Pasangan Baik Bukan Dinilai Pada Pakaian Sahaja.

Kita tidak boleh menilai seseorang hanya pada pakaian sahaja. Itu bukan penilaian yang tepat. Terlalu ramai hari ini orang berlakon menggunakan pakaian. Pakaian hanya dijadikan topeng untuk menutup kekurangan.

Tidak dinafikan, menutup aurat adalah wajib. Perkara yang wajib, perlu kita patuhi dan tidak boleh diingkari. Lelaki dan wanita mempunyai aurat tertentu yang perlu ditutup dari pandangan mata yang tidak sepatutnya.



Nilailah calon pasangan dengan peribadi, akhlak dan ketaatan dia kepada agama. Itu adalah aspek yang paling penting. Menilai seseorang itu melalui dalaman dan luaran. Alangkah sedihnya jika semua orang menilai hanya pada pakaian.

Apabila sudah berumah tangga, dia masih menjaga pakaian dengan elok, tetapi sanggup melakukan perbuatan yang kasar terhadap isterinya. Isteri pula berlaku curang di belakang suami. Bukankah nanti akan membawa penyesalan.


Oleh itu, jika mahu menilai pasangan, periksa betul-betul cara pergaulan dia dengan orang yang bukan mahram bagaimana, ketahui siapa sahabatnya. Kerana dengan mengetahui siapa sahabat mereka, kita dapat kenali watak sebenarnya si dia. Kemudian, lihat juga tingkah laku dia bersama keluarga, guru-guru serta rakan-rakan. Jika si dia berakhlak dengan kesemua kategori ini, bagus. Dan terakhir, lihat juga bagaimana ibadah si dia. Adakah si dia menjaga solat dan mengamalkan ajaran Islam dengan baik?

Apabila semua itu dilakukan oleh pasangan, maka tiada pilihan lain selain menerima pasangan tersebut. Biarlah dia berpakaian mengikut keselesaan. Asalkan menutup aurat dan yang paling penting mengamalkan ajaran Islam.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen