Majlis Perkahwinan Selepas Tempoh PKP, Bimbang & Risau. Ini Tips Kahwin Masa Pandemik.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai majlis perkahwinan yang terbatal dan mungkin akan dirancang semula selepas wabak Covid-19 mula reda dan PKP juga sudah tidak dilangsungkan. Namun begitu, ada juga ura-ura yang menyatakan bahawa wabak yang melanda ini akan hilang memakan masa sekurang-kurangnya dua tahun.

Tapi jika PKP ditamatkan lebih awal, tentu bakal pengantin mula merancang kembali tarikh-tarikh penting ini kerana tidak mahu dilengah-lengahkan. Perkara yang baik buat apa lambat-lambatkan. Sebab itulah ada yang ambil langkah untuk nikah terlebih dulu melalui nikah online.



Pertanyaannya sekarang, boleh ke teruskan majlis perkahwinan yang dirancang seperti pada September, Oktober mahupun Januari 2021. Sebenarnya, ia masih dikira dalam tempoh pandemik lagi.

“Elak perhimpunan ramai 6 bulan hingga setahun selepas PKP” itu yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada 3 April lalu.

Jika PKP tamat sehingga hujung Mei atau Jun, anda masih boleh meneruskan perancangan untuk berkahwin. Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.

Ini tips majlis perkahwinan ketika pendamik;

1. Peka panduan kesihatan semasa



Paling penting anda perlu sediakan hand sanitizer dan ukur suhu badan tetamu di pintu utama majlis. Buka satu laluan masuk saja ke dalam rumah atau dewan perkahwinan. Pastikan elak bersalaman tapi amalkan sapaan dengan menundukan kepala.

Jangan jadikan majlis anda penyebab tetamu dan ahli keluarga dijangkiti.

2. Hadkan bilangan tetamu

Tak payah nak jemput ramai-ramai ke majlis anda, tapi fokuskan jemputan kepada keluarga terdekat serta rakan-rakan baik sahaja. Cuba untuk kurangkan risiko pendedahkan kepada jangkitan dengan menjemput bilangan yang sedikit. Cara ini mudah untuk tuan rumah membuat penjarakkan sosial.

Masa inilah anda gunakan nak jimatkan kos makanan, goodies dan lain-lain.

3. Tukar cara pemberian hidangan



Jika selalu gunakan hidangan bufet, tapi kali ini tukar kepada hidangan makanan sudah siap terhidang dalam bungkusan. Mungkin agak pelik dan janggal tapi insyaAllah tetamu yang hadir faham akan situasi tersebut.

Cara ini mudah kerana tidak perlu beratur terlalu lama dan jarak 1 meter dalam dikekalkan.

4. Live wedding kan boleh

Pasti anda tidak mahu menghampakan rakan-rakan dan keluarga yang tidak dapat hadir ke majlis anda bukan, jangan bimbang. Masa inilah anda manfaatkan teknologi yang ada.

Buat liputan khas secara siaran langsung perkahwinan anda membolehkan sesiapa sahaja menontonnya sama ada dekat atau jauh. Selain dapat merekod proses perkahwinan, anda juga boleh membaca semula komen-komen dan like rakan anda pada masa hadapan.

Jadi macam mana?

Buat bakal melangsungkan majlis pada bulan Oktober, Disember atau Januari akan datang, jangan bimbang. Doakan saja semoga wabak ini segera menghilang dengan cepat.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen