Pesanan Penting Oleh MUA Buat Bakal Pengantin.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila tarikh perkahwinan menjelang tiba, sudah pasti semua orang akan sibuk dengan tugasan masing-masing. Tidak ketinggalan juga dengan bakal pengantin. Bagi bakal pengantin yang akan didandani oleh MUA terdapat beberapa tips yang boleh ikuti dan telah dikongsikan oleh Cahaya Sakinah atau lebih dikenali sebagai Kak Ina. Jom ketahuinya.



Buat pengantin perempuan.
1. Prepair tudung/shawl, veil, aksesories, kasut, dan baju wedding siap-siap dalam bilik makeup. So that tak ada la korang ke hulur hilir ambik baju dekat bilik lain.

2. Kalau planning nak pakai corset standby dalam bilik makeup terus.

3. Anak tudung, kerongsang, dan peniti please standby terus satu tempat. Nanti tak ada lah nak guna cari tak jumpa.

4. Sediakan kerusi bersandar untuk keselesaan korang dan boleh lapik bantal dekat kepala kalau nak lagi selesa.

5. Pakai baju berbutang depan supaya senang nak buka dan tak rosakkan makeup.

6. Kalau korang planning nak pakai contact lens please buka dan rendam lens baru beli itu, sekurang-kurangnya 2-3 jam sebelum pakai. Then pakai siap-siap 1 jam sebelum makeup.

7. Isi perut siap-siap sebelum jurumakeup sampai untuk makeup sebab once sampai jurumakeup terus start.

8. Please “TEPATI MASA” Setiap MUA ada timing masing-masing untuk makeup. Kalau dia kata 2 jam korang follow ja. Ada yang makeup sampai 3 jam. Semua ni ada reason taw. Kadang-
kadang kami MUA akan awalkan timing makeup sebab kena study jenis kulit korang.

Ingat makeup ni main tepek-tepek je semua produk dekat muka. Kalau yang jenis kening lebat, muka breakout, peeling, dan acne semua ini kena prepping bebetul taw. Jadi senang cakap follow ja apa MUA suggest sebab dia orang setiap minggu berdepan dengan kerja yang sama.


9. Before makeup or kalau boleh seminggu sebelum majlis inform MUA, makeup macam mana yang korang nak. Refer gambar-gambar MUA yang korang hire tu, then bagi tahu dia. Boleh discus look apa yang sesuai dengan muka korang dan minta pandangan. Dengan cara ini boleh elakkan salah faham dan payment sangkut.

10. Serah tugas dekat pengapit korang. Fungsi pengapit bukan bersiap lawa-lawa sambil selfie muncung itik. Masa ini khidmat korang diperlukan. Tak nak nanti MUA tengah makeup pengantin sibuk nak tulis speech, send location, jawab semua wish congrate thru Whatsapp. Oh my. Chuolls, nak hasilkan sesuatu yang lawa kena ada kosentrasi taw. Kalau bride pon tak bagi kerjasama macam mana MUA nak buat kerja. Nanti tak cantik acaner, sian MUA juga yang kena.

11. If nikah location jauh dari rumah BRIDE jangan lupa bawa IC dan barang batal air sembahyang yang korang nak bagi pada laki.
Kalau boleh yang penting-penting sila bawa naik satu kereta ye. Dah banyak kes kejadian yang Sis tengok depan mata and everything kelam kelibut jadinya nanti.

12. If korang NIKAH dan Sanding hari yang sama, minta pendapat MUA or minta MUA set timing untuk korang. Kalau nikah start 9.30am korang kena inform PHOTOGRAFER by 11am mesti dah siap shoot coz nak standby untuk sanding pulak. Kita awalkan bersiap tak apa, dari kelam kelibut. Percaya lah. Dah banyak kes kakina tengok depan mata Bride main-main bab masa.
Salah satunya delay bersanding. Biasanya 12.30pm sebab timing korang lari dah jadi lepas zohor.

Buat pengantin lelaki.
1. Please prepair korang punya barang. Jangan time MUA nak p siap ini tak ada, itu tak ada.
*Ni kalau yang add payment hire untuk siapkan lelaki taw.*

2. Stoking, butang baju melayu, sikat/minyak rambut. Hak ini semua MUA tak sediakan taw.

3. Make sure masa nak pergi menikah, barang-barang ini naik satu kereta dengan hampa.
-Duit Mas Kahwin.
-Cincin/gelang batal air sembahyang.
-IC or boring yang berkaitan.
-Duit upah Tok Kadi dan saksi. (Bukan free na)

*Kakina pesan sebab dah banyak kes delay nikah bila barang tak sampai sama-sama pengantin. Ini sebab Tok kadi dia akan tengok dulu barang batai ayaq sembahyang dan duit mas kahwin hampa tu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen