Mengapa Seorang Wanita Itu Sukar Untuk Memohon Maaf?

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kita melihat lelaki yang akan lebih mementingkan maruah dan ego mereka. Lelaki jugalah yang sukar untuk memohon maaf kepada pasangannya walaupun mereka yang salah dalam sesuatu perkara. Namun begitu, ada juga wanita yang memiliki sifat sukar untuk memohon maaf. Tetapi mengapa mereka ini sukar untuk memohon maaf berbanding wanita lain. Mari ketahuinya.



1. Lebih mementingkan diri sendiri.

Biasanya wanita ini lebih mengutamakan dirinya dalam pelbagai aspek. Maka dengan itu, mereka selalu mengabaikan perkara-perkara kecil. Mereka juga menganggap memikirkan perkara yang kecil itu hanya akan membuang masanya sahaja.

2. Kurang sensitiviti terhadap orang lain.

Boleh jadi juga mereka ini tidak sedar akan kesalahan yang mereka lakukan. Sebab itulah mereka tidak memohon maaf. Mereka ini juga sejenis yang tidak menjaga hati perasaan orang lain. Perlu ada orang yang menyedarkan dirinya apabila dia melakukan kesalahan.

3. Pernah terluka.

Apabila seseorang itu terluka, mereka ini akan berubah dari sifat sebenar mereka. Mereka mungkin akan menjadi lebih keras berbanding sebelum ini. Mereka lakukan ini demi melindungi diri mereka yang tidak mahu disakiti oleh sesiapa.


4. Malu untuk memohon maaf.

Mereka ini juga sejenis yang mementingkan air muka mereka. Walaupun dirinya salah, masih sahaja mahu berdalih untuk melindungi diri mereka. Semakin besar masalah itu semakin malu dirinya untuk menyatakan maaf.

5. Merasakan ia bukan satu keperluan.

Bagi mereka permohonan maaf itu bukan satu keperluan yang penting. Jadi mereka lebih memilih untuk mengabaikannya walaupun tahu diri anda mahukan kata maaf darinya. Ia juga tidak mahu memperbesarkan isu yang sedia anda.

Apabila anda memiliki pasangan seperti ini, anda seharusnya lebih bijak untuk melembutkan hati mereka. Bukannya lebih memilih untuk membuat mereka semakin keras dengan hubungan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen