Makan, Makan, Makan... Asyik Fikir Pasal Makan Je, Mungkin Anda Hidap BED. Orang Perempuan Ramai Kena Gangguan Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Makan ini mampu membahagiakan seseorang, kembalikan mood yang sedih menjadi ceria. Malah ada juga yang bila lapar dia marah tapi bila dia kenyang dia akan tersenyum. Makanan ini mampu mengubah mood seseorang dari buruk ke baik.

Akan tetapi, jika anda mempunyai tabiat suka makan dan sentiasa ingat pasal makanan, anda sebenarnya sedang menghadapi 'binge eating disorder' (BED).


BED merujuk kepada kecelaruan makan apabila seseorang itu gagal mengawal nafsu makannya. Pendek kata, seseorang itu akan makan tanpa sebab walau sudahpun kenyang.



Menurut portal Hello Sehat, sindrom ini ada kaitannya dengan psikologi dan boleh berlaku pada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina. Namun, golongan wanita dikatakan lebih kerap mengalami gangguan ini khususnya pada peringkat remaja.



Antara tanda-tanda BED ialah:

1. Tidak boleh kawal nafsu makan
2. Selalu memikirkan tentang makanan
3. Sering menyembunyikan makanan dan makan secara tersorok supaya tidak kelihatan oleh orang lain.
4. Sering makan semasa mengalami tekanan.

Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti yang disebutkan, cuba untuk pola pemikiran anda mengenai makanan serta sentiasa sibukkan diri anda agar tidak terfikir mengenai makanan sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen