"Jangan Cepat Mengalah Dalam Hubungan, Sama-Sama Berubah Ke Arah Lebih Baik..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam perkahwinan mahupun percintaan, ia bukan satu perkara yang mudah untuk dilalui begitu sahaja. Jika ia begitu mudah, tentu tidak akan ada pasangan yang bertengkar, berdepan salah faham ataupun berlakunya perpisahan. Ini kerana hubungan yang terbina itu bukan satu yang mudah membuatkan perkara itu akan menjadi cabaran dalam hubungan yang terbina.

Mana-mana pasangan tentu sahaja ingin rasa bahagia, tetapi nak bahagia ini bukan mudah. Kadang kalau hati tak kental memang tak boleh berdepan dengan perkara sebegini, bahkan kalau sama-sama pentingkan diri tentu sahaja hubungan tidak mampu diteruskan sehingga ke akhirnya.


Buat pasangan yang bercinta, tentu inginkan hubungan berakhir dengan perkahwinan.

Buat pasangan yang berkahwin, tentu ingin mati yang memisahkan kalian.

Itulah impian setiap pasangan yang berkasih sayang, tetapi untuk semua perkara ini bukan satu perkara yang mudah nak dilalui begitu sahaja. Tentu akan ada asam garam yang perlu anda lalui sebagai suami isteri ataupun pasangan yang bercinta.



“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri” begitulah lagu Allahyarham P. Ramlee yang masih segar diingatan.

Dalam hubungan yang terbina ini memang tak lari dari silap dan salah, maka dengan itu anda dan pasangan kalau ingin bersama kenalah melakukan satu perubahan bukannya masih kekal di tempat yang sama.

Bila berlaku pergaduhan dengan pasangan, jangan cepat nak melenting atau cepat sangat nak minta perpisahan tetapi cuba untuk bersabar dengan apa yang berlaku dan cuba untuk selesaikan secara baik. Setiap masalah yang berlaku ini sudah tentu ada jalan penyelesaiannya, bukannya perpisahan sahaja jalan yang anda.



Setiap pasangan perlu bijak untuk menjernihkan keadaan dan eratkan kembali hubungan yang renggang. Jangan terlalu ikutan perasaan sehingga hubungan yang renggang itu menjadi semakin jauh dan juga tidak mampu diselamatkan lagi. Perlu diingatkan bahawa kalau terlalu ikut perasaan, anda sendiri yang akan rasa menyesal dan terkilannya kelak.

Jangan perbesarkan setiap masalah yang ada. Kadang kala sikap suka menjaja masalah dalam hubungan ini yang membuatkan hubungan sukar nak diselesaikan. Mana tidaknya, sana cakap lain, sini cakap lain itu belum lagi dengan kata-kata orang sekeliling, bukan ke masalah menjadi semakin besar dan tidak terkawal.



Maka dengan itu, bila ada masalah cuba untuk selesaikan bersama dan lakukan perubahan yang lebih baik. Jangan terlalu ikutkan apa yang ada rasa yang mungkin mendatangkan penyesalan dikemudian hari.

Paling tak lupa, jangan lupa dekatkan diri dengan Allah dan jangan tinggal solat kerana Dia adalah pembimbing yang sebetulnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen