Petua Kekal Bahagia Tanpa Bercinta.

Orang lama-lama tidak bercinta sebelum bernikah, tapi mereka masih bersama hingga akhir hayat. Sekiranya berlaku pada waktu sekarang, mungkin dikatakan “Pelik tapi benar.” Inilah realiti yang perlu diterima hakikatnya. Bercinta sebelum nikah tidak menjamin keutuhan sebuah tangga. Apa yang penting, perkara ini perlu dikekalkan dalam menempuh cabaran berumah tangga.



1. Mengalah.

Mengalah bukan bererti kalah. Jika sedang bertengkar, adalah lebih baik kita mengambil keputusan untuk mengundur diri. Diam buat seketika waktu, kemudian berkomunikasilah setelah keadaan reda. Tidak berkomunikasi membahayakan rumah tangga. Kerana masing-masing tidak mahu menundukkan ego. Padahal keadaan tersebut boleh diselesaikan dengan perkataan ‘maaf’ sahaja.

2. Menyimpan aib.

Dalam Islam juga mengajarkan kita agar menjaga aib rumah tangga agar tidak diketahui oleh orang lain. Apa juga masalah, selesaikan berdua sahaja. Jika tidak mampu, rujuk kepada yang pakar dan orang yang dipercayai untuk menyimpan aib tersebut. Usah sekali berceritakan kepada keluarga sendiri, kerana keputusan nanti akan berat sebelah. Oleh itu, cari orang yang tidak memihak kepada sesiapa sebagai rujukan.

3. Jaga solat.

Tidak kiralah mengerjakan solat di masjid atau di rumah. Sebagai seorang suami, mengerjakan solat di masjid itu sudah kemestian. Sesekali buat juga solat berjemaah di rumah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Barulah keluarga harmoni.

4. Saling membantu.

Setiap pasangan mempunyai kelebihan masing-masing. Jadi, tidak salah untuk berkongsi bersama agar keserasian antara dua pihak dapat dijalin dengan baik sehingga ke akhir hayat.

5. Syukur.

Syukur adalah kunci kebahagiaan. Isteri, kurangkan merungut untuk perkara yang tidak perlu. Sentiasalah membuat suami ceria dan berikan semangat untuk suami terus bekerja kuat demi keluarga tercinta.


Hargailah pasangan masing-masing. Ketika mereka ada di sisi, manfaatkan dan luangkan masa dengan sebaik mungkin. Jika sudah kehilangan mereka, barulah terasa sepi hidup tanpa dia.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen