Suamiku Suri Rumah! Apakah kelebihan Seorang Lelaki Menjadi Suri Rumah?

Suri rumah sangat sinonim dengan wanita. Di mana sahaja wanita berada, sering di kaitkan dengan dapur, kerana di situlah tempat wanita sepatutnya berada. Memasak masakan yang enak untuk suami dan anak-anak. Suri rumah tidak semestinya hanya di dapur sahaja, malah harus rajin untuk mengemas satu rumah. Tanggungjawab yang sangat memenatkan!



Sebahagian daripada lelaki, tidak gemar untuk mengambil orang gaji bekerja kerana di rasakan tidak selamat dan tidak perlu. Bagi mereka, seharusnya seorang isteri tahu bagaimana untuk menguruskan semua hal rumah tangga. Kini, wanita lebih bekerjaya tinggi dan mampu untuk bekerja di sebuah syarikat di Bandar. Namun, lelaki hanya bergaji rendah dan kadang kala susah untuk mencari kerja yang bersesuaian.

Walaupun hanya menjadi suri rumah, mereka juga harus bijak untuk menguruskan kewangan. Apakah kelebihan si suami menjadi suri rumah?

1. Dengan tenaga si suami, sudah tentu banyak kerja rumah yang tidak akan tertangguh dan dapat jimat masa.

2. Barangan di rumah diletakkan terlalu tinggi, sudah tentu dengan ketinggian suami dapat membantu isteri.

3. Corak atau suasana di rumah di hias oleh si suami sangat berbeza, kerana lelaki sering dapat berfikir dengan kreatif.



4. Dengan anak yang ramai, si isteri kelihatan tidak terdaya dan kurus untuk mengejar dan mengangkat mereka, tetapi dengan tenaga suami, semuanya menjadi mudah.

5. Sering kita melihat mengapa kebanyakan chef adalah lelaki? Kerana pekerjaan di dapur sangat berat dan seperti tiada henti. Memasak, menghidang, membasuh, mop lantai berulang kali setiap hari.

6. Rumah pasti menjadi lebih selamat, jika suami yang menjaga, dengan kudrat si isteri sudah tentu tidak boleh melawan si penyamun atau perompak.

Namun, jika si isteri redha dengan pekerjaan si suami bergaji rendah, tetapi mereka akan senang hati jika si suami dapat menguruskan rumah tangga, menjaga anak dan menjaga rumah. Bonus jika si suami dapat menjana pendapatan daripada rumah. Kini, memang susah kita mempercayai orang luar untuk menjaga atau mengasuh anak kita. Sudah tentu tidak mahu memberi bebanan kepada kedua ibu bapa. Mungkin dengan cara ini, lebih mudah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen