Duit Vs Kebahagiaan.

Oleh: Rafi

Antara perkara penting dalam rumahtangga ialah faktor kewangan. Ekonomi kurang stabil boleh membawa kepada keruntuhan perkahwinan. Wang bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan wang. Tanpa wang, banyak perkara tidak boleh dilakukan. Rumahtangga bukan sekadar cinta sahaja namun tetap termasuk juga pentingnya mengukuhkan ekonomi.



Bijak berbelanja.

Untuk mengawal kewangan rumah tangga, kita perlu tahu membezakan antara kehendak dan keperluan. Dahulukan perbelanjaan mengenai keperluan. Keperluan ini termasuklah perbelanjaan makanan, pakaian, bayaran pinjaman bank (jika ada), kad kredit (jika ada), bil utiliti dan wang bulanan untuk orang tua. Usahlah asyik membelanjakan wang untuk membeli pakaian baru, beg tangan, kasut dan hiburan. Hal ini tidak perlu dilakukan jika anda kurang berkemampuan. Jangan asyik pergi menonton wayang atau bermain boling kononnya sebagai aktiviti luar bersama pasangan. Jika ada anak, maka anda perlu lebih bijak mengawal perbelanjaan. Utamakan keperluan anda, suami dan anak terlebih dahulu kemudian barulah berbelanja untuk perkara lain.



Nafkah.

Apabila sudah berumahtangga, perbincangan mengenai kewangan haruslah dibuat antara suami isteri. Suami memainkan peranan penting dalam menentukan kedudukan kewangan keluarga. Suamilah yang perlu mengambil tahu mengenai bayaran itu dan ini. Pun begitu, pada hari ini ada isteri yang mempunyai kedudukan kewangan lebih kukuh berbanding suami. Justeru walaupun bukan tanggungjawab isteri, ada isteri yang terpaksa berkorban untuk menyelesaikan segala bayaran bulanan. Hal ini menuntut pemahaman dan keredaan isteri kerana isteri telah melakukan perkara yang bukan di bawah tanggungjawabnya. Suami perlu berhati-hati supaya tidak menanggung dosa jika isteri sakit hati dan tidak reda. Hal-ehwal nafkah bukan perkara main-main.



Pentingkan bahagia.

Dalam apa juga masalah yang melanda, kebahagiaan rumahtangga menjadi perkara utama yang dicari dalam perkahwinan. Tangani masalah rumahtangga dengan sebijak yang mungkin dan carilah kebahagiaan walau di mana pun ianya berada. Apalah ertinya berumahtangga jika anda tidak bahagia. Bukankah kebahagiaan bersama pasangan itu boleh menjadikan kehidupan kita lebih menyeronokkan? Jadi, jangan sampai faktor kewangan menjadi punca utama krisis dalam rumahtangga. Suami perlu sedar tanggungjawabnya manakala isteri pula bekerjasama menyokong suami untuk mengukuhkan ekonomi rumah tangga. Hargailah isteri yang turut sama memikirkan hal-ehwal kewangan rumah tangga kerana itu sebenarnya bukan terletak di bawah tanggungjawab isteri. Bukan susah untuk bahagia namun bukan susah juga untuk meruntuhkan keharmonian rumahtangga. Jadi, sama-samalah antara suami dan isteri menjalankan peranan masing-masing demi kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen