Sebelum Kahwin, Masing-Masing Kena Tahu 7 Perkara Ini Mengenai Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang jumpa pasangan hidupnya saat di bangku sekolah lagi, ada yang sama tempat kerja, dan ada juga yang berkenalan melalui media sosial. Mana-mana pun anda berjumpa jodoh anda itu tidak penting, yang lebih penting bagaimana orangnya dan hati budinya.

Sebelum memilih dia sebagai pasangan hidup anda, tentu akan ada tempoh perkenalan yang anda letakkan, untuk kenal dirinya dengan lebih mendalam. Bukan itu saja, untuk timbulkan sedikit perasaan dan juga keserasian bersama.

Jangan hanya memandang bagaimana manis mulutnya memuji anda, ataupun sekadar memandang rupa paras yang helok sebagai ukuran. Akan tetapi, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu dengan mendalam barulah dah kahwin nanti tidak terlalu terkejut sangat.



Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu secara mendalam.

1. Pegangan agama

Perlu tahu adakah dia seorang yang taat pata perintah agamanya, tahu membaca al-Quran dan menunaikan solat. Walaupun bukan seorang ustaz atau ustazah tapi sekiranya dia tahu apa yang orang Islam tidak patut lakukan dan apa yang patut, maka dia sesuai menjadi pasangan hidup anda. Ini kerana, dia masih berpegang dengan agamanya dan tidak mendekati perkara yang dilarang.

2. Latar belakang keluarga

Latar belakang keluarganya juga memainkan peranan penting. Siapa ibu bapanya? Bagaimana dengan adik beradiknya? Jangan pandang remeh mengenai perkara ini. Anda bukan hanya kahwin dengan dia seorang tetapi seluruh keluarganya. Jika anda tidak mampu terima keluarganya, maka anda juga tidak perlu menerimanya sebagai pasangan hidup.



3. Status dirinya

Jika dia bujang, ibu tunggal, atu duda, itu sudah tentu tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah bila dia itu suami orang, ini kerana anda perlu meminta izin dengan isteri pertama untuk berpoligami. Kalau diberi keizinan tiada masalah. Bukan itu saja, yang pegang status isteri orang juga jangan perlu dielakkan kalau tidak mahu masalah dikemudian hari.

4. Perkerjaan

Mempunyai perkerjaan tetap atau tidak, ini adalah perkara yang penting. Jika dia isteri, tiada masalah untuk tidak berkerja kerana boleh menjadi suri rumah tapi kalau dia suami, tak akan anda pula yang perlu beri dia nafkah. Pastikan dia mempunyai kerja tetap sebelum dia ajak anda kahwin.



5. Kesihatan

Anda juga perlu tahu akan kesihatan dirinya, sama ada mempunyai penyakit kronik atau tidak. Jika dia memang sihat tiada masalah, tapi jika sebaliknya mungkin anda kena fikir semula. Bukan apa, bimbang jika anda tidak mampu nak laluinya nanti. Masa sekarang ini memanglah semuanya okay saja.

6. Hutang

Kalau dia mempunyai hutang rumah, kereta, dan PTPTN mungkin itu perkara biasa saja. Tapi kalau dia mempunyai hutang lain yang membimbangkan, seperti berhutang dengan lintah darat, tentu anda kena tempiasnya sekali. Jadi ambil tahu juga bab ini.



7. Minat dirinya

Setengah orang dia sanggup lakukan apa saja demi minatnya, jika anda tidak sanggup untuk terimanya dan hadapinya, lebih baik jangan ambil risiko. Ini kerana, ramai yang utamakan minat berbanding pasangan selepas kahwin. Kalau anda mempunyai minat yang sama tiada masalah.

Nak kahwin dengan orang itu jangan ambil tahu mengenai kesukaan dan ruapnya saja. Anda perlu tahu keseluruhan dirinya, barulah lepas kahwin tidak terkejut.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen