Perkara Seronok Yang Boleh Dilakukan Ketika Single.

Perkara Seronok Yang Boleh Dilakukan Ketika Single.

Apa sahaja ketentuan Allah kepada kita tentunya mempunyai hikmah yang tersembunyi. Setiap gelar mempunyai cabaran dan keseronokan yang tersendiri. Oleh itu kenapa kita sering memandang yang buruk apabila tidak diberikan apa yang dikehendaki. Berseronoklah dengan apa jua keadaan. Dalam erti kata yang lain, bersyukurlah dengan apa yang kita ada. So, apabila single, apa yang best untuk dilakukan?



1. Travel.

Hidup ketika single adalah bebas. Bebas untuk ke mana sahaja yang kita mahukan. Iyalah. Bayangkan apabila sudah berumah tangga, pasti banyak komitmet yang perlu diberikan. Nak berjalan pun payah. Lebih-lebih lagi apabila di awal perkahwinan. Tentunya banyak wang perlu digunakan. Jadi, gunakan kesempatan ini untuk terbang ke mana saja yang anda mahu tuju.

2. Lepak bersama kawan.

Bagi lelaki yang sudah berkahwin semestinya merindui kenangan berlepak bersama kawan-kawan. Tengok bola sama-sama, bersembang ramai-ramai. Tetapi, apabila sudah bergelar suami, tiada sudah masa tersebut. Nak-nak dapat isteri penyiasat. Habis. Abang bila nak balik? Dah pukul berapa ni? Keluar dengan siapa tu? Hehehe Begitu juga wanita, nak jaga anak sambil lepak bersama kawan-kawan? Susah juga tu. Masa bersama keluarga adalah lebih utama.

3. Bebas hutang.

Masa ini tidak banyak komitmen yang perlu ditanggung. Oleh itu manfaatkan sebaik mungkin masa yang ada untuk melunaskan pelbagai hutang. Hutang pendidikan, hutang kenderaan, hutang kediaman misalnya.

4. Simpan aset.

Apabila banyak sangat lebihan kewangan tu, pandai-pandailah simpan. Beli aset yang penting terutama rumah, tanah dan emas. Kenderaan adalah sampingan. Tetapi apabila sangat diperlukan, tidak mengapa. Belilah. Asal mengikut kemampuan. Itu yang lebih utama.


Siapa kata single tak seronok? Yang penting kita happy dengan apa yang kita ada. Jika ada jodoh, teruskan saja. Usah bersedih. Lap air mata, dan jommmm. Terbanggggg. Ke mana kita mau travel? Hehehe


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen