Kena Ready Mental & Fizikal Dengan Konflik Rumahtangga, Ini Beberapa Ujian Dalam Perkahwinan Yang Mungkin Anda Akan Lalui.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masa bercinta sememangnya indah, kalau masing-masing ada rasa sayang antara satu sama lain dan kesetiaan yang tinggi, itu bukan satu perkara yang sukar untuk bertahan hingga ke jinjang pelamin. Namun begitu, rasa cinta yang anda miliki saat ini belum tentu memberi apa-apa kepada makna selagi ianya belum halal.

Bila anda sudah menjadi pasangan suami isteri yang sah, itu belum tentu ia menjadi satu pengakhiran dalam susah payah anda mempertahankan hubungan. Lepas dah kahwin, lagi banyak konflik, ujian dan cabaran yang perlu anda tempuhi.

Kalau anda tak betul-betul kuat, belum tentu anda mampu nak lalui dengan mudah. Sebab itu nak kahwin ini kena bersedia mental dan fizikal. Kalau tak cuba anda tak tahu, tapi kalau nak cuba kena bersedia.


Seperti yang dikongsi Firdaus Shakirin ini, setiap ujian dalam perkahwinan ini berlainan. Namun ia bergantung bagaimana anda tempuhi segalanya ini.

Jenis-jenis ujian dalam rumahtangga.



1. Ujian Mertua

Tak semua orang memiliki mertua yang baik...ada yang terpaksa berhadapan dengan mertua yang selalu mencari salahnya, memandang kelemahannya dan mencanang kekurangannya...hal kecil diperbesarkan mertua kerana mertua tidak boleh menerima dia seadanya...untuk ujian ini, hanya ada 2 keadaan,

Pertama, isteri menceritakan layanan mertua kepada suami, suami juga nampak dan faham dengan situasi isteri, maka suami akan cuba menasihati ibunya untuk tidak berbuat sedemikian pada isterinya...jika orang tuanya masih meneruskan perbuatan itu, suami menjarakkan isteri dengan mertua untuk sementara waktu...

Kedua, suami menganggap isteri memperburukkan orang tuanya, suami tak nak dengar dan minta isteri jangan buat macam tu sedangkan apa yang dinyatakan isteri itu adalah perkara benar...isteri dipersalahkan suami, suami taknak faham dan memilih untuk menyebelahi orang tuanya 100%...untuk keadaan ni, hanya kesabaran si isteri yang menentukan berapa lama hubungan itu akan bertahan...

2. Ujian Ipar

Tak semua orang juga memiliki ipar yang baik...ada pasangan, yang mempunyai ipar yang suka mencampuri urusan rumahtangga mereka...apa yang mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan apa yang mereka beli, semuanya ipar ambik tahu dengan tujuan untuk menyampaikan perkara itu kepada seseorang...ipar kerap mencari salah pasangan adik-beradiknya kerana tidak serasi, tidak suka dan tidak puas hati kepadanya...ipar mengawal rumahtangga abangnya, kakaknya atau adiknya hanya kerana satu perasaan yang dipanggil dengki...



3. Ujian Kewangan

Setiap pasangan pasti akan menghadapi ujian kewangan ini dalam beberapa tahun pertama setelah mendirikan rumahtangga...dulu, gaji bulanan yang diperolehi hanya untuk perbelanjaan seorang, tapi kini berdua...apa yang suami makan, isteri makan...apa yang suami pakai, isteri pakai...segala-galanya kena berkongsi...waktu ini, ada pasangan yang akan bergaduh sebab kewangan walaupun kedua-duanya ada pendapatan...maka, perancangan sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga sangat-sangat penting bagi memastikan kewangan setiap pasangan itu teratur dan terurus...

4. Ujian Anak

Expectation yang ada dalam setiap pasangan, iaitu bila berkahwin, kita akan dapat zuriat...anak ini rezeki, dan bila rezeki, maka Allah s.w.t tidak berjanji bahawa kita akan dapat apa yang kita impikan itu dengan segera...Allah s.w.t nak kita usaha dan sabar...Allah s.w.t hanya akan bagi rezeki anak bila mana Dia merasakan pasangan itu sudah bersedia untuk menerima kehadiran anak itu disisi mereka...ujian terbesar tentang anak ini ialah pertanyaan yang tiada hentinya daripada mereka yang berada di sekeliling pasangan tersebut...pertanyaan ini yang akan membuatkan pasangan tertekan dan terbeban...



5. Ujian Kecurangan

Adakah kita dah mengenali pasangan sewaktu kita bercinta dengannya? Adakah kita betul-betul tahu luar dalam pasangan masa kita berkawan dengannya? Kita hanya akan mengenali siapa pasangan kita, perangainya dan tabiat pasangan bila mana kita dah sebantal dan sekatil dengannya...dia mugkin ada mengenali orang lain sebelum berkahwin dengan kita, dia mgkin rapat dengan rakan sepejabatnya atau dia mugkin ada bekas kekasih...dan kemungkinan dia masih berhubung dengan orang-orang ini sangatlah tinggi...gejala kecurangan ini perlu dibendung di awal perkahwinan supaya ianya tidak berlarutan dan berterusan...

Akhir kalam, ada pasangan yang mampu menempuhi kesemua ujian-ujian yang dinyatakan, ada yang tak...bagi yang berjaya, mungkin sekarang mereka dah bahagia...bagi yang tidak, mungkin sekarang mereka dah berpisah...hanya 2 pilihan itu sahaja yang ada untuk sesebuah rumahtangga bila diuji Allah s.w.t...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen