“Suka Sakat Suami Ketika Ada Wuduk,” Antara Gurau Senda Yang Membahagiakan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bergurau senda ini sememangnya menyeronokkan, buat sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi jika orang itu adalah orang yang kita sayangi. Bergurau senda ini nampak macam perkara remeh sahaja dalam perbuatan harian, tetapi sebenarnya besar juga kesannya dalam satu perhubungan. Mana tidaknya, sikap bergurau senda ini mampu menambah keeratan dalam perhubungan.

Biasanya kita lihat suami dan isteri lah yang akan lebih kerap bergurau mengenai air wuduk ini. Mana tidaknya, jika tersentuh kulit antara satu sama lainkan akan terbatal. Sudah pasti lah menyeronokkan melihat muka pasangan mencuka kerana perlu ambil semula wuduk.



Mari kita baca sedikit nukilan daripada Zureiny Zulkafly, mengenai perkara ini.

BILA SUAMI ADA WUDUK…

Bila jadi isteri ni kan, time paling gempak nak sakat suami bila dia ada wuduk.

Best giler masa tu. Macam mak sakat anak-anak.

Suami ni memang akan usaha sedaya upaya mengelak. Si isteri pulak gigih cari jalan nak mengusik.

Part yang seronok tu bukan sebab berjaya batalkan wuduk dia.

Bukan niat pesongkan suami daripada amal ibadat dia tapi masa tu la si isteri ni boleh nampak macam mana teguhnya si suami ni tadi pertahankan wuduk ni sebab nak solat.



Kelakar bila tengok muka si suami yang lari daripada si isteri sebab nak selamatkan wuduk dia.

Si suami ni tak akan marah. Paling jauh dia akan cakap, "Abang nak solatlah." Yang si isteri ni duk tersengih-sengih.

Tapi siaplah. Lepas dia selesai solat, memang dia akan balas dendam. Memang terjerit-jerit si isteri tu tadi sebab kena sakat balik.

Dapat suami macam tu, jaga dia baik-baik.

Macam mana dia jaga wuduk, dia jaga solat In shaa Allah dia akan jaga isteri dan keluarganya dengan sebaik cara.

Saya dah tak merasa semua tu. Rindu nak sakat arwah suami lagi. Dah lama tak ketawa sebab seronok usik dia. Sesekali datang kenangan tu, hanya air mata menemani saya.

Semoga Allah sentiasa jaga cinta dan rindu saya pada dia.

Setiap kenangan bergurau senda ini pasti menjadi ingatan buat sesiapa sahaja apabila berjauhan. Jadi apabila masih ada depan mata ini, banyakan bergurau agar hubungan lebih erat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen