Wahai Lelaki, Jadilah Diri Sendiri Ketika Bercinta Dengan Tidak Melakukan 6 Perkara Ini.

Apabila mahu berkenalan dengan seseorang, pasti setiap insan akan berasa runsing di awal perkenalan tersebut. Perasaan yang gementar kerana terlalu risau jika insan yang anda mahu berkenalan itu, tidak dapat menerima anda seadanya. Jadi, kadang-kala anda melakukan sesuatu perkara diluar kawalan iaitu bertindak menjadi bukan diri sendiri.

Ia nampak kekok dan tidak selesa, namun untuk membuat si dia kagum, ada sahaja lelaki yang melakukan 6 perkara ini, tetapi sepatutnya perlu dielakkan. Apakah 6 perkara tersebut, jom kita lihat…

1. Meminjam kereta kawan yang mewah.

Ada sahaja lelaki yang sanggup meminjam kereta mewah kawan-kawan atau kenalannya hanya kerana mahu mengorat seorang gadis malahan wanita. Ini kerana dalam fikiran mereka, pasti wanita tersebut akan menghormati dan menghargai dirinya jika memiliki kereta mewah. Malah, akan terus menjadi steady girlfriend, tanpa disuruh.

Sikap ini hanyalah untuk mereka yang tidak matang sahaja, dan mahu keseronokan.

2. Tidak merokok semata-mata untuk membuat kaum wanita berasa kagum.

Perkara ini juga pasti akan dilakukan oleh para lelaki, kerana mahu membuat kaum wanita berasa kagum.

“You tak pernah smoke? Wow, I’m impressed…”

Lelaki akan sedikit berasa bangga, sekiranya wanita itu berasa kagum dengan dirinya. Jika wanita tahu perkara ini bodhong semata-mata, sukar untuk mereka terus mempercayai lelaki tersebut.

3. Menceritakan betapa banyaknya harta anda.

Nak kahwin mestilah banyak harta. Supaya wanita pandang. Itulah perspektif majoriti lelaki. Namun mereka bukan lah berusaha untuk memiliki harta yang banyak atau rajin mencari rezeki, tetapi berbohong dengan cara begini. Jika pada awal perkenalan lelaki melakukan sebegini rupa, semua kaum wanita akan berfikiran;

“Ingat perempuan ni nak harta je ke?”

4. Boleh membuat aktiviti ekstrem, tetapi penakut.

Oleh kerana lelaki mahu menunjukkan kekuatan dan berlagak hero depan wanita yang mereka suka, pasti mereka akan lakukan sesuatu yang tidak dapat dijangkakan. Sudah lumrah lelaki tidak suka menunjuk lemah dihadapan wanita, apatah lagi menjadi sebagai penakut. Berterus-terang sahaja, yang anda tidak dapat lakukan aktiviti ekstrem, termasuklah menaiki roller coaster.

5. Menceritakan betapa tingginya pangkat anda.

Jangan berbohong mengenai pekerjaan dan pendapatan anda, semata-mata ingin mendekati seorang wanita. Sama sahaja seperti point nombor 3, anda hanya berfikir wanita zaman sekarang mengejar kekayaan semata-mata untuk bahagia dalam perhubungan. Jika semua lelaki berfikiran sebegini, sangkaan anda meleset.

6. Menceritakan tahap pelajaran yang tinggi.

Perkara ini juga tidak perlu untuk ditipu sekiranya anda ikhlas untuk berkawan dan bercinta dengan seseorang. Jika anda khuatir untuk berterus-terang dengan seorang wanita dimana wanita tersebut lebih berkaliber dan berpendidikan tinggi dari anda, jangan terus untuk mempermainkan perasaannya. Jika tiada keberanian tersebut, carilah wanita yang sederhana sahaja.

Jadilah diri anda sendiri ketika bercinta, jangan jadi fake diluaran semata-mata untuk mengambil hati wanita. Anda bukan sahaja menipu pada dia sahaja, mungkin akan menipu ahli keluarganya juga kelak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen