Nak Rumahtangga Yang Tenang, Tak Bergaduh... Bila Kali Terakhir Suami Isteri Lakukan Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Idaman setiap pasangan yang berkahwin mahukan rumah tangga yang bahagia dan kalau boleh tiada salah faham yang menyebabkan pertengkaran. Namun, itu sekadar angan-angan sahaja tetapi nak memilikinya tak tahu bila.



Eh, tapi sebenarnya nak miliki rumah tangga yang harmoni dan bahagia ini mudah sahaja, suami isteri kena tahu tanggungjawab masing-masing. Insya Allah segala masalah sebegini akan selesai. Macam yang dikongsikan oleh Ustaz Kazim Elias ini.

"Ustaz, rumahtangga saya selalu tak tenang, saya dengan isteri kerap bergaduh, pasal hal yang kecil pun boleh bergaduh, kadang-kadang hal yang tak masuk akal, pun boleh bergaduh. Saya dah pening, saya dah jumpa ramai USTAZ, semua kata saya ADA SAKA, saya dah jumpa dengan ramai orang, untuk buang saka saya nie, dah buang sana sini, tapi rumahtangga macam tu juga, jiwa selalu tak tenang, degil betul ya saka saya nie ye ustaz? Ustaz boleh tolong buang tak saka saya?"

Ini Bukan Soal Saka!!...
Kena Faham... Nak tanya ni si SUAMI ni....

• Bilakah kali terakhir mandi bersama?
• Bilakah kali terakhir Solat Berjemaah bersama?
• Bilakah kali terakhir Mengaji Al Quran bersama isteri?
• Bilakah kali terakhir memeluk isteri dari belakang sewaktu isteri membuat kerja rumah?
• Bilakah kali terakhir menyuap isteri makan?
• Bilakah kali terakhir mengusap belakang isteri?
• Bilakah kali terakhir memegang tangan isteri?
• Bilakah kali terakhir mengucapkan I Miss You pada isteri?
• Bilakah kali terakhir memberi hadiah kepada isteri?

Nak tanya ni si isteri....



ISTERI

• Bilakah kali terakhir 'iron' baju suami tanpa diminta suami?
• Bilakah kali terakhir mengurut kaki suami tanpa permintaannya?
• Bilakah kali terakhir makan bekasan suami?
• Bilakah kali terakhir memicit bahu suami tatkala suami sedang menonton televisyen?
• Bilakah kali terakhir memohon maaf kepada suami walau tidak buat salah?
• Bilakah kali terakhir memandang wajah dan.mata suami dengan senyuman manis?
• Bilakah kali terakhir mengucapkan I Love You pada suami?
• Bilakah kali terakhir menerima hadiah dari suami?
• Bilakah kali terakhir meng'Aamiin'kan doa yang keluar dari mulut suami?

Kadang-kadang Dalam Rumahtangga...

Jangan Cari Silap Orang lain..
Jangan Cari Salah Pasangan..

Tapi Carilah Salah Sendiri..
Cari Mana Kurangnya?



Apa silapnya..atau apa yang dulu buat..
Sekarang awak tak buat....

Saka Takde kena mengena...

Belailah Isteri, wahai abang-abang..
Belai dari umbun-umbun rambut isteri, sampai tulang belikat..

Buat dengan penuh Kasih sayang..
Buat tu je pun, boleh hilangkan stress isteri..
Boleh buatkan isteri tenang..

Fahamilah, urutan lembut pada kaki suami oleh isteri, biarpun sebentar saja, akan membuatkan suami hilang segala beban yang dipikul seharian bekerja...



Lengkapilah satu sama lain..

Jangan tunggu dia buat dulu. Tapi awak buatlah dulu.. Awak mulakan. Start. Slow slow ubahlah...

Ingat..
Jangan Cari Siapa Salah...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen