Bercinta Ketika Zaman Belajar, Di Galakkan Atau Tidak?

Jika kita sebut sahaja tentang belajar, sudah tentu masyarakat memikirkan anak remaja yang baru meningkat umur berada di sekolah menengah.Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang ingin sambung belajar pada tahap Ijazah? Master? Atau Phd? Adakah mereka tiada keinginan untuk bercinta dan berumah tangga? Atau adakah mereka masih tahap pelajaran tinggi dan sudah berumah tangga, tetapi tiada cinta?



Sebahagian daripada kita, ada juga yang telah berkahwin, sepasang suami isteri masih lagi belajar dan mampu untuk menampung kehidupan antara satu sama lain. Situasi Nampak begitu berat. Si isteri perlu patuh pada si suami, di samping itu perlu mengejar dateline assignment untuk di hantar kepada pensyarah. Group study bersama rakan assignment. Jika, anda dalam tempoh hamil atau dalam pantang, mampu kah anda untuk menanggung beban?

1. Si suami perlu tahu tanggungjawab sebagai suami. Zaman sekarang, rata-rata masyarakat kita tidak mengajar anak lelaki mereka untuk lebih bertanggungjawab. Bertanggungjawab untuk mengemas rumah, memasak, melipat baju, mencuci tandas dan menjaga adik-adik. Jika si lelaki daripada kecil sudah tahu tanggung jawab mereka, automatik selepas kahwin mereka akan menjadi rajin dan akan teringat pesanan ibunya untuk menjaga isteri sebaik mungkin.


2. Si isteri perlu tahu tanggungjawab sebagai isteri. Segala perbuatan anda perlu dengan keizinan si suami. Jika suami tidak redha, anda akan menjadi isteri yang nusyuz. Jika melihat si suami kelihatan penat untuk menguruskan rumah tangga, ringankan tulang anda untuk lakukan segala-galanya bersama-sama. Ini baru dinamakan romantik!

3. Jika tanggungjawab sebagai suami isteri telah selesai. Insya Allah, tanggung jawab yang lain turut menjadi senang. Tanggungan bebanan menjadi semakin ringan. Usah risau tentang rezeki, jika semua di redhai Allah swt, dengan izin Allah dikurniakan rezeki dalam pelbagai bentuk. Tiada apa yang mustahil. Yakin pada-Nya.

Sudah bersedia pikul tanggungjawab sebagai pelajar mahupun suami atau isteri? Maka anda digalak untuk bercinta dalam tempoh pelajaran tinggi. Good luck!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen