Nukilan Hati Seorang Ibu Terhadap Anaknya. Moga Perkongsian Ini Dijadikan Iktibar Pada Anak-Anak.

Sebagai seorang ibu yang sering merasakan beratnya tanggung jawab apabila setelah memiliki anak, pasti terasa banyak bebanan yang perlu dipikul. Segala keluh kesah bagaikan tiada siapa yang dapat memahami dikala hati sedang bersedih. Oleh sebab itu, jika si suami tidak dapat memahami perasaan seorang isteri, si ibu mengharap anak dapat menyelami hati dan perasaannya. 

Nukilan ini ditulis dan dikongsi oleh Puan Marlia Ramli di laman facebooknya untuk tatapan anaknya apabila besar nanti, moga anak-anak yang lain juga dapat mengambil iktibar dari perkongsian ini....

******** 

1- Mama tak pandai. Mama jahil. Mama bukan ustazah. Banyak yang Mama tak tahu berbanding tahu. Banyak dosa Mama pernah buat berbanding memiliki pahala.

2 - Tapi ada satu perkara yang Mama sangat berkobar-kobar laksanakan walaupun tak pandai. Pada hari Mama mengandungkan awak, Mama terus buat Tabung Pendidikan. Ini saja yang Mama tahu. Mama mahu memilih pendidikan yang Mama fikir baik buat awak.

3 - Kerana Mama yang jahil ini bercita-cita besar. Mama mahukan anak yang solehah. Anak yang memiliki sifat muhajidah dan hafizah. Bukan untuk Mama. Tapi supaya awak menjaga adik dan Papa. Itu saja!

4 - Awak anak yang kuat. Mama mengandungkan awak pada zaman Mama susah. Usia Mama 23 tahun. Usia yang tak tahu pun bahawa bila kita susah, kita terpaksa hadap berjuang kerana kita sunyi dan tiada sesiapa di sisi.

5 - Mama merempit dengan Papa sebab terpaksa jimatkan petrol. Papa pasang box di motor sebab kami bawa bekal. Lori tanah himpit motor. Mama dan Papa nyaris jatuh. Allah masih bagi nyawa. Syukurlah.

6 - Dan waktu itu kami tahu awak ada dalam rahim Mama. Papa gembira sungguh! Perkara pertama yang Mama Papa buat bila mengetahui kehamilan awak adalah bina tabung pendidikan dan tabung kesihatan. Segera! Bagi kami, dua perkara yang tak perlu jimat adalah pendidikan dan kesihatan.

7 - Maafkan Mama Papa sebab waktu kecik awak tak ada mainan. Mama lukis gambar di kotak dan gunting cipta mainan awak. Papa gantung riben warna hayun-hayun untuk awak lompat capai. Awak kagum! Awak suka! Ya, waktu tu kita susah. Tapi kita tidak menadah-nadah. Keluarga kita jimat. Tapi kita tak menyusahkan sesiapa.

8 - Mama Papa buat dua tiga kerja, kami bina tabung syiling dan tabung warna. Kami sentiasa cari peluang menambah wang. Satu sen pun kami tak pernah berhutang sesiapa. Dan Mama? Masih kekal memaksa diri bina dana pendidikan. Papa? Menggunakan minda dan tenaga arjuna untuk menjana pendapatan keluarga.

9 - Awak lahir pada usia Mama Papa 24 tahun. Usia mentah namun kehadiran awak membuatkan kami bertambah serius tentang hidup. Entah bagaimana rezeki melimpah-limpah. Rumah pertama juga dimiliki waktu ini. Kami yakin ianya hak awak. Sebab itulah Mama belikan awak rumah lagi dan lagi..

10 - Semua yang Mama ada rezeki awak. Sebab itulah juga, bila awak sakit Mama pastikan awak mendapat rawatan di hospital yang baik. Mama tak mahu awak menunggu giliran. Mama mahu awak dapat rawatan yang cepat dan selesa. Mama mahu pulangkan apa yang Allah bagi untuk awak.

11 - Awak manja sangat. Makan udang Mama yang kupas. Makan ikan Mama yang asingkan tulang. Bila sedih awak peluk Mama kuat-kuat. Bila berjalan, awak rebut nak pegang tangan dan sibuk nak peluk Papa. Awak cakap besar nanti nak ada suami macam Papa. Sebab awak fikir suami awak sepatutnya seperti Papa.

12 - Semalam Mama dan Papa hantar awak ke asrama swasta. Kami allocate sebulan empat angka untuk pendidikan awak. Mahal ke? Tak apa... sebab segala yang kami ada dipulangkan kepada awak. Lagipun kami percaya dalam pendidikan usah berjimat.

13 - Tinggal lah puteri Papa. Tinggal lah buah hati Mama. Hati Mama sakit lihat airmata awak. Hati Mama rindu. Mama sungguh-sungguh rasa nak bawak awak lari balik. Tapi begitulah... Lambat atau cepat awak akan tinggalkan Mama dan Papa juga. Papa cakap dah tiba masa Mama perlu lepaskan awak. Walaupun hati Mama tak mahu!

15 - Ya... Mama tak pandai. Mama jahil. Mama bukan ustazah. Mama bukan hafizah. Namun... Mama impikan yang terbaik buat anak-anak Mama. Anak yang soleh dan solehah. Mujahid dan mujahidah. Begitulah...

16 - Semoga awak berjuang dan berjaya. Kerana... Mama tak impikan apa-apa untuk diri. Memiliki awak membuatkan Mama tak perlu meminta apa-apa lagi. Cukuplah awak bahagia dan berjaya dunia akhirat.

Insya'allah... Awak akan baca posting ini suatu hari nanti. Dan Mama mahu awak tahu bahawa, awak adalah Puteri terindah yang kami ada. Paling indah!

Nukilan Mama - 02Jan2019

******** 

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen