Isteri Pembawa Rezeki Buat Suami, Ayuh Kenali Ciri-Ciri Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam alam perkahwinan, mendapatkan isteri yang pandai menguruskan wang serta seorang yang berhemah dalam berbelanja sememangnya satu bonus dalam alam perkahwinan bukan? Tapi bagaimana pula dengan memiliki isteri yang tidak pandai menguruskan kewangan, boros dan suka melakukan pembaziran? Jika pembaziran di jalan Allah, maka rezeki anda akan lebih lancar.

Suami-suami perlu tahu, ketika saat suami memberi nafkah kepada isterinya dan isterinya berasa gembira dengan apa yang diberikan oleh suami itu maka itulah permulaan pintu rezeki buat suami. Orang kata, perkahwinan itu adalah satu jalan untuk membuka pintu rezeki bukan? Maka isteri adalah salah satunya.

Bukan sahaja sikap dan layanan suami terhadap isteri sahaja yang membuat rezeki datang melimpah ruah ke dalam rumahtangga tersebut tetapi terdapat beberapa ciri-ciri isteri pembawa rezeki buat suami.



1. Isteri solehah.

Mempunyai isteri yang solehah adalah impian setiap lelaki. Suasana rumah yang aman dan tenang adalah kunci kebahagiaan yang sangat penting. Dengan isteri solehah yang sentiasa berseri, rumah itu akan diberkati sentiasa. Malah mendidik anak-anak yang soleh dan solehah juga akan merupakan rezeki dalam kehidupan yang sudah berkahwin.

2. Seorang isteri yang mentaati suaminya.

Seorang isteri wajib mematuhi semua perintah suami selagi ia tidak bertentangan dengan agama. Jika isteri dibenarkan bekerja oleh suaminya, dia mesti dapat menjaga dirinya sendiri dan memenuhi kewajipannya sebagai isteri. Sekiranya isteri mematuhi suaminya, maka hati suami sentiasa berada dalam keadaan tenang dan selamat ketika mencari rezeki.

3. Isteri-isteri yang berhias untuk suaminya.

Sifat wanita selalu suka menghias dan mencantikkan diri. Tetapi untuk isteri, dia berhias dan kelihatan cantik di hadapan suaminya adalah membuka pintu rezeki buat suaminya. Apabila seorang isteri tahu bagaimana untuk menyenangkan suaminya, rezeki akan lancar dalam kehidupan rumahnya.

4. Isteri Sentiasa Berdoa untuk Suami

Isteri yang sentiasa bersyukur adalah sejenis wanita yang selalu menerima kurniaan Allah SWT. Tidak lupa, dia selalu berdoa untuk yang terbaik untuk suaminya dan anak-anaknya. Seorang isteri seperti ini juga percaya kepada setiap pemberian yang diberikan oleh suaminya. Dia juga tahu bahawa kekayaan suaminya akan bertambah jika dia selalu bersungguh-sungguh berdoa memohon kepada Allah.

5. Seorang isteri yang rajin membaca Al-Quran

Membaca Al-Quran adalah salah satu ibadah untuk mendekati Allah. Isteri-isteri yang rajin menunaikan solat dan membaca Al-Quran tidak hanya memberi syafaat bagi diri mereka, tetapi Insyaallah juga sebagai pembawa rezeki dalam kehidupan rumah tangga mereka. Inilah sifat yang membantu menjadikan perjalanan lebih mudah dan lebih lancar.

6. Wanita yang melayani suaminya dengan baik.

Tugas utama isteri adalah menjalankan tugas rumahtangga dengan sebaik-baiknya, melayani suami dengan baik serta mendidik anak-anaknya. Isteri yang baik berusaha melayani suaminya dengan baik seperti menyiapkan makanannya, menyiapkan keperluannya, memenuhi keperluan suami, menjaga perasaan suaminya jangan sampai suaminya terluka karena sikapnya. Wanita yang demikian akan menjadi kesayangan suaminya dan bisa menjadi pasangan yang baik dalam mewujudkan rumahtangga yang sakinah dan menarik hal-hal postif dalam rumah tangganya, termasuk rezeki bagi suaminya.

7. Jika ditinggal menjaga kehormatan dan harta suami

Saat suami keluar mencari nafkah, isteri yang ditinggalkan di rumah harus menjaga kehormatannya, menjaga dirinya dari tamu yang tidak bukan mahramnya, tidak keluar rumah jika tidak terlalu penting. Harta suami yang dipesan padanya dipergunakan pada hal-hal yang bermanfaat dengan izin suaminya. Wanita seperti ini memudahkan rezeki masuk ke dalam rumahnya sebagai upah dari ketaatannya kepada Allah dan kesetiaan pada suaminya.

Ini antara 7 sifat isteri yang membawa rezeki buat suaminya. Semoga kalian menjadi salah seorang yang membawa rezeki buat suami-suami kalian.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen