Lelaki Bukan Sahaja Mahukan Wanita Yang Cantik Luaran Semata-Mata, Tetapi…

Siapa sahaja yang mengatakan lelaki ini tidak cerewet, mudah dibawa berbincang? Apabila berkenaan dengan jodoh, atau mahu memilih seseorang untuk dijadikan bakal isteri, siapa sahaja yang tidak menjadi cerewet, kan?

Untuk memilih seorang wanita menjadi bakal isterinya, lelaki bukan sahaja memandang kecantikan pada wanita tersebut, malah mereka mahu juga wanita tersebut…

1. Boleh menghormati ahli keluarga terutama ibunya.

Ini adalah perkara yang terpenting dalam hidup lelaki apabila ingin memilih bakal isteri. Lelaki ini suka pada sesuatu perkara yang boleh membuatkan mereka merasa kagum terutamanya apabila melihat ibunya dapat menjadi rapat dengan seorang wanita yang mereka cintai. Ibu dan isteri adalah kaum perempuan yang sama-sama penting dalam hidup lelaki.

Jadi, jika ada seorang wanita yang tidak menghormati ibunya, malah tidak boleh ngam dengan ahli keluarganya, berkemungkinan lelaki ini akan terus reject wanita tersebut.

2. Boleh bersikap positif.

Lelaki juga mahukan wanita yang boleh bersikap positif. Bersikap positif menandakan, wanita tersebut tahu membuat sesuatu keputusan tanpa menuding jari kesalahan ke atas orang lain. Ini kerana, jika wanita berkelakuan tidak positif, ia akan menjurus wanita tersebut hanya memandang salah pada lelaki tersebut secara total tanpa memikirkan tentang kebaikan yang pernah dilakukan.

Jadilah wanita cantik dan tidak memandang salah lelaki semata-mata.

3. Boleh cantik di dalaman juga.

Cantik diluaran, cantik di dalaman juga. Lelaki mahukan wanita yang cantik diluar dan di dalam juga, termasuklah akhlak diri. Jika lelaki tersebut tidak dapat memperbaiki sikap buruk seorang wanita, mereka juga tidak akan teragak-agak untuk menjauhkan diri dari wanita tersebut.

Jika benar ada seorang lelaki tidak kisah bersikap buruk, ternyata lama-kelamaan, hari berganti hari, lelaki tersebut akan mulai bosan dengan sikap wanita itu.

4. Bijak berbelanja.

Bijak berbelanja bermaksud, tahu untuk membelanjakan duitnya ke arah sesuatu yang dapat memberi manfaat. Seperti yang kita tahu, lelaki akan menghabiskan duit pada sesuatu yang dapat diguna dalam jangka masa yang lama seperti gadget, kereta, motor dan seumpama dengannya.

Jadi, lelaki mahukan seorang wanita yang tahu membuat perbelanjaan pada sesuatu perkara atau barang yang dapat digunakan dalam jangka masa yang lama. Bukan sahaja dapat memberi manfaat pada diri sendiri, malah untuk ahli keluarga dan dirinya juga.

5. Tidak meminta-minta barang yang bukan-bukan.

Lelaki juga akan rimas pada seorang wanita yang gemar meminta sesuatu diluar kemampuan diri mereka. Sedangkan bintang dilangit pun tidak tercapai, masakan pula mahukan sesuatu yang diluar kemampuan seperti barang-barang yang mahal malah tidak bermanfaat pula.

6. Tidak terus bermasam muka.

Apabila wanita tidak dapat sesuatu yang mereka mahu, malah perhatian, pasti akan terus bermasam muka, kan? Merajuk pula, entah  sampai bila berpanjangan. Jika lelaki tersebut sudah bersungguh-sungguh meminta maaf, berbaiklah kembali.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen