Tanda-Tanda Si Dia Sudah Tawar Hati.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa tawar hati ini tidak boleh dibuat main. Mana tidaknya, dari dirinya mahu memandang anda, tapi bila ada rasa tawar hati ini terus tidak mahu memandang anda. Bila anda perasaan sebegini, biasanya cakap pun dah tak tengok muka dah. Sangat besar kesannya terhadap hubungan bila salah seorang dah ada perasaan sebegini.

Orang kata, apabila ada perasaa ini nak perbaiki hubungan yang semakin menjauh itu pun dah sukar. Mana tidaknya, dalam hatinya dah tak ada rasa terhadap anda. Rasa sayang, perihatin, marah, bahagia semua dah hilang. Apa yang ada hati yang kosong sahaja untuk anda. Bahaya kalau perasaan tawar hati ini mula bercambah dalam hati seseorang.



Berikut adalah tanda-tanda pasangan mula tawar hati terhadap anda.

1. Tidak ambil berat akan keadaan anda.

Perkara pertama yang anda boleh lihat ialah sikap ambil berat dirinya terhadap anda. Jika dahulu dirinya begitu beria-ria ambil tahu akan rutin harian serta keadaan anda, kini dirinya tidak sebegitu lagi. Dia mula tidak kisah apa yang anda lakukan dibelakangnya. Bahkan tiada lagi pertanyaan seperti ini.

“Macam mana hari awak hari ini?”

“Sihat tak hari ini?”

“Test tadi okay tak?”

Jika semua ini sudah tiada, anda perlu cepat mabil tindakan segera untuk merawat hatinya.

2. Mula abaikan segala mesej dan panggilan.

Jika dahulu setiap panggilan ataupun mesej tidak pernah tidak berbalas atau tidak berangkat. Kini jarang sekali dirinya menelefon anda bahkan membalas mesej anda juga mengambil masa yang lama. Bukan hanya itu, kadang kala tidak ada pun khabar berita darinya selama seharian. Jika anda tidak memulakan dahulu maka tiadalah perbualan untuk hari itu.

3. Mula mengelakkan diri.

Biasanya bila diajak dating ini laju sahaja si dia menerima ajakkan anda. Kini pelbagai alasan yang dirinya berikan kepada anda untuk mengelakkan diri dari bertemu. Setiap alasan itu ada sahaja yang alasan yang tersendiri. Bukan itu sahaja, sebab-sebab yang diberikan itu kadang kala bukan lah satu perkara yang serius, namun tetap sahaja dia menolak ajakkan anda.



4. Dia tidak kisah anda ada rasa sayang atau tidak terhadapnya.

Dahulu setiap hari dirinya akan tanya “awak sayang saya tak?”. Kini tiada lagi pertanyaan seperti itu. Dirinya sudah tidak kisah jika anda sayangnya atau tidak. Bahkan jika anda melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya juga dia sudah tidak pedulikkannya seperti dahulu. Itu belum ditambah dengan sikap acuh tidak acuh darinya.

5. Muka dah tidak ceria lagi.

Senyuman diwajahnya juga semakin berkurangan, jika dahulu dia akan mudah tersenyum melihat anda. Kini yang ada hanya nada-nada bahawa dia tidak suka kehadiran anda. Setiap pertanyaan anda semuanya dibalas dengan dingin.

Jika berlaku seperti ini, itu menandakan bahawa dirinya sudah mula tawar hati dengan anda. Jadi mula lah lakukan perbincangan bersama pasangan anda jika si dia mempunyai tanda-tanda seperti ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen