantung.

Penyakit ini akan mengakibatkan rutin harian terganggu kerana apabila terjadinya asma anda akan mengalami sesak nafas, sukar untuk anda melakukan aktiviti yang berat dalam jangka masa yang panjang serta anda akan berasa nafas anda pendek dan sukar untuk bernafas seperti biasa.

Bagi anda yang mempunyai penyakit asma, rebusan daun sirih dapat menbantu anda mengatasi gejala -gejala disebabkan asma. Caranya, sediakan 4 – 5 helai daun sirih. Rebus daun sirih tersebut dengan 2 gelas air hingga mendidih. Pastikan anda minum rebusan tersebut secara rutin iaitu minum 2 – 3 kali sehari, tidak kira anda mengalami asma atau pun tidak.

8. Menyembuhkan batuk.

Salah satu khasiat dari daun sirih ialah untuk menyembuhkan batuk. Caranya, rebus 5 helai daun sirih dengan 300 ml air. Minum 2 kali sehari, pagi dan malam semasa anda batuk.

9. Penawar sakit jantung.

Daun sirih juga boleh dijadikan sebagai penawar sakit jantung. Caranya, tumbuk 3 helai daun sirih bersama 1 sudu makan jintan putih & 3 ulas bawang merah. Tuang secawan air panas. Biarkan sehingga suam dan tapis. Minum 2 kali sehari.

Jika anda mempunyai masalah seperti ini, cuba anda amalkan daun sirih, mana tahu ia serasi dan berkesan ke atas anda.



]]>
Antara Filem Atau Drama Kekeluargaan Yang Patut Anda Ulang Tonton. https://redaksi.com/5221-antara-filem-atau-drama-kekeluargaan-yang-patut-anda-ulang-tonton Fri, 15 Feb 2019 15:34:55 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5221 Dapat meluangkan masa bersama keluarga adalah perkara yang patut dilakukan oleh setiap individu. Jadi, jom ulang tonton antara drama atau movie bersama keluarga anda, pada masa terluang.

1. Bisik Pada Langit (2017)

Related image

Filem ini berkisahkan hubungan kekeluargaan yang kuat antara si bapa dengan anak-anaknya, terutamanya anak perempuan tunggalnya. Bapanya berimpian semoga anaknya dapat melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara, dan akhirnya telah tercapai. Namun, anaknya kemalangan dan koma. Di sini dapat lihat pengorbanan seorang ayah, dan adik-beradiknya juga.

Nilai kekeluargaan yang tinggi boleh dijadikan sebagai pengajaran.

2. The Odd Life of Timothy Green (2012)

Related image

Movie ini berkisahkan pasangan suami isteri yang masih tidak boleh menimang cahaya mata, dan ramai dikalangan jiran dan masyarakat mula bertanya. Walaupun sebenarnya kehidupan mereka sangat gembira dan bahagia, namun masih berusaha untuk mendapatkan anak angkat sehingga pada suatu hari mereka menanam sebuah kotak dibelakang rumah.

Kemudian, terjadinya sesuatu yang tidak dijangka dan diluar kawalan dimana seorang budak lelaki muncul dalam hidup mereka dan diberi nama sebagai Timothy. Walaupun kehadiran Timothy tidak lama dalam pasangan ini, namun mereka menemui kebahagiaan sejak menemui Timothy ini. Movie ini adalah fantasi, namun boleh dijadikan sebagai kisah yang positif dan boleh dijadikan sebagai pengajaran dalam parenting.

3. Miracle in Cell No. 7 (2013)

Image result for miracle in cell no 7

Kisah ini juga menceritakan tentang kasih sayang seorang bapa terhadap anak perempuannya. Filem korea ini juga, adalah filem yang paling sedih, kerana si bapa sebenarnya mengalami sakit mental. Di samping sakit mental, si bapa memang bersungguh-sungguh untuk menjaga anaknya dengan tenagda dan kudratnya sendiri. Namun, bukan setiap hari itu cerah kerana si bapa akhirnya masuk ke penjara dimana dituduh melakukan penculikan, seksual dan akhirnya pembunuhan terhadap seorang kanak-kanak.

Kisah ini perlu dijadikan pengajaran kerana besarnya kasih sayang seorang anak terhadap bapanya juga, walaupun mengalami sakit mental. Kasih sayang ini tidak pernah berubah walaupun sudah menginjak kea lam dewasa.

4. Along with the Gods: The Two Worlds (2017)

Image result for Along with the Gods: The Two Worlds (2017)

Filem ini pula mengisahkan seorang lelaki, iaitu ahli bomba mengalami situasi yang tragis dan mati di tempat dimana dia cuba menyelamatkan seorang anak kecil. Jalan cerita ini juga fantasi, namun pengajaran yang perlu diambil adalah kita perlu sentiasa melakukan kebaikan di dunia supaya mendapat balasan Syurga kelak.

Antara kebaikan yang utama adalah, melayan ibu dengan baik, dimana syurga seorang anak adalah dibawah telapak kaki ibunya sendiri. Filem ini juga, anda perlu sediakan tisu pada scene berkenaan dengan ibunya.

5. Gilmore Girls (2000-2007)

Image result for gilmore girls 2000

Drama bersiri ini, berkisahkan kasih sayang seorang ibu terhadap anak perempuannya. Drama ini mendapat sambutan ketika waktu dahulu kerana ibu dan anak yang sama-sama cantik, namun amat berdikari dalam menempuhi rintangan hidup. Walaupun sebenarnya, si ibu adalah anak orang kaya, tetapi mahu hidup berdikari daripada ditanggung oleh ibu bapanya sendiri.

Boleh diambil pengajaran dan iktibar bagi golongan ibu-ibu tunggal.

6. Keluarga Iskandar (2012)

Image result for keluarga iskandar

Drama melayu bersiri ini, menerapkan hubungan kekeluargaan yang sangat positif antara satu sama lain. Drama ini juga mempunyai banyak unsur komedi, dimana sangat sesuai untuk menonton bersama keluarga. Di samping nilai murni dalam hubungan keluarga, anda juga boleh bergelak ketawa bersama-sama. Tak perlu lah nak serius setiap kali menonton televisyen, kan?

Selamat Menonton!

]]>
Bagaimana Seorang Isteri Boleh Cemburu Dengan Suaminya? Jom Ikuti Kisah Ini. https://redaksi.com/4637-bagaimana-seorang-isteri-boleh-cemburu-dengan-suaminya-jom-ikuti-kisah-ini Fri, 21 Dec 2018 11:28:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4637 Kisah isteri yang melakukan kerja dari rumah ini telah dikongsikan oleh Puan Intan, dimana si suami perlu memahami perasaan si isteri…

********

Suatu hari, suami pulang agak lewat dari kerja. Kemudian selepas dia menyantuni kami dan anak-anak selepas solat, dia minta izin untuk keluar berjoging. Katanya untuk 'warming up' sempena charity run yang dia akan dia sertai pada hujung minggu.

"30 minit je..." janjinya.

Saya hargai dia bertanya, tanda dia menghormati isterinya. Walau sebenarnya selaku suami, dia tak perlu pun izin saya.

Setelah suami pergi, saya sambung semula buat kerja bisnes di workstation, sambil memantau anak-anak mewarna menggunakan water color.

Namun, terhenti taipan di papan kekunci. Tiba-tiba sahaja hati rasa tersentuh.

"Arghh... seronoknyalah jadi orang lelaki. Bebas sebebas burung. Aku jugalah yang seperti gajah yang dirantai besi. Kalau dibukakan rantai kaki pun tak reti nak ke mana.." bisik hati kecil.

Yelah, apabila suami beri masa keluar untuk ME-TIME, ada masanya (bukan setiap kali) hati asyik teringat pada anak. Rasa tak tahu pula nak ke mana. Rasa sunyi tanpa usikan suami dan keletah anak-anak. Sudahnya beberapa minit dah terpacul semula depan pintu rumah.

Ya Allah.. wanita.. wanita.. sungguh complicated! Terus teringat lagu Ragaman. Huhu. Wanita ni, kadang dia pun tak faham kenapa dia rasa dan bertindak begitu.

Dengar bunyi pintu rumah dibuka, suami sudah pulang. Dia terus naik mendapatkan saya. Secepatnya dia perasan perubahan riak wajah ini. Bertahun-tahun hidup bersama, dia sudah masak dengan segala perubahan reaksi wajah isterinya.

"Kenapa ni? Marah ke?" Soalnya prihatin.

Saya menggeleng.

"Taklah."

"Habis tu?"

Saya melepas nafas. Pandang muka suami.

"SAYA CEMBURU, CEMBURU DENGAN KEBEBASAN ABANG," luah saya. Jujur.

Suami saya senyum. Fahamlah dia gelojak hati saya.

"Terima kasih yang.. atas segala pengorbanan. Jaga anak-anak, jaga abang." Katanya perlahan. Mungkin untuk menyejukkan hati ini.

Alhamdulillah. Terpujuk juga hati ini. Walau kadang rasa sebak dan menitis juga air mata bila singgah perasaan kacau sebegini, tanpa tahu kenapa.

Teringat satu pesanan ustazah, "orang perempuan yang Allah pilih duduk rumah, dia perlu bersyukur, Allah pilih nak beri dia pahala tanpa perlu bersusah pun keluar dari rumah. Dia redha 'lepaskan' suami buat jihad, dakwah, cari nafkah halal, pahala tersebut dia pun dapat."

MasyaAllah. Mudah bunyinya. Namun, selalu ada masanya emosi seperti roller coaster.

Nak pujuk hati, nak redha itu sangat payah. Tak pernah pun cemburu dengan wanita lain tentang hidup mereka. It's their life. We woman are not in competing with each other. We should empower each other.

Namun setelah berkahwin, disebabkan hanya suami best friend forever (BFF) yang ada. Maka, dialah sasaran rasa cemburu itu. Cemburu dia boleh bebas ke mana tanpa perlu risau pada anak-anak, sebab ada isteri di rumah menjaga mereka.

Hati bapa tak seperti hati ibu, itu kata orang tua-tua.

Saya tahu, ada juga wanita lain rasa seperti ini. Bukan tak redha, tetapi inilah cabaran yang kadangkala singgah menguji hati.

Ada suatu masa, bila dengar radio ikimfm, berkumandang lagu 'Jangan Menangis Habibah'. Sampai korus, suami turut ikut menyanyi,

"Solat lima waktu..

Puasa di Ramadhan..

Taati suamimu..

Maruah dipertahan..

Sabdanya pilihlah..

Syurga mana..

Pintu mana..

Yang kau suka"

Suami pandang pada saya sambil senyum. Beria dia menyanyi. Saya tahu dia maksudkan lirik itu untuk menguatkan saya. Dulu semasa sebelum nikah, dengar khutbah baitul muslim, asatizah bacakan hadis betapa mudahnya isteri nak masuk syurga.

Rupanya lepas kahwin, I have to admit, this journey is tougher than what I was thought before. Everyday is a battle. Sometimes I win. Sometimes I lose. But as Muslim, I never give up. "I am not a bad mom, it's just a bad day." Reset semula esok, insyaAllah. Syukur alhamdulillah, masih waras lagi.

Bercerita pada ibu kadang ibu hanya gelakkan sahaja. Ya, mungkin cabaran ibu bahkan lebih sukar lagi kerana kesibukan ayah bahkan lebih berganda. Terima kasih ibu, atas segala pengorbanan untuk kami anak-anakmu.

Medan rumahtangga nampak kecil. Sekecil dalam rumah, bahkan cuma menangani anak-anak kecil, "it's not a big deal." Sesetengah memang akan fikir begini. Namun, di sebalik dinding batu itu, ramai wanita telah tewas menangani emosi sendiri. Ramai yang 'lost' kerana depresi.

Maka, sangat penting suami memainkan peranan sebagai supporter nombor satu isteri, teman paling baik dan paling rapat kepada isteri.

Jangan biarkan isteri sendirian. Selalulah bertanya perasaannya dan berbual dengannya. Selalulah ambil tahu segala gelojak rasanya yang dipendam. Peluk dirinya. Buka pintu rumah, dapatkanlah dia dahulu. Mehnah dan tribulasi dalam rumahtangga adalah ujian berdua suami dan isteri, maka tangani ujian itu bersama, galasi beban itu bersama.

Support isteri selayaknya dialah ketua penghulu bidadari kalian di syurga. insyaAllah.

Semoga Allah merahmati semua suami dan isteri yang sentiasa berusaha membahagiakan, menyokong dan memahami pasangan masing-masing sebaiknya. Amiin

Hidup ini adalah untuk menggapai redha Ilahi. Semoga dapat lagi berkumpul bersama dalam syurgaNya. InsyaAllah.

******** 

Semoga Bermanfaat dan Dijadikan Iktibar!

]]>
Kahwin Lambat Akan Buat Anda Semakin Cerewet Menurut Pakar Psikologi. https://redaksi.com/7982-kahwin-lambat-akan-buat-anda-semakin-cerewet-menurut-pakar-psikologi Thu, 12 Mar 2020 11:58:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7982 Selalunya bila orang yang kahwin agak lewat ini masyarakat akan mudah cop mereka ini agak memilih dan terlalu memilih. Rupa-rupanya, mereka bukan memilih tetapi terlalu cerewet dalam memilih pasangan hidup. Sebab itulah masih tak jumpa pasangan yang sesuai lagi.

Tapi bukan hanya cerewet bab itu sahaja, banyak perkara lain yang menjadi punca malah sehingga membuat pasangannya sendiri akan terasa agak stress dengannya. Ia berlainan dengan mereka yang berkahwin di usia muda ini.

“Buat mereka yang berkahwin lewat usia, kecenderungan untuk menjadi lebih cerewet adalah tinggi berbanding mereka yang kahwin di usia muda.”

Itu yang dinyatakan oleh Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Firdaus Abdul Gani, seperti yang dipetik daripada Awani.


Ini adalah disebabkan mereka sudah terbiasa dengan cara hidup sendiri dalam satu tempoh masa yang panjang, sebelum berkongsi hidup apabila sudah berkahwin.

"Mereka juga risau disebabkan risiko tidak subur dan sukar mendapat anak disebabkan umur yang meningkat. Mereka akan tergesa-gesa untuk mengejar mendapatkan anak yang boleh menyebabkan berlakunya stres di kalangan pasangan.

"Perasaan kegagalan juga mungkin tercetus terutamanya di kalangan wanita akibat kesukaran mendapat anak.

"Dari aspek positif, wanita yang berkahwin lambat ini mempunyai fikiran yang lebih matang serta keadaan kewangan yang kukuh yang menyumbang kepada perkahwinan yang stabil,"

Tambah Dr Firdaus lagi, wanita yang berkahwin lewat adalah satu perkara biasa dalam masyarakat, namun dikhuatiri akan memberikan kesan negatif terhadap kehidupan sosial. Malah, menurut kajian, kira-kira 86.8 peratus responden yang berumur 25 sehingga 49 tahun mempunyai keinginan untuk berkahwin pada umur mininum 31 tahun.



]]>
Orang Lelaki Tidak Akan Tinggalkan Wanita Seperti Ini. Jadilah Wanita Yang Mempunyai 5 Perkara Ini. https://redaksi.com/7922-orang-lelaki-tidak-akan-tinggalkan-wanita-seperti-ini-jadilah-wanita-yang-mempunyai-5-perkara-ini Tue, 25 Feb 2020 12:31:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7922 Apabila dah jatuh sayang akan seseorang lelaki itu, tentu sahaja anda takut untuk kehilangan dirinya. Mana tidaknya, kalau jumpa lelaki lain pun tentu sahaja ia tidak akan sama dengan yang sekarang ini. Bahkan, anda juga sudah tentu mahu menjadi yang terbaik buat pasangan anda.

Perasaan takut ditinggalkan dan sentiasa ingin menjadi yang terbaik itu adalah perkara biasa yang dirasai seorang perempuan dalam menjalinkan hubungan. Sudah tentu anda telah berusaha pelbagai perkara dari segi penampilan, tingkah laku serta layanan terhadap pasangan anda. Namun begitu, perasaan itu masih sahaja ada di dalam hati, jadi apa yang perlu anda lakukan?

Tahukan anda ada beberapa sebab seseorang lelaki itu tidak akan meninggalkan diri anda. Orang lelaki tidak akan meninggalkan wanita yang memiliki beberapa ciri ini;

1. Wanita yang tahu menghargai dirinya sendiri

Bagi seorang lelaki, wanita yang tahu menghargai dirinya sendiri adalah wanita yang baik serba serbinya. Mana tidaknya dirinya lebih menyayangi diri sendiri berbanding menyayangi orang lain. Ini kerana, wanita yang bijak menyayangi diri sendiri tahu untuk menyayangi orang lain dengan baik.



2. Wanita yang bijak menjaga penampilannya

Jangan sekejap cantik sekejap tidak, itu akan membuatkan lelaki juga seperti tarik atau tidak sahaja dengan anda. Apabila anda tahu menjaga penampilan dengan baik tidak kiralah di rumah mahupun di luar rumah, sudah tentu anda mempunyai aura yang tersendiri. Tentunya, pasangan anda juga senang hati melihat anda. Jadi, dia akan sayang untuk tinggalkan anda.

3. Wanita yang ada pendapat peribadi

Seorang wanita yang mempunyai pendapat sendiri ini selalunya mempunyai pemikiran yang tajam dan sentiasa berfikir. Dia mampu memberi kata-kata semangat yang positif malah memberi buah fikiran yang baik. Jadinya, setiap perbincangan dan perbualan tentu akan menjadi lebih menarik jika bersama mereka ini.



4. Wanita yang bersemangat dalam mengejar impiannya

Setiap orang mempunyai cita-cita yang ingin dia capai, bahkan orang lelaki juga suka wanita yang mempunyai impian dan cita-cita. Ini kerana, mereka tahu bahawa wanita ini sangat positif dan tidak kenal erti putus asa. Wanita seperti ini juga mempunyai gaya yang mempersonakan dan begitu berkeyakinan.

5. Wanita yang sentiasa mempunyai idea yang menarik

Mempunyai idealisme dan mempunyai topik perbualan yang menarik juga membuatkan lelaki akan selesa dan takut kehilangan diri anda. Mana tidaknya, rasa keseronokan berbual dengan anda membuatnya jatuh cinta dalam diam terhadap anda.

Jadi apa yang dapat disimpulkan adalah, lelaki tidak akan meninggalkan anda jika anda memiliki perwatakan menarik, pemikiran yang cergas, penampilan yang terjaga serta sikap yang elok.

]]>
Wanita Perlu Tahu Apa Hukum Memakai Gelang Kaki Berloceng & Kasut Tumit Tinggi. https://redaksi.com/5741-wanita-perlu-tahu-apa-hukum-memakai-gelang-kaki-berloceng-kasut-tumit-tinggi Wed, 10 Apr 2019 00:28:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5741 Wanita sememangnya suka berhias, sentiasa mahu kelihatan cantik serta sukakan kecantikan. Namun begitu, sebagai wanita Muslim, berhias dan melawa perlulah ada batasnya. Mana tidaknya, tidak semua yang kita suka lakukan dan buat itu elok di sisi agama Islam.

Rata-rata wanita juga sukakan perhiasan, tidak kiralah perhiasan diri mahupun rumah, kedua-duanya mereka sukakannya. Tapi dalam setiap kali mengenakan perhiasan itu perlulah ada hadnya. Tidak boleh terlalu menonjol atau berlebihan. Sebagai contoh penggunaan gelang kaki yang berbunyi sebagai perhiasan.

Ramai yang tahu akan perkara ini tetapi tidak begitu jelas. Jadi Ustaz Farid Rashidi, cuba mengulas dan menerangkan akan hukum penggunaan gelang kaki ini dengan lebih jelas lagi.



Selalu perasan juga ada sesetengah perempuan, dia punya berjalan style bunyi tapak kuda.

Ketukk! Ketukk! ketuuk! Bunyinya. Ishh, bukan bunyi ketuk pintu, bunyi tapak kudalah.

Sudahlah berjalan kaki menghentak begitu, pakai pula gelang kaki loceng.

Ketukk! Kecing!! Ketukk! Kecingg! Berirama macam Bollywood dah jadinya.

Haa, ini semua pun ada hukumnya tau. Sebab perbuatan ini menyerupai kaum wanita zaman Jahiliyyah dahulukala.

Mereka pakai gelang berloceng, kemudian berjalan sambil menghentakkan kaki bagi menarik perhatian kaum lelaki. Apa lagi, terlopong menitik air liur habis lelaki memandangnya.



Apa Hukum Memakai Gelang Kaki Berloceng?

Menurut para ulama’, hukum memakai gelang kaki bagi wanita menurut Islam adalah diperbolehkan, yakni HARUS tetapi hendaklah menjaga batasannya.

Manakala memakai hukum gelang kaki berloceng pula adalah HARAM jika dipakai untuk dipersembahkan ke khalayak (lelaki).

Adapun pakai gelang loceng untuk suami, tak ada masalah. Pakailah. Nak pakej sekali tarian Hindustan pun tak ada masalah kalau depan suami berdua. Dapat pahala ye memperhiaskan diri untuk suami.

Dalilnya, firman Allah SWT menyebutkan:


وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ
“Dan janganlah mereka (kaum wanita) memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”
[Surah an-Nur: 31]


Dalam tafsir at-Tobari تفسير الطبري membawakan riwayat dari al-Mu’tamir, dari ayahnya bahawa Hadzrami mengatakan:
Ada seorang wanita yang membuat gelang kaki dari perak dan diberi gemercing. Ketika melewati sekelompok lelaki, dia menggerakkan kakinya dan terbitlah suara gemercing. Kemudian Allah menurunkan ayat di atas.
[Tafsir at-Tobari, 19 : 164]

Hukum Memakai Kasut Tumit Tinggi Dan Menghentakkan Kaki?

Memakai kasut tumit tinggi tidaklah haram. Yang HARAM memakai kasut yang berbunyi atau sengaja menghentakkan kaki hingga menarik perhatian lelaki, menimbulkan fitnah dan akhirnya membuka pintu perzinaan.

Namun begitu kebiasaannya yang bertumit tinggi inilah selalu menghasilkan bunyi. Jadi kalau nak pakai, kenalah hati-hati. Adjust sikit ekzos kasut bagi tak bunyi ya.

Ini kesan memakai kasut bertumit tinggi menurut pakar:

1. Menurut Prof. Madya Dr. John Marymont, Pakar Pembedahan Ortopedik, Kolej Perubatan Baylor, Houston:


“Seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50%, manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76% tekanan pada kaki. Masalah lebih menyakitkan ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan perlu dilakukan.”


2. Menurut Mr. Edmund Lee, Pengarah Urusan MyOrtho & Pakar Orthotik dan Prostetik:


“Kulit pada bahagian kaki menerima tekanan akan mengeras termasuklah bahagian tapak kaki, di bawah jari dan bahagian tepi hujung kaki.”


3. Menurut Dr. Asmah Yun Mat Sidek, Pakar Perbidanan & Ginekologi, Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI):


“Wanita yang mengandung perlu elak dari memakai kasut tumit tinggi lebih daripada 1.5 inci kerana pusat graviti akan beralih ketika mengandung, manakala pelvis berubah bentuk dan menanggung bebanan tambahan disebabkan oleh berat bayi yang dikandung.”


Kalau nak pakai juga yang bertumit tinggi, kena cari yang tebal, bukan runcing tajam. Mungkin bentuk tumit seperti wedges. Tumit tingginya kurang dari 4cm. Tapaknya yang lembut. Dan pakai sekali-sekala saja.

Hah, nanti ada pula yang cakap “Alah lelaki ni… tutuplah mata. Tak payah tengok. Gila S*** betul!”

Bukan begitu Sis, Cik Kak. Islam melarang sesuatu ada sebab musababnya. Mudah fahamnya, sebagai pencegahan awal sebelum melarat. Kan lebih senang mencegah daripada mengubati bila dah sakitkan?

Ingat ya, Allah itu Tuhan kita. Allah SWT Maha Tahu isi hati dan perangai kaum lelaki dan wanita, sebab itu DIA suruh cegah. Adanya larangan. Kita ini jangan buat-buat bijak sangat nak melawan hukum Tuhan, tak ke mana perginya.

Wallahu a’lam. Alhamdulillah selesai.

Tolong ya sama-sama sebarkan, khususnya buat bacaan dan pesanan kepada kaum wanita from venus.


]]>
Kena Kurus Sebelum Kahwin, Ini Sebab Mengapa Anda Perlu Kurus Sebelum Hari Bahagia. https://redaksi.com/7655-kena-kurus-sebelum-kahwin-ini-sebab-mengapa-anda-perlu-kurus-sebelum-hari-bahagia Wed, 27 Nov 2019 12:11:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7655 Diet sebelum tiba majlis kahwin ini bukanlah satu perkara yang luar biasa lagi, rata-rata bakal pengantin akan mula berdiet setahun lebih awal sebelum tarikh perkahwinan mereka. Ini kerana, mereka mahukan berat badan yang ideal secara tidak langsung tampil lebih menawan pada hari bahagia mereka.

Namun begitu, ada juga yang tidak mahu berdiet dan terima sahaja berat badan yang sedia ada. Mereka yang seperti ini ada, tetapi tidak ramai. Jadinya, kenapa miliki badan yang ideal sebelum tiba majlis kahwin ini tersangatlah penting?

Walaupun kadang kala ada bakal pengantin yang tidak berjaya turutkan berat badan mereka, tetapi ini sebab mengapa anda perlu berdiet sebelum hari bahagia.



1. Nak jadi perhatian tetamu, kalau kurus lebih confident.

Jangan tak percaya, ada sahaja mereka yang memiliki badan yang agak berisi tidak yakin walaupun pada hari bahagia mereka. Bagi mereka, rasa malu dan juga takut menjadi buah mulut orang membuatkan mereka ini rasa macam tak percaya diri.

Sebab itulah, digalakkan untuk diet walaupun kesannya sedikit atau tidak berjaya, sekurang-kurangnya anda telah cuba untuk pulihkan keyakinan anda. Sebabnya nak tampil depan orang ramai ini bukan perkara yang mudah lainlah jika anda seorang yang confident level yang tinggi.

2. Ramai yang ambil gambar sebagai kenangan, begitu juga anda sendiri.

Ada mereka yang upah jurugambar yang profesional malah ada juga rakan-rakan atau tetamu yang ambil gambar sebagai kenang-kenangan, jadinya kalau anda lain sedikit tentu sahaja gambar tersebut tidak jemu untuk dipandang selepas kahwin.

Bukan itu sahaja, aksi yang sweet serta romantik juga boleh anda lakukan. Alah, macam pasangan dokong anda atau anda dokong pasangan. Bukan ke semua pengantin baru sukakan aksi seperti itu?



3. Kalau kurus masa kahwin, lepas bersalin berisi sikit tak mengapa.

Biasanya buat wanita, selepas bersalin tentu sahaja berat badan akan bertambah. Jadinya kalau masa kahwin anda sudah ada masa kurus, bolehlah anda jadikan ia sebagai satu kenangan dan saat untuk rasa kembali berat badan idaman anda. Bukan itu sahaja, anda kalau dah ada anak dua tiga tak apa kalau nak berisi sikit.

4. Nak tempah baju kahwin yang baru kadang kala perlukan bayaran yang lebih.

Sebenarnya, nak tempah baju perkahwinan yang saiz agak besar biasanya perlukan bayaran yang lebih. Di mana, biasanya anda disarankan untuk memilih baju yang baru kerana saiz anda. Jadinya tentu banyak wang yang perlu dibelanjakan untuk perkara ini.

Tak salah untuk berbadan besar tetapi tak salah juga kalau anda cuba berdiet. Hari bahagia ini cuma sekali sahaja seumur hidup, jadi rugi kalau anda tak banyak kenangan yang betul-betul mengimbau selepas lama kahwin.

]]>
Jodoh itu rahsia Allah, baru sehari kenal lelaki ini terus melamar ajak kahwin https://redaksi.com/8677-jodoh-itu-rahsia-allah-baru-sehari-kenal-lelaki-ini-terus-melamar-ajak-kahwin Fri, 09 Oct 2020 10:07:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8677 Kadang ada orang yang sudah bercinta bertahun-tahun tapi masih juga belum nampak usaha nak halalkan hubungan, tapi ada pula yang baru beberapa minggu kenal terus ajak kahwin. Lain betul rasanya bila seorang lelaki tunjukkan usaha nak halalkan hubungan ni.



Tapi itulah bila sudah jodoh ni, memang segala perkara dipermudahkan. Memilih untuk segera berkahwin dan bercinta selepas nikah ini memang sesuatu yang sangat sweet.

Sehari kenal terus ajak kahwin!

Dikongsi melalui TikTok, Mk.e_ berkongsi kisahnya yang dia diajak berkahwin selepas sehari saling berbalas mesej di WhatsApp. Lamaran itu telah dilakukan oleh lelaki yang sama tempat kerja dengannya. Dia yang mula-mula ingatkan ajakkan tersebut hanya satu gurauan.

Berani mulakan langkah

Walaupun pasangannya itu beza sembilan tahun dengannya, wanita ini dengan berani memulakan langkah untuk meminta nombor telefon lelaki terbabit untuk berkenalan. Selepas dilamaran oleh si dia, tapi mereka tidak berkahwin pada ketika itu namun, bertunang dulu kemudian baru diijabkabulkan pada Julai lalu.



Rakaman ini mendapat perhatian warganet yang rata-rata cemburu dengan usaha lelaki itu kepada dirinya, malah ada juga yang berkongsi bahawa dia dan pasangan telah lama bercinta tapi masih belum terima sebarang ajakkan kahwin.


]]>
Suamiku Overprotective! Cemburu Atau Obsesi? https://redaksi.com/1723-suamiku-overprotective-cemburu-atau-obsesi Fri, 23 Mar 2018 15:55:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1723 Dari segi agama, kepercayaan dan masyarakat, memang tidak dinafikan lelaki itu lebih kuat dan berkuasa berbanding dengan wanita. Dengan aura atau karisma yang mereka miliki, mereka seolah-olah ‘mengikat’, ‘terlalu melindung’ atau dengan kata lain over protective terhadap isteri sendiri. Mereka sendiri menyatakan bahawa perasaan over protective tersebut adalah kerana atas dasar cinta dan kasih sayang.

Tetapi, jika benar mereka ini berkarisma dan mempunyai keyakinan yang sangat tinggi, mengapa mereka ini over protective?

Ini kerana mereka merasakan kurang selamat dan mempunyai kepercayaan diri yang sangat rendah terhadap isteri mereka sendiri. Walaubagaimanapun, bagi mereka, masyarakat tidak boleh salah sangka kerana over protective itu adalah tanda sayang dan penghargaan si suami kepada si isteri. Ia membantu untuk mengelakkan pasangan menipu dan tidak mencurigakan. Bagi mereka, selagi ia tidak merosakkan hubungan dengan isteri, selagi itu mereka akan sentiasa over protective.

Seperti yang kita tahu, komunikasi adalah salah satu aspek yang penting untuk mengekalkan hubungan, dan jika mereka sentiasa berkomunikasi dengan cara baik dan si suami menjadi over protective, hubungan itu adalah sangat romantik bagi nya.

Tetapi bagi wanita, suami yang over protective menyebabkan pergerakan mereka terbatas dan merasakan suami mereka sangat dominan. Bagi wanita, suami hanya mahu menunjukkan kuasanya sebagai ketua keluarga rumah dan isteri tidak boleh membangkang! Jika ia berlaku terhadap wanita yang berdikari dan ego, ia sudah tentu merimaskan.

Tambahan lagi, over protective itu hanya lah satu perasaan obsesi terhadap isteri sendiri. Sebahagaian daripada mereka menyayangi lelaki begini, kerana terasa di hargai. Tetapi tidak semua kerana sebahagian lagi merasakan si suami itu kuat cemburu.

Namun, menurut kajian daripada Rachel Nabisubi (2012), bagi pasangan yang ingin berkahwin perlu tahu atau siasat latar belakang pasangan, supaya si suami tidak mempunyai kepercayaan yang rendah ke atas isteri. Komunikasi juga penting untuk mengelakkan suami cembura buta atau terlalu obsess. Tidak salah untuk menjadi over protective dan obsess terhadap isteri sendiri, tetapi perlu munasabah. Jangan la si isteri hanya pergi ke toilet baru beberapa minit, sudah anggap mereka curang. Eh rindu ke? Hehe.

 

]]>
Terima Lamaran Kahwin? Jangan Terus Bersetuju. Baik Lakukan Solat Istikarah Terlebih Dahulu. https://redaksi.com/7692-terima-lamaran-kahwin-jangan-terus-bersetuju-baik-lakukan-solat-istikarah-terlebih-dahulu Mon, 09 Dec 2019 13:13:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7692 Tiba-tiba dilamar oleh seseorang?

“Eh, dia itu jodoh aku ke?”

“Ke bukan?”

Bila seseorang melamar anda, tetapi hati pula rasa ragu-ragu tapi kalau tolak, macam mana dia itulah jodoh yang anda cari selama ini. Hati berbelah bagi, mulut pula tak tahu nak kata ya ataupun tidak memang sangat merungsingkan.


Bila seseorang yang anda tak kenal dan tak yakin bahawa dia jodoh anda, maka ambillah peluang ini untuk melakukan solat istikarah dulu. Jangan cepat sangat menolak ataupun berkata ya. Jalan terbaik adalah meminta pertunjuk daripada Allah.

Pada kita mungkin dia adalah jodoh yang dikirimkan Allah, tetapi bila dah bersetuju lain pula jadinya. Boleh jadi juga kalau tolaj yang ini, dia adalah yang terbaik.



Allah telah nyatakan dalam al-Quran,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengethaui.” – Al Baqarah;216)

Bila kita dalam dilema untuk melakukan satu keputusan atau perbuatan, maka solat istikarah adalah yang paling terbaik sekali untuk mengetahui segala keputusan dan juga jawapan. Bila istikarah ini, hati kita biar Allah yang ‘pandu’ dan kita menjadi ‘penumpang’ supaya jawapan nanti juga datang daripada Allah bukan dari pada ‘sangkaan’ kita.

Namun adalah diingatkan bahawa petunjuk yang diberi ini bukan diberi selepas anda lakukan solat istikarah ini. Boleh jadi dia ambil masa, malah boleh jadi anda perlu lakukan berulang kali baru dapat petunjuk yang betul-betul mantap di hati anda.



Petunjuk itu pula bukan datang melalui mimpi sahaja, boleh jadi ia datang dari kata-kata orang lain. Boleh jadi juga kalau ia datang melalui restu ibu bapa yang betul-betul mahukan anda berkahwin dengan dirinya dan macam-macam lagi.

Kadang kala juga, jawapan istikarah ini bergantung kepada kecenderungan hati kita sendiri. Rasa tak tenang, teringat dan rasa begitu serabut. Boleh jadi itu yang terbaik dan boleh jadi juga tidak. Bergantung sebenarnya.

Cuma, berkahwinlah kerana Allah. Kerana ingin mencari redha Allah serta makin dekat dengan Allah. Bukannya berkahwin, siapa pasangan kita, hartanya atapun pangkat yang dia miliki.



]]>
Ingin Jadikan Biras Seperti Rakan Karib, Ini Pantang Larang Yang Perlu Elakkan. https://redaksi.com/4180-ingin-jadikan-biras-seperti-rakan-karib-ini-pantang-larang-yang-perlu-elakkan Fri, 09 Nov 2018 10:54:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4180 Biras ini adalah orang asing akan turut masuk ke dalam keluarga pasangan anda. Ia adalah seperti hubungan kekeluargaan antara menantu dengan menantu. Jadi, banyak kepentingan biras selepas anda berumah tangga ini, terutama jika anda perlu berkumpul satu keluarga belah pasangan anda.

Selain rapat dengan ibu bapa mertua dan adik ipar anda, biras juga seseorang yang perlu anda dekati bukan dimusuhi. Hal ini kerana, anda boleh berkongsi banyak perkara bersama mereka ini. Bahkan, hubungan yang erat ini akan memudahkan segala urusan di rumah keluarga mertua. Sebagai contoh, kalian boleh berkongsi dapur bersama-sama untuk memasak bahkan menguruskan rumah mertua anda. Pasti hati mertua kalian akan senang.



Jadi, ini adalah beberapa perkara yang perlu anda elakkan agak tidak menyinggung hati biras anda.

1. Jangan tanya soalan sensitif.

Apabila anda sama-sama orang baru dengan dirinya, pasti kalian akan berlumba-lumba dapatkan hati ibu bapa mertua kalian. Dan sudah semestinya, cucu adalah perkara yang akan membuat ibu bapa mertua lebih tumpukan anda. Jadi elakkan pertanyaan seperti berikut:

“Bila nak ada anak?”

“Bila nak mengandung?”

“Tak tahu jaga anak ke?”

Perkara-perkara sebegini teramatlah sensitif buat anda mahupun biras anda, maka elakkan untuk bertanya soalan sebegini jika tidak mahu dapatkan jelingan maut.

2. Sibuk akan rumah tangga dirinya.

Jangan sesekali masuk campur akan urusan rumah tangga mereka ini. Berlaku pergaduhan atau terlalu romantik sekalipun, biarkan mereka sahaja yang menguruskannya. Jangan sesekali menjadi penasihat atau bertanya perkara yang tidak sepatutnya. Hal ini akan membuat kehadiran anda tidak disukai oleh dirinya mahupun ahli keluarga yang lain. Contohnya:

“Tak bagi laki kau makan ke? Kurus aje aku tengok.”

“Bini kau nak phone baru ke? Tak payah layan mengada je dia tuh.”

Anda hanya perlu uruskan mertua dan rumah tangga anda sahaja. Perkara yang lain jangan ikut masuk campur.



3. Tidak menghormati ruang peribadinya.

Perkara yang tidak disukai dan disenangi yang perlu anda elak untuk lakukannya adalah mengganggu ruang peribadinya. Sebagai contoh masuk ke dalam biliknya mahupun, menggunakan telefon bimbitnya sesuka hati. Anda perlu faham bahawa orang lain tidak akan rasa selesa apabila hak peribadinya dicerobohi oleh orang lain.

4. Jangan menghina atau menyindir.

Perkara sebegini hanya akan membuatkan hubungan anda semakin jauh dan sukar untuk didekatkan lagi. Mana tidaknya sikap sebegini hanya akan timbulkan perasaan benci atau rasa sakit hati. Adalah lebih elok anda simpan perkara yang anda tidak suka itu di dalam hati anda sahaja, berbanding anda akan mendapat pandangan tidak elok dari mertua anda sendiri.

Sepatutnya, menantu dengan menantu ini harus berkawan baik dan tidak bermasam muka. Hal ini kerana, kalian adalah orang baru yang sama-sama ingin menyesuaikan diri dengan keluarga yang baru.

]]>
20 Sebab Lelaki ‘Reject’ Anda Dalam Cinta — Wanita Harus Baca Ini. https://redaksi.com/1143-20-sebab-lelaki-reject-anda-dalam-cinta-wanita-harus-baca-ini Fri, 08 Sep 2017 11:33:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1143 Hakikat paling sukar diterima wanita tetapi perlu kamu hadapi kala berdepan dengan keadaan ini. Inilah dia hakikat sebenar kenapa lelaki reject kamu dalam soal cinta dan perhubungan.



HATI sudah sarat cinta tetapi si dia pula mengaku tidak punya rasa yang sama. Padahal sepanjang berdampingan kamu dapat merasakan ada persamaan dan keserasian. Malah, kamu yakin dialah orangnya, insan yang mampu membahagiakan kamu seumur hidup. Dia juga lelaki yang kamu nantikan selama ini. Segala ciri lelaki idaman ada dalam dirinya. Tetapi mengapakah dia reject kamu?

1. Dia reject kamu kerana tak berminat. Memang sukar menerimanya. Hati kamu sangat terluka tetapi harus diingat, dia yang rugi bukan kamu. Memang dia mesra mendampingi kamu tetapi mungkin ada beberapa perkara yang tidak disenanginya sehingga timbul perasaan kurang minat. Biar terluka tetapi terimalah hakikat itu. Hati dan perasaan bukan boleh dipaksa-paksa.

2. Dia reject kerana kamu bukan gadis yang diimpikannya. Ciri- ciri diinginkan tiada ditemui dalam dirimu. Dia dambakan gadis yang lembut, pemalu, rambut panjang, kalau ketawa menutup mulut, ketawa pun tak keluar bunyi. Sedangkan kamu pula sangat kasar, ketawa terbahak-bahak, pitch suara ke laut, rambut gaya tomboy. Pendek kata lelaki naik takut denganmu.



3. Lelaki kadang-kadang mengejar gadis idaman yang tidak wujud. Cuma imej gadis itu paling ideal di fikirannya buat masa ini dan bukan dirimu. Siapa kata wanita sahaja punya anganan mahukan lelaki bertubuh sasa, tinggi lampai, kacak dan berada? Lelaki juga punya impian mereka sendiri dalam mencari gadis idaman. Mahukan yang seksi, tubuh menawan boleh dibanggakan, cantik dan kalau si gadis itu anak orang berada, lagi dia suka. Bukan apa bolehlah tumpang senang!

4. Kamu terlalu mengada-ada mahu manja macam budak kecil. Kata dia, he needs a girlfriend not a baby. Jadi janganlah banyak kerenah. Memang kamu berniat mahu bermanja-manja, sangat suka buat aksi manja kucing. Bercakap pun tak faham butir bahasanya. Sesekali bolehlah berkelakuan seperti itu tetapi kalau usia pun sudah layak jadi mak orang, memang patutlah lelaki mual mendekatimu. Jangan terbawa-bawa fiil kamu ketika usia remaja atau belasan tahun. Tiba masanya kamu bersikap matang. Belum terlambat kamu memikatnya.

5. Dia memang tak pernah ada teman wanita. Jadi lupakan impianmu. Dia pasti reject kamu kerana belum bersedia ada komitmen. Lazim, lelaki ada target tersendiri mahu menamatkan zaman Romeo mereka. Jika dia belum bersedia, kamu dampingi dia sebagai sahabat. Jangan mendesak kerana lelaki yang takutkan komitmen takkan suka dengan wanita sebegitu. Ikut sahaja rentak si dia tetapi jangan pula menutup peluangmu mengenal lelaki lain. Entah-entah memang kamu bukan pilihannya. Rugi pulak!

6. Lelaki terkadang saja buat-buat jual mahal. Susahnya nak dapat dia. Mungkin dia belum jumpa wanita yang benar-benar melekat di hatinya. Itu permainan biasa lelaki kalau dia sudah tidak suka. Kalau kamu wanita idamannya, dia takkan jual mahal. Lelaki kalau dah suka, cepat saja bertindak. Jangan perasan yang dia saja buat-buat jual mahal. Sedarlah, dia memang susah nak dapat dia sebab dia mengelak daripadamu. Wanita pula memang suka cabaran begini. Lagi sukar mendapatnya, lagi besar perasaan tersimpan. Tapi usah buang masa. Cepat cari yang lain.



7. Kamu tak boleh memaksa hati dan perasaan mereka. Lebih-lebih lagi lelaki. Kalau dia kata putih, putihlah. Kalau hitam, hitamlah keputusannya. Kamu buatlah apa sekali pun, takkan berganjak keputusannya. Usah buang tenaga menghadiahi barang mewah, memanjakan dia, memasak untuknya setiap hari, mengemas dan membasuh pakaiannya atau macam-macam lagi. Dia mungkin tidak melarang, tetapi dia tetap takkan memilih kamu. Percayalah, buat penat aja!

8. Terlalu tinggi harapanmu. Kamu nak mengejar apa yang tak sepatutnya kamu impikan. Cemburu melihat teman baik punya kekasih kacak dan punya segala- galanya. Dia sering dimanjakan, mendapat hadiah mewah dan secocok pabila bersama. Wah, kamu pantas memasang angan-angan untuk mencari lelaki seperti itu. Harus diingat, bukan semua orang bernasib baik seperti sahabat kamu itu. Tengok pula diri dia yang jelita, sudah tentu mudah mencari lelaki seperti itu. Nasib kamu belum tentu sepertinya. Jadi harus kamu ukur baju pada badan kamu sendiri. Sedar-sedarlah!

9. Apabila dia menolak, kamu naik gila kerananya. Bukan kerana tergila-gilakan dia sangat tetapi rasa tercabar. Lelaki tak suka wanita terhegeh-hegeh. Dek kerana rasa tercabar, kamu jadi seperti itu terhegeh-hegeh dengannya. Rasa- rasanya banyak lagi cara kamu boleh mencuri hatinya. Sabar itu perlu dalam memancing lelaki. Jangan kelihatan kamu terdesak pula. Sebagai wanita, kamu tak boleh memburu lelaki kerana lazimnya lelakilah pemburu. Masih ada lelaki tidak boleh menerima hakikat wanita juga mampu membuka langkah terlebih dahulu dalam memikat. Jadi sebelum bertindak, kamu perlu kenal apakah si dia bersikap terbuka atau lelaki yang masih kolot dalam soal cinta.

10. Kamu mudah sangat dia dapat. Selalu senang kalau diajak keluar. Dia pastinya pandang kamu sambil lewa. Mudah dapat sampaikan dia rasa tak ada sebab nak ada hubungan istimewa denganmu. Tiada eksklusif lagi dalam hubungan kalian. Lelaki kadang-kadang sukakan cabaran. Apa kata kamu bertindak sebaliknya. Biar dia rasa susahnya hendak mendampingimu. Pasti dia akan mula sedar betapa pentingnya diri kamu itu dalam kehidupannya. Cubalah!

11. Cepat sangat panggil dia ‘baby’ atau gelaran- gelaran lain yang sewaktu dengannya. Tentu saja dia takut mendengarnya. Simpan dahulu kerana bukan semua lelaki suka dimanja. Baca dahulu sifat-sifat si dia. Perkara ini nampak remeh tetapi mungkin bakal meruntuhkan hubungan kalian.

12. Cepat sangat menunjukkan emosi. Salah sikit saja kamu sudah beremosi. Dia pastinya nak lari saja. Emosi yang bagaimana? Sifat merajuk kamu itu simpan saja. Kalau belum sah jadi kekasih, jangan nak cemburu juga. Atau hendak marah kepada perkara- perkara remeh yang memualkan lelaki. Bertenang saja dulu walaupun dia berbual mesra dengan wanita lain di depan kamu. Selagi belum rasmi, jangan memberi riaksi apa-apa. Okey?

13. Dia memang tak berapa percaya kepada wanita. Semestinya ada kenangan silam mengganggu-gugat perasaan. Jadi usaha keras sikit untuk menambat hatinya. Lelaki sensitif seperti ini perlu kamu bajai hati mereka. Jangan pula menarik benang di dalam tepung, habis berselerakan. Pasang strategi lebih lagi kerana perasaan lelaki seperti ini sukar diubati. Sekali terluka, selamanya dia menyalahkan wanita. Tunjukkan kamu bukanlah seperti bekas kekasihnya.

14. Wanita terlalu risau yang bukan-bukan. Perkara bodoh-bodoh pula tu yang tak mampu diterima akal lelaki. "Jangan keluar, sejuk sangat," ujarmu seperti ibunya. Dia perlukan kekasih, bukan seorang lagi ibu! "Tak suka you berhubungan dengan dia, delete nombor dia," arah kamu kepadanya mula mengawal kehidupannya. Jangan! Ketahuilah, sifat kamu seperti itu sangat merimaskan lelaki. Jangan sampai dia sudah terpikat denganmu tetapi menukar fikiran saat-saat akhir.

15. Kamu terlalu berani meluahkan perasaan. Gementarlah dia kerana didekati wanita seberanimu. Lelaki sangat fobia dan takut dengan keadaan itu. Terutama jika hubungan baru setahun jagung, tetapi kamu sudah berani-berani laungkan rasa sayang dan cinta. Sangat agresif! Takut nanti lelaki naik takut dan lari saja.

16. Kewangan kamu tak kukuh. Lelaki tidak suka wanita bergantung dengannya. Mereka lebih suka wanita berdikari. Bukan sekadar mahu berkongsi kewangan dengannya, dalam erti kata lain, dia perlu menampung kamu, nak ke mana-mana pun dia perlu menghantar dan mengambil. Suruh naik kenderaan awam mula kamu nak menangis. Pastinya dia akan berfikir beratus kali mahu memilihmu.



17. Gajimu lebih besar daripada gajinya. Dia rasa tercabar. Kerjayamu juga sedang memuncak. Bukan semua lelaki mahu berkongsi kejayaanmu. Itu sudah pasti. Elakkan kamu menunjuk-nunjuk. Kamu tak pernah berniat seperti itu tetapi elakkan menunjukkan kamu lebih berkuasa. Kalau beli hadiah, jangan belikan hadiah mewah yang tidak mampu dia belikan buatmu. Kalau keluar makan, cari restoran sederhana. Elakkan juga kamu menghulur wang. Biar dia bayar kerana ego lelaki sukar kamu duga. Biar dia merasakan dirinya penting dan berkuasa. Lelaki memang ketua keluarga, jadi mereka takkan boleh terima jika wanita mengatasi mereka.

18. Queen control! Dia dah rasa-rasa kamu ni terlalu mengawal kebebasan mereka. Ada lelaki yang memberi syarat, mahu berkahwin boleh tetapi apa sahaja mahu dilakukannya jangan sibuk-sibuk nak tahu. Jika sudah berkenan sangat lelaki seperti ini, belajar-belajarlah jadi wanita sporting.

19. Dianggarkan lebih 99 peratus lelaki angkat kaki tanpa sebab kerana mahu mengelak perempuan. Itulah sifat mereka. Jika ada yang tiba-tiba menghilangkan diri, usah dicari. Teruskan saja kehidupanmu!

20. Kamu tak cantik kot! Tak seperti gadis di gambaran kepalanya. Dia ada masalah dengan barat badanmu. Mestilah dia mahu bangga dengan teman-teman membawa teman wanita yang bergaya, seksi dan jelita. Dalam hati kamu mungkin berkata, kecantikan bakal pudar, model cantik pun kalau tua boleh bertambah berat badan terutama selepas beranak-pinak tetapi itulah hakikatnya. Kamu sendiri mahu lelaki kacak bukan? Jadi jangan persoalkan kenapa dia reject kamu!

]]>
3 Kaedah Persiapkan Diri Untuk Nikah Menurut Islam. Anda Sudah Bersedia? https://redaksi.com/504-3-kaedah-persiapkan-diri-untuk-nikah-menurut-islam-anda-sudah-bersedia Wed, 19 Jul 2017 10:53:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=504 Perceraian dan kekerasan dalam rumah tangga kian merebak di perkahwinan moden. Perkara tersebut terjadi kerana kekurangan pasangan muda mempersiapkan diri dan keperluan pernikahan. Dalam agama Islam sendiri ada beberapa persiapan yang perlu dilakukan seseorang yang hendak berkahwin. Persiapan tersebut lebih kepada kematangan emosi dan spiritual. Berikut ini adalah beberapa persiapan yang perlu dilakukan sebelum berkahwin.



1. Alasan berkahwin.

Banyak pasangan Muslim memasuki perkahwinan masing-masing dengan set mereka sendiri dan kerap kali kekurangan hubungan peribadi dengan Allah yang akan membantu mereka untuk menjadi sukses sebagai pasangan berkahwin. Seharusnya yang perlu difahami sebelum berkahwin adalah memahami tujuan perkahwinan dan alasan menikahi seseorang.

2. Pernikahan sihat.

Dalam Al-Quran dijelaskan bahawa Allah S.W.T menciptakan pasangan untukmu dari kalangannya sendiri. Supaya saling bantu membantu dan berkasih sayang. Dalam Islam, perkahwinan yang sihat bermula dengan amalan kuat dari tradisi Islam dalam memilih suami-isteri berdasarkan Al-Quran dan Sunah.



3. Pengalaman mengatasi masalah.

Sebelum berkahwin, masing-masing perlu menguji bagaimana calon pasangan mereka menyelesaikan masalah. Apakah berpedoman berdasarkan Al-Quran dan Sunah atau pemahaman sendiri.

]]>
Tips Membeli Perlindungan Takaful Yang Sesuai Untuk Keluarga Anda. https://redaksi.com/4386-tips-membeli-perlindungan-takaful-yang-sesuai-untuk-keluarga-anda Thu, 29 Nov 2018 15:13:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4386 Pada masa kini, setiap individu perlu diberi kesedaran awal tentang perlindungan takaful kerana ia boleh membantu  ketika menghadapau musibah seperti sakit, kemalangan, lumpuh mahupun kematian. Bukan sahaja untuk mereka yang bujang sahaja, malah penting untuk mereka yang sudah berkahwin juga. Ia untuk membantu menguruskan masa hadapan ahli keluarga, jika berlaku kecemasan yang tidak dijangka.

Jika sesebuah keluarga tidak memiliki perlindungan takaful ini, kemungkinan besar segala kos perubatan perlu ditanggung sendiri, dimana ia agak menyukarkan semua pihak.

Berikut adalah tips untuk membeli perlindungan Takaful dengan bajet yang terhad untuk memastikan semua ahli keluarga mendapat perlindungan yang maksima.

1. Mengutamakan Perlindungan Takaful Mengikut Keperluan Kehidupan Anda.

Ambil masa untuk menilai perkara yang perlu diberi keutamaan. Contohnya, jika anda mempunyai anak yang masih kecil dan bersekolah, adalah lebih baik memberi perlindungan Takaful untuk anak-anak termasuk perubatan dan simpanan.

Ini kerana di samping dapat melindungi anak-anak sekiranya dimasukkan ke hospital, anda juga dapat menabung untuk masa depan mereka. Pilih perlindungan Takaful yang sesuai dengan keperluan anda.

Ambil masa untuk menilai perkara yang perlu diberi keutamaan.

2. Membuat Anggaran.

Terdapat banyak polisi perlindungan Takaful yang menawarkan pelbagai pakej polisi dan pelan perlindungan mengikut kemampuan dan kehendak pelanggan. Caruman yang lebih tinggi tidak bermaksud anda menerima polisi yang lebih baik. Namun begitu, bayaran jumlah premium yang rendah pula mungkin tidak memberi perlindungan maksimum.

3. Memahami Dasar Perlindungan Takaful Yang Berbeza Dan Membeli Polisi Yang Sesuai Untuk Bajet Anda.

Membeli polisi yang lebih murah tidak bermakna polisi itu tidak mencukupi untuk melindungi diri daripada sebarang situasi yang tidak diingini seperti kemalangan, kecacatan dan kematian. Oleh itu, cara terbaik untuk membeli perlindungan Takaful dan mendapatkan perlindungan maksima adalah dengan memahami dasar yang berbeza dan membeli mengikut bajet masing-masing.

4. Mengurangkan Perbelanjaan Kecil.

Dalam merangka bajet untuk membeli perlindungan Takaful, adalah lebih baik sekiranya anda mengurangkan perbelanjaan kecil. Anda boleh mengurangkan perbelanjaan makan di luar untuk memaksimakan bajet dan perbelanjaan harian untuk membolehkan anda menikmati perlindungan komprehensif.

Dengan menyediakan makanan sendiri di rumah dan tidak berbelanja di luar, anda mampu mempunyai simpanan lebih untuk digunakan bagi hal-hal kecemasan atau menambah caruman perlindungan takaful.

5. Mengekalkan Kesihatan Bagi Mengurangkan Kos Perlindungan Takaful.

Amalkan cara hidup yang sihat dengan menjaga kesihatan seperti tidak merokok dan mengurangkan pengambilan makananan bergula dan berlemak supaya anda sentiasa berada dalam tahap kesihatan yang baik. Merokok mendedahkan anda kepada pelbagai komplikasi kesihatan seperti barah paru-paru, strok, dan lelah manakala diet yang tidak sihat akan meningkatkan berat badan dan ini juga mendedahkan anda kepada risiko kencing manis dan obesiti.

Tahap kesihatan yang kurang baik akan meningkatkan caruman memandangkan anda kini berdepan risiko kesihatan yang memerlukan perlindungan maksimum dan komprehensif. Seorang individu yang mempunyai kesihatan yang baik tidak perlu membayar caruman yang tinggi kerana risiko kesihatannya adalah rendah tetapi individu yang mempunyai masalah kencing manis perlu membayar caruman yang lebih tinggi kerana keadaannya yang sudah terdedah dengan masalah kesihatan.

6. Menimbangkan Bajet Perlindungan Takaful Untuk Masa Depan.

Malang tidak berbau, jadi adalah lebih baik untuk sentiasa memikirkan mengenai bajet perlindungan yang diperlukan untuk masa depan.

Perkara ini sangatlah penting terutama jika anda mengalami kemalangan atau hilang keupayaan untuk bekerja. Sekiranya perkara-perkara yang tidak diingini ini berlaku, polisi perlindungan Takaful yang diambil boleh membantu ketika berdepan kecemasan, malah ia memberi harapan untuk meneruskan kehidupan di hari mendatang.

7. Perlindungan Untuk Semua.

Hakikatnya setiap isi rumah serta individu mampu untuk memiliki perlindungan takaful sekiranya melakukan perancangan teliti dengan mengambil kira faktor pendapatan serta perbelanjaan bulanan secara berhemah.

Kita sebagai pengguna hanya perlu tepuk dada dan tanya selera dalam memilih perlindungan dan perkhidmatan terbaik pada harga yang lebih kompetitif daripada syarikat Takaful dan insurans. Di dalam dunia yang serba canggih dan moden ini, semuanya boleh dilakukan dengan teknologi sedia ada dan sekali gus menentukan kadar premium terbaik untuk anda.

Semoga Bermanfaat!

]]>
Contohi Ustaz Don - Selepas Majlis Akad Nikah. https://redaksi.com/228-contohi-ustaz-don-selepas-majlis-akad-nikah Tue, 20 Jun 2017 11:41:20 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=228 Masa cuti sekolah ni ramai yang akan mengakhiri zaman bujang dengan perkahwinan. Perkahwinan yang diberkati adalah apabila mematuhi suruhan Allah SWT dan mengamalkan sunnah Rasul. Apa yang boleh kita contohi, ialah ketika Ustaz Don Daniyal melalui upacara akadnikahnya. Beliau mengamalkan beberapa perkara sunnah selepas akad nikah. Antaranya, meletakkan tangan di ubun-ubun isterinya dan berdoa. Selain itu, Ustaz Don Daniyal juga solat sunat 2 rakaat.

Berikut beberapa perkara sunat tersebut:



1. Solat Sunat Selepas Akad Nikah.



2. Sujud Syukur.

3. Isteri bersalaman dengan Suami sambil cium tangan dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah.

4. Suami memegang atau meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun atau kepala isteri dan berdoa.

Kalau lah kita dapat amalkan perkara sunat macam ni, InsyaAllah, bahagia rumahtangga dunia & akhirat. 

]]>
5 Tanda Si Dia Benar-Benar Rasa Selesa Terhadap Anda. https://redaksi.com/3347-5-tanda-si-dia-benar-benar-rasa-selesa-terhadap-anda Mon, 27 Aug 2018 19:59:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3347 Ketika dating anda tidak malu untuk makan dengannya, bersifat lebih slumber itu dikatakan selesa? Sebenarnya itu masih lagi belum dikatakan anda dan pasangan saling selesa antara satu sama lain. Apabila anda dan pasangan selesa, banyak hal yang dikongsi tanpa sebarang keraguan. Mari ketahui perkara apa yang mengundang keselesaan dalam hubungan.

1. Apabila si dia tanpa rasa malu berkongsi masalah dengan anda.

Sesetengah pasangan akan malu untuk berkongsi masalah mereka, terutamanya lelaki. Apabila si dia mula berkongsi setiap masalah yang berlaku pada dirinya, itu bermakna dirinya telah mula mempercayai anda. Bukan itu sahaja, dirinya juga cukup yakin bahawa anda tidak akan membocorkan masalah yang dialami kepada orang lain. Sukar untuk membuat seseorang terlalu percaya ini.


2. Apabila si dia bersenang hati berkongsi mengenai kisah hidupnya sebelum berkenalan dengan anda.

Anda sudah pasti tertanya-tanya bagaimana kehidupan dirinya sebelum bertemu dengan anda dan siapa kekasihnya yang terdahulu. Kebanyakannya pasti tidak mahu menceritakan saat sedih dirinya dahulu. Tetapi jika pasangan anda berkongsi mengenai hal ini, dirinya yakin terhadap anda. Yakin mengenai apa? Mengenai kebahagiaan yang telah anda berikan kepadanya. Dan bagi dirinya kenangan lalu bersama pasangan itu hanya memberi pengajaran kepada dirinya serta dia tidak ada masalah untuk bercerita kerana telah move on dari cinta lamanya itu.

3. Apabila si dia berkongsi cerita kenakalan dirinya.

Baik anda mahupun dirinya, pasti akan anda kenakalan yang dilakukan yang memalukan. Tetapi dirinya begitu selesa untuk berkongsi dengan anda. Walaupun diketawakan, dirinya tidak mengambil pusing mengenai hal tersebut. Hal ini kerana, dirinya mahu anda mengenali dirinya dengan lebih mendalam serta dia tahu anda tidak akan memandang rendah terhadap dirinya.


4. Apabila dirinya berkongsi angan-angan yang dirinya impikan.

Setiap orang berhak untuk berangan, hal ini kerana angan-angan tidak memerlukan wang ringgit. Pasangan anda begitu selesa berkongsi angan-angan dirinya yang menjadi impian dirinya. Dia tahu bahawa anda tidak akan memperkecilkan angan-angannya malah menyokong serta menaikkan semangatnya demi mencapai apa yang dirinya angankan itu.

Jika pasangan anda sudah terlalu selesa dengan anda, ia akan menolak tepi segala perasaan malunya. Bagi dirinya, anda adalah orang yang sesuai untuk dikongsi segala hal yang tidak mampu dikongsi bersama orang lain.

]]>
Jika Anak Susah Dengar Kata, Suka Lawan Cakap Boleh Amalkan Doa Ini. https://redaksi.com/5404-jika-anak-susah-dengar-kata-suka-lawan-cakap-boleh-amalkan-doa-ini Tue, 05 Mar 2019 14:11:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5404 Anak-anak adalah permata hati ayah dan ibu mereka. Setiap ibu bapa pasti mahukan anak-anak yang mudah dibentuk hati dan sikapnya kea rah soleh atau solehah. Ini kerana, anak-anak yang soleh dan solehah ini adalah dambaan ibu bapa di dunia mahupun di akhirat.

Nak membentuk anak menjadi seorang yang menjurus ke arah itu bukanlah satu hal yang mudah. Namun begitu, dalam mendidik anak-anak ini, doa ibu bapa adalah perkara yang paling penting agar hati mereka ini dapat dilembutkan. Selepas itu ditambah dengan sedikit nasihat dan teguran, Insyaallah anak-anak pasti akan lahirnya anak yang menyejukkan hati.

Terdapat beberapa doa yang diambil di dalam al-Quran mampu melembutkan hati anak-anak ini. Antaranya, ayat 19 Surah As Syura ini, tapi bukan sekadar hati anak-anak, hati pasangan juga boleh dilembutkan dengan izin-Nya.

Mari baca perkongsian saudara Muhammad Hassan ini.



Tadi solat asar ada pakcik ni dia datang kat anak saya, saya suruh anak salam dan minta pakcik ini doa untuk anak. Saya nak kongsi satu doa yang saya belajar hari ini. jika anak-anak susah dengar cakap, lawan cakap, terlalu aktif.

Atau boleh juga baca doa ini untuk pasangan kita yang jenis panas baran.

Baca doa ini ketika atau sebelum mereka tidur dan letak telapak tangan di atas ubun-ubun anak. Insyaallah mudahan anak-anak akan lembut budi bahasa dan dengar cakap.

Para guru juga boleh baca doa ini kepada pelajar yang ‘terlalu aktif’.

Surah Ash Syura, ayat 19:



Moga bermanfaat.


]]>
Diberi Peluang Kedua Untuk Merebut Hati Si Dia. Bagaimana Untuk Memikat Hati Si Dia Kembali? https://redaksi.com/3021-diberi-peluang-kedua-untuk-merebut-hati-si-dia-bagaimana-untuk-memikat-hati-si-dia-kembali Fri, 27 Jul 2018 12:38:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3021 Pasangan yang bercinta pasti mengalami pasang surut di dalam perhubungan. Hubungan yang sentiasa naik dan turun, selepas bergaduh baik kembali. Ada juga telah berpisah, mahu bercinta kembali. Hal ini bukan sahaja khusus pada pasangan yang belum berkahwin, mereka yang telah berkahwin, bercerai dan ingin merujuk kembali juga boleh mencuba tips ini.

1. Cuba tampil lebih menawan.

Jika sebelum ini anda berpenampilan biasa dan tiada kelainan. Jadi tidak salah untuk bertukar citarasa semata-mata untuk mencuri hati si dia kembali. Potongan rambut atau fashion pakaian, adalah perkara utama yang si dia akan pandang dahulu. Jika mata mereka seperti terpegun melihat anda, pasti si dia tertanya-tanya, apa yang membuatkan anda berubah?

Jawapannya “Awaklah yang buat saya berubah” Tiada yang lain.

2. Bijak ambil hati.

Bijak mengambil hati si dia bukan sahaja perlu bersikap romantik dengan ayat-ayat pick-up line. Memadai jika anda mengusik mereka seperti mana kalian berdua berjumpa pertama kali. Pasti si dia rindu dengan adegan usik-mengusik tersebut. Malah carilah idea untuk elemen lucu dan lawak berjenaka supaya si dia terus bergelak ketawa.


3. Bersikap jujur.

Jika hubungan sebelum ini berantakan kerana tidak bersikap jujur, jadi berubah lah untuk menjadi telus dan berterus-terang dengan si dia dalam apa jua hal. Yang penting jangan berbohong semata-mata mahu si dia kembali. Jika si dia mengetahui perkara ini, pasti si dia akan kembali menjauhkan diri.

Jangan berselindung, dan elakkan si dia berasa curiga dengan sikap anda kembali.


4. Elakkan bersikap terlalu mengada-ngada.

Tidak kira lelaki atau wanita, mereka pasti tidak dapat elak daripada bersikap terlalu mengada-ngada atau manja. Jika wanita mereka gemar merengek pada pasangan. Elakkan bersikap begini dan cuba menjadi matang untuk mengambil hati mereka. Jika mereka membuat anda merajuk, usah lah terlalu lama, ada usaha sedikit untuk memujuk, kira lulus lah tu.

5. Jangan sentiasa merasakan diri anda sahaja yang betul.

Kunci utama yang menjurus kepada kebahagiaan adalah JANGAN BERSIKAP EGO PADA PASANGAN. Anda ingin hidup bahagia kembali bersama si dia, jadi tiada motif untuk bersikap ego semata-mata anda sahaja yang betul. Tidakkah kasihan pada mereka yang bertungkus lumus memberi hati dan perasaan pada kali kedua?


 

]]>
Apabila Sudah Bergelar Suami Atau Isteri Ini Kena Tahu Batas Dalam Membalas WhatsApp, Jika Berlebihan Takut Timbul Fitnah Pula. https://redaksi.com/5085-apabila-sudah-bergelar-suami-atau-isteri-ini-kena-tahu-batas-dalam-membalas-whatsapp-jika-berlebihan-takut-timbul-fitnah-pula Thu, 31 Jan 2019 16:40:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5085 Kalau duduk berdua berlainan jantina ini boleh mendatangkan fitnah dan salah faham orang lain, ia sama sahaja dengan isu jika anda saling membalas WhatsApp dengan mereka yang berlainan jantina ini. Sebagai orang Islam kita perlu tahu batas-batas kita, bukan itu sahaja jika kita ini sudah berkahwin dan memegang status suami atau isteri pasti perkara sebegini akan menimbulkan syak wasangka.

Apabila menjadi sudah bergelar suami atau isteri ini, kita perlu tahu batas untuk kita bergaul dengan mereka yang berlainan jantina. Kadang kala kita tidak tahu bahawa bila fitnah dan salah faham itu akan timbul hingga menyebabkan keretakan rumah tangga kita.

Sedikit perkongsian dari Puan Nieza Termizi, tentang bagaimana anda yang sudah memegang status suami atau isteri orang ini saling membalas WhatsApp rakan yang berlainan jantina. Semoga ia membantu anda untuk mengawal tingkah laku yang tidak sepatutnya.



Bermesej di wasap ni ada pantang-larangnya. Apatah lagi bagi berlainan jantina. Kalau terlupa dosa dan pahala, macam-macam kes boleh berlaku. Kecurangan pasangan, berhubungan dengan orang ketiga malah ada yang sampai bercerai-berai.

Bila wujudnya group-group wasap kerja, group wasap alumni sekolah, group wasap universiti, group wasap parents dan sebagainya, no telefon kita ni senang-senang aja ditembusi mesej pada bila-bila masa.

Tak perlu dah nak minta nombor telefon depan-depan. Dalam group wasap senang je boleh dapat, kawan. Kawan-kawan yang dah lama terputus hubungan, boleh disambung semula. Yang baru cuba-cuba nak kenal, mulakan langkah pertama.

Sebab itulah pentingnya untuk kita tahu, macam mana nak jaga ikhtilat sesama bukan mahram semasa bermesej. Ya, saya sedang bincang pasal mesej.

1. Dengan suami atau isteri orang hanya bermesej jika BENAR-BENAR penting sahaja. Bagaimana nak define apa maksud penting?

Setakat nak tanya khabar atau nak tanya 'dah makan ke belum?

Allahuakbar... Ini memang bawa bencana.

Ehh… Tanya makan je pun

Memang. Bermula dengan mesej sepatah dua sahaja, kemudian panjang-panjang sikit, kemudian hari-hari, perbualan jadi meleret-leret dan mula bermesra. Akhirnya bertukar jadi bahasa sayang dan rindu.

Allah… Seterusnya, saya tak sanggup nak cerita.

2. Straight to the point

Ayat tak perlu meleret-leret. Biar jelas, terang dan terus kepada maksud. Tak perlu berkias, tak perlu buat pendahuluan macam tulis karangan. Tak perlu buat ayat bunga-bunga atau ayat tersirat. Itupun jika perlu bermesej ya.

Berhenti setelah mesejnya sampai. Tulislah dengan ejaan penuh. Tak perlu ketawa, hehehe atau huhu. Kononnya tak mahu perbualan serius sangat. Tak sedar dalam pada itu dah terlanjur bermesra.

3. Katakan tidak kepada emoticon

Eh..nak hantar smiley smiley tu cuba tanya diri sendiri kene ke tidak pada tempatnya? Bayangkan sekarang ni, dengan hanya bermesej je kita dah boleh buat biasa aja hantar muka muka sweet (macam mengorat depan-depan la..) Bezanya yang ni berselindung di sebalik mesej.

Emoticon kenyit mata, kiss, mata love, jelir lidah sambil kenyit mata, ketawa, gambar love terbang, bunga dan macam-macam lagi senarainya..kesemua bawa bencana dah padah bila kita mulakan.

4. Jauhi perbuatan mendekati maksiat

Benar! Maksiat bukan setakat seperti yang kita tahu duduk dekat-dekat dan buat perbuatan terkutuk saja. Maksiat juga wujud dalam perbualan. Kalau kita ada sesuatu urusan mahu bermesej, dan perkara tu dah selesai, berhenti sahaja.

Tapi kalau orang tersebut masih lagi panjangkan perbualan, malah mengganggu pula setiap masa, lari jauh-jauh. Lari sejauh kutub utara dan kutub selatan. Block, delete, hide, pancung, hunus mata pedang dan senjata.

Perangkap dan jarum syaitan ni halus sekali. Ingat tak kisah Nabi Adam a.s dan Hawa dinoda iblis dalam syurga? Bukan diterus ajak makan buah larangan. Mula-mula dipujuk dekat dengan pokok. Ada berapa banyak pokok di syurga? Dah tentu banyak kan? Tapi kenapa pokok yang satu tu juga akhirnya tempat dituju? Bukti iblis ini hasutannya sedikit demi sedikit. Perlahan-lahan sampai kita tak sedar kita dah masuk perangkapnya.

Nau'zubillah

Moga Allah pelihara pasangan-pasangan kita, anak cucu zuriat keturunan kita dari perkara maksiat yang terkutuk.

#payung_rumahtangga

]]>
Tips Untuk Jadikan Dinar Emas Sebagai Mas Kahwin Dari Ustaz Khairul Anuar. https://redaksi.com/4989-tips-untuk-jadikan-dinar-emas-sebagai-mas-kahwin-dari-ustaz-khairul-anuar Thu, 24 Jan 2019 10:48:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4989 Zaman sekarang, tidak ramai yang jadikan dinar emas sebagai mas kahwin kerana merasakan wang ringgit lebih berbaloi dan jumlahnya lebih kelihatan berbanding seketul emas. Namun, sebenarnya banyak manfaat apabila memberikan emas kepada pengantin perempuan sebagai mas kahwin.

Jika ingin jadikan emas sebagai mas kahwin, jom ikuti tips yang dikongsi oleh Ustaz Khairul Anuar ini…

********

Musim kenduri kahwin sudah tiba. Sekarang sudah tidak pelik apabila mas kahwin dibayar dalam bentuk dinar oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

Sebagai contoh mas kahwin sebanyak RM400 dibayar menggunakan 1/2 dinar emas 999 yang juga berharga sekitar RM400.

Di sini saya akan berikan tips yang berguna untuk bakal pengantin perempuan memanfaatkan emas, bukan saja sebagai mas kahwin, tetapi sebagai hantaran, aset, simpanan dan sebagainya.

1. Tetapkan mas kahwin dan jumlah hantaran dari sejak perkenalan, bertunang atau dari sekarang.

2. Misal kata, mas kahwin ialah RM400 dan hantaran ialah RM15000. Maka cari item emas dengan nilai terdekat. Sebagai contoh 1/2 dinar (RM460) sebagai mas kahwin dan gold bar 100 gram (RM17700) sebagai hantaran.

3. Bakal pengantin perempuan boleh membeli sekarang 2 item tersebut sebagai pelaburan perkahwinan.

4. Ibu bapa yang mempunyai anak perempuan juga boleh mengambil langkah dengan mula mengumpul emas untuk tujuan tersebut.

5. Sampai masa untuk berkahwin, bagitahu bakal suami yang anda mahukan 1/2 dinar emas sebagai mas kahwin dan gold bar 100 gram sebagai hantaran.

6. Bakal suami akan mula merancang untuk membeli 1/2 dinar dan gold bar 100 gram.

7. Beri tawaran anda kepada bakal suami untuk menjual 1/2 dinar dan gold bar 100 gram tadi pada harga diskaun (samada harga tengah atau harga PG BUY).

8. Anda akan mendapat wang tunai hasil jualan. 100% hasil jualan ini adalah untung pelaburan emas anda.

9. Apabila selesai majlis akad nikah, 1/2 dinar dan gold bar 100 gram tadi juga akan menjadi milik mutlak anda kerana pemberian dari suami.

Antara manfaat yang akan anda perolehi ialah:

1. Untung dalam bentuk wang tunai hasil dari jualan emas milik anda kepada bakal suami.

2. Tidak seperti wang tunai, pengantin perempuan akan mendapat mas kahwin dan hantaran dalam bentuk yang lebih kukuh, kalis inflasi dan bertahan jangka panjang.

3. Emas asal sebagai modal pelaburan tidak hangus dan hilang.

4. Wang tunai tadi boleh digunakan untuk menambah gram emas sebagai simpanan dan aset berkualiti tinggi masa depan seisi keluarga. Jangan dibiarkan lama-lama, nanti bocor pula.

5. Jika ingin membeli kereta atau rumah, emas tadi boleh digadai di arrahnu untuk membayar deposit.

Berbaloi kan kalau simpan emas?

********

Semoga Bermanfaat!

]]>
Bagaimana Orang Ketiga Boleh Hadir Dalam Hubungan, Mari Ketahuinya. https://redaksi.com/3259-bagaimana-orang-ketiga-boleh-hadir-dalam-hubungan-mari-ketahuinya Wed, 15 Aug 2018 16:39:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3259 Orang ketiga ini umpama racun dalam sesebuah hubungan. Apabila merebak racun itu, maka musnahlah hubungan tersebut. Bagaimana orang ketiga ini boleh hadir? Adakada mana-mana pihak yang mengundang kehadiran mereka ini? Sudah tentu tidak! Kehadiran orang ketika ini apabila setiap pasangan sedang leka dan lalai mengenai hubungan mereka, tetapi apabila mula menyedari ia sudah pun terlambat. Mari ketahui situasi apa yang menyebabakan kehadiran mereka ini.



Perhubungan jarak jauh ini merenggangkan sepasang kekasih? Ya, perhubungan ini merupakan perkara yang paling mudah menerima kehadiran orang ketiga. Mengapa, disaat salah seorang menanti dan setia terhadap hubungan, manakala seorang lagi setia tetapi memerlukan seseorang di sisi, di situ lah perkara ini berlaku. Jika pihak tersebut bersedia untuk kuatkan hati dan sabar menunggu pasangannya, sudah pasti sukar perkara ini terjadi.

Sebagai sepasang suami isteri mahupun kekasih, kemeseraan begitu penting sekali antara kalian. Jika kalian seorang yang sukar mesra mahupun pasangan anda merasakan dirinya kurang kemesraan anda, maka dia akan membuat pilihan untuk mencari seseorang boleh bermesra dengannya. Maka dari situ salah seorang daripada hubungan tersebut dengan sendirinya mengalakkan kehadiran orang ketiga.

Penah anda terfikir tidak, pertemuan antara rakan lama ini mampu mebuat seseorang itu berlaku curang. Iya, renunion adalah salah satu cara untuk membuat setiap pasangan menerima orang ketiga dalam hidup mereka. Mengapa? Hal ini kerana, pada ketika ini lah pasangan akan menemui cinta pertama mereka semula.


Masalah kewangan juga menjadi punca kepada kehadiran orang ketiga. Di mana mungkin anda orang kaya sebab itu anda dikelilingi oleh orang kaya jika anda yang tidak kata, bagaimana? Sudah pasti mulut manis anda yang menyebabkan semua mereka itu terpikat. Apabila hadapi masalah kewangan, anda seharus berbincang bukan membiarkan kedaan semakin tegang.

Anda perlu berhati-hati dalam empat perkara ini, hal ini kerana empat perkara ini mungkin bagi anda tidak bahaya tetapi apabila anda telah terkena baru lah anda akan rasa menyesal dan kecewa.


]]>
6 Perkara Buat Kita Rasa Dia Adalah Jodoh Yang Ditakdirkan. https://redaksi.com/947-6-perkara-buat-kita-rasa-dia-adalah-jodoh-yang-ditakdirkan Sun, 20 Aug 2017 14:19:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=947 Bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita?

Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan



1. Bersahaja.

Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Jika dia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama.

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.



3. Membawa untuk mengenali keluarganya dengan lebih rapat.

Sekiranya anda dibawa berjumpa keluarganya, ini bermakna pasangan anda begitu serius dengan perhubungan yang dijalin. Ikatan bersama semestinya ingin diakhiri dengan ikatan pernikahan yang sah.

4. Berkongsi kisah suka dan duka bersama.

Ikatan yang ikhlas dan serius akan bermula dengan adegan berkongsi cerita dan saling memahami. Apabila saat untuk si dia melamar semakin mendekat, sudah pasti dia mengingini anda mengenali sepenuh dirinya dan keluarganya. Tiada sedikit pun sejarah silam yang akan diselindung kerana perasaan cinta yang suci itu.



5. Menerima kelebihan dan keburukan dirimu.

Si dia tidak akan mempertikaikan kelemahan diri anda. Setiap kelemahan pastinya akan ditegur dengan cara yang baik dan tidak menyinggung perasaan. Ini menampakkan kesediaannya untuk menjadikan anda permaisuri hati tidak lama lagi.

6. Kata hati.

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

]]>
Jatuh Cinta Pandang Pertama, Anda Perlu Hati-Hati Dengan 4 Perkara Ini https://redaksi.com/7113-jatuh-cinta-pandang-pertama-anda-perlu-hati-hati-dengan-4-perkara-ini Fri, 06 Sep 2019 14:48:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7113 Jatuh cinta pertama kali tentu sahaja akan memberi kesan yang mendalam. Lagi-lagi buat anda yang tak pernah merasai perkara sebegini. Cinta pertama ini apabila terluka rasanya sangat mendalam, di mana ia akan memberi satu kenangan yang hebat buat anda hingga anda tidak boleh move on darinya.

Sesiapa untuk akan merasai cinta pertama ini, tidak kiralah di saat anda masih sekolah, berkerja ataupun ketika sedang berusaha mencari pasangan. Nak jatuh cinta kali pertama ini mudah, ia boleh terjadi dengan beberapa saat dan dengan pelbagai cara.



Namun jika anda baru sahaja merasai ini buat kali pertama, anda perkara yang perlu anda hati-hati dan sentiasa waspada.

1. Jangan mengharapkan pertemuan pertama itu sempurna.

Ini bukan dalam drama, ini adalah reality. Boleh jadi pertemuan anda itu bukan sesuatu yang macam anda inginkan. Ia tak akan terjadi dengan begitu tenang dan semudah itu. Boleh jadi akan ada gangguan yang mengganggu pertemuan kalian.

Sebab itu, saat berjumpa kali pertama ini jangan memberi harapan yang tinggi terhadap si dia. Yang paling takut, kalau si dia itu tak sama seperti dalam gambar yang diberi.



2. Jatuh cinta perlukan dua hati bukan satu pihak.

Apabila anda merasakan jatuh cinta dan inginkan satu hubungan yang lebih jelas, pastikan dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti anda. Jangan hanya anda sahaja yang memiliki perasaan sebegitu, pastikan dia pun miliki yang sama. Barulah kalian boleh sama-sama ke tahap yang lain.

3. Jangan terlalu banyak berharap.

Cinta pertama ini adalah perkara yang paling tak terduga. Boleh jadi ia akan datang dengan penuh dengan pengajaran dan kebahagiaan. Malah ia juga boleh jadi satu hubungan yang tak menjadi. Tapi apa-apa pun yang terlalu berharap bahawa hubungan anda akan berjalan macam anda harapkan.



4. Hanya perasaan sesaat.

Ramai yang menyatakan bahawa cinta pertama ini adalah perasaan sesaat, di mana ia boleh berubah bila-bila masa sahaja. Malah, ia juga mampu pudar apabila melihat yang lebih baik darinya. Sebab itulah jangan terlalu berharap sangat.

Apa-apa pun, apabila anda baru sahaja merasai perkara ini, enjoy sahaja dan jangan terburu-buru.

]]>
Sejauh Mana Seorang Wanita Itu Ikhlas Untuk Menjadi Seorang Isteri Malah Seorang Ibu? https://redaksi.com/3874-sejauh-mana-seorang-wanita-itu-ikhlas-untuk-menjadi-seorang-isteri-malah-seorang-ibu Tue, 16 Oct 2018 16:21:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3874 Perkahwinan sudah pasti membuatkan semua para gadis sangat teruja untuk melaluinya kerana pada ketika dan saat itulah dirinya akan dilayan bak puteri raja. Ketika baju persalinan membaluti tubuh badan, tiada siapa yang dapat mengetahui hati dan perasaan si mempelai tersebut. Gembira, sedih, mahu menangis, mahu melompat, semua perasaan itu bercampur baur.

Namun, keindahan yang tercipta itu hanyalah sementara.

Usai sahaja majlis tersebut, sudah pasti si wanita perlu menjalani dan melakukan semua peranannya sebagai seorang isteri, apatah lagi si lelaki menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang pemimpin di dalam keluarga.

Apabila termaktubnya seorang wanita itu menjadi seorang isteri, tiada siapa yang tahu isi hatinya. Apa yang kita dapat lihat adalah wajahnya yang gembira, kerana hari-hari yang dilalui akan ditemani oleh seorang lelaki yang bergelar suami.

Akan tetapi…

Ikhlaskah hatinya menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang isteri?

BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI SEKIRANYA SEORANG WANITA ITU IKHLAS MENJALANKAN TANGGUNGJAWABNYA? ADAKAH DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR?

Namun, ia hanyalah dapat dirasai oleh empunya diri, kerana kerja yang ikhlas adalah dilakukan kerana Allah SWT.

Sebelum berkahwin. Apakah niatnya untuk berkahwin? Menjauhi maksiat semata-mata? Adakah terdetik dalam hatinya untuk bernikah dan berkahwin kerana ingin mencari keberkatan Allah SWT?

Ketahuilah kita bahawa Ikhlas itu datangnya dari rasa yang satu, iaitu Allah SWT semata-mata. Lakukanlah sesuatu perkara atas sebab Allah yang suka, bukan sebab suami atau anak yang suka.

Seperti sebelum ini, ketika masih lagi bujang, anda sentiasa berpenampilan cantik, memakai mekap untuk meningkatkan keyakinan diri. Berfashion semata-mata kerana apa? Kerana ingin dipandang cantik oleh masyarakat? Tetapi adakah fashion tersebut disukai oleh Allah SWT?

Andai hati anda boleh berbicara…

Anda hati anda mengetahui niat anda yang sebenar…

Jadi, adakah ikhlas hati anda apabila membersihkan rumah, memasak, melayani suami dan anak-anak? Adakah anda melakukan sesuatu perkara yang disukai oleh Allah SWT? Yang tidak melanggar syara’ terhadap keluarga? Anda juga tahu bahawa Allah SWT suka pada perkara yang indah, bersih, baik dan aman. Itulah Islam.

Semua itu terkandung dalam Asmaul Husna. Lakukan perintahNya kerana ia datang daripada Allah, bukan sebab orang lain atau perkara lain.

JANGAN LAKUKAN SEMATA-MATA KERANA ORANG LAIN.

Kerana manusia ini tidak sempurna. Jika kita melakukan sesuatu perkara kerana manusia, akan timbul pertikaian yang tiada penghujungnya. Yang tidak berkesudahan. Ini kerana manusia memang suka untuk meletakkan harapan yang tinggi, sebagai contoh suami anda mahukan anak yang ramai, dan sudah menetapkan seramai 6 orang.

Jadi sekiranya terlalu meletak harapan yang tinggi, padahal anak yakni rezeki adalah dari Allah SWT, pasti kita akan kecewa dan terluka, kan? Apabila terlalu fokus pada manusia, hati dan perasaan menjadi terluka, jiwa menjadi penat, emosi terganggu, fizikal lesu.

Jadi, berbalik kepada yang satu, Allah jua tempat kita kembali walau apa jua berlaku. Fokuskan seluruh tenaga, fikiran dan rasa kita kepada Dia.

 

]]>
Kalau Dapat Suami Kedekut, Ini Yang Isteri Perlu Lakukan Selain Makan Hati. https://redaksi.com/8193-kalau-dapat-suami-kedekut-ini-yang-isteri-perlu-lakukan-selain-makan-hati Tue, 19 May 2020 20:14:37 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8193 Sebagai seorang wanita, memilih suami ini adalah perkara yang sangat berhati-hati. Ini kerana, bila anda tersilap pilih, masa depan yang anda angankan itu mungkin tidak akan berlaku seperti yang anda harapkan. Suami yang anda pilih itu memainkan peranan penting dalam masa depan anda kelak.

Sebab itu bila cari suami, jangan pandang wang ringgit, pangkat ataupun rupa paras dia saja. Bab-bab lain semuanya out, tapi bab itu saja anda pandang. Tapi, kadang kala orang perempuan ini dah pilih elok-elok dah, namun selepas kahwin baru nampak perangai sebenar.


Nak-nak lagi bab kedekut dengan anak isteri ini. Masa sebelum kahwin, selalu bagi alasan nak kumpul duit kahwin sebab itu nak berjimat tapi selepas kahwin lain pula jadinya. Dia itu memang seorang yang kedekut. Jadi, jika anda berdepan dengan situasi seperti ini, apa yang perlu anda lakukan adalah;

Rahsiakan status kewangan anda

Jika anda berkerja, jangan beritahu suami anda berapa banyak gaji anda dan berapa banyak simpanan anda. Kalau naik gaji sekalipun, jangan biarkan dia tahu. Ini kerana, bila dia tahu dia akan serahkan semua perkara di atas bahu anda. Maka dengan itu, lebih elok dia tidak tahu. Sama juga dengan emas yang anda beli dan juga duit kutu yang anda bayar setiap bulan.



Banyakan bersabar

Memang akan makan hati dengan pasangan macam ini. Mana tidaknya, bab anak dan isteri tolak tepi tapi bab kepentingan dirinya, dia utamakan. Jadinya kesabaran anda sangat diperlukan jika mahu kekalkan hubungan kalian. Memang akan ada bertegang urat sekali sekala, tapi nak buat macam mana pasangan anda tidak akan mengalah.

Cari income lebih

Ketika ini, anda kena lebih bijak. Jika anda tidak berkerja maka cuba untuk cari income sendiri. Tapi jika anda berkerja dan rasa kurang cukup juga anda perlu cari income lain. Mana tidaknya, kalau anda berharap dengan pasangan anda, mungkin anda akan lebih makan hati. Jadi, anda perlu berusaha untuk hidup selesa bersama anak-anak.



Beri suami baca sesuatu yang ilmiah

Biasanya suami memang tidak akan baca perkara-perkara ini. Tapi jangan putus ada, sentiasa berikan sesuatu pada suami agar dia buka mata dan tidak kedekut lagi. Jangan lupa untuk tag sesuatu yang baik di Facebook ataupun boleh hantar personal kepadanya untuk menjaga maruah dia.

Suruh dia berbelanja setiap bulan

Jika selama ini dia beri anda wang dan pandai-pandailah anda uruskan semuanya. Tapi kali ini, beri dia list barang dan biarkan dia membeli dan menguruskan wang itu. Dari barang dapur hingga ke perbelanjaan anak-anak semuanya suruh dia beli sendiri, agar tahu berapa banyak wang anda perlukan setiap bulan.

Memang sakit hati dan makan hati jika bersuamikan seperti ini, tapi mungkin juga ini adalah salah satu cara anda mudah untuk ke syurga. Jadi banyakkan bersabar.



]]>
9 Kebaikan Jika Rajin Buat Senaman Pagi. https://redaksi.com/516-9-kebaikan-jika-rajin-buat-senaman-pagi Thu, 20 Jul 2017 10:02:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=516 Biasanya sebaik bangun dari tidur badan akan terasa lenguh dan penat. Salah satu cara untuk mengembalikan kesegaran tubuh anda adalah dengan melakukan senaman pagi!



Senaman pagi bermanfaat untuk menjaga metabolisme tubuh agar terhindar daripada pelbagai penyakit serta menjaga kesegaran jasmani dan rohani. Senaman pagi sebaiknya dilakukan pada setiap pagi. Jenis senaman pagi ada bermacam-macam jenis, misalnya senaman ringan seperti berjalan kaki dan berjogging. Manakala senaman berat pula seperti berlari dengan cepat, lari jarak jauh, angkat besi dan sebagainya.

Bersenam secara rutin juga dapat membuat tubuh menjadi lebih lentur dan menghilangkan rasa lenguh serta tegang pada otot. Oleh sebab itulah, bersenam merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan secara rutin dan teratur sehingga tubuh anda selalu fit dan tidak mudah jatuh sakit. Bagi anda yang super sibuk pada setiap hari dan tidak punya banyak waktu untuk bersenam, anda boleh melakukan senaman pagi yang sederhana ini.



Berikut senaman pagi yang mudah dan senang untuk anda praktikkan. Jenis senaman pagi seperti berjalan kaki sangat baik untuk kesihatan anda. Malahan senaman pagi jenis ini juga boleh membantu menjaga kesihatan jantung dan mencegah osteoporosis atau pereputan tulang. Anda boleh meluangkan masa lebih kurang sekitar 30 minit untuk melakukan senaman pagi seperti berlari sebelum pergi kerja. Sangat mudah dan menyihatkan. Selain itu, senaman pagi jenis berlari ini boleh membakar kalori dan menguatkan otot kaki serta menjaga kesihatan sendi sehingga anda akan terhindar dari penyakit urat lenguh-lenguh. Senaman pagi seterusnya adalah dengan melakukan push up dan sit up secara rutin pada setiap hari. Lakukan senaman ini secara rutin setiap hari pada waktu pagi dan malam hari sebelum tidur. Tubuh anda akan segar dan membentuk otot-otot pada tubuh anda. Ia sangat bermanfaat bagi wanita untuk menegangkan payudara dan mengecilkan perut. Senaman pagi jenis ini sangat mudah dan cukup menyenangkan. Senaman jenis ini sangatlah mudah dan menyenangkan jika diiringi dengan muzik. Senam aerobik bukan sahaja boleh menjaga kesihatan jantung dan stamina tubuh. Malahan boleh membantu anda dalam melangsingkan tubuh dan membuat awet muda.



Info Ekstra

Antara Kebaikan Jika Anda Rajin Melakukan Senaman Pagi

Meningkatkan kecergasan otak.

Menguatkan sistem ketahanan tubuh.

Meredakan sakit kepala.

Mencegah penyakit alzheimer.

Terhindar daripada stress.

Meningkatkan daya kosentrasi.

Membantu membentuk tubuh ideal.

Menyihatkan jantung.

Memperlambatkan proses penuaan semulajadi.

]]>
Wanita Sangat Sensitif, Jangan Katakan 5 Perkara Ini Kepada Mereka. https://redaksi.com/2636-wanita-sangat-sensitif-jangan-katakan-5-perkara-ini-kepada-mereka Thu, 28 Jun 2018 12:52:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2636 Seperti yang sedia tahu, hati seorang wanita ini sangat lembut dan sensitif. Dengan kata-kata yang lembut pun mereka ini boleh tergores lagikan pula kata-kata yang kasar. Bagi seorang lelaki ia mungkin kata-kata yang biasa dan tidak perlu untuk diambil hati, sedangkan bagi wanita pula sebaliknya. Tapi apa kata-kata yang selalu menggores hati. Kata-kata yang bagaimana yang menggores hati mereka ini? Jom ketahuinya.


1. “Mengapa terlalu perlahan?”

Mungkin niat hanya untuk bertanya, tetapi bagi seorang wanita ia seumpama anda menyindir mereka. Sedangkan mereka sememangnya berhati-hati dalam melakukan kerja mereka. Sebab itu mereka perlahan dan lambat.

2. “Cuba nak tarik perhatian kan?”

Wanita mana yang tidak mahu perhatian daripada orang yang mereka kasihi. Tetapi jika anda katakan ini kepada mereka bermakna, anda tidak kisah pun apa yang mereka lakukan.

3. “Tak ada kawan lain ke?”

Lelaki mudah untuk berkawan, tetapi tidak bagi wanita. Apabila mereka telah rapat dengan seseorang mereka akan begitu rapat hingga tiada rahsia antara mereka. Kata-kata anda ini akan menunjukkan mereka ini susah untuk bergaul.


4. “Tak payah nak lebih-lebih.”

Dia tidak semestinya lakukannya demi satu tujuan. Mungkin dia melihat dengan lebih teliti akan perkara itu. Namun, anda hanya menganggap ringan malah mudah mengabaikannya. Tetapi dia tidak.

5. “Perlu ke merajuk?”

Setiap orang mempunyai emosi mereka, dan kadang kala emosi itu inginkan pujukan. Jadi mereka hanya mahu anda memujuknya. Bukan memerli dan mengabaikan mereka.

Bagi lelaki lima kata-kata ini adalah satu hal yang kecil, tetapi bagi wanita ia adalah hal yang sensitif dan cuba untuk tidak ditunjukkan. Walaupun begitu, apabila mood mereka tidak berapa stabil, pasti mereka akan mula tunjukkan yang mereka tidak suka diperkatakan sebegitu.

]]>
3 Salah Faham Tentang Urusan Harta Pusaka Ramai Abaikan. Jom Baca. https://redaksi.com/4454-3-salah-faham-tentang-urusan-harta-pusaka-ramai-abaikan-jom-baca Thu, 06 Dec 2018 10:27:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4454 Secara mata kasar, untuk menguruskan harta pusaka nampak mudah, akan tetapi masyarakat melayu sering salah faham berkenaan dengan isu ini, jom lihat penjelasan melalui saudara Fatihin Abshar...

********

TULIS WASIAT UNTUK AGIH HARTA KEPADA ANAK.

Rata rata apabila ditanya kepada ibu bapa sekarang, bagaimana nak agihkan harta kepada anak mereka? Jawapannya yang diberi ialah wasiat.

Sebenarnya bukan. Ini salah faham biasa yang ada di masyarakat Melayu. Untuk pengetahuan, tiada WASIAT untuk waris. Ya.

Jika anda seorang ibu bapa, ada buat wasiat untuk beri sama rata kepada anak, atau anda tiada anak lelaki. Jadi anda buat wasiat supaya anda dapat bagi sama rata kepada anak, atau beri semua harta kepada anak perempuan anda

Wasiat anda tidak sah dari segi syarak.Dari segi syarak, wasiat tidak boleh diberikan kepada waris berdasarkan hadis ini.

Daripada Abi Umamah berkata,

“Aku telah mendengar Nabi saw, Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memberikan kepada orang yang berhak haknya, ketahuilah tiada wasiat kepada ahli waris” [Hadits Riwayat Abu Daud]

Situasi 1.

Ali ada 2 anak lelaki, 2 orang anak perempuan. Ali ingin mengagihkan sama rata kepada anak lelaki dan anak perempuan. Kerana kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi.

Oleh itu, Ali pun membuat wasiat dengan syarikat A dan juga peguam A. Ali menulis semua pesanan dalam wasiat itu bagaimana anak anaknya agihkan hartanya supaya adil

Apabila meninggal, anak semua berkumpul untuk bincang agihan harta pusaka.

2 orang anak perempuannya bersetuju ikut wasiat, 2 orang anak lelaki pula tidak bersetuju dengan wasiat dibuat oleh arwah Ayah, sebab dia rasa rugi. Lelaki dapat 2 bahagian, kenapa perlu ikut wasiat untuk agih sama rata.

Akhirnya, pergagihan mengikut faraid kerana ada 2 waris tidak bersetuju. Di sini adik beradik sudah bermasam muka kerana anak perempuan terasa dengan perlakuan anak lelaki yang nampak sangat mengejar harta ayahnya dan tidak dengar pesanan ayahnya. Kesudahan, adik beradik bergaduh kerana tidak puas hati dek kerana pusaka arwah ayah. Harta pusaka menjadi puaka

SEKARANG APA FUNGSI WASIAT SEBENARNYA?

Melantik Wasi/ Pentadbir/ Pemegang Amanah. Tugas wasi ialah menjalankan proses pusaka arwah dengan amanah. Tugasnya amat berat dan banyak perlu dibuat tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Namun besar pahala mereka yang menjadi wasi ini kerana membantu arwah mengagihkan harta pusakanya. Peranan Wasi amat penting di Mahkamah Tinggi kerana jika tiada pelantikan wasi oleh arwah. Kes tidak diteruskan selagi tidak jumpa 2 orang penjamin.

Situasi 2.

Ali tidak melantik wasi. Tiba tiba beliau terkena serangan jantung. Arwah meninggalkan harta dalam nilaian 4 juta. Oleh itu, waris yang ingin menuntut harta perlu mencari 2 orang yang sama harta 4 juta sebelum membuat proses Probate.

Disebabkan anak anak Ali tidak tahu mencari siapa. Akhirnya harta arwah sudah setahun tidak dapat dicairkan. Akhirnya harta umat islam tidak dimanfaatkan kerana proses yang sukar serta kos yang tinggi di mahkamah Tinggi.

Wasiat 1/3 untuk amal jariah.

Kita masih boleh mendapatkan saham akhirat kita walaupun kita sudah meninggal dunia. Bagaimana? Wasiatkan 1/3 dari harta pusaka anda untuk disedekahkan.

Di sini tidak perlu persetujuan waris kerana ini sememangnya hak arwah untuk bersedekah. Waris wajib ikut. Yang boleh tidak diikut oleh waris jika wasiat yang anda buat melebihi 1/3 harta anda.

  • Wasiat wajib ikut – 1/3 amal jariah.
  • Wasiat tidak wajib dikut-wasiat yang lebih 1/3 untuk beri ke waris.

Dalil yang membenarkan wasiat 1/3 ini dibuat ialah perbualan ayah Saad Bin Abi Waqqas dengan Rasulullah SAW.

Daripada Saad bin Abi Waqas r.a, daripada bapanya dia berkata,

“Aku telah sakit yang teruk ketika di Mekah. Kemudian aku sembuh dari sakit yang boleh membawa mati. Maka Rasulullah SAW sentiasa datang melawatku, kemudian aku bertanya Rasulullah SAW…

Wahai Rasulullah! Aku mempunyai harta yang banyak dan tidak ada yang akan mewarisiku melainkan seorang anak perempuan. ‘Apakah boleh aku sedekahkan dua pertiga (2/3) daripada hartaku?’

Jawab Rasulullah SAW, ‘Tidak!’.

Aku berkata; Bagaimana kalau separuh (1/2)?

Jawab Rasulullah saw, ‘Tidak!’

Aku berkata, ‘Kalau satu pertiga (1/3)? Jawab Rasulullah saw, ‘Satu pertiga (1/3) itu sudah banyak.

Sesungguhnya adalah lebih baik kamu meninggalkan anakmu kaya dari meninggalkan mereka miskin, meminta-minta daripada orang lain. Sesungguhnya apa yang kamu belanjakan akan diberi pahala walaupun sesuap makanan kepada isterimu’. “

Di sinilah yang membenarkan anda boleh membuat wasiat 1/3 untuk amal jariah anda di akhirat nanti.

CARA PERAGIHAN MELALUI HIBAH.

Jika anda jatuh dalam kategori di bawah;

  • Pasangan suami isteri yang tiada anak
  • Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja
  • Individu yang berpoligami
  • Pasangan yang mempunyai anak perempuan dan lelaki
  • Individu bujang/tidak berkahwin dan tiada waris
  • Individu yang berkahwin semula selepas kematian pasangan asal
  • Suami Isteri yang membeli harta secara bersama (Joint Ownership)
  • Pasangan yang mempunyai anak OKU (perlukan jagaan khas)
  • Pasangan yang mempunyai anak angkat
  • Ahli perniagaan

Dengan membuat hibah bersyarat, anda boleh menghibahkan kepada anak anak secara sama rata, hibahkan kepada anak perempuan anda, dan hibahkan harta kepada suami/isteri anda. Kelebihannya hibah ialah ianya telah terkeluar dari pusaka. Maksudnya tidak akan dikira dalam faraid.

Dan waris wajib ikut apa yang diperintahkan hibah oleh Ali.

Situasi 3.

Ali sangat sayang kepada anak perempuan dan isteri. Beliau juga tahu mereka akan dapat bahagian paling sedikit, selebihnya akan dapat kepada adik beradik lelakinya. Oleh itu, beliau pun hibahkan rumah, duit akaun Tabung Haji, tanah di kampong, kepada isteri dan anaknya

Apabila Ali meninggal, rumah dan juga duit akaun Tabung Haji akan menjadi 100% milik isteri dan anaknya. Adik beradiknya lelaki Ali tidak boleh menuntut kerana itu bukan harta pusaka, ianya telah terkeluar kerana Ali sudah hibahkan kepada isteri dan anaknya waktu Ali hidup.

Jadi, nampak atau tidak perbezaan fungsi hibah dan wasiat?

Setiap instrumen ada kepentingan dan kegunaannya. Jika ada kawan kawan yang membuat wasiat, terangkan mereka perkara ini. Wasiat bukan untuk waris. Jika buat kepada waris sekalipun, waris ada hak untuk mengikutinya atau tidak.

Jika ingin agihkan harta pusaka. Buatlah hibah. Rancang harta pusaka anda sekarang.

********

]]>
4 Syarat Wanita Ke Syurga. Sangat Mudah. Yang Belum Pernah Berkahwin, Jom! Berusaha Mencari Pasangan Dari Sekarang. https://redaksi.com/6698-4-syarat-wanita-ke-syurga-sangat-mudah-yang-belum-pernah-berkahwin-jom-berusaha-mencari-pasangan-dari-sekarang Thu, 01 Aug 2019 13:59:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6698 Seperti yang sering kali kita dengar bahawa wanita ini begitu mudah untuk masuk syurga mahupun ke neraka. Segala pilihan ditangan wanita tersebut untuk menuju ke mana.

Jika seorang wanita itu masuk ke neraka mungkin kerana mulutnya, lidahnya, hatinya, kehormatan dan pelbagai lagi. Rasanya ramai yang sudah sedia maklum akan perkara sebegini, tapi masih ramai yang kurang sedar bahawa seorang wanita itu akan begitu mudah juga untuk ke syurga.



Namun begitu, kadang kala seorang wanita ini boleh ke neraka bukan kerana dirinya tetapi bimbingan dan didikan yang tidak lengkap membuatkan mereka ini terperangkap di dalam sana.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa Allah s.w.t Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah memberi peluang keemasan kepada setiap wanita yang beriman bahawa untuk memasuki Syurga-Nya yang penuh kenikmatan adalah melalui empat syarat sahaja.

Sedangkan seorang lelaki yang beriman ia kena melalui banyak halangan dan dugaan dan melaksanakan beberapa tanggung jawab kepada Allah s.w.t. terlebih dahulu barulah ia layak memasuki Syurga Allah s.w.t melainkan para syuhada yang syahid di jalan Allah s.w.t.

Empat syarat tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Melakukan solat lima waktu.

Solat merupakan pemisahan antara keimanan dan kekufuran yang haq dan yang bathil. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Maka dirikankanlah solat itu (sebagaimana biasa)sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman” (Surah An-Nissa’ ayat 103)

Diriwayatkan dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Perumpamaan solah lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”(Hadis Riwayat Muslim)



Kedua : Puasa di bulan Ramadhan.

Dari Abu Hurairah r.a. bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya : “Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya)” Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi.” (Hadis Riwayat Muslim )

Ketiga : Menjaga maruahnya.

Wanita solehah yang menjaga maruahnya adalah wanita yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah s.w.t. Bila ia keluar rumah sentiasa menutup aurat dan menjaga perhiasan diri tidak bersolek berlebih-lebihan dan berwangi–wangian hingga menimbulkan fitnah, menjaga pergaulannya, menjaga lidah dan tidak mengumpat dan mengadu domba. Dia adalah wanita yang berilmu, cerdik dan pintar. Setiap hari mendalami Ilmu Islam, mengkaji tafsir Al- Quran, hadis Nabi, memahami ilmu realiti semasa dan tahu cara-cara mengubati penyakit masyarakat. Di malam hari menjadi seorang abid, membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, sembahyang tahajjud dan berdo’a kepada Allah hingga menitiskan air mata.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :”Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.”(Hadis Riwayat Muslim)



Keempat : Mentaati perintah suami.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Riwayat Thabrani)

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Wanita yang layak untuk memiliki peluang dan jalan yang mudah ini adalah khusus untuk wanita yang berkahwin kerana dengan perkahwinan ini barulah teruji kesetiaannya menjadi isteri dan ibu yang solehah. Barulah segala kelebihan dan pahala yang berlipat ganda akan diperolehi semasa berkhidmat sebagai isteri dan ibu yang penuh bertanggungjawab.

Kekurangan untuk wanita yang tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu Syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. Bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli Syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w di atas.

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

]]>
"Hantaran kahwin diangkut guna lori..." - Gadis 18 tahun terima lamaran warga emas 71 tahun https://redaksi.com/8776-hantaran-kahwin-diangkut-guna-lori-gadis-18-tahun-terima-lamaran-warga-emas-71-tahun Mon, 26 Oct 2020 11:11:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8776 Bila hati dah sayang, umur seseorang itu bukan penghalang untuk mendapatkan kebahagiaan. Walaupun jarang-jarang berlaku, tetapi cinta yang berputik itu tidak mengenal usia.

Itulah yang dilalui oleh pasangan ini apabila perbezaan usia 53 tahun tidak menghalang untuk mereka kecapi bahagia mereka. Lelakinya berusia 71 tahun manakala isterinya pula 18 tahun.



Uniknya, hantaran yang diberikan si lelaki kepada isterinya iaitu sebuah motosikal Honda PCX, tilam dan almari juga menarik perhatian ramai malah hantaran itu terpaksa diangkut dengan lori ketika majlis perkahwinan mereka.

Pelbagai sumber memaklumkan, Abah Sarna memberi mas kahwin termasuk wang 10 juta rupiah (kira-kira RM2,819).



Menurut laporan Portal Tribunnews, lelaki itu dikenali sebagai Abah Sarna manakala isterinya bernama Noni berasal dari Bunut Pangsor, Pegaden, Subang, Jawa Barat.

Perkahwinan pasangan itu menjadi tular selepas gambar pernikahan mereka dimuat naik di akaun Facebook Ririn Priyanti.

"Kalian kalah soswet dari si abah, YANG JOMBLO JANGAN IRI (yang bujang, jangan iri hati)," tulis Ririn Priyanti.

Dilihat sangat mesra walaupun jarak umur yang sangat jauh, pasangan ini mengenakan dua pakaian berbeza pada hari bersejarah mereka.

Kemesraan itu terpancar apabila Abah Sarna turut dilihat mengucup isterinya manakala Noni pula hanya tersenyum kerana tersipu malu selepas mendapat kucupan daripada suaminya.

Perkara ini mendapat perhatian ramai sehingga tular di media sosial terutama di negara seberang.



]]>
5 Cara Si Dia Bangga Miliki Anda Sebagai Pasangan. https://redaksi.com/2515-5-cara-si-dia-bangga-miliki-anda-sebagai-pasangan Tue, 12 Jun 2018 22:13:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2515 Ketika menjalinkan satu hubungan, anda pasti tidak sedar adakah pasangan anda begitu bangga miliki anda sebagai pasangannya ataupun tidak. Sudah pasti anda ingin mengetahuinya bukan? Sebenarnya anda boleh melihat tingkahnya untuk mengetahui perkara tersebut. Setiap tingkah dan pergerakannya akan menunjukkan bahawa dirinya sangat beruntung memiliki anda. Mari ketahuinya.


1. Memuji dengan cara yang santai.

Anda merasakan anda tidak berhias secara berlebihan, namun si dia tetap menyatakan anda cantik ataupun begitu terpikat di matanya. Ia bukan memuji pakaian mahupun rupa anda pada ketika itu tetapi lebih secara spontan dan tidak terkawal apabila melihat anda.

2. Menangkap gambar anda secara senyap.

Tidak semua pasangan akan melakukan perkara ini melainkan si dia benar-benar jatuh cinta akan anda. Jadi si dia ingin menyimpan gambar anda dalam cara pemakaian yang berbeza. Walaupun anda merasakan anda hanya mengenakan pakaian yang biasa seperti selalu dan tiada yang istimewa.

3. Memperkenalkan anda kepada rakan-rakannya.

Apabila si dia terlalu berbangga memiliki anda, si dia tidak akan segan silu untuk memberitahu hubungan kalian kepada rakan-rakannya. Hal ini kerana, si dia berharap agar tiada pihak yang akan mengganggu hubungan kalian berdua.


4. Gambar anda di wallpaper telefon bimbitnya.

Biasanya orang akan menyatakan pasangannya adalah seorang yang setia apabila meletakkan gambar kekasihnya di wallpaper telefon bimbitnya. Sedangkan, si dia sebenarnya sangat berbangga miliki anda sehinggakan ingin melihat anda apabila mereka membuka telefon bimbitnya. Bukan itu sahaja, cara ini juga untuk menunjukkan kepada orang sekeliling bahawa dirinya telah mempunyai pasangan.

Kesimpulannya, jika pasangan anda lakukan semua perkara itu ia menunjukkan bahawa dirinya sangat berbangga memiliki anda. Bukan itu sahaja, mereka ini juga boleh dikatakan sebagai seorang yang setia kepada anda. Jadi jangan ragu-ragu lagi.

]]>
4 Tips Menjaga Hati Pasangan Agar Kasih Sayang Bertahan. https://redaksi.com/338-4-tips-menjaga-hati-pasangan-agar-kasih-sayang-bertahan Thu, 29 Jun 2017 16:08:11 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=338 Pasangan adalah 'sahabat' kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi. Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya. Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain. Dari segi penampilan pula, ramai yang mengambil kesempatan dengan tidak menjaga diri atau paras rupa kerana mereka tahu hakikatnya mereka sudah mempunyai pasangan yang akan menerima mereka walau apa pun yang terjadi. Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati. Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan bukan untuk orang lain. Penulis berminat untuk berkongsi satu ungkapan daripada tokoh motivasi tersohor negara, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, ujarnya; "Jika mahu diri disayangi, beri kasih sayang kepada orang dahulu". Maksud lain yang dapat penulis simpulkan di sini ialah, jika kita mahu dihargai pasangan, maka kita harus memberikan yang terbaik kepada mereka barulah kita akan mendapat kebaikan yang sama juga. Sesuai dengan topik kita cantik luaran dan dalaman, antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah berhemah apabila berbicara, tampil dengan rupa yang menarik dan bersih serta menjaga hati pasangan dengan baik. Bagi yang mahu berubah namun tidak tahu caranya, panduan di bawah mungkin boleh membantu.



Pertama: Paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi yang baik.

Seringkali kita mengabaikan komunikasi yang baik dengan pasangan. Kata ganti nama diri seperti aku dan kau digunakan dalam perbualan harian, padahal lebih molek jika panggilan seperti 'sayang' atau 'abang' digunakan kerana itu boleh memupuk kemesraan. Seperti persahabatan, pasangan yang baik perlu komunikasi yang jujur. Perlu bersedia untuk memberi pandangan, nasihat menasihati bila keadaan memerlukan. Jika salah seorang ingin meluahkan masalah, seorang lain perlu mendengar dengan baik. Jangan pula cuba masuk campur dalam urusan pekerjaan dan keluarga jika tidak diminta. Jika ada yang berkecil hati, pastikan disuarakan dengan baik untuk mengelakkan salah faham yang lebihburuk.



Kedua: Anda dikehendaki menjadi pendengar yang setia.

Bila pasangan anda dilanda masalah sebagai contoh di tempat kerja, bersedialah untuk menjadi pendengar dan jangan sesekali mengadili pasangan anda itu walaupun sebenarnya anda tahu bahawa dia yang punca masalah itu. Apa yang perlu ialah dengar dan beri nasihat secara umum sahaja.

Ketiga: Memastikan bahawa anda tidak bertepuk sebelah tangan.

Maknanya bukan anda sahaja yang menganggap pasangan anda itu perlu dihormati, malah dia juga perlu menghormati anda. Jika ada sahabat lain yang mengutuk pasangan anda di belakangnya, andalah orangnya yang penuh yakin untuk menjadi pembela pasangan anda itu. Tetapi jika memang pasangan anda melakukan kesalahan, terus-teranglah bahawa anda tidak selesa dia melakukan begitu, pilih perkataan yang sesuai untuk menegur dan tegurlah dengan berhati-hati agar tidak mengecilkan hatinya. Seringkali kita mendengar rakan kita mengomel tentang bentuk tubuhnya yang semakin berisi dari hari ke hari. Perkara yang amat lazim terjadi kepada wanita itu seperti lumrah terutama selepas melahirkan anak. Memang ia amat merisaukan namun apa yang penting selain kerisauan itu ialah tindakan segera yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut.



Keempat: Laburlah sedikit wang untuk penampilan anda, tak kira sama ada untuk menguruskan badan, mencantikkan kulit, berbaju baru dan sebagainya semuanya ada harga yang perlu dibayar.

Namun percayalah ia adalah satu pelaburan yang baik demi perhubungan anda. Tapi tidak kira sama ada anda lelaki atau perempuan perlulah sama-sama mengambil berat tentang penampilan anda. Kebersihan harus dijaga dan perlu amalkan disiplin diri. Pilihlah pakaian yang kemas dan pastikan anda melakukannya ikhlas untuk pasangan anda. Jangan bila hendak ke kenduri atau berhari raya baru hendak bergaya. Sepatutnya bergayalah di rumah kerana ada mata dan perasaan yang lebih penting untuk dijaga.

]]>
Bermimpi Mempunyai Anak, Ini Maksud Disebalik Mimpi Tersebut. Walaupun Sekadar Mainan Tidur, Tentu Anda Ingin Tahu Bukan. https://redaksi.com/7542-bermimpi-mempunyai-anak-ini-maksud-disebalik-mimpi-tersebut-walaupun-sekadar-mainan-tidur-tentu-anda-ingin-tahu-bukan Thu, 24 Oct 2019 09:55:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7542 Orang kata mimpi itu mainan tidur yang sekali sekala datang menyerikan tidur anda. Malah, ada juga yang berpendapat bahawa mimpi itu adalah mainan syaitan yang sengaja mengganggu waktu tidur anda. Tidak kiralah apa pun, yang pasti semua orang pasti pernah mengalami mimpi yang pelik-pelik bukan.

Ada itu, sehingga teringat-ingat mimpi ketika tidur sehingga membuatkan anda tidak fokus dengan tugas harian anda. Mungkin ada juga yang memandang perkara ini remeh dan malas nak ambil tahu. Tapi ada juga yang begitu serius memikirkan mimpi yang terjadi.

Walaupun ia sekadar mainan tidur, tentu saja anda ingin tahu kenapa dan makna disebalik mimpi tersebut bukan. Biasanya ini hanyalah kata-kata orang dulu-dulu akan makna mimpi anda. Jadi jangan terlalu percaya dan serius sangat akan perkara ini okay!

Buat anda yang kerap kali bermimpikan melahirkan anak walaupun masih bujang, tidak hamil dan juga sudah memiliki anda, tentunya tertanya-tanya apa erti sebenar mimpi anda itu? Adakah ia petanda anda akan dapat anak? Jom ketahuinya.



Tafsiran ini tidak salah, tetapi ia juga tidak selalu benar. Ternyata makna mimpi mempunyai anak tidak selalu menunjukkan rezeki. Malah ada tanda-tanda bahawa perkara-perkara tidak baik yang anda perlu tahu!

1. Impian melahirkan bayi adalah satu tanda bahawa anda akan mendapat peluang baru atau permulaan baru yang lebih baik.

2. Jika anda hanya bermimpi untuk mempunyai bayi, ini adalah tanda bahawa anda akan mendapat pengalaman hidup yang tidak lama lagi.

3. Anda sudah mempunyai anak-anak & impian untuk mempunyai lebih banyak anak, ini adalah realisasi potensi anda.

4. Di dalam impian anda, anda mempunyai kembar? Tahniah anda akan mendapat kebahagiaan dua kali dalam masa terdekat.

5. Mimpi untuk mempunyai anak dari bekas kekasih atau suami merupakan petanda yang tidak baik. Mungkin anda akan mendapat kejatuhan yang tidak dijangka.

6. Tapi kalau kamu mimpi punya anak padahal belum menikah, hati-hati! Ini boleh jadi pertanda musibah yang akan menimpa anda.

7. Bermimpi punya anak yang istimewa atau kurang upaya juga bukan pertanda bagus. Kononnya, anda akan mengalami kerugian.

8. Dalam mimpi anda mempunyai anak, tetapi anda kehilangan anak itu. Ia boleh menjadi gambaran perasaan bersalah yang anda simpan dalam hatimu.

9. Kemudian, jika bermimpi mempunyai anak dengan bangsa yang berlainan daripada anda, ini adalah tanda tanggungjawab baru anda dalam hidup.

Ini adalah sekadar mimpi dan tafsiran yang tiada bukti sahih. Jadi jangan bimbang dan terlalu memikirkan mimpi anda.

]]>
Suami Pun Perlu Kawal Emosi Juga Dan Jangan Marah Isteri Jika Mereka Buat Silap. https://redaksi.com/4607-suami-pun-perlu-kawal-emosi-juga-dan-jangan-marah-isteri-jika-mereka-buat-silap Wed, 19 Dec 2018 14:45:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4607 Menjadi para isteri pada masa kini jika difikirkan memang memenatkan. Perlu mencari rezeki di luar rumah, menatap komputer setiap hari, kemudian pulang sahaja dari pejabat perlu menguruskan rumah tangga pula. Jika secara lahiriahnya, kudrat seorang wanita tidaklah sekuat seperti tenaga lelaki. Oleh kerana itu, keadaan akan menjadi pelik sekiranya lelaki yang hanya duduk dirumah sahaja mengadu penat dan lelah.

Penat buat apa? Pening si isteri fikirkan.

Kaum wanita dilahirkan menjadi insan yang kuat dan tabah. Tidak hairan sekiranya, kadang-kala mereka juga melakukan kesilapan. Sebagai manusia biasa, perkara itu adalah normal, kerana itu perlunya si suami untuk memimpin. Seperti yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fhais…..

********

Jadi wanita tak semudah yang kita fikir. Mentang-mentang memori wanita ni besar kita ingat dia boleh ingat semua perkara. Cemerkap mereka bukan sengaja di buat tau, ia tak sengaja dan tak boleh di bendung.

Sebelum baca perkongsian Tuan Aiman Amri, terapis psikologi, saya selalu rasa cemerkap isteri sangat menjengkelkan. Paip air lupa tutup, bag lupa zip, pintu kereta tak tutup, dan perkara remeh temeh yang lain.

Pernah juga sekali tercakap CUAI !

Menyesal pulak cakap macam tu. Bila di fikir-fikir balik kata-kata tuan aiman, sebenarnya saya lah punca isteri jadi cuai.

Dia jadi macam tu sebab saya biarkan dia fikir segala tugas di rumah seorang diri. Saya biarkan beban mengurus anak-anak daripada makan, susu, pakaian sehingga anak tidur di bahu dia seorang.

Saya buat silap sebab tak bantu meringankan beban fikiran dia !

Bila isteri minta pendapat saya abaikan, isteri tanya saya jawab asal boleh,

"Abg hari ni nak makan apa?", Saya mesti jawab ikut syglah nak makan apa.

"Abg, nanti sekolah rania ada buat jamuan makan, kita nak bagi sumbangan apa?", Saya jawab senang je, syg bagi je apa-apa.

Akibat dari jawapan acuh tak acuh ini, 200 juta sel corpus callosum iaitu tisu yang menyambungkan otak kiri dan kanan isteri menjadi semakin ligat bergerak laju dari kiri ke kanan.

Selagi tak makan selagi itu otak dia ligat berfikir. Nak makan apa, nak makan apa, nak makan apa.

Cuba sebut laju-laju guna mulut, macam tu lah yang berlaku di otak mereka, tapi 10 kali ganda lebih laju. Mesti memenatkan !

Bila dah penat faham-faham je lah. Mudah terlupa, mudah buat silap. Tak produktif dan sangat perlukan rehat.

Sebab itu kalau kita perasan, isteri kat rumah kalau nak berehat mereka mesti tidur. Sedangkan kita orang lelaki tengok tv pun dah cukup memadai untuk berehat. Isteri kita tak boleh, selagi minda tak ditidurkan selagi itu mereka tak berehat.

Uish.. memang penat kalau dapat otak macam wanita ni.

Tuan tuan, Lepas ni kalau nampak isteri kelam kabut atau cemerkap tu jangan terus marah atau merungut, bawa bertenang. Kita memang nampak silap mereka tu macam remeh sangat tapi sebenarnya dalam fikiran mereka ada berpuluh perkara serius yang mereka fikir serentak.

Anak 2 hari tak berak, tidur malam meragam, perut kembung. Itu semua isteri yang fikir.

Percayalah setiap kali kita balik rumah tengok keadaan semua terkawal dan tenang itu ada 1001 cerita yang kita tak tahu.

Jadi kalau nak hidup kekal tenang dan tenteram kurangkan komplen hal-hal remeh ni. Bantu lagi bagus.

Daripada ringan mulut baik ringan tulang tolong isteri tu.

********

Semoga Dijadikan Iktibar!

]]>
5 Sebab Teman Lelaki Anda Jatuh Cinta Terhadap Anda. https://redaksi.com/3135-5-sebab-teman-lelaki-anda-jatuh-cinta-terhadap-anda Tue, 07 Aug 2018 12:45:32 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3135 Apabila menyedari diri ini banyak kekurangan berbanding kelebihan akan menyebabkan seseorang rasa takut untuk menjalinkan hubungan. Namun begitu, apabila bertemu dengan seseorang yang benar-benar mencintai diri anda, ia akan melahirkan pelbagai tanda tanya, mengapa si dia begitu mencintai anda dan menerima diri anda. Berikut adalah berberapa sebab seorang lelaki mencintai anda dengan setulus hatinya.


1. Anda ada ketika dirinya susah dan senang.

Tidak ramai yang boleh bertahan dengan seseorang ketika dalam kedaan yang sukar, namun anda mampu melakukan itu. Anda tidak memandang rendah mahupun membiarkan dirinya untuk menghadapi masalahnya bersendirian. Anda sentiasa memberi sokongan serta bersedia menghulurkan bantuan ketika dirinya memerlukan.

2. Mudah untuk dikendalikan.

Mungkin anda seorang yang taat, sebab itu dirinya mencintai anda. Sukar untuk mencari pasangan yang taat akan kekasihnya. Mana tidaknya, ramai sahaja yang mudah melenting dan sukar dibimbing apabila ditegur untuk penambahbaikkan diri, tetapi anda tidak. Anda lebih terbuka untuk menerima segala teguran dan bimbingan.

3. Melayani orang tuanya dengan baik.

Seseorang lelaki akan mencintai anda apabila anda mula mendapat tempat di hati orang tuanya. Jika ibu bapanya menyukai anda, maka ia akan menjadi satu hal yang mudah buat dirinya. Mana tidaknya, bagi diri seorang lelaki restu orang tua adalah sangat penting. Jika tidak mendapat restu bagaimana drinya ingin mendapatkan kebahagiaan yang lain.


4. Membuat dirinya berasa senang atau gembira.

Anda tidak membosankan, anda juga pandai mengambil hatinya. Jadi ia akan menimbulkan perasaan yang selesa buat dirinya. Setiap telatah anda akan mencuit hatinya, itulah yang diperlukan dalam hubungannya. Satu hubungan yang tidak membosankan dirinya.

5. Sentiasa memberi perhatian.

Bagi anda ia hanya mengambil berat terhadapnya, namun bagi dirinya ia tahu anda selalu memberikan perhatian yang penuh terhadapnya. Anda tahu riak wajahnya ketika emosinya tidak begitu membaik, anda juga tahu setiap masalah yang dirinya alami. Sebab itulah dia mencintai anda.

Seorang lelaki tidak akan mencari seorang wanita yang sempurna untuk dirinya, namun dia akan memilih wanita yang mampu memberikannya kebahagiaan.


]]>
Bila Nak Berkenalan, Janganlah Tanya Soalan Ini. Cliché Sangat... https://redaksi.com/7232-bila-nak-berkenalan-janganlah-tanya-soalan-ini-cliche-sangat Thu, 19 Sep 2019 13:26:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7232 Bila nak mengurat atau berkenalan dengan seseorang, cuba guna ayat yang sedap didengari. Janganlah guna ayat-ayat zaman purba, itu bukan lagi taknik yang sesuai nak berkenalan dengan seseorang, lebih malang lagi ayat macam itu hanya buat orang itu turn off je.

Bukan itu sahaja, kadang kala tanya soalan yang sensitive pula, memang terus kena reject lah walaupun anda tak tunjukkan apa-apa usaha lagi. Mana tidaknya, sekarang inikan dah guna pickup line, tak pun gunalah ayat-ayat yang hipster sikit barulah seronok sikit si dia nak membalasnya.

Nak tahu ayat macam mana yang buat seseorang turn off di saat awal perkenalan, ini beberapa ayatnya;



1. Hai, dah ada pakwe/makwe belum?

Kalau dah nampak dia sedang cari jodoh, tentu-tentulah belum berpunya. Lagi-lagi kalau nampak tulis single dekat status dirinya, tentulah dia masih belum berpunya. Kenapa nak tanya soalan sebegitu. Ini tersangatlah ketinggalan zaman okay.

2. Tengah buat apa?

Cuba anda bayangkan kalau dia tengah memasak, memandu ataupun sedang tidur, adakah dia akan membalas pesanan anda? Tentu sahaja tidak. Sudah tentulah pada ketika itu dia sedang membalas pesanan anda, jadi apa yang anda nak dia balas terhadap pertanyaan anda itu. Cuba untuk tanya sesuatu yang lebih menarik minatnya lagi.



3. Kenapa putus dengan bekas kekasih?

Perlu ke soalan sebegini? Tentu sahaja tak perlu. Soalan ini bukan sahaja sensitive malah dia rasa annoying dengan anda. Mereka putus dan berpisah sebab tak ada jodoh lah. Stop tanya soalan seperti ini. Anda memang tak buat dia hilang minat okay.

4. Awak betul-betul nak kahwin ke?

Kalau dirinya sedang mencari pasangan, tentu sahaja dia berniat untuk berkahwin. Kalau sekadar nak suka-suka tentu dririnya tak akan tumpukan kepada perkara macam ini. Cuba lihat dimana tempat anda berkenalan dengannya.



5. Pertanyaa lucah.

Ini lagi tak patut ditanya. Anda akan kelihatan sangat biadap kalau bertanya soalan seperti ini. Kalau niat nak cari jodoh, jangan tanya soalan seperti ini okay.

Ayat yang pertama semasa proses perkenalan ini sangat memainkan peranan okay. Nak-nak lagi kalau anda ingin dia terus berhubung dengan anda.

]]>
Suami pelik kenapa beg isteri berat, sekali keluarkan macam poket 'Doraemon' https://redaksi.com/9150-suami-pelik-kenapa-beg-isteri-berat-sekali-keluarkan-macam-poket-doraemon Wed, 16 Dec 2020 17:32:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9150 Beg tangan sememangnya aksesori yang sangat penting bagi kaum wanita. Rasa tak lengkap kalau keluar rumah tanpa beg di sisi.

Malah, rata-rata wanita biasanya mempunyai lebih 5 beg tangan dalam simpanan mereka, namun tentu akan ada satu yang paling digemari dan kerap kali diguna pakai.


Kalau wanita bawa beg tangan, tentunya orang lelaki yang akan menumpang segala benda ke dalam beg tangan pasangan mereka. Tapi, pernah tak dengar alasan beg tak muat bila nak tumpang barang perbadi.

Seperti wanita ini, apabila suaminya pelik beg tangannya berat dan sentiasa tak muat apabila ingin tumpang barang.

Pelik kenapa beg isteri berat

Menerusi perkongsian Melroses di aplikasi TikTok, dia berkongsi reaksi suaminya yang ingin tahu apa dia dalam beg tangan miliknya selama ini.


Atas permintaan tersebut, dia telah memunggah beg tangannya yang berat dan mengeluarkan segala isi di dalam beg tersebut.

Dah macam poket doraemon

Alangkah terkejutnya apabila melihat segala isi beg tangan tersebut bukan hanya duit dan dompet namun segala resit yang sudah lama serta segala benda yang tak penting tersimpan di dalamnya. Paling menarik perhatian choco jar pun ada juga.



Menurutnya selama ini dia mengingatkan bahawa begnya terasa berat kerana menggalas wang yang banyak namun rupa-rupanya sebaliknya.

Perkara tersebut telah mengudang pelbagai reaksi dari warganet yang rata-rata menyatakan bahawa perkara seperti itu akan berlaku kalau nak cepat sahaja. Bahkan ada juga yang menasihati bahawa perkara tersebut melambangkan keperibadian seseorang.

]]>
Jalinkan Hubungan Cinta Yang Berbeza Agama? Jangan Takut, Ikuti Tips Ini. https://redaksi.com/2903-jalinkan-hubungan-cinta-yang-berbeza-agama-jangan-takut-ikuti-tips-ini Thu, 19 Jul 2018 13:22:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2903 Menjalinkan hubungan cinta yang berlainan agama ini tidak salah, yang salahnya apabila anda memilih untuk mengikut ajaran agamanya. Sebaliknya, apabila anda bercinta dengan mereka yang berlainan agama ini, anda seharusnya membimbing serta membuat mereka berminat terhadap Agama Islam ini. Bagaimana pun, jangan pernah ragu-ragu untuk bercinta dengan mereka ini. Hal ini kerana, anda akan peroleh ganjaran yang besar sekiranya mereka memeluk Agama Islam. Berikut adalah bagaimana anda menjalinkan hubungan ini.


1. Menjaga batas-batas pergaulan.

Jangan membuat dirinya memandang rendah terhadap agama kita. Kita seharusnya menjaga cara kita bergaul dengannya. Jangan pernah melakukan sesuatu yang menyebabkan dia memandang serong terhadap agama kita.

2. Menikmati hubungan tersebut.

Jangan menyakitkan kepala anda dengan masalah ini. Anda seharusnya bercinta sama seperti orang yang tidak berbeza agama. Jangan hilang nikmat bercinta hanya kerana anda dan dirinya berbeza agama.

3. Jangan menjalinkan hubungan secara senyap-senyap.

Bersifat lebih terbuka dan bersedia menerima pandangan orang lain. Anda seharusnya memberitahu keluarga anda agar tidak ada berlaku salah faham. Cuba memberitahu mereka dengan lebih awal akan hubungan kalian, mana tahu mereka dapat membantu anda nanti.


4. Jangan memaksanya untuk menukar agama.

Jangan pernah melakukan ini. Untuk menukar agama, ia memerlukan seseorang yang benar-benar ikhlas menerimanya. Bukan atas paksaan dan kerana sayang akan anda. Jika itu berlaku, pasti akan hadapi masalah dikemudian hari.

5. Bincang seelok-eloknya.

Pasti masing-masing mempunyai pertanyaan, ke mana arah tujuan hubungan kalian. Ataupun apakah kesudahan hubungan tersebut. Cuba untuk berbincang dengan cara yang elok sehingga mendapatkan penyelesaian yang baik untuk kedua pihak.

Jangan pernah takut untuk mencintai si dia yang berbeza agama. Hal ini kerana, kita tidak mampu mengawal hati dan perasaan kita untuk membenci dan menyukai seseorang. Jika kita tahan perasaan itu, ia pasti mendatangkan kesakitan pada diri sendiri.


]]>
"Nak kahwin dengan aku tak?" Cara sempoi Fendy Bakry lamar isteri memang sweet https://redaksi.com/8618-nak-kahwin-dengan-aku-tak-cara-sempoi-fendy-bakry-lamar-isteri-memang-sweet Tue, 29 Sep 2020 12:15:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8618 Tidak ada istilah bercinta, hanya kawan biasa itulah detik permulaan hubungan pelakon Fendy Bakry,32, dengan isterinya yang dikenali sebagai Ayu.


Menurut Fendy, dia terdetik nak melamar isterinya apabila terlihat ciri kebaikan yang ada isterinya malah, dia juga merasakan sudah tiba masa untuk mendirikan rumahtangga. Gaya melamar pasangannya itu juga lebih sempoi dan memilih untuk bercinta selepas berkahwin.

“Sudah sampai masa untuk berumahtangga. Jadi saya tanya pada dia ‘kau nak kahwin tak dengan aku’. Kami uruskan persiapan nak kahwin pun dalam masa dua bukan saja. Kiranya, kami ini bercinta selepas kahwin,” katanya.

 

Dia juga memanjatkan rasa syukur kerana gembira selepas kehadiran isteri tercinta di sisi, serta hidupnya kini lebih tersusun.

“Alhamdulillah seronok... bangun pagi, ada orang dekat sebelah. Kehidupan saya selepas berkahwin ini lebih tersusun. Syukur ada seorang isteri yang memahami kerjaya saya.

“Saya rasa bertuah sebab ada isteri seperti dia,” tambahnya.

Jelasnya, bukan niat nak merahsiakan perkahwinan tapi memikirkan soal keselamatan berikutan wabak Covid-19 antara sebab dia mengambil langkah tersebut.

“Majlis diadakan hanya boleh jemput 250 orang sahaja. Walaupun ada had untuk tetamu tapi bimbang tak boleh nak sekat orang datang. Tak akan nak halau.

“Jadi kedua-dua keluarga ambil keputusab untuk buat apa yang penting saja, sebab itu kami adakan majlis tertutup,” jelasnya.

Apa-apa pun, semoga perkahwinan yang terbina berbahagia dan kekal hingga akhir hayat.



]]>
Elakkan Tiga Gaya Percakapan Ini Ketika Bergaduh Bersama Pasangan. https://redaksi.com/1928-elakkan-tiga-gaya-percakapan-ini-ketika-bergaduh-bersama-pasangan Tue, 10 Apr 2018 12:57:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1928 Dalam perhubungan pasti akan ada satu saat kita bergaduh dengan pasangan kita. Mungkin anda atau pasangan tidak berada dalam keadaan mood yang baik, menyebabkan punca pergaduhan itu berlaku. Tidak pun anda dan pasangan tidak menjumpai kata sefahaman hingga menyebabkan pergaduhan. Tapi itu tidak membuat anda dan pasangan hilang rasa hormat antara satu sama lain. Cuma mungkin layanan agak dingin pada ketika itu. Dalam kemarahan anda itu jangan pula gaya percakapan anda turut berubah sehingga menyebabkan pergaduhan panjang.



1. Jangan meninggi suara.

Apabila hubungan sedikit retak akibat tidak persefahaman, jangan cuba untuk menambah rasa panas perhubungan itu lagi. Kalau boleh elakkan untuk meninggi suara walaupun anda rasa ingin menjerit kepada pasangan anda. Kenapa jangan meninggi suara? Hal ini kerana, suara yang agak sedikit tinggi nadanya akan membuatkan pasangan anda sakit telinga sehingga mampu menaikkan kemarahan buat kali kedua.

2. Jangan memaki hamun.

Kata-kata yang keluar ketika maki hamun sudah tidak elok. Ini kan pula anda lontarkan kata-kata itu kepada pasangan anda. Pasti ia seumpama mencurah minyak ke dalam api. Pasti pasangan anda akan membuak-buak kemarahannya. Jadi cuba elakkan untuk memaki hamun pasangan anda. Nak maki hamun pun, maki dalam hati aje. Tidak lah pasangan kita tahu dan pergaduhan bertambah panjang.


3. Jangan menyindir.

Penggunaan kata-kata menyindir ini memang lah seakan halus, tetapi ia cukup pedas apabila didengari. Jadi apabila kita menyindir pasangan kita mengenai hal-hal dalam pergaduhan, ia cuma akan menambah kemarahan pasangan kita. Mungkin bagi anda ia adalah sekadar mengingatkan kesilapan dalam pergaduhan yang telah dilakukan tetapi ia hanya akan membuat pergaduhan bertambah teruk.

Jadi jika anda dan pasangan terlibat dalam pergaduhan, lebih elok jika masing-masing membawa diri dan memberi ruang untuk berfikir. Selagi kemarahan dalam hati belum reda jangan cuba untuk bercakap dengan pasangan anda. Tidak punya hanya diam sahaja apabila pasangan anda cuba berkata-kata.

]]>
“Lelaki Perlu Tahu, Perempuan Yang Bijak Berdikari Tidak Suka Meminta-Minta…” Wanita Ini Memberi Nasihat. https://redaksi.com/6596-lelaki-perlu-tahu-perempuan-yang-bijak-berdikari-tidak-suka-meminta-minta-wanita-ini-memberi-nasihat Tue, 23 Jul 2019 12:03:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6596 Dalam proses untuk mengenali seseorang, pasti ia akan mengambil masa, bahkan selepas perkahwinan juga perlu mengenali antara satu sama lain sepanjang masa. Ada yang dapat dijangka, ada juga yang tidak dapat dijangka.

Lebih-lebih lagi pada si lelaki yang ibarat sukar untuk membaca pergerakan si gadis, terutamanya jika ingin mengetahui gadis tersebut seorang yang berdikari.

Macam mana ciri-ciri gadis yang berdikari ni? Jom ikuti perkongsian dari Puan Marlia Ramli ini di samping dengan memberi nasihat…

********

Kenali Wanita Anda.

Wanita berdikari ada beberapa ciri :

1 - Segan menerima barang percuma. Mereka pasti cari cara untuk pulangkan ia walau dalam bentuk berbeza.

2 - Mereka malu meminta-minta. Mereka lebih suka berusaha agar tidak perlu menadah sesiapa.

3 - Mereka suka arjuna yang rajin bekerja. Mereka mahu pasangan yang sama-sama kaya dan berjaya.

4 - Mereka mudah cair dengan arjuna santun. Tak kacak tak apa, budi bahasa nya ada. Mereka menyampah dengan arjuna yang poyo dan membuli wanita samada secara fizikal atau kata-kata.

5 - Mereka ini pemikir. Yang tunjuk gelojoh dan gelak berdekah mereka tak suka. Mereka keliru samada kita ini arjuna ataupun ungka.

6 - Mereka membenci parasit. Arjuna yang selalu menadah-nadah mereka anggap pelesit. Bagi mereka fitrah arjuna untuk berusaha dan tidak merintih nasib.

7 - Mereka membina harta. Mereka tak letakkan masa depan diri di tangan sesiapa. Mereka tahu penting memiliki rumah, simpanan dana cemas dan tabung emas.

8 - Mereka fokus hal besar. Mereka malas nak ingat hal semalam kerana cenderung fikirkan soal masa hadapan.

9 - Mereka tidak mudah selesa. Sentiasa mahu capai lebih tinggi lagi dan lagi. Lagi besar cabaran, lagi mereka suka pada tugasan.

10 - Mereka sebenarnya, MANJA. Mereka mudah cair jika dihargai, didengari, dilindungi dan hakikatnya hati mereka sangat lembut seperti jeli.

Salam sayang dan tahniah arjuna beta tak sampai setahun usahanya!

********

Semoga Ia Bermanfaat Untuk Para Lelaki Mengenali Hati Para Wanita!

]]>
Biarlah Jodoh Datang Lambat, Asalkan Nanti Datang Calon Yang Terbaik. https://redaksi.com/1013-biarlah-jodoh-datang-lambat-asalkan-nanti-datang-calon-yang-terbaik Wed, 23 Aug 2017 12:46:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1013 Saya ada seorang adik ipar bongsu. Dia saja perempuan dalam family suami. Pendiam peramah manja, semua ada padanya. Bercinta? Langsung tak pernah menujukkan aura dia nak bercinta. Satu haritu saya masih pregnant anak sulung. Mak mertua bising kat dapur. Membebel kerana mulut orang kata anak bungsu dia umpama bunga taik ayam. Tak pernah lelaki nak pandang. Adik ipar jenis slow je. Dia diam. Sabar.



Suatu hari tu ada seorang lelaki ni datang. Baju lusuh, tua busuk. Macam salah rumah. Kami bawa dia masuk rumah. Katanya tunggu anak dia datang ambik. Hp tak ada. Mak mertua masa tu ingat dia penyamun. Tapi si adik ipar ni tetap layan dia elok. Masak makan. Cari baju pak mertua yang lama tapi elok lagi bagi pakcik tu. Kami jadi risau sebab pakcik tu tak putus mata pandang adik ipar. Pak mertua datang dia cakap nak hantar pakcik tu balik. Dia kata hantar kat tempat bas. Nanti dia balik sendiri. Bapak mertua bagi duit yang ada kat dompet dalam rm20 pakai dia tambang.



Lama lepas tu..ada dalam dua bulan kot..lupa. Pakcik tu datang lagi rumah. Katanya nak pulangkan rm20 tu. Bapak mertua tolak..iklas katanya. Lepas tu dia kata kerana termakan budi, dia nak kahwinkan anak tunggal dia dengan adik ipar. Mak dgn bapak mertua tolak baik masa tu. Tapi adik ipar cakap dia terima. Masa tu mungkin dia tertekan dengan cakap orang kampung kot. Adik ipar tak cantik mana pun. Gempal, berjerawat dan tak secerah kulit idaman lelaki. Nak tak nak mak bapak mertua terima la keputusan dia. Pakcik tu cakap, urusan kawin jangan risau dia yang akan usahakan. Cuma sediakan halaman rumah bagi lapang. Tebas mana rumput bagi luas je. Kami masa tu diam je la. Mungkin dia bergurau ke sekadar cakap mulut ke. Sebulan lepas tu pakcik tu call, katanya lembu dua ekor nak datang. Seminggu nanti kahwin. Bapak ikut je la. Kami siap bagi lembu makan. Selfie dgn lembu apa bagai. Adik diam je macam takde perasaan. Suka ke geram ke marah ke..semua tak nampak.

Masa nak kahwin, aku dengan beradik suami punyalah berdebar. Siapalah kawin dengan adik ni. Elok ke orangnya. Penagih dadah ke, eh semualah yang tak elok muncul dalam otak. Si adik? Masih relax takde perasaan. Pengantin datang. Nak tak nak terima je la. Orangnya gelap. Pendek, dan takde ciri2 idaman wanita. Tapi bila pandang balik si adik ipar, kami rela. Majlis tu seakan lama bagi kami. Lepas je mereka kawin, adik tinggal dengan keluarga suami dia.



Satu hari mak tak ada selera makan. Kami call adik minta alamat. Mak nak datang makan dengan adik. Kami pusing sampai pening cari alamat tu. Dah jumpa tapi kami rasa salah rumah. Adik keluar tunggu kat jalan. Memang betol rumah tu yang kami rasa salah tadi. Kami masuk rasa selesa betol rumah besar tu. Ada 4 orang gaji. Mak mertua dia layan adik baik sangat. Adik cantik dah. Mak mertua bawa dia rawatan muka yang berjerawat, senaman. Semualah. Rupanya adik dah lulus ujian mak mertua dia selepas kawin. Mak mertua dia sewakan satu rumah usang, lepas kawin mereka tinggal situ. Adik layan mertua dia dengan suami sama adil. Masak pakai kayu api bagai. Bila dah lulus semua tu baru diorg pindah rumah sebenar. Mak menangis tengok kebahagiaan adik. Tak sangka jodoh yang Tuhan carikan lebih indah. Oleh itu mana2 andartu..jangan risau jodoh anda.

Biarlah orang nak mengata. Biarkan jodoh lambat asalkan yang datang nanti adalah calon terbaik.

]]>
5 Nasihat Lelaki Yang Berguna Tapi Sering Sahaja Diabaikan Oleh Wanita. https://redaksi.com/3757-5-nasihat-lelaki-yang-berguna-tapi-sering-sahaja-diabaikan-oleh-wanita Mon, 08 Oct 2018 09:03:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3757 Mana-mana wanita pasti pernah terima nasihat daripada kekasih hatinya. Biasanya, seorang lelaki itu berikan nasihat kerana dirinya sayang akan pasangannya itu, dan dia mahu yang terbaik untuk buah hati mereka. Mana ada nasihat yang diberikan itu bertujuan perkara yang tidak baik, pasti semuanya baik-baik belaka. Namun, wanita ini pastilah kadang kala ingkar nasihat yang diberi. Jom ketahui nasihat yang perlu anda ikut demi kebaikan diri anda sendiri.



1. “Jangan main media sosial sangat sebelum tidur, nanti susah nak tidur.”

Ini adalah nasihat yang baik, di mana dirinya tahu bahawa bermain telefon bimbit sebelum tidur mampu menjejaskan tidur anda. Sudah pasti lah dirinya berikan nasihat ini kerana risau tidur yang tidak cukup mampu menjejaskan tidur anda nanti.

2. “Jangan terlalu ikut gaya orang, yakin sahaja dengan penampilan sendiri.”

Jika dia berikan nasihat ini, jangan lepaskan dirinya. Ia menunjukkan bahawa dia terima sahaja anda sebegitu dan tidak perlu diubah. Anda sudah cukup cantik buat dirinya.

3. “Sesibuk mana pun anda lakukan kerja, jangan penah lupa untuk makan.”

Nasihat sebegini biasanya menunjukkan bahawa dirinya sangat bimbang akan keadaan ada yang kerap tinggalkan waktu makan. Mana tidaknya waktu makan itu penting untuk tambah tenaga. Jika anda sibuk bekerja hingga jatuh sakit pasti dirinya risau nanti.



4. “Jangan boros sangat, nanti hujung bulan tak ada duit nak berbelanja.”

Pesanan seperti ini juga penting, mana tidaknya wanita ini kalau jumpa jualan murah mudah sahaja lupa bahawa duit itu perlu digunakan hingga hujung bulan. Dirinya sering mengingati ini bukan kedekut tetapi ingin anda berjimat cermat.

5. “Walaupun berbeza pendapat, dengar sahaja kata ibu, dia tahu yang terbaik untuk anaknya.”

Sangat beruntung jika miliki pasangan seperti ini. Dirinya cukup faham akan tanggungjawab sebagai seorang anak. Jadi pasti dia pasangan yang baik untuk anda.

6. “Hati-hati dalam bergaul tuh, bukan cemburu tapi perlu tahu batasnya.”

Dirinya tidak mudah untuk cemburu sesuka hati tetapi dirinya mahu anda menjaga maruah dan batas-batas pergaulan. Sudah pasti lah dirinya tidak mahu bakal isterinya melakukan perkara yang dilarang dan ingin menjaga maruah pasangannya.

7. “Setiap masalah ada jalan penyelesaian, jangan mudah marah.”

Wanita ini mudah melenting, jadi pasti dirinya mahu membuat pasangannya itu bertenang. Bahkan, dia tidak mahu pasangannya itu bertindak mengikut perasaan dan terburu-buru.

Setiap nasihat dan pesanan ini kelihatan begitu remeh tetapi besar maknanya. Jika anda memiliki pasangan yang suka berikan nasihat, dia adalah calon yang terbaik untuk anda nanti.



]]>
“Tak Guna Nak Balas Dendam, Setelah Ditinggalkan…” https://redaksi.com/6527-tak-guna-nak-balas-dendam-setelah-ditinggalkan Mon, 15 Jul 2019 15:15:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6527 Putus cinta memang perit sekali untuk dihadapi. Siapa yang alami situasi sebegini sahaja yang benar-benar dapat rasa apa itu putus cinta yang sebenar. Putus cinta setelah dikecewakan boleh jadi pada banyak fasa iaitu…

  • Putus ketika berkenalan. (Semasa bercinta)
  • Putus ketika pertunangan.
  • Putus ketika perceraian.

Kesan Setelah Putus Cinta Atau Ditinggalkan…

Namun, apa jua situasi semuanya memberikan impak yang sama. Marah. Sakit hati. Terkilan. Kecewa. Dan yang lebih teruk adalah rasa dengki dan mahu membalas dendam.

Yang teruk inilah yang perlu kita jauhi kerana kita seolah-olah tidak dapat menerima hakikat, tidak dapat menerima takdir Allah SWT, tidak dapat menerima ujian daripada-Nya, kita salahkan takdir Allah seratus peratus…

“Kenapa aku tak layak untuk bahagia?”

“Kenapa aku tak layak untuk merasa gembira?”

“Kenapa aku diperlakukan sebegini?”

Sedikit sebanyak kita diberikan rasa tidak bersyukur dan menyalahkan takdir-Nya. Allahuakbar. Minta dijauhkan.

Sebagai seorang muslim, kita bukan sahaja perlu ada rasa sabar untuk setiap situasi, tetapi perlu ada rasa redha.

Redha menerima takdirnya, kerana kita hidup di alam realiti. Alam realiti dimana kita seharusnya menerima semua hakikat, dan mencari hikmah yang tersembunyi. Itulah tugas kita sebagai muslimat dan muslimin.

Apa Yang Perlu Kita Lakukan Sekiranya Ditinggalkan, Bukanlah Untuk Membalas Dendam, Tetapi…

1. Elakkan diri daripada dihasut oleh syaitan.

Syaitan suka ketika hati dan perasaan kita berbolak balik ni. Elakkan diri untuk terlalu pendam perasaan. Elakkan diri untuk lupa diri. Elakkan diri untuk terus berasa ‘gelap’, kerana syaitan yang asak nafsu kita untuk terus membenci.

2. Jadikan situasi tersebut sebagai pengajaran.

Kita sukar untuk menerima hakikat setelah ditinggalkan adalah kerana tidak menjadikan situasi tersebut sebagai pengajaran. Tetapi kita jadikan situasi tersebut sebagai ‘neraka’, sebab itu susah nak move on. Bila dah jadi pengajaran, buatlah solat taubat. Ada kemungkinan hubungan kita dengan dia sebenarnya menjurus kea rah maksiat. Allah dah beri petunjuk. Jadi, terimalah hakikat.

3. Terus buang dia jauh daripada kita.

Apabila kita sudah mengetahui pengajaran tersebut adalah sesuatu yang buruk, jadi jauhkan diri daripada dia. Buang dia daripada hati dan pandangan. Fokus pada diri sendiri dahulu, sebelum tergadai diri. Fokus pada ibadah.

4. Jangan terlalu letakkan perhatian pada dia.

Ada sebab kenapa kita perlu buang dia jauh daripada hidup kita. Selagi kita tak buang, selagi itu kita asyik terfikir pada dia dan hanya meletakkan sepenuh perhatian pada dia sahaja. Biarkan dia dengan hidup dia, kita dengan hidup kita. Seandainya dia benar berubah dan mahu bertaubat, itu urusan dia dengan Allah.

Jangan menghukum dia sehingga mahu membalas dendam.

Sebab balas dendam itu bukan cara Islam.

]]>
Tanda Seorang Lelaki Bersungguh Ingin Mengahwini Anda. https://redaksi.com/2001-tanda-seorang-lelaki-bersungguh-ingin-mengahwini-anda Tue, 17 Apr 2018 11:26:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2001 Setiap orang pasti akan mempunyai rasa cinta terhadap seseorang. Tetapi kita boleh menilai samaada seseorang itu bersunguh atau mahu bermain cinta sahaja bersama kita. Antara bukti yang boleh dijadikan panduan kepada kita iaitu petanda lelaki tersebut ingin mengahwini kita antaranya:


1. Menunaikan Janji.

Lelaki yang bersungguh untuk mengahwini seseorang akan mengotakan janji terhadap pasangannya. Dia tidak akan memberikan kata-kata atau harapan palsu kepada seseorang. Tetapi perlulah kita memberi date line kepadanya agar dia dapat menunaikan janji tersebut. Misalnya dia mengatakan akan berjumpa ibu ayah, maka dia tunaikan janji tersebut.

2. Impian bersama anda.

Melalui kata-kata seseorang kita dapat mengenal pasti akan kesungguh mereka. Dia mempunyai matlamat jangka panjang bersama anda. Misalnya, dia menyatakan bahawa dia mahu mempunyai rumah, anak-anak yang baik apabila bersama kelak. Matlamat jangka panjang ini akan menentukan siapakah dia di masa hadapan.

3. Berjumpa ibu bapa.

Apabila dia berjumpa ibu bapa, ini bermakna memang benar dia menginginkan anda. Maka, terimalah dia jika baik akhlak dan agamanya. Orang yang benar-benar menginginkan anda tidak akan bermain cinta sebelum nikah. Tetapi dia akan pastikan anda bersamanya dengan cara yang baik kemudian memulakan hidup yang baru bersama anda.

4. Wang hantaran.

Sebahagian menganggap wang hantaran bukanlah hal yang penting. Tetapi dengan adanya wang hantaran, kita dapat mengenal pasti adakah dia bersungguh atau main-main dalam bercinta. Dengan bekerja keras untuk mengumpulkan wang hantaran, dikorbankan masa untuk membuat dua pekerjaan dalam satu masa, itu bukti kesungguhnya. Apabila dia bersungguh, usahlah mempermainkan perasaanya. Jaga diri dengan sebaik mungkin, jalankan tanggungjawab sebaik mungkin setelah bernikah kelak.


Jadi, dengan empat perkara ini dapat dipastikan bahawa seorang lelaki itu benar-benar ingin mengahwini anda mahupun tidak. Jika selama ini dia hanya membuang masa bermain cinta dengan anda tanpa menunjukkan kesungguhan untuk mengahwini anda, adalah lebih baik untuk anda membuat kata putus untuk tidak bersamanya lagi. Kerana kemungkinan besar dia hanya ingin mempermainkan anda. Jadi, buatlah keputusan yang tepat dalam hidup.


]]>
Bila Suami Suka Tidur Di Sofa, Isteri-Isteri Boleh Lakukan Ini Pada Suami. https://redaksi.com/6681-bila-suami-suka-tidur-di-sofa-isteri-isteri-boleh-lakukan-ini-pada-suami Wed, 31 Jul 2019 10:46:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6681 Ingatkan bila dah kahwin ini, akan ada orang teman kita tidur tapi rupanya kena tinggal tidur kat sofa pulak. Ini adalah masalah yang mungkin ramai menganggap ia bukan satu perkara yang serius tapi kalau didiamkan je boleh makan hati isteri kita tu.

Mungkin ada isteri menganggap ini adalah perkara-perkara biasa je, tetapi ada juga menganggap ini masalah rumahtangga, kerana takut kalau-kalau suami mereka meninggalkan mereka tidur bersendirian kerana mereka ini melakukan kesalahan. Haaa, macam mana tu, kan dah salah anggap.



Baik suami mahupun isteri, sama-sama kita baca perkongsian daripada Pak Utih's Page ini. Mana tahu dia akan mengharmonikan rumahtangga kita lagi.

Isteri stres bila suami tidur di luar bilik.

Suatu ketika dahulu heboh di dalam satu lelaman sengsawang forum maya yang dianggotai oleh sembilan puluh sembilan peratus wanita-wanita, meluahkan perasaan mereka mengenai isu yang dianggap remeh oleh orang lelaki iaitu suami selalu tidur di sofa di luar bilik tidur. Berikut ialah rungutan sebahagian daripada mereka.

Isu ini juga telah saya alami. Satu ketika dulu, semasa baru dapat anak sorang, saya membaca kitab Tafsir Al Azhar karangan Pak Hamka, Surah An Nisa ayat 34, yang bermaksud ...." wanita yang kamu khuatiri nusyuz, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar".



Semasa membaca ayat ini saya membacanya di sofa di ruang tamu di rumah yang kami sewa di Kampong Nahkoda dulu. Terdetik di hati, “Berkesan ke terhadap isteri kalau kita pisahkan dia daripada tempat tidur ?”. Saya tertanya-tanya keberkesanan nya di atas saranan Allah ini untuk menghukum isteri yang dikhuatiri nusyuz terhadap langkah kedua iaitu pisahkan dia di tempat tidur dan kalau tiada kesan juga, boleh dipukul tetapi tidak meninggalkan kesan sebagaimana pukulnya Nabi Ayub as kepada isterinya yang ingkar.

Sedangkan kalau suami yang nusyuz, ayat 128 pula mengatakan, “Dan jika seorang wanita bimbang akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya maka tidak mengapa bagi kedua-duanya mengadakan suluh yang sebenar-benarnya dan suluh itu lebih baik (bagi mereka)”.

Saranan ayat ini tidak pula dianjurkan kepada isteri memisahkan suami di tempat tidurnya, tetapi hanya suluh atau diajak berbincang menyedarkan dan mendapat persetujuan secara baik. Mengapa tidak sama menghukum suami seperti mana menghukum isteri yang nusyuz?

Sedang saya tertanya-tanya ayat ini, saya terlelap. Sekitar jam tiga pagi baru saya tersedar yang saya tertidur di sofa dan terus bangun tutup lampu dan masuk ke bilik tidur terus baring menarik selimut di sebelah Mak Utih.

Semasa merebahkan badan di sisi Mak Utih, dia pula bingkas bangun tanpa melihat saya dan terus ke luar berjalan ke hulu ke hilir dan ke dapur dua tiga kali dan akhir kembali masuk ke dalam bilik dan terus baring di sisi saya tanpa melihat saya.



Disebabkan saya masih mengantuk, saya biarkan saja perlakuannya. Kelihatan seolah-olah dia tidak nampak saya.

Semasa bangun subuh, Mak Utih menepuk saya sambil meninggikan suaranya "Semalam you tidur kat mana?, puas i cari, I risau tau, you tak ada". Saya tidak menjawabnya tetapi terus bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan jawapan mengenai ayat 34 kepada saya mengenai perasaan seorang isteri sekiranya dia dipisahkan tempat tidur atau tidak tidur bersamanya pada malam itu apalagi kalau dia tahu suaminya memang ada di rumah. Memang remuk hatinya jika suami tidak tidur bersamanya.

Orang lelaki memang tidak ada perasaan sebegini. Tidur di mana pun boleh asalkan dia boleh lena sampai ke pagi. Sedangkan bagi seorang isteri, tidur bersama adalah satu penghormatan dan nilai yang amat berharga.Jika suami sudah mula tidak mahu tidur bersamanya, dirinya sudah dirasai tidak berguna lagi kepada suami yang tercinta itu.

Itu sebab rakan saya En. Bujang hairan mengapa isteri-isteri semuanya bising-bising hal remeh temeh ini. Sebab kita lelaki tidak memiliki perasan sebegini. Minda lelaki memang tidak mengaitkan aktiviti tidur dengan perasaan dan nilai emosinya. Yang penting bagi lelaki, dapat tidur dengan nyenyak untuk bangun segar esok paginya untuk memulakan tugas baru yang mendatang.



Pesanan saya:

1. Sama seperti saranan yang lain, biarkanlah suami tidur sekejap di sofa atau tertidur selepas tengok bola. Bila anda terjaga, bangun dan kejutkanlah dia dan ajak dia tidur bersama di katil dengan manja dan lemah lembut.

2. Bila dia datang ke katil tu, sediakan ruang yang selesa untuk dia merebahkan badannya.

3. Sebaik-baik saja suami ada disisi, teruslah peluk dia menandakan anda amat menghargai dirinya berada disisi anda. JANGAN BERLETER PULAK..Potong stim nanti. Ucapkan " Saya suka abang tidur di sini tau''.. Barulah suami itu faham dan rasa dirinya dihormati tidur disisi anda.

4. Melainkan suami yang jenis kuat berdengkur, memang terpaksa dipisahkan agar tidak menganggu kualiti tidur si isteri sebagaimana rungutan seorang isteri ini,

“ Tetapi selalu jugak saya rela suami tidur di tempat lain sebab dia berdengkur kuat sangat. Saya boleh jadi sakit kepala dibuatnya. He he he! kesian suami saya kan.”

Eloklah bawa dia berjumpa doktor untuk merawat penyakit berdengkurnya itu.

5. Bak kata satu ungkapan pengurusan strategik, “if you can not beat them, join them”. Kalau suami memang suka sangat tidur di luar, angkat semua “Toto” dan bantal, bentang depan tv, tidur sama-sama di luar tu.

6. Bagi seorang suami, tidur yang BERKUALITI ialah tidur yang tidak diganggu oleh sesiapa dan nyenyak sampai ke pagi. Sebaliknya bagi isteri pula, tidur yang berkualiti ialah tidur yang disertai dengan pelukan mesra oleh suaminya dari belakang, bersentuhan walaupun hanya kaki dengan kaki dan apabila terjaga bangun paginya, dia masih di dalam pelukan suami tercinta.

Selamat Mencuba

]]>
Hak-Hak Isteri Dalam Perkahwinan. https://redaksi.com/669-hak-hak-isteri-dalam-perkahwinan Tue, 01 Aug 2017 14:33:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=669 Saya ingin memberi respon kepada para pengunjung laman web ini yang banyak bertanyakan tentang hak-hak isteri. Ramai dikalangan para isteri rasa terinaya dengan sikap suami mereka yang tidak memahami bahawa isteri juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seorang suami kepada isterinya. Ikatan perkahwinan adalah merupakan simpulan tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh kedua-dua pasangan, suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri, meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami. Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, yang akan disoal oleh Allah SWT. Suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya. Dalam institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. Islam adalah agama yang sempurna, setiap hukum dan peraturan yang terdapat bukan hanya memihak kepada lelaki, tetapi juga kepada isteri dan kesemua pihak.



Islam telah menetapkan para suami bertanggungjawab dalam memimpin rumahtangganya dan memenuhi hak-hak isterinya dan memerintahkan supaya mereka berlaku baik terhadap isteri mereka sesuai dengan apa yang diajar oleh Rasulullah SAW. Oleh itu, apabila hak-hak isteri tidak ditunaikan dengan baik oleh suami sedangkan ia menyedari dan mampu melaksanakan hak-hak tersebut, maka dia telah menderhakai Allah dan Rasul-Nya, juga menderhakai isterinya. Umumnya, masyarakat kita hari ini jarang menghayati perkara ini mengikut tuntutan syariat bahkan lebih cenderung untuk mengikuti tradisi yang berlaku dalam masyarakat. Tatacara kehidupan di dalam rumahtangga diperolehi daripada amalan tradisi masyarakat atau pengalaman yang diperolehi daripada keluarga tanpa berpandukan kepada ketentuan Allah dan Rasul-Nya. Sedangkan apa yang ditimba dan dijadikan ikuti dari kalangan masyarakat dan keluarga kemungkinan besar jauh dari ketentuan Allah dan Rasul-Nya, sehingga sering para suami sanggup dengan terang-terangan melakukan pelanggaran terhadap hak-hak isteri dan menganggapnya suatu yang lumrah berlaku di dalam masyarakat. Pada kedudukan sebagai seorang isteri, banyak amalan masyarakat dan pengalaman keluarga yang merugikan hak-hak isteri sehingga mereka tidak mampu untuk membela diri kerana budaya dalam masyarakat menempatkan isteri pada kedudukan yang lemah. Justeru, untuk memberikan hak kepada isteri dan menempatkan mereka sebagai hamba Allah yang sama dengan lelaki dalam melaksanakan kewajipan yang telah disyariatkan, Islam telah menggariskan hak- hak isteri yang wajib dipatuhi oleh suami. Di dalam situasi ini para isteri hendaklah celik agama dengan mengetahui dan memahami hak-hak mereka agar dapat mengesan perilaku suami yang dikategorikan sebagai pelanggaran hak-hak isteri dan sekaligus juga dapat membela diri sama ada di hadapan suami atau di mahkamah syariah.



Pengertian Hak.

Hak dari sudut bahasa ialah benar, kebenaran, kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu dan ianya ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat dan lain-lain. (Kamus Dewan. 2002. 428)

Menurut istilah; hak ialah sesuatu yang dapat dipunyai atau dikuasai, baik yang berupa benda mahupun yang berupa wewenang dan kewajipan, ialah sesuatu yang perlu diberikan, baik yang berupa benda mahupun yang berupa perbuatan. (Syafii. 1995. 273) Firman Allah SWT:

وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Ertinya: “dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah maha perkasa lagi maha bijaksana” (al-Baqarah: 228)

Terdapat beberapa hak yang wajib suami tunaikan ke atas isteri berdasarkan nas al- Quran dan hadith Nabi antaranya hak mahar, hak nafkah, hak mendapat hubungan komunikasi yang baik, hak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar, hak terhadap harta sepencarian, dan beberapa hak asasi wanita yang akan disebut penulis di dalam kertas kerja ini antaranya hak wanita untuk bersuara, hak untuk bekerja dan hak terhadap hartanya sendiri.

Hak-hak Yang Wajib Diberikan Kepada Isteri.

1. Hak mendapat mahar.

Mahar adalah suatu pemberian wajib dari suami kepada isterinya dengan sebab berkahwin. Ia merupakan hak mutlak isteri. Banyak sedikitnya mahar itu bergantung kepada kerelaan atau kemahuan isteri. Firman Allah:

وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً ۚ فَإِنْ طِبْنَ لَكُمْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَرِيئًا

Ertinya: “berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita yang kamu kahwini sebagai pemberian penuh kerelaan, kemudian jika mereka menyerahkan kepadamu sebahagian dari maskahwin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan yang sedap lagi baik akibatnya” (an-Nisa’:4)

Di dalam hadith Nabi s.a.w ini ada menerangkan beberapa benda yang boleh dijadikan mahar, antaranya:

i- Mata wang, sebagaimana dalam hadith Nabi:

ii- Barangan seperti cincin, kasut, pakaian dan sebagainya seperti yang diterangkan dalam hadith berikut:

iii- Pekerjaan seperti menghafal al-Quran, seperti yang diterangkan dalam hadith berikut:

iv- Makanan atau bahan

v- Dengan memerdekakannya

Mahar merupakan hak mutlak isteri yang tidak boleh diambil oleh suami sesuka hati melainkan dengan keredhaan dan keizinan isterinya. Seorang suami boleh berhutang mahar kepada isterinya dengan syarat ianya wajib dilunaskan kembali. Suami yang tidak mahu membayar mahar yang dihutang kepada isterinya diancam Allah dengan ancaman yang sama dengan orang-orang yang berhutang dengan niat tidak mahu melunasinya padahal mereka mampu untuk membayarnya kembali. Keadaan ini jelas merupakan penderhakaan terang-terangan terhadap hak isteri, sekaligus menderhakai Allah. Biasanya suami menganggap bahawa mahar itu tidak perlu lagi diberikan kepada isterinya kerana sudah menjadi satu keluarga hingga menurut anggapannya tidak ada lagi perhitungan hutang piutang bagi mereka yang telah mempunyai ikatan sebagi suami isteri. Dalam situasi ini si isteri boleh menasihati dan mengingatkan suami akan hutang maharnya serta ancaman Allah bagi perbuatannya. Jika tidak diendahkan, isteri boleh meminta pertolongan dari pihak ke tiga untuk menasihatinya. Jika tidak berhasil isteri boleh mengadu kepada mahkamah untuk memaksa suami melunasi hutang maharnya. Namun begitu memaafkan dan mengambil sikap berlapang dada adalah lebih dekat kepada taqwa. Firman Allah:

وَإِنْ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ إِلَّا أَنْ يَعْفُونَ أَوْ يَعْفُوَ الَّذِي بِيَدِهِ عُقْدَةُ النِّكَاحِ ۚ وَأَنْ تَعْفُوا أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۚ وَلَا تَنْسَوُا الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Ertinya: “jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu bercampur dengan mereka padahal kamu telah menentukan maharnya, maka bayarlah separuh dari mahar yang telah kamu tentukan itu, kecuali kalau isteri-isterimu itu memaafkan atau dimaafkan oleh orang yang memegang ikatan nikah. Sikap maaf itu lebih adalah lebih dekat pada taqwa. Dan janganlah melupakan keutamaan antara sesama kamu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (al-Baqarah:237)

2.  Nafkah – Zahir dan batin

Nafkah menurut istilah ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib atas seseorang itu untuk membiayainya. Biaya yang dimaksudkan ialah semua hajat dan keperluan pelajaran, makanan, ibadat, tempat tinggal dan sebagainya. (al-Syarbini.425). Hak nafkah yang wajib diberikan kepada isteri boleh dibahagikan kepada dua jenis, nafkah zahir dan nafkah batin.

a. Nafkah zahir.

Sudah menjadi ketetapan agama bahawa suami wajib memberikan belanja untuk makan, minum, pakaian dan tempat tinggal isteri sesuai dengan kemampuannya. Firman Allah s.w.t:

لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ ۖ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا

Ertinya:” hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezkinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya”.(al-Talaq:7)

وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا

Ertinya: “dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya”. (al-baqarah:233)

أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنْتُمْ مِنْ وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ ۚ وَإِنْ كُنَّ أُولَاتِ حَمْلٍ فَأَنْفِقُوا عَلَيْهِنَّ حَتَّىٰ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۖ وَأْتَمِرُوا بَيْنَكُمْ بِمَعْرُوفٍ ۖ وَإِنْ تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَىٰ

Ertinya: “tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka dan menyempitkan hati mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin” (al-talaq:6)

Sementara dalil-dalil dari sunnah pula:

عن معاوية القشيري قال: أتيت رسول االله صلى االله عليه وسلم قال: فقلت: ما تقول في نسائنا؟ قال: أطعموهن مما تأكلون، واكسوهن مما تكتسون ولا تضربوهن ولا تقبحوهن

Ertinya: dari Muawiyah al-Qusyairi, berkata: “saya datang kepada Rasulullah s.a.w lalu saya bertanya, bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah tentang isteri-isteri kami? Sabdanya: “berilah mereka makan dari makanan yang kamu makan, berilah mereka pakaian dari pakaian yang kamu pakai, janganlah kamu pukul mereka dan jangan pula kamu buruk-burukkan mereka (H.R Abu Dawud)

Ayat-ayat dan hadith di atas menjelaskan bahawa setiap suami bertanggungjawab memberi makanan, pakaian kepada isterinya sesuai dengan kemampuannya. Suami tidak boleh memberi makanan dan pakaian kepada isterinya lebih buruk daripada apa yang dimakan dan dipakai suaminya. Begitu juga kadar makan dan pakai yang menjadi hak isteri diberikan mengikut kadar yang mampu diberikan oleh suaminya.

Di dalam hal ini isteri tidak boleh meminta sesuatu yang di luar kemampuan suaminya. Akan tetapi sekiranya suami mampu memberikannya lebih tetapi tidak diberikan maka dalam situasi ini isteri dibenarkan mengambil harta suaminya seperti sabda Rasulullah s.a.w:

عن عائشة رضي االله عنها قالت: جاءت هند إلى النبي صلى االله علي وسلم فقالت: يا رسول االله، إن أبا سفيان رجل شحيح، لا يعطيني ما يكفيني وولدي إلا ما أخذت من ماله وهو لا يعلم. فقال: خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف

Ertinya: “dari aisyah r.a berkata: sesungguhnya Hindun datang kepada rasulullah lalu berkata: “wahai Rasulullah< Abu Sufyan adalah orang yang kikir dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup untukku dan anakku, sehingga terpaksa aku ambil dari hartanya tanpa pengetahuannya”. Lalu Baginda bersabda: “ambillah sekadar cukup untuk dirimu dan anakmu dengan wajar”. (H.R Bukhary dan Muslim)

Hadith ini menegaskan bahawa Islam membenarkan bagi isteri mengambil harta suaminya sekadar untuk keperluan dirinya dan anak-anak, jika suaminya mempunyai harta yang cukup tetapi tidak memberikan haknya mengikut kemampuannya. Jika suami yang bakhil di cela oleh agama dan dibenarkan bagi isterinya mengambil tambahan dari harta suaminya tanpa pengetahuannya, maka lebih berdosalah lagi suami yang tidak memberi nafkah isterinya. Sudah tentu perbuatan itu tela melanggari hak isteri yang telah ditetapkan oleh syariat islam.

Isteri boleh memberi peringatan terhadap suami yang mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah samada mahu memberi belanja atau menceraikannya. Menurut Imam Syafie kadar nafkah makanan yang wajib itu adalah mengikut keadaan suami. Maka jika suami itu orang kaya, nafkah isteri yang diwajibkan ialah dua cupak makanan setiap hari, suami yang miskin satu cupak dan suami yang sederhana satu cupak setengah.(Wahbah Zuhayliy.1985.798)

Menurut Imam an-Nawawi bahawa hak-hak yang wajib terhadap isteri itu tujuh perkara iaitu;

i. Makanan.

ii. Bahan-bahan seperti rempah-ratus (bawang, minyak masak, garam, gula, asam termasuk lauk-pauk dan sebagainya).

iii. Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu.

iv. Pakaian.

v. Alat-alat pembersih badan dan pencuci pakaian, sikat dan sebagainya.

vi. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas tidor dan sebagainya dan yang terakhir ialah tempat tinggal (rumah). (an-Nawawi.450-461)

b. Nafkah batin



Hendaklah mempergauli isteri itu dengan baik. Firman Allah:

نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّىٰ شِئْتُمْ ۖ وَقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ مُلَاقُوهُ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

Ertinya: isteri-isterimu adalah seperti tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat becucuk tanammu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah amal yang baik untuk dirimu dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu kelak akan menemui- Nya. Dan berilah khabar gembira orang-orang beriman. (al-Baqarah:223)

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Ertinya: …”dan bergaullah dengan mereka dengan sebaik-baiknya….”

Dalam Islam isteri boleh menolak hajat atau keinginan suaminya untuk bersetubuh dengan syarat ia mestilah dalam keadaan darurat atau keuzuran seperti semasa haid, nifas, sedang dalam ihram dan sebagainya. Bagaimanapun pengertian mengenai darurat dan keuzuran bukan setakat itu, banyak lagi perkara lain yang perlu difahami setiap suami. Misalnya jika isteri mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan isteri tidak berupaya melayan kehendak seks suami, ia juga ditakrifkan sebagai darurat. Begitu juga jika isteri berada dalam keletihan yang amat sangat, penolakan berkenaan dirujuk kepada isteri yang dalam tertekan, runsing, mengantuk yang teramat sangat dan keletihan yang amat sangat sehingga meyebabkan isteri berkenaan tidak berkeupayaan melayani kehendak seks suaminya dengan baik, ia juga dibolehkan. Lebih-lebih lagi bagi isteri yang bekerja, tujuannya untuk membantu suaminya sendiri dalam soal kewangan. Akan tetapi isteri perlu faham, jika mereka menolak hajat suaminya, ia mestilah ditolak dengan cara yang baik dan mestilah dijelaskan dengan sejelas dan sebaiknya sebab- sebab itu kepada suaminya, sehingga suaminya boleh memahami dan bertolak ansur dengannya.

Terdapat juga sesetengah suami yang sanggup menggunakan kekerasan atau paksaan ke atas isterinya untuk melakukan hubungan jenis demi memuaskan nafsunya sendiri dengan menafikan terus hak isteri , walaupun isteri berada dalam keadaan tidak bersedia dan sudah pun menolak hajatnya dengan baik. Dalam keadaan seperti ini, jika suami tidak memahaminya, isteri boleh membawanya ke mahkamah dan mahkamah pasti akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya. Namun begitu pangertian nafkah batin bukanlah berkisar perlakuan seksual semata- mata. Seks hanya salah satu cabang bagi maksud nafkah batin. Selain seks berkongsi masalah, mendengar luahan isteri, menjaga hati dan perasaan, berbual dan bermesra serta mendidik atau memberi didikan agama terhadap isteri juga termasuk dalam definisi nafkah batin. Jika tidak mampu untuk mengajar, si suami hendaklah membawa isterinya ke kuliah-kuliah atau kelas pengajian fardhu ain yang diadakan di masjid-masjid atau surau-surau.

3. Komunikasi yang baik

Membina komunikasi yang baik sesama suami isteri adalah dituntut di dalam Islam. Suami harus berlaku adil kepada isteri, dan isteri juga haruslah berlaku adil terhadap suami. Komunikasi yang baik terhadap isteri termasuklah melayaninya dengan baik, lembah lembut, bertolak ansur sama ada dalam hubungan fizikal atau mental. Ini bersesuaian dengan sifat semula jadi wanita yanglembut dan mudah terguris hatinya. Perkara ini jelas dinyatakan dalam hadith Nabi s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w: Dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. (H.R Bukhari dan Muslim)

Hadis tersebut jelas menerangkan cara komunikasi yang berkesan terhadap wanita.Perlakuan kasar kepada isteri mencakupi ucapan yang menyakitkan atau tindakan yang menyakitkan fizikalnya. Bentuk tindakan yang menyakitkan perasaan isteri misalnya mencari-cari kesilapan isteri, mengkhianati isteri, menganggu ketenangan isteri malam hari misalnya dengan pulang lewat malam dari berpoya- poya atau bermain atau bersembang-sembang di luar hanya memenuhi seleranya sendiri tanpa memerhatikan kepentingan isteri. Tindakan seperti ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w, sabda Baginda: Ertinya: dari Jabir: Nabi s.a.w melarang suami mengetuk pintu keluarganya pada malam hari, melarang berkhianat kepada mereka atau mencari-cari kesalahan mereka. (H.R Muslim)

Seorang suami yang baik akan sentiasa menghormati dan melayani isteri dengan baik dan bersabar dengan tingkah laku isterinya yang mungkin tidak disukainya. Firman Allah:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

Ertinya: …”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”

Jika suami tidak menyenangi salah satu sifat isterinya hal tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk berlaku kasar kepada isterinya, bahkan suami hendaklah berpandangan adil dengan melihat sifat-sifat isterinya yang disenangi sehingga dapat mendorong dirinya untuk tidak berlaku kasar dalam menghadapi perangai isterinya. Dalam hal ini eloklah kita menghayati sebuah hadith yang diriwayatkan bahawa seorang lelaki pergi ke rumah Amirul mukminin Umar al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar al- Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar al- Khattab meleteri beliau dan Umar hanya berdiam sahaja. Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri: “jikalaulah begitulah tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.” Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas memanggil lelaki tersebut bertanyakan gerangan apakah dia mencarinya.

Berkata lelaki tersebut: “wahai Amirul mukminin aku datang ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang amirul mukminin. Maka Umar al-Khattab memjawab: “wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku telah menunaikan segala haknya ke atasku, dialah yang memasakkan untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan kesemua anak-anakku, sedangkkan kesemua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali kesemuanya itu aku tidak memarahinya kerana meleteriku.

Berkata lelaki itu: “begitu jugalah perihal isteriku”. Jawab Umar: “ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara”. (Khalid Abdul Rahman al-cAk.1997.178).

Terdapat juga suami yang melakukan kekasaran kepada isteri secara fizikal misalnya memukul isteri. Memukul isteri dibenarkan selama pukulan itu bersifat pengajaran dan tidak menimbulkan rasa sakit yang membahayakan diri isteri. Hal ini disebutkan di dalam hadith berikut:

ولا تضربوهن ولا تقبحوهن

Ertinya:” …dan janganlah kamu pukul mereka dan menghina mereka”

Kerana itu walaupun suami bermaksud memberi pengajaran kepada isteri namun dia tetap bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan dan keamanan isteri. Hal ini disebut di dalam firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 19:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

Ertinya: …”dan bergaullah dengan mereka secara patut (makruf), kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menykai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”

Dalam hal ini jika suami gagal berkomunikasi dengan baik terhadap isteri hingga membawa kepada masalah yang besar, isteri boleh menasihati dan mengingatkan suami akan hak tersebut. Jika suami enggan berubah isteri boleh meminta bantuan daripada orang tengah untuk menasihati suami agar tidak berkasar dengan isteri. Jika tidak berhasil isteri dapat mengadukan masalahnya ke mahkamah syariah untuk mengambil tindakan tertentu kepada suaminya agar tidak mengulangi kekasarannya terhadap isteri. Dalam hal ini isteri haruslah celik agama dengan memahami dan menghayati segala hak yang telah diberikan Islam kepadanya untuk menjamin maruah wanita Islam.

4. Hak mendapat bimbingan dan tunjuk ajar.

Isteri berhak menerima bimbingan dari suami dan tunjuk ajar serta nasihat darinya samada dari sudut pendidikan agama, pergaulan sesama saudara baik dari sebelah isteri mahupun suami, dengan jiran tetangga,cara berpakaian, cara mengawal emosi dan sebagainya. Suami juga berhak mengajar isteri cara mendidik anak dengan betul malah isteri dan anak-anak berhak mendapat contoh akhlak yang terpuji dari suaminya sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w:

Ertinya:” Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka janganlah menyakiti jiran tetangganya, dan hendaklah kamu berpesan tentang berbuat baik terhadap perempuan kerana sesungguhnyaperempuan ini dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, sebengkok-bengkok tulang rusuk itu yang atasnya, sekiranya engkau cuba membetulkannya ia akan patah dan jika sekiranya engkau membiarkannya dia akan terus bengkok, oleh itu maka hendaklah engkau sentiasa berpesan tentang berbuat baik kepada perempuan”.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Ertinya:Rasulullah s.a.w bersabda:”setiap orang di antaramu adalah pemimpin dan setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya, seorang imam adalah pemimpin atas umatnya,dan dia bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia bertanggungjawab ke atas isteri dan keluarganya…..(HR Ahmad, Abu Dawud dan Tirmizi)

Begitu juga suami wajib memelihara isterinya dari segala perkara yang boleh mencemarkan kehormatannya dan menjauhkannya dari perbincangan yang tidak baik. Begitu juga dalam mendisiplinkan isteri, suami berhak mendidik dan memberi tunjuk ajar yang baik kepada isteri.

Dalam sebuah hadith lain, sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: Lelaki terbaik di antara kalian adalah orang yang paling baik terhadap isterinya. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap isteri.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Ertinya: “hai orang-orang yang beriman jagalah dirimu dan keluargamu dari seksa api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang keras yang tidak menderhakai Allah atas perintah-Nya dan selalu taat pada apa yang diperintahkan kepada mereka” (at-Tahrim:6)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa suami bertanggungjawab menjaga ahli keluarganya termasuk isteri dari segala macam perbuatan dosa ataupun syirik. Ia juga menegaskan hak isteri untuk dijauhkan dari perbuatan dosa dan maksiat. Jika isteri nyata telah melakukan perbuatan dosa maka wajblah suami mengambil tindakan. Namun begitu terdapat juga suami yang mengajak isterinya melakukan dosa dan maksiat, maka suami ini telah derhaka terhadap isterinya dan terhadap Allah kerana tidak menjalankan tugasnya untuk mendidik dan menjauhkan isteri dari perbuatan dosa.

5. Hak bekerja.

Bekerja merupakan suatu yang telah disyariatkan islam untuk memenuhi keperluan hidup seharian seperti makan, minum, pakai, tempat tinggal dan untuk memberi nafkah bagi orang yang dibawah tanggungannya. Dalam konteks wanita bekerja menurut islam, hukum asal baginya adalah tidak perlu keluar untuk bekerja, ini adalah kerana nafkahnya akan ditanggung oleh suami bagi yang telah berumahtangga, manakala yang tidak berkahwin akan ditanggung oleh bapa atau wali dibawahnya1. Ini merupakan satu anugerah besar yang diberikan dalam Islam untuk kaum wanita dimana mereka tidak perlu bersusah payah, bertungkus lumus memcari rezki untuk orang lain. Akan tetapi di sana terdapat beberapa situasi yang membenarkan wanita untuk keluar bekerja, antaranya jika keadaan terdesak yang memerlukan mereka keluar sepertimana yang berlaku ke atas kedua anak perempuan Nabi Allah syuaib a.s. Firman Allah:

وَلَمَّا وَرَدَ مَاءَ مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِنْ دُونِهِمُ امْرَأَتَيْنِ تَذُودَانِ ۖ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا ۖ قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّىٰ يُصْدِرَ الرِّعَاءُ ۖ وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ﴿٢٣﴾ فَسَقَىٰ لَهُمَا ثُمَّ تَوَلَّىٰ إِلَى الظِّلِّ فَقَالَ رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Ertinya: “dan tatkala ia sampai di sumber air negeri madya ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang meminumkan ternaknya, dan ia menjumpai di belakang orang banyak itu dua orang wanita yang sedang menghambat ternakannya. Musa berkata: “apakah maksudmu dengan berbuat begit?”kedua wanita itu menjawab: “kami tidak dapat meminumkan ternakan kami sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan ternaknya sedangkan bapa kami adalah orang tua yang lanjut umurnya”. Maka Musa memberi minnum ternak itu untuk menolong mereka berdua, kemudian dia kembali di tempat yang teduh lalu berdoa: “ya Ttuhankusesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan padaku”. (al-Qasas: 23-24)

Menurut Imam al-Alusi di dalam tafsirnya, ayat berikut menjelaskan bahawa Nabi Syu’aib telah mengizinkan kedua anak perempuannya keluar dari rumah untuk memberi minuman pada ternakan mereka memandangkan keadaan bapa mereka dalam keuzuran dan atas sebab daruratlah Nabi Syu’aib mengizinkannya.(al-Aluusi.59-60)



Begitu juga dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengenai Asma’ binti Abu Bakar yang membantu suaminya, Zubair bin Awwam dalam menguruskan segala kerja suaminya seperti mengurus kudanya, menumbuk biji-bijian untuk dimasak, dan membawa biji-bijian di atas kepalanya dari kebun yang terletak jauh dari rumahnya. Jika dinilai kisah Asmak binti Abu Bakar ini dimana beliau membawa hasil tanaman jauh dari rumahnya dan perlakuan beliau dilihat sendiri oleh Rasulullah s.a.w dan baginda tidak berkata apa-apa bukti menunjukkan keharusan wanita keluar untuk bekerja. Di dalam hal ini Zubair ketika itu sedang sibuk berjihad untuk mengembangkan syiar Islam dan beliau tidak mampu mengupah pembantu untuk melakukan kerjanya. Dan dari satu sudut dapat dilihat bahawa Asmak walaupun bekerja dia tidak pernah mengabaikan urusan-urusan rumahtangga seperti yang diriwayatkan oleh Muslim didalam hadis yang sama .(آنت أخدم الزبير خدمة البيت) Dan di dalam hal ini juga zubair telah memberi keizinan kepada isterinya untuk keluar bekerja. Dalam menongkah arus kehidupan di era ini yang serba kompleks serta menuntut kepada banyak tuntutan kehidupan yang segalanya perlu dibayar dengan wang ringgit. Oleh yang demikian kerjasama antara suami isteri amatlah digalakkan demi menjamin kehidupan yang berkualiti. Kerjasama isteri dalam menjana ekonomi rumahtangga demi membantu suami merupakan lumrah kehidupan masa kini. Dan ia merupakan suatu desakan hidup memandangkan taraf kehidupan pada masa kini yang semakin meningkat, dengan urusan persekolahan anak-anak, hutang rumah, kereta dan segala macam lagi bil-bil yang perlu dilunaskan menuntut isteri keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami. Akan tetapi, suami hendaklah mendapat persetujuan dari pihak isteri untuk membantunya.

Daripada pembincangan di atas jelas menunjukkan bahawa dalam situasi tersebut diharuskan wanita keluar bekerja asal sahaja mereka dapat mematuhi peraturan- peraturan berikut:

Situasi yang mendesak wanita keluar bekerja.

Niat untuk mendapatkan rezki yang halal dan mendapat keredhaan Allah.

Mendapat keizinan suami atau wali.

Janganlah pekerjaan atau tugasnya itu mengabaikan kewajipan-kewajipan lain yang tidak boleh diabaikan seperti kewajipan terhadap suami dan anAk-anaknya yang merupakan kewajipan pertama dan tugas utamanya.

Pekerjaan itu tidak bertentangan dengan syarak.

Menutup aurat dan memenuhi adab wanita muslimah ketika keluar rumah, dalam berpakaian, berjalan, berbicara, dan melakukan gerak-geri.

Mengimbangi antara tugas di rumah dan di tempat kerja.

Setelah membicarakan hak bekerja bagi isteri dan keharusannya untuk keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami, maka tidak wajarlah bagi suami melimpahkan tanggungjawabnya kepada isteri seperti tidak mahu lagi memikul beban keluarga baik dalam urusan memimpin mahupun membelanjai keluarga. Ia menjadikan suami lelaki yang tidak bertanggungjawab, dengan menyuruh isterinya bekerja mencari nafkah, mengurus pendidikan anak, mengatur rumahtangga sekaligus juga melayani dirinya. Suami sebegini telah melanggar ketetapan yang telah digariskan Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah s.a.w pernah menyampaikan peringatan bahawa satu kaum, termasuk di dalamnya suami, tidak akan memperoleh kejayaan bila menjadikan wanita, termasuk di dalamnya isteri sebagai pemimpin. Sabda Rasulullah s.a.w:

عن أبي بكرة قال: قال رسول االله صلى االله عليه وسلم: لن يفلح قوم ولوا أمرهم امرأة

Dari Abu Bakrah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”suatu kaum tidak akan beruntung kerana mereka menyerahkan urusan-urusan mereka kepada wanita”. (H.R Bukhary, Tarmizi dan Nasa’i)

Jika seorang isteri yang suaminya membebaninya untuk memimpin rumahtangga dan memikul tanggungjawab mencari nafkah bagi keluarganya hendaklah mengambil langkah-langkah berikut, antaranya mengingatkan dan menasihati suaminya agar menyedari fungsinya sebagai pemimpin dan pencari nafkah bagi keluarganya. Jika tidak minta bantuan orang ketiga untuk menasihatinya akan tanggungjawabnya memimpin dan memikul beban keluarga. Jika tidak berjaya minta bantuan mahkamah syariah untuk menasihatinya dan jalan yang terakhir jika suami tidak mengendahkannya adalah dengan memohon cerai yang dipandang sebagai jalan terakhir dan terbaik untuk dirinya dan anak-anak.

6. Hak bersuara.

Kebebasan bersuara bermaksud seseorang mumpunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya dalam apa jua perkara samada umum atau khusus dan samada pendapat itu bersesuaian atau bertentangan dengan pendapat umum (abdul kareem zaydan.1997.210)

Di dalam sesebuah institusi rumahtangga suami isteri mempunyai hak untuk mengutarakan apa jua pendapat yang dapat membina dan menjamin kerukunan dan kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Hak isteri bersuara menyatakan haknya juga dibenarkan di dalam islam lebih-lebih lagi jikalau haknya tidak ditunaikan oleh suami. Sekiranya isteri bersuara untuk mendapatkan haknya yang telah diingkari oleh suami, tidaklah wajar bagi suami mengatakan bahawa isterinya telah menderhakainya sedangkan si isteri sedang memperjuangkan haknya yang telah diabaikan oleh suami. Akan tetapi dalam keadaan ini isteri haruslah pandai memainkan peranannya supaya apa yang akan disuarakannya itu dapat disampaikan dengan cara yang bijak dan berhikmah.

Di dalam al-Quran jelas menerangkan kepada kita bahawa wanita mempunyai hak untuk bersuara menyatakan hak-haknya. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah ayat 1:

قَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَا ۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengajukan gugatan kepada kamu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah. Dan Allah mendengar soal jawab antara kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Ayat ini diturunkan kepada Khaulah binti Tha’labah yang datang mengadu kepada Rasulullah perihal suaminya yang telah menziharkannya sedangkan beliau telah menghabiskan seluruh hayatnya untuk suami dan melahirkan anak-anak untuknya serta telah menhabiskan hartanya untuk suami sehingga Allah sendiri menjawab pertanyaannya dalam ayat ini tentang hukum zihar2. Ini menunjukkan wanita mempunyai hak bersuara supaya dapat memastikan haknya tidak dicerobohi sesuka hati dari pihak suami. Terdapat juga hadith yang menegaskan bahawa isteri mempunyai hak bersuara untuk mempertahankan haknya. Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhary tentang seorang hamba wanita, Barirah yang telah dibeli oleh Aisyah r.a dan kemudiannya dimerdekakan oleh Aishah r.a, sedangkan Barirah mempunyai suami, Mugith yang juga hamba ketika itu. Menurut hukum islam jika seorang hamba wanita yang berkahwin ketika menjadi hamba, wanita ini boleh memilih sama ada untuk terus kekal menjadi isteri kepada suaminya yang masih lagi ataupun berpisah. Dalam kisah ini suami Barirah menangis teresak-esak ketika Barirah memilih untuk berpisah daripadanya, peristiwa ini disaksikan oleh Rasulullah s.a.w sendiri hingga timbul perasaan simpati kepada nasib Mugith yang amat menyintai isterinya, sedangkan isterinya tidak.

Rasulullah berkata kepada Abbas: “Wahai Abbas, tidakkah engkau berasa simpati dengan cintanya Mugith kepada isterinya, sedangkan isterinya amat membencinya?”.

Maka Rasulullah s.a.w bertanya kepada Barirah: “Kalaulah engkau menarik balik kata-katamu tadi dan menerima kembali suamimu”.

Jawab Barirah:”Ya Rasulullah adakah engkau menyuruhku berbuat demikian?”

Jawab Rasulullah: “Aku cuma memberi pendapat”.

Jawab Barirah:”Aku tidak mahu menarik balik kataku tadi (tidak mahu kembali kepada suaminya).

Jelaslah di dalam hadith ini bahawa isteri mempunyai hak untuk bersuara atau memberi pendapat dan di dalam hal ini Rasulullah s.a.w tidak mengingkari keputusan yang dibuat oleh Barirah. Begitu juga dengan kisah Umar al-Khattab yang sedang berkhutbah di atas mimbar memberitahu agar mahar untuk para isteri tidak boleh lebih daripada 400 dirham, lalu ditegur oleh seorang wanita mengenai perkara tersebut dan Umar meminta maaf atas kesilapannya itu. (Abdul Kareem Zaydan.1997.218) Yang demikian ini jelas menunjukkan Islam telah memberi hak terhadap isteri atau wanita untuk mengeluarkan pendapat selagimana ianya tidak menyalahi syarak.

7. Hak terhadap harta isteri.

Sudah menjadi amalan masyarakat kita hari ini menganggap harta isteri adalah harta suami dan boleh digunakan oleh suami sebagaimana harta suami yang digunakan oleh isteri. Malahan terdapat segelintir suami yang sanggup memaksa isteri bekerja dan mengambil wang gaji isteri tanpa keizinannya. Ini merupakan suatu amalan yang buruk dan melanggar hak seorang isteri di mana di dalam islam harta isteri merupakan harta khususnya yang tidak boleh digunakan sesuka hati oleh suami melainkan sesudah mendapat keizinannya dan isteri redha menyerahkan hartanya kepada suami. Jika tidak harta itu adalah hak mutlak isteri yang tidak boleh diganggu gugat. Menurut Yusuf al-Qardawi tidak halal bagi suami menyusahkan isterinya dan memperlakukannya dengan buruk agar si isteri menebus dirinya dengan mengembalikan harta yang telah diberikan kepadanya seluruhnya atau sebahagiannya sedangkan isteri tidak melakukan perbuatan keji yang nyata. (Qardawi. 2000. 249) Ini jelas dinyatakan di dalam firman Allah:

وَلَا تَعْضُلُوهُنَّ لِتَذْهَبُوا بِبَعْضِ مَا آتَيْتُمُوهُنَّ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ

“Janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang nyata” (surah an-nisa’:19)

Bagi suami yang tidak suka kepada isterinya dan ada hasrat menikah dengan wanita lain, maka diharamkan baginya mengambil kembali apa yang tela diberikannya kepada isterinya. Firman Allah:

“dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil kembali daripadanya barang sedikit pun….” (surah an-nisa’:20-21)

8. Hak terhadap harta sepencarian.

Harta sepencarian menurut bahasa ialah harta benda yang diperolehi daripada usaha suami isteri. (Kamus Dewan. 2002. 443). Aset yang diperoleh oleh suami isteri dalam masa perkahwinan melalui usaha bersama mereka, adalah sinonim dengan “harta sepencarian” dan tidak melibatkan aset isteri yang diperolehi dari usaha tunggalnya sendiri atau harta pusaka yang diwarisinya.

“Harta sepencarian” telah ditafsirkan oleh Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) sebagai “harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’. (Akta undang- undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.)

Pembahagian harta sepencarian sebenarnya mempunyai hubungkait dengan adat yang seringkali dihubungkan dengan kelaziman masyarakat Melayu. Amalan ini berlaku kerana menghormati usaha pemilikan harta yang diperoleh secara bersama dalam tempoh perkahwinan. Walaupun pada kebiasaannya tidak timbul soalan mengenai pembahagian harta jika perkahwinan mereka tidak bermasalah, namun dalam keadaan tertentu, misalnya apabila berlaku perceraian atau suami ingin atau telah berpoligami, akan timbul desakan daripada pihak isteri untuk menuntut haknya kerana dia telah memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memperolehi harta itu. Islam mengiktiraf bahawa adat yang tidak bercanggah dengan hukum Syara’, baik secara khusus atau umum, adalah menjadi salah satu sumber hukum Syara’. Sesuatu adat itu boleh diterima apabila sudah menjadi kelaziman. Kaedah fiqh yang menjadi sandaran dalam hal ini ialah “al-Aa’dah Muhakkamah” yang ertinya sesuatu adat adalah menjadi hukum. Walaupun harta sepencarian tidak secara khusus dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh, namun, ia boleh diterima sebagai suatu adat bagi pasangan Melayu Islam yang bersama-sama berusaha untuk memperoleh harta, baik dalam rumah atau di luar rumah. Harta yang diperoleh dari usaha bersama itu akan menjadi harta bersama. Adat ini telah diterimapakai, diamalkan dan dijadikan asas kepada prinsip harta sepencarian yang dimasukkan ke dalam Undang-Undang Keluarga Islam yang diamalkan di negara kita sekarang ini.

Undang-undang Keluarga Islam memberikuasa kepada Mahkamah untuk membahagikan harta sepencarian ini antara suami dan isteri apabila tuntutan dibuat di Mahkamah. Sumbangan secara tidak langsung oleh isteri seperti sumbangan ke arah kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga diambilkira sebagai sumbangan untuk memperolehi harta sepencarian. Penyertaan isteri dalam kerja-kerja suaminya walaupun secara tidak langsung seperti hanya mengiringi suami dalam perjalanan untuk menjalankan perniagaan hendaklah dianggap sebagai sumbangannya dalam perolehan harta kerana penyertaan isteri itu memberi kedamaian dan ketenteraman kepada suami sehingga berjaya dalam pekerjaannya. Oleh itu apa-apa aset/harta sama ada harta alih atau harta tak alih yang diperolehi semasa perkahwinan adalah menjadi harta sepencarian. Sumbangan tidak langsung ini telah diiktiraf oleh hukum Syara’. Dalam ayat 228 surah al-Baqarah, Allah berfirman:

وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ

yang bermaksud: ”… Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang hukum Syara’)…..”.

Dari kenyataan di atas jelas bahawa dalam suatu tuntutan harta sepencarian, sumbangan satu pihak hanya timbul jika suami sahaja yang berkerja mendapatkan harta tersebut manakala pihak isteri berada di rumah untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Dalam keadaan ini isteri dianggap sebagai memberi sumbangan secara tidak langsung dan sumbangan itu diakui oleh Syara’.

Jika isteri bekerja dan memperoleh harta sedangkan suami tidak bekerja tetapi mendakwa bahawa beliau telah memberi sumbangan secara tidak langsung dengan menjaga keluarga seperti menghantar isteri ke tempat kerja dan menjaga anak-anak di rumah, maka tuntutan suami untuk mendapatkan bahagiannya daripada harta tersebut tidak diiktiraf oleh hukum Syara’. Ini adalah kerana tanggungjawab sebenar mencari rezeki dan mencari harta untuk kebahagian rumahtangga adalah terletak pada suami.

KESIMPULAN.

Fenomena dalam masyarakat kita sejak dulu sering memperlihatkan sikap yang lebih memihak kepada kaum lelaki dalam perhubungan suami isteri. Pandangan sedemikian rupa haruslah dikikis dalam diri setiap individu khususnya pihak suami. Dengan adanya ketentuan syariat yang mengiktiraf dan membela hak-hak isteri seperti yang dibahaskan, jelaslah menunjukkan bahawa Islam mengangkat martabat isteri sebagai manusia yang dihormati yang sama nilainya dengan suami. Menegakkan hak-hak isteri bukan bererti melawan suami, bahkan memperbaiki kesalahan suami agar kembali pada jalan yang benar. Setiap suami dan isteri mempunyai peranan dan hak masing-masing yang harus dihormati antara satu sama lain. Konsep ini jika benar-benar dijalankan akan menjamin ketenangan dan kebahagiaan dalam keluarga. Jika suami dan isteri konsisten dengan kewajiban dan hak-hak mereka, hal itu akan dapat mempereratkan lagi cinta dan kasih antara mereka. Selain itu, hal ini dapat menjauhkan segala kemungkinan timbulnya perselisihan dan pertengkaran yang mengancam keutuhan rumah tangga yang dengan sendirinya membawa kesan negatif pada jiwa anak-anak.

Beberapa pendekatan yang dianjurkan dalam al-Quran dan al-Sunnah bagi menangani masalah suami yang mengabaikan hak-hak isteri mereka:

Menasihati suami secara baik.

Minta bantuan orang ketiga (orang tengah / hakam).

Jika tidak berhasil, minta bantuan mahkamah syariah untuk menasihati suami/mengambil tindakan.

Jalan yang terakhir jika suami tidak mengendahkannya adalah dengan memohon cerai yang dipandang sebagai jalan terakhir dan terbaik untuk diri isteri dan anak-anak.

Firman Allah s.w.t:

وَإِنِ امْرَأَةٌ خَافَتْ مِنْ بَعْلِهَا نُشُوزًا أَوْ إِعْرَاضًا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَنْ يُصْلِحَا بَيْنَهُمَا صُلْحًا ۚ وَالصُّلْحُ خَيْرٌ ۗ وَأُحْضِرَتِ الْأَنْفُسُ الشُّحَّ ۚ وَإِنْ تُحْسِنُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا﴿١٢٨﴾ وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ ۖ فَلَا تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ ۚ وَإِنْ تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا

Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah an-Nisa’:128-129)

]]>
PU Riz dedah sangat utamakan pandangan ibu tentang jodoh https://redaksi.com/8850-pu-riz-dedah-sangat-utamakan-pandangan-ibu-tentang-jodoh Wed, 04 Nov 2020 09:32:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8850 Rasanya ramai yang ingin berkenalan dengan jejaka yang dikaitkan dengan pengacara dan usahawan terkenal Neelofa ini. Pemuda yang dikatakan telah merisik Neelofa ini nampaknya tidak kesah jika digelar anak emak.

Pu Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, merupakan salah seorang peserta program realiti, Pencentus Ummah (PU) musim keempat.



Keakraban beliau dan juga Neelofa terlihat apabila sering berkerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan oleh Neelofa sendiri.

Tak kisah dipanggil anak emak

Sesiapa yang mengenali beliau, tentunya tahu bahawa beliau ini cukup rapat dengan ibunya, malah beliau juga mengakui tidak kisah jika dilabel sebagai ‘anak emak’.



Menurut PU Riz, sepanjang beliau menuruti kesemua kehendak ibunya, hampir semua perkara dilakukan berjalan lancar.

“Banyak benda yang saya ikut kehendak ibu saya, ia menjadi. Bukan diberi rezeki yang sedikit malah melimpah ruah. Dalam hal sambung belajar pun saya mahu penuhi permintaan ibu. Saya masuk dunia seni pun atas restunya,” katanya.

Tanya ibu bab jodoh

Bukan itu saja, beliau juga akan mendahulukan pendapat ibunya juga jika membabitkan jodoh malah kalau ibunya tidak bersetuju dengan pilihan hatinya dia akan akur.

“Bagi anak lelaki ibu adalah nombor satu, malah taraf ibu sangat tinggi di sisi Allah. Al-Quran juga ada menyebut ibu lebih berbanding bapa.

“Bagi seorang isteri pula, suami merupakan nombor satu. Bagaimanapun andai bernikah nanti sayan sedaya upaya mewujudkan keluarga yang hidup suasana beragama,” ujarnya.

Terdahulu, PU Riz dikatakan sudah merisik Neelofa dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti dan ahli perniagaan itu.


]]>
PKPB di Klang, bakal pengantin kecewa kenduri terpaksa dibatalkan https://redaksi.com/8672-pkpb-di-klang-bakal-pengantin-kecewa-kenduri-terpaksa-dibatalkan Thu, 08 Oct 2020 13:09:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8672 Melaksanakan majlis perkahwinan memerlukan kos yang agak tinggi malah perlukan persiapan yang rapi. Biasanya, persiapan dilakukan beberapa bulan sebelum tiba hari persandingan. Namun begitu, tentu sangat membimbang sekiranya majlis terpaksa ditunda disebabkan sesuatu yang tidak dijangka.


Berita sedih buat bakal pengantin apabila bermula 9 Oktober ini empat kawasan di Sabah dan Selangor bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).



Nikah dibenarkan


Tular di laman Twitter, apabila pasangan ini terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan mereka kerana mereka berada dalam zon merah dan terpaksa ikuti PKPB seperti disarankan.

Alhamdulillah, menurut pengantin pernikahan dibenarkan tetapi akan dilakukan di Pejabat Agama Islam Daerah Klang. Namun dalam keadaan yang agak genting ini, sebarang majlis yang akan menerima kehadiran orang ramai tentunya tidak digalakkan.

“Deposit hangus...”

Turut berasa simpati apabila pasangan ini terpaksa kehilangan duit yang agak banyak kerana penangguhan tersebut serta terpaksa melihat segala persiapan yang telah dilakukan di buka semula.

Jelasnya persiapan telah siap hampir sepenuhnya malah segala kad kahwin sudah diedarkan dan segala deposit yang sudah dibayar akan hangus begitu saja.



Turut bersimpati

Perkongsian ini mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata bersimpati dengan nasib yang menimpa bakal pengantin tersebut, malah ada juga yang meluahkan nasib yang sama kerana pasangan dari daerah yang terlibat PKPB.

Diharapkan pasangan pengantin yang terpaksa berdepan dengan perkara ini dapat lalui ujian ini dengan tabah.


]]>
5 Perkara Utama Sebelum Berumahtangga Menurut Islam, Yang Pasangan Wajib Tahu. https://redaksi.com/2401-5-perkara-utama-sebelum-berumahtangga-menurut-islam-yang-pasangan-wajib-tahu Wed, 30 May 2018 10:32:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2401 Jom ketahui antara 5 perkara utama sebelum mendirikan rumah tangga, untuk pengetahuan bakal pengantin…

1. Berniat kerana Allah SWT.

Sebelum seseorang mahu mendirikan rumahtangga, sebaiknya dipasakkan dalam diri terlebih dahulu dan niatkan bahawa perkahwinan yang bakal dibina itu adalah semata-mata kerana Allah SWT. Juga, mahu melengkapkan agama serta mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

Rasulullah saw bersabda;

“Sesiapa yang berkahwin bererti dia telah menyempurnakan sebahagian dari agamanya, maka dia hendaklah bertakwa kepada Allah…” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)


2. Bertujuan baik.

Berkahwin bukanlah hanya untuk sehari dua sahaja, tetapi berusaha untuk menjaganya hingga ke akhir hayat. Justeru, niatkan juga perkahwinan yang bakal dibina itu adalah bertujuan untuk memelihara kehormatan diri, menjaga pandangan mata, melahirkan zuriat keturunan yang soleh dan solehah serta mahu mewujudkan individu Muslim dalam setiap ahli keluarga. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda;

“Allah swt berhak menolong tiga golongan; orang yang berjihad pada jalan allah, hamba mukatib yang ingin membayar harga tebusannya dan orang-orang yang berkahwin dengan tujuan untuk memelihara kehormatan dirinya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)


3. Memilih pasangan hidup.

Pasangan yang dipilih itu akan menjadi rakan kongsi dan teman dalam kehidupan kita kelak. Justeru, dalam aspek ini Rasulullah SAW bersabda;

“Kahwinilah yang sekufu (dengan kamu).” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Ini kerana sekufu (setaraf) atau tidak adakala boleh menjadi bahan juga punca pergaduhan dalam rumahtangga. Bahkan, menjadi buah mulut serta pertikaian pada masa akan datang.

Sekufu menurut mazhab Imam Syafie adalah merangkumi lima perkara iaitu agama, keturunan, merdeka, kerjaya, selamat dari sebarang kecacatan.


4. Agama.

Dal hal ini, Baginda Nabi SAW juga turut mengingatkan kepada kita seperti berikut;

“Janganlah kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya. Boleh jadi kecantikan mereka akan menjadikan mereka hina. Jangan kamu mengahwini perempuan kerana harta mereka, kerana boleh jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim, tetapi kahwinilah mereka kerana agamanya. Hamba perempuan yang cacat telinga dan hodoh tetapi beragama itu adalah lebih baik.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)


5. Berusaha jauhi perkara yang dilarang.

Dalam menjalinkan perhubungan, sebaiknya masing-masing berusaha untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang ditegah oleh syarak. Ini kerana apabila berdua, yang ketiga adalah syaitan. Tugas syaitan tidak lain adalah menghasut dan menggoda anak-anak Adam untuk mengikut bisikannya ke arah kejahatan.

Semoga kita dapat sama-sama berusaha untuk meningkatkan kualiti diri, keluarga seterusnya menjadi ahli masyarakat yang berjiwa Islam di mana-mana jua kita berada.


 

]]>
Kelebihan Memiliki Pasangan Yang Lebih Berusia. https://redaksi.com/3100-kelebihan-memiliki-pasangan-yang-lebih-berusia Thu, 02 Aug 2018 15:11:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3100 Tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita, kedua-duanya pasti inginkan pasangan yang lebih berusia kerana fikiran mereka lebih rasional dan matang. Wanita yang mahukan pasangan lebih berusia tidak dipandang jelek oleh masyarakat, namun lelaki yang memilih wanita lebih tua dianggap pelik pula. Tetapi dengan perubahan zaman sekarang semuanya menjadi normal.


Jadi apakah kelebihan memiliki pasangan yang lebih berusia ini? Jom baca..

1. Komunikasi yang lebih terbuka.

Memiliki pasangan yang lebih berusia, mereka tidak akan lagi menyorokkan sesuatu yang mereka ingin luahkan. Mereka tidak akan menyeksa hati dan perasaan supaya pasangan tidak berkecil hati. Mereka lebih lantang, dan tahu apa yang mereka mahukan dalam hidup. Jika pasangan berkecil hati, sudah tentu mereka tahu bagaimana untuk menguruskan perkara tersebut.

2. Kurang menilai keburukan anda.

Oleh kerana mereka lebih memakan garam daripada anda, sudah tentu mereka dapat menerima jika anda mempunyai kekurangan. Segala kelemahan dan keburukan anda tidak dipandang remeh oleh mereka. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menolong anda, memperbaiki kelemahan tersebut. Mereka sentiasa memberi galakan.


3. Kematangan si dia membawa anda ke arah tujuan hidup yang sebenar.

Jika anda memiliki pasangan yang lebih muda, sudah pasti anda berdua seperti tidak tahu arah tujuan hidup. Perkara ini yang akan merosakkan hubungan. Tetapi dengan pasangan yang lebih berusia, mereka seperti tahu perkara apa yang anda patut lakukan demi masa hadapan dan segala rintangan yang anda bakal hadapi. Anda tidak lagi terkapai-kapai mencari sumber untuk hidup kerana adanya si dia.

4. Menjadi lebih sabar.

Seperti yang anda tahu, anak muda mempunyai tahap tenaga yang tinggi berbanding yang berusia. Jadi, mereka menjadi mudah tidak sabar apabila melakukan sesuatu perkara. Mereka yang berusia lebih tenang tetapi mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Kerana mereka tidak mahu menyesal seperti masa silamnya. Sudah pasti dengan sifatnya ini akan mendorong anda untuk menjadi lebih sabar juga.


5. Tidak bersaing, tetapi berkongsi matlamat.

Oleh kerana si dia ini lebih berusia daripada anda, dan telah mencapai sesuatu perkara yang dihajati seperti pekerjaan atau pendapatan, pasti si dia tidak akan bersaing dengan anda. Tetapi mereka lebih mendorong anda untuk mencapai matlamat tersebut dan berkongsi tips kejayaan.

Jika anda mempunyai pasangan yang sebaya atau lebih muda, anda seperti mahu bersaing dengan mereka dan melihat siapa yang lebih jauh pencapaiannya.

Di samping itu, secara amnya kehidupan mereka lebih stabil dan mempunyai tahap konsisten yang tinggi. Mereka telah mempunyai asas kehidupan yang boleh mengajar anda untuk hidup. Malah mereka akan menolong anda untuk mengimbangi kehidupan antara duniawi dan akhirat.


 

 

]]>
Wanita Ini Kongsi 5 Tanda Isteri Stress. Awas! Nombor 5 Paling Parah, Boleh Membahayakan Perkahwinan. https://redaksi.com/6690-wanita-ini-kongsi-5-tanda-isteri-stress-awas-nombor-5-paling-parah-boleh-membahayakan-perkahwinan Thu, 01 Aug 2019 09:08:39 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6690 Orang kata jangan buat main kalau isteri dah mula stress ini. Ia boleh beri pelbagai kesan, bukan hanya pada hubungan suami isteri sahaja akan tetapi hubungan dengan anak-anak juga boleh terjejas. Seorang wanita ini memang kuat dari luarannya tetapi dalamannya tersanggatlah rapuh sehingga kita tidak sedar bila masa mereka ini akan berdepan dengan stress yang melampau.

Apa yang kita tahu adalah bila mana isteri kita itu mula lebih banyak diam berbanding membebel dan berkata-kata, itu adalah keadaan yang sangat genting sebenarnya. Tapi Menurut perkongsian Saidatul Husna, ada beberapa tanda lain yang menunjukan isteri ini berdepan dengan stress tapi kalau dah sampai tanda kelima, ia sememangnya sudah parah.



Bermula dengan rasa sunyi, rasa stress, tak tahan dengan orang di dalam rumah, susah nak tidur serta sentiasa ada perkara yang menyakitkan hati. Ini antara dilema wanita masa kini. Kesibukan dan kepenatan menyebabkan tekanan datang dari pelbagai sudut.

Ditambah pula sumber kajian daripada negara Barat yang mengatakan seramai 46% golongan wanita yang stress di dalam rumah, berpunca daripada kegagalan mereka berkomunikasi secara baik dengan suami.

“Saya sarankan para suami diluar sana, cuba tengok tengokkan isteri masing masing di rumah. Boleh jadi kerana terlampau penat dan tiada kesefahaman dalam perbualan, isteri kita cenderung untuk stress kerana kita.”



Tekanan ini boleh membahayakan jika isteri berterusan dalam keadaan :-

1) Jarang jarang atau kurang 'me time'.

Me time penting sebagai terapi diri. Keletihan membuatkan minda orang perempuan sukar membezakan antara emosi dan rasional.

Tambahan pula jika pasangan kurang prihatin dalam mengendalikan urusan luar dan dalam rumah, itu menambahkan lagi bebanan kepada emosi isteri.

Cuba cari peluang untuk me time. Hadirkan rasa sayang dengan membuat perkara yang boleh membahagiakan diri sendiri.

2) Isteri merasa luahannya disisihkan.

Orang perempuan banyak menghabiskan masa dengan bercakap cakap. Bersembang dengan pasangan adalah salah satu terapi bagi mereka.

Pasangan yang kurang memberikan respon semasa berbual, contohnya membuat kerja lain atau asyik dengan telefon bimbit, mengakibatkan isteri menganggap perbualannya itu sia sia dan tidak dihargai. Lama kelamaan keadaan ini menimbulkan rasa sunyi dan terasing.



3) Isteri hilang minat untuk berbual bual dengan suami.

Situasi ketiga sebenarnya hampir sama dengan situasi kedua namun keadaannya lebih serius.

Apabila perbualan hanya sehala, perbincangan akan tergendala, rumahtangga akan kekurangan baja yang baik kerana komunikasi itu tonggak utama dalam perhubungan.

4) Isteri sudah mula menjauh dan menghabiskan masa dengan perkara lain berbanding menghabiskan masa bersama suami.

Dinamakan sebagai 'escapism'. Inilah perkara yang paling kritikal dan boleh menggugat perkahwinan. Seorang isteri yang sebelum ini

mesra dan sentiasa mendahului suaminya, tiba-tiba jauh dan renggang.

Boleh jadi kerana isteri sudah gagal berbual secara baik dengan suami, jadi cara terbaik ialah pendamkan saja dan bercerita kepada orang yang sudi mendengar seperti ahli keluarga atau rakan sebaya.

Pada fasa ini, para suami perlu cakna. Berhati hati. Jika lewat mengembalikan kemesraan, bimbang isteri anda akan melangkah kepada point yang paling kritikal iaitu,

5) Merasa bahagia dan tenang bila berjauhan dari suami.

Yang ini paling bahaya! Paling parah. Biasanya isteri yang bergantung kepada suami akan resah bila berjauhan terlalu lama. Dan kegelisahan itu terubat bila suami datang dengan perhatian, penghargaan dan kasih sayang.

Namun bila isteri bahagia dengan caranya sendiri dan tidak kisah lagi dengan sebarang aktiviti suami, mungkin itu petanda isteri sudah tawar hati dan tidak berharap apa apa lagi daripada suaminya.

Justeru wahai suami, pegang erat tangan dan hati pasangan kita sementara tali hubungan itu masih kuat.

Berikan mereka peluang untuk me time. Berkomunikasilah secara baik. Hadirkan rasa sayang dengan membuat perkara yang boleh membahagiakan isteri kita. Jangan bila dia sudah tawar hati, tiada apa apa lagi yang boleh diselamatkan.

]]>
Bakal Pengantin Boleh Cuba Cerahkan Bibir Yang Hitam Dengan Guna 10 Petua Ini, Tapi Dengan Syarat Tidak Merokok. https://redaksi.com/6654-bakal-pengantin-boleh-cuba-cerahkan-bibir-yang-hitam-dengan-guna-10-petua-ini-tapi-dengan-syarat-tidak-merokok Sat, 27 Jul 2019 22:26:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6654 Apabila mengalami masalah bibir hitam ini, wajah akan kelihatan kusam malah tidak berseri. Kalau orang perempuan bolehlah gunakan gincu nak naikkan seri wajah kalau lelaki tak akan nak pakai sama kan?

Bukan semua orang yang mengalami masalah bibir hitam ini menghisap rokok, ada sahaja yang ia sememangnya memiliki bibir hitam sejak lahir lagi. Akan tetapi, perlu diketahui juga bahawa masalah bibir hitam ini adalah berpunca dari pemakaian gincu yang tidak dibersihkan dengan sempurna.



Jadi dari terus menerus tutup bibir guna gincu dan alat kosmetik, baik cuba 10 petua ini pula.

1. Madu



Usapkan madu ke bibir setiap hari secara rutin. Biarkan 15 minit, kemudian cuci dengan air suam. Ataupun boleh dibiarkan di bibir sepanjang malam dengan menyapu ke bibir setiap malam sebelum tidur.

2. Limau nipis.

Limau nipis ini dapat memudarkan warna hitam pada bibir. Siapkan air perahan jeruk nipis sebanyak 2 sudu dan air suam 2 sudu. Campurkan air perahan limau nipis dan air suam. Sapu ke bibir anda dan biarkan 10-15 minit. Bilas menggunakan air suam.

3. Minyak zaitun.

Campurkan madu atau gula dengan beberapa titis minyak zaitun. Sapukan campuran minyak zaitun pada bibir anda. Tunggu dan bilas dengan air bersih.

4. Air mawar.

Sapukan air mawar pada bibir sebelum hendak tidur. Lakukan setiap hari.

5. Tomato.



Ambil tomato dan sapukan ke bibir setiap hari. Penggunaan secara kerap akan memberikan kesan yang segera.

6. Lidah buaya.

Ambil gel lidah buaya dan sapu ke bibir. Lakukan setiap hari untuk dapatkan kesan yang segera.

7. Kunyit hidup.

Campurkan kunyit dengan 1 sudu susu. Campurkan sampai rata dan sapu ke bibir selama kurang lebih 5 minit, bersihkan dengan air.

8. Elakkan dari menjilat bibir.



Kebiasaan ini akan menyebabkan bibir menjadi lebih cepat untuk kering dan terlihat pucat. Hal ini kerana enzyme yang terdapat dalam air liur menghakis permukaan bibir, maka warna merah bibir akan memudar.

9. Jauhi kafein dan rokok.

Jauhi minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan tinggalkan tabiat suka merokok kerana kandungan nikotin yang terdapat dalam rokok dapat membuat bibir menjadi hitam.

10. Air masak.

Banyakan minum air masak supaya badan tidak dihidrasi. Ia juga dapat meningkatkan kesiahtan kulit dan memerahkan bibir secara semula jadi.

Selamat mencuba!

]]>
“Susahnya Nak Move On!” Move On Menjadi Mudah Jika Anda Lakukan 5 Perkara Ini Dahulu. https://redaksi.com/5672-susahnya-nak-move-on-move-on-menjadi-mudah-jika-anda-lakukan-5-perkara-ini-dahulu Tue, 02 Apr 2019 12:53:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5672 Sebut sahaja tentang move on pasti ramai yang membayangkan pada insan yang heartbroken, putus cinta atau yang melalui fasa perpisahan. Namun, move on adalah bagi mereka yang mahu bangkit setelah jatuh atau di uji dengan pelbagai ujian, mahupun cabaran.

Cara untuk move on juga berbeza bagi setiap individu untuk menguruskan diri mereka sendiri, kerana setiap insan pasti memiliki kaedah yang sesuai dengan keadaan dirinya pada waktu itu. Ada yang mengambil masa yang terlalu lama, dan ada juga mengambil masa yang singkat sahaja.

Namun, 5 perkara ini adalah pasti untuk setiap individu lakukan apabila mahu move on…

1. Mencari hikmah tersembunyi.

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya tidak kira apa jua status yang kita pegang waktu ketika itu. Masih bujang? Sudah bergelar suami isteri? Bergelar ibu bapa? Bergelar janda ataupun duda. Termasuk juga bagi setiap situasi seperti jatuh dalam peniagaan atau kehilangan orang yang tersayang buat selamanya ataupun gagal dalam ujian.

Jadi, setiap apa jua situasi carilah hikmah yang tersembunyi. Malah, menerima hakikat bahawa hidup ini seperti roda. Tidak selamanya kita berada di atas, kadang-kala kita berada di bawah kerana Allah mahu kita menyedari sesuatu yang telah diberi oleh-Nya dalam keadaan tidak sedar.

2. Sentiasa bersyukur.

Jika mengalami situasi jatuh sebegini, cuba untuk berasa bersyukur kepada-Nya. Jangan menyalahkan takdir semata-mata.

“Kenapa orang lain bahagia, tapi aku tak pernah bahagia?”

“Kenapa semua orang dah kahwin, tapi aku belum kahwin?”

“Kenapa kawan-kawan sudah memiliki anak, tapi aku belum lagi?”

Jangan terlalu mempersoalkan takdir dan rezeki Allah. Jika yakin pada-Nya, Insya Allah akan diberikan yang terbaik dan tidak terjangka oleh kita.

3. Memohon kekuatan daripada Ilahi.

Apabila sudah menanamkan sifat syukur dalam diri, pohonlah kekuatan daripada Ilahi. Pohon kekuatan di dalam solat dan doa. Berdoa bersungguh-sungguh, dan menangislah ketika di atas sejadah. Sebagai insan yang lemah, melalui proses untuk bangkit memang tidak mudah. Namun, jika sentiasa berdoa untuk pohon kekuatan, Insya Allah kita akan menerima kekuatan tersebut.

4. Menjaga hubungan yang baik sesama manusia.

Apabila menjaga hubungan yang baik dengan Allah SWT melalui solat dan berdoa, secara tidak langsung akan menjaga hubungan sesama manusia juga. Terutamanya dengan mereka yang kita rapat seperti ibu bapa, adik-beradik dan saudara mara. Hentikan andaian buruk, berhasad dengki malah mencemburui kebahagiaan orang lain.

Sama-samalah kita menumpang kebahagiaan dan mendoakan kesejahteraan mereka.

5. Cuba untuk senyum.

Dan yang paling penting untuk move on adalah dengan senyum. Mungkin hati sudah tawar untuk senyum. Apatah lagi diri menjadi kaku tiada reaksi. Jika mahukan kebahagiaan, mulakan dengan diri sendiri iaitu senyum. Mana tahu dengan senyuman yang anda berikan sebenarnya mampu memberi kebahagiaan pada diri sendiri, dan juga semangat. Orang di sekeliling pun senang dengan kita.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

]]>
Beza Taktik Pikat Hati Antara Bujang & Duda, Nak Tahu Kena Baca Ini. https://redaksi.com/8187-beza-taktik-pikat-hati-antara-bujang-duda-nak-tahu-kena-baca-ini Mon, 18 May 2020 09:25:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8187 Bujang atau duda, mana pilihan anda? Siapa pun pilihan anda, tentu sahaja anda perlukan cara yang betul untuk pikat hati mereka ini. Masing-masing ada keunikan mereka yang tersendiri, baik duda mahupun yang bujang.

Orang kata, nak pikat si bujang ini mudah saja asalkan kena dengan hati si dia mudah saja, buat di duda pula kalau bijak ambil hati anaknya tentu tidak menjadi masalah. Itu yang selalu sangat kita gembar gemburkan.

Antara bujang dan duda ini sebenarnya ada taktik nak pikat hati mereka. Ini beberapa cara yang perlu ada dalam diri anda.


Si bujang

Tahu mneghormati ibu bapanya

Paling penting buat si bujang sudah tentulah kedua ibu bapanya, maka dengan itu pasangan yang tahu ambil hati dan hormat ibu bapanya tentu menjadi pilihan dirinya. Nak-nak lagi si ibu. Ini kerana, syurga buat si bujang ini pada ibunya, itu yang dia lebih pentingkan keluarga dulu.



Sanggup susah senang

Biasalah, nama pun bujang tentu saja baru ingin belajar nak hidup. Anda tidak boleh mengharapkan bahawa dia akan beri kesenangan pada anda saja. Sudah tentu anda perlu ada saat susah senang bersamanya. Dari dia bergaji rendah sehingga dia bergaji besar, kalau tidak jangan dekati mereka ini.

Tahu ambil hati si dia

Jangan lupa juga bahawa anda juga perlu pandai pikat hatinya. Kalau tidak tentunya dia tidak akan terima diri anda. Maka dengan itu, bertolak ansur, memahami dan juga setia sudah tentu membuatkan dia akan memilih diri anda.

Si duda

Terima masa lalunya

Yang ini dia lebih unik sedikit, dimana anda tahu akan masa lalunya. Mungkin juga anda akan tahu mengenai punca penceraian yang berlaku dengan pasangannya lalu. Maka dengan itu anda kena terima status dirinya dengan hati yang terbuka. Lebih berat lagi, anda juga kena berlapang dada untuk biarkan dia jumpa bekas isteri untuk hal anak-anak.



Terima anaknya

Bagi si dia, anak-anaknya adalah perkara yang paling berharga. Jadinya, anda perlu tahu ambil hati anak-anaknya dan terima anaknya dengan hati yang ikhlas. Ala, biasalah nak dapatkan bapanya kenalah pikat hati anaknya dulu. Bila anaknya terima anda dengan baik, barulah peluang anda cerah.

Terima keluarganya

Bukan bujang saja yang pentingkan ibu bapa dan keluarga, walaupun duda mereka masih memikirkan akan perkara ini. Malah, ibu bapanya akan pastikan anaknya tidak tersilap langkah seperti dulu lagi. Jadi anda kenalah lebih berhati-hati dengan keluarga si dia.

Memahami dirinya

Jangan cepat nak melatah dalam apa yang akan berlaku. Lebih cuba untuk memahami dirinya dan juga cuba untuk bertolak ansur dalam setiap perkara. Mungkin anda perlu lebih banyak besabar jika memilih duda sebagai pasangan hidup.

Pastikan yang anda lakukan itu dengan hati yang ikhlas, jangan lakukan kerana ingin memilikinya. Selepas dah dapat semuanya hilang.



]]>
"Apabila Suami Tidak Solat, Anak Dan Isteri Kena Tempiasnya..." https://redaksi.com/4313-apabila-suami-tidak-solat-anak-dan-isteri-kena-tempiasnya Mon, 26 Nov 2018 09:58:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4313 Jika selalunya kita dengar masalah rumahtangga kerana suami mempunyai wanita lain, suami tidak memberi nafkah bahkan pelbagai lagi masalah yang ada, jarang sekali kita dengar suami tidak solat atau malas solat. Sedangkan, ramai sahaja mempunyai masalah sebegini tapi kurang untuk dibincangkan atau diketengahkan.

Suami merupakan ketua sebuah keluarga, jika ketuanya sudah goyang imannya, bagaimana pula dengan pengikutnya iaitu isteri dan anak-anaknya. Jika memiliki isteri yang masih ingin mengajak suaminya solat, maka beruntunglah suaminya. Tapi tidak pula kepada isterinya.

Namun begitu, jika ada diantara kalian yang miliki suami sebegini, jangan mengalah dahulu. Terus berusaha untuk mengajak suami anda solat bersama anda. Mari renungkan sedikit perkongsian daripada saudara Firdaus Shakirin. Semoga kita dapat sedikit sebanyak kesedaran dalam perkongsiannya ini.



"Abang, solatlah..."

Banyak yang tanya, macam mana nak buat bagi suami solat. Suami tak solat, suami jarang solat, suami solat ikut mood dia, suami solat bila disuruh saja.

Tapi bila disuruh selalu, akan jadi bergaduh. Bila tak suruh, tak solat, so macam mana?

"Saya dah putus asa nak suruh suami solat."


Solat tak buat, tapi sembahyang jumaat pergi.

Kes ni bukan kes yang terpencil. Ditempat keje saya, nisbah untuk orang solat dan tak solat adalah seperti dalam 10 orang, akan ada 4 orang yang TAK SOLAT. Masuk surau pun TAK. Tapi sembahyang jumaat diorang pergi dan 4 orang ni plak, 3 daripadanya dah mendirikan rumahtangga, dah ada anak, 1 masih bujang.

Kalau 100 orang, 40 orang langsung TAK SOLAT.

Banyak tu, dan akan ada 40 isteri yang masing-masingnya mempunyai masalah dengan suami yang jenis tak nak solat. Solat tu satu dari rukun islam, dan kita sebgai orang islam, WAJIB buat. Unless kita "bukan islam". Bunyi kasar kan, tp ini hakikat, kita kata kita islam, tapi kita tak memenuhi hak-hak sebagai seseorang yang beragama islam, maka dimana "islam" itu dalam diri kita?

Kesan dari suami tidak solat.

Kesan dari tak solat ni bukan kita saja yang rasa.

Isteri, anak-anak turut kena tempiasnya. Allah tak uji kita seorang, Allah uji semua. Duit tak cukup, kereta selalu rosak, mood selalu tak ok, nampk salah isteri, selalu marah anak, nampk isteri dan anak-anak itu sebgai satu bebanan, berkira dengan apa yang kita ada, dan sebagainya.

Ketenangan tu tak ada sebab hubungan kita dengan Pemilik Hati tu tiada. Kita jaga Allah, Allah jaga kita. Kita perbaiki hubungan dengan Allah, Allah perbaiki hubungan kita dengan manusia. Itu kuncinya.

So kepada isteri-isteri yang ada masalah suami tak solat ni, jangan putus asa dan selalulah tegur. Sehari ada 5 waktu untuk solat, maka 5 kali awk ajak dia solat. "Abang, solat" then awk pergi solat. Dia nak solat atau tak, biar. Then bila keluar berjalan-jalan kat luar, masuk ja waktu, suh dia singgah masjid/surau. Awak masuk, solat. Dia nak duduk dalam kereta ke, hisap rokok ke, biar. Istiqomah buat macam tu dan jangan lupa doa. InsyaAllah, lama-lama hati dia akan terusik dan terjentik dengan apa yang awak buat selalu tu.

Jangan putus asa. Allah tak suka orang yang berputus asa.



]]>
Usah Terlalu Mengikut Perasaan Kerana Allah Swt Akan Memberi Apa Yang Kita Perlu Tetapi Bukan Kehendak? https://redaksi.com/1649-usah-terlalu-mengikut-perasaan-kerana-allah-swt-akan-memberi-apa-yang-kita-perlu-tetapi-bukan-kehendak Sat, 17 Mar 2018 10:13:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1649 Sering kita mempersoalkan mengapa Allah tidak makbulkan kehendak kita. Apa yang kita tidak suka, itu lah yang kita dapat. Berhari-hari menunggu sesuatu yang kita suka, tetapi hampa, usahkan jasad, bayangan juga tidak terlihat. Apakah silap kita sehingga mengharapkan sesuatu, tetapi tidak di makbulkan? Adakah perkara yang kita gemar itu akan mendatangkan keburukan daripada kebaikan?

Konsep jodoh juga sama seperti yang kita jangkakan. Dapat memiliki seorang yang sangat sempurna adalah idaman setiap manusia. Sudah la sempurna, bagaikan bidadari di syurga, siapa pulak yang mahu menidakkan mereka, sudah tentu tiada siapa. Lelaki yang kacak, tinggi bagaikan bangunan yang mencakar langit, tidak pula terlalu putih tetapi hitam manis, maskulin, badan berotot, kaya dan punyai harta. Selain daripada itu, solat 5 waktu tidak tinggal malah rajin mengaji. Aduh cukup sempurna!

Tetapi, tidak semua kehendak kita Allah swt akan makbulkan. Sudah di tetapkan pada azali, rezeki setiap manusia itu berbeza-beza. Mengapa mahu yang sempurna dan terlalu sempurna jika kita tidak sempurna?  Jangan ikutkan nafsu semata-mata! Ada sebab Allah swt hanya memberi apa yang kita perlu.

1. Allah swt mahu mengajar kita untuk redha dengan setiap pemberian-Nya, jika kita sentiasa redha dan positif, kelak Allah akan berikan ganjaran yang kita tidak akan jangkakan.

2. Kadang kala kita tidak sedar dengan dosa-dosa kita pada masa silam. Setiap perilaku kita berkemungkinan adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita yang terdahulu.

3. Jika kita tak punya kemewahan dari segi duniawi, tetapi Allah swt akan berikan kesempurnaan dari segi hubungan kita sesama manusia. Keluarga yang cukup sempurna, tiada penyakit, sahabat-sahabat yang tidak pernah lupakan kita dan sentiasa memberikan nasihat.

4. Dengan akal yang Allah swt telah berikan kepada kita, Dia mahu kita menjadi lebih matang dan boleh berfikir mana yang buruk dan baik, kerana tidak semestinya yang kita tidak suka itu akan mendatangkan keburukan.

5. Allah swt mahu mengajar kita erti rasa syukur dan bersabar.

Ketika datang nya jodoh yang anda rasa kan dia tidak sempurna pada luaran, percaya la, kenali diri si dia dahulu, merisik daripada ahli keluarganya, mana tahu si dia itu tidak sempurna tetapi akan menyempurnakan hari-hari anda kelak.

 

 

]]>
“Hati-Hati Cat Rumah Nak Dekat Raya Ni, Sebab Kandungan Cat Boleh Beri Kesan Buruk Pada Otak..” – Dr Rizal – https://redaksi.com/6171-hati-hati-cat-rumah-nak-dekat-raya-ni-sebab-kandungan-cat-boleh-beri-kesan-buruk-pada-otak-dr-rizal Tue, 28 May 2019 13:03:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6171 Nak dekat raya ni, banyak persediaan yang mahu kita lakukan. Beli baju raya baru, kasut baru, kereta baru, rumah baru dan seumpama dengannya. Malah ada juga yang mahu kelainan pada rumah sendiri sama ada ubah suai ataupun memadai dengan menukar warna sahaja.

Dalam sibuk nak pilih warna cat yang sesuai dengan rumah, perlu kita ketahui kesihatan juga perlu di jaga kerana kandungan dalam cat tersebut mampu memberi kesan buruk pada otak kita. Berikut adalah perkongsian dari Dr Rizal Abu Bakar

********

Salah satu tanda raya dah dekat bila orang sibuk cat rumah. Hari ini sahaja terserempak dengan 5 tuan rumah sibuk mengecat. Berpeluh peluh sambil angkat baju tayang perut.

Ada cat pagar. Ada cat dinding bahagian luar. Ada yang datang menyibuk tengok tapi tak tolong.

Satu persamaan antara pengecat ni. Semua tidak pakai penutup hidung. Tidak pakai topeng. Cat macam tu sahaja.

Ramai tak tahu cat adalah toksid kepada otak. Hidu cat berterusan boleh sebabkan kerosakn otak kekal seperti yang dilaporkan di jurnal Neurology tahun 2014.

Bayangkan rosak kekal. Maksudnya tidak dapat dibaiki lagi.

Antara cat dalam rumah atau luar rumah mana lebih bahaya? Menurut Ohio Bureau of Environmental Health cat luar rumah lebih bahaya.

Sebabnya?

Terletak pada bahan kimia di dalamnya. Antara yang selalu diguna ialah methylbenzene, benzene, ethylbenzene, Stoddard solvent dan xylene.

Dalam kajian yang dibuat pada tahun 2013 oleh Harvard School of Public Health ke atas 2143 orang, mereka dapati terdedah kepada cat ganggu sistem memori manusia. Mereka jadi mudah lupa.

Bukan itu sahaja. Gangguan juga berlaku pada berfikir. Mereka cepat “lost” ketika sedang bersembang.

Dalam kajian yang dilakukan di New Zealand, pengkaji dapati mereka yang terdedah kepada cat jadi cepat marah, cepat mengamuk dan ada masalah dengan memori dan konsentrasi mereka. Detail kajian dimuat di Neurotoxicology tahun 2016.

Jadi apa nak buat? Mudah sahaja. Kalau nak cat rumah pakai mask atau topeng. Bukan surgical mask macam orang biasa pakai naik bas. Mask khas untuk cat.

Lihat gambar ini. Yang B kena penangan. Otak mengecil. Yang A otak normal. Pilih yang mana satu kita mahu.

Image may contain: food

********

Hati-Hati Nak Cat Rumah Tu, Takut Terjatuh Pula!

]]>
Bila Dapat Anak Sulung Sebagai Pasangan Hidup, Perlu Faham Mereka Adalah Harapan Keluarga. https://redaksi.com/8351-bila-dapat-anak-sulung-sebagai-pasangan-hidup-perlu-faham-mereka-adalah-harapan-keluarga Mon, 13 Jul 2020 14:09:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8351 Anak sulung ini memang antara mereka yang paling laku keras. Mana tidaknya, dengan kelebihan yang memang dimiliki oleh anak sulung ini yang membuatkan ramai orang memilih pasangan mereka terdiri dari anak sulung.

Memang tidak dinafikan bahawa anak sulung ini sangat penyayang kerana memiliki adik-adik, malah mereka ini juga seorang yang berkepimpinan. Memang kelebihan yang ada pada mereka ini sangat menarik dan mempersonakan.


Namun begit, buat mereka yang memilih anak sulung ini sebagai pasangan hidup, anda perlu lebih bertimbang rasa dan juga bertolak ansur. Mana tidaknya, anak sulung ini kita tahu bahunya penuh dengan tanggungjawab, sebab itu sebagai pasangan kita perlu menyokong dan pada masa yang sama juga memahami pasangan kita.

Nak tahu kenapa?

Mereka ini diperlukan keluarga

Bukan anda saja perlukan dia, tetapi keluarga dia juga perlukannya. Dia perlu memberi fokus kepada adik-adiknya serta ibu bapanya. Nak-nak lagi jika adiknya itu masih kecil, tentunya menjadi salah satu tanggungjawab dia untuk meringankan ibu bapanya dalam menyara adik-adiknya.



Bahunya penuh dengan tanggungjawab

Oleh kerana dia ini harapan keluarga, maka banyak perkara yang perlu dia fikirkan dan bertanggungjawab. Nak-nak lagi berkenaan adik beradiknya serta ibu bapanya. Selain dari anda, dia juga bertanggungjawab dalam keluarganya. Maka dengan itu cuba memahami keadaan dan situasinya sekali sekala.



Contoh dan teladan buat adik-adik

Paling ketara sebenarnya, anak sulung ini adalah contoh dan teladan buat adik-adiknya. Bagaimana dia perlakukan ibu bapanya, itu akan menjadi contoh dan ikutan adik-adiknya. Sebab itulah dia perlu lebihkan keluarganya sedikit berbanding anda. Jangan makan hati, anda masih lagi keutamannya cuma perlu faham bahawa keluarganya perlukan dia.

Bila anda memilih anak sulung sebagai pasangan hidup, anda perlu tahu bahawa dia ini seorang yang lebihkan keluarganya. Jadi, kadang kala cuba memahami dia dan bertimbang rasa dengan situasinya. Boleh jadi situasi itu mendesak dirinya untuk perkara itu.

Maka dengan itu, anda sebagai pasangan perlu lebih bersabar dan menerima pasangan dengan lebih baik. Bukan saja terima pasangan tetapi dengan keluarganya sekali. Bahkan kalau boleh turut membantunya, tentu meringankan bebannya.



]]>
Tanda-Tanda Pasangan Anda Seorang Yang Boros. https://redaksi.com/2325-tanda-tanda-pasangan-anda-seorang-yang-boros Sat, 19 May 2018 23:56:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2325 Wanita sudah sedia maklum bahawa memiliki sembilan nafsu dan satu akal. Oleh itu, setiap tindakan mereka ini akan sentiasa berada di luar kawalan. Terutama apabila melihat wang yang banyak di hadapannya. Sehinggakan dalam masa satu hari wang itu boleh dihabiskan.


Mari kenali adakah pasangan anda seorang yang boros ataupun tidak.

1. OKS (orang kaya sehari).

Ini berlaku apabila tibanya hari si dia dapat gaji. Sekiranya si dia menghabiskan satu pertiga atau lebih, daripada gaji yang diperolehnya untuk membeli benda-benda kehendak (selain membayar bil, kereta, rumah), maka dia seorang yang boros. Sekiranya dia mempunyai perancangan kewangan yang baik sehingga ke hujung bulan, tidak mengapa. Yang membimbangkan adalah di hujung bulan nanti menangis tak berlagu sahaja.

2. Kehendak melampaui keperluan.

Sebagaimana yang kita tahu, keperluan adalah sesuatu yang penting dan diperlukan manakala kehendak adalah sesuatu yang tidaklah penting dan ianya hanya kemahuan mengikut nafsu. Sebagai contoh, sekiranya si dia sudah memiliki telefon pintar, yang mana boleh dikategorikan sebagai keperluan, kemudian mahu membeli telefon baru. Itu sudah dikira kehendak kerana membeli sesuatu yang sudah ada. Awasi perbelanjaan pasangan anda, terutamanya pasangan belum berkahwin, risau nanti terbawa-bawa selepas kahwin.


3. Boros membeli makanan

Biasanya boros dalam bab makan ni perempuan la kan. Pantang nampak tempat-tempat makan viral, pasti nak dicubanya. Boros makan ni sebenarnya tidaklah seteruk boros berbelanja selain makanan kerana makanan juga boleh membantu mengurangkan stress seseorang. Meskipun begitu, ianya tetap menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang boros.

Apabila anda memiliki wanita seperti ini, anda perlu bijak untuk mengawal nafsu mereka. Biasalah wanita ini bukannya seorang yang berfikir panjang. Apabila sesuatu perkara terjadi barulah si dia menyesali.

 

]]>
Disebalik Pemberian Ada Maksud Yang Tersembunyi. Ini Makna Hadiah Dari Si Dia. https://redaksi.com/8111-disebalik-pemberian-ada-maksud-yang-tersembunyi-ini-makna-hadiah-dari-si-dia Tue, 21 Apr 2020 14:00:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8111 Siapa sahaja yang tidak teruja bila diberikan hadiah. Nak-nak lagi jika hadiah itu datang dari seorang yang anda suka dan sayangi, tentu sahaja satu hari akan tersenyum lebar kerana kegembiraan. Akan tetapi, amat rugilah jika anda hanya terima sahaja tanpa tahu maksud dan tujuan hadiah tersebut.

Ya! Setiap hadiah yang anda terima itu ada maksud yang tersirat. Jika kalian pasangan kekasih, hadiah itu sebagai tanda meluahkan perasaan kalian. Bukan kekasih sahaja, pasangan suami isteri pun sama juga.

Tapi jika anda terima hadiah dari seseorang yang menaruh hati pada anda, itu kena lebih hati-hati. Takut-takut hadiah yang anda terima itu sama maksud dengan anda bersetuju menerima dirinya. Ahhh... takutnya.


Ini maksud hadiah yang dia berikan kepada anda.

Cokelat

Si dia sangat mengharapkan perhubungan yang baik, bahagia dan gembira semanis cintamu (korang la tu). Harapan tinggi agar anda sentiasa jauh dari kesedihan kerana si dia ingin melihat anda gembira dalam kehidupan kerana itulah bahagia dalam hidupnya.

Bingkai Gambar

Sentiasa merindui dan tak ingin berjauhan, maksudnya bila terasa rindu si dia nak korang tengok hadiah gambar yang menjadi kenangan terindah tu. Selalunya, si dia mengabadikan kenangan dengan bingkai gambar yang terbaik punya!



Pakaian, Kain, Tudung dan sebagainya

Si dia mengharapkan kasih yang berkekalan dan dekat selalu, si dia juga bangga mengenali anda serta ingin rakan-rakan dan keluarga tahu yang anda adalah orang penting dalam hidupnya.

Cincin Sepasang

Tanda ikatan kasih yang abadi, si dia mahukan anda terus berada di sampingnya kerana ia merasakan anda adalah pilihan hatinya dan akan sedaya upaya menjaga perhubungan. Si dia juga ingin anda tahu bahawa dia serius dalam percintaan.

Bunga

Tanda mula menyayangi, ingin berkenalan dan permintaaan mengenali lebih mendalam lagi, ingin menawan hati, atau si dia juga ingin memujuk anda yang sedang merajuk. Di katakan perempuan walau sekeras manapun jiwanya tetap akan suka hadiah bunga walau disebalik senyuman apabila si dia memberikan bunga yang cantik secantik kalian.

Buku

Bersifat terbuka, bertolak ansur dan prihatin. Si dia amat berharap agar anda memanfaatkan pelbagai peluang, ingin mempelajari sesuatu yang berguna, tidak mudah berputus harapan dan mampu memotivasikan diri agar mampu menghadapi kehidupan yang mencabar.

Handphone

Tandanya si dia tidak mahu berjauhan atau terputus hubungan dengan anda, Si dia mahukan anda di bagi berada disisinya. Mudah merasa bosan tanpa anda menemaninya.



Jam Tangan Sepasang

Si dia amat mengharapkan agar anda mengingatinya setiap masa dan waktu walau dimana berada agar anda tahu si dia juga sentiasa mengingati anda sepertimana anda mengingatinya. Si dia juga berharap hadiah jam adalah keperluan yang penting dan bukan sekadar aksesori kerana ianya juga nilai sesuatu penghargaan.

Gelang Tangan, Kaki

Tanda mesra dari si dia agar anda selalu bertolak ansur dengannya sekiranya ia melukai perasaan dalam sedar ataupun tidak. Si dia juga mengharapkan anda mudah memaafkan samaada pada dirinya juga pada orang lain. Tidak mahu anda bermasam muka apabila bertemu dengannya. Anda adalah kekasih serta sahabat baginya.

Rantai Leher

Suatu tanda, ikatan cintanya yang perlu diberi perhatian kerana si dia sudah mulai perasaan sayang mengalir pada dirinya untuk anda. Si dia perlukan anda dalam kehidupannya serta mahukan anda kerap meluangkan masa dan perhatian untuknya.



Minyak Wangi

Tanda wujudnya cinta, si dia mahukan anda tahu bahawa anda adalah cintanya, Ia juga mengharapkan cinta setulusnya dari anda. Si dia juga mahukan anda menjadi insan yang kemas, bersih dan cantik dimatanya setiap kali bertemu serta menjaga penampilan.

Al-Quran, Sejadah

Tanda si dia mengasihi anda dunia dan akhirat. Si dia juga mahukan anda menyedarkannya disaat ia lalai serta mengingatiNya dan ilmu agama itu penyuluh kepada cinta yang diredai.

Kad Ucapan

Si dia amat mengabadikan perasaan sayang dan cintanya sebagai suatu tanda ingatan atau kenangan, tidak mudah melupakan segala yang di lalui pahit atau manis sepanjang perkenalan kerana tanda ingatan suatu yang tak ternilah harganya.



Kasut

Tanda si dia sangat mengambil berat serta prihatin terhadap anda dalam pelbagai aspek kehidupan seperti perasaan, kewangan, kerjaya serta hal-hal yang berkaitan peribadi. Sedia menjadi pendengar luahan hati anda.

Subang

Penghargaan serta penghormatan dari si dia. Si dia amat mengagungkan diri anda pada dirinya, Harapan si dia agar anda menghargai kehadirannya di dalam hidup anda sebagi seorang yang bermakna dalam hidup anda. Maksudnya, jadikan si dia watak hero dalam novel hidup anda.

Payung

Tanda kasih dari si dia untuk anda, si dia juga ingin anda tahu bahawa ia ingin melindungi anda walau hanya sesuatu yang di anggap remeh baginya seperti demam, si dia akan mudah merasa beban di jiwanya dan risau tentang kesihatan anda yang kurang baik. Selain itu, untuk mengelakkan anda dari basah kena hujan atau panas terik,takut hitam pulak.

Hantaran Meminang

Itu tandanya si dia serius dan betul-betul serius ingin menjalinkan ikatan kerana si sia mahukan anda jadi bakal teman berkongsi hidup serta pahit manis dalam menempuh kehidupan setelah berumahtangga kelak.



]]>
Kekasih Kaki Games? Para Gadis Patut Lega Miliki Kekasih Seperti ini. https://redaksi.com/1683-kekasih-kaki-games-para-gadis-patut-lega-miliki-kekasih-seperti-ini Tue, 20 Mar 2018 15:32:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1683 Ramai yang merungut jika miliki kekasih yang kaki games ini. Kenapa? Sebab mereka ini lebih menumpukan games mereka berbanding meluangkan masa untuk pasangan. Jika miliki kekasih kaki games ini mereka dikatakan kerap bergaduh kerana rasa cemburu terhadap masa yang diluangkan terhadap games tersebut. Tetapi jika anda miliki kekasih kaki games ini, anda patut bersyukur. Kerana apa? Kerana mereka ini dikatakan lebih setia berbanding yang lain. Betul ke?



Jika anda miliki kekasih seperti ini, sebenarnya kebarangkalian untuk kekasih anda curang adalah amat rendah. Hal ini kerana, mereka ini akan kerap meluangkan masa bersama games mereka. Waktu untuk mereka berfoya -foya juga boleh dikatakan agak kurang. Atau mungkin mereka ini langsung tidak mempunyai masa berbanding dengan lelaki lain.

Biasanya mereka yang meminati games ini juga seorang yang kreatif. Yela, nak lepas level dalam apa jenis games ini bukannya senang. Orang tertentu sahaja yang boleh sabar serta habiskan apa yang telah dimulai. Begitu juga dalam perhubungan anda bersamanya. Mungkin si dia tidak menunjukkan sangat effort dia tetapi sekurang-kurangnya anda tahu bila masa dia akan serius dalam sesuatu perkara. Dia juga pasti akan berusaha untuk mendapatkannya.



Di samping itu juga, sebagai pasangannya kita tidak lah boleh menghalang mintanya. Sebab setiap orang miliki minat yang tersendiri. Jadi, walau apa pun pilihan masing-masing, diharap dapat diterima dan menerima. Banyak yang kata kaki games ini tidak baik, selalu abaikan pasangan untuk mencari pasangan baru. Tapi itu bergantung bagaimana cara anda melayaninya. Jika anda menghormati minatnya pasti dia tidak akan mencari yang lain.

Selain itu juga, cinta pada games nya tidak setanding cintanya pada anda. Meskipun dia sering mengabaikan panggilan telefon daripada anda kerana sedang bertarung dalam games nya, namun percayalah si dia bukan sengaja. Tidak lupa juga, jangan pernah samakan diri anda dengan games nya. Tidak ada lelaki yang mahu berkahwin dengan games, wanita juga yang akan dipilih pada akhirnya. Jadi sebagai wanita, sokonglah hobi pasangan itu.

Namun begitu, para lelaki juga perlu ingat dan sentiasa sedar, games tiada perasaan tetapi pasangan anda mempunyai perasaan. Oleh itu jangan pula anda terlalu taksub sehingga mengabaikan si dia hingga menjejaskan hubungan. Segala pilihan di tangan anda. Maka pilihlah dengan betul.

]]>
Ciri-Ciri Wanita Yang Gagal Menarik Perhatian Lelaki. https://redaksi.com/2950-ciri-ciri-wanita-yang-gagal-menarik-perhatian-lelaki Mon, 23 Jul 2018 16:24:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2950 Selalunya kita ambil tahu akan sifat-sifat wanita yang mampu menarik hati lelaki. Kali ini pula, kita ambil tahu sedikit mengenai ciri-ciri wanita yang gagal mendapat perhatian lelaki di luar sana. Ia bukan berkaitan dengan penampilan tetapi lebih kepada kelakuan yang tidak meyenangkan di mata lelaki. Jom ketahuinya.


1. Wanita yang terdesak.

Sebagai seorang wanita, anda seharusnya menjaga kehormatan anda. Bukannya memperlihatkan bahawa anda benar-benar inginkan pasangan untuk dijadikan teman hidup. Tidak salah sekiranya anda meluahkan rasa hati anda tetapi biarlah bersesuaian. Disebabkan kelakuan anda itu menyebabkan lelaki terbabit menolak anda.

2. Wanita yang terlebih peramah.

Wanita yang peramah ini menyeronokkan dan sesuai untuk dijadikan teman berbual. Tetapi jika sudah terlebih peramah ia akan mendatangkan rasa rimas lelaki tersebut. Mana tidaknya kalau cakap tak henti 24 jam, mana tak rimas kan?

3. Wanita yang tidak kelihatan kemas.

Tidak kelihatan kemas bukan semestinya tidak bergaya, tetapi lebih tidak menjaga adab ketika duduk mahupun berbual ketika dengannya. Bukan itu sahaja, gaya anda makan dengannya juga turut mempamerkan siapa diri anda. Jika pakaian anda tidak kemas pasti sudah tahu anda bagaimana.


4. Wanita yang kurang daya penarik.

Mereka yang kurang daya penarik ini biasanya orang yang kurang berkeyakinan serta suka bergantung harap pada orang lain. Itu yang menyebabkan mereka ini tidak ada daya tarikan. Lelaki sukakan wanita yang mempunyai auranya yang tersendiri.

5. Wanita yang mudah dipikat lelaki.

Lelaki mahukan wanita yang sedikit jual mahal, hal ini kerana mereka ingin tunjukkan usaha mereka kepada anda. Jika anda ini mudah dipikat pasti ia akan menimbulkan rasa bosan bagi dirinya. Bukan itu sahaja, anda pasti akan menjadi barang mainan lelaki sahaja.

Sebagai seorang wanita, kita perlu megekalkan martabat kita. Bukannya hanya membiarkan diri kita ini dipandang rendah oleh lelaki.

]]>
Terlihat Ibu Bapa Bergaduh, Apa Yang Anak-Anak Harus Lakukan? Jom Baca! https://redaksi.com/5717-terlihat-ibu-bapa-bergaduh-apa-yang-anak-anak-harus-lakukan-jom-baca Mon, 08 Apr 2019 09:48:39 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5717 Semasa anak masih kecil, apa yang mereka lakukan ketika terlihat kedua ibu bapanya bergaduh adalah hanya mendiamkan diri dan menjauhkan diri sahaja. Akan tetapi, apabila kian membesar dan mengetahui perkara sebenar, hati mereka berbolak balik dan tidak senang duduk.

Siapa sahaja dikalangan anak-anak yang berani untuk menegur kedua ibu bapanya sendiri?

Pasti akan diherdik, dan hanya menganggap anak-anak jangan masuk campur urusan orang tua. Serba salah dibuatnya. Sebagai anak juga adalah menjadi kewajipan untuk berbuat baik terhadap kedua ibu bapa dalam apa jua cara sekalipun.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman…

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya sahaja, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai ke usia tua, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi berkatalah dengan mereka menggunakan perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah al-Isra’: 23)

Menurut Islam berbuat baik kepada ibu bapa adalah;

  • Dilarang untuk berkata-kata dengan perkataan yang buruk.
  • Bercakap dengan lemah lembut.
  • Bercakap dengan penuh adab dan sopan santun.
  • Memuliakan dan menghormati mereka.

Di samping itu, anak-anak juga diperintahkan untuk tetap bergaul dengan cara yang baik terhadap kedua ibu bapa mereka walaupun mereka tidak beriman dan menyeru kepada kekufuran. Ini sebagaimana firman Allah SWT:

“Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan-Ku atas sesuatu yang engkau tidak mengetahuinya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.” (Surah Luqman: 15)

Maka, sebagai anak yang baik jika terlihat kedua ibu bapa sedang bergaduh sehingga menganggu kehidupannya sendiri, secara asasnya tegurlah mereka tanpa menderhakai mereka iaitu dengan berhemah dalam berkata-kata. Ini yang bertepatan dengan saranan dalam Al-Qur’an dan juga hadith.

Malah, Allah SWT telah berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 104, bermaksud terlihat sesuatu yang buruk dihadapan mata, berdakwah dan serulah mereka untuk melakukan kebaikan, serta melarang segala yang salah dan keji, dimana dalam situasi ini pergaduhan ibu bapa yang akan memberi impak buruk pada anak-anak.

“Kamu tiada hak untuk nasihat. Kamu belum berkahwin lagi…”

Jika ini yang anak-anak dengar daripada mulut kedua ibu bapa sendiri pintalah bantuan daripada individu-individu yang dihormati dan disegani oleh kedua ibu bapa untuk menasihati mereka. Anak-anak pada kebiasaannya mengetahui individu-individu yang disegani oleh kedua ibu bapa mereka. Manfaatkan individu-individu ini untuk memberi nasihat dan menegur kedua ibu bapa.

Di samping itu jangan lupa untuk:

  • Sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar kedua ibu bapa diberikan kelembutan dan kesatuan hati di antara mereka.
  • Berterusan tanpa putus asa memberikan peringatan kepada kedua ibu bapa dengan cara yang lemah lembut dan tidak menyakiti hati mereka.

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik” (Surah an-Nahl: 125).

Semoga Bermanfaat!

]]>
Kelebihan Mempunyai Pasangan Anak Kedua. https://redaksi.com/1971-kelebihan-mempunyai-pasangan-anak-kedua Fri, 13 Apr 2018 14:19:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1971 Kebanyakkan pakar psikologi menyatakan bahawa anak kedua mempunyai karekter yang unik berbanding adik beradik yang lain. Apapun, ia terpulang kepada cara didikan dan situasi seseorang dalam hidup kekeluargaan. Antara sifat dominan yang terdapat pada anak kedua ialah:


1. Suka membantu orang lain.

Anak ke dua mempunyai sifat yang baik seperti pemurah dan baik hati. Oleh itu, dia suka membantu orang lain yang memerlukan. Lebih-lebih lagi keluarga sendiri. Apa yang ada, didahulukan demi keluarga melebihi dirinya sendiri. Tidak sanggup melihat orang di dalam kesusahan. Kalau anda dalam kesusahan, apatah lagi. Pasti akan dibantu.

2. Tetap pendirian.

Disebabkan sudah terbiasa dari kecil mempunyai pesaing iaitu anak sulung, dia menjadi kental dalam hidup. Apa yang dilakukan akan didapatkan dengan sebaik mungkin. Dia akan berusaha keras ke arah tersebut walaupun mempunyai halangan tertentu. Tetap pendiriannya. Itu pinsip yang dipegang. Jadi, fahamilah si dia.

3. Tersenyum dalam duka.

Apabila dilanda kesusahan, dia tidak suka untuk mempamerkan kesedihan tersebut di hadapan orang. Menangisnya sendiri dan akan tenang dengan cara itu. Sesekali pujuklah atau biarkan dirinya bersendirian seketika.

4. Mengalah.

Seperti anak sulung, dia juga sering mengalah dalam beberapa situasi. Dalam keluarga, dia bersama adik-adik akan bertoleransi dan lebih banyak mengambil pendekatan mengalah kerana dia adalah orang yang kedua tertua dari adik beradik yang lain.

5. Berdikari.

Anak kedua biasanya adalah orang kedua akan diberi tanggungjawab setelah anak pertama tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Oleh demikian, anak kedua sudah terbiasa untuk berdikari. Dia juga boleh mengatasi masalah dengan sebaik mungkin dan mudah adaptasi dalam pergaulan. Maka, beruntunglah anda jika dapat bersama dengan anak kedua.


Apapun, setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan. Terimalah kekurangan tersebut dengan baik dan lengkapilah kekurangan pasangan dengan kelebihan anda. Bantu mereka jika mereka memerlukan. Baru syok hidup berpasangan.


]]>
“10 Barang Keperluan Anak Ini Wajib Dibawa” Ujar Yatt Hamzah Ketika Ke Umrah. https://redaksi.com/4421-10-barang-keperluan-anak-ini-wajib-dibawa-ujar-yatt-hamzah-ketika-ke-umrah Tue, 04 Dec 2018 12:13:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4421 Membawa anak-anak pergi bercuti pasti seperti amat sukar pada para ibu bapa. Banyak barang untuk dibawa malah untuk melayan kerenah mereka yang mungkin banyak ragamnya. Sekarang ini musim cuti sekolah, sudah tentu ramai ibu bapa mengambil peluang untuk bercuti bersama-sama anak. Ada juga yang menunaikan ibadah umrah. Baru-baru ini kelihatan selebriti Yatt Hamzah juga menunaikan umrah bersama dengan anak-anaknya walaupun masih kecil, di lama instagramnya.

Yatt cuba berkongsi dengan ramai orang berkenaan dengan barang keperluan anak-anak kecil yang wajib dibawa ketika menunaikan Umrah di sana. Jom ikuti tips ini;

********

 

Bonda dan anak2 #theSucis pada malam terakhir kami di Madinah. Ya Allah janganlah jadikan gambar ini yg terakhir dpt ku ambil bersama anak2 ku..TQ suami ambilkan gambar. Ok siapa ibu bapa yg bakal menunaikan Umrah bersama anak2 kecil tak lama lagi angkat tangan sikit.

Please take note, 10 THINGS MUST BRING, WAJIB NECESSITIES FOR YOUR TODDLERS & BABIES;

1. WINTER CLOTHES (Jacket, Hat, Socks, Shoes, Gloves, Bedung, blanket, bantal, towel, etc) to keep them warm if pergi cuti sekolah Nov - Dec sbb sejuk sgt up to 8°C

2. UBAT2AN for kiddos & parents too & THERMOMETER!

3. FROZEN BABY FOOD & MOM'S MILK (Store in Coleman and minta flight attendants keep it refgirated if long hours flight)

4. WARMER to warm food & milk & Thermos WAJIB juga! Dlm flight minta je hot water nanti depa bg

5.Baby Wipes sbb cleaning is everywhere everytime also Baby clothes detergent to cuci muntah & sisa baby food & small hangers to hang them dry

6. Nursing cover or wear NURSING JUBAH & TUDUNG LIKE @SUCIBYYATTHAMZAH (sempat lg promote)

7. SMALL STROLLER IF possible YG BOLEH CARRY DI BAHU SENANG NK BW MASUK MASJID. Yg besar x lepas masjid. Ni utk yg anak ramai mcm Bonda sbb x mampu nak dukung semua.. 😅

8. Wrist bands to keep them safe, secured & close to us always. NI WAJIB!

9. 1 medium Baby Bag yg boleh masukkan all benda, milk, food, diapers, toiletteries, etc

10. TOYS TOYS & STORY BOOKS to keep them BZ so they won't kacau kita and others solat. Trust me this really gives a lot of relief.

Trust me.. All above ni mmg WAJIB BAWA. TAKPE JE KHASKAN 1 LUGGAGE JUST FOR ALL THESE NECESSITIES. Korang akan rasa sangat lega bila bawa semua ni..In shaa Allah. Selamat menunaikan Umrah dan Selamat berjuang DG anak2 Syurga

********

Semoga Selamat Perjalanan Yatt Hamzah Disana. Dan Semoga Bermanfaat Tips Ini Pada Orang Ramai.

]]>
Baca Pesanan Menarik Lelaki Ini, Jodoh Tidak Pernah Salah Orang! https://redaksi.com/1365-baca-pesanan-menarik-lelaki-ini-jodoh-tidak-pernah-salah-orang Wed, 27 Sep 2017 10:52:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1365 Jodoh merupakan perkara yang tidak diduga kerana ia merupakan perancangan Allah SWT yang tidak ketahui oleh hamba-Nya. Ia tidak akan datang bergolek jika kita sendiri tidak berusaha untuk mencarinya.



Kupasan menarik ini boleh anda ikuti menerusi perkongsian daripada penulis buku dan penceramah bernama Shukery Azizan di laman sosial beliau. Semoga impian anda untuk bertemu jodoh yang baik akan dipermudahkan Allah SWT.

Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Sebelum pergi lebih jauh, saya nak beritahu dua perkara. Yang pertama, ini adalah kupasan lanjut dari bab Apa Itu Takdir, dalam buku saya, Aku Bukan Malaikat, pada bab yang pertama. Takut nanti ada yang 'blur' pula.

Yang kedua, kita tengok dulu apa itu DEFINISI JODOH. Sebenarnya perkataan jodoh ni datang daripada bahasa Indonesia, yang dipinjamkan kepada bahasa Malaysia. Kalau ikut kamus Indonesia, jodoh ni maksudnya 'pasangan yang cocok' atau pasangan yang serasi.



Tetapi kalau dalam bahasa Arab, kalau kau nak tahu, perkataan jodoh ni sebenarnya tiada. Ya, tiada. Ulama' semasa bahas hukum pernikahan hanya guna istilah ( زَوْجٌ ) atau( بَعْلٌ ) untuk suami, dan ( زَوْجَةٌ ) atau ( امْرَأَةٌ ) untuk isteri.

Allah kata dalam Al-Quran, 'Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram bersamanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi kaum yang berfikir'.(Surah Ar-Rum 30:21)

Jadi, perbincangan kita dalam bab ini bukanlah hukum-hakam pernikahan, ini bukan buku fiqh. Tetapi perbincangan kita lebih kepada 'orang atau individu tertentu yang akan menjadi pasangan hidup kita.'

Saya dah huraikan dalam bab takdir yang mana jodoh ini dah ditetapkan dan apa PILIHAN yang kita ada adalah WAJIB buat PERSEDIAAN untuk dapatkan JODOH. Kita pilih sama ada nak dapat jodoh yang baik, atau yang buruk. Menjadikan diri sendiri sebagai calon pasangan yang berusaha ke arah sempurna, atau berusaha ke arah celaka. Atau mencari pasangan yang membimbing ke arah Syurga, atau mengheret ke arah Neraka.

Jodoh ini dah ditetapkan, sama ada kita dapat di dunia, ataupun di akhirat sana. Ada orang yang sempat bertemu jodoh di dunia, tetapi jangan lupa, sangat ramai juga yang hanya dapat menjadi mayat sebelum menjadi pengantin.

Contoh macam kisah seorang sahabat bernama Julaibib r.anhu, saya dah cerita masa bab takdir sebelum ni kalau kau perasan. Saya tak nak ulang panjang cerita dia, tetapi apa saya nak sebut adalah, Julaibib tak sempat pun berkahwin, sedangkan dia baru saja nak berkahwin dengan seorang sahabiah. Tetapi akhirnya dia syahid dulu sebelum sempat menjadi pengantin baru.

Pengajarannya, jangan pening-pening kalau kau baru umur 18 tahun tetapi tiada siapa nak kahwin dengan kau. Atau jangan pening kalau dah umur 30 tahun tetapi masih tak kahwin lagi. Kalau masih tak kahwin lagi, teruskan buat PERSEDIAAN untuk bertemu jodoh, dan jangan buat-buat lupa buat PERSEDIAAN juga untuk bertemu maut! Persoalannya, apakah itu PERSEDIAAN?

Sebelum saya cerita apa itu persediaan, mari abang 'payung' analogi sikit. Aduh, rosak bahasa Melayu. Waktu bulan Ramadhan, masa nak berbuka puasa kita selalu akan sebut apa? Biasanya kita akan sebut,

'Dah siap-siap nak berbuka belum?''Ish, lagi berapa minit nak buka ni. Dah buat persediaan berbuka belum?'

Ataupun waktu nak sambut hari raya, kita biasa akan sebut,

'Dah buat persediaan nak raya Cik Siti Pepsikola?''
Dengar cerita persediaan raya tahun ni meriah kau Jah?'

Jadi apakah maksud 'PERSEDIAAN' itu? Adakah kita akan duduk di dapur sambil tadah tangan dan menunggu makanan turun dari langit untuk kita berbuka? Atau adakah kita akan duduk di dalam bilik sambil menunggu pakaian raya turun dari langit untuk kita? Mestilah tidak.

Persediaan yang saya maksudkan adalah IKHTIAR dan USAHA. Ikhtiar sebelum dapat jodoh yang saya maksudkan adalah kau fikir dan PILIH jodoh macam mana yang kau nak. Tetapi janganlah fikir tu sampai hari-hari update status tentang,

'Saya menanti tulang rusuk kiri untuk memasakkan sup tulang untuk saya'.
''Kepada bakal imamku, aku sedia menunggumu hingga ke pintu kubur.'

Menyampah tahu. Jodoh ini dah ditakdirkan, jadi apa PILIHAN yang kita ada adalah dengan PILIH bagaimana jodoh yang kita mahu. Kita nak jodoh yang membawa ke Syurga, atau jodoh yang mengheret ke Neraka.

Sebab itu Nabi ajar dalam satu hadis, 'Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.' (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ramai orang anggap bahkan saya pernah terdengar orang kata, 'Kalau nak berkahwin, jangan tengok harta, keturunan dan kecantikan. Tengok agama saja, walaupun dia miskin, tak cantik atau tak hensem, dan keturunan yang teruk.'

Bila saya studi dan mengikuti beberapa perbahasan tentang hadis ini, baru saya faham bahawa Rasulullah ajar bukan tak perlu pedulikan kecantikan, keturunan dan harta. Tetapi apa Rasulullah anjurkan pada kita adalah, kalau kita nak pilih pasangan, pilihlah yang hartanya, keturunannya dan kecantikannya bersandarkan pada agama iaitu Islam. Bukan bersandarkan kepada perkara yang langgar syarak.

Pertama kita tengok harta dia dapat dari mana dan digunakan untuk apa? Adakah dia dapat harta daripada sumber yang patuh syarak? Atau dia dapat hasil dari merompak, judi, jual perkara haram dan sebagainya? Kemudian tengok ke mana pula harta dia selalu laburkan. Adakah dia bayar zakat? Adakah dia selalu sedekah? Ataupun kedekut tahi hidung masin? Atau selalu guna harta membazir shopping sampai tak ingat dunia?

Kemudian tengok pada keturunannya. Dia ini keturunan yang baik-baik, ataupun keturunan yang selalu langgar syarak? Studi tentang latar belakang keluarganya, saudara mara yang terdekat, makcik pakcik dan sebagainya.



Adakah daripada keluarga yang ikut syarak, atau langgar syarak? Siapa mak ayah dia? Siapa adik beradik dia? Siapa pakcik makciknya? Siapa saudara mara terdekatnya? Dan adakah mereka semua ini ikut perintah Islam? Dan juga tengok pada 'kesuburan' keluarga, maksudnya adik beradik dia ada berapa, mak ayah dia punya adik beradik ada berapa. Dan tengok juga ada saka atau tidak dan sebagainya. Semua ini penting, bukan main-main.

Kemudian tengok pada kecantikannya. Dia ini gunakan kecantikannya untuk apa? Guna kecantikan untuk jadi playboy lalu jadilah 'suamiku playboy '? Atau gunakan kecantikannya untuk jadi 'pisau cukur' kepada lelaki lalu jadilah 'isteriku curang'? Atau kecantikannya dijaga sesuai dengan perintah Islam?

Maksudnya, adakah kecantikannya disimpan dengan cara tutup aurat sempurna, tunduk pandangan, tahu malu, dan sebagainya. Atau adakah kecantikannya ditunjukkan kepada umum dengan cara buka aurat, kaki selfie, tak tahu malu, mata asyik jeling pada lelaki yang kacak, dan sebagainya.

Dengan kata mudah, 'pilihlah yang BERAGAMA ' itu adalah kita pilih seorang lelaki atau perempuan yang bukan hanya Islam pada nama dan IC, tetapi Islam juga pada harta, keturunan dan kecantikannya atau perbuatannya. Hadis ini juga terpakai untuk melihat belah lelaki, bukan sekadar perempuan.

Ok, selepas kau fikir dan pilih jodoh yang kau nak, kemudian kau USAHA untuk dapatkan apa yang kau fikir dan PILIH. Usaha adalah kau usaha sebaik mungkin MENGIKUT SYARAK untuk dapatkan jodoh yang kau fikir dan pilih. Maksudnya, kau boleh pilih dan usaha untuk dapatkan jodoh yang baik atau buruk.

Kalau nak dapat jodoh yang baik macam mana? Antaranya adalah:

* Ucap kalimah syahadah dan peluk Islam.

* Taat perintah Allah dan jauhi larangan Allah untuk peroleh taqwa.

* Ikut sunnah Rasulullah sebanyak mana yang boleh.

* Ikut dan buat dakwah tarbiah.

* Selalu bertaubat dan jaga amal.

* Cari ilmu antaranya belajar hukum hakam munakat atau perkahwinan termasuk juga buku psikologi antara lelaki dan perempuan.

* Selalu minta nasihat dengan orang yang dah lama kahwin seperti mak ayah, ustaz ustazah, pakcik makcik dan sebagainya.

* Ada keyakinan tinggi untuk kahwin, bukan sekadar sembang kencang.

* Belajar berdikari sama ada cari duit sendiri, tolong di rumah dan sebagainya.

* Kalau nak kahwin, guna orang tengah seperti mak ayah, ustaz ustazah yang dah kahwin, pakcik makcik, kawan baik yang dah kahwin, atau sebagainya yang dirasakan yakin untuk jadi orang tengah. Jangan sampai dia 'pangkah' kau, dia yang kahwin dengan pasangan tu. Tu bukan orang tengah lagi.

* Bertunang. Masa fasa tunang ini, belajar mengenal pasangan SEADANYA. Tunang bukan halalkan apa-apa termasuk ikhtilat, sekadar fasa untuk kita buat pilihan sama ada kita setuju atau tolak. Sebaiknya kurang dari tempoh 1 tahun (ini bukan nas, tetapi bersandarkan pengalaman).

* Bernikah.

Kalau jodoh yang buruk atau jahat pula macam mana? Antaranya adalah:

* Menolak untuk terima Islam dan jadi kafir.

* Langgar perintah Allah, selalu buat larangan Allah.

* Tinggalkan semua sunnah Rasulullah.

* Hina orang buat dakwah, perli orang yang nak berubah dan lain-lain.

* Malas dan tangguh taubat. Amal soleh lintang pukang.

* Malas baca buku ilmiah. Rajin baca novel cinta, tengok movie cinta, berangan pasal cinta dan sebagainya.

* Malas dengar nasihat terutama mak ayah. Rasa panas je telinga bila dengar nasihat. Bahkan sampai tahap derhaka pada mak ayah.

Bila mak kata, 'Tangguh la niat nak kahwin tu dulu. Kahwin lagi 2 tahun boleh?' 
Kau pun jawab, 'Arghh, mak tak faham saya mak. Mak kena faham agama. Mak tak baik halang anak muda nak bernikah. Patutnya mak nikahkan saya je. Tak payah tunggu habis belajar, ada kereta kerja bagai. Saya boleh jaga isteri saya.
'Padahal mak kau belum puas lagi lepas rindu dan bermanja dengan kau. Dah la balik kampung 5 bulan sekali je. Telefon mak ayah pun seminggu sekali, Itu pun sebab mak ayah telefon dulu.

* Jangan ada keyakinan diri. Sembang mesti kencang, baru boleh terbang.

Bila cakap bab kahwin, terus kata,'Emm, aku nanti dulu la kot.. Tahun depan muda lagi...'

* Cari crush dan couple. Kemudian ajak dating, keluar pergi sana sini, tengok wayang, pegang tangan dan sebagainya.

* Bertunang. Bertunang pun macam dah kahwin, siap pandai peluk-peluk lagi. Malah buat majlis pun sampai kos RM106,000.60 sen (termasuk GST). Padahal gaji sebulan RM906.00 je.

* Bernikah. Kemudian selepas nikah pun malas dan tak nak bertaubat, dan masih tak nak jaga amal.

Dan banyak lagi cara nak dapatkan jodoh yang buruk dan jahat. Pendek kata, jodoh ini dah ditetapkan, tetapi wajib adakah persediaan untuk dapatkan jodoh. Jodoh pula ada dua jenis, jodoh yang macam malaikat walaupun bukan malaikat, dan jodoh yang macam syaitonirrojim, walaupun lebih dahsyat dari syaitonirrojim.



Formulanya adalah :

Ikhtiar dan usaha atau persediaan dapatkan jodoh = Wajib.
Keyakinan yang Allah dah tetapkan jodoh = Wajib.

Di ruang yang kita boleh buat pilihan, kita boleh pilih jodoh yang ikut syarak, dan langgar syarak. Boleh pilih yang jalan pahala, atau jalan dosa. Boleh pilih yang jalan nikah, atau jalan zina.

Kalau 'Tersalah' Jodoh?

Ramai orang salah faham, yang mana bila dah bercerai, mereka merasakan jodohnya telah 'tersalah'. Ditambah pula jodohnya itu 'jahat', lagilah kuat sangkaannya merasakan tersalah jodoh.

Saya nak beritahu, jodoh yang Allah telah tetapkan TAK PERNAH SALAH. Punca cerai saya dah huraikan ke bawah. Setiap orang yang kita telah bernikah dengannya, itulah jodoh. Tetapi, saat sudah bercerai, maka 'tamatlah' jodoh itu. Jodoh boleh 'tamat'?Ketahuilah, tiada yang kekal di dunia ini, semuanya ada 'expired date', termasuklah mati, kecuali Allah Rabbul Jalil. Allah sahaja Maha Hidup dan tidak akan mati mahupun 'expired date' selama-lamanya.

Kalau kau berkahwin dengan orang yang 'buruk', boleh jadi itu berpunca daripada:

* Amal dan persediaan jodoh kau yang buruk, atau,

* Allah nak meningkatkan martabat iman kau dengan cara suruh kau bersabar, atau,

* Allah nak ampunkan semua dosa-dosa kau, atau, dan seumpamanya.

Kalaulah jodoh yang buruk itu dikatakan jodoh yang salah, maknanya Nabi Nuh dan Nabi Luth mendapat jodoh yang salah la ya? Sebab isteri mereka khianat dan ingkar perintah Allah dan suaminya. Begitu juga Asiah, kerana mendapat suami Firaun yang maha 'Buruk'.
I don't think so.

Kalau Cerai Pula Macam Mana?

Cerai pula adalah TAKDIR dan PILIHAN. Kenapa saya kata macam itu? Cerai adalah takdir kerana cerai ini di bawah pengetahuan Allah, Dia tahu penceraian akan berlaku. Sebab itu Allah ceritakan dalam Al-Quran, dan Rasulullah pun cerita dalam banyak hadis apa syarat bercerai, bagaimana boleh bercerai, apa berlaku kalau sebut talaq, bagaimana nak rujuk, berapa tempoh iddah, dan sebagainya. Allah dah tahu penceraian akan berlaku, sebab ia di bawah takdir Allah.

Cerai juga adalah pilihan sebab seperti yang saya beritahu dalam bab persediaan maut, 'Pengetahuan Allah TIDAK akan MEMAKSA untuk hamba-Nya lakukan apa yang diketahui-Nya.' Bercerai adalah pilihan manusia, dan manusia juga ada pilihan untuk tak bercerai. Sebab itu Rasulullah beritahu bahawa penceraian ini adalah perkara halal yang DIBENCI Allah.

'Sesuatu yang halal tapi dibenci Allah adalah perceraian' 
(Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan al Hakim)

Dalam Islam, penceraian adalah JALAN TERAKHIR pilihan suami isteri tersebut. Sebab itu dalam Al-Quran banyak ceritakan apa yang kena buat kalau suami isteri bergaduh, atau kalau isterinya nusyuz (derhaka) macam mana nak denda, dan sebagainya. Saya tak nak terangkan di sini, sebab ini bukan buku fiqh munakahat. Tetapi saya nak beritahu bahawa, penceraian juga adalah PILIHAN.

Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana. Allah tahu bahawa akan berlaku penceraian di kalangan hamba-Nya. Kalaulah Allah haramkan bercerai secara mutlak, mesti berlaku banyak kerosakan dalam dunia ini sebab tangan-tangan manusia. Dan salah satu sebab itulah Allah membenarkan cerai, tetapi sebagai langkah terakhir, dan juga perkara yang Allah benci.

Kau ada pilihan untuk mempertahankan rumah tangga, dan kau juga ada pilihan untuk bercerai. Kalau kau pertahankan rumah tangga kau, itu di bawah takdir Allah. Kalau kau bercerai pun, itu juga di bawah takdir kau.

Sebab itu antara perbualan Saidina Umar r.anhu yang sangat masyhur, satu hari Umar dengan sahabat nak pergi ke Syam. Sebelum sampai ke Syam, mereka dapat berita bahawa di sana ada merebaknya penyakit taun. Mereka akhirnya bermesyuarat, dan Umar mencadangkan supaya balik ke Madinah.

Itu yang kemudiannya seorang sahabat, Abu Ubaidah Amir al Jarrah r.anhu tanya kepada dia, 'Wahai Amirul mukminin, kenapa tuan ingin kembali ke Madinah dan lari dari qadar Allah?
'Kemudian Umar pun cakap, 'Kami lari dari qadar Allah kepada qadar Allah.'

Ingat, jodoh tidak pernah salah orang!

Wallahu'alam.

Sumber: Dipetik dari Bab 2 buku Aku Bukan Malaikat 1 karya Shukery Azizan.


]]>
Mula Berjimat Di Tempat Kerja, Barulah Duit Gaji Tahan Lebih Lama. https://redaksi.com/5283-mula-berjimat-di-tempat-kerja-barulah-duit-gaji-tahan-lebih-lama Thu, 21 Feb 2019 12:42:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5283 Bagi mereka yang kerja di bandar, masalah kewangan sememangnya akan memeningkan kepala setiap hari. Itu belum ditambah dengan kesesakan jalan raya, nak cari parking pun payah malah nak makan di tempat yang menjimatkan juga susah untuk ditemuai. Lagi bertambah-tambah pening kepala.

Ramai yan terpaksa berbelanja lebih hanya untuk duit minyak kereta, belanja makan, bahkan untuk meletakkan kenderaan. Bagi mengelakkan defisit kewangan, tentunya anda perlu mengurangkan beberapa perbelanjaan setiap bulan. Salah satu hal yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan ketika anda berada di tempat kerja.



1. Membawa bekal.



Perkara yang paling utama sekali adalah, jangan malu untuk membawa bekal ke tempat kerja. Tidak kiralah walaupun sekadar nasi goreng, janji dapat mengenyangkan perut anda. Jangan malu untuk menolak ajakan rakan yang sentiasa makan tengah hari di luar. Selain menjimatkan, ia juga sihat kerana bahan di dalamnya ditentukan oleh anda sendiri. Cubalah masak sekali sekala. Percaya atau tidak, anda boleh jimat beberapa ratus sebulan dengan masak sendiri! Lagipula dengan membawa makan dari rumah, anda tidak perlu lagi menggunakan kenderaan untuk pergi ke restoran atau gerai makan. Jimat kan?

2. Tinggalkan gaya hidup yang buruk.



Hentikan kebiasaan seperti merokok ataupun berbelanja (bershopping) di tempat kerja. Apabila ada masa terluang di pejabat itu, jangan sesekali pergi melihat sale-sale di ruangan media sosial anda. Bukan itu sahaja, jangan pergi scroll Shopee, Lazada, Watsons, 11Streets dan pelbagai lagilah. Semua perkara ini hanya membuat anda ingin membeli sahaja. Walaupun niat nak cuci mata sahaja, pasti anda akan terbeli juga barangan itu nanti.

3. Minum di tempat kerja.



Kalau di ruangan pejabat anda ada menyediakan pantry, rajin-rajinkan lah diri anda untuk minum di sana walaupun sekadar air kosong. Dari anda perlu mengeluarkan duit untuk berbelanja lebih baik anda guna apa yang ada. Tapi jangan anda lupa akan orang lain ye.


4. Kurangkan bersiar-siar.



Jika dulu anda sering bersiar-siar selepas waktu kerja ataupun hari minggu, nampaknya anda sekarang harus mengurangkan keinginan tersebut. Hal ini kerana selepas waktu kerja ataupun pada hari minggu sangat sinonim dengan kesesakan. Disaat kesesakan berlaku, petrol akan sangat cepat habis dan anda harus mengeluarkan wang lebih untuk mengisi petrol kenderaan anda. Selain itu juga, jika anda bersiar-siar selepas waktu kerja selalu, tidak ke badan akan jadi lebih penat untuk bekerja keesokan harinya?

5. Pilih pengangkutan yang menjimatkan.



Untuk lebih jimat, maka anda juga perlu menjimatkan penggunaan petrol anda. Anda boleh pilih sama ada untuk menunggang motosikal atau menggunakan pengangkutan awam. Jika kedua-dua perkara ini sukar buat anda, boleh sahaja menaiki kereta. Akan tetapi, pastikan kurangkan ‘idling’ kenderaan anda dan sentiasa servis kenderaan tepat pada waktunya untuk mengelakkan masalah lain berlaku.

Jangan malu apabila hendak berjimat ini. Banyak kelebihan yang bakal anda perolehi sekiranya lakukan ini. Anda pasti dapat menyelamatkan beratus-ratus wang gaji anda dari bulan sebelumnya. Selamat mencuba.


]]>
Lelaki Sejati Akan Berusaha Menghalalkan Wanita Yang Dicintai. https://redaksi.com/2141-lelaki-sejati-akan-berusaha-menghalalkan-wanita-yang-dicintai Fri, 27 Apr 2018 15:49:38 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2141 Mengungkap kata cinta amat mudah bagi seorang lelaki. Tetapi, buat lelaki sejati, dia mempunyai prinsip yang tersendiri. Cintanya hanya akan diberikan kepada orang yang benar-benar dia kasihi dan sayangi. “I love you.” Ungkapan itu akan diucapkan kepada yang halal sahaja.

Untuk menjadi lelaki sejati, dia juga telah mempersiapakan diri dengan sebaik mungkin. Ilmu agama terus dipelajari kerana dia tahu akan tanggungjawab yang perlu ditanggung kelak terletak di bahunya. Seluruh keluarga menjadi amanahnya. Jika keluarga berbuat dosa, dia jugalah yang akan menanggung akibat di akhirat kelak.


Rasulullah s.a.w dijadikan teladan dalam kehidupannya. Suka menerima nasihat daripada sesiapa sahaja hatta dari seorang budak kecil. Dengan demikian menunjukkan kerendahan hatinya dengan seseorang. Dia juga mencerminkan seorang pemimpin sebenar. Iaitu leader, bukan boss.

Leader bersifat menerima teguran, suka menasihati dan membimbing orang bawahannya dengan cara yang berhemah dan berlemah lembut. Boss pula hanya mengarah dan sering juga merendahkan orang lain, mengherdik dan memukul orang bawahannya.


Lelaki sejati, janjinya ditepati. Apabila dia katakan mahu berjumpa ibu ayah untuk melangsungkan perkahwinan, pasti dia akan tunaikan. Tidak mahu menjadi orang munafik katanya. Lagipun kenapa perlu berlama-lama dalam hal kebaikan. Adalah lebih baik dia terus mendapatkan wanita yang dia sayangi dari diambil oleh orang lain.

Apa sahaja cara untuk mendapatkan wanita tersebut pasti akan dilakukan. Yang pastinya bukan dengan cara yang haram. Berusaha keras untuk memenuhi permintaan calon ayah dan juga ibu mertua. Dia percaya, walau pahit diawalnya, pasti kemanisan akan terasa dipenghujungnya.

Pilihan terletak pada seorang wanita. Samaada mahu menerima lelaki tersebut mahupun menolak. Jika lelaki sebaik ini yang wanita tolak, maka rugilah kehidupan wanita tersebut. Pastinya akan kecewa apabila kehilangan lelaki itu. 


]]>
Tanya 45 Soalan Ini Sebelum Kahwin Untuk Pastikan Anda Tak Tersalah Pilih https://redaksi.com/144-tanya-45-soalan-ini-sebelum-kahwin-untuk-pastikan-anda-tak-tersalah-pilih Wed, 14 Jun 2017 16:30:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=144 Walaupun ramai orang yang selalu anggap perkahwinan sebagai kemuncak cinta setelah sekian lama berkenalan, sebenarnya terdapat banyak lagi sebab seseorang menerima perkahwinan. Ada yang kahwin sebab cinta, ada yang berkahwin sebab ditekan oleh orang tua, ada yang berkahwin sebab harta, ada yang kahwin sebab keturunan, ada yang kahwin sebab sunyi, ada yang berkahwin sebab rasa usia dah lanjut, dan macam-macam lagi. Apa pun sebab anda, anda harus sedar yang perkahwinan adalah komitmen sepanjang hidup, jadi pemilihan pasangan yang betul adalah urusan serius. Pastikan anda pilih dengan sebaiknya supaya tak menyesal di kemudian hari. Nah kami senaraikan 45 soalan anda perlu tanya pada calon pasangan untuk bantu anda buat keputusan dengan bijak:

1. Apa makna perkahwinan bagi anda?

2. Pernahkan anda berkahwin sebelum ini?

3. Anda pernah bercinta sebelum ini?

4. Jika ya, bagaimana hubungan tersebut berakhir?

5. Kenapa anda pilih saya sebagai calon pasangan?

6. Apa yang anda harapkan dari sebuah perkahwinan?

7. Apa rancangan hidup anda, di jangka masa dekat dan jauh?

8. Apa prinsip hidup anda?

9. Apa peranan agama dalam hidup anda?

10. Dari mana anda selalu belajar tentang agama?

11. Apa yang anda harapkan dari pasangan hidup anda dari segi agama?

12. Didikan agama yang bagaimana yang anda boleh berikan pada pasangan anda?

13. Apa peranan seorang isteri?

14. Apa peranan seorang suami?

15. Apa hobi anda di masa lapang?

16. Bagaimana cara anda buat keputusan dalam hidup?

17. Bila ada konflik dalam rumahtangga, bagaimana cara anda selesaikannya?

18. Bagaimana cara anda lepaskan kemarahan?

19. Bagaimana cara anda mahu pasangan anda lepaskan kemarahan?

20. Apa yang anda akan lakukan bila anda marah?

21. Selalunya, berapa lama masa yang anda ambil sebelum perasaan anda reda?

22. Apa pekerjaan ibu bapa anda?

23. Bagaimana hubungan anda dengan ibu bapa anda?

24. Bagaimana hubungan anda dengan adik beradik anda?

25. Sekerap mana anda bertemu dengan keluarga anda?

26. Bila berkumpul, apa aktiviti yang biasanya dilakukan bersama?

27. Di mana anda dibesarkan?

28. Anda ada berapa orang kawan rapat?

29. Sejauh mana hubungan anda dengan mereka?

30. Sekerap mana anda berjumpa dengan mereka?

31. Anda ada apa-apa penyakit?

32. Bagaimana cara anda jaga kesihatan?

33. Sejauh mana anda mahu kaya?

34. Bagaimana kedudukan kewangan anda sekarang?

35. Selain diri sendiri, siapa yang anda tanggung dari segi kewangan?

36. Bagaimana cara anda menghabiskan wang anda?

37. Bagaimana cara anda menyimpan wang anda?

38. Bagaimana cara anda akan uruskan hal kewangan keluarga?

39. Ada ada hutang? Dari mana? (Termasuk hutang kereta, PTPTN, pinjam wang ibu untuk baiki kereta atau pinjam duit kawan untuk makan)

40. Jika ada, apa yang anda sedang lakukan untuk membayar hutang-hutang tersebut?

41. Apa tanggungjawab kewangan anda dalam sebuah perkahwinan?

42. Apa yang anda harapkan dari pasangan anda dari segi kewangan?

43. Anda lebih suka isteri yang bekerjaya atau surirumah?

44. Kalau anda mahu isteri yang bekerjaya, bagaimana cara keluarga yang ada dua sumber pendapatan patut uruskan kewangan?

45. Apa cara terbaik untuk mendidik anak-anak?

Jika masih belum bertemu jodoh, mari daftar di Baituljannah.com

Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha untuk mencari? Mungkin jua anda buntu di mana, bagaimana. Sudah ramai pasangan yang bertemu jodoh di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, mari daftar di Baituljannah.com dan bina profil anda sekarang. Jadi salah seorang daripada mereka yang sudah mendaftar. Siapa yang tahu, mungkin anda akan bertemu jodoh di Baituljannah.com. Bina profil anda di Baituljannah.com sekarang juga. 

]]>
Cintai Aku Selamanya. https://redaksi.com/890-cintai-aku-selamanya Mon, 14 Aug 2017 11:27:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=890 Sebuah perkahwinan selalunya dimulai dengan perasaan cinta sesama pasangan. Cinta semakin mekar apabila akad nikah dilafazkan oleh suami pada majlis perkahwinan. Namun pernahkah terfikir bahawa cinta itu boleh semakin surut dan mungkin terus hilang selepas beberapa lama tempoh masa. Justeru apakah yang perlu dilakukan supaya cinta tetap mekar walau telah lama berkahwin? Memupuk perasaan cinta perlu dilakukan sepanjang masa. Cinta perlu dipupuk. Jika tidak, memang sukar untuk kekal saling mencintai selamanya.



1) Suami isteri perlu tahu apa yang disukai dan dibenci oleh pasangan. Rajin-rajin ambil tahu. Jangan buat apa yang dibenci. Barulah cinta sentiasa di hati.

2) Perlu pandai ambil hati pasangan. Misalnya beri hadiah pada hari tertentu. Boleh juga berikan hadiah kecil pada hari biasa sekadar untuk menggembirakan pasangan.

3) Layanan perlu sama dari awal perkahwinan hingga pada masa akan datang. Jangan ada beza. Jika masa awal kahwin, berjalan pegang tangan, teruskanlah walau sudah berusia warga emas.



4) Perlu bijak jaga penampilan. Janganlah hanya cantik ketika di luar rumah. Namun kelihatan tidak terurus kala di rumah bersama pasangan dan anak-anak.

5) Jaga pertuturan dan penggunaan bahasa terhadap pasangan. Walau marah sekalipun, usahlah tuturkan sesuatu yang boleh menyakitkan hati. Perlu ada rasa hormat dan berbicaralah secara berhemah.

]]>
8 Soalan Lazim Temuduga Sebelum Nikah. https://redaksi.com/720-8-soalan-lazim-temuduga-sebelum-nikah Thu, 03 Aug 2017 11:06:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=720 Ada sesetengah negeri mewajibkan bakal pengantin menghadiri sesi temuduga bersama tok kadi sebelum mendapat surat kebenaran untuk berkahwin.



1. Dua kalimah syahadah beserta maksud.

 

2. Al-fatihah

 

3. Istighfar.

4. Doa Qunut dan hukum jika tertinggal doa qunut dalam solat Subuh.

5. Rukun Iman.

  • Beriman kepada Allah S.W.T.
  • Beriman kepada Malaikat.
  • Beriman kepada kitab-kitab suci.
  • Beriman kepada para Rasul.
  • Beriman kepada hari akhirat.
  • Beriman kepada Qada' dan Qadar.



6. Rukun Islam.

  • Mengucapkan dua kalimah syahadah.
  • Mendirikan solat 5 waktu.
  • Berpuasa di bulan Ramadhan.
  • Menunaikan zakat.
  • Menunaikan haji bagi yang mampu.

7. Rukun Nikah.

  • Pengantin Lelaki
    • Perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.
    • Islam, baligh, berakal.
    • Tidak berada dalam ihram atau umrah.
    • Tidak dipaksa kahwin.
    • Tidak beristeri lebih dari 4 orang.
  • Pengantin Perempuan
    • Islam.
    • Tidak berada dalam ihram haji atau umrah.
    • Bukan isteri kepada seseorang.
    • Tidak berada dalam iddah.
  • Akad (Ijab & Qabul)
    • Lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab.
    • dan qabul.Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul.
    • Lafaz ijab.
    • dan qabul membawa maksud yang sama.
    • Had atau tempoh masa perkahwinan tidak boleh dinyatakan dalam lafaz ijab dan qabul.

  • Wali
    • Islam, baligh, berakal.
    • Merdeka.
    • Tidak berada dalam ihram atau umrah.
    • Bukan seorang lelaki yang fasik.

  • 2 orang saksi
    • Islam, baligh, berakal.
    • Merdeka.
    • Boleh melihat dan mendengar dengan baik.
    • Tanggungjawab wali bukan ke atasnya.

8. Lafaz niat mandi hadas.

a

Kami sertakan 8 soalan yang berpotensi ditanya sahaja tau. Jangan risau-risau okay. Soalan-soalan ini hanyalah soalan asas sahaja untuk memastikan anda dan pasangan sudah bersedia untuk membina keluarga dengan asas agama yang cukup.

]]>
Makan Malam Tidak Menggemukkan Sekiranya Mengikuti Tips Ini. https://redaksi.com/5122-makan-malam-tidak-menggemukkan-sekiranya-mengikuti-tips-ini Thu, 07 Feb 2019 16:42:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5122 Ramai dikalangan kita elak untuk makan malam kerana takut dengan kenaikan berat badan. Ada yang skip makan malam, tetapi akan menjadi lapar sekitar 12 tengah malam. Lapar pada tengah malam ini juga menandakan badan anda kurang nutrisi.

BETUL KE MAKAN MALAM BOLEH JADI GEMUK?

Salah satu faktor yang menyumbang kepada berlebihan berat badan adalah pengambilan makanan yang melebihi keperluan. Pengambilan makanan harian boleh dibahagikan kepada beberapa hidangan dalam sehari termasuk makan malam.

Oleh itu, makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan mengakibatkan berlebihan berat badan.

Apa yang penting adalah jumlah kalori yang diambil dalam sehari, tidak kira sama ada semasa sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam.

Namun begitu, makan malam sering kali dikaitkan dengan masalah kegemukan disebabkan oleh beberapa faktor:

1. Makan malam biasanya masa untuk berkumpul bersama ahli keluarga. Kajian mendapati makan dalam kumpulan yang ramai mempengaruhi saiz hidangan. Kita akan makan lebih banyak semasa makan bersama orang lain daripada makan bersendirian.

2. Sesetengah orang, terutama wanita, suka melangkau(skipping) waktu makan semasa di siang hari. Melangkau sesuatu waktu makan boleh menyebabkan kelaparan yang tidak terkawal dan membuat seseorang itu makan berlebihan terutama semasa makan malam.

3. Makan malam juga mungkin dijadikan sebagai salah satu cara untuk melepaskan tekanan selepas seharian berhadapan dengan pelbagai masalah. Bagi sesetengah orang, makanan dijadikan sebagai bahantara untuk melepaskan tekanan dan melupakan segala masalah yang dihadapi. Ini akan mengakibatkan pengambilan makanan secara berlebihan.

4. Waktu malam adalah waktu yang digunakan untuk berehat dan bersantai untuk melepaskan kepenatan setelah seharian bekerja. Masa rehat ini mungkin digunakan untuk menonton televisyen. Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan perkaitan antara menonton televisyen dengan masalah kegemukan. Ini kerana semasa menonton, kita akan cenderung mengambil makanan yang tinggi lemak dan kalori seperti ais krim, coklat, kerepek, keropok dan sebagainya.

PANDUAN MAKAN MALAM YANG SIHAT.

1. Utamakan makanan yang seimbang pada setiap waktu makan malam. Pastikan hidangan anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam atau kekacang serta sayur-sayuran mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.

2. Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan berminyak.

3. Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400-500 kalori.

4. Waktu makan malam yang sesuai adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya anda tidur lewat dan berasa lapar, anda boleh mengambil snek yang ringan sebelum tidur seperti buah-buahan, roti, biskut atau segelas susu suam.

5. Tidak digalakkan mengambil makanan pada lewat malam. Ini adalah kerana pengambilan makanan hampir dengan waktu tidur akan menyebabkan ketidakselesaan dan akan mengganggu tidur anda.

6. Elak makan malam sambil menonton televisyen. Ini adalah kerana anda tidak sedar berapa banyak anda makan sambil menonton rancangan kegemaran anda tersebut.

7. Elak mengambil teh atau kopi selepas makan malam. Pengambilan teh atau kopi boleh mengakibatkan gangguan tidur.

8. Sekiranya anda perlu menghadiri jamuan makan malam, anda tidak perlu makan semua jenis makanan yang dihidangkan. Makan secara sederhana dengan mengambil saiz hidangan yang kecil. Pilih makanan yang lebih sihat. Utamakan buah-buahan serta air kosong.

Selamat Mencuba Dan Semoga Bermanfaat!

]]>
Pengantin Baling Bunga Tangan, Apa Hukumnya? https://redaksi.com/6660-pengantin-baling-bunga-tangan-apa-hukumnya Mon, 29 Jul 2019 08:45:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6660 Buat yang sedang menghitung hari bahagia ini sudah tentu mempunyai pelbagai rancangan bukan? Baju apa nak pakai, macam mana keadaan majlis itu, berape ramai rakan nak diundang malah apa aktiviti yang akan memeriahkan lagi majlis itu nanti.

Tak cukup itu, ada yang plan nak ada bridemaid, nak ada acara baling bunga sebab nak nampak meriah.

Aishh, dah namapk macam ke arah barat dah kita punya plan tuh, elok ke buat macam itu? Bukan ke kita mahukan majlis kita ini mendapat keberkatan bukan sebaliknya.



Dah macam jadi trend pula pengantin perempuan baling bunga lalu percaya yang menerima bunga akan bakal jadi pengantin. Kalau dah sampai percaya ini dah bukan sekadar suka-suka sahaja dah ni.

Mungkin bukan anda yang akan buat tapi akan ada orang disekeliling yang akan buat. Jadi jom semak hukumnya bersama-sama melalui perkongsian Ustaz Farid Rashidi.



1. Tradisi begini bukan ajaran Islam ya. Ia budaya masyarakat barat atau kita panggil Mat Saleh. Omputih.

2. Hindarkanlah ya. Ia melibatkan ramalan sesuatu tanpa dasar. Meramal sesuatu macam jodoh itu juga dilarang dalam Islam.

3. Islam larang ikut amalan orang bukan Islam yang bertentangan dengan syariat.

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Daripada Ibn Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.”
[Riwayat Abu Daud, no.4031. Ahmad, no.5114, 5115, 5667]

Imam al-Hafiz Ibn Kathir menyatakan bahawa:

"Hadis ini menunjukkan larangan keras dan amaran bagi sesiapa yang menyerupai orang kafir pada ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan lain-lain perkara yang tidak disyariatkan serta ditetapkan ke atas kita."
[Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 1/87]

Alang-alang nak baling, ce baling durian musang kingke, duri hitamke. Amacam? Mahal tu.

Jom bantu saya share seluas-luasnya artikel ini untuk manfaat bersama. Moga ia dikira amal baik beroleh pahala.

]]>
Bercinta dari usia 14 tahun, tak sangka kini sah jadi pasangan suami isteri. https://redaksi.com/9037-bercinta-dari-usia-14-tahun-tak-sangka-kini-sah-jadi-pasangan-suami-isteri Mon, 30 Nov 2020 15:58:37 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9037 Orang kata kalau dah jodoh memang tak akan ke mana, walaupun putus di tengah jalan tapi bila sudah ditakdirkan bersama tentunya akan kembali bertemui. Tak kisahlah bermula dengan cinta monyet atau tidak.

Itulah yang dilalui oleh pasangan ini yang tidak sangka hubungan dibina dari zaman sekolah akhirnya ke jinjang pelamin.


Tak sangka akan viral

Muhamad Faiez dan juga isteri Nik Ain Suraya telah disatukan pada 16 Mac lalu sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), malah kisah pasangan ini telah tular selepas berkongsi video di aplikasi TikTok.

Menerusi laporan mStar, Faiez terjumpa kembali gambar-gambar lama dalam laptop iaitu kenangan semasa mereka mula-mula berkenalan semasa berusia 14 tahun.

“Jadi saya dapat idea nak buat video kompilasi gambar-gambar lama sehinggalah gamar kami yang sekarang.

“Video tu juga nak tunjukkan persahabatan kami selama lapan tahun, nak tunjuk yang kami dah ‘glow up’ bersama-sama.... jauh beza wajah yang dulu dan sekarang,” katanya.

Percaya akan jodoh ditetapkan

Katanya, dia juga sering mendapat pertanyaan berkenaan usianya yang masih muda untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.

Malah, dia juga percaya akan konsep jodoh yang ditentukan oleh Allah malah berdoa agar hubungannya kekal selamanya.

“Banyak yang kami dah lalui bersama sejak tahun 2012. Hubungan kami juga pernah terputus di tengah jalan.

Hampir enam bulan kami bawa haluan sendiri pada tahun 2016 tapi kalau dah jodoh akhirnya bersatu semula,” katanya.

Itu tindakan spontan

Tambahnya, akisnya yang spontan mengalirkan air mata sewaktu majlis akad nikah juga mendapat perhatian ramai. Dia yang tak mampu menahan sebak ketika itu juga membuatkan para tetamu lain mengalirkan air mata.

“Masa sebut aku terima nikahnya... saya memangis. Rasa satu beban tanggungjawab yang besar perlu ditanggung.

“Sebak kerana tak sangka dah lama kenal, akhirnya kami sah sebagai suami isteri.

“Saya rasa ini satu keputusan yang besar untuk jadi suami pada usia 22 tahun,” tambahnya.

Namun, kalau lihat kembali video tersebut rasa lucu dan ramai yang berjenaka mengenai video tersebut.




]]>
Percutian Yang Menjimatkan Boleh Anda Miliki Jika Ikuti Tips Ini. https://redaksi.com/4435-percutian-yang-menjimatkan-boleh-anda-miliki-jika-ikuti-tips-ini Wed, 05 Dec 2018 10:10:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4435 Semua orang pasti suka pergi bercuti bukan? Terutama jika pergi bersama rakan-rakan, keluarga dan juga pasangan anda. Pergi ke satu tempat untuk menikmati satu pemandangan yang cantik serta membantu menenangkan minda itu adalah kegemaran ramai orang. Tidak kiralah luar bandar atau dalam bandar, semuanya mempunyai keunikan yang tersendiri.

Tapi masalah kewangan akan sering kali menjadi kekangan untuk anda pergi melancong bersama orang yang tersayang. Jangan mudah putus asa dulu, terdapat beberapa perkara yang akan membantu anda untuk tangani masalah ini. Berikut adalah cara-caranya.



1. Rancang percutian terlebih dahulu.

Sebelum anda pergi bercuti, cuba lakukan perancangan terlebih dahulu. Terutama perancangan bila anda akan pergi, bersama siapa, di mana anda akan pergi serta berapa lama tempoh percutian itu. Jangan lupa untuk menyusun bajet anda dengan lebih baik dengan meletakkan tempat yang bakal anda lawati di tempat tersebut dan tempat makan yang mana menjadi target anda. Dengan membuat perancangan terlebih dahulu untuk hari pertama dan terkahir, ia akan membantu anda berbelanja mengikut bajet yang telah ditetapkan.

2. Elakkan musim cuti.

Sekiranya anda ingin bercuti dengan bajet yang jimat, anda tidak seharusnya pergi bercuti pada musim cuti sekolah atau musim perayaan. Hal ini kerana, ia akan membuatkan harga tiket serta harga hotel akan lebih mahal berbanding hari biasa. Bahkan ketika musim begini, tempat tersebut akan lebih padat dengan orang ramai, nanti anda sendiri tidak dapat menikmati percutian anda dengan lebih baik.

3. Tempah tempat penginapan.

Pilih penginapan yang selesa serta ia bersesuaian dengan bajet anda. Sebelum membuat pilihan mengikut cita rasa anda, pastikan anda membaca review terlebih dahulu mengenai hotel tersebut. Dan tidak lupa juga, pastikan anda lokasi yang menjadi pilihan anda itu tidak terlalu jauh dengan bandar serta tidak terlalu berada di dalam kampung.
Bahkan ia juga perlu berdekatan dengan pengangkutan awam, barulah mudah untuk anda bergerak nanti. Pastikan anda membuat carian dengan bijak, dan membuat perbandingan harga terlebih dahulu.



4. Cari tiket promosi.

Pada ketika ini, cuba mencari sesuatu yang lebih kepada promosi terutamanya kepada tiket perjalanan anda. Jika anda dapat mencari sesuatu yang lebih murah maka, anda boleh gunakan wang anda untuk perbelanjaan lain.
Tidak salah dengan membeli tiket setahun sebelum perjalanan bercuti kerana biasanya tiket akan lebih murah. Dan anda juga akan bernasib baik kerana anda boleh melihat tempat yang mana ingin pergi dan tempat makan mana yang lebih murah dan sesuai.

5. Gunakan pengangkutan awam.

Untuk lebih jimat, bolehlah anda menggunakan pengangkutan awam yang telah disediakan untuk pergerakan anda. anda boleh memilih bas, LRT, ERL atau apa sahaja untuk ke tempat tersebut. Cuba elakkan untuk menaiki teksi dengan kerap, hal ini kerana, harganya lebih mahal berbanding harga tiket bas dan yang lain.

Siapa kata bercuti tidak boleh berjimat malah melakukan pembaziran? Jika anda mengikuti tips-tips di atas ia bukanlah satu masalah terhadap perbelanjaan yang berlebihan.

]]>
5 Pertemuan Jodoh Yang Tak Disangka-Sangka, Korang Dah Ready Ke? https://redaksi.com/7599-5-pertemuan-jodoh-yang-tak-disangka-sangka-korang-dah-ready-ke Mon, 11 Nov 2019 14:33:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7599 Jodoh ini memang satu teka teki yang anda tidak boleh duga bukan. Siapa dia, di mana kalian akan berjumpa ataupun bila itu semua perkara yang anda tidak tahu. Apa yang anda tahu, bila sampai masanya, anda akan berjumpa dengan jodoh yang tepat buat diri anda.

Ketika bergelar bujang ini, bagi anda tentu jodoh ini perlu dicari. Mana tahu bila pergi melancong anda berjumpa dengannya, ataupun terlanggar bahu di jalan itulah jodoh anda. Bila fikir mengenai jodoh ini ia sesuatu yang tak disangka dan dijangka. Tapi itulah yang membuatkan anda ternanti-nanti akan jodoh anda.

Bagaimana kalau anda berjumpa dengan jodoh anda di 5 situasi ini. Mana tahu dia itu bakal teman anda hingga ke hari tua.



1. Rupanya dia kawan baik anda sendiri.

Kawan baik antara dua jantina yang berlainan ini bukan satu perkara yang asing lagi sebenarnya. Mula-mula berjanji kawan sampai kahwin tapi rupanya-rupanya, dia sememangnya kahwin dengan diri anda. Haaa... siapa tahu BFF anda itu bakal jodoh anda sendiri.



2. Kawan lama yang bertemu kembali.

Berkenalan di saat sekolah rendah, menengah mahupun di universiti, tapi dulu hanya sekadar kawan biasa sahaja. Tapi apabila berjumpa kembali ini, rasa terdetik pula ingin menjadikan dia pasangan hidup. Siapa tahu kalau jodoh anda itu adalah rakan lama anda sendiri, nak-nak kalau dulu anda penah menaruh hati padanya. Haaa, lagi lah tak jangka.



3. Berjumpa dari laman cari jodoh.

Sekarang ini dah macam-macam laman cari jodoh, bukan itu sahaja media sosial pun boleh dijadikan cara untuk mencari jodoh. Rupanya, selama ini jodoh yang anda cari ada di laman mencari jodoh rupanya. Jadi tak sia-sialah anda daftar ke laman itu.



4. Jodoh pilihan ibu bapa.

Mungkin ada orang berpeluang memilih jodoh sendiri, tapi ada juga yang ibu bapa pilihkan buat anak-anaknya. Tapi siapa sangka, pilihan ibu bapa anda itu sememangnya jodoh yang sudah tertulis buat anda. Walaupun gaya ini agak ketinggalan zaman, tapi kalau itu jodoh anda siapa yang boleh tolak bukan?



5. Orang yang pernah anda selisih faham.

Yang ini paling rare, kalian pernah selisih faham dan bergaduh hanya kerana kecil tapi kini dia menjadi teman anda hingga ke hari tua. Haaa, ini paling terkejut dan kelakar kalau kalian cerita pada anak cucu nanti. Orang kata jangan benci lama-lama sangat, kan dah jadi suami isteri.



6. Bekas kekasih rakan.

Ini kalau rakan anda masih belum move on memang boleh jadi gaduh, tapi itulah bukan jodoh dia tapi jodoh anda rupanya kekasih hatinya ini. Jadi nak buat macam mana kalau tak terima sahaja dengan hati yang terbuka.

Jodoh ini anda tak boleh duga siapa pun dia, tapi anda dah bersedia ke nak jumpa dengan dia dalam situasi yang tak dijangka?

]]>
Kenali Jenis-Jenis Ubat Selsema Anda, Biar Segera Sihat. https://redaksi.com/6369-kenali-jenis-jenis-ubat-selsema-anda-biar-segera-sihat Wed, 26 Jun 2019 10:23:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6369 Kalau tiba-tiba diserang selsema sudah pasti ia sangat melelahkan. Mana tidaknya, anda akan berdepan dengan sakit kepala, bersin berulang kali malah ketidakselesaan hidung. Apabila diserang selsema sudah tentu anda mahu segera sembuh dan kalau boleh ia tidak berpanjangan.

Ini kerana, selsema yang berpanjangan akan mengganggu tugas-tugas harian malah apabila mengambil ubat ia akan membuat anda terasa mengantuk. Tidak hanya itu kadang kala ia juga mengganggu waktu tidur anda.

Jika anda mengalami simptom seperti demam, sakit-sakit badan dan rasa diri tidak sihat, sudah tentu doktor akan menasihati anda untuk berehat, ambil air dengan secukupnya, maka makanan yang berkhasiat dan sebagainya. Demam boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi, oleh itu anda perlu menggantikan air yang hilang dari badan anda.



Elakkan bersenam ketika anda mengalami masalah ini!

Terdapat pelbagai ubat selsema dan cara untuk hilangkan selesema. Perkara pertama yang dibuat untuk rawatan selsema adalah dengan menjaga pesakit itu dengan baiknya terlebih dahulu.

Seperti yang kita tahu terdapat pelbagai jenis ubat selsema yang berada di pasaran, tidak kiralah yang ada di kedai serbaneka mahupun di farmasi serta klinik kadang kala kita ingin tahu adakah ubat tersebut berkesan untuk kita ataupun tidak. Sedikit perkongsian daripada artikel TheDiagnosa ini mungkin akan membantu anda.

Jenis Ubat selsema

Terdapat beberapa jenis ubat selsema yang boleh didapati di farmasi tanpa memerlukan preskripsi dari doktor. Ini bermaksud anda tidak perlu beratur panjang untuk berjumpa dengan doktor semata-mata untuk mengambil ubat selsema.

Ubat demam, ubat anti-histamine, ubat untuk hidung tersumbat dan juga ubat batuk boleh membantu untuk mengurangkan simptom ketika mana anda menghadapi masalah ini. Tetapi ia tidak akan menyebabkan selesema anda cepat sembuh. Ini kerana majoriti daripada masalah selesema adalah disebabkan jangkitan virus yang akan baik dengan sendirinya.

Baca label ubat tersebut dengan berhati-hati. Tetapi adalah lebih baik untuk anda bertanyakan kesan sampingan pengambilan ubat selesema yang anda akan ambil dari ahli farmasi. Ini kerana ada sesetengah ubat selesema akan menyebabkan anda berasa mengantuk dan tidak mampu bekerja.

Kita pun tahu bahawa ada yang ingin mengambil ubat ini untuk mengurangkan simptom supaya dia boleh bekerja seperti biasa. Tetapi jika dia mengambil ubat yang menyebabkan rasa mengantuk, sudah tentu kerja yang ingin dibuat itu tidak akan selesai.

Keadaan pesakit akan menjadi lebih bahaya jika ubat tersebut diambil ketika hendak memandu kereta pada jarak yang jauh. Oleh itu, penting untuk anda bertanyakan kesam sampingan ubat tersebut kepada ahli farmasi ataupun doktor yang merawat anda.



Ubat ‘decongestant'(Untuk hilangkan hidung tersumbat)

Ubat ini berfungsi untuk mengecutkan saluran darah dibahagian hidung untuk mengurangkan penghasilan hingus. Oleh itu, ia boleh membantu untuk mengurangkan hidung tersumbat.

Beberapa jenis ubat ini adalah:

• Ephedrine
• Pseudoephedrine



Ubat anti-histamine

Ubat anti-histamine terdapat beberapa generasi. Ubat yang selalu digunakan adalah chlorpheniramine (piriton). Ia merupakan ubat generasi pertama. Diphenhydramine (Benadryl) juga selalu digunakan terutamanya bagi pesakit yang mempunyai batuk sekali. Selalunya ia menyebabkan rasa mengantuk kepada pesakit kerana kemampuannya merentas untuk masuk ke dalam bahagian otak.

Generasi ubat antihistamine ke-dua pula selalunya tidak menyebabkan rasa mengantuk sebagai contoh loratadine dan juga cetrizine.

Ubat anti-histamine ini digunakan untuk merencat penghasilan histamine dikawasan hidung supaya penghasilan hingus dapat dikurangkan

Ubat Gabungan

Terdapat juga kombinasi kedua-dua ubat ini digunakan dan selalunya ia lebih berkesan.

]]>
Orang Lelaki Lebih Suka Mengejar Wanita Berbanding Dikejar Wanita. https://redaksi.com/7455-orang-lelaki-lebih-suka-mengejar-wanita-berbanding-dikejar-wanita Thu, 10 Oct 2019 11:43:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7455 Sebagai wanita, pernah tak anda kena reject dengan orang lelaki?

Kalau tak pernah pun, tentu anda pernah suka akan seseorang akan tetapi tahu-tahu orang itu suka akan orang lain. Ini sudah tentu ramai yang pernah alaminya bukan, anda ingat dia rapat dengan anda sebab dia sukakan anda rupanya dia hanya ingin berkawan je dengan anda.

Orang perempuan ini memang cepat perasan, nak-nak lagi kalau ada lelaki yang memandang dirinya. Terus sahaja mula keluar perangai gedik, suara manja dan macam-macam lagi. Eh, betul ke gaya memikat anda itu?

Ramai yang tak sedar orang lelaki ini ada satu sikap dalam misi mencari cinta mereka. Di mana mereka ini bukannya memilih sangat atau apa pun, akan tetapi ada satu yang mereka suka lakukan iaitu menyukai seseorang yang sukar untuk dia perolehi.

“Orang lelaki lebih suka kejar wanita berbanding dikejar wanita.”

Jika bertemu dengan wanita yang jual mahal, biasanya orang lelaki ini akan sedaya upaya cuba memikat hatinya, sedangkan ada sahaja wanita yang menanti dan menginginkan lelaki tersebut tetapi mengapa dia lebih pilih yang susah dapat.

Bagi orang lelaki, semakin sombong perempuan itu terhadap lelaki, maka semakin mahal pada mata mereka. Mana tidaknya, kalau orang perempuan yang kejar lelaki ini mudah je nak dapat, tapi yang jual mahal ini yang payah sikit.



Sebab itu lelaki akan lebih berusaha untuk memikat hati perempuan yang sedikit jual mahal dan sombong, ini kerana apabila dia jual mahal dan sombong tentu sahaja susah mana-mana lelaki ingin mendekatinya. Sebab itu mereka memilih perempuan yang seperti ini berbanding wanita yang mudah dapat.

Pernah dengar bukan, orang lelaki ini kalau nak cari pasangan hidup, dia akan nak cari yang baik-baik yang mendapat didikan yang baik dari ibu bapanya. Sebab itulah dia memilih perempuan yang sukar dapat, kerana ia lebih berharga di mata mereka.



Sebagai seorang perempuan dan wanita,

Anda perlu sentiasa menjaga maruah diri anda. Walaupun anda menyukai seseorang jangan segera untuk mengejarnya. Tetapi sentiasa berdoa kepada Allah agar anda dijodohkan bersamanya. Barulah itu namanya jodoh dari Allah.

Kadang kala bila anda terlalu mengejar, anda mungkin akan dipermainkan sahaja. Jadi lebih baik anda menjaga nama baik diri sendiri dan keluarga anda. Itu lebih baik.

]]>
Jadikan Aktiviti Cat Rumah Sebagai Aktiviti Gotong Royong Bersama Keluarga. https://redaksi.com/4479-jadikan-aktiviti-cat-rumah-sebagai-aktiviti-gotong-royong-bersama-keluarga Fri, 07 Dec 2018 14:07:39 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4479 Pada zaman sekarang, sukar untuk kita melihat ahli keluarga melakukan aktiviti gotong-royong bersama pada hari minggu. Ini kerana kebanyakan daripada kita mengupah pembantu rumah untuk menolong melakukan kerja-kerja rumah. Disamping mengemas rumah seperti membuang sampah atau barang yang tidak digunakan lagi, mengecat rumah juga adalah aktiviti gotong-royong yang menyeronokkan.

Walaupun, pada masa kini mengecat rumah seolah-olah out dated kerana majoriti daripada kita menggunakan wallpaper, namun ia boleh dijadikan aktiviti bersama keluarga untuk mengeratkan hubungan. Pasti ramai sahaja berteka-teki, asalkan hujung minggu pasti tiada aktiviti mahu dibuat.

Jadi, jom lakukan aktiviti ini bersama keluarga dan ikuti tips mengecat ini…

Berikut beberapa tips berkaitan memilih warna cat ruang tamu yang tepat buat kediaman anda. Mungkin ia dapat membantu anda mencari inpirasi untuk menerapkan warna cat yang sesuai buat ruang tamu kediaman anda.

1. Pilihlah warna yang mampu memberikan kesan hangat, ghairah, energy dan penuh kasih sayang. Warna-warna sebegini akan membuatkan suasana ruang tamu menjadi lebih akrab ketika dikunjungi tetamu. Antara warna hangat yang disyorkan buat anda ialah warna coklat, oren, kuning dan peach.

Warna Cat Ruang Tamu - women online magazine (2)

2. Untuk memberikan suasana yang sejuk di dalam ruang tamu, pilihlah warna hijau, warna cat biru dan warna ungu. Ketiga-tiga warna ini akan memberikan suasana sejuk serta efek ruang tamu yang lebih luas, lapang dan lebih lebar. Tentunya keadaan ini akan memberikan keselesaan buat anda dan tetamu. Warna tersebut juga memberikan kesan yang luas untuk ruang tamu anda yang sempit.

Warna Cat Ruang Tamu - women online magazine (3b)

3. Bagi anda yang ingin mendapatkan suasana neutral di ruang tamu, anda disarankan memilih warna-warna neutral seperti putih, krim dan beige lembut. Warna-warna sebegini sangat popular dan lebih menenangkan, terutama bagi anda yang tidak tahu skema warna atau tidak mempunyai konsep warna yang jelas untuk ruang tamu.

Warna Cat Ruang Tamu - women online magazine (1b)

Jika mahu mengecat di ruang kamar tidur pula, anda boleh mengikuti tips ini;

1. Biru Muda.

Warna Cat Bilik Tidur 1 - Woman Online Magazine

Warna biru muda pada dinding bilik tidur akan memberikan kesan tenang, sejuk dan harmoni. Jika ingin bilik tidur anda berasa sejuk, pilihlah warna biru muda.

2. Putih.

Modern White and Cream Interior Design of Bedroom

Ini adalah warna cat bilik tidur yang biasa kita lihat hampir di setiap kediaman. Warna putih akan membuatkan penampilan bilik tidur anda kelihatan lebih ringan dan cerah. Jika anda menyukai kelengkapan tidur daripada furniture kayu, warna cat bilik tidur putih akan membuatkan kelengkapan tersebut nampak lebih ‘kelas’.

3. Ungu Cair.

Warna Cat Bilik Tidur 3- Woman Online Magazine

Warna ungu cair atau ungu muda menciptakan kesan elegan dan romantik. Bagi mendapatkan tidur malam lebih selesa dan berkualiti, jangan teragak-agak untuk memilih warna ungu muda . Warna ini sering digunakan dalam design rumah minimalis.

4. Merah Jambu.

Warna Cat Bilik Tidur 4- Woman Online Magazine

Warna merah jambu atau pink, sangat dominan, mampu memberikan kesan segar dan lembut. Aplikasikan dengan furniture yang “wall to wall” untuk menjadikan bilik tidur anda nampak kemas dan modern. Bilik tidur dengan warna ini sesuai buat anda yang berjiwa lembut dan feminin.

Selamat Mencuba!

]]>
Lelaki Lebih Suka Jual Mahal? Ini 5 Sebab Mengapa Mereka Sebegitu. https://redaksi.com/3608-lelaki-lebih-suka-jual-mahal-ini-5-sebab-mengapa-mereka-sebegitu Tue, 25 Sep 2018 09:46:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3608 Wanita mungkin akan lebih bersifat terbuka jika dirinya menyukai seseorang. Bahkan dia akan menunjukkan bahawa dirinya adalah pilihan yang terbaik. Berlainan pula dengan lelaki. Mereka ini dikatakan lebih menyimpan perasaan mereka serta kelihatan sedikit sombong apabila didekati wanita. Bahkan sikap mengendahkan seseorang yang menyukai dirinya akan kerap kali berlaku walaupun usaha yang terbaik penah diberikan oleh seorang wanita. Jadi, mengapa mereka berkelakuan seperti ini?


1. Dia mempunyai pilihan hatinya.

Mungkin anda melihat dirinya seolah-olah tidak mempunyai pasangan. Tetapi anda tidak tahu benar akan keadaan hatinya. Boleh jadi sahaja, dirinya telah mempunyai pilihan hatinya sendiri. Sama seperti anda, menyukai dirinya tetapi tidak berbalas. Bahkan dirinya sanggup menunggu pilihan hatinya sedar akan kehadiran dirinya. Ia seperti anda menanti dirinya tetapi dia menanti orang lain.

2. Belum bersedia untuk mendekati wanita.

Anda lelaki yang dirinya belum bersedia untuk jalinkan satu hubungan yang serius, maka dia lebih untuk hidup bebas tanpa pasangan berbanding mempermainkan hati perasaan wanita. Jadi sebab itu lah dia sedikit sombong dan jual mahal terhadap anda. Bagi dirinya, dia masih belum bersedia untuk menambah sebarang komitmen lain selain dari dirinya serta keluarganya.


3. Penah kecewa.

Lelaki yang anda sukai itu, kemungkinan masih berharap pada bekas kekasihnya. Ataupun dirinya masih lagi belum move on dari cinta lamanya. Sebab itu, dirinya tidak mahu melayani wanita lain kerana, dia masih belum mampu melupakan bekas kekasihnya. Bukan itu sahaja, dirinya juga masih tidak mampu membuka hati untuk orang lain.

4. Anda bukan cita rasanya.

Apabila kita menyukai seseorang, sudah pasti lah dia itu orang yang kita rasa sesuai dengan kita bahkan memenuhi cita rasa diri kita. Apabila dirinya tidak melayani anda dengan baik, walaupun tahu mengenai perasaan anda, itu bermakna anda masih lagi belum memenuhi cita rasa dirinya. Jika begini, adalah lebih baik anda mencari orang lain sahaja.

5. Dirinya sudah mempunyai pasangan.

Perkara yang paling tepat selalunya adalah mereka ini sudah mempunyai pasangan dan mereka setia terhadap pasangan mereka. Jadi sebab itu lah mereka tidak melayani anda. Bagi mereka, hati pasangan mereka adalah lebih penting untuk dijaga. Bahkan dirinya bukan seorang yang suka mempermainkan hati dan perasaan orang lain.

Lima sebab ini adalah mengapa anda selalu tidak diendahkan oleh seseorang yang anda minati. Jadi jangan terus berharap pada mereka yang tidak sudi. Adalah lebih baik mencari seseorang yang sanggup menerima kelebihan dan kekurangan diri. Dan yang paling penting lebih menyayangi kita.


]]>
Wanita Mudah Emosi? 5 Sebab Mengapa Mereka Ini Mudah Marah. https://redaksi.com/2937-wanita-mudah-emosi-5-sebab-mengapa-mereka-ini-mudah-marah Sat, 21 Jul 2018 14:44:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2937 Marah atau beremosi dengan tiba-tiba kerap berlaku pada seorang wanita. Mereka ini juga kerap kali tidak tahu punca sebenar mengapa mereka marah tidak tentu pasal. Rasa marah pada dasarnya merupakan hal yang wajar, karena setiap manusia diciptakan memiliki emosinya sendiri-sendiri. Namun, apabila rasa marah itu muncul begitu saja pada pasangan tanpa alasan yang jelas maka pasti itu membuat pasangan berasa bingung. Berikut sebab mengapa wanita marah tidak tentu masa.


1. Kurang mendapatkan perhatian.

Perhatian sering kali menjadi hal penting dalam sebuah hubungan. Wanita selalunya inginkan perhatian yang lebih. Apabila mereka ini mula diabaikan mereka akan mencari punca untuk bergaduh ataupun anda memberi perhatian kepada diri mereka semua.

2. Kepenatan.

Wanita memerlukan lebih banyak waktu rehat dan tidur. Apabila mereka tidak cukup akan dua perkara ini, mereka akan mula tidak pandai mengawal emosi mereka. Mereka juga lebih cenderung untuk marah tanpa sebab terhadap pasangan mereka.

3. Merasa curiga.

Berhati-hatilah anda wahai kaum lelaki. Wanita ini akan marah apabila mereka merasa curiga terhadap anda. Terutama mereka melihat sesuatu perkara yang tidak disukai dilakukan oleh anda. Jangan biarkan kecurigaan ini mendatangkan pelbagai masalah dengan menimbulkan emosi yang tidak baik pada pasangan.


4. Rasa kecewa.

Tiada manusia yang sempurna lari dari kesilapan. Begitu juga dengan anda, tanpa anda menyedari bahawa anda telah membuat kesilapan yang membuatnya kecewa. Wanita lebih kerap marah apabila dia merasa telah kecewa dengan pasangannya. Ketidakpuasan adalah apa yang menyebabkan dia tiba-tiba marah tanpa sebab kepada anda.

5. Rasa tidak dihargai.

Semua orang mahu merasa disayangi dan dihargai oleh pasangan mereka, terutama wanita. Pada dasarnya, dalam hubungan kita harus menghormati satu sama lain. Biasanya, kerana salah satu pihak ego akhirnya mengakibatkan perasaan diabaikan. Maka dengan itu wanita akan cuba untuk memberontak terhadap perbuatan anda.

Masih terdapat beberapa perkara lain yang boleh membuat wanita marah kerana tidak ada sebab yang tepat. Sebagai pasangan yang baik cuba sensitif terhadap perubahan sikap dan emosinya.


]]>
15 Perkara Paling Seronok Kahwin Ketika Usia 20-an. https://redaksi.com/171-15-perkara-paling-seronok-kahwin-ketika-usia-20-an Fri, 16 Jun 2017 10:04:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=171 Bagi yang memilih untuk berkahwin muda, mungkin ini antara perkara yang anda dan pasangan rasakan.



1. Anda sudah jumpa seseorang yang kenal dan tetap menyayangi anda di saat anda masih belajar tentang hidup dan dalam proses menjadi matang.

2. Ada 'kick' yang lain daripada dating. Anda berdua tahu yang anda berdua bersama bukan sahaja untuk getaran cinta, tapi untuk sama-sama menggalas tanggungjawab yang datang bersama. Tapi sebab anda ada pasangan yang dicintai dan mencintai anda, semua benda jadi lebih seronok dan mudah.

3. Bila anda rasa sedih atau 'down', anda seperti ada penyorak sendiri. Contohnya: "Seperti Malaysia, baby pun boleh!" "Sayang dungibap!" "You are still the best!" "Abang, shine bright like a diamond!



4. Keluarga anda tidak akan asyik mahu carikan jodoh untuk anda. Sebab dah kahwin pun.

5. Anda berdua belajar bersama tentang perkara-perkara yang penting untuk menguatkan dan mengekalkan hubungan anda berdua, bersama-sama.

6. Anda penat macam mana pun (lebih-lebih lagi baru mahu meningkat naik dalam karier), bila balik nanti pasangan anda ada di rumah.

7. Masa kawan-kawan anda sedang sibuk bercerita tentang masalah hubungan mereka dan kekasih atau orang yang mereka baru hendak kenal, anda rasa bersyukur sebab anda dan
pasangan sudah melepasi fasa itu.

8. Ada seseorang yang selalu mengingatkan anda yang anda disayangi.



9. Anda dan pasangan menghadapi cabaran hidup perlahan-lahan bersama-sama dan mengajar satu sama lain.

10. Kawan baik, buah hati, 'partner in crime' - semua dalam satu.

11. Apabila hubungan sudah stabil, anda boleh fokus dalam memantapkan kerjaya.

12 Walaupun perkara kecil, tapi sekarang anda boleh buat aktiviti seharian dengan ada peneman. Lagi seronok dan bersemangat basuh baju, kemas rumah, beli barang dapur etc.

13. Kalau rasa seperti mahu dating tapi rasa malas nak bersiap atau keluar atau mungkin juga tengah tiada bajet, anda dan pasangan boleh lepak tengok movies di rumah saja.

14. Anda boleh jadi diri anda sendiri sepanjang masa. Bila tengah geram ke, bila sakit perut ke, bila rasa gembira ke, bila rasa malas ke, bila rasa tak mahu mandi lagi ke, tak apa.



15. Mungkin ada kawan yang cakap "Mudanya kahwin. Sayangnya." Tapi anda sendiri lebih suka dan selesa begini. Dan tak menyesal pun.

]]>
Ketahui Bahayanya 'GBS' Kepada Bayi Baru Lahir, Ibu-Ibu Yang Mengandung Jangan Pandang Ringan Akan Perkara Ini Kerana Ia Boleh Bawa Maut. https://redaksi.com/4844-ketahui-bahayanya-gbs-kepada-bayi-baru-lahir-ibu-ibu-yang-mengandung-jangan-pandang-ringan-akan-perkara-ini-kerana-ia-boleh-bawa-maut Thu, 10 Jan 2019 21:20:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4844 Memiliki anak sememangnya impian suami isteri, di mana ia adalah amanah Allah yang sememangnya dinanti-nantikan. Namun begitu, tidak mudah buat seorang ibu mengandung untuk melalui pelbagai ujian ketika detik kehamilannya yang sememangnya kadang kala mencabar hati ibu-ibu. Pelbagai jenis penyakit mudah dijangkiti oleh ibu-ibu mengandung ini.

Anda tahu mengenai GBS atau nama saintifiknya Group B Streptococcus, di mana ibu-ibu yang mengandung mempunyai peluang untuk menerima jangkitan ini. Jangan memandang ringan akan perkara ini kerana ia mampu membawa maut.

Menurut Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan wanita dan kehamilan, Group B streptococcus (GBS) adalah kuman atau Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum (tempat simpan najis sebelum dikeluarkan) dalam 2-4 dalam 10 wanita ( 20-40%).

GBS ini bukanlah sesuatu yang berbahaya, tetapi bacteria ini boleh memberikan kesan kepada bayi yang dilahirkan. Kadang-kadang GBS ini boleh memberikan kesan yang serius kepada bayi yang dilahirkan.



GBS ni apa?

Bukan Geng Bas Sekolah ye

Group B streptococcus (GBS) adalah kuman/Bakteria yang terdapat pada faraj dan rektum ( tempat simpan najis sebelum dikeluarkan ) dalam 2-4 dalam 10 wanita ( 20-40%)

Bacteria ini tidak dipindahkan melalui hubungan kelamin dan kebanyakkan wanita yang ada GBS ini tidak menujukkan apa-apa symptom.


                          

Menjadi pembawa kepada GBS ini bukanlah sesuatu yang berbahaya, tetapi bacteria ini boleh memberikan kesan kepada bayi yang dilahirkan. Kadang-kadang GBS ini boleh memberikan kesan yang serius kepada bayi yang dilahirkan, dan amat jarang ketika kehamilan dan sekiranya proses proses bersalin belum bermula.

Bagaimana nak kesan GBS?

GBS boleh dikenalpasti ketika hamil bila sample dari faraj / sampel dari rectum atau ujian air kencing.

Kita TIDAK suruh semua ibu hamil untuk menjalani ujian saringan untuk GBS pada ketika ini kerana :

                        

🌀Kebanyakan wanita yang ada GBS, melahirkan bayi yang sihat dan tidak ada jangkitan GBS

🌀Saringan GBS pada lewat kehamilan, tidak boleh secara tepat meramalkan bayi mana yang akan terkena jangkitan GBS

🌀Tiada ujian sariangan yang benar-benar tepat. Jika ujian saringan menujukkan tiada GBS – tidak bermakna 100 % ada bukan pembawa GBS

🌀Kebanyakkan bayi terkena jangkitan GBS yang serius adalah bayi yang tak cukup bulan, sebelum sempat kehamilan disaring untuk GBS pada 35 hingga 37 minggu

🌀Pemberian antibiotik kepada semua pembawa GBS bermaksud sebilangan besar wanita akan menerima antibiotik yang mereka tidak perlukan sebenarnya.

Ape kesan GBS kepada bayi?

Kebanyakan bayi yang kena GBS semasa lahir dan mereka selalunya tidak menimbulkan apa-apa masalah. Walau bagaimanapun, jika anda adalah pembawa GBS, ada risiko kecil bayi anda akan terkena jangkitan GBS , seterusnya menyebabkan bayi sakit tenat ataupun meninggal.

1 dalam 1750 kelahiran bayi di diagnos dengan jangkitan awal GBS ( early-onset GBS infection ). Jangkitan GBS ini lazimnya menyebabkan bayi mengalami jangkitan kuman teruk ( sepsis ) , jangkitan pada peparu ( pneumonia ) dan jangkitan pada lapisan otak ( meningitis )

Walaupun jangkitan GBS ini boleh meragut nyawa bayi, dengan rawatan segera dan optimum, banyak bayi akan sembuh sepenuhnya. Perlu diingatkan, dalam bayi yang terkena jangkitan GBS ini, 1 dalam 19 ( 5.2 %) akan meninggal dan dalam yang terselamat tu, 1 dalam 14 ( 7.4%) akan ada permasalahan jangka panjang.

Jangkitan GBS akan lebih senang berlaku sekiranya :

✔️Bayi pramatang - lagi awal bayi dilahirkan lagi tinggi risikonya

✔️Sebelum ni pernah ada bayi yang pernah terkena jangkitan GBS

✔️Ibu ada demam atau menunjukkan tanda-tanda jangkitan kuman ketika hendak bersalin

✔️Ketika hamil, ada keputusan yang menyatakan bahawa ibu memang ada GBS dari air kencing atau sample faraj

✔️Air mentuban sudah pecah melebihi 24 jam sebelum bayi dilahirkan

Bagaimana mengurangkan risiko jangkitan GBS kepada bayi?

🔴Jika sample air kencing menunjukkan ada kuman GBS, anda perlu terus dimulakan rawatan antibiotic. Jangan berlengah ! Rawatan antibiotic juga perlu ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur darah.

🔴Kalau sample dari faraj yang menunjukkan ada GBS – rawatan antibiotic ini perlu ketika dalam proses bersalin sahaja – diberikan melalui salur darah.

🔴Jika ada bayi yang terkena jangkitan GBS untuk kehamilan yang lepas-lepas, kena berikan antibiotik ketika dalam proses bersalin – diberikan melalui salur darah

🔴Walaupun seseorang wanita tu takda GBS, jika ada tanda-tanda jangkitan kuman ketika nak bersalin, ibu akan diberikan antibiotic juga melalui salur darah yang merawat banyak bacteria termasuk kuman GBS.

🔴Jika proses bersalin sudah bermula selepas 37 minggu ( kelahiran pramatang ) doctor akan menasihatkan ibu menerima antibiotic dalam salur darah walaupun takda GBS.

❗️Ibu yang ada GBS, kita tidak beri antibiotic SEBELUM proses bersalin bermula kerana tindakan ini TIDAK mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan GBS. Tak perlu antibiotic selagi proses kelahiran belum bermula. Hanya terima rawatan antibiotic ketika hendak melahirkan – dapat mengurangkan risiko bayi mendapat jangkitan GBS dalam minggu pertama selepas dilahirkan 1 dalam 400 hingga 1 dalam 4000 kelahiran.

❗️Kalau anda sudah ada tarikh untuk kelahiran secara caesarean dan ada GBS, anda TIDAK PERLU antibiotic untuk mengurangkan risiko jangkitan GBS pada bayi, melainkan air mentuban telah pecah. Biarpun begitu, bila kita nak buat pembedahan caesarean, SEMUA ibu akan diberikan antibiotic sebelum pembedahan bermula untuk mengurangkan risiko untuk pelbagai jenis jangkitan yang berkaitan dengan pembedahan

‼️Beritahu doctor mengenai ubat yang anda allergic kepada. Kemungkinan besar ubat yang ada allergik tu adalah antibiotik yang perlu diberikan untuk GBS.

👶🏻Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang ada GBS akan dipantau oleh doktor paediatrik, untuk mengenalpasti bayi akan ada jangkitan kuman GBS. Rawatan antibiotik akan dimulakan jika difikirkan perlu oleh doktor paediatrik .


                          

Bayi yang terkena jangitan kuman GBS akan menunjukkan

👶🏻Nafas berbunyi, susah untuk bernafas

👶🏻Selalu mengantuk dan tiada respon

👶🏻Otot-ototnya lembik

👶🏻Tidak minum susu dengan baik, atau kurang susu

👶🏻Demam atau mempunyai suhu rendah

👶🏻Perubahan pada warna kulit (blotchy skin)

👶🏻Nadi bayi menjadi laju atau terlampau perlahan

👶🏻Tekanan darah menjadi rendah – boleh dikenalpasti di hospital

👶🏻Paras gula darah bayi rendah – bole dikenalpasti di hospital

👀Jika ada tanda-tanda ini, hendaklah segera mendapatkan rawatan doktor. Jika lewat boleh menyebabkan kesan yang serious sehingglah boleh membawa maut.

Jangan melompat-melompat kebimbangan kalau doktor cakap anda ada GBS, biarkan doktor explain terlebih dahulu. Ada rawatan untuk mengurangkan risiko jangkitan GBS pada bayi.

]]>
Cara Menghadapi Lelaki Gila Kerja (Workaholic). https://redaksi.com/487-cara-menghadapi-lelaki-gila-kerja-workaholic Mon, 17 Jul 2017 12:46:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=487 Lelaki yang selalu ada di samping pasangannya adalah dambaan seorang wanita. Namun lain pula cerita sekiranya kekasih hati itu adalah seorang yang terlalu komited terhadap kerjaya atau workaholic. Meskipun kebarangkalian si dia membuka ‘cawangan’ lain adalah rendah, namun bersedialah anda ‘dimadukan' dengan kesibukan pekerjaannya. Kita semak cara mengawal keadaan sekiranya berdepan pasangan yang gila kerja ini.



1. Perlu komunikasi yang baik.

Bukan sedikit hubungan berakhir kerana satu pihak merasakan dirinya tidak diberi perhatian sewajarnya. Wanita perlu berterus-terang dengan nada lembut bahawa memerlukan sedikit masa dan perhatian daripada lelaki yang tersayang. Lelaki pula jangan pandang remeh perkara ini. Walaupun sibuk dengan kerja, curilah masa untuk bersama dengan orang tersayang.

2. Luangkan masa dengan teman.

Daripada memikirkan si dia yang selalu sibuk dengan pekerjaannya, lebih baik mengajak teman untuk keluar bersiar-siar. Pastikan teman daripada kalangan wanita dan beritahu terlebih dahulu kepada teman lelaki anda. Pasti rasa sepi itu akan berkurangan.



3. Bincang keutamaan lelaki.

Wanita tidak perlu meminta sesuatu yang drastik seperti menyuruh si jejaka itu berhenti kerjam semata-mata kerana anda rasa diabaikan. Sebaliknya bersabarlah dan tanyakan dengan berhemah, siapa yang sebenarnya menjadi keutamaan si lelaki. Anda atau pekerjaannya? Minta si dia berlaku jujur dan sekiranya jawapannya tidak berpihak kepada anda, anda boleh memikirkan semula hubungan kalian berdua. Namun jika sebaliknya, yakinlah dan bersabarlah dengan kesibukannya.

4. Lakukan perkara yang sama.

Sesekali tidak salah untuk anda melakukan perkara yang sama kepada si dia. Cuba anda sibukkan diri dan tidak bertanyakan khabar kepadanya. Sekiranya si dia mula menghubungi anda, beritahu yang anda sedang sibuk dan lihat bagaimana reaksinya. Andai si lelaki begitu menyayangi anda, dia akan mula menghargai anda dan mencuri masa untuk keluar bersama.

]]>
Persediaan Lelaki Untuk Berdepan Dengan Perkara Pelik Bakal Isteri Setelah Berkahwin. https://redaksi.com/2912-persediaan-lelaki-untuk-berdepan-dengan-perkara-pelik-bakal-isteri-setelah-berkahwin Thu, 19 Jul 2018 15:36:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2912 Bagi lelaki yang mempunyai adik perempuan yang ramai, mungkin mereka sudah mengetahui perkara-perkara pelik yang bakal mereka lalui. Tetapi tidak juga, kerana setiap tabiat perempuan adalah berbeza, lebih-lebih lagi dengan wanita yang lelaki cintai.


Sebelum berkahwin berkemungkinan banyak perkara yang wanita sembunyikan, tetapi setelah berkahwin, bagaimana mahu sembunyi? Bangun pagi sahaja muka suami yang si isteri perlu hadap dahulu.

Jom ketahui perkara-perkara pelik yang bakal anda lalui…

1. Rambut.

Lelaki perlu ketahui tentang perkara ini, apabila memiliki isteri yang bertudung, sudah tentu dimana-mana sahaja akan kelihatan rambut berguguran. Jika isteri anda memiliki rambut yang panjang, jangan terkejut di kamar mandi nanti kelihatan gumpalan rambut yang mengerikan. Bahkan dibantal tidur juga pasti ada sahaja rambut berguguran.


Jadi, jangan di sebabkan perkara kecil ini anda menjadi stress ya! Kutip atau sapu sahaja rambut itu dan buang.

2. Baju tidur.

Sebelum berkahwin si lelaki pasti melihat pakaian yang cantik sahaja dikenakan oleh teman wanita, belum lagi melihat mereka mengenakan baju tidur. Daripada baju tidur pasar malam sehelai RM10 sehingga lah ke baju kelawar. Ini kerana baju ini sahaja yang sangat selesa untuk dikenakan pada waktu malam jika kepanasan.

Jangan lah menganggap kaum wanita memakai baju tidur seperti di dalam drama melayu atau rancangan barat. Jauh sama sekali. Belum lagi dilihat dengan rambut yang kusut masai. Masha Allah. Harap wanita bersedia untuk sentiasa cantik di depan suami kelak.


3. Usai bangun tidur.

Jangan terkejut lihat air liur basi mereka nanti. Wanita itu lah yang anda akan hidup bersama kelak.

4. Masakan.

Jika sebelum berkahwin anda pasti dihidangkan dengan masakan yang dimasak oleh teman wanita bukan? Tetapi anda pernahkah melihat cara bagaimana mereka memasak di dapur? Jangan terkejut jika isteri anda masak dengan keadaan yang bersepah dan tidak pandai mengemas setelah memasak.


5. Senggugut atau PMS (Pre-Menstrual Sindrom).

Sebahagian daripada wanita ada yang mengalami senggugut sehingga mereka tidak boleh berjalan dan menghadapi kekejangan diperut berlanjutan. Mereka hanya mampu terbaring keseorangan dan tiada mood untuk melayan sebarang kerenah orang lain termasuk ahli keluarga sendiri. Hati-hati! Jika mereka tidak pandai mengawal emosi, anda lah sebagai ketua keluarga perlu bijak mengatasi masalah ini.

Selain daripada itu, anda juga akan menyaksikan pemborosan seorang wanita ketika membeli barang mekap dan kosmetik dan yang paling utama bahasa kiasan wanita. “Siapa lagi gemuk, saya atau perempuan tu?”, “Mana lagi cantik? Kuning ke pink?”, “Abang, dah lama kita tak pergi kedai makan tu kan?”….

Hati-hati dalam memberi jawapan, adakah anda sudah bersedia untuk menjadi seorang suami?

 

 

]]>
Perempuan Selalu Trauma Nak Bercinta Kembali Sebabkan Perkara Ini, Betul Ke? https://redaksi.com/8337-perempuan-selalu-trauma-nak-bercinta-kembali-sebabkan-perkara-ini-betul-ke Tue, 07 Jul 2020 02:31:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8337 Bila kita mendekat dia pula menjauh, eh jual mahal betul dia ini. Selalu kita anggap perkara ini terhadap seorang perempuan tanpa ketahui isi hatinya terlebih dahulu. Bukan dia tidak berkenan dengan diri anda atau jual mahal, tetapi dia ini lebih kepada trauma dalam hubungan cinta.

Setiap wanita kadang kala terlalu mudah memberi harapan dan mudah untuk jatuh cinta. Bila mana cintanya tidak berbalas atau hubungannya tidak berjaya, dia mula tidak yakin dan trauma akan hubungan yang baru.


Wanita ini mudah saja, bila anda cukup beri perhatian dan kasih sayang pada dirinya tentu dia akan setia kepada anda.

Nak tahu apa yang menjadi punca seorang wanita menjadi trauma dalam percintaan?

Pernah berdepan kekerasan dalam hubungan

Mana-mana wanita tentunya akan serik jika berdepan dengan perkara. Sudahlah tidak dihargai, ini pula diperlakukan tanpa belas malah menggunakan kekerasan. Mungkin luka di luar sudah sembuh tapi luka di dalam tentu saja dia yang masih merasai. Paling kesian mereka ini terbayang-bayang akan saat itu.



Ditipu pasangan

Menjadi seorang yang lebih berhati-hati dalam mencari pasangan kerana pernah mempunyai pengalaman ditipu oleh pasangan yang lepas. Mana-mana perempuan yang dalam situasi ini tentu agak keliru dengan mereka yang ikhlas dan dengan mereka yang ingin ambil kesempatan.

Terkesan dengan kisah orang lain

Sering membaca cerita akan penderaan ataupun pengkhianatan dalam hubungan, membuatkan seseorang terkesan lalu trauma dalam hidupnya. Nak-nak lagi jika orang yang berkongsi cerita itu adalah orang yang paling dekat dengannya, sedikit sebanyak tentunya akan memberi kesan kepada dia.



Takut akan perbezaan

Perbezaan pendapat, cita rasa dan juga rutin akan membuatkan seseorang berteka teki untuk menjalinkan hubungan atau tidak. Mana tidaknya, perbezaan ini yang akan menimbulkan konflik. Bukan mudah nak tangani perkara ini jika masing-masing tidak mahu capai kata sepakat.

Pernah bertepuk sebelah tangan

Bertepuk sebelah tangan sememangnya menyakitkan. Mana tidaknya, anda telah beri harapan kepadanya tetapi sudahnya anda tidak diperduli dan juga ditinggalkan. Malah, anda juga bukan pilihannya tentu perkara ini memerlukan masa untul dirawat.

Wanita ini adalah seorang yang berhati lembut dan sensitif, tapi bila mana dia takut dan trauma dia boleh menjadi seorang yang keras dan tidak pedulikan orang lain. Jadi, hati-hati dalam melukakan hati orang.



]]>
Kadang Rasa Annoying Tapi Tetap Sayang… https://redaksi.com/7386-kadang-rasa-annoying-tapi-tetap-sayang Tue, 01 Oct 2019 18:08:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7386 Dalam mana-mana hubungan pastinya ada salah seorang yang berperangai annoying atau menyakitkan hati. Tak kira sama ada tingkah laku, mahupun percakapannya. Namun, annoying annoying pun sayang jugak.


Dulu sebelum memilih dia, sanggup saja terima perangai dia walau tak suka macam mana pun. Yelah, perasaan cinta dan sayang mengatasi segalanya. Selepas dah dapat dia, haruslah layankan saja perangai dia yang pelik atau annoying itu. Mulut je kata annoyed, tapi kalau sehari tak jumpa si annoying tu mesti tak senang duduk kan? Mesti rindu kan?



Perempuan biasanya yang bersikap annoying ini, suka buat pasangannya marah dengan benda-benda kecil. Kadang-kadang tu sengaja cari pasal, lepastu bila kena marah, tahu pula merajuk. Sebagai lelaki anda perlu faham terlebih dahulu perangai pasangan anda yang sebegitu. Jangan marah si dia secara melulu, mungkin si dia lain dari yang lain. Kalau tidak ada perangainya yang begitu, mungkin sunyi hari-hari anda.

Lelaki ni kata je perangai perempuan annoying la, menyakitkan hati la, tapi dia tetap sayang sebenarnya. Lebih baik ada pasangan yang sebegini daripada yang sunyi dan tegas sahaja. Nak bergurau pun susah. Perempuan ni walaupun kadang-kadang berperangai annoying, tapi ada masa dia boleh bertegas dan manja juga. Itu bukannya sifat semulajadi yang akan diakhiri, tapi itu hanyalah watak sampingan yang hanya ditunjukkan kepada orang yang dia sayang saja.



Walau apa pun perangai pasangan anda, selagi tidak memudaratkan dan merosakkan hubungan, hargailah dia dan waktu-waktu bersamanya selagi dia ada. Bila suda tiada nanti rindu memanjang pula. Biasalah manusia selalunya bila ada depan mata tidak dihargai, bila dah hilang tahu pula tercari-cari.

]]>
Perasaan Cemburu Mampu Membahagiakan Atau Memudaratkan? Hati-Hati. https://redaksi.com/3228-perasaan-cemburu-mampu-membahagiakan-atau-memudaratkan-hati-hati Tue, 14 Aug 2018 12:29:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3228 Cemburu itu kadang kala sememangnya indah, mana tidaknya ia dianggap sebagai tanda kasih sayang seseorang pada diri kita. Cemburu ini juga hadir kerana perasaan takut kehilangan yang sangat mendalam pada diri seseorang. Ramai orang beranggapan sifat cemburu ini adalah satu sifat yang peribadi pada diri setiap orang, sedangkan cemburu ini mempunyai dua jenis.


Yang Pertama adalah cemburu sebagai tanda menyayangi seseorang, sama anda pasangan, suami isteri mahupun adik beradik. Cemburu yang seterusnya adalah perasaan ingin menguasi atau memiliki. Di mana ia berlaku apabila lahir perasaan takut kehilangan atau takut kekurangan. Apabila seseorang terlalu ingin menguasi dan ingin mengikat pasangan ia mmembuat sebalah pihak tidak berasa selesa, maka lahirlah hubungan yang tidak sihat.

Sebab-sebab cemburu.

Cara pertama untuk membezakan cemburu yang berkaitan dengan kasih sayang atau kerana ingin memiliki anda adalah seperti berikut. Jika seseorang mempunyai perasaan cemburu kerana sayang akan anda, mereka ini mempunyai alasan yang cukup jelas mengenai perkara tersebut, tetapi jika perasaan cemburu itu kerana ingin memiliki anda, ia akan mudah untuk berasa cemburu terhadap perkara-perkara yang remeh tetapi boleh jadi kepada satu isu yang sangat besar.


Tindakan ketika cemburu.

Bagaimana untuk membezakan sikap cemburu ini? Ia adalah melalui bagaimana seseorang itu mengawal sikap cembuunya. Jika dia sayang akan anda, anda boleh melihat dirinya akan cuba untuk mengawal emosi dan bercakap dengan baik mengapa dia boleh cemburu. Dia juga ingin bercakap dan membincangkan bagaimana mencari penyelesaian terbaik untuk masalah ini. Manakala, jika sebaliknya, mereka ini tidak akan cuba untuk mengawal emosinya dengan baik, malah mereka ini akan terus menyerang anda. Mereka juga tidak akan cuba untuk menerima alasan yang tidak munasabah. Kadang kala ia sehingga mengakibatkan kecederaan.

Mempunyai kebebasan dan larangan.

Walaupun mempunyai rasa cemburu, seseorang yang menyayangi anda itu tidak akan cuba untuk mengawal dan menghalang pasangannya melakukan sesuatu yang disukainya serta menghubungi orang lain. Dia juga akan turut memberikan keyakinan yang tinggi terhadap anda. Manakala, jika dirinya hanya terlalu ingin memiliki anda, dirinya akan mula membuat peraturan dengan menghalang dan menyekat segala gerak geri anda.

Nah ini dia perbezaan anda perasaan cemburu kerana sayang dan perasaan cemburu kerana ingin memiliki anda sepenuh hatinya. Jadi hati-hati terhadap cemburu anda dan pasangan.


]]>
Akad nikah dibenarkan di KL dan Putrajaya melalui temujanji bermula hari ini https://redaksi.com/8788-akad-nikah-dibenarkan-di-kl-dan-putrajaya-melalui-temujanji-bermula-hari-ini Tue, 27 Oct 2020 13:22:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8788 Berita gembira buat bakal pengantin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, jika sebelum ini terpaksa menunda majlis perkahwinan atau pernikahan, kini anda dibenarkan mengadakan majlis akad nikah bermula hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bagaimanapun kebenaran tersebut hanya boleh dilakukan di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).


Menerusi laman Twitter miliknya, pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

“Majlis ini hanya dibenarkan melalui temujanji dan penggiliran serta jumlah kehadiran tidak melebihi 10 orang.

“Bagaimanapun, Wilayah Persekutuan Labuan masih tidak dibenarkan mengadakan majlis ini kerana kebanyakan kawasan berada dalam Zon Merah,” katanya.

Jelasnya lagi, sebarang keraguan boleh terus rujuk kepada pihak JAWI.





]]>
Jangan Mudah Terpedaya, 4 Mitos Tentang Lelaki Yang Tidak Semestinya Benar Tapi Anda Percaya. https://redaksi.com/2774-jangan-mudah-terpedaya-4-mitos-tentang-lelaki-yang-tidak-semestinya-benar-tapi-anda-percaya Tue, 10 Jul 2018 12:29:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2774 Ramai yang beranggapan seorang lelaki itu tahan lasak, kasar, suka yang cantik sahaja dan pelbagai lagi. Tetapi sebenarnya, itu hanya kesimpulan yang dilakukan ke atas beberapa lelaki yang dijumpai. Namun begitu, kesimpulan itu tidak menggambarkan keseluruhan sikap seorang lelaki. Apa mitos yang selalu dikaitkan dengan orang lelaki ini? Jom ketahuinya.


1. Lelaki tidak suka bercakap mengenai perasaan.

Wanita selalu disifatkan dengan lebih terbuka apabila bercakap mengenai hati dan perasaan, manakala lelaki pula tidak. Sebenarnya, lelaki juga cenderung untuk meluahkan perasaan mereka kepada seseorang yang mereka rasa selesa ataupun percaya. Sebagai contoh, sahabat baiknya ataupun pasangannya.

2. Lelaki sukakan perkara yang aktif dan lasak.

Pada masa ini, tidak semua lelaki akan berminat terhadap perkara yang lasak. Mereka ini boleh sahaja mempunyai minat terhadap masakan mahupun membaca buku. Walaupun ia dianggap bersifat wanita, namun ia boleh dilakukan oleh kedua-dua jantina ini dengan baik. Jadi jangan beranggapan asal lelaki sahaja mereka ini aktif dan lasak.

3. Lambat matang.

Wanita sememangnya akan lebih cepat matang berbanding lelaki. Tetapi itu tidak bermakna lelaki ini lambat matang. Anda sahaja lelaki yang cepat matang berdasarkan pengalaman hidup mereka. Bukan faktor umur ataupun tahap kecepatan mereka berakil baligh.


4. Menyukai wanita seksi.

Tidak semua lelaki akan tertarik dengan pemakaian seseorang, terutama mereka yang seksi ini. Setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza. Jadi anda tidak boleh merumuskan seseorang dalam semua perkara.

Empat perkara ini selalunya disalah anggap oleh seorang wanita. Itu yang menyebabkan ramai wanita lebih mudah membuat kesimpulan terhadap perkara yang lelaki suka, sedangkan setiap orang mempunyai rasa suka yang berlainan. Maka kenali pasangan anda dahulu, jangan membuat rumusan secara terburu-buru.

]]>
Jangan Tak Tahu, Sebelum Bergelar Isteri, Wanita Boleh Meletakkan Mahar 'Tidak Mahu Poligami'. https://redaksi.com/6394-jangan-tak-tahu-sebelum-bergelar-isteri-wanita-boleh-meletakkan-mahar-tidak-mahu-poligami Thu, 27 Jun 2019 15:17:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6394 "Bila suami kata nak bermadu, rasa bagai dihempap pohon yang besar, sakitnya."

Poligami atau bermadu begitu sensitif bagi mana-mana perempuan. Siapa yang sanggup berkongsi kasih dengan orang yang kita sayang. Sebab itulah bila bercakap mengenai hal ini, wanita mudah melenting, mudah merajuk dan mudah naik marah. Ini kerana mereka tidak suka hal ini diperkatakan, yelah, kata-kata itukan satu doa.

Tiada wanita yang sanggup bermadu, tetapi sebagai seorang hamba Allah, kita tidak boleh tolak ketentuan yang telah tertulis. Jodoh, Ajal dan rezeki itu sudah tertulis buat seseorang individu. Namun begitu, tidak salah kalau kita sebagai bakal isteri ini lakukan persiapan dari awal perkahwinan lagi.



Menurut dalam perkongsian Mizan Dzai, sebagai bakal isteri kita oleh meminta mahar daripada pihak suami di mana suami tidak boleh bernikah lain selagai anda hidup dan menunaikan kewajipan sebagai seorang isteri. Haa, tekejut bukan?



Bila difikirkan, ada ke lelaki nak terima mahar sebegini? Jom kita sama-sama baca perkongsiannya.

Tak rela. Tak terfikir. Tak terlintas. Tak tercapai dek logik akal yang adik akak semua bakal dimadukan.

Betul?
Tapi kalau ada adik akak yang dah bersedia seawal mula bernikah, anda luar biasa!

Sebab itu sebelum kita melangkah ke alam perkahwinan, perlu untuk persiapkan diri dengan ilmu dan kepentingan serta hak sebagai seorang isteri.

Sebagai bakal isteri, perlu untuk kau tahu apa yang sepatutnya kau minta sebelum dinikahi dan seperti yang kebanyakkan kita tahu, Mahar iaitu Mas Kahwin itu merupakan salah satu syarat dalam pernikahan.

Ini tidak, asik dok sibuk fikir pasal hantaran RM25,000 la, handbag Louis Vuitton la, baju sanding bertatahkan batu Swarovski la, nak Anuar Zain menyanyi kat kenduri la apa la.

Udah-udah ler buang duit tu, ikut kemampuan.

Untuk pengetahuan adik akak, Mahar ini merupakan pemberian dari boyfriend atau kekasih hati kepada kau, calon mempelai wanita dimana nilainya ditentukan oleh kau sendiri dan dalam pelaksanaannya nanti nilai tersebut dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Kerana itulah dia, Mahar yang merupakan tanda kesungguhan dari lelaki untuk bernikah dan kau berhak menentukannya supaya tak ada penyesalan dalam rumahtangga esok.

Kata nak anak dara orang, takkan yang jantan-jantan ni main sondol sesaja ye tak?

Kata sanggup redah lautan api, kata sanggup genggam bara api menjadi debu?

Bila ditanya tentang Mahar ini, kau digalakkan untuk meminta supaya selama kau masih hidup dan masih boleh menunaikan kewajipan sebagai seorang isteri, suami tak boleh bernikah dengan perempuan lain.

Biasanya lelaki akan kata Mahar yang kau minta itu tak logik, sepertinya mengharamkan poligami dalam Islam.



Seperti satu diskriminasi buat kaum lelaki yang kononnya gagah perkasa, kacak bergaya dan mampu menjaga lebih dari seorang isteri.

Tak adik akak, langsung tidak.

Para Ulama dah membahaskan tentang perkara ni panjang lebar. Tang mana yang adik akak minta sebagai Mahar tadi kononnya mengharamkan poligami yang dibolehkan dalam Al Quran?

Contoh senang faham, lepas kahwin esok suami tak boleh makan budu sebab isteri tak suka bau dan rasa budu sebab kau akan loya misalnya, adakah itu bererti kau sebagai isteri mengharamkan budu?

Wanita yang meminta syarat Mahar seperti ini adalah kerana baginya ianya berfaedah untuk dia dan anak-anak nanti.
We called it long term investment.

Cuma mungkin untuk adil, kedua-dua pihak kena meletakkan syarat.

Andai kata si isteri tidak mampu memberikan zuriat pada si suami, tugas sebagai isteri memberi zuriat anak tidak tercapai, maka hendaklah dibenarkan suami menikahi orang lain seperti Nelofa atau Aida Jebat.

Tapi, kau yang suami pun tak rugi mana sebab hanya tak boleh buka cawangan baru semasa isteri masih hidup dan semasa dia masih boleh menunaikan kewajipan sebagai isteri.

Kecuali kalau isteri tu sakit bertahun-tahun dan tak mampu jalankan tugas sebagai isteri, haa menikahlah kau lagi dua tiga orang.

Itu dibolehkan oleh Para Ulama.

Dipersetuju dari kitab Al-Mughni karya Ibnu Qudamah halaman 93 iaitu ;

“Yang wajib dipenuhi adalah syarat (yang bakal isteri minta) yang manfaat dan faedahnya kembali pada isteri misalnya, suami takkan membawa isteri keluar dari rumah atau dari kampungnya, tidak kemana-mana dengan membawanya atau tidak akan menikah ke atasnya”

Syarat seperti ini wajib ditepati oleh si suami, untuk si isteri dan kalau tak ditepati maka si isteri berhak meminta dihapuskan nikahnya (bukan jatuh Talak).



Hal ini diriwayatkan dari Umar bin Khattab R.A dan Saad bin Abi Waqas Muawiyah dan Amr bin ‘Ash.

Kadang, isteri kita ni cuma ingin jadi seperti Fatimah, puteri baginda Nabi yang seumur hidupnya tidak dimadu oleh Saidina Ali bin Abi Thalib, sepertinya Khadijah yang selama berumahtangga dengan Rasulullah SAW juga tak pernah dimadu.

Kalau yang lelaki suka mencontohi Rasulullah, kenapa yang wanita tak boleh mencontohi Khadijah dan Fatimah?

Kalau yang lelaki takut dengan syarat-syarat Mahar itu, bunga bukan sekuntum bang. Kemon.

Bernikah lagi itu tidak salah, isteri yang meminta untuk tidak dimadukan pun tidak salah, mereka bukannya mengharamkan poligami.

Yang salahnya kita ni bila keperluan wajib si isteri dan anak-anak pun tak terjaga tapi kita gatal kepala merenyam nak tambah penyakit, itu yang salah.

Kita suami ni cukuplah asik sembang poligami tak habis-habis. Jagalah perasaan isteri, hargai dan selamilah hati isteri.

Dan buat adik akak pula, berlaku adillah pada suami dimana jangan pula aurat kau itu dikongsi dengan lelaki lain seperti mana kau tak ingin dikongsi.

Semoga bermanfaat, in shaa Allah.

]]>
Kenapa Habbatus Sauda Baik Untuk Kesihatan? Ikuti Penjelasan Ini. https://redaksi.com/6528-kenapa-habbatus-sauda-baik-untuk-kesihatan-ikuti-penjelasan-ini Mon, 15 Jul 2019 15:28:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6528 Setiap daripada kalangan kita, atau golongan mak-mak pasti akan menyimpan satu habbatus sauda di dapur. Bukan itu sahaja, kita juga pasti terlihat mereka suka campurkan habbatus sauda ini dengan air dan juga makanan.

Apakah kelebihan habbatus sauda ini yang sentiasa menjadi kegemaran orang ramai?

Ikuti perkongsian dari Dr Rizal ini…

********

Dua tiga hari ni asyik menyinggah kedai-kedai ‘arab’. Tak tahu kenapa disebut kedai arab walaupun pemilik dan pekerja orang Malaysia belaka. Mungkin sebab barangan dari timur tengah dijual kot.

Masuk saja kedai macam kita akan rasa lain sikit. Tak macam kedai biasa. Bau dia berbeza. Bau ni bawa memori di tanah suci. Bau yang aktifkan pusat memori - hippocampus.

Setiap kali masuk mesti ada Habbatus Sauda - bijiran hitam. HS ni jadi famous sebab ada hadis nabi (baca selawat) akan hal HS ni.

Apa yang kita tak tahu banyak kajian pasal HS ni.

Contoh menariknya ialah dari Journal of Diabetes and Metabolic Disorders. Bulan Jun 2017.

Kajian ini dapati Black seed atau Nigella Sativa atau Habbatus Sauda punya kuasa turunkan selera makan. Kita rasa kenyang. Sekaligus rasa nak berkudap akan menghilang.

Kita hanya akan makan ketika lapar. Masa waktu waktu dengan perut mula berkeroncong.

Kita tidak lagi menjadi emotional eater. Kita tak lagi makan sebab makanan ada. Atau kawan gatal ajak kita pergi makan.

Atau tidak lagi jadi social eater. Makan sebab nak bersosial. Terpaksa order makan dan minum.

Bila kita tak lagi jadi emotioan atau social eater badan mula mengecil. Pakaian mula membesar. Tenaga pula bertambah.

Ada 630 kajian lain berkaitan HS ini. Semua kajian saintifik berimpak tinggi.

Kalau rambut gugur, berkawanlah dengan Habbatussauda. Dia boleh bantu. Ada diabetes, rajin-rajinlah bertegur sapa dengan Habbatussauda. Ada kajian tentang aspek ini.

Apabila berdamping dengan Habbatussauda, sakit kepala pun tidak mahu jadikan kita teman setia. Dia berlalu pergi. Merajuk mungkin.

Saya sendiri sentiasa ada sebotol di rumah. Titiskan atas makanan dan minuman.

Oh ya. HS juga bagus untuk Otak.

#DrRizal

********

Selain daripada itu, antara kelebihan lain yang terdapat pada habbatus sauda ialah;

  • Anti Penuaan.
  • Elak Sembelit Dan Masalah Penghadaman.
  • Menstabilkan Tekanan Darah.
  • Kulit dan Tulang Yang Sihat.
  • Baik Untuk Kesihatan Jantung.
  • Elakkan Risiko Kanser.
  • Mengurangkan Tekanan.
  • Penggalak Susu (Milk booster) Semulajadi.
  • Mengurangkan Sindrom Pramenstruasi (PMS) Dan Migrain.

Oleh yang demikian, amalkan lah dengan habbatus sauda ini sebagai rutin harian. Ia juga adalah salah satu cara untuk meningkatkan kesihatan badan.

Semoga Bermanfaat!

]]>
Walaupun Jimat, 8 Makanan Murah Ini Mampu Bekalkan Tenaga Juga. https://redaksi.com/5191-walaupun-jimat-8-makanan-murah-ini-mampu-bekalkan-tenaga-juga Wed, 13 Feb 2019 15:56:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5191
Pada masa kini, semuanya mahu berjimat. Berjimat selagi boleh, sehingga makan pun perlu catu. Akhirnya mengakibatkan kesihatan anda terjejas. Namun, jika anda mampu berjimat dan masih tidak mahu kelaparan, cuba antara 8 makanan di bawah ini…

1. Roti.

Ramai yang takut makan roti, kerana ia menggemukkan terutamanya golongan wanita. Jadi pilihlah roti wholemeal, RM3.50 boleh bertahan lebih lama daripada roti biasa. Sekurang-kurangnya 5-6 hari selagi tidak berkulat. Roti amat diperlukan ketika anda mahu berjimat, namun masih lagi boleh kenyang kerana kandungan karbohidrat dan fiber.

Roti boleh dimakan begitu sahaja bagi mereka yang pemalas, atau…

  • Dengan kaya, jem, margerin…
  • Dengan telur.
  • Sandwich tuna.
  • Roti bakar.

Image result for roti
Kredit Foto: TribunNews

Setiap pagi sarapan begini pun, sudah mengenyangkan dan jimat!

2. Roti Canai.

Dah bosan makan sandwich setiap pagi, nak tukar selera pula… cuba roti canai, RM1.20. Tidak sesuai untuk mereka yang mahu berdiet, namun seminggu sekali apa salahnya.

Related image
Kredit Foto: Kuali

3. Nasi lemak dan kuih-muih.

Setiap pagi sebelum pergi kerja, singgah mana-mana gerai tepi jalan yang anda tahu untuk membeli nasi lemak dan kuih-muih. Tidak digalakkan untuk beli terus di restoran kerana harga yang lebih mahal berbanding di gerai tepi jalan.

Image result for nasi lemak dan kuih-muih
Kredit Foto: TryNotLaugh

Nasi lemak biasa RM3.00 dengan kuih-muih 2 ketul RM1. RM4 untuk sarapan dan makan tengah hari sahaja sekiranya, makan nasi lemak pada waktu pagi masih lagi mengenyangkan.

4. Telur.

Telur juga antara makanan yang anda boleh jimat seperti roti. Beli 1 papan, boleh tahan sekurang-kurangnya seminggu. Malah, boleh dimakan dengan pelbagai cara seperti..

Related image
Kredit Foto: OpenSnap

  • Telur dadar.
  • Talur mata.
  • Telur rebus.
  • Telur separuh masak.
  • Roti telur pun sedap.

5. Coleslaw.

Nak makan sayur pula, cuba untuk hidangkan coleslaw. Hanya bermodalkan mayonis, kubis dan lobak merah, anda mampu hasilkan coleslaw sendiri. Walaupun hanya ala kadar, coleslaw mampu alas perut anda ketika waktu malam. Boleh disimpan dalam peti sejuk, kemudian boleh sambung esok malam pula.

Related image
Kredit Foto: DearCrissy

6. Semua jenis makanan sejuk beku.

Anda sememangnya mampu jimat sekiranya mempunyai peti sejuk di rumah. Segala makanan sejuk beku dapat disimpan dengan lama (jika cara simpan yang betul), tidak berbau dan mudah dimasak. Seperti sosej, nugget,  daging burger, daging atau ayam cincang, dan kentang.

Image result for nugget
Kredit Foto: SpruceEats

Makan pada waktu petang, sedap juga…

7. Pelbagai jenis biskut.

Beli terus satu pek biskut yang besar yang berharga sekurang-kurangnya RM14. Untuk anda seorang, sudah pasti ia dapat tahan lama berbulan-bulan. Apabila sudah bosan dengan aneka makanan atau menu diatas, sekali-sekala makan biskut kering cicah milo/kopi, okay juga.

Image result for biskut kering
Kredit Foto: Blog

8. Nasi + kicap manis + telur goreng.

Sebagai anak melayu, memang sukar kalau satu hari tak makan nasi. Tapi nak berjimat juga. Kadang-kala makanan simple seperti nasi bajet juga apa kurangnya. Pasti dapat membuka selera. Nasi panas, telur goreng campur kicap, fuh!

 Image result for nasi bajet shah alam
Kredit Foto: Info

Selamat Mencuba!

]]>
Antara Formula Untuk Simpan Duit Kahwin Yang Anda Boleh Ikuti. https://redaksi.com/5599-antara-formula-untuk-simpan-duit-kahwin-yang-anda-boleh-ikuti Wed, 27 Mar 2019 10:58:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5599 Anda mahu menabung duit untuk masa depan, terutamanya untuk berkahwin, namun tidak mengetahui cara yang betul untuk menyimpan. Apatah lagi khuatir jika tidak dapat istiqamah dalam menyimpan duit tersebut. Sekejap simpan, sekejap lagi guna untuk kecemasan.

Sebenarnya banyak formula yang anda boleh gunakan dalam menyimpan duit ini, antaranya ialah…

Image result for duit kahwin

1. Simpan 52 minggu, untuk setahun.

Jika anda berpendapatan rendah, dan merancang untuk berkahwin dalam masa 3 atau 5 tahun, cuba guna formula ini.

  • Minggu pertama: RM1
  • Minggu kedua: RM2
  • Minggu ketiga: RM3
  • Minggu keempat: RM4

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20…………… +52= RM1378

Jika anda merancang untuk berkahwin 3 tahun akan datang RM1378 x 3 = RM4134. Untuk 5 tahun pula RM1378 x 5 = RM6890.

Formula ini sesuai untuk mereka yang mahukan perkahwinan yang sederhana, tetapi meriah. Dan bukan untuk mereka yang mahu berkahwin dalam masa yang singkat kerana memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menyimpan wang.

 

2. Simpan Mengikut hari, untuk setahun.

Formula ini sama sahaja seperti cara di atas, cuma ia berbeza mengikut hari, setiap hari anda akan menabung seperti…

  • Hari pertama: RM1
  • Hari kedua: RM2
  • Hari ketiga: RM3
  • Hari keempat: RM4

Kemudian:

  • Bulan 1 ada 31 hari: RM496
  • Bulan 2 ada 28 hari: 451
  • Bulan 4 ada 30 hari: RM465
  • 7 bulan mempunyai 31 hari: 7x496: RM3472
  • 1 bulan mempunyai 28 hari: RM451
  • 4 bulan mempunyai 30 hari: RM1860

Dan seterusnya sehingga hari ke 365, anda akan dapat jumlah rm5783. Dalam masa 2 tahun anda akan dapat menyimpan dengan jumlah RM11,566.

3. Simpan mengikut bulan, untuk setahun.

Formula A: Bagi mereka yang mengikuti formula nombor 1 di atas, dan merasakan duit tersebut sedikit untuk disimpan boleh digunatambah dengan formula ini juga..

  • Bulan pertama: RM10
  • Bulan kedua: RM20
  • Bulan ketiga: RM30
  • Bulan keempat: RM40

Dan seterusnya sehingga bulan 12, anda akan dapat jumlah RM 780. Jadi gabungkan formula (1) + formula (2): RM780 + RM1378 = RM2158 untuk setahun.

Formula B: Bagi mereka yang berkemampuan untuk simpan lebih, guna kaedah ini pula…

  • Bulan pertama: RM100
  • Bulan kedua: RM200
  • Bulan ketiga: RM300

Sehingga bulan 12, anda akan dapat dengan jumlah RM7800. Sekiranya 2 tahun = RM15600.

4. Simpan mengikut warna duit.

Image result for simpan duit kahwin

Formula ini agak ekstrem kerana anda bakal mengikat perut untuk menyimpan duit. Ia agak memaksa diri kerana anda mahu berkahwin dalam masa yang singkat seperti perkenalan+pertunangan hanya untuk 2 tahun. Dan sebenarnya jumlah mengikut kemampuan masing-masing untuk menyimpan...

  • Bulan 1: Kumpul duit biru RM1 x 30 = RM30
  • Bulan 2: Kumpul duit hijau RM5 x 30 = RM150
  • Bulan 3: Kumpul duit merah RM10 x 30 = RM300
  • Bulan 4: kumpul duit jingga RM20 x 30 = RM600
  • Bulan 5: Kumpul duit biru kehijauan RM50 x 30 = RM1500
  • Bulan 6: kumpul duit ungu RM100 x 30 = RM3000

Jumlah: 5580 dalam masa 6 BULAN. 1 TAHUN = 5580+5580 = RM11160.

Bagi mereka yang agak mustahil untuk menyimpan RM50 & RM100 untuk satu hari, oleh kerana formula ini untuk menyimpan dalam masa 6 bulan. Jadi, pecahkan simpanan RM50 & rm100 kepada 3 bulan.

Sebagai contoh 1 bulan anda hanya boleh simpan rm50 2 kali sahaja. RM100 untuk sebulan, jadi 3 bulan hanya tersimpan RM300 sahaja.

RM100 2 kali sebulan = RM200. Jadi, 3 bulan hanya tersimpan RM600 sahaja.

Jadi seperti biasa:

  • RM30 x 2 bulan = RM60
  • RM150 x 2 bulan = RM300
  • RM300 x 2 bulan = RM600
  • RM600 x 2 bulan = RM1200
  • (RM50x2) x 3 bulan = RM300
  • (RM100x2) x 3 bulan = RM600
  • Jumlah selama setahun = RM3060

Sebenarnya ikut kesesuaian dan kemampuan untuk anda menyimpan, tetapi jika benar-benar serius, ikut sahaja formula asal yang ekstrem selama 6 bulan tersebut.

Jadi, formula mana yang anda boleh ikuti? Yang penting berdisiplin, dan binalah akaun khas hanya untuk simpan duit kahwin sahaja supaya anda tidak dapat mengusik duit tersebut.

Selamat Mencuba!

]]>
Mengapa Wanita Mudah Jatuh Cinta? https://redaksi.com/2287-mengapa-wanita-mudah-jatuh-cinta Wed, 16 May 2018 12:04:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2287 Seorang wanita dikatakan terlalu mudah untuk memberi hatinya kepada seorang lelaki. Walaupun lelaki itu baru sahaja dikenali. Sebab itulah mereka ini sering terluka apabila cintanya tidak dibalas. Bukan itu sahaja, mereka juga sering bertepuk sebelah tangan dalam perhubungan. Jadi mereka akan mula takut untuk mendekati lelaki lagi kerana ditakuti akan kecewa lagi.

Tapi apa yang menyebabkan wanita ini mudah jatuh cinta? Adakah kerana lelaki yang mendekati dirinya itu mempunyai kelebihan dan ciri-ciri lelaki yang mereka sukai. Mari kenali punca seseorang wanita itu mudah untuk jatuh cinta.

1. Mudah cair apabila diberi perhatian.

Wanita ini sangat lembut dan mudah sensitif. Jadi apabila seseorang lelaki memberikan perhatian kepadanya, ia bagaikan rasa dijaga oleh seseorang. Dan mereka merasakan lelaki itu telah berjaya dipikat walaupun hakikatnya lelaki itu menganggap ia sebagai rakan. Dan mereka ini juga sebenarnya teramat lah suka jika diberi perhatian.

2. Mudah menerima harapan.

Lelaki adalah seseorang yang suka memberi harapan, manakala wanita pula mudah untuk menerima harapan. jadi ia teramat mudah untuk seseorang wanita itu jatuh cinta terhadap seseorang yang sentiasa memberi harapan. Jika bukan harapan yang diberi, ia pasti sebagai satu ‘hint’ untuk wanita itu jatuh cinta kepadanya.

3. Terasa dihargai.

Selain inginkan perhatian, wanita juga mahu rasa dihargai. Oleh itu, apabila seseorang begitu menghargai dirinya pasti mereka ini dengan mudah memberi hati mereka kepada orang tersebut. Walaupun, mereka tahu mereka akan kecewa pada akhirnya kerana cinta yang diberi itu tidak akan sambut.

4. Mudah terperdaya.

Tiada apa lagi yang dapat dikatakan, mereka ini sebenarnya terlalu naif dan mudah terperdaya dengan kata-kata lelaki yang menghampiri mereka. Sehingga mereka tidak tahu adakah lelaki itu benar-benar menyukai dirinya mahupun tidak. Dan mereka juga percaya dengan apa yang lelaki itu katakan.

Jangan pernah salahkan wanita kerana mereka ini mudah jatuh cinta dengan seorang lelaki. Tetapi salahkan keadaan yang mudah membuat mereka percaya akan lelaki itu. Bagi seorang wanita, setelah jatuh cinta mereka akan setia dan akhirnya akan kecewa apabila cinta mereka ditolak.

]]>
6 Cara Untuk Pasangan Suami Isteri Menyimpan Untuk Masa Hadapan. https://redaksi.com/4456-6-cara-untuk-pasangan-suami-isteri-menyimpan-untuk-masa-hadapan Thu, 06 Dec 2018 11:44:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4456 Dalam perkahwinan, suami isteri perlu bijak untuk membuat perancangan perbelanjaan untuk keluarga. Jika salah seorang daripada anda tidak melaksanakan perancangan ini, khuatir pada masa hadapan kehidupan anda menjadi kucar-kacir, lebih-lebih lagi ketika memiliki cahaya mata.

Oleh itu, perancangan kewangan ini seharusnya dibawah tugas seorang isteri kerana kaum wanita adalah pembantu yang terbaik untuk seorang lelaki. Kaum wanita peka dengan keadaan sekeliling dan individu yang amat terperinci dalam melakukan sesuatu perkara. Malah mampu untuk melakukan pelbagai perkara dalam satu masa, dimana ramai kaum lelaki gagal dalam situasi ini.

Kaum lelaki yang bergelar suami mampu untuk membuat keputusan, akan tetapi mereka memerlukan seorang isteri untuk membantu membuat perancangan sebagai satu pasukan. Jadi, pasangan suami isteri haruslah merancang untuk menyimpan sedikit wang untuk masa hadapan supaya tidak bergantung kepada ibu bapa atau orang lain.

Caranya adalah…

1. Nasihat Pasangan Untuk Menukar Gaya Hidup.

Mungkin sewaktu di awal perkenalan, atau di awal perkahwinan anda dengan pasangan sentiasa mahu kelihatan bergaya, dengan kereta mewah, rumah mewah seperti kondo atau apartment, telefon bimbit yang mahal, bil telefon juga melebihi daripada kemampuan, makan di restoran hipster dan sebagainya.

Anda perlu tahu jangan samakan hidup ketika zaman bujang dengan alam perkahwinan, kerana komitmen yang berbeza. Nanti apa pula kata ibu bapa, mampu bermewah dengan pasangan, namun tidak mampu untuk menjaga ibu bapa setelah berkahwin. Berumah tangga bukan tiket untuk anda terus meninggalkan ibu bapa, ya!

Jadi, ubahlah gaya hidup anda bersama pasangan dengan kemampuan yang ada. Bukan terlebih kemampuan pula.

2. Nasihat Pasangan Untuk Menyimpan Sedikit Demi Sedikit.

Amalkan membuat tabung dirumah untuk anda dengan pasangan menyimpan. Tips yang anda boleh lakukan adalah sediakan bekas seolah-olah tabung untuk simpan duit, dan balut bekas tersebut dengan pembalut yang anda suka dimana anda tertarik untuk menyimpan duit.

Kemudian anda dengan pasangan boleh menyimpan mengikut warna duit kertas tersebut, seperti kuning, merah, biru, hijau dan sebagainya. Sehari RM1, seminggu RM20 atau RM50 sebulan, terpulang.

3. Nasihat Pasangan Untuk Tetapkan Matlamat Menyimpan.

Jadi, anda dengan pasangan pasti tertanya-tanya, nak simpan sampai waktu bila? Macam mana? Jika tiada matlamat, pasti anda dengan pasangan nanti tidak bermotivasi untuk menyimpan. Oleh itu, tetapkan target untuk anda berdua. Sebagai contoh, untuk setahun kumpul RM10,000. Jadi, suami dan isteri masing-masing sumbang RM5000 dalam tabung. Kemudian ikut warna duit kertas tersebut;

Contoh 1. RM50 perlu ada seratus keping untuk setahun, jadilah RM5000.

Contoh 2. RM20 perlu ada 250 keping untuk setahun, jadilah RM5000.

Contoh 3. Kalau nak campur pun tiada masalah seperti RM10 (250 keping=RM2500) RM5 (400 Keping=RM2000) dan RM50 (10 Keping=RM500), jadilah RM5000.

Pasangan suami isteri perlu berdisiplin dan beristiqamah dalam menyimpan wang ini. Jika tercapai matlamat anda dalam setahun ini, jangan lupa untuk melabur, ganti dengan emas atau rolling balik duit tersebut supaya ‘duit beranak’ untuk masa hadapan. Kemudian setiap tahun, lakukan seperti ini, dengan target yang lain pula.

4. Nasihat Pasangan Untuk Kurangkan Berhutang.

Jangan sesekali jadikan hutang sebagai amalan. Elak gunakan kad kredit, elakkan menambah hutang dan sebagainya. Nak beli telefon pun, guna tunai dan kumpul duit seperti point nombor 3. Elakkan bayar bulan-bulan, walaupun nampak mudah dan lebih murah dengan kaedah tersebut, namun anda bakal tidak tahu apa yang terjadi pada masa hadapan. Mungkin perlu duit dalam waktu kecemasan yang tidak terjangka.

5. Nasihat Pasangan Untuk Berjimat Selagi Boleh.

Berjimat dengan menjual barang yang anda tidak gunakan lagi, tetapi kondisi barang tersebut masih elok. Berjinak-jinak dalam menggunakan aplikasi seperti carousell, kerana di situ anda boleh menjual barang anda sendiri sebagai pre-loved atau secondhand. Jadi, di sini anda boleh tambahkan simpanan anda di dalam tabung tersebut.

6. Nasihat Pasangan Untuk Makan Di Rumah.

Dan yang paling penting adalah, belajar untuk memasak sama ada untuk isteri mahupun suami. Belajar untuk pergi ke pasar pada hari minggu untuk mencari bahan basah. Anda boleh jimat sekurang-kurangnya 2 minggu untuk tidak makan diluar, lebih-lebih lagi sekiranya anda masih belum memiliki cahaya mata. Pasti cukup untuk anda berdua. Di samping itu, boleh juga untuk menjaga diet pasangan, dan sama-sama menuju kepada kehidupan yang sihat.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Beramal!

]]>
Gemar Mengungkit Bakal Meretakkan Hubungan. Antara Perkara Mengungkit Anda Harus Elakkan. https://redaksi.com/3253-gemar-mengungkit-bakal-meretakkan-hubungan-antara-perkara-mengungkit-anda-harus-elakkan Wed, 15 Aug 2018 15:01:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3253 Apabila tidak puas hati pada seseorang, pasti kita suka mengungkit. Segala apa yang terjadi pada kisah lalu, pasti kita akan meluahkan rasa tidak puas hati. Sama ada secara bersua muka atau di sosial media. Jika pasangan yang telah berkahwin, mengungkit di sosial media boleh membuka aib si dia. Jika perkara ini berlarutan khuatir akan berlaku perceraian.

Punca pasangan yang suka mengungkit adalah kerana tidak berkongsi jika ada masalah dan suka memendam perasaan. Hanya tutup mata walaupun jelas kelihatan perkara itu adalah kesalahan si dia. Jika ia tidak dibawa bincang, pasti lama-kelamaan perasaan meletup itu pasti ada.

Apakah perkara mengungkit yang anda harus elakkan?


MENGUNGKIT PENGORBANAN SIAPA YANG PALING BANYAK

1. “Dulu masa bercinta saya yang sanggup kulu kilir semata-mata nak jumpa awak tau”

Perkara ini sering terjadi pada pasangan yang sedang bercinta mahupun yang telah berkahwin. Jika ia diungkit ketika sudah berkahwin, sudah lama memendam perasaan dan merasa tidak berpuas hati. Mengapa ia terjadi? Tak ikhlas bercinta? Tak ikhlas berpasangan? Terpaksa bercinta kerana hanya mengikut trend semasa. Orang sedang bercinta, kita nak ikut. Orang dah kahwin pun kita jeles, memberontak nak kahwin cepat.

2. “Saya yang banyak keluarkan duit, awak fikir saya banyak duit ke?”

Kenapa sehingga mengungkit tentang duit? Jika benar tiada duit yang banyak ketika dating, kenapa tidak berterus terang? Sebagai seorang lelaki, adakah ego selubungi diri anda sehingga malu jika tidak berduit di depan kekasih? Seorang kekasih yang baik, pasti akan menerima anda seadanya. Kerana itu pentingnya komunikasi untuk elak faham.

Bukan dalam bercinta sahaja perlukan komunikasi dua hala, dalam segala hal juga pentingnya komunikasi untuk mengelakkan pergaduhan.


3. “Saya ni sanggup nak jaga awak siang dan malam, masak untuk awak, melawat ke hospital..”

Paling menyedihkan jika pasangan mengungkit untuk menjaga semasa anda sakit. Adakah mereka ini terpaksa menjaga ketika kita sakit secara terpaksa. Terpaksa kerana disuruh oleh ahli keluarga.

“Tengok lah tu, isteri tengah sakit, dia tak balik-balik dari out station”

“Lelaki jenis apa lah yang sanggup tinggalkan isteri…”

Jika terdengar dari mulut kenalan rapat, berbincang sahaja dengan pasangan. Adakah anda tidak boleh diterima oleh orang ramai? Apakah salah anda terhadap keluarga? Jika kita sering berteka-teki, pasti ia tidak akan menghasilkan jawapan.

Di samping itu, jangan berkira siapa paling banyak berkorban dalam keluarga. Suami atau isteri masing-masing punya peranan dan tanggungjawab sendiri. Masing-masing ada bahagian masing-masing dalam berkorban untuk keluarga.


]]>
Kenali 10 Jenis Pasangan Psiko Yang Mungkin Korang Pernah Date. https://redaksi.com/1333-kenali-10-jenis-pasangan-psiko-yang-mungkin-korang-pernah-date Mon, 25 Sep 2017 11:26:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1333 Manusia kalau sudah jatuh cinta memang boleh dikatakan apa sahaja yang dilakukan oleh pasangan mereka pasti ada saja yang tak kena. Pantang si lelaki/perempuan keluar sekejap bersama rakan-rakannya, mulalah fikiran tu jauh melencong fikir yang bukan-bukan. Setakat timbul rasa sangsi tu boleh diterima lagi, ini ada pula yang bersikap negatif sehingga bertindak di luar kawalan. Ada yang mengatakan individu yang bersikap seperti ini tergolong dalam golongan psiko. Ha, biar benar? Istimewanya kali ini, KAMI nak kongsikan dengan korang 10 tanda pasangan anda jadi psiko apabila jatuh cinta.



1. Setiap minit anda akan minta pasangan untuk update aktiviti mereka.

Bila si boyfriend/girlfriend keluar rumah, telefon bimbitnya tak henti-henti berdering dengan panggilan teks whatsapp daripada anda. Selagi tak reply message tersebut, maka hadaplah mereka dengan deringan telefon sepanjang hari.

2. Membebel tidak kena pada waktu.

Jika anda lewat pulang ke rumah, mulalah pasangan anda ni rasa tak senang duduk dan ingin cari tahu kenapa anda masih tidak pulang-pulang lagi. Maka selepas itu, sila tadahkan je la telinga mendengar pasangan anda membebel.



3. Kerap menipu.

Individu psiko sangat suka bercakap bohong. Paling teruk apabila anda sudah bersiap untuk keluar bersama rakan, pasangan anda akan menelefon dan berpura-pura menangis seperti mempunyai masalah yang besar. Semuanya dilakukan kerana inginkan perhatian dan menghalang anda daripada keluar bersuka ria bersama teman lain.

4. Karakternya persis Dr. Jekyll dan Mr. Hyde.

Dalam melemparkan senyuman yang manis, mungkin sahaja sekelip mata dia boleh bertukar kepada mood ‘gila’nya. Menangis atau marah secara tiba-tiba. Sama seperti karakter novel Dr. Jekyll dan Mr. Hyde, pasangan yang psiko ini mempunyai dua karakter yang berlainan.

5. Tidak bertanggungjawab.

Setiap kali berlakunya pertelingkahan dan salah faham, pasangan anda sering menuding jari untuk menyalahkan anda dan sama sekali tidak bertanggungjawab dengan segala apa yang terjadi. Jika anda berhadapan dengan pasangan seperti ini, hentikanlah perhubungan bersama dia dengan segera.

6. Online stalker.

Ini yang sering berlaku hari ini. Ada pasangan yang meminta password media sosial boyfriend/girlfriend mereka kerana ingin melihat setiap aktiviti di media sosial. Jika pasangan like gambar lelaki/perempuan lain, mulalah meroyan tak tentu pasal.



7. Dahagakan perhatian.

Setiap manusia memang suka kan perhatian. Namun begitu, apabila sudah sampai satu tahap yang keterlaluan, ia boleh menjadi kepada sesuatu yang merengsakan. Hal ini boleh menyebabkan anda sukar untuk keluar bersendirian meluangkan masa bersama teman rapat. Sepertinya pasangan anda inginkan anda bersamanya 24 jam sehari.

8. Drama King/Queen.

Pasangan seperti ini nampaknya lebih pandai berlakon. Jika rakan-rakanya mengatakan kepada anda yang boyfriend/girlfriend anda perlukan perhatian, hati-hati guys. Ini mungkin sahaja helah mereka berpakat dengan rakan-rakan yang lain untuk kena kan kamu.

9. Ugutan mencederakan atau bunuh diri.

“Jika awak tinggalkan saya, saya kan bunuh diri”. Ya, ungkapan ini sering kali berlaku pada tahap si pasangan sudah mula tidak dapat mengawal diri.  Sekiranya dia benar-benar terluka, dia sanggup memberi ancaman ingin mencederakan dirinya jika anda tinggalkannya.

Ish ish..



10.    Bermuka-muka.

Jika berada di tempat umum, koranglah pasangan paling bahagia sedunia. Kelihatan mesra di depan orang ramai tetapi hakikatnya apabila berdua-duaan bersama pasangan, karakter si dia bertukar 360 darjah dan dia mula menunjukkan sikapnya yang sebenar.

Seriau juga bila melihat situasi-situasi pasangan psiko ni. Agak-agaknya kenapa mereka boleh jadi sampai macam ni ya? Adakah kerana terlalu sayang dan ingin melindungi pasangan sehinggakan mereka sanggup bertindak sedemikian?

]]>
5 Sebab Mengapa Si Dia Mencintai Anda Dengan Sepenuh Hatinya. https://redaksi.com/2989-5-sebab-mengapa-si-dia-mencintai-anda-dengan-sepenuh-hatinya Wed, 25 Jul 2018 16:47:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2989 Setiap orang tidak akan sama tuah dalam perhubungan. Sekiranya orang lain mendapat pasangan yang mempunyai kewangan wang baik atau rupa paras yang menarik tetapi tidak bagi anda. Namun begitu, anda juga menjadi seseorang yang bertuah dengan memiliki seseorang yang mencintai anda sepenuh hatinya. Anda pasti akan lebih bahagia berbanding mereka yang memiliki kewangan serta rupa paras yang menawan. Akan tetapi, mengapa dirinya mencintai anda sepenuh hatinya? Mari ketahui.


1. Sikap keprihatinan anda.

Pernah anda mencintai seseorang hanya kerana dirinya begitu baik terhadap anda? Pasti tidak bukan. Hal ini kerana, dirinya melihat sikap prihatin anda terhadap orang lain. Bukannya ke atas dirinya. Namun begitu, sikap yang anda miliki itu telah memikat hatinya secara rela tanpa anda paksaan.

2. Anda mudah tertawa serta mudah membuat orang lain ketawa.

Kemanisan senyuman dan tawa anda telah memikat hatinya. Bukan itu sahaja, anda seorang yang positif, sebab itu anda mudah tertawa dan membuat orang di sekeliling anda gembira. Sikap anda yang riang itu menyenangkan dirinya.

3. Menerima dan menghormati pendapat orang lain.

Anda mempunyai pendirian yang tetap dan sukar untuk digoyangkan. Namun begitu, anda masih lagi mahu menerima dan menghormati pendapat orang lain. Tidak kiralah perkara apa yang menjadi topik perbincangan anda akan tetapi memahami akan pendirian mereka. Dari situlah terselah keanggunan anda yang tersendiri. Di mana ada ketegasan namun masih lagi menarik.


4. Tetap menjadi diri anda sendiri.

Walaupun di mana sahaja anda berada, anda masih lagi akan menjadi diri anda sendiri. Anda tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara disekeliling anda. Anda sentiasa yakin bahawa anda lebih baik daripada mereka yang anda. Keyakinan yang anda tonjolkan itu menarik minat dirinya.

5. Kemahiran yang anda miliki.

Mungkin anda mahir memasak ataupun mahir melukis. Dari situlah dirinya melihat anda yang mempunyai tarikan yang tersendiri. Dirinya melihat anda seorang yang lain berbanding dengan orang lain yang mengenali anda.

Kadang kala kita tidak tahu mengapa seseorang itu begitu mencintai kita sepenuh hati. Namun apa yang pasti, anda pasti akan bersyukur kerana dihadirkan seseorang seperti ini.

]]>
Hadiah Dari Tuhan https://redaksi.com/8968-hadiah-dari-tuhan Fri, 20 Nov 2020 13:20:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8968 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca. Terima kasih admin post cerita ni. Aku tak pandai menulis jadi aku harap pembaca faham apa yang aku nak sampaikan dalam cerita aku. Segala kekurangan harap dimaafkan.

Satu ketika dulu, cara hidup aku bertentangan dengan agama islam.  Hidup aku bebas tanpa batas dan aku tak kenal apa yang halal ataupun haram. Semuanya aku sapu. Aku tak ada didikan agama dan langsung tak pernah diajar apa tu hidup beragama. Aku cuma anak yatim piatu yang hidup dalam lembah maksiat.

Mak ayah aku meninggal masa usia aku 6 tahun. Pada awalnya aku dijaga oleh Makcik aku tapi aku tak suka tinggal dengan dia. Jadi, Aku ambil keputusan untuk sara hidup aku masa umur aku 13 tahun. Mula-mula aku kerja sebagai tukang cuci pinggan di restoran mamak, dan gaji pun tak adalah banyak sekadar cukup-cukup makan saja.

 

Tapi, lepaslah juga untuk bayar yuran sekolah dan aku jadi tukang cuci pinggan sampai umur aku 15 tahun. Masa ni, aku dah bosan kerja macam tu aku nak cari kerja lain. Aku jumpa  seorang akak ni, dia offer aku satu kerja. Nama akak tu, kak Nad. Dia kata kerja aku senang, cuma perlu layan orang saja tapi gaji besar. Aku tak fikir apa, aku terus setuju dengan offer akak tu dan tanpa aku tahu, rupanya disitulah titik hitam bermula dalam hidup aku.

Kak Nad pandai berkata-kata dan semua kata-katanya sangat menyakinkan lebih-lebih lagi budak macam aku. Masa tu aku cuma nak duit untuk hidup dan aku tak kisah buat apa pun. Akhirnya aku telah menjadi mangsa pelacuran. Hidup aku memang mewah tapi tak berharga. Usia muda aku habis macam tu saja tapi aku tak pernah benci Kak Nad sebab dialah insan yang jaga aku walaupun dia yang bawa aku masuk ke lembah hitam ni. Kak Nad bukan ibu ayam, dia cuma orang bawahan dan aku dibawah jagaan dia. Setiap tindak tanduk aku diperhatikan oleh kak Nad tapi Kak Nad layan aku berbeza, dia lindungi aku macam adik dia.

Walaupun aku pelacur, tapi kak Nad tak pernah halang aku belajar malah dia selalu support aku untuk terus belajar sebab dia rasa aku ada potensi untuk pergi jauh. Dia dah dapatkan kebenaran dari bos besar untuk aku sambung belajar dan satu perkara yang aku syukuri adalah aku masih diberi peluang untuk ubah hidup aku.

Aku akhirnya berjaya masuk ke sebuah universiti swasta dan mengambil bidang perniagaan. Kak Nad tak membantah dan kak Nad juga yang meminta izin daripada bos besar untuk sambung belajar lagi. Aku terpaksa buat jadual untuk bahagikan masa aku antara belajar dan juga bekerja. Kadang, aku minta bantuan kak Nad untuk cover aku bila aku ada discussion group waktu malam dan Kak Nad selalu tolong aku.

Suatu hari, kereta aku ada masalah dan tiba-tiba berhenti tepi jalan. Aku tengok jam dah pukul 7.00 petang dan aku nampak ramai orang. Bila aku tengok tepi, rupanya kereta aku mati depan masjid dan tiba-tiba, ada seseorang ketuk tingkap kereta aku. Aku terkejut juga yelah, waktu maghrib tengok orang pakai pakaian putih ketuk tingkap. Aku pun buka tingkap tu, makcik tu pun tanya,

“Kereta rosak ke?”

“Ya makcik, tiba-tiba saja mati,” Jawabku.

“Kalau macam tu, masuklah dalam masjid dulu. Kunci kereta elok-elok. Nanti ikut Mak Leha balik.”

Untungnya, hari ni aku memakai pakaian yang sopan sikit dan nasib baik ada sehelai selendang di dalam kereta aku. Mak Leha mengajakku solat tapi aku menolaknya dengan alasan aku sedang haid. Tapi sebenarnya aku tak tahu pun nak solat macam mana.

Lepas habis solat maghrib, aku ikut makcik Leha balik ke rumahnya yang tak jauh dari masjid. Tapi sebelum kami balik tu, dia panggil seorang pemuda yang berkopiah.

“Akmal, nanti tolong bawa kereta tu pergi bengkel ya. Malam ni Sha tidur rumah kita,”

“Okay, Umi. Nanti Akmal bawa. Umi hati-hati balik ni,” Aku hanya memandang pemuda tersebut tapi dia langsung tak memandang aku.

Sepanjang aku dekat sana, aku belajar banyak benda. Mak Leha ajar aku solat, mengaji dan dia juga belikan aku telekung. Entah kenapa, aku rasa seronok sangat tinggal dengan Mak Leha. Rasa macam ada mak dan Mak Leha seorang yang sangat menerima aku walaupun aku ni sebenarnya bukanlah gadis yang suci. Dia tak pernah pandang serong dan selalu sokong aku buat baik.

Seminggu kemudian, kereta aku dah elok dan Kak Nad pun dah telefon aku suruh balik. Sejujurnya aku tak nak balik sebab aku rasa dah tak nak teruskan kerja tu lagi tapi, siapa aku nak lawan mereka. Mak Leha hadiahkan aku sehelai tudung dan baju muslimah. Katanya sebagai tanda kenangan. Aku meninggalkan Mak leha dan kembali semula ke tempat asal tapi kali ni aku nekad untuk berhenti daripada kerja haram ni.

Sampai saja di rumah, aku terus jumpa Kak Nad dan aku terus terang nak berhenti daripada pekerjaan ni. Kak Nad terkejut dengar kata-kata aku tapi, Kak Nad akhirnya setuju untuk berhenti cuma aku perlu pergi jauh daripada sini dan aku kena berhenti belajar. Aku pun melarikan diri pergi ke rumah Mak Leha dan beberpa hari kemudian, aku dengar berita tentang kematian Kak Nad. 

Aku terkejut dan aku hidup dalam ketakutan sebab aku tahu siapa yang buat. Akmal dan Mak Leha meminta aku untuk memberikan keterangan kepada polis dan akhirnya polis berjaya menangkap bos besar serta sarang pelacuran tempat aku bekerja telah diserbu.  Aku sedih dan bersyukur sebab aku dah bebas daripada melakukan pekerjaan haram tu tapi aku sedih sebab kak Nad dah tak ada disisi aku.

Setahun kemudian, aku berkahwin dengan Akmal walaupun pada awalnya aku menolak. Aku sedar aku ni bukan wanita yang baik tapi Akmal sudi terima aku dan dialah yang bimbing aku untuk jadi seorang wanita muslimah mengikut syariat agama.

]]>
Tular komen lucah guna acc isteri, Akhi Fairuz selar tindakan suami https://redaksi.com/9623-tular-komen-lucah-guna-acc-isteri-akhi-fairuz-selar-tindakan-suami Fri, 05 Feb 2021 10:09:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9623 Tular sejak semalam akan satu komen yang dianggap lawak bagaimanapun telah mengaibkan diri sendiri dan juga pasangan.

Komen tersebut ditulis berikutan akan reaksi peribadi individu terbabit dalam perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memerangi pandemic COVID-19.


Komen tersebut telah mendapat perkongsian ramai, namun disebabkan terdapat berbau lucah yang agak tidak disenangi oleh orang ramai.



Perkara tersebut turut mendapat perhatian pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu atau dikenali Akhi Fairuz yang menyifatkan tindakan tersebut adalah tidak wajar malah mengaibkan pasangan.

Menurutnya, beliau bukan ingin keruhkan keadaan atau aibkan sesiapa tetapi lebih kepada ingin jernihkan keadaan yang sedang hangat itu lebih-lebih lagi wanita berkenaan merupakan seorang guru.



Bagi menghentikan perkongsian komen tersebut, pakar motivasi ini menyatakan bahawa suami wanita berkenaan yang menulis komen tersebut menggunakan acc personal milik isterinya.


Jelasnya, dia bukan menyimbah minyak ke dalam api yang sedang marak namun lebih kepada redakan keadaan sekaligus berharap orang ramai tidak normalisasikan kelucahan di mana-mana sahaja.



Sehubungan itu, perkara tersebut mendapat perhatian warganet yang turut bersimpati akan nasib wanita berkenaan, malah menyatakan tidak semua perkara boleh menjadi bahan lawak.




]]>
5 Keseronokan Apabila Menjalinkan Hubungan Cinta Bersama Seorang Duda. https://redaksi.com/2343-5-keseronokan-apabila-menjalinkan-hubungan-cinta-bersama-seorang-duda Tue, 22 May 2018 13:15:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2343 Siapa kata janda sahaja yang menjadi pilihan ramai, duda pun menjadi pilihan anak-anak dara masa kini. Bukan hanya mempunyai kemahiran yang tersendiri, mereka ini juga dikatakan mampu mencairkan hati gadis-gadis dengan sifat gentleman yang mereka anda. Duda ini terbahagi kepada dua iaitu duda yang bercerai hidup dengan pasangan lalu dan duda yang bercerai mati. Apa-apa pun duda-duda ini dikatakan lebih memahami wanita. Bukan itu sahaja, kesanggupan mereka melayani kerenah wanita yang manja dan banyak ragam membuat mereka ini lebih disukai. Mari kita lihat keseronokan yang diperoleh apabila bercinta dengan duda ini.


1. Lebih matang.

Apa yang menarik sangat duda ini? Sudah pasti sifat matang mereka yang menjadi pilihan para wanita. Mereka ini dikatakan lebih matang dalam membuat keputusan dan mengendalikan permasalahan dalam perhubungan. Wanita-wanita juga mudah bergantung pada dirinya terutama bagi mereka yang tidak berdikari. Bukan itu sahaja, sifat matang mereka ini begitu terserlah sehinggakan wanita di sisi mereka akan mudah terasa selamat.

2. Banyak pengalaman.

Janda dan duda ini tidak banyak bezanya. Kedua-dua mereka ini mempunyai pengalaman. Sudah pasti mereka ini dipilih berdasarkan pengalaman yang mereka miliki. Bukan hanya pengalaman dalam alam rumah tangga, duda juga memiliki pengalaman dalam mendidik dan menjaga anak-anak. Jadi sifat penyayang mereka ini akan begitu terserlah.

3. Lebih berhati-hati.

Mereka ini juga dikatakan lebih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan cinta. Terutama dalam melayani anda. Hal ini kerana, si dia tidak mahu anda terluka. Bagi dirinya, anda tidak layak terluka untuk satu perkara yang remeh. Dan apa yang lebih membahagiakan adalah, si dia akan berhati-hati dengan kelakuannya. Ini adalah demi mengelakkan, perkara yang berlaku pada hubungan lama terjadi kembali.


4. Tidak takut komitmen.

Biasanya duda ini sudah biasa terikat dengan komitmen. Jika mereka mempunyai anak, komitmen terhadap anaknya akan dijaga sebetulnya. Bukan itu sahaja, hubungan yang lalu juga si dia pernah memberi komitmen yang sepenuhnya. Jadi apabila anda mengajaknya untuk ke satu hubungan yang serius, pasti mereka tidak akan cepat melatah atau memberi keputusan yang lama.

5. Pasangan yang tepat sekiranya tidak bersalah dalam hubungan lalu.

Apabila anda mengetahui akan permasalahannya pada hubungan lalu dan anda mendapati dirinya tidak bersalah. Ini bermakna si dia adalah pasangan yang tepat buat anda. Mengapa? hal ini kerana, si dia pasti akan menjaga anda berserta hubungan dengan sebaik-baiknya. Dan berharap hubungan yang dibina itu akan terus kekal selamanya. Tapi itu bagi duda yang bercerai hidup, manakala duda yang bercerai mati pula. Si dia memang pilihan yang tepat.

Tidak kisah lah duda, janda, anak dara atau teruna sekali pun, masing-masing mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dan keistimewaan itu hanya boleh dirasai bagai sesiapa yang menyasarkan mana satu pilihan mereka.

]]>
Rasa Takut Atau Insecure Terhadap Perempuan Cantik, Mungkin Korang Alami Gynophobia. https://redaksi.com/6787-rasa-takut-atau-insecure-terhadap-perempuan-cantik-mungkin-korang-alami-gynophobia Thu, 08 Aug 2019 16:55:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6787 Siapa kata sini nak cari calon isteri yang tak cantik?

Eh ada ke perempuan yang dilahirkan tak cantik? Sudah tentu semua perempuan yan dilahirkan di dunia ini cantik-cantik semuanya. Tiada satu pun ciptaan Allah swt ini tidak cantik dan tidak sempurna.



Tapi jangan tak sangka pula, dekat dunia ini ada orang yang takutkan perempuan yang cantik atau lelaki kacak?

Mungkin kalau korang pernah kera reject dengan lelaki disebabkan kecantikan korang mungkin dia mempunyai sejenis trauma yang dipanggil ‘gynophobia’ atau ‘gynephobia’, iaitu takut akan perempuan cantik.



Berbeza dengan ‘misogyny’, gynophobia adalah berasal daripada bahasa Greek, iaitu ‘gune’ bermaksud wanita dan phobia adalah rasa takut.

Adakah korang takut dengan wanita cantik atau lelaki kacak?

Menurut Studies in the Psychology of Sex , tulisan Havelock Ellis, gynophobia bukanlah sejenis rasa trauma, sebaliknya hanya melibatkan perasaan takut, insecure, yang boleh terjadi pada lelaki dan wanita, terhadap wanita lain yang lebih cantik.



Rasa takut terhadap lelaki yang kacak pula dikenali sebagai androphobia.

Kecantikan dan kacak itu anugerah okay, jangan takut kalau seseorang yang kacak atau cantik mendekati korang. Lagi-lagi kalau mereka ini lamar korang, terima je okay.

]]>
Setiap Doa Yang Diungkapkan Oleh HambaNya, Allah Dengar & Tahu. Ini 3 Cara Allah Memakbulkan Doa Kita. https://redaksi.com/7893-setiap-doa-yang-diungkapkan-oleh-hambanya-allah-dengar-tahu-ini-3-cara-allah-memakbulkan-doa-kita Fri, 14 Feb 2020 10:56:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7893 Berdoa adalah senjata orang Islam yang paling mudah dan dekat. Apabila dalam kesusahan, inginkan sesuatu malah pelbagai perkara lagi kita sebagai hamba ini akan berdoa kepadaNya. Tidak kiralah siang malam, hujan panas atau apa jua keadaan, tak pernah sekalipun anda lupa untuk berdoa kepadaNya.

Allah itu Maha Pendengar, Maha Pemberi dan Maha Berkuasa. Setiap doa yang diungkapkan oleh hambaNya, Allah dengar dan tahu. Allah sahaja yang tahu apa yang ada dalam isi hati kita.

Allah mempunyai perancangan yang baik buat setiap hambaNya. Sebab itu lah Allah akan menyimpan doa kita untuk sesuatu yang lebih baik.


Allah mengaturkan doa-doa kita dan percayalah bahawa setiap doa yang diungkapkan, Allah makbulkan.

Doa yang segeranya dimakbulkan

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Mafhum: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”
Surah Al-Baqarah (186)

Doa yang disimpan untuk waktu lain

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ ، وَلاَ قَطِيعَةُ رَحِمٍ ، إِلاَّ أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ : إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الآخِرَةِ وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا قَالُوا : إِذًا نُكْثِرُ ، قَالَ : اللَّهُ أَكْثَرُ.

Maksud: “Tidak ada seorang Muslim pun yang berdoa dengan sebuah doa yang tidak tidak terkandung di dalamnya dosa dan pemutus silaturahim, kecuali Allah akan memberi salah satu dari hal berikut: Allah akan mengabulkannya dengan segera, menundanya untuk hari akhirat atau menghindarkannya dari keburukan yang melanda.”
Hadis Riwayat Tirmizi (3381)

Doa yang diganti dengan terhindar daripada bahaya

بَلْ إِيَّاهُ تَدْعُونَ فَيَكْشِفُ مَا تَدْعُونَ إِلَيْهِ إِن شَاءَ وَتَنسَوْنَ مَا تُشْرِكُونَ

Bahkan, Dia lah (Allah) yang kamu seru, lalu Ia menghapuskan bahaya yang kamu pohon kepadaNya jika Ia kehendaki; dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu)
Surah Al-An’Anm (41)



]]>
Elakkan Dari Suami Tawar Hati, Isteri-Isteri Jangan Kata 5 Perkara Ini Padanya. https://redaksi.com/5439-elakkan-dari-suami-tawar-hati-isteri-isteri-jangan-kata-5-perkara-ini-padanya Thu, 07 Mar 2019 16:49:11 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5439 Dalam hubungan suami isteri, anda sememangnya perlu bebas dan tidak perlu mempunyai ruang privasi yang tersendri. Orang kata kalau sudah jadi suami isteri ini, semua perkara perlu dikongsi dan tidak boleh hanya mencipta jarak atau jurang diantara kalian. Namun begitu, tetapi ada beberapa perkataan, aduan, atau ayat yang tidak boleh keluar dari mulut anda walaupun anda kecewa atau marah. Kata-kata berbahaya ini tidak boleh dikatakan dan hanya akan merosakkan perkahwinan anda.

Ia juga akan menyakiti perasaan pasangan anda dan berpotensi memecahkan asas di mana perkahwinan anda dibina. Anda tidak boleh hanya memikirkan diri anda sahaja, sedangkan anda juga perlu memikirkan hati dan perasaan pasangan anda. Jadi berfikir sebelum bercakap kerana kata-kata anda akan membuat atau memecahkan perkahwinan anda, jadi jangan lupa untuk tidak mengatakan perkara ini kepada pasangan anda:



1. Sesuatu tentang menyesali perkahwinan anda.

Apabila anda sibuk dengan kerja rumah, sementara kawan-kawan anda yang bujang sibuk berhibur anda mungkin akan menyatakan sesuatu seperti "Saya berharap saya adalah seorang bujang", atau apabila pasangan anda gagal memenuhi harapan anda, anda akan berkata "Saya berharap saya tidak pernah berkahwin dengan awak "kepadanya.

Menunjukkan keinginan untuk kembali bujang atau menyesali perkahwinan dengan pasangan akan membuatnya seperti gagal dalam perkahwinan ini. Ia juga akan menyakiti hatinya malah menjadikan dirinya bukan seorang yang produktif. Ini kerana, walaupun anda dalam keadaan yang buruk atau hubungan yang renggang anda perlu sentiasa berpegang pada komitmen bersama pasangan anda bukanya memikirkan keadaan anda akan lebih baik tanpa dirinya di sisi anda.

2. Sesuatu yang membandingkan pasangan dan perkahwinan anda dengan orang lain.

Setiap orang mempunyai keberuntungan yang berlainan dalam hubungan mereka begitu juga anda. Jadi jangan kata seperti “suami rakan saya membawanya ke Cameron Highland minggu lepas” ataupun “boleh awak menjadi seperti dia?”. Kata-kata ini akan menguris hati pasangan anda. Anda perlu tahu bahawa setiap hubungan mempunyai pasang surutnya malah, setiap hubungan mempunyai lain-lain kelebihan.

3. Menghina keluarga atau rakan mereka.

Tidak kira betapa menjengkelkan anda berfikir mengenai keluarga suami atau kawan anda, jangan menyatakan sesuatu yang menghina dirinya seperti "bagaimana anda boleh berteman dengan John? atau "Saya tidak akan pergi majlis kenduri keluarga awak, saya tidak boleh tahan ibu awak”. Jika anda mempunyai masalah dengan saudara-mara beliau, jelaskan alasan kepadanya dengan baik dan harap dia akan faham mengapa anda merasakan perkara tertentu tentang mereka dan juga membantu anda menyelesaikan masalah itu. Dengan cara itu, anda boleh mengelakkan saat-saat yang janggal seperti ketika membiarkan dia dengar apa yang saudaranya katakan atau memaksa pasangan anda berpihak.

4. Perkara yang membuatnya berasa bodoh.

Dia mungkin tidak mahir di dapur, suka memberikan idea-idea bodoh atau kadang-kadang lupa di mana dia meninggalkan kunci, tetapi anda tidak perlu terlalu kritikal sehingga membuatnya terdiam dengan kata-kata anda. Kata-kata seperti, "bagaimana anda tidak boleh lakukan hal ini? Gunakan otak anda!", "Ini semua kesalahan anda", atau "idea bodoh", tidak bermakna dan tidak produktif, ia boleh menjejaskan atau menurunkan harga dirinya . Daripada memarahi dia, lebih baik berkongsi pengetahuan atau mencari penyelesaian bersama. Di beberapa tempat, dia mungkin mengajar anda untuk melakukan perkara yang lebih baik untuk perubahan.

5. Meminta cerai.

Apabila anda sudah mula meluahkan perkataan cerai ini, anda akan berdepan dengan masalah besar, bahkan anda mungkin tidak boleh menariknya kembali. Ia akan sentiasa menghantui perkahwinan anda, mengisi hubungan dengan keraguan, rasa tidak percaya dan kecurigaan. Perkataan yang tidak dapat dilupakan ini tidak boleh dijelaskan dengan mudah walaupun ia hanya ancaman sahaja. Ia menunjukkan kekurangan komitmen dan kepercayaan dalam memelihara perkahwinan anda dalam jangka panjang. Melainkan jika ia melibatkan penyalahgunaan atau kesalahan yang lebih serius.

Hati-hati dengan perkara seperti ini, kerana kita sebagai seorang isteri kadang kala bertindak menggunakan emosi bukanya menggunakan fikiran yang waras.

]]>
Pabila Mata Lelaki Berbicara. https://redaksi.com/625-pabila-mata-lelaki-berbicara Fri, 28 Jul 2017 11:23:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=625 Lelaki mempunyai banyak cara untuk cuba mendapatkan kamu. Bagaimana dia cuba menarik perhatianmu, bagaimana dia cuba membuat kamu tertawa atau pura-pura tersentuh tanganmu. Semua ini menunjukkan yang dia berminat. Tetapi kamu juga boleh mengetahui yang dia menyukai kamu hanya dengan melihat ke matanya. Mari kami ajar bagaimana untuk mengetahui jika seseorang lelaki itu tertarik padamu dengan hanya membaca pergerakan matanya.



Merenung malu.

Sekiranya anda berdua sedang berkomunikasi, tenung matanya. Dia pasti akan merenung kembali dan jika dia tewas dengan tenungan anda selepas beberapa saat, ini bermakna dia tertarik dengan anda. Kebanyakan lelaki akan menunduk malu setelah ditenung oleh wanita yang disukainya dan merenung kembali setelah hilang sedikit perasaan malunya.

Mengangkat kening.

Perhatikan keningnya. Sekiranya dia ada mengangkat sedikit keningnya ketika berbicara denganmu atau ketika berada berhampiran denganmu, ini bermakna yang dia berminat!



Curi-curi pandang.

Sekiranya anda berada berhampiran dengannya, dia memandang anda namun begitu apabila anda melihatnya kembali, dia mula mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Berita baik untukmu kerana si dia malu tetapi mahu!

Pandangan ekor mata.

Pandangan sebegini digemari oleh rata-rata lelaki ego. Si dia mahu memandangmu tetapi bimbang akan tewas dengan renungan yang dibalas olehmu. Jadi mereka playsafe dengan memandang anda dari ekor matanya sahaja.

]]>
Apa Yang Lelaki Sering Fikirkan Jika Disoal Tentang Perkahwinan? https://redaksi.com/2706-apa-yang-lelaki-sering-fikirkan-jika-disoal-tentang-perkahwinan Wed, 04 Jul 2018 10:56:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2706 Lelaki pada zaman millennial, secara peribadi bukan lah meletakkan perkahwinan itu sebagai satu agenda penting di dalam hidup mereka, lebih-lebih lagi pada mereka yang sudah tentu mempunyai banyak tanggungan.


Tanggungan seperti ibu bapa yang telah tua dan tiada siapa untuk menjaga, adik-beradik yang ramai, malah dengan peredaran masa yang sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Jika adanya kerjaya, tidak pula memiliki gaji yang memuaskan hati mereka, sudah tentu mereka jarang memikirkan tentang perkahwinan ini.

Menurut seorang penulis Hillary White, alasan utama lelaki tidak mahu berkahwin kerana wanita zaman sekarang, tidak lagi mempunyai ciri-ciri feminin. Fikiran lelaki sebegini menganggap wanita pada zaman sekarang tidak lagi seperti zaman dahulu, yang membuatkan ramai wanita protes dengan kenyataan sebegini seperti masih di takuk lama.


TIADA LAGI KEBEBASAN.

Bagi kebanyakan lelaki, mereka seperti tiada kebebasan apabila mempunyai pasangan. Mereka juga seolah-olah merasakan seperti tidak mahu adanya orang ketiga di dalam hidup mereka untuk mencampuri hal peribadi. Ini yang dinamakan ego, kerana lelaki tahu apa yang mereka mahukan. Komitmen dalam perkahwinan tentu sahaja akan membataskan kebebasan melakukan apa jua hal yang biasa mereka lakukan ketika hidup bujang.

APA LELAKI MAHUKAN DALAM PERHUBUNGAN SEBENARNYA?

Menurut kajian, lelaki sebenarnya mahukan perkahwinan yang berlandaskan kejujuran. Seperti yang wanita akan lihat, lelaki tidak nampak serius apabila membicarakan isu perkahwinan, namun sebenarnya sebahagian lelaki bersetuju bahawa perkahwinan itu PERLU SETELAH BERTEMU DENGAN WANITA YANG MEREKA MAHU HABISKAN MASA BERSAMA.


Dengan kata mudah, wanita yang mampu membuka minda dan hatinya. Ini yang dinamakan jodoh.

Selain itu lelaki juga mahukan bakal isteri mereka yang bijak berkomunikasi, memiliki personaliti yang menyenangkan dan tidak materialistik.

FAKTA LELAKI DAN PERKAHWINAN.

Lelaki dan idea persiapan perkahwinan bagai langit dan bumi. Bukan kerana tidak menginginkan perkawinan mewah cuma bagi mereka berlebih-lebihan untuk majlis perkahwinan bukan sesuatu yang mereka inginkan.


Lelaki sebetulnya lebih memikirkan TENTANG KEHIDUPAN SELEPAS KAHWIN dan hal ini tentu saja berbeza dengan wanita yang punya banyak keinginan dalam merealisasikan majlis yang mereka idamkan.

Menurut seorang penulis Jim Burns, lelaki sebenarnya adalah manusia yang paling insecure berbanding wanita. Cuma mereka tidak tunjuk secara terang-terangan, kerana itu bukan lah lahiriah mereka. Jadi, perkahwinan adalah sesuatu perkara yang membuatkan mereka akan berfikir terlalu lama dan antara alasan utama adalah kerana kurang kepercayaan terhadap diri sendiri untuk membimbing seorang isteri.


]]>
Bahagia yang palsu https://redaksi.com/9283-bahagia-yang-palsu Sat, 02 Jan 2021 12:31:52 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9283 Pernah tak korang selalu kena ikut keputusan parents korang? Sampai korang tak boleh buat keputusan sendiri? Dan lagi malangnya, korang sorang-sorang. Tak ada kawan, adik beradik. Lonely sangat. Itulah apa yang aku rasa selama ni.

Sebelum tu terima kasih dekat admin Baituljannah kalau luahan aku ni terpilih untuk disiarkan.

Aku anak tunggal yang memang dari kecil lagi, aku dah keseorangan. Rumah aku jauh dari penduduk lain. Jadi aku memang tak ada kawan dari kecil lagi. Masa aku selalu dihabiskan dekat rumah.

Jadi cuma keluarga aku yang sentiasa teman aku dari kecil sampailah besar. Semua yang aku buat, mesti kena dapat izin dari parents aku. Bukan tu je, mereka dah tetapkan segala yang aku kena buat, pakai dan macam-macam lagi.

Cita-cita aku pun, mereka dah tetapkan masa besar nanti. Aku akan jadi apa. Kena lagi pandai dari rakan sekelas, kena pergi kelas tambahan siang malam. Tak boleh makan selagi kerja tak siap. Semua tu aku lalui.

Aku ingat nanti dah besar, dah tak ada lah macam ni. Jadi aku terus ikut apa yang mereka nak tanpa membantah. Sebab aku tahu mereka yang besarkan aku, jadi takkan aku nak melawan mereka? Nanti kena cakap anak derhaka.

Tapi sayangnya aku silap. Sampailah aku habis belajar dekat U, mereka masih lagi mengatur hidup aku. Aku cuma nak cari kerja yang jauh dari rumah. Sebab aku nak berdikari sendiri. Aku nak tahu macam mana susahnya cari duit.

Tapi mereka halang niat aku. Alasannya nanti aku akan susah cari duit, nanti pergaulan aku bebas. Keluar merayap entah pergi mana-mana. Mereka sikit pun tak percayakan aku. Terlebih lagi dengan makcik pakcik aku yang selalu jadi batu api

Parents aku jadi macam ni pun sedikit sebanyak sebab dengar ikut cakap diorang. Aku ni anak perempuan, susah nak bentuk, nanti jadi minah rempit buat malu kaum kerabat.

Padahal kalau aku nak buat hal, dari dulu lagi aku buat hal. Bukan lepas habis diploma ni baru aku nak buat hal. Aku dulu masuk asrama penuh, boleh je aku buat benda yang bukan-bukan sebab parents aku bukannya tahu.

Tapi aku masih ada akal dan aku waras. Tak mungkin aku nak buat benda yang memalukan keluarga aku. Aku cuma nak belajar hidup dekat luar. Salah ke? Kenapa mereka susah sangat nak percaya dekat aku?

Kalau aku balik rumah, bukannya ada siapa-siapa. Parents aku sibuk bekerja sampai mereka tak ada masa nak perhatikan aku. Bukan ke terlalu kejam biarkan aku terus dekat rumah yang sunyi dan dingin tu sorang-sorang?

Dari luar memang nampak keluarga aku ni keluarga bahagia sangat. Lagi-lagi aku ni akan tunggal, mestilah kasih sayang mak ayah aku, cuma fokus dekat aku je.

Sayangnya tu semua dusta. Mak ayah aku cuma baik dengan aku depan orang awam je. Belakangnya, aku je yang tahu siksa dan sakit dia. Tak boleh keluar rumah, tak boleh berkawan. Ada kawan pun, mereka semua lari sebab tak tahan dengan perangai parents aku.

Siapa je yang nak tahan, bila jumpa je terus mereka tanya apa kerja mak ayah diorang. Berapa gaji mereka, latar belakang keluarga mereka. Jadi aku memang tak salahkan kawan aku. Kalau aku dekat tempat diorang pun, aku lari jugak.

Bila aku dapat tempat kedua, aku terus kena pukul dan kena paksa belajar lagi. Sampai aku tak ada masa untuk buat apa yang aku suka. Semua tu aku tak diizinkan untuk buat. Selagi buku latihan aku masih ada, selagi tu lah aku akan dekat meja belajar.

Bagi keluarga aku, dapat nombor dua, tu perkara yang memalukan dalam keluarga. Sebab kau dah kalah dengan orang lain. dan parents aku tak terima kekalahan. Semua kena jadi nombor 1. Semua kena lebih dari orang lain.

Itulah apa yang keluarga aku selama ni tekankan dekat aku. Jadi bila tengok badan aku kadang-kadang aku kesan kena sebat. Tu dah jadi perkara biasa. Alasannya mereka anggap aku tak cukup baik, dan bukan yang terbaik dalam kelas.

Kadang-kadang aku jealous dengan keluarga yang normal dan sederhana. Keluarga aku kaya, tapi aku tak cukup kasih sayang dan selalu kena paksa. Sangat berbeza dengan keluarga orang lain. Mereka mungkin kekurangan harta.

Tapi mereka bahagia, tak pernah paksa kehendak mereka dekat anak-anak. Dan selalu bagi kebahagian dan kehangatan dalam keluarga tu. Terkadang aku terfikir, kenapa aku dilahirkan dekat keluarga aku? Kenapa aku tak dilahirkan dalam keluarga mereka?

Aku sanggup bersusah payah cari duit dan buat kerja macam-macam. Asalkan aku bahagia, dikelilingi dengan mereka yang faham dan sayang aku dengan ikhlas. Bukan semata-mata besarkan aku, untuk mereka dapat pujian dan nama.

Sebab aku pandai, sebab aku perfect dalam semua benda, jadi mereka akan puji parents aku. Betapa bagus dan bijaknya mereka membesarkan aku. Sampailah aku berjaya macam ni. Macam apa yang diorang inginkan.

Tak salah kalau aku fikir macam tu. Sebab apa yang ada dalam fikiran mereka ialah keputusan aku je. Mereka tak pernah ambil peduli kalau aku balik dengan kesan lebam. Atau kesan kena tampar.

Aku memang kena buli dekat sekolah. Sebab mereka jealous dengan kehidupan aku. Mereka semua anggap aku ni nak perhatian cikgu-cikgu dan orang lain. Sebab tu try hard sangat nak dapat nombor 1 dan cemerlang dalam semua bidang. Mereka kata aku tamak.

Hakikatnya, aku tak nak pun semua tu. Tapi kalau aku cakap. Tak ada sorang pun yang akan percaya. Sebab mak ayah aku di mata orang lain, sempurna sangat. Betapa beruntungnya aku yang dapat parents macam tu. Itulah fikiran mereka kepada aku.

Padahal, aku menderita seorang diri. Tanpa ada orang lain tahu dan faham.

]]>
Buat Mereka Yang Sedang ‘Job Hunting’ Ini 3 Doa Yang Patut Anda Amalkan. https://redaksi.com/7653-buat-mereka-yang-sedang-job-hunting-ini-3-doa-yang-patut-anda-amalkan Tue, 26 Nov 2019 12:56:28 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7653 Rezeki setiap orang tersangatlah berbeza. Ada orang lepas habis belajar terus diserap untuk berkerja, ada juga yang sebulan mengganggur terus dapat kerja, bahkan ada juga yang dah bertahun masih tak dapat-dapat kerja lagi.

Mendapatkan pekerjaan saat ini bukanlah perkara yang mudah. Kerja memang ada tetapi banyak yang kurang sesuai dengan tahap pendidikan dan minat. Belum lagi saingan yang ramai untuk mendapatkan satu perkerjaan yang sesuai dengan tahap pendidikan.

Masih ramai lagi yang sedang berusaha untuk mencari kerja yang sesuai buat pendidikan mereka. Walaupun memiliki segulung ijazah, itu belum menjamin apa-apa lagi sebenarnya berdasarkan keadaan sekarang ini.

Rezeki akan sampai bila tiba masanya.

Akan tetapi rezeki Allah itu sentiasa terbuka buat hamba-hambanya. Asalkan kita sebagai hamba ini tidak pernah lupa untuk meminta dan berdoa kepadaNya. Akan tetapi pada masa yang sama juga, jangan pernah cuba untuk putus asa apabila kita ini masih belum diberi rezeki dalam perkerjaan yang baik.



Buat yang sedang berusaha mencari kerja, ini 3 doa amalan yang boleh dipraktikkan sebelum pergi mana-mana temuduga. Doa ini juga sesuai dibaca sebagai doa dapat kerja baru, doa supaya dapat diterima kerja, doa agar lulus interview kerja baru, doa agar cepat dipanggil kerja dan sebagainya.

Doa 1 – Baca Sebelum Temuduga (Supaya Temuduga Berjalan Lancar)



Bacalah doa ini dengan penuh keyakinan dan kesungguhan. Ingat matlamat anda untuk cari kerja demi rezeki yang halal. Sebelum melakukan apa-apa niat tu kena betul-betul jelas ya.

Doa 2 – Doa Selepas Temuduga (Supaya Diterima Kerja)



Doa mudah dapat kerja yang kedua pula elok di baca selepas temuduga. Bacalah doa ini selepas anda tamat temuduga sesuai dengan maksud doa yang dikenali sebagai membuka pintu,. Bukan pintu rumah ya tetapi doa ini adalah untuk membuka pintu-pintu rezeki, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keberkatan dan sebagainya.

Banyak mafaat doa ini dan dengan membacanya harap dapatlah juga di buka pintu hati bakal majikan untuk menerima anda sebagai salah seorang pekerjanya.

Doa 3 – Doa Setelah Diterima Kerja (Agar Mendapat Rezeki Yang Banyak)



Doa mudah dapat kerja yang ketiga adalah doa yang paling utama doa agar mendapat peluang rezeki yang banyak. Rezeki itu memang di tangan tuhan tapi Allah SWT tak suka hambaNya yang malas. Allah SWT lebih suka akan hambaNya yang rajin berusaha. Jadi jangan mengharap yang rezeki itu bagai bulan boleh jatuh ke riba. Usaha itu tangga kejayaan.

]]>
Tips Memilih Imam Untuk Sepanjang Hidupmu. https://redaksi.com/188-tips-memilih-imam-untuk-sepanjang-hidupmu Sat, 17 Jun 2017 10:38:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=188 Ramai orang selalu bagi nasihat tentang ciri-ciri perempuan yang baik untuk dijadikan isteri, tetapi bagaimana pula dengan suami? Sedangkan pemilihan suami atau isteri sama-sama penting, kena kedua-duanya akan memberi impak kepada hubungan dan keluarga yang bakal dibina. Di sini kami jelaskan garis panduan yang diletakkan dalam Islam dalam memilih calon suami;



1. Iman dan akhlak.

Dari pandangan Islam, ada dua perkara utama yang perlu ditekankan bila memilih seorang suami - iman dan kelakuan yang baik

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: 'Apabila datang kepadamu seorang (lelaki) yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinlah anakmu itu. Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi' (HR Tirmidzi)

Malangnya, ramai orang pada hari ini lebih mementingkan kedudukan kewangan yang kukuh berbanding cirri-ciri yang digalakkan oleh Nabi Muhammad SAW. Walaubagaimanapun, realitinya, pegangan agama dan akhlak yang baik lah yang akan membantu perkahwinan untuk terus kukuh di masa susah dan senang. Contohnya, bila seorang lelaki berpegang pada agamanya, dia akan membimbing isterinya berdasarkan panduan dari Allah SWT, dan dia akan menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak di sukai oleh Allah SWT. Dari sini, anda boleh lihat betapa pentingnya ciri-ciri ini untuk perkahwinan yang berjaya dan sihat yang diredhai Allah SWT. Satu contoh yang baik adalah bagaimana Nabi Muhammad SAW mengahwinkah anak perempuan Baginda iaitu Fatimah RA kepada Ali bin Abu Talib RA. Ali tak mempunyai wang yang banyak tapi Rasulullah SAW memilih Ali untuk anak perempuan Baginda kerana dia berakhlak baik dan kuat dalam agamanya.



Firman Allah SWT;

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (QS An-Nuur 24:32)

2. Tanda-tanda 'berbahaya'.

Beberapa tanda-tanda yang anda perlu elakkan dari segi agama ialah:
-Tanda-tanda dia pernah berzina
-Tinggal solat
-Tak berpuasa di bulan Ramadhan
-Minum arak
-Tanda-tanda salahguna dadah
-Tanda-tanda dosa-dosa besar yang lain
-Syirik (fahami cara dia berfikir dan fahaman dia dalam hal ini)



Elakkan calon yang pernah menunjukkan tanda-tanda 'berbahaya' seperti yang diatas kerana ini adalah hal-hal yang penting dalam agama, dan boleh memberi impak yang besar pada iman dalam hati dan perkahwinan itu sendiri.

3. Ikuti contoh terbaik.

Untungnya kita sebagai umat Islam kerana kita ada contoh yang baik untuk diikuti dari orang-orang soleh yang hidup sebelum kita. Baca tentang mereka dan ikutilah contoh mereka - bagaimana mereka berkahwin, apa ciri-ciri yang mereka uatmakan, dan apa sifat-sifat terpuji dalam mencari pasangan yang baik. Mereka dulu juga ada hati, perasaan, emosi, keperluan dan personaliti maisng-masing seperti kita juga, tapi apakah perkara yang mereka pernah lalui untuk menjalani hidup yang berjaya akhirnya? Cuba cari jawapannya sendiri dan amalkan dalam hidup anda.

]]>
“Menantu Perempuan Sahaja Kena Baik, Menantu Lelaki Tak Payah Ke?” https://redaksi.com/4475-menantu-perempuan-sahaja-kena-baik-menantu-lelaki-tak-payah-ke Fri, 07 Dec 2018 11:50:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4475 Sebelum berkahwin, biasanya mak-mak ini akan ingatkan anak perempuan mereka agar menjadi seorang menantu yang baik, di mana tahu menghormati ibu mertua serta mampu mengambil hatinya dengan baik. Dan untuk menjadi seorang menantu yang baik, kebanyakan wanita ini akan cuba belajar cara untuk dapatkan hati ibu mertua mereka. Kalau boleh pelbagai persiapan akan dilakukan sebelum bertemu ibu mertua mereka.

Tetapi jarang sekali kita dengar pesanan untuk menjadi menantu yang baik pada orang lelaki ini. Adakah mereka ini tidak perlu cuba untuk menjadi menantu yang baik, malah tidak perlu cuba untuk mengambil hati ibu mertuanya?

Sedikit pandangan daripada saudara Firdaus Shakirin, mengenai perkara sebegini. Semoga pandangan yang diberikan ini mampu membuka mata ramai pihak.



"Bila dah jadi isteri orang nanti, dah jadi menantu, kena baik dengan mertua, kena ambik hati mertua, kena anggap dan buat mertua tu macam ibu bapa sendiri..."

Kenapa asal menantu perempuan je, kena buat semua tu? Menantu lelaki tak payah buat eh?

Ini kebanyakan yang terjadi dalam masyarakat. Satu statement atau kata-kata yang hanya dilontarkan dan ditujukan kepada MENANTU PEREMPUAN. Jika menantu perempuan tak buat semua ini, maka dia BUKAN MENANTU YANG BAIK.

Jadi, menantu lelaki terlepas dari buat semua ini?

Sebenarnya tak, bila kita berkahwin, bila kita bergelar menantu, dua-dua perlu jadi baik terhadap keluarga mertua masing-masing. Baik si lelaki mahupun si perempuan. Jika si suami nak isteri itu baik dengan ibu bapanya, maka dia terlebih dahulu baik dengan ibu bapa isteri. Dia perlu menunjukkan sesuatu sebelum mendapatkan sesuatu.

Berapa banyak suami yang selalu telefon ibu bapa isteri? Berapa banyak suami yang selalu bawak isteri balik berjumpa ibu bapa isteri? Berapa banyak suami yang bermalam dirumah mertua LEBIH dari rumah ibu bapanya sendiri?



Bila dia tak buat semua ni, dia tak salah. Tapi bila isteri dia tak buat semua ni, isteri dia salah dan isteri itu bukan menantu yang baik.

Ubah cara pandangan.

Ubah cara pemikiran dan persepsi terhadap MENANTU PEREMPUAN. MENANTU LELAKI juga ada tugas dan tanggungjawab yang perlu dibuat. MENANTU LELAKI juga perlu baik dengan mertua, perlu ambik hati mertua, dan perlu anggap mertua itu macam ibu bapa sendiri.

Jangan hanya fokus kepada ANAK PEREMPUAN ORANG LAIN untuk menjadi menantu yang baik, tapi fokus juga kepada ANAK LELAKI SENDIRI untuk dia menjadi menantu yang baik untuk keluarga mertuanya.



]]>
Ikut Rasa Binasa, Bila Tengah Marah Jangan Main Sedap Hembus Je, Nanti Diri Sendiri Yang Menyesal. Apa Kata Ikut Tips Ini Bila Bertengkar Dengan Pasangan. https://redaksi.com/6883-ikut-rasa-binasa-bila-tengah-marah-jangan-main-sedap-hembus-je-nanti-diri-sendiri-yang-menyesal-apa-kata-ikut-tips-ini-bila-bertengkar-dengan-pasangan Mon, 19 Aug 2019 09:47:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6883 Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Pertengkaran itu adalah penyeri dalam hubungan suami isteri, bila bertengkar, rasa rindu makin dalam dan makin sayang rasanya. Itupun kalau bertengkar akan perkara yang remah, tapi kalau perkara yang serius ada beberapa perkara kena jaga.

Bila bertengkar ini, mulut, hati dan emosi kena jaga. Jangan main nak lepas semua perkara. Memang betul kadang kala tak mampu nak kawal bila emosi dah menguasai, tapi itu bukan bermakna kita boleh lepaskan segala apa yang kita rasa.

Ikut rasa binasa, Akhtar Syamir atau lebih dikenali sebagi broOhsem ini berpesan beberapa perkara yang perlu dielakkan ketika bertengkar.



Amarah itu sangat membinasakan. Selisih faham, perbalahan dan pertengkaran adalah lumrah di dalam kehidupan.
Ada dua kesudahan akibat dari pertengkaran. Kesudahan yang baik atau yang buruk sebenarnya bergantung kepada perkataan, ayat dan kelakuan kita sesama ianya berlaku.

Kesudahan yang pertama amat positif. Pertengkaran membuatkan perhubungan menjadi semakin rapat. Suami dan isteri tahu tahap mana yang membuatkan ianya menjadi terlampau. Ini bermakna suami atau isteri lebih mengenali diri pasangannya. Hasilnya, pasangan ini akan dapat mengelakkan pertengkaran di masa hadapan. Dengan erti kata lain, belajar dari kesilapan.

Kesudahan kedua menjadi topik penulisan kali ini. Hasil dari pertengkaran itu menjadi kebinasaan kepada perhubungan. Ianya menjadi lebih teruk dari sebelumnya. Jalan penyelesaian tidak dapat dicari kerana dikaburi amarah dan telinga seperti ditutup rapat.

Ini terjadi apabila perkataan, ayat dan kelakuan yang menghancurkan digunakan semasa bertengkar.



Apakah perkataan yang beracun, membinasakan dan menghancurkan apabila digunakan pada waktu itu? Apakah kelakuan yang jika dibuat, boleh merosakkan?

1. Talak dan cerai.

- Jangan jadi bodoh. Maaf saya terpaksa berkasar. Kadang-kala perkataan ini jadi terlalu murah sehingga digunakan berkali-kali sehingga ianya seperti tiada nilai. Gaduh yang biasa pun nak guna perkataan ni. Tersalah kata, cakap cerai. Terlambat balik, cakap pasal cerai. Masak tak sedap dah cakap pasal talak. Baju tak bergosok dah cerita pasal talak. Sedangkan perkataan ini sangat berat dan bahaya.

- Kenapa ianya berbahaya, kerana kesan perkataan itu. Cerai dan talak bukanlah satu permainan. Jika dilafazkan maknanya dilafazkan. Jika tersalah lafaz sehingga talak tiga, semuanya sudah terlambat. Fikir dahulu sebelum nak guna perkataan ini. Gunakan otak yang ada dan bukannya amarah semata-mata.

2. Mengungkit kesalahan lalu.

- ini antara perkara yang paling suka dilakukan. Ianya bakal menambahkan luka yang sedang berdarah. Walaupun tidak ada kena mengena, tetapi tetap mahu diungkit kerana marah yang lama itu tidak habis-habis lagi.

- Ianya membinasakan kerana perkara yang kecil boleh menjadi lebih besar tanpa kita sedari. Mungkin pada mulanya hanya pertengkaran kecil disebabkan lambat beri fokus kepada pasangan semasa menggunakan telefon. Tetapi apabila masalah lalu diungkit, ia merebak kepada pertengkaran lama mengenai kecurangan dan lain-lain. Perkara ini amat memenatkan kerana ianya tidak akan berakhir.

3. Menggunakan kekerasan.

- Bukan hanya lelaki, perempuan juga boleh menggunakan kekerasan semasa bertengkar. Dari cakar, tumbuk, sepak, hinggalah baling barang itu dan ini.

- Hanya lelaki dayus sahaja yang memukul isterinya dan hanya isteri derhaka sahaja yang memukul suami.

- Kepercayaan terhadap pasangan juga semakin berkurang dan mungkin akan hilang. Siapa yang sanggup dipukul dan disakiti? Jika yang dipukul itu lari, mulalah terhegeh-hegeh nak beri janji dan kata-kata manis. Mungkin ada yang boleh bersabar, tetapi percayalah yang ianya tidak akan dilupakan. Pasti akan diingati sampai bila-bila.



4. Cabar-mencabar.

- Ini tak lain tak bukan datang dari amarah dan ego. Kepada yang biasa cabar-mencabar ini, percayalah yang semasa marah memang rasa kuat, memang rasa boleh hidup sendiri, tetapi jangan ketar lutut bila cabaran itu dipenuhi.

- Jika cabaran untuk memukul, pastinya ia akan mendatangkan kesakitan. Jika cabar untuk bercerai, kalau ianya betul-betul terjadi, jangan menyesal. Fikir dulu berbaloi tak kehilangan semuanya? Betul ke boleh hidup tanpa pasangan? Mampu ke tak mampu? Anak-anak macam mana? Rumah, kereta macam mana? Fikir sedalam mungkin sebelum mencabar. Jika pertengkaran disebabkan hal yang kecil sahaja, sangatlah tidak berbaloi.

5. Menunjukkan kekurangan dan kelemahan pasangan.

- Perkataan seperti "muka hodoh macam ni pun nak perasan handsome". "Dah la tak cantik, badan pun gemuk".

- Merendahkan pasangan apabila bergaduh membuatkan yang menerimanya bukan hanya marah, tetapi lebih dari itu iaitu sangat kecil hati. Kecil hati ini kesannya mendalam. Ianya lebih dari marah dan mendatangkan kebencian. Bila sudah dibenci, memang sukar untuk kembali baik.

6. Mengutuk dan menyalahkan ahli keluarga.

- Memang mudah untuk menyalahkan orang lain. Tetapi jangan mula salahkan ibu dan bapa pasangan. Walaupun kadang-kala mereka mungkin menjadi penyumbang kepada pertengkaran, tetapi fokuslah pada orang yang di depan mata. Anasir luar itu ialah anasir luar. Jika suami dan isteri itu yang tidak kuat, memang mudah untuk dipengaruhi orang lain.

- Menyalahkan ahli keluarga pasangan tidak akan menyelesaikan masalah. Sampai bila-bila pun kita tidak akan mampu mengawal orang lain. Selesaikan masalah sendiri tanpa perlu libatkan orang lain. Jika kita tarik orang luar masuk, ianya akan menjadi lebih besar dan tidak terkawal.

- Menyamakan pasangan dengan ibu bapanya juga satu perkara yang tidak patut dilakukan. Kerana ini menunjukkan perasaan tidak hormat kepada mereka. Pastinya anak itu akan bercakap mengenai hal ini kepada ibu bapanya dan mereka pula tidak akan menghormati anda lagi.

7. Membandingkan perhubungan lalu.

- Ini sedikit terpencil kerana tidak semua orang ada lebih dari satu hubungan. Tetapi jika ada, jangan sesekali bangkitkan apabila bertengkar.

- Jika perhubungan lalu itu lebih baik, pastinya anda tidak akan berada di dalam perhubungan ini, betul tak? Jadi, berhentilah menipu diri sendiri dan membangkitkan lagi kemarahan pasangan dengan perbandingan itu.

8. Memaki hamun.

- Bodoh, bangsat dan lain-lain perkataan buruk sering digunakan oleh orang yang tidak dapat menahan kemarahannya. Lelaki dan perempuan sama sahaja dalam bab ni. Jika mulut jenis yang celupar, memang akan memaki hamun.

- Memaki hamun ini amat murah dan hina. Anda tidak akan dapat apa-apa pun dengan memaki hamun. Anda rasa puas, anda rasa macam menang, padahal semua itu perasaan untuk pujuk diri sendiri je. Sekali anda babikan pasangan, dia akan ingat sampai tua. Itu pun kalau masih bersama sampai ke tua.

9. Melepaskan kemarahan kepada anak.

- Ini tahap paling hina mengalahkan binatang. Binatang bergaduh pun tak pukul anak. Tetapi kita sering dengar anak menjadi tempat ibu bapanya melepaskan kemarahan dan menunjukkan kemarahan. Ada pasangan yang tahu, suami atau isterinya amat menyayangi anak dan mereka sengaja menyakiti anak supaya secara tidak langsung dapat meyakiti pasangan. Memang hina dan busuk orang sebegini.

10. Mengelak dan melarikan diri.

- Sudahlah buat salah, tak nak selesaikan pula. Hilangkan diri seperti keluar dari rumah atau buat tidak tahu seperti tidak ada apa yang berlaku. "Life goes on" katanya, "move on" katanya, "enough is enough" katanya. Hidup mesti terus dan sudah-sudahlah tu tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya membuatkan ianya terpendam dan menyakitkan hati.

- Segala masalah yang tidak diselesaikan, bakal meletup di lain hari. Hari ini mungkin anda boleh lari, esok lusa belum tentu. Akhirnya apabila ia meletup, tiada apa lagi yang tinggal.



11. Bergaduh besar depan anak dan orang ramai.

- Ini sangat memberi kesan yang buruk. Yang paling teruknya ialah aib keluarga tidak lagi dijaga. Jika bertengkar depan anak, ia bakal memberi tanggapan tidak baik oleh anak dan boleh mendatangkan tekanan kepada mereka.

- Pasangan juga akan rasa malu dengan anak atau sesiapa sahaja. Kesan dia akan berpanjangan, bukan pada waktu itu sahaja.

Jadi, apa yang perlu dilakukan selepas bertengkar? Jika anda mahu menampal semula luka, dan menyembuhkan hati yang lara, buatlah perkara ini.


1. Ucapan maaf yang ikhlas.
2. Berikan ruang dan masa.
3. Jangan ulangi kesilapan yang sama.
4. Bersungguh-sungguh untuk berubah.
5. Cuba ambil semula hatinya.

Amarah itu memang bahaya. Sebenarnya satu penyelesaian yang paling baik ialah sabar dan tenang. Itu sahaja. Sabar dan tenang boleh membuatkan anda nampak dengan terang, dengar dengan jelas dan berfikir dengan lebih baik. Tidak kira lah anda di tempat yang betul atau salah. Sabar dan tenang sentiasa lebih baik dari amarah.

Semoga dapat memberi ilmu dan memberi manfaat. Silakan kongsi dengan menekan butang SHARE supaya lebih banyak pasangan yang tahu mengenai hal ini dan dapat mengelakkan dari memburukkan lagi keadaan.

Jika anda berjaya baca sampai habis, saya ucapkan ribuan terima kasih. Hanya insan terpilih sahaja yang boleh baca sampai habis.

]]>
Jodoh Itu Sama Seperti Ajal, Hanya Allah Yang Berhak Menentukan. https://redaksi.com/8013-jodoh-itu-sama-seperti-ajal-hanya-allah-yang-berhak-menentukan Mon, 23 Mar 2020 11:24:58 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8013 Bila duduk seorang diri ini, tentu ramai yang berfikir mengenai masa depan dan juga hala tuju hidup. Akan ada yang berfikir bila hidup nak berubah atau macam mana nak ubah hidup, bahkan ada juga yang berfikiran tentu seronok jika sekarang ini sudah mempunyai pasangan hidup. Mana tidaknya, raya nanti kalau berjumpa mak cik pak cik tentu akan pelbagai soalan mengenai jodoh ini.

Akan ada yang tanya;
“Tak akan masih single lagi?”

“Tahun ni tak bawa balik calon menantu untuk mak ayah?”

“Tak fikir akan masa depan ke?”

“Memilih sangat ni.”


Macam-macam persoalan yang akan diterima, walaupun kadang kala ada juga soalan-soalan yang terasa tapi nak buat macam mana, bukannya ini yang anda mahukan.

Setengah orang begitu mudah lemparkan soalan atau kata-kata seperti menghukum anda yang masih bujang. Walaupun dengan niat untuk bertanya atau ingin berbual, tetapi banyak lagi perkara lain yang boleh ditanya dan dibualkan. Sudahnya, yang bujang juga mengecilkan hati.



Seperti dalam surah Al-Imran ayat 54:
“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

Kadang bukan mereka ini terlalu memilih atau tidak mahu berkahwin dan pelbagai lagi alasan yang kadang kala tidak wajar dilemparkan kepada mereka-mereka yang bujang. Mana tidaknya, mungkin dia nampak sahaja macam tidak kisah dan tidak ambil tahu mengenai jodohnya, tetapi dalam diam dia memikirkan akan jodoh yang tidak muncul saban hari. Itu belum lagi mereka berdoa kepada Allah agar diberikan pasangan yang terbaik buat dirinya.

Bukan ke yang terbaik itu selalunya akan datang agak lambat. Ini kerana, yang terbaik itu juga akan berhati-hati dalam pemilihannya.



Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah Yasin ayat 36 yang bermaksud: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.”

Bagi pendapat peribadi, jodoh dan ajal ini tidak jauh bezanya. Kita tidak tahu bila kita akan bertemu dengan jodoh kita, bahkan kita tidak tahu bila pula kita akan bertemu dengan ajal kita. Malah yang paling menggerunkan, bagaimana kalau ajal dulu yang datang menjemput kita.

Jadinya, dalam menanti dan mencari jodoh ini, jangan dilupa untuk pastikan juga kita bersedia untuk bertemu dengan ajal kita. Ini kerana, kedua-duanya tiada tanda dan anda tidak tahu bila masanya akan tiba.



]]>
Suami Yang Baik Adalah Suami Yang Faham Keadaan Isteri Ketika Berpantang. https://redaksi.com/3221-suami-yang-baik-adalah-suami-yang-faham-keadaan-isteri-ketika-berpantang Tue, 14 Aug 2018 09:41:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3221 "Menahan segala kehendak dan menunaikan segala kehendak isteri ketika berpantang. Ini kefahaman saya dan saya rasa ini perlu ada pada setiap suami.

Dari semalam banyak lalu diwall saya status tentang suami bagi ubat tidur kepada isteri sedang berpantang buatkan ramai yang PM minta pandangan. Post ini mungkin terlalu panjang(bagi lelaki). Bacalah dari hati seorang lelaki dan suami yang benar-benar sayang dan cinta kepada isteri. Ya nyawa ku taruhkan untuk isteri kerana Allah dan Rasul.

Koyakkan@ first degree tear,second degree. Tear,third,fourth(deep tear) Ini kemungkinan berlaku kepada ibu-ibu bersalin. Walaupun darah nifas(posnatal bleeding) mungkin akan kering dalam tempoh 6 minggu dan ini menunjukkan kedudukkan rahim akan berada ditempat asal.


Berkemungkinan besar koyakkan tahap pertama dan kedua boleh semboh dengan baik. Third, fourth, Allahu. Yang pernah lalui sahaja memahami betapa sakitnya,betapa sukarnya setiap pergerakkan. Lebih teruk dari cesar.

Walaupun mereka sudah boleh solat,luka dah baik, waktu ini suami boleh 'mendatangi' mereka. Namun Satu perkara yang kita perlu faham tentang mereka iaitu berkaitan dengan EMOSI(hormone).

Ya mereka penat 9 bulan 10 hari, proses labor berjam-jam. episiotomy, Insert branula(kadang-kadang banyak kali kena cucuk sebab urat halus),CTG dan banyak lagi Medical reason yang perlu dilakukan oleh para doktor dan bidan untuk memastikan ibu dan bayi selamat. Penat jaga anak siang malam menyusu ini satu kemestian.

Ini semua melibatkan EMOSI ibu. Walaupun kita lihat fizikal mereka sihat, namun EMOSI mereka masih dalam labour room, ada yang TRAUMA, PENAT, SAKIT masih menghantui mereka. Adakalanya disebabkan peningkatan hormon prolaktin buatkan mereka tidak berkeinginan untuk 'didatangi'.

Waktu dan tika ini peranan suami sangat penting. Bantu isteri sebaik mungkin. Jadi suami yang penyayang dan pendengar yang setia setiap keluhan isteri. Sentiasa mengucapkan perkataan dan kata-kata yang baik terhadap isteri. Layan isteri bagaikan dayang melayan permaisuri.


Ketepikan dahulu soal 'CINTA' kita. Fokus kita sehingga isteri benar-benar bersedia. Sihatkan fizikal dan mental(hormone) mereka. Bang banyak lagi cara untuk kita puaskan CINTA kita. Bukan paksa mereka, bukan curangi mereka, bukan guna pelbagai trick yang boleh menambah trauma mereka(Bagi ubat tidur etc). Bang mereka banyak kali 'mati' untuk kita. Jika anak 5, 5x kali mereka 'mati' untuk kita. Alhamdulillah masih ramai suami diluar sana sangat-sangat memahami isteri ketika berpantang...."

APA PERLU SUAMI BUAT?

Berpantang. Suami wajib jadi pawang 100 hari.

Dapatkan:

  • Ikan yang segar
  • Sayuran kampong
  • Ayam kampong
  • Telor ayam kampong
  • Daging lembu segar

Bantu isteri:

  • Masak untuk isteri, lagi best ikan tu dibakar. Sediakan menu yang sihat, berkhasiat dan menyelerakan.
  • Air kunyit dibuat sendiri
  • Urutan post natal yang membuatkan isteri lebih tenang.
  • Berkomunikasi setiap masa untuk elak meroyan.
  • Khidmat' 100% terutama minggu pertama. "Ada apa-apa lagi abang boleh bantu sayang ? "
  • Pantau luka .
  • Bantu isteri bergerak, berjalan terutama ke tandas. Jangan biarkan mereka terbaring sahaja. Berjalan atau bergerak boleh bantu lancarkan darah dan elakkan DVT(Darah beku disalur darah).
  • Pastikan isteri minum air mineral dengan cukup.
  • Bantu mandikan isteri dan bayi.

Ambil tahu:

  • ILMU PENYUSUAN
  • Amalan@Pantang larang ketika isteri berpantang
  • Ingatkan isteri makan ubat yang disediakan oleh doktor
  • Jadual pemeriksaan bayi dan ibu diklinik
  • Basic urutan untuk ibu berpantang.
  • Cara berbedong/bekong
  • Jamu/vitamin/ubatan untuk ibu berpantang dan selepas.

Dan suami juga perlu faham tanda-tanda isteri melalui fasa post-portum period. Jika ada tanda selalu menangis, termenung ini perlu dirujuk ke hospital.


 

]]>
Tiada pelamin hanya bilik pengantin sebagai penyeri, majlis kahwin pasangan ini beri inspirasi https://redaksi.com/8859-tiada-pelamin-hanya-bilik-pengantin-sebagai-penyeri-majlis-kahwin-pasangan-ini-beri-inspirasi Thu, 05 Nov 2020 12:05:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8859 Majlis kahwin sememangnya satu perkara yang patut dihebohkan, akan tetapi jangan sampai membazir pula. Mana tidaknya, orang sekarang ini sanggup berhabis dan berhutang demi majlis satu hari yang tak mungkin diingati orang lain melainkan pasangan suami isteri itu.

Cukup meriah kalau majlis tersebut diadakan dengan serba sederhana dan juga dikelilingi oleh saudara mara terdekat. Seperti pasangan suami isteri ini, tanpa pelamin mewah ataupun baju yang grand tetapi cukup manis bila majlis serba ringkas itu disambut oleh saudara terdekat.

Itulah cara Alfat dan juga Muhammad meraikan hari bahagia mereka pada Oktober lalu yang telah memilih warna putih serba ringkas.

Batal air sembahyang atas katil

Uniknya, pasangan ini memilih untuk bersanding di atas katil dalam bilik tidur rumah tersebut. Bahkan ketika membatal air sembahyang juga dilakukan di atas katil manakala tetamu hanya bergambar dari pintu saja.

Hantaran, backdrop, doorgift yang just nice

Bukan saja majlis yang serba ringkas tetapi konsep hantaran yang minimalistik juga menarik perhatian. Selain itu, antara yang mencuri perhatian adalah doorgift serta lukisan pasangan pengantin sebagai tanda terima kasih kepada tetamu. Backdrop dan juga banner juga simple tetapi nampak manis bila bergambar.

Tak perlu majlis besar-besaran yang berhabis duit sehingga terpaksa berhutang. Yang penting majlis sederhana tetapi meriah disambut dengan ahli keluarga, tak lupa juga keberkatan yang dicari.


]]>
Apabila Hamil Di Luar Jangkaan, Ini Tindakan Yang Perlu Diambil. https://redaksi.com/4367-apabila-hamil-di-luar-jangkaan-ini-tindakan-yang-perlu-diambil Wed, 28 Nov 2018 16:23:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4367 Selepas berkahwin biasanya sesetengah orang akan merancang adakah mereka ingin memiliki anak terus atau menunggu beberapa tahun dahulu. Begitu juga dengan mereka yang sudah memiliki anak buat kali pertama. Pasti mereka ingin menjarakkan tahun di antara anak sulung dan anak seterusnya.

Pastinya jika sudah membuat perancangan, anda dan pasangan akan meletakkan beberapa target dan cara untuk memastikan apa yang dirancang itu berjalan dengan lancar. Tapi jika berlaku sebaliknya, sebagai contoh anda mengandung di luar jangkaan anda, pasti anda akan sedikit terkejut bukan?

Pasti banyak perkara yang akan anda fikirkan seperti, bagaimana jika suami anda tidak mahu anak tersebut ataupun anda tidak mampu menjadi ibu yang baik. Apabila berhadapan dengan perkara seperti ini, berikut adalah apa yang perlu anda lakukan.



1. Berjumpa doktor.

Ini adalah masanya untuk anda berjumpa dengan doktor. Doktor anda akan mengesahkan status kehamilan dan tempoh kandungan anda. Doktor juga boleh memastikan sama ada bayi itu dalam kondisi yang baik. Jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti masalah jantung, diabetes atau obesiti, maklumkan kepada doktor anda.

2. Berjumpa kaunselor atau meminta bantuan orang yang dipercayai.

Jika anda mahu tidak mahukan anak ini dengan menggugurkan kandungan atau memberikan bayi anda kepada jagaan orang lain, berjumpalah dengan kaunselor yang boleh membantu anda mengatasi masalah emosi seperti kegelisahan, stres atau depresi. Masalah-masalah ini adalah normal memandangkan kehamilan yang terjadi adalah di luar jangkaan. Walaubagaimanapun, kondisi ini mampu memberi kesan kepada kesihatan dan tumbesaran bayi.

Jika anda mahu menggugurkan kandungan, anda perlu berbincanglah dahulu dengan kaunselor terhadap kesan dan akibat melakukannya serta berdiskusilah dengan doktor anda berkaitan risiko dan komplikasi prosedurnya.

Anda juga boleh meminta bantuan daripada orang yang anda percaya dengan berbincang tentang masalah anda. Beritahu mereka situasi dan perasaan anda serta tindakan yang bakal anda lakukan. Individu ini boleh membantu anda membuat pilihan dan memberi sokongan.



3. Menjaga diri.

Sentiasa jaga diri anda sebaiknya. Anda memerlukan badan dan minda yang sihat untuk mengandung dan menjalani prosedur ini. Mula ambil asid folik setiap hari, makan makanan yang sihat, melakukan aktiviti ringan seperti berenang atau berjoging, memastikan waktu tidur mencukupi dan minum air dalam kuantiti yang sebetulnya setiap hari. Berbincanglah dengan pakar diet untuk membantu anda.

4. Hentikan tabiat buruk.

Sekiranya anda mahu meneruskan kandungan anda, anda perlu berhenti melakukan tabiat buruk seperti merokok, mengambil alkohol mahupun penggunaan dadah kerana perkara-perkara ini boleh merosakkan kandungan. Berbincanglah dengan doktor anda tentang bagaimana menghentikan tabiat buruk anda.

5. Ketahui risiko anda.

Penting untuk anda ketahui apa yang perlu anda elakkan semasa sedang hamil.
Anda perlu menjauhi binatang seperti kucing. Kucing mungkin membawa kuman yang boleh mengakibatkan jangkitan atau gangguan.

Berhenti makan makanan yang tidak dimasak seperti daging mentah atau susu. Berhenti pakai kasut tinggi untuk mengelakkan anda jatuh sekaligus memberi kesan buruk kepada kandungan.



]]>
Perempuan Perlu Tahu, Lelaki Akan Berfikir Tentang 4 Perkara Ini Ketika Melihat Anda Menangis. https://redaksi.com/5569-perempuan-perlu-tahu-lelaki-akan-berfikir-tentang-4-perkara-ini-ketika-melihat-anda-menangis Mon, 25 Mar 2019 12:54:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5569 Apabila kaum wanita menangis, terdapat 1001 kisah disebalik tangisan dan air mata tersebut. Sama ada kesedihan akibat hati yang remuk, ataupun kegembiraan yang sukar diungkapkan, malah kemarahan yang dipendam terlalu lama. Pihak luar sudah pasti tidak mengetahui rahsia hati seorang wanita ini. Hanya diri mereka sendiri sahaja yang tahu apa yang telah berlaku pada hidupnya.

Namun, tangisan tersebut pasti akan dilihat oleh sesiapa sahaja termasuklah kaum lelaki. Bagi lelaki, kaum wanita ini lemah, jadi kerana itu mudah untuk menitiskan air mata. Akan tetapi apakah yang mereka akan fikirkan sekiranya terlihat seorang wanita itu menangis?

Tidak kira sama ada wanita itu adalah rakan sekerja, kekasih atau sesiapa sahaja, kaum lelaki akan berfikir tentang 5 perkara ini apabila terlihat anda menangis…

1. “Aku nak tahu apa masalah dia…”

“Kenapa menangis ni? Cuba cerita..”

Ungkapan pertama yang akan didengari dari mulut lelaki sekiranya ternampak wanita menangis. Ini menunjukkan sikapnya prihatin dan mengambil berat. Sekiranya ia berlaku pada suami atau kekasih anda, anda amat bertuah kerana mereka memiliki sikap yang prihatin.

Akan tetapi sekiranya ia berlaku pada rakan anda, malah tidak begitu rapat, elakkan bercerita sekiranya ia terlalu peribadi kerana daripada kisah itu boleh jadi 2 kemungkinan…

  • Anda akan jatuh hati pada rakan lelaki anda.
  • Kisah anda yang mengaibkan akan tersebar luas.

2. “Aku nak cuba tolong dia, kalau ada masalah..”

Lelaki ini secara lahiriahnya, terasa dirinya perlu melindungi kaum yang lemah iaitu kaum hawa. Jadi, secara automatik mereka akan cuba menjadi baik mahupun pendengar masalah yang setia. Sering sahaja kita melihat dan mendengar, setiap wanita pasti memiliki bff lelaki. Ini kerana bff lelakinya sahaja yang mampu menolong dan menjadi pendengar luahan yang setia.

Sekiranya anda berdua masih single tidak mengapa, jika lelaki ini sentiasa menolong anda walaupun sudah mempunyai kekasih, takut nanti anda jatuh hati padanya.

Yelah, lelaki akan bertindak menjadi seorang yang baik hanya kerana simpati melihat anda.

3. “Siapa yang jahat sangat buat dia menangis ni?”

Seperti point nombor 2, lelaki mempunyai sifat semula jadi untuk melindungi kaum wanita. Jadi, mereka sedaya upaya untuk mengetahui cerita sebenar dan akan mula bertindak sebagai hero menyelamatkan keadaan. Mereka akan cuba mendapatkan cerita sebenar, dan mula bertindak seperti ayah-ayah atau abang-abang.

4. “Kalau aku tolong dia selesaikan masalah mesti lepas ni jadi lagi rapat..”

Tak lain, tak bukan sebenarnya apabila seorang lelaki melihat kaum wanita menangis dan cuba menolong menyelesaikan masalah, ini untuk menjadi lebih rapat dengan anda. Dan berkemungkinan besar mempunyai hati dan perasaan untuk anda. Lelaki akan cuba menjadi baik dan menolong wanita hanya 2 kemungkinan iaitu…

  • Lelaki ini suka pada anda.
  • Lelaki ini Just being nice, kerana ia adalah tanggung jawab dan tak lebih daripada itu.

Maka, Sekiranya Anda Terlihat Seorang Lelaki Cuba Memujuk Anda, Jangan Terlalu Cepat Jatuh Hati Ya!

]]>
Mengubah Ciptaan Bukan Tujuan Kecantikan Tapi Untuk Keyakinan Diri, Apa Hukumnya? https://redaksi.com/4658-mengubah-ciptaan-bukan-tujuan-kecantikan-tapi-untuk-keyakinan-diri-apa-hukumnya Mon, 24 Dec 2018 17:50:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4658 Ada sesetengah orang ada satu perasaan di mana ia merasakan bahawa bahagian tubuh badannya itu tidak sesuai atau tidak cantik untuk dirinya. Maka dengan itu, dia telah melakukan beberapa perubahan seperti melakukan pembedahan plastik kerana ingin mengubah bentuk bahagian tersebut, sedangkan dalam Islam kita dilarang mengubah ciptaan Allah seperti tubuh badan kita ini. Tapi jika tidak mengubah ciptaan tersebut, seseorang itu boleh hilang keyakinan diri malah boleh terlibat dalam kemurungan. Mari ikuti soal jawab ini.



Soalan:

Assalamualaikum wbt,

Saya ada satu kemusykilan yang ingin saya tanyakan kepada Ustaz. Apakah hukumnya melakukan pembedahan hidung (Rhinoplasty) untuk tujuan memperbaiki bentuk hidung yang kembang. Tujuan utama ialah bukanlah untuk menambahkan kecantikan tetapi lebih kepada untuk menambahkan rasa percaya diri kepada anak saya. Saya berasa kasihan terhadap dia kerana dia berasa amat rendah diri untuk bergaul dan selalu menyendiri disebabkan kekurangan ini dan mengakibatkan kemurungan. Sekian terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt,

Alhamdulillah pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi ﷺ, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kesudahan.

Pada asalnya sebarang bentuk pembedahan yang membawa kepada perubahan kepada anggota badan manusia tanpa keperluan adalah diharamkan oleh Syarak. Ini berdasarkan firman Allah Taala tentang perkataan Iblis:

وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الْأَننْعَامِ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ وَمَن يَتتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللَّهِ فَقَددْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا

Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.” (Surah al-Nisa’: 119)


Tentang mengubah ciptaan Allah SWT, ia bermaksud mengubah fitrah yang telah Allah SWT jadikan pada makhluknya; sama ada daripada sudut agama atau penciptaan-Nya. Berkata Imam al-Baidhawi Rahimahullah bagi ayat di atas: [Dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah] dari (asal) muka, rupa dan sifatnya. Lalu termasuk sekali dalam kategori ialah apa yang disebut seperti perbuatan menyucuk mata Hami (unta jantan yang pernah sepuluh kali membuntingkan), mengkasi hamba sahaya, bertatu, menjarangkan gigi, meliwat, perbuatan sihaq (lesbian), dan seumpama dengannya. Begitu juga menyembah matahari, bulan dan mengubah fitrah milik Allah Taala iaitu Islam dan menggunakan anggota dan kekuatan untuk membuat benda yang tidak mampu diterima oleh jiwa pada kesempurnaannya dan tidak layak dijadikan perantaraan kepada Allah (yakni penyembah berhala yang membina sendiri berhalanya). Umum lafaz ayat ini menegah secara mutlak perbuatan mengkasikan tetapi para fuqaha menyatakan rukhsah pada mengkasikan haiwan ternakan kerana keperluan.”
Rujuk Tafsir al-Baidhawi (2/98)

Daripada Abdullah bin Mas`ud RA:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَنَ الوَاشِمَاتِ وَالمُسْتَوْشِمَاتِ وَالمُتَنَمِّصَاتِ مُبْتَغِيَاتٍ لِلْحُسْنِ مُغَيِّرَاتٍ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melaknat wanita-wanita yang mentatu dan yang meminta ditatu, wanita-wanita yang mencukur alis, demi mencari keindahan dan mengubah ciptaan Allah." Riwayat al-Tirmidhi (no. 2706). Beliau mengatakan hadis ini hasan sahih.


Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (6/177): “al-Baghawi dan al-Rafie berpendapat tidak harus untuk mengkasi haiwan yang tidak dimakan; sama ada sewaktu kecil atau dewasanya. Mereka berpendapat harus untuk mengkasikan haiwan yang dimakan sewaktu kecilnya kerana terdapat tujuan (syarie) iaitu mengelokkan dagingnya, tetapi tidak boleh jika waktu dewasanya. Wajh qaul mereka itu termasuk dalam umum ayat Allah Taala yang mengkhabarkan tentang perkataan syaitan [Dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah]. Cuma dikhususkan (dikecuali) amalan berkhitan dan al-wasm (cop panas pada badan haiwan) dan seumpama dengannya, sedangkan yang tidak masuk dalam pengecualiannya itu kekal tercela dan dilarang… al-kayy (rawatan besi panas atau besi penyelar) dengan api apabila tidak didorong dengan suatu hajat keperluan, adalah haram berdasarkan keumuman (lafaz) mengubah ciptaan Allah, padanya juga terdapat penyiksaan benda hidup; sama ada dilakukan ke atas dirinya atau kepada orang lain, atau selain manusia. Sekiranya perlaksanaannya didorong oleh hajat keperluan dan ahli al-khibrah (orang yang berpengalaman, seperti pakar perubatan) bahawa keadaan berkenaan adalah keadaan memerlukan, maka diharuskan rawatan itu pada dirinya, dan pada sekalian benda hidup yang lain. (Tetapi) meninggalkannya pada dirinya kerana bertawakkal (kepada Allah) itu lebih afdhal, mengikut hadis Ibn Abbas.[1]”

Syeikh Muhammad al-Mukhtar al-Syanqiti Rahimahullah dalam kitabnya Ahkam al-Jarahah al-Tibbiyyah (1/191) menyebut pada asalnya hukum mencantikkan hidung dengan mengecilkannya dan mengubah bentuknya pada lebar dan tingginya, adalah termasuk dalam kategori pembedahan yang diharamkan. Ini kerana padanya terdapat elemen mencantikkan bahagian luaran dengan bentuk yang lebih bagus, rupa yang lebih cantik, tanpa wujudnya faktor darurat atau hajat keperluan. Namun begitu, beliau tetap meraikan kaedah bahawa perkara yang memberi mudarat itu boleh dihilangkan, sama ada mudarat itu sudah berlaku atau akan berlaku, melalui kaedah pencegahan (Rujuk Ahkam al-Jarahah al-Tibbiyyah (1/146).

Beliau berpandukan kata-kata Imam al-Syatibi Rahimahullah: “Difahami daripada sekalian (rujukan) Syariat bahawa diizinkan untuk menolak masyaqqah secara mutlak… bahkan diizinkan untuk menghindarkan diri daripada masyaqqah yang sedang berlaku atau sebelum ia berlaku, yang menyempurnakan tujuan seorang hamba dan memberikan keluasan kepadanya.” Rujuk al-Muwafaqat (2/102).

Kami juga ingin menukilkan kaedah yang disebut oleh Syeikh Dr. Soleh bin Muhammad al-Fauzan Hafizhahullah, apabila membahaskan hadis Abdullah bin Mas’ud di atas: “Diikat dengan perkataan “lil husn” dalam hadis tadi menunjukkan bahawa larangan itu bersifat khusus dengan apa yang jika dilakukan untuk mendapatkan kecantikan tambahan pada khilqah ma`hudah (ciptaan atau rupa paras yang standard). Jika dilakukan untuk merawat (suatu cela) atau kerana aib maka harus hukumnya, seperti mana yang telah disebut sebelum ini. Ini menunjukkan bahawa itu bukanlah bentuk perubahan yang diharamkan. Maka sabda baginda yang menyebut “lil husn” itu, huruf Lam itu adalah Lam Ta`lil (yang menunjukkan alasan pengharaman) yang mengecualikan larangan itu pada perkara yang melibatkan rawatan dan seumpama dengannya.” Rujuk al-Jarahah al-Tajmiliyyah (hlm.73)

Kami telah bertanya sendiri isu dalam soalan di atas kepada Syeikh Abdul Karim Mustofa Abu Sulaiman al-Nadwi Hafizhahullah, salah seorang pakar rujukan fiqh dan hadis di Mesir, pada 19 Disember 2018, sewaktu kunjungan beliau di pejabat kami. Beliau menjawab bahawa tiada halangan untuk melakukan pembedahan rhinoplasty berkenaan kerana selain perubahan tersebut demi menghilangkan suatu keaiban, ia juga bukan perubahan yang begitu ketara sehingga mengubah ciptaan Allah. Itu bergantung kepada niat orang yang ingin melakukan pembedahan berkenaan. Beliau berdalilkan firman Allah SWT:

قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ ۚ قُلْ هِيَ لِلَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.” (Surah al-A`raf: 32)


Begitu juga hadis Asma’ binti Yazid RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ ذَبَّ عَنْ لَحْمِ أَخِيهِ بِالْغِيبَةِ كَانَ حَقًّا عَلَى اللهِ أَنْ يُعْتِقَهُ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: "Barangsiapa yang menahan dirinya daripada memakan daging saudaranya dengan perbuatan mengumpat, maka menjadi “hak” ke atas Allah untuk membebaskannya daripada Neraka”
Riwayat Ahmad (no. 27609). Al-Haithami menghasankannya dalam Majma` al-Zawaid (8/95).

Menurut Syeikh, hadis ini adalah dalil bahawa pembedahan menghilangkan aib berkenaan adalah diharuskan bagi mengelakkan orang melakukan umpatan ke atas dirinya.

Setelah meneliti perbahasan di atas, kami cenderung untuk menyatakan bahawa pembedahan rhinoplasty untuk mengecilkan hidung yang terlalu besar dan kembang, sehingga mendatangkan mudarat berbentuk psikologi adalah diharuskan berdasarkan Hukum Syarak. Walau bagaimanapun, mudarat ini perlulah ditahqiqkan atau dipastikan oleh pakar perubatan dalam pembedahan plastik dan juga pakar kesihatan mental, sesuai dengan qias kepada ahli khibrah dalam isu rawatan menggunakan besi penyelar atau al-kayy di atas. Perubahan itu juga mestilah tidak begitu ketara sehingga melebihi kadar rupa paras yang standard (khilqah ma`hudah) dan tidak memiliki unsur penipuan. Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada penanya. Wallahua’lam.

Nota hujung:

[1] Beliau meriwayatkan daripada Rasulullah ﷺ :

الشِّفَاءُ فِي ثَلاثَةٍ فِي شَرْطَةِ مِحْجَمٍ أَوْ شَرْبَةِ عَسَلٍ أَوْ كَيَّةٍ بِنَارٍ وَأَنَا أَنْهَى أُمَّتِي عَنْ الْكَيِّ

Maksudnya: “Kesembuhan itu pada tiga perkara; secawan bekam, seteguk madu, penyelar api, sedangkan aku melarang umatku (secara makruh; kurang afdhal jika terdapat hajat) daripada rawatan dengan besi penyelar.” Riwayat al-Bukhari (no. 5681).

]]>
Adakah Pasangan Anda Sedang Menipu Di Dalam Perhubungan? Ketahuilah Mengapa Mereka Menipu Anda. https://redaksi.com/943-adakah-pasangan-anda-sedang-menipu-di-dalam-perhubungan-ketahuilah-mengapa-mereka-menipu-anda Sun, 20 Aug 2017 12:57:32 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=943 Apa yang anda akan rasa apabila ada ditipu oleh pasangan anda, dimana si dia ada orang lain dan anda sebenarnya berkongsi kasih. Sudah tentu anda akan rasa marah dan sakit hati terhadap pasangan anda. Semua orang tidak suka apabila diduakan, apa lagi bicara tentang poligami, pasti ramai yang tidak suka. Tetapi apa yang anda perlu tahu adalah, sains telah membuktikan bahawa jika anda seorang penipu, anda akan sentiasa menipu. Ada petikan English yang ramai orang ketahui iaitu, 'once a cheater, always a cheater!'. Sebenarnya petikan itu tidak salah, dan sains telah membuktikannya. Satu ujikaji telah di lakukan kepada 484 peserta lelaki dan perempuan untuk mereka berceritakan tentang hubungan mereka bersama kekasih mereka. Apa yang dapat di rumuskan daripada hasil penceritaan mereka itu amat mengejutkan.



1. Bagi mereka yang pernah menipu hubungan dengan kekasih mereka yang pertama 'first love', adalah 3 kali lebih cenderung untuk menipu lagi bagi hubungan mereka yang kedua dan seterusnya.

2. Bagi mereka yang pernah ditipu oleh kekasih mereka yang pertama. Adalah 2 kali lebih cenderung untuk ditipu lagi oleh kekasih mereka yang kedua dan seterusnya.

3. Perasaan syak wasangka amat sukar untuk diabaikan bagi mereka yang pernah di tipu oleh kekasih mereka yang pertama. Kerana ia akan menjadi 4 kali ganda syak wasangka itu akan datang kembali bagi kekasih mereka yang kedua dan seterusnya.



Mengapa ini terjadi? Jawapannya, apabila kita mula menipu, otak kita akan mula rasa biasa untuk teruskan menipu. Dimana apabila kita mula menipu, emosi negatif akan mula terbina, dan otak akan menggalakkan lagi untuk teruskan menipu hasil daripada emosi negatif tersebut. Dalam erti kata lain, pada mulanya kita hanya menipu tentang perkara yang kecil, akhirnya kita akan cuba untuk buat penipuan yang lebih besar untuk menutup penipuan yang pertama. Jadi apa yang menjadi isu disini adalah, kadangkala ada orang di luar sana yang sudah terbiasa menipu di dalam perhubungan, dan mereka tidak sedar bahawa mereka sedang menipu, sehingga kebenaran di tunjukkan di hadapan mereka. Akhir sekali, bagaimana untuk anda elakkan daripada menipu kepada pasangan anda. Mulalah berkata-kata jujur kepasa pasangan anda. Kerana jika kebenaran sudah muncul di depan mata, anda akan cuba untuk berikan penipuan yang lebih besar untuk menutup kesalahan anda.

]]>
Orang Perempuan Lebih Pilih Lelaki Kelakar Dari Yang Handsome, Kerana Tahu Ambil Hati. https://redaksi.com/8398-orang-perempuan-lebih-pilih-lelaki-kelakar-dari-yang-handsome-kerana-tahu-ambil-hati Mon, 27 Jul 2020 15:51:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8398 Biasanya bila lelaki ada rupa, mereka ini akan sedikit jual mahal. Kalau pilih pasangan pun tentunya yang memiliki rupa juga. Barulah orang kata, ibu bapa cantik dan kacak, anak-anak juga akan comel. Biasanya mereka ini kalau rupa biasa-biasa memang tidak akan dilayan.

Tapi itulah, sebenarnya agak rugi walaupun anda memiliki rupa yang elok tetapi jika tidak kelakar tentu saja sukar mendapat tempat di hati perempuan. Dengar kata, orang perempuan lebih suka dan pilih lelaki yang kelakar berbanding lelaki yang ada rupa ini.


Berikut adalah puncanya;

Lelaki ada rupa ini mudah sakitkan hati

Bagi perempuan, lelaki yang memiliki rupa ini biasanya mudah diingini oleh perempuan lain. banyak mata-mata akan memandang lelaki seperti ini. Perkara ini akan membuatkan perempuan di sampingnya akan berasa tidak selesa.

Bukan itu saja, perempuan yang memiliki pasangan yang ada rupa ini akan terasa perlu bersaing dengan perempuan lain. Perkara ini akan membuat dia terasa sakit hati sendiri dan rimas dengan situasi itu. Sebab itulah, mereka tidak memilih lelaki yang mempunyai rupa.



Walaupun lelaki tersebut dikatakan setia dan sayang padanya, tetapi persaingan disekeliling membuatnya rasa tidak selamat akan hubungan mereka sendiri.

Kelakar bijak ambil hati

Kalau ini, rupa pula jatuh kepada tempat kedua. Bagi perempuan, lelaki kelakar lebih bijak mengambil hati mereka. Tidak kiralah mereka ini ada rupa atau tidak, tetapi jika dia seorang yang kelakar dan menyenangkan tentu saja ia satu kebahagiaan buat dirinya.

Biasanya lelaki kelakar ini tahu mengambil hati perempuan, bergurau serta seorang yang romantik. Malah, sikapnya yang sweet ini terlihat begitu semulajadi dan tidak buat-buat. Perkara ini yang membuatkan perempuan lebih selesa di sisinya.



Lelaki yang kelakar juga sering kali dikaitkan dengan setia. Ramai yang berpendapat bahawa lelaki yang kelakar ini tahu bagaimana nak bergurau dengan pasangan dan juga orang lain.

Bersyukur kalau kedua-duanya

Namun begitu, orang perempuan lebih bersyukur kalau dapat kedua-duanya sekali. Ini kerana, walaupun mereka terpaksa bersaing dengan perempuan lain tetapi pasangan mereka tahu mengambil hati mereka dengan gelak ketawa. Dari situ, dia juga rasa bahagia dan tidak tertekan dengan persiangan yang datang.



]]>
Tanda-Tanda Teman Lelaki Anda Tiada Niat Untuk Berkahwin. https://redaksi.com/2724-tanda-tanda-teman-lelaki-anda-tiada-niat-untuk-berkahwin Thu, 05 Jul 2018 11:02:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2724 Apabila sudah lama menjalinkan hubungan cinta tanpa ikatan sah, sudah tentu di dalam fikiran anda sekarang hanyalah untuk bernikah, bukan? Jika tidak, sampai bila mahu kan hubungan yang tiada ikatan sah, bertahun-tahun bercinta tanpa arah tujuan.

Ibu bapa anda juga pasti sering bertanyakan soalan tentang si dia, bila mahu masuk meminang atau melamar anak perempuannya ini? Adakah mahu dibawa kulu kilir tanpa ikatan sah bertahun-tahun? Pasti orang ramai akan membawa mulut dan membuat andaian yang negatif tentang anda kelak.

Jadi, apakah tanda-tanda sebenarnya teman lelaki anda memang tiada niat untuk berkahwin dengan anda…

1. Kritik anda dengan alasan tidak munasabah.

Ada saja yang tidak kena di matanya. Baju yang selalu anda gayakan tiba-tiba tidak cantik di matanya. Atau si dia tiba-tiba bising apabila anda banyak berbelanja membeli barang-barang kecantikan. Bila ada saja benda yang tidak kena, percayalah itu mungkin tanda si dia sudah mungkin sudah berubah hati atau si dia mahu mencipta drama dalam perhubungan.

2. Tidak senang dengan sahabat baik anda.

Bolehkah anda berkahwin dengan lelaki yang tidak menyenangi sahabat baik anda sendiri? Si dia pasti melarang anda untuk berjumpa dengan sahabat, ada sahaja alasan yang diciptanya. Malah tiba-tiba si dia seperti “Saya tak suka la perangai kawan awak tu, awak jangan kawan dengan dia boleh tak?

3. Mengelak untuk berjumpa dengan ibu bapa anda.

Perkara yang paling nyata adalah, si dia ada sahaja seribu alasan untuk tidak bertemu dengan ibu bapa anda, malah dengan adik-beradik anda sendiri. Jika benar si dia mahu berkahwin dengan anda, dan sudah bercinta dengan lama, kenapa masih mengelak untuk berjumpa ibu bapa anda?


4. Tidak pernah tanya tentang perancangan anda.

Tidak pernah sekali pun si dia bertanyakan tentang impian dan perancangan masa depan anda. Agak merisaukan juga jika kalian berdua sudah lama menjalin hubungan yang serius tapi si dia tidak pernah bertanyakan perancangan masa depan anda.

Tidakkah dia mahu tahu apa harapan anda pada si dia? Tidakkah si dia mahu anda membayangkan kehidupan berkeluarga bersamanya? Hati-hati!

5. Tiada perancangan bersama anda.

Si dia sibuk bercerita dengan anda tentang perancangan masa depannya, sama ada hal kerjaya, juga niatnya mahu membeli kereta baru atau rumah besar. Dan dia sama sekali tidak menyelitkan diri anda dalam angan-angan masa depannya. Percayalah, itu mungkin hint yang si dia belum bersedia mahu melamar. Atau mungkin tiada niat untuk berkahwin.


]]>
Amalkan ‘10S’ Ini Demi Menjaga Kebahagiaan Di Dalam Rumah Tangga. https://redaksi.com/3566-amalkan-10s-ini-demi-menjaga-kebahagiaan-di-dalam-rumah-tangga Wed, 19 Sep 2018 15:46:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3566 Rumah tangga terasa hambarnya jika tidak dilimpahi dengan kasih sayang setiap ahlinya. Pun begitu kasih sayang haruslah dipupuk sejak awal, jangan terlambat untuk mempraktikkan apa jua elemen yang dapat membantu kerukunan rumah tangga.

Antara yang boleh diamalkan oleh suami mahupun juga isteri adalah dengan mempraktikkan 10 amalan ini.

Dalam membantu suami isteri mengecap kebahagiaan dan keindahan hidup berkeluarga 10 S berikut boleh dipraktikkan. Belum terlewat juga untuk diamalkan buat pasangan yang sudah lama berumah tangga.

1. Salam.

Membudayakan ucapan salam adalah salah satu sunnah Rasulullah. Lebih-lebih lagi ucapan itu di antara suami dan isteri. Di dalamnya ada terkandung doa untuk kesejahteraan yang boleh membawa kepada kebahagiaan.


2. Senyum.

Perbuatan yang tidak memerlukan kata-kata, tetapi difahami oleh pasangan kita apabila kita melakukannya. Jelas menunjukkan kita sentiasa berada dalam keadaan positif apabila kita melakukan sedemikian.

3. Sapa.

Sewajarnya kita perlu saling bertanya khabar tentang pasangan kita termasuklah kesihatan, pekerjaan atau soal anak-anak, walaupun setiap hari tinggal sebumbung. Apatah lagi sekiranya berjauhan disebabkan tugasan yang terpaksa dilaksanakan.

4. Sabar.

Pastinya dalam setiap kelebihan yang ada pada pasangan kita, ada pula kekurangan pada dirinya. Belajarlah dengan penuh sabar untuk menerima kekurangan itu agar kita dapat menjalani kehidupan dengan penuh bermakna.

5. Sayang.

Sifat ini perlu sentiasa dipupuk. Sayang bukan hanya terletak di bibir, tetapi perlu dibuktikan melalui perbuatan. Suami jangan hanya sibuk mengucapkan sayang pada isterinya sehingga nafkah yang menjadi kewajipan untuk diberikan turut diabaikan.

6. Suka.

Apa yang telah disediakan untuk suami seperti makanan umpamanya, walaupun kurang enak daripada sudut rasanya tetapi tunjukkanlah bahawa kita menyukainya. Jangan terus kritik dengan perkataan kurang sedap kerana isteri pula akan menunjukkan reaksi tidak suka.


7. Simpati.

Sekiranya ditimpa kesusahan, masalah, musibah, sakit atau seumpamanya maka berikanlah sepenuh perhatian pada pasangan kita. Waktu itu masing-masing saling memerlukan antara satu sama lain untuk membina kekuatan agar mampu bangkit kembali. Simpati sebeginilah yang amat diharapkan dalam rumah tangga.

8. Spontan.

Sering kali kita melihat, isteri yang melakukan kerja rumah. Apalah salahnya kalau suami juga turut membantu. Tanpa menawarkan diri untuk menolong, adalah lebih cantik sekiranya dilakukan dengan cara spontan tanpa diminta. Sikap ini akan menyebabkan isteri bertambah sayang.

9. Segak.

Penampilan diri yang baik akan menyebabkan pasangan kita senang. Walaupun hanya berada di rumah, tidak salah untuk suami atau isteri memperelok kemasan pada pakaian. Apatah lagi sekiranya ditambah dengan sedikit wangian. Barulah akan sentiasa segak di mata pasangan.

10. Simple.

Semua pasangan mengimpikan keharmonian dalam rumah tangga. Walaupun tidak mewah tetapi cukuplah sekadar semua kelengkapan asas tersedia tetapi bahagia. Inilah yang terbaik. Kekayaan bukan jaminan kebahagiaan, walaupun di mata manusia nampak senang. Tetapi apa maknanya kemewahan sekiranya tidak disulami dengan kebahagiaan.

Semoga ia memberi manfaat pada yang telah berkahwin mahupun pada yang bakal berumah tangga.


]]>
Wanita Diciptakan Dari Tulang Rusuk Lelaki. https://redaksi.com/343-wanita-diciptakan-dari-tulang-rusuk-lelaki Tue, 04 Jul 2017 10:41:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=343 Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dipijak. Tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai. Rangka tulang rusuk itu telah direka khas oleh Allah SWT untuk melindungi dan menjaga jantung and struktur-struktur di sekitarnya. Tulang rusuk yang melengkung dan bengkok telah dibentuk untuk fungsinya yang menyembunyikan. Dan seperti tulang rusuk yang melindungi jantung, wanita juga diciptakan untuk melindungi dan menjaga manusia.

Rasulullah SAW bersabda 'Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, janganlah dia menggangu jirannya. Dan berbuat baiklah kepada wanita, sebab mereka diciptakan dari tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atasnya. Jika engkau cuba meluruskannya, maka engkau akan mematahkannya dan jika engkau biarkan, ia akan tetap bengkok. Jadi kerana itu, berbuat baiklah kepada wanita.' (HR Bukhari),

Perbandingan yang dibuat antara wanita dan tulang rusuk adalah peringatan yang indah bahawa wanita diciptakan tak sempurna. Ada hari yang mereka diberi 'cuti', bila emosi mereka tertanggung dan mereka rasa tertekan dengan kerja-kerja harian. Tapi semua ini adalah sebahagian dari fitrah wanita, dan wanita diciptakan sesuai dengan peranan mereka sebagai penjaga utama. Emosi wanita membantu mereka untuk jadi isteri dan ibu yang lebih baik, dan emosi itu juga membantu bila logik akal dan tak mampu bersabar. Sebagai suami, anda perlu faham bahawa isteri anda takkan jadi sama seperti yang anda mahukan. Dia ada caranya sendiri untuk menyelesaikan sesuatu perkara, yang tak selalunya sama dengan cara yang anda suka. Tapi yakinlah bahawa dia diciptakan cukup sempurna untuk tugasnya dan untuk anda, pasangan hidupnya.



Nabi Muhamad SAW menasihat kita untuk tidak cuba membaiki 'kesalahan' isteri masing-masing atau ubah caranya. Nabi SAW menyarankan supaya kita menerima isteri seadanya dan terima bahawa dia ada banyak sifat yang berlainan dari lelaki. Ini tak bermaksud bahawa lelaki lebih baik dari wanita atau wanita lebih baik dari lelaki tapi seperti tulang rusuk, lelaki dan wanita telah diciptakan sempurna untuk tujuan masing-masing. Wanita atau lelaki takkan lengkap tanpa satu sama lain. Mana isteri lemah, suaminya kuatkan. Mana suaminya kurang, isterinya lebih. Rasulullah SAW menyifatkan manusia seperti gelas yang halus, yang seharusnya dijaga dengan cinta dan kasih sayang. Isteri adalah salah satu nikmat dari Allah SWT, pasangan untuk anda sama-sama cari ketenangan. Oleh itu, jangan berkeras dengan isteri anda. Terima perbezaanya sebagai fitrah dan ingat bahawa sifat-sifatnya inilah yang buat dia sempurna untuk tugasnya. Jangan paksa dia ikut kehendak anda kerana wanita susah menerima kata-kata kesar dan arahan. Mereka lebih mudah membalas kebaikan dan kasih sayang. Cuba sehabis baik untuk lupakan kesalahan dia yang nampak di mata anda, dan fokus kepada kebaikannya. Paling penting, kasihani dia kerana bila anda cuba 'meluruskan' dia, sama seperti tulang rusuk, ia akan patah.


]]>
Keliru Dengan Sikap Lelaki, Ini 7 Maksud Di Sebalik Bahasa Tubuh Mereka. https://redaksi.com/3984-keliru-dengan-sikap-lelaki-ini-7-maksud-di-sebalik-bahasa-tubuh-mereka Wed, 24 Oct 2018 17:26:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3984 Kadang-kadang perempuan sendiri tak faham apa yang sebenar lelaki fikirkan ketika bersama mereka. Susah nak faham isi hati lelaki ni sebab kadang ok, kadang pula tiba-tiba macam tak ok.

Namun, dalam kekeliruan yang biasanya dialami wanita tentang sikap sebenar lelaki, terdapat beberapa tingkah laku mereka yang boleh anda tafsirkan secara kasar. Kata orang, setiap perbuatan kita mencerminkan keperibadian.

Jom kita tengok sebenarnya apa yang lelaki fikirkan di sebalik bahasa tubuh yang mereka berikan.



1. Merenung Tajam.

Pernah atau tidak anda berhadapan dengan lelaki yang gemar merenung tajam tika kamu berborak mesra? Sebenarnya perbuatan ini menggambarkan mereka seorang yang peminta dan ingin mengetahui apa yang mampu anda tawarkan kepadanya. Menyeramkan bukan? Tetapi itulah yang diminta lelaki yang berkelakuan seperti ini.

2. Rapatkan Badan.

Sebenarnya apabila lelaki mula merapatkan badannya ketika berbual, ia melambangkan mereka seorang yang mempunyai daya penarik dan kadang kala ia boleh bersifat keterlaluan. Jadi hati-hati girls.

3. Tangan & Badan Asyik Bergerak.

Terdapat juga lelaki yang gemar menggerakkan anggota badan seperti tangan dan badan apabila bermesra. Lelaki seperti ini merupakan seorang yang cukup bertanggungjawab dan mempunyai perasaan cinta yang sangat mendalam. Pergerakan ini melambangkan betapa besar cintanya pada anda dan sebagai bukti kesungguhan mereka.



4. Angguk Kepala.

Kebiasaannya, seorang yang mengangguk kepala bermakna faham mahupun jelas, tetapi apabila jejaka asyik menganggukkan kepalanya semasa berbual, itu melambangkan mereka seorang yang sangat mengambil berat dan sentiasa memikirkan anda dalam fikiran mereka.

5. Gemar Berdiri.

Kalau anda duduk ketika bercakap, manakala si dia pula berdiri, lelaki jenis ini sebenarnya seorang yang gemar mempengaruhi dan mengongkong kehidupan anda. Mereka juga dikatakan sebagai seorang lelaki yang suka mempergunakan anda khususnya untuk kepentingannya sendiri.

6. Sensitif Jarak.

Pernah atau tidak anda berjumpa dengan lelaki yang tidak keruan ini di mana kalau kamu berdiri mahupun duduk, si dia akan mengehadkan jarak tertentu agar tidak terlalu rapat? Lelaki seperti ini bukanlah mahu menjauhkan diri dengan anda tetapi mereka lebih mementingkan keselesaan tika bermesra. Selain itu, mereka juga dikatakan sebagai lelaki yang memahami kehendak dan kemahuan pasangan.

7. Tiru Lagak.

Jejaka yang gemar meniru lagak mahupun gaya orang lain ini dikatakan seorang yang mudah terpengaruh dan dikatakan seorang yang mudah untuk dibawa berbincang serta sentiasa positif dalam kehidupannya.

]]>
Berkerja Pada Shif Malam Bukan Satu Perkara Yang Mudah, Selain Badan Tak Dapat Rehat Yang Cukup, Kualiti Tidur Juga Terganggu. Ini Yang Korang Perlu Ambil Kira Bila Berkerja Waktu Malam. https://redaksi.com/6845-berkerja-pada-shif-malam-bukan-satu-perkara-yang-mudah-selain-badan-tak-dapat-rehat-yang-cukup-kualiti-tidur-juga-terganggu-ini-yang-korang-perlu-ambil-kira-bila-berkerja-waktu-malam Thu, 15 Aug 2019 12:01:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6845 Kerja pada luar waktu 8-9 jam adalah perkara biasa jika ia dilakukan pada waktu siang hari. Tetapi ia akan menjadi luar biasa apabila ia perlu dilakukan pada waktu malam, malah kadang kala ia terpaksa mengambil masa selama 12 jam. Namun begitu, gaya berkerja begini telah menjadi kebiasaan untuk negara yang membangun.

Cumanya, masalah akan berlaku kepada perkerja tersebut seperti gangguan tidur serta kurang rehat mengikut waktu sepatutnya.

Secara kebiasaannya, pekerja yangyang berkerja pada waktu mala mini merasakan mereka boleh menggantikan tidur malam dengan tidur pada waktu pagi atau petang selepas berkerja. Akan tetapi sebenarnya, rasa mengantuk masih dapat dirasai walaupun telah tidur selama 7 jam pada siang hari.



Keadaan ini disebabkan oleh waktu biologi yang masih menghantar isyarat mengantuk pada waktu malam yang akan berfungsi seperti normal.

Biasanya perkerjaan seperti polis, bomba, pengawal keselamatan, doktor dan lain-lain memerlukan tahap berjaga yang tinggi sepanjang malam.



Apa yang kesan daripada perkara ini, ia akan mengganggu tumpuan, gaya pemikiran serta kesukaran dalam membuat keputusan.

Mengantuk yang berlebihan disertai dengan gangguan dalam aktiviti harian, boleh menjadi gejala hypersomnia yang dicetuskan oleh kurang tidur.

Cara yang terbaik yang boleh dilakukan oleh mereka yang berkerja pada waktu malam adalah dengan mengekalkan kualiti tidur.



Bagaimana hendak mengekalkan kualiti tidur yang sebenar?

1. Jangan berkerja pada waktu malam secara berturut-turut.

2. Elakkan perubahan yang terlalu ketara. Jangan tiba-tiba terus kerja pada waktu malam, sedangkan selama ini tak pernah lakukan.

3. Tidur sekejap pada waktu malam untuk memastikan badan dapat rehat.

4. Pastikan terdapat pencahayaan yang mencukupi di tempat kerja.

5. Hadkan penggunaan kafein.

6. Selepas berkerja terus pulang ke rumah untuk tidur.

7. Pada waktu tidur, pastikan tiada gangguan daripada orang lain.

Waktu kerja pada waktu malam sememangnya memerlukan tenaga yang banyak. Maka dengan itu, perlu sentiasa tubh badan anda mendapat rehat yang mencukupi.

]]>
4 Tanda Hubungan Cinta Yang Baru Dijalin, Tidak Berakhir Ke Jinjang Pelamin. https://redaksi.com/2357-4-tanda-hubungan-cinta-yang-baru-dijalin-tidak-berakhir-ke-jinjang-pelamin Thu, 24 May 2018 10:10:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2357 Semua pasangan mengharapkan sesuatu hubungan yang baru dijalin, pasti hingga ke jinjang pelamin, malah hingga ke syurga. Jika ada jodoh, pasti ia berkekalan, tetapi bagaimana anda boleh tahu jika seseorang itu bukan lah jodoh anda?

Oleh kerana itu, ada sebahagian pasangan, yang baru sahaja berkenalan, sudah menetapkan tarikh perkahwinan. Berkenalan hanya dua bulan, sudah dapat menerima baik buruk pasangan. Mudah, jika kalian berdua bijak berkomunikasi dan menerima pendapat masing-masing secara terbuka.


Jadi, apakah tanda-tanda perkenalan anda dan pasangan bakal tidak berakhir hingga ke jinjang pelamin? Jom baca…

1. Pasangan sering mengelak berbincang isu perkahwinan.

Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, jika mereka hanya main-main dengan anda sahaja, pasti akan mengelak dengan isu ini, apatah lagi dengan isu nyawa, harta atau anak. Golongan ini mahu bercinta, hanya kerana bosan keseorangan dan mahu keseronokan sahaja, tidak lebih daripada itu.

Mereka yang serius dengan anda, tidak akan membiarkan hubungan kalian tergantung terlalu lama tanpa arah tuju, ingat!

2. Tidak serasi.

Mudah! Tidak serasi! Anda dan pasangan seolah-olah tiada chemistry. Jangan memaksa diri anda mahu pun pasangan untuk menjadi serasi. Keadaan akan menjadi semakin tegang dan kekok. Oleh kerana itu, jika anda baru berkenalan dengan seseorang, lebih elok jika menjadi diri sendiri.


Tidak serasi dengan cara pemikiran, cara percakapan, anda sentiasa memperkecilkan pasangan, atau tidak mudah menerima keburukan si dia.

3. Perhubungan jarak jauh anda berdua seperti tiada perancangan.

Oleh sebab itu, perkara utama atau soalan penting yang patut anda ajukan pada pasangan adalah “Lepas kahwin, kita duduk mana?”. Adakah si dia mempunyai jawapan yang muktamad dan jelas? Membeli rumah? Duduk di rumah sendiri atau mertua?


Jika si dia masih ragu-ragu dan tiada perancangan, dan jawapan yang sering diberikan “Nanti lah lepas kahwin, kita bincang okay”. Jadi, bagaimana anda mahu hidup dengan si dia? PJJ yang tiada penghujung?

4. Keutamaan yang berbeza.

Apabila bertemu seseorang dan berkenalan dengan si dia, pasti anda mengharapkan untuk bercinta dengan si dia, dan berumah tangga bukan? Jadi, apakah keutamaan si dia? Adakah sama dengan anda? Atau keutamaan si dia masih dengan travel alone dan perkahwinan tiada dalam list? Hati-hati!


]]>
Tips Untuk Bahagiakan Pasangan Menurut Dato' Fadzilah Kamsah. https://redaksi.com/3875-tips-untuk-bahagiakan-pasangan-menurut-dato-fadzilah-kamsah Tue, 16 Oct 2018 16:38:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3875 Kebahagiaan hakiki sukar dikecapi jika salah seorang atau kedua-duanya menimbulkan masalah. Masalah biasanya berlaku disebabkan sikap atau tingkah-laku pasangan itu sendiri. Walau bagaimanapun, kebahagiaan boleh dinikmati jika mereka benar-benar tahu cara untuk mendapatkan kebahagiaan tersebut.

Pakar motivasi negara, Dr. Fadzilah Kamsah ada berkongsi tips untuk bahagia dalam hubungan perkahwinan. Dipersembahkan tips bahagiakan pasangan...

1. Doa yang berterusan.

Tidak dinafikan doa turut memainkan peranan dari sudut dalaman iaitu hubungan yang berkaitan dengan-Nya. Amalkanlah doa dalam setiap saat, bukan sahaja ketika selesai solat.

Cukuplah menerbitkan rasa di hati untuk mendoakan kebahagiaan dalam hidup berumahtangga. Nescaya hari-hari yang dilalui pasti akan dipenuhi keberkatan dan seterusnya menjadikan hubungan bersama pasangan kekal bahagia dan ceria.

2. Banyakkan pujian dan senyuman kepada pasangan.

Pujian boleh meningkatkan keyakinan, membuatkan hati pasangan semakin berbunga. Di saat diri dipuji, ianya membangkitkan kasih sayang dan keghairahan terhadap pasangan.

Tiada insan yang tidak suka apabila dipuji. Tapi awas! Pastikan jangan berlebih-lebih dalam pujian. Mungkin pasangan menganggap anda mempermainkan dia pula. Senyuman lebar seikhlas mungkin dari hati juga akan meningkatkan cas positif kepada diri dan juga pasangan. Apabila positif bertemu positif, sudah pasti hasilnya juga positif.

3. Murah dengan belaian kasih sayang dan sentuhan mesra.

Belai, usap dan sentuh pasangan anda dengan penuh kasih sayang dan mesra. Isteri biasanya amat mendambakan sentuhan manja dan mesra daripada suaminya. Layanlah pasangan anda dan cuba penuhi segala keinginannya. Hal ini akan membuatkan hati anda dan hati si dia semakin bertaut erat. Ini tips bahagiakan pasangan paling utuh.

4. Berfikiran terbuka dan saling bertolak-ansur.

Berfikiran terbuka bermaksud setiap pasangan perlulah menerima sebarang saranan, nasihat atau cadangan daripada pasangan dengan fikiran yang matang dan penuh berhemah. Jangan sesekali bersikap diktator atau ‘queen control‘ dalam keluarga. Langsung tidak menerima pendapat pasangan dan beranggapan hanya dia seorang yang betul.

Sikap sebegini tidak harus ada jika anda inginkan kebahagiaan. Jika berlaku perselisahan atau pertelingkahan, amalkan sikap bertolak-ansur dan cubalah untuk memahami kehendak dan keperluan masing-masing. Elakkan bersikap mementingkan diri sendiri.

5. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

Sepanjang hari, sudah pasti akan ada sesuatu yang berlaku kepada kita dan pasangan. Mungkin ada salah silap yang tidak kita sedari. Mungkin pasangan anda berkecil hati, namun hanya tersimpan di lubuk hati.

Inilah masanya untuk anda saling memaafkan. Amalan remeh seperti ini jika sentiasa diamalkan sudah boleh memberikan impak yang besar kepada hidup anda. Yang paling penting, hari anda akan berakhir dengan baik dan sudah pasti keesokannya akan lebih berseri.

Semoga tips bahagiakan pasangan hari ini bermanfaat.

]]>
Jangan Bersedih Sekiranya Tidak Bertemu Jodoh Yang Sesuai Lagi. https://redaksi.com/2323-jangan-bersedih-sekiranya-tidak-bertemu-jodoh-yang-sesuai-lagi Sat, 19 May 2018 08:07:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2323 Kehidupan seseorang dengan orang lain berbeza. Allah menguji seseorang mengikut kemampuan masing-masing. Menurut pandangan kita seorang itu banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah, tetapi hakikatnya kita tidak tahu bahawa dia adalah orang yang paling banyak menerima ujian. Tetapi dirahsiakan kesusahan tersebut, ditutupinya dengan senyum yang indah.

Mungkin saja anda pernah ditipu dengan orang yang dicintai, ditinggalkan tanpa kekasih mempeduli perasaan anda atau kehilangan seseorang di saat dia amat memerlukan. Usahlah bersedih. Kerana itu bermakna Allah sedang memperhatikan kita. Dia mahu kita mendekatkan diri kepada-Nya. Setelah itu, barulah dia akan mengantikan seseorang yang lebih baik.

Jodoh itu ketetapan daripada Allah yang telah tertulis di lauh mahfuz. Tetapi sekiranya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menggapai apa yang kita impian, pasti akan dibantu oleh Allah. Apapun, perlu berusaha keras terlebih dahulu agar perkara yang telah ditetapkan Allah itu dapat berubah dengan izin-Nya.


Mintalah kepada Allah dengan apapun cara agar kita dapat menjemput jodoh tersebut. Betulkan terlebih dahulu niat untuk bertemu jodoh. Misalnya mahukan pasangan untuk memperkuatkan ibadah, ingin menambah pahala dengan melakukan kebaikan kepada pasangan dan memperelokkan diri setelah berumah tangga nanti.

Dengan niat yang baik, mudah-mudahan Allah membantu kita untuk bertemu jodoh yang diimpikan. Jemputlah jodoh dengan cara yang betul. Berusahalah untuk menunaikan solat hajat disepertiga malam, memperbanyakkan sedekah, berusaha memperbaiki diri serta cinta akan majlis ilmu.


Pada awalnya memang susah untuk dilakukan kesemua itu. Tetapi percayalah, ketika kita melakukannya dengan niat yang ikhlas dan melaksanakannya secara konsisten, pasti akan terasa lazatnya beribadah dan mudah-mudahan Allah membantu kita agar memudahkan urusan bertemu jodoh.

Jangan bersedih. Usap air mata. Yakinlah Allah akan menggantikan ujian tersebut dengan yang lebih baik sekiranya kita tetap bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada. Sabar dan syukur menyebabkan kita ditinggikan darjat oleh Allah. Hati menjadi tenang dan sentiasa ceria walaupun banyak ujian yang dilalui. Kerana kita percaya, “ujian yang ditimpa terlalu kecil, kerana kita mempunyai Allah yang maha besar.”


]]>
5 Tanda Anda Dan Si Dia Mempunyai “Chemistry” Yang Kuat. https://redaksi.com/3555-5-tanda-anda-dan-si-dia-mempunyai-chemistry-yang-kuat Wed, 19 Sep 2018 10:18:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3555 Chemistry atau kimia boleh dimaksudkan dengan erti kata bahawa anda dan pasangan adalah pasangan yang serasi. Sekiranya anda dan pasangan mempunyai chemistry yang kuat, ia akan membuatkan hubungan yang kalian jalinkan itu adalah hubungan yang mampu bertahan lama. Secara umum, ia boleh dirasakan oleh hati dan sangat peribadi. Tetapi bagaimana untuk kita tahu bahawa kita ada chemistry yang kuat bersama pasangan? Jom kita ketahui.


1. Sering tersenyum apabila bersama.

Apabila kalian bersama, anda dan pasangan akan lebih mudah tersenyum. Ia merupakan satu ikatan yang kuat dengan lebih banyak senyuman di dalam perhubungan kalian. Mengapa kalian mudah tersenyum? Hal ini kerana, apabila minda anda gembira, perlahan-lahan senyuman akan terukir dibibir anda. Jadi jika anda sentiasa gembira, itu akan melahirkan senyuman yang berpanjangan.

2. Meniru pergerakan atau percakapan yang hampir serupa.

Anda akan lihat pasangan yang mempunyai chemistry yang biasanya akan terlalu mudah untuk meniru antara satu sama lain. Jadi mereka ini akan lebih mempunyai persamaan dari segi percakapan atau pergerakan yang sama. Bahkan, kadang kala ia dilakukan secara spontan. Sebagai contoh, jika mereka ini boleh mempunyai satu pemikiran yang sama seperti tanpa sengaja menyanyikan lagu yang sama.

3. Punya minat yang sama.

Sudah menjadi perkara biasa yang dilalui oleh mana-mana pasangan yang mempunyai chemistry ini bahawa mereka ini akan mempunyai minat yang sama, dari pelbagai bentuk. Tidak kira lah ia adaalh hobi, genre lagu, atau genre filem. Hampir segala-galanya mereka ini mempunyai persamaan yang lebih mudah untuk membuat mereka ini saling berkongsi antara satu sama lain.


4. Lebih terbuka dengan perasaan masing-masing.

Disebabkan mereka ini sudah banyak persamaan, mereka ini juga akan lebih selesa untuk bersifat terbuka. Jadi tiada masalah untuk mereka ini meluahkan apa yang mereka rasakan. Jadi pasangan mereka ini juga akan lebih mudah untuk memahami apa yang diluahkan serta disampaikan. Mereka ini seperti tidak berselindung antara satu sama lain.

5. Mempunyai rasa selesa antara satu sama lain.

Jika sudah ada chemistry yang kuat ini, sudah pasti lah mempunyai perasaan selesa yang menyenangkan. Kesamaan dan keserupaan kalian ini akan membuatkan anda begitu selesa antara satu sama lain yang tidak semestinya dimiliki oleh pasangan lain. Bahkan. Keselesaan ini akan timbul walaupun kalian hanya sebagai kenalan atau rakan bukannya pasangan kekasih.

Lima tanda ini adalah secara umum yang akan dirasai oleh pasangan yang mempunyai chemistry. Boleh jadi, pasangan yang mempunyai chemistry yang kuat juga boleh terbentuk melalui satu perkara yang lain. Tapia pa-apa pun, jika anda dan pasangan anda mempunyai lima tanda ini, kalian pasti pasangan yang mempunyai chemistry yang kuat.


]]>
Kebanyakan Lelaki Muda Jatuh Cinta Pada Wanita Lebih Berusia Kerana 12 Sebab Ini. https://redaksi.com/944-kebanyakan-lelaki-muda-jatuh-cinta-pada-wanita-lebih-berusia-kerana-12-sebab-ini Sun, 20 Aug 2017 14:12:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=944 Kenapa lelaki memilih untuk mencari pasangan dengan wanita yang lebih tua? Sebenarnya ada beberapa faktor yang mendorong mereka dan salah faktor adalah wanita berusia.



1. Wanita berusia lebih matang. Kerana wanita yang berusia lebih matang dari segi perangainya dan lebih bijak dalam menentukan halatuju hidup mereka.

2. Kedudukan kewangan mereka lebih stabil daripada gadis-gadis muda. Wanita yang lebih muda biasanya 'clingy' dan juga agak keanak-anakan. Tetapi bagi seorang lelaki, keyakinan seseorang wanita itu lebih menarik perhatian mereka.



3. Wanita berusia mempunyai daya intelek yang lebih tajam, berkeyakinan dan boleh diajak berbual tentang pelbagai perkara sebab mereka lebih berpengalaman.

4. Dan pengalaman itulah yang membuatkan mereka lebih realistik dan berpijak di bumi nyata. Tidak mengharapkan cinta ala fairy tale.

5. Wanita berusia mempunyai emosi yang lebih stabil. Mereka lebih bersikap positif, mampu melihat potensi pasangan dan bersikap jujur dalam menyuarakan pendapat.

6. Wanita berusia lebih pandai membawa diri, dan cara mereka bergaul dengan orang sekeliling menunjukkan yang mereka telah mengenal diri sendiri dengan baik. Kestabilan dalaman inilah yang membuatkan mereka lebih menarik.



7. Wanita berusia lebih tahu selok-belok kehidupan. Merekalah yang akan memberitahu pasangan apa yang mereka mahukan dan lebih yakin atas semua itu. Mereka juga tahu tentang perasaan mereka, dan mengapa mereka merasakan sedemikian

8. Mempunyai hubungan percintaan dengan wanita berusia lebih 'adventurous' dan satu perjalanan cinta yang menyeronokkan. Wanita berusia lebih menggalakkan pasangannya untuk menjadi diri sendiri dan menjadi dewasa berbanding pasangan yang sebaya atau lebih muda.

9. Wanita berusia seumpama 'taboo' dan ada lelaki yang merasakan 'taboo' atau perkara terlarang itu menarik. Mengikut kebanyakan budaya, adalah agak salah untuk wanita berusia bercinta dengan lelaki lebih muda, tetapi bagi lelaki berusia yang bercinta dengan gadis yang muda, itu masih normal.

10. Bercinta dengan wanita berusia kurang saingan. Biasanya gadis muda yang lebih suka dikejar oleh para lelaki. Jadi apabila kurang saingan, pasangan wanita berusia biasanya dilimpahi kasih sayang dan perhatian yang lebih.

11. Wanita berusia lebih berkuasa. Lelaki muda kurang pengalaman dan kadang-kadang tidak tahu apa yang perempuan mahukan dari mereka. Sikap mahu berkuasa ini membantu, lebih-lebih lagi jika wanita itu pernah berpasangan dengan lelaki muda sebelum ini.

12. Wanita berusia mempunyai lebih sifat keibuan. Ada yang mengatakan, dalam diri lelaki sentiasa ada jiwa anak kecil. Sifat keibuan inilah yang dapat memenuhi kemanjaan tersembunyi ini.

Walaubagaimanapun, jodoh dan pertemuan semua telah ditetapkan Allah SWT.Kita hanya mampu merancang perhubungan ini.

]]>
Masjid, surau dan rumah ibadat tutup selama 14 hari di Pahang https://redaksi.com/8630-masjid-surau-dan-rumah-ibadat-tutup-selama-14-hari-di-pahang Thu, 01 Oct 2020 10:26:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8630 Keadaan semakin membimbangkan apabila kes wabak Covid-19 semakin meningkat dari hari ke hari. Justeru itu, semua masjid, surau dan rumah ibadat yang berada di dalam kawasan yang mempunya kes aktif jangkitan koronavirus ditutup selama 14 hari di Pahang.

Selain itu, aktiviti pekan sehari, pasar malam dan acara keramaian melibatkan lebih 100 orang awam pada satu-satu masa bagi daerah yang mempunyai kes aktif Covid-19 perlu ditangguhkan untuk tempoh sama dari kes terakhir dikesan.



Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, bagi kes kontak rapat kepada kes positif yang hadir ke sekolah sebelum pengesanan dibuat, kelas terlibat juga akan ditutup selama 14 hari.

Jelasnya, semua aktiviti perniagaan, kedai serbaneka dan lain-lain premis perniagaan yang dibenarkan hanya boleh beroperasi sehingga jam 12 tengah malam kecuali pusat perubatan, klinik dan stesen minyak.

"Aktiviti riadah dan sosial hanya dibenarkan sehingga jam 12 tengah malam tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Sekiranya SOP sukar dikawal, acara dan sebarang aktiviti penganjuran tidak dibenarkan," katanya.

Malah, beliau juga mengingatkan agar semua pasar raya memastikan pematuhan SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Tambahnya, tindakan ini diambil kerajaan negeri dalam mendepani penularan pandemik Covid-19 di negeri ini walaupun penularan yang berlaku di Pahang masih terkawal dan hanya melibatkan individu yang pulang dari Sabah.

"Justeru kita galakkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan dari Sabah selepas 27 September lalu untuk meneruskan kuarantin kendiri selama 14 hari selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Mereka juga perlu membuat ujian ulangan pada hari ke-13 walaupun telah mendapat pelepasan dari perintah kuarantin," tambahnya.


]]>
Empat Sebab Anda Perlu Jauhi Hubungan Yang Terkongkong. https://redaksi.com/2312-empat-sebab-anda-perlu-jauhi-hubungan-yang-terkongkong Thu, 17 May 2018 15:20:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2312 Menjalani satu hubungan itu perlu ada kesefahaman, bertolak ansur dan saling menyokong. Barulah rasa bahagia itu akan hadir dengan sendirinya. Hubungan percintaan ini bukan satu hubungan yang perlu menguasai keseluruhannya. Ia perlu di bahagikan, agar masing-masing merasa bahagia dan teruja. Hubungan yang mengongkong ini biasanya tidak akan bahagia. Hal ini kerana, salah seorang daripada pasangan itu akan mula rasa kecewa, tertindas dan disakiti.


Ada sahaja yang beranggapan bahawa saling mengongkong itu perlu ada dalam perhubungan namun, ia sebenarnya mempunyai keburukan daripada kebaikannya. Ini dia empat sebab mengapa anda perlu menjauhi hubungan yang terkongkong.

1. Megah dengan diri sendiri.

Apabila seseorang berjaya menguasai pasangannya, seseorang itu akan mula merasakan diri mereka ini hebat. Bukan itu sahaja, mereka juga turut akan bermegah-megah tentang kehebatan mereka di hadapan pasangan mereka. Maka, lahir lah sifat sombong dalam diri mereka.

2. Cuba menjauhi rakan dan keluarga.

Perhubungan yang bersifat mengongkong ini biasanya aka menjauhkan seseorang itu dari rakan-rakan dan keluarganya. Hal ini kerana, pasangannya pasti tidak suka jika si dia mempunyai perhatian yang lain selain dirinya. Bukan itu sahaja, mereka cuma mahu, pasangan mereka hanya untuk dirinya sahaja.


3. Mengkritik anda.

Sifat mengkritik ini boleh jadi ada pada sesiapa sahaja namun, biasanya akan lebih apabila seseorang itu mula menguasai pasangannya. Di mana mereka kononnya inginkan yang terbaik tetapi ia hanya menyakiti hati pasangannya. Ia akan mengkritik pasangannya sehingga hilang keyakinan diri.

4. Mengganggu privasi anda.

Apabila anda terlibat dalam hubungan seperti ini, anda tidak akan mempunyai kehidupan privasi anda sendiri. Semuanya akan dikawal oleh dirinya. Dari semua sudut, termasuk kewangan, pemakaian dan media sosial anda. Semuanya akan dikawal olehnya.

Hubungan yang penuh kongkongan ini tidak akan menyeronokkan. Hal ini kerana, ia akan terdapat penindasan dari segi emosi. Jika anda terlibat dengan hubungan seperti ini, adalah lebih jika tinggalkan hubungan seperti itu.

]]>
5 Tip Elak Jadi Mangsa Perempuan Mata Duitan. https://redaksi.com/635-5-tip-elak-jadi-mangsa-perempuan-mata-duitan Mon, 31 Jul 2017 10:19:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=635 Mata Duitan. Adakah sekarang anda merasakan kekasih anda terlalu mata duitan atau materialistik?

Istilah mata duitan ini sangat sinonim dengan perempuan sehinggakan kadangkala kaum lelaki tertanya-tanya, “Adakah perempuan ini ikhlas hendakkan aku atau sekadar nakkan duit aku sahaja?”



Lebih malang lagi sekiranya kekasih anda itu beralih arah kepada lelaki lain setelah anda tidak mampu lagi untuk memenuhi kehendaknya. Kepada lelaki di luar sana, jom kenali serba sedikit ciri-ciri perempuan mata duitan supaya anda tidak lagi tertipu dengan cinta palsu mereka.

Ciri-Ciri Perempuan Mata Duitan.

1. Pada awal perkenalan anda dengannya, si dia banyak memainkan peranan dengan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.

2. Seksi dari segi penampilan dan menggoda. Perempuan mata duitan ini selalunya akan menggunakan senjata “keseksian” mereka untuk menjerat lelaki. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh menjerat lelaki.



3. Perempuan mata duitan ini kebanyakannya cepat mesra dengan lelaki yang baru dikenali dan bijak bermain dengan kata-kata.

4. Pada mulanya si dia tidak akan minta apa-apa tetapi lama kelamaan kering poket lelaki untuk menunaikan setiap permintaannya. Kalau anda tidak belikan,mulalah merajuk.

5. Mulalah minta itu dan ini setelah agak lama berkawan. Kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit seperti pada awalnya mungkin dia akan meminta untuk membelikan kredit tambah nilai(topup). Kemudian, lama kelamaan mungkin dia akan meminta si lelaki menghadiahkan telefon bimbit pula.

6. Tidak ada perasaan cemburu dan tidak kisah walaupun dia tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta.

7. Perempuan mata duitan ini sering mengajak anda ke tempat membeli-belah.

8. Apabila lelaki itu tidak mampu memenuhi kehendaknya lagi, maka dengan mudah dia akan mencari alasan untuk berpisah walaupun kesalahan yang kecil. Akhirnya lelaki tersebut akan ditinggalkan oleh perempuan mata duitan disebabkan dia telah mendapat ‘jerung’ yang lebih besar dari anda.



Tips Elak Menjadi Mangsa Perempuan Mata Duitan.

1. Jangan termakan dengan pujuk rayu.

Walaupun dipujuk rayu dengan kata-kata manis, jangan termakan janji manisnya. Anda dinasihatkan supaya jangan mudah tersentuh hati atau tewas dalam pujuk rayu perempuan mata duitan ini. Tegaskan pendirian anda dan keraskan hati.

2. Jangan bermurah hati.

Berikan beberapa syarat kepada kekasih anda ketika keluar dan jangan sesekali memberi muka kepada dia dengan mengeluarkan wang sendiri. Jika dia yang mengajak anda keluar biarkan perempuan mata duitan itu yang mengeluarkan duit untuk berbelanja.

3. Katakan TIDAK.

Jika kekasih anda ingin meminjam wang dengan kerap kali, berikan alasan yang munasabah supaya diri tidak terjerat dengan lakonan palsu si dia dan berani TIDAK. Pastinya dia segan dan berasa malu untuk meminta-minta wang dari anda.



4. Pura-pura tiada duit.

Lelaki juga harus bijak dalam berpura-pura. Cubalah berpura-pura tidak mempunyai wang atau berikan seberapa banyak alasan seperti akaun bank ada masalah atau belum terima gaji.

5. Putuskan hubungan.

Tindakan ini yang patut anda lakukan pada awal sekiranya anda tidak mahu duit anda habis ke perempuan mata duitan ini. Putuskan saja hubungan dengan dia. Mungkin ada yang lebih baik menanti anda di luar sana.

Kesimpulan.

Kepada lelaki di luar sana, pastikan anda tidak mudah tertipu dan hanyut dengan pujuk rayu perempuan mata duitan ini. Kepada wanita pula, janganlah menjadi seorang perempuan yang materialistik. Kalau anda merasakan diri sendiri tidak mampu, jangan pula mencari ‘mangsa’ untuk memenuhi segala keinginan anda yang tinggi itu. Berusaha dan berbelanja mengikut kemampuan anda.

]]>
Cara Menghindari Dosa Sebelum Melangkah Ke Gerbang Perkahwinan. https://redaksi.com/1959-cara-menghindari-dosa-sebelum-melangkah-ke-gerbang-perkahwinan Thu, 12 Apr 2018 13:21:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1959 “Jadilah manusia yang lebih baik daripada semalam.” Kata-kata ini membawa maksud supaya kita perlu memperbaiki diri ke arah kebaikan sehingga kita diambil nyawa oleh Allah taala. Melakukan perubahan ini bukan sesuatu yang mudah. Tetapi apabila kebaikan sudah sebati di dalam diri, kita akan merasa sangat aman dan tenang dengan kehidupan. Untuk menghindari perkara yang tidak baik, dianjurkan agar:


1. Bertaubat kepada Allah.

Terlebih dahulu, mintalah kemaafan dan keampunan kepada Allah taala dengan memperbanyakkan istighfar dan melakukan solat sunat taubat. Lakukanlah kedua-dua ini dengan bersungguh-sungguh agar Allah mengampunkan dosa-dosa yang lalu.

2. Meminta maaf.

Sekiranya kita telah melakukan kesilapan kepada orang lain, segeralah untuk meminta maaf. Kerana dosa yang kita lakukan terhadap orang lain perlu kita sendiri yang meminta maaf. Kembalikan haknya apabila kita sudah menggunakan hak tersebut. Jika sebelum ini pernah burukkan dia di hadapan orang lain, mintalah maaf kepadanya.

3. Tidak memandang remeh dosa kecil.

Sebenarnya, yang menjadikan kita berlarutan sehingga melakukan dosa besar kerana kita sering memandang remeh kepada dosa kecil. Ini menyebabkan kita terlalu terpesona melakukan dosa kecil sehingga kita cenderung untuk melakukan dosa besar. Jadi, berhati-hati dalam hal ini.

4. Ingat mati.

Orang cerdik, adalah orang selalu mengingati mati. Kerana orang yang mengingati mati akan mempersiapkan diri dengan sebaik mungkin untuk berhadapan dengan Allah taala. Walaupun tarikh pernikahan kita telah ditetapkan, tetapi tarikh kematian kita tidak diketahui bila tibanya. Jadi, sebelum kita membuat persiapan perkahwinan, segerakan juga untuk mempersiapkan diri untuk kematian. Dengan kita banyak mengingati mati, hidup kita akan sentiasa dalam kebaikan sebab kita takut untuk melakukan dosa.


Jadi, jom sama-sama kita memperbaiki diri sambil-sambil membuat persiapan perkahwinan. Kita mahukan perkahwinan yang diberkati Allah bukan? Maka, jadikan juga kita individu yang dapat membina keluarga yang baik kelak. Tidak kira wanita mahupun lelaki, ingat mengingatilah sesama pasangan. Selamat membuat persiapan!


]]>
Suami, Jangan Bandingkan Hasil Air Tangan Isteri Dengan Ibu Anda, Mereka 2 Orang Yang Berbeza. https://redaksi.com/5529-suami-jangan-bandingkan-hasil-air-tangan-isteri-dengan-ibu-anda-mereka-2-orang-yang-berbeza Wed, 20 Mar 2019 15:53:11 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5529 Setiap bakal suami atau sudah menjadi suami pasti ingin seorang isteri yang mahir dalam serba serbi masakan. Orang kata kalau nak jaga hati suami mestilah bermula dengan perutnya. Sebab itulah suami-suami mahukan isterti yang pandai memasak dan kalau boleh setiap masakan yang terhasil oleh tangan isteri itu sama seperti masakan ibunya.

Tanpa suami sedar bahawa pemintaan dirinya itu kadang kala melampau batas. Mana tidaknya, setiap air tangan ini pasti akan berlainan, begitu juga air tangan emak dan juga isteri kita. Jadi sudah tentulah rasa masakan yang terhidang itu tidak akan sama walaupun mempunyai nama yang sama.

Sebagai seorang suami, kita seharusnya bersyukur bahawa isteri kita ini mahu memasak untuk kita, bukan itu sahaja, mereka ini juga mahu belajar memasak seperti ibu kita. Walaupun rasanya tidak sama, tetapi hargailah sedikit usaha mereka itu.

Cuba baca sedikit pandangan dari saudara Firdaus Shakirin ini, mana tahu ia membuat kita lebih menghargai setiap usaha isteri selepas ini.



“Masakan isteri takkan sama macam masakan ibu sendiri”

Sebenarnya, tiada keperluan pun untuk membanding-bandingkan masakan isteri dan masakan ibu sendiri… Mereka ialah 2 orang yang berbeza. Cara masakan juga berbeza…

Kenapa ibu kita masak sedap?

Sebab mulut kita dari kecik memang dah terbiasa dengan masakan dia.. Bagi kita, macam ni rasa ayam masak merah, macam ni rasa daging masak kicap, macam ni rasa asam pedas, gulai, masak lemak dan rasa tu dah sebati dengan kita dari kita kecil sehingga kia dewasa…

Bila ada isteri, dan bila dia masak untuk kita, kita akan rasa lain…"kenapa tak sama macam mak kita masak?, kenapa rasa lain?” Version isteri dan version mak kita lain… Penggunaan bahan juga mungkin lain, namun jika menggunakan bahan yang sama sekalipun, rasanya tetap berbeza kerana cara bahan-bahan tersebut dimasukkan ke dalam kuali juga mungkin lain aturannya…



Tak perlu menzahirkan secara depan-depan yang masakan mak sendiri lebih sedap dari masakan isteri… Itu akan membuatkan si isteri terasa sekaligus melemahkan semangatnya untuk menjaga perut suaminya…

Kalau ada kekurangan dalam masakannya, tegur elok-elok, mintak dia perbaiki… Kalau nak makan selain dari kebiasaan, cakap, mintak, suarakan… Jangan terus marah-marah isteri, “asyik-asyik lauk yang sama je” “ini je ke yang awk tahu masak?” Please don’t. Tak salah pun kalau suami bagi menu/jenis lauk or masakan, apa yang dia nak makan, ini lebih memudahkan isteri. Kalau dia tak tahu buat, dia google, buka mana-mana tutorial, belajar dan cuba buat bagi memenuhi permintaan kita sebagai suami…

Isteri ni, dari pagi dah mula fikir, apa nak masak untuk kita makan… Bila dah masak, kita tak makan, agak-agak apa la yang dia rasa? Kecewa…dia masak dengan kasih syang, dia bagi segala-galanya dalam penyediaan masakan itu dan akhirnya suaminya membanding-bandingkankan masakan dia dengan orang lain…

Sedih kalau kena macam tu…

Suami-suami beruntung dapat isteri rajin ke dapur dan ingin memasak untuk anda, jimat sedikit wang poket itu. Kalau yang selalu makan luar, mahu menangis anda.


]]>
Suami Isteri Saling Memerlukan... https://redaksi.com/1250-suami-isteri-saling-memerlukan Mon, 18 Sep 2017 11:35:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1250 PASANGAN adalah 'sahabat' kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka atau duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.

Begitulah diibaratkan pasangan suami atau isteri pasti saling memerlukan antara satu sama lain ketika ditimpa masalah.



Bagi seorang suami, ia memerlukan isteri di sisi bukan sahaja untuk menyokongnya, malah sebagai kawan dan juga penasihat kepada diri suami.

Dalam kehidupan suami isteri, pastinya suami akan mencari isteri untuk berkongsi cerita, tidak kisah yang pahit mahupun yang manis, sebab itu dalam berumah tangga isteri dianggap sebagai kaunselor peribadi suami.

Dalam situasi sedemikian, suami sangat mengharapkan isteri boleh membantu menyelesaikan keadaan.

Sanjungan isteri setulus hati adalah kunci untuk memikat hati suami dalam membina keyakinannya untuk berkongsi masalah.

Namun dalam situasi begitu ada juga suami yang kecewa apabila isteri hanya akan menentang kelemahan tindakan suami itu.

Menurut penceramah bebas, Dr. Fatma El Zahra, isteri yang solehah akan bertindak sebagai kawan rapat kepada suami tidak kira ketika dalam apa jua masalah. Wanita berketurunan Arab ini menjelaskan, sebab itu wanita sebenarnya memang dikurniakan dengan kelebihan dan satu anugerah dapat membaca dan merasai sesuatu yang unik mengenai pasangannya.

"Isteri juga sebenarnya mempunyai perspektif terhadap kehidupan suaminya yang tidak dimiliki orang lain. Isteri itu sangat dekat dengan kehidupan suaminya, sebab itu apabila suami kelihatan gelisah dia suka mengetahui sekiranya suaminya itu sedang menghadapi masalah,'' ujarnya semasa Diskusi Keluarga, Bagaikan Cinta Khadijah di hati Rasulullah SAW, di Putrajaya, baru-baru ini.



Katanya, sebagai isteri yang prihatin kepada suami, jangan tambah permasalahan dengan rungutan dan sindiran kepada suami sebaliknya cubalah menjadi kawan dan pendengar terbaik. "Dekatilah diri si dia, tanya dengan lembut, pasti suami akan rasa selamat dan bersedia untuk berkongsi masalahnya,'' ujarnya yang memberikan tip untuk berkongsi masalah. Bagaimanapun, dalam situasi ini jangan pula si isteri melebih-lebih memberi idea kepada suami sebaliknya jadilah pendengar yang boleh meredakan masalah kepadanya. "Hanya sesekali berilah pendapat supaya komunikasi yang berlaku menjadi dua hala tetapi dalam masa yang sama jangan sesekali bertindak ibu kepada suami dengan memberikan perintah kepadanya untuk mengikut cadangan kita,'' ujarnya serius.

Bagaimanapun tambahnya lagi, berikanlah kebebasan kepadanya untuk menyelesaikan masalah itu dengan caranya sendiri. Jelasnya, dalam menyelesaikan masalah, isteri boleh membantu suami memperbetulkan dirinya dengan memberikan kebebasan kepadanya. "Dengan itu, fikirannya boleh berfungsi tanpa diganggu dan semangatnya akan berkobar-kobar,'' katanya.

Jelasnya lagi, isteri sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap kelakuan suami, sebab itu sebagai isteri kita jangan sesekali melukakan ego dirinya, sebaliknya jadilah penyelamat kepada suami pada saat-saat dia menghadapi masalah dan kekalahan. "Jika suami gagal dalam keadaan ini dan terus meruntuhkan imej suami, kesan terhadap personalitinya adalah serius dan menjejaskan keseluruhan kejayaan dalam hidupnya,'' katanya.



Bagaimanapun jelasnya, apa yang lebih bahaya ialah perasaan dendam suami terhadap isteri yang sering menjatuhkan harga dirinya. "Sesungguhnya, isteri itu sangat penting dalam hidup seorang suami, isteri sebenarnya berperanan membina atau meruntuhkan imej seseorang lelaki.

"Bagi seorang lelaki, apabila harga dirinya telah dilukai berulang kali dia akan membina tembok atau dinding pemisah di sekelilingnya yang menjadi masalah besar dalam perkahwinannya.Bersyukurlah jika memiliki seorang suami yang penyayang,bertanggungjawab,pandai2lah mengambil hati mereka..

"Dalam perkahwinan yang bahagia tidak sepatutnya ada tembok antara suami dan isteri. Seharusnya, suami dapat meluahkan perasaannya dengan bebas tanpa khuatir disakiti hatinya," katanya.

 

]]>
Aku Teringin Nak Menikah, Tapi Sedihnya Jodoh Tak Datang-Datang. https://redaksi.com/1032-aku-teringin-nak-menikah-tapi-sedihnya-jodoh-tak-datang-datang Fri, 25 Aug 2017 15:09:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1032 Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ini masih lagi dapat bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini, marilah ucapkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Hari ni saja buat sedikit tinjauan dan pendapat dari rakan-rakan yang kebanyakan mereka mengatakan meraka mahu berkahwin dalam usia 29 tahun, kira hidup dah stabil. Dan tanggappan mereka kahwin di umur 21-26 tahun masih lagi muda untuk kahwin. Pendapat kamu semua? Jadi jom baca sedikit perbualan acik dengan seorang rakan acik yang naif ini.



Razif : "Acik aku teringin nak nikah, tapi sedihnya jodoh tak datang-datang ".

Acik : Ala Razif sebagaimana rezeki itu hadir, sebegitu juga jodoh itu dijemput. Jangan hanya ditunggu dan menunggu. Kalau ada ada niat mahu menikah, apa lagi? Pergi jemput jodohnya.

Razif : Lahh macam mana pula nak jemput jodoh tu acik?

Acik : Tentunya banyakkan silaturrahim, ikut usrah, ikut kegiatan pusat islam, berkawan dengan ramai orang. Jangan jadi seperti katak bawah tempurung. Mana tahu jodoh itu hadir ketika kita sedang beraktiviti.

Razif : Aku memang nak kawin (nikah) tapi aku takut nanti bila aku dah kawin cita-cita dan kerjaya aku tak tercapai.



Acik : Rezekikan Allah yang berikan, kau percaya pada Al- Quran? Qada dan Qadar? Bila kita berkahwin Allah beri kita rezeki, bukannya buat kau makin susah percayalah pada Allah.

Razif : Tapi aku nak senangkan mak ayah yang banyak berjasa dengan aku .

Acik : Memang betul tu, kan lebih bagusnya kalau senangkan ramai orang seperti orang tua kau, isteri kau nanti mahupun mertua kau. InsyaAllah rezeki itu akan selalu ada jika kau tak pernah berputus asa. Tapi kau kena ingat balas dulu jada ibu bapa yang telah membesarkan kau tu ye.

Razif : Tapi aku ini diri sendiri pun tak terurus apalagi kalau nak kahwin.

Acik : Astaghfirullaaah.. Sebab itu dari mula kita kena berusaha dan letakkan matlamat, masih muda ini bukan untuk bersenang lenang. Anak lembu pun pandai cari makan sendiri.

Razif : Kenapa disarankan kahwin muda ?

Acik : Biar agama kita disempurnakan oleh Allah di usia kita yang semuda ini, dengan itu kita tahu tanggungjawab kita sebagai anak dan suami. Syaitan paling kecewa bila orang muda bernikah, Ahh bukankah nikah itu penggenap din (agama)?



Razif : Tapi acik bukankah berkahwin (nikah) itu perlukan belanja yang besar.

Acik : Razif memang betul, oleh itu dari mudanya kita kena usaha, buat duit tambungan untuk kawin..cewah. Jika jodoh sampai kita dah bersiap, bukannya hanya duk asyik main facebook & twitter 24 jam sahaja tak dapat hasillah.

Razif : Tapi acik berkahwin (nikah) bukan pekara main-main , perlu ada ilmu.

Acik : Memanglah dah tu tuntutlah ilmu, kalau kau bercinta bagai nak rak dengan anak orang, bawa ke hulu dan kehilir kalau kau tak nak jadikan dia isteri bukankah kau juga akan main-mainkan perasaan dia?

Razif : Tapi acik kalau aku ada makwe aku mesti serious dengan makwe aku tu.

Acik : Kalau serious tak akan di nodai dia dengan perbuatan, perlaku mahupun tindakan, biarlah orang yang kita sayang tu kelihatan "exclusive" "hanya kita mampu miliki dia saat yang halal" bukankah lagi best?

Razif : Acik nii, kau sindir aku lah tu.  

Acik : Razif aku tak niat nak sindir kau, tapi itulah kenyataan walau pahit kena terima.



Razif : Ahhh acik aku nak bercinta (couple) cara islamlah dengan makwe aku.

Acik : Baguslah macam tu, tapi dalam islam tak ada couple, tapi nak juga couple lah lepas nikah tak jadi masalah. Kan?

Razif : Kau nie terus asyik cakap pasal nikah aja, aku masih mudalah acik, aku nak enjoy.

Acik : Enjoy-enjoy juga tapi janganlah usung anak dara orang, tapi kalau kita sempat kawin dan bertaubat... tup tup esok kita meninggal?

Razif :Emm yelah tu, Ahh acik bukankah berkahwin bagi mereka yang mampu sahaja? Yang tak mampu kan disuruh puasa dulu?

Acik : Betul tu berpuasa itu dapat mengawal nafsu kita, mampu ada pelbagai maksud yang penting ktia mampu dari segi fizikal, mental dan kebendaan.

Razif : Aku tunggu dimampukan Allah mengubah nasib aku jadi kaya dulu kot.

Acik : Hahahha ko ini razif, Allah tak akan mengubah nasib hambaNya tanpa ada usaha hambanya sendiri.

Razif : Tapi dah ikhtiar acik.

Acik Alhamdulilah, tapi kena usaha lebih sikitlah. 

Razif : InsyaAllah aku tak akan putus asa acik, mungkin aku juga kurang doa pada Allah.

Acik : Alhamdulillah tak apa zif kita sama-sama baiki diri.

Razif : Tapikan acik apa best berkahwin awal-awal, nanti takut aku tak puas enjoy dengan hidup aku.

Acik : Entahlah zif, aku pun tak kawin lagi tapi best apa, tapi kau tak nak ke bila bangun pagi di sebelah ada bidadari hati kita yang menyambut pagi kita dengan senyuman. Bangun subuh lepas tu berjemaah bersama-sama, sarapan pagi ada yang teman, dia mahu keluar minta izin dengan kau, masa kau sedang kerja ada yang selalu ingat dalam doanya untuk mendoakan keselamatan kau. Daripada kau bazirkan duit untuk belanja makwe kau baik kau memberi nafkah pada isteri kau. Memberi nafkah pada isteri bernilai infaq, tapi kalau beri duit pada makwe dapat apa??

Itulah dia, perbualan kami yang panjang lebar, walaupun umur Razif lebih tua dari acik sangat respect dengan dia kerana dia boleh terima teguran dan gurauan yang acik buat dekat dia. Sebenarnya Razif masih lagi dilema untuk berkahwin selepas di pernah kecewa dulu. Doakan kawan acik seorang ini terbuka pintu hatinya untuk berkahwin dengan seorang perempuan yang baik dan menjadi isteriyang baik untuknya juga.

]]>
Panduan Meletakkan Nama Anak. https://redaksi.com/3127-panduan-meletakkan-nama-anak Mon, 06 Aug 2018 14:51:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3127 Kebetulan ada seorang pelangan dtg ke pejabat saya nak sokongan tukar nama anak. 

Tukar nama anak ni memang la sunat kalaulah nama anak tu nama yg buruk atau erti yg tidak baik. Ibnu Umar pernah cerita dlm soheh Bukhari yg nabi pernah tukar seorang perempuan nama asiah (dgn huruf Ain)  kepada Jamilah.  Tapi kalau dah nama tu ertinya baik dah tak payoh la nak tukar-tukar… 

Adalah dinasihatkan sblm letak nama anak tu pikir lah dulu.  Nama ni tak perlu la panjang-panjang.. Memadaila satu perkataan atau habis banyak 2 perkataan.  Yang hebatnya ada org yg sampai 3,4,5 perkataan tapi bila panggil nama anak tu tau pulak dia tak panggil kesemuanya. Contoh Muhammad Aiman Firdaus Jannatul ula. Bila panggil man jee...  Naya anak tu nak tulis nama dia.. Nak nak bila isi borang.. Tak cukup kotak pulak nak buh huruf….. 

Waktu sunat kasi nama anak ni ada hadis yg nyatakan pada hari ke 7 dan ada pulak hadis yang lain kata pada hari pertama.  Oleh kerana terdapat 2 hadis yg bertentangan maka Imam an-nawawi merumuskan bahawa bagi org yang tak sempat nak lakukan aqiqah pada hari ke tujuh maka sunat dia letak nama dan tahnik pada hari pertama akan tetapii.. Kalau dia nak buat aqiqah pada hari ke7 barula sunat beri nama anak pada hari tersebut….

Nama ni sebenarnya penting kerana nabi bersabda kamu akan diseru pada hari kiamat dgn nama kamu dan bapak kamu.  Maka perelokkanlah nama nama kamu….

Antara nama-nama elok yg boleh kita beri nama ialah seperti nama nabi-nabi, dan nama  asma ul Husna.  Cuma kalau nama asma ulhusna tu jgn lupa la letak nama abdul kat depan tu.  Dlm hadis nabi ada bersabda : Sebaik-baik nama adalah Abdullah dan Abdul Rahman….


Ada orang tanya saya, ada  apa apa fadhilat letak nama Muhammad dihadapan?  Orang Melayu ni sangat sinonim nak buh nama Muhammad kat depan supaya kononnya dapat syafaat di akhirat kelak. Saya kata takdak fadhilat apa apa pun nak letak nama gitu.  Kalau betul nak syafaat,  jagalaa amalan,  rajin-rajin la berselawat dan buatla seperti mana yang nabi ajar.  Itu baru betul..  Nak dpt syafaat ni memang takdak kaitan dgn nama pun….

Soalan kedua boleh kah kita letak nama anak dgn nama malaikat?  Kan nak nampak hebat buh ja nama anak Nik Mikhail..

Mengikut Ulamak Syafieyah nak buh nama anak dgn nama para malaikat ni hukumnya harus,  tapi sebagaimana kata Qadi Iyadh sebahagian Ulamak memakruhkannya termasukla Imam Malik sendiri.  

Antara kesilapan lain nak letak nama anak ni :

1. Letak nama Nur untuk anak perempuan. Sebenarnya Nur ni nama untuk lelaki.


2. Letak nama dlm isim faeil atau memberi erti nama Pekerjaan. Contohnya mcm Masyitah. Masyitah ni ertinya tukang sikat rambut atau halwani yg ertinya org jual kuih.

3. Nama Zaleha, zaleha ni sbnrnya takdak makna pun. Nama asalnya mungkin Zulaikha.  Itupun Zulaikha ni nama israeliyyat.

4. Nama yg dipendekkan boleh bertukar makna. Sebagai contoh, saya ada seorang sahabat nama Azani / Izani. Ada sahabat lain panggil nama dia Abg zani.  Zani tu sendiri adalah membawa erti yg tidak elok .

5. Ada juga nama yang membawa erti lain kalau salah sebut pendek atau panjang, seperti jamaluddin dan jamaaluddin. Kalau Jamaluddin ertinya unta agama /جمل الدين, kalau jamaaaludin جمال الدين pulak , dipanjangkan sikit jamaaal tu barulah maknanya kecantikan agama. 

Kes ni sama juga kalau salah sebutan seperti kadir dan qadir.  Kalau kadir maknanya keruh tapi kalau Abdul Qadir maknanya hamba yang Maha berkuasa. Kena ada beza antara qaf dan kaf.


6. Tak payah la letak nama seperti Bukhari, Nawawi, Baihaqi,  Tirmidzi dan sebagainya.  Itu semua nama tempat.  Mungkin suatu hari orang akn letak nama kelantani.

7. Ada juga nama yang nama di idafatkan seperti khairul atau syamsul. Nama tak habis tu pakcik. L kat belakang tu nak sandar pada apa?  MENGIKUT KAEDAH BAHASA ARAB MEMANG TAK BETUL. 

8. Nak letak nama tu bukan sahaja asalkan bahasa arab. Ada satu kes dulu nama dia muhammad alkhannas. Alkhannas ni bunyi memang la best,  tapi maknanya anak syaitan bro.  So hati-hati lah ye. 

Kalau boleh cari la nama yg baik untuk kita letak nama anak anak, kerana itu juga adalah،merupakan doa buat mereka.  Sekian dulu.

Kredit: Nik Nizam Nasir/Pej Agama Jajahan Tumpat


]]>
Hanya untung 50 sen sehari, pemuda tanpa tangan tak pernah kenal erti putus asa https://redaksi.com/8970-hanya-untung-50-sen-sehari-pemuda-tanpa-tangan-tak-pernah-kenal-erti-putus-asa Fri, 20 Nov 2020 15:40:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8970 Nak seribu daya, tak nak seribu dalih itulah yang boleh dikatakan selepas melihat pemuda ini yang gigih menjual nasi lemak di pinggir kota walaupun keuntungan tidaklah begitu banyak.

Dilahirkan tanpa tangan, kecekalan pemuda ini patut dipuji apabila tidak pernah putus asa walaupun perniagaan nasi lemaknya hanya mendatangkan keuntungan 50 sen sebungkus dan paling banyak RM5 walaupun berniaga dari pagi sehingga tengah hari.

Tular baru-baru ini, kesungguhan Mohamad Nor Abdullah, 28, mencari rezeki berniaga nasi lemak yang diberi nama Nasi Lemak Bujang Dekk's Mat telah mendapat perhatian ramai.

Mendapat nama gerai berilhamkan Nasi Lemak Janda yang pernah tular, dia telah berniaga sejak Julai lalu, dengan membuka gerai pada 7 pagi hingga 11 pagi di Amber Busssines Plaza Cheras sambil dibantu sahabatnya, Tengku Mahadir Tengku Mamat, 40.

Menurutnya, walaupun orang kurang upaya (OKU) dia tidak mahu mengharapkan bantuan malah tekad untuk memiliki perniagaan sendiri.

"Saya tidak mahu mengharapkan elaun bulanan yang diterima sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) saja.

"Walaupun orang kurang upaya (OKU), saya nekad mahu berniaga untuk cari pendapatan tambahan dan mendaftarkan perniagaan ini di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)," katanya.

Katanya, nasi lemak yang dijual itu dibeli daripada seorang kenalan di Bukit Jalil dengan harga RM1 sebungkus dan menjualnya semula dengan RM1.50.

Jelasnya, rakan-rakannya banyak menghulurkan bantuan malah sebelum ini dia mengambil upah menjaga kedai bundle rakan dan menjual baju secara online.

"Abang dan rakan-rakan sebilik banyak tolong dan beri sokongan pada saya untuk berniaga. Sebelum ini, saya mengambil upah menjaga kedai bundle rakan dan menjual baju secara dalam talian.

"Menerusi hasil jualan nasi lemak ini dapatlah saya membantu orang yang lebih memerlukan dan memberi sumbangan kepada anak yatim," ujarnya.


Tambahnya, sebelum ini nak jual 20 bungkus pun agak sukar namun kini dia bersyukur mendapat tempahan yang agak banyak.

"Sebelum ini, saya hanya beli 20 bungkus untuk dijual tetapi hanya 10 bungkus saja terjual selepas lima jam menunggu.

"Alhamdulillah, hari ini saja saya dapat jual 170 bungkus dan esok pulak dapat tempahan sehingga 550 bungkus," katanya yang tinggal di lokasi sekitar Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Cheras.



]]>
Lelaki Tidak Akan Tinggalkan Wanita Seperti Ini. https://redaksi.com/421-lelaki-tidak-akan-tinggalkan-wanita-seperti-ini Tue, 11 Jul 2017 10:29:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=421 Yang namanya lelaki pasti boleh tertarik pada susuk yang cantik dan indah dilihat. Hal ini adakalanya juga membuat wanita merasa insecure dan cemburu. Inilah sebuah kejadian yang umum pada banyak pasangan. Ada beberapa rahsia bila anda ingin membuat lelaki tidak berpaling dari anda. Apalagi meninggalkan anda untuk yang lain. Mereka akan stay pada wanita yang seperti ini :



1. Wanita yang bersemangat mengejar impiannya.

Wanita jenis ini mempunyai passion yang mampu membuatkan lelaki berasa kagum pada mata mereka. Keghairahan anda pada pasangan anda, impian anda, kehidupan sekitar anda, membuat lelaki selalu melihat semangat dalam diri anda.

2. Wanita yang menghargai dirinya.

Lelaki akan penasaran dan terpesona dengan wanita yang tahu bagaimana menjaga dan menghargai dirinya. Kita tahu bahawa sebagai wanita ada kalanya kita merasa rendah diri dan down, tapi bagaimana kita mengurus hal itu dengan perkara positif yang kita milliki, ia akan membuat anda sangat elegan.



3. Ada kesibukan.

Oleh kerana wanita seperti ini selalu punya cerita dan selesa diajak berbincang. Di sinilah ia akan mencari partner smart yang ia cari dalam diri anda. Punya idealisme dan punya topik atau cerita yang seru.

4. Mampu kelihatan cantik.

Kalau boleh, setiap hari anda mampu kelihatan cantik. Oleh yang demikian, jangan malas untuk merawat penampilan luar dan dalam. Selama ini kita percaya pada inner beauty, tapi ingat kalau cinta juga pernah datang dari mata ke hati. Jadi, manjakan deh matanya dengan penampilan anda yang cantik dan segar.

5. Wanita yang ada pendapat.

Ini kerana wanita yang punya pendapat dan kemahuan itu lebih mencabar dan misteri. Ini juga menandakan bahawa anda adalah wanita yang punya pendirian. Sehingga mereka tak akan mudah mensia-siakan anda kerana ‘menakluk’ hati anda adalah sebuah perjuangan. Jadilah wanita yang bersemangat dan membuat pasangan anda merasa dicintai. Kalau anda tahu bagaimana menghargai dan mencintai diri sendiri, anda akan tahu bagaimana caranya membuat cinta pasangan anda tak berpaling meski hanya seminit saja.

]]>
Tips Terbaik Untuk Hadapi Perkahwinan Yang Diatur Keluarga. https://redaksi.com/714-tips-terbaik-untuk-hadapi-perkahwinan-yang-diatur-keluarga Thu, 03 Aug 2017 10:39:55 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=714 Sesiapa yang sedang mempertimbangkan perkahwinan - terutama perkahwinan yang diatur keluarga - patut baca tulisan wanita ini yang semakin 'viral' di Facebook. Sejak ditulis pada 10 Disember 2016, 'posting' tersebut telah mendapat 10,000 reaksi, lebih dari 2000 'shares' dan 1000 'comments' di samping paparan di Buzzfeed dan BBC. Dalam tulisan beliau, Nazreen Fazal, seorang graduan London School of Economics (LSE), telah membincangkan konsep perkahwinan yang diatur melalui pengalamannya sendiri. Semuanya bermula bila dia ditemukan dengan calon suaminya. Dari situ, Nazreen pun menghantar biodata sepanjang dua mukasurat kepada lelaki tersebut. 'Satu mukasurat adalah tentang diri saya dan satu mukasurat lagi tentang apa yang saya mahukan dalam seorang pasangan. Dia pun membalas dengan tiga perkara tentang dirinya dan dia tanyakan saya tiga soalan yang lurus.', katanya. Biodata dirinya adalah perkara yang meyakinkan suaminya bahawa dia adalah calon yang dicari. Manakala Nazreen pula mengambil masa untuk pastikan pilihannya.



Selepas pertemuan pertama mereka, pasangan itu saling menghantar lebih kurang 80 email. 'Kami tidak menggedik, menggoda, bermanja atau berbual kosong. Ini adalah perbincangan serius tentang prioriti hidup kami, cita-cita kami, apa yang kami harapkan dari pasangan masing-masing dan sebagainya', kata Nazreen. Dia juga yang bertanyakan kebanyakan soalan. - tentang anak-anak, isteri bekerja, dan penderaan. Mereka saling berbalas email, bebual melalui Skype dan satu pertemuan dalam masa dua bulan sebelum kedua pasangan ini bersetuju untuk berkahwin. Pengenalan atau 'homework' sebelum perkahwinan ini telah membantu mereka mencorakkan hala tuju perkahwinan mereka. 'Dalam perkahwinan kami, kami saling melengkapi kekurangan dan kelebihan satu sama lain', katanya.



Nazreen juga menyentuh secara umum tentang perkahwinan yang diatur dan bagaimana ianya tak masuk akal bila ada pasangan yang tak kenal satu sama lain langsung sebelum upacara pernikahan. 'Ibu bapa berjumpa bakal menantu dan buat keputusan bagi pihak anak mereka. Apa logiknya di sini? Anda akan hidup dengan suami/isteri anda, bukan ibu mertua anda,' katanya. Tambahnya lagi; 'Bagaimana anda nak hidup dengan seseorang tanpa ketahui kalau anda sependapat dalam hal agama, kewangan, keluarga, hak dan tanggungjawab?'

Firman Allah SWT;

'Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.' (QS Al-Baqarah 2:187)

Pasangan anda telah diciptakan sebagai pakaian untuk anda dan anda pula adalah pakaian untuk mereka. Dan seperti pakaian, anda sepatutnya menjaga, melindungi dan menutupi cacat cela pasangan anda. Selain dari badan sendiri, pakaian anda adalah perkara yang paling dekat dengan anda. Tapi bagaimana anda nak dekat dengan orang yang langsung anda tak tahu latar belakang, ideology atau cara dia dibesarkan?



Sebagai anak, anda patut dengar pendapat ibu bapa. Ya, memang betul. Tapi anda pun ada tanggungjawab untuk siasat sendiri dan pastikan hala tuju masa depan anda. Bukan hanya terima tanpa usul periksa. Jangan terlalu fikirkan tentang majlis pernikahan tapi fikirlah tentang hidup selepas pernikahan. Dan jangan hanya terima kerana anda 'ditekan' oleh orang sekeliling. Akhirnya ini hidup anda. Susah senang nanti hanya anda akan rasai sendiri.

]]>
Anda Perlu Yakin Dengan 5 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan Untuk Berkahwin. https://redaksi.com/3461-anda-perlu-yakin-dengan-5-perkara-ini-sebelum-membuat-keputusan-untuk-berkahwin Thu, 06 Sep 2018 14:45:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3461 Perkahwinan yang bahagia sememangnya impian setiap orang. Bahkan majlis perkahwinan yang meriah turut diinginkan oleh setiap pasangan yang ingin meraikan cinta mereka. Namun begitu, sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dan menjalani hidup berumah tangga, adakah anda telah memastikan beberapa perkara yang akan membuat anda yakin terhadap perkahwinan yang dibina? Jika belum, cuba lihat lima perkara ini, adakah anda telah pasti dengan semua perkara tersebut.


1. Apa yang anda cari dalam hubungan yang dijalinkan.

Langkah utama yang anda perlu lakukan adalah dengan mencari tahu apa yang anda mahukan dalam perhubungan anda. Pastikan anda dan pasangan mempunyai satu tujuan yang sama. Jangan membiarkan salah seorang sahaja yang beria-ria terhadap perhubungan tersebut. Hal ini kerana, hubungan akan lebih bahagai apabila mendapat kerjasama antara dua pihak.

2. Adakah anda dan dia mempunyai pelan jangka masa panjang.

Bukan hanya cari tahu apa yang diinginkan oleh hubungan anda sahaja, tetapi anda harus tahu adakah kalian telah mempunyai pelan jangka masa panjang. Perancangan jangka masa panjang ini melibatkan anak-anak yang bakal lahir, kejaya yang akan dibina serta keselesaan hidup yang amat diperlukan nanti. Adakah anda telah merancang semuanya itu?

3. Bagaimana kalian tangani perkara buruk yang berlaku?

Apabila mengalami situasi-situasi yang tidak diingini, apa yang anda akan lakukan? Sudahkah anda fikirkan mengenai perkara tersebut. Sebagai contoh, apa yang anda lakukan apabila pasangan tidak jujur? Berlakunya salah faham? Serta ibu bapa masuk campur dalam hal rumah tangga anda.


4. Bagaimana dengan penerimaan ahli keluarga dan rakan-rakan?

Restu kedua ibu bapa ini teramat lah penting, jadi sebelum membuat keputusan untuk berkahwin, adakah ibu bapa anda menyukai pasangan yang menjadi pilihan anda? Bagaimana pula dengan rakan-rakan anda? Adakah mereka ini turut bahagia melihat anda dan pasangan anda bersama. Hal ini kerana untuk mengelakkan salah faham serta timbulnya hasad dengki orang lain.

5. Adakah kalian sefahaman?

Perkara yang paling utama yang perlu difikirkan adalah kesefahaman yang ada dalam hubungan kalian. Anda dan dia akan berkahwin dan menjadi pasangan hidup sepanjang hayat. Jika tidak mempunyai kesefahaman yang kuat, hubungan yang bakal dibina itu akan lebih mudah goyang.

Perkahwinan bukanlah satu hal yang boleh dibuat main. Ia melibatkan masa depan serta seluruh hidup anda. Jadi pastikan anda yakin terhadap apa yang anda telah pilih. Jangan biarkan keputusan yang anda lakukan ini membuat anda menyesal dikemudian hari.


]]>
Jom Kenali 7 Perwatakan Dan Taktik Lelaki Gatal. https://redaksi.com/1311-jom-kenali-7-perwatakan-dan-taktik-lelaki-gatal Sun, 24 Sep 2017 11:18:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1311 Wajah yang kacak dengan penampilan bergaya tidak cukup untuk anda menilai seorang lelaki itu tanpa mengenali latar belakangnya. Anda yakin dengan kejujuran, keperibadian dan setiap tindak tanduk si lelaki yang anda kenali itu? Jadi, hari ini kami ingin berkongsi ciri-ciri lelaki kasanova ataupun lelaki gatal supaya anda tidak terjerat dengan perangkap sang buaya darat! Awas, lelaki gatal bukan mahu menjalinkan hubungan cinta yang serius dengan wanita, tetapi mereka hanya inginkan keseronokan semata. Jom, kami selongkar taktik si lelaki gatal!

1. Kacak dan bergaya.

Kebanyakan lelaki gatal mempunyai rupa yang kacak dan sentiasa menjaga penampilan untuk memikat wanita. Jadi, jika anda terpikat dengan seorang lelaki kacak, selidik dan kenali dahulu mereka dengan lebih mendalam, sebelum anda meneruskan perhubungan dengan lebih serius.

2. Ramai teman wanita.

Lelaki jenis ini tidak akan pernah setia pada satu wanita. Mereka sering bertukar ganti teman wanita seperti bertukar pakaian. Biasanya mereka sukar untuk menunjukkan komitmen dalam sesuatu perhubungan.

3. Sukar dihubungi.

Lelaki gatal sukar dihubungi ketika keluar bersama wanita lain. Mereka akan 'silent' atau matikan telefon mereka agar tidak diganggu teman wanitanya yang lain.

4. Perahsia.

Kebanyakan lelaki gatal ini sangat berahsia. Termasuklah hal-hal peribadi seperti keluarga, kerja, tempat tinggal, rakan dan sebagainya. Biasanya bila ditanya, mereka akan mengelak daripada memberikan jawapan sebenar.

5. Berani.

Jika perkenalan anda dengan si dia masih di peringkat awal, tetapi si dia sudah bersikap 'daring' seperti memegang tangan dan memeluk pinggang, awas! Lagi lama anda bersama si dia, lagi 'daring' sikapnya nanti!

6. Gemar perbualan kotor.

Mereka gemar berbual tentang seks walaupun di awal perkenalan. Jika si lelaki gatal suka berjenaka, pastinya jenaka itu ada berbaur lucah.

7. Minta yang bukan-bukan.

Sang buaya darat biasanya gemar mengajak anda pergi ke tempat yang gelap, mengajak anda menemaninya masuk ke rumah atau menggoda anda dengan memuji kecantikan dan susuk tubuh anda untuk mendapatkan layanan tertentu yang tidak sepatutnya. Selepas mereka dapat apa yang dihajati, pastinya mereka akan menghilangkan diri!

Hakikatnya, tidak semua lelaki bersifat sedemikian, tetapi sebagai wanita, anda harus lebih berhati-hati dan menyelidik latar belakang si lelaki yang anda kenal terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya, anda mengenali keperibadian si dia dan dapat mengelakkan diri daripada ditipu.

]]>
"Merajuk sampai lari ke Bali..." Lelaki ini kongsi dugaan bertunang sebab hal remeh je https://redaksi.com/8646-merajuk-sampai-lari-ke-bali-lelaki-ini-kongsi-dugaan-bertunang-sebab-hal-remeh-je Sat, 03 Oct 2020 13:11:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8646 Bercinta itu memang seronok, rasa bahagia rasa rindu tapi nak kekalkan hubungan yang terbina itu hingga jinjang pelamin bukan satu perkara yang mudah. Nak-nak lagi ujian waktu bertunang, memang bukan calang-calang mengujinya.

Makin dekat dengan hari bahagia, makin macam-macam dugaan yang akan timbul. Kalau tak sabar dan harungi ujian itu bersama-sama menang tak akan tercapai angan untuk hidup bersama.


Gaduh sebab perkara remeh

Perkara itu juga diakui oleh seorang lelaki bernama Ammar Azizzan, dimana dia menyatakan kerap berlaku salah faham bertunang bersama isterinya, Adira Salahudi ketika ingin mendirikan rumah tangga tahun lalu. Pergaduhan bukan kerana apa tetapi lebih kepada hal yang remeh.

Malah dia masih jelas mengingati adgen isterinya membaling cincin di dalam kereta malah lari ke bali gara-gara berlakunya salah faham.





Lepas kahwin pun masih akan bergaduh

Dalam perkongsian lain pula, dia juga menyatakan fasa pergaduhan seakan kembali selepas mereka dikurniakan seorang bayi yang comel bernama Arsel. Katanya, ketika itu dia dan isteri masing-masing masih belum biasa lagi akan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa memandangkan itu adalah anak pertama mereka.





Dalam hubungan ini, baik saat bercinta, bertunang mahupun sudah berkahwin kena sama-sama berjuang barulah angan mendirikan rumahtangga yang bahagia tercapai.

]]>
“Suka Anak Kahwin Muda Sebab Nak Jaga Agama Dan Cepat Rasa Tanggungjawab…” Bonda Rozita. https://redaksi.com/4706-suka-anak-kahwin-muda-sebab-nak-jaga-agama-dan-cepat-rasa-tanggungjawab-bonda-rozita Fri, 28 Dec 2018 15:23:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4706 Setiap orang mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai perkahwinan di usia yang muda ini, begitu juga Puan Rozita Ibrahim, yang merupakan pengasas produk kecantikan dan kesihatan ini. Beliau yang lebih dikenali sebagai Bonda Rozita ini merupakan ibu kepada usahawan kosmetik terkenal iaitu Dato Sri Aliff Sayaukri dan juga ibu mertua kepada Datin Sri Shahidah.

Beliau yang sering berkongsi kisah mengenai produk kecantikan dan kesihatan ini juga tidak ketinggalan untuk berkongsi kisah mengenai keluarganya di media sosial. Pelbagai kisah dan gelagat yang akan beliau kongsikan mengenai anak-anaknya.



                        

Baru-baru ini, beliau telah memuat naik satu video gelagat keluarganya ketika mereka sekeluarga sedang bercuti.

“Saya suka anak saya kahwin muda sebab nak jaga agama. Ajim dah 22 saya nak kahwinkan tapi tak ada calon yang saya suka. He he… Wajjb fasih Quran syarat utama saya.

Tujuan saya supaya mereka tak buat maksiat. Lagi cepat bina keluarga, lagi cepat rasa bertanggungjawab. Lagi kuat family.

Itu pandangan saya.

Dalam pada masa yang sama, beliau juga memohon netizen agar memaafkan anaknya Dato Aliff Syukri. Beliau yang merupakan ibunya begitu memahami sikap anaknya yang sememangnya mulut insuran tinggi.


Senda gurauan kami di dalam kereta alahai kalau Syukri memang sifatnya suka membahan orang. Lawak dan meninggi diri. Kami dah tahu perangai dia. Memang tak tahan dia buat lawak. Dia je semua good, lawa, hensem. Kami semua hodoh..!!

Sampai ida cakap nak bersalin je takut “saya bersalin mak, takut sangat. Apa komennya kalau comel muka anak tak apa. Kalau hodoh hadoi. Nasib baik comel terus dia cakap muka Syukri. Kalau hodoh.. muka saya mak.”

Ha ha dah lama kahwin kenal dah perangai dia. Saya cakap Ida gurau dia memang kita jadi kereta kebal bukan setakat ajim ajah. Saya emaknya pun dia hina.

Dia kata muka mak sekarang adalah muka ketinggalan zaman. Kalau dengar kata-katanya bukan setakat nak lempang. Rasa nak cangkol. Nak pijak, nak simbah air panas, semua ada. Memang mulut insuran tinggi betul dia ni. Lawak tahap kalau orang tak boleh faham dia melawak atau menghina konfius.

Baik sangat-sangat Kri ni kami je kenal. Followers semua maafkan anak saya Kri ya. Dia ni dah 30an pun kena matah kena pukul lagi dengan saya!! Kalau saya nangis baru dia berhenti buat hal. Ni kat Australia ni pun dia nak merapu. Saya libaskan je dia apa ada kat tangan, geram sangat.

Tudung ni akan dilancar bila butik dibuka tak lama lagi. Saya pakai dulu lah @bonda_by_rozita_ibrahim dan untuk dapatkan video penuh tentang aktiviti saya boleh tengok di You tube Rozita Ibrahim.”

                        


]]>
7 Tips Menjaga Hubungan Perkahwinan Jarak Jauh. Memang Banyak Cabaran Tapi Mesti Tabah! https://redaksi.com/371-7-tips-menjaga-hubungan-perkahwinan-jarak-jauh-memang-banyak-cabaran-tapi-mesti-tabah Thu, 06 Jul 2017 11:56:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=371 Kalau percintaan jarak-jauh tu memang biasa la kan kita dengar. Tetapi, tahukah anda, hubungan perkahwinan jarak jauh pun ada juga berlaku. Perkara ini boleh terjadi samada suami atau isteri yang bekerja di berlainan negeri. Ataupun ada juga sesetengah kes di mana isteri bekerja di Malaysia tetapi suami sedang masih meneruskan pelajaran di luar negara. Ataupun yang disebaliknya. Walaupun benua yang memisahkan mereka, tetapi perasaan cinta dan kekuatan jodoh tidak mampu memisahkan hati mereka. Cewah, macam berpuisi la pulak kan ? Ok, berikut saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda amalkan jika anda berada dalam situasi seperti ini. Memang ada sesetengah pasangan yang walaupun telah berkahwin, mereka terpaksa juga tinggal berjauhan oleh kerana tuntutan kerjaya.



TIPS MENJAGA HUBUNGAN JARAK JAUH.

TIPS 1.

Kerapkan berhubungan. Yang terbaik ialah hari-hari! Ya, setiap hari anda WAJIB hubungi pasangan anda. Jika anda berdua tinggal di Malaysia, jangan kedekut sangat melaburkan kredit handphone anda tu untuk telefon pasangan anda. TIAP KALI SEBELUM TIDUR, TELEFON DIA DAN UCAPKAN ‘GOOD NIGHT’ PUN SUDAH MEMADAI. ANDA BOLEH BERGILIR-GILIR SETIAP MALAM UNTUK SIAPA YANG AKAN HUBUNGI SIAPA DULU.

TIPS 2.

Gunakan Facebook, WhatsApp, YM Messenger atau GTalk sebaik mungkin. Anda boleh berchatting dengan pasangan anda di siang hari sambil anda bekerja di pejabat. Selain ianya percuma saja, anda boleh kekalkan keintiman anda dan pasaangan.



TIPS 3.

Hujung minggu, pulang ke rumah yang anda tinggal bersama. Paling minimum, jika anda rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi kos, anda boleh pulang bertemu 2 minggu sekali.

TIPS 4.

Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang. Ingat, Allah sentiasa melihat segala perbuatan anda.

JIKA ANDA BUAT PERKARA YANG ‘BUKAN-BUKAN’, PASTINYA PASANGAN ANDA AKAN TAHU JUGA AKHIRNYA.

TIPS 5.

Kerapkan lah anda berdua saling ber-SMS. Tak perlulah sampai setiap jam anda menghantar SMS kepada dia. Mungkin anda boleh SMS tiap kali bangun tidur sekali, waktu petang sekali dan waktu malam sekali.



TIPS 6.

Anda boleh sekali-sekala lakukan Video Chat atau video conferencing. Apa yang perlu anda ada ialah hanyalah sebuah webcam yang murah dan banyak boleh dibeli di kedai-kedai komputer dan perisian Skype.

YANG BEST NYA SKYPE NI, ANDA BOLEH JUGA MEMBUAT PANGGILAN TELEFON SECARA PERCUMA DAN PERISIAN INI PUN ADALAH PERCUMA SAHAJA.

TIPS 7.

Dan tips yang terakhir ialah sentiasalah percaya kepada pasangan anda. Percayakan perkahwinan yang anda bina tersebut. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya terhadap pasangan anda. Jika anda mempercayai pasangan anda, nescaya pasangan anda turut akan mempercayai anda jua.



Itulah dia beberapa tips yang boleh anda amalkan bagi menjaga hubungan perkahwinan jarak jauh. Sebenarnya dengan adanya pelbagai teknologi masakini seperti Facebook, email, chatting, anda mampu mengekalkan hubungan perkahwinan anda berdua walaupun terpaksa berjauhan. Tetapi adalah sangat dinasihatkan agar anda cubalah juga cari jalan bagaimana anda boleh tinggal sebumbung.

PERKAHWINAN JARAK JAUH INI SEMEMANGNYA PERKAHWINAN YANG JAUH LEBIH MANIS BERBANDING PERKAHWINAN YANG BIASA KERANA SETIAP KALI ANDA BERDUA BERJUMPA, KETIKA ITULAH SAAT PALING MANIS DALAM HIDUP ANDA.

]]>
Jodoh Tak Akan Mendekati Dengan Bercinta Malah Tak Akan Menjauh Dengan Single. Tapi Akan Datang Saat Waktu Yang Tepat. https://redaksi.com/6897-jodoh-tak-akan-mendekati-dengan-bercinta-malah-tak-akan-menjauh-dengan-single-tapi-akan-datang-saat-waktu-yang-tepat Tue, 20 Aug 2019 10:01:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6897 Jangan mudah cemburu dengan melihat kebahagiaan orang lain, lagi-lagi kalau mereka itu belum ada ikatan yang sah lagi. Siapa je yang tak cemburu bila melihat hubungan cinta mereka yang bertahun-tahun itu masih kekal hingga sekarang, malah boleh jadi hubungan itu mampu hingga ke jinjang pelamin.

Jangan anda mencari pasangan sebab ingin rasa nikmatnya bercinta dan bermesra dengan seseorang yang belum tentu menjadi pasangan yang halal buat anda, sedangkan yang halal itu sebenarnya lebih seronok berbanding yang haram.



Jangan malu kalau hubungan yang anda bina dahulu putus ditengah jalan, sedangkan sudah bertahun-tahun anda bersamanya tapi apa kan daya jodoh tak kesampaian. Tak luak pun kalau anda ini single bertahun-tahun sehinggalah berjumpa dengan seseorang yang tepat dan sememangnya jodoh anda.

Jodoh itu telah ditetapkan oleh Allah swt, tidak kiralah cepat atau lambat, tapi yang penting ia akan muncul pada waktu yang tepat untuk diri kita. Jangan bersedih percaya kepada jalan yang telah Allah takdirkan.

Rasa sibuk nak bercinta, rasa nak pertahankan hubungan yang bertahun-tahun, bahkan rasa cemburu melihat pasangan yang bercinta bertahun-tahun itu perkara biasa sebagai manusia, tetapi kadang kena buka mata, adakah dengan bercinta bertahun-tahun ini sebenarnya membuktikan bahawa dia itu jodoh sebenar yang ditunggu? Atau sekadar satu persinggahan sebelum bertemu dengan jodoh sebenar?



Daripada menjadi wanita yang diinginkan oleh banyak lelaki, lebih baik menjadi wanita yang dihormati lelaki.

Bila bercinta, mungkin anda akan menjadi rebutan ramai lelaki tetapi bila anda single ramai lelaki yang tidak memandang malah tidak menghiraukan anda. Betul, aura cinta itu membuatkan seseorang itu kelihatan lebih yakin dan cantik tetapi itu bukan bermakna anda yang bujang ini tidak cantik atau sebaliknya.

Apa yang tersembunyi di dalam diri anda itu masih belum terserlah di mata-mata lelaki. Sebab itulah anda kurang mendapat perhatian berbanding mereka yang sudah berpunya. Jangan risau, akan ada seseorang yang akan melihat permata di dalam diri anda.

Dari sini kita dapat lihat bahawa yang sebegini akan lebih dihormati oleh orang lain. Bukan untuk dicuba atau dipermainkan hatinya.



Jangan bimbang kalau masih belum pernah merasai nikmatnya cinta, kerana cinta sejati akan segera melamar anda.

Dalam mencari cinta itu, jangan meratapi kerana merasakan tiada siapa yang sudi, tetapi tetap terus kuat untuk memperbaiki diri. Agar apabila seseorang datang melamar, rasa bersedia untuk kita kecapi saat bahagia itu.

Cinta yang sebetulnya tidak akan mengajak anda untuk bercinta bertahun-tahun tetapi akan mengajak anda untuk segera halalkan cinta yang ada.

]]>
Kenapa Perlu Hadir Kursus Pra Perkahwinan. https://redaksi.com/610-kenapa-perlu-hadir-kursus-pra-perkahwinan Fri, 28 Jul 2017 10:24:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=610 KENAPA PERLU HADIR KURSUS PRA PERKAHWINAN?

Kursus Kahwin, Kursus Perkahwinan atau Kursus Pra Perkahwinan adalah ungkapan yang sering kita dengar sebelum seseorang atau pasangan masing-masing menempuh gerbang perkahwinan. Mengapa perlunya kursus kahwin? Kursus kahwin sememangnya sinonim bagi setiap pasangan yang ingin menamatkan zaman bujang masing-masing.



Kursus kahwin atau kursus pra perkahwinan adalah wajib diambil dan dihadiri bagi setiap pasangan Islam sebelum mendirikan rumahtangga dengan pasangan masing-masing yang kebiasaannya diadakan selama dua hari. Kalau dahulu kursus seperti ini hanya digalakkan untuk pasangan yang mahu berkahwin, tapi kini ia menjadi satu kewajipan bagi mana-mana pasangan yang mahu berumahtangga. Jadi hendak tak hendak anda perlu menamatkan kursus ini jika mahu berkahwin. Kursus ini boleh diambil bersama pasangan atau secara individu, bermakna anda tidak semestinya hendak berkahwin baru boleh mengikuti kursus ini.

Sijil penyertaan lazimnya akan diberikan pada hari kedua setelah tamat kursus. Sijil perlu disimpan untuk kegunaan semasa memohon surat kebenaran berkahwin nanti. Bagi peserta lelaki yang ada hajat nak kahwin 2,3 atau 4, simpan sijil anda di tempat selamat. Anda boleh gunakan sijil ini untuk pernikahan-pernikahan anda. Kalau dah namanya kursus, majoriti akan menganggap ianya bosan. Majoriti pula beranggapan sebaliknya setelah tamat kursus. Kursus ini sebenarnya wajib dan penting kerana kita akan diajar akan apakah tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri apabila sudah berumahtangga kelak. Kursus ini boleh dikira sebagai “refresh” tentang apa yang dah dipelajari dalam Pendidikan Islam semasa alam persekolahan dahulu. Selain itu, kita juga akan diajar bagaimanakah prosedur-prosedur yang perlu kita ikuti untuk mendapatkan kebenaran untuk bernikah.



Perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Pelbagai prosedur yang perlu kita ikuti dan fahami sebelum menjadi seorang suami isteri yang sah. Pelbagai tanggungjawab dan perkara perlu kita pikul setelah bergelar suami atau isteri. Atas sebab itu, jabatan agama mengadakan kursus perkahwinan ini untuk bakal-bakal suami atau isteri supaya dapatlah bakal-bakal suami atau isteri ini bersedia dan tahu akan tanggungjawab, dan tahu akan apa yang patut dan tidak patut dilakukan apabila sudah berkahwin kelak. Kursus kahwin ni taklah bosan seperti yang difikirkan kerana penceramah-penceramah yang dijemput sangat memahami keadaan peserta malah sering diselitkan dengan lawak jenaka dalam ceramah-ceramah berinfomasi yang disampaikan.

Dalam berjenaka dan bergelak tawa sepanjang kursus, apa yang penting adalah isi kandungan yang cuba disampaikan kepada kita. Dalam kursus kahwin ini, kita juga akan diberitahu mengenai penceraian. Apa hak-hak yang kita akan perolehi sekiranya kita bercerai. Ramai yang tidak tahu hak mereka, dan itu menyebabkan mereka rasa tertindas. Dengan mengikuti kursus seperti inilah anda akan dapat tahu apakah yang patut dilakukan apabila sudah bercerai dan sebagainya. Jika anda ingin berumahtangga, atau sekiranya anda ingin mengikuti kursus kahwin ini. Daftarkan diri anda secepat mungkin. Tak menyesal jika diambil awal, sebab anda tetap perlu manjalaninya melainkan anda hendak membujang sampai ketua.

]]>
Ambil Masa Untuk Berkenalan Dengan Pasangan Sebelum Buat Keputusan Untuk Berkahwin Penting Juga. Biar Lambat Asalkan Selamat. https://redaksi.com/7876-ambil-masa-untuk-berkenalan-dengan-pasangan-sebelum-buat-keputusan-untuk-berkahwin-penting-juga-biar-lambat-asalkan-selamat Mon, 10 Feb 2020 12:21:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7876 Apabila umur semakin meningkat, ramai orang yang akan membuat keputusan untuk berkahwin dengan segera walaupun baru sahaja mengenali pasangannya itu. Ini kerana, bimbang jika perasaan bertukar ataupun sudah merasakan bahawa si dia itulah seseorang yang tepat buat dirinya.

Walaupun baru sahaja mengenali dirinya, tetapi membuat keputusan untuk berkahwin dan bercinta selepas kahwin itu adalah perkara yang kerap kali akan dilakukan oleh mereka yang agak terburu-buru. Bagi mereka, tidak perlu kenal lama-lama kalau masing-masing sudah suka sama suka.

Akan tetapi, membuat keputusan untuk berkahwin ini bukan satu perkara yang boleh diputuskan semudahnya. Ini kerana, anda perlu ketahui latar belakang keluarga mereka, bagaimana sikap pasangan anda serta keadaan pasangan anda sendiri. Sebab itulah mengapa berkenalan dengan pasangan dalam satu tempoh masa merupakan satu keputusan yang baik sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.


Penyelidikan yang dijalankan oleh Dr. Thomas R. Lee dari Department of Family and Human Development Utah State University lebih lama anda saling mengenali pasangan anda, itu lebih meyakinkan kerana ia akan membawa hubungan ke tahap yang lebih serius dan juga komited.



Mereka yang lebih memilih untuk mengenali pasangan terlebih dahulu akan mudah untuk mengetahui sama ada pasangan ini layak untuk dijadikan teman seumur hidupnya atau sebaliknya. Mana tidaknya, semakin lama anda berkenalan dengan dirinya, semakin rapat dan juga mendalam anda dapat mengetahui mengenai dirinya.

Sesiapa sahaja boleh membuat keputusan untuk berkahwin apabila berjumap dengan seseorang yang anda begitu yakin dia orangnya. Namun begitu, jika anda ingin menghalang risiko penceraian lebih baik anda kenal hati budinya dahulu sebelum berkahwin dengan dirinya.

Beberapa perkara yang perlu anda selidik dan kenal sebelum membuat keputusan berkahwin adalah;

1. Latar belakang keluarganya
2. Sikap dirinya terhadap anda
3. Keadaan dirinya
4. Perkerjaan yang dilakukan

Untuk mengetahui semua ini bukannya boleh ambil masa beberapa hari sahaja, bahkan belum tentu bertahun anda dapat mengetahui semuanya. Akan tetapi, masa yang panjang dapat membantu anda kenal si dia serba sedikit. Taklah lepas kahwin terkejut sangat nanti.



]]>
Tips Dating Kali Pertama Buat Si Pemalu. https://redaksi.com/4007-tips-dating-kali-pertama-buat-si-pemalu Fri, 26 Oct 2018 10:35:32 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4007 Pertemuan kali pertama ini sudah pasti membimbangkan kedua belah pihak, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai sifat pemalu yang tinggi. Mana tidaknya, perasaan malu ini kadang kala sukar dibendung. Apabila terlalu malu sangat, ia mungkin akan membuat seseorang itu hilang keyakinan diri. Tapi jangan risau, sudah pastilah ada cara untuk mengatasinya.

Yang paling utama untuk elakkan rasa malu ini adalah melalui rasa selesa yang anda rasai. Apabila selesa barulah kurang sikit rasa malu itu. Jadi ini beberapa tips yang akan membantu anda.



1. Jangan rasakan anda banyak kekurangan.

Pertama sekali adalah anda perlu mempupuk keyakinan anda sendiri. Jangan merasakan bahawa anda terlalu banyak kekurangan malah jangan mula merasakan bahawa anda ini terlalu sempurna. Pastikan bahawa anda tidak melebihi dan mengurangi apa yang anda patut rasakan. Jangan terlalu bimbang yang mana perlu anda lakukan. Cuba untuk jadi diri sendiri itu adalah pilihan yang lebih baik.

2. Pakai pakaian yang selesa.

Pakaian yang selesa ini penting ye, mana tidaknya dari pakaian ini yang akan membuat anda yakin berserta selesa dengan keadaan persekitaran. Jika anda mengenakan sesuatu yang tidak membuat selesa, kemungkinan mood anda akan lari sedikit apabila berhadapan dengan dirinya. Mana tidaknya, fikiran anda akan berbahagi dua, satu fikirkan pakaian anda dan satu lagi fikirkan pasangan anda ketika itu.



3. Pastikan tempat pertemuan itu selesa dengan anda.

Tempat juga memainkan peranan ye. Jadi jika anda atau dirinya memilih di mana hendak berjumpa, sudah pastilah anda yang menentukan, tapi pastikan dirinya juga selesa dengan keadaan tempat tersebut. Hal ini kerana, suasana tempat yang selesa itu akan membuatkan mood anda lebih tenang untuk meneruskan perbualan.

4. Sediakan topik perbualan.

Apabila anda seorang yang pemalu, jadi anda perlulah lakukan sedikit persiapan sebelum berjumpa dengan si dia. Antara persiapannya adalah menyediakan beberapa tajuk yang boleh anda gunakan sebagai topik perbualan nanti. Sebagai contoh, isu semasa, cerita yang menarik di panggung wayang ataupun tempat makanan yang sedap serta menarik. Cari topik yang boleh anda bualkan secara berlarutan.

5. Jangan malu untuk membalas balik.

Walaupun anda rasa begitu malu berhadapan dengan dirinya, itu tidak bermaksud anda hanya perlu membalas sepatah-sepatah sahaja apa yang dirinya tanyakan kepada anda. Anda perlu berani untuk membalas segala pertanyaan dirinya. Bina keyakinan diri anda.



Paduan ini biasanya akan memberikan kesan kepada pertemuan pertama sekiranya anda benar-benar mendapat keselesaan dan keyakinan dalam diri anda. Dan sudah semestinya akan anda pertemuan yang seterusnya.

]]>
Apa Yang Lelaki Harapkan dari Sebuah Perhubungan? https://redaksi.com/3377-apa-yang-lelaki-harapkan-dari-sebuah-perhubungan Wed, 29 Aug 2018 12:34:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3377 Kerap kali kita ambil tahu apa yang wanita lebih mahukan dalam perhubungan sehinggakan mengabaikan apa yang lelaki mahukan. Baik lelaki mahupun wanita pasti mempunyai kemahuan yang tersendiri dalam hubungan yang terbina. Masing-masing tidak boleh hanya mementingkan kemahuan sendiri, jadi kemahuan pasangan juga perlu jadi keutamaan. Mari ambil tahu apa yang lelaki mahukan dari sebuah perhubungan.


1. Pujian dari pasangannya.

Walaupun lelaki ini mempunyai ego yang tinggi tetapi mereka ini tetapi ingin dimanja. Maka dengan itu, melalui satu pujian yang ikhlas mampu membuat si lelaki ini dihargai. Sebab itu lelaki ini akan kerap berubah gaya dan penampilan mereka. Itu semua kerana inginkan sedikit pujian dan perhatian dari anda lah.

2. Dihormati pasangan.

Bukan inginkan hadiah mahal ataupun kata-kata yang romantik yang dimahukan. Tetapi cukup jika pasangannya itu menghromati dirinya dan tidak merendahkan dirinya. Hal ini kerana, mereka ini mempunyai satu ego yang mudah tercalar apabila dirinya itu tidak dihormati pasangannya. Jadi hati-hati dengan kelakuan anda.

3. Tempat luahkan perasaan.

Selalunya kita dengar wanita perlukan pendengar yang setia bukan? Lelaki juga begitu. Dia mahu pasanganya menjadi pendegar setia dalam segala masalah yang dihadapi. Tidak dapat membantu tidak mengapa tetapi cukup sekadar mendengar dan memahami masalah yang dirinya hadapi.


4. Waktu untuk diri sendiri.

Lelaki tidak suka dikongkong serta dikawal. Jika anda melakukan hal itu kepada dirinya, maka ia akan cepat berubah. Jadi lelaki hanya perlukan masa untuk dirinya sendiri ataupun rakan-rakannya. Kalau anda dapat memahaminya dengan baik pasti dia juga akan cuba memahami anda. Mereka ini cuma waktu itu hanya untuk pergi lepak bersama rakan-rakannya ataupun bermain video game.

5. Perhatian.

Disebalik keegoan seorang lelaki, dirinya juga mahukan perhatian dan belaian manja dari pasangannya. Ia sama sahaja dengan wanita, iaitu cukup sekadar mengucapkan selamat malam mahupun selamat pagi. Tidak pun bertanya akan rutian hariannya serta masalah yang dihadapinya. Walaupun sedikit sahaja perhatian yang diberi, ia cukup buat dirinya.

Tidak susah pun kemahuan lelaki ini, kebanyakannya kemahuan ini sama sahaja dengan kemahuan wanita. Jadi sebagai pasangan tidak salah jika saling memahami dalam kemahuan masing-masing. Baru lah hubungan yang dibina itu harmoni.


]]>
“Ajar Anak Lelaki Untuk Kemas Rumah, Bukan Untuk Meringankan Beban Ibu Bapa, Tetapi Ia Adalah Keperluan Asas Hidup..” Perkongsian Dari Seorang Ibu. https://redaksi.com/4890-ajar-anak-lelaki-untuk-kemas-rumah-bukan-untuk-meringankan-beban-ibu-bapa-tetapi-ia-adalah-keperluan-asas-hidup-perkongsian-dari-seorang-ibu Tue, 15 Jan 2019 14:52:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4890 Pada masa kini, masyarakat melayu lebih menitik beratkan tanggung jawab ke atas anak perempuan berbanding dengan anak lelaki. Ini kerana ramai yang beranggapan, anak perempuan harus rajin membuat kerja rumah, manakala lelaki menolong ayahnya membuat kerja-kerja berat sahaja.

Namun, ubahlah kehidupan kita mengikuti sunnah Rasulullah SAW, dimana baginda mampu melakukan apa sahaja kerja termasuk urusan rumah tangga. Mendidik anak lelaki daripada kecil tentang kepentingan menolong ibu melakukan kerja rumah tidak salah, kerana ia memang keperluan asas hidup. Dah besar nanti, pandailah berdikari.

Seorang ibu yang dikenali sebagai Puan Fara telah berkongsi di laman facebooknya, berkenaan dengan isu ini. Jom ikuti perkongsian tersebut….

********

Look what bibik sent to me when I was away at work.

This young mister traded in some house works for screen time. One task equals to 15 minutes screen time. So taking out clothes from washing machine, taking dried clothes from drying rack, hanging washed clothes on the rack. 45 minutes worth of reward.

--------------------------------------

Kami buat ini untuk dia. For him. Not for us. Bukan untuk meringankan beban tugas ibu bapa. Secara peribadi saya sangatlah suka tugas membasuh, menjemur, melipat baju, tidak perlu suruh anak-anak tolongpun saya suka selesaikan sendiri bila sahaja berkesempatan.

Sementelah pula, kami juga ada pembantu rumah untuk menguruskan kerja rumah yang biasa. Tapi kami kira sudah sampai masa anak lelaki sulung kami ini untuk mula belajar melakukannya. Bukan hanya kerana habuan screen time, atau kerana tolong mommy nanti masuk syurga, tapi kerana lelaki dan membantu menguruskan rumah tangga adalah keperluan hidup di dunia.

Benar sebagai ibu bapa, kepada anak lelaki keutamaan kita mahu beri ilmu akhirat sebaiknya kerana tujuan hidup kita adalah di sana, ilmu dunia selengkapnya kerana anak lelaki akan membesar menjadi lelaki dewasa dan menggalas tugas sebagai pencari nafkah keluarga.

Dalam waktu itu kita juga berkeperluan untuk membentuk anak lelaki menjadi insan yang bertimbang rasa, berempati dan mengasihani untuk menjalani kehidupan dunia. Cari duit sahaja tidak cukup untuk hidup di dunia, menguruskan sisi-sisi kehidupan dengan hemah dan rasa kemanusiaan itu adalah keperluan yang sama pentingnya.

Berilah kefahaman bahawa tugas mengurus rumah tangga bukan tugas perempuan - adik, kakak, ibu, isteri semata. Di setiap peringkat kehidupan anak lelaki, sebagai abang, sebagai adik, sebagai anak, sebagai bapa, sebagai suami, sebagai menantu, sebagai mertua - seorang lelaki perlu tahu, faham dan ingat bahawa dia bukan tuan kepada kerabat perempuan dan pasangannya.

Dia adalah pelindung dan penjaga, dan kerana itu, untuk setiap tugas yang dia lakukan dan tugas yang dia berhajat / berkeperluan untuk dilakukan oleh orang lain, ianya perlu dengan ikhsan, bukan dengan rejim, rasa berkuasa, autorisasi dan superiority.

Mendidik anak lelaki dan anak perempuan memang tidak sama, tapi tidak juga bermaksud mengasingkan terus semua aspek pembentukan mereka sehingga anak perempuan kaku terputus ikhtiar untuk mencari ruang menyara diri atau keluarga bila ujian melanda. Anak lelaki pula tidak terurus kacau bilau hidupnya bila kerabat perempuan tiada.

Siti Khadijah peniaga berjaya, hartanya diinfaq untuk agama.

Rasulullah membasuh, mengemas, menjahit untuk meringankan lelah isteri baginda.

Jangan lupa.

Image may contain: one or more people, people standing, child and outdoor

********

Semoga Bermanfaat!

]]>
8 Tanda Si Dia Menganggap Anda Lebih Dari Seorang Rakan. https://redaksi.com/4135-8-tanda-si-dia-menganggap-anda-lebih-dari-seorang-rakan Tue, 06 Nov 2018 23:04:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4135 Sangat sukar untuk membaca isi hati seseorang, sama ada dirinya mempunyai perasaan terhadap anda ataupun hanya menganggap anda sebagai seorang rakan sahaja. Mana tidaknya, jika anda meluahkan perasaan terlebih dahulu, takut-takut anda akan difriendzonekan, bahkan ia akan memalukan diri sendiri. Tapi kalau tak beritahu, lambat pula untuk biarkan dirinya memulakan langkah, nanti karang diambil orang. Pasti macam-macam akan bermain difikiran anda bukan?

Oleh sebab itulah anda perlu memulakan langkah dengan melalui pemerhatian dahulu, mana tahu kalau tersalah langkah nanti tidak akan memalukan diri sendiri pula. Jom ketahui.



1. Sentiasa follow up janji.

Apabila seseorang menganggap anda lebih dari seorang rakan. Mereka ini selalu agak teruja dengan janji-janji yang mereka lakukan. Maka dengan itu, apabila kalian ingin mempunyai pertemuan, dia akan kerap kali membuat follow up terhadap anda untuk memastikan bahawa perkara tersebut terjadi dan tidak hanya sekadar janji sahaja.

2. Lebih sopan ketika bersama anda.

Dirinya melayani anda sedikit berbeza dengan rakan-rakannya yang lain. Hal ini seolah-olah menimbulkan rasa janggal terhadap dirinya dan juga anda. Jika bersama rakan-rakan yang lain, anda boleh lihat bahawa dia begitu bersahaja tapi apabila bersama dengan anda, kata-katanya lebih lembut dan begitu sopan dalam kelakuannya.

3. Sentiasa memulakan satu perbualan.

Apabila anda senyap dia akan mula menyapa anda. Bahkan apabila anda tidak mula menghubungi dirinya, dia akan mula menghubungi anda terlebih dahulu. Tidak hanya itu, dia juga mengeluarkan topik-topik perbualan yang memikat hati anda.

4. Bertanya akan status anda.

Seseorang yang memintai anda biasanya akan bertanya akan status perhubungan anda. mana tidaknya, jika anda sudah dimiliki orang bolehlah dia menukar perasaannya terhadap anda. Jika tidak, dia akan terus menerus memikat dan mendekati anda.



5. Memuji anda.

Biasanya seorang rakan teramat jarang sekali untuk memuji rakannya yang lain. Tapi dia berlainan, apabila dia mula memuji penampilan anda atau kelakuan anda, pasti dia sudah mula mempunyai perasaan terhadap anda.

6. Bercakap mengenai dirinya sendiri.

Jangan terkejut apabila dia seolah-olah memuji dirinya. Ini kerana, dia mahu menjual minyak terhadap anda. barulah anda akan nampak akan kehadirannya di sisi anda. Bahkan anda akan lihat kelebihan yang ada pada dirinya.

7. Suka membelanja anda.

Apabila seseorang lelaki mula menyukai seorang wanita, dirinya akan lebih cenderung untuk membelanja wanita tersebut. Tidak kiralah dari segi makanan atau apa-apa pun. Ini adalah salah satu cara untuk memikat hati orang yang disukai itu.

8. Dia mencari persamaannya dengan anda.

Apa yang anda minati atau miliki, pasti dia akan cuba mencari persamaan tersebut. Dari sini, dia ingin memberitahu anda akan keserasian kalian bersama. Ini adalah salah satu hint untuk memberitahu akan perasaannya.

Apabila anda melihat tanda-tanda sebegini, maka cuba beranikan diri untuk bertindak sepertinya. Tapi jangan anda yang memulakan dulu, lihat sejauh mana permainan dirinya.

]]>
Punca Pasangan Anda Tawar Hati Dalam Perhubungan. https://redaksi.com/2535-punca-pasangan-anda-tawar-hati-dalam-perhubungan Wed, 20 Jun 2018 20:16:39 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2535 Setiap hubungan mempunyai pasang surutnya. Tidak kira lah ketika bercinta mahupun telah menjadi suami isteri. Orang kata lebih banyak dugaan yang datang dalam perhubungan itu, semakin kuat kasih sayang antara pasangan tersebut. Namun, satu dugaan yang membuat pasangan berpaling mencari yang lain adalah apabila mereka ini telah tawar hati dengan pasangan mereka.

Apa maksud tawar hati? Tawar hati ini adalah satu perasaan di mana ia bukan benci tetapi sudah tidak mahu melihat anda lagi. Bukan itu sahaja, jika pasangan anda sudah tawar hati dengan hubungan anda ia akan bertindak seperti tidak kisahkan segala perbuatan and. Apa punca seseorang itu tawar hati?


1. Pasangannya tidak seperti dahulu.

Pada permulaan hubungan sudah pasti masing-masing sangat teruja akan satu sama lain. Tapi apabila rasa teruja itu hilang, dan pasangan sudah berubah angin serta perangai maka mulalah rasa tawar hati itu datang.

2. Sudah tidak berhias untuk pasangan.

Ketika bercinta dahulu semuanya nak melawa, nak jumpa depan rumah pun masih nak berhias. Tapi apabila hubungan telah lama, keluar makan malam bersama pun pakai baju kelawar. Itu juga menyebabkan pasangan rasa tawar hati.

3. Sukar akui kesalahan.

Tak semua orang akan sentiasa betul dan sentiasa salah. Bukan itu sahaja, kalau dipaksa mengalah juga amat membosankan. Jadi demi menjaga hati masing-masing tidak salah sekiranya cuba memahami hati pasangan.


4. Perubahan perangai.

Cuba anda imbas kembali kelakuan anda yang dahulu dan sekarang adakah masih sama? Ataupun anda semakin banyak mengabaikannya dan mula mengongkong setiap perbuatannya. Itu juga menyebabkan dirinya tawar hati.

5. Hilang kepercayaan terhadap anda.

Mungkin anda terlalu banyak berjanji tapi tidak ditunaikan. Ia juga akan menyebabkan kepercayaan yang si dia bina untuk anda hilang sikit demi sedikit. Jadi berhati-hati apabila berjanji.

Rasa tawar hati ini boleh datang dari mana-mana pihak, sama ada lelaki mahupun wanita. Jadi ia bergantung pada pasangan mereka tersendiri bagaimana untuk mengendalikan dan menarik hati pasangan anda apabila hubungan yang dibina telah lama terjalin.

]]>
Jika Bertemu Jodoh Dengan Lelaki Yang Mempunyai Kewangan Tidak Stabil, Adakah Perlu Ditinggalkan? https://redaksi.com/2440-jika-bertemu-jodoh-dengan-lelaki-yang-mempunyai-kewangan-tidak-stabil-adakah-perlu-ditinggalkan Mon, 04 Jun 2018 10:42:58 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2440 Kini bukan mudah untuk mencari pekerjaan terutama untuk para graduan yang mempunyai ijazah. Ramai pula masyarakat mengatakan, jika sudah ada pendidikan yang tinggi pasti mudah mendapat pekerjaan dengan pendapatan bermula daripada RM2500.

Tetapi adakah semua rezeki kita sama?

Adakah semua para graduan daripada ijazah mendapat pendapatan dengan bermula RM2500?

Ternyata kehidupan masing-masing mempunyai haluan yang berbeza termasuk rezeki. Jodoh juga adalah rezeki, dan ia adalah bonus jika mendapat pasangan yang serasi dan memahami.  Peritnya mencari duit itu hanya DIA yang mengetahui, namun jika segalanya dengan nawaitu yang betul,Insya Allah dipermudahkan.

Lain pula kisah apabila wanita bekerjaya jatuh cinta dengan sang jejaka yang mempunyai pekerjaan yang lebih kecil dan pendapatan yang cukup-cukup makan sahaja. Sering dipersoalkan, mengapa berlakunya pertemuan dengan jejaka ini? Adakah ia adalah ujian atau jodoh?

Lapangkan dada, lapangkan minda.



Jika lelaki itu mengikis duit anda, sudah tentu perlu ditinggalkan. Oleh kerana itu, pentingnya ta’aruf dan berkenalan dengan ahli keluarga si dia. Tahu latar belakang si dia. Jika perlukan masa berkenalan atau bercinta sebelum berkahwin, terpulang pada individu.

Jika mahu bertunang, tidak salah. Jika mahu bercinta selepas bernikah, lagi tiada masalah.

Tiada masalah untuk memberi peluang pada lelaki yang mempunyai kewangan yang tidak stabil ini. Sebagai wanita, perlu tahu mengapa ini terjadi? Adakah si dia mempunyai ahli keluarga dan adik-beradik yang ramai untuk ditanggung? Atau daripada keluarga yang sederhana?

Jika si dia sedang berusaha mengumpul duit, sanggup mengikat perut untuk berjimat, sanggup membuat kerja part-time semata-mata untuk hubungan kalian berdua. Fikir dahulu, patutkah anda meninggalkan si dia terkontang-kanting keseorangan?

Pada pihak anda sebagai wanita pula, setelah berkenalan dengan si dia? Apakah perasaan anda mengatakan tentang si dia? Jangan lupa naluri wanita ini hebat dan kuat. Jika anda tidak jemu berdoa dan solat istikharah, Insya Allah dengan izin Allah pasti ada jawapannya. Pasti termakbul doa anda suatu hari nanti.

Sudah takdir Allah SWT, jika kita melakukan sesuatu yang kurang baik pada seseorang, maka balasannya tidak semesti anda mendapat jodoh yang akan melakukan perkara yang tidak baik pada anda. Mana tahu ia berlaku dalam keluarga anda sendiri, rezeki menjadi sempit atau hidup yang tidak tenang.

Jika anda sendiri mahu membuat pilihan inginkan bakal suami yang berharta, kacak dan hanya bekerja di dalam pejabat berhawa dingin, maka jangan pula permainkan perasaan lelaki yang kewangan tidak stabil ini. Tetap pada yang satu dan jangan memberi harapan.

]]>
Nak Kenal Wanita Dengan Lebih Mendalam? Tanya 47 Soalan Ini Kepadanya. https://redaksi.com/368-nak-kenal-wanita-dengan-lebih-mendalam-tanya-47-soalan-ini-kepadanya Thu, 06 Jul 2017 11:30:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=368 Tanya soalan ini kepda wanita jika ingin kenal dengannya dengan lebih mendalam :

1. Apa yang terjadi kepada anda yang membuatkan anda menjadi orang yang lebih tabah?



2. Apa yang berlaku dalam hidup anda membuatkan anda berasa lemah?

3. Di mana tempat yang anda merasakan anda menjadi diri sendiri?

4. Di mana tempat kesukaan anda untuk menenangkan diri?

5. Siapakah orang yang, menurut anda, memberikan pengaruh paling besar terhadap diri anda sehingga ke hari ini?

6. Jika anda boleh ubah satu perkara tentang diri anda, apa yang anda ingin ubah?

7. Jika anda hanya mempunyai satu hari lagi untuk hidup, apa perkara pertama yang anda akan lakukan?



8. Anda rasa anda paling sesuai dalam dekad apa?

9. Siapa orang yang paling rapat dengan anda dalam keluarga? Mengapa?

10. Siapakah orang yang paling mengenali anda dengan terbaik dalam dunia ini?

11. Apa kualiti kegemaran anda tentang kawan baik anda?

12. Ketika anda lebih muda, apa cita-cita anda?

13. Jika anda menjadi satu karakter fiksyen (daripada buku atau filem), anda akan menjadi siapa?

14. Adakah anda mudah menerima pujian? Atau adakah anda tidak sukakan pujian?

15. Adakah sumbangan kesukaan anda terhadap diri anda secara fizikal atau bukan fizikal?

16. Apakah sumbangan fizikal kesukaan anda terhadap diri sendiri?

17. Apakah sumbangan bukan fizikal yang paling anda sukai terhadap diri anda?

18. Adakah anda percaya pada cinta pandangan pertama?

19. Adakah anda percaya pada jodoh?



20. Pernahkah anda bercinta? Berapa kali?

21. Apa yang membuatkan anda jatuh cinta dengan seseorang?

22. Apa maksud disakiti pada pendapat anda? Apa yang membuatkan anda rasa disakiti?

23. Apa perkara yang anda takut untuk bertanya kepada seorang lelaki, tetapi ingin bertanya?

24. Jika anda adalah seorang lelaki selama satu hari, apa perkara pertama yang anda akan lakukan?

25. Apa satu perkara yang anda ingin belajar dengan lebih mendalam?

26. Apa perkara yang anda tidak pernah lakukan tetapi anda selalu ingin melakukannya?

27. Kenapa anda masih tidak melakukannya?

28. Jika wang tidak penting, apa kerja idaman anda?

29. Jika anda bercuti dari kerja pada hari ini, apa yang anda akan lakukan?

30. Apa perkara terakhir yang membuatkan anda menangis?

31. Apa perkara terakhir yang membuatkan anda ketawa?

32. Apa kenangan yang paling anda suka?

33. Apa perkara terakhir yang sangat memalukan anda?

34. Apa ketakutan anda yang paling besar?

35. Pernah menyesal? Apa penyesalan terbesar anda?

36. Pernah melanggar undang-undang? Jika tidak, undang-undang mana yang anda ingin langgar?



37. Apa perkara paling gila yang pernah anda lakukan?

38. Adakah anda akan berbual dengan orang yang tidak dikenali?

39. Adakah anda akan memberitahu orang yang tidak dikenali, yang tisu tandas melekat pada kasut mereka? Atau sesuatu yang memalukan untuk dilihat di khalayak ramai?

40. Apa lawak kegemaran anda?

41. Jika anda boleh menjadi haiwan, haiwan apa yang anda pilih?

42. Apakah filem atau buku, yang anda malu nak mengaku anda menyukainya?

43. Bagaimana ibu bapa anda menceritakan anda sebagai seorang anak?

44. Jika anda boleh kembali ke masa tertentu dalam hidup anda, pada umur atau saat mana yang anda inginkan?

45. Apakah perkara yang anda percaya, tetapi orang lain tidak mempercayainya?

46. Apa satu perkara yang anda akan katakan, yang membuatkan anda unik daripada orang lain?

47. Apakah satu perkara yang anda rasakan, hilang dari hidup anda.

]]>
5 Cara Untuk Mengetahui Pasangan Anda Tidak Setia. https://redaksi.com/2723-5-cara-untuk-mengetahui-pasangan-anda-tidak-setia Thu, 05 Jul 2018 10:36:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2723 Formula untuk setia di dalam perhubungan percintaan perlu adanya kejujuran dan kepercayaan antara satu sama lain. Kedua-dua belah pihak perlulah lakukan aspek ini dengan sama rata, tiada siapa yang lebih atau pun yang kurang. Jika kurangnya perasaan setia pada pasangan, pasti akan berlaku sesuatu di dalam hubungan tersebut.


Jika sebelum berkahwin pun anda atau pasangan sudah tiada kesetiaan di dalam diri, jadi bagaimana mahu diterapkan perasaan itu setelah berkahwin. Akan berkekalan lamakah mahligai tersebut jika kalian berdua tidak mula belajar erti kesetiaan?

Jom ketahui cara untuk mengetahui pasangan anda mula tidak setia pada anda…

1. Jarang berhubung.

Dalam seminggu anda boleh kira hanya beberapa kali sahaja, si dia menghubungi anda. Whatsapp pun jarang, apatah lagi mahu menelefon anda untuk bertanya khabar. Malah jika anda ditimpa sakit atau masuk ke hospital, si dia masih lagi tidak menjenguk anda.


2. Sering mengelak untuk berjumpa.

Si dia ada sahaja alasan untuk tidak berjumpa dengan anda. Jika mahu bincangkan tentang hubungan kalian juga, pasti ada juga alasannya yang tidak munasabah. Jadi disini anda tidak perlu berkias, tanya sahaja soalan yang berkaitan dengan hubungan anda. Apakah si dia menganggap anda patung?

3. Pantang bila melihat anda menyentuh telefon bimbitnya.

Si dia mula menunjukkan sikap suka memarahi anda tanpa sebab yang kukuh. Jika sebelum ini anda seperti biasa boleh menyentuh telefon bimbitnya dan bermain game, tetapi kali ini ada sahaja kemarahan yang mahu si dia lemparkan.

Pasti ada yang tidak kena!


4. Text mesej yang seperti tidak mengambil kisah.

Petanda paling ketara adalah apabila anda menghantar whatsapp pada si dia pasti tiada respon, jika si dia membalas pun pasti dengan kenyataan yang ringkas atau blue tick sahaja. Anda mengetahui jadual kerja nya, dan waktu yang si dia pasti sibuk, tetapi apabila waktu rehat dan santai seperti hari minggu pun masih busy?

Atau dating dengan orang lain?

5. Minta putus tanpa sebab.

Tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Pastinya ada udang di sebalik batu. Padahal berhubung juga semakin berkurang, bila berhubung ada saja alasannya untuk mengelak, bila di ajak berjumpa ada sahaja 1,001 alasan, dan secara tiba-tiba meminta break dengan perhubungan anda dengan sebab yang tidak munasabah, pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan si dia.

Jadi, jangan tunggu lama-lama jika hubungan anda ada tanda-tanda sebegini. Pasti akan berlakunya peperangan yang tidak diingini.


]]>
“Assalamualaikum makmum..." - Ayat Ikmal Amry kepada isteri, buat single rasa nak kahwin https://redaksi.com/9190-assalamualaikum-makmum-ayat-ikmal-amry-kepada-isteri-buat-single-rasa-nak-kahwin Mon, 21 Dec 2020 14:20:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9190 Perkara yang sangat ditunggu-tunggu buat pengantin baru adalah untuk sama-sama menunaikan solat secara berjemaah. Malah, kalau boleh perkara tersebut bukan dilakukan pada awal perkahwinan sahaja namun tetap berterusan hingga ke hari tua.


Itulah yang dilakukan oleh pelakon Ikmal Amry dan juga isteri tercinta Najla Shamsul yang merupakan selebriti media sosial selepas bergelar suami isteri.



Menerusi Twitter Ikmal Amry yang memuat naik video isterinya yang lengkap dengan memakai telekung. Dipercayai pasangan ini baru sahaja selesai menunaikan solat berjemaah bersama.

Melihat ke rakaman tersebut, kendengaran suara Ikmal Amry yang memberi salam kepada isterinya sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam dengan isteri tercinta.

“Assalamualikum makmum.”

“Sayang jadi isteri yang baik ea.”

Terlihat begitu romantis dan bahagia, rakaman tersebut telah menjadi perhatian warganet yang masih bujang hingga rata-rata meluahkan rasa ingin mendirikan rumah tangga.




Bahkan, ada juga diantara mereka yang mengucapkan tahniah dan mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhirnya.

Terdahulu, pasangan ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada Sabtu lalu di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.



Manakala, pada sebelah malam pula, pelakon berusia 26 tahun serta pasangan telah mengadakan resepsi disebelah lelaki di A’Famosa Resort Melaka.

]]>
Antara 10 Sebab Kenapa ‘Crush’ Hanya Menyeksa Diri Anda Sahaja. https://redaksi.com/2232-antara-10-sebab-kenapa-crush-hanya-menyeksa-diri-anda-sahaja Tue, 08 May 2018 11:13:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2232 Di kalangan anak muda remaja sekarang, asyik benar mereka dengan hanya meminati seseorang tanpa menunggu cinta di balas. Mereka seolah-olah tidak mahu meluahkan perasaan, kerana bimbang jika ia memalukan dan membuat hati dan perasaan terluka.


Tahukah anda, apabila anda mula meminati seseorang dalam senyap tanpa meluahkan, ia adalah perkara yang paling menyakitkan malah terseksa. Jom ketahui sebab-sebab di bawah.

1. Umur anda sudah pun berganjak pada 20-an dan mungkin lewat 20-an, tetapi diri anda masih lagi memikir tentang crush, sedangkan insan lain sudah berjaya memiliki kerjaya tetap, pendapatan sendiri mahupun harta. Malah dapat membanggakan ibu bapa mereka, tetapi anda? Masih dengan crush?


2. Anda sentiasa menanti crush di mana sahaja, tetapi jika terlihat bayangan mereka, anda seperti resah dan tidak dapat duduk diam tetapi anda perlu menjadi tidak sedar dengan kehadiran mereka. Hah?

3. Apabila si dia melihat anda dan tersenyum, anda pula tertanya-tanya adakah mereka sedar dengan kehadiran anda? Adakah anda wujud di mata mereka? Wow! Anda tiba-tiba berasa teruja.

4. Apabila anda cuba untuk menarik perhatian mereka, seperti senyum atau pertama kali mahu menegur, situasi menjadi sangat kekok dan anda sendiri tidak tahu apa yang telah anda lakukan.


5. Anda melihat profile mereka di facebook, instagram, twitter dan sedaya upaya untuk mencari nombor telefon mereka. Malah anda seolah-olah menjadi stalker atau detektif terhebat di dunia, kerana sekali gus dapat mengetahui kisah silam hidup mereka.

6. Apabila kita meminati seseorang, secara normal otak kita sentiasa memikirkan tentang mereka dan mahu menceritakan segalanya pada rakan. Anda dapat merasakan, anda seorang yang sangat menyedihkan kerana hanya terfikir tentang seseorang yang tidak pernah fikirkan tentang anda.

7. Apabila terserempak dengan crush, rakan baik anda seolah-olah mahu menunjukkan crush sedang memandang anda atau menuju ke arah anda. Tetapi situasi itu akhirnya memalukan diri anda sahaja.


8. Apabila anda sedang berbual dengan crush, tangan anda berpeluh dan anda seperti tidak boleh berdiri dengan tenang hanya dengan menatap mata mereka. Ia seperti bukan yang anda jangkakan, kerana anda mahu berlagak okay di depan mereka, tetapi hampa.

9. Anda memuat naik gambar atau status di sosial media hanya untuk menarik perhatian crush anda sahaja. Dan anda mahu kan ‘like’ atau komen daripada mereka.

10. Apabila anda mahu berbual dengan mereka, anda mahu kelihatan tenang, tetapi senyuman anda kelihatan sangat kekok dan menakutkan. Errrr…


 

]]>
Enak Apabila Dibuat Jus, Ini Khasiat Buah Avocado Yang Perlu Anda Tahu. https://redaksi.com/5734-enak-apabila-dibuat-jus-ini-khasiat-buah-avocado-yang-perlu-anda-tahu Tue, 09 Apr 2019 01:03:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5734 Buah berbentuk lonjong berwarna hijau yang dikenali sebagai avocado ini mengandungi khasiat pemakanan yang cukup luar biasa. Kalau dilihat dari luar mungkin ia kurang menyelerakan tetapi ia sedap untuk dimakan begitu sahaja, atau dibuat jus. Avocado sebenarnya mempunyai rasa lemak dengan isinya yang halus.

Buah avocado ataupun di Malaysia dikenali sebagai buah alpukat, mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan umum pada semua orang.

Bukan sahaja digunakan untuk kesihatan malah untuk kecantikkan juga. Biasanya buah ini dimakan beserta dengan salad. Disebabkan oleh budaya pemakanan buah ini jarang diamalkan oleh rakyat setempat, kita sebenarnya agak rugi.



Ramai yang tidak tahu khasiat sebenar buah avocado ini, sedangkan ia baik untuk untuk kesihatan malah bagus dignunakan dalam diet seharian. Berikut adalah 6 khasiat avocado yang telah dikongsikan oleh Dr. Azima.

Seperti saya, saya lebih gemarkan makan begitu saja. Khasiat yang diperolehi lebih berganda daripada makan dengan salad dan sebagainya. Kadang-kadang saya jadikan jus sebagai minuman hujung minggu.

Selain itu, khasiat avocado yang ingin saya kongsikan hari ini sudah ramai orang amalkan, pada mereka yang baru pertama kali tahu mengenai khasiat buah avocado ini boleh lah cuba nanti dan berkongsi dengan yang tersayang.



6 KHASIAT BUAH AVOCADO:-

1. Mengawal tekanan darah

Avokado merupakan sumber besar kalium , yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.

2. Menggalakkan kesihatan mata

Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak.

3. Melindungi daripada kanser

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.



4. Menyembuhkan nafas berbau

Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.

5. Mengekalkan kesihatan jantung

Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine . Tahap homocysteine dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E

6. Mengandungi banyak vitamin

Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.

Mudah saja kan untuk sihat?


]]>
Wahai Wanita, Jika Anda Sudah Bersedia Untuk Berkahwin, Carilah Lelaki Seperti Ini. https://redaksi.com/3274-wahai-wanita-jika-anda-sudah-bersedia-untuk-berkahwin-carilah-lelaki-seperti-ini Thu, 16 Aug 2018 15:47:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3274 Ramai juga wanita sudah siap sedia mahu berkahwin tetapi masih lagi tidak bertemu dengan jodoh. Mungkin ini kerana wanita lebih cepat matang daripada lelaki dan bijak menguruskan kehidupan. Jika kelompok rakan anda semuanya masih belum mahu berkahwin, luaskan pergaulan dan cari mereka yang sudah bersedia untuk mahu berkahwin sahaja.


Jika anda masih menetap di dalam kelompok kawan tersebut, sampai bila-bila anda masih sukar untuk mencari jodoh. Jadi carilah lelaki seperti ini…

1. Mahu mencari pelengkap hidup.

Lelaki merasakan bahawa setiap fasa hidup yang mereka tempuhi sudah menghampiri ke tahap yang sempurna. Mempunyai pekerjaan yang tetap, kewangan yang mencukupi dan memiliki pasangan yang serasi, membuatkan mereka memikirkan masa depan yang lebih bahagia dengan sebuah ikatan perkahwinan.

2. Hidup lebih terurus.

Tanggungan lelaki terhadap ahli keluarga terutama ibu bapa memang tidak pernah habis, tetapi mungkin selama ini dia menguruskan hal yang belum diberes. Apabila semua sudah terurus dia seperti memerlukan seseorang untuk membuatkan dirinya berasa nyaman dan dapat memenuhi setiap keperluan hariannya.


3. Mempunyai kewangan yang stabil.

Tidak semua lelaki mempunyai kewangan yang stabil, tetapi jika mereka sudah mempunyai simpanan dan berusaha untuk berkahwin, lelaki ini masih boleh dipertimbangkan.

4. Sentiasa meluangkan masa di rumah.

Jarang kita mahu mendengar lelaki seperti perempuan, terperap di rumah sahaja, bukan? Jika anda bertemu dengan lelaki yang sudah meningkat umur 30-an, rajin memasak, sentiasa meluangkan masa dirumah setelah pulang dari kerja berkenalan lah dengan mereka. Ini kerana mereka telah puas dengan zaman muda mereka, dan mahu perubahan hidup yang lebih teratur dan matang.


5. Bosan hidup membujang.

Lelaki ini seperti sudah cukup memiliki segalanya, tetapi hati nya sunyi mahukan teman pula. Pernikahan adalah solusi terakhir yang dianggap tepat untuk mereka keluar dari situasi kebosanan dan kesunyian. Berbeza hidup zaman bujang dengan zaman berkahwin.

6. Memang sudah bersedia dan mahukan anak cepat.

Lelaki ini memang telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk ke gerbang perkahwinan. Dan juga mereka mahukan zuriat mungkin kerana umur yang telah meningkat. Ibu bapanya juga risau jika kahwin lambat sukar untuk mendapatkan zuriat.


 

 

]]>
Duduk Berbincang Bersama Pasangan Mengenai 4 Perancangan Kewangan Ini. https://redaksi.com/5279-duduk-berbincang-bersama-pasangan-mengenai-4-perancangan-kewangan-ini Thu, 21 Feb 2019 11:28:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5279 Dalam sebuah hubungan rumah tangga, kekerapamn berbincang dalam mencari sesuatu penyelesaian adalah sangat digalakkan. Ini kerana, ia mampu mengelakkan masalah salah faham, percaya cerita orang ketiga, ataupun kurang mempercayai pasangan. Perbincangan yang kerap dilakukan untuk mencari penyelesaian dalam setiap masalah sememangnya mampu menjernihkan satu hubungan.

Begitu juga jika ia melibatkan kewangan. Ini kerana, kewangan pada masa ini begitu memainkan peranan penting sehinggakan pasangan yang sudah berkahwin boleh bercerai berai gara-gara tidak bijak dalam menguruskan kewangan. Jangan malu untuk berbincang perkara ini walaupun salah seorang dari anda miliki gaji yang lebih rendah.

Jika anda sayang akan hubungan yang ada malah sayangkan pasangan anda, cuba untuk lakukan perbincangan dengan sebaiknya. Jangan merasakan diri mampu untuk menangani kesemua masalah tersebut. Berikut adalah perkara yang penting dalam perbincangan kewangan kalian.



1. Wang akan digunakan untuk apa sahaja?



Cuba untuk duduk bersama dan berbincang kegunaan wang anda. Bincangkan bersama pasangan anda ke mana wang pada bulan tersebut telah digunakan. Adakah ke semua wang dibelanjakan ke tempat yang sepatutnya ataupun sebaliknya. Pastikan kalian turut berbincang untuk menambah wang ke dalam simpanan yang ada.

2. Bagaimana menguruskan kewangan?



Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing, ini adalah sesuatu yang perlu difahami setiap pasangan. Ada orang yang boleh dengan mudah mengatur, merancang perbelanjaan, dan ada yang tidak dapat melakukannya sama sekali.

Atas sebab ini anda perlu berbincang dengan pasangan anda dan memutuskan siapa yang akan melakukan tugas berdasarkan kekuatan masing-masing. Jika anda merasa tidak cekap dalam menguruskan kewangan, maka biarkan pasangan yang lebih memahami untuk mengurusnya.

3. Bagaimana cara menyimpan secara konsisten?



Anda berdua pasti mempunyai matlamat yang ingin dicapai pada masa akan datang. Sebagai contoh, anda mahu pergi bercuti, menyediakan dana untuk membeli rumah, dana pendidikan anak-anak, dan sebagainya.

Cari jalan untuk kalian saling menyimpan secara konsisten untuk pastikan matlamat yang kalian mahukan itu berjalan dengan lancar. Jangan membiarkan salah seorang sahaja yang lakukan simpanan, perkara ini perlu dilakukan bersama. Berulah dapat hasil dengan segera.

Jadi anda boleh duduk berbincang dan mula menulis 5 hingga 10 perkara yang akan dicapai dalam beberapa tahun akan datang bersama pasangan anda. Seterusnya, anda boleh mula bekerjasama dan jadikan rancangan tersebut menjadi kenyataan.

4. Apa matlamat yang ingin dicapai bersama?



Salah satu matlamat menyimpan wang ialah untuk persediaan persaraan dan apabila anda tidak lagi bekerja. Jangan biarkan masalah persaraan dan pasangan anda hanya kerana perancangan tidak matang. Mulai sekarang untuk mengetepikan sebahagian daripada pendapatan anda untuk menyimpan dalam dana pencen.

Pernahkah anda membincangkan 4 perkara di atas dengan pasangan anda?

Jika tidak, maka sudah tiba masanya untuk duduk bersama dan berbincang dengan pasangan anda. Masalah kewangan adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan perceraian dalam rumah tangga, terutamanya jika suami dan isteri bekerja bersama-sama. Oleh itu, jangan biarkan anda terasing hanya kerana perancangan kewangan tidak matang bersama dengan pasangan anda.

]]>
6 Pesanan Rasulullah Tentang Keluarga Untuk Para Suami. https://redaksi.com/4701-6-pesanan-rasulullah-tentang-keluarga-untuk-para-suami Fri, 28 Dec 2018 10:33:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4701 Sebagai Muslim, semua perkara yang kita lakukan adalah berlandaskan syariat Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW. Janganlah menjadi hamba-Nya yang hanya melakukan sesetengah perkara dengan mengikuti Sunnah Nabi. Sebagai contoh, asalkan berkahwin sahaja baru nak ikut sunnah. Asalkan berpoligami sahaja baru nak ikut sunnah.

Padahal banyak sahaja rutin harian yang boleh berlandaskan dengan sunnah terutamanya layanan kita kepada keluarga. Keluarga adalah prioriti pada semua masyarakat. Oleh sebab itu, ia haruslah bermula dengan pemimpin untuk menjadi tauladan yang baik pada semua.

Siapakah pemimpin di dalam keluarga kita?

Lelaki yang bergelar suami dan bapa.

Jadi, dalam menyentuh hal kekeluargaan ini Nabi Muhammad SAW tidak berpesan kepada kaum perempuan. Nabi Muhammad berpesan kepada pihak lelaki. Berikut merupakan beberapa pesanan beliau untuk para lelaki tentang keluarga;

1. Menjaga Wanita Dengan Baik.

“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap istri-istrinya.” [HR. Ahmad]

2. Berbuat Baik Dengan Keluarga.

“Sebaik-baik kalian, adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan Aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.”[ HR. Tirmizi]

3. Pemimpin Yang Bertanggungjawab.

“Laki-laki (suami) adalah pemimpin bagi keluarganya dan kelak ia akan ditanya (dimintai pertanggungjawaban) tentang mereka.” [HR. Al-Bukhari]

4. Menjaga Hak Mereka Yang Lemah.

“Aku ingatkan kepada kalian tentang hak dua orang yang lemah, yaitu anak yatim dan perempuan.” [HR Imam Ahmad, Ibn Majah, dan Al-Hakim]

5. Menjaga Adab Dan Perilaku.

“Banyak perempuan menemui istri-istri Muhammad untuk mengadukan perlakuan suami mereka. Suami-suami seperti itu bukanlah orang-orang terbaik.” [HR Abu Dawud, Ibn Majah, Al-Darimi, Ibn Hibban, dan Al-Hakim]

6. Beriman Kepada Allah.

“Barang siapa beriman kepada Allah Swt. Dan Hari akhir, hendaklah ia tidak mengganggu tetangganya. Jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan dengan baik. Sebab mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. Tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, tulang itu akan patah. Jika engkau membiarkannya, tulang itu tetap bengkok. Oleh karena itu jagalah pesanku tentang kaum perempuan agar mereka diperlakukan dengan baik.” [HR Al-Bukhari Dan Muslim]

Semoga Bermanfaat Dan Jadilah Pemimpin Keluarga Yang Hebat!

]]>
5 Perkara Wanita Akan Lakukan Ketika Mereka Dilamun Cinta? https://redaksi.com/1840-5-perkara-wanita-akan-lakukan-ketika-mereka-dilamun-cinta Tue, 03 Apr 2018 10:47:28 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1840 Bagaimana kita mahu melihat seseorang sahabat itu di lamun cinta? Lelaki dan wanita sangat berbeza perilaku mereka ketika di lamun cinta. Malah wanita adalah makhluk kejadian Allah yang ternyata jelas kelihatan ketika mereka di lamun cinta. Jadi apakah 5 perkara yang mereka sering lakukan ketika bercinta atau sedang angau pada pasangannya? Jom baca!

1. Berkongsi kisah pasangan dengan sahabat baik.

Wanita dan Best Friend Forever (BFF) tidak boleh berpisah. Segala hal daripada kisah silam hingga lah tentang pasangan bercinta, perlu di kongsi bersama sahabat. Apabila mereka berceritakan kisah pasangan, mata mereka bersinar dan mulut tidak henti-henti menyebut nama pasangan. Jika, kita selalu menyebut nama seseorang, bermakna hati kita telah di curi oleh si dia.


2. Hanya dia, dia dan dia.

Apabila bertemu dengan pasangan, terutamanya keluar makan malam atau tengah hari, memandang tepat pada pasangan adalah habit wanita. Tiada telefon bimbit di tangan, tidak sempat melihat jam, tiada masa untuk menelek barang di sekeliling kerana wanita tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk bersama pasangan.

3. Mengikut gaya si dia.

Apabila wanita sudah menyimpan hati dan perasaan pada pasangan, sudah tentu segala gaya pasangan menjadi ikutan. Atau pun segala barang yang di miliki oleh lelaki itu, wanita juga ingin memilikinya. Pasangan mempunyai kaca hitam, wanita juga ingin memakai kaca hitam yang sama. Yelah, seperti kembar atau pun belangkas, mereka tidak kisah digelar dengan macam-macam panggilan kerana sedang bahagia, bukan?


4. Gambar.

Wanita yang sedang di lamun cinta akan melakukan perkara yang akan mencuitkan hati mereka. Gambar si dia akan di jadikan sebagai gambar polaroid dan di gantung di mana sahaja yang mereka suka. Malah wallpaper di telefon bimbit juga adalah bersama pasangan. Mereka juga menjadi semakin kreatif untuk berhias dan membuat hadiah untuk pasangan.

5. Menjadi comel untuk si dia.

Jarang sekali apabila kita melihat pasangan menjadi garang antara satu sama lain kecuali berlaku pertelingkahan. Kelakuan mereka juga berubah menjadi keanak-anakan seperti mahu di belai dan di manja. Kadang kala mereka sanggup menjadi pak lawak untuk menceriakan pasangan.

Artikel berkaitan yang anda boleh baca:
1. 5 Tanda Teman Baik ‘Crush’ Pada Anda. Adakah Anda Mahu Meneruskan Hubungan Sebagai Sahabat Atau Menerima Cintanya?
2. 5 Bahasa Badan Wanita Ketika Mereka Di Lamun Cinta Yang Lelaki Perlu Tahu!

]]>
"Setelah Menjadi Suami Atau Isteri Orang, Jangan Dikenang Kekasih Lama, Lapangkan Dada Terima Kenyataan Bahawa Kalian Tiada Jodoh." https://redaksi.com/5227-setelah-menjadi-suami-atau-isteri-orang-jangan-dikenang-kekasih-lama-lapangkan-dada-terima-kenyataan-bahawa-kalian-tiada-jodoh Mon, 18 Feb 2019 01:41:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5227 Setiap barang yang sudah lepas itu tidak perlulah dikenang lagi, biarkan perkara tersebut berlalu tanpa perlu mengingatinya kembali. Apabila anda mengenangkan ia, maka akan ada yang akan terluka. Terutama jika anda sudah pun bergelar suami atau isteri orang. Jangan terus kenang akan cinta yang tidak menjadi, akhirnya ia akan memakan diri.

Jika anda benar sayang padanya, mana mungkin anda boleh menerima kehadiran pasangan anda yang kini. Jangan mudah terhanyut dengan kenangan si dia, sikap manis dirinya pada anda ataupun bertapa bahagianya kalian dulu. Mula lapangkan dada, terima kenyataan bahawa anda dan dirinya tiada jodoh.

Biasanya apabila kekasih lama kembali ini, hubungan yang bahagia boleh jadi renggang, hubungan yang renggang semakin menjauh. Semoga perkongsian dari saudara BroOhsem ini dapat membuka mata mereka yang masih lagi mengenangkan cinta yang lalu.



EX LOVER? Suami dan isteri wajib MOVE ON.

Kenapa anda semua perlu memadamkan semua kenangan lama dengan bekas kekasih anda?

Simple. Atas dasar hormat. Baik suami atau pun isteri, jika anda masih menyimpan kenangan lama dengan bekas kekasih, ini bermakna anda belum MOVE ON.

Tak kira la anda dah menikah 18 tahun sekali pun dan ada 5 orang anak. Jika anda masih SAYANG untuk membuang semua kenangan bersama bekas kekasih atau tunang, anda sebenarnya tidak berlaku adil dengan pasangan anda sekarang. Kerana anda masih tidak memberikannya 100% hati anda.

Apalah gunanya lagi benda yang sudah lepas tu? Buanglah. Buat gaduh je nanti. Memang betul, pasangan anda secara teorinya tiada hak di atas apa yang berlaku sebelum dia hadir dalam hidup anda. Tetapi, pasangan tak salah juga untuk rasa cemburu kerana terfikir yang hati pasangannya pernah dimiliki orang lain.

Apa motif anda untuk simpan? Untuk imbau kenangan? Kerana ianya pernah manis? Ini bermakna di dalam hati anda masih ada dia. Kenapa benda ini perlu diambil serious?

Kerana ada terjadi yang suami secara tiba - tiba mula berkomunikasi semula dengan bekas kekasihnya. Ini kerana masih ada lagi perasaan di dalam hati terhadap bekas kekasihnya itu sehinggakan suami itu rasakan tidak manis jika tidak membalas mesej. Akhirnya, dari balas 1 mesej, sehingga 10 mesej. Dari 10 jadi 100.

Ingat tak bila kita jumpa member - member sekolah lama? Kita seronok berborak bercerita kisah lalu. Sama juga yang terjadi bila pasangan kita "jumpa" kembali bekas kekasih dia. Pasti ada kisah lalu yang diceritakan.

Mulalah ingat saat - saat indah semasa bercinta. Dating kat mana, makan bersama, keluar bersama. Mungkin juga ada yang pernah terlanjur dahulu. Pasti teringat semula saat - saat yang tidak sepatutnya itu.

Inilah realitinya. Risiko jika kita tidak MOVE ON. Dipetik sedikit sahaja, memori itu akan datang kembali. Lepaskanlah. Buang dia dari hati anda. Dia bukan sebahagian dari hidup anda lagi. Hormatilah pasangan anda sekarang yang nyata di depan mata. Yang sudah itu sudahlah.

Benda - benda peribadi dahulu ini tidak perlu diketahui sekarang. Tak kira la baik atau tidak baik. Ia bakal membinasakan.

Gambar, mesej, surat cinta, barang - barangan hadiah bercinta dahulu, semua ini perlu dibuang. Kalau isteri anda koyak gambar bekas kekasih di depan mata, cuba rasa hati tu macam mana? Kalau ada perasaan marah, anda belum MOVE ON. Kalau tiada perasaan, buang je semua. Bakar ke buang senyap - senyap ke. Kosongkan fikiran anda dari benda tu semua. Penuhkan ia dengan pengalaman sekarang.

Untuk bekas suami atau bekas isteri pula lain penangan dia. Saya yakin bukan mudah untuk melepaskannya. Saya tidak boleh komen mengenai hal ini. Saya berharap kepada yang sedang melalui keadaan ini supaya anda tabah dan cuba untuk terus pandang ke hadapan.

Ambil yang positif, lepaskan yang negatif dan jangan lupa untuk menghormati pasangan yang sekarang atau akan datang. Ini supaya tidak akan ada perasaan membanding - banding yang akhirnya akan menghadirkan keadaan yang tidak baik untuk hubungan.

Adakah anda masih simpan kenangan lalu?

Adakah anda setuju, suami dan isteri wajib MOVE ON?

Semoga dapat memberi kesedaran. Kongsikan nasihat ini supaya lebih ramai orang tidak terlepas pandang perkara ini.

]]>
Sebelum Buat Keputusan Untuk Berkahwin, Berapa Lama Tempoh Perkenalan Yang Sesuai? https://redaksi.com/7458-sebelum-buat-keputusan-untuk-berkahwin-berapa-lama-tempoh-perkenalan-yang-sesuai Thu, 10 Oct 2019 14:57:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7458 “Eh, bila nak kahwin ini?”

“Eh, baru kenal berapa bulan dah kahwin?”

Bila kenal baru tak sampai setahun dan ambil keputusan nak kahwin, tentu orang akan cakap. Sama juga dengan dah bertahun-tahun kenal tetapi tak kahwin-kahwin pun orang akan sibuk berkata juga. Jadi waktu bila yang sesuai nak kahwin ini?

Keinginan untuk berkahwin setiap orang itu berbeza. Ada yang dah lama bersedia, bila jumpa jodoh terus ajak kahwin. Ada pula yang masih ragu-ragu, kena betul-betul yakin bahawa dia untuk jodoh barulah nak ajak kahwin. Sebab itu jodoh yang datang setiap orang itu berbeza. Ada yang umur 20 tahun dah bertemu jodoh, malah ada juga yang berumur 30 baru jumpa, berbeza bukan.



Sebaiknya berapa lama tempoh perkenalan yang sepatutnya?

Menurut Rachel A. Sussman, pakar hubungan di Kaunseling Sussman di New York, menjelaskan bahawa empat tahun dianggap sebagai tempoh dating yang ideal untuk bergerak ke tahap yang lebih serius.

Kenyataan ini diperkuat oleh penyelidikan dari Universiti Emory, yang dijalankan pada lebih dari 3,000 orang yang telah berkahwin. Matlamatnya adalah untuk mengetahui berapa lama masa perkahwinan dan umur perkahwinan mereka sekarang.

Hasilnya menunjukkan bahawa pasangan yang berkenalan selama dua tahun mempunyai peluang perceraian yang lebih rendah daripada pasangan yang hanya berkenalan selama satu tahun. Malah, peluang perceraian akan berkurangan sehingga 50 peratus bagi mereka yang menjalani perkenalan selama tiga tahun atau lebih.



Namun begitu, bagaimana pula dengan mereka yang berkenalan dalam tempoh jangka yang pendek, lalu membuat keputusan untuk berkahwin?

Menurut Terri Orbuch, Ph.D, seorang profesor di Oakland University sekaligus penulis buku berjudul 5 Simple Steps to Take Your Marriage From Good to Great menyatakan bahawa pasangan yang berkahwin selepas perkenalan jangka pendek ini belum mengenali satu sama lain secara sepenuhnya.

Jelasnya, biasanya agak sukar untuk membina kepercayaan dan benar-benar mengenali keperibadian pasangan dengan lebih mendalam, jika hanya dilakukan dalam waktu yang singkat.

Bahkan, jika anda dan pasangan anda sudah dapat memegang satu sama lain dan memegang komitmen yang telah dibuat bersama, perkahwinan anda juga tidak akan menjadi lebih harmoni jika nak bandingkan dengan pasangan yang berkenalan untuk waktu yang cukup lama.



Sebenarnya, saat yang sesuai untuk berkahwin ini adalah bergantung pada tahap kesediaan seseorang. Dimana, kalau anda masih belum bersedia nak pikul tanggungjawab, maka anda belum bersedia untuk berkahwin. Manakala, berapa lama pula usia perkahwinan anda akan bertahan, itu semua bergantung pada jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah.

]]>
Hampir Mencecah 30 Tahun Tapi Masih Single, Jangan Bimbang Ada Kebaikan Disebalik Semua Ini. https://redaksi.com/7869-hampir-mencecah-30-tahun-tapi-masih-single-jangan-bimbang-ada-kebaikan-disebalik-semua-ini Fri, 07 Feb 2020 10:07:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7869 Bila umur hampir mencecah 30an ini sudah tentulah rasa begitu bimbang, takut malah kadang kala rasa berputus asa mengenai bab jodoh ini. Bukannya tidak berusaha mencari, tapi pelbagai usaha telah dilakukan tetap sahaja tidak nampak hasilnya.

Sudah tentu ramai yang kecewa apabila memikirkan keadaan ini. Tapi jangan berputus asa dahulu dan kecewa. Mungkin Allah sedang menguji mengenai jodoh kepada anda. Insya Allah jodoh yang tepat pasti akan tiba bila sampai waktunya.

Sebenarnya anda sangat beruntung diberi kesempatan bergerak bebas lagi pada ketika ini, sedangkan rakan-rakan yang lain sudah terikat dengan komitmen yang sangat tinggi. Nak tahu apa untungnya?


1. Boleh mengejar kerjaya yang setinggi mungkin

Berkerja dengan gigih dan tekun tanpa ada gangguan cuti seperti cuti kecemasan kerana anak sakit, suami sakit, perlu membuat check up ataupun pengasuh tiada dan pelbagai perkara lagi. Anda boleh fokus kepada kerja anda tanpa memikirkan perkara lain malah ia boleh menjadi laluan yang bagus buat kerjaya anda.



2. Selamat dalam kewangan

Boleh anda bayangkan berapa banyak wang yang diperlukan untuk sebuah keluarga? Dari membayar rumah, kereta, pengasuh sehinggalah perkara kecil seperti barang makanan, sabun mandi, ubat gigi dan lain-lain lagi yang sememangnya diperlukan oleh semua orang. Jika anda masih bujang, anda hanya perlu memikirkan diri sendiri dahulu bahkan tidak perlu utamakan orang lain lagi.

3. Mempunyai masa yang lebih banyak untuk berehat

Selepas pulang kerja, anda masih bebas melakukan apa yang anda mahukan. Bahkan jika anda malas kemas rumah atau memasak juga tidak apa-apa, akan tetapi bila sudah berkahwin anda kena cekap menguruskan rumah tangga walaupun berkerja serta perlu sentiasa bertenaga hingga kadang kala mengabaikan rehat buat diri sendiri.



4. Berseronok bersama tersayang

Mereka yang tidak mempunyai kekasih atau pasangan ini bukannya forever alone, tapi mereka masih mempunyai rakan-rakan dan juga ahli keluarga. Disaat yang terluang boleh lah anda habiskan masa dengan mereka ini, seperti lepak bersama atau pulang ke kampung.

Baik sudah berkahwin atau masih bujang, kedua-duanya mempunyai peranan dan kebaikan yang tersendiri. Jangan hanya kerana anda masih berseorang ketika ini anda merasakan hidup anda tidak lengkap. Nikmati hidup anda dan masih sempat lagi mencari pasangan.



]]>
Perempuan Kalau Dah Bosan Dengan Pasangan, Ini 8 Perkara Yang Dia Akan Lakukan. https://redaksi.com/6318-perempuan-kalau-dah-bosan-dengan-pasangan-ini-8-perkara-yang-dia-akan-lakukan Wed, 19 Jun 2019 16:29:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6318 Kaum wanita adalah kaum yang mudah untuk dibaca reaksi wajahnya. Ketika dirinya sedang gembira, bahagia, sedih, marah, geram dan juga bosan. Di sebalik reaksi wajahnya juga, setiap perasaan yang belenggu hatinya dapat dilihat melalui segala perbuatan.

Dengan kata mudah, kaum wanita ini agak sukar untuk menyembunyikan reaksinya pada sesiapa sahaja, terutamanya teman lelaki dan juga suaminya.

Jadi, bagi lelaki di luar sana, untuk mengetahui sekiranya teman wanita anda sudah mulai bosan dengan anda, cuba lihat 8 perkara ini yang mereka akan lakukan…

1. Tak ada bertanya khabar.

Sebelum ini, teman wanita anda sangat rajin untuk wish ‘morning’ setiap hari. Memang tidak akan terlupa lah nak wish. Bahkan mesti nak tahu apa khabar teman lelakinya, baik atau pun tidak sihat. Kalau anda balas lambat sedikit pasti akan buat dirinya kecewa.

Tapi sekarang, wish morning tiada, tanya khabar pun tiada. Ini memang tanda dia sudah mulai bosan dengan anda.

2. Tiada lagi menghantar gambar selfienya.

Kaum wanita kadang-kala memang rajin menghantar gambar-gambar dirinya atau momen-momen lain kepada teman lelakinya berbanding dengan kaum lelaki. Perbezaan yang ketara ini dapat dilihat bahawa pemikiran kaum lelaki dan perempuan amat berbeza. Kalau lelaki tidak menghantar gambar pun, kena paksa dengan perempuan.

Tapi sekarang, memang langsung tiada gambar selfie-nya lagi.

3. Mula mendiamkan diri.

Kaum wanita ni jarang mendiamkan diri, kerana mereka ada sahaja mahu berkongsi cerita. Tidak kisah apa jua cerita, pasti akan dikongsikan bersama teman lelakinya. Tetapi sekarang, ketika anda berjumpa dengan teman wanita anda, dia bukan sahaja mula mendiamkan diri, asyik termenung dan mengelamun pula.

4. Tidak lagi mengikut kata-kata atau nasihat.

Perempuan kalau dah sayang pasangannya, memang akan menurut sahaja apa jua kata-kata atau perintah daripada teman lelakinya.

“Jaga diri elok-elok…”

“Okay..”

“Jangan lupa makan..”

“Okay..”

Tapi sekarang, semuanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

5. Sudah lupa tarikh penting pasangannya.

Perempuan kalau tak ingat tarikh penting memang jarang untuk berlaku. Bukan sahaja tarikh harijadi, tarikh monthsarry, anniversary, dan seumpama dengannya.  Tak tahu sama ada buat-buat lupa, atau memang betul terlupa.

6. Lebih suka menghabiskan masa berseorangan.

Perempuan kalau dah manja memang sangat clingy dengan pasangannya. Kalau boleh setiap apa jua majlis mesti nak ada teman lelakinya juga, tak boleh pergi dengan orang lain. Tetapi sekarang bukan sahaja tak nak meluangkan masa dengan teman lelakinya, keluar dengan kawan-kawan pun jarang.

7. Rasa lebih happy kalau tak berjumpa.

Apa yang anda boleh lihat, sekiranya anda dengan perempuan ini tidak bersua muka atau keluar dating, dia menjadi lebih gembira dan bahagia.

8. Tiba-tiba ada kenalan baru.

Kalau tiba-tiba anda mengetahui perempuan ini ada kenalan baru, terutamanya dari seorang lelaki yang lain, jadi berhati-hati! Berkemungkinan besar teman wanita anda bukan sahaja bosan, tetapi sudah menjadi tawar hati dengan anda.

Jadi, sebelum teman wanita atau isteri anda tawar hati dengan anda, cepat-cepatlah ‘tangkap’ hatinya balik!

]]>
Tanda-Tanda Teman Wanita Anda Berubah Hati Dan Cara Untuk Atasinya. https://redaksi.com/3123-tanda-tanda-teman-wanita-anda-berubah-hati-dan-cara-untuk-atasinya Mon, 06 Aug 2018 11:41:20 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3123 Laut dan pantai lagikan berubah, inikan pula hati manusia….

Kebiasaannya pasangan yang bercinta akan mengalami pasang surut dalam hubungan. Hidup ini bagaikan roller coaster. Jom lihat dahulu tanda-tanda si dia berubah hati…


1. Mencipta pelbagai alasan.

Si dia mudah mencipta alasan untuk tidak berjumpa dengan anda. Malah semakin tidak selesa apabila bersua muka.

2. Adanya pihak ketiga.

Si dia dalam diam sudah pun mempunyai pasangan baru, dan hanya meluangkan masa dengan insan tersebut sahaja.

3. Tiada lagi perasaan risau.

Si dia tidak lagi risau tentang anda, malah tidak juga mengambil berat seperti sebelum ini. Komunikasi melalui sosial media juga semakin berkurangan. Tiada lagi kata-kata semangat darinya.


4. “Whatever….”

Apabila tiada lagi perasaan risau dan tidak lagi mengambil berat, ungkapan ini yang sering mereka katakan. Jika berlaku pergaduhan sekalipun, si dia hanya mendiamkan diri dan “Whatever…”

5. Semakin hambar.

Hambar kerana tiadanya komunikasi antara kalian berdua. Masing-masing sudah berat mulut untuk menceriakan suasana. Si dia lebih suka dengan ‘respect the silent’.

JADI, ADAKAH ANDA PERLU CEPAT MELATAH DAN MENINGGALKAN SI DIA?

Jika anda merasakan si dia adalah seorang yang ‘worth of waiting’, tidak salah anda memberi ruang untuk dirinya dan diri anda juga.

1. Fikir dahulu apakah keburukan anda sehinggakan si dia sanggup melakukan perkara tersebut.


2. Jika si dia mula mencari pasangan lain, tanyakan pada si dia, apa kebaikan yang ada pada pasangan tersebut sehinggakan dia menolak cinta anda?

3. Ingatkan kembali kebaikan yang anda pernah lakukan untuk si dia.

4. Tawan kembali hati si dia dengan memperbaiki diri anda sendiri. Bina kembali kepercayaan antara kalian berdua.

5. Sentuh hatinya dan bukan tubuh badannya dengan cara berdoa supaya hatinya lembut supaya dapat menerima cinta anda kembali.

Apabila anda cepat melatah dan terus meninggalkan si dia, khuatir anda akan meninggalkan dia dengan penyesalan. Oleh kerana itu, berbincang dahulu dan jangan tinggalkan si dia dengan memendam perasaan. Bereskan hal hati dan perasaan, jika tidak mahu pengakhiran yang mensia-siakan.


 

]]>
Menurut Kajian, Lelaki Lebih Hidup Bahagia Disamping Isteri Yang Memiliki Paras Rupa Yang Cantik. https://redaksi.com/3932-menurut-kajian-lelaki-lebih-hidup-bahagia-disamping-isteri-yang-memiliki-paras-rupa-yang-cantik Sat, 20 Oct 2018 12:13:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3932 “Isteri yang gembira akan melahirkan hubungan rumah tangga yang bahagia…”

Sejauh manakah kebenaran dengan kenyataan diatas?

Dalam perhubungan rumah tangga, walaubagaimanapun kegembiraan seseorang isteri bukanlah yang menentukan kebahagiaan seorang suami. Ia bukan diukur dengan sebegitu rupa, kerana sangkaan ini meleset semata-mata.

Menurut kajian oleh Journal of Personality and Social Psychology, ia bukanlah tentang kegembiraan semata-mata, tetapi lelaki akan berpuas hati dalam rumah tangga sekiranya memiliki isteri yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Daya tarikan yang dimaksudkan adalah dari segi fizikal iaitu paras rupa yang cantik dan tubuh badan yang menawan.

Menurut pakar psikologi, Andrea Meltzer, yang telah membuat banyak kajian berkenaan dengan isu ini, beliau telah bertanya satu soalan pada pasangan yang baru sahaja berkahwin;

“Adakah pasangan yang memiliki rupa paras yang cantik akan membuatkan diri anda berpuas hati dalam rumah tangga?”

Jawapan yang mereka terima adalah;

“Daya tarikan daripada seorang wanita itu memainkan peranan yang besar untuk menentukan kepuasan hati seorang suami”

Dengan kajian tersebut, sudah ternyata jelas bahawa lelaki memang amat menitik beratkan paras rupa bakal isterinya berbanding dengan wanita, yang tidak melihat paras rupa lelaki semata-mata.

Menurut Trine iaitu penulis pada artikel berkenaan;

“Daya tarikan dari seorang isteri untuk memuaskan hati seorang suami itu lebih penting dan berkesan daripada daya tarikan seorang suami pada isterinya, dalam rumah tangga. Ini kerana seorang suami amat mementingkan daya tarikan fizikal seorang isteri. Malah, kepuasan seorang suami itu amat penting berbanding dengan kepuasan seorang isteri”

Dan menurut kajian ini juga, isteri yang cantik dan menarik dari segi luaran ini amat mementingkan kecantikan pada dirinya supaya suaminya berpuas hati dan gembira memilikinya, jadi ia akan membuatkan mereka untuk berasa bahagia juga.

*****

Menurut penulis baituljannah pula, kajian ini seolah-olah menunjukkan wanita amat mementingkan kebahagiaan seorang lelaki dengan menjaga kecantikkannya sendiri. Jika mereka tidak cantik, si suami pasti tidak merasa bahagia pula. Jika suami tidak bahagia, wanita juga akan turut tidak berpuas hati dan tidak bahagia. Lalu rumah tangga yang dibina juga akan berantakan.

Kepuasan suami itu penting untuk menjaga rumah tangga, dimana ia adalah bagus kerana si isteri betul-betul mahu menjaga suaminya dari segi apa jua aspek.

Akan tetapi, sebagai muslim jika seorang lelaki berkahwin semata-mata dengan kecantikan pada seorang wanita khuatir akan tidak berpuas hati kerana kecantikan itu hanya bersifat sementara sahaja. Jadi, betulkan niat untuk berkahwin, supaya dapat barakah dalam perkahwinan dan kekal hingga Jannah.

Tetapi kalau dalam masyarakat melayu, isteri yang cantik ditinggalkan pula?

]]>
Sebelum Menjadi Isteri, Lakukan 7 Perkara Ini Untuk Persediaan Mental Dan Fizikal (Bahagian 1) https://redaksi.com/2896-sebelum-menjadi-isteri-lakukan-7-perkara-ini-untuk-persediaan-mental-dan-fizikal-bahagian-1 Thu, 19 Jul 2018 10:26:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2896 Sebagai wanita yang hidup pada zaman millennial ini, ada sahaja sebahagian daripada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap malah bergaji kecil atau tidak stabil. Jadi pada wanita diluar sana, apabila anda telah mempunyai teman lelaki dan berjanji untuk hidup bersama, haruslah diingatkan bukan aspek kewangan sahaja perlu stabil, malah anda perlu persiapkan diri dari segi fizikal dan mental juga.


JADI, DARI SEGI ASPEK YANG BAGAIMANA SEORANG WANITA HARUS PERSIAPKAN DIRI UNTUK FIZIKAL DAN MENTAL?

1. Mempunyai pendapatan sendiri malah duit simpanan.

Dalam kehidupan realiti sekarang, tidak semua orang mempunyai pekerjaan tetap malah berjawatan tinggi. Sebahagian daripada mereka telah bertemu dengan pasangan tetapi masih belum mempunyai simpanan, oleh itu anda harus memiliki kondisi kewangan yang stabil dan mempunyai perancangan. Dizaman sekarang, wanita jangan terlalu berharap pada si suami secara total kerana khuatir akan membangkitkan babak-babak menyayat hati seperti isteri TERPAKSA menanggung si suami tanpa ikhlas.

Kadang-kala sikap kita akan berubah setelah berkahwin tidak kira sama ada wanita mahupun lelaki. Sebelum berkahwin janji sama-sama untuk rintangi kehidupan susah senang, tetapi setelah berkahwin, kata-kata manis tersebut hanya tinggal kenangan.

Itu lah lumrah kehidupan.


2. Cuba tinggal sendirian.

Pada wanita yang sudah memiliki kerjaya, cuba untuk tinggal dirumah sewa dengan rakan-rakan sekerja. Ini untuk memastikan anda boleh hidup berdikari mencari rezeki tanpa tanggungan ibu bapa. Sekiranya anda lulus hidup berdikari, pandai menjaga diri, ia secara perlahan-lahan akan membuatkan ibu bapa anda percaya pada anda. Kepercayaan dan keberkatan daripada ibu bapa adalah sangat penting untuk menamatkan zaman bujang.

Jika ibu bapa sendiri tidak percaya anda mampu untuk hidup bersendirian, bagaimana mereka mahu percaya anda bakal menjaga suami kelak? Jaga diri sendiri pun masih ditanggung oleh ibu bapa, ini kan pula mahu menguruskan suami. Situasi sebegini sudah tentu akan membuatkan anda menjadi lebih matang mengharungi kehidupan, jadi setelah berkahwin anda tidak akan merasa kekok tanpa ibu bapa.


3. Penjagaan diri.

Kali ini anda perlu benar-benar serius dalam penjagaan diri daripada hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Persediaan ini bukan sahaja anda perlu mulakan setelah berkahwin, tetapi sepatutnya BERMULA DARIPADA SEBELUM BERKAHWIN sehingga ke alam perkahwinan.

Pertama gigi;

Anda merasakan gigi anda kekuningan dan tidak cantik. Jadi, rajinkan diri anda pergi ke dentist untuk lakukan scaling atau memutihkan gigi untuk bakal suami anda juga. Jika anda merasakan untuk memakai pendakap gigi, terpulang kepada individu kerana tidak ramai mengenakan pendakap gigi semasa majlis perkahwinan.


Kedua bentuk badan;

Jangan lah terlalu kurus, dan jangan pula terlalu berisi. Cukup untuk bakal suami sedap memandang. Jika anda merasakan dengan badan yang kurus dapat meningkatkan keyakinan anda untuk memakai baju persalinan pada majlis kelak, terpulang. Pada majlis perkahwinan anda kelak, anda sendiri yang akan harungi didalam baju persalinan tersebut, jadi ikut lah kesesuaian badan sendiri. Jangan terlalu memaksa.

Ketiga rambut;

Walaupun anda bertudung, harus diingatkan rambut itu adalah mahkota seorang wanita. Mahkota ini adalah salah satu perkara yang bakal menawan bakal suami anda kelak. Rajinkan diri untuk membuat penjagaan rambut, jangan sampai berkerak.


 

 

]]>
7 Tanda Anda Sudah Bersedia Untuk Berkahwin Tanpa Anda Sedar. https://redaksi.com/1227-7-tanda-anda-sudah-bersedia-untuk-berkahwin-tanpa-anda-sedar Sun, 17 Sep 2017 11:26:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1227 Ramai je yang nak kahwin, tapi tak jumpa calon lagi. Yang kes nak cari calon ni, nanti sembang dalam post lain. Kali ini, saya nak listdown beberapa tanda yang menunjukkan anda dah pun berSEDIA untuk kahwin.



Diulangi, SEDIA. Bukan WAJIB.

Oh ya, yang di bawah ni adalah based on pemerhatian sendiri dan hasil sembang-sembang dengan kawan-kawan. Maklumlah, topik hangat di kalangan manusia bujang selepas grad memang tak lari daripada soal jodoh ni. Tak kurang juga yang kata tak bersedia lagi lah, tak tau waktu yang sesuai untuk kahwinlah, dll tanpa menyedari perkahwinan bukanlah perlu kita bersedia tiptop luar dalam, tapi dengan berkahwinlah kita lebih berusaha untuk jadi tiptop dalam semua segi. Jadi the best dan nak bagi yang the best orang kata. Apa tanda-tanda yang menunjukkan anda dah pun sedia untuk kahwin?



1) Rasa tak keruan bila dapat jemputan kahwin.

Tak kesahlah jemputan muka buku mahupun dapat kad kahwin daripada sesiapa pun. Bila dapat je jemputan, kita rasa macam serba tak kena gitu.

“Wahhh ramai dah kawan aku kahwin, aku belum lagi?”

“Aku ni tak laku ke?”

Saya pernah decline secara bertubi-tubi jemputan perkahwinan kawan-kawan, hanya kerana untuk jaga hati sendiri. Haha. Entahlah kenapa, Cuma rasa macam loser semacam je bila dapat jemputan kahwin ni.

2) Dah mula berdoa secara serius tentang jodoh

Yang ni serius betul. Kalau dalam doa pun kita dah mula bersungguh bercerita pada Allah, yang kita mahukan jodoh yang sebegitu sebegini, kira dah amat confirmlah yang kita memang dah nak kahwin,yakni ready untuk kahwin.



3) Sunyi. Tak betah seorang diri. Mahu teman.

Saya pernah bertanya kepada seorang kakak, tentang bagaimana kita nak tahu yang seru sudah datang?

Selamba je akak tu jawab, yang akan ada suatu masa kita rasa macam suuuuunyiiiii sangat. Tak boleh hidup seorang diri, yakni rasa nak berteman je. Bukan teman sesama jantina, tapi teman yang boleh jadi tempat kita berkasih sayang gitu.

4) Simpanan bulanan dah pun ditarik sedikit demi sedikit untuk tujuan kahwin.

Kalau takde plan nak kahwin, and takde kesediaan untuk kahwin, takkanlah kita dah mula buat simpanan yang khusus bertujuan untuk kahwin. Kan?

5) Berminat dengan isu berkaitan kahwin, sama ada artikel, video dll.

Dulu takde pun nak pasang telinga mendengar cerita kahwin-kahwin. Macammana proses daftar kahwin, check darah HIV tu apebenda, lauk-pauk apa yang sesuai untuk majlis kenduri pun kita rasa syok untuk ambil tahu.

Tiba-tiba rasa seronok pula tonton video perkahwinan orang, pernah juga beberapa kali search google tentang hal-hal cinta dan perasaan ni.



6) Start survey harga kanopi, baju kahwin, album gambar, photoshoot kat mana dll.

Bagaimana mahu merancang kalau tak survey dulu? Bagaimana mahu survey kalau kita tak bersedia pun untuk kahwin? Kan? Kan? Kan?

7) Dah bercakap soal kahwin dengan ibubapa.

Part ni adalah part yang paling susah bagi sesiapa sahaja. Bercakap soal mahu kahwin dengan mak ayah memang memerlukan kita untuk bersedia mendengar segala hujah dan hadap apa jua respond mereka. So, takkanlah kita tak ready lagi untuk berkahwin kalau kita dah berani acah-acah cakap pasal kahwin dengan mak ayah, kan?

Kalau dah ada tanda-tanda di atas  ni, tak bolehlah nak bagi alasan tak bersedia lagi, tak sampai seru lagi. Kalau duit tak cukup, tak semestinya tak bersedia.

Percayalah, untuk kahwin, tak perlukan duit yang banyak sangat pun.

Dengan syarat, dua-dua pihak kena faham dan toleransi. Banyak je kisah orang yang kahwin tanpa perlu modal banyak.

Apapun, niat yang baik kerana Allah, pasti Allah akan mudahkan.

Pengalaman saya dulu, bila ada lelaki approach je, memang saya pass terus nombor fon mak ayah saya pada beliau-beliau, minta deal sendiri dengan orang tua saya.

Dalam ramai-ramai yang approach saya, kalau rasa tak berkenan, saya reject je terus. Yang ala-ala ada harapan, saya pass nombor mak ayah, dan hanya seorang yang berani deal terus dengan mak ayah saya, dan beliaulah suami saya sekarang.

]]>
Kaum Wanita Perlu Tahu Batasan Jika Dalam Tempoh ‘Iddah. https://redaksi.com/4241-kaum-wanita-perlu-tahu-batasan-jika-dalam-tempoh-iddah Sat, 17 Nov 2018 09:21:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4241 Perkataan ‘iddah’ adalah sinonim dengan penceraian, sama ada cerai hidup atau cerai mati. Iddah hanya dikenakan kepada golongan wanita sahaja bagi tujuan memuliakan wanita Islam itu sendiri.

Iddah adalah bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baharu (akan) dikahwininya.

Selain itu, iddah juga merupakan tempoh dalam memberi ruang kepada pasangan untuk berfikir dan menilai semula segala kesilapan serta tindakan mereka, seterusnya membuka peluang untuk mereka rujuk dan berbaik semula.

Sebab wajib iddah terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

  • Perceraian pasangan semasa hidup
  • Kematian suami

Setiap bahagian iddah tersebut mempunyai pengiraan tersendiri yang akan menentukan tempoh iddah seseorang wanita tersebut.

Pengiraan iddah terbahagi kepada tiga iaitu:

  • Iddah dengan kiraan suci (quru’)
  • Iddah dengan kiraan bulan
  • Iddah dengan kelahiran atau keguguran kandungan

BATASAN HUKUM TALAK RAJ’IE

Talak raj’e ialah talak yang memberi hak kepada suami untuk kembali rujuk kepada isterinya selagi dalam tempoh iddah

1. Tidak boleh menerima pinangan lelaki ajnabi. Hukumnya adalah haram.

2. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Perkahwinan dalam tempoh tersebut adalah tidak sah.

3. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali diizinkan suami.

4. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal. Suami dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan kecuali jika terdapat kemudaratan. Suami juga wajib menanggung semua nafkah isteri termasuk tempat tinggal. Firman Allah s.w.t:

“Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.” (Surah al-Talak:1)

5. Tidak boleh berkabung. Sebaliknya dituntut untuk berhias kepada suaminya sebagai dorongan untuk rujuk semula.

BATASAN HUKUM SEMASA DALAM TEMPOH `IDDAH TALAK BA’IN

Talak ba’in adalah talak yang tidak memberi hak kepada suami untuk rujuk kepada isteri yang diceraikan kecuali dengan mahar dan akad yang baharu.

1. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

2. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Perkahwinan dalam tempoh tersebut adalah tidak sah.

3. Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam batas yang diperlukan sahaja. Seperti bekerja, mendapatkan rawatan atau keperluan yang mendesak sahaja. Menunaikan haji dan bermusafir juga adalah perbuatan yang dilarang.

4. Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya.

Sepanjang tempoh iddah dengan talak ba’in, bekas suami masih wajib menyediakan tempat tinggal dan dilarang menghalau isteri (yang diceraikan) kecuali jika terdapat bahaya dan kemudaratan.

5. Disunatkan berkabung dan tidak berhias kerana dibimbangi mendorong kepada maksiat dan fitnah.

BATASAN HUKUM SEMASA DALAM IDDAH KEMATIAN SUAMI

1. Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.

2. Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Perkahwinan dalam tempoh tersebut adalah tidak sah.

3. Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir, kecuali dalam had yang diperlukan sahaja.

Antara keperluan penting yang dibolehkan adalah untuk bekerja, mendapatkan rawatan, membeli barangan asasi (sekiranya tidak orang lain yang boleh melakukannya) dan keperluan mendesak lain, dengan syarat menjaga peraturan yang disyariatkan Islam. Waktu untuk keluar pula adalah pada siang hari, kecuali terpaksa.

4. Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya sepanjang tempoh perkahwinan, kecuali terdapat bahaya dan mudarat seperti kebakaran dan tanah runtuh.

5. Wajib berkabung sepanjang tempoh iddah, iaitu wajib meninggalkan semua perkara yang berhias, seperti:

  • Berpakaian terang atau berwarna-warni dan menarik perhatian
  • Mengenakan barangan kemas (walau sebentuk cincin, rantai, gelang dan perhiasan yang diperbuat daripada emas, perak dan permata)
  • Memakai wangian pada badan, rambut dan pakaian.
  • Bersolek (memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut) serta perbuatan berhias lain pada pandangan masyarakat terdekat.

[Perintah berkabung ini hanya dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan pada tubuh badan dan pakaian sahaja, tidak termasuk tempat tinggal, bilik tidur dan sebagainya. Ini juga tidak bermakna berkabung dengan mengabaikan kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga.]

Semoga Bermanfaat!

]]>
5 Taktik Pujuk Isteri Agar Sentiasa Menjaga Perut Anda Yang Suami Perlu Cuba. https://redaksi.com/5780-5-taktik-pujuk-isteri-agar-sentiasa-menjaga-perut-anda-yang-suami-perlu-cuba Fri, 12 Apr 2019 15:47:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5780 Orang kata kalau nak pikat hati suami perlu bermula dengan perut mereka ini. Jika perut kenyang, maka suami akan bertambah-tambah sayang. Tetapi tidak semua orang mempunyai kemahiran yang cekap dalam memasak, bahkan ada juga yang langsung tidak tahu mengenai apa-apa berkaitan masakan.

Satu masalah jika perkara ini terjadi kepada orang perempuan. Ini kerana, pandai memasak antara salah satu cara hendak pikat hati suami. Namun begitu, lelaki pada ketika ini sudah mula berfikiran lebih luas di mana jika pasangan mereka tidak mahir mengenai masak-memasak ini pasti akan diberi masa dan pertolongan jika si isteri di dapur. Jangan risau.



Tapi apabila isteri seorang yang berkerjaya, dan kurang mempunyai masa untuk ke dapaur pasti akan membuat para suami ini ternanti-nanti masakan isteri mereka bukan? Mana tidaknya, orang kata air tangan isteri ini tidak sama dengan rasa di kedai.

Apabila isteri sudah lama tidak masuk ke dapaur dan suami teringin rasa masakan isteri, jangan memasak atau menyindir mereka tetapi cari satu pendekatan yang lembut agar isteri berlembut hati untuk kerap ke dapur memasak untuk anda.

1. Mula dengan menu mudah

Sebagai permulaan, pujuk isteri untuk memasak hidangan yang mudah disediakan. Contohnya, sardin, telur dadar dan sebagainya. Tunjuk betapa anda menghargai apa yang disediakan. Jika makanan yang tidak dimasak tidak sedap, lebih baik diam. Bimbang isteri merajuk kembali untuk memasak.

2. Tonton rancangan memasak

Ambil masa menonton rancangan masakan bersama isteri. Ia bagi membangkitkan semangat isteri untuk memasak sendiri menu yang dilihat. Anda harus ringan tulang membantu isteri di dapur dengan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Melihat kesungguhan anda isteri pasti akan berasa serba salah jika tidak memasak.

3. Sediakan menu

Isteri yang bekerjaya tidak mempunyai masa untuk memasak. Jadi bagi memastikan isteri memasak, suami perlu membantu isteri di dapur. Fikirkan menu yang hendak dimasak. Tidak dinafikan isteri adakalanya buntu mahu menyediakan hidangan untuk keluarga. Ketika isteri sedang memasak hidupkan suasana ceria dan bergurau senda di dapur. Dengan ini isteri tidak merasa bosan memasak.

4. Beri komen positif

Beri kata-kata pujian dan komen positif supaya isteri dapat memperbaiki lagi kemahiran memasak. Beri sokongan kepada isteri yang menunjukkan minat untuk belajar memasak. Meskipun, dia hanya menggoreng telur kicap, pastikan anda tetap beri pujian dan berterima kasih kepadanya.

5. Belikan buku resepi

Hadiahkan buku resepi pada isteri. Terdapat banyak judul yang boleh membantu isteri anda mempelbagaikan lagi kemahiran memasaknya. Bagi isteri yang masih dalam proses belajar memasak, apa kata anda cuba amalkan cara ini. Kumpul seberapa banyak resepi dan cara-cara memasak. Pilih cara memasak paling mudah dan ringkas. Menu itu dipilih mengikut selera kegemaran anda dan isteri. Lebih mudah jika jadikan ia sebagai buku resepi keluarga anda.

Selamat memujuk isteri-isteri anda!

]]>
Tips Untuk Menggembirakan Pasangan Dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. https://redaksi.com/5015-tips-untuk-menggembirakan-pasangan-dari-ustaz-pahrol-mohamad-juoi Fri, 25 Jan 2019 13:01:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5015 Selain saling melengkapi dan menghormati antara satu sama lain, pasangan suami isteri juga perlu tahu untuk menggembirakan hati antara satu sama lain. Bukan mudah dikala isteri merajuk untuk menceriakan hatinya kembali, dan bukan mudah untuk membuat suami berbicara dikala dia sedang seribu bahasa.

Bijak membuat pasangan bahagia dan gembira akan menjurus ke arah perkahwinan yang barakah jua. Oleh itu, jom ikuti perkongsian dari Ustaz Pahrol berkenaan dengan isu menggembirakan hati pasangan ini…

********

Apakah yang harus dilakukan agar perasaan kita dan pasangan kita selalu ceria? Untuk berasa gembira memang mudah jika ada sesuatu, seseorang atau keadaan yang boleh menggembirakan kita.

Namun bagaimana jika tiada orang, keadaan, perkara atau benda pun yang boleh menggembirakan kita? Tegasnya, sebab-sebab untuk gembira tidak ada. Bagaimana kita hendak bergembira?

Caranya adalah dengan jadikanlah diri kita sendiri sebagai sumber kegembiraan itu!

Bagaimanakah caranya? Carilah orang lain dan gembirakan. Siapakah agaknya orang itu?

Siapa lagi kalau bukan pasangan kita.

Justeru, sentiasalah berfikir, berusaha dan melakukan apa sahaja yang boleh menggembirakan pasangan kita. Insya Allah, kegembiraan yang kita berikan kepadanya akan kembali kepada kita semula.

Pepatah Cina ada mengungkapkan, tangan yang menghulur bunga mawar pasti akan berbau harum. Bijak pandai juga pernah mengungkapkan, “what goes around, comes around.”

Ya, hulurkanlah “bunga mawar” (sama ada benar-benar bunga mawar atau apa jua bentuk kegembiraan) kepada pasangan kita, setiap kali punya kesempatan.

Insya Allah, sebelum pasangan kita mencium keharumannya, tangan kita yang menghulurkannya akan berbau harum terlebih dahulu.

Maksudnya buatlah kebaikan kepada pasangan kita (tidak kira sama ada kecil atau besar), insya-Allah, kebaikan itu akan kembali kepada kita. Ya, itulah baja kepada kebun cinta kita.

Dr. A’id al-Qarni dalam bukunya La Tahzan menulis, “Orang yang pertama merasakan nikmat kebaikan ialah orang yang melakukannya!”

Ertinya, sesiapa yang berusaha menjadi sumber kegembiraan (dengan terlebih dahulu berbuat baik), maka dialah yang pertama akan merasa gembira. Memberi lebih gembira daripada menerima!

Cara menggembirakan pasangan:

  1. Ucapkan sesuatu yang lunak dan enak didengar.
  2. Senyum bila berdepan.
  3. Masak, masakan kegemaran
  4. Beri hadiah, sekalipun kecil dan mudah.
  5. Tulis sms, wasap yang boleh menggembirakan.
  6. Raikan kesukaan, kecenderungan atau hobinya.
  7. Bawa bersiar-siar walaupun tidak lama dan destinasi berhampiran.

********

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Beramal!

]]>
PM umum bayaran fasa akhir BPN 2.0 akan dipercepatkan https://redaksi.com/9428-pm-umum-bayaran-fasa-akhir-bpn-20-akan-dipercepatkan Mon, 18 Jan 2021 16:59:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9428 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion.


Berdasarkan sidang media sebentar tadi, sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI, berteraskan tiga matlamat utama iaitu memerangi pandemik Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan perniagaan.


Menurut Perdana Menteri, bayaran fasa akhir Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 akan dipercepatkan.

Katanya, pembayaran kepada sejumlah 11.1 juta penerima itu akan dipercepatkan mulai 21 Januari ini melibatkan bayaran sebanyak RM2.38 bilion.

“Bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), bayaran fasa pertama akan melibatkan lebih daripada 8 juta penerima. Golongan isi rumah berpendapatan sehingga RM5,00 sebulan akan menerima RM300 dan bagi kategori bujang berpendapatan sehingga RM2,000 sebulan pula akan menerima RM150,” katanya.




]]>
4 Sikap Yang Menjengkelkan Tetapi Itu Tanda Sayangnya Pada Anda. https://redaksi.com/3579-4-sikap-yang-menjengkelkan-tetapi-itu-tanda-sayangnya-pada-anda Thu, 20 Sep 2018 14:43:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3579 Rata-rata pasangan mudah rimas dengan kelakuan kekasihnya yang agak menjengkelkan. Terutama yang tidak boleh berjauhan dengan pasangan. Mana tidaknya, apa sahaja yang dirinya lakukan hendak berkepit bersama-sama anda. Jika berjauhan, mula lah pelbagai ragam dan masalah akan timbul dalam perhubungan tersebut. Namun begitu, dirinya hanya takut kehilangan anda, malah si dia juga takut sekiranya anda menipu dirinya. Jadi mari ketahui sikap pasangan yang menjengkelkan itu adalah sebagai tanda sayangnya pada anda.


1. Sikap cemburu.

Perkara yang paling mudah lihat adalah sikap cemburu dalam diri pasangan anda. Orang kata, kalau tiada lagi perasaan cemburu dalam perhubungan itu bermakna pasangan anda sudah tidak ada hati pada anda. Jadi cemburu sikit-sikit itu biasa lah. Jangan rimas pula, itu tanda dia sayang pada anda. Yang anda boleh rimas adalah cemburu yang berlebihan atau dikenali sebagai cemburu buta. Kalau cemburu yang biasa-biasa aje, anda terangkan padanya dia akan faham, tetapi jika cemburu buta, anda boleh lihat pasangan anda hanya mengikut perasaan dan emosinya sahaja.

2. Sikap mudah risau.

Anda penah lihat pasangan anda yang begitu mengelabah sekiranya anda tidak membalas kiriman mesejnya? Pernah lihat dirinya cuba menghubungi anda berkali-kali atau menghantar mesej yang banyak? Pasti pernah bukan? Itu adalah salah satu tanda bahawa dirinya sayang akan anda. Dia takut sekiranya anda perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada anda. Sebab itu lah dia risau mencari anda. Jadi jika pasangan anda berkelakuan seperti ini, jangan lah mudah berasa rimas, atau rasa macam disekat segala perbuatan. Tetapi layankan sahaja karenahnya. Kelakuan ini yang paling akan anda rindui apabila berkahwin nanti.


3. Sikap berfikiran negatif.

Pasangan anda pasti seorang yang suka berfikiran negatif bukan? Terutama teman wanita anda. Pasti rasa insecure dan overthinking yang kadang kala agak mencabar kesabaran anda. Namun begitu, anda perlu faham bahawa mereka ini takut anda menipu dan menduakan mereka. Mana tidaknya, perkara-perkara sebegitukan agak melukan hati. Jadi sudah pasti lah dirinya berwaspada. Tetapi jika ia terlalu melampau, anda perlu lah ambil sedikit tindakan. Berikan teguran kepada dirinya agar dia cuba kawal kelakuannya itu.

4. Sikap mudah merajuk.

Ada dikalangan anda mempunyai pasangan yang suka merajuk? Sikap suka merajuk ini sebenarnya inginkan perhatian daripada anda sahaja. Dia ingin tahu sama ada anda masih ambil berat terhadapnya ataupun tidak. Atau hanya pada awal perkenalan sahaja ada usaha untuk memujuk tetapi sekarang ini sudah tiada. Jadi, pujuk sahaja lah dirinya itu. Tetapi jika berlebihan, tegur dirinya bukan memarahinya.

Kesimpulannya, empat kelakuan ini akan selalu ada dalam perhubungan. Semua kelakuan ini menandakan dirinya sayang serta takut hilang anda. Jadi, jika pasangan anda masih tunjukkan ciri-ciri seperti ini, jaga mereka ini dengan baik.


]]>
Ujian Datang Silih Berganti, Mungkin Kerana Ini Penyebabnya. https://redaksi.com/5969-ujian-datang-silih-berganti-mungkin-kerana-ini-penyebabnya Fri, 03 May 2019 15:52:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5969 Setiap orang yang hidup ini pasti tidak akan lari dari berdepan dengan masalah mahupun ujian. Semakin banyak ujian yang datang menduga kita, maka semakin kuatlah iman serta keyakinan diri kita apabila diberi satu ujian yang baru.

Pernah atau tidak anda berteka teki dengan diri anda sendiri. Tertanya-tanya mengapa diri anda sering kali perlu berdepan dengan ujian dan dugaan yang begitu menduga hidup anda. Sedangkan anda tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang, anda masih lagi menjaga batas-batas sebagai seorang Islam. Ataupun melakukan perkara-perkara yang buruk.

Bukan itu sahaja, pernah anda membandingkan diri anda dengan orang lain? Di mana mengapa hidupnya penuh bahagia dan tawa sedangkan hidup anda sebaliknya? Pasti perkara-perkara sebegini pernah terlintas dalam fikiran dan hati anda bukan?



Tidak salah kalau kita mempunyai perasaan sebegitu. Cuma jangan melakukannya secara kerap dan berterusan takut nanti ia akan merosakkan jiwa dan iman anda sendiri. Apabila berlakunya ujian dalam hidup anda, cuba lihat kembali apa yang anda lakukan dan perbaiki apa yang perlu.

Terdapat dua sebab mengapa ujian datang ke dalam hidup anda.

i. Ujian yang datang dalam hidup anda itu adalah cara untuk meningkatkan keimanan anda terhadap-Nya, malah menjadikan anda seorang hamba yang kuat lagi cekal.

ii. Jika ujian yang memberi anda kesulitan hidup mungkin kerana beberapa sebab dan ia merupakan peringatan kepada diri anda yang lalai dan menjauh dari-Nya. Mungkin berikut adalah sebab-sebabnya.

1. Selalu melewatkan doa.

Mungkin anda menunaikan tanggungjawab sebagai hamba, tetapi anda masih sahaja lalai dengan tidak menunaikan solat diawal waktu. Malah ada juga yang tidak menunaikan solat. Tanpa kita sedar, apabila kita solat dan berdoa, segala kesulitan dan masalah kita akan dibantu. Di samping itu, doa juga dapat membuka pintu-pintu rezeki yang lain. Oleh itu, apabila sering menangguhkan doa, Allah akan memelihara rahmat-Nya dari hamba sehingga sukar dan diberikan ujian.

2. Tidak menjadi anak yang taat.

Ibu bapa adalah kunci kejayaan anak-anak. Sekiranya anda sentiasa patuh dan menjadikan ibu bapa anda bahagia, maka semua kerja dan cara hidup berasa mudah dan lancar berkat doa orang tua. Bagaimanapun, masih ramai di antara kita yang memandang rendah ini, itu sebab apabila terdapat masalah, ia kelihatan seolah-olah rumit dan tidak segera diselesaikan kerana ia tidak mendapat doa daripada ibu bapa.

3. Meremehkan serta merumitkan orang lain.

Perkara ini biasanya dipandang remeh tetapi sebenarnya mempunyai manfaat tanpa kita sedar. Kadang kala bantuan yang tidak disengajakan itu akan membantu kita semula pada ketika kita dalam kesulitan. Bahkan tanpa kita sengaja kita merumitkan orang lain maka perkara yang sama juga akan berlaku pada kita. Jadi jangan lupa kadang kala tindak tanduk kita yang kita lakukan kepada orang lain akan kembali semula kepada kita sendiri.

Ujian akan datang bila-bila masa buat semua orang, walaupun sebaik mana mereka itu. Tapi jangan sesekali kita lupa bahawa ujian yang datang itu mungkin kerana kecuaian kita sebagai manusia. Bahkan perkara baik yang kita lakukan akan menjadi penyelamat apabila kita dalam keadaan susah bila-bila masa sahaja.

Sekiranya masih ada peluang untuk berbuat baik, lakukan sebanyak mungkin tanpa mengharapkan ganjaran. Kerana ganjaran ini boleh datang pada bila-bila masa mengikut apa yang kita perlukan, walaupun tanpa kita bertanya.

]]>
10 Perkara Yang Selalu Dilakukan Oleh Mereka Yang Putus Cinta. Anda Yang Mana Ya? https://redaksi.com/3416-10-perkara-yang-selalu-dilakukan-oleh-mereka-yang-putus-cinta-anda-yang-mana-ya Mon, 03 Sep 2018 15:08:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3416 Untuk melupakan kekasih atau move on daripada kenangan lama sudah tentu akan dilakukan dengan pelbagai cara. Kadang-kala ia berkesan, tetapi kadang-kala anda menjadi semakin teringat pula pada bekas kekasih.


Jom lihat antara perkara-perkara yang sering dilakukan oleh mereka yang putus cinta..

1. Memotong rambut.

Bagi pemahaman orang-orang yang bercinta pada zaman dahulu, apabila seseorang itu memotong rambut pasti mereka telah putus cinta. Adakah perkara ini masih relevan pada zaman sekarang? Masih ada lagikah mereka yang putus cinta sahaja, akan memotong rambut untuk memberi kelainan pada penampilan?

2. Hanya baring sahaja di atas katil.

Perkara tipikal yang sering dilakukan oleh mereka yang putus cinta adalah terbaring sahaja di atas katil tanpa melakukan apa-apa. Mampu baring dan termenung sehingga berjam-jam lamanya adalah kemahiran anda untuk ketika itu.

3. Menjadi stalker kepada bekas kekasih.

Anda bukan sahaja stalk bekas kekasih anda yang baru sahaja putus cinta, malah bekas kekasih yang terdahulu juga anda mula mencari. Anda mula ‘google’ nama bekas kekasih anda ketika zaman sekolah, zaman Universiti atau pun kenalan lama.


4. Mengutuk diri sendiri.

Anda melihat diri anda di cermin, dan mula mengutuk sendiri. “Patutlah dia lari daripada aku, aku ni gemuk sebenarnya…”

Ataupun…

“Yelaaa, siapa je  la nak kat aku ni, dah la tak cantik, perangai pun buruk…”

5. Tulis diari atau update status di sosial media.

Setelah putus cinta ada sahaja kata-kata sedih yang anda mahu update di sosial media setiap hari. Dan secara tiba-tiba anda rajin pula menulis diari kerana telah bosan ‘meroyan’ di sosial media.

6. Membuka akaun baru untuk sosial media.

Anda tidak suka block bekas kekasih di sosial media, namun anda pula yang membuka akaun baru untuk stalk mereka. Anda membuat dengan nama baru atau nama yang tidak dikenali, dan meletakkan gambar-gambar yang penuh dengan inspirasi sahaja.


7. “Shopping adalah satu terapi”

Anda mula membeli belah dan berbelanja dengan boros semata-mata untuk melupakan bekas kekasih anda. Bagi anda shopping adalah satu terapi, tetapi anda lupa bahawa anda terlalu boros.

8. Mula melakukan hobi baru.

Jika wanita tidak pernah pergi facial, manicure atau pedicure, mereka mula berbelanja untuk terapi diri supaya menjadi lebih cantik. Lelaki pula lebih berbelanja pada barangan sukan, gadget atau kereta.

9. Mula bersosial.

Jika sebelum ni, ketika reunion atau kenduri kahwin rakan sekolah, susah mahu melihat bayang anda. Anda juga sering mempunyai alasan sibuk, padahal sedang dating dengan kekasih dahulu. Namun sekarang segalanya berubah, anda tiba-tiba rajin untuk pergi ke semua majlis dan bersosial.

10. Travel

Anda tiba-tiba bersemangat untuk mengumpul duit supaya dapat travel ke mana sahaja yang anda suka. Anda juga lebih gemar travel keseorangan supaya orang yang melihat kagum dengan keberanian anda yang mampu travel sorang-sorang.


]]>
Segera Kahwin Sebelum Terlambat. https://redaksi.com/117-segera-kahwin-sebelum-terlambat Fri, 09 Jun 2017 00:27:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=117 Jodoh, kematian dan rezeki adalah rahsia Allah yang tak boleh dijawab atau ramal oleh sesiapa pun. Jangankan bomoh, juru tilik atau pak nujum, Rasulullah SAW sendiri dan para Nabi sebelumnya sama sekali tak diberitahu oleh Allah SWT tentang perkara ini. Diantara hikmah dirahsiakan ketiga perkara tersebut adalah agar kita sentiasa bersemangat mencari dan bersedia menghadapinya. Agar kita bersegera kerja kuat, semangat dan ikhlas dalam mencari rezeki kerana dengan kaya, banyak amalan kebaikan yang kita boleh dilakukan. Apalagi dalam Islam, banyak ibadah yang hanya boleh dilakukan jika seseorang itu kaya, dan tak boleh dilakukan jika keadaannya sebaliknya, seperti ibadat haji, zakat, sedekah dan kahwin (mahar).



Kematian juga dirahsiakan waktunya agar insan yang hidup selalu istiqamah dalam kebaikan kerana tak tahu bila nyawanya akan dipanggil. Boleh dibayangkan jika seseorang mengetahui waktu kematiannya, dia akan terus menerus melakukan maksiat dan bertangguh untuk bertaubat dan melakukan kebaikan sehingga waktu ajalnya sudah dekat. Begitu juga dengan jodoh. Dirahsiakan dengan siapa, bagaimana dan bila agar manusia selalu beramal, berusaha memperbaiki diri dan melayakkannya, serta sedaya upaya mungkin dalam mencarinya. Memang jodoh kita tak akan tertukar, tapi ia tak akan turun jatuh ke riba dari langit ke tujuh tanpa sebab musabab. Sesiapa yang sabar dan bersungguh-sungguh mencarinya, maka Allah SWT pun akan mendatangkannya calon yang sesuai dengan kesabaran dan kesungguhannya itu.



Semua yang terjadi, cepat atau lambat di muka bumi ini adalah pencaturan kuasa Allah SWT. Semua pasti ada hikmah yang besar di sebalik berlakunya suatu kejadian ataupun lambatnya ia berlaku. Yang dimaksud menyegerakan kahwin adalah dalam mempersiapkan diri, bersegera dalam mengikhtiarkannya, juga tak bertangguh jika peluang sudah ada di depan mata kerana bertangguh-tangguh dalam jodoh hanya akan membawa kepada kerugian pada diri sendiri. Sudah banyak kisah, dimana seorang wanita menolak lamaran yang datang pertama kali dengan alasan masih belajar, kemudian jodoh tak datang lagi padanya. Bukankah penolakan yang pertama boleh menjadi pintu bagi penolakan kedua, ketiga dan seterusnya? Bukankah menolak bermakna menunda pelaksanaan ibadah menikah yang terdapat banyak kebaikan di dalamnya?

Terkenang kisah seorang sahabat. Jodohnya tak dikunjung datang, sebab terlalu banyak kriteria yang perlu dipenuhi oleh diri dan orang tuanya. Bukan jodoh yang tak datang, tapi yang tak datang adalah lelaki atau wanita idamannya yang sempurna. Ada di antara mereka yang menolak calon isteri atau suami, hanya kerana kulitnya kurang putih, tingginya kurang lampai, rambutnya kurang lurus, panjang dan berkilau. Ada juga yang menolak calon menantu setelah melihat foto yang ditunjukkan oleh buah hati. Ditolak mentah-mentah, kerana lupa fizikal semata-mata.

Pilihlah yang cantik sedikit, yang tinggi sedikit, yang kaya sedikit.
-Bakal mertua



Ada juga yang menolak dengan alasan adat. Misalnya, kamu tidak boleh kahwin dengan lelaki atau perempuan dari luar negeri, bukannya luar negara pun. Dengan alasan susah bila raya kelak, berbeza adat resam dan sebagainya. Sedangkan Rasulullah SAW sudah menasihati kita berkenaan hal ini:

Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kemuliaan nasabnya, kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka nikahilah wanita yang baik agamanya niscaya kamu beruntung.
-Riwayat Muslim

Semoga Allah SWT melindungi kita dari sekian banyaknya syubhat dan keburukan melambat-lambatkan pernikahan. Sekali lagi, tak ada istilah terlambat. Yang paling penting adalah segera kata “Saya Setuju” ketika peluang itu datang kerana peluang tak mungkin datang dua kali. Bersegeralah kerana ajal juga boleh datang bila-bila masa. Harapannya, kita tak mati bujang kerana itu adalah “kerugian” yang teramat.

]]>
20 Tanda Apabila Lelaki Serius dalam Percintaan. https://redaksi.com/348-20-tanda-apabila-lelaki-serius-dalam-percintaan Tue, 04 Jul 2017 11:01:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=348 Tips Cinta ini telah disampaikan oleh Miss Amy melalui Forum Tentang Cinta.

1. Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.



2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.



5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.

6. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.



10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

12. Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.



17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

18. Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.


]]>
Jangan Mudah Tuding Jari Pada Dosa Isteri, Sedangkan Suami Juga Ada Dosa Yang Tidak Disedari. Ini 10 Dosa Suami Pada Isteri. https://redaksi.com/6880-jangan-mudah-tuding-jari-pada-dosa-isteri-sedangkan-suami-juga-ada-dosa-yang-tidak-disedari-ini-10-dosa-suami-pada-isteri Mon, 19 Aug 2019 09:41:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6880 Sebagai seorang suami, kita kadang kala begitu mudah menuding jari terhadap isteri apabila sesuatu berlaku dalam rumahtangga. Setiap salah dan kelakuan yang tidak seharusnya berlaku sudah tentu akan ditolak pada isteri, sedangkan tanpa kita lihat ia sebenarnya datang dari diri kita.

Nak-nak lagi dengan ego seorang lelaki, sudah tentu akan tercabar sekiranya kita mengakui itu salah kita. Nak mengaku bahawa kita tak jalani tanggungjawab dengan baik, malah merasakan bahawa kita ini keluarga yang sentiasa melakukan hal yang terbaik untuk keluarga.



Tapi kita tak sangka, apa yang kita lakukan pada keluarga kita itu hanya menambahkan dosa pada diri kita sendiri. Kadang kita suami ini hanya mahu menuntut hak sahaja tanpa mempedulikan tanggungjawab sebenar seorang suami.

Jangan malu nak mengaku salah sekiranya kita berbuat salah, mengaku dan memperbaiki bersama-sama pasangan itu sebenarnya lebih baik berbanding hanya mementingkan diri sahaja. Ini adalah 10 perbuatan yang berdosa selalu suami lakukan tanpa sedar.

10 dosa suami pada isteri.

1. Tidak mengajar ilmu agama pada isteri dan anak-anak.

Membimbing dan mendidik isteri serta anak-anak menuju ke jalan yang diredhai Allah itu adalah salah satu tanggungjawab seorang suami. Ramai suami yang tidak nampak akan tanggungjawab perkara ini.

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak mendurhakai Allah SWT terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan,” (QS. At-Tahrim:6)

Tidak kiralah kira mengajar sendiri atau meminta bantuan dari orang lain untuk membimbang keluarga serta anak-anak kita mengenai ilmu agama ini, tapi itu merupakan salah satu tanggungjawab seorang suami.



2. Tiada perasaan cemburu terhadap isteri.

Lagi seronok apabila isterinya tidak mentutup aurat dengan sempurna, malah bangga akan kecantikan isterinya. Bahkan rasa bangga apabila mata-mata lelaki lain melihat kecantikan isterinya yang sepatutnya hanya untuk suaminya sahaja.

Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah lelaki yang tidak ada perasaan cemburu terhadap keluarga dan isterinya.

“Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang durhaka kepada orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts,” (H.R. An-Nasa’I dinilai ‘hasan’ oleh Syeikh Albani, lihat ash- Shahihah: 674).

3. Tak beri nafkah kepada isteri.

Bab-bab culas membayar nafkah ini sememangnya begitu banyak terjadi pasa masa ini. Sedangkan nafkah ini adalah tanggungjawab yang paling utama malah ia sangat dituntut.

Rasululluah saw bersabda: “Seseorang cukup dipandang berdosa bila ia mengabaikan nafkah (perbelanjaan) orang yang menjadi tanggungjawabnya,” – HR. Abu Dawud

4. Biarkan isteri berkerja dan menanggung kelurga.


Sekarang ini memang perkara biasa melihat isteri turut membantu mencari nafkah dalam keluarga, tapi itu bukan bermakna suami boleh lepas sahaja tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Isteri hanya membantu tetapi suaminya sepatutnya menguruskan segala makan minum keluarga.

“Tidak akan beruntung suatu kaum yang dipimpin oleh seorang wanita” – HR. Bukhari.




5. Benci pada isteri sendiri.

Ada suami membenci isterinya sendiri. Rasulullah saw telah mengingatkan bahawa;

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredahi akhlak lain darinya,” – HR. Muslim.

6. Tidak membantu isteri melakukan kerja rumah.

Ramai suami yang menganggap bahawa kerja-kerja rumah itu adalah tugas seorang isteri sepenuhnya. Malah ia juga sudah seperti adat atau satu kebiasaan oleh kaum lelaki. Rasulullah saw sendiri sering membantu isterinya termasuk dalam urus rumahtangga.

“Rasulullah saw membantu perkerjaan isterinya dan jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat,” -HR. Bukhari.

7. Menjaja aib isteri kepada rakan-rakan.

Bukan isteri sahaja yang terdedah berkongsi aib pasangan kepada orang ramai, suami juga begitu juga. Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku, sedangkan ia boleh berbincang demi kebaikan bersama.

“Sesungguhnya di antara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya dan isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya,” -HR. Muslim



8. Berpoligami tapi tidak adil.


Sesiapa sahaja pasti ingin berpoligami jika mempunyai peluang, kononnya mengikut sunnah nabi. Namun tidak ramai yang mampu mengikut cara Nabi saw lakukan dalam berpoligami.

“Kemudian jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka kahwinlah seorang saja,” -QS An-Nisa

9. Suka memukul isteri dan memperlekehkannya.

Seorang suami adalah pelindung buat isterinya. Jika pun isteri itu melakukan salah atau silap sudah tentu ada cara yang betul dalam mendidik dan membimbangnya. Memukul isteri itu bukan satu jalan yang betul.

“Hendaklah engaku memberinya makan jika engaku makan, memberinya pakaian jika engaku berpakaian, tidak memukul wajah, tidak memperlekehkannya” – HR. Ibnu Majah.

10. Sangat baik dengan orang lain tetapi sebaliknya pada isteri sendiri.

Yang paling berhak menilai seseorang itu baik atau buruk bukanlah orang lain, melainkan isterinya sendiri.

“Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya,” – HR. At-Tirmidzi.

Kadang jangan hanya menyatakan dosa isteri pada suami sahaja sedangkan banyak lagi dosa suami pada isteri yang tidak diperkatakan. Perkahwinan itu adalah saling melengkapi dan menyempurnakan, bukannya saling menyakiti atau melukakan.

]]>
Naluri Keibuan Ini Istimewa, Boleh Baca Riak Wajah Serta Tangisan Anak Dengan Mudah. https://redaksi.com/5042-naluri-keibuan-ini-istimewa-boleh-baca-riak-wajah-serta-tangisan-anak-dengan-mudah Tue, 29 Jan 2019 12:37:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5042 Setiap wanita yang bergelar ibu ini pasti mempunyai satu naluri yang mana tidak ada pada sesiapa. Naluri keibuan ini sangat istimewa, ini kerana mereka mampu membaca setiap pergerakan, riak wajah serta tangisan anak-anak mereka.

Bukan itu sahaja, walaupun berjauhan, naluri keibuan ini masih sahaja mampu merasai sesuatu perkara yang bakal berlaku kepada anak mereka. Tidak kiralah ketika anak mereka ini masih bayi ataupun sudah dewasa, naluri ini sentiasa kuat bersama mereka.



Apa yang lebih menarik lagi, jika anda sembunyikan sesuatu atau berbohong, naluri ibu ini dapat rasakannya. Hebatkan bukan?

Bukannya ayah ini tidak mempunyai naluri seperti ini atau tidak seistimewa seperti ibu, tapi naluri ibu dan ayah ini tidak sama. Mari ikuti perkongsian dari saudara Mohd Fhais mengenai perkara ini.

                   


Mother Instinct (naluri ibu) atau nama lain dia ialah Maternal Bonding.

Maternal bonding inilah yang kuatkan emosi dan naluri ibu jadi macam ada kuasa psikik boleh tahu anak nak apa dengan tengok riak muka dan tangisan.

Tapi apa yang ramai tak tahu ialah ayah pun ada Maternal Bonding dengan anak.

Tapi bezanya ialah cara ibu & ayah memproses maternal bonding ni.

Ibu guna insula cortex - terus beri reaksi secara emosi seperti belas kasihan dan empati.

Ayah pula guna visual cortex - beri reaksi guna logik akal dan cara paling senang ialah panggil isteri.

Ini semulajadi tindakbalas neuron dalam otak kita, bukan sebab pemalas ye.

Walaupun bagaimanapun ibu dan ayah mesti sayang anak sepenuh hati mereka. Betul x?



]]>
Amalkan 25 Tips Cinta Ini, Pasti Hubungan Anda Bahagia. https://redaksi.com/333-amalkan-25-tips-cinta-ini-pasti-hubungan-anda-bahagia Thu, 29 Jun 2017 15:33:28 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=333 Antara 25 tips yang akan membuatkan anda dan pasangan bahagia :

1. Lahirkan kasih sayang.

Impian untuk berpasangan adalah fitrah manusia untuk mencari kehidupan yang `sempurna'. Bayangkan jika terpaksa meneruskan kehidupan bersendirian, bukankah ia keadaan yang agak janggal? Malah, perasaan ingin disayangi dan menyayangi satu sama lain memang ada pada setiap makhluk sama ada manusia ataupun haiwan, mungkin apa yang membezakan antara keduanya ialah cara ia dinyatakan atau diluahkan saja. Keadaan ini disebabkan kasih sayang lahir tanpa disedari namun, tidak dinafikan untuk memulakan satu-satu perhubungan ia adalah proses yang amat susah bagi sesetengah orang. Kebanyakannya `terkandas' disebabkan rasa malu bagi memulakan langkah pertama iaitu menghulurkan salam perkenalan disebabkan bimbang ia tidak mendapat sambutan. Jika benar-benar berkenan, buangkan perasaan bimbang dan malu, mulakan langkah pertama anda sekarang. Langkah pertama ini adalah permulaan bagi beribu langkah seterusnya. Ada lima perkara utama yang perlu ada bagi setiap pasangan dalam menjayakan sesuatu perhubungan iaitu; *



2. Saling mempercayai.

Setiap pasangan haruslah menekankan sikap ini. anda perlu mempercayai pasangan daripada setiap aspek sama ada percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan. Namun jangan memberikan sepenuh kepercayaan kerana sedikit rasa curiga boleh mengimbangi rasa kepercayaan yang dicurahkan. Bagi yang pernah dikecewakan memang sukar untuk `menyerahkan' rasa kepercayaan itu tetapi tiada salahnya untuk cuba melakukannya demi kebaikan bersama.

3. Saling memahami.

Fahami sikap serta tingkah laku pasangan. sekiranya mengajak si dia keluar untuk makan bersama atau menonton wayang tetapi jawapan diberikan `tak nak', `tak mahu', biarkan dan jangan pula menjadikan perkara itu sebagai isu untuk memulakan pertelingkahan. Ini kerana maksud `biarkan' itu adalah, jangan memaksa dan fahami kenapa si dia menjawab demikian. adakah disebabkan sibuk dengan urusan lain atau menghadapi masalah lain? Cuba fahami dirinya.



4. Bertolak ansur.

Apabila menjalinkan perhubungan pasti akan ada sedikit salah faham atau pertelingkahan berlaku disebabkan karakter dan personaliti pasangan tidak akan sama dengan anda. Oleh itu di sini, anda perlu mengamalkan tolak ansur dan menurunkan sedikit ego untuk mengelakkan masalah berbangkit berlarutan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser kerana makin dibiarkan menjadi semakin parah.

5. Kejujuran.

Ketika menjalinkan hubungan anda hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika bersama pasangan, tetapi juga pada masyarakat sama ada ibu bapa, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya. Ia jelas perlu menunjukkan anda tidak berbohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan, sekiranya tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat yang dirasai sebelum ini hanyalah mainan perasaan saja?

6. Kesetiaan.

Apabila berpasangan, kesetiaan adalah antara faktor yang perlu diberikan penekanan utama. Jangan sesekali mencari pengganti si dia ketika masih berhubungan. Ini kerana, si dia sudah memberikan sepenuh kepercayaan dan sekiranya berlaku anda akan memusnahkan harapan dan impian seseorang yang pernah `menerima' ungkapan cinta daripada anda. Bayangkan diri sendiri berada dalam situasi `ditinggalkan' apakah perasaan anda? Sedih? Kecewa? hampa? Semestinya anda akan katakan `ya' untuk setiap persoalan yang diajukan. Oleh itu, fahami perasaan si dia dan setia kepada pasangan tanpa perasaan berbelah bagi.

7. Ikhlas.

Dalam setiap perhubungan yang terbina sudah tentunya mempunyai hala tuju tertentu, sama ada baik atau buruk ia bergantung kepada niat masing- masing. Jika kedua-dua pihak ikhlas dalam mencipta perhubungan berkenaan ia akan bertahan lebih lama berbanding keikhlasan diberikan daripada sebelah pihak saja. Dalam membina satu perhubungan itu setiap pasangan perlu memahami apakah peranan dan tanggungjawab yang dimainkan diri sendiri dalam memastikan hubungan terbina berkekalan. Jangan bergantung kepada sebelah pihak saja kerana ia boleh menimbulkan permasalahan kemudian hari nanti. Oleh itu, bagaimanakah caranya untuk menyayangi seseorang itu?



8. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan.

Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan saja, ia akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa. Oleh itu, sayangi pasangan dengan hati dan tetapkan tekad diri bukan hanya bersifat jangka pendek tetapi untuk jangka panjang.

9. Sayangi dirinya seadanya.

Biarkan si dia menjadi insan teristimewa pada diri dan biarkan ia kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia kerana sekali anda mengubahnya, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Fikirkan, sebelum ini anda terpikat pada dirinya kerana dia adalah dia oleh itu, tiada alasan untuk mengubahnya menjadi seseorang lain.

10. Sayangi dirinya sepenuh hati.

Pertimbangkan sedalamnya kerana sepanjang perhubungan yang dibina si dia sudah banyak berkorban malah, dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang menjalin hubungan dengan seseorang lebih sempurna tetapi demi cinta, dia memilih diri anda. Oleh itu, jangan cuba untuk mempermain keluhuran cintanya.

11. Hormati pendirian dan keputusannya.

Jangan merayu dan mencipta alasan supaya si dia menerima cinta anda kerana akhirnya apa yang anda akan peroleh daripadanya hanyalah rasa sayang berdasarkan simpati bukannya setulus hati. Biarkan ia datang dengan sendiri dan juga diperoleh melalui kesungguhan bukan melalui `tipu'.

12. Percaya pada dirinya.

Sentiasa tanamkan dalam diri dan bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu daripadanya. Pastikan anda sentiasa meletakkan diri di tempatnya sebelum melakukan sesuatu kerana jika diri tidak dapat menerimanya, apatah lagi si dia.

13. Jangan meninggalkan si dia tanpa sebarang alasan.

Keadaan ini bukan saja akan menyebabkan si dia menangis kecewa buat seketika dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, kerana jiwanya turut akan mati secara perlahan-lahan tanpa disedari. Paling penting ialah berbincang terlebih dulu jika menghadapi sesuatu masalah dan bukannya bertindak dan mengambil keputusan sendiri yang akhirnya merugikan diri sendiri. Selain itu, dalam mengekalkan perhubungan terbina adalah penting bagi pasangan untuk memahami etika dan cara melayan pasangan. Antara panduan yang boleh dijadikan rujukan ialah:

14. Jangan memarahinya di hadapan orang ramai atau di depan rakan, kerana ini akan memperlihatkan tahap perhubungan anda dengan si dia.

- Jangan diulangi mengata si dia di belakangnya kerana ia boleh menyebabkan si dia berkecil hati atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya.

- Jangan menyatakan kriteria teman impian anda yang tidak sama dengan perwatakan atau tingkah laku si dia, kerana ini akan menyebabkan dia merasa rendah diri akibat tidak mampu menjadi individu yang menjadi idaman hati anda.

- Jangan berbohong untuk orang lain di hadapannya kerana ia boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap anda.

- Terima kehadirannya dan layani si dia seadanya kerana pasangan paling memahami dan menyayangi adalah kunci kebahagiaan dalam sesebuah perhubungan.

Tidak dinafikan dalam setiap perhubungan pasti akan ada perselisihan pendapat hingga menyebabkan pergaduhan. namun, itu adalah rencam dalam mengeratkan lagi perhubungan dibina sekiranya ia ditangani sebaik mungkin. Antara tip yang boleh dijadikan panduan untuk mengelakkan perbalahan ialah;

Kawal emosi dengan cara menenangkan diri sebelum mengambil tindakan dan selalunya wanita dikaitkan dengan emosi berlebihan. Cuba bertindak bijak dan jangan tunjukkan perasaan marah atau tidak puas hati di depannya supaya tidak menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah membuak di dalam dada.



15. Jangan cari pasal.

Dalam sesuatu perhubungan perlu ada sikap tolak ansur. Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu adalah tindakan bijak. namun perlu diingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan antara pasangan.

16. Jujur dan saling mempercayai.

Sikap jujur dan saling mempercayai adalah penting dalam hubungan persahabatan ataupun percintaan. Malah ia menjadi begitu penting apabila berkahwin atau menjalinkan komitmen. Bersikap jujur dan percaya kepada si dia kunci utama dalam mengukuhkan perhubungan dan jika ia tiada hubungan terjalin hanya retak menanti belah saja.

17. Berterus-terang.

Jangan berbohong dan jadikan sikap berterus terang sebagai jalan penyelesaian terbaik kerana tidak berlindung mengenai sesuatu perkara adalah lebih baik daripada merahsiakannya dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Oleh itu, bercakap benar walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.

18. Bersikap terbuka.

Jangan terlalu mengambil serius mengenai sesuatu perkara yang tidak begitu penting sebaliknya lihat keadaan terbabit secara positif agar boleh mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah memudaratkan.

19. Jangan ungkit perkara lalu.

Sebagai pasangan adalah tidak sepatutnya mengungkit mengenai perkara lalu. Biarkan ia berlalu tanpa perlu membongkarkan segala kisah silam kerana dikhuatiri boleh merosakkan hubungan sedia terjalin.

20. Jangan bandingkan si dia dengan individu lain.

Jangan sesekali kamu bandingkan si dia tersayang dengan orang lain kerana kamu perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Jika perkara ini tidak dikawal sebaiknya ia akan hanya merugikan diri anda sendiri.

21. Jangan bersikap mengongkong.

Dalam perhubungan, kamu tidak berhak untuk memonopoli si dia dan biarkan dia berbuat apa saja apabila tidak bersama kerana si dia juga berhak untuk menikmati masa terluangnya sendiri atau bersama rakannya. Cuba fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memahami diri kamu tetapi dalam pada itu keselamatannya terjaga.

22. Setia

Jangan berlaku curang terhadap pasangan kerana kesetiaan perlu ada untuk mengukuhkan hubungan. Usah tukar ganti pasangan seperti menukar baju. Untuk jangka masa pendek kekerapan bertukar pasangan mungkin menyeronokkan tetapi yang nyata perhubungan sebegitu tidak akan berpanjangan kerana masing-masing mempunyai niat dan keinginan tertentu yang ingin dipenuhi.


]]>
Sudah lali dengan ejekan, tanda lahir bukan kecacatan https://redaksi.com/8956-sudah-lali-dengan-ejekan-tanda-lahir-bukan-kecacatan Thu, 19 Nov 2020 12:03:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8956 Setiap manusia yang dilahirkan adalah ciptaan yang indah dan juga cantik. Sedikit kekurangan yang ada bukan alasan untuk mereka yang kurang bernasib baik untuk dipandang sebelah mata sahaja.

Perkara ini dilalui oleh Shaharizah, yang pernah mendapat komen agak menyenangkan di aplikasi TikToknya selepas memuat naik satu video.

“Muka itu kena sumpah ke?”

Dah lali dengan komen negatif

Wanita yang berusia 35 tahun ini dikatakan memiliki tanda lahir di pipi kanannya, namun begitu ia bukanlah satu sumpahan tetapi kurniaan Tuhan sejak lahir lagi.

Menurut Shaharizah, ini bukan kali pertama dirinya menerima ejekan kerana mempunyai kelainan pada rupa parasnya.

"Saya sebenarnya tidak termakan dengan komen sebegitu kerana sudah lali.

"Sejak kecil lagi saya terima banyak ejekan daripada rakan-rakan sekolah.

"Sampai ada satu hari, saya pernah berniat mahu membunuh diri dengan pisau ketika berusia 12 tahun, namun apabila meningkat dewasa saya menerimanya (tanda lahir) dengan reda," katanya.

Dia juga tidak menyangka hantarannya di TikTok memperoleh jutaan tontonan dan berharap ia menjadi pengajaran kepada warganet supaya berhati-hati dalam memuat naik sebarang komen di media sosial.

Jelasnya, dia gembira membaca komen warganet yang positif, walaupun terima satu komen negatif tetapi ratusan yang membalasnya dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraan saya sekeluarga.


Pernah lakukan pelbagai rawatan 

Shaharizah berkata, pelbagai alternatif rawatan dibuat bagi memudarkan tanda lahir pada wajahnya termasuklah rawatan moden dan tradisional.

Menurutnya, dia pernah cuba buat melakukan rawatan memudarkan dan menghilangkan ketulan tanda lahir itu supaya kelihatan lebih cantik sebelum berkahwin dengan suaminya, Zaidi Daing Pasolong, 38, pada Jun 2018 tetapi ia kurang berkesan.

"Saya masih lagi berharap permohonan untuk melakukan rawatan laser di hospital kerajaan diterima kerana rawatan di klinik atau hospital swasta agak mahal.

"Ketumbuhan biji-biji pada wajah ini juga buat saya tidak selesa dan sering sakit kepala," katanya.

Menurutnya, dia tidak menganggap rupa parasnya sebagai kelemahan diri kerana tanda lahir itu bukanlah suatu kecacatan. Namun dia tetap bersyukur memiliki tubuh badan yang sihat dan mampu membesarkan anak lelaki dengan baik.

Terdahulu, perkongsian Shaharizah yang dimuat naik pada Oktober lalu tular di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 1.3 juta tontonan, 64,000 tanda suka.


]]>
20 Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki. https://redaksi.com/549-20-ciri-ciri-wanita-idaman-lelaki Fri, 21 Jul 2017 14:44:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=549 Pada entri sebelum ini saya telah berkongsi tentang 20 ciri-ciri lelaki idaman wanita. Sehubungan dengan itu, pada kali ini saya kupaskan sedikit ciri-ciri wanita idaman lelaki dibawah tajuk entri 20 ciri-ciri wanita idaman lelaki.



Citarasa manusia memang berbeza-beza. Namun kebiasaannya lelaki pasti menginginkan memiliki seorang wanita yang sempurna. Sekurang-kurangnya berjaya menambat hati untuk dijadikan teman hidup. Persoalan pertama ketika ingin mendapatkan teman hidup adalah "Apakah ciri-ciri wanita yang ingin dimiliki?" atau juga "Adakah si dia memiliki ciri-ciri seperti yang saya inginkan?".

Tentunya, ada beberapa penilaian yang boleh digunapakai oleh lelaki untuk menentukan sama ada gadis yang ditemui menjadi pilihannya, idamannya atau kesukaannya. Selain daripada faktor jodoh yang telah ditentukan oleh Allah SWT, ciri-ciri tersebut dibawah mungkin berlegar di ruang pemikiran anda.

1. Paras rupa - Paras rupa yang cantik adalah kelebihan kepada wanita. Ada juga tidak berapa cantik tapi menawan atau juga kurang cantik tapi manis dipandang orang. Walauapapun, kecantikan bukan perkara utama yang difikirkan oleh lelaki apabila mencari calon isteri, tapi penting bagi mereka yang mencari calon kekasih.



2. Agama - Pegangan seorang yang beragama Islam menitikberatkan mencari calon isteri yang memiliki pegangan agama yang kuat, namun perlukah mengawini seorang ustazah? Sebagai lelaki, kita harus membimbing mereka jika pegangan agama bakal isteri anda lemah.

3. Harta - Dewasa ini, peningkatan taraf hidup mendesak pasangan untuk saling bekerjasama dalam mengharungi dunia "Money is everything". Jika mampu, mempunyai isteri yang tidak bekerja juga memberi kelebihan pada satu sudut yang lain.

4. Zuriat - Ada kes dimana, isteri tidak mampu memberikan zuriat seperti yang diinginkan oleh suami, kemudian timbul pula suami berkahwin lain disebabkan mahu zuriat, maka sebelum itu lakukan sedikit "penyelidikan" untuk mendapatkan kepastian.

5. Budi pekerti - Semua orang pasti mengidamkan memiliki isteri yang mempunyai budi pekerti yang baik. Tingkah laku, adab dan kesopanan menjadi elemen penting budaya kemelayuan dan menjadi idaman mertua. Ibu yang baik, lahir anak yang baik. Fikirkanlah!

6. Pandai masak - Bagi saya, saya suka ciri ini. Alhamdulillah saya memiliki isteri yang pandai masak. Pandai masak mesti rajin tolong ibu masak di dapur masa muda, kalau tak pandai masak, belajarlah. Kalau makan luar hari-hari, bila anak mahu makan nugget pun kena beli di gerai. Air tangan isteri melembutkan hati suami.

7. Bijak menguruskan kewangan - Alangkah bagusnya jika seorang wanita bijak menguruskan kewangan keluarga. Perkara ini tentu sedikit sebanyak membantu suami dalam menguruskan hal keluarga. Bijak tidak bermaksud anda perlu menjadi akauntan.



8. Pandai mengambil hati keluarga mertua - Bila dapat yang peramah anda mungkin tidak dapat mengawalnya pula, tapi bila isteri pendiam dan kurang mesra, takut nanti menimbulkan prasangka pula terhadap isteri anda "Sombongnya isteri dia", walhal isteri anda memang pendiam.

9. Menerima seadanya - Lumrah hidup berkeluarga, ada turun dan naiknya, menerima seadanya apa yang ada menjadi elemen penting kebahagiaan supaya isteri tidak meminta lebih daripada kemampuan lelaki. Kebanyakan wanita yang telah menjadi isteri mempunyai sikap tersebut, kadangkala lelaki pula yang merungut.
 
10. Hormat - Walaupun setinggi manapun pangkat anda di pejabat, jika dirumah suami adalah bos anda. Tunjukkan rasa hormat anda lebih-lebih lagi terhadap keputusannya. Pertuturan dan kata-kata harus dijaga untuk mengelakkan anda menjadi derhaka pada perkara yang mungkin terlepas pandang.

11. Bijak berpakaian - Usia bukan penghalang anda untuk kelihatan cantik di mata suami, jangan pula masa bercinta bersolek sampai 2 jam, bila dah lama berkahwin, suami balik tengok bini macam langsuir, berdandan kepada suami penting untuk mengeratkan hubungan rumahtangga.

12. Bersedia menerima teguran - Teguran suami bukan beliau benci dengan anda. Tapi teguran suami adalah demi kebaikkan anda. Jadi terima sahaja tegurannya dan memperbaiki apa yang ditegurnya. Jangan sesekali membantah walaupun kadangkala bagi anda tidak masuk akal.

13. Setia - Rata-rata setiap pasangan ingin memiliki pasangan yang setia. Baik lelaki atau wanita. Jadi perkara ini perlu diambil perhatian, jangan cuba untuk memiliki lebih dari satu kerana ianya membuatkan lelaki hilang pertimbangan.

14. Menjadi pujaan ramai - Lelaki bangga bila isteri mereka menjadi pujaan ramai lelaki. Namun kadangkala ianya merimaskan dan boleh mendatangkan sifat cemburu yang tidak berasas. Bila dengar ramai orang suka kepada teman wanita anda, tentunya anda lelaki yang sangat bertuah.

15. Menghargainya - Setiap apa yang dilakukan oleh lelaki, pastinya terukir senyuman apabila dihargai oleh orang yang disayanginya. Dari sekecil-kecil perkara yang dilakukannya hinggalah kepada perkara yang besar. Jangan simpan perasaan anda, luahkan kepada mereka bahawa anda sangat menghargainya.



16 Memudahkan urusannya - Kadangkala si lelaki atau suami mengalami kerumitan tentang sesuatu perkara. Jika anda mampu membantu mereka menyelesaikannya, pasti lelaki sangat berterima kasih pada anda. Jangan pula membuatkan ianya bertambah rumit dengan karenah anda.

17. Supportive - Atas apa juga perkara yang dibuat lelaki terutama hobi mereka, cuba bersikap supportive atau menyokong. Sokongan anda pasti menaikkan moral lelaki. Jika hobi lelaki bermain PS2, mungkin anda berfikir 2-3 kali untuk bersikap supportive.

18. Beri ruang - Beri ruang pada lelaki untuk memperbaiki kekurangan yang ada pada mereka. Jika mereka melakukan kesalahan yang kecil, maafkan mereka dan beri ruang kepadanya untuk membuktinya bahawa mereka telah insaf daripada perbuatannya.

19. Pendengar yang baik - Ada juga jenis lelaki yang mengambil berat tentang perkara ini. Lelaki sukar untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati kecuali kepada orang yang mereka sayang. Jika wanita mampu menjadi pendengar yang baik, kadangkala ianya memberi sedikit kelegaan kepada lelaki. Hal ini juga adalah teknik yang baik jika mampu mengurangkan tekanan disebabkan beberapa perkara yang tertentu.

20. Jadi diri anda sendiri - Jangan cuba untuk menjadi diri orang lain. Jadilah diri anda sendiri. Ianya lebih bagus. Jika lelaki itu dapat menerima kamu seadanya lebih baik mereka mengetahuinya dari awal dari mengetahui selepas kamu berkahwin dengannya.

]]>
Tanda-Tanda Anda Menganggap Single Itu Budaya Yang Toksik. https://redaksi.com/6396-tanda-tanda-anda-menganggap-single-itu-budaya-yang-toksik Thu, 27 Jun 2019 16:35:38 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6396 Pernah atau tidak kita terjumpa atau terlihat dengan seseorang yang sentiasa menganggap hidup single itu amat membosankan?

Bukan sahaja membosankan, malah individu seperti ini seolah-olah menganggap hidup single tanpa pasangan ini hanya negatif sahaja, tiada yang positif. Tambahan bagi mereka, hidup sebagai orang bujang ini misinya hanya untuk mencari pasangan demi perkahwinan semata-mata.

Secara tidak langsung, andaian sebegini akan membuatkan kita menganggap hidup single itu budaya yang toksik.

Jom lihat sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut…

1. Asyik dengan #foreveralone.

Anda ibarat suka provoke diri sendiri atau individu single yang lain. Disebabkan apabila pergi kemana-mana sentiasa berseorangan, anda sering dengan #foreveralone. Kalau update gambar atau status di sosial media pun sering gunakan ayat tersebut.

Lagi parah kalau ada individu menyalah gunakan #foreveralone tersebut dengan test market dirinya pada orang ramai. Test market bertujuan untuk melihat sama ada dirinya masih laku ataupun tidak. Aktiviti sebegini juga boleh dikatakan ‘Tak ada penyakit, cari penyakit’.

Umpama kehidupan sebagai seorang single itu amat kasihan dan hanya untuk mencari simpati sahaja.

2. Single boleh buat hidup jadi murung.

Asal single sahaja mesti murung.

Asal murung sahaja mesti depresi.

Seolah-olah hidup sebagai orang bujang memang sentiasa dalam tekanan pula. Padahal ketika bujanglah banyak masa terluang untuk melakukan pelbagai aktiviti. Tidak kira masa dan waktu. Malah tiada bebanan untuk ditanggung. Bukankah kehidupan ketika bujang, amat menggembirakan?

3. Single membuatkan anda menghina diri sendiri.

Budaya single menjadi toksik kerana anda atau individu lain seolah-olah suka menghina antara satu sama lain.

Asalkan single sahaja terhina.

Asalkan single sahaja kesian.

Malah, asalkan single sahaja mesti sebab tak laku, mungkin kerana fizikal yang tak cantik mahupun kacak.

Jadi ramailah diantara kita yang mula menghina diri sendiri, malah menghina orang lain, yang boleh dipanggil body shaming, skin shaming dan sebagainya.

4. Asal single, mesti tak bahagia.

Hidup sentiasa tak bahagia, kerana anda suka mengukur sesuatu perkara untuk menentukan kebahagiaan masing-masing. Sebagai contoh;

Kena kahwin baru bahagia…

Kena ada anak baru bahagia…

Kena cantik baru bahagia…

Kena kacak baru bahagia…

Kalau macam ni, masing-masing memang sukar untuk menemui kebahagiaan.

5. Single itu sunyi.

Dan yang paling penting adalah, apabila anda mula menganggap single itu kehidupan yang sangat sunyi. Bukan sahaja keseorangan, malah kesunyian kerana kurang mendapat perhatian. Padahal memilih jalan untuk berseorangan bukanlah untuk melalui hari-hari dengan kesunyian, tetapi menjalani liku-liku dengan penuh pengembaraan.

Jadi, kenapa kita mesti menganggap hidup sebagai single adalah satu budaya toksik?

Single itu yang toksik?

Atau anda sendiri sebenarnya yang toksik?

Sehinggakan ramai insan yang tidak mahu mendekati anda, tetapi bukan anda yang pergi menjauhi daripada mereka.

Cuba Lihat!

]]>
Kuasa rampasan dan penangkapan kini turut diberi kepada tentera https://redaksi.com/9620-kuasa-rampasan-dan-penangkapan-kini-turut-diberi-kepada-tentera Thu, 04 Feb 2021 19:12:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9620 Dalam sidang media yang berlangsung pada hari ini bersama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau telah mengeluarkan arahan menurunkan kuasa polis kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membuat penangkapan, pemeriksaan dan rampasan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Usaha meningkatkan penguatkuasaan

Tambah beliau lagi, keputusan itu dibuat adalah bertujuan meningkatkan keupayaan tindakan penguatkuasaan kerajaan dalam memerangi Covid-19.

"Saya mengeluarkan arahan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk menurunkan kuasa polis kepada ATM bagi membuat penangkapan, pemeriksaan dan rampasan semasa membantu agensi lain melakukan tugas pencegahan pendatang asing tanpa izin (Pati) dan operasi pencegahan Covid-19."

-Perdana Menteri-

Memperkukuhkan kumpulan sukarelawan

Di samping itu, Tan Sri Muhyiddin Yasin juga turut mengarahkan seramai 300 juta orang di seluruh negara dari Jabatan Sukarelawan Malaysia(Rela) bagi membantu tugasan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) di premis perniagaan dan tempat awam.

Sehubungan ituu, kerajaan bakal melaksanakan Program Pemerkasaan Komuniti yang mebabitkan pemimpin masyarakat setempat dalam kempen pencegahan Covid-19 di peringkat komuniti masing-masing.

]]>
"Payung Emas" Betul Ke Wujud Dalam Islam? https://redaksi.com/7425-payung-emas-betul-ke-wujud-dalam-islam Mon, 07 Oct 2019 09:47:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7425 Bila bercakap mengenai poligami ini, tentu sahaja akan mendapat tentangan daripada kaum wanita, akan tetapi bagi kaum lelaki pula ini adalah sunnah yang patut diikuti. Malah ramai lelaki yang menggunakan pelbagai alasan untuk mendapat keizinan isteri agar mereka boleh menambah satu lagi isteri.

Akan tetapi kalau tak dapat izin pun, ada sahaja suami-suami yang akan berkahwin lain secara senyap-senyap tanpa pengetahuan isteri pertama ini. Perkara-perkara ini lagi menambah luka di hati isteri. Tak cukup dengan itu, ada juga yang menggunakan istilah payung emas untuk menyejukkan hati isteri.

Akan tetapi adakah isteri yang rela berpoligami ini akan mendapat payung emas diakhirat kelak? Sama-sama kita fahami penjelasan ini.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.



Berkenaan dengan payung emas, tidak terdapat di dalam al-Qur’an ataupun al-Hadith tentang payung emas. Ini bermakna, payung emas adalah satu rekaan semata-mata dan ia hanyalah satu perspektif yang tidak benar. Di dalam al-Qur’an memang terdapat ayat-ayat yang menyentuh tentang alam perkahwinan atau hubungan sesama suami dan isteri tetapi payung emas tidak disebut sama sekali. Begitu juga dalam al-Hadith, ada disebut tentang kelebihan seorang isteri yang mentaati suaminya dan sabar dalam menghadapi alam rumah tangga. Contoh ayat al-Qur’an yang bercerita tentang hubungan sesama suami dan isteri adalah :

Firman Allah SWT:

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ
Maksudnya: “Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka”. [An-Nisa:34]

Di dalam sebuah hadith, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الجَنَّةِ شِئْتِ
Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, 9/471]

Penutup

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi ayat al-Qur’an dan al-Hadith yang menceritakan tentang kelebihan hidup berumah tangga dan juga hubungan sesama suami dan isteri tetapi tidak terdapat sepotong ayat al-Qur’an atau al-Hadith yang menceritakan tentang payung emas sebagaimana yang didakwa.

]]>
Amalan Meminum Air Putih Ketika Perut Kosong Di Awal Pagi, Mampu Menjadi Penawar Penyakit. https://redaksi.com/4730-amalan-meminum-air-putih-ketika-perut-kosong-di-awal-pagi-mampu-menjadi-penawar-penyakit Wed, 02 Jan 2019 10:24:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4730 Pasti ada di antara anda pernah dengar mengenai amalan meminum air kosong selepas bangun tidur bukan? Berapa ramai sahaja di antara kita yang mengamalkan amalan ini? Rata-rata orang kita akan menyatakan bahawa meminum air kosong selepas bagun tidur ini membantu untuk mendapatkan awet muda. Tapi bukan sekadar awet muda sahaja, banyak lagi kelebihan jika anda mengamalkan amalan ini.

Sebenarnya, amalan ini sangat terkenal di Jepun. Ada yang menyatakan bahawa amalan ini juga dapat membantu menawarkan penyakit-penyakit seperti berikut Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.



Cara-caranya:

1. Sebaik sahaja anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air.

2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.

3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam.

5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.

6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan d samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:

1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)

2. Gastrik (10 hari)

3. Diabetes (30 hari)

4. Sembelit (10 hari)

5. Kanser (180 hari)

6. TB (90 hari)

7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.
Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita teruskn kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. Ini adalah cara dan tradisi orang-orang Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka, bukannya air sejuk.

Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum.


Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda.

Bukanlah tidak boleh/bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan

Apabila ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Ambil perhatian yang serius untuk serangan jantung:

• Wanita perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada,

• Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.

• Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.

• Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.

• 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.

• Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh.

Mari, Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar. Lebih banyak kita tahu & pelajari,maka peluang utk hidup lebih panjang dan baik lagi.


]]>
Bukan Orang Lelaki Je Yang Selalu Tak Serius Dalam Hubungan, Yang Perempuan Pun Ada Juga. Ini Tanda-Tanda Wanita Tersebut Serius Dalam Hubungan. https://redaksi.com/7210-bukan-orang-lelaki-je-yang-selalu-tak-serius-dalam-hubungan-yang-perempuan-pun-ada-juga-ini-tanda-tanda-wanita-tersebut-serius-dalam-hubungan Wed, 18 Sep 2019 10:29:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7210 Selalu bila cakap pasal hubungan yang serius sahaja tentu anda merasakan bahawa lelaki ini paling sukar untuk serius dalam hubungan, sedangkan wanita juga sebenarnya ada yang hanya main-main sahaja dalam hubungan yang terjalin. Serius atau tidak seseorang itu bukan berdasarkan jantinanya akan tetapi lebih kepada sifat individu.

Bila cakap pasal tak ready nak kahwin, tak nak serius dalam hubungan malah hanya naik bermain cinta ini, hanya difokuskan kepada kaum lelaki sahaja. Sebab apa? Sebabnya dikatakan mereka ini masih belum matang dan ingin enjoy dahulu, sedangkan ada juga wanita yang tidak serius dalam hubungan yang dijalinkan.

Boleh jadi seorang wanita itu memutuskan hubungan demi orang lain, tiba-tiba rasa tak nak kahwin dan pelbagai lagi yang mungkin di luar jangkaan anda. Maka dengan itu, anda perlu jelas bagaimana seorang wanita yang serius dengan hubungan anda.

Berikut adalah ciri-ciri wanita serius dalam hubungan.



1. Lebih banyak memberi nasihat dalam hubungan.

Oleh kerana dia mahukan yang terbaik untuk hubungan dan pasangan, maka dia akan begitu mudah untuk memberi nasihat serta kata-kata perangsang buat pasangan. Di mana, dia mahu hubungan dan pasangan itu berada dalam satu situasi yang elok bukan sebaliknya. Malah bagaimana sikap pasangan dan keadaan hubungan itu menunjukkan bagaimana hala tuju hubungannya.

2. Selalu tegur bila salah

Bukan sengaja dia nak cari salah pasangan atau apa, akan tetapi dia akan menegur sekiranya pasangannya melakukan kesalahan. Dia tak akan membiarkan pasangannya terus hanyut dalam kesalahan yang tidak sepatutnya. Jadi tujuan di menegur adalah demi kebaikan pasangan itu sendiri.



3. Cemburu berlebihan.

Paling jelas dan paling mudah nak tahu. Wanita ini paling sukar nak sembunyikan rasa cemburu berbanding nak sembunyikan rasa sayang. Maka dengan itu, apabila pasangan anda ini seorang yang kuat cemburu dan mudah cemburu, itu tanda dia takut hilang anda.



4. Kuat marah dan suka cari pasal.

Ini adalah satu perkara yang menjadi kegemaran bagi wanita. Di mana, jika dia rindu atau sayang akan seseorang dia akan suka mencari pasal dan marah-marah, walaupun untuk perkara yang kecil. Mengapa dia lakukan semua itu? Tentu sahaja sebab nak dapatkan perhatian daripada anda sahaja.

5. Banyak membebel.

Cuba tengok mak-mak anda dan juga pasangan anda, tentu mereka ini sama-sama kuat membebel bukan? Tentulah, sebabnya mereka ini akan membebel pada orang yang mereka sayangi sahaja. Mudah nak tahu bukan begitu.

]]>
Masih Teringat Akan Bekas Kekasih, Anda Menyesal Berpisah Dengannya? https://redaksi.com/7363-masih-teringat-akan-bekas-kekasih-anda-menyesal-berpisah-dengannya Mon, 30 Sep 2019 13:13:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7363 Ketika saat ini, anda masih lagi belum mampu move dari hubungan yang lalu. Walaupun, kini anda telah berjumpa dengan pasangan yang baru. Akan tetapi anda masih lagi mengingati kenangan yang lama. Bukan tak mahu melupakan, tetapi ia tetap terus berlegar difikiran anda.

Kadang rasa nak hubungi dirinya, nak cari balik dirinya malah ingin bina semula hubungan lalu. Akan tetapi macam mana kalau dirinya sudah mempunyai kekasih hati, bahkan sudah dimiliki.

Tapi anda, masih lagi tak mampu nak mulakan hubungan baru, malah hubungan juga selalu tak jadi kerana bayangkan cinta yang lama.

Pernah atau tidak anda terfikir bahawa anda ini sebenarnya menyesal kerana berpisah dengan dirinya. Nak tahu kalau anda ini sebenarnya menyesal ataupun tidak, cuba lihat 4 perkara ini.



1. Cuba untuk menghubungi dirinya.

Ketika anda sedang cuba untuk mencari bekas kekasih anda walaupun apa pun alasan macam nak minta maaf atau apa pun, itu sebenarnya tanda bahawa anda menyesal berpisah dengan dirinya. Ini kerana, dia merasakan bahawa dengan kata maaf ataupun mendengar suara anda dirinya akan kembali rindu serta menginginkan anda kembali.

2. Membandingkan bekas kekasih dengan pasangan sekarang.

Kalau ini juga anda sedang lakukan sekarang? Boleh jadi sebenarnya anda masih belum cukup move on lagi. Bahkan pasangan yang ada sekarang ini hanya ingin menutup rasa sunyi di hati serta ingin menggantikan bekas kekasih anda yang lalu. Alah, kira macam nak buat yang anda masih bersama bekas kekasih anda, itu yang selalu bandingkan mereka berdua.



3. Masih ambil tahu mengenai bekas kekasih.

Mungkin anda tak hubungi dirinya, tetapi anda masih lagi stalk media sosial bekas kekasih. Cari tahu sekarang dia lakukan apa, bersama siapa dan pelbagai lagi. Anda menjadi obses untuk tahu mengenai dirinya. Tak cukup dengan itu, anda cuba untuk bertanya dengan rakan-rakannya mengenai bekas kekasih anda.



4. Terus menerus bercerita mengenai bekas kekasih.

Kalau orang yang berkahwin dan berpisah lalu ingin rujuk kembali dikatakan sebagai gila talak, anda pun sama sahaja. Cuma yang membezakan adalah anda masih belum berkahwin dengan dirinya. Anda begitu berharap bahawa dirinya akan mencari anda semula.

Apa yang telah terjadi ini anda sepatutnya redha agar apa yang datang akan lebih baik. Akan tetapi kalau anda ini terus menerus begini, anda akan semakin jauh dengan kebahagiaan. Jadi terima hakikat dan mulakan hidup yang baru.

]]>
Wahai Wanita Elakkan Diri Anda Daripada Lelaki Yang Gemar Melakukan 10 Perkara Ini! https://redaksi.com/2126-wahai-wanita-elakkan-diri-anda-daripada-lelaki-yang-gemar-melakukan-10-perkara-ini Thu, 26 Apr 2018 15:37:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2126 Tidak kira wanita mahu pun lelaki, sesiapa sahaja yang gemar melakukan perkara-perkara yang buruk dan terus menjadi tabiat, harus anda bijak untuk mengelak daripada mereka.


Bagi kaum wanita, adalah amat penting untuk anda menjaga diri dan bijak menilai sikap lelaki yang anda baru kenali, jika diambil kesempatan, buruk padahnya. Bukan lelaki itu yang mendapat malu, tetapi nama anda juga mudah tercalar.

1. Lelaki 'chipsmore'.

Sekejap ada, sekejap tidak. Lelaki ini sering membuat anda runsing dan keliru terhadap perhubungan kalian. Jika si dia hanya datang ketika mahu sesuatu untuk bantuan, lupakan sahaja si dia!


2. Lelaki yang mengejek dan merendahkan diri anda.

Segala kekurangan anda di hebahkan senyap-senyap pada masyarakat mahu pun netizen. Selepas itu viral pula di sosial media, apa lagi? Anda patut lari daripada lelaki sebegini.

3. Lelaki seorang penipu.

Kenapa anda mahu hidup dengan seorang yang suka menipu. Lebih-lebih lagi si dia mengatakan ia adalah tipu sunat. Eh? Anda berhak untuk mendapat lelaki yang lebih baik, okay!

4. Lelaki yang menghantar gambar tidak senonoh mahu pun meminta gambar bogel anda.

Kini, dengan teknologi yang semakin canggih, semakin bahaya pula keadaan sekeliling kita. Mudah sahaja menghantar gambar tidak senonoh pada anda, selepas itu meminta gambar anda yang tidak berpakaian. Eiuw!


5. Lelaki yang sering berkata buruk tentang bekas teman wanita mereka.

Zaman sekarang, lelaki juga gemar mengumpat dan bergossip. Jadi wanita, hati-hati dengan lelaki kepochi begini, sekiranya anda pula yang menjadi bekas kekasih mereka, anda pula yang jadi mangsa!

6. Lelaki yang gemar meraba.

Tanpa si dia sedar atau pun tidak yang dirinya sedang meraba, ia seolah-olah melakukan gangguan seksual terhadap diri anda. Tolong, jauhi si dia serta-merta!

7. Lelaki yang gemar menilai bentuk tubuh badan anda.

Lelaki boleh dianggap biadap jika mereka sering mempersoalkan bentuk badan seorang wanita, malah menilai mereka daripada luaran tubuh badan sahaja.


8. Lelaki yang kasar dan suka mendera.

Lelaki ini bukan sahaja panas baran, malah suka pula mengangkat tangan untuk mendera anda.

9. Lelaki yang mengarah tidak tentu pasal.

Anda pula seorang wanita yang hanya menurut katanya sahaja. Jangan makan nasi, anda hanya menurut, jangan bersenam pada waktu malam, anda turut juga.

10. Lelaki yang bukan pendengar setia.

Ketika anda sedang meluahkan perasaan, si dia buat pekak dan hanya bermain dengan telefon bimbit. Hmmm, say good bye to him!


]]>
Wahai Wanita Rahsiakan Aib Diri Daripada Sesiapa Pun, Walaupun Keluarga Terdekat. https://redaksi.com/6427-wahai-wanita-rahsiakan-aib-diri-daripada-sesiapa-pun-walaupun-keluarga-terdekat Tue, 02 Jul 2019 09:25:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6427 Setiap orang tidak akan pernah lari dari melakukan kesalahan dan dosa. Kita hanya manusia biasa yang akan belajar dari satu kesilapan dan tidak mahu jatuh ke dalam satu kesilapan yang sama. Dengan segala kesilapan yang telah dilakukan, jangan merasakan diri sudah tidak mempunyai peluang kedua.

Mungkin sukar nak dapat peluang kedua di mata manusia tetapi Allah sentiasa membuka peluang untuk kita kembali kepadanya. Mungkin dulu kita menjadi buta kerana terlalu sayang, tetapi jangan sekali kita mengulangi kesilapan yang sama.

Usah dikejar orang yang tak sudi,
Lebih baik perbaiki diri sendiri.

Buat wanita-wanita yang pernah melakukan kesilapan ini, sedikit pesanan daripada Firdaus Mokhtar buat diri anda. Semoga kekal dan tabah, Allah sentiasa bersama anda.



Hari tu saya terima satu mesej, "seorang perempuan bertanya tentang salah ke kalau dia buat aib sendiri ke keluarga".

Saya tak jawab terus sebab soalan terlalu umum. Jadi saya tanya dulu maksud soalan dia tu.

Akhirnya dia cerita yang dia dengan teman lelaki nak berkahwin. Tapi pernah terlanjur. Isunya sekarang yang lelaki tak nak bertanggungjawab. Katanya dah tawar hati. Tak nak teruskan plan berkahwin.

Lelaki tadi terus tinggalkan dia. Tak hubungi langsung. Memang biarkan terus macam tu.

Baler sungguh. Nampak gaya memang jenis mainkan hati perempuan.

Maka dia nak tahu salah ke kalau dia buka aib ini pada keluarga lelaki. Dengan harapan dia nak lelaki itu kembali dan bertanggungjawab.



Saya pesan ke dia begini;

1. Dia kena taubat dulu. Sungguh-sungguh rasakan yang diri dah tersilap langkah dan menyesal betul atas apa yang dah berlaku.

Mengaku depan Tuhan yang dia sendiri dah berdosa atas zina yang dulu.

2. Tinggalkan betul-betul perbuatan zina ini. Tak ulangi lagi. Tak kiralah dengan siapa pun.

Sebab kadang bila dah terbiasa, akan berlaku ketagihan. Walau pun dalam kondisi emosi marah ke pasangan yang tinggalkan kita, kita berzina pula dengan orang lain. Sebab teringin lagi.

Maka ini kena jauhkan. Termasuk jauhkan perkara yang mengingatkan diri kepada perbuatan zina. Contohnya tengok video porno dan gambar lucah.



3. Tekad takkan ulangi lagi dosa zina. Zina ini dosa besar.

Ia antara dosa yang Allah akan hukum di dunia lagi kalau tidak bertaubat. Maka tekad sungguh takkan buat lagi.

4. Banyakkan beribadah. Dengan mendekat diri kepada Allah, sibukkan diri dengan amalan, kita akan kurangkan masa untuk berfikir hal yang tak elok.

Selain menambah pahala, ibadah boleh menggugurkan dosa.

5. Pelbagaikan juga aktiviti luar. Pergi masjid ikut kuliah, tazkirah atau apa-apa aktiviti yang buatkan kita bergaul ramai orang. Elak duduk sendirian.

Cari kawan-kawan yang buatkan kita segan nak buat dosa. Jangan dekat dengan kawan yang sibuk tak tahu malu cerita benda lucah tak tentu pasal ni.

6. Ini penting. Rahsiakan terus perbuatan zina ini daripada siapa-siapa. Sekali pun ahli keluarga terdekat.

Kita tak tahu siapa yang ada kepentingan atas kita. Iya, sekali pun adik beradik, kawan-kawan. Kalau sekarang mungkin dia ok, entah bertahun lama nanti dia tak ok, cerita kita dia guna untuk rosakkan kita.

Rasulullah sendiri suruh kita sembunyikan kemaksiatan yang berupa zina ini. Selama mana Allah rahsiakan daripada orang lain, selama itu jugalah kita rahsiakan. Takkan sampai ke orang lain jika bukan diri sendiri yang bercerita.

Jadi saya pesan ke dia, tak perlu sampai nak beritahu ke keluarga lelaki tadi. Dan saya tanya juga ke dia begini;


“Kalau sekarang dia boleh tinggalkan cik, tanpa dia sikit pun peduli. Apa jaminan nanti kalau cik paksa dia terima, dia akan jadi orang yang bertanggungjawab?

Katalah sekarang dia terima sebab keluarga dia paksa, cik rasa dia akan hidup senang dan tak berdendam dengan cik?”

Jawapannya dah tentu tak ada jaminan begitu.

Kawan-kawan yang baik, dalam dunia ini betul kita kadang terlanjur perbuatan. Salah pilih kawan dan pasangan. Akhirnya kita kecewa.



Namun itu bukan jalan mati yang kita tak boleh nak keluar atau patah balik.

Kalau jadi keadaan yang sama macam cik ini tadi, lelaki tinggalkan, jangan kejar dia lagi. Dia bukan lelaki, tapi setan entah ada berapa tanduk pun tak tahu.

Maka, untuk selepas daripada ini, bina hidup baru. Jadi diri yang lebih baik daripada yang dulu. Tinggalkan dosa lama jauh-jauh. Kerap ulang-ulangkan taubat, supaya kita tahu kita seorang pendosa.

Terus belajar dan belajar. Dekatkan diri dengan Allah. InsyaAllah satu hari nanti Allah akan hantar jodoh yang baik sebagai pengganti.

Begitulah.

Firdaus Mokhtar,
Kita semua pun banyak dosa juga.

]]>
Viral kontroversi rumahtangga, Shuk Sahar digantung kerja sebagai penyampai radio Hot FM https://redaksi.com/9496-viral-kontroversi-rumahtangga-shuk-sahar-digantung-kerja-sebagai-penyampai-radio-hot-fm Mon, 25 Jan 2021 12:22:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9496 Sejak Sabtu lalu kecoh akan rumah tangga pengacara dan penyampai radio, menjadi perhatian warganet selepas isterinya mendedahkan bahawa suaminya kembali bermain kayu tiga.

Shuk digantung kerja

Menerusi laporan Sinar Plus, Shuk Sahar penyampai radio Hot FM di slot Geng Pagi Hot didakwa telah digantung kerja serta merta.



Perkara tersebut disahkan oleh pihak pengurusan stesen radio Hot FM yang mana tindakan tersebut diambil terhadap Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, menerusi satu kenyataan media hari ini.

“Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial.

“Perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai,” katanya.


Menerusi laman Twitter Hot FM, slot Geng Pagi Hot telah ditukar kepada slot penyampai radio yang lain namun masih ke udara seperti biasa.

Terdahulu, Shuk dikatakan tidak pulang ke rumah dan berada di rumah wanita yang didakwa sebagai kekasihnya sehingga menyebabkan isterinya bertindak untuk mendedahkan kepada umum.



Shuk dan Rossalennah Natassiah Asshaferah berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi yang kini berumur setahun.


 

]]>
Hati-Hati, Ini Dia 5 Tanda Anda Telah Dibutakan Dengan Cinta. https://redaksi.com/3575-hati-hati-ini-dia-5-tanda-anda-telah-dibutakan-dengan-cinta Thu, 20 Sep 2018 12:06:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3575 Apabila jatuh cinta, ramai orang akan merasakan semuanya indah-indah sahaja dan membahagiakan. Tetapi jangan biarkan anda dibutakan oleh cinta dan menjadi orang yang berbeza serta mengubah diri. Hal ini kerana kadang-kadang seseorang itu mampu berubah tanpa disedari. Bahkan dirinya berubah kerana mengikut perasaan cintanya terhadap pasangannya sehinggakan dirinya terlupa bahawa ia mungkin akan melukakn hatinya atau orang sekelilingnya.


Berikut adalah lima tanda seseorang itu telah dibutakan dengan cinta:

1. Dunia anda penuh dengan dirinya.

Bagi anda dunia anda sentiasa dipenuhi dengan dirinya. Anda bagaikan tidak mampu bergerak atau hilang arah tuju jika tidak mendengar namanya. Setiap pergerakkan atau perbuatan anda akan lebih menumpukan kepada dirinya sehinggakan anda hilang matlamat hidup anda. Apa yang anda tahu adalah dirinya sahaja. Ia Seumpama mandi tak basah, tidur tak lena atau makan tak kenayang. Itu lah yang anda lalui.

2. Berhenti melakukan apa yang anda suka.

Seterusnya adalah anda mula berhenti melakukan apa yang anda suka. Jika ada hobi yang anda suka maka, anda mula berhenti lakukannya. Anda mula beralih arah kepada apa yang pasangan anda suka. Bahkan setiap selera makan anda juga turut berubah, anda sudah tidak menyukai makanan kegemaran anda. Anda mula meniru dirinya.

3. Menuruti segala katanya.

Perkara yang seharusnya elakkan adalah apabila anda mengikut segala katanya. Anda seolah-olah terpukau dengan dirinya sehinggakan mengiyakan apa sahaja yang dikatakan serta mengikut sahaja katanya. Bahkan jika anda dipukul oleh dirinya juga, anda akan terima sahaja dan terus bertahan terhadap perhubungan itu. Walaupun anda tahu bahawa ia menyakitkan anda hati dan fizikal anda.


4. Sering bercakap mengenainya.

Apabila anda berkumpul dan berkongsi cerita dengan rakan-rakan, hanya dia topik yang menjadi perbualan anda. Anda jatuh cinta terhadap dirinya, tetapi itu tidak bermakna anda boleh memberitahu segala-galanya kepada rakan anda. Ia bukan sahaja membuat rakan anda rasa sakit hati dan kecewa terhadap anda, bahkan anda juga dianggap tidak dipeduikan dengan orang di sekeliling anda lagi.

5. Emosi anda tidak menentu.

Anda menjadi seorang yang mudah tersinggung, dan menjadi mudah marah hanya kerana seorang lelaki. Apabila perkara seperti ini berlaku, anda mula mencari rakan anda yang sebelum ini anda tidak pedulikan. Anda juga melepaskan kemarahan anda kepada mereka, jangan terkejut jika rakan anda pergi meninggalkan anda kerana kelakuan anda sendiri.

Bercinta itu ada batasnya, jangan kerana anda terlalu agungkan cinta si dia hingga anda lupa mencintai diri anda sendiri, orang sekeliling anda serta melupakan pencipta anda. Anda perlu tahu, apabila anda melebihkan dirinya lebih dari segalanya, maka anda akan mula berdepan dengan kehilangan.


]]>
Mulut Masih Berbau Walaupun Rajin Gosok Gigi, Haa.. Bakal Pengantin Kena Awasi Perkara Ini. https://redaksi.com/7126-mulut-masih-berbau-walaupun-rajin-gosok-gigi-haa-bakal-pengantin-kena-awasi-perkara-ini Sun, 08 Sep 2019 19:48:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7126 Rasa tak berkeyakinan nak bercakap atau bila bertemu dengan orang lain. Bukan tak gosok gigi, malah kadang sehari sampai 3 hingga 4 kali gosok gigi tapi mulut masih sahaja berbau.



Sampai malu nak dekat dengan orang ini, macam mana nak cari jodoh kalau mulu berbau. Kalau mulut berbau di awal pagi itu memanglah normal. Tapi, ini tidak. Nafas masih cepat berbau sepanjang hari walaupun rajin membersihkan mulut. Tahukah apa puncanya mulut berbau meskipun sudah berkali-kali berus gigi?

1. Kafein

Elak kopi sebelum tidur. Begitu juga makanan pedas atau merokok kerana ia menyebabkan mulut kering sewaktu tidur dan menjadikan mulut busuk.

2. Tidak berus lidah

Permukaan lidah menyimpan banyak bakteria. Bersihkan lidah dengan berus gigi atau tongue scraper.



3. Makan banyak protein

Apabila makan banyak protein, kompaun dipanggil kerotene akan terhasil sewaktu proses pembakaran lemak untuk menghasilkan tenaga. Kerotene ini membuatkan mulut berbau. Jauhi burger dan daging proses yang lain.

4. Masalah kesihatan

Demam dan selesema boleh menyebabkan mulut berbau. Ini disebabkan oleh bakteria memakan cairan selesema dan menghasilkan bau busuk. Hidung tersumbat juga boleh menyebabkan nafas berbau kerana mulut cepat kering.



5. Ulser mulut & sakit gusi

Bakteria Helicobacter pylori penyebab ulser ini menyebabkan mulut berbau. Ambil antibodi yang sesuai untuk membunuh bakteria ini. Selain ulser, ia juga disebabkan oleh sakit gusi.

Di antara tanda-tanda penyakit gusi ialah:

• Gusi bengkak atau bernanah
• Gusi yang senang berdarah
• Gigi bergoyang
• Gigi sensitif
• Sakit pada gigi semasa mengunyah
• Terdapat karang gigi

Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda.

6. Tonsil

Tonsil pada tekak juga menyebabkan mulut berbau. Kumur dengan air garam untuk membuang bakteria yang melekat pada tonsil.

7. Makanan bergula

Bakteria dalam mulut memang suka makanan tinggi gula seperti snek dan manisan. Selain itu, biasanya buah-buahan kering juga senang terlekat pada gigi sehingga menjadi punca mulut berbau. Kenalah kurangkan makan makanan ini.

8. Masalah pedih ulu hati

Gastrik atau ‘angin’ dalam perut boleh menyebabkan penyakit pedih ulu hati. Penyakit ini menyebabkan mulut mudah berbau. Dapatkan rawatan daripada doktor untuk atasi masalah ini.



9. Gigi berlubang

Sisa makanan berkumpul dalam lubang gigi. Secara tak langsung, bakteria juga berkumpul dalam lubang ini sehingga menyebabkan gigi rosak dan nafas berbau. Lubang yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak.

10. Kurang minum air kosong.

Jangan tak tahu pengambil air yang tak mencukupi untuk tubuh badan juga akan menyebabkan perkara ini. Di mana, anda disarankan untuk meminum 8 gelas air sehari untuk membantu tubuh badan anda. Jika tak ambil air yang cukup, bakteria akan membiak dalam mulut yang kering mengakibatkan mulut berbau.

]]>
“Jangan Disebabkan Hutang, Anda Dengan Pasangan Tidak Jadi Berkahwin…” 5 Perkara Mengenai Hutang Yang Anda Dan Pasangan Perlu Pertimbangkan. https://redaksi.com/6029-jangan-disebabkan-hutang-anda-dengan-pasangan-tidak-jadi-berkahwin-5-perkara-mengenai-hutang-yang-anda-dan-pasangan-perlu-pertimbangkan Fri, 10 May 2019 09:31:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6029 Sebagai anak muda yang mahu berkahwin, bukan perlu mendalami ilmu rumah tangga atau keibubapaan (parenting) sahaja, ilmu kewangan juga amat penting untuk dipelajari. Ilmu kewangan perlu dipelajari sebelum melangkah ke alam perkahwinan lagi, kerana terdapat golongan anak muda yang berkahwin menggunakan pinjaman (loan).

Oleh disebabkan kekurangan ilmu kewangan, ramai anak muda memulakan langkah yang salah.

Langkah pertama sahaja sudah meminjam wang daripada bank kerana mahukan perkahwinan yang gah dipandang oleh mata masyarakat.

Yang menjadi lebih teruk apabila pasangan sendiri tidak sedar bahawa duit tersebut adalah pinjaman dari bank semata-mata, dan akhirnya alam rumah tangga yang mahu dibina terjejas dengan kekangan kewangan.

Oleh itu, apabila mahu berkahwin bersama pasangan..

1. Jangan lupa tanya pasangan dengan jujur, hutang apa yang si dia ada.

Perkara ini perlu dibincangkan lagi semasa kalian berdua dalam proses ta’aruf. Bukan untuk menjadi pisau cukur atau sebagainya, tetapi ia adalah langkah untuk mengetahui kedudukan anda sebelum berkahwin.

Sekiranya anda dapat menerima situasi tersebut, sama-sama memulakan langkah dengan betul.

2. Jangan bina hutang atau meminjam duit daripada bank untuk perkahwinan.

Sekiranya pasangan anda seorang yang sukar untuk bercakap jujur, jangan pula anda sendiri yang membina hutang untuk perkahwinan kalian. Jika anda tambah hutang, anda sendiri tidak tahu hutang apa yang pasangan anda, nanti susah hidup berdua.

3. Jangan masam muka hanya kerana hutang.

Terkejut mendengar pasangan mempunyai hutang yang banyak? Jangan terus putus hubungan dengan pasangan, tetapi berbincanglah dengan si dia dan sedaya upaya untuk membayar hutang secara perlahan-lahan.

4. Jangan ingat hutang hanya wujud sebelum berkahwin sahaja.

Semasa tempoh pertunangan atau perkenalan dengan pasangan, bersungguh-sungguh menyelesaikan hutang bersama, tetapi selepas berkahwin anggap hutang lenyap begitu sahaja. Jangan! Jangan waktu bercinta beriya-iya, tetapi bila dah kahwin harapan pasangan berdikari menyelesaikan hutang pula.

5. Jangan ingat hutang hanya ada diantara kalian berdua sahaja.

Ingat! Apabila anda berkahwin dengan pasangan, anda bukan memiliki jasadnya sahaja, anda sebenarnya memiliki apa jua yang ada pada pasangan termasuklah ahli keluarga mereka. jika pasangan memiliki adik-beradik yang ramai, kita tidak pasti ada di antara mereka yang sudah ada senarai hitam dan akan melibatkan pasangan anda suatu hari nanti.

Kena bersedia semua situasi ini, terutamanya apabila menjadi penjamin.

Semoga Anda Dengan Pasangan Tidak Terjebak Dengan Hutang Jahat!

]]>
First Time Nak Keluar Dengan Calon Jodoh. Nak Pakai Pakaian Macam Mana Ni? https://redaksi.com/378-first-time-nak-keluar-dengan-calon-jodoh-nak-pakai-pakaian-macam-mana-ni Thu, 06 Jul 2017 12:25:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=378 Setiap orang pasti rasa berdebar-debar dan tak menentu bila nak keluar, apatah lagi jika kali pertama. Biasanya, anda akan berfikir tentang pakaian apa yang harus dipakai kerana baik lelaki mahupun wanita, kedua-duanya mahu tampil cantik, kacak, kemas dan bergaya. Namun demikian, dek kerana keghairahan untuk tampil menarik di mata si dia, acapkali anda tampil terlebih-lebih pula. Ada kalanya, pakaian yang dipakai tidak selesa menyebabkan anda terasa tidak selesa sepanjang date tersebut. Jadi, apakah yang patut anda pakai ketika keluar dating?



Sebelum itu, ini dua ‘larangan’ ketika ingin bersiap untuk dating:

Pakaian jangan over.

Semasa hendak keluar dating, hati-hati dengan pemilihan pakaian yang anda pakai. Adakah anda ingin pakai pakaian ala-ala hip hop, funky, geek, tradisional, kpop? Sudah cukup sekiranya kita memakai pakaian yang ringkas dan nampak kemas. Pakaian yang dipakai itu tidak perlu terlalu over dan tidak terlalu selekeh.

Jangan memilih pakaian yang seperti keluar dari almarinya.

Apa maksudnya? Lelaki sukakan pakaian yang kelihatan feminin, flirty – jenis kain renda, floral, kain lembut. Mereka tidak mahu anda memakai pakaian yang terlalu konservatif seperti army jacket ataupun jenis yang baggy, fesyen yang agak kelakian. Hari ini kami ingin bawakan anda beberapa tips fesyen dalam menggayakan jam tangan pilihan, adakah jam tangan tersebut sesuai dengan gaya kasual, formal, klasik dan paling penting adakah ia bersesuaian dengan outfit pilihan harian. Kalau betul dress yang dipakai bersama jam tangan pilihan maka anda sudah cukup sempurna untuk berjumpa dengannya. Jadi, kami sediakan 4 idea flat lay untuk anda bergaya sakan ketika dating, tidak kisahlah gaya kasual mahupun formal, kami berikan kepada anda.



1. Sporty.

Untuk gaya sporty, memadai anda mengenakan t-shirt bersama tight ataupun tracksuit. Gaya ini sesuai untuk yang jenis suka lakukan aktiviti lasak seperti berbasikal, memanjat gunung dan sebagainya. Untuk pemilihan jam tangan, semestinya jam tangan dengan tali yang tahan lasak, perincian yang tidak mengelirukan dan juga pemilihan warna senada seperti biru pekat, hitam, kelabu – sesuai dengan imej lasak anda.

2. Kasual.

Idea kami ialah sesuaikan pakaian anda dengan aktiviti percutian sebagai contoh road trips, t-shirt dan sandal adalah yang terbaik. Penampilan sebegini buat anda lebih selesa juga menarik bersama aksesori kaca mata dan selendang bercorak lembut. Untuk jam tangan pula, dengan sedikit perincian untuk memberikan imej girly ke dalam fesyen anda, jam tangan anda melambangkan keperibadian anda!



3. Formal.

Untuk gaya ini, paduan blazer bersama seluar panjang atau pencil skirts sesuai untuk acara formal atau sekadar hangout bersama rakan-rakan, maxi dress atau split dress untuk penampilan semi formal. Jam tangan unisex menjadi pilihan hari ini, dan wanita dengan semangat cenderung untuk memilih jam tangan jenis ini. Ianya membangkitkan rasa keyakinan dan kekuatan dalam penampilan anda, bahkan anda kelihatan benar-benar sempurna dengan jam tangan ini.

4. Klasik vintaj.

Pilihan kami ialah little black dress (LBD). Kenapa? LBD boleh dipakai baik pada siang hari atau malam hari, malah fesyen ini sering dikategorikan sebagai item fesyen yang paling klasik dan timeless. Seperti kata Karl Lagerfeld, “One is never over-dressed with a Little Black Dress.” Jika anda lebih ke arah fesyen klasik, jam tangan tradisional dikelilingi batu permata berlian ini benar-benar sesuai untuk anda. Lebih-lebih lagi jam tangan rona emas menampakkan ciri-ciri sofistikated yang diidam setiap wanita.

 

]]>
Mari Perbetulkan Niat Untuk Berkahwin, Dengan Ketahui Tujuan Sebuah Perkahwinan. https://redaksi.com/3978-mari-perbetulkan-niat-untuk-berkahwin-dengan-ketahui-tujuan-sebuah-perkahwinan Wed, 24 Oct 2018 15:20:32 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3978 Pernikahan ini bukan hanya menghalalkan satu hubungan malah ia bukan hanya menyatukan dua hati, tapi ada tujuan dan matlamat yang tersendiri mengenai pernikahan ini. Ia bukan satu perkara yang hanya digunakan untuk memuaskan nafsu atau hanya sekadar suka-suka sahaja.

Dalam Islam, sebuah ikatan perkahwinan itu adalah satu perkara yang besar maknanya. Ada tujuan yang perlu anda tahu, tidak sekadar untuk suka-suka sahaja.



1. Berkahwin untuk beribadah.

Perkahwinan itu menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agama. Jadi, niatkanlah perkahwinan untuk menjalankan ibadah.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:

“Benarkah kalian telah berkata begini dan begitu, sungguh demi Allah, sesungguhnya akulah yang paling takut dan taqwa di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat dan aku juga tidur dan aku juga mengahwini perempuan. Maka barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka ia tidak termasuk golonganku.”

Berkahwin bukan kerana ikutan kawan-kawan, apalagi disebabkan masalah kewangan yang mendesak. Jangan cemari ibadah perkahwinan ini dengan niat yang salah dan melencong dari syariat Islam.

2. Untuk memenuhi fitrah manusia.

Islam sangat menganjurkan bagi mereka yang telah mampu untuk berkahwin, supaya segera bernikah. Nikah memenuhi fitrah kemanusiaan.

Jika naluri dalam diri tidak dipenuhi melalui jalan yang benar (iaitu perkahwinan), dikhuatiri akan membawa seseorang itu ke jalan yang sesat. Kecenderungan melakukan perbuatan yang Allah larang seperti berzina, merogol dan meliwat.

Dalam sebuah hadith sahih yang telah diriwayatkan oleh Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Darimi, Ibnu Jarud, dan Baihaqi, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Wahai para pemuda! Barang siapa diantara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, karena nikah itu lebih menundukan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa (shaum), karena shaum itu dapat membentengi dirinya.”

3. Meletakkan syahwat di tempat yang halal.

Berkahwin, bukan kerana nafsu syahwat sahaja tetapi nafsu-nafsu yang lain seperti rasa ingin dipuji, ingin dimanja-manja dan pelbagai lagi.

Nabi bersabda:

((إذا رأى أحدكم امرأة حسنة وأعجبته، فليأت أهله))

Maksudnya: Apabila seseorang kamu melihat wanita yang cantik dan tertarik dengan wanita tersebut maka hendaklah dia setubuhi isterinya. (HR Muslim)

Ibnu Maksudnya berkata ketika beliau sakit taun: Kahwinilah aku.. Sesungguhnya aku benci berjumpa Allah dalam keadaan aku bujang.



4. Berkahwin untuk dapatkan keturunan.

Dalam al-Quran, Allah S.W.T telah berfirman. Maksudnya:

“Dan Allah menjadikan bagimu pasangan (suami atau isteri) dari jenis kamu sendiri dan menjadikan anak dan cucu bagimu dari pasanganmu, serta memberimu rezeki dari yang baik. Mengapa mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah?” Surah an-Nahl: 72

Bermula dari memilih pasangan yang soleh dan solehah dan diharapkan zuriat yang lahir juga beriman, berakhlak dan ihsan sesama makhluk. Betapa pentingnya membentuk generasi yang beriman dan berkualiti supaya syariat Islam dapat ditegakkan.

5. Berkahwin untuk ibadah.

Perkahwinan itu menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agama. Jadi, niatkanlah perkahwinan untuk menjalankan ibadah.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:

“Benarkah kalian telah berkata begini dan begitu, sungguh demi Allah, sesungguhnya akulah yang paling takut dan taqwa di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat dan aku juga tidur dan aku juga mengahwini perempuan. Maka barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka ia tidak termasuk golonganku.”

Berkahwin bukan kerana ikutan kawan-kawan, apalagi disebabkan masalah kewangan yang mendesak. Jangan cemari ibadah perkahwinan ini dengan niat yang salah dan melencong dari syariat Islam.

Jadi jika anda mempunyai niat untuk berkahwin, perbetulkan semula niat anda. Jangan hanya berkahwin hanya kerana untuk suka-suka sahaja tapi berkahwinlah kerana Allah swt.

]]>
Sebelum Nikah, Jujur Dengan Pasangan Anda Mengenai Perkara Ini. Barulah Bila Mulakan Hidup Baru Lebih Aman & Tenteram. https://redaksi.com/7478-sebelum-nikah-jujur-dengan-pasangan-anda-mengenai-perkara-ini-barulah-bila-mulakan-hidup-baru-lebih-aman-tenteram Mon, 14 Oct 2019 13:48:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7478 Apabila anda telah berasa yakin bahawa anda bertemu dengan orang yang tepat, di mana anda dapat merasakan bahawa dia itu adalah pasangan jodoh anda. Tentu anda dan dirinya akan saling melakukan persiapan untuk ke arah satu hubungan yang serius.

Ada orang bila yakin, dia terus masuk minang pasangannya, malah ada juga yang tak mahu lama-lama untuk menghalalkan hubungan maka dia akan memilih untuk bernikah terus. Kalau nikah terus memang tak banyak pembaziran yang berlaku.

Namun begitu, apabila anda sudah serius dan yakin bahawa dia itu jodoh anda, ada beberapa perkara yang kalian perlu bincang bersama. Paling tidak anda kena jujur dengan pasangan akan perkara ini. Barulah tiada salah faham yang timbul.

1. Keadaan kewangan anda.

Ini yang paling utama kerana ini menjadi salah satu penyebab penceraian yang tinggi. Maka dengan itu, bincang dengan pasangan anda berapa banyak hutang anda ada, simpanan serta pelaburan yang ada. Barulah selepas kahwin nanti kalau dapat surat tuntut hutang pun pasangan tak terkejut sangat dah.



2. Alasan untuk berkahwin.

Sesetengah orang berkahwin kadang kala bukan hanya disebabkan cinta sahaja. Akan tetapi boleh jadi disebabkan pilihan ibu bapa, atau ahli keluarga malah ada juga yang menjadikan faktor umur antara salah satu sebab untuk berkahwin.

3. Jumlah anak yang diinginkan.

Mungkin ramai yang percaya bahawa anak ini rezeki Allah, akan tetapi tak salah jika anda melakukan perancangan awal. Sebagai contoh, pada waktu bila kalian ingin memiliki anak malah berapa ramai anak yang diamahukan. Setiap orang berbeza kemahuannya.



4. Kerjaya.

Jika anda seorang lelaki, tentu sahaja anda perlu teruskan kerjaya anda walaupun selepas kahwin. Namun bagi wanita, tentu sahaja ada suami yang mahu isterinya menjadi suri rumah yang menguruskan segalanya. Malah ada juga yang mengizinkan isterinya terus berkerja. Ini pun penting ya.

5. Fobia atau ketakutan.

Ssetengah orang agak takut terhadap beberapa perkara, maka dengan itu hadirnya pasangan mungkin boleh menjadi pelindung dirinya. Sebagai contoh takut akan perkahwinan yang tak bahagia, atau takut ketindasan dan pelbagai lagi. Malah, ada juga yang berbincang mengenai anxiety ataupun depression. Semuanya bergantung kepada anda.



6. Keadaan keluarga.

Ada juga yang memilih untuk tidak berkongsi sangat mengenai masalah keluarga mereka. Namun, jika kalian sudah ingin berkahwin, tentu sahaja masalah keluarga perlu dikongsi bersama pasangan anda.

Ini adalah 6 perkara penting yang perlu anda jujur terhadap pasangan anda sebelum kahwin. Namun, ada juga yang berpendapat untuk berkongsi mengenai masa silam mereka. Jika itu, semuanya bergantung kepada diri sendiri.

]]>
7 Idea Rak DIY Guna Bakul Ini Mampu Jimatkan Wang Poket Anda. https://redaksi.com/5344-7-idea-rak-diy-guna-bakul-ini-mampu-jimatkan-wang-poket-anda Wed, 27 Feb 2019 10:50:20 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5344 Apabila perabot semakin mahal, pasti anda memikirkan dua tiga kali untuk membeli perabot baru untuk menukar yang lama. Bukan itu sahaja, harga yang mahal tetapi ia hanya mempu bertahan dua atau tiga tahun sahaja.

Jadi apa kata kita cuba untuk menjadi lebih kreatif dengan menyediakan rak-rak dengan barangan yang murah tapi berpatutan dengan apa yang kita perlukan. Pasti ada yang pernah dengar dan lihat rak DIY yang menggunakan bakul RM 5 sahaja bukan?



Banyak yang takt ahu, rak sebegitu bukan hanya sesuai untuk rak baju sahaja tetapi ia boleh dipelbagaikan lagi. Haa, pasti teruja nak jimatkan poket masing-masing bukan?

Bahan-bahan:



i. 20 biji bakul bersaiz besar.
ii. 2 biji bersaiz kecil.
iii. 1 packet cable tie.
iv. Pisau/gunting.

Cara-caranya:

i. Potong kanan dan kiri bakul supaya membentuk tingkap. Ruang ini yang akan menjadi bahagian hadapan rak baju.





ii. Cantumkan 2 bakul dan ikat dengan cable tie seperti dalam gambar.





iii. Potong lebihan cable tie yang terdapat pada bakul yang telah dicantumkan dan lakukan kepada semua bakul yang digunakan.



iv. Selesai, ikat secara bertindih pula bakul tersebut menjadi bentuk rak. Tengok dah SIAP!!





Selain daripada rak untuk baju, ia juga boleh dilakukan untuk rak lain. Seperti:

Contoh rak lain.

1. Rak buku.



2. Bangku.



3. Bakul siling.



4. Rak mainan anak.



5. Rak kasut.



6. Rak laundry.




]]>
Cinta dan Mencintai https://redaksi.com/9281-cinta-dan-mencintai Sat, 02 Jan 2021 11:33:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9281 Assalamualaikum semua pembaca. Salam tahun baru 2021. Aku doakan tahun ni adalah tahun yang baik dan tahun kita menyebarkan cinta serta aura positif. So, aku nak tulis tentang pandangan aku terhadap cinta. Ni pandangan secara peribadi dan aku tak kisah kalau pembaca tak setuju. Harap kita boleh berbagi pandangan yang baik-baik.

Setiap insan di  muka bumi memang diciptakan perasaan cinta dan cinta tu yang membimbing kita. Kalau kita rasa cinta yang kita miliki tu adalah cinta yang baik maka banyak kebaikan yang kita akan dapat dan macam tu juga sebaliknya. Cinta ni maksudnya sangat luas. Bukan cinta antara lelaki dan perempuan saja tapi cinta kepada haiwan, harta, kehidupan dan diri sendiri. Tanpa cinta kepada haiwan dan belas kasihan kepada mereka, maka banyaklah manusia yang layan haiwan macam tak ada perasaan. Mungkin, pada pandangan kita haiwan tak ada akal jadi kita rasa kita berhak untuk seksa mereka. Hakikatnya, bila kita buat macam tu kita ni lebih teruk daripada haiwan. 

Berkasih sayang antara manusia tu penting tapi menyayangi haiwan adalah sesuatu yang dituntut dalam agama Islam dan agama lain pun tak pernah benarkan penganutnya seksa haiwan melainkan itu ajaran yang menyimpang. Tak kisahlah haiwan tu haiwan yang haram sekali pun untuk kita makan tapi kita tak ada pula disuruh seksa haiwan-haiwan tersebut. Zaman sekarang ni, orang buat jahat pun nak dirakam. Berapa banyak yang kita tengok video-video viral yang melibatkan penyeksaan haiwan? Mana rasa cinta kita terhadap alam? Rasulullah sendiri adalah pencinta haiwan, tak akan kita manusia biasa ni tak ada rasa cinta terhadap haiwan? 

Selain tu, cinta kepada harta. Mencintai harta bukan bermaksud tamak atau taksub dengan harta tapi lebih kepada menghargai. Contohnya bila kita miliki sesuatu tak kisahlah kita beli sendiri atau orang lain bagi, kita kena hargai. Kalau beli sendiri hargai titik peluh kita sebab tu pun salah satu tanda kita bersyukur dan ni pun melibatkan cinta terhadap diri sendiri. Kita tak dilahirkan untuk senangkan hati semua orang secara terpaksa. Kita berhak memilih dengan siapa kita nak berkawan. Siapa yang sepatutnya ada dalam lingkungan hidup kita. Bila orang bagi pula, kita kena hargai sebab tu tanda kita hormat dengan si pemberi. 

Jangan lepaskan peluang untuk jadi orang yang baik. Orang toxic dengan kita? Takkan kita pun nak sumbangkan diri dalam golongan macam tu? Jadilah baik untuk diri sendiri. Faham konsep hidup diri sendiri. Kita hidup ni dengan matlamat. Kita hidup dengan tujuan. Besarkan matlamat kita dan jangan pandang rendah dengan matlamat hidup orang lain. Kebahagian akan hadir dengan waktu yang tepat tapi tak bermakna kita kena menunggu tanpa mencari kebahagian tu. 

Sekarang ni, kita sedar atau tidak disekeliling kita ada saja yang hidap masalah depression. Aku tak nak sentuh benda ni secara dalam tapi aku nak kita sebagai masyarakat kena bagi ruang untuk mereka rawat depression tu bukan tutup peluang untuk mereka dalam komuniti. Aku tahu, aku bukan sesiapa pun nak cakap pasal benda ni tapi ni lah hakikatnya. Mereka yang ada depression ni bukan seseorang yang lemah tapi mereka ni adalah insan yang terpilih dalam perjalanan hidup mereka. Jangan terlalu cepat menilai dan terlalu cepat keluarkan kata-kata yang tak bernas dalam alam maya atau alam nyata. Kita kena ingat, apa yang kita bagi kita akan dapat balik. Mungkin bukan sekarang tapi akan tiba dalam waktu yang sesuai dengan tulisan takdir Tuhan.

Kau hargai orang lain, maka kau akan terima penghargaan. Kau hormat orang, orang akan hormat kau. Jadilah pemberi dan juga penerima. Hargai hal-hal kecil yang berlaku dalam hidup kita dan kita supaya kita ni layak dapat sesuatu yang besart dengan izin-Nya. Jangan putus asa dan beri ruang untuk diri kalian belajar mencintai diri sendiri. Bukan selfish, tapi be yourself. Fitrah manusia tu adalah kebaikan dan sebenarnya kebaikan tu adalah kalian. Selamat menjadi insan yang baik dan terus sebarkan kebaikan serta jangan tinggalkan cinta kepada diri sendiri. 

 

Sekian. Assalamualaikum!

]]>
Lelaki, Jangan Ambil Remeh! Wanita Memang Benci Lelaki Yang Ada 14 Sikap Ini. https://redaksi.com/242-lelaki-jangan-ambil-remeh-wanita-memang-benci-lelaki-yang-ada-14-sikap-ini Tue, 20 Jun 2017 15:08:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=242 Asyik bermasam muka dengan pasangan? Kadang suami tak sedar yang perbuatan mereka dibenci oleh si isteri. Kebanyakkan suami selalu menyalahkan isteri apabila isteri kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap isteri yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran. Cuba anda semak kalau ada 14 sikap ini dalam diri, anda kenalah ubah. Buang terus pun lagi ok.



1. Suka tunjuk baran.

Pantang silap sikit, terus nak maki. Lagi parah, kaki tangan cepat nak tampar atau mencekik leher isteri nak tunjuk dia berkuasa. Kalau dah selalu hadap, wanita akan jadi trauma dan benci dengan lelaki. Tapi ada juga yang sanggup bertahan, terpaksalah berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan!

2. Semua tak boleh.

Kawal sudut yang betul tak apa, ini kalau nak keluar dengan kawan-kawan perempuan sesekali pun kena marah. Kalau cakap elok-elok tak apa. Yang tak adil, kalau dia keluar melepak malam-malam sampai ke pagi, isteri tanya lebih terus dicop ‘queen control’. Aduhaaaiii… tolonglah saling memahami dalam dunia masing-masing. Mungkin cemburu, tapi jangan sampai seksa isteri, ya.



3. Buat salah tak minta maaf.

Kalau gaduh, wanita selalu dipersalahkan. Kadang marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri nak tunggu isteri pujuk. Sesekali boleh, tapi jangan sampai perempuan merajuk dan keluar ego dia pula.

4. Suka cuci mata.

Tak semua tapi ada yang jenis isteri dah cantik, mata masih lagi suka pandang wanita lain. Bayangkan kalau berjalan sebelah dengan anak isteri pun mata sempat ‘cuci mata’ tengok perempuan lain. Eh, ada ke isteri tak kisah bab ini?

5. Cepat mesra dan over.

Peramah biar bertempat. Ini ada kes sampai nak tolong hantar ke rumah (dah kahwin), ada lagi pelik yang pantang jumpa wanita cantik terus banyak cakap sampai tak malu minta nombor telefon. Konon nak berkawan. Tak payah nak jadi ‘teman tapi mesra’ sangatlah.

6. Tak sensitif perasaan wanita.

Wanita kadang suka merajuk, tapi lelaki kenalah tahu pujuk. Mungkin dah lama berumah tangga jadi ada yang buat tak kisah. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Isteri perlu rasa dirinya disayangi dan dibelai dengan penuh kasih sayang.



7. Lebih pentingkan kawan-kawan.

Sanggup membatalkan perjanjian keluar dengan isteri semata nak menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Ya, ada lelaki terlalu pentingkan kawan-kawan dalam segala hal. Merana juga kalau sampai terabai anak bini.

8. Tidak tahu menghargai.

Penat isteri memasak, langsung suami tak sentuh. Haruslah sedih, terus hilang semangat wanita nak bahagiakan lelaki. Cubalah ambil hati wanita sikit, walau tak ikhlas.

9. Cakap tengking atau tinggi suara.

Ada suara yang macho sekali pun ,tak payah nak tinggikan suara depan orang ramai. Atau mungkin depan mak ayah isteri. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah. Kalau isteri meninggikan suara sikit, mulalah kata isteri dah pandai melawan. Tapi kalau dah selalu sangat suami guna nada tinggi, mana wanita tak buat perangai!



10. Asyik bagi alasan dan tipu.

Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama-kelamaan akan membuatkan isteri cepat meluat dan benci. Lelaki akan kerap menipu sekiranya dia ada bermain kayu tiga.

11. Selekeh dan tak jaga penampilan.

Nabi adalah contoh suami yang selalu kemas dan harum. Ingat bahawa Allah SWT Maha indah dan sangat menyukai keindahan. Jadi jagalah penampilan untuk sebahagian dari keimanan.

12. Malas buat kerja.

Minta tolong kemas rumah pun macam-macam alasan si dia guna. Habis kalau dah isteri pun bekerja, janganlah pentingkan diri sangat.

13. Kurang bercakap dan bergurau.

Jangan fikir bila dah kahwin, anda tak perlu tanya khabar. Isteri cepat bosan, jadi cubalah caring lebih untuk jaga perasaan dia. Apa salahnya hantar mesej sekali sehari tanya khabar walau sibuk dengan urusan kerja. Sekarang ni lagi canggih, WhatsApp dan Facebook pun boleh. Dan curilah peluang bergurau senda, bukan kena bayar pun.

14. Tidak bertanggungjawab terhadap anak.

Semua nak suruh isteri yang buat, cubalah sesekali dekatkan diri dengan anak. Mendidik biarlah bersama, barulah lengkap. Ini biar je isteri dengan anak-anak. Letihlah emosi wanita kalau asyik diarah itu ini. Baik lelaki atau perempuan, jagalah rumah tangga dengan susunan dan petua hidup yang teratur. Jangan asyik mengarah, sesekali bagi ruang dan peluang kepada pasangan untuk meluah dan berkongsi masalah. Dan ketahuilah lelaki, emosi wanita sangat cepat berubah dan hatinya rapuh. Semua terpulang pada layanan dan kasih sayang anda sebagai suami.


]]>
Suami-Suami, Panggil Dan Gelar Isteri Dengan Panggilan Yang Disenanginya. https://redaksi.com/6451-suami-suami-panggil-dan-gelar-isteri-dengan-panggilan-yang-disenanginya Wed, 03 Jul 2019 12:18:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6451 Memang tidak dapat dinafikan hubungan suami isteri akan lebih bahagia apabila isteri rasa bahagia. Apabila isteri rasa dihargai, maka kemanisan dalam rumahtangga itu akan terserlah. Nak buat isteri rasa bahagia dan dihargai itu mudah sahaja, cuba guna nama panggilan yang menyenangkan malah mengelarnya dengan panggilan yang indah-indah, sudah tentu hubungan akan menjadi lebih terasa manis.

Sebenarnya, penting memanggil dan memuji isteri dengan gelaran yang indah-indah ini. Hati isteri akan lebih rasa dihargai dengan panggilan seperti ini. Pada masa yang sama, isteri juga kan berasa tenang dengan panggilan seperti ini.



Sebab itulah, Ustaz Ebit Lew berpesan buat para suami diluar sana agar memuji dan memanggil isteri dengan nama panggilan yang indah serta disukainya. Tapi bukan suami sahaja, isteri juga kena panggil dengan panggilan yang manja dan juga menyenangkan.

Puji dan panggil pasangan dengan gelaran yang indah-indah.

Aduh. Ya Allah tuhanku..sebak rindu semua ada. Dapat peluang berdua-duaan dengan bidadari sayangku. Nak pegang tangan. Nak berbual. Nak cakap i love u till jannah banyak-banyak kali. Makin hari makin rindu. Makin jatuh cinta.

"Ya Allah jagakanlah bidadariku ini supaya dapat kami bersama mendapat RedhaMu dan jannatulFirdausMu."

Rumahtangga paling bahagia ialah rumahtangga Rasulullah saw. Jadilah orang paling baik dan romantik seperti Rasul saw... Bila pulang ke rumah baring atas riba isteri. Atau isteri baring di atas riba kita. Saling mengusap dahi dengan cinta dan kasih sayang. Setelah berpenat berjuang di luar sana.

Dakapan pasangan yang kita cintai ialah tempat paling indah. Mengubat segala duka dengan izin Allah.. Rasulullah saw berpelukan menangis kerana keletihan dan diuji dengan pukulan, cacian, kesusahan yang amat dahsyat di luar sana..rumahku syurgaku. Baiti jannati Memuji dan memanggil isteri atau suami dengan panggilan paling disukai.



Wahai bidadariku yang menawan, yang cantik, kekasih hati teman hidupku. Menemuimu dalam hidup ini perkara yang terindah. Kaulah bulan. Kaulah matahari. Kaulah kurnia Allah yang terindah dalam hidup ini..

"Rasulullah saw memanggil isteri dengan gelaran dan panggilan terindah."

Mengusap tangan dan peha pasangan. Sambil ucap dan lafazkan sayang. Saya cinta dan sayang awak sampai syurga. Saya ingin terbang bersama sayang dalam syurga.

Berlemah lembut dan lunakkanlah suara bersama pasangan. Perkataan dari hati yang mencintai dan bersyukur. Mereka bukan milik kita. Tapi amanah Allah yang untuk kita cintai dan bawa bersama ke syurga.



Jangan sesekali berkasar..dengan wajah bengis, bahasa kasar semua orang lari darimu.. Mandi bersama dan bergurau semasa mandi bersama. Rasulullah saw mandi bersama isterinya... Dukung dan rapatkan pipi. Dengan kasih sayang dan manja.. Bergurau dan sekali sekala main kejar-kejar dengan pasangan bagi yang sihat.. Berlari bukakan pintu rumah atau kereta bagi pasangan. Berebut nak angkat barang atau anak semasa bersama.. Bersama dengan manja dan kasih sayang -Ebitlew

]]>
Mimpi Kahwin Dengan Orang Yang Anda Tidak Sukai, Ini Maksud Disebalik Mimpi Tersebut. Walaupun Rasa Geram Tentu Anda Ingin Tahu Bukan. https://redaksi.com/8325-mimpi-kahwin-dengan-orang-yang-anda-tidak-sukai-ini-maksud-disebalik-mimpi-tersebut-walaupun-rasa-geram-tentu-anda-ingin-tahu-bukan Fri, 03 Jul 2020 14:50:55 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8325 Ramai yang tahu bahawa mimpi ini hanya sekadar mainan tidur saja. Kadang kala mimpi yang berlaku itu tidak akan menjadi satu kenyataan pun, tapi ada juga yang menjadi kenyataan namun jarang berlaku.

Walaupun begitu, hati tidak akan puas kalau kita mimpikan sesuatu sehingga teringat-ingat. Ia seolah memberi kesan pada kita selepas bangun tidur. Tentunya, anda ingin tahu makna disebalik mimpi itu. Walaupun tidak terjadi, tetapi tetap saja mampu sedapkan hati anda.


Buat yang bujang, tentunya anda pernah bermimpi seperti berkahwin, kahwin dengan bekas kekasih atau memakai baju perkahwinan. Tentunya anda ingin tahu disebalik makna mimpi tersebut bukan?

Jom ambil tahu mengenai mimpi-mimpi berkaitan perkahwinan bagi orang bujang ini.

Mimpi berkahwin saat masih bujang

Banyak orang alami perkara ini, begitu juga anda yang masih bujang. Hal ini dikaitkan dengan komitmen. Menurut Laura Loewenberg, seorang penganalisis mimpi mengatakan bahawa "Perkahwinan melibatkan dua orang hingga akhir usia. Oleh itu, apabila anda mengalami mimpi ini, anda harus ingat bahawa terdapat sejumlah komitmen nyata dalam hidup yang harus dilaksanakan."



Mimpi berkahwin dengan orang yang anda tidak suka

Mimpi ini berkaitan dengan perkerjaan yang sedang anda lakukan dengan orang tersebut. Tanpa anda sedari, ada perkara yang anda sukai mengenai orang tersebut.

Mimpi berkahwin dengan bekas kekasih

Mimpi ini menunjukkan bahawa anda telah belajar dari kesilapan yang yang lalu.

Mimpi berkahwin dengan rakan anda sendiri

Ia menunjukkan bahawa anda menyimpan perasaan terhadap rakan anda tetapi malu nak luahkan perasaan anda.



Mimpi berkahwin dengan kekasih

Impian ini adalah petanda jika anda dan pasangan mesti segera membincangkan hubungan untuk langkah yang lebih serius.

Mimpi menggunakan gaun pengantin

Ini menunjukkan bahawa anda sudah bersedia untuk berkomitmen dan menggunakan gaun pengantin impian.

Mimpi rosakkan majlis perkahwinan

Ia mungkin berkaitan dengan masalah antara hubungan anda dan orang lain, seperti rakan, rakan sekerja, dan keluarga.

Walaupun begitu, sebagai orang Islam kita tidak digalakkan untuk percaya akan perkara ini. Takut lain pula jadinya nanti. Kalau sekadar nak tenangkan hati atau ingin tahu itu sudah memadai.



]]>
Jangan Lepaskan Teman Wanita Anda Jika Dia Jenis Keras Kepala. Dia Calon Isteri Terbaik. https://redaksi.com/1446-jangan-lepaskan-teman-wanita-anda-jika-dia-jenis-keras-kepala-dia-calon-isteri-terbaik Sat, 09 Dec 2017 01:01:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1446 Menghadapi seseorang yang keras kepala bukanlah suatu perkara yang mudah, kerana ia tidak akan dengan mudah menyerah pada apa yang ia percayai dan inginkan. Ternyata seorang wanita yang keras kepala adalah calon isteri terbaik. Semak alasannya di sini.



1. Dia tahu apa yang diinginkan.

Wanita keras kepala benar-benar tahu apa yang dia mahu dan mempunyai kemahuan besar untuk meraihnya. Ia tegas dengan apa yang dirasakannya dan apabila hal tersebut menyangkut pada orang-orang yang dicintainya, ia tidak akan muda menyerah. Jatuh cinta pada wanita keras kepala bermakna ia juga akan keras kepala dalam mencintai anda. Ia akan tetap mencintai anda dengan maksimum.

2. Dia dapat mengawal emosinya.

Wanita adalah makhluk yang penuh dengan emosi. Hal terbaik dari wanita keras kepala adalah ia dapat mengawal emosinya. Ia tahu betul apa yang membuatnya bersemangatdan akan berjuang mati- matian untuk terus mendapatkannya. Berkaitan dengan wanita keras kepala ertinya adalah anda akan merasakan pelbagai emosi, kerana wanita keras kepala adalah seorang yang sangat emosional, dalam cara yang positif.



3. Dia akan mendorong anda menjadi lebih baik.

Kadang-kadang, orang lain lebih tahu yang terbaik untuk diri anda, berbanding diri anda sendiri. Ia akan berjuang untuk anda ketika ia tahu apa perkara yang baik untuk anda. Ia tidak kenal lelah ketika hal itu berkaitan dengan kesihatan, keselamatan, dan kebahagiaan anda. Ia tidak akan menyingkir dan membuat anda menghancurkan diri sendiri. Sebaliknya, ia akan menjadi salah satu orang yang terus mencari cara untuk mencintai anda dan membuat anda lebih mencintai diri sendiri.

4. Dia adalah seorang tabah.

Seorang wanita bersifat keras kepala kerana ada alasannya. Mungkin kerana ia telah berjuang begitu keras untuk sesuatu yang dimilikinya sekarang, atau pernah memperjuangkan sesuatu yang tidak mudah. Apa pun alasannya, ia keras kepala kerana suatu tujuan. Ia adalah seorang wanita yang kuat dan akan menjadi seorang tabah terhadap hal yang diinginkannya. Hal ini tidak hanya akan memberi inspirasi kepada anda, namun juga membuatnya menjadi pasangan yang hebat untuk anda.



5. Dia jelas.

Wanita ini bukan jenis yang tunduk patuh. Ia bukan orang yang akan menurut kepada anda kerana takut, kasihan, atau lemah. Wanita ini mempunyai pilihannya sendiri dan menjaganya tetap jelas untuk anda. Apabila ia tidak sependapat dengan anda, ia akan mengatakannya kepada anda, dan ia akan memberikan anda sebuah kejujuran.

6. Dia akan membuat segala hal menjadi menarik.

Ia adalah orang yang keras kepala, termasuk membuat beberapa konflik. Namun, siapa yang ingin jatuh cinta kepada orang yang selalu menurut? Tentu saja, tarikh dengan wanita keras kepala bermakna banyak perkara akan menjadi sukar, namun itulah seninya, ia membuat semua perkara kelihatan mengghairahkan, rumit, dan nyata.

7. Dia boleh berempati.

Kadang-kadang, anda boleh berbalah, namun satu perkara tentang wanita keras kepala adalah ia sangat pandai dalam perbalahan. Kerana sifat keras kepalanya, ia dapat mengetahui cara untuk melihat di sudut pandang yang berbeza. Tentu saja, ia berlangsung pada perasaannya sendiri, namun bukan bermakna ia tidak akan mempertimbangkan perspektif anda. Ia mungkin tidak selalu bersetuju dengan anda, namun ia berlangsung pada apa yang dipercayainya, dan dunia anda akan berputar-putar. Inilah yang terpenting.



8. Dia percaya diri.

Untuk menjadi orang yang keras kepala, anda harus merasa percaya diri terhadap apa yang anda percaya dan bertahan dengan hal tersebut. Dan seorang wanita dengan kepercayaan diri itu seksi.

9. Dia ghairah.

Ia keras kepala dan emosional, yang bermakna ia mempunyai keinginan dan impiannya sendiri. Keinginan dan impian inilah yang membuat ghairah, termasuk anda. Ia bukanlah orang yang akan menyerahkan segala hal pada nasib. Ia akan berjuang untuk anda dan memberikan hubungan yang luar biasa.

10. Dia sangat peduli.

Ia keras kepala untuk anda, bahkan ia akan membuat anda menjadi keutamaan utama. Ia akan tetap mencintai anda, bahkan ketika ia marah atau anda membuatnya kecewa. Dan kerana ia keras kepala, ia tidak akan berputus asa untuk anda.



11. Dia akan membuat anda gila, dalam erti positif.

Seorang wanita keras kepala akan membuat anda kagum. Ia sering tidak sependapat, namun wanita ini akan mencintai anda sepenuh hati. Gila, bukan? Tidak ada salahnya untuk mencari seseorang yang akan membuat anda gila, dalam cara yang positif.

]]>
3 Kategori Wanita Yang ‘Queen Control’. Anda Dalam Kategori Yang Mana? https://redaksi.com/2087-3-kategori-wanita-yang-queen-control-anda-dalam-kategori-yang-mana Tue, 24 Apr 2018 10:42:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2087 Wanita yang queen control sangat digeruni oleh semua lelaki, terutamanya si suami. Ini kerana, lelaki bagaikan tiada masa untuk diluangkan bersama-sama rakan di luar mahu pun ketika habis waktu bekerja.


Habis kerja, pulang ke rumah, melayan si isteri dan anak-anak dan berterusan hingga ke hari-hari yang seterusnya. Ini yang menyebabkan si suami berasa bosan dan rimas dengan si isteri dan tercetus lah segala peperangan.

Si suami akan merasakan, mereka di kongkong dan tidak di hormati. Dan jika mereka tidak redha dengan segala perbuatan si isteri, jatuh berdosa lah si isteri tersebut. Cepat-cepat lah bertaubat dan meminta maaf kepada si suami.

Dengan mengikut peredaran zaman dengan kecanggihan teknologi, wanita zaman sekarang bukan lagi di anggap queen control, tetapi stalker terhebat yang dapat melihat segala aktiviti si suami rutin harian. Malah ia akan menjejaskan nilai kekeluargaan dan keharmonian rumah tangga.


Kewujudan sikap queen control  sebenarnya tidak mengira apa jua keadaan mahupun situasi dan ia disebabkan oleh beberapa punca yang tercetus atau dicetus oleh kedua-dua pihak, sama ada lelaki mahupun wanita.

Untuk kepastiannya, terdapat tiga jenis queen control iaitu:

1. Mutlak.

Jenis queen control secara mutlak adalah apabila tingkah laku si isteri terlalu bersikap mengawal suami 100% sehinggakan menjadi suami bagaikan haiwan peliharaan, terpaksa tunduk sahaja atas semua arahan dan kemahuan isteri.


2. Pertengahan.

Jenis pertengahan adalah apabila si isteri suka mengawal dan mengarah ikut emosi yang sedang dialaminya. Mereka ini adalah isteri yang bersikap berubah-ubah dan ikut mood tanpa menghiraukan perasaan yang dialami suami ketika itu.

3. Permulaan.

Kebiasaannya terjadi di awal fasa mendirikan rumah tangga kerana mereka tidak mahu kehilangan si suami tercinta. Waktu ini, si isteri mula melihat kelemahan suami serta mula tidak menyukai beberapa sifat pasangannya.

Keadaan sebegini lebih mudah berlaku apabila si suami seorang yang lemah, kurang bertegas dan kerap memberi muka kepada isteri.


]]>
Doktor Ini Kongsikan Apa Yang Patut Anda Lakukan Sekiranya Tangan Melecur, Jangan Letak Sembarangan Ubat Yang Tidak Tahu Sumbernya! https://redaksi.com/6130-doktor-ini-kongsikan-apa-yang-patut-anda-lakukan-sekiranya-tangan-melecur-jangan-letak-sembarangan-ubat-yang-tidak-tahu-sumbernya Thu, 23 May 2019 21:00:37 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6130 Tipikal orang melayu kita, apabila mengalami kecederaan ringan pada tubuh badan pasti akan cuba pelbagai kaedah tradisional. Malah ada juga sebahagian daripada kita mula mencari alternatif perubatang yang lain di laman sesawang, dimana tidak tahu sejauh mana kesahihannya.

Dan akibat daripada itu, tubuh badan yang mengalami kecederaan semakin memudaratkan.

Berikut perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin

********

No photo description available.
Kredit: Facebook

Jika anda mengalami kelecuran, jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran.

Ia boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan.

MELECUR PADA KULIT DI BAHAGIKAN KEPADA 3 TAHAP:

Tahap 1: lecuran lapisan epidermis sahaja. Lapisan dermis tidak tercedera. Kulit kelihatan kemerah-merahan, dan sakit.

Tahap 2: lecuran lapisan epidermis dan sebahagian dermis. Lazimnya kulit kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit.

Tahap 3: lecuran epidermis, dermis dan lebih dalam. Kulit kelihatan putih dan tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak.

RAWATAN KECEMASAN AWAL BETUL ADALAH:

1. Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air panas/elektrik/dsb). Kekal tenang, tak usah panik.

2. Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran.

3. Alirankan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.

4. Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.

5. Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan.

Tak usah mudah percaya pada tips kesihatan yang tidak diketahui sumbernya.

********

Semoga Bermanfaat!

]]>
Antara Khasiat Minyak Kelapa Dara Yang Perlu Kita Tahu. https://redaksi.com/5077-antara-khasiat-minyak-kelapa-dara-yang-perlu-kita-tahu Thu, 31 Jan 2019 14:10:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5077 Apa itu minyak kelapa dara?

Minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO) adalah minyak yang dioalah dengan bahan kelapa segar dengan proses penyulingan yang tidak menggunakan haba. Minyak kelapa dara telah digunakan sejak zaman dahulu lagi. Bahkan minyak kelapa dara dihasilkan untuk mereka yang mementingkan kesihatandan kecantikan tanpa memerlukan kos yang mahal. Penggunaan minyak kelapa dara dalam pemakanan harian memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia.

Dan antara khasiat minyak kelapa dara adalah…

1. Anti virus, anti kulat dan antibakteria.

Minyak kelapa dara mengandungi asid caprillic dan asid lauric yang dikenali untuk mengesan antivirus dan antibakteria. minyak kelapa organik juga merupakan pembersihan yang sangat baik untuk saluran gastrousus. Di samping itu asid laurik mempunyai kesan yang sangat baik bagi tubuh badan.

2. Meningkatkan kadar metabolism.

Minyak kelapa dara meransang metabolisme dan menyediakan sumber tenaga segera. Apabila anda mengambil minyak kelapa dara dalam diet anda, anda membakar lebih banyak kalori kerana peningkatan metabolisme anda. Oleh itu menggabungkan minyak kelapa ke dalam plan penurunan berat badan yang sihat anda adalah idea hebat.

3. Sihat untuk kulit, rambut dan kuku.

Menyapu minyak kelapa dara organik ke kulit anda dapat melembabkan kulit anda. Serta menjadikan ia lebih lembut dan licin. Ia juga dipercayai melambatkan penuaan dan kedutan kulit anda. Disamping itu, minyak kelapa secara berkesan dapat membantu menjaga rambut dan kuku dengan cantik, sihat dan berkilat. Ia dianggap sebagai salah satu nutrien semulajadi untuk rambut anda.

4. Memberi tenaga dengan segera.

Mudah dicerna, Minyak kelapa dapat membantu anda merasa kurang letih dengan memberikan tenaga yang berkekalan. Ia juga dapat membantu meningkatkan prestasi sukan. Selepas senaman berat, ini akan membantu anda menyimpan glikogen dengan lebih baik dan berfungsi sebagai sumber tenaga.

5. Penghadaman.

Pencernaan yang lebih baik bermakna penyerapan mineral, nutrien dan vitamin yang lebih baik. Dengan membantu tubuh menyerap vitamin larut lemak ( seperti magnesium dan kalsium), minyak kelapa kelapa menyumbang kepada peningkatan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien yang berharga ini.

Jadi, minyak kelapa dara amat disarankan untuk dijadikan sebagai makanan sampingan, bagi meningkatkan kesihatan kita.

]]>
Wanita Cantik Lebih Memilih Lelaki Biasa-Biasa Sahaja, Bukan Rupa Yang Menjadi Ukuran. https://redaksi.com/7787-wanita-cantik-lebih-memilih-lelaki-biasa-biasa-sahaja-bukan-rupa-yang-menjadi-ukuran Fri, 10 Jan 2020 12:03:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7787 Ramai orang akan meletakkan rupa paras sebagai kriteria utama dalam mencari pasangan hidup. Baik lelaki mahupun perempuan, keduanya mementingkan akan perkara ini. Mana tidaknya, nak pandang hari-hari sudah tentulah kena sedap mata memandang, betul tak?

Akan tetapi, sedar atau tidak wanita yang cantik dan jelita biasanya lebih memilih lelaki yang mempunyai rupa paras biasa-biasa sahaja. Tak ada rupa sangat tetapi sedap mata memandang. Kadang bila kita sendiri tengok pun macam tak sesuai dan kena sahaja pasangan itu, sebabnya seorang cantik manakala seorang lagi biasa-biasa sahaja, tetapi itulah pilihan.



Mengapa wanita cantik lebih cenderung untuk memilih lelaki kurang kacang sebagai pasangan hidup?

Satu kajian mendapati, pasangan di mana isterinya mempunyai rupa paras yang lebih indah berbanding suaminya berpotensi untuk memiliki hubungan yang lebih harmoni dan setia bersama pasangan masing-masing.

1. Wanita mahu pasangan yang sentiasa menyokong

Pasukan pengkaji McNulty telah melakukan sebuah kajian terhadap 82 pasangan yang telah berkahwin selama 3 tahun. Rata-rata pasangan adalah berumur dalam lingkungan 20an.

Pengkaji telah merakam sesi dimana setiap pasangan itu berbincang akan masalah yang dihadapi selama 10 minit. Rakaman video itu kemudian dianalisa oleh pakar-pakar profesional dan hasil mendapati rata-rata wanita yang bersuamikan lelaki kurang dari segi paras rupa lebih cenderung menjadi “supportive” berbanding mereka yang kacak.



2. Hubungan lebih harmoni bila isteri cantik

Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh Profesor dari sebuah institusi pengajian tinggi, “lelaki sangat sensitif terhadap tarikan wanita, manakala wanita pula lebih sensitig terhadap ketinggian dan kewangan mereka,” jelas Prof. Ariely.

“Perasaan takut kehilangan isteri membuatkan mereka sehabis baik untuk kekalkan perkahwinan itu,” tambahnya.

Apa-apa pun, orang sekarang selalu menyatakan lelaki kacak ini lebih cenderung untuk berlaku curang, tetapi untuk hari ini rasanya ia sudah tidak sesuai lagi. Baik lelaki yang kacak atau tidak, kedua-duanya berpotensi untuk berlaku curang terhadap isteri mereka.

Apa yang paling penting adalah bagaimana anda menjaga hubungan tersebut, berbanding hanya melihat rupa paras sahaja. Siapa tahu rupa paras yang tidak seberapa tetapi hatinya cukup sayang kepada anda membuatkan anda memilih si dia.

]]>
6 Sikap Wanita Yang Mampu Melukai Hati Lelaki. https://redaksi.com/456-6-sikap-wanita-yang-mampu-melukai-hati-lelaki Thu, 13 Jul 2017 11:56:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=456 Tidak hanya wanita sahaja yang mampu sakit hati dilakukan lelaki, lelaki juga mampu berasa sakit hati dengan sikap wanita. Adakalanya bila kita terlalu rapat dengan pasangan, kita sering melontarkan kata-kata dan gurauan yang mampu mengguris hati pasangan tanpa kita sedar. Akhirnya, pergaduhan akan terjadi. Oleh itu, ketahui 6 sikap wanita yang mampu melukai hati seorang lelaki yang disayangi.



1. Tidak mengendahkan dan meninggalkan pasangan.

Jika anda sudah membuat janji dengan lelaki, jangan sesekali mungkiri janji tersebut. Jagalah perasaan dan hatinya dengan konsisten ketika bersama. Jangan sibuk dengan handphone. Dengarkan apa yang hendak dia sampaikan agar si dia berasa dihargai.

2. Gurauan yang menggangu.

Jangan buat lawak tentang dirinya seperti cara dia berpakaian. Pada mulanya ianya boleh dianggap biasa tapi lama kelamaan pasti dia terasa hati. Ketahuilah wahai wanita, setiap apa yang anda katakan pasangan anda pasti akan ingat samada baik atau jahat.



3. Membandingkan.

Sememangnya lelaki tidak suka dibandingkan dengan lelaki yang lain. Sekali pun dia adalah seorang penyabar, bila dibandingkan dengan seseorang pasti mampu melukakan hati. Fikir dahalu apa yang hendak katakan agar tidak merosakan perhubungan anda.

4. Jadikan orang suruhan.

Jangan terlalu berharap dengan pasangan. Andai anda mampu lakukannya sendiri, terus lakukan. Jangan jadikan pasangan anda seperti mesin yang hanya menerima arahan. Cintai lelaki anda dan jangan jadikan mereka sebagai bodyguard.



5. Memintanya berubah.

Ini merupakan salah punca yang menyebabkan lelaki rasa sakit hati. Ketika anda memintanya supaya berubah, ini membuatkan pasangan anda merasa tidak dicintai dan tidak diterima. Andai ingin mengubah pasangan anda kearah kebaikan, anda haruslah menjadi contoh yang baik. Nescaya pasangan anda akan mengikut langkah anda.

6. Membicarakannya di hadapan teman anda.

Lelaki agak sensitif bila mereka dibicarakan oleh kawan-kawan anda. Walaupun mereka kelihatan biasa, mereka sebenarnya kurang selesa dalam keadaan itu.

]]>
Anda Dapat Mengenali Seorang Lelaki Dengan Tepat Melalui 10 Situasi Tersebut. https://redaksi.com/2267-anda-dapat-mengenali-seorang-lelaki-dengan-tepat-melalui-10-situasi-tersebut Mon, 14 May 2018 15:54:11 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2267 Jadi, dengan cara bagaimanakah anda sebagai wanita dapat mengenali sikap lelaki dengan lebih tepat? 


1. Cara si dia melayan ibu mereka.

Adakah si dia melayan ibu mereka dengan baik? Bagaimana nada suara mereka, lembut atau kasar? Berapa kali si dia menghubungi ibu mereka? Hanya dengan cara ini anda boleh tahu, si dia lelaki yang bagaimana.


2. Cara si dia melayan seseorang pekerja.

Terutama pekerja customer service front liner. Adakah si dia melayan mereka dengan kata-kata yang kesat? Adakah si dia melempiaskan amarah dengan mudah pada pekerja tersebut?

3. Cara si dia menceritakan hal orang lain.

Adakah si dia menceritakan hal negatif atau positif? Jika si dia gemar memburukkan hal orang lain pada anda, hati-hati!

4. Cara si dia menceritakan perihal sendiri.

Adakah mereka sangat bangga menceritakan kejayaan mereka? Adakah mereka menunjuk-nunjuk atau riak? Atau adakah mereka adalah seorang yang merendah diri? Dengan cara ini, anda akan tahu si dia ego atau pun tidak.


5. Cara si dia atau rakan melayan antara satu sama lain.

Siapakah rakan-rakan si dia? Siapakah sahabat baik si dia? Adakah mereka semua berkelakuan baik antara satu sama lain? Atau talam dua muka? Adakah mereka semua berkata-kata lucah dan kesat, hati-hati ya wahai wanita!

6. Cara si dia menepati janji.

Adakah si dia menepati janji? Menepati masa? Dan boleh menyimpan rahsia? Jika Ya, anda sangat beruntung memiliki si dia.

7. Cara si dia melayan anda.

Si dia sangat menghormati anda, tidak mengambil kesempatan, tidak membuat anda sentiasa berasa ragu-ragu dengan perasaan anda. Ya, anda sedang mengenali seorang lelaki yang baik.


8. Cara si dia menguruskan diri sendiri.

Bagaimana si dia menguruskan diri sendiri ketika dalam tekanan? Dan keseorangan? Adakah mereka adalah seorang yang boleh diharap?

9. Cara si dia menceritakan tentang bekas kekasih mereka.

Jika si dia sering menceritakan aib tentang bekas kekasih mereka, sudah tentu si dia akan membuka aib anda juga.

10. Cara si dia meminta maaf.

Adakah mereka meminta maaf dengan ikhlas? Atau terpaksa? Atau langsung tidak pernah mengungkapkan kata maaf? Lelaki yang sering meminta maaf di atas kesalahan mereka, adakah lelaki yang baik untuk dijadikan calon bakal suami.


 

]]>
5 Tanda Anda Bersama Wanita Yang Baik. https://redaksi.com/2396-5-tanda-anda-bersama-wanita-yang-baik Mon, 28 May 2018 13:06:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2396 Setiap orang pasti pernah mengalami kehilangan seseorang pasangan yang baik di sisinya. Dan apabila anda sedar akan kebaikannya selepas anda kehilangan dirinya. Bukan itu sahaja, selepas anda melihat pasangan lain tidak sepertinya. Jadi sebagai lelaki, untuk mencari dan mempunyai seorang wanita baik yang anda boleh teliti beberapa perkara dalam dirinya. Dan perkara-perkara itu perlu bersesuaian dari sisi agama dan dari sudut pandangan anda. Jadi mari lihat, apa tanda-tanda seseorang wanita itu adalah wanita baik.


1. Menghormati.

Untuk melihat seseorang wanita itu patuh dan taat, mereka ini adalah orang yang akan sentiasa menghormati keputusan anda. Sebenarnya, ia bukan hanya keputusan tetapi menghormati diri anda dan juga dirinya. Di mana, jika mereka tahu bahawa anda dan dirinya masih belum mempunyai ikatan, maka mereka ini akan menjaga jaraknya dalam menjalinkan perhubungan dengan anda, terutama apabila keluar bersama.

2. Tidak putus asa.

Seorang wanita tidak akan mudah putus asa terhadap perkara yang mereka inginkan, walaupun mereka tahu mereka tidak akan memperolehnya tetapi mereka tetap akan mencubanya. Wanita seperti ini sangat penting dalam perhubungan, di mana mereka ini akan membantu anda dalam mempertahankan perhubungan kalian. Bukan itu sahaja, mereka juga akan tidak akan putus asa memperbaiki dirinya ke arah kebaikan.

3. Tidak berpura-pura.

Dalam sesi perkenalan ini, setiap orang pasti akan menjaga tingkah lakunya, maka dengan itu mereka tidak akan berpura-pura terhadap pasangannya. Mereka ini akan tunjukkan sahaja sifat yang mereka miliki untuk menarik perhatian anda. Bukan apa, mereka tahu seseorang itu perlu mencintai diri sebenar bukan diri yang berpura-pura. Menjadi diri sendiri itu lebih baik kerana rasa cinta yang diberi itu akan rasa lebih tulus dan ikhlas.


4. Menjaga solatnya.

Seperti yang sedia maklum, solat itu adalah tiang agama. Maka dengan itu, seseorang yang melakukan kewajipannya setiap hati lima kali sehati pasti adalah seorang yang baik. Kerana apa? Kerana mereka ini mematuhi dan mentaati suruhan Allah. Jadinya, jika pasangan anda seorang yang menjaga solat, sudah pasti mereka ini terdiri daripada yang baik. Dan sudah semestinya, mereka ini miliki sifat-sifat yang baik apabila menjaga solatnya dengan betul.

5. Sentiasa memberi lebih.

Dalam perhubungan yang dibina, anda boleh lihat si dia ini sentiasa memberikan yang lebih dalam perhubungan. Di mana mereka ini sentiasa ingin menyenangkan hati anda walaupun kadang kala hati mereka ini yang sakit. Bukan itu sahaja, mereka ini juga menunjukkan rela berkorban demi anda walaupun menghadapi saat-saat susah satu hari nanti.

Jika anda memiliki pasangan seperti ciri-ciri ini, itu bermakna anda sudah pun memiliki pasangan yang baik. Tetapi jika masih tidak memiliki pasangan ciri-ciri seperti di atas, apa kata anda cuba untuk membawa pasangan anda ke arah seperti ini. Jangan pernah tinggalkan seseorang itu hanya kerana kekurangannya tetapi bimbing mereka kebaikan itu.

]]>
Dengan Didikan Agama, Anak Dara Norman Hakim Dan Abby Abadi Berjaya Tamatkan Hafazan. https://redaksi.com/4344-dengan-didikan-agama-anak-dara-norman-hakim-dan-abby-abadi-berjaya-tamatkan-hafazan Tue, 27 Nov 2018 14:44:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4344 Bertuah sungguh Norman Hakim dan Abby Abadi. Anak dara mereka Marissa Dania telah berjaya menamatkan hafazan Matan Burdah Busiri. Sama ada Norman mahupun Abby, masing-masing berkongsi kegembiraan di atas pencapaian anak mereka.

Malah mereka juga turut menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Al-Quran, Hadith & Turath As-Sofa sekaligus meraikan kejayaan Marissa menamatkan hafazan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul.

Norman dan Abby turut berkongsi kegembiraan kejayaan anak mereka di laman Instagram masing-masing.

“normanhakim_786: Alhamdulillah terima kasih Jumaat yang indah.Syukur utk update ini dari pihak sekolah.Jangan berhenti berusaha & berdoa,berdoa & berdoa untuk memohon segala kebaikan dilangit & dibumi

Terima kasih utk doa2 kalian jugak untuk cenonet @marissadania_ @marissadaniaaaaa_ selama ni.Alhamdulillah syukur terima kasih Ya Allah...”


“abby_abadi112: @marissadaniaaaaa_ Tahniah Adik. Baru permulaan ni Adik ye. Jauh lagi nak melangkah... jalan yg tentu beronak dan berduri. Terus kuat!”

Cara didikan keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi harus dicontohi kerana menitikberatkan didikan agama kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Perpisahan antara Norman dan Abby tidak menjadi penghalang untuk mereka memberikan kasih sayang secukupnya. Hubungan yang akrab antara kedua-dua buah keluarga ini menjadikan kehidupan keluarga 'besar' Norman dan Abby lebih harmoni.

Daripada apa yang dilihat dapat disimpulkan bahawa sama ada Norman mahupun Abby masing-masing mengamalkan:

  • Hubungan keluarga yang akrab.
  • Menitikberatkan pendidikan agama.
  • Manjakan anak-anak tetapi dalam masa yang sama sedikit tegas.
  • Menjadikan hubungan dengan anak-anak seperti rakan rapat.
  • Sentiasa meraikan kejayaan anak-anak sebagai tanda sokongan agar anak-anak sentiasa rasa dihargai.

]]>
Naluri isteri tahu suami curang, siap mengaku sayang dekat wanita baru kenal 2 bulan https://redaksi.com/9006-naluri-isteri-tahu-suami-curang-siap-mengaku-sayang-dekat-wanita-baru-kenal-2-bulan Wed, 25 Nov 2020 17:41:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9006 Hancur hati seorang isteri bila mengetahui dalam diam suaminya bermain kayu tiga di belakangnya. Walaupun cuba pertahankan hubungan, namun sia-sia kalau belah sana sudah tak ada hati dalam rumah tangga yang terbina.

Itulah yang dilalui oleh wanita ini, yang mahu dikenali sebagai Nur Syazana. Berdasarkan apa yang tular di Facebook, dirinya kecewa dan sedih apabila rumah tangga yang dibina itu goyang kerana kehadiran orang ketiga.


Naluri isteri tahu suami main kayu tiga

Menerusi perkongsian tersebut, Syazana menyatakan bahawa sebelum mengetahui perkara ini, nalurinya sebagai isteri merasakan sesuatu yang tidak kena sehinggalah dia terjumpa bukti kecurangan suaminya itu.

Dia juga meluahkan rasa bahawa tidak sedih akan kehilangan suami namun bersimpati akan anak-anaknya yang kehilangan kasih sayang bapa.

Dah saling sayang, rela undur diri

Menurutnya hatinya hacur dan tidak mahu bersubahat akan perbuatan suaminya, malah suaminya juga menyatakan bahawa menyayangi wanita tersebut dan rela kehilangan anak dan isterinya.

Syazana berkata, dia kuat demi anak-anak dan berterima kasih kepada suaminya dan gadis itu kerana telah menghancurkan rumah tangganya yang dibina selama ini.

Perkongsian tersebut telah mendaapt perhatian warganet yang rata-rata memberi kata-kata semangat untuk Syazana teruskan hidup serta mendapat jodoh yang lebih baik selepas ini.


]]>
Bergaduh Bukan Kerana Benci Tetapi Cara Untuk Kenal Hati Budi Pasangan Anda. https://redaksi.com/3663-bergaduh-bukan-kerana-benci-tetapi-cara-untuk-kenal-hati-budi-pasangan-anda Fri, 28 Sep 2018 10:32:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3663 Sering kali kita beranggapan kerap bergaduh itu adalah salah satu punca kita dan pasangan tidak mempunyai sefahaman dan keserasian bersama. Sudah nama pun perhubungan, jadi ia pasti ada pasangan surutnya dan tidak akan berbahagia yang berpanjangan. Jika kalian sentiasa berbahagia dan tiada salah faham mungkin itu adalah satu kelebihan yang anda perolehi. Dan perkara itu perlu anda syukuri.



Hal ini kerana, tidak semua orang mampu menjalinkan perhubungan tanpa berlaku salah faham dan pergaduhan. Namun begitu, pergaduhan ini dikatakan sesi mengenal hati budi pasangan dengan cara lebih mendalam. Bahkan ia juga dikatakan mampu mengeratkan perhubungan yang dibina itu.

Dalam perhubungan, pergaduhan ini dikatakan sebagai rencah untuk mencapai satu kebahagiaan. Tiada ada pasangan yang akan lari satu pergaduhan, tidak kira lah ia pergaduhan yang kecil ataupun tidak. Dugaan serta ujian akan tiba pada bila-bila masa sahaja, tidak kira lah ia bermula dari pihak anda ataupun si dia. Sebelum anda mempunyai niat untuk jalinkan perhubungan, anda seharusnya bersedia akan perkara ini. Jangan hanya kerana pergaduhan yang remeh anda sudah beralah terhadap hubungan yang dibina.

Pasti ada sebab dan punca mengapa pergaduhan berlaku dalam hubungan kalian. Bak kata pepatah, kalau tak ada angin pasti pokok tidak akan bergoyang. Jadi cari balik di mana silap dan punca sehinggakan tercetusnya pergaduhan itu berlaku. Jangan hanya tahu menuding jari dan menyalahkan antara satu sama lain, adalah lebih baik sama-sama saling memperbaiki silap tersebut.



Jika mahukan hubungan berkekalan, anda dan pasangan perlu saling memperbaiki diri. Baik diri anda, dirinya mahupun perhubungan ia tidak akan begitu sempurna seperti yang kalian harapkan. Pergaduhan ini hadir kerana ingin menguji kekuatan hubungan tersebut. Jadi apa salahnya jika masing-masing saling memperbaiki diri serta menegur untuk kebaikan. Mungkin hari ini silap dirinya mana tahu besok lusa silap diri kita pula. Jangan terlalu ikutkan perasaan serta ego yang menguasai diri itu.

Tidak lupa juga, sentiasa buka hati untuk memaafkan pasangan kita. Manusia ini tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Jadi jika anda inginkan perhubungan itu mampu bertahan maka jangan malu untuk memohon maaf serta memaafkan. Membuat silap itu manusia, memberi kemaafan itu adalah kemanusiaan.

Jadi jangan merasakan pergaduhan itu berlaku kerana timbulnya perasaan benci terhadap pasangan tetapi ia adalah salah satu cara untuk mengenali pasangan dengan lebih mendalam lagi. Jangan pernah mengalah terhadap pergaduhan yang timbul tetapi cuba perbaiki diri kalian agar lebih bijak menagani pergaduhan tersebut.



]]>
Baru Nak Solat Anak Mula Merengek, Ibu Ini Kongsi 3 Tips Untuk Khusyuk Dalam Solat. https://redaksi.com/5216-baru-nak-solat-anak-mula-merengek-ibu-ini-kongsi-3-tips-untuk-khusyuk-dalam-solat Fri, 15 Feb 2019 12:12:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5216 Bila ada anak kecil ini memanglah ibu tidak boleh berjauh dari anaknya, sampai nak solat pun anak-anak ini akan mula minta perhatian. Selalu ibu-ibu ini lambat menunaikan solat apabila anak kecil masih lagi belum tidur mahupun tidak boleh lihat ibunya tiada di sisinya. Kadang kala ibu-ibu ini terpaksa solat di akhir-akhir waktu kerana terpaksa melayani si kecil dahulu. Tidak cukup dengan itu, apabila mula nak solat sahaja anak terus menangis minta perhatian.

Nak biarkan lama-lama sememangnya tidak sampai hati lah, jadi terpaksa berhenti solat dan lihat anak. Kadang-kadang itu nak solat pun rasa tak khusyuk. Lain lah kalau ada yang menjaga mereka, pasti mudah sahaja nak lakukan solat.



Mungkin ramai yang sudah mencuba macam-macan untuk buat anak selesa semasa ibu sedang solat tapi mungkin tidak menjadi. Apa kata anda cuba pula seperti yang dikongsikan oleh Puan Mahirah A Rashid ini, mana tahu ia bersesuaian untuk anak anda. Tapi jangan pula anda baru cuba sekali sudah menyerah kalah.



Tanamlah setiap benih didunia ini dengan benih disyurga.

Nilai 'ibadurrahman itu perlu dilatih dalam kehidupan, baru kita terlatih dalam solat.

Dalam kehidupan perlu ada rasa rendah hati, baru dalam solat kita akan rasa rendah diri, kalau tidak, boleh jadi seseorang itu akan sombong dengan Allah.

Apabila tidak lagi kusyuk ketika solat, carilah cara untuk menambahkan rasa kusyuk itu.

Saya ingin kongsikan tiga tips mudah yang saya dapat ketika menghadiri usrah baru-baru ini, bagaimana nak membantu ibu muda yang mempunyai anak kecil untuk kusyuk dalam solat.



Tips Membantu Ibu Muda Khusyuk Dalam Solat.

1. Bacakan doa.

Mohon doa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan kita untuk beribadah. Anak-anak kecil memang ada kecenderungan untuk menjadi 'pengganggu' waktu kita nak beribadah terutamanya solat. Syaitan dan jin sukalah ganggu anak-anak kita sampai nangis-nangis. Jadi, memang perlu doa banyak-banyak.

Kalau saya boleh top up sikit, saya suka doa dan tiupkan pada ubun anak-anak saya, mudah-mudahan dia tidak menjadi penghalang saya untuk kusyuk beribadah, dan dia juga terdiri dalam kalangan orang yang cinta untuk menunaikan solat. Berdoalah dengan apa-apa doa' yang ma'tsur atau pintalah apa-apa yang baik yang kita harapkan pada Allah.

2. Pesan.

Anak kecil ini memang perlu dititip pesan, sebab memahami fitrah mereka yang suka bermain, waktu kita hampar sejadah dan memakai telekung pun, mungkin mereka nampak macam alat mainan je. Hehe. Cuma jangan kita lupa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud


"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Hanya ibu bapa yang menjadikannya Yahudi, Nasrani dan Majusi." (HR Muslim).


Maka kita tidak terlepas peluang untuk membentuk acuan yang baik. Jangan risau kalau sekali dua belum tentu mereka dengar, ataupun pesanan tu bertahan seminggu je, tapi jangan pernah lelah nak berpesan secara berhikmah, inshaaAllah dia akan terdidik.

Saya juga sejak dahulu seusai berpantang, bila dah boleh solat, saya akan selalu berpesan pada anak kecil saya, saya berkomunikasi dengan bahasa yang mudah dengan harapan dia akan faham. Alhamdulillah sedikit demi sedikit boleh membantu, lebih-lebih lagi bila dah besar.

"Adik, duduk diam-diam kejap ye, mama nak solat"

"Kakak, tak boleh tarik tarik telekung mama waktu mama tengah solat"

Bila dah besar sikit, biasanya saya akan tanya,

"Kakak, kenapa kakak panjat belakang mama waktu mama tengah solat?"

"Kakak, boleh ke kalau waktu orang tengah solat, kita tarik telekung dia?"

Kadang-kadang ada la juga dia tetap panjat duduk belakang masa saya. Sakit pinggang masa tu, mashaaAllah. Bertabahlah sikit nak didik anak kecil ni kan, hehe. Tiba-tiba teringat sungguh bagaimana akhlak Rasulullah s.a.w dengan cucu-cucunya.

3. Letak sejadah.

Percaya atau tidak, anak kita akan lebih suka bila kita hamparkan sejadah khusus untuk dia, dia akan ada ruang dia tersendiri untuk solat. Kalau anak perempuan, boleh pakaikan telekung untuk dia. Bila dia ad sejadah dia, telekung dia, berkuranglah sikit untuk kita diganggu.

Kecil-kecil dah terdidik dengan suasana begini, lama-lama dia akan terbiasa. Sebenarnya mereka lebih kepada nak ikut kita je. Contoh dalam ilmu psikologi, kita panggil "modelling" yang bermaksud "learning through observation and imitation of a model" (Cicarelli & White, 2009). Sebab itu kita perlu tampilkan contoh yang baik untuk anak kita iaitu qudwah hasanah.

Ingat tiga tips ringkas ini; Doa, Pesan & Sejadah Untuk Awak! Selamat mencuba.

Never give up, mama.


]]>
“Sayang Suami Pun Berpada-Pada, Jangan Sampai Isteri Pula Menjadi Ketua Keluarga” https://redaksi.com/6145-sayang-suami-pun-berpada-pada-jangan-sampai-isteri-pula-menjadi-ketua-keluarga Sat, 25 May 2019 11:20:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6145 ‘Biawak Hidup’

Itu adalah gelaran yang biasa diberikan kepada seorang suami yang tidak bekerja, goyang kaki di rumah dan hanya tahu meminta duit daripada isterinya sendiri. Tiada kemahuan langsung untuk bekerja, malah anak-anak juga dihantar kepada pengasuh supaya hidupnya bebas untuk melakukan apa sahaja.

Situasi sebegini seolah-olah menjadi trend kerana kaum wanita yang lebih bekerjaya dan mempunyai pendapatan yang lebih tinggi. Namun, walaupun isteri yang bekerjaya ia bukan tiket percuma untuk seorang suami boleh bergoyang kaki di rumah tanpa menguruskan hal ehwal rumah tangga.

LEMBUTNYA HATI ISTERI UNTUK MENJAGA SUAMINYA…

Hati dan perasaan kaum wanita ini lemah, lembut dan mudah cair dengan kata-kata lelaki.

Oleh sebab itu, ia sudah menjadi lumrah apabila seorang isteri terlalu sayang pada suaminya sendiri, walau sudah di dera banyak kali pun,  masih mahu ‘menyimpan’ suami di rumah.

Dengan alasan ‘Syurga Isteri Di Bawah Telapak Kaki Suami’

"Kalau tak tolong, nanti jadi isteri derhaka." Antara dialog yang sering diungkap dalam drama Nur 2.


Gambar Sekadar Hiasan. Sumber: IG NoorKhiriah

Jangan kerana terlalu sayang dan cinta pada seorang lelaki yang bergelar suami sehingga tidak kisah ‘membela biawak hidup’ di rumah.

Dengan cara begini hanya membuatkan atau mendidik seorang suami menjadi lelaki yang kurang bertanggung jawab dengan peranannya sendiri.

"Kalau hidup sekadar untuk hidup, babi dihutan juga hidup"    -Hamka-

JANGAN MENYANGKAL LELAKI ITU ADALAH SEORANG PEMIMPIN…

Dan juga sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka….” (An-Nisa': 34)

Dalam petikan surah An-Nisa’ di atas sudah jelas dinyatakan, kaum lelaki itu sendiri adalah seorang pemimpin. Kita sebagai pendosa, apakah layak untuk menidakkan kandungan Al-Qur’an ini?

Setinggi mana pun kerjaya seorang isteri…

Sebanyak mana pun gaji seorang isteri…

Suami tetap perlu mencari rezeki untuk keluarga. Selagi tubuh badan masih kuat, berilah keselesaan pada isteri dan anak-anak. Jika tangan sendiri terdaya untuk mendera isteri dan anak-anak, kenapa nak cari duit tidak berdaya pula?

ISTERI YANG TAAT ADALAH…

Dan juga Allah SWT telah berfirman lagi dalam surah An-Nisa ayat 34;

“…Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya….”

Ya, memang benar tanggung jawab isteri adalah untuk taat pada suaminya tetapi yang berlandaskan syariat dan tidak memudaratkan diri sendiri. Apa yang Allah telah turunkan dalam ayat Al-Qur’an, itulah landasan atau sumber suami isteri untuk jadikan sebagai teladan.

ADAB DAN CARA MENDIDIK ISTERI DENGAN CARA ISLAM…

Selain daripada itu, si suami juga perlu ada cara atau adab untuk mendidik isteri sepertimana dalam petikan surah ini…

“….Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya)….

Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar….”

Sekiranya isteri sudah menjadi seorang yang taat dan melaksanakan peranan sebagai seorang isteri, jangan pula si suami menghukum dan menyusahkan dia lagi. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa. Dan sesungguhnya si suami telah derhaka pada Allah dengan tidak menjaga amanahnya iaitu isterinya dengan sebaik mungkin.

Wallahua’alam.

]]>
Bagaimana Mahu Berdepan Dengan Teman Wanita Yang Sering Heboh Masalah Di Sosial Media? https://redaksi.com/2891-bagaimana-mahu-berdepan-dengan-teman-wanita-yang-sering-heboh-masalah-di-sosial-media Wed, 18 Jul 2018 16:00:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2891 Lelaki apabila bercinta sering merungut dengan tabiat teman wanita mereka. Tetapi mereka sedaya upaya untuk menerima tabiat buruk teman wanitanya hanya kerana cinta dan sayang.

Apabila teman wanita sering melempiaskan segala marah, emosi atau boleh dikatakan meroyan, lelaki menjadi bertambah serabut. Jika yang bernasib baik memiliki teman lelaki yang matang, pasti konflik tidak akan berlanjutan. Jika tidak? Bye-Bye.


Jom ketahui untuk mengatasi masalah ini…

1. Memberi respon.

Apabila teman wanita anda mula meroyan dan sentiasa merungut di sosial media, tidak salah jika anda memberi respon diruangan komen tersebut. Tidak perlu membalas dengan amarah juga, itu tandanya anda juga tidak matang, balas sahaja dengan emoji yang positif seperti senyum atau gambar bunga.

Cuba lihat reaksi mereka. Jika anda hanya berdiam diri sahaja, pasti mereka akan merasakan tiada siapa yang mahu memberikan mereka perhatian, malah menjadi lebih meroyan, sentap dan sedih.


2. Nasihat dengan berhemah.

Lelaki perlu tahu, jika anda memiliki teman wanita yang gemar hebahkan masalah di sosial media, mereka ini berjiwa TERLALU SENSITIF dan gemar menggunakan EMOSI untuk menyelesaikan segela perbalahan. Bagi mereka tiada siapa yang dapat memahami perasaan mereka ketika sedih, oleh kerana itu sosial media menjadi medium luahan perasaan.

Jadi, jika anda tidak mahu memberi respon atau komen pada post tersebut whatsapp sahaja mereka. atau lebih mudah hubungi sahaja mereka. Jika wanita garang sangat seperti singa ungkap sahaja ‘I Love You’ pada post berkenaan. Pasti malu dirinya apabila ramai yang membaca.


3. Respon yang nakal.

Sesekali anda boleh beri komen nakal di situ. Itu menandakan anda menyedari perbuatannya dan tidak salah andai memberikan komen berbentuk sindiran tetapi manja. Bak kata orang ‘sindir-sindir manja’. Mungkin ia kelihatan seperti anda pasangan yang sweet.

Anda juga perlu matang dan jangan biarkan orang luar tahu keburukan pasangan di sosial media, terutamanya apabila telah berkahwin.

4. Jangan tertekan.

Ingat, perbezaan lelaki dan wanita adalah tahap rasional mereka. Jika lelaki juga bersikap seperti wanita, mudah tertekan hanya perkara kecil, jadi siapa yang perlu memujuk siapa? Masing-masing dengan ego sendiri. Hanya membiarkan konflik berlarutan tanpa penyelesaian. Anggap sahaja post itu sebagai terapi seorang wanita untuk menghilangkan stress dan bosan.


]]>
5 Tips Amalan Rasulullah Untuk Suami Isteri Bahagia Hingga Ke Jannah. https://redaksi.com/4391-5-tips-amalan-rasulullah-untuk-suami-isteri-bahagia-hingga-ke-jannah Fri, 30 Nov 2018 11:05:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4391 Sibuk, ramai pasangan yang bercadang hendak sambut Hari Kekasih pada 14 Februari ni demi menunjukkan rasa cinta dan sayang terhadap pasangan.

Tapi dalam sibuk-sibuk meraikan pasangan kesayangan tu, ada ke yang terfikir untuk memperbaiki hubungan sebagai suami isteri yang mungkin telah lama diselaputi debu?

Jika benar sayang, haruslah kita lihat keadaan diri kita terlebih dahulu.

Cuba tanya pada diri…. Betul ke cara layanan kita terhadap si dia selama ini? Selain beri kasih sayang, pernahkah kita cuba untuk memenuhi impiannya demi lihatnya tersenyum? Berapa kali kita memberi pujian pada si dia dalam sehari?

Benar rasa cinta itu penting dalam hubungan rumah tangga, tapi hanya mengucapkan “I love you” sahaja tak cukup.

Untuk itu, ini senaraikan 5 tips rumah tangga yang turut diamalkan Rasulullah agar hubungan suami isteri nyata lebih mesra, mekar berputik seperti saat pertama kali mula-mula jatuh hati dahulu!



1. Nabi Muhammad S.A.W Suka Memberi Hadiah.

Ha, yang ini mesti kaum hawa paling gembira untuk tahu. Ya, sebagai seorang suami anda harus peka dan tahu mengambil hati isteri. Jangan asyik bagi alasan “I tak tahu jadi lelaki romantik”. Kalau tak tahu, BELAJAR.

Jangan asyik isteri je yang perlu jaga anda secara keseluruhan. Cukuplah dia telah mengandung dan melahirkan zuriat untuk anda, cukuplah dia dah menjaga makan dan minum anda selama mana anda telah berkahwin dengannya selama ini, cukuplah dia telah melayan anda meskipun sedang penat tanpa menghiraukan kebajikan diri sendiri kerana suami pun turut memainkan peranan penting dalam membina kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga. Barulah wujud keadilan.

Nabi s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu saling memberi hadiah , nescaya kamu akan saling mencintai.”
(HR. Al-Bukhari )

Tak perlu yang mahal-mahal, ikut pada kemampuan. Belikan dia sekuntum bunga mahupun bungkuskan makanan kegemarannya sahaja pun sudah amat bererti buat si penerima. Yang hawa pun jangan lupa memberi okay?

2. Nabi Muhammad S.A.W Suka Memuji.

Kita semua suka dipuji. Bagaimana marah pun seseorang itu tetapi kalau dipuji, pasti hatinya akan sejuk serta-merta.

Nabi gemar memuji isterinya dan baginda juga suka menggunakan bahasa-bahasa yang romantis apabila berkomunikasi dengan isterinya. Contohnya nama panggilan yang sering digunakan oleh nabi terhadap isterinya Aisyah r.a adalah “Aish” yang bermaksud ‘Hidup’ atau “Humairah” yang bermaksud ‘Yang berpipi kemerah-merahan’.

3. Nabi Muhammad S.A.W Akan Saling Membantu Pasangan.

Bukankah sebelum berkahwin anda telah berjanji dengan pasangan bahawa anda sanggup bersusah dan bersenang dengannya? Jadi apabila salah seorang dari anda susah, pasangan yang satunya harus tampil membantu. Tidak kisah remeh mana sekalipun kesusahan itu, anda mesti bantu untuk ringankan beban pasangan.

Diriwayatkan juga daripada Aisyah r.a, katanya: Aku pernah melihat baginda Rasul s.a.w menaungi aku dari terik matahari dengan kain serban baginda sendiri, kerana pada ketika itu aku sedang asyik menonton orang-orang Habsyah sedang membuat pertunjukan di masjid, akhirnya aku merasa jemu melihat permainan tersebut.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)



4. Nabi Muhammad S.A.W Peruntukan Masa Dengan Pasangan.

Hanya berdua okay? Kalau dah beranak-pinak tu mintalah tolong sesiapa jagakan anak sebentar. Bawa pasangan pergi bersiar-siar, ambil angin, kongsi kegembiraan dan rasakan nikmat bahagia itu bersama. Jangan jadikan anak-anak sebagai alasan untuk tidak mempunyai waktu bersama pasangan.

Menurut riwayat lain pula, dikatakan bahawa Aisyah pernah memberitahu: “Tiba-tiba muncul beberapa orang berkulit hitam dan membuat pertunjukan di hadapan baginda Rasul s.a.w pada hari raya. Lalu baginda Rasul s.a.w mengajak aku pergi menonton pertunjukkan itu. Maka aku dibiarkan baginda Rasul menonton dari atas bahunya sehingga aku merasa puas”.

5. Nabi Muhammad S.A.W Amalkan Sentuhan.
Sudah sah sebagai suami isteri, jadi tiada apa yang bisa menghalang anda dari ‘melebih-lebih’ dengan pasangan. Rajin-rajinkanlah mengucup atau memeluk atau bersentuhan dengan cara apa pun bersama pasangan.

Dari Aisyah r.a: “Rasulullah s.a.w biasa meletakkan kepalanya dipangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca Al-Quran..”
(Hadith Riwayat: Abdurrazaq)

Dari Hafsah, puteri Umar r.a: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa…”
(Hadith Riwayat: Ahmad)

Nabi s.a.w bersabda, “Sesungguhnya seorang suami melihat isterinya (dengan kasih sayang) dan isterinya pun melihatnya (dengan kasih sayang pula), maka Allah s.w.t melihat kedua-duanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang telapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah jari-jari tangan mereka”.
(Riwayat Rafi’I dari Abu Sa’id)

Diriwayatkan juga, daripada Aisyah, dia berkata… “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengeluarkan kepalanya ke tempatku saat baginda di masjid, lalu aku menyisirkannya dan selama beriktikaf baginda tidak masuk rumah, kecuali kerana suatu keperluan”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, katanya: “Pada satu hari ketika aku sedang datang bulan, lalu aku minum dari gelas baginda Rasul s.a.w. Apabila baginda Rasul s.a.w melihat perbuatanku tersebut, maka baginda pun meminum air yang ada di gelas itu betul-betul di tempat mulutku meminum dari gelas tersebut. Bahkan ketika aku datang bulan dan dalam keadaan berkeringat, aku pernah memberikan gelas pada baginda Rasul s.a.w kemudian baginda minum darinya betul-betul dari tempat aku minum pada gelas tersebut”.
(Riwayat Muslim)

]]>
5 Tips Membina Keluarga Bahagia Bagi Seorang Muslim. https://redaksi.com/5165-5-tips-membina-keluarga-bahagia-bagi-seorang-muslim Tue, 12 Feb 2019 12:02:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5165 Secara asas, keluarga adalah unit pertama dan institusi pertama dalam perhubungan manusia. Secara tidak langsung, hubungan yang terjalin ini akan membentuk individu-individu menjadi sebuah masyarakat. Iaitu melalui interaksi , memperoleh ilmu pengetahuan dan memupuk segala nilai-nilai yang murni.

Malahan bergelar sebagai ibu bapa perlu memperoleh keterampilan dan ketenangan supaya dapat membina keluarga yang bahagia. Di samping itu, pembentukan keluarga dalam Islam bermula dengan terciptanya hubungan suci yang terjalin antara lelaki dan perempuan melalui pernikahan yang halal, memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat sahnya. Oleh sebab itu kedua suami isteri itu merupakan dua unsur utama dalam keluarga.

Seperti Allah SWT telah berfirman:

“…Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman…”(An-Nisaa' 4:3)

Dimana, sebagai Muslim, Al-Qur’an perlu menjadi sumber utama dalam mempersiapkan diri menjadi insan yang lebih baik, mengikuti sunnah Rasullah SAW seperti pernikahan dan perkahwinan, untuk mendapat anak yang soleh dan solehah, dan juga dalam mendapatkan keluarga yang bahagia.

Ini kerana Al-Qur’an itu sendiri diturunkan dengan ayat-ayat pendidikan. Di sini terdapat isyarat, bahawa tujuan terpenting Al-Qur’an adalah mendidik manusia dengan kaedah memantulkan, mengajak, menelaah, membaca, belajar dan memerhati seperti firman Allah SWT dalam surah Al-‘Alaq ayat 1-5:

Bermaksud:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), “

“Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;”

“Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,”

“Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, “

“Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Jadi, sebagai ibu bapa memang seharusnya mendidik anak-anak dengan bersumberkan Al-Qur’an dan Sunnah, supaya dapat membina keluarga yang bahagia seperti berikut…

1. Ibu bapa perlu tahu misi, visi dan objektif berumahtangga dan berkeluarga dengan jelas malah berusaha merealisasikannya. Perlu tahu merancang, supaya anak-anak juga akan merancang masa depannya dengan baik.

2. Ibu bapa perlu sentiasa mengenali dan tahu peribadi masing-masing untuk saling melengkapkan kekurangan yang ada. Ini akan mendorong anda untuk mengenali anak-anak dengan baik juga. Oleh sebab itu, pentingnya untuk kita memilih calon pasangan yang tepat supaya mempunyai misi yang sama dalam membina keluarga bahagia.

3. Ibu bapa perlu mencari bahagia berlandaskan hukum syarak. Janganlah setiap kali stress atau tertekan, mencari kebendaan untuk melepaskan tekanan tersebut, tetapi tidak mencari Allah SWT dahulu. Cari dulu siapa pencipta kita.

4. Ibu bapa perlu memulakan dengan melakukan semua aktiviti secara berjemaah dan menggalakkan kecenderungan minat yang sama di kalangan ahli keluarga.

5. Ibu bapa perlu menjadikan sifat Islam sebagai agama yang membawa rahmat serta tunjang untuk mengamalkan cara hidup Islami. Mudah-mudahan menjadi sebab kehidupan berkeluarga kami sentiasa di dalam rahmat Allah.

Semoga Bermanfaat!

]]>
Tengah Bulan Dah Mula Pokai, Apa Puncanya? https://redaksi.com/5751-tengah-bulan-dah-mula-pokai-apa-puncanya Wed, 10 Apr 2019 12:20:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5751 Bila dapat gaji sahaja, pasti akan melonjak keringan tetapi apabila tengah bulan mula rasa bagaikan sempit dan sudah mula nyawa-nyawa ikan. Haihh, macam mana ini. Gaji bukannya tidak banyak, RM3000 setiap bulan tetapi tetap sahaja tidak tahu ke mana wangitu pergi.

Bila tengah bulan pun sudah sakit ini kan pula hujung bulan, lagi lah parah rasanya.



Pernah tak korang rasa dalam kehidupan korang, gaji yang korang dapat sentiasa tak cukup? Bila dah hujung bulan, duit gaji yang nampak banyak pada awalnya, tak tahu ke mana dan masih tak cukup untuk perbelanjaan korang? Cuba siasat tiga punca mudah ni dan analisis kewangan korang untuk tahu punca masalah korang ni!

1. Tak rekod perbelanjaan

Ni adalah punca utama kebiasaannya yang membuatkan pengurusan kewangan korang bocor! Memang seronok berbelanja ye bile dah ada duit dekat tangan, tapi bile dah hujung bulan, keseronokan bertukar menjadi tragedi korang menangis di bucu katil mengenangkan duit gaji yang entah ke mana.

Dengan adanya rekod perbelanjaan, korang akan tahu ke mana aliran tunai korang pergi dan tak akan ulang kesilapan yang sama! Tengok kat sini untuk app rekod perbelanjaan yang korang boleh guna secara percuma.

2. Berbelanja lebih dari kemampuan

Jiran beli TV besar, korang pun nak jugak beli. Kawan beli beg Coach, korang pun nak jugak. Payah la cam ni. Tak salah sebenarnye korang nak ‘enjoy’ untuk bagi ‘reward’ diri sendiri selepas dapat duit gaji, tapi janganlah sampai hari-hari nak bagi ganjaran kat diri sendiri.

Korang kena pandai bahagikan duit gaji korang kepada kategori-kategori yang tertentu. Kadang-kadang korang rasa leceh untuk fikir dan bahagikan kepada kategori kecil yang bermacam jenis ni. Tak payah nak sakit otak, cukup dua kategori ni je untuk korang bahagikan gaji bulanan korang tu:



i. PERBELANJAAN WAJIB

Korang ‘total’kan sekali apa perbelanjaan yang wajib korang bayar seperti ansuran rumah, kereta, makan minum serta sedikit bahagian untuk ‘reward’ diri sendiri.

ii. SIMPANAN KECEMASAN

Perkara ni WAJIB untuk korang buat, sebab malang tak berbau. Simpanan ini mungkin dipandang remeh sebab hanya perlukan bile waktu kecemasan tapi korang kena ingat, perkara buruk tak boleh dijangka. Berapa banyak yang kena simpan? Sis nasihatkan sekurang-kurangnya 10% dari gaji. Guna simpanan ini bile ada hal kecemasan. Tukar henpon baru setiap bulan, bukan hal kecemasan tau!

3. Kurang ilmu pengurusan kewangan

Walaupun agak ‘cliché’, tapi untuk pastikan korang dapat mengurus perbelanjaan dan gaji korang dengan baik, korang perlu belajar untuk menguruskan ilmu kewangan dengan baik. Sebagai contoh, hutang dan pinjaman selalu dikaitkan dengan sesuatu yang tidak baik, tapi jika korang mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang baik, pinjaman ini boleh memberi aset dan hasil pada masa yang akan datang! 

Admin harap, dengan kenal pasti tiga punca ni, korang akan lebih sukses dalam menguruskan gaji korang dan cuba baiki diri korang ke arah yang lebih baik.

Semoga berjaya!

]]>
Erti Di Sebalik Kesetiaan. Setiakah Anda? https://redaksi.com/414-erti-di-sebalik-kesetiaan-setiakah-anda Mon, 10 Jul 2017 10:29:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=414 Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih. Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati. Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan.



Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan. Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah. Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik. Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik.



Pilihan adalah di tangan anda.

]]>
Wanita Jangan Terlalu Mengejar Cinta Lelaki, Ini Sebabnya. https://redaksi.com/3983-wanita-jangan-terlalu-mengejar-cinta-lelaki-ini-sebabnya Wed, 24 Oct 2018 17:19:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3983 Biasanya apabila kita sudah mula suka akan seseorang itu sudah pasti lah kita akan bersungguh-sungguh untuk memikat hatinya. Dari mula berikan ayat power sampailah berikan makanan untuknya setiap hari. Itulah perkara biasa yang wanita akan lakukan apabila mula melakukan projek memikat lelaki yang diminati.

Tidak cukup dengan itu, wajahnya disapu pemerah pipi, senyuman yang paling menawan diberi bahkan ada nada manja dalam setiap katanya. Tapi wahai wanita sekalian, jangan melakukan itu semua. Ia hanya membuatkan lelaki takut untuk mendekati anda.

Biarkan perasaan itu hadir dengan sendiri, jangan memaksa seseorang itu sukakan kita. Kalau anda dah usaha, tawakal saja. Ini antara sebab kenapa lelaki tak suka dikejar oleh wanita.



1. Mereka akan mula takut dengan anda.

Lelaki ini takut dengan tanggungjawab, jadi apabila anda terlalu mengejar dirinya, ia seumpama satu tanggungjawab yang berat bagi dirinya. Jadi, jika lelaki itu memang ingin bersama anda, pasti mereka akan tunjukkan usaha dan tak perlu sampai anda terkejar-kejar.

2. Anda boleh jadi paranoid.

Mengejar lelaki sebenarnya tidak baik untuk kesihatan mental. Anda boleh jadi cemas dan paranoid setiap kali melihat akaun media sosial mereka dan merasakan semua post ditujukan kepada anda. Sedangkan anda tidak pasti sama ada lelaki itu benar-benar sukakan anda atau tidak.

3. Anda akan jatuhkan maruah anda sendiri.

Apabila anda terlalu mengejar seseorang lelaki, sudah pastilah anda akan menjadi buah mulut orang. Bahkan anda juga akan memalukan diri anda serta lelaki terbabit. Jadi bagaimana dirinya ingin menerima cinta dari anda jika anda sudah membuat dirinya malu serta dipandang rendah olehnya.



4. Membuang masa.

Anda akan menghabiskan banyak masa dengan mengejar cinta lelaki yang tidak pasti. Belum tentu orang yang anda kejar itu adalah jodoh sebenar anda. Jadi anda telah membuang banyak masa dengan menunggu dirinya. Hal ini kerana, anda hanya akan menumpukan dia, sudah tentu lah bukan orang lain di sekeliling anda.

5. Kehilangan peluang bertemu dengan lelaki yang tepat.

Ini antara alasan tepat supaya anda berhenti mengejar lelaki. Nanti bila anda dah sedar bahawa cinta anda itu bertepuk sebelah tangan, barulah nak menyesal. Mana tahu masa tu anda sebenarnya hilang peluang untuk bertemu dengan lelaki yang tepat.

6. Anda bakal dipermainkan.

Jika anda terlalu mudah menjinakkan diri anda dengan orang lelaki ini, mereka ini akan mengambil kesempatan pula ke atas anda. Jadi adalah lebih baik anda jual mahal sedikit barulah anda kelihatan mempunyai kelas yang tersendiri.

Tidak salah untuk mengejar lelaki ini, dan tidak salah untuk menjadi pergi mencari timba, tetapi anda tidak boleh lakukan secara berlebihan. Cukup jika anda sudah berusaha tapi dirinya tidak menunjukkan minat maka lebih baik anda berhenti mengejarnya.

]]>
Wanita Ini Beri Cara Terbaik Keluar Dari Kemelut Hutang, Ikuti Pengalamannya Langsai Hutang 1/2 Juta. https://redaksi.com/1075-wanita-ini-beri-cara-terbaik-keluar-dari-kemelut-hutang-ikuti-pengalamannya-langsai-hutang-12-juta Mon, 28 Aug 2017 11:41:39 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1075 Sakitnya emosi bila dibebani hutang keliling pinggang. Ada orang sampai jadi mental, bila dilanda masalah yang satu ini. Hilang pedoman malah lupa seketika anak isteri. Lagi-lagi kalau hutang peribadi mahupun syarikat cecah jutaan ringgit. Allahu, mahu ke mana hendak diadu gelisah hati ini.



Terkesan dengan tulisan Puan Nor Farhana Jutawan Muda tentang dirinya menyelesaikan hutang setengah juta yang ditanggung. Beliau juga berikan tip bagaimana selesaikan masalah hutang dengan cara yang paling mudah dan berkat.

Bila sebut pasal HUTANG, mesti ramai yang stress. Ramai jugak yang persoal. 'Macamana nak bayar kalau duit pun takde?' . Nasihat Kak Fana (berdasarkan pengalaman Kak Fana tutup hutang bernilai setengah juta ringgit)



1. Korang mulakan dengan apa yang ada di tangan dulu. Ada sikit bayar sikit.

2. Berbelanja dengan berhemah. Jangan boros.

3. Belajar buat bisnes yang modal rendah.

Allah marah bila kita ada duit kita pi belanja lain. Kita membazir tapi hutang tak reti nak bayar. Orang tolong kita masa kita susah sebab kesian pada kita. Tapi bila ada duit kita lengahkan bagi balik duit dia. Kadang-kadang orang yang tolong kita pulak jadi susah sebab kita. Nauzubillah . Kalau korang rasa sales slow. Duit sentiasa tak ada. Rezeki sempit. Hati tak tenang dan tak bahagia.



4. Cara terbaik nak keluar dari kemelut masalah hutang hanyalah dengan bayar hutang dan bersedekah banyak-banyak

5. Selalu tolong orang miskin. Jangan berkira. 

Pejam je mata. Ikhlaskan hati . InsyaAllah Allah akan bantu kita langsai hutang satu persatu dengan mudah. Masalah hutang jadi makin rumit sebab kita bakhil. Dahla desperate sebab hutang. Pastu berkira & bakhil lagi. Macamana Allah nak bantu? Yakinla berapa banyak pun hutang korang. Berapa juta sekali pun. Pasti ada jalan nak langsai.

 

]]>
Luahan seorang anak https://redaksi.com/9302-luahan-seorang-anak Tue, 05 Jan 2021 15:54:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9302 Kenalkan nama aku Q. Dekat sini aku nak luahkan perasaan aku. Aku anak tunggal dan tak ada kawan. Jadi dekat confession ni lah jalan untuk aku luahkan masalah aku.

Aku salah satu anak yang mengalami masalah broken home. Walaupun tak nampak dan dekat luar kami macam keluarga bahagia, sempurna. Tapi itulah kenyataannya. Mereka cuma berpura bila ada dekat depan orang ramai.

Mungkin malu tak nak orang luar cakap pasal mereka. Aku pun mulanya tak tahu yang orang tua aku tak bahagia. Sebab depan aku juga, mereka berlakon saling sayang. Sampai aku ingatkan yang kami ni memang keluarga bahagia.

Perkahwinan mereka langsung tak ada cinta. Mereka berkahwin pun sebab dijodohkan oleh atuk dan nenek aku. Bukannya tak cuba untuk saling jatuh cinta, tapi tetap tak berhasil. Walaupun dah kahwin sampai bertahun-tahun.

Macam mana aku boleh tahu?

Sebab mak aku dulu yang kantoi dengan aku. Aku ternampak dia keluar jalan sama-sama dengan boyfriend dia. Bukan main mesra aku tengok mereka masa tu.

Bila aku balik rumah, marah-marah dan mintak mak aku jelaskan semuanya. Barulah mak aku story apa yang terjadi sebenarnya. Rupanya mak dan ayah aku memang ada kekasih dekat luar sana. Mak aku dengan lelaki yang aku nampak tadi.

Sedangkan ayah aku pulak dengan seorang yang aku kenal sangat. Ayah kenalkan perempuan tu sebagai kawan baik dia. Tak sangka pula rupanya ada maksud lain disebalik perkataan kawan baik tu.

Benda ni aku tahu masa aku tingkatan 3. Bayangkan masa tu aku nak ambik PMR dan tiba-tiba aku dapat berita macam ni. Memang rasa jatuh dan down gila. Aku langsung tak belajar sebab aku rasa shock. Shock dengan semua lakonan yang mereka buat.

Mereka tak nak berpisah sebab fikirkan aku. Mereka tak nak aku sedih dan nak tunggu aku dewasa sikit. Supaya nanti boleh terima berita yang mereka sebenarnya nak bercerai. Kira aku ni macam penghalang kebahagia mereka.

Kebahagian mereka untuk bersama dengan kekasih masing-masing. Dan aku terfikir, patutlah selama ni aku tak ada adik walaupun aku mintak. Rupanya mungkin mereka fikir, dah ada aku sorang je menyusahkan. Inikan pula nak tambah lagi satu.

Lagi sedihnya bila ayah cakap wujudnya aku sebab permintaan atuk. Kalau tak, aku rasa memang aku tak wujud dekat dunia ni. Aku ni memang langsung tak diinginkan ke? Rasa macam… sedihnya hidup aku. Lahir sebab keinginan atuk nak cucu je.

Bila aku dah tahu cerita yang sebenar, untuk kali pertamanya aku tengok mereka bergaduh. Mereka tak segan-segan nak gaduh dan bertekak depan aku.

Selama ni mereka buat sembunyi-sembunyi, tak nak aku tahu. Tapi bila dah terbongkar, buat apa nak sembunyikannya lagi, kan?

Mungkin tu juga cara mereka untuk tunjukkan yang mereka langsung tak sehaluan depan aku. Supaya kalau aku ada angan-angan nak satukan mereka balik. Atau buat mereka jatuh cinta, abaikan je lah semua tu. Semua tu memang tak berguna.

Dan aku pun langsung tak ada niat nak satukan mereka. Bila aku tengok mereka bergaduh dengan baling pinggan, cawan, pasu semua. Sampai kaki aku berdarah sebab terkena kaca, aku terus rasa lagi elok mereka bercerai.

Aku tak kesah korang nak cakap aku ni anak yang jahat. Tapi kalau kau dekat tempat aku, korang sanggup ke balik sekolah je tengok rumah huru hara dengan kaca pecah sana sini? Mak ayah langsung tak bertegur dan bercakap.

Jangan cakap, nak pandang muka masing-masing pun tak nak. Aku lagi pilih mereka bercerai dan cari kebahagian masing-masing. Tapi mereka cakap, mereka akan bercerai bila aku dah masuk U. Baru lah secara rasmi mereka akan berpisah dan buat hal masing-masing.

Dan akhirnya aku sekarang dekat U. Walaupun aku dapat keputusan SPM cukup-cukup makan masa tu, Alhamdulillah aku diterima dekat U yang memang familiar dekat telinga korang.

Sesuai janji mereka, mereka sekarang tengah dalam proses penceraian. Ayah aku dah jatuhkan talak dekat mak aku.

Jujur lah siapa je yang tak sedih bila parents brcerai. Semua orang akan sedih. Tapi kalau perpisahan ni boleh buat mak ayah aku lagi gembira. Aku sanggup tengok mereka bercerai. Dari duduk satu rumah, tapi macam stranger.

Tapi bila pertanyaan ‘nak pilih duduk dengan mak ke ayah lepas ni’ keluar dari mulut mak, aku terdiam. Aku tak tahu nak duduk dengan siapa. Sebab aku yakin sangat, habis je tempoh iddah mak aku akan berkahwin dengan lelaki itu.

Ayah aku pun akan terus lamar kekasih dia dalam waktu yang terdekat ni. Nampak lah ayah aku memang dah lama tunggu saat ni. Saat akhirnya dia boleh berkahwin dengan perempuan tu.

Jadi bila soalan tu muncul, aku jadi tak tahu nak pilih yang mana. Sedia ke aku nak terima mak tiri atau ayah tiri dalam satu rumah? Aku perempuan jadi memang kena berjaga-jaga kalau aku pilih tinggal dengan mak aku. Sebab aku bukannya kenal bakal suaminya.

Tapi nak tinggal dengan ayah aku pula. Aku tak rapat sangat dengan ayah aku. Perempuan tu pun, memang lah selama ni baik dengan aku. Tapi aku still tak tahu apa yang akan jadi bila dekat belakang ayah aku nanti. Takut jadi lain pula bila dia dah kahwin dengan ayah dan kami tinggal sebumbung.

Korang rasa, siapa yang patut aku pilih untuk aku tinggal serumah?

]]>
Masih belum 'move on', pengantin menangis lihat 'ex boyfriend' datang majlis kahwin https://redaksi.com/9128-masih-belum-move-on-pengantin-menangis-lihat-ex-boyfriend-datang-majlis-kahwin Mon, 14 Dec 2020 16:45:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9128 Kalau masih belum ‘move on’ dengan kekasih yang lama jangan sesekali pilih orang lain sebagai pasangan hidup. Itulah yang terjadi apabila seorang gadis dikatakan masih belum move on dengan bekas kekasih hingga menimbulkan kekecohan di majlis perkahwinan sendiri.


Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan kekecohan ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung. Menerusi rakaman tersebut, terlihat pengantin perempuan menangis seperti histeria di atas pelamin.


Pengantin histeria

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Indonesia, malah punca kekecohan tersebut adalah disebabkan bekas kekasih pengantin perempuan dikatakan menjadi salah seorang tetamu di majlis tersebut.


Difahamkan, secara tiba-tiba pengantin perempuan meraung dan menangis teresak-esak apabila melihat seorang jejaka yang berpakaian kemaja hitam sambil menggalas beg. Lelaki bernama Dayat tersebut dipercayai bekas kekasih gadis tersebut.



Terima undangan

Menurut sumber, kehadiran bekas kekasihnya itu atas undangan kedua-dua pengantin. Malah, Dayat juga sempat naik ke atas pelamin untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut. Namun tidak sangka kehadirannya menimbulkan kekecohan.

“Saya datang ke sana atas jemputan, saya hargai, Saya datang juga bersama dengan keluarganya pengantin perempuan. Niat saya baik datang ke sana, malah saya rela datang dari Lombok Barat sampai Lombok Timur, demi melihat kedua mempelai bahagia tersenyum manis keluar dari bibirnya dan saya juga ikut senang jika dia senang atau bahagia,” kata Dayat.

]]>
Niat Untuk Bergurau Bersama Rakan,Tapi Terlepas Talak Pada Isteri, Adakah Jatuh Talak? Ikuti Penjelasan Ini. https://redaksi.com/4872-niat-untuk-bergurau-bersama-rakantapi-terlepas-talak-pada-isteri-adakah-jatuh-talak-ikuti-penjelasan-ini Mon, 14 Jan 2019 12:39:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4872 Ramai yang tahu bahawa talak ini bukanlah perkara yang boleh dibuat main terutama dalam bergurau bersama pasangan. Talak juga merupakan perkara yang serius di mana ia akan menyebabkan perpisahan jika dilafazkan sesuka hati berserta niat. Namun begitu, kadang kala kita hanya mahu bergurau dengan rakan-rakan kita tapi tanpa kita sedari bahawa kita telah meluahkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada isteri kita. Mari ikuti penerangan yang lebih jelas berdasarkan soal jawab di bawah ini.



Soalan:

Pada hari pertama persekolahan, ketika menghantar anak ke sekolah, saya mendapat panggilan telefon. Melalui panggilan itu, kawan saya bertanya, saya menghantar anak daripada isteri yang mana. Sedangkan saya hanya mempunyai seorang isteri dan saya memahami bahawa kawan hendak bergurau. Lalu saya pun membalas gurauan dengan mengatakan: “anak daripada isteri muda, sebab isteri tua, aku dah cerai”. Apakah jatuh talak kepada isteri saya?

Jawapan:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dan ke atas ahli keluarga, isteri-isteri baginda dan mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke hari akhirat.

Dalam hal ini, terdapat beberapa perkara yang perlu untuk kita fahami. Yang pertama, larangan bermain-main dengan talak. Perkara ini adalah perkara yang tidak boleh dijadikan bahan ketawa dan gurauan. Hal ini ditegaskan oleh Nabi SAW di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ

Maksudnya: Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak).
Riwayat Abu Daud (2194)

Hadith di atas jelas menunjukkan larangan untuk bermain-main dalam tiga perkara di atas. Hal ini kerana gurauan di dalam tiga perkara itu akan dihukumkan sebagai maksud asal perkataan tersebut tanpa mengira niat untuk bergurau. Oleh itu, sebagai umat Islam kita perlu sedar dan tahu batas-batas gurauan di dalam Islam. Islam tidak sesekali melarang gurauan secara umumnya, namun setiap sesuatu itu perlu ada hadnya, dan tidak semua perkara boleh untuk kita bergurau-senda.

Disebutkan juga bahawa, sekiranya gurauan dibuat oleh suami dan isteri sudah baligh, berakal dan tidak dipaksa mana-mana pihak, maka lafaz talak yang dilafazkan adalah dikira, dan jatuh talak mengikut apa yang disebutkan. Rujuk kitab al-Muktamad (4/ 157).


Yang kedua, dalam merungkai persoalan ini, perlu untuk kita melihat perbahasan al-qasd, iaitu tujuan talak dilafazkan. Al-qasd adalah rukun yang ketiga dalam bab talak. Ia berkait rapat dengan sighah atau bagaimana di lafazkan talak itu. Ini seperti mana disebutkan oleh Syeikh Wahbah al-Zuhaili:

يُشْتَرَطُ بِالاتِّفَاقِ القَصْدُ فِي الطَّلَاقِ: وَهُوَ إِرَادَةُ التَّلَفُّظِ بِهِ، وَلَا يُشْتَرَطُ فِي هَذَا الرُّكْنِ إِلَّا تَحْقِيْقَ المُرَادِ بِهِ، فَلَا يَقَعُ طَلَاقُ فَقِيهٍ يُكَرِّرُهُ ، وَلَا طَلَاقُ حَاكٍ عَنْ نَفْسِهِ أَو غَيْرِهِ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يَقْصِدْ مَعْنَاهُ، بَلْ قَصَدَ التَّعْلِيْمَ والحِكَايَةَ، ولَا طَلَاقُ أَعْجَمِيٍّ لُقِّنَ لَفْظَ الطَّلَاقِ بِلَا فَهْمٍ مِنْهُ لِمَعْنَاهُ. وَلا يَقَعُ طَلَاقُ مَرَّ بِلِسَانِ نَائِـمٍ أَوْ مَنْ زَالَ عَقْلُهُ بِسَبَبٍ لَمْ يَعْصِ بِهِ، وَيَلْغُو

Maksudnya: Disyaratkan secara ittifaq (persepakatan para ulama’) al-qasd (niat) dalam talak. Iaitu keinginan untuk melafazkan dengan (perkataan) talak (dengan makna asal iaitu penceraian). Tidaklah disyaratkan al-qasd sebagai rukun melainkan untuk menentukan makna dari lafaz yang disebutkan itu. Tidak jatuh talak apabila seorang faqih (orang yang alim dalam fiqh) mengulang-ulang perkataan talak, dan tidak jatuh talak kepada orang yang menceritakan ke atas dirinya (kerana menceritakan semula lafaz talak orang lain) kerana tidak memaksudkan dari lafaz talak itu, pada makna asalnya, bahkan (faqih) tujuan menyebut lafaz talak untuk pengajaran, dan (orang yang menceritakan) tujuannya adalah untuk menceritakan. Tidak jatuh talak ke atas orang ajam (bukan bangsa arab) yang menyebut lafaz talak tanpa memahami maknanya. Tidak jatuh talak jika disebutkan orang yang sedang tidur, atau orang yang hilang akal (dengan sendiri) tanpa melakukan maksiat, maka (perkataan talak itu) dianggap sia-sia( tidak dijatuhkan hukum). Rujuk kitab al-Fiqh al-Islami wadillahtuhu (9/6886).

Oleh itu, tujuan seseorang ketika menyebut lafaz-lafaz yang secara umumnya digunakan dalam menjatuhkan talak, perlu ditanya terlebih dahulu, apakah tujuan lafaz itu seperti mana yang disebutkan di atas. Sekiranya, sedang berhikayat atau bercerita dengan menyebutkan lafaz yang sama, maka tidaklah jatuh talak sekiranya dia tidak bertujuan untuk menjatuhkan talak.

Yang ketiga, rukun yang perlu untuk dibahaskan seterusnya di dalam bab talak ialah wilayah dan al-mahal. Wilayah bermaksud kuasa untuk menjatuhkan talak manakala al-mahal bermaksud posisi atau kepada siapa talak boleh dijatuhkan.

Hanya orang yang berkuasa, iaitu orang yang berhak sahaja boleh menjatuhkan talak kepada orang yang berada di bawah kuasa talaknya. Tidak akan jatuh talak, sekiranya seseorang lelaki melafazkan talak kepada wanita yang tiada ikatan perkahwinan yang sah dengannya. Hal ini dijelaskan bedasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ طَلاَقَ قَبْلَ النِّكَاحِ

Maksudnya: Tiada talak sebelum pernikahan.
Riwayat Ibn Majah (2049)

Maka, sebarang lafaz talak yang dibuat sebelum akad nikah yang sah tidak akan dikira. Meskipun lelaki tersebut akhirnya bernikah dengan wanita tersebut, tetap tidak akan dikira, dan lafaz tersebut tidak mempunyai nilai.
Kemudian, dalam perbincangan al-mahal, hendaklah jelas kepada siapa talak itu hendak dilafazkan. Lafaz tidak akan jatuh melainkan ke atas wanita yang telahpun menjadi isteri. Disebutkan oleh Imam al-Mawardi:

الطلاق لا يقع إلا من زوج ولا يقع إلا على زوجة

Maksudnya: Talak tidak jatuh melainkan datang daripada seorang suami dan tidak jatuh melainkan disebutkan ke atas isteri. Rujuk kitab al-Hawi (12/ 384)

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan nas serta hujah di atas, kami melihat dalam kes ini secara hukumnya tidak membawa kepada jatuhnya talak. Ini berdasarkan hujah yang kami sebutkan di atas. Lelaki yang bergurau ini, secara realiti tidak mempunyai dua isteri. Maka, tidak wujud istilah isteri tua atau isteri muda. Apabila tidak wujud isteri yang kedua , maka lafaz talak ke atas isteri pertama itu dianggap sebagai lagha atau sia-sia dimana perkataan yang diucap tidak mempunyai nilai.

Perkahwinan ini kami iktibarkan sebagai kekal tanpa perlu dirujuk kembali, kerana kaedah fiqh menyebutkan:

الأَصْلُ بَقَاء مَاكَان عَلَى مَاكَان

Maksudnya: Asal (kepada sesuatu perkara) kekal seperti mana hukum asal.


Sekiranya isteri kepada yang bertanya ini, syak adakah talak itu jatuh kepadanya atau tidak, maka hendaklah suami itu bersumpah untuk menafikan hal tersebut. Ini berdasarkan kaedah fiqh lain yang menyebut:

البَينة على المدعي واليمين على من أنكر

Maksudnya: “Pendakwa hendaklah mendatangkan bukti, dan tertuduh yang mengingkari hendaklah bersumpah”. Rujuk kitab al-Muktamad (4/177).


Namun begitu, sekiranya timbul perselisihan dalam masalah ini, kami cadangkan untuk dirujuk ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan pengesahan tentang status lafaz talak.

Kami juga mengingatkan kepada semua umat Islam, agar menjauhkan gurau-senda dalam hal yang berkaitan dengan perkahwinan dan talak. Sedarlah bahawa jika seorang wali bergurau menikahkan anak perempuanya dengan lelaki lain, dan cukup syarat-syarat lain, maka pernikahan itu sah walaupun bergurau. Begitu juga, dengan penceraian, lafaz cerai yang dilafaz ketika bergurau itu tetap akan dikira. Bertakwalah kepada Allah SWT dengan menjauhi gurauan dalam hal sebegini.

Semoga Allah SWT memberikan kita hidayah dan taufiq dalam memahami agama-Nya.

]]>
Cara Menikmati Kegembiraan Dengan Mudah Dalam Hidup Anda. https://redaksi.com/4550-cara-menikmati-kegembiraan-dengan-mudah-dalam-hidup-anda Sat, 15 Dec 2018 12:38:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4550 Setiap rang pasti mahu hidup dalam gembira tanpa ada sebarang masalah dalam hidupnya. Kegembiraan itu bukan hanya terukir pada wajah sahaja, tapi ia juga akan terasa lapang di dada. Di mana tiada masalah yang perlu dihadapi dan difikirkan secara serius.

Setiap orang mempunyai rasa gembira yang berbeza-beza dan cara mereka untuk menikmati kegembiraan itu juga berbeza. Ada yang gembira apabila dikelilingi oleh teman-teman dan ada juga yang gembira apabila dirinya menghabiskan masa di rumah setiap hati.

Kegembiraan itu berbeza mengikut apa yang kita rasa dan percaya, tapi pasti semua orang inginkan merasa gembira bukan?




Ketika kanak-kanak, apa yang menggembirakan kita terasa lebih jelas. Belon, ais krim, dan kasut baru sudah boleh membuatkan senyuman kita melebar. Namun semakin kita meningkat dewasa, perkara yang dapat menggembirakan kita seakan semakin kabur.


Atau mungkin makna kegembiraan pada kita sudah berubah. Kita semakin mengerti kegembiraan itu bukan hanya pada apa yang boleh dilihat dengan mata tetapi apa yang terasa di hati. Kegembiraan juga sebenarnya boleh diusahakan dengan beberapa cara. Berikut antaranya:


1. Menyebut Kegembiraan Dalam Doa.


Mengikut seorang ahli Psikologi dan pengarang, Robert Emmons, rasa syukur (gratitude) dapat menambah rasa positif dan optimis kepada kehidupan, manakala tidak bersyukur dikaitkan dengan tekanan, rasa rendah diri dan juga rasa sunyi.


Allah berjanji untuk menambahkan nikmat kepada mereka yang bersyukur, dan nikmat ini boleh hadir dalam bentuk apa sahaja sama ada yang boleh dilihat atau tidak. Ketenangan dan kebahagiaan juga merupakan nikmat yang tidak terkira bagi mereka yang tahu nilainya.


Jadi apa yang boleh kita buat?


Salah satu cara untuk lebih gembira ialah dengan menyebut semula segala perkara yang anda syukuri dan menggembirakan dalam doa selepas solat. Ia boleh jadi perkara yang telah dipermudahkan oleh Allah dalam kehidupan seharian anda. Sebagaimana kita bersungguh ketika meminta, bersungguhlah juga mengucap syukur apabila diberi.




2. Senaraikan Perkara Yang Menggembirakan Anda Setiap Hari.


Kita kadang-kadang lebih menfokuskan kepada perkara negatif dan masalah yang berlaku berbanding perkara baik yang terjadi. Dalam sehari, masalah yang kita hadapi mungkin satu atau dua sahaja, tetapi sayangnya ia telah mencuri fokus dan perhatian sepanjang hari.


Kata seorang penyair barat, Ralph Waldo Emerson


“For every minute you are angry, you lose sixty seconds of happiness”


“Bagi setiap satu minit anda marah, anda telah kehilangan 6o saat kegembiraan”


Cuba catatkan paling kurang tiga perkara yang menggembirakan anda setiap hari selama sebulan dan rasai perbezaannya!


3. “Temujanji Gembira”


Dalam perkongsian yang lalu, saya ada berkongsi bahawa kegembiraan juga boleh dicipta melalui pengalaman. Ambil masa sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan untuk keluar ke mana-mana semata-mata untuk melakukan perkara yang dapat menggembirakan anda. Luangkan waktu ini hanya dengan diri sendiri- tiada rakan sekerja, tiada tugasan, dan tiada media sosial.


Masa tersebut akan menjadi masa berkualiti anda dengan diri sendiri sahaja sama ada membeli belah, menonton wayang, bersiar-siar di taman atau berlama-lama di kedai buku sambil memilih bahan bacaan yang anda suka.


Bagi anda yang mempunyai tanggungjawab kepada pasangan dan anak-anak, anda boleh berbincang dengan pasangan untuk punya ‘me time’ sendiri, sekurang-kurangnya sebulan sekali.


Langkah-langkah yang disebutkan di atas nampak ringkas namun memberikan impak yang besar kepada kesihatan minda kita. Dengan minda yang sihat dan tenanglah kita mampu menjemput kegembiraan.

]]>
Bercinta Dengan Suami Orang. https://redaksi.com/1485-bercinta-dengan-suami-orang Wed, 17 Jan 2018 11:34:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1485 Ramai yang terjebak dalam cinta begini menyatakan ia adalah jodoh mereka dan rasa kasih dan sayang pada lelaki yang berstatus suami orang mungkin sudah sukar untuk dipadamkan. Namun ramai juga wanita yang tidak mengetahui kekasih mereka bukannya orang bujang. Aduhai kisah bercinta dengan suami orang.



Sekiranya anda mengetahui si dia yang bertakhta di hati sudah punyai isteri malah anak-anak yang sedang membesar, adakah masih nyaman bercinta dalam diam dan bergelar kekasih gelap? Soal hati memang sukar untuk disangkal tetapi ada banyak perkara yang akan membuat sesi cinta anda mencabar berbanding bercinta dengan lelaki bujang atau duda yang sudah berpisah dengan isterinya.

Tidak dinafikan lelaki yang sudah punyai keluarga sering bersilat dengan masa. Mereka perlu membahagikan waktu untuk berkhidmat pada keluarga dan juga melayan kekasih dalam masa yang sama. Secara tidak langsung, kurang ketenangan dalam melayari saat manis bercinta apabila asyik bersembang dalam telefon dengan berbisik dan nama anda dalam telefon pun terpaksa jadi nama lelaki bagi mengelak si isteri ketahui.



Asam garam bercinta dengan suami orang juga banyak dugaannya dan memerlukan si gadis bujang lebih sabar dan hanya menanti ruang kosong si dia boleh berikan untuk sesi mesra bersama sama ada keluar dating atau bersembang di telefon lebih lama.

Dating juga banyak cabarannya. Kalian sukar untuk ke tempat awam (lebih sukar apabila dia orang popular) dan terpaksa elak tempat lazim keluarganya atau kenalan si dia sering kunjungi. Jadi terpaksalah ke lokasi eksklusif yang punya lampu samar seperti lounge hotel atau kelab untuk sekaligus layan anda seperti ratu walhal mudah buat si dia beritahu isteri sedang ada bisnes meeting atau melayan pelanggan di lokasi berkenaan.

Kewangan si dia juga sebenarnya terbeban apabila bercinta seperti orang muda. Sanggup untuk memenangi hati kekasih, belikan apa saja sedangkan isteri dan anak-anak perlu bercatu perbelanjaan dan tidak lagi semewah dulu. Jika si dia jenis yang tolenrasi dan berjimat baguslah tetapi jika anda bercinta dengan suami orang perlu periksa keikhlasannya untuk meneruskan cinta kalian.

Selalunya, ramai yang terperangkap dengan kenyataan si dia yang berjanji akan mengahwini si gadis bila tiba masanya. Ada alasan akan menceraikan isteri, ada alasan tunggu masa nak beritahu isteri kewujudan orang kedua ini dan ada alasan sedang kumpul duit untuk bina masjid kedua.

Jika si dia berkemampuan, memang tiada salahnya nak pasang ‘cawangan’ baru namun sebagai seorang wanita, anda juga harus pertimbangkan sejauh mana anda telah memasuki territory keluarga orang dan bakal merobohkannya jika niat si dia untuk tinggalkan isteri pertama demi anda.



Buat anda yang tidak mengetahui jika kekasih pujaan hati adalah suami orang, ada beberapa petanda yang boleh anda perhatikan kala berdating yang amat mencurigakan – anda boleh mula menyiasat bila ada petanda ini:

1. Dia mengelak beberapa lokasi yang kemungkinan terserempak dengan OYD (Orang Yang Digeruni – isteri, ahli keluarga, rakan ofis dan paling dahsyat rakan isteri) – kalau si dia bujang kenapa perlu elak tempat awam?

2. Dia sanggup tinggalkan anda tersipu-sipu sendirian kerana perlu bergegas ke tempat kerja pada malam Sabtu? Alahai tentunya ada emergency keluarganya mahu dia segera pulang.

3. Ada sesetengah phone call dia perlu menjawab ditempat sunyi dan secara tersorok. Mungkin anaknya sedang call bertanyakan mana daddy!



4. Tak pernah bersuara akan bawa anda bertemu dengan keluarga walaupun dah tiga tahun bercinta. Tak serius kah?Kenapa nak bersembunyi lagi.

5. Sering elak untuk dipaparkan dalam media sosial – alasan dia seorang yang anti-sosial. Sebenarnya takut terkantoi.

6. Tolong check apa nama yang diberikan pada kamu dalam contact list telefon bimbitnya – adakah ia Sayang atau Mat Bon.

7. Terlalu banyak peraturan dalam hubungan kalian – ada waktu tertentu untuk sembang telefon, ada waktu tertentu dan hari tertentu saja untuk berjumpa.

Tepuk dada tanya selera. Jika anda punyai hati emas sanggup berdepan dengan semua dugaan ini dan si dia memang berkemampuan menurut tuntutan agama, dialah lelaki yang ingin anda kahwini. Jika terlalu banyak alasan serta hubungan kalian sering beralas dengan penipuan terhadap keluarganya, baiklah angkat kaki saja.

]]>
20 Perbezaan Sifat Lelaki Dan Wanita. https://redaksi.com/1317-20-perbezaan-sifat-lelaki-dan-wanita Sun, 24 Sep 2017 11:36:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1317 Kali nih kita buat perbezaan perangai lelaki dan perangai perempuan pulak. Just untuk mengenali diri kita sendiri dan pasangan kita atau sahabat, rakan, family yang bergelar lelaki dan perempuan. Kalau ade rase dia bukan lelaki atau perempuan, dapatkan nasihat Ustaz/Ustazah atau Kaunselor yang berkaitan. 



1.
(L) Mempunyai ego tersendiri yang menyebabkan sukar menerima pertolongan orang lain dan pandangan orang lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan orang lain lebih2 lagi dengan orang yang dicintainya.

2. 
(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi.



3.
(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yang berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanyaorg yang disayangi.

4.
(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dalam keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kepada orang lain tentang masalah yang sedang dihadapi dengan harapan mendapat simpati.

5.
(L) Mempunyai emosi seperti getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap sahaja.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

6.
(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

7.
(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

8.
(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

9.
(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara.
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

10.
(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.



11.
(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

12.
(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

13.
(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan.

14.
(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

15.
(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

16.
(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya.
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya.



17.
(L) Agak keberatan meminta maaf.
(P) Lebih mudah meminta maaf.

18.
(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran.
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran.

19.
(L) Suka MEMBUAT keputusan.
(P) Suka MENGIKUT keputusan.

20.
(L) Terasa selesa berjauhan dengan keluarga.
(P) Suka bersama keluarga.

]]>
Disebalik Mandi Bunga. https://redaksi.com/1212-disebalik-mandi-bunga Tue, 12 Sep 2017 14:57:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1212 Mandi bunga? Apa yang anda fikir tentang mandi bunga. Tahukah apa disebalik mandi bunga? Mungkin bagi mereka yang belum pernah mandi bunga pastinya mengatakan mandi bunga itu mengarut. Mengarut ke amalan zaman dahulu kala?



Kebiasaannya mandi bunga dilakukan oleh orang yang ingin mendapat jodoh ataupun kononnya "membuang sial" atas arahan pakar perubatan tradisional. Kadangkala kita tidak mengetahui apa maksud disebalik mandi bunga itu. Hanya menurut apa yang disuruh lalu kita pun mandi bunga.

Namun mandi bunga biasanya dimulakan dengan Bismillah, Selawat ke atas nabi dan kemudian mandi seperti biasa. Selepas mandi bunga, biasanya badan akan rasa segar, muka berseri dan rasa lebih sihat. Begitu hebatkah penangan mandi bunga? Tahukah apa rahsia disebalik mandi bunga? Pandangan saya, mandi bunga bukanlah ritual wajib dalam amalan perubatan tradisonal, tetapi lebih kepada alternatif. Kenapa perlu mandi bunga?



Ada beberapa sebab yang perlu kita ketahui tentang mandi bunga. Bunga yang dipilih kebiasaannya daripada jenis bunga yang positif atau bunga yang dikatakan baik sahaja. Setiap bunga mempunyai cas-cas positif yang mampu mengurangkan cas-cas negatif dalam badan. Jika semakin banyak cas positif dalam badan maka badan semakin sihat dan segar. Badan manusia mempunyai aura yang tersendiri. Mandian bunga dipercayai mampu mengimbangi aura yang tidak baik dalam badan manusia. Mandi bunga mampu mengembalikan aura badan yang baik. Aura badan yang baik mampu meningkatkan daya tarikan seseorang. Secara mudahnya, anda mampu menarik perhatian orang disekeliling anda.

Apa lagi disebalik mandi bunga? Secara psikologinya jika anda telah selesai mandi bunga anda merasakan sesuatu yang sangat bebeza. Perbezaan itu sebenarnya lebih kepada keyakinan anda tentang "mujarabnya" mandi bunga. Selain keyakinan yang tinggi, minda anda akan memikirkan sesuatu yang positif. Pemikiran yang positif memberi impak kepada raut wajah seseorang.



Adakah mandi bunga menyegarkan badan manusia? Ya, kerana elemen limau yang menyegarkan banyak juga digunakan dalam sabun mandian, pencuci rambut dan lain-lain bahan pembersih yang lain. Kesegaran limau memang tidak dinafikan. Oleh kerana itu anda akan menikmati kesegaran selepas mandi bunga.

Selain itu juga, semasa upacara mandi bunga, pakar perubatan tradisional mendoakan sesuatu yang baik untuk diri kita atas apa yang kita hajati. Jika dimakbulkan oleh Allah SWT maka apa yang dihajati itu tercapai. Perlu diketahui bahawa bukan mandi bunga itu yang membuatkan anda berjaya mencapai apa yang dihajati tetapi disebabkan oleh ketentuan Allah SWT. Jangan memesongkan akidah atas perkara yang sangat mudah. Boleh mendatang kurafat.

Mandi bunga tidak menjadi kesalahan untuk diamalkan. Malahan di kebanyakan spa juga mengamalkan konsep yang sama. Tetapi jangan pula menganggap mandi bunga mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi kerana disebalik mandi bunga hanyalah ikhtiar seorang manusia sahaja.

]]>
Wawa Zainal buktikan kahwin muda bukan penghalang untuk berjaya https://redaksi.com/9450-wawa-zainal-buktikan-kahwin-muda-bukan-penghalang-untuk-berjaya Wed, 20 Jan 2021 13:11:32 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9450 Nama Wawa Zainal semakin tenggelam dalam industri seni sejak beberapa dekad yang lalu. Namun namanya masih dikenali di kalangan para wanita di luar sana apabila dia telah berjaya memiliki produk kosmetik sendiri yang dikenali sebagai 'Wawa Cosmetic' sehingga berjaya menubuhkan wisma 3 tingkat hasil usaha titik peluhnya bersama suami tercinta.

Disebalik kejayaannya itu, Wawa turut berkongsi sedikit kisahnya yang pernah mengalami zaman kejatuhan sebelum dia berjaya sampai ke tahap sekarang ini menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Dulu hanya mampu bermimpi

Tipulah kalau sebelum kejayaan kita, kita tak bertemu dengan manusia yang toksik yang kerjanya asyiklah ingin mematahkan semangat.

Begitulah juga dengan Wawa Zainal yang kini merupakan seorang usahawan kosmetik sehingga berjaya menubuhkan wisma sendiri hasil usahanya bersama suami tercinta, Aeril Zafril.

"Dulu Wawa selalu bermimpi ingin memiliki wisma sendiri, alhamdulillah mimpi jadi kenyataan."

-Wawa Zainal-

'Kahwin muda bukan kekal lama pun', Wawa buktikan sebaliknya.

Wawa dan Aeril telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 secara tertutup sehingga tidak diketahui oleh pihak media. Umur yang masih muda pada ketika itu membuatkan rata-rata peminat tidak terkecuali warganet juga meragui jika hubungan mereka mampu kekal.

"Tapi kata-kata mereka, Wawa jadikan pembakar semangat untuk terus melangkah, terbang lebih tinggi dan alhamdulillah hari ni aku berjaya buktikan yang aku juga boleh berjaya."

-Wawa-

Sering dipandang rendah

Meskipun mereka berdua seorang selebriti dan dikenali namun mereka juga tidak terkecuali daripada menerima segala cemuhan dan sering dipandang rendah oleh individu yang tidak bertauliah di luar sana.

Ibu kepada tiga orang anak itu masih kekal humble walaupun setelah menerima pelbagai kritikan dan kecaman yang boleh menjatuhkan semangatnya.

"Dan ketika kita dah capai apa yang kita impikan dan ketika kita sudah punya segalanya, janganlah sombong dan terlalu bangga dengan apa yang kita ada dan jangan pernah memandang rendah pada orang lain."
-Wawa Zainal-

 

]]>
Adat Resam Perkahwinan Melayu- Meminang & Bertunang. https://redaksi.com/813-adat-resam-perkahwinan-melayu-meminang-bertunang Wed, 09 Aug 2017 12:16:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=813 Setelah kata persetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili mereka meminang anak dara yang telah dipilih. Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya, adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku. Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.



Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranya pinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segala syarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikh yang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkan perkahwinan. Sekiranya perkahwinan itu agak lambat dijalankan, pihak lelaki biasanya akan Menghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.

Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagai “putus cakap”. Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalah sebentuk cincin sahaja, iaitu cincin berbatu intan atau berlian, besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.



Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semua hantaran akan dihias dengan cantik dan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yang dihantar oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang. Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih.

Sekiranya dalam tempoh menunggu diijabkabulkan, ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, maka cincin dan segala barang hantaran tidak boleh diminta semula dari pihak perempuan. Berbeza pula halnya jika ikatan pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan. Jika ia diputuskan tanpa sebarang sebab yang dapat diterima umum, maka pihak perempuan hendaklah mengembalikan semula segala hantaran yang telah diberikan oleh pihak lelaki itu dalam nilai sekali ganda banyaknya atau harganya.

Selain dari adat pertunangan yang disebutkan di atas, terdapat 2 lagi cara pertunangan yang juga wujud dalam adat resam Melayu, iaitu :

•  Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih kecil lagi, dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang erat dan mesra di antara ibu bapa kedua belah pihak dan ikatan itu diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara mereka. Pertunangan yang demikian biasanya dihormati dan dilangsungkan sehingga kedua-dua anak itu berkahwin.



• Pertunangan mengikut wasiat salah seorang daripada ibu bapa yang telah meninggal dunia di antara dua buah keluarga. Ini juga tidak memerlukan penghantaran tanda dan biasanya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.

Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak gadis rupawan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Alangkah bagusnya nasib sang putera bahawa si gadis rupawan tidak mempunyai kakak. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak gadis rupawan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak sang putera. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.

*Pertunangan Di Sisi Syarak*

Terbahagi kepada lima cara:

- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.

- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.

- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.

- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.

- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.



*Pertunangan Di Sisi Adat*

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang oleh ibu/saudara pihak lelaki. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.

Hebahan pertunangan.

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.

Waktu pertunangan.

Berkaitan dengan pertunangan yang lama - terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekiranya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah.

Hakikatnya, pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah. Selain dapat mengenali pasangan dengan lebih dekat, hubungan keluarga 2 hala dapat dibina ketika ini. Kebolehterimaan, tolak-ansur dan saling memahami adalah kunci kepada kukuhnya ikatan yang terpatri. Kekuatan iman juga sering teruji ketika di alam pertunangan..Justeru, alam pertunangan juga boleh dijadikan kayu ukur terhadap rumahtangga yang bakal dibina..Moga Allah sentiasa memberi hidayah dan membimbing hambaNYA ke jalan yang benar..

'RAHSIAKAN PERTUNANGAN SEBARKAN PERKAHWINAN'.

]]>
7 Sebab Suami Orang Nampak Semacam Di Mata Wanita. https://redaksi.com/1139-7-sebab-suami-orang-nampak-semacam-di-mata-wanita Thu, 07 Sep 2017 15:25:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1139 Ini Antara 7 Sebab Suami Orang Nampak Semacam Di Mata Wanita.

1. Suami orang ni lebih matang, mereka juga tahu apa yang mereka kehendaki dan biasanya mereka berusaha ke arah itu. Semenatara lelaki muda hanya memerlukan sesuatu untuk keperluan mereka saje. Biasanya mereka hanya memikirkan soal diri sendiri dahulu barulah orang lain. Berbanding lelaki matang yang biasanya mereka memberikan priority kepada kaum wanita terlebih dahulu.



2. Suami orang ni lebih memikirkan masa depan mereka dan akan cuba sedaya upaya untuk membina based atau platform yang mantap untuk kehidupan yang baik pada masa depan. Berbanding lelaki muda, mereka diibaratkan sebagai 'life in the moment' dan lebih memikirkan keseronokan sementara. Selain memang dah stabil, laki orang memang tahu mereka memang mampu untuk pasang lebih dari seorang!

3. Suami orang ini juga suka mendampingi wanita yang independence, supportive, bijak dan mampu memberikan mereka masa depan yang baik. Manakala lelaki muda pula biasanya memilih perempuan secara luaran iaitu hot, wild & exciting.



4. Biasanya laki orang ni tahu seorang perempuan itu yang terbaik untuknya dan akan berusaha mencari inisiatif untuk cuba mengenali mereka berbanding lelaki muda yang biasanya suka guna taktik mengorat dan kalau bertuah mereka dapatlah! Selain itu mereka sudah banyak pengalaman bercinta dengan ramai wanita sebelum ini juga.

5. Mereka tahu waktu & keadaan yang sesuai untuk mereka bersosial berbanding lelaki muda yang biasanya menghabiskan masa untuk sentiasa bersosial.

6. Suami orang ini biasanya mempunyai integriti yang tinggi. Mereka akan lebih firm dalam berkata-kata dan lebih tegas. Kerana menunjukkan kematangan dan pemikiran mereka. Manakala lelaki muda biasanya berubah-ubah dalam pemikiran dan tidak tetap dalam pendirian.

7. Mereka lebih suka untuk memberi komitmen dalam setiap apa yang dilakukan bagi membuktikan kesungguhan mereka dalam sesuatu. Tapi bagi lelaki muda, mereka gemar mengambil kesempatan dalam sesuatu perkara dan biasanya bila dah tak ada baru mereka menyesal.

]]>
20 Sebab Perempuan Akan Membenci Seseorang Lelaki. https://redaksi.com/1091-20-sebab-perempuan-akan-membenci-seseorang-lelaki Mon, 28 Aug 2017 15:38:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1091 Ini antara sebab perempuan akan membenci seseorang lelaki :

1. Meninggikan suara.


Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.



2. Main kayu tiga.

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. Suka 'cuci mata'.

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. Mengongkong.

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka... macammana tu?



5. Ego.

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. Menipu.

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. Perasan.

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji... hahaha sedarlah!

8. Mementingkan diri sendiri.

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.



9. Kurang memberikan perhatian.

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. Cemburu buta.

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. Mata duitan.

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. Komited terhadap kerjaya.

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. Panas baran.

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. Kaki merokok.

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.



15. Pengotor.

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. Gelojoh.

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. Pentingkan kawan-kawan.

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. Tidak tahu meghargai.

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. Putar belit.

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. Suka kontrol macho.

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga.

]]>
8 Hadiah Untuk Ibu Mertua. https://redaksi.com/4292-8-hadiah-untuk-ibu-mertua Thu, 22 Nov 2018 15:28:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4292 Apabila sudah berkeluarga pasti ingin menjaga hati semua pihak, terutamanya ibu kepada pasangan kita. Ibu mertua juga adalah individu yang anda perlu hormat dan sayang sebagai ibu sendiri, selain dari ibu kandung anda. Untuk mengambil hati mereka, jom buat penyediaan hadiah tidak kira pada hari jadinya atau ulang tahun perkahwinan.

Antara hadiah yang anda boleh beri adalah…

1. Barangan dapur.

Image result for barangan dapur yang murah

Jika anda lihat ibu mertua sering menggunakan barang dapur yang sama sudah bertahun-tahun, apa salahnya berikan barang dapur yang baru. Pasti mereka akan terharu. Anda boleh sahaja dapatkan barangan dapur yang murah dan berkualiti di MR. DIY. Di sana, pasti anda sendiri juga rambang mata untuk memilih.

2. Beg tangan jenis kulit sintetik.

Image result for sintetik handbag

Beg ini sesuai dipakai ke mana-mana tempat atau acara kerana warnanya yang senang untuk dipadankan dengan warna baju. Terdapat banyak poket dan ruang untuk meletakkan barang didalam beg dan yang paling penting ialah berzip. Ia juga mempunyai tali yang panjang untuk menyilangkan beg bagi yang tidak suka memegang beg tangan.

3. 100-mins Muslimah Full Body Massage + Sauna.

Pakej ini menyediakan pakej urut seluruh badan selama 1 jam dan sauna selama 40 minit. Badan akan rasa lebih segar kerana pakej ini dapat bantu menenangkan urat-urat yang tegang. Ia direka khas untuk wanita muslimah supaya mereka berasa lebih selesa. Selain itu, sesi sauna dapat menghilangkan toksik yang ada terkandung didalam badan.

4. Makanan berkhasiat yang baik untuk kesihatan.

Image result for bird nest, chia seed makanan berkhasiat

Terdapat pelbagai makanan yang berkhasiat yang anda boleh cari iaitu chia seed, bird nest dan virgin oil. Ia sangat elok untuk dikalangan ibu makan, bagi mencegah penyakit kerana semakin meningkat umur, semakin banyak penyakit yang akan datang. Selain itu, bird nest makin diterima oleh masyarakat umum kerana khasiatnya yang dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Related image

5. Set mandian yang diperbuat daripada minyak zaitun.

Set mandian yang diperbuat daripada minyak zaitun

Hadiahkan set mandian ini dari hujung rambut hingga hujung kaki untuk menambahkan lagi keyakinan ibu mertua anda. Terdapat 3 jenis benda didalam set ini iaitu sabun mandian, body butter dan body scrub. Produk yang diperbuat daripada minyak zaitun mempunyai sifat anti-penuaan, sesuai untuk mereka yang berusia lebih matang.

6. Pouch.

Image result for pouch set

Cari pouch yang mempunyai kualiti tinggi dan diperbuat daripada kulit yang tahan lama. Pilih pouch yang berwarna terang seperti merah jambu ini mempunyai ruang luas untuk mengisi duit serta 4 ruang untuk kad. Pouch yang bersifat minimalist, sesuai untuk mereka yang bergaya simple dan mudah yang inginkan beg praktikal.

7. Set pinggan mangkuk moden.

Set pinggan ini berkonsepkan moden kerana warna yang digunakan ialah hitam dan putih. Ia juga mempunyai corak geometri yang membuatkan pinggan ini nampak lebih elegan. Terdapat beberapa jenis pinggan didalam set ini iaitu piring, pinggan, mangkuk serta cawan.

8. Coffee Machine.

Related image

Ibu mertua peminat tegar kopi dan selalu ke kedai semata-mata untuk mendapatkan secawan kopi?  Tidak perlu lagi pergi ke kedai untuk mendapatkan secawan kopi kerana mesin ini dapat menyediakan kopi yang sangat sedap. Selain itu, ia dapat menghasilkan aroma kopi yang agak kuat serta mudah dibersihkan.

Semoga Bermanfaat!

]]>
6 Ciri-Ciri Lelaki Yang Memahami Hati Dan Perasaan Wanita. https://redaksi.com/6239-6-ciri-ciri-lelaki-yang-memahami-hati-dan-perasaan-wanita Wed, 12 Jun 2019 11:21:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6239 ‘Wanita seorang yang sangat merumitkan’

Tidak ramai lelaki yang mampu memahami hati dan perasaan wanita kerana ego dalam dirinya. Hanya kerana wanita seorang yang merumitkan, ramai dikalangan lelaki mengambil jalan mudah untuk tidak mempedulikan perasaan wanita kerana menganggap ianya tidak penting.

Bukan sahaja tidak penting, malah merasakan ia perkara yang membuang masa dan meremehkan dirinya.

Rimas!

Itu yang lelaki dapat rasakan.

Kalau masih bujang boleh lah nak pentingkan diri dan tidak mengambil kisah. Jika sudah berumah tangga, jangan mimpi lah nak jadi macam orang bujang balik. Alamatnya, isteri entah ke mana, rumah tangga terabai.

Untuk mengetahui lelaki yang mampu memahami hati dan perasaan wanita adalah seperti berikut…

1. Mampu melenturkan ego.

Lelaki ini mampu untuk melenturkan egonya tanpa berfikir panjang. Dengan berfikiran rasional, buat apa nak berfikiran ego dengan wanita yang dia sayangi, kalau itu yang bakal makan diri. Dalam situasi sebegini lelaki ini mampu berfikir sebelum bertindak, dan tidak mengikut ego diri sahaja.

2. Mempunyai perasaan empati yang tinggi.

Apabila seorang lelaki mampu untuk memahami hati dan perasaan wanita, sudah tentu dia memiliki empati yang tinggi dalam dirinya. Lihat didikan daripada ibu bapanya sendiri, jika itu yang diterapkan sejak dari kecil, pasti beruntung bakal isterinya kelak.

Perasaan empati tersebut adalah seperti ringan tulang tanpa disuruh, mengambil berat, tidak boleh melihat orang lain dalam kesedihan atau kesusahan dan seumpama dengannya.

3. Tahu untuk memujuk.

Tahu memujuk adalam impian setiap wanita terhadap kekasih atau suaminya sendiri. Wanita manalah yang suka pujuk dirinya sendiri, pasti ingin pasangannya yang tahu cara untuk memujuknya. Beruntung sekiranya wanita dapat memiliki lelaki ini kerana mereka tahu cara untuk memujuk. Hanya dengan melihat reaksi atau cara whatsapp yang berbeza, lelaki ini tahu anda sedang merajuk.

4. Tahu untuk menghormati wanita.

Selain daripada itu, lelaki ini juga tahu untuk menghormati seorang wanita. Dia meletakkan wanita itu tinggi darjatnya sepertimana dia perlakukan pada ibunya dan juga adik-beradik perempuannya. Tidak merendahkan martabat wanita, apatah lagi mensia-siakan perasaan wanita.

5. Tahu untuk menghargai.

Di samping itu, lelaki ini juga tahu untuk menghargai setiap wanita yang hadir dalam hidupnya. Tanpa penghargaan, satu hubungan pasti sukar untuk berkekalan. Begitu juga apa yang dilakukan pada ibunya dan juga pada keluarganya.

6. Mampu menjadi pendengar setia.

Dan yang paling anda boleh lihat adalah, lelaki ini yang boleh memahami hati dan perasaan wanita adalah dia mampu menjadi pendengar setiap masalah anda. Memahami masalah anda, dan cuba untuk menyelesaikan masalah anda tersebut. Ini kerana lelaki tersebut tidak suka melihat wajah wanita kesayangannya muram berduka ketika dilanda masalah.

Cepat selesai, cepat juga anda tersenyum.

Adakah Anda Tergolong Dalam Golongan Lelaki Ini?

]]>
"Baik Lelaki Atau Perempuan Tundukkan Pandangan Mu, & Sentiasa Jaga Pergaulan." https://redaksi.com/5864-baik-lelaki-atau-perempuan-tundukkan-pandangan-mu-sentiasa-jaga-pergaulan Tue, 23 Apr 2019 12:43:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5864 Betullah orang kata, apabila kita memiliki sesuatu sudah tentu kita tidak akan perah puas untuk mencari lebih lagi. Begitu juga dalam hubungan rumahtangga, apabila kita sudah memiliki pasangan kita, tetapi kita melihat orang lain lebih baik dan cantik berbanding pasangan kita.

Apabila kita sudah menjadi suami atau isteri orang ini, kita perlu hargai apa yang ada di depan mata. Jangan sibuk mencari kekurangan pasangan hingga lupa bertapa kurangnya diri sendiri.

Berdasarkan perkongsian Puan Cahaya Norhaini Sulaiman ini, suami isteri perlu sentiasa tundukkan pandangannya, bahkan sentiasa jaga pergaulan baik lelaki mahupun perempuan. Ikuti perkongsiannya.



Bismillah,

Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh. Dia berkata:

1. Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku, Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.

2. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.

3. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.

4. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku.

Syeikh berkata, "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"

Suami menjawab,"Ya, mahu."

Syeikh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua."

Si suami tersentak, dan bertanya, "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"

Syeikh: "Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu. Tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan."

Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?"

Suami itu menjawab: "Ya, tentu sekali."

Syeikh: "TUNDUKKAN PANDANGANMU.

Kredit: Penulis asal dari whatsapp
-----------------------------------
Nota sendiri: #berkatauntukdirisendiri

Tanggungjawab menundukkan pandangan bukan hanya lelaki tetapi juga perempuan.

Perempuan harus lebih harus punya sifat MALU yang menebal

Jaga pergaulan, jaga pergaulan, jaga pergaulan.

Target untuk diri sendiri:

1. Tidak buat lawak sambil ketawa dengan mana-mana lelaki bukan mahram rakan JV, bisnes partner etc
(Apakah saya tidak malu apabila Allah ceritakan di dalam Al-Quran, sahabat-sahabat Nabi perlu bercakap dengan Isteri-isteri Nabi di sebalik tabir adalah untuk menjadi hatinya dan hati mereka.

Tidakkah saya mahu mencontohi akhlak isteri-isteri Nabi, orang-orang beriman? Tidakkah saya mahu ambil pengajaran??)

2. Kurangkan bercakap banyak kan mendengar

3. Bercakap di tempat yang perlu

4. Bercakap dengan nada tegas, jelas tidak mendayu atau terlalu lembut

Ya Allah, permudahkanlah kami menjadi mutiara yang tersimpan. Amin

FB Puan Cahaya Norhaini Sulaiman,
Impikan menjadi mutiara tersimpan definisi Alquran

Astagfirullahal azim wa atubu ilaih
Allahu Akbar, Allahummasoliala Muhammad

]]>
Bila Keluar Makan Bersama Kali Pertama, Jangan Lakukan Perkara Ini. Takut Si Dia Cepat Turn Off Nanti. https://redaksi.com/8065-bila-keluar-makan-bersama-kali-pertama-jangan-lakukan-perkara-ini-takut-si-dia-cepat-turn-off-nanti Tue, 07 Apr 2020 21:11:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8065 Untuk pertemuan kali pertama, ramai pasangan yang lebih suka memilih tempat makan sebagai tempat pertemuan pertama mereka. Ini kerana, kawasan ini dikatakan lebih selamat dan selesa untuk berbual berdua. Lagipun, lelaki dan perempuan tidak elok duduk berdua-duaan di tempat sunyi.

Ketika berjumpa dengannya, tentu anda akan terasa janggal dan agak kekok. Walaupun selalunya anda dinasihatkan agar menjadi diri sendiri, tapi itu tidak bermakan anda perlu tunjuk yang anda begitu selesa di meja makan bersamanya. Kenalah juga anda cover tabiat buruk anda itu.

Mana tidaknya, sesetengah pasangan akan mudah turn off sekiranya kelakuan anda di meja makan sangat tidak sesuai buat dirinya. Walaupun makan di kedai tepi jalan sekalipun, jaga tingkah laku adalah cara yang baik untuk anda kekal mendapatkan hatinya.


Bila dating di meja makan, jangan lakukan 5 perkara ini!

1. Makan berbunyi

Perkara ini adalah sangat pantang ya! Ada orang dia akan terus turn off atau rasa nak marah bila dengar makan berbunyi ini. Bunyi “chup” “chup” ini snagat tidak selesa dang menjengkelkan okay. Kalau anda ada tabiat ini, baik cari cara untuk mengawalnya. Makan dengan mulut tertutup, barulah tidak berbunyi.

2. Sedawa kuat sangat

Sedawa ini memang tidak boleh control tapi anda boleh perlahankan suara anda sedikit. Jangan anda sedawa terlalu kuat dihadapannya kerana tunjuk anda kenyayang keluar makan bersamanya. Takut, selepas ini tiada lagi makan bersama. Baik lelaki atau perempuan, cuba untuk kawal sedawa anda.



3. Control selera makan anda

Jangan mentang-mentang dia kata nak belanja, anda pun order segala jenis makanan dengan banyaknya. Itu belum lagi makan dengan lahapnya. Perkara ini sangat tidak sesuai dilakukan saat pertama kali. Anda kelihatan seperti orang kebulur walaupun anda sememangnya lapar pada waktu itu. Makan dengan perlahan dan order ikut kesesuaian.

4. Makan sambil bercakap

Habiskan makanan di dalam mulut anda terlebih dahulu, kemudian barulah anda cakap apa yang anda mahukan. Jangan bercakap saat mulut anda masih penuh, anda sungguh tidak sopan. Walaupun banyak perkara yang nak dikongsi, tetap sahaja habiskan apa yang ada dalam mulut anda dulu.



5. Minta makanan dia

Tiba-tiba minta makanan dia? Jangan berkelakukan seperti ini. Walaupun makanan dia nampak begitu lazat, tapi jangan lakukan. Lainlah kalau dirinya yang meminta anda untuk rasa atau ambil. Tapi sebaiknya anda tolak dengan baik. Sikap ini pun tunjuk yang seorang yang agak gelojoh.

Jangan nak seronok sangat bila si dia ajak makan bersama saat pertama kali jumpa, itu mungkin taktik untuk dirinya uji anda. Dating di meja makan ini lebih banyak perkara yang perlu anda hati-hati. Ini kerana, dia memerhati anda setiap masa.



]]>
Bagaimana Untuk Memahami Hati Seorang Lelaki? Ikuti Langkah Ini. https://redaksi.com/2511-bagaimana-untuk-memahami-hati-seorang-lelaki-ikuti-langkah-ini Tue, 12 Jun 2018 20:24:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2511 Bagaimana anda memahami hati seorang lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?


1. Terima lelaki agar dia menerima anda.

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah lelaki agar dia memahami anda.

Cuba memahami perangai sedia ada pada seseorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah untuk menikmati perubahan.

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.


4. Sanggup memberi untuk menerima.

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

5. Percaya untuk dipercayai.

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Jangan pernah mengalah untuk mengenali lelaki kerana setiap usaha anda untuk memahami mereka akan dipandang serius oleh mereka. Maka dengan itu, cuba selagi anda terdaya dan jangan cepat mengalah.

]]>
Bawah Perut Selalu Sakit? Hati-Hati Dengan 11 Tanda Cyst Ovari Yang Wanita Terlepas Pandang. https://redaksi.com/8487-bawah-perut-selalu-sakit-hati-hati-dengan-11-tanda-cyst-ovari-yang-wanita-terlepas-pandang Tue, 25 Aug 2020 12:56:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8487 Bila masalah haid tak teratur, tentu sangat membimbangkan. Mana tidaknya, dengan haid tak teratur ini macam-macam perkara boleh terjadi. Malah lebih membimbangkan lagi ia tentu akan melibatkan kesihatan rahim seorang wanita.

Ramai wanita yang tak sedar, sakit bawah perut yang terlalu kerap dan teramat sangat kadang kala adalah pentanda bahawa rahim anda tidak sihat.

Cyst adalah antara penyakit yang agak digeruni oleh kaum wanita. Malah, ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya menghidap penyakit ini.


Apa itu sista ovari?

Ovari adalah sebahagian daripada sistem pembiakan wanita. Ia terletak di bahagian abdomen bawah pada kedua-dua belah rahim. Umumnya, seorang wanita akan mempunyai 2 ovari yang menghasilkan telur, hormon estrogen dan progesteron.

Kadangkala, sebuah kantung berisi cecair dipanggil cyst atau sista akan terbentuk di salah satu ovari.

Kebanyakan wanita akan menghidapi sekurang-kurangnya 1 sista sepanjang hayatnya. Kebiasaannya, keadaan tersebut tidak akan menyebabkan kesakitan atau sebarang gejala.



Tetapi sekiranya anda mengalami sakit perut atau berasa tidak selesa yang luar biasa, ia berkemungkinan menunjukkan bahawa anda mengalami sista ovari (ovarian cyst). Jika anda risau mengenainya, ada cara kecutkan cyst yang akan Hello Doktor kongsikan.

Memahami simptom sista ovari

Sebelum anda mengetahui tentang kaedah dan cara kecutkan cyst, sudah tentu anda perlu mengenal pasti terlebih dahulu simptomnya.

Berikut 11 tanda sista ovari yang boleh anda semak:

Sakit pelvis

Rasa sakit pada pelvis iaitu sekitar bahagian abdomen bawah boleh menjadi petanda sista ovari.  Kesakitan dialami mungkin untuk tempoh masa panjang atau datang dan pergi. Biasanya rasa sakit akan menjadi lebih teruk semasa kedatangan haid.

Hormon terhasil semasa period boleh menyebabkan sista yang terbentuk atau membesar semakin menyakitkan. Jika sista pecah, anda mungkin akan berasa sakit secara tiba-tiba dan teruk pada bahagian pelvis.

Kesakitan lain

Rasa sakit akibat sista ini boleh merebak daripada bahagian pelvis ke kawasan belakang badan sehingga paha. Ia dirujuk sebagai referred pain.



Kembung

Kebanyakan wanita mungkin akan mengalami perut kembung semasa haid. Tetapi masalah kembung yang agak abnormal boleh berlaku kesan daripada tumbesaran sista.

Mual dan muntah

Masalah loya dan muntah boleh terjadi apabila sista yang wujud mengakibatkan salah satu ovari anda berpusing.

Kekerapan kencing

Adakalanya, sista yang wujud boleh mempengaruhi aktiviti pundi kencing sehingga menyukarkan anda untuk mengosongkannya. Kekerapan untuk kencing juga meningkat.

Demam

Jika masalah sista ovari dijangkiti, anda mungkin akan mengalami demam.

Pendarahan tanpa sebab

Ada masanya, anda mengalami pendarahan tanpa sebab dan tidak dijangka. Pastikan anda mendapatkan rawatan segera kerana ia mungkin keadaan yang memerlukan rawatan perubatan.

Pertambahan berat badan

Dalam kes jarang berlaku, cyst boleh membesar. Saiz sista bersama masalah kembung yang dialami boleh menyebabkan perubahan pada berat badan anda.



Sukar hamil

Bagi wanita dengan masalah sindrom ovarium polikistik (PCOS), sista akan terbentuk dari masa ke masa. Selalunya wanita dengan PCOS akan berdepan kesukaran untuk mengandung.

Masalah buang air besar

Masalah ovarian cyst yang dialami boleh menjejaskan fungsi usus sehingga mengakibatkan anda sukar untuk mengosongkannya.

Antara situasi yang kerap dialami adalah kesakitan semasa berak, tekanan pada usus atau peningkatan kekerapan membuang air besar.

Jadi, apakah cara kecutkan cyst yang boleh anda lakukan?

Cara kecutkan cyst di rumah

Anda perlu tahu rawatan di rumah tidak dapat menyingkirkan sista, tetapi ia boleh membantu mengurangkan simptom dan mengatasi kesakitan.

Ubatan kaunter

Ubat yang boleh dibeli di farmasi berperanan sebagai penahan kesakitan. Anda tidak memerlukan preskripsi. Tetapi jika keadaan tidak berkurang, pastikan anda mendapatkan pemeriksaan doktor.

Walau apa pun, dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat tahan sakit untuk rawat sista ovari.

Kurangkan berat

Antara cara kecutkan cyst adalah dengan menurunkan berat, badan anda akan dapat berfungsi dengan lebih baik. Ini sekali gus membantu mencegah pembentukan sista pada bahagian ovari.



Diet pemakanan

Tidak semua wanita dengan PCOS berisiko untuk mengembangkan masalah sista pada ovari ini. Tetapi PCOS menyebabkan wujudnya masalah rintangan insulin, sekali gus meningkatkan risiko untuk diabetes, ketidaksuburan serta peningkatan berat badan.

Sekiranya mempunyai PCOS, anda disarankan untuk mengubah diet pemakanan bagi mengurangkan risiko mengembangkan diabetes atau sista ovari.

Bertenang

Tekanan dan kegelisahan boleh menyebabkan keadaan kesihatan bertambah buruk. Jadi 1 cara kecutkan cyst yang boleh anda cuba adalah dengan mempelajari teknik relaksasi bagi membantu kekalkan ketenangan dalam diri.

Belajarlah teknik yoga, pernafasan mendalam dan meditasi untuk hilangkan stres. Ia juga membantu mengurangkan rasa sakit dan memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan.

Bersenam

Melakukan aktiviti fizikal dan regangan dapat mengurangkan sakit berkaitan sista. Malahan ia juga membantu dalam mengatasi ketegangan otot.

Rawatan bersesuaian

Masalah sista ovari adalah keadaan biasa yang tidak mendatangkan kebimbangan. Pelbagai rawatan yang bersesuaian dan selamat boleh dijadikan pilihan untuk mengubati keadaan tersebut.

Walau bagaimanapun, setiap wanita harus sentiasa berwaspada terhadap setiap perubahan dalam badan dan tidak mengabaikan jika mengalami kesakitan pelvis yang kronik.



]]>
Jangan Tak Percaya, Amalkan Sebiji Epal Hijau Setiap Hari Bantu Turunkan Berat Badan. https://redaksi.com/6487-jangan-tak-percaya-amalkan-sebiji-epal-hijau-setiap-hari-bantu-turunkan-berat-badan Tue, 09 Jul 2019 13:51:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6487 Buah-buahan adalah sumber makanan alami yang sudah tersedia ada dan mudah didapati. Buah-buahan sememangnya bagus untuk tubuh badan kita. Rasa tidak lengkap seharian kalau kita tidak mengambil sedikit buah-buahan.

Buah-buahan memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran. Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik.

Malangnya, berapa ramai antara kita tahu kelebihan sebenar khasiat buah-buahan kecuali vitamin C yang sudah terlalu kerap dikaitkan dengan buah-buahan tertentu seperti oren dan epal. Bahkan berapa ramai pula yang tahu akan kebaikan serta kelebihan epal hijau yang merupakan salah satu buah yang kaya dengan pelbagai vitamin.

Nak tahu apa lebihnya epal hijau berbanding buah lain? Jom ikuti perkongsian daripada Dr. Zubaidi Hj Ahmad.



Mengamalkan pengambilan epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan, terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Epal hijau mempunyai pelbagai khasiat kerana kandungi nutrisinya yang tinggi, seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan serat yang mudah larut.

Jika memakan epal hijau, kita digalakkan memakan sekali dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.



Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.

Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Cuma pesakit gastrik harus berhati-hati dengan epal hijau yang masam.

Selain itu epal hijau mempunyai manfaat seperti :

1. Menghalang pembinaan plak kolesterol dalam dinding salur darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

2. Membantu kesihatan menguatkan fungsi paru-paru.

3. Menguatkan tulang dengan menambah pada mineral pada tulang.

4. Mengekalkan berat badan.

5. Mengurangkan kekerapan mendapat asma.

6. Mengurangkan risiko mendapat penyakit barah.

Kesimpulannya, epal hijau sangat bagus untuk mengekalkan kesihatan yang baik, cuma harganya agak mahal sedikit berbanding dengan buah-buahan tempatan.

]]>
Anak Ini Bertanya Apa Guna Baca Al Quran Kalau Tak Hafal, Lihat Bagaimana Ayahnya Menjawab. https://redaksi.com/1095-anak-ini-bertanya-apa-guna-baca-al-quran-kalau-tak-hafal-lihat-bagaimana-ayahnya-menjawab Tue, 29 Aug 2017 09:16:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1095 Ada seorang yang membaca Al-Qur'an...

Tetapi dia tidak dapat menghafalnya walaupun sedikit.

Maka, anaknya yang kecil bertanya: 'Apa faedah baca Al-Qur'an tanpa menghafalnya sedikitpun?!'



Jawab ayah: 'Aku akan beritahu kepadamu sebentar lagi apabila kau penuhkan bakul jerami ini dengan air laut bawa kepadaku.'

Kata anak: 'Mustahil ia penuh.'

Jawab ayah: 'Cubalah dulu.'

Bakul jerami itu digunakan untuk memindahkan arang. Maka budak itu mengambilnya dan menuju ke laut, lalu cuba memenuhkannya dan terus pergi kepada ayahnya dengan cepat.

Tetapi, airnya telah kering lalu ia berkata kepada ayahnya: 'Tidak ada faedah saya mengisinya.'

Ayahnya menjawab: 'Cuba lagi kali kedua!'



Maka budak itu melakukannya, tetapi masih tidak berjaya untuk membawa air kepada ayahnya. Dia mencuba lagi kali ketiga, keempat dan kelima tetapi tiada faedah kerana air tidak dapat dipenuhkan.

Budak itu berasa sangat letih dan berkata kepada ayahnya: 'Tidak mungkin saya dapat memenuhkan bakul jerami ini dengan air.'

Kata ayah kepada anaknya: 'Adakah engkau lihat sesuatu yang berlaku kepada bakul jerami?'

Budak itu terkejut dan menjawab: 'Ya ayah. Asalnya bakul jerami itu kotor dengan bekas-bekas arang, sekarang telah bersih sepenuhnya.'

Maka, berkata sang ayah kepada anaknya: 'Ini adalah sempurna apa yang dilakukan Al-Qur'an kepadamu. Dunia dan segala amalannya telah memenuhi hatimu dengan segala kekotorannya, dan Al-Qur'an seperti air laut yang membersihkan hatimu walaupun engkau tidak menghafal sedikitpun ayatnya...'

Sucikan hatimu, dengan berzikir dan mengingati Allah...

]]>
7 Ciri Lelaki Idaman Wanita. https://redaksi.com/331-7-ciri-lelaki-idaman-wanita Thu, 29 Jun 2017 15:10:20 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=331 Antara 7 Kriteria Lelaki Perlu Ada Untuk Menjadi Idaman Wanita.

Lelaki memang beruntung andai mendapat perhatian dari si gadis dalam pelbagai segi. Apatah lagi perhatian itu hadir dari seseorang yang kamu sayangi. Dan kerana perhatian yang diberikan itu jugalah, ada pendapat yang mengatakan bahawa lelaki sedemikian tidak sukar untuk memilih pasangan hidup. Benarkah? Jika benar, jom selidiki tujuh kriteria penting yang ‘wajib ada’ bagi seseorang lelaki.



1. Maskulin.

Ramai gadis memuji andai seseorang lelaki itu mempunyai sifat maskulin. Dalam erti kata lain, lelaki perlu mempunyai sifat kelelakian yang kuat. Maklum sajalah, kekuatan cukup sinonim dengan lelaki. Masakan tidak, lelaki maskulin juga dikatakan mampu melindungi gadis.

2. Punya aura sensual.

Ada juga pendapat yang menyatakan seseorang gadis boleh ‘lemah’ apabila berdampingan dengan lelaki yang memiliki ciri sensual. Secara lumrahnya, gadis sememangnya mendambakan lelaki yang boleh menjadi tempat bermanja selain berkongsi perasaan dan isi hati



3. Berpenampilan menarik.

Kamu perlu tahu, kacak bukanlah menjadi intipati yang penting buat seseorang lelaki. Memadai jika kamu bijak dan pandai untuk bergaya dan menyesuaikan diri di dalam apa sahaja situasi. Malahan supermodel, Selita Ebanks turut berpendapat bahawa lelaki kacak adalah lelaki yang bijak menjaga kebersihan dan penampilan dirinya.

4. Pandai bergurau.

Lelaki yang suka berjenaka atau membuat lawak juga dikategorikan sebagai lelaki yang diinginkan oleh si gadis! Golongan lelaki yang sedemikian dikatakan mampu untuk menceriakan hubungan cinta yang terjalin. Tak kan nak serius saja kan?

5. Romantik.

Di samping itu, sikap romantik yang dimiliki lelaki juga boleh memberi bonus di dalam mengikat hubungan cinta. Belaian manja dan ucapan kata-kata cinta yang diberikan buat si dia secara tidak langsung mengukuhkan lagi ikatan di antara kamu berdua. Hmm…memang ada gadis yang menyukai sikap sempoi lelaki, tetapi kamu perlu ingat, tanpa ada rasa sayang dan ambil berat, jalinan cinta tidak akan bertahan lama….



6. Boleh berdikari.

Ha, ia juga menjadi salah satu criteria yang perlu ada pada lelaki. Kamu perlu kuat dan bijak di dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau kesulitan yang kamu hadapi. Bukan tidak perlu untuk bergantung atau menerima pertolongan, tetapi sebagai seorang lelaki, kamu sepatutnya perlu tahu tentang banyak perkara. Misalnya membaiki paip bocor, peralatan elektrik dan sebagainya.

7. Peramah.

Mesra dengan semua orang! Itulah kunci asas yang menggambarkan lelaki seperti ini juga mampu mendapat perhatian dari gadis. Tidak perlu ‘kontrol macho’ atau menjadi kera sumbang. Tapi janganlah terlalu 'overdose' pula. Bimbang nanti ada yang tak senang duduk dengan karektor kamu yang terlalu peramah itu!

]]>
"Tak Kahwin Itu Rezeki, Berkahwin Juga Rezeki..." Yang Penting Redha & Ikhlas Setiap Aturan Yang Telah Ditetapkan. https://redaksi.com/8178-tak-kahwin-itu-rezeki-berkahwin-juga-rezeki-yang-penting-redha-ikhlas-setiap-aturan-yang-telah-ditetapkan Thu, 14 May 2020 21:51:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8178 Siapa saja yang tak nak berkahwin, betul tak? Setiap insan tentunya mempunyai keinginan untuk mendirikan rumahtangga dan hidup bahagia bersama insan yang dia cintai serta tempuhi hari tua bersama. Tapi itulah, bab kahwin ini sama juga macam rezeki yang Allah berikan.

Berkahwin itu rezeki, yang bujang itu pun rezeki. Jadi bersyukur saja dengan rezeki yang Allah telah berikan kepada anda.


Ada orang yang masih bujang, masa inilah dia boleh guna untuk perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Fokus kepada keluarga dengan lebih banyak masa serta gunakan waktu ini juga untuk menikmati zaman bujangnya.

Ada orang yang dah kahwin, masa inilah dirinya menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab, jadi suami atau isteri. Malah tak lupa juga menjadi pemegang amanah yang Allah kirimkan pada mereka sebaik mungkin.

Masing-masing ada rezekinya tersendiri, yang penting kena bersyukur. Macam sedikit perkongsian Izhar Fahmie ini memang ada banyak betulnya, “rezeki itu adalah bukan bila mana kau dapat apa yang kau nak, tapi apa yang kau terima dengan ikhlas, setiap apa Tuhan dah beri”



Kahwin itu adalah rezeki, tapi kalau Tuhan belum berikan sebarang petunjuk untuk kau berkahwin, itu juga adalah rezeki.

“Rezeki itu adalah bukan bila mana kau dapat apa yang kau nak, tapi apa yang kau terima dengan ikhlas, setiap apa Tuhan dah beri”

Sebab ramai kawan-kawan aku yang masih bujang. Dan ada daripada mereka, yang kami membesar sama-sama, dan sehingga umur ini, mereka masih belum punyai peluang untuk bercinta dan berkahwin.

Kerja masing-masing bagus. Ada yang jadi cikgu, pensyarah, jurutera , tentera, malah ada juga yang sampai sekarang power betul jalankan perniagaan. Tapi hingga hari ini, masih belum punyai sesiapa sebagai someone special.

Sebab rezeki jodoh itu bukannya ia akan datang bila kau sudah ada pekerjaan yang bagus. Bukan pada pangkat dan harta. Bukan juga rupa paras yang elok. Tapi bila Tuhan itu tahu kau kondisi yang kau sudah bersedia untuk mendapat rezeki ini.

Tapi tak bermakna bila kau sudah berkahwin kelak, kau akan dapat rezeki tu sepenuhnya milik kau. Belum tentu.

Ada orang kahwin masa muda, tak lama kemudian Tuhan berikan dia ujian, pasangan dia ini, perangai tak sama sebelum dan selepas kahwin, dia tak tahan, dan dia mengambil jalan yang berbeza. Rezeki dia takat tu je.

Ada orang tunang dah lama, tunggu punya tunggu, tak jadi ke gerbang perkahwinan. Maknanya, rezeki dia takat tu je.

Dan ada orang dia baru je berkahwin, sehari, dua hari, tiga hari, tetapi pasangan yang dia sayang, Tuhan ambil. Sekejap je Tuhan beri dia rezeki ini.

Atas sebab itu, rezeki ini adalah bila mana kau terima dengan ikhlas, setiap apa yang Tuhan sudah berikan pada kau.

Tak kahwin juga adalah rezeki.
Berkahwin juga adalah rezeki.

Dan selepas kahwin, dapat pasangan yang menguji juga adalah rezeki.

Rezeki itu adalah bila mana kau redha, ikhlas dan terima setiap apa aturan yang Tuhan aturkan untuk kau selama mana kau hidup.

Ia tak senang.


]]>
Kelebihan Bersama Wanita ‘Gila-gila’. https://redaksi.com/2228-kelebihan-bersama-wanita-gila-gila Mon, 07 May 2018 16:24:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2228 Bukan gila betul ya. Wanita sebegini biasanya menghiburkan hati. Telatahnya kadang kala lucu, membuatkan seorang lelaki geleng kepala dan tersenyum indah mengingatkan detik-detik tersebut. Hadoi. Pening. Tapi terhibur. Kalau jadi isteri ni, macam manalah ya. Hehe Jom kita selidik sikit kelebihan apabila anda bersama wanita gila-gila.


1. Suasana Ceria.

Bila ada, kecoh. Bila tiada, sunyi pula suasana. Eh! Rindulah tu. Begitulah hakikat apabila bersama si dia yang begini. Nak bergaduh je setiap masa. Tapi bukan gaduh betul-betul, gaduh-gaduh manja gitu. Bahan membahan perkara biasa. Tapi, bila dah jadi isteri orang. Hormat, tetap hormat suami dia. Ada masa, bergurau je lebih. Hehe

2. Mesra.

Biasanya wanita begini banyak cakap. Jadi, untuk memulakan perbualan dengan sesiapa sahaja walaupun baru dikenali, amat mudah baginya untuk berkenalan. Apabila sudah berumah tangga, dia juga dapat menjadi ipar yang dan mesra bersama keluarga anda. Jadi, tak susahlah anda memperkenalkan keluarga dengan si dia. Automatik dia menjadi dirinya. Kalau segan pun, sekejap saja tu.

3. Mudah didekati.

Dia suka bergaul dengan orang. Untuk mendekatinya tidak susah. Atau mungkin juga dia akan mula menegur dulu anda. Orang mesra alam kan. Semua orang dia nak sapa. Kalau cover ayu, bukan dia tu. Maaflah. Hehe

4. Senang bersendirian.

Hidupnya sempoi saja. Makan sendiri no hal, jalan-jalan sendiri tiada masalah. Semuanya diredah saja tanpa mempedulikan kata-kata orang. Sebab tu dia boleh ceria berbanding serius dengan orang ramai.

5. Jujur dan baik hati.

Kalau mereka suka, dia akan kata ya. Kalau tidak, maka tidaklah. Jangan dipaksa. Kerana semamangnya begitu si dia. Apapun, mereka baik hati. Sanggup berkorban apa sahaja demi orang tercinta. Asal kau tak mempermainkannya.


Apapun, mereka ini luarannya ceria, tetapi dalam masa yang sama jangan terkejut sekiranya mereka menyimpan kesedihan luar biasa yang tidak ditunjukkan. Kesedihan itu disembunyikan baik-baik agar tiada siapapun yang tahu. Kecuali mereka yang dipercayai sahaja akan dia luahkan.


]]>
Antara Barang Keperluan Yang Perlu Dibawa Masuk ke Rumah Baru Selepas Berkahwin. https://redaksi.com/4285-antara-barang-keperluan-yang-perlu-dibawa-masuk-ke-rumah-baru-selepas-berkahwin Thu, 22 Nov 2018 14:20:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4285 Anda dan pasangan sudah pasti telah membuat perancangan ingin tinggal di mana selepas kalian mendirikan rumahtangga. Sama ada rumah ibu bapa ataupun rumah sendiri. Jika kalian tinggal bersama di rumah sendiri, terdapat barang-barang yang perlu anda sediakan bahkan beli untuk kegunaan harian.

Bagi elak berhutang mahupun membazir, pasti ada beberapa yang anda perlu beli terlebih dahulu dan mengutamakannya. Yang selebihnya, anda boleh membelinya secara sedikit demi sedikit. Tapi barang apa yang anda perlu utamakan terlebih dahulu?



Ini adalah barang utama yang anda perlu beli terlebih dahulu:

1. Tilam.
2. Almari.
3. Kipas.
4. Mesin basuh.
5. Dapur gas.
6. Rak dapur.
7. Peti sejuk.
8. Set pinggan mangkuk.
9. Set cawan.
10. Periuk nasi.
11. Set periuk belanga.
12. Set kuali.
13. Cerek.
14. Set sudu, sudip dan lain-lain.

Barang-barang ini anda perlu utamakan kerana anda akan menggunakannya pada rutin harian anda. Jika anda tidak memiliki barangan ini, ia akan mengganggu anda melakukan tugas isteri mahupun anda. Jadi ketika hendak memasuki rumah baru, barang ini anda perlu utamakan terlebih dahulu.



Manakala, yang ini pula anda boleh membelinya selepas anda mempunyai kewangan yang kukuh selepas kahwin. Bahkan anda juga boleh membelinya sedikit demi sedikit. Berikut adalah barang-barangnya.

Barang yang anda boleh beli kemudian:

1. Televisyen.
2. Katil.
3. Sofa.
4. Meja makan.
5. Permaidani.
6. Cermin besar.
7. Meja solek.
8. Almari yang stabil.
9. Rak televisyen.
10. Penghawa dingin.

Jika anda membeli barang-barang ini sekaligus diawal-awal, ia akan membuatkan anda terpaksa menanggung hutang. Malah anda juga akan terlupa membeli barang-barangan yang penting yang patut anda utamakan.

Hal ini kerana, barang ini bukanlah keperluan yang perlu anda titikberatkan, ia adalah kehendak untuk membuat kehidupan anda lebih selesa sahaja. Jadi jika anda tidak membelinya terlebih dahulu, ia tidak akan membebankan anda.
Bukan itu sahaja, majlis kalian baru sahaja selesai pasti banyak duit yang telah habis di majlis tersebut. Jadi ini adalah salah satu cara untuk anda dan pasangan mulakan hidup yang bersederhana dan selesa.

Tapi pastikan anda berbincang dengan pasangan anda dahulu akan perkara penting yang ingin dibeli. Cuba untuk cari kesefahaman bersama dan cuba untuk bertolak ansur. Agar permulaan hidup baru ini akan lebih ringan tanpa rasa terbeban.

]]>
Nak Orang Hormat Anda? Ini Cara Terbaik Untuk Mendapatkannya. https://redaksi.com/1274-nak-orang-hormat-anda-ini-cara-terbaik-untuk-mendapatkannya Wed, 20 Sep 2017 10:56:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1274 Hormat-menghormati antara sifat yang banyak membantu dalam menjaga ketenteraman sebuah perhubungan keluarga, persahabatan dan negara. Tanpa sifat ini, ia mampu memporak-perandakan kehidupan dan mencetuskan pelbagai salah faham. Akhirnya membawa kepada masalah sosial yang serius.



Siapa sahaja yang tidak suka bila ada orang yang menghormati dirinya. Bila anda yang menghormati diri anda, pasti ada sesuatu kebaikan yang telah kita lakukan, kalau tidak mana nak dapat penghargaan sebegitu. Namun sehingga kini ramai yang masih lagi menyangka, perlu hormat yang lebih tua. Sebenarnya ia bukan atas faktor ‘umur’ untuk kita beri rasa hormat itu, tak kisah pada tua atau muda semua jenis lapisan masyarakat tak kira bangsa atau warna kulit kita kena hormat.

Bila diri ini disegani oleh orang sekeliling, aura positif bisa membawa banyak kebaikan dalam kehidupan. Jadi macam mana nak buat orang hormat anda dan berasa selesa disamping masyarakat mahupun orang asing?



1. Hormat orang lain dulu.

Sebelum nak orang hormat anda, cuba hormat orang lain dulu. Layan orang sekeliling anda sepertimana anda mahukan orang melayani anda. Baru anda tahu susah senang turun naik emosi nak jaga perasaan orang tau. Lama kelamaan wujud toleransi anda dengan orang sekeliling kerana mereka mula kenal anda dengan sikap menghormati. What goes around comes around…

2. Belajar untuk dengar.

Bersifat terbuka dan sanggup menerima nasihat, pandangan dari orang lain wajib untuk anda terapkan dalam minda anda. Bayangkan kalau cepat moody, naik angin bila ada yang menegur, memang sah orang tak mahu dekat dengan anda sekaligus tiada rasa hormat. Jadilah ‘pendengar’ yang baik walaupun apa sahaja kata orang itu tajam pada hati. Bila anda terima dengan baik cara orang, orang pun akan terima baik tentang diri anda.



3. Bersikap jujur.

Suka putar belit fakta, bercakap tidak benar antara penyakit hati yang susah untuk dibuang. Hati-hati kerana ia boleh buat diri merana… Bersikaplah jujur dalam setiap perkara dan perbuatan anda, tak rugi pun. Bukan sahaja dihormati orang malah ruang kepercayaan lebih menjadi milik anda.

4. Biar ada sempadan.

Jangan mudah terjebak dengan semua orang, biar berpada-pada. Sama juga apabila berbual, hati-hati dengan apa yang keluar dari mulut anda. Tidak semua boleh menerima cara dan gaya kita, jadi tak perlulah untuk anda hendak menerima penghormatan dari semua orang. Cukup dengan orang terdekat dan kenalan rapat. Sebab diatas muka bumi ini, bukan semua orang suka kita.

Apa yang penting, niat dari hati ikhlas dan terus berfikiran positif. Selamat beramal!



]]>
Jangan Biarkan Anak Anda Trauma, Ibu Bapa Perlu Bijak Awasi Penggunaan Gadget Terhadap Anak-Anak. https://redaksi.com/6521-jangan-biarkan-anak-anda-trauma-ibu-bapa-perlu-bijak-awasi-penggunaan-gadget-terhadap-anak-anak Mon, 15 Jul 2019 11:45:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6521 Bermain gadget terlalu lama sememangnya tidak bagus malah ia akan menjejaskan kesihatan tubuh badan. Seperti yang sedia tahu bahawa, kanak-kanak ini memang begitu mudah untuk mengalami ketagihan telefon bimbit dan gadget ini.

Ini kerana, sejak kecil mereka sudah terdedah malah ibu bapa juga kurang mengawasi penggunaan gadget terhadap anak-anak mereka. Pelbagai kesan yang telah terjadi terhadap kanak-kanak yang mengalami ketagihan gadget ini.

Sudah tentu, ibu bapa sangat bimbang sekiranya anak-anak mereka ini akan berdepan dengan masalah sebegini, itu yang menyebabkan ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anak mereka ini dalam kawalan.

Akan tetapi jangan pula ibu bapa mengambil jalan mudah hingga menyebabkan anak-anak trauma. Seperti baru-baru ini, prank yang dilakukan oleh seorang ibu yang telah di kongsi oleh 64 ribu netizen telah dipadamkan oleh FB berikutan telah melanggar peraturan standard komuniti.



Sekiranya anda bercadang untuk mengikut cara tersebut, fikirkan semula.

Menurut Public Health Malaysia, penggunaan gadget secara berlebihan tanpa pengawasan ibu bapa sememang telah terbukti mendatangkan kesan negatif kepada kanak kanak.

Namun adakah KITA terlalu terdesak sehingga sanggup melakukan prank yang boleh menyebabkan luka dan parut psikologi kepada anak anak?



Prank merupakan trend terkini di media sosial yang dilakukan untuk mempermainkan seseorang, menyebabkan mangsa malu, keliru dan tidak selesa. Media sosial menyebabkan budaya prank ini semakin berleluasa termasuk ibu bapa melakukan prank kepada anak.

TRAUMA adalah peristiwa atau persekitaran yang dialami oleh seseorang individu yang menyebabkan kesan emosi, fizikal, kesihatan seseorang individu.

Semasa sedang mengalami trauma, otak kanak kanak berada dalam keadaan stres yang memuncak, hormon ketakutan di rembes dengan banyak.

Keadaan ini menjadi lebih serius kerana otak kanak kanak sedang berkembang. Sebarang bentuk trauma akan KEKAL dalam memori untuk jangka masa panjang .

Respon dan tindakbalas mungkin berbeza untuk setiap kanak kanak. Tetapi percayalah,menakut nakutkan anak dengan prank bukan cara yang terbaik untuk mengubah tingkahlaku.

Mengikut kajian, kanak kanak yang trauma bakal berhadapan dengan kesukaran untuk mengawal emosi.

Mereka mungkin mengalami,

✔️ Rasa ketakutan dan kerisauan yang tidak menentu

✔️Sukar untuk ditenangkan dan dipujuk

✔️ Bertindak agresif dan impulsif

✔️ Hilang keyakinan diri

✔️ Mengalami kesukaran untuk tidur

✔️ Mundur dan terkebelakang dari segi fungsi dan tingkahlaku.



TRUST - Kepercayaan

Ibu bapa adalah insan yang paling dipercayai oleh kanak kanak. Sekiranya mereka dapat tahu bahawa ibu bapa telah menipu mereka sehingga mengalami trauma, adakah mereka masih dapat mempercayai ibu bapa seperti sebelum ini?

Hari ini mungkin anda solekkan mata, adakah esok lusa anda akan simbah kordial sirap seperti kesan berdarah untuk mengubah tingkahlaku yang lain?

Setiap ibu bapa ada cara yang unik dan berbeza dalam mendidik anak anak. Sesungguhnya, kanak kanak perlu tahu dan dimaklumkan mengenai kesan, akibat dan tanggungjawab dari perbuatan yang mereka lakukan.

Ternyata, dengan mewujudkan trauma dengan prank matlamat ini tidak mungkin berhasil. Agama sendiri tidak pernah mengajar untuk menipu dan menginya walaupun untuk tujuan pendidikan.

Informasi kami kongsikan, pilihan sentiasa ditangan ibu bapa.

]]>
Kenali Tanda-Tanda Dari Allah SWT Dalam Menemui Jodoh. https://redaksi.com/3613-kenali-tanda-tanda-dari-allah-swt-dalam-menemui-jodoh Tue, 25 Sep 2018 11:36:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3613 Jom ikuti seperti kisah ini…

Seorang wanita yang sudah berumur 35 tahun, masih belum bertemu jodohnya. Justeru, suatu hari ibunya mengajak untuk berdoa dan mereka bangun malam bersama-sama dan berdoa supaya, anaknya itu mendapat jodoh.

Mereka berdua bukan sahaja bangun setiap malam melakukan solat Tahajjud dan solat-solat sunat lain, bahkan solat Dhuha juga. Tidak jemu-jemu berdoa setiap kali solat.

Selepas 7 hari mengamalkannya, wanita tersebut menerima JEMPUTAN REUNION dari sekolah menengahnya dulu.  Apabila si ibu bertanyakan tentang reunion tersebut, wanita itu kelihatan malas, dan tidak mahu berjumpa dengan rakan-rakan sekolahnya dulu. Si ibu itu cuba lagi memujuk dan mengatakan mungkin akan bertemu jodoh di situ.

TANDA-TANDA ALLAH SWT.

Kemungkinan ia adalah petunjuk atau tanda dari Allah yang memakbulkan doa mereka dengan sampainya jemputan reunion tersebut. Kemudian wanita tersebut tersedar dengan situasi berikut dan bersetuju untuk pergi ke reunion tersebut.

Seterusnya mereka terus berwuduk dan berdoa. Mereka berterima kasih kepada Allah kerana mungkin jemputan reunion itu adalah antara tanda-Nya bagi doa mereka. Di samping itu, ibu dan anaknya  itu juga tidak lupa untuk bersedekah dengan apa yang ada pada mereka.

DETIK REUNION.

Wanita tersebut menghubungi rakan-rakan lamanya sama ada pergi ke reunion tersebut atau tidak. Malangnya, majoriti kenalannya tidak dapat hadir bersama. Dan ketika majlis tersebut, kelihatan tiada siapa pun yang si wanita ini kenali malah kenalan satu batch pun tiada.

Akan tetapi, tiba satu saat datangnya seorang lelaki menegurnya. Lelaki tersebut juga datang tanpa kenalan. Keseorangan. Setelah beberapa minit berbual, tiba-tiba datangnya seorang kanak-kanak lelaki menegur lelaki tersebut. “Ayah…”

Wanita itu sedikit terkejut dan kecewa, kerana lelaki itu telah berpunya. Oleh disebabkan dengan sedikit keberanian untuk bertanya, wanita itu menanyakan dimanakah isteri lelaki tersebut, namun jawapan yang diterima itu sedikit sedih, tapi ia sebenarnya membuka ruang dan peluang pada wanita tersebut.

Sudah 2 tahun berlalu isterinya meninggalkan mereka berdua termasuk anak lelaki tersebut.

Mereka Mula Berkawan, Dan Setelah 3 Bulan Berkawan Mereka Bernikah.

***********

Begitulah tanda-tanda kecil yang Allah beri, yang kadang-kala tanpa sedar kita tidak mengambil peduli pun tanda-tanda tersebut. Antara contoh lain, tergerak hati mengikuti majlis bersama-sama kawan, dipindahkan ke tempat kerja yang lebih bagus atau lebih jauh, mengikuti majlis kenduri jika mak sendiri yang memaksa dan seumpama dengannya.

Syarat utamanya adalah kita yakin Allah akan berikan kita pasangan.

Seperti firman Allah SWT;

“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Surah Yaasin: 36)

 

 

]]>
7 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Wanita Dalam Hubungan Cinta. https://redaksi.com/359-7-kesalahan-yang-sering-dilakukan-wanita-dalam-hubungan-cinta Wed, 05 Jul 2017 15:01:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=359 Jika anda sentiasa berusaha keras untuk mendapatkan perhatian teman lelaki anda , maka anda harus sedar tentang hakikat bahawa walaupun kesilapan kecil boleh membuat kekasih bosan dengan anda. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda elakkan dalam hubungan anda.



1. Rasa tidak selamat / insecure.

Kebanyakan gadis membuat kesilapan ini , mereka sentiasa berasa insecure atau rasa tidak selamat walaupun kekasih mereka setia dengan mereka. Mereka tidak mempercayai kekasih mereka , yang membawa kepada pergaduhan yang berterusan. Kepercayaan dan persefahaman adalah dua elemen penting dalam hubungan cinta.

2. Bebelan berterusan.

Majoriti wanita sering mengadu tentang isu-isu kecil dalam hubungan dengan kekasih mereka. Mereka sering membebel dan bercakap negatif tentang situasi dan masalah yang sebenarnya boleh diatasi dengan mudah. Ada lelaki yang tidak boleh mengendalikan wanita yang suka mengomel sepanjang masa.



3. Terlalu menjaga penampilan.

Ramai wanita percaya bahawa lelaki tertarik kepada kecantikan fizikal dan luaran sahaja. Tetapi, ini tidak benar. Lelaki lebih tertarik kepada kecantikan, tetapi mereka juga menilai dari segi kelakuan dan juga sikap wanita itu sendiri. Mereka juga suka kepintaran dan keyakinan dalam diri wanita.

4. Mengharapkan terlalu banyak.

Mengharap terlalu banyak dalam hubungan juga boleh menimbulkan masalah. Ramai gadis dan wanita terlalu mengharapkan ataupun meletak harapan tinggi pada kekasih mereka. Dan, apabila harapan itu tidak dipenuhi , ia akan merosakkan hubungan. Simpan harapan yang realistik apabila anda berada dalam hubungan.

5. Kompromi / bertolak ansur.

Tidak menyesuaikan diri dengan keadaan adalah satu lagi kesilapan yang perempuan sering lakukan dalam hubungan. Mnyesuaikan diri dengan setiap situasi adalah kemestian dalam mana-mana hubungan. Sikap degil akan membawa kepada salahfaham yang yang tidak sihat untuk hubungan. Anda hendaklah berterus-terang dalam hubungan anda dan bertolak ansur jika anda perselihan faham.



6. Kurangkan silent treatment.

Ramai wanita menggunakan rawatan senyap ( silent treatment ) untuk membuat pasangan mereka menyedari kesilapan mereka. Tetapi, ini juga boleh membawa kepada masalah yang lebih besar kerana di dalam satu hubungan cinta, komunikasi adalah penting. Kebanyakan lelaki cenderung untuk merasa rimas dengan tingkah laku ini.

7. Menganalisis situasi.

Membuat andaian tanpa mengetahui kebenaran boleh membawa kepada masalah dalam hubungan. Ia adalah penting untuk menganalisis keadaan dan kemudian membuat kesimpulan . Ramai wanita tidak mempercayai pasangan mereka dan menganalisis situasi dengan cara yang negatif.

]]>
Jangan Mudah Nak MainKan Hati Orang Dengan Tabur Janji & Beri Harapan Yang Tinggi, Takut Nanti Berbalik Pada Diri Sendiri. https://redaksi.com/6984-jangan-mudah-nak-mainkan-hati-orang-dengan-tabur-janji-beri-harapan-yang-tinggi-takut-nanti-berbalik-pada-diri-sendiri Tue, 27 Aug 2019 12:22:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6984 Mulut sememangnya mudah untuk menabur janji, jari begitu mudah untuk menyatakan janji tetapi untuk melaksanakannya memerlukan seribu alasan dan sebab yang begitu kukuh dan hati sendiri. Selalunya dalam bercinta, mudah sangat anda berjanji bukan malah anda juga begitu mudah terpedaya dengan janji yang tak pasti.

Janji dan cinta sememangnya tidak dapat dipisahkan, masa sedang hangat dan bahagia semua janji akan dilontarkan tapi bila hati dah tawar, sudah timbul rasa bosan dan jemu mulalah abaikan segala janji yang ada. Malah sedikit pun tak kisah lagi pasal janji yang dibuat.


“Saya janji akan kahwin dengan awak.”

“Awak je pilihan yang saya ada.”

Pernah tak anda fikirkan hati perasaan seseorang yang anda berjanji selepas anda memungkirinya?

Hati orang jangan dibuat main, hari ini mungkin anda berseronok dan bersorak keringan kerana banyak hati yang berharap pada anda. Bahkan anda juga melihat dirinya merayu pada anda. Rasa puas dan bangga dapat musnahkan harapan dan sakitkan hati orang.



Tapi anda tidak tahu, sekarang ini setiap perbuatan akan dibalas di dunia juga. Bila anda sakitkan hati seseorang, siapa tahu hati anda juga akan tersakiti nanti. Siapa tahu anda pula akan berharap akan seseorang tetapi dirinya pula yang mengkhiananti janji tersebut.

Menabur janji memang mudah, memberi harapan satu kelebihan anda tetapi anda tak sedar bahawa setiap perkara yang berlaku itu mungkin akan berbalik pada anda semula, kalau tidak pada anda mungkin pada anak-anak anda.

Kalau tak boleh tunai janji, katakan segera. Kalau rasa harapan dirinya terlalu berat, tolak awal-awal. Jangan bila seseorang itu sudah percaya dan yakin, anda hanya tinggalkan sahaja. Sesiapa pun akan terluka jika kena sebegitu. Anda pun tentu sama juga.



Jangan buat main hati orang, jangan dilukakan perasaan orang malah jangan hancurkan harapan orang. Hari ini mungkin hari dirinya, siapa tahu esok lusa pula adalah hari anda.

Berjanji apabila anda mampu lakukannya, beri harapan apabila anda begitu serius dengannya.

Jangan nanti bila bila ia berbalik kepada anda, anda pula merasakan sesuatu tidak adil sedangkan dulu anda begitu mudah mengambil kesempatan terhadap orang lain.

]]>
5 Tanda Lelaki Clingy. Adakah Wanita Tertarik Dengan Lelaki Seperti Ini? https://redaksi.com/1812-5-tanda-lelaki-clingy-adakah-wanita-tertarik-dengan-lelaki-seperti-ini Fri, 30 Mar 2018 15:56:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1812 Pasangan yang menjadi terlalu rapat, dan pergi ke mana sahaja tentu mereka berdua tidak boleh berpisah. Mereka di anggap seperti peribahasa pasangan ‘ibarat belangkas’. Tetapi jika salah seorang daripada pasangan sahaja yang menjadi belangkas, seperti bertepuk sebelah tangan pula. Jika lelaki yang seperti belangkas, adakah si dia bukan idaman wanita? Adakah kelakuan mereka kelihatan sangat menakutkan?

Jadi bagaimana untuk mengetahui seorang lelaki itu ibarat belangkas? Jom Baca!

1. Suka memberi soalan demi soalan, sehingga anda berasa rimas.

Di awal perkenalan, sudah tentu anda berdua akan berasa kekok, tetapi lelaki seperti ini tidak pula merasakan perasaan yang sama kerana mereka terlalu banyak persoalan untuk ditanya. Berkemungkinan ini kali pertama mereka bertemu janji dengan wanita cantik seperti kamu, tetapi jika bertubi-tubi soalan yang di ajukan, mereka sudah tentu seperti belangkas.

Hati-hati! Jangan terjerumus dengan soalan maut!

2. Menerima whatsapp sepantas kilat, dan mungkin juga tiada had masa.

Apabila anda berkenalan dengan lelaki seperti ini, sudah tentu anda akan memberi nombor telefon kepadanya. Sejurus sahaja mereka menyimpan nombor telefon anda, anda sudah menerima mesej daripada mereka. Pantas! Anda mungkin tersenyum kerana mereka seperti mengambil berat tentang anda, tetapi hati-hati ya!

3. Perbualan di whatsapp tiada penghujung.

Pantas mereka menghantar mesej kepada anda, pantas juga mereka memberi respon. Setiap kali anda memberi respon yang positif kepada lelaki ini, peluang dia untuk mendekati anda menjadi tinggi. Mereka seumpama dapat merasakan bahawa anda juga menyukai mereka dan selesa untuk bertemu kembali. Selain daripada itu, mereka juga tidak berhenti dan seperti tidak mahu berhenti daripada menghantar mesej kepada anda, sehingga kan tiada ‘Bye’ pada perbualan anda berdua.

4. Mereka menjadikan anda orang yang penting dalam hidupnya.

Mereka sentiasa menjadi orang yang pertama yang menghantar mesej pada anda. Dan tidak kira di mana sahaja anda berada, mereka juga lah insan yang terawal untuk berjumpa dengan anda. Menakutkan jika anda tidak selidik siapakah diri mereka yang sebenar. Kelihatan, mereka bersungguh-sungguh untuk berkenalan dengan anda.

5. Terlalu mahukan diri anda expose kisah silam.

Di samping itu, pada mereka, anda begitu menarik perhatian si dia. Apa sahaja mengenai anda, ada sahaja dia mahu persoalkan termasuk kisah silam anda. Mereka ingin tahu siapa bekas kekasih anda, bagaimana ia berakhir dan bagaimana bekas kekasih boleh memikat anda.

Soalan-soalan begini akan terjerumus pada soalan yang tidak akan di jangka, dan akan membuka aib anda. Hati-hati! Jika anda mahu ada hubungan yang serius dengan lelaki seperti ini, berkemungkinan besar mereka akan mengungkit kisah silam anda!

Artikel lain yang berkaitan anda boleh baca:
1. Lelaki ‘Tall, Dark And Handsome’ Menjadi Tarikan Si Gadis? Adakah Mereka Setia?
2. Lelaki Lebih Drama Daripada Wanita. Apakah Akan Dilakukan Oleh Lelaki Jika Mereka Dilamun Cinta?
3. Adakah Seorang Lelaki Yang Baik, Sukar Untuk Dicintai?

 

]]>
"Kami belum terima bantuan makanan..." -Pakcik ini sanggup dayung sampan kejar bot polis marin https://redaksi.com/8781-kami-belum-terima-bantuan-makanan-pakcik-ini-sanggup-dayung-sampan-kejar-bot-polis-marin Mon, 26 Oct 2020 15:40:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8781 Penambahan kes Covid-19 setiap hari semakin membimbangkan, bukan sekadar keadaan kesihatan tetapi faktor ekonomi juga agak merunsingkan. Ada yang kehilangan kerja, dan ada juga yang perniagaan tidak mampu berjalan seperti biasa. Mereka yang sudah hidup susah semakin alami kesusahan untuk teruskan hidup.

Kes Covid-19 di Sabah semakin menakutkan semua orang, bukan hanya kepada penduduknya tetapi seluruh rakyat Malaysia. Walaupun pihak kerajaan telah melakukan beberapa langkah untuk membendung wabak penularan tersebut tetapi angka peningkatan masih membimbangkan.



Baru-baru ini, tular satu rakaman yang menyentuh hati semua pihak yang mana seorang lelaki sudah berusia terpaksa mengejar bot yang dinaiki sepasukan polis marin kerana ingin meminta bantuan makanan buat penduduk kampungnya.

Lelaki berusia kejar bot guna sampan

Menurut sumber, kejadian itu berlaku apabila bot peronda miliki mereka didatangi seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Ladja di perairan Kampung Holo, Semporna.

Tekad menghampiri bot peronda polis marin, Ladja memaklumkan bahawa kampungnya mempunyai 27 buah rumah yang telah kehabisan makanan.

“Itu Kampung Halo laut hujung, bahagian depan sudah dapat bantuan. Tapi kami tidak dapat bantuan, kami tiada makanan tuan sebab itu kami perlu turun ke laut.

“Kalau ada bantuan makanan diberikan oleh kerajaan kami tidak akan turun ke luat. Kami akan patuh dengan undang-undang,” katanya kepada polis bertugas.

Bantuan segera sampai dari pelbagai pihak

Tanpa melengahkan masa, pihak polis marin yang menyantuni lelaki itu segera mendapatkan bekalan makanan buat penduduk di sana. Turut dibantu pihak berwajib dan NGO dengan memberikan sumbangan berbentuk makanan harian.

“Pagi tadi dia beritahu kepada boat ronda polis marin dan memberitahu ada 27 buah rumah tercicir belum menerima bantuan bekalan makanan.

“Jadi sekarang kami hantarkan bantuan makanan, tolong semua beratur,” laung pihak yang menyampaikan bantuan.

Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka selepas menerima bantuan tersebut, malah di kesempatan itu juga Ladja sempat mengucapkan terima kasih dan syukur atas bantuan yang diberikan sambil tersenyum.


]]>
Bertunang Tanpa Sengaja. Opss! https://redaksi.com/2065-bertunang-tanpa-sengaja-opss Sat, 21 Apr 2018 18:50:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2065 Bertunang tanpa sengaja? Bagaimana tu? Pernah ke alami perkara sedemikian dalam hidup? Kadang, perkataan yang membawa maksud untuk menikahi dan menerimanya menimbulkan banyak tanda tanya tentang hal berkenaan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hal ini, teruskan pembacaan.

Mengikut istilah yang boleh difahami oleh kita, meminang adalah meminta izin seseorang untuk dinikahinya. Misalnya menyatakan, “boleh tak saya jadi suami awak nanti?” “lepas habis belajar, kita kahwin nak?” Dengan menyatakan hasrat itu, ia dikira meminang.


Bertunang adalah bersetuju dengan penyataan tadi. Misalnya. “Okey. Saya setuju je kalau awak jadi suami saya.” “Oh. Baguslah kalau macam tu. Saya sebenarnya dah lama jatuh cinta dengan awak.” Ini contoh sahaja ya. Baik, dengan ‘persetujuan’ tersebut, maka seorang lelaki dan wanita dikira telah pun ‘bertunang.’ Oleh itu, dalam hal ini berhati-hatilah jika ingin meluahkan perasaan terhadap seseorang.

Jika ada orang lain ingin meminang wanita tadi, hendaklah seorang wanita membuat penilaian dan memilih mengikut kecederungan hati. Jika ingin memutuskan pertunangan dengan lelaki A, maka mintalah persetujuan dengan sebaik mungkin lelaki A. Ketika ini, seorang wanita mempunyai hak untuk memutuskan pertunangan. Berbeza dengan perkahwinan, hanya lelaki yang dibenarkan untuk memutuskan perkahwinan atau bercerai.


Apabila sudah bertunang dengan lelaki A, haram hukumnya menerima pinangan lelaki B. Ini akan menyebabkan pertindihan atas pertunangan. Tetapi sekiranya telah pun berkahwin dengan lelaki B, maka pekahwinan itu sah, tetapi tindakan menerima pinangan ke dua tadi tetap dikira berdosa.

Selama ini kita memikirkan bertunang itu hanyalah suatu majlis bukan? Ketahuilah, bahawasanya majlis yang diraikan oleh orang terdahulu hanyalah adat. Tidak juga boleh kita salahkan adat. Adat kadang kala menjadikan kita lebih beradab. Iyalah. Jika mahukan seseorang, adalah lebih sopan jika kita bertemu dengan ibu bapanya terlebih dahulu kerana mereka membesarkan wanita yang ingin dinikahi.


So, adakah sah jika pertunangan hanya diketahui oleh seorang lelaki dan wanita itu sahaja? Iya. Sah. Kecuali jika gila dan belum akil baligh. Jika termasuk dalam dua kategori ini, perlulah mendapat persetujuan ibu bapa. Jelas ya?

Maka, berhati-hatilah kita dalam bab ini. Jangan sesekali terlepas atau sengaja bermain-main dengan istilah atau perkataan tersebut. Jika mempunyai kekeliruan,bertanyalah kepada yang pakar dalam bab agama untuk dijadikan rujukan.

 

]]>
Wanita Bijak Akan Lakukan 5 Perkara Ini Ketika Bercinta. https://redaksi.com/3707-wanita-bijak-akan-lakukan-5-perkara-ini-ketika-bercinta Tue, 02 Oct 2018 17:48:52 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3707 Cinta dan kasih sayang untuk pasangan sering membutakan mata sesiapa sahaja. Kerana anda rasa pemilikan, dan sesetengah daripada anda merasa anda boleh meminta apa-apa dari pasangan anda. Tetapi wanita bijak tidak lakukan perkara yang remeh.



Mengapa wanita ini digelar wanita bijak? Hal ini kerana, dirinya bijak mengendalikan perasaan mereka dengan cara yang betul dan menggunakan pemikiran yang waras, bahkan tidak mengikut perasaan serta nafsunya semata-mata. Jom ketahui apa wanita bijak tidak akan lakukan dalam perhubungan mereka.

1. Tidak akan minta pasangan berhenti lakukan apa yang dirinya sukai.

Hanya kerana anda mahu dia menghabiskan lebih banyak masa dengan anda, itu tidak bermakna anda meminta dia meninggalkan hobi atau bekerja yang disukai. Seorang wanita yang bijak tahu bahawa ini hanya akan membuat pasangannya tidak bahagia.

2. Tidak minta pasangan menjadi orang lain.

Wanita yang mengetahui dengan baik nilai hubungan tidak akan meminta pasangan mereka berubah. Dia memahami bahawa dia berada dalam hubungan dengan sesama manusia yang hanya akan berubah jika dirinya mahu.



3. Tidak minta pasangan berkongsi minta.

Seorang wanita yang bijak tidak akan meminta pasangannya untuk berkongsi mintanya. Kerana dia menyedari bahawa pasangannya pasti mempunyai minta yang berlainan. Ini kerana dia tahu setiap orang itu berlainan.

4. Percaya pada pasangannya.

Perempuan yang bijaksana tidak akan menuntut bukti cinta dan kasih sayang daripada pasangannya. Ketika hubungan antara laki-laki dan perempuan dibina atas dasar kepercayaan, dia tidak akan sengaja melakukan sesuatu di belakang pasangannya. Sebagai contoh membuka telefon bimbit pasangannya secara senyap-senyap.

5. Tidak minta untuk tidak melihat wanita lain.

Dia tahu sukar untuk menghadkan pemandangan daripada sesuatu yang indah. Jadi dirinya harus terima jika pasangannya melihat wanita lain di hadapannya selagi pasangannya itu masih berlaku jujur terhadap dirinya.

Wanita bijak ini selalunya tidak akan melakukan sesuatu perkara yang akan memberikan kesakitan kepada pasangannya mahupun dirinya. Kerana dia tahu bahawa perhubungan itu seharusnya membahagiakan bukan saling menyakiti.

]]>
Adakah Berdosa Sekiranya Suami Menyakiti Hati Isterinya? https://redaksi.com/2974-adakah-berdosa-sekiranya-suami-menyakiti-hati-isterinya Wed, 25 Jul 2018 11:27:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2974 Perbalahan antara suami isteri itu akan kerap kali berlaku di dalam rumah tangga. Namun, bagaimana setiap suami isteri ini mengelakkan saling menyakiti antara satu sama lain. Kerap kali yang kita dengar ialah tidak mencium bau syurga seorang isteri itu jika derhaka terhadap suaminya. Tetapi bagaimana pula dengan suami yang menyakiti hati isterinya. Adakah mereka ini bebas melakukan apa sahaja terhadap isterinya?


Mungkin tanpa sedar suami telah menyakiti hati isterinya sama anda melalui perbuatan ataupun pergaduhan sama ada sengaja ataupun tidak. Daripada kejadian itu, ia menyebabkan si isteri mengalirkan air mata serta menangis. Adakah ia akan dikira sebagai dosa kerana menyakiti hati isteri?

Di dalam al-Quran surah An Nisa ayat 19, terdapat sebuah petikan ayat yang berbunyi

"Dan dengarlah isteri awak dengan baik, maka jika anda tidak menyukainya, maka bersabarlah kerana mungkin anda tidak menyukai sesuatu. Padahal Allah SWT telah menjadikannya kebaikan yang banyak.”


Surah ini ia menjelaskan bagaimana suami harus bersabar dengan sikap isteri yang tidak disukainya dan Allah SWT sendiri telah menjadikan isterimu itu dengan pelbagai kebaikan.


Di dalam hadis riwayat Maisarah bin Ali, dari Ar Rafi’, dari Abu Sa’id Al Khudzri juga ada menyebut,


“Barangsiapa yang membiarkan hati isterinya terluka, maka dia menangis seolah-olah menangis takut kepada Allah, dan barangsiapa yang menangis takut kepada Allah SWT, maka Allah akan mengharamkan tubuhnya masuk neraka.

Jika suami isteri saling memperhatikan, maka Allah SWT akan memperhatikan mereka berdua dengan penuh rahmat. Saat suami memegang tapak tangan isteri, maka gugurlah dosa suami isteri itu dari jari-jari mereka.”


Dari hadis tersebut boleh dilihat bahawa, perbuatan suami menyakiti si isteri adalah haram.

Maka dengan itu, sebagai suami apabila melakukan sesuatu perbuatan perlulah anda sedar untuk menjaga hati isteri anda agar tidak terluka oleh kerana perbuatan anda.

]]>
Ciri-ciri Calon Menantu Lelaki Terbaik. https://redaksi.com/2899-ciri-ciri-calon-menantu-lelaki-terbaik Thu, 19 Jul 2018 11:35:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2899 Setiap wanita menimpikan lelaki yang baik, memahami, bertanggungjawab, setia. Tetapi, ramai yang terlupa dengan salah catu ciri yang perlu setiap wanita cari dalam membuat pemilihan untuk dijadikan suami. Ia adalah penting. Jika diabaikan, kemungkinan besar, anda dan keluarga akan diabaikan kelak. Sudah pastinya kita tidak mahu bukan?

Antara salah satu ciri-ciri calon menantu yang perlu ada pada seorang lelaki adalah mereka tidak meninggalkan solat subuh bahkan mampu mendirikan solat subuh secara konsisten berjemaah di masjid.


Biarpun tidak bergelar ustaz atau pelajar agama, tetapi jika dia dapat melakukan hal demikian, mereka sebenarnya sedang mencerminkan peribadinya. Iaitu seorang yang taat kepada agama. Dengan itu barulah dia dapat membimbing pasangannya ke syurga kan?

Lelaki yang mampu solat subuh berjemaah di masjid juga insyaAllah dapat melawan hawa nafsu. Kau bayangkanlah. Untuk solat subuh bukan mudah nak bangun kan? Kalau dia dapat lawan keinginan untuk tidur, bangun untuk solat di masjid, tu memang hebat. Luar biasa.


Tapi, kalau mahu juga lelaki yang ala-ala korea, romantik, silakan. Apapun, jangan menyesal nanti jika lelaki tu tidak bertanggungjawab, bersikap kasar terhadap kau nanti. Orang dulu-dulu kata, “sediakan payung sebelum hujan.” Jangan sampai “sudah terhantuk, baru tengadah.”

Kalau tak dapat yang mampu solat berjemaah sekalipun, yang masih dapat menjaga solat pun kira okeylah. Yang tak jaga solat, itu kena hati-hati. Kalau sayang, kau nasihatlah dia baik-baik sebelum nak bertunang. Kalau tak, memang payah nanti.


]]>
Suka Barang Membeli Barang Mewah? Cuba Tanya Perkara Ini Kepada Diri Anda Terlebih Dahulu.. https://redaksi.com/4437-suka-barang-membeli-barang-mewah-cuba-tanya-perkara-ini-kepada-diri-anda-terlebih-dahulu Wed, 05 Dec 2018 10:43:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4437 Memiliki barangan mewah dan berjenama sememangnya kegilaan anak muda pada masa ini, terutama jika sudah mula berkerja dan mempunyai duit sendiri. Itu tidak belum lagi membeli barangan kerana terikut dengan gaya artis kesayangan. Mana tidaknya, terlalu mengikut rentak rakan-rakan sekeliling beserta melihat kehidupan mewah orang lain. Ada juga yang beranggapan membeli barangan mewah ini seumpama memberi diri sendiri ganjaran selepas penat lelah berkerja.

Tapi sebelum anda membuat pilihan untuk berbelanja mengikut yang anda mahukan, cuba lihat kemabli kewangan anda. Adakah ia kukuh sehingga hujung bulan? Ataupun adakah ia berbaloi untuk anda mengikat perut hanya gara-gara ini?



Untuk membuat anda rasa menyesal dengan membeli barangan tersebut, apa kata anda cuba bertanya soalan ini kepada diri anda.

1. Adakah anda kerap menggunakannya?

Anda boleh membeli barangan mewah dengan jenama terkenal, mengikut kehendak anda, tetapi anda harus berfikir dengan baik tentang berapa kerap barang itu akan digunakan. Jangan biarkan membeli barang yang tidak penting, di mana hanya akan menggunakannya sekali atau dua sahaja dengan harga yang tinggi. Dan lebih parah lagi jika anda tidak menggunakannya malah hanya menyimpannya di dalam almari sahaja.

Perkara sebegini hanya akan membuat anda rugi sahaja kerana berhabis wang terhadap barangan yang tidak penting.

2. Adakah anda sememangnya perlukannya?

Harga mahal tapi barang berkualiti, itu lah yang kerap kali digunakan sebagai alasan untuk mereka yang suka membeli barang berjenama ini. Anda perlu tanya semula diri anda, adakah anda membeli ini hanya sekadar menunjuk bahawa anda memiliki wang yang banyak ataupun sebaliknya?

Jika anda membeli kenderaan, ia mungkin akan digunakan setiap hari, tapi jika anda membeli beg tangan , kasut dan baju, adakah ia berbaloi untuk mengikat perut kerana perkara tersebut?



3. Adakah barangan tersebut tidak mempunyai harga yang lebih murah tapi memiliki kualiti yang baik?

Barangan murah itu tidak bermakna kualiti mereka ini tidak baik dan standing dengan barangan mahal. Ada sahaja barangan yang murah tapi kualitinya lebih bagus dari barangan yang berjenama itu. Malah sekarang terdapat banyak barang tempatan dengan kualiti yang baik, tetapi harga lebih murah daripada jenama mewah.

Atau alternatif lain boleh mencari diskaun supaya wang yang anda belanjakan tidak terlalu banyak. Tidak ada yang salah dengan membeli barangan tangan kedua , mengikut kehendak anda, tetapi harganya lebih murah.

Jangan buat diri anda rasa terbeban dengan perkara sebegini. Anda seharusnya lebih berjimat cermat dan memastikan bahawa anda kewangan anda itu mencukupi sehingga hujung bulan, bukannya membazir akan perkara yang bukan keperluan.



]]>
“Usah Tangguh Nikah Kerana Takut Tak Mampu Nak Sara Isteri”. – Bekas Pelajar Medicine. https://redaksi.com/1375-usah-tangguh-nikah-kerana-takut-tak-mampu-nak-sara-isteri-bekas-pelajar-medicine Wed, 27 Sep 2017 12:44:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1375 Dr. Syahrul Fitri merupakan seorang graduan PhD in Medicine dan 2 ijazah sarjana muda dari Australia. Beliau ingin berkongsi pengalaman beliau yang telah bernikah semasa masih belajar. Selain daripada itu juga beliau seorang yang minat menulis dan telah penerbitkan karya pertama beliau bertajuk “Isteri Untuk Dia”.



JANGAN TAKUT UNTUK HIDUP SUSAH.

Kami nikah masa umur 22 tahun. Ramai orang kata, terlalu awal dan terlalu muda. Ada jugalah yang mempertikaikan kematangan saya untuk menjadi seorang suami pada usia sebegitu. Ada jugalah yang mempersoalkan kesediaan si isteri untuk menghadapi susah senang bersama saya yang masih berstatus “pelajar” pada masa itu.

Life as students. To add, life as married students. Bergantung hidup pada nilai scholarship ‘bujang’ walaupun beristeri menjadikan hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Memanglah susah. Segala benda tak cukup sempurna.

Selepas nikah di Kelantan (Malaysia), kami terbang memulakan hidup di Adelaide (Australia) untuk saya habiskan pengajian degree berbaki satu tahun lagi (Honours year).



Pernah terjadi episod berjimat-cermat sebab scholarship hanya tinggal AUD $100 untuk 20 hari seterusnya selepas bayar semua bil keperluan, hantar sedikit untuk ibu bapa di kampung, isytirakat (sedekah/infaq kepada amal dakwah dan tarbiyyah) dan pelbagai sehingga si suami terpaksa ponteng universiti untuk kerja part-time pizza delivery, walaupun esoknya ada oral presentation dan si isteri mengambil upah menjaga anak-anak kawan walaupun sedang kurang sihat.

Ia cukup mencabar diri dan menjadi warna-warni kehidupan yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila.

Cubalah bayangkan bidadari saya ini yang disahkan mengandung 2 bulan (anak pertama) terpaksa pulang seorang diri ke Malaysia pada 21 November 2010 supaya kesihatannya dan kandungan dapat dijaga lebih baik bersama keluarga di kampung kerana sukarnya kehidupan kami di Australia pada masa itu.

Tidaklah hidup melarat sampai nak makan pun tiada duit. Tetapi wujud kesukaran yang menyebabkan ‘berpisah buat sementara waktu’ adalah lebih baik pada masa itu. Makan nasi berlauk ayam dan sayur, bolehlah.

Tetapi nak beli buah, vitamin supplements, itu ini tak mampulah sebab di sini mahal-mahal semuanya. Rasa malu, sedih, semua ada. Rasa macam suami tak guna pun ada. Tetapi saya pesan kepada isteri dan diri sendiri, “Fikir positif! Allah swt kan ada sokmo!” dan dalam kekalutan itu, we moved on.

For the record, masa hantar isteri ke airport, saya tak menangis pun, of course! Namun teringatkan air mata si isteri di departure hall Adelaide International Airport sebentar tadi itu ‘paksa’ saya untuk mengeluarkan air mata dalam perjalanan ke rumah. Jujurnya, malam itu saya tak dapat tidur pun kerana r_n_u (Please fill in the blanks).


Ini foto 4 tahun yang lalu kami bersama cahaya mata pertama pada hari majlis konvokesyen di The Students’ Learning Hub, The University of Adelaide, Australia.

Pada tarikh ini (21 November 2010), isteri saya punya Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan saya sendiri punya dua sijil Ijazah Sarjana Muda (yang dicapai dalam masa 4 tahun pengajian), satu sijil nikah dan satu sijil kelahiran anak, dan juga berstatus pelajar PhD tajaan penuh biasiswa.

Esok paginya 22 November 2010 lega apabila isteri telah selamat sampai di Kelantan dan pada pagi yang sama saya menduduki ujian viva untuk Honours project saya.

Pagi sebagai seorang ‘bujang semula’ tidak sempatlah nak breakfast kerana isteri tiada di sisi untuk sediakan. Saya beritahu isteri, “Jangan risau. Abang OK and all ready for the big day today!” Hakikatnya, dengan perut kosong itulah naik bas seorang diri ke universiti, lakukan final oral presentation diikuti beberapa jam sesi viva.

Jam 2 petang settle semua, badan menggigil kelaparan. Barulah terkejar-kejar cari sesuatu untuk isi perut sehinggakan saya habiskan minum satu gelas hot chocolate drink walaupun sebenarnya saya tak makan/minum coklat. First time! Lapar punya pasal.

Pada jam 4.30 petang pihak universiti melalui supervisor saya yang datang sendiri berjumpa saya memberitahu keputusan saya mendapat First Class Honours dengan CGPA 7.00/7.00. Allahu Allah. Sujud syukurlah, of coursedan cepat-cepat beritahu isteri dan keluarga di kampung.

Mesti pelik, kan, kenapa saya kongsi sedikit kisah saya ini di sini? Ada sebabnya.

Hari ini adalah hari ke-dua ribu lima puluh kami bergelar suami isteri. Ya, anda tidak silap membacanya. Hari ini hari ke-2050 dan secara jujurnya saya masih struggle dengan kehidupan.

Ya, saya punya pelajaran namun gajinya belum stabil, belum ada kereta sendiri, rumah pun tiada apatah lagi aset-aset lain yang sedap dipandang.

Nak beli baju sehelai pun saya buat kira-kira sampai penuh dua helai kertas saiz A4. Huhu. Dan si isteri yang bersama saya dalam setiap kesukaran saya itu sedang bersama saya dalam kesukaran saya pada hari ini. Subhanallah, syukur alhamdulillah.

Sepanjang kami menjadi suami dan isteri, saya tidak pernah berikan rumah yang besar, kereta yang besar, duit yang besar kepada isteri. Tetapi saya berikan hati yang besar, jiwa yang besar dan kejujuran yang besar kepada isteri.

Bidadari saya ini juga memberikan hati yang besar, jiwa yang besar dan kasih sayang yang besar kepada saya sebagai suaminya. Sebab inilah kenangan-kenangan sebegini mengusik jiwa saya.

Bidadari saya ini pernah berseloroh, “Bilalah nak merasa hidup senang seperti orang lain. Nak juga merasa itu ini (apabila melihatkan rakan-rakan, ikhwah akhawat dan kenalan-kenalan yang berjaya-berjaya).”

Dengan rendah diri saya cetuskan ikhlas daripada hati, “Masa Abang tiada duit, masa Abang sakit, masa Abang sempit, Abang lebih banyak ingat Allah swt apabila mengalami kesusahan.

Masa Abang tiada duit, masa Abang sakit, masa Abang sempit, Abang dapat rasa kasih sayang dan cinta yang sangat kuat lahir daripada Sayang apabila Sayang bersama Abang dan menjaga Abang.



Mungkin Allah swt belum senangkan kehidupan kita kerana Allah swt tak mahu Abang lupa Allah swt dan lupa isteri, lupa ibu bapa, lupa keluarga, lupa anak-anak. Biarlah sukar sebegini dahulu asalkan ada kesayangan-kesayangan semua di sisi. Esok-esok apabila kita sudah sedia, Allah swt pasti senangkan kehidupan kita.”

Selalunya kalau bidadari saya ini membalas dengan air mata, saya biarkan sahaja. Saya menganggap setiap titis air matanya sebagai jawapan janji dia sanggup menemani saya. (Sebenarnya tak reti nak pujuk. Eh? Heheh).

Kenapa saya menulis coretan ini? Ini sebab utamanya. Saya nak pesan kepada pasangan suami isteri atau bakal suami isteri yang membaca celoteh ini; JANGAN TAKUT UNTUK HIDUP SUSAH. Usah tangguh nikah kerana takut tak mampu nak sara isteri.

Tetapi takutlah dengan dosa-dosa ber-couple, ber-dating walaupun sekadar dating secara online dan tidak berjumpa fizikal. Takutlah untuk buat dosa. Takut untuk nikah buat apa?

Bersusah-payah sebagai suami isteri menjanjikan kebahagiaan yang tidak dapat dicapai dengan cara lain. Inilah warna-warni dan resepi kejayaan kita yang akan kita kenang pada hari esok.

Nampak senang ke untuk mendapat semua ini? TIDAK. Hakikatnya, jalannya SUSAH. Kisah tak tidur malam, kisah ikat perut, kisah itu kisah ini. Tetapi, JANGAN TAKUT UNTUK HIDUP SUSAH.

Banyak kisahnya sampai boleh dibukukan jika ditulis dengan elok. Terasa mahu kongsi satu per satu cerita kerana mahu kongsi manfaatnya. Tetapi hati selalu risau takut-takut tidak dibaca orang.

]]>
Bagaimana Mengenali Pasangan Tanpa Perlu Bercinta? https://redaksi.com/2229-bagaimana-mengenali-pasangan-tanpa-perlu-bercinta Tue, 08 May 2018 09:24:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2229 Sebagaimana yang diketahui umum, bercinta sebelum bernikah adalah haram untuk dilakukan. Banyak sebab Allah mengharamkan perkara tersebut antaranya untuk mengelakkan fitrah antara pasangan, dapat menjauhi perkara yang dilarang sebelum menjadi pasangan yang halal. Jadi, bagaimana untuk mengenali baik buruk pasangan? Kalau tersalah langkah, nanti menyesal pula.


1. Membawa mahram.

Andaikata kita sama sekali tidak pernah mengenali pasangan, untuk bertemu buat pertama kali, dan selanjutnya, bawalah mahram bersama agar kita terhindar daripada fitnah dan perkara-perkara mudarat yang lain.

2. Media sosial.

Di alam serba canggih ini, tidak salah untuk kita menggunakan teknologi untuk menyiasat perwatakan dan tingkah laku seseorang. Kita dapat mengenali perwatakan seseorang melalui penulisan. Jika penulisannya cenderung positif dan bermotivasi, kemungkinan besar dia seorang yang baik. Begitu jugalah jika sebaliknya.

3. Mengunjungi keluarga.

Sudah semestinya untuk meneruskan langkah untuk berkahwin, meminta keizinan daripada keluarga adalah satu keperluan. Sering berkunjung juga tidak mengapa. Asal anda dan pasangan tidak berdua-duaan seperti yang dilarang dalam Islam.

4. Doa dan istikarah.

Perasaan risau pastinya terbit untuk memberi kata putus untuk bersama orang yang baru dikenali. Oleh itu, berdoalah kepada Allah. Jika dia baik untuk kehidupan anda, maka dekatkan. Jika tidak, jauhkan. Allah mempunyai pelbagai cara untuk menjauhkan dan mendekatkan seseorang. Jadi, minta saja kepadanya. Lakukan juga solat sunat istikarah agar diberi keputusan yang tepat.

5. Yakin dengan keputusan.

Setelah melakukan hal-hal yang telah disebutkan di atas, yakin dengan keputusan yang diambil. Kerana semuanya sudah kita serahkan keputusan kepada Allah. Jika kita lihat semua urusan ke arah tersebut lancar dan baik, itu petanda dia adalah jodoh anda. Apabila urusan tersebut terlalu banyak halangan, kemungkinan itu adalah petanda anda dan si dia tiada jodoh.


Jadi, usah bersedih. Tekadkan pendirian dan yakin Allah akan memberikan jodoh yang terbaik buat anda kelak. Dalam tempoh perkenalan atau pertunangan, anda dan pasangan bila-bila masa sahaja boleh membuat keputusan untuk putuskan perhubungan. Samaada dari pihak lelaki mahupun wanita. Jadi, terlalu berharap si dia adalah jodoh tidak perlu. Kerena ini akan menyebabkan seseorang sangat tertekan sekiranya dia tidak dapat apa yang dimahukan. Oleh itu, relaks and cool saja. Kalau ada jodoh, adalah tu.


]]>
Dilema Yang Bakal Dihadapi Apabila Bercinta Terlalu Lama. https://redaksi.com/3325-dilema-yang-bakal-dihadapi-apabila-bercinta-terlalu-lama Tue, 21 Aug 2018 09:56:37 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3325 Siapa kata makin lama bercinta makin bahagia, tidak semua orang begitu. Ada sahaja yang makin lama bercinta makin banyak dilema yang perlu dirinya hadapi. Hal ini kerana, semakin banyak kita mengenali pasangan kita, semakin banyak lah kekurangan dirinya yang akan diketahui. Jadi sudah pasti anda akan teragak-agak dalam hubungan anda. Nak berpisah sayang, tak berpisah tak sanggup untuk hidup bersama. Mari lihat dilema lain yang dihadapi.

1. Takut kesunyian.

Bertahun lama menjalinkan hubungan membuatkan anda berasa selesa mempunyai seseorang yang sentiasa berada di sisi anda. Sehinggakan anda merasakan takut untuk kehilangan dirinya. Setiap kesalahan yang dilakukan anda biarkan tanpa teguran. Sebenarnya, anda bukan takut kehilangan pasangan anda tetapi lebih kepada takut kesunyian.


2. Masih belum bersedia untuk bernikah.

Komitmen diperlukan untuk menjalinkan satu hubungan yang serius. Maka dengan itu, anda serta pasangan anda perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab, namun pasti salah seorang daripada kalian akan serius atau tidak. Ia itu masih beranggapan bahawa hubungan ini masih panjang untuk dijadikan satu hal yang serius.

3. Ahli keluarga kerap bertanya status hubungan kalian.

Apabila sudah terlalu lama bercinta, sudah pasti ahli keluarga mula ingin mengetahui tindakan selanjutnya. Tidak akan selama-lamanya hanya bercinta sahaja, maka dengan itu pasti ibu bapa anda akan kerap bertanya bila hendak masuk meminang ataupun bila nak langsungkan majlisnya. Jadi anda pasti berasa rimas dengan soalan tersebut.


4. Sikap abaikan pasangan.

Anda telah mengenali hati budinya, sudah pasti anda akan berasa selesa dengan dirinya. Tapi di dalam keselesaan itu membuatkan diri atau anda mengabaikan hal-hal yang kecil dengan beranggapan bahawa pasangan tidak kisah sedangkan sebaliknya. Perasaan terlalu selesa ini lah yang membuat salah seorang mudah berasa jemu dan bosan terhadap hubungan yang dibina.

5. Ingin berpisah tetapi malas untuk memulakan semula.

Terlalu lama tanpa satu usaha untuk ke arah yang serius sudah pasti membuatkan anda penat menunggu. Anda ingin berpisah dengandirinya tetapi pada masa yang sama anda sudah malas untuk memulakan satu hubungan yang baru. Di mana ia perlu mula dari langkah yang awal semula. Maka anda akan bertahan di sisinya walaupun dalam keadaan yang terpaksa.

Semakin lama anda bercinta makin banyak lah dilema yang akan anda hadapi. Dan semuanya itu anda akan tanggung bersendirian sekiranya anda tidak berkongsi bersama pasangan anda.


]]>
Tolak buat majlis kahwin walau keluarga nak taja, pasangan ini beri inspirasi kepada ramai https://redaksi.com/8841-tolak-buat-majlis-kahwin-walau-keluarga-nak-taja-pasangan-ini-beri-inspirasi-kepada-ramai Tue, 03 Nov 2020 12:38:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8841 Orang kata kahwin sekali seumur hidup, mestilah kena buat majlis besar-besaran. Malah, kalau berhabis duit sedikit ketika ini pun tidak mengapa. Itu adalah pemikiran segelintir masyarakat kita. Namun berbeza pula dengan pasangan sejoli ini.



Tak adakan majlis walaupun ada wang

Jika selama ini lihat pasangan ini bahagia sentiasa rupanya ramai yang tidak tahu kisah mereka.

Baru-baru ini Hajar Hanif telah berkongsi kisah saat mereka mendirikan rumah tangga. Hajar dan suaminya, Mikhail Isaaq memilih untuk tidak melakukan majlis persandingan sedangkan mereka berdua sebenarnya dari keluarga yang senang.



Malah, menurutnya keluarganya juga pernah ingin menghulurkan hasrat untuk membantu mereka namun ditolak hanya kerana mereka ingin rasa apa itu susah dan juga ingin berdikari.



Tidak ambil kesempatan atas orang tua

Bukan tak ada kata-kata yang tak enak didengari namun, mereka enggan mengambil kesempatan atas kesenangan orang tua mereka. Malah, mereka sendiri tekad dalam mencari rezeki bersama walaupun dia pernah menangis kerana terlalu penat berkerja.



Rezeki lepas kahwin lebih mencurah-curah

Hajar juga meninggalkan sedikit pesanan agar sentiasa berusaha tanpa mengharapkan daripada ibu bapa semata-mata. Malah, jika sudah berjumpa dengan jodoh yang sesuai terus kahwin kerana ada rezeki yang luas selepas berkahwin.



Perkahwinan yang besar-besaran atau bersederhana itu tidak menentukan apa-apa, tapi lebih penting kasih sayang dan usaha sama yang dipupuk dalam hubungan rumah tangga tersebut.

]]>
Bagaimana Menjemput Jodoh Dengan Cepat? https://redaksi.com/1278-bagaimana-menjemput-jodoh-dengan-cepat Wed, 20 Sep 2017 11:14:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1278 Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia. Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya. Dengan perkahwinan, rezeki seseorang itu akan semakin luas. Melalui perkahwinan juga, seseorang itu akan semakin matang dan peluangnya semakin luas untuk membuat pahala.



Jodoh yang tidak kunjung tiba disaat usia semakin meningkat..

Bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan.

Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah.

Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup.

Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil.

Mari kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini.

Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya?



Perkahwinan itu rezeki. Semua orang boleh mendapatnya.

Ada pepatah arab yang berbunyi:

Man Yazro’ Yahsud”

Bermaksud: Siapa yang menanam, maka dialah yang akan menuai hasilnya.

Menurut adat kehidupan ni, seseorang yang menanam, maka dia jugalah yang akan menuainya. Dia yang berusaha, maka dia jugalah yang akan peroleh hasil tanamannya.

Jadi pepatah ini juga satu simbol merujuk kepada sesiapa yang ada matlamat dan berusaha, maka dia akan peroleh apa yang dia hajat.

Rezeki itu perlu dicari, ia tidak akan datang bergolek sendiri.

Begitu jugalah dengan perkahwinan.

Perkahwinan, ia bukanlah nasib semata-mata. Ia perlu dicari, dijemput dan diusahakan mendapatkannya. Kerana perkahwinan itu adalah rezeki. Oleh itu jangan kita berputus asa ditengah jalan walaupun sudah bertahun-tahun mencuba.

Petua dan Amalan Untuk Mempercepatkan Jodoh.

1. Memperbetulkan kembali niat kita.

Dalam apa-apa pun perkara, semuanya kembali kepada niat kita. Berbalik kepada konteks artikel ini, Jika niat kita ikhlas, maka kita pun akan mendapatkan sesuai dengan apa yang kita niatkan. Jika kita berniat mendapatkan jodoh kerana lillahi ta’ala, semata hanya kerana Allah, maka InsyaaAllah, Allah juga akan mentakdirkan kita untuk bertemu dengan seseorang yang juga memiliki niat yang sama.

2. Muhasabah diri dan reflek kembali untuk melihat sebarang kekurangan pada diri.

Jika anda ingin membeli sebuah beg, pasti anda akan memilih beg paling cantik, diantara semua beg yang terdapat di pasaraya bukan? Tidak mengapa, tiada salahnya. Kerana itu sudah lumrah manusia ingin mendapat sesuatu yang paling cantik semampu dirinya. Begitu jugalah berkenaan dengan soal jodoh.

Kalau sampai sekarang anda belum bertemu calon pasangan, maka ada baiknya anda melihat kembali diri sendiri, mengesan apa yang kurang pada diri anda. Kekurangan luaran sebenarnya bukanlah masalah besar, asal kita berusaha untuk tampil kemas dan berpenampilan lebih menarik. Penampilan ini merupakan faktor yang agak penting dalam mencari jodoh.
Mulailah untuk memperbaiki penampilan anda dengan berpakaian kemas, merapikan rambut, memakai wangian, deodoran, bersukan, diet, dan lain-lain perkara lagi. Tampilkan diri anda dalam keadaan sebaik yang mungkin.



3. Tingkatkan percaya diri dan buangkan rasa malu tidak bertempat.

Bagaimana anda ingin dipercaya orang lain kalau anda tidak percaya pada diri anda sendiri?

Jangan pernah menyerah dalam mendapatkan jodoh, jika anda merasa putus asa atau menghadapi kegagalan, maka anda harus segera bangkit lagi. Selalu yakin bahawa anda akan bertemu jodoh idaman. Yakinkanlah dia bahawa anda adalah orang terbaik untuk mendampinginya. yakin diri dengan jodoh Buangkan rasa malu yang tidak bertempat. Malu itu perlu, tetapi jika malu tidak bertempat ia akan menyusahkan diri sendiri. Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu

Buatlah suatu komitmen yang harus anda penuhi. Kejayaan anda ditentukan oleh niat dan semangat anda sendiri. Allah maha pengatur, pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan. Be positive thinking. Tiada sebab untuk bersedih.

“…dan jangan kamu berputus asa dari dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” [Yusuf :87]

4. Memperluaskan jaringan pergaulan.

Antara sebab kita lambat bertemu jodoh adalah kerana kurangnya pergaulan dengan masyarakat. Luangkan masa untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan. Disamping itu jangan segan untuk bergaul dengan mereka yang sudah berusia, kerana mungkin ada pengalaman yang boleh mereka kongsikan, atau jodoh anda ada dikalangan sanak saudara mereka. Jangan malu-malu untuk meminta bantuan kepada mereka dan jangan malu-malu juga untuk mengulangi permintaan kita secara rutin agar orang tersebut ingat bahawa kita meminta bantuan kepadanya. Dunia hari ini menyaksikan perkembangan teknologi informasi sudah semakin maju, manfaatkanlah jejaring sosial untuk membantu anda mendapatkan jodoh. Carilah kenalan, teman dan sahabat sebanyak-banyaknya. Mungkin salah satu diantaranya insyaaAllah menjadi jodoh anda dikemudian hari. Seringkali jodoh itu datang bukan dari perkenalan langsung, tapi dari kenalan teman kita. Itulah gunanya networking yang luas. Ibarat seorang nelayan yang menebarkan jaringan yang luas untuk mendapatkan ikan yang lebih banyak.

5. Memperbaiki diri sendiri dahulu.

Ini adalah asas kepada langkah mendapatkan jodoh yang baik. Jika anda menginginkan jodoh yang soleh atau solehah, maka renungkan dulu adakah diri anda sendiri layak untuk mendapatkan jodoh yang soleh dan solehah?

Jika anda menginginkan pasangan anda baik dalam agamanya, maka pastikan anda pun baik agamanya. Solat tepat pada waktu, setiap hari membaca ayat suci al-Quran, solat dhuha dan solat tahajud tidak pernah ditinggalkan.

Jadi, perbaikilah ibadah dan akhlak kita.

Jangan berharap mendapatkan seorang Imam seperti Ali ibn Abi Thalib jika anda tidak berperilaku dan berakhlak seperti Fatimah RA.

6. Berkhidmat kepada ibu bapa dan keluarga.

Bagaimana tanggungjawab kita dengan ibu bapa kita sendiri? Sudah tertunaikah semuanya?

Bersangka baiklah dengan Allah Yang Maha Alim. Dia inginkan kita yang masih ‘single’ ini untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa kita tanpa perlu memikirkan perihal yang lain.
Bukankah apabila kita memudahkan urusan kedua ibu bapa kita, Allah juga akan mudahkan urusan kita? Sampai saatnya, Allah pasti akan gantikannya dengan rezeki perkahwinan kita.



7. Amalan bersedekah dan amalan sunat yang lain.

Agar jodoh kita semakin cepat datang, kita juga perlu mendekati Allah dengan ekstra dekat. Caranya tidak hanya mengandalkan ibadah wajib, tapi juga dengan menambah ibadah-ibadah sunnah seperti solat tahajjud, puasa, tilawah Al Quran, infaq, dan lain-lain. Lakukanlah sedekah dengan ikhlas. Ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar mahupun mengharapkan balasan yang setimpal. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.

Lakukan ibadah sunnah ini secara rutin setiap hari agar iman kita bertambah dan doa kita semakin dikabulkan Allah SWT. Antara amalan yang paling mujarab untuk menarik rezeki (termasuk jodoh yang baik) adalah dengan mengamalkan solat Dhuha. Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib. Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita. Semoga rezeki perkahwinan juga turut dikurniakan kepada kita.

8. Lapangkan Hati dan fikiran seluas-luasnya.

"Bila lagi giliran awak?”

“Awak dah berpunya ke?”

“Bila lagi nak makan nasi minyak”.

Inilah persoalan tentang perkahwinan yang selalu dilontarkan. Pelbagai jenis bentuknya.

Pasti. Peluh besar.

Perasaan cemburu dengan melihat kebahagian orang lain dalam perkahwinan pastinya bukan sesuatu yang asing. Nak-nak lagi apabila suka untuk dihebahkan perihal indahnya bercinta selepas perkahwinan. Ini adalah point yang paling penting dan diperlukan.Lapangkan dada kita, dan buka minda kita seluas-luasnya. Mungkin sukar pada awalnya, sebab kita lebih cenderung untuk berfikiran negatif. Syaitan juga giat meniupkan ‘fikiran jahat’ semasa kita kita sedang kecewa kerana hati kita dalam keadaan yang tidak stabil.

Namun, insyaaAllah kita sebagai orang Islam yang beriman pasti dapat melakukannya. Sebab itulah kita digalakkan untuk bersangka baik dalam setiap perkara, termasuklah apabila kita diuji dengan soal jodoh yang belum kunjung tiba. Bisikkan kepada diri sendiri dengan kata-kata yang meyakini Allah. Contohnya:

- “Mungkin Allah sedang melatih aku supaya benar-benar bersedia menhadapi cabaran apabila tiba hari bahagia itu. Allah tahu aku belum bersedia..”

- “Belum tentu aku akan memperoleh kebahagiaan apabila berkahwin pada usia awal. Apa yang kita pandang baik pada mata kasar, belum tentu akan memberikan kebaikan pada kemudian hari.. Allah tahu apa yang kita tidak tahu.”

- “Aku bersendirian dan masih belum berpunya, bukan bermakna Allah tak sayang aku. Sebab Allah sayang akulah, dia beri aku masa untuk bersendirian. Allah itu menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian. Mungkin aku diuji dengan bersendirian buat sementara waktu..”

Dan pelbagai lagi ayat yang menyakini Allah sedang merancang perkara yang baik. Ini bukanlah ayat penyedap hati, tapi kita sedang mengingatkan diri kita agar tidak terpedaya dengan bisikan syaitan. Secara tidak sedar, kita akan mendidik hati untuk tidak bersedih dan menjadi lebih kuat lagi. Latih minda untuk lebih fokuskan kepada kepada kebaikan dan kelebihan diri kita. Pemikiran negatif hanya akan melemahkan kita dan memerangkap kita dalam kesedihan.

9 . Mengamalkan doa agar dipercepatkan jodoh.

Bergantunglah kepada Allah dalam urusan jodoh..

Diantara kesemua petua diatas, inilah senjata yang paling ‘ampuh’ bagi seorang mukmin.

Tiada yang dapat mengalahkan kuasa doa yang dipohon tanpa putus asa kepada Allah SWT.

Doa yang baik untuk mendapatkan jodoh adalah doa yang terdapat dalam surat Al Furqan ayat 74 :

Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.

Selain itu, doa tambahan yang boleh diamalkan:
Doa Mendapatkan Jodoh Khusus Untuk Lelaki
Rabbi hablii milladunka zaujatan thoyyibah akhtubuha wa atazawwaj biha watakuna shoohibatan lii fiddiini waddunyaa wal aakhirah”
( Ya Rabb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi yang menjadi sahabatku dalam urusan agama,urusan dunia dan akhirat ).
* Dibaca setelah solat fardhu sebanyak 1x atau 3x dan secara istiqomah.

Doa Mendapatkan Jodoh Khusus Untuk Wanita.

Rabbi habli milladunka zaujan thayyiban wayakuuna shaahiban lii fiddiini waddunyaa wal aakhirah”
( Ya Rabb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat ).
* Dibaca setelah solat fardhu sebanyak 1x atau 3x dan secara istiqomah.

Bersabarlah. Ini adalah hadiah buat hati yang sedang menunggu.Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil dari ujian yang kita lalui. Dengan tertundanya kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai.

Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa. Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita. Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga.



]]>
Wanita Lebih Pandai Sembunyikan Kecurangan Berbanding Orang Lelaki, Eh Betul Ke? https://redaksi.com/6691-wanita-lebih-pandai-sembunyikan-kecurangan-berbanding-orang-lelaki-eh-betul-ke Thu, 01 Aug 2019 09:10:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6691 Bila bab kecurangan ini kita mesti akan kaitkan dengan orang lelaki. Rasanya ramai sahaja wanita akan bersetuju bahawa lelaki ini sukar untuk setia walaupun sudah berkahwin. Tapi kenapa bila curang je mesti kaitkan dengan orang lelaki? Orang perempuan taka da yang curang ke?

Terdapat kajian menunjukkan bahawa beberapa saintis mendedahkan yang lelaki lebih sukar untuk kesan pasangan dia orang curang, jika hendak dibandingkan dengan wanita yang hanya tengok muka pasangan pun dah tahu. Itulah kelebihan wanita ini.



Menurut The Star, pengkaji dari Universiti Australia Barat telah menjalankan eksperimen di mana mereka telah menunjukkan sebanyak 189 gambar lelaki dan wanita kulit putih (101 lelaki dan 88 wanita) kepada 1,500 peserta.

Peserta-peserta ini kemudiannya disuruh meneka dalam skala 1 hingga 10 sama ada orang-orang dalam gambar tersebut ada potensi untuk curang atau tidak, 1 (tak akan curang) – 10 (pasti curang).



Keputusan kajian ini menunjukakn kedua-dua peserta lelaki dan wanita boleh meneka dengan tepat lelaki dalam gambar mana yang ada potensi untuk curang dan mana yang tidak.

Pengkaji juga da menyebut satu kajian yang menunjukkan 70 peratus orang dari 50 budaya berlainan mengaku yang mereka pernah cuba mengorat pasangan orang lain dan 60 peratus dari mereka berjaya memikat pasangan orang lain.

Jelas saintis tersebut, dalam kajian ini, mereka dapati lelaki boleh kesan kalau lelaki lain berlaku curang tapi wanita sendiri tak boleh kesan kalau wanita lain curang atau tak.

"Boleh jadi muka lelaki ini lebih terpancar kejujuran, itu yang mudah kantoi."

Menurut World Of Buzz, kaji selidik oleh The Guardian menunjukkan lelaki muka “maskulin” lebih berpotensi untuk curang dan beberapa lelaki berwajah “maskulin” juga mengaku mereka pernah curang atau mengorat pasangan orang lain.

Namun begitu, janganlah kita hanya menilai seseorang dari segi luaran sahaja “don't judge a book by its cover”. Boleh jadi muka je nampak playboy tapi sebenarnya setia.

Eh tapi betul ke wanita lebih mudah untuk berlaku curang?

]]>
"Sebab Nak Jimat, Sanggup DIY Barang-Barang Kahwin" Memang Kreatif. https://redaksi.com/3826-sebab-nak-jimat-sanggup-diy-barang-barang-kahwin-memang-kreatif Thu, 11 Oct 2018 14:17:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3826 Ramai bakal pengantin mengeluh kerana perbelanjaan untuk melangsungkan majlis boleh dikatakan agak mahal. Maka dengan itu rata-rata lebih memilih untuk menunda majlis atau membuat pinjaman terlebih dahulu sebelum berkahwin.

Namun begitu, berdasarkan perkongsian dari saudari Neyrashazeyra di laman Twitter, beliau berkongsi cara mengurangkan perbelanjaan majlis perkahwinan.

Apa yang dirinya lakukan adalah dengan membuat barang-barang sendiri atau DIY keperluan majlis perkahwinan. Caranya sangat kreatif dan dapat membantu bakal-bakal pengantin menjimatkan wang.







Dulang hantaran dengan kos RM3.50 jer.



Candle holder botol recyle.



Bunga dari kad manila.




Thank you sticker 120 pcs=RM3.00



Manik, daun dan bunga beli online.



Kasut RM 15, nak pakai sekali jer.



Baju kahwin beli online, tambah lace sendiri.



Design kad kahwin sendiri.





Bunga telur DIY.



Bunga telur jadi bunga serunding, makcik sponsor.



Lampu beli kat Shopee.





Doorgift kopi, lebih jimat.








Idea goodies tambahan.



Deko guna kertas jer.



Kalau dah boleh berjimat maka boleh lah percepatkan majlis, selamat mencuba.




]]>
9 Tanda Anda Adalah Kekasih Clingy Dalam Perhubungan. Pasangan Anda Pula Jenis Bagaimana? https://redaksi.com/279-9-tanda-anda-adalah-kekasih-clingy-dalam-perhubungan-pasangan-anda-pula-jenis-bagaimana Thu, 22 Jun 2017 13:29:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=279 Secara realitinya, wanita clingy bukanlah kekasih yang teruk. Sikap mereka yang terlalu bergantung kepada lelaki yang mereka sayangi adalah kerana rasa tidak yakin pada diri sendiri dan rasa ragu terhadap kekasih akan kesetiaan mereka. Mereka lakukannya hanya kerana rasa cinta yang terlalu mendalam dan punya sifat memiliki. Terdapat garisan halus yang membezakan antara terlalu clingy atau kekasih yang terlalu menyayangi. Jadi adakag anda seorang wanita atau lelaki clingy? Kami senaraikan tanda-tanda untuk mengenal pasti kekasih clingy dalam perhubungan.



1. Tidak beri ruang.

Bagi lelaki, ruang untuk diri sendiri adalah penting. Dia juga perlu masa untuk bersama kawan lelaki lain untuk melakukan aktiviti mereka seperti bersukan dan lepak menonton perlawanan bola sepak.

2. Bercakap dengan si dia 24 jam.

Dia juga punya kerja lain selain melayan celoteh kekasih mereka di talian. Tidak semua lelaki gemar bergayut di telefon berjam lamanya.



3. Hanya dia, dia, dia!

Benci jika dia punya agenda selain daripada keluar bertemu janji dengan anda. Get a life! Jangan sentiasa menunggu dia untuk membuatkan hari anda jadi bermakna.

4. Terlalu masuk campur.

Jika pun kekasih anda mempunyai kalangan teman yang asyik menyusahkan, jangan pula anda menghasut agar dia menyingkirkan rakannya dari hidup. Anda sendiri bukanlah terlalu baik untuk berkata begitu. Berbincang secara profesional dengannya dan biar dia yang menentukan hidupnya sendiri.

5. Elak jadi yang menyusahkan.

Lelaki sememangnya suka jika wanita kesayangan mereka meminta tolong kerana ia membuktikan yang anda memerlukan mereka dalam hidup. Namun, janganlah sampai hendak ambil surat di depan rumah pun minta si dia temankan. Itu mengada-ngada namanya!



6. Tidak selesa apabila dia bertemu wanita lain yang lebih cantik.

Takut jika dia beralih arah dan jatuh cinta dengan yang lain? Anda perlu ambil masa untuk diri sendiri dan keluar bergembira bersama rakan-rakan. Jadi lebih yakin dengan kemampuan sendiri.

7. Tidak suka dia habiskan masa bersama rakan-rakannya.

Kekasih anda lebih suka menghabiskan masa bersama kawannya daripada anda.

Mungkin kerana:

• Sudah terlalu banyak masa yang dihabiskan bersama anda.
• Dia beranggapan yang anda sentiasa ada ketika dia mahu anda di sisi.
• Anda rasa tersisih kerana tidak mempunyai agenda selain dia dalam hidup. Jalankan hobi yang anda ada. Pergi bersenam untuk bentuk badan yang lebih sihat dan menarik. Atau lepak bersama teman baik anda. Jadikan DIA yang terlalu ingin bersama anda.



8. Curiga sepanjang masa.

Percaya itu penting dalam perhubungan. Merimaskan apabila semua perkara yang dilakukannya perlu mendapat persetujuan anda. Tidak semestinya bekerja lewat bererti dia keluar mencari wanita lain.

9. ‘Dia tidak cintakan saya seperti mana saya cintakannya!’.

Jika anda beranggapan begini melalui tingkah lakunya yang mengambil remeh akan pengorbanan cinta anda, tiba masa untuk anda melupakan lelaki ini. Percintaan melibatkan dua hala. Anda dan dia perlu sama memerlukan dan mencintai. Apabila dia berjanji untuk keluar bersama anda, namun membatalkannya di saat akhir semata-mata ingin keluar bersama rakan-rakannya, ada sesuatu yang tidak kena. Jangan sesekali membolehkan dia meletakkan diri anda sebagai kedua terpenting dalam hidup selepas rakan-rakannya. Namun, lain halnya apabila 23 jam dia menghabiskan masa bersama anda, dan meminta hanya 1 jam untuk bermain badminton bersama temannya. Dia sanggup melakukan segalanya dan anda masih katakan yang dia tidak mencintai anda, ini salah. Terbukti anda kekasih yang sangat clingy!

]]>
Jom Kenali Ciri-Ciri Lelaki Idaman Wanita. https://redaksi.com/2835-jom-kenali-ciri-ciri-lelaki-idaman-wanita Sat, 14 Jul 2018 00:51:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2835 Selalunya kita lihat ciri wanita idaman lelaki, jadi bagaimana dengan lelaki yang menjadi idaman wanita. Lelaki seperti ini selalunya akan anda dalam list setiap wanita. Mana tidaknya, dah nama pun lelaki idaman. Berikut adalah ciri-ciri lelaki idaman.



1. Beriman.

Ini adalah paling diidamkan setiap wanita. Mereka yang beriman ini pasti akan membimbing wanita yang menjadi isterinya. Siapa yang tak nak masuk syurga sama-sama dengan suaminya bukan.

2. Pandai ambil hati orang tua.

Restu ibu bapa itu penting, jadi calon suami mestilah kena pandai ambil hati orang tua. Barulah satu hubungan yang dijalani itu lebih mudah dan bahagia.

3. Menghormati anda.

Calon suami yang baik adalah seseorang yang mampu menghormati anda dengan baik. Bukan apa, seorang wanita layak dilindungi, maka dengan menghormati anda mereka tahu bahawa anda adalah insan yang lemah.



4. Seorang yang jujur dan amanah.

Apabila diberi kepercayaan mereka ini tidak mengkhianati anda, manakala apabila melakukan kesalahan mereka ini akan berterus terang kepada anda. Lelaki seperti ini yang tidak akan mudah menggoyangkan emosi anda.

5. Pandai ambil hati anda.

Apa guna jika mendapat calon suami yang baik tetapi tidak pandai mengambil hati anda. Dengan bergurau mesra ia mudah membuat hati anda terpikat dengannya. Bukan hanya itu, anda juga akan rasa gembira apabila dengannya.

Jangan risau apabila memikirkan hal ini. Apabila jodoh anda telah tiba, mereka juga akan mempunyai ciri-ciri seperti ini.



]]>
Kadang Sampai Macam Terdesak Nak Cari Pasangan, Kenapa Kita Perlukan Pasangan Dalam Hidup? https://redaksi.com/7588-kadang-sampai-macam-terdesak-nak-cari-pasangan-kenapa-kita-perlukan-pasangan-dalam-hidup Thu, 07 Nov 2019 10:50:18 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7588 Buat mereka yang bujang, pernah atau tidak anda tertanya-tanya mengapa perlunya pasangan di sisi anda? Tidak boleh ke anda hanya hidup dengan diri anda sendiri sedangkan anda mampu menguruskan semuanya sendiri. Mengapa perlunya pasangan?

Bukan itu sahaja, selain perasaan ingin berpasangan, anda juga tentu seakan terdesak untuk hidup berumahtangga dan berkahwin seperti mereka yang telah berkahwin. Sememangnya fitrah manusia yang hidup berpasang-pasangan ini, seperti dalam surah al-Dhariyat ayat 49 yang bermaksud: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah.”

Kenapa kita perlukan pasangan dan mengapa kita terdesak inginkan pasangan hidup? Ini adalah beberapa sebab mengapa kita perlu berkahwin, bercinta serta menjalinkan hubungan.



1. Pasangan akan mengajar kita rasa empati.

Hubungan ini sebenarnya membantu kita memahami perasaan orang lain. Belajar untuk mendengar segala masalah serta berkongsi selesaikan masalah bersama sudah tentu akan timbulkan rasa empati dalam diri anda. Bukan hanya pada pasangan, dan diri sendiri sahaja, malah orang sekeliling anda.

2. Pasangan akan mengajar anda kesabaran.

Untuk mengekalkan satu hubungan agar mampu bertahan lebih lama, kadang kala kesabaran diperlukan. Sabar untuk setiap ujian yang mendatang, sabar dengan sikap pasangan malah sabar untuk segala-galanya.



3. Pasangan menjadi motivasi buat anda.

Apabila memiliki pasangan ini, anda akan hidup lebih bersemangat. Malah setiap hari anda tahu apa yang perlu anda lakukan. Bukan itu sahaja, kalau ada sesuatu yang mematahkan hati anda, pasangan akan menjadi semangat buat diri anda.

4. Pasangan membantu meluaskan minat anda.

Setiap orang mempunyai minat mereka yang tersendiri. Apa yang membezakannya adalah anda mampu untuk serlahkannya atau tidak. Tetapi dengan andanya pasangan anda ini, anda mampu luaskan minat anda dengan sokongan darinya. Itulah yang anda perlukan dari hubungan yang terbina.



5. Pasangan mengajar anda untuk memaafkan.

Dalam hubungan ini, tentu akan ada salah faham dan ada yang melakukan kesalahan. Tapi apabila adanya kasih sayang dalam hubungan, tentu sahaja ia akan membuatkan anda untuk cuba memaafkan pasangan malah belajar memaafkan pasangan anda. Dari sinilah sikap memaafkan itu akan terbentuk.

6. Pasangan membuatkan anda lebih kuat.

Sebagai manusia, anda sememangnya perlukan sokongan malah perlukan sesuatu untuk membuatkan anda kuat dan bertahan dengan apa yang anda lalui. Apabila anda rapuh dengan segala dugaan, pasangan akan setia di sisi untuk membuatkan anda kekal kuat. Ini perlunya pasangan di sisi.



7. Pasangan membuat anda terasa dilengkapi.

Apa yang paling penting sebenarnya adalah pasangan akan membuatkan hidup anda terasa lengkap. Nak-nak lagi bila dah kahwin, dah bina keluarga sendiri serta memiliki anak-anak itu yang membuatkan hidup anda menjadi sempurna.

Sebab itulah kita semua perlukan pasangan dalam hidup kita. Bahkan apabila kita memiliki pasangan yang serasi dan begitu menyayangi kita, segala masalah yang berlaku akan terasa begitu mudah di bahu anda. Pasangan ini bukan sekadar peneman hidup sahaja, tetapi banyak lebihnya yang membuatkan setiap mereka yang bujang akan begitu terdesak untuk memiliki pasangan mereka.

]]>
Wanita Kerap Alami Sakit Tumit Kaki Tanpa Sedari? Ini Puncanya. https://redaksi.com/5597-wanita-kerap-alami-sakit-tumit-kaki-tanpa-sedari-ini-puncanya Wed, 27 Mar 2019 01:19:20 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5597 Kadang kala kita tidak memandang serius terhadap sakit yang remah ini seperti sakit tumit kaki. Tetapi apabila ia menjadi lebih sakit barulah kita mula memberi perhatian kepadanya. Perasan atau tidak, sebagai kaum wanita kadang kala kita ini mengalami sakit tumit kaki.

Nak bangun tidur, pijak lantai tumit rasa sakit ataupun apabila pijak di tempat yang sejuk, pasti akan rasa sedikit bisa-bisa di tumit.

Ada yang merasakan bahawa tidur tidak tutup kaki ataupun ada yang menyatakan berat berlebihan menjadi punca kaki sakit ini. Mari kita sama-sama kenal pasti punca sakit tumit kaki ini.



Perasan tak, semakin meningkat usia semakin kerap kita sakit tumit. Kadang-kadang bangun tidur, pijak lantai terus sakit tumit. Kalau cuaca sejuk pun boleh diserang sakit tumit.

Kata orang-orang tua zaman dulu, sakit tumit tanda ada masalah dengan peranakan. Betul ke? Jom kami kongsikan punca sakit tumit bagi wanita.



1. Berat badan berlebihan

Punca sakit tumit bagi wanita yang paling kerap berlaku ialah berat badan berlebihan. Apabila anda mempunyai berat badan yang berlebihan daripada BMI yang sepatutnya, tumit anda akan terpaksa menanggung beban yang berlebihan. Ini kerana salah satu daripada fungsi tumit ialah untuk menyokong seluruh berat badan anda semasa berjalan dan tugasan ini termasuklah untuk menyerap tekanan semasa anda berjalan atau melompat.

Oleh itu, berat badan yang berlebihan akan menyebabkan tumit anda terpaksa bekerja dengan lebih keras daripada yang sepatutnya. Malah ianya akan semakin buruk kalau berat anda memasuki tahap obesiti.

Oleh itu, kalau anda selalu sakit tumit dan dalam masa yang sama mempunyai masalah berat badan yang berlebihan, tiba masanya untuk anda berusaha untuk menurunkan berat badan.

2. Selalu memakai kasut bertumit tinggi

Rasanya semua orang tahu bahawa kasut bertumit tinggi adalah tidak baik untuk kesihatan seorang wanita. Memakai kasut bertumit tinggi bukan sahaja akan menyebabkan anda sakit tumit malah ia juga akan menyebabkan anda sakit lutut dan belakang.

Ini kerana postur badan anda tidak lagi berada dalam keadaan yang normal semasa anda memakai kasut bertumit tinggi di mana anda akan berada dalam keadaan berjengket setiap masa. Oleh itu, jika anda kerap sakit tumit, kurangkan pakai kasut bertumit tinggi. Jangan siksa diri anda semata-mata untuk kelihatan cantik dan bergaya.

3. Memakai kasut rata

Selain kasut bertumit tinggi, kasut yang bertapak rata atau dalam bahasa inggerisnya flat shoes juga boleh menjadi punca sakit tumit bagi wanita. Ini kerana ia tidak memberikan sokongan yang sepatutnya kepada tapak kaki anda, terutamanya pada bahagian tumit.

Kalau kasut tumit tinggi tak boleh, kasut rata pun tak bagus, kasut jenis macam mana yang seorang wanita patut pakai? Jawapannya ialah pilih kasut yang mempunyai tapak, tidak terlalu rata, dan tidak terlalu tinggi.

4. Memakai kasut yang tidak menyerap hentakan dan bebanan berat badan

Perasan tak, kasut yang mahal biasanya sangat lembut dan selesa. Selain itu, ia juga mempunyai fungsi untuk menyerap hentakan pada kaki. Fungsi ini adalah sangat penting untuk menjaga tumit kaki anda. Ini kerana memakai kasut yang tidak menyerap hentakan dan bebanan berat badan adalah satu lagi punca sakit tumit bagi wanita.

Oleh itu, laburkan duit yang lebih untuk membeli kasut yang baik agar anda tidak menderita sakit tumit. Kalau anda boleh berbelanja untuk membeli set penjagaan kulit dan barang kosmetik, apa salahnya kalau anda keluarkan duit yang lebih untuk kasut, kan?



5. Kecederaan pada tumit

Punca sakit tumit bagi wanita yang seterusnya ialah disebabkan oleh berlakunya kecederaan pada tumit. Di antara jenis kecederaan pada tumit yang sering berlaku ialah retakan tekanan dalam tulang tumit yang akan menyebabkan berlakunya ketegangan pada otot, tulang dan ligamen di bahagian tumit lalu menyebabkan anda mengalami sakit tumit.

Oleh itu, jika anda terlalu kerap sakit tumit dan mengalami kesakitan yang keterlaluan, sila ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan kerana dikhuatiri anda mengalami kecederaan pada tumit.

6. Tumit terseliuh

Selain kecederaan pada tumit, tumit terseliuh juga merupakan satu lagi punca sakit tumit pada wanita yang sering berlaku. Jika sakit tumit yang ada rasa disebabkan oleh terseliuh, ianya akan hilang dalam masa yang singkat, mungkin lebih kurang seminggu.

Sebaik sahaja seliuh pada tumit anda reda, sakit juga akan hilang dengan sendiri. Untuk mempercepatkan proses pemulihan tumit anda yang terseliuh, anda boleh rawat dengan cara berikut:

i. Rehatkan tumit. Kurangkan berjalan. Banyakkan baring dan berehat.
ii. Tuam tumit anda yang terseliuh dengan ais untuk mengurangkan bengkak dan meredakan kesakitan yang dialami.
iii. Mampatkan tumit anda dengan membungkus menggunakan kain bandage.
iv. Tinggikan tumit anda. Rehatkan tumit di atas bantal semasa berbaring atau duduk.



7. Radang pada tumit

Selain kecederaan dan terseliuh pada tumit, radang yang berlaku pada tumit juga boleh menjadi punca sakit tumit bagi wanita. Pada tumit terdapat tisu penghubung yang dipanggil sebagai Plantar fascia adalah rangkaian tisu penghubung yang meluas dari tulang tumit anda ke bebola kaki.

Keradangan pada tisu penghubung ini dipanggil plantar fasciitis. Keradangan pada tisu penghubung ini biasanya berlaku kepada mereka yang selalu memakai kasut tumit tinggi atau kasut yang terlalu rata. Oleh itu, elakkan daripada memakai kedua jenis kasut tersebut.

8. Selalu memijak lantai simen

Lantai simen bersifat sejuk dan menurut orang lama, sangat berbisa dan boleh menyebabkan anda sakit tumit. Oleh itu elakkan daripada memijak lantai simen tanpa beralas semasa berada di dalam rumah. Pakai selipar untuk melindungi kaki anda, terutamanya bahagian tumit.

9. Pertumbuhan tulang yang tidak normal pada tumit

Pertumbuhan tulang yang tidak normal atau bony spurs merupakan satu lagi punca sakit tumit yang tidak disedari. Pertumbuhan tulang yang tidak normal ini boleh berlaku disebabkan oleh:

i. Cara berjalan yang tidak sesuai
ii. Membongkok kaki ke dalam semasa berjalan
iii. Memakai kasut yang tidak sesuai sama ada terlalu ketat, bertumit tinggi atau terlalu rata.

10. Arthritis

Adakalanya penyakit seperti arthritis rheumatoid juga boleh menjadi punca sakit tumit bagi wanita. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah sakit tumit ditemani dengan tanda arthritis yang lain, sila dapatkan rawatan dengan segera.

]]>
Mandi Bunga. Boleh ke? Ikuti Penjelasan Ini. https://redaksi.com/1635-mandi-bunga-boleh-ke-ikuti-penjelasan-ini Fri, 16 Mar 2018 10:16:39 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1635 Mandi bunga? Apa tu? Mandi bunga biasanya air yang dicampur dengan tujuh jenis bunga dengan perahan limau bagi tujuan tertentu. Biasanya orang menggunakan khidmat ini sebelum mengadakan majlis perkahwinan. Boleh ke? Jom baca penjelasan ini.



1. Dibolehkan (harus)

Jika terdapat ayat al-Quran tanpa mencampurkan amalan khurafat. Tujuannya hanyalah untuk menyegarkan badan, mengharumkan bau badan dan menaikkan seri wajah. Dalam bunga terdapat aroma yang tersendiri, dicampur pula dengan limau, ia boleh memberikan kesegaran pada tubuh badan. Maka, ini dibolehkan.

2. Dilarang (haram)

Sekiranya terdapat amalan khurafat. Macam mana nak tahu? Biasanya kalau tok-tok bomoh ni nak kelirukan orang, bismillah je awal-awal, kemudian tu entah apa-apa mentera yang digunakan tanpa kita faham ayat tersebut. Tak pun lain macam je bacaan ayat al-Quran tu. So, apa nak buat? lari je. Hehehe mintalah undur diri dengan cara yang baik. Kemudian lihat pada tujuan mandi bunga untuk apa? Kalau tolak bala, membuang sial, ini adalah dilarang dalam Islam.



So, kalau amalan mandi bunga yang dilakukan itu tidak bertentangan dengan amalan Islam, ia adalah dibenarkan. Jika bertentangan dengan ajaran Islam atau ada campuran ayat al-Quran beserta dengan amalan khurafat, maka ianya tidak dibolehkan. Apapun, periksa dulu cara yang digunakan sebelum anda mendapatkan perkhidmatan di mana-mana tempat yang menyediakan khidmat ini.


]]>
Tanda-Tanda Suami Anda Sebenarnya Ketagihan Bermain Game. https://redaksi.com/4960-tanda-tanda-suami-anda-sebenarnya-ketagihan-bermain-game Tue, 22 Jan 2019 13:01:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4960 Ketagihan bermain game pada masa kini, sudah menjadi kebiasaan dengan peredaran zaman. Bermain game di alam perkahwinan turut menjadi situasi normal dimana isteri atau suami sudah lali sekiranya pasangan gila game.

“Alahhh, dia main game je…sebaik tak main perempuan/lelaki…”

Ketahuilah anda bahawa ayat ini tidak cerdik sekiranya diluahkan pada pasangan kerana anda seolah-olah mementingkan barang yang tidak bernyawa berbanding yang bernyawa (Suami/isteri). Amanah Allah yang diturunkan untuk kita jaga, diperlakukan sebegitu rupa? Berhati-hati dalam berkata-kata!

Jom lihat tanda-tanda suami anda sebenarnya ketagihan bermain game.

1. Suami kelihatan lebih gembira bermain game daripada bermain dengan anak-anak ataupun meluangkan masa dengan keluarga.

2. Suami lebih gemar meluangkan masa bermain game daripada berjumpa dengan saudara mara, malah ketika family gathering pun sibuk main game sahaja.

3. Suami meluangkan masa yang lebih pada game sahaja sehingga terabai tanggungjawab sebagai pemimpin keluarga, jika si isteri meminta tolong kemas rumah pasti ditengking.

4. Suami sangat konsisten bermain game dari pagi sehingga ke malam. Seperti ada jadual pula, kerana mahu menguruskan strategi berperang sebagai contoh.

5. Suami memiliki daya tahan tubuh badan yang semakin lemah kerana lewat tidur. Eyebag pula seketul. Sering dimarahi oleh majikan kerana prestasi kerja yang menurun dengan mendadak.

6. Suami tidak lagi minat meluangkan masa bersama isteri untuk beriadah bersama seperti dahulu.

7. Suami tidak sedar bahawa sahabat handai dan jiran juga sering bercakap mengenainya yang kerap bermain dengan telefon bimbit. Yelah, bermain game di ruangan beranda sambil menjerit, mestilah jiran pun perasan.

8. Suami sering tidak melunaskan janjinya kerana menipu mengenai berapa lama mereka bermain game. “Taklama ni abang main, sekejap lagi abang tolong…” “Alahhh, sekejap sayang ada senjata baru nak cuba guna ni….” Dan macam-macam lagi…..

Sekiranya anda sebagai isteri memiliki suami yang memang gila bermain game, malah memiliki anak yang ramai…anda sepatutnya:

1. Elakkan daripada bermain game bersama dengan suami, kerana tindakan ini sebenarnya tidak sweet dilakukan sekiranya tanggungjawab atau peranan suami isteri tidak dilaksanakan.

2. Elakkan daripada mengungkapkan kata-kata yang mengundang aura negatif pada rumahtangga seperti

“Dia main game je…atleast duduk rumah…”

“Atleast dia tak curang…”

“Dia ketagih main game je….bukan ketagih benda lain…”

3. Elak daripada membiarkan suami anda bergelumang dengan game tersebut tanpa memberi nasihat pada mereka. Semakin lama anda mengabaikan suami anda bermain game, semakin leka suami anda dan menjadi suami yang tidak bertanggungjawab.

4. Elakkan kurang berkomunikasi dengan suami, lebih-lebih lagi mengungkap kata cinta kerana kadang-kala sebenarnya suami kurang kasih sayang dan kurang mendapat sentuhan, belaian atau kata-kata cinta daripada isteri.

5. Dan yang paling penting adalah, elakkan membuat diri anda bukan kepentingan pada suami. Sebab itu kadang-kala isteri tidak boleh terlalu berdikari sehingga suami akan merasakan anda boleh buat apa sahaja berseorangan.

Oleh itu, sepanjang dalam perkahwinan jangan sesekali terjebak dengan game di telefon bimbit yang mana di pengakhirannya tidak melaksanakan tugas sebagai suami isteri dan ibu bapa.

]]>
Cara Solat Dhuha Yang Mudah, Ringkas & Betul. Dengan Doa! https://redaksi.com/1453-cara-solat-dhuha-yang-mudah-ringkas-betul-dengan-doa Fri, 15 Dec 2017 02:40:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1453 CARA SOLAT DHUHA.

Adakah anda sedang baca artikel tentang cara solat dhuha di pejabat? Tentu sekali anda ialah seorang pekerja yang baik berdedikasi. Pasti disayangi oleh pentadbir dan rakan-rakan sekerja yang lain. Atau adakah anda sedang membaca artikel tentang cara solat dhuha ini dari rumah? Jika anda seorang surirumah, bertuah sungguh suamimu. Sanggup luangkan masa yang sedikit, mencari ilmu tentang cara solat dhuha untuk mendekatkan diri pada Allah. Jika anda baca entri cara solat dhuha ini dari asrama atau hostel, kami yakin yang anda adalah seorang pelajar cemerlang. Susah mahu jumpa pelajar yang bukan sahaja berjaga awal, tetapi ada inisiatif untuk mengerjakan solat dhuha. Tahniah kami ucapkan!

 

 

 

Teks untuk gambar di atas adalah seperti berikut:



Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah- tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Anjuran Rasulullah terhadap amalan Solat Dhuha adalah sebagaimana dalam sebuah hadis Riwayat Abu Hurairah ra:

 

 

“Telah bersabda Rasulullah SAW; Barang siapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) Solat Dhuha, terampunlah baginya dosa-dosanya, sekalipun seumpama buih di lautan”.

1. Lafaz Niat Solat Dhuha.

 

“Aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”

Solat Dhuha boleh dilakukan dengan dua (2) rakaat sahaja atau boleh diulang sehingga enam (6) kali solat. Bacaan dalam solat dibolehkan membaca sebarang surah. Namun begitu dicadangkan untuk membaca surah al-Shams pada rakaaat pertama dan pada rakaat kedua surah ad-Dhuha.



2. Doa selesai solat Dhuha.


 

“Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu, (Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah, dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”

 

]]>
4 Cara Untuk Putus Daripada Lelaki Yang Tidak Serius. https://redaksi.com/838-4-cara-untuk-putus-daripada-lelaki-yang-tidak-serius Thu, 10 Aug 2017 12:55:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=838 Bercinta adalah perkara biasa, muda-mudi dan remaja kita sudah biasa dengan terma cinta. Namun demikian, bagi gadis-gadis yang mendambakan cinta yang berkekalan, perkahwinan adalah salah satu langkah dalam pembuktian cinta. Namun demikian, tidak semua lelaki serius dalam perhubungan mereka. Golongan ini hanya inginkan keseronokan bercinta dan mengabaikan perhubungan yang membawa ke syurga. Bagi gadis-gadis di luar sana yang masih mencari calon lelaki yang lebih serius, berikut ini adalah 4 cara-cara untuk memutuskan hubungan daripada lelaki yang tidak serius.



1. Ayah Emak, Kahwinkan Aku...

Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa, apabila anak perempuan mereka mencapai satu peringkat usia yang sesuai untuk berkahwin, maka wajar dikahwinkan. Itulah gunanya usia manusia, bukan sekadar untuk meningkat matang semata-mata. Usia, datangnya haid dan sebagainya yang Allah ciptakan adalah bertujuan untuk membantu ibu bapa membuat kira-kira bila perlunya anak mereka untuk dikahwinkan. Telefon ibu bapa anda, minta mereka menelefon teman lelaki anda bertanyakan tarikh perkahwinan dan perancangan perkahwinan kerana anda sudah mencapai usia layak berkahwin. Jika teman lelaki anda tiada perancangan, dia akan mengundurkan diri dengan sukarela. InsyaAllah.

2. Khabarkan Kepada Dunia.

Jika anda jenis yang tidak segan untuk memberitakan kisah hidup anda kepada sesiapa saja, ala-ala lapar pun anda hebohkan di Facebook, mungkin anda boleh gunakan medium sama untuk memutuskan hubungan anda dengan teman lelaki anda. Umumkan kepada kawan-kawan, saudara-mara dan kenalan anda dan teman lelaki anda akan hasrat anda ingin berkahwin. Teman lelaki anda yang tidak serius akan segera bertindak untuk menamatkan hubungan dengan anda bagi mengelakkan tekanan orang ramai kerana tidak pernah mengajak anda untuk berkahwin.



3. Eh.. Eh.. Ustazlah..

Ambil satu masa yang sesuai untuk memerangkap teman lelaki anda agar berhadapan dengan ustaz/ tok imam/ ibu bapa anda/ ibu bapa teman lelaki anda. Ketika itu, nyatakan keinginan anda untuk berkahwin dan tanyakan nasihat ustaz bagi perhubungan anda berdua yang masih belum berkahwin. Jika teman lelaki anda serius, dia pastinya akan menerima pandangan orang yang anda berdua hormati. Jika tidak, dia akan mengundurkan diri secara sukarela. InsyaAllah.

4. Selamat Tinggal Sayang, Aku Mengundur Diri..

Cara terbaik untuk meminta sesebuah perpisahan adalah dengan bersemuka dengan teman lelaki anda, tanyakan kepadanya adakah dia sudah bersedia untuk berumahtangga dengan anda. Nyatakan mengapa anda ingin segera berumahtangga, dan nyatakan tanpa berselindung apa-apa. Nyatakan juga anda besedia untuk memutuskan hubungan kerana perlunya anda untuk berkahwin. Jangan buat kesilapan dengan memberi alasan mengapa anda ingin berpisah kerana ia hanya akan memberi harapan palsu bahawa anda akan menerima dia jika dia berubah. Fokuskan kepada mengapa anda ingin berkahwin agar ia tampak jelas untuk teman lelaki anda. Jika dia memang tiada perancangan untuk menghawini anda, dia pasti akan bersetuju dengan keputusan anda untuk berpisah.



Kesimpulan.

Sebenarnya, ada banyak cara lagi untuk memutuskan hubungan dengan teman lelaki seperti tidak melayan panggilan, mengubah sikap anda menjadi buruk untuk sementara, menipu bahawa anda ada calon lain dan sebagainya. Namun, teknik sedemikian boleh mengundang padah dan membawa kepada keputusan yang tragis. Cara terbaik yang ada adalah dengan membuatkan teman lelaki anda secara sukarela, menerima dengan rasionalnya keputusan anda untuk hubungan anda berdua putus. Melalui tindakan ini, anda bebas untuk mendapatkan teman lelaki baru yang lebih serius akan perhubungan dengan anda dan teman lelaki anda sekarang sedar bahawa hubungan anda berdua gagal kerana dia yang tidak ingin memberi komitmen bersama anda, dan bukannya atas apa-apa kekurangan atau kesalahan anda.

 

]]>
“Terlebih Hormon Wanita Akan Menyebabkan Anda Sering Meroyan…” Jom Lihat Tanda-Tanda Anda Terlebih Hormon Estrogen. https://redaksi.com/4994-terlebih-hormon-wanita-akan-menyebabkan-anda-sering-meroyan-jom-lihat-tanda-tanda-anda-terlebih-hormon-estrogen Thu, 24 Jan 2019 14:08:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4994 Sering meluahkan perasaan, bercakap tanpa henti dan suka bertindak tanpa berfikir sering kali dikaitkan dengan kaum wanita. Ini kerana ia adalah lumrah ciptaan wanita dimana terdapat hormon estrogen di dalam tubuh badannya yang berbeza dengan kaum lelaki. Dan oleh kerana hormon ini juga yang membuatkan kaum wanita sering beremosi ketika bergaduh dengan pasangannya. Jadi, sebagai kaum lelaki perlulah bersabar.

Namun, apabila hormon estrogen anda berlebihan ia akan menyebabkan…

1. Rasa Sakit Dan Bengkak Payudara .

Memang hal ini lazim berlaku pada wanita terutamanya buat wanita hamil dan yang sedang datang haid. Namun jika ianya berterusan dan payudara sakit tanpa sebab, ia mungkin kerana jumlah Estrogen dalam tubuh sudah berlebihan.

2. Meroyan.

Mood anda sering berubah-ubah, kadang-kadang marah, kadang-kadang sedih pula. Kemudian tiba-tiba menangis, sedih, mengamuk kemudian diam tanpa berbicara. Perubahan mood yang mendadak ini juga menandakan tubuh anda mengandungi hormon estrogen yang berlebihan dan memberi impak terhadap mental kaum wanita.

3. Buah Dada “Berbuku”.

Terasa wujud benjol-benjol kecil dalam payudara saat kamu memicitnya? Itu mungkin petanda jumlah Estrogen sudah berlebihan. Jangan malu untuk berjumpa pakar atau doktor dalam masa terdekat bagi mengesahkan yang kamu bebas kanser!

4. Keguguran Rambut Secara Keterlaluan.

Keguguran rambut tidak terkecuali menyerang kaum lelaki sehingga menyebabkan bahagian-bahagian kepala mereka gondol dan itu dianggap normal. Namun, andai wanita yang keguguran rambut secara melampau (lebih banyak dari jumlah keguguran biasa iaitu 50-100 helai setiap hari), itu sebenarnya sudah mencapai tahap kritikal dan ia menandakan hormon Estrogen adalah berlebihan.

5. Gemuk Tanpa Makan.

Berdiet dan jaga pemakanan tapi berat badan naik tanpa alasan logik? Boleh lihat pula bahagian pinggul anda semakin melebar, perut membuncit dan dipenuhi lemak seolah-olah anda mengamalkan gaya hidup tidak sihat walaupun sebenarnya anda langsung tidak kuat makan! Itu adalah tanda Estrogen terlebih.

6. Kitaran Haid Tidak Menentu.

Kitaran haid yang tepat pada tanggalnya menjadi petanda bahawa seseorang wanita itu sihat dan normal, namun andai kata ianya hadir dalam keadaan yang tidak teratur apa puncanya? Harus tahu bahawa kitaran haid dipengaruhi oleh hormon dalam badan justeru jika haid anda tidak teratur, ia mungkin kerana hormon Estrogen yang berlebihan.

7. Sentiasa Penat!

Pekerjaan dan rutin harian anda sama sahaja tapi mengapa sejak akhir-akhir ini badan cepat letih? Baik pergi periksa keadaan dan kadar Estrogen dalam badan anda.

8. Kesukaran Untuk Tidur Malam.

Kandungan hormon Estrogen yang terlebih juga boleh menyebabkan anda mengalami waktu tidur yang sukar. Hati-hati jika rutin tidur anda berubah-ubah.

Jika Berlarutan Sehingga Memudaratkan, Lebih Elok Anda Jumpa Dengan Doktor!

]]>
Bila Isteri Tak Pandai Masak, Suami Jangan Cepat Sangat Kondem Tapi Cuba Beri Sokongan Sikit. https://redaksi.com/7392-bila-isteri-tak-pandai-masak-suami-jangan-cepat-sangat-kondem-tapi-cuba-beri-sokongan-sikit Wed, 02 Oct 2019 13:03:52 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7392 Tak semua orang bertuah tahu masak sejak sebelum berkahwin lagi, ada juga yang selepas kahwin barulah nak belajar memasak. Tap apa yang penting usaha nak masak itu ada. Yang orang lelaki pula, jangan nak harap isteri itu dah tahu serba serbi sedangkan anda pun masih baru bertatih nak belajar jadi suami yang baik, jadi sama sahaja isteri.

Orang tua-tua selalu cakap, orang perempuan ini kalau sebelum kahwin tak tahu masak tak apa, sebab lepas kahwin nanti boleh belajar masak ikut selera suami, tapi yang penting kena rajin-rajin masuk dapur barulah tak kekok depan mak mertua.

Ini jangan pula tak pernah masuk dapur bila mak mertua minta bawang merah anda pula bagi bawang putih, pening kalau dapat menantu macam ini. Itu yang kalau mertua masam muka dengan menantu jangan tanya kenapa.

Usaha untuk memasak itu penting sebenarnya, jangan main beli kat kedai je.

Petua orang tua dulu dalam pikat hati suami adalah pikat perutnya dulu baru hatinya akan terpikat dengan anda.



Jadi orang lelaki kalau dapat isteri yang tak tahu masak ini jangan kondem je, tapi support sikit isteri untuk rajin ke dapur.

1. Sentiasa belikan barang masakan.

Kalau selalu dia bagi alasan barang tak cukup nak memasak, anda sebagai suami penuhkan peti sejuk dan dapur dengan bahan masakkan yang mencukupi. Dari pelbagai jenis lauk dan sayuran anda sediakan. Barulah, dia pun nak masak tinggal pilih dan tak ada alasan lagi.

2. Ajak join masak apa hari ni (MAHN)

Kalau dekat situ boleh tengok macam-macam resepi yang dikongsi, bahkan sifu-sifu masakan pun kadang kala kongsi. Dari lauk pauk hingga ke kek, semuanya ada resepi. Sedikit sebanyak ia bantu nak naikkan semangat si isteri untuk memasak, dan cuba masakan baru.



3. Suami kena berani cuba.

Sebagai tanda sokongan, apa sahaja yang isteri masak suami kenalah cuba. Walaupun kadang rupanya ke laut cinta selatan sekali pun suami kena juga rasa dan sokong isteri. Selepas itu jangan bagi komen yang menyakitkan hati isteri tapi bagi komen yang membina, barulah isteri ada semangat.

4. Jangan kata “tak sedap”.

Kalau keluar sahaja ayat ini tentu akan buat isteri kecil hati malah patah semangat nak memasak. Jadi sentiasa beri kata sokongan macam kalau tak sedap pun katalah “boleh makan tapi kalau repair sikit lagi tentu sedap”. Kata-kata anda itu akan menjadi semangat buat isteri.

]]>
Masa Baru-Baru Bercinta Jumpa Seminggu Sekali Pun Dah Cukup, Taklah Jemu Nanti. - Psikologi. https://redaksi.com/8493-masa-baru-baru-bercinta-jumpa-seminggu-sekali-pun-dah-cukup-taklah-jemu-nanti-psikologi Tue, 01 Sep 2020 10:40:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8493 Mandi tak lena,

Tidur tak basah.

Itulah yang dialami oleh mereka yang sedang mabuk bercinta ini. Nak-nak lagi kalau hubungan masih lagi diperingkat awal. Memang kalau boleh setiap hari ingin berjumpa untuk lepaskan rasa rindu. Perasaan selalu rindu dan ingin bertemu adalah perkara biasa dalam bercinta.


Bukan apa, kalau tak jumpa bukan saja hati semakin resah tapi juga fikiran mula memikirkan sesuatu yang tidak sepatutnya. Masih baru, dan masih sayang tentunya takut kalau ada apa-apa yang tidak diingini terjadi pada hubungan tersebut.

Tapi elok ke jumpa selalu sangat?

Tak takut jemu ke?

Ada satu nasihat menarik buat mereka yang sedang hangat bercinta ini, menurut Seth Meyers, Psy.D., seorang psikologi klinik di Los Angeles dalam perkongsinanya mempunyai beberapa peraturan untuk mengurangkan risiko berpisah dan membina hubungan yang berkekalan adalah dengan melalui beberapa peraturan ini,



Jumpa seminggu sekali saja

Menurutnya, pertama sekali di saat awal perhubungan adalah cukup jika anda dan pasangan hanya jumpa seminggu sekali saja. Jelasnya, apabila kita berjumpa dengan orang baru kemungkinan kemesraan dan juga rasa akrab palsu akan terbentuk. Dengan menghadkan perjumpaan, anda dapat melindungi dari dari hubungan yang kemungkinan tidak sepadan. Apabila hubungan tidak menjadi seperti yang diharapkan barulah anda tidak begitu terluka.



Dalam tekanan yang minimun

Apabila kita diawal perhubungan, kita biasanya akan memberi mengenali seseorang dengan lebih mendalam. Menurut Chami Ajjan, lebih sedikit anda bertemu dengan pasangan, maka akan lebih mudah anda menilai kualiti hubungan yang terbina ini. Saat hubungan masih awal, lebih mudah sebenarnya nak menilai pasangan kita. Tapi, jika anda tidak terlalu terburu-buru dan memberi ruang untuk memastikan hubungan lebih utuh pada masa akan datang.

Tapi tidak ramai yang mampu melakukan perkara ini kerana bimbang takut kehilangan dan juga mula overthinking. Namun, perjumpaan sekali dalam seminggu ini sudah memadai untuk memberi masing-masing masa untuk diri sendiri malah menimbulkan perasaan rindu. "Kalau dah jodoh, tak ke mana" jadi jangan risau sangat kalau tak jumpa pasangan anda itu.



]]>
Ajar Pasangan Anda Untuk Menyimpan Dengan Teknik 50,30,20. https://redaksi.com/4450-ajar-pasangan-anda-untuk-menyimpan-dengan-teknik-503020 Wed, 05 Dec 2018 16:37:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4450 Dengan wang simpanan sudah tentu bermacam-macam perkara boleh kita lakukan seperti untuk perkahwinan, sebagai permulaan perniagaan, membeli kereta idaman, untuk kesihatan atau perubatan dan pelbagai lagi. Cuma ia memerlukan disiplin diri yang sangat kuat dan bermotivasi tinggi dalam menyimpan.

Ada juga sebahagian daripada kita mengeluh, sukar untuk menyimpan kerana memiliki pendapatan yang rendah dan tiada agihan untuk simpanan.

Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan.

Kesedaran diri untuk menyimpan itu sangat penting kerana jika tiada kesedaran takut terlambat dan menyesal di kemudian hari. Anda perlu ada target dalam kehidupan supaya mudah merancang kewangan sendiri seperti perancangan mahu menyimpan untuk bertunang atau berkahwin.

Jom ikuti teknik mudah ini iaitu 50,30,20 daripada gaji anda.

Sebagai contoh, minimum gaji yang kebiasaan rakyat miliki adalah RM2000. Pada zaman sekarang, dengan pendapatan sebanyak RM2000 agak mustahil untuk tinggal di bandar kerana kos sara hidup yang tinggi.

1. 50% daripada RM2000 adalah RM1000, jadi ia adalah untuk bayaran komitmen anda iaitu:

  • Hutang kereta.
  • Sewa Rumah.
  • Bil telefon.
  • Bil air dan elektrik.
  • Hutang PTPTN.
  • Bagi ibu bapa.

Jika memiliki duit lebihan daripada duit komitmen ini adalah lebih bagus kerana anda berpeluang untuk menyimpan dengan lebih banyak. Sekurang-kurangnya duit lebihan tersebut dalam RM200 ke bawah.

2. 30% daripada RM2000 adalah RM600 adalah belanja harian anda iaitu:

  • Makan dan minum.
  • Minyak.
  • Tol.
  • Hiburan (pakaian dan sebagainya).

Jika anda rajin, asingkan duit minyak dan tol dalam akaun bank yang berlainan, atau dompet yang khas untuk minyak dan tol sahaja untuk sebulan. Ini untuk memudahkan supaya tidak bercampur dengan duit hiburan dan makan/minum. Jadi, anda akan tahu berapa sahaja duit hiburan yang anda boleh belanjakan pada bulan itu.

Sekiranya terdapat duit lebihan, pastikan jadi simpanan sekurang-kurangnya RM100 kebawah.

3. 20% daripada RM2000 adalah RM400 adalah untuk:

  • Simpanan wajib.
  • Perlindungan Takaful.

Mungkin 200 untuk simpanan, 200 untuk takaful atau terpulang pada anda asalkan tidak melebihi 400. Jadi disini lah anda perlu bijak mengambil perlindungan takaful yang mempunyai simpanan juga. Simpanan secara tidak sedar seperti dalam perlindungan takaful ini, anda akan lihat hasilnya setelah sampai tempoh matang contoh 5 tahun.

Jadi, anda tidak perlu risau kerana anda sudah ada simpanan untuk 5 tahun akan datang disamping memiliki perlindungan takaful.

Simpanan wajib atau simpanan khas adalah simpanan yang anda perlu laksanakan tanpa berfikiran panjang. Jika anda dapat menyimpan RM200 untuk sepanjang tahun, anda akan dapat sebanyak RM2400. Tambah lagi dengan duit lebihan dari duit komitmen dengan duit belanja.

Contoh RM100+RM100=RM200

Sekiranya duit tambahan anda konsisten setiap bulan, hasilnya sama dengan simpanan wajib anda RM2400 dan jumlahnya adalah RM4800.

Jika mahu simpanan yang banyak, kurangkan berbelanja dan cuba untuk cut cost pada bil telefon anda dimana jangan melebihi RM100.

Jadi disini anda perlu hidup Mengukur Baju Pada Badan Sendiri.

Elak menyewa kondo atau apartment yang mahal…

Elak berkereta mewah…

Elak keluar makan di kedai hipster atau restoran mahal setiap hari…

Elak langgani spotify, apple music, Netflix atau iflix yang terlalu mahal. Guna sahaja aplikasi itu ketika Trial sebulan, itu juga sudah memadai.

Selamat Mencuba!

]]>
Tips Mencari Hadiah Untuk Isteri Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Anda. https://redaksi.com/4412-tips-mencari-hadiah-untuk-isteri-sempena-ulang-tahun-perkahwinan-anda Mon, 03 Dec 2018 14:37:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4412 Mendapat hadiah misteri pasti megujakan terutamanya pada kaum wanita. Lebih-lebih lagi jika mendapat hadiah dari pasangan tercinta pada tarikh-tarikh penting seperti hari jadi dan ulang tahun perkahwinan. Siapa sahaja dikalangan kaum wanita yang tidak suka pada hadiah, apatah lagi dengan kejutan. Pasti mereka mudah mengeluarkan air mata yang gembira kerana terlalu terharu.

Jadi, pada para suami diluar sana, jika buntu tidak tahu untuk memberi hadiah apa pada si isteri, jom lihat antara 10 hadiah di bawah;

Tudung.

Belilah collection tudung yang uptodate untuk isteri-isteri anda. Anda bukan sahaja tahu tentang perkembangan fashion tudung, malah isteri pasti bertambah sayang jika memberi tudung warna kegemarannya.

Kredit foto: BellaTtamimi

Sejambak bunga.

Bunga adalah sinonim dengan cinta terutamanya Ros Merah, jadi berilah bunga Mawar atau Ros ini pada isteri anda. Atau taburkan pada katil supaya kelihatan lebih romantik.

Image result for sejambak bunga

Kredit Foto: Google.

Diari.

Jika anda lihat isteri anda suka sahaja meluahkan perasaan di sosial media, berikan mereka diari untuk menulis setiap perkara yang mereka lalui setiap hari. Atau tulis sahaja perkara yang mereka minati, mungkin ada bakat terpendam menulis.

Image result for diari

Kredit Foto: Google.

 Barang kemas seperti gelang atau rantai.

Image result for jewelry

Kredit Foto: Google.

Barangan couple seperti baju atau cincin.

Related image

Kredit Foto: Google.

Tidak salah sekiranya sekali sekala memberi barangan couple seperti anda dengan si dia di awal perkenalan. Semuanya mahu menggunakan barangan yang sama seperti anak remaja. Barulah berjiwa muda.

 

Related image

Kredit Foto: Google.

Candle Light Dinner pun sudah mencukupi.

Related image

Kredit Foto: Google.

Tanaman.

Tanaman kecil dan yang mudah dijaga juga boleh diberikan sebagai hadiah dan ia lain daripada yang lain. Boleh diletakkan di pejabat atau di tempat-tempat yang kecil sebagai perhiasan.

Image result for small plant

Kredit Foto: Google.

Rakaman video yang romantis.

Kredit Foto: MPutraSetia

Berbulan Madu.

Image result for honeymoon

Kredit Foto: Google.

Kompilasi gambar anda berdua.

Kredit Foto: Dwi

Selamat Mencuba!

]]>
Perempuan Memang Cepat Cair Dengar Ayat Ini Dari Lelaki. Tapi Jangan Terkejut Kalau Dapat Ayat Ini, Cuma Nak Cairkan Anda Sahaja. https://redaksi.com/7418-perempuan-memang-cepat-cair-dengar-ayat-ini-dari-lelaki-tapi-jangan-terkejut-kalau-dapat-ayat-ini-cuma-nak-cairkan-anda-sahaja Fri, 04 Oct 2019 11:01:28 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7418 Orang perempuan ini memang mudah cair dengan kata-kata lelaki, bukan hanya cair tetapi percaya apa yang orang lelaki katakan. Nak-nak lagi kalau ayat-ayat manis yang memang macam minta potong kaki memang buat orang perempuan ini mudah percayalah ceritanya.

Bagi orang perempuan, lelaki hanya akan beri ayat-ayat yang manis itu pada pasangan dan orang yang dia sukai sahaja, tak semua orang dapat ayat macam itu. Kalau dapat pun tentu lelaki itu nak pikat dirinya.

Tetapi orang perempuan tak sedar bahawa ayat-ayat ini memang selalu sangat ditabur oleh lelaki kepada mana-mana perempuan pun. Apa ayat penipuan yang tak patut anda percaya.

1. “Saya tak pandang perempuan lain, awak seorang je dekat hati saya.”

Bila dengar ayat ini jangan nak berbunga sangat, bukan dekat anda dia cakap macam ini, dekat semua perempuan lain pun dia cakap macam ini. Mana tidaknya orang lelaki ini cakap je ada seorang perempuan dalam hatinya, tetapi yang dia minat itu lain, yang dia crush itu lain pula. Itu belum lagi yang dalam dating online. Berapa ramai pula.



2. “Awak perempuan terbaik yang pernah saya kenal.”

Lelaki dalam hidup dia semua dia rasa yang terbaik, bila tukar baru yang baru itu pun terbaik. Yang lama pun terbaik. Dalam hidup lelaki ini semua terbaik, tak ada pun yang terbaik. Jadi kalau dia kata anda yang terbaik, agak-agak anda wanita ke berapa yang telah dia katakan ayat seperti itu. Jadi jangan nak percaya sangat.

3. “Saya sayang awak seorang je.”

Mungkin ini boleh percaya tapi jangan terlalu yakin pula. Mana tidaknya dengan anda dia sayang, dengan perempuan lain dia minat malah ada juga dengan wanita lain yang dia tak boleh lupa. Lelaki ini pandai guna ayat-ayat manis sebab nak cairkan hati anda. Bila dah cair dan anda dah percaya senanglah dia nak buat kerja.



4. “Saya bahagia dengan awak seorang je.”

Anda rasa dia bahagia dengan anda? Jangan percaya kalau dia katakan ini. Kalau dia bahagia dengan anda, tak ada dah masa dia nak habiskan dengan kawan-kawan, dengan keluarga atau bermain game. Jadi anda ini belum tentu buat dia bahagia lagi sebenarnya.

5. “Saya tak boleh tidur keana rindu dan ingat dekat awak je.”

Orang lelaki adalah orang yang paling suka tidur, jadi jangan percaya kalau waktu malam dia kata dia tak boleh tidur sebab ingatkan anda. Tapi sebenarnya dia dan puas tidur dah siang tadi, malah dia cari anda pun sebab nak teman dia yang tak tahu nak buat apa.

Jangan cepat percaya sangat ayat orang lelaki ini. Dia Cuma kata sebab nak sejukkan hati anda sahaja. Dia tahu orang perempuan ini mudah cair dengan ayat-ayat macam ini.

]]>
5 Hikmah Menjadi Wanita Bujang. https://redaksi.com/1293-5-hikmah-menjadi-wanita-bujang Sat, 23 Sep 2017 16:06:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1293 Hari itu kita duduk sendirian di meja tetamu. Satu lagi majlis perkahwinan seorang rakan yang kita hadiri. Rakan-rakan yang lain juga hadir, namun dengan pasangan masing-masing. Pada suatu masa, hati berdetik. Rasa terlalu banyak persoalan tentang jodoh hendak diajukan kepada Allah. Tidak menolak, tidak mengalah walaupun ramai membuat andaian kita memilih. Sudah beribu kali soalan yang sama mereka ajukan kepada kita sedangkan kita sendiri masih menunggu jawapan dari Allah s.w.t.



Sedar tidak sedar, kita lupa melihat kebaikannya. Berikut adalah 5 perkara untuk disyukuri sebagai seorang wanita bujang:

1. Mematangkan fikiran.

Jika terlalu difikirkan, akan mengundang sedih dan kecewa. Mungkin juga anda akan mempersoalkan hal ini kepada Allah. Tapi Allah tidak zalim, malah Allah Maha Adil. Allah jualah yang memiliki cinta. Allah jua yang sentiasa meletakkan hidup kita dalam kasih-sayangnya. Mustahil semua ini berlaku tanpa sedikit pun hikmah.

Justeru, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah mengubah cara berfikir. Bersangka baiklah dengan Allah. Masa hadapan belum pasti dan belum tentu ada. Serahkan itu kepada Allah s.w.t.

Tidak perlu membandingkan diri kita dengan wanita lain kerana kita semua mempunyai jalan hidup kita sendiri. Rezeki kita semua berbeza dari pelbagai segi termasuk masa.
Jangan ditentukan bahagia dengan sebuah perkahwinan kerana bahagia itu datang dari diri sendiri. Ujian tidak akan berhenti walaupun setelah berkahwin kerana memang begitulah jalan sebuah kehidupan. Jadi, buangkan kerisauan untuk hal yang belum pasti. Cintailah masa yang anda miliki sekarang.

Hargailah hidup sebagai wanita bujang. Hargai ruang peribadi anda. Perkara penting adalah untuk anda berasa selamat dan tidak bergantung melainkan kepada Allah. Ini juga masa terbaik untuk anda merancang kembali tujuan hidup anda. Lihat bagaimana semua ini mematangkan fikiran anda, membezakan anda dengan yang lain.



2. Mengenali cinta sebenar.

Cinta yang paling utama adalah cinta kepada Allah. Jika anda sudah berkahwin pun, cinta mesti disalurkan kepada Allah. Jadi, lakukan yang sebaiknya bermula sekarang. Penuhi hati dengan cinta kepada Allah s.w.t. Perbaiki akhlak sebagaimana yang disukai Allah dan RasulNya.

Jika ada jodoh kita di dunia ini, cinta kepada makhluk telah kita pegang dengan cinta yang mendalam kepada Allah. Pada masa itu, anda sudah pun bersedia. Anda sudah memiliki banteng diri yang kuat. Jika tiada jodoh kita, kita sudah ada cinta yang sejati, malah sebuah cinta yang lebih agung. Benar-benar cinta sampai ke syurga.

Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.”

Maka, inilah masa terbaik untuk kita menjadi “sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.”



3. Menyemai sifat memahami.

Bukan tidak peduli, tapi kita lebih memahami perasaan yang sedang kita lalui. Manusia akan tetap berkata walau apa pun yang berlaku. Pelbagai soalan akan diterima. Bukan itu sahaja, soalan juga boleh berubah walaupun selepas berkahwin.

Ingatlah, bahawa itu semua hanya pandangan manusia. Ia sesuatu yang normal untuk bertemu orang seperti mereka. Jika perlu, jawab dengan penuh rasa hormat. Atau mungkin, hadiahkan sahaja dengan senyuman. Dalam keadaan orang lain melihat diri kita kesunyian, kita sudah hidup dalam kedamaian.

Kerana itu kita lebih memahami insan lain. Kita faham perasaan pasangan yang tidak mempunyai anak, kita faham ibu bapa yang mempunyai anak istimewa, kita faham mereka yang mempunyai harapan yang belum tercapai dan sebagainya.

4. Dapat memanfaatkan masa.

Hindarkan sikap suka membuang masa. Hidup ini hanya sementara. Segala apa yang kita lakukan di dunia ini akan membawa kita sama ada ke syurga atau neraka. Oleh itu, isi dunia ini sebaiknya. Banyakkan amalan.

Anda boleh melibatkan diri dengan organisasi bukan kerajaan yang aktif membantu mereka yang kurang bernasib baik. Atau anda boleh mengambil inisiatif memulakan sesuatu yang menambah nilai, bukan sahaja kepada diri anda, tapi juga kepada masyarakat. Lakukan semua ini untuk Allah, cinta hati kita semua.

Anda akan mendapati hidup ini mempunyai lebih nilai dan menjadikan hidup anda sendiri sesuatu yang bernilai. Di luar sana ramai insan yang nasibnya jauh lebih menyedihkan namun mereka harungi jua dengan kesabaran dan kekuatan.



5. Dapat menambah ilmu dan pengalaman.

Menjadi wanita bujang bermakna anda ada masa dan kebebasan. Jadi, ini adalah ruang terbaik untuk anda menuntut ilmu. Anda boleh menyambung pengajian atau mengikuti mana-mana kursus kemahiran termasuk kursus profesional. Sekiranya anda ada minat pada bidang tertentu, jadikan ini masa untuk anda menjadi pakar dalam bidang itu.

Jadilah manusia yang mencintai ilmu. Banyakkan menghadiri majlis ilmu. Dengan ilmu, darjat kita meningkat dan dengan ilmu kita mohon direndahkan hati kita.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”
Al-Mujadalah: 11

Tambah pengalaman dengan meneroka alam ini. Alam ini amat luas dan terlalu banyak untuk dipelajari dan dihayati. Di setiap sudut sentiasa ada sesuatu untuk difikirkan. Belajar untuk melihat dunia dari perspektif yang berbeza. Bertemu pelbagai jenis manusia dengan perbezaan adat dan budaya akan membuka minda kita.

Secara fitrahnya, semua orang mahu menyayangi dan disayangi. Siapa yang sudah bertemu pasangannya, bersyukurlah dengan impian yang sudah tertulis sejak azali lagi. Bagi yang bujang, tiada bezanya dengan mereka. Semuanya juga sudah ditulis oleh Allah s.w.t. Semuanya berada dalam susunan yang amat rapi.

Tanamkan keyakinan kepada Allah kerana memang itulah hakNya. Tanggungjawab kita adalah menjadi umat Islam terbaik disisiNya. Teruskan usaha, doa dan tawakal. Allah sentiasa bersama kita.

 

]]>
DSV lega keputusan dipihaknya, Cik B akan hubungi ayah bila sudah sedia https://redaksi.com/9291-dsv-lega-keputusan-dipihaknya-cik-b-akan-hubungi-ayah-bila-sudah-sedia Mon, 04 Jan 2021 16:33:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9291 Lega apa yang diputuskan oleh mahkamah, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Seri Vida apabila menyifatkan keputusan mahkamah bertepatan dan tidak mengganggu emosi kedua-dua anaknya itu.

Sebelum ini, bekas suami usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Mohd Amin Yasin memfailkan tuntutan hadhanah terhadap dua anaknya Edlynn Zamilleen, 16, atau lebih dikenali Cik B dan Muhammad Eric Zaquan, 14, (Kacak), di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan.


Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman mendapat hak penjagaan terhadap kedua-dua anaknya.

Tak pernah halang anak-anak

Menurut Datuk Seri Vida, beliau merasakan masanya tidak sesuai ketika ini untuk dua anaknya bertemu Mohd Amin.

"Alhamdulillah, saya lega kes sudah diputuskan dan terpulang kepada Cik B dan Kacak untuk menghubungi ayah mereka apabila sudah bersedia.

"Ia juga atas kehendak Cik B dan Kacak sendiri. Bagaimanapun, saya tidak pernah menghalang mereka untuk berhubung kerana tidak mahu putuskan silaturahim, namun untuk mereka berjumpa secara 'in person', biarlah dulu," katanya.


Tambahnya, beliau akan akan mematuhi arahan yang membenarkan Cik B dan Kacak menghubungi bapa mereka dalam usaha menjernihkan semula hubungan.

"Apabila mereka (Cik B dan Kacak) dah sedia, bolehlah telefon. Jangan kata mereka anak derhaka pula kerana orang luar tidak tahu apa berlaku, hanya kami yang menanggungnya," ujarnya.

Keputusan itu juga diterima baik oleh Cik B menghalang mereka daripada berhubung.

"Saya akan hubungi ayah kalau dah 'ready', cuma tak tahu akan ambil masa atau tidak. Semoga Allah permudahkan," katanya.

Akan tuntut harta sepencarian

Sementara itu, Mohd Amin berkata, dia berlapang dada menerima keputusan mahkamah dan akan menunggu dua anaknya kembali ke pangkuannya.

Peniaga kedai makan itu juga memberitahu akan membuat rayuan terhadap kes itu selain berhasrat menuntut harta sepencarian dengan bekas isterinya ketika perceraian lalu.

"Selain itu saya juga akan menuntut harta dua anak yang meninggal dunia termasuk pampasan insurans mereka kerana tidak berpeluang untuk menatap wajah mereka buat kali terakhir," katanya.

Terdahulu, Mohd Amin memfailkan tuntutan hadanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) pada 3 November lalu. Dia berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada 2000 dan bercerai pada 2008.

]]>
Sebab Perkahwinan Di Usia Matang Lebih Utuh. https://redaksi.com/2068-sebab-perkahwinan-di-usia-matang-lebih-utuh Mon, 23 Apr 2018 08:58:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2068 Kadang, ramai orang yang sedih apabila lambat bertemu jodoh. Tetapi disebalik ujian tersebut terkandung hikmah-hikmah yang tersembunyi yang apabila diselidiki, baru membuatkan kita terfikir dan terus bersyukur atas kurniaan Allah kepada kita. Walau pedih diawalnya, tetapi manis dipenghujung. Antara sebab dikatakan perkahwinan di usia matang lebih utuh kerana:


1. Menghargai cinta.

Apabila seseorang diuji, dia akan lebih menghargai sesuatu berbanding dengan orang yang sentiasa dalam keadaan baik. Berada di zon selesa menyebabkan seseorang cepat mempersia-siakan nikmat yang telah diberikan. Begitu juga apabila Allah mengurniakan seseorang anak dalam tempoh masa perkahwinan yang lama. Apabila pasangan tersebut dikurniakan anak setelah menunggu lama, dia pastinya akan menjaga anak itu sesempurna mungkin.

2. Ekonomi stabil.

Ketika bujang, mereka mampu memanfaatkan wang dengan sebaik mungkin. Oleh itu apabila sudah berumah tangga, mereka telah mempunyai rumah, kereta dan aset yang lain tanpa perlu bersusah payah di awal perkahwinan. Bukankah itu suatu keuntungan? Maka, bersyukurlah dengan apa jua keadaan kita.

3. Pemikiran matang.

Tentunya apabila sudah meningkat dewasa, mereka lebih memikirkan masa depan berbanding kehidupan untuk berfoya-foya. Apabila berumah tangga, mereka siap menghadapi apa jua ujian dengan lebih tenang. Kerana mereka lebih pandai mengawal emosi ketika ini.

4. Kesedaran agama.

Tentunya apabila telah meningkat dewasa, kesedaran untuk mengamalkan ajaran Islam itu lebih diambil berat berbanding dengan pasangan muda. Malah mereka mampu faham dengan lebih jelas hal-hal keagamaan di usia tersebut kerana telah bersiap sedia untuk menjadi ketua keluarga mahupun seorang pendamping suami.


Oleh itu, bersedih apabila diuji dengan lambatnya perkahwinan adalah tidak digalakkan. Berfikir positif dan terus ke depan. Dengan sikap begitu akan membuatkan hidup lebih tenang tanpa diganggu oleh pemikiran masyarakat.


]]>
4 Langkah Untuk Menangani Masalah Dalam Rumah Tangga. https://redaksi.com/4384-4-langkah-untuk-menangani-masalah-dalam-rumah-tangga Thu, 29 Nov 2018 15:01:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4384 Apabila berlakunya pergaduhan dalam rumah tangga, suami atau isteri pasti akan mencari jalan untuk menyelesaikan pergaduhan tersebut. Namun, pasti juga salah seorang akan menganggap masalah pergaduhan ini kecil dan mengambil ringan. Kemudian perkara atau isu yang sama pasti akan berbangkit dan akan adanya sesi ungkit-mengungkit kerana masih tidak berpuas hati.

Jadi, pasangan suami isteri perlu tahu langkah-langkah untuk menangani masalah dalam rumah tangga iaitu…

1. Dengan Mengetahui Peranan Sebenar Suami Dan Isteri.

Pandangan masyarakat tentang suami adalah dengan sifat tegasnya, jadi seorang suami perlu;

  • Menitikberatkan pendidikan akademik dan agama kepada anak-anak.
  • Berjimat cermat dalam perbelanjaan harian.
  • Memberi galakan kepada isteri.
  • Menjadi perancang ekonomi keluarga.
  • Prihatin terhadap masalah keluarga.
  • Mempunyai cogan kata dalam keluarga.
  • Bersifat terbuka dan sering member ingatan terhadap peneguhan agama kepada ahli-ahli keluarga.

Manakala si isteri pula perlu;

  • Menjalankan tanggungjawab terhadap suami dan keluarga dengan tabah dan sabar.
  • Bekerjasama dengan suami dalam soal pendidikan akademik dan agama kepada anak-anak.
  • Membantu dari segi kewangan.
  • Memberi sumbangan fikiran.
  • Memantau soal-soal keluarga dan mempunyai matlamat yangpositif dalam kehidupan.

2. Tahu Cara Mendidik Anak Dengan Betul.

Pasangan ibu bapa harus berganding bahu dalam mendidik anak-anak iaitu;

  • Memberikan asuhan atau didikan akademik dan agama yang seimbang.
  • Bersifat terbuka dan toleransi.
  • Komunikasi yang baik sesama ahli keluarga.
  • Meluangkan masa bersama ahli keluarga.
  • Sentiasa mendoakan kesejahteraan atau kebaikan ahli-ahli keluarganya.

Jika anak-anak mendapat didikan agama yang seimbang dan formal di sekolah, ia akan mewujudkan rumah tangga yang harmoni.

3. Tahu Sifat-Sifat Keistimewaan Diri Sendiri.

Jangan terlalu suka membuat andaian negatif, bersangka buruk dan memberi aura yang tidak sihat pada anak-anak. Suami isteri perlu berpandangan jauh dan tahu dengan sifat istimewa yang ada pada diri sendiri untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak.

Si suami perlu tahu bahawa mereka sering menjadi sumber rujukan keluarga dan masyarakat, berpandangan jauh dan memiliki misi dan visi,dalam keluarga memiliki gaya kepimpinan yang baik, komunikasi yang berkesan dan pengurusan masa yang cekap.

Si isteri pula perlu tahu bahawa kaum wanita adalah seorang yang mempunyai sikap positif dan berpandangan jauh, bertanggungjawab, penyayang dan pendidikan agama yang baik. Kesemua sifat-sifat istimewa ini membantu kearah menjadikan pasangan hidup dalam harmoni dan bahagia.

4. Menjaga Hubungan Kejiranan.

Setiap pasangan keluarga harus menjalin hubungan kejiranan yang baik, saling mempercayai, bersepakat, bekerjasama, beramah mesra,dan saling tolong-menolong antara satu sama lain serta perihatin dengan jiran-jiran.

Amalan berbuat baik dengan jiran harus dipupuk supaya ia memberi kesan yang baik untuk minda anak-anak. Jangan menjadi terlalu sombong dan tidak mengambil hal tentang kejiranan kerana kita hidup bermasyarakat. Malah dengan cara ini mampu memberi suasana diluar rumah yang aman dan tenang, dan aura ini pasti akan dibawa ke dalam rumah.

]]>
Ini 8 Tanda Orang Lelaki Hanya Anggap Korang Cuma Rakan Biasa Je. https://redaksi.com/6473-ini-8-tanda-orang-lelaki-hanya-anggap-korang-cuma-rakan-biasa-je Mon, 08 Jul 2019 11:49:11 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6473 Orang kalau dah suka mestilah nampak beria-ria bukan? Tapi kalau sekadar biasa-biasa aje nie, dia yang jual mahal atau memang tak nak dekat kita ini?

Memang susah nak main teka teki hati perasaan orang ini. Kadang kita ingat dia suka dekat kita rupanya sekadar anggap kawan sahaja. Aduh malu pulak rasanya kan?

Biasalah dalam mencari pasangan yang sesuai dan bakal teman kita sepanjang hayat ini bukan satu perkara yang mudah. Kalau kena reject itu perkara biasalah tapi jangan cepat mengalah pula.



Korang kena ingat, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.

Selagi ada peluang ejas la sampai boleh. Tapi kalau kena ciri macam dekat bawah ni, memang tak ada peluang nak ejas lagi dah.

Untuk korang di luar sana nak tahu lelaki itu suka korang atau hanya anggap kawan biasa sahaja, cuba check tanda-tanda ini seperti yang dikongsi dalam page IIUMC.

1 . Obviously jarang reply your chat.

Kalau cakap pasal busy nie, orang perempuan faham sahaja. Tetapi kalau mesej korang dibiarkan tidak berjawab, kena faham-faham sahaja lah.

Atau paling kurang pun, reply sepatah-sepatah. Rasanya dah cukup buat korang faham bahawa dia tak beria dengan korang.



2. Si dia tak pernah cakap hal kahwin.

Orang lelaki ini, kalau dia belum bersedia nak kahwin lepas itu kena pula cakap pasal kahwin memang mereka cepat rimas. Mungkin dia hanya anggap korang sebagai kawan biasa dan tidak terfikir untuk berkahwin.

3. If u had crush on him, dah confess but si dia nothing changes.

Sama ada lelaki tu dan berpunya atau memang tak ada perasaan dekat korang, bila dah confess pun tak ada yang berubah. Jadi, move on je la…

Orang lelaki kalau suka dekat korang boleh nampak. Use your instincts and brain. Satu hilang 10 datang gituw.

4. Dah confess, but si dia main tarik tali.

Kalau selepas korang dah confress tapi dia layan korang ikut mood, sampai korang pun takt ahu dia sayang korang atau tak. Cuba untuk deep conversation tanya si dia. If negative feedback undurlah diri. Sama ada dia perlukan korang time dia bosan atau dia selesa dengan korang sebagai kawan je.

5. Dia layan kau macam member member je.

Selalu keluar bersama, tapi bila cakap pasal perasaan dia rimas atau tukar topik. Jadi, dia lebih selesa untuk lepak dan bersembang dengan korang. Mungkin.



6. Talk about other girl.

Ini memang jelas sekali lah. Bila dia mula puji perempuan lain dan cerita pasal perempuan laian memang dia anggap korang macam kawan aje la. Makan hatilah masa ini.

8. Kawan kawan dia kenal korang sebagai kawan baik.

Kalau berjumpa dengan kawan-kawannya, dia hanya kenalkan sebagai kawan sahaja dan tak cerita perkara yang lebih-lebih pasal korang. Ini memang korang kena friendzone dah ini.

9. Tak penah ingat tarikh penting.

Dia tak penah ingat tarikh penting korang? Birthday korang pun dia tak wish? Korang rasa dia ada ke hati dekat korang?

Kalau dia terus dengan macam itu, korang dah boleh angkat kaki dah. Dari tunggu lebih lama dan buang masa je, baik cari lelaki lain.



Anggap je la perkenalan korang itu hanya menambah pengalaman hidup. Jangan pernah berdendam lebih baik doakan baik-baik sahaja. Jangan takut untuk cuba dengan yang lain, setiap orang ada jodoh mereka sendiri.

]]>
Kaki Selalu Kebas? Apa Punca Dan Cara Rawatannya? https://redaksi.com/5712-kaki-selalu-kebas-apa-punca-dan-cara-rawatannya Fri, 05 Apr 2019 11:59:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5712 Apabila duduk atau berdiri terlalu lama, tiba-tiba kaki mula rasa kebas-kebas atau orang kampung pangil sesemut. Kaki rasa tidak selesa hingga menyebabkan nak gerak tidak boleh nak pijak kaki ke lantai juga tidak boleh. Boleh buat gaduh kalau ada yang tiba-tiba sengaja menekan atau memegangnya.

Kenapa perkara sebegini berlaku? Adakah disebabkan peredaran darah atau kerana kedudukan kaki yang tidak sesuai? Macam mana pula kalau seseorang itu berdepan dengan masalah ini secara berterusan? Mari teruskan membaca artikel ini.



Kaki kebas selalunya merupakan keadaan yang normal bagi mereka yang duduk dalam keadaan yang tidak selesa. Ini kerana jika kaki berada pada posisi yang salah, ia akan menyebabkan saraf di bahagian kaki terhimpit dan menyebabkan kebas tersebut berlaku.

Akan tetapi jika ia berterusan sehingga menyebabkan kaki sentiasa merasa kebas, ia mungkin disebabkan beberapa jenis penyakit.

Bagi mereka yang mengalami masalah ini secara berterusan, individu tersebut perlulah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca kepada masalah tersebut.



Simptom kebas kaki

Simptom ataupun komplain yang selalu diperkatakan oleh mereka yang mengalami kaki kebas adalah kaki mereka tidak boleh rasa. Bila pijak lantai seolah-olah mereka memakai stoking.

Akan tetapi ada juga simptom-simpton lain yang berkaitan dengan kaki kebas seperti

i. Kaki rasa mencucuk cucuk

ii. Kaki rasa tidak kuat

iii. Bila berjalan seolah olah memakai stoking

Punca kaki kebas

Pesakit yang mempunyai kebas kaki ini selalunya akan berkait rapat dengan masalah saraf sebagai contoh masalah tulang belakang dan kencing manis. Kerana saraflah yang akan memberi deria rasa pada seluruh badan termasuk kaki. Jika saraf tersebut mempunyai masalah ataupun terdapat penyakit yang menyebabkan masalah tersebut berlaku, maka anda akan mengalami masalah kebas kaki.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kaki kebas iaitu:

i. Kencing manis

ii. Slipped disc

iii. Kecederaan pada saraf tunjang

iv. Himpitan pada saraf yang keluar daripada tulang belakang

v. Kayap

vi. Multiple sclerosis

vii. Penyakit pembuluh darah periferi (peripheral vascular disease)

Anda juga mungkin akan merasakan kebas pada bahagian kaki ketika lama duduk terutamanya mereka yang duduk bersila. Ia akan bermula dengan rasa kebas pada kaki kemudian anda akan bangun ataupun mengubah kedudukan untuk memberi keselesaan kepada kaki tersebut

Setelah darah berjalan semula ke kaki tersebut dan saraf tidak terhimpit lagi, ia akan menjadi kebas pada mulanya dan diikuti dengan rasa seperti dicucuk-cucuk. Setelah beberapa minit, kaki anda akan menjadi seperti biasa.



Bila perlu berjumpa dengan doktor?

Kaki kebas bersama dengan simptom yang seperti sesak nafas adalah suatu yang perlu dirisaukan. Oleh itu, disini kami senaraikan beberapa simptom yang akan memberi tanda amaran kepada anda dan anda perlu segera pergi berjumpa dengan doktor. Ia adalah:

i. Tidak boleh kawal kencing dan buang air besar. Bermaksud pesakit akan terkencing dan terberak sendiri tanpa mampu dikawal- Mungkin mengalami masalah saraf tunjang

ii. Sesak nafas – Kaki kebas dan sesak nafas boleh disebabkan darah beku dibahagian kaki. Jika darah beku itu terlepas dan naik ke jantung, darah beku itu boleh tersumbat dibahagian paru-paru dan menyebabkan kekurangan oksigen dan sesak nafas. Tetapi selalunya pesakit juga akan mengalami kaki yang bengkak, merah dan panas.

iii. Susah bercakap – boleh disebabkan stroke

iv. Sakit kepala yang kuat

Anda juga perlu berjumpa dengan doktor jika kebas itu menjadi semakin teruk.

Jika anda mempunyai kencing manis, simptom ini perlulah diceritakan kepada doktor yang merawat agar pendidikan untuk menjaga kaki dapat diberikan kepada pesakit.

Penyiasatan:

Kebas kaki yang biasa iaitu disebabkan terhimpit tidaklah perlu kepada penyiasatan. Manakala jika seseorang itu mempunyai masalah kencing manis pula, selalunya doktor di klinik kesihatan akan memeriksa kaki anda untuk melihat sama ada telah wujudnya komplikasi hingga menyebabkan kaki anda menjadi kebas

Jika doktor mengesyaki masalah selain daripada itu, pesakit perlulah menjalani beberapa jenis ujian

1) X-ray tulang belakang

X-ray ini sangat membantu kerana ia dapat melihat struktur tulang belakang samada mempunyai masalah ataupun tidak. Mereka yang mengalami ‘slipped disc’ ataupun tulang belakang yang semakin tua dapat dilihat melalui x-ray.
Tetapi x-ray tidak dapt menunjukkan samada masalah tersebut benar-benar telah menyebabkan himpitan pada saraf tunjang ataupun tidak

2) CT-Scan

Boleh digunakan untuk melihat seseorang itu mempunyai angin ahmar ataupun tidak.

Jika slipped disc disyaki, ct-scan boleh digunakan untuk melihat struktur tulang belakang. Ia boleh menunjukkan samada berlakunya himpitan pada saraf ataupun tidak. Walaubagaimanapun, pengimejan yang paling sesuai untuk melihat keadaan saraf tunjang adalah dengan membuang MRI

Ia juga boleh digunakan untuk melihat penyakit multiple sclerosis

3) Nerve Conduction Study (Kajian aliran saraf)

Ia digunakan untuk melihat adakah saraf yang menghantar maklumat ke kawasan otot dapat berfungsi dengan baik ataupun tidak.



Rawatan Kaki kebas

Rawatan kaki kebas sangat bergantung kepada punca masalah tersebut. Jika ia disebabkan himpitan pada saraf kaki, pesakit perlulah mengelakkan daripada duduk dalam satu keadaan yang lama. Ubah kedudukan ataupun berdiri setiap setengah jam untuk mengelakkan saraf dan saluran darah daripada terus terhimpit.

1. Kencing manis

Kaki kebas disebabkan kencing manis selalunya tidak boleh dikembalikan balik. Oleh itu, pesakit yang mengalami masalah ini akan diajar bagaimana untuk menjaga kakinya kerana bila kaki tidak merasa sakit, ia lebih mudah luka disebabkan terpijak benda tajam dan sebagainya

Jika luka itu tidak disedari, kawasan luka itu akan mengalami jangkitan kuman dan inilah perkara yang selalu berlaku sebelum kaki mereka menjadi mati dan gangrene menyebabkan kakinya perlu dipotong

2. Masalah tulang belakang

Ia bergantung kepada jenis masalah tersebut. Jika pesakit mengalami slipped disc dengan kebas yang sedikit, selalunya doktor akan memberi peluang terlebih dahulu. Jika ia boleh baik dengan sendirinya, pesakit tidak perlu membuat sebarang prosedur

Jika kebas tersebut menyebabkan kaki menjadi lemah dan pesakit tidak mampu mengawal buang air kencing dan air besar, pesakit mungking akan dinasihati untuk melakukan pembedahan.

Bagi rawatan bagi penyakit yang kompleks seperti multple sclerosis dan juga penyakit salur darah periferi, ia akan diterangkan dalam post berkenaan penyakit tersebut.


]]>
Ciri-Ciri Si Dia Adalah Lelaki Metroseksual. https://redaksi.com/2415-ciri-ciri-si-dia-adalah-lelaki-metroseksual Thu, 31 May 2018 14:12:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2415 Seorang wanita pasti sukakan sesuatu yang kemas, wangi, dan teratur. Bukan itu sahaja mereka ini juga dikatakan suka bergaya dengan pelbagai fesyen yang menarik di pandangan mata mereka. Namun pada masa kini bukan hanya wanita sahaja yang sukakan akan perkara itu. Kelahiran lelaki-lelaki yang dipanggil metroseksual sejak 2014 ini telah membuka mata semua pihak di mana lelaki juga mempunyai ciri seperti seorang wanita tetapi mereka ini tidak memakai pakaian wanita. Di mana hanya minat sahaja seakan wanita tetapi masih mempunyai nafsu terhadap wanita. Lelaki seperti ini biasanya akan menghabiskan duitnya hanya untuk memiliki penampilan yang baik serta gaya pemakaian yang menarik. Mari kenali ciri-ciri lain lelaki metroseksual.


1. Wangi.

Seorang lelaki metroseksual ini biasanya seorang yang mementingkan bau badan mereka. Jadi apabila anda berhampiran atau berdekatan dengan mereka ini, pasti mereka ini akan mempunyai bau badan yang menyenangkan. Bagi mereka, bau badan adalah satu perkara yang penting yang perlu ditutup demi air muka mereka. Bukan itu sahaja, haruman yang dipilih oleh mereka juga tidak terlalu keras tetapi lebih kepada sedap bau di hidung kaum wanita.

2. Menjaga rupa.

Bukan hanya mementingkan bau badan, mereka juga mementingkan paras rupa mereka. Mereka ini lebih cerewet apabila muka mereka berhadapan dengan jerawat berbanding seorang wanita. Mereka akan menghabiskan wang mereka dengan membeli produk-produk yang berkualiti tinggi dan bukan itu sahaja, mereka juga akan melakukan rawatan muka dengan kerap apabila mempunyai masa terluang.

3. Lambat bersiap.

Apabila berdandan, mereka ini juga akan mengambil masa yang lama seperti seorang wanita. Hal ini kerana, mereka ini mementingkan ketelitian dan gaya penampilan mereka. Bukan itu sahaja, mereka ini juga akan memastikan pakaian dan gaya rambut mereka kelihatan begitu sesuai dengan tempat yang mereka akan tujui.


4. Kemas.

Jika anda berhubungan rapat dengannya, anda akan lihat dirinya atau keadaan rumahnya akan sentiasa berada dalam keadaan kemas. Hal ini kerana, mereka bukan sahaja menjaga penampilan malah turut menjaga keadaan rumah mereka agar sentiasa kemas dan sedap mata memandang.

5. Memahami wanita.

Mereka ini juga dikatakan lebih memahami wanita tetapi biasanya mereka ini lebih memilih untuk menguruskan hidup mereka secara bersendirian. Tetapi jika mereka ini mempunyai pasangan, mereka akan lebih mudah untuk memahami dan menjaga hati pasangan mereka.

Kesimpulannya, ramai lelaki yang digelar metroseksual ini telah lahir pada masa kini. Dan jika anda berjaya memiliki salah seorang daripada mereka anda sangat beruntung. Hal ini kerana, perkongsian tanggungjawab menjadi lebih mudah serta persamaan pendapat akan kerap berlaku.

]]>
Mana Yang Lebih Baik Simpan Dalam Bentuk Barang Kemas Ke Atau Jongkong Emas (Goldbar)? https://redaksi.com/5990-mana-yang-lebih-baik-simpan-dalam-bentuk-barang-kemas-ke-atau-jongkong-emas-goldbar Tue, 07 May 2019 10:05:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5990 Kaum wanita sering dikaitkan dengan emas, namun tertumpu kepada barang kemas atau perhiasan. Siapa yang paling banyak memiliki emas, adalah mereka yang beruntung dan diibarat sebagai orang kaya-kaya. Jadi, berlumba-lumba lah mereka untuk memliki gelang emas sehingga ke siku.

Image result for barang kemas

Akan tetapi ia bertujuan untuk perhiasan semata-mata kerana mahu menunjuk pada jiran sebelah, namun sebenarnya kurang mengetahui bahawa menyimpan jongkong emas lebih menguntungkan seperti perkongsian dari Puan Marlia Ramli ini…

********

Jika bagi tujuan nak pakai emas, silakan sahaja. Apa salahnya nak melawa pakai emas supaya nampak awet muda.

Namun...

Emas perhiasan (barang kemas atau emas pakai) bukanlah idea yang baik untuk tujuan simpanan atau pelaburan jangka panjang jika dibandingkan dengan gold bar dan dinar emas kerana :

  • Dari segi harga, emas perhiasan adalah lebih mahal hingga 20% kerana kos pembuatannya.
  • Selain itu bagi setiap gram, dinar dan gold bar adalah lebih murah RM10 hingga RM15 (jika Public Gold) berbanding harga emas di pasaran.
  • Spread atau susut nilai emas perhiasan lebih tinggi dan menyebabkan kerugian kepada pemilik kerana mencecah hingga 25% malah hingga 30%.
  • Sebagai pelabur rojak, akak melihat kerugian menyimpan emas perhiasan adalah berganda-ganda berbanding emas dinar dan gold bar.

Image result for jongkong emas
Kredit: JutawanEmas

Antara Kerugian Lain Menyimpan Emas Perhiasan :

Kerugian pertama: rugi sebab susut nilai a.k.a spread yang tinggi adakalanya mencecah hingga 25%

Kerugian kedua: rugi dari segi berat gram berkurangan bila ditukar kepada emas pakai (emas perhiasan) lain.

Kerugian ketiga: rugi dari segi pembeli perlu tambah wang bila emas perhiasan ditukar dengan emas perhiasan lain

Kerugian keempat: long term pun ambil masa dan tak tau bila boleh cover jumlah tu.

Kerugian kelima: rugi bayar harga emas dan kos upah. emas perhiasan ada kos upah sekitar 8%-10% berbanding dinar atau gold bar yang harganya adalah berdasarkan beratnya.

nota tambahan : elakkan membeli emas putih kerana spread (susut nilai) emas putih boleh mencecah hingga melebihi 50%.

Simpanlah emas berketulenan tinggi 999 tanpa campuran logam dan spread yang rendah. Yang takut scam tu, kajilah dulu mengenai Public Gold ya... Dengan ilmu kita akan tahu pentingnya memiliki emas sebagai insuran kekayaan. (baca : takaful)

Salam sayang

********

Semoga Bermanfaat!

]]>
Teman Lelaki Tidak Cemburu, Itu Bukan Tandanya Dia Tidak Sayang. https://redaksi.com/3637-teman-lelaki-tidak-cemburu-itu-bukan-tandanya-dia-tidak-sayang Wed, 26 Sep 2018 15:21:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3637 Rata-rata menyatakan bahawa rasa cemburu itu adalah salah satu tanda dirinya sayang akan seseorang dan ada juga yang menyatakan bahawa setiap hubungan perlu adanya perasaan cemburu baru lah hubungan tersebut lebih bahagia. Tetapi ada sahaja pasangan diantara kalian bukan seorang yang kaki cemburu bukan? Adakah itu tandanya dirinya tidak menyayangi anda? Jika anda mempunyai masalah ini, pasti anda sedang dalam dilemma, tentang perasaan sayangnya terhadap anda bukan? Banyak sebab mengapa teman lelaki anda itu tidak mudah cemburu. Jom ketahuinya.


1. Dirinya tidak mahu timbulkan masalah.

Sekiranya sikap cemburu ini sentiasa timbul dalam perhubungan diantara satu sama lain, pasti ia akan menimbulkan pelbagai masalah. Hal ini menyebabkan ramai lelaki mengelakkan diri daripada mempunyai sifat rasa cemburu. Ia juga disebabkan tidak mahu menimbulkan suasana yang tegang serta membuat anda marah. Sebab itu mereka lebih memilih untuk bertanya berbanding terus menerus rasa cemburu.

2. Tiada ada perkara yang mencurigakan.

Walaupun ada merasakan perkara seperti berjalan dengan lelaki lain itu adalah satu hal yang patut dicemburui, tetapi ia tidak bagi seorang lelaki. Selagi tiada perkara yang mendatangkan rasa curiga dari pandangan matanya, ia bukan satu masalah baginya. Ini kerana, mereka tahu bahawa anda juga layak berkawan dengan sesiapa sahaja yang anda mahukan.


3. Fikirkan perhubungan yang dibina.

Perasaan cemburu ini mampu merosakkan satu perhubungan, tidak kira lah hubungan cinta, keluarga mahupun rakan-rakan. Ini adalah sebab mengapa orang lelaki ini kurang rasa cemburu terhadap dalam diri mereka. Mereka ini lebih memilih untuk melihat perhubungan mereka itu terus berkembang berbanding hidup dalam hubungan yang tegang.

4. Dia mempercayai anda.

Jika pasangan anda mempercayai anda, ia adalah satu perkara yang mengembirakannya. Bukannya satu perkara yang perlu dibimbangkan dan dipergaduhkan. Anda patut bersyukur jika miliki pasangan seperti ini, berbanding berjumpa dengan pasangan yang cemburu buta. Jika si dia sudah mempercayai anda, adakah itu masih tidak cukup untuk membuktikan bahawa dirinya tidak mencintai anda?

Jangan nilaikan rasa cemburu itu tanda rasa sayang seseorang terhadap anda. Ia adalah satu perkara yang sepatutnya dijauhi bukan didekati dan disukai. Jangan terlalu mudah untuk simpulkan bahawa dirinya tidak menyayangi anda apabila tiada rasa cemburu.


]]>
8 Perkara Penting Isteri Wajib Tahu Tentang Suami. https://redaksi.com/1236-8-perkara-penting-isteri-wajib-tahu-tentang-suami Sun, 17 Sep 2017 12:33:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1236 Alam percintaan memang cukup indah untuk dilalui. Segalanya sempurna kerana adanya insan yang sudi berkongsi segala masalah yang dihadapi. Sebelum mendirikan rumah tangga, pastinya segala hati budi, sikap sama ada luar dan dalam perlu dikenali dengan lebih mendalam agar hubungan yang dibina tidak berlandaskan kepura-puraan semata-mata. Begitu juga setelah berumah tangga, kenalilah hati budi, dan segala-galanya tentang pasangan anda. Tip berikut pastinya berguna untuk wanita yang akan mengenali, sudah mengenali, dan masih mengenali hati insan yang bernama lelaki atau suami.



1. Agama.

Sebenarnya, perihal agama inilah sepatutnya perlu dilihat terlebih dahulu sebelum berumah tangga. Ini kerana, suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumah tangganya. Jika terdapat salah dan silap yang dilakukan oleh isteri, suami wajar menegur bagi mengelakkan perkara-perkara yang boleh melanggar syariat agama.

2. Harta.

Tatkala berbicara tentang harta, bukanlah bermakna sebagai wanita, anda perlu memandang harta sebagai perkara utama dalam sesebuah perhubungan. Namun sebenarnya, suami perlu bertanggungjawab ke atas kewangan isterinya atau disebut sebagai nafkah. Tidak ada manfaat atau faedah jika memiliki suami yang kaya namun kedekut, suami yang berharta namun tidak pula memberi nafkah, dan suami yang masih lagi meminta duit isteri walhal si suami sudah pun berkerjaya. Akan tetapi, suami yang sedar akan tanggungjawabnya adalah suami yang memberi nafkah kepada isteri pada kadar yang termampu.



3. Akhlaknya.

Dalam hal ini, cara penampilan, kekemasan pakaian, cara percakapan, jujur akhlaknya, bersikap rendah diri, dan juga tegas dalam sesuatu perkara adalah antara akhlak mulia yang perlu diperhatikan. Janganlah sekadar memandang sikap yang ditunjukkan pada anda. Namun, lihatlah juga akhlaknya pada orang lain termasuklah ahli keluarga, rakan-rakan, dan juga ahli masyarakat yang lain.

4. Kusangka bujang, rupanya suami orang!

Hal ini pasti menggerunkan sesetengah wanita di luar sana. Lagaknya, tutur katanya, semuanya tidak menggambarkan apa-apa petunjuk yang memungkinkan si dia ini suami orang. Jadi, bagaimana untuk mengenal pasti bahawa si dia ini sudah berkahwin? Jika anda pernah menaiki kereta kepunyaan teman lelaki, pasti terasa pelik jika terdapat kasut perempuan atau alat permainan yang sememangnya bukan milik kita, bukan? Tanya dan selidiklah perkara ini jika anda pernah melaluinya walaupun si dia sudah menyatakan hal sebenar. Bukan untuk mengongkong segala tindak tanduknya, namun pasti hati terasa puas tatkala kita sudah mengetahui perkara yang sebenarnya. Lagi buruk padahnya jika kita mengetahui sesuatu perkara daripada mulut orang lain.



5. Bebas penyakit.

Penyakit yang dimaksudkan di sini ialah penyakit yang boleh disebarkan sama ada melalui sentuhan mahupun hubungan seks. Ini sangat penting kerana apabila anda sudah berkahwin nanti, pastinya anda dan suami akan melakukan hubungan kelamin. Antara penyakit yang boleh disebarkan melalui hubungan seks ialah AIDS, HIV, Thalassemia, ataupun penyakit kelamin. Kesemua ini perlu diambil kira agar tidak berjangkit setelah anda melakukan hubungan intim. Oleh sebab itulah pemeriksaan sebelum berkahwin sangat penting untuk anda jalani. Berilah sokongan kepada bakal suami atau suami jika terdapat apa-apa penyakit yang dihidapi.

6. Malas vs rajin.

Hal ini perlu dipandang berat. Memang benar, semasa bercinta tidak semua perkara sama ada yang baik mahupun yang buruk ditonjolkan oleh pasangan. Lantas, selepas berumah tanggalah kesemua sikap dapat dilihat termasuklah sikap malas ataupun rajin. Pastinya, kita sebagai isteri tidak akan 'menang tangan' jika si suami tidak pandai menolong dalam menguruskan hal rumah tangga. Oleh yang demikian, amat penting untuk saling membantu antara satu sama lain semasa menguruskan kerja rumah, lebih-lebih lagi jika sudah mempunyai cahaya mata.



7. Hobi.

Apakah hobi bakal suami anda? Jika anda masih lagi belum mengetahuinya, ketahuilah serba sedikit tentangnya. Mungkin hobi anda dan juga suami adalah sama. Jadi, bolehlah anda berdua melakukan hobi itu bersama-sama pada masa terluang. Contohnya, jika anda dan suami sangat gemar memancing, apa kata setiap hujung minggu anda dan juga suami pergi memancing sama ada di sungai ataupun air terjun. Pastinya hujung minggu yang terluang itu diisi dengan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan anda berdua.

8. Pekerjaan.

Pekerjaan merupakan salah satu aspek yang sangat penting. Tidak kira apa jua jenis pekerjaan, namun datang daripada sumber yang halal, pastinya memberikan kebahagiaan bukan sahaja pada anda, malah pada keluarga yang bakal dibina. Pastikan pekerjaan yang dimiliki suami adalah daripada sumber yang halal dan tetap kerana setelah berkahwin, suamilah yang akan menampung segala perbelanjaan keluarga.

]]>
Jangan Takut Memiliki Teman Wanita Yang Garang, Kerana Itulah Kekuatan Mereka Untuk Meneruskan Hubungan. https://redaksi.com/3738-jangan-takut-memiliki-teman-wanita-yang-garang-kerana-itulah-kekuatan-mereka-untuk-meneruskan-hubungan Thu, 04 Oct 2018 14:58:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3738 Majoriti lelaki pasti akan menjauhkan diri dari wanita yang garang dan tegas kerana bagi pandangan mereka wanita sebegini agak berlagak dan sombong. Lelaki juga tidak suka dengan sikap wanita sebegini kerana ia seolah-olah menunjukkan wanita tersebut lebih dominan daripada lelaki. Pendapat mereka sendiri mengatakan lelaki yang sepatutnya lebih garang daripada wanita.

Namun sedemikian, wanita yang garang seringkali dikaitkan dengan pekerjaan sebagai Guru hanya kerana sikapnya yang tegas dan mampu mendidik. Jadi, apakah kebanyakan lelaki menjauhkan diri daripada wanita yang mempunyai pekerjaan sebagai PENDIDIK? Jika lihat secara realiti, wanita dengan pekerjaan sebeginilah yang sering dicari sebagai jodoh.

Mempunyai pekerjaan yang stabil sebagai pendidik, malah mampu pula mendidik anak-anak murid dengan tahap kesabaran yang tinggi. Dengan pandangan sebegini, lelaki tidak sepatutnya takut atau menjauhkan diri daripada wanita yang menjawat jawatan ini. Kerana mereka bakal mendidik anak-anak kelak dengan ketabahan diri yang tiada tandingan.

Selain daripada itu, wanita yang garang ini juga sebenarnya…

LEBIH BERDIKARI DAN TAHU HALA TUJUAN HIDUPNYA.

Wanita garang kelihatan lebih dominan kerana itulah keupayaan dirinya untuk hidup berdikari. Jika tidak berkelakuan sebegitu, bagaimana mereka mahu hidup pada zaman sekarang yang penuh dengan pelbagai agenda tersembunyi? Musuh dalam selimut ada dimana-mana sahaja, jadi mereka perlu untuk berdiri di atas kakinya sendiri untuk meneruskan kehidupan.

HIDUP TANPA PERGANTUNGAN DARI PIHAK KETIGA.

Apabila menjadi wanita yang berdikari sudah tentu mereka tahu hala tuju hidupnya. Tanpa pergantungan siapa-siapa termasuk ahli keluarga, membuat keputusan dengan sendiri adalah kekuatannya untuk hidup. Apabila telah berumah tangga, sudah tentu dia akan menjadi seorang isteri yang tahu membuat perancangan untuk jangka masa yang lama.

BIJAK MERANCANG MASA DEPAN.

Ini kerana ada sahaja sebahagian daripada wanita, terlalu bergantung harap daripada ahli keluarganya sendiri walaupun sudah berkahwin. Oleh kerana itu, berlakunya perceraian walaupun baru sahaja berumah tangga. Apabila tiada perancangan yang stabil, lelaki akan cepat bosan dan mula merasakan isterinya tidak boleh membantu.

Menjadi seorang lelaki yang bergelar suami kelak adalah tanggung jawab yang besar untuk memimpin seorang isteri. Apabila isterinya tidak memainkan peranan sebagai seorang assistant terhadap dirinya, jadi bagaimana si suami mahu meneruskan perhubungan kelak? Lelaki juga memerlukan pertolongan. Mustahil pula si suami mahu meminta pertolongan dari ibunya sendiri walaupun telah berkahwin.

Oleh kerana itu situasi begini menjurus seorang suami berlaku curang. Apabila dua-dua melakukan kesalahan dan tiada inisiatif untuk membetulkan apa yang salah dan apa yang kurang, itulah puncanya perceraian.

Namun, banyak sahaja sebab-sebab yang kukuh terjadinya perceraian, bukan hanya disebabkan isteri yang tidak garang. Garang bukan bermaksud mengongkong kehidupan pasangan, tetapi tahu apa itu KEMAHUAN dan KEPERLUAN dalam hidup untuk meneruskan kehidupan bersama pasangan tercinta.

 

]]>
"Yusof Dah Tidur Di Katil Sendiri Dan Tak Meleset Dekat Mommy Daddy" Hanis Zalikha Kongsi Cara Asingkan Tempat Tidur Anak. https://redaksi.com/4950-yusof-dah-tidur-di-katil-sendiri-dan-tak-meleset-dekat-mommy-daddy-hanis-zalikha-kongsi-cara-asingkan-tempat-tidur-anak Tue, 22 Jan 2019 09:22:37 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4950 Sudah menjadi kebiasaan mana-mana ibu bapa akan membiarkan anak mereka tidur bersama-sama mereka ketika anak-anak masih kecil, bahkan berhadapan untuk mengasingkan anak untuk tidur bersendirian juga adalah masalah yang biasa berlaku.

Ramai yang tahu bahawa agak sukar untuk mengasingkan anak-anak untuk tidur dikatilnya sendiri bahkan ibu bapa perlu menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai untuk mendidik anak bagi menerima perkara tersebut. Lebih-lebih lagi jika anak semakin besar, pasti tidak elok jika mereka masih tidur bersama ibu bapa.


Begitu juga dengan pasangan suami isteri, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini, baru-baru ini mereka sedang cuba memberi latihan kepada anak mereka Yusof Iskandar supaya tidur di katilnya sendiri.

Menurut Hanis di laman Instagram miliknya, semuanya bermula apabila dirinya mengalami sakit belakang hingga nak jejak kaki ke lantai perlukan bantuan suaminya. Hanis juga turut memuji sikap Yusof yang tidak membantah apabila di minta untuk berbuat demikian.


                      

“Yusuf dah betul-betul tidur dekat katil dia and tak meleset dekat Mommy Daddy dah. Semuanya terjadi apabila, ingat tak lower back pain Keknis alami hari tu, yang suspected sciatica tu? Ya Allah sakit dia sampai nak jejak kaki ke lantai pun nangis-nangis mintak tolong suami. Tapi lepas dapat banyak cadangan, bila jumpa doctor dia recommended buat physio.

Di samping tu kita cari alternatif lain dan look into chiropractor. Chiropractor ni yang lipat lipat badan kita pastu crack crack kan tulang tu lol. Memang macam scary tapi lagi scary kalau sepanjang pregnancy takleh jalan jadi ku gagahi jua. Tak semua chiropractor buat untuk wanita mengandung jadi kena call and ask.

Jelas Hanis, pada awalnya Yusof sedikit merajuk apabila diterangkan oleh Hairul bahawa dirinya tidak boleh tidur berdekatan mommynya, dirinya tidak membantah, sebaliknya hanya mendiamkan diri.

                   

So back to Yusuf, waktu Mommy sakit sangat tu, Daddy explain dekat dia dengan nada yang sangat sangat tegas, “Yusuf Mommy is in pain. You cannot touch her. You cannot sleep close to her ok?”. Dia macam termerajuk tapi dia tak berani nak ekk atau nak ukk bila Daddy dia yang cakap.

Mulai dari hari tu terus bila dia nak tidur sekatil je Mommy akan cakap “Yusuf, Mommy is in pain”. Dia pun terus baring diam diam kat katil dia. Sambil ditemani Bujibu. Setiap malam. Pastu Mommy pun dah baik padahal buat satu sesi je, baguslah chiropractor, bila buat tak seram and complicated pun sebenarnya.

“Dan yang penting sleeping arrangement dah setel untuk menanti kelahiran baby. Walaupun bila bangun nampak lah Yusuf cuba nasib melepasi border tu I love you my son, you’re gonna be a big brother soon.”

]]>
5 Situasi Lelaki Sering Mengelirukan Wanita, Dan Memberi Mereka Harapan. https://redaksi.com/2003-5-situasi-lelaki-sering-mengelirukan-wanita-dan-memberi-mereka-harapan Tue, 17 Apr 2018 11:32:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2003 Wanita yang mudah berasa keliru, atau lelaki yang mudah memberi wanita harapan? Jom baca 5 situasi ini yang sering mengelirukan wanita, dan mereka merasakan lelaki sentiasa memberi mereka harapan.


Situasi 1: Lelaki yang jarang meluangkan masa dengan anda dan hanya akan muncul apabila memerlukan sesuatu.

Fikiran wanita: “Mungkin dia sibuk dan hanya akan berjumpa bila dia ada masa lapang nanti”

Maksud tersirat: Lelaki ini gemar mengambil kesempatan terhadap kebaikan dan kepercayaan yang wanita telah berikan kepadanya.

Akhirnya, dia akan pergi sesuka hati bila-bila masa apabila dia sudah menemui pengganti baru yang jauh lebih sempurna daripada anda. Malah boleh memberikan segala yang tidak boleh diberikan oleh anda kepadanya.


Situasi 2: Lelaki yang inginkan hubungan ‘Istimewa’ tetapi bukan cinta, atau boleh dikatakan dengan tepat ‘lelaki gatal’.

Fikiran wanita: “Mungkin dia masih belum boleh bersedia untuk komitmen”

Maksud tersirat: Lelaki ini tahu bahawa anda mencintai dirinya dengan sepenuh hati, tetapi si dia cuma mahu berseronok dan tidak serius. Akhirnya, si dia akan berasa bosan dan mencari wanita lain dan tidak memerlukan anda lagi.

Situasi 3: Lelaki yang gemar berlumba dengan lelaki lain yang menyukai anda, semata-mata mahu menjadi hero.

Fikiran wanita: “Dia mungkin seorang yang cemburu dan mahu merubah dirinya untuk jadi yang terbaik di mata saya”

atau “Dia mahu mengambil hati kerana dia benar sukakan saya atau takut kehilangan saya”

Maksud tersirat: Lelaki ini sebenarnya gemarkan persaingan kerana baginya, hubungan yang tidak ada persaingan adalah suatu perhubungan yang bosan bagi mereka.


Situasi 4: Lelaki yang tidak pernah berusaha untuk bertemu, setelah berkenalan di sosial media.

Fikiran wanita: “Mungkin dia adalah seorang lelaki yang sopan dan terlalu takut untuk berhadapan dengan perempuan”

Maksud tersirat: Lelaki ini tidak mahu berjumpa dengan anda kerana langsung tidak tertarik dengan anda secara fizikal. Anda mungkin cuma tempatnya untuk melepaskan rasa bosan dan kesunyian.

Situasi 5: Lelaki yang tidak pernah memperkenalkan anda kepada keluarga & teman-temannya.

Fikiran wanita: “Mungkin dia tidak mahu memalukan saya atau mungkin juga dia risau yang saya tidak boleh menerima cara keluarga dan sahabatnya”

Maksud tersirat: Anda bukanlah insan yang terpenting dalam hidupnya seperti disangkakan. Dia juga masih belum nampak arah tuju dirinya bersama anda untuk jangka masa yang panjang.


 

]]>
Ikuti Adab-Adab Ini Untuk Tidak Tersalah Langkah Mencintai Suami/Isteri Orang. https://redaksi.com/2465-ikuti-adab-adab-ini-untuk-tidak-tersalah-langkah-mencintai-suamiisteri-orang Thu, 07 Jun 2018 11:16:31 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2465 Dengan kebebasan yang kita miliki, sudah tentu kita ingin lakukan apa sahaja yang kita mahu. Apa yang kita betul-betul mahu, atau hanya menurut nafsu? Termasuk juga hubungan kita sesama manusia di sekeliling, jika betul niatnya, tidak la terjerumus ke hubungan yang sia-sia.

Hubungan yang sia-sia seperti mencintai suami atau isteri orang, adakah ia berbaloi untuk masa hadapan? Jadi, apabila sudah tahu si dia adalah kepunyaan orang lain, sudah tentu kita patut menjauhkan diri seperti dengan adab-adab berikut..


Adab 1: Jaga lenggok bahasa.

Tidak perlu menggunakan ayat-ayat manja seperti anda bercakap dengan bakal suami atau isteri sendiri.

Adab 2: Jaga penggunaan emoticon.

Jangan menggunakan emoji yang mengundang ke arah untuk mengorat, khuatir perasaan suka atau cinta akan hadir. Apa perasaan anda jika wanita atau lelaki lain guna emoticon ini pada suami atau isteri anda?

Adab 3: Usah berlebih-lebih.

Tidak perlu mengambil tahu tentang rumah tangga, bawah kelambu, dan hal anak. Sehingga berani memanggil dengan panggilan manja seperti ‘sayang’, ‘hubby’, ‘mama’, ‘papa’…


Adab 4: Jika nak bergambar, jaga jarak.

Mengambil gambar dengan kepunyaan seseorang sangat sensitif dan jaga lah jarak kalian berdua. Jika mahu gambar berdua jangan pula sampai bahu bertemu bahu, dada rapat ke dada. Seeloknya ambil gambar secara berkumpulan, tidak lah timbul fitnah nanti.

Adab 5: JANGAN sesekali berani mengusik atau menyentuh secara fizikal.

Apabila sudah terlalu rapat, secara spontan tangan atau mana-mana anggota badan kita secara automatik mahu menyentuh atau mengusik si dia. Malah mahu menepuk, menampar bahu. Sila lah kawal sikap sendiri, malu pula orang lain yang lihat. Sedar lah bahawa si dia itu kepunyaan orang.


Banyak cara lagi yang boleh bergurau, pilihlah yang lebih bertempat. Jangan la selalu dengan alasan dan menganggap si dia itu hanya lah adik, abang, kakak dan sebagainya.

JAGA ADAB, JAGA KELAKUAN, JAGA BATASAN.

Perkara sebegini telah banyak berlaku dalam masyarakat dunia tanpa sempadan sekarang. Malah, jika tidak dijaga pasangan dengan betul, khuatir akan berlaku curang pada masa akan datang. Kebanyakan daripada menghabiskan masa yang lama di pejabat, kerana itu cinta terlarang mudah berputik.


 

]]>
5 Cara Seorang Lelaki Tunjukkan Rasa Sayang Mereka Kepada Anda. https://redaksi.com/2856-5-cara-seorang-lelaki-tunjukkan-rasa-sayang-mereka-kepada-anda Mon, 16 Jul 2018 15:50:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2856 Hampir semua wanita ingin tahu bagaimana seorang lelaki menunjukkan rasa sayang mereka terhadap pasangan mereka. Hal ini kerana, lelaki ini sukar untuk mengaku bahawa diri mereka sayang akan pasangan mereka. Mereka mungkin tunjukkan melalui perbuatan, tetapi perbuatan yang bagaimana? Wanita tidak tahu dan tidak memahami adakah setiap tindakan lelaki itu menunjukkan seorang lelaki menyayangi dirinya atau tidak.


1. Buat anda ketawa.

Perkara yang paling mudah untuk dilihat ialah, mereka ini akan mengusik anda serta membuat anda rasa gembira. Hal ini kerana, mereka suka melihat dan mendengar gelak tawa anda. Maka dengan itu, mereka terus menerus akan mengusik dan membuat anda tersenyum.

2. Sentiasa ada untuk anda.

Kebiasaannya wanita tidak perasaan bahawa pasangannya sentiasa ada di sisinya. Sedangkan pasangannya itu membalas whatsappnya dengan pantas dan sentiasa ada ketika pasangan memerlukan bantuan.

3. Lembut hati.

Lelaki juga menunjukkan rasa sayang mereka melalui tindakan yang lembut ke atas anda. Sebagai contoh, mereka tidak mengongkong anda, memaksa anda melakukan perkara yang anda tidak suka dan membuat anda sedih. Mereka juga sentiasa berlembut dengan anda.


4. Manja.

Tingkah laku mereka juga mula berubah ketika bersama anda. Pada mulanya anda mengenalinya sebagai seorang yang tegas, namun setelah bercinta dia begitu manja. Bukan hanya manja, dia juga seperti kebudak-budakan yang ingin perhatian anda.

5. Mula membebel.

Siapa kata lelaki tidak membebel. Lelaki hanya akan membebel kepada seseorang yang mereka sayangi. Hal ini kerana, mereka terlalu mengambil berat terhadap tingkah laku pasangannya. Tetapi setiap bebelan itu bukan kosong, ia penuh dengan nasihat untuk pasangannya.

Mungkin anda tidak akan Nampak bagaimana mereka tunjukkan rasa sayang mereka. Tetapi ketahuilah bahawa mereka akan lakukan lima perkara ini apabila mereka benar-benar sayang akan anda.

]]>
Rawatan Muka Bukan Hanya Untuk Wanita Sahaja, Penting Juga Buat Lelaki. https://redaksi.com/4975-rawatan-muka-bukan-hanya-untuk-wanita-sahaja-penting-juga-buat-lelaki Wed, 23 Jan 2019 11:05:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4975 Selalunya kita lihat wanita akan lebih mudah untuk melakukan penjagaan dan rawatan muka berbanding orang lelaki ini. Tapi jika orang lelaki yang melakukan perkara sebegini, ia pasti kelihatan janggal dan jarang sekali kita melihat lelaki melakukan rawatan sebegini.

Jadi mengapa rawatan muka bukanlah sesuatu yang menjadi pilihan untuk individu lelaki? Adakah kerana merasakan rawatan muka sesuatu yang bersifat kewanitaan?



Artikel ini akan berkongsi mengenai manfaat membuat rawatan muka untuk lelaki. Siapa tahu, anda sebagai kaum lelaki akan berminat untuk mendapatkan rawatan muka selepas ini.


Apa itu rawatan muka?


Merupakan satu prosedur yang menggabungkan pelbagai kaedah rawatan kulit untuk menjaga kulit muka anda. Proses seperti pembersihan muka, pengelupasan, penyuburan kulit dapat memberikan kulit lebih sihat, terhidrat dengan baik dan membantu kulit menjadi lebih muda.

                         


Mengapa rawatan muka penting untuk lelaki?


Individu lelaki mungkin merasakan mendapatkan rawatan muka adalah sesuatu proses yang cerewet untuk dilakukan. Tetapi tahukah anda bahawa mendapatkan rawatan muka adalah penting seperti penjagaan kereta anda?

Sinaran UV matahari dan rutin mencukur boleh menyebabkan kerosakan kulit yang tidak dapat diperbaiki dengan air dan sabun yang anda gunakan setiap hari. Hakikatnya lelaki lebih memerlukan rawatan muka akibat terdedah kepada matahari, liang pori yang lebih besar, dan kulit yang lebih kasar.


Apakah manfaatnya?



                       

1. Cukuran lebih licin.

Cukuran dari pisau cukur yang melalui kulit muka yang sensitif boleh menyebabkan kerengsaan, keradangan, kulit rasa terbakar dan ia akan menjadi lebih teruk jika ia terkena jerawat.

Rawatan muka akan dapat membantu membersihkan jerawat, di samping menjadikan kulit lebih lembut dan halus.

Gabungan kaedah yang sering digunakan oleh profesional ketika sesi rawatan muka seperti minyak pati, pengelupasan, pelembap dan topeng muka menjadikan kulit lebih licin dan ia membantu menjadikan proses cukuran akan kurang menyakitkan serta memberikan hasil yang lebih baik.


2. Pengelupasan.

Ia membantu menyingkirkan kulit-kulit mati untuk memberikan kulit yang lebih sihat dan lebih muda. Ketika proses ini membuang sel kulit mati ini dengan menggunakan scrub, ia membolehkan liang pori yang tersumbat dengan kekotoran untuk dibersihkan

3. Lebih banyak minyak.

Lelaki mempunyai tahap testosteron lebih tinggi berbanding wanita, ini membuatkan lelaki menghasilkan lebih banyak minyak. Jika tidak dibersihkan dengan betul, akan membuatkan minyak menyumbat liang dan menyebabkan timbulnya bintik hitam yang mengakibatkan jerawat.

Pakar rawatan muka akan melakukan proses pengesktrakan semasa merawat muka, ia membantu menyingkirkan minyak dan kotoran yang menyumbat liang-liang pori.

Walaupun lelaku menghasilkan minyak lebih banyak, ini tidak bermakna semua lelaki mempunyai kulit yang berminyak. Jadi setiap rawatan akan dilakukan mengikut keperluan kulit anda.

                     

4. Manjakan diri sendiri.

Tidak ada salahnya untuk sesekali anda memanjakan diri anda dengan mendapatkan rawatan muka. Dari pad mata sehingga urutan santai di bahu, leher dan kepala, ia menjadikan rawatan muka sesuatu yang menyenangkan.

Tidak kira rawatan apa yang anda pilih, rawatan muka pasti dapat memberikan anda rasa kesegaran dan ketenangan yang tidak diperolehi di tempat lain.

Jika anda mempunyai masa dan kewangan yang mengizinkan, ia adalah berbaloi untuk mendapatkan rawatan muka. Ia merupakan sesuatu perkara yang tidak akan anda perolehi dari rutin harian anda.

Seorang pakar penjagaan kulit profesional dapat membantu menilai keperluan khusus kulit dan menyesuaikannya dengan kaedah penjagaan kulit peribadi untuk menjadikan kulit anda lebih sihat.


]]>
Pejabat agama sesak sebelum PKP, ramai pasangan panic nikah https://redaksi.com/9387-pejabat-agama-sesak-sebelum-pkp-ramai-pasangan-panic-nikah Thu, 14 Jan 2021 09:42:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9387 Susulan pihak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula semalam yang melibatkan enam buah negeri, tentunya mencetuskan kebimbangan bakal pengantin.

Bimbang PKP berlanjutan

Lebih-lebih lagi mereka yang telah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat, malah ada juga yang bimbang sekiranya PKP ini berlanjutan dan tidak hanya 2 minggu.


Berikutan itu, rata-rata pasangan pengantin telah mengambil keputusan pantas dengan mempercepatkan pernikahan mereka sebelum bermulanya PKP.



Pejabat agama penuh sesak

Menerusi perkongsian seorang jurugambar melalui laman Facebook, Ricol Kal El berkongsi situasi di Pejabat Agama Sabah yang penuh sesak dengan pasangan pengantin.


Ricol turut memuat naik beberapa keping gambar bagi memaparkan keadaan sebenar di pejabat agama tersebut.



Semua ini tercetus apabila Selasa lalu merupakan hari terakhir untuk pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga berikutan sepanjang tempoh PKP segala aktiviti sosial tidak dibenarkan sama sekali.

Bimbang sampai bila PKP akan berlanjutan, masing-masing membuat keputusan mempercepatkan pernikahan mereka.



Sementara menunggu giliran

Berdasarkan gambar yang dikongsi, menunjukkan di hadapan pejabat agama berkenaan dipenuhi dengan kehadiran bakal pengantin berserta keluarga masing-masing yang menunggu giliran mereka.



Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata mendoakan pasangan pengantin tersebut malah ada juga yang menyatakan bahawa mereka turut ada di sana pada malam itu.




 

]]>
5 Sebab Lelaki Takut Kahwin Dengan Wanita Cantik. https://redaksi.com/1209-5-sebab-lelaki-takut-kahwin-dengan-wanita-cantik Tue, 12 Sep 2017 14:49:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1209 Kajian yang dilakukan oleh Anthony Little dari Universiti Stirling dan Benedict Jones dari Universiti Glasgow mendapati, lelaki lebih melihat pada sifat seorang wanita dari rupa paras mereka. Kebanyakan lelaki melihat wanita cantik tidak mempunyai personaliti yang bagus dan disebabkan itu mereka hanya dijadikan sebagai kekasih tapi bukan sebagai isteri.

Kami senaraikan 5 sebab kenapa lelaki ni hanya berani bercinta dengan wanita cantik tetapi tidak untuk mengahwini mereka!



1. Kebanyakan lelaki takut pada wanita cantik.

Bila bersama dengan wanita cantik, banyak risikonya. Ramai lelaki akan rasa cemburu dan akan bergaduh dengan lelaki lain. Jadi, kebanyakan lelaki hanya berani gunakan wanita cantik sahaja.

2. Wanita cantik hanya pentingkan rupa paras mereka sahaja.

Kebanyakan kes, hubungan perkahwinan wanita cantik tidak kekal lama. Wanita cantik akan rasa diri mereka lemah jika ada kekurangan pada diri mereka.



3. Wanita cantik hanya dijadikan wanita simpanan atau spare tire je.

Wanita cantik kebanyakannya gagal mentyjadi isteri yang baik. Jadi, lelaki hanya menjadikan wanita cantik sebagai spare tyre je Lelaki mudah tergoda dengan wanita cantik dan sanggup buat apa saja. Disebabkan itu lelaki tidak mahu terjerat.

4. Wanita cantik ni high maintenance.

Wanita cantik pentingkan paras rupa dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ramai lelaki tak sanggup nak serahkan duit hanya untuk mencantikkan wanita je.

5. Wanita cantik takut nak lahirkan ramai anak.

Wanita cantik tidak pernah bersedia untuk melahirkan lebih daripada seorang anak kerana takut hilang bentuk badan menarik mereka.

]]>
Anak Yang Sentiasa Bermain Gajet, Sebenarnya Jiwa Mereka Kosong. https://redaksi.com/4775-anak-yang-sentiasa-bermain-gajet-sebenarnya-jiwa-mereka-kosong Fri, 04 Jan 2019 16:32:15 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4775 Pada masa kini, setiap keluarga pasti mempunyai gajet atau telefon bimbit setiap seorang. Daripada anak yang kecil sehinggalah kedua ibu bapa masing-masing memiliki telefon bimbit yang pelbagai jenama. Tergila-gilakan gajet sehingga 24 jam 7 hari sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan. Adalah menjadi tidak normal sekiranya tidak up to date berkenaan dengan teknologi canggih yang kian berkembang ini.

Namun, sebagai seorang dewasa tidak kira pada yang bujang atau bergelar ibu bapa, adakah jiwa kita sebenarnya gembira apabila menghadap telefon bimbit 24 jam 7 hari?

Ada sebahagian tertawa sendiri apabila melihat video lucu….

Segelintir tidak dapat mengawal emosi apabila ia berkenaan dengan isu yang sensitif…

Ada juga yang tertekan apabila melihat kebahagiaan yang ditunjukkan oleh rakan sebaya…

Pelbagai reaksi dan emosi dapat kita lihat…

Tetapi apakah yang kanak-kanak kecil rasakan ketika bermain dengan gajet? Ibu bapa semestinya merasakan, anak-anak mereka gembira apabila dapat menonton kartun di Youtube. Jika, komunikasi dua hala semakin berkurangan di antara orang dewasa, apatah lagi dengan anak kecil. Sejak dari kecil lagi sepatutnya ibu bapa memberi belaian dan sentuhan kepada anak-anak, supaya jiwa mereka terisi dengan kasih sayang.

Sebenarnya jiwa mereka kosong, kerana ibu bapa yang sering bermain dengan telefon bimbit. Anak-anak cepat belajar ketika mereka kecil, jadi mereka pasti merasakan apabila kedua ibu bapa asyik dengan gajet, hanya gajet yang memberi kebahagiaan, bukannya kasih sayang ibu bapa.

Sebab itu mereka asyik dan leka dengan telefon bimbit.

Jika anda sebagai ibu bapa tiada kesedaran diri, tidak menghiraukan anak-anak dan sering menggunakan gajet depan mereka, situasi ini amat sukar untuk mereka fahami. Ibarat Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Lurus.

“Eh, mama pun selalu main telefon, kenapa saya tak boleh?”

Kurangkan lah penggunaan gajet di hadapan anak-anak anda. Tunjukkan melalui teladan bahawa anda sendiri kurang menggunakan gajet, barulah mereka berasa lebih adil dan mudah menerima. Jadi, setiap ibu bapa harus membuat peraturan untuk anak-anak:

1. Tetapkan tempat untuk bermain gajet.

Seperti di ruang tamu sahaja. Jangan benarkan anak anda bawa gajet tersebut keluar dari tempat yang telah ditetapkan.

2. Jangan gunakan gajet ketika seluruh keluarga sedang berkumpul bersama.

Adalah penting untuk seluruh keluarga berkomunikasi, jadi sama sekali gajet dilarang!

3. Cas semula selepas guna.

Ajar anak anda untuk meletakkan semula gajet tersebut ke tempat asal, dan pasang semula chargernya. Berapa kali dalam pengalaman anda, apabila anda ingin menggunakannya, bateri sudah habis dan tidak dicas semula?

4. Tentukan masa yang spesifik anak-anak boleh bermain gajet.

Masa seperti waktu makan dan waktu membuat kerja sekolah adalah dilarang sama sekali. Masa sebelum waktu tidur juga turut tidak dibenarkan kerana terdapat permainan-permainan di dalam gajet yang boleh menyebabkan kanak-kanak semakin bersemangat lalu menyebabkan mereka sukar tidur.

Semoga Bermanfaat Pada Semua Ibu Bapa!

]]>
6 Dugaan Ketika Menjadi Tunangan Orang. https://redaksi.com/3751-6-dugaan-ketika-menjadi-tunangan-orang Fri, 05 Oct 2018 15:23:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3751 Sebelum menempuh alam perkahwinan, ramai sahaja pasangan yang akan menempuh alam pertunangan dahulu. Kerana kebiasaannya ada juga sebahagian daripada pasangan tidak melalui proses pertunangan, tetapi terus ke pernikahan kerana takut dengan dugaan bertunang. Sekiranya sudah lama mengenali pasangan bertahun-tahun, tidak salah untuk terus bernikah, kerana tempoh percintaan tersebut sudah cukup untuk mengenali pasangan.

Tempoh pertunangan adalah ikatan perkenalan, dan bukannya kepastian. Bertunang untuk mengetahui si dia tersebut serasi dengan kita ataupun tidak. Oleh kerana itu terdapat pelbagai dugaan yang berat kerana ketika inilah untuk mengetahui si dia yang sebenar. Jom lihat 6 dugaan ketika menjadi tunangan orang…

1. Ketika bertunanglah kita melihat orang lain lebih hebat dari tunang sendiri.

Jika kita terlalu mencari kesempurnaan pada pasangan, dan kesempurnaan tersebut tiada pada pasangan, ketika inilah terlihat orang lain lebih sempurna. Orang lain lebih hebat dari tunang sendiri. Ketika tunang ada masalah kewangan, tetapi ada pula orang lain mencucuk jarum, dan jika buta mata kerana duit sahaja, selamat tinggal. Jadi bersyukurlah nikmat pemberian Allah SWT.

2. Ketika bertunanglah terasa hubungan semakin hambar.

Entah mengapa ketika tempoh pertunangan ramai yang merasakan, hubungan dengan pasangan menjadi semakin hambar. Kemungkinan terlalu sibuk dengan hal masing-masing, sibuk untuk berjimat dan menyimpan wang untuk kenduri sehinggakan tiada masa untuk berjumpa. Tanggung jawab menjadi semakin berat kerana masing-masing sudah tahu komitmen antara satu sama lain.

Ketika bercinta memanglah nampak bahagia, kerana kedua-dua pihak seperti tidak sibuk untuk kea lam perkahwinan. Hanya mahu yang indah sahaja.

3. Ketika bertunanglah perasaan cemburu timbul sehingga curiga.

Cemburu itu biasa sahaja kerana ia tandanya sayang. Tetapi sehingga curiga, sampaikan membuat andaian yang bukan-bukan tentang pasangan. Keluar bersama rakan sekerja sahaja sudah berasa curiga, dan fikir yang negatif.

“Kenapa asyik keluar dengan (nama kawan tersebut) dah taka da kawan lain ke?”

“Eh, sebelum ni saya keluar dengan dia okay je. Awak tak cakap apa-apa pun..

4. Ketika bertunanglah ramai pula orang menggoda pasangan.

Orang kata bertunang ni darah manis. Ketika inilah tiba-tiba tunang anda cuba digoda orang lain. Bagi tunang yang setia, hal ini selalunya akan dimaklumkan. Jika tunang yang jenis suka digoda, pasti hal ini didiamkan sahaja dan dilayan. Maka boleh mendatangkan sesuatu yang buruk.

5. Tekanan daripada keluarga sangat tinggi.

Anda akan mulai rasa tertekan apabila keluarga bertanya bila mahu melangsungkan pernikahan. Padahal anda sendiri agak bimbang kerana belum betul-betul cukup dari segi kewangan, sibuk dengan kerja sehingga susah hendak menetapkan tarikh pernikahan dan juga belum selesai urusan persediaan dokumen kebenaran bernikah.

6. Ketika bertunang jugalah anda tiba-tiba menjadi ragu-ragu.

Anda ragu-ragu dengan pilihan sendiri. Adakah dia benar jodohku? Adakah benar dia pilihanku ini? Oleh kerana itu didiklah diri anda dari sekarang untuk membataskan pergaulan, kerana ketika bertunanglah anda akan merasakan adanya orang yang lebih hebat dari pasangan. Jika terlalu bebas bergaul, bersayang, rindu-merindui, puji-memuji walaupun sahabat….Hati-hati, syaitan ada dimana-mana sahaja.

 

]]>
"Belum Bertemu Jodoh Tidak Semestinya, Tidak Bahagia." https://redaksi.com/5661-belum-bertemu-jodoh-tidak-semestinya-tidak-bahagia Tue, 02 Apr 2019 08:48:28 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5661 Apabila bercakap mengenai kebahagian ini, pasti ramai menganggap punca sebuah kebahagiaan itu adalah bermula dengan sebuah perkahwinan dan membina sebuah keluarga. Bertemu dengan jodoh yang ditunggu selama ini, bahkan membina kehidupan dengan cinta hati itu adalah salah satu kebahagiaan sedangkan terdapat pelbagai kebahagiaan yang lain.

Ramai yang tidak sedar sebenarnya sebuah kebahagiaan itu bukan terletak pada jodoh atau perkahwinan sahaja, banyak perkara yang boleh menimbulkan kebahagiaan itu. Dan yang paling penting kebahagiaan itu perlu dimulakan dengan diri sendiri dahulu.



Berdasarkan pandangan seorang Pendakwah Bebas Datuk Hassan Mahmood al Hafiz dalam perkongsian dari Sinar Harian akan “Belum bertemu jodoh tidak semestinya tidak bahagia” semestinya akan membuka mata mereka-mereka yang sedang menanti jodoh untuk membahagiakan diri mereka.



Lewat atau cepat jodoh itu adalah ketentuan Tuhan. Bagaimanapun, mereka yang belum diketemukan jodoh tidak bermakna mereka tidak bahagia dan gembira. Bahagia atau tidak seseorang itu bukan bergantung kepada statusnya. Sebaliknya, ia datang daripada diri sendiri. Demikian pandangan pendakwah bebas, Datuk Hassan Mahmood al Hafiz.
Beliau berkata, soal kegembiraan seseorang bukan ditentukan oleh perkahwinan.

“Ia (perkahwinan) itu satu daripada naluri, kehendak dan kehidupan. Perkahwinan bukan perkara wajib.

“Ada orang diberi kesempatan untuk berkahwin dan ada juga sebaliknya. Contoh terdekat ialah Nabi Isa, Imam Nawawi Al-Azhar dan alim ulama yang lain. Tetapi mereka tetap hidup bahagia,” katanya.

Menurutnya, ukuran bahagia itu bukan terletak pada jodoh itu cepat atau lambat tetapi ia terletak kepada diri sendiri bagaimana untuk mengawal dan mengendalikan nafsu.

Hassan Mahmood mengingatkan mereka yang belum bertemu jodoh agar tidak bersedih dan berasa terpencil daripada pandangan masyarakat.

“Ingat, wanita yang masih bujang sebenarnya ALLAH beri peluang kepada mereka untuk cari ilmu dan buat lebih amalan.

“Ketika bujang ini, carilah ilmu dan buatlah sepenuh amal sebagai bekalan untuk akhirat nanti. Inilah hikmahnya bila ALLAH belum menemukan jodoh buat mereka.” ujarnya.

Jika kedudukan kewangan kukuh, katanya, ambil anak yatim dan bela seperti anak sendiri.

“Dengan cara itu ia dapat memghilangkan rasa sunyi dan dapat berkongsi kasih sayang dengan mereka,” jelasnya.

Katanya lagi, jika ditakdirkan jodoh tiba tatkala usia sudah bertambah, jangan sesekali tolak sebaliknya terima dengan hati yang terbuka.


 

]]>
“Keberkatan Rumah Tangga Hilang Disebabkan Para Suami Hilang Sifat Ketua…” Pesan Ustaz Ebit Lew. https://redaksi.com/3833-keberkatan-rumah-tangga-hilang-disebabkan-para-suami-hilang-sifat-ketua-pesan-ustaz-ebit-lew Fri, 12 Oct 2018 09:39:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3833 Sebak bila ramai bertanya soalan seperti ini. Siapa ketua keluarga sebenarnya?

Suami ke isteri? Pastinya suami..ArRijal.

Ketua ini sifatnya berkorban. Jika nikmat dia dahulukan pasangan dan anak-anaknya berbanding dirinya. Jika kerja berat atau bahaya dia dulu meletakkan dirinya di depan..

Tapi cuba tengok hari ini bagaimana? Ada lelaki hilang sifat Amir atau ketua seperti orang dulu..kerana itu keberkatan hilang dari rumah orang Islam. Keberkatan dalam sunnah Nabi saw...

Cuba lihat dari bangun pagi. Ramai isteri yang bangun dulu siapkan setiap ahli keluarga. Siapkan mandikan anak-anak. Siapkan buku dan pakaian sekolah anak-anak. Ada lelaki yang Subuh pun tak bangun bila dikejut isteri. Ya Allah..

Isteri siapkan semua barang anak-anak. Segala bekalan. Beg yang berat-berat. Dalam beg mak semuanya ada. Dari pampers, pen, kunci, tisu basah,cungkil gigi pun ada..beg mainan, telekung. Baju spare. Ic pasport anak-anak. Macam poket doraemon. Beg suami kecil comel jer. Lepas tu tunggu dekat kereta. Bagi masa 2 minit semua kena ada dalam kereta. Ada yang langsung tak bantu..

Bila makan di kedai. Ayah lepas order sibuk tengok hp sambil makan. Isteri suap semua anak-anak. Layan anak sana sini. Sambil makan sikit-sikit. Mak tak sempt nak menikmat makanan pun. Sampai hilang selera makan. Penat layan anak. Cuba kita baru makan , kena kacau mesti ras dah tak berapa layan makan tu..

Ya Allah Tuhanku..buat pula zaman hari ini ramai wanita bekerja ada segelintir lelaki yang tak beri nafkah buat keluarga. Hanya harapkan duit isteri..

Ya Allah ampunkanlah dosa semua ketua keluarga...dosa kami ketua keluarga..

Hari-hari ibu ambil hantar anak sekolah sana sini. Penatnya seorang ibu..

Ibu terjerit-jerit, setiap masa di rumah. Ayah sibuk tengok tv dan main telefon. Isteri terkejar-kejar kesana sini tanpa henti. Buang air besar tak sempat betul-betul. Mandi pun tak sempurna. Anak ketuk pintu bilik air. Mereka macam dalam medan perang.

Malam-malam tak cakap terima kaseh. Lupa tanya keadaan setiap ahli keluarga. Ibu pula yang pastikan keselamatan setiap ahli keluarga.

Tahniah buat lelaki dan suami yang berusaha memperbaiki diri dalam menjadikan Rasulullah saw sebagai contoh dan idola..

Nabi Muhammad SAW ialah manusia paling rajin di rumah. Paling penyayang. Ambil tahu keadaan setiap ahli keluarganya. Memberi pujian galakan. Memberi semangat. Memberi khidmat. Mendengar setiap ahli keluarga. Rumah Nabi saw hidup suasana ilmu. Suasana dakwah. Suasana solat, AlQuran dan zikir, doa-doa harian. Wujud cinta dan kasih sayang setiap saat. Lemah lembut penyayang. Rumah paling bahagia ialah rumah Rasulullah SAW.

Malangnya sifat belas, cinta...yang selalu kita sebut,sakinah,mawaddah,warahmah dah hilang. Tiada lagi perasaan itu. Bahkan telah mati hati-hati ketua keluarga. Hilang sifat keimanan. Sifat akhlak.

Keluarga maksudnya sakinah mawaddah warahmah..

Kerana itu penting bawa keluarga belajar sunnah Nabi saw. Kita tahu tapi lupa. Kerana lupa atau lalai telah membuat isteri dan anak-anak merasai derita dalam hidup mereka.Ingatlah seperti mana kita,isteri kita cuma manusia..apa yang kita perlu, mereka juga perlu...Ya Allah pilihlah setiap kami dapat perbaiki diri dan tambah ilmu dalam keluarga.


]]>
Isteri Bergaji Lebih Tinggi Dari Suami? https://redaksi.com/996-isteri-bergaji-lebih-tinggi-dari-suami Wed, 23 Aug 2017 10:27:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=996 Beberapa hari lepas, terpana saya seketika mendengar sayu ceramah di kaca tv. Ceramah yang bertajuk “Mencari pasangan hidup” itu pada awalnya saya dengar hanya dengan ekor telinga sambil-sambil menyiapkan kerja di dapur. Tapi saya sangat terpanggil apabila terdengar, satu ucapan yang disebut Ustaz tersebut. ”Carilah suami yang bergaji lebih tinggi dari kita, barulah sekufu namanya. Begitu banyak kes perceraian melibatkan hal wang ringgit berlaku di kalangan masyarakat kita masa kini. Ramai isteri-isteri yang sudah bertahun berkahwin, meminta perceraian atas sebab si suami tidak memberi nafkah yang secukupnya dan si isteri perlu menanggung sebahagian besar perbelanjaan keluarga”



Mendengar kata-kata ustaz itu, saya menjadi sedikit terasa hati dan juga marah. Kenapa? Kerana realitinya pada zaman ini sememangnya wanita lebih ramai berkelulusan tinggi dari lelaki. Dan dimanakah wanita-wanita bekerjaya dan bergaji lebih besar ini ingin mencari lelaki yang “setaraf” denganya, walhal golongan lelaki sebegini amat kecil jumlahnya. Dalam satu artikel yang di tulis di dalam sebuah akhbar tempatan, 68% dari pelajat IPTA adalah wanita, manakala hanya 32% lagi adalah lelaki. Dari fakta ini dapat kita huraikan yang di masa hadapan, lebih ramai golongan wanita akan mendapat pekerjaan bergaji tinggi berbanding lelaki kerana faktor kelulusan pendidikan itu sendiri. Jadi bagaimana, wanita-wanita ini ingin mencari (berebut?) bakal suami yang bergaji lebih besar dan sekurang-kurangnya setaraf dengannya. Berapa ramai juga lelaki yang mnceburi bidang perniagaan dan berjaya mendapat gaji lebih lumayan berbanding graduan-graduan ini di usia yang muda? Apatah lagi golongan melayu?

Saya amat khuatir sekali, sekiranya gaji dijadikan kayu ukur untuk memilih pasangan, akan berlakulah fenomena, andalusia dan bujang lapok dikalangan masyarakat melayu kita. Bukalah minda anda…Sebenarnya, jika dilihat di sekeliling kita, ramai isteri yang bergaji/berpendapatan lebih tinggi dari lelaki. Dan kebanyakan mereka juga hidup bahagia dan aman walaupun tidak begitu mewah. Kunci kejayaan untuk bahagia dalam situasi “WIFE IS THE BREAD WINNER” ini adalah SEDAR, IKHLAS dan BERTOLAK ANSUR.



SEDAR.

Bagi pasangan-pasangan tidak sama taraf “pendapatan” yang ingin berkahwin, perlulah berbincang sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Bakal si suami dan si isteri, perlu jujur dalam hal ini. Suami perlu berterus terang tentang pendapatan beliau dan bakal isteri perlu sedar, sekiranya dia berkahwin dengan lelaki tersebut, dia juga akan menyumbang sebahagian dari pendapatannya untuk keluarga. Kadang-kadang lebih dari suami. Dan nasihat saya, rancanglah perbelanjaan keluarga secara kasar, sebelum berkahwin, supaya kedua-dua pihak sedar akan kemampuan dan tanggungjawab masing-masing. Dan suami juga, apabila sudah berkahwin, perlu sedar yang sebahagian tanggungjawab menyediakan nafkah telah dibantu oleh isteri. Suami perlu banyak bersyukur kerana dikurniakan isteri yang sanggup membantu meringankan beban anda itu. Oleh itu, si suami perlu ringan tangan membantu dari segi hal rumahtangga pula. Anda bekerja, isteri anda pun bekerja. Jadi apabila dirumah, suami dan isteri perlu sama-sama juga berusaha menguruskan rumah tangga. Si isteri masak, si suami basuh pinggan. Si isteri basuh kain, si suami menyidai. Si isteri menggosok baju, si suami melipat baju. Si isteri mengemas rumah, si suami membersih bilik air. Benda-benda ringan seperti ini sebenarnya akan jadi berat sekiranya dilakukan seorang diri. Isteri mana tidak mengomel, kalau si suami, sudahlah makan minum pun tidak ditanggung sepenuhnya, kemudian jadi boss besar di rumah sambil goyang kaki. Itu tidak adil dan zalim namanya! Dan ini bukan layan suami terhadap isteri, tetapi layanan tuan kepada hambanya!



IKHLAS.

Perkara ini berlaku terhadap isteri yang pada satu tahap dia tidak lagi mahu berkorban wang ringgit untuk keluarganya. Saya pernah berjumpa seorang rakan yang tidak mahu berkongsi wang dalam urusan rumah tangga. Baginya duit dia hak dia. Suami yang perlu menanggung segalanya. Nasib baik, rakan saya ini mendapat suami yang baik. Si suami yang bergaji kecil ini, sedaya upaya membanting tulang, bekerja siang malam, mencari OT, demi untuk menampung hidup keluarga di bandar metropolitan ini. Mana kala si isteri, masih lagi dengan sikap enjoy macam anak dara, membeli belah tanpa berfikir panjang dengan duit gaji bulananya. Lebih-lebih lagi apabila sudah berkahwin, sewa rumah dan barang dapur dibiayai sepenuhnya oleh suami. Jadi bertambah mewahlah si isteri. Tapi sampai satu tahap, si suami, makin lama makin tidak bertenaga. Stress dan juga letih bekerja mencari nafkah. Akhirnya selepas dua tahun berkahwin, si suami jatuh sakit. Dan yang mengharukan, si suami tadi menangis teresak-esak mengenangkan perbelajaan bulanan tidak akan cukup kerana dia tidak berkerja OT bulan itu akibat jatuh sakit. Pada masa itu, barulah si isteri sedar akan pengorbanan si suami. Isteri mana sanggup melihat suaminya menangis kerana tekanan.. Sejak dari itu, barulah si isteri dengan ikhlas hati membantu si suami dari segi kewangan.

Pengajarannya ialah, kita perlu seikhlas hati membantu suami sekiranya diperlukan. Sanggupkah kita membiarkan suami seorang diri terbeban dengan perbelanjaan rumah yang tinggi masa kini. Memang bukan tanggungjawab kita. Tidak berdosa sedikit pun kiranya kita tidak membantu. Tetapi bayangkan betapa besarnya pahala seorang isteri yang seikhlas hati membantu suami. Dan Insyaallah, bila suami berbahagia dengan kita, syurgalah balasannya untuk kita.



BERTOLAK ANSUR.

Perkara utama ini sangat perlu dalam mana-mana hubungan. Suami isteri perlu saling bertolak ansur dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tiada manusia yang sempurna, tetapi manusia boleh berusaha untuk menjadi lebih baik. Suami yang bergaji kecil, perlu sedar isteri yang membantu anda bukan atas satu kewajipan, tetapi atas dasar kasih sayang. Jangan pula si suami terus lepas tangan dari menyara keluarga kerana isterinya bergaji besar. Sepatutnya, duit gajinya itu semua diserahkan untuk perbelanjaan keluarga. Jangan pula gaji yang sedikit itu sebahagiannya dilaburkan pada bekalan rokok, belanja pergi memancing, menukar ‘sport rim’ kereta dan sebagainya. Dan jangan jadi ‘king control’ duit isteri. Sebanyak mana isteri anda sanggup bagi, terimalah dengan rasa bahagia. Selebihnya, jangan ditanya. Itu hak si isteri. Si isteri pula, jangan memperkecilkan peranan suami walaupun gajinya kecil. Bagaimana tinggi darjat dan besar gaji anda di luar rumah, di rumah suami tetap ketua yang memimpin keluarga. Usah pula meninggi suara dan berlagak sombong dengan si suami. Setiap keputusan besar yang melibatkan hal rumah tangga perlu dibincangkan dengan suami. Tanam juga dalam hati, kalau ingin berbelanja (membeli barang-barang peribadi), adakah ianya satu keperluan atau pembaziran. Adakah duit itu lebih bermanfaat jika dibelanjakan untuk keluarga. Adakah keluarga anda akan terbeban sekiranya anda terlebih berbelanja.

Isteri yang bergaji lebih besar, perlu bijak mengatur perbelanjaan untuk keluarga dan diri sendiri. Bantu suami anda bukan sahaja dari segi wang ringgit tapi juga dari segi pengurusan perbelanjaan keluarga itu sendiri. Perbincangan antara suami isteri perlu dilakukan bukan bergantung kepada keputusan sebelah pihak sahaja. Jadi, kepada gadis-gadis diluar sana, usah begitu gusar mencari pasangan yang gajinya lebih tinggi dari anda. Carilah suami yang baik dan bertanggungjawab, kerana kalau yang tidak bertanggungjawab, gaji yang berjuta ringgit sebulan pun belum tentu dapat membahagiakan anda. Contohilah, Siti Kadijah isteri pertama Rasulallah s.a.w kita. Biarpun beliau pada asalnya jauh lebih kaya dan berharta dari Baginda Rasulullah s.a.w, tetapi beliau dengan seikhlas hati menerima Nabi sebagai suami. :-)

Sekian, Wallahua’lam

]]>
10 Soalan Yang Kaum Lelaki Paling Tidak Suka Ditanya Oleh Wanita, No. 6 Tu Memang Betul! https://redaksi.com/1153-10-soalan-yang-kaum-lelaki-paling-tidak-suka-ditanya-oleh-wanita-no-6-tu-memang-betul Fri, 08 Sep 2017 15:09:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1153 Sikap lelaki yang agak berahsia seringkali menjadi tanda tanya bagi sesetengah wanita. Namun perasaan ingin tahu kaum wanita mengenai pasangan pastinya menjadi lumrah buat pasangan yang hangat bercinta. Saat bercinta hinggalah mendirikan rumah tangga, begitu banyak soalan yang sering diajukan oleh wanita buat lelaki. Namun ada beberapa soalan yang paling lelaki malas untuk menjawab dan tidak suka apabila ditanya. Jom kita lihat!



1. Berapa banyak gaji you?

Jika anda masih dalam fasa bercinta, jangan berani tanya tentang isu ini. Pasti si dia akan fikirkan yang anda ingin mengawal hidupnya.

2. Mak you baik tak? Garang tak?

Jangan ditanya tentang ibu kekasih anda sama ada baik atau tak. Sama seperti anda, pasti tak mahu orang bercakap tentang ibu anda juga kan.

3. Apa rancangan masa depan you?

Soalan ini membuatkan dia seperti orang bodoh. Pasti dia sudah mempunyai perancangan dan rasanya tak perlu la kot ceritakan semuanya pada anda.



4. I nampak gemuk tak?

Lelaki paling tak suka perempuan tanya soalan ini! Bila cakap kurus, bukan percaya pun.

5. Ex-girlfriend you cantik tak?

Lelaki paling tak suka apabila ditanya tentang bekas kekasih. Jadi jangan buka isu tentang bekas kekasih.

6. Siapa lagi cantik, I ke ex-girlfriend you?

Soalan ini mesti ramai wanita selalu tanya. Ianya boleh mengganggu hubungan kalian. Lelaki tak suka buat perbandingan antara bekas kekasihnya dan kekasihnya kini.

7. You tengah teringatkan ex you ke?

Jika si dia diam tak bermakna tengah teringatkan bekas kekasih mereka. Mungkin ada perkara atau isu yang mereka fikirkan. Fikir positif okay!



8. You pernah tengok video porn tak?

Soalan ni memang tak patut wanita tanya. Sama ada mereka pernah atau tak, apa yang pasti soalan tu sangat tak sesuai untuk ditanya.

9. You akan bagi I duit belanja tak kalau I nak kahwin dengan you?

Lelaki akan angkat kaki kalau wanita tanya soalan macam ni. Mana taknya, kalau belum kahwin lagi nak kawal semua benda.

10. Kalau I tak cantik, you sayang I lagi tak?

Ini soalan menjerat. Jika lelaki tu bijak, dia akan menjawab ya. Tapi jika lelaki tu jenis berterus-terang, dia akan mengaku yang dia sukakan anda kerana paras rupa.




]]>
7 Sebab Kenapa Lelaki Perlu Hargai Wanita! Mesti Baca! https://redaksi.com/1262-7-sebab-kenapa-lelaki-perlu-hargai-wanita-mesti-baca Wed, 20 Sep 2017 09:18:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1262 Lazimnya wanita memberi alasan dirinya harus dihargai kerana keupayaan wanita membawa kandungan dalam perut selama sembilan bulan dan melahirkan zuriat yang tidak terkata sakit dan peritnya. Lelaki pula menganggap mereka juga menyumbang dari segi benih. Kedua-duanya benar dan kedua-duanya memang harus memerlukan antara satu sama lain untuk wujudnya janin itu.



Wanita memang dikenali sebagai seorang yang pengasih dan penyayang tetapi tidak dinafikan ada segelintir di antara wanita di luar sana yang tidak berhati perut dan sanggup melakukan sesuatu yang tidak masuk akal. Bagaimanapun, hari ini kami mahu berkongsi sedikit kenapa wanita perlu dihargai.
Berikut adalah sebab-sebab kenapa lelaki perlu hargai wanita

1. Wanita berhenti kerja demi menjaga anak, duduk rumah dan menjaga rumah tangga. Ada juga wanita sanggup menggantikan tempat lelaki bekerja kerana pendapatan lebih besar.



2. Kerana mendengar kata dan taat kepada suami, wanita sanggup letak tepi keinginan sendiri demi menjaga hati pasangan. Seandainya disuruh berhenti kerja, menukar cara pemakaian dan sebagainya selagi tidak melanggar hukum agama pasti dituruti.

3. Kajian menunjukkan wanita menatang lelaki bagai minyak yang penuh. Baik sebelum berkahwin mahupun selepas berkahwin. Sejak belum bercinta, wanita tak pernah berkira akan sentiasa mengutamakan keperluan lelaki. Apatah lagi setelah sahih bergelar kekasih dan seterusnya isteri.

4. Kalau lelaki sebut sahaja lapar, pasti si wanita akan masak dan sanggup menghantar makanan ke rumah. Jikalau ada barang keperluan habis, turut dibeli dan dipenuhkan dapur bujang teman lelaki. Begitulah wanita menjaga perut lelaki sejak mula sehingga tinggal sebumbung.



5. Kebersihan lelaki juga menjadi salah satu tugas buat wanita ini kerana wanita tidak suka akan lelaki yang kotor dan comot. Bagaimana wanita menjaga kebersihannya, begitu jugalah dia akan menjaga kebersihan pasangan juga.

6. Memanjatkan doa kepada pasangan agar mendapat kesejahteraan. Mengenepikan segala kepentingan diri. Kalau boleh seluruh kebahagiaan dirinya diberikan kepada pasangannya.

7. Sama ada kerja atau tidak, wanita akan tetap turun ke dapur memasak kemudiannya mengemas. Bertuahlah kalau wanita mendapat suami pandai beraksi di dapur dan ringan tulang membantu membersihkan rumah.

Sekarang dah jelas? Jadi, hargailah orang yang tersayang disekeliling anda!



]]>
Berpura-pura Bahagia Menunjukkan Anda Seorang Yang Kuat. https://redaksi.com/2026-berpura-pura-bahagia-menunjukkan-anda-seorang-yang-kuat Wed, 18 Apr 2018 18:21:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2026 Bukan senang untuk tersenyum apabila hati sedang terluka. Pedih dan payah untuk dilupakan saat itu. Tapi itulah hakikat orang menyimpan kesedihan di dalam hati. Apabila anda berpura-pura bahagia, sebenarnya anda membuktikan anda seorang yang kuat.

Saat seseorang meninggalkan kita apabila diperlukan, dikecewakan dan dia tidak peduli akan perasaan kita. Tidak mengapalah. Terlalu kecil penderitaan di dunia ini jika dibandingkan dengan balasan Allah di akhirat kelak.


Jadilah seperti pokok yang berbuah. Apabila dibaling dengan batu, dia membalas dengan buah. Bermakna, balaslah kejahatan itu dengan kebaikan. Walaupun perit, tapi lama kelamaan kita akan bahagia.

Apabila kita tetap tersenyum dalam kekecewaan, sebenarnya menunjukkan kita ikhlas melakukan sesuatu. Tidak mengharapkan pembalasan daripada sesiapa. Biarlah hanya Allah yang menilai segala kebaikan tersebut.

Jadilah manusia yang luar biasa. Bukan biasa-biasa. Membalas semua kejahatan itu biasa, tetapi apabila kita dapat membalas semua kejahatan dengan kebaikan, itu amat luar biasa. Sebenarnya, apabila kita dalam mempositifkan diri dalam hal-hal negatif, kita juga dapat memberikan aura positif terhadap orang lain. Orang lain akan terikut akan kebaikan kita.


Orang yang mempunyai sikap positif ternyata menurut banyak kajian yang telah dijalankan, mereka ini terhindar daripada penyakit berbahaya yang sering ditakuti kebanyakkan orang. Antaranya serangan jantung, strok dan sebagainya.

Ganjaran bagi orang yang bahagia tanpa mengurik di wajah mendapat balasan di akhirat kelak. Terlupakah kita akan kata-kata Allah yang mengatakan, “adakah kamu mengira kamu akan masuk syurga sedangkan kamu tidak diuji.” Jadi, dengan ujian tersebut sebenarnya dapat mengangkat darjat kita tempat yang lebih tinggi.

Antara cara untuk menggembiran kembali hati yang sedang lara adalah dengan kembali kepada Allah. Carilah masa untuk bersendirian bersama Allah tanpa ada gangguan daripada sesiapa. Kemudian berdoalah agar kita diberikan sifat cinta dan sayang terhadap sesama insan. Kerana, orang yang mencintai musuhnya adalah orang yang kuat.


]]>
Antara Kebaikan Susu Ibu Berbanding Susu Formula. https://redaksi.com/5564-antara-kebaikan-susu-ibu-berbanding-susu-formula Sun, 24 Mar 2019 01:05:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5564 Tersangat beruntunglah buat ibu-ibu yang mampu menyusukan anak-anak mereka sehingga cukup umur seperti yang disarankan oleh pakar-pakar perubatan. Mana tidaknya, khasiat susu ibu ini sememangnya tiada tolok bandingnya. Walaupun ia dibandingkan dengan susu formula yang terbaik sekali di dunia ini.



Antara perkara yang paling nikmat sekali ketika menjadi seorang ibu ialah dapat menyusu si anak.

Namun tidak semua dapat melakukan di atas pelbagai sebab tertentu sebagai contoh mengalami masalah kesihatan, payudara bengkak dan ada juga para ibu yang tidak mempunyai susu badan. Tanpa sokongan pasangan dan keluarga ada ibu boleh jadi kemurungan kerana emosi menyampai mereka seperti ibu yang ‘tidak berguna’ atau ‘tidak sempurna’.



Jangan begitu kerana kemampuan melahirkan seorang bayi tidak kiralah secara normal atau pembedahan cesarean adalah menyempurnakan hidup kamu sebagai seorang ibu. Memilih untuk memberi susu badan atau formula adalah hak keputusan ibu bapa bergantung juga pada situasi dan keperluan si anak.

Susu yang kita tahu adalah makanan pertama bayi yang memberi segala keperluan nutrisi pada bayi untuk membesar. Berikut adalah kebaikan susu ibu yang tiada dalam susu formula.



1. Susu formula tiada antibodi

Antara kebaikan pada susu ibu ialah kandungan antibodi yang meningkatkan imunisasi bayi. Tidak semua susu formula mampu mencegah jangkitan seperti susu badan.

2. Anak lebih cepat pandai makan

Hasil merasa makanan yang dimakan oleh ibu dari susu yang dihisap menjadikan susu ibu lebih enak. Malah ada yang percaya bayi yang hisap susu badan lebih senang untuk mengambil makanan pepejal.



3. Senang dihadam

Berbanding susu formula, susu ibu lebih mudah dihadam oleh bayi jadi memang jarang berlaku masalah sembelit atau cirit birit. Susu formula kemungkinan lebih berat dan perlu mengikut kadar campuran yang tertentu mengikut kesesuaian bayi. Tidak seperti susu ibu memang ternyata kepekatan dan kadarnya sudah sesuai dengan bayi anda.

4. Melindungi kesihatan masa depan

Bayi yang menerima susu ibu sepenuhnya jauh risiko dari sebarang masalah obesiti, diabetes dan mempunyai penglihatan dan susunan gigi yang terbaik. Fatty acid yang terdapat dalam susu ibu ialah hasil semulajadi bukan dari minyak ikan yang digunakan adunan susu formula.

Pada para ibu yang boleh menyusukan anda seharusnya bersyukur kerana bukan sahaja diberi nikmat menyusu tetapi juga memberi nutrisi lengkap tanpa mengeluarkan kos yang banyak. Apa-apa pun dapatkan nasihat, belajar dari yang pakar untuk kesihatan yang terbaik buat si anak. Bila jadi mak-mak ni dah tak boleh selfish.

]]>
Macam Mana Nak Pikat Wanita, Tapi Muka Biasa-Biasa Je? Bagi Lelaki, Cuba Buat 6 Kaedah Ini. https://redaksi.com/6390-macam-mana-nak-pikat-wanita-tapi-muka-biasa-biasa-je-bagi-lelaki-cuba-buat-6-kaedah-ini Thu, 27 Jun 2019 10:59:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6390 Ramai anak muda lelaki zaman sekarang mengeluh disebabkan sukar untuk mencari jodoh atau bakal isteri ni. Pelbagai kaedah telah dilakukan untuk menjemput jodoh, tetapi terlupa dengan keadaan diri sendiri. Terlupa untuk fokus pada diri supaya mudah didekati.

Mungkin sudah bagi makanan untuk hati dan jiwa, tetapi terlupa untuk menghiasi fizikal diri.

Jadi, bagi mereka yang susah sangat nak pikat wanita untuk dijadikan sebagai jodoh, apa kata anda cuba lakukan 6 kaedah ini untuk hiasi diri…

1. Jangan malu beli pencuci muka.

Walaupun kawan-kawan mengejek anda muka biasa-biasa sahaja, yang penting jangan lupa untuk cuci muka. Kerana kebiasaannya ramai lelaki malas untuk mencuci muka, kalau cuci pun guna sabun buku, padahal ia tidak sihat untuk kulit muka anda.

Sabun buku buatkan kulit wajah anda menjadi kering sehingga kelihatan kusam dan tidak bermaya. Mungkin disebabkan itu ramai wanita menjauhi diri anda.

Jadi, tukarlah pada pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka anda!

2. Sila potong bulu hidung anda!

Apa yang membuatkan ramai kaum wanita rasa ‘turn off’ dengan kaum lelaki adalah, apabila terlihat adanya bulu hidung terjurai sedikit. Alamak! Nak tengok muka anda pun tak boleh, apatah lagi boleh putuskan selera makan. Jadi, perbaikilah penampilan anda dengan memastikan bulu hidung dipotong kemas.

3. Jaga bau mulut dan gigi.

Gigi juga adalah antara salah satu aspek pada muka lelaki yang boleh membuatkan mereka tidak tidur malam. Sama ada mimpi indah atau ‘nightmare’!

Kalau nak wanita tersebut mimpi indah, jagalah bau mulut anda, dan jangan lupa untuk gosok gigi. Gigi pun bukan setakat gosong sahaja, rajinkan diri untuk scaling dan floss gigi anda ya!

4. Pakai deodoran atau minyak wangi.

Majoriti kaum wanita sebenarnya jatuh cinta dengan bau badan lelaki. Terutamanya bagi lelaki yang gemar menggunakan deodoran atau minyak wangi. Boleh dikatakan wanita agak clingy sekiranya teman lelaki atau suaminya berbau wangi. 

Jadi, jagalah bau badan anda juga!

5. Sikat rambut.

Ada juga sebilangan lelaki yang tidak gemar untuk sikat rambutnya. Apatah lagi meletakkan minyak rambut atau pomade. Mungkin tiada masa, atau malas. Atau merasakan tiada orang penting untuk melihat penampilan mereka.

Jangan biarkan rambut serabai ya, dan yang penting buat potongan rambut yang sesuai dengan wajah anda!

6. Jangan lupa potong kuku kaki.

Kuku jari tangan potong, tapi tak fokus pada kuku jari kaki. Hati-hati, mata wanita ini sangat alert untuk memerhati. Di samping potong kuku kaki, jangan lupa juga untuk hilangkan bau kaki! Nanti pengsan pula teman wanita anda!

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

]]>
3 Jenis Jus Lazat Mampu Atasi Masalah Sembelit Anda. https://redaksi.com/5967-3-jenis-jus-lazat-mampu-atasi-masalah-sembelit-anda Fri, 03 May 2019 12:47:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5967 Mengalami masalah sembelit serta kesukaran untuk membuang air besar sememangnya agak mengganggu aktiviti harian kita. Setiap orang pasti pernah mengalami masalah sembelit ini dalam kehidupan harian mereka. Ada yang sehingga mengambil beberapa jenis ubatan untuk mencegah perkara ini daripada berlaku.

Buat anda yang berdepan masalah sebegini, ini berita baik untuk anda. Selepas ini tidak perlu mengambil ubat-ubatan atau apa-apa pun, tetapi boleh mengamalkan jus buah minuman dalam rutian harian. Ia sememangnya mudah untuk dilakukan di rumah serta hasilnya yang sangat berkesan.



Kenapa jus baik untuk sembelit?

Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan sembelit, beberapa daripadanya termasuk tekanan, aktiviti fizikal yang kurang, pengambilan ubat ataupun pelbagai lagi sebab yang menyebabkan anda sembelit.

Walaupun begitu, kebanyakan kes sembelit ini disebabkan oleh makanan yang kita makan setiap hari. Lebih tepat lagi, apa yang kita tidak makan, atau kurang makan serta kekurangan pengambilan makanan berserat menyebabkan mengapa anda boleh sembelit. Bahkan kurang pengambilan air kosong juga menjadi salah satu punca.

Oleh itu, kunci untuk mengatasi sembelit adalah pada dasarnya untuk meningkatkan pengambilan cecair dan serat. Anda boleh mendapatkan serat dan cecair dari buah atau sayuran.

Buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu pergerakan usus menjadi lebih lancar sehingga sisa yang telah dicernakan akan cepat dikeluarkan daripada tubuh badan. Selain itu juga, serat juga berkesan menyerap air dan menjadikan sisa makanan lebih mudah dikeluarkan oleh tubuh.

Selain serat, beberapa kajian menunjukkan bahan-bahan tertentu dalam buah juga baik untuk memperbaiki pencernaan. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of the American Academy of Nurse Practitioners melaporkan bahawa sorbitol, alkohol gula yang terkandung dalam buah dapat membantu meningkatkan kandungan air dan kekerapan pergerakan usus. Apel, pear, dan plum (plum) adalah beberapa jenis buah kaya dengan sorbitol.

Pelbagai jus lazat sesuai untuk elakkan sembelit.

Tidak semua orang suka memakan buah atau sayur-sayuran. Ini sebabnya mengapa jus adalah pilihan terbaik bagi mereka yang ingin bebas semeblit tetapi tidak suka memakan buah amhupun sayuran. Tapi pastikan jus anda itu dari buah atau sayuran yang asli, bukan dari cordial yang mengandungi gula serta perwarna tiruan!

1. Jus pear, epal dan kiwi.



Bahan:

• 2 epal hijau, potong kecil
• 1 pir, dipotong menjadi kepingan kecil
• 1 buah kiwi, kupas kulit dan potong kepada kiub
• Kiub ais (secukup rasa)
Cara membuat:

I. Masukkan semua bahan, kemudian blender sehingga semuanya hancur.
II. Tuangkan ke dalam gelas.
III. Jus siap untuk dihidangkan.

2. Jus hijau.



Bahan:

• 1 tandan bayam segar, basuh dengan teliti dan ambil daun sahaja
• 2 timun bersaiz sederhana, mengupas kulit kemudian potong kecil
• 1 lemon, ambil air sahaja
• Kiub ais (secukup rasa)
Cara membuat:

I. Masukkan semua bahan, kemudian blender sehingga semuanya dicampur rata. Tambah sedikit air jika jus terlalu kasar.
II. Tuangkan ke dalam gelas.
III. Jus hijau siap untuk disajikan.

3. Jus strawberi bersama lobak merah.



Bahan:

• 6 strawberi segar, basuh dan potong 2 bahagian
• 2 wortel sederhana, kupas kulit dan potong kecil
• Kiub ais (secukup rasa)

Cara membuat:

I. Campurkan semua ramuan menggunakan pengisar.
II. Tuangkan ke dalam gelas.
III. Jus siap untuk dihidangkan.

Jus adalah baik untuk sembelit, tetapi penting untuk memahami bahawa pengambilan serat lebih terkandung dalam buah atau sayuran segar. Jadi, anda harus cuba makan buah-buahan dan sayur-sayuran sebisa mungkin sebanyak mungkin.

 

]]>
5 Perkara Menarik Jika Pasangan Anda Adalah Anak Tunggal. https://redaksi.com/2170-5-perkara-menarik-jika-pasangan-anda-adalah-anak-tunggal Wed, 02 May 2018 14:35:44 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2170 Anda adalah seorang yang mempunyai adik-beradik yang ramai. Jadi anda tidak tahu perkara sebenar apa yang terjadi sekiranya anda adalah anak tunggal.

Anak tunggal sering dikait rapat dengan anak manja, dan akan mendapat apa sahaja yang mereka idamkan daripada ibu bapa. Satu-satunya anak emas, ibu bapa mana yang tidak sayang, bukan?


Tetapi, apakah perkara menarik bagi mereka yang mempunyai teman atau pasangan anak tunggal ini? Jom baca!

1. Memiliki banyak ruang.

Ketahui lah anda, pasangan anda bukan lah anak orang berada, nak dikatakan hidup susah tidak pula. Mungkin kerana mereka adalah anak tunggal, barang di bilik sangat berbeza dengan mereka yang mempunyai adik beradik.

Bilik yang luas. Kemas. Jika bersepah pun, seperti tidak terjejas, kerana hanya mereka seorang sahaja penghuni bilik itu. Jadi, mereka yang bakal berkahwin tidak perlu risau, barang anda tentu sahaja ada ruang di bilik mereka.


2. Sifat kekeluargaan yang tinggi.

Hanya kerana mereka tiada adik-beradik, dan anak emas sudah tentu sering meluangkan masa dengan ibu bapa di rumah. Mereka adalah insan yang sangat menghargai keluarga walaupun dengan saudara mara.

Kerana bukan selalu, rumah mereka ini meriah.

3. Lebih meluangkan masa di rumah.

Mungkin tidak semua, tetapi kebanyakan anak tunggal lebih gemar meluangkan masa di rumah dengan ibu bapa atau haiwan peliharaan. Mereka sangat menghargai masa ketika mereka keseorangan, dan jarang untuk membuat hal di luar rumah.

Jadi pada sesiapa yang mempunyai pasangan anak tunggal, anda tidak perlu khuatir kerana mereka memang tidak kisah untuk melakukan aktiviti di dalam rumah.


4. Mereka sangat selesa jika tidak bercakap untuk satu hari.

Kebanyakan daripada kita sangka kan mereka anak tunggal ini pendiam. Tidak semestinya kerana mereka mampu tidak bercakap selama berhari-hari, tetapi apabila mereka mempunyai rakan yang boleh di ajak berbual, sudah tentu tidak boleh berhenti berbual pula.

Jangan terkejut dengan perubahan mereka ini. Hehe.

5. Akan menjadi menantu kesayangan.

Sudah tentu anda akan menjadi satu-satunya anak menantu emas pada ibu bapa mereka. Jadi, jika pasangan anda adalah anak tunggal, hargai lah mereka. Mungkin satu hari, anda pula terlebih manja dengan ibu bapa mereka.

 

 

]]>
5 Ciri Lelaki Yang Perempuan Benci. Wahai Lelaki, Serius Korang Kena Ambil Tahu! https://redaksi.com/271-5-ciri-lelaki-yang-perempuan-benci-wahai-lelaki-serius-korang-kena-ambil-tahu Thu, 22 Jun 2017 13:09:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=271 Lelaki dan perempuan pastinya ada perkara yang masing-masing tidak suka jika pasangan melakukannya. Seperti lelaki, pastinya tidak suka melihat perempuan terlalu mengongkong setiap gerak gerinya. Sama juga seperti perempuan. Jadi kami kongsikan perkara yang wanita tidak suka lelaki lakukan.



1. Meninggikan suara.

Tahulah lelaki dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. Suka 'cuci mata'.

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Kadang-kadang kekasih disebelah pun masih berani nak main mata dengan perempuan lain.



3. Ego.

Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum perempuan. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

4. Panas baran.

Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima tapi, bagaimana kalau dah naik tangan?

5. Main kayu tiga.

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

]]>
Wanita Ini Kongsikan Untuk Ibu Bapa Perlu Elak Dari Sebut 8 Ayat Sentap Ini Pada Anak-Anak. https://redaksi.com/4938-wanita-ini-kongsikan-untuk-ibu-bapa-perlu-elak-dari-sebut-8-ayat-sentap-ini-pada-anak-anak Fri, 18 Jan 2019 10:36:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4938 Anak-anak juga mempunyai yang sensitif dimana mereka amat memerlukan perhatian daripada kedua ibu bapanya. Sekiranya ibu bapanya juga turut melemparkan ayat-ayat kasar dan sentap, mereka akan berasa kurang kasih sayang. Jangan biarkan ini terjadi dengan ikuti perkongsian dari Puan Ezzaty Suffian ini….

********

Seboleh-bolehnya kita ELAK atau jangan cakap langsung pada anak 8 ayat yang menyentap jiwa ni :

1. “Apesal lah adik ni nakal sangat. Langsung taknak dengar cakap ummi”

Kita sebut kata-kata negatif yang merujuk pada sikap dan perangai anak.

2. “Seronok kakak jadi pemalas macam ni? Ummi minta tolong apa pun kakak taknak buat”

Anything yang kita sebut adalah ayat negatif yang terus tuju pada dia. Kena anak yang jenis memberontak, dia akan terus nak jadi kekal sama macam apa yang kita sebut.

UBAH YANG NEGATIF PADA AYAT POSITIF.

3. “Adik dengar cakap ummi boleh? Adik duduk diam-diam kat sini. Jangan kacau kakak tidur. Adik kan budak baik, suka dengar cakap ummi.”

“Jangan kacau ummi boleh tak? Ummi tengah sibuk ni. Pergi main jauh-jauh”

Perghhhh..ayat SENTAP yang paling ramai ibu ayah guna. Dalam pada kita tak sedar, inilah ayat “makan dalam” kat hati anak-anak. Instead of kita ungkapkan kata-kata yang macam “menghalau” ni, lebih baik kita alihkan perhatian anak kepada benda lain.

Contoh dengan bagi anak mainan, buku mewarna atau apa-apa aktiviti yang boleh buatkan dia turut “sibuk”.

Atau minta anak main sendiri dulu. Nanti bila kerja kita dah setel, kita akan join main dengan dia. Tapi pastikan apa yang kita janji tu kita buat okay.

4. “Janganlah menangis!”

Menangis, sedih, takut, marah tu semua perasaan. Semuanya ekspresi emosi. Kita tak bagi anak menangis. Tapi bila kita sedih, pandai pulak kita menangis. Anak menangis sebab dia nak ekspreskan emosi dia. Biarkan dia menangis. Bantu dia untuk kenalpasti apa emosi yang tengah dia lalui waktu tu.

Dia menangis sebab kawan rampas mainan ke, dia menangis sebab kena marah dengan cikgu ke. Kita tolong dia describe perasaan dia, sabarkan hati dia. Bagitahu dia apa yang betul, apa yang salah. Tunjukkan rasa empati kita pada dia. Peluk, belai dan pujuk anak yang menangis dengan kata-kata hikmah.

5. “Adik cuba tengok abang tu. Rajin bila ummi minta tolong. Adik bila ummi suruh ada je alasannya. Malas betul.”

Satu lagi ayat sentap yang ibu ayah biasa guna. Membanding-bandingkan antara adik-beradik. Antara anak kita dengan anak jiran. Antara anak kita dengan sepupu dia.

Membandingkan dari segi rupa, perangai, kepandaian.

Apa pun kelemahan anak kita, bila bercakap cuba untuk fokus pada diri dia je. Tak perlu kita nak buat perbandingan. Anak buat salah, kita terus bertindak atau tegur atau bagi hukuman jam tu juga. Tak perlu tangguh-tangguh. Baru anak tahu apa salah dia. Tak perlu tunggu babahnya balik baru nak suruh babahnya yang bertindak.

Sebab, kesalahan yang dah terjadi pagi tadi tapi petang baru kita nak bagi hukuman, memang dah terlambat. Anak dah terlupa apa salah dia. Lepastu baru kita nak marah/hukum semula.

Sudahnya dia tak faham apa salah yang dia buat.

6. “Bagusnya fayyadh kongsi mainan dengan kawan.”

Puji sekali, dua kali atas satu-satu sikap baik anak-anak still okay. Tapi setiap kali anak buat benda yang elok, dan setiap kali tu juga kita dok puji dia berlebih-lebihan, finally pujian kita akan nampak murah.

Sama ada anak akan buat sesuatu hanya untuk buat kita impress atau anak dah tak kesah dengan bentuk pujian kita.

Puji anak sama macam marahkan anak. Biar berpada, dan pujilah pada usaha dia bukan pada hasilnya.

” Alhamdulillah, ummi bangga dengan fayyadh sebab boleh mengalah kongsi mainan dengan kawan.”

7. ” Fayyadh kenapa? SELALU sangat buat ummi marah? ”

ATAU

8. “Fayyadh kenapa? TAK PERNAH nak kemas barang mainan sendiri.”

SELALU dan TAK PERNAH merujuk pada konsistensi anak dalam buat satu-satu habit. Yang lama-kelamaan akan membentuk akhlak dan peribadi dia.

Bila kita asyik sebut 2 perkataan ni pada anak, automatik dah disetkan dalam minda dia yang dia orangnya memang begitu.

UBAH AYAT KITA.

“Fayyadh dah puas main, simpan mainan ni elok-elok. Kemas masuk dalam kotak. Nanti kalau kaki fayyadh terpijak mainan ni, kaki fayyadh yang luka.”

“Bukan macam tulah caranya. Meh sinilah biar ummi buat.”

Ayat ni ayat yang memang confirm boleh hilangkan keyakinan anak, boleh buatkan anak hilang percaya pada kebolehan diri, boleh buat anak lemah semangat dan putus asa.

Walaupun anak buat tak betul, hasil kerja tak memuaskan hati, ada cara kita nak tunjukkan atau ajarkan benda yang betul pada dia.

“Fayyadh, baju ni fayyadh tarik sikit kat sini. Haa nampak kan tu. Baru masuk dalam hanger dia. Okay, dah pergi gantung baju tu.”

Setiap hari dan sebelum kita tidur, kita cuba review semula apa yang berlaku sepanjang hari. Kalau anak ada buat perangai, cuba cari apa puncanya.

Adakah kita ungkapkan kata-kata yang salah, tindakan kita pada anak tak sesuai dengan kesalahan dia? Kita check dan muhasabah balik. Supaya esok, kita boleh improve lagi teknik parenting kita. Kita semua sama. Tak sempurna. Tapi masih ingin terus belajar jadi orang tua yang terbaik untuk anak-anak.

********

Semoga Bermanfaat!

]]>
Penting!Merancang Kewangan Untuk Keluarga Bukan Kedekut Tapi Untuk Masa Hadapan. https://redaksi.com/4946-pentingmerancang-kewangan-untuk-keluarga-bukan-kedekut-tapi-untuk-masa-hadapan Fri, 18 Jan 2019 16:05:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4946 Jika merancang kewangan untuk keluarga adalah untuk kedekut dengan anak-anak dan juga isteri, adakah merancang kewangan bagi mereka yang bujang adalah untuk kedekut dengan diri sendiri?

Pengaturan kewangan sangat penting dalam kehidupan manusia adalah untuk mengetahui ekonomi sebenarnya tidak selalu stabil. Dengan melihat segala rekod perbelanjaan diri sendiri, mampu melihat sejauh mana kita dapat menguruskan kewangan dengan berdikari. Adakah sentiasa mengalami kewangan negatif, kebocoran wang dan sebagainya.

Setelah berkahwin, amat penting untuk merancang kewangan untuk keluarga. Bukan untuk kedekut, akan tetapi untuk…

1. Untuk masa depan peribadi diri.

Setiap individu perlu berfikiran jauh dan rasional ketika merancang kewangan tidak kira sama ada ketika bujang atau telah berkahwin. Ketika bujang, wang kecemasan adalah untuk diri sendiri ataupun untuk keluarga sekiranya kita sendiri yang meninggalkan dunia.

Akan tetapi ketika hidup berpasangan, haruslah memikirkan, adakah pasangan kita ini sentiasa berjodoh bersama? Sepanjang mana hubungan anda dengan si dia? Adakah terputus kerana mengadap Ilahi atau perceraian?

Inilah realiti.

2. Untuk pendidikan anak-anak.

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT untuk para ibu bapa jaga. Jadi, mereka adalah tanggungan para ibu bapa. Bagaimana untuk menjaga amanah yang kecil molek ini? Bukan dengan hanya memberi makan dan minum sahaja, tetapi haruslah memberi mereka pendidikan yang secukupnya. Pendidikan anak-anak adalah satu kewajipan.

3. Untuk tabung pahala kebaikan akhirat.

Siapa cakap dengan merancang kewangan, menandakan kita seorang yang kedekut? Adakah segala amal jariah yang kita lakukan, perlu diheboh pada serata dunia? Dengan peratusan kecil dari gaji, sudah tentu kita peruntukan untuk bersedekah. Sentiasa menolong rakan ketika susah, menolong orang yang tidak berkemampuan, memberi perbelanjaan kepada kedua ibu bapa. Semuanya itu sedekah.

4. Untuk dana kecemasan keluarga.

Pentingnya merancang kewangan untuk keluarga adalah ketika berlakunya kecemasan. Benar, kita perlu bersangka baik dengan segala takdir Ilahi, akan tetapi sebagai manusia biasa pasti Allah akan berikan ujian. Jangan pula dikala ketiadaan dana kecemasan, tangan mula menadah minta simpati. Siapa yang harus dipersalahkan?

Diri sendiri yang tidak mahu menyediakan payung sebelum hujan? Atau orang yang tidak mahu membantu?

5. Untuk dana bersara.

Dan ini yang paling penting, kenapa perlu merancang kewangan keluarga. Dengan ada dana bersara untuk diri sendiri, sudah pasti dikala usia tua kita tidak akan bergantung dan menyusahkan orang lain. Takut nanti orang asyik mengatakan “Dah tua-tua pun nak susahkan orang..”

Adakah kita mahu hidup begitu? Tiada istilah kedekut sekiranya kita mahu merancang kewangan keluarga. Kena sentiasa beringat sahaja.

]]>
11 Petua Untuk Jadi Suami Romantik Mengikut Sunnah Rasulullah S.W.T. https://redaksi.com/114-11-petua-untuk-jadi-suami-romantik-mengikut-sunnah-rasulullah-swt Thu, 08 Jun 2017 00:08:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=114 Petua Jadi Suami Romantik Mengikut Sunnah Rasulullah S.W.T. Setiap wanita pasti mengimpikan pasangan hidup yang sentiasa memahami kehendak dan citarasanya termasuklah memiliki suami romantik. Tapi zaman sekarang kebanyakan pasangan tu romantik sebelum berkahwin ja. Lepas kahwin 2-3 tahun ok lagi. Bila anak dah 3-4 orang hilang terus romantiknya. Hehehe tapi bukan la semua. Rasulullah Sollahhu ‘Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”

Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.



1. Isteri sebagai bukti.

Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran. Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois. Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.



2. Mandi bersama.

Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan. Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.

3. Hantar isteri keluar rumah.

Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW bersabda:

“Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).” [Hadis Bukhari dan Muslim]

Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam SahihBukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta.” 

4. Bukakan pintu kereta.

Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.



5. Bawa isteri jalan-jalan.

Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa“Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.” Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)

6. Suapkan makanan.

Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW:

“Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.”

Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?

7. Belaian & bermanja.

Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa:

“Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian.”

Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid.” Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata “Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.” Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa: “Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.

8. Pengubat hati.

Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa: “Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim) Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.



9. Bergurau senda.

Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata: “(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu.” Saodah menolak dengan berkata: “Aku tidak akan memakannya.” Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya) Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni. Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.

10. Panggilan manja.

Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Ia membuatkan ikatan itu lebih intim. Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.

11. Jangan malu jadi romantik.

Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan. Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.

Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet? Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW. Selamat Mencuba! Wallahualam.

]]>
Kunci Rumah Tangga Bahagia, Suami Isteri Patut Tahu. https://redaksi.com/4518-kunci-rumah-tangga-bahagia-suami-isteri-patut-tahu Wed, 12 Dec 2018 16:02:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4518 Menjalani kehidupan sebagai suami isteri ini bukanlah untuk satu jangka masa yang pendek, apabila dah bosan cari lain ataupun apabila sudah tak tahan dengan sikap pasangan maka perpisahan adalah jalan terbaik. Kalau boleh menjalinkan hubungan sebagai suami isteri ini biarlah setia hingga ke akhir hayat, dan merasai waktu-waktu tua bersama-sama.

Untuk mengekalkan sebuah kebahagiaan dan keharmonian sebuah rumah tangga itu bukanlah mudah. Ia perlukan kerjasama dari kedua-dua belah pihak, baik suami atau isteri keduanya perlu memainkan peranan yang bijak dalam hubungan ini.



1 . Jangan cuba tukar sikap pasangan.


Kunci rumah tangga bahagia yang pertama adalah tidak cuba tukar sikap pasangan anda. Inilah masalah perkahwinan yang sering membelenggu apabila anda cuba tentukan apa yang boleh dan tak boleh dilakukan pasangan.  
Sebaiknya, sebagai suami isteri, anda perlu saling menerima antara satu sama lain dan sedia terima kelemahan dan kelebihan pasangan itu.

Fahamilah bahawa, perkahwinan ini sepatutnya membesar bersama-sama dan mencoretkan ikatan kasih sayang antara satu sama lain.

2. Tidak berubah sebab orang lain.


Kunci rumah tangga bahagia seterusnya adalah jadi diri sendiri. Pendek kata, tak berpura-pura di hadapan pasangan.
Namun begitu, jangan tertekan jika tak dapat penuhi apa yang pasangan inginkan. Tapi anda boleh cuba menjadi yang terbaik buat dirinya.

3 Buang perkataan ‘bercerai’.


Ini sering terjadi pada pasangan yang masih ‘jagung’ dalam rumah tangga. Bila bergaduh sikit mula minta cerai.
Sedangkan ada banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk atasi masalah ini, bukan dengan perceraian saja.

Pokok pangkalnya, kedua-dua pasangan kena saling memaafkan dan tidak teruskan pertengkaran supaya tak jadi lebih rumit.




4. Berkomunikasi antara satu sama lain.


Komunikasi adalah sangat penting dalam rumah tangga. Jangan disebabkan nak ‘menang’ hingga anda merendahkan martabatkan suami.


Cuba bertolak ansur dan jadi pasangan yang terbaik kerana dengan berkomunikasi secara berhemah dapat selamatkan perkahwinan kalian.


5. Cuba bertenang.


Bila bergaduh, anda pasti akan keluarkan perkataan yang tak senonoh atau kurang sopan.
Maklumlah, darah tengah panas. Namun begitu, untuk kunci rumah tangga bahagia, sebaiknya anda tarik nafas dan bertenang dahulu barulah pemikiran berada dalam keadaan tenteram.

6. Ucap kata maaf.

Jika anda rasa bersalah dalam hal tersebut dan menyedarinya, adalah lebih baik jika anda terus memohon maaf.
Ia menampakkan anda cukup matang dalam perkahwinan. Apatah lagi, kata maaf yang diucapkan bukan bermakna anda mengalah, tapi anda sedang berjuang selamatkan perkahwinan yang dibina.

7. Beri ruang pada satu sama lain .

Semua orang perlukan ruang untuk diri sendiri termasuklah pasangan yang sudah berkahwin. Ada ketikanya, kita perlu relaks dan melakukan aktiviti sendirian. Seperti suami, berikan dia ruang untuk melepak dengan kawan-kawan sewaktu di universiti dahulu. Biarkan saja asalkan si dia tak berlaku curang di belakang anda.

8. Beri kepercayaan terhadap pasangan.

Kepercayaan merupakan kunci rumah tangga bahagia. Jangan menuduh tanpa usul periksa jika anda merasakan ada kelainan pada suami. Sekiranya rasa sangsi, tanyakan dahulu daripada serkap jarang dan menuduh tanpa usul periksa.

9. Elakkan membebel pada pasangan.

Biasalah isteri memang dilahirkan kuat membebel, tapi tak semua. Sebab itu, suami jangan terkejut jika semasa bercinta, isteri kelihatan lembut dan bersopan santun saja. 
Tapi lepas berkahwin, bagaikan mulut murai ada saja yang tak kena di matanya. Namun begitu, isteri cuba kurangkan sikap membebel itu kerana suami anda kurang gemarkannya.


]]>
Jom Ketahui 5 Alasan Mengapa Anda Perlu Berhenti Merokok Sebelum Berkahwin. https://redaksi.com/3642-jom-ketahui-5-alasan-mengapa-anda-perlu-berhenti-merokok-sebelum-berkahwin Thu, 27 Sep 2018 10:52:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3642 Menurut kajian, mereka yang tidak merokok tetapi terdedah dengan asap rokok adalah lebih berbahaya 3 kali ganda daripada mereka yang PEROKOK tegar. Kajian daripada WHO, wanita yang memiliki suami yang merokok mempunyai risiko 30% lebih tinggi untuk menghadapi barah paru-paru.

Ada sebahagian wanita menganggap lelaki yang merokok ini kelihatan seksi dan terserlah kelakian mereka. Namun, disebalik keseksian dan kelakian lelaki tersebut, ia boleh meragut kesihatan orang sekeliling dengan perlahan-lahan. Memang ia tidak akan terlihat pada masa yang terdekat, tetapi 10 tahun akan datang? 5 tahun? 20 tahun mungkin? Tiada siapa yang tahu…

Di sebalik meragut kesihatan pasangan, terdapat banyak alasan untuk anda berhenti merokok sebelum berkahwin, antaranya…

1. Duit.

Anda sudah tahu bagaimana dengan ekonomi nagara anda bukan? Harga barang yang semakin meningkat, kos sara hidup amatlah memeningkan kepala masyarakat. BUANG FIKIRAN TIDAK MATANG ANDA dengan mengatakan “Alahhh stress lah, sebab tu merokok..”.

Kerana itu pentingnya untuk membuat akaun perbelanjaan sendiri, supaya anda boleh melihat BETAPA RUGI BESARNYA anda, masakan boleh meminang gadis tercinta dengan cepat, tetapi perlu dilengahkan akibat dengan SIKAP EGO DAN DEGIL dari diri sendiri.

2. Kesihatan sendiri.

Majoriti mereka yang merokok tidak merasa sakit dalam tubuh badannya sendiri sehingga dalam jangka masa yang tertentu. Kemungkinan pada umur yang telah meningkat, dan sering keluar masuk hospital. “Alahhhh…sakit tua je ni…” Jika daripada usia muda tidak memandang berat tentang kesihatan, sudah tentu anda akan merasa perit dan menyusahkan orang ramai kerana sikap degil anda yang dahulu.

Kaum lelaki yang menjadi perokok tegar, kemungkinan besar akan menghadapi penyakit mati pucuk. Wanita pula, akan mengalami kerosakan pada organ peranakan. Kedua-dua situasi telah ternyata jelas menunjukkan, merokok adalah salah satu punca anda sukar untuk melahirkan atau mendapatkan anak.

3. Bau.

Ketahuilah bukan sahaja bau asap rokok yang tidak menyenangkan, malah bau mulut perokok juga, Masya Allah. Jika mahu menegur, kena tempelak pula. Jadi, bagaimana untuk menegur para perokok tegar yang maha degil ini?

4. Kehamilan.

Akan tiba satu masa anda akan perlu berhenti merokok apabila pasangan anda mengandung. Okay, mungkin anda akan cakap yang anda boleh sahaja merokok di tempat berasingan daripada pasangan anda. Namun, tahukah anda, kesan rokok pada baju/rambut/badan anda pun masih merbahaya kepada individu yang terdedah kepadanya? Jika anda adalah wanita dan merancang untuk hamil pula, ini adalah alasan terbaik untuk anda berhenti merokok. Utamakan kesihatan anda dan bayi.

5. Untuk masa hadapan.

Merancang untuk berkahwin bermaksud, anda tidak boleh adanya sifat KEPENTINGAN DIRI. Perkahwinan itu memerlukan pengorbanan, bukannya CINTA semata-mata untuk mengekalkan hubungan sehingga selamanya. Jadi, fikirkan hati dan perasaan pasangan supaya mereka tidak rasa tersisih hanya sebabkan rokok sahaja.

Malah, jika anda tidak menjaga kesihatan mula dari sekarang, fikirlah betapa sukarnya orang ramai kelak untuk biayai kos rawatan di hospital dan sebagainya. Anda sakit, anda akan melibatkan keluarga terdekat. Memanglah ada orang kata, apabila berkahwin susah senang biarlah bersama. Tetapi, kalau sendiri yang cari penyakit dan tidak ada rasa kasihan pada diri sendiri dan pasangan, salah siapa ya?

]]>
Doktor Ini Kongsikan 10 Tips Untuk Para Suami Ketika Isteri Sakit Untuk Bersalin. https://redaksi.com/5247-doktor-ini-kongsikan-10-tips-untuk-para-suami-ketika-isteri-sakit-untuk-bersalin Tue, 19 Feb 2019 11:56:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5247 Berapa ramai dikalangan suami yang mampu temankan isteri ketika sakit bersalin? Namun, ada juga segelintir isteri yang tidak mahu suami datang untuk temani, kerana hal peribadi. Oleh yang demikian, sekiranya isteri mahu suami yang menemaninya di dalam bilik bersalin, si suami patut ikuti tips dari perkongsian Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak ini….

1. Pastikan anda tahu apa yang isteri mahukan.

Berbincang dengan isteri anda terlebih dahulu mengenai apa yang dia mahu atau tidak mahu semasa dalam proses kelahiran. Anda adalah orang yang bertanggung jawab memaklumkan perkara ini kepada doktor atau bidan terlatih. sebelum sakit bersalin tu datang, biasanya isteri masih lagi dapat berfikir dengan baiknya, jangan ditanya isteri masa dia tgh sakit - silap hari bulan boleh kene penumbuk !

2. Bawa barang keperluan anda sendiri.

Semua akan menumpukan perhatian kepada isteri anda, tetapi anda juga jangan abaikan kebajikan anda sendiri. jika mahu bermalam di hospital, atau menemani isteri dalam kamar bersalin, bawak segala keperluan anda bersama. contohnya - bawak la baju sehelai dua, selipar jepun dan keperluan-keperluan lain

Jangan lupa bawa sedikit snek dan minuman kerana anda mungkin terpaksa berada agak lama di hospital, ini yang paling penting!

3. Tahu apa yang harus dijangkakan.

Bila sakit bersalin dah bermula, tak sempat dah nak google atau membaca buku panduan berkenan kelahiran.

Lebih adfhal jika anda dapat meluangkan masa menghadiri kelas-kelas antenatal bersama isteri anda dengan fikiran yang terbuka. Dengan cara ini, anda akan memperolehi maklumat mengenai proses kelahiran dan bersalin, serta dapat membuat sedikit-sebanyak perancangan bagaimana hendak menghadapi hari tersebut. takde lah terpinga-pinga melopong bila doktor dok beriya-iya menerangkan keadaan isteri dalam dewan bersalin.

4. Fleksibel.

Para suami harus menanam sikap sabar yang tinggi, dan jangan mudah menjadi tantrum sekiranya proses kelahiran mengambil masa yang terlalu lama seperti menggesa doktor dan jururawat untuk cepatkan proses tersebut. Malahan, jangan mudah menjadi panas baran juga, jadilah seorang yang fleksibel.

5. Cari sesuatu untuk mengalihkan perhatian.

Suami perlu pandai mengalihkan perhatian isteri yang dalam kesakitan seperti urut tapak kaki atau pun urut belakang badan isteri. Oleh sebab itu, para suami amat digalakkan untuk persiapkan diri dalam untuk mempelajari di kelas-kelas antenatal memfokus kepada mengajar bakal-bakal ibu bagaimana menghadapi sakit bersalin menggunakan teknik-teknik bertenang dan teknik pernafasan.

6. Lakukan segala-galanya sendiri.

Walaupun ramai orang yang lebih berpengalaman di sekeliling anda yang boleh membantu, anda adalah tonggak utama yang paling penting bagi isteri anda. Buat apa sahaja dan dapatkan apa yang diperlukannya.

Tidak kiralah jika anda terpaksa berlari ke kafetaria untuk membeli gula-gula ataupun mengambilkannya segelas air, ataupun berbincang dengan doktor bagi pihaknya.

Biasanya isteri nak dekat-dekat bersalin ni manja nye terlebih. layankan aje !

7. Tahu batas-batas anda.

Para suami harus tahu apa yang anda patut lakukan di dalam bilik bersalin dan jangan buat sekiranya anda tidak tahu, serahkan pada yang pakar sahaja. Pastikan juga anda tidak mabuk darah atau pun pengsan ketika melihat darah yang banyak dalam bilik bersalin, kerana sukar untuk para doktor dan jururawat lakukan dua kerja.

8. Bersedia untuk membuat keputusan pada saat-saat genting.

Sebagai pemimpin, pada saat-saat genting ini lah anda harus tahu untuk membuat keputusan kerana isteri dalam kesakitan, manakala ahli keluarga pula dalam perjalanan ke hospital. Pasti semuanya kelam kabut untuk membuat keputusan. Jadi, bekerjasama lah dengan doktor, berbincang dengan isteri dan berikan keputusan mengikut nasihat doktor

9. Bersedia untuk menunggu.

Tidak seperti yang anda lihat dalam filem ataupun televisyen, kebanyakan wanita terpaksa menempuh sakit bersalin selama berjam-jam sebelum mereka pergi ke hospital.

Banyak pasangan yang merasakan lebih selesa berada di rumah sahaja pada peringkat awal kelahiran. Tambahan pula, banyak pusat-pusat bersalin yang lebih suka jika anda menunggu sehingga kontraksi anda lebih kerap dan jarak di antaranya lebih dekat sebelum anda mendaftar masuk.

10. Berada di sisinya.

Kebiasaannya si isteri akan meminta ibu untuk berada di sisi dan membantu apa yang patut sekiranya si suami tiada di sisi. Namun, sekiranya permintaan isteri mahukan suami sendiri berada di sisi, jadilah ‘rakan kelahiran’ bagi isteri untuk membuat mereka berasa selesa. Jangan lepas tangan nak serahkan kepada pihak hospital mentah-mentah.

Ingat, wanita yg sedang sakit bersalin, perlukan peneman di sisi. jangan abaikan mereka. Kongsi saat indah ini bersama, supaya anda lebih menghargai isteri anda

Kepada wanita nak bersalin tu, jangan 'berperang' sendirian, jom bawak sekali suami teman anda!

Semoga Bermanfaat!

]]>
Kata-Kata Semangat Ketika Hati Ingin Cinta Dan Taubat. https://redaksi.com/1057-kata-kata-semangat-ketika-hati-ingin-cinta-dan-taubat Sun, 27 Aug 2017 14:22:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1057 Assalamualaikum..

Hai semua, maaf kerana dah lame tak update story, sekarang nie sedang musim peperiksaan dan ramai yang hantar email dan di facebook untuk acik kongsikan ayat menarik. Ini saje mampu yang acik kongsi , kepadanya kita meminta kepadanya juga kita berserah demi cinta dan Agama ♥

"Cintailah kekasihmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."
- Sayidina Ali Bin Abi Talib

Setulus manapun kita mencintai seseorang, seikhlas mana pun kita menyayangi seseorang, Kalau dia bukan jodoh kita tetap bukan jodoh kita. kerana Jodoh itu telah ditetapkan oleh Allah. Apa yang kita perlu lakukan adalah dengan sentiasa berdoa agar diberikan insan yang terbaik buat diri kita dan berusaha menjadi yang lebih baik. Bukanlah pengakhiran cinta itu satu hukuman tetapi hikmah yang diberikan oleh Allah, kerana dia lebih mengetahui apa yang lebih baik buat diri kita. Ingatlah, Perempuan yang baik untuk Lelaki yang baik dan begitu juga Lelaki yang baik untuk Perempuan yang baik. Itulah janji Allah yang tidak perlu ada keraguan padaNya.

LELAKI yang BAIK itu tidak semestinya datang dengan Kepala BERKOPIAH, JANGGUT sejambak atau HARTA yang MEMBUAK...Betapa indahnya nya jika berada di JALAN ISLAM, KASIH SAYANG kerana ALLAH, BERJUMPA dan BERPISAH kerana Allah...



ALLAHURABBI..

Kamu perlukan KEKUATAN untuk mengahadapi KELEMAHAN, kamu perlukan KEBERANIAN untuk menghadapi KETAKUTAN, dan kamu perlukan ALLAH di dalam perjalanan KEHIDUPAN ^_^

Masa depan milik ALLAH ..kita tak tahu apa pon ...saya ataupon kamu kita tak tahu apa yang berlaku kejap lagi ..percayalah... ALLAH tak akan membiarkan kita sekelip mata..Sedangkan permintaan iblis yang paling ingkar pon ALLAH makbulkan ..apatah lagi kita manusia yang kekurangan... mohonlah kepada ALLAH

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Sesungguhnya Hati Ini Tidak Pernah MENDAMBAKAN Seorang Insan Yang SEMPURNA Tuk Menjadi TEMAN HIDUPKU,Namun,Cukuplah Diriku Merasa SEMPURNA Pabila Memiliki Dirinya,Dan Dapat Membuatnya SEMPURNA Di MATAMU..Amin Ya Rabb

Jangan bersedih bila orang lain tidak memahami dirimu.Tapi berdukalah kerana dikau tidak memahami orang lain.Jangan bersedih bila orang lain tidak mempercayai dirimu.Tapi berdukalah kerana dikau tidak percaya pada dirimu sendiri,musahabah diri untuk diri ini.



Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian.

2. Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini.

3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit.

4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik.

5. Riak bila bersedekah.

6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran.

7. Tidak/kurang beristighfar.

8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh.

Nota: Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain...



Lelaki yang GENTLE adalah lelaki yang selalu mendoakan orang yang dia sayangi setiap hari yang kita sukai belum tentu yang terbaik, tapi yang Allah sukai pasti yang terbaik utk kita. Tabarakallah..

Allah buka pintu keampunan pada waktu siang untuk Dia mengampunkan orang yang buat dosa pada waktu malam, & Dia membuka pintu keampunan pada waktu malam untuk Dia mengampun orang buat dosa pada waktu siang.”

Berdoalah kepada Allah, dalam keadaan yakin doa kamu diterima. Tabarakallah

Jadilah kamu orang yang baik, orang yang baik bila ada di sukai, bila tiada di rindui, bila mati di tangisi. Janganlah kamu jadi orang jahat, bila ada di benci, bila tiada di sukai ,bila mati di syukuri.- Sayyidina Ali Bin Abi Thalib

Jodoh yang baik, selepas lakukan solat istikharah, bila dengar nama dia kita rasa tenang, hati tenang. Maka itu jodoh yang baik.Tapi jika kita sebut nama dia, kita rasa tak tenang, rasa gelisah, serabut dll. Itu petanda jodoh yang tidak baik. #renungan

Jangan BERMANJA pada yang tak HALAL.

Jangan BERCERITA pada yang tak AMANAH.

Jangan PAKSA pada yang tak SETIA.

Jangan UNGKIT pada yang tak MENGHARGAI.

Jangan BENCI pada yang tak MENGERTI.

Jangan BERHARAP pada yang tak SUDI.

Jangan memaksa pada yang tak CINTA.

Dan jika Berani MENCINTAI Perlu Berani MENIKAHI...

Ramai yang fikir nak kawin muda.. nak rase se'sweet' kawin muda. tp jarang pula yang fikir bagaimana kalau ditakdirkan mati muda. ??

Air mata kadang kala lebih istimewa daripada senyuman, kerana senyuman boleh dberikan kepada sesiapa sahaja,

tetapi tangisan hanya dtitiskan untuk orang yang tersayang...!

Hargailah mereka yang menitiskan air mata untuk anda =)

Allah memberikan pertemuan agar Takdir di cipta..
Allah mewujudkan Sayang agar kita Boleh mengenali..
Allah menitipkan Rindu untuk kita Saling mengigati..

P/S: Bukan hanya DEKAT DI MATA, bukan jua yang DEKAT BICARANYA. Tetapi yang sentiasa DI HATI dan DIINGATI dalam setiap BISIKAN DOA.. .terima kasih ALLAH ♥

Tak salah kita nak suka seseorang, tapi hormatilah AGAMA kita, ISLAM. Malu lah dengan Allah. Jangan la belom ade ape2 ikatan yang sah, dah nak pegang2, nak pelok2. Lepas tu lagi best, g tayang 1 dunia dlm fb ni. Bertambah2 best bila ade org komen :

“Waaah~ sweetnyeerrr.... :D Hot couple !” =.='

♥ ha'ah..memang HOT la nanti kat neraka kan? (T_T)

“Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan melalui Sabar dan Shalat, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. Dan benar-benar akan Kami uji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan buah-buahan, dan berilah kabar gembira bagi orang-orang yang sabar, (yaitu) yang apabila mereka tertimpa musibah mereka mengatakan “Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali” (Q.S. Al-Baqarah: 155-156)

]]>
Beza Bakal Suami Dengan Lelaki Buaya Darat. https://redaksi.com/2169-beza-bakal-suami-dengan-lelaki-buaya-darat Wed, 02 May 2018 12:37:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2169 Kebanyakkan lelaki mengenali dan merapati seorang wanita, bukan untuk mengahwini mereka. Tetapi mereka hanya ingin jadikan wanita sebagai hiburan semata-mata. Mereka ingin menggunakan kelebihan yang terdapat pada wanita, bersuka-suka bahkan ada yang lebih teruk, merosakkan wanita. Kita dapat membezakan kedua-duanya ini dengan penelitian melalui:


1. Personaliti.

Jangan sesekali terpedaya dengan pakaian seorang lelaki. Tidak bermakna pakaian elok mempunyai akhlak yang baik. Lihat bagaimana seorang lelaki itu bergaul dengan orang lain. Adakah dia sangat rapat dengan wanita? Sekiranya ya, itu petanda dia lelaki buaya darat. Carilah lelaki yang hormat kepada orang lain, lebih-lebih lagi apabila bersama wanita.

2. Kata-kata.

Seorang lelaki yang mengimpikan anda menjadi isteri akan meletakkan impian masa hadapan bersama anda. Contohnya, “nanti saya nak beli rumah besar, awak jaga anak-anak ya. Biar saya je kerja.” Kata-kata ini menunjukkan lelaki tersebut serius dalam perhubungan. Lelaki buaya darat hanya pandai bermain kata-kata manis sehingga membuatkan wanita diulik mimpi dan tertipu.

3. Cara bergaul.

Bakal suami akan menjaga tingkah laku apabila bersama. Kerana dia mahu keseronokkan dalam perhubungan dapat dirasai ketika sudah bergelar suami isteri sahaja. Lelaki buaya darat akan berlakon menjadi seorang yang sangat prihatin terhadap diri anda, bahkan membuatkan anda terpesona dan terpedaya. Hati-hati.

4. Kesungguhan.

Lelaki buaya darat tidak akan serius dalam hal perkahwinan, kerana baginya wanita hanyalah hiburan buat mereka. Untuk berjumpa ibu bapa sudah tentu tidak. Jika ada seorang lelaki sanggup dan berani berjumpa ibu bapa seorang wanita, itu petunjuk dia calon suami yang baik. Kalau tolak, menyesal.


Oleh itu, kenal pasti betul-betul mana lelaki yang boleh dijadikan suami, dan yang mana lelaki buaya darat. Pastinya seorang wanita hanya mahukan dirinya dilindungi kan? Bukan untuk dinikmati atau dikhianati. Jadi, pilih betul-betul dan buat keputusan yang tepat.


]]>
Wanita Perlu Memahami 4 Isyarat Ini Daripada Lelaki, Supaya Mereka Lebih Menyayangi Anda. https://redaksi.com/3086-wanita-perlu-memahami-4-isyarat-ini-daripada-lelaki-supaya-mereka-lebih-menyayangi-anda Thu, 02 Aug 2018 10:01:30 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3086 Kadang-kala didalam komunikasi, wanita lebih dominan daripada lelaki kerana wanita sukar untuk berhenti apabila bercakap. Manakala lelaki hanya mendiamkan diri sahaja, tidak tahu sama ada ia adalah tanda setuju ataupun tidak. Perkara sebegini membuatkan wanita tidak sedar akan isyarat-isyarat yang diberikan oleh lelaki, kerana hanya mementingkan diri sendiri apabila berbicara.

Jadi, untuk saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain, wanita harus tahu isyarat-isyarat ini daripada lelaki…


1. Isyarat apabila si dia perlukan ruang dan masa untuk berfikir.

Apabila dalam perbincangan, kepala lelaki seakan banyak menggeleng tanda tidak bersetuju. Dan kemudian mereka akan berdiam diri, cara begini sebenarnya untuk menjauhkan diri mereka daripada wanita yang terlalu banyak bercakap. Mungkin sering bualkan isu yang sensitif.

Jadi, wanita, apabila melihat keadaan sebegini, dan mulai sedar si dia mula mendiamkan diri. Anda perlu juga mendiamkan diri dan beri mereka ruang. Kadang-kala ia bukan salah wanita itu seratus peratus, cuma dengan mendiamkan diri dan diberi ruang, lelaki akan dapat kembali kuasa mereka untuk berfikir.


2. Isyarat apabila si dia mempunyai sesuatu hal penting untuk diberitahu.

Apabila lelaki mempunyai sesuatu hal untuk dibincangkan, si dia pasti akan mengemam mulut dengan banyak kali, menjilat bibirnya. Secara saintifik, apabila kita sering membasahkan bibir dan bermain-main dengan bibir kita ketika berbual dengan seseorang, otak kita akan memberi isyarat pada lidah dan bibir untuk berkata-kata.

Jadi, jika situasi ini berlaku, tanyakan pada mereka, apa yang sedang bermain dalam fikirannya? Tunggu sehingga mereka ingin mulakan bicara, dan kemudian dengar dengan teliti.


3. Isyarat ketika dia ingin sembunyikan sesuatu.

Jika lelaki secara tiba-tiba berhenti ketika perbualan yang rancak bersama anda, dan anak mereka meliar, pasti ada sesuatu yang mereka igin sembunyikan. Langkah pertama menjadi kekasih mereka adalah, jangan memaksa mereka untuk meluahkan sesuatu. Berkemungkinan ia bukan lah kisah anda, cuma perlu menutup aib seseorang.

Jika si dia mengatakan ia bukanlah tentang anda, anda anggukkan sahaja kepala. Ketika ini anda sebenarnya memberikan mereka peluang untuk berfikir, sama ada untuk memberitahu anda perkara yang sebenar atau tidak.


4. Isyarat ketika si dia ragu-ragu.

Mereka sering menggigit atas atau bawah bibir dan mengemam bibir tersebut dengan lama. Ketika ini mereka merasakan ragu-ragu dengan kekasihnya. Dia inginkan anda memberitahu hal yang sebenar tetapi menunggu masa yang sesuai. Berkemungkinan si dia terlihat sesuatu yang mengejutkan mengenai anda, atau terlihat anda dengan lelaki lain.

Jadi, sebagai wanita anda harus mengatakan “Apa sahaja yang awak nak bagitahu saya, saya akan cuba terima” atau “Saya akan cuba mendengar”.


 

 

 

]]>
Tanda Lelaki Mempunyai Ego Tinggi. https://redaksi.com/1194-tanda-lelaki-mempunyai-ego-tinggi Mon, 11 Sep 2017 12:38:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1194 Tanda lelaki mempunyai ego tinggi.

Begitu sinonim jika perempuan mengatakan bahawa lelaki lebih ego daripada mereka. Apakah maksud ego? Ego bermaksud rasa harga diri atau kepentingan diri seseorang. Dalam konteks ini, lelaki ego adalah rasa harga diri seorang lelaki dan kepentingannya ibarat harta yang sangat bernilai untuk dilindungi, dipertahankan dalam apa jua cara sekalipun. Mengapa lelaki sering dikatakan lebih ego daripada perempuan? Hal ini tidak bermaksud bahawa perempuan tidak mempunyai ego tetapi ego seorang perempuan lebih biasa disebut maruah. Sebenarnya kedua-dua perkara ini sangat sering menjadi perbualan dalam terma kesombongan individu tertentu dalam memberi tindak balas kepada orang lain.



Pada mulanya, keegoan seorang lelaki akan dilihat sangat yakin, seorang yang sangat tegas dalam hal tertentu atau juga memaparkan seorang lelaki yang sangat kuat dan gagah. Namun begitu, apabila melibatkan hubungan dua hala antara lelaki dan perempuan, sifat ego yang tinggi akan merosakkan impian untuk bersatu. Sekiranya kedua-dua berkeras mahu mempertahankan ego masing-masing, maka tiada keputusan akan dapat dibuat bersama melainkan percakaran tanpa henti akan mengakibatkan perpisahan boleh berlaku.



Jadi bagaimana untuk kita mengenali bahawa seorang lelaki itu mempunyai ego yang sangat tinggi. Apakah tanda lelaki ego tinggi? Sebelum kita mengenal tanda-tanda lelaki ego tinggi, lebih baik saya memberikan contoh beberapa situasi lelaki meletakkan egonya lebih tinggi daripada biasa. Lelaki ego jika jatuh cinta dalam diam adalah salah satu contohnya. Apabila melibatkan situasi "best man win" atau dipaksa mengaku sedang bercinta sedang dirinya belum dapat kepastian itu daripada perempuan atau juga apabila lelaki dilihat menyembunyikan perasaan cintanya kepada seorang perempuan. Kebiasaan situasi ini kita akan dapat lihat dengan jelas dalam drama melayu tempatan. Begitu banyak dipraktikkan dalam babak lakonan tentang bagaimana seorang lelaki sebenarnya suka pada seorang perempuan tetapi menafikan walhal sentiasa mengambil berat terhadap perempuan tersebut.

Apakah tanda lelaki mempunyai ego tinggi? Seringkali soalan itu menjadi bualan para perempuan apabila merujuk kepada sikap seorang lelaki. Sama ada seorang lelaki itu sangat dibenci atau disayangi, perkataan ego tinggi boleh menjadi menggambarkan begitu sangat kejam atau juga boleh menjadi "natural ego". Natural ego saya ungkapkan kepada seorang lelaki yang mempunyai ego tetapi masih dalam situasi tidak dibenci oleh seorang perempuan di sisinya terutamanya isteri atau ahli keluarga yang lain. Dalam rumahtangga, walaupun benci tetapi ada juga sayangnya.



Tanda-tanda seorang lelaki mempunyai ego yang sangat tinggi adalah seperti yang saya nyatakan dalam perenggan dibawah. Tanda-tanda lelaki ego tinggi adalah:

1. Keputusannya sangat muktamad.

Biarpun pada pandangan kamu keputusan yang dibuat olehnya adalah berkemungkinan salah, namun seorang lelaki berego tinggi akan tetap mempertahankan tindakannya kerana baginya kepimpinannya jangan dipersoal lebih-lebih lagi daripada seorang perempuan. Sangat sukar untuk dipujuk rayu untuk mengubah keputusannya. Baginya apa yang telah diputuskannya adalah muktamad dan tidak boleh dipinda.

2. Menidakkan kebenaran yang jelas.

Kadangkala setelah seorang lelaki membuat keputusan yang salah, sangat sukar dirinya mengaku kesilapan yang telah dilakukan. Sedikit pun tidak mempunyai rasa bersalah atas tindakannya. Dirinya kelihatan hina jika terpaksa memohon maaf atas kekhilafannya lebih-lebih lagi kepada orang yang dipimpinnya (perempuan). Mengaku dirinya salah sangat merendahkan taraf seorang lelaki bagi mereka yang mempunyai ego tinggi.

3. Sukar mengaku kesilapannya.

Seperti yang saya terangkan pada point no.2, lelaki ego tinggi sangat sukar melakukan hal ini. Biarpun dipaksa. Tidak akan sekali-kali mereka melakukan hal seperti ini kecuali kepada pihak berkuasa seperti polis. Baginya semua kesilapannya adalah sangat kecil walhal kadang-kala kesilapan itu melukakan hati kamu. Umum semua tahu hati perempuan bila disakiti, mereka sangat menginginkan dipujuk oleh lelaki. Pengakuan kesilapan daripada seorang lelaki sebenarnya mampu memulihkan luka seorang perempuan.



4. Mempunyai ciri-ciri keperibadian narsisistik.

Seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri pesakit mental narsisistik disebut sebagai individu dalam tempoh jangka masa panjang menunjukkan tindakan abnormal terhadap perasaan dirinya sentiasa memiliki kelebihan berbanding orang lain dan sangat gemar kepada penghargaan dan sanjungan kepada dirinya tanpa memikirkan perasaan orang lain. Pada tahap ini boleh dikira sangat bahaya kerana ketaksuban dirinya untuk sentiasa berada dalam posisi lebih tinggi daripada orang lain bakal mengundang pertelingkahan dan sebagainya. Sangat merasa dirinya lebih hebat berbanding orang lain.

5. Tidak berminat mendengar apa yang perempuan katakan.

Jika berdepan lelaki ego tinggi, sangat mustahil bagi kamu untuk berjaya dalam melontarkan apa-apa cadangan atas perkara tertentu kerana bagi mereka yang berego tinggi, setiap apa yang diperkatakan oleh kamu terutamanya tidak boleh diterima pakai. Dirinya sahaja yang betul maka setiap keputusannya adalah yang terbaik. Jika bersuamikan seorang lelaki ego tinggi, kelihatan lelaki lebih mendominasi dan kebiasaannya isteri akan menjadi lebih pendiam dan ikutkan sahaja apa keinginan suaminya kerana sudah terikat dalam ikatan suami-isteri.

6. Selalu mengkritik perempuan tanpa sebab.

Apa sahaja yang kamu buat dia akan kritik. Ada sahaja yang tidak kena dengan segala tindakan kamu. Tiada alasan yang munasabah mengapa dia selalu mengkritik kamu. Paling teruk sekali, semua kesalahan diletakkan beban ke atas kamu seorang sahaja. Apa sahaja yang kamu buat akan menjadi salah di mata kamu walaupun bagi hal-hal yang sangat kecil.

7. Suka menghakimi orang lain dengan salah.

Apabila berdepan dengan situasi ini, kamu tidak mempunyai pilihan lain selain menjauhkan dirinya daripada orang lain yang tidak ada kena mengena dengan kamu berdua. Dengan kata lain, pandangannya terhadap orang lain bakal mengundang pertengkaran dan pergaduhan besar jika tidak cuba dielakkan sejak awal. Masalah dengan suka menghakimi orang lain adalah penghakimannya selalu tersasar. "Don't judge the book by it's cover". Jangan pula disangka orang asing yang senyum kepada kamu adalah teman lelaki sedangkan kamu juga tidak mengenali orang tersebut. Lelaki ego tinggi sangat mempertahankan apa yang dimilikinya.

8. Selalu merendahkan orang lain.

Kebiasaannya lelaki ego tinggi merasa dirinya lebih bagus daripada orang lain. Tidak hairanlah jika mereka akan mudah memandang rendah terhadap kemampuan orang lain termasuk kamu. Apa sahaja kemahiran yang kamu miliki nampak remeh baginya. Seperti contoh jika kamu hebat memasak, pasti dia akan mengatakan dirinya lebih hebat memasak walhal sekali pun kamu tidak pernah menjamah apa yang dimasaknya.

9. Mudah naik marah dengan hal kecil.

Tidak dinafikan jika seseorang mempunyai perasaan ego yang sangat tinggi akan mudah marah walaupun pada hal-hal yang sangat kecil. Ada saja bahan untuk dia marah dan melenting dengan tiba-tiba. Oleh kerana apa yang dia nampak dihadapannya kelihatan tidak betul, maka sangat mudah lelaki ego tinggi untuk marah kerana tidak berkenan di matanya. Dengan kata lain, apa yang ada dihadapannya jika tidak mengikut apa yang dia inginkan, keingkaran orang lain ibarat mencabar kemahuannya.

Berdepan dengan tanda lelaki mempunyai ego tinggi akan membuatkan perempuan berada dalam keadaan tidak menentu dan selamat. Risikonya sangat banyak dan lelaki tersebut perlu menjalani rawatan pemulihan psikologi dan sebagainya sebelum melarat kepada keadaan yang sangat tidak boleh dikawal lagi. Jika perempuan masih berada dalam situasi kekasih atau teman mesra tapi tiada ikatan lagi, tiba masanya perempuan membuat keputusan dengan segera berbanding mempunyai lelaki ego tinggi sebagai suami. Agak sulit untuk membuat keputusan apabila berada dalam keadaan terikat lebih-lebih lagi jika sudah mempunyai cahaya mata. Anak bakal diutamakan oleh seorang perempuan berbanding lelaki (suami) ego tinggi.

Wallahualam.

]]>
Cinta Yang Dulunya Mekar Kini Semakin Pudar Selepas Berkahwin? Adakah Kerana 4 Punca Ini. https://redaksi.com/3513-cinta-yang-dulunya-mekar-kini-semakin-pudar-selepas-berkahwin-adakah-kerana-4-punca-ini Thu, 13 Sep 2018 16:23:52 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3513 Ketika bercinta itu sememangnya semuanya indah, bertambah indah apabila memperoleh pasangan yang dikatakan idaman kalbu. Tetapi mungkin anda tidak sedar bahawa dugaan anda akan tiba selepas kalian menjadi suami isteri. Sebab itu anda sentiasa menikmati kebahagiaan dengan begitu teruja sekali sehinggakan terlupa untuk menyediakan perlindungan pada kemudian hari. Mari kita tahu 3 mungkin penyebabnya.


1. Harapan.

Semua orang mempunyai harapan mereka sendiri untuk pasangan dan tentang apa yang mereka tinggalkan dalam kehidupan rumah tangga. Tetapi jika jangkaan dan jangkaan tidak seperti yang diharapkan, akan ada kekecewaan. Dan inilah yang mencetuskan rasa cinta yang semakin merosot. Cinta yang nampaknya melelahkan kerana tekanan dari jangkaan.

2. Tanggungjawab.

Kadangkala tanggungjawab yang berlebihan juga boleh menyebabkan keletihan pada pasangan. Pihak yang terlalu menekankan tanggung jawab sehingga menjadi beban untuk satu pihak sahaja, bukan hanya boleh mencetuskan pertengkaran namun juga memudarkan cinta. Misalnya tanggungjawab dikongsi secara adil dan seimbang, cinta dapat dikekalkan.


3. Hilang rasa hormat.

Apabila di antara kalian hilang rasa hormat dan saling menghormati, maka anda akan seperti orang asing walaupun berada di dalam satu rumah dan tidur di satu tempat tidur. Suasana perkahwinan adalah sejuk kerana hanya ada ego sahaja. Terutama jika anda berdua mula menghindari antara satu sama lain.

4. Tidak Menamatkan masalah yang ada.

Oleh kerana tidak ada komunikasi yang baik, pada akhirnya hanya akan ada banyak masalah yang terkumpul tanpa penyelesaian, tanpa pengakhiran. Apabila satu masalah ditimpa dengan masalah lain yang belum selesai, akan ada satu siri masalah yang tidak berkesudahan.

Empat perkara ini lah yang menjadi punca pudarnya sebuah percintaan selepas perkahwinan. Lebih baik jika pasangan suami isteri mengetahui perkara ini dan cuba untuk mengelakkannya.

]]>
Carilah Pasangan Yang Menjaga Solat. https://redaksi.com/1769-carilah-pasangan-yang-menjaga-solat Wed, 28 Mar 2018 09:12:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1769 Solat adalah tiang agama. Jika seseorang tidak menunaikan solat, bermakna dia telah meruntuhkan agama. Peribadinya juga akan memunculkan sifat-sifat negatif yang ada pada diri. Bagi yang berusaha untuk memperbaiki diri, mereka juga disarankan agar memperbaiki dan terus berusaha untuk mendalami ilmu yang berkaitan dengan solat. Pelajarilah cara sebenar solat yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Seorang yang menjaga solat, bermakna dia telah memperbaiki kehidupannya. Carilah pasangan hidup yang menjaga solat. Sebab:


1. Taat pada agama.

Orang yang berasa dirinya hebat tidak akan menjaga solat. Solat dapat merendahkan diri seseorang. Dengan bersujud, seseorang akan merasa dirinya hina di hadapan Allah jika dilakukan dengan penuh penghayatan. Mana mungkin dia dapat menjaga solat dalam keadaan merasa dia kuat, boleh lakukan apa saja tanpa bantuan sesiapa.

2. Kuasa solat berjemaah.

Dengan solat berjemaah, kita sebenarnya sedang memperbaiki hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan kita bersama keluarga serta orang yang bersama dalam solat tersebut. Apabila pasangan mendirikan solat bersama, isteri merasa kepimpinan seorang suami, suami pula akan merasa dia sedang memimpin ahli keluarganya agar sama-sama menuju kebaikan dan kejayaan. Bukankah perasaan itu perlu dalam sebuah keluarga?

3. Keberkatan dalam keluarga.

Berkat bermakna ‘bertambah kebaikan dalam hidup seseorang.’ Jika solat dapat dilakukan, maka bertambah jugalah kebaikan pada diri. Ada pasangan yang diuji dengan kesusahan, tapi mereka tidak merasa kesusahan tersebut. Kehidupan mereka sentiasa Allah cukupkan keperluaanya. Itulah yang dinamakan ‘hidup berkat.’ Malah yang lebih mengagumkan, dengan wang yang sedikit mereka mampu untuk menjaga tanggung jawab sebagai seorang hamba Allah, anak-anak pandai dan cemerlang dalam pelajaran dan sahsiah, serta mereka masih lagi mampu untuk menghulurkan wang kepada orang yang lebih susah daripada mereka.


Jika anda ingin mencari pasangan. Pilihlah pasangan yang menjaga solat. Pesanan bagi wanita, lihatlah ke mana kaki calon anda pergi saat azan berkumandang. Jika dia pergi ke masjid, tahniah. Itulah pasangan terbaik buat anda. Mudah-mudahan keberkatan bersama kalian kelak.


]]>
Bahana Apabila Tidak Mengasingkan Tempat Tidur Anak Dengan Ibu Bapa. Hati-Hati! https://redaksi.com/5677-bahana-apabila-tidak-mengasingkan-tempat-tidur-anak-dengan-ibu-bapa-hati-hati Tue, 02 Apr 2019 15:24:55 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5677 Anak-anak yang masih kecil pasti dalam ketakutan ketika mahu tidur pada waktu malam berseorangan, jadi situasi sebegini membuatkan para ibu bapa berasa bersalah dan membawa mereka tidur bersama. Akan tetapi hal ini sebenarnya perlu dititiberatkan supaya anak-anak mengetahui bahawa tempat tidur ibu bapa adalah tempat privasi.

Nampak seperti tiada masalah akan berlaku, akan tetapi ia mendorong anak-anak akan mengetahui segala perilaku ibu bapanya dalam keadaan ibu bapa tidak sedar. Kelihatan anak-anak tidur dengan lena, namun tidak menjamin mereka tidak sedar sehingga ke esok pagi.

Image result for peeking under blanket

Bahana yang akan berlaku adalah, anak-anak akan tersedar dan melihat kedua ibu bapanya melakukan hubungan intim dimana ia akan menjejaskan psikologi anak-anak. Bukan sahaja terlihat, bunyi-bunyian juga akan menganggu fikiran mereka, dan mendorong rasa ingin tahu yang sangat kuat.

Kesannya, anak-anak mudah terikut dan melakukan bersama rakan sebaya pula. Tidak hairan sekiranya hal ini terbawa-bawa sehingga mereka muda remaja.

Oleh sebab itu, pendidikan seks perlu diterapkan pada anak-anak dimana mengasingkan tempat tidur itu amat penting ketika anak-anak sedang membesar.

Dalam membentuk keluarga Islam juga, pendidikan ini amat penting supaya anak-anak tidak terjebak dengan gejala sosial seperti pada masa kini. Ia amat membimbangkan para ibu bapa, namun tidak pula dimulakan dahulu dalam kawasan rumah seperti…

  • Mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan anak-anak.
  • Mengasingkan tempat tidur antara adik-beradik lelaki dan perempuan.
  • Mengingatkan aurat anak-anak.
  • Memantau apa yang ditonton oleh anak-anak pada semua gajet.
  • Malah adegan romantik antara suami isteri juga JANGAN terlalu intim di depan anak-anak. Sekadar peluk, pegang tangan antara suami isteri sudah menunjukkan bahawa anda ibu bapa yang bahagia di depan anak-anak.

Sebagaimana Allah SWT berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu),

dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari,

dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya).

Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain.

Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (An-Nur: 58)

Daripada ayat di atas sudah dijelaskan bahawa pendidikan asas di dalam rumah. Maka, bilik ibu bapa adalah tempat yang paling banyak menyimpan rahsia antara suami isteri dimana orang luar juga bukan sesuka hati boleh masuk begitu sahaja. Sedangkan anak kecil perlu meminta izin, apatah lagi orang luar.

Oleh sebab itu, ajarlah anak-anak sejak dari kecil untuk mengetuk pintu dan meminta izin untuk masuk ke bilik anda kerana boleh jadi ia adalah masa untuk suami isteri bersama, dan tidak sepatutnya dilihat oleh anak-anak kecil.

Adab ini mestilah diajar kepada anak-anak sebelum umur baligh mereka dan mereka mestilah mememinta izin dalam tiga keadaan iaitu...

  • Di waktu sebelum sembahyang subuh kerana pada ketika itu manusia sedang tidur di atas tempat peraduan mereka
  • Di waktu tengah hari, kerana manusia mungkin sedang menanggalkan pakaiannya ketika itu, dan sedang duduk bersama-sama isterinya
  • Di waktu sesudah sembahyang isyak kerana waktu itu adalah waktu tidur dan waktu berehat

Sekiranya anak-anak sudah baligh dan cukup akal, maka wajiblah kepada para ibu bapa dan pendidik untuk mengajar mereka meminta izin pada ketiga-tiga waktu tersebut sesuai dengan firman Allah yang bermaksud…

“Dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. Demikianlah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

]]>
Pentingnya Komunikasi Di Dalam Perkahwinan. Jangan Pendam Perasaan Anda! https://redaksi.com/1554-pentingnya-komunikasi-di-dalam-perkahwinan-jangan-pendam-perasaan-anda Fri, 09 Mar 2018 09:57:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1554 “Sayang, you dengar tak I cakap apa ni? Jangan asyik mengadap phone je!”


Komunikasi adalah aspek utama di dalam perhubungan sesama manusia. Tidak kira secara visual atau lisan. Dengan mengikut peredaran masa, komunikasi juga berlaku melalui telefon bimbit dan internet. Tidak sah, jika kita tidak menggunakannya dalam masa satu hari. Setiap masa dan juga setiap saat.


Kita selalu disogokkan dengan kenyataan seperti fikiran wanita lebih kompleks daripada lelaki. Kini, lelaki turut mempunyai fikiran yang kompleks sehinggakan wanita tidak tahu cara yang terbaik untuk berkomunikasi dengan mereka. Jika perempuan mengalami proses period setiap bulan, tetapi apa kisah pula dengan lelaki yang sentiasa bisu seribu bahasa?

Jodoh adalah apabila seseorang itu dapat menurunkan ego anda dan boleh bertolak ansur secara baik. Jika pasangan masih degil dan ego, adakah mereka bukan Jodoh anda yang terbaik?

 Ikuti tips komunikasi dengan cara yang lebih baik!

1. Komunikasi yang berkesan adalan dengan adanya ‘eye contact’, kerana melalui mata anda boleh dapat mengesan jika pasangan itu berkata benar, menipu atau menyorok perasaannya yang sebenar.

2. Jika melalui ‘eye contact’ anda gagal, cuba melalui sentuhan khas untuk mereka yang telah berkahwin. Pegang tangan mereka dan cuba rendahkan nada suara anda. Api lawannya air bukan?

3. Sentuhan pun tidak menjadi? Amukan pasangan masih belum reda. Cuba call atau ‘video call’ pasangan, sudah tentu pasangan akan berasa hairan, duduk sebumbung tapi mahu call? Ukiran senyuman pasti terukir.


4. Manusia tidak lari dengan perasaan amarah, sama ada lelaki atau wanita mereka juga memerlukan ruang untuk merajuk atau dipujuk. Ini yang dinamakan ego. Kalau dengan ego anda, adakah masalah anda selesai? Tidak elok ye, pasangan suami isteri tidak bertegur siapa, menjadi contoh tidak elok pada anak-anak di kemudian hari.

5. Imbas kembali bagaimana anda berkomunikasi dengan pasangan ketika mula-mula bercinta. Jika ada masalah, adakah anda pendam atau dengan cara luahan hati?

6. Mudah sahaja untuk bertenang, ambil wuduk dan baca Al-Qur’an, Insya Allah amarah anda pasti reda.

  

]]>
Eh, Ingatkan Orang Perempuan Je Yang Ada 'Eddah' Tapi Rupanya Lelaki Pun Ada 'Eddah' Selepas Bercerai. Haa, Tekejut? Ini Penjelasan Encik Peguam Kita. https://redaksi.com/6720-eh-ingatkan-orang-perempuan-je-yang-ada-eddah-tapi-rupanya-lelaki-pun-ada-eddah-selepas-bercerai-haa-tekejut-ini-penjelasan-encik-peguam-kita Sat, 03 Aug 2019 10:35:58 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6720 Selalunya yang kita tahu adalah eddah isteri yang diceraikan serta isteri yang kematian suami kan? Tak penah pula kita dengar orang lelaki yang bercerai pun ada eddah juga.

Haaa, tekejutkan?

Lepas ni kalau bercerai tak boleh la senang-senang orang lelaki nak kahwin baru. Kena tunggu habis eddah dulu baru boleh kahwin.



Tapi bila eddah orang lelaki ini akan habis dan boleh kahwin lain, kalau orang perempuan ada yang kena tunggu 3 kali suci atau selepas bersalin. Orang lelaki punya macam mana?

Dari kita main teka teki tak tahu apa, lebih baik kita fahami penjelasan Peguam Syarie, Fahmi Ramli ini dulu. Dah jelas, dah faham barulah boleh kahwin. Ehhh, tapi kalau single sabar dulu okay!

Serius Baru Tau! Lelaki Pun Ada ‘Eddah’

Ada sorang laki datang jumpa saya, baru bercerai dengan isteri dia. Dia tanya, “Tuan, saya nak kahwin dengan sorang perempuan ni, tapi saya pi pejabat agama, depa tak bagi saya nikah. Depa suruh saya pi Mahkamah. Pasai pa pulak ni Tuan?”

Ni mesti cik tak habis eddah lagi ni, betul tak? Muka dia kerut penuh soal, betul ke tak peguam ni. Takkan la laki ada eddah. Nak tunggu berapa lama pulak. Mesti ramai yang hari ni baru tahu, sebenarnya lelaki juga ada tempoh eddahnya sebelum dia berkahwin dengan seseorang perempuan.

👉🏻 Mengikut kitab Al-Mu’tamad dalam Fiqh Mazhab Syafie (rujukan saya dan yang paling muktabar) ‘iddah adalah tempoh wanita menahan diri bagi mengetahui kekosongan rahimnya atau untuk beribadah. Ia juga bermaksud menahan diri dan bernikah setelah diceraikan suami mereka.

👉🏻 Ia adalah sesuatu ketetapan yang telah diwajibkan mengikut dalil yang sangat bertepatan dengan syarak sama ada daripada dalil ayat-ayat al-quran, hadis nabi dan juga ijmak ulamak muktabar.

👉🏻 Eddah untuk suami ini sebenarnya tidak ada di dalam syarak sebabnya mana-mana lelaki yang bercerai sama ada rajie atau bain, boleh menikahi mana-mana perempuan SELAGI tiada halangan Syarak. Jika ada halangan, itulah yang dikatakan lelaki juga mempunyai tempoh ‘bereddah’ iaitu menahan sebentar sebelum berkahwin dengan wanita lain.

Antara halangan tersebut adalah :

✅ Apabila seseorang lelaki yang telah menceraikan salah seorang daripada isterinya yang empat dan ingin berkahwin dengan isteri yang kelima. Dalam hal ini, lelaki tersebut hendaklah menunggu sehingga tamatnya tempoh ’iddah isterinya yang diceraikan tersebut.

✅ Seseorang lelaki yang telah menceraikan isterinya dengan talaq tiga. Dalam keadaan ini, sekiranya lelaki tersebut ingin berkahwin semula dengan bekas isterinya, maka beliau hendaklah menunggu sehingga isterinya berkahwin dengan lelaki lain, melakukan persetubuhan dengan suaminya yang baru, bercerai dan tamat ’iddah dengan suami yang baru dikahwininya tersebut.

✅ Apabila seseorang lelaki yang telahpun bercerai dengan isterinya dan ingin mengahwini perempuan yang mahram dengan bekas isterinya seperti saudara perempuan kepada bekas isteri, ibu saudara kepada bekas isteri, anak saudara kepada bekas isteri dan lain-lain. Dalam situasi ini, lelaki tersebut hendaklah menunggu tempoh ’iddah isterinya berakhir terlebih dahulu

👉🏻 Eddah bagi lelaki ini selain bertujuan halangan mengikut syarak tersebut, sebenarnya bertujuan untuk memelihara hak isteri yang baru diceraikan secara talak rajie juga. Sebab itu, sekiranya seorang suami ingin berkahwin dengan wanita lain sedangkan tempoh eddah isterinya belum berakhir, suami tersebut perlu membuat Permohonan Poligami di Mahkamah Tinggi Syariah.

👉🏻 Ini kerana suami tersebut masih boleh merujuk kembali isteri yang diceraikan dan mungkin suami boleh ambil kesempatan untuk berpoligami sekiranya dibenarkannya untuk berkahwin dengan wanita lain semasa eddah isterinya.
Orait, boleh faham ke sekarang. Siapa yang rasa ini ilmu baru yang dia tahu? Cuba tag dan kongsikan pada rakan-rakan anda dengan tekan butang share sekarang. Paling tidak pun, sampaikan peringatan ini pada rakan lelaki yang baru bercerai.

Jangan Kalut Sangat Nak Menikah, Sabaq Sat
Fahmi Ramli

]]>
Tips Melamar: Jangan Terus Merisik Tanpa Berbincang. https://redaksi.com/2958-tips-melamar-jangan-terus-merisik-tanpa-berbincang Tue, 24 Jul 2018 12:51:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2958 Lelaki apabila telah terlalu suka dan mencintai seorang wanita, pasti hatinya sangat teruja untuk menyunting wanita tersebut. Sebelum anda ingin melamar si dia dengan terburu-buru, pastikan anda membuat caturan dahulu seperti berikut….

1. Pastikan si dia wanita yang tepat.

Sebelum anda ingin melamar, anda perlu memastikan si dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti anda. Berkemungkinan si dia secara tidak sengaja memberi harapan kerana anda melayan dia dengan baik. Si dia melayan anda dengan baik juga tidak semestinya atas dasar suka sama suka, mungkin kerana terhutang budi.

Jadi, berhati-hati ya!


2. Pastikan seyakin-yakinnya bahawa si dia akan berkata “Yes”.

Anda dengan si dia sudah berkawan lama, dan mula jatuh hati padanya. Jadi, pastikan anda tidak bertepuk sebelah tangan. Dan jangan pula anda secara terburu-buru menghantar rombongan ke rumah si dia untuk merisik, padahal si dia tidak bersedia berkata “Yes” untuk ke tahap seterusnya iaitu bernikah atau bertunang.

3. Tempat melamar.

Sebelum ingin melamar secara rasmi iaitu berhadapan dengan ibu bapa si dia, pasti anda mahu melamar dengan cara tidak rasmi bukan? Bagaimana untuk mengetahui jika si dia wanita yang tepat untuk dilamar? Bawalah mereka ke tempat yang tenang dan nyaman, dan nyatakan hasrat anda untuk melamar si dia.

Tempat juga kadang-kala mempengaruhi emosi wanita untuk menerima lamaran anda atau tidak.


4. Meminta izin dahulu sebelum datang sergah ke rumahnya.

Oleh kerana itu, jika benar si dia adalah wanita yang tepat minta izin padanya untuk berjumpa kedua ibu bapanya. Jika si dia tidak izinkan, tetapi anda dengan secara memaksa untuk merisik, khuatir si dia akan”Bye-Bye” anda pula.

Bertanya dahulu waktu bagaimana yang sesuai untuk berjumpa. Nyatakan hasrat hati yang anda benar-benar serius untuk melamar si dia dengan disaksikan oleh ibu bapa mereka.

5. Jangan terlalu terburu-buru dan memaksa.

Mungkin anda merasakan ibu bapa si dia bimbang jika anda sering membawa anak mereka keluar ke hulu ke hilir. Anda juga merasa tidak tenang dan seperti dihantui jika ibu bapa si dia memandang serong. Jadi anda terburu-buru untuk melamar. Wanita tidak suka dipaksa jika mereka tidak suka akan sesuatu perkara. Jadi, berbincang dahulu dengan teman wanita anda dan minta sokongan.


6. Tentukan cara melamar.

Cara melamar juga amat mempengaruhi emosi wanita untuk menerima anda. Jika anda melamar dengan cara memaksa sudah tentu si dia akan menolak. Jika anda melamar seperti keanak-anakan atau main-main, sudah tentu si dia akan memikir banyak kali untuk menerima. Melamarlah sehingga mereka merasa terharu.

Jangan lupa cari cincin yang bersesuaian dengan saiz jarinya. Nanti rosak pula agenda anda pada hari tersebut.

Seterusnya pakailah pakaian yang bersesuaian dan menyerap peluh. Jangan pula nanti ada bau badan.

Dan sudah tentu dengan cara ini hanya untuk mengelakkan pihak lelaki merasa malu dikemudian hari.

Selamat Mencuba.


]]>
Tips Perkahwinan Kekal Bahagia Hingga Hujung Nyawa. https://redaksi.com/237-tips-perkahwinan-kekal-bahagia-hingga-hujung-nyawa Tue, 20 Jun 2017 14:38:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=237 Terdengar di corong radio lagu Keluarga Bahagia, nyanyian kumpulan nasyid Saujana. Ia berkisar mengenai luahan anak kecil yang mendambakan keluarga bahagia seperti orang lain. Ya, mungkin dirinya kurang kasih sayang dan perhatian daripada keluarga sendiri. Anak-anak akan bahagia, jika ibu bapanya bahagia. Namun, jika anak-anak melihat ibu bapa mereka sendiri dalam keadaan kucar-kacir, bagaimana penerimaan anak-anak itu sendiri? Jelas, di sini ibu bapa yang memainkan peranan penting. Justeru, kekalkanlah rasa bahagia antara suami isteri agar anak-anak juga turut sama merasakan manisnya perasaan berada dalam keluarga bahagia itu. Bagaimana hendak dikekalkan rasa bahagia suami isteri walau sudah bertahun berkahwin? Boleh checklist tips di bawah;



1. Layani pasangan seperti awal-awal perkahwinan dahulu.

'Eh eh sweetnya pak cik mak cik tu. Dah tua-tua pun romantik lagi. Jalan siap pegang tangan lagi kan, bang.' Kata Sarah pada suaminya yang juga senyum memerhatikannya.

Cuba hadirkan rasa cinta dan sayang sepertimana setelah kamu berdua diijab kabulkan. Hadirkan rasa itu apabila terdetik dalam hati rasa bosan dengan pasangan. Pasangan yang kita nikahi itu adalah amanah dari Allah SWT juga amanah dari keluarganya.

2.  Luahkan isi hati melalui coretan.

Dalam hubungan suami isteri, adakalanya ada perkara yang sukar hendak dilontarkan melalui kata-kata, kerana bimbang akan mengganggu gugat hubungan dengan pasangan. Oleh itu, tulisan di kertas mungkin sedikit sebanyak boleh membantu. Letakkan kertas itu di tempat milik pasangan seperti dompet, meja solek, buku atau beg yang memudahkannya untuk melihat.

'Erk, tulis atas kertas? Ini dah lapuklah. Orang sekarang pakai teknologi aje.'
Mungkin, ada yang beranggapan begitu. Namun, cara ini kelihatan lebih tulus, unik dan agak sweet bagi menyampaikan hasrat hati yang terpendam.

Bahkan, mencontohi orang-orang dahulu ketika di awal perkenalan. Mana tahu, hati yang keras boleh lentur dek kerana tulisanmu yang cantik itu?



3. Sentiasa berhubung ketika berjauhan.

Luangkanlah sedikit masa kamu untuk berhubung dengan pasangan apabila berjauhan. Sms, whatsapp, call, voicemail atau apa jua cara yang boleh menghubungkan kalian berdua.

Jangan biarkan dirinya seolah-olah sendirian dan tidak berteman.

Walaupun jauh, tetaplah ingat dirinya supaya masing-masing berasa tenang akan keadaan pasangannya. Ataupun, boleh saja tangkap gambar dan hantarkan pada pasangan masing-masing. Siapa tahu, gambar manismu itu akan mengubah hari dan kualiti kerjanya.

4. Kenali minat pasangan.

Lelaki dan perempuan punyai minat yang berbeza. Namun tak kurangnya, ada juga pasangan yang berkongsi minat yang sama. Itu bonus untuk kedua pasangan tersebut. Kenali minat pasangan bukan bermakna kita perlu paksa diri untuk suka apa yang diminatinya.

Walaupun kita tidak meminati minat atau hobi pasangan, cukup sekadar menghadirkan diri dengan aktiviti yang digemarinya.

Contohnya, si suami minat dengan aktiviti bola sepak, sedangkan isterinya tidak gemar aktiviti tersebut. Baginya ia hanyalah membuang masa. Apalah salahnya, si isteri sesekali mengalah dan duduk di sampingnya yang sedang menonton rancangan bola sepak kegemaran suaminya. Sambil-sambil itu, boleh hidangkan air kegemarannya. Ini akan membuatkan pasangan lebih menghormati, menghargai dan menyayangi kita.



5. Solat berjemaah.

Tips yang ini memang perlu diterapkan dalam setiap rumahtangga. Solat sama-sama, si isteri di belakang mengaminkan doa si suami, belajar Al-Quran pun bersama-sama. Bahkan, pada waktu inilah masa yang terbaik buat kedua pasangan untuk bermuhasabah diri masing-masing. Renggang waktu selepas solat itu boleh dimanfaatkan untuk saling menasihati antara satu sama lain. Ini jika masih hidup berdua.

Namun, jika sudah punyai anak-anak, sebaiknya waktu ini dijadikan peluang untuk mendidik mereka. Jika perlu untuk menasihati si isteri, carilah waktu dan tempat yang tidak terlihat untuk anak-anak. Contohnya di bilik tidur, supaya segala hal yang dibincangkan tidak disalah tafsir oleh anak-anak. Semoga perkongsian ini menambahkan lagi bibit-bibit cinta dalam rumahtangga sehingga beroleh rasa mawaddah dan rahmah. Amiin.

'Usah menunggu bahagia, baru hendak bersyukur. Tetapi, sentiasalah bersyukur supaya dapat rasai nikmatnya bahagia secara berterusan.'

]]>
Cara Ubati Kelukaan Selepas Di Friendzone Oleh Crush Anda. https://redaksi.com/2925-cara-ubati-kelukaan-selepas-di-friendzone-oleh-crush-anda Fri, 20 Jul 2018 15:06:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2925 Siapa yang tidak terluka apabila terkena Friendzone oleh seseorang yang diminati sekian lama. Terutama selepas anda melakukan pelbagai hal untuk diri mereka. Jangan terus bersedih, anda mungkin akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya. Tidak ada gunanya membuang masa hanya untuk sedih kerana perjalanan cinta tidak berjalan lancar seperti yang dibayangkan. Oleh itu, mari kita lihat beberapa cara untuk merawat kesedihan selepas di Friendzonekan.


1. Berhenti untuk menghubunginya.

Langkah pertama yang boleh dan harus kamu lakukan adalah dengan menghentikan semua jenis komunikasi dengannya, mulai dari chat, telefon, video call, dan jenis komunikasi lain. Memang pada awalnya pasti akan terasa susah, apalagi jika sebelum ini anda selalu berkomunikasi dengannya setiap masa. Tetapi percaya lah ia akan beransur-ansur hilang lama-kelamaan.

2. Bercuti.

Aktiviti seterusnya yang boleh anda lakukan adalah melawat banyak tempat yang menyeronokkan yang tidak pernah anda lawati sebelumnya. Ini akan membuatkan anda melupakan pelbagai kenangan yang anda alami dengannya. Perjalanan juga membolehkan anda mendapat peluang untuk bertemu dan berkenalan dengan orang baru yang mungkin menjadi orang yang sesuai dengan anda. Ingat, kita tidak akan tahu bila dan di mana untuk bertemu pasangan, bukan?

3. Daftar laman mencari jodoh.

Dari anda bersedih kerana cinta ditolak, ada baiknya mencari orang baru yang boleh menghiasi hari anda. Salah satunya adalah dengan mendaftar laman mencari jodoh. Dari sini, anda boleh bertemu ramai orang dan mula membina hubungan yang lebih baru dan menyeronokkan.


4. Ambil pelung untuk lakukan hobi anda.

Menikmati masa anda sendiri dengan menghiburkan diri dengan hobi yang anda telah suka. Ia juga boleh menjadi ubat untuk kesedihan yang anda alami dari friendzone. Cuba untuk mengisi hari anda dengan resipi masak, menonton filem, bermain basikal, atau aktiviti positif yang lain. Ia pasti mendatangkan keseronokan.

5. Memperluaskan kenalan.

Selain daripada ahli keluarga, rakan-rakan juga adalah tempat berkongsi kesedihan. Oleh itu, adalah baik untuk meluangkan masa dengan kawan-kawan dan bersenang-senang dengan mereka. Cuba mengajaknya untuk melakukan satu aktiviti yang menyeronokkan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh meminta mereka mencarikan jodoh untuk anda.

Jangan terlalu bersedih apabila di Friendzone, ingatlah dirinya yang akan menyesal kerana tidak menerima cinta anda. Hal ini kerana, orang yang menyayangi adalah orang yang terbaik.


]]>
10 Kemanisan Berumahtangga. Yang Belum Kawin, Mesti Terus Rasa Nak Kahwin Lepas Baca! https://redaksi.com/241-10-kemanisan-berumahtangga-yang-belum-kawin-mesti-terus-rasa-nak-kahwin-lepas-baca Tue, 20 Jun 2017 15:03:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=241 Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga. Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya. Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif. Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, anda boleh cuba mengamalkan sepuluh tips berikut:



1. Ciuman.

Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.

2. Cincin perkahwinan.

Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.

3. Makan malam atau bercuti.

Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.



4. Perubahan.

Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.

5. Adab.

Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.

6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa.

Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.



7. Hadiah.

Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, valentine, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.

8. Senyum.

Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.

9. Sentuhan.

Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.

10. Impian.

Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.Anda pasti ingin dihargai dan menghargai. Selamat mencuba tips-tips ini, semoga anda akan beroleh kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga anda.


]]>
Muka berubah jadi seram, kedut dan bengkak saat hamil, ibu muda ini bersyukur suami masih setia https://redaksi.com/8709-muka-berubah-jadi-seram-kedut-dan-bengkak-saat-hamil-ibu-muda-ini-bersyukur-suami-masih-setia Wed, 14 Oct 2020 14:54:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8709 Apabila seorang wanita itu hamil, akan pelbagai dugaan yang perlu dia hadapi. Terasa badan lemah tidak berdaya, tubuh badan mula berubah malah ada juga yang mengidam nak makan itu ini. Bukan mudah nak harungi semua itu selama 9 bulan.

Tapi berlainan pula dengan dugaan yang perlu dihadapi oleh ibu muda ini. Dalam tempoh kehamilan Nur Azs diuji dengan perubahan wajah yang sangat mendadak. Dia yang diuji dengan wajah yang menyeramkan hingga terasa malu nak berjumpa dengan orang lain.

Bengkak, kedut, hitam...

Menurut perkongsiannya di Facebook, wajahnya bertukar menjadi bengkak, kedut dan hitam malah badannya penuh dengan alergik sehingga membuatkan dia takut untuk mengandung lagi.

Suami setia disisi

Walaupun diuji sedemikian rupa tapi dia tetap bersyukur kerana suaminya tidak pernah berhenti beri semangat dan aura positif kepadanya saat kehamilan. Malah, dia bersyukur dikelilingi dengan orang yang baik-baik serta memberi semangat kepadanya.

Segala perit yang dilalui itu terubat apabila dia melihat wajah anaknya yang comel ketika ini serta bersyukur kerana keadaannya semakin pulih sekarang ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan kata semangat malah mendoakan agar wajahnya segera pulih seperti sedia kala. Ada juga dikalangan warganet yang berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan ibu muda ini.


]]>
5 Teknik Simpan Duit Sampai Jadi Yang Pasti Berkesan Buat Anda Yang Baru Ingin Mencuba Menabung. https://redaksi.com/5476-5-teknik-simpan-duit-sampai-jadi-yang-pasti-berkesan-buat-anda-yang-baru-ingin-mencuba-menabung Wed, 13 Mar 2019 13:04:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5476 Selalu sahaja teknik simpanan anda tidak berkesan? Pada awal bulan anda begitu konsisten melakukan simpanan tetapi akhir-akhir bulan, itu itu akan digunakan semula untuk kegunaan lain dan akahirnya anda tidak mempunyai sebarang simpanan. Bahkan anda telah menggunakan pelbagai teknik simpnan tetapi tetap sahaja teknik tersebut tidak bersesuaian dengan anda.

Sebelum anda melakukan apa-apa teknik simpnan, anda perlu tahu akan beberapa perkara yang penting. Perkara yang terlalu penting adalah niat, matlamat dan disiplin diri anda. Mungkin ada yang beranggapan bahawa ia terlalu mudah tetapi apabila terpaksa melaluinya ia menjadi sukar.

Sebatikan tiga perkara itu dahulu barulah anda boleh mengikuti beberapa teknik simpanan wang berkesan yang telah disyorkan seperti di bawah.



1. Teknik tanpa-sedar.

Teknik pertama ini melibatkan arahan pemotongan automatik (auto-deduction) yang mana tanpa kita sedar, sebahagian duit pendapatan akan ditolak untuk simpanan. Untuk teknik ini, kita perlu membuka dua akaun; akaun pertama untuk menerima gaji/pendapatan manakala akaun kedua sebagai akaun simpanan. Akaun kedua boleh dibuka dengan bank yang sama, ataupun bank yang berbeza daripada akaun pertama.

Sebaik-baiknya, kedua-dua akaun tersebut daripada bank yang sama untuk mengurangkan caj pemindahan wang dan caj-caj lain yang tersembunyi. Jadi, apabila gaji diterima ke dalam akaun pertama, kita bolehlah memindahkan sebahagian duit ke akaun kedua sebagai simpanan.

Jika kita seorang yang berdisiplin dan yakin boleh memberikan komitmen penuh untuk membuat simpanan, pemindahan duit tadi boleh dilakukan sendiri secara manual atau online banking. Tetapi, jika kita tidak yakin untuk berdisiplin, boleh membuat arahan pemotongan automatik kepada bank.

Cara ini lebih baik kerana simpanan akan dilakukan secara tetap dan konsisten tanpa perlu kita buat apa-apa pun. Dalam erti kata lain, tanpa kita sedar pun.

Jika kita ingin menyimpan ke dalam Tabung Haji atau ASB sepertimana yang saya sarankan dalam artikel tips simpan duit sebelum ini, masih boleh dilakukan dengan mengisi borang dan menghantar kepada majikan. Ataupun membuat arahan kepada bank akaun gaji kita (kebanyakan bank membenarkan pemotongan terus ke akaun ASB)

Pada waktu saya mula-mula bekerja dulu, saya turut mengamalkan teknik tanpa-sedar ini. Sebahagian duit gaji saya dipotong secara automatik ke dalam akaun Tabung Haji saya. Lama-kelamaan apabila terasa diri mampu berdisiplin, saya membatalkan pemotongan automatik dan membuat pemindahan sendiri melalui online banking sahaja. Memang mudah dan berkesan.

2. Teknik paksa-rela.



Dalam teknik ini, kita membuat sesuatu agar kita dipaksa untuk menyimpan. Kedengaran pelik? Begini caranya.

Melalui teknik ini, kita terlebih dahulu membuat pinjaman/pembiayaan peribadi dengan bank. Kemudian, duit tersebut terus disimpan ke dalam tempat yang kita berhajat untuk simpan (saranan saya Tabung Haji atau ASB).

Akibatnya, setiap bulan kita terpaksa memperuntukkan sebahagian gaji untuk dibayar kepada bank dan inilah dia simpanan kita. Ramai yang telah mengamalkan teknik ini, terutamanya menggunakan pembiayaan/pinjaman ASB atau lebih dikenali sebagai loan ASB. Dengan teknik yang betul, memang boleh menjana keuntungan yang baik.

Jika masih ingin mengamalkan teknik ini, sebaik-baiknya jaga bayaran setiap bulan dan selesaikan dalam masa yang pendek sahaja (5 tahun atau kurang)

3. Teknik duit ganjil.



Baru-baru ini, teknik ini menjadi viral di media sosial terutamanya di Facebook. Dalam teknik duit ganjil ini, kita menyimpan not-not duit yang jarang kita jumpa. Contohnya, not RM 5 dan RM 20. Apabila kita dapat sahaja not-not ini, asingkan dan terus masukkan ke dalam tabung. Kumpul untuk satu tempoh tertentu; 3 bulan, 6 bulan atau setahun.

Kemudian, cuba kira jumlah yang dikumpul, pasti senyuman terukir melihat jumlah yang banyak. Teknik ini mungkin tidak sesuai untuk dijadikan simpanan tetap bulanan, kerana jumlahnya mungkin berubah-ubah. Teknik ini lebih kepada mewujudkan keseronokan dalam menyimpan.

Lebih seronok jika duit ganjil ini dikumpul bersama-sama pasangan dan anak-anak. Duit yang dikumpul nanti boleh disimpan dalam akaun simpanan khas, atau dibelanjakan untuk barang-barang idaman. Boleh juga diguna untuk sesi percutian keluarga.

4. Teknik bantuan ‘ceti’.

Teknik ini bukanlah bermaksud kita meminjam dengan ceti. Sebaliknya, kita melantik seseorang untuk menjadi ‘ceti’; mengutip duit daripada kita dan menyimpannya. Ataupun kita serahkan duit kepada seseorang yang kita pilih, dan minta beliau simpankan untuk kita. Teknik ini boleh dilakukan dengan rakan yang dipercayai, pasangan suami-isteri bahkan kekasih (untuk mengumpul duit kahwin)

5. Teknik main kutu.



Ini adalah teknik old-school dan evergreen; diamalkan dari dulu dan masih diamalkan sekarang. Main kutu sebenarnya mudah sahaja, duit dikutip dari setiap peserta oleh seorang kepala/ketua, dan diberi dalam jumlah sekaligus kepada setiap peserta mengikut giliran bulanan ataupun tempoh masa yang ditetapkan. Kebiasaannya main kutu melibatkan duit sahaja, namun pada masa sekarang, ada juga melibatkan benda-benda lain seperti jongkong emas, barang kemas dan set pinggan-mangkuk.

Walaupun main kutu dilarang undang-undang kerana melibatkan kutipan deposit dari individu secara tidak sah, tetapi teknik ini tetap menjadi pilihan kebanyakan orang. Punca utamanya adalah kerana keseronokan mendapat duit yang banyak sekaligus, walaupun terpaksa mengikut giliran. Tambahan lagi, ketua yang dilantik akan tanpa segan-silu mengutip duit daripada setiap peserta setiap bulan. Jadi, elemen membentuk disiplin ada di situ.

Dalam kita seronok bermain kutu, pastikan kita berhati-hati sebelum menyertai mana-mana kumpulan bermain kutu. Sebaik-baiknya, beri perhatian kepada perkara-perkara yang berikut:

i. Sertai kumpulan yang bersaiz kecil sahaja, idealnya antara 5-10 orang. Saiz terlalu besar bukan sahaja berisiko tinggi, malahan menyebabkan giliran semakin lambat.

ii. Bayaran bulanan tidak terlalu tinggi. Semakin tinggi bayaran, semakin tinggi risiko.

iii. Ketua dan peserta kumpulan adalah daripada kalangan yang kita kenali, contohnya rakan sekerja, jiran-tetangga atau saudara-mara.

iv. Yakin dengan kejujuran dan sifat amanah setiap peserta. Maklumlah, main kutu ini salah di sisi undang undang. Jadi kalau terjadi perkara-perkara yang tidak diingini, undang-undang sendiri pun tidak dapat membantu.

v. Sistem giliran ditetapkan awal dan adil. Ya, ada kumpulan main kutu yang mengagihkan duit berdasarkan kepada undian dan sistem yang tidak adil. Jadi, berhati-hati!

Kelima-lima teknik atau cara menyimpan duit yang dinyatakan di atas adalah cadangan sahaja untuk membantu kita menyimpan duit. Setiap teknik ada kelebihan dan kekurangannya. Jadi, terpulanglah mahu mengamalkan mana-mana teknik yang dirasakan sesuai dengan diri-sendiri. Tak kisahlah teknik mana pun yang diguna, yang paling penting adalah memulakan simpanan dan konsisten.


]]>
Bila Dah Kahwin Selalu Peluk Pasangan Dari Belakang, Terus Rasa Bahagia. https://redaksi.com/8098-bila-dah-kahwin-selalu-peluk-pasangan-dari-belakang-terus-rasa-bahagia Thu, 16 Apr 2020 20:34:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8098 Untungnya buat pasangan dah berkahwin ini. Buat itu ini terus sahaja rasa bahagia. Itu belum lagi ditambah dengan mendapat pahala. Memang mudah betul nak merasai dua perkara ini.

Ada pelbagai jenis pelukan yang kita tahu, antaranya pelukan saling menatap wajah masing-masing, tapi ada satu jenis pelukan ini kalau diberikan pada pasangan kedua-duanya akan terus nyaman dan tenang. Pelukan dari belakang ini dikatakan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Memetik dari laporan stylecraze.com, pelukan dari belakang ini biasanya dapat berikan kejutan yang lebih manis pada pasangan. Bukan semua orang yang boleh melakukan perkara ini, tetapi pasangan sudah tentu keunikan yang lebih.


Pelukan seperti ini mungkin nama sama sahaja seperti pelukan lain, tapi dia punya keunikan hanya akan dirasai oleh pasangan itu sendiri apabila menerimanya secara tiba-tiba.

1. Pelukan ini sampaikan rasa rindu

Pelukan dari belakang ini boleh jadi cara untuk anda sampaikan rasa rindu pada pasangan anda. Apabila sudah lama tidak berjumpa ataupun ada rasa rindu yang tidak mampu diluahkan, pelukan ini mampu berikan pasangan rasai rasa rindu tersebut. Tak perlu menggunakan kata-kata, pelukan ini akan beri makna tersendiri buat kalian.



2. Pelukan sampaikan rasa terima kasih

Ketika kita memeluk pasangan dari belakang, kita biasanya juga mengucapkan terima kasih kepadanya. Terima kasih kerana dia sentiasa ada untuk kita. Terima kasih atas kasih sayang yang diberikan. Pasangan kita akan merasa lebih dihargai.



3. Timbulkan keselesaan antara kalian

Apabila mood pasangan tidak baik, kadang-kadang mereka tidak mahu didekati. Tetapi pelukan dari belakang boleh menjadi satu sikap yang boleh dilakukan untuk memecahkan ais. Pelukan ini kelihatan sederhana tetapi dapat mewujudkan rasa selesa dalam dirinya.

4. Kekalkan kemesraan

Seperti disebutkan sebelumnya, pelukan dari belakang hanya terjadi pada orang yang sudah saling mengenali dan saling berdekatan. Pelukan ini juga dapat menjadi salah satu "media" untuk menjaga kedekatan tanpa terlalu ketat. Terdapat keakraban itu sendiri yang dapat terbentuk dari pelukan ini.

Sekali sekala beri pasangan anda rasa pula pelukan seperti ini, tentu kemesraan dan keakraban kalian akan semakin bertambah.


]]>
Amalkan 6 Asas Rumah Tangga Ini, Insya Allah Rumah Tangga Bahagia - Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. https://redaksi.com/4949-amalkan-6-asas-rumah-tangga-ini-insya-allah-rumah-tangga-bahagia-datuk-ustazah-siti-nor-bahyah-mahamood Fri, 18 Jan 2019 16:39:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4949 Semua orang mengimpikan rumah tangga yang dibina itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Di mana setiap cabaran dan dugaan itu mampu dilalui bersama-sama. Tapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kita sebagai manusia hanya mampu mengimpikan dan merancang hal yang indah-indah sahaja.

Hubungan perkahwinan yang kuat sebenarnya berlandaskan syariat Islam bukannya sekadar nafsu semata-mata. Jadi sebelum anda mendirikan rumah tangga itu, perbaiki niat anda terlebih dahulu, barulah anda mampu membentuk hubungan yang lebih baik di antara suami dan isteri kelak.

Untuk miliki rumah tangga bahagia, 6 asas ini perlu anda amalkan dari awal perkahwinan sehingga lah ke hari tua. Asas-asas untuk membina rumah tangga bahagia ini telah dikongsi oleh penceramah motivasi terkenal Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dan suaminya Wan Akashah Wan Abdullah dalam ceramahnya, mari ikuti.



Asas Pertama.

Setiap pasangan yang berkahwin harus menetapkan matlamat mereka iaitu kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hanya iman dan takwa boleh membawa pasangan ke syurga untuk mendapatkan kebahagiaan yang abadi. Uji diri adakah kita telah menjalani tanggung jawab sebagai Muslim. Keluar rumah menuju ke pejabat apakah niatnya?

Bagi isteri, jangan salah guna keizinan bekerja yang suami telah beri. Elakkan makan berdua dengan lelaki bukan muhrim begitu juga dengan lelaki. Masing-masing perlu perkukuh iman dan kepercayaan yang telah diberikan, barulah rumah tangga ada asasnya.

Menurutnya, tip dari nabi SAW untuk menjaga kesetiaan ialah jangan sesekali suami atau isteri mendengar rintihan dari rakan yang berlainan jantina dari mereka.

"Ujian datang dalam bentuk kesenangan dan juga kesusahan, jadi kalau iman kita lemah kita pasti akan kalah, untuk menguatkan iman di pejabat, pastikan kita berjemaah di surau pejabat dan isi masa dengan membaca al-Quran," tambah Wan Akashah pula.

Asas Kedua.

Perlu ada kasih sayang, cinta dan rindu.

"Sedihnya dua elemen ini sering berlaku pada zaman bercinta sahaja. Nabi SAW berpesan, kalau kita sayangkan seseorang mesti ditunjukkan dengan kata-kata dan perbuatan. Jadi jika ada suami yang mengatakan 'abang sayang, cuma tak tunjuk saja' maka itu tidak patut, kerana nabi ajar suruh tunjuk," tambah Siti Nor Bahyah pula.

Sebagai ibu, haruslah memanggil anak dengan penuh kasih sayang dan panggilan yang baik-baik kerana setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ibu adalah doa.


"Nabi sendiri pun menunjukkan kasih sayangnya dengan berbaring di atas paha Saidatina Khadijah, jadi mengapa perlu suami sekarang tidak mengikuti perlakuan Rasulullah kalau itu yang menggembirakan hati isteri," ujar Siti Nor Bahyah.

Asas Ketiga.

Contohi akhlak Nabi Muhammad SAW, jagalah adab suami isteri serta tingkah laku masing-masing. Setiap dari anggota yang Allah kurniakan seperti mata, mulut dan hidung semuanya perlu dijaga.

Kata Wan Akashah, isteri mesti memastikan suami makan dari masakannya supaya berkat.

"Sebab itu ustaz sendiri pun makan masakan yang ibu dan isteri masak. Dari situ makanan yang dimakan itu diyakini kebersihannya, apa yang dimakan menjadi darah daging untuk membentuk insan yang berakhlak mulia," jelasnya.

Asas Keempat.

Tegas Siti Nor Bahyah, amanah dan tanggung jawab perlu dipikul sehabis baik oleh setiap pasangan. Dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai pasangan yang secara tidak sengaja mengabaikan masa bersama pasangan atau anak-anak.

"Anak adalah amanah, sebaiknya kita menjaga anak kita sendiri dan tidak perlu menyerahkan tugas tersebut kepada pembantu rumah atau hantar ke pusat jagaan. Kalau pakai pembantu janganlah pula kita membiarkan pembantu mengambil peranan kita sebagai isteri," tambahnya.

Asas Kelima.

Setiap suami atau isteri mesti pastikan rezeki yang mereka perolehi adalah halal dan diberkati.

"Biar sedikit tapi mencukupi. Keberkatan itu amat penting. Apabila kita bersembahyang kita pasti akan mendapat ketenangannya. Begitu juga dengan kewajipan berzakat yang apabila kita tunaikan pasti kita akan tenang kerana mengikut suruhan Allah," ujar Siti Nor Bahyah.

Asas Keenam.

Pesanan yang paling penting ialah berbuat baiklah kepada ibu dan bapa. "Apabila kita sebagai anak berbuat baik kepada ibu bapa kita, Insya-Allah anak-anak kita akan baik kepada kita dan rumah tangga kita pasti bahagia," ujarnya.

]]>
Misi Mencari Cinta Tahun 2020, Jangan Takut Nak Mulakan Kembali Mencari Jodoh Yang Hilang. https://redaksi.com/7758-misi-mencari-cinta-tahun-2020-jangan-takut-nak-mulakan-kembali-mencari-jodoh-yang-hilang Thu, 02 Jan 2020 12:58:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7758 Hidup berpasangan adalah fitrah setiap manusia. Dalam rumahtangga inilah seseorang akan menjadi lebih tanggungjawab serta kenal erti tanggungjawab. Dengan perkahwinan, rezeki seseorang itu akan semakin luas malah lebih luas untuk mendapatkan pahala.

Tapi itulah, mencari jodoh ini tidak semudah disangka. Dari tahun ke tahun jodoh yang dicari masih juga tidak nampak bayangnya. Maka dengan itu, jangan mudah berputus asa tentu ada jodoh buat diri anda. Cuma mungkin masih terselit diantara jodoh orang lain.

Berikut adalah petua dan amalan mencari jodoh yang boleh anda lakukan;



1. Perbetulkan kembali niat

Dalam apa-apa perkara, semuanya kembali kepada niat. Jika niat kita ikhlas, maka kita akan dapat sesuatu sejajar dengan apa yang kita niatkan.

Jika kita berniat mendapatkan jodoh kerana kerana Allah, InsyaAllah, beliau akan pertemukan anda dengan seseorang yang memiliki niat yang sama.

2. Muhasabah dan menerima kekurangan diri

Tidak ada salahnya kerana sudah lumrah manusia mahukan sesuatu yang paling cantik seperti juga ketika membeli beg tangan.

Begitu juga berkenaan dengan soal jodoh. Kalau sampai sekarang anda belum bertemu calon pasangan, maka ada baiknya anda melihat kembali diri sendiri, melihat dan menilai kekurangan pada diri anda. Harus diingat bahawa bab penampilan antara faktor yang penting dalam mencari jodoh, jadi perbaiki penampilan anda dengan berpakaian kemas, merapikan rambut, bersukan dan sebagainya.

3. Tingkatkan rasa percaya pada diri dan ketepikan rasa malu tidak bertempat

Jangan pernah menyerah kalah dalam soal mendapatkan jodoh, jika anda merasa putus asa atau menghadapi kegagalan, maka anda harus segera bangkit.

Malu itu perlu, tetapi jika malu tidak bertempat ia akan menyusahkan diri sendiri.

Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu?



4. Memperluaskan jaringan pergaulan

Antara sebab anda lambat bertemu jodoh lantaran kurangnya pergaulan dengan masyarakat.

Luangkan masa untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan.

Jangan segan untuk bergaul dengan mereka yang sudah berusia, kerana mungkin ada pengalaman yang boleh mereka kongsikan, atau jodoh anda ada dalam kalangan sanak saudara mereka.

Jangan malu untuk meminta bantuan mereka dan mengulangi permintaan anda secara rutin agar dia sentiasa ingat bantuan yang dipinta.

5. Baiki diri sendiri dahulu

Jika inginkan pasangan anda baik dalam agamanya, maka pastikan diri anda juga baik dalam beragama.

Jadi, perbaikilah ibadah dan akhlak anda seperti solat tepat pada waktu, membaca ayat suci al-Quran setiap hari dan lakukan solat dhuha dan tahajud secara kerap.



6. Berkhidmat kepada ibu bapa dan keluarga

Bagaimana tanggungjawab kita dengan ibu bapa kita sendiri? Adakah sudah tertunai semuanya?

Dalam bab ini anda perlu bersangka baik dengan Allah, mengambil pendekatan positif mungkin beliau inginkan anda yang masih ‘single’ untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa tanpa perlu memikirkan perihal yang lain.

Sampai saatnya, Allah pasti akan gantikannya dengan rezeki perkahwinan.

7. Amalan bersedekah dan amalan sunat yang lain

Jika mahukan jodoh cepat maka anda juga perlu mendekati Allah dengan lebih dekat.

Selain ibadat wajib, anda juga perlu menambah ibadat sunnah seperti solat tahajjud, puasa, tilawah al-Quran, infaq, dan lain-lain.

Antara amalan yang paling mujarab untuk menarik rezeki (termasuk jodoh yang baik) adalah dengan mengamalkan solat dhuha.

8. Lapangkan hati dan fikiran

Anda digalakkan untuk bersangka baik dalam setiap perkara, termasuklah apabila diuji dengan soal jodoh yang belum kunjung tiba.

Secara tidak sedar, anda akan mendidik hati untuk tidak bersedih dan menjadi lebih kuat. Latih minda anda untuk lebih fokuskan kepada kebaikan dan kelebihan diri sendiri.

Ingat, pemikiran negatif hanya akan melemahkan dan memerangkap anda dalam kesedihan.

9. Jangan takut nak lauhkan

Banyak orang takut nak luahkan perasaan mereka kerana bimbang kalau mereka ini direject. Bagi wanita pula mereka takut digelar pergi mencari timba sekiranya meluahkan perasaan mereka terlebih dahulu. Maka masing-masing hanya akan menyimpan perasaan sahaja tanpa ketahui perasaan si dia.

Maka dengan itu, jangan takut nak luahkan perasaan anda. Mana tahu cinta tak bertepuk sebelah tangan.

]]>
"Sayang abah!" -Walau ayah berpakaian 'kotor'', anak ini tetap berikan pelukan erat buat ayahnya https://redaksi.com/8578-sayang-abah-walau-ayah-berpakaian-kotor-anak-ini-tetap-berikan-pelukan-erat-buat-ayahnya Tue, 22 Sep 2020 11:17:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8578 Kasih sayang seorang ibu sememangnya mudah dilihat dan dirasai, tapi kasih sayang seorang ayah kadang susah nak dirasai akibat terlalu sibuk mencari rezeki. Tapi apa yang ayah lakukan selalunya inginkan terbaik buat anak-anak.


Ayah yang sibuk, anak ingin perhatian

Satu perkongsian di aplikasi TikTok ini sememangnya sangat menyentuh hati sesiapa saja yang melihatnya. Mana tidaknya, tindakan bapa yang ingin memeluk anak perempuan yang tiba-tiba datang dan seolah-olah inginkan perhatian itu membuat sesiapa saja teringat akan penat lelah seorang bapa.



Beri pelukan walaupun tangan kotor

Walaupun sedang sibuk berkerja, bapa ini tetap memberi perhatian kepada anak perempuannya itu namun, saat hendak memeluk lebih erat terhalang kerana tangan kotor dengan kesan minyak. Tapi bapa itu tetap memberi pelukan dan juga meminta anaknya berikan ciuman mesra kepadanya.



Perkongsian ini mendapat komen dan perhatian dari warganet. Rata-rata mendoakan agar anak itu menjadi anak yang solehah dan meningati jasa-jasa ayahnya.

Pengorbanan ibu selalu dikenang tapi pengorbanan bapa yang memerah tenaga untuk membesarkan jangan dilupakan. Hargai dan balas jasa mereka yang banyak berkorban selama ini.


]]>
Bercinta Selepas Kahwin, Lagi Seronok Dan Penuh Rasa Teruja. https://redaksi.com/7292-bercinta-selepas-kahwin-lagi-seronok-dan-penuh-rasa-teruja Tue, 24 Sep 2019 13:12:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7292 Bila cakap berkahwin ini, tentu orang akan ingat bahawa kena bercinta dahulu baru boleh kahwin. Malah, ada juga yang beranggapan bahawa bercinta dan kemudian berkahwin ini lebih bahagia dan mudah. Mana tidaknya dah kenal satu sama lain. Eh, tapi ada orang kata bercinta selepas kahwin lagi bahagia.

Siapa sangka, anda tak kenal pun dengan dirinya begitu mendalam dan membuat keputusan untuk berkahwin. Sebabnya nak bercinta selepas kahwin. Ada yang kata itu lebih seronok sebenarnya.

Kenapa ada yang menyatakan bahawa bercinta selepas kahwin ini lebih seronok?

Sebabnya, bila anda saling mengenali antara satu sama lain saat selepas berkahwin sebenarnya lebih mendalam rasa cinta itu. Malah anda akan berusaha segala macam nak buat pasangan anda bahagia dan ingin kenalinya dengan lebih mendalam lagi. Rasa macam tak puas kalau tahu sikit saja mengenai dirinya. Sentiasa nak cari tahu lagi.



Bukan itu sahaja, dah tak takut dah kalau tersentuh atau apa pun. Sebabnya dah halalkan, malah kalau nak bergurau manja pun tiada siapa yang halang. Itu yang seronok. Nak-nak lagi kalau dua-dua masih malu-malu kucing, memang romantik sentiasalah rumah tangga itu.

Tak cukup itu, masa ini bagaikan satu yang baru. Jika dahulu belum pernah nak sweet-sweet bersama, ketika inilah masa yang sesuai nak sweet sama-sama. Nak cakap apa pun tak ada orang kisah dah. Malah tak berdosa sebab itukan pasangan sendiri, yang halal pula itu. Sebab itu seronok kalau kahwin dulu lepas itu bercintalah.



Apa yang paling penting, masa bercinta selepas kahwin ini anda akan terus nampak baik buruk pasangan. Tak ada yang nak diselindung atau pura-pura. Sebabnya dah jadi suami isteri dan tinggal bersama, segala perkara yang pasangan lakukan anda nampak begitu juga sebaliknya. Sebab itu bila bercinta selepas kahwin ini lebih mudah nak terima baik buruk pasangan.

Jadi jika anda pilih nak bercinta dahulu ke ataupun bercinta selepas kahwin ke, pastikan anda sudah bersedia nak pikul tanggungjawab. Bukan yang seronok je kena pandang, yang berat pun kenalah tengok-tengok juga.

]]>
Doa Atau Ucapan Selayakknya Sahabat Anda Katakan Ketika Majlis Pernikahan Anda Nanti. Sebarkan Kepada Mereka. https://redaksi.com/1793-doa-atau-ucapan-selayakknya-sahabat-anda-katakan-ketika-majlis-pernikahan-anda-nanti-sebarkan-kepada-mereka Thu, 29 Mar 2018 13:23:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1793 Apabila kita datang ke majlis pernikahan, amatlah digalakkan agar kita mengucapkan "barakallahu lakuma wa baraka alikuma wa jamaah baina kuma fee khair." Yang bermaksud, mudah-mudahan Allah memberkati bagi kamu berdua, dan Allah berkati atas kamu daripada langit, dan semoga Allah himpunkan kamu sebagai suami isteri dalam kebajikan. Perkataan ini diambil berdasarkan dari hadis Rasulullah s.a.w. Ini bermakna ucapan sangat dianjurkan apabila kita menghadiri majlis perkahwinan. 


Ucapan ini adalah ucapan yang mulia untuk dikatakan apabila menghadiri majlis pernikahan. Jika perkataan ini terlalu panjang untuk diucapkan, katakan saja “barakallahu lakuma” yang bermakna “semoga Allah berkati kamu berdua.” Ucapkan dalam bahasa Malaysia juga sudah memadai. Yang penting maksud yang ingin kita ucapkan itu sampai kepada mereka. Nak lagi best? Nanyikan saja kepada mereka lagu Maher Zain: Barakallah secara beramai-ramai. Syok juga tu. Hehehe

Apa kepentingan menyebut perkataan ini dalam majlis perkahwinan? Dalam ucapan kita itu, kita mendoakan agar mereka berada dalam kebertakan dan kebajikan. Barakah atau berkat bermaksud bahagia, beruntung, bertambah dan berkembang. Keberkatan ini penting dalam rumah tangga. Tidak mengapa dengan makanan yang sedikit, tapi sangat mencukupi. Kemudian rumah tangga juga tenang dan damai walaupun dilanda musibah.

Yang dimaksudkan dengan khair pula adalah kebajikan atau kebaikan. Bermakna kita mendoakan agar kedua mempelai sentiasa dalam kebaikan apabila sudah berumah tangga. Dapat melakukan ibadah bersama-sama saat suka atau duka. Dengan mendirikan rumah tangga, mereka mampu membina keluarga yang baik serta memberi manfaat kepada orang lain.


Bukankah ini sangat diharapkan dalam berumah tangga? Mendoakan agar dipercepatkan mendapat anak  juga penting. Tetapi apa gunanya mempunyai anak, tapi rumah tangga tiada keberkatan dan kebaikan. Itu adalah perkara yang sangat merugikan. Diharapkan ucapan ini dapat kita terapkan dikalangan masyarakat Malaysia agar keberkatan dan kebaikan terus tersebar dalam rumah tangga. Semoga doa kalian juga dimakbulkan Allah.

Eh. Pengantin pula nak balas apa pula ya? Takkan senyum je. Sebutlah, "Allahu yubarik fiih." Maksudnya, "semoga Allah memberkati kamu juga."


]]>
5 Sebab Lelaki Perlu Membiarkan Pasangannya Menangis. Nombor 5 Itu Pasti Anda Tidak Percaya! https://redaksi.com/3772-5-sebab-lelaki-perlu-membiarkan-pasangannya-menangis-nombor-5-itu-pasti-anda-tidak-percaya Mon, 08 Oct 2018 15:37:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3772 Wanita dan air mata pasti tidak dapat dipisahkan kerana wanita memiliki jiwa yang amat sensitif. Semua perkara yang dilihat, ditonton atau dirinya sendiri mengalami situasi tersebut, pasti mudah sahaja air mata jatuh berlinangan. Melihat kegembiraan rakannya berkahwin juga, mampu membuatkan air matanya jatuh kerana tumpang kebahagiaan.

Namun, ada sahaja lelaki yang tidak suka apabila melihat pasangannya menangis. Malah menengking pula menyuruh pasangannya berhenti menangis, kerana bagi mereka tangisan itu seperti lakonan semata-mata. Dan merimaskan. Perlu diingatkan tangisan seorang wanita bukan kerana sedih semata-mata, tetapi ia adalah cara mereka meluahkan perasaan.

Selain meluahkan perasaan melalui lisan, tangisan juga adalah kaedah untuk wanita meluahkan perasaan tanpa berkata-kata. Jadi, ini 5 sebab lelaki perlu membiarkan wanita menangis menurut kajian…

1. Untuk meningkatkan kembali mood.

Air mata yang keluar dapat memulihkan mood seseorang. Meningkatkan kembali mood menjadi lebih tenang, nyaman, dan boleh tersenyum kerana tangisan yang dilepaskan sebenarnya mengandugi zat endorfin. Zat ini terhasil untuk seimbangkan kembali mood seseorang ke tahap yang normal. Oleh kerana itu, selepas sahaja menangis, setiap individu akan berasa lega.

2. Untuk menghilangkan tekanan.

Menurut kajian tangisan bukan sahaja dapat meningkatkan mood seseorang, bahkan dapat menghilangkan tekanan. Seperti anda sudah ketahui, wanita adalah insan yang lemah dan cepat berasa murung. Jadi, apabila mereka menangis, air mata tersebut dapat membantu untuk menurunkan hormon tekanan jiwa ititu kartisol. Malah, tekanan darah juga menurun sehinggalah mereka berasa lega dan tenang.

3. Untuk mengeluarkan ‘racun’.

Menurut kajian, air mata juga adalah salah satu racun dalam badan manusia yang boleh membuatkan ‘swing mood’. Jika anda tahu , mengapa anda perlu detoks badan untuk mengeluarkan toksid dalam badan melalui peluh, sama juga seperti air mata. ‘Racun’ ini perlu dikeluarkan, supaya tubuh badan lebih ‘ringan’ dan menjadi harmoni.

4. Untuk menyihatkan mata.

Menurut kajian lagi, tangisan mampu melembabkan mata dan mencegah dehidrasi pada selaput mata. Selain itu air mata juga bantu mengeluarkan kotoran dan debu yang telah menapak lama di celah-celah bebola mata. Sama fungsinya dengan ubat mata, menangis boleh menjernihkan kembali penglihatan.

5. Untuk membunuh bakteria.

Secara saintifik, air mata mengandungi cairan “lysozyme” yang mampu membunuh bakteria hingga 59%. Ia membunuh dengan cara menghancurkan dinding sel bakteria tersebut. Selain itu, penelitian pakar juga mendapati, air mata turut mengandungi properti anti-mikrobaa yang dapat melindungi tubuh.

Kesimpulannya,menangis bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan dalam badan, bahkan dapat menyihatkan tubuh badan! Jadi, jangan lah memarahi sekiranya isteri atau teman wanita anda menangis. Lelaki menangis pun apa salahnya.

]]>
"Kaum Lelaki Jangan Sibuk Bermain Telefon Bimbit, Bantu Lah Wanita Ketika Di Hari Raya" Ikuti Perkongsian Ini. https://redaksi.com/2456-kaum-lelaki-jangan-sibuk-bermain-telefon-bimbit-bantu-lah-wanita-ketika-di-hari-raya-ikuti-perkongsian-ini Wed, 06 Jun 2018 10:34:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2456 Wanita adalah kaum paling sibuk untuk menyediakan dalam persiapan hari raya. Daripada hal baju raya anak-anak dan suami, hingga lah hal ke dapur. Nak masak apa untuk raya pertama? Raya kedua? Open house pula?

Lelaki? Sibuk makan kuih raya sambil menonton televisyen?

Sekurang-kurangnya tanya pada isteri anda, ada apa-apa yang anda perlu tolong? Tetapi selalunya jika di dapur, si isteri memang tidak gemar dikacau dan kadang-kala senyap pula. Si suami jangan pula terus menonton televisyen, apa salahnya anda vacuum rumah, tengok-tengok bahagian mana yang tidak berkemas…

Sejuk hati si isteri..

Jom ikuti perkongsian cerita daripada Amir Syahir ini...

********

“Ada sekali tu aku pergi shopping barang dapur dengan isteri aku. Aku terpandang suami isteri sedang membeli persiapan raya…”

“Si isteri dengan dukung anak guna baby carrier, pastu tolak anak dengan stroller lagi sambil belek-belek baju. Mana suami? Si suami sedang berdiri tercegat berhampiran dengan si isteri sambil bermain telefon pintar..”

“Kesian pun ada. Apa kerja yang penting sangat dibuat oleh si suami. Main telefon sambil tersenyum. Sedang uruskan projek berjuta-juta gamaknya…”

“Bila nak raya, si isteri lah paling sibuk. Nak uruskan anak lagi, sediakan baju raya anak lagi, kemas pakaian nak bawa balik kampung lagi, bangun masak sahur, masak untuk berbuka lagi. Penat dan sangat memenatkan…”

“Kau cuba prihatin sikit. Kesian kalau kau serahkan 100% tanggung jawab kepada isteri kau je. Kau tak boleh bagi nafkah lepastu suruh dia je uruskan segalanya. Dia pun manusia biasa jugak. Uruskan sama-sama kan manis…”

“Aku risau nanti. Jika anak kita sudah besar, anak-anak akan ikut sama seperti apa yang kita lakukan kepada mereka. Masa tu jangan pula kita sedih. Kita telah berjaya mendidik anak kita melalui pemerhatian…”

“Sayangi dan hormatilah isteri kau. Tolong ringankan bebannya. Jangan fikir diri sendiri je. Perkahwinan kan sebuah perkongsian. Jadi, semua perkara mestilah buat bersama-sama…”

“Semoga raya tahun ini kita sambut dengan lebih rasa bersyukur dan lebih kebahagiaan. Amin”

********


]]>
Cara-Cara Isteri Mahu Dihargai, Yang Sering Suami Terlupa. https://redaksi.com/6260-cara-cara-isteri-mahu-dihargai-yang-sering-suami-terlupa Fri, 14 Jun 2019 09:05:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6260 Penghargaan ketika bercinta dan selepas berkahwin ternyata berbeza, malah berganda. Kalau masa bercinta, cukup setakat si perempuan mahukan teman lelakinya sentiasa membalas whatsapp, menjawab panggilan dan tidak hilang begitu sahaja.

Berbanding ketika sudah menjadi isteri, terlalu banyak tanggung jawab suami yang isteri harap anda lakukan, tapi sebenarnya anda terlupa, terlepas pandang atau mengambil ringan sahaja.

Sebagai seorang lelaki, sudah memang menjadi lumrah sering terlupa dengan sesuatu perkara kerana apabila lelaki terlalu fokus perkara yang penting sahaja, habis semua perkara remeh TERLUPA.

Jadi, sebelum terlupa, bagi lelaki bujang atau bersiap sedia mahu menjadi suami, ingat 8 cara ini untuk menghargai isteri anda kelak….

1. Menjadi DOULA isteri ketika bersalin.

Ramai para isteri sebenarnya mengharapkan suami mereka mampu menemani mereka ketika ‘berperang’ di labour room.  Tetapi anggapan lelaki, selagi ada nurse dan doktor di dalam bilik tersebut, memadai hanya menunggu di luar bilik sahaja kerana tidak mahu menambah serabut orang di sekeliling.

Jadi, para suami harus tanya dahulu pada isteri yang sedang hamil, adakah mereka mahu ada teman ketika bersalin atau pun tidak?

Ataupun sekurang-kurangnya setiap kali check up, teman lah isteri anda.

2. Mengurut badan isteri sebelum dan selepas bersalin.

Hanya kerana mengikut penat sendiri, dan mahu hak sendiri tertunai, ramai juga para suami terlepas pandang dengan tugas ini. Nak anak ramai, tapi perasaan isteri yang sedang hamil hanya dihiraukan. Jangan pentingkan diri sendiri sahaja, pergi urut isteri yang sedang penat hamil tu. Ambik hati si isteri, kerana mereka sedang membawa cahaya mata kalian berdua.

3. Sedar yang sebenarnya isteri tidak cukup tidur.

Para suami juga perlu tahu dan sedar bahawa isteri memang sebenarnya tidak pernah cukup tidur, sejak awal perkahwinan sehingga memiliki cahaya mata. Walaupun kadang-kala si suami lihat si isteri tidur di atas sofa pada siang hari, padahal mindanya terlalu banyak perkara untuk difikirkan. Tidak pernah berhenti.

4. Sedar isteri sedang penat.

Oleh kerana terlalu penat bekerja seharian dan terlalu mementingkan diri…

“Aku pun penat cari rezeki satu hari, takkan nak jaga hati isteri je…”

JANGAN! JANGAN PENTINGKAN DIRI!

Masing-masing penat. Jadi, untuk menghilangkan penat, ia perlu dimulakan dari DIRI SENDIRI untuk mengubah situasi.

5. Ingatkan isteri, bukan mengherdik.

Apabila melihat isteri tidak berpenampilan cantik, tidak wangi dan tidak menguruskan rambut dengan sempurna, jangan herdik mereka. Tapi ingatkan mereka dengan memberi kata-kata nasihat. Biar lembut tapi ‘Deep’! pasti terkesan dalam hati isteri.

6. Kalau isteri demam, tahu untuk menguruskan rumah.

Isteri ni, kalau demam pun sentiasa mahu mengemas rumah. Sentiasa mahu yang terbaik untuk ahli keluarganya. Jadi, sebagai suami jangan terlalu manja. Tolong isteri kemas rumah ketika mereka sedang demam dan seumpama dengannya.

7. Kalau isteri pergi Watson/guardian, tanya barang apa yang mereka mahu beli.

Kadang-kala, apabila si suami menemani isteri shopping di mana-mana tempat, sekurang-kurangnya tanya isteri tu. Jangan senyap buat tak tahu je.

“Awak nak beli apa?”

“Ada barang yang awak nak beli?”

“Ada duit tak tu?”

Sebenarnya, hanya dengan pertanyaan sebegini isteri rasa dihargai. Kadang-kadang, isteri bukan nak beli sangat barang tu. Nak cuci mata je.

8. Mempunyai rakan-rakan yang menghormati kaum wanita.

Dan yang paling penting adalah, jika si suami memiliki kawan-kawan yang menghormati kaum wanita terutamanya yang sudah bergelar suami. Sebenarnya, Isteri tak suka apabila melihat suami dan rakan-rakan sebaya bergurau senda tentang poligami terutamanya. Kalau boleh jangan sebut langsung tentang poligami.

Kalau suami tak suka isteri sebut tentang perceraian dan perpisahan.

Begitu juga isteri yang tak suka suami sebut tentang poligami.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

]]>
Sambut Suami Pulang Dari Kerja Dengan 8 Cara Ini (No 3 Isteri Selalu Abaikan). https://redaksi.com/459-sambut-suami-pulang-dari-kerja-dengan-8-cara-ini-no-3-isteri-selalu-abaikan Thu, 13 Jul 2017 12:09:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=459 Setelah seharian di tempat kerja ditambah pula dengan pelbagai masalah, tentu sahaja saat pulang ke rumah merupakan perkara yang dinantikan oleh suami. Rasa lelah suami itu pasti terlerai apabila isteri menyambut kepulangannya dengan penuh kasih sayang. Bagi suri rumah tangga ataupun isteri yang sering pulang awal berbanding suaminya boleh mengamalkan tujuh cara ini. Selain meleburkan kepenatan dan suami inginkan penghargaan atas usaha kerasnya di tempat kerja, tip ini juga boleh membuatkan suami rasa teruja untuk pulang awal bertemu orang yang dicintainya. Apatah lagi cara-cara yang dinyatakan ini bukanlah sesukar mana untuk anda lakukan. Jika dimulakan dari awal rumah tangga, pasti ia akan menjadi satu kebiasaan dalam diri anda dan suami.



1. Tunjukkan rasa simpati terhadap suami.

Saat kepulangan suami, tunjukkan rasa simpati isteri dengan kepenatan yang suami rasai setelah seharian di tempat kerja. Bukan itu sahaja, anda juga harus memahami pelbagai kemungkinan yang suami alami di tempat kerja misalnya dimarahi ketua, dibebani dengan pelbagai tugasan, bertengkar dengan rakan sekerja dan sebagainya. Jika anda memahami tanggungjawab suami dalam mencari sumber rezeki untuk keluarganya, pasti anda akan lebih menghargai kepulangan suami dan tahu saat suami sedang bersedih, marah atau gembira.

2. Menyiapkan keperluan suami.

Setiap suami tentu sahaja inginkan istirahat yang cukup sekembalinya dari tempat kerja. Sebagai isteri, anda tentu sahaja tahu apa yang diperlukan oleh suami kerana setiap orang berbeza-beza. Ada suami yang inginkan secawan kopi atau teh panas sekembalinya dari kerja, tak kurang juga cukup dengan segelas air kosong sebagai pembasah tekak dan penyejuk hati. Jika perlu, anda juga boleh mengurut suami untuk meregangkan otot-ototnya.



3. Beri perhatian pada penampilan diri.

Perkara ini memang kurang diperhatikan oleh isteri. Percayalah dengan menunjukkan penampilan yang menarik boleh mengubah mood suami menjadi lebih bersemangat semula. Sebenarnya anda tidak perlu untuk bersolek mampan tetapi berusahalah untuk tampil menarik dengan memakai pakaian yang kemas dan badan tidak berbau sekembalinya suami dari tempat kerja. Pastikan juga rambut anda diikat rapi dan jangan dibiarkan berserabai seperti hantu Mak Limah. Namun bagi yang tidak bekerja ambil kesempatan anda berada di rumah dengan menyiapkan diri anda sebaiknya. Berhiaslah untuk menyambut kepulangan suami tercinta tanpa berlebih-lebihan.

4. Sambut dengan senyuman manis.

Berikan senyuman manis saat menyambut kepulangan suami kerana senyuman adalah senjata yang paling berkesan untuk membuatkan hati suami ceria. Sebanyak mana pun masalah suami di tempat kerja, rasa beban itu akan segera hilang apabila melihat senyuman manis orang yang dicintainya. Walaupun isteri berdepan dengan masalah, usahakanlah untuk tidak menunjukkan wajah yang murung atau masam apabila suami balik dari kerja kerana ia akan menambahkan lagi bebanan suami yang dalam kepenatan.

5. Berikan pelukan hangat dan ciuman penuh kasih sayang.

Betapa bahagianya suami ketika pulang ke rumah apabila isteri menyambut suami dengan sebuah pelukan hangat dan ciuman yang penuh kasih sayang. Pelukan ini akan meringankan bebanan suami selain mengeratkan lagi kasih sayang antara anda berdua.



6. Pastikan rumah bersih dan tersusun rapi.

Selain penampilan isteri, suasana rumah yang bersih dan tersusun rapi juga boleh mententeramkan jiwa suami apabila pulang dari kerja. Oleh itu usahakan untuk anda mengemas rumah sebelum suami pulang ke rumah. Bukan sahaja suami, sesiapa pun akan pening kepala apabila melihat rumah bersepah seperti tongkang pecah. Ini kerana rumah yang bersepah akan mempengaruhi suasana hati suami kerana suami tidak dapat beristirahat dengan selesa dan tambah tertekan. Jadikan rumah yang bersih dan rapi sebagai syurga untuk memadu kasih dan menghibur suami.

7. Hidangkan makanan kegemarannya.

Perkara yang paling dinanti-nantikan suami ketika pulang kerja tentu sekali apabila dapat menikmati masakan daripada air tangan isterinya. Apalagi jika isteri memasak makanan kegemaran, pasti tambah berselera suami menjamahnya.

8. Biarkan suami beristirahat seketika.

Sekembalinya suami dari kerja jangan sesekali isteri membebani suami dengan masalah. Berikan suami berehat seketika bagi melepaskan lelahnya. Jangan lontarkan pertanyaan demi pertanyaan ataupun masalah kepada suami yang dapat memancing berlakunya pertengkaran. Jika ada masalah yang anda ingin ceritakan kepada suami, pastikan suami sudah berada dalam keadaan yang tenang dan cukup rehat.

]]>
7 Perkara Yang Lelaki Tidak Lihat Pada Wanita. https://redaksi.com/427-7-perkara-yang-lelaki-tidak-lihat-pada-wanita Tue, 11 Jul 2017 10:54:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=427 Sebenarnya menjadi wanita ini adalah merumitkan namun menyenangkan. Banyak perkara yang terasa rumit dari pandangan wanita tapi tidak pada lelaki. Teruskan bacaan anda untuk ketahui 7 perkara yang lelaki tidak lihat pada wanita.



1. Ketika anda tidak memakai makeup.

Sebenarnya lelaki tidak terlalu memperhatikan samada anda memakai makeup ataupun tidak. Mereka lebih takut jika anda memakai makeup yang tebal.

2. Siapa yang bayar ketika dating.

Ada sesetengah jenis wanita berasa mereka yang harus belanja pasangan jika ajak untuk keluar dating. Jangan risau wahai wanita, jika lelaki yang mengajak anda keluar dating, mereka sudah menyediakan wang perbelanjaan yang cukup.



3. Terpaksa tinggalkan kekasih.

Jangan risau untuk tinggalkan pasangan anda untuk anda keluar berjalan dengan kawan-kawan wanita anda. Lelaki tidak mengambil serius jika mereka ditinggalkan pasangan yang hendak keluar bersama kawan kerana lelaki banyak perancangannya.

4. Pening memilih makaian.

Jangan hanya kerana pakaian, anda terpaksa membatalkan temujanji anda dengan pasangan anda wahai wanita! Pakai apa sahaja mengikut keselesaan anda asalkan ianya tidak menjolok mata.



5. Menjaga makan ketika keluar dating.

Pernahkah anda terfikir untuk menjaga makan ketika keluar dating semata-mata untuk tidak kelihatan lapar mahupun kuat makan. Lelaki tidak terlalu peduli apa yang anda makan. Mereka hanya fokus pada apa yang anda bicarakan sahaja.

6. Jangan takut untuk sendawa atau kentut.

Jika anda terasa hendak sendawa ataupun kentut, katakan dahulu pada pasangan dan lakukan apa yang anda hajati. Lelaki tidak akan mempersoalkan apa yang anda lakukan itu. Namun tindakan anda yang mengatakan dahulu apa yang hendak lakukan bertanda anda masih hormat pada pasangan anda.

7. Ukuran payudara.

Jika pasangan anda adalah lelaki yang baik, mereka tidak akan ambil peduli tentang berapa besar ukuran payudara anda. Dengan itu, anda tidak terbeban untuk membesarkan payudara anda.

]]>
Cara Membersihkan Otak Dan Hati Dari Kekotoran. https://redaksi.com/1398-cara-membersihkan-otak-dan-hati-dari-kekotoran Fri, 29 Sep 2017 10:17:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1398 Kekotoran adalah satu benda yang berlawanan dengan fitrah manusia. Kita sendiri, kalau terpaksa memakai pakaian yang kotor ataupun berbau untuk ke mana2 pasti sekali akan merasa tidak selesa. Sebenarnya fitrah manusia bukan hanya berlawanan dengan kekotoran luaran, bahkan juga berlawanan dengan kekotoran dalaman.



Kotor secara luaran, banyak cara untuk mengatasinya. Di pasaran terdapat pelbagai bentuk cecair mahupun serbuk pencuci yang ditawarkan. Kalau kekotoran yang terlalu degil, boleh disental dengan Clorox.

Tetapi kotor dalaman,  iaitu kotor hati, cara membersihkannya tidak sama. Kalau rasa hati tercemar, jangan pula diminum Clorox untuk membersihkannya.

Mengarut! mana ada orang minum klorox nak bersihkan hati..

Betulkah tiada? Pernah anda dengar orang minum racun untuk bunuh diri? Terjun bangunan? Jerut leher dengan tali?

Itu kes lain bhai. itu putus cinta, frust…

Benar. Tetapi itu hanya simptom. Sebab utamanya adalah ; si pelaku gagal untuk menemui ketenangan hati yang berpunca dari kegagalannya membersihkan kotoran2 yang melekat pada hatinya sendiri.



Apa Persamaan Kotor Luar Dan Kotor Dalam?

Ada persamaannya. Pertama ; dalam kedua2 situasi, manusia berasa tidak selesa. Kedua ; kedua2 jenis perlu disental, diberus sehingga bersih untuk menghilangkan segala kekotoran.

Dalil situasi pertama adalah ; fitrah manusia itu bersih dan dia sentiasa mahukan perkara yang bersih.

Sebab itu kita sendiri, kalau kerap kali melakukan dosa, atau terasa ada melakukan salah dengan Tuhan, kita akan rasa tidak senang duduk, hati berdebar2 dan terasa diri seperti sangat kotor. Walhal, luaran nampak bersih, kemas dan mungkin berbau wangi.

Ini adalah hakikat yang dirasai oleh semua manusia. Kenapa? Jawapannya adalah kerana fitrah manusia itu adalah bersih dan suci. Lalu dia akan sentiasa mahu kembali kepada fitrah yang suci tersebut.

Sabda Nabi s.a.w : كل مولود يولد على الفطرة –> setiap anak yang lahir itu dilahirkan dalam fitrahnya, yakni bersih dan suci.

Sebab itu orang melayu kata, anak yang baru lahir ibarat kain putih.

Lama apabila besar, banyak terpalit dosa, hati kita akan meronta2 untuk kembali menjadi putih bersih dari sebarang dosa.

Kedua : Proses menyental.

Kadang2, kotoran yang biasa boleh dihilangkan dengan cucian yang biasa. Tetapi kotoran yang lama, sukar untuk hilang perlu disental dan diberus dengan kuat, barulah kotoran tersebut hilang.

Hati juga begitu.



Kalau dosa kecil, istighfar memadai. Sebab itu Nabi s.a.w ajar kita supaya banyakkan istighfar. Sabda Baginda s.a.w : Sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah tidak kurang dari 70 kali sehari. Dalam sebahagian riwayat lain disebut ; tidak kurang dari 100 kali.

Tetapi dosa2 besar perlu disusuli dengan taubat.

Firman Allah ta’ala : Wahai orang2 beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha.

Taubat nasuha adalah taubat yang dilakukan dengan bersungguh2 oleh pelaku yang melakukan dosa2 besar. Tangisan dalam sujudnya di malam hari dengan benar2 menyesali dosa2 silamnya akan meraih keampunan daripada Allah. Itulah namanya menyental. Bukan sekadar biasa2, tetapi perlu ditekan, diraih keinsafan tersebut.

Sudah tentu, ia bukan perkara mudah. Ramai orang malas membasuh baju yang terlekat kotoran degil, kerana malasnya untuk mengeluarkan tenaga menyental dan memberus. Akhirnya semakin lama, kotoran semakin sukar hilang.

Hati juga begitu. Lama dibiarkan dosa2 tanpa disusuli dengan taubat, akhirnya membuatkan dosa tersebut menyeliputi hati, sehinggalah hati tidak lagi ada ruang untuk merasa insaf. Itulah namanya hati yang mati.

Sebab itu, bukan calang2 orang yang berjaya membersihkan hati mereka terutama dari kotoran degil. Lalu sabda Nabi s.a.w : التاءب عن الذنوب كمن لا ذنب له –> orang yang bertaubat dari dosa, umpama orang yang tiada dosa.

Justeru ada berbagai cara untuk membersihkan hati ( dan otak ) dari kotoran :

1. Banyakkan membaca Al-Quran bersama tadabbur.

Baca Al-Quran sahaja, tanpa tadabbur maknanya sukar mendatangkan keinsafan pada manusia. Memahami makna2 Al-Quran, peringatan2 Allah di dalamnya akan berupaya meraih kelembutan dari dalam jiwa manusia.



2. Torture hati sendiri.

Banyakkan berhujah dengan hati dan jangan sekadar mengikut setiap bisikannya. Boleh jadi ketika terdorong melakukan maksiat, kita jarang menentang sebaliknya kerap mengikut. Ubah tabiat tersebut kepada menentang. Marah kepada setiap bisikan tersebut dan torture hati sendiri supaya bisikan tersebut kalah.

3. Usaha untuk menangis.

Tangisan adalah satu perkara yang sukar bagi manusia. Betul, memang payah hendak menangis kecuali dengan hal yang remeh temeh. Putus cinta, hilang barang, terasa hati dan sebagainya. Hendak menangis mengenang dosa sangat payah. Tetapi payah tak bermakna tak boleh. Cuma perlu diusahakan. Antara caranya adalah mencari suasana yang mendorong, bangun tengah malam umpamanya. Memejam mata sambil mengingati kesalahan2 yang pernah dibuat, insyaAllah akan menangis. Tangisan ini bukan calang2, kerana powernya boleh memadamkan api neraka.

4. Banyakkan ingat mati.

Nabi s.a.w mengingatkan , bahawa antara cara membersihkan hati adalah dengan membaca Al-Quran dan banyak ingat mati. Kalau boleh, selalu hadiri solat jenazah jika berlaku kematian. Tolong usung keranda. Ikut ke tanah perkuburan. Tengok jenazah masuk dalam lahad. Semua ini boleh mematikan keseronokan berlebihan kita kepada dunia.

5. Bergaul dengan orang soleh.

Dalam hadis ada disebut tentang aspek pergaulan. Seseorang yang berkawan dengan penjual minyak wangi pasti akan terlekat sama wangian tersebut. Berkawan dengan orang2 yang baik, yang soleh, yang tekun pada agama, boleh melembutkan hati kita untuk menjadi baik. Dalam masa yang sama, proses mensucikan antara akan menjadi lebih mudah.

Jadi, jaga2lah dalam memilih kawan. Very important.

Semoga ada manfaatnya untuk peringatan bersama.

Sekian.

]]>
Wanita Lebih Suka Pada Lelaki Berjambang, Dan Manfaat Lain Yang Lelaki Akan Dapat. https://redaksi.com/2778-wanita-lebih-suka-pada-lelaki-berjambang-dan-manfaat-lain-yang-lelaki-akan-dapat Tue, 10 Jul 2018 14:20:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2778 Menurut kajian sebahagian wanita memang memilih lelaki yang berjambang sebagai teman pasangan mereka kerana ia kelihatan lebih macho daripada yang tidak berjambang. Selain daripada itu, mereka juga merasakan lelaki yang berjambang ini lebih sikap melindungi dan menghormati wanita.


Jadi, selain daripada dapat memikat hati wanita apakah manfaat lain yang lelaki berjambang ini akan dapat…

1. Cacat cela dimuka tidak kelihatan.

Jambang pada wajah seorang lelaki dapat melindungi sebarang cacat cela, malah dapat mengelakkan daripada terjadinya cacat cela seperti ruam, jerawat dan radang pada folikel rambut merupakan kesan buruk yang terjadi pada wajah lelaki akibat mencukur. Bahkan, pencukur juga boleh merebakkan bakteria pada kulit sekaligus menyebabkan jangkitan pada folikel rerambut pada wajah.


2. Pelindung cahaya matahari.

Menurut beberapa kajian yang telah dijalankan, jambang pada seorang lelaki boleh melindungi kulit wajah lebih dari 95% dari sinaran UV. Ini bermakna jambang memainkan peranan penting dari wujudnya sel-sel ketumbuhan yang lebih ke arah kanser. Ini kerana sinaran UV juga dipersalahkan atas punca kepada tanda-tanda penuaan pada kulit wajah.

3. Lebih maskulin.

Kajian juga mendapati bahawa jika anda ingin menarik lebih perhatian wanita, elak bercukur lebih 10 hari berterusan kerana kebanyakan wanita akan lebih tertarik untuk melihat lelaki berjambang kerana ia lambang kepada maskuliniti dan lebih matang.


4. Perangkap habuk dan debu.

Anda perlu tahu fungsi jambang pada seorang lelaki adalah dengan memerangkap habuk dan debu masuk ke dalam liang pori pada wajah yang kemudiannya boleh mengakibatkan masalah jerawat jika berlaku. Menurut pakar, jambang perlulah dibersihkan setiap hari bagi memastikannya ianya tumbuh bersih, rapi serta kemas.

5. Melembapkan kulit.

Mungkin anda tidak tahu bahawa kulit wajah kita mempunyai rejimen pelembap yang semulajadi membuatkan kulit kekal lembap. Dengan adanya jambang ia boleh melindungi kulit dari ditiup angin kencang yang mana boleh menyebabkan kemerahan dan kekeringan pada kulit wajah.

Jadi lelaki diluar sana, jika rasa anda masih bujang hanya kerana tiada jambang, cuba dengan kaedah ini pula. Selamat mencuba!


]]>
Kenapa Susah Nak Kuruskan Badan Pada Bulan Puasa? Jom Ketahui Sebabnya. https://redaksi.com/6001-kenapa-susah-nak-kuruskan-badan-pada-bulan-puasa-jom-ketahui-sebabnya Wed, 08 May 2019 09:02:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6001 Segelintir dikalangan kita beranggapan dengan mengawal makan ketika bulan puasa mampu menurunkan berat badan. Namun, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Berat badan masih kekal atau pun berat badan masih meningkat pula.

Apa yang tak kena dengan diet pemakanan anda? Jom lihat 6 sebab ini punca anda tidak boleh kurus pada bulan puasa…

1. Gagal minum air yang mencukupi.

Anda gagal untuk minum air kosong dengan mengikut jadual yang betul. Kadang-kala anda hanya minum ketika berbuka sahaja, itupun selepas minum air manis. Untuk mengetahui pada waktu bila anda sepatutnya minum air kosong, lihat gambar rajah di bawah:

kuruskan badan di bulan puasa
Kredit: KementerianKesihatanMalaysia

2. Malas melakukan senaman.

Siapa cakap pada bulan puasa (Ramadhan) anda tidak boleh bersenam? Anda boleh melakukan senaman ringkas selepas subuh, ataupun 30 minit sebelum berbuka puasa. Memadai dengan senaman ringkas seperti:

  • Brisk walking.
  • Senaman yang boleh dilakukan dalam bilik sahaja seperti senaman perut atau pinggang atau kecilkan peha.
  • Mengangkat dumb bell.

Asalkan bersenam di tempat yang tidak panas dan tidak memudaratkan, boleh sahaja.

3. Skip sahur.

Seperti sarapan juga, sahur amat penting sebenarnya untuk anda mengawal makan ketika berbuka puasa. Sekiranya anda tidak bersahur, anda akan berasa sangat lapar, kemudian akan makan dengan kuantiti yang banyak ketika berbuka puasa. Malahan, tidak bersahur juga sebenarnya akan menjejaskan kesihatan anda seperti tiada tenaga dan kurang fokus untuk melakukan apa jua urusan di pejabat.

4. Tidur selepas sahur dan juga selepas berbuka puasa.

Sudah sedia maklum, menurut kajian kita tidak digalakkan tidur selepas sahaja menikmati juadah pada bila-bila masa. Ia sepatutnya mengambil masa sekurang-kurangnya 4 jam untuk memastikan penghadaman makanan dengan betul, supaya proses pencernaan berjalan dengan lancar.

Sekiranya anda terus tidur selepas sahur dan juga berbuka puasa ia akan menyebabkan sistem pencernaan tidak lancar dan akan menghasilkan lemak.

Amat digalakkan kita tidur pada waktu tengah hari, untuk meningkatkan daya fokus minda kita.

Tips: Selepas sahur, sekiranya ada waktu yang panjang sebelum subuh, lakukan solat sunat tahajjud dahulu, kemudian selepas subuh baca ayat-ayat Al-Qur’an pula.

5. Kerap minum air manis.

Bukan sahaja minum air manis ketika berbuka puasa, anda terlalu kerap minum air manis kerana haus apabila puasa selama 13 jam sehari. Anda minum air manis tidak kira masa, dan juga pada waktu sahur. Kawal gula anda pada bulan puasa ya sekiranya mahu menurunkan berat badan.

6. Ketika sahur makan tak ingat dunia.

Sebagai anak jati melayu, memang tidak sah kalau tak makan nasi ketika berbuka puasa. Boleh sahaja tiada salahnya jika anda mengambil nasi dengan lauk yang sihat seperti sayur dan lauk yang berkukus atau bakar.

Namun, apa yang menjadi salah apabila, sekiranya sudah niat untuk berdiet, tetapi makan nasi bertambah-tambah, kemudian lauk yang bergoreng dan banyak kalori. Ketika sahur pula seperti makan tengah hari. Tidak lupa dengan teh tarik dan juga kopi.

Macam mana nak diet?

Image result for susah nak kurus
Kredit: Maskulin

]]>
Tips Pertama Kali Bertemu Bakal Mertua (Untuk Lelaki). https://redaksi.com/632-tips-pertama-kali-bertemu-bakal-mertua-untuk-lelaki Mon, 31 Jul 2017 10:04:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=632 Pertemuan kali pertama dengan bakal mertua adalah antara detik yang mendebarkan buat mana-mana lelaki. Maklumlah, secara tidak langsung anda akan memberitahu lelaki tersebut,

“Pakcik, saya mahu mengambil alih tanggungjawab menjaga anak kesayangan pakcik ni dari pakcik”. Lebih-lebih lagi jika anda tidak tahu apa yang perlu diexpect.

First impression count. Seboleh-bolehnya anda tentulah tidak mahu berpura-pura dan mahu menjadi diri sendiri. Tetapi anda perlu tahu yang anda perlu menjadi versi terbaik diri anda sendiri. Be your best self.



Ground rule, this is not the time to act cool. Anda bukan hendak berjumpa dengan rakan anda. Anda akan berjumpa dengan lelaki dewasa yang sekurang-kurangnya 20 tahun lebih tua dari anda. Generation gap itu wujud. Let me share some best practices and tips based from my experiences and tips from my mom. Tested and proven true. Ingin saya ingatkan, mungkin pengalaman anda sedikit berbeza, itu tidak mengapa. Best practices yang saya kongsikan di sini, boleh dijadikan panduan untuk memudahkan dengan signifikan tugas anda mengambil hati bakal mertua.

1. Datang seorang.

Saya tahu, ada lelaki yang nervous dan prefer jika ada kawan. Don’t. Walaupun kawan anda itu lebih tidak hensem mahupun tidak sebaik anda. Gentleman datang seorang. Banyak risiko datang beramai-ramai.

2. Datang apabila anda sudah bersedia.

Datang apabila anda sudah yakin pasangan anda itulah orangnya yang anda mahu kahwini. Jangan datang semata-mata kerana pasangan anda paksa. Jangan datang sebagai pelakon tambahan (saya elaborate dalam point seterusnya).



3. Datang secara rasmi. Jadi hero, jangan jadi pelakon tambahan.

Beritahulah pasangan anda, anda akan datang. Minta pendapatnya mengenai tarikh terbaik. Pastikan ketika anda datang, acara itu adalah untuk anda sahaja. Bukannya kebetulan dengan majlis perkahwinan abangnya, kenduri, rumah terbuka hari raya, hari jadi adiknya dan lain-lain. Hendak bakal mertua mengenali hati budi anda dalam masa yang sekejap adalah susah. Hendak beliau mengenali anda ketika ada banyak distraction lain adalah jauh lebih payah. Bagaimana beliau mahu melayan anda lagi sedangkan beliau sendiri telah penat atau perlu melayan tetamu lain.

Anda perlu 100% masa dan perhatian to realize your full potential. Datang sebagai hero. Jika anda dijemput datang terlebih dahulu sebagai pelakon tambahan, pergilah outstation, balik kampung atau sebagainya. Wanita jarang memahami kepentingan lelaki datang sebagai hero. Bahkan ada lelaki yang underestimate kepentingannya. Don’t gamble. Sebagai hero, anda bertanggungjawab atas kejayaan atau kegagalan anda. Sebagai pelakon tambahan, ada banyak risiko. Sebagai contoh, jika ada majlis kemungkinan besar bakal ibu dan bapa mertua anda berada di tempat berbeza. Bagaimana jika dari awal hingga akhir ibu mertua anda sibuk di dapur sedangkan anda telah mahu pulang? Dan beliau pula tidak muncul-muncul ke depan? Bukankah sudah menjadi dilema. Apa kata beliau jika anda balik sebelum bertemu muka dengannya?

Begitu juga jika kebetulan anda datang wrong timing. Bakal bapa mertua anda duduk di dalam rumah dan kebetulan dari pintu pagar rumah sehingga ke sebelah bapa mertua anda ada orang lelaki duduk berderet. Adakah anda akan pergi terus ke bakal mertua anda dan bersalam dengan beliau? Bagaimana jika anda ter-miss bakal Pak Long (sebab anda tidak kenal lagi) yang duduk dalam deretan tersebut? Apa kata beliau?



Tapi takkanlah anda hendak bersalam dengan semua sederet tetamu tersebut sehingga ke bakal bapa mertua anda seperti seorang ahli politik? (or worse, seperti budak lelaki yang hendak berkhatan). Untuk sesetengah orang, mereka cukup street smart untuk handle perkara-perkara seperti ini. Tetapi jika anda sedang membaca mesej ini, lebih baik jangan mencari masalah. Jadi hero, jangan jadi pelakon tambahan. Beritahu juga anda ingin datang. Pastikan bakal bapa dan ibu mentua anda ada di rumah dan free ketika itu.

4. Rule of thumb, tempoh lawatan kali pertama: 90 minit hingga 2 jam.

Ini rule of thumb yang saya gunakan. Saya sangat cadangkan. Jangan duduk terlampau sekejap sehingga dikatakan tidak sudi duduk lama-lama dan jangan duduk terlalu lama sehingga tiada topik mahu berborak. Don’t overstay your welcome. Biar orang berat hati mahu melepaskan anda balik. Jangan orang tak sabar-sabar tunggu anda balik. Saya prefer pergi dalam jam 11 pagi atau 3 petang. 11 pagi anda akan secara automatik boleh meminta diri sebelum atau selepas makan tengah hari dan pukul 3 petang secara automatik anda boleh minta diri dalam pukul 5.

5. Untuk markah tambahan, tips emak saya bawalah buah tangan.

Bawalah buah tangan. Macam-macam boleh. Yang paling mudah adalah buah-buahan (preferably buah-buahan tempatan). Emak saya suggest kain pelikat atau kain batik. Tapi mana nak cari. Buah-buah lah yang paling senang. Kain-kain ni mungkin untuk generasi lama oklah. 

6. Bawa sugus dalam poket.

Ini tips emak saya yang saya improvise. Emak saya pesan bawa gula-gula untuk diberi pada kanak-kanak. Namun ada ibu bapa yang takut anaknya tercekik makan gula-gula, nak bawa coklat cepat cair dan bulky. Sugus anda flexible dan hampir semua budak-budak suka dan selamat untuk dimakan. Bawa 5-6 biji letak dalam poket seluar. (jangan bawa chewing gum atau gula-gula berangin). Nampak ada budak kecik, panggil dan tunjukkan sugus, usapkan kepalanya dan bagi dia Sugus tu. Jika kebetulan ada banyak budak kecil dan stok Sugus anda sedikit, pilih budak yang paling penting. Sama ada bakal adik ipar anda (8 tahun ke bawah) atau bakal anak-anak saudara anda.

Ibu bapa (most probably bakal abang atau kakak ipar anda) yang melihat anda baik dengan anaknya akan mudah untuk berbual dengan anda. Pesan emak saya, di rumah orang yang tak dikenali, tackle budak-budak dulu sebab itu paling senang. Lepas dapat tackle budak, emak atau ayah budak tu akan cepat terbuka hati untuk menerima kita pula. Seriously, this is one of the proven way to start a conversation.



7. Start the conversation.

Jangan tengok TV sangat. Jadikan TV bahan berbual tidak mengapa. Soalan yang biasanya saya akan guna sebagai mukadimah adalah, “Pakcik sihat? Pakcik dah lama duduk sini”. Kemudian ceritalah dari situ. Jika di kampung-kampung sedikit biasanya Lorong-lorongnya tiada nombor. Selepas Lorong Kenari diikuti Lorong Merbok dan Lorong Nuri. Berbeza dengan lorong kawasan perumahan yang biasanya mengikut turutan nombor. “Pelik ya pakcik lorong-lorong di kawasan ini, tadi saya terlepas satu simpang…” Ketika berbual, jangan tunjuk pandai. Biarkan bakal mertua anda banyak bercerita. Jika dia tidak bercerita banyak, tanya banyak sehingga beliau bercerita banyak. Sebab jika anda tidak bertanya, anda yang akan ditanya. Atau worse, dua-dua membisu. Lagi haru.

8. Senyum, tetapi jangan bermain mata dengan pasangan di hadapan bakal mertua.

Self explanatory.

9. Dua decision-maker yang anda perlu impress, Bakal ayah mertua & bakal ibu mertua.

Yang lain seperti pasangan anda, adik beradiknya, makcik-makciknya adalah bonus. Core adalah dua orang ini. Pay the most attention to them. Untuk orang lain, beri perhatian juga. Tetapi jangan sampai terignore this two key decision maker.

]]>
Untuk Mendapatkan Jodoh Yang Baik, Jangan Lupa Amalkan Doa Ini. https://redaksi.com/7427-untuk-mendapatkan-jodoh-yang-baik-jangan-lupa-amalkan-doa-ini Mon, 07 Oct 2019 09:49:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7427 Setiap orang tentunya mahukan jodoh yang terbaik buat dirinya. Di mana, dia tahu bahawa yang terbaik itulah yang akan berkekalan hingga akhir hayat. Namun begitu, untuk memiliki pasangan yang terbaik ini bukan hanya kena melihat sikap yang dirinya miliki sahaja.

Akan tetapi ia juga perlu dilihat bagaimana sikap diri anda. Jodoh yang baik ini tak akan datang bergolek, kerana ia juga perlukan usaha dari diri anda yang membuatkan yang terbaik juga memilih anda.

“Jodoh anda cerminan diri anda.”

Sebagai contoh,

• Anda berusaha menjadi yang baik buat pasangan, tentu sahaja bakal pasangan anda juga sedang berusaha menjadi terbaik buat diri anda.

• Begitu juga dengan, anda sentiasa menyebut nama jodoh anda dalam doa anda, sama juga dengan pasangan anda.



Jadi jika anda mahukan pasangan yang baik sama seperti yang anda idamkan, maka anda juga perlu berubah ke arah yang anda mahukan itu. Itu yang penting.

Sentiasa amalkan doa ini agar anda dipertemukan jodoh yang baik.


]]>
Jodoh Itu Kadang Dengan Orang Yang Kita Tak Sangka, Dari Tak Suka Boleh Jatuh Sayang. https://redaksi.com/8482-jodoh-itu-kadang-dengan-orang-yang-kita-tak-sangka-dari-tak-suka-boleh-jatuh-sayang Mon, 24 Aug 2020 10:53:05 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8482 Setiap kali pertemuan pasti ada sebab mengapa kita bertemu dengan si dia. Jodoh yang datang itu kadang membawa kebahagiaan kepada kita sama ada sementara ataupun selamanya. Pertemuan yang tidak pernah dirancang ataupun diinginkan, tentu ada rahsia di sebaliknya.

Selalunya, kita anggap jodoh itu bila berkahwin dengan seseorang, tetapi jodoh itu hanyalah pertemuan yang kita tidak tahu berapa lama, kita dengannya.


Bercakap pasal jodoh ini, selalunya kita akan berjumpa dengan seseorang yang kita selesa untuk berkawan dan juga berkongsi pendapat. Tapi ada juga yang kita jumpa tidak selesa dengan malah tidak senang akan kehadirannya.

Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah Yasin ayat 36 yang bermaksud: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.”



Orang kata jangan terlalu sangat benci, nanti boleh jatuh sayang.


Perasaan ini boleh hadir bila-bila masa saja, tanpa rela dan juga dirancang. Perasaan ini adalah sesuatu yang tidak boleh dikawal ikut apa yang kita inginkan. Macam mana kita sekat atau halang perasaan itu boleh jadi ia akan jatuh semakin dalam lagi.

Banyak kisah yang selalu didengari rakan yang dahulunya pernah di friendzone, tapi kini menjadi pasangan yang paling dia sayangi. Sama juga dengan kisah dahulu kerap bergaduh dan saling bermasam muka, tapi kini dialah yang paling takut kehilangan dirinya.

Pertemuan yang tidak dijangka, dan yang dibenci inilah boleh melahirkan satu perasaan yang tidak disangka-sangka.

"Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahilah dia. Jika tidak, akan terjadi fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang dahsyat." (HR Tirmidzi)



Sebab itulah setiap mereka yang datang dalam hidup kita jangan terlalu benci atau jangan terlalu sayang. Dengan satu “hai” ia mampu menggegarkan perasaan seseorang. Sama juga dengan jangan jual mahal sangat takut nanti kita pula yang jatuh hati dengan usaha si dia.

Pertemuan yang tidak dijangka

Mana-mana pasangan suami isteri yang kekal bahagia sehingga kini tentunya bermula dengan satu pertemuan yang tidak dijangkakan. Mereka tidak tahu, bila dan dimana akan berjumpa dengan pasangan mereka. Bukan itu saja, mereka juga tidak tahu kalau perasaan biasa boleh timbul menjadi sayang.

Sama juga dulu mungkin ada yang menjadi rakan gaduh tapi kini dia adalah orang yang dia sayang dan takut kehilangan. Perasaan ini boleh berubah kerana bukan kita yang pegang hati kita. Semuanya, dipegang oleh Allah S.W.T.

“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

(Surah Al-Imran ayat 54)



]]>
Kenali Pasangan Anda Melalui Gaya Duduknya Ketika Berhadapan Dengan Anda. https://redaksi.com/2759-kenali-pasangan-anda-melalui-gaya-duduknya-ketika-berhadapan-dengan-anda Mon, 09 Jul 2018 11:58:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2759 Kadang kala sukar untuk fahami pasangan kita ini. Hal ini kerana, sikap mereka ini seolah-olah kerap berubah apabila berhadapan dengan anda. Maka dengan itu, cuba kenali dahulu perwatakan pasangan anda ini. Tidak tahu bagaimana? Jom kenali mereka melalui gaya duduknya. Ternyata, gaya duduk mereka itu akan memberitahu siapa mereka sebenarnya.


1. Duduk sambil membuka kaki yang lebar.

Mereka ini jenis lelaki yang sedikit sombong serta berperwatakan yang keras. Namun begitu, kadang kala ia boleh berubah kepada seseorang yang mudah bersimpati, mudah menghulurkan bantuan serta baik hatinya.

2. Duduk sambil kaki kanan bersilang.

Lelaki jenis ini lebih kepada yang berkeyakinan tinggi, dan berani berhadapan dengan masalah. Dia suka mendengar seseorang memberinya pendapat. Apabila di tempat kerja, mereka ini seorang yang kreatif, sedangkan dalam hubungan mereka ini akan berjuang untuk cinta mereka.

3. Duduk sambil meluruskan kaki berserta pergelangan kaki bersilang.

Apabila teman lelaki anda duduk seperti ini, ia menandakan bahawa dirinya sejenis yang tenang dan santai. Namun begitu, dia sangat berwaspada akan keadaan sekelilingnya. Dia sangat berani dalam membuat keputusan.


4. Duduk sambil merapatkan kaki.

Mereka ini kurang percaya diri. Mereka juga seorang yang pasif serta lebih bergantung kepada orang disekeliling dalam tugas harian. Mereka ini mempunyai banyak impian tetapi takut untuk merealisasikan impian tersebut.

5. Menyusun satu kaki pada kaki yang lain (kaki silang, ketat).

Lelaki yang duduk seperti ini adalah lelaki yang sopan, serta mempunyai kelasnya yang tersendiri. Mereka mempunyai peraturan dalam hidup mereka. Apabila bercinta, mereka akan melayani anda dengan begitu baik.

Setelah mengenali si dia melalui cara duduknya, ia amat memudahkan anda untuk membaca kelakuannya dengan lebih jelas. Anda juga pasti tahu bagaimana untuk menangani mereka ini.

]]>
“Kalau Suami Lebihkan Isteri Daripada Kawan-Kawan, Suami Akan Dipandang Hormat Oleh Kawan Sendiri” Kongsi Lelaki Ini. https://redaksi.com/6044-kalau-suami-lebihkan-isteri-daripada-kawan-kawan-suami-akan-dipandang-hormat-oleh-kawan-sendiri-kongsi-lelaki-ini Mon, 13 May 2019 10:47:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6044 Apabila aktiviti keluar lepak bersama rakan-rakan sehingga lewat malam sudah menjadi kebiasaan, tidak hairan aktiviti sebegini akan berlanjutan selepas berkahwin juga.

Bila ada sahaja segelintir lelaki yang sudah berkahwin mahu keluar meluangkan masa bersama rakan-rakan, tetapi tidak dibenarkan oleh isteri, pasti isteri akan dilabel Queen Control.

Malah stigma masyarakat pula seolah-olah memburukkan suasana rumah tangga iaitu ‘Suami Takut Bini..'

Tiada istilah suami takut isteri setelah berkahwin kerana ia adalah tanggung jawab suami untuk menjaga keluarga di rumah. Malah jika suami lebihkan isteri sebenarnya suami akan dipandang hormat oleh rakan yang lain seperti perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini…

********

Dah Kahwin Buat Cara Dah Kahwin.

Image may contain: 1 person, smiling

Isteri Sepatutnya Menjadi Keutamaan Selepas Berkahwin, Bukan Rakan-Rakan.

Image may contain: 1 person, smiling, text

Masa Susah Nanti, Isteri Yang Akan Dicari.

Image may contain: 1 person, smiling, text

Jangan Pedulikan Apa Orang Luar Kata, Kalau Bukan Diri Sendiri Yang Jaga Keluarga Sendiri, Siapa Lagi?

Image may contain: text

********

Semoga Bermanfaat!


]]>
Petanda Pasangan Anda Sedang Cemburu Sayang. https://redaksi.com/1741-petanda-pasangan-anda-sedang-cemburu-sayang Mon, 26 Mar 2018 10:18:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1741 Cemburu boleh menjadi positif, boleh juga menjadi negatif melihat kepada situasi ketika itu. Cemburu untuk menunjukkan keprihatinan dan sayang terhadap pasangan tidak mengapa. Cemburu yang mambawa pergaduhan itu bahaya dan perlu dijauhi. Untuk mengenali pasangan anda sedang cemburu sayang terhadap anda. Ikuti penjelasan ini.


1. Lelaki.

• Jika ada seorang lelaki lain menegur anda di restoran misalnya, dan anda melihat pasangan anda berubah wajah, itu petanda mereka sedang cemburu. Lebih-lebih lagi banyak pula bunyi apabila situasi itu selesai. Don’t worry. Usah panjangkan masalah. Jika anda berada dalam situasi ini, perkenalkan pasangan anda kepada lelaki tersebut. Katakan, “Perkenalkan, ini suami tercinta saya.” Dengan demikian akan mengubat jiwanya yang luka. Dan ketika itu anda boleh tersenyum kerana ini bermakna kesayangan anda sedang cemburu sayang.

• Lelaki amat sensitif jika panggilannya tidak diendahkan. Kerana sifat mereka memimpin dan mahukan orang yang dipimpin mendengar tutur katanya. Jika anda tidak mengendahkan panggilan tersebut, dia merasa ada sesuatu terhadap anda. Jadi, jika dipanggil, sahut dan pergilah kepada mereka.

• Ketika anda memakai pakaian yang mencolok mata misalnya, pasangan akan menegur pakaian tersebut. Dia mahu anda berpakaian dengan sempurna di hadapan orang ramai. Ikutilah nasihatnya, kerana ketika itu dia menegur kerana sebab tertentu yang kita seorang wanita tidak tahu. Kalau wanita tahu pandangan seorang lelaki, pastinya dia akan menutup sempurna tubuh badannya.


2. Wanita.

• Seorang wanita sangat pantang jika nama seorang perempuan keluar dari mulut orang yang disayangi. Makin banyak soalan yang keluar nanti. Jika anda ingin ceritakan sesuatu kepada pasangan anda, usah menyebabkan dia marah. Cerita secara detail tetapi tetap menjaga tutur kata dan menjaga perasaanya.

• Anda mempunyai anak perempuan? anak perempuan rapat dengan anda? Huh. Kalau dapat jenis isteri yang cemburu, memang dia geram je tengok anak perempuan dia rapat dengan ayah. Bukan cemburu apa, cemburu sayang. Hehehe

• Wanita suka dirinya dihargai. Usahlah berlebihan bersama kawan-kawan setiap masa sehingga mengabaikkannya, sesekali letakkan jauh-jauh gajet anda di sisi. Bantu pasangan anda dalam hal rumah tangga, senyumkan si dia. Ingat tarikh-tarikh penting anda dan pasangan, raikan bersama. Kalau tak buat, anda tahu akibatnya kan? Buat mengikut kemampuan.


Ketika anda dan pasangan sedang berada dalam situasi ini, kawal emosi dan berlemah lembutlah dengan pasangan anda. Usah sesekali untuk test cemburu sayang ini. Bahaya. Hehehe


]]>
Betul Ke Anak Tunggal Lebih Cenderung Untuk Berlaku Curang? https://redaksi.com/3166-betul-ke-anak-tunggal-lebih-cenderung-untuk-berlaku-curang Wed, 08 Aug 2018 18:28:38 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3166 Kecurangan tidak melibatkan antara jantina, di mana yang mana satu jantina lebih mudah untuk berlaku curang. Ia adalah bergantung pada individu tersebut serta pendirian diri seseorang. Namun begitu, terdapat orang menyatakan bahawa, mereka yang dilahirkan sebagai anak tunggal ini lebih cenderung untuk berlaku curang terhadap pasangannya. Mari ketahuinya.


1. Mendapat perhatian yang cukup.

Mereka yang lahir sebagai anak tunggal dalam keluarga, mendapat perhatian utama kedua-dua ibu bapa, ahli keluarga yang lain. Inilah yang menjadikan mereka mudah menipu. Apabila mereka tidak mendapat perhatian yang cukup dari pasangan, mereka akan dengan mudah mencarinya dari orang lain.

2. Mementingkan diri.

Sudah biasa mendapat apa yang mereka mahu serta setiap keinginan mereka dituruti, akan membuat anak tunggal ini lebih mementingkan diri. Apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka mahu, maka ia mudah menjadikan alasan untuk dirinya mencari orang lain.

3. Selalu sunyi.

Mereka ini tidak mempunyai adik-beradik lain yang boleh menjadi teman di kala mereka ini kesunyian. Jadi apabila besar mereka ini takut untuk berasa sunyi. Jika mereka mendapat pasangan yang sentiasa sibuk, pasti mereka akan mencari orang lain untuk menghilangkan kesunyian mereka.


4. Terlalu yakin.

Keyakinan diri yang terlalu berlebihan sebenarnya membuat mereka menganggap kesilapan yang dibuat hanyalah masalah kecil, yang seterusnya akan memusnahkan hubungan antara dia dan pasangannya.

5. Sifat ingin menang.

Sebagai satu-satunya kanak-kanak yang tidak biasa bersaing dalam mendapatkan perhatian ibu bapa, menjadikan mereka cenderung menipu dengan mudah. Kerana dalam fikirannya, dia tidak perlu bimbang jika dia membuat kesilapan, kerana tidak ada pesaing. Malah, pemikiran ini akan membawa kepada kemusnahan hubungan antara dia dan pasangannya.

Walaupun lima fakta di atas mengatakan bahawa jika anak tunggal mudah berlaku curang, namun ia bukan lah satu perkara yang benar. Ia bergantung bagaimana seseorang itu menjalinkan hubungannya dan bagaimana keadaan hubungan tersebut. Sesiapa sahaja boleh curang.

]]>
8 Rahsia Di Sebalik Ketawa Seseorang Wanita Itu. https://redaksi.com/1137-8-rahsia-di-sebalik-ketawa-seseorang-wanita-itu Thu, 07 Sep 2017 15:04:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1137 Siapa sangka kan disebalik senyum tawa wanita ada terselit rahsia peribadi tersendiri.

Jom teliti sama-sama :-

1. Bila ketawa mulutnya terbuka lebar.

Seorang wanita yang agak terbuka, tak ada pendirian tetap dan mungkin agak penakut. Apa jua yang terjadi dalam hidupnya samada masalah besar atau pun kecil seolah-olah tidak pernah ditanggapinya dengan serius. Apa yang penting baginya adalah menghadapi saja kenyataan yang datang. Wanita yang memiliki ketawa seperti ini juga pada umumnya pandai bergaul, berdedikasi dan selalunya disukai kawan-kawan serta orang di sekelilingnya kerana sikapnya yang bersedia menolong pada bila-bila masa yang diperlukan. Seorang yang mempunyai emosi yang tak menentu membuatkan amat sukar untuk menduga hati dan perasaannya. Dia juga seorang wanita yang biasanya menaruh minat yang mendalam dengan apa yang disukainya tetapi akan meninggalkan begitu saja bila tidak lagi menarik minatnya. Dalam urusan cinta, disebabkan tabiatnya yang sebegini ada kemungkinan dia akan mudah berubah hati, berpindah teman dari satu lelaki ke satu lelaki yang lain.



2. Bila ketawa kedua-dua sudut bibirnya naik ke atas.

Biasanya wanita yang ketawa seperti ini seorang yang bersikap terbuka, bijak bergaul dan pandai memikat hati orang untuk menyukainya. Seorang yang pemurah dan tak pernah segan-segan menolong orang yang dalam kesusahan. Dalam tugas dan pekerjaan, dia seorang yang cukup bertanggungjawab dan bijak mengatasi tiap persoalan yang datang. Dia tak pernah ragu mengambil keputusan dan akan melaksanakan apa yang sudah menjadi tugasnya dengan baik. Pada umumnya, hatinya sukar untuk terpaut pada lelaki. Tetapi apabila sudah jatuh cinta, dia akan mengorbankan apa saja untuk orang yang dicintainya.

3. Bila ketawa wajahnya menunduk ke bawah.

Wanita yang ketawa seperti ini biasanya bersikap agak tertutup, tidak suka berbasa-basi dan pandai menyimpan rahsia. Selalu berhati-hati dengan orang yang baru dikenali dan tidak akan sembarangan mencurahkan perasaannya. Suka menyendiri dan menjauhkan diri dari tempat orang ramai kerana dia akan merasa lebih damai dan tenang. Dia tak mudah jatuh cinta, apalagi sampai mengemukakan hasrat hatinya. Lebih suka bermain-main dengan perasaannya sendiri. Kesetiaannya memang sukar untuk terbeli dengan apa pun.



4. Bila ketawa suka menutup mulutnya dengan telapak tangan.

Ekspresi ketawa seperti ini menandakan dia seorang wanita yang suka membandingkan dirinya dengan orang lain, tak percaya diri sendiri dan lemah dalam soal pergaulan. Sikapnya yang tidak berpuas hati dengan diri sendiri membuatkan hatinya penuh keraguan dan kerap merasa dirinya tak bererti bila berhadapan dengan orang yang melebihi dirinya. Jika tidak mengenalinya secara mendalam, memang dia kelihatan seperti sombong tetapi hakikatnya dia seorang yang baik hati dan mengambil berat hal orang lain. Dalam bertindak dia selalu berhati-hati dan tidak ingin menyakiti hati orang lain kerana dia juga akan sangat marah jika hatinya disakiti. Dalam cinta, umumnya dia seorang wanita yang sangat setia namun sukar untuk memaafkan bila hatinya dilukai.

5. Bila ketawa kedua-dua sudut bibirnya turun ke bawah.

Gaya ketawa seperti ini menunjukkan dia seorang wanita yang memiliki kemahuan yang keras, pantang menyerah dan tidak boleh ditunjuk ajar. Bila dia sudah mengambil keputusan, sukar untuk diubah lagi. Keinginannya banyak dan selalu tidak tercapai, maka itu dia sering merasa stress bila tidak berhasil memperolehi apa yang diinginkannya. Dalam pekerjaan seorang yang amat rajin dan bersedia berusaha untuk kemajuan masa depannya. Hati dan perasaannya agak sukar diduga, kadangkala gembira, kadangkala marah-marah. Bila dia marah memang amat sukar membuatnya baik kembali. Dalam soal cinta, umumnya dia seorang yang suka memerintah pasangannya dan sukar diatur sifatnya.



6. Bila ketawa kelihatan seperti senyum senyum saja.

Dia seorang wanita berjiwa besar, boleh menerima nasihat dan pandai bawa diri. Selalu berhati-hati dalam pergaulan, tetapi pandai mengambil hati dan disukai ramai. Hati dan perasaannya senang diduga kerana dia cukup terbuka dalam mengemukakan apa yang diinginkan dan yang menjadi matlamat hatinya. Lelaki biasanya mudah jatuh cinta dengannya kerana sifatnya termasuk jinak-jinak merpati. Sering membuat lelaki penasaran namun jika hatinya sudah terpaut pada seseorang lelaki, sukar untuk dilepaskannya.

7 . Bila tertawa tubuhnya sampai bergerak/bahu bergoncang.

Jenis wanita yang amat pandai mengambil hati, tidak ada pendirian tetap dan sukar diduga hatinya. Suka memerhatikan orang lain dan membuat orang tertarik padanya. Agak keanak-anakan dan memiliki khayalan yang tinggi tak mudah dicapai. Tempat yang ramai orang seperti pesta dan sebagainya merupakan tempat kesukaannya. Dalam cinta, dia biasanya mudah jatuh cinta. Baginya cinta bagaikan perjudian untung rugi. Walaupun demikian, dia memiliki cinta sejati yang akan diserahkan sepenuh hati, setia keakhir hayat, pada lelaki yang dicintainya.

8. Bila ketawa mulutnya agak terbuka sedikit dan kedua-dua sudut bibir sedikit menurun ke bawah.

Wanita yang tidak mudah meluahkan perasaannya dan pandai menyimpan persoalan diri jauh didalam hati. Bercita-cita tinggi dan sedia menerima nasihat orang lain dengan baik. Namun, dia juga bukan seorang yang terbuka dan bijak menyimpan rahsia. Juga seorang yang suka memendam perasaannya sendirian. Dalam cinta, dia seorang kekasih yang setia tetapi amat mengharap pasangannya yang selalu mengalah padanya dalam apa jua perkara.


]]>
Jodoh Bukan Dicari, Tetapi Dijemput. Jom Ketahui Cara Menjemput Jodoh Dengan Melakukan 5 Perkara Yang Baik Disisi Allah SWT. https://redaksi.com/3091-jodoh-bukan-dicari-tetapi-dijemput-jom-ketahui-cara-menjemput-jodoh-dengan-melakukan-5-perkara-yang-baik-disisi-allah-swt Thu, 02 Aug 2018 11:25:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3091 Apabila ia berkaitan dengan jodoh, kita pasti disogokkan untuk MENCARI pasangan yang sesuai dan sepadan dengan kita. Bagaimana untuk MENCARI pasangan atau jodoh, jika semua aktiviti atau perkara yang dilakukan kadang-kala melanggar syarak Islam?

Apabila kita sering melakukan perkara-perkara yang baik disisi Allah SWT, secara semula jadi, kita akan menjemput jodoh dengan sendiri. Jadi jodoh itu dijemput, dengan melakukan perkara seperti berikut…

1. Sentiasa bersedekah.

“Minta datangkan rezekimu (dari Allah) dengan mengeluarkan sedekah” (HR Al-Baihaqi)

Sedekah ialah situasi kita berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan. Masukkan wang ke dalam tabung masjid atau berikan wang kepada anak yatim yang susah. Hal ini sangat dituntut kerana dalam rezeki kita sebenarnya ada rezeki orang lain.


Bersedekah juga membuatkan jiwa kita lebih tenang. Orang yang sentiasa bersedekah rezekinya semakin murah. Ada yang mengatakan jangan tunggu kaya untuk bersedekah. Sebaliknya bersedekah untuk anda menjadi lebih kaya. Sebelum berkahwin, banyakkan bersedekah supaya anda lebih bersyukur kerana semakin hampir berkahwin dengan bakal jodoh anda.

2. Bersihkan diri daripada dosa.

Sebelum berkahwin, pastikan anda membersihkan 'jiwa' dengan memperkukuh ibadat wajib dan diperkemaskan lagi dengan ibadat sunat. Lakukan solat hajat, solat taubat dan juga perbanyakkan mengaji Al-Qur’an.


Mohon ampun dengan ALLAH di atas dosa yang anda pernah lakukan sebelum ini. Selain itu, pembersihan dosa juga boleh dilakukan dengan meminta maaf daripada orang yang pernah anda sakiti.

3. Mencari yang lebih mahir perbetulkan bacaan Al-Qur’an anda.

Bagi mendapatkan pahala, bacaan Al-Qur’an hendaklah betul sebutannya. Justeru, luangkan masa dengan mengaji Al-Qur’an dengan lebih kerap. Jika perlu, pergilah mencari para Ustaz atau Ustazah demi memperbetulkan bacaan anda. Hal ini kerana suami perlu mengaji dan mendidik isteri mengaji Al-Qur’an. Begitu juga jika apabila anda memiliki anak kelak.


4. Meningkatkan kesyukuran dengan tidak membuat perbandingan pasangan.

Bakal berkahwin tidak lama lagi, justeru wajarlah anda bersyukur kerana bakal mempunyai pasangan hidup. Lihat sekeliling, betapa ramai lagi individu yang masih membujang. Mereka tidak pasti di manakah jodoh berada dan entah bila akan dapat berkahwin.

Jangan pula membandingkan bakal jodoh anda itu dengan orang lain yang tinggi darjatnya. Bersyukur dengan apa yang ada di depan mata. Belajarlah bersikap ikhlas dan lihatlah pasti kebahagiaan akan datang.


5. Persiapkan diri dengan segala ilmu.

Sebelum mendirikan rumahtangga, sila lengkapkan diri dengan ilmu. Berada di majlis ilmu menjadikan diri anda menerima pahala kerana menuntut ilmu. Pasangan yang hendak berkahwin perlu hadir kursus pra-perkahwinan yang dipanggil kursus kahwin.

Hal ini sangat bagus kerana bakal suami dan isteri mendapat ilmu kekeluargaan. Namun alangkah bagusnya jika anda mempunyai inisiatif sendiri dengan mendapatkan ilmu tambahan. Boleh sahaja tanyakan pada individu berpengalaman ataupun mendengar ceramah di masjid yang selalu mengadakan usrah.


]]>
Niat Nak Kahwin Itu Ada, Tapi Kos Yang Tinggi Punca Ramai Yang Masih Membujang. https://redaksi.com/7430-niat-nak-kahwin-itu-ada-tapi-kos-yang-tinggi-punca-ramai-yang-masih-membujang Mon, 07 Oct 2019 09:53:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7430 "Perkahwinan adalah satu ibadah dalam Islam." (surah ar-Rum ayat 21.)

Demikian juga sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Nikah adalah sunnahku dan barang siapa yang tidak suka sunnahku, maka dia bukanlah dari umatku”. (riwayat Ibnu Majah)

Sesiapa tentu sahaja mahu mendirikan rumahtangga, berkahwin dan membina keluarga mereka yang tersendiri. Di mana, setiap orang yang bernafas ini tentu sahaja mahu hidup berpasang-pasangan sehingga akhir hayatnya.

Namun begitu, dengan keadaan ekonomi pada masa ini, malah jika dilihat bertapa banyaknya wang yang perlu dibelanjakan pada majlis perkahwinan tentu membuatkan ramai orang muda berfikir banyak kali untuk berkahwin pada usia yang muda.

Sebab itu, ramai yang berlumba-lumba membina kerjaya kemudian barulah ingin mencari pasangan hidup. Pada ketika itu, pilihan pasangan hidup akan semakin sedikit malah akan menyukarkan anda untuk memilih.



Mungkin ada yang merasakan tak kisah untuk berkahwin muda walaupun, pendapatan masih belum tetap serta ia sekadar cukup-cukup makan sahaja. Namun, bila difikirkan rezeki akan melimpah ruah apabila berkahwin, tentu membuatkan sesiapa sahaja ingin berkahwin.

Namun begitu, setelah membuat kira-kira seperti;

• Majlis perkahwinan.
• Kenduri majlis.
• Hantaran dan mas kahwin.
• Kehidupan selepas kahwin.

Membuatkan ramai orang memilih untuk kumpul duit dahulu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Bukannya tak ada ibu bapa yang membantu ataupun yang akan meringankan beban anak-anak mereka yang ingin menghalalkan hubungan, tentu sahaja ada. Akan tetapi, nak jumpa ibu bapa yang sebegini teramatlah jarang kerana masing-masing memikirkan akan orang sekeliling.



Tujuan asal perkahwinan ini adalah mencari kebahagiaan dan keberkatan, awa lilah perkahwinan itu dengan nilai-nilai Islam supaya ia menjadi berkat dan dirahmati Allah, buatlah kenduri yang dikehendaki oleh Islam iaitu sederhana dan tinggalkan adat-adat yang sesat dalam perkahwinan.

Jika anda merasakan sekarang ini rezeki anda tidak mencukupi, percayalah bahawa dengan perkahwinan ini rezeki akan sentiasa ada dan melimpah ruah.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui. (An-Nur : 32)

]]>
Kena 'reject' bekas kekasih hanya sebab kulit gelap, pemuda ini tekad lakukan perubahan https://redaksi.com/8642-kena-reject-bekas-kekasih-hanya-sebab-kulit-gelap-pemuda-ini-tekad-lakukan-perubahan Fri, 02 Oct 2020 16:42:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8642 Cantik dan kacak itu sebenarnya agak subjektif. Tapi, orang sekarang bila cantik dan kacak saja mesti perlu berkulit cerah dan putih. Kalau tidak tentu saja akan dipandang sebelah mata, sedangkan yang berkulit agak gelap pun ada manis mereka yang tersendiri.

Rupanya, warna kulit ini bukan saja boleh buat orang tak yakin tapi boleh juga mengecewakan seseorang. Itulah yang dialami oleh seorang jejaka yang bernama Kerol ini.

Bandingkan warna kulit

Dia berkongsi di akaun TikTok miliknya bahawa dia pernah kecewa kerana direject hanya kerana memiliki warna kulit yang agak gelap. Lagi menyedihkan apabila bekas kekasihnya itu juga membandingkan dirinya dengan rakan-rakan kekasihnya.

Aku yang dulu bukan yang sekarang...

Dalam video tersebut, dia juga ada menunjukkan keadaan dirinya yang lama. Berkulit agak gelap, dan kurang kacak jika nak dibandingkan dengan sekarang ini.

Kerana terkesan dengan kata-kata bekas kekasihnya, dia nekad melakukan perubahan sehingga dapat kulit yang sekarang ini. Dia yang menggunakan skincare dan mengamalkan vitamin C untuk mendapatkan kulit seperti sekarang ini.

Ada yang cuba nak masuk 'line'

Walaupun baru saja dimuat naik, video ini telah mendapat tontonan lebih 35 ribu, malah ada juga dikalangan netizen yang ingin mencuba nasib mereka dengan ingin berkenalan dengannya.



 

]]>
Adab-Adab Keluar Dan Masuk Rumah Berserta Doanya. Jom Amalkan. https://redaksi.com/4405-adab-adab-keluar-dan-masuk-rumah-berserta-doanya-jom-amalkan Mon, 03 Dec 2018 11:54:54 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4405 Ramai diantara kita tahu akan doa-doa harian yang sepatutnya dibaca dan diamalkan, tetapi banyak yang tidak mengamalkan malah melupakannya. Tahukah anda banyak kebaikan yang akan di dapati daripada doa-doa harian yang kita amalkan itu. Terutama doa keluar dan masuk rumah.

Selalunya apabila kita keluar rumah, kita hanya akan mengunci pintu dan memeriksa sekiranya pintu serta tingkap di rumah itu telah ditutup dengan rapi atau tidak. Selepas itu kita akan keluar dan meninggalkan rumah kita. Kali ini kita cuba amalkan semula doa dan adab untuk keluar masuk rumah ini. Semoga kita mendapat manfaat dari amalan kita itu.

Soalan: Bagaimana adab-adab dalam Islam jika seseorang itu hendak keluar rumah dan adab-adab untuk memasuki rumah . Apakah kebaikannya jika amalkan adab-adab tersebut?

Penjelasan:

Dalam ajaran Islam memang terdapat adab-adab keluar rumah atau ingin memasuki rumah, ianya berupa do-doa yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita untuk di amalkan.



Pertama : Adab-adab keluar rumah :

1. Membaca doa bila hendak keluar daripada rumah.

. بِاللَّه ‎اللَّهِ ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ ، وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلاَّ‎ ‎‎ ‎بِسْمِ‎‎

"Bismillahi tawakaltu ‘alallahi laa haula walaa quwwata illa billah" Maksudnyanya : “Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan selain dari Allah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Nasai)

Doa lain yang diajarkan Rasulullah SAW iaitu: "Allahumma innii a’uudzubika an adlilla au udlalla, au azilla au uzalla, au azhlima au uzhlama, au ajhala au yujhala ‘alayya:

Maksudnya: “Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menyesatkan atau disesatkan; dari menggelincirkan atau digelincirkan; dari menganiaya atau dianiaya; dari membodohi atau saya dibodohi (orang lain) (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzy)

2. Sunnah berikutnya adalah mendahulukan kaki kiri ketika keluar rumah, serta memberi salam kepada keluarga. Sebelum keluar rumah hendaknya menentukan niat dan tujuan, serta memastikan barang bawaan tidak ada yang tertinggal.

3. Kaum perempuan yang hendak keluar rumah harus memperhatikan hal-hal berikut:

* Tidak diperkenankan memakai wangi-wangian, menutup aurat dengan sempurna.

* Selain itu, haram bagi wanita berpergian tanpa izin orang tua atau suami dan dilarang berpergian sampai tiga hari tanpa disertai mahramnya.

Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri ra katanya: Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Haram bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat musafir, di mana perjalanannya melebihi dari tiga hari melainkan bersama ayah, anak lelaki, suami, saudara lelaki atau siapa sahaja mahramnya yang lain.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kedua : Adab-adab memasuki rumah.



1. Memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah dan membaca Bismillah :

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Apabila kamu memasuki rumah-rumah, maka hendaklah kamu memberi salam kepada sesama kamu, sebagai penghormatan yang berkat, lagi baik disisi Allah". (Surah An-Nur ayat 61).

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Apabila seseorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut Allah (membaca Bismillaah) di kala masuk dan di kala makan, maka berkata syaitan : "Tiadalah peluang aku bermalam dengan kamu dan tiadalah pada makanan malam kamu." Dan apabila seorang masuk ke rumahnya , maka dia tidak menyebut Allah di kala memasukinya, maka berkata syaitan : "Aku akan bermalam dengan kamu." Seterusnya apabila dia tidak menyebut Allah di kala makan, maka syaitan akan berkata : "Aku akan dapat bermalam dan makan malam (bersama kamu; kongsi makan)" (Hadis Riwayat Muslim)

2. Ketika kembali dari berpergian dan hendak masuk ke rumah, disunahkan untuk berdoa:

Doa sebelum memasuki rumah

بِسْمِ الله وَلَجْنَا ، وَ بِسْمِ الله خَرَجْنَا وَعَلَى رَبِّنَا تَوَكَلْنَا

‎"Bismillahi walajnaa wa bismillahi kharajnaa wa-ala ‎rabbina tawakkalnaa"‎

Maksudnya : "Dengan nama Allah kami masuk rumah, dengan nama Allah ‎aku keluar rumah, ‎serta kepada-Nya aku berserah diri"

Doa yang lain : "Allahuma inni as aluka khoiral muulaji wa khoiral mukhroji bismillahi walajnaa wa bismillahi khorojnaa wa alalloohi rabbina tawakkalna"

Maksudnya : “Ya Allah, aku minta kepadaMu baiknya rumah yang ku masuki dan rumah yang ku tinggalkan. Dengan nama Allah kami masuk rumah, dengan nama Allah aku keluar rumah, serta kepada-Nya aku berserah diri. ”

Ketika masuk ke rumah hendaknya mendahulukan kaki kanan dan mengucapkan salam kepada keluarga yang berada di rumah.

3. Membaca Ayat Al-Kursi semasa didalam rumah bagi tujuan menghalau syaitan Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw bersabda :’Didalam surah Al-Baqarah ada ayat yang merupakan penghulu Al-Quran, Tidak dibaca didalam rumah, kecuali akan keluar Syaitan dari [rumah]nya : Ayat Al-Kursi " (Hadis Riwayat dari Zaa’idah dari Hakim ibn Jubayr)

4. Membaca beberapa doa yang disunatkan membacanya. (‘Auzdhu bi kalimaat-Illaah it-taammaati min sharri ma khalaq.) Maksudnya : “Aku memnohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk-Nya”


]]>
Jangan Letak Keyakinan & Harapan Melalui Tempoh Perkenalan Yang Lama. Ia Tidak Menjamin Apa-Apa. https://redaksi.com/9-jangan-letak-keyakinan-harapan-melalui-tempoh-perkenalan-yang-lama-ia-tidak-menjamin-apa-apa Fri, 12 May 2017 16:24:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9 Kau yakin dia betul-betul sayang kau?

Kau yakin dia ialah orang yang Allah dah takdirkan untuk bersama kau?

Yup, aku yakin dia betul-betul sayang aku sebanyak mana aku sayangkan dia. Aku dah lama dengan dia. Dah  bertahun-tahun. Aku kenal dia. Aku faham dia.

Dan dia memang lelaki terbaik yang hadir dalam hidup aku. Dia tak akan tinggalkan aku. Dia pernah janji.

Bila Allah pilih kita untuk diberikan ujian, kita hampir tersungkur tak mampu berdiri. Hilang harapan. Hilang punca. Hampir putus asa.

Seolah-olah itulah penamat.

Seolah-olah dunia sudah berakhir.

“Sesekali Allah uji kita tapi kita cakap, aku tak pernah bahagia.

 Sesekali kita menangis tapi kita cakap, aku jarang ketawa.

Sesekali kita kecewa tapi kita cakap, aku tak pernah berjaya.”

Banyaknya nikmat Allah yang kita lupakan tetapi ujianNya yang sedikit itu yang kita hiraukan. Di mana syukur kita?

Sedangkan hakikatnya ujian itu juga adalah salah satu rahmat dan tanda kasih Allah pada kita.

Kerana apa?

Kerana kita letakkan terlalu tinggi keyakinan pada seorang manusia. Hampir 100%. Kita yakin dia tak akan tinggalkan kita. Kita yakin dengan tempoh perkenalan yang sudah bertahun itu, kita benar-benar mengenali siapa diri dia. Kita yakin dia milik kita selamanya. Tapi, hakikat sebenar kita tersilap perhintungan. Kita terlupa ada yang lebih berkuasa. Kita lupa kita hanya mampu merancang. Sehebat mana pun perancangan kita sebagai manusia, jangan terlupa perancangan Allah itu lebih hebat daripada segala-galanya.

“ Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yang diharapkan,

senyumlah dan ingatlah. Manusia merancang dengan cita-cita, tapi Allah

merancang dengan cinta. “

Tempoh perkenalan tak menjamin apa-apa.

Tak akan menjamin dia akan kekal jadi milik kita selamanya. Tak akan menjamin dia adalah jodoh kita.

Percayalah. Di dalam tempoh perhubungan dan perkenalan itu, terlalu banyak pembohongan.

Tapi kerana cinta kita jadi buta. Buta mata, buta hati.

Kita paksa hati kita untuk nampak segalanya kekal indah.

Kita pertahankan sesuatu perhubungan hanya kerana satu perasaan.

Perasaan sayang untuk melepaskan kerana sudah lama bersama. Kita rasa takut untuk mulakan kehidupan baru tanpa dia.

“ Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, sehebat mana kita merancang, selama mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima kekasih kita, jika Allah SWT tidak menulis jodoh kita bersama dia, kita tetap tidak akan bersama dengannya.”

Sampai bila nak terus begitu. Betul ke kita bahagia?

Betul ke di akhir nanti dia akan terus jadi milik kita.

Betul ke jika kita pertahankan hubungan ni bertahun-tahun, penamatnya nanti pasti indah. Yakin?

Tanya hati, betul ke apa yang aku buat sekarang?

Betul ke aku tengah bahagia? Atau aku sekadar mempertahankan sesuatu yang belum pasti hanya kerana terlalu lama bersama?

Never put the key to your happiness in somebody else’s pocket.

Yang berkahwin, berkongsi bahagia berpuluh tahun pun ada yang bercerai-berai apatah lagi kita yang hanya bergantung harap pada janji yang belum pasti.

Tanpa ikatan.

Jadi, kenapa terlalu berani kita letakkan sepenuhnya keyakinan pada dia?

Saat awal percintaan, semua nampak indah. Hati berbunga-bunga.

Tiada yang buruk pada pandangan. Dia sempurna di mata. Tiada cacat cela. Kebahagiaan melimpah ruah.

Kita orang paling bahagia di atas muka bumi ini.

“ Ketika cinta menyapa, usah silau dengan keindahannya. Tetapi lihatlah apakah cinta itu semakin mendekatkan kita kepada Allah atau tidak?”

Tapi bila dah lama bersama, cuba renung kembali.

Tanya hati. Dah berapa kali dia sakitkan hati kita?

Dah berapa kali dia curang dengan perempuan lain? Dah berapa kali dia mungkiri janji dia untuk berubah? Dah berapa kali kita bersedih kerana dia?

Jangan cuba untuk menipu.

Jangan cuba untuk beritahu yang kita bahagia sepanjang tempoh perkenalan kita dengan dia. Saya pernah alami dan saya pernah lalui.

Bila dah terlalu lama bersama, kita yakin dia akan berubah demi kita. Demi cinta kita. 

Tapi sebenarnya itu cuma angan-angan. Cuma mimpi yang kita cuba ukir sendiri.

Untuk tenangkan hati yang rawan.

Apa jaminan dia akan berubah?

Apa jaminan dia tak akan pergi tinggalkan kita?

Andai bertahun bersama, begitu teruk dia lukakan kita, kita yakin dia akan berubah satu masa nanti?

Kalau berubah, Alhamdulillah.

Tapi kalau masih kekal sama?

Masih melayan perempuan di belakang kita. Masih menyakitkan hati kita. Masih biarkan air mata kita mengalir kerana dia. Apa yang kita nak buat selepas tu?

Terus makan hati sampai ke akhir hayat?

Duduk dan berfikir guna akal waras. Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan. Jangan terlalu berpegang dengan tempoh perkenalan kita.

Betul ke dia yang Allah takdirkan untuk aku?

Atau aku yang masih berpegang pada sesuatu yang salah?

Jangan pertahankan andai cuma kesakitan yang kita rasa. Jangan terus merayu andai cuma sayang untuk melepaskan. Tempoh perkenalan tak menjamin apa-apa. Kita belum kenal siapa diri dia yang sebenarnya hingga kita tinggal sebumbung (berkahwin).

If you can love the wrong person that much, imagine how much you can love the right one.

Serahkan keyakinan kita hanya pada Allah. Percaya dengan segala ketentuan Allah. Dia tahu apa yang terbaik.

Selagi kita masih cuba bertahan semata-mata takut untuk melepaskan, selagi itu kebahagiaan sebenar tak akan kunjung tiba.

Hebatnya cara Allah aturkan jodoh, bercinta bertahun pun belum tentu jadi pasangan hidup. Ada yang kenal sehari, esok jadi suami isteri – Hafiz Hamidun.

*nota tambahan dari admin:

Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu perhubungan yang terlarang dan segala perbuatan yang tidak mengikut syariat, akan mendatangkan penat lelah.

Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara. Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.

Pernahkah anda melalui pengalaman seperti ini?

Perhubungan yang bertahun-tahun akhirnya putus? Rumah tangga yang dibina terlerai juga akhirnya?

Bagaimana anda menghadapi situasi yang sangat menguji ini? Pasti anda seorang yang kuat.

]]>
“Jadilah Suami Yang Sabar Dengan Kerenah Isteri” Antara Tips Suami Perlu Ikut Untuk Menjadi Seorang Penyabar. https://redaksi.com/4867-jadilah-suami-yang-sabar-dengan-kerenah-isteri-antara-tips-suami-perlu-ikut-untuk-menjadi-seorang-penyabar Mon, 14 Jan 2019 11:12:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4867 Seperti Allah SWT telah berfirman dalam surah Al-Muzzammil ayat 10:

"Dan bersabarlah terhadap apa yang diucapkan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhilah mereka dengan cara yang baik."

Sudah ditulis di dalam Al-Qur’an bahawa setiap orang yang mempunayi sifat sabar yang tinggi, layak untuk masuk ke syurga. Apatah lagi bagi lelaki yang telah bergelar seorang suami dimana mempunyai tanggung jawab yang besar perlu bersabar dalam apa jua hal, terutamanya melayani kerenah isteri.

Bukan sahaja ibu bapa dan adik-beradik adalah amanah dari Allah SWT untuk dijaga, isteri juga adalah pasangan yang terbaik untuk suami jaga. Jika satu-satu amanah ini tidak dijaga dengan baik, maka derhakalah seorang suami itu terhadap Allah SWT.

Bagi anak-anak, keredhaan Allah SWT adalah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa…

Bagi seorang isteri, keredhaan Allah SWT adalah terletak taatnya dia pada suami tercinta….

Bagi seorang suami pula, tercelanya dirinya apabila melanggar segala kemungkaran Allah SWT…

OLEH SEBAB ITU, SEORANG SUAMI PERLU BANYAK BERSABAR DENGAN KEKURANGAN ISTERI.

Diriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:

"Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun."

Bersama kita renungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar. Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.

Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya;

"Jika beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku? Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.

Lelaki itu berkata;

"Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku. Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Jika begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?

Umar berkata kepadanya,

"Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku. Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya.

Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.

Lelaki itu menjawab, "Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.

Umar pun berkata kepadanya: Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika."

SELAIN DARIPADA ITU, SUAMI JUGA PERLULAH;

Membuang sikap amarah jauh-jauh supaya isteri tidak tercedera fizikal dan emosi….

Mencuba untuk selalu memaafkan kesalahan isteri, jangan terlalu berkeras sehingga isteri tawar hati….

Mencuba untuk dikelilingi dengan orang-orang yang sabar sifatnya, supaya terpelihara hati….

Dan yang penting cubalah untuk sedari posisi anda sebagai suami dimana perlu memberi contoh malah teladan yang baik supaya sentiasa disanjungi dan dihormati….


]]>
Suami isteri jangan lupa mandi dulu selepas 'bersama', jangan terus tidur https://redaksi.com/8526-suami-isteri-jangan-lupa-mandi-dulu-selepas-bersama-jangan-terus-tidur Wed, 09 Sep 2020 14:38:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8526 Perkara yang mudah ini biasanya lebih senang terlupa. Bila tak menjadi amalan, memang cepat dilupakan walaupun sudah ketahui perkara tersebut.


Namun, sesetengah dari kita memandang remeh bab ini tanpa ketahui azab yang menanti.

Bagi pasangan suami isteri selepas menyelesaikan hajat, ada yang memilih untuk tidur dengan menunda mandi junub tanpa alasan yang jelas.



Dalam kitab Shahih At Targhib wa At Tarhib, ada satu bab khusus bertajuk "Ancaman Menunda Mandi (Junub) Tanpa Alasan".

Di bab tersebut terdapat cantuman dua hadis shahih yang menyatakan ancaman menunda mandi junub tanpa alasan.

Apa ancamannya?

Orang yang menunda mandi junub tidak akan didekati oleh malaikat rahmat.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:



Bagi mereka yang menunda mandi junub dengan alasan malas, maka ia tidak akan didekati oleh malaikat rahmat. Namun, apakah seseorang harus segera mandi junub selesai hubungan?



Rasulullah mencontohkan, setelah menunaikan hajat bersama isterinya kadang kala beliau langsung mandi junub, kadang kala tidak lansung mandi junub. Namun, ketika beliau tidak terus mandi junub, maka beliau akan berwudhu dulu sebelum tidur.



Orang yang tidak mandi hadas (junub/besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam Islam.

Semoga perkara ini dapat mengubah cara hidup kita menjadi lebih baik dalam rumahtangga.



]]>
5 Cara Menjaga Dan Menghargai Cinta Pasangan Anda Yang Setia. https://redaksi.com/2679-5-cara-menjaga-dan-menghargai-cinta-pasangan-anda-yang-setia Mon, 02 Jul 2018 14:29:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2679 Seseorang kekasih yang setia ini kadang kala perlu diberikan penghargaan dan imbuhan yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan kepada kita. Bukan kerana, pernah melakukan salah tetapi ia lebih menghargai pasangan dan menjaga cinta mereka agar setia terhadap diri anda. Ada yang beranggapan perkara ini remeh dan tidak penting. Tetapi ia adalah perkara yang penting dalam perhubungan. Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menjaga dan menghargai cinta dari pasangan anda.


1. Memuji dirinya.

Pujian ini sememangnya mengembirakan sesiapa sahaja. Maka dengan itu jangan pernah kedekut untuk memuji pasangan anda. Ia akan membuat dirinya rasa dihargai oleh anda. Puji sahaja apa yang membuat dirinya senang dan anda tidak berpura-pura lakukan itu.

2. Kerap katakan sayang.

Mungkin bagi anda dengan menjalinkan hubungan dengannya cukup menunjukkan anda sayang akan dirinya. Sedangkan ucapan sayang itu perlu diungkapkan walaupun jarang sekali. Ia adalah untuk menunjukkan bahawa anda sangat menyayangi dirinya. Bukan itu sahaja, ia juga untuk membuat dirinya mempercayai anda.

3. Dengarkan dirinya.

Dirinya mungkin menyimpan banyak perkara mengenai anda. Maka dengan itu tidak salah sekiranya anda mula untuk tahu di mana kurangnya anda. Minta dirinya luahkan apa yang kurang mengenai anda dan anda harus dengar tanpa melenting. Ia juga sebenarnya membantu dirinya meringankan apa yang terbuku di hati.


4. Jangan lakukan keganasan terhadap dirinya.

Sesetengah orang tidak mampu mengawal kemarahan sehingga melakukan keganasan. Bukan itu sahaja, kata-kata kesat juga mampu melakukan hati seseorang. Maka dengan itu elakkan untuk lakukan keganasan sama anda melalui fizikal, emosi dan mental.

5. Cuba untuk setia kembali.

Jika anda melihat dirinya begitu patuh dan setia untuk anda, apa kata anda lakukan perkara yang sama. Cuba untuk setia kembali kepadanya adalah perkara yang akan membuat dirinya senang.

Kadang kala kita merasakan hubungan itu sememangnya perlu setia, tetapi ia juga perlu datang dari kedua-dua belah pihak. Bukan hanya pihak anda atau dirinya sahaja. Dan setiap kesetiaan yang diberikan oleh pasangan itu, anda perlu menjaga dan menghargainya dengan baik.

]]>
5 Sebab Kenapa Kita Perlu Makan Ubat Selepas Makan, Yang Kita Tidak Ketahui. https://redaksi.com/6495-5-sebab-kenapa-kita-perlu-makan-ubat-selepas-makan-yang-kita-tidak-ketahui Wed, 10 Jul 2019 10:09:41 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6495 Pasti di antara kita tertanya-tanya, kenapa ada ubat yang diberi oleh doktor, kebanyakannya perlu dimakan selepas makan makanan berat? Kalau makan ubat sebelum makan, apa yang akan terjadi pada tubuh badan kita?

Jom Lihat 5 Sebab Utama Ini..

1. Untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.

Sebab utama kenapa kita perlu makan ubat selepas makan adalah untuk mengurangkan rasa loya dan muntah. Kalau kita makan ubat sebelum makan, dikhuatiri perut akan menjadi tidak selesa bagi pesakit yang akan menyebabkan muntah.

Antara ubat yang mempunyai kesan sampingan ini adalah seperti ubat tahan sakit, ubat gout dan juga ubat Parkinson dimana penyerapan ubat di dalam saluran pemakanan adalah cepat. Kalau kita tak makan lagi, tapi lepastu terus makan ubat, memang akan menyebabkan loya dan muntah.

Sebab tu dengan ada sedikit pemakanan, proses penyerapan akan menjadi sedikit lambat kerana adanya proses penghadaman makanan.

2. Untuk mengelakkan penyakit gastrik.

Untuk mereka yang mempunyai penyakit gastrik, ini adalah masalah utama anda.

Doktor dah banyak kali sarankan, jaga jadual pemakanan dan makan ubat selepas makan, tapi ramai juga yang degil. Kalau anda tidak menjaga jadual pemakanan iaitu makan dengan kerap tetapi dengan kuantiti yang sedikit, kemudian makan ubat pun tak jaga, memang berlarutan gastrik anda nanti.

Jadi, kepada mereka yang ada masalah gastrik sekiranya anda di diagnosis mempunyai penyakit lain dan diberikan ubat seperti aspirin, atau jenis ibuprofen, ataupun jenis steroid. SILA jaga jadual pemakanan harian dan ambil ubat-ubatan ini kemudian kerana ia mampu menghakis usus anda sehingga menyebabkan ulcer.

3. Untuk memastikan ubat tidak dibilas terus ketika makan.

Ada juga sebahagian ubat yang memerlukan ia mengambil masa yang agak panjang supaya penyakit anda pulih. Sebagai contoh, antara ubat yang memerlukan masa adalah, ubat kumur atau cecair nystatin dimana untuk merawat fungus dalam mulut.

Maka, untuk menjadikan ubat ini efektif untuk membunuh kuman, anda memang perlu makan dahulu. Kalau anda makan ubat, kemudian baru nak makan bubur/nasi, dikhuatiri ubat tersebut tidak akan memberi kesan yang baik untuk menyembuh penyakit anda.

4. Untuk mengelakkan kesan sampingan hypoglycemia.

Bagi mereka yang sedang dalam rawatan untuk kencing manis, anda akan diberikan ubat untuk menurunkan paras glukosa dalam badan. Ubat ini mempunyai kesan sampingan iaitu masalah hypoglycemia dimana ia sangat bahaya kerana jika kandungan para gula terlalu rendah, ia akan menyebabkan kematian.

Jadi, dengan mengambil makanan berat dahulu adalah amat disarankan supaya dapat meningkatkan bacaan glukosa dalam badan, kemudian baru boleh ambil ubat jenis ini.

5. Untuk memaksimumkan kesan ubat tersebut.

Dan yang paling penting untuk mengambil makanan berat dahulu sebelum makan ubat adalah untuk memaksimumkan kesan ubat tersebut. Dengan adanya sedikit proses penghadaman di dalam saluran pemakanan sudah tentu ia akan membantu penyerapan ubat tersebut tanpa menganggu sebarang penyakit kronik.

Oleh Yang Sedemikian, Jagalah Badan Anda!

]]>
Bukan Isteri Je Kita Kena Hargai, Pengorbanan Suami Jangan Lupa. Ada Masa Mereka Ini Ingin Juga Rasai Dihargai. https://redaksi.com/6859-bukan-isteri-je-kita-kena-hargai-pengorbanan-suami-jangan-lupa-ada-masa-mereka-ini-ingin-juga-rasai-dihargai Fri, 16 Aug 2019 15:44:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6859 Bila bab isteri, kita selalu pesan agar suami-suami ini jangan lupa pengorbanan apa yang telah dilakukan oleh isteri. Jangan lupa yang isteri kita itu telah berhempas pulas untuk menguruskan rumahtangga dengan baik, menahan sakit perit melahirkan anak-anak buat suami malah dia juga yang akan mendidik anak dengan sabarnya.

Tidak cukup itu, isteri juga yang akan menyokong suami tidak kiralah disaat susah mahupun senang, isteri akan setia disisi. Namun begitu, jika hanya suami sahaja yang akan menghargai isteri, bagaimana dengan isteri pula?



Suami juga layak untuk dihargai isteri juga. Mereka ini mempunyai hati dan perasaan yang sememangnya layak untuk dihargai juga. Jangan lupa penat lelah mereka ini, malah jangan lupa usaha mereka ini nak bahagiakan isteri dan anak-anak.

Selalunya kita angkat tinggi pengorbanan seorang isteri, tapi bagaimana pula dengan pengorbanan suami. Bukan semua suami-suami ini mudah lupa akan tanggungjawab. Ramai sahaja diantara mereka ini begitu tekun akan dalam tanggungjawab yang diberikan.



Tak lupa untuk memberi nafkah buat isteri walaupun kadang kala mereka juga perlukan wang untuk kegunaan perbadi. Bahkan, kadang kala mereka ini juga alami kesempitan wang yang tidak dijangka, tapi demi kebahagiaan isteri kadang-kadang mereka ini hanya pendam dan diamkan sahaja.

Mungkin mereka ini tak mampu nak menanggung sakitnya bersalin melahirkan zuriat, tapi itu tak bermakna mereka ini tidak ada kesakitan yang dilalui. Siapa tahu bahawa mereka ini sanggup meredah hujan panas, sanggup menahan kesakitan diri sebabnya nak mencari rezeki buat anak dan isteri. Suami-suami takut kalau-kalau dia tidak pergi kerja, apa yang akan dimakan buat anak isteri nanti.



Itu belum lagi kesabaran seorang suami diperlihatkan lagi. Selalunya kita hanya lihat bagaimana seorang isteri sabar akan sikap suaminya, tapi macam mana pula seorang suami yang sabar dengan sikap isterinya. Setiap kali teguran atau bimbangan sukar sekali diterima oleh isterinya. Tak semua isteri mudah dibentuk dan menerima teguran untuk perbaiki diri.

Jangan hanya kita pandang apa isteri-isteri telah lakukan sehingga lupa apa yang suami juga turut korbankan. Hidup dalam rumahtangga itu melengkapi, jadi tak salah juga jika kita saling menghargai antara satu sama lain.

Tanpa isteri, hidup kita akan kucar kacir malah tiada zuriat. Begitu juga tanpa suami, belum tentu ada orang yang sudi melindungi kita serta membimbing kita ke jalan Allah.

]]>
10 Survival Tips Untuk Pasangan Pengantin Baru. https://redaksi.com/187-10-survival-tips-untuk-pasangan-pengantin-baru Sat, 17 Jun 2017 10:32:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=187 Selepas akad nikah, maka mulalah hidup anda sebagai pasangan suami isteri. Bak kata orang, makan sepinggan tidur sebantal. Anda akan tahu semua benda tentang pasangan anda, dan dia pun begitu juga. Hakikatnya, hidup bersama tak sama dengan zaman bercinta atau bertunang. Kadang-kadang, ada pasangan yang rasa susah nak sesuaikan diri. Nah kami senaraikan sepuluh tips untuk bantu anda sesuaikan diri hidup bersama dengan pasangan buat pertama kali;



1.Terima bahawa pasangan anda tak sempurna.

Sebelum kahwin, mesti banyak perangai buruk yang disembunyikan. Sekarang dah nikah, dan anda sama-sama masuk ke alam pernikahan - ini bermakna masing-masing akan nampak cacat cela satu sama lain. Anda tak boleh harapkan si dia jadi seseorang yang sempurna.

2.Jangan harap si dia boleh baca fikiran anda.

Pasangan anda bukan pembaca minda. Dia takkan dapat teka yang anda marah kerana anda tak suka cara dia masak sesuatu lauk untuk makan malam. Kalau nak ubah sesuatu, anda kena berbincang.



3.Jangan besarkan perkara yang remeh.

Terlalu penting kah kalau dia suka tinggalkan stokin di tepi pintu? Atau dia sidaikan baju malam ini, bukan pagi esok? Tak sama dengan perancangan anda.

4.Suarakan pendapat anda tentang perkara-perkara penting.

Kalau anda tak suka cara hidup atau ada tabiatnya yang betul-betul buat anda rasa marah, beritahu padanya. Bincang sama-sama. Ada benda yang tak boleh dibiarkan, lama-lama ia akan menimbulkan jurang dalam hubungan anda.

5.Belajar untuk jadi satu pasukan.

Dalam satu pasukan, semua orang akan saling tolong-menolong. Bekerjasama. Bila anda satu pasukan, anda akan bekerjasama untuk pastikan matlamat perkahwinan anda tercapai.



6.Muhasabah diri.

Kalau anda rasa pasangan anda suka menyakitkan hati anda, cuba muhasabah sekejap dan perika semula kalau-kalau anda tabiat anda yang sebenarnya menyakitkan hati pasangan anda.

7.Luangkan masa untuk satu sama lain.

Meluangkan masa bersama-sama adalah satu-satunya cara untuk mengukuhkan hubungan anda dan wujudkan satu suasana di mana anda boleh rasa selesa untuk lepaskan perkara-perkara remah dan bincang tentang perkara-perkara penting.

8.Belajar untuk mudah memaafkan.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Dalam hidup berumahtangga, mesti akan ada pertelingkahan. Belajar untuk lepaskan ego anda dan saling memaafkan.



9.Cari ruang untuk diri sendiri.

Sekuat mana pun cinta anda, anda berdua perlu anda masa atau ruang untuk diri sendiri. Kadang-kadang anda hanya perlu bernafas sendiri dan bila berjauhan, mesti hati makin rindu, kan?

10.Letakkan garis panduan.

Kalau anda tinggal dekat atau bersama dengan keluarga mertua, letakkan garis panduan untuk pastikan anda masih boleh sesuaikan diri sebagai suami isteri tanpa peranguh dari keluarga anda.


]]>
Doa Jauhkan Diri Dari Lelaki Berniat Buruk. Wanita Patut Amalkan Doa Ini. https://redaksi.com/8176-doa-jauhkan-diri-dari-lelaki-berniat-buruk-wanita-patut-amalkan-doa-ini Wed, 13 May 2020 21:57:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8176 Sebagai seorang wanita, tentunya anda akan lebih berhati-hati dalam setiap langkah anda. Bahkan, anda juga akan menjaga maruah diri anda dengan baik. Seorang wanita akan membawa nama dan maruah ibu bapanya ke mana saja sebab itulah pentingnya untuk mereka ini menjaga maruah diri. Bukan saja untuk keselamatan dari tapi juga jauh dari fitnah orang.


Wanita ini sangat berharga, dalam setiap langkahnya akan ada yang memerhati. Mata-mata yang memerhati ini belum tentu hanya mahu memandang saja, boleh jadi ada yang berniat buruk terhadap anda. Sebab itulah pentingnya anda menjaga diri setiap masa.



Disini disertakan doa dari hadis sohih pelindung setiap kali wanita keluar dari rumah. Kadang kala, walaupun kita menjaga pemakaian dengan baik seperti yang ditetapkan oleh Islam, tapi mata-mata yang memandang belum tentu lagi.



Selain itu juga ada doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s iaitu Siti Sarah yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri.



Semoga ia menjadi amalan kita semua setiap hari dan mampu melindungi diri kita. Namun, jangan lupa bahawa doa ini bersifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah SWT dan RasulNya dan telah menjaga kehormatan yang sudah tentu auratnya.



Perlu diingat juga bahawa kemaqbulan dia ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan RasulNya serta menutup aurat anda dengan sempurna. Tanpanya, doa ini masih galak dilakukan cuma sebenarnya ia lebih menepati dengan penampilan diri anda.

Maka dengan itu jaga pemakaian anda dengan baik. Sudah tentu doa ini saja tidak mencukupi kalau diri anda sendiri tidak menjaga pemakaian anda. Semoga kita semua dilindungi Allah.



]]>
Anda Masih Mengharapkan Bekas Kekasih Anda? Jom Ketahui. https://redaksi.com/2752-anda-masih-mengharapkan-bekas-kekasih-anda-jom-ketahui Sat, 07 Jul 2018 15:24:59 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2752 Melupakan seseorang yang kita sayang itu sememangnya sukar. Mereka yang masih mengharapkan bekas kekasih mereka ini selalunya mereka yang terlalu setia dengan hubungan mereka. Bukan hanya setia malah, ia juga percaya dengan sepenuh hati terhadap pasangan mereka ini menyebabkan akhirnya mereka yang terlalu terluka. Mari ketahui, bagaimana tanda seseorang itu masih mengharapkan bekas kekasih mereka.



1. Anda rasa gembira apabila melihat dirinya.

Apabila anda tidak pasti dengan perasaan anda. Cuba untuk berhadapan dengan dirinya. Sekiranya anda merasa teruja dan tersenyum lebar itu menandakan anda masih lagi sayang akan dirinya. Anda juga akan berdebar-debar apabila melihatnya walaupun dari jarak yang jauh.

2. Anda hidup dalam kenangan bersamanya.

Sukar bukan melupakan kenangan. Maka dengan itu anda lebih rela untuk terus hidup bersama kenangan anda bersamanya. Anda sering kali mengimbau kembali kenangan lalu itu. Apabila anda terasa sakit hati, anda akan cuba melupakan kenangan buruk itu dengan kenangan yang baik.

3. Anda ingin dirinya melihat anda.

Apabila anda menghadiri sesuatu majlis yang turut melibatkan dirinya, anda berharap akan menemui dirinya. Walaupun anda mempunyai seorang lelaki lain dengan anda untuk menjadikan dia cemburu, anda akan menjadi orang yang sedih pada akhirnya apabila anda melihatnya bahagia.



4. Anda melihat media sosialnya.

Perkara yang paling kelihatan ialah apabila anda cuba melihat media sosial dia walaupun anda telah block dirinya. Anda akan melihat kehidupan sosialnya serta komennya dan ia akan membuat anda sedih. Semua yang anda lihat akan membuat anda sedih dan anda menjadikannya kebiasaan untuk melihatnya setiap hari.

Jangan pernah berharap pada dirinya apabila dia sudah bergelar bekas kekasih. Cuba untuk melihat ke hadapan dan membina hubungan yang baru. Lupakan dirinya dengan berasa bahagia bersama pasangan baru.


]]>
Lelaki Yang Bergantung Pada Isteri Lebih Mudah Untuk Curang Dalam Hubungan. Ini Kata Kajian. https://redaksi.com/8160-lelaki-yang-bergantung-pada-isteri-lebih-mudah-untuk-curang-dalam-hubungan-ini-kata-kajian Thu, 07 May 2020 17:22:52 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8160 Orang tua kata kalau nak cari jodoh ini kena sama taraf dah sama padan. Kalau pipit sama pipit, kalau enggang sama enggang, tapi ini semua orang dulu-dulu saja. Orang sekarang ini, sudah tidak pandang semua itu. Asalkan suka sama suka, yang lain sudah tidak penting.

Perkahwinan ini bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main atau dianggap tidak serius, sebab itulah dalam Islam sendiri menyarankan untuk mencari pasangan yang sekufu agar tidak berlaku masalah dikemudian hari.


Selalu sangat kita dengar bahawa masalah dalam rumahtangga yang kadang menjadi punca penceraian dan pertengkaran dikalangan suami isteri adalah masalah kewangan. Bab-bab wang ini memang rumit, bukan saja dah kahwin yang bujang pun sama saja.

Satu kajian tahun 2015 yang diterbitkan dalam jurnal American Sociological Review mendapati bahawa seseorang yang bergantung secara ekonomi kepada pasangannya, terutama suami kepada isterinya, cenderung untuk berlaku curang.



Wang membuatkan lelaki lebih terdedah untuk curang

Kajian yang melibatkan 2,800 orang berumur lebih dari 18-32 tahun menunjukkan bahawa sebanyak 15% responden lelaki yang bergantung secara kewangan kepada isteri mereka cenderung untuk curang, berbanding dengan isteri yang bergantung pada suami secara kewangan.

Satu lagi perkara yang mengejutkan dari hasil kajian ini ialah, semakin banyak wang yang diperoleh lelaki dalam perkahwinan, untuk memenuhi 70% keperluan rumah tangga, semakin besar keinginan untuk curang dalam hubungan.



Dengan kata lain, lelaki kurang berpendapatan cenderung untuk curang dan lelaki terlalu kaya juga terdedah kepada kecurangan. Seorang lelaki yang berdikari dan selamat dari segi kewangan dalam keadaan standard atau biasa-biasa saja mampu mengekalkan kesetiaan dalam rumah tangga.

Oleh itu, dapat disimpulkan, apabila suami dan isteri dapat berkongsi tanggungjawab secara seimbang dalam kewangan atau perkara lain, maka hubungan perkahwinan akan menjadi lebih stabil.



]]>
Lima Tanda Si Dia Tidak Bersedia Untuk Berkahwin Dengan Anda. https://redaksi.com/2081-lima-tanda-si-dia-tidak-bersedia-untuk-berkahwin-dengan-anda Mon, 23 Apr 2018 15:19:55 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2081 Apabila sudah lama bercinta ini, pasti setiap akan terdetik setiap pasangan untuk berkahwin. Biasanya kaum wanita lah yang mempunyai hasrat untuk berkahwin awal. Tetapi bagi kaum lelaki pula, mereka perlu tunggu kedudukan dan kewangan mereka stabil dahulu. Barulah mereka fikir untuk berkahwin. Tapi apa jadi, sekiranya anda telah bersedia tetapi pasangan anda pula tidak bersedia. Walhal si dia sudah stabil mengenai kedudukan dan kewangan. Eh, macam mana nak tahu yang seseorang itu belum bersedia?


Ini dia tanda pasangan anda itu masih belum bersedia untuk berkahwin dengan anda.

1. Tidak bercakap mengenai perkahwinan.

Apabila anda mula bercakap mengenai perkahwinan sahaja, mula lah pasangan anda gelisah dan ingin menukar topik. Jika anda hendak menguji pasangan anda, mudah sahaja. Katakan sahaja, bahawa ibu bapa anda sudah menyuruhnya masuk meminang. Kalau si dia beri alasan. Sah la si dia masih belum bersedia.

2. Menghindari untuk pergi ke majlis perkahwinan bersama anda.

Apabila tiba majlis rakan-rakan anda, pasangan anda terus sahaja menolak untuk menemani anda ke majlis itu. Ada sahaja kerja yang perlu dilakukan untuk hari itu. Tapi kenapa? Sebab apabila tiba di majlis perkahwinan nanti pasti rakan-rakan anda akan bertanya mengenai majlis anda. Jadi untuk hilangkan rasa tidak selesa lebih baik tidak pergi menemani anda.

3. Mempunyai pelbagai alasan.

Apabila mula sahaja bincang untuk berkahwin, si dia terus sahaja bagi alasan. Duit tidak cukup lah, masih ada hutang la, kerja tak tetap lagi lah dan pelbagai lagi alasan. Setiap kali bincang perbagai lagi alasan yang timbul. Dah terang lagi bersuluh, si dia tidak bersedia lagi.


4. Selesa dengan kehidupan sekarang.

Bila bercakap mengenai selesa dengan kehidupan solonya. Ini bermakna si dia langsung tidak berfikir untuk berkahwin dengan ada. Si dia sangat gembira dengan kehidupannya yang penuh keseronokan. Dan anda juga keseronokan dan keselesaan hidupnya. Jadi sebab itu lah si dia tidak berfikir untuk berkahwin dengan anda.

5. Tidak merancang apa-apa untuk masa depan.

Ini adalah perkara yang lagi sudah jelas. Si dia tidak pernah mempunyai rancangan untuk hidup bersama anda? Tidak pernah rancang untuk menikahi anda. Walaupun sudah lama bercinta. Baginya itu bukan satu perkara yang penting. Dan tidak perlu dijadikan rancangan untuk masa depan. Jadi sampai bila?

Kesimpulannya, apabila pasangan anda telah betul-betul bersedia untuk berkahwin dengan anda. Si dia akan meletakkan anda sebagai impian dan matlamat dalam hidupnya. Di samping itu juga meletakkan segala usahanya untuk menghalalkan anda. Walaupun terpaksa mengikat perut.

]]>
Tidak Tahu Jika Dirinya Serius Atau Tidak? Cuba Lihat Tanda-Tanda Ini, Mana Tahu Ada Pada Dirinya. https://redaksi.com/3435-tidak-tahu-jika-dirinya-serius-atau-tidak-cuba-lihat-tanda-tanda-ini-mana-tahu-ada-pada-dirinya Tue, 04 Sep 2018 15:48:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3435 Pada mulanya dirinya sekadar hanya mahu berkenalan rapat dengan anda sahaja, tanpa ingin melangkah ke satu arah yang serius. Namun lama kelamaan, perasaan anda mula berubah menjadi sangat sayang pada dirinya. Bahkan dia juga turut merasakan sebegitu. Tetapi anda masih lagi tidak yakin bahawa dirinya sudah mula memandang serius terhadap hubungan kalian. Maka dengan itu, cuba anda lihat tanda-tanda ini.


1. Berjumpa dengan ibu bapa.

Ini adalah tanda yang paling utama anda perlu lihat. Jika dirinya telah berani untuk berjumpa dengan ibu bapa anda itu bermakna dirinya sedang mendekatkan diri dengan keluarga anda. Bahkan ia mula menunjukkan bahawa dia serius terhadap anda. Mana tidaknya, jika ia berkaitan dengan ibu bapa pasti ia satu hal yang sangat serius.

2. Mencuba memperbaiki masalah komunikasi dalam hubungan.

Apabila dia mula serius dengan anda, dia mula mencari jalan untuk memastikan hubungan yang dibina itu berjalan dengan lancar. Untuk memiliki hubungan yang bahagia, sudah pasti lah komunikasi itu tersangat lah penting. Jadi ia mula memperbaiki komunikasi antara kalian. Bahkan dia cuba untuk mengayakan satu percakapan yang lembut untuk membuatkan anda lebih selesa untuk bercakap dengannya.

3. Mula bersifat terbuka.

Jika dahulu dia seorang yang sukar untuk berkongsi, kini anda boleh lihat bahawa dirinya lebih bersifat terbuka. Di mana ia mula memberitahu apa yang dia suka dan tidak. Dia juga turut memberitahu apa yang dia lakukan bersama rakan-rakannya pada waktu lapang kerana, dia mahu anda juga turut terdedah dengan rutin hariannya dan lebih untuk memahaminya.


4. Berbincang mengenai masa depan.

Jika anda dengannya sudah mula membincangkan masa depan, itu bermakna dia telah menyediakan jalan bagaimana keluarga yang dirinya inginkan. Itu bermakna dia sudah mula serius terhadap anda. Dia juga memberi gambaran apa yang dia ingin lakukan pada masa depan. Ini juga membuktikan bahawa dirinya telah meletakkan anda di dalam salah seorang yang penting pada masa depannya nanti.

5. Membicarakan tujuan hubungan.

Jika dahulu ia hanya memandang ringan terhadap tujuan perhubungan kalian, kali ini dia mula menyatakan mengapa dirinya menjalinkan hubungan dengan kalian. Jadi dirinya mula menunjukkan satu kesungguhan bukan?

Apabila pasangan anda mula menunjukkan tanda-tanda seperti ini, ia bermakna, dia sudah bersedia untuk kea rah satu yang serius. Jadi jangan pula anda yang membuat perangai ye.


]]>
Tips 7 ‘C’ Sebab Suami Benci Isteri Dari Dr. Fadzilah Kamsah. https://redaksi.com/624-tips-7-c-sebab-suami-benci-isteri-dari-dr-fadzilah-kamsah Fri, 28 Jul 2017 11:21:32 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=624 Sebagai seorang isteri yang baik, seharusnya anda lebih mengetahui apa yang disukai oleh suami anda atau yang tidak disukai oleh suami anda. Seorang isteri harus menjaga aib suaminya, orang tua selalu berpesan, jika hendak melakukan sesuatu, fikirkan sebabnya dahulu. Jika seorang isteri bersikap jahat, maka nama suaminya turut menjadi jahat. Isteri yang baik tidak akan sesekali melakukan hal terkutuk itu, jaga nama baik suami dan diri sendiri. Kadangkala seorang isteri tidak sedar akan kesalahan yang dilakukannya, terkuat sedikit suara pada suami, tinggikan suara, itu dah derhaka namanya, tetapi ramai isteri ambil mudah akan hal tersebut. Tips 7 ‘C’ sebab suami benci isteri dari Dr. Fadzilah Kamsah ini adalah perkongsian yang sangat baik kali ini sebagai renungan agar keharmonian rumahtangga dapat dijaga dan sebagai renungan bersama.



Tips ini adalah kebiasaan sikap seorang isteri yang amat buruk pada pandangan seorang suami dan tidak sewajarnya keluar dari mulut isteri. Harus diingat, suami sangat pantang dicabar. Cubalah dan kesan buruk pasti berlaku. Semoga memberi manfaat dan dapat diambil pengajaran untuk kita semua.

1. Cabar.

Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Lelaki paling tidak suka dan paling benci apabila dirinya dicabar, lagi-lagi apabila isterinya sendiri yang mencabarnya. Oleh itu isteri harusnya berwaspada apabila berkata-kata, jika anda mencabarnya, silap haribulan anda pula yang menyesal di kemudian hari. Isteri, apabila bergaduh dengan suami mulalah kata, “Kalau awak berani cubalah (cabar suami cerai)!”

2. Cabul.

Perbuatan dan kata-kata isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti mengeluarkan kata-kata yang tidak baik pada mertua mahupun suami. Seharusnya seorang isteri cuba untuk tidak mengeluarkan kata-kata kesat kepada suami agar tidak pula nanti menjadi isteri dehaka.



3. Celupar.

Muka tidak cantik itu tidak mengapa, jangan saja mulut puaka, celupar mengata orang sana sini, sepertinya dirinya sahaja yang baik. Suami tidak menyukai isterinya bermulut celupar, ini kerana isteri itu cermin bagi suaminya. Jika isteri berperangai jahat maka suaminya juga turut mendapat malu.

4. Comot.

Isteri sepatutnya berhias depan suami, bukan hendak keluar baru hendak mekap cantik-cantik dan pakai bau wangi-wangian, tetapi bila dirumah muka pucat dan badan tidak berbau wangi.

5. Cemburu.

Cemburu itu perlu, tetapi biarlah berpada-pada, jangan sampaikan suami merasa rimas pula. Sikit-sikit nak cemburu, suami pandang bibik sebelah rumah pun isteri nak cemburu. Jika lama-lama perangai berterusan seperti itu, takut nanti suami jadi rimas dan mudah bosan.



6. Cerewet.

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapan. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Sangat tak suka.

7. Cincai.

Suami mana yang suka lihat isteri buat kerja rumah cincai-cincai saja bukan? Setidak-tidaknya sebagai isteri harus la menjaga makan dan minum suami dengan baik dan menguruskan anak dengan baik. Sebab tu suami tak kisah isteri tidak cantik asalkan pandai buat kerja dan amanah dalam melakukan kerja rumah.

Walau bagaimanapun tolak ansur sesama suami isteri amatlah penting dalam rumahtangga, jika isteri seorang yang degil, suami harusla menegur dengan baik supaya isteri dapat menerima teguran dengan hati yang terbuka.

]]>
Perkara Yang Perlu Dilakukan Ketika Usia 25 Tahun Ke Atas. https://redaksi.com/2000-perkara-yang-perlu-dilakukan-ketika-usia-25-tahun-ke-atas Tue, 17 Apr 2018 09:56:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2000 Jika sebelum ini kita banyak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam hidup, meningkat usia ini, kita perlu ada perubahan. Kerana ketika umur ini banyak tanggungjawab dan komitmen yang perlu ditumpukan. Oleh itu, kami kongsikan kepada anda antara perkara yang perlu diambil berat oleh kita diusia begini:


1. Tanggungjawab dengan Allah.

Ini adalah tanggungjawab kita yang paling utama dalam hidup. Penuhi solat lima waktu dengan sempurna, menutup aurat dengan elok, memperbaiki bacaan al-Quran dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Sebab, kita tak tahu bila ajal akan tiba.

2. Tanggungjawab dengan ibu bapa.

Mereka membesarkan kita dari kecil hingga kini. Apabila kita sudah mempunyai pasangan dan berumahtangga, kemungkinan kita akan lupa terhadap mereka. Tetapi, mereka masih ingat terhadap kita. Oleh itu, hargailah mereka ketika masih ada ini. Hulurkan wang sentiasa, balik ke kampung selalu dan hormati mereka. Jika kita tidak menghormati mereka, kemungkinan besar anak-anak juga tidak mengormati kita kelak.

3. Tanggungjawab dengan pekerjaan.

Bekerjalah bersungguh-sungguh. Pada ketika ini masa yang sesuai untuk berkahwin, maka kumpul sedikit demi sedikit wang tersebut. Jika mampu untuk melangsaikan hutang ketika ini, lunaskan terus. Kerana setelah ini masih banyak wang yang diperlukan. Oleh itu, tiada istilah berfoya-foya dengan gaji tersebut. Bila bebas dari hutang, baru hidup aman beb!

4. Tanggungjawab terhadap pasangan.

Masa ini bukan masa untuk bermain cinta. Tetapi perlu mencari cinta sebenar. Jika anda dalam proses mencari calon, carilah calon yang baik akhlak dan agamanya. Jadilah orang yang matang dalam mencari jodoh. Set dalam minda, kita mencari teman hidup hanya untuk perkahwinan kelak. Setelah itu, barulah boleh bercinta selepas nikah. Baru ada nikmat. Hehe

5. Tanggungjawab terhadap diri sendiri.

Uruslah diri dengan cara yang matang. Kurangkan bermain game, menonton filem korea dan melepak bersama kawan-kawan. Ubahlah diri. Bangun di awal pagi, lakukan perkerjaan yang sepatutnya dengan baik, dan sayangi orang sekeliling. Lakukan secara konsisten. Percayalah, hidup akan akan lebih bersemangat setelah itu. Jika ini anda mampu lakukan, baru boleh kahwin. hehe


Oleh itu, buat apa membuang masa ketika ini? Waktu ini sudah tidak sesuai kita berfoya-foya. Banyak perkara yang perlu ditumpukan. Jika anda mempunyai pasangan, nasihatkan juga pasangan tersebut agar sama-sama berubah ke arah yang lebih baik selepas ini. Good luck!


]]>
Tak Payah Malu Nak Bawa Bekal Pergi Kerja, Silap-Silap Korang Mampu Kumpul Duit Kahwin Dalam Masa Setahun. https://redaksi.com/6757-tak-payah-malu-nak-bawa-bekal-pergi-kerja-silap-silap-korang-mampu-kumpul-duit-kahwin-dalam-masa-setahun Tue, 06 Aug 2019 16:25:22 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6757 Duit bukan segalanya tetapi segalanya perlukan duit. Itulah ayat yang kita selalu dengar pada zaman sekarang di mana segala-galanya memerlukan duit bahkan mahu masuk ke tandas awam sekalipun. Ketahuilah bahawa zaman sekarang langsung tidak boleh dibandingkan dengan zaman dahulu kerana perubahannya sangat drastik dan jauh berbeza.



Jika dulu pada zaman 90-an, wang saku untuk sekolah anak biasanya RM1-RM2 sahaja kerana makanan di kantin dijual dengan harga yang sangat murah. Namun sekarang tidak lagi. Anak-anak pada zaman sekarang perlukan sekurang-kurangnya RM5, bukan kerana mereka boros tetapi peningkatan taraf hidup memaksa peniaga menjual makanan dengan harga tinggi sebagaimana kita semua sedia maklum.



Itu dari segi perbelanjaan sekolah anak, bagaimana pula perbelanjaan ibu bapa di tempat kerja? Jika berkereta, perlu isi minyak sekurang-kurangnya RM50 seminggu bergantung jarak perjalanan, begitu juga dengan yang bermotosikal. Bagaimana pula dengan makan tengah hari di tempat kerja? Sekurang-kurangnya RM15-RM20 sekali makan. Jika didarabkan dengan sebulan sudah RM berapa.

Walaubagaimanapun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Antara jalan penyelesaian yang pasti berkesan kerana sudah dicuba oleh banyak keluarga ialah dengan membawa bekal ke sekolah dan ke tempat kerja. Bagi isteri yang suri rumah, boleh sediakan sarapan dan juga bekal untuk anak-anak dan suami. Bagi yang bekerjaya, mungkin boleh sediakan bahan masak untuk seminggu. Contohnya asingkan siap-siap lauk yang akan dimasak selama seminggu setiap pagi. Ini bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi membantu kerana tidak perlu pening memikirkan menu setiap hari.

Selepas mencuba membawa bekal ke sekolah dan ke tempat kerja, cuba kirakan berapa banyak duit yang telah dijimatkan? Pastinya banyak dan duit itu boleh dijadikan simpanan untuk kegunaan lain yang lebih penting. Sebenarnya tiada istilah memalukan dengan membawa bekal ke pejabat, bahkan sesiapa sahaja yang melihat pasti berasa kagum dengan usaha anda.

]]>
Begini Rupanya Bercinta Dengan Introvert Yang Penuh Dengan Misteri. Betul Ke Introvert? https://redaksi.com/7813-begini-rupanya-bercinta-dengan-introvert-yang-penuh-dengan-misteri-betul-ke-introvert Mon, 20 Jan 2020 12:18:09 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7813 Apabila memilih introvert sebagai pasangan, sudah tentu anda tahu bahawa dirinya akan penuh dengan sikap pendiam dan juga pemalu. Kadang kala hubungan agak boring jika bersama introvert berbanding ekstrovert. Tapi itu tidak bermakna bahawa introvert ini tiada keunikan yang tersendiri.

Jika ekstrovert sudah tentu lebih mudah untuk dibaca gerak lakunya. Bila dia ada masalah, sedih, serta gembira. Berlainan pula dengan introvert yang lebih pendam segala perasaan sedih, marah, serta kecewa. Kadang kala bila ditanya semuanya “tiada apa-apa” baginya.

Kecenderungan ekstrovert dengan mudah menyatakan perasaannya tidak sama dengan introvert. Kadang-kadang mungkin ada kalanya kita keliru tentang bagaimana untuk bertindak pada introvert. Salah bertindak boleh tercetusnya salah faham dan konflik dalam hubungan. Jadi macam mana nak atasinya dengan betul?

1. Deep talk

Introvert ini bukan mudah nak luahkan rasa mereka, jadinya gaya percakapan dari hati ke hati ini sangat sesuai buat dirinya. Mereka suka bercakap tentang perkara-perkara kritikal dengan soalan terbuka, menjadikan perbualan lebih menarik dan tidak membosankan. Malah mereka juga suka melihat gaya pemikiran anda serta pengetahuan yang anda miliki.



2. Selesa di tempat yang tidak ramai orang

Introverts sensitif terhadap persekitaran sekitar. Daripada pergi ke tempat yang sibuk, mereka lebih suka pergi ke tempat yang lebih kecil dan lebih tenang. Ia bukan masalah tempat, tetapi mereka lebih suka siapa mereka menghabiskan masa dengannya kerana kalian akan lebih tertumpu antara satu sama lain.

3. Menjadi lebih sensitif

Introverts cenderung untuk menyimpan masalah mereka sendiri. Bukannya mereka takut, tetapi mereka lebih berhati-hati terhadap apa yang dia hadapi. Oleh itu, mereka memerlukan seseorang yang dapat merasakan dan memahami perasaan mereka kerana mereka tidak mahu mencetuskan konflik.



4. Memahami apa yang mereka ingin sampaikan

Introvert ini tidak mudah untuk menyatakan pemikiran serta kemahuan mereka, malah gaya komunikasi mereka juga halus dan tersirat. Jadi perhatikan apa dan bagaimana mereka sampaikan sesuatu. Kadang kala perkara yang kecil sahaja tetapi mempunyai makna yang tersembunyi.

5. Elakkan buat kesimpulan sendiri

Mereka ini sememangnya sukar nak luahkan apa yang mereka rasa. Kadang kala, bila komunikasi pun macam tidak mudah kerana mereka akan simpan, pendam dan diamkan sahaja. Tapi itu tidak bermakna anda boleh buat kesimpulan sendiri. Bila tiba masa mereka akan cakap apa yang mereka rasa. Tapi asalkan ada komunikasi yang baik antara anda, itu dapat menggalakkan dirinya untuk perjelaskan sesuatu perkara.

Introvert ini unik, mungkin mereka ini lebih banyak diam dan pendam segala perkara bukan kerana mereka takut tetapi lebih berhati-hati dalam berkata-kata.

]]>
5 Tanda Ibu Mertua Mula Tidak Suka Pada Anda. Kepada Bakal Pengantin, Hati-Hati Dengan Ibu Mertua Begini! https://redaksi.com/1871-5-tanda-ibu-mertua-mula-tidak-suka-pada-anda-kepada-bakal-pengantin-hati-hati-dengan-ibu-mertua-begini Thu, 05 Apr 2018 11:01:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1871 Daripada zaman cerita P. Ramlee, watak ibu mertua memang sangat menakutkan. Malah menjadi mimpi ngeri terutama kepada wanita di luar sana. Apabila berkahwin dengan pasangan, kita seperti telah masuk di dalam ahli keluarga mereka juga dan tidak boleh membuat hal sendiri. Mengambil berat tentang ahli keluarga pasangan adalah harus.

Jadi, apakah tanda-tanda bakal ibu mertua atau yang sudah menjadi ibu mertua mula tidak menyukai anda? Jom baca!


1. Ibu mertua menyisih anda daripada family gathering.

Insan mana yang suka disisihkan walaupun mereka single. Lebih terkilan jika kita baru hendak mengenali keluarga mertua, tetapi disisihkan pula. Dari sini lah, anda mencuba untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara anda dengan keluarga pasangan. Tetapi apabila anda cuba untuk memulakan perbicaraan, ada sahaja kata anda di potong oleh ibu mertua.

2. Ibu mertua tidak suka keturunan keluarga anda.

Dengan jelingan mata, sudah tahu bahawa ibu mertua tidak suka dengan keturunan keluarga kita. Bukan sahaja tidak suka, malah gemar menghina depan-depan anda. Katanya, lebih elok jika anda tahu bahawa dia tidak menyukai keluarga dan saudara mara anda. Malah, ibu mertua juga seperti tidak gemar dengan cara keluarga anda melayan anak-anak atau cucu. Tidak mengikut tradisi keluarganya, katanya.

3. Ibu mertua tidak puas hati dengan kejayaan anda.

Sebelum berkahwin seperti bermanis muka. “Oh, okay la ada degree, lepas ni mesti dapat kerja bagus kan?”. Anda seperti dapat meyakinkan ibu mertua bahawa anda akan mendapat kerja yang bagus untuk menyara keluarga. Tetapi di sebabkan ekonomi zaman sekarang, anda susah untuk dinaikkan pangkat malah dengan kerja part time pun tidak dapat meyakinkan mereka.


4. Ibu mertua merendahkan diri anda.

Isu yang agak kontroversi.

Situasi 1: Bagi lelaki yang tidak dapat kerja yang bagus untuk menyara anak perempuan kesayangan mereka, ibu mertua akan membandingkan anda dengan anak-anak mereka yang lain.

Situasi 2: Wanita yang tidak dapat melahirkan anak, ibu mertua akan menyuruh pasangan anda untuk berkahwin lain.

5. Ibu mertua gemar menceritakan bekas kekasih hati pasangan anda.

Apabila anda bukan lah calon menantu yang mereka suka, sudah tentu ibu mertua gemar membandingkan anda dengan bekas kekasih pasangan. Ibu mertua seperti tidak berpuas hati, mengapa anak mereka memilih anda daripada bekas kekasih.

Namun sedemikian, kita harus berusaha dan bertawakal pada Allah supaya di kurniakan ibu mertua yang menyayangi kita. Jagalah mereka seperti mana kita menjaga ibu bapa kita. Kelak mereka akan mula menyayangi kita juga.


]]>
Ciri-Ciri Wanita Pada Lewat 20-an, Jika Lelaki Lebih Berminat Berkenalan Dengan Wanita Yang Lebih Berusia. https://redaksi.com/2226-ciri-ciri-wanita-pada-lewat-20-an-jika-lelaki-lebih-berminat-berkenalan-dengan-wanita-yang-lebih-berusia Mon, 07 May 2018 15:58:07 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2226 Kini, lelaki seperti tidak kisah jika berkenalan dengan seorang wanita yang jauh umurnya daripada mereka sendiri. Bagi mereka wanita yang lebih berusia lebih matang, dan tahu untuk menguruskan hidup tidak seperti gadis-gadis baya mereka.


Jadi wahai lelaki, jom ketahui ciri-ciri wanita idaman anda ini!

1. Wanita ini mahukan cinta yang setia dan bukan seperti keanak-anakan lagi. Ini kerana mereka sudah puas menempuh alam percintaan semata-mata untuk keseronokan, yang samar dan tiada jawapan hingga ke penghujung.


2. Wanita ini tidak lagi pulang lewat selepas kerja. Jika mereka bekerja pada usia yang muda, dan sering pulang hingga lewat malam hanya untuk keseronokan hidup, tetapi kali ini tidak lagi.

3. Sebahagian wanita ini berkeyakinan tinggi kerana mereka sudah mengalami banyak pengalaman manis dan pahit di dalam hidup mereka. Jadi mereka sangat yakin dan bijak menilai mana yang baik atau buruk.

4. Ada juga wanita pada lewat 20-an tidak lagi menjamah salad atau sayur semata-mata untuk menarik perhatian lelaki. Mereka tidak malu untuk menjamah semua jenis makanan kegemaran.

tetapi jangan pula anda terkejut dan mengatakan “Patutlah badan besar, kuat makan sebenarnya” merajuk pula si wanita nanti.


5. Wanita ini lebih gemar meluangkan masa di rumah pada hujung minggu, menonton televisyen dan memasak makanan kegemaran.

6. Jika wanita ini dulu bersikap keanak-anakkan dan nakal, pada lewat 20-an mereka sudah matang dan tidak membuat perangai lagi. Kerana mereka sudah merasakan segala pahit manis apabila bersikap tidak senonoh di depan orang ramai.

7. Wanita seperti ini berkemungkinan sudah memiliki kerja tetap dan berpendapatan agak tinggi. Jadi mereka hanya memerlukan perhatian daripada lelaki sahaja, bukan semata-mata pada harta. Tetapi jika dapat memiliki lelaki yang bijak menguruskan wang, ia adalah satu bonus.


8. Lelaki perlu tahu, wanita ini sangat berdikari dan tidak kisah keseorangan, kerana mereka telah membuang segala kawan yang negatif malah hanya memiliki sebilangan rakan yang kecil sahaja.

9. Wanita ini bakal rimas jika ada lelaki yang mahu membawa mereka berjumpa dengan ramai kenalan lelaki, cukup sekadar dalam kumpulan yang kecil sahaja.

10. Wanita ini tidak teragak-agak untuk memberitahu apa yang mereka suka atau benci. Bagi mereka komunikasi itu sangat penting dalam mengekalkan hubungan. Dan juga mereka telah belajar daripada hubungan yang tidak menjadi.


]]>
10 Cara Rasulullah SAW Melayan Isteri. https://redaksi.com/584-10-cara-rasulullah-saw-melayan-isteri Wed, 26 Jul 2017 16:24:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=584 Sila Baca 10 Contoh Penting Bagaimana Rasulullah Melayani Isterinya.

1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.



2. Setiap kali pulang ke rumah,bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Humairah?’ (Humairah adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan ’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. ’Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini’. Tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.



5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukullah dia. ‘Aku tidak menanyakan alasanmu', sahut Rasulullah Shallahu ‘alaihi wassalam,. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6. Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya’. Prihatin, sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH Subhanahu WaTa’ala dan rasa kehambaan yang sudah melekat dalam diri Rasulullah Shallahu ‘alaihi wassalam menolak sama sekali rasa kesombongan.



8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai maupun dalam kesendiriannya.

9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak .

10. Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah,‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak,‘Ya ‘Aisyah, apakah aku tak boleh menjadi hamba-Nya yang bersyukur..

]]>
Terima hadiah kahwin yang unik, Balkisyh terharu dengan pemberian suami https://redaksi.com/9246-terima-hadiah-kahwin-yang-unik-balkisyh-terharu-dengan-pemberian-suami Tue, 29 Dec 2020 10:52:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9246 Selamat bergelar seorang isteri kepada seorang penjawat awam Sabtu lalu, pelakon Balkisyh Semundur Khan telah menerima hadiah perkahwinan istimewa suami tercinta, Mohd Nazri Zakaria.


Terima nombor plat hadiah kahwin

Menurut pelakon berusia 33 tahun itu, dia menganggap nombor plat berkenaan dengan initial namanya BQK122 cukup memberi makna tersendiri buat dirinya.

“Saya cukup terharu bila suami hadiahkan nombor plat kereta yang tertera nama saya BQK122.

“Selalu bila kahwin dapat kereta baharu, saya pula dapat nombor palt itu yang cukup istimewa bagi saya.

“Mungkin harga nombor ini dalam ribuan ringgit, saya pun tak tanya dengan suami,” katanya.

Jelasnya lagi, dia akan meletakkan nombor plat tersebut di kereta Honda City miliknya.

Akan terus berlakon

Pelakon drama Mok Cun itu juga menyatakan bahawa dia akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon selepas mendapat keizinan daripada suaminya.

“Suami tidak akan menghalang saya untuk terus berlakon, malah dia galakkan lagi. Dia faham dengan kerja saya dan tak cemburu bila saya ada babak-babak romantis dengan pelakon lelaki,” katanya.

Balkisyh juga menyatakan bahawa dirinya bertuah dapat suaminya itu kerana sentiasa ada dengan dirinya.

Terdahulu, Balkisyh pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah drama, namun disahkan bercerai pada 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.


]]>
Ini Ciri-Ciri Pasangan Yang Dominan & Suka Mengatur, Baik Jauhi Segera. https://redaksi.com/6490-ini-ciri-ciri-pasangan-yang-dominan-suka-mengatur-baik-jauhi-segera Tue, 09 Jul 2019 16:13:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6490 Dalam bercinta ini, kita perlu bijak untuk mengenali pasangan kita ini. Kita perlu tahu bahawa dirinya itu benar-benar menyayangi kita atau sebenarnya dia hanya ingin menguasai kita sahaja.

Ada beza antara benar-benar sayang dengan mereka yang hanya mahu menguasai ini. Mungkin ada yang beranggapan bahawa salah satu tanda sayang adalah menguasai pasangan akan tetapi perkara ini tidak betul sebenarnya.



Kalau pasangan korang itu betul-betul sayang akan korang, mereka akan menyokong setiap perkara yang korang lakukan dan lebih rasional dalam perhubungan kalian. Korang perlu jelas dan memahami akan perkara ini barulah korang tidak terlibat dengan hubungan toksik.

Korang tidak boleh menganggap mengatur dan menguasai korang itu tanda sayang, sebenarnya ia akan memusnahkan diri korang sendiri.

Nak tahu pasangan korang itu dominan atau tak? Ini tips nak ketahuinya.

1. Jauhkan korang dari orang lain.

Lagi jelas dan nyata kalau dia nak miliki korang bersendirian. Tak rela berkongsi walaupun dengan rakan-rakan dan keluarga korang. Dia tak suka kalau anda menghabiskan banyak masa dengan orang sekeliling anda.

Mula-mula tak bagi luangkan masa yang banyak, lama kelamaan dia akan cuab jauhkan korang dengan orang yang terdekat. Hati-hati.



2. Suka kritik itu ini.

Kadang kala mungkin pasangan korang tu jenis suka menegur, tetapi korang kena tahu bezakan dia tegur untuk kebaikan korang atau hanya sekadar nak kritik korang je. Penah atau tak teguran yang dia bagi itu buat korang rasa down atau rendah diri?

Kalau dia selalu kritik dan tegur korang sampai hilang rasa yakin dekat diri sendiri itu, memang korang tak patut kekal dalam hubungan itu lagi.

3. Tak bagi ruang untuk diri sendiri.

Setiap orang mesti nak ruang privacy mereka sendiri, tetapi berlainan pula dengan pasangan korang ini. Kalau korang tak jawab call atau tak balas mesej, boleh gaduh sehari dibuatnya. Pasangan korang ni sentiasa nak korang update apa-apa dekat dia.

Itu yang kalau korang tertidur tapi tak bagitahu dia akan call banyak kali dan kata korang curang. Haa, sampai bila nak pertahankan hubungan macam ini.

4. Apa yang korang cakap semua tak diterima.

Hubungan yang matang dan lebih rasional biasanya akan saling mendengar pendapat antara satu sama lain. Tapi hubungan korang ni biasanya pendapat dia je yang didengar, pendapat korang langsung tak diterima.

Bila korang bergaduh, selalu apa yang korang cakap mesti tidak akan diambil kesah tetapi korang pulak yang disalahkan semula.



5. Tak support apa korang buat.

Korang nak jadi itu, dia kata korang tak layak. Bila korang kata nak jadi ini pula, pun dia kata tak sesuai. Apa yang dia tahu cuma nak patahkan semangat korang je. Tak ada sedikit pun dia nak bagi kata-kata semangat atau sokongan.

Kalau terus menerus dengan hubungan macam ini, korang sendiri nanti tak ke mana malah hanya harapkan dia je. Itulah yang dia nak, nanti korang tak pandai hidup tanpa dia di sisi.

Fikir-fikirkan balik bila korang dapat pasangan macam ni. Kalau korang rasa perkara ini tanda sayang dan membahagiakan korang, rasanya korang memang dah terpengaruh dengan dia.

Hubungan yang terjalin ini patutnya membahagiakan bukannya menyeksakan.

]]>
4 Tanda Yang Anda Sudah Sedia Untuk Menjalin Hubungan Baru Setelah Menjadi Single Untuk Jangka Masa Yang Lama. https://redaksi.com/1550-4-tanda-yang-anda-sudah-sedia-untuk-menjalin-hubungan-baru-setelah-menjadi-single-untuk-jangka-masa-yang-lama Thu, 08 Mar 2018 16:17:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1550 Setelah merasa kekecewaan dari satu perhubungan yang tidak menjadi, pasti seseorang individu akan mengambil masa yang agak panjang untuk sembuh dari luka yang lama. Dalam jangka masa yang panjang, seseorang individu akan merasa sangat selesa menjalani hidup secara bersendirian. Namun, apabila terlalu bersendirian, diri sendiri seolah-olah tidak tahu pada waktu bilakah masa yang tepat untuk menjalani satu perhubungan yang baru. Bila waktu yang sesuai seseorang itu mencari pengganti setelah lama menyendiri? Nah ini empat tips mudah untuk mengetahui adakah anda sudah bersedia ataupun tidak.



1. Merasa gembira dengan hubungan rakan-rakan.

Jika sebelum ini anda merasa hubungan rakan-rakan anda bersama kekasihnya begitu merimaskan di mata anda, kini anda begitu senang melihat hubungan mereka. Selama ini anda menganggap perhubungan mereka itu hanya hal yang remeh dan tidak penting. Namun pada masa kini, anda melihat perhubungan mereka itu sesuatu yang indah. Dan anda terasa ingin menjadi salah seorang daripada mereka.

2. Merasa memerlukan tempat luahan rasa.

Dahulu anda merasakan anda boleh melakukan apa sahaja tanpa sesiapa yang membantu. Tapi kini anda rasa terbeban nak ingin tempat mengadu. Selain itu, rakan-rakan anda sedang sibuk dengan pasangan masing-masing sehingga tiada masa untuk anda. Dan ketika inilah anda merasakan pasti seronok jika mempunyai pasangan yang sedia mendengar segala luahan anda.



3. Inginkan cabaran.

Selain itu, Sebagai seorang manusia biasa, kehidupan tanpa cabaran adalah begitu mudah dan membosankan. Kita pasti akan mencari sesuatu agar kehidupan ini kelihatan begitu mencabar namun menyeronokkan. Ia juga akan menjadi teka teki jika anda akan merasa sedikit mencabar dan menyeronokkan jika mempunyai pasangan. Jawapannya, ya! Sudah pasti kehidupan anda akan bertambah mencabar dan menyeronokkan.

4. Mempunyai kejayaan yang kukuh.

Dalam perjalanan kerjaya anda, ia nampak begitu membanggakan. Anda mampu menanggungnya sendiri tanpa bantuan pihak lain. Anda boleh dikatakan stabil dari segi kewangan dan pekerjaan. Namun, anda merasa seperti ada sesuatu yang tidak mencukupi. Hati terasa kosong seperti perlu diisi. Ia mungkin tidak membantu tetapi membuat anda tertanya-tanya jika kehidupan anda akan bertambah baik jika berada di dalam perhubungan. Jadi jangan tunggu lebih lama lagi, ini adalah masa yang tepat untuk anda menjalani satu perhubungan baru.

]]>
Bukan Jual Mahal, Tapi Ini Sebab Kenapa Wanita Reject Lamaran Lelaki. https://redaksi.com/7755-bukan-jual-mahal-tapi-ini-sebab-kenapa-wanita-reject-lamaran-lelaki Tue, 31 Dec 2019 13:41:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7755 Orang lelaki ini dia punya ego tinggi sikit, jadi apabila dia kena reject untuk seseorang perempuan, mulahlah dia rasa tak puas hati dan kata perempuan itu macam-macam. Malah wanita yang menolak lelaki ini akan terus dicop sebagai mata duitan, jual mahal dan juga sombong.

Sedangkan, mereka ini bukannya sombong atau jual mahal tetapi tentu ada sebab yang tersendiri yang membuat mereka ini menolak anda. Jangan sebab tidak boleh terima kenyataan anda menyebarkan kata-kata yang tidak sepatutnya mengenai dirinya.

Kalau tersebarnya kata-kata yang tidak elok, bukan wanita tersebut sahaja yang akan malu tetapi keluarga mereka juga akan mendapat tempias yang sama. Maka untuk itu, cuba untuk berfikir lebih positif akan mengapa anda ditolak oleh si dia.

Si dia belum bersedia lagi

Boleh jadi, si dia yang anda pilih itu masih belum bersedia untuk berkahwin. Mungkin dia rasa bahawa dia belum mampu nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Malah ada banyak perkara lain yang ingin dikerjarnya. Dia bukan tidak mahu berkahwin tetapi ingin menikmati zaman bujangnya dulu.



Tak nak jadi orang ketiga

Kalau anda sudah memiliki isteri, tunang mahupun kekasih, sudah tentu dia akan menolak diri anda dari menjadi pasangan hidupnya. Ini kerana, dia tidak mahu menjadi orang ketiga dan tidak rela untuk berpoligami. Maka untuk itu, anda kenalah hormat pendiriannya bukannya memaksa dirinya untuk terima anda.

Tak nak dipermainkan

Rasa takut dipermainkan ini boleh membuatkan seseorang itu menolak anda tanpa sebab. Ini kerana, dia lebih bimbang akan hati dan dirinya berbanding melihat apa yang anda miliki. Dia tidak mahu menjalinkan hubungan yang sia-sia malah tidak memberi faedah buat dirinya. Baik dia terus menjaga hatinya agar tidak terluka.



Tak ada rasa cinta

Rasa cinta ini tidak boleh dipaksa mengikut sesiapa pun. Tidak boleh diarah-arah mahupun dicuba-cuba. Bila dia menyatakan bahawa dia tidak mempunyai perasaan terhadap diri anda, maka kenalah terima untuk hati yang terbuka. Barulah anda boleh dapatkan hubungan yang bahagia.

Rasa tidak sejiwa

Orang sekarang ini akan mencari seseorang yang sama level pendidikan, pemikiran serta minatnya. Jika anda tidak mempunyai salah satu daripada itu, anda mungkin akan ditolak olehnya. Sebab itu, sebelum nak melamar seseorang anda kenalah selidik dahulu adakah anda itu ciri-ciri yang disukai atau sebaliknya.

Terima untuk hati yang terbuka kalau anda direject oleh seseorang. Jangan simpan dendam dan sakit hati. Mungkin jodoh anda adalah untuk mereka yang lebih baik dari yang anda mahukan ini.

]]>
Kenapa Masih Diuji Setelah Putus Cinta? https://redaksi.com/2121-kenapa-masih-diuji-setelah-putus-cinta Thu, 26 Apr 2018 12:31:48 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2121 Niat dihati ingin menjadi seorang yang lebih baik. Tidak mahukan cinta palsu. Tetapi kenapa setelah berbuat demikian Allah datangkan pula ujian lain. Sedangkan niat tersebut adalah mulia. Malah baik untuk diri dan agama. Pelik, tapi benar.


Apabila putus cinta, tiada pula tanda-tanda ada orang berkenan dihati, lambat pula jodoh datang walaupun telah berusaha keras untuk mencari cinta sejati. Pastinya ada sebab Allah timpakan lagi ujian setelah kita membuat keputusan untuk berubah. Yang pasti, Allah menguji sedemikian kerana dia mengetahui kita mampu menghadapinya jika kita benar-benar beriman kepada Allah.

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi?
[AL-Ankabut: 2]


Ini adalah sindirin pedas kepada kita. Dengan makna yang mudah difahami, “kamu ingat kamu baik sangat ke? Aku belum uji kamu lagi.” Dengan ujian tersebut, barulah dapat dipastikan bahawa seseorang itu benar-benar berubah mahupun belum.


Jika dia tetap bersabar dengan ujian setelah berubah, maka dapat diketahui bahawa mereka berubah benar-benar kerana Allah. Bukan berubah kerana manusia mahupun selain daripadanya. Bukti seseorang itu benar-benar berubah adalah dia tetap kuat menghadapi semua ujian tanpa mempedulikan kata-kata manusia.

Walapun kadang kala dia tergelincir, dia tetap akan mencari jalan pulang dengan cara yang betul. Bertaubat, dan terus bertaubat. Perubahan itu mudah, tetapi konsisten untuk melakukan kebaikan itu payah.

Apapun, apabila berada dalam situasi ini, hendaklah meminta kekuatan daripada Allah agar diberi ketetapan iman. Teruskan bersama orang positif yang dapat merangsang melakukan kebaikan. Selain itu, perkukuhkan ibadah wajib dan perbanyakkan amalan-amalan sunat agar amalan tersebut dapat membendung diri daripada terjerumus untuk melakukan kesilapan.


]]>
Orang Lelaki Kalau Bab Ayat Perempuan Memang Berani Tapi Kalau Nak Buat Ini, Boleh Pucat Muka. https://redaksi.com/7233-orang-lelaki-kalau-bab-ayat-perempuan-memang-berani-tapi-kalau-nak-buat-ini-boleh-pucat-muka Thu, 19 Sep 2019 15:15:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7233 Selalunya kalau bab ayat mengayat ini memang serah dekat lelaki sahajalah, mereka ini memang pakar bab-bab ini. Itu yang mana-mana wanita akan cair dengan mereka. Tak kisahlah wanita itu berhati keras sekalipun, mesti cair punya.

Bab-bab ini, memang orang lelaki power akan tetapi bab macam mana yang buat lelaki ini mula goyang tak senang duduk. Ingat orang lelaki ini berani sangat ke? Kalau bab tabur janji manis memanglah dia berani akan tetapi nak bukti cinta pada pasangan itu yang agak ragu-ragu.

Orang lelaki ini anda beberapa perkara yang mereka takutkan kalau melibatkan hubungan. Biasanya bila betul-betul dah bersedia barulah mereka akan berani lakukan perkara ini. Apa perkara itu?



1. Luahkan perasaan cinta.

Nak kata sayang, orang lelaki memang susah nak kata. Nak kata cinta lagilah susah nak dengar. Akan tetapi kalau dah lama kenal baru sekali dia sebut akan perkara itu, haa… itulah tandanya dia sayang betul dekat anda. Kalau baru-baru kenal dah sayang-sayang ini, jangan nak percaya sangatlah.



2. Kenalkan anda pada rakan-rakan.

Kalau orang perempuan ini cepat sahaja dia kongsi kisah pasal hubungan mereka, kalau orang lelaki ini lain. Dia akan rahsiakan dahulu sampailah betul-betul bersedia nak bagitau dekat rakan-rakannya. Mana tidaknya, dia takutlah kalau pilihannya itu kurang disenangi oleh rakan-rakannya. Mana tidaknya, orang lelakikan berpegang kepada brotherhood.



3. Kenalkan kepada ibu bapa.

Bukan mudah nak kenalkan dekat ibu bapa, anda pun tentu berdepan dengan perkara ini bukan. Jadi bila dia dah beranikan diri nak kenalkan anda pada ibu bapanya maka itu adalah tanda dia begitu serius akan hubungan kalian. Kalau dah sampai tahap ini, maknanya dia serius dengan hubungan kalian. Tak payah nak risau sangat dah.



4. Saat pertama kali bercinta.

Orang lelaki ini kalau nak mulakan langkah masa bercinta laju je. Namun begitu, kalau putus cinta mereka ini yang paling lambat nak move on. Tapi ikut orang juga. Biasanya orang lelaki anggap cinta pertama ini paling serius dan memang-memang tangkap cinta habislah.

Tak semua mampu buat semua ini, tapi ramai yang terkandas nak move on bab cinta pertama ini. Sebab inilah yang paling sukar. Apa-apa pun hargai seseorang yang hadir dalam hidup dan berjuang untuk hubungan kalian.

]]>
Tanda-Tanda Teman Lelaki Mengambil Berat Tentang Anda Ke Jalan Yang Diredhai Allah SWT. https://redaksi.com/3107-tanda-tanda-teman-lelaki-mengambil-berat-tentang-anda-ke-jalan-yang-diredhai-allah-swt Fri, 03 Aug 2018 11:01:58 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3107 Apabila kita menyayangi sesuatu benda atau perkara, sudah tentu kita akan mengambil berat tentang ia, bukan? Bagaimana kita menyayangi seekor kucing? Memberi dia makanan, bawa pergi ke klinik untuk memantau kesihatannya, malah kita rajin untuk mandikan sang kucing tersebut.


Seperti lelaki yang terlalu menyayangi keretanya sendiri. Pelbagai cara si lelaki ini cuba untuk mencantikkan kereta tersebut. Sanggup berhabisan wang semata-mata untuk menjaga kereta yang tidak bernyawa itu. Tetapi adakah si dia menjaga anda seperti menjaga kereta tersebut?

Bagaimana pula si lelaki yang soleh mengambil berat tentang anda?....


Jom baca…

1. “Kita tak patut keluar berdua…”

Si dia sedaya upaya tidak mahu keluar berdua dengan anda kerana apabila keluar berduaan pasti adanya pihak ketiga yang sembunyi di dalam hati. Dan dia juga tahu, hati dan perasaannya sebagai seorang lelaki apabila keluar berdua dengan anda, sebaik mungkin ingin menjaga hatinya.

2. “Saya tak suka awak keluar lewat malam…”

Si dia juga tidak suka apabila mengetahui anda akan memandu kereta pada waktu malam. Bukan sahaja tampak tidak manis apabila gadis keluar waktu malam, malah ia membahayakan keselamatan anda sahaja. Hatinya berkecamuk dan tidak tenang. Tetapi tidak boleh temankan anda, kerana belum ada ikatan yang sah lagi.


3. “Awak, labuhkan sikit tudung tu…”

Si dia sentiasa menasihatkan anda, apabila terlihat gambar anda di sosial media. Jangan terlalu mendedahkan wajah manja dan bentuk tubuh badan. Si dia sering mengingatkan anda untuk menghormati peranan bapa, supaya tidak digelar seorang ayah yang dayus.

4. Jarang hubungi anda dan hanya mesej tentang perkara penting sahaja seperti …

“Awak jangan lupa solat…”

“Hari ni jangan lupa mengaji…”


“Hari ni ada ceramah disurau, saya nak share sikit…”

Si dia juga amat jarang menghubungi anda. Jika call pun, pasti akan loud speaker dan berbual dengan adik-beradiknya juga. Tidak mudah mengungkapkan kata rindu, kerana rindunya pada anda hanya menjadi doa selepas sahaja dia solat.

Dan yang paling penting adalah, sudah tentu si dia mahu percepatkan pernikahan antara anda berdua kerana untuk mengelakkan fitnah. Namun sedemikian, jangan lah melepaskan jika anda berkenalan dengan lelaki yang sebegini. Amat jarang untuk bertemu dengan lelaki soleh zaman sekarang, kerana masing-masing mahu kan hubungan untuk keseronokan duniawi sahaja.


 

 

]]>
“Bawa Anak Jalan-Jalan Tu Wajib…” Kongsi Lelaki ini. https://redaksi.com/5126-bawa-anak-jalan-jalan-tu-wajib-kongsi-lelaki-ini Fri, 08 Feb 2019 13:35:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5126 Apabila telah menjadi ibu bapa, masing-masing perlu menjalankan peranan dan tanggungjawab supaya dapat membantu tumbesaran anak-anak berkembang dengan lebih baik. Pada waktu anak-anak masih lagi kecil, perhatian dari kedua ibu bapa adalah salah satu aspek yang penting untuk mendorong mereka menjadi anak aktif dan produktif.

Malah, dapat meluangkan masa dengan anak-anak seperti membawa mereka berjalan-jalan sekurang-kurangnya di luar rumah, dapat mendedahkan mereka dengan dunia luar. Isu ini perli dititikberatkan apabila sudah bergelak ibu bapa seperti perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini…

********

Ini rutin saya setiap hari. Kalau tak dapat petang, saya akan bawa mereka jalan-jalan belah pagi. Alah tak jauh pun, depan rumah je. Jadilah tengok kucing, ayam dan burung-burung.

Sebenarnya jalan ke mana tu tak penting. Ada binatang atau tak pun tak penting. Yang penting ialah "bonding" ayah-anak tu. Tak usah lama, 5-10 minit sehari pun dah cukup.

Kadang tu ada ayah bukan tak ada masa, tapi sebenarnya tak ada "hati" nak luang 5 minit dengan anak. Ada je alasan penat la, sibuk la, banyak kerja la.

Banyak kebaikan untuk perkembangan anak-anak ni bila bonding ayah dan anak tu kuat.

Antaranya,

1 - Semakin kuat bonding semakin rapat hubungan ayah dan anak tu.

2 - Ada kajian mengatakan anak yang rapat dengan ayah ni self-confidence mereka lebih tinggi berbanding anak yang kurang rapat dengan ayah.

3 - Anak ayah biasanya kurang agresif. Kalau nampak anak tu agresif atau kasar mungkin sebab "tabung emosi" mereka tidak berisi. Bila tabung emosi kosong mereka akan mula menagih perhatian mak ayah dengan cara yang negatif.

4 - Ada juga kajian menunjuk anak yang rapat dengan ayah ni pandai bersosial. Dia mudah bergaul, dan perwatakan mereka digemari kawan-kawan di sekolah.

5 - Anak yang anggap ayah sebagai "kawan baik" ni boleh bina self-esteem tinggi dalam diri anak. Dia jadi tak mudah terpengaruh dengan gejala negatif kawan-kawan nanti.

Selain daripada ini sebenarnya perkara yang paling berharga bila ayah banyak luangkan masa dengan anak ialah "memori" gembira bersama tu.

Anak-anak ni kecil sekali sahaja. Sekejap je mereka akan besar dan lupa kita.

Masa anak kecil la kita kena "ada" dalam hidup mereka, nanti mereka dah besar baru kita "ada" dalam ingatan mereka.

Sehari memang ada 24 jam, tak luak pun 5-10 minit jalan-jalan dengan anak tu.

p/s : Tolong sampaikan juga pada orang lain yang selalu sibuk tu ye supaya mereka pun tahu pentingnya bonding ayah-anak ni.

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

********

Semoga Bermanfaat!

]]>
3 Petanda Anda Sentiasa Dalam Fikiran Si Dia. https://redaksi.com/274-3-petanda-anda-sentiasa-dalam-fikiran-si-dia Thu, 22 Jun 2017 13:18:12 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=274 Bila si dia sudah menambat hatimu, tetapi anda pula sering tertanya-tanya adakah diri anda sentiasa dalam fikirannya? Jadi kami senaraikan beberapa tanda jika si dia memikirkan anda.



1. Bila dia asyik memberitahu setiap aktiviti yang dia lakukan.

Mungkin ia satu petanda baik buat anda yang mendambakan jawapan adakah si dia sering memikirkanmu. Bila dia sentiasa memberitahu anda di mana dia berada dan dengan siapa dia bersama, tidak disangkal lagi akan persoalan siapa dalam hatinya.



2. Si dia selalu menghantar mesej sweet atau lucu.

Pabila si dia sering menghantar mesej ucapan selamat pagi atau mungkin selamat malam. Jadi, ini adalah satu petanda yang anda sudah menjadi igauannya.

3. Kejutan istimewa

Perkara yang patut anda balas dengan penghargaan adalah apabila si dia sanggup membuat kejutan buat anda walaupun kecil tetapi sungguh bermakna. Bila si dia sanggup menjemput anda pulang dari kerja dan memberikan kejutan mungkin dengan hanya sekeping coklat kegemaran anda, itu sudah menjadi salah satu tanda yang anda sering berada dalam ingatannya.


]]>
"Ketidaksempurnaan Ibu Atau Anak Itu Bukan Kekurangan Tetapi Kekuatan..." https://redaksi.com/5581-ketidaksempurnaan-ibu-atau-anak-itu-bukan-kekurangan-tetapi-kekuatan Tue, 26 Mar 2019 00:30:32 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5581 Jadi mak-mak ini sememangnya letih, mana tidaknya kita sentiasa mahukan yang terbaik buat keluarga kita. kalau boleh segala-galanya mahukan yang sempurna dan paling baik buat anak-anak dan suami. Itulah punca mengapa kita cepat penat dan letih.

Bukan itu sahaja, kadang kala setiap yang berlaku itu yang menjadi sebab untuk menyalahkan diri sendiri, sedangkan ia adalah perkara biasa yang terjadi dan bukan salah sesiapa. Mak dan anak masing-masing mempunyai kekurangannya yang tersendiri, jangan paksa diri untuk menjadi sempurna kerana kita ini hanya manusia biasa sahaja.

Mari ikuti kata-kata motivasi dari Puan Siti Suryani Yaakop yang membantu ibu-ibu lebih bersemangat dan tidak membuat diri stress.



Mak..

Selalu yang buat geng-geng kita ni stress ialah, kita anggap semuanya salah kita.

Anak terpijak lego, menangis teruk nau macam kena gigit buaya. Kita salahkan diri kita sebab tak simpan mainan.

Anak sakit kaki lepas masuk rentas desa, cuaca pulak masa tu panas. Kita salahkan diri kita sebab tak halang anak dari berlari.

Anak merajuk sebab kita masak ayam, dia nak makan ikan. Kita salahkan diri kita sebab jadi penyebab anak taknak makan.

Anak korek hidung, lepas tu masuk mulut, kunyah taik hidung sendiri. Kita salahkan diri kita sebab tak bagitau anak taik hidung tu kotor.

Anak mengamuk depan kedai aiskrim, berguling-guling sebab dia tak boleh terima kita larang dia makan aiskrim dah 4 kali hari tu. Kita salahkan diri kita sebab buat anak sedih.

Anak kita taknak makan sayur, kalau bagi choki-choki laju dia telan. Kita salahkan diri kita sebab salah ajar dia rutin makan yang baik.

Tu la..
Mana la tak stress.

Kita tengok anak orang lain elok je. Dengar je cakap. Baik je ikut kata. Taat je perintah. Sopan je perangai. Takda mengamuk, takda nak buat muka, takda nak merajuk.

Bukan macam tu..
Bukan semua indah begitu.

Ingat dulu kita masa kecik-kecik. Apa je yang kita tak makan? Lepas main pasir tak sempat basuh tangan, terus rembat karipap panas-panas mak baru goreng.

Main basikal lepas tangan turun bukit. Tertomoih atas tanah, berbirat habis muka. Balik tu, ada mak kita timang-timang? Kalau tak dapat rotan kat bontot pun, kira syukur sangat dah tu.

Yet--
We survive!

Kadang-kadang tak terfikir pun ye dak.
Tu nak cakap apa?
Mak kita tak sayang kita ke?
Tak, kan....

Dia ajar kita.
Melalui pengalaman.

Ingat ni je lah,
Mana ada mak yang sempurna.

Begitu juga,
Mana ada anak yang sempurna.

Mengetahui kita tak sempurna tu bukan kekurangan. Tahu yang kita tak sempurna itulah kekuatan. Barulah kita sentiasa belajar nak upgrade. Nak buat lebih baik.

Kalau banyak sangat rasa bersalah dari kau celik mata sampai sekarang, fikir 3 benda betul yang kau dah buat dari pagi tadi mak.

-Buat breakfast.
-Basuh baju sekolah anak.
-Bawa anak gi kedai 2 ringgit.

Done!
Dah 3.

Aha....
So... i'm not a bad mother after all.
Gitu!

]]>
Jenama 'Harimau Menangis' belum lulus, MyIPO minta Noor Kartini tak 'claim' apa-apa https://redaksi.com/9391-jenama-harimau-menangis-belum-lulus-myipo-minta-noor-kartini-tak-claim-apa-apa Thu, 14 Jan 2021 11:43:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9391 Sebelum ini tular akan kenyataan ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang mendakwa beliau telah membuat pemohonan ‘trademark’ Daging Harimau Menangis sebagai nama produknya.

Walau bagaimanapun, ibu kepada usahawan terkenal itu diminta tidak mendahului Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) dalam mendakwa jenama Harimau Menangis telah didaftar sebagai cap dagangan selain menjadi hak ekslusif beliau.



Menurut, Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin, MyIPO menerima permohonan daripada Noor Kartini untuk mendaftarkan jenama Harimau Menangis baru diterima oleh MyIPO pada bulan November tahun lalu, dan ia masih lagi dalam peringkat pemeriksaan.

“Sehubungan itu, jenama Harimau Menangis yang dipohon oleh beliau belum lagi diluluskan dan belum menjadi hak eksklusif beliau.

“Permohonan beliau sama ada diluluskan ataupun tidak, bergantung kepada hasil pemeriksaan dan pertimbangan oleh MyIPO,” katanya.

Jelasnya, MyIPO akan memproses permohonan beliau sepertimana biasa di mana sebarang keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.


Selain itu, cap dagangan bererti apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain.


]]>
Lima Tanda Si Dia Cinta Anda Dari Jauh. https://redaksi.com/1984-lima-tanda-si-dia-cinta-anda-dari-jauh Mon, 16 Apr 2018 10:26:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1984 Bukan suka sahaja yang boleh dari jauh, cinta juga boleh dilakukan dari jauh. Tapi ia bukan cinta jarak jauh. Itu jika anda dan dirinya telah mempersetujui untuk sesuatu perhubungan. Tetapi cinta dari jauh ini ialah, seseorang yang mencintai kita tanpa kita sedar akan perasaannya itu. Selalu juga, mereka ini tidak mahu seseorang menghidu perasaan dan tindakan mereka. Mungkin ia boleh jadi dalam banyak rakan-rakan kita yang kita sendiri tidak sedar. Walaupun menggunakan alasan sekadar kawan, ia adalah faktor untuk mendekatkan diri dengan anda. Boleh jadi juga, ia orang yang kita terjumpa setiap hari tanpa kita sedar.

1. Kerap bertanya khabar.

Apabila ia hadir dari salah seorang rakan anda, ia kerap bertanya khabar ataupun perhubungan anda dengan pasangan anda. Ia hanya ingin tahu bagaimana hubungan anda dan pasangan sebelum ia memulakan langkah untuk memikat anda. Walaupun anda dan dirinya kerap berjumpa, ia tetap akan mempersoalkan perkara itu.

2. Cuba berborak panjang.

Sudah bertanya khabar, mestilah ingin teruskan perbualan. Maka ia mula mencari topik untuk berbual panjang dengan anda walaupun ia kelihatan mengejar masa. Namun demi masa yang terluang untuk anda membuatkan dirinya mempergunakan masa itu dengan sebaik-baiknya.

3. Mengajak anda keluar.

Jarang berjumpa, tapi tiba-tiba si dia ajak lepak bersama-sama. Bukankah itu pelik namanya. Lainlah kalau anda dan dirinya berkawan baik. Jadi tidak ada masalah untuk si dia mengajak anda keluar. Ataupun anda dan dirinya pernah lepak bersama-sama itu mungkin boleh diterima.

4. Mencari alasan untuk berjumpa dengan anda.

Apabila anda senyap, si dia mula gelisah. Apabila tidak berjumpa dengan anda hatinya mula tak tenang. Jadi si dia sudah mula mencari alasan untuk berjumpa dengan anda. Mungkin anda akan menolak tetapi ia tetap akan berpuas hati.

5. Ingin berkenalan dengan lebih rapat.

Mula-mula dirinya hadir sebagai kenalan, selepas itu hadir sebagai rakan. Kini ingin lebih rapat seperti kawan baik anda. Tetapi niatnya hanya mahu menyelami hati anda tanpa anda sedar.

Jadi jika ada seseorang yang cuba mendekati anda, awasi setiap pergerakkannya. Hal ini mungkin kerana si dia mencintai anda dari jauh. Tetapi tidak ada keyakinan diri untuk melamar anda.

 

]]>
"Wahai Wanita, Anda Wajib Ganti Solat Apabila Darah Haid Berhenti Kurang Daripada 24 Jam" https://redaksi.com/5747-wahai-wanita-anda-wajib-ganti-solat-apabila-darah-haid-berhenti-kurang-daripada-24-jam Wed, 10 Apr 2019 10:35:40 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5747 Setiap wanita normal dan sihat tubuh badan pada akan mengalami haid setiap bulan. Malah dalam setiap bulan itu, akan ada 7 hari paling awal hingga 15 hari paling lama seorang wanita mengalami haid. Di mana pada tempoh ini, wanita tidak boleh melakukan solat fardhu mahupun sunat, orang kata cuti solat.

Tapi ramai yang tidak jelas akan akan cara menggantikan solat apabila telah habis haid. Bahkan ada juga yang sengaja melewat-lewatkan solat dengan alasan belum mandi wajib.

Haaa, ramai yang memandang remahkan akan perkara sebegini bukan? Mari kita lihat dan fahami perkongsian dari Puan Norhafizah Kamilan ini.



Ramai sebenarnya Wanita yang failed bab haid, nifas dan istihadah. Bab haid ni perincianya sangat mendalam. Jangan main agak-agak dengan hukum.

Ramai wanita tak tahu sehingga mereka rasakan mereka datang haid namun bila darah berhenti kurang daripada 24 jam dia tidak menggantikan solat yang dia tinggalkan setelah mana darah berhenti. Kerana apabila darah berhenti kurang daripada 24 jam maka ianya bukanlah darah haid kerana sekurang-kurang bagi haid adalah 24 jam dan selewat-lewatnya bagi haid adalah 15 hari. Maka wajib dia qado kan solat yang dia tinggalkan... Dan ramai juga tidak tahu apabila darah haid berhenti pada waktu solat yang boleh di jamak kan sebagai contoh haid berhenti pada waktu asar maka wajib dia solat zohor dan asar...




Kalau perincian yang diatas itu kita dah tercengang, belum lagi bahas yang panjang maka kita berhajat kepada ilmu Ugama.

Wahai wanita di luar sana, kewajipan bagi kamu adalah mempelajari ilmu fardhu ain. Jangan sekadar bab aurat sahaja kamu menjaganya.. tapi bab haid kamu langsung tak peduli...

Ramai manusia sekarang tak mahu berlajar ilmu yang WAJIB di pelajari. Bila ada kelas fardhu ain mereka perlekehkan kononya mereka sudah tahu dan sudah berlajar di sekolah, sedangkan FARDHU AIN ITU ADALAH WAJIB.. terus terang saya katakan di sekolah dahulu fardhu ain yang kita berlajar syarahnya jauh daripada garis panduan Ulama.. silibus hancur yang mengajarnya pula tidak ambil ilmu secara talaqqi dengan sanad yang soheh.

Ini baru bab haid, kalau masuk bab yang lebih penting seperti Aqidah yakni beriman kepada Allaah dan Rasulnya serta hukum-hukum riddah, bab yang mana jika seseorang jahil tentanya maka matinya dalam kekufuran dan akan mengakibat dirinya kekalan dalam neraka selama-lamanya, masih lagi ramai yang tidak tahu tentangnya.

Kata Syeikh "Orang yang tidak berlajar ilmu fardhu ain ini, boleh mengakibatkan dua natijah, yang pertama melakukan maksiat yang besar dan yang keduanya yang paling merbahaya adalah dia jatuh kedalam lembah kekufuran dan kekalan dia dalam neraka selama-lamanya".

Ugama ini di telusuri dengan menuntut ilmu, bukan berfacebook atau google.. kena pelajari ilmu secara talaqqi dengan guru yang diketahuinya bersumberkan sanad yang soheh.

Semoga mati kita semua dalam golongan hamba yang bertaqwa dan semoga Allaah merahmati kita semua ameen...

Wallahuallam

]]>
Suami Gerenti Akan Sayang Anda Ketat-Ketat Kalau Lakukan 10 Perkara Ini. https://redaksi.com/257-suami-gerenti-akan-sayang-anda-ketat-ketat-kalau-lakukan-10-perkara-ini Wed, 21 Jun 2017 11:42:23 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=257 Bagi memastikan rumah tangga kekal bahagia, isteri haruslah melakukan usaha tambahan supaya cinta dan kasih sayang suami terhadap anda bertambah erat. Jangan sesekali terlupa untuk membelai atau menggoda suami kerana dengan godaan itu mampu menambat hatinya untuk terus menjadikan anda wanita istimewa di hatinya.



1. Mesej romantis.

Tuliskan mesej romantis ketika anda bercinta dahulu buat suami dan tampalkan pada tempat yang suami mudah lihat, misalnya pada stereng kereta atau dompet suami. Saat suami membaca nota tersebut, pasti hatinya tersentuh sekali gus mengembalikan ingatan zaman cintanya terhadap anda. Bukan itu sahaja, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah turut menyarankan agar suami isteri mengungkapkan kata-kata romantis dua kali sehari.

2. Manjakan suami.

Suami mana yang tak sayang kalau isteri sentiasa memanjakannya. Saat suami pulang dari tempat kerja, apa kata anda buat kejutan dengan memberikan urutan manja di bahu atau di kakinya. Bukan sahaja urutan, anda juga boleh lakukan pelbagai perkara lain untuk memanjakan suami.



3. Elak membebel tanpa tujuan.

Suami boleh jadi stres jika mendengar bebelan isteri tanpa sebab kerana bagi mereka ia satu yang merimaskan apatah lagi jika isteri menegur mereka dengan cara yang salah. Ini kerana suami lebih suka jika isteri bersikap lemah lembut dan menegur mereka dengan kata-kata yang sopan.

4. Jangan bermasam muka.

Wanita yang berkerjaya atau menjadi suri rumah tangga tentunya keletihan menjelang petang kerana saban hari mereka berdepan dengan pelbagai kerja. Sepenat mana pun anda, jangan sesekali menunjukkan muka yang masam di hadapan suami kerana ia boleh mematahkan mood suami. Pamerkan senyuman yang manis bagi memberikan ketenangan sekali gus menambat hati suami.

5. Lakukan aktiviti bersama.

Manfaatkan hujung minggu atau waktu cuti dengan melakukan aktiviti bersama. Walaupun mungkin anda tidak menggemari aktiviti atau hobi suami, tidak salah anda memberikan sokongan dengan menemaninya melakukan aktiviti tersebut. Menghabiskan waktu bersama akan membuatkan hubungan anda lebih berkualiti. Malah sokongan anda itu pasti akan dihargai oleh suami.



6. Tambat hati mertua.

Pasti suami akan bertambah sayang jika anda bijak memikat hati orang tuanya. Tidak perlu membodek dengan harta benda, cukup dengan memberikan layanan yang baik, ringan tulang dan menghormati mertua seperti ibu kandung anda sendiri. Bukan sahaja anda disayangi suami, percayalah bahawa anda juga akan menjadi menantu kesayangan mertua.

7. Buat kejutan istimewa.

Sesekali apa kata beri kejutan buat suami dengan menyediakan hidangan istimewa bertemankan lilin dan wangian atau menghadiahkan suami percutian bulan madu di ibu kota untuk anda berdua menghabiskan masa bersama. Pastinya kejutan sebegini membuatkan suami rasa teruja dan dihargai.

8. Peluk suami selalu.

Berikan pelukan hangat buat suami dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari. Pelukan suami dari arah belakang juga boleh menambat hati suami. Selain memberikan ketenangan, ia juga mampu membuatkan suami lebih semangat kerana pelukan boleh mengingatkan tubuh, jiwa dan fikiran kita terhadap orang yang disayangi.



9. Jaga penampilan diri.

Semua suami suka jika isterinya sentiasa tampil cantik, wangi, kemas dan terurus untuk tatapan matanya. Tidak salah jika anda bersolek nipis dan mengenakan pakaian serta dandanan rambut yang rapi ketika berada di rumah. Jangan lupa semburkan wangian untuk menambat hati suami.

10. Sentuh tubuh suami.

Sememangnya sentuhan sangat bermakna daripada kata-kata. Tidak salah anda mengusap wajah, lengan atau mana-mana bahagian tubuh suami sebagai tanda anda menyayanginya. Sebelum menyentuhnya, minta izin suami agar suami anda tidak terkejut dengan sentuhan anda itu.

]]>
6 Sebab Lelaki Lebih Suka Wanita Badan Berisi. https://redaksi.com/1253-6-sebab-lelaki-lebih-suka-wanita-badan-berisi Tue, 19 Sep 2017 15:58:10 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1253 Tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus. Itu antara ciri utama bentuk badan wanita yang paling digemari oleh lelaki. Namun, tidak semua lelaki mempunyai cita rasa yang sama. Ada saja lelaki di luar sana yang sukakan wanita berbadan besar dan yang kurus keding. Sebenarnya ada sebab kenapa kebanyakan lelaki lebih sukakan wanita badan berisi!



1. Wanita badan berisi lebih subur & sihat.

Kajian membuktikan wanita pinggul besar lebih subur dan mudah untuk melahirkan anak. Jadi tidak hairanlah wanita badan berisi sentiasa menjadi idaman lelaki.

2. Dada dan punggung lebih besar.

Satu bonus bagi wanita yang memiliki dada dan punggung besar kerana dua bahagian tersebut paling digemari oleh lelaki. Bagi lelaki bentuk badan wanita berisi lebih manarik!

3. Lebih sedap untuk dipeluk.

Mungkin juga ini sebab utamanya. Wanita badan berisi lebih sedap dan mudah untuk dipeluk. Kalau kurus sangat rasa tulang saja. Opss, yang kurus jangan marah ya!



4. Kelihatan lebih muda.

Badan berisi buatkan wanita nampak lebih muda kerana adanya lemak pada wajah. Jika terlalu kurus, wajah jadi cengkung dan anda nampak lebih tua dari usia sebenar.

5. Wanita berisi nampak lebih dewasa.

Setiap lelaki impikan wanita yang matang dan penampilan menarik. Wanita berisi memiliki dada dan punggung yang besar, tidak nampak seperti gadis remaja walaupun usia masih muda.

6. Pakai apa saja tetap nampak menarik.

Disebabkan tubuh badan wanita berisi sangat menarik, apa saja pakaian yang digayakan oleh mereka cukup mengiurkan di mata lelaki.

 

]]>
Berbeza Rupanya Lafaz Taklik Setiap Negeri, Yang Nak Kahwin Dengan Gadis Negeri Lain Itu, Kena Ambil Tahu Ni. https://redaksi.com/8216-berbeza-rupanya-lafaz-taklik-setiap-negeri-yang-nak-kahwin-dengan-gadis-negeri-lain-itu-kena-ambil-tahu-ni Fri, 29 May 2020 21:09:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8216 Selalu sangat terjadi bila tiba untuk lafaz taklik tetamu di majlis akad nikah sudah mula sebak dan ingin menangis. Bila taklik mula dibaca, mulalah para tetamu mula ada yang mengalirkan air mata. Itu belum lagi pengantin itu sendiri yang sudah mengalirkan air mata tanpa segan silu lagi. Baik pengantin lelaki atau perempuan dua-dua merasai perkara yang sama. Memang pilu saat ini sebenarnya.

Tapi ramai yang tak perasan akan perkara ini, lafaz taklik berbeza setiap negeri. Kalau yang dapat pasangan berbeza negeri itu memang akan tahu lah, kalau yang sama negeri mungkin sudah biasa dengar.

Lafaz taklik adalah lafaz talak taklik (talak tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas akad nikah dijalankan. Ia bermaksud suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau syarat, sama ada mempunyai hubungan dengan isterinya, suami sendiri atau orang lain. Semua negeri mempunyai lafaz taklik, dan ia sudah menjadi suatu kemestian. Lafaz taklik ini akan dicatatkan sekali dalam Sijil Perakuan Nikah pasangan yang sudah berkahwin.

Seringkali kontrak (lafaz taklik) ini tidak langsung difahami kerana pada masa tersebut perasaan gembira kerana baru berkahwin. Dan selepas akad nikah sebenarnya jiwa masih kosong dan dengan terketar-ketar serta darah gemuruh lantas membaca tanpa memikirkan apa yang dibaca. Tidak ramai suami kembali membaca dan memahami takliq selepas kahwin dan surat nikah disimpan dalam fail tanpa dirujuk semula

Lafaz talak taklik yang disyaratkan selepas perkahwinan suami isteri berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Beberapa contoh seperti berikut:


Terengganu

“Saya dengan sesungguhnya melafazkan bahawa tiap-tiap kali saya tidak bersekedudukan dengan isteri saya (nama isteri) bagi selama tempoh empat bulan dengan tidak putus-putus, sama ada saya meninggal akan dia atau dia meninggal saya dengan ikhtiar atau dengan terpaksa dan tatkala ia mengadu ia kepada kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas ketiadaan sekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya (nama isteri) itu dengan satu talak.”
Kelantan

“Bahawa adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik iaitu manakala saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama 4 bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama masa yang tersebut pada hal ia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badannya atau saya tidak mengambil tahu mengenainya selama 4 bulan atau lebih atau (nama isteri) kemudian ia mengadu kepada mana-mana kadi/hakim Syarak jika disabitkan oleh kadi/hakim Syarak ini akan aduannya maka gugurlah talak saya dan dan tiap-tiap kali saya rujuk akan isteri saya tersebut tanpa redanya maka gugurlah pula satu talak lagi.”



Kedah

Lafaz talak taklik yang baru di Kedah berbunyi:

“Adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik, jika :

(1) Saya tidak berma’syarah yang ma’ruf dengan isteri saya (nama Isteri) sama ada saya meninggalkan di dengan segaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau;

(2) saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau:

(3) saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain darar syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia (nama Isteri) dengan satu talak khuluq.”

Perak

“1) Tiap-tiap aku tinggalkan atau tiada aku memberi nafkah yang layak bagiku akan isteriku (nama isteri) tiga bulan atau lebih lamanya dan mengadu ia kepada mana-mana kadi syarie dan sabit pengaduannya pada sisi Kadi itu, maka tertalak isteriku itu dengan satu talak.

2) Jika ada perbalahan kedua aku laki isteri maka mengadu isteriku (nama isteri) kepada mana-mana kadi syariah dan sabit pengaduannya pada sisi kadi itu, maka mengakulah aku akan bertaklik seperti yang dipersetujui kadi itu. Sekiranya ingkar aku daripada bertaklik sedemikian itu maka gugurlah satu talak di atas isteriku itu.

3) Tiap-tiap aku rujuk akan isteriku (nama isteri), dengan tiada redanya, maka tertalaklah ia satu talak pula.”

Selangor

“Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.”

Johor

“Manakala saya tinggalkan isteri saya…..(nama isteri)…..selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya, kemudian ia mengadu atau wakilnya mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduannya di sisi kadi atau mahkamah syariah dan ia atau wakilnya memberi kepada kadi bagi pihak saya $1.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu ‘talak khulu’, atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut selama satu tahun atau lebih, jika ia atau wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata ianya tidak tertunggu lagi akan saya manakala bersabit aduannya, nescaya tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz taklik saya.”

Namun ada negeri tidak mempraktiskan takliq, seperti negeri Perlis di mana pandangan muftinya menjelaskan tidak perlu kepada takliq disebabkan selepas perkahwinan sepatutnya didoakan dengan kebahagian dan bukannya perceraian.



Kebanyakan negeri memasukkan syarat jika suami meninggalkan isteri selama empat bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau suami atau wakil suami tidak memberi nafkah kepada isteri selama tempoh itu, pada hal isteri masih taat kepada suami.

Beberapa negeri lain meletakkan syarat meninggalkan isteri dalam tempoh berkenaan dan suami atau wakil suami tidak memberi nafkah kepada isteri pada hal isteri masih taat kepada suami. Dua syarat ini dibezakan dengan perkataan ‘dan’ dan ‘atau’. Kedah dan Pulau Pinang mensyaratkan tempoh yang lama iaitu enam bulan.

Syarat talak taklik Terengganu berbeza dengan negeri lain di mana disyaratkan jika suami dan isteri tidak bersekedudukan selama empat bulan berterus-terusan, sama ada suami meninggalkan isteri atau isteri meninggalkan suami, sama ada dengan sukarela atau terpaksa.

Perak pula meletakkan syarat jika berlaku perbalahan antara suami dan isteri, maka isteri boleh mengadu kepada hakim untuk mensabitkan talak taklik itu.

Kebanyakan negeri meletakkan syarat jika suami menyakiti atau mendatangkan sebarang mudarat kepada tubuh badan isteri, maka isteri boleh mengadu kepada Hakim untuk mensabitkan talak taklik itu. Melaka mensyaratkan jika suami tidak mempedulikan isteri lamanya empat bulan, isteri boleh memohon cerai taklik.

Sabah meletakkan syarat tambahan jika suami menyakitkan tubuh badan atau kehormatan atau harta benda isteri, maka aduan untuk mensabitkan talak taklik boleh dibuat oleh isteri. Johor memasukkan syarat tambahan jika suami ghaib selama setahun atau lebih, isteri boleh mengadu untuk mensabitkan talak taklik berkenaan. Syarat ini tidak terdapat dalam syarat taklik di negeri lain.

Melihat dari segi jenis talak jika Mahkamah mensabitkan talak taklik juga berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Kelantan, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Johor misalnya, jika syarat taklik disabitkan oleh hakim, maka isteri perlu membayar RM1 dan selepas perceraian boleh disabitkan dengan cerai khul’ (tebus talak).

Tetapi di negeri lain, jika syarat taklik disabitkan oleh Hakim, isteri tertalak dengan satu talak rajie.



]]>
Empat Tanda Anda Berada Dalam Perhubungan Yang Tidak Bahagia. https://redaksi.com/1843-empat-tanda-anda-berada-dalam-perhubungan-yang-tidak-bahagia Tue, 03 Apr 2018 12:29:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1843 Makin lama kita kenal seseorang itu makin banyak kekurangan yang kita akan lihat. Semuanya akan bergantung pada diri sendiri sama anda mahu meneruskan perhubungan tersebut ataupun tidak. Tapi kadang kekurangan itu datang dari kita. Kita yang tidak pandai mencorakkan perhubungan itu ke arah yang lebih baik. Orang lihat hubungan kita ini bahagia sentiasa tapi kita yang merasai ini sudah rasa tidak bahagia. Tapi diri sendiri masih tidak tahu bagaimana perhubungan tersebut sudah tidak bahagia.



1. Tidak bercakap mengenai hubungan.

Setiap pasangan akan berkongsi perancangan yang akan dijadikan impian pada masa akan datang. Tapi bagi anda dan pasangan anda, anda lebih mengelak untuk berbincang atau bercakap mengenai hala tuju hubungan anda. Apa yang lebih dibicarakan adalah hala-hal yang remeh tapi akan hilang tiba-tiba tanpa balasan.

2. Rasa pasangan itu membosankan.

Jika dahulu, setiap hari anda akan menghubunginya. Rasa seronok untuk bercakap dengannya walaupun si dia kurang bercakap. Tapi tiba-tiba anda rasa si dia sangat membosankan. Padahal anda dan pasangan tidak bergaduh. Anda juga rasa tidak selesa untuk berkongsi apa-apa dengannya.

3. Tidak rasa terluka dalam pergaduhan.

Setiap pasangan pasti akan mengalami perselisihan faham. Dan salah seorang pasti akan terluka. Tapi tidak bagi anda. Pergaduhan begitu menyenangkan anda. Setiap kali pergaduhan itu berlaku anda tidak merasa terluka atau kecewa. Malah lebih memilih untuk membiarkan ia berpanjangan.

4. Mula berdikari.

Jika dahulu setiap perkara yang akan dilakukan mesti meminta pasangan untuk menemani. Tapi kini, anda lebih suka berdikari sendiri tanpa menyusahkan pasangan anda. Anda juga sengaja mencari alasan untuk tidak membuat pasangan anda tidak mengikuti anda. Rasa ingin bebas itu sangat tinggi dalam hidup anda.

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti ini, eloklah anda memikirkan semula dan mempertimbangkan keputusan anda. Jangan biarkan hubungan itu terus begitu. Nanti antara anda dan pasangan akan ada yang terluka. Jadi membuat keputusan yang terbaik dalam hidup agar tidak menyesal nanti.

]]>
Risau Bila Rezeki Tak Cukup, Jangan Takut Amalkan Zikir Ini. InsyaAllah Rezeki Lebih Diberkati & Terasa Mencukupi. https://redaksi.com/7842-risau-bila-rezeki-tak-cukup-jangan-takut-amalkan-zikir-ini-insyaallah-rezeki-lebih-diberkati-terasa-mencukupi Thu, 30 Jan 2020 11:42:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7842 Setiap insan sudah tentu mahukan rezeki yang luas serta diberkati Allah. Walaupun sedikit tetapi bila ia diberkati tentu sahaja rasa dicukupi dengan baik dalam kehidupan harian. Bukan berapa banyak yang diperolehi tetapi lebih penting kalau ia mencukupi untuk diri sendiri serta keluarga.

Sudah tentu ramai diantara kita ingin memastikan hidup sentiasa dilimpahi kurnia dengan nikmat rezeki dari Allah. Selain berusaha keras, terdapat juga amalan zikir yang membantu peluang dan jalan membuka rezeki yang lebih luas lagi.

Sama-sama kita amalkan.
 
1. Memperbanyak membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa Billah



Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah. (HR. At-Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin

Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

3. Membaca – Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil 'Adziim

Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.

Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surah Al-Ikhlas



Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. (HR. At-Tabrani)

5. Membaca Surah Al-Waqi'ah



Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi'ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup. (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak selawat ke atas Nabi

Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.



(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan beristighfar



Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga. (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Juga, amalkan membaca doa murah rezeki ini:

Ya Allah,
Berikanlah kepada kami rezeki yang luas
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami

Ya Allah,
Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
Jika ada di bumi maka keluarkanlah
Jika jauh maka dekatkanlah
Jika dekat maka mudahkanlah
Jika sedikit maka banyakkanlah
Jika banyak maka berkatilah

Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.

Ya Allah,
Kabulkanlah doa kami
Amin Ya Robbal ‘Alamin.
  

]]>
"Orang Perempuan Ini Kalau Dah Tak Ada Perasaan, Kau Datang Menangis Merayu Pun Dia Dah Tak Peduli." https://redaksi.com/6482-orang-perempuan-ini-kalau-dah-tak-ada-perasaan-kau-datang-menangis-merayu-pun-dia-dah-tak-peduli Tue, 09 Jul 2019 10:00:52 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6482 Kasih sayang biasanya mampu menutup segala kekurangan dan kesalahan orang yang disayanginya. Walaupun betapa besar dan betapa terlukanya perasaan itu, tetapi dengan kasih sayang ia mampu membuat seseorang terus setia disisi.

Isteri ini sanggup lakukan apa sahaja buat anak-anak dan suaminya walaupun terpaksa memekakkan telinga mendengar cemuhan orang sekeliling, tetapi bila hati dah tawar nak pandang pun tak sudi.

Setiap orang pernah lakukan kesilapan, tetapi jangan kerana kita rasa pasangan akan stay dengan kita sampai bila-bila buat kita tak nak berubah. Hati orang ini mudah berbolak balik, mungkin hari ini dia sayang esok lusa belum tentu lagi.

Macam nukilan daripada Nornafishah Zamry ini, isteri ini boleh je betahan kalau suaminya lakukan kesalahan sekali dua tapi kalau dan berulang kali, tiada lagi maaf bagi mu.



Isteri mana yang tak sayangkan suami.

Walaupun berperang dengan perasaan sendiri yang dipermainkan emosi sesuka hati.

Tak termasuk lagi dikeji orang lain sebagai bodoh kerana berkali beri peluang dan ruang untuk suami sendiri ubah sikap.

Ya - masih memberi peluang. Tapi malang bila ruang dan peluang yang diberikan tak diguna sehabis baik oleh si suami.

Hari ini mungkin kerana si isteri letih dengan harapan yang disia siakan, penat nak pujuk hati sendiri bersangka baik dengan suami. Jalan terakhir, berpisah.

Buat apa si isteri masih lagi terhegeh hegeh memberi peluang bila mana si suami masih lagi tidak mahu berubah. Tak bersungguh nak berubah. Tak fikirkan hati si isteri. Tak usaha pertahankan rumah tangga sendiri. Buang masa kan ?



Mungkin kali pertama dan kedua isu curang, si isteri masih menangis kerana tak mahu hilang suami dan sayangkan rumah tangga yang sempurna tanpa perpisahan. Sedih untuk berpisah.

Tapi bila berlaku berkali kali. Perasaan terasa dipermainkan dan diperbodohkan tu muncul. Akhirnya, tiada lagi air mata si isteri. Yang ada cuma perasaan " redha dengan perpisahan ".

Aku masih ingat lagi seorang kenalan yang menceritakan masalah suaminya curang walhal tak sampai sebulan berkahwin.

Tapi alhamdulillah , dah beberapa tahun peristiwa berlalu dan rumah tangga mereka selamat dari goyah bila si suami ada kesungguhan untuk berubah dan sedar silapnya.

Tu hasilnya bila usaha berubah jadi yang lebih baik. Bukannya teruskan dengan sikap yang tak baik. Kita ni manusia yang tak sempurna , bila sedar apa yang kita buat tu salah , usahalah untuk berubah.



Baik lelaki atau perempuan, kalau pemikiran tu masih lagi nak berfoya-foya jadi betina sundal atau jantan buaya darat, tak perlu lah terburu buru kahwin.

Psttt , perempuan kalau dah tak ada perasaan. Kau datang buat drama nanges peluk anak pun dia buat tak nampak je. Dah tak boleh pakai kau punya sedih tu.

Mungkin sebab perasaan menyampah dia dah lebih tebal dari perasaan sayang pada kau. Mungkin !
 

]]>
5 Kebaikan Bercinta Dengan Mereka Yang Lebih Tua. https://redaksi.com/3373-5-kebaikan-bercinta-dengan-mereka-yang-lebih-tua Wed, 29 Aug 2018 11:05:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3373 Bercinta dengan lelaki yang sedikit berumur mahupun wanita berumur bukan lah satu perkara yang pelik pada masa kini. Rata-rata wanita lebih menyukai lelaki yang berbeza umur dengannya kerana merasakan bahawa lelaki terbabit mampu melindungi dirinya. Manakala lelaki yang bercinta dengan wanita yang sedikit berumur ini pula sukakan wanita yang mempunyai sifat keibuan. Jadi mari kita lihat kebaikan bercinta dengan mereka yang lebih tua ini.


1. Boleh berkongsi pengalaman.

Kerana mempunyai perbezaan umur, sudah pasti lah pasangan anda itu akan lebih banyak pengalaman yang dilalui. Maka dirinya boleh lah berkongsi pendapat serta pengalaman hidup ke pada anda. Sedikit sebanyak akan membantu anda dalam kehidupan anda. Bukan itu sahaja, berkongsi pengalaman ini juga akan menguatkan hubungan.

2. Kehidupan lebih stabil.

Mereka yang sedikit berumur ini juga dikatakan lebih memiliki kehidupan yang stabli. Tidak kira lah dari segi kewangan mahupun kerjaya. Jadi tidak salah sekiranya anda bergantung hidup kepadanya satu hari nanti. Hal ini kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada kehidupan anda pada masa akan datang. Ini merupakan jaminan anda pada masa hadapan.

3. Lebih bersedia.

Beruntung sekiranya anda bercinta dengan mereka yang lebih tua ini. Mana tidaknya, anda akan jauh dari perhubungan toksik. Bukan hanya itu, pasangan anda pasti lebih bersedia untuk berkomitmen dan mereka tidak takutkannya. Ini merupakan satu bonus untuk anda. Jadi jika anda ingin segera menikah, cari lah mereka yang sedikit berusia dari anda.


4. Lebih mudah untuk diuruskan.

Biasanya bercinta dengan mereka yang sedikit berusia ini mereka lebih matang. Jadi ia akan bersesuaian dengan darah muda anda. Sikap untuk membrontak mahupun bergaduh dengan hal kecil ini berkurangan jika hendak bandingkan dengan mereka yang sama-sama muda.

5. Kelihatan lebih sesuai.

Yang muda biasanya ingin dimanja dan difahami, manakala yang tua suka memberi pelindungan dan tempat untuk berkongsi. Jadi sudah tentu kalian akan kelihatan lebih sesuai dan serasi. Bukan itu sahaja, lelaki yang sedikit berumur ini dikatakan lebih mempunyai sifat muda di dalam jiwa mereka.

Kesimpulannya, pasangan yang jauh beza umur ini berpeluang mempunyai satu hubungan yang lebih bahagia berbanding pasangan lain. Hal ini sikap matang pasangan akan membuatkan mereka ini lebih mudah untuk berkerjasama dalam hubungan.


]]>
Kajian Menunjukkan Banyak Kes Isteri Tidak Hormat Suami. Ini 8 Cara Untuk Tunjukkan Rasa Hormat. https://redaksi.com/323-kajian-menunjukkan-banyak-kes-isteri-tidak-hormat-suami-ini-8-cara-untuk-tunjukkan-rasa-hormat Thu, 29 Jun 2017 12:47:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=323 Perempuan perlukan kasih sayang. Lelaki perlukan hormat. Nampak mudah, tapi sebenarnya agak rumit. Lelaki ada keperluan untuk dihormati yang sangat kuat hingga bila mereka dihormati, hati mereka akan jadi seakan-akan pokok yang sudah cukup disiram. Sebaliknya bila mereka rasa tak dihormati, mereka аkаn rаѕа ѕеdіh dаn seperti dіbеnсі. Ramai реrеmрuаn hаrі іnі yang menghabiskan banyak mаѕа dаn tenaga untuk mеmаѕtіkаn rumаh mеrеkа bersih, аnаk-аnаk mеrеkа ѕіhаt dan реnuhі реlbаgаі lagi tugas lаіn. Tapi bіlа mеrеkа luра untuk mеnunjukkаn rаѕа hormat раdа ѕuаmі, si ѕuаmі аkаn nаmраk ѕереrtі tаk mеnghаrgаі ѕеgаlа реngоrbаnаn si іѕtеrі. Pernah rasa? Wаlаuрun lеlаkі ѕеlаlu nаmраk tidak emosional аtаu ekspresif, tetapi sebagai раѕаngаn hіduр mеrеkа, реrеmрuаn tеtар perlu реkа terhadap реrаѕааn mеrеkа. Hati mеrеkа tetap bоlеh tеrlukа dan lеbіh ѕuѕаh untuk dірujuk.



Bеbеrара саrа yang аndа bоlеh lаkukаn untuk tunjukkan rаѕа hоrmаt.

1. Sеntіаѕа bercakap dеngаn lеmаh lеmbut, tаk kіrа berapa lаmа аndа bеrduа dah bеrkаhwіn. Kаlаu аndа bоlеh bеrсаkар lеmbut dеngаn kаwаn-kаwаn аndа, аndа mеѕtі bоlеh lеbіh lеmbut lаgі dengan ѕuаmі ѕеndіrі.



2. Jаngаn ѕеkаlі-kаlі mеnjеrіt, mеmаnggіlnуа dеngаn kаѕаr аtаu gunаkаn kata-kata kеѕаt.

3. Jаngаn sindir dia tеntаng isu-isu ѕеnѕіtіvе. Kalau dіа аdа kеkurаngаn atau kеlеmаhаn, jangan jаdіkаn іа bаhаn kеtаwа. Wаlаuрun dіа tаk mаrаh, bоlеh jadi dіа pendamkan rаѕа kесіl hаtіnуа.

4. Dеngаr реndараtnуа dan hоrmаtі реrmіntааnуа. InshaAllah anda akan diberi gаnjаrаn dі dunіа dаlаm bеntuk rumahtangga yang bahagia dаn раhаlа untuk dі Akhіrаt kеlаk.

5. Jangan bеrlаwаn dengannya untuk tunjuk siapa уаng lеbіh bеrkuаѕа. Bіlа реrеmрuаn terlalu bаnуаk mengarah dan agresif, lеlаkі аkаn jаdі lеbіh kеrаѕ dаn bеrkіrа. Bіlа аndа tunjukkan yang аndа hоrmаtі tugasnya sebagai ketua kеluаrgа, dia akan lеbіh mudah untuk tunаіkаn permintaan anda.



6. Tunjukkan kаѕіh ѕауаng dаn rasa hоrmаt раdа kеluаrgаnуа. Sekali sekala аjаk mereka dаtаng ke rumаh аtаu keluar bеrѕаmа-ѕаmа.

7. Terima bаhаwа kаdаng-kаdаng dіа jugа реrlukаn mаѕа untuk dіrі ѕеndіrі atau hіlаngkаn ѕtrеѕѕ dеngаn kаwаn-kаwаn. Jаngаn hаlаng, cuma раѕtіkаn senyuman аndа ѕеntіаѕа mеnаntі bіlа dіа рulаng.

8. Tanya pendapat dia bila membuat keputusan penting dan hargai apa saja yang dia katakan.

]]>
Agar Hubungan Yang Dijalin Lebih Diberkati, Pastikan Anda Tahu 10 Maksud Cinta Yang Disebut Dalam Al-Quran Ini. https://redaksi.com/1038-agar-hubungan-yang-dijalin-lebih-diberkati-pastikan-anda-tahu-10-maksud-cinta-yang-disebut-dalam-al-quran-ini Sat, 26 Aug 2017 14:19:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1038 Cinta akan lebih dirahmati dan menjadi ibadah apabila ia diletakkan di tempat yang sebaiknya. Namun jika cinta itu tidak diletakkan sesuai dengan reda Allah SWT maka ia akan menjadi sesuatu yang boleh membawa keburukan. Dalam Al-Quran, Allah SWT ada memberi petunjuk yang menyingkap tentang cinta. Ini termasuklah cinta yang membawa kepada kebaikan, begitu juga jenis cinta yang boleh membawa kepada keburukan. Ibnul Qayyim pernah mengatakan bahawa:

'Cinta tidak bisa didefinisikan dengan jelas, bahkan apabila didefinisikan tidak menghasilkan (sesuatu) melainkan menambahkan kabur dan tidak jelas, (bererti) definisinya ialah adanya cinta itu sendiri.'



1. Cinta mawaddah.

Sejenis cinta yang sentiasa membara dan ingin memonopoli cintanya sehingga membuatkan orang yang mengalaminya akan sentiasa memikirkan tentang cintanya. Pemilik cinta jenis ini juga selalunya ingin bersama dan tidak mahu berpisah, malah ingin selalu memuaskan rasa cintanya. Ia ada disebut dalam surah Ar-Rum ayat 21:

'Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.'

2. Cinta rahmah.

Sebuah cinta yang penuh dengan kelembutan, kasih sayang serta sanggup berkorban dan melindungi orang yang dicintainya. Bagi pemilik cinta ini, kegembiraan dan kebahagiaan orang yang dicintainya adalah lebih penting walaupun dia sanggup menderita. Malah pencinta ini begitu memahami segala kekurangan dan sentiasa memaafkan kesalahan pasangannya.

Cinta ini termasuk cinta yang ada pertalian darah seperti cinta orang tua terhadap anaknya, cinta terhadap pasangan yang halal dan sebagainya. Dalam Al-Quran, kerabat disebut al-arham, dzawi al-arham iaitu orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, kasih sayang ibu disebut rahim (dari kata rahmah) dan kasih sayang suami isteri yang diikat dengan cinta mawaddah dan rahman. Ia ada disebut dalam surah Al-Kahfi ayat 81:

'Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya (rahmahnya).'

3. Cinta syaghaf.

Merupakan cinta yang sangat mendalam dan mengasyikkan sehingga membuatkan pencinta jenis ini (qad syaghafaha hubba) seperti lupa diri dan seolah-olah tidak menyedari apa yang dilakukannya. Al-Quran menggunakan terma syaghaf ketika menceritakan kisah cinta Zulaikha iaitu isteri pembesar Mesir terhadap Nabi Yusuf. Ia ada disebut dalam surah Yusuf ayat 30:

'Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata.'

* Cinta seperti ini merupakan cinta yang tidak dibenarkan dalam Islam kerana ia membuatkan pelakunya keterlaluan mencintai pasangannya sehingga melupakan tugasan hakikinya di dunia.

4. Cinta mail.

Sejenis cinta sementara yang membara sehingga terlalu menumpukan pada cintanya hinggakan perkara lain tidak diberi perhatian. Dalam Al-Quran, cinta jenis ini disebut dalam konteks poligami di mana ketika orang tersebut jatuh cinta pada pasangan yang muda (an tamilu kulla al mail) dan cenderung mengabaikan pasangannya yang tua. Ia ada disebut dalam surah An-Nisaa ayat 129:

'Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.'



5. Cinta ro'fah.

Cinta jenis ini melahirkan rasa kasihan, tidak sampai hati, sanggup mengetepikan norma-norma kebenaran dan membela orang yang disayangi walaupun hakikatnya. Dia juga meletakkan cintanya kepada makhluk lebih tinggi daripada cintanya kepada Allah SWT sehingga sanggup melonggarkan peraturan Allah SWT. Misalnya, kerana terlalu kasihankan anak yang mengantuk sanggup tidak mengejutkan anak untuk bangun bersolat. Ia ada disebut dalam surah An-Nur ayat 2:

'Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan (Ro'fah) terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.'

6. Cinta shobwah.

Sejenis cinta buta yang mendorong pencintanya menyimpang daripada agama dan norma kehidupan tanpa sanggup mengelak. Misalnya pasangan yang bercinta berniat pada mulanya untuk berborak santai tetapi atas dasar cinta, apabila digoda pasangan ini sanggup melakukan kemungkaran. Cinta sebegini ada disebut dalam Al-Quran ketika kisah Nabi Yusuf berdoa kepada Allah SWT agar dihindarkan daripada Zulaikha yang ketika itu menggodanya setiap hari. Ketika itu, Nabi Yusuf bermohon agar dimasukkan ke penjara kerana bimbang imannya akan tergugat. Ia ada disebut dalam surah Yusuf ayat 33:

'Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: 'Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya.'

7. Cinta Al-hub.

Dr 'Aidh al-Qarni mengatakan bahawa tidak ada ertinya cinta dalam bahasa Arab melainkan kata 'Al-Hub yang terdiri daripada kata 'ha' dan 'ba'. Huruf 'ha' keluar dengan mulut membuka hingga akhirnya menutup dan menyatukannya kembali. Kata Hub merupakan kata yang umum digunakan sebagai erti pada kata cinta. Kita sering mendengar Hubbudunya yang bererti cinta dunia atau uhibbuka yang bererti 'Aku cinta padamu'. Ia ada disebut dalam surah Al-Fajr ayat 20:

'Serta kamu pula mencintai (Hub) harta dengan kecintaan (Hub) yang berlebihan.'

8. Cinta sakinah.

Sakinah berasal dari sakana-yaskunu yang membawa maksud sesuatu yang menenangkan. Semua pasangan yang berkahwin pasti inginkan ketenteraman dalam rumah tangga, malah lebih produktif berbanding sebelum kahwin. Oleh itu carilah pasangan yang boleh memberikan kedamaian iaitu melalui agamanya. Ia ada disebut dalam surah Al-A'raaf ayat 189:

'Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua daripada (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain...'

9. Cinta syauq (rindu).

Cinta jenis ini diambil daripada hadis yang mentafsirkan Al-Quran. Ia ada disebut dalam surah Al-'Ankabuut ayat 5:

'Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan), maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi); dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.'

Malah kalimat kerinduan ini turut diungkapkan dalam doa ma'tsur daripada hadis riwayat Ahmad:

'Aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah-Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan-Mu.'

Pasangan yang dilanda dengan cinta Syauq ini merupakan pasangan yang mampu mempertahankan cintanya walaupun menjalinkan hubungan jarak yang jauh.

10. Cinta kulfah.

Merupakan perasaan cinta yang disertai dengan kesedaran dalam mendidik perkara-perkara positif. Dalam Al-Quran disebut bahawa Allah SWT tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kemampuannya.

]]>
Setia Itu Mahal Harganya, Tapi Tidak Ada Di Mana-Mana Kedai, Ini Cara Anda Setia Dengan Pasangan Hingga Akhir Hayat. https://redaksi.com/7851-setia-itu-mahal-harganya-tapi-tidak-ada-di-mana-mana-kedai-ini-cara-anda-setia-dengan-pasangan-hingga-akhir-hayat Mon, 03 Feb 2020 11:16:14 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7851 Bila cakap pasal setia ini bukan mudah sebenarnya. Nak setia itu payah, nak buktikan diri itu setia begitu mudah. Setia ini mahal harganya tapi tidak boleh dibeli mana-mana kedai sekalipun, bahkan kalau anda berjumpa dengan seseorang yang setia akan diri anda teramat beruntunglah diri anda.

Kerana perbuatan tidak setia ini ramai yang terluka, yang menjadi mangsa anak-anak serta pasangan anda. Sememangnya mudah nak berlaku curang dan mengkhianati hubungan, tapi bila nak setia begitu payah nak dilakukan.
Macam mana nak setia pada pasangan? Buat suami-suami atau isteri-isteri, ini tips nak setia dari Firdaus Shakirin. Mudah sahaja tapi kalau tidak mahu memang tak boleh nak dipaksa.

Nak setia tu bukannya susah, senang...senang untuk mereka yang ada keinginan untuk setia. Antara perkara yang boleh diamalkan untuk mengekalkan kesetiaan ialah :


1. Yang paling utama ialah bersyukur.

Bersyukur kerana ada yang menerima diri kita seadanya. Dia tahu kita ada kelemahan dan kekurangan, tapi dia masih tetap ingin meneruskan hubungan. Walaupun dia boleh memilih untuk memiliki kehidupan atau orang yang lebih baik lagi, tapi bila dia masih bersama kita, maka kita perlu bersyukur dengan kehadiran dirinya.



2. Jangan khianati kepercayaan, jujur dalam setiap perbuatan.

Untuk menjadi seorang yang setia, kita perlu menjadi seorang yang jujur terlebih dahulu. Jujur dalam setiap perbuatan kita baik di depan atau di belakang pasangan. Permulaan kepada orang menjadi tidak setia ialah ketidakjujuran. Bahasa mudah, kebohongan, penipuan. Bila kita mampu berbohong atau menipu pasangan, maka kita susah nak setia. Kita mengkhianati kepercayaan yang diletakkan pasangan terhadap diri kita.

3. Ingat pengorbanan pasangan, apa yang pasangan dah lakukan dalam rumahtangga.

Cara nak tetapkan hati ialah sentiasa kena ingat jasa dan budi pasangan. Kebaikan pasangan untuk kita, apa yang dia dah korbankan dan buat untuk kita. Mungkin dia sanggup berjauhan dari orang tuanya, mungkin dia sanggup tukar tempat keje, mungkin dia sanggup berhenti keje, mungkin dia sanggup tak keje walaupun ada ijazah dan sebagainya. Pasti ada pengorbanan pasangan terhadap diri kita dan ingat perkara tu sentiasa dan setiap masa.



4. Masa susah dan senang.

Tak semua pasangan akan terus berada disisi ketika susah dan juga senang. Mungkin dia ada pilihan yang lebih baik untuk dirinya, namun dia memilih untuk terus meletakkan harapan terhadap diri kita untuk kita mencorakkan masa depan yang lebih baik. Bila dia sanggup susah-susah dengan kita, maka jangan lupa dia ketika kita dah senang.

Ini point yang paling penting daripada point-point yang ada di atas.

5. Jangan mula membuka ruang dan peluang untuk orang ketiga muncul dalam hubungan kita.

Kunci sebuah kesetiaan ialah terletak pada cara kita menjaga diri kita di dalam media sosial, di tempat kerja atau di mana-mana sahaja. Pembawakan diri tu yang akan menentukan kita ni orang jenis apa, setia atau tidak. Orang yang setia sentiasa menundukkan pandangan, tidak membandingkan dan menjaga pergaulan. Dia letak batas-batas atau had untuk perkara yang melibatkan perhubungan berlainan jantina.

Ini antara tips yang boleh dikongsi untuk kita mengekalkan kesetiaan terhadap pasangan. Setia itu bukan pilihan, setia itu satu kewajipan bagi mereka yang dah mendirikan rumahtangga.

Hanya sebuah kesetiaan mampu membawa sesuatu perhubungan itu kekal sehingga ke Jannah.



]]>
Pasangan Mula Rasa Dingin, Tak Suka Berada Di Rumah... Hati-Hati, Mungkin Terkena Sihir Pemisah Pemusnah Rumah Tangga. https://redaksi.com/7518-pasangan-mula-rasa-dingin-tak-suka-berada-di-rumah-hati-hati-mungkin-terkena-sihir-pemisah-pemusnah-rumah-tangga Mon, 21 Oct 2019 12:36:45 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7518 Sebuah perkahwinan sememangnya tidak akan lari daripada konflik ataupun sedikit ujian buat pasangan yang berkasih sayang. Namun, selalunya kalau ujian yang nampak ini tentu sahaja tak menjadi masalah untuk dihadapi bersama-sama, akan tetapi yang tak nampak ini yang menjadi punca penceraian yang tak dijangka.

Dalam perkahwinan ini, kalau anda bermasam muka dengan pasangan tentu sahaja akan ada yang bersorak malah makin menjadi batu api, bahkan kalau anda berbahagia dengan pasangan anda sekali pun, tentu sahaja akan ada mereka yang tidak puas hati dengan kebahagiaan yang anda miliki.

Bila dah tak suka, berdendam dan busuk hati itu, ada yang sanggup menggunakan sihir dan khurafat untuk memuaskan rasa iri hati. Walaupun tahu salah di sisi agama, tapi asalkan hati puas itu cukup menyenangkan hatinya.



Sihir pemisah

Tiada hujan tiada ribut, ikatan perkahwinan yang dahulunya bahagia dan disulami rasa kasih dan sayang, kini hanyalah dipenuhi rasa benci saat menatap wajah pasangan. Itu adalah antara penunjuk apabila sesebuah hubungan itu terkena sihir atau santau.

Sihir tafriq atau lebih mudah dikenali sebagai sihir pemisah ini adalah satu perbuatan yang haram untuk dilakukan bagi individu yang beragama Islam kerana ia menggunakan unsur syirik iaitu satu amalan atau ritual menerusi perantara seperti jin atau syaitan, selain daripada Allah.

Pasangan yang terkena amalan khurafat bertujuan untuk memisahkan hubungan terjalin akan mengalami kesukaran untuk bersama sehingga wujudnya kebencian, permusuhan dan akan sering berlaku perbalahan antara suami isteri.

Apabila keadaan seperti ini kerap terjadi, jalan penyelesaian yang sering diambil adalah perpisahan. Sering kali penceraian yang berlaku akibat perbuatan tidak bermoral ini dilakukan oleh individu yang mempunyai rasa tidak puas hati dan berniat jahat untuk merosakkan ikatan perkahwinan tersebut.



Tanda-tanda terkena sihir pemisah
Bagi pasangan suami isteri, dikatakan berikut adalah beberapa tanda-tanda yang boleh dilihat jika anda dan pasangan mungkin terkena santau ini:

• Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak mempunyai keinginan untuk melakukan hubungan kelamin. Jika melakukannya pun, seolah-olah terpaksa.
• Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.
• Isteri (atau ada juga suami) yang berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah.
• Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.
• Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.
• Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cerai apabila berlaku perbalahan.
• Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
• Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
• Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.

Jika anda dan pasangan melalui perkara yang di senaraikan di atas, penulis sarankan untuk melakukan ikhtiar bagi merawat dan memulihkan keadaan. Kini sudah terdapat pelbagai kaedah perubatan Islam boleh membantu anda. Jangan biarkan sehingga rumah tangga yang dibina selama bertahun musnah begitu sahaja.

Maka dengan itu, jika bahagia lebih elok anda dan pasangan sahaja yang rasa. Bila bergaduh dan tidak sefahaman pun, sama-sama selesaikan berdua. Tak perlu nak hebohkan kepada orang sekeliling bahkan tak perlu nak muat naik di media sosial.

Tak semua orang akan suka melihat apa yang anda rasa baik sedih mahupun gembira, maka dengan itu adalah lebih baik kalau anda simpan dan rasai berdua sahaja. Siapa sangka dengan niat nak berkongsi tapi akhirnya ia menjadi punca mengapa anda suami isteri tak bahagia.

]]>
Beria masak pada hari lahir isteri, suami selit gelang emas dalam 'shell-out' https://redaksi.com/8767-beria-masak-pada-hari-lahir-isteri-suami-selit-gelang-emas-dalam-shell-out Fri, 23 Oct 2020 15:51:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8767 Sangat beruntung kalau memiliki suami yang romantik dan penuh kejutan ni. Nak-nak lagi kalau dirinya tahu menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya. Tentunya suami seperti ini menjadi idaman para wanita.



Hidang enak air tangan suami

Bersempena ulang tahun kelahiran isterinya, Adnan Mat Abu telah menyediakan hidang shell-out buat keluarganya. Perkara itu telah dikongsi olehnya di Facebook page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), berserta perbualan bersama anaknya.

Walaupun Adnan telah menghantar kek dan bunga ditempat kerja isterinya, tapi dia masih tidak berpuas hati akan kejutan yang diberikan itu.

Gelang tangan dicelah shell-out

Ketika sedang sibuk memasak, dia mendedahkan rancangannya kepada salah seorang anaknya termasuklah seutas gelang tangan emas yang akan mengejutkan isterinya.

Teruja dengan rancangan bapanya, anaknya Acu telah memberikan idea menarik dan mencadangkan agar bapanya meletakkan gelang tangan itu ke dalam shell-out yang dimasak.

Semoga bahagia hingga ke jannah

Kelakar dengan gelagat dua beranak ini, perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai. Rata-rata warganet memuji sikap Adnan yang menghargai isterinya. Tidak hanya itu, mereka juga mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga akhirnya.


]]>
10 Tanda Si Dia Bukanlah Jodoh Kita. Pasrah. https://redaksi.com/13-10-tanda-si-dia-bukanlah-jodoh-kita-pasrah Sat, 13 May 2017 17:42:35 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=13 Ketahui pelbagai tanda si dia bukan jodoh kita yang bakal dihadapi oleh pasangan. Jodoh itu memang rahsia Allah dia telah tetapkan siapa untuk kita tetapi kita perlu berusaha untuk mencari siapakah dia. Walaupun serapat manapun kita dan apa jua cara untuk kita buat untuk menghalang jika dia bukan jodoh kita maka bukanlah, sejauh mana pun kita berlari jika kita di takdirkan bersatu maka akan bersatu. Hari ini kami ingin kongsikan 10 tanda bahawa dia bukan jodoh yang baik untuk kamu. Berikut merupakan 10 tanda-tanda yang dari pandangan kami berdasarkan pemerhatian orang sekeliling.



1. Senarai perkara yang tidak kamu setujui.

Kamu mempunyai senarai tentang apa yang kamu tak suka tentang pasangan kamu lumrah manusia tak sempurna dan banyak kelemahan, tetapi apa yang kamu tak suka tentangnya dia mampu di senaraikan berpuluh-puluh dan kamu simpan dengan rapi di hati kamu dan tak mahu menunjukkan kerana kamu sayang dia.

2. Selalu menjauhkan konflik antara kamu berdua.

Jika berlaku salah faham itu biasa, tetapi apabila setiap masalah itu selalu cuba di jauhi dan bukan mencari penyelesaian., di simpan terus di dalam hati. Jika lama-lama di simpan jika berlaku konflik nanti masalah kecil pun boleh jadi besar kerana rasa tak puas hati yang berlarutan.



3. Dia tak pernah menghiraukan tentang kesihatanmu.

Sebagai contoh, dia tahu kamu alahan tetapi bersama kamu dia tetapi hisap rokok dan tidak mempedulikan kamu.

4. Dia sentiasa mahu perubahan dari kamu tapi dia tak mahu berubah dirinya sendiri.

Dia mahu kamu berubah untuk jadi lebih baik, sebagai contoh dari memakai baju yang seksi kepada yang lebih sopan dan bertutup. Dari tak bertudung ke memakai tudung, dia mahukan perubahan kamu.Tapi bila tiba dia? dia tak mahu lakukan perubahan, katanya susah untuk lakukan berubahan.

5. Dia tidak mempercayai dengan kamu.

Kepercayaan ada teras dalam perhubungan, tetapi kalau tidak ada kepercayaan itu bagaimana perhubungan itu mahu di teruskan? Sebagai contoh kamu mahu pergi keluar tengok wayang dengan kawan-kawan dia meminta kamu laporkan setiap 1 jam apa yang kamu buat? Sebagai pasangan perlu ada toleransi dan kepercayaan.



6. Dia tak pernah menyokong apa yang kamu suka (impian dan cita-cita ).

Sebagai contohnya impian kamu adalah teringin mahu jadi doktor, tetapi apa yang si dia katakan bahwa "tak payahlah jadi doktor, perempuan bila dah kawin tugaskan kat dapur juga".

7. Dia selalu buat kamu bersedih, duka dan tiada mood.

Bila jumpanya tak sah kalau tak bergaduh, tak sah kalau kamu mesti tak menangis kerananya. Sehinggakan menjejaskan aktiviti harian kamu dan buatkan kamu tak ada mood. Buat itu tak boleh, buat ini tak berkenan di matanya.

8. Dia tak pernah hargai dan peduli apa yang kamu buat.

Dalam perhubungan saling menghargai satu sama lain itu satu pekara yang penting, tetapi bila kamu buat sesuatu untuk dia, tapi dia tak hargai? Kamu cuba masak mee goreng dan minta dia rasa, "awak, saya tak makan mee goreng la, lain kali tanya dulu sebelum masak tu, sama ada saya suka atau tidak". Si dia belikan tudung, "ishh awak ni belikan tudung ni tak cantiklah, tak pandai betul pilih warna".



9. Tiada chemistry atau keserasian.

Keserasian itu penting kerana kamu adakan hidupnya dengannya dalam jangka waktu mungkin lama. Jika setiap hari bergaduh, salah faham sikit bertumbuk, tak boleh buat salah sikit maka nak marah-marah? Bagaimana nanti bila dah berkahwin?

10. Dia tak pernah membicarakan tentang masa depan hubungan kamu berdua, hal perkahwinan dan membawa jumpa ibu bapanya.

Tujuan perhubungan cinta antara lelaki dan perempuan itu untuk apa? bukankah untuk ke arah menjadi yang halal atau perkahwinan? Jika hanya untuk couple? rasanya itu bukan tujuan untuk kamu hidup. Dan tak pernah perkenalkan langsung pada ibu bapa kamu? Itu membukti dia tidak serius dengan kamu. Fikir-fikirlah.

Ini hanyalah pandangan kami sahaja, tiada kaitan dengan siapa-siapa. Hidup kita adalah mencari perhubungan yang halal dan di restui oleh ibu bapa dan ALLAH. Jika ke arah pekara yang baik InshaALLAH Dia aturkan yang baik-baik untuk kamu, bersangka baik dengan ALLAH. Jika ada kesepuluh ciri-ciri ini kepada pasangan kamu maka fikir-fikirkanlah. Tak semestinya ada 10 pekara di atas tak bahagia, boleh bahagia.. pucuk pangkalnya adalah diri kita sendiri. Jodoh itukan rahsia Allah siapalah kita untuk menidakkannya. Setiap manusia boleh berubah jika di berikan peluang. 10 tanda-tanda ini hanya sebarang rujukan sahaja, mari kita sama-sama muhasabah diri.

]]>
Baik Pulih Hubungan Yang Retak, Kalau Ada Keinginan Hati Yang Tawar Pun Boleh Bersemut Kembali. https://redaksi.com/7007-baik-pulih-hubungan-yang-retak-kalau-ada-keinginan-hati-yang-tawar-pun-boleh-bersemut-kembali Wed, 28 Aug 2019 14:08:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7007 Nak lepaskan sayang, nak simpan pun belum tentu kuat. Ini adalah tanda-tanda bahawa hubungan anda telah retak. Tapi kerana perasaan sayang itu membuatkan anda dan dirinya masih memerlukan antara satu sama lain. Nak-nak lagi kalau sudah banyak perkara yang kalian lalui bersama, bertahun bersama itu semua membuatkan anda sayang melepaskannya.

Tapi untuk terus menerus dia berada di sisi bukanlah satu perkara yang mudah. Anda kecewa malah rasa seperti tawar hati dengan sikapnya. Ini selalu sangat terjadi apabila hubungan itu telah bertahun-tahun lamanya.



Perkara-perkara ini sebenarnya boleh dirawat melalui diri anda dan juga pasangan. Cuma macam mana nak merawatnya? Begini caranya;

1. Ada keinginan.

Perkara yang perlu ada dalam diri setiap pasangan iaitu keinginan untuk berbaik dan keinginan untuk bersama. Jika salah seorang tidak ada perkara ini belum tentu lagi ia mampu merawat segala luka yang ada di dalam hati itu. Kalau tak ada keinginan ia akan membuatkan kalian tidak boleh berbaik semula.

Malah jika tiada keinginan antara keduanya, hubungan yang retak sudah tentu tidak akan ada peluang kedua. Jadi keinginan perlu ada dalam diri setiap pasangan yang ingin berbaik.



2. Kesabaran.

Jika tiba-tiba pasangan mengungkit silap dan salah yang lalu, cuba untuk sabar jangan cepat melenting. Ingat kesabaran itu adalah punca sebuah kebahagiaan. Malahan juga, segala perbualan dan perkongsian itu sebenarnya akan membuatkan kalian lebih mendalami hati perasaan masing-maisng. Jadi sabar jika setiap perbincangan itu melukakan hati anda.

3. Minta maaf.

Jangan nak ego sangat kalau takut hilang pasangan anda itu. Cuba untuk meminta maaf atas kesilapan yang anda pernah lakukan dan melukakan hatinya, ia mampu mengembalikan hubungan yang hilang. Perbuatan ini mampu melembutkan hati sesiapa yang mendengarnya. Jadi jangan malu nak minta maaf walaupun ia bukan salah anda.



4. Forget and forgive.

Perkara paling utama dalam hubungan bila nak bahagia, kena ada dua perkara ini. Nak-nak lagi kalau kalian bercadang untuk membuka satu lembaran baru dalam hubungan tersebut. Lupakan dan memaafakan setiap perbuatan pasangan anda sebenarnya memberi aura yang baru dalam hubungan. Jangan nak simpan-simpan dalam hati.

5. Berlapang dada.

Nak mulakan sesuatu yang baru kena bersedia untuk berlapang dada. Jangan mudah nak simpan dalam hati setiap perkara, malah lepaskan apa yang akan merosakkan hubungan anda. Berlapang dada ini perlu bila terlalu banyak perkara yang bermain di hati itu.

]]>
Antara Sebab Ibu Yang Sedang Hamil Tidak Digalakkan Bermain Sosial Media. https://redaksi.com/5174-antara-sebab-ibu-yang-sedang-hamil-tidak-digalakkan-bermain-sosial-media Tue, 12 Feb 2019 16:32:03 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5174 Laman sosial media adalah platform dimana ramai orang kunjungi kerana ia terdapat pelbagai perkara yang boleh diikuti, malahan pelbagai berita yang up to date. Info-info yang terdapat dalam sosial media juga membuatkan kita mudah terpengaruh, namun tidak tahu sejauh mana kesahihannya. Dikalangan kita pasti tidak lari menggunakan sosial media ini, termasuklah ibu-ibu yang mengandung.

Yelah, suami dan ahli keluarga pasti melarang untuk melakukan kerja-kerja berat, nanti berlaku yang tidak diingini pula. Apabila ibu hamil ini sudah bosan, sudah tentu sosial media menjadi pilihan utama untuk dibaca.

Namun sedemikian, ibu yang hamil ini tidak digalakkan kerap bermain sosial media kerana…

1. Mudah tergoda dengan info-info palsu yang disiarkan.

Pada mereka yang hamil termasuklah ibu-ibu yang muda usianya, pasti ingin membaca segala informasi berkenaan dengan kehamilan, kan? Info-info ini kebanyakannya mudah dicari melalui facebook, twitter dan Instagram. Berbanding dengan dulu, hanya melalui blog atau wordpress sahaja. Jadi, sebagai ibu yang hamil pasti teruja dengan info-info yang menarik seperti…

Makan pil xxxxx mampu menambahkan susu…

Makan makanan xxxx mampu menghilangkan penat dan sakit belakang…

Minum air xxxx mampu memutihkan bayi kelak….

Minum susu xxxxx mampu melahirkan bayi perempuan…

Jangan mudah terpedaya dan jangan terlalu ikutkan emosi ketika membaca info-info ini ya! Dapatkan nasihat daripada ibu sendiri dan ibu mertua dahulu.

2. Mudah menjadi murung.

Ibu yang hamil tidak digalakkan kerap bermain sosial media adalah kerana mudah murung. Apabila membaca sesuatu info dengan penuh emosi, kemudian mempercayai kisah-kisah rumah tangga yang disebarkan pula, pasti kisah-kisah tersebut mampu mempengaruhi minda ibu hamil. Kemudian cuba samakan keadaan dirinya dengan apa yang terjadi dengan kisah tersebut.

Isu ini sememangnya membuatkan ibu hamil mudah menjadi murung. Jadi, elakkan membaca kisah negatif, tetapi carilah perkara yang positif untuk anda terapkan.

3. Mula tidak mempercayai diri sendiri.

Secara tipikal, isu yang paling hangat diperkatakan adalah apabila golongan wanita yang suka membandingkan hidupnya dengan orang lain.

Suka membandingkan gaya hidupnya dengan pasangan lain....

Suka membandingkan kesihatan diri dengan orang lain....

Suka membandingkan rumah tangga sendiri dengan orang lain....

Tahu atau tidak, dengan membuat perbandingan sebegini akan membuatkan ibu yang hamil mula tidak mempercayai diri sendiri dan menjadi punca depresi atau murung. Sudah tentu situasi ini akan menjejaskan kesihatan ibu yang hamil, termasuklah bayi di dalam perut.

“Orang lain pregnant sihat je, kenapa aku banyak alahan?”

Berhenti Membuat Perbandingan!

4. Mudah mengalami impulsif.

Kenapa kadang-kala wanita sukar untuk mengatur kewangan? Kerana adanya perasaan impulsif pada diri ketika sedang hamil. Ketika bujang atau ketika masih belum menimang cahaya mata, perasaannya biasa-biasa sahaja, tidak selalu shopping dan hanya membeli barang keperluan sahaja. Berbanding dengan ketika hamil, semuanya mahu bertindak tanpa berfikir dahulu.

Alasannya kerana ada bayi dalam perut.

“Baby yang nak katil macam ni, bukan sayang…” pening kepala suami melihat isteri yang kerap beli barang bayi secara online.

]]>
5 Kelakuan Wanita Yang boleh Menghancurkan Satu Perhubungan. https://redaksi.com/3178-5-kelakuan-wanita-yang-boleh-menghancurkan-satu-perhubungan Thu, 09 Aug 2018 13:45:47 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3178 Setiap hubungan memerlukan kerjasama yang baik serta sikap bertolak ansur yang kuat. Namun begitu, tidak semua kesalahan dalam hubungan akan dilakukan oleh orang lelaki. Wanita juga boleh melakukan kesalahan dalam hubungan. Apa yang wanita lakukan? Mereka ini biasanya lebih kepada sikap atau kelakuan mereka yang menyebabkan pasangan mereka menjauhi mereka. Mari ketahuinya.


1. Bersikap boros.

Seorang isteri mahupun teman wanita perlu bijak dalam mengendalikan kewangan pasangannya. Bukan semua wangnya boleh dihabiskan dalam waktu yang sigkat. Setiap perbelanjaan perlu dalam kesederhanaan dan tidak melampau. Jika anda berbelanja dengan melampau ia akan membuatkan pasangan anda kesempitan wang pada hujung bulan. Pasti mereka tidak akan tahan dengan anda nanti.

2. Terlalu negatif.

Jangan sentiasa memikirkan sesuatu yang buruk. Jika anda sentiasa berfikiran negatif, ia akan mengundang perlbagai perkara. Sebagai contoh, hubungan anda semakin renggang, tidak mempercayai pasangan mahupun, kekurangan untuk berkomunikasi. Jika anda berfikiran positif, pasti banyak perkara yang baik serta membahagiakan akan berlaku di sekeliling anda.

3. Tidak mudah mesra.

Pasangan yang mudah mesra untuk diajak berbual dan bergurau adalah lebih membahagiakan berbanding dengan mereka yang tidak mesra dan terlalu dingin ini. Hal ini kerana, hubungan yang tidak mesra ini akan membawa kepada satu ketegangan yang memenatkan. Siapa sukakan hubungan yang penuh dengan tekanan? Pasti tidak ada bukan.


4. Tidak tahu malu.

Lelaki sukakan wanita yang malu dengan mereka ini walaupun sudah menjadi pasangannya. Mana tidaknya, sifat pemalu wanita ini dianggap sesuatu yang comel di mata lelaki. Maka dengan itu, wanita yang kurang mempunyai sifat pemalu pasti akan dijauhi lelaki. Mana tidaknya, mereka ada air muka yang perlu dijaga bukannya mereka ini tiada perasaan.

5. Sukakan perhatian dari orang ramai.

Seorang wanita yang sukakan perhatian daripada orang ramai adalah bukan satu hal yang baik. Mereka ini sudah pasti mudah untuk menduakan hubungan mereka. Bukan itu sahaja, mereka ini juga pasti suka berhias untuk menarik perhatian lelaki di luar sana bukannya berhias untuk suami mereka apabila sudah berkahwin nanti.

Wanita perlu menjaga maruah dirinya dan mempunyai kelakuan yang tidak terlalu merumitkan hubungan serta keadaan. Jadi jaga tingkah laku and ajika tidak mahu ditinggalkan oleh pasangan anda.


]]>
Nak Lambatkan Menopause Tak Susah Pun, Cukup Dengan Jaga Pemakanan. Amalkan Makan Ini. https://redaksi.com/8444-nak-lambatkan-menopause-tak-susah-pun-cukup-dengan-jaga-pemakanan-amalkan-makan-ini Wed, 12 Aug 2020 09:51:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8444 Bila umur semakin meningkat ini, apa yang membimbangkan bagi orang perempuan sudah tentu waktu putus haid. Ia adalah perkara yang tidak terjangka, bila-bila masa saja ia boleh berlaku kepada wanita.

Kalau sudah berkahwin dan memiliki zuriat tentunya bukan masalah tapi yang masih bujang, atau yang belum dikurniakan anak ini tentu saja berharap agar perkara sebegini dilambatkan lagi.

Menopause atau menopaus ialah suatu keadaan kesihatan yang normal dalam kalangan wanita apabila kitaran haid mereka berakhir. Selalunya, ia didiagnosis selepas individu tidak didatangi haid selama 12 bulan berturut-turut. Kebiasaaannya, purata menopaus dalam kalangan wanita berlaku dalam lingkungan 45 hingga 55 tahun.

Walaupun begitu, menopaus boleh berlaku lebih awal dalam usia 40 hingga 45 tahun, atau menopaus pramatang yang berlaku kepada wanita 40 tahun ke bawah.


Banyak kajian menunjukkan hubungkait menopaus awal dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kepadatan tulang yang rendah, osteoporosis, kemurungan dan kematian pramatang.

Selain itu, kajian lain menunjukkan peningkatan risiko penyakit jantung dan saluran darahnya. Akan tetapi, kedatangan menopaus yang terlalu lambat dikaitkan dengan risiko tinggi untuk menghidap kanser payudara, ovari dan endometrium.



Terdapat beberapa faktor yang penting berkait rapat dengan usia menopause wanita. Antaranya ialah:

• Umur ketika haid pertama.

• Penggunaan pil kontrasepsi yang berpanjangan.

• Bilangan kandungan.

• Body mass index (BMI).

• Merokok dan mengambil minuman beralkohol.

• Jenis aktiviti fizikal yang dijalankan.

• Genetik: Jika ibu anda menopaus pada usia awal, keadaan yang sama mungkin berlaku kepada anda juga.

• Jenis pemakanan dan diet.

• Pembedahan sistem reproduktif wanita seperti histerektomi.

• Terapi kanser: terapi radio atau kemoterapi.

Kaitan diet dengan usia menopause anda

Suatu kajian yang dijalankan di United Kingdom telah mendedahkan hubungkait di antara diet dengan usia menopause wanita-wanita yang terlibat dalam penyelidikan tersebut.

1. Karbohidrat, musuh ketat anda!

Kajian tersebut membuktikan pengambilan karbohidrat (makanan indeks glisemik tinggi) dikaitkan dengan kedatangan menopaus yang lebih awal. Hal ini kerana karbohidrat meningkatkan risiko kerintangan insulin dalam badan. Kerintangan insulin boleh menyebabkan modifikasi aktiviti hormon seks dalam badan serta peningkatan kadar estrogen.

Tahap estrogen yang tinggi memaksa tubuh untuk melalui proses ovulasi dengan lebih cepat dan kerap daripada biasa, mengakibatkan menopaus tiba lebih awal. Tambahan pula, setiap hidangan tambahan pasta dan nasi yang dimakan oleh seorang wanita setiap hari, menopaus rata-rata berlaku 1.5 tahun lebih awal.

2. Vegetarian, berhati-hati ya

Penyelidikan yang sama juga menunjukkan wanita yang mengamalkan diet vegetarian mempunyai risiko mencapai usia menopause lebih awal berbanding wanita yang makan daging dalam diet mereka. Diet vegetarian dikatakan penuh dengan serat tinggi dan tidak mengandungi lemak haiwan mempengaruhi tahap hormon yang bertanggungjawab untuk kitaran haid anda.

Idea ini disokong oleh kajian lain sebelum ini di mana pengambilan makanan berserat tinggi dan rendah lemak haiwan dikaitkan dengan tahap estrogen yang lebih rendah. Pemakanan sebegini boleh menyumbang kepada usia menopause yang lebih awal dalam kalangan pengamal vegetarian.

Jadi, makanan apa yang bagus ya?

Selain menghuraikan makanan yang mempercepatkan menopaus, kajian yang sama juga mendedahkan jenis diet yang melambatkan menopaus.



1. Kekacang

Kekacang segar telah terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang baik untuk tubuh anda. Penyelidikan yang sama menghuraikan para wanita yang mengambil kekacang sebagai hidangan tambahan harian mampu menunda usia menopause selama 0.9 tahun.

Sistem reproduktif terutama sekali ovulasi sangat dipengaruhi oleh proses pengoksidaan. Sesetengah komposisi kimia dalam kekacang dan sayuran melambatkan proses pengoksidaan ini dan seterusnya melambatkan menopaus.

Di samping itu, vitamin B6 dan zink yang boleh dijumpai dalam kekacang juga bersifat antioksidan dan membantu melambatkan proses menopaus.

2. Ikan kaya dengan omega-3

Kumpulan ikan yang kaya dengan omega-3 seperti salmon mampu melambatkan usia menopause selama tiga tahun.
Hal ini kerana kumpulan minyak ikan seperti ini berupaya meningkatkan kapasiti antioksidan dalam badan.

3. Makanan kaya dengan kalsium

Makanan yang kaya dengan kalsium seperti keju, telur kuning, ikan salmon, ikan sardin, brokoli dan sebagainya telah terbukti menghindari keadaan menopaus awal.

Kalsium bertindak dengan meningkatkan jumlah hormon yang melambatkan proses penuaan ovum dan kehilangan sel-sel telur wanita.

Kedatangan menopaus memang tidak dapat dielakkan oleh semua wanita. Cepat atau tidak, pemakanan cuma salah satu daripada faktor yang mempengaruhi usia menopause anda.

Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk rundingan yang lebih lanjut mengenai perkara ini.



]]>
Rahsia Bilangan Kuntuman Bunga Ros. https://redaksi.com/329-rahsia-bilangan-kuntuman-bunga-ros Thu, 29 Jun 2017 14:27:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=329  Ha??? Bilangan kuntuman Bunga Ros pun ada makna tersendiri??? JOM Baca! :) 







]]>
5 Sikap Wanita Yang Menguji Kesabaran Lelaki Ketika Sedang Bercinta. https://redaksi.com/2349-5-sikap-wanita-yang-menguji-kesabaran-lelaki-ketika-sedang-bercinta Wed, 23 May 2018 11:46:26 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2349 Sudah menjadi sifat seorang wanita yang suka menguji lelaki yang mereka sayangi. Dengan segala ujian-ujian yang dilakukan ini adalah hanya untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran yang dimiliki oleh pasangan mereka. Hanya lelaki yang betul-betul mencintai dirinya sahaja yang akan faham dan mampu bertahan dengan sikap mereka ini. Namun, ia hanya satu berlaku dalam perhubungan tapi apabila sudah berkahwin, wanita ini akan berubah menjadi seorang yang matang. Bukan setakat menguji dengan sikap kebudak-budakan dan kenakalan mereka tetapi banyak lagi. Jadi, mari kita kenali sikap-sikap yang wanita akan lakukan ketika dalam perhubungan.


1. Sikap degilnya.

Apabila wanita mula menunjukkan sikap degil dan keras kepalanya, ia sebenarnya adalah tidak sengaja. Mereka hanya mahu menguji pasangannya, di mana adakah pasangannya akan mengubah keputusan yang telah dilakukan. Itu belum lagi jika mereka tiba-tiba mengubah keputusan secara mendadak tanpa berfikir panjang. Pasti ia akan membangkitkan kemarahan pasangannya. Jika pasangannya tidak tahu mengawalnya pasti ia akan jadi pergaduhan.

2. Sikap cemburu.

Wanita tidak akan lari dengan sikap mudah rasa cemburu mereka. Terutama apabila anda rapat dengan wanita lain. Pasti rasa cemburu mereka ini tidak dapat dibendung. Mereka ini bukan sengaja bersifat sebegitu. Mereka hanya takut akan kehilangan dan dikhianati itulah punca mengapa mereka ini selalu rasa cemburu dengan orang-orang di sekeliling anda walaupun sahabat baik anda.

3. Sikap membebel.

Hampir semua wanita suka membebel bukan? Termasuk ibu kita. Wanita sememangnya sudah sinonim dengan sikap yang kuat membebel. Tapi tahukah anda bahawa, wanita akan mula membebel seperti ibu anda hanya kerana mereka ini sayang akan anda. Wanita ini akan menjadi pasangan yang baik apabila mereka hanya sebagai seorang rakan. Tetapi apabila anda dan dirinya menjalinkan hubungan, ia akan bertindak seperti seorang ibu. Sebab itu mereka suka membebel.


4. Sikap mudah marah.

Seorang wanita apabila ia sudah mengeluarkan rasa marahnya ia bukan bermaksud untuk memarahi anda sebenarnya. Tetapi mereka terlalu lebih menyayangi anda. Bagi pasangan yang bercinta, pada permulaannya perhubungan ini baik-baik sahaja tetapi semakin lama perhubungan itu semakin banyak pergaduhan yang berlaku. Itu hanya kerana semakin sayang terhadap pasangannya.

5. Sikap kuat merajuk.

Ada ke wanita yang tidak suka merajuk. Jika mereka tidak merajuk pasti mereka akan berpaling muka dari anda. Wanita ini bukan sengaja mahu merajuk, tetapi mereka ini hanya inginkan perhatian daripada pasangan mereka. Bukan itu sahaja, mereka juga hanya ingin tahu adakah pasangan mereka ini masih mengambil berat akan diri mereka.

Wanita ini sememangnya merumitkan. Sebagai seorang lelaki, kadang kita tidak tahu tindakan yang betul yang perlu dilakukan. Hal ini kerana, jika mereka tersilap langkah pasti akan menjadi semakin melarat. Walaupun puncanya hanya perkara yang kecil. Namun, walaupun ia memeningkan kepala, wanita ini juga yang mampu menyenangkan hati mereka.

]]>
Benarkah Lelaki Hanya Memandang Wanita Daripada Sudut Fizikal Sahaja. https://redaksi.com/764-benarkah-lelaki-hanya-memandang-wanita-daripada-sudut-fizikal-sahaja Mon, 07 Aug 2017 11:46:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=764 Adakah benar lelaki memang cuma suka wanita kerana kecantikan sahaja? Membaca ayat pertama ini sahaja sudah membuatkan ramai wanita tertanya-tanya apakah benar lelaki hanya memandang wanita daripada segi fizikal sahaja. Apakah yang pertama kali dinilai seorang lelaki saat melihat seorang wanita? Benarkah para lelaki hanya ‘peduli’ tentang penampilan fizikal semata-mata? Secara realitinya memang seorang lelaki adalah makhluk yang bersifat visual. Saat baharu berkenalan pertama kali dengan seorang wanita, pada lima minit awal, seorang lelaki akan menilai kecantikan fizikal wanita daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. Namun tidak dinafikan bahawa tidak semua lelaki menilai wanita daripada sudut fizikalnya sahaja. Untuk dijadikan pendamping hidup, seorang lelaki juga mempertimbangkan berbagai hal seperti berikut ini:



Keserasian.

Keserasian merupakan faktor utama sebelum seseorang lelaki memilih calon pasangan hidup. Jika seseorang lelaki itu sedar berasa serasi dengan seseorang wanita maka dia tidak akan sekali-kali memandang wanita lain sekalipun wanita yang disukainya itu berstatus janda. Jika seorang lelaki itu sudah ‘berkenan’ mereka tidak akan ambil peduli tentang kisah lalu seorang wanita yang berjaya menambat hati mereka.

Sedap mata memandang.

Rupa paras tetap menjadi kategori yang tersenarai dalam pemilihan calon hidup oleh seorang lelaki. Kecantikan itu memang sesuatu yang subjektif namun tidak dapat disangkal seorang lelaki tertarik pada rupa paras seorang wanita. Mungkin pada pandangan orang lain seseorang wanita itu tidak cantik mana namun pada pandangan mereka, wanita itulah yang telah membuatkan hatinya berdetak kencang.



Agama.

Kategori ini juga antara perkara penting yang diambil kira oleh seorang lelaki dalam memilih calon isteri. Ini kerana agama juga menjadi isu penting dalam membina sesuatu hubungan. Jika ingin menuju bahtera yang bahagia dan kekal hingga ke syurga, soal agama sangat memainkan peranan. Ia merupakan kunci kerukunan rumahtangga.

Akhlak dan keperibadian.

Lelaki yang baik, jelas akan mencari wanita yang baik juga. Begitu jugalah sebaliknya kadangkala kekurangan fizikal akan tertutup dengan akhlak dan keperibadian yang baik. Wajah yang cantik sahaja tidak menjamin kebahagiaan dalam sesebuah rumahtangga jika tidak disertai dengan akhlak dan keperibadian yang mulia.

Sifat.

Seorang lelaki akan lebih mudah jatuh cinta pada wanita yang bersifat baik dan murah hati. Fizikal dan kecantikan akan jadi pilihan yang nombor dua jika sudah jatuh hati dengan si inner beauty. Hidup berumah tangga bukan sehari dua. Jika boleh biarlah sehingga nafas yang terakhir.

Oleh itu pada para wanita, usah terlalu khuatir dan prejudis dengan kaum lelaki. Tidak semua lelaki hanya memilih pasangan hidup daripada sudut fizikal sahaja. Ini kerana kecantikan sahaja tidak menjamin kebahagiaan yang hakiki.

]]>
Suami, Jangan Asyik Fikir Apa Yang Isteri Buat Itu Membazir, Kadang Mereka Lakukan Itu Sebab Nak Jaga Air Muka Anda. https://redaksi.com/6192-suami-jangan-asyik-fikir-apa-yang-isteri-buat-itu-membazir-kadang-mereka-lakukan-itu-sebab-nak-jaga-air-muka-anda Thu, 30 May 2019 08:54:27 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6192 Orang perempuan ini hatinya lembut, dan mudah tersentuh. Kadang itu, niat kita bukan nak marah tetapi terkasar sedikit sahaja mereka sudah terasa. Tidak cukup iu, tak pandang dan tak senyum dengan mereka juga, mereka sudah mula merasakan ada yang tak kena.

Suami-suami kenalah faham isteri-isteri kalian, tidak kiralah mereka itu kasar ataupun brutal sekalipun bila diherdik dihadapan orang ramai pasti akan terasa dan akhirnya akan menangis juga. Hati wanita ini jangan dibuat main.

Hargai isteri kita ini selagi mereka masih ada disisi kita. Isteri-isteri kita ini sebenarnya banyak berkorban menjaga maruah suami sendiri tanpa anda sadari. Apa yang mereka lakukan pasti akhirnya suami juga yang dapat nama. Mari kita sama-sama hadam perkongsian daripada Puan Intan Dzulkefli ini. Banyak isi tersirat dan tersurat yang perlu difahami bersama.



"Mahal-lah! Dah letak balik!" jerkah suara si suami.

Nampak reaksi sedih di wajah isteri dan anak yang ditempik.

Allah.. Kita yang berada berhampiran pun terasa tempiasnya.

Pesan awal-awal.

Boleh rosak mood window shopping apabila melihat lelaki yang marah-marah isteri, marah-marah anak-anak di tempat awam begini.

Wahai encik suami, jika tidak mahu isteri memilih baju yang mahal, atau usik barang mahal bila keluar shopping, dalam rumah atau dalam kereta sila beritahu siap-siap berapa bajet yang ada. Larang siap-siap, dah lihat harga barulah boleh sentuh.

Orang perempuan ni bila dia lihat cantik, mulalah dia nak mencuba, atau dia suruh suaminya cuba. Kadang, dia cuma sentuh, belek-belek dan sekadar mencuba sahaja. Bukan nak beli sangat pun, tetapi bila reaksi suami yang marah-marah, boleh sedih dibuatnya isteri dan anak-anak yang ceria nak shopping barang raya tadi.

Berpakaian sedondon, buat persiapan raya ni memang seronok kalau semua sehati sejiwa, tak banyak cerita, suami beri izin dan support. Tiada perli-perli, tiada kata-kata menyakitkan hati.

Namun, kalau dapat salah satu pihak yang 'bekeng', itu tak nak, ini tak boleh, itu tak payah, ini membazir. Pendek kata semua pasangan nak buat, semua dibantah, semua nak marah-marah, terasa tak bermakna semua itupun.

Isteri kumpul duit sendiri.

Tiada makna jika baju sahaja lawa berwarna sedondon, tetapi hati penuh rasa tak puas hati sesama sendiri. Lebih baik tidak ada buat apa-apa, hati tak sakit, duit pun tak terusik. Walau akhirnya duit itu tetap akan habis juga, percayalah.
Biasa orang perempuan yang sibuk hendak sedondon, nak beli itu ini, buat persiapan raya. Sebab mereka seronok. Kadang isteri tak mahu susahkan suami, mereka sendiri berdikit kumpul duit untuk beli itu ini.

Bukannya apa, kebanyakan isteri kadang berkorban, guna duit sendiri untuk beli serba sedikit, untuk menjaga air muka pasangan juga bila tetamu berkunjung. Biarpun akhirnya orang akan fikir itu semua duit poket suami walau ada sesetengah suami, tak pernah ambil tahu pun.

Ya, demikianlah sayangnya, tak ramai suami fikir semua ini. Betapa hal-hal remeh ini sebenarnya mendatangkan rasa seronok di hati isteri. Sesetengahnya tak habis-habis fikir ini semua hanyalah membazir! Tak habis-habis nak menghabiskan duit!

Masih terkesan rasa hati ini dengan peristiwa tadi. Hati tisu betul

Wahai suami, hargailah isteri. Selagi tidak berlebihan, apa kata raikan sahaja permintaan mereka. Isteri dan anak-anak kalian sahajalah orang yang sudi pakai warna yang sama dengan kalian, berseronok meraikan hari lebaran bersama. Cuba tanya orang lain, tentu tak hingin mereka nak ada pakaian sama tona warna dengan kalian pun.

Jangan bila dah tiada nanti baru hendak terkenang, 'kalau isteri saya ada... Tentu dia buat ini, buat itu bila nak raya macam ni...' Dah terlambat! Itu semua dah berlalu...

Maaflah emosional sedikit.

Entahlah.. Doa diri ini buat semua isteri yang diuji dengan suami jenis begini, semoga rahmat Allah-lah semata yang mampu membahagiakan hati kalian, InsyaAllah. Biarpun mungkin tiada siapa mengiktiraf khidmat kalian dalam bab yang dianggap 'remeh' dan 'membazir' ini, percayalah, semoga ia bernilai pahala di sisi Tuhan.

Sempena malam-malam Ramadan yang bakal meninggalkan kita ini, jangan lepas dari bibir untuk berdoa,
"Allahuma innaka afuwwun tuhibbul 'afwa fa' fu anni,"

Moga Allah jugalah yang akan membalas kalian dengan sebaik-baik perhiasan, secantik-cantik pakaian di syurgaNya kelak di hari merayakan kemenangan paling besar, bertemu lelaki yang paling sayangkan kita, itulah dia Rasulullah SAW. Aamiin.

]]>
“Jangan Biarkan Lelaki Lain Yang Menghiburkan Hatinya..” 5 Punca Utama Wanita Mula Tawar Hati Dengan Pasangannya. https://redaksi.com/3947-jangan-biarkan-lelaki-lain-yang-menghiburkan-hatinya-5-punca-utama-wanita-mula-tawar-hati-dengan-pasangannya Mon, 22 Oct 2018 15:14:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3947 Dalam hubungan cinta antara uda dan dara, pasti ada pasang surutnya. Kebahagiaan yang dikecapi pasti hanya dapat dirasai sementara sahaja, kemudian berlakunya onak dan duri yang perlu dirintangi bersama. Hanya pasangan yang matang sahaja dapat menghadapi cabaran dan rintangan itu dengan tenang tanpa berlakunya tawar hati ini.

Antara lelaki dan wanita, kaum wanita yang mudah mengalami tawar hati kerana mereka meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada pasangannya. Jom lihat antara punca teman wanita atau isteri anda mula tawar hati dengan sikap lelaki ini…

1. Terlalu banyak bagi alasan.

Wanita kadang-kala bosan dengan lelaki yang sering memberi alasan sahaja. Bukan sahaja alasan sukar bertemu, tetapi alasan untuk sukar melakukan sesuatu perkara, lebih-lebih lagi jika perkara itu penting dalam perhubungan anda. Seperti tentang perkahwinan atau pertunangan.

Sebagai contoh, pada awalnya, sudah berjanji dengan wanita tersebut untuk masuk meminang beberapa bulan setelah berkenalan, tetapi apabila sudah masuk setahun, tiada juga rombongan meminang yang datang. Jika terlalu lama wanita itu menunggu, pasti lama-kelamaan perasaan wanita tersebut pada pasangannya mula tawar.

2. Terlalu serius dalam perbualan.

Wanita adalah kaum yang mudah terhibur dan suka pada perkara yang lucu sekiranya dia mengalami hari yang teruk ketika itu. Jadi, memerlukan sumber yang dapat memberikannya gelak tawa adalah perkara utama dalam hidupnya. Jika terdapat seorang lelaki yang tahu untuk berjenaka dan tidak terlalu serius dalam perbualan, pasti wanita akan tertarik dengan lelaki tersebut.

Tetapi jika setiap hari mahu serius sahaja, mereka mudah tawar hati. Jika berlakunya perkara sebegini, cepat-cepatlah membuat hati mereka tercuit kembali supaya tiada lelaki lain dapat menghiburkan hatinya.

3. Terlalu sibuk dengan hal kerja.

Tidak salah jika komited pada kerja yang dilakukan, tetapi sekiranya terlalu sibuk dengan over time, kemudian pada hari minggu sibuk pula dengan kerja sampingan, pasti wanita tersebut akan berasa sunyi. Dirinya akan dirasakan seperti tiada pasangan. “Aku ni macam tak ada boyfriend pula…”

Sekiranya perkara ini terlalu kerap terjadi, dan lelaki tersebut tidak tahu cara untuk membahagikan masa dengan betul, pasti wanita tersebut mula merasa bosan.

4. Terlalu fokus dengan telefon bimbit.

Apabila berjumpa pula, wanita tersebut pasti ingin menceritakan segala hal pada temannya. Ini kerana hanya dengan temannya sahaja, si dia selesa untuk berbual semua perkara. Tetapi jika ketika berkomunikasi pun sukar untuk bertentangan mata, pasti wanita tersebut merasakan dirinya tidak lagi dihargai.

“Pergilah main PUBG sampai tua….”

5. Tidak menjaga hati dan perasaan mereka.

Perkara yang paling utama dalam perhubungan adalah saling menjaga hati dan perasaan antara satu sama lain. Lelaki perlu dihormati dan dihargai, apatah lagi wanita yang sentiasa ingin rasa disayangi dan dicintai. Jika perkara ini tidak dirasakan lagi oleh seorang wanita, fikiran mereka hanya memikirkan tentang perpisahan sahaja. Hati-hati!

6. Tidak mampu menjadi pendengar setia.

Setiap wanita pasti memiliki teman baik sama ada sedikit atau pun ramai, kerana pada mereka sahajalah wanita boleh meluahkan perasaan. Selalunya kaum wanita boleh menjadi pendengar yang baik dan setia. Sekiranya teman lelaki atau suaminya tiada karakter sebegini, ia akan menjurus wania tersebut melebihkan teman baik daripada pasangannya. Adakah anda mahu perkara ini yang berlaku?

]]>
Cara Untuk Mengelakkan Diri Daripada Kata-Kata Manis Daripada Seorang Lelaki. https://redaksi.com/2992-cara-untuk-mengelakkan-diri-daripada-kata-kata-manis-daripada-seorang-lelaki Thu, 26 Jul 2018 11:43:34 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2992 Seorang wanita memang mudah mempercayai kata-kata manis daripada seorang lelaki, kerana hati wanita ini lemah dan egonya lebih rendah berbanding lelaki. Dengan kata mudah, wanita ini walaupun hati dan perasaannya pernah terluka, jika adanya seorang lelaki yang pandai mengambil hati mereka, pasti mereka akan cair serta merta.

Namun, lelaki yang gemar berkata-kata manis dan menabur janji hanya kerana ingin menyedapkan hati seseorang dan untuk menegaskan keinginan mereka sendiri. Kata-kata manis memang mudah diungkap kerana lidah yang tidak bertulang. Ringan sahaja lidah untuk berkata-kata apa sahaja yang diingini supaya manusia mudah terpedaya.


Memang lumrah setiap lelaki mampu berkata-kata manis dan bersungguh-sungguh menabur janji kerana mereka adalah lelaki. Persepsi lelaki memang begitu. Jika ia sudah tertanam dengan persepsi tersebut sebegitu lama, pasti sukar untuk diubah. Malah secara sedar atau tidak, mereka sebenarnya telah mempermainkan hati dan perasaan wanita.

Jadi anda sebagai kaum wanita harus…

BIJAK MEMBUAT PENILAIAN.

Wanita perlu bijak menilai sekiranya si lelaki mula berkata-kata manis. Adakah ia sekadar bercakap kosong atau dengan tindakan yang ikhlas? Namun, setiap perilaku yang ikhlas pasti tidak dapat dinilai dengan mata kasar. Oleh yang sedemikian, anda harus perhatikan setiap perbuatan disamping sahabat atau ahli keluarga anda sendiri.


Maka, dengan pemerhatian orang ramai, pasti tahu si dia benar-benar serius atau main-main. Tetapi lelaki yang tidak serius, kebiasaannya takut untuk menipu jika dikhalayak orang ramai. Mereka sedaya upaya menjauhkan diri daripada orang ramai, dan hanya membuat strategi ketika berdua-duaan dengan anda sahaja. Jadi, hati-hati.

JANGAN MUDAH PERCAYA.

Selagi anda tidak berjumpa dengan si dia, tidak memeriksa latar belakang terutama tentang ahli keluarga dan sahabat, jangan lah mudah terpedaya dengan kata-katanya. Apa yang ditunjuk di sosial media berkemungkinan ianya hanyalah palsu semata-mata terutama pada zaman sekarang. Teknologi mampu menipu mata kita sendiri.


Lebih molek bersua muka untuk mengetahui kebenaran. Dan yang paling utama adalah, jangan sesekali meminjam duit untuk pertama kali pada lelaki walaupun anda merasakan ia alasan yang munasabah. Kerana kita tidak dapat mengetahui hati manusia.

Namun, sebagai seorang wanita seharusnya anda memiliki naluri hati yang kuat sebenarnya. Anda sendiri dapat tahu jika si dia benar-benar serius atau mahu menipu. Ini kerana hanya kaum wanita sahaja yang dapat peka dengan keadaan sekeliling mereka termasuk hati dan perasaan manusia. Kadang-kala kaum wanita tidak dapat membezakan atau menilai kerana mudah terpengaruh dan terpedaya.


 

 

 

 

 

]]>
Jangan Cepat Gelabah Kalau Mertua Ikut Campur Dalam Rumahtangga, Tapi Cuba 3 Langkah Bijak Ini. https://redaksi.com/6647-jangan-cepat-gelabah-kalau-mertua-ikut-campur-dalam-rumahtangga-tapi-cuba-3-langkah-bijak-ini Fri, 26 Jul 2019 16:16:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6647 Masalah antara menantu dan mertua ini bukan satu perkara yang asing lagi dalam hubungan rumahtangga. Tersangat bersyukurlah seseorang itu apabila dirinya memiliki mertua yang baik serta menerima dirinya seadanya.

Tapi kalau rezeki untuk mendapat mertua yang sebaliknya juga perlu bersyukur. Ini kerana, ujian ini akan membuat kita lebih kuat lagi nanti.

Bermasam muka, salah faham, kurang memahami serta suka ikut campur dalam hal rumahtangga ini sememangnya akan menguji sedikit, tetapi biasalah orang tua kan, mestilah nak yang terbaik buat anak mereka. Selalunya kita dengar mengenai menantu perempuan saja yang memiliki sedikit kerumitan dengan mertua, tetapi menantu lelaki juga tidak ketinggalan ye.



Kadang pening kepala juga nak urusakan mertua yang suka ikut campur dalam hubungan kita suami isteri ini. Mana tidaknya, apa yang kita buat tentu sahaja tak kena di mata mereka, itu belum lagi kalau mereka ini cuba nak buat keputusan untuk kita suami isteri.

Kalau sekadar beri pandangan dan pendapat akan sesuatu benda itu sudah tentulah bukan masalah besar, yelah mereka ini kan lebih banyak ‘makan garam’ dari kita tetapi kalau sudah mula campur tangan dalam membuat keputusan itu bukan lagi satu perkara yang elok.

Silap hari bulan, kita suami isteri pula yang bergaduh dan bermasam muka. Sebabnya nak jaga hati mertua kita dengan ikut sahaja kemahuan dan kehendaknya. Jangan sampai perkara ini berlaku, dalam apa jua yang berlaku hati dan perasaan pasangan kita ini kena jaga juga.

Apabila masalah melibatkan mertua ini, pasangan suami isteri itu perlu berkerjasama dengan lebih kuat, di mana jangan biarkan pasangan kita sahaja yang berdepan dengan masalah itu sorang-sorang.



Haa, jom sama-sama buat 3 langkah ini.

1. Sebulat suara dengan pasangan.

Mula-mula jangan main serang je pula, cuba tanya pasangan anda dahulu. Adakah dia rasa bahawa ibu bapanya terlalu banyak masuk campur akan hal rumahtangga kalian. Adakah dia tidak kisah atau berasa rimas?

Kalian harus mempunyai kata sepakat terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan. Kalau boleh, pastikan pasangan anda juga turut merasai apa yang anda rasa. Bahkan lakukan perbincangan seelok-eloknya, jangan sampai melukakan hati pasangan kita kerana mereka itu ibu bapa pasangan kita.

Selepas temui kata sepakat, maka cuba untuk berbincang dengan keluarga mertua anda pula. Biasanya kalau kalian suami isteri telah sebulat suara, ibu bapa tak akan cuba memaksa untuk mengikuti kehendakknya.

2. Cuba dekati ibu bapa mertua.

Mungkin jurang yang terbina itu membuatkan mereka ini suka ikut campur dalam urusan rumahtangga anda. Jadi apa kata anda dan pasangan cuba untuk mendekati mereka dengan cara yang elok. Macam anak-anak yang mahu bermanja dengan ibu bapa mereka.

Cuba untuk kenali mereka dengan lebih dalam lagi, malah nak lagi mudah anda cuba untuk meminta bantuan mereka bagi menguruskan rumahtangga kalian. Mesti mereka akan lebih terbuka jika anda bersifat sebegini.



3. Bijak kendalikan emosi bila berdepan dengan orang tua.

Kita yang berjiwa muda ini memang mudah melenting kalau ditegur akan perkara yang tidak sepatutnya, malah kita juga mudah untuk rasa tak puas hati. Akan tetapi bila berdepan dengan ibu bapa mertua kalian, jaga emosi dan jangan sesekali tunjuk anda sedang terasa hati dengan sikap mereka.

Jangan semua perkara yang dikatakan itu anda ambil hati dan cuba untuk menjadi seperti yang dia mahukan. Kalian lebih tahu hubungan kalian, maka abaikan sahaja apa yang dikatakan oleh ibu bapa mertua anda.

Jangan anggap bahawa ibu bapa mertua ini sebagai penghalang untuk anda dan pasangan merasai bahagia, akan tetapi cuba untuk memahami yang mereka ini hanya mahukan yang terbaik untuk kalian.

]]>
Ciri-Ciri Lelaki Yang Telah Bersedia Untuk Berkahwin. Adakah Teman Lelaki Anda Tergolong Dalam Ciri-Ciri Ini? https://redaksi.com/3143-ciri-ciri-lelaki-yang-telah-bersedia-untuk-berkahwin-adakah-teman-lelaki-anda-tergolong-dalam-ciri-ciri-ini Tue, 07 Aug 2018 15:44:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3143 Umur bukan lah pengukur untuk menentukan kematangan seseorang, malah lelaki yang matang dan bersedia untuk berkahwin juga tidak semestinya perlu berusia. Pengalaman seseorang itu menunjukkan bahawa si dia telah bersedia untuk menempuh kehidupan pada tahap seterusnya.


Jom ketahui jika teman lelaki anda telah bersedia untuk berkahwin atau tidak…

1. Mempunyai ekonomi yang kukuh.

Mempunyai ekonomi yang kukuh bukan hanya dapat dilihat dengan penyediaan mas kahwin dengan wang hantaran, tetapi anda juga perlu lihat, adakah si dia boros berbelanja? Adakah si dia mempunyai simpanan untuk masa hadapan? Adakah si dia pandai mengagihkan duit gajinya untuk simpanan dan belanja?


2. Memiliki pemahaman dalam ilmu agama.

Si dia juga mempunyai pemahaman ilmu agama yang lebih baik daripada teman wanitanya kerana dia berusaha untuk menjadi pemimpin yang berwibawa. Jika si dia mempunyai ilmu agama yang kurang daripada anda, sudah tentu dia sedaya upaya untuk mempunyai pemahaman yang sama dengan anda supaya dapat menjadi imam keluarga.

3. Berjiwa pemimpin.

Apabila si dia sudah melengkapi dirinya dengan pemahaman agama, sudah tentu dia bersedia menjadi pemimpin keluarga kerana untuk mencari nafkah dan melindungi keluarganya kelak. Malah dia juga mahu memimpin bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga. Dengan adanya jiwa yang bercirikan pemimpin sudah tentu dia mendidik diri untuk menjadi lebih berwibawa.


4. Bertanggungjawab.

Si dia bertanggung jawab dalam segala hal. Oleh kerana sudah biasa hidup berdikari dan mencari rezeki sejak dari zaman bujang, ia telah mendidik dirinya untuk menjadi lebih bertanggung jawab. Si dia berjaya hidup tanpa dibawah tanggungan ibu bapa. Ibu bapanya juga amat mempercayai kredibilitinya sebagai seorang lelaki yang mampu menjaga isteri kelak.

5. Bersikap adil.

Si dia juga mampu untuk bersikap adil dan tidak memilih kasih. Keputusan yang selalu dibuat oleh si dia juga menunjukkan keadilan dalam dirinya. Bukan sahaja semasa di pejabat, malah anda dapat melihat ketika si dia berbual dengan sahabat dengan ahli keluarga juga.

Jika terdapat sikap adil ini di dalam seorang lelaki, maka jangan lah anda risau kerana dia mampu untuk bersikap adil dalam keluarganya sendiri kelak. Oleh kerana dengan adanya pemahaman agama sudah tentu, ia akan mendidik diri mereka untuk menjadi suami yang adil pada isteri dan anak-anak supaya tiada siapa mudah tersinggung hati.


 

]]>
Nak Muka Berseri Sebelum Majlis Bersanding, Bakal Pengantin Kena Amalkan Ini 3 Bulan Dari Sekarang. https://redaksi.com/7499-nak-muka-berseri-sebelum-majlis-bersanding-bakal-pengantin-kena-amalkan-ini-3-bulan-dari-sekarang Thu, 17 Oct 2019 10:20:29 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7499 Setiap bakal pengantin tentu sahaja bimbang akan kulit wajah mereka. Kalau boleh, saat bersanding nanti mereka ini miliki kulit wajah yang berseri, glowing malah flawless. Sebab itu sebulan sebelum naik pelamin, bakal pengantin sudah mula menjaga itu ini. Eh tapi sebulan cukup ke nak dapat itu semua?

Jika memiliki kulit wajah yang berseri, glowing serta flawless ini, tentu sahaja disertakan sekali dengan makeup akan membuatkan pengantin lebih menawan dan juga membuat tetamu terpukau akan kecantikan pengantin. Tentu sahaja, pengantin mampu tarik perhatian segala tetami yang hadir.

Oleh itu, pentingnya penjagaan kulit dan tubuh badan agar kita kelihatan sihat, ceria, berseri di hari perkahwinan. Tak perlu jampi serapah bagai, cukup memberi fokus pada kesihatan tubuh dan wajah 3 bulan sebelum bersanding.

3 bulan okay! Sebulan tak cukup nak jaga itu ini.

Petua 1: Amalkan memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari.



Cara:

Ambil segelas air kosong (air putih) dan baca bismillah serta selawat ke atas Nabi. Kemudian, makan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut satu persatu. Cuba amalkan untuk kita naikkan seri wajah bakal pengantin.

Petua 2: Basuh muka dengan air rebusan daun sireh.



Cara:

Ambil segenggam daun sireh bersaiz besar dan rebus di dalam air putih sehingga warna air berubah kehijauan.Selepas itu, gunakan air rebusan itu tadi untuk cuci wajah kita. Tapi, jangan terlalu cepat waktu nak basuh muka tu. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk.

Kelebihan air rebusan daun sireh ni untuk elakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka.

Oh ya, lagi satu manfaat air rebusan sireh ini boleh diguna sebagai “Feminine Hygiene Cleanser” yang sangat baik.

Petua 3: Gunakan timun sebagai Eyemask.



Cara:

Hiriskan timun satu-peratu. Pastikan hirisan tidak terlalu nipis, tidak terlalu tebal. Dalam masa 30 minit, tekapkan bahagian mata dengan hirisan timun tadi. Basuh dengan air suam setelah selesai. Amalkan sebelum waktu tidur malam. Manfaat petua timun sebagai Eyemask ni antaranya menghilangkan lebam bawah mata atau kita sebut sebagai Eye Bag. Selain itu boleh juga hilangkan rasa tak selesa pada mata sebab selalu tidur lewat atau kerja lewat malam. Paling best, timun ni khasiatnya boleh tegangkan otot-otot dibawah mata.

Petua 4: Jangan lupa gunakan skincare yang sesuai.



Kalau boleh jangan tinggal 5 basic dalam skincare untuk pastikan kulit anda dapat kesan seperti yang anda mahukan. Antaranya, pencuci muka, toner, moisturizer, sun screen dan scrub seminggu dua atau tiga kali sahaja. Tapi jika anda bermakeup atau apa pun, jangan lupa untuk double cleaning wajah anda barulah bersih dengan betul.

Akan tetapi kalau dah nak dekat majlis, anda tidak digalakkan untuk makeup yang tebal. Orang tua kata takut tak berseri nanti masa kahwin.

Petua 5: Lobak sebagai masker



Cara:

Hiris lobak dengan halus. Lebih elok gunakan pemarut untuk dapatkan tekstur sehalus mungkin. Ratakan seluruh wajah dengan hirisan lobak halus tadi sehingga ia seperti mask pada muka. Rehatkan badan, biarkan selama 30 minit kemudian bilas masker tadi dengan air suam.

Kelebihan lobak yang kaya dengan Vitamin E, ia membantu untuk hilangkan parut dimuka dan yang paling best dapat melembabkan kulit muka kita. Barulah muka tak nampak kering dan kusam. Tapi, kena jadikan amalan tau, bukan sekali buat terus jadi.

Selamat mencuba!

]]>
Kenapa Tidak Berjodoh Dengan Si Dia? https://redaksi.com/2913-kenapa-tidak-berjodoh-dengan-si-dia Thu, 19 Jul 2018 16:01:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2913 Ada orang, bertahun-tahun bahkan ada yang berbelas-belas tahun bercinta. Tetapi, apabila ingin melangsungkan majlis pernikahan, ternyata bukan dengan lelaki atau wanita yang dia cintai dahulu. Itulah jodoh. Ia tidak pernah tersalah alamat, tetapi ia adalah rahsia daripada Allah.

Setia mana kita dan pasangan, lama mana menunggu, merancanglah bagai nak rak sekalipun. Jika bukan si dia jodoh kita, kita hanya perlu redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan. Usaha itu perlu, tetapi yakinlah, apa yang telah ditetapkan allah untuk kita, itulah yang terbaik.

Segelintir orang, ada juga yang diuji dengan pelbagai kerenah pasangan. Pasangan bertukar silih ganti sebelum datang orang yang tepat untuk menemani hidup. Usah bersedih jika bukan si dia berjodoh dengan anda.

Dalam mencari pasangan hidup, kita perlu mencari yang benar-benar boleh menjaga kita. Memilih lelaki yang bertanggungjawab, memilih wanita yang pandai mengurus suaminya kelak. Bukan hal yang mudah dalam memilih pasangan hidup. Tetapi memerlukan pertimbangan yang baik, agar dipertemukan dengan jodoh yang elok.

Apapun, jika anda sedang bercinta sekarang. Putuskan saja. Putuskan. Kenapa? Carilah lelaki atau wanita yang boleh dijadikan suami atau isteri. Bukan untuk bersuka ria diusia sekarang.

Lelaki, usah mempermainkan hati seorang wanita, kerana mereka mudah jatuh cinta dan sayang kepada seseorang yang dianggap menyanginya. Wanita, jika benar anda ingin suami bukan hanya boyfriend, tanya betul-betul kepada lelaki berkenaan hal perkahwinan dan percepatkan urusan tersebut. Jika tidak, anda telah membuang masa dan akan menyakiti hati orang sekiranya dia mencintai anda.

Sekiranya benar-benar anda ingin memiliki seseorang itu, mintalah dengan pemilik hati terlebih dahulu. Siapa? Iaitu Allah. Kemudian, barulah tanya kepada orang yang anda sukakan itu dengan cara yang sopan dan dianjurkan islam. Samaada bertanya langsung kepada si dia, mahupun terus berjumpa keluarga si dia.

Kalau tak dapat juga dengan cara tersebut, itulah dia dikatakan, “tak ada jodoh.”

]]>
Dalam Diam Lelaki Akan Rasa Sakit Hati Apabila Wanita Melakukan 5 Perkara Seperti Ini. https://redaksi.com/1092-dalam-diam-lelaki-akan-rasa-sakit-hati-apabila-wanita-melakukan-5-perkara-seperti-ini Tue, 29 Aug 2017 09:09:24 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1092 Nak diikutkan hati wanita ini memang perlu dijaga lebih-lebih lagi perasaan mereka yang senang terguris tapi dalam menjaga hati dan perasaan di satu belah pihak, kadang wanita juga perlu menjaga hati seorang lelaki. Walaupun mereka mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental tapi dia juga manusia biasa yang perlu dijaga dari pelbagai aspek. Jadi kami sini nak senaraikan 6 perkara yang biasa dilakukan oleh wanita yang akan melukakan hati seorang lelaki.



1. Cakap keburukannya kepada kawan-kawan yang lain.

- Lelaki senang terguris apabila seorang wanita berkata-kata tentang keburukan diri lelaki itu kepada kawan-kawan yang lain. Ye, mereka nampak ok tapi sebenarnya rasa sakit itu mereka telan saja.

2. Minta untuk ubah diri.

Cara ini nampak betul tapi sebenarnya pada seorang lelaki, si dia akan rasa sakit hati kerana anda minta supaya untuk berubah, ia seperi anda tidak menghargai dirinya atau tidak menerimanya seadanya. Cara yang terbaik adalah berikan contoh yang baik kepadanya, kerana lelaki lebih senang ubah diri mereka apabila orang yang dia sayang telah berubah kearah yang lebih baik.



3. Queen control.

Orang lelaki dia adalah seorang pemimpin, tapi apabila seorang wanita yang mengambil alih tugas si lelaki. Lainlah jadinya. Kebanyakkan lelaki memang akan turut kata-kata perempuan, tapi jangan jadikan pasangan anda seperti mesin yang hanya menerima arahan. Banyakkan ayat minta tolong seperti ' awak boleh tolong saya buatkan air tak?' Bila perempuan minta tolong jarang sekali si lelaki menolaknya.

4. Membanding-bandingkan dengan orang lain.

Bab ini sama sahaja lelaki ataupun perempuan, siapa suka yang dibandingkan dengan orang lain. Sekalipun tahap kesabarannya tinggi tapi tetap ada hadnya. Pakar psikologi berkata, orang yang suka membandingkan orang lain, orang itu tidak akan menemui kebahagiaan.

5. Jangan sibuk dengan handphone.

Kalau dah buat janji untuk bertemu atau keluar bersama, jangan sesekali mungkir janji. Jagalah perasaan hatinya dengan konsisten ketika bersama. Jangan sibuk dengan handphone dan dengarkan apa yang hendak dia sampaikan agar dia berasa lebih dihargai.

]]>
Sabar Lah Kamu Dalam Mencari Jodoh. https://redaksi.com/1711-sabar-lah-kamu-dalam-mencari-jodoh Thu, 22 Mar 2018 15:10:42 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1711 Setiap ciptaan Allah mempunyai pelbagai sifat dan sikap untuk menghidupkan suasana mahupun menceriakan keadaan. Manakan tidak, manusia juga mempunyai pelbagai ragam untuk memeriahkan keadaan di sekeliling. Jika semuanya pendiam belaka, tentu tidak seronok bukan. Ada yang suka mengusik, ada yang suka di usik. Terpulang kepada setiap individu.

Tetapi bagaimana pula dengan individu yang sering merimaskan hari-hari anda. Malangnya si dia itu adalah pasangan pilihan anda. Pasangan yang anda mahu jadikan teman hidup sehingga syurga. Anda menjadi ragu-ragu, adakah si dia itu mahukan hubungan yang serius?

“Please jangan curang, saya sayang awak tau”

“Please jangan kawan dengan ramai lelaki, saya jeles”

“Please jangan nakal, please..”

Sukarnya untuk mengawal si dia! Si dia seperti tidak mahu di arah, di bentuk dan sukar untuk dinasihati. Adakah dia tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan hingga ke jinjang pelamin? Pelbagai cara anda lakukan untuk menarik perhatian si dia. Patutkah si dia di tinggalkan? Nanti!

Seperti yang di sebut di dalam Al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 45:

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk..”

Sabar.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)” (Al-Imran: 200)

Sedangkan pada zaman Nabi, sahabat-sahabat nabi mampu menjadi sabar ketika peperangan sehingga peroleh kemenangan. Bandingkan pula dengan hidup kita yang tiada medan perang, hanya untuk mencari sesuap nasi sebagai rezeki dan pasangan. Bersyukurlah kita, bersabar la kita. Berusaha dan bertawakal, solat jangan lupa.

]]>
Jangan Terlibat Dalam Hubungan Tidak Pasti, Banyak Masa Yang Anda Bazirkan. https://redaksi.com/8138-jangan-terlibat-dalam-hubungan-tidak-pasti-banyak-masa-yang-anda-bazirkan Wed, 29 Apr 2020 20:33:36 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8138 Buat anda yang masih bujang, terlibat dalam hubungan yang tidak pasti atau tanpa status adalah satu perkara yang mudah. Malah, kalian sendiri yang terjebak dalam hubungan seperti ini dengan sengaja. Bagi kalian ini adalah salah satu cara untuk kalian mudah mendapatkan pasangan.

Akan tetapi, ia bukan semudah yang anda fikirkan. Hubungan tanpa status atau tidak pasti ini hanya akan melukakan diri anda sendiri kelak. Ini kerana, masing-masing tidak memikirkan tujuan hubungan tetapi hanya beranggapan sebagai teman, cuma anda sahaja yang menganggapnya sebagai pasangan.



Hubungan ini bagaimana sebenarnya?

Hubungan ini sebenarnya adalah antara dua orang yang mahu berkenalan sahaja, tetapi lama-lama salah seorang menganggap dia itu pasangan tanpa status yang jelas. Sedangkan yang lagi seorang hanya menganggap bahawa mereka itu sekadar habiskan masa bersama kerana masing-masing berstatus single. Hubungan ini juga dianggap sebagai syok sendiri atau cinta sebelah pihak.


Apa yang ruginya jika terlibat hubungan seperti ini?

Hubungan ini tiada tujuan yang jelas

Kalian tidak berkongsi mengenai perasaan masing-masing akan tetapi campurkan rasa cemburu dan juga takut kehilangan. Sedangkan secara nyatanya kalian tidak menyatakan bahawa kalian ini sedangn berhubungan atau bercinta.

Walaupun anda dilayan seperti kekasihnya, boleh jadi dia memperlakukan semua orang seperti ini. Ini kerana, selagi tiada ajakan atau perbincangan mengenai tujuan hubungan atau apa pun, kalian berdua adalah hubungan yang tidak jelas.



Masih lagi memilih dan mencari

Dia masih belum memilih anda sebagai pasangan yang sama-sama berjuang hingga ke jinjang pelamin. Akan tetapi, dia masih memilih dan mencari seseorang yang dirasakan sesuai buat dirinya. Anda hanyalah sekadar rakan untuk berkongsi segala cerita dan rasa sahaja.

Berkawan biar seribu bercinta biar satu, inilah yang selalu akan dipegang oleh mereka. Hati-hati, takut anda saja yang syok sendiri.



Masa yang banyak terbuang

Hubungan seperti ini akan menghalang anda untuk berkenalan atau beri peluang pada orang lain. Anda beranggapan bahawa si dia itu adalah yang terbaik, lalu membuatkan anda berhenti mencari dan memilih. Tapi bila sebenarnya dia tidak rasa seperti yang anda rasakan, itu sebenarnya hanya membuang masa anda sahaja.

Jangan buang masa untuk hubungan seperti ini, anda sepatutnya sudah jelas akan perasaan seseorang dan tidak hanya betepuk sebelah tangan saja.

Walaupun rasa sunyi melanda diri, jangan mudah terlibat dalam hubungan seperti ini.



]]>
Mengumpat Yang Dibolehkan Ketika Berpasangan. https://redaksi.com/2300-mengumpat-yang-dibolehkan-ketika-berpasangan Thu, 17 May 2018 10:59:11 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2300 Mengumpat sebenarnya memang tidak dibolehkan. Tetapi dalam beberapa hal, kita boleh mengumpat tetapi perlulah mengikut situasi tertentu. Dalam berpasangan, antara situasi yang dibolehkan kita untuk mengumpat adalah apabila:


1. Memperkenalkan pasangan.

Misalnya, kita ingin memperkenalkan pasangan kepada ibu dan ayah, tetapi mereka masih kabur-kabur untuk mengenali pasangan tersebut. Maka kita dibolehkan untuk membuka sedikit pengenalan fizikalnya. Contoh dengan berkata, “alah. Yang gelap-gelap sikit tu, badan besar tegap.” Situasi ini dibolehkan.

2. Meminta fatwa.

Apabila kita hidup, pastinya perlu berlandaskan hukum Allah. Apabila tidak diketahui mengenai sesuatu hukum, kita perlu bertanya kepada pakar sebagai sumber rujukan. Oleh itu, apabila mempunyai masalah dalam perhubungan, kita dibenarkan untuk memohon pandangan dan pendapat kepada seseorang.

3. Mencegah kemungkaran.

Moga dijauhkan untuk kita berada di dalam situasi ini. Tetapi, perlu diketahui. Apabila pasangan melakukan kemungkaran, kita boleh melaporkan kepada pihak yang berwajib agar mereka dapat melakukan penyiasatan tentang kes tersebut dan mengenakan tindakan undang-undang sekiranya bersalah.

4. Kes penganiayaan.

Di Malaysia, membatalkan pertunangan tanpa sebarang sebab yang kukuh, boleh dikenakan tindakan undang-undang. Begitu juga sekiranya berlaku masalah di dalam rumah tangga kelak, kita boleh melapor dan mengadu kepada pihak berwajib agar kita dapat mendapat hak yang sewajarnya.


Dalam situasi ini, kita dibenarkan untuk menceritakan hal sebenar kepada orang yang dipercayai agar semua urusan yang dilakukan dapat berjalan dengan lancar. Hak juga terjamin mengikut keadaan ketika itu. Oleh itu, usah ragu-ragu sekiranya berada dalam situasi ini. Keempat-empat situasi ini dibolehkan kita untuk mengumpat berdasarkan hukum agama Islam.


]]>
Kadang Isteri Itu Ujian Buat Suami, Begitu Juga Sebaliknya Akan Tetapi Jangan Mudah Melatah. Ini Cara Berdepan Dengan Suami Atau Isteri Mengikut Ajaran Islam. https://redaksi.com/7172-kadang-isteri-itu-ujian-buat-suami-begitu-juga-sebaliknya-akan-tetapi-jangan-mudah-melatah-ini-cara-berdepan-dengan-suami-atau-isteri-mengikut-ajaran-islam Thu, 12 Sep 2019 10:39:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7172 Dalam ujian rumahtangga tidak akan sama setiap orang. Ada yang diuji dengan kewangan, ada pula yang diuji dengan anak-anak malah ada juga yang diuji dengan sikap pasangan itu sendiri. Bila ujian yang datang berbeza-beza maka tentu cara penyelesaian dan tanganinya juga akan berbeza.

Kadang kala kita kan mengeluh, kecewa dan menangis akan setiap ujian yang mendatang, malah ada juga yang mengambil jalan singkat kerana merasakan bahawa ujian yang datang itu tak tertanggung bebannya, sedangkan itu semunya sementara sahaja.



Menurut Abu Hurairah Asifa, dalam islam, berhadapan dengan suami atau isteri, ada kaedah yang Tuhan dan Rasul ajarkan.

Antaranya;

1. Suami berdepan dengan isteri, jangan putus asa mendidiknya. Tegurlah walaupun dia tak mahu dengar. Ajak buat baik walau dia tak nak buat. Yang penting, apa yang kita buat demi nak membenarkan apa yang Tuhan kata dan maksudkan. Hati isteri milik Tuhan. Tuhanlah yang membolak-balikkannya

2. Isteri bila berdepan dengan suami, Tuhan ajarkan satu sahaja. Doakan kesalahan suami itu kepada Tuhan. Sebab apa? Sebab suami ni ego. Keras kepala. Mendepani dengan banyak mulut akan lebih buruk dan teruk. Biarlah Tuhan yang mendidik suami. Samada mahu dihukum, dihinakan, di ajarkan bagaimana serahlah pada Tuhan. Yang penting, doa dan kasih sayang sebagai isteri akan terus menjadikan suami akan berubah suatu hari nanti

Yang paling penting, Tuhan nak kita percaya.

Yang penting, Tuhan nak kita usaha.

Biarpun sampai hujung nyawa kita, kita kekal percaya dan yakin dengan Allah yang Maha Kuasa dan Maha Besar.



Jangan letakkan harapan itu pada manusia.

Kita akan kecewa.

Usaha sahaja. Tawakal lah kepada Nya. Mintalah padaNya. Berbaik sangkalah kepadaNya.

Itulah ubat kepada jiwa kita, manusia yang banyak dosa.

Ringkas tapi padat, inilah perlu kita telan dalam alam rumahtangga, bukan mudah nak bahagia tetapi inilah realiti berumahtangga.

 

]]>
Usia 23 Hingga 25 Tahun Adalah Waktu Sesuai Untuk Berkahwin, Ini 6 Sebab Anda Perlu Tahu. https://redaksi.com/7231-usia-23-hingga-25-tahun-adalah-waktu-sesuai-untuk-berkahwin-ini-6-sebab-anda-perlu-tahu Thu, 19 Sep 2019 12:49:49 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7231 Akan ada orang yang, “eh! Kenapa nak kahwin cepat-cepat ni, relax lah nanti umur 30tahun kahwin lah”.

Akan ada juga yang, “dah nak masuk 25 tahun ini, satu jodoh pun tak nampak lagi”.

Bahkan ada juga yang, “menyesal dulu tak cari awal, sekarang susah nak cari pasangan”.

Ada yang mana antara semua itu? Mencari jodoh awal bukan bermaksud anda kena kahwin awal. Malah ia bukan juga menyatakan bahawa anda masih muda dan perlu tunggu lagi. Nak cari jodoh ini bukannya sehari dua dah dapat, tak akan esok nak kahwin hari ini baru cari jodoh tentu tidak bukan.

Nak cari jodoh ini sebab nak kenal dulu, nak simpan siap-siap biar tak kalut dan macam-macam lagilah. Sebabnya susah nak cari jodoh ini kan, betul tak?



Kalau cari awal-awalkan lebih banyak pilihan jika nak bandingkan dengan bila umur semakin meningkat. Tapi itu semua terpulang pada individu, kerana ada yang memilih nak miliki kestabilan hidup dulu baru berkahwin.

Namun begitu, umur yang paling sesuai untuk berkahwin adalah diantara umur 23 hingga 25 tahun, mengapa?



1. Jadi lebih matang.

Pada umur ini biasanya masing-masing mula mencari hala tuju hidup. Namun jika berkahwin pada umur ini, rasa tanggungjawab dalam rumahtangga itu akan membuatkan kalian akan lebih matang. Malah perkahwinan ini akan mematangkan anda secara semulajadi.

2. Bimbing antara satu sama lain.

Jika yang bujang masih mencari keseronokkan hidup, jika anda sudah berkahwin lain pula caranya. Di mana anda akan membimbing antara satu sama lain, yang mana lebih kea rah mencari redha Allah serta mencari kerberkatan hidup. Bukan itu sahaja, anda juga mungkin akan saling menasihati akan hidup ini.



3. Elak dosa.

Biasalah orang muda ini selalunya lebih mudah leka akan kehidupan dunia. Namun, perkahwinan diusia ini mampu bantu anda untuk mengelakkan apa yang sepatutnya. Nak-nak lagi dosa antara lelaki dan perempuan ini.

4. Mengejar impian bersama.

Paling seronok sebenarnya adalah ini, setiap orang tentu mempunyai impian bukan. Maka anda dan pasangan akan saling berganding bahu untuk kejar impian bersama. Di sini, anda akan rasa lebih bersemangat dan teruja kerana ada sokongan yang tersayang.



5. Subur.

Sudah tentu perkara ini akan lebih bermain difikiran wanita, kerana jika umur semakin meningkat, masalah kesuburan juga akan semakin berkurangan. Maka ini adalah salah satu sebab mengapa wanita lebih memilih untuk berkahwin awal.

6. Menikmati perkahwinan.

Jika berkahwin pada usia yang muda, tentu sahaja anda akan dapat menikmati perkahwinan anda seperti pasangan yang bercinta, akan tetapi cinta yang halal. Itu yang menyeronokkan sebenarnya. Malah hidup pun tak sunyi kerana ada pasangan di sisi.

]]>
Nak Cari Cincin Yang Sesuai Buat Si Dia, Haa... Ini Cara Pilih Cincin Yang Sesuai Serta Bajet Pun Berpatutan. https://redaksi.com/7845-nak-cari-cincin-yang-sesuai-buat-si-dia-haa-ini-cara-pilih-cincin-yang-sesuai-serta-bajet-pun-berpatutan Fri, 31 Jan 2020 11:20:01 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7845 Nak merisik, bertunang mahupun pernikahan sudah tentu perlu ada sebentuk cincin yang menyerikan lagi suasana tersebut. Nampak sahaja kecil tetapi ia cukup bermakna buat si gadis. Bukan sekadar simbol bahawa si dia sudah berpunya tetapi cincin juga mempunyai makna yang mendalam buat kaum perempuan.

Bagi orang lelaki cincin ini hanya sekadar cincin sahaja. Walaupun begitu, bila nak merisik atau apa pun tentu anda juga akan memilih cincin yang terbaik buat kesayangan anda itu.

Jangan main pilih sahaja, pastikan ia sesuai dengan bajet anda bahkan nampak terletak dan elok sahaja buat si gadis anda. Berikut adalah cara memilih cincin terbaik.


1. Tentukan bajet yang sesuai dengan kemampuan anda.

Pelbagai jenis jenama bahkan harga yang pasti menarik perhatian sesiapa sahaja. Sebelum anda membuat pilihan mana yang sesuai, pastikan bajet anda cukup mengikut apa yang anda mahukan. Dengan cara itu lebih mudah anda cari cincin yang sesuai.



2. Pilih reka bentuk cincin. Pertama memahami jenis cincin perkahwinan

Salah satu reka bentuk cincin perkahwinan yang paling popular adalah solitaire. Reka bentuk ini, mempunyai bentuk cincin yang abadi. Cincin biasa dengan sentuhan batu permata di tengah, menjadikan cincin kelihatan dinamik.

Bahkan, cincin ini mempunyai makna yang mendalam yang merupakan harapan kehidupan yang bahagia tanpa halangan ketika berumah tangga nanti.

3. Bukan sahaja baik, anda juga perlu mengetahui bahan-bahan yang digunakan

Anda boleh memilih cincin dengan reka bentuk yang mudah untuk dihiasi dengan mewah dengan batu permata. Biasanya, terdapat 3 jenis bahan yang biasa digunakan dalam membuat cincin.

• Palladium adalah logam berharga yang diketahui kuat dan tahan lama. Kekuatan logam ini menjadikan cincin tidak mudah rosak, walaupun sering digunakan setiap hari. Apabila dilihat dari segi harga, Palladium adalah logam yang agak menjimatkan berbanding dengan emas kuning.

• Emas adalah perhiasan yang paling popular dan elegan. Harga emas tinggi, menjadikan beberapa pengantin lebih suka emas putih kerana dianggap lebih cekap.

• Platinum adalah logam yang mempunyai warna peralihan putih dan kelabu. Ramai mengatakan bahawa platinum mempunyai kualiti yang lebih tinggi daripada emas untuk digunakan sebagai cincin perkahwinan. Platinum juga tindak balas alahan yang minimum kepada kulit pengguna kerana pada umumnya platinum mengandungi logam berharga yang hypoallergenic.

Tetapi pada asasnya, setiap logam mempunyai kelebihan dan kekurangan.



4. Pastikan anda memilih masa yang sesuai apabila membeli cincin


Rupa-rupanya, menentukan masa untuk membeli cincin pada sebelah petang, bukan sekadar tentukan warna, tetapi bentuk kaki, jari juga mengalami perubahan yang lebih besar.

Ini kerana badan berada pada suhu normal. Dengan cara itu, cincin perkahwinan yang anda pilih boleh menjadi selesa apabila digunakan.

5. Letakkan sedikit kenangan pada cincin anda

Bukan sahaja perhiasan mewah seperti permata, berlian, atau lain-lain, anda juga boleh memasukkan nama atau reka bentuk inisial yang menggambarkan keindahan hubungan anda dengan pasangan anda. Anda juga boleh memasukkan tarikh perkahwinan atau tarikh perkahwinan.

Nampak sweet dan romantik bukan?



]]>
4 Ciri Wanita Solehah Yang Disegani Lelaki. https://redaksi.com/2392-4-ciri-wanita-solehah-yang-disegani-lelaki Mon, 28 May 2018 10:55:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2392 Dimulakan dengan perempuan-perempuan yang baik-baik. Kemudian barulah diikuti dengan lelaki-lelaki yang baik-baik. Allah SWT telah menjanjikan golongan baik-baik ini dianugerahkan pasangan yang juga dikalangan yang baik-baik. Ia nyata dan fakta dari Allah yang Maha Agung. Maka wanita itu sangat dipelihara kerana nilainya sangat mahal disisi Islam.


1. Pakaian yang menutupi tubuhnya.

Imej pakaian seorang solehah itu menutupi keseluruhan tubuhnya. Pakaian tersebut semestinya longgar, berwarna gelap, memakai stokin juga kasut yang tidak berbunyi. Senang cerita bila si solehah lalu, si ajnabi lelaki tidak akan pusingkan muka 2 kali. Malah hendak lihat dari hujung ke hujung pun jauh sekali.


Maka terhindarlah si solehah ini dari panahan mata syaitan yang akan menjerumuskan ke lembah kehinaan. Oh ya, bab tudungnya perlu disentuh juga. Sanggul si solehah rendah dan sedang-sedang sahaja, tidak perlu terlalu tinggi seperti bonggol unta. Juga amat penting tudung dilabuhkan menutup dada.

2. Tingkah lakunya.

Si solehah itu tingkah lakunya sopan juga sering menundukkan pandangan. Solehah itu terpelihara dalam tingkahnya hingga lelaki ajnabi naik segan untuk mendekati. Hal ini kerana, dia semestinya tidak akan sewenang-wenangnya mendekatkan diri dengan lelaki ajnabi tanpa urusan.


“Saya segan dengan dia”, kata si lelaki. Perkataan itu lebih baik daripada si lelaki berkata “Ala, si minah tu ke?”. Agak-agak kata yang mana ada ‘can’ dipilih sebagai menantu?

3. Tutur kata.

Wanita itu punya suara lunak dan merdu. Wooh!! Jika memujuk rayu, habislah lelaki gagah perkasa lemah longlai dibuatnya. Si solehah itu hanya menggunakan suaranya yang lembut pada yang halal sahaja. Jika berhadapan dengan lelaki bukan mahram, suaranya cuba ditegaskan seboleh yang mungkin.

Muslimah bukan sekadar cantik rupa parasnya, tetapi cantik juga pergaulannya.


4. Pergaulan.

Dalam aspek pergaulan pula, percampuran antara lelaki dan perempuan perlu kita perhatikan. Tidak dinafikan dimana sahaja percampuran antara lelaki dan perempuan ini kelihatan. Baik di tempat belajar ataupun di tempat berkerja. Namun, bagaimana si solehah menempatkan dirinya perlu diberi perhatian.

Kebiasaanya, si solehah ini cuba mengelakkan untuk melibatkan diri bekerja bersama lelaki ajnabi. Seboleh mungkin dielakkan, apatah lagi jika kerja kumpulan yang melibatkan 2 orang sahaja. Pintu syaitan itu terbuka luas apabila melibatkan seorang lelaki dan seorang perempuan. Dan itulah yang seboleh mungkin dielakkan.

Di satu sisi kelihatannya si solehah ini mempunyai batasan yang telah ditetapkan sendiri. Dan ia menjadi kayu pengukur untuk dia bertindak dalam konteks pergaulan antara lelaki dan perempuan.


 

]]>
“Makan dan solat berjemaah bersama” – Rahsia hubungan atuk dan nenek bahagia hingga ke akhirnya https://redaksi.com/8884-makan-dan-solat-berjemaah-bersama-rahsia-hubungan-atuk-dan-nenek-bahagia-hingga-ke-akhirnya Mon, 09 Nov 2020 11:45:00 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8884 “Hanya ajal yang memisahkan...” Masih ada yang ingat akan kisah kasih sayang pasangan warga emas ini? Melihat pasangan ini, tentunya ramai yang tertanya-tanya apa rahsia pasangan ini yang membuatkan kasih sayang mereka begitu kuat sehingga dibawa ke akhirnya.

Terdahulu, Allahyarham Wan Zainoon meninggal dunia pada usia 83 tahun meninggal dunia pada 6.48 pagi pada 3 November, manakala suaminya pula Allahyarham Wan Yahya meninggal dunia pada usia 86 tahun kira-kira 15 jam kemudian sekitar 9.40 malam.

Tak sanggup berjauhan

Baru-baru ini, menerusi Atin Syu yang merupakan cucu kepada arwah, berkongsi kisah cinta antara arwah datuk dan arwah neneknya di laman Twitter.

Menurutnya, neneknya tidak pernah mengeluh dalam menjaga atuknya yang terlantar sakit walaupun keadaan kesihatan neneknya tidak begitu baik. Ini kerana, neneknya pernah berkata kepadanya bahawa dia tidak sanggup meninggalkan suaminya keseorangan.

Malah, kongsinya aturan Allah sangat cantik. Atuknya sempat berjumpa neneknya sebelum meninggal dunia dan kemudian diikuti atuknya di malam hari.

Rahsia kekal bahagia hingga akhirnya

Atin juga sempat berkongsi rahsia arwah atuk dan arwah neneknya dalam mengekalkan hubungan bahagia hingga hujung nyawa. Pasangan itu dikatakan sentiasa menunaikan solat jemaah bersama di masjid, malah mereka juga sentiasa makan bersama serta menjaga antara satu sama lain.

“Mereka sentiasa bersama-sama solat jemaah di masjid setiap hari. Hingga atuk saya sakit saraf, tak boleh gerak kaki.

“Yang saya tahu, mereka tak pernah tinggal solat berjemaah di masjid sehingga mereka uzur. Selalu menjaga satu sama lain, tak ada mengeluh, sentiasa bersama ke mana sahaja.

“Mereka selalu makan bersama, tak pernah makan kat kedai. Selalunya nenek akan masak,” ujarnya.

Jelasnya lagi, dia tidak pernah melihat arwah atuknya meninggikan suara kepada arwah neneknya, manakala arwah neneknya pula tidak pernah membantah apa yang atuk pinta.

“Saya tak pernah tengok atuk tinggikan suara kat nenek. Nenek pulak tak pernah bantah apa yang diminta atuk. Memang akan bincang baik-baik kalau ada masalah,” tambahnya.

Katanya lagi arwah atuk dan neneknya sangat prihatin terhadap anak dan cucunya dengan mengajak mereka menjamu selera setiap hari Jumaat.

“Setiap Jumaat pun nenek akan selalu masakkan nasi minyak dan cekodok pisang dan ajak anak cucu cicit semua makan sekali kat rumah dia. Mereka begitu prihatin terhadap kami,” katanya.

Dikesempatan itu juga, Atin sempat berkongsi beberapa keping gambar saat arwah atuk dan neneknya ketika dalam keadaan sihat. Penuh dengan senyuman kedua-duanya.

Semoga Allah menempatkan kedua-dua arwah Atuk Wan Yahya dan arwah Nenek Wan Zainoon bersama-sama orang beriman.

]]>
Cara Menggendong Bayi Dengan Betul Dan Lebih Mesra. https://redaksi.com/5249-cara-menggendong-bayi-dengan-betul-dan-lebih-mesra Tue, 19 Feb 2019 13:07:28 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5249 Tubuh badan anak yang masih bayi masih terlalu lembut dan mudah untuk terdedah dengan kecederaan. Oleh itu, mereka ini perlu diberikan perhatian yang lebih terutama jika anda mengendong atau mendukung mereka ini. Ini kerana, jika anda tersalah dukung atau gendong, ia akan berdepan dengan kecederaan seperti dysplasia pinggul.

Namun jika anda lakukannya dengan betul, ia akan memberi faedah kepada anak dan juga ibu bapanya seperti menambah keeratan di antara kalian.



Bagaimana untuk membawa bayi dengan sling.



Berikut adalah cara untuk membawa bayi dengan sling dengan betul:



1. Bawa bayi di hadapan.

Membawa bayi di depan sesuai untuk bayi yang telah memasuki usia 4-6 bulan kerana leher mereka ini telah kuat dan kepala mereka mula berdiri teguh. Jangan meletakkan bayi menghadap ke depan adalah lebih baik sekiranya bayi menghadap ke arah anda.

Berikut adalah cara-caranya:

i. Gunakan alat yang membantu untuk mengendong pada badan anda dan mula melonggarkan tali jika diperlukan.

ii. Selepas itu, angkat bayi itu dan letakkan di dalam sling. Sekiranya sukar, minta bantuan pasangan anda untuk membantu meletakkan bayi di dalamnya dengan kedudukan yang menghadap dada.

iii. Kemudian letakkan kaki bayi supaya kaki terbuka untuk membentuk huruf M (lihat gambar). Posisi ini menjadikan beban antara sendi pinggul dan paha bayi tidak terlalu berat dan paha tidak menggantung terlalu banyak.

iv. Pastikan wajah bayi masih kelihatan dari atas dan tidak diliputi oleh pakaian orang yang membawa bayi tersebut supaya bayi tidak mengalami kesukaran bernafas. Muka bayi mesti kelihatan dari tepi dan atas sling.

v. Laraskan lubang di bawah sling di mana kaki bayi tidak terlalu longgar atau terlalu ketat.

Semak keadaan bayi dengan kerap dan pastikan dia tidak berada dalam kedudukan melengkung, di sebelah dagu, dan mukanya tidak terlalu melekat pada kain atau dada anda.



2. Bayi di belakang.

Cara untuk memegang bayi di belakang sebenarnya sama dengan membawanya ke hadapan. Anda perlu melakukannya dengan lebih berhati-hati. Sebabnya, anda tidak boleh mengawasi apa yang dilakukan oleh bayi ketika di belakang. Di samping itu, anda juga perlu meminta bantuan daripada orang lain untuk memantau bayi dan tali pinggang yang ada untuk mengelakkan kecederaan. Kemudian, pastikan bayi itu dekat dengan belakang anda. Ketatkan sling tetapi masih memberi ruang supaya bayi berasa selesa.


Prinsip penting dalam menggendong bayi.


Untuk mendapatkan cara yang selamat, anda perlu memenuhi prinsip yang dikenali sebagai TICKS, iaitu:

Tight = ketat, bayi berasa dipeluk oleh anda supaya anda dan bayi anda berasa selesa.

Invisible = Anda sentiasa dapat melihat wajah bayi.

Close enough to kiss = Kepala bayi dekat dengan anda supaya mudah dicium apabila didukung.

Keep chin off the chest = dagu bayi tidak bengkok ke dada, jadi ia tidak mengganggu pernafasan.

Support back = sling yang digunakan boleh menyokong belakang bayi.


]]>
10 Perkara Yang Dianggap Remeh Oleh Lelaki Tetapi Tidak Pada Wanita. Jika Anda Lakukan 10 Perkara Ini, Pasti Pasangan Rasa Terharu. https://redaksi.com/3456-10-perkara-yang-dianggap-remeh-oleh-lelaki-tetapi-tidak-pada-wanita-jika-anda-lakukan-10-perkara-ini-pasti-pasangan-rasa-terharu Thu, 06 Sep 2018 11:53:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3456 Wanita mahukan perhatian dalam apa jua bentuk dan situasi. Tidak kira perkara yang remeh atau besar, jika sentiasa diberi perhatian sudah tentu wanita akan rasa dihargai. Siapa sahaja tidak mahu rasa dihargai bukan?


Jom ketahui antara perkara remeh yang lelaki malas nak ambil tahu, tetapi sebenarnya jika anda lakukan perkara ini akan membuatkan pasangan anda terharu dan lebih menyayangi…

1. Lelaki yang memakai minyak wangi.

Lelaki pun perlu tahu, wanita suka pada lelaki yang mempunyai bau badan yang menyenangkan. Jadi ambil berat tentang bau badan anda. Letakkan sedikit minyak wangi, pasti tidak cari lelaki lain. Eh?

2. Memegang tangan mereka ketika memandu.

Kadang-kala pasangan yang telah berkahwin terlupa untuk melakukan adegan romantik ini. Nampak seperti remeh, tetapi jika ia dilakukan dengan spontan, pipi isteri boleh menjadi merah kemerahan.


3. Isikan petrol minyak.

Kaum wanita juga amat terharu jika teman lelaki atau suaminya tidak lupa untuk mengisikan minyak petrol di kereta mereka.

4. Periksakan keretanya.

Selain itu, mereka juga amat senang jika pasangannya tahu untuk memeriksa kereta sebelum pergi ke mana-mana. Ini menandakan pasangannya sentiasa mahu dirinya dalam keadaan yang selamat.

5. Sentiasa bertanyakan harinya di pejabat.

Wanita juga amat rasa dihargai apabila pasangan mereka sering bertanyakan bagaimana si dia menempuh hari-hari di pejabat. “Macam mana kat ofis hari ni? Okay?..” tanya sahaja soalan begini, pasti sampai esok pun tidak habis ceritanya.

6. Ingat tarikh hari jadi kedua ibu bapanya.

Bukan sahaja ingat tarikh hari jadi mereka, jika pasangan mengingati tarikh hari jadi ibu bapa mereka juga sudah membuatkan mereka rasa diutamakan dalam hubungan. Ini menandakan anda tidak main-main dalam bercinta pada pasangan yang lagi berkahwin.


7. Membawa mereka keluar bertemu dengan rakan-rakan anda.

Ada juga wanita yang mempunyai keinginan untuk keluar bertemu dengan rakan-rakan pasangannya. Mereka juga mahu berkenalan dengan rakan-rakan supaya mudah jika berlaku perkara yang tidak diingini.

8. Belajar memasak makanan kegemaran mereka.

Apabila seorang wanita mengetahui pasangannya berusaha untuk memasakkan makanan kegemaran mereka, sudah tentu mereka berasa gembira dan bahagia.

9. Membelikan mereka makanan.

“Sayang, abang ada beli pizza ni…” Semua isteri pasti gembira apabila mendengar kata-kata sebegini.

10. “Saya sayang awak tau…”

Kata-kata sebegini menunjukkan bahawa anda sememangnya sentiasa mengingati mereka. Anda seperti mahu sentiasa mengingatkan mereka bahawa dalam hati anda tiada orang lain, selain dirinya.


 

 

]]>
Hati-Hati Kalau Lelaki Dah Mula Katakan Perkara Ini. https://redaksi.com/3845-hati-hati-kalau-lelaki-dah-mula-katakan-perkara-ini Fri, 12 Oct 2018 14:47:32 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3845 Banyak perkara yang kadang kala kita hanya pandang sambil lewa sahaja terhadap kelakuan orang lelaki ini. Ada sesetenagahnya menyatakan bahawa orang lelaki ini tidak akan marah mana jika dia telah jatuh sayang serta cintakan pasangannya. Ini lah yang selalu wanita silap.

Orang lelaki ini sememangnya lebih suka berdiamkan diri terhadap sesuatu perkara, mana tidaknya dia tidak mahu jika dirinya luahkan akan menjadi masalah dalam perhubungan. Namun begitu, jika pasangan anda sudah keluarkan ayat-ayat seperti dibawah ini, sila berhati-hati ye.



1. “Awak dah kenapa?”

Jika mereka melihat ada sesuatu yang tidak kena pada riak wajah anda, pasti persoalan ini akan timbul dibibir mereka. Namun begitu, jika persoalan ini menggunakan nada keras sedikit ia menunjukkan bahawa dirinya mula rimas dengan kelakuan anda itu. Dan dia hanya pura-pura bertanya agar anda tidak menyalahkan dirinya kerana tidak beri perhatian pula nanti.

2. “Jangan cakap tak ada apa-apa, kalau sebenarnya ada.”

Biasanya kalau mereka dah keluarkan ayat ini, ia menunjukkan bahawa sikap anda yang berahsia ini akan membawa padah pada hubungan serta dirinya. Sebab itu jika nadanya keras sedikit ia seolah-olah memaksa kerana tidak mahu terlibat dalam masalah. Namun begitu, dia masih cuba untuk selamatkan hubungan kalian.

3. “Saya memang salah, sekarang ini awak nak apa?”

Ini adalah ayat yang akan keluar dari dirinya jika anda selalu menuduh salahnya. Mana tidaknya, anda banyak kali mengungkit salah dirinya menyebabkan dia bertanya apa yang anda mahukan sampai begitu tidak puas hati walaupun sudah berbaik. Hati-hati dengan ayat ini, dia menunjukkan bahawa sudah tidak tahan dengan sikap anda.



4. “Apa yang susah, tinggal cakap aje tak payah buat muka.”

Biasanya anda kurang menyuarakan apa yang tidak kena dengan dirinya. Sebab itu lah anda membuat muka untuk tunjukkan tanda protes. Namun begitu, sika panda sebegini hanya merimaskan dirinya. Jika kerap anda lakukan ini, tanpa meluahkan apa yang anda rasa ia hanya memberikan kesan buruk pada hubungan anda sahaja.

5. “Suka hati lah kalau nak diam.”

Apabila merajuk atau berdepan dengan masalah anda diam, apabila dia tanya hanya sepatah-sepatah sahaja anda jawab. Jika ayat ini keluar dari mulutnya, ia menandakan bahawa dirinya sudah tidak mahu ambil tahu mengenai anda. Jadi, hati-hati dengan sika panda sendiri ye.

Ayat-ayat ini sebenarnya tentang perasaan pasangan anda apabila dirinya sudah mula rimas dengan kelakuan anda, bahkan ia menunjukkan bahawa dia akan mula menjauhi anda apabila anda terus bersikap sebegitu. Jadi hati-hati jangan kerana sikap anda ia memakan diri sendiri.



]]>
3 Isu Yang Sering Menjadi Masalah Dalam Keluarga. https://redaksi.com/4383-3-isu-yang-sering-menjadi-masalah-dalam-keluarga Thu, 29 Nov 2018 14:58:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4383 Dalam membina keluarga, pasti ada sahaja masalah atau konflik yang timbul dan perlu diselesaikan dengan cara rasional. Seorang suami selaku ketua keluarga perlu bersikap dan berfikir rasional supaya setiap masalah dapat diselesaikan dengan solusi yang terbaik.

Antara isu yang sering menjadi masalah dalam keluarga adalah seperti berikut;

1. Kemiskinan.

Apabila sesebuah keluarga tidak memperoleh pendapatan yang cukup bagi menampung perbelanjaan keperluan asas, seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan, dan juga pengangkutan. Jika ketua keluarga tidak memperolehi pendapatan yang mencukupi untuk menampung keperluan keluarganya, pasti akan berhadapan masalah dalam rumah tangga.

Kesannya;

  • Masalah pendidikan anak-anak.
  • Terpaksa tinggal di kawan setinggan, dimana terdapat banyak kekurangan kemudahan asas.
  • Masalah emosi yang menjurus kepada gejala sosial dikalangan anak remaja seperti jenayah dan penyalahgunaan dadah.
  • Masalah kesihatan.

4 perkara ini menyebabkan keluarga menjadi tidak tenteram, dan mendorong kepada perceraian dan keganasan rumah tangga.

2. Pengangguran.

Situasi ini menunjukkan keadaan seseorang yang aktif daripada segi ekonomi tetapi tidak bekerja atau tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Suami tidak mempunyai pekerjaan yang tetap atau malas bekerja mengakibatkan kehidupan dalam keluarganya tidak sempurna.

Apabila suami tidak bekerja, beban untukmenyempurnakan perbelanjaan keluarga diserahkan kepada isteridan anak-anak. Bila isteri terpaksa bekerja untuk menyara keluarga, pengurusan anak-anak dan rumahtangga terabai.

Pengabaian ini boleh mengakibatkan anak-anak tidak mendapat kasih sayang atau disiplin mereka tidak dikawal. Keadaan inimembawa anak-anak terpedaya dengan aktiviti yang merugikan sehingga timbul bermacam-macam masalah keluarga.

3. Pengabaian.

Disini terjadi apabila sikap ibu bapa sendiri yang tidak memberi perhatian kepada anak-anak apabila berlakunya kemiskinan dan pengangguran salah seorang dari ibu bapa. Ia menjurus ibu bapa utnuk tidak berdisiplin dalam menjaga anak-anak, dan hanya membiarkan mereka melakukan kesalahan iaitu gejala sosial.

Ramai remaja mengalami kekosongan jiwa dan rohani kerana tidakmendapat didikan serta perhatian sewajarnya daripadaibu. Selanjutnya, suami yang tidak menunaikan tanggungjawabutama seperti memberi nafkah zahir kepada keluarga, akan memberi tekanan kepada pihak isteri dan anak-anak untuk memikirkan cara mendapatkan wang yang cukup bagi menyara kehidupan.

Disinilah untuk mengetahui ilmu keagamaan yang dimiliki oleh pasangan ibu bapa pada tahap yang bagaimana. Jika anak tidak diberi panduan, sudah tentu anak remaja hanya mengikut naluri dan nafsu semata-mata.

Kesannya, hubungan kekeluargaan menjadi tidak harmoni. Perpecahan atau pertelingkahan di antara suami dan isteri boleh menimbulkan keadaan kucar-kacir. Pertelingkahan berpunca dari wujudnya sikap tidak hormat menghormati antara satu sama lain. Suami tidak menghormati isteri dan anak-anak pula tidak menghormati ibubapa.

]]>
Perlu Ke Bertunang Dulu, Baru Nikah? https://redaksi.com/1567-perlu-ke-bertunang-dulu-baru-nikah Fri, 09 Mar 2018 17:55:56 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1567 Okay. Meh penulisan terangkan dulu konsep pertunangan ni ya. Supaya kita sama-sama faham. Sebelum datangnnya agama Islam dalam masyarakat arab, bertunang adalah adat yang kemudiannya menjadi ibadat dalam masyarakat Islam. Pertunangan juga disebut al-khitbah iaitu “meminta seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk menikah dengannya.” Jadi, apa hukum bertunang? Hukumnya adalah sunat, ada juga berpendapat harus. Okay? Setakat ni faham? Hehehe macam dalam kelas Fardu Ain pula.



Jadi, kita tengok pula apa hikmah bertunang ni. Antaranya:

1. Persetujuan untuk berkahwin bersama.

2. Dengan bertunang, lelaki dan wanita ini dapat mengenali antara satu sama lain serta boleh kenal keluarga pasangan. Barulah hubungan dua pihak dapat terjalin.

3. Pertunangan juga dapat menambahkan cinta dan kasih sayang antara kedua-dua pihak. Barulah malam pertama nanti tak nervous. Ops! Hehehe

4. Anda takut pasangan anda dikebas orang? Haaa. Ni cara untuk anda ikat pasangan anda. Bukan ikat betul-betul ya! Ikatan pertalian gitu. Cewah! Sebab apa? Sebab orang lain tak boleh ganggu dah pasangan anda itu. Haram! Baru hidup tenang beb nak tunggu hari-hari pernikahan.

5. Selain itu, melahirkan sikap jimat cermat sebelum berlangsungnya pernikahan. Iyalah. Hantaran lagi, mas kahwin lagi. Pening juga nak kumpul duit tu ya.

6. Next, menentukan kadar mas kahwin dan pemberian lain.

7. Last, menentukan tarikh, tempat, dan hari perkahwinan yang dipersetujui.



Jelas ya? Anda nak bertunang tak? Terpulang. Apapun kita kena ingat undang-undang di Malaysia ya. Apa? Ini. Kalau anda putuskan ikatan pertunangan tanpa sebab yang sah, boleh menyebabkan tindakan ganti rugi pertunangan tau. Nak putus tunang tanpa sebab? Ada berani? Huh.



Okay. Itu saja perkongsian hari ini. Sekian. Hehehe

]]>
Jangan Berhabis Beribu Untuk Majlis Satu Hari Sahaja, Banyak Yang Perlu Difikir Sebelum Lakukan Pinjaman Untuk Berkahwin. https://redaksi.com/5281-jangan-berhabis-beribu-untuk-majlis-satu-hari-sahaja-banyak-yang-perlu-difikir-sebelum-lakukan-pinjaman-untuk-berkahwin Thu, 21 Feb 2019 12:08:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5281 Hanya kerana perasaan cinta anda terhadapnya begitu menggunung sehingga tidak sanggup menunggu lebih lama lagi. Maka anda ingin segera menghalalkan hubungan yang ada. Barulah ia menjadi tanda sebenar cinta sejati anda. Barulah terbukti anda begitu mencintainya.

Tapi sebelum nak buat majlis kahwin itu, tengok-tengok duit dalam bank tak cukup untuk lakukan majlis 3 hari 3 malam itu. Apa nak buat? Tarikh sudah ditetapkan oleh kedua-dua pihak. Bahkan pasangan kita sudah menghitung hari menanti hari bahagia yang bakal tiba. Tak akan nak minta tunda tarikh pula?

Dalam keadaan seperti ini, langkah yang selalunya diambil oleh mereka yang sangat terdesak adalah melakukan personal loan. Di mana, ia mampu diuruskan dengan mudah malah, dengan segera.



Tahukah anda bahawa, antara hutang tertinggi di Malaysia datang daripada personal loan dan salah satu sebab kenapa kita ambil personal loan adalah sebab nak kahwin. Tapi demi cinta, apa salahnya kan?

Banyak orang yang tidak dapat berfikir dengan waras hanya gara-gara terlalu cinta ini. Banyak salah dan akibat sekiranya anda melakukan personal loan untuk majlis perkahwinan anda yang gilang gemilang itu.



1. Majlis yang mewah itu bukan keperluan. Tidak ada mana-mana peraturan menyatakan bahawa anda perlu melangsungkan majlis perkahwinan secara meriah dan besar-besaran. Apa yang anda perlu buat adalah majlis yang mengikut kemampuan anda dan meriah. Meriah tidak semestinya perlu mahal. Tapi jika anda mampu untuk lakukan yang besar-besaran tidak mengapa. Yang menjadi masalah adalah anda tidak mampu tapi mahu dimampukan dengan mengambil personal loan.

2. Ada lagi perbelanjaan lain yang lebih penting selepas perkahwinan seperti sewa rumah, bil elektrik, bil air, makanan, duit minyak, perabot, dan kalau ada anak nanti, kena fikir susu, lampin, baju, carseat. Atau kalau nanti nak miliki sebuah rumah kena fikir tentang bayaran ansuran bulanan rumah pula. Jika anda sudah mula berhutang untuk perkara sebegini, bagaimana anda hendak mula lakukan pinjaman untuk membeli rumah, atau kereta untuk keselesaan keluarga anda pada masa hadapan. Jangan berfikiran singkat, fikir jauh ke depan sedikit.



3. Manusia mudah lupa. Banyak perkara mengenai perkahwinan kita orang tak ingat pun. Mereka tidak ingat pun ketika majlis anda nanti ada hidangan apa, pelamin ada berapa banyak, atau berapa kemah anda sediakan. Tapi bank tidak akan lupa dan hutang itu akan amik masa bertahun tahun nak settle. Jangan nanti anak dah 5, hutang majlis kahwin kita masih lagi belum settle lagi sampai ke sudah. Macam mana nak uruskan kewangan untuk pendidikan anak pula nanti?

4. Punca utama penceraian adalah masalah kewangan. Berkahwin adalah satu permulaan kehidupan yang panjang dengan pasangan kita, dan ada banyak cabaran yang bakal dihadapi khususnya pada permulaan hubungan tersebut. Anda perlu tahu bahawa masalaj kewangan ini tidak akan pernah selesai melainkan anda tiba-tiba menjadi kaya secara mendadak. Jadi jangan tambah masalah yang bakal anda dengan hutang anda terhadap bank.

Lakukan satu majlis itu berdasarkan kemampuan anda, jangan terlalu mengikut orang lain yang mahukan majlis mewah dan grad. Jika anda mampu, anda boleh lakukan. Jika tidak, lakukan perkara yang anda mampu sahaja. Jangan habiskan berpuluh ribu ringgit hanya untuk meriah dalam masa sehari sahaja.


]]>
Pegawai Farmasi Ini Kongsi Bagaimana Bancuh Ubat Anak-Anak Dengan Betul, Ibu Ayah Kena Tahu Ini. https://redaksi.com/5726-pegawai-farmasi-ini-kongsi-bagaimana-bancuh-ubat-anak-anak-dengan-betul-ibu-ayah-kena-tahu-ini Mon, 08 Apr 2019 12:43:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5726 Cara pengambilan ubat yang betul adalah penting bagi memastikan anak kita mendapat manfaat yang diperlukan dari ubat tersebut. Tidak boleh hanya sekadar bagi atau sekadar bancuh sahaja, anda perlu betul-betul tahu bagaimana melakukan proses tersebut.

Sebagai ibu bapa kita pasti mahu anak kita mendapat kesan yang segera selepas diberi ubat, maka dengan itu cara membancuh dan pemberian ubat itu perlu betul. Mari lihat bagaimana Pegawai Farmasi Faiz Akmal Mfa ini tunjukkan cara-cara yang sebetulnya.



TAHU TAK MACAM MANA NAK BANCUH UBAT ANAK ❓

Haa, mak ayah selalu ambil ubat untuk anak kan.. Biasanya, ubat antibiotik yang macam dalam gambar di bawah ni..

"Eh, ada serbuk pula dekat botol ubat anak aku ni?", mak ayah bertanya sambil garu-garu kepala..

Meh abam farmasis terangkan..

Biasanya, ubat-ubat antibiotik untuk budak-budak adalah dalam bentuk SERBUK..

Tugas mak ayah adalah kena BANCUH ubat-ubat ni dekat rumah..



1. Tengok dulu KOTAK atau BOTOL ubat. Kat situ, ada arahannya.

2. GONCANG dulu botol ubat yang berserbuk itu. Pastikan tak ada serbuk yang melekat dekat dinding botol tu.

3. BUKAK penutup botol.

4. Sediakan AIR MASAK yang BERSUHU BILIK sahaja. BUKAN air panas atau air suam! Sebab air panas atau air suam dikhuatiri akan MEROSAKKAN ubat!

5. Tuang lah AIR MASAK itu secara PERLAHAN-LAHAN ke dalam botol berserbuk itu, tapi JANGAN sampai LEBIH GARISAN LEKUK dulu! Tuang air SIKIT-SIKIT je.

6. TUTUP balik botol dengan penutup botol, kasi ketat.

7. GONCANG LAGI botol sehingga sebati.



8. BUKAK balik penutup botol, kali ni tuang air sampai PARAS GARISAN LEKUK pada botol tu. Setiap botol ubat antibiotik biasanya memang ada GARISAN LEKUK tu.

9. TUTUP botol balik, goncang larutan, dan pastikan isipadu larutan kali ni dah berada pada PARAS GARISAN LEKUK itu.

10. LARUTAN ubat antibiotik SEDIA UNTUK DISUKAT dan DIMINUM oleh si anak.

INGAT ‼️

✔️ Sila BUKAK dan BANCUH UBAT SATU BOTOL dulu. JANGAN main buka dan bancuh semua botol yang ada.

✔️ Sila BACA ayat-ayat di KOTAK, BOTOL, atau LABEL UBAT itu dulu untuk mak ayah tahu tentang CARA SIMPAN dan KETAHANAN bagi setiap ubat yang ada.

✔️ Biasanya, kalau mak ayah BELUM BUKAK PENUTUP BOTOL ubat, dan ubat tu masih dalam keadaan SERBUK, mak ayah memadai SIMPAN UBAT itu dalam SUHU BILIK sahaja (redup, gelap, dan kering) ➡️ ia akan BERTAHAN sampai TARIKH LUPUT yang tertera.

✔️ Tetapi, kalau mak ayah DAH BUKAK PENUTUP BOTOL, DAH BANCUH UBAT, maka sila SIMPAN DI RUANG PENDINGIN DI PETI SEJUK (bukan pintu peti sejuk, bukan dekat dengan beku, bukan dalam beku) ➡️ ia akan BERTAHAN selama 7 HARI SAHAJA.

✔️ Apa pun, semua kena rujuk pada KOTAK, BOTOL, atau LABEL UBAT kerana setiap ubat BERBEZA CARA SIMPAN DAN KETAHANAN ikut pada setiap KILANG PENGELUAR.

✔️ Mak ayah yang ambil ubat-ubat anak dekat kaunter farmasi tu, SILA BERTANYA dengan PEGAWAI FARMASI di tempat masing-masing. JANGAN BALIK RUMAH dulu sampai lah mak ayah 100% faham. Sebab ubat2 tu untuk anak-anak tercinta juga. Cepat anak sihat, cepat lah mak ayah tak pening2 kepala lagi.

Sekian, semoga membantu. 💪😊

]]>
Rumah Yang Sunyi Dari Diperdengarkan Ayat Al-Quran, Keluarga Di Dalamnya Mudah Berasa Tidak Tenteram. https://redaksi.com/4942-rumah-yang-sunyi-dari-diperdengarkan-ayat-al-quran-keluarga-di-dalamnya-mudah-berasa-tidak-tenteram Fri, 18 Jan 2019 12:14:57 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4942 Rumah adalah tempat yang indah di mana ia adalah punca kepada sebuah kebahagiaan dan ketenangan seseorang. Seseorang yang mendiami rumah yang penuh dengan ketenangan sudah pasti akan mampu menjalani satu hari yang baik buat mereka.

Untuk memiliki rumah yang tenang ini bukan perlu rumah yang mewah tapi adalah dengan sentiasa memperdengarkan ayat-ayat suci al-Quran di dalamnya.

Menurut perkongsian Ustaz Farid Rashidi, rumah yang sunyi sepi, tak pernah dibacakan dan didengarkan ayat-ayat al-Quran ia digelar seperti perkuburan.



Bagaimana hati nak tenang jika membaca kita sendiri tidak membaca al-Quran malah mengamalkannya. Mari ikuti perkongsian ini.

Rumah yang sunyi sepi, tak pernah dibacakan dan didengarkan ayat-ayat al-Quran ia digelar seperti perkuburan.
Nauzubillahhi minzalik.

Bahkan Jin Syaitan suka ganggu rumahtangga yang melupai Allah SWT tau. Itu yang suami isteri selalu bergaduh, anak-anak bermasalah, tak tenteram, asal balik rumah jadi serabut.

Di dalam kitab Fiqhu Qiraatil Quranil Kareem, yang dikarang oleh Syeikh Said Yusof menyebutkan agar selalulah mengingati Allah SWT dengan membaca surah Al-Baqarah agar terhindar gangguan Syaitan.

Ini berdasarkan hadis:

لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda: "Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan, sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”.
[Hadis Riwayat Muslim, no. 780]


Jadi, kalau tak mahu hantu Jin kacau di rumah bacalah surah Al-Baqarah selalu ya. Paling utama niat kerana Allah SWT. Pastinya akan jadi ibadah yang ada ganjaran istimewa.

Tak pandai baca al-Quran, belajarlah. Tak perlu malu walaupun usia dah lanjut. Gigi ada ke tak ada, itu bukan alasan. Bunyi fuhh fuhh... angin hembus celah gigi tak apa. Janji usaha ada.

Yang muda, jangan tunggu tua. Game, aplikasi hiburan boleh install di Handphone, apatah lagi nak install software al-Quran kan?

Yang dah pandai, apalagi dah hafaz. Alhamdulillah, kalian hebat dan insan terpilih. Jangan sia-siakan.👍🏻

Boleh share, dan sebarkan kebaikan ke serata-rata ya.

 
]]>
Lelaki Ini Kongsikan, Jangan Bagi Pinjam Duit Pada 11 Individu Ini. https://redaksi.com/5798-lelaki-ini-kongsikan-jangan-bagi-pinjam-duit-pada-11-individu-ini Mon, 15 Apr 2019 17:18:17 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5798 “Kalau tak tolong dikatakan sombong. Tapi bila dah tolong, sampai bila pun tak bayar hutang…”

Itulah dilemma setiap individu yang mahu menolong atau memberi pinjaman, terutamanya dikalangan ahli keluarga sendiri, mahupun sahabat handai.

Bagaimana untuk kita mengetahui bahawa individu tersebut layak untuk diberi pertolongan dari segi kewangan? Ikuti nasihat daripada saudara Azizul Azli ini…

********

Jangan Beri Hutang!

Image may contain: one or more people and text

1. Semua antara kita pernah memberi hutang saya rasa.

2. Walaupun 'Melayu mudah lupa" tetapi bila orang berhutang dengannya, ia kekal dalam fikiran sampai bila bila, Itu fitrahnya.

3. Saya beranggapa kita boleh menolak untuk memberi hutang golongan manusia yang ;

  • Buat sambutan hari jadi anak bertema Frozen atau superhero terkini.
  • Ada spoiler pada wiranya lebih tinggi dari kancil kita.
  • Masih merokok macam biasa.
  • Kekal dengan i-phone 6, sedangkan kita masih guna oppo sahaja.
  • Baju rayanya ada tujuh warna dan sebelas jenama.
  • Masih updated fb makan di secret resepi.
  • Bercuti dihotel bergambar sebelah kolam mandi di Bali.
  • Buat kenduri mengalah anak menteri.
  • 'Shopink' masih ke Sogo, Lazadah dan Pavilion lagi.
  • Tempah baju pengantin yang bergemelapan sana sini.
  • Masih berlanggan Astora Warna, sedangkan kita cuma tengok TV3.

4. Situasi ini terjadi kerana, mereka gagal tentukan yang mana keperluan yang mana kehendak.

5. Maka, anda punyai hak untuk tidak beri mereka pinjaman.

6. Jika tidak, mereka akan lupa siapa anda, bila jumpa pastinya mencuka.

Anda bukan lagi sahabatnya. Anda membina musuh dengan memberi mereka hutang.

Sekiranya anda mahu memberi mereka pinjaman juga, ikuti 3 tips mudah ini…

  • Jika mereka hutang untuk beli barang keperluan, sila pertimbangkan.
  • Jangan tunaikan 100% permintaan hutang, jika dapat 50% dari permintaan
  • Beri nilai yang kita anggap akhirnya boleh jadi niat sedekah, jika dia tak bayar. Anggaplah sedekah sahaja.

********

Semoga Kita Dijauhkan Dari Sifat Suka Berhutang!

]]>
Para Ibu Bapa Sepatutnya Menjadi Orang Yang Pertama Ajar Anak Surah Al-Fatihah. Ikuti Perkongsian Ini. https://redaksi.com/4764-para-ibu-bapa-sepatutnya-menjadi-orang-yang-pertama-ajar-anak-surah-al-fatihah-ikuti-perkongsian-ini Fri, 04 Jan 2019 11:36:16 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4764 Mendidik anak seharusnya dimulakan dengan ibu bapa dari rumah, sejak mereka dari kecil lagi. Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan yang seimbang antara satu sama lain, supaya anak-anak dapat didikan yang cukup. Tumbesaran anak-anak kecil dari rumah sangat mempengaruhi mereka apabila mula memasuki alam persekolahan.

Mendidik anak-anak tentang al-qur’an juga, para ibu bapa seharusnya berlumba-lumba untuk mengajar seperti perkongsian dari Puan Nadiah Bakar ini…

********

Memang fitrah kan?

Bila diberikan rezeki anak, tinggi harapan kita untuk memiliki anak yang bijak pandai. Yang sudahpun kenal ABC sejak dalam perut lagi. Yang cemerlang straight A sejak dari zaman sekolah lagi. Saban tahun naik pentas untuk terima hadiah sampailah berjaya memegang skrol yang paling agung dan dibanggakan di universiti.

Namun, walau macam mana hebat dan cemerlang pun kita nak untuk hidup mereka, biarlah ibu ayah yang jadi orang pertama, ajar anak baca surah Al-Fatihah.

Ini pesanan Dr Siti Rohana (pengasas Earlyedukids) yang paling saya ingat sejak lima tahun lepas.

Ustaz Kholid Syamhudi juga ada berpesan hal yang sama.

"Jangan ada yang mendahului kamu untuk mengajarkan surah Al-Fatihah kepada anak kecil, karena ia akan membacanya ketika solat sepanjang hayatnya."

Kenapa kita yang kena rebut peluang jadi orang pertama ajar anak baca Al-Fatihah? Kenapa bukan tunggu ustaz, ustazah di sekolah?

Pertama, kita pernah dengar tentang hadis yang popular ni?

Antara saham akhirat kita nanti ialah ilmu yang bermanfaat, doa anak soleh dan sedekah jariah.

Tiga rahsia yang Tuhan dah bocorkan ni memang bagus sangat jika kita yang ambil kesempatan untuk jadi orang pertama mengajar anak-anak baca Al-Fatihah sebab ia semestinya ilmu yang bermanfaat. Ini juga sedekah ilmu dari kita buat mereka dan proses ajar anak ini pun salah satu proses untuk mendidik anak jadi anak yang soleh solehah bukan?

Kedua, bila anak dah mula solat nanti, setiap rakaat dia akan baca Al-Fatihah.

Waktu tu saham kita kat akhirat "Kaching! Kaching! Kaching!" Meningkat saban hari. 17 kali sehari anak wajib baca Al-Fatihah dalam solat 5 waktunya. Belum campur anak solat sunat Dhuha, Tahajjud, Rawatib lagi. Boleh bayangkan berganda-ganda naik saham tu macam mana?

Santai-santai saja ajar anak.

Bermula sejak mereka masih bayi lagi, ibu ayah boleh baca Al-Fatihah kuat-kuat. Sambil pakaikan baju anak setiap kali lepas mandi. Sambil layan anak main bola. Sambil memandu kereta pun boleh.

Mudah saja kan?

Sampai suatu masa nanti, anak boleh baca Al-Fatihah ni sendiri dengan lancar sebab kita dah pun tanam dalam subconsious mind mereka sejak sekian lama.

Macam kita zikir waktu tidurkan anak, anak hanya mendengar. Otaknya absorb saja apa yang didengar. Sampai masa, eh! Kita terdengar omelan anak sama bunyi dengan zikir yang biasa kita baca depan dia.

Bermula tahun baru 2019 ni, kita masukkan impian yang mudah nak buat dan berbaloi dunia dan akhirat ni dalam Vision Board kita ya.

Kita pun tak tahu bila hayat kita akan ditamatkan. Jadi, dah boleh la siap-siapkan apa yang patut mulai sekarang.

Begitulah.

Yang masih berusaha.

********

Semoga Bermanfaat!

]]>
Bersederhana Ketika Bercinta, Dia Belum Tentu Menjadi Suami Atau Isteri Anda Lagi. https://redaksi.com/8141-bersederhana-ketika-bercinta-dia-belum-tentu-menjadi-suami-atau-isteri-anda-lagi Wed, 29 Apr 2020 22:54:33 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8141 Masa bercinta ini memang masa yang paling seronok buat dua hati yang berkasih sayang. Nak-nak lagi saat awal perkenalan, memang itu adalah moment yang indah bahkan akan dikenang sehingga ke jinjang pelamin nanti. Mana tidaknya, masa ini semua sikap romantik akan terkeluar, bahkan sanggup melakukan apa sahaja demi yang tersayang.

Masa bercinta ini memang semua sikap yang baik-baik akan keluar, nak-nak lagi bila dah jatuh sayang dan cinta sangat dengan pasangan. Ada yang siap bagi nafkah bulan dekat pasangan, sedangkan ia bukan satu perkara yang patut dilakukan. Tapi sebab dah sayang, sanggup je ikat perut dan berikan segala yang dia mahukan.

Betul orang tua-tua kata, kerana cinta ramai yang sanggup buta mata. Walaupun tahu perkara itu tidak sepatutnya dilakukan, tapi kerana sayang dia sanggup lakukan. Tapi itulah, bila masa bercinta dah curahkan semua perkara, sudahnya bila dah kahwin sikap romantik, sweet dan baik semua dah hilang. Tinggal sikap yang tak pernah dilihat oleh pasangan je lagi.


Ramai orang masa bercinta bukan main, beria-ria dalam semua perkara. Nak tunjuk dia itu adalah pasangan yang terbaik tapi bila dah kahwin sebaliknya pula. Malah, pasangan yang anda bercinta itu belum tentu menjadi suami atau isteri anda kelak. Entah-entah hanya sekadar satu persinggahan.

Masa bercinta jangan terlalu over sangat nak tunjuk yang anda ini romantik dan begitu sweet. Malah, masa bercinta ini juga anda sibuk masukan gambar dekat media sosial sebab nak bagitu yang anda sudah mempunyai pasangan.



Masa bercinta ini lebih baik bersederhana sahaja, tak perlu nak lebih-lebih. Pasangan anda sekarang ini belum tentu lagi jodoh anda. Boleh jadi anda ini hanya menjaga jodoh orang lain sahaja. Jadi lebih baik buat sederhana tidak terlalu nampak macam dia adalah segalanya buat diri anda.

Lainlah bila dah kahwin nanti. Anda boleh lakukan semua perkara yang anda nak. Bahkan, masa inilah adalah masa yang sesuai anda serlahkan segala sikap romantik, sweet dan baik anda. Masa inilah nak tujuk pada suami atau isteri anda. Barulah perkahwinan itu ada seri dan rasa seperti bercinta. Tapi kalau awal-awal dah lakukan semua itu, lepaskan kahwin tentu semuanya akan hilang dan dah basi.

Pasangan masa bercinta ini tidak sama dengan pasangan yang akan habiskan masa sepanjang hayatnya bersama dengan anda. Jadi, bila anda yakin dia itu adalah orangnya yang akan habiskan masa hayatnya untuk anda maka lakukan segalanya untuk dia.

Bersederhana dalam bercinta, dia itu belum tentu jodoh anda.



]]>
Fungsi Tepak Sirih & Sirih Junjung. https://redaksi.com/820-fungsi-tepak-sirih-sirih-junjung Thu, 10 Aug 2017 08:47:21 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=820 Singgah sejenak di pinggir kota,

Kami bawa sirih tersusun,

Sudilah sepiak pembuka kata.

Pantun empat kerat di atas menterjemahkan betapa tingginya budi bahasa orang Melayu sebelum berkata-kata menyampaikan hasrat hati. Masyarakat Melayu yang sememangnya terkenal dengan sifat sopan santunnya yang disusuli dengan adat istiadat budaya, lahir sebagai memenuhi keperluan masyarakat. Suatu ketika dahulu, adat begitu diutamakan lebih-lebih lagi penggunaan sirih dalam upacara perkahwinan Melayu. Lama-kelamaan, penggunaannya semakin hilang maksud dan anak-anak muda langsung tidak mengetahui fungsi dan perlambangan yang ingin disampaikan.



Sebagai pembuka kata.

Mengikut adat tradisional, bagi mendahului upacara merisik, meminang, dan bertunang, masyarakat Melayu menggunakan tepak sirih sebagai pembuka kata dan sirih junjung sebagai ‘kepala’ hantaran yang melambangkan kasih sayang bertingkat yang dibawa rombongan pengantin. Kini, jika adapun yang masih ‘mewajibkan’ kehadirannya, hanya sekadar memenuhi kelengkapan upacara berbanding menyampaikan maksud sebenar melalui penggunaannya.



Sebagai tujuan meminang.

Budayawan, Zubaidah Sual berkata, sebelum meneruskan majlis perkahwinan, terlebih dulu tepak sirih dibawa ke rumah mempelai perempuan untuk tujuan meminang. Penuh dengan santun dan budi bahasa, tepak sirih lengkap dengan isi dibalut dalam kain untuk diserahkan kepada keluarga perempuan. “Sebelum hajat disampaikan, pihak perempuan menyorongkan tepak sirih penyambut yang dibalas oleh pihak lelaki dengan menyorongkan tepak sirih pengantar. Kedua-dua pihak akan membuka balutan dan mula memakan daun sirih bersama pinang, gambir, tembakau, cengkih dan kapur yang diisi di dalam cembul tepak sirih yang kemudiannya disusuli dengan bayangan hendak mengajukan hajat.

Sebagai menolak pinangan.

“Bagaimanapun, tepak sirih turut berfungsi untuk menolak pinangan. Caranya, keluarga perempuan akan menterbalikkan isi kandungan dalam kain di atas tepak sirih maka apabila dibuka, pihak keluarga perempuan sudah mengetahui apa yang berlaku. “Begitulah adatnya, sirih tidak pernah lekang dalam upacara perkahwinan dan jika diperhalusi maksudnya, betapa masyarakat Melayu mempunyai nilai budi bahasa yang tinggi dalam menyampaikan sesuatu hajat,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini. Zubaidah yang merupakan bekas Penolong Kurator di Muzium Negara menambah, jarang sekali boleh dilihat dalam mana-mana rombongan merisik yang masih mengamalkan adat ini. Kebanyakannya hanya menyerahkan sebentuk cincin sebagai tanda dan langsung tidak mengetahui tentang adanya adat berhajat. Ujarnya, sirih juga berperanan sebagai salah satu kelengkapan rombongan. Sirih junjung akan dibawa sebagai hantaran utama atau dipanggil sebagai ‘kepala’ hantaran oleh kedua-dua pihak lelaki dan perempuan.



Melambangkan kasih sayang bakal mempelai.

Selain pelengkap adat, sirih junjung dianggap sebagai objek perlambangan kasih sayang antara mempelai yang bakal disatukan. Daun sirih dicucuk pada keseluruhan tiang secara bertingkat-tingkat untuk membentuk kelopak bunga yang menarik. Bagi menyerikan sirih junjung, kuntuman bunga yang disertakan dengan pinang, gambir, dan kapur lazimnya diletakkan di celahan susunan daun sirih. Lebih menarik, helaian daun sirih daripada sirih junjung akan diagihkan kepada saudara-mara apabila selesai majlis dan orang tua-tua dahulu pernah memberi petua jika sirih diberi kepada anak gadis, jodohnya akan dipercepatkan.

“Gubahan sirih sepatutnya ringkas sahaja asalkan bertingkat dan tinggi tetapi sekarang kebanyakan sirih junjung digubah moden. Ada yang berbentuk jambangan bunga, digubah bersama pasu, malah hanya menggunakan daun plastik berbanding daun hidup,” katanya. Tambahnya, situasi itu tidak boleh disalahkan kerana anak-anak muda tiada pendedahan tentang adat resam, bahkan urusan penyediaan hantaran pula diserahkan kepada perancang perkahwinan. Jika dahulu, ibu bapa akan memberikan tanggungjawab kepada mak andam untuk menjaga segala tertib dan adat yang akan dilakukan untuk sesuatu majlis perkahwinan termasuklah solekan pengantin, namun kini tugasnya terhad untuk menyolek semata-mata. “Adat ini boleh dikatakan semakin hilang dan dilupakan oleh generasi baharu. Ibu bapa pada zaman ini juga semakin moden dan tidak mahu menerima tradisi ini, hanya mereka yang mengetahui betapa bernilainya seni warisan bangsa ini untuk disimpan untuk generasi akan datang akan berusaha untuk meneruskannya.



“Tepak sirih dan sirih junjung yang menjadi barang kebanggaan masyarakat Melayu ini tidak akan lapuk dek zaman cuma ianya hanya dianggap sebagai kelengkapan majlis sahaja tanpa mempunyai maksud,” katanya. Ada pula yang beranggapan kebanyakan adat tradisi Melayu banyak dipengaruhi oleh agama lain menyebabkan ia tidak dapat diteruskan. Namun demikian, selama mana adat tidak dikaitkan dengan pemikiran syirik atau khurafat, maka ia termasuk dalam adat istiadat yang tidak bercanggah dengan Islam. Bahkan falsafah yang terkandung dalam penggunaan sirih itu sendiri penuh dengan adab yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim. Akibat daripada angin perubahan moden hari ini, adat tradisi dalam majlis perkahwinan tidak terkecuali menerima tempiasnya. Di sinilah peranan orang yang lebih tua dan kerajaan memainkan peranan untuk memastikan amalan ini terus dikekalkan.

]]>
Panggilan Sweet, Mampu Mengeratkan Hubungan Perkahwinan. https://redaksi.com/1740-panggilan-sweet-mampu-mengeratkan-hubungan-perkahwinan Mon, 26 Mar 2018 09:49:08 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1740 Kepada yang telah berkahwin, berapa ramai antara kamu memanggil pasangan dengan panggilan yang sweet seperti sayang, abang, manja, ucuk? Apa perasaan anda ketika dipanggil dengan panggilan yang begitu manja? Rasa senang, tenang? Atau geli, menyampah? Eh, jangan la begitu. Bukan kah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan perkahwinan, dengan memanggil pasangan dengan panggilan sebegitu.

Tidak salah bukan, kadang kala untuk merasakan hubungan yang romantis. Sayang adalah panggilan yang terlalu biasa dalam masyarakat kita. Tetapi bagaimana Rasulullah s.a.w memanggil isterinya? Dengan panggilan yang bagaimana? Di sebabkan martabat wanita itu sangat tinggi, panggilan terhadap isteri tercinta sangat romantik. Mungkin masyarakat kita tidak dapat mengamalkan, kerana terlalu bersyair dan sungguh puitis.

Contoh:

Panggilan indah untuk Siti ‘Aisyah, dipanggil dengan panggilan “Ya Humaira” (wahai si merah jambu), yang pipinya kemerah-merahan. Baginda adalah seorang yang pandai merayu kerana hati beliau yang sangat bersih, bening dan indah lalu ucapan yang terkeluar adalah dari lubuk hatinya yang paling dalam. Oleh itu, baginda telah mengolahkan beberapa syair yang indah untuk isterinya:

1. زَوْجَتِي أَنْتِ حَبِيْبَتِي أَنْتِ

    Zaujati (istriku) engkaulah kekasihku...

2. زَوْجَتِي …أَنْتِ حَبِيْبَتِي أَنْتِ

    Isteriku, engkaulah kasih dan cintaku...

3. نَهَارِي كَادِحٌ حَتَّى إِذَا مَا عُدْتُ لِلْبَيْتِ …لَقِيْتُكِ فَانْجَلَى عَنِّي ضَنَايَ إِذَا تَبَسَّمْتِ ..

    Siang hariku terasa kacau hingga tatkala aku kembali ke rumah..

    dan tatkala melihatmu maka dengan senyumanmu sirnalah semua gundah gulana dan kegelisahanku.

Jadi bagaimana pula balasan ungkapan yang paling manis dari si isteri untuk suami tercinta, jika telah dipanggil dengan nama-nama yang boleh membuat anda menjadi terawang-awangan?

1. لا أجد السعادة الاّ معك

   dibaca: laa ajidus sa’aadah illa ma’aka

   maksud: “aku tidak bahagia kecuali bersamamu.”

2. ما اجمل منظرك ! و أحبه اليّ

    dibaca: maa ajmalaa mandzoroka! wa ahabba ilayya

    maksud: “sungguh indah penampilanmu! dan aku sungguh suka gayamu..”

3. جزاك االه خيرا

   dibaca: jazaakallahu khairaa

   maksud: “Semoga Allah membalas kebaikanmu..”

Maka, bermanis-manis lah wajah kepada pasangan tercinta, jika seperti sudah memercik api kemarahan, tunggu reda, dan panggil lah dengan panggilan yang senang di dengar di halwa telinga.

]]>
Buat ujian HIV secara 'online', guna aplikasi MySejahtera je https://redaksi.com/8964-buat-ujian-hiv-secara-online-guna-aplikasi-mysejahtera-je Fri, 20 Nov 2020 10:14:13 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8964 Berikutan penularan wabak Covid-19 yang membimbang orang ramai, malah pergerakkan pada ketika ini pun agak terbatas, bukan sahaja kerana Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB), namun beberapa tempat yang sememangnya tidak boleh pergi tanpa melakukan temu janji terlebih dahulu.

Terutama klinik-klinik yang sememangnya digalakkan untuk membuat temu janji terlebih dahulu jika perkara tersebut tidak melibatkan kecemasan.

Buat bakal pengantin yang bakal mendirikan rumah tangga, tentunya perlu melakukan ujian saringan HIV pra-perkahwinan sebelum menguruskan hal yang lain pula. Walau bagaimanapun, proses membuat temu janji kadang kala agak rumit dan mengelirukan.

Pastinya, ramai yang tidak tahu dengan hanya menggunakan aplikasi MySejahtera, anda boleh membuat temu janji secara atas talian sahaja.

Seperti capaian Twitter milik Rosie, yang berkongsi cara mudah membuat temu janji berdasarkan aplikasi tersebut.



Pastikan ada aplikasi MySehjahtera


Pilih ‘Digital Healthcare’ seterusnya ‘Clinic Appointment Booking’



Tekan Encoremed dan pilih klinik kesihatan terdekat

Tekan 'Pre Martial HIV screening'



Jangan lupa pilih tarikh dan tekan ‘next step’

Dah masuk semua details boleh tekan ‘save’

Pastikan semua dah betul baru confirm

Langkah terakhir, tunggu SMS ataupun emel daripada klinik kesihatan 



Mudah rupanya buat temu janji menggunakan aplikasi ini. Lepas ini tak payah pening-pening lagi dah. Semoga bermanfaat.


]]>
Usia 25 Hingga 33 Tahun Adalah Waktu Tepat Mendirikan Rumahtangga. Jangan Nak Tunggu Lama-Lama Lagi. https://redaksi.com/7799-usia-25-hingga-33-tahun-adalah-waktu-tepat-mendirikan-rumahtangga-jangan-nak-tunggu-lama-lama-lagi Wed, 15 Jan 2020 11:17:43 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7799 Masih tidak tahu lagi waktu yang tepat untuk berkahwin. Ada yang menyarakan agar berkahwin awal kerana dapat mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya, tapi ada juga yang menggalakkan untuk berkahwin agak lambat kerana beri peluang untuk berseronok dahulu. Tapi yang paling penting adalah, jodoh akan datang pada waktu yang tepat.

Jadi macam mana?

Kajian ini dijalankan oleh Nick Wolfinger, ahli sosiologi dari University of Utah, dan diterbitkan oleh Institut Pengajian Keluarga. Menurut kajian, mereka yang telah berkahwin antara umur 25 dan 32 tahun paling sedikit bercerai.



Wolfinger menganalisis data dari tahun 2006 hingga 2010, dan data dari Kajian Kebangsaan Pertumbuhan Keluarga 2011-2013. Beliau menemui “bell curve” terbalik.

“Kemungkinan perceraian berkurangan apabila anda berusia dari remaja hingga dua puluhan dan awal tiga puluhan,” tulisnya.

“Selepas itu, peluang kadar perceraian meningkat lagi, apabila anda memasuki usia lewat tiga puluhan dan awal empat puluhan.”

Bagi setiap tahun selepas umur 32 tahun, kemungkinan perceraian meningkat sekitar 5%. Ini bermakna anda mempunyai keluarga sesuai pada usia yang tidak terlalu muda, tetapi juga tidak terlalu tua.

Namun begitu, ramai mengatakan umur paling sesuai untuk berkahwin adalah sekitar 25 tahun hingga 32 tahun.

Namun begitu, ada beberapa sebab menyatakan bahawa pada usia ini adalah usia yang sangat sesuai untuk menjalani hidup berumahtangga.



1. Anda lebih matang

Saat sudah mencecah 25 tahun ke atas, kalian akan lebih matang dalam berdepan apa jua masalah yang akan datang. Setiap keputusan yang akan diambil sudah tentu lebih rasional dan bukannya mengikut perasaan diri anda sahaja. Anda juga dikatakn sudah tahu erti tanggungjawab dan bersedia untuk perkara itu.

2. Waktu subur

Kajian perubatan mengatakan waktu usia 25 tahun adalah waktu paling ideal bagi tahap kesuburan seorang manusia. Maka berkahwinlah dalam jangka usia ini untuk melahirkan zuriat yang sihat.



3. Rasa ingin berteman

Apabila semakin meningkat dewasa, ramai orang akan mula tinggalkan diri anda. Jika dulu anda dikeliling oleh rakan-rakan, kini mereka mula tinggalkan anda satu persatu. Maka dengan itu, anda perlukan teman untuk menceriakan hidup anda sekaligus menjadi rakan yang baik buat diri anda.

4. Elak dosa

Perkahwinan di usia muda sekaligus dapat mengelak kita dari leka membuat dosa yang menjurus kepada maksiat atau kelalaian hidup. Apabila telah berumah tangga, fokus utama adalah tanggung jawab dan membentuk nilai kekeluargaan. Nak sentuh pasangan pun dah tak takut dosa sebab dah halal.

Tidak kisahlah pada usia berapa pun jodoh anda akan tiba, yang penting jodoh akan datang pada saat yang tepat. Ini kerana, Allah adalah sebaik perancang.

]]>
Nak Muka Flawless? Berapa Kerap Kita Perlu Buat Facial Sebenarnya? Jom Baca. https://redaksi.com/4820-nak-muka-flawless-berapa-kerap-kita-perlu-buat-facial-sebenarnya-jom-baca Wed, 09 Jan 2019 11:16:02 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4820 Menjadi kaum wanita, masalah utama adalah apabila memiliki kulit wajah yang kusam. Kadang-kala orang di sekeliling tak faham, kita mengenakan solekan setiap hari bukan untuk menayang kecantikan semata-mata, tetapi malu dengan kulit wajah yang tidak bermaya, dark circle, eye bag dan seumpama dengannya.

Terutamanya bagi bakal pengantin, pasti mengambil masa yang lama untuk membuat facial jika memiliki kulit wajah yang sensitif dan banyak jerawat.

RAMAI JUGA DIKALANGAN KAUM WANITA, TERTANYA-TANYA BERAPA KALI SEBENARNYA KENA BUAT FACIAL SUPAYA WAJAH SENTIASA BERSERI?

Menurut pakar dan kajian dari New York, kita perlu melakukan facial sekurang-kurangnya sekali sebulan. Namun, sebenarnya ia terpulang pada jenis kulit kita sendiri. Oleh sebab itu, sebelum mahu melakukan facial atau rawatan muka, kita perlu tahu adakah tempat itu adalah dari golongan dermatologist, ahli pakar dan seumpama dengannya?

Jangan main serbu je, muka nak guna lama. Nanti makin teruk, menyesal seumur hidup.

Menurut pakar:

“Saya selalu mengesyorkan pelanggan melakukan rawatan muka sekali sebulan. Kulit anda mengalami kondisi yang berbeza bergantung pada musim dan juga gaya hidup. Jadi, sebaiknya check-in ke pakar aesthetic untuk mendapatkan rawatan muka terbaik,”

Sekali sebulan merupakan waktu paling ideal kerana kitaran perolehan sel kulit kita adalah 28 hari, jadi mendapatkan rawatan profesional lebih dari sekali sebulan boleh merosakkan dan merengsakan kulit.

Walaubagaimanapun…

Walaupun pakar mengesyorkan sekali sebulan, tetapi terdapat juga sesetengah rawatan sebagai contoh HydraFacial yang hanya disyorkan sekali setiap tiga bulan. Segalanya bergantung kepada jenis kulit dan kebimbangan yang dialami, jadi penting berunding dengan profesional untuk meletakkan pelan terbaik bagi kulit (dan bajet anda).

HydraFacial – HydraFacial adalah satu alat yang membersih, menggelupas, dan kemudian memasukkan serum ke dalam kulit.

Sebelum membuat temu janji, ada beberapa perkara penting yang anda perlu dititik beratkan iaitu:

  • Elakkan tempat yang terlalu sibuk sehingga anda boleh mendengar siren polis, bomba dan sebagainya. Ini kerana, tempat yang tenang amat digalakkan ketika membuat rawatan facial ini.
  • Elakkan tempat yang tidak kemas atau tidak mementingkan hygiene.
  • Elakkan tempat yang kurang terang. Malap je semua tempat, nak masuk pun rasa was-was.
  • Elakkan tempat yang tidak diiktiraf oleh doktor pakar.
  • Elakkan tempat yang tiada testimoni dari doktor pakar, kerana jika sebarang rawatan tidak diuji terlebih dahulu, khuatir muka anda yang jadi experiment nanti!

DAN ADAKAH FACIAL DI RUMAH SEPERTI MENGGUNAKAN BARANG DI DAPUR SAMA MANFAAT DENGAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PROFESSIONAL?

Boleh ke facial mask dilakukan di rumah?

Adakah kebaikannya sama seperti profesional?

Jawapannya TIDAK.

Tetapi masih ada banyak yang anda boleh lakukan di rumah. Sebagai contoh jade roller atau dermaroller, yang rawatannya ringan tidak memudaratkan keadaan kulit. Ia mungkin tidak menawarkan manfaat sama dengan profesional tetapi sekurangnya ia masih menawarkan banyak manfaat sekaligus rawatannya ringan.

Yang penting konsultasi dengan pakar dermatologi jika anda mengalami masalah kulit.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Beramal!

]]>
Jangan Lupa Kejar Pahala Ini Bila Dah Jadi Isteri, Rupanya Mudah Betul Seorang Isteri Nak Masuk Syurga. https://redaksi.com/6860-jangan-lupa-kejar-pahala-ini-bila-dah-jadi-isteri-rupanya-mudah-betul-seorang-isteri-nak-masuk-syurga Fri, 16 Aug 2019 16:01:50 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=6860 Kita kahwin sebab nak cari keredhaan dan rahmat Allah bukan? Malah kita kahwin juga adalah cara kita mengumpul pahala dengan lebih banyak bukan? Sebabnya dalam alam perkahwinan ini, adalah cara paling mudah untuk suami isteri saling mengumpul pahala.

Nak-nak lagi buat isteri-isteri ini. Bila telah bergelar isteri ini, jangan lepaskan peluang untuk kejar pahala yang menjadi bekalan diakhirat kelak. Sebabnya, bila sudah menjadi isteri pelbagai perkara yang dilakukan mudah untuk mendapat pahala.



Kita bercinta-cinta hendak masuk syurga bukan?



Ini cara seorang isteri kutip pahala sambil penjam mata bersama suami, sambil-sambil itu dapat jadi penyejuk hati suami kita.

• Sekali suami minum air yang disediakan oleh isteri lebih baik daripada berpuasa setahun.

• Menjaga anak-anak dengan baik demi suaminya, dapat menjadi benteng menahan api neraka jahanam.

• Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri mengerjakan haji dan umrah.

• Apabila isteri hamil, ia dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suami sebagai jihad.

• Mandi junub isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.

• Tidak akan putus ganjaran daripada Allah kepada seorang isteri yang siang malan menggembirakan suaminya.
• Setiap niat dan pemikiran yang baik terhadap suaminya menjadi tasbih (zikir) buat isterinya.

• Apabila meninggal dunia seseorang isteri dan suaminya redha, nascaya ia dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Tarmizi)

• “Seseorang wanita yang mengerjakan sembahyang yang difardhukan di atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.”

Mudah betul seorang isteri ini nak kumpul pahala, lagi-lagi bila kita lakukan sesuatu perkara itu dengan seikhlas hati demi suami kita kekasih halal dunia dan akhirat.

]]>
Sukar bernafas, DJ Lin alami alahan teruk https://redaksi.com/9638-sukar-bernafas-dj-lin-alami-alahan-teruk Sat, 06 Feb 2021 18:54:51 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9638 Salah seorang penyampai radio Suria Fm telah dikejarkan ke hospital baru-baru ini apabila didapati sakit alahan yang dihadapi olehnya berada di tahap yang serius.

Roslinda Abdul Majid atau lebih mesra dengan gelaran Dj Lin mengalami alahan yang terus sehingga menyukarkannya untuk bernafas.

Bukan Covid-19

Susulan keadaannya yang semakin teruk, dia telah diarahkan untuk membuat ujian calitan yang memungkinkan masalah sesak nafas berpunca daripada wabak Covid-19 namun keputusan ujian adalah negatif.

"Syukurlah bukan Covid-19, cuma saya sukar bernafas apabila pakai oksigen ini. Saya dapat bayangkan kesukaran dihadapi mereka yang positif Covid-19 apabila menggunakan bantuan alat pernafasan."

-Dj Lin-

Keadaan masih belum stabil

Sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu, penyampai radio berkenaan masih dipantai oleh doktor dan masih tiada kepastian bila waktu yang sesuai untuk membenarkannya pula memandangkan keadaannya masih berada di tahap yang perlu dipantau.

"Hingga kini, doktor masih dalam proses pemeriksaan secara teliti penyakit saya. Sekarang saya dirawat empat doktor iaitu membabitkan pakar dermatologi, neurologi, perubatan dan telinga, hidung serta tekak(ENT)."

-Dj Lin-

'Stay Strong Kak Lin, semoga cepat sembuh!'

Melihat kiriman video yang dikongsikan oleh Dj Lin kelihatannya sangat lemah. Siapa sahaja yang rapat dengannya pasti turut terkesan dengan keadaannya. Bukan sahaja rakan media tetapi juga buat peminat penyampai radio itu apabila suaranya tidak lagi kedengaran di corong radio waktu malam seperti selalu.

Meninjau di ruangan komen, rata-ratanya memberikan semangat buat Dj Lin dan tak kurang juga yang turut menitipkan doa agar diberikan kesembuhan untuknya.

]]>
“Tak Selalu Jumpa, Bukan Makna Tak Cinta..” 6 Sebab Cinta Jarak Jauh Itu Membuat Hubungan Semakin Erat. https://redaksi.com/3736-tak-selalu-jumpa-bukan-makna-tak-cinta-6-sebab-cinta-jarak-jauh-itu-membuat-hubungan-semakin-erat Thu, 04 Oct 2018 12:43:39 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3736 Tidak semua pasangan cekal untuk bercinta jarak jauh dengan yang tersayang. Ada sahaja yang terkandas di tengah jalan, dan ada juga yang bernasib baik kekal hingga ke jinjang pelamin. Jom ketahui 6 sebab hubungan jarak jauh sebenarnya membuat hubungan anda semakin erat…

1. Ada masa untuk bersendirian.

Jika kita sering dengar pasangan yang suka berkepit dan clingy, tetapi pasangan ini tidak. Mereka memang memerlukan masa untuk bersendirian, kerana tidak mahu rimas dengan pasangan. Adanya waktu sendiri akan membuatkan dirinya dapat bertenang, lalu dapat berfikir secara rasional.

2. Jarang bergaduh.

Di dalam perhubungan, tidak boleh jika tiada pergaduhan, tetapi tidak sihat pula jika sering bergaduh. Namun sedemikian cinta jarak jauh ini membuatkan pasangan mengalami situasi jarang bergaduh sahaja kerana jarang berjumpa. Jarang berkomunikasi, jadi jarang juga mempunyai pendapat yang berbeza. Berkomunikasi perkara yang mendatangkan faedah sahaja.

3. Mengajar diri untuk menjadi lebih dewasa.

Kebiasaannya jika anda seorang yang sanggup mengambil risiko bercinta jarak jauh, anda seorang yang berfikiran lebih matang. Ini kerana bagi anda jika bercinta sekalipun, tidak perlu hendak jumpa setiap hari pun. Cukup bertanyakan khabar dan sesekali meluahkan rasa cinta, itu pun sudah memadai.

Tidak seperti sesetengah orang yang jika boleh setiap hari hendak bertemu, dan jika tidak meluahkan rasa cinta, mula la fikirkan perkara yang bukan-bukan. Umpama bercinta dengan budak kecil pula.

4. Memiliki perasaan ingin tahu yang kuat.

Apabila jarang bertemu, rasa ingin mengenali pasangan itu makin menebal. Setiap hari ada sahaja topik yang menarik hendak dikongsikan. Ini kerana masing-masing terlalu teruja untuk mengenali hati budi masing-masing. Tetapi jangan pula terlalu kerap menelefon pasangan, ini kerana mereka pun perlukan masa untuk sendiri.

5. Mengajar diri untuk menjadi seorang yang tabah dan sabar.

Bukan mudah untuk cuba bercinta dengan orang jauh, ianya mengajar erti sabar dalam diri. Jika orang lain sering bertemu dengan pasangan mereka dan anda pula hanya melihat sahaja, ia akan menguji tahap kesabaran anda. Namun sebenarnya anda lebih beruntung kerana anda tidak perlu rungsing untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk keluar dengan kekasih anda bukan? Anda ada masa untuk diri sendiri dan itu paling penting.

6. Mengajar diri untuk menjadi lebih setia.

Apabila berjauhan, ia mengajar anda untuk menjadi setia. Ini kerana dalam keasyikan anda melihat orang lain keluar bersama, keinginan anda untuk seperti mereka itu tinggi. Walaupun cinta anda pada pasangan anda kuat, namun sedikit sebanyak akan menggugat hati anda bukan? Belajarlah untuk setia, ianya melambangkan anda bagaimana anda setelah berkahwin kelak.

]]>
Benarkah Teman Lelaki Berambut Panjang Lebih Bersikap Sabar? Jom Lihat Antara Kebaikan Yang Lain. https://redaksi.com/3158-benarkah-teman-lelaki-berambut-panjang-lebih-bersikap-sabar-jom-lihat-antara-kebaikan-yang-lain Wed, 08 Aug 2018 16:53:46 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3158 Wanita sering memilih lelaki yang berambut pendek untuk dijadikan pasangannya, kerana lebih kelihatan kemas dan segak. Tetapi lain pula pada mereka yang lebih gemar memilih pasangan berambut panjang kerana si dia mempunyai karisma yang tersendiri.


Jom ketahui ciri-ciri lelaki yang memiliki rambut panjang…

1. Mempunyai sikap yang lebih sabar.

Menunggu rambut panjang memang memerlukan kesabaran. Tambahan pula, bukan mudah untuk menjaga ataupun merawatnya. Lelaki yang berambut panjang biasanya lebih sabar dan penuh perhatian. Sebagai wanita kesayangannya, sudah pasti si dia akan menjaga anda sepertimana dia menjaga dan menyayangi rambutnya yang panjang itu.

Mungkin disebabkan itu kebanyakan perempuan lebih bersabar daripada lelaki kerana majoritinya memiliki rambut panjang, bukan?


2. Ada extra getah rambut.

Jika anda berambut panjang, sudah pasti pernah berasa benggang apabila tertinggal getah pengikat rambut ataupun ia terputus secara tiba-tiba. Untung jika anda mempunyai kekasih yang berambut panjang. Boleh pinjam getah rambutnya!

3. Boleh pergi ke salon rambut sama-sama.

Anda berdua juga boleh pergi ke salon rambut bersama-sama sebagai aktiviti ketika bertemu. Pasti seronok jika mempunyai kawan-kawan yang berambut panjang untuk ke salon, lebih ramai lebih meriah. Dan jika teman lelaki berambut panjang pasti si dia juga tidak teragak-agak untuk menemani anda, walaupun dibahagian muslimah. Boleh sahaja si dia melihat trend rambut terkini di majalah.


4. Boleh jadi model rambut.

Jika anda adalah seorang yang suka mengambil gambar, melukis atau segala perkara yang akan menggunakan daya kreativiti anda, kekasih anda yang berambut panjang pasti akan memberikan gambar yang berlainan dan unik. Malah rambut lelaki kebiasaannya lebih lembut dan mudah didandan dengan pelbagai bentuk. Tidak lah pendandam rambut pening untuk menggayakannya.

5. Kebanyakan lelaki yang berambut panjang bersikap sempoi.

Lelaki berambut panjang sering dikaitkan dnegan imej yang serabut, tidak kemas dan sering nampak ‘huru-hara’. Sebenarnya lelaki berambut panjang ini adalah jenis lelaki yang berjiwa bebas dan tidak suka nampak terlalu kemas. Lelaki berambut panjang biasanya kreatif dan merupakan seorang cukup selamba!


 

 

 

 

]]>
Bila Perempuan Jatuh Cinta. https://redaksi.com/1058-bila-perempuan-jatuh-cinta Sun, 27 Aug 2017 14:26:25 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=1058 Assalamualaikum..

Hai semua hari nie masih lagi berkesempatan untuk menaip di blog yang tak berapa cantik nie but disinilah tempat mengadu semua yang di lalui dalam hidup. Acik dah berkali tulis cerita tentang lelaki jatuh cinta dan kali nie adalah sambungan dari itu. Dan tajuk hari nie adalah 'Bila Perempuan Jatuh Cinta'. Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya



Dan setiap manusia ada perasaan mereka yang tersendiri tentang cinta kepada seseorang kerana perempuan nie sifatnya lebih halus dan perlukan perhatian. Paling special perempuan adalah dia menerima siapa pon janji hati mereka sudah terpaut tak kira wajah dan hartanya:) ,Berdasarkan pengalaman acik ada beberapa ciri bila perempuan jatuh cinta.

1. Dia akan menghiasikan dirinya.

Bila perempuan jatuh cinta mereka akan tunjukkan penampilan yang menarik dengan harapan si Dia akan suka padanya. Dah mula nak pandai bermake up. Seorang wanita yang sedang jatuh cinta akan mengungkapkan kedunia bahwa ia sedang jatuh cinta dan ia seperti bunga yang bermekaran, indah dan cantik ketika sang cinta sedang melanda. Jadi, amatilah jika dia lebih berbeza dari sebelumnya.



2. Akan selalu nak mengetahui tentang diri anda.

Bila perempuan jatuh cinta nie si gadis akan lebih ambil berat tentang kamu tentang kesihatan kamu.tentang makan dan minum dan segalanya dan SMS tu tak akan lekang sehingga la rasa puas hati dan akan selalu rendu pada si Dia.

3. Akan lebih banyak bercakap tentang dirinya.

Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Dia selalu menjaga percakapannya dan tidak pernah keluar dari apa yang sedang dibicarakan. Dia juga memperhatikan terhadap apa yang anda katakan dan akan selalu mencoba mengisi keheningan dengan apa yang boleh buat. Dia ingin membuat Si Dia nyaman ketika berada disampingnya.

4. Akan lebih cemburu.

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan sangat jeles lagi-lagi bila kamu berdekatan dengan mane-manae perempuan lain... Tengok la mesti merajuk punye :)

5. Akan ada aktiviti merajuk.

Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.



6. Ekspresi wajah.

Seperti acik kabo di awal, membaca bahasa tubuh wanita jatuh cinta sangat mudah. Wanita akan lebih sering tertawa dan tersenyum walaupun topik yang sedang dibicarakan tidak terlalu lucu. Pokoknya,(cam pokok menjalar) wajahnya selalu berseri-seri dan terlihat ceria kalau dia lagi sama kamu.

7. Mahu mengetahui tentang latarbelakang kamu.

Maksudnya cuba nak tahu tentang ahli keluarga kamu dan siapa kawan-kawan kamu dan semuanya tentang kamu .

8. Akan selalu update di facebook tentang kamu.

Bila buka fb tu mesti profile kamu yang pertama akan dilihat dan berulang kali dan setiap masa akan di tengok tak kira la dari status hingga ke picture.

9. Akan suka ungkapkan ayat-ayat cinta.

Wah mesej mula la melambak dengan ayat romantik ..i miss u ..u miss i ?? hahahaha memang akan jadi minah jiwang dan lelaki jiwang.

Rasanya sikit dululah berkongsi tentang perempuan jatuh cinta sebab cinta itu adalah permulaan dari sebuah perhubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan ALLAH. Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.



Tetapi,

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur.”

 

]]>
Rasa Gemuruh Nak Pegang Tangan Tok Kadi, Bakal Pengantin Lelaki Boleh Baca Doa Ini. https://redaksi.com/8243-rasa-gemuruh-nak-pegang-tangan-tok-kadi-bakal-pengantin-lelaki-boleh-baca-doa-ini Fri, 05 Jun 2020 22:02:37 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=8243 Nak jumpa keluarga mertua nak pegang tangan tok kadi sebab nak nikah, siapa saja yang tak gemuruh dan juga berdebar. Seminggu sebelum sampai tarikh lagi dah mula tak selesa dan tak tenang. Ada juga yang terlalu bimbang sampaikan tak boleh tidur malam.

Perasaan gementar, gemuruh berdebar merupakan satu emosi yang semua orang akan rasai dalam setiap situasi yang penting dalam hidup mereka. Banyak teknik yang anda boleh lakukan untuk tenangkan perasaan gemuruh itu supaya anda dapat menambah keyakinan diri anda.


Berikut merupakan doa yang pernah dibaca oleh para nabi yang terdahulu yang boleh kita amalkan.

Doa Nabi Musa

Surah Taha (ayat 25-28)

Maksud: “Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; dan mudahkanlah bagiku, tugasku; dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Doa Dipermudahkan Urusan


Hadis Riwayat Anas bin Malik (2886)

Maksud: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya.”

Doa Memohon Pertolongan

Hadis Riwayat Anas bin Malik (4/43)



]]>
“Dugaan Setiap Orang Itu Berbeza” Antara Dugaan Yang Perlu Kita Ketahui Supaya Boleh Muhasabah Diri. https://redaksi.com/5968-dugaan-setiap-orang-itu-berbeza-antara-dugaan-yang-perlu-kita-ketahui-supaya-boleh-muhasabah-diri Fri, 03 May 2019 15:19:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=5968 Allah SWT itu Maha Adil!

Ketahuilah kita, setiap insan menjalani ujian dan dugaan yang berbeza. Kadang-kala kita melihat insan tersebut dilahirkan senang, mempunyai harta, tempat perteduhan yang selesa, namun apa yang kita tidak tahu semuanya itu adalah dugaan dan ujian dari-Nya.

Ketika melihat orang yang tidak berkemampuan, ia juga adalah ujian dari-Nya yang tidak kita ketahui.

Namun, apa jua dugaan, ia adalah ujian untuk diri kita seupaya dapat bermuhasabah diri dan tidak meninggi diri.

Ketahui beberapa dugaan dalam apa jua situasi…

1. Orang kaya dugaannya untuk tidak menjadi riak.

Dikala diberikan harta dan duit yang banyak, Allah menduga hatinya untuk tidak menjadi seorang yang riak, malah untuk sentiasa beringat bahawa harta itu semua adalah pinjaman semata-mata dari-Nya.

2. Orang miskin dugaannya untuk mencari rezeki yang halal.

Dikala kita tidak punya harta, apatah lagi pekerjaan untuk menampung kehidupan, Allah menduga hati kita untuk mencari rezeki yang halal dan tidak terjebak dengan mana-mana kerja yang boleh memudaratkan diri.

3. Orang berpelajaran dugaannya untuk tidak menjadi sombong.

Dikala kita mempunyai pelajaran yang tinggi, Allah menduga kita untuk tidak menjadi sombong dengan tahap pelajaran yang kita ada. Oleh kerana itu, ada yang menyatakan ‘Ada pelajaran, tapi tidak berperikemanusiaan’.

4. Orang kurang berpelajaran dugaannya untuk tidak malas mencari ilmu.

Dikala kita mengejar dean list, Allah menduga kita untuk mencari ilmu yang berkat. Sebenarnya bukan pada pointer semata-mata, tetapi keikhlasan dalam menimba ilmu supaya tidak meninggi diri.

5. Orang yang bergaji tinggi dugaannya mempunyai komitmen yang tinggi.

Dikala kita dikurniakan kerja yang bagus, gaji yang tinggi, Allah menduga kita dengan komitmen yang tinggi, anak-anak yang ramai, tanggungan yang semakin banyak. Allah mahu melihat sejauh mana kita boleh menjaga amanah Allah ini.

6. Orang yang bergaji rendah dugaannya untuk mengukur baju pada badan sendiri.

Dikala kita bergaji rendah, Allah menduga kita menjadi seorang yang bersyukur dengan apa yang ada. Walaupun kecil, ia tetap rezeki Allah. Allah mahu menduga kita supaya tidak merungut.

7. Orang yang alim (tinggi ilmu agamanya) mempunyai dugaan untuk berdakwah.

Dikala kita diberi gelaran sebagai ahli agamawan, kita di duga untuk berdakwah pada orang yang ramai. Tidak boleh prejudis pada golongan yang dianggap 'Sampah Masyarakat' apatah lagi hanya selesa dengan gelaran ahli agamawan. Sebab itu pada masa kini, ramai yang kita dengar menjadi Penunggang Agama.

8. Orang yang kurang ilmu agamanya mempunyai dugaan untuk menetapkan aqidah.

Dikala kita kurangnya ada ilmu agama, kita di duga untuk menetapkan aqidah. Untuk percaya bahawa Allah SWT itu ada. Pada saat ini, kita mempunyai pelbagai ujian untuk Istiqamah dalam penghijrahan.

9. Orang yang menutup aurat dugaannya adalah untuk mengawal sikapnya sendiri.

Dikala kita dapat menutup aurat dengan sempurna, Allah menduga pula hati kita untuk mengawal sikap diri sendiri. Sebab itu ramai dikalangan kita dapat menutup aurat, tetapi mulut lancang pula. Masya Allah.

10. Orang yang tidak menutup aurat dugaannya untuk tidak mensyirikkan Allah SWT.

Dikala kita sukar untuk menutup aurat dengan sempurna, Allah menduga kita supaya kita tidak mensyirikkan Dia. Sebab itu ramai yang tidak menutup aurat, tetapi dalam hati berbicara..

“Takpe tak tutup aurat, asalkan solat 5 waktu..”

“Bukan macam dia, pakai tudung labuh tapi sikap buruk…”

Apa yang ada dalam Al-Qur’an perlu kita turuti. Jangan saling menuding jari.

Dalam Bulan Ramadhan Ini, Sama-Sama Kita Muhasabah Diri! Adil Itu Bermaksud Kita Redha!

]]>
Tanda-Tanda Menunjukkan Taubat Anda Diterima Allah. https://redaksi.com/4720-tanda-tanda-menunjukkan-taubat-anda-diterima-allah Sat, 29 Dec 2018 18:50:04 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=4720 Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Bahkan kesilapan yang berlaku itu boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Kesilapan bukan berpunca dari diri sendiri sahaja, malah ia juga mungkin membabitkan orang lain. Namun begitu, dalam setiap kesilapan yang pernah dilakukan, masih ada lagi ruang untuk anda berubah dan bertaubat.

Allah sentiasa membuka pintu-pintu taubat untuk hamba-hambanya yang ingin memohon keampunan daripadanya. Selagi anda memohon keampunan dengan bersungguh-sungguh, Insyaallah akan diberi keampunan oleh-Nya.

Buat anda yang ragu-ragu sama ada taubat anda diterima atau tidak, terdapat beberapa perkara yang anda akan rasakan apabila taubat anda diterima oleh Allah, jadi jangan pernah menyerah kalah atau berputus asa dalam memohon keampunan daripada-Nya.

Berikut adalah tanda-tanda taubat anda diterima oleh-Nya.



1. Hati lebih tenang dan aman.

Antara tanda taubat kita diterima adalah apabila hati kita mula berasa tenang dan aman sahaja. Hal ini kerana, anda lebih banyak mendekatkan diri dengan Allah sehingga ia mempengaruhi keadaan jiwa anda. Seseorang yang sentiasa melakukan dosa, hatinya akan berasa kurang tenang dan sentiasa cemas.

2. Dekatkan diri dengan orang-orang soleh.

Tanda yang seterusnya adalah, mereka yang taubatnya diterima ini mula bergaul rapat dengan mereka yang beriman dan beramal soleh. Dia mula meninggalkan rakan-rakan yang mengajaknya melakukan perkara yang berdosa. Di samping itu, semakin sering dia berkumpul dengan orang-orang soleh, semakin dekat dengan Allah Subhana Hua Ta'ala kerana salah satu sifat manusia mudah dipengaruhi oleh alam sekitar atau kawan-kawannya.

3. Lebih sibuk untuk melakukan amal ibadah.

Apabila taubat seseorang diterima oleh Allah, Allah akan terus menggerakkan hatinya untuk selalu menyembah dan mendekati Allah Ta'ala. Dia akan meninggalkan perbuatan dosa dan tidak bermoral kerana ia lebih selesa dengan aktiviti ibadah yang boleh membawa dia lebih dekat kepada Tuhannya.


4. Lebih bersyukur.

Kesyukuran adalah kunci utama untuk kebahagiaan dan kesolehan seseorang. Oleh itu, semakin banyak Allah menerima taubat yang dilakukan oleh manusia, kesedaran diri terhadap kebesaran Tuhan akan semakin besar dan semakin besar rasa terima kasih atas berkat-berkat - berkat-berkat yang selalu diberikan oleh Allah kepadanya.

Allah berfirman:

ألم تر إلى ٱلذين خرجوا من ديرهم وهم ألوف حذر ٱلموت فقال لهم ٱلله موتوا ثم أحيهم إن ٱلله لذو فضل على ٱلناس ولكن أكثر ٱلناس لا يشكرون 

Maksudnya: "Tidakkah kamu memperhatikan orang-orang yang keluar dari kampung halaman mereka, sedangkan mereka beribu-ribu (berjumlah) kerana takut mati; maka Allah berfirman kepada mereka: "Maut kepada kamu", maka Tuhan membangkitkan mereka. Sesungguhnya Allah mempunyai karunia untuk manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur "(Al-Baqarah: 243)

5. Miliki akhlak yang lebih baik.

Seseorang yang bertaubat tentu berusaha untuk memperbaiki moralnya dan Allah akan sentiasa meringankan hati hamba-Nya yang berhati-hati agar akhlaknya terus menjadi lebih baik dalam setiap masa.

Allah berfirman:


إنآ أخلصنهم بخالصة ذكرى ٱلدار 
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah membersihkan mereka dengan (menegakkan mereka) akhlak yang tinggi, yang selalu mengingatkan (manusia) di akhirat. (Surah Sad: 46)


Banyak lagi tanda-tanda yang menunjukkan bahawa taubat seseorang itu diterima. Maka dengan itu yang penah berhenti untuk bertaubat. Ingatlah bahawa Allah itu maha pengampun dan juga maha mengasihani.

]]>
Wahai Lelaki, Elakkan ‘Teman Tapi Mesra’ Dengan 5 Jenis Wanita Ini, Jika Tidak Mahu Dikecewakan. https://redaksi.com/2796-wahai-lelaki-elakkan-teman-tapi-mesra-dengan-5-jenis-wanita-ini-jika-tidak-mahu-dikecewakan Wed, 11 Jul 2018 14:35:53 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=2796 Bagi wanita menjadi seorang lelaki adalah mudah kerana mempunyai keberanian untuk mengorat ramai wanita. Malah lelaki juga berani untuk menjadi sweet talker berbanding wanita kerana tiada perasaan malu atau segan pada diri mereka.

Semudah-mudah perkara tersebut, wanita tidak tahu bahawa golongan lelaki yang terlalu ramah dan berani ini kadang-kala tersalah langkah untuk tackle kaum wanita. Ini kerana mereka merasakan begitu mudah untuk mengambil hati wanita tetapi tidak tahu ada sebahagian daripada wanita sebenarnya lebih berani yang si lelaki ini tidak sangkakan. Malah ada yang lebih teruk.


Dan secara tiba-tiba ramai lelaki menyalahkan kaum wanita mungkin kerana terperangkap dengan wanita jenis ini…

1. Liar.

Keseronokan adalah kunci bagi wanita sebegini. Maka lelaki yang cuba untuk menjadi teman tapi mesra pada wanita ini sudah pasti terperangkap di dalam keseronokannya, kerana wanita ini bijak mencuba sesuatu yang baru diluar jangkaan sehingga tersadung di dalam masalah besar yang melibatkan si lelaki.

2. Bom jangka.

Lelaki yang terperangkap dengan wanita jenis ini bagaikan memijak bom jangka. Emosi yang sentiasa berubah dan amarah yang tidak dapat dijangka pasti membuat lelaki menyesal mengenali wanita ini kerana sukar untuk dikawal.


3. Si Gula-gula.

Wanita ini masih tidak matang dan akan cuba menggunakan kecomelan dan kecantikan dirinya untuk menguasai lelaki. Mereka bagaikan perlu dibimbing, tetapi akhirnya si lelaki akan dikongkong kemana sahaja mereka pergi.

4. Si Bintang.

Siapakah si bintang ini? Wanita yang ketagihan dengan populariti. Jika si lelaki itu kacak, bergaya dan berharta, pasti terperangkap dengan jeratannya. Sebagai contoh untuk memasarkan produk kecantikan, pasti si wanita ini menggunakan muka kacak si lelaki itu dan duit yang banyak untuk melabur.


5. Si patah hati.

Hati-hati dengan wanita jenis ini, kerana mereka mencari pengganti sejurus kehilangan teman lelakinya sendiri. Jadi, dia mencari mangsa seterusnya untuk melepaskan rasa kesunyian dan apa yang lebih memeranjatkan, si dia boleh menjadi psiko apabila anda cuba untuk memutuskan hubungan dengannya.

Jadi, berhati-hati sementara anda baru hendak mengenali dunia luar seperti mencari pekerjaan baru atau belajar di luar daerah. Libatkan diri anda sendiri dengan golongan-golongan yang berakhlak baik jika anda sendiri mahukan bakal isteri yang solehah.


 

]]>
“Elakkan Membuat Wedding Of The Year Dengan Pinjaman Peribadi..” Tegur Lelaki Ini. https://redaksi.com/3840-elakkan-membuat-wedding-of-the-year-dengan-pinjaman-peribadi-tegur-lelaki-ini Fri, 12 Oct 2018 11:51:19 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=3840 Apabila memikirkan tentang pernikahan dan perkahwinan, pasti mudah diserang migraine kerana bakal mengeluarkan duit yang banyak. Dengan kos yang menelan beribu-ribu perbelanjaan, pasti membuatkan semua pasangan terfikir-fikir “Adakah benar keputusan yang dibuatnya sekarang?”

Jika tidak kuat jati dirinya, pasti ada sahaja yang menarik diri, lebih kurang memutuskan pertunangan atau hubungan. Jadi, mari ikuti tips dari Amir Syahir untuk selamatkan duit kita daripada perkara yang tidak sepatutnya…

1. Simpan dulu baru belanja. Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan yang kau ada.

2. Beli kereta biar padan dengan gaji. Jangan duk beli kereta import mewah melebihi kemampuan diri. Ansuran bulanan tinggi habis separuh gaji kau nanti.

3. Jangan asyik sangat dengan modified kereta. Duit gaji habis begitu sahaja. Kereta kau gembira, simpanan kau berduka.

4. Jangan terus nak menggelupur dengan perkataan 'SALE' yang tergantung sana sini. Kalau tak perlu, tak payah beli.

5. Amalkan gaya hidup yang sihat untuk menjaga kesihatan. Perlindungan takaful jangan diabaikan.

6. Elakkan berhutang yang tak perlu. Misalnya berhutang untuk beli sofa empuk atau iPhone terbaru.

7. Beli secara tunai. Jangan suka sangat berhutang sini sana. Tak lena tidur dibuatnya.

8. Jangan nak melepak di pasar raya setiap minggu. Keluar jika ada hendak membeli barang yang perlu.

Jangan belikan emas, telefon pintar atau barang yang mahal untuk kekasih hati selagi belum bergelar suami dan isteri.

10. Mulakan amalan menabung daripada sekarang. Jangan umur 40 barulah nak menabung.

11. Buat senarai sebelum membeli barang. Kalau tak semua nak borong.

12. Jangan setiap hari nak 'rewards yourself' kononnya. Tapi selalunya separuh gaji jugaklah kau belanja. Nak lepak kat kedai makan mewah sahaja.

Buat hobi yang boleh bagi pendapatan. Barulah bahagia masa hadapan.

14. Sanggup berhabis beribu-ribu ringgit supaya kurus dan dapat pakai baju kebaya. Pasangan yang power boleh terima kau seadanya.

15. Jangan tergila-gilakan barang berjenama sahaja. Barangan tempatan apa kurangnya.

16. Jangan asyik merungut tentang kos sara hidup masa kini. Ubahlah gaya hidup dan cara perbelanjaan diri sendiri.

 Elakkan buat "Wedding Of The Year" jika guna pinjaman peribadi. Anak dua pun belum habis bayar lagi.

18. Jangan nak lawan jiran sebelah rumah ataupun rakan sebelah meja. Mereka mungkin asal daripada keluarga yang berada.

19. Bercuti dalam negara pun syok juga. Kalau bercuti luar negara tinggi kosnya.

20. Jangan percayakan janji-janji manis seorang scammer hanya kerana dia selalu tunjuk dan pujuk kau dengan wang yang banyak dan kereta mewah. Itu semua belum tentu kepunyaannya.

21. Elakkan membeli tudung edisi terhad yang dijual oleh artis sahaja. Tuhan suruh kau tutup aurat je. Mahal murah bukan ukurannya.

23. Elakkan membuat hutang peribadi untuk pergi travel semata-mata. Lepastu bina hutang kad kredit untuk beli IPhone, Go Pro, DSLR hanya untuk bergambar dan up di Insta.

24. Gunakan sahaja kad debit kalau risau dengan hutang kad kredit.

********Semoga Bermanfaat********

]]>
Tinggal di rumah usang, 7 beranak terpaksa makan nasi sekali sehari https://redaksi.com/9233-tinggal-di-rumah-usang-7-beranak-terpaksa-makan-nasi-sekali-sehari Sat, 26 Dec 2020 12:56:06 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=9233 Malu meminta dan rela makan nasi sehari sekali kerana kekurangan wang, itu yang dialami oleh penoreh getah dan keluarganya berikutan pendapatan terjejas teruk.


Menurut laporan Harian Metro, Mat Zaid, 41, serta keluarganya tinggal di sebuah rumah usang yang sudah separuh roboh di Kampung Jelaping, Gua Musang Kelantan.

Katanya, mereka sekeluarga malu untuk meminta sedekah daripada penduduk sekampung walaupun terdesak.

"Kami tujuh beranak sudah 10 bulan terpaksa catu makanan dengan makan nasi sekali sehari kerana tiada duit," katanya.

Tak mampu sediakan makanan berkhasiat

Difahamkan upah menoreh getah terjejas teruk menyebabkan dirinya hanya mampu memberi menu harian yang kurang berkhasiat kepada anak-anaknya.

"Saya lebih banyak mengajar lima anak berusia antara dua hingga 13 tahun makan makanan ringan sepanjang hari termasuk biskut kering dicicah dengan teh 'O'.


"Ada kalanya saya bersama isteri menitiskan air mata melihat anak diberi makanan seumpama itu sebagai menu harian walaupun kurang berzat.

"Malah, lauk untuk makan tengah hari pula bergantung kepada kemampuan terutama sekadar telur digoreng cicah kicap," ujarnya.

Bimbang fikirkan masa depan anak

Mat Zaid turut meluahkan rasa kebingungan memikirkan masa depan keluarganya dan ditambahkan pula sukar mencari peluang pekerjaan lain bagi menampung perbelanjaan.

Tambahnya, dia tidak kisah untuk tinggal di rumah usang berkenaan asalkan keluarganya mendapat makan yang cukup setiap hari.

"Anak memahami hidup kami miskin dan terpaksa terima hakikat tidak mampu berbelanja seperti orang lain walaupun ada kalanya mereka minta lauk ayam.

"Paling merisaukan apabila sekolah dibuka awal tahun depan dan sudah tentu perbelanjaan besar diperlukan untuk tiga anak," luahnya.

]]>
5 Tahun Kumpul Duit Nak Halalkan Dia, Akhirnya Dia Terima Jodoh Pilihan Keluarganya https://redaksi.com/7220-5-tahun-kumpul-duit-nak-halalkan-dia-akhirnya-dia-terima-jodoh-pilihan-keluarganya Wed, 18 Sep 2019 16:48:28 +0800 Umum https://baituljannah.id/redaksi/?p=7220 Impian seorang lelaki yang benar-benar tulus mencintai seorang wanita adalah untuk menghalalkan pasangannya. Dia sanggup bekerja lebih masa, lalukan dua kerja dalam sehari, demi mencari wang untuk mengahwini gadis idaman. Kadangkala lelaki tidak beritahu sesiapa tentang apa yang diusahakannya, cukup masa, cukup wang, dia sendiri akan berjumpa ibu bapa si dia.



Di saat seorang lelaki itu sedang bekerja keras untuk halalkan anda, jagalah hubungan tersebut dengan baik. Sebagai perempuan, jangan sewenang-wenangnya menuduh apa-apa jika si dia lambat membalas mesej atau tidak menjawab panggilan, mungkin si dia sedang bekerja. Tidak semua lelaki mengelak disebabkan sedang berlaku curang. Ada juga yang sedang berusaha mendapatkan apa yang dicitakan iaitu memiliki anda secara sah.



Namun begitu, langit tidak selalunya cerah. Ada juga apabila lelaki itu sedang mengumpul wang untuk hantaran dan perkahwinan, ketika itu dia diuji dengan pelbagai ujian. Kekasihnya dilamar orang lain dan ibu bapanya terima. Atau diuji dengan kekasihnya curang dengan alasan terlalu bosan kerana teman lelaki tiada masa untuknya. Sedangkan teman lelakinya sedang berusaha untuk menghalalkannya.

Walaupun begitu, lebih memedihkan apabila si dia terima pilihan keluarganya, mungkin lelaki itu lebih kaya, lebih mewah, yang menjanjikan kebahagiaan kepada si gadis. Membuatkan ibu bapanya yakin anaknya akan mendapat kebahagiaan berbanding jika disatukan dengan anda yang tidak sekaya itu. Adakala, meskipun sudah dijelaskan berkali-kali oleh anaknya tentang hubungan kalian yang telah lama, apakan daya sebagai anak akhirnya akan akur dengan keputusan keluarga.



Seorang lelaki itu bukanlah kuat untuk tempuh dugaan ini, telah lama dia berkorban untuk menghalalkan si dia, akhirnya si dia menjadi milik orang lain. Kebiasaannya apabila kes ini terjadi, lelaki tidak memilih untuk mencari pengganti, namun wang yang dikumpul akan digunakan untuk penuhi kemahuannya seperti memiliki motor berkuasa tinggi atau apa jua keinginan yang pernah terbatas sebelum ini.

]]>