Memang Mudah Cara Dr. Hamid Arshat Kawal Stress Ni, Katanya Inilah Punca Penyakit Bahaya Datang.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kita ingat bahawa penykait berbahaya ini hanya berpunca daripada tidak menjaga pemakanan sahaja. Tetapi bukan hanya kena jaga makanan sahaja malah tahap stress juga penting untuk dijaga. Tak ramai yang kisah pasal hal ini.

Sebelum terkena penyakit strok, serangan jantung serta pelbagai lagi penyakit yang merbahayakan elok kita cuba ikuti cara Dr. Hamid Arshat tentang cara kawal stress dengan bijak.

Memang mudah je!



Pengalaman selama menjadi doktor.

Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stress, (tekanan mental, emosi dan fizika)l merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit2 yang menyebabkan kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin akhmar  (stroke). Stress juga jadi punca sukar hamil dan mudah gugur.

Saya ingin berkongsi cara-cara saya tangani stress:

1. Tawakkal.

Saya sentiasa berdoa kpd Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh. Saya tawakkal kpd Allah sambil berusaha menangi stress. Saya redha dengan ketentuan Allah.

2. Redha.

Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah keatas keimanan saya. Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya. Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah.



3. Sabar.

Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan marah. Saya anggap duit itu sudah bukan rezeki atau milik saya. Mungkin saya telah melakukan sesuatu kesalahan dan ini kifarah atau balasannya.

4. Tahan marah.

Bila memandu kereta, sering berlaku pemandu-pemandu lain mencetuskan provokasi, saperti menghempit, bunyikan horn dan lain-lain, saya ambil langkah mengalah sahaja dan tahan marah.

Begitu juga dalam situasi lain yang mencetus kemarahan, khususnya dirumah dikalangan Keluarga dan ditempat kerja.
Tahan marah, tinggalkan Dan beredar jauh untuk sejukkan hati. Ustaz nasihat ambil wuduk, tapi Alhamdulillah saya sering dapat kawal tanpa wuduk.

5. Memaafkan.

Saya selalu memaafkan orang yang buat salah dan silap, samaada sengaja atau tidak. Dan terus lupakan peristiwa tersebut tanpa mengukit-ungkit.

6. Tidak dendam.

Walau pun difitnah dan dizalimi, saya tidak simpan DENDAM. Dan kawal perasaan untuk membalas.



7. Makan ubat penawar.

Bila sakit atau pening kepala sebab penat atau stress lepas kerja, saya makan panadol 2 biji (1gm), biasanya ia ia akan reda dan rasa tenang.

Panadol bertindak membuka saluran-saluran darah yang kuncup dalam jantung, otak dan organ-organ lain akibat stress.

Ramai takut nak makan panadol atau lain-lain pain killers. Nasihat saya, makan ubat tersebut. Ada kajian yang menunjukkan panadol meningkatkan kesihatan dan melanjutkan umur.

8. Exercise.

Saya suka berkebun, mencangkul, tanam sayur-sayuran, herba dan pokok buahan disekitar kawasan rumah. Kesannya memang relaxing.

9. Berzikir, berselawat

Memang jadi amalan saya bila memandu kereta saya terus menerus berzikir dan berselawat. Kesannya memang relaxing dan tenang fikiran.



10. Deep breathing.

Amalan menarik nafas dengan mendalam dan melepaskan nafas perlahan-lahan. Ulang-ulang untuk 5 minit. Saya lakukan bila-bila masa dan dimana-mana tempat bila rasa stress dan tidak selesai.

11. SIMPLE LIFE TANPA BERLumba-lumba.

Amalkan caragaya hidup yang sederhana tanpa membazir wang, tidak pentingkan brand name pada pakaian, kereta, hiasan dan lain-lain. Saya pentingkan substance dari rupa bentuk luaran.

Cuba amalkan panduan-panduan tersebut. insha'Allah,kita bolih kawal stress, terus awet sihat dan dengan izin Allah lanjut usia dan bolih terus berkhidmat kpd ugama dan bangsa. Aamin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen