Siapkan 4 Perkara Ini Sebelum Ambil Keputusan Untuk Berkahwin, Barulah Tak Terkejut Dengan Perubahan Gaya Hidup Nanti.

Oleh: Zuzu Yasmine

Membuat keputusan untuk berkahwin ini adalah lebih mudah apabila anda berjumpa dengan seseorang yang anda rasakan serasi serta sudah saling suka antara satu sama lain. Biasanya perkara ini sudah cukup untuk mempengaruhi keputusan seseorang.

Apabila melihat rakan-rakan lain berkahwin dan bahagia di sisi pasangan masing-masing, tentu sahaja anda tidak akan teragak-agak untuk menerima lamaran perkahwinan. Ini kerana, tiada siapa yang mahu hidup bersendirian selamanya.


Banyak lagi perkara lain yang mempengaruhi dalam membuat keputusan, sebagai contoh adalah peningkatan umur yang membuatkan anda segera bersetuju akan lamaran tersebut. Nampak, begitu mudah untuk terima lamaran berkahwin, tetapi seperti yang kita semua tahu bahawa perkahwinan ini bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan sebenarnya.

Perkahwinan ini adalah satu perkara yang anda lakukan bersama pasangan anda untuk satu jangka masa yang panjang. Maka dengan itu, anda perlu melakukan persediaan untuk berdepan dengan dugaan dalam perkahwinan ini. Bukan mudah nak lalui satu perjalanan yang jauh tanpa bekalan yang mencukupi di sisi. Berikut adalah perkara yang perlu anda sediakan.



1. Ilmu agama.

Perkahwinan tanpa ilmu agama ini sama seperti anda membina rumah tanpa tiangnya. Ini kerana, dengan adanya ilmu agama sebuah perkahwinan itu bukan sahaja boleh bahagia di dunia tetapi ia juga bahagia di akhirat. Tak cukup dengan itu, adanya ilmu agama membantu kekuatan sesebuah hubungan. Seperti, jangan tinggal solat, serta tahu hukum hakam dalam perkahwinan.

2. Persediaan mental.

Setiap perkahwinan ini akan ada konflik ataupun ujian yang mungkin akan mengganggu hubungan anda berdua. Maka dengan itu, mental yang cukup bersedia diperlukan untuk anda sentiasa rasional dalam membuat keputusan malah tidak juga terlalu mengikut emosi dalam membuat tindakan.



3. Peribadi diri.

Sama ada nak bergelar suami ataupun isteri, masing-masing kena ada peribadi yang cukup baik. Yang mana ia mencerminkan bahawa anda ini adalah isteri dan suami orang. Mana tidaknya, jika peribadi anda tidak baik ia boleh mendatangkan fitnah malah ia juga membuat masalah dalam hubungan anda sendiri. Sebabnya, peribadi yang baik akan menjaga nama baik pasangan anda.



4. Dana perkahwinan.

Sekarang ini, sekadar bersetuju sahaja tidak mencukupi kalau tidak disertakan dengan dana perkahwinan yang sepatutnya. Dimana, anda perlukan wang yang secukupnya untuk mengadakan majlis serta menjalani hidup selepas berkahwin.

Berkahwin itu mungkin nampak mudah jika dilihat begitu sahaja, tetapi dalam perkahwinan itu perlu ada persediaan barulah ia menjadi mudah dan bahagia seperti yang anda inginkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen