Wanita Lebih Suka Pada Lelaki Berjambang, Dan Manfaat Lain Yang Lelaki Akan Dapat.

Menurut kajian sebahagian wanita memang memilih lelaki yang berjambang sebagai teman pasangan mereka kerana ia kelihatan lebih macho daripada yang tidak berjambang. Selain daripada itu, mereka juga merasakan lelaki yang berjambang ini lebih sikap melindungi dan menghormati wanita.



Jadi, selain daripada dapat memikat hati wanita apakah manfaat lain yang lelaki berjambang ini akan dapat…

1. Cacat cela dimuka tidak kelihatan.

Jambang pada wajah seorang lelaki dapat melindungi sebarang cacat cela, malah dapat mengelakkan daripada terjadinya cacat cela seperti ruam, jerawat dan radang pada folikel rambut merupakan kesan buruk yang terjadi pada wajah lelaki akibat mencukur. Bahkan, pencukur juga boleh merebakkan bakteria pada kulit sekaligus menyebabkan jangkitan pada folikel rerambut pada wajah.



2. Pelindung cahaya matahari.

Menurut beberapa kajian yang telah dijalankan, jambang pada seorang lelaki boleh melindungi kulit wajah lebih dari 95% dari sinaran UV. Ini bermakna jambang memainkan peranan penting dari wujudnya sel-sel ketumbuhan yang lebih ke arah kanser. Ini kerana sinaran UV juga dipersalahkan atas punca kepada tanda-tanda penuaan pada kulit wajah.

3. Lebih maskulin.

Kajian juga mendapati bahawa jika anda ingin menarik lebih perhatian wanita, elak bercukur lebih 10 hari berterusan kerana kebanyakan wanita akan lebih tertarik untuk melihat lelaki berjambang kerana ia lambang kepada maskuliniti dan lebih matang.



4. Perangkap habuk dan debu.

Anda perlu tahu fungsi jambang pada seorang lelaki adalah dengan memerangkap habuk dan debu masuk ke dalam liang pori pada wajah yang kemudiannya boleh mengakibatkan masalah jerawat jika berlaku. Menurut pakar, jambang perlulah dibersihkan setiap hari bagi memastikannya ianya tumbuh bersih, rapi serta kemas.

5. Melembapkan kulit.

Mungkin anda tidak tahu bahawa kulit wajah kita mempunyai rejimen pelembap yang semulajadi membuatkan kulit kekal lembap. Dengan adanya jambang ia boleh melindungi kulit dari ditiup angin kencang yang mana boleh menyebabkan kemerahan dan kekeringan pada kulit wajah.

Jadi lelaki diluar sana, jika rasa anda masih bujang hanya kerana tiada jambang, cuba dengan kaedah ini pula. Selamat mencuba!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen