Ikuti Empat Langkah Ini Untuk Memikat Wanita Di Tempat Awam.

Oleh: Zuzu Yasmine

Cinta pandang pertama membuatkan seseorang itu cuba memikat pasangannya di dalam diam. Tetapi kadang kala apabila ia berlaku di tempat umum, rasa tidak berkeyakinan untuk memikat seseorang itu adalah tinggi. Jadi hanya mampu tengok dari jauh saja walaupun hati dan berkenan sangat.



Mungkin anda boleh cuba empat langkah ini untuk memikat pujaan hati anda di tempat awam. Apa pun yang terjadi selepas itu jangan risau, yang penting anda berusaha dahulu.

1. Jangan takut untuk mendekatinya.

Apabila mula meminati seseorang, jangan pernah untuk takut mendekatinya. Jika anda takut untuk mendekatinya, anda akan kehilangan dirinya. Kalau si dia itu benar jodoh anda bagaimana? Mungkin anda dan dirinya akan mengambil masa berbulan-bulan untuk bertemu di tempat yang sama. Jadi jangan lepaskan peluang yang ada. Tapi sebelum nak mendekatinya, pastikan dirinya tidak bersama pasangannya.

2. Lihat wajahnya dengan kesungguhan.

Selepas mendekatinya, lihat wajahnya dengan penuh kesungguhan dan pengharapan. Biasanya seseorang ini akan mudah cair apabila lihat seseorang yang tidak dikenalinya begitu berharap dengan bersungguh. Melainkan si dia sudah mempunyai pasangan. Jadi lihat reaksi si dia, jika senyum pasti belum ada pasangan lagi itu.


3. Terangkan niat sebenar.

Apabila melihat tindak balas yang positif, mulalah ambil langkah dengan menerangkan niat sebenar anda. Terangkan dengan jelas niat anda dan jangan pernah berselindung. Kalau boleh jangan timbulkan keraguan di hatinya. Sebab timbul sahaja keraguan, maka habis lah harapan anda untuk memikatnya.

4. Jangan takut ditolak.

Sifat berani itu kena anda untuk memiliki sesuatu yang indah dan berharga. Jadi jangan takut ditolak apabila percubaan anda tidak berjaya. Mungkin si dia bukan jodoh anda dan anda bukan calon pilihannya.

Apabila memikat di tempat umum ini, semuanya bergantung pada diri anda. Jika anda ada keberanian yang tinggi maka peluang anda untuk mendapatkan seseorang itu juga tinggi, begitu juga sebaliknya. Jadi anda harus betul-betul bersedia ketika ingin cuba memikat seseorang itu. Apa-apa pun semoga berjaya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen