Suami Jangan Malu Minta Bantuan Isteri Apabila Terlibat Dengan Masalah Kewangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang lelaki ini mempunyai air muka serta ego yang sememangnya akan dijaga sehinggakan dengan anak sendiri juga mereka malu untuk luahkan perasaan mereka. Terutama jika mereka ini terlibat dengan masalah kewangan, maka suami akan lebih banyak pendam dan diam akan perkara tersebut.

Dalam rumah tangga banyak perkara yang perlu anda kongsikan dan tidak boleh berhadapan dengannya secara bersendirian. Hal ini kerana, jika anda berhadapan secara bersendirian anda akan mula menjauhkan diri daripada isteri dan anak-anak anda. Jadi cuba belajar meminta bantuan dari sang isteri tapi bukan mengambil kesempatan ke atas dirinya. Isteri anda tidak akan faham jika anda tidak berkongsi masalah dengannya.



Berikut adalah cara-cara anda berhadapan masalah kewangan bersama pasangan anda:

1. Belajar bersikap lebih terbuka.

Jika anda menghadapi masalah kewangan, cerita pada isteri dengan bersikap terbuka. Mana tahu isteri anda akan membantu dengan mengawal pembelian dirinya itu. Jangan sesekali merahsiakan masalah kewangan anda terutama bila kedua-dua bekerja. Barulah adil tidak isteri anda sahaja boros berbelanja sedangkan anda terpaksa mengawal perbelanjaan demi keluarga.

2. Lakukan agihan dengan bijak setiap bulan.

Selepas mendapat gaji setiap bulan, pastikan anda membuat perancangan yang betul. Agihkan wang kepada perkara yang lebih penting. Misalnya bayaran rumah, bil elektrik, air dan ansuran kereta. Selepas itu barulah diagihkan untuk kehendak seperti membeli belah. Jadi jika anda melihat isteri membeli belah dari wang yang sudah diagihkan, anda sudah tidak risau. Berikan kebebasan kepada isteri mungkin itu dapat membahagiakannya setelah penat mengurus rumah tangga.

3. Tabungan perlu ada.

Buat tabungan keluarga untuk kegunaan masa kecemasan dan jangka panjang. Minta isteri turut terlibat jika dia bekerja. Dengan itu isteri tahu gajinya itu perlu diperuntukkan untuk kegunaan tabungan keluarga.
Apabila sesuatu terjadi anda tidak risau ada tabungan yang boleh digunakan. Semoga dengan itu juga isteri akan bijak berbelanja.


4. Lakukan senarai duit masuk dan keluar.

Mungkin isteri anda turut buntu dengan pengeluaran duitnya yang mana akhirnya duit suami juga diminta hujung bulan apabila dirinya boros berbelanja. Sarankan kepadanya agar membuat analisa untuk meneliti sama ada isteri berbelanja mengikut keperluan atau pun mengikut nafsu. Minta dia perhatikan, perbelanjaan yang dibuat semakin melebihi pendapatan isteri. Nasihat agar dia kurangkan berbelanja dan kurangkan sikap borosnya itu.

5. Jangan tambah hutang.

Elak isteri daripada berhutang untuk membeli sesuatu barang, bimbang ia akan membuatkan dirinya terlebih belanja dan akhirnya anda juga yang susah. Katakan kepada isteri, berhutang sebenarnya bukan jalan penyelesaian kepada kekurangan wang. Ia lama kelamaan akan membuatkan masalah kewangan semakin bertambah.

6. Rancang kewangan dengan bijak.

Sering menasihat isteri agar bijak merancang kewangannya. Beritahunya setiap pendapatan sampingan seperti bonus atau duit poket yang dicarinya itu lebih elok digunakan ketika sangat memerlukan dan bukannya untuk lebih boros berbelanja.

Kehidupan akan menjadi lebih bahagia bila isteri dan suami merancang bersama-sama perbelanjaan keluarga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen