Kenali Perkara Remeh Bagi Lelaki Tetapi Tidak bagi Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki ini biasanya kurang peka terhadap wanita, mereka ini selalunya lebih mementingkan hal lain berbanding perkara yang remeh. Manakala wanita pula, mementingkan segala hal, walaupun perkara itu tersangatlah remah. Jom kenali perkara yang kerap dilupakan lelaki tetapi tidak bagi wanita.



1. Gaya makeup yang baru.

Orang lelaki ini tidak pernah ambil berat mengenai alat makeup. Jadi bagaimana mereka ingin tahu gaya makeup yang anda kenakan. Bagi mereka semuanya sama sahaja. Apa yang mereka rasa adalah makeup anda terlalu tebal.

2. Pergaduhan semalam.

Bagi lelaki perkara yang lepas mereka tidak akan mengungkitnya lagi. Tetapi berlainan pula bagi wanita. Mereka masih lagi mahu megenangkan hal yang lepas. Bukan itu sahaja, mereka juga masih mahu pasangan mereka memujuk mereka.

3. Gaya tudung mahupun gaya rambut yang baru.

Mereka tidak kisah perkara seperti ini. Mereka tidak kira berapa banyak gaya yang anda telah lakukan. Bagi mereka anda kelihatan sama sahaja dan tiada yang berubah. Jadi jangan berharap untuk mendapatkan pujian.


4. Jenis warna.

Dalam dunia lelaki tidak ada warna lembut terang mahupun gelap. Bagi mereka, hijau ada satu warna, merah pula ada satu warna sahaja. Jadi mereka tidak tahu warna apa yang anda mahu apabila anda menyuruhnya untuk membeli tudung yang anda tidak miliki. Bagi mereka semua warna itu sama.

5. Jenis tudung.

Lelaki tidak memakai tudung, maka dengan itu mereka tidak mengambil tahu berapa banyak jenis tudung yang ada di pasaran. Bagi mereka semua itu sama sahaja.

Bagi mereka ini adalah perkara yang remah sedang bagi wanita tidak. Namun begitu, tetap ada sahaja lelaki yang perihatin akan perubahan pasangannya. Bukan itu sahaja, mereka juga memahami perhatian yang pasangan mereka mahukan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen