“Isteri Yang Paling Dicintai Suami Ialah Isteri Yang Paling Memahami Suami” - Ustaz Ebit Lew

Dalam menjalani tanggung jawab sebagai isteri, pasti mahu jalankan ia sebaik mungkin supaya suami selesa dan tenang. Malah, disayangi dan dicintai suami selalu. Jika itu yang dilakukan, tidak hairan sekiranya suami hari-hari akan memberi perhatian yang secukupnya.

Begitu mudah untuk menjadi isteri yang taat dan memahami suami, jika benar mengikuti landasan syarie’. Sudah pasti akan membuatkan si suami berasa gembira seperti apa yang telah dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew.

Berikut adalah nukilan yang telah dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew

********

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and hat

Terima kasih Allah atas kurniaanmu anakku Airis safiyyah lew ini dah 10 tahun. Sekejap jer masa berlalu..selamat hari lahir anak tercinta buah hati ayah 27/6. Dekat tarikh lahir bidadariku yang tercinta 17/6.

Masih teringat-ingat isteri sedang berjalan dan tiba-tiba rasa nak bersalin. Terus ke hospital. Malam tu tak berhenti.berzikir dan berdoa supaya Allah mudahkan..

Saat mula keluar senyap jer baby. Doktor risau dan kami pun risau...isteri mengalirkan air mata. Tak berhenti mengalir air mata. Ya Allah panjanglah usia dan jadikan ia asbab hidayah..

Syukur lahir dari perut isteri yang sanggup susah bersama suaminya. Yang tiada gaji besar. Tiada rumah dan tiada kereta. Duit hantaran dikumpulkan bersama walaupun belum benar-benar mengenali isi hati satu sama lain. Keperluan rumah berjimat cermat.

Image may contain: one or more people, people standing, sky, tree, cloud, outdoor and nature

Doa dan dan sokongan ibubapa dan ibubapa mertua. Isteri yang tidak pernah merungut walaupun sekali dalam hidupnya. Sedangkan selalu hidupku diuji dengan kesusahan dan kesibukan dalam kerja agama..pernah kadang-kadang tiba-tiba saya ada tugas agama yang perlu dilaksanakan. Bila pulang ke rumah, isteri telah menyiapkan semua barang untuk berada di jalan Allah.

Benarlah isteri yang paling dicintai suami ialah isteri yang paling memahami suami dan bersama-sama menyokong dalam kerja agama..

Saat kesibukan melanda. Saya berikan duit padanya. Sedar-sedar dia belikan hadiah buat mak ayah saya dengan duit yang diberikan...

Kadang-kadang benarlah hargailah wanita yang bersama ketika kita susah. Selamanya tiada sepertinya dengan kehendak Allah.

Kadang-kadang pulang lewat ke rumah. Gembiranya hati lihat isteri sedang hidupkan Ta'lim bersama anak-anak.

Wahai anakku contohi dan belajar dari umi yang berkorban untukmu dan ayahmu dan hanya kerana mencintai Allah. Jadilah seperti sahabiah. Ya Allah terima kasih memberiku ibubapa yang baik. Ya Allah terima kasih memberiku isteri yang baik. Ya Allah terima kasih atas kurniaanmu.

********

Semoga Dijadikan Sebagai Inspirasi!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen