Berkahwin Kerana Kecantikan.

Sudah menjadi fitrah manusia suka akan kecantikan. Dalam pemilihan calon pasangan pun, ada empat karekter yang menjadi pilihan manusia di dunia. Salah satunya adalah disebabkan kecantikan. Tidak menjadi kesalahan untuk kita memilih pasangan yang mempunyai kecantikkan yang elok. Tetapi, usahlah menjadikan ia sebagai keutaaman dalam pemilihan.



Melihat kecantikan semata akan menyebabkan kita berasa sedih dan gundah gulana apabila kacantikan itu hilang daripada seorang wanita. Seiring meningkatnya usia seseorang, wajah dan kecantikkan itu akan lenyap dimakan waktu. Sekiranya seorang wanita itu mempunyai sakit, adakah kita akan tinggalkan mereka?


Seseorang kerana Allah, kerana dengan cara ini sajalah anda dan pasangan akan sama-sama mendapat pahala, setelah itu bertemu di dalam syurga. Kecantikkan pasangan sewaktu ini semestinya teramat cantik kerana dia adalah bidadari bagi seorang lelaki. Tidak mengapalah tidak cantik di dunia, asal cantik di akhirat.

Pilihlah seorang wanita yang cantik peribadi dan agamanya, dengan itu hati akan menjadi tenang dan bahagia bersamanya. Jika mereka tersalah jalan, perbetulkan mereka. Jika mereka ditimpa musibah, bantu dan sokonglah mereka untuk mereka terus bersemangat. Usahlah meninggalkan mereka kerana hal yang remah temeh. Percayalah. Jika hanya kecantikkan yang lelaki pandang, seorang lelaki tidak akan puas dengan kecantikkan seluruh wanita yang ada di bumi ini.


"Janganlah kamu berkahwin dengan seorang wanita kerana kecantikannya semata-mata, kerana kecantikan akan memusnahkan dirinya. Janganlah kamu berkahwin dengan wanita kerana hartanya, kerana kekayaan itu akan membuatnya derhaka. Kahwinilah seorang wanita kerana agamanya kerana sesungguhnya seorang hamba perempuan berkulit hitam yang baik agamanya itu lebih utama.”

[H.R Ibnu Majah]

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen