Wahai Isteri Ketahui Kemampuan Dan Batas Anda, Jangan Terlalu Paksa Diri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi seorang isteri ini bukanlah mudah, mana tidaknya mereka ini sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak serta suami mereka. dalam setiap perkara, dia mahu dia lah yang terbaik sehingga sanggup berpenat lelah untuk semua perkara, lebih-lebih lagi dalam menguruskan rumahtangga.

Dia mahu menjadi isteri yang terbaik buat suaminya bahkan dia mahu menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya sehingga dia lupa bahawa dia perlu menjadi terbaik dalam menguruskan dirinya dahulu sebelum orang lain.

Buat isteri-isteri di luar sana, periksa kemampuan anda, dan jangan mengejar kesempurnaan tapi akhirnya anda sendiri yang terluka. Cuba baca sedikit pandangan dari saudara Firdaus Shakirin ini, mana tahu ia boleh menjadi sebuah renungan yang membantu anda.



"Nak jadi isteri yang baik itu boleh, tapi jangan 'terlalu' berusaha untuk menjadi yang terbaik…"

Buat setakat yang mampu, setakat yang awak boleh then minta suami untuk faham keterbatasan awak dalam menjadi seorang isteri, seorang ibu dan juga seorang pekerja…

3 status yang dipegang seorang perempuan setelah mendirikan rumahtangga…

Dia menjadi seorang isteri kepada suami, dia seorg ibu kepada anak-anak dan dia juga seorang pekerja kepada majikan (jika bekerja). Dengan kudrat sebagai seorang perempuan, anda rasa, sampai bila anda mampu untuk menggalas ketiga-tiga status itu dengan baik? Dan boleh melakukan semuanya dengan sempurna?


Please know your limit…

Tahu kemampuan dan batas awak. Jangan buat semuanya terlalu sempurna sebab lama-kelamaan awak akan letih, awak akan penat. Bila awak letih, bila awak penat, awak akan beremosi dan cepat sensitif.

Awak akan moody dengan suami, awak cepat marah dengan anak-anak. Awak dah almost fully utilize fizikal awak, mental awak.

Kalau tak sempat buat kerje rrumah itu hari ni, buatla esok. Jangan paksa diri untuk buat jugak bagi setel hari ni. Bezakan kerja rumah apa yang perlu dibuat dahulu, kerja rumah mana yang boleh dibuat dihujung minggu dan sebagainya. Jangan anggap semua kerja-kerja rumah tu perlu dibuat dalam hari yang sama, perlu disiapkan dalam hari yang sama. Jangan seksa diri sendiri untuk semua ni, jangan paksa diri semata-mata untuk semuanya kelihatan baik dan sempurna.

Jangan, anda bukan robot...

Anda perlukan rehat yang mencukupi untuk terus berbakti dan anda juga perlu untuk terus sihat dalam menjadi seorang isteri dan seorang ibu.

Sayangilah diri anda sebelum menyayangi diri orang lain..."

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen