Setia Itu Mahal Harganya, Tapi Tidak Ada Di Mana-Mana Kedai, Ini Cara Anda Setia Dengan Pasangan Hingga Akhir Hayat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila cakap pasal setia ini bukan mudah sebenarnya. Nak setia itu payah, nak buktikan diri itu setia begitu mudah. Setia ini mahal harganya tapi tidak boleh dibeli mana-mana kedai sekalipun, bahkan kalau anda berjumpa dengan seseorang yang setia akan diri anda teramat beruntunglah diri anda.

Kerana perbuatan tidak setia ini ramai yang terluka, yang menjadi mangsa anak-anak serta pasangan anda. Sememangnya mudah nak berlaku curang dan mengkhianati hubungan, tapi bila nak setia begitu payah nak dilakukan.
Macam mana nak setia pada pasangan? Buat suami-suami atau isteri-isteri, ini tips nak setia dari Firdaus Shakirin. Mudah sahaja tapi kalau tidak mahu memang tak boleh nak dipaksa.

Nak setia tu bukannya susah, senang...senang untuk mereka yang ada keinginan untuk setia. Antara perkara yang boleh diamalkan untuk mengekalkan kesetiaan ialah :



1. Yang paling utama ialah bersyukur.

Bersyukur kerana ada yang menerima diri kita seadanya. Dia tahu kita ada kelemahan dan kekurangan, tapi dia masih tetap ingin meneruskan hubungan. Walaupun dia boleh memilih untuk memiliki kehidupan atau orang yang lebih baik lagi, tapi bila dia masih bersama kita, maka kita perlu bersyukur dengan kehadiran dirinya.



2. Jangan khianati kepercayaan, jujur dalam setiap perbuatan.

Untuk menjadi seorang yang setia, kita perlu menjadi seorang yang jujur terlebih dahulu. Jujur dalam setiap perbuatan kita baik di depan atau di belakang pasangan. Permulaan kepada orang menjadi tidak setia ialah ketidakjujuran. Bahasa mudah, kebohongan, penipuan. Bila kita mampu berbohong atau menipu pasangan, maka kita susah nak setia. Kita mengkhianati kepercayaan yang diletakkan pasangan terhadap diri kita.

3. Ingat pengorbanan pasangan, apa yang pasangan dah lakukan dalam rumahtangga.

Cara nak tetapkan hati ialah sentiasa kena ingat jasa dan budi pasangan. Kebaikan pasangan untuk kita, apa yang dia dah korbankan dan buat untuk kita. Mungkin dia sanggup berjauhan dari orang tuanya, mungkin dia sanggup tukar tempat keje, mungkin dia sanggup berhenti keje, mungkin dia sanggup tak keje walaupun ada ijazah dan sebagainya. Pasti ada pengorbanan pasangan terhadap diri kita dan ingat perkara tu sentiasa dan setiap masa.



4. Masa susah dan senang.

Tak semua pasangan akan terus berada disisi ketika susah dan juga senang. Mungkin dia ada pilihan yang lebih baik untuk dirinya, namun dia memilih untuk terus meletakkan harapan terhadap diri kita untuk kita mencorakkan masa depan yang lebih baik. Bila dia sanggup susah-susah dengan kita, maka jangan lupa dia ketika kita dah senang.

Ini point yang paling penting daripada point-point yang ada di atas.

5. Jangan mula membuka ruang dan peluang untuk orang ketiga muncul dalam hubungan kita.

Kunci sebuah kesetiaan ialah terletak pada cara kita menjaga diri kita di dalam media sosial, di tempat kerja atau di mana-mana sahaja. Pembawakan diri tu yang akan menentukan kita ni orang jenis apa, setia atau tidak. Orang yang setia sentiasa menundukkan pandangan, tidak membandingkan dan menjaga pergaulan. Dia letak batas-batas atau had untuk perkara yang melibatkan perhubungan berlainan jantina.

Ini antara tips yang boleh dikongsi untuk kita mengekalkan kesetiaan terhadap pasangan. Setia itu bukan pilihan, setia itu satu kewajipan bagi mereka yang dah mendirikan rumahtangga.

Hanya sebuah kesetiaan mampu membawa sesuatu perhubungan itu kekal sehingga ke Jannah.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen