Kenapa Komunikasi Itu Penting Antara Ibu Bapa Dan Anak-Anak? Jom Baca.

Ramai dikalangan kita hanya mengutamakan komunikasi di antara pasangan yang sedang bercinta mahupun pasangan suami isteri sahaja. Namun, terlupa untuk menghasilkan komunikasi yang baik bersama ibu bapa, adik-beradik, saudara mara termasuk ibu bapa mertua dan ipar duai. Jadi, komunikasi memang amat penting dalam perhubungan manusia, termasuk di mana-mana sahaja.

Untuk menghasilkan hubungan yang baik, ia harus bermula dari dalam rumah iaitu institusi kekeluargaan itu sendiri. Yakni daripada ibu bapa.

Oleh sebab itu, setelah bergelar ibu bapa amat penting untuk mengutamakan komunikasi dikalangan keluarga itu sendiri kerana…

1. Boleh tahu setiap masalah ahli keluarga.

Masalah peribadi memang sukar untuk diluahkan, jika bukan dengan sahabat/bff sendiri pasti dengan ahli keluarga. Namun, ramai dikalangan anak-anak hanya mampu meluahkan perasaan dan pendapat kepada orang luar, iaitu sahabat baik sendiri kerana begitu selesa. Malah situasi ini berlaku kerana pengaruh sahabat baik yang kuat dan sering meluangkan masa bersama.

Namun, masalah peribadi seperti tentang aib ahli keluarga sepatutnya memang tidak boleh disebarkan pada orang luar, termasuk pada sahabat sendiri pun. Jika aib keluarga pun kita tidak boleh nak jaga, inikan pula orang luar mahu menjaga aib kita. Penting untuk ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak sejak dari kecil lagi.

2. Tanda mengambil berat dan mengambil kisah.

Apabila adanya komunikasi di dalam keluarga, ia menandakan keluarga anda adalah keluarga yang sihat kerana adanya komunikasi dua hala. Bukan sahaja mampu meluahkan perasaan, ibu bapa juga menjadi orang kuat untuk menyokong anda. Membantu anda dalam menghasilkan solusi dalam satu masalah atau konflik.

Sekiranya ibu bapa tidak mulakan langkah ini, anak-anak juga akan menjadi tidak ambil kisah tentang adik-beradik mereka.

3. Untuk mengeratkan hubungan.

Di samping itu, hubungan kekeluargaan juga menjadi bertambah erat. Pergi ke mana sahaja, mesti berkepit dengan keluarga. Tidak kisah digelar anak mak ke, anak ayah ke, manja dengan adik-beradik ke, kerana ketika dan waktu susah, ahli keluarga juga akan menolong kita, bukan orang lain. Ini yang dinamakan Relationship Goal.

4. Tidak rasa tersisih atau terpinggir.

Selain daripada itu, jika anak-anak mempunyai seseorang untuk diluahkan perasaan seperti kakak atau abang, ataupun pada ibu bapa sendiri, mereka secara tidak langsung akan berasa dekat dengan ahli keluarganya sendiri. Malah tidak pernah rasa tersisih atau terpinggir.

Kerana kebiasaannya, di dalam keluarga pasti aka nada ‘anak favorite’, ‘adik favorite’, ‘kakak favorite’ dan sebagainya, dimana situasi ini sebenarnya tidak sihat dan akan menjadi mangsa buli.

5. Menandakan keluarga yang bahagia.

Apabila mempunyai komunikasi yang sihat, sudah tentu ia menandakan keluarga anda adalah sebuah keluarga yang harmoni dan sihat. Antara salah satu kesannya adalah, masalah dan gejala sosial sukar untuk berlaku kerana anak-anak lebih selesa untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Semoga Kita Dapat Membina Keluarga Yang Bahagia!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen