Seronoknya Bila Dah Jadi Isteri Orang Ini…

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang tidak tahu apa yang seronoknya selepas menjadi seorang isteri. Kalau anda rasa anda lagi seronok waktu bercinta, anda silap. Rupanya menjadi seorang isteri ini lebih seronok. Banyak faedah dan manfaatnya apabila menjadi seorang isteri. Bukan hanya mendapat suami tapi peneman dan juga kawan. Tapi, bukan itu aje taw.



1. Dapat duit belanja.

Apa yang seronoknya? Paling seronok apabila kita buka beg duit dah tak kosong lagi. Biasanya hujung bulan lah kan. Kalau dahulu buka kosong sahaja bila tiba hujung bulan. Tapi setelah menjadi isteri orang ini hujung bulan aje, mesti ada duit belanja. Yelah, ada orang bagi duit belanja atau nafkah setiap bulan. Mahu tak senang hati kan?

2. Kalau keluar berpegangan tangan.

Kalau dulu kita selalu pergi mana-mana bersendirian. Tapi selepas menjadi isteri orang ini, pergi pasar pun ada orang teman. Yang paling lagi seronok, ada orang pegang tangan. Bila dalam pasar pun berpegangan tangan, mahu cemburu orang yang tak kahwin lagi tengok. Yelah, takut bini lari… Mesti lah pegang tangan.

3. Makan minum ada yang teman.

Ketika masih bujang, makan sorang-sorang, kalau nak berdating setiap hari mahu hujung bulan nanti tak ada simpanan. Tapi bila dah jadi isteri orang ini, nak makan ada orang teman lagikan nak minum mesti la ada yang teman. Kan dah duduk satu rumah mesti lah ditemani selalu. Jadi tak payahlah menghabiskan duit makan di luar. Semuanya boleh dilakukan di rumah.

4. Ada hadiah dan kejutan.

Kalau masa bercinta dahulu, tarikh-tarikh penting ini tidak lah penting mana. Tapi apabila menjadi isteri orang ini, tarikh-tarikh penting ini amat bermakna. Yelah, apabila tiba tarikh ini, mulalah dapat hadiah lah, dapat kejutan lah. Mahu tak seronok jadi isteri orang ini.

5. Bila sedih ada yang hiburkan.

Part ini pun rasa seronok. Kalau dahulu kita sedih, tak ada tempat luahkan. Tapi bila dah jadi isteri orang ini, bila sedih ada tempat mengadu siap package hiburkan hati lagi. Mana tak seronoknya jadi isteri orang ini. Masalah pun senang aje pergi tak bermain di kepala dah.

Rasa rugi kalau sesiapa kata jadi isteri orang ini tidak seronok. Banyak manfaat yang boleh diperoleh apabila bergelar isteri ini. Dapat dimanja, dibelai dan diperhatikan. Seronoknya jadi seorang isteri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen