Antara Ciri-Ciri Bakal Suami Harapan Wanita.

Wanita bukan lah mengharapkan lelaki yang sentiasa berjiwang dengan kata-kata puitis, tetapi..


1. Mata yang memandang wajah ketika mereka bercakap.
Mimik muka yang memahami suka duka dan pandangan terasa diri mereka disayangi. Nabi SAW akan pusing semua badan bila bercakap dengan seseorang. Mengadap mereka sepenuhnya.



2. Sediakan telinga untuk mendengar dengan penuh perhatian tanpa potong cerita mereka sampai habis. Tiada orang lain tempat mereka mengadu dan bercerita lagi selain suami mereka. Wanita mudah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang suka mendengar. Nabi SAW tidak akan alihkan telinga dari mendengar sehingga orang tu habis bercakap.

3. Rajin bantu mereka. Insan yang anda tidak kenal masa di mana-mana, jika mereka membawa anak-anak atau banyak barang. Anda hanya akan tekan lif dan jika barang jatuh anda menolong angkat barang mereka. Susahnya menjadi isteri.

Masak, hidang makanan, mengemas dapur, meja makan, basuh pinggan, suapkan anak, buat air, anak bergaduh, anak nak main permainan, dengar anak bercerita. Anda mudahkanlah mereka nanti Allah sayang. Nabi SAW uruskan hal rumahtangga sendiri.



4. Selalu membelai mereka. Pegang tangan ketika berjalan. Peluk ketika berjumpa.Picit-picit tangan dan kaki mereka kerana ucapan terima kasih menjaga anak-anak dan menguruskan rumah.

5. Beri hadiah dan kejutan sentiasa buat mereka sebagai ubat pengorbanan mereka. Hargai mereka. Nak cari seorang pekerja yang rajin dan boleh buat semua kerja sangat susah. Isteri bukanlah pekerja. Mereka adalah isteri, kekasih, kawan, teman, pembantu agama, hamba Allah, pelayan, orang gaji, pengurus rumahtangga, pengasuh.

6. Sediakan bahu bila mereka menangis.. biarkan mereka menangis. Biar mereka luahkan perasaan mereka. Jangan ceramah atau nasihat mereka dulu, tetapi biarkah mereka menangis dahulu.



7. Suami yang memimpin tangannya dan anak-anak ke syurga. Mulakan dengan setiap malam hidupkan bacaan Al-Quran dan bacaan hadis Nabi SAW dalam rumah walaupun sekejap.

8. Menghargai ibu bapa dan keluarganya. Buat baik pada mak ayahnya seperti mak ayah anda. Kerana asbab doa dan korban mereka anda berjaya mengenali wanita tersebut.

9. Sekali sekala ucapkan kata cinta dan sayang padanya. Nabi SAW ajar supaya anda ucap kata cinta jika menyayangi seseorang.

10. Bawa isteri dan anak-anak solat jemaah. Tahajud dan Dhuha. Saling doa mendoakan, solat malam bersama-sama, baca Al-Quran sama-sama, belajar bersama-sama, berada pada jalan Allah bersama-sama.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen