Adat Rumahtangga, Kejap Baik Kejap Bertengkar. Nak-Nak Lagi Kalau Kena Tempuh Ujian Seperti Ini. Kena Tabah Harungi Bersama.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam rumahtangga ini ada pasang surutnya. Kejap baik dan bahagia, kejap pula masam muka dan bertegang urat. Biasalah rumah suami isteri. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan suami isteri yang berkongsi segalanya.

Bahkan, setiap orang berlainan rezekinya selepas kahwin. Ada yang diuji dengan keluarga mertua, zuriat, sikap suami dan kadang kala kehadiran orang ketiga. Tidak semestinya kalau anda bahagia dapat itu ini, tetapi akan ada ujian yang mendekati anda.



Tidak boleh pilih atau tolak, tetapi anda terpaksa melaluinya. Macam perkongsian Firdaus Shakirin ini, akan terdapat 5 ujian yang mungkin berlaku kepada anda. Yang mana itu, semuanya belum pasti sehingga anda melaluinya.

Jenis-jenis ujian dalam rumahtangga...

1. Ujian Mertua

Tak semua orang memiliki mertua yang baik...ada yang terpaksa berhadapan dengan mertua yang selalu mencari salahnya, memandang kelemahannya dan mencanang kekurangannya...hal kecil diperbesarkan mertua kerana mertua tidak boleh menerima dia seadanya...untuk ujian ini, hanya ada 2 keadaan,

Pertama, isteri menceritakan layanan mertua kepada suami, suami juga nampak dan faham dengan situasi isteri, maka suami akan cuba menasihati ibunya untuk tidak berbuat sedemikian pada isterinya...jika orang tuanya masih meneruskan perbuatan itu, suami menjarakkan isteri dengan mertua untuk sementara waktu...

Kedua, suami menganggap isteri memperburukkan orang tuanya, suami tak nak dengar dan minta isteri jgn buat mcm tu sedangkan apa yang dinyatakan isteri itu adalah perkara benar...isteri dipersalahkan suami, suami tak nak faham dan memilih untuk menyebelahi orang tuanya 100%...untuk keadaan ni, hanya kesabaran si isteri yang menentukan brapa lama hubungan itu akan bertahan...



2. Ujian Ipar

Tak semua orang juga memiliki ipar yang baik...ada pasangan, yang mempunyai ipar yang suka mencampuri urusan rumahtangga mereka...apa yang mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan apa yang mereka beli, semuanya ipar ambik tahu dengan tujuan untuk menyampaikan perkara itu kepada seseorang...ipar kerap mencari salah pasangan adik-beradiknya kerana tidak serasi, tidak suka dan tidak puas hati kepadanya...ipar mengawal rumahtangga abgnya, kakaknya atau adiknya hanya kerana satu perasaan yang dipanggil dengki...

3. Ujian Kewangan

Setiap pasangan pasti akan menghadapi ujian kewangan ini dalam beberapa tahun pertama setelah mendirikan rumahtangga...dulu, gaji bulanan yang diperolehi hanya untuk perbelanjaan seorang, tp kini berdua...apa yang suami mkn, isteri mkn...apa yang suami pakai, isteri pakai...segala2nya kena berkongsi...waktu ini, ada pasangan yang akan bergaduh sbb kewangan walaupun kedua2nya ada pendapatan...maka, perancangan sebelum dan selepas mendirikan rumahtangga sgt2 penting bg memastikan kewangan setiap pasangan itu teratur dan terurus...



4. Ujian Anak

Expectation yang ada dalam setiap pasangan, iaitu bila berkahwin, kita akan dpt zuriat...anak ini rezeki, dan bila rezeki, maka Allah s.w.t tidak berjanji bahawa kita akan dapat apa yang kita impikan itu dengan segera...Allah s.w.t nak kita usaha dan sabar...Allah s.w.t hanya akan bagi rezeki anak bilamana Dia merasakan pasangan itu sudah bersedia untuk menerima kehadiran anak itu disisi mereka...ujian terbesar ttg anak ini ialah pertanyaan yang tiada hentinya drpada mereka yang berada di sekeliling pasangan tersebut...pertanyaan ini yang akan membuatkan pasangan tertekan dan terbeban...

5. Ujian Kecurangan

Adakah kita dah mengenali pasangan sewaktu kita bercinta dengannya? Adakah kita btol2 tahu luar dalam pasangan masa kita berkawan dengannya? Kita hanya akan mengenali siapa pasangan kita, perangainya dan tabiat pasangan bilamana kita dah sebantal dan sekatil dengannya...dia mgkin ada mengenali orang lain sebelum berkahwin dengan kita, dia mgkin rapat dengan rakan sepejabatnya atau dia mgkin ada bekas kekasih...dan kemungkinan dia masih berhubung dengan orang2 ini sgtlah tinggi...gejala kecurangan ini perlu dibendung di awal perkahwinan supaya ianya tidak berlarutan dan berterusan...

Akhir kalam, ada pasangan yang mampu menempuhi kesemua ujian2 yang dinyatakan, ada yang x...bg yang berjaya, mgkin skrg mereka dah bahagia...bagi yang tidak, mgkin skrg mereka dah berpisah...hanya 2 pilihan itu sahaja yang ada untuk sesebuah rumahtangga bila diuji Allah s.w.t...



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen