Lelaki Hebat Dapat Menjadikan Wanita Disayangi Menjadi Solehah.

Alangkah beruntungnya jika seorang wanita mempunyai pasangan yang cinta kepadanya bukan kerana kecantikan tetapi dia ingin membantu wanita tersebut untuk dijadikan isteri yang baik. Meskipun wanita tersebut tidak mempunyai personaliti dan perwatakan yang elok, lelaki itu tetap menerima wanita itu seadanya.



Lelaki hebat bukanlah mendapat wanita solehah, tetapi dia dapat membimbing wanita tersebut untuk menjadi lebih baik setelah bersama dengan lelaki tersebut. Cara didikan lelaki itu tidak terlalu kasar, tidak juga terlalu lembut. Mengikut situasi dan keadaan. Wanita sememangnya mempunyai sensitiviti yang sangat mendalam dan mudah terasa sekiranya ditegur dengan keras. Lebih-lebih lagi apabila ditegur oleh orang yang disayangi.

Maka, seorang lelaki perlulah mempelajari terlebih dahulu teknik memikat wanita apabila ingin berbicara atau menegur mereka. Dalam Islam diajarkan kepada kita apabila seorang isteri ingkar akan perintah seorang suami, suami boleh mengasingkan tempat tidur apabila sudah bersuami isteri. Ini adalah cara terakhir apabila dalam mendidik mereka. Dipermulaan, perlulah didik dengan cara yang lembut, agar mereka dapat menerimanya dengan baik, sekiranya tidak berkesan dan mereka tetap keras kepala, maka dibolehkan untuk mengasingkan tempat tidur.


Dalam situasi apabila belum berkahwin, lelaki tersebut sedar bahawa dia tiada hak untuk berlebihan dengan wanita yang dia cintai. Kerana mereka belum diijab kabul. Sentiasa menjaga batas pergaulan dan menghormati wanita tersebut. Itu barulah dikatakan cinta sejati. Tidak mengkhianati dan merosakkan wanita yang dia cinta. Apabila dia melihat kesilapan dilakukan oleh wanita tersebut, dia bimbing dengan baik bukan terus menginggalkan wanita tersebut.

Anda ada melihat situasi ini pada pasangan anda? Saya katakan, anda sangat beruntung. Maka, perelokkanlah diri untuk kebaikan bersama kelak. Usah tinggalkan dia, kerana sememangnya dia mencintai anda. Walaupun dia menjarakkan diri dalam perhubungan sebelum nikah, tidak bermakna dia melupakan anda. Dia menghormati anda sebagai seorang wanita, dan ingin menjaga privasi tersebut. Setelah bernikah. Barulah privasi tersebut untuk anda berdua.

Bukankah Islam itu cantik? Diajarkan kepada wanita untuk menjaga kehormatan diri dan kecantikkan itu hanya dikhaskan hanya untuk orang tertentu sahaja. Lelaki pula diajarkan agar menjaga pandangan mereka, kerana pandangan mereka hanya untuk melihat kepada yang sewajarnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen