Lelaki Ini Kongsikan 10 Tips Mudah Untuk Menggembirakan Hati Isteri.

Bagi golongan lelaki yang mahu menamatkan zaman bujang dan tidak tahu cara untuk gembirakan hati bakal isteri, mungkin anda semua boleh ikuti tips mudah dari Bro Ohsem ini…

1. Layan cerita yang dia nak layan.

Kalau dia minat Hindustan, pilih satu masa yang korang boleh teman dia tengok movie yang dia suka. Jangan tidur, tengok dengan bersungguh-sungguh walaupun korang memang tak berapa minat cerita tu.

2. Belikan makanan kegemaran dia.

Terdengar dia teringin nak makan nasi kerabu atau mee bandung? Usahakan. Set dalam minda, bila ada kesempatan, nak cari makanan tu. Bungkus bawa balik je. Dapat dia senyum sikit pun dah cukup.

3. Berikan dia keselesaan.

Pilih satu hari. Lepas makan kenyang, biar pasangan dalam bilik. Pasangkan kipas, kalau ada aircond, onkan. Sediakan tempat tidur yang selesa. Bawa anak-anak keluar dari bilik dan suruh dia kunci pintu. Lagi best kalau dapat sediakan air panas untuk dia mandi dengan sabun yang wangi. Bagi beberapa jam dia nikmati ketenangan masa bersendirian. Biar dia nak buat apa pun. Fokusnya ialah untuk dia rehat, beri ruang dan kebebasan untuk dia buat apa dia nak.

4. Raikan orang yang terdekat dengan dia.

Jika mak dan ayah dia ada, ajak keluar, belanja makan atau jalan-jalan. Tak mampu pergi jauh dan lama, pergilah yang dekat dan sekejap. Asalkan korang habiskan masa meraikan orang yang pasangan korang sayang.

5. Tolong gosokkan baju atau tudung dia.

Ambil 5 helai tudung pilihan dia, dan 5 pasang baju dia. Lepas tu gosokkan. Lepas gosok, letak elok-elok supaya dia boleh pakai bila-bila pun. Biar dia pilih sendiri. Kita gosokkan je. Mesti senyum meleret punya.

6. Manjakan dia.

Mulakan dengan mandikan dia. Syampukan rambut dan sabunkan satu badan. Lepas mandi, lapkan rambut untuk dikeringkan. Pakaikan baju dan sikatkan rambut dia. Nak lagi bagus, urutkan badan, bahu, tangan dan kaki. Layan dia macam dia dapat layanan di SPA. Bezanya, anda yang buat dan kemungkinan dapat sesuatu yang menguntungkan kedua-dua orang.

7. Masak untuk dia dan buatkan air untuk dia.

Air panas ke, air sejuk ke, yang mana dia suka. Masak je apa-apa. Kalau ada usaha lebih, boleh cuba masak apa yang dia suka. Belajar dan buat. Mesti dia suka. Sedap tak sedap tu belakang kira.

8. Bawa dia pergi Watson atau Guardian.

Kalau banyak duit, bawa pergi Sephora. Bagi seberapa banyak yang mampu dan biarkan dia melayan diri kat dalam tu. Jagakan anak, jangan ganggu dia. Kadang-kadang diorang ni nak tengok-tengok je. Kalau beli pun ikut kemampuan.

9. Ambil tahu tentang rambut dia.

Rambut perempuan ni perlukan penjagaan. Belanja la pergi Salon sekali dalam 6 bulan atau setahun. Rasanya kos dia dalam RM100. Jaga anak-anak, biar dia borak dengan tukang gunting wanita. Jangan pilih Salon yang ada lelaki. Nanti benda yang baik jadi dosa pulak.

10. Bila ada duit lebih, bagi kat isteri.

Contohnya beli barang kat pasar, ada baki. Kalau mampu, biar je dia simpan. Tak perlu ambil tahu berapa bakinya. Benda ni nampak mudah, tapi untuk suri rumah yang tiada pendapatan, ini sangat menyeronokkan. Kalau ada rezeki lebih, bagi je lagi banyak. Semuanya ikut kemampuan masing-masing.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen