Adakah Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki Adalah Yang Tidak Materialistik?

Zaman sekarang semuanya memerlukan duit. Mahu melihat bakal jodoh pun, perlu melihat kestabilan kewangan mereka, tidak kiralah lelaki mahupun wanita. Jika wanita sudah tentu mahukan lelaki yang sudah stabil kewangannya, dimana lelaki memandang wanita sebegini adalah seorang yang materialistik.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, lelaki juga mahukan seorang wanita yang:

1. Tidak kisah dirinya bergaji kecil.

Lelaki mahukan dirinya diterima seadanya walaupun berpendapatan kecil. Namun, dalam keadaan bergaji kecil, lelaki mahukan wanita yang mampu susah senang bersamanya, malah sama-sama mencari rezeki, bukan terlalu bergantung kepada dirinya. Lelaki sebegini merancang untuk mencari rezeki bersama-sama pasangan, dan bukannya keseorangan.

2. Minat menyimpan wang bersama-sama.

Dalam keadaan masa kini, menyimpan wang adalah keutamaan dalam diri lelaki. Bukan menjadi terlalu boros sehingga tiada simpanan. Lelaki ini perlukan sokongan dari pasangan juga untuk sama-sama membuka akaun bank untuk simpanan. Lebih molek sekiranya wanita tersebut bersemangat untuk menyimpan daripada menyuruh lelaki tersebut membeli macam-macam barang yang tidak berfaedah.

3. Mahukan majlis perkahwinan yang sederhana tetapi meriah.

“Berkatnya Perkahwinan Apabila Maharnya Dipermudahkan, Dan Tidak Membebankan Suami….”

Itulah pandangan lelaki mengenai dengan pernikahan. Bukannya tidak mahu berusaha untuk memberi hantaran yang mahal dan eksklusif, tetapi mahu berpada-pada supaya tidak menjadi susah ketika melayari alam perkahwinan. Barulah boleh berdikari dari segi kewangan tanpa pergantungan kedua ibu bapa.

4. Tidak memaksa untuk memiliki telefon atau kereta yang mewah.

Seperti sudah menjadi kebiasaan dimana para wanita mahu pasangannya nampak bergaya supaya tidak dikata oleh orang ramai. Akan tetapi secara tidak sedar, tidak pula menjaga hati pasangan berkenaan dengan isu ini. Memaksa pasangan untuk memiliki telefon bimbit mewah, malahan kereta yang mewah sehingga diluar kemampuan lelaki. Bukannya lelaki tidak mahu bergaya, tapi buat apa ‘Bergaya tetapi papa kedana’.

5. Berjimat ketika berbulan madu.

Perkara ini juga pasti membuat ramai kaum wanita makan hati. Makan hati kerana melihat sosial media dimana rakan-rakannya memiliki suami yang mampu membawa pergi berbulan madu atau vacation di luar negara. Namun, bagi pandangan lelaki kebahagiaan sesebuah perkahwinan bukannya terletak pada ‘honeymoon yang mewah dan diluar negara’, tetapi adalah pada cara membuat honeymoon itu istimewa.

Lelaki bukan setakat mahukan bulan madu yang jimat, tetapi kreatif juga.

6. Tidak merengek meminta diluar kemampuan.

Dan yang paling penting adalah, lelaki mahukan seorang wanita yang tahu kemampuan lelaki. Bukan setakat kemampuan dari segi kekuatan, malah lihat juga dari segi pendapatan lelaki tersebut. Jika pendapatannya cuma rm2000 sebulan, jangan pula tiap-tiap minggu merengek mahu minum starbuck, kyochon pula, pergi melakukan aktiviti yang memerlukan duit yang banyak dan sebagainya.

Lelaki sebegini bukannya kedekut, cuma berpada-pada. Sekiranya masih belum berkahwin, teman lelaki anda masih mampu belanja anda makan, dan mampu juga untuk memberi sedikit wang. Hargailah mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen