Bila Masa Yang Sesuai Untuk Berkahwin? Ini Penjelesannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Berkahwin, ia kelihatan satu perkataan yang membahagiakan serta mengembirakan buat mereka yang bakal mendirikan rumahtangga. Tapi alam perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah untuk diucapkan. Perkahwinan itu perlukan kesediaan yang cukup, bukannya kerana mahu mengikut trend berkahwin awal ataupun melihat rakan lain sudah berkahwin.

Jadi bila waktu yang paling sesuai untuk berkahwin? Adakah perlu menunggu saat umur telah banyak baru boleh berkahwin? Ataupun, adakah setelah pandai menguruskan hubungan baru boleh berkahwin? Mari ikuti penjelasannya.



1. Ketika ada sudah bersedia untuk mengaku salah.

Setiap orang mempunyai satu perasaan ego yang kadang kala sukar untuk dibendung. Terutama jika ia melibatkan air muka dirinya. Bahkan kerana ego ini juga, seseorang itu tidak mahu mengaku salah sendiri kerana risau pasangannya akan memandang rendah terhadap dirinya. Sedangkan mengaku salah bukanlah seteruk yang dibayangkan.

Jika anda sudah mempunyai pasangan dan sudah bersedia untuk berkahwin, cuba lihat kembali perjalanan hubungan anda. Adakah anda pernah mengaku salah anda dihadapannya? Adakah anda pernah meminta maaf atas kesalahan anda? pernahkah anda memaafkan dirinya? Cuba perbaiki ini dahulu sebelum anda mengambil keputusan untuk berkahwin.

2. Ketika sudah bersedia untuk berbahagi kehidupan.

Apabila anda berkahwin, bukan hanya anda sahaja dalam perhubungan tersebut. Sudah tentu lah ada anda, pasangan, keluarga anda serta keluarga mertua anda. Jadi anda bukan sahaja perlu berbahagi kehidupan bersama suami tetapi juga kepada keluarganya.

Sebagai contoh, jika anda setiap minggu pulang ke kampung anda, kini anda mungkin perlu habiskan masa bersama pasangan anda ataupun anda akan pulang ke kampung pasangan anda. Segala perkara tidak boleh berdasarkan kemahuan anda sahaja, anda juga perlu menletakkan mereka ini dalam kemahuan anda.



3. Ketika sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.

Ini yang paling penting dalam alam perkahwinan. Berkahwin bukan hanya kerana suka sama suka, ataupun kerana ikutkan nafsu anda sahaja. Berkahwin ini perlukan kesediaan yang cukup tidak kira lah mental mahupun fizikal. Jika tiada dua perkara ini, anda akan cepat berubah fikiran dan perasaan selepas berkahwin nanti.

Jika berkahwin kerana dasar suka sama suka sahaja tanpa kesediaan yang cukup, adakah anda akan berpisah selepas rasa suka itu tiada lagi? Jika berkahwin kerana nafsu, adakah anda akan berpisah apabila pasangan tidak seperti dahulu? Jadi kesediaan fizikal dan mental ini akan membantu anda membuat keputusan yang matang dalam alam perkahwinan.

Tidak salah untuk berkahwin awal. Hal ini kerana setiap jodoh untuk seseorang itu berlainan. Bahkan, rasa sedia untuk sesuatu perkara juga berlainan setiap orang. Jika anda yakin dengan apa anda rasa maka tidak salah untuk buat keputusan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen