Perempuan Kalau Dah Bosan Dengan Pasangan, Ini 8 Perkara Yang Dia Akan Lakukan.

Kaum wanita adalah kaum yang mudah untuk dibaca reaksi wajahnya. Ketika dirinya sedang gembira, bahagia, sedih, marah, geram dan juga bosan. Di sebalik reaksi wajahnya juga, setiap perasaan yang belenggu hatinya dapat dilihat melalui segala perbuatan.

Dengan kata mudah, kaum wanita ini agak sukar untuk menyembunyikan reaksinya pada sesiapa sahaja, terutamanya teman lelaki dan juga suaminya.

Jadi, bagi lelaki di luar sana, untuk mengetahui sekiranya teman wanita anda sudah mulai bosan dengan anda, cuba lihat 8 perkara ini yang mereka akan lakukan…

1. Tak ada bertanya khabar.

Sebelum ini, teman wanita anda sangat rajin untuk wish ‘morning’ setiap hari. Memang tidak akan terlupa lah nak wish. Bahkan mesti nak tahu apa khabar teman lelakinya, baik atau pun tidak sihat. Kalau anda balas lambat sedikit pasti akan buat dirinya kecewa.

Tapi sekarang, wish morning tiada, tanya khabar pun tiada. Ini memang tanda dia sudah mulai bosan dengan anda.

2. Tiada lagi menghantar gambar selfienya.

Kaum wanita kadang-kala memang rajin menghantar gambar-gambar dirinya atau momen-momen lain kepada teman lelakinya berbanding dengan kaum lelaki. Perbezaan yang ketara ini dapat dilihat bahawa pemikiran kaum lelaki dan perempuan amat berbeza. Kalau lelaki tidak menghantar gambar pun, kena paksa dengan perempuan.

Tapi sekarang, memang langsung tiada gambar selfie-nya lagi.

3. Mula mendiamkan diri.

Kaum wanita ni jarang mendiamkan diri, kerana mereka ada sahaja mahu berkongsi cerita. Tidak kisah apa jua cerita, pasti akan dikongsikan bersama teman lelakinya. Tetapi sekarang, ketika anda berjumpa dengan teman wanita anda, dia bukan sahaja mula mendiamkan diri, asyik termenung dan mengelamun pula.

4. Tidak lagi mengikut kata-kata atau nasihat.

Perempuan kalau dah sayang pasangannya, memang akan menurut sahaja apa jua kata-kata atau perintah daripada teman lelakinya.

“Jaga diri elok-elok…”

“Okay..”

“Jangan lupa makan..”

“Okay..”

Tapi sekarang, semuanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

5. Sudah lupa tarikh penting pasangannya.

Perempuan kalau tak ingat tarikh penting memang jarang untuk berlaku. Bukan sahaja tarikh harijadi, tarikh monthsarry, anniversary, dan seumpama dengannya.  Tak tahu sama ada buat-buat lupa, atau memang betul terlupa.

6. Lebih suka menghabiskan masa berseorangan.

Perempuan kalau dah manja memang sangat clingy dengan pasangannya. Kalau boleh setiap apa jua majlis mesti nak ada teman lelakinya juga, tak boleh pergi dengan orang lain. Tetapi sekarang bukan sahaja tak nak meluangkan masa dengan teman lelakinya, keluar dengan kawan-kawan pun jarang.

7. Rasa lebih happy kalau tak berjumpa.

Apa yang anda boleh lihat, sekiranya anda dengan perempuan ini tidak bersua muka atau keluar dating, dia menjadi lebih gembira dan bahagia.

8. Tiba-tiba ada kenalan baru.

Kalau tiba-tiba anda mengetahui perempuan ini ada kenalan baru, terutamanya dari seorang lelaki yang lain, jadi berhati-hati! Berkemungkinan besar teman wanita anda bukan sahaja bosan, tetapi sudah menjadi tawar hati dengan anda.

Jadi, sebelum teman wanita atau isteri anda tawar hati dengan anda, cepat-cepatlah ‘tangkap’ hatinya balik!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen