Manusia Itu... Bila Sudah Tawar Hati Makin Susah Untuk Didekati.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masa dia nak kan diri kita, langsung tak dipandang malah tak dihargai. Tak cukup dengan itu, anda pula sibuk dengan orang yang tak pasti. Yang betul-betul nakkan diri anda ini tak mahu pula. Mungkin anda rasa dia tak layak untuk anda, tak sepadan malah kalau bersama pun belum tentu bahagia. Anda mahukan lebih lagi, tak mahu akan dirinya.


Bila seseorang itu bersungguh-sungguh nak kan diri anda, belum tentu lagi anda nak terima dirinya. Macam-macam alasan yang anda berikan kepadanya supaya menjauhkan diri daripada anda, supaya dia tawar hati kepada anda malah supaya dia mencari orang lain.

Jangan buat main dengan hati orang...

Nak-nak lagi kalau anda lakukannya sampai dirinya tawar hati dengan sikap anda. Masa itu jangan menyesal atau tertanya-tanya mengapa dirinya bersikap sedemikian, malah mengapa dia berubah hati. Itu semua adalah silap anda bukan silap dirinya.



Apabila ada seseorang yang betul-betul mahukan diri anda, jangan cepat sangat nak reject dengan alasan yang tak munasabah. Cuba beri dia peluang untuk tunjukkan keikhlasan dan kesungguhan yang dia mahukan diri anda. Tak salah pun kalau nak bagi peluang sekali, mana tahu dia itu akan menjadi jodoh anda yang sejati.

Ada orang kata, seseorang yang betul-betul sungguh mahukan diri anda adalah orang yang terima baik buruk anda dengan hati yang terbuka. Malah dirinya juga adalah orang yang tak pernah berkira akan kisah silam anda atau siapa anda dahulu. Bukan mudah nak cari orang yang macam ini, jadi beri dia peluang walaupun sekali.



Jangan nanti bila dia sudah tawar hati, tak sudi nak pandang anda, masa itu barulah anda sedar bertapa sunyinya anda selepas ketiadaan dirinya.

Jangan biarkan seseorang yang menyukai anda itu tawar hati kerana sikap anda sendiri. Sebabnya bila orang dah tawar hati, pandang anda pun mereka dah tak peduli. Jangan ingat orang yang ada reject itu tiada perasaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen