Bagi Anak Muda Yang Tidak Tahu, Ikuti Tips Ini Untuk Melanggan Perlindungan Takaful.

Tidak ramai dikalangan anak muda yang mempunyai kesedaran untuk melanggan perlindungan takaful untuk diri sendiri. Anggapan mereka adalah kerana memiliki tubuh badan yang masih kuat dan sihat, maka tidak perlu untuk melanggan perlindungan takaful ini. Malah dianggap sebagai pembaziran juga, kerana terpaksa membuat bayaran setiap bulan.

Apabila umur semakin meningkat, semakin mahal pula bayaran bulanan, kemudian menyesal sebab tak langgan awal-awal pada usia yang muda. Memang lumrah anak muda begitu, jadi kepada mereka yang mahu memulakan dengan melanggan perlindungan takaful, ikuti tips ini supaya tidak tersilap langkah…

1. JANGAN langgan takaful sebab paras rupa dan kebaikan ejen semata-mata.

Pilihlah takaful berdasarkan keperluan kewangan sendiri.

2. JANGAN langgan takaful untuk diri sendiri melebihi 10% daripada pendapatan kerana akan overpaid.

Paling banyak pun 15%, itu pun untuk yang berusia emas.

3. JANGAN langgan medical card tanpa life protection untuk income protection.

Jika tiada medical card, masih ada alternatif di hospital kerajaan jika jatuh sakit. Tapi jika tiada life takaful untuk income protection, akan memberi kesan besar dalam kewangan keluarga apabila ditimpa musibah kematian, lumpuh dan sakit kritikal.

4. JANGAN risau kalau ada ejen burukkan syarikat takaful lain susah bayar claim.

Semua syarikat takaful berada di bawah kawal-selia oleh Bank Negara Malaysia, dan tertakluk kepada undang-undang Islamic Financial Services Act. Jika ada pelanggan yg teraniaya, boleh buat laporan. Jika kes genuine, undang-undang berpihak kepada pelanggan.

5. JANGAN sembunyikan maklumat-maklumat penting terutama kesihatan ketika tanda tangan polisi.

Dedahkan semua maklumat diminta, sekalipun penyakit yang sudah sembuh atau penyakit 10-20 tahun lepas. Jika tidak, akan ada risiko besar untuk tuntutan ditolak apabila berlaku musibah. Banyak kes claim ditolak disebabkan “undiscloser fact” atau ketidakdedahan fakta.

6. JANGAN buat-buat lupa bayaran bulanan.

Ini akan menyebabkan polisi menjadi “lapse” dan tidak lagi berkuatkuasa. Polisi takaful yang baik ialah polisi yg dibayar sumbangannya setiap bulan.

7. JANGAN tandatangan borang kosong.

Pastikan borang diisi terlebih dahulu sebelum tanda tangan. Semak borang sebelum tandatangan untuk memastikan borang diisi dengan maklumat lengkap dan betul.

8. JANGAN mudah-mudah batalkan polisi apabila ada ejen takaful lain memburuk-burukkan polisi takaful anda.

Buat semakan kembali dan dapatkan pandangan kedua. Ejen yang suka batalkan polisi klien boleh diadukan kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

9. JANGAN tandatangan borang cadangan takaful sebelum anda baca Product Disclosure Sheet (PDS).

Boleh minta PDS daripada ejen atau lihat dalam website syarikat. PDS adalah dokumen penting produk takaful yg diwajibkan oleh BNM kpd semua syarikat takaful. Ejen wajib tunjukkan dan terangkan kepada bakal pelanggan.

10. JANGAN bayar mahal tapi coverage sedikit untuk takaful.

Fungsi utama takaful adalah untuk perlindungan, bukan untuk simpanan atau pelaburan. Sebaiknya-baiknya, 5-6% daripada pendapatan untuk perlindungan bersamaan 10 tahun pendapatan. Contoh, gaji RM 3,000 sebulan, caruman RM 150 ke RM 170 sebulan bersamaan RM 360,000 utk kematian, lumpuh dan sakit kritikal.

11. JANGAN langgan takaful untuk hibah sahaja tanpa coverage critical illness.

Produk takaful untuk hibah sahaja, tidak membantu sekiranya berlaku penyakit kritikal sedangkan 70% kematian berpunca dari sakit kritikal. Jika sudah sign-up, boleh tambah coverage baru untuk sakit kritikal.

12. JANGAN lupa baca polisi sebaik sahaja terima.

Ia sangat penting utk memahami kembali apa yg diterangkan oleh ejen dan pastikan ia terkandung di dalam polisi. Jika ejen beritahu polisi ada simpanan sekian-sekian, minta ejen tunjukkan maklumat tersebut.

13. JANGAN malas untuk buat perbandingan proposal takaful.

Di Malaysia, ada lebih kurang 10 syarikat takaful. Jadi, selaku pelanggan, adalah satu kelebihan untuk mendapatkan produk yang paling baik dan paling sesuai berdasarkan kewangan diri-sendiri.

14. JANGAN buat perbandingan lama sangat sampai 3-4 tahun tak habis-habis minta quotation tapi tak sign-up sebarang polisi.

Sakit, mati, lumpuh tidak menunggu kita ada polisi takaful baru datang menyinggah. Mereka datang tanpa memberi salam.

15. JANGAN terpengaruh dengan ejen yang desperate nak dapatkan sales.

Pilih ejen yang mampu memberikan khidmat nasihat berdasarkan keperluan kewangan anda. Mereka golongan rare dalam industri takaful dan tidak ramai.

16. JANGAN batalkan polisi hanya semata-mata anda tidak puas hati kepada ejen.

Kembali kepada objektif asal anda melanggan polisi sebab apa? Jika tak puas hati dengan ejen, anda boleh hantar surat kepada syarikat takaful untuk menukar ejen lain.

17. JANGAN mengharapkan produk takaful yang sempurna.

Tiada produk seumpama itu. Produk takaful boleh diambil sedikit demi sedikit. Boleh ambil lebih daripada satu polisi untuk sesuaikan dengan keperluan kewangan kita.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen