Cara Untuk Menjaga Hubungan Antara Adik-Beradik.

Selain dari ibu bapa, orang yang paling rapat dengan kita sudah tentu adik-beradik kita. Bergaduh, berpisah jauh mana sekalipun, pasti akan berbaik juga ibarat Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus. Apabila berlaku perbalahan, sambunglah kembali tali hubungan silaturahim tersebut.

Seperti Rasulullah SAW bersabda:

“Ada dua kaki yang sangat disukai Allah, iaitu kaki yang dilangkahkan untuk solat fardhu, dan kaki yang dilangkahkan untuk silaturahim” (Hadith Riwayat Muslim)

Daripada hadith di atas menjelaskan bahawa Allah SWT amat menyayangi mereka yang menjaga hubungan silaturahim antara sesama manusia, dan menjaga persaudaraan antara muslim. Sebagai manusia yang lemah dan hina atas muka bumi ini, pasti kita mahu disayangi oleh Allah SWT.

Rasululllah SAW juga bersabda bahawa:

“Dengan menghubungkan tali kekerabatan, lalu Allah SWT akan melapangkan rezeki dan memanjangkan umur kita” (HR. Bukhari)

Melalui hadith ini sahaja, ketahuilah kita bahawa begitu banyak manfaat sekiranya menjaga tali hubungan silaturahim antara sesama kita terutamanya hubungan kekeluargaan. Jadi, jom ikuti cara untuk menjaga hubungan adik-beradik dalam keluarga:

1. Mengunjungi mereka ketika waktu lapang.

Apabila semua adik-beradik sudah memiliki kerjaya sendiri, keluarga sendiri, sudah tentu terdapat kekangan masa untuk berjumpa. Jangan lupa untuk sentiasa melawat dan mengunjungi adik-beradik tika mempunyai luangan masa. Sudah berumah tangga, bukan tiket percuma untuk terus lupa pada adik-beradik yang lain.

Berkemungkinan, bagi segelintir individu, adik-beradik yang lain seperti menyusahkan, oleh kerana itu mahu cepat-cepat berumah tangga, kerana mahu keluar daripada kekalutan hubungan keluarga. Jika ini yang terjadi, sebaiknya bermuhasabah diri kerana adik-beradik adalah amanah dari Allah untuk kita sentiasa jaga dan saling sayang-menyayangi.

2. Memberi mereka hadiah.

Tidak lupa untuk memberi hadiah kepada adik-beradik kita juga. Jangan hanya mahu memberi hadiah ketika tarikh penting sahaja. Pemberian hadiah adalah tanda kita mengingati mereka, dan menghargai kehadiran mereka sebagai adik-beradik. Ketika ibu bapa sudah tiada di dunia, dengan siapa lagi kita mahu menagih kasih kalau bukan dari adik-beradik sendiri.

Pemberian hadiah tidak semestinya dalam bentuk kebendaan, mungkin mahu belanja makan, bercuti dan seumpama dengannya.

3. Sentiasa menghubungi mereka.

Apabila sudah memiliki rumah dan keluarga sendiri, kita pasti hanya tertumpu rumah tangga sahaja. Jika terdapat kelapangan masa, jangan lupa untuk sentiasa menghubungi mereka. Apa guna telefon bimbit mahal, aplikasi banyak tapi tidak digunakan untuk eratkan hubungan kekeluargaan? Jangan sia-siakan pada barang yang tidak bernyawa semata-mata untuk manfaat diri sendiri, tetapi tidak pada keluarga sendiri.

4. Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

Dan yang paling penting adalah, sentiasa sebut nama adik-beradik kita dalam doa usai sahaja solat. Setiap 5 waktu solat, sebutlah nama mereka, dan doakan kesejahteraan. Secara tidak langsung Allah SWT akan memebri mereka perlindungan dan dilimpahi rezeki sentiasa, dengan izin-Nya.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen