6 Sebab Lelaki Takut Untuk Dekati Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang wanita biasanya lebih mengamalkan sikap tidak seperti pergi mencari timba apabila dalam soal mencari calon pasangan ini. Bukan itu sahaja, ada juga wanita yang mementingkan air mukanya dan tidak mahu kelihatan begitu terdesak apabila pergi yang sibuk mencari lelaki untuk dijadikan suaminya.

Mana tidaknya, jika wanita yang memulakan langkah terlebih dahulu, ia akan menjadi buah mulut orang ramai. Jadi untuk mengelakkan menjadi buah mulut serta tidak mahu digelar dengan ganti nama tidak elok, maka wanita lebih mudah untuk menunggu pasangan yang tepat buat dirinya itu.



Namun begitu, ada beberapa perkara yang membuatkan seseorang wanita itu sukar untuk didekati lelaki. Hal ini kerana, mereka ini kemungkinan takut akan 7 perkara ini. Mari ketahuinya.

1. Seorang yang berkerjaya.

Perkara yang paling utama yang bakal dilihat oleh kaum lelaki ini adalah pekerjaan anda. Jika anda seorang wanita yang berjaya, dan mempunyai kerja yang hebat, sudah pastilah lelaki akan takut dekati anda. Hal ini kerana, mereka bimbang sekiranya anda akan meletakkan wang hantaran yang tinggi hingga menyebabkan mereka terbeban. Mana tidaknya, ia akan standing dengan kerja hebat anda.

2. Penampilan yang berlebihan.

Lelaki ini lebih suka wanita yang berpenampilan bersederhana sahaja, tidak terlalu berlebihan atau berkurangan. Hal ini kerana, wanita yang miliki penamilan berlebihan ini sudah pasti tidak akan memandang lelaki yang biasa-biasa sahaja. Mereka ini sudah pasti mahukan pasangan yang suka berpenampilan mereka. Dan apa yang lelaki fikirkan biasanya adalah wanita seperti ini adalah seorang yang high maintenance.

3. Wajah yang serius.

Miliki wajah yang sentiasa masam dan serius juga membuatkan lelaki takut mendekati anda. Mana tidaknya, kalau tiba-tiba dia mendekati anda dan lalu anda memarahinya pasti itu akan memalukan mereka. Oleh itu, wanita sebegini akan dijauhi dengan segera.



4. Mempunyai ramai kenalan.

Wanita yang sentiasa ke sana sini bersama-sama rakannya juga pasti akan membuatkan lelaki takut untuk mendekati anda. Jika anda berseorangan pasti dia mempunyai peluang untuk mendekati anda tapi kalau anda bersama rakan-rakan pasti dia begitu was-was untuk dekati anda atau tidak.

5. Sentiasa bersama lelaki.

Kelibat anda selalu ldilihat bersama lelaki dan anda begitu mesra dengan lelaki terbabit. Ini juga menjadi punca anda tidak akan didekati. Mereka biasanya tidak tahu orang yang bersama anda itu adalah abbang, adik atau ayah anda. Bagi mereka jika anda begitu mesra pasti itu adalah kekasih anda.

6. Kelihatan berani dan mendiri.

Wanita ini apabila mereka bersendirian mereka akan menjadi seorang yang berani, mendiri dan berdikari. Mala dengan itulah lelaki takut untuk mendekati anda. Hal ini kerana, wanita sebegini adalah seorang yang tegas dan tetap pendiriannya.

Lelaki ini selalunya akan membuat kesimpulan hanya berdasarkan pandangan mata kasarnya sahaja. Jadi sebab-sebab perkara sebeginilah yang membuatkan diri anda sukar mendapat pasangan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen