Wanita Lebih Cepat Jatuh Cinta Berbanding Lelaki. Cara Untuk Mengatasinya.

Secara lahiriah, wanita yang dianggap lemah dan mudah berasa sunyi pasti suka apabila hadirnya seorang lelaki yang boleh melindungi mereka. Jika ada sahaja lelaki yang hadir dan mampu melayan mereka dengan baik, penuh tertib dan hormat, pasti mereka akan jatuh cinta dengan mudah.

Tidak ramai wanita yang mampu menepis ayat manis lelaki ini termasuklah walaupun wanita itu garang seperti singa atau ego yang tinggi menggunung. Kerana sekeras-keras hati wanita pun, pasti mudah jatuh cinta pada lelaki yang bijak mengawal emosi mereka. Itu lah lumrah kehidupan.



Jadi wahai wanita diluar sana, jom ketahui cara untuk mengawal diri anda sendiri agar tidak terlalu mudah untuk jatuh cinta dan menghargai cinta sejati…

1. Ambil masa.

Setelah putus cinta, wanita akan mudah menerima mana-mana lelaki yang hadir dalam hidupnya kerana mahu merawat hati yang terluka. Perkara ini akan menyebabkan terjadinya situasi rebound dimana anda hanya mencari cinta setelah dilukai dan terlalu cepat mencari pengganti.

Jangan terlalu cepat menganggap lelaki yang baik kepada anda itu adalah ‘The One’.



2. Sibukkan diri.

Isikan masa anda dengan aktiviti, hobi atau kerja-kerja yang dapat mengelakkan anda berfikiran terlalu negatif. Jika anda tidak melakukan sebarang aktiviti ini akan menyebabkan fikiran anda sentiasa merewang ke masa silam dan mula berfikir betapa sunyinya hidup anda tanpa kekasih.

Luangkan masa anda bersama rakan sekerja, sahabat baik atau mempelajari lebih dalam ilmu masakan.

3. Belajar hormat pada diri sendiri.

Persepsi masyarakat melayu, wanita yang mudah jatuh cinta, kerap jatuh cinta malah tidak serik untuk belajar mencintai seseorang pasti dilabel sebagai seorang yang tidak punya harga diri dan menganggap cinta itu terlalu murah harganya. Mungkin hanya hidupnya yang terlalu sunyi, oleh kerana itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk membuang rasa kesunyian tersebut.



Tetapi sebagai seorang wanita, haruslah anda bijak menghargai dan hormat pada diri sendiri agar orang sekeliling juga hormat pada anda.

4. Bijak dalam membezakan.

Untuk menjadi wanita yang matang, anda haruslah mengetahui perasaan anda sendiri dan bijak membezakan antara cinta sejati atau hanya tarikan dek paras rupa yang menawan sahaja. Kerana itu beri peluang kepada hubungan yang terjalin itu melalui fasa perkenalan dan elak diri dari terlalu cepat termakan budi atau kata-kata manis.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen