Kalau Si Dia Lakukan Perkara Ini Disaat Pertemuan Pertama, Tinggalkan Sahaja.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika perkenalan serta pertemuan pertama ini banyak perkara yang akan memainkan peranan penting. Mana tidaknya jika anda tidak lakukan pemilihan dan ketelitian terhadap dirinya kemungkinan anda akan mengalami masalah apabila menjalinkan hubungan dengannya nanti. Mana yang anda mahukan, satu perkara yang membahagiakan selepas jalinkan hubungan cinta ataupun pertambahan masalah selepas anda jalinkan hubungan dengannya.

Jalan yang mana bakal kita pilih itu nanti boleh dilihat melalui kelakuan yang ada pada bakal kekasih hati anda itu. Jadi
mari lihat 3 perkara ini dahulu.



1. Bercakap mengenai masa lalu.

Jika dia berniat ingin menjalinkan hubungan dengan anda, sudah pasti dia akan mula menutup segala kisah mengenai bekas kekasihnya. Tidak kiralah sebab apa dia berpisah atau apa yang hebatnya bekas kekasihnya itu. Jika dia berkongsi dengan anda segala perkara mengenai bekas kekasihnya dia bukanlah orang yang sesuai untuk anda.

Mana tidaknya, dari situ dia tidak ada niat pun untuk menjalinkan hubungan dengan anda. Yang ada adalah cuba untuk meraih simpati anda bahkan dia mahu anda menjadi seperti bekas kekasihnya. Bukan hanya itu sahaja, orang seperti ini hanya mahu menghilangkan rasa kebosanan dalam hatinya sahaja. Jadi untuk apa anda membuka hati untuk orang sepertinya.

2. Kata-kata kesat.

Ini berkaitan dengan adab yang bakal pasangan perlu elakkan. Jika si dia suka melontarkan kata-kata kesat, jangan terkejut apabila dirinya akan bercakap seperti itu kepada anda. Ia akan membuat anda kelihatan seperti seorang yang tidak dihormati dan dihargai. Sudah pastinya ia akan menyakiti hati anda.

Bukan hanya itu sahaja, apabila dirinya telah biasa dengan kata-kata seperti ini, ia kemungkinan akan berkelakuan seperti itu di hadapan ibu bapa anda. Bagaimana anda ingin memperkenalkan diri kepada orang sekeliling anda kerana dia kelihatan begitu tidak sopan sekali.



3. Suka mencari alasan.

Jika dari awal sudah mula beri pelbagai alasan menyebabkan perjumpaan tertunda ataupun anda rasa kecewa dengan sikapnya. Itu menandakan bahawa dirinya tidaknya bersungguh-sungguh kepada anda. Jika dia bersungguh-sungguh sudah pastilah ia akan teruja dan berkobar-kobar untuk berjumpa dengan anda. Tapi jika hanya alasan sahaja yang diberi, anda boleh lihat bagaimana dirinya yang sebenarnya.

Bukan hanya itu sahaja, apabila anda jalinkan hubungan dengannya, pelbagai alasan lain yang akan anda dapat apabila anda mengajaknya melangkah satu hubungan yang serius. Pasti anda tidak mahu ternanti-nanti dan mendengar alasan yang entah apa-apa itu bukan?

Mereka yang memiliki tiga perkara ini seharusnya ditinggalkan dengan segera. Jika semakin anda memberi peluang dan kesempatan kepada dirinya. Mereka ini tidak akan tahu menghargai perkara tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen