Antara Rutin Waktu Pagi Yang Membantu Menjemput Rezeki Dan Kebahagiaan Dalam Rumah Tangga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap suami isteri pasti akan ada rutin hariannya yang tersendiri. Buat si isteri apabila bangun sahaja waktu pagi, pasti ada sahaja aktiviti yang akan dilakukan. Sebagai contoh, mengemas rumah, sediakan sarapan dan mengurus anak-anak. Buat si suami pula, apabila hari berkerja pastilah bangun pagi dan bersiap untuk mencari rezeki tapi bila hujung minggu waktu pagi adalah masa untuk menyambung tidurnya. Itulah rutin yang akan selalu dilakukan.

Apabila telah menjadi suami isteri ini, pasti mengidamkan rumah tangga yang bahagia bahkan dimurahkan rezekinya, itulah adalah perkara biasa yang dimohon setelah menjadi suami isteri. Selain berdoa, kita juga perlu berusaha untuk melakukan rutin-rutin yang membantu kita sekeluarga terus positif. Agar perkara yang baik-baik terjadi dalam keluarga kita.

Mari ikuti perkongsian daripada Mohd Fhais ini mengenai rutin harian yang menjemput rezeki dan kebahagiaan dalam rumahtangga.



                            

5 Rutin Di Waktu Pagi Yang Menjemput Rezeki & Kebahagiaan.

1. Bangun awal pagi.

Waktu pagi adalah waktu di mana rezeki sedang berkeliaran dari rumah ke rumah untuk mencari pemiliknya. Rugi kalau masa ni kita tak bangun dan menjemput rezeki masuk.

Bangun sekali dengan pasangan dan solat berjemaah sama-sama, insyaallah murah rezeki dan bahagia suami isteri.

2. Kemas katil.

Bangun tidur kemas katil dahulu. Lipat selimut, susun bantal dan betulkan cadar yang senget. Kalau di biar katil semberono begitu lepas bangun nanti ada yang sambung tidur balik.

Lagipun katil yang tak berkemas tu tanda orang yang malas. Rezeki susah nak melekat pada orang malas tau..

3. Sediakan sarapan.

Sarapan tak boleh tinggal, nanti pagi itu jadi lemau dan lemah. Nak buat apa pun tak bersemangat. Rezeki cuma rapat dengan orang yang sentiasa bersemangat je.

Sebelum bersiap untuk keluar kerja sediakan sarapan dahulu, lepas tu makan bersama anak isteri.. lebih afdal macam tu.



4. Pastikan sinki kosong.

Seeloknya jangan ada tinggal pinggan mangkuk kotor dalam sinki sebelum tidur, tapi kalau ada silakan tolong isteri basuh di awal pagi.

Bukan sahaja berisiko kuman dan bakteria melekat pada pinggan tapi ia mengajar anak-anak untuk jadi pengotor. Rezeki tak bersih jika kita sendiri tak amalkan kebersihan.

5. Kemas baju untuk di basuh.

Longokkan setempat baju kotor, masuk dalam satu bakul supaya mudah isteri nak masuk mesin basuh nanti. Mudahkan dulu kerja isteri barulah kerja kita nanti dipermudahkan.

Lagipun jika isteri rasa tenang, tak stress buat kerja rumah, suasana rumah pun jadi baik. Rezeki suka bertandang ke rumah yang tenang dan gembira.

Pagi adalah waktu untuk berbakti.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen