10 Tanda Anda Mencintai Pasangan Tanpa Mengharapkan Balasan.

Cinta itu indah. Kadang-kala cinta itu juga dibutakan oleh empunyai diri. Malah cinta itu juga kadang-kala menyakitkan hati. Cinta juga kadang-kala terlalu subjektif, bukan sahaja pada pasangan, malah pada ibu bapa, ahli keluarga malahan sahabat juga.

Tetapi ada juga dikalangan kita yang bercinta dan mencintai tanpa mengharapkan apa-apa balasan kerana mahu melihat kebahagiaan pada pasangan. Kegembiraan yang terpancar pada wajahnya. Keceriaan yang boleh dibawa oleh dirinya sendiri. Mencintai pasangan tanpa mengharapkan balasan adalah sesuatu yang diinginkan oleh setiap insan.

Siapa sahaja di antara kita sebagai manusia biasa yang tidak inginkan balasan, kan? Jom kita lihat tanda-tanda anda atau pasangan yang mencintai antara satu sama lain tanpa mengharapkan balasan….

1. Anda seperti tidak lagi boleh mendengar segala nasihat daripada keluarga dan sahabat, kerana apabila anda berada di sisi si dia, anda seperti lupa segalanya. Hanya dia di depan mata.

2. Ketika makan berdua, anda tidak kisah berkongsi apa sahaja, malah sudu atau pinggan yang si dia telah gunakan.

3. Si lelaki akan cuba berlagak untuk menjadi gentleman, menyediakan tempat duduk untuk si gadis di restoran dan cuba melibas dengan kain, kerana tidak mahu ada habuk terlekat pada baju kekasih anda.

4. Jika anda telah berkahwin, anda menjadi over protective dan cuba menggapai tangan si dia kerana khuatir akan terlibat dalam kemalangan ketika melintas jalan. Dan yang pasti, anda akan sentiasa memegang tangan si dia ke mana sahaja anda berada.

5. Jika si dia membuat business online, anda sanggup untuk menjadi runner si dia, menghantar barang untuk postage, membalut segala barang dengan cermat supaya tiada kerosakan yang akan berlaku. Anda khuatir si dia akan mengamuk pula!

6. Anda tanpa segan silu sanggup memegang handbag si dia ketika dia mencuba baju di fitting room.

7. Ketika anda membuat panggilan telefon dengan si dia, anda seperti terawang-awangan mendengar suaranya, dan anda mampu tersedar jika telefon bimbit anda kehabisan bateri.

8. Anda sanggup tidak tidur malam dan menemani si dia yang mempunyai masalah, walaupun esok hari meeting dengan boss pukul 9 pagi!

9. Anda sanggup berpakaian mengikut cita rasa si dia hanya kerana pujian yang di berikan membuat anda sangat bersemangat ketika itu.

10. Anda mempunyai panggilan yang terlalu 'sweet' untuk si dia, jika tidak kena dengan tempat, berkemungkinan anda akan menjadi bahan lucu untuk rakan-rakan.

Anda atau pasangan tidak kisah mencintai tanpa mengharapkan balasan kerana dengan cara begitulah untukmeluahkan perasaan cinta. Perasaan yang ikhlas ini hanya untuk mereka yang bertuah sahaja yang dapat mendampingi diri anda seadanya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen