8 Perkara Setiap Bakal Suami Perlu Tahu Tentang Wanita.

Oleh: Rafi

Sudah bersedia untuk tinggal bersama isteri anda? Kami senaraikan 8 perkara yang mungkin anda patut tahu tentang wanita.



1. Rambut.

Apabila anda berkahwin kelak, anda akan jumpa banyak rambut di lantai, tandas dan merata-rata lagi, walaupun lantai baru disapu. Lebih-lebih lagi jika isteri anda berambut panjang. And nope, isteri anda bukannya mengalami masalah keguguran rambut. Jadi jangan panik.

2. Seluar tidur pasar malam dan baju kelawar.

Imej wanita yang berbaju tidur mengiurkan dan sensasi dalam filem-filem agak tidak realistik. Wanita lebih sukakan sesuatu yang selesa dan memudahkan pergerakkan untuk tidur. Jika anda punya harapan dan jangkaan yang 'sensasi' juga. Turunkan sedikit jangkaan 'sensasi' anda. Seluar tidur pasar malam/baju kelawar -1, Baju tidur seksi - 0.



3. Bangun tidur.

Wanita tidaklah mengenakan make up sepanjang masa. Anda pun tahu bukan? Terutamanya apabila bangun tidur, mereka tidak akan terus kelihatan bombastik dan fantastik seperti biasa. Tapi ini tidaklah menafikan yang mereka tidak akan kelihatan cantik. Pastinya ratu hati anda akan sentiasa kelihatan cantik di mata anda. Tidak kisah bagaimana isteri anda kelihatan ketika bangun tidur, jangan lupa untuk berinya 'morning kisses' sebelum anda bersiap. That would easily be one of her favourite things in the morning!

4. Masak.

Tidak semua wanita handal memasak. Mungkin yang asas ramai yang tahu. Namun, untuk betul-betul mahir, jika tiada bakat, proses menjadi handal itu akan memakan masa. Bagi bahagian ini, anda perlu bersabar dan berusaha menjadi 'orang eksperimen' isteri anda.

5. Wanita tidak PMS hari-hari.

Seperti dinyatakan di atas, wanita tidak PMS hari-hari. Malah, ada setengah wanita tidak terkesan dengan PMS pun. Jadi, apabila pasangan anda agak 'moody' atau marah-marah, jangan dengan mudah buat kesimpulan yang pasangan anda sedang PMS. Mesti ada perkara lain yang mengganggu fikirannya. Tanya elok-elok dan berbincang jika perlu - (perkara yang anda tidak akan buat jika anda rasa pasangan anda sedang PMS)



6. Bantal busuk.

Ada setengah wanita masih menyimpan bantal busuknya. Ada juga yang menyimpan plushie/selimut etc. Berkenalanlah dengan aset pasangan anda ini yang telah bertahun disimpannya. Besar kemungkinan, anda akan tidur dengan bantal/plushie/selimut busuk pasangan ini juga.

7. Banyak produk untuk setiap anggota badan.

Wanita ada banyak produk untuk semua anggota badan. Rambut - Syampu, konditioner rambut, 'mask' rambut, 'leave-on' kontioner dan lain lain. Kulit muka - Pencuci muka, scrub, toner, moisturiser, cream dan lain-lain. Apa yang dinyatakan di sini hanyalah yang paling asas. Jangan merungut jika bilik mandi dan meja solek anda didominasi isteri anda. Ini adalah pengorbanan seorang suami.



8. "Siapa lagi gemuk, saya ke dia?"

Adoi. Soalan ini lagi. Kalau tidak pasal gemuk, pasal siapa lagi cantik. *facepalm*.

Wanita memang suka banding-membanding antara satu sama lain. Pastinya bapa anda juga pernah diasak soalan sebegini oleh ibu anda. Sabar sajalah. Pada saat ini, ada dua kemungkinan:

1. Wanita yang tidak dikenali tersebut memang lebih kurus berbanding pasangan anda.
- Isteri anda mungkin berasa insecure. Assure her that she shouldn't feel that way.

2. Wanita yang tidak dikenali tersebut memang lebih gempal berbanding pasangan anda.
- Isteri anda memang berasa SECURED. Assure her, even if she's feeling VERY secured.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen