Adakah Wanita Dengan 8 Sifat Ini Masih Wujud? Jika Ada, Jangan Lepaskan Mereka Untuk Dijadikan Pasangan.

Wanita yang ideal pada mata lelaki adalah berbeza mengikut individual. Namun, jika masih ada lagi wanita yang mempunyai 8 sifat ini, pasti akan menarik perhatian lelaki.

1. Tidak cepat melenting pada perkara kecil.

Wanita yang ideal bagi pandangan lelaki adalah, seorang wanita yang tahu untuk mengawal emosi. Tidak mudah melenting, dan jika mengeluh pun bertempat. Walaupun perkara itu dianggap remeh, anda tidak cepat melenting dan akan berfikir dahulu sebelum bertindak.

2. Merajuk bertempat.

Wanita ini tahu untuk merajuk bertempat. Mereka tahu tempat dan masa yang sesuai. Tidaklah ketika dan saat lelaki itu sibuk bekerja, anda mahu merajuk dan mahu dipujuk juga. Siapa sahaja yang tidak rimas, kan?

3. Rendah hati.

Sering kita mendengar “Cantik, tapi sombong buat apa..” atau “Cantik, tapi kalau perangai tak cantik pun tak guna….” Kerana bagi lelaki, mereka suka pada wanita yang sentiasa rendah hati. Mereka mahukan wanita yang cantik luar dan dalam.

4. Tidak kalut.

Wanita ini tahu untuk bertenang supaya sesuatu situasi tersebut tidak menjadi lebih teruk. Kerana kebiasaannya wanita yang kalut akan membuatkan sesuatu majlis itu bertambah serabut seolah-olah masalah tidak boleh diselesaikan.

5. Mempunyai keyakinan diri yang cukup.

“Asyik-asyik insecure…” begitulah keluhan lelaki apabila berdepan dengan wanita, kerana wanita ini terlalu berhati-hati dengan keadaan sekeliling yang menyebabkan dirinya tiada keyakinan. Jika wanita itu juga yakin bahawa teman lelakinya akan melamar mereka, sudah tentu lelaki juga yakin wanita tersebutlah akan menjadi pasangannya.

6. Boleh menjaga diri sendiri.

“Take care…” daripada seorang lelaki adalah bermaksud, wanita tersebut boleh menjaga diri ketika seorang diri bukan sahaja dari segi berhati-hati dijalan raya TETAPI HATI DAN MATA tidak terpikat dengan orang lain sebenarnya. “Take care…” yang sebenarnya bermaksud JANGAN CURANG.

7. Positif.

Lelaki juga suka pada seorang gadis malahan seorang wanita yang positif. Ini kerana aura positif itu membuatkan seorang wanita itu harus dikagumi. Sikap lelaki pula suka pada sesuatu yang boleh membuat mereka merasa KAGUM.

8. Tidak berlebihan.

Dan yang penting adalah, sifat wanita yang tidak berlebihan dalam apa jua situasi, keadaan, dan juga dalam sesuatu perkara. Sebagai contoh;

Tidak terlalu manja sehingga merengek…

Tidak terlalu cemburu sehingga timbul perasaan curiga…

Tidak memakai ‘heavy make up’ sehingga mengubah rupa menjadi orang lain…

Adakah anda berada dalam golongan ini?

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen